GEORGETOWN - Kerajaan Negeri dan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) akan menerima rangsangan pelaburan baharu apabila pusat membeli belah IKEA yang dibangunkan oleh Ikano Pte Ltd akan dibina di tanah seluas 98 hektar di kawasan Batu Kawan, Seberang Perai Selatan (SPS).
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata selain pusat membeli belah IKEA, kawasan itu juga akan didirikan pejabat serta kediaman yang akan dibangunkan bersama Aspen-Ikano (syarikat usaha sama yang akan dibentuk oleh Aspen Wawasan Land Sdn Bhd dan Ikano Pte Ltd).
"Keseluruhan pembangunan komersial di kawasan tersebut dijangka siap dalam tempoh 10 tahun dari tarikh perjanjian," katanya pada sidang media bagi mengumumkan perkara tersebut di pejabatnya di sini hari ini.
Beliau berkata jumlah kos tanah bagi projek tersebut ialah RM483.95 juta dan bayaran perlu dibuat dalam tempoh 60 bulan dari tarikh perjanjian, manakala deposit sebanyak RM5 juta yang dibayar kepada PDC juga tidak akan dikembalikan
Komen GPB
Cukup melucukan alasan Guan Eng ...disebabkan sibuk minggu lepas , angka jutaan ringgit penjualan tanah daripada RM484 juta telah turun kepada RM284 juta . Kalau silap perkara kecil2 tak pa juga ini jual tanah kerajaan ratusan juga .
Sekarang untuk cover balik buat RALAT........ inilah stail CAT tutup malu !!
Pertama sekali, ada baiknya kita ucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada kerajaan negeri Selangor yang begitu prihatin dan peka dengan sensitiviti para pemimpin DAP yang marah dengan tindakan dengan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).
Ia ekoran dari tindakan JAIS pada 2 Januari lalu, yang melakukan serbuan dan merampas sebanyak 351 naskhah Bible versi bahasa Melayu dan bahasa Iban yang mengandungi kalimah Allah di serbuan di premis Persatuan Bible Malaysia di Jalan Gasing.
Atas sebab itu, kerajaan PKR Selangor, pimpinan Abdul Khalid Ibrahim telah mengarahkan JAIS agarmemulangkan kembali 351 naskhah Bible versi bahasa Melayu dan bahasa Iban yang mengandungi kalimah Allah yang dirampas sebelum ini sekiranya kitab tersebut telah mendapat kelulusan dari pihak Kementerian Dalam negeri (KDN).
Ini bermaksud, Khalid cuba mengelak dari membuatkan keputusan yang bakal merugikan kerajaan pimpinan pakatan rakyat itu. Ini kerana sekiranya beliau memilih untuk menyokong tindakan JAIS, maka beliau bakal berdepan dengan 'amukan' dari pimpinan DAP.
Manakala sekiranya beliau memilih untuk tidak menyokong tindakan JAIS, kerajaan pimpinannya sudah pasti akan menerima kecaman dari masyarakat Islam yang telah menyokong pakatan rakyat selama ini. Oleh yang demikian, beliaucuba mengambil jalan selamat dengan meletakkan tekanan tersebut kepada kerajaan persekutuan walaupun pada hakikatnya, JAIS adalah merupakan jabatan yang diuruskan oleh kerajaan negeri.
Tidak cukup dengan arahan tersebut itu, kerajaan negeri juga memutuskan, JAIS diWAJIBkan untukmengadakan perbincangan terlebih dahulu dengan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Exco kerajaan negeri sebelum sebarang tindakan JAIS yang menyentuh sensitiviti penganut agama lain dilakukan.
Dalam erti kata mudah, kerajaan negeri Selangor telah mengetatkan syarat-syarat operasi yang digunakan sebelum ini. Arahan dan prosedur operasi standard (SOP) yang baharu itu adalah merupakan hasil dari keputusan yang dicapai di dalam mesyuarat Exco kerajaan negeri semalam.
Persoalannya apa perlunya SOP ini diperketatkan, sedangkan menurut Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam, Permodenan Pertanian dan Pembangunan Desa negeri, Sallehen Mukhyi sebelum ini, JAIS telah mematuhi SOP yang ditetapkan sebelum melakukan operasi tersebut.
Malah Khalid sendiri sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan, untuk mengambil tindakan terhadap para pegawai JAIS.
"Semakan bagi memastikan pegawai penguatkuasa Jais mematuhi (prosedur) operasi standard yang telah ditetapkan dan tindakan sewajarnya akan diambil jika terdapat pelanggaran peraturan atau kecuaian semasa melakukan rampasan dan serbuan tersebut," katanya.
Kesimpulannya mudah, kedua-dua keputusan yang dibuat itu, apabila diteliti semula adalah merupakan tindakan bagi menjaga hati pimpinan DAP yang hampir 80 peratus adalah merupakan penganut agama Kristian. -- BB
Akhir-akhir ini, Malaysia diasak dengan begitu hebat oleh berbagai pertubuhan (NGO) yang mewakili fahaman liberal. Selain memakai nama NGO, mereka juga turut berjuang melalui politik secara tidak langsung. Kita dapat melihat sendiri bagaimana parti seperti PKR dan DAP turut memberi sokongan kepada perjuangan liberal NGO-NGO ini.
Bagi memberi 'impak' kepada perjuangan mereka, golongan berfahaman liberal ini telah memilih untuk menubuhkan kerjasama yang diberi nama COMANGO. Kononnya, dengan menunjukkan yang begitu banyak NGO yang turut membawa suara yang sama maka ia bermakna mereka mewakili jumlah rakyat Malaysia yang ramai.
Hakikatnya, hampir kesemua NGO yang disenaraikan diwakili oleh muka-muka yang sama. Malah, muka-muka yang sama juga turut berada dalam parti politik pembangkang tadi. Ini menunjukkan yang mereka sebenarnya tidak mewakili seramai mana rakyat Malaysia, tetapi hanya segelintir sahaja yang sama ada benar-benar berpegang kepada fahaman liberal, ataupun sekadar membenci Islam dengan sepenuh hati.
Oleh kerana COMANGO turut menjulang demokrasi, maka COMANGO seharusnya faham bahawa kerajaan tidak boleh mengutamakan tuntutan mereka yang hanya mewakili segelintir rakyat sedangkan ianya bertentangan dengan pegangan majoriti.
Namun, jelas COMANGO gagal memahami konsep demokrasi yang dilaung-laungkan mereka sendiri.
Perkara-perkara yang dibangkitkan oleh COMANGO adalah haram menurut Islam. Contohnya, hak LGBT dan hak umat Islam untuk murtad.
Mungkin kerana COMANGO gemar memperjuangkan perkara haram, maka pertubuhan itu juga lebih selesa untuk wujud secara haram. COMANGO tidak berdaftar dengan ROS atas alasan ia sebuah kerjasama dan tidak perlu berdaftar.
Bukan sahaja COMANGO itu haram tetapi rakan sekutu mereka seperti SUARAM juga haram. Malah, Pakatan Rakyat yang 'mesra' COMANGO juga terbentuk secara haram iaitu tidak pernah berdaftar. Tidak cukup dengan itu, salah satu parti sekutu pakatan itu, iaitu DAP juga ditadbir oleh jawatankuasa haram!
Sebuah perjuangan haram, yang diterajui oleh kerjasama haram di kalangan kumpulan yang juga haram atau separa haram tentulah tidak layak untuk mempertikaikan undang-undang yang sah, apatah lagi agama.
COMANGO kononnya memperjuangkan hak asasi manusia tetapi di masa yang sama ia mempertikai hak Islam dan umat Islam ke atas agamanya dan negaranya. COMANGO seolah-olah ingin semua manusia mengikut 'kepala-otak' mereka dalam menentukan peraturan hidup di dunia.
Sedangkan dunia ini telah pun dijadikan dengan peraturan. Kitaran planet di atas paksi masing-masing, kejadian malam dan siang malah aliran darah di dalam tubuh manusia juga mengikut peraturan yang tepat dan sempurna. Sekiranya ditukar atau berubah, maka bencanalah jawabnya. Ini adalah logik akal yang turut ditekankan dalam agama Islam.
Oleh itu, Islam menetapkan hukum yang tepat dan sempurna juga untuk kehidupan manusia di mana lelaki pasangannya perempuan bukan lelaki dengan lelaki atau perempuan dengan perempuan. Sekiranya hukum ini diabaikan maka ia bakal membawa bencana dalam masyarakat iaitu keruntuhan moral dan penyakit yang mampu berjangkit dan berterusan dalam susur galur keturunan.
Dalam COMANGO mendabik dada sebagai berfikiran terbuka, fikiran mereka sebenarnya tertutup kerana enggan menerima pendapat dan pandangan orang lain. Otak mereka langsung tidak mampu menerima sebarang maklumat berbeza dari pendapat mereka kerana merasakan mereka telah tahu segala-galanya. Akhirnya, tinggallah mereka di alam yang sempit kononnya mencapai puncak tamadun walhal, apa yang diperjuangkan mereka adalah bertentangan dengan tamadun.
COMANGO terus berdiri megah konon diperakui oleh pertubuhan hak asasi antarabangsa dan atas sebab itu mereka tidak perlu berdaftar. Bagaimanapun, kenyataan COMANGO ini hanya menguatkan lagi bukti bahawa mereka membawa agenda asing yang bertentangan dengan aspirasi negara.
Tindakanmemaksaajaran dan fahaman asing ke atas Malaysia membuktikan hipokrasi COMANGO. Ini kerana jika benar berpegang kepada hak asasi dan kebebasan, kenapakah Malaysia tidak boleh dibiarkan bebas membentuk negara mengikut acuan Islam?
Apakah Malaysia dan umat Islam tidak mempunyai hak asasi? -- BB
1. UMNO Selangor melihat kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Besar Selangor terhadap isu Kalimah Allah dan rampasan Bible oleh JAIS jelas menunjukkan beliau telah mengkhianati Aku Janji yang dilafazkan di hadapan DYMM Sultan Selangor ketika perlantikan sebagai Menteri Besar.
2. Antara Aku Janji yang dilafazkan oleh beliau adalah beliau berjanji akan memelihara dan melindungi kesucian dan keagungan agama Islam sebagai Agama Negeri dan kepercayaan orang Islam dari diganggu gugat oleh mana-mana pihak.
3. UMNO Selangor kesal dengan Menteri Besar yang tidak memahami penyelesaian 10 Peraturan yang diluluskan oleh kabinet kerana ianya tidak boleh mengatasi undang-undang yang diwartakan oleh kerajaan negeri. Penyelesaian 10 perkara ini hanyalah satu polisi dan bukannya undang-undang yang boleh dikuatkuasakan. 10 perkara itu adalah berkaitan dengan soal kemasukan dan pengimportan Injil versi berbahasa Melayu ke dalam negara ini dan langsung tidak menyentuh dan tidak ada kena-mengena dengan isu kalimah Allah
4. Kenyataan beliau menunjukkan beliau tidak menghormati undang-undang negeri Selangor dan jelas kuasa executive telah mencampuri kuasa perlaksana undang-undang di negeri Selangor kerana JAIS tidak lagi dibenarkan mengambil keputusan sendiri dalam menguatkuasakan peraturan sedia ada
5. Sebagai seorang Menteri Besar beliau wajib membantu DYMM Sultan Selangor mempertahankan kesucian agama Islam dan bukan hanya bergantung kepada DYMM Sultan Selangor sahaja. Oleh sebab itu di dalam perlembagaan negeri Selangor ada menyebut bahawa hanya orang Melayu beragama Islam sahaja yang layak menjadi Menteri Besar.
6. UMNO Selangor melihat kerajaan negeri tidak memahami konteks kebebasan beragama yang disebut di dalam Perlembagaan di dalam artikel 11 dan tertakluk kepada artikel 11 (4).
7. Kenyataan beliau untuk mengheret Kementerian Dalam Negeri ( KDN) dalam isu ini adalah satu usaha untuk menyalahkan kerajaan persekutuan. Cop KDN hanya terpakai di negeri-negeri yang tidak mempunyai Enakmen 1988 seperti di negeri Pulau Pinang, Wilayan Persekutuan, Sabah dan Sarawak.
8. UMNO Selangor melihat arahan supaya JAIS memulangkan semula Bible dalam Bahasa Melayu memperihatkan Menteri Besar telah tunduk dengan desakan DAP. UMNO Selangor akan memulakan road show dalam menjelaskan kepada rakyat apa sebenarnya yang berlaku.
1. UMNO Selangor melihat kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Besar Selangor terhadap isu Kalimah Allah dan rampasan Bible oleh JAIS jelas menunjukkan beliau telah mengkhianati Aku Janji yang dilafazkan di hadapan DYMM Sultan Selangor ketika perlantikan sebagai Menteri Besar.
2. Antara Aku Janji yang dilafazkan oleh beliau adalah beliau berjanji akan memelihara dan melindungi kesucian dan keagungan agama Islam sebagai Agama Negeri dan kepercayaan orang Islam dari diganggu gugat oleh mana-mana pihak.
3. UMNO Selangor kesal dengan Menteri Besar yang tidak memahami penyelesaian 10 Peraturan yang diluluskan oleh kabinet kerana ianya tidak boleh mengatasi undang-undang yang diwartakan oleh kerajaan negeri. Penyelesaian 10 perkara ini hanyalah satu polisi dan bukannya undang-undang yang boleh dikuatkuasakan. 10 perkara itu adalah berkaitan dengan soal kemasukan dan pengimportan Injil versi berbahasa Melayu ke dalam negara ini dan langsung tidak menyentuh dan tidak ada kena-mengena dengan isu kalimah Allah
4. Kenyataan beliau menunjukkan beliau tidak menghormati undang-undang negeri Selangor dan jelas kuasa executive telah mencampuri kuasa perlaksana undang-undang di negeri Selangor kerana JAIS tidak lagi dibenarkan mengambil keputusan sendiri dalam menguatkuasakan peraturan sedia ada
5. Sebagai seorang Menteri Besar beliau wajib membantu DYMM Sultan Selangor mempertahankan kesucian agama Islam dan bukan hanya bergantung kepada DYMM Sultan Selangor sahaja. Oleh sebab itu di dalam perlembagaan negeri Selangor ada menyebut bahawa hanya orang Melayu beragama Islam sahaja yang layak menjadi Menteri Besar.
6. UMNO Selangor melihat kerajaan negeri tidak memahami konteks kebebasan beragama yang disebut di dalam Perlembagaan di dalam artikel 11 dan tertakluk kepada artikel 11 (4).
7. Kenyataan beliau untuk mengheret Kementerian Dalam Negeri ( KDN) dalam isu ini adalah satu usaha untuk menyalahkan kerajaan persekutuan. Cop KDN hanya terpakai di negeri-negeri yang tidak mempunyai Enakmen 1988 seperti di negeri Pulau Pinang, Wilayan Persekutuan, Sabah dan Sarawak.
8. UMNO Selangor melihat arahan supaya JAIS memulangkan semula Bible dalam Bahasa Melayu memperihatkan Menteri Besar telah tunduk dengan desakan DAP. UMNO Selangor akan memulakan road show dalam menjelaskan kepada rakyat apa sebenarnya yang berlaku.
Datuk Seri Noh Omar
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor.
You are subscribed to email updates from Taipingmali To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali mengakui telah menerima surat bahawa beliau tidak lagi berkhidmat sebagai Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) hari ini.
Pengakuannya itu dilihat menguatkan lagi desas-desus kononnya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa itu dipecat daripada jawatan tersebut seperti mana yang dilaporkan menerusi laman blog ketika ini.
Bagaimanapun, Azmin ketika dihubungi enggan mengulas lanjut perkara itu, sebaliknya beliau menyatakan akan membuat pengumuman secara terperinci tentang surat berkenaan tidak lama lagi.
"Saya dah dapat surat tadi. Saya akan maklumkan secara terperinci tentang perkara itu kemudian," katanya dengan ringkas menerusi perbualan telefon, di sini hari ini.
Dalam pada itu, Azmin ketika ditanya tentang kandungan surat tersebut sama ada pemecatan atau perletakan jawatannya sebagai Ahli Lembaga Pengarah PKNS, beliau tidak menjawab secara jelas mengenai perkara itu.
Sebaliknya, Azmin hanya mengiyakan kandungan surat tersebut bahawa beliau tidak lagi berkhidmat sebagai Ahli Lembaga Pengarah anak syarikat kerajaan negeri itu.
Menurut laporan sebuah laman blog www.klxpress.com.my/ hari ini, Azmin dikatakan dipecat daripada jawatan tersebut.
Malah, laman blog itu turut menyiarkan kenyataan Azmin menerusi Twitternya yang berbunyi, 'Penghargaan kepada pengurusan dan warga PKNS yang telah memberikan sokongan dan kerjasama yang baik kepada saya selama empat tahun'.
Sebelum ini, Azmin dilaporkan sering mengkritik pentadbiran Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim melibatkan beberapa isu tertentu.
Kali terakhir Azmin mengkritik pentadbiran Abdul Khalid ialah pada 28 November lalu apabila beliau menyelar keputusan kerajaan negeri menaikkan gaji dan elaun anggota pentadbiran Selangor antara 80 hingga 373 peratus berkuat kuasa Januari 2014, selain menganggapnya itu terlalu tinggi dan perlu ditangguhkan.
Malah, sebelum itu, Azmin yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) Negeri Selangor dilaporkan bertindak melalui kelab itu mengemukakan memorandum kepada Abdul Khalid ekoran tidak berpuas hati dengan pengurangan peruntukan pembangunan oleh kerajaan negeri pada 7 Oktober lalu.
Bagaimanapun, difahamkan pergeseran antara Azmin dan Abdul Khalid telah bermula sejak 2010 lagi apabila Timbalan Presiden PKR itu mengambil alih jawatan Pengerusi PKR Selangor daripada Abdul Khalid.
Wasabi Oyabun..
You are subscribed to email updates from Oyabun To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Kini giliran akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily pula membidas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berhubung isu pembelian kereta jenama mewah jenis Mercedes-Benz S300L sebagai kenderaan rasmi.
Menerusi tulisan Tay Tian Yan seperti dipetik dalam akhbar versi online berbahasa Inggeris di http://www.mysinchew.com, tindakan itu dilihat bertentangan dengan langkah berjimat cermat yang 'dilaungkan' Guan Eng sebelum ini.
Tegas penulis, perkara itu termasuk 'ikrar' pemimpin berkenaan yang akan menggunakan penerbangan kelas ekonomi, selain kritikannya terhadap kerajaan negeri Terengganu mengenai pembelian beberapa kereta mewah.
"Sudah tentu beliau (Guan Eng) tidak pernah berhenti menghentam pihak lain dengan dakwaan membazir, boros, angkuh dan menipu dalam banyak ucapan umum.
"Kerja keras ahli politik tidak seharusnya dianugerahkan dengan S-Class (kereta mewah). Anugerah yang sepatutnya daripada rakyat adalah sokongan dan undi mereka dan ini perlu diperoleh melalui usaha pragmatik, bukannya kata-kata manis yang kosong," jelas penulis.
Dalam perkembangan sama, penulis menggesa Guan Eng supaya berhenti membuat perbandingan berhubung tindakannya itu dengan pihak lain.
"Kamu (Guan Eng) diundi kerana rakyat memikirkan kamu cukup berbeza daripada Barisan Nasional (BN) dan jangkaan rakyat terhadap kamu cukup tinggi," katanya sebagai peringatan.
Penulis kemudian menyelitkan 'cerita' langkah penjimatan oleh Datuk Bandar London, Boris Johnson yang sehingga kini masih menggunakan basikal untuk ke pejabatnya.
Begitu juga dengan langkah bekas Datuk Bandar London, Ken Livingstone menggunakan pengangkutan awam bagi mengurangkan kesesakan di bandar.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan pelaksanaan semula Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bagi menangani tindakan puak ekstremis minoriti yang menjejaskan kestabilan negara.
Beliau menyifatkan segelintir puak pelampau ini sebagai kumpulan yang tidak matang dan sanggup mengeluarkan kenyataan menyakitkan hati yang mengganggu keharmonian dan sensitiviti kaum lain di negara ini.
"Untuk golongan pelampau sebegini, kita memerlukan ISA. ISA tidak diperlukan untuk orang macam saya kerana saya seorang yang sangat bagus," katanya kepada pemberita selepas menjadi tetamu undangan khas dalam program berbahasa Inggeris RTM2 'Hello On Two', yang disiarkan secara langsung di Wisma TV, Angkasapuri di sini, Khamis.
Dr Mahathir berkata demikian ketika diminta mengulas tentang ketegangan antara kaum berikutan isu rampasan Bible versi Bahasa Melayu dan Iban oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Khamis lalu.
Beliau berkata sekiranya Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas)2012 (Sosma) tidak digunakan, adalah lebih baik negara tidak mempunyai undang-undang sedemikian.
Sehubungan itu, Dr Mahathir menasihati segelintir rakyat supaya tidak sewenang-wenangnya mengeluarkan kata-kata yang menyentuh sensitiviti agama atau menyakitkan hati orang lain.
"Sekiranya rakyat terus bertelagah, mereka akan menjadi seperti rakyat di negara lain, yang akhirnya akan saling membunuh sesama sendiri. Ini tidak adil untuk mereka yang tidak terlibat dalam kontroversi ini," katanya.
Dalam rancangan itu, Dr Mahathir berkongsi pendapat dan rahsia termasuk rutin harian, falsafah perniagaan, dan rahsia kesihatan yang membuatkan beliau sentiasa sihat dan bertenaga pada usia 89 tahun.
Beliau turut menamakan Nabi Muhammad SAW sebagai sumber inspirasi beliau, kerana kagum dengan kesabaran dan kehebatan Baginda semasa berhadapan dengan golongan yang membencinya, selain berjaya membangunkan masyarakat Islam yang bertamadun.
Rancangan itu diadakan sempena ulang tahun ke-11 Dr Mahathir meletakkan jawatan sebagai perdana menteri.
Dr Mahathir dilantik sebagai perdana menteri ke empat sejak 1981 dan berundur daripada jawatan itu pada 2003, setelah menerajui pemerintahan negara selama 22 tahun.
Semasa rancangan sejam itu berlangsung, pelukis Abdul Rahim Muda atau lebih dikenali sebagai Imuda melukis sebuah potret Dr Mahathir.
Suara Politik Belantan
You are subscribed to email updates from Belantan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Pengerusi International Movement for a Just World (Just International), Dr Chandra Muzaffar hari ini tampil menafikan dakwaan bahawa beliau telah memohon maaf dan membayar pampasan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim berkaitan dengan kes saman fitnah yang dibuat Ketua pembangkang itu pada tahun 2008.
"Saya tidak pernah memohon maaf atau membayar sebarang pampasan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti yang dilaporkan oleh beberapa portal pro-Anwar, "kata Dr Chandra yang dipetik dari mykmu.net
Menurut Dr Chandra, Anwar memfailkan saman malu (defamation suit) ke atasnya pada 6 Mac 2008 atas tiga tuntutan. Bagaimanapun Anwar menggugurkan dua tuntuntan (i) it would be "disastrous" if Anwar became prime minister (ii) that Anwar had lied to Malaysians.
"Disebabkan beliau telah menggugurkan dua tuntutan pertama, saya bersetuju untuk menarik balik kenyataan saya mengenai insiden Kampung Rawa.
"Anwar, melalui peguam beliau, turut bersetuju (bahawa) beliau tidak mencari sebarang kos, ganti rugi mahu pun permohonan maaf dari saya," katanya.
Dalam kenyataan itu, Dr Chandra turut menyelar laporan Malaysiakini yang tidak seimbang dan komen-komen dari pembaca portal tersebut yang tidak adil.
Pada 7 Januari, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Nik Hasmat Nik Mohamad merekodkan kes saman itu sebagai selesai selepas peguam N Surendran, yang mewakili Anwar memaklumkan kedua-dua pihak telah mencapai persetujuan bersama untuk menyelesaikan kes itu.
Peguam Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin, yang mewakili Dr Chandra memberitahu mahkamah, anak guamnya bersetuju menarik balik keseluruhan perkataan-perkataan berunsur fitnah yang dinyatakan dalam artikel itu.
Bagaimanapun, tiada sebarang kos dan ganti rugi ditetapkan mahkamah.
Dalam saman yang difailkan pada 6 Mac 2008, Anwar mendakwa Dr Chandra mengeluarkan komen-komen berunsur fitnah terhadapnya melalui forum dianjurkan Star Publication (M) Bhd, di Menara Star, Petaling Jaya, pada 3 Mac 2008.
Dalam pernyataan tuntutan itu, Anwar mendakwa komen itu diterbitkan akhbar The Star melalui artikel bertajuk 'Disaster if Anwar is PM' dan 'Chandra breaks silence on Anwar' yang diterbitkan akhbar The New Straits Times pada 5 Mac 2008.
Dr Chandra dalam pembelaannya menafikan mengeluarkan komen jahat, palsu atau memfitnah Anwar dan berkata ia disiarkan dengan perlindungan bersyarat.
Ambik dr group lain... maaf semua...adalah dinasihatkan supaya UNINSTALL apps TELEGRAM yang di beritau semalam..sebabnya apps tu ada FULL ACCESS ker phone kita ...reason nya bimbang kalau kalau kita ada buat ONLINE BANKING...apps tu boleh access kita punya SMS data....harap bertindak segera...
sebab nya..TAC yg kita dapat thru SMS...apps TELEGRAM ni boleh access...so UNINSTALL jer la apps ni. Betul ker cuba tolong semak .... Pada yg pakar .......
Kalo tak betul aku nak install .... aku dah google sebelum ni, kalau ikut security review memang ada risiko utk sapa guna internet transaction guna TAC sebab possible dia boleh read sms even dia claim even admin tak leh baca sebbab semua msg encryted with their own MTProto protocol.
mamat yang buat ni asal russia , feature lain memang better than whatsapp. kalau tk ada keperluan takat ni aku rasa tak yah pakai.
Jawapan terhadap persoalan terbabit:
Sudah ada komen drpd facebooker bernama Mohamed Sulaiman.. saya tak pasti dia ni pakar IT atau bukan..
semua aplikasi yang dibangunkan perlu mematuhi spesifikasi API (Application Programming Interface) sistem operasi melalui SDK (software development kit) yang diterbitkan secara rasmi. Saya tidak setuju dengan kenyataan Telegram ini ada FULL ACCESS phone kita termasuk membaca maklumat ONLINE BANKING.
Jika sesiapa boleh membuktikan kenyataan ini secara fakta, boleh saman syarikat di mahkamah atas Personal Data Privacy Act.
- Setiap sistem operasi pula mempunyai kawalan berlainan, contohnya Telegram versi Android mempunyai lebih akses berbanding iOS atas tujuan kemudahan pengguna, seperti membaca SMS kita sewaktu menerima kod pengaktifan. iOS pula tidak benarkan kaedah automasi berkenaan.
- Isunya mengapa kita takut dengan Telegram sahaja, malah semua aplikasi messaging lain sama seperti Whatsapp, Skype, LINE, Viber, dan sebagainya; semuanya mempunyai ciri untuk akses data dalam storan, contact, SMS dan lokasi kita, atas tujuan pengoperasian sistem berkenaan.
- Malah Telegram mempunyai fungsi Secure Chat yang membolehkan encrypted communication.
- Secara ringkas, kita boleh rujuk http://mobile.theverge.com/2013/7/17/4517480/nsa-spying-prism-surveillance-cheat-sheet | artikel ini menunjukkan betapa tidak selamat data kita.
Jika hendak betul-betul (paranoid) terlindung jangan guna kemudahan komunikasi elektronik.
Sains selalu memberikan misteri buat kita semua. Makasih banyak fakta-fakta menarik yang tersembunyi yang terkandang di luar dugaan kita Manusia sebagai makluk yang selalu ingin tahu telah membuka banyak pintu dan masih akan terus mengungkap kebeneran. Inilah 15 dari berjuta-juta fakta sains mengangumkan lain yang mungkin kamu belum tahu.
1. Jari tangan tumbuh empat kali lebih cepat dari jari kaki.
2. Pengguna tangan kanan, dalam rata-rata, hidup sembilan tahun lebih lama dari orang kidal.
3. Kalau kamu menggosokkan bawang ke kaki, sekitar 30 – 60 menit kamu akan bisa merasakannya. Ini karena bawang tersebut mengalir melalui aliran darah.
4. Kamu tidak akan bisa bunuh diri dengan menahan nafas (kalau kamu melakukannya sampai tak sadarkan diri, kamu akan mulai bernapas normal secepatnya).
5. Di satu inci persegi kulit manusia terdapat 20 juta makhluk mikroskopik.
6. Armadilo adalah satu-satunya makhluk hidup bukan manusia yang bisa menderita kusta. Ada juga kasus penularan penyakit ini dari armadilo ke manusia.
7. Seekor siput bisa tidur 3 – 4 tahun selama masa dia tidak membutuhkan makanan.
8. Jerapah bisa hidup lebih lama tanpa air daripada unta.
9. Nyanyian paus bungkuk bisa berubah secara dramatis dari tahun ke tahun, tetapi setiap paus di seluruh samudera selalu menyanyikan lagu yang sama dengan yang lainnya.
10. Gaya yang diperlukan untuk memengangkat sebuah kaki dari pasir apung dengan kecepatan satu centimeter per detik sama dengan gaya yang dibutuhkan untuk mengankat mobil berukuran sedang.
11. Untuk menguji keaslian mutiara, kamu bisa menggosokkan vinegar ke permukaanya. Komposisi dari mutiara akan membuatnya menggelembung dengan cepat.
12. Ikan mas yang ditaruh di tempat gelap akan berubah menjadi putih. Dan kalau bukan karena pengaruh makanan, mereka akan berubah menjadi putih seluruhnya.
13. Tidak seperti lebah lainnya, penyengat ratu lebah tidak berduri dan bisa digunakan berkali-kali tanpa melukainya.
14. Pasir apung tidak dengan cepat membunuh manusia karena biasanya tidak terlalu dalam. Faktanya, sangat sulit membebaskan diri dari pasir apung dan inilah yang menyebabkan kematian.
RMS Titanic (juga SS Titanic) merupakan yang kedua dari tiga kapal penumpang super yang bertujuan untuk mengawali perniagaan perjalanan trans-Atlantik. Dimiliki oleh White Star
LineHarland and Wolff,titanic merupakan kapal up penumpang terbesar didunia pada masa
peluncurannya. Pada saat peleyaran pertamanya, Titanicgunung es pada 23:40 (waktu kapal)
Minggu 14 April 1912, dan tenggelam dua jam empat puluh menit kemudian pada 2:20 pagi
hari senin dan dibuat di galangan kapal menabrak.
Bencana tersebut mengakibatkan kematian lebih 1.500 orang, menjadikannya sebagai bencana laut terburuk semasa aman dalam sejarah dan sampai kini paling termashyur. TitanicTitanic masih tenggelam dengan jumlah kematian yang tinggi. Kegairahan media massa mengenai korban terkenal Titanic, legenda mengenai apa yang terjadi di atas kapal, mengakibatkan undang-undang laut diganti, dan penemuan kapal yang pecah pada 1985 oleh pasukan yang diketuai oleh Jean-Louis Michel dan Robert Ballard menjadikan Titanic terkenal pada tahun berikutnya. dilengkapi dengan teknologi paling maju pada masa itu dan orang awam percaya bahwa ia "tidak mungkin tenggelam". Ia amat mengejutkan bagi orang banyak bahwa walaupun dengan teknologi modern dan awak kapal yang berpengalaman,
Demi meningkatkan pernjualan tidak sedikit pengembang atau penerbit game menyisipkan berbagai adegan yang mengundang kontorversi. Lalu apa aja game yang banyak mengundang kontorversi tersebut?
Game-game paling kontroversial yang mengundang banyak kecaman yakni:
Spoiler for Six Days in Fallujah Game third person shooter:
Six Days in Fallujah Game third person shooter ini membawa pemain ke sebuah operasi khusus pernyergapan di Irak. Hal ini tentu saja menyulut kemarahan sejumlah warga yang menjadi korban perang tersebut. Mereka merasa geram dengan kehadiran game besutan Atomic Games tersebut.
Spoiler for Picture LittleBigPlanet:
LittleBigPlanet Game ini sebenarnya termasuk salah satu game yang cukup dinanti kehadirannya, sampai pada akhir kemunculannya Sony kedapatan menggunakan ayat-ayat Alquran. Penggunaan ayat-ayat Al-Quran dalam game ini pun tidak lazim, Sony mencampuradukkan kata-kata dalam Al-Quran dengan sebuah musik.
Spoiler for Picture Fallout 3:
Fallout 3 Fallout 3 merupakan game dengan penampilan grafis yang cukup memukau, game ini menceritakan kehidupan masyarakat pasca ledakan nuklir yang terjadi di Washington DC. Game ini sebenarnya cukup populer. Namun, organisasi anti teroris menilai bahwa game ini menginspirasi jaringan Al-Qaeda yang tersisa untuk melakukan serangan baru.
Spoiler for Picture Mass Effect:
Mass Effect Game ini cukup sering mendapatkan kritik pedas, dari para gamer akibat memiliki banyak adegan seks di dalamnya. Meski menerima banyak kecaman, namun Bioware menganggap apa yang telah mereka lakukan di Mass Effect masih tergolong dalam batas wajar. Bahkan Bioware juga mengumumkan ingin menggunakan adegan serupa pada game selanjutnya.
Spoiler for Picture Resistance: Fall of Man:
Resistance: Fall of Man Bercerita tentang penyerbuan alien ke planet Bumi. Hal yang biasa memang, namun game ini memfokuskan perperangan di lingkungan sekitar Geraja. Alhasil, game ini tentu saja mendapatkan kecaman keras dari umat Kristiani.
Spoiler for Picture Grand Theft Auto: San Andreas:
Grand Theft Auto: San Andreas Game inilah yang paling banyak mengundang kontoversi. Bagaimana tidak, dari kekerasan tingkat tinggi hingga adegan ranjang tergambar jelas dalam game ini. Akhirnya, pada peluncuran Grand Theft Auto IV, Rockstar mengurangi beberapa adegan yang terlalu vulgar.
You are subscribed to email updates from Juri Rakyat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Sebagai pekerja, apabila tiba tahun baru appraisal merupakan 'majlis' yang dinanti-nantikan. Alhamdulillah aku telah melaluinya hari ini. Pejabat kami beroperasi sehingga jam 1 petang. Tapi appraisal aku jam 2 petang. Nasib baik bos aku dah cakap awal-awal. Aku punya dia tak nak komen banyak-banyak. Aku dengar je.
Ada benda best. Dah confirm aku inform ye...kikiki (Alaa..... standard la..2 tahun sekali mesti dpt punya...)
KUALA LUMPUR 11 Jan. - "Kami hanya mampu terbaring di bawah pokok dalam keadaan gelap gelita. Mahu hidupkan unggun api pun kami tidak larat kerana terlalu penat setelah melalui detik yang hampir meragut nyawa kami."
Itu kata salah seorang mangsa nahas pesawat ringan Cessna 172 yang terhempas di hutan berhampiran kawasan Empangan Batu, Ulu Yam, Kapten Syed Haidhar Syed Zulkifli, 24, ketika ditemui pemberita di Hospital Selayang di sini hari ini.
Menurut Syed Haidhar, sebelum kejadian mereka bertiga berlepas dari Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Sungai Besi di sini, kira-kira pukul 4.30 petang dan 45 minit kemudian pesawat mereka terhempas ketika cuba mengelak seekor burung helang jenis Winston.
"Kami kena mengelak daripada melanggar burung helang itu kerana bimbang kejadian lebih teruk berlaku memandangkan tulang burung helang itu mampu mematahkan kipas pesawat.
"Selepas terhempas, kami cuba keluar daripada pesawat sekitar pukul 6 petang kerana bimbang berlakunya kejadian yang tidak diingini sebelum cuba mencari jalan keluar dari hutan.
"Tetapi suasana gelap dan kami terpaksa mengambil keputusan untuk menangguhkan tindakan itu kerana apa yang kami ada hanyalah bekalan cahaya daripada telefon bimbit," katanya.
Dalam kejadian itu, Syed Haidhar bersama dua lagi juruterbang iaitu Kapten Saiful Farid Amri Amrizal, 41, dan Shaiful Zafiq Razali, 23, dari Kelab Penerbangan Diraja Selangor sedang menjalani latihan penerbangan sebelum terhempas berdekatan Empangan Batu, dekat Ulu Yam.
Mereka dikatakan terperangkap di dalam kawasan hutan itu hampir 10 jam sebelum ditemui pasukan penyelamat dan penduduk kampung.
Cerita Syed Haidhar, mereka tidak mampu berjalan jauh selepas pesawat itu terhempas kerana masing-masing kesakitan dan mengalami kecederaan akibat nahas.
"Kami sekadar berteduh di bawah pokok yang berbentuk kanopi kira-kira 100 meter dari lokasi kejadian kerana bimbang pesawat itu akan meletup ekoran kesemua mereka terlupa menutup setiap suis yang ada," tambahnya.
Katanya, mereka bertiga juga hanya mampu berdoa agar segera diselamatkan dan berasa lega apabila mendengar bunyi salakan anjing pengesan ketika jam menghampiri pukul 3 pagi.
"Kami menyahut panggilan pasukan penyelamat dan memberi isyarat menggunakan lampu telefon bimbit. Mujur mereka nampak dan datang memberi pertolongan," katanya.
Ekoran peristiwa itu, Syed Haidhar memberitahu, dia mungkin berehat seketika daripada sebarang aktiviti penerbangan kerana masih trauma dan tidak dapat melupakan kejadian itu.
Pesawat Cessna 172 yang cuba mengelak burung helang, terhempas dalam hutan berhampiran Empangan Batu, Ulu Yam, Selangor, semalam. (Kanan) Grafik lokasi Cessna terhempas.
KUALA LUMPUR 11 Jan. - Tiga juruterbang yang sedang menjalani latihan penerbangan cedera termasuk dua parah selepas pesawat Cessna 172 yang dinaiki terhempas ketika cuba mengelak daripada merempuh seekor helang berhampiran Empangan Batu, Ulu Yam semalam.
Dalam kejadian pukul 5 petang itu, Kapten Saiful Farid Amri Amrizal, 21, yang merupakan pemandu pesawat ringan itu cedera di bahagian muka sementara dua penumpangnya, Kapten Syed Haidhar Syed Zulkifli, 24, dan Shaiful Zafiq Razali, 23, cedera parah dari pinggang ke bawah.
Pesawat Kelab Penerbangan Diraja Selangor itu juga dikatakan merempuh serumpun pohon buluh di tempat kejadian sebelum terhempas dan patah dua serta hampir terjunam ke dalam tebing anak sungai setinggi kira-kira 50 meter.
Ketiga-tiga mangsa yang cedera kemudiannya keluar daripada pesawat dan berjaya diselamatkan hampir 10 jam kemudian oleh pasukan keselamatan yang melakukan operasi mencari dan menyelamat.
Ketua Pasukan Bomba dan Penyelamat Selangor, Othman Abdullah berkata, pihaknya menjalankan operasi menyelamat kira-kira pukul 9.30 malam ekoran laporan kehilangan sebuah pesawat ringan selepas lebih setengah jam berlepas dari pangkalan udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Sungai Besi.
Beliau berkata, pasukan mencari dan menyelamat turut menerima panggilan kecemasan daripada seorang individu berhubung kejadian yang sama.
"Pada pukul 10.11 malam kita berjaya mengesan lokasi pesawat dan dua pegawai ditemani dua orang penduduk kampung dihantar untuk memeriksa kawasan itu. Kumpulan ini berjaya menemui kesemua mangsa pada pukul 3.45 pagi," katanya ketika ditemui pemberita di Empangan Batu selepas operasi menyelamat selesai.
Othman memberitahu, pesawat itu didakwa hilang kawalan apabila cuba mengelak daripada merempuh seekor burung helang.
"Itu yang diberitahu mangsa ketika ditanya sejurus mereka ditemui. Kata mereka, apabila cuba mengelak helang, pesawat itu kemudiannya melanggar serumpun pohon buluh lalu jatuh terhempas ke tanah.
"Mereka berjaya keluar daripada pesawat itu dan berjalan sejauh 100 meter sehinggalah berjaya diselamatkan. Berdasarkan apa yang dilihat, keadaan pesawat itu begitu kritikal, mujur kesemua mereka terselamat dan masih sedar ketika ditemui," jelasnya.
Dalam usaha menyelamat itu, seramai 35 anggota dan pegawai yang diketuai Penolong Pengarah Operasi dan Penyelamat Bomba Selangor, Mohd. Sani Haru ditubuhkan untuk mencari mangsa.
Sementara itu, Nor Azilee Abdul Kadir, yang menjadi pegawai bomba terawal menemui mangsa nahas memberitahu, tiga juruterbang tersebut berada dalam keadaan separuh sedar ketika ditemui pada pukul 3.45 pagi.
"Mujur mereka masih sedar ketika kami menjerit mencari mangsa, jika tidak pasti lama lagi kami menemui mereka kerana suasana yang gelap gelita," katanya yang ketika itu bersama seorang lagi pegawai bomba, Rodzlan Othman dalam operasi terbabit.
Seorang penduduk kampung, Darmawan Kamarulzaman, 33, pula berkata, dia terdengar bunyi satu dentuman kuat kira-kira dua kilometer dari arah kawasan kebunnya di Kampung Sungai Tua.
"Saya terus mengarahkan seorang lagi rakan membuat panggilan kecemasan dan sepasukan bomba turut meminta saya menyertai operasi mencari lokasi pesawat itu terhempas.
"Beberapa jam dalam tempoh memeriksa kawasan itu, jeritan kami disahut mangsa dan selepas mencari arah suara tersebut, kami menemui kesemua mereka dalam keadaan berlumuran darah kerana mengalami luka-luka," katanya.
Sila rujuk senarai nama kedai atau business online yang menipu ni jika anda kerap melakukan pembelian di internet. Malaysia sebenarnya masih mundur dalam hal pembelian barang secara online kerana masih ramai yang menipu dan menjadi mangsa tipu.
Tak seperti Korea. Kebanyakan perniagaan mereka adalah secara talian. Penghantaran on the spot adalah antara yang terbaik. Sebab itu mereka mampu maju dalam masa yang singkat. Tapi di Malaysia masih ramai makhluk yang mengambil kesempitan di atas kecanggihan teknologi. Macam mana Malaysia nak maju kalau berniaga pun tipu orang. Untung nak cepat. Kalau perniagaan orang lain maju, mulalah nak sabotaj. Adeh..
Bagi pembeli, sebaik-baiknya lihat testimoni atau komen pembeli yang lain dulu samada beliau peniaga yang boleh dipercayai atau tidak. Kalau takde testimoni sila tinggalkan. Dalam Islam pun ada kata; kalau was-was elok tinggalkan.
Berikut adalah antara nama kedai online di Malaysia yang menipu ramai pembeli. Harap berjaga-jaga:
1 ) Az Iman
Report by many people, payment made but nothing have been deliver. Gambar ambil dari google
2) Assyaima Collection
Report by Siti Suhaila , order barang lain tapi dapat barang lain. Bila sms tak reply
3) Kartisha Little Bizhub
Report by Zetty Ezhard , beli perfume last year, kata authentic tapi rupanya fake. Bau macam sabun, bila email balik tak reply. No telefon tak provided
4) Jason / Ah keong / YU KAM LEAN
Report by many people , jual gadget. Sell BB for rm500 end up semua customer dia tak dapat apa2. Memang ramai dah kena. More than RM10k ++ Please beware
5) Imaya Gadget @ Anisah Derahman (kutu gadgets)
Report by Laksamana Cheng Ho , 4 bulan tak dapat barang, dia just refund RM300 and balance until now tak settle. Post kat wall dia block.
6) Wawa Najwa ZK'nas Lens
Report by Cik N Syuhada , until now tak refund duit
7) Yanti Shaterz
Report by many people, mak kutu yang makan duit haram
8 ) Babyrina
Report by Nik Norazne , ramai dah kena tipu and dia ada byk FB.
Report by Nurliza Eirlina , jual handbag dari luar negara, dah bayar depo last year but until now barang tak sampai. Email and inbox dia bagi alasan kena tipu dengan supplier tapi sampai sekarang masih active berniaga.
10 ) Katty Eng
Report by Nurul Shahida Syabil , RM130 sampai sekarang tak refund. Barang tak sampai. Now dah block orang
11) Set Nona Roguy
Report by Siti Hajar , dia jual set bersalin. Nama kat akaun maybank Nur Shuhada Ishak. Ramai dah terkena
12) Thalia Amanie @ Juliana Sulaiman
Report by many people , main kutu yang makan duit orang. More details : FULL NAME —> JULIANA SULAIMAN NO IC —> 870207495266 NO HP —> 017656278 NO ACC —> CIMB ACC ( 1222-000-3976-201) ALAMAT —> NO 9,PANGSAPURI SERI NIPAH,OFF TMN PINGGIRAN USJ 4760 SBG JAYA SELGR
13) KIKI GAJET @Muhammad Shaz
Report by Nora Madi Norazmadi , dah bayar deposit RM400, terus kena block. Number phone 0174643265
14 ) Buabuai Buaian cukur Jambul
Report by Love Haikal , duit dah bayar, video tak dapat, fb diblock, call and sms tak layan. Kena pada 13 nov 2011. no phone 01935335784
15) Rainbow House @ Chong Kar Ying
Report by Teia Zakariah , beli lens tak dapat lagi.
Report by Faten Suhana and Deana Abdullah , beli 2 baju tapi tak dapat2 lagi sampai sekarang 17) Jualan Mega @ Sarah by Mohd Jamaian
Report by Nabela Dyana , beli ypad budak 30pcs and iphone 4s mainan budak until now tak dapat lagi
18) Door to Door @ Sharifah Nuzaihan Syed Fisol
Report by Amna Nafeesa II , dia jual gadget murah. Sampai sekarang tak dapat. Total loss RM6K. 19) Lens Collections
Report by Chibbi Maruko , total RM345. tak pulangkan lagi duit sampai sekarang.
20 ) Nor Aymylia Bt Normazlin
Report by Puan Ain Juih , beli samsung galaxy tab tapi dapat tablet china. Ramai dah terkena dgn dia. Total loss RM1.6k
21) Nellisa Abd Rahman
Reported by many people , mereka jual barang2 baby , susu dan diapers, barang tak pernah sampai ramai dah tertipu
22) Bee florian @ Aizan Fong Abdullah
Reported by many people, dia ni memang dah bertahun tahun terkenal dengan menipu. Kalau cari fb dia memang dah takde so just beware dengan nama dia tu.
23) Rosidah Abdullah
Reported by many people , dia ni suka buka kedai tiru nama kedai seller lain so nanti customer akan keliru. So just beware dengan nama dia bila nak buat payment nanti. Maybank 163091006206 , hp 01114990713 / 01114944617
24) Butik Beg Tangan Berjenama @ Wan Syazwani maybank 158305218738
Reported by many people, fb dia pun dah hilang sekarang. Dapat duit terus senyap then deactivate fb.
25) Adayana Perfume @ Syahidan Ahmad
Reported by many people, after payment barang tak sampai. Macam2 alasan diberikan.
26) Kedai Gadget @ Faizah binti Md Rejab
Reported by many people , kutu gadget dan jual ada jual gadget tapi kalau dah bayar jgn harap barang akan sampai. DIA MASIH ACTIVE DI LUAR SANA PLEASE BEWARE.Ni no dia 0179895662 27) Korean Sweety Eye
Reported by many people, after payment dia akan block dari msg/wall 28) Kedai saya @ Mohd Syazamie
Reported by Aina Jessturaya, orang tu mengaku diri pekerja court mammoth penang and jual barang murah & ansuran. After masukkan duit dia akan block terus. Tracking number yang tipu dia bagi
29) Babydynas Collections & Babydynas Kutu Frenz
Reported by many people, ada few people je yang dapat refund dari dia. Yang lain semua dia kebas duit. Senyap sampai sekarang
30) Aida Isyhaidar @ Norhaida bt Jamaludin
Reported by Princess Davinci , dia ni kutu jam. Duit lesap
31) Kedai Sri Mawar @ Azizah Bt Bakar from Bachang Utama
Reported by Siti Qis Junior , peniaga emas. After dah dapat duit dia block customer. 32) Blackberry Hotshop @ Maria Ariffa Mazlan
Reported by Lynn Domo, customer mintak COD, dia setuju tapi dengan syarat bayar deposit RM500. bila yang nak jumpa, dia tak datang. Call tak jawab.
33) Tudung Abu Dhabi
Reported by 5 people, service lambat. Ada yang dapat after 2 week dah bayar itu pun after dah push and bagi warning.
34) Kasih Damia Shoppe / Kasih Damia Collections
Reported by Ros Zaiha , owner kedai ni nama Suhaila. Beri alasan macam2, barang sampai kesudah tak dapat. 35) Lim Anna
Reported by many people, boleh tengok dekat photos posted by Poisonous apple, dia print screen orang2 yang bagi wall post mintak refund money and post barang.
SUMBER: KAMI BENCI ONLINE SHOP YANG TIPU MAKAN DUIT HARAM
Untuk lain-lain senarai penipu terkini, boleh juga terjah: Senarai Penipu Online Malaysia Detail [scammer]
Sehingga kini masih ramai yang berkongsi peniaga-peniaga yang menipu di page tersebut. Boleh rujuk dari semasa ke semasa..
Anda ada maklumat lain tentang peniaga yang menipu? Boleh kongsikan disini.
BAITULMAQDIS: Bekas Perdana Menteri Israel, Ariel Sharon meninggal dunia di sebuah hospital berhampiran Tel Aviv hari ini pada usia 85 tahun, selepas lapan tahun berada dalam keadaan koma, kata pejabat Perdana Menteri Benjamin Netanyahu.
Bagaimanapun, tiada pengesahan serta-merta dari Hospitam Sheba, di mana meliau dirawat tetapi seorang jurucakap hospital berkata, satu kenyataan rasmi akan diberikan pada jam 3 petang (waktu tempatan).
Sharon berada dalam keadaan koma sejak 4 Januari 2006 selepas mengalami strok. Namun, keadaan beliau dilaporkan semakin parah sejak 1 Januari lalu apabila mengalami masalah buah pinggang yang serius selepas menjalani pembedahan. - AFP
Rakaman CCTV menunjukkan dua lelaki berpakaian hitam dan memakai hud hitam terlibat dalam insiden tembakan itu.
KOTA KINABALU: Sekumpulan lelaki yang terlibat dalam insiden tembakan di Kota Kinabalu berpakaian hitam atau memakai hud hitam untuk menyembunyikan muka mereka. Rakan kamera litar tertutup (CCTV) dari sebuah hotel bajet di Damai, Luyang menunjukkan sebuah kereta memecut laju selepas beberapa das tembakan dilepaskan ke arah pintu masuk hotel tersebut kira-kira tengah malam Jumaat.
"Mereka kelihatan seperti sekumpulan remaja, mereka memandu laju selepas insiden tembakan itu.
"Anda tidak dapat melihat imej itu dengan jelas tetapi mereka kelihatan muda," kata seorang penyelia sebuah restoran, Dominic Peter yang menyaksikan rakaman CCTV itu.
Seorang pengawal keselamatan di salah sebuah bank yang menjadi sasaran kumpulan tersebut berkata, dia terdengar sesuatu mengenai pintu kaca.
"Ketika saya ingin memeriksa, cermin tingkap itu berkecai," katanya.
Pengawal keselamatan tersebut yang enggan namanya didedahkan berkata, pada mulanya dia menyangka seseorang membaling objek keras ke arah cermin tingkap itu.
"Kadangkala cermin tingkap ini boleh retak dan saya fikir itu yang terjadi," katanya.
Rakyat di negeri itu dihantui kebimbangan selepas 30 tempat di Kota Kinabalu, Inanam dan Penampang dijadikan sasaran tembakan misteri, dipercayai angkara tiga kumpulan yang melepaskan tembakan menggunakan pistol angin dan guli sebagai peluru.
Tiada sebarang kecederaan dilaporkan.
Polis menolak dakwaan kejadian tembakan di Kota Kinabalu mempunyai kaitan dengan kumpulan bersenjata Sulu atau percubaan menceroboh Lahad Datu.
Mereka percaya insiden tembakan itu dilakukan oleh budak nakal (juvana) dan meminta penduduk di negeri tersebut untuk bertenang.
Selangor telah memutuskan untuk membekukan kenaikan gaji untuk menteri besar, exco, speaker dan timbalan speaker.
Bagaimanapun, ahlil exco, Ean Yong Hian Wah dilaporkan hari ini sebagai berkata bahawa kenaikan gaji Ahli Undangan Negeri (ADUN) kekal seperti yang diumumkan sebelum ini.
Keputusan itu dibuat selepas tercetus kontroversi ekoran kenaikan gaji yang diumumkan November lepas.
Keputusan itu dibuat dalam Dewan Undangan Negeri, yang meluluskan kenaikan gaji daripada 87 peratus kepada 373 peratus.
KUALA LUMPUR - Tiada rasa terkilan atau kecewa di hati jurulatih Harimau Muda A, Datuk Ong Kim Swee apabila mengetahui namanya bukan pilihan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk dilantik sebagai ketua jurulatih Harimau Malaya, malah beliau menerima keputusan itu dengan terbuka.
Menganggap perjalanan kariernya sebagai seorang jurulatih masih panjang, Kim Swee tetap memberikan penghargaan kepada FAM yang terus memberi kepercayaan kepadanya untuk membimbing Harimau Muda A sekurang-kurangnya untuk tempoh dua tahun lagi, selain pelantikan sebagai jurulatih sementara Harimau Malaya.
Dalam masa sama, beliau tetap bersedia memikul tanggungjawab tambahan diberikan oleh FAM iaitu membantu individu yang bakal membimbing Harimau Malaysia apabila mengharungi sebarang kejohanan.
"Saya tidak ada sebarang masalah menerimanya jika itu keputusan yang telah ditetapkan oleh FAM dan keutamaan saya kini adalah untuk mengendalikan Harimau Muda A.
"Bersama Harimau Muda A, saya lihat tetap satu perancangan penting kerana di situlah terbinanya pembentukan skuad kebangsaan selain tanggungjawab saya pada 2014 juga turut bertambah.
"Segala program yang melibatkan Harimau Muda B atau C kini akan dipantau oleh saya supaya ada kesinambungan apabila seseorang pemain itu bergerak daripada satu pasukan ke pasukan lain," katanya ketika dihubungi semalam.
Hamidin yang ditemui di Wisma FAM pada Khamis lalu mengesahkan, ketua jurulatih Harimau Malaya akan diketahui selewat-lewatnya pada Februari depan sambil memberi bayangan kerusi panas yang ditinggalkan oleh Datuk K. Rajagobal itu bakal diisi jurulatih luar negara.
Difahamkan, lima nama besar telah disenarai pendek untuk jawatan itu dengan bekas jurulatih Jepun untuk Piala Dunia 2002, Philippe Troussier menjadi nama paling hangat dikaitkan selepas FAM mengadakan pertemuan dengannya di London pada bulan lalu.
Calon lain ialah bekas pengurus AS Roma, Zdenak Zeman dan bekas pemain antarabangsa Perancis dan Chelsea, Marcel Desailly andai impian FAM mendapatkan Troussier tidak kesampaian.
Kim Swee menegaskan fokus utamanya tahun ini adalah Sukan Asia 2014 di Incheon, Korea Selatan, selain penyertaan dalam National Premier League (NPL) di Queensland, Australia yang berlangsung dari Mac hingga Ogos.
Namun, sebelum memikirkan cabaran pasukannya di Australia, beliau perlu mendapatkan pengganti Hassan Sazali Waras, penolongnya yang telah dinaikkan pangkat sebagai ketua jurulatih Harimau Muda C.
"Pengganti kepada Hassan saya akan namakan apabila pulang dari Australia dengan Hamidin selepas minggu hadapan, saya tidak mahu namakan sesiapa tetapi calon itu sudah ada," katanya.
Timbalan Presiden PKR Azmin Ali telah digugurkan sebagai ahli lembaga pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS ) berikutan keputusan yang dibuat oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Satu sumber memberitahu Malaysiakini bahawa surat yang memaklumkan kepada Azmin mengenai penggugurannya itu dihantar pada jam 11 pagi semalam.
PKNS, sebuah konglomerat milik kerajaan negeri, adalah pemaju hartanah utama dan pelabur dalam perniagaan utama di Selangor.
Sumber itu berkata penyingkiran itu dibuat walaupun penasihat undang-undang negeri dan PKNS menasihatkan supaya Azmin yang juga ADUN Bukit Antarabangsa, dikekalkan.
Alasan yang diberikan oleh menteri besar ialah Azmin telah memulangkan kenderaan rasmi dan keistimewaan lain kepada PKNS sebelum pilihan raya umum lepas, kata sumber itu yang mengetahui mengenai kertas exco mengenai perkara itu.
Sambil menyifatkan alasan yang diberikan itu sebagai "tidak masuk akal", sumber itu berkata, Azmin memulangkan keistimewaan itu selaras dengan garispanduan kerajaan sementara selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan.
Menurut sumber itu, Abdul Khalid yang juga pengerusi PKNS, telah mempengerusikan dua mesyuarat lembaga pengarah perbadanan itu selepas pilihan raya umum tetapi enggan menjelaskan kedudukan Azmin dan dua orang lagi penyandang yang dilantik oleh kerajaan.
Bagaimanapun, Abdul Khalid kemudian tiba-tiba meminta surat exco mengenai kedudukan mereka dalam lembaga pengarah PKNS - ADUN Cempaka Iskandar Abdul Samad, bekas ADUN Kinrara Teresa Kok dan Azmin - kata sumber itu. 'Seorang penyandang dikekalkan '
Kertas exco diminta adalah kerana wujud kekaburan berhubung peraturan mengenai tempoh tepat ahli lembaga PKNS yang dilantik dalam agensi kerajaan negeri itu dan juga pelantikan semula mereka.
Kertas exco itu disampaikan kepada Abdul Khalid pada 13 November tahun lalu dan beliau membuat keputusan untuk menggugurkan Azmin pada 4 Disember, kata sumber itu.
Menurut sumber itu lagi, Iskandar, yang juga ADUN PAS di Selangor, dikekalkan dalam lembaga pengarah PKNS.
Pengguguran Kok, bekas exco kanan kerajaan negeri yang menyerah kerusi DUN beliau di Selangor untuk memberi tumpuan kepada kerusi Parlimen di Kuala Lumpur, memang telah dijangka.
Azmin merupakan pengkritik kuat Abdul Khalid, yang menggesa menteri besar itu supaya berbelanja untuk pembangunan dan bukannya terkumpul rizab negeri ini yang berjumlah hampir RM3 bilion tahun lepas.
Azmin pernah meletak jawatan dalam lembaga pengarah PKNS pada tahun 2010, tetapi menafikan ia disebabkan oleh perselisihan dengan Abdul Khalid.
Sebaliknya, beliau menegaskan ia untuk memberi laluan kepada calon-calon yang lebih muda yang "lebih disukai" oleh menteri besar.
Pengguguran terbaru Azmin itu berlaku hanya dua bulan sebelum pemilihan parti PKR, yang bakal menyaksikan perebutan jawatan tertinggi di kalangan pemimpin utamanya.
KUALA LUMPUR: Tiga orang yang berada dalam pesawat Cessna yang dilapor hilang petang semalam ditemui terselamat di kawasan Empangan Batu, Hutan Sungai Pamah, awal pagi tadi.
Ketiga-tiga mereka ditemui Pasukan Penyelamat (STORM) Bomba Malaysia, pada kira-kira jam 3.30 pagi tadi.
Kesemua mereka terselamat termasuk seorang patah kaki.
Urusan sedang dijalankan bagi mengeluarkan mangsa dan dijangka mengambil masa dua jam.
Seramai 40 orang anggota bomba terbabit dalam operasi mencari dan menyelamat berkenaan.
Paris: Sebuah majalah Perancis semalam mendedahkan Presiden Francois Hollande menjalin hubungan sulit dengan aktres Julie Gayet dan menyokong dakwaan itu dengan beberapa gambar untuk mengesahkan khabar angin yang tersebar sejak berbulan lamanya.
Majalah Closer edisi Jumaat itu menyiarkan laporan tujuh halaman mengenai presiden berusia 59 tahun itu yang didakwa curang dengan tajuk "Francois Hollande dan Julie Gayet cinta rahsia presiden." Tindakan majalah mingguan itu dicemuh Hollande berulang kali dan dia menimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pendedahan itu yang disifatkan sebagai serangan hak privasi.
Closer mengulang laporan diterbitkan di pelbagai laman web sejak beberapa hari lalu berkata, Hollande menunggang skuter di sekitar Paris setiap hari untuk menghabiskan malam bersama kekasihnya yang berusia 41 tahun itu.
Hollande dalam satu kenyataan dikeluarkan secara eksklusif kepada media berkata, dia masih meneliti tindakan yang mungkin diambil, termasuk tindakan undang-undang terhadap majalah mingguan berkenaan.
Aktres Julie Gayet
Berita mingguan L'Express bulan lalu melaporkan perkhidmatan keselamatan Istana Presiden semakin bimbang dengan tindakan Hollande yang sering "menghilangkan diri." Hollande tinggal bersama pasangannya, Valerie Trierweiler, seorang wartawan selepas meninggalkan ahli politik Sosialis, Segolene Royal yang menjadi ibu kepada empat anaknya.
Julie yang muncul dalam satu daripada iklan pilihan raya Hollande pada 2012, membuat aduan Mac tahun lalu mengenai khabar angin hubungan sulit itu yang dikatakannya melanggar hak peribadinya.
Julie, ibu kepada dua anak ialah aktres terkemuka Perancis yang sudah membuat lebih 50 penampilan dalam filem. Dia membawakan peranan utama dalam "Quai d'Orsay," filem satira pada tahun lalu yang memfokuskan pada Kementerian Luar Perancis.
Dia turut muncul dalam filem Shall We Kiss?" dan "My Best Friend". Jika khabar angin hubungan sulit mereka benar, ia hanya satu lagi amalan tradisi Presiden Perancis dan ahli politik kanan negara itu yang kaki perempuan. - AFP
KUALA LUMPUR - Pasukan keselamatan negara mematahkan cubaan pihak asing menceroboh masuk perairan Sabah dua minggu lepas, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Beliau berkata ini hasil tindakan pantas Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.
"Walaupun kita tahu ada percubaan (menceroboh masuk) yang dilakukan pihak musuh dua minggu lepas, tapi Alhamdulillah kita berjaya mematahkannya," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Perairan Sabah sebelum ini menyaksikan peristiwa pencerobohan pengganas di Lahad Datu pada Februari tahun lepas yang mengorbankan nyawa 10 anggota keselamatan, iaitu lapan anggota polis dan dua anggota tentera.
"Insiden di Pulau Pom-Pom, Semporna, Sabah turut menjadi iktibar kepada pasukan keselamatan untuk meningkatkan tahap keselamatan di Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah (Esszone)," katanya.
Khalid merujuk insiden yang berlaku 15 November lepas, yang mana seorang pelancong lelaki warga Taiwan berusia 57 tahun ditemui mati dengan kesan tembakan pada badan di sebuah pusat peranginan di pulau itu.
Rakan wanitanya yang berusia 58 tahun pula diculik sekumpulan lelaki bersenjata sebelum diselamatkan pada 20 Disember lepas oleh pihak keselamatan Filipina.
Dalam pada itu, Khalid berkata Operasi Gasak di Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom), dengan penyertaan pasukan Operasi Cantas Khas PDRM, akan dipertingkat bagi menghadapi ancaman pencerobohan.
Beliau berkata segala pemantauan dan kawalan keselamatan di Sabah akan terus dilapor kepada Ibu Pejabat Polis Bukit Aman bagi memudahkan pelan tindakan dirangka bagi menangani kes tertentu. - Bernama
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata beliau juga berharap agar Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) diperkenalkan semula, seperti cadangan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Perkara itu diulanginya beberapa kali dengan riak wajah gembira dalam satu sesi wawancara bersama petugas media di ibu pejabat polis Bukit Aman petang ini.
"Saya berharap perkara (kembalikan ISA) tersebut berlaku. Jika parlimen fikir sesuai dengan kembalikan ISA, kenapa tidak? Saya harap begitu," katanya ketika menjawab soalan wartawan.
Katanya, beliau amat menyokong jika ISA diperkenalkan semula kerana Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) lebih dikhususkan untuk menangani masalah jenayah.
"(Sosma sudahpun) cukup tapi apa salah kalau ada ISA. Sosma sesuai dalam keadaan tertentu, ISA sesuai dengan keadaan tertentu.
"Saya sokong sangat, apa sahaja untuk memastikan ketenteraman dan kesejahteraan negara kita tetap sokong," katanya.
Dalam ucapan beliau sebelum itu, Khalid turut mengumumkan pihak polis akan menubuhkan satu jabatan baru untuk memantapkan integriti dan pematuhan piawai pasukan itu.
Katanya, Jabatan Integriti dan Pemantauan Standard (JIPS) itu bukan hanya akan mengesan penyelewengan dalam PDRM tetapi menguatkuasa kesemua undang-undang tatatertib pegawai dan anggota polis.
Selain meningkatkan disiplin anggota PDRM, usaha berdasarkan strategi lima tahun itu juga bertujuan untuk memperbaiki persepsi ke atas pasukan polis, kata Khalid.
Tambahnya, unit berkenaan akan diketuai oleh pegawai berpangkat komisioner polis.
"Jadi strukturnya telahpun kita kemukakan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam dan kita sedang menunggu kelulusan untuk kita memulakan tugas-tugas ini.
"Sementara itu, Jabatan Tatatertib Bukit Aman akan melaksanakan tugas-tugas JIPS ini," katanya.
Penubuhan jabatan baru itu dijangka bagi memperbaiki imej pasukan berkenaan yang sering menerima kritikan, antaranya berhubung layanan ke atas tahanan, garis panduan ketika operasi ke atas suspek jenayah dan semasa mengawal perhimpunan.
Kritikan seperti itu sering disuarakan oleh kumpulan pemerhati hak asasi, yang turut menggesa agar kerajaan mempertimbang semula cadangan untuk menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC).
Cadangan itu bagaimanapun ditentang oleh Kementerian Dalam Negeri kerana IPCMC didakwa mengenepikan kuasa mahkamah sebagai pengadil dan hak kepada tertuduh untuk mendapatkan rayuan di mahkamah.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria telah dipanggil memberi keterangan berhubung kenyataannya yang menyifatkan peserta himpunan membantah kenaikan harga barang pada 31 Disember lalu sebagai 'bughah' dan "halal darah".
"Kita sudah panggil pun... Ia bukan panggil orang tertentu saja, kita panggil semua. (Yang) mengancam keselamatan yang kita panggil.
"Tak kira siapa sahaja," katanya dalam wawancara dengan media di Bukit Aman hari ini.
Diminta menyatakan bila tokoh agama itu dipanggil memberi keterangan, Khalid berkata:
"Saya tidak ada tarikhnya. Tapi kita sudah panggil (beliau untuk memberi keterangan)," katanya.
Pada yang sama juga, pihaknya juga sedang menyiasat kenyataan Paderi Lawrence Andrew berkaitan penggunaan kalimah Allah di Selangor.
"Siasatan sedang dibuat termasuk apa yang disebut oleh Father Lawrence.
"Sebarang kenyataan yang boleh mengancam keselamatan negara, siasatan akan kita buat (siasatan)," katanya lagi.
Sementara itu, Khalid menafikan dakwaan polis mengeluarkan kenyataan bahawa perhimpunan pada 31 Disember untuk menggulingkan kerajaan sebaliknya ia telah diuar-uarkan oleh media alternatif.
"Adakah kami perlu berdiam diri mengenainya? Adakah kami perlu kata, 'itu main-main sahaja'.
"Itu adalah satu seruan yang serius. Jadi, adakah saya tidak perlu mengambil tindakan? Tidak.
"Jika tiada tindakan diambil, langkah menyekat dibuat, ada pihak nanti akan megatakan serian itu benar dan menyeratinya, masa itu sudah terlambat kita ambil tindakan," katanya.
Liza menunjukkan buku rekod kesihatan bayi dan ibu mengandung serta salinan imej bayinya melalui pengimejan ultrasound kepada media di rumahnya di Parit Buntar.
PARIT BUNTAR - Keterujaan sepasang suami isteri untuk menimang cahaya mata kedua terbantut apabila kandungan yang sudah berusia lima bulan disahkan ghaib tiba-tiba, minggu lalu.
Mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Liza, 30, berkata, seorang doktor perubatan mengesahkan janin dikandungnya ghaib ketika dia menjalani pemeriksaan di sebuah klinik kesihatan, di sini.
Menurutnya, dua minggu sebelum kejadian, jururawat bertugas meminta supaya dia mengamalkan pemakanan sihat berikutan berat kandungan bayinya yang berusia hampir lima bulan ketika itu semakin berkurangan.
"Bagaimanapun, setelah hampir dua minggu berulang-alik ke klinik kesihatan itu untuk menjalani pemeriksaan rutin, kami dikejutkan dengan berita kehilangan bayi dalam kandungan secara tiba-tiba.
"Kami sememangnya tidak percaya bayi dalam kandungan hilang kerana kami baru sahaja melihat imej bayi itu melalui mesin pengimejan ultra sound beberapa hari sebelum kejadian," katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Liza berkata, pada mulanya dia tidak mempercayai penjelasan diberikan petugas klinik kesihatan terbabit dan bertemu seorang doktor perbidanan serta sakit puan untuk mendapatkan kepastian.
Bagaimanapun, mangsa dan suami sekali lagi terkejut apabila hasil pemeriksaan doktor terbabit turut mengesahkan kehilangan janinnya.
"Masih tidak percaya dengan apa yang berlaku, kami segera mendapatkan penjelasan mengenai fenomena pelik menimpa bayi kami di Hospital Parit Buntar.
"Hasil pemeriksaan kali ketiga di hospital itu sekali lagi mengesahkan kandungan saya hilang dan doktor memberi alasan kehilangannya disebabkan berlaku pengecutan pada janin," katanya.
Menurutnya, sebalik pengesahan dibuat doktor, dia masih tidak berputus asa dan mencuba rawatan perubatan tradisional dengan harapan dapat memulihkan kandungannya.
Bagaimanapun, usaha Liza dan suaminya tidak berhasil apabila lima pengamal perubatan tradisional yang ditemui mendakwa bayi dalam kandungannya dilarikan makhluk halus atau orang bunian.
"Kini, saya trauma dan sering menangis melihat barang kelengkapan bayi yang dibeli sebelum ini sebagai persediaan menyambut anak yang dijangka lahir April ini.
"Namun begitu, saya dan suami reda dengan ketentuan Ilahi serta percaya ada hikmah di sebalik kejadian aneh ini," katanya.
Liza turut menjelaskan, dia kini menunggu panggilan daripada Hospital Taiping untuk menjalankan rawatan mencuci rahimnya meskipun kandungannya disahkan hilang.
"Kejadian yang berlaku turut menginsafi kami sekeluarga dan saya berharap kejadian aneh ini dapat dijadikan pengajaran kepada ibu mengandung lain," katanya.
KUALA TERENGGANU - Kesal dengan tindakan pihak tidak bertanggungawab menggali kubur anak perempuannya yang meninggal dunia kira-kira lapan bulan lepas, seorang lelaki hari ini membuat laporan polis.
Terdapat lubang sedalam kira-kira satu meter di kubur anaknya itu yang meninggal dunia ketika berusia sembilan bulan.
"Saya percaya ini dilakukan oleh pihak tertentu yang mempercayai amalan khurafat...kerana tiada longgokan tanah yang digali itu di kawasan kubur berkenaan," kata Kamaruddin Muhammad, 44, ketika ditemui pemberita di tanah perkuburan Kampung Binjai Berambu, Padang Midin di sini sini hari ini.
Katanya dia dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh anggota Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) selepas mengadakan gotong-royong membersihkan tanah perkuburan itu kira-kira pukul 9 pagi ini.
Susulan itu, katanya dia membuat dua laporan polis iaitu di Balai Polis Chabang Tiga dekat sini dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu.
Ekoran laporan polis itu, sepasukan anggota Balai Polis Chabang Tiga dan dua anggota Unit Cawangan Jenayah, IPK Terengganu turun padang bagi menjalankan siasatan di tanah perkuburan itu petang ini.
Kamaruddin berkata dia dengan kerjasama penduduk setempat telah menutup lubang di kubur anak perempuannya itu dengan tanah.
Katanya dia juga telah berbincang dengan JKKK untuk mengambil langkah berjaga-jaga bagi memastikan tanah perkuburan yang berusia hampir 100 tahun itu tidak lagi dicerobohi termasuk mengadakan pemantauan dan membina pagar di kawasan sekitar.
Katanya arwah anaknya Siti Nur Anisah merupakan anak bongsu dari enam beradik meninggal dunia disebabkan komplikasi jantung dan masalah jangkitan paru-paru.
"Saya tidak faham dan tidak tahu apa tujuan sebenar mereka menggali kawasan kubur anak saya itu. Saya kesal dengan perbuatan tidak bermoral itu, di zaman serba moden ini masih ada pihak mengamalkan amalan khurafat," katanya. - Bernama
KUALA LUMPUR – Bekas menantu Ketua Menteri Sarawak, Shahnaz A Majid memberitahu mahkamah, dia tidak tahu suaminya, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Taib bernikah dengan wanita Australia semasa majlis perkahwinan adik iparnya.
Shahnaz, 51, berkata, dia terkedu apabila melihat Mahmud membawa wanita yang dikenali sebagai Louise Aida Hiley ke majlis itu di Wisma Mahmud, di Kuching, Sarawak sekitar tahun 1999.
"Saya tak pernah tanya sama ada mereka sudah bernikah ataupun belum. Saya hanya anggap mereka sudah berkahwin kerana sudah ada anak, beberapa tahun lalu," katanya.
Beliau menyatakan demikian ketika menjawab soalan peguam Saadiah Din yang mewakili Mahmud Abu Bekir semasa perbicaraan kes tuntutan mutaah di mahkamah tinggi syariah di sini, semalam.
Menurut Shahnaz, dia juga tidak tahu anaknya, Raden Murya ada menemui wanita itu di Singapura beberapa tahun lalu walaupun ketika itu dia ada bersama anaknya.
Menjawab soalan Saadiah, Shahnaz berkata, dia dan bekas suaminya itu tidak tinggal bersama dan tidak berhubungan kelamin sejak tahun 2000.
Bagaimanapun, Shahnaz berkata, Mahmud ada memberi nafkah zahir setiap bulan selepas dia berpindah ke kediaman miliknya di Damansara walaupun tidak tinggal bersama.
"Dia (Mahmud) ada datang ke rumah meluangkan masa dengan anak menonton televisyen, atau menjemput anak keluar sama," katanya.
Kata Shahnaz, dia menerima nafkah zahir sebanyak RM7,000 sebulan sejak 2001 hingga 2006, pada tahun 2007 dia menerima nafkah sebanyak RM10,000 setiap bulan, dan sejak tahun 2008 hingga 2011, nafkah bulanannya dinaikkan kepada RM12,000.
"Namun selepas Mei 2008 hingga kini, saya dan anak kami tidak menerima satu sen pun," katanya.
Shahnaz akui menggunakan tiga kenderaan yang diberikan syarikat dan memegang jawatan di beberapa buah syarikat semasa masih bergelar isteri Mahmud.
Mahkamah turut dimaklumkan, dia mempunyai pegangan saham di beberapa buah syarikat milik bekas suaminya itu.
Perbicaraan di hadapan Hakim Syarie Muhamad Abdul Karim Wahab disambung 22 Januari ini.
Shahnaz memfailkan tuntutan mutaah berjumlah RM100 juta, antara lain menuntut beratus hektar tanah di Sarawak, rumah, dan kereta mewah yang diisytihar sebagai harta sepencarian.
Shahnaz, kakak kepada ratu jazz negara, Datuk Sheila Majid turut memfailkan tuntutan harta sepencarian berjumlah RM300 juta. Pasangan itu berkahwin pada 9 Januari 1992, sah bercerai pada 11 Mei 2011.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang kini berusia 21 tahun.
Shahnaz diwakili peguam Dr Rafie Mohd Shafie dan Akbardin Abdul Kader. – SINAR HARIAN
You are subscribed to email updates from Pilihan Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Nampaknya rugi saja belanja mahal untuk Ikrar Brotherhood.
Lagi mahal daripada belanja majlis harijadi. Itupun belum termasuk duit raya. Kalau masuk duit raya dan gajet tentu banyak lagi. Akhirnya tetap membalun sesama sendiri dan menteri-menteri dan pemimpin-pemimpin BN juga tidak ketinggalan dibalun. Siapa la yang malang yang akan dilantik menjadi Pengarah Jabatan Media Sosial UMNO/Barisan Nasional yang disebut-sebut oleh Datuk Rocky Bru dan Lim Kit Siang?
Contoh kebodohan mereka yang syok main gambar hingga disiar oleh pembangkang
Sumber The Unspinners mendapat tahu bahawa MB Selangor telah arahkan ditubuh Biro Strategi dan Komunikasi Kerajaan Selangor.
Difahankan ianya terdiri dari lima orang bloger dan pakar IT. Taklah macam kita yang bawak orang tak tahu apa pasal media atau blog atau sosial media.
Mereka beroperasi di satu pejabat di Shah Alam. Fokus tugas mereka adalah untuk lancar propaganda bagi PKR dan pertahan kerajaan Selangor.
Ia dianggotai oleh blogger, grafik artis, strategis komunikasi dan lain-lain.
Tujuannya adalah supaya ada data sebaik saja ada apa-apa yang boleh disaman. Jika perlu, mereka tidak keberatan untuk hantar gangster untuk ugut dan cederakan blogger kita
Buat masa ini, pengkhususan peringkat awal mereka mencari maklumat berkaitan tentera maya UMNO. Lain dari pihak kita yang ada tukang sauk tengah jalan untuk ambil bajet, mereka akan diberi bajet yang cukup untuk beroperasi.
Baik-baik dan berhati-hati wahai blogger pro kerajaan terutama mereka yang identiti diketahui.
Jabatan penerangan kerajaan dan UMNO serta satu menteri Tin Kosong sudah bela satu double agent yang pasti telah dapat identiti kebanyakkan dari anda dan kini dah kaya raya hingga mampu ada kedai di sebuah bangunan pejabat mahal.
Dia kaya tapi blogger sendiri tak berapa dijaga kebajikan. Kadang-kadang banyak bangang orang orang atas ni.
Dahlah sesama blogger pro UMNO banyak cemburu, hasad dengki dan sampai tak tahu guna otak untuk letak sempadan bila kelahi. Ada sanggup dedah dan kerjasama dengan pemimpin pembangkang untuk bantu kenalpasti blogger sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan