Sabtu, 14 Disember 2013

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


MEDIA Rakyat MALAYSIA

Posted: 14 Dec 2013 03:12 AM PST

MEDIA Rakyat MALAYSIA


MENGAPA MANUSIA MEMPUNYAI PERASAAN SOMBONG? DEFINASI DAN HUKUM SOMBONG ~

Posted: 13 Dec 2013 05:06 PM PST

BULETIN RAKYAT

Posted: 13 Dec 2013 11:32 AM PST

BULETIN RAKYAT


Hadi ~ Tongkat Ali, Kacip Fatimah berasal dari pengaruh Syiah

Posted: 13 Dec 2013 12:15 AM PST


Hadi sedar fahaman itu tidak sesuai bagi masyarakat Islam di Malaysia dan bertegas menegah ahlinya daripada terpengaruh dengan perjuangan Syiah.

PETALING JAYA: Fahaman Syiah sudah bertapak lama di rantau ini sejak dulu sehinggakan budaya masyarakat tempatan tanpa sedar turut dipengaruhi oleh ajaran itu.
"PAS sudah mengerti betapa jahilnya masyarakat rantau ini dengan ajaran Islam, sehingga pengaruh Syiah telah pun mempengaruhi masyakat serantau alam Melayu secara bebal dengan menamakan herba tempatan yang dipercayai paling berkhasiat dengan panggilan Tongkat Ali dan Kacip Fatimah," kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Tongkat Ali, atau nama saintifiknya Eurycoma longifolia (turut dikenali pasak bumi) dan Kacip Fatimah (Labisia pumila) merupakan sejenis herba tempatan digunakan secara tradisional bagi tujuan kesihatan dalaman.
Wujud dakwaan yang mengatakan tumbuhan terbabit dinamakan oleh pengikut Syiah sempena nama keluarga Nabi Muhammad SAW; Tongkat Ali (Saidina Ali bin Abi Thalib) Kacip Fatimah (Fatimah Az Zahra).
Hadi berkata, pihaknya bagaimanapun sedar fahaman itu tidak sesuai bagi masyarakat Islam di Malaysia dan bertegas menegah ahlinya daripada terpengaruh dengan perjuangan Syiah termasuk perkembangan Revolusi Iran.

"PAS tetap mendukung demokrasi dan bersedia menghadapi penipuannya dan ahlinya yang didapati terkeluar daripada landasannya.
"Sama ada terkeluar dengan sendirinya daripada PAS atau diambil tindakan setelah terbukti dengan adil tanpa menjejaskan dasar dan konsep perjuangan Islam mazhab Ahli Sunnah Wal Jama'ah (ASWJ) yang didukung oleh PAS secara istiqamah dan muhasabah," katanya.
Tegasnya,PAS mempertahankan parti itu tetap teguh berpegang kepada ajaran ASWJ selaras dengan perlembagaan parti yang mewajibkan setiap ahlinya menganut fahaman tersebut.
Menurutnya, Fasal 7(1) Perlembagaan PAS menetapkan bahawa hukum tertinggi kepada PAS ialah Al Quran, Hadis, Ijma' Ulama dan Qiyas; iaitu sumber hukum para ASWJ.
"Ini dengan sendirinya memberi makna bahawa setiap ahli PAS wajib menganut mazhab ASWJ dan tidak diizinkan mazhab yang lain.
"Perkara ini tidak ada dalam perlembagaan parti lain, termasuk UMNO sendiri," katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, disebabkan prinsip itu PAS sendiri akan mengambil tindakan mengambil tindakan disiplin terhadap mana-mana ahlinya yang mengamalkan fahaman lain termasuk Syiah.
"Oleh kerana berprinsipkan ASWJ nilah maka Jawatankuasa Disiplin PAS boleh bertindak terhadap aliran mazhab yang lain dalam PAS, bukan sahaja dalam kes disiplin salah laku terhadap pentadbiran PAS," katanya.
Namun beliau menegaskan pendirian itu tidak bermakna PAS dilarang mengadakan sebarang hubungan dengan pengikut mazhab lain dan semua pihak termasuk dikalangan bukan Islam.
"Begitulah PAS menyokong kerajaan Malaysia mengadakan hubungan diplomatik dengan Iran, Oman, termasuklah negara Barat dan Komunis," katanya.
Beliau berkata umat Islam wajib kembali semula kepada budaya ilmu yang tinggi dengan menggunakan teknologi maklumat terkini bagi menolak mazhab yang lemah secara hujah, dalam masa yang sama menyedari adanya agenda penjajah baru yang mengulang tayang senario lama dengan solekan baru yang disesuaikan dengan situasi terkini.
Mengambil iktibar daripada krisis negara Islam di Timur Tengah, Hadi berkata PAS meletakkan langkah politik seperti yang ditetapkan dalam hukum agama dan tidak menjadikannya sebagai alat permainan untuk mendapat kuasa tanpa mengira dosa dan pahala.
"PAS pernah dituduh Syiah apabila menyokong Iran dalam perang teluk yang pertama, ketika Saddam Husain menyerang Iran dengan senjata barat, dan PAS pula menentang campur tangan Amerika menyerang Iraq, sikap yang berbeza dengan Iran.
"Bukan kerana menganut ideologi Parti Ba'ath, tetapi dapat membaca permainan politik serantau," katanya.

Anak Muda Kampung Nak Senang

Posted: 13 Dec 2013 11:23 AM PST

Anak Muda Kampung Nak Senang


TAK KAN MELAYU HILANG DI DUNIA !

Posted: 13 Dec 2013 01:30 AM PST




Takraw: Keputusan kita betul-betul memalukan

13 Disember 2013. 
Sukan SEA 2013. 

Dalam perlawanan hari ini, skuad negara tumpas 1-2 kepada Indonesia untuk menduduki tempat tercorot dalam kalangan empat pasukan yang menyertai acara berkenaan.

Semalam, Malaysia kalah 0-3 kepada Thailand dan 1-2 di tangan pasukan tuan rumah, Myanmar.

PERJUANGAN ISLAM TIDAK BERAKHIR DENGAN SYAHIDNYA ABDUL QUADER MOLLA DARI JAMAAT-E-ISLAMI BANGLADESH

Posted: 13 Dec 2013 12:49 AM PST

KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PAS
10 Safar 1435/ 13 Disember 2013

PERJUANGAN ISLAM TIDAK BERAKHIR DENGAN SYAHIDNYA ABDUL QUADER MOLLA DARI JAMAAT-E-ISLAMI BANGLADESH

Pada hari ini sejarah mencatatkan syahidnya saudaraku Abdul Quader Molla (14 Ogos 1948 – 12 Disember 2013) yang juga merupakan Penolong Setiausaha Agung Jamaat-e-Islami Bangladesh di tali gantung yang tidak mengenal erti kebenaran.

Perbicaraan as-Syahid adalah satu momokan terhadap sistem keadilan, apabila disabitkan kesalahan dengan fakta yang meragukan dan penuh dengan sentimen politik dalaman Bangladesh.

Ianya bukan sahaja mendapat bantahan dalam negara Bangladesh sendiri tetapi juga turut dikecam oleh komuniti Islam di peringkat antarabangsa. Jelas sekali tindakan menukar hukuman asal terhadap as-Syahid dari penjara seumur hidup adalah di atas desakan politik dalaman menerusi demonstrasi jadian seperti protes Shahbag pada Februari 2013 lalu yang menjadi tulang belakang agenda jahat kumpulan sekular yang bencikan Islam.

Kepada pendokong Jamaat-e-Islami Bangladesh dan ahli keluarga as-Syahid, serta bakal as-Syahid yang lainnya yakinlah bahawa kehidupan akhirat adalah kekal abadi dan syurga adalah janji dari Allah.

Teruskan perjuangan menentang kezaliman, mengikut al Quran dan as Sunnah serta sirah para Nabi A.S., di mana fajar kemenangan Islam akan menyinsing jua dengan izin Allah. Allahu akbar !.

Saudaramu,

Abdul Hadi Awang
Presiden PAS Malaysia


Pemimpin Islam digantung sampai mati, pemimpin negara Islam membisu

Posted: 12 Dec 2013 07:24 PM PST


Semoga Allah menempatkan roh beliau bersama roh para syuhada. Hari yang amat sedih untuk para pejuang dan pendakwah Islam seluruh dunia. Tahniah kepada Perdana Menteri Turki, satu-satunya pemimpin negara Islam yang bersuara.

ALLAHUAKBAR ! ALLAHUAKBAR ! ALLAHUAKBAR !

Pemimpin Jamaat-e-Islami Bangladesh, Abdul Qader Mullah Digantung
13 Dis 2013

DHAKA (voa-islam.com) - Sekjen Jamaat-e-Islami Bangladesh Abdul Qader Mullah,di hukum gantung atas tuduhan melakukan  kejahatan perang yang dilakukan pada tahun 1971, kata seorang pejabat pemerintah, Kamis/12/12/2013.

Mollah, digantung di Penjara Pusat kota Dhaka, ungkap Wakil Sekjen Partai Jamaat-e-Islami, yang dilarang ikut pemilu, dan merupakan kekuatan oposisi utama di Bangladesh, dan lawan kekuatan sekuler, yaitu Partai Nasionalis Bangladesh (BNP).

Ekskusi hukuman gantung  terhadap Abdul Qader Mullah, ditunda dua kali, karena adanya tekanan internasional, termasuk Perdana Menteri Turki, Erdogan, tetapi Mahkamah Agung Bangladesh, Kamis, melakksanaan keputusan hukukaman gantung terhadap Sekjen  Jamaat-e Islami, atas tuduhan melakukan pembunuhan, pemerkosaan dan penjarahan selama Perang Kemerdekaan tahun 1971, dan Mahkamah Agung  menolak permintaan banding  peninjauan hukuman mati.

PM Turki Erdogan menelepon Perdana Menteri Bangladesh Sheikh Hasina, agar menghentikan hukuman mati kepada Abdul Quader Mullah, Sekjen Partai Jamaat-e Islami, tetapi semuanya sia-sia. Perdana Menteri Sheikh Hasina, tokoh sosialis, dan menjadi rivalitas Partai Jamaat-e-Islami, dan sangat berkepentingan memusnahkan tokoh Islam, seperti  Abdul Qadir Mullah.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan