Suara Sri Andalas Posted: 28 Aug 2013 11:32 PM PDT GST to be in October Budget? Posted: 28 Aug 2013 02:45 AM PDT KUALA LUMPUR (Aug 28): The government may include a 4 percent goods and services tax (GST) in its upcoming October budget to tackle a fiscal deficit that has widened to 14.9 billion ringgit ($4.5 billion), a local newspaper said on Wednesday.
The Malaysian Reserve newspaper quoted the Finance Ministry's secretary general, Mohd Irwan Serigar Abdullah, saying several economic reforms to bolster the country's fiscal position were being discussed.
"I am not ruling out (GST), it is in the pipeline. But let us wait for the budget. It is a whole package for everybody," Mohd Irwan was quoted as saying.
He added that the fiscal policy committee is exploring several measures including rationalising subsidies and curbing government spending. "These are some measures that are in the pipeline. The prime minister will announce them in the coming days or in the budget," he was quoted as saying. The implementation of GST could help the country broaden its tax base and reduce the government's reliance on dividends from state oil company Petronas or Petroliam Nasional Bhd. Malaysia runs relatively high government debt of 53 percent of gross domestic product and one of Asia's highest household debt levels. Ratings agency Fitch cut its outlook on Malaysia's A-minus sovereign debt to negative from stable in July, citing a lack of reform to tackle rising debt. Source: FZ.com | MB: Jambatan Ke-3 Klang Atasi Kesesakan 200,000 Kenderaan Posted: 28 Aug 2013 02:30 AM PDT KUALA LUMPUR 28 OGOS: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, projek pembinaan Jambatan Ketiga Klang yang merentasi Sungai Klang kini dalam proses terakhir membuat reka bentuk. Menurutnya, pembentangan pelan reka bentuk akan dibentangkan esok selepas pihaknya mengadakan perbincangan dengan pihak teknikal dan Jabatan Kerja Raya (JKR). "Jangkaan kita tender akan dibuat selepas Oktober atau November dan selepas itu kita akan mulakan proses pembinaan," katanya dipetik Media Selangorku. Mengulas lanjut, Khalid berkata, pihaknya akan mengambil kira semua faktor termasuk kesesuaian dengan kawasan dan keadaan bentuk sungai. "Kita juga akan mengambil kira tentang struktur jalan yang akan disambungkan dengan jambatan itu," katanya. Dalam persidangan Dewan Negeri Selangor yang lalu, Khalid mengumumkan cadangan Kerajaan Negeri untuk menggunakan RM300 juta daripada rizab negeri bagi melaksanakan projek itu. Jambatan sepanjang dua kilometer termasuk jalan penghubung dengan enam korong itu bertujuan untuk mengatasi masalah kesesakan lalu lintas lebih 200,000 kenderaan yang menggunakan jambatan sedia ada.
Sumber: Keadilan Daily | Rumah Pam Rosak: Syabas Gagal, Selangor Biaya Kos Baik Pulih Posted: 28 Aug 2013 02:15 AM PDT SHAH ALAM 28 OGOS: Kerajaan Selangor kesal dengan kejadian gangguan bekalan air yang berulang kali kerana kegagalan operasi Rumah Pam Wangsa Maju. Selepas kejadian henti tugas Rumah Pam Wangsa Maju pada Julai 2012, lebih 10 kali berlaku kejadian gangguan bekalan air kerana kegagalan rumah pam itu beroperasi. MBKejadian terbaru berlaku semalam yang menyebabkan gangguan bekalan air di beberapa kawasan di Cheras dan Bandar Tun Razak. Walaupun beberapa remedi telah dipersetujui untuk dilaksanakan oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), namun sehingga hari ini operasi Rumah Pam Wangsa Maju sering kali gagal dan menyebabkan gangguan bekalan air. Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, bagi menyelesaikan masalah Rumah Pam Wangsa Maju, kerajaan negeri telah memanggil pembuat pam untuk membaiki kerosakan dan segala kos akan ditanggung kerajaan negeri. Menurutnya, kegagalan berulang ini salah satu bukti kukuh Syabas tidak kompeten untuk menyelesaikan masalah berkaitan. Ekoran itu, beliau menyeru Kerajaan Persekutuan mempercepatkan proses rundingan pengambilalihan bagi membolehkan Kerajaan Selangor mengambil alih pengurusan dan operasi Syabas termasuk operasi Rumah Pam Wangsa Maju. "Ini bagi memastikan hak pengguna lebih terjamin untuk mendapatkan bekalan air terawat yang lebih cekap, tanpa gangguan kerana kelemahan pengurusan dan pada kadar tarif yang munasabah," kata Khalid dalam kenyataan.
Sumber: Keadilan Daily | 100,000 Kediaman Terputus Bekalan, Segerakan Penstrukturan Air Selangor Posted: 28 Aug 2013 02:00 AM PDT KUALA LUMPUR 28 OGOS: Timbalan Pengerusi KEADILAN Selangor, Zuraida Kamaruddin menegaskan, penstrukturan semula industri air di negeri itu penting untuk menyelesaikan gangguan bekalan penduduk Lembah Klang. Katanya, perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan mengenai perkara itu perlu disegera sebagai langkah melaksanakan penstrukturan air. Zuraida"Segerakan perbincangan, proses penstrukturan semula industri pembekalan air satu-satunya jalan penyelesaiaan," katanya ketika dihubungi. Ahli Parlimen Ampang itu mengulas masalah bekalan air terputus di beberapa kawasan Wilayah Kuala Lumpur, Gombak dan Ampang baru-baru ini. Masalah gangguan bekalan air tidak berjadual dan tekanan air rendah itu terjadi berikutan berlakunya henti tugas tidak berjadual di Rumah Pam milik Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) di Wangsa Maju mengakibatkan gangguan kepada hampir 100,000 kediaman. Minggu lalu, Kerajaan Selangor menjangkakan penstrukturan semula industri air di negeri itu selesai pada September ini. Kerajaan Negeri di bawah Pakatan Rakyat itu dilapor telah menyiapkan deraf berkenaan tanggungjawab dan bidang kuasa semua pihak termasuk Perbadanan Kementerian Kewangan (MOFIncorp), Perbadanan Aset Air Berhad (PAAB) dan syarikat-syarikat konsesi terlibat. Sebelum ini, Kerajaan Negeri melalui anak syarikatnya, Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) membuat tawaran bernilai RM9.65 bilion untuk mengambil alih empat syarikat konsesi air. Empat syarikat konsesi itu adalah Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), Puncak Niaga Sdn Bhd, Konsortium Abass Sdn Bhd dan Syarikat Pengeluar Air Selangor (Splash).
Sumber: Keadilan Daily | Menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Gombak Posted: 22 Aug 2013 07:19 AM PDT Gombak, 18 Ogos 2013 - Menghadiri jemputan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Gombak pada hari ini.
Begitu ramai yang hadir terdiri daripada semua lapisan masyarakat pelbagai kaum dan peringkat umur. Suasana sangat meriah dengan ramah mesra YB Azmin Ali serta para tetamu.
Sempat beramah mesra bersama-sama rakan-rakan politik serta para tetamu yang lain. | |
Anwar Ibrahim Posted: 28 Aug 2013 07:09 PM PDT Shahrizat’s appointment Najib’s ‘gift to the corrupt’ Posted: 27 Aug 2013 11:09 PM PDT Malaysiakini Shahrizat Abdul Jalil's appointment as Prime Minister Najib Abdul Razak's advisor on women's affairs shows that the latter is 'disinterested' in combating graft, said PKR. In a statement today, PKR Wanita deputy chief Rodziah Ismail said this is because Shahrizat was appointed despite her alleged involvement in the National Feedlot Centre (NFC) project scandal. She demanded that the Najib revokes Shahrizat's appointment. "The appointment for Shahrizat, who is implicated in the NFC scandal is a gift and a reward from Najib to the corrupt," she said. Shahrizat was reported saying that she had received her appointment as Najib's advisor on Aug 15. Shahrizat, who was women, family and community development minister at the time, had denied any involvement in the company, however, the scandal prompted her to resign as a federal minister. The Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC), too, last year cleared Shahrizat of involvement in the awarding of the multi-million ringgit NFC contract to her family. Meanwhile, her husband, National Feedlot Corporation chairperson Mohamad Salleh Ismail is facing two charges of criminal breach of trust and two other charges under the Companies Act 1984 in relation to the NFC scandal and its RM250 million soft loan from the government. | [PROGRAM] Dato’ Seri Anwar Ibrahim Di Perlis Dan Kedah 30 Ogos 2013 (Jumaat) Posted: 27 Aug 2013 08:42 PM PDT 4.00pm-6.00pm:- Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Pusat Khidmat Keadilan Mata Ayer (bersebelahan balai polis), DUN Mata Ayer, Parlimen Padang Besar Pertanyaan: Sdr Fesol 0134899717 7.15pm-8.00pm:- Sembahyang di Masjid Bakar Arang, Sg Petani Pertanyaan: Ust Gani 0195222837 8.00pm-10.00pm:- Program Diambang Merdeka di Dewan Orang Ramai, Taman Sri Wang, Sg Petani Pertanyaan: Johari Abdul 0162206855 atau Ibrahim 0195242002 PEJABAT DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM | |
Anak Muda Kampung Nak Senang Posted: 28 Aug 2013 11:31 AM PDT Gengster Melayu Geng 3 Calit pungut wang di tapak pembinaan Posted: 28 Aug 2013 07:31 AM PDT
Ahli politik ternama didakwa naungi kongsi gelap
28 Ogos 2013 - Sebilangan ahli politik ternama didakwa menaungi beberapa kongsi gelap dan beberapa orang daripadanya turut menjadi penasihat kumpulan terbabit.
Laporan akhbar Sin Chew Daily menyebut, kumpulan berkenaan merupakan antara 10 kongsi gelap, yang akan didedahkan esok oleh Kementerian Dalam negeri.
Ia membabitkan kumpulan gengster Cina, Melayu dan India, menurut laporan akhbar berbahasa Cina itu.
Menurut sumber tersebut, gengster Cina aktif dalam perniagaan haram termasuk menjual DVD cetak rompak, membuka pusat karaoke, pusat perjudian, mengedar dadah dan khidmat pelacuran.
"Gengster India secara perbezaannya lebih agresif kerana mereka memungut wang perlindungan dari pengusaha gerai dan pub selain menjadi penembak.
"Sementara itu, gengster Melayu lebih aktif 'menjaga' tapak pembinaan dengan memungut wang di sana.
"'Geng 3 Calit' Melayu paling aktif dan ketua setiap kawasan dipanggil ayahanda," katanya.
| Wanita disamun ketika berhenti kereta di lampu isyarat Posted: 28 Aug 2013 07:30 AM PDT
28 Ogos 2013 PETALING JAYA: Setiausaha sulit Star Publications Bhd, Halimahton Kamarulzaman menjadi mangsa kes pecah cermin kereta dan samun dalam satu insiden di Jalan Seksyen 16 di sini Selasa.
Halimahton, 41, yang bersendirian dalam keretanya disamun semasa menghentikan kereta Hyundai Matrix berwarna hitam miliknya di persimpangan lampu isyarat ketika dalam perjalanan balik kerja pada pukul 6.05 petang.
Katanya, dua lelaki menaiki sebuah motosikal menghampiri keretanya semasa berhenti di lampu isyarat
"Dia memecah tingkap kereta saya dua kali dengan topi keledar dan merosakkan sebahagian tingkap itu," katanya ketika ditemui selepas kemalangan.
Halimahton berkata, lelaki itu kemudiannya membuka pintu kereta menerusi cermin yang rosak itu.
"Dia meragut beg tangan saya. Saya cuba untuk menghalangnya tetapi sudah terlambat," katanya.
Menurut Halimahton, perompak itu mengambil wang tunai RM1,000, seutas rantai dan beberapa dokumen peribadi miliknya yang berada di dalam beg tangan tersebut.
| Kes remaja diperdaya sindiket pelacuran semakin membimbangkan Posted: 28 Aug 2013 07:29 AM PDT
28 Ogos 2013 MELAKA: Seorang lagi remaja perempuan dari Masjid Tanah mendakwa dirinya hampir dijadikan pelacur oleh kenalan lelakinya. Insiden berkenaan berlaku hanya tiga minggu selepas seorang bapa merempuh masuk ke dalam sebuah rumah untuk menyelamatkan anak perempuannya yang berusia 13 tahun daripada menjual dirinya sebagai hamba seks.
Dalam laporan polis tersebut, remaja perempuan Tingkatan Dua itu mendakwa kenalan lelakinya mengugut untuk menjualnya sebagai pelacur di Thailand sekiranya dia enggan melayan beberapa rakan lelakinya.
Dalam laporan polisnya, mangsa mendakwa dia dirogol. Tidak diketahui sama ada dia diberikan dadah sama seperti kes terhadap remaja yang dilaporkan berlaku di Merlimau,
Pada 7 Ogos lalu, The Star melaporkan, seorang lelaki berusia 47 tahun berjaya menyelamatkan anak perempuannya yang berusia 13 tahun daripada menjadi pelacur pada 26 Julai lalu selepas lelakinya yang berusia 26 tahun menjual remaja berkenaan sebagai pelacur kepada sembilan orang lelaki.
Di Merlimau, seorang remaja perempuan di bawa ke hotel dan diberikan dadah serta menerima RM20 daripada teman lelakinya bagi setiap perkhidmatan seks yang diberikan.
| Lelaki parah ditembak di Kuantan Posted: 28 Aug 2013 07:28 AM PDT 2013/08/28 - 09:35:25 AM
Kuantan: Seorang lelaki parah selepas ditembak seorang daripada empat lelaki yang dipercayai cuba menyamunnya di sebuah hotel di Jalan Air Putih, awal pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 4.20 pagi, mangsa Lee Siew Meng, 47, dari Kuala Terengganu ditembak di bahu kanan dan rusuk kirinya.
Mangsa turut mengalami kecederaan di kepala dipercayai ditetak dengan benda tajam.
| Polis siasat 2 anggota polis terlibat samun di Kelana Jaya Posted: 28 Aug 2013 07:28 AM PDT
PETALING JAYA 27 Ogos 2013 - Polis sedang menyiasat kemungkinan dua kes samun membabitkan dua mangsa di Kelana Jaya pada 3 Julai lalu dan dilaporkan secara meluas di laman sosial Facebook dan portal berita baru-baru ini melibatkan dua anggota pasukan itu.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, dua anggota polis berpangkat konstabel itu telah dikenal pasti oleh mangsa dalam satu kawad cam di sebuah balai polis, empat hari selepas kejadian.
Bagaimanapun katanya, polis masih menyiasat kes berkenaan dan mengumpul bukti untuk melengkapkan kertas siasatan.
- UTUSAN ONLINE
| Perbalahan imam sesama Ahli Sunnah Wal Jamaah Posted: 28 Aug 2013 07:26 AM PDT
28 Ogos 2013 JASIN - Kariah Masjid Al-Hassanah, Pondok Kempas menggesa Pejabat Agama Islam Daerah Jasin mengambil tindakan terhadap imam yang menceroboh kawasan mereka.
Penolong Setiausaha masjid Zakaria Hassa, 64, berkata, ini bukan soal dengki ataupun iri hati, namun kawasan kariah Masjid Al-Hassanah Pondok Kempas mempunyai imam sendiri iaitu Imam Zaini Md Jani dan sudah mendapat tauliah pejabat agama.
Menurutnya, individu terbabit memasuki kawasan kariah mereka dengan mengutip wang zakat pada Ramadan lalu.
"Bukan sahaja masalah wang zakat yang dikutip imam lain ke kawasan ini, malah kita juga berdepan dengan masalah juru nikah apabila imam dari kawasan sebelah menerima kariah kawasan ini.
"Sepatutnya beliau meminta kariah terbabit bertemu dengan imam kawasan ini dan apa yang berlaku hampir setahun lebih ini menggambarkan seolah-olah Pondok Kempas tiada imam sedangkan masjid bernilai RM3.9 juta telah dibina," katanya.
Zakaria mendakwa, pengurusan pejabat agama juga tidak sistematik apabila proses pendaftaran pernikahan yang memerlukan bayaran RM40 sehingga kini tidak diberikan resit.
"Bagaimana kami nak percaya institut agama ini sedangkan urusan bayaran juga tidak dikeluarkan resit dan saya juga tidak teragak-agak membawa perkara ini kepada SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah) kerana sehingga sekarang masih tidak mendapat resit bayaran.
Kariah masjid, Zainuddin Kadir, berkata, sekiranya masalah ini terus berlarutan ia boleh menimbulkan perpecahan dalam kalangan penduduk Islam kawasan ini.
| |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan