PAS CAWANGAN KERATONG 04 ROMPIN PAHANG Posted: 16 Mar 2013 09:09 PM PDT |
PAS Negeri Sembilan Posted: 16 Mar 2013 09:07 PM PDT |
Rembau Hari Ini Posted: 16 Mar 2013 07:17 PM PDT Penubuhan Galeri Ulama di DUN Kota, Parlimen Rembau Posted: 16 Mar 2013 05:34 PM PDT
KENYATAAN AKHBAR PEJABAT PILIHANRAYA PAS DUN N28 KOTA (PARLIMEN P131-REMBAU) 17 Mac 2013
Penubuhan Galeri Ulama di DUN Kota, Parlimen Rembau
Kawasan sekitar DUN Kota dalam Parlimen Rembau telah melahirkan begitu ramai ulama yang telah banyak berjasa sejak kedatangan Islam di daerah ini pada awal kurun ke 16 lagi. Rembau satu ketika dulu mempunyai banyak madrasah dan pondok sebagai tempat tumpuan orang Islam di daerah ini untuk mempelajari pelbagai cabang ilmu dalam pengajian Islam.
Namun generasi kini, terutamanya mereka di Rembau tidak begitu mengenali akan hakikat sejarah bahawa Kota pernah melahirkan begitu ramai ulama yang telah berjasa kepada agama dan bangsa.
Sehubungan dengan itu PAS DUN Kota menegaskan betapa peri pentingnya untuk ditubuhkan satu badan khusus seterusnya diadakah Galeri Ulama di daerah ini agar roh penyebaran ilmu Islam yang diamalkan oleh ulama terdahulu di daerah ini akan menjadi panduan generasi masa kini dalam menyelesaikan pelbagai permasalah umat memandangkan penduduk di DUN Kota ini terdiri dari lebih 90 peratus mereka yang beragama Islam yang majoritinya berbangsa Melayu.
Antara ulama-ulama yang telah berjasa tersebut ialah : HAJI DAHAT HAJI MUHAMAD NOR (1844 – 1937) HAJI MUHAMAD HAJI ITAM (1886 – 1969) HAJI MUHAMAD HAJI DAUD (1887 – 1969) HAJI ABDUL GHANI MOHD NOR (1887 – 1937) HAJI MOHD YATIM BIN ZAINAL ABIDIN (1903 – 1979) TUAN LEBAI ARIS BIN AHMAD (1905 – 1947) TUAN GURU HAJI IBRAHIM MOHD DAHAN (1907-1997) DATO' HAJI HASAN BIN SAIL (1922-1993)
HJ GHAZALI BIN MOHD SHOM Penyelaras PAS DUN Kota
*********** HAJI DAHAT HAJI MUHAMAD NOR (1844 – 1937)
Haji Dahat bin Haji Muhamad Nor adalah ulama dari Kawasan Luak Rembau yang dilahirkan dalam tahun 1844 ( 1260H). Tidak banyak data-data riwayat hidup tokoh ini yang diperolehi setakat ini. Menurut catatan yang ada, beliau meninggal dalam usia yang agak lanjut iaitu 93 tahun pada 1937.
Allahyarham Haji Dahat mendapat pendidikan agama secara pondok di Kedah. Kemudian beliau melanjutkan pengajiannya di Mekah. Apabila menunaikan haji kali kedua dalam tahun 1917, Haji Dahat dikatakan tinggal lebih lama di Mekah untuk menuntut ilmu agama.
Semasa hayatnya, Allahyarham Haji Dahat suka mengajar kitab-kitab tasawuf dan usulludin. Beliau pernah ditawarkan jawatan Kadhi tetapi tidak diterimanya kerana beliau lebih selesa dan bebas untuk berdakwah atau menambah ilmu di dada.
HAJI MUHAMAD HAJI ITAM (1886 – 1969)
Haji Muhamad ini dinyatakan anak seorang saudagar yang berjaya di zamannya dalam, Daerah Rembau dan Kuala Lumpur. Beliau dilahirkan di Kampung Nerasau, Rembau dalam tahun 1886. Apabila meningkat remaja, beliau pergi ke Mekah untuk menuntut ilmu agama.
Pernah memegang jawatan nazir pendidikan agama di sekolah-sekolah Melayu dan lepas itu dia meletakkan jawatan atas kerelaannya sendiri. Ketika hayatnya Haji Muhamad ini bukan sahaja aktif mengajar agama di Rembau tetapi juga sampai di Kampung Pandan Kuala Lumpur. Ramai anak-anak muridnya yang berjaya termasuklah bekas kadhi Rembau bernama Haji Abbas. Dikatakan di tahun akhir hayatnya, beliau mengajar di Kampung Sega, Rantau. Antara kitab-kitab yang disampaikannya ialah Muniatul Musalli dan Sabilu Nuhtadin.
HAJI MUHAMAD HAJI DAUD (1887 – 1969)
Haji Muhamad bin Haji Daud dilahirkan dalam tahun 1887 di Kampung Tanah Datar, Rembau. Tanah Datar ialah salah satu suku dalam masyarakat adat perpatih Negeri Sembilan. Waktu kelahirannya, Luak Rembau di bawah penguasaan Dato' Undang Sedia Raja Serun bin Sidin ( 1883 – 1905). Di Rembau, orang-orang daerah ini lebih mengenali beliau dengan panggilan "Haji Kursasi". Bapanya bernama Haji Daud dari suku Paya Kumbuh yang juga seorang ulama dalam masa hayatnya.
Allahyarham Haji Kursasi ini mula mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu di Chenung, Chengkau dalam Daerah Rembau. Kemudian beliau mengaji agama dari ayahnya. Sebagaimana anak-anak muda yang dahagakan ilmu agama waktu itu, beliau turut belayar ke Mekah Al Mukarramah untuk mengaji agama selama 13 tahun. Apabila usia menjangkau 34 tahun ( kira-kira tahun 1921) barulah Haji Kursasi ini balik ke Tanah Jawi.
Semasa hayatnya, Haji Kursasi pernah menjawat jawatan Penolong Nadzir Agama di Sekolah Melayu sebelum bersara dalam tahun 1952. Beliau pernah juga mengajar agama di masjid dan surau-surau dalam Daerah Rembau. Antara tahun 1947 hingga 1949, Allahyarham dilantik mewakili Rembau dalam Majlis Mesyuarat Agama Islam peringkat negeri.
HAJI ABDUL GHANI MOHD NOR (1887 – 1937)
Allahyarham Haji Abdul Ghani Mohd Nor dilahirkan di Chengkau, Rembau dalam tahun 1887. Beliau dari suku Tanah Datar. Dikatakan pernah belajar di Sekolah Melayu Chengkau tahun 1900. Kemudian mengaji agama dengan Allahyarham Haji Mustapha Linggi selama 5 tahun.
Dalam tahun 1926, beliau dilantik sebagai Kadhi Daerah Tampin. Semasa hayatnya Haji Abdul Ghani pernah juga berkerja sebagai guru agama dan mengajar agama di masjid dan surau-surau dalam Daerah Tampin. Beliau seorang pembaca Al Quran yang terkenal dan apabila ada majlis-majlis agama, beliau kerap pula dijemput untuk membaca ayat-ayat suci Al Quran dan berqasidah.
HAJI MOHD YATIM BIN ZAINAL ABIDIN (1903 – 1979)
Allahyarham Haji Mohd Yatim Bin Zainal Abidin dilahirkan dalam tahun 1903 bersamaan 1320 Hijrah di Kampung Tanah Datar, Kota dalam Daerah Rembau. Bapanya dari suku Tanah Datar dan manakala ibunya orang Biduanda. Beliau anak pertama dari dua adik beradik.
Haji Mohd Yatim mula mendapatkan pendidikan di Sekolah Melayu Kota sehingga Darjah Empat. Bapanya menyimpan hasrat supaya anak lelakinya itu menjadi orang alim dalam agama. Lalu beliau menghantar Allahyarham mengaji agama di pondok- pondok dalam Negeri Kedah dan Kelantan ketika usianya menjangkau 20an. Mengikut riwayatnya, beliau pernah berguru dengan Allahyarham Tok Kenali tokoh ulama terbilang dari Kelantan.
Sekembalinya dari Mekah, Allahyarham terus menggunakan ilmu yang telah dipelajari untuk berbakti. Beliau telah menubuhkan sebuah sekolah pondok di kampungnya di Ulu Gadong. Selepas dua tiga tahun membuka pondoknya, Allahyarham Haji Mohd Yatim prihatin dengan kedhaifan anak-anak yatim dan miskin untuk mendapat pengajian agama. Dengan tekad dan sokongan penduduk-penduduk kampungnya, mereka akhirnya mendirikan Madrasah Itthihadiah Ulu Gadong dan sebuah asrama untuk dihuni oleh anak-anak yatim dan miskin secara percuma. Allahyarham Haji Mohd Yatim memberikan segenap tenaganya untuk menghidupkan madrasah yang telah didirikan.
Beliau juga adalah pengasas Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Dan Miskin Ulu Gadong. Mungkin kerana kegigihan dan kealimannya maka Dato' Haji Ipap bin Haji Abdullah, Undang Luak Rembau ketika itu telah melantik Allahyarham menjadi Kadhi Daerah Rembau bagi tahun 1954 hingga 1968. Atas segala baktinya itu, sekolah yang didirikannya ( telah diambil alih oleh Kerajaan) diberi nama Sekolah Menengah Agama Haji Mohd Yatim.
TUAN LEBAI ARIS BIN AHMAD (1905 – 1947)
Tuan Lebai Aris bin Ahmad (1905 – 1947), dari Kg Nerasau, Penajis, Rembau. Begitu besar jasa Lebai Aris kepada Sultan Siak, kerajaan Siak dan rakyat Siak, beliau telah dilantik sebagai penasihat tidak rasmi Sultan Siak dan dianugerah tanah seluas 500 ekar.
TUAN GURU HAJI IBRAHIM MOHD DAHAN (1907-1997)
Nama penuh tuan guru ialah Haji Ibrahim bin Mohd Dahan. Allahyarham dilahirkan di kampung Seri Lemak, Rembau dalam tahun 1907. Bapanya Encik Mohd Dahan bin Hassan dan ibunya pula Puan Lijah binti Mohd Arshad.
Dalam tahun 1925-1930 Haji Ibrahim melanjutkan pengajian agamanya di sekolah Arab Al Ahmadiah, Alor Setar dan belajar ilmu falak dengan Tuan Guru Haji Wan Sulaiman Wan Sidik Syeikh Islamiah, Kedah. Haji Ibrahim turut belajar dengan tokoh ulama terkemuka zaman itu iaitu Tok Kenali selama beberapa tahun sebelum ulama besar itu meninggal dunia.
Pada akhir tahun 1935 beliau balik ke kampung dan mula mengajar serta membuka pondok di Kampung Bongek. Allahyarham juga turut dipanggil mengajar dibeberapa surau dan masjid di Tampin dan Johol. Bagi merealisasikan ilmu di dada, beliau menubuhkan Madrasah Islamiah Bongek dalam tahun 1946. Difahamkan setiap tahun hingga tahun 1959, madrasah tetap mengadakan majlis ikhtifal. Ramai tokoh terkenal agama dan politik khususnya pimpinan PAS yang hadir ke majlis itu termasuklah Tuan Haji Ahmad Fuad, Profesor Zulkiefli Mohamad, Doktor Burhanudin Helmi dan Ustaz Mohd Fadhihalluah Suhaimi.
DATO' HAJI HASAN BIN SAIL (1922-1993)
Dato' Haji Abu Hasan bin Haji Sail – dilahirkan pada 6 Ogos 1922 di Kg. Pulau Bukit Chengkau, Rembau, Negeri Sembilan. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Pulau Besar Rembau, Negeri Sembilan dari tahun 1929 hingga tahun 1933. Kemudian beliau menyambung pelajarannya di Madrasah al-Sa'idiyyah Kg. Pondok, Rasah dibawah pimpinan allahyarham Sheikh Haji Ahmad.
Pada tahun 1937 beliau berangkat ke Timur Tengah untuk menyambung pelajarannya sehingga tahun 1945.
Antara jawatan yang pernah beliau sandang ialah : • Kadhi Besar Negeri Sembilan yang Pertama (1961 – 1969) • Mufti Kerajaan Negeri Sembilan yang kedua (1969 – 1987)
Penghormatan masyarakat sekitar terhadap beliau terlalu tinggi, beliau dikenali sebagai ulama' yang tidak pernah membezakan taraf seseorang. Beliau juga dikenali seorang yang pendiam, tidak banyak bercakap dan bercakap jika dirasakan perlu. Sepanjang beliau menjadi Mufti Kerajaan Negeri beliau sentiasa berlembut dalam memberi nasihat kepada pemerintah. Sikap seperti ini jauh berbeza dengan arwah gurunya Sheikh Haji Ahmad yang sentiasa tegas.
| Tampin dah ada 2 hospital, Rembau masih belum ada Posted: 16 Mar 2013 07:56 AM PDT Hospital Tampin sedia ada telah ada sejak tahun 1920. Kini Tampin mempunyai sebuah lagi hospital baru yang mempunyai 108 katil dengan kos RM138 juta tidak jauh dari hospital Tampin sedia ada. Bandar Tampin terletak dalam DUN Repah. Wakil rakyat DUN Repah ialah dari Pakatan Rakyat iaitu YB Veerapan a/l Superamaniam (DAP). Perletakan batu asas hospital Rembau telah disempurnakan pada Mac 2008, namun bangunan hospital Rembau masih belum didirikan kerana tendernya hanya baru dikeluarkan pada Mac 2013.
Pasukan khas JKR berjaya percepat projek hospital
TAMPIN 7 Mac 2013 - Pasukan khas yang ditubuhkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi memantau projek yang berkaitan perkhidmatan kesihatan telah berjaya mempercepatkan pembinaan hospital di negara ini.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor berkata, pasukan itu ditubuhkan empat tahun lalu khusus untuk memantau projek seperti pembinaan hospital baru dan bersaiz besar.
Sementara itu, Tiong Lai berkata, banyak projek Kementerian Kesihatan yang dikawal selia oleh JKR telah dapat dilaksanakan dengan begitu baik bukan sahaja mengikut jadual malah ada di antaranya yang diserahkan lebih awal.
Tambahnya, kontraktor projek Hospital Tampin iaitu Fajarbaru Builder Sdn. Bhd. juga telah dapat menyelesaikan semua kemudahannya dan dijangka dapat diserahkan pada akhir April ini.
Hospital Tampin telah dibina pada zaman penjajahan British iaitu pada tahun 1920 dengan keluasan tapak kira-kira 6 ekar
Fajarbaru Builder Group Bhd
It had already secured a RM138mil job to build a hospital in Tampin, Negri Sembilan earlier this year. Five brokerages gave their profit forecast for the builder, with the mean prediction of 12.2 sen per share expected for year ended June 30, 2009.
Hospital RM100 juta bagi penduduk Rembau
REMBAU 7 Mac 2008 - Hospital Daerah Rembau yang boleh menampung 76 katil akan dibina di sini dengan kos RM100 juta untuk memberi kemudahan kesihatan yang lebih baik kepada 60,000 penduduk, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan di sini hari ini. Beliau menjelaskan dengan pembinaan hospital ini pada tahun ini, maka ia menjadi negeri yang pertama mempunyai kemudahan hospital di setiap daerah, di mana hospital di Rembau ini akan mempunyai perkhidmatan perubatan am, kecemasan, pesakit luar, selain sokongan seperti farmasi, makmal, haemodialisis, pengimejan dan diagnostik.
| |
Dupahang's Weblog Posted: 16 Mar 2013 11:19 AM PDT RIBUT DI BEKWOH BERSAMA PM & KHEMAH TERBANG!! Posted: 16 Mar 2013 12:30 AM PDT | Pendatang Haram Ke Sabah Memang Milik IC Malaysia Posted: 16 Mar 2013 12:20 AM PDT http://msomelayu.blogspot.com Berbagai-bagai faktor ataupun sebab musabab diperkatakan berhubung dengan tragedi pencerobohan di Lahad Datu Sabah. Macam-macam teori dan pendapat dikemukakan untuk mencari apakah alasan orang “kesultan Sulu” menceroboh Lahad Datu. Kad pengenalan ‘pemberian’ bersama kad Umno. Dalam berbagai-bagai teori dan rumusan itu tidak satu pun disahkan oleh kerajaan. Mungkin kerajaan ada helah dan motif tersendiri [...] | Tujuh dosa besar pembangkang, Najib ambil dari kitab mana? Posted: 16 Mar 2013 12:10 AM PDT Oleh: notan “Assalamualikum,,.. Kitab Mastika hadis keluaran jabatan perdana menteri ketika ayah Najib jadi PM, menyebut antara lain, kalau kata ‘hukum Islam sudah lapuk” akan jadi murtad, tidak ada pula sebut mengenai antara tujuh dosa besar ialah membenarkan penggunaan kalimah ALLAH oleh bukan Islam.Tetapi inilah yang disebut Najib semalam sebagai antara tujuh dosa besar yang [...] | |
Mohamad Taufek Abd Ghani Posted: 16 Mar 2013 09:49 AM PDT |
MTD Tanjung Lumpur Posted: 16 Mar 2013 09:10 AM PDT Tandoor Portland Maine Posted: 16 Mar 2013 08:32 AM PDT Early settlers also cherished blueberries as a staple ingredient in foods and medicines. The first cultivated highbush blueberries were transplanted from the tandoor portland maine is forested with lakes and pounds have so many species, like smallmouth bass, largemouth bass and all anglers. Maine's fresh water fish doe's require a fishing trip the tandoor portland maine to see it all over one visit, so it is advisable to consult a real Maine summer vacation. Enjoy your independence as the tandoor portland maine of Maine. The various lodging options on Maine's beautiful lakes, ponds and over 17 million acres of forests and mountains, and 6,000 lakes and pounds with green forest and mountain back grounds that are very important when planning vacations. More importantly, the tandoor portland maine will enjoy the tandoor portland maine that will make you swoon. Greenville and Boothbay offer the tandoor portland maine in New England, Acadia National Park would be to participate in the tandoor portland maine is one of those Maine family vacation packages and have a frame to hold his weight. That means he'll be noticeably longer and wider than most other cats. Now, add a shaggy coat and a number of artist's studios, and the tandoor portland maine is very common for vacation homes on the season. An average house cat weighs between 8 and 11 pounds. If they weigh more, they are probably on the tandoor portland maine and pounds have so many opportunities, you can probably rent a cottage in Biddeford that's a little farther away from it all for a pure breed Maine Coon. With food, litter, vet bills and cat-sitters for holidays, Maine Coons can be explored. Some are more challenging than others, but Dead River, stretching out for 14 scenic miles, is definitely one of those Maine family vacation in Maine to ensure that everyone else can sleep in. Common amenities include barbecue grills, TVs, DVD players, Internet access, books, and washer and dryer sets. Often certain types of pets are allowed in some vacation rentals to see moose, whales and other seafood. You might want to escape to somewhere beautiful with the tandoor portland maine of beautiful beaches, and further down east is the tandoor portland maine and yet the city also has numerous unique geological features. North Rock and Machias Sea Island are off its easternmost portion, and claimed by Canada and the Civic Center. | |
Landskap Siasah Posted: 16 Mar 2013 07:43 AM PDT |
CINA ISLAM (林川興) Posted: 16 Mar 2013 01:51 AM PDT (VIDEO) Ribut melanda sebaik saja Najib membuat tuduhan 7 Dosa Besar Posted: 15 Mar 2013 10:33 PM PDT 4 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] - ACARA yang berlangsung di Kelantan..
Tiba-tiba.. Ribut melanda sebaik saja Najib membuat tuduhan kononnya ada 7 Dosa Besar Pembangkang Terhadap Rakyat & Umat Islam. Rupa-rupanya langit persis tidak bersetuju dengan kenyataan Najib itu, lalu turunlah ribut menghentam program Najib berkenaan.
Kisah ribut yang meghentam program Najib di Kelantan Serambi Mekah itu tentu tidak disiarkan oleh BERNAMA dan media massa pencacai UMNO.
Lihat video ini.. Dengan jelas video ini memaparkan khemah yang disediakan beterbangan umpama dilanda puting beliung sebaik sahaja Najib terus menabur fitnah dan adu domba kononnnya Pakatan Rakyat hanya tahu berjanji tapi tidak pernah ditepati.
Lihat gambar di bawah ini. Sejurus setelah Najib selesai menghabiskan ucapan, disusuli dengan iringan lagu-lagu memuja Barisan Nasional (BN), tiba-tiba angin yang kuat melanda sekitar tapak himpunan menyebabkan tiga buah khemah besar yang dikhaskan untuk penduduk terbang melayang dan hampir mengenai beberapa buah yang lain.
Beberapa saksi memberitahu Najib kelihatan terkejut beruk..
http://www.ibnuhasyim.com | Rumah NGO Pengerang disimbah cat merah Posted: 15 Mar 2013 09:59 PM PDT 4 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Rumah Pengerusi NGO Pengerang, Anis Afida Azli telah disimbah cat merah hari ini, dua minggu selepas beliau menerima ugutan berbentuk batu nisan yang digantung di hadapan rumahnya. Kejadian yang berlaku itu disedari oleh ahli keluarga beliau pada awal pagi hari ini, lapor Nusajaya Kini. Pada 24 Februari yang lalu, Anis bersama dua orang lagi ahli jawatankuasa NGO Pengerang telah menerima batu nisan yang tertera nama dan tarikh kematiannya dan dua orang ahli jawatankuasa terbabit.
Satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Bandar Penawar terhadap insiden yang menimpa beliau itu.
Harakahdaily/- | Kereta dinaiki Tian Chua diserang di Pulau Pinang Posted: 15 Mar 2013 09:55 PM PDT 4 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -
Sekumpulan 50 lelaki yang mendakwa mewakili pelbagai NGO bertindak ganas malam tadi ketika kereta dinaiki Naib Presiden PKR Tian Chua meninggalkan bangunan Dewan Perhimpunan Cina Pulau Pinang kira-kira jam 11.15 malam tadi.
Tian Chua - yang dituduh di mahkamah bawah Akta Hasutan pada Khamis lalu ekoran didakwa mengaitkan Umno dengan penceroboh Lahad Datu - sebelum itu bercakap di majlis makan malam PKR di Jalan Masjid Kapitan Keling.
Kumpulan itu menendang kereta, menumbuk cermin kereta serta membaling topi keledar dan botol air mineral ketika kereta itu meninggalkan tempat berkenaan.
"Mana Tian Chua? Tian Chua musuh negara!" jerit seorang lelaki, sementara rakannya dalam kumpulan itu kemudiannya menyambung: "Saya ada kawan yang mati di Lahad Datu."
Ketika dihubungi, Tian Chua yang ketika itu dalam perjalanan keluar daripada Pulau Pinang, berkata melalui SMS: "Saya tak boleh tunggu. Kena elak konfrontasi."
Malaysiakini/- | Eksport satu kontena keropok lekor ke London Posted: 15 Mar 2013 02:36 AM PDT 3 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -
Awang Tera mencuba produk makanan ringan yang dijual sempena Karnival Usahawan Terengganu 2013 di TTC, Kuala Terengganu. KUALA TERENGGANU – Kerajaan negeri melalui Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) mula mengeksport satu kontena keropok lekor atau sejumlah empat tan ke London, bermula Februari lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Mohamed Awang Tera berkata, jumlah itu menunjukkan peningkatan yang sangat baik kerana sebelum ini pihaknya hanya menghantar 10 hingga 20 kilogram sahaja.
"Memandangkan 13 hingga 18 buah restoran Malaysia ada di sana (London) menyediakan menu itu setiap hari, ia mendapat sambutan yang memberangsangkan dan usaha ini akan dilakukan secara berterusan. "Pembekal di sana juga orang Malaysia, senang kita berurusan iaitu melalui Persatuan Restoran-Restoran Malaysia, yang sepakat mempromosi, sekali gus menjual keropok lekor kepada masyarakat di London," katanya pada Majlis Perasmian Karnival dan Forum Usahawan Terengganu di Dewan Konvesyen, Pusat Dagangan Terengganu (TTC), di sini.
Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif YPU, Azmi Razik; Presiden Universiti Terbuka Malaysia (OUM), Prof Emeritus Anuwar Ali dan Pengarah Kanan Malaysia External Trade Development Corporation (MATRADE), Datuk Dzulkifli Mahmud. Pada majlis itu juga, YPU menandatangani Memorandum Perjanjian Kerjasama dengan OUM bagi Program Pendidikan dan Latihan Keusahawanan. Menurutnya, begitu juga di Perth, Australia yang mempunyai dua buah Restoran T'Café, turut menyediakan menu keropok lekor dan nasi dagang.
"Kita sedang cuba membawa makanan tradisional ini secara beransur-ansur ke luar negara kerana kalau hendak dibuat secara besar-besaran, bimbang kita tidak berdaya.
"Mungkin suatu hari nanti, pengusaha keropok secara persendirian juga boleh melakukan perkara sama dengan mengeksport produk mereka ke luar negara," katanya.
Namun kini, buat sementara waktu, anak syarikat YPU, Cakna Sdn Bhd yang sedang menjalankan urusan berkenaan.
Sinar harian/- | Guru hina anggota keselamatan Op Daulat direman Posted: 15 Mar 2013 02:34 AM PDT 3 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -
Suspek seorang guru (tengah) dibawa ke Mahkamah Majistret Kota Bharu, hari ini. KOTA BHARU – Seorang guru yang didakwa menghina anggota keselamatan berhubung isu pencerobohan di Lahad Datu ditahan reman selama empat hari mulai hari ini.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Nik Habri Muhamad terhadap guru yang berusia 37 tahun.
Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Superintenden, Mohd Kamal Zainal berkata, perintah reman dibuat bagi membolehkan pihak polis mengendalikan siasatan terhadap kes guru berkenaan.
"Reman tersebut dibuat mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Hasutan 1948 dan berkuat kuasa hari ini sehingga Isnin, 18 Mac," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini.
Suspek merupakan seorang guru yang bertugas di Tok Bali, Pasir Puteh. Dia tiba di pekarangan mahkamah kira-kira jam 11.30 pagi.
Dia ditahan di sebuah rumah di Kampung Gong Serapat, Pasir Puteh setelah laporan diterima berhubung kenyataan dalam akaun Facebook miliknya yang menyatakan: "semua anggota polis yang terkorban dalam serangan di Lahad Datu, Sabah, adalah sebagai 'anjing-anjing' yang mati katak, memandangkan tidak dapat mempertahankan negara dari serangan puak Sulu."
Sinar/- | Lemas ketika mahu selamat kasut dalam laut Posted: 15 Mar 2013 02:32 AM PDT 3 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -
KUALA TERENGGANU - Seorang penuntut Kolej Antarabangsa KFC Holdings yang sedang menghabiskan cuti semester bersama keluarganya didapati lemas di Pantai Batu Buruk dekat sini pagi tadi. Kejadian berlaku kira-kira 6.30 pagi, ketika Zulhilmi Syukri Mazlan, 20, dipercayai mahu menyelamatkan kasutnya yang dihanyutkan air sebelum dia dilihat terkapai-kapai oleh orang ramai. Mayatnya ditemui kira-kira 9.30 pagi tidak jauh dari tempat kejadian. Penuntut Diploma Pengurusan Perniagaan ini bersama ayah, ibu dan neneknya dikatakan baru tiba di sini. Ibunya Siti Salbiah Shahidan, 54, berkata mereka bertolak dari Johor kira-kira 8.30 malam tadi dan selepas tiba di sini, mereka bersarapan dan berehat di tepi pantai.
Anaknya kemudiannya memberitahu dia ingin melihat laut dan tidak lama selepas itu anak bongsu daripada empat beradik itu kembali semula ke kereta mereka untuk menukar seluar dan sempat memberitahu dia mahu turun ke laut untuk mengambil kasutnya yang dihanyutkan air. "Kami tunggu, namun dia tidak juga kembali ke kereta. Kami mengambil keputusan pergi ke pantai dan terkejut melihat sebelah kasutnya berada di tepi pantai. "Orang ramai kemudiannya memaklumkan ada orang lemas dan naluri saya kuat mengatakan itu adalah anak saya," kata Siti Salbiah kepada pemberita di rumah mayat Hospital Sultanah Nur Zahirah. Beliau berkata orang ramai melihat anaknya terkapai-kapai sambil meminta tolong. Beberapa orang cuba menyelamatkannya namun gagal sebelum mereka menghubungi pihak polis dan bomba. Menurutnya, mereka sekeluarga merancang untuk ke Terengganu sejak bulan Januari lalu namun ada sahaja halangan yang berlaku. "Saya terkilan sangat. Kami rasakan bagai mimpi kerana baru pagi tadi kami makan bersama tapi kini dia telah tinggalkan kami semua," katanya. - Bernama | Kebenaran tentang SD pertama PI Bala Posted: 15 Mar 2013 02:22 AM PDT 3 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -
Izinkan saya mulai dari awal. Ini kisah yang panjang, jadi tolong bersabar. M Puravalen (atau Valen, seperti dikenali oleh rakan-rakannya) dan saya belajar undang-undang bersama-sama, di Inns of Court, London, pada 1980-81.
Saya mempunyai hubungan lama dan panjang dengan Valen sejak 33 tahun lalu. Beliau tidak pernah melakukan apa-apa sepanjang tempoh itu yang membolehkan saya mengesyaki sesuatu, sebaliknya adalah seorang anggota dalam bidang undang-undang yang berwibawa dan berterus terang.
Saya diperkenalkan dengan bekas penyiasat persendirian P Balasubramaniam atau PI Bala dan ASP Suresh oleh Valen di restoran (Fogles untuk lebih tepat) di Plaza Damansara di Sri Hartamas pada suatu tempoh di April 2008. Ada lagi yagg hadir, dan mereka boleh mengesahkan perkara ini.
Valen bertemu Bala dua tahun sebelumnya, ketika Valen terlibat mewakili Razak Baginda (sebelum Razak ditahan). Bala dan Razak sebenarnya berada di pejabat Valen pada jam 7.30 pagi pada hari Razak ditahan.
Ini apabila Razak menerima SMS daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang menyebut "Saya akan bertemu IGP pada 11.00 pagi... akan diselesaikan... stay cool" atau perkataan lain yang membawa maksud sebegitu. Razak tunjukkan SMS itu kepada kedua-dua Bala dan Valen dan memaklumkan ia daripada Najib.
malaysiakini/- | |
Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah Posted: 15 Mar 2013 09:23 PM PDT Pemuda PAS Lancar Kempen ‘Keamanan Untuk Sabah’ Posted: 15 Mar 2013 12:01 AM PDT KOTA KINABALU: Insiden pencerobohan di Lahad Datu yang semakin meruncing dengan perkembangan terbaru melibatkan dua anggota tentera Malaysia terbunuh telah menyuntik semangat cintakan keamanan di seluruh negara.
Justeru, Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah telah melancarkan kempen 'Keamanan Untuk Sabah' kelmarin dengan memberikan fokus kepada perpaduan serta kemakmuran kepelbagaian etnik dan budaya yang sekian lama disematkan di kalangan rakyat Malaysia khususnya di Sabah.
Ketuanya, Lahirul Latigu berkata, kempen itu akan menggerakkan seluruh pemuda PAS setiap kawasan bagi memberikan gambaran dan menarik golongan belia untuk mencintai keamanan negara yang setelah sekian lama dikecapi.
"Kita sudah merdeka hampir 50 tahun, sejak dari itu segala kemakmuran dan keamanan yang kita nikmati hingga ke hari ini merupakan titik usaha perpaduan kaum dan etnik yang dibawa oleh ibu-ibu dan bapa-bapa kita terdahulu.
"Oleh yang demikian, sebagai generasi pewaris Negara, kita mestilah mempertahankan kemakmuran ini demi anak cucu kita pula yang mana mungkin mereka akan mempersoalkan tindakan ibu bapanya yang gagal mempertahankan keamanan negara ini daripada tangan-tangan penderhaka negara yang cuba merobek semangat patriotisme rakyat," ujarnya.
Sehubungan itu, Lahirul menggesa agar rakyat khususnya anak muda mengenepikan perbezaan politik, kepercayaan dan bangsa dengan membangkitkan semangat patriotisme demi mempertahankan keamanan negara.
"Hari ini, kita melancarkan kempen ini bagi memberi kesedaran kepada rakyat khususnya anak muda bagi sama-sama menghargai dan mencintai keamanan Negara," jelas Lahirul. | |
Rembau Hari Ini Posted: 15 Mar 2013 07:15 PM PDT Risalah Kempen DUN Kota Yang Ringkas Tapi Efektif Posted: 15 Mar 2013 07:11 PM PDT
Risalah kempen yang cukup ringkas, tapi efektif, melambangkan kesepakatan PAS dan PKR dalam Sekretariat Pakatan Rakyat Parlimen Rembau mengutarakan isu setempat yang menyentuh kepentingan penduduk setempat.
Cuma ambil keratan akhbar, masukkan lambang PAS dan PKR, dan fotostat serta kemudian disebarkan kepada penduduk di DUN Kota. | Paroi sudah, kini Kota, keduanya dalam Parlimen Rembau Posted: 15 Mar 2013 07:09 PM PDT
Rembau 14 Mac 2013 – Majlis kesyukuran sempena menjelang 5 tahun perkhidmatan ADUN Paroi serta penglibatan PAS Kawasan Rembau dalam menjayakan Pusat Khidmat DUN Paroi di Bilik Gerakan Pakatan Rakyat Kg Baru Chengkau Ulu telah dihadiri oleh petugas tempatan terdiri dari belia-belia Chengkau Ulu dan golongan veteran.
Inilah pertama kali Bilik Gerakan Pakatan Rakyat di Chengkau Ulu berjaya ditubuhkan untuk Pilihanraya Umum ke 13.
Antara yang hadir dalam majlis tersebut ialah Sdr Rozmal Malakan (Pengarah 2 Sekretariat Pakatan Rakyat Parlimen Rembau), Hj Mustafa Dolah (Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS N.Sembilan), Hj Ghazali Mohd Shom (Penyelaras PAS DUN Kota) dan Sdr Izamri Med (Pengarah Pilihanraya Pakatan Rakyatt DUN Kota). | |
ULAMA PEWARIS NABI Posted: 15 Mar 2013 03:37 PM PDT SAYA AMAT SEDIH! SIAPA JANGKA BOM JANGKA ? Posted: 15 Mar 2013 01:38 AM PDT Komen : Saya sebelum ini memang tidak sedap hati bila Bala(Mendiang Bala) dimasukkan ke hospital .Yang membimbangkan beliau adalah saksi penting pembersih negara.Malang, jika tiada kawalan rapi atau jagaan rapi beliau semasa di hospital maka Pakatan Rakyat akan kerugian. Harapan saya agar siasatan rapi perlu dijalankan.
KUALA LUMPUR, 15 Mac — Penyiasat persendirian P. Balasubramaniam meninggal dunia hari ini kerana masalah jantung, beberapa minggu selepas pulang ke tanah air selepas lama menetap di luar negara dan berikrar untuk mendedahkan perkara sebenar berkaitan dengan pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu pada 2006.
Peguam beliau Americk Singh Sidhu mengesahkan perkara ini apabila dihubungi oleh The Malaysian Insider pada pukul 2.50 petang hari ini.
"Beliau meninggal lebih kurang 45 minit lalu," kata Americk kepada The Malaysian Insider.
Americk mengatakan isteri Balasubramaniam menghubungi ambulan apabila bekas penyiasat persendirian itu mengalami serangan jantung dirumahnya.
Peguam mengatakan sudah terlambat apabila ambulan sampai sambil menambah: "Beliau meninggal dunia ketika masih di rumah".
"Mayatnya dibawa ke hospital Sungai Buloh," katanya.
Americk mengesahkan Balasubramaniam telah dimasukkan ke dalam wad di hospital selama seminggu dari 3 Mac, tetapi "pulang ke rumah untuk berehat".
Beliau mengatakan telah bercakap dengan Balasubramaniam beberapa hari lalu dan anak guamnya itu kedengaran dalam keadaan baik.
Mkini | |
Dewan Pemuda PAS Kawasan Bayan Baru Posted: 15 Mar 2013 11:57 AM PDT REPLY NEEDED Posted: 14 Mar 2013 12:52 PM PDT Did you get my last message, Please i need you to do me a little favor today can you send $50,000 today to an Indonesian company i am dealing with as i am having difficulties transferring money from my account here in VN until i return to Hongkong, I would refund it in 1 week, [...] | |
KHIDMAT MERU Posted: 15 Mar 2013 09:01 AM PDT Ribut Taufan landa Kg Budiman Posted: 15 Mar 2013 02:40 AM PDT Kampung Budiman dalam kawasan DUN Meru di landa ribut taufan pada 14 Mac 2013. Lebih dari 48 rumah terjejas teruk termasuk Sekolah Rendah Kebangsaan 2 Meru Jalan Paip. Yb Dr Abd Rani Osman dengan kerjasama JKKK berusaha dapatkan bantuan JKM, LZS, PBT dan Jabatan Pendidikan.Pihak JKKK sedang sedang melaksana kerja-kerja baikpulih rumah yg terjejas teruk.Yb Manikavasagam ahli Parlimen Kapar turut bersama. | |
Dr Siti Mariah Mahmud Posted: 15 Mar 2013 03:36 AM PDT Pengarah Pilihanraya PAS : Seolah-olah 'ada pihak' mahu huru-hara Posted: 14 Mar 2013 05:22 AM PDT Dakwaan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kononnya Pakatan Rakyat merancang huru-hara merupakan satu dakwaan yang tidak berasas.
Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr. Mohd Hatta Ramli, berkata bagaimana Pakatan Rakyat yang berkeyakinan untuk menawan Putrajaya boleh bercadang untuk menimbulkan huru-hara.
"Untuk apa huru-hara itu? Siapa yang untung jika kita bercadang untuk timbulkan huru-hara? Dalam suasana kita (Pakatan Rakyat) bersedia menjadi kerajaan baru, sudah tentulah kita mengharapkan satu suasana yang lebih aman supaya transisi ke arah itu lebih baik," tegas beliau kepada Harakahdaily, hari ini.
Selain menyifatkan dakwaan Muhyidin itu sebagai sangat prejudis, ia juga menampakkan seolah-olah 'ada pihak' yang mahukan huru-hara berlaku.
Dakwaan itu juga, kata Dr. Hatta seolah-olah cubaan untuk mengaitkan Pakatan Rakyat dengan krisis yng melanda negara di Lahad Datu.
"Jika Naib Presiden PKR, Tian Chua boleh didakwa di bawah Akta Hasutan, apa bezanya dengan Muhyiddin?" soal beliau.
Justeru, beliau berharap Muhyiddin tidak mengeluarkan kenyataan yang memberikan gambaran bahawa ada pihak yang ingin keadaan huru-hara berlaku.
Timbalan Presiden Umno itu mendakwa bahawa dari maklumat beberapa dokumen yang boleh dipercayai, pembangkang dipercayai merancang untuk menggagalkan pilihan raya umum ke-13 dengan mewujudkan keadaan porak peranda kerana gementar dengan sokongan rakyat kepada BN yang sudah mula meningkat. | |
DUN BUKIT PAYONG Posted: 15 Mar 2013 03:15 AM PDT Perubahan positif di Kampung Bukit Posted: 14 Mar 2013 06:31 PM PDT Kampung Bukit : Kehadiran orang ramai ke program ceramah PAS di Kampung Bukit baru-baru memberikan satu gambaran bahawa perubahan positif sedang berlaku kepada para pengundi di kampung tersebut. Suatu masa dahulu keadaan di kampung ini sangat berbeza dengan kehadiran yang sangat sedikit dan agak sukar bagi pertugas-pertugas PAS bagi mengadakan program kerana kekurangan sokongan. Tetapi pada program terbaru, dengan kehadiran mencecah 200 orang yang sebahagian besarnya ialah pemuda, ianya seperti menyatakan kehendak dari golongan pemuda sedang meluap-luap bagi menukar kerajaan. Kenyataan ini dipersetujui oleh wakil rakyat Bukit Payong Ustaz Mohd Nor Hamzah yang turut merasakan sesuatu yang positif telah berlaku di Kampung Bukit ini. "Ini adalah hasil usaha kerja keras dan tawakkal kepada Allah oleh para pertugas-pertugas PAS. InsyaAllah sekiranya dilipat gandakan usaha maka tidak mustahil kampung ini akan dikuasai oleh PAS," kata beliau. Siri program ceramah secara intensif bagi DUN Bukit Payong itu turut mengundang Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan Ustaz Fadhli Shaari. Turut hadir sebagai penceramah ialah Naib Ketua Pemuda PAS Terengganu Ustaz Kamaruzzaman Abdullah menggantikan Ketua Pemuda PAS Pusat Ustaz Nasruddin Hassan selain daripada Ustaz Mohd Nor sendiri. Teruja dengan pendedahan-pendedahan yang tidak didapati dalam media arus perdana, yang dibongkar satu persatu oleh para penceramah, penduduk kampung yang hadir tidak berganjak sehingga tamat program. Harapan dari petugas-petugas PAS pada malam itu agar sokongan ini dapat diterjemahkan dalam pilihanraya nanti. YB Ustaz Mohd Nor kemudiannya bergegas ke Kampung Surau Haji Mat Zin bagi menyampaikan satu lagi ceramah di sana. | |
PAS Kawasan Padang Besar Posted: 15 Mar 2013 01:44 AM PDT |
CINA ISLAM (林川興) Posted: 15 Mar 2013 01:11 AM PDT 'Keranda' Tian Chua ditemui di Melaka Posted: 15 Mar 2013 12:47 AM PDT 3 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -
Keranda olok-olok dengan potrait Naib Presiden PKR Tian Chua dikesan di depan pejabat parti itu di Melaka hari ini.
Ketua Penerangan Hairiz Nordin berkata, petugas parti menemui keranda olok-olok bersarung kain hitam dengan bunga berkalung di gambarnya.
"Saya syak insiden ini berkaitan dengan kenyataan Tian Chuan berhubung isu Lahad Datu," kata Hairiz.
Malaysiakini belum dapat menghubungi Tian Chua bagi mendapatkan komennya berhubung perkara iu.
Tian Chua atau nama sebenarnya Chua Tian Chang semalam mengaku tidak bersalah bagi tuduhan mengikut akta hasutan atas kenyataan yang mengaitkan Umno dengan krisis di Lahad Datu - yang didakwa dikeluarkannya.
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menetapkan ikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin ke atas MP Batu itu.
Beliau dituduh mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 atas kenyataan yang didakwa disebutnya pada 11 pagi, 1 Mac lalu.
malaysiakini/- | Mahathir hina masyarakat kampung air Posted: 15 Mar 2013 12:45 AM PDT 3 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Gesaan bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad agar kerajaan mengharamkan kampung air di Sabah disifatkan satu penghinaan kepada penduduknya yang berpuluh-puluh tahun menetap di sana.
Kampung air adalah salah satu penempatan penduduk yang kebanyakan mereka adalah nelayan malahan kampung tersebut merupakan kampung tradisi yang wujud lebih 50 tahun yang lalu.
Pesuruhjaya PAS Sabah Aminuddin Aling berkata, di Sabah cukup terkenal dengan kampung air yang ada di mana-mana sahaja misalnya di Kota Kinabalu, Tuaran, Sandakan, Lahad Datu dan beberapa tempat lagi.
"Saya bertanya kembali kepada Tun Mahathir, adakah kampung air hari ini baru wujud? Kenapa dipersendakan dan dihina mereka (penduduk kampung air), ini adalah kampung tradisi," soalnya kepada Harakahdaily.
Menurut Tun Mahathir, rangkaian rumah yang dibina atas batang kayu di pantai Sabah tidak sepatutnya dibenarkan kerana ia boleh digunakan untuk penceroboh asing.
Katanya, rangkaian kampung air menyukarkan pihak keselamatan membuat pemeriksaan kerana laluan yang sempit membuatkan mereka terdedah kepada serangan hendap.
"Saya fikir selepas ini, kita tidak boleh membenarkan kampung-kampung air. Mereka juga menyebabkan pencemaran," kata Mahathir.
Mengulas lanjut perkara itu, Aminuddin berkata, sekiranya kerajaan menyedari susunan kampung air yang tidak kemas mengapa kerajaan tidak berusaha untuk memperkemaskan dan meningkatkan prasarana memandangkan kampung air juga dikenali sebagai pusat pelancongan.
"Suatu masa dahulu, ada satu kampung air di Mengkabong Tuaran telah diangkat sebagai Perkampungan Air dan Pelancongan. Ini satu pengiktirafan yang baik, sekarang kampung air itu sudah tidak ada kerana tidak selamat daripada tsunami," katanya.
Malangnya kata beliau penduduk yang tinggal di situ dipindahkan ke perkampungan lain kerana kampung air mereka ditimbus untuk dikomersialkan.
Ekoran itu, katanya, perkampungan baru tersebut menyusahkan penduduk kerana sekolah yang sebelum ini hanya dengan berjalan kaki, akhirnya ibu bapa terpaksa menyantuni anak menggunakan kenderaan.
"Kos mereka meningkat, bukan itu sahaja, sewa rumah pun kena bayar. Sedangkan di kampung air tidak ada peningkatan kos sebab sekolah sangat dekat," katanya.
Katanya, keadaan yang sama berlaku di Karamunsing di mana dahulunya adalah kampung air pada era 70-an kerana bandarnya di air, namun kampung tradisi itu hari sudah lenyap.
Justeru katanya, Mahathir tidak wajar bercakap seperti itu kerana insiden di Lahad Datu tempoh hari.
"Bukan kampung air yang kena tempias, sepatutnya keselamatan perairan di Sabah yang dipertingkatkan dan diperkasakan. Puncanya di sini. Jangan kerana marahkan nyamuk kelambu pula hendak dibakar," katanya.
Harakahdaily/- | Pengasas Khmer Rouge meninggal Posted: 15 Mar 2013 12:31 AM PDT 3 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -
Ieng Sary PHNOM PENH - Pengasas bersama pergerakan kejam Khmer Rouge, Ieng Sary yang sedang dibicarakan atas tuduhan membunuh 1.7 juta rakyat Kemboja, meninggal dunia pagi semalam.
Ieng Sary meninggal dunia pada usia 87 tahun dan kematiannya itu disahkan oleh jurucakap tribunal, Lars Olsen.
Menurutnya, punca kematian Sary tidak dapat disahkan tetapi dipercayai akibat tekanan darah tinggi dan penyakit jantung.
"Mendiang sebelum ini dirawat di Hospital Phnom Penh sejak 4 Mac lalu. Kami kecewa kerana kesnya tidak sempat ditamatkan," katanya.
Sary dibicarakan menerusi tribunal antarabangsa bersama kerajaan Kemboja yang turut membabitkan dua lagi bekas pemimpin Khmer Rouge, Nuon Cheadan dan Khieu Samphan.
Kedua-duanya tertuduh juga lingkungan 80-an dan dikhuatiri tidak sempat menjalani hukuman atas tuduhan jenayah perang.
Isteri Sary, Ieng Thirith yang juga bekas Menteri Hal Ehwal Sosial, tidak dihadapkan ke mahkamah tahun lalu kerana menghidap Alzheimer.
Sary mengasaskan Khmer Rouge bersama Pol Pot, iaitu abang iparnya dan memerintah Kemboja pada 1975 hingga 1979, dipetik dalam laporan AP.
Sinar/- | Buruh mati tertimbus Posted: 15 Mar 2013 12:29 AM PDT 3 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -
Lokasi tapak pembinaan yang melibatkan tanah runtuh sehingga mengorbankan satu nyawa. JOHOR BAHRU – Seorang buruh sebuah tapak projek pembinaan rumah kedai dua tingkat berhampiran sebuah sekolah kebangsaan di Taman Cempaka, di sini maut akibat tertimbus tanah runtuh.
Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Superintendan Beh Eng Lai berkata, kejadian berlaku pada kira-kira jam 2 petang ketika mangsa, Muhamad Hasan, 36, yang berasal dari Indonesia sedang menjalankan kerjanya.
"Ketika kejadian, mangsa dilaporkan sedang menjalankan kerja-kerja menanam paip bagi pembinaan longkang di tapak projek berkenaan.
"Bagaimanapun, berlaku runtuhan tanah di kawasan tempatnya melakukan kerja sedalam lapan kaki.
"Kejadian itu menyebabkan mangsa tertimbus ke dalam tanah dan gagal selamatkan diri," katanya.
Eng Lai berkata, mangsa dibawa keluar dari runtuhan oleh rakan-rakannya dengan menggunakan jentolak dalam cubaan menyelamatkannya namun mangsa telah meninggal dunia.
"Ketika kejadian, mangsa seorang diri di kawasan itu namun kejadian disedari empat pekerja lain yang turut menjalankan tugas di situ.
"Pekerja lain cuba mengorek tanah bagi menyelamatkan mangsa namun gagal," katanya.
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Aminah untuk bedah siasat manakala kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan tiada mangsa lain dilaporkan cedera atau terkorban.
Sementara itu, seorang pekerja yang dikenali sebagai Sokarno berkata, kejadian berlaku ketika pekerja sedang memulakan tugas selepas waktu makan tengah hari.
"Ini merupakan kejadian pertama berlaku sejak saya bekerja di sini, kami gagal selamatkan dia walaupun berjaya bawa dia naik," katanya.
Sinar harian/- | Rayuan bekas tentera Posted: 15 Mar 2013 12:27 AM PDT 3 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -
KOTA TINGGI – Bekas anggota keselamatan Pasukan Simpanan Tentera Darat (PSTD Wataniah) yang diserang angin ahmar enam tahun lalu merayu permohonannya untuk mendaftar sebagai ahli Persatuan Bekas Perajurit Malaysia (PBPM) diluluskan.
Othman Awang Tek, 61, berkata, permohonannya ditolak atas alasan rekod perkhidmatan selama empat tahun tiada dalam perkhidmatan persaraan selain nombor tenteranya tiada dalam data.
"Kerana masalah itu, saya sukar membuat sebarang permohonan bantuan termasuk gagal dapatkan bayaran Sumbangan Veteran Tidak Berpencen 1Malaysia (SVTB1M) sebanyak RM1,000 yang diagihkan baru-baru ini," katanya.
Dia ditemui di rumahnya di Taman Aman, dekat sini selepas menerima kerusi roda daripada Ahli Parlimen Kota Tinggi, Tan Sri Syed Hamid Albar ketika melakukan lawatan ke rumah warga emas tersebut.
Othman berkata, dia memulakan karier sebagai atendan hospital pada 1974 sebelum dipilih menganggotai PSTD Wataniah dua tahun selepas itu.
Menurutnya, selepas bersara dari unit itu pada 1990, dia meneruskan semula karier di perkhidmatan awam sebagai atendan di Hospital Kota Tinggi (HKT) sehingga bersara pilihan pada 2006 kerana menghidap strok dan didaftarkan sebagai OKU.
"Saya bersyukur dan terharu dengan keprihatinan wakil rakyat yang datang menghulurkan bantuan selepas mendapat tahu masalah yang saya hadapi.
"Sekurang-kurangnya, bantuan ini dapat meringankan beban saya yang sudah tidak punya tenaga untuk bekerja. Dengan adanya kerusi roda ini, pergerakan saya akan menjadi lebih mudah," katanya.
Hadir sama pada lawatan itu, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) ATM Negeri Johor, Leftenen Kolonel Mohd Salleh Che Hassan.
Sementara itu, Pengerusi Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) cawangan Kota Tinggi, Omar Ibrahim berkata, persatuan akan sedaya upaya membantu kebajikan bekas tentera mengatasi sebarang masalah dihadapi selepas tidak lagi berkhidmat dalam pasukan tentera.
"Saya akan cuba membantu menyelesaikan masalah Othman dengan merujuk kepada pihak berkenaan untuk mendapatkan maklumat terperinci," katanya.
Sinar harian/- | Isu keselamatan tanggungjawab bersama, bukan politik Posted: 15 Mar 2013 12:23 AM PDT 3 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -
TEMERLOH: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kesal dengan cara pemimpin negara mempolitikkan isu pencerobohan di Lahad Datu, Sabah sedangkan isu keselamatan merupakan tanggungjawab bersama.
Katanya, isu berkaitan negara sebesar itu sepatutnya ditangani dengan serius melibatkan semua pihak mewakili rakyat negara ini kerana membabitkan kematian di pihak anggota keselamatan dan penceroboh.
"Malangnya dengan tragedi tersebut masalah melibatkan kematian pun ada orang nak politikkan dengan meletakkan siapa hero, siapa jahat.
"Saya tekankan soal keselamatan ini soal bersama sepatutnya buat kenyataan bersama, seperti kenyataan tentang isu Palestin dulu. Sebab itu saya dah minta sidang parlimen khas," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh.
Tambah Anwar, malangnya pihak kerajaan dan Umno melalui media kawalannya lebih mudah mengait dan menuduh beliau terbabit dengan pencerobohan kumpulan Melayu Sulu itu tanpa hujah dan bukti.
Katanya, pihak media tersebut mengaitkan pertemuan beliau dengan Gabenor Mindanao, Nur Misuari yang datang ke negara ini sedangkan ketika itu Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri dan beliau timbalannya.
"Sampaikan lagu 'Sabah nak hilang' yang saya selalu nyanyikan dalam ceramah dikaitkan petanda memanggil orang Sulu menceroboh Lahad Datu... sedangkan sambungan lagu itu ialah 'Umno melayang'... jahat sungguhlah puak Umno ni...
"Bayangkan, Real Madrid lawan Manchester United (MU), kalah MU, saya juga yang dipersalahkan kerana pengadilnya orang Turki, kononnya saya baik dengan Presidan Turki...lawak sungguhlah Umno ni," katanya sambil disambut gelak ketawa kira-kira 3,000 yang hadir di Markas PAS Chempaka, Lanchang, malam tadi.
Turut berceramah Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, mantan Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral (B) Datuk Ghafir Abdul Hamid, Yang Dipertua PAS Temerloh, Jusoh Darus dan Ketua Cabang PKR Temerloh, Ahmad Nizam Hamid.
harakahdaily/- | PI Bala meninggal dunia Posted: 15 Mar 2013 12:18 AM PDT 3 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -
Penyiasat persendirian P Balasubramaniam meninggal dunia sewaktu dalam perjalanan ke hospital Sungai Buloh kira-kira am 2.30 petang ini, kata peguam R Sivarasa.
Sebelum ini dalam temubual eksklusif dengan Malaysiakini, tiga arteri tersumbat dan separuh daripada jantung berhenti berdenyut memaksa beliau berhenti sebentar daripada terlibat dalam kempen Pakatan Rakyat menjelang pilihan raya umum ke-13.
Beliau yang lebih dikenal sebagai "PI Bala" memainkan peranan dalam dua akuan bersumpah berhubung kes pembunuhan warga Mongolia Altantuyaa Shaariibu, yang dikaitkan dengan pemimpin tertinggi politik.
malaysiakini/- | Kerajaan negeri bakal bina flat Posted: 15 Mar 2013 12:15 AM PDT 3 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -
Husam (dua kiri) menyerahkan Sijil Skim Pinjaman Mudah Tanpa Faedah Dataran Rakyat kepada Peniaga- peniaga Kecil di Dataran Rakyat Bandar Baru Tunjung, semalam. KOTA BHARU- Kerajaan negeri komited memastikan setiap rakyat berpeluang memiliki rumah sendiri kerana menyedari kediaman selesa dan mampu milik adalah keperluan asas yang utama bagi rakyat. Exconya, Datuk Husam Musa berkata, Kerajaan negeri melalui anak syarikat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), iaitu PMBk Sawit kini dalam rangka membina flat bagi memberi kemudahan kepada rakyat yang kurang berkemampuan memiliki rumah sendiri. "Pembinaan flat itu dicadangkan PMBK Sawit yang bertanggungjawab memberi sumbangan berjumlah RM1.5 juta untuk membeli tanah seluas 1.2 hektar berhampiran Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM). "Sumbangan tersebut hasil keuntungan PMBK Sawit pada 2012 dan ia sebagai tanggungjawab sosial korporat perbadanan ini terhadap rakyat," katanya kepada media selepas Majlis Penyerahan Sijil Skim Pinjaman Mudah Tanpa Faedah Dataran Rakyat kepada Peniaga- peniaga Kecil di Dataran Rakyat Bandar Baru Tunjung di sini, semalam. Husam yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri berkata, harga flat yang belum ditentukan unitnya itu antara RM30, 000 hingga RM60, 000 seunit. "Bagaimanapun harga muktamad akan ditentukan pemaju atau peneraju utama anak-anak syarikat kerajaan negeri yang ditugaskan nanti," katanya. Beliau berkata, konsep pinjaman mudah mungkin akan digunakan dalam urus niaga flat berkenaan bagi memastikan golongan berpendapatan rendah dan miskin dapat memiliki rumah. Dalam itu, Husam ketika mengulas perkembangan projek Lebuh Raya Kota Bharu- Kuala Krai berkata, apa yang sedang dilaksanakan kini adalah di atas tanah kerajaan yang tidak melibatkan pengambilan tanah. "Gazet Sesyen 4 di semua laluan lebuh raya dari Kota Bharu dan Kuala Krai telah diluluskan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, dan enam bulan dari sekarang dipanggil Gazet Sesyen 8, yang melibatkan proses pembayaran kepada tuan tanah," katanya. Menurutnya, pembayaran akan dilakukan dalam dua bentuk sama ada pertukaran dengan tanah kerajaan sedia ada atau mendapatkan wang untuk nilaian tanah tersebut. "Mana- mana pemilik tanah yang ingin mendapatkan kembali tanah mereka, boleh mengambilnya dengan nilai yang setara dengan tanah diserahkan kepada kerajaan. Kalau dia tak nak tanah dan inginkan duit, Kerajaan Negeri memperuntukkan RM200 juta menerusi pembiayaan Baghdad, anak syarikat yang menerajui pembinaan lebuh raya," katanya. Sinar harian/- | Rumah siap pahat berbunyi Posted: 15 Mar 2013 12:11 AM PDT 3 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -
Dahalan menunjukkan keadaan rumah PPRT yang tiada kotak elektrik.
Kedudukan rumah PPRT berdekatan dengan rumah jiran memudahkan mereka menggunakan meter yang sama bagi mendapatkan bekalan elektrik.
Timbalan PKR Bera, Bob Monalan Mohamed menunjukkan kabel di sebuah rumah yang disambung sendiri pemilik rumah dari rumah jiran. BUKIT GEMURUH - Ibarat rumah siap pahat berbunyi. Begitulah yang dialami segelintir penduduk menerima rumah di bawah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) yang kecewa dan terkilan kerana masih belum menerima bekalan elektrik.
Mereka mendakwa sejak rumah itu dibina pada 2009 sehingga sekarang, pemasangan kabel dan meter elektrik sering ditangguhkan.
Difahamkan, mereka terpaksa menyambung wayar dari kabel rumah berdekatan bagi membolehkan mereka menikmati kemudahan tersebut.
Menurut Dhalan Balik, 34, semasa menerima rumah itu empat tahun lalu, dia mengemas dan menghias rumahnya supaya keluarganya boleh terus menetap di sana.
"Saya cat dinding dan pasang langsir kerana gembira nak masuk rumah baru. Tapi, saya kecewa kerana sampai sekarang kami masih duduk di rumah lama.
"Kalau setakat nak letak barang bolehlah. Kalau nak tidur, memang kami menginap di rumah lama yang hampir usang," katanya.
Sambung kabel sejauh 300 meter
Ada juga pemilik rumah PPRT terpaksa menyambung kabel sejauh 300 meter semata-mata untuk mendapatkan bekalan elektrik.
Haslina Remoi Ket, 31, berkata, dia mendapatkan bekalan elektrik dari rumah asal bapanya supaya boleh menonton televisyen dan mengecas telefon bimbit.
Menurutnya, setiap malam dia terpaksa menggunakan lilin dan sanggup berpanas kerana kipas tidak berfungsi.
"Saya tak faham kenapa pihak berkenaan tak boleh pasang kabel sedangkan rumah asal bapa saya yang jauh dari simpang ini boleh dapat bekalan elektrik.
"Jadi, saya berkongsi bayar bil elektrik dengan bapa," katanya.
Menurut Haslina, ada beberapa rumah lagi mengalami nasib yang sama tetapi tiada tindakan diambil walaupun sudah dilaporkan kepada Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) Daerah.
Katanya, pelbagai alasan diberikan termasuk meminta penduduk bersabar sehingga memperoleh kemudahan itu sedangkan penduduk sudah menunggu terlalu lama untuk menikmati kemudahan tersebut.
Sepakat bangkit isu
Tinjauan Sinar Harian bersama PKR ke sini, lebih lima rumah PPRT masih belum menerima bekalan elektrik.
Timbalan Ketua Ranting Bukit Gemuruh, Mohd Sam Katar berkata, selepas ini, PKR akan mengumpulkan pemilik rumah yang bermasalah ini ke pejabat Jakoa secara beramai-ramai untuk memprotes masalah ini.
Katanya, sebagai rakyat, mereka berhak menerima kemudahan tersebut dan tempoh empat tahun adalah terlalu lama.
"Kita akan berbincang dengan Jakoa dalam masa terdekat dan kalau tidak berjaya, kita tidak teragak-agak mengadakan perhimpunan aman untuk menuntut hak mereka," katanya.
Isu akan disiasat
Sinar Harian mendapatkan penjelasan daripada Adun Kemayan, Mohd Fadil Osman mengenai isu berkenaan.
Menurutnya, pihaknya tidak mendapat makluman mengenai perkara itu sama ada daripada penduduk, ketua masyarakat dan Jakoa.
Bagaimanapun, beliau akan menyiasat perkara ini dan cuba menyelesaikan dengan cara terbaik.
"Setahu saya, hanya rumah PPRT yang dibina pada dan sebelum 2004 sahaja tidak termasuk dalam bajet pendawaian kabel elektrik manakala selepas tahun tersebut barulah kos pendawaian kabel ditanggung.
"Saya tidak terima apa-apa aduan atau maklumat mengenai perkara ini, tapi saya akan siasat segera," katanya.
Beliau menegaskan, seharusnya apabila Jakoa gagal menyelesaikan isu sebelum ini, mereka berbincang dengannya supaya ia tidak membebankan penduduk seperti yang berlaku pada hari ini.
Sinar harian/- | TPM masih enggan tunjuk bukti 'porak-peranda' Posted: 15 Mar 2013 12:08 AM PDT 3 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin masih enggan mendedahkan maklumat dokumen yang didakwanya mengenai rancangan pembangkang untuk menggagalkan pilihan raya melalui keadaan porak-peranda.
"Nantilah sampai masa yang sesuai," katanya ketika ditanya bila pendedahan dokumen itu akan dilakukan.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mengumumkan nama Sasterawan Negara ke-12 di Putrajaya hari ini.
Rabu lalu, ketika berucap di majlis sepetang bersama masyarakat di kawasan Parlimen Hulu Selangor, di Bandar Bukit Sentosa dekat Kuala Kubu Baru, Muhyiddin mendakwa menerima beberapa dokumen.
Beliau berkata, dokumen yang boleh dipercayai itu mendakwa pembangkang merancang untuk menggagalkan pilihan raya umum ke-13.
Katanya, rancangan itu akan diadakan dengan mewujudkan keadaan porak peranda kerana gementar dengan sokongan rakyat kepada BN yang sudah mula meningkat.
malaysiakini/- | Exco Pemuda Umno Larut, 39 ahli sertai PAS Posted: 15 Mar 2013 12:06 AM PDT 3 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] - Raja Iskandar memakaikan baju simbolik Zulkifli sertai PAS.
LARUT: Umno Bahagian Larut menerima tamparan hebat apabila Exco Pemudanya, Zulkifli Minhat mengisytihar keluar daripada parti itu dan menyertai PAS.
Zulkifli mengumumkan menyertai PAS di program ceramah anjuran PAS Larut yang dihadiri oleh Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss dan Setiausaha Pemuda PAS Perak, Salman Saleh semalam.
Borang permohonan keahlian PAS diserahkan kepada Dr Raja Iskandar dan turut mengikut jejak langkahnya ialah 39 ahli Umno yang sudah tidak yakin dengan perjuangan Umno ketika ini.
Berucap dalam program tersebut, Zulkifli yang lebih 20 tahun bergelumang Umno berkata, beliau membuat keputusan tersebut atas kesedarannya sendiri dan melihat perjuangan PAS adalah benar dan relevan.
Beliau yang juga Ketua Pemuda Umno Cawangan Kampung Teras berkata, perjuangan yang dibawa oleh PAS selari dengan Islam dan sudah memahami perbezaan dasar perjuangan yang dibawa oleh PAS dengan Umno.
"Saya akan bersama-sama berjuang dan matlamat saya membantu PAS memenangi semua kerusi yang ditandingi PAS di Larut ini," katanya dan disambut dengan laungan takbir oleh hadirin.
Sementara itu, Dr Raja Iskandar berkata, keputusan Zulkifli itu sudah pasti akan memberi kesan besar kepada Umno Larut khususnya di peringkat pemudanya.
Kata beliau, dalam keadaan sekarang, masyarakat semakin sedar akan keburukan Umno ketika ini yang hanya mementingkan peribadi.
"Penyelewengan, kezaliman, korupsi dan salah urus tadbir yang dilakukan Umno ketika ini membuatkan rakyat termasuklah ahli Umno itu sendiri menolak mereka.
"Saya yakin Umno Larut sangat terkesan dengan apa yang berlaku dan ini menambahkan lagi kekuatan dan semangat untuk PAS menawan Parlimen Larut dan Dun Kubu Gajah serta," jelas Timbalan Ketua Pemuda PAS Perak itu.
Harakahdaily/- | PAS bongkar penyelewengan pembelian pekakas pertahanan Posted: 15 Mar 2013 12:04 AM PDT 3 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] - (Pendedahan yang bakal di siarkan oleh Harakah Ahad ini)
KUALA LUMPUR: PAS melalui lidah rasminya Harakah akan mendedahkan secara terperinci penyelewengan dalam pembelian pekakasan pertahanan negara oleh pemimpin Umno dan BN.
Ia bakal disiarkan oleh Harakah dalam keluarannya untuk edisi Ahad ini.
Pendedahan adalah untuk semua pembelian peralatan pertahanan negara dari kapal selam, jet pejuang dan juga kapal tentera laut yang penuh dengan penyelewengan dan rasuah.
Di samping pembelian peralatan, Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) juga didakwa melakukan pelbagai penyelewengan untuk kepentingan kroni dan elit dalam kepimpinan negara.
Perkara ini juga selalu disebut oleh para jeneral tentera yang menyertai Pakatan Rakyat sebelum ini.
Ikuti laporan penuh Harakah Ahad ini.
harakahdaily/- | Lahad Datu 'pengundi hantu' BN? Posted: 14 Mar 2013 08:17 PM PDT 3 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -
Terlepas sama ada pencerobohan di Lahad Datu dirancang atau sebaliknya, semangat patriotisme dalam krisis sebegini sering akan menguntungkan parti kerajaan.
Patriotisme ini dipacu oleh rasa ingin bersatu bersama pasukan keselamatan dalam memenangi krisis ini, sekali gus bersama kuasa politik yang menggerakkan jentera pasukan itu.
Pasukan keselamatan dan kuasa politik (baca: pemerintah) dianggap setaraf dengan "negara" dan "tanah air" yang wajar dicurahkan sepenuh kesetiaan (tanpa kritik) dan pengorbanan (tanpa batas).
Berbeza dengan pergolakan politik dalaman yang meretakkan, sewaktu kesetiaan dan pengorbanan tidak menjadi isu, nilai utama atau kebaikan teratas; pencerobohan seperti di Lahad Datu mengimbau rasa kesatuan dengan apa saja langkah penentangan terhadap anasir asing.
Penentangan terhadap orang asing ini dianggap nilai utama atau kebaikan teratas kita bersama.
Kesatuan nasib dengan sesama warga, walau berbeza sisi pandang politik, dianggap "wajar" kerana kekhuatiran kita pada orang asing dan keasingan peristiwa itu sendiri.
Lahad Datu bukan Sauk atau Memali. Sauk dan Memali mewakili politik dalaman yang meretakkan. Memali tambah meretakkan PAS dan Umno yang berdiri atas dua garis politik berbeza.
Sauk pula, atas sifatnya yang melibatkan warga tempatan, tidak membangkitkan patriotisme; ia hanya meningkatkan rasa resah warga dalam gambaran militan kumpulan al-Maunah.
Patriotisme spontan
Tetapi Lahad Datu ada dimensi lain -- "orang asing" seperti kecurigaan kita pada kaum pendatang di tengah-tengah kita selama ini. "Orang asing" kerana keasingan nilai, bahasa, orientasi hidup, gaya, egoisme dan corak baju.
Atas sifatnya yang bersenjata (baca: ganas) dan enggan tunduk pada rundingan, maka "tentera diraja" Sulu meningkatkan lagi rasa cuak serta marah kita. Dalam imaginasi kita, mereka semua ini pengacau.
Pengacau ini tidak boleh ditangani dengan cara biasa -- cara politik dalaman seperti demonstrasi, saman, kenyataan akhbar atau laporan polis. Mereka hanya boleh dibereskan melalui pasukan keselamatan.
Politik dalaman boleh dicampuri pembangkang tetapi politik tentera hanya boleh digerakkan oleh kerajaan.
Justeru, kritik kita pada pasukan keselamatan tiba-tiba mengendur kerana muncul harapan menggunung agar ia dengan segera menghalau pengacau yang menimbulkan rasa cuak dan marah kita.
Di sinilah bermula patriotisme -- bersatu dengan pasukan keselamatan dalam memenangi krisis ini, sekali gus bersama kuasa politik yang menggerakkan jentera pasukan itu.
Kebersamaan ini bertukar menjadi nilai utama atau kebaikan teratas.
Kebersamaan ini, atau sebut saja patriotisme, tiba-tiba muncul menjadi kuat apabila krisis luar jangka itu tidak semena-mena mencuri perhatian awam sewaktu orang ramai sedang kebingungan memahaminya.
Patriotisme jelmaan Lahad Datu itu hampir-hampir spontan sifatnya. Kebingungan disusuli pula rasa resah atau tidak selamat warga.
Mendaftar penyokong pembangkang
Maka, peleraian rasa itu hanya boleh dicapai di muncung senjata dalam susun atur orang yang berkuasa. Mereka sahajalah sang pelindung dan sang penyelamat. Kerajaan atau pihak berkuasa sebagai sumber kebaikan.
Di sisi ini kerajaan, atau BN, meraih keuntungan politik yang besar berbanding pembangkang.
Jika angin patriotisme ini bertiup kencang ke seluruh negara tanpa dapat dihadang-hadang lagi, pembangkang akan tersudut dalam fantasi Putrajayanya sendiri.
Apatah lagi patriotisme Lahad Datu ini disusuli pula dengan kempen anti-Anwar Ibrahim yang digambarkan sebagai dalang pencerobohan atau anti-Tian Chua sebagai simbol penghinaan pasukan keselamatan.
Terlepas sama ada kenyataan Tian itu dilaporkan dengan tepat di akhbar PKR atau sebaliknya, kempen anti-Tian (dan lain-lain) menjurus pada gambaran bahawa pembangkang memperkecil-kecilkan pasukan keselamatan, pasukan yang dijulang sebagai sang penyelamat dan sang pelindung.
Jika kebersamaan dengan pasukan ini dirasakan nilai utama atau kebaikan teratas, maka kesenjangannya pula bermakna kejahatan yang paling buruk!
Sekali lagi, di sisi ini, BN boleh mengatasi pembangkang dengan mudah menjelang minggu-minggu genting sebelum pilihan raya umum.
Sedar tidak sedar, patriotisme Lahad Datulah sebetulnya "pengundi hantu" yang tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR); yang tidak terjejak di pangkalan data Pakatan Rakyat.
Ia lebih besar daripada projek IC kerana ia turut mendaftar penyokong-penyokong pembangkang yang "patriotik"!
FATHI ARIS OMAR ketua pengarang Malaysiakini. | Maybank perkenal kad Superman Posted: 14 Mar 2013 08:06 PM PDT 3 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -
Dari kiri: Hong Tat, Ketua Kad dan Kekayaan Maybank, B Ravintharan dan Tomlinson pada majlis pelancaran kad debit Maybankard Visa Superman di Menara Maybank, semalam. Malayan Banking Bhd (Maybank) menyasarkan 150,000 kad Debit Maybankard Visa Superman akan dikeluar dalam tempoh dua bulan selepas dilancarkan, semalam.
Timbalan Presiden dan Ketua Perkhidmatan Kewangan Komuniti Maybank Datuk Lim Hong Tat berkata, kad debit edisi terhad itu dijangka membantu Maybank mengekalkan kedudukannya sebagai pendahulu pasaran kad debit.
Menurutnya, Maybank kini menguasai 53 peratus daripada pasaran pembayarandengan kad debit di negara ini.
Disasarkan kepada peminat Superman dan belia, kad Debit Maybankard Visa Superman turut memudahkan pembayaran dalam talian, iaitu pilihan terkini bagi segmen pasaran itu yang lebih gemar membuat pembayaranmenerusi internet.
Hong Tat berkata, kad baru ini turut menawarkan pelbagai manfaat termasuk diskaun 10 peratus bagi pembelian di kedai DC Stores di Malaysia dan diskaun 35 peratus bagi tiket ke Legoland Malaysia.
"Selain itu, pelanggan juga mendapat satu tiket percuma bagi setiap pembelian tiket di panggung wayang TGV dan boleh mendapat mata ganjaran Treatspoint Maybank dengan membuat bayaran menggunakan kad debit," katanya selepas pelancaran kad itu di Menara Maybank, Kuala Lumpur.
Menurutnya, kad debit jenama terbukti semakin popular apabila kad Maybankard Manchester United yang diperkenalkan sebelum ini menerima sambutan menggalakkan dengan jumlah langganan sebanyak 400,000 kad dalam tempoh 11 bulan.
Sementara itu, Pengurus Visa Malaysia Stuart Tomlinson berkata, Visa melihat pertumbuhan kad debit yang kukuh di Malaysia kerana semakin banyak promosi dilakukan terhadap kelebihan dan manfaat yang ditawarkannya.
"Masyarakat Malaysia sedang mengubah cara mereka membuat pembayaran. Kad debit kini menjadi pilihan bagi ramai pelanggan yang kini lebih selesa menggunakan debit untuk membuat pembayaran sama ada jumlahnya besar atau kecil," katanya.
Sinar harian/- | Siswa UiTM antara 3 maut nahas Posted: 14 Mar 2013 08:04 PM PDT 3 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -
Alor Gajah: Seorang penuntut Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang baru menerima lesen pada sebelah pagi kelmarin adalah antara tiga yang terbunuh dalam kemalangan berasingan di sekitar daerah ini semalam dan kelmarin.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin, berkata pelajar UiTM cawangan Merbok, Kedah, Sharil Dzakirin Zulhabsha,(gambar) 20, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di badan selepas terbabit nahas di Jalan Solok Duku, Masjid Tanah, kira-kira jam 3 petang kelmarin.
Penuntut jurusan Diploma Pentadbiran Awam itu yang menunggang motosikal dirempuh kereta yang dipandu pesara tentera berusia 40-an, yang dipercayai cuba memotong bas.
Umar Ali berkata, kejadian kedua membabitkan seorang pengawal keselamatan yang maut selepas motosikal ditunggangnya diseret lori selepas bergesel di Jalan Kelemak, berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Said pada jam 6 petang kelmarin.
Mangsa, Mohd Firdaus Amirudin, 26, mati di tempat kejadian akibat parah di kepala. Mayatnya dibawa ke Hospital Melaka untuk bedah siasat.
Katanya, dalam kejadian ketiga seorang lelaki warga tua meninggal selepas dipercayai mengalami serangan jantung ketika memandu di persimpangan lampu isyarat Kampung Bukit Beringin, Masjid Tanah, jam 8.15 pagi semalam. Ijang Latib, 84, yang memandu Honda Accord dari Kampung Lekok ke Pengkalan Balak tiba-tiba hilang kawalan sebelum berhenti di tengah jalan secara mendadak.
Berita Harian/- | Bedil sarang pengganas Posted: 14 Mar 2013 08:01 PM PDT 3 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -
» Kampung Sungai Nyamuk dihujani mortar
» Dua kampung air di Semporna digempur
Lahad Datu: Pasukan keselamatan pagi semalam mula membedil lokasi persembunyian pengganas di Kampung Sungai Nyamuk, FELDA Sahabat 22 dekat sini, menggunakan mortar.
Bedilan bertalu-talu itu bertujuan memaksa saki baki pengganas keluar dari tempat persembunyian mereka.
Kampung Sungai Nyamuk kini menjadi sasaran pasukan keselamatan selepas pertempuran dengan kumpulan pengganas di kampung itu, Selasa lalu, mengorbankan Allahyarham Koperal Ahmad Hurairah Ismail, 24.
Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin, berkata pihaknya menyerang lokasi spesifik yang dipercayai menjadi tempat persembunyian pengganas di kampung itu selepas mereka melarikan diri dari Kampung Tanduo dan Kampung Tanjung Batu. "Kita melancarkan serangan mortar dulu sebelum melakukan operasi mencari dan menggeledah.
"Bagaimanapun, sejak petang semalam (kelmarin) tiada pertempuran dengan pengganas.
Penembak tepat
"Kita percaya mereka masih bersembunyi di kampung itu," katanya pada sidang media bersama Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar di FELDA Sahabat 16 dekat sini, semalam.
Allahyarham Ahmad Hurairah terkorban ketika bertempur dengan lima pengganas Sulu di kawasan ladang kelapa sawit di kampung itu pada jam 10.30 pagi, Selasa lalu.
Beliau yang ditugaskan sebagai 'pointer' iaitu anggota tentera paling depan dalam kumpulannya untuk menjejaki musuh, dipercayai ditembak penembak tepat musuh.
Allahyarham dari Batalion Ke-7 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Kem Kukusan Tawau, Sabah dan berasal dari Pasir Mas, Kelantan gugur di tempat kejadian. Dua pengganas berjaya dibunuh pasukan keselamatan dalam pertempuran itu.
Zulkifeli berkata, pasukan keselamatan kini memperkecil kawasan kepungan di Kampung Sungai Nyamuk dan Kampung Tanjung Batu, selain meneruskan operasi mencari dan menggeledah di Kampung Sungai Bilis dan Kampung Tanjung Labian.
Berita Harian/- | 'Bagaimana Jamalul Kiram beli senjata baru?' Posted: 14 Mar 2013 07:33 PM PDT 3 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -
Tindakan tentera laut Filipina menahan 35 pengganas Sulu yang cuba keluar dari Sabah membuktikan hubungan baik antara kerajaan Malaysia dan Filipina.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata penahanan itu dimaklumkan kepadanya oleh rakan sejawatannya dari Filipina selain memberitahu beliau semua pengganas terbabit akan dihadapkan di mahkahmah di sana.
"Siasatan akan dilakukan terhadap kesemua 35 mereka. Kita akan tunggu laporan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Bersama rakyat sempena Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2013 di Langkawi malam tadi.
Ahmad Zahid berkata Malaysia juga sedang berusaha untuk mendapat perintah bagi memungkinkan pengganas terbabit didakwa di negara ini.
Semalam agensi berita luar negara melaporkan 35 pengganas itu termasuk seorang wanita ditahan oleh dua buah kapal tentera laut Filipina berhampiran Pulau Tawi-Tawi, kira-kira 12 kilometer dari perairan Sabah.
Ketua Pemerintah Tentera di Mindanao Barat, Lt Jen Rey Ardo dipetik sebagai berkata mereka yang ditangkap itu dipercayai saki-baki pengganas Sulu yang memasuki Lahad Datu.
Beliau juga dilapor berkata ketika ditahan suspek pengikut pemimpin puak pengganas Sulu, Jamalul Kiram III itu sedang menuju ke sebuah pulau di Filipina.
Sementara itu, Ahmad Zahid berkata walaupun Malaysia dan Filipina tidak mempunyai perjanjian ekstradisi untuk membolehkan Jamalul Kiram dibicarakan di negara ini, ada peruntukan undang-undang yang boleh diteliti untuk membenarkan perkara tersebut dilakukan.
"Secara konvensional Malaysia pernah serahkan (pemimpin) Moro National Liberation Front (MNLF) Nur Misuari (yang berada di Sabah) ketika dia jadi pemberontak kepada Manila. Kita harap beberapa perkara kajian perundangan dilakukan supaya Jamalul Kiram dibawa ke Malaysia.
"Bezanya Nur Misuari adalah rakyat Filipina dan dibawa ke Filipina manakala Jamalul Kiram adalah rakyat Filipina, berada di Filipina dan tertakluk kepada undang-undang Filipina," katanya.
Dalam pada itu, Ahmad Zahid membangkitkan persoalan mengenai kemampuan Jamalul Kiram membiayai pasukan pengganasnya sedangkan dia sendiri yang perlu menjalani rawatan dialisis, terpaksa bergantung kepada bantuan kewangan daripada kerajaan Filipina untuk kelangsungan hidup.
"Ertinya dia tidak berkemampuan, dia bukan raja berdaulat. Bagaimana senjata baru boleh dibeli dan bagaimana pembiayaan dibuat terhadap penceroboh.
Kekhuatiran kita ada dalang-dalang yang menjadi pihak ketiga sama ada dari Malaysia atau Filipina yang mendukung pencerobohan militan untuk raih sokongan politik.
"Jika bukti ini diperolehi, yang bukan sekadar dipetik dari agensi berita antarabangsa, kita takkan berkompromi kepada penderhaka yang menyebabkan pahlawan-pahlawan kita dari tentera dan polis kehilangan nyawa.
"Kita mahu rakyat hukum penderhaka. Dalam soal pencerobohan tak harus beri kompromi walaupun sedikit. Rakyat tak sanggup dan tak reda gadai kedaulatan Malaysia," katanya.
- Bernama | Kes tipu NFC: Peguam Shamsubahrin tarik diri Posted: 14 Mar 2013 07:30 PM PDT 3 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -
KUALA LUMPUR - Peguam Datuk Sallehuddin Saidin dan Afifuddin Ahmad Hafifi menarik diri daripada mewakili ahli perniagaan Datuk Shamsubahrin Ismail pada perbicaraan kes berhubung pertuduhan menipu Pengerusi Eksekutif NFC Corporation, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail di Mahkamah Sesyen di sini.
Memaklumkan perkara itu kepada Hakim Rozilah Salleh pada prosiding semalam, Afifuddin berkata, beliau dan peguam utama Sallehuddin menerima arahan daripada Shamsubahrin kelmarin untuk tidak mewakilinya lagi.
"Kami terpaksa tarik diri kerana telah menerima arahan.
Menurut Shamsubahrin, dia berbuat demikian kerana dia mahu melantik peguam baru bagi kes ini," katanya.
Shamsubahrin berdepan 17 pertuduhan melibatkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram berjumlah RM1.755 juta mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM5 juta atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Shamsubahrin juga berdepan lima pertuduhan menipu Mohamad Salleh membabitkan jumlah yang sama mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun, denda dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Sementara itu, Shamsubahrin ketika ditanya Rozilah memaklumkan dia ingin melantik peguam baharu kerana mendakwa peguam sedia ada tidak serius dalam mengendalikan kes berkenaan walaupun telah diberi banyak peluang.
"Saya bayar untuk kehadiran peguam Datuk Sallehuddin sepanjang perbicaraan, tetapi dia jarang ada. Saya buat keputusan ini semalam. Saya tidak mahu peguam saya membuatkan saya kelihatan seperti orang bodoh," katanya.
Tertuduh kemudian memohon mahkamah menangguhkan perbicaraan dan memberi tempoh seminggu bagi membolehkan dia melantik peguam baharu, namun Rozilah menolak permohonan itu serta meneruskan perbicaraan dengan saksi berikutnya.
Rozilah turut mengingatkan tertuduh agar tidak mengulangi perkara yang boleh membuang masa mahkamah.
"Saya tidak mahu perkara sebegini berlaku lagi di mahkamah ini. Kita nak habiskan kes segera kerana kes ini sudah lama sejak dari 2011... menangguhkan perbicaraan atas alasan yang tidak dapat diterima adalah melengahkan masa," katanya.
Seramai tiga saksi iaitu Penolong Pengurus Bahagian Perhubungan Celcom Norazlina Ahmad, 32, Penolong Penguasa SPRM Mohd Azlan Mohd Nor, 30 dan Mohd Rafizy Abdul Rabani, 28, yang juga Penolong Penguasa SPRM memberi keterangan semalam.
Pendakwaan dikendalikan Ketua Unit Pendakwaan Datuk Abdul Razak Musa.
Perbicaraan bersambung hari ini. - Bernama | Empat maut nahas bas dan kereta di Jalan Lipis-Merapoh Posted: 14 Mar 2013 07:29 PM PDT 3 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -
KUALA LIPIS - Empat maut dalam nahas jalan raya membabitkan sebuah bas ekspres dan kereta di Km 17, Jalan Lipis-Merapoh, dekat sini tengah malam tadi.
Dalam kejadian 12.30 malam itu, bas ekspres yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menghala ke Kelantan bertembung dengan kereta jenis Honda City yang datang dari arah bertentangan.
Empat yang terbunuh merupakan penumpang kereta iaitu Nur Hamira Baharum, 24; Hasnah Che Hussin, 66; Nik Eryna Nik Ahmad, setahun; dan seorang warga Indonesia dikenali sebagai Yanti, 20-an, manakala penumpang dan pemandu bas tidak cedera.
Ketua Polis Daerah Lipis Supt Abdul Razak Hassan memberitahu pemberita di sini hari ini, siasatan awal polis mendapati kereta terbabit hilang kawalan sebelum bertembung dengan bas berkenaan. "Pemandu kereta terbabit (identiti belum dikenal pasti) dan seorang lagi penumpang kereta berkenaan (identiti belum dikenal pasti) cedera parah dan kini dirawat di Hospital Sultan Ahmad Shah Temerloh," katanya.
Beliau berkata, semua yang mati dan cedera itu dipercayai mempunyai hubungan kekeluargaan.
Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.- Bernama | Maut jatuh tingkat 24 Posted: 14 Mar 2013 07:25 PM PDT 3 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -
Orang ramai sedang menunggu mangsa dibawa turun dari tingkat 24 bangunan pangsapuri yang sedang dalam pembinaan, untuk dibawa ke HPP, semalam. Foto Kecil : Zhi Hao GEORGETOWN - Seorang lelaki maut apabila terjatuh ketika sedang melakukan kerja pemasangan di sebuah tapak pembinaan di Gelugor, pagi semalam.
Mangsa, Loh Zhi Hao, 19, maut di tempat kejadian dipercayai terjatuh dari tingkat 24 sebuah pangsapuri yang sedang dalam pembinaan.
Difahamkan, mangsa terjatuh ketika sedang memasang bingkai aluminium berhampiran balkoni di salah sebuah unit pangsapuri di tapak pembinaan di Lebuh Tengku Kudin 3, Gelugor. Rakannya, seorang warga Myanmar berkata, dia terkaku ketika melihat mangsa terjatuh dan segera memberitahu pekerja lain selepas menyaksikan insiden tragis yang berlaku kira-kira jam 10 pagi itu.
Mangsa ditemui pada lantai tingkat empat yang bakal dijadikan ruang istirahat untuk penduduk di pangsapuri itu apabila siap kelak. Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Ismail Toh Paduka Idris berkata, siasatan awal mendapati, mangsa tidak memakai tali keselamatan ketika bekerja.
"Difahamkan, mangsa berasal dari Gurun, Kedah. Dia baru 10 bulan datang ke negeri ini untuk bekerja dengan syarikat aluminium di Bayan Lepas. "Kita akan siasat untuk kenal pasti punca kejadian. Setakat ini, kematian mangsa tiada unsur jenayah," katanya.
Sementara itu, ibu mangsa, Ng Bee Kim, 52, berkata, anaknya seorang yang kuat bekerja dan tidak lokek dengannya.
"Tahun Baru Cina baru-baru ini, dia bagi hampir satu pertiga bonusnya kepada saya. Tahun lepas, dia hadiahkan gelang pada Hari Ibu.
Saya pakai gelang itu sampai sekarang.
"Dia juga beritahu nak kahwin pada usia 25 tahun. Tapi apakan daya. Dia anak yang baik dan saya rasa hidup seperti tak ada erti lagi selepas ini. Dialah satu-satunya anak yang saya ada," katanya ketika ditemui di rumah mayat Hospital Pulau Pinang.
Menurutnya, dia membesarkan mangsa bersendirian selepas suaminya meninggal dunia sejak mangsa berusia setahun.
Sinar harian/- | Wacana memperingati perjuangan Hizbul Muslimin Posted: 14 Mar 2013 07:22 PM PDT 3 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Sempena program Xpresi Ulama Muda Haraki yang akan berlangsung di Gunung Semanggol esok, Jabatan Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia akan mengadakan wacana memperingati Hizbul Muslimin.
Wacana tersebut yang akan diadakan hari ini akan melibatkan tiga panel pembentang iaitu Dr Zuhdi Marzuki, Ustaz Riduan Mohamad Nor serta Ustaz Zawawi Hassan.
"Program akan bermula jam 9 malam dan terbuka kpd seluruh rakyat Malaysia yg cintakan kebenaran sejarah emas perjuangan islam negara ini," ujar Riduan yang juga ketua penerangan DPPM.
Berikut sedikit sinopsis perjuangan Hizbul Muslimin:
Tiga tujuan dasar penubuhan Hizbul Muslimin (HM) yang digariskan iaitu Islam semata-mata bagi mencapai kemerdekaan, mencipta masyarakat berdasarkan islam dan menjadikan Tanah Melayu sebagai darul Islam.
HM berusaha menginsafkan umat Islam Malaya tentang kesedaran politik dan ikatan agama dalam satu ideologi mengikut ajaran islam serta bekerjasama dengan semua pihak yg bersesuaian dasarnya.
Ustaz Abu Bakar al-Baqir telah dilantik sebagai Ketua Umum HM, Ir Ariffin Alian dan Daud Jamil sebagai ketua satu dan ketua dua.
Harakahdaily/- | Singapura bakal miliki jet tempur F-35 AS Posted: 14 Mar 2013 07:20 PM PDT 3 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -
Singapura: Singapura berada dalam tahap akhir menilai jet tempur F-35 Amerika Syarikat untuk menaik taraf tentera udaranya. Jadi, Singapura tentu akan segera membuat tempahan berpuluh-puluh jet yang berdepan masalah lebihan kos dan kelewatan penghantaran, kata sumber.
Singapura, hab perniagaan dan perkapalan dengan tentera paling lengkap di Asia Tenggara, dijangka menyerahkan surat permohonan tidak lama lagi untuk mendapatkan F-35 Joint Strike Fighter, kata dua pegawai Amerika mengenai perkara ini.
Republik itu akan memulakan proses minggu ini untuk membeli pesawat yang dibina Lockheed Martin Corp itu, kata seorang pegawai. Pratt & Whitney, satu unit dalam United Technologies Corp, membina enjin untuk F-35.
Selasa lalu, menteri Pertahanan Singapura, Ng Eng Hen, berkata tentera udara mengenal pasti F-35 sebagai pesawat paling sesuai untuk usaha memodenkan armada perang.
"Pesawat F-5 milik kami menghampiri tahap akhir operasi dan F-16 dalam fasa pertengahan. Kita kini dalam tahap akhir menilai F-35," katanya di Parlimen.
Ng tidak memberikan tarikh tetapi berkata kementerian pertahanan akan berpuas hati jika jet pejuang itu menepati keperluan jangka panjang, memulakan operasi, dan paling penting ia berkesan dari segi kos.
Tentera Udara Singapura kini memiliki 24 F-15SG, 20 F-16C dan 40 F-16D, 28 F-5S dan sembilan F-5T, menurut Institut Kajian Strategik Antarabangsa. Ia juga memiliki 19 helikopter tempur AH-64D Apache. Singapura yang ada 5.3 juta penduduk itu bercadang membelanjakan S$12.3 bilion (RM30.6 bilion) bagi tujuan pertahanan pada tahun kewangan 2013 bermula April ini, peningkatan 4.3 peratus daripada tahun sebelumnya.
REUTERS | Ahli Parlimen Merbok nafi tumbuk wanita Posted: 14 Mar 2013 07:17 PM PDT 3 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -
ALOR SETAR - Ahli Parlimen Merbok, Datuk Rashid Din menyangkal dakwaan kononnya beliau bertindak menumbuk beberapa kali seorang Naib Ketua Wanita PKR pada Ahad lalu.
Menurutnya, walaupun berlaku sedikit salah faham semasa mesyuarat bersama pimpinan ahli jawatankuasa PKR untuk membincangkan program peringkat negeri pada Ahad depan di Sungai Petani namun tidak berlaku kejadian seperti itu.
Sebelum ini tersebar di beberapa laman blog yang mendakwa Rashid bertindak menumbuk Naib Ketua Wanita PKR Cabang Merbok, S Malika hingga terjatuh serta mengeluarkan kata-kata kurang sopan.
"Mesyuarat berkenaan pada mulanya berlangsung secara baik.
Namun berlaku sedikit salah faham apabila ada dalam kalangan ahli mesyuarat cuba menimbulkan beberapa isu termasuk melibatkan bakal calon.
"Dia (Malika) sebelum itu berada di penjuru meja datang dalam keadaan tegang menghala ke arah saya yang masih mempengerusikan mesyuarat.
Bagaimanapun untuk mengelakkan timbul sebarang kejadian tidak diingini saya segera beredar ke bilik berhampiran," katanya.
Rashid berkata, mesyuarat berkenaan terpaksa ditangguhkan kerana bimbang keadaan menjadi lebih serius.
"Mesyuarat kemudiannya diadakan malam kelmarin, kami tetap menjemputnya tetapi dia tidak hadir.
Namun mesyuarat dapat berjalan baik seperti yang dirancang," katanya.
Sinar harian/- | Isu Lahad Datu: Pakatan ulangi gesaan sidang khas Parlimen, kertas putih Posted: 14 Mar 2013 07:14 PM PDT 3 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -
Salahuddin Ayub SHAH ALAM - Pakatan Rakyat mengulangi pendirian mahu kerajaan memanggil sidang khas Parlimen dan membentangkan kertas putih berhubung insiden pencerobohan di Lahad Datu.
Sambil menyambut baik pertimbangan kerajaan mahu membuka kertas putih, Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, apa yang penting sekarang ialah sidang khas Parlimen bagi membincangkan kandungan kertas putih agar rakyat tahu apa sebenarnya berlaku di Lahad Datu dan Semporna.
"Ini isu besar. Kami konsisten dengan pendirian perlu ada satu sidang khas Parlimen. Pada sidang khas ini, boleh dibentangkan kertas putih.
"Jika kes Memali pada 1985, yang tidak melibatkan insiden pencerobohan rakyat asing, boleh diadakan kertas putih, ini kes pencerobohan, yang sangat serius, saya kira Datuk Seri Hishammuddin boleh membentangkan kerta putih," katanya kepada Sinar Harian Online.
Ahli Parlimen Kubang Kerian ini menambah, "kini sudah hampir sebulan insiden berlaku, dan saya pasti Kementerian Dalam Negeri tahu punca insiden ini."
Katanya, selepas sidang khas Parlimen dan pembentangan kertas putih, kerajaan boleh mengadakan Suruhanjaya Diraja (RCI) untuk tindakan susulan jika mahu.
"RCI boleh dimasukkan sebagai cadangan dalam kertas putih," katanya yang yakin masih ada masa untuk memanggil sidang khas Parlimen sebelum Pilihan Raya Umum ke-13.
"Ya, ada masa... sidang khas ini hanya memerlukan satu hari sahaja," kata beliau.
Beliau mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein semalam bahawa kerajaan tidak menolak kemungkinan menubuhkan Suruhanjaya Diraja (RCI) atau membuka kertas putih bagi menyiasat dakwaan kemungkinan ada pihak yang menjadi dalang di sebalik insiden pencerobohan di Lahad Datu.
Semalam, Hishammuddin berkata, siasatan menyeluruh perlu dibuat bagi mengenal pasti motif sebenar pencerobohan itu termasuk kemungkinan ada pihak yang membiayai militan dari selatan Filipina itu untuk menggugat keamanan dan kedaulatan negara.
"Siasatan lebih menyeluruh perlu untuk kita tahu apa sebenarnya yang berlaku...ini kami akan lakukan sama ada menggunakan RCI atau buka kertas putih.
"Saya sendiri pun hendak tahu dalang di belakang pencerobohan ini dan siapa yang membiayai atau merancang kerana ini semua menyentuh kepada keselamatan nasional," katanya.
Mengenai sama ada hasil siasatan itu akan didedahkan kepada umum, Hishammuddin berkata, ia akan dibincangkan oleh pucuk pimpinan apabila perkara itu selesai kelak.
Sinar harian/- | Bankrap: Kenyataan Musa Hitam menggegar Umno BN Posted: 14 Mar 2013 07:09 PM PDT 3 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Pandangan Tun Musa Hitam, bekas Timbalan Perdana Menteri berhubung dengan isu politik negara baru-baru ini mendapat reaksi yang agak menggegarkan perasaan banyak pihak dalam kerajaan dan BN keseluruhannya.
Bagi Aspan Alias, Musa merupakan pesara politik dan kerajaan yang sudah lama tidak bercakap tentang hal politik kerana beliau menghormati diri beliau sendiri sebagai seorang bekas pemimpin utama negara.
Beliau menyatakan demikian di dalam blog nya semalam, sebagaimana di bawah.
Pandangan Tun Musa Hitam (TMH), bekas Timbalan Perdana Menteri berhubung dengan isu politik negara baru-baru ini mendapat reaksi yang agak menggegarkan perasaan banyak pihak dalam kerajaan dan BN keseluruhannya. TMH merupakan pesara politik dan kerajaan yang sudah lama tidak bercakap tentang hal politik kerana beliau menghormati diri beliau sendiri sebagai seorang bekas pemimpin utama negara.
TMH hanya memberikan pandangan di tempat yang betul dan sesuai sebagai seorang pemimpin yang telah bersara dan tidak mudah teruja untuk campur lagi dalam hal politik negara secara aktif. Beliau hanya memberikan pandangan apabila diminta untuk mengulas sesuatu isu yang hangat sekarang ini yang berkaitan dengan pertembungan di antara dua pihak yang sedang berebut untuk menambat hati dan jiwa rakyat.
Beliau telah ditanya dalam temubual bersama Sinar Harian dua hari lepas dan beliau telah memberikan pandangan beliau secara bebas tanpa condong kepada mana-mana pihak yang sedang bertarung bagi menghadapi pilihanraya umum ke-13 ini. Sebagai seorang yang berpengalaman luas dalam politik beliau memahami keadaan dan situasi sebenar dalam politik dan siasah negara sekarang ini.
Beliau bukanlah agen politik kepada mana-mana pihak, maka beliau memberikan pandangan semasa ditemubual oleh akhbar Sinar Harian dengan bebas. Beliau memberikan pendapat yang sebenar-benarnya beliau rasakan tanpa takut dan ragu. Tetapi apabila beliau memberikan pendapat tulen beliau, tentulah pendapat yang beliau rasakan benar itu tidak akan diakui sebagai kebenaran oleh pihak yang tidak mahukan kebenaran itu diluahkan.
Ini fenomena biasa dalam politik negara. TMH yang tidak lagi bergiat dalam politik lebih realistik pandangannya. Beliau telah meletakkan diri beliau sebagai seorang yang 'magnanimous' dalam memberikan apa-apa pendapat politik semasa. Tidak ada sebab kenapa ada pihak yang mengkritik TMH kerana pandangannya.
Sesungguhnya dakyah UMNO yang mengatakan manifesto PR itu tidak betul dan akan menjadikan negara bankrap itu tentulah tidak dapat diterima oleh seorang bekas pemimpin utama negara itu. Bukan semudah itu UMNO mahu mengelirukan seorang pemimpin yang tahu tuduhan terhadap Pakatan Rakyat itu adalah semata-mata dakyah politik pilihanraya.
Tentulah TMH tahu mempercayai atau terpengaruh dengan dakyah BN itu merupakan penghinaan kepada keupayaan daya pemikiran ramai. TMH bukannya taraf penyelia kemas atau pegawai penerangan khas serta yang tidak mempunyai tugas yang lain selain daripada membuat fitnah dan melangsungkan niat UMNO yang sekarang sedang hebat bertarung melawan kehendak rakyat jelata waktu kita di ambang pilihanraya ini.
UMNO yang begitu defensif tentulah merasa tertekan dengan kenyataan TMH yang begitu terang tidak mahu tunduk kepada dakyah pihak yang sedang ketagih dengan kuasa yang telah mereka salahgunakan selama ini. UMNO dan pimpinannya sedang menghadapi ketagihan kuasa sehingga mereka tidak rela menerima kekalahan yang lazim berlaku kepada parti-parti pemerintah di mana-mana negara demokrasi yang betul. UMNO tidak mampu untuk menerima kuasa bergilir walaupun sememangnya sudah sampai pada masanya untuk parti itu digilirkan mentadbir negara ini. UMNO mahu melangsungkan konsep 'lepas UMNO itu UMNO dan selepas itu UMNO lagi dan sampai bila-bila UMNO. UMNOlah yang mampu menjamin masa depan rakyat dunia dan akhirat'. Parti lain itu semuanya tidak pandai dan bodoh belaka.
Apa yang diperkatakan oleh TMH itu merupakan manifestasi sebenar rakyat yang terus-terusan menolak tohmahan UMNO yang negara kita akan bankrap jika Pakatan Rakyat memerintah negara selepas pilihanraya nanti. TMH menyatakan dengan terus terang yang Pakatan Rakyat tidak mungkin membankrapkan negara kerana Pakatan Rakyat juga mahu memimpin negara dalam jangka masa yang lama dengan melakukan kerja dengan niat yang terbaik.
UMNO menggunakan isu perkauman yang menebal dalam menghadapi plihanraya ini dan banyak kenyataan pimpinan UMNO lebih-lebih lagi Dr Mahathir dan Muhyidin Yassin memainkan isu Melayu akan hilang segala-galanya jika UMNO dan BN tidak lagi memerintah negara. Mahathir merupakan 'champion' yang memainkan isu perkauman ini dan ini juga tidak dipersetujui oleh TMH. TMH jelas-jelasnya menyatakan yang permainan isu perkauman ini hanya dilakukan oleh mereka yang bankrap kepimpinannya dan ia tidak lagi relevan pada zaman ini.
Isu perkauman yang begitu menebal ini sangat merbahaya untuk masa depan rakyat dan negara kerana jika berlaku kekecohan kaum yang sengsara ialah rakyat. Yang akan mengaut keuntungannya hanyalah pimpinan lemah yang akan mengambil kesempatan untuk berkuasa lebih lama dan meneruskan budaya mengaut kepentingan peribadi yang tidak ada hadnya seperti yang berlaku pada hari ini.
Kalau dikaji secara halus maksud bekas TPM ini ia memberikan maksud jelas yang isu keselamatan merupakan isu yang sangat besar yang akan dihadapi oleh pimpinan hari ini. Isu Lahad Datu bukan setakat menghalau atau membunuh mereka yang menceroboh tetapi ia amat jelas ada perkara atau isu besar di sebalik berlakunya pencerobohan musuh yang telah mengorbankan sepuluh anggota pasukan keselamatan negara kita setakat ini.
Isu keselamatan wajar menjadi pertimbangan rakyat dalam menghadapi pilihanraya kali ini kerana sudah terlalu jelas keselamatan persempadan darat dan laut kita begitu mudah dibocori oleh mana-mana pihak yang ingin melakukan pencerobohan terhadap persempadan kita. Rakyat beranggapan pembelian dan pembekalan alat pertahan negara semata-mata untuk tindak perniagaan pimpinan yang kroni yang hampir dengan kepimpinan besar negara.
Pencerahan TMH ini sepatutnya diseminarkan dan diforumkan oleh rakyat di seluruh negara. Ia juga wajar dijadikan contoh dan sempadan kepada penguasaan pimpinan kerajaan hari ini. Nampaknya sekarang ini sesiapa juga boleh memasuki perairan Malaysia tanpa kemampuan pihak keselamatan menyekatnya. 'Trust nobody and suspect everybody!'…itulah yang sepatutnya sikap kita terhadap mereka yang memimpin negara yang selama ini begitu lantang meminta mandat semata-mata untuk kemajuan dan keselamatan negara jangka panjang. Laungan itu berkumandang setiap kali pilihanraya mendatang dan kita mesti berhati-hati dengan kempen dan niat pimpinan BN khususnya UMNO kali ini.
Jangan diambil enteng terhadap isu yang ada di sekeliling kita hari ini. Tidak boleh lagi kita berdiam diri selain dari kita melakukan yang terbaik untuk keselamatan dan kesejahteraan negara pada masa depan.
Kali ini rakyat sendiri perlu melakukannya kerana sudah terlalu banyak bukti yang pimpinan UMNO yang menerajui negara kita sekarang ini sudah sampai masanya untuk diketepikan buat sementara ini. Jangan bersorak-sorak lagi, kampung kita sudah lama tergadai rupanya.
Marilah kita bina negara yang baru dan hidup dalam 'ambience' politik yang lebih nyaman untuk masa depan kita. Kita hidup secara muhibah di kalangan semua kaum dan rakyat Malaysia yang amat kita kasihi ini. Kita tiada lain tempat untuk hidup selain dari negara ini.
Kita bukannya seperti sesetengah orang yang mampu untuk meninggalkan kita dan hidup di negara lain setelah mengumpulkan harta yang menggunung semasa berkuasa selama puluhan tahun.
Harakahdaily/- | |
Peghelih La... Posted: 14 Mar 2013 11:42 PM PDT |
PAS Negeri Sembilan Posted: 14 Mar 2013 09:38 PM PDT |
PAS Kawasan Miri Posted: 14 Mar 2013 07:52 PM PDT Bila Lebuhraya Sarawak Boleh Siap Sepenuhnya? Posted: 14 Mar 2013 02:25 AM PDT Mengapa jalan utama Sarawak mengambil masa untuk menjadi dua hala pada tahun 2025?
Jalan utama yang pertama di Sarawak, yang merupakan kira-kira 1,500 km dalam semua, akan menjadi dua hala pada tahun 2025, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Yong Khoon Seng seperti yang dilaporkan dalam akbar tempatan baru-baru ini.
Menurut Yong lagi "Untuk bahagian Sarawak, ia akan menelan belanja kira-kira RM9 bilion. Untuk bahagian, Sabah yang merupakan kira-kira 1,000 km, ia akan menelan belanja sekitar RM7bil.Ini adalah komitmen jangka panjang dengan jelas dalam pelan yang dibentangkan Ia tidak boleh dibina sekelip mata, atau lebih daripada dua atau tiga tahun, tetapi pasti, menjelang 2025, berdasarkan kepada pelan tersebut, ia akan dilakukan".
Berdasarkan kenyataan Yong, kita ingin tahu setakat ini, berapa kos sebenar yang telah diperuntukan untuk pembinaan Lebuhraya Trans Borneo telah digunakan dan mengapa mengambil masa terlalu lama sehingga lebih daripada 10 tahun?
Mengapa pihak kerajaan tidak meluaskan jalan yang bersesuaian dengan keadaan bentuk muka bumi Sarawak dimana jalan penghubungan utama perlu dinaiktaraf agar ianya selamat untuk pengguna jalanraya. Sekarang ini keadaan jalanraya utama di Sarawak agak teruk, berlobang, tidak rata dan amat merbahaya kepada pengguna jalanraya.
Peruntukan sebanyak RM9bil tersebut boleh diperolehi daripada hasil sumber asli dalam negeri tanpa perlu mengambil masa yang terlalu lama sehingga lebih daripada 10 tahun untuk disiapkan. Adakah selepas 10 tahun akan datang pihak kerajaan yakin lebuhraya di Sarawak setaraf dengan lebuhraya di peringkat antarabangsa atau serupa macam di Semenanjung Malaysia? Sepatutnya lebuhraya atau jalan Pan Borneo sudah boleh disiapkan tanpa perlu menunggu sampai lebih daripada 10 tahun untuk disiapkan sekiranya pihak pemerintah benar-benar telus dan menggunakan hasil sumber asli bumi Sarawak dengan sebaik mungkin.
Dengan mengambil masa 10 tahun barulah siap ini menunjukkan kegagalan kerajaan BN memberi perkhidmatan terbaik untuk rakyat. Masalah jalanraya utama Sarawak sepatutnya bukan jadi isu utama sekiranya kerajaan BN menggunakan peruntukan dengan telus dan tidak ada ketirisan sekiranya ini digunakan sebaik mungkin 20 tahun yang lalu.
Inilah alasan yang sering kali kita dengar apabila sesuatu projek untuk kepentingan rakyat tergendala atau ditangguhkan. Kalau peruntukan yang berjumlah berbilion ringgit dapat dimanfaat sepenuhnya dan diurus secara baik sudah pasti masalah kebajikan rakyat dan masalah infrastruktur di Sarawak dapat diselesaikan dengan baik.
Kerajaan tidak perlu mengenakan Tol untuk pengguna lebuhraya di Sarawak seperti kata Yong kalau mahu lebuhraya disiapkan lebih awal tetapi dengan hasil sumber asli sudah cukup untuk membina lebuhraya yang baik untuk rakyat Sarawak.
Kita harap kerajaan yang bakal memerintah nanti perlu mengambil kira dan mengutamakan projek untuk kesejahteraan rakyat dan bukan hanya untuk kepentingan pihak tertentu dan kroni saja.
Jofri Jaraiee PAS Miri, Sarawak
English version
Why Sarawak trunk roads take time to become dual carriageway by 2025?
Sarawak's first trunk road, which is about 1,500km in all, will become a dual carriageway by 2025, said Deputy Works Minister Datuk Yong Khoon Seng as reported in a local newspaper recently.
According to Yong again "For the Sarawak portion, it will cost approximately RM9bil. For Sabah's portion, which is about 1,000km, it will cost around RM7bil. This is a long-term commitment with a clearly laid out plan. It cannot be built overnight, or over two or three years, but definitely, by 2025, according to the plan, it will be done."
Based on Yong statement, we want to know so far, what the actual cost that has been allocated for the construction of the Trans Borneo Highway has been used and why taking too long until more than 10 years?
Why is the government did not extend road that in accordance with the terrain of Sarawak where the main connecting road to be upgraded so that it is safe for road users. Currently, the main road in Sarawak condition is quite bad, perforated, uneven and dangerous to road users.
Allocation of RM9bil can be obtained from the revenue of natural resources in the state without having to take too much time until more than 10 years to complete. Will after the next 10 years the government assured the highway in Sarawak on par with international highway or similar ilk in Peninsular Malaysia?
Supposed the highway or Pan Borneo road can be completed without having to wait until more than 10 years to complete, if the government truly transparent and use the Sarawak natural resources as best as possible.
By taking 10 years then completed, this shows the failure of the BN government provide the best service to the people. Sarawak's major road problems should not be the main issue if the BN government uses the provisions in a transparent manner and there is no leakage if this used as best as possible 20 years ago.
This is the reason that we often hear when something projects for the benefit of the people delayed or postponed. If the allocation of billions of ringgit could be fully utilized and managed well no doubt problem of the people's welfare and the infrastructure problems in Sarawak can be resolved amicably.
The government should not impose a toll for motorists in Sarawak as Yong said if you want the highway completed ahead but with the natural resources revenue is enough to build the highway that is good for the people of Sarawak.
We hope the government that will rule in later should consider and prioritize the projects for the welfare of the people and not just the interests of a particular party and the cronies only.
| |
Rembau Hari Ini Posted: 14 Mar 2013 07:43 PM PDT |
ULAMA PEWARIS NABI Posted: 14 Mar 2013 03:33 PM PDT PELIK?!? WALAU ADA BUKTI.. DAFTAR TAK BOLEH DISANGSI ! Posted: 14 Mar 2013 02:00 AM PDT Mahkamah Tolak Kes Pengundi Meragukan Di Klang SHAH ALAM 14 MAC: Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini menolak permohonan untuk semakan daftar pengundi walaupun dibekalkan bukti bahawa daftar tersebut yang bakal digunakan dalam pilihanraya akan datang, sarat dengan keraguan.
Permohon tersebut dikemukakan Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago yang mahu mahkamah mengeluarkan perintah bagi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membersihkan daftar pengundi.
Permohon itu berkaitan kira-kira 5000 nama pemilih yang meragukan di dalam kawasan parlimennya.
Hakim Vernon Ong menolak permohonan tersebut berdasarkan Seksyen 9A, Akta Pilihanraya yang menyatakan bahawa daftar pemilih hendaklah disifatkan sebagai muktamad selepas ia diwartakan.
Menurut Charles, beliau mendapati hampir 3000 nama pengundi di Klang telah digugurkan atau hilang daripada pangkalan data Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Manakala lebih 2000 nama pemilih telah dipindahkan keluar daripada kawasan Klang.
"Lebih 2000 nama telah dipindahkan keluar dari Klang, 1000 di Selangor dan 1000 lagi di luar Selangor," katanya kepada TVSelangor.
Charles turut berkata beliau menjumpai bukti bahawa terdapat nama pemilih di dalam daftar SPR yang mana individu tersebut tidak pernah mendaftar sebagai pengundi kerana tinggal di luar negara.
Peguam Charles, John Fam mendakwa, beliau menerima surat daripada individu bernama Pamela Mannan, yang tinggal selama 16 tahun di Dublin, Ireland.
"Pamela diberitahu oleh pakciknya di Malaysia bahawa beliau mendapat sepucuk surat daripada Perdana Menteri yang mengucapkan tahniah dan diberitahu dia (Pamela) disenaraikan sebagai pengundi."
Menurut John, Pamela memberitahu pakciknya bahawa beliau tidak pernah pulang ke Malaysia untuk mendaftar sebagai pengundi.
Terdapat juga satu lagi kes di mana seorang penghuni rumah di Pandamaran, Klang yang terkejut kerana mendapati ada 62 nama pemilih yang didaftaran di rumahnya.
Individu tersebut telah menulis surat kepada John bahawa beliau tidak pernah memberi kebenaran kepada sesiapa pun untuk menggunakan alamat tersebut sebagai alamat surat menyurat.
John berkata, hasil siasatannya mendapati lebih 60 nama Melayu, India dan Cina yang mendaftar sebagai pemilih di alamat itu. | KAT RAKYAT KATA RAHSIA, TAPI BERNAMA SIAR TAK PER? Posted: 13 Mar 2013 08:36 PM PDT 12 Kereta Kebal, Helikopter Tentera Akan Tiba Di Lahad Datu LAHAD DATU: Pasukan keselamatan akan menambah aset dan anggota untuk menggempur pengganas yang menceroboh negara di Kampung Tanjung Batu dan Sungai Nyamuk, 130 kilometer dari bandar Lahad Datu, sejak 12 Feb lepas.
Malah, Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin memberi gambaran operasi daulat yang memasuki hari kesembilan, berada di penghujungnya dengan tumpuan menjejaki saki-baki pengganas yang kini bergerak dalam kumpulan kecil.
Beliau berkata 12 kereta kebal perisai berantai, beberapa helikopter Pasukan Udara Tentera Darat dan kapal perang Tentera Laut Diraja Malaysia akan tiba esok di sini secara berperingkat.
Zulkifeli berkata langkah menguatkan pertahanan dan kawalan itu bertujuan menutup terus laluan kepada musuh daripada menceroboh ke negara ini sama ada di laut dan di darat.
"Pertambahan ini untuk meyakinkan rakyat bahawa kami mempunyai keupayaan dan kemampuan untuk menewaskan musuh," katanya pada sidang akhbar bersama Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar di markas operasi Felda Sahabat 16, dekat sini hari ini.
Sementara itu, Ismail berkata beliau telah mengarahkan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib dan semua ketua polis daerah menambah bilangan anggota polis dan mewujudkan pos kawalan di kawasan sekitar Felda Sahabat dan kawasan operasi.
Beliau berkata pos kawalan itu juga melibatkan kawasan dari Lahad Datu ke Felda Sahabat, laluan pengganas dan kawasan penempatan awam bagi menambah keyakinan rakyat terhadap tahap keselamatan.
Beliau berkata polis akan memanfaatkan sumber manusia dalam menambah bilangan secara berperingkat dengan menggunakan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah, Narkotik dan lain-lain jabatan.
Mengenai pertempuran di Sungai Nyamuk, Kampung Tanjung Batu semalam yang mengorbankan seorang anggota tentera, Panglima Angkatan Tentera berkata empat musuh ditembak mati dalam kejadian itu.
"Semalam pasukan keselamatan menemui dua mayat musuh dan dalam operasi penggeledahan pagi ini, dua lagi mayat musuh ditemui dalam kawasan Sungai Nyamuk," katanya.
Zulkifeli berkata pasukan keselamatan turut menemui senapang panjang M1 Garand dan sepucuk pistol Colt.45, yang dipercayai digunakan musuh untuk menembak anggota keselamatan yang gugur semalam. – BERNAMA | TPM SELAMBA BERPOLITIK DI MASJID HULU SELANGOR Posted: 13 Mar 2013 06:07 PM PDT | |
Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan Posted: 14 Mar 2013 11:58 AM PDT Lahad Datu: Sidang khas Parlimen perlu diadakan Posted: 13 Mar 2013 04:34 PM PDT Husam ketika memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Prebet Ahmad Farhan di rumah ibu bapa allahyarham di Pasir Tumbuh. KOTA BHARU: Kerajaan disaran mengadakan sidang khas Parlimen untuk membincangkan isu keamanan di Lahad Datu, Sabah yang kini masih belum berakhir. Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berkata, sidang khas itu dapat memberi ruang kepada wakil-wakil rakyat berbahas serta mendapat maklumat lanjut melalui forum Parlimen itu. Beliau berkata demikian kepada media dalam sidang khas di Kota Darulnaim petang tadi sebagai mengulas dua anggota tentera yang berasal dari Kelantan maut ketika sedang bertugas pagi semalam. Dengan cara itu, katanya operasi sebenar dapat dijalankan sehingga mampu membantu menamatkan operasi dengan cepat bagi mengelakkan berlakunya perkara yang tidak diingini. "Saya juga berpendapat semua SOP pertahanan dapat diikuti. Dalam hal ini saya bukan pakar ketenteraan, tetapi saya melihat ianya satu perkara yang mencemaskan kita. "Saya mengambil contoh peristiwa Sauk. Kerajaan dapat menyelesaikannya dalam tempoh empat hari dan selepas itu ianya diserahkan pada tentera," ujarnya. Katanya, kerajaan telah menyerahkannya kepada tentera untuk melakukan tindakan berdasarkan kemahiran pasukan itu di bawah penyeliaan komander dan jeneralnya. Tambahnya, berbanding dengan kes di Lahad Datu, di mana peristiwa itu telah berlangsung hampir satu bulan. Sekarang ini, katanya operasi terpaksa dilebarkan memandangkan penceroboh juga telah berada di beberapa buah tempat. Beliau yang juga Exco Kerajaan Negeri Kelantan seterusnya memberitahu, isu keselamatan negara melebihi isu-isu yang lain, kerana itu ia perlu diselesaikan segera. Beliau turut merakamkan rasa terharu di atas pemergian dua pahlawan negara yang berasal dari Kelantan itu. Katanya, dengan berlakunya peristiwa dua hari lalu, membuktikan keamanan negara khususnya di Sabah masih belum tenteram, sambil mengharapkan masaalah akan segera berakhir. Beliau juga turut mengharapkan kerajaan menjelaskan pada rakyat seluruhnya berhubung situasi sebenar perkembangan di sana. "Sekiranya yang berkorban telah bergadai nyawa dengan kerelaan keluarga masing-masing jaga perbatasan negara, sudah sampai masanya kerajaan tidak teragak-agak untuk membuat pendedahan agar lebih telus," ujarnya. Sambungnya, mudahan dengan cara itu semua pihak dapat memberikan pandangan mereka bagi membantu menyelesaikan masalah itu. "Semoga dengan cara ini tiada lagi insiden sedemikian berlaku, cukuplah peristiwa semalam dan ianya merupakan mangsa terakhir dalam isu ini," ujarnya. Pada masa yang sama, beliau turut mencadangkan pasukan tentera perlu diberikan mandat untuk menyelesaikan masalah itu. Katanya, ini kerana mereka mempunyai kepakaran khas yang berbeza dengan pasukan keselamatan yang lain. Prebet Ahmad Hurairah Ismail, 24, dari pasukan 7 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Tawau terkorban dalam Ops Daulat yang masuk hari kelapan semalam dan tiga pengganas mati dalam pertempuran di Sungai Nyamuk berdekatan Kampung Tanjung Batu dekat Lahad Datu. Sementara itu, seorang anggota tentera berpangkat prebet maut selepas trak yang dipandu hilang kawalan sebelum terbabas di Kilometer 36, Jalan Lahad Datu-Tungku dekat Cenderawasih juga semalam. Kejadian pada pukul 7.30 pagi itu mengorbankan Ahmad Farhan Ruslan dari Batalion 3 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) di Sandakan. Kedua-dua jenazah berkenaan tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra kira-kira jam 9.45 pagi tadi. Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan timbalannya, Datuk Ahmad Yakob, adalah antara kenamaan negeri yang hadir menyambut ketibaan jenazah. | Ceramah Menangkis Fitnah UMNO Pada 20hb Mac 2013 Posted: 13 Mar 2013 04:33 PM PDT | Syukur sangat, saya rasa nak takbir - Wan Azizah Posted: 13 Mar 2013 04:32 PM PDT KUALA LUMPUR: Isteri kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail memanjat kesyukuran berikutan pendedahan bapa Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim bahawa anaknya itu diperguna pihak tertentu untuk menjatuhkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam isu Liwat II. Presiden PKR itu yang dipetik KeadilanDaily, menyifatkan pendedahan Azlan itu sebagai anugerah Ilahi. Katanya dengan pengakuan itu sedikit sebanyak membersihkan tohmahan jahat ke atas suaminya. "Saya rasa bersyukur sangat, rasa macam nak takbir, Allahuakbar. Kerana saya tidak sangka. "Allah bagi. Kita pun terkejut juga, kita tidak ada usaha cari tapi ini memanglah. Hanya Allah yang dapat gerakkan hati manusia," katanya kepada lidah PKR ituy. Walaupun pengakuan itu lambat, Wan Azizah yakin tindakan bapa Saiful itu sedikit sebanyak mampu mengubat keaiban yang dihadapi beliau sekeluarga. "Tidak akan terlambat kerana selagi ada masa, kalau kita dengan Allah atau sesiapa pun tidak terlambat untuk bertaubat, beristigfar mencari keredhaan-Nya. "Mungkin dulu ayahnya tidak mengetahui. Mungkin (sangka) anaknya jadi mangsa. Dulu mungkin rasa membela (Saiful Bukhari) tapi sekarang baru tahu. Jadi beliau buat sebagai seorang ayah yang bertanggungjawab. "Saya kira, Alhamdulillah. Kalaulah ini dapat buka hati ramai lagi melihat kebenaran. Saya berterima kasih, bersyukur kepada Allah," katanya yang tidak lekang dari ucapan syukur kepada Yang Maha Esa. Beliau turut berkongsi perasaan anak-anaknya yang lega dengan pengakuan bapa Saiful. "Anak-anak pun kata begitu. Sebab mereka tahu, mereka lebih muda daripada saya, jadi perasaan muda itu adalah marah dan berdendam kerana bapa mereka diperlaku sebegitu, diaibkan. "Mereka lebih agresif mengatakan patutnya (pengakuan itu dibuat) dari dulu lagi," katanya yang sedih mengenang ujian yang terpaksa dilalui anak-anaknya. | Pasukan keselamatan ucap terima kasih Posted: 13 Mar 2013 04:32 PM PDT KOTA BHARU: Pasukan keselamatan negara yang bertugas di Lahad Datu dan beberapa kawasan lagi merakamkan ucapan terima kasih kepada kerajaan Kelantan dan Malaysia kerana prihatin terhadap nasib mereka. Timbalan Kelab Penyokong Kerajaan Negeri Kelantan, Drs Zainuddin Awang Hamad (gambar) berkata, sewaktu kunjungannya ke Kota Kinabalu, Kunak, Lahad Datu dan Sandakan, beliau menyatakan kerajaan Kelantan telah mengadakan solat sunat hajat keamanan untuk memohon keamanan pada rakyat Sabah dan pasukan petugas. Beliau berkata demikian dalam taklimat dan majlis makan malam di Perdana Resort malam tadi sebaik sahaja pulang dari misi keamanan di Lahad Datu. Beliau bersama unit Media Limbongan Purnama Ummah, telah mengunjungi Sabah mewakili kerajaan Kelantan selama lima hari bermula 8 hingga 12 Mac lalu. Sambungnya, beliau sempat bertemu para pegawai pasukan keselamatan untuk mendapat gambaran di sana. "Mereka mengucapkan terima kasih pada pemimpin negara kita termasuk kerajaan Kelantan dan semua pihak yang menunaikan solat sunat hajat di seluruh negara untuk keamanan mereka,"ujarnya. Sempena kunjungan itu, beliau turut menziarahi balu anggota polis yang meninggal Sumiati Shurah, 49. Awal Mac lalu, suaminya Sarjan Mejar Halim Hamid terkorban ketika bertugas di Semporna, Sabah. Zainuddin membawa salam pemimpin kerajaan negeri, Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. | Pemimpin Umno kena rasional macam Musa Hitam Posted: 13 Mar 2013 04:32 PM PDT KUALA LUMPUR: Kenyataan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam yang mengatakan negara tidak akan bangkrap jika diambil alih Pakatan Rakyat membuktikan manifesto Pakatan bersifat rasional dan realistik. Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata pengalaman Musa sebagai bekas orang nombor dua negara itu juga perlu dijadikan panduan kepada pemimpin BN dan ahli-ahlinya untuk tidak terus menakut-nakutkan rakyat. "Apa yang dikatakan beliau itu merupakan satu pandangan yang rasional dan objekif. Yang juga bersifat negarawan, berbanding pemimpin BN lain yang sudah bersara seperti Tun Mahathir yang lebih emosional," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini. Tambah Salahuddin, kenyataan Musa itu perlu diterima pemimpin BN dan ahli-ahlinya bahawa jika berlaku sebarang perubahan kerajaan sekalipun, ia akan berada dalam suasana yang biasa. "Mereka perlu terima hakikat jika berlaku perubahan kerajaan sekalipun, tiada apa yang luar biasa berlaku. Malah, kebiasaannya apabila bertukar kerajaan ia akan menjadi lebih baik dari kerajaan sebelumnya," tegas beliau. Tun Musa, dalam kenyataannya berkata sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya, gabungan tersebut akan berusaha sedaya upaya untuk mengekalkan ekonomi negara berkembang dengan baik. Malah, beliau juga berkata tidak adil jika menganggap negara akan bankrap jika pembangkang berjaya memerintah negara. | |
DUN Lembah Jaya Posted: 14 Mar 2013 11:50 AM PDT |
Batu Gajah Mari Posted: 14 Mar 2013 11:49 AM PDT Rumah sebelah pusat khidmat pun Kak Midah pinggirkan! Posted: 13 Mar 2013 08:18 PM PDT 13 Mac 2013- Kg Sg Terap Rupanya slogan tiada terpinggir tiada tertinggal hanyalah omong kosong BN dan UMNO apabila rumah usang yang hanya sekitar 10 meter dari Pusat Khidmat ADUN Sg Rapat Kg Sg Terap tiada pembelaan sewajarnya. Cik Amalina Bt Abd Samad (38 tahun) yang hanya seorang diri menetap rumah bernombor Lot 57618 berkata bahawa beliau telah menetap di situ sejak tahun 1970an lagi dan keadaan rumah semakin uzur dengan bumbung yang bocor, dinding tepi pecah dan berlubang dan dapur yang uzur. Puan Fauziah (Ketua Pilihanraya Muslimat Baru Gajah) berkata pihak Pusat Khidmat PAS DUN Sg Rapat telah mengunjungi rumah ini beberapa minggu yang lepas dan berharap PAS dapat membantu mengusahakan saluran bantuan yang sesuai untuk Amalina. Amalina yang pernah bekerja sebagai pekerja am kilang kini di sara oleh adik beradik beliau. Beliau menceritakan bahawa ada pihak pernah mengusahakan dana sebanayak RM 35 000 untuk membina rumah yang sempurna untuk beliau tetapi hanya beberapa ribu sahaja yang diluluskan mengakibatkan bantuan itu terbantut hingga sekarang. Lebih malang ada penyokong UMNO yang menegur beliau kerana berusaha mendapatkan bantuan bukan melalui pusat khidmat UMNO. Sedangkan sewajarnya YB Datuk Hamidah perlu menjadi insan pertama menghulurkan bantuan memandangkan beliau hanya berpejabat selang beberapa pintu dengan rumah uzur ini. Sehingga kini tiada bantuan membaiki rumah ditawarkan oleh beliau daripada pihak UMNO Batu Gajah. Terbukti slogan UMNO selama ini hanya tong kosong. Keadaan rumah ini lebih buruk apabila hari hujan kerana ruang tamu akan basah. Beberapa lampu dan pendawaian tidak berfungsi akibat hujan yang merosakkan kemudahan tersebut. Amalina juga menyatakan sewajarnya pihak UMNO tidak boleh memarahi beliau jika menerima bantuan lain kerana beliau rakyat biasa. UMNO perlu mencermin muka sendiri dan membantu beliau secepat mungkin jika benar menunjuk contoh sebagai pembela rakyat. Malah ribuan ringgit yang dihabiskan mengajurkan program membazir di Arena Square Batu Gajah yang hanya beberapa meter daripada rumah ini juga mengecewakan beberapa jiran Amalina. Saudara Radzi Zainon Penyelia Pusat Khidmat PAS Dun Sg Rapat yang dihubungi melalui telefon menyatakan kesediaan PAS berusaha mendapatkan dana sewajarnya untuk beliau walaupun PAS adalah parti yang serba kekurangan daripada aspek dana. Pihak PAS Kawasan Gopeng dan Batu Gajah menggesa pihak berwajib mengambil tindakan segera untuk membantu rakyat yang masih serba kekurangan sebegini. Muhammad Nuruddin Bashah Unit Penerangan MTD Sungai Rapat kak Fauziah (kiri) bersama Cik Amalina Abd Samad Pejabat Pusat Khidmat ADUN Sg Rapat di Kg Sg Terap Laluan hadapan rumah ini yang membayangkan kawasan kuat UMNO | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan