Bekas Mufti Kerajaan Negeri Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin dikecam seorang penulis di sebuah portal ekoran kenyataannya yang seolah "menambah saham ke neraka" dengan persepsi buruk yang dilihat mampu memecah-belahkan rakyat.
Kata penulis berkenaan, sewaktu seluruh jentera kerajaan termasuk Perdana Menteri dan pak-pak Menteri yang lain sedang berjerih payah membantu lebih 200,000 mangsa banjir di Pantai Timur, bekas Mufti itu seakan tidak membantu memperbetul persepsi, namun lebih menjurus menjadi "batu api.
"Ketika ramai antara kita bertungkus lumus membantu mangsa banjir, menghulur derma barangan dan membetulkan fitnah yang berleluasa, seorang bekas mufti yang "gila populariti", Dr Mohd Asri Zainul Abidin (Dr Maza) memilih untuk menyebarkan prasangka buruk dan fitnah yang boleh memecah belah rakyat.
Musibah yang berlaku di kebanyakan tempat di Pantai Timur semakin teruk dan sangat-sangat memerlukan pertolongan serta bantuan daripada seluruh rakyat Malaysia.
Keadaan banjir itu dikatakan antara yang terburuk dalam tempoh hampir 43 tahun di sesetengah tempat seperti di Kuala Tahan, Kuala Krai dan Gua Musang.
Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, pelbagai cara boleh kita salurkan untuk membantu mereka dalam meringankan beban yang sedang ditanggung. Ini kerana yang pasti kemusnahan harta benda, malah kehilangan nyawa sedang berlaku di sana.
Antara cara yang boleh disalurkan adalah dengan menghulurkan sumbangan berbentuk wang ringgit, keperluan asas dan sebagainya. Bolehlah untuk sama-sama menolong mana yang terdaya.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan banjir yang melanda negeri ini sebagai malapetaka besar dan bukan fenomena biasa.
Pada masa yang sama, beliau mengumumkan kerajaan akan membina kediaman sementara dalam bentuk blok supaya mangsa banjir di negeri ini dapat menduduki kediaman tersebut untuk sementara waktu sehingga penempatan kekal dibina.
Beliau berkata, pihaknya perlu berunding dengan Kerajaan Pas Kelantan terlebih dahulu sebelum penempatan kekal dapat dibina.
''Hari ini saya membuat tinjauan di daerah Gua Musang dan Kuala Krai, kedua-dua daerah ini merupakan kawasan yang paling berat atau teruk sekali.
''Saya juga melihat keadaan di jambatan antara Manek Urai Lama dan Manek Urai Baru yang mana air di kawasan itu naik hampir ke paras tiang lampu, cuba bayangkan jambatan itu sudah tinggi tetapi air naik lebih tinggi sehingga mencecah lampu jambatan ini.
''Keadaan ini menggambarkan betapa dahsyat malapetaka menimpa negeri ini khususnya kawasan Kuala Krai sebab itu lawatan saya telah dapat kesimpulan, kita perlu melihat ini sebagai satu bencana atau malapetaka yang sangat berat dan bukan banjir biasa,'' katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mengakhiri lawatan sehari meninjau mangsa banjir ke Gua Musang dan Kuala Krai di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di sini hari ini.
Najib berkata, malapetaka tersebut berlaku disebabkan pembukaan tanah secara berleluasa terutama pembalakan yang berlebihan sehingga memberikan kesan kepada alam sekitar.
''Tidak ada keadaan semula jadi yang boleh menahan air daripada turun ke sungai dengan begitu pantas. Kedua, balak yang mengalir dalam sungai membawa kesan sebab balak itu menutup laluan jambatan yang menyebabkan air melimpah kiri dan kanan jambatan Manek Urai,'' katanya.
Sementara itu, katanya, pembinaan rumah sementara itu tidak termasuk dalam peruntukan tambahan sebanyak RM500 juta yang diumumkan untuk negeri-negeri yang ditimpa bencana alam itu.
''Ini semua kos tambahan yang saya dapat andaikan besar kali ini kalau kita hitungkan keperluan untuk seluruh negara, ini merupakan keperluan perbelanjaan yang cukup besar dan tidak dirancang tetapi perlu diperuntukkan oleh kerajaan.
''Saya tanya berapa rumah yang musnah di Kuala Krai mereka tidak dapat bagi tahu saya secara tepat tetapi beratus buah rumah yang telah musnah sama sekali.
''Yang tidak musnah pun mengalami kerosakan yang begitu berat sekali, saya berasa amat sedih dan apa yang saya lihat menyayat hati saya,'' katanya.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan bencana banjir yang melanda beberapa buah negeri sebagai luar biasa dengan kemusnahan yang serius dan dahsyat.
Najib berkata, kerugian yang besar bukan sahaja ditanggung pada peringkat individu tetapi juga pada peringkat kerajaan Persekutuan.
"Saya diberitahu sampai tiga hari tak ada bekalan makanan sebab keadaan kali ini amat luar biasa. Air naik begitu mendadak dan arus amat deras.
" Tentu sekali skala kerosakan dan kemusnahan pada kali ini sangat dahsyat dan serius. Kesan dari segi kerugian pada peringkat individu adalah besar," kata Najib pada sidang akhbar selepas melancarkan Skuad Cuci Banjir Wanita UMNO/BN di Menara Dato' Onn hari ini.
Jelas Najib, kerajaan juga bakal berhadapan dengan perbelanjaan tambahan yang tidak terduga dengan jumlah amat besar terutama sekali bagi membaik pulih kemudahan asas seperti jalan raya, sekolah dan lain-lain.
Menurut Najib, kerajaan telah mengambil tindakan fasa pertama iaitu untuk menyelamatkan mangsa-mangsa banjir telah dilakukan dengan berjaya.
Mangsa-mangsa banjir telah ditempatkan di pusat-pusat pemindahan banjir sementara dan memastikan bantuan-bantuan terutama makanan disampaikan kepada mereka.
Ketika ini pihak kerajaan sedang membuat anggaran awal jumlah kos yang bakal ditanggung bagi kerja-kerja bantuan dan baik pulih.
"Kita belum tahu lagi jumlah kerugian. Saya telah minta anggaran awal terutama bilangan keluarga yang rumah mereka musnah sam sekali.
"Saya mahu tahu jumlah dahulu kemudian kita akan bina rumah sementera iaitu rumah panjang kemudian rumah tetap. Kerajaan akan buat keputusan selepas itu," kata Najib.
Skuad Sayang Wanita UMNO/BN yang dilancar Najib berperanan membantu mangsa-mangsa banjir membersihkan rumah yang berlumpur dan membantu mengasingkan peralatan yang masih boleh digunakan.
Kira-kira hampir 200,000 ahli Skuad Sayang Wanita UMNO/BN di seluruh negara telah digerakkan bagi tujuan tersebut.
Selain itu ibu pejabat UMNO turut membuka bilik gerakan bantuan banjir dikendalikan oleh Pergerakan Wanita UMNO yang dibuka dari pukul 9 pagi hingga 12 malam.
Orang ramai yang mahu menghulurkan bantuan boleh menghubungi ibu pejabat UMNO dan agihan bantuan akan disalurkan melalui bahagian dan cawangan UMNO.
Turut hadir pada majlis itu adalah Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil-UTUSAN ONLINE
Unjuran Weather Underground hari ini menunjukkan Ribut Tropika Jangmi telah melemah dan tidak akan bergerak menuju Semenanjung dan hanya berlegar dalam bentuk depresi tropika di Laut Sulu.
Ini merupakan satu pencerapan yang melegakan memandangkan negeri-negeri pantai timur semenanjung sedang dalam proses pemulihan selepas dilanda bah terburuk dalam sejarah.
Cerapan hari ini.
Cerapan kelmarin
You are subscribed to email updates from IPOH MALAY To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Email delivery powered by Google
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States
Flood victims who have lost their birth certificate, identity card or other self identification card due to the floods will be given free replacement.
Home Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi said they could apply for the replacements at any National Registration Department (JPN) when the situation had returned to normal.
"For enquiries on the matter, members of the public can contact the Public Relations Unit, JPN at telephone numbers 03-88807077, 03-88807067, 03-88807069 and 03-88808206 or e-mail to pro@jpn.gov.my," he said in a statement Wednesday.
Meanwhile, Ahmad Zahid said the ministry, through the agencies under it, had taken immediate action to assist flood victims who were facing difficulties following the disaster.
He said they were carried out through operations by the Civil Defence Department, the involvement of Immigration Department volunteers, coordination and supervision by the Royal Malaysia Police and support services and assistance from other departments and agencies.
You are subscribed to email updates from tunku To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Email delivery powered by Google
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States
Pihak berwajib harus mengambil tindakan segera membaik pulih menara jam yang menjadi icon pelancongan taiping. Clock tower yang menjadi lambang kebanggan taiping berada dalam keadaan yg amat membimbangkan terutama dibahagian atas kayu kayu sekeliling jam sudah reput dan akan tumbang bila bila masa. pihak berwajib seakan lepas tangan terhadap penyelengaraan clock tower taiping. Perkara ini juga telah diajukan kepada exco perlancongan YB Norlee Radzi tetapi sehingga sekarang masih tiada apa apa tindakan diambil. Jangan sampai sudah tidak boleh dibaiki baru kita menyesal kelak.
You are subscribed to email updates from Taipingmali To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Email delivery powered by Google
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States
30 DIS : Beberapa mayat tragedi pesawat QZ8501 yang ditemui terapung di dalam air sudah dibawa menaiki kapal tentera laut Indonesia.
Suasana sedih menyelubungi Pusat Krisis Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda yang dipenuhi ratusan waris dan anggota keluarga penumpang dan anak kapal pesawat QZ8501 AirAsia Indonesia selepas pihak DCA negara itu mengesahkan penemuan serpihan pesawat sebentar tadi.
Suasana di pusat ini yang terletak kira-kira 40 kilometer dari Surabaya yang pada awalnya terkawal, bertukar ratapan dan suasana sedih.
Ketua Badan Badan SAR Nasional (BASARNAS) di Surabaya, M Hernanto dilihat memberikan taklimat manakala pegawai penerbangan AirAsia Indonesia menenangkan para waris keluarga mangsa pesawat yang hilang itu.
Antara yang kedengaran ialah 'sila bersabar' dan sebahagian mereka dilihat berupaya mengawal emosi dengan ketenangan terpancar di riak wajah waris keluarga sekalipun menonton visual serpihan yang disiarkan stesen televisyen tempatan secara langsung dari kawasan pencarian.
Mereka melihat dan mendengar dakwaan Pembantu juruterbang Hercules C130 Indonesia yang mengaku melihat objek seperti mayat manusia terapung di Selat Karimata di mana objek lain seperti pelampung dan serpihan pesawat.
"Pada awalnya saya lihat seperti manusia melambai-lambai, mungkin dia menyedari kehadiran pesawat. Tetapi selepas kami dekati, nampak ia sudah membengkak. Ia kelihatan melambai-lambai mungkin kerana dipukul ombak," kata Leftenan Satu Tri WibowoTri.
Pesawat Airbus 320-200 bersama 162 orang penumpang dan anak kapal berlepas dari Surabaya pada 5.35 pagi Ahad dan dijadualkan tiba di Singapura pada 8.20 pagi tetapi hilang komunikasi dengan menara kawalan trafik udara Indonesia pada 7.24 pagi.
Seramai 155 daripada mereka adalah warga Indonesia dan seorang dari Malaysia.
LAUT JAWA 30 DIS. 2014 - Gambar udara dari pesawat mencari dan menyelamat Indonesia menunjukkan objek terapung di kawasan pencarian pesawat AirAisa Indonesia yang hilang, QZ8501 di sini hari ini. Objek itu kini sedang disiasat oleh pihak berkuasa Indonesia sama ada ia berkaitan dengan pesawat QZ8501 itu ataupun tidak.
JAKARTA 30 Dis. – Sejumlah objek gelongsor kecemasan dan pintu dipercayai milik pesawat AirAsia QZ8501, dikesan ketika misi pencarian melalui udara dijalankan oleh pasukan penyelamat, lapor pihak berkuasa Indonesia hari ini.
Pegawai Tentera Udara Indonesia, Agus Dwi Putranto dalam sidang akhbar berkata, pihaknya mengesan kira-kira 10 objek besar dan banyak lagi objek kecil berwarna putih di kawasan pencarian, kira-kira 10 kilometer dari lokasi terakhir pesawat yang membawa 162 penumpang itu dikesan radar.
Beliau turut menunjukkan 10 objek yang merupakan pintu pesawat, gelongsor kecemasan dan objek berbentuk kotak.
Seorang jurugambar AFP yang menyertai misi pencarian berkata, dia turut melihat sejumlah objek yang menyerupai rakit getah, jaket keselamatan dan tiub panjang berwarna jingga. - AFP
JAKARTA - Pesawat AirAsia QZ8501 yang hilang dalam penerbangan dari Surabaya, Indonesia ke Singapura awal pagi semalam berkemungkinan berada di dasar laut selepas dikhuatiri terhempas di perairan Indonesia ketika beberapa negara sekitar Asia menghantar kapal dan pesawat untuk membantu operasi pencarian.
Pesawat Airbus A320-200 yang membawa seramai 162 orang itu dilaporkan hilang selepas juruterbang gagal mendapat kebenaran daripada pusat kawalan trafik udara Lapangan Terbang Antarabangsa Sukarno-Hatta untuk menukar laluan bagi mengelakkan cuaca buruk.
Pesawat QZ8501 itu juga dimaklumkan tidak mengeluarkan isyarat kecemasan dan hilang di perairan Laut Jawa lima minit selepas gagal mendapat kebenaran pertukaran laluan berikutan kesesakan trafik udara.
Ketua agensi mencari dan menyelamat Indonesia, Soelistyo berkata, berdasarkan koordinasi mereka, pesawat itu dijangka berada di dasar laut.
Sumber penerbangan awam Indonesia melaporkan kepada agensi Reuters, pihak berkuasa mempunyai data radar pesawat tersebut dan sedang menunggu pasukan mencari dan menyelamat menemui serpihan pesawat sebelum memulakan siasatan punca kemalangan.
Seramai 155 penumpang Indonesia, tiga rakyat Korea Selatan, dan seorang penumpang dari Singapura, Malaysia dan Britain menaiki pesawat berkenaan.
Jurucakap Tentera Udara Indonesia, Hadi Thahjanto berkata, dua pesawat C-130 digunakan untuk mencari pesawat QZ8501 di kawasan timur laut Pulau Bangka yang terletak di perairan Laut Jawa.
Negara jiran seperti Australia, Malaysia, Singapura dan China turut menghantar kapal dan pesawat bagi membantu operasi pencarian.
Sementara itu, Soelistyo berkata, Indonesia mungkin tidak memiliki teknologi canggih untuk mencari pesawat di dasar laut dan mereka menerima tawaran bantuan daripada Amerika Syarikat (AS), Britain dan Perancis bagi melicinkan operasi. – REUTERS
Suara Politik Belantan
You are subscribed to email updates from Belantan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Email delivery powered by Google
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States
PUNCA KESENGSARAAN hingga rakyat menangis sengsara, rumah dan harta musnah ....
BUKAN kerana Najib terpaksa main golf dengan Obama atau Rosmah yang bukan ahli politik belum pulang ke Malaysia atau jet kerajaan dipercayai sedang servicing di luar negara.
TERAMAT BANGANG bagi yang konon prihatin terhadap UMNO dan BN tetapi dah perangai macam anarkis seperti Hishamuddin Rais dan Harris Ibrahim untuk guna masa yang tidak sesuai ketika rakyat tengah susah juga untuk cari salah Najib dan Rosmah.
Najib tidak prihatin ke? Sebelum dia ke Honolulu, dia dah turun ziarah mangsa banjir. Dia dah berbincang dengan Tan Sri Muhyiddin. Sepanjang masa dia pantau keadaan.
YANG TAK TURUN tidak pula si bangang timbulkan. Yang bekerja dan berusaha pula yang dipersalahkan dan dicari titik bengek kesalahan. Memang sikap anarkis pemusnah dan bukan membina.
TURUN PUN pembangkang hanya untuk bergambar dan lakunkan pemberiaan yang tak seberapa.
Kepala pembangkang turun dengan dua trolley.
Kalau ada satu trailer pun dari kerajaan Pulau Pinang, bukan usaha DAP. Mereka kaut duit berbillion dari developer tapi pelokek!!!
Sebab kelantan Melayu, Muslim dan nak adakan hudud, biar mereka mati lemas dan kelaparan.
BUKAN juga puncanya pada salah kerajaan negeri atau pusat atau MKN atau tentera atau polis atau sukarelawan.
NAK TAHU PUNCANYA untuk persalahkan sesiapa, pergi ke asal usul yang menyebabkan masaalah.
Lantaklah orang kata blogger ni pengampu atau pembodek. Ini kebenarannya ...
SALAH SATU PENYEBAB BANJIR YANG BESAR SERTA BERARUS DERAS KERANA LIMPAHAN AIR DARI BUKIT BUKAU TINGGI MENDADAK MENCURAH KEKAWASAN PENEMPATAN KAMPUNG2 & BANDAR2, DI KELANTAN IALAH, KERANA KERAKUSAN PEMBALAKAN YANG TIDAK TERKAWAL SECARA SISTEMATIK OLEH KERAJAAN NEGERI PIMPINAN NIK AZIZ SELAMA 23 TAHUN YANG LEPAS !
sebagai contoh ... Hutan Simpan Sungai Relai (kini gondol, Licin dikerjakan oleh Nga dan Ngeh) Sebahagian besar daripada kira-kira 4,000 hektar (10,526 ekar) kawasan Hutan Simpan Sungai Relai dekat sini, gondol dipercayai ditebang syarikat perladangan dikuasai Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming.
Kawasan balak berkenaan yang ditebang sejak Mac 2012 lalu, dikatakan akan ditanam dengan sawit, tetapi sehingga kini belum diusahakan. Kegiatan balak aktif pada tahun lepas dan terhenti sejak april 2013. Nilai hasil kayu balak mencecah RM30 juta sudah habis ditebang bersih sehingga menimbulkan pencemaran, hakisan kepada tanah & aliran air hujan terus kawasan rendah yang mengakibatkan banjir ... HARI INI, RAKYAT KELANTAN SEHARUSNYA LEBIH RASIONAL & BIJAK MEMIKIRKAN KENAPA, BAGAIMANA, BILA & SIAPA YANG BERTANGGUNG JAWAB TERHADAP BENCANA BESAR INI, SELAIN DARI AMALAN2 BIASA MENUNDING JARI KE ARAH SEMUA PIHAK KECUALI PAS - KERAJAAN NEGERI YANG MEMERINTAH ! ASBAB2, ISU2 & KES2 TERPENCIL SENGAJA DI ADA2KAN, DI VIRALKAN DI MEDIA MAYA, TIUPAN NISTA DI SETIAP SURAU & MASJID OLEH POLITIKUS2 PAS, YANG CUBA MENUTUP BUKIT BUKAU YANG GONDOL DENGAN LILITAN SERBAN & JUBAH SERTA JANGGUT KAMBING ! MEREKA TIDAK TAKUT AZAB ALLAH, DIKETIKA RAKYAT KELANTAN BAGAIKAN TELUR DIHUJUNG TANDUK, TETAP MENERUSKAN PEMBOHONGAN DEMI PEMBOHONGAN ... TETAP MENCARI APA SAJA ISU YANG BOLEH DIFITNAH, DEMI MEMESONGKAN PEMIKIRAN RAKYAT KELANTAN ... "KENAPA BANJIR BESAR SEBEGINI BERLAKU" KENAPA DAP MENGGUNAKAN HUDUD, SEBAGAI ALASAN TIDAK AKAN BANTU KELANTAN ? ... ATAU TAUKEH2 (BALAK) DAP TAKUT KE KELANTAN, KERANA MEREKALAH, PUNCA BANJIR, MEREKA LAH YG PUNYA ANGKARA SEHINGGA HABIS SEGALA HUTAN DI KELANTAN DIGONDOLKAN !
DIKALA PETUGAS2 AGENSI2 KERAJAAN, atm, pdrm, NGO ... BERSUSAH PAYAH MENGHULURKAN BANTUAN, SEMUA POLITIKUS2 PAS SIBUK BERMESYUARAT POLITIK DI "PUTIK" KUNUNNYA UJUDKAN HUDUD, HARI INI JUGA, BOLEH HENTIKAN BANJIR SERTA MERTA ! SESUDAH DUA HARI, TAK JUGA LAKSANAKAN HUDUD, YANG DIKATAKAN MESTI DI BINCANGKAN KETIKA KELANTAN BANJIR BESAR ! TAK BOLEH TANGGUH, KUNUNYA ... TEPAT KATA NABI S.A.W. DI AKHIR ZAMAN AKAN LAHIRLAH PEMUKA2 AGAMA YANG TAMAK HALOBA, BERSELINDUNG DISEBALIK SERBAN JUBAH JANGGUT BAGAI ... SEOLAH2 MEREKA MAKSUM, SEMPURNA, MEREKA AHLI2 SYURGA (KUNUN NYA) ... TAPI HAKIKATNYA HARI INI, MEREKA TAK MEMPERDULIKAN APA PUN, WALAU NYAWA RAKYAT SEKALI PUN SBG GALANG GANTI, DEMI MENGEJAR KEDUDUKAN KEMEWAHAN DUNIAWI ! Facebook Stringsvii
10,000 Khemah IM4U Akan Diedar Kepada Mangsa Banjir
IM4U, sebuah badan bukan kerajaan, akan mengedarkan 10,000 khemah untuk digunakan oleh mangsa banjir yang berada di pusat pemindahan di negeri-negeri yang dilanda banjir.
Ketua Pegawai Operasinya Azlan Rudy Malik berkata khemah berbentuk bilik itu diedarkan untuk memberi keselesaan kepada mangsa banjir.
"Inisiatif ini timbul dah lama…kami ingin memberi keselesaan kepada mangsa banjir.
"Kita juga akan mengedarkan 40,000 beg tidur kepada mangsa banjir untuk memberi keselesaan kepada mereka," katanya ketika ditemui pemberita di Sekolah Kebangsaan (SK) Penambang di sini, hari ini.
Azlan Rudy berkata setakat ini, 1,000 khemah dan 2,000 beg tidur telah diedarkan di lima pusat pemindahan di Kelantan.
"Kita edarkan di Kelantan terlebih dahulu di jajahan Kota Baharu dan selebihnya kita akan edarkan di negeri terjejas banjir yang lain seperti Terengganu dan Pahang.
"Mangsa banjir di pusat pemindahan kelihatan gembira menerima khemah itu dan mereka juga ada menyatakan barang-barang lebih selamat bila berada dalam khemah," katanya.
Seorang penerima Khalid Mat Noor, 54, yang berada di Sekolah Kebangsaan Seri Chempaka berkata beliau dan anggota keluarga merasa lebih selesa apabila menggunakan khemah IM4U.
"Memang khemah ini amat bermakna… saya amat berterima kasih kepada IM4U kerana menyediakan kemudahan seperti ini. Ia memberi lebih keselesaan dan rasa lebih selamat berada di dalam khemah ini…anak saya juga rasa lebih selesa," katanya.
Gambar-gambar terbaharu dari udara yang diambil dari helikopter dan pengesahan gambar-gambar yang sama dari sumber google imej dan google map menunjukkan Rahsia besar kawasan pembalakan Lojing botak, rosak dan punah.
Segala-galanya alam, hutan, ekosistem rosak terok dengan Kerakusan manusia yang gila Wang, kerana Wang untuk membeli pangkat dan jawatan.
Tidak perlu berlapik lagi, Kerajaan PAS ketika Husam berkuasa mesti bertanggungjawab!!! Dedahkan siapakah Syarikat Balak dari Cina Singapura yang dibawa masuk oleh Husam! Ambil semula wang Balak itu untuk pulihkan Kelantan yang hancur gara-gara mereka.
Kepada rakyat Kelantan, lihatlah dan saksikanlah Kerakusan Manusia merosakkan alam ciptaan Ilahi menyebabkan banjir luar biasa di negeri Kelantan.
Ketika banjir besar memunjak Husam lari bersembunyi, Ahli Parlimen Kuala Krai lari bersembunyi, dan ramai lagi lari bersembunyi setelah mengaut keuntungan jutaan ringgit. Sebab itu mereka tidak perlu bekerja lagi...
BENCANA banjir besar yang melanda negara kita khususnya di negeri-negeri pantai timur meninggalkan kesan yang besar kepada rakyat kita yang ditimpa ujian ini.
Alhamdulillah kita bersyukur kepada Allah SWT kerana dengan ujian yang maha besar ini, Kerajaan berjaya melaksanakan misi utamanya iaitu menyelamatkan mangsa-mangsa banjir dan mengurangkan angka kematian.
Kata orang kalau nak berselfie atau berfoto masa banjir tu berpada-padalah jangan sampai timbul cacian orang.
Tau la awak tu celebriti namun paling penting awak tu adik kepada seorang Menteri Besar.
Apa yang awak buat itu akan mencerminkan imej dan maruah keluarga awak.
Ketika banjir inilah ramai yang nak tunjuk hero.
Kuala Lumpur - Pengacara sensasi, Azwan Ali kembali dikritik hebat oleh pelbagai lapisan masyarakat kerana 'selfie' ketika banjir di Kuala Kangsar baru-baru ini. Azwan di dalam rakaman video berdurasi 0:15 saat itu berkata akhirnya dia dapat merasai pengalaman banjir.
"Sebab kita tidak pernah merasa banjir di Kuala Lumpur. "Lihatlah orang-orang Perak" katanya melalui rakaman video tersebut.
Rata-rata memberikan komen tidak bersetuju dengan tindakan tersebut yang dilihat hanya ingin mencari publisiti murahan berbanding membantu mangsa yang terlibat dengan banjir.
Malah ada dikalangan mangsa banjir yang turut dikatakan kurang senang dengan komen yang diberikan Azwan itu.
Azwan sebelum ini pernah dikritik hebat kerana tindakan 'selfie' ketika ribuan rakyat Malaysia sedang bertafakur bagi mengingati mangsa nahas MH17.
Masyarakat merasakan tindakan Azwan itu sangat melampau dan tidak sensitif kerana tidak menghormati perasaan khusus kaum keluarga waris yang sedang bersedih.
Selain Azwan pelakon dan usahawan Fizo Omar turut dikritik segelintir pengikut laman Instagram miliknya yang mengecam tindakan dia memuat naik gambar selfie ketika dalam perjalanan memberi bantuan kepada mangsa banjir di Kuala Krai, Kelantan pada Ahad lalu.
Nasibla, kekadang niat baik kena kritik, apatah lagi jika niat tak baik semata-mata cari publisiti pasti kena maki berguni-guni...
Namun ia berbeza jika ada pemimpin rakyat dan tokoh masyarakat yang buat...pujian pasti pasti lebih hebat.
Datang ketika banjir surut ...Melawat rakyat di bandar-bandar meninjau bagaimana mahu mengambil kesempatan membuat untung dalam perniagaan di kala banjir.
Air banjir terlalu dalam hingga ke paras dada, namun demi masyarakat Mat Sabu sanggup tenggelam...
Perdana Menteri melawat banjir di atas helicopter yang disewa menggunakan wang sendiri sambil bersms dan berwhatsapp mendengar keluhan rakyat.
Bersedia dengan uniform khas untuk meredah banjir
Rakaman bersama mangsa banjir untuk program prihatin bersama rakyat
Nasihat daripada Habib Abu Bakr Masyhur hafizahullah buat para pelajarnya di Ribat, Yaman. Semoga ia juga bermanfaat buat saya & anda. ===============================================
1. Jika kalian mahu mati dengan husnul khatimah, hendaklah bersabar dengan orang yang bangunkan anda, bersabar dengan orang yang menjaga anda, bersabar dengan perkataan yang menyakitkan anda.
2. Ribat ini akan ditutup suatu hari nanti, Yaman akan kembali seperti zaman penjajahan & kalian akan pulang ke tanahair kalian. Oleh itu, rebutlah peluang masa yang masih ada ini. Jangan buang masa kalian.
3. Kami (Habib) di sini membawa manhaj salafunassoleh, kami membongkar perancangan syaitan yang tampak baik atas nama agama namun bertujuan menjauhkan manusia darinya. Syaitan cuba menjauhkan manusia dari agama atas nama agama.
4. Habib membaca surah al-Qaf ayat 37 & sebuah hadis secara mafhum;
"Hendaklah kalian ketika itu (zaman fitnah) menjaga diri sendiri & tinggalkan urusan orang lain (jangan masuk campur)."
5. Sifat-sifat orang soleh yang dikenali sebagai عباد الرØمن. Boleh rujuk surah al-Furqan ayat 63-68.
6. Habib melafazkan الØمد لله kerana kita bukan golongan musyrikin. Jika ada yang menuduh kita dengan gelaran musyrikin maka CUKUP & MEMADAILAH kita mendoakan hidayah buat mereka. Tidak ada manfaatnya lagi untuk berbincang, berbahas & berdebat dengan mereka itu. Semua itu boleh membuang masa ummah. Seorang menafikan maulid, seorang lagi mempertahankannya. Seorang mempertahankan ziarah kubur, seorang lagi menafikannya. Ini adalah "permainan iblis". Disebabkan perbalahan ini, maka banyak permasalahan yang lagi penting tertangguh atau terhenti.
7. Jika kalian dapat memahami apa yang kami (Habib) bicarakan ini, maka sebenarnya tiada siapa yang mengajak kalian kepada pergaduhan. "Kami tidak mahu kalian menyimpan rasa tidak puas hati terhadap siapa sahaja yang beragama Islam walau sebesar zarrah sekalipun. Walaupun kalian & mereka itu berbeza atas nama (fikrah) apa sekalipun".
8. Kami tidak pernah dengki dengan orang Islam yang solat, tapi kami berasa sangat sedih dengan mereka yang tidak solat. Tatkala kami melihat orang yang bercakap atas nama orang alim untuk mencaci orang lain, bercakap atas nama agama bertujuan membawa konflik dalam ummah maka inilah yang menyesakkan dada-dada kami.
9. Semua ini kami mengetahuinya daripada para masyayikh & Imam kami. Di mana mereka ini tidak pernah sia-siakan nafas (hidup) mereka kecuali sentiasa mengingatkan kami kepada Allah, Rasulullah صلى الله عليه وسلم & para sahabat.
Ayuh sahabat, kita terima nasihat beliau. Muhasabah buat kita sebagai pemegang watak-watak di zaman hampir kiamat. Semoga Allah redha, ampuni dosa-dosa & sayang kita, amin.
Laporan media Indonesia mengatakan lebih 40 mayat telah ditemui di kawasan serpihan pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 dan kesemuanya akan dibawa balik ke Pangkalan Bun di Kalimantan Tengah.
Mayat-mayat berkenaan telah dibawa naik ke atas Kapal Tentera Laut Republik Indonesia KRI Bung Tomo.
Memetik kenyataan dari Kepala Dinas Penerangan (Kadispen) TNI AL Laksma Manahan Simorangkir, "Ada lebih dari 40 jenazah."
Daripada pemerhatian, diyakini semua 162 orang penumpang termasuk tujuh anak kapal terkorban dalam nahas berkenaan selepas tiga hari pesawat yang dinaiki mereka hilang sejak Ahad lepas.
Reaksi keluarga juga begitu menyayat hati khususnya di Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda di Surabaya apabila mengetahui bahawa serpihan yang ditemui di permukaan laut disahkan pesawat berkenaan yang sudah terhempas.
Pesawat QZ8501 itu hilang ketika dalam penerbangan dari Surabaya ke Singapura sebelum dikatakan menghadapi cuaca buruk dan hilang serta terputus hubungan dengan pusat kawalan trafik udara Indonesia pada pukul 7.24 pagi Ahad lepas. - MYNEWSHUB.CC
PANGKALAN BUN: Pembantu juruterbang Hercules C130 Indonesia mendakwa melihat objek seperti mayat manusia terapung di Selat Karimata di mana objek lain seperti pelampung dan serpihan pesawat.
Leftenan Satu Tri Wibowo berkata, pada awalnya beliau melihat objek berkenaan seperti manusia yang sedang melambai-lambai ke arah pesawat, namun selepas didekati ia menyerupai jasad manusia yang sudah membengkak.
"Pada awalnya saya lihat seperti manusia melambai-lambai, mungkin dia menyedari kehadiran pesawat. Tetapi selepas kami dekati, nampak ia sudah membengkak. Ia kelihatan melambai-lambai mungkin kerana dipukul ombak," kata Tri di sini, sebentar tadi. - Kompas.com
Sudah mahu masuk tahun 2015 dan masih ada lagi pihak yang tidak bertanggungjawab menyebar video lucah yang dikatakan milik selebriti tempatan dan Nur Fazura menjadi mangsa terbaru dan ini bukan buat pertama kalinya selepas insiden beberapa tahun lalu.
Menurut laporan Harian Metro hari ini, Nur Fazura menafikan dirinya sebagai pelaku dalam sebuah video lucah yang disebarkan pihak tertentu menerusi e-mail sejak minggu lalu.
"Saya tidak pernah terbabit dengan mana mana video lucah. Saya telah dapatkan nasihat undang undang dan tidak teragak agak untuk mengambil tindakan terhadap penyebar video berkenaan," ujarnya yang telah membuat laporan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).
Video berdurasi seminit itu dihantar oleh seorang individu tidak dikenali kepada wartawan Harian Metro pada 23 Disember lalu dan ianya memaparkan aksi wanita yang wajahnya dikatakan mirip Fazura bersama seorang lelaki. (rtky/m)
CAMERON HIGHLANDS: Seorang wanita hamil dan anaknya yang berusia setahun terbunuh dalam kejadian tanah runtuh di Tringkap di sini awal pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.29 pagi itu, suami mangsa bagaimanapun selamat selepas berjaya dikeluarkan dari dalam kawasan runtuhan kira-kira jam 7.15 pagi.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Cameron Highlands berkata, mayat kanak-kanak itu berjaya dikeluarkan kira-kira jam 8 pagi dn mayat ibunya kira-kira 30 minit kemudian.
Setakat pagi ini, identiti semua mangsa masih belum diketahui.
BALIK PULAU: Sekurang-kurangnya 10 buah rumah di sini hampir musnah setelah dilanda ribut dan angin kencang pada Isnin.
Anggota Dewan Undangan Negeri Pulau Betong Muhammad Farid Saad berkata beliau mendapat laporan terdapat lebih 10 buah rumah di sini termasuk di Kampung Sungai Rusa, hampir musnah apabila bumbung rumah ditiup angin kencang.
Beliau berkata angin kencang yang berlaku lebih kurang 8.30 malam mengakibatkan banyak pokok tumbang menghalang jalan. "Saya telah turun ke Jalan Sungai Pinang untuk membantu anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat yang mengambil masa lebih 45 minit untuk memotong pokok besar bagi membuka balik jalan kepada orang ramai," katanya.
Sementara itu, menurut seorang jurucakap polis, terdapat lebih sembilan kejadian pokok tumbang di kawasan Balik Pulau dan satu kejadian kabel elektrik terputus dilaporkan.
Katanya seorang pemandu dikejarkan ke Hospital Balik Pulau selepas keretanya dihempap pokok yang tumbang di Jalan Tun Sardon.
Beliau berkata kecederaan lelaki masih belum dapat dipastikan tetapi keretanya rosak teruk.
"Antara lokasi kejadian pokok tumbang termasuk Jalan Tun Sardon, Jalan Sungai Pinang, Jalan Pondok Upeh, Jalan Titi Teras, Lintang Pokok Upeh dan Jalan Sungai Pinang," katanya
Belitung: Pengamal ilmu ghaib atau bomoh di sana bersedia untuk membabitkan diri didalam pencarian pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang hilang hubungan dalam penerbangan dari Surabaya ke Singapura pada pagi Ahad.
Selain itu, mereka juga mendakwa sudah membuat pemantauan secara ghaib dan mendapati bangkai pesawat berada di perairan timur Pulau Nangka, Kabupaten Belitung Timur.
Menurut laporan yang dipetik daripada Tempo.co, Ketua dukun dan Adat Belitung Mukhti Maarif masih menunggu permintaan rasmi daripada Kerajaan Indonesia.
""Perlu ada permintaan rasmi untuk menghindari persepsi negetif ke atas kami," katanya ketika dihubungi Tempo.co.
Menurut Mukhti sehingga kini mereka belum dihubungi oleh mana-mana pihak untuk turut serta membantu proses pencarian dan menyelamat Airasia QZ8501. "Sampai saat ini, kami belum dibabitkan, sedangkan kami bersedia membantu,"katanya.
Mukhti mengatakan pencarian secara ghaib mungkin belum dianggap sebagai penyelesaian yang tepat untuk membantu menemukan pesawat itu.
"Hasil pemantauan kami adalah pesawat berada di perairan timur Pulau Nangka, Kabupaten Belitung Timur.
"Pesawat itu terhempas kerana adanya kerosakan enjin,"dakwa Mukhti.
Tambah Mukhti, upacara ritual khusus perlu diadakan.
"Kita siap membantu bersama-sama dengan pihak yang menggunakan teknologi canggih.
"Insya Allah posisi pesawat diketahui. Memang wilayah Belitung, baik darat, laut maupun udara, dipenuhi hal ghaib,"katanya.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/19882#sthash.yqkH5mqd.dpuf
You are subscribed to email updates from Pilihan Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Email delivery powered by Google
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States