Rabu, 23 Januari 2013

Barisan Nasional

Barisan Nasional


Duke of UMNO

Posted: 23 Jan 2013 01:03 PM PST

Duke of UMNO


PESURUHJAYA PAS PERLIS PAKAI PORSCHE CAYMAN RUPANYA..!!! KAYA WEIIII..!!!

Posted: 23 Jan 2013 06:37 AM PST


Terkejut juga saya bila rakan-rakan saya mendakwa Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin, memiliki sebuah kereta Porsche Cayman yang dianggarkan berharga RM640,000..!!! Saya tak percaya...

Takkanlah seorang Ustaz yang selalu berceramah mengenai "zuhud", merendah diri dan rela berkongsi rasa hidup susah dengan rakyat sanggup menipu rakyat dengan membeli kereta mewah ala-ala orang muda yang suka melarammm..???

Tapi bila disertakan beberapa bukti, terbeliak juga biji mata saya..! Cuba lihat dibawah...

Huiiihhh..!!! Laju woooo...patut pun depa bantah AES...heh!
Ini butirannya....Ustaz Hashim punya ka?

Jadi saya nak tanyalah puak-puak PAS, termasuklah blogger-blogger "belaan" Zul Ya, betul ke Ustaz Hashim Jasin ni pakai Cayman? Mana dia dapat duit banyak-banyak beli kereta mewah tu? Dia dapat kontrak balak dari Sanusi ke?


Atau dia menabung dari kecik kotttt...??? Heh!

AZWAN ALI CELAKA..!!! TERGAMAK DIA KUTUK IBUNYA SENDIRI..???

Posted: 23 Jan 2013 04:37 AM PST


Aku memang pantang kat orang yang derhaka kepada ibubapanya. Kalau la ada adik beradik atau sedara mara aku yang derhaka, rasanya mungkin dah lama depa makan penampar dari aku. Hangpa boleh tahan ke kalau orang derhaka kat mak ayah ni..?

Sebenarnya, banyak ayat Al-Quran yang menyuruh kita buat baik kepada mak ayah kita dan melarang kita derhaka. Malah dosa derhaka ni tergolong dalam kategori dosa-dosa besar. Aku rasa semua orang tahu pasal perkara tu...

Tapi, aku tak rasa Azmin dan Azwan Ali tahu. Kalau depa tau pun, depa buat-buat tak tau...


Baru-baru ni, Mak Tom sakit selepas majlis perkahwinan adik bongsu depa, Ummi Hafilda. Aku ada hadir majlis malam tu. Memang Mak Tom selalu sakit, maklum la...dah umur 80 tahun dan mengidap 6 jenis penyakit. Kak Ummi pernah cerita kat aku...

Tapi si baghal bernama Azwan ni memang jenis celaka! Dah la tak balik jenguk ibu yang lahirkan dia, dia hina pulak adik dan ibu kandung dia tu dalam Twitter! Memang celaka, bak kata Pok Nik Ajis...


Macam celaka, kan? Ntah anak jenis apa yang kutuk ibu sendiri yang sedang sakit! Dah la tak balik tengok mak yang sakit, dia kutuk pulak adiknya yang selama ni jaga mak yang lahirkan dia? Memang kurang akar la tuuu...


Aku tak tau la sapa yang ajar dia kurang ajar dengan mak dia macam tu. Maybe Azmin kot? Ye la..Azmin tu abang yang lebih tua dari Azwan. Lepas tu Azwan siap cakap dia takde family lain selain Azmin dan Azman..

Azmin pun tak pernah balik tengok mak dia sejak hari raya 2 tahun lalu. Lepas dia maki hamun mak dia pagi raya tu, sampai sekarang dia dan Shamsidar tak balik. Jenguk mak dia sakit pun tidak! Semuanya Kak Long dan adik beradik perempuannya yang handle...

Aku nak tanya la pondan yang mengaku DIVA (macam haram jadah!) ni, Mak Tom tu bukan family dia ke? Mak Tom tu mak angkat dia ke? Mak Tom dulu pungut dia tepi longkang mana sampai dia tak mengaku Mak Tom tu family dia?

Apa jenis anak la si Azwan ni? Aku tak tahu la apa nak jadi dengan dia. Kejap dia ok, kejap macam haram jadah. Tapi rasanya lebih banyak haram jadahnya berbanding time dia ok.

Aku nak tanya, kalau la korang ni abang kepada Azmin, Azman dan Azwan Ali, apa korang buat kat tiga-tiga ekor ni? Nak kasi pelempang atau penerajang? Kalau aku...aku pijak je kepala depa...


GEMPARRR..!!! "KHALIFAH" PAS LESAPKAN DUIT TABUNG MANGSA PERANG PULAKKK..???

Posted: 23 Jan 2013 02:37 AM PST


Perghhh..!!! Makin teruk Guan Eng kena serang..!!! Belum sempat dia jawab pasal isu kalimah "Allah", dia didesak pula untuk jelaskan tentang duit Tabung Mangsa Perang di Sri Lanka yang berjumlah hampir RM74,000..!!!

Menurut bekas orang kuat DAP yang disingkirkan ini, duit tabung tu dikutip pada tahun 2009 dan dana itu "senyap" begitu saja..!!! Ishhhh...Apa "Khalifah" puak-puak PAS ni buat lagu tuuuu..??? Teruk sungguh bunyinyaa...!!!


Camana Guan Eng? Nak jawab ke tidak? Hari tu Nizar ada sebut pasal duit pampasan buruh paksa pembinaan keretapi Thailand - Myanmar. Dia dah kena "lempang" dah sekali...terus "selloppp"! Guan Eng nak kena lempang sekali lagi kaaa? Heh!

GEMPARRR..!!! POK NIK AJIS JELES USTAZ NASHA IKUT NAJIB PEGI GAZA..???

Posted: 23 Jan 2013 12:37 AM PST


Tengok gambar di atas..!!! Nampaknya gigil la Pok Nik Ajis bila tengok bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa kini bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, dalam lawatan ke Gaza..!!!

Itulah untungnya seorang pemimpin PAS yang lebih suka bersahabat dengan saudara seagama berbanding bersahabat dengan golongan kafir yang selalu suka mencabar kepentingan Islam di Malaysia...

Ngeh Koo Ham, sahabat sejiwa Nizar Jamaluddin, marah-marah bila umat Islam protes filem laknat yang menghina Islam, "The Innocence of Muslims"...


Karpal Singh, sahabat sejati Hadi Awang, arahkan PAS buang perjuangan penubuhan negara Islam dan hudud. Hadi angguk kepala tanda setuju...

Anwar Ibrahim, sahabat sejawa Pok Nik Ajis, setuju Zionis Israel serang Palestine atau mana-mana negara yang disyaki cuba ancam negara haram laknat ciptaan barat tu...

Terbaru, "Khalifah" kesayangan PAS, Guan Eng mahu kalimah "Allah" digunakan di dalam Bible versi bahasa Melayu pulakkkk...

Tapi Ustaz Nasha memang bijak dalam "tahaluf siyasi"nya dengan Najib. Dah banyak kali dia bersama Najib dalam tujuan mengimarah dan mendaulatkan Islam, sama ada di dalam negara mahupun di luar negara...

Itulah baru "tahaluf siyasi" namanya! Harap Pok Nik Ajis belajar dari Ustaz Nasha tentang perlaksanaan "tahaluf siyasi". Kalau setakat Pok Nik Ajis reti sebut je, tapi tak faham nak buat tahaluf siyasi memang sia-sia laaaa....kan? Heh!


UNTUK ORANG PAS KEDAH: HANGPA TAK MALU KA SOKONG ANWAR BERAHIM TU..??? HEH..!!!

Posted: 22 Jan 2013 10:37 PM PST


Sebagaimana maklum, Anwar Ibrahim akan dilantik menjadi PM sekiranya Pakatan Haram berjaya menjajah Putrajaya pada PRU ke-13 nanti. Seronoklah Anwar sekejap...

DAP pun dah sokong Anwar jadi PM. Maklumlah, segala rahsia dalam seluar Anwar ada dalam poket depa. Jadi, senanglah depa nak control Anwar nanti..kan? Bayangkan seorang PM yang dicontrol pihak anti-Islam...

PAS menangis airmata darah pun, Hadi takkan dilantik jadi PM. Anwar takkan setuju sebab dia dah lama mengidam jadi PM. DAP pun takkan setuju sebab depa takut PAS laksana hudud dan isytihar Malaysia jadi negara Syi'ah macam Iran...


Lagipun, ikut majoriti, 2 lawan 1, sudah tentulah 2 yang menang, kan?

Saya nak tanya orang-orang PAS di Kedah, itu pun nak sokong Anwar Ibrahim dan DAP lagi? Sudah terang lagi bersuluh, dah nampak dah Anwar dan DAP tu memang sokong kalimah "Allah" dicemar, hangpa nak sokong jugak?

Fikir tu biar guna akal bro...jangan guna kepala lutut macam blogger pencacai PAS tu. Depa tu gadai Islam pun takpa asalkan depa dapat jawatan dan pakai baju kot kat Wisma tu...heh!

EKSKLUSIFFF..!!! INIKAH "ANAK IKAN" TERBARU ANWAR IBRAHIM..???

Posted: 22 Jan 2013 08:37 PM PST


Aku tengok kecoh betul puak-puak PAS dok canang dalam Harakahdaily pasal Ketua Ekonomis Bank Islam, Azrul Azwar yang digantung kerja oleh majikannya. Kononnya Azrul dianiaya Bank Islam kerana meramal kekalahan BN pada PRU ke-13.

Apa yang nak kecohnya? Simple je isu ni...

Ada sumber yang beritahu aku bahawa semua ni dah dirancang dari awal. Khabarnya budak Azrul tu memang penyokong tegar PKR yang "diimplan" Anwar di dalam Bank Islam...


Desas desus memberitahu bahawa Azrul ni dah dijanjikan PKR untuk dipilih sebagai calon parti tu pada PRU ke-13 ni. Dan kenyataan Azrul berhubung BN kalah pada PRU kali ni sengaja dibuat untuk dijadikan alasan dipecat dari Bank Islam...

Itu la yang sumber tu bagitau aku...heh! Maknanya semuanya memang dah dirancang dari awal..?

Mula-mula Azrul keluarkan kenyataan kata BN kalah pada PRU ke-13. Lepas tu Bank Islam akan ambil tindakan disiplin kat dia. Kononnya dia keluar kenyataan lawan kerajaan BN. Lepas tu Azrul dilihat sebagai "mangsa teraniaya"..heh! 

Lepas tu boleh la salahkan BN, kan? Kah! Kah! Kah!!! Dah boleh baca la skrip puak PKR ni..hahahhaahaaaaa...!!!

Kalau Azrul sayangkan kerjanya, dia takkan keluarkan kenyataan macam tu. Dia tahu mana-mana pegawai bank tak boleh keluarkan kenyataan berbaur sokongan kepada mana-mana parti politik, tak kira BN atau Pakatan Haram. 

Kalau dia keluarkan jugak kenyataan, dah tentu dia tahu apa kesan dari kenyataannya tu, kan? Hahahaha...

Takkan itu pun puak-puak PAS di Harakahdaily tu tak boleh fikir? Harakah ingat rakyat Malaysia ni bodoh sangat ke untuk depa tipu? Puiiii... bellaraweiiiii...!!!

GEMPARRR..!!! NASRUDIN TANTAWI DIGUGUR CALON PRU SEBAB HERDIK KARPAL..?!!!

Posted: 22 Jan 2013 06:37 PM PST


"Marah" sungguh Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hasan Tantawi pada Presiden DAP, Karpal Singh, yang mahu Majlis Syura PAS mengkaji semula tentang penggunaan kalimah "Allah" di dalam Bible versi bahasa Melayu di Semenanjung Malaysia.

Dalam kenyataannya kepada media baru-baru ini, Nasrudin mahu Karpal agar tidak turut campur dalam hal ehwal "rumahtangga" PAS dan dia menegaskan bahawa Dewan Pemuda pimpinannya menyokong keputusan tersebut.

Baru sekarang Ketua Dewan Pemuda PAS nak bersuara? Ke mana dia pergi selama 5 tahun sejak bersekongkol dan PAS berada di bawah telunjuk DAP?


Ke mana hilangnya suara Nasrudin Tantawi ketika mana perjuangan menubuhkan Negara Islam "ala-ala PAS" dilenyapkan begitu saja oleh DAP?

Mana Nasrudin menghilang ketika perjuangan melaksanakan hukum hudud dibuang terus dari "kitab suci PAS"?

Di mana pula suara Nasrudin ketika Datuk Dr. Hasan Ali "dipecat" Azmin Ali dan Anwar Ibrahim walaupun jelas mereka adalah individu yang bukannya ahli PAS dan berjasa kepada parti itu?

Ketika PAS memutuskan untuk membenarkan kalimah "Allah" digunakan di dalam Bible versi bahasa Melayu di Semenanjung Malaysia, apakah Nasrudin redha dan setuju dengan keputusan parti ikutannya itu?

Mengapa ketika itu dia tidak bantah keputusan Hadi dan Mursyidul Amnya, Nik Aziz Nik Mat? Atau Dewan Pemuda PAS memang sebenarnya tidak berpendirian dalam mempertahankan tentang kepentingan Islam?

Mana perginya Dewan Pemuda PAS ketika golongan "liberalisme anwarinas" seperti Khalid Samad dan Mat Sabu mempertahankan kehendak DAP yang mahu melihat kalimah "Allah" tercemar di Semenanjung Malaysia dan digunakan sesuka hati tanpa mengira sensitiviti ummah?

Takkanlah Dewan Pemuda PAS mengharapkan Taib Azamuddin, Ustaz Harun Taib dan Datuk Dr. Harun Din untuk berhadapan dengan Khalid Samad dan konco-konconya yang lebih mirip mahu menjatuhkan PAS?

Kalau sekarang baru nak bersuara, nampak sangat Pemuda PAS jenis yang bagaikan "lembu dicucuk hidung" oleh pucuk pimpinan PAS. Tak ada pendirian dan tidak mempunyai keberanian golongan muda.

Inikah barisan Pemuda PAS yang dikatakan bakal menjadi pelapis kepada kepimpinan parti itu sekarang? Padanlah Dewan Pemuda PAS diibaratkan pemimpin mereka sebagai "buih pepsi cola"..!

Memandangkan PAS sekarang sudah berada di bawah telunjuk DAP, Nasrudin ikut sajalah kehendak Karpal Singh itu. Tak payahlah nak bising tak tentu hala. Silap haribulan, kena tarik telinga dengan Hadi atau Nik Aziz!

Lagipun, siapa Nasrudin nak membidas Karpal Singh? Karpal boleh diibaratkan seolah-olah "Mursyidul Am" di dalam Pakatan Haram. Dengan hanya menyanggah "fatwa" Karpal, mungkin Nasrudin akan terlepas peluang untuk menjadi calon PRU ke-13 nanti. Sanggup?

Sumber: Perak Today

LAWAK PAGI INI... POK NIK AJIS PEDAJAL HADI AWANG...???

Posted: 22 Jan 2013 04:37 PM PST


Kesian kat Hadi Awang...

Jenuh dia tempis kiri kanan depan belakang....

Orang lain yang buat fatwa...tapi dia pulak yang kena hentammmm...

Tu belum kira titah terbaru Karpal yang nak PAS jadi "keldai" lagi tuuu...

Peliknya, kenapa Pok Nik Ajis tak back up Hadi Awang langsung?

Errr.. Pok Nik Ajis ada plan nak malukan Hadi Awang ke? Heh!

Ishhh...ishhh...ishhh..ishhhhhhh...!!!!

THE FLYING KICK

Posted: 23 Jan 2013 01:02 PM PST

THE FLYING KICK


PENGIKUT PAS YANG BANGANG, YANG BUKTIKAN UMNO DAN BARISAN NASIONAL MEMANG ADIL, TAK MACAM PAKATAN RAKYAT!!!

Posted: 23 Jan 2013 07:24 AM PST

PECACAI PAKATAN TERPAKSA GUNA INFO ISRAEL UNTUK PERKECILKAN LAWATAN NAJIB KE GAZA!!!

Posted: 23 Jan 2013 05:43 AM PST

IBRAHIM ALI ATAU DAP SEBENARNYA YANG NAK BAKAR BIBLE SUPAYA ISLAM DAN KRISTIAN BERPERANG DI MALAYSIA?

Posted: 23 Jan 2013 04:14 AM PST

PENGAKUAN! ANWAR DIFITNAH MENARI SEDANGKAN YANG MENARI ADALAH ROSMAH MANSOR!!!

Posted: 23 Jan 2013 02:00 AM PST

NASHARUDDIN MAT ISA DAN ZULKIFLI NORDIN ADA AGENDA BESAR DENGAN NAJIB SAMPAI TERPAKSA BERJUMPA DI GAZA?

Posted: 23 Jan 2013 12:30 AM PST

HADI AWANG SEDIA KE PALESTIN MEMPERTAHANKAN UMAT ISLAM!!!

Posted: 22 Jan 2013 11:30 PM PST

KHALID IBRAHIM GAGAL PENGARUHI MAHKAMAH UNTUK TIPU IBU TUNGGAL!!!

Posted: 22 Jan 2013 10:28 PM PST

PENYOKONG ANWAR IBRAHIM TAK PUAS HATI NAJIB TUN RAZAK DISAMBUT HORMAT DI PALESTIN!!!

Posted: 22 Jan 2013 08:56 PM PST

DIMENSI

Posted: 23 Jan 2013 11:22 AM PST

DIMENSI


Omegay: Najib pemimpin Malaysia pertama jejak kaki di bumi Palestin

Posted: 22 Jan 2013 06:38 PM PST


Ukhuwah antara Kerajaan Malaysia dan rakyat Palestin terjalin kukuh


Anuwar mesti bangga kalau Ben Natangyahu sambut dia dengan tangan terbuka >XD

PEJUANG BANGSA

Posted: 23 Jan 2013 11:15 AM PST

PEJUANG BANGSA


Hot ! Anwar sahkan Pakatan tolak keputusan Majlis Syura !!!

Posted: 23 Jan 2013 01:44 AM PST



Kalau dah Anwar pengkhianat ini dah cakap kalimah Allah tetap boleh dijual untuk digunakan dalam Bible versi Melayu .. nampak sangat la keputusan Majlis Syura hanya atas kertas je . Tak beri kesan apa-apa pun kat Pakatan . 

Apa yang Anwar nak herankan ..dia kan berotakan liberal & plural ..kata pi la kufur , syirik ke sepertimana  fatwa Haron Din ..janji  di PRU 13 dia dapat banyak undi bukan Melayu untuk jadi PM .  


Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegaskan, perikatan pembangkang itu tetap dengan pendirian yang diputuskan oleh Majlis Pimpinan Presiden 8 Januari lalu bersabit isu penggunaan kalimah ALLAH dalam Bible versi bahasa Melayu.

 Meskipun begitu kata Anwar, pihaknya tidak menolak untuk mengadakan sebarang perbincangan susulan berikutan keputusan Majlis Syura Pas.

 "Boleh, kenapa tak boleh bincang. Tapi setakat ini tidak timbul.

Setakat ini, ini pendirian Pakatan Rakyat berdasarkan kenyataan yang dibentangkan oleh Hadi Awang dalam mesyuarat Pakatan Rakyat yang lalu (8 Januari)," kata beliau pada sidang media di ibu pejabat PKR di sini, hari ini.

 Awal minggu lalu, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggesa semua pihak termasuk pimpinan PR menerima keputusan Majlis Syura bahawa kalimah ALLAH tidak boleh digunakan oleh bukan Islam.

 Nik Aziz berkata, perkara itu tidak perlu ditimbulkan semula setelah Majlis Syura menetapkan larangan penggunaan kalimah yang eksklusif bagi orang Islam itu diterjemahkan mana-mana kitab agama bukan Islam kerana salah dari segi maknanya. Majlis Syura membuat keputusannya pada mesyuarat 13 Januari.

 Menurut Anwar, pihaknya bagaimanapun tetap dengan kenyataan yang dibentangkan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini di mana kalimah ALLAH boleh digunakan selagi ia tidak disalahgunakan.

Hot ! Nama "Penang" bukan Guan Eng punya tapi rakyat !

Posted: 22 Jan 2013 10:38 PM PST





Pembangkang negeri Barisan Nasional (BN) akan melancarkan kempen "Penang, Penang, Penang" minggu depan untuk mencabar pengumuman Ketua Menteri Lim Guan Eng supaya majlis persendirian memerlukan kelulusan untuk menggunakan nama negeri tersebut.






Pengerusi BN negeri Teng Chang Yeow berkata "Penang, Penang, Penang" telah dipilih sebagai tema kempen "Kami Sayang Penang" bagi memberitahu semua penduduk tempatan bahawa mereka semua berhak untuk menggunakan perkataan "Penang".
"Kami hanya mahu semua orang tahu bahawa mereka berhak untuk menggunakan perkataan 'Penang' untuk sebarang acara, majlis atau kempen," kata beliau kepada The Malaysian Insider hari ini.
Teng berkata kempen tersebut terhasil semalam ekoran kenyataan Lim supaya semua penganjur acara mendapatkan kelulusan kerajaan negeri untuk menggunakan perkataan "Penang" secara berasingan bertujuan untuk mengelakkan kekeliruan dengan acara anjuran kerajaan negeri.
"Kami sekarang merancang program untuk kempen tersebut dan sudah diperingkat akhir menyiapkan butiran tetapi kami pasti tidak akan meminta kebenaran kerajaan negeri untuk menggunakan perkataan 'Penang' dalam kempen kami," kata beliau.
Beliau  menambah semua pihak berhak untuk menggunakan perkataan "Penang" bagi semua acara diperingkat tempatan.
Kempen tersebut akan meliputi 40 kawasan pilihan raya, dimana poster dan risalah akan diedarkan kepada orang awam.
Pada Isnin lalu, Lim berkata semua penganjur acara yang merancang untuk menggunakan perkataan "Penang" dalam majlis mereka perlu mendapatkan kelulusan kerajaan negeri, merujuk kepada Larian Penang yang dijadualkan bakal berlangsung pada Ahad ini.
Perkara ini telah menimbulkan kritikan daripada musuh politik mereka iaitu BN.
Semalam, Lim membidas akhbar milik MCA The Star atas laporan muka depan "berniat jahat" keatas kenyataannya dan menambah-nambah kenyataannya mengatakan perkataan "Penang" juga dilarang untuk digunakan keatas makanan seperti laksa Penang dan char koay teow Penang.
Lim mengesahkan maksud kenyataannya hanya untuk acara yang bertujuan berasingan, yang mana tidak melibatkan kerajaan negeri.
"Ia boleh untuk penganjur menggunakan Penang dalam konteks umum seperti  'Penang Forward Club Run' atau 'Penang Free Port Run' dan juga untuk makanan ataupun pertubuhan seperti Kelab Wartawan Penang," kata beliau.
Beliau memberikan contoh merujuk khusus kepada Larian Penang yang menyebabkan masyarakat Hindu mengganggap acara tersebut dianjurkan oleh kerajaan negeri dan memarahi mereka kerana acara sukan tersebut diadakan semasa sambutan perayaan.
Lim kemudiaan mengakui tidak terdapat garis panduan kepada penganjur yang mahu menggunakan perkataan "Penang" dalam acara mereka dan kerajaan negeri tidak dapat melarang mereka daripada menggunakannya tanpa kerjasama dengan agensi kerajaan negeri

GEMPAR ! Nasha bakal dikenakan tindakan kerana ikut Najib ke Gaza !!!

Posted: 22 Jan 2013 08:00 PM PST






Kebanyakan penyokong Pas menyifatkan tindakan Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa mengiringi Najib ke Gaza sebagai satu tindakan provokasi kepada parti tersebut.

Nasharudin kini bersama rombongan Perdana Menteri di Palestin dan juga beberapa negara Arab. Ia dikatakan menjadi tamparan hebat kepada Pas yang kini sedang sibuk membuat persiapan untuk PRU13.

Tindakan Nasharudin yang bersama-sama dengan Najib itu akan dilihat sebagai satu tindakan yang amat bertentangan dengan prinsip Pas yang menolak sebarang kerjasama dengan Umno.

Ada sebilangan pemimpin Pas dikatakan khuatir jika penyokong parti memandang sinis terhadap pendirian pemimpin-pemimpin tertinggi Pas terhadap Umno.



Seorang pemimpin Pas tempatan yang ditemui pihak UtaraNews menggesa Majlis Syura mempertimbangkan untuk mengambil tindakan tegas terhadap Nasharudin kerana didakwa khianat terhadap parti.

"Kalau orang kuat Pas sendiri sokong Najib, bagaimana kalau jemaah-jemaah Pas mempersoalkan pendirian pemimpin tertinggi diatas..? "Ini pasti akan memberikan implikasi buruk kepada parti menjelang pilihanraya umum nanti.." kata beliau. -UTARA NEWS-

Hot ! Guan Eng dilabel batu api , cuba cetus pergaduhan kaum !

Posted: 22 Jan 2013 07:11 PM PST




MCA menyifatkan tindakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang menimbulkan semula isu kalimah ALLAH dengan menuntut kerajaan membenarkan kalimah tersebut dalam kitab Bible versi bahasa Melayu sebagai berbahaya.

Presidennya, Datuk Seri Chua Soi Lek berkata, tindakan Guan Eng tersebut jelas sebagai 'batu api' dan mungkin menyebabkan rakyat berbilang kaum negara ini bergaduh jika perkara ini tidak terkawal.

"Dalam keadaan dan suasana yang tegang, beliau (Guan Eng) harap boleh menang. Isu ini jelas buktikan DAP memperalat kalimah ALLAH demi kepentingan politik.

"Perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku, kerana rakyat berbilang kaum dan setiap kaum perlu hormati sensitiviti masing-masing," katanya dalam sidang media selepas mesyuarat pemimpin parti itu di Ibu Pejabat MCA, semalam.


** MCA lebih faham sensitiviti umat Islam berbanding DAP yang terus memperalat kalimah Allah untuk undi politik sehingga boleh mencetus pergaduhan kaum .

Kalimah Allah : Malik Itik nak ikut bos Guan Eng ke Majlis Syura PAS & Mufti ???

Posted: 22 Jan 2013 05:00 PM PST



Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk Abdul Malik Kassim digesa menyatakan pendiriannya berhubung penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.

Ketua Pemuda UMNO negeri, Shaik Hussein Mydin berkata, sekiranya Abdul Malik setuju perkataan Allah boleh digunakan oleh bukan Islam maka jawatan portfolio agama yang dipegangnya harus diberikan kepada Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Mohd. Salleh Man kerana Majlis Syura Ulama parti itu berpendirian kalimah berkenaan hanya untuk umat Islam.

Menurut beliau, jika sebaliknya pula, wakil rakyat daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu perlu melepaskan jawatan dalam parti memandangkan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali telah menyanggah keputusan Majlis Syura Ulama Pas tersebut.

"Jika Abdul Malik setuju kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam maka dia perlu meletakkan jawatan Exco Agama dan menyerahkan portfolio itu kepada Mohd. Salleh kerana Pas tidak bersetuju.

"Memandangkan Mufti Pulau Pinang telah menetapkan bahawa kalimah Allah untuk orang Islam sahaja dan jika Abdul Malik bersetuju, maka dia perlu meletak jawatan dalam PKR kerana PKR bersetuju kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam," katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Hot ! Anwar malu besar lagi tuduh Malaysia bangkrap !!

Posted: 22 Jan 2013 04:00 PM PST




- Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan dakwaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa kerajaan ditadbir Barisan Nasional (BN) sudah bankrap, merupakan satu pembohongan besar.

Beliau berkata, negara mempunyai dana dan sumber, malahan diiktiraf oleh badan-badan antarabangsa sebagai model contoh dalam bidang ekonomi dan perniagaan.

"Sama ada beliau (Anwar) tidak mengetahui bagaimana analisis dilakukan oleh badan-badan antarabangsa atau sengaja menolak hakikat sebenar (berhubung ekonomi negara)," katanya yang menyangkal dakwaan Anwar itu yang dipaparkan di laman sosial YouTube.



Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pertemuan Bersama Penjawat Awam Persekutuan dan Negeri Melaka di Dewan Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di Ayer Keroh di sini hari ini yang dihadiri kira-kira 10,000 orang termasuk Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Muhyiddin berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini telah mengumumkan pungutan Lembaga Hasil Dalam Negara (LHDN) pada tahun lepas mencatat kutipan terbesar dalam sejarah iaitu sebanyak RM125 bilion.

"Kita bukan berada dalam situasi (seperti) beberapa negara Eropah seperti Greece dan Portugal yang tidak mempunyai dana dan ongkos dalam mengurus ekonomi mereka sehingga menanggung beban hutang," katanya.

Muhyiddin berkata, negara baru-baru ini turut menerima pengiktirafan oleh Laporan Bank Dunia yang menyebut negara menduduki tangga ke-12 bagi menjalankan perniagaan, naik enam anak tangga daripada tempat ke-18 sebelumnya.

"Malahan kita mengatasi negara-negara maju seperti Sweden (tangga ke-13), Taiwan (16) dan Jerman (20) menurut laporan itu," katanya.

Mengenai penjawat awam, Muhyiddin berkata, cabaran yang dihadapi termasuk dalam membantu negara untuk kekal bersaing dalam ekonomi dan perniagaan sebagai negara pengeksport.

"Kita ada tugas dan misi baik di peringkat persekutuan, negeri dan daerah dalam menjalankan tanggungjawab dan peranan membantu sektor awam dan swasta," katanya.

Beliau berkata usaha yang dilakukan hari ini secara gigih akan membawa kesan kepada negara untuk mencapai status negara maju menjelang 2020. - BERNAMA.

Petronas dah bayar cukai, mengapa perlu beri royalti lagi ???

Posted: 22 Jan 2013 03:00 PM PST



Tuntutan pembangkang supaya Petronas memberi royalti minyak dari lima kepada 20 peratus kepada negeri-negeri pengeluar minyak lebih merupakan gimik politik yang dipopularkan menjelang pilihan raya umum ke-13.

Seorang tokoh usahawan Datuk Hassan Harun berkata tuntutan itu juga tidak munasabah dan boleh menjejaskan kewangan syarikat minyak dan gas nasional itu serta kerajaan pusat untuk menunaikan tanggungjawab menyediakan kemudahan asas kepada rakyat.
"Saya rasa tidak praktikal dan tidak munasabah kerana sekarang ini pun Petronas membayar cukai yang begitu banyak kepada kerajaan pusat yang menggunakan wang tersebut untuk membelanjakannya di semua negeri termasuk di negeri yang bukan pengeluar minyak sekaligus menaikkan taraf hidup negeri-negeri di seluruh Malaysia," katanya di sini.






Hassan yang juga bekas pengerusi dan ketua pegawai eksekutif KUB Malaysia Berhad, mengulas tuntutan pakatan pembangkang yang mahu memberi royalti 20 peratus kepada negeri-negeri pengeluar minyak termasuk Terengganu, Sabah dan Sarawak jika dapat menawan Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13.

Hassan yang juga Tokoh Guru Sekolah Swasta Kebangsaan 2012 dan kini Profesor Adjung Universiti Utara Malaysia (UUM) berkata pembangkang tidak bijak dalam menuntut kenaikan peratus royalti minyak itu kerana ia hanya bersifat sementara yang bukan sahaja boleh menjejaskan kewangan Petronas malah menjejaskan perkembangan syarikat nasional itu dalam penerokaan petroleum pada masa depan.

Beliau berkata apa yang dilakukan kerajaan Barisan Nasional (BN) sekarang ini adalah tindakan yang munasabah dan mengambil kira faedah jangka panjang menyediakan pelbagai kemudahan asas kepada rakyat, yang dilaksanakan melalui pelbagai hasil kerajaan termasuk bayaran cukai oleh Petronas.

Pelbagai kemudahan asas yang sedang dinikmati rakyat termasuk lebuh raya, jalan raya, lapangan terbang, hospital, sekolah dan banyak lagi telah berjaya meningkatkan taraf hidup dan membawa kemakmuran kepada rakyat, katanya.

Beliau berkata semua kemudahan asas itu dapat dibangunkan di seluruh Negara kerana kerajaan pusat menguruskan sumber kekayaan negara dengan baik dan mempunyai tenaga kepakaran dalam pelbagai bidang bagi melaksanakan setiap perancangan untuk memajukan negara.

"Ini perkara yang rakyat harus fikirkan sebab hasil negara ialah cukai dan sekarang ini kerajaan pusat boleh kutip cukai hingga RM115 bilion setahun,  ini menyebabkan kerajaan boleh membuat banyak tawaran kepada rakyat termasuk dalam bentuk tunai, ini kerana pengurusan kerajaan yang cekap dan bagus," katanya.

Hassan berkata bagi negeri pengeluar minyak seperti Terengganu, Sabah dan Sarawak, kerajaan pusat membelanjakan lebih daripada kuotanya dalam pelbagai bentuk pembangunan.

"Saya rasa pendekatan untuk meminta 20 peratus itu untuk diberikan kepada negeri, adalah langkah yang tidak bijak kerana tidak menguntungkan kerana di peringkat negeri masing-masing tidak ada kepakaran berbanding yang ada di peringkat kerajaan pusat dalam bermacam-macam bidang pembangunan maka berilah kepada kerajaan pusat menunaikan tanggungjawabnya," katanya.

Beliau berkata Sabah dan Sarawak sekarang ini lebih maju berbanding Kelantan kerana keterbukaan dan kerjasama baik antara kerajaan negeri itu dan kerajaan pusat menyebabkan pelbagai kemudahan asas dapat diwujudkan dan mencetuskan banyak peluang pekerjaan dan perniagaan baru.

"Tengok bandaraya Kuching atau bandar Miri jauh berbeza dengan Bandar Pasir Mas atau bandar Kuala Krai, sebab apa, kerana pengurusan yang baik hingga mencetus peluang pekerjaan dan perniagaan yang banyak," katanya.

Dengan usaha Kelantan yang beria-ia menuntut royalti minyak, adalah lebih baik jika dengan cara yang bijaksana memohon kerajaan pusat menyediakan pelbagai kemudahan asas yang masih tidak mencukupi di seluruh negeri ini, kata beliau.

Katanya kemudahan asas yang sempurna bukan sahaja untuk kesejahteraan rakyat tetapi dapat menarik pelabur tempatan dan asing untuk melabur di negeri ini.

"Kalau kerajaan negeri nak minta, adalah lebih baik minta kerajaan pusat memperbaiki kemudahan infrastruktur di negeri ini supaya senang kerajaan negeri menarik pelabur melabur di Kelantan, itu jangka panjang kerana kalau habis hasil minyak apa yang kita akan dapat, sedangkan kemudahan asas itu adalah untuk jangka panjang," katanya.

Beliau berkata kemudahan asas yang kurang sempurna seperti lebuh raya, jalan raya, lapangan terbang dan pelabuhan menyebabkan pelabur lebih tertumpu di negeri pantai barat yang kemudahan asasnya lebih baik malah ramai rakyat Kelantan menjalankan perniagaan mereka di negeri tersebut.

Pembangunan yang banyak terdapat di Kelantan ini adalah sumbangan kerajaan pusat dan yang terbaru kawasan Tunjung di sini akan menjadi bandar baru ala Putrajaya apabila kerajaan pusat membina banyak bangunan kerajaan di kawasan tersebut, katanya.

"Kalau saya jadi pemimpin kerajaan negeri Kelantan, saya akan minta kereta api laju, lapangan terbang bertaraf antarabangsa, pelabuhan, biar kerajaan pusat yang buat, tak payah minta duit, supaya ramai pelabur dan pelancong datang ke sini.

"Saya juga akan minta kerajaan pusat membina infrasruktur teknologi maklumat (IT) yang luar biasa supaya timbul industri berkaitan IT, jangan ada satu sudut pun di Kelantan yang tidak mendapat liputan broadband (jalur lebar), itu yang patut diminta," katanya dengan menambah kerajaan negeri yang sealiran dengan kerajaan pusat memudahkan perkara itu direalisasikan.

Kelantan tak layak dapat royalti minyak - Atory






IPOHMALAY

Posted: 23 Jan 2013 09:12 AM PST

IPOHMALAY


Mahmoud Abbas Kecam, Kutuk Lawatan PM Najib Ke Gaza

Posted: 22 Jan 2013 07:27 PM PST


Lawatan PM Najib ke Gaza dan ke atas pemimpin Hamas menerima kecaman Mahmoud Abbas yang disifatkan boneka Israel oleh penduduk Gaza. Mahmoud Abbas, Presiden Palestin yang juga ketua pegerakan Fatah mendakwa tindakan PM Najib memecahbelahkan lagi Palestin dan mengumumkan pejabat presiden menolak dan mengutuk lawatan PM Najib ke Gaza yang dianggap mengenepikan Palestin yang pada mata mereka mewakili Tebing Barat dan tidak membawa kebaikan kepada negara Palestin.

Namun PM najib bertegas bahawa lawatannya adalah persinggahan untuk memberi sokongan kepada penduduk Gaza yang selama ini ditindas dengan ganas selain menacap batu asas sekolah yang dibiaya oleh kerajaan Malaysia, sebelum kembali dalam rangka lawatannya ke Mesir.

Mahmoud Abbas juga mengugut untuk meminta Kuala Lumpur memberikan sebab atas lawatan PM Najib yang mengambil kesempatan untuk ke Gaza atas kelonggaran yang mula diberikan oleh Mesir ke atas kawalan sempadan masuk ke Gaza melalui Rafah.

Reaksi Mahmoud Abbas dinilai sebagai kecemburuan semata-mata kerana PM Najib yang dilihat ketua pemerintah Malaysia, sebuah negara yang banyak memainkan peranan dalam membantu perjuangan Palestin, tidak memasukkan agenda melawat Tebing Barat, yang merupakan pusat pemerintahan negara Palestin.

Gaza merupakan daerah kecil Palestin yang dikuasai Hamas, terpisah dengan tanah Palestin utama iaitu Tebing Barat yang dikuasai Fatah oleh negara haram Israel.

Dasar tak sadar dek untung Mahmoud Abbas ni menunjukkan Fatah dah terkena penyakit PAS. Dah la tak pernah nak tolong Gaza sebab perbezaan politik, dikutuknya orang yang nak tolong Gaza. Takkan nak tolong Hamas salur ikut Fatah? Entah ke mana dicurahnya duit tu nanti. Akai tarak.


Malaysian PM in solidarity visit to Gaza

Najib Razak crossed into Gaza via its land border with Egypt for what he describes as a humanitarian visit.
Last Modified: 22 Jan 2013 18:56



Malaysia's prime minister has defied Israel's blockade of the Gaza Strip to visit the Palestinian enclave, a move that has earned the ire of West Bank leaders, despite Najib's pledge of solidarity with the Palestinian people.
Najib Razak, along with a group of Malaysian ministers, crossed into Gaza on Tuesday via its land border with Egypt for what he described as a humanitarian visit.

He told a joint news conference in Gaza City with Hamas leader Ismail Haniya that he came "to express my solidarity with the Palestinian people."

"This is a humanitarian visit to express our deep concerns for what happens to the Palestinian people in Gaza and to express our opposition to the aggression on Gaza," he added.

But the visit drew criticism from the office of Mahmoud Abbas,  the Palestinian president, who also heads the Fatah movement.

"The Palestinian presidency announces its rejection and condemnation of the Malaysian prime minister's visit to Gaza," a statement carried on the official WAFA news agency said.

"It undermines Palestinian representation and reinforces the division and does not serve Palestinian interests," it continued, saying Abbas' bureau would ask Kuala Lumpur "for clarification."

Call for reconciliation

Najib said his visit was intended "to show solidarity" and called for renewed reconciliation efforts between the Hamas and the rival Fatah party, including attempts to form a consensus government to pave the way for new elections.

"We believe in this unity government and we pray to Allah that the talks will be successful and a united government will become a reality in the near future," Najib said.

Najib visited a Gaza university and government offices, as well as the family of top Hamas military chief Ahmed Al-Jaabari, whose assassination by Israel in November started an eight-day war in which more than 160 Palestinians and six Israelis died.

Before leaving for Egypt, he laid the first stone at a Malaysian-funded school.

Najib was the second world leader in recent months to defy the five-year blockade and accept an invitation from Hamas, which Western states regard as a terrorist group.

Qatar's emir, Sheik Hamad bin Khalifa al-Thani, made a brief visit to Gaza in October and promised $400 million in aid for infrastructure.

On February 9, Moncef Marzouki, Tunisian president, is scheduled to make his first trip to the coastal strip, according to Hamas officials.

The visits have been made possible in part by Egypt's decision to loosen some of the restrictions on travel through its Rafah border crossing with Gaza, the only entry point to bypass Israel.

Imej dan sumber berita : Al-Jazeera

PAS Anggap Revolusi Syria Satu Konspirasi Untuk Jatuhkan Rejim Bashar Al-Assad

Posted: 22 Jan 2013 05:07 PM PST

Kini kekejaman kerajaan Syiah Alawi Syria pimpinan Bashar Al-Assad telah membunuh lebih 60,000 orang awam berfahaman Sunni di negara tersebut.

Di hadapan kita, pemuka-pemuka hipokrit PAS mengutuk rejim Assad, malah menyamakan kerajaan UMNO-BN seperti kerajaan Assad yang perlu ditumbangkan.

Tiada satu pun pemuka-pemuka hipokrit PAS ini berani menempelak hakikat bahawa Timbalan Presidennya, Mat Sabu ketika mengunjungi Syria menyokong rejim Bashar Al-Assad dengan menyatakan PAS bersetuju bahawa itu bukan revolusi rakyat melainkan perlakuan tersembunyi dari mereka yang mahu menghancurkan Syria.

Jika demikian, mengapa penganut PAS di negara ini masih bermati-matian menentang rejim Bashar Al-Assad  sedangkan parti mereka sendiri berpendirian bahawa penentangan tersebut hanyalah 'rekayasa puak-puak jahat'?

Sama ada anda pernah atau belum pernah mengetahuinya, sama-sama kita imbas kembali melalui gambar-gambar di bawah :
Petikan gambar dari pertemuan tersebut adalah seperti berikut:
Pertemuan empat pasangan mata di pejabat menteri (Kalau di Malaysia – di Putrajaya lah!)
Rakaman pertemuan ini disiarkan TV Syria dengan tersiar juga sedikit "bahasa Inggeris" yang diguna Mat Sabu 
Mat Sabu ditemani oleh orang kuatnya yang juga berjawatan dalam parti PAS peringkat negeri
SUMBER : IBRAHIM BABA 
Video asal dari TV di Syria
 

Banjir Landa Rompin Diramal Tidak Semakin Buruk

Posted: 22 Jan 2013 12:03 PM PST

Walaupun banjir di Rompin dilaporkan bertambah buruk, namun imej satelit menunjukkan mangsa banjir di Rompin boleh menarik nafas lega. Ini kerana cuaca diramalkan cerah untuk pagi ini dan sekurang-kurangnya untuk esok.  Namun situasi dalam dua atau tiga hari lagi masih belum dapat diramalkan melalui cerapan ini.

Banjir dilaporkan berlaku bersekali dengan air pasang besar dan membuatkan 101 mangsa terpaksa dipindahkan. Hujan yang turun sejak hari Ahad tanpa henti memburukkan keadaan.




Published: Tuesday January 22, 2013 MYT 7:18:00 PM
Updated: Tuesday January 22, 2013 MYT 7:27:00 PM

Flood situation in Rompin worsens



ROMPIN: The flood situation in Pahang has taken a turn for the worse with more victims being evacuated in Rompin district due to continuous rain since Sunday.
Rompin district officer, Datuk Syed Ahmad Fuad Syed Taha said as at 1pm, 101 victims from 25 families from the district were relocated to the Leban Chondong hall.
"The areas involved are Kampung Leban Chondong, Kampung Gading, Kampung Rantau Panjang and Kampung Tebu Hitam. "The victims were evacuated this morning when the water level rose due to continuous rain since Sunday," he told reporters here Tuesday.
He said all agencies including the Welfare Department, police and the Fire and Rescue Department were now on full alert to extend assistance.
"This is because we expect the number of flood victims to increase due to continuous rain and a major high tide phenomenon two days ago," he said. - Bernama

KEMBARA DI PERJALANAN INI

Posted: 23 Jan 2013 07:54 AM PST

KEMBARA DI PERJALANAN INI


BAHAGIA YANG HILANG DARI MANUSIA

Posted: 05 Apr 2010 10:37 PM PDT

Dalam dunia yang materialistik ini, manusia cenderung menjadi pendamba dan pecinta material. Lalu menganggap materi itu suatu KEPERLUAN untuk hidup bahagia. Terus-terusan mereka mengejar dan mengejar kekayaan, kuasa, pangkat dan penghargaan dunia. Jika kecundang mendapatkannya, mereka semakin sasau, risau dan kecewa malah ada yang putus asa. Bagi yang mampu mendapatkan segala apa yang diidamnya, mereka terus leka, dibuai kesenangan, terus-terusan mencari dan mengejarnya, bagaikan tidak ada kepuasan, bagaikan kekayaan itu sudah menghambakan kehidupannya di dunia ini. Jadilah dia hamba dunia.

Seringkali apabila kesedaran timbul, manusia mencuba segala metod dan kaedah kerana BAHAGIA yang dicari hanya fartamorgana belaka. Jika yang kecewa pastilah tidak ada bahagia lagi, tetapi yang pelik, yang sudah ada segala-galanya di dunia ini juga tidak merasa BAHAGIA. Mengapa sudahkah hilang BAHAGIA di hati manusia?

Ada seorang kawan belajar pelbagai metod untuk mencari bahagia yang hilang dari jiwanya. Beliau belajar pelbagai kaedah antaranya Neuro Linguistic Programming (NLP). Itulah yang dicanang-canangkan bagaikan dia sudah lupa bahwa penganugerah BAHAGIA di jiwa manusia bukanlah kaedah ciptaan manusia tetapi ANUGERAH yang maha Esa, Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang kepada hambaNya. Bahagia itu hanya milik manusia yang hatinya sudah tidak terpaut dengan dunia, yang sentiasa merasa dirinya hamba, yang sentiasa berkasihsayang sesama manusia.

Sayang sekali, AKAL juga tidak mampu mencerna kefahaman ini, hanya hati yang sentiasa tunduk pada Allah, yang sentiasa sabar, redha, berlapang dada, yang sentiasa memaafkan sesama manusia dan tidak menzalimi sesama saudaranya sahaja yang mampu mencernakan makna KEBAHAGIAAN dalam jiwanya.

Sesunnguhnya, BAHAGIA itu satu ANUGERAH Allah setelah kita mampu mengenal diri sendiri, selalu menilik aib sendiri, bukan milik orang yang merasa diri sempurna dan serba tahu segala apatah lagi memandang hina dan selalu bersangka-sangka buruk pada orang lain.

BAHAGIA itu bukan bergantung pada apa yang kita ada dan banyaknya pemilikan kita, tetapi ia milik ALLAH yang dianugerahkan kepada kita.

Semakin banyak kita redha dan menyerahkan pemilikan kita atas niat tulus kepada Allah SWT, semakinlah kebahagiaan itu menghampiri kita.

Di hati insan yang mulia, bukan PEMILIKAN itu KEBAHAGIAAN untuknya tetapi kesedaran bahawa apa yang dimilikinya, diserahkan dan dikembalikan kepada Allah yang maha Esa.

Maka,
jika dia miskin, dia BAHAGIA,
jika dia ditimpa musibah, dia BAHAGIA
jika dia kehilangan harta, dia BAHAGIA
jika dia kehilangan kuasa, dia BAHAGIA
jika dia kehilangan pangkat, dia BAHAGIA

Begitulah makna BAHAGIA yang sebenar, jika dia kehilangan dunia, dia tetap BAHAGIA, yang ditakutinya hanyalah jika dia kehilangan IMAN dan TAQWA.

Tugu Bangsa Tembok Negara

Posted: 23 Jan 2013 07:41 AM PST

Tugu Bangsa Tembok Negara


Pembangkang Sengaja Kelirukan Rakyat Mengenai Bantuan Kerajaan - Noh Omar

Posted: 22 Jan 2013 10:25 AM PST

TANJONG KARANG - Pembangkang yang tidak senang dengan pelbagai bantuan disalur kerajaan Barisan Nasional (BN) kepada rakyat, akan sentiasa mencari helah untuk mengelirukan rakyat mengenai bantuan itu, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar.

Sehubungan itu kata beliau mereka yang menguruskan bantuan berkenaan mesti melaksanakannya sebaik mungkin bagi memastikan matlamat kerajaan untuk mengurangkan beban rakyat tercapai.

"Mereka akan buat macam-macam tuduhan seperti 'tangan kanan memberi, tangan kiri ambil semula', contohnya tuduhan kononnya kerajaan beri BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia) dan pada masa sama laksana AES (Sistem Penguatkuasaan Automatik).

"Tuduhan yang dibuat sangat tidak masuk akal," kata Noh yang juga Timbalan Pengerusi BN Selangor kepada wakil media selepas menyampaikan bantuan persekolahan RM100 kepada lebih 400 murid Sekolah Kebangsaan Sungai Terap di sini, pada hari Jumaat yang lalu 18 Januari..

Turut sama dalam menyampaikan bantuan persekolahan tersebut, ADUN Permatang, Tuan Haji Sulaiman Bin Abdul Razak.

Menurut Noh, tuduhan lain termasuk berlaku kenaikan yuran persatuan ibu bapa dan guru (PIBG) selepas kerajaan memberi bantuan RM100 kepada murid.

Politik Harian

Posted: 23 Jan 2013 03:56 AM PST

Politik Harian


Kenapa PAS Gelabah Semacam? PM Bukan Janji Undi BN Masuk Syurga...

Posted: 23 Jan 2013 02:00 AM PST


Pakatan pembangkang cukup sinonim dengan janji tidak ditepati. Kalau tidak mana mungkin orang Selangor naik angin kena kelentong dengan manifesto pilihanraya umum 2008.

Kalau di Pulau Pinang bos mereka,Datuk Seri Anwar Ibrahim tentu tak berani bunyi pasal Kampong Buah Pala. Macam nak rak punya janji nak selesaikan masalah penduduk situ. Akhirnya habuk pun tarak.


Buku Jingga menjanjikan ibarat lampu Aladin...macam-macam boleh beres dalam tempoh 100 hari pakatan pembangkang langkah masuk ke Putrajaya.

Ramai pakar ekonomi kata mengarut janji-janji itu...tapi para pembesar pakatan boleh buat muka sardin sedangkan terbantang depan mata banyak janji PRU12 tak ditunai.

Singgah di Kelantan pula macam-macam rungutan boleh dengar.

Kata orang kalau tak gabra dan tak kisah apa nak riuh.

Datuk Seri Najib Tun Razak turun ke Kelantan hari Ahad lalu bukan membawa janji undi BN boleh masuk syurga.

Makanya hairan juga tengok kalangan pemimpin PAS kini tak ubah macam cacing kepanasan gara-gara janji Perdana Menteri untuk laksanakan tujuh projek mega di Kelantan bagi memajukan negeri itu jika kerajaan BN mendapat mandat pada PRU13.

Macam-macam mereka kata pada Datuk Seri Najib Tun Razak kononnya tidak ikhlas, rasuah politik, gula-gula pilihanraya termasuk dakwaan janji
itu meniru program dirancang kerajaan Kelantan.

Najib dalam lawatannya Ahad  mengumumkan tujuh projek besar merangkumi pembinaan Lebih Raya Kuala Krai-KB, pembinaan stadium baru, masjid terbesar dan perumahan rakyat dengan peringkat permulaan membabitkan 3,000 unit.

Projek lain, adalah mewujudkan sistem pengangkutan Rapid Kota Bharu, pembinaan kampus bandar Universiti Teknologi Mara dan menjanjikan untuk menyelesaikan masalah air.

Antara yang panas telinga dan tidak senang duduk macam cacing kepanasan adalah Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Exco kerajaan negeri Datuk Husam Musa, naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayob.

Turut memperkecilkan pengumuman itu adalah Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan dan ahli parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli.

Malangnya, pemimpin-pemimpin PAS terbabit lupa bahawa merekalah yang janji macam-macam pada rakyat Kelantan dan juga orang luar termasuk janji syurga jika menyokong PAS.

Nik Aziz yang juga Mursyidul Am parti itu tentu masih ingat tentang kontroversi pasal itu sehingga beliau menafikan pernah janji demikian.

Husam yang juga Naib Presiden PAS kena ingat macam-macam janji pernah dibuatnya sebagai anggota Exco tetapi gagal dilaksanakan.

Malah ada blogger minta beliau jawab 22 janji yang kerajaan PAS Kelantan gagal tunaikan.

Jadi kerana mereka berjanji dan tak mampu tunaikan maka mereka fikir Najib juga tak mampu berbuat demikian.

Sebenarnya, sudah 23 tahun Kelantan di bawah pemerintahan PAS dan kalau mereka nak tunaikan janji termasuk bina lebuhraya Kota Bharu – Kuala Krai, mereka sudah buat!.

Sudah 23 tahun juga Kelantan di bawah PAS dan kalau mereka nak tunaikan janji beri air bersih pada rakyat negeri Cik Siti Wan Kembang itu, mereka sudah buat!.

Sudah 23 tahun juga Kelantan di bawah PAS yang ,mendapat jolokan Serambi Mekah dan kalau mereka nak bina masjid terbesar di negeri itu, mereka sudah buat!.

Tetapi usahkan masjid terbesar, malah khabarnya hanya sebuah masjid dibina dalam tempoh itu.

Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali turut menyelar kegagalan PAS Kelantan menyediakan kemudahan kepada rakyat di negeri itu sebaliknya pemimpin parti itu menuduh macam-macam kepada Najib yang ingin membawa kemajuan di negeri itu.

Kata Presiden JATI itu, dalam masa 23 tahun , kalau kerajaan PAS Kelantan bina 50 kilometer lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai setahun, sudah lama siap.

"Kalau nak selesai masalah airpun sudah lama boleh kerana Kelantan banyak punca air termasuk bukit dan gunung sebagai tempat tadahan air untuk disalur kepada rakyat.

"Tetapi itu tidak berlaku. Sampai sekarang air macam teh tarik, kopi susu dan sebagainya. Ini saya rasa tak kena dan mesti ada penyelamatnya," katanya kepada Agendadaily.

Menurut bekas Exco dan kini Adun Bebas Gombak Setia, jika 23 tahun mereka gagal laksanakan, jika diberikan lima tahun lagi tentunya gagal juga.

"Apabila Perdana Menteri janji tujuh perkara dan jika pemimpin PAS kata itu rasuah politik, rakyat kelantan kena terimanya dengan dada terbuka. Rakyat Kelantan kena bezakan.pimpinan PAS yang ada dengan tawaran Perdana Menteri itu," ujarnya.

Katanya, kalau rakyat Kelantan merasakan pimpinaan PAS yang ada boleh gerakkan kelantan selepas 23 tahun yang tidak nampak hasilnya, saya serahkan kepada rakyat kelantan.

"Tetapi saya yang pernah terbabit soal pembangunan kecil dan besar dalam sejarah profesional, menyeru rakyat Kelantan terima tawaran Perdana Menteri," katanya.

Bagi Dr Hasan senang saja kerana kerajaan PAS Kelantan tidak dapat cari sumber untuk buat semua itu walaupun masih banyak sumber bagi menjana ekonomi negeri itu.

Katanya, kerajaan PAS Kelantan semakin kalut dan kedatangan Najib adalah untuk keluarkan rakyat negeri itu daripada kemelut tersebut.

Kesimpulannya pemimpin PAS Kelantan dan Pusat semakin fobia dengan kebangkitan BN selepas tsunami 2008.

Apatah lagi dengan tema Janji di Tepati – mereka tentu bimbang dan kecut perut jika rakyat Kelantan beralih sokongan kepada BN dalam PRU 13. -Agendadaily

Himpunan Sokong Saman Bar Council Tegang!

Posted: 23 Jan 2013 01:00 AM PST


OPS sapu Bar Council oleh Kelab Warisan Malaysia (KERIS) bersama 13 Pertubuhan bukan Kerajaan berlangsung didalam suasana yang tegang..

Berlaku sedikit kekecohan apabila pendemo tidak di benarkan masuk ke Kompleks Mahkamah... dan ada diantara mereka mengegar pintu masuk yang dirantai oleh PDRM.

Serta kedengaran laungan "kami tidak boleh masuk tapi PKR boleh pula".




Kehadiran hampir 1,000 orang di luar Kompleks Kehakiman Jalan Duta pagi tadi menandakan simbol sokongan rakyat terhadap seorang peguam, Khairul Azam Abdul Aziz yang menfailkan saman terhadap majlis peguam tersebut tahun lalu.

Khairul Azam sebelum ini menfailkan saman terhadap majlis tersebut ekoran proses mesyuarat agung tergempar yang dikatakan tidak mengikut perlembagaan tubuh dan undang-undang majlis itu.

Perkara ini bukan suatu yang baru apabila majlis tersebut dikatakan sewenang-wenangnya memanipulasi perjalanan proses demokrasi termasuk pemilihan ahli majlisnya setiap tahun dan perkara ini turut diakui oleh seorang ahli majlis peguam yang lain iaitu Abu Backer Sidek.

Antara lain yang menjadi misteri perjalanan sistem demokrasi pemilihan anggota majlis peguam ini adalah sistem undi posnya.

Walaupun dibelenggu kemelut penyalahgunaan kuasa sewaktu proses pemilihan anggota majlisnya, beberapa individu yang memegang teraju majlis tersebut berterus-terusan menyerang kerajaan Barisan Nasional (BN) serta Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang dituduh mereka menipu bagi memastikan kemenangan ke atas BN.




Sila klik di sini untuk lihat video dan gambar lagi...

Khalid Ibrahim Terus Gagap... Janji-Janji Manifesto Hanya Tong Kosong! Ekkkk!

Posted: 23 Jan 2013 12:00 AM PST


Khalid Gagap yang merupakan MB Selangor telah melakukan tindakan yang amat memalukan malah mencemar integriti sebagai seorang pemimpin yang kononnya berjiwa rakyat.

Terdahulu sebanyak RM10.9 Juta wang peruntukan dijanji akan diberikan khas buat kesemua golongan ibu tunggal di Negeri tersebut namun gagal dilaksanakan.  Kemana hilangnya wang itu!
Inilah wajah-wajah pemimpin Pakatan pembangkang cukup sinonim dengan janji tidak ditepati. Kalau tidak mana mungkin orang Selangor naik angin kena bohong dengan manifesto pilihanraya umum 2008.

Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini menolak permohonan Kerajaan Negeri Selangor dan Menteri Besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk membatalkan tuntutan 2,020 ibu tunggal di Selangor, yang difailkan terhadap November lalu.

Tuntutan itu ialah berhubung kegagalan kerajaan negeri dan Khalid melaksanakan janji untuk memberi elaun kepada semua ibu tunggal di Selangor seperti yang dijanjikannya dalam manifesto pilihan raya umum 2008.

Hakim Datuk Yaacob Md Sam membuat keputusan itu atas alasan permohonan plaintif mempunyai asas untuk membuat tuntutan.

PRU 13 Nyahkan PR di Bumi Selangor!! Rakyat Selangor tidak termakan dengan janji Manifesto Tong Kosong!!!

Anwar Ibrahim - PR Benarkan Bible Guna Kalimah Allah!

Posted: 22 Jan 2013 11:00 PM PST


Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegaskan, perikatan pembangkang itu tetap dengan pendirian yang diputuskan oleh Majlis Pimpinan Presiden 8 Januari lalu bersabit isu penggunaan kalimah ALLAH dalam Bible versi bahasa Melayu.

Meskipun begitu kata Anwar, pihaknya tidak menolak untuk mengadakan sebarang perbincangan susulan berikutan keputusan Majlis Syura Pas.

"Boleh, kenapa tak boleh bincang. Tapi setakat ini tidak timbul. Setakat ini, ini pendirian Pakatan Rakyat berdasarkan kenyataan yang dibentangkan oleh Hadi Awang dalam mesyuarat Pakatan Rakyat yang lalu (8 Januari)," kata beliau pada sidang media di ibu pejabat PKR di sini, hari ini.

Awal minggu lalu, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggesa semua pihak termasuk pimpinan PR menerima keputusan Majlis Syura bahawa kalimah ALLAH tidak boleh digunakan oleh bukan Islam.

Nik Aziz berkata, perkara itu tidak perlu ditimbulkan semula setelah Majlis Syura menetapkan larangan penggunaan kalimah yang eksklusif bagi orang Islam itu diterjemahkan mana-mana kitab agama bukan Islam kerana salah dari segi maknanya.

Majlis Syura membuat keputusannya pada mesyuarat 13 Januari.

Menurut Anwar, pihaknya bagaimanapun tetap dengan kenyataan yang dibentangkan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini di mana kalimah ALLAH boleh digunakan selagi ia tidak disalahgunakan.

"Soal isu ALLAH ini saya baca dengan teliti keputusan Majlis Syura Pas. Kita juga baca dan bincang kenyataan yang dibentang oleh Hadi Awang di awal dalam Majlis Pakatan Rakyat.

"Kita dalam Pakatan Rakyat apabila membaca kenyataan Hadi Awang, pertama dengan tidak melarang penggunaan tetapi menegur penyalahgunaannya, menyatakan keprihatinan, kalau ia boleh mengelirukan. Kita tidak ada masalah dalam hal demikian," ujarnya.

Nota: Kalau PAS benar-benar jantan dan bermaruah, sudah lama mereka tinggalkan PR dan tidaklah termalu sendiri dengan pendirian flip flop Mursyidul Am dan Presiden PAS sekejap patuh kehendak PR dan kemudiannya bila teruk dikecam khalayak barulah menyerahkan keputusan selanjutnya kepada Majlis Syura pula.

Antara kemahuan politiknya utk kekal dengan PR dan kesucian kalimah Allah s.w.t yang wajib dipertahankan, telah meletakkan PAS dalam keadaan tersepit dan terhimpit. Inilah bahananya apabila satu kerjasama politik yang longgar hanya ditemukan dengan titik persamaan berkongsi musuh yang sama sahaja.

PAS Bakal Keluar Dari Pakatan Haram... PAS Pijak Bendera DAP di Penang!

Posted: 22 Jan 2013 10:00 PM PST

Sekumpulan anggota akar umbi PAS memijak bendera DAP di Pulau Pinang di hadapan pejabat Pengerusi DAP.

Retak menanti belah, itu sahaja kata-kata yang dapat menggambarkan hubungan antara parti di dalam Pakatan Rakyat. Tiada apa yang perlu dihairankan, sejak dari mula lagi pakatan tiga Parti ini tidak ada kata sepakat dalam banyak perkara. Daripada sekecil-kecil perkara, kepada sebesar-besar isu pasti ada perselisihan faham antara mereka.





Bernama – Sekumpulan anggota akar umbi PAS di Pulau Pinang berhimpun di hadapan pejabat Pengerusi DAP Kebangsaan Karpal Singh di sini, bagi membantah kenyataannya mempertikai keputusan Majlis Syura PAS berhubung isu kalimah Allah.

Perhimpunan lebih sejam di Jalan Green Hall yang disertai anggota PAS dari kawasan Tanjong dan Bagan Ajam itu diketuai Pengerusi Tetap PAS kawasan Tanjong Zaidi Abu Bakar.

Mereka turut membawa sepanduk dan kain rentang yang memaparkan antaranya "Kalau Hang (Karpal) Nak Lawan Ulama Kami Langkah Mayat Kami Dulu", "Orang Melayu Jangan Undi Karpal", "PAS Wajib Keluar PR", "Kami Pertahankan Majlis Syura Ulama" dan "Karpal + Azmin Tidak Hormat Dasar PAS".

Mereka turut memijak bendera DAP.

Sementara itu, Zaidi dalam ucapannya berkata Karpal tidak berhak mencampuri urusan agama Islam dan mesti menghormati keputusan Majlis Syura yang dikaji ulama PAS selaras tuntutan syariat.

"Pada mulanya ada pemimpin PAS buat kenyataan tersasar tetapi setelah ada keputusan dari Majlis Syura Ulama, semuanya telah capai kata sepakat jadi Karpal jangan masuk campur dan keruhkan keadaan," katanya.

Beliau juga mendakwa kebanyakan anggota PAS di Pulau Pinang kecewa dengan kepimpinan PAS negeri yang hanya berdiam diri dengan kenyataan Karpal itu.

Sementara itu, bekas Ketua Pemuda PAS negeri Mohamed Hafiz Mohamed Nordin menyifatkan Pesuruhjaya PAS negeri Datuk Salleh Man dan Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam negeri Datuk Abdul Malik Abul Kassim bersekongkol dengan Ketua Menteri Lim Guan Eng.

"Mereka ini terlalu berhati-hati keluar pendapat demi menjaga hati pakatan rakyat berbanding jaga kalimah Allah. Dah tiba masanya PAS tinggalkan pakatan jangan jadi pengecut," katanya.

Beliau berkata kedua-dua orang pemimpin itu langsung tidak boleh diharap untuk membela kepentingan umat Islam di Pulau Pinang.

Karpal pada sidang medianya baru-baru ini berkata beliau akan memujuk Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang agar mengkaji semula pendirian Majlis Syura Ulama PAS yang memutuskan kalimah Allah tidak boleh diguna orang bukan Islam termasuk Bible bahasa Melayu.

Katanya pendirian Majlis Syura itu bercanggah dengan keputusan yang dicapai pemimpin pakatan pembangkang termasuk Abdul Hadi dan Mursidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 8 Jan lalu lalu yang bersetuju dan menyokong cadangan Lim yang mendesak kerajaan pusat membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam Bible bahasa Melayu.

Mat Sabu Sahkan Anwar Perdana Menteri Mah....

Posted: 22 Jan 2013 08:00 PM PST


Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dalam kenyataan medianya mengesahkan partinya menerima Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri (PM) sekiranya pakatan pembangkang berjaya menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13.




Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan ahli Pas keluar dari Stadium Merdeka pada 12 Januari lalu ketika Anwar memulakan ucapan.

"Dakwaan bahawa (ahli PAS) keluar adalah tidak benar. Lebih-lebih lagi ketika beliau (Anwar) memberikan ucapan. Saya tidak pasti bagaimana mereka mendakwa seperti itu.

"Saya lihat sendiri mereka tunggu sehingga habis ucapan semua pemimpin di dalam stadium tempoh hari. Malah jika alasannya kerana Anwar jadi PM sehingga timbulkan implikasi ahli-ahli sehingga mereka keluar ketika ucapannya itu tidak benar. PAS terima Anwar sebagai PM," tegas beliau.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, PAS kekal dengan persetujuan yang dibuat dalam Pakatan Rakyat, bahawa Anwar akan menjadi Perdana Menteri jika gabungan itu menang dalam pilihanraya umum nanti.

Kenyataan terbaru Mat Sabu itu mengesahkan dakwaan C.N Al-Afghani dalam bukunya, "Kafirkah Aku?" yang mendedahkan pada 18 Disember 2009 wujud perjanjian sulit di antara Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI).

Dalam perjanjian sulit itu, selain Pas bersetuju menggugurkan perjuangan Negara Islam dan pelaksanaan hudud, Pas yang diwakili Presidennya, Hadi Awang juga turut bersetuju melantik Anwar sebagai PM.

"Tidak ada seorang pun ahli Pas sebelum 2008 mahu PM selain Datuk Seri (Abdul Hadi) andainya PR menguasai Putrajaya pada PRU 12 dulu. Ahli-ahli Pas berkorban semata-mata menjuruskan kepada cita-cita itu.

"Bagaimanapun, cita-cita yang menggunung ini berkecai apabila Datuk Seri selaku Presiden Pas turut bersetuju untuk memilih DSAI sebagai PM jika PR menguasai Putrajaya dalam PRU 12 yang lalu.

"Hal ini diakui oleh Lim Kit Siang, KM Pulau Pinang, ketika sesi debat dengan Chua Soi Lek, Presiden MCA pada 8 Julai 2012 yang lalu," dedahnya.

C. N. Afghani, nama pena kepada Zainon Ismail yang juga bekas Exco Dewan Pemuda PAS Kedah berkata, pencalonan Ketua Umum PKR itu bertentangan dengan prinsip moral Anwar yang disebarkan di kalangan ahli-ahli Pas sebelum ini.

"Sebelum DSAI dipecat, Mohamad Sabu sering menyentuh isu liwat DSAI. Antara istilah yang pernah disebutnya adalah 'DSAI buka kilang kunyit' dan juga menggelar DSAI sebagai 'Anwar Al-Juburi'.

"Sehingga kini Mohamad Sabu tidak pernah menarik balik ucapannya. Pas pusat juga tidak pernah mengambil apa-apa tindakan terhadap kenyataan Mohamad Sabu itu.

"Ini bermakna Pas pusat mengakui kebenaran dari ucapan Mohamad Sabu. DSAI sememangnya terlibat dalam kes liwat pertama dahulu. Kalau tidak benar, Mohamad Sabu wajib tarik balik ucapanya dan memohon maaf kepada DSAI," dedahnya lagi.-AIDC

Pro-Anwarinas Kepanasan... Nasha Iringi DS Najib Di Gaza!

Posted: 22 Jan 2013 06:00 PM PST

Ustaz Nasha yang juga ahli Majlis Syura Pas menjadi pegawai pengiring kepada YAB PM. 

Perdana Menteri Malaysia, DS Najib Tun Razak bersama Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh berdoa dihadapan bangkai kereta Almarhum Ahmed Al-Jaabari yang terbunuh akibat dibom oleh Israel.

Melihat gambar orang kuat PAS yang berada disisi Perdana Menteri DS Najib Razak membuatkan golongan Pro-Anwarinas bagaikan cacing kepanasan... sudah pasti rancangan untuk menyingkirkan bekas Timbalan Presiden, Nasharudin Mat Isa daripada parti itu akan menjadi kenyataan nanti....

Dibawah ugutan dari blogger Pro-Anwarinas yang mahu Ustaz Nasha di pecat dari parti PAS dengan segera kerana risau ianya akan memberi implikasi besar sebelum pilihanraya.

Petikan dari blogger hamPAS wasukalu.com 

Terdahulu Nasharudin tampil mengeluarkan kenyataan agar parti itu mengkaji semula kedudukan dalam Pakatan Rakyat selepas mendakwa DAP secara konsisten menentang pelaksanaan undang-undang Islam yang dicadang PAS.

Sejak isu tersebut tercetus, mereka tidak henti-henti berusaha dengan memberi pelbagai tekanan kepada golongan ulama yang menggangotai masjlis syura untuk memecat Nasharudin.

Bagaimanapun tekanan berkenaan tidak berhasil biar pun mereka dikatakan meminta bantuan seorang pemimpin kanan PKR bertemu dengan seorang pemimpin kanan PAS.

Ustaz Nasha juga hampir dipecat gara-gara mengiringi DS Najib ke Mekah.

Kali ini kita tunggu dan lihat... apakah nasib yang akan berlaku selepas Ustaz Nasha pulang ke Malaysia nanti...

PM Tawar Bantu Satukan Fatah Dan Hamas

Posted: 22 Jan 2013 05:00 PM PST


GAZA CITY: Malaysia menawarkan bantuan untuk menyatukan kedua-dua kumpulan Palestin Fatah dan Hamas yang bertelagah.

Perdana Menteri Malaysia yang pertama melawat Palestin, Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan sokongan itu mengenai rancangan perdamaian bagi menamatkan perpecahan antara dua pergerakan Palestin.

"Sebuah kerajaan perpaduan adalah bersama antara satu sama lain," kata Perdana Menteri selepas dianugerahkan Ijazah Kehormat Kedoktoran oleh Universiti al-Aqsa di Timur Jerusalem pada Selasa.

Beliau berkata, keamanan dan kemakmuran hanya boleh dicapai melalui perpaduan, kepercayaan yang diperkukuhkan oleh kejayaan Malaysia dalam memudahkan perbincangan di Selatan Filipina bagi menamatkan konflik selama empat dekad yang mengorbankan lebih 120,000 orang.

"Sekiranya diperlukan, kita bersedia untuk menawarkan anda manfaat daripada pengalaman itu.

"Malaysia, sentiasa bersahabat dengan orang Palestin, bersedia untuk membantu memudahkan rancangan perdamaian dengan apa cara yang boleh kita lakukan," katanya.

Perbalahan antara dua kumpulan pada 2007 membawa kepada Tebing Barat yang ditadbir oleh Fatah dan Gaza oleh Hamas.

Kedua-dua pihak menandatangani rancangan perdamaian yang dianjurkan oleh Mesir pada Mei 2012.

Najib, yang berada di Gaza sempena lawatan kemanusiaannya, berkata komitmen kepada resolusi aman kepada isu Palestin adalah jelas.

"Kami berhasrat untuk melihat kemerdekaan, penyatuan Palestin, keamanan dan keselamatan yang mana semua orang di dunia ini berhak menikmatinya.

Menggambarkan dirinya sebagai sahabat Palestin, beliau memberi penghormatan kepada rakyat Malaysia atas komitmen perjuangan mereka.

"Ini adalah rakyat saya yang keluar menawarkan bantuan, yang memberi apa yang mereka boleh untuk membantu rakyat di sini, yang sentiasa memikirkan rakyat Palestin yang tidak berdosa setiap kali berlakunya keganasan di sini," kata Najib.

Beliau berkata, komitmen itu boleh dilihat dalam sumbangan dana dan bekalan perubatan dalam misi kebajikan rakyat Malaysia dan mereka ke Palestin untuk memberi bantuan.

Terdahulu, Najib melintasi sempadan Mesir untuk memasuki Gaza menggunakan jalan darat, ditemani oleh isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, menemui Perdana Menteri Palestin di Gaza, Ismail Haniyeh.

Kedatangan Najib disambut secara rasmi, meletakkan batu asas untuk membina semula bangunan pentadbiran Gaza yang musnah semasa serangan Israel pada November tahun lepas sebelum melawat sekolah atas usaha Malaysia.

Najib dan Rosmah kemudian berlepas ke Kaherah di mana Perdana Menteri bertemu dengan Presiden Mesir, Mohamed Morsi.

Malaysia dan Mesir menandatangani perjanjian kerjasama ekonomi yang komprehensif.

Perdana Menteri akan meninggalkan Kaherah pada Rabu untuk ke Davos di Switzerland bagi menghadiri Forum Ekonomi Dunia.-Mstar

Gambar DS Najib Tiba di Gaza, PM Malaysia Pertama Lawat Palestin @NajibRazak

Posted: 22 Jan 2013 07:27 AM PST

PERDANA Menteri, Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor diiringi Perdana Menteri kerajaan Hamas di Gaza, Ismail Haniyeh pada Majlis Sambutan Perdana Menteri di Rafah di Gaza, Palestin hari ini. Najib merupakan Perdana Menteri Malaysia yang pertama menjejak kaki di bumi Palestin setelah melakukan lawatan kemanusiaan ke Gaza hari ini.








GAZA 22 Jan. - Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri Malaysia yang pertama menjejak kaki di bumi Palestin apabila beliau mengadakan lawatan kemanusiaan ke Gaza hari ini.

Najib tiba di kawasan sempadan Rafah di wilayah Palestin kira-kira 10.40 pagi (waktu tempatan) atau kira-kira (4.40petang waktu Malaysia).

Ketibaan Najib disambut Perdana Menteri kerajaan Hamas di Gaza, Ismail Haniyeh, di kawasan sempadan.

Lagu kebangsaan Malaysia, Negaraku, dan Palestin berkumandang selepas itu.

Najib juga memeriksa kawalan kehormat Pasukan Polis Palestin.

Sebelum itu, Najib menempuh perjalanan sejauh 55km dari lapangan terbang El-Arish di Mesir ke kawasan sempadan Rafah.

Selepas memeriksa kawalan kehormat, Perdana Menteri dan Ismail mengadakan perbincangan di Pusat Pemeriksaan Imigresen Rafah.

Di Gaza, Najib dijadual melawat sekolah yang dibiayai rakyat Malaysia, Al Madrasah Al Malaziah, sebelum melawat tapak pembinaan pejabat baharu untuk Ismail. Pejabat lama Ismail musnah semasa serangan Israel pada November tahun lepas.

Kemudian, Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor akan menghadiri majlis jamuan tengah hari yang dihoskan Ismail di Hotel Movenpick sebelum melawat Universiti Al-Aqsa, di mana Najib akan dianugerahkan Ijazah Kehormat Kedoktoran.

Selepas itu, Najib akan berlepas ke Kaherah dan mengadakan kunjungan hormat terhadap Presiden Mesir Mohamed Morsi.

Perdana Menteri, yang sedang dalam rangka lawatan kerja tiga hari ke Mesir, dan isteri, tiba di Kaherah 9 malam tadi, waktu tempatan. - Bernama

Video Yang Buat Pemimpin PAS Panas Terbakar!

Posted: 22 Jan 2013 06:00 AM PST


Penasihat Agama Menteri Besar Terengganu, Mohd Kamal Saidin Berkata derma jihad oleh PAS ibarat air hujan naik ke langit... Beliau yang terkenal dengan panggilan Ustaz Kamal Saidin menjelaskan sepatutnya rakyat tidak perlu menderma kepada pemimpin PAS... Apa yang dibuat oleh PAS hanya semata-mata untuk derma Pilihanraya untuk menjatuhkan kerajaan, bukan untuk perjuangan yang berlandaskan Islam.

Maksud beliau pemimpin PAS pi ceramah dengan kereta mewah minta derma dari rakyat tetapi pemimpin BN jika turun padang mereka menghulurkan bantuan kepada rakyat!


Video ini boleh buat pemimpin PAS panas terbakar... video url: http://youtu.be/g0O9Z1TJNFE

Bila Majlis Syura PAS Nak Kaji Semula Hubungan Dengan “Kafir Harbi”?

Posted: 22 Jan 2013 05:00 AM PST


Sebagaimana yang kita maklum, Pengerusi DAP, Karpal Singh telah memanggil media baru-baru ini bagi menyuarakan "arahan" terbarunya kepada PAS untuk menarik balik keputusan melarang penggunaan kalimah "Allah" di dalam Bible versi bahasa Melayu untuk edaran Semenanjung.

Bagi Karpal, keputusan PAS itu tidak senada dengan kehendak dan keputusan "Majlis Syura" Pakatan Haram yang turut disokong oleh Pak Syiekh Anwar Ibrahim "Al-Liwati" dan "Khalifah" Lim Guan Eng "Abdul PASpispus"!



Jadi, dia menggesa agar PAS bermesyuarat kembali dan membuat keputusan yang tidak bertentangan fatwa "Majlis Syura" Pakatan Haram itu atau PAS akan dilihat sebagai "liabiliti" gabungan pembangkang itu pada PRU ke-13 nanti.

Itulah bezanya hubungan DAP dengan PAS. Sebuah hubungan "terlarang" yang "dihalalkan" bagi maksud merebut kuasa politik yang berbentuk duniawi dengan terang-terangan bercanggah dengan kalamullah.

Mungkin disebabkan itulah maka timbul istilah "kafir harbi" dan "kafir zimmi" yang kononnya dikatakan tidak wujud di dalam Islam oleh para ulama PAS.

Dulu, PAS mengkafirkan jutaan umat Islam yang menyokong UMNO kerana bersekutu dengan MCA, MIC, Gerakan, PPP dan banyak lagi parti yang majoritinya disertai oleh golongan bukan muslim.

Setidak-tidaknya, parti-parti komponen BN itu begitu menghormati dan memahami kedudukan Islam serta kepentingannya di negara ini. Mereka rela hati bekerjasama tanpa mempersoal keistimewaan dan dasar kepentingan Islam di negara ini.

Namun kini, PAS pula bersekutu dengan sebuah parti yang begitu terkenal dengan sifatnya yang menentang dasar perlembagaan, mencabar keistimewaan Islam dan masyarakat bumiputera di negara ini.

Kalaulah DAP boleh dengar kata dan menurut dasar PAS, tak mengapalah juga. Tapi terbaliklah pula! PAS pula yang terpaksa mendengar, menurut perintah dan kehendak DAP bagi mengekalkan hubungan "tahaluf siyasi" mereka.

Dalam ertikata lain, PAS hanyalah "Pak Turut" yang menjadi "buah catur" kepada DAP dan PKR dalam sebarang dasar Pakatan Haram. Lihat dan semaklah buku jingga. Jangan terkejut jika tiada langsung diperkatakan tentang kepentingan dan kedaulatan Islam di dalamnya…

Saya tertanya-tanya, apa yang PAS dapat dalam persahabatannya dengan "syaitan-syaitan" itu selepas 5 tahun, sejak tahun 2008? Kuasa? Kuasa apa yang mereka dapat? Dasar PAS dilaksanakan di negeri-negeri Pakatan Haram? Langsung tak ada..!

Persoalannya, tak malukah pak-pak lebai dan mak-mak aji itu menyokong DAP dan Anwar Ibrahim yang terkenal dengan salah laku moralnya itu? Golongan yang mencabar Islam dan tidak berakhlak itu yang mereka sokong? Di mana maruah puak-puak PAS itu?

Hanya kerana gilakan kuasa politik, PAS sanggup menggadai kepentingan Islam. Dan tidak hairanlah jika mereka sanggup juga mengadai maruah parti mereka demi memenuhin nafsu ingin berkuasa mereka itu, bukan?

Saya tertunggu-tunggu, beranikah PAS menurut kehendak Karpal dalam isu kalimah "Allah" ini? Jika PAS menurut kehendak DAP, maka saya yakin bahawa PAS akan kehilangan Datuk Dr. Harun Din, Ustaz Harun Taib dan sebilangan besar ulama di dalam parti itu.

Atau, apakah Karpal setuju untuk membenarkan PAS mengekalkan keputusan parti itu sekaligus melambangkan pepecahan dasar gabungan Pakatan Haram yang jelas tidak sekata, berbeza dasar dan tidak sebulu dalam banyak perkara?

Persoalan utama untuk PAS, bila Majlis Syura nak kaji semula hubungan PAS dengan DAP? Nak tunggu Islam dan kepentingannya diranapkan DAP dulu dan kemudian baru nak kaji? Rasanya sudah terlambat… -MYKMU

bumiyang

Posted: 23 Jan 2013 03:40 AM PST

bumiyang


Ustaz Nasha Bekas Timbalan Presiden Pas Iringi Lawatan Najib di Gaza.

Posted: 22 Jan 2013 05:36 PM PST

Najib Kini di Gaza.

Posted: 22 Jan 2013 07:34 AM PST

Ohpolitik!™

Posted: 23 Jan 2013 03:28 AM PST

Ohpolitik!™


#RCISabah Konfrem AnwarBerahim TERLIBAT!!

Posted: 22 Jan 2013 11:22 PM PST



Sungguh, aku pun yakin, Anwar Ibrahim memang maklum pasai skandal bagi IC kepada warganegara asing di Sabah.

Takkan la sebagai bekas orang nombor dua dalam Umno dan Kerajaan masa tu taktau satu projek yang besar macam tu. Tambah-tambah pulak projek tu adalah projek politik Umno di Sabah dan memang Anwar Ibrahim masa tu memang 'berkuasa' di Sabah.

Kalau pun mungkin dia tak dimaklumkan secara rasmi aku cukup yakin dia tentu punya dimaklumkan secara tak rasmi. Teruk sangat la kalau Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Presiden Umno dan Timbalan Perdana Menteri tapi maklumat projek besar macam tu langsung dia takdak maklumat.

Aku cukup yakin Anwar tau pasai projek celaka ni, kalau pun dia tak terlibat, sebagai orang no dua dalam Umno Anwar Ibrahim memang bersalah. Tapi sebagai pemimpin Umno memang macam tu cara depa berpolitik.

Apa pun, Anwar Ibrahim secara terbuka menafikan dia terlibat dan bersedia untuk mengadap Suruhanyaja Siasatan Diraja (RCI).


Allah : Apakah Pendirian PAS Masih Lagi Bersama Pakatan?

Posted: 22 Jan 2013 07:13 PM PST

Kita kena jelas berkenaan isu Penggunaan Nama Allah ini : 

PERTAMA : Kalimah ALLAH boleh digunakan dalam Bible versi Bahasa Melayu

KEDUA : Masyarakat bukan Islam yang menghadiri majlis keramaian dan ceramah Pas tidak dihalang untuk menyebut Allahuakbar (contoh), kerana itu adalah hak mereka

KETIGA : Bakal menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat terutama anak muda kita


Bagi mereka yang menyokong atau bersekongkol dengan PAS, Sila nyatakan di komen di bawah, Apakah pendirian PAS yang kononnya Parti Islam ini.


anakbukitgantang says

Posted: 23 Jan 2013 03:07 AM PST

anakbukitgantang says


Diversion- kerana balak dan Kalimah Allah, Sharifah Zohra jadi mangsa!

Posted: 22 Jan 2013 11:37 PM PST


Kepada semua pembaca, saya meminta supaya berfikiran rasioanal.

 
DAP tak dapat menepis isu pemberian 10,000 hektar tanah di Kelantan sebagai rasuah bagi membolehkan Nizar Jamaluddin menjadi MB Perak selama 11 bulan. Tambahan lagi isu itu melibatkan naseb 70 peneroka tanah berbangsa Melayu berugama Islam yg akan hilang tempat tinggal dan hilang kebun kelapa sawit walaupin telah diusahakan hampir 20 tahun. Rujuk Tanah Tuhan dan Balak untuk Ngah dan Ngeh
 
                Pemindahmilikan tanah dari Yayasan Islam Kelantan kepada Ngah dan Ngeh.
 
Di Bawah Akta Hutan 1960 Hutan Simpan hanya boleh diterokai jika mempunyai kepentingan awam. Yayasan Islam Kelantan mempunyai locos standi bila mengambil Hutan Simpan tersebut. Tapi bila tanah dipindahmilik dari YIK kepada orang kafir harbi Nagh dan Ngeh, maseh adakah  kepentingan awam  untuk rakyat Kelantan dan Malaysia? Rujuk kesalahan di bawah Akta Perhutanan Negara (Akta 313) 1984 Akta 313

Isu ini cukup panas dan tak dapat ditepis DAP.  Maka DAP Divert isu tersebut dengan Kalimah Allah. Yang terkena tempias ialah PAS
 
PAS yg merasa panas kerana isu Kalimah Allah belum dapat menangkis dengan baik. Tambahan lagi isu Amanat Hadi Awang yg jelas salah mengkafirkan umat Islam maseh berbahang. Di Tambah lagi pendedahan buku Kafirkan Aku dan Airmata Memali oleh Cikgu Non CN Al Afghani menyebabkan PAS kepanasan kerana semua ini berlaku berpunca dari AKIDAH PAS yg mujassimah al wahabiyah. Orang Islam takkan mengkafirkan saudara seIslam yang lain kerana hak masuk syurga dan neraka semata mata dengan rahmat Allah. Lupakah PAS bahawa Hadis Sahih Bukhari " bila orang Islam menuduh saudara seIslam kafir sedangkan saudara maseh Islam, maka tuduhan tersebut akan berbalik kepada yang menuduh"
bila orang Islam menuduh saudara seIslam kafir sedangkan saudara maseh Islam, maka tuduhan tersebut akan berbalik kepada yang menuduh
 
  
 Dalam kepanasan maka datanglah idea menepis. PAS memang pakar dalam bab ini. Kebetulan video Sharifah Zohra vs Bawani jadi hit sensation di youtube. Maka semua permasalahan party PAS dan DAP di divert kepada Sharifah Zohra
 

 
Rujuk minit 4.14 di mana Sharifah mendapat tepukan dan sokongan dari UUM -sokongan sisiwa padu di belakang Sharifah Zohra
 
Kepada rakyat Malaysia, saya mohon gunalah pemikiran kritis.
 
Isu utama yang mencabar umat Islam kini ialah;
 
1- Penggunaan Kalimah Allah oleh kafir yg dibenarkan PAS sepatutnya tak berlaku. Ini akan sebab lebih banyak umat Islam mudah diMURTADkan
 
2- Isu bible dalam bahasa Melayu. Kesemoatan ini tidak akan timbul jika isu Kalimah Allah tidak dipopularkan oleh sect PAS yang berfikiran Liberalisme dan Pluralisem seperti Khalid Samad, pegawai Institut Kajian Dasar (IKD) dan think tank Anwar Ibrahim
 

 
                             Kalimah Allah digunakan untuk menghalalkan  kuasa politik
 
 
3-Isu pemilikan tanah oleh peneroka Islam di Kelantan. Umat Islam perlu menguasai ekonomi, Ingatlah Hadis Rasulullah s.a.w yang bersabda;
Kepapaan itu hampir-hampir membawa kepada kekufuran.
Hadis ini menjelaskan bahawa sering kali orang menjadi kufur kerana tekanan-tekanan ekonomi dan kesulitan untuk memperoleh rezeki. Orang yang asalnya baik akan berubah menjadi tidak amanah.

Oleh itu Islam mewajibkan setiap umatnya agar bekerja keras dan berusaha mencari rezeki demi membela diri mereka daripada kemiskinan dan kekufuran. Islam menilai orang yang bekerja kerana Allah  dan berusaha untuk memajukan diri supaya megelakkan dari kufur  itu sebagai jihad. Islam juga menyuruh semua pemimpinnya AMANAH supaya kek ekonomi dapat diberikan dengan saksama kepada semua rakyatnya

Allah menjadikan bumi dan isi kandungannya semata-mata untuk manusia, tetapi manusia tidak akan dapat menikmati sepenuhnya melainkan berusaha untuk menjadi hamba Allah yang AMANAH dan BERUSAHA.


Bekerja mencari rezeki dan meningkatkan ekonomi rakyat sepatutnya bukan sahaja jihad untuk rakyat tapi untuk pemimpin.

Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. (Surah al-Ra'd ayat 11).

Oleh itu jadikan apa yang terjadi sebagai PEMBUKA MATAHATI untuk melihat dan menilai sebaik baik pemimpin . Isu diversion yang DAP dan PAS mainkan hanya menutup kelemahan pentadbiran mereka.

Kita sebagai rakyat perlu tahu menilai yang mana permata yang mana boneka.




AL-Kesah AloQStaQ

Posted: 23 Jan 2013 03:07 AM PST

AL-Kesah AloQStaQ


DESAKAN 1 : PR Menang, Anwar Umum Minyak Turun (BERAPA BANYAK TURUN??)

Posted: 22 Jan 2013 05:09 PM PST



Semua ahli politik bercakap bermanis mulut (menanam tebu dibibir),
Ada yang bermanis mulut sikit-sikit,
Ada yang bermanis mulut pertengahan saja,
Ada yang bermanis mulut tahap gila babi punya !

Tak kiralah sama ada ahli politik Melayu, Cina, India, Islam, Tak Islam, Parti Islam, Parti Kebangsaan mahupun Parti Kelentong Rakyat !

Semuanya bermanis mulut (mengikut citarasa & tahap masing2)
Anwar juga adalah seorang ahli politik.Anwar bagi aku di AloQStaQBlog , Anwar ni tergolong dalam manusia yang berpolitik dengan tahap bermanis mulut gila babi punya, janjinya amat dahsyat, ditabur umpama janji itu semua boleh dilaksanakan sekelip mata (ala-ala dengan hanya mengetik jari saja! Pling!!! terus terlaksana ! ...)

Bahkan, ada yang memerhati bahawa janji-janji si Anwar itu hanyalah khayalan semata-mata .... Semuanya bukan berpaksikan pada realiti sebenar.

Analoginya, seumpama seekor iblis berjanji akan membantu serta menurut perintah manusia jika ia disembah oleh manusia... Maka, ada manusia bodoh yang terpesona dan terpedaya dengan janji manis si iblis, maka disembahnya iblis tersebut dan akhirnya iblis itu gelak guling-guling melihat kebodohan manusia yang menyembahnya - dan kesannya? manusia itu secara terang-terang telahpun mensyirikkan Allah Yang Maha Esa. Ini hanyalah contoh yang mudah untuk difikirkan kita bersama.

Begitulah seadanya janji-janji melangit yang ditaburkan oleh Anwar dan Pakatan Rakyat. Segalanya nampak indah, tetapi untuk merealisasikannya adalah sukar dan tidak termampu.

Lihat sahaja janji-janjinya kepada orang India kampung di Kampung Buah Pala, Penang yang telahpun siap dengan bukti video. Lihat sahaja, bagaimana orang-orang kampung tersebut sudah terpedaya dengan janji Anwar terang-terangan !

Akhirnya kampung mereka ranap dibaham jentolak. Padahal janji Anwar kepada mereka amatlah jelas (sebelum pilihanraya ke-12 dahulu). Ingat lagi ? Kalau lupa, bolehlah tonton video di bawah sampai habis ...

Jadi, untuk posting kali ini, AloQStaQBlog ingin menyeru semua rakyat Malaysia agar bersama-sama mendesak Anwar Ibrahim menyatakan pendirian dan janjinya secara jelas (dalam menghadapi pilihanraya ke-13 yang akan berlangsung beberapa minggu lagi) ...

DESAK ANWAR DENGAN BERTANYA : BERAPA SEN / PULUH SEN / BERAPA RINGGITKAH HARGA MINYAK AKAN DITURUNKAN SEJURUS SAHAJA (seandainya) PAKATAN MENANG PRU-13 DI PERINGKAT PUSAT ?

Sila nyatakan dengan jelas untuk pakar ekonomi membuat pengiraan untung-rugi Negara Malaysia seandainya benar-benar janji itu dilaksanakan.

Jangan pula Anwar hanya sekadar mampu berjanji untuk menurunkan 1 sen untuk RON97 dan mungkin hanya 2 sen untuk RON95 ! ...

Itu memang la turun harga minyak, tetapi penurunan sekadar di bawah RM 1, hanyalah seumpama menipu rakyat sahaja !

Tak sepadan langsung dengan jerih perih rakyat memangkah kertas undi untuk PR! Setidak-tidaknya Anwar berani menyebut SEKARANG bahawa Pakatan Rakyat akan menurunkan setidak-tidaknya RM1.10 dari harga minyak sekarang ! BARULAH BERBALOI DENGAN HARGA SETIAP UNDI DAN MANDAT YANG RAKYAT BERIKAN KEPADA PAKATAN ! Hahaha ! Ada berani ???? ...

Katanya Anwar tu pakar sangat dalam hal ehwal ekonomi negara , sila berikan figure yang paling tepat supaya rakyat dapat buat penilaian sewajarnya !!! BOLEH ???

Setakat ini dahulu desakan pertama dari AloQStaQBlog ...

Posting akan datang : Desakan kedua mengenai SUSUNAN JEMAAH MENTERI KABINET (BAYANGAN) PAKATAN RAKYAT ... akan AloQStaQBlog usulkan kemudian ...

Ada berani ANWAR menjawab desakan pertama AloQStaQBlog ini ????



AloQStaQBlog ...
Selasa
22-JAN-2013
10:10 Mlm

Graduan MESIR Masuk DAP, kini Insaf ... Alhamdulillah !

Posted: 22 Jan 2013 09:01 AM PST


Mari kita layan Video terbaik ini ... Alhamdulillah, anak muda ini sudah sedar ... Yang lain-lain tu bila nak sedaq ???  Harap-harap ahli-ahli PAS, PKR dan DAP cepat-cepat insaf macam anak muda ini ... tinggalkan Pakatan Rakyat SEKARANG juga ! Jangan jahanamkan masa depan Malaysia di tangan Pakatan Rakyat !!! ...

Video ini diambil tanpa kebenaran dari laman blog sahabat : Abu Aqif Studio. TQ!

AloQStaQ
23 JAN 2013
RABU
1:01 Pagi

tunku

Posted: 23 Jan 2013 03:02 AM PST

tunku


PM offers to help unite Fatah and Hamas

Posted: 22 Jan 2013 08:00 AM PST

GAZA CITY: Malaysia has offered to help unite rival Palestinian groups Fatah and Hamas. The first Malaysian Prime Minister to visit Palestine, Datuk Seri Najib Tun Razak expressed support for a reconciliation plan to end the division between the two Palestinian movements. "A unity government is within reach," the Prime Minister said after being conferred an honorary doctorate by the al-Aqsa University in East Jerusalem Tuesday. He said that peace and prosperity could only be achieved through unity, a belief strengthened by Malaysia's success in facilitating talks in the Southern Philippine to end four decades of conflict that had killed over 120,000 people. "Should it be needed, we stand ready to offer you the benefit of that experience. "Malaysia, always a friend of the Palestine people, is willing to help facilitate the reconciliation plan in whichever way we can," he said. A split between the two groups in 2007 led to the West Bank being governed by Fatah and the Gaza Strip by Hamas. The two sides signed a reconciliation plan sponsored by Egypt in May 2012. Najib, who was in Gaza on a humanitarian visit, said his commitment to a peaceful resolution to the Palestinian issue was clear. "We wish to see an independent, unified Palestine, enjoying the peace and security which all the world's peoples deserve." While describing himself as a friend of the Palestinians, he paid tribute to Malaysians for commitment to their cause. "It is my people who reach out with offers of assistance, who give what they can to help the people here, who keep Palestinian innocents in their thoughts whenever there is violence here," Najib said. He said this commitment could be seen in the funds and medical supplies donated to a Malaysian solidarity charity mission and those who travelled to Palestine to disburse them. Earlier, crossing the Egyptian border into Gaza by land, Najib, accompanied by his wife Datin Seri Rosmah Mansor, was met on arrival by the Palestinian Prime Minister in Gaza, Ismail Haniyeh. Najib, who was accorded an official welcome, laid the foundation stone to rebuild the Gaza administrative office building destroyed during an Israeli attack in November last year before visiting a school project initiated by Malaysia. Najib and Rosmah later departed for Cairo where the Prime Minister called on Egyptian President Mohamed Morsi. Malaysia and Egypt then signed a comprehensive economic cooperation agreement. The Prime Minister will be leaving for Cairo on Wednesday for Davos in Switzerland for the World Economic Forum.

tunku : bravo PM Najib. At least BN is doing their best effort not only in Malaysia but internationally.Not like some so called Islamic party like Pas, no action talks only also so called human rights champions like Pkr and Dap.

Sahabat-Gunung

Posted: 23 Jan 2013 01:17 AM PST

Sahabat-Gunung


Ibu Tunggal Menang Lawan Khalid Ibrahim

Posted: 22 Jan 2013 08:10 PM PST

TAHNIAH .... Khabarnya tuntutan ibu-ibu tunggal menuntut janji manifesto PR 2008 untuk memberikan elaun untuk golongan nie mendapat kemenangan di mahkamah pagi tadi.

Nie bermakna Kerajaan negeri Selangor di bawah rejim Khalid Gagap kenalah bayar elaun kpd golongan IT nie

Kita tunggu maklumat lanjut sekejap lagi



Sent from Yahoo! Mail for iPhone

‘Askar Upahan UMNO’ Buat Kacau Di Pusat Khidmat Anak-Beranak DAP

Posted: 22 Jan 2013 05:15 PM PST



Confirm... depa nie orang kuat UMNO yang menyamar sebagai ahli PAS .... Mereka nie telah diupah UMNO untuk buat kacau bilau, dan mengugat hubungan intim PAS dengan DAP ....

Kalau korang tak percaya, tunggulah sehari dua nie, atau pun petang nie pun akan keluar statement-statement seperti di atas untuk mengambarkan 'siapa mamat-mamat' di pic Utusan Malaysia yang buat demostrasi di pejabat Karpal Singh & Jagdeep Singh Deo (bapak Ahli Parlimen Bukit Gelogur, anak ADUN Datok Keramat) 

Budiman Zohdi & SERANG Meroyan ….. – Rumah Murah Selangor Memang WUJUD

Posted: 22 Jan 2013 04:11 PM PST


 

Akhirnya, perjuangan NGO bernama SERANG atau Sekretariat Orang Muda Selangor mengenai perumahan anak muda atau rumah rumah Selangor merupakan satu perjuangan yang sia-sia kerana memang wujud rumah murah yang dibina oleh kerajaan Selangor KHAS UNTUK RAKYAT SELANGOR ….



Tapi keratan akhbar di bawah ini membuktikan bahawa memang wujud rumah murah .... mungkin anak Selangor yang menetap di SARAWAK …..

Lokasinya di Saratok ….




Wahai Khalid Gagap …. Apa ke jadahnya ko buat rumah kat sana sedangkan rakyat ko sendiri tak dapat nikmat atau projek perumahan kos rendah seperti yang korang dakwa …..

Nie ibarat  pepatah Melayu mengatakan …. "Kera di hutan di susukan, anak di buaian mati kebuluran....." ..... 


Azwan Ali MAKI Ibunya Sendiri? Apa Nak Jadi ....

Posted: 22 Jan 2013 08:42 AM PST





Tak habis-habis lagi rupanya cerita si Azwan Ali nie rupanya ….. Apa nak jadi dengan mamat nie, hingga sanggup mengeluarkan kenyataan biadap terhadap ibunya sendiri …. Mak Tom.

Sebelum ni, portal Murai.com melaporkan ibu kepada Azwan Ali iaitu Mak Tom dikatakan jatuh di bilik air pada malam persandingan Ummi Hafilda.

Jadi jika dilihat pada kenyataan Azwan Ali mengenai isu tersebut di laman Twitter beliau …. Apakah yang boleh kita sifatkan dengan mamat separuh masak nie …..

 

Nilaikan sendiri …..

 


Jelas sekali, permohonan maaf Azwan Ali pada Ummi Hafilda seperti yang diucapkan dalam satu sidang media di Al-Rawsa, Kg Pandan satu ketika dulu hanya lakonannya semata-mata demi mengelakkan dirinya dari kes 'ugutan bunuh' terhadap adiknya sendiri, Ummi Hafilda…….

Ustaz Nasha Semakin Hampir DiPECAT

Posted: 22 Jan 2013 08:21 AM PST



Apa cerita nie Ustaz Nasha .... Beraninya dia follow Najib Razak ke Palestin.

 
Dia tak takut dipecat ker?



Sent from Yahoo! Mail for iPhone

Edisi Bongkar!! Pendedahan Laporan Audit JKR Terhadap Asrama Unisel

Posted: 22 Jan 2013 06:59 AM PST


Selangor semenjak pentadbiran Khalid Gagap tidak pernah sunyi daripada kontroversi. Antaranya adalah skandal pasir, masalah air, penyalahgunaan dana MBI untuk membayar kos perwakilan PKR, rampasan tanah YBK, penjualan aset-aset PKNS, kegagalan menunaikan mainfesto PRU 2008 dan tidak ketinggalan kerugian Unisel.

Lebih menarik selepas isu-isu ini berpanjangan rakyat berjaya menilai semua isu tersebut telah dipolitikkan sehingga menjejaskan kepentingan rakyat Selangor sendiri.

Seperti yang dijanjikan sebelum ini, edisi pembongkaran pembohongan kerajaan Khalid Gagap akan bermula sempena PRU yang bakal menjelang. Pembongkaran pertama adalah laporan audit daripada JKR yang dijalankan terhadap asrama pelajar Unisel di Berjuntai Bisrati.

Hasil daripada laporan audit tersebut, pengurusan Unisel mengambil pendekatan menututup asrama tersebut atas alasan mendapat arahan daripada JKR dan juga Jabatan Audit Negara kerana ketidak selamatnya asrama untuk diduduki pelajar.

Baca pendedahan seterusnya di sini …… 


Ketua Dewan Pemuda PAS & Kejantanan Jadi-Jadian

Posted: 22 Jan 2013 06:23 AM PST


Membaca kenyataan terbaru Nasrudin Hassan yang keras membidas Pengerusi DAP, Karpal Singh berhubung tuntutannya supaya PAS mengkaji semula keputusan Majlis Syura dalam isu kalimah Allah s.w.t tentunya ada yang terfikir betapa jantannya Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat itu.

"Saya bersama Pemuda Pas tetap dengan keputusan Majlis Syura Ulama yang diputuskan sebulat suara. Karpal Singh usah campur," tegas Nasrudin kepada Utusan Malaysia.

Dengan penegasan itu bermakna Dewan Pemuda PAS sebulat suara setekad hati untuk menjunjung keputusan rasmi Majlis Syura Ulama PAS yang bemesyuarat pada 13 Januari 2013 untuk menghalang penggunaan kalimah Allah s.w.t dalam kitab Bible versi Bahasa Melayu.

Sepintas lalu dibaca berkemungkinan ramai penyokong PAS yang melihat dunia dari bawah tempurung akan meremang bulu roma bersemangat meluap-luap dalam jiwa. Mungkin ada yang terdetik dalam fikiran menyanjung keberanian Ketua Dewan Pemuda PAS itu menyanggah teguran 'lembut' dari Karpal Singh.

Itu satu kebiasaan dalam PAS dan sudah menjadi tabie penyokongnya mudah lupa perkara lama kerana jarang sangat dikalangan orang PAS yang berfikir guna akal sendiri sebaliknya lebih kerap menerima buta tuli saja segala yang keluar dari mulut pemimpin mereka.

Tapi bila ia dibaca oleh khalayak yang luas pemikirannya boleh jadi tersembur muntah keluar segala isi perut. Mana tidaknya kalau dah kenyataan oleh Nasrudin pada 21 Januari 2013 itu jelas bercanggah benar dengan pendiriannya yang dinyatakan dua minggu lalu.

Dalam kenyataan pada 10 Januari 2013 itu, Nasrudin secara terbuka menyokong ketetapan rasmi PAS yang dipersetujui melalui Presidennya, Abdul Hadi Awang untuk membenarkan orang Kristian mencetak kalimah Allah s.w.t ke dalam kitab Bible.

"Rasanya tidak perlu saya mengulas perkara itu kerana Presiden sendiri telah mengeluarkan kenyataan rasmi. Kenyataan itu sudah menjadi pendirian parti dan kami Pemuda Pas menyokong pendirian tersebut," itu kata Nasrudin dua minggu lepas.

Maksudnya, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat itu beriktikad sepenuh hatinya dengan keputusan Hadi Awang untuk membenarkan kesucian kalimah Allah s.w.t dinodai oleh pendakyah Kristian sebagaimana dituntut oleh DAP.

Disebabkan keputusan yang dipersetujui oleh Presiden PAS itu dan disokong pula oleh nasrudin selaku Ketua Dewan Pemuda PAS, maka berbondong-bondonglah pengikut parti itu mengelurkan hujah untuk menyokong ketetapan yang diambil.

Semuanya dilakukan kerana Presiden, Mursyidul Am dan Ketua Dewan Pemuda PAS seia sekata yang orang Kristian boleh guna kalimah Allah hatta sekalipun untuk dicetak dalam Bible versi Bahasa Melayu yang tujuan tersiratnya untuk memesongkan akidah umat Islam.

Persoalan sekarang kenapa kini Nasrudin berubah? Apa jenis jantannya Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat ini kalau dah sikap dan pendiriannya berubah-ubah dan tidak tetap?

Jika Nasrudin boleh berubah pendirian hanya kerana atas dasar wala' dan taat buta tuli pada keputusan pemimpin dan parti sedangkan sudah terbukti parti yang didukungnya memanjang saja flip flop, tak mustahil selepas ini PAS sekali lagi menukar pendirian dalam isu kalimah Allah, Nasrudin juga akan u-turn sama.

Lagi penting untuk dijelaskan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS paling lemah kepimpinannya dalam sejarah parti itu ialah, sejauh mana beliau sanggup membuktikan kejantanannya dalam mendaulatkan keputusan Majlis Syura Ulama PAS supaya ia menjadi dasar rasmi PR?

Sekarang PR bergerak hasil gabungan bersama DAP, PKR dan PAS, mana mungkin PAS kekal dengan pendirian baru yang bercanggah dengan ketetapan rasmi PR?

Seandainya PAS terus kekal bersama PR itu maksudnya PAS telah redha dengan dasar rasmi PR dalam isu kalimah Allah, jika demikian tiada gunanya kejantanan jadi-jadian yang dipersembahkan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS, betul tak?

Projek Petrokimia: PAS Utamakan Orang Johor Dari Orang Kelantan?

Posted: 22 Jan 2013 02:29 AM PST

Beberapa hari lepas Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak telah membuat pengumuman untuk melaksanakan tujuh projek pembangunan berskala besar untuk Kelantan semasa merasmikan program Jelajah Janji Ditepati di RTC Tunjong, Kota Bharu.

Projek pembangunan itu merangkumi pembinaan lebuh raya Kuala Krai-Kota Bharu, stadium baru, masjid terbesar, perumahan rakyat, sistem pengangkutan Rapid Kota Bharu, pembinaan kampus baru Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan projek bekalan air bersih.

Berikutan itu ada sesetengah penyokong dan pemimpin PAS tampil mempersoalkan kenapa projek pembinaan kompleks petrokimia yang melibatkan pendaratan & penapisan minyak dan gas di Pantai Senok, Bachok tidak dimasukkan sekali dalam pakej pembangunan yang diumumkan oleh PM.

Bagi yang celik akal dan minda tentunya sedang tersenyum simpul mendengar tuntutan sedemikian. Persoalannya kenapa?

Umum mengetahui di Pengerang, Johor tika ini usaha Kerajaan Pusat melalui Petronas untuk membina kompleks petrokimia membabitkan pendaratan dan penapisan minyak (Rapid Pengerang) telah menerima bantahan daripada PAS dan sekutu mereka.

Para pemimpin PAS dan PR serta NGO proksi mereka giat melancarkan kempen hasutan kepada penduduk kononnya projek kompleks petrokimia di Pengerang itu akan menyebabkan kesan buruk kepada alam sekitar selain menyebabkan risiko keselamatan kepada penduduk.

Dilihat pada propaganda dan hasutan PAS serta PR di Pengerang, logiknya ia menggambarkan keprihatinan mereka terhadap isu alam sekitar, kesihatan dan nyawa rakyat Johor. Itu yang kelihatan dari pandangan kasar.

Bila dibandingkan pula dengan tuntutan PAS supaya kompleks petrokimia yang sama di bina di Kelantan, ia seakan menunjukkan PAS amat mengutamakan keselamatan rakyat Johor berbanding nasib rakyat negeri Kelantan, bukan begitu?

Tapi hakikat sebetul-betulnya, percanggahan ketara itu hanya menyerlahkan betapa hipokritnya pemimpin PAS & PR. Mereka membantah Rapid Pengerang bukan atas isu alam sekitar, kesihatan dan demi nyawa rakyat pun. Sebaliknya bertujuan untuk mensensasikan sentimen penduduk sahaja.
Sent from Yahoo! Mail for iPhone

Taipingmali (tm)

Posted: 23 Jan 2013 01:15 AM PST

Taipingmali (tm)


LGBT: Is It Only A Problem For The Muslims/Malaysia?

Posted: 23 Jan 2013 01:06 AM PST

The world is changing, and nobody can deny it but I don't think anybody could guess what it's changing into, and whether it's for the better or worse. Some say, it's getting better - with this deafening call for freedom, equality and 'human rights' being heard by more and more countries.

While some, express their worries and doubts over the threats that the freedom, equality and human rights may posts, to the religious beliefs, cultural values as well as human and family virtue.

Some, however, just decided to not think at all, but accept anything that comes from the 'voice of the world' or more accurately, the westerners, which they look up as more civilized, more informed or the 'smarter' race. They believe that anything that comes from there must be good and the right things, even though it defies their religious beliefs.

There is a strong evident that psychology plays quite a role in the way we see the changes in the world today. The uprising Islamophobia seems to have influenced some judgment. In other words, their 'phobia' that now turns into 'despise' , has caused some of us to believe that anything or everything that spells 'Islam', has to be backward, wrong and unwise and everything or anything otherwise, must be right or better. To the extent that it clouded the facts some of the teachings in Islam are also taught by other religion.

The most similar religion to Islam must be Christians as both share the same history of the prophets. Although similar in its history and some of the teachings, but it is as far apart as it can be in its core, which is the subject of God where Islam worships Allah SWT and nothing but Allah SWT, and Jesus is human who is just another Prophet, while Christians takes Jesus as God or God's son or partly God.

However, whatever similarity that the two religions might have is now vague as the Bible has gone through many amendments and changes, whereby the AlQuran remains the same and unchanged since the day it was sent. While the Bible now is a book that tells the tales of Jesus and Christianity, AlQuran is basically guidelines and information of life for the future, as from the day it was sent. For example, it tells in details of the condition of a baby in the womb and the facts of the universe even before human could figure them out.

The striking similarity that remains is that both Muslims and Christians love to preach to each other which is evident in the social network - at least in Malaysia. And through this, I notice that while the 'good Muslims' are constantly calling for their brothers and sisters to go back to basic, the AlQuran and Sunnah, but the 'good Christians', however, are going the opposite way from the Bible. Many Christians seem to be calling for liberalism or pluralism and many of them are openly supporting LGBT while at the same time, condemning the Muslims or Islam for condemning the group.

Then again, this may only be the case for the Christians in Malaysia because, as far as I know, LGBT is incompatible with the beliefs, sacred texts, and traditions of many religious groups, not just Islam.

The Catholic Church, Presbyterian Church, United Methodist Church, Southern Baptist Convention, Church of Jesus Christ of Latter-day Saints, National Association of Evangelicals, and American Baptist Churches USA all oppose to it and same-sex marriage.

July 31, 2003: Statement from the Congregation for the Doctrine of the Faith and approved by Pope John Paul II, stated that "marriage was established by the Creator with its own nature, essential properties and purpose. No ideology can erase from the human spirit the certainty that marriage exists solely between a man and a woman".

Therefore, I find it weird for Malaysian, especially, Malaysian Christians to support gay rights as it not only defy the eastern culture and value, but also their religion. These Malaysians seem to believe that it is this conservative, backward, stupid Islam that is discriminating LGBT, and often ridicule all statements made by Islamic bodies on the subjects. It seems to never occur to them that their religion opposes the group too.

It is important to note that while Islam acknowledges a person with two-sex condition (khunsa) where the person may choose to live as one of either sex that strongly makes his/her personality, but Islam, nor Christians acknowledge a 'natural attraction or desire towards same sex' simply because there is no such thing.

Gays and lesbians weren't born as gays or lesbians. All of them only become one after a 'try-out' either voluntarily or by force. In an Islamic country such as Malaysia, it is easier to prove so, whereby all the gays that were 'caught', admitted that they only become gays after one little experience somewhere in their teens or early adult. Most reported cases stated the first experience as, 'forced or raped by their seniors in college'. Those aren't strong enough to get over it, would be the ones most probably end up living as gays or bisexuals. So, it's not a natural condition, in fact, it's a psychological problem and no wonder, the Islamic religious department happened to have 'cured' quite a number of them.

The lesbians are less credible in their argument of being a 'born-this-way'. Most of them admitted of having bad experience with men and chose to just give up on them. This proves that it is not about natural sexual desire, but simply a crave for attention and affection.

Transexuals or in Malaysia, is called Mak Nyah, Pondan is a case of men with the heart and mind of a woman. They see themselves as a woman and dying to be one. This is a psychological confusion which may have caused by a traumatic experience, environmental influence or even hormonal imbalance since born - which can be treated with hormonal drugs and proper counseling. However, some of them, whom many of them and the society might not realize, might also fall into the group of 'khunsa'. In such case, they should get a medical evident whereby, they can practice their right to choose a sex which they are comfortable with, and nobody should deny them of this right.

The point is, if Islam condemning LGBT is considered by these so-called open-minded, educated Malaysians as stupid and backward, they must also admit that Christians too, is stupid and backward.

And so are the half a million French who marched down the streets on 14 January on another series of an anti-gay demonstration in the country and protest of same-sex marriage bill. The Vatican had acknowledged the success of the demonstration in its website.

And what about the Russians who marched down the street on 22 January for the same reason as the French? Or the Russian government for banning what is called 'Gays Propaganda' which includes spreading information, no matter how insignificantly small about LGBT.

Are they as stupid and backward as the Muslims in Malaysia too?

Facts about LGBT today: There are 55 countries opposing LGBT, 93 supports, 27 refused to vote and 17 were not present to vote. However, as of Sep. 12, 2012, only 11 out of 194 countries allow same-sex couples to marry: the Netherlands (2000), Belgium (2003), Canada (2005), Spain (2005), South Africa (2006), Norway (2009), Sweden (2009), Argentina (2010), Iceland (2010), and Portugal (2010).

Are all the 194 countries stupid and backward too?

In America itself, only 9 out of 50 states legalized gay marriage. Are all the Americans in the 39 states stupid and backward too?

This is a fact which I believe all educated, open-minded Malaysians would agree, regardless of their religious beliefs that, LGBT and its objective of gay marriage will lead to more children being raised in same-sex households which are not an optimum environment for raising children because children need both a mother and father. Girls who are raised apart from their fathers are reportedly at higher risk for early sexual activity and teenage pregnancy. Children without a mother are deprived of the emotional security and unique advice that mothers provide.

An April 2001 study published in American Sociological Review suggested that children with lesbian or gay parents are more likely to engage in homosexual behavior. In the 1997 book Growing up in a Lesbian Family: Effects on Child Development, Fiona Tasker, PhD, and Susan Golombok, PhD, observed that 25% of sampled young adults raised by lesbian mothers had engaged in a homoerotic relationship, compared to 0% of sampled young adults raised by heterosexual mothers.

And I don't think that I need to remind any of you that HIV and AIDS are originated from homosexual activities.

Allah SWT has created the world with rules which we called 'nature'. The moon and the earth moves around in exact timing and route, just as our blood flows and heartbeat has its rhythm, timing and certain rules to ensure of a perfect function. This is nature. Should the earth be shifted only a few mm., it would be doomsday. Nature also sees that everything is created in pairs just like man and woman which are created for each other, blessed them with love and children, and therefore live in peace.

Allah SWT then promised that, should the nature be defied, things would be ruined. While defying nature is stupid, condemning Islam for condemning LGBT, is pure hypocrite.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

PR Pulau Pinang zalim macam Yahudi

Posted: 22 Jan 2013 03:39 PM PST

GEORGE TOWN, 22 Jan –  Wanita Barisan Nasional (BN) Jelutong mahu pihak yang bertanggungjawab merobohkan bilik gerakan BN Jelutong pada Ahad lepas memberi penjelasan berhubung tindakan mereka.

Timbalan Pengerusinya, Senator Datuk Saripah Aminah Syed Mohd berkata, tindakan itu yang dilakukan tanpa notis pemberitahuan menyebabkan kerugian sekitar RM150,000.

"Kita beri mereka yang sepatutnya bertanggunggjawab dalam hal ini selamaseminggu untuk tampil beri penjelasan… jika tidak ada juga kita akan minta nasihat peguam untuk tindakan selanjutnya," katanya kepada pemberita selepas meninjau tapak bilik itu di sini Selasa.

Saripah Aminah yang juga Ketua Wanita UMNO Jelutong, berkata mereka kehilangan tiga unit mesin jahit, dua alat pendingin hawa serta kabinet fail dalam kejadian itu.

Bilik ini yang beroperasi sejak 1998 dimanfaatkan bagi pelbagai aktiviti termasuk kelas jahitan serta kelas tuisyen percuma untuk 20 pelajar miskin dari kawasan sekitar, katanya.

"Saya memang perlukan sangat bilik gerakan ini untuk pilihan raya umum yang akan datang, sejak beroperasi sebanyak tiga pilihan raya umum memang menggunakan bilik gerakan ini untuk semua operasi…sekarang ni saya pun tak tahu nak buat macam mana lagi," katanya.

Menurut Saripah Aminah, kejadian itu berlaku ketika pihaknya masih berundingdengan pemilik tanah iaitu Duta Mas Permai Sdn Bhd, sama ada syarikat tersebut mahu memberi pampasan atau premis baharu kepada mereka.

"…tetapi belum pun sempat capai keputusan, bangunan dirobohkan," katanya.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Projek Petrokimia: PAS Utamakan Orang Johor Dari Orang Kelantan?

Posted: 22 Jan 2013 07:40 AM PST

Beberapa hari lepas Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak telah membuat pengumuman untuk melaksanakan tujuh projek pembangunan berskala besar untuk Kelantan semasa merasmikan program Jelajah Janji Ditepati di RTC Tunjong, Kota Bharu.

Projek pembangunan itu merangkumi pembinaan lebuh raya Kuala Krai-Kota Bharu, stadium baru, masjid terbesar, perumahan rakyat, sistem pengangkutan Rapid Kota Bharu, pembinaan kampus baru Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan projek bekalan air bersih.

Berikutan itu ada sesetengah penyokong dan pemimpin PAS tampil mempersoalkan kenapa projek pembinaan kompleks petrokimia yang melibatkan pendaratan & penapisan minyak dan gas di Pantai Senok, Bachok tidak dimasukkan sekali dalam pakej pembangunan yang diumumkan oleh PM.

Bagi yang celik akal dan minda tentunya sedang tersenyum simpul mendengar tuntutan sedemikian. Persoalannya kenapa?

Umum mengetahui di Pengerang, Johor tika ini usaha Kerajaan Pusat melalui Petronas untuk membina kompleks petrokimia membabitkan pendaratan dan penapisan minyak (Rapid Pengerang) telah menerima bantahan daripada PAS dan sekutu mereka.

Para pemimpin PAS dan PR serta NGO proksi mereka giat melancarkan kempen hasutan kepada penduduk kononnya projek kompleks petrokimia di Pengerang itu akan menyebabkan kesan buruk kepada alam sekitar selain menyebabkan risiko keselamatan kepada penduduk.

Dilihat pada propaganda dan hasutan PAS serta PR di Pengerang, logiknya ia menggambarkan keprihatinan mereka terhadap isu alam sekitar, kesihatan dan nyawa rakyat Johor. Itu yang kelihatan dari pandangan kasar.

Bila dibandingkan pula dengan tuntutan PAS supaya kompleks petrokimia yang sama di bina di Kelantan, ia seakan menunjukkan PAS amat mengutamakan keselamatan rakyat Johor berbanding nasib rakyat negeri Kelantan, bukan begitu?

Tapi hakikat sebetul-betulnya, percanggahan ketara itu hanya menyerlahkan betapa hipokritnya pemimpin PAS & PR. Mereka membantah Rapid Pengerang bukan atas isu alam sekitar, kesihatan dan demi nyawa rakyat pun. Sebaliknya bertujuan untuk mensensasikan sentimen penduduk sahaja.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Isu Kalimah Allah: Petunjuk Pemerintahan Syaitan Berkepala Tiga

Posted: 22 Jan 2013 07:39 AM PST

Isu Kalimah Allah yang menggelegak di dalam Pakatan Rakyat nampaknya masih belum menunjukkan tanda-tanda akan sejuk. Sifat kiasu semulajadi DAP tidak memungkinkan parti tersebut berganjak walau seinci. Manakala, PAS pula terdesak ingin meyakinkan penyokong mereka bahawa mereka mampu mempertahan Islam. Sementara PKR mengambil pendirian serupa dengan DAP atas alasan ianya telah dipersetujui lebih awal di dalam pakatan mereka termasuk oleh PAS.

Justeru, U-turn yang dibuat PAS berdasarkan keputusan Majlis Syura adalah tidak boleh dipakai atas alasan kesilapan PAS tidak merujuk kepada Majlis Syura terlebih dahulu sebelum bersetuju, tidak harus dibebankan kepada PR.

Akhirnya, yang perlu menanggung akibat dari kesilapan PAS tersebut adalah Islam dan umat Islam.

Namun, sebagai umat Islam, kita telah diajar agar melihat hikmah di sebalik sesuatu. Hikmahnya dari 'tragedi' ini ialah kita diperlihatkan dengan jelas gambaran corak pemerintahan Pakatan Rakyat yang haru biru. Lihat saja bagaimana walaupun setelah beberapa minggu berlalu, isu ini masih juga belum selesai.

DAP dan PKR sepakat berpegang kepada keputusan awal dan membakulsampahkan saja PAS dan Majlis Syuranya. PAS pula masih ingin bertahan, mungkin sebahagiannya atas keinsafan dan sebahagian lagi atas keperluan kepada sokongan umat Melayu.

Apa pun faktornya, kita tidak melihat kesungguhan dan kekuatan PAS kerana di dalam laporan media rasmi mereka seperti Harakah mahupun Harakahdaily, PAS masih menafikan yang keputusan Majlis Syura tersebut adalah U-turn, tetapi konon konsisten untuk tidak membenarkan Kalimah Allah diguna bukan Islam.

Harakah menipu pembacanya bahawa U-turn itu hanyalah putar-belit media UMNO. Sedangkan yang bangun menempelak pendirian U-turn PAS adalah DAP dan PKR dan bukan hanya UMNO. Tetapi, malang sekali, Harakah terlalu takut untuk menempelak DAP atau PKR, dan hanya berani menempelak UMNO.

Jelas di sini bahawa kuasa tertinggi tidak wujud di dalam PR melainkan secara ilusi. Jika tidak sudah tentu kuasa tertinggi akan meletakkan noktah kepada isu ini hanya dengan satu arahan.

Tetapi ini tidak berlaku kerana Anwar Ibrahim, yang sepatutnya memainkan peranan sebagai Ketua Umum, hanyalah simbol kepimpinan Melayu semata-mata. Sedangkan hakikatnya, kedudukan Anwar adalah jauh lebih rendah dari pegawai biasa parti DAP seperti Zairil yang memakai nama Melayu tetapi bukan Melayu. Anwar hanya boleh membuat kenyataan, tetapi kenyataan Anwar samalah seperti kenyataan Majlis Syura, iaitu tiada bernilai walau satu sen jua.

Di dalam Barisan Nasional, semua parti-parti komponen menerima Pengerusi BN sebagai Ketua di mana walaupun semua keputusan dibuat secara kolektif dan demokrasi tetapi kuasa tertinggi tetap berada di tangan Pengerusi. Jika terjadi pertelagahan pendapat yang berlarutan, Pengerusi mampu mengarahkan pihak yang terbabit agar menghentikannya dengan memberi kata pemutus kepada mereka. Dengan itu, parti kekal stabil untuk membolehkan ia bergerak seiring dengan kerajaan dalam berkhidmat kepada rakyat serta menguruskan negara.

Kesetiaan dan semangat setiakawan seperti yang diamalkan BN ini tidak wujud di dalam PR. Kita sedia maklum bahawa DAP tidak akan sekali-kali akur dengan perintah Anwar atau perintah sesiapa jua. Dan PAS pula sudah 'tawar hati' dengan Anwar tetapi takut kepada DAP.

Apabila ketua tidak dihormati dan kuasanya tidak diiktiraf maka apa akan terjadi jika parti ini menjadi pemerintah? Apa akan terjadi kepada isu Kalimah Allah ini di bawah pemerintahan PR?

Kita dapat menggambarkan bagaimana sementara Karpal Singh melayan PAS bertekak di media, injil berbahasa Melayu dengan menggunakan Kalimah Allah secara syirik terus diedar kepada anak-anak sekolah. Apabila UMNO mengkritik, PAS pula membela DAP sebagai tidak bersalah kerana tidak faham Islam.

Maka, perselisihan semakin parah sedangkan 'Perdana Menteri Anwar Ibrahim' pula hanya memerhatikannya sahaja sambil menjegil-jegilkan mata kepada PAS sebagai isyarat untuk mengalah. Mungkin akan ada seorang dua pemimpin PAS mengalah, tetapi dua tiga orang yang lain enggan pula mengalah.

Lalu berterusanlah mereka bertekak sesama sendiri sedang Injil berbahasa Melayu sudah sampai ke seluruh pelusuk tanah air mengelirukan dan menggoyahkan akidah umat Islam.

Justeru, bagi mereka yang berfikir, tentu dapat melihat bahawa isu kalimah Allah ini adalah sebenarnya petunjuk langsung dari Allah SWT berkenaan kedudukan Islam dan umat Islam di bawah Pakatan Rakyat. Gambarannya tampak begitu jelas bahawa kita akan berada sebuah neraka jika diperintah oleh syaitan berkepala tiga.



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Nizar Tiada Kredibiliti Untuk Berdebat Dengan Saya: DS Zambry

Posted: 22 Jan 2013 06:28 AM PST

Nizar Jamaluddin yang dihimpit isu tanah di Kelantan dan isu pampasan 'fitnah' RM 207 bilion oleh kerajaan Jepun semakin tak senang duduk. Oleh itu untuk mencari populariti, beliau terpaksa mengajak Dr Zambry berdebat.

Itu lah Nizar dan pemimpin-pemimpin Pas yang lain , sering mengajak pemimpin BN berdebat di pentas terbuka. Pada hal sebagai ahli parlimen dan adun Nizar mempunyai banyak peluang untuk berdebat didalam dewan rakyat dan dewan dun.

Seperti yang dinyatakan oleh Dr Zambry sememangnya benar, Nizar tidak seorang yang bankrap minda apabila berada dalam dewan. Membisu bagaikan seekor beruang koala, tetapi diluar dewan terutama di pentas ceramah Pas beliau lah juara.

Kedudukan Nizar dalam Parti Pas Perak juga semakin terancam kerana ada pihak yang mahu mencantas beliau kerana Nizar telah membuka pekung Pas sewaktu beliau menjadi menteri besar Perak yang ke 10.

Kenyataan Nizar bahawa Pas tidak pernah merancang untuk menubuhkan negara Islam benar-benar telah memalukan pucuk pimpinan Pas. Selama ini Pas telah menipu rakyat kononnya mereka akan membentuk sebuah negara Islam dan melaksanakan undang-undang hudud.

Rumusannya ialah Nizar seorang yang pengecut dalam dewan dan sudah hilang integriti dan kredibiliti dalam Pas.


DARUL EHSAN TODAY

Posted: 22 Jan 2013 11:51 PM PST

DARUL EHSAN TODAY


Petunjuk Pentadbiran Syaitan Berkepala Tiga...

Posted: 22 Jan 2013 08:30 PM PST



Isu Kalimah Allah yang menggelegak di dalam Pakatan Rakyat nampaknya masih belum menunjukkan tanda-tanda akan sejuk.    Sifat kiasu semulajadi DAP tidak memungkinkan parti tersebut berganjak walau seinci.   Manakala, PAS pula terdesak ingin meyakinkan penyokong mereka bahawa mereka mampu mempertahan Islam.    Sementara PKR  mengambil pendirian serupa dengan DAP atas alasan ianya telah dipersetujui lebih awal di dalam pakatan mereka termasuk oleh PAS.   

Justeru, U-turn yang dibuat PAS berdasarkan keputusan Majlis Syura adalah tidak boleh dipakai atas alasan kesilapan PAS tidak merujuk kepada Majlis Syura terlebih dahulu sebelum bersetuju, tidak harus dibebankan kepada PR.   

Akhirnya, yang perlu menanggung akibat dari kesilapan PAS tersebut adalah Islam dan umat Islam.   

Namun, sebagai umat Islam, kita telah diajar agar melihat hikmah di sebalik sesuatu.  Hikmahnya dari 'tragedi' ini ialah kita diperlihatkan dengan jelas gambaran corak pemerintahan Pakatan Rakyat yang haru biru.   Lihat saja bagaimana walaupun setelah beberapa minggu berlalu, isu ini masih juga belum selesai.   

DAP dan PKR sepakat berpegang kepada keputusan awal dan membakulsampahkan saja PAS dan Majlis Syuranya.  PAS pula masih ingin bertahan, mungkin sebahagiannya atas keinsafan dan sebahagian lagi atas keperluan kepada sokongan umat Melayu.  

Apa pun faktornya, kita tidak melihat kesungguhan dan kekuatan PAS kerana di dalam laporan media rasmi mereka seperti Harakah mahupun Harakahdaily, PAS masih menafikan yang keputusan Majlis Syura tersebut adalah U-turn, tetapi konon konsisten untuk tidak membenarkan Kalimah Allah diguna bukan Islam.  

Harakah menipu pembacanya bahawa U-turn itu hanyalah putar-belit media UMNO.  Sedangkan yang bangun menempelak pendirian U-turn PAS adalah DAP dan PKR dan bukan hanya UMNO.   Tetapi, malang sekali, Harakah terlalu takut untuk menempelak DAP atau PKR, dan hanya berani menempelak UMNO.    

Jelas di sini  bahawa kuasa tertinggi tidak wujud di dalam PR melainkan secara ilusi.  Jika tidak sudah tentu kuasa tertinggi akan meletakkan noktah kepada isu ini hanya dengan satu arahan.  

Tetapi ini tidak berlaku kerana Anwar Ibrahim, yang sepatutnya memainkan peranan sebagai Ketua Umum, hanyalah simbol kepimpinan Melayu semata-mata.  Sedangkan hakikatnya, kedudukan Anwar adalah jauh lebih rendah dari pegawai biasa parti DAP seperti Zairil yang memakai nama Melayu tetapi bukan Melayu.   Anwar hanya boleh membuat kenyataan, tetapi kenyataan Anwar samalah seperti kenyataan Majlis Syura, iaitu tiada bernilai walau satu sen jua.  

Di dalam Barisan Nasional, semua parti-parti komponen menerima Pengerusi BN sebagai Ketua di mana walaupun semua keputusan dibuat secara kolektif dan demokrasi tetapi kuasa tertinggi tetap berada di tangan Pengerusi.  Jika terjadi pertelagahan pendapat yang berlarutan, Pengerusi mampu mengarahkan pihak  yang terbabit agar menghentikannya dengan memberi kata pemutus kepada mereka.  Dengan itu, parti kekal stabil untuk membolehkan ia bergerak seiring dengan kerajaan dalam berkhidmat kepada rakyat serta menguruskan negara.  

Kesetiaan dan semangat setiakawan seperti yang diamalkan BN ini tidak wujud di dalam PR.  Kita sedia maklum bahawa DAP tidak akan sekali-kali akur dengan perintah Anwar atau perintah sesiapa jua.  Dan PAS pula sudah 'tawar hati' dengan Anwar tetapi takut kepada DAP.   

Apabila ketua tidak dihormati dan kuasanya tidak diiktiraf maka apa akan terjadi jika parti ini menjadi pemerintah?   Apa akan terjadi kepada isu Kalimah Allah ini di bawah pemerintahan PR?  

Kita dapat menggambarkan bagaimana sementara Karpal Singh melayan PAS bertekak di media, injil berbahasa Melayu dengan menggunakan Kalimah Allah secara syirik terus diedar kepada anak-anak sekolah.   Apabila UMNO mengkritik, PAS pula membela DAP sebagai tidak bersalah kerana tidak faham Islam.  

Maka, perselisihan semakin parah sedangkan 'Perdana Menteri Anwar Ibrahim' pula hanya memerhatikannya sahaja sambil menjegil-jegilkan mata kepada PAS sebagai isyarat untuk mengalah.   Mungkin akan ada seorang dua pemimpin PAS mengalah, tetapi dua tiga orang yang lain enggan pula mengalah.   

Lalu berterusanlah mereka bertekak sesama sendiri sedang Injil berbahasa Melayu sudah sampai ke seluruh pelusuk tanah air mengelirukan dan menggoyahkan akidah umat Islam.  

Justeru, bagi mereka yang berfikir, tentu dapat melihat bahawa isu kalimah Allah ini adalah sebenarnya petunjuk langsung dari Allah SWT berkenaan kedudukan Islam dan umat Islam di bawah Pakatan Rakyat.   Gambarannya tampak begitu jelas bahawa kita akan berada sebuah neraka jika diperintah oleh syaitan berkepala tiga.  

Sampai Bila Haron Din Nak Berdiam Diri...???

Posted: 22 Jan 2013 12:00 AM PST

Ulasan haron din sewaktu gelombang pertama permintaan kristian guna kalimah Allah cukup cantik, sampaikan banyak parasit-parasit dalam pas tak senang duduk dengan ulasan dan kupasan dari beliau korang boleh tengok video di bawah...

Tapi kenapa akhir-akhir ini, haron din senyap diam seribu bahasa...??? adakah haron din pun termakan juga pujuk rayu anwar yang mungkin menjanjikan haron din jawatan menteri sekiranya pakatan perintah malaysia...???

Sampai bila haron din nak berdiam diri...???

Belantan

Posted: 22 Jan 2013 11:40 PM PST

Belantan


DAP : Ingat Asal Usul Kamu...?

Posted: 22 Jan 2013 06:31 PM PST



Generasi orang Melayu terdahulu atau lebih sinonim disebut "orang tua-tua" dalam konteks budaya orang Melayu mempunyai dan mewariskan kebijaksanaan yang tidak ternilai harganya. Kebijaksanaan silam "orang tua-tua" berkait rapat dengan perihal hidup, sarat dengan nasihat serta peringatan.

Sehingga kini kita sendiri pun tidak tahu siapakah individu yang menitipkan warisan kebijaksanaan silam kepada generasi hari ini. Tetapi yang pasti mereka tentunya bukanlah bertaraf sarjana atau cerdik pandai yang dikenali ramai. Bagaimanapun kecerdikan dan kebijaksanaan mereka tetap relevan dengan semua zaman, biarpun kita dengan angkuhnya berkata, "Kami hidup dalam dunia pasca-moden".


Dalam meredah kehidupan politik masa kini, kita janganlah angkuh menolak kebijaksanaan silam yang banyak memberi peringatan tentang sepak terajang manusia. Orang Melayu sudah lama diingatkan berfikirlah banyak kali untuk melepaskan anjing tersepit kerana anjing jarang mengenang budi orang berjasa kepadanya. Peringatan yang dititipkan oleh entah siapa tetapi sangat berguna supaya kita jangan menjadi mangsa anjing yang kita tolong. Orang Melayu memang terkenal dengan baik hati dan pemurah hingga membinasakan diri.

Barangkali ada baiknya kita menoleh, menghayat dan membaca kembali pesan-pesan yang bijaksana ditinggalkan oleh generasi terdahulu. Banyak perkara yang disentuh oleh generasi silam berlaku kepada kita pada hari ini dan tentunya peringatan tentang perilaku orang Melayu perlu diberi perhatian. Pesanan yang dikiaskan kepada alam budaya di sekitar orang Melayu mempunyai maksud yang sangat mendalam.

Apabila mereka melihat perihal kaduk yang menyerupai sirih dan menjalar di junjung sirih, mereka pun berpesan, jangan jadi seperti kaduk naik junjung. Kaduk lupa diri dan perasan ia adalah sirih, satu yang penting dalam alam budaya orang Melayu. Tetapi kaduk tiada gunanya. Kemudian kita pun temui pesanan berbunyi, kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan.


Kebaikan yang tidak bertempat atau melampau selalunya mengundang kesusahan kepada diri sendiri. Malah orang Melayu terdahulu juga menyindir perihal orang Melayu sendiri, dagang lalu ditanakkan nasi, anak di rumah kelaparan. Kisah orang dagang mahu memijak kepala orang Melayu tidak pernah selesai. Orang Melayu sudah melakukan pengorbanan "menanakkan nasi" atau memberi peluang untuk hidup kepada orang dagang biar pun anak-anak mereka tidak berpuas hati. Inilah kebaikan orang Melayu tetapi akhirnya sikap itu memakan diri apabila orang dagang terlupa sifat-sifat seharusnya sebagai pedagang atau perantau.

Orang Melayu mesti mengingati semua pesan-pesan silam generasi terdahulu supaya mereka tidak terkena untuk kali yang entah ke berapa. Ketika ada pihak yang memperleceh dan mempertikaikan kedudukan orang Melayu kononnya tidak berlaku adil kepada kaum lain, inilah padahnya, "Dagang lalu ditanakkan nasi, biar anak sendiri kelaparan." Maka benarlah kata orang tua-tua, buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.

Orang Melayu kena mengingati pesanan supaya mereka jangan lagi memagar nyiur yang condong, buahnya jatuh ke halaman orang. Orang Melayu bersusah payah memberi baja dan menjaga supaya perdu pokok kelapa sentiasa selamat, tetapi orang lain yang mengutip buahnya. Yang buruknya mereka ini tidak mengenang budi. Ini sama seperti memberi susu dibalas tuba. Fikir-fikirkan lah...!!!

Suara Politik
Belantan

1,500 nelayan Klang terima elaun!

Posted: 22 Jan 2013 09:37 AM PST


Abdul Rahman Palil (kanan) menyerahkan elaun sara hidup nelayan kepada salah seorang penerima dalam majlis di Klang, Selangor, semalam.

Sebanyak 1,500 nelayan berdaftar di daerah ini menerima elaun sara hidup bulanan RM200 setiap seorang melibatkan jumlah keseluruhan sebanyak RM300,000. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sementa, Datuk Abdul Rahman Palil berkata, elaun yang diluluskan kerajaan Persekutuan itu melibatkan dua sesi.

Tambahnya, sesi pertama yang melibatkan 500 nelayan menerima bantuan sara hidup hari ini manakala selebihnya diberikan esok di Jeti Pulau Ketam dekat sini. Beliau berkata, kerajaan Persekutuan memperuntukkan bantuan khas untuk setiap nelayan bagi membantu meringankan bebanan golongan berkenaan yang tidak mempunyai pendapatan tetap.

"Pemberian elaun sara hidup nelayan ini tidak mengira fahaman politik kerana kerajaan Barisan Nasional (BN) prihatin terhadap golongan nelayan yang mempunyai pendapatan tidak menentu dan bergantung pada keadaan cuaca.

"Dengan elaun sara hidup, para nelayan akan mempunyai pendapatan tetap iaitu RM2,400 setahun, jadi sedikit-sebanyak dapat menyara kehidupan mereka, selain untuk membaiki jaring serta membeli kelengkapan ke laut," katanya dalam Majlis Penyampaian Elaun Sara Hidup Nelayan kawasan Parlimen Klang di Dewan Ahmad Razali, di sini hari ini.

Abdul Rahman berkata, pihaknya berharap dengan adanya elaun itu, yang diberikan secara bulanan, dapat menaikkan semangat nelayan untuk mencari rezeki. Para nelayan bukan sahaja menerima elaun sara hidup, malah mereka turut diberikan subsidi petrol, kemudahan membaik pulih rumah rosak, insurans dan tuntutan tangkapan ikan segar.

"Kerajaan BN berasa golongan nelayan memerlukan bantuan sebegini kerana merasa mereka memerlukan pembelaan yang sewajarnya," katanya.

Sementara itu, salah seorang nelayan dari Kampung Telok Gong, Johari Samlat, 59, berkata, dia berasa terharu apabila kerajaan memperuntukkan pelbagai bantuan untuk golongan nelayan.

"Sejak kecil saya membantu ayah dan sehingga hari ini saya menjadikan pekerjaan nelayan sebagi sumber pendapatan untuk menyara lima anak-anak yang masih bersekolah.

"Dengan adanya bantuan tersebut, golongan nelayan berasa perjuangan kami di laut mendapat pembelaan kerana kami tidak akan mempunyai pendapatan harian jika tidak turun ke laut," katanya.

Suara Politik
Belantan

Kemana hala tuju Melayu Pulau Pinang?

Posted: 22 Jan 2013 05:19 AM PST



Melayu Pulau Pinang seringkali dilihat sebagai terpinggir di negeri sendiri. Sedihnya, semakin kuat mereka meluahkan nasib mereka, semakin kuat tekanan yang mereka hadapi. Mungkin kerana salah cara bersuara, mereka dilihat seolah-olah membangkitkan isu sensitif yang berbau perkauman.

Tekanan juga datang daripada bangsa Melayu sendiri yang seolah-olah memperlekehkan persoalan tersebut. Tidak kurang juga yang mengusulkan pendekatan politik yang mengatakan bahawa UMNO yang dilihat selama ini mempertahankan orang Melayu, juga telah gagal dalam perjuangan mereka menjaga orang Melayu selama memerintah bersama dengan parti komponen Barisan Nasional (BN).

Apakah tersisihnya Melayu di negeri ini adalah kerana faktor politik semata-mata atau ada faktor lain. Bagaimana pula halnya dengan kegagalan orang Melayu kerana sikap sendiri.

Begitu juga dengan persoalan berkaitan dengan kegagalan kakitangan kerajaan yang gagal melaksanakan polisi-polisi kerajaan pusat dan negeri dalam membantu orang Melayu, sama ada dari segi pendidikan, ekonomi, keusahawanan, perancangan bandar dan wilayah, perumahan, dan sebagainya.

Realitinya, majoriti besar kakitangan kerajaan adalah orang Melayu sendiri. Malahan kakitangan utama pentadbiran negeri dan Persekutuan juga adalah orang Melayu. Apakah mereka ini tidak memahami dan tidak membantu?

Sejarah menunjukkan bahawa sebelum kedatangan orang Inggeris, telah ada orang Melayu di pulau ini. Kemudian, dibawa masuk orang-orang China dan India ke negeri ini dan Negeri Selat lainnya untuk mencari rezeki, menampung kekurangan tenaga kerja pada masa itu dan membuka lembaran baru kehidupan mereka di negeri ini.


Golongan pendatang boleh berjaya kerana berkerja keras, tetapi yang asal telah lalai dan leka sekian lama. Kini suara mereka bersuara keras tapi tidak dihiraukan, mungkin telah hilang roh dan semangatnya.

Apakah mereka tidak pernah diberi peluang untuk berubah? Apakah modal insan Melayu ini masih dan akan berterusan berfikiran rendah atau tiada peluang diketengahkan ke hadapan kerana ekonomi di tangan bangsa lain.

Apakah bangsa lain ikhlas untuk berkongsi kek ekonomi atau hanya sekadar retorik.

Sejarah juga menunjukkan bahawa pada satu ketika, jumlah orang Melayu yang pada asalnya peneroka, adalah jauh kurang berbanding kaum lain. Sehingga kini masih kurang, tapi telah merapat dan dijangkakan akan melebihi kaum lain pada tahun 2020.

Apakah pada pada masa itu, Melayu hanya akan ramai dari segi kuantiti tapi kurang dari segi kualiti, atau sebaliknya. Apakah pada masa itu masih ada tanah untuk diduduki orang Melayu atau mereka terusir keluar secara tidak sedar.

Adakah orang Melayu ambil berat tentang masa depan dan perancangan masa depan negeri mereka ini atau mereka hanya berserah pada pihak tertentu, jika ada, untuk memikir tentang masa depan mereka.

Kita harus mencari jawapan ikhlas kepada persoalan berkaitan orang Melayu negeri ini, dilema bangsa minoriti yang tidak mempunyai kuasa pentadbiran negeri serta politik dan kuasa ekonomi.

Apakah telah terlambat untuk Melayu bangkit, seperti mana pepatah nasi sudah menjadi bubur. Atau selepas mengakui masalah serta kelemahan, boleh menerjah bangkit semula dengan semangat Melayu baru.

Apa caranya? Wallahuallam.

Suara Politik
Belantan

SYABAS : Fakta sebenar krisis air di Selangor?

Posted: 22 Jan 2013 01:41 AM PST



Berikutan gangguan bekalan air tidak berjadual di Wilayah Kuala Lumpur dan Gombak ekoran kegagalan rumah pam Wangsa Maju yang berlaku pada 29 Disember 2012, Syabas telah dilemparkan dengan berbagai dakwaan dan tuduhan khususnya oleh Kerajaan Negeri Selangor sepanjang berlakunya gangguan bekalan air ini.

DAKWAAN 1

Menteri Besar Selangor, YAB Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menerusi kenyataan pada 9 Januari 2013 mendakwa SYABAS tidak menyelenggara sistem Variable Speed Drive (VSD) di rumah pam Wangsa Maju secara berkala (periodically preventive maintenance) kerana mendapati SYABAS tidak mempunyai sebarang kontrak penyelenggaraan berkala dengan pembekal VSD.

Dakwaan ini adalah tidak benar kerana, kerja-kerja penyelenggaraan di rumah pam ini dibuat secara berkala (sebulan sekali) yang dilakukan sendiri kakitangan SYABAS. Dalam hal ini, jika semasa kerja penyelenggaraan berkala dan kakitangan SYABAS mendapati terdapat keperluan mendapatkan khidmat pakar termasuk alat ganti, SYABAS akan melantik pihak pembuat dan pembekal VSD tersebut iaitu ABB Malaysia Sdn. Bhd. berdasarkan keperluan (case to case). Malah jadual penyelenggaraan ini juga dihantar kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

DAKWAAN 2

YAB Menteri Besar Selangor turut menyebut bahawa insiden pump tripped bukan disebabkan kegagalan VSD kerana ianya merupakan sistem pintar yang menerima maklumat dari luar seperti keadaan motor, pam, getaran, suhu dan lain-lain.

Dakwaan ini juga tidak benar kerana sistem VSD merupakan sebahagian daripada komponen penting di dalam sistem rumah pam ini, justeru insiden pump tripped juga mempunyai kaitan dengan operasi VSD. Sekiranya mana-mana komponen sistem mengalami kerosakan akibat sistem yang beroperasi melepasi kapasiti (overload), VSD tidak boleh dihidupkan.

DAKWAAN 3

YAB Menteri Besar Selangor turut menyatakan alat gantian pada sistem pam berkenaan boleh didapati dari China dengan menggunakan perkhidmatan courier dan bukan hanya dari Finland seperti yang didakwa SYABAS.

Ingin dinyatakan bahawa SYABAS telah dimaklumkan secara lisan oleh pembekal berkenaan bahawa alat ganti didapati dari Finland. Walaupun begitu isunya adalah berapa lama alat ganti dapat diterima setelah dipesan. Dalam kes ini, ada satu di antara alat pengganti mengambil masa 2 ½ bulan untuk diterima.


DAKWAAN 4

YAB Menteri Besar Selangor turut mendakwa SYABAS gagal mengenalpasti kerosakan pam-pam yang terdapat di rumah pam berkenaan termasuk mendakwa siasatan mereka mendapati pam Nombor 2 telah rosak melebihi setahun dan tidak pernah dibaiki.

Punca sebenar kegagalan rumah pam adalah disebabkan ianya beroperasi dalam keadaan overload dalam tempoh yang lama. Kerosakan sebenar yang berlaku pada sistem rumah pam disebabkan kerosakan pada komponen elektrik dan elektronik. SYABAS mempunyai bukti di mana terdapat dokumen yang merekodkan segala aktiviti di rumah pam, termasuklah kerja-kerja penyelenggaraan yang dilaksanakan.

Salinan dokumen ini telah diserahkan kepada SPAN yang telah menubuhkan Jawatankuasa Khas bagi menjalankan pengauditan terhadap kerja penyelenggaraan rumah pam tersebut. Sementara itu, Pam No. 2 di rumah pam Wangsa Maju sering mengalami kerosakan pada sistem VSD.

Setiap kali berlaku kerosakan, kerja-kerja pembaikan dibuat oleh pihak ABB selaku pembuat/pembekal VSD ini kerana kerja-kerja ini hanya boleh dilakukan oleh jurutera pakar dari syarikat tersebut. Namun begitu, ia tidak dapat bertahan lama apabila kerosakan berulang dan sistem pam tidak berada dalam keadaan stabil kerana beroperasi dalam keadaan overload.

Proses pembaikan yang berulang ini telah kerapkali berlaku dan telah mengambil masa yang lama. Bagaimanapun, dalam tempoh tersebut, rumah pam tersebut masih mengeluarkan air melebihi seperti biasa bagi menampung permintaan pengguna.

DAKWAAN 5

YAB Menteri Besar Selangor mendakwa bahawa sepanjang tahun 2012, hanya 18 hari sahaja pam pam ini beroperasi melebihi 200 juta liter sehari (JLH).

SYABAS menafikan dakwaan ini kerana SYABAS mempunyai rekod dan statistik yang menunjukkan bahawa pam-pam di Wangsa Maju telah beroperasi melepasi 200 JLH sebanyak 2,023 kali sepanjang tahun 2012 dan bukan 18 hari seperti didakwa menteri besar.

DAKWAAN 6

YAB Menteri Besar Selangor juga mendakwa bahawa kerajaan negeri sudah mengetahui masalah kerosakan rumah pam Wangsa Maju dan pernah menegur SYABAS lebih awal, namun tindakan tidak dibuat.

Dakwaan ini juga tidak benar kerana kerajaan negeri tidak pernah mengeluarkan sebarang teguran atau yang seumpamanya kepada SYABAS, sama ada bertulis ataupun lisan.

DAKWAAN 7

YAB Menteri Besar Selangor juga mendakwa bahawa permohonan SYABAS membangunkan sistem pengepaman tambahan baru di Wangsa Maju dibuat pada November tahun lepas dan disokong pada awal tahun ini.

Dakwaan ini tidak benar kerana cadangan pembangunan sistem pengepaman tambahan di Wangsa Maju telah dimajukan kepada Kerajaan Persekutuan pada bulan Jun 2009 diikuti dengan cadangan yang sama kepada Pejabat Menteri Besar Selangor pada Januari 2010, namun tiada respon atau maklumbalas diterima sehingga bulan Mac 2012 apabila Kerajaan Persekutuan mengambil keputusan untuk meluluskan cadangan ini dan memberikan pinjaman kepada kerajaan negeri bagi membiayai projek pembinaan rumah pam tambahan ini yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri.

Dari bulan Mac 2012 sehingga hari ini, pembangunan sistem pam tambahan ini oleh Kerajaan Negeri Selangor masih di tahap reka bentuk.

DAKWAAN 8

YAB Menteri Besar Selangor juga mendakwa SYABAS memberi alasan tidak cukup duit untuk membaiki pam itu kerana tarif air tidak naik tetapi rakyat Selangor tidak mahu kenaikan tarif air. Kerajaan negeri menurutnya, bersedia membaiki kerosakan rumah pam jika SYABAS tiada wang dan keupayaan.

SYABAS tidak pernah mengeluarkan kenyataan yang menyebut bahawa SYABAS tidak mempunyai wang untuk membaiki pam itu kerana tarif air tidak naik. Ini adalah rekaan menteri besar sendiri. Sekiranya kerajaan negeri selaku pemegang saham 30% dalam SYABAS ingin membantu dengan menyediakan dana untuk penyelenggaraan alat-alat di rumah-rumah pam SYABAS, kami amat mengalu-alukannya.


DAKWAAN 9

Exco Selangor, YB Dr Xavier Jayakumar dalam kenyataannya di Sinar Harian mengatakan bahawa kerajaan negeri mengganggap kelalaian SYABAS merupakan pure negligence dan criminal in nature dan menganggap gangguan bekalan air merupakan tindakan sabotaj dan rekacipta oleh SYABAS bagi memburukkan imej Kerajaan Selangor. Menurutnya, SYABAS tidak mampu membekalkan air kepada rakyat dan berpaksi semata-mata atas keuntungan dengan menaikkan tarif dari semasa ke semasa.

Sementara itu Adun Teratai, YB Janice Lee, mendakwa isu air dimainkan media kawalan Barisan Nasional (BN) bagi memburukkan Kerajaan Selangor sedangkan ianya adalah kegagalan SYABAS. Gangguan bekalan air menurutnya adalah antara sabotaj UMNO-BN terhadap Kerajaan Negeri Selangor.

SYABAS menyangkal semua dakwaan di atas kerana:
= Kerosakan pada pam disebabkan rumah pam Wangsa Maju terpaksa beroperasi melebihi kapasiti rekabentuk sejak beberapa tahun kebelakangan ini bagi memenuhi permintaan bekalan air. Kerosakan ini boleh berlaku dan telah berlaku walaupun ianya disenggara secara berjadual sepanjang masa.

= Isu kekurangan bekalan air terawat telah sekian lama dimaklumkan kepada kerajaan negeri dan diketahui umum serta menjadi tajuk perbincangan dalam beberapa tahun ini. Kerajaan negeri sendiri telah memperakui kesahihan perkara ini dengan menubuhkan Jawatankuasa Khas Pemantauan Bekalan Air yang dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Khushrin Munawi sejak bulan Julai 2012 dan juga cadangan membina loji air dengan teknologi membran dan mengoperasikan semula loji air Bukit Jelutong. Tidak timbul isu gangguan bekalan air ini adalah sabotaj dan rekacipta SYABAS.

= Isu kenaikan tarif yang diperuntukan dalam Perjanjian Konsesi SYABAS (walaupun sehingga kini kenaikan tarif masih ditangguhkan oleh kerajaan negeri) merupakan isu berasingan yang tidak berkaitan dengan kekurangan bekalan air terawat yang perlu ditangani oleh kerajaan negeri dengan menambah kapasiti loji rawatan air. SYABAS hanya pengagih bekalan air yang dibekalkan oleh operator-operator loji rawatan air yang dilantik oleh Kerajaan Negeri.

= Isu SYABAS sengaja merekacipta krisis ini tidak timbul kerana tidak ada seorang pun yang waras akan tergamak melakukannya, lebih-lebih lagi apabila ianya melibatkan kepentingan orang ramai. Ia juga tidak logik kerana SYABAS terpaksa mengeluarkan kos yang tinggi bagi menguruskan bekalan air alternatif kepada pengguna.

SYABAS juga mempunyai rekod dan statistik yang menyokong kenyataan SYABAS tentang kekurangan bekalan air terawat. SYABAS telah menghantar maklumat tersebut kepada kerajaan negeri menerusi audit yang telah dilaksanakan oleh kerajaan negeri dan juga kepada wakil-wakil kerajaan negeri dalam Lembaga Pengarah SYABAS.

DAKWAAN 10

YB Xavier juga mengatakan bahawa pembekalan dan agihan air adalah merupakan tanggungjawab SYABAS dan bukan kerajaan negeri seperti yang termaktub di dalam Perjanjian Konsesi dan kerajaan negeri sedia jadi saksi kepada pengguna memfailkan tuntutan terhadap SYABAS.

SYABAS menyangkal dakwaan ini dan menegaskan bahawa:

= Peranan dan tanggungjawab hakiki SYABAS yang diperuntukkan dalam Perjanjian Konsesi adalah mengagihkan air terawat kepada pengguna dan mengutip caj bekalan air daripada pengguna berdasarkan tarif digazetkan kerajaan.

= Air terawat ini dijual dan dibekalkan oleh operator loji yang telah dilantik sendiri oleh kerjaan negeri untuk merawat air termasuk SPLASH, Konsortium Abass dan Konsortium Air Selangor yang mana kerajaan negeri mempunyai saham di dalamnya. Oleh yang demikian, SYABAS tidak bertanggungjawab dalam menentukan atau meningkatkan kapasiti loji rawatan air.

= Dari aspek penambahbaikan, menaiktaraf, mengganti dan pembangunan baru sistem infrastruktur agihan air yang dikategorikan sebagai program CAPEX tertakluk kepada kelulusan SPAN yang merujuk kepada kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan.

Seperti telah diketahui umum, kelulusan sebahagian besar dari program CAPEX ini telah dibekukan oleh SPAN atas arahan kerajaan negeri sejak tahun 2008. Ini bermakna kerajaan negeri telah menghalang SYABAS daripada membuat kerja kerja penambahbaikan, menaiktaraf, mengganti, atau pembangunan projek-projek baru sistem infrastruktur agihan air ini.

= Bagi memastikan operasi berjalan seperti ditetapkan dalam perjanjian konsesi, kenaikan tarif air perlu diselaraskan berdasarkan kepada perjanjian konsesi namun perkara ini telah ditangguhkan oleh kerajaan negeri. SYABAS bagaimanapun kekal mengurus operasi tanpa kompromi terhadap kualiti perkhidmatan dan penyenggaraan infrastruktur sistem agihan air. Kekangan yang dihadapi dari pelarasan tarif hanya menyebabkan SYABAS terpaksa menangguhkan sebahagian pembayaran kos belian air dari operator loji.

= Adalah tidak wajar bagi kerajaan negeri yang memegang 30% ekuiti dan mempunyai wakil dalam Lembaga Pengarah SYABAS memberikan galakan kepada pengguna untuk memfailkan saman terhadap SYABAS sedangkan ketidakupayaan dan kekangan yang dihadapi oleh SYABAS disebabkan oleh halangan kerajaan negeri dari meluluskan projek-projek di bawah program penambahbaikan, menaiktaraf, mengganti ataupembangunan baru (Program CAPEX) seperti dicadangkan oleh SYABAS.


DAKWAAN 11

YB Xavier juga mendakwa bahawa isu air berlaku disebabkan keangkuhan SYABAS dan SYABAS tidak menghubungi Setiausaha Kerajaan Negeri bagi mendapatkan bantuan lori tangki dari PBT tetapi SYABAS meminta bantuan dari syarikat bekalan air daripada luar.

= SYABAS ingin menegaskan bahawa dalam mesyuarat harian Jawatankuasa Khas Pemantauan Bekalan Air Negeri Selangor yang ditubuhkan oleh kerajaan negeri dan dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri atau wakilnya, perkara ini telah dibincang dan dibentangkan. Oleh yang demikian, tidak timbul isu di mana SYABAS tidak meminta bantuan atau tidak memaklumkan kepada kerajaan negeri. Kenyataan tersebut adalah tidak benar.

= Walaupun dalam mesyuarat yang diadakan setiap hari, SYABAS telah maklumkan kepada kerajaan negeri tentang bantuan yang diperlukan bagi meringankan masalah yang ditanggung pengguna, namun bantuan yang diterima tidak seperti yang diharapkan. Kerajaan negeri menerusi pihak Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), memulakan penghantaran bantuan 4 buah lori tangki hanya mulai 5 Januari 2013 iaitu selepas 6 hari kejadian berlaku.

Berikutnya pada 7 Januari 2013, 3 buah lori, 8 Januari 4 buah, 9 Januari 4 buah, 10 Januari 2 buah, 11 Januari 10 buah, 12 Januari 13 buah, 13 Januari 10 buah dan 14 Januari 2 buah lori. Penghantaran lori-lori tangki ini tidak tetap kerana ada hari-hari yang tiada lori dihantar.

Selain daripada itu, bantuan yang dihantar oleh kerajaan negeri juga tidak menyeluruh kerana tidak menyediakan sukarelawan dan petugas petugas untuk membantu mengangkat air ke rumah-rumah pengguna. Sebagai sebuah negeri yang besar seperti Selangor, sepatutnya lebih ramai petugas sukarelawan dan bantuan lori-lori tangki dapat disediakan.

Malahan sebahagian lori-lori yang digunakan juga didapati tidak menepati piawaian kualiti air yang ditetapkan dan tidak sesuai digunakan untuk membekalkan air. Oleh itu, lori-lori tersebut terpaksa dihantar semula untuk proses cucian dan selepas diuji, barulah air tersebut boleh digunakan.

DAKWAAN 12

Ahli Parlimen Ampang, YB Zuraidah Kamaruddin, mendakwa SYABAS tidak mengambilkira perancangan jangka panjang dalam aspek penyenggaraan, sistem naiktaraf, pemantauan berkala, sistem sokongan lebih efektif dan pengurusan berwibawa.

SYABAS menafikan dakwaan ini dan ianya tidak benar kerana program penyenggaraan berkala rumah pam ini adalah sebahagian daripada program penyenggaraan tahunan peralatan infrastruktur sistem agihan air terawat yang dimajukan pada awal tahun setiap tahun kepada SPAN untuk kelulusan seperti termaktub di dalam Perjanjian Konsesi SYABAS.

Manakala laporan status kerja-kerja penyenggaraan dimajukan sekali dalam tempoh enam bulan kepada SPAN untuk pemantauannya. Bagi kerja kerja menaiktaraf, membaik pulih, mengganti dan pembangunan baru infrastruktur sistem agihan yang melibatkan program perbelanjaan modal (CAPEX), SYABAS telah dihalang daripada melaksanakannya apabila ianya dibekukan oleh SPAN atas arahan kerajaan negeri sejak bulan Julai 2008. SYABAS hanya dibenarkan untuk menjalankan kerja kerja kritikal sahaja serta penyelenggaraan rutin, itupun selepas mendapat kelulusan SPAN.

Dalam keadaan keadaan seperti ini, SYABAS seolah olah 'terikat tangannya' dan tidak banyak yang mampu dilakukan akibat daripada arahan pembekuan ini. Oleh itu, mendakwa SYABAS tidak mengambil kira perancangan jangka panjang adalah tuduhan yang tidak berasas dan tidak adil sama sekali.


DAKWAAN 13

YAB Menteri Besar Selangor turut mendakwa bahawa gangguan bekalan air membuktikan kegagalan projek penswastaan air kepada syarikat yang tidak berkelayakan dan kompeten SYABAS menyangkal dakwaan ini dan bertegas bahawa gangguan bekalan air adalah disebabkan kegagalan rumah pam yang telah beroperasi secara overload dalam tempoh yang panjang disebabkan permintaan yang meningkat berterusan.

Kegagalan rumah pam berfungsi adalah berkait dengan permintaan yang meningkat sehingga menyebabkan rumah pam terpaksa beroperasi melebihi kadar kebiasaannya sementara menunggu bekalan air terawat tambahan yang belum disediakan oleh kerajaan negeri.

Kerajaan negeri atas alasannya sendiri tidak mahu menerima hakikat yang disokong oleh fakta-fakta bahawa Selangor mengalami kekurangan dalam pengeluaran air terawat berbanding permintaan yang meningkat.

DAKWAAN 14

Dalam keadaan yang sama, Adun Teratai, YB Janice Lee mendakwa bahawa isu masalah air menunjukkan ketidakupayaan Puncak Niaga dan SYABAS mengendalikan pengurusan air kerana krisis ini bukanlah yang pertama kali berlaku di Selangor.

SYABAS menyangkal dakwaan ini dan menegaskan bahawa menteri besar dan kerajaan negeri telah dimaklumkan semenjak tahun 2005 lagi bahawa permintaan air terawat di Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya meningkat iaitu pada kadar 3.5% setiap tahun dan pengeluaran air dari kapasiti loji-loji yang sedia ada telah tidak mencukupi.

Sememangnya ada di antara 34 loji sedia ada telah beroperasi melepasi kapasiti rekabentuk. Keadaan bertambah buruk apabila rezab bekalan air yang tinggal pada masa ini adalah lebih kurang 1% sahaja. Kerajaan negeri bertanggungjawab menambah kapasiti rawatan air manakala di bawah Perjanjian Konsesi, SYABAS hanya dipertanggungjawabkan ke atas pengagihan air terawat kepada pengguna berdasarkan kuantiti dibekalkan oleh operator loji, syarikat konsesi dilantik kerajaan negeri bagi merawat dan membekal air kepada SYABAS.

Kerosakan pam disebabkan rumah pam Wangsa Maju terpaksa beroperasi melebihi kapasiti rekabentuk sejak beberapa tahun kebelakangan ini bagi memastikan pengguna mendapat bekalan air. Kerosakan ini boleh berlaku dan telah berlaku walaupun ianya diselenggara secara berjadual sepanjang masa.

Keengganan kerajaan negeri meluluskan projek Loji Rawatan Air Langat 2 dan kelewatan membangunkan sistem pam tambahan yang hanya diluluskan pada bulan Mac 2012 menyebabkan SYABAS terpaksa menguruskan rumah pam ini pada tahap overload untuk memenuhi permintaan yang tinggi.

Selain itu, dakwaan terhadap Puncak Niaga adalah tidak adil kerana Puncak Niaga tidak terlibat dalam isu ini, disebaliknya membantu dalam mengoperasikan loji Sungai Langat pada tahap overload sehingga 520 JLH daripada biasa 470 JLH.


DAKWAAN 15

YB Zuraidah dalam kenyataannya mendakwa bahawa SYABAS gagal menyediakan back-up bekalan air yang mencukupi kepada penduduk dan tidak mempunyai pelan kecemasan untuk mengatasi masalah ini.

Dakwaan tersebut adalah tidak berasas kerana back-up bekalan air wujud dengan adanya kapasiti rezab bekalan air terawat yang mencukupi. Pada masa ini, rezab kapasiti bekalan hanya sekitar 1%, jauh lebih rendah daripada paras selesa industri bekalan air (20%).

Tanggungjawab bagi menyediakan rezab kapasiti bekalan air terawat yang mencukupi adalah kerajaan negeri, bukannya SYABAS. Situasi di kawasan Gombak dan Kuala Lumpur boleh di elakkan jika bekalan air terawat mempunyai rezab kapasiti yang mencukupi.

SYABAS telah menjalankan tanggungjawabnya seperti yang terkandung dalam Perjanjian Konsesi. Namun dalam keadaan keadaan tertentu, SYABAS tidak dapat mengelak daripada berlaku masalah yang mengakibatkan SYABAS tidak dapat menjalankan obligasinya dengan berkesan jika terdapat pihak lain tidak menjalankan tanggungjawabnya.

Misalnya jika berlaku pencemaran sungai akibat tumpahan minyak dan loji loji rawatan terpaksa berhenti operasinya, SYABAS tidak dapat menyalurkan air kepada pengguna. Sebagai memenuhi tanggungjawabnya SYABAS membekalkan air menerusi lori lori tangki bagi memastikan bekalan air sampai kepada pengguna. Namun demikian bukanlah tanggungjawab SYABAS membersihkan sungai dari tumpahan minyak atau memastikan sungai tidak tercemar. Ianya adalah tanggungjawab kerajaan negeri.

Sangat tidak adil meletakkan kesalahan ini kepada SYABAS kerana krisis air berpunca daripada kegagalan kerajaan negeri menjalankan tanggungjawabnya. Apatah lagi kerana kerajaan negeri memiliki 30% saham di dalam SYABAS tetapi membiarkan SYABAS berhadapan dengan segala kekangan tanpa menghulurkan sebarang bantuan, sebaliknya mencari kesalahan dan kelemahan SYABAS semata mata.

Semasa krisis ini berlaku, Pelan Tindakan Kecemasan (ERP) Kod Kuning telah diaktifkan SYABAS pada 29 Disember 2012 jam 8:00 pagi. Pelan ERP ini yang beroperasi 24 x7 adalah sekretariat bertindak setempat bagi memantau dan mengurus bekalan bantuan air kepada pengguna yang menghadapi gangguan bekalan air.

Bekalan air dihantar kepada pengguna bagi kawasan gangguan kali ini diberikan melalui lori-lori tangki (86 buah) dengan jumlah penghantaran sebanyak 2,891 trips (sehingga 12 tengah hari 12 Januari 2013) dan 287 tangki statik. Bagaimanapun, keupayaan pelan Tindakan Kecemasan adalah terhad kerana mana-mana bekalan air tidak dirancang, direkabentuk dan dibina untuk kegagalan (designed not to fail).


KESIMPULAN

Belum pernah terjadi sebuah kerajaan negeri menghalang kerja-kerja penambahbaikan perkhidmatan yang memberi manfaat kepada rakyat. Kerajaan negeri perlu memikirkan soal kesejahteraan rakyat, kebajikan rakyat dan meluluskan program-program yang dicadangkan SYABAS untuk kebaikan rakyat.

Sikap menyalahkan SYABAS yang memberikan perkhidmatan kepada rakyat tanpa memberikan bantuan yang sewajarnya umpama 'baling batu sembunyi tangan'. Tindakan kerajaan negeri menghalang program-program menaiktaraf, membaik pulih, mengganti dan menjalankan projek-projek baru sistem agihan bekalan air menerusi pembekuan Perbelanjaan Modal (CAPEX) sangat tidak wajar.

SYABAS berharap kerajaan negeri yang mempunyai tanggungjawab di bawah undang-undang untuk membantu menyelesaikan masalah-masalah berkaitan menambah kapasiti bekalan air terawat dapat melihat perkara ini dengan lebih serius dan mengambil tindakan sewajarnya bagi menyelesaikan isu ini.

SYABAS hanya menguruskan perkhidmatan pengagihan air terawat yang dikeluarkan oleh syarikat-syarikat operator loji rawatan air yang dilantik oleh kerajaan negeri sendiri.

Suara Politik
Belantan

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted: 22 Jan 2013 11:33 PM PST

Dialog Dewasa Kritik Berasa


Panas! Benarkah @CMLimGuanEng kini menjadi sasaran pejuang berani mati LTTE?!!

Posted: 22 Jan 2013 10:00 PM PST



Rasa gerun pula baca berita di atas. Bukan sebab apa, seram apabila memikirkan siapa pula yang akan jadi korban "bunuh diri" ala DAP style selepas ini bagi menutup dan mengalihkan isu ini daripada pengetahuan umum.


Kenapa kami berkata begitu? Ingat lagi kes Teoh Beng Hock? Seorang anak muda pro DAP yang dijadikan korban bagi mengekalkan imej BERSIH DAP di mata rakyat, terutamanya orang Cina. Strategi ini agak berjaya kerana ia bukan sahaja dapat memburukkan Kerajaan, bahkan TBH sendiri diangkat menjadi hero di atas 'pengorbanan' beliau itu.


Ikuti kisah sebenar di sebalik kematian TBH di Truth For Teoh Beng Hock di sini.

Seperkara lagi, DAP ini memang cukup berani bermain dengan api. Kalau PAS hanya berani menyeleweng wang balu dan anak-anak yatim korban Memali yang tidak berdaya, DAP lebih hebat lagi. Mereka boleh dengan selamba putar duit sumbangan bantuan kepada mangsa perang LTTE!

Tidakkah mereka sedar perbuatan mereka ini bakal mengundang rasa dendam daripada bekas-bekas pejuang ekstremis LTTE yang kebanyakannya pengebom berani mati?!! Mungkin mereka ingat Tamil Sri Lanka ini sama sahaja seperti Tamil DAP yang mereka boleh perkotak-katikkan.


Esok kalau pejabat LGE kat Komtar hancur berkecai kena bom, jangan salahkan UMNO pula ya?!!



Suratan atau Kebetulan. Skandal 'Wawa', Bank Islam dan Khalid Ibrahim.

Posted: 22 Jan 2013 07:45 PM PST

Ini gambar Wawa Zainal, sekadar hiasan. Tiada kaitan dengan 'Wawa' PKR.

Semalam dilaporkan Bank Islam (BIMB) membuat laporan polis terhadap bekas kakitangannya, Azrul Azwar Ahmad Tajudin.
Bank Islam membuat laporan polis terhadap ketua ekonomisnya Azrul Azwar Ahmad Tajudin atas dakwaan memiliki dan mengedar dokumen sulit syarikat tanpa kebenaran.



Laporan oleh ketua jabatan sumber manusia Bank Islam, Jamilah Abdul Sallam itu mendakwa dokumen itu melibatkan satu cadangan korporat melibatkan bank tersebut.

"Encik Azrul yang tidak mempunyai akses dan autoriti terhadap dokumen tersebut telah menyerahkan dokumen tersebut kepada pihak ketiga yang tidak berkaitan tanpa mendapatkan kelulusan atau kebenaran," dakwa Jamilah.

Dalam laporan bertarikh 18 Januari itu, beliau juga mendakwa Azrul menyalin dokumen "sulit dan sensitif" terbabit dan menghantarnya melalui emel kepada pihak terbabit.
http://www.malaysiakini.com/news/219625

Dalam laporan tersebut, Azrul didakwa mengakses dokumen rahsia BIMB tanpa kebenaran.

Ketika membincangkan kes Azrul dengan BIMB, seorang rakan MyMassa tiba-tiba membangkitkan kes seorang lagi pemimpin tertinggi PKR dengan bank yang sama iaitu Tan Sri Khalid Ibrahim.

Kes Tan Sri Khalid Vs BIMB Dibicarakan Mahkamah Tinggi

PUTRAJAYA, 25 Okt – Mahkamah Persekutuan Selasa mengembalikan kes pertikaian sivil antara Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) ke Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan penuh.

Ketua Hakim Negara Tan Sri Arifin Zakaria yang mengetuai panel lima hakim membuat keputusan itu selepas panel berkenaan menolak untuk menjawab isu-isu perlembagaan kepada mahkamah tertinggi itu untuk memutuskannya.

Hakim Arifin berkata panel itu berpandangan bahawa sebarang isu perlembagaan yang timbul dalam kes itu tidak akan diputuskan dengan cara merujuk kepada Mahkamah Persekutuan.

Hakim lain yang bersidang dalam panel itu ialah Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif, Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin, dan Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum serta Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Abdull Hamid Embong.

Mahkamah Tinggi merujuk lima persoalan perundangan berhubungan permohonan Abdul Khalid.

Satu daripada persoalan itu adalah sama ada Seksyen 56 dan Seksyen 57 Akta Bank Negara Malaysia 2009 tidak mengikut perlembagaan dan tidak sah kerana ia bercanggah dengan Perkara 74 Perlembagaan Persekutuan dibaca bersama Jadual Kesembilan Perlembagaan Majlis Penasihat Syariah yang diberi kuasa untuk menentukan undang-undang Islam.

Seksyen 56 menyatakan jika di dalam mana-mana prosiding berhubung dengan perniagaan kewangan Islam di hadapan mana-mana mahkamah dan penimbang tara, apa-apa persoalan berbangkit mengenai suatu perkara syariah, mahkamah atau penimbang tara itu, hendaklah mempertimbangkan mengikut mana-mana keputusan Majlis Penasihat Syariah atau merujuk persoalan itu kepada majlis untuk keputusannya.

Terdahulu, Hakim Arifin bertanya sama ada Mahkamah Tinggi telah membuat apa-apa keputusan berhubung kes membabitkan undang-undang Islam dan peguam Malik Imtiaz Sarwar, yang mewakili Abdul Khalid, menjawab tiada.

Abdul Khalid, yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Guthrie Berhad dari 1995 hingga 2003, menyaman BIMB yang didakwanya melakukan kesalahan melupuskan saham-saham beliau dalam Guthrie Berhad yang diperoleh menerusi kemudahan pinjaman Al-Bai Bithaman Ajil (BBA).

Beliau mahu satu deklarasi bahawa wujud kontrak kolateral antara beliau dengan bank berkaitan kemudahan pinjaman BBA dan memohon ganti rugi daripada BIMB.

BIMB memfailkan satu saman balas untuk mendapatkan jumlah RM66.67 juta pada 24 Mei, 2007, mendakwa bahawa perjanjian BBA telah dimungkiri berikutan kegagalan Abdul Khalid membayar semula pinjaman berkenaan.

Pada Ogos 2009, Abdul Khalid diperintah oleh Mahkamah Tinggi membayar balik RM66.67 juta itu kepada BIMB tetapi Mahkamah Rayuan pada 3 Mac tahun lepas memerintahkan kes itu didengar semula di Mahkamah Tinggi.

Sementara itu, Bank Negara dibenarkan sebagai amicus curiae (rakan mahkamah) – Bernama
http://www.anwaraidc.com/?p=18273

Secara kebetulan, kes Khalid Ibrahim dengan BIMB bermula pada 2007, tahun yang sama Azrul masuk ke Bank Islam.

Berpengalaman lebih 10 tahun dalam bidang ekonomi, Azrul Azwar menceritakan kerjaya pertamanya sekembali ke tanah air pada 1998 ialah sebagai penganalisa dan dilatih sebagai Pengurus Dana di Meridien Asset Management Sdn Bhd.
Sejurus selepas itu, beliau bertukar profesion ke RHB Bank selama tujuh bulan sebelum berkhidmat pula dengan Malaysia Industrial Development Finance Bhd (MIDF).

"Di MIDF, saya berkhidmat dengan syarikat Sisma Securities Sdn Bhd yang menjadi antara titik tolak saya sebagai penganalisis ekonomi. Dari syarikat Sisma Securities Sdn Bhd, saya beralih kepada syarikat kumpulannya.

"Saya mula beralih kepada kewangan Islam ketika menjawat sebagai penganalisis ekonomi di The Islamic Financial Services Board (IFSB) sebelum berkhidmat dengan Bank Islam bermula pada Februari 2007," katanya.
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/OtakekonomiAzrul/Article/index

Adakah ianya satu suratan atau kebetulan?

*Jom layan lagu ni dulu...........


#PAS #DAP #PKR : "Anwar Pasti Perdana Menteri!", Mat Sabu !

Posted: 22 Jan 2013 06:43 PM PST


Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dalam kenyataan medianya hari ini mengesahkan partinya menerima Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri (PM) sekiranya pakatan pembangkang berjaya menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13.

 
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan ahli Pas keluar dari Stadium Merdeka pada 12 Januari lalu ketika Anwar memulakan ucapan.

"Dakwaan bahawa (ahli PAS) keluar adalah tidak benar. Lebih-lebih lagi ketika beliau (Anwar) memberikan ucapan. Saya tidak pasti bagaimana mereka mendakwa seperti itu.

"Saya lihat sendiri mereka tunggu sehingga habis ucapan semua pemimpin di dalam stadium tempoh hari. Malah jika alasannya kerana Anwar jadi PM sehingga timbulkan implikasi ahli-ahli sehingga mereka keluar ketika ucapannya itu tidak benar. PAS terima Anwar sebagai PM," tegas beliau.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, PAS kekal dengan persetujuan yang dibuat dalam Pakatan Rakyat, bahawa Anwar akan menjadi Perdana Menteri jika gabungan itu menang dalam pilihanraya umum nanti.

Kenyataan terbaru Mat Sabu itu mengesahkan dakwaan C.N Al-Afghani dalam bukunya, "Kafirkah Aku?" yang mendedahkan pada 18 Disember 2009 wujud perjanjian sulit di antara Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI).



Dalam perjanjian sulit itu, selain Pas bersetuju menggugurkan perjuangan Negara Islam dan pelaksanaan hudud, Pas yang diwakili Presidennya, Hadi Awang juga turut bersetuju melantik Anwar sebagai PM.

"Tidak ada seorang pun ahli Pas sebelum 2008 mahu PM selain Datuk Seri (Abdul Hadi) andainya PR menguasai Putrajaya pada PRU 12 dulu. Ahli-ahli Pas berkorban semata-mata menjuruskan kepada cita-cita itu.

"Bagaimanapun, cita-cita yang menggunung ini berkecai apabila Datuk Seri selaku Presiden Pas turut bersetuju untuk memilih DSAI sebagai PM jika PR menguasai Putrajaya dalam PRU 12 yang lalu.

"Hal ini diakui oleh Lim Kit Siang, KM Pulau Pinang, ketika sesi debat dengan Chua Soi Lek, Presiden MCA pada 8 Julai 2012 yang lalu," dedahnya.

C. N. Afghani, nama pena kepada Zainon Ismail yang juga bekas Exco Dewan Pemuda PAS Kedah berkata, pencalonan Ketua Umum PKR itu bertentangan dengan prinsip moral Anwar yang disebarkan di kalangan ahli-ahli Pas sebelum ini.

"Sebelum DSAI dipecat, Mohamad Sabu sering menyentuh isu liwat DSAI. Antara istilah yang pernah disebutnya adalah 'DSAI buka kilang kunyit' dan juga menggelar DSAI sebagai 'Anwar Al-Juburi'.

"Sehingga kini Mohamad Sabu tidak pernah menarik balik ucapannya. Pas pusat juga tidak pernah mengambil apa-apa tindakan terhadap kenyataan Mohamad Sabu itu.

"Ini bermakna Pas pusat mengakui kebenaran dari ucapan Mohamad Sabu. DSAI sememangnya terlibat dalam kes liwat pertama dahulu. Kalau tidak benar, Mohamad Sabu wajib tarik balik ucapanya dan memohon maaf kepada DSAI," dedahnya lagi.

Credit to AIDC

Panas! Gambar Terakhir YB Nasharudin sebagai Ahli PAS?

Posted: 22 Jan 2013 11:23 AM PST


Gambar menunjukkan delegasi Malaysia iaitu PM Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Bekas Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa, Menteri Luar Dato' Seri Anifah Aman & Menteri di JPM Jamil Khir Baharom berdoa bersama PM Palestin Ismail Haniyeh di depan bangkai kereta almarhum Ahmed Al-Jaabari yg terbunuh dibom Israel, dalam lawatan PM Malaysia ke Gaza.

Gambar di atas pasti akan menyebabkan kepimpinan PAS Pusat tidak senang duduk. Sekembalinya delegasi  itu ke Malaysia, beberapa kemungkinan yang perlu di hadapi oleh YB Nasharudin iaitu:

1 : Nasharudin akan dipecat atas desakan PKR & DAP
2 : Nik Aziz pecat Nasharudin tanpa desakan DAP & PKR
3 : Nasharudin akan dituduh talibarut UMNO
4 : Nasharudin akan dipulaukan puak PAS

Point pertama merupakan kemungkinan yang paling besar akan berlaku. Maka jika betul firasat MyMassa, gambar diatas akan menjadi gambar terakhir YB Nasharudin sebagai ahli PAS? Tunggu dan lihat perkembangannya!


Yb Nasharuddin bersama Najib dan Pemimpin UMNO. 







Kemungkinan lain, PAS bergabung dengan UMNO? Wallahualam.

PAS Bakal Begerak Solo! Pakatan Retak Menanti Belah!

Posted: 22 Jan 2013 06:30 AM PST


Retak menanti belah, itu sahaja kata-kata yang dapat menggambarkan hubungan antara parti di dalam Pakatan Rakyat. Tiada apa yang perlu dihairankan, sejak dari mula lagi pakatan tiga Parti ini tidak sealiran dalam banyak perkara. Daripada sekecil-kecil perkara, kepada sebesar-besar isu pasti ada perselisihan faham antara mereka. 

Pagi tadi, tanda-tanda keretakan semakin jelas apabila penyokong Pas Pulau Pinang di ketuai oleh Hafiz Nordin - mantan Ketua Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang telah berhimpun di hadapan pejabat guaman Karpal Singh, Jln Green Hall Gtown membantah campurtangan Karpal Singh dalam isu Kalimah Allah. mereka bergerak dari perkarangan Dewan Sri Pinang ke pejabat guaman Karpal Singh sejauh 80m dengan membawa banner & pelekad. Allahuakbar.

Sungguh menduka-citakan apabila Isu Kalimah Allah dipermainkan seperti bola sepak. Betapa liciknya pemimpin DAP kerana merekalah yang menjadi pengadil meniup wisel memulakan perlawanan antara dua pasukan lawan berbangsa Melayu berpakaian hijau dan merah. Apa yang menyedihkankan, perlawanan ini tidak sedikitpun memberi keuntungan kepada kedua-dua pasukan itu. Fikir-fikirkanlah...



Sifat ADUN Yang Tidak Layak Bertanding!

Posted: 22 Jan 2013 04:00 AM PST


Ehem-ehem, untuk renungan bersama ye kepada semua ADUN, mana yang terasa, kalau nak bertanding lagi perbaikilah diri sendiri dari sifat-sifat di atas, terutamanya Nik Abdul Aziz Nik Mat kalau tak larat lepaskanlah jawatan, serahkan pada generasi yang lain, sudah tibanya masa untuk Tok Guru berundur.

Credit to Malaysia Futtuwah Revolution

6 Perkara Tentang Parti Politik Yang Jarang Rakyat Malaysia Sedar

Posted: 21 Jan 2013 11:35 PM PST

Pengajaran:
1. Islam mewajibkan memberi amanah pada yang layak, bukan atas nama Parti Politik.
2. Jangan angkuh merasakan diri layak memimpin sebelum yang dipimpin mengiktiraf kepimpinan kita.
3. Musyawarah bersama rakyat penting dalam mentuntaskan solusi buat umat.
4. Mencalonkan seseorang untuk jawatan mestilah dari kelayakan yang diiktiraf umat bukan diiktiraf kelompok sendiri saja.
5. Fokuslah solusi untuk masalah umat bukan gosip politik populis yang tak ke mana.
6. Bergaduh itu tidak baik, berdamai itu yang terbaik untuk semua. Buktinya:

"Sesungguhnya orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat." (Surah al-Hujurat, ayat 10)

Dari Abu Hurairah radhiallahuanhu dia berkata : Rasulullah shallallahu`alaihi wa sallam bersabda : Setiap anggota tubuh manusia dapat melakukan sodaqoh, setiap hari dimana matahari terbit lalu engkau berlaku adil terhadap dua orang (yang bertikai) adalah sodaqoh, engkau menolong seseorang yang berkenderaan lalu engkau bantu dia untuk naik kendaraannya atau mengangkatkan barangnya adalah sodaqoh, ucapan yang baik adalah sodaqoh, setiap langkah ketika engkau berjalan menuju shalat adalah sodaqoh dan menghilangkan gangguan dari jalan adalah sodaqoh. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Untuk renungan bersama, dan jika ada yang terasa, bagus moga ia mengajar dan mengubah anda menuju ke PRU-13.

 Credit to Malaysia Futtuwah Revolution

oyabun

Posted: 22 Jan 2013 11:31 PM PST

oyabun


SYABAS : Fakta sebenar krisis air di Selangor?

Posted: 22 Jan 2013 09:35 AM PST



Berikutan gangguan bekalan air tidak berjadual di Wilayah Kuala Lumpur dan Gombak ekoran kegagalan rumah pam Wangsa Maju yang berlaku pada 29 Disember 2012, Syabas telah dilemparkan dengan berbagai dakwaan dan tuduhan khususnya oleh Kerajaan Negeri Selangor sepanjang berlakunya gangguan bekalan air ini.

DAKWAAN 1

Menteri Besar Selangor, YAB Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menerusi kenyataan pada 9 Januari 2013 mendakwa SYABAS tidak menyelenggara sistem Variable Speed Drive (VSD) di rumah pam Wangsa Maju secara berkala (periodically preventive maintenance) kerana mendapati SYABAS tidak mempunyai sebarang kontrak penyelenggaraan berkala dengan pembekal VSD.

Dakwaan ini adalah tidak benar kerana, kerja-kerja penyelenggaraan di rumah pam ini dibuat secara berkala (sebulan sekali) yang dilakukan sendiri kakitangan SYABAS. Dalam hal ini, jika semasa kerja penyelenggaraan berkala dan kakitangan SYABAS mendapati terdapat keperluan mendapatkan khidmat pakar termasuk alat ganti, SYABAS akan melantik pihak pembuat dan pembekal VSD tersebut iaitu ABB Malaysia Sdn. Bhd. berdasarkan keperluan (case to case). Malah jadual penyelenggaraan ini juga dihantar kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

DAKWAAN 2

YAB Menteri Besar Selangor turut menyebut bahawa insiden pump tripped bukan disebabkan kegagalan VSD kerana ianya merupakan sistem pintar yang menerima maklumat dari luar seperti keadaan motor, pam, getaran, suhu dan lain-lain.

Dakwaan ini juga tidak benar kerana sistem VSD merupakan sebahagian daripada komponen penting di dalam sistem rumah pam ini, justeru insiden pump tripped juga mempunyai kaitan dengan operasi VSD. Sekiranya mana-mana komponen sistem mengalami kerosakan akibat sistem yang beroperasi melepasi kapasiti (overload), VSD tidak boleh dihidupkan.

DAKWAAN 3

YAB Menteri Besar Selangor turut menyatakan alat gantian pada sistem pam berkenaan boleh didapati dari China dengan menggunakan perkhidmatan courier dan bukan hanya dari Finland seperti yang didakwa SYABAS.

Ingin dinyatakan bahawa SYABAS telah dimaklumkan secara lisan oleh pembekal berkenaan bahawa alat ganti didapati dari Finland. Walaupun begitu isunya adalah berapa lama alat ganti dapat diterima setelah dipesan. Dalam kes ini, ada satu di antara alat pengganti mengambil masa 2 ½ bulan untuk diterima.


DAKWAAN 4

YAB Menteri Besar Selangor turut mendakwa SYABAS gagal mengenalpasti kerosakan pam-pam yang terdapat di rumah pam berkenaan termasuk mendakwa siasatan mereka mendapati pam Nombor 2 telah rosak melebihi setahun dan tidak pernah dibaiki.

Punca sebenar kegagalan rumah pam adalah disebabkan ianya beroperasi dalam keadaan overload dalam tempoh yang lama. Kerosakan sebenar yang berlaku pada sistem rumah pam disebabkan kerosakan pada komponen elektrik dan elektronik. SYABAS mempunyai bukti di mana terdapat dokumen yang merekodkan segala aktiviti di rumah pam, termasuklah kerja-kerja penyelenggaraan yang dilaksanakan.

Salinan dokumen ini telah diserahkan kepada SPAN yang telah menubuhkan Jawatankuasa Khas bagi menjalankan pengauditan terhadap kerja penyelenggaraan rumah pam tersebut. Sementara itu, Pam No. 2 di rumah pam Wangsa Maju sering mengalami kerosakan pada sistem VSD.

Setiap kali berlaku kerosakan, kerja-kerja pembaikan dibuat oleh pihak ABB selaku pembuat/pembekal VSD ini kerana kerja-kerja ini hanya boleh dilakukan oleh jurutera pakar dari syarikat tersebut. Namun begitu, ia tidak dapat bertahan lama apabila kerosakan berulang dan sistem pam tidak berada dalam keadaan stabil kerana beroperasi dalam keadaan overload.

Proses pembaikan yang berulang ini telah kerapkali berlaku dan telah mengambil masa yang lama. Bagaimanapun, dalam tempoh tersebut, rumah pam tersebut masih mengeluarkan air melebihi seperti biasa bagi menampung permintaan pengguna.

DAKWAAN 5

YAB Menteri Besar Selangor mendakwa bahawa sepanjang tahun 2012, hanya 18 hari sahaja pam pam ini beroperasi melebihi 200 juta liter sehari (JLH).

SYABAS menafikan dakwaan ini kerana SYABAS mempunyai rekod dan statistik yang menunjukkan bahawa pam-pam di Wangsa Maju telah beroperasi melepasi 200 JLH sebanyak 2,023 kali sepanjang tahun 2012 dan bukan 18 hari seperti didakwa menteri besar.

DAKWAAN 6

YAB Menteri Besar Selangor juga mendakwa bahawa kerajaan negeri sudah mengetahui masalah kerosakan rumah pam Wangsa Maju dan pernah menegur SYABAS lebih awal, namun tindakan tidak dibuat.

Dakwaan ini juga tidak benar kerana kerajaan negeri tidak pernah mengeluarkan sebarang teguran atau yang seumpamanya kepada SYABAS, sama ada bertulis ataupun lisan.

DAKWAAN 7

YAB Menteri Besar Selangor juga mendakwa bahawa permohonan SYABAS membangunkan sistem pengepaman tambahan baru di Wangsa Maju dibuat pada November tahun lepas dan disokong pada awal tahun ini.

Dakwaan ini tidak benar kerana cadangan pembangunan sistem pengepaman tambahan di Wangsa Maju telah dimajukan kepada Kerajaan Persekutuan pada bulan Jun 2009 diikuti dengan cadangan yang sama kepada Pejabat Menteri Besar Selangor pada Januari 2010, namun tiada respon atau maklumbalas diterima sehingga bulan Mac 2012 apabila Kerajaan Persekutuan mengambil keputusan untuk meluluskan cadangan ini dan memberikan pinjaman kepada kerajaan negeri bagi membiayai projek pembinaan rumah pam tambahan ini yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri.

Dari bulan Mac 2012 sehingga hari ini, pembangunan sistem pam tambahan ini oleh Kerajaan Negeri Selangor masih di tahap reka bentuk.

DAKWAAN 8

YAB Menteri Besar Selangor juga mendakwa SYABAS memberi alasan tidak cukup duit untuk membaiki pam itu kerana tarif air tidak naik tetapi rakyat Selangor tidak mahu kenaikan tarif air. Kerajaan negeri menurutnya, bersedia membaiki kerosakan rumah pam jika SYABAS tiada wang dan keupayaan.

SYABAS tidak pernah mengeluarkan kenyataan yang menyebut bahawa SYABAS tidak mempunyai wang untuk membaiki pam itu kerana tarif air tidak naik. Ini adalah rekaan menteri besar sendiri. Sekiranya kerajaan negeri selaku pemegang saham 30% dalam SYABAS ingin membantu dengan menyediakan dana untuk penyelenggaraan alat-alat di rumah-rumah pam SYABAS, kami amat mengalu-alukannya.


DAKWAAN 9

Exco Selangor, YB Dr Xavier Jayakumar dalam kenyataannya di Sinar Harian mengatakan bahawa kerajaan negeri mengganggap kelalaian SYABAS merupakan pure negligence dan criminal in nature dan menganggap gangguan bekalan air merupakan tindakan sabotaj dan rekacipta oleh SYABAS bagi memburukkan imej Kerajaan Selangor. Menurutnya, SYABAS tidak mampu membekalkan air kepada rakyat dan berpaksi semata-mata atas keuntungan dengan menaikkan tarif dari semasa ke semasa.

Sementara itu Adun Teratai, YB Janice Lee, mendakwa isu air dimainkan media kawalan Barisan Nasional (BN) bagi memburukkan Kerajaan Selangor sedangkan ianya adalah kegagalan SYABAS. Gangguan bekalan air menurutnya adalah antara sabotaj UMNO-BN terhadap Kerajaan Negeri Selangor.

SYABAS menyangkal semua dakwaan di atas kerana:
= Kerosakan pada pam disebabkan rumah pam Wangsa Maju terpaksa beroperasi melebihi kapasiti rekabentuk sejak beberapa tahun kebelakangan ini bagi memenuhi permintaan bekalan air. Kerosakan ini boleh berlaku dan telah berlaku walaupun ianya disenggara secara berjadual sepanjang masa.

= Isu kekurangan bekalan air terawat telah sekian lama dimaklumkan kepada kerajaan negeri dan diketahui umum serta menjadi tajuk perbincangan dalam beberapa tahun ini. Kerajaan negeri sendiri telah memperakui kesahihan perkara ini dengan menubuhkan Jawatankuasa Khas Pemantauan Bekalan Air yang dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Khushrin Munawi sejak bulan Julai 2012 dan juga cadangan membina loji air dengan teknologi membran dan mengoperasikan semula loji air Bukit Jelutong. Tidak timbul isu gangguan bekalan air ini adalah sabotaj dan rekacipta SYABAS.

= Isu kenaikan tarif yang diperuntukan dalam Perjanjian Konsesi SYABAS (walaupun sehingga kini kenaikan tarif masih ditangguhkan oleh kerajaan negeri) merupakan isu berasingan yang tidak berkaitan dengan kekurangan bekalan air terawat yang perlu ditangani oleh kerajaan negeri dengan menambah kapasiti loji rawatan air. SYABAS hanya pengagih bekalan air yang dibekalkan oleh operator-operator loji rawatan air yang dilantik oleh Kerajaan Negeri.

= Isu SYABAS sengaja merekacipta krisis ini tidak timbul kerana tidak ada seorang pun yang waras akan tergamak melakukannya, lebih-lebih lagi apabila ianya melibatkan kepentingan orang ramai. Ia juga tidak logik kerana SYABAS terpaksa mengeluarkan kos yang tinggi bagi menguruskan bekalan air alternatif kepada pengguna.

SYABAS juga mempunyai rekod dan statistik yang menyokong kenyataan SYABAS tentang kekurangan bekalan air terawat. SYABAS telah menghantar maklumat tersebut kepada kerajaan negeri menerusi audit yang telah dilaksanakan oleh kerajaan negeri dan juga kepada wakil-wakil kerajaan negeri dalam Lembaga Pengarah SYABAS.

DAKWAAN 10

YB Xavier juga mengatakan bahawa pembekalan dan agihan air adalah merupakan tanggungjawab SYABAS dan bukan kerajaan negeri seperti yang termaktub di dalam Perjanjian Konsesi dan kerajaan negeri sedia jadi saksi kepada pengguna memfailkan tuntutan terhadap SYABAS.

SYABAS menyangkal dakwaan ini dan menegaskan bahawa:

= Peranan dan tanggungjawab hakiki SYABAS yang diperuntukkan dalam Perjanjian Konsesi adalah mengagihkan air terawat kepada pengguna dan mengutip caj bekalan air daripada pengguna berdasarkan tarif digazetkan kerajaan.

= Air terawat ini dijual dan dibekalkan oleh operator loji yang telah dilantik sendiri oleh kerjaan negeri untuk merawat air termasuk SPLASH, Konsortium Abass dan Konsortium Air Selangor yang mana kerajaan negeri mempunyai saham di dalamnya. Oleh yang demikian, SYABAS tidak bertanggungjawab dalam menentukan atau meningkatkan kapasiti loji rawatan air.

= Dari aspek penambahbaikan, menaiktaraf, mengganti dan pembangunan baru sistem infrastruktur agihan air yang dikategorikan sebagai program CAPEX tertakluk kepada kelulusan SPAN yang merujuk kepada kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan.

Seperti telah diketahui umum, kelulusan sebahagian besar dari program CAPEX ini telah dibekukan oleh SPAN atas arahan kerajaan negeri sejak tahun 2008. Ini bermakna kerajaan negeri telah menghalang SYABAS daripada membuat kerja kerja penambahbaikan, menaiktaraf, mengganti, atau pembangunan projek-projek baru sistem infrastruktur agihan air ini.

= Bagi memastikan operasi berjalan seperti ditetapkan dalam perjanjian konsesi, kenaikan tarif air perlu diselaraskan berdasarkan kepada perjanjian konsesi namun perkara ini telah ditangguhkan oleh kerajaan negeri. SYABAS bagaimanapun kekal mengurus operasi tanpa kompromi terhadap kualiti perkhidmatan dan penyenggaraan infrastruktur sistem agihan air. Kekangan yang dihadapi dari pelarasan tarif hanya menyebabkan SYABAS terpaksa menangguhkan sebahagian pembayaran kos belian air dari operator loji.

= Adalah tidak wajar bagi kerajaan negeri yang memegang 30% ekuiti dan mempunyai wakil dalam Lembaga Pengarah SYABAS memberikan galakan kepada pengguna untuk memfailkan saman terhadap SYABAS sedangkan ketidakupayaan dan kekangan yang dihadapi oleh SYABAS disebabkan oleh halangan kerajaan negeri dari meluluskan projek-projek di bawah program penambahbaikan, menaiktaraf, mengganti ataupembangunan baru (Program CAPEX) seperti dicadangkan oleh SYABAS.


DAKWAAN 11

YB Xavier juga mendakwa bahawa isu air berlaku disebabkan keangkuhan SYABAS dan SYABAS tidak menghubungi Setiausaha Kerajaan Negeri bagi mendapatkan bantuan lori tangki dari PBT tetapi SYABAS meminta bantuan dari syarikat bekalan air daripada luar.

= SYABAS ingin menegaskan bahawa dalam mesyuarat harian Jawatankuasa Khas Pemantauan Bekalan Air Negeri Selangor yang ditubuhkan oleh kerajaan negeri dan dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri atau wakilnya, perkara ini telah dibincang dan dibentangkan. Oleh yang demikian, tidak timbul isu di mana SYABAS tidak meminta bantuan atau tidak memaklumkan kepada kerajaan negeri. Kenyataan tersebut adalah tidak benar.

= Walaupun dalam mesyuarat yang diadakan setiap hari, SYABAS telah maklumkan kepada kerajaan negeri tentang bantuan yang diperlukan bagi meringankan masalah yang ditanggung pengguna, namun bantuan yang diterima tidak seperti yang diharapkan. Kerajaan negeri menerusi pihak Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), memulakan penghantaran bantuan 4 buah lori tangki hanya mulai 5 Januari 2013 iaitu selepas 6 hari kejadian berlaku.

Berikutnya pada 7 Januari 2013, 3 buah lori, 8 Januari 4 buah, 9 Januari 4 buah, 10 Januari 2 buah, 11 Januari 10 buah, 12 Januari 13 buah, 13 Januari 10 buah dan 14 Januari 2 buah lori. Penghantaran lori-lori tangki ini tidak tetap kerana ada hari-hari yang tiada lori dihantar.

Selain daripada itu, bantuan yang dihantar oleh kerajaan negeri juga tidak menyeluruh kerana tidak menyediakan sukarelawan dan petugas petugas untuk membantu mengangkat air ke rumah-rumah pengguna. Sebagai sebuah negeri yang besar seperti Selangor, sepatutnya lebih ramai petugas sukarelawan dan bantuan lori-lori tangki dapat disediakan.

Malahan sebahagian lori-lori yang digunakan juga didapati tidak menepati piawaian kualiti air yang ditetapkan dan tidak sesuai digunakan untuk membekalkan air. Oleh itu, lori-lori tersebut terpaksa dihantar semula untuk proses cucian dan selepas diuji, barulah air tersebut boleh digunakan.

DAKWAAN 12

Ahli Parlimen Ampang, YB Zuraidah Kamaruddin, mendakwa SYABAS tidak mengambilkira perancangan jangka panjang dalam aspek penyenggaraan, sistem naiktaraf, pemantauan berkala, sistem sokongan lebih efektif dan pengurusan berwibawa.

SYABAS menafikan dakwaan ini dan ianya tidak benar kerana program penyenggaraan berkala rumah pam ini adalah sebahagian daripada program penyenggaraan tahunan peralatan infrastruktur sistem agihan air terawat yang dimajukan pada awal tahun setiap tahun kepada SPAN untuk kelulusan seperti termaktub di dalam Perjanjian Konsesi SYABAS.

Manakala laporan status kerja-kerja penyenggaraan dimajukan sekali dalam tempoh enam bulan kepada SPAN untuk pemantauannya. Bagi kerja kerja menaiktaraf, membaik pulih, mengganti dan pembangunan baru infrastruktur sistem agihan yang melibatkan program perbelanjaan modal (CAPEX), SYABAS telah dihalang daripada melaksanakannya apabila ianya dibekukan oleh SPAN atas arahan kerajaan negeri sejak bulan Julai 2008. SYABAS hanya dibenarkan untuk menjalankan kerja kerja kritikal sahaja serta penyelenggaraan rutin, itupun selepas mendapat kelulusan SPAN.

Dalam keadaan keadaan seperti ini, SYABAS seolah olah 'terikat tangannya' dan tidak banyak yang mampu dilakukan akibat daripada arahan pembekuan ini. Oleh itu, mendakwa SYABAS tidak mengambil kira perancangan jangka panjang adalah tuduhan yang tidak berasas dan tidak adil sama sekali.


DAKWAAN 13

YAB Menteri Besar Selangor turut mendakwa bahawa gangguan bekalan air membuktikan kegagalan projek penswastaan air kepada syarikat yang tidak berkelayakan dan kompeten SYABAS menyangkal dakwaan ini dan bertegas bahawa gangguan bekalan air adalah disebabkan kegagalan rumah pam yang telah beroperasi secara overload dalam tempoh yang panjang disebabkan permintaan yang meningkat berterusan.

Kegagalan rumah pam berfungsi adalah berkait dengan permintaan yang meningkat sehingga menyebabkan rumah pam terpaksa beroperasi melebihi kadar kebiasaannya sementara menunggu bekalan air terawat tambahan yang belum disediakan oleh kerajaan negeri.

Kerajaan negeri atas alasannya sendiri tidak mahu menerima hakikat yang disokong oleh fakta-fakta bahawa Selangor mengalami kekurangan dalam pengeluaran air terawat berbanding permintaan yang meningkat.

DAKWAAN 14

Dalam keadaan yang sama, Adun Teratai, YB Janice Lee mendakwa bahawa isu masalah air menunjukkan ketidakupayaan Puncak Niaga dan SYABAS mengendalikan pengurusan air kerana krisis ini bukanlah yang pertama kali berlaku di Selangor.

SYABAS menyangkal dakwaan ini dan menegaskan bahawa menteri besar dan kerajaan negeri telah dimaklumkan semenjak tahun 2005 lagi bahawa permintaan air terawat di Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya meningkat iaitu pada kadar 3.5% setiap tahun dan pengeluaran air dari kapasiti loji-loji yang sedia ada telah tidak mencukupi.

Sememangnya ada di antara 34 loji sedia ada telah beroperasi melepasi kapasiti rekabentuk. Keadaan bertambah buruk apabila rezab bekalan air yang tinggal pada masa ini adalah lebih kurang 1% sahaja. Kerajaan negeri bertanggungjawab menambah kapasiti rawatan air manakala di bawah Perjanjian Konsesi, SYABAS hanya dipertanggungjawabkan ke atas pengagihan air terawat kepada pengguna berdasarkan kuantiti dibekalkan oleh operator loji, syarikat konsesi dilantik kerajaan negeri bagi merawat dan membekal air kepada SYABAS.

Kerosakan pam disebabkan rumah pam Wangsa Maju terpaksa beroperasi melebihi kapasiti rekabentuk sejak beberapa tahun kebelakangan ini bagi memastikan pengguna mendapat bekalan air. Kerosakan ini boleh berlaku dan telah berlaku walaupun ianya diselenggara secara berjadual sepanjang masa.

Keengganan kerajaan negeri meluluskan projek Loji Rawatan Air Langat 2 dan kelewatan membangunkan sistem pam tambahan yang hanya diluluskan pada bulan Mac 2012 menyebabkan SYABAS terpaksa menguruskan rumah pam ini pada tahap overload untuk memenuhi permintaan yang tinggi.

Selain itu, dakwaan terhadap Puncak Niaga adalah tidak adil kerana Puncak Niaga tidak terlibat dalam isu ini, disebaliknya membantu dalam mengoperasikan loji Sungai Langat pada tahap overload sehingga 520 JLH daripada biasa 470 JLH.


DAKWAAN 15

YB Zuraidah dalam kenyataannya mendakwa bahawa SYABAS gagal menyediakan back-up bekalan air yang mencukupi kepada penduduk dan tidak mempunyai pelan kecemasan untuk mengatasi masalah ini.

Dakwaan tersebut adalah tidak berasas kerana back-up bekalan air wujud dengan adanya kapasiti rezab bekalan air terawat yang mencukupi. Pada masa ini, rezab kapasiti bekalan hanya sekitar 1%, jauh lebih rendah daripada paras selesa industri bekalan air (20%).

Tanggungjawab bagi menyediakan rezab kapasiti bekalan air terawat yang mencukupi adalah kerajaan negeri, bukannya SYABAS. Situasi di kawasan Gombak dan Kuala Lumpur boleh di elakkan jika bekalan air terawat mempunyai rezab kapasiti yang mencukupi.

SYABAS telah menjalankan tanggungjawabnya seperti yang terkandung dalam Perjanjian Konsesi. Namun dalam keadaan keadaan tertentu, SYABAS tidak dapat mengelak daripada berlaku masalah yang mengakibatkan SYABAS tidak dapat menjalankan obligasinya dengan berkesan jika terdapat pihak lain tidak menjalankan tanggungjawabnya.

Misalnya jika berlaku pencemaran sungai akibat tumpahan minyak dan loji loji rawatan terpaksa berhenti operasinya, SYABAS tidak dapat menyalurkan air kepada pengguna. Sebagai memenuhi tanggungjawabnya SYABAS membekalkan air menerusi lori lori tangki bagi memastikan bekalan air sampai kepada pengguna. Namun demikian bukanlah tanggungjawab SYABAS membersihkan sungai dari tumpahan minyak atau memastikan sungai tidak tercemar. Ianya adalah tanggungjawab kerajaan negeri.

Sangat tidak adil meletakkan kesalahan ini kepada SYABAS kerana krisis air berpunca daripada kegagalan kerajaan negeri menjalankan tanggungjawabnya. Apatah lagi kerana kerajaan negeri memiliki 30% saham di dalam SYABAS tetapi membiarkan SYABAS berhadapan dengan segala kekangan tanpa menghulurkan sebarang bantuan, sebaliknya mencari kesalahan dan kelemahan SYABAS semata mata.

Semasa krisis ini berlaku, Pelan Tindakan Kecemasan (ERP) Kod Kuning telah diaktifkan SYABAS pada 29 Disember 2012 jam 8:00 pagi. Pelan ERP ini yang beroperasi 24 x7 adalah sekretariat bertindak setempat bagi memantau dan mengurus bekalan bantuan air kepada pengguna yang menghadapi gangguan bekalan air.

Bekalan air dihantar kepada pengguna bagi kawasan gangguan kali ini diberikan melalui lori-lori tangki (86 buah) dengan jumlah penghantaran sebanyak 2,891 trips (sehingga 12 tengah hari 12 Januari 2013) dan 287 tangki statik. Bagaimanapun, keupayaan pelan Tindakan Kecemasan adalah terhad kerana mana-mana bekalan air tidak dirancang, direkabentuk dan dibina untuk kegagalan (designed not to fail).


KESIMPULAN

Belum pernah terjadi sebuah kerajaan negeri menghalang kerja-kerja penambahbaikan perkhidmatan yang memberi manfaat kepada rakyat. Kerajaan negeri perlu memikirkan soal kesejahteraan rakyat, kebajikan rakyat dan meluluskan program-program yang dicadangkan SYABAS untuk kebaikan rakyat.

Sikap menyalahkan SYABAS yang memberikan perkhidmatan kepada rakyat tanpa memberikan bantuan yang sewajarnya umpama 'baling batu sembunyi tangan'. Tindakan kerajaan negeri menghalang program-program menaiktaraf, membaik pulih, mengganti dan menjalankan projek-projek baru sistem agihan bekalan air menerusi pembekuan Perbelanjaan Modal (CAPEX) sangat tidak wajar.

SYABAS berharap kerajaan negeri yang mempunyai tanggungjawab di bawah undang-undang untuk membantu menyelesaikan masalah-masalah berkaitan menambah kapasiti bekalan air terawat dapat melihat perkara ini dengan lebih serius dan mengambil tindakan sewajarnya bagi menyelesaikan isu ini.

SYABAS hanya menguruskan perkhidmatan pengagihan air terawat yang dikeluarkan oleh syarikat-syarikat operator loji rawatan air yang dilantik oleh kerajaan negeri sendiri.

Wasabi Oyabun..

Panglima Perang Cyber

Posted: 22 Jan 2013 11:15 PM PST

Panglima Perang Cyber


Twitter PM @NajibRazak Terbukti Di Pentas Dunia

Posted: 22 Jan 2013 11:14 PM PST

sumber : http://www.klxpress.com.my/?p=7050

Artikel menarik : Orang bisnes tabik polis cc @HishammuddinH20 @AliHamsa55

Posted: 22 Jan 2013 05:05 PM PST


Orang bisnes tabik polis

Zulkifli Jalil

DATUK Ahmad Faris Abdul Halim, 49, seorang ahli perniagaan masih ingat lagi insiden 28 April tahun lepas apabila ibu negara 'dihenyak' perhimpunan Bersih 3.0.
Semasa itu, Ketua Pegawai Eksekutif Masterplan Consulting Sdn, Bhd., firma pembekal peralatan pertahanan, keselamatan dan komunikasi itu menerima panggilan bertalu-talu daripada rakan kongsi niaganya dari United Kingdom, Amerika Syarikat, Itali dan Perancis.Mereka bertanyakan apa yang terjadi sebenarnya di Malaysia.

Ahmad Faris dalam menjawab satu persatu panggilan tersebut, rumusan pengakhiran perbualan tetap sama - menjawab: ''...tapi saya yakin situasi ini hanya seketika."Ini kerana dalam hati beliau cukup yakin dengan kewibawaan pihak polis mengendalikan insiden di luar jangka itu. Dan apabila Himpunan Shamsidar berulang 12 Januari baru-baru ini, sekali lagi beliau mendapat panggilan daripada rakan-rakan kongsi multinasional yang sama.

Dengan kesimpulan yang sama, Ahmad Faris tetap menaruh kepercayaan yang tinggi kepada pihak polis, mampu menangani insiden kali ini dalam keadaan cukup bersedia.Meskipun tanpa tembakan meriam air, kelibat FRU dan lontaran bom asap, di sebalik ketenangan pihak polis mengharungi penyokong dan pengikut pembangkang, kata beliau, ucapan tahniah sewajarnya diberi kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dan Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.Kedua-dua individu itu, yang dibantu anak-anak buah mereka berupaya mengendalikan keadaan mendesak itu."Ramai kalangan kita barangkali tidak sedar bagaimana anggota-anggota polis terpaksa tinggalkan anak isteri, tak tentu makan minumnya... dan sudah terpacak di ibu negara waktu dini hari dan subuh-subuh lagi untuk mendepani himpunan 12 Januari itu."Padahal tugas hakiki mereka adalah mencegah jenayah," kata beliau kepada Utusan Malaysia semalam.

Ahmad Faris menarik perhatian, rakan-rakan kongsi niaganya daripada Eropah sedar Malaysia kekurangan anggota polis untuk memenuhi kehendak masyarakat yang mendesak. Dengan kekuatan kira-kira 100,000 anggota, nisbah anggota kepada penduduk di negara ini adalah 1 untuk 500.Keadaan ini menjadikan beban tanggungjawab polis tinggi.

Apatah lagi, nisbah polis dengan penduduk yang diperakukan Interpol ialah seorang polis bagi setiap 250 penduduk. Dan kedudukan tersebut masih jauh bagi Malaysia mencapainya.Pembangunan pesat Malaysia menuntut pertambahan tugas dan jumlah anggota polis bagi menjaga keamanan serta keselamatan negara, selain usaha memantapkan lagi pasukan keselamatan.

Tambahan lagi, polis sekarang dalam usaha untuk mengurangkan kadar jenayah selain mewujudkan suasana keberadaan pihak polis di satu-satu tempat termasuk di pusat beli-belah dan kawasan yang berisiko."Daripada perbualan dengan beberapa kenalan daripada kalangan anggota dan pegawai polis, saya bukan sahaja dimaklumkan mengenai senario yang dialami pihak polis, tetapi apa yang saya lihat memang itulah yang berlaku.

Sebagai contoh, pembangunan di Petaling Jaya sahaja telah menghasilkan kawasan pentabdiran daerah yang semakin luas dan memerlukan anggota lebih ramai."Apa lagi kalau di Kuala Lumpur pula, populasinya kira-kira tiga hingga empat juta orang, jadi berapa ramai pula anggota polis kita perlukan," katanya.

Bagi Ahmad Faris, orang bisnes sepertinya, malah ahli perniagaan lain pun amat sukakan negara ini. Di Malaysia, kata rakan kongsi beliau, polisnya berjaya 'ugut' pengganas daripada membuat kacau. Namun, Ahmad Faris percaya, tidak ramai menyedarinya kerana 'Special Branch' takkan mahu menguar-uarkan.

"Kita bersyukur kerana tidak seperti negara-negara tetangga yang bingit dengan insiden keganasan global. Di sini, kita masih boleh berjalan-jalan di kaki lima di ibu negara. Tetapi di negara mereka...pukul 8 malam, sudah dihantui kebimbangan," katanya.

Kata beliau lagi: "Sebagai ahli perniagaan, saya juga tidak akan selesa dengan sebarang insiden huru-hara yang boleh menggugat keamanan negara kita ini."Oleh itu sudah seharusnya kita menghargai kerja kuat dan usaha gigih Ketua Polis Negara yang bertungkus-lumus memastikan keamanan negara terus terpelihara.

"Kejayaan besar Ketua Polis Negara mengamankan negara, selain pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) - layak mendapat pengiktirafan seluruh rakyat. Ini termasuklah berjaya mendidik peserta himpunan pembangkang tempoh hari untuk mematuhi undang-undang.Hal ini sekali gus membuktikan transformasi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melaksanakan Akta Perhimpunan Awam mampu mendisiplinkan rakyat.

Lebih-lebih lagi untuk melupakan terus 'upacara' demonstrasi haram.Ahmad Faris sempat menyampaikan salam rakan-rakan kongsi niaga beliau kepada pihak polis negara ini - yang menurut beliau, mereka cukup yakin dengan kewibawaan pihak berkuasa itu.Tabik polis daripada kami orang bisnes, katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130123/re_05/Orang-bisnes-tabik-polis#ixzz2IkexQ0m8 ©

Utusan Melayu

Peluang Menang RM120 Ribu Dengan Hanya Rakam Gambar Dan Video

Posted: 22 Jan 2013 05:56 AM PST

http://pbs.twimg.com/media/BBNuruxCMAEN3T6.png

PM @NajibRazak Sudah Tiba di Gaza Catat Sejarah PM Pertama Malaysia Tiba Di Palestin !

Posted: 22 Jan 2013 12:28 AM PST

BH 22/01: Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi memasuki sempadan Gaza bagi lawatan bersejarah ke wilayah Palestin ke arah kukuhkan hubungan Malaysia-Palestin.

Berita Harian pada 16.07 pm

The Unspinners

Posted: 22 Jan 2013 11:14 PM PST

The Unspinners


Pemberian warganegara sebelum Merdeka tak ikut peraturan

Posted: 22 Jan 2013 11:02 PM PST

Sikit untuk Melayu pun Cina DAP nak bagi Cina

Posted: 22 Jan 2013 08:00 PM PST

Anwar patut dipangil sebagai saksi

Posted: 22 Jan 2013 04:00 AM PST

GERAKAN ANTI PKR

Posted: 22 Jan 2013 09:30 PM PST

GERAKAN ANTI PKR


KERAKYATAN 1 JUTA : TUN M GESA TUBUH RCI !

Posted: 22 Jan 2013 04:54 AM PST

SELAIN ULAMAK PUKUL SIPI-SIPI, PAS JUGA ADA ULAMAK BISU.

Posted: 22 Jan 2013 12:38 AM PST

ANGIN PERUBAHAN

Posted: 22 Jan 2013 09:20 PM PST

ANGIN PERUBAHAN


Video Tarian Terbaru Anwar Ibrahim Untuk Menagih Simpati

Posted: 22 Jan 2013 08:30 PM PST


Sudah habis modal nampaknya Anwar Ibrahim. Sekarang ini semakin seronok menari di atas pentas untuk menagih simpati dan undi. Rumusan yang boleh dibuat adalah Anwar Ibrahim sekarang semakin terdesak untuk undi. Apa sahaja akan dilakukan untuk tagih simpati rakyat.

Kajian MIDF : Bukti Figura Kukuh BN Akan Dapat Majoriti Besar DalamPRU13

Posted: 22 Jan 2013 06:26 PM PST



Gambar Yang Pasti Buat Anwar Ibrahim Gesa PAS Pecat Nasharuddin Mat Isa

Posted: 22 Jan 2013 04:44 PM PST



Bukti Azizan Razak Buat Aniaya Pada Orang Lain #UbahKedah

Posted: 22 Jan 2013 07:21 AM PST



Dato Seri @NajibRazak Catat Sejarah Kunjungi #Gaza Untuk Misi Kemanusiaan

Posted: 22 Jan 2013 04:23 AM PST



Apa Kaitan Azrul Azwar Ahmad Dengan Rafizi Ramli?

Posted: 22 Jan 2013 01:07 AM PST


Blogger dan portal pro pembangkang, melaporkan kononnya Azrul Azwar Ahmad digantung kerja sebagai  Ketua Ekonomi (Bahagian Perancang Strategik) Bank Islam kerana meramalkan BN akan kalah dalam PRU13.

Itu satu persepi yang dibuat oleh mereka. Namun laporan polis bertarikh 18 Januari 2013 di atas mungkin boleh menjelaskan dengan lebih lanjut lagi apa sebenarnya yang berlaku.

Laporan oleh Shahon Teoh di bawah ini menjelaskan siapa sebenarnya Azrul Azwar. Mungkin ramai lagi yang belum mengetahui latar belakang politik bekas pelajar MCKK ini. Memang diketahui umum, Rafizi Ramli & Nik Nazmi pun adalah bekas MCKK. Anwar Ibrahim memang "suka" tiga orang bekas pelajar MCKK ini rupanya. Mengapa ya?


KEPAL NASI KEPAL BERAS

Posted: 22 Jan 2013 03:44 PM PST

KEPAL NASI KEPAL BERAS


WARTAWAN LEBAM KENA PENAMPAR ANWAR!!

Posted: 22 Jan 2013 05:27 AM PST

"You (kamu) mana punya? Ini media Umno... Umno ini dia pusing. Pasal lain saya jawab. Ini media Umno. Kita jawab apa pun, dia pusing," katanya ketika ditemui selepas ceramah Jelajah Merdeka Rakyat di Damansara Damai di sini malam tadi.

Beliau berkata demikian ketika diminta pemberita untuk mengulas mengenai kenyataan Karpal yang akan memujuk Abdul Hadi supaya mengkaji semula pendirian Majlis Syura Ulama Pas yang memutuskan kalimah ALLAH tidak boleh digunakan oleh orang bukan Islam termasuk Bible versi Bahasa Melayu.
Itu sedutan dari mpp online.

Wartawan bertanya kerana dia boleh dianggap "Pengerusi Pakatan Rakyat". Selaku pengerusi kepada pakatan yang bakal mentadbir negara, dia seharusnya mengambil tanggungjawab sebagai "pemutus kata" kepada sebarang masalah berbangkit di dalam pakatan yang tidak mampu diselesaikan.

Dia yang sepatutnya memperjelaskan pendirian pakatan dalam isu ini. Bukan Azmin Ali.

Kalau pakatan ini tiada pengerusi, dan semua ketua parti dalam pakatan sama taraf dan tiada siapa kalangan merekamelebihi yang lain, apakah jenis struktur organisasi yang diamalkan oleh pakatan?

Bagaimana mahu diharapkan kepada pakatan untuk memerintah? Soal asas bagaimana untuk berorganisasi pun sudah menunjukkan caca-merba. 

Anwar dilantik sebagai ketua umum PKR secara kuku besi. Dalam masa yang sama dilantik pula mengetuai PR. Sudah berlaku 2 kali amalan kuku besi. Jawatan tertinggi dalam PKR pula dibolot oleh isteri dan anak. Tapi langsung tidak malu untuk menuduh pihak lain pengamal kronisma dan nepotisma. Paling menyayat hati, pengikut sudah buta dan tuli untuk melihat semua kejanggalan ini.

Bila diminta menjelaskan pendirian umum dan metakhir pakatan mengenai kalimah Allah setelah syura PAS membuat ketetapan kalimah Allah tidak boleh dikongsi, selaku ketua, Anwar tidak seharusnya lari dari tajuk persoalan dengan "hanya memusing kata-kata" dan spin isu yang tidak kena-mengena dengan menuduh media UMNO pusing.

Pertanyaan cukup straight forward. Wartawan cuma nak tau jawaban (a) Betul (b) Tidak. Kenapa mesti twist isu media UMNO pusing. Siapa kaki pusing sebenarnya?

Amalan ini adalah tindakan untuk "memasung kebebasan media", sedangkan semua tahu dia sampai sakit-sakit jiwa memperjuangkan kononnya kebebasan media. 

Sebenarnya semua yang dikatakannya "kebimbangan mengenai penguasa yang bobrok dan rasuah, mengongkong kebebasan akhbar, campurtangan penguasa dalam sistem kehakiman yang dikatakan sedang dilakukan oleh UMNO" hanya akan benar-benar terjadi jika negara ini berperdana-menterikan Anwar Ibrahim.

Dialah pencuri sebenar yang paling dikehendaki. Dia melindungi segala kes jenayah curi yang dilakukannya di sebalik "kerja amal mencegah jenayah dan kecurian" yang kononnya tidak henti-henti dilakukan oleh UMNO, PM Najib dan DS Rosmah.

BERANI MEMBUAT PILIHAN...

Posted: 22 Jan 2013 03:07 PM PST

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


(Gambar) Apa yang anda harapkan dari karpet merah untuk Anugerah Filem Porno?

Posted: 22 Jan 2013 02:31 PM PST

Kalau di Hollywood ada Academy Awards, pengeluar filem-filem porno atau lucah tidak mahu ketinggalan, mereka juga punya anugerah tersendiri yang diberi nama AVN (Adult Video News) Award.

Penghargaan yang diberikan oleh Adult Video News (AVN) ini merupakan penghormatan tertinggi untuk produksi-produksi filem porno di dunia.

AVN Awards tahun ini berlangsung di Hard Rock Hotel dan Casino, Las Vegas, Amerika Syarikat, 19 Januari lalu.

Dalam majlis ini, bintang dan pengarah filem porno saling bersaing merebut penghargaan yang diberikan.

Mulai dari film terbaik, aktor dan aktres terbaik, sampailah kategori yang cukup menjijikan, Anugerah Aksi Anal Terbaik!

Semua pelakon-pelakon filem porno dari seluruh dunia hadir dalam AVN Awards tahun ini.

Sama seperti majlis penganugerahan yang lain, tetamu yang hadir wajib melintas di karpet merah untuk tatapan lensa kamera sambil menampilkan busana yang dipakai.

Berbeza dari majlis biasa yang dipenuhi dengan gaun-gaun yang cantik dan anggun, karpet merah AVN Awards dipenuhi dengan busana-busana seksi yang menonjolkan aset tubuh bintang2 filem porno ini.


* Heh..macam-macam diorang ni, ingatkan filem-filem sebegini bergerak secara 'underground', rupa-rupanya ada pengiktirafan untuk mereka...









(Gambar) Artis wanita tempatan berkemban dengan kekasih...wow!

Posted: 22 Jan 2013 09:15 AM PST

Baru saja pelakon, Anzalna Nasir memberitahu yang dia tidak mahu terlalu mendedahkan kekasihnya, Hanif Zaki kepada khalayak umum.

Tetapi di dalam laman Instagramnya ada pula beberapa keping foto kekasihnya itu.

Mungkin dia sudah berubah fikiran kot. Lihat gambar mereka ini.

Dikhabarkan baru-baru ini mereka ada menyambut ulangtahun di sebuah restoran terkemuka ibu kota.

Sama ada ulangtahun kelahiran Anzalna atau teman lelakinya tidak pasti pula.

Atau adakah ulangtahun percintaan mereka? Entah.

Apa-apa pun semoga mereka ini cepat ke jinjng pelamin hendaknya.

Foto Anzalna Bersama Kekasih, Hanif Zaki.


Gantung tugas, Bank Islam dakwa Azrul Azwar bocor dokumen

Posted: 22 Jan 2013 06:00 AM PST

KUALA LUMPUR - Bank Islam Malaysia Berhad hari ini membuat laporan polis kedua terhadap ketua pakar ekonominya yang digantung tugas, Azrul Azwar Ahmad Tajudin kerana mendapat dan membocorkan dokumen sulit bank.

Azrul Azwar menjadi perhatian baru-baru ekoran pandangannya bahawa Pakatan Rakyat (PR) ada kemungkinan menang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Bank Islam dalam satu kenyataan berkata, laporan polis yang pertama dibuat di Balai Polis Dang Wangi Jumaat lepas.

"Dalam proses siasatan kami tentang pelanggaran peraturan, bank mengesan bukti pelanggaran lain yang mewajarkan kami membuat laporan polis pada Jumaat.

"Penggantungan tugas adalah akibat tindakan Azrul melanggar dasar dalaman bank, dengan butirannya telah disampaikan kepada beliau dalam surat tunjuk sebab, yang diserahkan kepadanya pada 17 Januari dan selepas siasatan selanjutnya, bank membuat laporan polis yang kedua hari ini," kata kenyataan itu dipetik Bernama hari ini.

Sabtu lalu, Azrul Azwar menegaskan, beliau berpegang kepada analisis yang mencetuskan kontroversi bahawa PR ada kemungkinan boleh menang PRU13, sekali gus membentuk kerajaan pusat.

Azrul Azwar berkata, beliau mengetengahkan pandangannya pada Singapore Regional Outlook Forum tempoh hari secara profesional, jujur dan tanpa memihak mana-mana pihak.

"Saya berpegang kepada analisis saya dan pembentangan saya pada forum (dimaksudkan)," katanya.

Kata Azrul Azwar lagi, beliau menyediakan analisis berdasarkan tiga senario iaitu kemenangan tipis Barisan Nasional (BN), kemenangan tipis PR dan kemenangan besar bagi PR.

PRU13 dijangka akan diadakan Mac ini. Mandat kerajaan pusat berakhir penghujung April.

Sambil menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa beliau ahli PKR, Azrul Azwar berkata, tidak ada alasan munasabah untuk mengambil tindakan disiplin ke atas dirinya.

Azrul yang telah bertindak sebagai penganalisis di Meridian Asset Management Sdn Bhd, RHB Bank, Malaysia Industrial Development Finance Bhd (MIDF) dan Lembaga Perkhidmatan Kewangan Islam (IFSB), dilaporkan telah berkata dalam sebuah forum awam di ibu negara yang "terdapat kemungkinan tinggi" Pakatan Rakyat akan menang dalam PRU13.

Rabu lalu, pengurusan Bank Islam menegaskan, Azrul Azwar telah digantung tugasnya kerana ia mempunyai "asas-asas yang wajar" untuk mempercayai yang beliau telah melanggar dasar dalaman bank.

Perkara berhubung dengan pelanggaran dasar itu akan diketahui sebaik sahaja siasatan selesai, kata Bank Islam.

Sementara bank itu terus mengulangi yang pandangan politik dan komen Azrul Azwar tidak seharusnya dikaitkan dengan bank berkenaan, ia terus ingin menegaskan yang penggantungan beliau tidak ada kaitan dengan tindakannya menyuarakan pandangan politik peribadi beliau.

Rahsia mengapa Tun Mahathir tidak suka gunting rambut dan potong kuku terbongkar!

Posted: 22 Jan 2013 05:01 AM PST

PERDANA Menteri Malaysia keempat, Tun Dr Mahathir Mohamad adalah pemimpin yang paling lama memegang jawatan ketua kerajaan Malaysia, iaitu 22 tahun, dari 1981 hingga 2003.

Sepanjang tempoh itu, Dr Mahathir melalui pelbagai cabaran pahit manis dalam memajukan negara. Dari polisi Pandang ke Timur, Boikot Buy British last dan Wawasan
2020, Dr Mahathir dihormati kawan, digeruni lawan.

Dalam tempoh pentadbirannya, Dr Mahathir sentiasa melakukan perkara yang tidak pernah difikirkan pemimpin sebelumnya, lantas Dr Mahathir membina Malaysia dari sebuah negara berasaskan pertanian kepada negara berasaskan perindustrian dalam 'sekelip mata'.

Ikuti wawancara khas wartawan Sinar Harian, MOHAMMAD FAIRUZ JUMAIN menyingkap peribadi Dr Mahathir yang mungkin tidak diketahui ramai.

Bagaimana dengan kesihatan Tun sekarang?

Kesihatan saya ada sedikit sebanyak terganggu, sekejap sihat, sekejap tidak berapa sihat. Ya lah kerana umur saya yang lebih. Saya sudah tidak boleh berjalan dengan laju, melompat. Tapi secara keseluruhan, saya bersyukur kerana kesihatan saya masih ok.

Makanan kegemaran Tun sekarang, kenapa?

Dulu saya makan semua, tapi sekarang saya kurang makan nasi, saya makan lauk sahaja. Lauk yang saya makan adalah sayur-sayuran. Kegemaran saya sekarang salad. Jadi boleh kata saya vegetarian sekarang.

Dulu Tun dikatakan tidak suka gunting rambut dan potong kuku kerana mengganggu tugas, adakah Tun masih tidak suka dua perkara tersebut?

Ya, saya masih tidak suka dua perkara tersebut, kerana saya tidak boleh buat apa-apa, lumpuh sepenuhnya. Saya benar-benar tidak suka keadaan itu, tapi sampai satu tahap kita perlu juga gunting rambut dan potong kuku. Jika tidak kita nampak tidak terurus.

Apakah hobi Tun sekarang?

Hobi saya sekarang tidak banyak, saya lebih gemar membaca, menulis dan menghabiskan masa lapang bersama keluarga.

Bagaimana dengan bahasa Perancis Tun sekarang?

(Ketawa), Bahasa Perancis saya tidak berapa bagus, saya cuma menguasai 10 peratus bahasa Perancis. Saya boleh tulis dan membaca dalam bahasa Perancis, tapi saya tidak boleh bercakap.

Berapa kuat cermin mata Tun?

Sebenarnya cermin mata saya tidak kuat, saya masih boleh membaca walaupun tidak menggunakan cermin mata. Mata saya masih kuat (ketawa).

Tun adalah seorang yang penuh dengan idea. Bagaimana Tun mendapat idea, adakah dengan berbincang atau ada cara lain?

Kebanyakan idea yang datang adalah dari membaca pelbagai bahan bacaan, tidak kiralah buku biografi, buku cerita, buku politik, buku agama dan pelbagai genre lagi.

Kebanyakan buku yang saya baca buku bahasa Inggeris. Tapi saya tidak lupakan juga buku bahasa Melayu. Apa yang penting, nasihat saya, idea yang hebat datang dari pembacaan dan pengalaman kita

Perkara paling Tun ingati?

Perkara yang paling saya ingat sampai bila-bila adalah hari di mana saya membuat keputusan menceburkan diri dalam bidang politik pada 1945. Ingatan itu masih segar dalam diri saya.

Apakah perkara paling Tun tidak sukai?

Tidak banyak perkara yang saya tidak suka.

Tempat kegemaran dilawati Tun?

Saya suka melawat Jepun. Kenapa saya suka? kerana bangsa Jepun adalah bangsa Asia pertama yang dapat menewaskan kekuatan ketenteraan Barat. Lawan dengan Rusia, Jepun boleh menang.

Walaupun saya tidak suka cara Jepun memerintah Tanah Melayu semasa Perang Dunia Kedua, tetapi bangsa Melayu kena meniru bangsa Jepun kerana mereka mempunyai jati diri amat kuat walaupun dalam dunia moden hari ini.

Adakah Wawasan 2020 masih boleh dicapai?

Boleh dicapai, tetapi dengan beberapa perubahan dan pendekatan tertentu. Saya yakin Wawasan 2020 masih boleh menjadi kenyataan.

Tun pakai telefon bimbit jenis apa?

Saya pakai iPhone.

Artis kegemaran Tun?

Saya minat Siti Nurhaliza.

Pasukan bola yang diminati?

Saya tidak begitu minat dengan bola, tetapi saya kecewa sebenarnya apabila Harimau Malaya sekarang merosot teruk, berbanding waktu negara mencapai kemerdekaan. Ketika itu pasukan bola Malaysia terkenal sebagai yang terbaik di Asia.

Permainan yang Tun sukai?

Saya hanya main kuda sahaja

Sinar

7 projek BN di Kelantan tiru perancangan Kerajaan Negeri yang tak kesampaian...

Posted: 22 Jan 2013 04:31 AM PST

KOTA BHARU - Tujuh projek besar diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kelmarin tidak lebih dari meniru program yang dirancang dan dilaksana oleh Kerajaan Negeri Kelantan, kata Datuk Husam Musa.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan ini berkata, Kerajaan Pusat sepatutnya merealisasikan projek-projek yang diumumkan itu sejak dahulu lagi dan bukannya meletakkan syarat ia akan dilaksanakan untuk penduduk Kelantan sekiranya Barisan Nasional (BN) merampas negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Menurutnya, rakyat Kelantan layak menerima lebih daripada apa yang diumumkan kerana janji-janji itu adalah sebahagian daripada perkara yang pernah disebut pada PRU12 lima tahun lalu.

"Kenapa perkara itu tidak dilaksanakan dahulu lagi dan akan dilakukan jika BN menangi, rakyat sendiri boleh menilainya apa yang dinyatakan ketika lawatannya itu adalah meniru apa dilakukan di Kelantan.

"Kita sudah memberitahu kepada rakyat di negeri ini sudah lama, kerajaan negeri mahu membina stadium baru dan wujudkan Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai, tetapi Najib baru umumkan sebagai manifesto," katanya kepada pemberita hari ini.

Husam yang juga Naib Presiden Pas berkata, sewajarnya rakyat Kelantan tidak boleh diberikan hak yang lebih rendah daripada apa yang sepatutnya mereka peroleh sejak dulu lagi.

"Sebagi contoh, Najib sebenarnya lebih wajar membina lebuh raya tersebut dulu lagi kerana Lebuh Raya Kuala Krai-Kota Bharu (KB) itu telah diluluskan dalam Rancangan Malaysia Kelima (RMK5) dan diluluskan semua dalam RMK9," katanya.

Beliau mencadangkan Perdana Menteri supaya memberi tumpuan kepada projek lain seperti pembinaan benteng di Sungai Golok dan pemberian status lapangan terbang antarabangsa untuk Kelantan.

Perdana Menteri dalam lawatannya kelmarin mengumumkan tujuh projek besar, yang bakal dilaksanakan bagi memajukan Kelantan jika mendapat mandat pada PRU13 akan datang.

Projek terbabit merangkumi pembinaan Lebih Raya Kuala Krai-KB, pembinaan stadium baru, masjid terbesar dan perumahan rakyat dengan peringkat permulaan membabitkan 3,000 unit.

Projek lain, adalah mewujudkan sistem pengangkutan Rapid Kota Bharu, pembinaan kampus bandar Universiti Teknologi Mara dan menjanjikan untuk menyelesaikan masalah air.

Husam juga kecewa kerana Najib tidak mengumumkan sama ada tuntutan royalti minyak tidak diumumkan dibayar secara tanpa penangguhan dan hanya memaklumkan jawatankuasa khas sudah ditubuhkan.

7 projek BN di Kelantan adalah rasuah dari BN - Nik Aziz

Posted: 22 Jan 2013 04:01 AM PST

KOTA BHARU - Barisan Nasional (BN) sewajarnya melaksanakan tujuh projek mega di Kelantan, yang diumumkan dua hari lalu, awal-awal lagi dan bukannya hanya menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kerana ia menunjukkan kerajaan pusat tidak ikhlas.

Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, janji Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu mengadakan tujuh projek mega di negeri itu, yang diumumkan ketika kunjungannya Ahad lalu, umpama rasuah bagi memancing undi rakyat.

"Kalau betul-betul nak buat kena buat sekarang kerana ia sudah menjadi tanggungjawab mereka (pusat) untuk menyalurkan duit untuk pembangunan dan kesejahteraan rakyat.

"Jika mereka laksanakan sekarang ia langsung tidak memberi apa-apa tekanan atau menggugat sokongan rakyat kepada Pas kerana rakyat sudah tahu pelaksanaannya adalah untuk kebaikan bersama.

Nik Aziz berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Hari Air Kelantan di Pasar Kok Lanas di sini pagi tadi.

(Gambar) Nabila Huda kongsikan foto tubuhnya yang bagai anak dara...fuh!

Posted: 22 Jan 2013 01:01 AM PST

Nabila Huda tampil lagi dengan imej hangat dan seksi kali ini sebagai 'cover' untuk majalah lelaki tempatan, Glam. Nabila berkongsi cover majalah tersebut melalui akaun instagram.

Aksi dalam cover tersebut memperlihatkan Nabila Huda hanya memakai singlet putih dan skirt berbelang sambil seorang model lelaki dari belakangnya menggayakan aksi peluk hmmm... atau urut... entah, kami pun kurang pasti.

Nabila Huda juga telah berkongsi menerusi Instagram gambar dirinya ddan rakan-rakan menghadiri konsert We Love Asia.

Gaya pemakaian Nabila tak ubah seperti anak dara. Pasti banyak gadis yang mencemburui keseksian bentuk badan Nabila. Ramping sangat-sangat.


[Advertorial]

Sign up for a #DiGiiPhone5 online now and get it delivered for FREE! It's only RM 60/month.

The 5, now yours with the most affordable plans around.

If like everyone else on the planet, you've got your eye on the gorgeous iPhone 5, you're going to like this.


Ulama tiada tempat dalam Pakatan Rakyat

Posted: 21 Jan 2013 10:15 PM PST

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom sudahpun mengisytiharkan bahawa isu boleh atau tidak kalimah Allah digunapakai dalam Bible berbahasa Melayu sudah selesai.

Senada dengan beliau ialah Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib. Beliau juga menganggap isu itu selesai apabila Dewan Syura Ulama PAS pada pada 13 Januari lalu memutuskan bahawa perkara itu tidak boleh diizinkan dan ia harus dicegah.

Bagaimanapun, Pengerusi DAP Karpal Singh tidak setuju. Baginya isu ini belum selesai. Sebaliknya, beliau mahu Dewan Ulama PAS menimbangkan semula keputusannya.

Dalam nafas yang sama beliau juga mahu supaya pimpinan PAS Kedah jangan "membuat hal" dengan mengenakan pelbagai syarat dan sekatan berhubung penampilan artis yang mengambil bahagian dalam program sambutan Tahun Baru Cina.

Pantang larang pilihan raya PR

Bagi Karpal ini semua adalah pantang larang kerana "pilihan raya sudah terlalu dekat". Namun beliau terlepas pandang bahawa sama seperti isu salun menggunting rambut bukan muhrim di Kota Bharu, PAS Kedah sudah awal-awal lagi akur apabila "dijerkah" DAP dan menarik balik peraturan itu.

Sementara itu, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali pula mengumumkan bahawa partinya tidak mengiktiraf keputusan Dewan Ulama PAS. Bagi PKR ia tetap berpegang pada kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang bahawa bukan Islam boleh menggunakan kalimah Allah.

Mujur Datuk Harun Taib tangkas. Dengan tegas beliau menasihatkan DAP dan PKR jangan mencampuri soal dalaman PAS. Dewan Ulama PAS adalah badan tertinggi dalam parti itu. Keputusannya muktamad. Apatah lagi dalam isu ini mesyuarat syura dipengerusikan oleh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri.

Maka amat tidak wajar Karpal mahu membuat gesaan supaya Dewan Ulama menimbang semula keputusannya. Kini amat ketara sekali bahawa Karpal Singh dan Azmin Ali tidak faham budaya dan "pantang larang" dalam PAS. Mereka tidak mengerti sensitiviti Islam.

Umno melalui Jamil Khir, lebih memahami dan menghormati prinsip perjuangan PAS. Sebab itu apabila Dewan Ulama PAS menetapkan haram menggunakan kalimah Allah dalam bible, Umno menghormati pendirian itu dan menganggap isu itu selesai.

Ketetapan PAS ini dipandu oleh ulama. Bukan seperti dalam isu kafir mengkafir yang dibuat oleh pemimpin PAS atas nama individu. Sebab itu, Umno tidak kekok menerima pandangan yang muktabar sebegini.

Datuk Hasan Ali, bekas Naib Presiden PAS pula mengunjurkan bahawa jika begini sikap dan pendirian DAP dan PKR, akan amat tidak berkesan nanti sumbangan PAS untuk memelihara kepentingan Islam dan umatnya jika Pakatan Rakyat ditakdirkan memerintah Malaysia.

Ulama tiada tempat di hati PR ?

Kini semakin jelas pertalian PAS dengan DAP dan PKR adalah hanya ikatan politik semata-mata. Dalam politik tiada musuh yang kekal dan rakan yang abadi. Belum menang bersama, PKR dan DAP mula mengisyaratkan bahawa ulama tiada tempat dalam hiraki Pakatan Rakyat.

Isu kalimah Allah isu besar. Ia isu dasar. Tiada sesiapa berhak untuk menjadi jurubicara Islam selain ulama. Mereka adalah pewaris nabi. PAS dengan segala keterbatasannya harus akur pada pandangan ulama.

Demikian juga dengan Umno. Ia juga perlu lunak pada penghakiman ulama. Sebab itu Presidennya Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan bahawa tidak boleh ada kompromi dalam soal akidah dan prinsip agama apatah lagi jika ia mahu dipolitikkan.

Beliau berkata umat Islam di negara ini perlu menolak dan tidak memberi sokongan langsung kepada sebarang usaha mana-mana pihak yang cuba memesong akidah atau mengelirukan fahaman mereka.

Apa pendirian Hadi ?

Najib menjelaskan, dari kacamata Umno, umat Islam tidak berhasrat menyakiti orang bukan Islam. Begitu juga sebaliknya. Sebab itu, Umno mengambil jalan tengah dan sederhana dalam tindakan dan amalan politik serta pentadbirannya. Inilah maksud wasatiyah.

Kini umat menuntut penyelesaian yang tuntas dan muktamad. Hadi perlu tegas. Adakah beliau mahu akur pada keputusan Dewan Ulama atau mempertahankan pendiriannya bersama rakan politiknya dalam Majlis Presiden Pakatan Rakyat 8 Januari lalu ?

Kemudian Anwar Ibrahim pula sebagai pemandu Majlis Presiden Pakatan, perlu memutuskan apakah pakatan itu masih selesa dengan pendirian PAS yang kini mula bangkit menepis sikap "membuli" DAP dan PKR selama ini.

Akhir sekali umat Islam, terutama penyokong PAS, harus memutuskan secara muktamad apakah wajar pengurusan pembangunan Islam dan kesejahteraan umat Islam diputuskan oleh pemimpin politik yang langsung tidak menghormati ulama.

Ulasan@Antarapos

PRU13 - Kelantan sambut baik pengumuman PM

Posted: 21 Jan 2013 10:01 PM PST

KOTA BHARU - Kerajaan negeri menyambut baik tujuh projek besar yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kelmarin bakal dilaksanakan sekiranya menang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Pengerusi Jawatankuasa Kerja raya, Utiliti dan Alam Sekitar, Mejar (B) Datuk Md Anizam Abd Rahman berkata, tawaran yang diumumkan itu semangnya menjadi tugas dan tanggungjawab Kerajaan Persekutuan.

Menurutnya, kemudahan yang dijanjikan sebagai manifesto Barisan Nasional (BN) itu untuk memajukan Kelantan sebagaimana yang dilaungkan kelmarin sudah berada dalam skop tanggungjawab mereka.

Bagaimanapun, beliau kecewa kerana sebagai contoh pembinaan lebuh raya sepatutnya dilaksanakan sejak Rancangan Malaysia Kelima sebelum pengumuman tersebut diumumkan lagi di hadapan rakyat Kelantan.

"Itu memang tugas Kerajaan Persekutuan. Biarlah mereka buat…dia (Najib) umum nak bagi air lagi, perumahan dan pelbagai lagi.

"Projek itu tidak perlu tunggu sehingga PRU13 baru ia akan dibuat. Jadi tidak logiklah," katanya kepada media semalam.

Terdahulu beliau merasmikan Majlis Pecah Tanah Projek Pembangunan Pusat Komersil Kubang Kerian yang merupakan usaha sama Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI) dengan Sentosa Jaya Development Sdn Bhd.

Pada majlis itu juga beliau menyampaikan sumbangan kepada 200 penerima dan hadir masa ialah, Pengarah Urusan Sentosa Jaya Development Sdn Bhd, Datuk Razak Daud, dan Yang Dipertua MPKB-BRI, Fauzi Mat.

Dalam pada itu, Md Anizam berkata, kerajaan negeri memang memahami masalah kesesakan lalu lintas yang berlaku terutamanya ketika musim perayaan dan perkara tersebut sudah diketahui sejak sekian lama lagi.

"Setelah pembinaan lebuh raya seperti yang dimahukan sebelum ini tidak dibuat, walaupun terpaksa Kerajaan Kelantan dalam serba kekurangan membina lebuh raya (Kuala Krai-Kota Bharu)," katanya.

Kelmarin, Najib mengumumkan pembinaan Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai, stadium baru, masjid terbesar di negeri ini dan perumahan rakyat dengan peringkat permulaan melibatkan 3,000 unit.

Selain itu, sistem pengangkutan Rapid Kota Baharu, pembinaan kampus bandar Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan menyelesaikan masalah air yang membelenggu rakyat negeri.

Sinar

PRU13 - Parlimen bubar bulan depan!

Posted: 21 Jan 2013 09:31 PM PST

SHAH ALAM - Penganalisis politik menjangkakan tarikh terdekat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membubarkan Parlimen adalah sekitar 17 hingga 28 Februari ini.

Pensyarah Sains Politik, Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Shamsul Adabi Mamat berkata, bahang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) sudah dirasai.

"Ramai meramalkan sekitar 17 hingga 28 Februari ini perdana menteri akan bubar Parlimen, dan PRU13 berlangsung selepas itu iaitu awal Mac.

"Hal ini dilihat sesuai kerana banyak perkara sudah sudah diselesaikan seperti hal persekolahan dan banjir juga sudah pulih. Apatah lagi tempoh matangnya juga sudah berada di penghujung," katanya.

Menurutnya, PRU13 adalah pilihan raya paling sengit pernah dihadapi BN dan menjadi cabaran besar juga kepada Pakatan Rakyat (PR) untuk mengekalkan kemenangan mereka di negeri yang telah dimenangi pada 2008.

Sementara itu, Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Madya Dr Sivamurugan Pandian juga berpendapat sama iaitu PRU13 sudah hampir.

Katanya, semua pihak sudah membuat persediaan akhir dalam menghadapi PRU13.

"Seperti mana kita tahu, PRU13 adalah paling sengit dan sudah pastinya semua parti politik akan membuat persediaan sebaik mungkin.

"Begitu juga dengan anggota keselamatan, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan agensi lain," katanya.

Bagaimanapun, beliau percaya BN masih ada kelebihan untuk menang dan mentadbir kerajaan masa hadapan.

"Bagaimanapun, PRU13 ini beri cabaran getir buat mereka, berapa jumlah kerusi dan kawasan mana yang mampu dimenangi," katanya.

Kalimah Allah: Paderi Kristian lebih memahami dari Haji Hadi?

Posted: 21 Jan 2013 08:53 PM PST

Penganut agama Kristian perlu memahami kalimah 'Allah' sebagai kata nama Tuhan atau sembahan khas bagi umat Islam telah berlaku sejak lama dahulu, kata Paderi dari Indonesia, Jahja Iskandar.

Memetik laporan akhbar Mingguan Malaysia hari ini, Jahja (atau disebut Yahya) berkata perkataan Allah itu tidak boleh diterjemahkan kerana ia merupakan kata nama khas untuk Tuhan kepada komuniti Muslim.

"Lihat sahaja dalam kitab suci umat Islam, al-Quran sama ada dalam terjemahan bahasa Inggeris, bahasa Belanda waima bahasa Melayu sekalipun, kalimah Allah terang-terangan disebut tanpa sebarang perubahan.

"Dari sudut pandangan linguistik, setiap sembahan atau Tuhan harus memiliki nama. Dan Tuhan orang Islam adalah Allah, ia tidak boleh diterjemahkan kerana ia merupakan kata nama khas," kata Jahja dipetik Mingguan Malaysia.

Jahja yang ditemui di Jakarta berkata, berdasarkan kajian yang dijalankannya, Tuhan Kristian berdasarkan bahasa asli perjanjian lama adalah Elohim.

"Seandainya diterjemahkan kepada bahasa Arab, maka yang tepat menggantikan Elohim adalah Ilah, bukan Allah," katanya, dan menambah terjemahan itu dibuat berasaskan terjemahan paling awal ke bahasa Arab iaitu Inskripsi Zabad pada tahun 512.

Paderi Indonesia itu menjelaskan, nama Allah sangat konsisten berdiri atas namanya sendiri dan tidak diterjemah berasaskan berasaskan bahasa suku, seperti mana kalimah Elohim.

Beliau turut mengemukakan contoh bagaimana kalimah Elohim diterjemah kepada beberapa bahasa suku, seperti Tete Manis bagi Kristian Maluku, Jubata (Kristian Dayak), Diyos (Kristian Filipina), God (Kristian Amerika Syarikat), dan Theos (Kristian Yunani), serta banyak lagi.

"Ini yang membezakan Tuhan Islam dan Kristian ... Tuhan Islam sangat konsisten iaitu Allah."Nama Allah tiada terjemahan atau dialih bahasa, ini harus menjadi ingatan penganut Kristian," katanya.

Polemik penggunaan kalimah Allah sejak sekian lama menjadi pertikaian di Malaysia berikutan permohonan akhbar Kristian Katolik Herald untuk menggunakan perkataan itu dalam penerbitannya.

Perkataan Allah juga telah diguna pakai sejak lebih 50 tahun lalu dalam Bible berbahasa Melayu, Al-Kitab, di Sabah dan Sarawak untuk penganut Kristian di sana yang kebanyakan adalah penduduk pribumi, yang menerima Bible berbahasa Melayu yang di bawa masuk dari Indonesia.

Kaimah itu kemudiannya kembali menjadi topik hangat setelah Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng melalui perutusan Krismasnya menggesa kerajaan Barisan Nasional memberikan kebenaran untuk komuniti Kristian menggunakan perkataan tersebut.

Tindakan beliau itu kemudiannya mendapat respon pelbagai pihak, termasuk pemimpin politik, malahan, PAS juga turut membuat ketetapan perkataan itu boleh digunakan bukan Islam, namun tidak boleh ditafsirkan kepada mana-mana bahasa atau sebaliknya.

Pakatan Rakyat bagaimanapun mengambil ketetapan perkataan Allah boleh digunakan kelompok bukan Islam.

Sultan of Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, melalui Majlis Agama Islam Selangor, juga turut bertitah dan menegaskan perkataan Allah adalah hak Muslim dan golongan bukan Islam dilarang sama sekali menggunakannya. - Malaysian Insider.

(Video) Aksi tak senonoh seorang wanita ditempat letak kereta berjaya dirakam...

Posted: 21 Jan 2013 08:02 PM PST

Membayar tol parking memang menjelikkan, tetapi seorang wanita di China berjaya mengelak dari membayarnya dengan berlakon menjadi 'hantu' dan menakutkan operator di dalam pondok bayaran tol tersebut.

Aksinya berjaya dirakamkan oleh CCTV dan videonya telah tersebar meluas di internet.

Aksi dalam video tersebut bermula dengan sebuah kereta kosong menghampiri pagar pondok tol tersebut.

Apabila penjaga pondok tol tersebut menyedari kereta itu kosong, beliau pun keluar untuk memeriksa kenderaan berkenaan.

Seorang wanita dalam keadaan rambut yang menutupi keseluruhan mukanya tiba-tiba muncul dari belakang dengan memanjat belakang kereta - teringat pula babak dalam filem The Ring dengan watak hantu yang merangkak keluar dari TV.

Lelaki berkenaan amat terkejut hingga terjatuh dan terus melarikan diri.

Apabila suasana kembali tenang, wanita berkenaan turun dari kereta, untuk mengangkat halangan tol tersebut.

Tak senonoh punya perangai! Hahaahah...

'Saya terpaksa mengucap semula'

Posted: 21 Jan 2013 07:01 PM PST

MARANG 21 Jan. - Che Ramli Daud, 55, yang awalnya dianggap bukan penyokong Pas terpaksa mengucap dua kalimah syahadah sekali lagi sebagai tanda kembali ke dalam Islam bagi membolehkan imam dan penduduk kampung menghadiri majlis tahlil arwah ibunya.

''Biarpun terfikir bahawa saya bukan kafir, saya melakukan juga di hadapan imam di rumah arwah emak di Kampung Beris Tengah Kubur Besar, Bachok, Kelantan sebelum majlis tahlil kerana sekitar kampung kebanyakannya orang Pas.

''Saya pula ketika itu dilihat sebagai penyokong UMNO kerana menjalankan usaha membuat perabot dengan bantuan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas), jabatan yang dikaitkan dengan kerajaan Barisan Nasional dan orang UMNO," ujarnya.

Menyingkap masa lalunya, dia yang menetap di Bukit Perepat dekat sini sejak hampir dua dekad lalu menceritakan ketika Amanat Haji Hadi memuncak sehingga menjadi pegangan hampir keseluruhan penduduk, UMNO seolah-olah tidak lagi wujud.

Utusan

7 janji PM di Kelantan adalah janji kosong kata Din Ayub

Posted: 21 Jan 2013 06:30 PM PST

SHAH ALAM - Pas menyifatkan janji-janji kepada negeri Kelantan yang diungkapkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak sebagai tidak ikhlas dan hanya ingin meraih undi rakyat di negeri itu.

Naib Presidennya, Salahuddin Ayub berkata, segala janji sedemikian bukanlah perkara baru malah ia hanya janji kosong menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) tidak lama lagi.

Menurutnya, sepatutnya, kehadiran perdana menteri itu bukan lagi menambah janji sebaliknya melunaskan banyak perkara tertunggak untuk negeri berkenaan.

"Rakyat Kelantan tidak sedaif itu untuk menelan semua janji yang ditaburkan. Janji sedemikian tidak ikhlas kerana beliau sudah terdesak untuk membubarkan Parlimen dalam sedikit masa lagi.

"Jika beliau benar-benar ikhlas, lunaskan dahulu pembayaran royalti kepada rakyat Kelantan bukan dengan pembinaan stadium dan sebagainya," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Katanya, tidak perlu ditubuhkan jawatankuasa khas bagi isu berkenaan memandangkan ia adalah perjanjian terus di antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri.

"Saya hairan mengapa perlu ada jawatan kuasa khas? Ia secara jelas, kerajaan persekutuan mahu melewat-lewatkan pemberian hak yang sepatutnya diterima rakyat Kelantan.

"Jika benar-benar beliau prihatin, sudah lama dibina lebuh raya Gua Musang yang mana sering kali menghadapi kesulitan menjelang musim perayaan, bukan pada waktu sekarang," katanya.

Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian menjelaskan penderitaan yang dialami rakyat Kelantan sudah lama.

"Kerajaan persekutuan sering kali menafikan hak negeri. Apabila sudah hampir PRU13, beliau hadir dan menambah janji tanpa melunaskan dahulu 'hutang-hutang' lama kepada negeri.

"Kerana itu, saya katakan, rakyat Kelantan tidak mudah menelan janji-janji kosong seperti itu," katanya.

Sementara itu, Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan berkata, rakyat negeri itu optimis bahawa janji perdana menteri itu hanyalah tidak lebih daripada 'gula-gula' untuk menyedapkan telinga dan hati Barisan Nasional (BN).

"Inilah usaha terdesak yang dilakukan BN dan Umno setelah pelbagai usaha selama ini gagal menambat hati rakyat Kelantan.

"Selayaknya beliau menjelaskan dahulu hutang tertunggak seperti yang pernah ditabur sebelum ini ketika Pilihan Raya Kecil di Manik Urai dan Galas iaitu pembinaan jambatan dan kemudahan jalur lebar," katanya.

Katanya, dengan tujuh janji baru itu, Najib dilihat telah berjaya menambah koleksi janji terhadap rakyat Kelantan tanpa ada satu yang dilunaskan.

"Begitulah kesungguhan BN dan Umno yang berterusan cuba menawan hati rakyat.

"Mungkin sebelum ini, janji yang ditabur di negeri-negeri lain berjaya memikat, tetapi tidak kepada rakyat Kelantan yang sudah masak dengan helah begini, katanya.

Kelmarin, Najib mengumumkan tujuh projek besar yang bakal dilaksanakan bagi memajukan Kelantan sekiranya mendapat mandat rakyat negeri itu.

Kemuculan saya bukan raih simpati, tapi strategi - Johan

Posted: 21 Jan 2013 06:01 PM PST

BUKAN drama, tapi ia adalah strategi yang tidak disengajakan. Itulah ungkapan yang dinyatakan Johan atau nama sebenarnya, Yazid Lim Mohamad Aziz berhubung kemunculan mengejutnya di gelanggang akhir Maharaja Lawak Mega 2012 (MLM2012) yang diadakan di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Johor pada Jumaat lalu.

Tegas Johan, dia sanggup menuam ais selama setengah jam dan memakai 'guard' lutut supaya boleh berjalan seperti biasa daripada berdrama dengan muncul bertongkat atau berkerusi roda semata-mata mengelak dikatakan sengaja menagih simpati peminat mahupun juri.

"Ia adalah strategi yang hadir secara tidak sengaja daripada kecederaan yang saya alami.

Utusan

70 tahun masjid di Melaka salah kiblat

Posted: 21 Jan 2013 05:31 PM PST

MELAKA TENGAH - Sebuah masjid berusia lebih 70 tahun di sini dikesan melakukan kesalahan dalam penetapan arah kiblat.

Imam satu Masjid Al-Ehsan, Bukit Baru, Sabtu Kina berkata, kesalahan arah lebih kurang 10 sentimeter terpesong dari arah kiblat sebenar yang sepatutnya mencondong ke kiri berlaku sepanjang usia masjid itu.

Menurutnya, ia mula dikesan semasa bermulanya projek penambahan bangunan masjid penghujung tahun lalu oleh pelukis pelan, sekali gus mendapat perhatian Majlis Agama Islam Melaka (Maim).

"Kita segera atasi keadaan itu dengan memasang pita pelekat penanda arah kiblat sebenar bagi mengelak kekeliruan jemaah," katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Paya Ikan, semalam.

Sabtu yang menjadi imam sejak 17 tahun lalu bagaimanapun berkata, ia kesilapan tidak disengajakan berdasarkan faktor usia masjid mula dibina sejak tahun 1940-an.

Terdahulu, masjid warisan itu tidak dirobohkan, sebaliknya akan dinaik taraf sebahagian bangunan bagi keselesaan lebih 1,000 jemaah.

Sementara itu, salah seorang jemaah masjid tersebut, Abdul Wahab Baba, 55, berkata, dia berharap pihak bertanggungjawab dapat melakukan pemeriksaan di semua masjid lama di negeri ini.

"Semak semula arah kiblat di masjid lama kerana kita tak mahu sembahyang dengan kiblat tidak betul," katanya.

Terdahulu, Pengerusi Maim, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, beliau sudah maklum berkaitan perkara itu dan kesalahan terbabit adalah tidak disengajakan.

"Mungkin ada silap sedikit dan boleh dibaiki kecuali kita sengajakan, itu satu kesalahan. Sama juga seperti kita sembahyang di hotel luar negara yang mungkin boleh tersilap arah kiblat," katanya.

Sementara itu, umat Islam yang pernah menunaikan solat di Masjid Al Ehsan, Bukit Baru dinasihatkan tidak perlu risau dengan solat mereka.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Datuk Yaakub Md Amin berkata, biarpun kesalahan arah kiblat berlaku, namun hukum sembahyangnya adalah sah.

Menurutnya, ia tidak menyalahi apa-apa kesalahan kerana yang penting niat untuk menunaikan solat.

"Zaman dahulu, kita tiada teknologi canggih untuk menentukan arah kiblat tepat dan hasilnya mendapat arah yang tidak terlalu tepat.

"Berbeza sekarang, kita ada alat canggih dengan pelbagai penggunaan sistem yang baru," katanya.

SINAR

Tiada ulasan:

Catat Ulasan