GERAM PETANG                                                                             

Kenyataan Mufti Perak, Harussani Zakaria yang berpendapat peserta Turun malam kelmarin sebagai "bughah" atau pemberontak dimana halal darahnya adalah satu pernyataan yang teruk. Ia merupakan satu kenyataan berunsur jenayah yang boleh mengundang bahaya besar.

Apa kata kalau ada mereka yang emosi dan beriman kepada Mufti berkenaan akan bertindak gila membunuh mana-mana peserta himpunan membantah kenaikan kos sara hidup (Turun) itu kerana terpengaruh dengan keilmuan songsang Mufti itu. Tidakkah tindakan itu merbahaya?

Di sini saya mencadangkan pihak penganjur himpunan itu dan juga peserta membuat laporan polis terhadap kenyataan Harussani Zakaria seperti mana disiarkan Berita Harian dan dipetik oleh Malaysiakini itu. Kita juga mahu tengok apakah Zahid Hamidi sedia mengarahkan polis segera menyiasat.

Pandangan sebegitu dari seorang menganggap dirinya ulamak adalah sangat malang ke atas senario agama Islam di negara ini. Pandangan demikian lebih merbahaya dan tajam daripada pandangan Syiah ke atas Sunni dan hampir menyamai pandangan Yahudi ke atas Islam

Ia adalah pandangan terbuka tanpa ada tapisan dari segi bahasa, tidak bijaksana sebagai seorang dikatakan alim al ulamak mengeluarkan kenyataan sampah (rubbish) begitu. Sekiranya berlaku sesuatu ke atas mana-mana peserta himpunan Turun selepas hari ini, Harussani hendaklah dipertanggungjawabkan. Jangan lepaskan beliau.

Gesaan pihak-pihak tertentu agar Mufti berkenaan menarik balik dan mohon maaf ekoran kenyataan itu adalah wajar dan perlu disokong. Harussani harus sedar apa yang dilakukan itu mengikut 'mesin' Umno, sesuatu yang merosakkan penghormatan orang bukan Islam terhadap institusi bernama Mufti. Malanglah Islam yang kita gemilangkan selama ini tiba-tiba rosak dengan hanya pandangan seorang manusia seperti beliau.

Apa dilakukan Harussani seperti umpama rosak susu sebelanga kerana nila setitik. Adalah wajar kalau kerajaan Perak menilai semula keilmuan Harussani di dalam hal ini, dari segi lisan dan akidah agar negeri itu tidak direkodkan sebagai mempunyai seorang Mufti yang kurang waras pertama di negara ini.

Kalau perlu beliau harus dipecat kerana kerosakkan bukan hanya kepada dirinya tetapi seluruh institusi ulamak, mufti di negara ini turut sama ternoda oleh perbuatannya.

Dalam masa kita memburu dan menentang penyebaran Bible dalam bahasa Melayu oleh Kristian, tetapi kita pula sanggup mengeluarkan pandangan demikian yang entah di ambil dari kitab 'jumhur' mana dan dituju pula kepada darah daging sendiri hanya semata-mata kerana termakan racun bernama politik mendokong Umno.

Mohd Sayuti Omar



Panglima : nampaknya selepas Asri Wahabi, Sayuti Omar pula 'naik syeikh' hentam mufti Tan Sri Harussani. Tolong jangan salahkan sesiapa jika ada orang sangat marah lalu menggelar dia dengan perkataan 'babi' 'haramjadah' atau 'bangang' kerana berani hentam seorang Mufti yang alim dan warak seperti Harussani.

Adakah kerana menyatakan pandangan berdasarkan Al Quran dan Sunnah dikira jenayah? Sikap apakah ini wahai Sayuti?

Rakyat tahu walau ada hadis menyuruh dipancung siapa yang memberontak namun mereka sedar bahawa kita dilindungi undang-undang dan tiada siapa boleh bertindak sebarangan.

Perbuatan Sayuti Omar yang mengaitkan Harussani dengan jenayah ini sungguh sangat melampau. 

Siapa dalang mencetus serangan kotor ini wajib dihukum. Paling kurang kita doakan biar Allah melaknat siapa yang menjadikan mufti atau raja dalam agenda politik kepartian sendiri.

Jika mufti wahabi kita tak akan diam diri kerana pandangan mereka songsang dari arus perdana namun mufti Ahli Sunnah Wal Jamaah perlu dihormati.

Selepas Raja, kini Mufti pula dihina diserang bertalu- talu. Adakah sesiapa yang sanggup melihat perbuatan ini berterusan tanpa sebarang tindakan ??? 

Adakah ada lelaki yang berani untuk menyanggah Asri, Sayuti dan pemimpin-pemimpin lain yang biadap terhadap Mufti kita ????

Tolong jangan kata Pemuda Umno pondan kerana mereka diam isu ini kerana hanya pondan sahaja akan benarkan Mufti dihina sesuka hati oleh puak pelampau ini.

Tolong jangan kata pemimpin Umno pondan kerana tidak bela Tan Sri Harussani kecuali hanya yang pondan sahaja yang akan memejam mata melihat kebiadapan keterlaluan puak yang perjuang kuasa rakyat minoriti demi Kristian dan DAP ini.

Kita menunggu ketegasan dari lelaki sebenar di kalangan pemimpin parti atau individu persendirian yang berani bangkit mengecam tindakan Sayuti Omar & Asri Zainal Abidin ini.

Bangkitlah wahai pemuda pemudi akhir zaman sekelian dan nyatakan pendirian beramai-ramai kita samada secara fizikal atau maya untuk menggerunkan pihak musuh yang semakin berani kerana kesilapan kita tidak bersatu padu dan mementingkan diri dan keluarga sahaja.