BLOG - BLOG PARTI PAS

Dicatat oleh Admin | | Posted On Khamis, 9 Januari 2014 at 3:46 PG

sumber :-

BLOG - BLOG PARTI PAS


PAS Negeri Sembilan

Posted: 08 Jan 2014 09:36 PM PST

PAS Negeri Sembilan


MUHASABAH GERAKAN ISLAM SERANTAU

Posted: 08 Jan 2014 05:48 AM PST

"Muhasabah Gerakan ISLAM Serantau ; Solidariti Buat Ummah"
Tarikh : 18 Jan 2014
Hari : Sabtu
Masa : 8.30 pagi - 1.00 petang
Tempat : Dewan Bunga Raya, Hotel One Garden, Senawang
Anjuran : Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) N.Sembilan
Yuran : RM15

Ucaptama : Tuan Haji Azmi Abdul Hamid@ Cikgu Azmi (Presiden MAPIM)

Moderator : Ustaz Azrul Azlan Iskandar (USIM)

Panelis :
Ustaz Nor Azman Mohamad (Ketua Pemuda PAS N.Sembilan)
Prof Madya Dr Badlishah Sham Baharin (YDP IKRAM N.Sembilan)
Ustaz Hasri Harun (Naib Presiden ABIM Pusat)

Objektif Program :
1. Mengetahui situasi terkini gerakan dan umat Islam serantau di negara masing-masing (Rohingya, Bangladesh, Selatan Thai dll)
2. Mendalami isu yang melanda gerakan Islam di Bangladesh (kes As-Syahid Abdul Quader Mullah)
3. Merangka kesatuan gerak kerja gerakan Islam di Malaysia dalam menangani isu dan konflik yang melanda umat Islam
4. Melahirkan solidariti kepada seluruh isu yang menimpa umat Islam di rantau ini
5. Merancang satu persidangan antarabangsa untuk gerakan dakwah di negara minoriti Muslim seperti Myanmar, Laos, Kemboja dll.

Pertanyaan sila hubungi ; Mohamad Hashby 0139293370 atau melalui mapimns@gmail.com
Sekretariat MAPIM N.Sembilan

Jasindaily Online

Posted: 08 Jan 2014 10:17 AM PST

Jasindaily Online


KDN ISYTIHAR COMANGO PERTUBUHAN HARAM

Posted: 08 Jan 2014 07:33 AM PST

Kementerian Dalam Negeri hari ini mengisytiharkan bahawa gabungan NGO Hak Asasi Manusia (Comango) yang menurutnya "memperjuangkan hak yang menyeleweng daripada Islam" sebagai pertubuhan haram kerana tidak didaftarkan bawah Akta Pertubuhan 1966. Satu kenyataan dikeluarkan oleh ketua setiausaha kementerian tersebut, Datuk Mohamad Khalid Shariff menyebut bahawa gabungan itu kebanyakannya terdiri daripada pertubuhan bukan berasaskan Islam dan sebahagian besarnya tidak berdaftar.
"Setiap pertubuhan yang hendak menjalankan aktiviti secara sah di dalam negara, ia hendaklah berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) di bawah Akta Pertubuhan 1966 seperti yang ditetapkan di bawah Seksyen 7 Akta Pertubuhan 1966.

 "Mana-mana pertubuhan yang tidak memenuhi keperluan Seksyen 7 tersebut boleh diambil tindakan sebagai pertubuhan yang tidak berdaftar dan menyalahi undang-undang di bawah Seksyen 41(1) (b). "Comango dengan itu merupakan sebuah pertubuhan haram," kenyataan itu dipetik. Jelasnya, KDN mendapati hanya 15 dari 54 pertubuhan yang bergabung dan bernaung di bawah Comango berdaftar mengikut Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335). 

Menurutnya, pertubuhan itu juga didapati memperjuangkan "hak yang menyeleweng daripada agama Islam", iaitu hak LGBTIQ (Lesbian, Bisexual, Gays, Transgender, inter-sexed & queer-persons). Comango pada Oktober lalu menyerahkan satu laporan berhubung isu agama dan hak LGBT di Malaysia kepada Majlis Hak Asasi Manusia (HRC), Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bagi tujuan Semakan Berkala Sejagat (Universal Periodic Review) (UPR) di Geneva. Dalam satu kenyataan segera, pengerusi bersaa Jatawatankuasa Hak Asasi Badan Peguam Andrew Khoo berkata keputusan berkenaan merupakan tindakan "memeranjatkan dan tidak wajar". 

 Katanya, kerajaan bekerjasama dengan Comango sepanjang proses UPR sejak 2008. "(Kerajaan) diberikan salinan laporan UPR Comango pada Mac 2012," kata Khoo. "Tiada apa-apa berlaku sehingga organisasi konservatif Muslim menggariskan aspek larpoan Comango, yang tidak dipersetujui oleh mereka, dan menuntut tindakan dikenakan ke atas Comango," katanyalagi. Tambahnya, tindakan itu menunjukkan kerajaan tidak menghormati kebebasan berekspresidan hak berpersatuan yang diperuntukkan dalam perlembagaan. Khoo pernah bekerjasama dengan Comango tetapi tidak menganggotai gabungan NGO tersebut./mKINI

KARNIVAL MUAMALAH ISLAM 2014

Posted: 08 Jan 2014 07:26 AM PST

Kerajaan Melaka menerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) akan menganjurkan Karnival Muamalah Islam selama lima hari bermula Jumaat ini di pekarangan Pusat Islam, Bukit Palah. Timb Pengerusi MAIM, Datuk Yaakub Md. Amin berkata, karnival dengan kerjasama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) itu diadakan bersempena sambutan Maulidur Rasul dalam usaha menggalakkan masyarakat Islam mengingati hari kelahiran Nabi Muhammad S.A.W.


 Karnival tersebut akan turut mendapat sokongan dan liputan stesen radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim.FM) dan siaran stesen TV Alhijrah. Karnival kali ini diadakan lebih besar berbanding tahun sebelumnya di mana pelbagai pengisian menarik diatur sepanjang karnival berlangsung antaranya simposium muamalah, seminar, forum, pertandingan berzanji, nazam dan lagu dakwah & kempen derma darah.

Ketua Menteri Melaka "Derhaka" Pada "Sultan Melaka" ?

Posted: 08 Jan 2014 07:24 AM PST


MELAKA: Kerajaan Negeri Melaka hari ini menolak tuntutan Raja Noor Jan Shah Raja Tuah untuk diiktiraf sebagai 'Sultan Melaka'. Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron, turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya terhadap individu itu. 

Beliau berkata, tuntutan Raja Noor Jan Shah mencabar Perlembagaan Persekutuan yang antara lain menyatakan Melaka satu daripada negeri ditadbir dan diurus wakil Persekutuan selaku ketua negeri iaitu Yang Dipertua Negeri Melaka yang dilantik Yang di-Pertuan Agong. 


Beliau berkata, Penasihat Undang-undang Kerajaan Negeri Melaka akan meneliti perkara itu dan akan mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang cuba menimbulkan dakwaan mengelirukan terhadap status kesultanan negeri itu. "Tuntutan sebegini dibuat ketika Melaka menjadi antara negeri termaju di Malaysia...ini tidak lain cubaan mengambil kesempatan terhadap kemakmuran dan keharmonian Melaka," katanya dalam sidang berita di Seri Negeri, di sini, hari ini.

KEGAGALAN BN : RAKYAT JADI MANGSA

Posted: 08 Jan 2014 07:21 AM PST

Ustaz Idris Ahmad 

Rakyat Malaysia bernasib malang memiliki pemimpin negara yang tidak berwibawa, sehingga gagal mencegah penyeludupan, menjadi sebab kerajaan mengenakan GST. Inilah alasan pak pandir yang dikeluarkan oleh pemimpin BN. 

Sebelumnya kerajaan menaikkan harga gula kerana mengelak rakyat mengidap penyakit kencing manis. Menurut Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan, cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan bermula 1 April 2015, mampu menyumbang pertambahan 0.3 peratus kepada pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan eksport sebanyak 0.5 peratus pada 2015/2016. Kerajaan menjangkakan negara akan mengumpul pendapatan bersih hasil GST sebanyak RM3.7 bilion pada 2015 dan RM9.09 bilion pada 2016.


 Jika dinisbahkan dengan ketirisan dan salah laku ketika berbelanja hampir RM10 bilion setiap tahun seperti yang dilapor oleh Ketua Audit Negara, pertambahan itu tidak bermakna. Menurut Ahmad, negara membangun seperti Malaysia mempunyai kadar peratusan wang gelap atau aktiviti pengelakan cukai, yang tinggi iaitu sekitar 30 peratus daripada keseluruhan KDNK, berbanding negara maju sekitar 10 hingga 15 peratus. Ertinya akibat kelemahan kerajaan mengawal penyeludupan wang haram dan mengelak cukai, rakyat pula dibebankan. Sebenarnya pemimpin BN sudah tepu otak mereka untuk menjana kewangan negara sehingga terpaksa dibebankan kepada rakyat dengan dikenakan GST. Sebenarnya kantung negara kosong kerana ketirisan, rasuah, penyeludupan, pengaliran wang haram.

 Ketika hasil Petronas melimpah ruah, kerajaan tidak beringat dan berbelanja dengan tidak berhemah. Jika kerajaan BN berwibawa dan bijak, tidak timbul masalah negara mengalami krisis kewangan. Cuba bayangkan ketika GST belum bermula, kehidupan rakyat di ambang tahun 2014 di dalam keadaan muram durja akibat kenaikan kos sara hidup. Tahun 2015 rakyat akan tercekik dengan bebanan GST. Pemimpin BN masih bermewah, tidak pula merasa bersalah dengan apa yang berlaku. Teguran pembangkang dibakul sampahkan sahaja./Hrkh 

penulis merupakan salah seorang AJK PAS Pusat

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 08 Jan 2014 09:11 AM PST

Mohamad Taufek Abd Ghani


MUHASABAH GERAKAN ISLAM SERANTAU

Posted: 08 Jan 2014 05:50 AM PST

"Muhasabah Gerakan ISLAM Serantau ; Solidariti Buat Ummah"
Tarikh : 18 Jan 2014
Hari : Sabtu
Masa : 8.30 pagi - 1.00 petang
Tempat : Dewan Bunga Raya, Hotel One Garden, Senawang
Anjuran : Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) N.Sembilan
Yuran : RM15

Ucaptama : Tuan Haji Azmi Abdul Hamid@ Cikgu Azmi (Presiden MAPIM)

Moderator : Ustaz Azrul Azlan Iskandar (USIM)

Panelis :
Ustaz Nor Azman Mohamad (Ketua Pemuda PAS N.Sembilan)
Prof Madya Dr Badlishah Sham Baharin (YDP IKRAM N.Sembilan)
Ustaz Hasri Harun (Naib Presiden ABIM Pusat)

Objektif Program :
1. Mengetahui situasi terkini gerakan dan umat Islam serantau di negara masing-masing (Rohingya, Bangladesh, Selatan Thai dll)
2. Mendalami isu yang melanda gerakan Islam di Bangladesh (kes As-Syahid Abdul Quader Mullah)
3. Merangka kesatuan gerak kerja gerakan Islam di Malaysia dalam menangani isu dan konflik yang melanda umat Islam
4. Melahirkan solidariti kepada seluruh isu yang menimpa umat Islam di rantau ini
5. Merancang satu persidangan antarabangsa untuk gerakan dakwah di negara minoriti Muslim seperti Myanmar, Laos, Kemboja dll.

Pertanyaan sila hubungi ; Mohamad Hashby 0139293370 atau melalui mapimns@gmail.com
Sekretariat MAPIM N.Sembilan

Comments:

There are 0 ulasan for BLOG - BLOG PARTI PAS

Catat Ulasan