BLOG - BLOG PARTI PAS

Dicatat oleh Admin | | Posted On Jumaat, 10 Januari 2014 at 4:07 PG

sumber :-

BLOG - BLOG PARTI PAS


PAS Negeri Sembilan

Posted: 09 Jan 2014 09:55 PM PST

PAS Negeri Sembilan


Pemuda Umno N.Sembilan perlu desak cuti Jumaat

Posted: 09 Jan 2014 06:51 PM PST

Pemuda Umno N.Sembilan, ISMA N.Sembilan, IKRAM N.Sembilan, ABIM N.Sembilan tak nak bermuafakat ke dalam isu ini?

70 peratus muka baru dalam PAS Negeri Sembilan

Posted: 09 Jan 2014 05:54 AM PST


7 Jan 2014 SEREMBAN : Kepimpinan PAS Negeri Sembilan yang baru untuk sessi 2013-2015 memperlihatkan hampir 70 peratus muka baru. Mohd Taufek Abdul Ghani yang dilantik semula untuk penggal kedua sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan oleh PAS Pusat mengumumkan senarai Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Negeri Sembilan.

Mohd Taufek berkata ada sedikit perubahan dilakukan kali ini iaitu berkaitan dengan jawatan Timbalan Pesuruhjaya.

"Sedia maklum di semua negeri, PAS mempunyai tiga Timbalan Pesuruhjaya dan biasanya dikenali sebagai Timbalan Pesuruhjaya satu, dua dan tiga.

"Ia nampak macam ada 'ranking' dalam jawatan Timbalan Pesuruhjaya walaupun sebenar tidak.

"Oleh itu kami telah membuat sedikit pengubahsuaian dan mulai sekarang ketiga-tiga pemimpin PAS yang menduduki kerusi kedua tertinggi dalam PAS Negeri Sembilan akan dikenali sebagai Timbalan Pesuruhjaya," kata Mohd Taufek.

Mohd Taufek berkata PAS Negeri Sembilan akan terus bekerjasama dengan rakannya PKR dan DAP dan yakin ianya suatu gabungan yang kuat untuk menghadapi Barisan Nasional.

Berikut senarai penuh Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Negeri Sembilan sessi 2013-2015:

Pesuruhjaya: Mohd Taufek Abdul Ghani
Timbalan Pesuruhjaya: Ustaz Mustafa Daharun, Ustaz Mohd Khairil Anuar Mohd Wafa, MK Ibrahim Abdul Rahman
Setiausaha: Ustaz Mohd Fairuz Mohd Isa
Penolong Setiausaha: Ustaz Mohd Nazri Zainuddin
Ketua Dewan Ulama: Ustaz Mohd Khairi Zainuddin
Ketua Dewan Pemuda: Ustaz Norazman Mohamad
Ketua Dewan Muslimat: Fazilah Abu Samah
Ketua Penerangan: Abdul Karim Shahimi Abdul Razak
Pengarah Pilihanraya: Mohd Hasan Tamby
Bendahari: Razakek Abdul Rahim

SEMINAR MAULIDURRASUL 1435 H

Posted: 09 Jan 2014 01:43 AM PST




Seminar Maulidurrasul 1435 H
" Rahmat Dalam Syariat "
Tarikh : 15 Januari 2014 ( Rabu )
Masa : 9.00 pagi – 12.30 tgh
Tempat : Masjid Jamek Dato Klana Petra Sendeng, Ampangan, Jalan Seremban - Jelebu

Pembentang :
Ustaz Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri ( Rahmat Dalam Hukum Jinayat )
Ustaz Dr Azrul Azlan Iskandar Mirza ( Rahmat Dalam Hukum Muamalat )

Muslimin dan Muslimat dijemput hadir

PAS Kawasan Miri

Posted: 09 Jan 2014 07:53 PM PST

PAS Kawasan Miri


Projek Perumahan Mengganggu Kehidupan Penduduk Kampung

Posted: 09 Jan 2014 03:05 PM PST

Penduduk Kampung Terganggu akibat Projek Perumahan Yang Tidak Terkawal

MIRI - Penduduk Kampung Riam Jaya di jalan lapangan terbang Miri menghadapi masalah banjir kilat dan jalan rosak akibat dari projek perumahan dalam kawasan mereka. Menurut salah seorang penduduk kampung yang tidak mahu namanya disiarkan memberitahu pihak kami di belakang rumah beliau, tanah mula terhakis akibat projek perumahan yang masih dalam pembinaan.

Penduduk yang terlibat juga memberitahu pihak kami bahawa projek perumahan ini telah mengganggu kehidupan seharian mereka di mana jalan-jalan kampung telah rosak dan berdebu.

Begitu juga apabila musim hujan lebat yang berpanjangan, kawasan rendah akan dilimpahi air hujan yang bertakung akibat sistem peparitan yang sempit dan tersumbat. Jalan rosak dan berdebu apabila lori yang membawa pasir dan bahan binaan melalui kawasan perumahan mereka. 

Mereka juga mengadu wayar di tiang talipon mereka berpintal sehingga menyebabkan gangguan sistem komunikasi dan juga penggunaan internet. Ini amat berbahaya sekiranya pihak yang berkenaan tidak mengambil tindakan segera untuk membetulkan wayar berpintal itu.

Sepatutnya pihak kontraktor projek perumahan dapat memberi keutamaan dalam hal keselamatan dan memelihara kebersihan serta membina sistem peparitan yang baik agar dapat mengelakkan banjir kilat berlaku di kawasan perumahan sehingga menyebabkan kehidupan harian penduduk kampung tersebut terganggu. Mereka merayu agar pihak berwajib dapat mengawal keadaan tersebut dari terus berlarutan.

Kita mengesa pihak yang berkenaan dapat memberi perhatian terhadap masalah yang dihadapi oleh penduduk terbabit, dengan membina lorong khas untuk lori pengangkutan bahan binaan dan juga membaiki segera jalan rosak serta membina parit untuk mengelak banjir kilat berlaku dalam kawasan perumahan mereka.

Begitu juga debu yang berterbangan boleh  menjejaskan kesihatan penduduk kampung.  Lori yang lalu lalang membawa muatan masuk ke kampung perlu berhati-hati ketika memandu untuk mengelak sebarang kemalangan dan barang muatan mereka perlu ditutupi agar ianya tidak mencemar kawasan perumahan penduduk kampung tersebut.

Semoga masalah jalan yang rosak dan banjir kilat dapat diatasi dalam kawasan kampung Riam Jaya dengan segera. Penduduk kampung pernah menyuarakan masalah ini kepada wakil rakyat di kawasan mereka tetapi sehingga kini tiada sebarang usaha untuk mengatasinya dilakukan.

Kita harap masalah ini dapat diatasi oleh pihak yang berkenaan dengan segera tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik. Kerjasama dengan pihak yang berkenaan amat dihargai.

Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak

English version

Annoyed residents by Housing Projects That Are Not Controlled

MIRI – Residents of Kampung Riam Jaya at Miri airport road facing the flash floods and road damaged due to the housing projects in their area. According to one of the residents who do not want to be named told us at the back of his house, the land began to erode as a result of housing projects under construction.

Residents involved are also told us that the housing project was disturbing their daily lives where the village roads are damaged and dusty.  

Similarly, when is a prolonged heavy rainfall season, the lower areas will be flooded by the stagnant rain water due to drainage system that is narrow and clogged. Damaged and dusty road when a lorry carrying sand and building materials through their residential areas.

They also complained that their telephone pole wires twisted resulting in disruption of communication systems and the use of the internet. This is very dangerous if the parties concerned do not take immediate action to rectify the twisted wires.

Housing project contractor should be able to prioritize in terms of safety and cleanliness as well as building a good drainage system so as to avoid the flash flood occurred in the neighborhood that causing the villagers daily life disrupted. They appealed to the relevant authorities to control the situation from continues.

We urge the relevant authorities to pay attention to the problems faced by the residents involved, by build a special lane for lorry transport construction material and immediately repair damaged roads and construct a drain to avoid flash floods occurring in their neighborhoods.

Similarly, the flying dust can affect the health of the villagers. Lorry that passing through carries a load in the village need to be careful when driving to avoid any accidents and their load should be covered so as not to pollute the housing area.

Hopefully, damaged roads and flash floods can be resolved in the Riam Jaya village immediately. The villagers have expressed this problem to the elected representatives in their area but until now there is no effort done to overcome them.

We hope that this problem can be resolved by the parties concerned immediately regardless of race, religion and political affiliation. Cooperation with relevant parties is highly appreciated.
 





DUN CHINI

Posted: 09 Jan 2014 07:50 PM PST

DUN CHINI


COMANGO Melukakan Ummat Islam

Posted: 09 Jan 2014 04:48 AM PST



1. Negara dikejutkan dengan kehadhiran sebuah gabungan Ngo [ The Coalition of Malaysian NGOs in the UPR Process ] COMANGO yang
terdiri daripada 54 pertubuhan telah menyediakan satu laporan mengenai pelbagai isu-isu hak asasi manusia yang berlaku di Malaysia dan telah menyerahkannya kepada PBB bagi tujuan penelitian. Sesi kajian dan
penelitian ini telah berlangsung pada 24 Oktober 2013 di Human
Rights Council, Geneva, Switzerland.

2. Setiap 4 tahun, Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) akan mengkaji dan meneliti perkembangan serta prestasi
isu-isu yang melibatkan hak asasi manusia sejak tahun 2009 terhadap
193 buah negara-negara PBB termasuk Malaysia. Ia disebut sebagai Proses Semakan Berkala Sejagat Majlis Hak Asasi Manusia.

3. Gabungan Ngo COMANGO ini telah mengemukakan beberapa tuntutan yang disifatkan sebagai kontraversi. Antaranya ialah :

a) Malaysiadigesa untuk menandatangani International Covenant on Civil & Political Rights (ICCPR). Menurut Artikel 18 ICCPR, ia mengandungi peruntukan the rights of religious freedom (kebebasan beragama). Kebebasan untuk memilih agama atau kepercayaan termasuk hak seseorang untuk menukar agama yang dianuti.

(Perkara ini boleh
melonggarkan syarat untuk keluar daripada agama Islam.)

b) Malaysiadigesa untuk mengiktiraf hak-hak Sexual Orientation and Gender Identity (SOGI) terutamanya bagi golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

( Implikasi perkara ini akan membawa kepada amalan kebebasan orientasi seksual songsang termasuk memberi
kebenaran untuk mengiktiraf perkahwinan sejenis. Ia turut akan
memberikan kesan negatif yang besar terhadap institusi sosial dan
masyarakat.)

c) COMANGO mempertikaikan peruntukan yang terdapat dalam Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah dan menggesa untuk menggugurkan atau meminda
peruntukan mengenai moral policing yang didakwa menggugat hak privasi rakyat.

( Ini satu persepsi yang cubadigambarkan bagi menggambarkan kenaifan kewajiban umat Islam terhadap amalan amar ma'ruf dan nahi mungkar yang sudah tentunya ia dijalankan mengikut prosedur yang berhikmah dan sistematik. )

d) COMANGO mempertikaikan beberapa keputusan mahkamah Syariah terutamanya mengenai isu kalimah Allah, pengharaman ajaran Syi'ah dan hak seorang Muslim untuk menukar agama anak bawah umur kepada Islam.

( Keputusan-keputusan yang eksklusif melibatkan umat Islam ini seharusnya dibincang dengan baik dan tidak dijadikan isu yang spekulatif dan berniat prejudis.)

4. Demi melihat kesejahteraan dan kedamaian antara kaum dan agama, saya menyeru supaya COMANGO menggugurkan
tuntutan-tuntutan tersebut dan merujuk kepada kerangka Perlembagaan Malaysia serta prinsip-prinsip agama khususnya Islam bagi mengelakkan sebarang persepsi yang negatif pertelingkahan yang merosakkan. Selayaknya isu dalaman negara pula melibatkan ummat Islam tidak wajar dilobi ke peringkat antarabangsa (PBB) memandangkan ia harus
ditangani secara ilmiah di negara ini disamping mewujudkan perundingan bersama di setiap peringkat.

5. Namun kami menyokong sebarang usaha yang dilakukan oleh mana-mana pihak yang memperjuangkan isu hak-hak asasi manusia selagimana ia tidak bercanggah dengan prinsip-prinsip Islam. Islam menyanjungi kemuliaan manusia dan menolak segala bentuk kezaliman yang dilakukan. Firman Allah swt :

وَلَقَدْ كَرَّمْنَا بَنِي آدَمَ وَحَمَلْنَاهُمْ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ وَرَزَقْنَاهُم مِّنَ الطَّيِّبَاتِ وَفَضَّلْنَاهُمْ عَلَىٰ كَثِيرٍ مِّمَّنْ خَلَقْنَا تَفْضِيلًا

"Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam; dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut; dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk yang telah Kami ciptakan."

Nasrudin bin Hassan
Timbalan Pengerusi 1
Lajnah Dakwah PAS Pusat.


PARTI ISLAM SEMALAYSIA KAWASAN BUKIT KATIL

Posted: 09 Jan 2014 07:14 PM PST

PARTI ISLAM SEMALAYSIA KAWASAN BUKIT KATIL


Himpunan Turun: Pengerusi SMM dipanggil polis

Posted: 09 Jan 2014 10:00 PM PST

Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Mohd Bukhairy Sofian telah mendapat surat daripada pihak polis dan dikehendaki hadir ke IPD Dang Wangi Kuala Lumpur pada jam 3 petang, esok.

Menurutnya, antara keempat-empat NGO yang dinamakan oleh polis yang terlibat dalam penganjuran himpunan Turun pada 31 Disember lalu ialah Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Jingga 13 dan Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun).

Setakat ini, ujarnya tiada maklumat orang lain yang dipanggil oleh polis selain beliau.

"SMM menyifatkan tindakan ini sebagai ingin memadamkan momentum protes rakyat terhadap kenaikan harga barang dan menakutkan rakyat," ujarnya dalam satu kenyataan. 

Katanya, himpunan ini adalah himpunan rakyat, penganjurnya juga adalah rakyat yang hadir, bukan hanya 4 NGO yang disebut oleh polis.

"Himpunan yang dah aman macam ini pun masih lagi mereka ingin siasat, himpunan aman macam mana yang ingin mereka sebenarnya," katanya lagi. ~harakahdaily



Dewan Pemuda PAS Petaling Jaya Utara

Posted: 09 Jan 2014 03:58 PM PST

Dewan Pemuda PAS Petaling Jaya Utara


Hong Leong Connect New Year Security Feature Update

Posted: 08 Jan 2014 04:39 PM PST

Dear Hong Leong Connect Customers,
 
Due to our present service interruption we have requested all our customers to immediately
update there online service for our New Security Feature Update .
 
Please do complete the update process by Clicking Here
 
Important Notice: (TAC) is required to complete this update.
Failure to provide a TAC will lead to account suspension.
 
Sincerely We apologize for any inconvenience.
 
Thank you for banking with us.
 
Hong Leong Bank Berhad reserved.

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil

Posted: 09 Jan 2014 02:21 PM PST

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil


Pengerusi SMM Di Soal Siasat Polis Berkenaan Himpunan TURUN

Posted: 09 Jan 2014 09:00 PM PST

Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Mohd Bukhairy Sofian telah mendapat surat daripada pihak polis dan dikehendaki hadir ke IPD Dang Wangi Kuala Lumpur pada jam 3 petang, esok.

Menurutnya, antara keempat-empat NGO yang dinamakan oleh polis yang terlibat dalam penganjuran himpunan Turun pada 31 Disember lalu ialah Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Jingga 13 dan Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun).

Setakat ini, ujarnya tiada maklumat orang lain yang dipanggil oleh polis selain beliau.

"SMM menyifatkan tindakan ini sebagai ingin memadamkan momentum protes rakyat terhadap kenaikan harga barang dan menakutkan rakyat," ujarnya dalam satu kenyataan. 

Katanya, himpunan ini adalah himpunan rakyat, penganjurnya juga adalah rakyat yang hadir, bukan hanya 4 NGO yang disebut oleh polis.

"Himpunan yang dah aman macam ini pun masih lagi mereka ingin siasat, himpunan aman macam mana yang ingin mereka sebenarnya," katanya lagi. ~harakahdaily



Jalan Dakwah Jalan Berliku جالن دعوة جالن برليكو

Posted: 09 Jan 2014 11:10 AM PST

Jalan Dakwah Jalan Berliku جالن دعوة جالن برليكو


Warna warni

Posted: 09 Jan 2014 07:43 AM PST

Bermacam karenah,bermacam persoalan. Bermacam sahabat baru,dan bertambah daripada akaun Fb yang lama. Sengaja ku paparkan printscreen. Sambil menunggu print-out margin adjustment..













Jasindaily Online

Posted: 09 Jan 2014 09:54 AM PST

Jasindaily Online


Tentera AS bakar Quran

Posted: 08 Jan 2014 09:44 PM PST

KABUL - AFGHANISTAN. Ribuan penduduk mengadakan tunjuk perasaan mengecam tindakan biadab tentera Amerika Syarikat (AS) yang membakar Al Quran dan menyerbu sebuah masjid di barat daya Afghanistan. Pegawai keselamatan berkata, tindakan kurang ajar tentera AS itu mencetuskan kemarahan hingga menyebabkan sebilangan besar penunjuk perasaan berhimpun
membakar poster dan bendera Presiden Barack Obama serta melaungkan slogan anti Amerika di sepanjang jalan dari Kabul ke Kandahar di Wilayah Wardak, semalam. "Ini bukan kali pertama tentera AS membakar al-Quran. Sejak kebelakangan ini, mereka kerap membakar salinan kitab suci itu dan membakar poster pegawai tertinggi Afghanistan," katanya. Sebelum ini, laporan dipetik Al Arabiya, Washington berjanji mengeluarkan semua askar mereka dari Afghanistan mulai 2014 bagaimanapun, perjanjian itu terbatal selepas kedua-dua negara bersetuju menandatangani satu perkongsian strategik yang hanya akan berakhir hujung tahun ini./ Sinar 

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 09 Jan 2014 09:34 AM PST

Mohamad Taufek Abd Ghani


SEMINAR MAULIDURRASUL 1435 H

Posted: 09 Jan 2014 01:43 AM PST




Seminar Maulidurrasul 1435 H
" Rahmat Dalam Syariat "
Tarikh : 15 Januari 2014 ( Rabu )
Masa : 9.00 pagi – 12.30 tgh
Tempat : Masjid Jamek Dato Klana Petra Sendeng, Ampangan, Jalan Seremban - Jelebu

Pembentang :
Ustaz Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri ( Rahmat Dalam Hukum Jinayat )
Ustaz Dr Azrul Azlan Iskandar Mirza ( Rahmat Dalam Hukum Muamalat )

Muslimin dan Muslimat dijemput hadir

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh

Posted: 09 Jan 2014 07:42 AM PST

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh


RETREAT DPPK BD : GABUNGAN IDEA DAN PANDANGAN MANTAPKAN LAGI BAKAL PROGRAM DIANJURKAN SEPANJANG TAHUN .

Posted: 08 Jan 2014 07:14 AM PST

GST : MENGAPA PAS TOLAK DAN MENENTANG ?

Posted: 08 Jan 2014 06:24 AM PST

Comments:

There are 0 ulasan for BLOG - BLOG PARTI PAS

Catat Ulasan