Jasindaily Online Posted: 08 Dec 2013 09:11 AM PST Muzakarah : Isu Lapuk Diguna Semula Posted: 07 Dec 2013 04:09 PM PST Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) melihat kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkenaan pelawaan bermuzakarah antara UMNO dengan PAS sebagai idea lapuk yang dikitar semula. Ketua Penerangannya,Riduan Mohd Nor berkata, Umno tidak pernah ikhlas mahu mengadakan muzakarah dan sudah bertahun idea ini dilontarkan namun tidak pernah Umno serius menyahutnya setiap kali cadangan ini dibuat. "Pelawaan muzakarah dengan Umno adalah tindakan terdesak bagi menyelamatkan jangka hayat mereka yang sudah tinggal beberapa bulan sahaja lagi. "Mereka menganggap muzakarah akan memberikan kekuatan politik dan boleh memenangkan mereka sehingga menyebabkan keresahan di kalangan pemimpin, ahli dan penyokong PAS serta Pakatan Rakyat," kata Riduan dalam kenyataan medianya.
Tambah Riduan, Pemuda PAS merasa kesal kerana dalam keadaan terdesak begini barulah Umno mahu mengadakan muzakarah dengan PAS sedangkan selama ini PAS yang paling kuat difitnah dan dikutuk. "PAS dan pemimpin tertingginya dituduh sesat, jumud, tidak bertamadun, konservatif, memecahbelahkan masyarakat, menyalahgunakan Islam demi kepentingan politik, serta tuduhan yang maha berat terhadap Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ? Mursyidul Am PAS sebagai ?bapa kafir?," katanya. Beliau menegaskan , bahawa pucuk pimpinan PAS bersedia mengadakan muzakarah dengan pemimpin Umno untuk kepentingan agama Islam, bangsa Melayu dan negara. PAS sedia atas platform apa pun sama ada muzakarah, dialog, debat, forum dan lain-lain dan bersedia di mana-mana pentas sekalipun. "Yang hanya PAS inginkan adalah muzakarah tersebut diadakan secara terbuka supaya rakyat dapat menilai dan melihat isi muzakarah tersebut. "Pemuda PAS mencadangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pemimpin Pakatan Rakyat berdebat dengan Perdana Menteri dalam pelbagai isu," ujarnya./Selangorkini | DPPM kumpul RM40,300 untuk mangsa banjir Posted: 07 Dec 2013 04:07 PM PST Dewan Pemuda Pas Malaysia (DPPM) mengumpulkan RM40,300 duit kutipan hasil sumbangan masyarakat prihatin terhadap musibah banjir yang berlaku di Pahang, Terengganu dan Johor. Ketuanya, Suhaizan Kaiat, berkata hasil sumbangan orang ramai itu terus meningkat setiap hari membuktikan keprihatinan rakyat Malaysia membantu mangs abanjir berkenaan.
Katanya, hasil daripada misi pertama pasukan Jabatan Amal Malaysia (AMAL) di dua daerah yang teruk dilanda musibah itu, kerja misi pengagihan bantuan sedang giat dijalankan. Memetik laporan Harakah Daily, Suhaizan berkata, di daerah Kemaman, pasukan AMAL bersama 70 orang daripada Alternative Riding Club (ARC) bertungkus lumus mengagihkan bantuan berbentuk makanan dan peralatan termasuk pakaian, ubat, selimut serta bantal di pusat pemindahan banjir di stadium, sekolah juga masjid. Beliau berkata, bilik gerakan juga dibuka 24 jam untuk membantu kawasan terjejas teruk seperti Air Puteh, Chukai, dan Kemasek. "Dalam beberapa jam kebelakangan ini, sudah ada tanda hujan semakin reda dan ada mangsa yang suah kembali ke rumah, manakala misi menghantar bantuan ke rumah juga dilakukan pasukan AMAL," katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, anggota Jabatan AMAL dari seluruh negara juga akan berkampung di sana untuk melakukan kerja pembersihan, pada 8 Disember ini. Katanya, pasukan amal seramai 30 orang tempatan berganding bahu membantu menyelamatkan mangsa ke pusat pemindahan banjir yang berdekatan, selain misi mengagihkan bantuan 24 jam melalui sumbangan orang ramai di pusat pemindahan dan rumah yang tidak terjejas. Suhaizan berkata, pihak DPMM ketika ini, memohon masyarakat sama ada individu, badan bukan kerajaan, persatuan atau parti politik turut sama membantu menghulurkan bantuan bagi meringankan bebanan dan kesukaran yang dialami mangsa banjir. DPPM juga masih menerima sumbangan daripada pelbagai pihak untuk disalurkan kepada keluarga yang terbabit melalui Tabung Kemanusiaan Pemuda melalui akaun Maybank: 564025400100 atau hubungi Yusapiza Ya'acob di talian 017-2692944./Selangorkini | Tuduhan Syiah, Zahid hukum tanpa bicara – Fahmi Fadzil Posted: 07 Dec 2013 04:03 PM PST Kenyataan Datuk Ahmad Zahid Hamidi yang mengarahkan agar tindakan diambil terhadap Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu kerana mengamalkan Syiah umpama 'menjatuhkan hukuman tanpa perbicaraan bebas dan adil'. Fahmi Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil berkata, kenyataan itu bertentangan dengan tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang menawarkan rekonsilisasi selepas pilihan raya umum lalu. "Kenyataan Ahmad Zahid amat tidak produktif, berbahaya, dan bagai cuba menggagalkan rekonsiliasi yang diusahakan Najib Razak,"
"Ahmad Zahid perlu menarik balik kenyataan beliau ini," katanya dalam kenyataan ringkas kepada Keadilan Daily. Portal media hari ini melaporkan kenyataan Naib Presiden Umno itu yang memberikan kuasa kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk menahan Mohamad Sabu kerana didakwa mengamalkan fahaman Syiah. Ahmad Zahid dalam ucapan penggulungan di Perhimpunan Agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur berkata, pihaknya mengetahui pemimpin nombor dua Pas itu mengamalkan ajaran tersebut. Bagaimanapun, dalam reaksi awalnya, Mohamad yang dikenali sebagai Mat Sabu, berkata beliau akan berbincang dengan peguamnya mengenai dakwaan Ahmad Zahid. "Saya tak dengar sendiri apa dia kata jadi kena bincang dengan peguam dulu," katanya seperti dilapor The Malaysian Insider. | Forum GST & Bajet 2014 di Senawang, Sabtu 16 November Posted: 07 Dec 2013 04:01 PM PST SEREMBAN 16 NOV: Satu forum berkenaan Cukai Barang & Perkhidmatan (GST) dan Bajet 2014 akan diadakan di Dewan D'Ark, Taman Sri Kaseh, Senawang, Negeri Sembilan esok. Forum menampilkan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad, ahli parlimen Seremban, Anthony Loke dan bekas Timbalan Gabenor Bank Negara, Dr Rosli Yaakop. Program bermula jam 8.30 malam dan masuk adalah percuma. Sebarang maklumat lanjut berhubung program boleh menghubungi sekretariat di talian 013-2181279. | Alhamdulillah Banjir Dah Surut Posted: 07 Dec 2013 03:49 PM PST MELAKA - Keadaan banjir di Melaka pulih sepenuhnya setelah kesemua 25 mangsa yang berada pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu, Sungai Rambai, Jasin sejak Rabu lepas dibenarkan pulang, hari ini. Penolong Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) Melaka Mejar Jafri Mohamed berkata pusat permindahan yang menempatkan semua mangsa daripada lima keluarga, dari Kampung Parit Penghulu itu ditutup jam 1 tengah hari tadi. "Semua mangsa telah dibenarkan pulang hari ini dan pusat pemindahan juga telah ditutup," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini. Beliau berkata paras air Sungai Kesang berdekatan rumah mangsa yang melimpah kini berada pada paras 2.89 meter iaitu di bawah paras waspada. - Bernama | ROSMOH DAPAT LESEN BESAR GUNA JET Posted: 07 Dec 2013 03:41 PM PST Satu-satunya perkara yang menarik dalam ucapan penggulungan Najib di Perhimpunan Agung UMNO petang tadi ialah puji-pujiannya atas jasa dan sumbangan isterinya, Rosmah Mansor kepada negara. Pujian kepada isterinya sendiri yang dilakukan di pentas UMNO ini dengan sendirinya menenggelamkan segala isu lain dan menjadikan perkara-perkara lain tidak lagi menjadi perhatian. Selain memuji sumbangan dan peranan Permata yang menurut Najib tidak dapat dipertikaikan lagi, beliau juga menceritakan dua jasa dan sumbangan lain yang pernah dilakukan oleh isterinya kepada negara yang tidak pernah diperkatakannya sebelum ini iaitu membebaskan pelajar Malaysia yang ditahan di Mesir yang disangka pengintip dan membantu pelajar yang menuntut di Mesir pulang ke Malaysia melalui Arab Saudi walaupun tanpa visa.
Menurutnya, kerana hubungan isterinya yang baik dengan isteri Hosni Mubarak, Suzanne, pelajar tersebut dapat dibebaskan hanya dalam tempoh dua jam sementara kerana "networking" yang baik juga dengan keluarga diraja Arab Saudi, pelajar Malaysia bukan saja dapat pulang walaupun tanpa visa tetapi juga disediakan dua buah kapalterbang Jumbo dengan percuma. Dengan puji-pujian yang membuatkan Rosmah kelihatan tersipu-sipu malu di tempat duduk VVIP, Najib bergurau lagi, "agaknya malam ini dapat bayaranlah", lantas membuatkan Rosmah sekali lagi tersipu-sipu. Najib juga mengakui bahawa beliaulah yang meminta isterinya melakukan kerja itu. Tidak dapat dipastikan kenapakah Najib meminta isterinya melakukan kerja tersebut sedangkan sepatutnya beliau menggunakan saluran rasmi kerajaan iaitu Kementerian Luar Negeri untuk menyelesaikan perkara tersebut. Apakah ini menandakan beliau tidak meyakini Anifah Aman untuk melakukan tanggungjawab itu dan lebih mempercayai kemampuan isterinya? Atau apakah ini mengesahkan lagi tanggapan umum sebagaimana tulisan Kadir Jasin yang berbunyi, "...jadi benarlah seperti didakwa oleh sesetengah pihak bahawa UMNO sudah menjadi parti orang bangsawan, parti 'warlods' dan parti laki-bini."
Tindakan Najib menceritakan tentang jasa dan sumbangan isterinya di pentas Perhimpunan Agung UMNO ini adalah dipercayai untuk menangkis serangan dan kecaman terhadap isterinya itu berikutan penggunakan jet eksekutif yang dibiayai oleh kerajaan untuk lawatan ke Qatar, baru-baru ini. Ia sekurang-kurangnya untuk meyakinkan perwakilan UMNO bahawa di sebalik pelbagai dakwaan tentang pembaziran, pemborosan dan kehidupan mewah yang dijalani oleh isterinya, beliau juga sebenarnya ada melakukan sumbangan kepada negara yang mungkin tidak diketahui sebelum ini. Najib sendiri berkata, inilah kali pertama beliau memaklumkan kepada umum tentang jasa dan sumbangan yang pernah dilakukan oleh isterinya itu. Dan seperti biasa, perwakilan UMNO telah memberikan tepukan gemuruh mengenai sumbangan Rosmah kepada negara sebagaimana yang diceritakan suaminya sendiri itu. Mereka seolah-olah menghargai dan mengkagumi peranan yang telah dimainkannya itu.
Dan dengan tepukan gemuruh itu yang boleh dianggap sebagai "endorsment" terhadap kerja-kerja yang dilakukan oleh Rosmah, sama ada atas permintaan suaminya atau kehendaknya sendiri, isteri Perdana Menteri itu dipercayai akan terus aktif lagi selepas ini, walaupun serentak dengan keaktifannya, mungkin makin banyak pula kecaman dan serangan terhadapnya. Yang lebih penting lagi, dengan pujian Najib terhadap isterinya dan perwakilan UMNO pula memberikan tepukan gemuruh, ia seolah-olah "lesen besar" untuk isteri Perdana Menteri itu terus menggunakan jet eksekutif kerajaan dan pelbagai kemudahan-kemudahan lainnya selepas ini, bahkan mungkin dengan skala yang lebih besar lagi. Tahniahlah kepada perwakilan UMNO yang menganugerahkan "lesen besar" itu. - http://shahbudindotcom.blogspot.com/ | Aku Bukan Syiah - Mohamad Sabu Posted: 07 Dec 2013 03:38 PM PST Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menafikan tuduhan kononnya beliau merupakan seorang penganut ajaran Syiah sebaliknya menegaskan beliau adalah penganut agama Islam mengikut ajaran Ahli Sunnah Wal Jama'ah. Mohamad membuat penafian itu sebagai menjawab pendedahan oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi semasa ucapan penggulungan Naib Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO hari ini. "Saya Ahli Sunnah Wal Jama'ah, seorang Islam yang mengikut ajaran Ahli Sunnah Wal Jama'ah," katanya ringkas ketika dihubungi Astro AWANI. Mohamad ketika dihubungi dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk berlepas ke lura negara selepas melawat mangsa banjir di Kuantan. Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri dalam ucapannya itu meminta JAKIM mengambil tindakan ke atas pemimpin nombor dua PAS yang didakwa pengikut ajaran Syiah. Dakwaan pemimpin PAS terlibat dengan ajaran Syiah sebelum ini pernah mendapat perhatian selepas isu itu ditimbulkan selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) baru-baru ini. Namun PAS menafikan terdapat pemimpinnya terlibat dengan ajaran Syiah dan mengecam pihak-pihak yang cuba mengaitkan ajaran tersebut dengan parti tersebut. PAS menegaskan jika terdapat pemimpin PAS mempunyai hubungan baik dengan pemimpin Iran atau gerakan Islam di Asia Barat seperti Hizbullah bukan bermakna mereka pengikut Syiah. Sebelum ini... Astro Awani telah melaporkan ..
Zahid dedah Mat Sabu pengikut Syiah, minta JAKIM ambil tindakan
KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meminta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengambil tindakan ke atas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang didakwa pengikut ajaran Syiah. Dalam ucapannya sebagai Naib Presiden UMNO semasa menggulung perbahasan pada perhimpunan parti itu hari ini, Ahmad Zahid mendedahkan Mohamad adalah seorang pengikut ajaran Syiah. "Kita tahu siapa pemimpin Syiah dalam PAS," katanya seraya disambut sorakan oleh perwakilan UMNO "siapa, siapa?". "Kita hairan bagaimana PAS boleh orang itu sebagai pemimpin nombor dua parti," balas Ahmad Zahid.
Mohamad terpilih semula sebagai Timbalan Presiden PAS pada pemilihan parti itu dua minggu lalu selepas menang mengalahkan pencabarnya, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah dengan majoriti hanya 98 undi. Ini adalah kali pertama dakwaan ke atas Mohamad itu diucapkan secara terbuka oleh pemimpin UMNO biarpun selama ini dakwaan itu jadi desas-desus di kalangan ahli PAS dan UMNO serta di kalangan pemerhati politik. Ahmad Zahid juga menyeru kepada PAS untuk bersama-sama kerajaan membanteras ajaran Syiah kerana ia adalah masalah negara yang merentas sempadan politik. Ajaran Syiah telah difatwakan haram oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada 1996. Dalam ucapannya, Ahmad Zahid juga mengumumkan bahawa Kementerian Dalam Negeri baru-baru ini telah menolak pendaftaran Majlis Syiah Malaysia yang cuba didaftarkan sebagai sebuah pertubuhan di bawah Akta Pertubuhan 1996.
Beliau juga memberi amaran mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana pengikut Syiah yang menjalankan kerja-kerja ajaran itu termasuk menyita premis tempat kerja-kerja itu dilakukan. "Saya tidak pandang ini dari segi akidah. Itu kuasa Datuk Seri Jamil Khir Baharom sebagai menteri agama. Saya lihat dari aspek keselamatan kerana kita tidak mahu ummah dipecahkan oleh ajaran sesat," katanya. Beliau kemudian mencadangkan penubuhan sebuah suruhanjaya menangani ajaran sesat yang dibentuk sebagai kerjasama KDN dan JAKIM bagi membanteras bukan saja ajaran Syiah tetapi ajaran-ajaran sesat yang lain. Ahmad Zahid juga memberitahu perwakilan UMNO bahawa Imam Masjidil Haram dari Madinah bersetuju dengan cadangan yang dibangkitkan pada Perhimpunan Agung UMNO ini agar ajaran Ahli Sunnah Wal Jama'ah dimasukkan dalam takrifan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan.
Ahli Sunnah Wal Jama'ah dituduhnya Syiah.. yang aku hairannya yang mengaku dirinya sebagai Ketua Syiah Kedah ni, kenapa tiada tindakan? Nak kata menteri Bongok karang marah pulak ... /http://darisungaiderhaka.blogspot.com | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan