10 Januari 2014
SEREMBAN – Pemuda Pas negeri ini akan mengumpulkan sekurang-kurangnya 10,000 tandatangan, bagi meminta kerajaan negeri supaya menukar cuti mingguan kepada Jumaat dan Sabtu.
Ketua Pemudanya, Nor Azman Mohamad berkata, sepertimana yang dilakukan Negeri Johor baru-baru ini, adalah sesuatu yang sangat baik dan memberi manfaat kepada masyarakat.
Katanya, cuti mingguan Jumaat dan Sabtu bukanlah sesuatu yang baharu, berikutan sebelum ini ia telah dilaksanakan Negeri Kedah dan Kelantan.
"Kita akan hantar cadangan ini kepada kerajaan negeri bagi membolehkan rakyat di negeri ini menikmati penghulu hari dengan lebih berfaedah," katanya.
Memorandum akan diserahkan kepada Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan, untuk disampaikan kepada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan