Ahad, 29 Disember 2013

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


Jasindaily Online

Posted: 28 Dec 2013 09:07 AM PST

Jasindaily Online


BERANI TAK NAJIB NAK SURUH ANAK ROSMAH BERJIMAT ??

Posted: 28 Dec 2013 02:15 AM PST

KUALA LUMPUR 27 DIS: Anak tiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang berusia 36 tahun dilaporkan membeli satu unit kondominium berharga USD33.5 juta (RM110 juta) di New York, menurut Sarawak Report.
Riza Shahriz Abdul Aziz, anak lelaki Datin Seri Rosmah Mansor daripada perkahwinan terdahulu membeli hartanah di West 63rd Street di Park Laurel, New York.

Laporan itu memetik laman web syarikat hartanah New York, The Real Deal yang menyatakan Riza membeli hartanah tujuh bilik itu pada 19 November 2012.
Laporan New York Times itu menyatakan, unit megapuri (penthouse) yang terletak di Central Park West dibeli Riza menerusi syarikat dengan liabiliti terhad dikenali Park Laurel Acquisition.
Riza, menurut laporan Sarawak Report lagi, memulakan kerjaya perbankan sebaik tamat pengajian di London School of Economics pada 2000.
Laporan itu menyebut Riza pernah bekerja dengan firma perunding KPMG sehingga 2002 dan HSBC London sehingga krisis kewangan pada 2008.
Laporan Sarawak Report itu turut mendedahkan penglibatan Riza dibelakang pembikinan filem 'The Wolf on Wall Street'.
Los Angeles Times melaporkan, filem 'R-rate' itu menelan belanja sekitar USD 100 juta.
Sarawak Report turut bertanyakan tentang soalan: 'Dari mana wang ini datang?'
Malah, lebih mengejutkan penglibatan jutawan Taek Jho Low sebagai rakan rapat Riza Shahriz. Jho Low sebelum ini dilaporkan berkata bahawa isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosman Mansor adalah 'kawan baik' kepadanya.
Nama Jho Lho sebelum ini dikaitkan sebagai penasihat kepada Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA) sebelum ia diperbadankan menjadi 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

KUDETA HARAMJADAH ISYTIHAR IKHWAN MUSLIMIN PENGGANAS

Posted: 28 Dec 2013 01:59 AM PST

KAHERAH - MESIR. Pihak berkuasa Mesir dilaporkan meningkatkan tekanan ke atas penyokong Ikhwanul Muslimin selepas mengisytiharkannya sebagai kumpulan pengganas, semalam. Menurut laporan Reuters, pengumuman itu menggunakan klasifikasi baharu untuk menahan berpuluh-puluh penyokongnya semalam, manakala seorang meninggal dunia dalam pertempuran di jalan yang disebabkan oleh ketegangan politik. Selain itu, letupan bom yang berlaku di pinggir bandar Kaherah
mencederakan lima orang - serangan kedua minggu ini selepas seorang pengebom berani mati membunuh 16 orang utara ibu negara pada Selasa lalu. Jeneral Tentera Mesir, Abdel Fattah al- Sisi, yang mengetuai penggulingan Presiden Mohamed Mursi pada bulan Julai berkata, Mesir akan menjadi "lambang" keganasan. DI Washington, Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), John Kerry memanggil Menteri Luar Mesir Nabil Fahmy dan "menyatakan kebimbangan" berhubung pengistiharan itu dan tangkapan di Mesir baru-baru, kata jurucakap Jabatan Negara, Jen Psaki. Kerry dilaporkan mengutuk serangan bom tetapi "menekankan keperluan untuk proses politik inklusif di seluruh spektrum politik yang menghormati hak-hak asasi manusia oleh semua rakyat Mesir untuk mencapai kestabilan politik dan perubahan demokratik," kata Psaki . Insiden bom di Kaherah telah mengakibatkan tingkap sebuah bas pecah dan menjadi serangan pertama yang dilakukan di kawasan orang ramai. Bagaimanapun, tidak ada pihak mengaku bertanggungjawab berhubung kejadian. Kerajaan Mesir mengisytiharkan Ikhwanul Muslimin sebagai kumpulan pengganas Mursi Rabu lalu sebagai tindak balas kepada serangan berani mati yang menyasarkan balai polis sehari sebelum serangan di bandar Mansoura. Kumpulan itu dituduh menjalankan pengeboman tersebut sedangkan Ikhwanul Muslimin sendiri mengutuk serangan terbabit.

PAS MELAKA SOKONG HIMPUNAN BANTAHAN RAKYAT

Posted: 28 Dec 2013 01:42 AM PST

MELAKA - Pas Melaka menyokong usaha beberapa (NGO) menganjurkan perhimpunan membantah kenaikan harga barang dan kos sara hidup pada 31 Disember 2013 .Pesuruhjayanya PAS Melaka, Adly Zahari berkata, Pas beranggapan perhimpunan itu mengajak rakyat untuk berhimpun sebagai tanda protes di atas kenaikan harga barangan serta perkhidmatan. "Kita di peringkat negeri turut menyokong usaha ini, malah mengajak rakyat untuk sama-sama menunjukkan solidariti untuk menggambarkan rasa tidak puas hati kepada polisi yang dibuat kerajaan selepas pilihan raya.
Maknanya janji yang dibuat BN itu tidak ditepati. "Bagi kita, adalah menjadi tanggungjawab rakyat untuk menyuarakan pandangan mereka dalam konteks demokrasi, perhimpunan aman sepatutnya satu protes memenuhi kehendak demokrasi ini," katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam. Adly turut mengharapkan kerjasama yang baik daripada pasukan keselamatan dan turut menafikan perhimpunan itu nanti kononnya untuk menggulingkan kerajaan seperti diuar-uarkan. "Pihak keselamatan harus memberi kerjasama yang baik meskipun dicemari dengan isu berhubung menggulingkan kerajaan dan sebagainya. Perkara ini dilakukan individu dan ia tidak boleh digambarkan seolah-olah keseluruhan peserta perhimpunan terlibat," katanya./Sinar

Rakyat Disuruh Bersyukur , Pemimpin Camna pulak ??

Posted: 28 Dec 2013 01:28 AM PST

SHAH ALAM - Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin hari ini membidas sikap sesetengah pemimpin negara yang didakwa hanya berani menegur rakyat sebaliknya tidak berani mengkritik salah urus tadbir negara demi kelangsungan politik. Menulis di dalam entri Facebooknya, Dr Asri menganggap pemimpin yang mempunyai perilaku seperti ini tidak layak untuk diangkat sebagai tokoh kerana baginya mereka berjuang untuk kepentingan dan kesenangan sendiri
dan bukan untuk kepentingan awam. "...tokoh-tokoh yang hanya berani mengkritik rakyat yang daif tapi mendiamkan diri atas kesalahan pemerintah yang mempunyai kuasa, merupakan tokoh yang mendahulukan kepentingan dirinya dari kemaslahatan awam. "...tokoh-tokoh yang hanya berani menyuruh rakyat bawahan bersabar, bersyukur dan berjimat semasa keadaan kehidupan rakyat mendesak tapi tiada keberanian mengkritik pembaziran, salah urus, tidak menepati janji yang berlaku di pihak berkuasa tidak layak untuk diangkat sebagai tokoh yang dihormati rakyat. "...kerana mereka berjuang untuk kepentingan dan kesenangan sendiri bukan untuk kepentingan awam," katanya lagi./Sinar

BANTAHAN KEZALIMAN BANGLASIA

Posted: 27 Dec 2013 08:42 PM PST

KUALA LUMPUR: Kesal dengan tindakan regim Bangladesh pimpinan Sheikh Hasina menggantung sampai mati Penolong Setiausaha Agung Jamaat-e-Islami Bangladesh Abdul Quader Mullah (gambar), PAS serta wakil badan bukan kerajaan (NGO) menyerahkan memorandum bantahan kepada Kedutaan Bangladesh di Jalan U-Thant, dekat sini, petang ini. Lebih 500 orang diketuai Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berarak dari Masjid Tabung Haji di Jalan Tun Razak ke kedutaan selepas menunaikan solat Jumaat. 

 Mereka menyanyikan lagu rasmi PAS dan melaungkan slogan 'Hidup Islam', 'Hancur Kerajaan Zalim Bangladesh' sebelum pimpinan utama masuk menyerahkan memorandum kepada wakil kedutaan.
Selain Mohamad Sabu, turut masuk bertemu wakil kedutaan ialah Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiyat, Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof dan Timbalannya Dr Siti Mariah Mahmod, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad, wakil PKR dan Abim. Mohamad Sabu ketika berucap kesal kerana wujud kecenderungan di peringkat antarabangsa untuk menghalang parti Islam membentuk kerajaan melalui proses demokrasi. 

 Di Malaysia, PAS katanya tegas menyokong demokrasi dan hanya akan mengambil alih kerajaan melalui pilihan raya. "Ada trend sekarang ini untuk menghalang parti Islam menuju demokrasi. Di Bangladeh, selain seorang dihukum gantung sampai mati, enam orang turut menunggu hukuman yang sama dan pemuda-pemudanya dipenjarakan beramai-ramai," katanya. "Soal hak asasi adalah perkara sejagat dan kita membantah kerajaan yang zalim. "Di Malaysia juga PAS tegas ingin ambil kerajaan melalui demokrasi dan pilihan raya," katanya. Himpunan aman itu berakhir jam 3.30 petang dengan bacaan doa oleh Ustaz Idris Ahmad./Hrkh 

PELANCARAN KEMPEN TOLAK HARGA BARANG NAIK

Posted: 27 Dec 2013 08:36 PM PST


PELANCARAN KEMPEN TOLAK KENAIKAN HARGA BARANG 

TARIKH : 30 DISEMBER 2013
JAM : 8.30 MALAM 
TEMPAT : PEJABAT PAS KOTA MELAKA

ANJURAN : GERAKAN ANAK MUDA MELAKA ( GERAM)

Srikandi KEADILAN ajak Dr Muhaya bincang kos sara hidup

Posted: 27 Dec 2013 08:26 PM PST

Ketua Srikandi KEADILAN, Siti Aishah Shaik Ismail mengingatkan Dr Muhaya Mohamad supaya berfikiran rasional dan berada dalam situasi sebenar rakyat biasa daripada mengeluarkan kenyataan dangkal mengenai kos sara hidup.
Ini berikutan kenyataan Dr Muhaya, seorang penceramah bebas pada 24 Disember dalam wawancaranya di akhbar Sinar Harian dan video bahawa rakyat Malaysia mesti berhenti merungut dan mengeluh berikutan kenaikan kos sara hidup.

Sebaliknya kata Dr Muhaya, orang ramai perlu melihat kenaikan ini secara positif kerana menanggap peningkatan kos hidup sebagai satu perkara negatif,, maka hasilnya kekal negatif tanpa ada sebarang perubahan.
DR_MUHAYA_SINARJusteru, Siti Aishah berkata, pihaknya bersedia memberi ruang kepada Dr Muhaya untuk berbicara dan memberi pandangan yang bernas dalam membela nasib rakyat.
"Kalau beliau setuju, kita akan buka platfom di gelanggang rakyat untuk bersama-sama mencari penyelesaian yang boleh memberi manfaat kepada semua pihak," kata Siti Aishah kepada Keadilandaily.
Dr Muhaya Mohamad dikenali sebagai selebriti TV melalui rancangan 'Nasi Lemak Kopi O' di TV9 dan sering memberi pandangan di akhbar Sinar Harian.
"Ini lagi baik daripada beliau mengeluarkan kenyataan video yang hanya menyerlahkan pandangan peribadinya sahaja. Apa yang dibangkitkan beliau tidak selari dengan apa yang berlaku.

"Beliau perlu berlaku adil dan jangan hanya pandai nasihat rakyat tanpa salahkan punca yang menyebabkan semua kenaikan yang berlaku," tambah Siti Aishah./Keadilandaily.com

“Hassan Malek tak layak jadi Menteri”

Posted: 27 Dec 2013 08:24 PM PST

maharaja_lawak_hasan_malekKenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi & Kepenggunaan Datuk Seri Hassan Malek tak ubah seperti seorang Ketua Umno cawangan dan tidak menggambarkan kedudukannya sebagai seorang menteri
"Kenyataan beliau seperti seorang Ketua Umno cawangan. Tak layak bergelar menteri," kata Naib Ketua Wanita KEADILAN Haniza Talha ketika dihubungi Keadilandaily.
Katanya, kenyataan Hassan menyakitkan hati rakyat Malaysia yang telah sedia terbeban dengan pelbagai kenaikan harga barangan dan perkhidmatan.

Hassan Malek dilaporkan The Malaysian Insider meminta rakyat Malaysia agar tidak merungut tentang kenaikan kos sara hidup, sebaliknya memberi kritikan membina terhadap langkah kerajaan menaikkan beberapa harga barangan.
The_Star - CopyManakala The Star melaporkan kenyataan Hassan bahawa rakyat Malaysia bersetuju dengan kenaikan harga barang berikutan tidak ada rungutan mengenainya.
Haniza yang juga Adun Taman Medan berkata, tugas Menteri adalah mencari penyelesaian masalah rakyat, bukan sekadar mengeluarkan kenyataan sesuka hati.
"Tugas Menteri adalah menjaga keperluan rakyat, bukan menyakitkan hati rakyat dengan kenyataan sedemikian," katanya.

Haniza turut mencabar Hassan untuk membuktikan bahawa kementeriannya akan bekerjasama dengan Kementerian Pelancongan dam bertemu orang ramai bagi memantau kenaikan harga barangan yang disebabkan penstrukturan subsidi oleh kerajaan.
"Sekiranya kenyataan itu benar, beliau perlu buat ke seluruh negara. Bukan sekadar cakap kosong," kata Haniza./Keadilandaily.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan