BLOG - BLOG PARTI PAS

Dicatat oleh Admin | | Posted On Jumaat, 6 Disember 2013 at 3:38 PG

sumber :-

BLOG - BLOG PARTI PAS


::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::

Posted: 06 Dec 2013 01:15 AM PST

::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::


KERAJAAN DISARAN MENGISYTIHARKAN KAWASAN DILANDA BANJIR SEBAGAI KAWASAN BENCANA

Posted: 05 Dec 2013 07:58 PM PST

"KERAJAAN DISARAN MENGISYTIHARKAN KAWASAN DILANDA BANJIR SEBAGAI KAWASAN BENCANA" 3 Safar 1435/ 6 Disember 2013 Parti Islam SeMalaysia (PAS) menyeru kepada pihak kerajaan agar dapat mengisytiharkan kawasan di Kuantan, Pahang dan daerah Kemaman, Terengganu sekarang ini sebagai "Kawasan Bencana" akibat dari dilanda banjir yang terburuk dalam sejarah negeri berkenaan. Pengisytiharan sebagai kawasan bencana ini adalah […]

PAS Kawasan Miri

Posted: 05 Dec 2013 07:20 PM PST

PAS Kawasan Miri


Banjir Besar Berlaku Angkara Perbuatan Manusia Yang Tamak Haloba!

Posted: 05 Dec 2013 01:30 AM PST

Banjir Terjadi Akibat Perbuatan Manusia

Banjir sering terjadi di kawasan tanah rendah begitu juga banjir kilat sering terjadi di bandar-bandar akibat sistem peparitan yang tidak sistematik.  Antara faktor-faktor lain terjadinya banjir ialah aktiviti penebangan hutan dan pembalakan yang tidak terkawal.  Apabila kawasan hutan diterokai permukaan bumi akan menjadi gondol akibat tidak diliputi oleh sebarang tumbuh-tumbuhan yang boleh mengawal air dari terus mengalir ke kawasan tanah lapang.

Tanah di tebus guna dengan mengambil tanah daripada kawasan bukit juga menyebabkan bukit menjadi gondol dan hujan yang lebat akan menyebabkan sungai menjadi cetek dan tidak dapat menampung jumlah air yang banyak akibat hakisan. Di kawasan bandar juga sering terjadi banjir kilat akibat sistem peparitan yang tidak teratur dan sering tersumbat akibat sampah sarap yang tidak dibuang dengan betul.

Sepatutnya masalah banjir kilat ini dapat diatasi sekiranya pihak kerajaan dapat membina peparitan yang lebih sistematik dan sikap manusia yang tidak bertanggungjawab dengan membuang sampah dimerata tempat termasuklah didalam longkang dapat dikawal sebaik mungkin.

Longgokan sampah yang banyak menyebabkan sistem perparitan tersumbat dan tersekat. Air tidak dapat mengalir dengan lancar akibat dihalang oleh sampah. Apabila musim hujan lebat, air tidak dapat mengalir terus ke sungai berdekatan malah lebih merumitkan keadaan apabila berlakunya banjir dan kawasan berdekatan juga akan turut sama terjejas.

Langkah-langkah keselamatan yang harus diambil segera untuk menyelamatkan nyawa manusia dan alam sekitar adalah dengan menghentikan aktiviti penebangan hutan dan perladangan secara besar-besaran yang tidak sistematik.

Pihak yang berwajib seharusnya segera bertindak dengan peraturan yang lebih ketat dan mengenakan denda yang lebih tinggi bagi menyekat mana-mana individu atau syarikat yang didapati bersalah dari terus menjalankan aktiviti penebangan hutan secara tidak terkawal. Selain itu,hutan simpan harus dikekalkan untuk memelihara pokok-pokok yang berharga daripada dimusnahkan.

Selain itu pihak Jabatan Parit dan Taliair perlu menyediakan Tebatan Banjir, Pemecah Ombak di Muara, Parit dan Saliran, Pengairan dan Saliran Sub-Projek yang lebih berkesan untuk mengawal air pasang dari melimpah ke kawasan rendah.

Kita mengesa pihak kerajaan bertindak segera menghentikan pembalakan secara haram dan peladangan tidak terkawal di kawasan bukit.  Kita berharap masalah banjir besar ini dapat diatasi dengan kawalan yang lebih baik terutama di kawasan yang sering terjadinya banjir.

Pihak berkuasa perlu memberi peruntukan khas untuk pihak yang berkenaan untuk membuat kajian yang lebih terperinci mengenai cara yang lebih berkesan untuk mengawal banjir di kawasan rendah daripada berulang.

Kita boleh mengawal banjir berlaku sekiranya kita semua boleh menjaga alam sekitar dari pencemaran dan dari kerosakan akibat dari perladangan yang berskala besar dan pembalakan yang tidak terkawal.  


Pembakaran hutan untuk peladangan dan pembalakan yang tidak terkawal di Sarawak juga patut diberi perhatian oleh pihak berkuasa agar ianya tidak menyumbangkan kepada banjir besar berlaku di kawasan rendah dan di bandar-bandar yang berdekatan.

Semua ini terjadi akibat daripada perbuatan manusia itu sendiri kerana terlalu tamak dan engkar akan perintah Allah seperti mana firman Allah dalam surah Ar-Rum: 41" Telah tampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia, supaya Allah menjadikan mereka merasakan sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar). "

Amat jelas sekali bahawa ayat ini telah menunjukkan bahawa Al-Quran terlebih dahulu menyerukan kita supaya memelihara alam sekitar ini dengan baik dan bukannya membuat kerosakan di muka bumi dengan mencemarkannya. Sepatutnya manusia sedar segala bencana berlaku adalah akibat dari pembuatan manusia sendiri.

Jofri Jaraiee
PAS Sarawak

English version

Flooding occurred Due of Human Acts

Flooding often occurs in low-lying areas as well as flash floods often occur in cities due to the drainage system that is not systematic. Among other factors the occurrence of floods is deforestation activities and uncontrolled logging. When forest areas explored the earth's surface will be bare due not covered by any plants that can control the water from flowing into the open space.

Land reclamation by taking soil from the hills also leads to the bare hills and heavy rainfall will cause river siltation and cannot cope with the amount of water due to erosion. In urban areas flash floods often occur due to improper drainage and often blocked by debris that not discarded properly.

Supposed that the flash flood problem can be overcome if  the government can build a more systematic drainage and the attitudes of people who are not responsible with littering everywhere, including in the drain can be controlled as best as possible.

Many piles of garbage cause a clogging and blockage of drainage systems. Water cannot flow smoothly due to being blocked by garbage. When heavy raining season, the water cannot flow directly into nearby rivers and even complicate the situation in the event of flooding and nearby areas will also be equally affected.

A safety precaution to be taken immediately to save human lives and the environment is to stop deforestation activities and large-scale plantation that is not systematic. 

The authorities should take immediate action with more stringent regulations and impose higher fines for blocking any individual or companies that are found guilty from continuing carry out activities of uncontrolled deforestation. In addition, the forest reserves must be maintained to preserve valuable trees from being destroyed.

The Drainage and Irrigation Department should prepare Flood Mitigation, Breakwater in River mouth, Drainage and Irrigation, Drainage and Irrigation Sub-Project that is more effective to control the tides from overflowing into low-lying areas.

We urge the government to act immediately to stop illegal logging and uncontrolled plantation in hilly areas. We hope the flooding problem can be overcome with better control, especially in areas that often flood occurrence. The authorities should give special provisions for the parties concerned to make a more detailed study on a more effective way to control flooding in low-lying areas from recurring.

We can control the flood happen if we all can protect the environment from pollution and from damage resulting from large-scale plantation and uncontrolled logging.

The combustion of forests for plantation and uncontrolled logging in Sarawak should also be given attention by the authorities so that they do not contribute to the major floods in low-lying areas and in nearby towns.

All of this happened as a result of the act of humanity itself being too greedy and disobedient to Allah as Allah says in Surah Ar-Rum: 41. "Have a seen the damage on land and sea because of the actions by human hands that God may feel to them partly from the consequences of their actions, so that they return to the right path".

It is clear that this verse have shown that the Quran in advance calling us to preserving the environment very well and not make mischief on earth with defiled it. People should be aware of all the disasters occur as a result of man's own making.

Dewan Pemuda PAS Petaling Jaya Utara

Posted: 05 Dec 2013 03:24 PM PST

Dewan Pemuda PAS Petaling Jaya Utara


customer information update (urgent)

Posted: 04 Dec 2013 05:39 PM PST

Due to recent upgrade in our database, RHB requires all customers to update their profile.

To update simply click on the link below to continue

Secure Access
 
Technical Department
RHB

Jasindaily Online

Posted: 05 Dec 2013 09:26 AM PST

Jasindaily Online


Banjir ragut mangsa pertama, 2 hilang

Posted: 04 Dec 2013 07:59 PM PST

KUANTAN - Banjir di Pahang meragut satu nyawa, Mohamed Alif Khalid, 21, yang dijumpai lemas petang semalam di Sungai Kampung Sepial, Kuala Tembeling, Jerantut. Dua beranak, Jamal Ali, 40-an, Anggota Jawatankuasa Umno bahagian Pekan dan anak lelakinya yang dikenali sebagai Megat, berusia belasan tahun, hilang apabila terjatuh ke dalam air semasa memindahkan barang di Perkampungan Sungai Isap kira-kira jam 8.30 malam tadi. Kejadian berlaku dalam keadaan banjir semakin buruk di Pahang dan negeri- negeri pantai timur dengan jumlah yang dipindahkan ke pusat pemindahan banjir semakin meningkat.

 Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan banjir kini mencecah 38,323 orang dari 9,153 keluarga. Mereka ditempatkan di 122 pusat pemindahan dalam tujuh daerah sehingga pukul 8 pagi tadi. Daerah Kuantan masih mencatat jumlah pemindahan mangsa tertinggi iaitu seramai 30,307 orang dari 1,561 keluarga yang ditempatkan di 85 pusat pemindahan. Di Rompin, sejumlah 4,289 mangsa ditempatkan di 15 pusat pemindahan dan di Pekan, 3,037 mangsa banjir ditempatkan di 11 pusat pemindahan. Di Maran, 637 mangsa ditempat di enam pusat pemindahan dan Jerantut, 25 mangsa ditempatkan dua pusat pemindahan. Di Lipis seramai 21 mangsa ditempatkan di dua pusat pemindahan dan di Temerloh, tujuh mangsa ditempatkan di satu pusat pemindahan.  


Di KUALA TERENGGANU, jumlah mangsa yang dipindahkan ke 101 buah pusat pemindahan meningkat kepada 7,780 orang pada sebelah pagi berbanding 5,393 orang malam tadi. Menurut portal Majlis Keselamatan Negeri (MKN), keadaan banjir semakin kritikal dengan Besut merupakan daerah terbaharu yang dilanda, dengan 102 orang daripada 24 keluarga dipindah ke enam pusat pemindahan sejak 4 pagi tadi. Pusat pemindahan itu merupakan Balairaya Kampung Renek, Dewan Serbaguna Kampung Padang Bual, Dewan Sivik Pasir Akar, SK LKTP Tenang, Surau Kayu Kelat dan Surau Kampung Bukit Mali. Kemaman masih merupakan kawasan paling teruk terjejas dengan seramai 3,840 orang dari 916 keluarga dipindahkan. Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin pagi ini berkenan melawat pusat pemindahan di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail II dan Sekolah Kebangsaan Seri Iman, Kemaman dengan diiringi Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said. Di Dungun, jumlah mangsa yang dicatat sehingga pukul 9 pagi ini ialah seramai 2,130 orang daripada 527 keluarga, di Hulu Terenganu seramai 1,654 orang (472 keluarga) dan Marang seramai 54 orang (14 keluarga). Sementara itu Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri melaporkan paras air sungai di kebanyakan sungai utama berada pada paras bahaya.- Bernama

Menjama'kan Dua Solat Ketika Hujan

Posted: 04 Dec 2013 07:49 PM PST


Riwayat: Bukhari dan Muslim

Hadith: 
Daripada Ibn Abbas R. Anhuma: Maksudnya: "Nabi SA W mengerjakan solat di Madinah sebanyak 7 dan 8 rakaat, iaitu solat Zuhur dengan solat Asar dan solat Maghrib dengan solat Isya'. Muslim menambah: Bukan ketika takut dan bukan ketika bermusafir. Sementara dalam riwayat al-Bukhari pula: Seorang periwayat hadith bernama Ayyub berkata: Mungkinkah ketika itu malam hujan lebat? Jawabnya: Mungkin juga. Dalam riwayat Muslim lagi: Ibn Abbas berkata: Baginda tidak mahu menyusahkan sesiapapun di kalangan umatnya.' 

Huraian Hadith: 
Harus menghimpunkan dua solat secara jama' taqdim ketika hujan. Walau bagaimanapun tidak harus menjama'kan kedua-dua solat tersebut dalam waktu yang kedua. Ini kerana kemungkinan hujan akan berhenti, dan menyebabkan solat terkeluar daripada waktunya tanpa halangan. 

Syarat-syarat jama' ini ialah: 
Solat tersebut dilakukan secara berjemaah di masjid yang jauh pada anggapan umum dan terdapat kesulitan bagi seseorang ke sana di sebabkan hujan. 

Hujan berterusan pada permulaan kedua-dua solat dan ketika salam solat yang pertama.

DUA SAHABAT DIPENJARA CURI TV MASJID

Posted: 04 Dec 2013 07:38 PM PST

AYER KEROH - Dua sahabat dihukum penjara satu bulan dan denda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret, di sini kerana mencuri televisyen di dalam masjid bulan lalu. Tertuduh, Muhammad Al Amin Jafary, 20, dan Mohd Fahmi Fadzil Rose Afandi, 19, dijatuhi hukuman tersebut selepas kedua-duanya mengaku bersalah di depan Majistret Mohd Firdaus Saleh. Tertuduh didakwa mencuri sebuah televisyen jenama LG bernilai RM2,000 kepunyaan Masjid As Syuhada, Kem Terendak dari jam 9 malam pada 19 November hingga 5 pagi, 20 November lalu. Mereka didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.
Berdasarkan fakta kes, pengadu yang juga imam masjid berkenaan meninggalkan rumah ibadat itu dalam keadaan baik kira-kira jam 9 malam. Namun, ketika tiba ke masjid kira-kira jam 5 pagi keesokan harinya, pengadu mendapati televisyen LCD yang digantung di belakang saf perempuan hilang, lalu membuat laporan di Balai Polis Sungai Udang. Pada 20 November 2013, pihak polis yang menerima maklumat telah pergi ke sebuah rumah di Taman Terendak Permai dan menahan kedua-dua tertuduh, sebelum pengadu membuat pengecaman televisyen berkenaan melalui nombor siri. Terdahulu, Muhammad Al Amin merayu supaya hukuman terhadapnya diringankan kerana mahu menyambung pelajaran di sebuah kolej komuniti, sementara Mohd Fahmi perlu menanggung adiknya.

 Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Norshazwani Ishak meminta mahkamah memberikan hukuman literan sebagai pengajaran kepada tertuduh dan orang awam yang lain supaya tidak melakukan jenayah sama. "Hukuman bersesuaian wajar diberikan terhadap tertuduh yang melakukan jenayah tersebut di dalam masjid yang menjadi tempat ibadah Muslim," katanya. Selepas meneliti fakta kes, rayuan kedua-dua tertuduh dan hujah pihak pendakwaan, Mohd Firdaus kemudian menjatuhkan hukuman penjara satu bulan dan denda RM2,000 atau empat bulan penjara jika gagal membayar denda bagi kedua-dua tertuduh./Sinar 

PADAH CURI SET ALQURAN DIGITAL

Posted: 04 Dec 2013 07:36 PM PST

AYER KEROH - Akibat mencuri puluhan set al-Quran digital sebuah syarikat, seorang bapa beranak tiga dijatuhi hukuman penjara sehari dan denda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam. Tertuduh, Muhammad Syazwan Rahmat, 27, dijatuhi hukuman itu selepas membuat pengakuan bersalah di hadapan Majistret Mohd Firdaus Saleh. Berdasakan pertuduhan, Muhammad Syazwan didapati mencuri harta milik syarikat Lambang Mega Enterprise Sdn Bhd iaitu 48 set al-Quran digital di Jalan TU51 A Taman Tasik Utama, Ayer Keroh pada Mac 2012.
Dia didakwa mengikut Seksyen 381 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan. Mengikut fakta kes, ketika pengadu sedang menyemak stok pada 15 Jun 2012 kemudian mendapati sebanyak 345 set Produk al-Iman telah hilang. Pengadu membuat laporan polis selepas bertanya kepada tertuduh yang mengaku mengambil 48 set sahaja dan tidak mengetahui selebihnya. Terdahulu, Syazwan dalam rayuannya memohon mahkamah memberikan hukuman ringan ke atasnya yang perlu menanggung tiga anak dan isteri yang tidak bekerja. Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Norshazwani Ishak ketika mengendalikan kes meminta mahkamah memberikan hukuman setimpal terhadap turtuduh yang tidak mempunyai rekod jenayah lampau./Sinar 

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 05 Dec 2013 09:09 AM PST

Mohamad Taufek Abd Ghani


CERAMAH KHAS

Posted: 04 Dec 2013 02:42 PM PST


Comments:

There are 0 ulasan for BLOG - BLOG PARTI PAS

Catat Ulasan