Barisan Nasional

Dicatat oleh Admin | | Posted On Isnin, 13 Januari 2014 at 2:27 PTG

sumber :-
Barisan Nasional

Barisan Nasional


THE FLYING KICK

Posted: 13 Jan 2014 01:34 PM PST

Cucu Tok Selampit

Posted: 13 Jan 2014 01:13 PM PST

Cucu Tok Selampit


Januari 2014 Bulan UMNO Tarik Balik Semua Saman - Tian Chua Terlepas, Mustapha Ali Pun Terlepas!

Posted: 12 Jan 2014 11:10 PM PST



Tahun 2014 adalah Tahun Kuda di dalam kalendar Cina, di mana UMNO dengan suci hati, rela hati dan baik hati dan bodoh baghal memaafkan musuh-musuh politiknya yang sebelum ini menyebar fitnah kepada parti itu. Hari ini sahaja, dua kes saman fitnah diselesaikan di luar mahkamah. Pertama kes Tian Chua yang mendakwa UMNO terlibat di dalam serangan militan di Lahad Datu. Keduanya, kes Mustapha Ali yang menuduh UMNO terlibat di dalam penyebaran video lucah yang dikatakan milik beliau. 

Drama apakah yang cuba disajikan oleh UMNO? Siapakah Tok Dalang yang memainkan peranan di dalam wayang kulit ini? Yang bodoh siapa? Kita kita ini yang menjadi penonton dan tukang komen. Perkembangan terbaru ini pastinya akan mengecewakan ramai pihak. UMNO yang sepatutnya harus bertegas dengan puak-puak pelampau dan pemfitnah dari pembangkang tapi malangnya semakin lemah pula dalam tindakannya. UMNO kelihatan lemah dan dayus untuk mengambil tindakan tegas. 

Tian Chua terlepas dari saman UMNO apabila pihaknya kesal dengan penyiaran artikel bertajuk 'Insiden Tembakan di Lahad Datu Konspirasi Terancang UMNO – Tian' dan mendakwa artikel berkenaan bukan berniat untuk membabitkan UMNO. Mustapha Ali pula terlepas apabila hari ini beliau menyiarkan satu permohonan maaf di Harakahdaily yang kononnya beliau tidak maksudkan 'UMNO' tetapi 'Blogger UMNO'! (Lihat keratan di bawah).

Selepas ini kalau ada fitnah yang dilemparkan terhadap parti UMNO, tidak perlulah mana-mana pihak bersusah payah untuk mempertahankan parti tersebut. Orang-orang dalam parti tersebut sendiri terlalu dayus untuk mempertahankan nama baik parti berkenaan. Bodoh betul Tok Dalang UMNO yang terlibat di dalam memaafkan kedua-dua pemfitnah ini. Sayugia diingatkan, semenjak semalam perkataan yang menjad 'trending' di media sosial adalah "kangkung". Memang betul perkataan ini. UMNO sudah menjadi "kangkung". Kenapa? Lembik dan sejuk!

The Pork Place - Kedai Makan Babi Mewah Di Selangor

Posted: 12 Jan 2014 04:05 PM PST

Pasti tidak pernah digambarkan di minda sebelum ini, kedai makanan khas berunsur babi akan menjadi satu kedai yang mewah dan eksklusif di Selangor. Kalau sebelum ini kedai makanan sajian babi hanyalah dilakukan secara tidak terbuka dan tidak menonjol, kini tidak lagi.

Semenjak PR mengambil alih Selangor, kedai makanan yang haram bagi umat Islam berleluasa dibuka dan promosi dilakukan secara terang-terangan. Tiada lagi perlu sensitiviti kaum yang hendak dijaga. The Pork Place - satu lagi mercu tanda Tahun Melawat Malaysia 2014 yang dihidangkan oleh Kerajaan Selangor. Bon Appetite.

Bagi yang berminat bolehlah datang ke alamat berikut:

The Pork Place,
BBQ Joint Cafe and Asian Restaurant,
Lot 31, IOI Boulevard,
Jalan Kenari 7, Bandar Puchong Jaya,
Puchong, Selangor.
03-77294600.

Duke of UMNO

Posted: 13 Jan 2014 01:03 PM PST

Duke of UMNO


LEBIH BAIK DARA DARI JANDA...?

Posted: 13 Jan 2014 08:27 AM PST

Mari kita semak kisah pernikahan Uqail bin Abu Thalib dengan seorang wanita dari kalangan Bani Jasym. Seperti lazimnya upacara pernikahan, tetamu berdatangan. Dan seperti lazimnya upacara pernikahan di masa sekarang, para tamu ketika itu memberi ucapan selamat sekaligus sebagai do'a.

"Semuga bahagia dan banyak anak," kata para tamu kepada pengantin laki-laki.

Menerima ucapan selamat seperti itu, Uqail segera teringat Rasulullah Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam. Kemudian ia berkata, "Jangan kalian menyatakan demikian, kerana sesungguhnya Rasulullah SAW telah melarang hal tersebut."
 

"Kalau demikian," kata mereka, "apakah yang harus kami katakan, wahai Abu Zaid?"

"Katakanlah oleh kalian," jawab Uqail. "Semuga Allah membarakahi anda sekalian dan melimpahkan barakah kepada anda. Demikian yang diperintahkan kepada kita."

Hadith ini mengajarkan kepada kita bahawa yang paling penting untuk dicari dalam pernikahan bukan kebahagiaan. Yang terlebih penting ialah "barakah", konsep yang sangat sering terdengar tetapi tidak banyak diketahui artinya. Mendo'akan pengantin baru agar dapat mencapai pernikahan yang bahagia dan sekaligus banyak anak dilarang (makruh). Sebaliknya, sunnah bagi kita mendo'akan saudara kita yang menikah dengan do'a barakah. Mudah-mudahan pernikahan itu barakah bagi pengantinnya dan barakah atas pengantinnya, yakni barakah pernikahan tersebut juga terasakan oleh orang-orang di sekelilingnya.

Kalau begitu, apakah "bahagia dan banyak anak" merupakan kata yang pantang dalam pernikahan yang Islami? Bukan begitu. Melalui lisan suci Rasulullah SAW Islam justeru mengingatkan kita agar tidak melupakan kriteria memilih isteri agar dapat memperoleh kesenangan dan banyak anak.

"Kawinilah wanita yang subur rahimnya (waluud) dan pencinta," sabda RasulullahSAW sebagaimana diriwayatkan oleh Imam Abu Dawud, An-Nasa'i dan Al- Hakim. "Sebab aku kelak berbanyak-banyak kepada umat-umat lain dengan kalian."

Rasulullah SAW juga pernah menganjurkan, "Pilihlah yang masih gadis kerana ia lebih manis mulutnya, lebih dalam kasih-sayangnya, lebih terbuka, dan lebih menginginkan kemudahan."

Yang dimaksud dengan "mulut manis" adalah ucapannya, kata Abdul Hamid Kisyik. Adapun yang dimaksud dengan "lebih dalam kasih-sayangnya" adalah banyak melahir-kan anak, terbuka, dan jujur.

Ketika seorang sahabat memberi tahu Rasulullah bahawa ia baru saja menikah dengan seorang janda, Rasulullah SAW menyatakan, "Mengapa tidak gadis yang ia dapat bermain denganmu, dan engkau dapat bermain dengannya, engkau menggigitnya dan ia menggigitmu?" (HR An-Nasa'i, sahih).

Sebahagian sahabat Nabi memberi keterangan, Tetaplah kalian mengawini gadis-gadis, sebab mereka lebih manis mulutnya, lebih rapat rahimnya, lebih hangat kemaluannya, lebih sedikit tipuannya, dan lebih rela dengan nafkah yang sedikit.

Keterangan sahabat ini senada dengan hadis Nabi yang mengingatkan:

"Kahwinilah oleh kalian gadis, sebab gadis itu lebih segar mulutnya, lebih subur rahimnya, lebih hangat kemaluannya, dan lebih rela dengan nafkah yang sedikit," (HR. Abu Na'im melalui Ibnu Umar r.a.. Periksa Mukhtarul Ahaadith).

Yang dimaksud dengan lebih rapat rahimya (antaqu ar-haman) adalah banyak melahirkan. Umar bin Khathab menganjurkan, "Perbanyaklah anak kerana kalian tidak tahu dari anak yang mana kalian mendapatkan rezeki."

Anak yang barakah adalah rezeki akhirat sekaligus rezeki dunia. Kita tidak tahu anak yang mana yang paling besar membawa rezeki, sehingga dapat mengangkat kita kepada kebahagiaan akhirat.

Masih ada hadith-hadith mengenai kesenangan-kesenangan yang dapat diperoleh ketika menikah dan perlu dipertimbangkan ketika akan melangkah ke sana. Allah swt. juga telah berfirman, "Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir." (QS. Ar-Ruum [30]: 21).

Tetapi ada yang unik. Kita dilarang mendo'akan orang yang menikah agar mendapat kebahagiaan dan banyak anak dalam pernikahannya. Kita diminta untuk mendo'akan me-reka semoga Allah membarakahi pengantin itu dan melimpahkan barakah bagi mereka. Yang pertama, mendo'akan agar mereka menjadi suami isteri yang penuh barakah, sehingga sekelilingnya ikut mendapat barakahnya. Yang kedua, mendo'a-kan agar mereka mendapatkan barakah. Wallahu A'lam bisawab.

Mengapa kita disuruh mendo'akan dengan do'a barakah dan tidak dengan do'a banyak anak, padahal ada beberapa anjuran untuk memperbanyak anak? Sekali lagi, Allahu A'lam bisawab.

Sumber: Kupinang dengan Hamdallah/Muhammad Fauzhiel Adhiem

SELANGOR "THE PORK PLACE", SELANGOR "TEMPAT DAGING KHINZIR"?

Posted: 13 Jan 2014 06:33 AM PST

The Pork Place.. "only in Selangor"...!
Saya dapat dua perkara ni dari blog sahabat saya, di sini. Mantap bro! Makin teruk Selangor dikerjakan rejim Pakatan Haram di bawah kekuasaan DAP. PKR tu "boneka" saja... 

PAS? PAS mungkin hanya sekadar "macai" saja...mungkin itu gelaran yang sesuai dengan PAS di zaman mereka berpakat dengan DAP dan PKR ni... bak gelaran yang selalu diungkapkan bekas Presiden PAS, Allahyarham Ustaz Fadhil Noor dulu ialah "macai" atau "pencacai", kan?

Cuba tengok gambar kat atas tu.... dan tengok pula gambar kat bawah ni... Na'uzubillahi min zalik... Mujurlah Allah takdirkan Kedah kembali ke pangkuan UMNO/BN... kalau terus di bawah PAS/Pakatan Haram... mungkin akan jadi seteruk di Selangor...kan?



Kalau jadi di Kedah camana agaknya?

KEPENTINGAN ISLAM & MELAYU BAKAL BERKUBUR DI SELANGOR?

Posted: 13 Jan 2014 04:31 AM PST

speaker-dun-sgr-492x460

Saya difahamkan bahawa MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mengarahkan agar 351 Bible menggunakan kalimah "Allah" yang dirampas JAIS baru-baru ini supaya dipulangkan pada Persatuan Bible Malaysia. Malah JAIS juga diarahkan agar memberitahu Kerajaan Pakatan Haram Selangor terlebih dahulu sebelum melaksanaka sebarang operasi di negeri itu…

Setakat ini, itulah saja tindakan dari Khalid Ibrahim. Mungkin itulah saja yang terdaya dia lakukan sebagai MB Selangor yang dipercayai berbangsa Melayu dan beragama Islam. Saya tidak tahu apa lagi yang dia mampu lakukan selepas ini berkenaan kes tersebut…

Sebagaimana maklum, JAIS merampas naskhah-naskhah Bible tersebut bukanlah disebabkan ia dicetak berbahasa Melayu. Tapi ia dirampas atas kesalahan menggunakan kalimah "Allah" tercetak di dalamnya bertepatan sebagaimana yang dilarang di dalam Enakmen 1988.


Ekoran itu, muncul tiga ADUN DAP bersuara mahu Kerajaan Pakatan Haram Selangor memansuhkan Enakmen itu yang melarang penggunaan kalimah seperti "Allah", "Nabi" dan sebagainya di Selangor. Mereka adalah Yeo Bee Yin (Damansara Utama- lokasi rampasan), Lau Weng San (Kg Tunku) dan Rajiv Rishyakaran (Bukit Gasing).

Saya difahamkan bahawa DAP agak "segan" untuk bersuara melalu pemimpin-pemimpin utamanya di peringkat Pusat, dan "3 serangkai" itu muncul mencetus polemik baru meliberalkan hak keistimewaan Islam di Selangor. Mereka berkemungkinan besar diketuai oleh Tony Phua dan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Hannah Yeoh.

Persoalannya, bila Speaker DUN campur tangan dalam soal berkaitan aqidah umat Islam itu, apakah cita-cita DAP untuk memansuhkan Enakmen yang menjaga hak keistimewaan Islam di Selangor itu akan berjaya dilaksanakan?

Saya melihat insiden ini sebagai satu kes yang agak serius memandangkan ia sangat mencabar kepentingan Islam di negeri termaju itu. MB Selangor pula dilihat begitu condong menyebelahi DAP dalam tindakannya.

Dalam kes Hasan Ali dan JAIS vs. Gereja DUMC dulu, Khalid menyebelahi pihak Kristian. Dalam kes Hasan Ali dan JAIS berkenaan kes rampasan arak juga menyaksikan "air kencing syaitan" itu diarah supaya dikembalikan. Dan kali ini, Bible yang mencemar undang-undang dan kesucian kalimah "Allah" di Malaysia juga dikembalikan…

Jadi, apakah tidak mustahil Dewan Undangan Negeri Selangor yang majoritinya dikuasai "taiko-taiko" DAP, ber"Speaker" suara DAP dan disokong oleh "pak-pak turut" dari PKR serta PAS akan selamba memansuhkan Enakmen 1988 itu?

Itulah "bahana"nya bila lantik Speaker DUN ikut suka hati tanpa memikirkan kesan dan tanpa merujuk pada kepentingan Islam terlebih dahulu. ADUN-ADUN PAS masih berlambak di DUN Selangor, tapi Speaker seperti Hannah Yeoh juga yang dipilih Khalid Ibrahim…

Saya berpandangan bahawa jika beginilah sikap Kerajaan Pakatan Haram Selangor dan ADUN-ADUNnya, tidak mustahil, Islam akan "dimansuhkan" suatu hari nanti di negeri itu. Dan ketika itu, rakyat Selangor khususnya umat Islam jangan menyesal. "Nasi mungkin akan menjadi bubur lambuk ditimpa airmata yang tidak berlagu"…

Sumber: Mykmu.net

POSISI "MENYERANG" ATAU "BERTAHAN/COUNTER ATTACK"?

Posted: 13 Jan 2014 02:12 AM PST

Dunia..dunia... memang macam-macam. Ramai yang suka bila kita menghentam seseorang pemimpin. Malah ada dakwaan yang kata, kalau nak blog hits, maka selalu la serang pemimpin, khususnya pemimpin UMNO/BN...

Ye laaa.. memang ramai yang nak baca bila kita cetus kontroversi menghentam seseorang di blog. Tak kira la benda yang kita hentam tu betul atau tidak, haq atau batil, betul atau palsu, yang pasti ramai yang tertarik dengan penulisan menghentam...

Maka sebab tu la Malaysiakini selalu top ranking. Kalau blogger UMNO/BN nak famous, maka hentam la pemimpin UMNO/BN sendiri. Kalau blogger pro-UMNO/BN serang pemimpin pembangkang, itu perkara biasa. Tapi kalau serang pemimpin UMNO/BN, maka ia jadi luar biasa dan ramai yang nak baca, kan?

Tapi...


Bila kita membela atau mempertahankan seseorang pemimpin, maka ada pula yang kata kita "bodek", "jilat", "macai", "diupah", "mendapat imbuhan" dan seumpamanya. 

Contohnya, saya pernah membela mempertahankan Mukhriz Mahathir, Ayahanda Tun M, Tok Bashah, Najib, Dr Khir Toyo, YB Badrul Hisham, YB Tajuddin, YB Pak Tam, YB Suraya, YB Sabrina dan ramai lagi. Kalau nak senarai, memang panjang...

Selalunya, sebelum mempertahankan seseorang, saya lebih suka menyiasat terlebih dahulu dari pelbagai sumber. Selepas dikumpulkan maklumat, maka barulah saya akan menulis atas dasar rasional, waras dan adil mengikut lunas Islam sebagai rujukan pertama.

Peliknya, bila kita membela pemimpin-pemimpin tersebut, kita akan dituduh dengan pelbagai tuduhan. Saya tak kisah sekiranya tuduhan itu benar. Tapi kalau salah dan tidak benar, bagaimana pula? Dosa dengan Allah, kita masih boleh mohon maaf. Tapi kalau berdosa pada makhluk?

Kalau dihitung pembelaan saya terhadap pemimpin-pemimpin UMNO/BN dan kalau saya diupah atas setiap pembelaan itu, mungkin saya kini sudah kaya raya. Tak perlu susah payah bekerja. Duduk depan lappy pun "masyuuuukk"...

Tapi biasalah. Kalau kita cakap kita tak diupah pun, siapa nak percaya, kan? Kadang-kadang, kawan sendiri pun tuduh kita begitu. Tu yang kecik hati tu...Padahal, sekupang haram pun kita tak terima, kan? Hanya Allah SWT saja yang tahu... hmmmm.. sabar aje lahhh... heh!

Apapun, Kedah bukan lagi ditangan pembangkang. Dari "posisi menyerang", saya kira rakan-rakan blogger pro-UMNO/BN termasuk saya perlu tukar ke "posisi mempertahan dan counter attack". Kita perlu pertahan kepimpinan UMNO/BN dan "counter attack" serangan pembangkang.

Saya faham, tak semua pemimpin UMNO/BN di Kedah ni bagus. Ada yang punya "kudis", "panau", "kurap" yang kadang kala kalau digaru makin sedap... kita perlu juga tegur sekali-sekala...kan? Kalau nak tegur tu, biarlah kena dengan caranya, kan? 

Depa bukan adik-adik kita yang boleh ditegur sesuka hati kita...kalau ditegur kena dengan caranya, insyaAllah depa akan terima. Kalau tak kena cara menegur, silap-silap niat kita yang baik itu akan "back fire"...

Kalau silap tegur, antara hasil yang kita dapat ialah "jadi modal serangan pembangkang", pemimpin malas nak layan teguran kita, pemimpin tak dapat terima dan tak mahu laksanakan perkara yang kita cadangkan, jadi "bunga taik ayam" dan kita pula yang "syok sendiri"...kan?

Setahu saya, kita ada saluran yang baik untuk menegur pemimpin pro-UMNO/BN. Kalau ada masalah, boleh hubungi mereka-mereka yang kenal dengan pemimpin tersebut. 

Contoh, kalau tak puas hati pada Mukhriz, kita boleh salurkan kat pegawainya atau sesiapa yang ada access, boleh "direct" terus pada MB Kedah tu...Setahu saya, ramai yang ada access begitu. Kalau kita tak kenal atau takdak access, kita boleh minta tolong rakan-rakan yang ada access untuk sampaikan mesej kita... 

Macamana? Setuju? Saya tidak minta rakan-rakan bersetuju 100% dengan pandangan saya. Itu sekadar cadangan yang saya fikirkan molek. Terserah... Tapi akkan kita nak jadi macam pembangkang, kot? Dulu masa depa perintah, depa tegur tak ikut saluran. Bila kita dapat detect, maka kita hentamlah...

Jadi, kita jadikan iktibar atas kejatuhan PAS di Kedah. Mana yang elok pada PAS, kita ambil. Mana yang tak elok tu, kita "tauk" buang jauh-jauh... boleh bro? Heh!

KIT SIANG NAK AJAR KETUA POLIS NEGARA? HEH! #ABCD

Posted: 12 Jan 2014 11:32 PM PST


Pada awal tahun 2014 ini, nampaknya pihak PDRM menerima lebih banyak cabaran. Belum sampai sebulan pun kita menginjak kaki ke tahun baru, macam-macam hal sudah berlaku. Dalam kesebokan PDRM mengendalikan kes-kes tersebut, ada pula yang muncul menuduh pihak berkuasa itu dengan pelbagai tuduhan dan kecaman…

Terbaru, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, menyelar KPN, Tan Sri Khalid Abu Bakar. Kononnya PDRM mengamalkan sikap "dwi-standard".

Kata bekas Setpol Lee Kuan Yew itu, PDRM kononnya bersungguh-sungguh menyiasat kes membabitkan Editor The Herald, Paderi Andrew Lawrence dan meletakkan kes berkenaan di bawah Seksyen 4 Akta Hasutan. Manakala Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria hanya dipanggil polis untuk memberi keterangan berhubung isu "bughah"…


Andrew sebelum ini mengatakan bahawa seluruh gereja Katolik di Selangor akan terus menggunakan kalimah "Allah" di dalam majlis anjuran mereka, termasuk pada perhimpunan mingguan mereka.

Manakala Harussani pula diambil keterangannya berhubung pandangannya yang menyatakan peserta demonstrasi haram, "Turun Guling Kerajaan" tempohari boleh dikaitkan dengan unsur "bughah" (penderhaka) yang "dihalalkan darah" mereka…

Pada saya, kedua-dua kes tersebut sangat berlainan sifatnya. Kes Andrew membabitkan kesucian dan maruah agama Islam, kepentingan aqidah dan masa depan umat Islam di Malaysia. Manakala kes Harussani lebih bersifat "internal" dan boleh dikatakan bahawa pandangannya langsung tidak dikuatkuasakan, bukan?

Pada saya, kes Andrew lebih berat dan perlu diberi perhatian. Saya kira, jika Kit Siang beragama Islam, dia akan tahu betapa seriusnya kesalahan yang dilakukan Andrew itu. Andrew bukan saja tidak patuh pada arahan mahkamah, malah dia mampu menyebabkan ketegangan agama dan umat Islam boleh mengamuk sakan pada paderi itu jika mahu.

Dalam kes Andrew juga, kita dapat lihat bagaimana paderi itu cuba "menegakkan benang yang basah" dengan "mengusik" kepentingan Islam di Malaysia. Memang benar semua agama di negara ini diamalkan secara bebas, tapi sudah tentu ada batasnya, bukan?

Pihak Islam di negara ini tidak pernah memperlekeh kedudukan agama lain kerana kami menghormati hak masing-masing sebagaimana yang telah diperuntukkan di dalam perlembagaan. Namun perbuatan dan kata-kata Andrew itu jelas mengganggu-gugat kepentingan agama kami dan kami perlu bertindak terhadapnya.

Andrew masih lagi beruntung kerana membuat onar di Malaysia di mana kami masih memegang teguh prinsip perundangan negara. Cubalah Andrew cabar kepentingan Islam di negara lain, mungkin dia tak boleh "hidup lama" ekoran menerima ancaman terhadap keselamatan dirinya…

Berbanding kes membabitkan pandangan Mufti Perak, itu adalah hal dalaman Islam. Kit Siang tiada kena mengena dalam kes itu dan tidak berhak memberi komen. Lagipun, saya kira tidak ada seorang pun peserta "Turun Guling Kerajaan" itu yang dibunuh pihak berkuasa atau mana-mana pihak berdasarkan pandangan Harussani itu.

Harussani hanya mengeluarkan pandangan dari sudut kefahamannya tentang Islam. Kalau tidak bersetuju dengan pandangannya, ijma' ulama boleh dilaksanakan dan ia boleh diselesaikan dalam konsep syura. Kalau Kit Siang tidak faham konsep Islam, sila "pi main jauh-jauh"…

Saya menyarankan agar Kit Siang tidak campur tangan dalam hal ehwal dan kepentingan Islam kerana dia sememangnya tidak faham sensitiviti tersebut. Bak kata firman Allah "lakum deenukum wa liya deen..". Lebih baik Kit Siang pergi nasihatkan anaknya tentang kontroversi CEC DAP dari campur tangan hal yang dia tak faham, kan?

Sumber: Mykmu.net

"APA SALAH PESTA BUIH DI PUTRAJAYA" - PENGARANG THE STAR KATA...

Posted: 12 Jan 2014 08:35 PM PST

thestarhardrock

Pengarang Akhbar The Star yang terkenal dengan sikap menyebelahi kumpulan orang Islam yang berfikiran liberal dan pro-eksteremis Kristian di negara ini, hari ini, menempelak dan menyindir kumpulan yang menentang pembukaan Hard Rock Cafe Putrajaya sebagai "reaksi keterlaluan dan tidak beralasan."
Beliau menulis:
Reason No 1: It was another classic case of Malaysian over-reaction. Perkasa was screaming its head off even though Putrajaya Corporation chief Tan Sri Aseh Che Mat said there was no application to open a HRC in the administrative capital. The local Hard Rock Café franchise holder Tan Sri Syed Mohd Yusof Syed Nasir also confirmed that there was no such plan. So what was the fuss all about?
Ini masalah pengarang akhbar yang malas membaca. Bantahan paling awal digerakkan oleh pengguna Facebook [https://www.facebook.com/pages/Rakyat-Malaysia-Menentang-Hard-Rock-Cafe-dan-Kelab-Malam-di-Putrajaya/249117548586909]. Perkasa dan sebagainya datang kemudian, Page ini muncul dua jam selepas tersebar berita berikut:


ARKIB : 04/01/2014
Hard Rock Cafe Putrajaya bakal dibuka
PUTRAJAYA 4 Jan. – Pelabur Hard Rock Cafe di Malaysia, Tan Sri Syed Yusof Syed Nasir akan membuka sebuah lagi cawangan restorannya di sini selepas pembukaannya di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Melaka.
Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj), Tan Sri Dr. Aseh Che Mat berkata, secara spesifiknya lokasi keempat Hard Rock Cafe itu ialah di Menara Ikhlas, Presint 3 di sini dan ia akan dibuka secepat mungkin iaitu antara tempoh tiga hingga empat bulan tahun ini.
"Ini akan melibatkan pelaburan yang agak tinggi kerana kita mahu Hard Rock Cafe berkenaan mampu menjadi tarikan baharu orang ramai untuk ke Putrajaya, terutamanya para peminat motosikal Harley Davidson," katanya di sini hari ini.
Dalam perkembangan berkaitan, Aseh yakin dengan adanya Hard Rock Cafe berkenaan, ia mampu menjadi tarikan baharu bagi Putrajaya. – UTUSAN
Sekiranya Wong Chun Wai yang tidak boleh berbahasa Mandarin dengan fasih, juga tidak boleh berbahasa Melayu dengan fasih, eloklah beliau meminta wartawan beliau menterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris supaya ia mudah difahami.

Janganlah anggap semua orang Melayu yang membantah pembukaan HRC di Putrjaya sebagai bodoh, bangang dan bahlul yang membiarkan emosi melampaui pemikiran rasional.

Kita lihat sepuluh alasan yang Wong Chun Wai berikan memberi gambaran seolah-olah orang Melayu dan Islam di negara ini bodoh dan bahlul membantah sesuatu yang tiada isu, anti hiburan dan dan cepat melenting.

Hakikatnya yang kami yang membantah mempunyai alasan yang sangat jelas kerana ia telah diumum untuk dibuka oleh Tan Sri Aseh Che Mat.

Perkara kedua juga sangat melucukan dan mengelirukan:
Reason No 2: Have any of the critics ever set foot inside a HRC outlet? Seriously, do they know what they are talking about? The last time I was there, the Strollers Two was playing.
Hello, only uncles and aunties will know who the Strollers are.
Please lah. Tempat maksiat? Duh! HRC all around the world have a reputation for hosting family gatherings. Maybe the steaks are a little over-priced but it's the last place you want to go for a pick-up, unless cougars are your preferences.
Footnote: Cougars are not animals despite their somewhat animalistic demands.
pestabuihHRC

Kami juga bukan anti hiburan, apa yang kami mahukan hanyalah hiburan yang berpatutan dengan Putrajaya, bukannya semacam Hard Rock Cafe Kuala Lumpur atau Pulau Pinang yang bukan sahaja menjadi tempat tumpuan pemilik motor besar tetapi juga kumpulan manusia yang menjual diri dan pemabuk atau mengadakan pesta buih seperti di HRC Pulau Pinang.

10 perkara yang dikemukakan oleh pengarang The Star langsung tidak menyentuh hiburan melampau yang diadakan oleh Hard Rock Cafe. Beliau mungkin beranggapan boleh "menyesatkan" (mislead) sebahagian pembaca Islam liberal dan menunjukkan penentang HRC Putrajaya sebagai ortodok, jumud dan ekstremis Islam.

foamparty

Jika dilihat aktiviti-aktiviti Hard Rock Cafe Pulau Pinang misalnya, mungkin tajuk paling sesuai untuk tulisan The Star tersebut ialah, "Apa Salah Pesta Buih di Putrajaya?"
Sekadar mengulangi kumpulan membantah HRC di Putrajaya:
Jual Arak atau tidak, kami tidak mahu franchise arak menjadi mercu tanda Putrajaya. Isunya bukan jual arak, tapi imej arak yang akan memalukan Putrajaya. Pergilah buka hotel Hard Rock tempat lain.
Kalau Felda boleh buka Hotel di London harga beratus juta, kenapa tak boleh buka hotel, tak boleh labur di Putrajaya jika bandar ini kemaruk pelaburan sangat?
MESEJ MUDAH:
KAMI TIDAK MAHU PUTRAJAYA DIKAITKAN DENGAN BRAND FRANCHISE ARAK DAN HIBURAN BARAT!
The Star boleh terus memutarbelitkan fakta apabila membabitkan orang Melayu dan Islam. Kami akan terus mendedahkannya!

Sumber: Mykmu.net

LAWAK KANTOI..!!! RED BEAN ARMY MEMANG PENIPU..!!!

Posted: 12 Jan 2014 06:36 PM PST

Kenal dengan kartoon kat atas tu? Kenal RBA? Reb Bean Army, tahu? Bukan Mr Bean, bukan ice cream kacang merah dan bukan sejenis kuih raya. Red Bean Army...alaaa... satu geng Cytroops DAP yang beroperasi secara terancang dan tersembunyi tuuu...

Kalau tanya DAP, sampai mati pun depa tak ngaku. Tapi saya difahamkan, RBA mempunyai dua tingkat pejabat di bangunan Komtar.. Rakan-rakan bloggers pro-UMNO/BN di Penang tahu dan maklum tentang perkara ni...

Dan... cuba tengok pula gambar yang dipercayai datangnya dari RBA... tujuannya nak serang MB Pahang, Tok Nan...Tapi kantoi la pulakkkk... kah! kah! kah! Tu laaa... kalau nak buat isu, pastinya yang benar-benar tulen dan benar saja... bila dah jadi macam ni siapa yang malu? Heh!



Haaaaa...!!! Kan dah kantoi... kan dah malu... heh! Lepas ni mesti kena marah dengan "Khalifah PAS"... heh! Tipu tak menjadi..heh!

DESYUMMM..!!! PUNCA KAMALANATHAN DITUMBUK..??!!!

Posted: 12 Jan 2014 04:17 PM PST


Timbalan Menteri Pendidikan II, P.Kamalanathan mengadu ditumbuk seorang pemuda di pejabat Ahli Parlimen Hulu Selangor, petang Ahad.

Kejadian dipercayai berpunca rasa tidak puas hati pemuda terbabit ketika ayahnya berjumpa Kamalanathan sebelum insiden yang berlaku di pejabat wakil rakyat itu kira-kira jam 2.30 petang.
Kamalanathan

Ayah pemuda terbabit dikatakan berjumpa Kamalanathan untuk memohon supaya menantunya yang mengajar di Johor ditukarkan ke Hulu Selangor.

Dalam laporan polisnya, Kamalanathan berkata lelaki itu berjumpanya ketika program pemeriksaan mata yang dianjurkan pejabatnya.

Bagaimanapun, ahli Parlimen itu itu memberitahu hanya boleh memberi sokongan sahaja kerana menantu lelaki berkenaan mengajar Bahasa Inggeris dan sukar mendapat kelulusan bertukar.

Kamalanathan dalam laporan polis di balai Bukit Sentosa mendakwa pemuda itu yang berjumpanya kemudian dengan sekumpulan pemuda lain di pejabat beliau melepaskan satu tumbukan kebahagian lehernya.

Polis Kuala Kubu Bahru ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan timbalan menteri itu.-bnbbc.my

PEJUANG BANGSA

Posted: 13 Jan 2014 11:36 AM PST

PEJUANG BANGSA


Terima kasih Macai PR Selangor , undi anda bantu GIAT MARA tutup !

Posted: 13 Jan 2014 03:52 AM PST


Heboh hari ini isu Pusat Giat Mara di Selangor ditutup gara2 dibuat atas tanah kerajaan PR .  

Bagi GPB ...jutaan tahniah ye kepada macai Melayu PR yang undi Dap - Pas -PKR di PRU13 lalu bagi membolehkan Dap runtuhkan institusi bantu anak Bangsa kita.

Ini kerana sekarang ini tanah kerajaan negeri bukan lagi untuk rakyat tapi milik mutlak macam mak bapa depa punya tanah.


Satu lagi Pusat Giat Mara yg diarah TUTUP dgn kadar segera oleh EXCO Selangor atas alasan tanah milik kerajaan negeri.






Gambar lawatan EXCO Yon Hian Wah dan wakil dari The KL and Chinese Assembly Hall bersama kontraktor yg dijangka akan mengambil alih tanah tersebut di Pusat Giat Mara Selayang... Sabak Bernam dah tutup atas arahan yg sama..... Kapar menunggu hari....

 Nampaknya semua Pusat Giat Mara yg berstatus tanah milik kerajaan negeri akan dikuburkan oleh group CINA LAKNAT INI!!!! Tlg sebarkan......

Sumber


Keris Pusaka Melayu

Posted: 13 Jan 2014 11:24 AM PST

Keris Pusaka Melayu


ISA mungkin diwujudkan semula Guna Nama Akta Baru – Zahid Hamidi

Posted: 12 Jan 2014 10:43 PM PST

ISA tidak mungkin diwujudkan semula - Zahid Hamidi
MENTERI Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (dua dari kiri) beramah mesra dengan anggota RELA yang menerima Pingat Kedaulatan Negara pada sambutan Hari Rela ke-42 di Sungai Sumun, Bagan Datoh di sini, hari ini. – Foto L Manimaran
BAGAN DATOH: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan tidak mungkin mewujudkan semula Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Sebaliknya kata beliau, kerajaan mungkin meminda akta sedia ada atau menggubal akta baharu yang bersesuaian jika perkara itu dirasakan perlu.

“Apa yang dinyatakan oleh kebanyakan pemimpin-pemimpin termasuk Ketua Polis Negara (Tan Sri Khalid Abu Bakar) mempunyai elemen-elemen yang boleh diperkirakan tetapi bukan mudah untuk menghidupkan semula ISA,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Rela Malaysia Peringkat Kebangsaan ke-42 di sini, hari ini.

Beliau juga berkata andai akta seumpama diadakan, undang-undang itu bukan bertujuan menahan mereka yang berbeza pandangan politik, sebaliknya untuk menjamin keselamatan negara dan ketenteraman awam.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempunyai pertimbangannya dalam meneliti pandangan yang diberi oleh pelbagai pihak berhubung isu itu, katanya.

Beliau mengulas saranan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad agar ISA diwujudkan semula bagi menangani kumpulan ekstremis yang mahu menjejaskan kestabilan negara.

Saranan Dr Mahathir turut disokong oleh Khalid.
- BERNAMA

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/ISAtidakmungkindiwujudkansemula-ZahidHamidi/Article/index_html


tunku

Posted: 13 Jan 2014 03:49 AM PST

tunku


KHALID MOVES TO ERODE AZMIN INFLUENCE FOR COMING PARTY POLL

Posted: 12 Jan 2014 11:55 PM PST



Going by the way Parti Keadilan Rakyat (PKR) leaders Tan Sri Khalid Ibrahim and Azmin Ali move, there is no denying that the friction between the two has widen as awaiting to burst come party poll scheduled for May.

Trouble is brewing and the simmering flame is now growing to be a fire as the Selangor Mentri Besar, who is the party supreme council member is seen to 'worm' his way to unseat Azmin, the party deputy president.

There is no sign as of now the friction or the flame could be put off even with party de facto chief Datuk Seri Anwar Ibrahim's interference.

The 'war' is on and intense fighting is expected for the deputy president post downwards with incumbent Azmin awaiting a tough challenge from Khalid.

Despite Khalid not saying anything about his plan in the coming party poll, talks among PKR members are that Khalid might be aiming to unseat Azmin for the deputy president post.
Khalid's latest action against Azmin, dropping him as a director of Selangor Development Corporation (PKNS) is seen as a preliminary move to erode Azmin's influence among the grassroots.

This, according to party members would deny Azmin of patronage among party members and it may work because minus the economic patronage, Azmin may not be able to garner as many votes as he needed.

Khalid's move, according to them is considered 'smart but not wise' as being a corporate man, Khalid fails to see the 'loyalty' among party members in 'the political arena.'
"Politics is not just about running a state or being a Mentri Besar but it is more of the human relations where party members do not just judge a leader through its action in running a state but also on the human side.

"Economic patronage is considered one of the many privileges for party members to continue fighting for the vision of the party because without it, party members may not be able to contribute for party activities at every level due to lack of finance.
"In this case, Khalid's move against Azmin is a good move to clip Azmin of some support but obviously not wise because party members can see through Khalid's objective," said one party member.

The friction between Khalid and Azmin dated way before the May 5 general election as Azmin was tipped to replace Khalid as Selangor Mentri Besar but was denied of the post as Khalid had the backing of PAS and the Sultan.

Khalid is seen on the offset as more of an administrator than a politician which was the reason for Azmin's intention to replace him as Mentri Besar.

Although Azmin had denied the talks that he was interested in the Mentri Besar post, his action in the state assembly questioning Khalid's every policy – the latest on salary increment for excos and Mentri Besar – had 'pissed' Khalid off most.

Khalid, who is politically not strong as he attempts to blend his corporate ways into the political conduit, is still lacking behind in grassroot support given that he is 'too high a level for grassroot politics.'

But possessing high political ambition and given the 'superficial view that he runs the state well', many PKR members said Khalid thinks he is a deputy president material and that this coming party poll he should be given a chance.

Azmin, being a 'street fighter and rose from grassroot level' who is considered the most loyal to Anwar, is expected to 'fight tooth and nail' to retain his position.

bumiyang

Posted: 13 Jan 2014 03:40 AM PST

bumiyang


Mengapa Zunar Benci Sangat Terhadap Rosmah???

Posted: 13 Jan 2014 12:39 AM PST

Fauziah Salleh Tinggalkan "Pengundi" Kuantan Hadapi Gelombang Banjir Kedua???

Posted: 12 Jan 2014 08:20 PM PST

Ohpolitik!™

Posted: 13 Jan 2014 03:05 AM PST

Ohpolitik!™


#Selangor : Khalid Ibrahim Pecat Azmin?

Posted: 12 Jan 2014 11:49 PM PST


PKR Selangor bergolak lagi, kali ini pertelagahan antara Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali yang juga  ADUN Bukit Antarabangsa berhubung pengguguran Azmin sebagai ahli lembaga pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS ).

Perkara itu, menurut setiausahanya Amiruddin Shari (bawah) dibuat tanpa memaklumkan kepada mereka walaupun kongres tahunan parti itu pada Oktober lalu memutuskan semua lantikan politik, termasuk penggantian dan pengguguran perlu mendapat sokongan parti.

"Jadi kami mahu tahu adakah ibu pejabat (parti) dan presiden sudah diberitahu (mengenai keputusan itu)?" kata Amiruddin kepada pemberita selepas mesyuarat tiga jam perhubungan negeri di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya malam tadi.

Azmin yang bergegas untuk pulang selepas itu menolak memberi sebarang komen kepada media dan hanya mengucapkan "selamat malam" sebelum melambai dan menaiki kenderaan.

Memetik sumber, Malaysiakini pada 11 Januari melaporkan Azmin digugurkan dari jawatan ahli lembaga pengarah PKNS berikutan keputusan Khalid.

Sumber itu berkata penyingkiran itu dibuat walaupun penasihat undang-undang negeri dan PKNS menasihatkan supaya Azmin yang juga ADUN Bukit Antarabangsa, dikekalkan.

Sahabat-Gunung

Posted: 13 Jan 2014 01:47 AM PST

Sahabat-Gunung


Masa Untuk Merampas .... RELAkan Sahaja

Posted: 13 Jan 2014 01:46 AM PST


Kini sudah tiba masanya untuk kita relakan sahaja institusi-institusi pengajian yang dibina di Selangor ketika di zaman pemerintahan BN untuk dirampas oleh kerajaan negeri Selangor hari nie iaitu Pakatan Rakyat ...

Relakan sahaja .... kerana ini kuasa mereka .... Jika beberapa tahun lalu, IKYS Sabak Bernam di tutup.... kini masa untuk Pusat Giat MARA pula jadi bahan mereka ....


Relakan sahaja .....


Baca seterusnya di sini.




Wayang Dah Bermula ....

Posted: 12 Jan 2014 11:37 PM PST


Yess!! wayang dah bermula ... mula-mula gugur, kemudian ada pihak tuntut penjelasan, kemudian ada orang2 UMNO masuk perangkap hentam isu penguguran Azmin nie sebagai tanda perpecahan PKR Selangor sedangkan tindakan gugur Azmin hanya sekadar divert isu Kalimah Allah yang hangat diperkatakan di Selangor ...


Nak tengok, sape masuk perangkap dulu ....?

Pemuda UMNO Anjur Malam Cinta Rasul

Posted: 12 Jan 2014 09:32 PM PST

Sempena sambutan Maulidur Rasul tahun ini, satu program Malam Cinta Rasul akan dianjurkan oleh Masjid Kampung Baru anjuran bersama Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan dan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Titiwangsa.

Program itu akan diadakan Isnin ini bertempat di Masjid Kampung Baru, Kuala Lumpur dan dijangka disertai kira-kira 2,000 umat Islam.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Mohd. Razlan Mohammad Rafii berkata, program itu akan bermula pada pukul 7 malam dengan persembahan Qasidah oleh Al Yamani.

Kemudiannya ia akan disusuli dengan sembahyang magrib diikuti dengan bacaan ayat-ayat suci al Quran oleh johan qari Musabaqah Membaca al-Quran Peringkat Antarabangsa, Amirahman Abas.

"Selepas itu para jemputan yang hadir akan bersembahyang isyak yang kemudiannya diikuti oleh persembahan qasidah dan ceramah oleh bekas Mufti Johor, Datuk Noh Gadut.

Menurut Mohamad Razlan, matlamat program itu adalah untuk menyemarakkan aktiviti sambutan Maulidur Rasul terutama di kalangan generasi muda warga kota.

Kita bukan sekadar mahu meraikan hari kelahiran Rasullullah SAW semata-mata, tetapi sambutan ini juga diharapkan dapat mengumpul golongan muda terutamanya supaya dapat diperdengarkan kepada mereka kisah-kisah Rasulullah yang mungkin ada yang sudah semakin lupa," ujarnya yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Seputih.

Sehubungan itu beliau menyeru warga kota untuk sama-sama memenuhi Masjid Kampung Baru pada Isnin ini untuk menyatakan rasa kecintaan dan sayang kepada Rasulullah di samping bersama-sama memperbaharui tekad dan semangat untuk mempertingkat amalan serta terus memperkasa Islam.


Menurut Mohamad Razlan, sambutan yang bertemakan Husnul Khotimah: Allah dan Rasul Di Sisiku itu, juga diharapkan dapat menjadi platform untuk mewujudkan kesatuan dalam kalangan umat Islam yang kini dilihat semakin terjejas.

Taipingmali (tm)

Posted: 13 Jan 2014 01:31 AM PST

Taipingmali (tm)


Kalimah allah, COMANGGO n kaedah kristianisasi di malaysia.

Posted: 12 Jan 2014 07:35 AM PST


1. GEMPAR !! Gerakan Kristian di Malaysia Terbongkar !!!
http://youtu.be/6lMi4aR5Dp8

2. Mengapa KAFIR semakin berani pertikai Islam? - Ust Nasarudin Mat Isa
http://youtu.be/PaTQe9c0uS4

3. Ancaman COMANGGO terhadap Islam - Ust Nasarudin Mat Isa
http://youtu.be/JSl3_qPYu5M

4. Agenda tersirat penggunaan Kalimah Allah dalam Bible - Ust Nasarudin Mat Isa
http://youtu.be/MNgn0G_Ot5Y

5. "NGO Islam adalah kumpulan Terrorist"  - COMANGGO
http://youtu.be/_76HsvfBsYs

Husam Musa mahu lihat Umno menang di Kelantan

Posted: 12 Jan 2014 05:57 AM PST

"Sebagai usaha bagi PR memenangi Parlimen Putrajaya pada PRU14, Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa mencadangkan penduduk yang bekerja di kawasan itu perlu mendaftar pemilih di sana.

Menurutnya, Putrajaya adalah tumpuan utama PR pada PRU akan datang dan menjangkakan tarikh pilihan raya itu akan diadakan dalam tempoh tidak sampai lima tahun.

Beliau berkata, perkara itu kerana keadaan ekonomi yang semakin meruncing dan pemerintah tidak mampu dihadapi masalah itu dengan begitu lama kecuali melakukan pilihan raya semula.

"Kita perlu bersedia, dan Putrajaya adalah tumpuan kita pada PRU yang akan diadakan tidak sampai tempoh lima tahun lagi.

"Rakyat Kelantan khususnya yang ramai di kawasan ini, yang bekerja dan tinggal di sini perlu mendaftar pemilih di kawasan ini.

"Perkara ini penting untuk mendapatkan pusat pentadbiran negara," katanya pada program Sempena Minum Petang dan Bicara Santai Putrajaya Bersama Husam.

NOTA LUTUT:

Husam mahu Bn tumbang di Putrajaya kerana isu pembinaan Hard Rock Cafee, tetapi kalau usul Kristian nak bangunkan gereja di sana dan menamakan "Rumah Allah Roh Kudus" sudah tentu Husam bersetuju.

Kenapa Husam mahu ramai pengundi di Putrajaya?

Pertamanya kerana dia sedar bahawa ramai anak Kelantan yang bekerja di Jabatan Kerajaan balik mengundi di kampung halaman mereka dan itulah punca kekalahan Husam di pusat pentadbiran tersebut.

Kedua Husam mahu ajar Pas Kelantan agar jangan terlalu sombong selepas menang besar PRU 12 dan 13.

Contextualization in Action- Lihat lah wahai orang Pas

Posted: 12 Jan 2014 04:50 AM PST

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted: 13 Jan 2014 12:20 AM PST

Dialog Dewasa Kritik Berasa


TIMBALAN MENTERI PALING BAGUS

Posted: 12 Jan 2014 11:39 PM PST

YB Datuk P. Kamalanathan Di KLIA Ketika Menunggu Kepulangan Pelajar Malaysia Dari Mesir (2013)
Saya terkejut dengan berita YB. Datuk P. Kamalnathan ditumbuk http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Kamalanathancederaditumbuk/Article. 

Sepanjang saya mengenali YB Datuk P. Kamalnathan, beliau adalah seorang yang sangat prihatin, mesra rakyat dan seringkali ingin mengambil tahu masalah rakyat tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik.

Perkhidmatan beliau adalah merentas sempadan negeri dan sebagainya. Beliau adalah contoh Timbalan Menteri yang bagus untuk rakyat Malaysia.

Pada tahun 2010, saya didatangi oleh seorang guru dari Kelantan kerana masalah perkhidmatan beliau yang sudah lama terhenti kerana sebab-sebab tertentu. Pada masa itu, YB Datuk Kamalnathan belum lagi menjadi Timbalan Menteri tetapi beliau sudi mendengar dan menjawab panggilan telefon saya. Bacaan ulangan di sini http://www.al-azharrisiddiq.com/2013/06/kenapa-tidak-pertikai-yang-tidak-fasih.html

Beberapa hari kemudian, beliau telah memberikan surat sokongan dan berhubung sendiri dengan pihak Kementerian untuk membantu menyelesaikan masalah guru tersebut.

Kita harus faham, Ahli-Ahli Yang Berhormat sebagai Ahli Dewan Rakyat merupakan pembuat dasar dan polisi-polisi penting negara kita di dalam parlimen. Perlaksanaan dasar-dasar itu dilaksanakan oleh kakitangan kerajaan sebagai peneraju penting sesebuah kerajaan. 

Ahli-ahli Yang Berhormat tidak mempunyai kuasa veto untuk menukar seseorang guru yang hendak bertukar, namun beliau boleh memberi sokongan. Di Kementerian Pelajaran, sudah ada sistem yang disediakan dan ada budi bicara yang diberikan seperti rayuan dan sebagainya. 

Kalaulah semua Menteri dan Timbalan Menteri memaksa Kementerian Pelajaran supaya menuruti kehendak mereka agaknya apa akan jadi kepada sistem pertukaran guru kita. Sudah pasti ianya akan kelam-kabut dan memberi kesan kepada proses pembelajaran anak-anak kita. Kerajaan dan negara kita bukan kerajaan kukubesi, sosialis atau komunis untuk memaksa kakitangan kerajaan untuk menuruti kehendak mereka secara diktator.

Oleh itu, kita perlukan kesabaran di mana khabarnya suatu sistem baharu penempatan dan pertukaran guru yang lebih mudah dan bersifat lebih baik sedang diusahakan oleh kerajaan seperti mengikut suami/isteri, berdekatan tempat tinggal dan sebagainya. Walaupun ketika memohon pekerjaan ramai yang sanggup menerima penempatan di mana sahaja.

Di dalam kerajaan kita, surat-surat sokongan bukanlah sebagai suatu surat kepastian. Saya sudah pernah menceritakan perkara ini di sini http://www.al-azharrisiddiq.com/2013/12/tnb-proton-dan-ds-najib.html
YB P. Kamalnathan Tekun Mendengar Isu-Isu Semasa Ops Piramid 2013 di KLIA
Begitu juga semasa pelajar-pelajar kita dari Mesir dibawa pulang ke Malaysia tahun lalu (2013), di mana YB Datuk P. Kamalnathan datang seawal pagi untuk menanti kepulangan pelajar-pelajar kita dari Mesir. Beliau menanti dengan sabar, memberi ucapan semangat dan memberi penerangan kepada ibu bapa.

Saya tidak bersetuju dengan perbuatan yang dilakukan ke atas YB Datuk P. Kamalnathan walau apapun alasan yang diberikan. Ianya adalah perbuatan yang tidak boleh diterima dan tidak bertamadun. Agama kita Islam sendiri melarang perbuatan tersebut dan kita sepatutnya beristighfar dan berasa malu dengan perkara ini.

Saya menyarankan supaya beliau memohon maaf kepada YB. Datuk Kamalnathan, sesungguhnya memohon maaf adalah perbuatan yang terpuji di dalam agama Islam. Semua orang ada melakukan kesilapan, tetapi apa salahnya memohon maaf. 



Kredit : jentayuabaka.

ORANG INDONESIA TUTOH ANWAR SAMPAI ANWAR TERPAKSA MINTA MAAF

Posted: 12 Jan 2014 06:42 PM PST



Kata orang Indonesia di dalam sosial media di Jakarta, "Kadang-kadang menyampah juga bila ds Anwar Ibrahim pergi Retweet gambar-gambar satirical yang hentam DS Najib. Sebab kebanyakan gambar-gambar itu terlampau kebudak-budakan. Tak sesuai.

Oleh kerana tak tahan dengan sindiran itu, Anwar Ibrahim terpaksa menjawab, "TK. akan teliti".

Kasihan Anwar, dia suka menyindir orang lain, kini dia kena sindir tak tahan pula...

Anda nilai sendiri betapa bodohnya Anwar dan betapa tak ada maruahnya Anwar diolok-olok oleh orang di Jakarta!

Bikin malu Malaysia di tanah orang! Ini macamkah pemikiran ketua pembangkang? Kebudak-budakan!





TIAN CHUA KATA MENTERI HAL-EHWAL PARLIMEN

Posted: 12 Jan 2014 07:13 AM PST

Naib Presiden PKR, Chua Tian Chang hari ini gagal dalam permohonan mengetepikan tuduhan menghasut terhadap dirinya kerana membuat kenyataan berhubung pencerobohan di Lahad Datu, Sabah.
Hakim Datuk Amelia Tee Hong Geok Abdullah ketika menolak permohonan Chua yang lebih dikenali sebagai Tian Chua itu berkata, dakwaan terhadap ahli Parlimen Batu itu tidak salah daripada segi undang-undang.
"Menjadi tugas pihak pendakwaan untuk membuktikan kata-katanya merujuk kepada kerajaan, bukan hanya Umno sebagai sebuah parti politik, dan jelas ia adalah perkara yang perlu dibicarakan di mahkamah," katanya. 
"Jadi mahkamah mendapati tiada merit untuk pemohon mengetepikan kes itu," katanya.
Amelia dalam keputusannya berkata, Tian Chua juga berhujah Akta Hasutan tidak sewajarnya digunakan kerana ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
"Peguam pemohon mengatakan pada Julai tahun lalu, Perdana Menteri mengumumkan Akta Hasutan akan dimansuhkan, tetapi sebelum akta tersebut dimansuhkan, ia kekal dan boleh digunakan," katanya merujuk kepada pengumuman Datuk Seri Najib Razak tahun lalu. – (26 September, 2013)

MERBOK TIMES

Posted: 13 Jan 2014 12:14 AM PST

MERBOK TIMES


SAKSIKAN MAHARAJA LAWAK MEGA!!!! PEACE ..YOOOOOOOO!!!!!

Posted: 12 Jan 2014 10:54 PM PST

Program Maharaja Lawak Mega adalah di antara program TV yang mendapat rating yang tertinggi.

Ia bukan sahaja mendapat tempat di hati rakyat tetapi juga di hati wakil rakyat. 
Mungkin ini salah satu cara wakil-wakil rakyat menangani stress yang berlebihan dan wakil rakyat juga ingin hiburan.

Bagi rakyat stress yang terlampau ialah dengan kenaikan harga barang. 

Tunggu bil letrik bulan ini....

DARUL EHSAN TODAY

Posted: 12 Jan 2014 11:46 PM PST

DARUL EHSAN TODAY


Hasil Undi Orang Melayu Kepada Pakatan Rakyat...

Posted: 12 Jan 2014 05:00 AM PST

Sepuluh tahun dulu orang selangor tak pernah terfikir kedai jual babi di buka secara besar-besaran di negeri ini, bukan tak ada tempat jual babi di selangor dulu, ada, dulu babi di jual di tempat yang tertutup untuk menjaga sensitiviti umat Islam dan orang melayu...


Jika dulu kita meludah kahak hijau kalau terpaksa melintas depan pasar babi atau menutup hidung jika berselisih dengan lori bawak daging babi, kini orang melayu menganggap babi bukan lagi benda kotor dan haram, tak keterlaluan aku kata, kalau adalah ulama yang kata dia dah jumpa ayat dalam quran kata babi itu halal dan boleh dimakan, akan ada melayu-melayu berpusu-pusu ke kedai bak kut teh untuk menikmati sajian yang wangi, enak dan menyelerakan itu.

Ye lah... orang melayu nie kalau makin moden makin hilang rasa sensitifnya, sampaikan ada sorang adun tu punya kemaruk nak raih undi sampai masuk dalam pasar babi... kliksini

Apa pun orang melayu di selangor kini sudah tidak sensitif lagi dengan apa yang berlaku di sekeliling mereka, babi sudah di anggap binatang biasa seperti ayam, itik dan kambing, darah orang melayu di selangor sudah tidak lagi menyirap bila orang kafir mengatakan Allah itu ada bini dan anak...


Terima kasih kepada kerajaan pakatan rakyat kerana menjadikan orang melayu selangor moden dan liberal... 


Belantan

Posted: 12 Jan 2014 11:28 PM PST

Belantan


Kerajaan PKR gagal pertahan Islam di Selangor...!!! Kedegilan BSM mahu guna kalimah Allah cabar kesabaran umat Islam?

Posted: 12 Jan 2014 07:13 AM PST



Walaupun memahami kemarahan umat Islam berhubung isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam dan sudah termaktub dalam undang-undang negeri Selangor bahawa Bible versi Bahasa Melayu yang mempunyai kalimah Allah tidak boleh diedarkan di negeri itu, Persatuan Bible Malaysia (BSM) tetap berdegil.

Kelmarin, Presiden BSM, Lee Min Choon yang seolah-olah tidak mempedulikan perasaan umat Islam menyatakan persatuan itu tetap akan mengedarkan kitab tersebut yang mempunyai kalimah Allah di Selangor walaupun ia bertentangan dengan Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988 di negeri tersebut.

Lebih dikesalkan, Min Choon juga dengan sewenang-wenangnya menegaskan, Bible telah menggunakan kalimah Allah sejak 200 tahun lalu iaitu sebelum enakmen itu diwujudkan lagi dan menyifatkan enakmen berkenaan sebenarnya hanya mewujudkan keadaan yang kompleks.

Sememangnya buat kali kedua, perasaan umat Islam dipancing dan hati mereka bagaikan disiat-siat kerana 48 jam sebelum itu, Pengarang The Herald, Paderi Lawrence Andrew turut berdegil dengan mempertahankan pendiriannya meminta gereja-gereja di Selangor menggunakan kalimah Allah dalam perhimpunan mingguan mereka.


Hebat sekali, dua individu ini, mereka dilihat seolah-olah mahu mencabar kesabaran umat Islam dalam berhadapan isu kalimah Allah. Mereka sama sekali tidak mempedulikan kemarahan umat Islam, tidak mengendahkan titah Sultan Selangor dan menolak ke tepi peruntukan undang-undang yang sedia ada.

Kita akui memang dalam perkara 10 yang dipersetujui oleh Kerajaan Pusat yang membenarkan import, penggunaan dan pencetakan Bible versi bahasa Melayu di negara ini, tetapi ia ada batasnya. Ini memandangkan 10 perkara itu bukan undang-undang apatah lagi Perlembagaan. Mahu tidak mahu 10 perkara itu tetap terikat dengan undang-undang sesebuah negeri.

Begitu jugalah di Selangor, oleh itu kenapakah BSM masih berdegil mahu mengedarkan Bible versi bahasa Melayu yang mempunyai kalimah Allah di negeri tersebut? Kenapakah BSM tidak mahu mematuhi undang-undang sedia ada? Kenapakah mahu berdegil sehingga ia boleh membangkitkan kemarahan umat Islam?

Mungkin BSM akan marah jika ada pihak mempersoalkan apakah mereka mempunyai niat tertentu sehingga sanggup mengambil tindakan yang dilihat meminggirkan titah Sultan Selangor dan mengenepikan enakmen sedia ada.


Kalau mereka tidak mempunyai apa-apa niat kenapakah masih mahu mempertahankan satu tindakan yang mereka sendiri ketahui ia akan memancing emosi umat Islam?

Sebenarnya, pendirian BSM dan ditambah pula dengan kedegilan Andrew hanya akan mengeruhkan keadaan. Isu penggunaan kalimah Allah ini boleh diselesaikan secara harmoni jika BSM dan Andrew tidak menunjukkan sikap 'keras kepala' mereka.

Apa yang menjadi persoalan, kenapakah BSM berkeras dan Andrew berdegil? Apakah motif mereka? Jika kedua-dua pihak itu merasakan tindakan mereka akan disokong oleh pihak tertentu khususnya daripada parti politik tertentu maka umat Islam juga berhak bangkit untuk menentang kedegilan mereka.

Malah mereka juga tidak boleh marah dengan ketegasan JAIS. Atas sebab itulah, jabatan itu tidak harus tunduk dengan apa juga tekanan terutamanya berhadapan dengan BSM. Jabatan itu harus terus tegas melaksanakan usaha bagi menjaga kesucian Islam dan akidah umat Islam.


Biarlah Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) membuat keputusan dan mengeluarkan arahan berdasarkan perhitungan politik tetapi JAIS mempunyai tanggungjawab menjaga hal ehwal Islam.

Namun BSM harus diperingatkan bahawa umat Islam tidak pernah melakukan perkara yang menyentuh sensitiviti bukan Islam termasuklah penganut Kristian. Oleh itu belajarlah untuk memahami sensitiviti orang Islam sebelum keadaan menjadi bertambah parah.

Kedegilan BSM tidak akan menguntungkan mana-mana pihak, sebaliknya ia hanya akan mengakibatkan keharmonian kaum dan agama di negara ini terjejas, apatah lagi di Selangor yang majoriti penduduknya beragama Islam.

Kepada umat Islam pula, bersatulah dalam menghadapi isu kalimah Allah ini. Janganlah sampai kita menjadi seperti mana sabda Rasulullah SAW, biar pun umat Islam itu ramai namun ia umpama buih-buih di lautan sahaja.

Suara Politik
Belantan

Ustaz Moden's Weblog

Posted: 12 Jan 2014 11:23 PM PST

Ustaz Moden's Weblog


Wahabi Tolak Al Asya’irah dan Al Maturidiyah

Posted: 12 Jan 2014 06:01 PM PST


The Unspinners

Posted: 12 Jan 2014 11:10 PM PST

The Unspinners


Pakatan tebar gambar Raja Muda untuk rosakkan kredibiliti Sultan

Posted: 12 Jan 2014 04:35 PM PST

Anwar Ketua Mubaligh Kristian Selangor?

Posted: 12 Jan 2014 04:30 AM PST

Kalau ini hujah Zul Nordin, retorik Marina kalah dan diai toleh lari

Posted: 12 Jan 2014 12:30 AM PST

Panglima Perang Cyber

Posted: 12 Jan 2014 11:06 PM PST

Panglima Perang Cyber

Panglima Perang Cyber


UMNO Online - Pemuda UMNO Anjur Malam Cinta Rasul Di Masjid Kg Baru Malam Ini cc @RazlanRafii @Khairykj

Posted: 12 Jan 2014 10:39 PM PST

Panglima : tahniah atas penganjuran program seumpaman ini. 



Pemuda UMNO Anjur Malam Cinta Rasul Di Masjid Kg Baru Malam Ini

KUALA LUMPUR, 13 Jan – Sempena sambutan Maulidur Rasul tahun ini, satu program Malam Cinta Rasul akan dianjurkan oleh Masjid Kampung Baru anjuran bersama Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan dan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Titiwangsa.

Program itu akan diadakan di Masjid Kampung Baru, Kuala Lumpur dan dijangka disertai kira-kira 2,000 umat Islam.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Mohd. Razlan Mohammad Rafii berkata, program itu akan bermula pada pukul 7 malam dengan persembahan Qasidah oleh Al Yamani.

Kemudiannya ia akan disusuli dengan sembahyang magrib diikuti dengan bacaan ayat-ayat suci al Quran oleh johan qari Musabaqah Membaca al-Quran Peringkat Antarabangsa, Amirahman Abas.

"Selepas itu para jemputan yang hadir akan bersembahyang isyak yang kemudiannya diikuti oleh persembahan qasidah dan ceramah oleh bekas Mufti Johor, Datuk Noh Gadut.

Menurut Mohamad Razlan, matlamat program itu adalah untuk menyemarakkan aktiviti sambutan Maulidur Rasul terutama di kalangan generasi muda warga kota.

"Kita bukan sekadar mahu meraikan hari kelahiran Rasullullah SAW semata-mata, tetapi sambutan ini juga diharapkan dapat mengumpul golongan muda terutamanya supaya dapat diperdengarkan kepada mereka kisah-kisah Rasulullah yang mungkin ada yang sudah semakin lupa," ujarnya yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Seputih.

Sehubungan itu beliau menyeru warga kota untuk sama-sama memenuhi Masjid Kampung Baru pada Isnin ini untuk menyatakan rasa kecintaan dan sayang kepada Rasulullah di samping bersama-sama memperbaharui tekad dan semangat untuk mempertingkat amalan serta terus memperkasa Islam.

Menurut Mohamad Razlan, sambutan yang bertemakan Husnul Khotimah: Allah dan Rasul Di Sisiku itu, juga diharapkan dapat menjadi platform untuk mewujudkan kesatuan dalam kalangan umat Islam yang kini dilihat semakin terjejas. -MediaUMNO




Sent from my iPhone

5 Video Penting COMANGO Mesti Anda Tengok - Sebarkan

Posted: 12 Jan 2014 06:11 PM PST

1. GEMPAR !! Gerakan Kristian di Malaysia Terbongkar !!!
http://youtu.be/6lMi4aR5Dp8

2. Mengapa KAFIR semakin berani pertikai Islam? - Ust Nasarudin Mat Isa
http://youtu.be/PaTQe9c0uS4

3. Ancaman COMANGO terhadap Islam - Ust Nasarudin Mat Isa
http://youtu.be/JSl3_qPYu5M

4. Agenda tersirat penggunaan Kalimah Allah dalam Bible - Ust Nasarudin Mat Isa
http://youtu.be/MNgn0G_Ot5Y

5. "NGO Islam adalah kumpulan Terrorist" - COMANGO
http://youtu.be/_76HsvfBsYs

Sent from my iPhone

Reman Pegawai Khas Menteri @HishammuddinH20 Disambung

Posted: 12 Jan 2014 05:34 AM PST

Reman Pegawai Khas Menteri Disambung

Tiga individu termasuk seorang pegawai khas menteri ditahan reman pada Khamis bagi membantu siasatan berhubung dakwaan permintaan dan pemberian wang suapan berkaitan pemberian tender. 
Mereka ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 16 (a) (B) dan Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009. 
-fotoBERNAMA

SEPANG: Tempoh reman seorang pegawai khas menteri dan ahli perniagaan berpangkat 'Datuk' yang ditahan berhubung dakwaan rasuah berkaitan tender pembersihan di sebuah kementerian disambung dua hari lagi mulai Isnin.

Pendaftar Mahkamah Majistret, Rozaidi Yaacob, membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk melanjutkan tempoh tahanan reman ke atas kedua individu berkenaan.

Mereka disiasat mengikut Seksyen 16(a)(B) dan Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Kedua-dua mereka mula ditahan reman selama empat hari sejak Khamis lalu bersama seorang lagi suspek iaitu seorang wanita berjawatan setiausaha.



Panglima : kita yakin yang tidak bersalah akan dilepas dari hukuman. Jika benar-benar bersalah maka undang-undang juga akan menghukum mereka walau berjawatan tinggi sebagai pegawai khas Menteri.

Sent from my iPhone

ANGIN PERUBAHAN

Posted: 12 Jan 2014 10:35 PM PST

ANGIN PERUBAHAN


PKR & DAP Agih BR1M Pada Rakyat?

Posted: 11 Jan 2014 11:56 PM PST

1) Gambar menunjukkan wakil rakyat PKR mempromosikan BR1M.

2) Gambar satu lagi, penduduk mengisi BR1M di hadapan urusetia yang pakai baju DAP, khabarnya di Pangkor.

3) BR1M sudah masuk ketiga. Nampaknya kali ini parti pembangkang pula yang beriya iya dengan BR1M.






GERAKAN ANTI PKR

Posted: 12 Jan 2014 09:21 PM PST

GERAKAN ANTI PKR


KITA PERLU SELAMATKAN AKIDAH PENYOKONG PAKATAN..SEBARKAN !

Posted: 12 Jan 2014 12:33 PM PST

EDISI PERINGAT OTAK MELAYU : SENARAI KE VAVIAN CINABENG ....( SEBARKAN)

Posted: 12 Jan 2014 06:00 AM PST

BEZA NASIB MELAYU DI JOHOR DAN SELANGOR.

Posted: 12 Jan 2014 03:28 AM PST

JURI RAKYAT

Posted: 12 Jan 2014 08:15 PM PST

JURI RAKYAT


Alat-Alat Kedokteran yang Menyeramkan

Posted: 11 Jan 2014 09:18 PM PST

Dipergunakan pertama kali dalam hal medis measuakan asap melaui anus/dubur, alat ini dipergunakanterhadap para korban tenggelam . Dengan memasukan asap tembakau melalui anus/dubur,maka di percaya
bahwa korban tenggelam tersebut dapat kembal bernafas setelah pingsang akibat tenggelam.

1. Tobacco Enema (1750-1810):medical-instrument-01

2. Artificial Leech (1840):
medical-instrument-02
Dipergunakan untuk pengobatan penyakit mata dan telinga

3. Double Guillotine (1860):
medical-instrument-03
Dipergunakan untuk mencabut amandel

4. Screw "Gag" (1880-1910):
medical-instrument-04
Dipergunakan untuk membuka paksa mulut pasien

5. Saw (1830-1860):
medical-instrument-05
Gergaji yang dipergunakan untuk menggergaji luka yang dianggap telah lemah untuk di operasi

6. Backward "Scissors (1500):
medical-instrument-06
Gergaji ini dipergunakan untuk melakukan operasi untuk amputasi

7. Knive for Cutting (1770):
medical-instrument-07
medical-instrument-07a
Pisau dan gunting yang biasa digunakan untuk operasi

8. Manual Trepanation Skull (1800):
medical-instrument-08
Alat yang dipergunakan untuk melubangi tengkorak kepala, untuk operasi organ bagian dalam kepala

9. Tools For Operations On Hemorrhoids And The Uterus (1870) :
medical-instrument-9
Rantai yang ada pada alat ini dipergunakan untuk memotong saluran gemmoroidalny site

10. Combating Hernia (1850):
medical-instrument-101
Alat ini akan dimasukkan kedalam area tubuh yang terserang hernia dan akan dibiarkan dalam beberapa minggu, kemudian alat ini akan dikeluarkan, dan luka bekas penggunaan alat ini akan menyembuhkan hernia

11. "Compass" for The Exact Location Bullets In The Body (1915):
medical-instrument-11
Alat yang berbentuk seperti kompas ini akan digunakan untuk menandai tertembak peluru, dengan alat ini letak peluru akan di tandai

12. Tool To Extract The Bullet (1500):
medical-instrument-12
Dengan menggunakan alat ini lah peluru yang menembus masuk kedalam tubuh akan dikeluarkan


Hewan Aneh di Pantai Mirip Alien

Posted: 11 Jan 2014 09:04 PM PST

Mahluk aneh msterius membuat gempar wisata misteriusan yang sedang berlibur di pantai semenamjung
Gowes di Wales Hewan ini mirip sekali dengan mahluk asing dari luar angkasa di cerita alien yang menyeramkan.
Ratusan orang di pantai Oxwich dekat Swansea sempat juga melihat kumpulan hewan aneh ini.
Foto-foto hewan asing yang mirip dengan Alien

Foto-foto hewan asing yang mirip dengan Alien
Foto-foto hewan asing yang mirip dengan Alien
Sebetulnya mahluk aneh ini adalah kumpulan semacam cacing laut yang biasa bergerombol di batang kayu besar yang larut di perairan pantai. namun karena sangat besar dan banyak jumlahnya sehingga kelihatan seperti mahluk aneh dan bila kita perhatikan sekilas mirip dengan DR Who di cerita Alien.
Beberapa orang menamakannya angsa apung Barnacles. Biasanya mereka terapung apun dan menuju pantai untuk berjemur diri
Foto-foto hewan asing yang mirip dengan Alien
Foto-foto hewan asing yang mirip dengan Alien
Di Spanyol dan Portugal Hewan ini banyak dikonsumsi dan bernilai jual tinggi, dimasak sebagai makanan dengan rasa asin dan biasanya di uap steam memasaknya.
Foto-foto hewan asing yang mirip dengan Alien
Foto-foto hewan asing yang mirip dengan Alien
Foto-foto hewan asing yang mirip dengan Alien
Foto-foto hewan asing yang mirip dengan Alien




Penampakan Nama Allah di Seluruh Penjuru Dunia

Posted: 11 Jan 2014 08:54 PM PST

Penempakan Nama Allah diseliruh penjuru dunia "Gambar-gambar penampakan lafal ALLAH di seluruh
penjuru alam semesta. Allah menunjukan namanya pada langit, galaxi buah hewan tanaman dan semua
milik-Nya.

1. Allah's Name Appears over the ocean from Satelite
picture7.jpg
a
2. NAMA ALLAH TERBACA DI ATAS AFRIKA
picture8.jpg
a
3. KILATAN AURORA DI LANGIT ALASKAN MENULISKAN KATA "ALLAH'
Date: October 29, 2003. Place: Gunsight Mountains, 110 miles north of Ancourage, Alaska. Photo courtesy of Calvin Hall. Photo obtained from Yahoo! News Photos.
picture13.jpg
a
4. AWAN DI LANGIT MENULISKAN KATA "ALLAH"
picture14.jpg

a
5. KATA ALLAH TERBACA DALAM SEBUAH KACANG
picture19.jpg
a
6. TULISAN "ALLAH" DALAM SEBUAH TOMAT
picture20.jpg
a
7. TULISAN 'ALLAH' DALAM SEBUAH SEMANGKA
picture22.jpg
a
8. "ALLAH" DITEMUKAN DALAM SEBUAH TERONG DI INGGRIS
picture23.jpg

a
9. KULIT JERUK BERTULISKAN "MUHAMMAD"

a
10. KATA "ALLAH" DALAM TERONG KETIKA DIBELAH

a
11. DALAM SEKERAT DAGING DI LEICESTER, INGGRIS
picture25.jpg
a
12. POHON KAKTUS (1)
picture30.jpg
a
13. POHON KAKTUS (2)
picture31.jpg
a
14. GELOMBANG TSUNAMI DI SRILANGKA MENULISKAN KATA "ALLAH"
picture36.jpg
a
15. LEBAH MENULISKAN KATA "ALLAH"
picture18.png
a
16. SEKUMPULAN SEMUT MENULISKAN KATA "ALLAH" DIANTARA LUBANGNYA

A
17. KALIMAH THAYYIBAH PADA SAYAP BELALANG

A
18. LAFADAZ ALLAH PADA BADAN KUCING

a
19. DAHAN POHON BERCABANG KATA "ALLAH"
picture26.png
a
20. DITEMUKAN RANTING-RANTING LIAR MEMBENTUK KATA "ALLAH"


A
21. KATA "ALLAH" DALAM BUNGA LILY

A
22.TULISAN "ALLAH" DAN "MUHAMMAD" DITEMUKAN PADA PERMUKAAN KULIT TELUR
picture24.png

Saya masih punya banyak gambar lagi, tapi untuk membuktikan kebenaran Allah, ini sudah lebih dari cukup.
SEMOGA KITA TERGUGAH AKAN KEBESARAN ALLAH DAN KEBENARAN YANG DITUNJUKKANNYA INI SEMUA. MASIH ADAKAH RUANG KERAGUAN TERHADAP KEBENARAN ISLAM?? ALLAH SUDAH MENUNJUKKAN BUKTI-BUKTINYA YANG SANGAT JELAS INI!

BERANI MEMBUAT PILIHAN...

Posted: 12 Jan 2014 03:27 PM PST

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


(Gambar) Gadis ini mahu tunjuk arah atau payudaranya?

Posted: 12 Jan 2014 02:30 PM PST

Festival Musim Panas Guangzhou semakin menghampiri dan seorang gadis cantik telah secara sukarela menawarkan diri untuk menyarungkan pakaian yang amat seksi di sebuah stesen metro untuk menjadi penunjuk arah kepada penumpang yang tiba.
.
Wanita yang dikenali sebagai Zhang Xin ini juga adalah seorang penyampai berita sukan.

Dasyat daya tarikan festival negara Tembok Besar ni..huh!




Dapat 'lesen' berzina dari ibu sendiri

Posted: 12 Jan 2014 05:31 AM PST

Gambar hiasan
NUSAJAYA : Untuk mengelakkan anak perempuannya dicekup melakukan maksiat kali kedua, seorang ibu bukan saja bersubahat membenarkan anaknya itu membawa pulang teman lelaki, malah turut menyediakan tempat tidur di rumah mereka di Taman Nusantara di sini.

Beberapa bulan lalu pasangan berkenaan pernah ditangkap khalwat di pusat riadah kawasan perumahan itu, namun tidak insaf, sebaliknya meneruskan kegiatan sumbang dengan ibu si perempuan turut bersekongkol.

Bagaimanapun, kelakuan mengaibkan dua beranak itu terbongkar hasil intipan penguat kuasa Jabatan Agama Johor dengan kerjasama Jawatankuasa Penduduk Biro Keselamatan dan Jawatankuasa Surau Taman Nusantara, baru-baru ini.

Pengerusi Biro Keselamatan Taman Nusantara, Ismail Rejab, 46, berkata serbuan dijalankan ke rumah dua beranak itu kira-kira jam 5 pagi dan ketika diserbu teman lelaki gadis itu tidur di tingkat bawah manakala teman wanitanya di tingkat atas.

"Pasangan berusia 20-an itu seolah-olah mendapat lesen daripada ibu gadis itu apabila kerap membawa balik teman lelaki pada siang mahupun malam. Kami juga difahamkan ibu itu membenarkan mereka berdua-duaan di rumah.

"Ibu gadis itu berusia 50-an mengakui kesilapan membiarkan anaknya bebas bergaul hingga membawa balik teman lelaki dan berjanji akan mengawasi kegiatan anak perempuannya," katanya sambil memaklumkan anak wanita itu juga diberi kaunseling supaya tidak mengulangi perbuatannya.

Sementara itu, Ismail berkata, terdahulu, pihaknya membuat serbuan ke sebuah kediaman seorang gadis, 20, yang tinggal bersama rakannya, kira-kira jam 3.30 pagi.
Menurutnya, gadis itu mengambil masa setengah jam membuka pintu rumah.

"Selepas diberi amaran, gadis itu memakai kemeja-T dan berseluar pendek membuka pintu sebelum pemeriksaan mendapati seorang lelaki berusia 23 tahun berasal dari Kampung Melayu, Gelang Patah berada di dalam bilik tidurnya.

"Pasangan itu diserahkan kepada pegawai pencegah maksiat Jabatan Agama Johor manakala teman serumah wanita itu diambil keterangan kerana disyaki bersubahat," katanya.

Sementara itu, Imam 1 Taman Nusantara, Samsul Adha, 40, berkata pihaknya sentiasa berusaha membanteras kegiatan tidak bermoral di kalangan anak muda di kawasan perumahan itu.

"Kami berharap supaya golongan anak muda tidak memandang ringan usaha membanteras maksiat yang dijalankan,"

(Gambar) Foto pegawai polis mabuk dalam kereta tersebar

Posted: 12 Jan 2014 04:01 AM PST

Rakaman-rakaman gambar ini dikatakan tersebar luas bermula di laman sosial WhatsApp dan kini menyalar dialam siber termasuk FB.

Digambarkan dua orang anggota polis dari unit MPV kereta nombor pendaftaran WLQ 4697, dalam keadaan terlalu mabuk sehingga terpaksa memberhentikan kereta MPV ketepi jalan agar tidak berlakunya kemalangan jalanraya.

Dari rakaman gambar-gambar tersebut dilihat mereka sedang nyenyak tidor dan ada yang sedang memegang setin bir jenama Heineken dengan pintu kereta terbuka dan senjata api berkemungkinan jenis MP5 lengkap dengan berpeluru terletak ditapak kaki bahagian duduk belakang.

Tidak dapat dibayangkan jika senjata berkenaan terlepas ketangan penjenayah.

Mohon siasatan lengkap dan telus tanpa memberi sebarang perlindungan untuk mengesahkan apakah rakaman-rakaman ini benar lagi sahih.

Setahu admin jika ini sahih maka jelas suatu perlanggaran disiplin amat tinggi grednya telah terlurai dan dilakukan oleh kedua anggota polis peronda berkenaan.

Jika tidak, pihak yang mula-mula melakukan penyebaran melalui WhatApps ini wajar diambil tindakan saman dan undang-undang yang sedia ada kerana memalukan institusi PDRM.


Sumber

Foto aksi pramugari terlampau Singapura di Instagram dikritik

Posted: 12 Jan 2014 02:01 AM PST

Seorang pengguna web Stomp.sg di Singapura telah memuatnaik cetakan skrin dari Instagram yang memaparkan beberapa keping foto gadis comel yang agak seksi.

Gadis tersebut juga didakwa salah seorang pramugari Singapore Airlines kerana salah satu dari gambarnya, beliau dilihat memakai pakaian seragam syarikat penerbangan tersebut.

Beberapa keping lagi fotonya dilihat agak keterlaluan kerana hanya memakai seluar dalam coli untuk mengambil gambar.

Individu yang memuatnaik foto tersebut menulis:

"Adakah ini kriteria untuk menjadi pramudari Singore Airlines?

"Dengan tag kan diri sendiri sebagai #asiangirlsrock?"


Pulau Pinang larang bukan Islam tutur 40 perkataan

Posted: 12 Jan 2014 12:41 AM PST

GEORGETOWN: Undang-undang Syariah Pulau Pinang melarang penggunaan 40 perkataan suci Islam termasuk kalimah "Allah" daripada digunakan oleh orang bukan Islam.

Mufti Pulau Pinang menegaskan terdapat 40 perkataan yang tidak boleh digunakan dalam bentuk tulisan oleh orang bukan Islam di negeri itu.

Antara perkataan yang dilarang penggunaannya oleh orang bukan Islam ialah 'Allah, 'solat', 'surau' dan 'masjid'.

Larangan itu diperuntukkan di bawah sub seksyen 48 (3) dan (4) Enakmen Pulau Pinang Pentadbiran Agama Islam 2004, eksklusif hanya kepada umat Islam.

Lain-lain perkataan ialah 'Firman Allah, Ulama, Hadis, Ibadah, Kaabah, Qadhi, Illahi, Wahyu, Mubaligh, Syariah, Qiblat, Haji Mufti, Rasul, Iman, Dakwah, Wali, Fatwa, Imam, Nabi, Sheikh, Khutbah, Tabligh, Akhirat, Azan, Al Quran, Sunnah, Auliya, Karamah, Syahadah Baitullah, Surau, Zakat Fitrah, Hajjah, Taqwa dan Soleh'.

Jurucakap Jabatan Mufti Pulau Pinang berkata, selain dilarang daripada menggunakan kata-kata, orang bukan Islam juga dilarang untuk menulis atau menyiarkan apa-apa perkataan dalam apa-apa bentuk versi atau terjemahan dalam apa-apa bahasa.

Malah larangan tersebut turut diperluaskan kepada untuk tidak digunakan dalam apa-apa bahan publisiti dalam apa bentuk, termasuk cetak, elektronik dan mana-mana bentuk, yang boleh menghina kesucian agama Islam.

Undang-undang itu dikuatkuasakan pada 29 April 2010.

Mereka yang didapati melanggar perintah itu akan didakwa di bawah Seksyen 3 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Pulau Pinang) 1996.

Seksyen itu berkata mana-mana orang, sama ada dia Islam atau tidak, yang memajukan doktrin atau kepercayaan agama selain daripada doktrin agama Islam atau kepercayaan di kalangan umat Islam adalah melakukan suatu kesalahan yang boleh dibicarakan di mahkamah sivil dan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Jurucakap itu berkata, setakat ini belum ada sebarang tindakan diambil terhadap mana-mana individu atau kumpulan sejak undang-undang itu dikuatkuasakan.

Semalam, New Straits Times melaporkan bahawa Kelantan telah menguatkuasakan undang-undang yang melarang orang bukan Islam daripada menggunakan 24 perkataan dan frasa Islam , termasuk "Allah" untuk lebih daripada 30 tahun.

Mereka yang melanggar undang-undang boleh didenda sehingga RM10,000 atau penjara lima tahun atau kedua-duanya. Mereka juga dikenakan sebat.

Antarapos

Singkir Azmin, Khalid takut bayang-bayang sendiri

Posted: 12 Jan 2014 12:31 AM PST

SHAH ALAM: Ahli Parlimen Kuala Langat Abdullah Sani Abdul Hamid membantah keras tindakan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menggugurkan Azmin Ali sebagai ahli lembaga pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Beliau berkata jika Khalid mengambil tindakan itu semata-mata kerana ditegur oleh Azmin bersabit bebeberapa isu rakyat maka dia (Khalid) takut pada bayang-bayang sendiri.

"Saya dukacita dan cukup marah dengan pengguguran Azmin Ali ini. Saya cukup tak puas hati.. Apa alasan dia nak gugurkan Azmin? Kenapa tak gugurkan semua sekali?," kata beliau kepada Antarapos.

Azmin hari ini mengesahkan dirinya tidak dilantik semula sebagai Ahli Lembaga Pengarah PKNS, namun enggan mengulas lanjut berkenaan perkara itu buat masa ini.

Perkara tersebut dilihat sebagai kemuncak krisis di antara Khalid dan Azmin, selepas beberapa siri kritikan lantang Timbalan Presiden PKR itu terhadap pentadbiran Khalid.

Abdullah berkata, Khalid sewajarnya mengambil sebarang teguran Azmin sebagai kritikan membina dalam usaha menambah baik pentadbiran negeri.

Abdullah juga merujuk kepada apa yang dianggapnya sebagai sikap 'pelik' Khalid yang mengutamakan bekas Setiausaha Politiknya, Faekah Hussin bagi mengisi jawatan tertinggi dalam pentadbiran negeri.

Khalid melantik Faekah sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar (MBI) dan terbaru beliau melantik bekas peguam itu sebagai pentadbir bagi menguruskan hal ehwal air Selangor.

"Dia lantik Faekah, (kemudian) dia gugurkan Azmin. Nampak tak relevannya?

"Dia (Faekah) sebagai seorang peguam, dia tidak berkemampuan dari segi kualiti hal air. Kita ada jurutera air, kita ada pakar-pakar air, kenapa tak dilantik mereka ini? Kenapa semua Faekah, Faekah, Faekah? Apa istimewa Faekah ini? Apa hubungan Faekah dengan Menteri Besar sebenarnya ni?," katanya beremosi.

Katanya, pimpinan PKR Pusat juga sewajarnya mengambil serius berkenaan hal ini yang disifatkan sebagai 'pelik' kerana Faekah sentiasa diletakkan sebagai keutamaan dalam hal pentadbiran negeri.

Sehubungan dengan itu Abdullah mengesahkan Majlis Pimpinan PKR Selangor akan mengadakan mesyuarat malam esok bagi membincangkan kedua-dua perkara tersebut.

Antarapos

Adun PKR terkejut MB Selangor mengalah isu air

Posted: 12 Jan 2014 12:20 AM PST

SHAH ALAM: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Andalas, Dr Xavier Jayakumar meminta Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjelaskan rasional tindakan kerajaan negeri menyerahkan kerja-kerja pengambilalihan empat syarikat konsesi air kepada kerajaan persekutuan, setelah empat tahun berjuang.

Xavier juga mahu kerajaan negeri menjelaskan mengapa kerajaan negeri bersetuju untuk membina Loji Langat 2 sedangkan sebelum ini projek kerajaan persekutuan itu ditentang habis-habisan.

Beliau yang juga bekas exco Selangor berkata alasan Khalid bahawa keputusan menyerahkan proses pengambilalihan syarikat konsesi dan persetujuan kepada pembinaan Langat 2 di buat mengikut Seksyen 114, Akta Perkhidmatan Industri Air (WSIA 2006), adalah tidak berasas sama sekali.

"Rakyat Selangor khususnya harus diperjelaskan apa itu "Seksyen 114" Akta WSIA 2006 itu.

"Selepas 'dirampas' atau terma yang lebih sopan disebut 'diambil alih', kerajaan Pusat akan menyerahkannya untuk diurus selia oleh Suruhanjaya Pengurusan Air Negara (SPAN).

Beliau dalam pada itu menegaskan kerajaan negeri sebenarnya tidak terikat untuk patuh kepada seksyen ini kerana kerajaan negeri bukan 'Pemegang Perniagaan Lesen Air'.

"Seksyen 114 ini adalah mirip kepada konsep 'Milik Negara' (Nationalisation) yang diamalkan oleh Cuba dan beberapa negara sosialis, cuma bezanya di sini ialah pemilik perniagaan tadi dibayar pampasan. Jadi apa kaitan Seksyen 114 tadi dengan Kerajaan Negeri Selangor?," kata Xavier dalam satu kenyataan.

Rabu lalu, kerajaan Selangor memberi lampu hijau untuk pelaksanaan Loji Air Langat 2 yang tertangguh sejak 2010 dengan mencadangkan pelantikan dua pentadbir mewakili kerajaan negeri bagi merealisasikan projek berkenaan.

Khalid berkata dua pentadbir yang dicadangkan itu ialah Presiden Kumpulan Darul Ehsan, Suhaimi Kamaralzaman dan Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Incorporated (MBI) Faekah Husin.

Sekali lagi pelantikan Faekah yang juga bekas Setiausah Politik kepada Khalid dipertikai banyak pihak termasuk PKR.

Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani ketika dihubungi Antarapos mempertikai kredibiliti Faekah dan mempersoalkan 'siapakah Faekah kepada Khalid?'

Mengulas lanjut, Xavier berkata, ramai yang tidak mengetahui bahawa kerajaan negeri adalah pemilik kepada 33 dari 38 buah loji rawatan dan 8 buah empangan besar seluruh negeri Selangor.

"Jelas di sini kerajaan negeri adalah pemilik aset air dan bukannya pemegang lesen perniagaan air, lantaran itu ia tidak sama sekali terikat langsung dengan seksyen ini," katanya.

Susulan daripada itu katanya rakyat mula keliru bagaimana kerajaan negeri tidak memahami seksyen tersebut sebaliknya mengambil keputusan untuk "memberikan kerjasama penuh kepada Kerajaan Pusat" untuk memberikan kelulusan pembinaan Loji Langat 2.

Xavier menambah, keputusan 'U-Turn' oleh Khalid telah menyebabkan rakyat keliru sementelah kerajaan negeri sebelum ini terlibat dalam demo air sebagai bantahan kepada pembinaan Langat 2.

Kerajaan negeri juga berkata mahu mengambil alih syarikat konsesi agar rakyat masih mampu menikmati air secara percuma sebanyak 20 meter padu.

Tak setuju dengan kos i-Kad, jangan gaji pekerja asing - Zahid

Posted: 12 Jan 2014 12:10 AM PST

ALOR GAJAH 12 Jan. - Majikan yang tidak bersetuju dengan kos RM110 bagi i-Kad, tidak perlu mengambil pekerja asing bekerja di syarikat mereka, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, pada masa ini, kos bagi mengambil pekerja asing di Malaysia masih jauh lebih rendah berbanding yang dikenakan negara-negara lain walaupun dengan bayaran i-Kad tersebut.

"Kalau tidak setuju jangan ambil pekerja asing, hantar mereka pulang...di negara lain seperti Singapura dan UAE (Emiriah Arab Bersatu), mereka membayar tidak kurang daripada US$5,000 bagi setiap pekerja.

"Di Malaysia levi paling tinggi cuma RM1,850 dan dengan pemeriksaan kesihatan, i-Kad dan pelbagai barayan lain, mereka membayar tidak lebih daripada RM3,000," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis ramah mesra sambutan pelajar baharu Sekolah Menengah Imtiaz Ulul Albab Melaka di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan sebuah akhbar semalam mengenai Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) yang membantah langkah kerajaan mengenakan bayaran RM110 untuk seorang pekerja asing memiliki i-Kad kerana didakwa membebankan para majikan. - BERNAMA

Terbuka Korea: Chong Wei tersungkur

Posted: 12 Jan 2014 12:01 AM PST

JAGUH nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei memulakan aksi tahun 2014 dengan prestasi hambar apabila tewas kepada pemain China, Chen Long dalam perlawanan akhir Kejohanan Badminton Terbuka Korea hari ini.

Tewas straight set 21-14 21-15 dalam masa 56 minit kepada Chen Long membuatkan misi pemain pilihan pertama itu untuk mendakap kejuaraan sulung tahun ini tidak kesampaian.

Bahkan impian Chong Wei untuk merangkul gelaran keempat setelah menjuarai kejohanan itu pada 2010, 2012 dan 2013 juga gagal dilaksanakan.

Kejohanan ini menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan AS$600.000 (RM1.96 juta).

Murid sekolah rendah hantar mesej seks (sexting)

Posted: 11 Jan 2014 11:01 PM PST

Perlakuan buruk itu turut babit murid sekolah rendah

Gambar hiasan
London: Benarkah perbuatan mengirim pesanan serta gambar lucah secara elektronik atau 'sexting' mendorong aktiviti seksual?

Kajian terbaru di dalam The Journal of Pediatrics mendapati jawapannya mungkin betul apabila ia membabitkan bukan saja pelajar sekolah tinggi tetapi juga murid sekolah rendah berusia 12 hingga 14 tahun.

Jurnal berkenaan mendedahkan kajian yang dijalankan ke atas 420 responden gred tujuh di lima sekolah rendah awam di bandar Rhode Island, Amerika Syarikat mendapati pelajar cenderung untuk bercium, melakukan seks oral atau hubungan seks berbanding rakan sebaya yang tidak menghantar mesej lucah.

Responden menjawab beberapa soalan seperti "dalam enam bulan terakhir, pernahkah anda mengirim mesej seksual untuk mengurat seseorang?, pernahkah terbabit dengan pelbagai aktiviti seksual seperti bercium dan hubungan seks serta sama ada mereka menjalinkan hubungan romantik yang kasual atau serius.

Memang remaja lebih pantas menguasai dunia digital berbanding ibu bapa, sifat kurang matang dan tidak sedar akan akibatnya membawa kepada akibat negatif yang serius

Cenderung aktiviti seks

Hasilnya, 22 peratus daripada responden menghantar 'sexting' dengan 17 peratus daripadanya hanya menghantar teks manakala 5 peratus lagi menghantar teks berserta gambar lucah. Kata saintis, lebih membimbangkan adalah 'sexting' dikaitkan dengan kecenderungan perlakuan seksual seperti menyentuh alat sulit, seks oral dan seks vagina.

Menurut pengkaji, kumpulan ini 4 hingga 7 kali lebih cenderung melakukan perlakuan seksual lain. Pelajar yang mengaku menghantar gambar menunjukkan kadar lebih tinggi dalam melakukan aktiviti seks. Remaja yang mengamalkan 'sexting' juga berasakan ahli keluarga dan rakan sebaya cenderung membenarkan perlakuan banyak lagi aktiviti seksual.

Kurang pemantauan
Muat naik foto seksual yang melampau seolah-olah amalan lazim dikalangan remaja dan pra remaja di media sosial, sebahagiannya kerana pegawai sekolah dan ibu bapa tidak memantau penggunaannya. Michael, 16, pelajar sekolah tinggi di New York, berkata 'sexting' popular di sekolah tinggi dan dianggap suatu perkara remeh.

"Ramai memuat naik foto diri sendiri di ruang Facebook, walaupun sekolah menegur perbuatan buli, 'sexting' tidak pernah dibincangkan mahupun dihukum," katanya.

Akibatnya remaja yang tidak cukup matang untuk memahami akibat daripada bertukar mesej berbaur seksual, mereka terdedah kepada pemangsa seksual, kata saintis lagi.

"Memang remaja lebih pantas menguasai dunia digital berbanding ibu bapa, sifat kurang matang dan tidak sedar akan akibatnya membawa kepada akibat negatif yang serius," kata mereka lagi.

Di San Diego, 12 pelajar sekolah tinggi Daerah San Dieguito Union mungkin didakwa apabila remaja perempuan menghantar gambar bogel mereka kepada teman lelaki yang kemudian disebarkan ke enam lagi sekolah tinggi dan sebuah sekolah rendah. Berkongsi gambar bogel remaja kini diklasifikasikan sebagai menyebarkan gambar pornografi kanak-kanak di sesetengah negeri.

Bagaimana sekolah dan ibu bapa membendung gejala 'sexting'? Ada ibu bapa yang menggunakan aplikasi seperti EyeGuardian, yang dibangunkan dua bapa dan cepat menyedarkan ibu bapa setiap kali kandungan lucah serta ada unsur penyalahgunaan dikongsi anak di akaun Facebook.

Selain itu, aplikasi ZipIt juga mensasar kepada remaja. Jika remaja menerima teks dari seseorang yang meminta foto lucah, aplikasi akan mencadangkan mesej alternatif seperti gambar bakul sampah berserta teks 'inilah gambar sampah saya.' - AGENSI

Pelakon tempatan bertubuh sasa minum arak macam air masak

Posted: 11 Jan 2014 10:01 PM PST

Gambar hiasan
Ketika minum petang dengan rakan setugas beberapa hari lalu, terbuka cerita pelakon mabuk teruk ketika menjayakan penggambaran filem di negara jiran. Terkejut Sha, maklumlah selama ini pelakon itu nampak 'bersih' meskipun orangnya panas baran.

Cerita ini didedahkan mereka yang menjayakan penggambaran itu. Pada satu malam, sumber nampak pelakon bertubuh kekar itu rakus menogok air kencing syaitan di tepi pantai. Tempat itu memang ramai pelancong luar dan menjadi tempat berhibur sambil minum.

Yang mengejutkan, pelakon itu minum arak yang dibeli macam togok air masak. Dari situ sudah tahu dia sudah biasa. Sudahnya apabila mabuk, dia terlentang tidur di situ juga. Tak peduli bahaya atau tidak, dia tersadai macam dugong tercekik batu karang. Dalam keadaan begitu, kalau dihanyutkan air pun tak akan sedar.

Mujur tak ada tsunami, kalau tidak pasti jadi kisah muka depan akhbar paling hangat tahun ini. Sudahnya, pagi esoknya dia datang lewat ke lokasi. Penampilannya bukan saja kusut masai tapi ada bau hamis yang buat orang sekeliling loya, tetapi masing-masing kunci mulut.

Malas nak panjangkan cerita, yang penting penggambaran hari itu mesti diselesaikan kerana banyak lagi lokasi yang mahu dikunjungi. Itulah penangan arak. Mana yang 'sekapal' dengan pelakon ini memang tak kisah tetapi bagi yang masih ada iman di dada, masing-masing hanya mampu geleng kepala.

Kalau ditegur pun pelakon ini tak makan saman, apatah lagi dia jenis tak boleh terima nasihat. Silap hari bulan ada meja kerusi melayang.

Jalan terbaik, masing-masing buat hal sendiri. Setahu Sha pelakon ini ada penyakit walaupun usianya masih muda. Tidakkah arak memburukkan lagi keadaan kesihatannya? Kalau itu jalan dipilih untuk kurangkan tekanan, jelas apa dilakukannya salah.

Sha harap dia hentikan tabiat buruk yang sudah terang lagi bersuluh ditegah agama.

CAK @ MyMetro Ahad

Ibu mentua lagak bagai kekasih

Posted: 11 Jan 2014 09:03 PM PST

Kuala Terengganu: Mahligai yang dibina selama 12 tahun akhirnya terputus angkara sihir ibu mentua. Itu nasib malang dialami seorang wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Maznah, 38, dari bandar raya ini.

Menurut Maznah, ibu mentuanya sanggup menjadikan anak lelakinya ibarat kekasih dengan memberi layanan 'kelas pertama' supaya dia cepat cemburu.

Katanya, dia mendirikan rumah tangga dengan lelaki pilihannya kira-kira 12 tahun lalu, namun selepas tiga tahun melayari alam rumah tangga, ibu mentuanya mengambil alih peranan sebagai isteri.

"Dia melayan suami tidak ubah seperti mereka pasangan kekasih dengan memberi panggilan manis kepada suami saya.

"Walaupun mempunyai anak lain, ibu mentua tetap memberi lebih perhatian kepada suami dalam pelbagai hal," katanya.

Katanya, ibu mentuanya didakwa mengamalkan ilmu sihir bagi memisahkan dia dengan suami.

Menurut Maznah, secara tidak sengaja melihat ibu mentuanya meludah ke dalam makanan yang dimasak sebelum diberi kepada suaminya, selain beras yang belum dimasak berada di bawah kangkangnya.

"Dengan menggunakan ilmu sihir, ibu mentua sanggup menundukkan anaknya supaya mematuhi arahannya, mengakibatkan hidup kami sekeluarga kucar-kacir.

"Sememangnya ibu mentua saya mempunyai ilmu kebatinan kerana pada usia 70 tahun dia mampu tampil dengan wajah seperti berusia 40 tahun," katanya.

Menurut Maznah, dia pernah melihat wajah sebenar ibu mentuanya ketika terlantar sakit dan mereka sekeluarga mengambil inisiatif mengerjakan solat hajat bagi memohon keselamatannya.

"Namun usaha yang kami lakukan ketika itu dikatakan amalan karut oleh ibu mentua, sedangkan ia perbuatan yang tidak melanggar syarak.

"Saya tidak tahu kenapa ibu mentua sanggup melakukan perbuatan memisahkan kami sekeluarga, sedangkan saya bersama suami tidak pernah menyakiti hatinya," katanya.

Menurutnya, dia menceritakan kisah itu sebagai renungan bersama dan untuk dijadikan iktibar dalam melayari alam rumah tangga kerana banyak berlaku perceraian akibat campur tangan orang ketiga.

"Namun saya tetap memaafkan ibu mentua walaupun memusnahkan kehidupan berumah tangga yang dibina sejak 12 tahun lalu," katanya.

Lipas terbesar dalam telinga manusia

Posted: 11 Jan 2014 07:31 PM PST

Darwin (Australia): Doktor menarik keluar bangkai lipas sepanjang satu inci yang memasuki telinga seorang lelaki ketika tidur.

Hendrik Helmer terjaga daripada tidur apabila terasa sakit dan cuba menggunakan pembersih vakum untuk menarik benda asing yang dirasai bergerak di dalam telinga kanannya, namun gagal.

"Saya mengagak ada serangga di dalam dan ketika itu bimbang ia mungkin labah-labah berbisa," katanya.

Helmer akhirnya ke hospital selepas tidak tahan kesakitan yang semakin menjadi-jadi.

Doktor kemudian menuangkan minyak zaitun ke dalam telinga itu menyebabkan lipas berkenaan lemas dan mati.

"Namun sebelum itu lipas berkenaan masuk lebih dalam dan mengambil hampir 10 minit untuk mati.

"Saya tetap rasa sakit kerana lipas itu menggelupur sebelum mati," katanya.

Doktor kemudian mengeluarkan lipas itu menggunakan penyepit dan terkejut apabila mendapati saiznya sepanjang seinci dipercayai serangga terbesar ditemui dalam telinga manusia.

Helmer tidak bimbang kejadian berulang, namun rakan-rakannya kini memakai penutup telinga sebelum tidur selepas geli mendengar pengalamannya. - Agensi

Seks punca cerai

Posted: 11 Jan 2014 06:31 PM PST

Putrajaya: Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) merekodkan 581,505 kes perceraian pasangan Islam didaftarkan di Mahkamah Syariah seluruh negara dari 2003 hingga 31 Disember lalu.

Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) Tan Sri Dr Ibrahim Lembut berkata, daripada jumlah itu, 544,804 kes berjaya diselesaikan manakala 36,701 kes lagi masih dalam proses perbicaraan.

Katanya, jenis perceraian pula adalah cerai mengikut Seksyen 47 (lafaz cerai) sebanyak 16,865 kes diikuti cerai fasakh sebanyak 5,528, cerai taklik (2,111), cerai khulu' atau tebus talak (86) dan pengesahan cerai di luar mahkamah sebanyak 12,111 kes.

"Selain itu, bagi tempoh sama Selangor menjadi negeri yang mencatat permohonan pendaftaran perceraian tertinggi, diikuti Johor, Kelantan dan Wilayah Persekutuan manakala perceraian paling rendah dicatat di Perlis, Melaka dan Sarawak," katanya.

Ibrahim berkata, berdasarkan kajian, beberapa faktor lain turut mendorong kepada perceraian, termasuk masalah berkaitan agama atau budaya yang mungkin disebabkan pasangan sering meninggalkan kewajipan terhadap agama, berlainan haluan atau kurang pengetahuan dan pendedahan agama.

Selain itu, pasangan bersikap dingin, tiada kepelbagaian dalam seks dan tiada kepuasan seks antara tiga masalah seksual yang mencatat peratusan tertinggi sehingga menyebabkan perceraian dan ia biasanya berlaku dalam kalangan pasangan muda berusia 35 tahun ke bawah.

"Punca lain termasuk suami atau isteri tidak bertanggungjawab kerana mementingkan diri, suami tidak memberi nafkah zahir batin dan keadaan isteri yang sering meminta cerai.

"Ada segelintir isteri sering meminta dicerai apabila berlaku perselisihan faham dan ketika kemarahan menguasai diri serta tercabar dengan permintaan isteri selepas diugut berkali-kali, tidak mustahil lafaz cerai keluar daripada mulut suami," katanya.

Bagaimanapun, masalah kesihatan bukan perkara utama yang mendorong kepada perceraian, namun ada dalam kalangan pasangan yang kuat merokok, sakit tua, sering sakit, menghidap penyakit HIV atau AIDS dan lumpuh boleh menyumbang kepada perceraian.

Katanya, pasangan tidak jujur, suka mengongkong atau 'king' serta 'queen control' sering berfoya-foya dan berjudi juga satu lagi sebab berlaku perceraian.

Selain itu, Ibrahim berkata, tempoh rumah tangga yang kerap berdepan kes perceraian adalah antara satu hingga enam tahun, dan tempoh itu dianggap paling mencabar dalam institusi perkahwinan kerana peratusan perceraian banyak berlakui.

Berdasarkan kajian dilakukan, kumpulan umur yang mempunyai peratus perceraian tertinggi adalah di kalangan umur 35 tahun ke bawah. "Statistik JKSM dari 2008 hingga 2013 menunjukkan 7,358 kes perceraian berlaku bagi pasangan yang berkahwin bagi tempoh perkahwinan kurang tiga tahun," katanya.

MB Selangor khianati janji pada umat Islam?

Posted: 11 Jan 2014 06:00 PM PST

SHAH ALAM 11 Jan. - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim diingatkan supaya berpegang kepada aku janjinya untuk memelihara dan melindungi kesucian Islam ketika mengangkat sumpah di hadapan sultan sebelum ini.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Noh Omar berkata, tindakan Abdul Khalid yang mengeluarkan dua arahan baharu kepada Jabatan Agama Islam Negeri (JAIS) jelas bertentangan dengan aku janji beliau iaitu mahu memelihara kesucian dan keagungan Islam sebagai agama rasmi negeri dan kepercayaan umatnya daripada diganggu gugat mana-mana pihak.

Dalam hubungan ini katanya, Menteri Besar sepatutnya membela JAIS yang merupakan sebuah agensi menjaga kesucian agama Islam di negeri ini dan bukannya melakukan sebaliknya.

"Serbuan itu dibuat untuk melindungi kesucian kalimah Allah yang mahu digunakan oleh agama lain di negeri ini dan dibuat berlandaskan Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam) Selangor 1988.

"Sebaliknya, Abdul Khalid mengeluarkan arahan terbaharu kepada JAIS mengarahkan pemulangan Bible yang dirampas dalam serbuan di Petaling Jaya pada Khamis lalu dan mewajibkan agensi itu memaklumkan kepada mereka sebelum membuat apa-apa serbuan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis Perjumpaan Pemaju Masyarakat Tabika dan Taska Permata Kemas di Politeknik Shah Alam di sini hari ini.

Noh turut menyifatkan pengeluaran arahan tersebut sebagai satu tindakan yang tidak menghormati undang-undang.

"Arahan itu menunjukkan bahawa kerajaan negeri pakatan pembangkang cuba masuk campur urusan penguatkuasaan undang-undang negeri.

"Sebagai Menteri Besar, beliau tidak boleh mengarah sesuatu tindakan penguatkuasaan yang akan dibuat oleh JAIS untuk dirujuk kepadanya terlebih dahulu," jelasnya.

Sementara itu dalam satu kenyataan, Noh melahirkan rasa kesal dengan sikap Abdul Khalid yang seolah-olah tidak memahami Penyelesaian 10 Perkara diluluskan Kabinet bahawa peraturan itu tidak boleh mengatasi undang-undang diwartakan oleh kerajaan negeri.

Menurutnya, Penyelesaian 10 Perkara itu hanya satu polisi dan bukannya undang-undang yang boleh dikuatkuasakan, selain hanya berkaitan dengan soal kemasukan dan pengimportan Bible bahasa Melayu ke negara ini yang langsung tidak ada kena mengena dengan isu kalimah Allah.

"UMNO Selangor juga melihat kerajaan negeri tidak memahami konteks kebebasan beragama yang disebut di dalam Perlembagaan di dalam Artikel 11 dan tertakluk kepada Artikel 11 (4) dan kenyataan beliau untuk mengheret Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam isu ini adalah satu usaha untuk menyalahkan kerajaan Persekutuan.

"Cap KDN hanya terpakai di negeri-negeri yang tidak mempunyai Enakmen 1988 seperti di negeri Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan, Sabah dan Sarawak," katanya dalam kenyataan tersebut.

Utusan Online

ISA tidak mungkin diwujudkan semula - Zahid

Posted: 11 Jan 2014 05:31 PM PST

BAGAN DATOH: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan tidak mungkin mewujudkan semula Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Sebaliknya kata beliau, kerajaan mungkin meminda akta sedia ada atau menggubal akta baharu yang bersesuaian jika perkara itu dirasakan perlu.

"Apa yang dinyatakan oleh kebanyakan pemimpin-pemimpin termasuk Ketua Polis Negara (Tan Sri Khalid Abu Bakar) mempunyai elemen-elemen yang boleh diperkirakan tetapi bukan mudah untuk menghidupkan semula ISA," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Rela Malaysia Peringkat Kebangsaan ke-42 di sini, Sabtu.

Beliau juga berkata andai akta seumpama diadakan, undang-undang itu bukan bertujuan menahan mereka yang berbeza pandangan politik, sebaliknya untuk menjamin keselamatan negara dan ketenteraman awam.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai pertimbangannya dalam meneliti pandangan yang diberi oleh pelbagai pihak berhubung isu itu, katanya.

Beliau mengulas saranan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad agar ISA diwujudkan semula bagi menangani kumpulan ekstremis yang mahu menjejaskan kestabilan negara.

Saranan Dr Mahathir turut disokong oleh Khalid. - BERNAMA

Khalid tak layak jadi Ketua Polis kata Tony Pua

Posted: 11 Jan 2014 05:01 PM PST

KUALA LUMPUR – Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Tony Pua mendakwa Tan Sri Khalid Abu Bakar tidak layak menjadi Ketua Polis Negara kerana menyokong supaya kerajaan mewujudkan semula Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Beliau mendakwa, kenyataan tersebut tidak melayakkan Khalid untuk terus menerajui pasukan polis dalam sebuah negara negara yang bebas dan mengamalkan prinsip demokrasi seperti Malaysia.

"Pendirian Ketua Polis Negara itu jelas bertentangan dengan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang kita perlu mengamalkan demokrasi untuk memperkasakan masyarakat," dakwanya lagi.

Tony seterusnya mendesak supaya Khalid dihantar ke `sekolah' demokrasi dan hak asasi manusia untuk memahami semangat Perlembagaan Persekutuan dan kehendak rakyat.

Media sebelum ini melaporkan, Khalid menyokong penuh cadangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad agar kerajaan mewujudkan semula ISA bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam negara dapat dikekalkan.

Beliau dipetik berkata, bagaimanapun polis hanya pihak penguatkuasa undang-undang dan terpulang kepada anggota parlimen untuk membuat cadangan undang-undang itu di Parlimen.

"Saya harapkan demikian (cadangan ISA diwujudkan). Jika parlimen rasa ia sesuai untuk diwujudkan semula, kenapa tidak," kata Khalid. – mynewshub.my

THE FLYING KICK

Posted: 12 Jan 2014 01:47 PM PST

Apa Yang Tersirat

Posted: 12 Jan 2014 01:43 PM PST

Apa Yang Tersirat


Tembakan Di Kota Kinabalu: Polis Dapat Maklumat Dalang

Posted: 12 Jan 2014 12:12 AM PST

Polis telah mengkaji rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis yang terlibat dengan kejadian tembakan di sekitar Bandaraya Kota Kinabalu lewat malam Jumaat lepas dan memperoleh sedikit maklumat mengenai suspek dan laluan yang digunakan mereka.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata hasil pemeriksaan awal ke atas rakaman CCTV itu mendapati perbuatan itu dilakukan sekumpulan remaja yang menaiki kenderaan yang menggunakan senapang angin berpeluru 'ball bearing' dan guli.

"Namun terlalu awal untuk membuat pengesahan sama ada penjenayah terdiri daripada individu, kumpulan penjenayah atau tindakan sesetengah pihak yang sengaja menggunakan cara berkenaan untuk menggusarkan masyarakat," katanya kepada pemberita pada Sabtu.

Beliau mengulas kejadian kira-kira 25 premis di sekitar Kota Kinabalu yang mengalami kerosakan termasuk cermin pecah apabila sekumpulan enam remaja yang menaiki tiga kenderaan melepaskan tembakan.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Jauteh Dikun dipetik sebagai berkata kejadian bermula pada pukul 11.45 malam dengn melibatkan 13 premis perniagaan di Karamunsing, sembilan di Luyang dan tiga buah bank di Inanam.

Hamza berkata polis sedang menyiasat dan melihat dari semua sudut serta tidak menolak sebarang maklumat yang disalurkan selain mengadakan sekatan jalan raya dan Ops Cantas Khas bagi menyelesaikan kes itu.

Dalam pada itu, katanya satu pasukan khas yang diketuai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sabah SAC Omar Mammah dan dianggotai semua jabatan polis telah ditubuhkan.

Beliau berkata pihaknya akan menyiasat dengan lebih terperinci berhubung penggunaan senapang angin berpeluru guli atau lastik mahupun senjata yang telah diubah suai bagi tujuan khianat itu.

"Apa yang saya dapat sahkan ialah laporan berkaitan kejadian kerosakan dan pecah cermin itu memang benar tetapi bukan menggunakan peluru senjata api tetapi senapang angin berpeluru bolbering dan guli," katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa tiada insiden tembak-menembak seperti yang dilaporkan di media sosial kerana premis yang didakwa berlakunya kejadian itu tidak wujud dan gambar yang tersebar juga adalah tidak betul.

"Ini mungkin tindakan mereka yang tidak senang melihat kestabilan dan keamanan negeri ini dan cuba mengganggu-gugat keamanan di negeri ini," katanya sambil menambah agar orang ramai tidak gusar dengan kejadian itu.

Katanya laporan insiden tembakan adalah fitnah dan sasaran penjenayah terbabit hanya kepada premis dan bukan manusia.

Sementara itu Jauteh turut menafikan sebarang khabar angin termasuk insiden tembakan di beberapa premis di sekitar Kota Kinabalu malam tadi.

"Berita mengenai suspek sudah diberkas juga adalah tidak benar sebaliknya ia mungkin disebarkan oleh orang ramai yang panik dan gusar atau mengambil kesempatan. Tiada kejadian terbaru dilaporkan setakat malam tadi," katanya.–

Duke of UMNO

Posted: 12 Jan 2014 01:39 PM PST

Duke of UMNO


KALIMAH "ALLAH": 10 RESOLUSI TAK BOLEH DIGUNA DI SELANGOR.. FAHAM TAK?

Posted: 12 Jan 2014 06:36 AM PST

Serbuan JAIS baru-baru ini menimbulkan kontroversi dan menggemparkan semua pihak. Isu ini jika diteliti dengan fakta dan hujah, dan jauh dengan unsur emosi, kita akan menemui penyelesaian.

Tidak dinafikan telah terdapat silap faham dan kekeliruan oleh sesetengah pihak yang mengeruhkan lagi keadaan. Berikut adalah beberapa pandangan dari sudut perundangan yang sepatutnya diterima dengan hati terbuka oleh semua pihak:
Pertama: 10 Point Solution tidak ada kesan ke atas undang-undang di Selangor (atau mana-mana negeri yang mempunyai enakmen/peruntukan undang-undang yang secara spesifik melarang penggunaan kalimah Allah) kerana ia bukan dalam bidang kuasa kerajaan Pusat.
Ia juga bukan satu akta Parlimen atau enakmen negeri, justeru ia tidak boleh mengatasi peruntukan Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan Di kalangan Orang Islam) Selangor 1988.


Satu pembacaan yang teliti ke atas 10 Point Solution daripada Kabinet menunjukkan bahawa setiap satu daripada 10 Point tersebut langsung TIDAK menyebut atau menyentuh kalimah Allah di dalamnya.

Penerbitan atau penyebaran Bible di dalam Bahasa Melayu bukan pokok permasalahan, tetapi penggunaan kalimah Allah di dalamnya, yang dibantah dan ditolak oleh umat Islam di Malaysia.

Penganut-penganut Kristian bebas menggunakan Bible dalam Bahasa Melayu (atau bahasa apa sekalipun) sesama mereka asalkan perkataan/kalimah Allah TIDAK ada di dalamnya.

Alasan atau hujahnya agak mudah, iaitu 10 Point Solution ini tidak merangkumi atau melibatkan penggunaan kalimah Allah, yang ketika itu masih di dalam proses Mahkamah.

Kemasukan atau pembenaran penggunaan kalimah Allah di dalam 10 Point Solution tersebut akan menjadikan proses rayuan di Mahkamah Rayuan tidak bermakna.

Sebagai peringatan kepada pihak yang bersungguh-sungguh dan terlalu bersemangat mendesak supaya Kerajaan atau Kabinet menggunapakai 10 Point Solution untuk meleraikan kemelut serbuan dan rampasan JAIS di premis Persatuan Bible Malaysia, adalah ditegaskan bahawa Keputusan Mahkamah Rayuan yang melarang penggunaan kalimah Allah adalah keputusan terpakai dan perlu diterima (setakat hari ini).

Apa-apa perubahan pada status keputusan Mahkamah Rayuan ini hanya akan diketahui setelah rayuan terhadap keputusan tersebut didengar dan diputuskan oleh Mahkamah Agung nanti.

Justeru, sesiapa sahaja yang melakukan perbuatan mencetak, menerbit atau menyebarkan Bible Bahasa Melayu yang di dalamnya ada tertera kalimah Allah secara otomatis sedang melakukan perlanggaran terhadap keputusan Mahkamah Rayuan pada bukan Oktober tahun lepas.

Golongan di atas "menyerang" kerajaan kerana tidak mempedulikan dan membelakangkan 10 Point Solution itu di dalam "mempertahankan" dan "memelihara" kebebasan penganut-penganut Kristian menjalankan aktiviti dan amalan keugamaan mereka.

Akan tetapi mereka tidak sedar atau barangkali "pura-pura tidak sedar" bahawa mereka sendirilah yang membelakangkan dan tidak mempedulikan langsung malah tanpa segan silu melanggar perintah Mahkamah Rayuan!

10 perkara itu hanya boleh mengikat (binding) sekiranya ia dibahas dan diluluskan di Parlimen untuk menjadi satu Akta dengan bahagian-bahagian yang memperuntukkan atau merujuk kepada penggunaan kalimah Allah di dalamnya dan sekiranya Mahkamah Agung memerintahkannya.

Kedua: Tindakan JAIS yang menyerbu premis Persatuan Bible Malaysia (PBM) adalah bertepatan dengan peruntukan undang-undang Enakmen 1988.

Berikut adalah peruntukan enakmen yang bersesuaian untuk memahami kes ini:
Seksyen 2 (2a) – Bagi maksud Enakmen ini, sesuatu penerbitan hendaklah dianggap sebagai terbitan mengenai agama bukan Islam jika ia dianggap oleh penganut atau anggota agama itu sebagai buku suci atau buku asas atau salah satu daripada teks-teks penting agama itu.

Seksyen 9 (1)
Seseorang itu adalah melakukan kesalahan jika dia -
(a) dalam apa-apa tulisan yang diterbitkan;
…..  menggunakan mana-mana perkataan yang disenaraikan dalam Bahagian 1 kepada Jadual, atau apa-apa perkataan terbitan atau variasinya, untuk menyatakan atau memperihalkan sesuatu fakta, kepercayaan, idea, konsep, perbuatan, aktiviti, perkara atau hal mengenai atau berkaitan dengan sesuatu agama bukan Islam.

Jadual (Seksyen 9)
Bahagian 1
PERKATAAN-PERKATAAN YANG TIDAK BOLEH DIGUNAKAN BERKAITAN DENGAN AGAMA BUKAN ISLAM
Allah, Firman Allah, Ulama, Hadith, Ibadah, Kaabah, Kadi, Ilahi, Wahyu, Mubaligh, Syariah, Qiblat, Haji, Mufti, Rasul, Iman, Dakwah, Injil, Salat, Khalifah, Wali, Fatwa, Imam, Nabi, Sheikh.

Dalam ertikata lain, mana-mana penerbitan atau percetakan yang memuatkan semua atau mana-mana kalimah yang disenaraikan adalah menyalahi peruntukan Seksyen 9 Enakmen berkenaan. Justeru tindakan JAIS untuk merampas penerbitan yang menyalahi Enakmen tersebut adalah bertepatan dengan undang-undang.

Enakmen ini juga tidak bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. Ini berasaskan Perkara 11 (4) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan:
"Undang-undang Negeri dan berkenaan dengan Wilayah-wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang Persekutuan boleh mengawal atau menyekat perkembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan ugama di kalangan orang yang menganuti ugama Islam"
Sehubungan dengan ini Majlis Ugama Islam Selangor (MAIS) juga telah mengeluarkan Kenyataan Media yang mempertahankan tindakan JAIS. (Rujuk Sini)

Satu catatan juga perlu disebut di sini bahawa:
"MAIS juga menegaskan bahawa tindakan JAIS bukan atas dasar cetakan Bible berkenaan di dalam versi bahasa Melayu tetapi atas dasar kalimah Allah telah digunakan di dalam Bible berkenaan dan ini mengundang kepada satu justifikasi siasatan bagi mengenalpasti samada berlaku satu kesalahan di bawah Seksyen 9 Enakmen 1988."
"Adalah juga diingatkan kepada orang awam bahawa di samping Enakmen 1988 mengenai pengawalan penggunaan kalimah Allah, terdapat juga fatwa oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor yang telah diwartakan pada 18 Februari 2010 yang melarang penggunaan kalimah Allah oleh agama-agama bukan Islam yang lain. Malah fatwa Jawatankuasa Negeri ini konsisten dengan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke-82."
Berdasarkan penelitian di atas, rampasan yang dibuat oleh JAIS adalah kerana penerbitan Persatuan Bible Malaysia di premis persatuan tersebut di Petaling Jaya telah melanggar undang-undang yang telah terpakai dan sedia ada.

Tiada siapapun, termasuk Menteri Besar, mempunyai "locus standi" (hak perundangan) untuk menuntut supaya bahan-bahan cetakan tersebut mesti dikembalikan. Selain daripada mencampuri urusan penguatkuasaan undang-undang di negeri pentadbiran beliau sendiri, Tindakan Menteri Besar Selangor boleh juga ditafsirkan sebagai melanggar titah Sultan Selangor dan mempersendakan dua institusi Islam iaitu JAIS dan Majlis Fatwa Kebangsaan.

Ketiga: Isu ini tiada kaitan dengan larangan pemakaian kalimah Allah yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan terhadap majalah Herald. Ini kerana ia adalah dua isu yang berasingan yang melibatkan kuasa kerajaan negeri dan kerajaan Pusat yang telah diterangkan sebelum ini.

Rumusan yang terbaik telah disuarakan oleh salah seorang Hakim dalam kes rayuan penggunaan kalimah Allah di Putrajaya:

Setelah meneliti fakta-fakta sejarah dan keagamaan mengenai kes di atas, hakim Mahkamah Rayuan YA Dato Sri Haji Mohamed Apandi Bin Ali menegaskan:
I could not find any plausible reason as to why the respondent is adamant on using the word "Allah" in its weekly newsletter, particularly in its Malay version. Since "Allah" is never an integral part of the faith of the respondent, it is reasonable to conclude that the intended usage will cause unnecessary confusion within the Islamic community and is surely not conducive to the peaceful and harmonious tempo of life in the country. This conclusion is fortified by the fact that the majority population in this country is Malay and whose religion is Islam.
Terjemahan bebas:
"Saya tidak menjumpai sebarang sebab yang munasabah kenapa Responden bertegas/berkeras untuk menggunakan kalimah "Allah" di dalam penerbitan mingguan mereka, khususnya di dalam penerbitan Bahasa Melayunya.

Oleh kerana "Allah" tidak pernah menjadi satu bahagian asasi di dalam agama Responden, adalah munasabah untuk membuat kesimpulan bahawa hasrat penggunaan kalimah tersebut akan menimbulkan kekeliruan di kalangan umat Islam dan sudah tentu tidak kondusif kepada amalan hidup yang aman dan harmoni di dalam negara ini.

Kesimpulan ini diperkukuhkan lagi dengan fakta bahawa penduduk majoriti negara ini adalah orang Melayu yang agama mereka adalah Islam."

Rumusan:

Pertama: 10 Point Solution tidak ada kesan ke atas undang-undang di Selangor.

Kedua: Tindakan JAIS yang menyerbu premis Persatuan Bible Malaysia (PBM) adalah bertepatan dengan peruntukan undang-undang Enakmen 1988.

Ketiga: Isu ini tiada kaitan dengan larangan pemakaian kalimah Allah yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan terhadap Majalah Herald.

Muhammad Luttfi Abdul Khalid
Yang Dipertua ISMA Sg Petani

KALIMAH "ALLAH": POPE KRISTIAN PUN MENGAKU..!!!

Posted: 12 Jan 2014 04:31 AM PST


Cuba tafsir sendiri kata-kata Pope Emeritus Benedict XVI dari Vatican ni. Ni bukan kenyataan lama... kenyataan baru...

Malaysia ni negara Islam...kan? Korang faham-faham sendiri la apa tujuan depa nak guna kalimah "Allah" kat negara kita ni...

Malangnya, ada jugak yang tak faham-faham... contohnya cuba tengok kat bawah ni... memalukan!




Baca kenyataan Pope kat atas tu dan tengok sendiri kenyataan PAS dan Mujahid... Kerajaan tak kasi guna.. mahkamah pun tak kasi...tapi PAS dan Mujahid tetap seirama dengan Pope... macam tu pejuang Islam?

EXCO DITUDUH "MELOMBONG EMAS" DI KTPC?

Posted: 12 Jan 2014 01:34 AM PST

Dalam meneliti "amaran" sahabat saya kepada Exco Kerajaan BN Negeri Kedah, YB Sabrina Azizan, saya "terusik" dengan tulisan bilangan ke-10 yang menyebut...
10.   Janganlah Y.B. terlalu ghairah untuk 'melombong emas' di KTPC. Jalankan kerja Y.B. dengan amanah dan dalam usia YB juga masih muda ini eloklah digunakan untuk berbakti kepada masyarakat sepenuhnya. Hargailah sokongan rakyat dan jangan gunakan politik untuk kepentingan sendiri serta keluarga, sebaliknya berkhidmatlah untuk masyarakat. Ingat, tiada siapa pun kebal dari undang-undang. 'No one is above the law'.
Saya rasa teruja dengan "amaran" tersebut. Saya teruja dengan ungkapan "terlalu ghairah melombong emas di KTPC".... Beginilah...



Apa maksud ayat tersebut? YB Sabrina "melombong emas" di KTPC untuk siapa? Pada saya, ada dua makna dalam ayat itu. Double meaning...

Sama ada YB Sabrina "jangan terlalu ghairah melombong emas di KTPC untuk masuk poket sendiri" atau "jangan terlalu ghairah melombong emas di KTPC untuk mencari pendapatan bagi Kerajaan Negeri Kedah", kan?

Kalau benar sahabat saya tu ada maklumat YB Sabrina melombong emas di KTPC, sila laporkan pada SPRM dengan segera. Saya ni tak suka pemimpin yang buat kerja menyeleweng masuk poket sendiri ni... 

Sepanjang YB Sabrina jadi Exco ICT lebih kurang 7-8 bulan ni, ada ke sebarang bentuk "melombong emas" di KTPC yang masuk ke kocek YB Sabrina? Kalau ada, saya yakin dia dah lama "masuk ke dalam" dahhhh... Dalam KTPC tu banyak "hantu PAS" tu.. takkan depa nak lepaskan YB kita macam tu saja...kan?

Tapi yang saya takut, info "ghairah melombong emas di KTPC untuk masuk ke poket sendiri" tu tak benar. Bila tak benar, maka ia boleh dikatakan fitnah. Saya tak rela tanggung dosa besar....

Saya lebih suka kalau sahabat saya tu menulis "supaya YB Sabrina melombong emas di KTPC untuk Kerajaan Negeri Kedah. Khabarnya, Exco kita tu dah bawa masuk lebih RM1 bilion pelaburan ke KTPC...itu belum lagi dikira pelaburan yang dibawa masuk MB kita...lagi banyakkk...!

Persoalannya, adakah kalau pelaburan tu dibawa masuk MB atau Exco tu maka akan ada "wang tambahan" yang akan dihulurkan pada mereka? Kalau ditanya pada PAS, dah tentu depa kata "ada". Kalau ditanya pada orang UMNO, depa kata "takdak"...

Saya lebih suka tanya orang Islam... dah tentu depa akan kata "wallahu'alam, saya tak tahu". Sebabnya? Sebab orang Islam tak mahu babitkan diri dengan syak wasangka buruk dan fitnah. "Suu'u dzonn" tu dari syaitan dan fitnah tu dosa besar... saya tak rasa orang Islam suka pada kedua-duanya, kan?

Pun begitu, saya menyanjung tinggi ingatan sahabt saya tu pada YB Exco kita. No one above the law. Agreed. Kalau dirujuk pada facebook YB Exco kita tu, hari-hari (termasuk hari cuti hujung minggu) dia banyak habiskan masa dengan rakyat, khususnya di Bandar Bharu...

Maknanya, walaupun dia "baru kembali dari Melaka", tapi dia tak putus asa menghampirkan diri pada rakyat di DUN Bandar Bharu. Saya percaya, orang Bandar Bharu ramai yang makin kenal YB Sabrina yang masih muda dan berpotensi tu...

Akhir kalam, saya suka sekiranya kita menulis dengan bukti dan fakta benar, bukan sekadar "hear say" dari cakap-cakap orang. Kita orang Islam, kan? Takkan kita nak ikut cara mereka yang bukan Islam? 

Saya tidak membodek sesiapa. Hatta Mukhriz Mahathir sekali pun jika beliau salah, maka akan saya tegur, inikan pula Exco-Exconya... Namun kalau mereka di pihak yang benar, maka perlulah saya pertahankan kebenaran mereka... mereka mungkin tak beri satu sen pun pada saya... namun inilah yang dikatakan perjuangan menuju keredhaan Allah...kita beribadah sambil berblog... tak salah, kan?

SAHABAT BLOGGER SILAP FAKTA TENTANG EXCO ICT...

Posted: 11 Jan 2014 10:38 PM PST

Masih lagi mengenai "fakta kurang tepat" yang ditulis mengenai Exco ICT Kerajaan Negeri Kedah, YB Sabrina Azizan, saya rasa sahabat saya tu perlu betulkan sedikit beberapa faktanya...

Untuk pengetahuan sahabat saya, YB Sabrina dulu berjawatan Eksekutif Bioteknologi Kulim Technology Management Sdn Bhd (2002-2006) yang kemudiannya diberi tanggungjawab sebagai Managing Director Kedah BioResources Sdn Bhd (2006-2009).

YB Sabrina tidak pernah menjawat jawatan "Pengerusi Eksekutif" KBioCorp sebagaimana yang didakwa sahabat saya tu.  Dalam ertikata lain, tidak ada sebarang perkataan "Eksekutif" dalam jawatan yang beliau sandang masa tu.


"Siapa yang tidak ingat pada masa itu, Cik Norsabrina dari jawatan 'Eksekutif' di KTMSB telah diangkat oleh MB Kedah menjadi 'Pengerusi Eksekutif' KBioCorp.." - kata sahabat...
Saya menegur kerana saya hormat sahabat saya. Kalau kita tersilap fakta, kreadibiliti penulisan kita akan di"bakul sampah"kan. Pembaca tak suka ditipu dengan kesilapan fakta... malah kita boleh disaman...kan? Jadi tolong betulkan...

Anyway, syarikat tu baru ditubuhkan sebab Kerajaan Pusat time tu tengah ligat nak perkenal pada rakyat pasal "Biotech" ni... Bila YB Sabrina ni adalah lulusan Sarjana Muda Biologi dan ada pengalaman 4 tahun di KTPC, maka Datuk Syukri sengaja test Exco kita tu develop syarikat tu...

Tapi "jodoh" YB Sabrina kat situ tak lama. Bila PAS ambil alih, YB Sabrina ditekan untuk tinggalkan jawatan tu. Menurut sumber, gaji YB Sabrina tak dibayar selama 3 bulan dan menyebabkannya terpaksa meninggalkan KTPC dan cari rezeki di Melaka...

Di Melaka, mungkin Allah nak tolong hambaNya yang dizalimi, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam "kutip" seorang "permata baru" dari Kedah ni untuk bantu beliau membangunkan Melaka. Macam Datuk Syukri yang "dipancing" ke Johor, YB Sabrina "dipancing" di Melaka...

YB Sabrina diberi kepercayaan untuk memulihkan Melaka ICT Holdings Sdn Bhd (2009 - 2012) sehingga mencatat keuntungan dan kembali ke bidangnya sebagai CEO Perbadanan Bioteknologi Melaka (2012-2013), merangkap Managing Director bagi Melaka Biotech Holdings Sdn Bhd dan Melaka Halal Hub Sdn Bhd.

Tapi tu laaa.. rezeki Allah SWT kot.. Sabrina Azizan "tiba-tiba" terpilih sebagai calon di Bandar Bharu dan ditakdirkan Allah SWT menang pulak kat situ.. Dari situ, MB Kedah, DP Mukhriz Mahathir beri kepercayaannya untuk YB Sabrina handle ICT kat Kedah ni... dia dilantik jadi Exco...

Bila Mukhriz sendiri beri kepercayaan pada YB Sabrina, maka takkanlah kita nak "defy" kepercayaan MB Kedah tu, kan? Kalau betul Sabrina ada buat tak betul, seleweng atau rasuah, saya alu-alukan semua pihak supaya lapor pada SPRM... tak kira la sapa pun, kalau tak betul, kita wajar laporkan...

Jadi, bila dah ada saluran yang betul, maka kurang la budaya fitnah, syubhah atau laporan kurang tepat di internet. Bukan apa... kalau benar, maka kita perlu pertahan kebenaran tu dan begitu juga sebaliknya...kan?

Semoga kita sama-sama dijauhkan dari dosa fitnah dan agar semua barisan kepimpinan Kerajaan BN Negeri Kedah berkhidmat pada rakyat dibawah keredhaan Allah SWT. Sebuah kerajaan yang baik itu wajar dipertahan...kan?

KTPC: CUBAAN FITNAH EXCO KEDAH..??? BERANI TANGGUNG DOSA?

Posted: 11 Jan 2014 06:19 PM PST

Bila dapat info tentang perkara yang buruk pada seseorang pemimpin, memang kelaziman kita bloggers akan seronok. Seronoknya kita sampai kita terlupa nak check sama ada cerita tu benar atau tidak. Maka dalam keadaan inilah maka kita mudah terjerumus dalam kancah fitnah...kan?

Baru ni saya terbaca seorang sahabat menulis tentang "buruk laku" seorang Exco Kerajaan Negeri Kedah, YB Sabrina Azizan. Sahabat tu tulis "surat terbuka". Teruja jugak la saya baca tulisannya yang penuh "amaran" dan "peringatan"... 

Sampai perkara lama pun sahabat tu sentuh..kalau "sejarah" yang disentuh tu benar-benar belaka takpa la jugak... tapi kalau "sejarah" tu kurang tepat dan sengaja ditokok tambah untuk memburuk-burukan pemimpin kita macamana? Tak jatuh hukum syubhah atau fitnah ke?

Tuduhan pertamanya...



Sahabat saya tu kata YB Sabrina melobi Annuar Saffar untuk dijadikan CEO KTPC.. Pada saya itu satu tuduhan yang agak berat. Mungkin sahabat saya berkata begitu berdasarkan hubungan baik YB Sabrina dengan Annuar Saffar dulu...

Betul ke Exco ICT kita tu lobi jawatan CEO KTPC untuk Annuar Saffar? Kalau betul, kenapa senarai nama yang dicadangkan YB Sabrina kepada MB Kedah untuk mengisi jawatan CEO KTPC meletakkan nama Datuk Ahmad Syukri Tajuddin di ranking paling atas sekali?

Setahu saya, Exco berkenaan diminta MB untuk mencadangkan 3 nama untuk dipilih sebagai CEO KTPC. Datuk Syukri merupakan perintis KTPC dan boleh dikatakan antara pengasas asal KTPC. Dalam kata lain, KTPC membangun banyak dari hasil kerjanya...

Atas mengenang jasa, mengiktiraf kehebatan dan kebijaksanaan Datuk Syukri, maka saya difahamkan bahawa calon utama bakal CEO KTPC ialah Datuk Syukri sendiri... Tapi Datuk Syukri kini sedang hangat membangunkan satu lagi "module KTPC" di Senai.. berjayakah maksud YB Sabrina "memancing" Datuk Syukri untuk kembali ke KTPC? Kita sama-sama nantikan...

Nama kedua ialah Zulkefli... Saya tak berapa tahu tentang calon kedua ni sebab kekurangan maklumat. Mungkin saya bukan warga KTPC... Mungkin ada kelebihan Zulkefli yang saya tak tahu dan kurang wajar untuk saya menulis mengenainya...

Dan nama Annuar Saffar hanya datang diranking ketiga (yang terakhir sekali). Setahu saya, masa jawatan CEO KTPC tu kosong ditinggalkan "tukang karut PAS", Annuar Saffar ni terpaksa struggle untuk maintain KTPC...

Saya tak tahu apa jawatan sebenarnya. Tapi anak bekas Ketua Kerani Pejabat Daerah Bandar Baru tu buat banyak kerja sampai kerja yang bukan kerja dia pun, dia terpaksa buat. Biasalah.. bila Annuar ni "giat" semacam buat kerja yang bukan kerja dia...maka dia agak menonjol la kannn...

Bila Annuar menonjol dan banyak berinteraksi dengan Exco dan MB pasal KTPC, maka mula la bunyi tuduh dia macam-macam. Biasa la tu..kan? Lantak la... korang sendiri fitnah, korang sendiri tanggung la kan...

Yang saya pelik, meskipun YB Sabrina langsung tidak menunjukkan sebarang pilih kasih dalam soal memilih CEO KTPC, tiba-tiba Exco dari Bandar Bharu tu dituduh melobi nama Annuar. Biar betul? Kalau kita di tempat Exco tu, kita melenting tak kalau dituduh macam tu?

Saya lihat, ada banyak fakta kurang tepat. Mungkin ada yang akan kata kat saya.."hang tak tau sebab hang tak kerja kat KTPC". Memang betul saya tak kerja kat situ. Tapi apa yang berlaku disitu saya dapat la info sikit-sikit. Tapi yang pasti, info tu memang tepat, berfakta dan bukan fitnah...

Memang YB Sabrina agak rapat dengan Annuar sebelum ni. Tapi hubungan rapat tu sekadar hubungan profesional dan takdak pun unsur-unsur "favor" pada sesiapa. Cuma mungkin ada pihak yang suka "syak wasangka buruk" kot...

Saya harap, buang la sikap "syak wasangka buruk" tu sebab sikap "suuu'u dzonn" tu berasal dari setan. Takkanlah kita nak ikut perangai setan kot, kan? Nanti kalau ada masa nanti saya tulis lagi pasal "kurang tepat" tu... insyaAllah... peace bro!

Comments:

There are 0 ulasan for Barisan Nasional

Catat Ulasan