BLOG - BLOG PARTI PAS

Dicatat oleh Admin | | Posted On Selasa, 24 Disember 2013 at 3:10 PG

sumber :-

BLOG - BLOG PARTI PAS


PAS Kawasan Miri

Posted: 23 Dec 2013 07:12 PM PST

PAS Kawasan Miri


Kemiskinan Rakyat Merupakan Deposit Bagi BN

Posted: 23 Dec 2013 09:18 AM PST

Penduduk Miskin Di Luar Bandar Merupakan Deposit Bagi BN
BINTULU - Program sehari bersama Timbalan Presiden PAS Hj Mohammad Sabu@Mat Sabu di Bintulu baru-baru ini merupakan lawatan pertama beliau ke kampung sekitar pinggir bandar Bintulu. Lawatan kebajikan ini dianjur oleh PAS Bintulu dan sebanyak 5 buah keluarga penduduk di Kg Jepak dan juga di Sebuan telah menerima sumbangan kebajikan dari PAS Bintulu.  

Menurut beliau keadaan kehidupan penduduk di pinggir bandar Bintulu amat daif tidak ubah seperti di pedalaman sekitar Klang diawal 70-an. Dimana ramai penduduk miskin ketika itu yang merupakan penyokong tegar BN tetapi setelah ada pembangunan dan mereka sudah berpelajaran, mereka tidak lagi menjadi deposit BN sebab mereka sedar selama ini mereka ditipu oleh pemimpin BN yang tidak amanah dan menyalahguna kuasa.

Kemiskinan dan subsidi kepada penduduk miskin merupakan satu bentuk ikatan yang menyebabkan penduduk miskin terus bergantung kepada kerajaan BN sehingga menyebabkan mereka tidak berani bersuara atau menentang penyelewengan pemimpin BN walaupun keadaan rumah mereka tidak berdinding dengan sempurna. Beliau berpesan kepada petugas PAS agar terus masuk kampung dengan program kebajikan dengan niat kerana Allah dan sebagai kerja dakwah. "Kalau letakkan kepada kemenangan pilihanraya semata-mata, pasti kita akan kecewa dan putus asa kerana penduduk miskin hanya melihat kebendaan daripada isu semasa" katanya.
 
Pada sebelah petang, ziarah ke pasar Bintulu dan sempat menikmati jamuan Durian dan buah-buahan tempatan seperti buah embang yang hanya terdapat di Sarawak, buah mata kuching hutan dan lain-lain.

Pada sebelah malam pula makan malam anjuran DAP Bintulu sempena pelancaran 'Impian Sarawak' yang dihadiri hampir seribu orang penduduk tempatan khasnya majoriti Iban dan Cina, juga beberapa orang Melayu tempatan turut hadir ke Mandarin Restoran. 

Pada malam itu, Mat Sabu diberi peluang berucap dan menegaskan masa untuk berubah perlu disegerakan kerana kesan kenaikan harga barang sudah dirasai oleh semua lapisan masyarakat.  "Pakatan Rakyat harus hapuskan politik perkauman bagi membina Malaysia yang lebih aman dan sejahtera sesuai dengan tema Rahmat Untuk Semua" katanya.

Antara tetamu jemputan khas (VIP) terdiri dari Dr Hew DAP, MP Stampin Julian,YB Piasau Alan Ling,YB Kidurong Chiew CS, Abdul Jalil Bujang PKR Bintulu, YDP PAS Miri Hj Jofri termasuk pimpinan PAS Bintulu YDP Azwani, TYDP Zharudin dan Ketua Penerangan PAS Bintulu Hj Kiprawi merupakan anak tempatan Bintulu.

Pada hari selepas itu di sebelah malamnya, PAS Bintulu turut mengadakan program Wida untuk beberapa pimpinan yang bakal berpindah dalam majlis usrah gabungan di rumah Hj Kiprawi.

Jofri Jaraiee
PAS Sarawak

English version

Poor People in Rural Areas Is a deposit for BN
BINTULU - One day program with PAS deputy president Mohamad Sabu @ Hj Mat Sabu in Bintulu recently is his first visit to the villages around the outskirts of Bintulu town.  The welfare visit is organized by the PAS Bintulu and a family of five residents of Jepak and also in Sebuan received charitable contributions from PAS Bintulu.

He said the population lives in the suburbs of Bintulu is very poor just like in the interior in the vicinity of Klang early 70s. Where many poor people at those times that are hardcore supporters of BN but after there is a development and they are educated, they were no longer be a deposit for BN because they realize they are being cheated by the BN leader who is not trustworthy and abuse of power.

Poverty and subsidies to the poor is a form of bonding that causes the poor continue to depend on the BN government, causing them not dare to speak out or against corruption of BN leaders even though their home condition is not perfectly walled. He reminded the PAS Task Force to continue enter the village with the welfare program with the intention of Allah and as missionary work. "If you put it to win elections alone, we are sure to be disappointed and hopeless because poor people only see the material from the current issue" he said.

In the afternoon, visit to Bintulu market and have time enjoy a Durian feast and local fruit such as 'embang' fruit found only in Sarawak, fruit of wild cats' eyes and others.

In the evening dinner was organized by the DAP Bintulu for the launching of 'Sarawak Dream' which was attended by nearly a thousand local people, especially the majority of Iban and Chinese, also some local Malays were also present at the Mandarin Restaurant.

That night, Mat Sabu given the opportunity to speak and pointed out the time for change urgency because the impact of rising prices was felt by all walks of life. "Pakatan Rakyat should eliminate racial politics to bring Malaysia to a more peaceful and prosperous that fits the theme of Grace for All" he said.

Among the special invited guests (VIP) consisting of Dr Hew DAP, Stampin MP Julian, Piasau YB Alan Ling, Kidurong YB Chiew CS, Abdul Jalil Bujang PKR Bintulu, Miri PAS Chief Hj Jofri including Bintulu PAS Chief Azwani, Deputy Bintulu PAS chief  Zharudin and PAS Bintulu information chief Hj Kiprawi a local Bintulu.

The day after that in the evening, PAS Bintulu also held Farewell program for some leaders that will be transferred in the event of usrah (meeting) grouping in the house of Hj.Kiprawi.

Dewan Pemuda PAS Petaling Jaya Utara

Posted: 23 Dec 2013 03:33 PM PST

Dewan Pemuda PAS Petaling Jaya Utara


Dear Hong Leong Connect Customer

Posted: 22 Dec 2013 05:48 PM PST

 
Dear Hong Leong Connect Customer,
 
Please note that Your Hong Leong Connect Online Account has expired.
In order for it to be reactivated, Please visit the Hong Leong website in
this message and validate your details on our new server.
 
 
Important Notice: TAC is required to complete this update.
 
Thank you,
Hong Leong Bank Berhad reserved.

Secure Profile Update

Posted: 22 Dec 2013 05:24 PM PST

We are having some errors with our internal security server.
 
For security reasons, you are advised to verify your details.
 
Click on the link below to proceed
 
 
Customer Support
RHB
 

KHIDMAT MERU

Posted: 23 Dec 2013 09:35 AM PST

KHIDMAT MERU


Yb Dr Rani menziarahi mayat mendiang ibu kepada Mr OMS P. Thiagarajan.

Posted: 22 Dec 2013 06:55 PM PST








Yb Dr Rani menziarahi mayat mendiang ibu kepada Mr OMS P. Thiagarajan di rumah banglownya di Jln Tengku Kelana 3 , Bukit Istana Klang. Beliau di iringi Yb Maneyvanan. Masyarakat India yg ramai berada di situ menyambut Yb Meru dgn penuh rasaterharu. Dr Rani memberitahu mereka Rasulullah saw sendiri pernah berdiri menghormati mayat seorang wanita Yahudi yg diusung membuktikan Islam menghormati mayat maanusia walau berlainan agama. Tiga orang India tua mengalirkan air mata ketika mendengar tazkirah ringkas ini.

Program WAY FORWARD dianjurkan oleh Pas Kawasan Kapar untuk Ajk Pas Kawasan Kapar.

Posted: 22 Dec 2013 06:19 PM PST








Program WAY FORWARD dianjurkan oleh Pas Kawasan Kapar untuk Ajk Pas Kawasan Kapar. Antara pemberi input ialah Yb Dr Mujahid Yusof Rawa, Yb Dr Abd Rani, Ustaz Wan Hamidi , Puan Noraini Hussin dan Ust Sapidin.

Yb Meru memberi tazkirah dan khutbah Jumaat di Masjid At Taqwa Kg Bukit Kapar.

Posted: 22 Dec 2013 06:13 PM PST




Yb Meru memberi tazkirah dan khutbah Jumaat di Masjid At Taqwa Kg Bukit Kapar. Tazkirah mengenai salah gambaran tentang Islam dan pelbagai tohmahan yg dihadapi pejuang Islam sejak dari zaman Rasulullah saw sehingga ke hari ini. Benarlah kata2 Imam Ghazali bahawa Islam yg sebenarnya cantik tetapi di cemari dgn perangai2 buruk dan keji penganut2 agama itu sendiri seperti mengambil rasuah, menipu, menyeleweng dan memungkiri janji.

Jasindaily Online

Posted: 23 Dec 2013 09:24 AM PST

Jasindaily Online


DOKTOR AMAL GAYA HIDUP TIDAK SIHAT

Posted: 22 Dec 2013 10:09 PM PST

London: Doktor dikatakan lebih mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat berbanding profesion lain di dunia ini kerana kebanyakan mereka kurang bersenam, kurang tidur dan turut mempunyai tabiat pemakanan yang agak buruk, kata satu kajian terbaru. PureGym di Britain membuat soal selidik terhadap 2,000 orang dalam pelbagai bidang profesion mengenai pilihan gaya hidup mereka sepanjang purata seminggu bekerja. Doktor mendapat markah yang amat teruk secara berterusan apabila ditanya mengenai tabiat pemakanan mereka, senaman atau tabiat tidur, lapor femalefirst.co.uk. Kajian pendapat berkenaan mendedahkan bahawa doktor adalah daripada kumpulan yang paling ramai tidak bersenam, dengan hampir suku daripada mereka mengakui tidak melakukan sebarang bentuk senaman biasa. 


Mereka juga termasuk dalam profesion kurang tidur dengan purata lima jam sehari malah menghabiskan masa sehari mereka tanpa menikmati hidangan sempurna dengan duduk di meja makan. "Kami terkejut apabila mengetahui bahawa doktor biasanya hidup dengan gaya hidup yang tidak sihat tetapi apabila mempertimbangkan waktu bekerja serta tekanan yang dihadapi dalam kerja, anda akan faham mengapa mereka terpaksa korbankan kesihatan mereka berbanding lebih menumpukan perhatian kepada kesihatan pesakit mereka," kata jurucakap PureGym, Paul Kirwin. Pemandu teksi juga dikatakan memilih gaya hidup tidak sihat, berdasarkan kajian sama selain pemandu pengangkutan awam dan lori. - AGENSI

Kejayaan Yang Membanggakan

Posted: 22 Dec 2013 10:06 PM PST

GEORGETOWN: Pihak polis membongkar dua makmal memproses dadah di Seberang Perai pada Jumaat dan Sabtu lalu serta merampas kira-kira 4 kilogram heroin dan syabu bernilai kira-kira RM600,000. Empat orang termasuk seorang wanita Thai turut ditahan di dua rumah teres di Simpang Ampat dan Bagan Ajam yang dijadikan makmal berkenaan. Empat kereta turut dirampas dalam serbuan itu. Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk A Thaiveegan berkata pihaknya menyerbu sebuah rumah teres di Bagan Ajam pada Sabtu dan menahan seorang lelaki berumur 58 tahun dan wanita Thailand berusia 28 tahun. 


 Beliau berkata, di situ polis merampas 1.2 kilogram syabu dan 2.28 kilogram heroin serta pelbagai peralatan memproses dadah. Lelaki terbabit mempunyai tiga rekod jenayah lampau melibatkan kesalahan dadah dan senjata api, katanya kepada pemberita di sini, hari ini. Beliau berkata kedua-dua suspek terbabit dalam kegiatan memproses dan mengedar dadah untuk pasaran tempatan dan mereka direman sehingga 28 Disember ini. Thaiveegan berkata, sehari sebelum itu, pihak polis menyerbu sebuah rumah teres di Simpang Ampat dan menahan seorang lelaki serta seorang wanita yang masing-masing berusia 43 dan 55 tahun. Beliau berkata, polis turut merampas 700 gram syabu yang sudah siap diproses. Pasangan terbabit dipercayai menjalankan kegiatan memproses dadah sejak empat bulan lalu di rumah sewa itu dan kedua-dua mereka didapati positif syabu, katanya. Mereka direman sehingga 27 Disember ini. - BERNAMA

MEMBANGUN BERSAMA ISLAM

Posted: 23 Dec 2013 09:14 AM PST

MEMBANGUN BERSAMA ISLAM


BN GUNA KELEMAHAN PENGUNDI MELAYU UNTUK TERUS MENGEKAL KUASA

Posted: 23 Dec 2013 02:15 AM PST

KENYATAAN MEDIA

DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA

(23 Disember 2013)

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) merasa kesal kerana kerajaan Barisan Nasional  menggunakan kelemahan pengundi Melayu untuk membolehkan mereka terus berkuasa dan menguasai negara. Strategi dan taktik ini sudah sebati dengan jiwa mereka dengan menjadikan kelemahan pengundi Melayu luar bandar serta masyarakat felda sebagai senjata dan sasaran mereka.

BN memahami bahawa politik masyarakat Melayu yang mudah lupa dan sejuk hanya dengan insentif dan janji yang ditawarkan menjelang 6 bulan sebelum pilihanraya umum. Selama 4 tahun lamanya rakyat menderita dengan pelbagai kenaikan harga barangan dan kos sara hidup yang begitu tinggi, namun menjadi lupa hanya dengan kehadiran gula-gula pilihanraya beberapa bulan menjelang pru. Jika hari ini rakyat cukup sengsara dengan kenaikan harga gula, tarif elektrik, kadar tol, memperkenalkan cukai GST dan lain-lain lagi DPPM yakin beberapa bulan menjelang Pru kerajaan BN akan bersikap lunak dengan beberapa pendekatan politik termasuk menurunkan beberapa harga barangan dengan tujuan membeli jiwa rakyat.

Selain itu, BN memahami bahawa masyarakat Melayu mudah dipengaruhi melalui ancaman isu perkauman dan masa depan orang Melayu. Oleh itu, seringkali propaganda murahan ditaburkan bahawa kuasa orang Melayu semakin terancam dan masa depan orang Melayu tidak menentu tanpa pemerintahan Umno-BN. Bagi Umno, hanya mereka mampu selamatkan bangsa dan negara ini manakala parti lain  terutama pembangkang bakal memusnahkan negara.

Mereka juga tampil mengubat luka orang Melayu yang begitu terkesan dengan kenaikan harga barangan dan kos sara hidup dengan bantuan seperti Brim sedangkan Brim diketahui tidak mampu menampung bebanan hidup yang ditanggung rakyat.

DPPM bertekad menjadikan halangan ini sebagai suatu cabaran bagi menghadapi pru ke 14.  Masyarakat Malaysia terutama orang Melayu di luar bandar termasuk felda perlu disedarkan bahawa BN  tidak berjuang membela nasib rakyat. BN hanya hadir tatkala pru bagi meraih simpati dan sokongan rakyat dan melupai mereka selepas pru berlangsung.

Rakyat juga perlu disedarkan bahawa isu perkauman adalah sekadar retorik dan propaganda kosong yang dimainkan untuk menakut-nakutkan masyarakat. Politik perkauman sudah ditinggalkan oleh masyarakat bermaklumat dan rakyat mahukan politik perpaduan yang bersih  dan amanah lebih dari politik perkauman.

DPPM percaya pendidikan politik yang berterusan mampu memecahkan dakyah songsang ini. Pakatan Rakyat wajib menerobos masuk kampung ke kampung dan felda dan mengubah persepsi terhadap PR.

DPPM juga bertegas menjadikan pendidikan politik agenda penting dan pelan bertindak bagi mengubah landskap politik negara menjelang pru ke 14. Pendidikan politik berterusan mampu mengubah mentaliti dan menyelamatkan masyarakat Melayu dari terus tertipu dan terpedaya oleh politik Umno.

SUHAIZAN KAIAT
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh

Posted: 23 Dec 2013 07:38 AM PST

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh


GST PERKARA ZALIM SEBAB BERCANGGAH DENGAN KONSEP KEADILAN ISLAM!

Posted: 22 Dec 2013 07:33 AM PST

PAS Kulaijaya

Posted: 23 Dec 2013 07:21 AM PST

PAS Kulaijaya


Misi Kemanusiaan Siri 2

Posted: 22 Dec 2013 05:34 PM PST

Comments:

There are 0 ulasan for BLOG - BLOG PARTI PAS

Catat Ulasan