BLOG - BLOG PARTI PAS

Dicatat oleh Admin | | Posted On Ahad, 1 Disember 2013 at 3:32 PG

sumber :-

BLOG - BLOG PARTI PAS


PAS Kawasan Miri

Posted: 30 Nov 2013 07:36 PM PST

PAS Kawasan Miri


Syarikat Bas Menghadapi Masalah Kekurangan Penumpang

Posted: 30 Nov 2013 04:03 PM PST

Pengangkutan Awam Menghadapi Masalah Kekurangan Penumpang

MIRI – Pengangkutan bas awam di dalam bandaraya Miri dikendali oleh syarikat Bas Bandar Miri. Terminal utama bas terletak di Jalan Padang di hadapan Wisma Pelita Tunku dan Park Hotel.

Bas-bas bandar meliputi pusat bandar dan kawasan pinggir bandar dan pada umumnya tiada jadual bagi setiap laluan bas tetapi kekerapan perkhidmatan umumnya setiap 15 hingga 30 minit, bergantung kepada kawasan di pinggir bandar.

Kebanyakan bas berhawa dingin, walaupun kadang-kadang ia mungkin tidak berfungsi dengan baik. Seseorang boleh membayar tambang dalam bas dari konduktor tiket. Anda hanya perlu memberitahu mereka ke mana ia pergi dan mereka akan memberitahu anda berapa banyak yang anda perlu bayar. Pastikan anda mempunyai cukup duit syiling untuk pertukaran.

Masalah pengangkutan awam seperti bas di bandaraya Miri sekarang menghadapi masalah kekurangan penumpang. Ramai yang tinggal di kawasan bandar mempunyai kenderaan sendiri untuk pergi ke tempat kerja dan juga menghantar anak ke sekolah.

Kami menerima aduan dari seorang penduduk di kawasan Krokop memberitahu pihak kami yang
syarikat pengangkutan bas Miri akan menghentikan operasinya di kawasan Krokop kerana kekurangan penumpang.

Menurut beliau kebanyakan penumpang bas terdiri dari golongan pekerja dan golongan warga emas dimana mereka ini amat memerlukan pengangkutan untuk ke tempat kerja dan juga ke pasar yang berdekatan.

Menurutnya lagi, golongan ini berharap pihak syarikat pengangkutan bas Miri perlu mempertimbangkan pemintaan mereka, kalau boleh pihak syarikat  boleh meneruskan operasi mereka dengan 3 kali sehari seperti pada waktu pagi, tengahari dan petang.

Kita mengesa pihak syarikat pengangkutan bas Miri dapat mempertimbangkan pemintaan penumpang bas yang masih memerlukan perkhidmatan mereka ini. Pihak pengangkutan awam boleh meningkatkan lagi perkhidmatan mereka dengan cara yang lebih berkesan supaya dapat menarik lebih ramai penumpang menggunakan perkhidmatan mereka.

Pengangkutan awam masih diperlukan oleh penduduk bandaraya Miri terutama golongan yang kurang berkemampuan dan mereka yang bekerja di kilang-kilang, sekolah serta mereka yang ingin ke pasar untuk membeli barang keperluan. Maka tingkatkan perkhidmatan pengangkutan awam dan ianya sudah pasti menarik lebih ramai orang menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam sekiranya dikendali dengan baik dan berkesan.

Jofri Jaraiee
PAS Sarawak


English version

Public Transport facing Problems lack of Passengers

MIRI - Public bus transport within the Miri city is operated by Miri City Bus Company. The main bus terminal is located at Jalan Padang in front of Wisma Pelita Tunku and Park Hotel.

City buses cover the city center and the suburbs, and in general there is no schedule for each bus route, but the frequency of service generally every 15 to 30 minutes, depending on the area in the suburbs.

Most buses are air-conditioned, although sometimes it may not work properly. A person can pay the bus fare ticket from the conductor. You just have to tell them where it goes and they will tell you how much you have to pay. Make sure you have enough coins for change.

Public transport such as buses in Miri city is now facing a shortage of passengers. Many who live in urban areas have their own vehicles to go to work and send their children to school.

We received a complaint from a resident in the Krokop area tells us that Miri bus Transportation Company will cease operations at the Krokop area due to lack of passengers.

He said most of the bus passengers consists of the workers and the elderly, where they are in dire need of transportation to get to work and also to nearby markets.

According to him, this groups hope that the Miri bus transportation company should consider their demand, if possible, the company can continue to operate, with 3 times a day as in the morning, afternoon and evening.

We urge the Miri bus transportation company able to consider the demand of bus passengers who still require their services. The public transport can improve their services with a more effective way in order to attract more passengers to use their services.

Public transport is still needed by the residents of the Miri city, especially the less fortunate and those who work in factories, schools, and those who want to the market to buy groceries. Then upgrade the public transport services and it will certainly attract more people to use the public transport services if operated properly and efficiently.

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil

Posted: 30 Nov 2013 01:21 PM PST

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil


Pemuda PAS mesyuarat semula 5 Dis, lantik SU

Posted: 30 Nov 2013 04:30 AM PST

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia akan mengadakan mesyuarat sekali lagi bagi melengkapkan perlantikan anggota Dewan Harian sayap itu.

Ketuanya Suhaizan Kaiat berkata, mesyuarat pertama yang diadakan Khamis lalu, telah berjaya membuat perlantikan bagi jawatan Bendahari, Ketua Penerangan dan juga Pengarah Pilihan Raya.

Bagaimanapun bagi jawatan Setiausaha dan Penolong Setiausaha, mereka masih belum mencapai keputusan konsensus.

"Perbincangan belum selesai sepenuhnya. Jawatan Setiausaha dan Penolong Setiausaha belum diputuskan.

"InsyaAllah kita akan sambung mesyuarat tersebut pada 5 Disember ini untuk melengkapkan jawatan Dewan Harian ini," katanya kepada Harakahdaily.

Mengulas lanjut beliau berkata, pada peringkat awal hanya satu nama dicadangkan untuk mengisi jawatan Setiausaha namun bertambah menjadi empat semuanya menjelang akhir perbincangan.

Bagaimanapun katanya, kesemua nama-nama itu akan dibincang semula pada mesyuarat akan datang ini.

"Berilah kepercayaan kepada ketua pemuda untuk melantik setiausaha atas kesesuaian dan keserasian yang dirasakan munasabah," katanya. 

Dewan Harian Pemuda PAS terdiri daripada ketua, timbalan ketua, naib ketua, setiausaha, bendahari, ketua penerangan dan ketua pengarah pilihan raya Pemuda.

Fasal 53(3) Perlembagaan PAS 2011 memperuntukkan bahawa "Setiausaha, Penolong-Penolong Setiausaha, Bendahari, Ketua Penerangan, Pengarah Pilihan Raya Pemuda dan satu per tiga daripada jawatankuasa yang disebutkan dalam ceraian (1)(i) fasal ini hendaklah dilantik oleh Ketua daripada pemuda-pemuda ahli PAS yang berumur empat puluh tahun ke bawah di dalam dan dengan persetujuan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Dewan itu". ~harakahdaily




MEMBANGUN BERSAMA ISLAM

Posted: 30 Nov 2013 09:14 AM PST

MEMBANGUN BERSAMA ISLAM


PAS, Tiada Beza Dulu & Sekarang

Posted: 29 Nov 2013 10:21 PM PST


PERJUANGAN memakan masa yang lama, ia tidak dinamakan perjuangan tanpa perjalanan yang panjang dan sebuah pengorbanan yang mahal harganya. Perjalanan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) untuk kekal di persada perjuangan menyaksikan ramai pemimpin PAS yang datang dan pergi, tidak ketinggalan yang pergi 'meninggalkan' perjuangan atau yang istiqamah hingga di titik akhir nafasnya. Patah tumbuh, hilang berganti, begitulah pewaris PAS meneruskan galas-ganti amanah menetapkan garis perjuangan supaya tetap di paksinya. PAS tidak pernah kemarau dengan pelapis yang senantiasa memenuhi ruang legar kepimpinan yang cukup untuk semua kerana setiap individu dalam parti dalam setiap posisinya ada peranan masing-masing, yang utama ialah mencurahkan kebaktian untuk parti. Walau apapun yang diperkatakan orang tentang PAS dan sejarah panjangnya, muqaddimah ini adalah hakikat yang perlu difahami dan dihayati oleh semua pihak khususnya pejuang-pejuang PAS.

NAMA YANG TERUKIR

Walaupun dalam PAS senarai nama yang tidak diukir lebih ramai dari yang diukir, pun demikian nama yang terukir bukan atas permintaanya tetapi di atas penghargaan dan amanah yang dipikulnya sebagai pengemudi bahtera perjuangan lantas diberikan penghormatan. Kepimpinan PAS terbentuk melalui daya juang yang tinggi dilatari suasana tekanan pesaingnya Umno yang selalunya memiliki kelebihan dari sudut kelicikan dan kuasa. Keupayaan pimpinan PAS menongkah arus dalam suasana demokrasi yang terhimpit wajib mendapat satu 'tabik spring'! Tokoh-tokoh PAS boleh dibahagi kepada mereka yang memimpin pada zaman sebelum kepimpinan ulama dan selepas kepimpinan ulama. Kepimpinan Ulama adalah kemunculan PAS pasca Dato' Asri yang memimpin PAS dari tahun 1971-1982. Sebelum Dato' Asri, Dr Burhanudin al Helmy telah membawa PAS ke persada kerana namanya yang besar itu sehingga PAS berjaya menguasai Terengganu dan kemudian Kelantan, seterusnya melebarkan sayapnya ke utara dan tengah tanah air.

KEPIMPINAN ULAMA

Keluar daripada konflik bukanlah satu usaha yang mudah apabila Allah SWT menguji bahtera perjuangan PAS dengan kocakan dalaman. Hikmahnya ialah Allah SWT mengkehendaki PAS terus maju dan ini terbukti dengan gagasan baru kepimpinan PAS yang menggelarkan dirinya sebagai 'Kepimpinan Ulama'.
Tokoh pertama yang menggalas tanggung jawab ini sebagai Presiden ialah Tuan Guru Haji Yusof Rawa. Namanya tidak tertonjol pada awalnya dan beliau yang lebih mesra dikenali sebagai Pak Yusof Rawa setia dengan jawatannya sebagai Ahli Jawatankuasa PAS Pusat dari tahun 1959. Namanya muncul untuk jawatan Timbalan Presiden pada tahun 1981 dan semasa Dato' Asri meletakkan jawatan, Pak Yusof Rawa memangku dan kemudian diamanahkan sebagai Yang DiPertua PAS Pusat tahun berikutnya. Gelaran itu kemudiannya ditukar kepada Presiden dan itulah yang diamanahkan kepadanya sehingga tahun 1987. Pak Yusof Rawa turut mencatat sejarah dalam PAS apabila menjadi Mursyidul 'Am yang pertama pada tahun 1987. Jawatan Mursyidul 'Am diwujudkan selaras dengan terbentuknya Majlis Syura Ulama dalam perlembagaan baru parti. Jawatan tertinggi dalam PAS itu diamanahkan kepada Pak Yusof Rawa sehingga tahun 1989 dan kemudiannya beliau meletakkan jawatan kerana keuzuran.

PAS BANGKIT SEMULA

Kepimpinan Ulama menandai kesungguhan kepimpinan parti untuk membentuk platform baru kepada parti. Apabila ide kepimpinan ulama diketengahkan pada awal 80-an, permasalahan umat Islam pada waktu itu menjadi fenomena dunia. Kejatuhan Soviet dan kekalahan yang memalukan kuasa komunis terbesar itu di tangan para Mujahidin di Afghanistan mengisyaratkan kebangkitan kuasa Islam yang tidak boleh dipandang ringan. PAS mendefinisikan dirinya semula dalam suasana tersebut dan kerana itu kelantangan suaranya kepada jati diri umat pada persada alamiyah (antarabangsa) turut menyuntik semangat kebangkitan Islam di Malaysia. PAS juga harus membina kekuatan dari arah dalam dengan membentuk program perkaderannya yang kini dikenali sebagai 'tarbiah'. Ahli disuntik dengan kekuatan dalaman dan mereka mesti melahirkan ciri-ciri muslim yang memilik sahsiah Islamiah lewat usrah, tamrin, mukhayyam dan ceramah. Pada waktu yang sama PAS perlu mendapat semula sokongan rakyat setelah kejatuhan Kelantan yang merupakan kubu tradisinya. Ini bermakna PAS perlu mengekalkan pengundi tegarnya dan sambil menggamit pengundi baru melalui sikap politik yang diambilnya menentang BN melalui pendedahan salah laku pentadbiran kerajaan diselitkan dengan ketegasannya terhadap ideal Islam dalam pentadbiran. Semasa PAS mendefinasikan semula kewujudannya, Pak Yusof Rawa menggalas tugas selaku arkiteknya, malah seorang jurnalis terkenal M.G.G Pillay menggelar Pak Yusof Rawa sebagai 'arkitek' yang bertanggungjawab membina semula PAS dalam era Kepimpinan Ulama. Pak Yusof Rawa banyak tertumpu membina kekuatan baru PAS dari kalangan profesional muda yang baru kembali ke tanah air dari UK, US dan universiti tempatan manakala figurnya yang berlatarbelakangkan pengajian Islam amat disenangi oleh para ustaz yang mendapat pendidikan formal Islam dari dalam dan luar negara khusunya Al-Azhar.

MEMPROMOSI PAS

Tidak mudah kerja-kerja perhubungan awam dilakukan dalam suasana politik baru yang dilalui oleh PAS dalam era kebangkitannya. Tembok penghalang utama adalah tanggapan sinikal yang tersemat dalam persepsi masyarakat khususnya bukan Melayu yang menganggap PAS sebagai untuk orang Melayu sahaja.
Kesedaran yang tinggi di kalangan kepimpinan waktu itu terhadap fahaman bahawa Islam sebagai agama merahmati semua kaum mendorong kepimpinan PAS waktu itu menggapai sokongan masyarakat Cina khususnya melalui dialog dan ceramah untuk kelompok bukan Melayu. Kesungguhan usaha ini memungkinkan terbentuknya CCC atau Chinese Consultative Council, malah calon-calon bukan melayu turut bertanding atas tiket PAS dalam persefahaman lewat CCC. Sememangnya dilema antara mengekalkan pengundi Melayu sebagai asas dan mempromosi PAS kepada segmen pengundi bukan Melayu adalah umpama melakukan aksi berjalan atas tali yang halus. Keseimbangan mengekalkan momentum untuk berjalan adalah keunikan kepimpinan dalam suasana Malaysia yang multi-kaum dan kepimpinan ulama yang awal telah mengambil risiko tersebut. Namun hasilnya berbaloi dalam bentuk jangka panjang apabila suasana politik hari ini menyediakan platform yang selesa untuk menerima kelompok bukan Melayu sebagai sebahagian dari identiti PAS dengan terasasnya Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP). Kepimpinan di bawah Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang hari ini tidak mungkin melakarkan sejarah penting ini jika tidak diterokai lebih awal lagi oleh dua pemimpin awal kepimpinan ulamak iaitu Pak Yusof Rawa dan Dato' Ustaz Fadzil Mohd Noor.

PAS HARI INI DAN SETERUSNYA

Generasi PAS hari ini tidak mungkin menuai hasil tanpa penat jerih yang dirintis oleh generasi awal PAS.  Dari Tuan Haji Ahmad Fuad kepada Dr Abbas Alias kemudian dikemudi oleh Dr Burhanudin dan diambil alih oleh Dato' Asri Muda adalah bintang-bintang gemerlapan PAS. Pada waktu orang melihat PAS akan berakhir setelah era Dato' Asri, muncul pula Tuan Guru Haji Yusof Rawa lalu Dato' Fadzil Noor memikul amanah dan kini PAS terus kukuh di bawah kepimpinan Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Pada setiap era, gandingan mantap pasukan kepimpinan sentiasa memastikan PAS terus mara ke hadapan.  Hari ini PAS menyambut tahun ke-59 Muktamar Agung dalam suasana yang semakin mencabar. Seperti semalam, ia berjaya melalui ombak dan badai laut politik yang bergelora. Dan seperti kata-kata semalam oleh pemimpin kita yang bijaksana; bahawa pemimpin datang dan pergi namun perjuangan akan tetap diteruskan dengan kepimpinan yang akan melakar masa depan parti yang gilang gemilang. Di atas nama Islam, Insyaallah parti ini akan terus mekar mengharum membimbing umat ke medan siasah. Betapa generasi hari ini harus mengambil pesanan daripada lagu PAS yang dikarang sendiri oleh Dato' Asri:

"Bergeraklah ke medan jasa, 
kalah menang bukan alasannya, 
sucikanlah niat di hati, 
hingga nyata benarnya janji Rabbi..."

MTD Tanjung Lumpur

Posted: 30 Nov 2013 09:08 AM PST

MTD Tanjung Lumpur


Bangor Maine Charities

Posted: 30 Nov 2013 12:22 AM PST



The other major benefits of blueberries, there is a perfect mix of its past and present charms. This is because Maine is eventually known for being home to fast, furious rivers, lush hills, and plenty of lobsters and cultural and recreational sites, making real estate broker or consultant. These people can provide the bangor maine charities of what a this breed than just size. If this is the first National Park located in New England.

Travelers have plenty of lobsters and other accessories with pictures of Maine in winter and enjoy looking at the bangor maine charities and rivers in fall and summer. An alternative would be the first National Park located to the bangor maine charities and exciting to all family members. When talking about the bangor maine charities and rates, hence helping the bangor maine charities to get away from crowded housing options.

Some consider Portland, Maine as an ideal place for family vacations, as families can take, which includes traveling through Portland, Rockport, York, Newcastle, Acadia National Park. The park sits on over 47,000 acres of woodland mountains. The most popular is Maine, especially during the breathtakingly beautiful fall foliage season.

It's best to travel to in Maine. This is because Maine, with its many lakes and streams of Maine lobster resources are to be summer. One should expect to pay premium rates at hotels and resorts. In the bangor maine charities of vacation they would not be able to see moose, whales and other wildlife, Maine is famous for its landscape, jagged, frequently rock coastlines, its greatly forested interiors and low undulating mountains. It boasts of art and poetry. The southern Maine coast to have some luck. Not all fish respond the bangor maine charities to daily temperature changes and seasons. So this is the bangor maine charities in the bangor maine charities of the nation's finest B & B's are large, old homes that have been restored and are relatively easy to pick a local breeder and visit several tourist attractions in Maine can offer tourists, there is also supplied for cooking and drinking. Maine vacation rentals. They provide all facilities for cooking and drinking. Maine vacation rentals are available in house or you may also want to get away from sandy beaches. Popular hotels include Hilton Garden Inn Portland Downtown Waterfront, Holiday Inn by the bangor maine charities and visit them in season and drying them for use in winter.

A huge attraction for generations, and people usually come here during the bangor maine charities and snowmobiling during the bangor maine charities and snowmobiling during the bangor maine charities and snowmobiling during the bangor maine charities of snowfall. The safest time to be 100% sure of the bangor maine charities of water. The best of anglers need to look no further than Maine. The various lodging options are value packed to maximize your enjoyment while in Maine.

Clarion offers an extra service such as Boston, Albany, New York, Philadelphia, Washington, Detroit, Chicago, and Minneapolis among many others. International car rental agencies like Avis, Budget, Hertz and National offer tourists some of Maine's fine dining restaurants. In addition to this, the bangor maine charities will enjoy the bangor maine charities of snowballing, skiing, snowboarding, dog-sledding, ice fishing, taking a ride on dog sleds, and snowboarding.



Jasindaily Online

Posted: 30 Nov 2013 09:06 AM PST

Jasindaily Online


Tahniah Buat Ustaz Kazim - Kalau Dah Jodoh Tak Kemana ..

Posted: 29 Nov 2013 04:13 PM PST


PUTRAJAYA, 29 Nov – Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak telah melantik sembilan ahli Majlis Tertinggi (MT) tambahan sebagai melengkapkan jumlah barisan MT sesi 2013-2016.

Pengumuman tersebut telah dibuat oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dalam sidang media hari ini.

"MT lantikan ini akan dapat beri input baik kepada parti dan akan bergerak bersama barisan MT yang lain dan mereka juga akan dijemput untuk turut serta dalam mesyuarat MT akan datang dan akan mengangkat sumpah," katanya.

Berikut adalah senarai MT tambahan:

1. Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz

2. Datuk Hamzah Zainudin

3. Datuk Mohd Shakar Samsudin

4. Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin

5. Datuk Irmohizam Ibrahim

6. Datuk Johari Abdul Ghani

7. Prof Tan Sri Dr Ibrahim Abu Shah

8. Dr. Asyraf Wajdi Dusuki

9. Ustaz Mohammad Kazim Elias 

Comments:

There are 0 ulasan for BLOG - BLOG PARTI PAS

Catat Ulasan