Akhirnya desas desus Datuk Salleh Man ditendang daripada Pesuruhjaya PAS P.Pinang terjawab bila jawatan tertinggi negeri disandang oleh Timb Presiden PAS Mohamad Sabu . Sudah la 1 kerusi DUN je menang , lepas tu jawatan pulak diterajang .
Ia sekaligus mengetepikan pemimpin2 PAS negeri seperti Roshidi Hussein , Afnan Hamimi yang sebelum ini lantang bersuara di muktamar mengenai parti yang hanya menjadi boneka di bawah kerajaan DAP .
Berita ini pasti membimbangkan ahli PAS akar umbi kerana pendedahan 10 bukti Mat Sabu terlibat SYIAH pastinya akan membawa pengaruh besar faham itu di negeri ditadbir DAP .
Manakala ia menjadi berita gembira untuk Guan Eng kerana abangnya ini mampu mematikan terus suara akan umbi PAS yang cuba nak tunjuk hero menghentam kerajaan DAP .
Selepas ini PAS negeri akan terus menjadi kuda tungangan terhebat DAP di P.Pinang berbanding zaman Salleh Man .
** Jangan terkejut selepas ini jawatan YDP MAIPP pun Salleh Man akan hilang ...hahaha....
PAS melantik Timbalan Presiden Mohamad Sabu sebagai pesuruhjaya baru Pulau Pinang tetapi menafikan menyingkirkan Datuk Salleh Man dari jawatan itu, selepas pergolakan PAS negeri dengan kerajaan DAP sebelum ini.
Perkara tersebut diputuskan selepas mesyuarat Jawatankuasa Pusat di ibu pejabat parti itu dan pengumumannya dibuat Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali petang ini.
Bercakap dalam sidang media, Mustafa menjelaskan pelantikan itu sebagai "perubahan dan ubah suai" kepimpinan PAS negeri.
"Mohamad Sabu anak Pulau Pinang, sudah biasa dengan Pulau Pinang.
(Dengan) pelantikan pesuruhjaya ini, beliau akan meneruskan kerja-kerja dalam konteks dalam Pakatan Rakyat dan pengendalian kepada kerja-kerja organisasi.
"Timbalan presiden PAS dapat membantu banyak dan menyelaras kerja-kerja (PAS) di sana," kata Mustafa.
Kecuali Pulau Pinang, semua pesuruhjaya negeri telah dilantik awal bulan ini.
Pelantikan Mohamad, yang mempunyai hubungan rapat dengan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, dilihat diberi tugas itu bagi melancarkan kembali gerak kerja Pakatan Rakyat di negeri itu.
Mohamad yang hadir dalam sidang media tersebut, menganggap tidak ada masalah besar" dengan pertukarannya dengan Salleh sebagai pesuruhjaya.
"Pertukaran adalah perkara biasa dalam organisasi," katanya bagi menjawab soalan pemberita sama ada pertukaran itu dibuat ekoran isu yang dibangkit menjelang muktamar parti itu November lalu. Dalam sidang media itu juga, Mohamad mengumumkan pelantikan lantikan baru untuk jawatan dalam jawatankuasa Pusat PAS, seperti berikut:
Asmuni Awi dilantik sebagai bendahari menggantikan Datuk Ahmad Yaakob yang memohon melepaskan jawatan kerana kesibukannya sebagai menteri besar dan pesuruhjaya PAS Kelantan.
Ahli Parlimen Kota Bharu Datuk Takiyuddin Hassan, bekas setiausaha Pemuda Khairul Faizi Ahmad Kamil dan bekas naib ketua Pemuda Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob dilantik sebagai penolong setiausaha.
Bekas pesuruhjaya PAS Anuar Tahir dilantik sebagai ahli jawatankuasa Pusat dan mengetuai Lajnah Pekerja.
Mohamad juga mengumumkan penubuhan Lajnah Pusat Pengurusan dan Bencana yang diketuai Naib Presiden Salahudin Ayub.
Katanya, ia dijadikan biro tetap dalam jawatankuasa PAS untuk menyelaras bencana alam yang berlaku.
GPB bersetuju dengan kenyataan YB Khairy Jamaluddin hari ini , apa guna KDNK negara mencatat pertumbuhan tetapi realitnya kos sara hidup rakyat meningkat dan tidak mengambarkan realiti sebenar ekonomi . YB KJ cukup lantang dan peka kehendak generasi muda dan sebagai Menteri muda dalam kabinet , harap beliau dapat bawa rintihan dan kesempitan golongan ini di mesyuarat kabinet esok . Keresahan orang muda mengenai kenaikan kos sara hidup akan dibawa ke dalam mesyuarat Kabinet, Rabu ini.
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata, Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) telah membangkitkan isu itu rentetan kenaikan tarif elektrik, tol serta kesan gandaan yang bakal berlaku terhadap barangan dan perkhidmatan lain.
"Saya akan membawanya dalam mesyuarat Kabinet Rabu ini sebagai mewakili pandangan orang muda dan kerisauan mereka tentang kenaikan yang datang sekali gus seperti tsunami.
"Ini adalah keresahan generasi muda berkaitan kos sara hidup, kita masih belum pasti penyelesaiannya tetapi perkara ini wajib saya bangkitkan," katanya dalam sidang akhbar selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman antara kementeriannya dengan Intel Technology Sdn. Bhd. di sini hari ini.
Terdahulu, beliau merasmikan Persidangan MPBN Sidang 2 Penggal ke-29 yang dihadiri lebih 70 peserta mewakili majlis belia negeri-negeri.
Yang turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Datuk Jamil Salleh dan Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohamed Maliki Mohd. Rapiee.
Menurut Khairy, beliau membangkitkan isu kenaikan kos sara hidup dalam Perhimpunan Agung UMNO 2013 baru-baru ini dan akan konsisten membawanya dalam mesyuarat Kabinet.
"Kenaikan banyak perkara secara serentak ini yang hendak dibincangkan, malangnya, kita tangguh (kenaikan) semua ini sudah lama, bila semuanya datang sekali, itu yang menjadi masalah kita hari ini," katanya.
Berhubung kenaikan tol, jelas Khairy, kerajaan terpaksa menanggung pampasan RM400 juta setahun kepada syarikat konsesi sekiranya kenaikan ditangguhkan, namun beliau berpendapat ada formula lain yang mungkin belum difikirkan.
"Semuanya ada kesan gandaan yang akan dirasai kemudian, memang bila kita naikkan tarif elektrik, kira-kira 70 atau 80 peratus isi rumah tidak nampak kesan dalam bil mereka tetapi ada kesan kemudiannya pada harga barangan dan perkhidmatan," katanya.
Menurut Khairy, beliau yakin kerajaan peka mengenai masalah yang berlaku kerana keutamaan negara adalah untuk menjaga kesejahteraan rakyatnya.
"Kita cakap kepada rakyat biasa bahawa Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mencatatkan pertumbuhan lima peratus tetapi jika apa yang rakyat rasa adalah kos hidup meningkat, itu adalah satu masalah kerana perangkaan ekonomi tidak menggambarkan realiti ekonomi sebenar," katanya.
GPB sambut baik bila pemimpin Pemuda UMNO seperti YB Khairy & Khairul Azwan Harun bingkas bangun membantah kenaikan tol dan tambang pengangkutan awam ( LRT,monorel ) . Pemuda bantah tapi disertakan cadangan baik untuk kerajaan .
Ternyata Pemuda UMNO dapat merasai keresahan dan kesempitan golongan muda jika bebenan kenaikan tol & tambang pengangkutan dinaikkan tahun depan . Menteri Pemandu seperti Wahid Omar bukan tahu bebanan rakyat samada di bandar dan luar bandar mengenai segala benda yang mereka nak naik ini .
Pemuda Umno hari ini mengkritik Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar atas saranannya kepada pengguna lebuh raya menggunakan jalan alternatif sekiranya tidak bersetuju dengan kenaikan tol . "Kami tidak bersetuju dengan kenyatannya.Beliau perlu lebih berhati-hati dengan apa yang dikatakan. Kenyataan itu memperlihatkan rasa tidak sensitif terhadap keperluan rakyat," kata Naib Ketua Pemuda Umno Khairul Azwan Harun (gambar) dalam satu sidang media di Kuala Lumpur hari ini. "Terpulang kepada rakyat untuk memilih dan jangan mengajar mereka," katanya. Terdahulu, Abdul Wahid berkata pengguna jalan raya yang tidak bersetuju dengan kenaikan tol boleh menggunakan jalan alternatif biarpun syarikat konsesi akan menyelaras kadar kenaikan mengikut jumlah trafik. "Kami menyediakan jalan alternatif kepada mereka yang sanggup membayarnya. Kepada yang berasa kadar tersebut terlalu tinggi, mereka ada pilihan untuk tidak melaluinya," katanya. Khairul berkata Pemuda Umno mempunyai beberapa cadangan yang dapat diteliti oleh Putrajaya dan syarikat konsesi. Salah satu cadangannya adalah syarikat konsesi mengurangkan tol melalui Tanggungjawab Korporat Sosial (CSR). "Kami tahu terdapat klausa dalam perjanjian membenarkan kerajaan mengurangkan harga. Apa yang kami tahu, hampir semua konsesi mendapat untung besar," katanya. Media melaporkan kadar tol akan dinaikkan sebanyak 30 sen ke RM1. Khairul berkata peningkatan harga hanya dapat dipersetujui jika kajian mendalam dilakukan berhubung peningkatan trafik dan ramalan keuntungan sesebuah lebuhraya. "Lebuh raya seperti Lebuh Raya Baru Lembah Klang dan Lebuh Raya Damansara Puchong, tiada masalah untuk menjana keuntungan. "Mengapa syarikat konsesi tidak menunjukkan tanggungjawab mereka dan mengurangkan harga sebagai sebahagian daripada CSR? Ia tidak terhad kepada sumbangan dan acara tahunan. Ini juga boleh dipraktikkan," katanya. Khairul berkata Pemuda Umno turut mencadangkan kepada Putrajaya agar pengangkutan awam dikecualikan daripada kenaikan tarif elektrik. "Kerajaan mahu rakyat menggunakan lebih banyak pengangkutan awam akibat kenaikan harga minyak tetapi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pula mahu mengkaji tambang LRT dan monorel," katanya. Beliau berkata Pemuda Umno hanya memberi tekanan kepada kerajaan berhubung isu berkaitan rakyat tetapi cadangan penyelesaian juga diberikan. Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar sebelum ini berkata siri kenaikan tarif kerajaan akan memberi kesan kepada rakyat dan harus dibincangkan ke Kabinet. Khairy turut mengakui tsunami kenaikan harga adalah siri yang dirancang setelah ditunda dua ke tiga tahun lalu. Tenaga Nasional Berhad mengumumkan kenaikan 15% kadar elektrik bermula tahun hadapan. Kerajaan juga membuat kejutan apabila mengumumkan kadar tol akan dinaikkan bermula tahun depan. – 16 Disember, 2013. Cuma yang GPB ingin persoalkan Menteri lantikan Najib ini , dia tahu atau tidak Manifesto BN yang berjanji akan mengurangkan bayaran tol antara bandar secara berperingkat.
Harap Najib dapat membatalkan segala kerja gila idea PEMANDU berhubung kenaikan tol ini termasuk pengangkutan awam ( LRT-Monorel) ini .
Kalau Najib teringin nak beri kerusi Perdana Menteri secara free kepada ANWAR & DAP di PRU14 sebab tak mahu jadi kerajaan populis ...
Silakan NAIK kan segala benda di Malaysia ini tahun 2014 ini ....
Pihak pengurusan PLUS Malaysia Berhad mengesahkan bahawa syarikat konsesi lebuhraya terbesar itu tidak akan bercadang menaikkan kadar tol di semua lebuhraya kendalian syarikat itu pada tahun hadapan (2014), seperti yang dihebohkan baru-baru ini.
Menurut Pengarah Urusan PLUS, Dato' Noorizah Abd Hamid, syarikat konsesi itu memahami tekanan kos hidup rakyat dan tidak berhasrat menaikkan kadar tol di semua lebuhraya PLUS dalam tempoh terdekat.
"Kenaikan konsesi PLUS tidak akan berlaku kerana belum tiba masa ia diteliti. Jadi kenaikan yang diwar-warkan mungkin melibatkan konsesi lebuhraya lain, tetapi bukan PLUS," ujar beliau ketika diajukan soalan berkaitan kenaikan kadar tol.
Setelah puas menghentam Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim yang dikatakan tidak peka dengan masalah dan rintihan rakyat berhubung usul kenaikkan gaji mendadak yang dberikan kepada semua 56 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang berkuat kuasa pada 1 Januari 2013.
Mengikut usul tersebut gaji Menteri Besar dinaikkan daripada RM14,175.15 kepada RM29,250 (106 peratus); anggota Exco kerajaan negeri dari RM6,109.29 kepada RM20,250 (231 peratus); speaker Dun dari RM6,109.29 kepada RM22,500 (266 peratus); timbalan speaker dari RM3,327.50 kepada RM15,750 (373 peratus) dan Adun dari RM6,000 kepada RM11,250 (87 peratus).
Disebabkan itu, Khalid telah menjadi 'mangsa belasahan' Anwar dan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang kononnya tidak bersetuju dengan kenaikan tersebut. Pelbagai kritikan dan cemuhan dilemparkan oleh Anwar bagi menggambarkan kononnya dia prihatin denga keluhan dan masalah rakyat.
Namun dalam diam-diam, Anwar rupanya telah menghantar surat kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang memohon agar gaji dan elaun Ahli Parlimen dinaikkan. Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2014 dalam sidang Dewan Negara petang tadi.
Anwar sudah menulis surat kepada Speaker Dewan Rakyat bersetuju gaji Ahli Parlimen dinaikkan.
"Perdana Menteri sudah membentangkan cadangan itu (kenaikan gaji dan elaun MP) dalam usaha menaiktaraf Ahli Parlimen kita setaraf dengan ahli-ahli Parlimen negara lain di seluruh dunia. Usaha telah kita buat tapi atas sebab politik ia dibantah oleh Ketua Pembangkang.
"Sekarang barulah Ketua Pembangkang hantar surat kepada Speaker baru-baru ini mohon dinaikkan gaji. Barulah nampak ada sokongan padu untuk naikkan gaji MP," kata Shahidan.
Ketika pembentangan Bajet 2012 pada tahun lalu, Perdana Menteri mengumumkan bahawa kerajaan akan mengkaji semula elaun Ahli Parlimen sekiranya mendapat sokongan penuh wakil rakyat kerajaan, pembangkang dan Bebas.
Namun usul tersebut terpaksa ditarik balik ekoran bantahan daripada empat wakil rakyat pembangkang. Mereka yang dimaksudkan ialah Anwar Ibrahim; Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali; Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz pada ketika itu berkata, penarikan itu membabitkan peruntukan sebanyak RM30 juta yang diumumkan Perdana Menteri itu.
"Pembangkang 'buka mulut' (bantah) terlalu awal sebelum kita jelaskan kandungan pakej kajian berkenaan yang merangkumi pelbagai kemudahan yang diperlukan oleh seorang wakil rakyat.
"Sebenarnya kenaikan gaji Ahli Parlimen yang dicadangkan tidak begitu banyak, mungkin dalam lingkungan RM1,000. Tapi kita banyak fokuskan mengenai elaun sampingan lain seperti elaun pegawai penyelidik, bayaran pejabat serta gaji pemandu," menurut Nazri.
Malah disebabkan bantahan tersebut, ramai di kalangan Ahli-ahli Parlimen pembangkang dikatakan marah dan tidak berpuas hati dengan tindakan Anwar itu.
Menurut Ahli Parlimen PKR, selama ini mereka telah mengalami perbelanjaan 'defesit' setiap bulan memandangkan gaji sebagai Ahli Parlimen cuma RM6,500 sahaja dan dicampur lain-lain elaun termasuk tuntutan jika Parlimen bersidang, mereka hanya perolehi tidak sampai RM12,000 sebulan.
Lebih malang lagi, beberapa orang Ahli Parlimen PKR yang ditemui pada ketika itu menjelaskan, mereka terpaksa mendermakan RM1,500 kepada parti bagi kos operasi.
"Tolak sebanyak itu, berapa yang kami dapat. Anak isteri juga perlu wang. Ini tak masuk bantuan kepada pengundi-pengundi dan aktiviti setempat... Hadiri kenduri kahwin, ziarah kematian."
Menurut seorang ahli parlimen PKR yang enggan dikenali itu, mengatakan dia terpaksa 'bersilat' dengan isterinya selepas ternampak slip elaun RM6,500.
"Isteri saya bising dan tidak percaya wakil rakyat dapat gaji banyak itu. Dia tanya saya, macam mana saya boleh beri duit kepada mereka yang datang meminta bantuan... nasib baik saya ada perniagaan sendiri, jika tidak memang teruk. Perbelanjaan kami 'defesit' sebenarnya."
Kesimpulannya ialah, walaupun pada ketika itu kerajaan hanya mencadangkan kenaikan sekitar 10 peratus, namun atas sebab politik ia terus ditentang berbanding kenaikan yang diluluskan oleh kerajaan Selangor yang mencecah sehingga 373 peratus. Anwar juga pada hakikatnya sedar gaji Ahli-ahli Parlimen di Malaysia adalah rendah berbanding negara-negara jiran.
Namun disebabkan hasratnya ingin menjadi Perdana Menteri dan ingin mengambil hati rakyat semua cadangan tersebut terus ditolak mentah-mentah, tambahan pula pada ketika cadangan tersebut dilakukan, Pilihanraya Umum ke-13 masih lagi menjadi teka-teki.
Pemimpin kafir DAP Pulau Pinang lebih selesa apabilaMat Sabu dilantik sebagai pesurujaya Pas Pulau Pinang disebabkan kehendak DAP atas sebab Mat sabu mampu untuk 'membunuh' parti terbesar orang Melayu iaitu Umno.
Manakala PAS terpaksa akur dengan kehendak dan arahan daripada pemimpin kafir DAP Pulau Pinang apabila menyingkirkan Datuk Salleh Man dari jawatan itu, selepas pergolakan PAS negeri dengan kerajaan DAP sebelum ini.
Mat Sabu juga sanggup makan babi bersama Lim Guan Eng membuktikan Mat Sabu sanggup buat apa sahaja demi kafir DAP asalkan dibayar secara bulanan kepadanya.
Untuk rekod, sebelum ini PAS Pulau Pinang tidak berpuashati dengan pemimpin kafir DAP Pulau Pinang dan akan mengkaji kembali kedudukannya dalam Pakatan Rakyat Pulau Pinang jika tidak lagi diperlukan dalam kerajaan negeri dibawah pimpinan kafir DAP.
Menurut Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Mohd Fauzi Yusof, PAS Pulau Pinang akan menarik diri serta meletak jawatan dalam beberapa tawaran jawatan, portfolio dan posisi jawatan tertentu dalam kerajaan negeri jika tuntutan dan ketetapan ini tidak diambil serius oleh pihak kerajaan negeri dan Majlis Pakatan Rakyat.
Katanya, PAS mahu kerajaan negeri memberi kuasa penuh tanpa sebarang campur tangan yang tidak wajar kepada Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) sekarang (Datuk Mohd Salleh Man) untuk mengemukakan makluman keputusan cadangan lantikan Ahli-ahli Majlis MAINPP serta mana-mana portfolio atau Lembaga Pengarah dalam mana-mana agensi atau anak syarikat dibawah Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang.
Katanya, PAS mendakwa terdapat campur tangan yang tidak sewajarnya dari pihak Exco Kerajaan Negeri untuk menetapkan Ahli-ahli Majlis MAINPP serta Pengerusi dan Ahli-ahli Lembaga Pengarah anak-anak syarikat MAINPP untuk sesi akan datang.
Menurut Mohd Fauzi, mesyuarat Badan Perhubungan PAS Negeri P Pinang pada 14 November 2013 lalu yang dipengerusikan sendiri oleh Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Mohd Salleh Man telah mendesak menambah bilangan Ahli Majlis MPPP & MPSP untuk kuota PAS Pulau Pinang dari dua orang setiap PBT kepada 4e mpat orang setiap PBT.
"Perlantikan Ahli Majlis MPPP dan MPSP untuk kuota PAS ini hendaklah dilantik dengan cadangan dan persetujuan PAS Pulau Pinang,"katanya lagi.
Ekoran itu pemimpin kafir DAP Pulau Pinang Lim Guan Eng telah mengarahkan kepimpinan tertinggi Pas agar menukar kepimpinan Pas di Pulau Pinang kepada individu yang mudah mendengar arahan daripada DAP Pulau Pinang.
Maka dengan ituPas tanpa segan silu telah menyingkirkan Datuk Salleh Man dan diganti dengan Mat Sabu yang juga ahli lembaga pengarah Lembaga Air Pulau Pinang yang dilantik oleh Lim Guan Eng.
Datuk Seri Anwar Ibrahim kini menuduh Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mengambil peranan sebagai timbalan pendakwa raya (DPP) dalam rayuan kes liwatnya dengan harapan untuk menjadi bakal Peguam Negara.
Ketua pembangkang itu berkata, ramai di kalangan ahli politik dan pengamal undang-undang di Kuala Lumpur tahu bahawa Shafee secara terbuka menyatakan cita-citanya untuk menggantikan Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai Peguam Negara.
"Ini menjelaskan mengapa Shafee begitu kritikal terhadap Gani dalam akuan berkanun (Datuk Mat Zain Ibrahim)," katanya dalam afidavit kedua menyokong permohonan mengapa Shafee patut diketepikan daripada bertindak sebagai DPP dalam kes liwat.
Walau bagaimanapun semasa disoal wartawan, Anwar tidak mengemukakan mana-mana bukti yang mengatakan Shafee ingin menjadi Peguam Negara.
Beliau berkata, barisan pendakwa tidak akan dapat mengendalikan kes itu dengan adil kerana Shafee mungkin cenderung dan berpihak kepada perdana menteri serta pemimpin kanan kerajaan yang lain dengan memastikan mereka tidak disabitkan dengan apa-apa kesalahan, supaya peguam Umno itu boleh dianugerahkan jawatan Peguam Negara yang amat diidamkan itu.
Anwar memfailkan afidavit itu semalam dan permohonan akan didengar di Mahkamah Rayuan pada Khamis ini.
Bekas timbalan perdana menteri itu berkata, keinginan Shafee untuk memastikan Putrajaya memenangi rayuan itu sangat tinggi dan ia mungkin akan menjejaskan tanggungjawabnya sebagai ketua DPP dalam kes itu.
"Konflik kepentingan seperti itu mugkin menjejaskan pentadbiran keadilan. Ia sudah tentu akan prejudis terhadap saya ketika perbicaraan rayuan itu nanti," kata ketua pembangkang berusia 66 tahun itu.
Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata pengguna jalan raya boleh memilih untuk menggunakan jalan biasa lain sekiranya mengganggap kenaikan tol terlalu tinggi.
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, kenaikan tol yang bakal berlaku tahun hadapan adalah munasabah.
"Kami sediakan jalan alternatif kepada mereka sedia bayar dengan kadar premium.
"Bagi mereka yang fikirkannya ia terlalu mahal, mereka ada pilihan untuk tidak gunakan jalan tersebut," kata Abdul Wahid di Putrajaya hari ini.
Dalam pada itu, Abdul Wahid juga menegaskan pihak konsesi perlu menjalankan kajian daya saing untuk memastikan sama ada pengguna dapat menerima kadar tol baru yang dicadangkan sebelum ia dilaksanakan.
Meskipun sudah menyatakan pendirian menolak pelantikan sebagai ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Mohammad Kazim Elias atau dikenali Ustaz Kazim, keputusan itu terus mencetuskan pelbagai reaksi.
Ada yang menyatakan sokongan, namun tidak kurang daripada mereka memberi persepsi negatif hingga menimbulkan rasa kurang senang kepada pendakwah berkenaan.
Dalam satu kenyataan di akaun Facebook milik Ustaz Kazim, kelmarin beliau menyatakan luahan hati apabila masih terdapat segelintir individu mempersoalkan pelantikan dan keputusan yang dibuat.
"Apa perkataan yg (yang) paling sesuai pd (pada) puak2 (puak-puak) yg (yang) x (tak) faham2 (faham-faham), ingatkan bila tak terima jawatan MT dah selesai, rupanya tak habis lg (lagi)," katanya.
Petikan dalam akaun yang didaftar atas nama Ustaz Mohd Kazim Elias itu turut memaklumkan ada yang menyatakan beliau menerima pelantikan MT, sedangkan pengumuman penolakan itu sidah dibuat, awal Disember lalu.
"Ada yang agak bodoh dok kata sy (saya) terima MT, tak habis2 (habis-habis) fitnah umpat dan keji," katanya.
"Tolak pun salah, terima pun salah…tak masuk politik pun salah..diam pun salah..jawab pun salah," katanya.
Sebelum ini, Ustaz Kazim membuat keputusan untuk menolak pelantikan berkenaan dengan menggariskan tiga faktor utama, salah satunya bagi menjaga nama baik Umno dari terus difitnah.
Biarpun keputusan yang dibuat itu muktamad, beliau yang juga Pengetua Pusat Pendidikan Al-Barakah tetap terbuka untuk memberikan idea dan cadangan yang membina kepada Perdana Menteri terhadap agenda transformasi agama di dalam Umno.
Pihak pengurusan PLUS Malaysia Berhad mengesahkan bahawa syarikat konsesi lebuhraya terbesar itu tidak akan bercadang menaikkan kadar tol di semua lebuhraya kendalian syarikat itu pada tahun hadapan (2014), seperti yang dihebohkan baru-baru ini.
Menurut Pengarah Urusan PLUS, Dato' Noorizah Abd Hamid, syarikat konsesi itu memahami tekanan kos hidup rakyat dan tidak berhasrat menaikkan kadar tol di semua lebuhraya PLUS dalam tempoh terdekat.
"Kenaikan konsesi PLUS tidak akan berlaku kerana belum tiba masa ia diteliti. Jadi kenaikan yang diwar-warkan mungkin melibatkan konsesi lebuhraya lain, tetapi bukan PLUS," ujar beliau ketika diajukan soalan berkaitan kenaikan kadar tol.
Beliau turut menambah bahawa PLUS sedang mengkaji mekanisme untuk menurunkan kadar tol semasa kepada kadar tol baru yang lebih rendah.
Penstrukturan semula tol semasa PLUS pada masa hadapan bakal memberi kelebihan kepada pengguna apabila mereka akan menikmati penjimatan antara 10 - 50 peratus berbanding kadar tol semasa.
Ketika ini, PLUS mengendalikan lima lebuhraya meliputi Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), Lebuhraya Lingkaran Tengah (ELITE), Linkedua (Lintasan Kedua Malaysia Singapura), Lebuhraya Butterworth-Kulim (KLBK) dan Jambatan Pulau Pinang.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
You are subscribed to email updates from Ohpolitik!™ To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Kata mak, К∂ω∂Ν tu ibarat lebah, habis madu sepah dibuang.
Kata abah, К∂ω∂Ν tu umpama bunga ros, dipandang cantik dipegang sakit.
Kata atuk, К∂ω∂Ν tu seperti air, terus mengalir.
Kata nenek, К∂ω∂Ν tu bak bulan, dipuja disanjung tapi nun jauh di sana.
Kata saudara, К∂ω∂Ν tu macam makanan, kawan makan kawan!
Kata abang, К∂ω∂Ν tu seperti lembu, mengikut saja apa yang dikata.
Kata kakak, К∂ω∂Ν tu tak ubah macam durian, bau je busuk tapi sedap dimakan.
Kata adik, К∂ω∂Ν tu macam biskut, sekejap ade sekejap tak ada.
Kata saya, К∂ω∂Ν tu ✗ kisah lah macam mana, walaupun dia
- IBARAT LEBAH. - UMPAMA ROS. - - SEPERTI AIR. - BAK BULAN. - SEPERTI LEMBU. - BUAH DURIAN - MACAM BISKUT.
Dia tetap К∂ω∂Ν.
Sekali kita dah К∂ω∂Ν. macam apapun rupa bentuknya selamanya dia tetap К∂ω∂Ν kita. Itu cara kita berК∂ω∂Ν!
Walaupun kita mempunyai harta yg banyak, К∂ω∂Ν tetap paling berharga.
К∂ω∂Ν tak perlukan kita hormat dia, atau dia hormat kita, tak perlu nak ziarah hari raya atau hadhir kenduri kendara, dan tak ada perlu talian kekal, tanggungjawab atau apa rupa tetapi hanya kesediaan dan keselesaan untuk berК∂ω∂Ν.
DAP Selangor menyasarkan untuk meraih 50% undi Melayu dalam PRU-14 berbanding 40% dalam PRU-13. Menurut Teresa Kok, parti itu akan bekerja lebih kuat untuk memastikan sasaran ini berjaya direalisasikan.
Walaupun cita-cita DAP begitu tinggi untuk meningkatkan sokongan Melayu, tetapi ia tidak bermakna yang parti itu akan melutut, menyembah atau memberi peluang kepada Melayu dalam apa jua keadaan.
Kita boleh melihat sendiri bagaimana DAP tidak pernah mengalah dengan PAS dalam isu-isu yang membabitkan Islam dan Melayu tetapi sebaliknya PAS yang terpaksa mengalah dan membuat penjelasan bagi pihak DAP kepada orang-orang Melayu sekiranya parti Cina itu ada menyinggung perasaan umat Islam.
DAP juga tidak pernah melonggarkan walau sedikitpun sifat perkauman Cina di sektor-sektor swasta yang didominasi kaum itu. Malah, sifat perkauman lebih terserlah dan sifat bongkak kaum Cina semakin menjadi-jadi dengan mencabar dan menghina Islam dan Melayu sesuka hati.
Bayangkanlah, semua ini dilakukan dalam pada DAP ingin meraih sokongan Melayu!
Walaupun UMNO sering dituduh DAP sebagai perkauman dan meminggirkan kaum Cina, tetapi UMNO tetap memberi peluang dan menyediakan platform kepada pemimpin dari kaum Cina untuk turut bersama di dalam kabinet. Sungguhpun setelah ditikam dari belakang oleh MCA yang turut menyokong DAP pada PRU yang lalu, UMNO tetap cuba memaafkan parti Cina itu dan menaruh harapan untuk terus bekerjasama demi negara.
Namun, toleransi, tanggungjawab dan kematangan yang sama langsung tidak dipraktikkan oleh DAP. Buktinya, Konvensyen DAP peringkat negeri Selangor yang lalu memperlihatkan tiada seorang pun Melayu terlantik sebagai Ahli Jawatankuasa Parti.
Ahli-ahli jawatankuasa DAP Selangor
Pengerusi - Tony Pua Kiam Wee
Timbalan Pengerusi - Gobind Singh Deo
Naib Pengerusi - Teng Chang Khim
Naib Pengerusi - Yeoh Tseow Suan (Hannah)
Setiausaha - Yong Hian Wah
Penolong Setiausaha - Ng Suee Lim
Bendahari - Sze Han
Setiausaha Organisasi - Lau Weng San
Penolong Setiausaha Organisasi - Ganabatirau Veraman
Penolong Setiausaha Organisasi - Philip Tan Choon Swee
Setiausaha Publisiti - Ronnie Liu Tian Khiew
Pengarah Pendidikan Politik - Lee Kee Hiong
Ahli Jawatankuasa - Charles Anthony Santiago
Ahli Jawatankuasa - Tiew Way Keng
Ahli Jawatankuasa - Kannan A/L Thangarasu
Ahli Jawatankuasa - Ong Kian Ming
Ahli Jawatankuasa - Eddie Ng
Ahli Jawatankuasa - Rajiv A/L Rishyakaran
Ahli Jawatankuasa - Yeo Bee Yin
Selain Selangor, Perak dan Pulau Pinang juga tidak melantik walaupun seorang Melayu untuk memegang jawatan di peringkat negeri.
Sekali lagi, semua ini berlaku ketika DAP mensasarkan peningkatan sokongan Melayu.
Jika semua ini masih tidak cukup untuk dijadikan pengajaran tentang keangkuhan dan sifat perkauman DAP, maka apa lagi? Apakah orang-orang Melayu perlu belajar dari kemusnahan? Apakah kita yakin yang kita mampu bangun semula setelah musnah?
Hakikatnya, DAP bersifat chauvinis dan rasis dan tidak akan sekali-kali meletakkan diri mereka sama tinggi atau sama rendah dengan orang Melayu. Biarpun DAP memerlukan Melayu untuk menang, membuka peluang kepada Melayu pantang sekali.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Isu 'tender terbuka' merupakan peluru utama DAP untuk menyerang kerajaan BN. Di mana-mana sahaja DAP sering mencanangkan bagaimana parti itu mengamalkan tender terbuka untuk sebarang projek bagi mengurangkan kos dan memastikan ketelusan pentadbiran.
Bagaimanapun, kita perlu ingat bahawa berbohong bukanlah perkara asing bagi DAP. Jika tidak, takkanlah Setiausaha Agungnya digelar 'berlidah biawak'.
Baru-baru ini DAP telah terbukti berbohong lagi buat kesekian kalinya dalam projek menaiktaraf longkang dan membendung banjir di Pulau Pinang. Projek tersebut ternyata telah dianugerahkan kepada syarikat S.P Mega melalui rundingan terus tanpa melalui proses tender terbuka. Perkara itu diakui sendiri oleh Lim Hock Seng, Exco Pulau Pinang apabila ia terdedah di internet.
Alasan Lim ialah rundingan terus telah membantu mengurangkan kos kerana syarikat berkenaan berjanji untuk 'membantu' kerajaan negeri.
Persoalannya, bukankah DAP juga yang menyatakan bahawa tender terbuka mampu mengurangkan kos? Kenapa pula ada pengecualian atau 'double standard' apabila yang terlibat ialah DAP dan bukan BN?
Kerajaan negeri menyatakan bahawa keputusan tersebut dibuat oleh MPSP sedangkan terdapat Minit Mesyuarat Sulit yang mencatatkan ia sebagai arahan terus dari Ketua Menteri untuk menganugerahkan projek tersebut kepada S.P Mega tanpa melalui tender terbuka.
Lebih menarik lagi, S.P Mega meletakkan kos sebanyak RM6,913,896.60 walaupun kos yang diumumkan oleh Exco ialah RM6,947,120 iaitu perbezaan sebanyak RM33,223.40. Jika itu belum cukup membingungkan maka kita pasti bingung membaca Minit Mesyuarat awal yang menyatakan bahawa projek tersebut dicadangkan dianugerahkan kepada syarikat Suchen Sdn Bhd dari Selangor.
Lim Hock Seng memberi alassan bahawa syarikat Suchen didapati tidak layak selain bukan merupakan syarikat tempatan yang mana menyebabkan Exco mencadangkan S.P Mega.
Bagaimanapun, pihak MPSP pula menyatakan bahawa Minit Mesyuarat telah tersalah catat kerana Lim Hock Seng ataupun Lim Guan Eng langsung tidak menyebut nama S.P Mega untuk projek tersebut.
Nampaknya, 'salah taip', 'salah catat', 'salah kira' sudah menjadi sinonim dalam pentadbiran DAP. Setiap tindakan parti itu yang meragukan semuanya akan dijawab dengan alasan 'tersilap' atau 'tersalah', yakni tidak sengaja.
Jika asyik tersilap atau tersalah, di manakah 'Cekap' yang dilaungkan?
Jika tidak melalui tender terbuka, di manakah 'Telus' yang dicanangkan?
Jika terdapat perbezaan harga yang meragukan, di manakah 'Amanah' yang dibangga-banggakan?
Pesan kita pada DAP, cukup-cukuplah berbohong. Sesungguhnya, hipokrasi DAP sudah sampai ke tahap meloyakan.
Dari apa yang dapat kita lihat di Pulau Pinang, kita pasti DAP tidak akan mampu memerintah dengan adil. Parti yang tidak cekap, tidak telus dan tidak amanah tidak mungkin dapat menjadi pemerintah yang baik.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Dalam keghairahan pelbagai pihak menghulurkan sumbangan kepada mangsa banjir di negeri ini masih terdapat segelintir mangsa yang merasakan diri mereka seolah-olah dipinggirkan.
Entah mana silapnya, penduduk di perumahan Sungai Isap Murni, Sungai Isap Perdana dan beberapa kawasan lain di bandar ini seakan-akan dilupakan daripada menerima bantuan berkenaan.
Menurut salah seorang penduduk, Fazeedah Abdul Manaf, 38, dia mendengar pelbagai bentuk sumbangan dihulurkan kepada mangsa banjir di kawasan kediamannya seperti Sungai Isap Perdana dan perkampungan Sungai Isap.
"Apa yang menghairankan kami penduduk di sini ialah tiada bantuan tiba. Saya nampak banyak lori yang sarat dengan beras dan keperluan harian tiba, tetapi tidak pula singgah di sini.
"Bila kami bertanya kepada pihak berkaitan mereka memaklumkan bantuan hanya diberikan kepada mereka yang berdaftar sedangkan saya juga mendaftar di pusat bantuan banjir," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Ibu kepada empat orang anak ini berkata, dia bukan hendak meminta-minta tetapi rasa terkilan apabila ada pihak menganggap mangsa banjir kini mewah dilimpahi dengan pelbagai sumbangan.
Bagi Nor Arsyad Yahya, 55, dia berharap pihak yang mahu menghulurkan sumbangan perlu yakin dan percaya dengan kebolehan jawatankuasa masjid untuk mengagihkan bantuan kepada penerima yang berhak.
"Saya lihat masih ramai mangsa banjir terpinggir daripada mendapatkan bantuan malah, individu yang sama pula tidak henti-henti dikunjungi orang kenamaan untuk menyalurkan sumbangan.
"Justeru, percayalah kepada peranan masjid dalam mengagihkan sumbangan atau menyampaikan sumbangan dari rumah ke rumah daripada menyerahkannya kepada pihak ketiga," jelasnya yang merupakan Setiausaha Masjid Saidina Ummar al-Khatab, Cenderawasih di sini.
Seorang mangsa di perumahan Sungai Isap Perdana, Rogayah Mat Zin, 47, pula berkata, dia hanya menerima sumbangan daripada persatuan Buddha sepanjang dua minggu bencana banjir yang memusnahkan pelbagai peralatan di rumahnya.
"Selepas beberapa hari pulang ke rumah dari pusat pemindahan hanya persatuan Buddha yang mendakwa dari Taiwan datang memberi barangan keperluan asas dan wang tunai RM200.
"Kalau nak harapkan pihak lain tidak tahu sebab sehingga kini tiada sebarang bentuk bantuan sampai ke rumah saya dan jiran-jiran," ujarnya.
Visit website
NOTA LUTUT,
Selalunya jika berlaku sesuatu bencana, jawatankuasa bertindak akan dibentuk untuk menguruskan segala bentuk tindakan dan perlaksanaan berjalan lancar.
Zaman Tok Mat jadi Menteri Penerangan, beliau melantik diri beliau atau RTM sebagai pihak nombor 1 dan jika tidak silap di peringkat daerah pula tanggungjawab di serahkan kepada Pegawai Daerah.
Ia berlainan dengan setengah negara maju yang menyerahkan tugas kepada Jabatan Pertahanan Awam atau Civil Defence. Di Malaysia Civil Defence atau JPAM tidak ada kuasa untuk mengarah itu dan ini. Begitu juga dengan Majlis Tindakan Negara tidak ada kuasa pemutus dan penentu.
Kedua-dua badan ini hanya berada di barisan belakang dan hanya menunggu arahan untuk menjalankan tugas. MKN pula hanya memberi nasihat dan konsultasi sahaja.
Jika berlaku bencana seperti banjir, menteri besar tidak sesuai dan tidak boleh dilantik sebagai pengarah kerana beliau akan berada di saf bawah untuk turun melawat dan memantau mangsa dan sesuai dengan tuntutan politik.
Pengarah Bantuan Bencana hanya perlu berada di pusat komunikasi, menghubungi agensi luar, menerima barang keperluan dari agensi luar, menentukan bantuan sampai, mengesan masalah dan menyelasaikan masalah dari comand centre, tak perlu turun padang, baru lah kes-kes seperti yang berlaku di Kampung Sungai Isap tidak ada berlaku.
Persoalan sekarang ialah sudah bersediakah JPAM memikul tugas dan tanggung jawab yang berat ini?
JPAM sehingga kini masih dibelengu dengan masalah kecelaruan pengurusan dan pentadbiran.
Pengarah JPAM sehingga kini adalah penjawat awam Jusa C dari jabatan lain yang datang dan pergi mengikut musim.
Yang kekal di situ ialah orang nombor dua iaitu Timbalan Pengarah dan paling lama di situ ialah Tuan Selamat.
Jadi dalam hal ini suara JPAM tidak akan didengar walaupu mereka ini pakar dalam menguruskan bencana,
Tadi disebut kecelaruan pengurusan dalam JPAM. Apa masalahnya?
Okay, contohnya begini,
Dalam satu menyuarat peringkat daerah untuk merancang strategi bencana alam, yang hadir ke mesyuarat tersebut ialah ketua-ketua jabatan tetapi JPAM menghantar Pegawai Sukarela yang bergred R1 atau N1 atau kini KP 17 yang kerja hakikinya dalam JPAM sebagai pembantu pejabat atau pekerja rendah awam. Pegawai Pertahanan Awam Daerah ( PPAD) atau pegawai yg lebih tinggi tidak berani hadir kerana masalah inferiority complex.
Terdapat juga isu-isu dalam pentadbiran dan dalam membuat keputusan jabatan, terdapat campur tangan oleh pegawai penyelaras kadet yang lebih sudu dari camca.
Kes seperti ini wujud di Taiping dan akibatnya ahli cawangan semakin kurang aktif. Bak kata pepatah kerana nila setitik rosak susu sebelanga.
Satu lagi masalah yang pernah di sebut oleh seorang pengarah JPAM yang telah bersara.
" Apabila saya masuk ke JPA3 buat pertama kali, saya perhatikan pokok-pokok tidak dicantas dan rumput panjang, kenderaan tidak terjaga, dll". Kenapa jadi begitu?
Jawapannya ialah ramai kaki tangan yang kerja hakikinya tukang sapu, tukang mesin rumput, jaga, drebar dll yang berpangkat pegawai pasukan.
Habis tu kalau dah berpangkat pegawai buat apa susah susah nak potong rumput dan cuci kereta, seminggu sekali kerah ahli-ahli sukarela untuk buat gotong royong.
Wah dah lari tajuk dari bantuan banjir tu!
Baiklah, JPAM perlu membuat tranformasi dan mendesak kerajaan memberi hak kepada mereka untuk menjadi peneraju dalam pengurusan bencana alam kerana pada peringkat pengurusan tertinggi JPAM mempunyai pakar-pakar dan mendapat latihan di luar negara.
Buat apa kerajaan menghabiskan banyak wang melatih mereka tetapi tidak dimanfaatkan sepenuhnya.
Banyak negara luar sudah lama meletakkan Civil Defence sebagai peneraju utama dan semua jabatan kerajaan berada di bawah arahan CD.
Di Malaysia, selagi wujud kecelaruan pengurusan dan inferiority complex selagi itulah JPAM tidak akan dipandang dan diberi keutamaan,
Tahniah kepada Umno dari seluruh negeri yang datang menghulurkan bantuan. Pemuda dan Puteri perlu diberikan kursus pengurusan bencana oleh JPAM.
Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar akan menyuarakan kebimbangan golongan belia berhubung isu kenaikan kos sara hidup semasa mesyuarat Kabinet, pada Rabu.
"Saya mengambil maklum apa yang dibangkitkan oleh Majlis Belia Malaysia (MBM) yang mewakili semua belia di luar sana berhubung kos sara hidup. Saya akan suarakan kerisauan golongan belia ini pada mesyuarat Jemaah Menteri Rabu ini," katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Persidangan Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Sidang II Penggal ke-29 2013-2014 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, hari ini.
Khairy berkata tiga perkara pokok bagi golongan belia di negara ini ialah kos sara hidup, rasuah dan kejadian jenayah.
"Perkara ini perlu dibangkitkan di peringkat Jemaah Menteri supaya tidak ada tekanan dalam kalangan rakyat," katanya.
Beliau mengulas ucapan Presiden MBM Mohamed Maliki Mohd Rapiee yang membangkitkan kebimbangan dan kerisauan golongan belia berhubung peningkatan kos sara hidup.
Mohamed Maliki turut menyatakan kebimbangan golongan belia berhubung Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) yang dijangka dilaksanakan pada 2015.
"Golongan belia ingin tahu mengenai kadar fiskal, kadar cukai dan lanskap serantau kesan daripada komuniti ekonomi itu," katanya.
Terdahulu, Khairy dalam ucapannya berkata Kementerian Belia dan Sukan sedang dalam proses semakan semula Dasar Pembangunan Belia Negara (1997) bagi menghasilkan Dasar Belia Malaysia (DBM) yang lebih mantap dan komprehensif.
"Semakan semula dasar ini sedang diperkemas dan diperinci dengan mengambil kira penambahbaikan dan penyesuaian dengan peredaran masa kini serta dasar-dasar utama negara.
"Cadangan DBM juga dirangka agar menepati keperluan dan suara hati belia Malaysia," jelasnya.
Mengenai Parlimen Belia Malaysia (PBM), Khairy berkata sehingga kini, seramai 147,514 orang belia sudah mendaftar sebagai pemilih, iaitu 73.48 peratus daripada 200,000 sasaran minimum yang ditetapkan.
"Pemilihan untuk Anggota Parlimen Belia dijangka pada Februari 2014 dan persidangan akan diadakan pada April 2014. Saya menyeru kepada semua agar bersama-sama membantu promosi Parlimen Belia yang akan berakhir pada 31 Dis ini," katanya. - BERNAMA
Visit website
NOTA LUTUT
Peningkatan harga barang akan terus berlaku, kos sara hidup akan terus meningkat. Ini perkara biasa. 10 tahun lalu, 30 tahun lalu, 50 tahun lalu, 100 tahun lalu, barang semua murah tetapi kuasa membeli amat kecil.
Masih ingat lagi, awal 70an dan 80an sebuah Honda cub bawah 100cc harganya bawah RM 800.00 tetapi berapa ramai yang mampu memilikinya.
Sekati gula putih ( 600 gram) berharga 15 sen pada tahun 60an sebelum perang Israel -Arab, bila harga gula mula meningkat kepada 30 sen ia mencetuskan suasana panik seketika, namun ia kembali normal selepas beberapa bulan,
Tahun 70an kereta sport MG boleh isi minyak RM 1.00 atau RM 2.00 untuk ronda waktu petang pada hujung minggu.
Ingat kembali kisah hidup cikgu yang dilakonkan oleh Tan Sri P. Ramlee dalam filem berjudul "Masam-masam manis", gaji guru RM 13.00 sebulan, untuk mencari duit lebih P. Ramlee terpaksa kerja di kelab malam. Tak mampu untuk beli sebuah vespa. Kini kehidupan cikgu sangat berbeza, baru keluar mengajar sudah mampu beli kereta RM 50 - 100 ribu.
Oleh itu kita tak perlu panik dengan kos sara hidup dan pening+katan harga barangan keperluan. Kebijaksaan berbelanja yang berhemah perlu diamalkan. Generasi hari ini tidak bijak menguruskan perbelanjaan kerana terdapat bermacam-macam godaan melalui iklan setiap hari, bak kata pengerusi BMB Pemuda Umno Lifestyle.
Dahulu seorang pelajar sekolah beli sebiji pemadam untuk setahun, tetapi budak-budak hari ini setiap hari sampai ke sekolah akan beli 10 pemadam untuk berjudi golek getah dan untuk diracik halus-halus untuk di baling-baling kepada rakan. Mungkin Ibdil terlibat lifestyle ini masa kecil.
Tahun 80an sebuah kereta Toyota 1.3 GL versi terakhir dijual dengan harga RM 17 ribu, Mazda 323 versi FWD hatchback berharga RM 14 ribu tetapi berapa kerat yang mampu memilikinya.
Kini sebuah Perodua Viva/ Kancil sejak keluaran pertama 1994/95, harganya tidak berubah RM 24 ribu sampai sekarang, lihat! Berapa banyak yang beli, budak lulus SRP dan kerja kilang pun mampu bergaya dengan Viva yang sarat dengan aksesori.
Kini secawan kopi di sebuah restoran mewah boleh cecah RM 20 ringgit, pun begitu setiap hari penuh sesak dengan anak muda bukan Melayu.
Agaknya kalau secawan kopi harga RM 70.00 seperti di Jepun apa pula reaksi kita?
Sekian/........
You are subscribed to email updates from Taipingmali To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz yang menempatkan Pejabat Menteri Besar dan Dewan Undangan Negeri menjadi kebanggaan anak negeri. Dari kejauhan bangunan di Bukit SUK di Seksyen 5 Shah Alam itu kelihatan tersergam gagah.
Tetapi apabila dilihat dari dekat, bangunan yang baru berusia 28 tahun ini seperti tidak diendahkan. Rumput-rumput meliar di kawasan parkir, batu-bata pecah berselerakan dan lopak digenangi air di sana sini menjadikan persekitaran bangunan ini tak sedap mata memandang.
Sayang, Selangor negeri maju tetapi masih gagal menunjukkan kualiti warga kelas pertama. Di bangunan ini seperti tiada siapa yang peduli soal kenyamanan dan keselesaan. Mereka mewarisi bangunan dan kemudahan yang gah, tetapi lagi-lagi gagal membuat penyelenggaraan dengan baik.
Jika di rumah sendiri, di halaman sendiri tiada budaya senggara apatah lagi di tempat lain yang jauh dari pandangan Menteri Besar dan jajaran Exconya. Jika Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz boleh dijadikan kiasan, begitulah keadaan Selangor secara keseluruhannya.
Cubalah perhatikan kuarters-kuarters kerajaan negeri, semakin banyak yang terbiar. Tarikan pelancongan dengan mengambil contoh paling dekat iaitu kelip-kelip di Kampung Kuantan seperti tinggal nama sahaja. Sudah semakin sukar melihat kelip-kelip menerangi pokok berembang di tepian sungai akibat pembangunan tidak terkawal.
Cubalah juga tinjau kawasan Pelabuhan Klang, DUN yang dekat di hati Menteri Besar. Tiada yang `wow' di kawasan ini, semuanya biasa-biasa sahaja malah persekitarannya kurang bersahabat.
Orang ingatkan dengan pentadbiran baharu yang pemimpinnya selalu memuja-muja slogan merakyatkan ekonomi Selangor, negeri ini akan menjadi tempat yang serba selesa untuk dihuni. Orang ingatkan dengan pemimpin serba baharu dan muda, corak pentadbiran akan lebih cekap, cepat dan inovatif.
Rupa-rupanya politik baharu tidak membawa banyak perubahan positif terhadap keselesaan hidup rakyat, malah banyak yang mengundur ke belakang. Jalan berlubang dan berlopak, rumput liar dan sampah sarap menjadi pandangan dan rungutan yang lazim.
Orang selalu bercakap hal itu tetapi kerajaan negeri buat-buat tak kisah. Sekurang-kurangnya jika pun tidak membina sesuatu yang ikonik, selenggaralah dengan baik apa yang ada. Itupun sebenarnya sudah lebih daripada mencukupi.
Tetapi ada yang dibanggakan oleh kerajaan negeri? Menteri Besar dan Exco bangga dengan gaji baharu. Inilah cara mereka merakyatkan ekonomi Selangor. Barangkali kenaikan gaji sehingga 300 peratus itu akan menjadi satu-satunya `ikonik' yang pernah dilakukan oleh kerajaan negeri sekarang.
Nantinya, generasi akan datang bakal mengenang kerajaan negeri ini sebagai berani. Berani mengambil keputusan menaikkan gaji sendiri!
Berpolemik
Tapi malangnya dalam hal ini mereka pun nak berpolitik. Keputusan yang dibuat oleh Tan Sri Khalid Ibrahim dan Exco sebelum diluluskan dalam DUN dibantah oleh rakan-rakan sekutunya sendiri. Berminggu-minggu mereke berpolemik soal gaji ini. Memang satu mesej yang mengelirukan.
Datuk Seri Anwar Ibrahim, penasihat ekonomi negeri dan Azmin Ali yang mengetuai pasukan penyokong kerajaan beria-ia mengkritik langkah Khalid itu. Apakah gerangan sandiwara yang mereka cuba mainkan? Mungkin strategis PKR berharapkan Khalid akhirnya akan akur dengan teguran Anwar supaya nanti kedua-dua belah pihak terlihat mengamalkan prinsip semak dan imbang.
Alih-alih kerana `gertakan' itu, Khalid yang selalu menunjukkan imej sibuk dengan kerja sehingga rambut pun dibiarkan berserabut menunjukkan sikap tegas beliau. Walaupun mendapat asakan demi asakan, Khalid tetap bertegas mempertahankan kenaikan gaji tersebut.
Yang membuatkan sekutu Khalid ternganga ialah apabila beliau menggunakan kayu ukur Sarawak. Kepimpinan negeri bumi kenyalang itu dihentam kanan, kiri, depan dan belakang oleh pakatan pembangkang dijadikan rujukan oleh Menteri Besar ini.
Dalam menghentam, rupa-rupanya mereka mengakui kehebatan Sarawak. Dalam mempengaruhi rakyat supaya memberontak kerana kos hidup semakin tinggi termasuk memutarbelitkan fakta, mereka memperakui pentingnya gaji sendiri dinaikkan.
Gaji ahli politik di negeri besar itu, kata Khalid, masih lebih tinggi. Khalid malah mengakui Selangor masih bukan the best. Memang, dalam banyak segi Selangor bukan the best walaupun negeri ini sepatutnya mendahului negeri lain.
Dalam hal kecil seperti kebersihan sehingga hal kompleks seperti pelaburan, negeri ini tidak menunjukkan perkembangan positif. Hal ini menyebabkan rakyat berasa semakin tidak selesa walaupun Menteri Besarnya berbangga kerajaan negeri mempunyai rizab tunai lebih RM3 bilion.
Dengan kenaikan gaji setinggi itu, kerajaan negeri sepatutnya menyusulinya dengan KPI tertentu kepada setiap Exco beliau. Tiada ertinya kepada rakyat jika gaji naik menjulang tetapi tahap kerja masih di takuk lama.
Hal yang demikian kerana setiap kenaikan upah semestinya disusuli dengan peningkatan tahap perkhidmatan. Ataupun mungkin kerajaan negeri berasakan tahap perkhidmatan mereka sudah the best, maka sebab itu gaji mesti dinaikkan. Rasanya faktor ini yang merasuk kepimpinan kerajaan negeri sehingga sanggup menaikkan gaji sendiri.
Bayangkan kenaikannya begitu mendadak. Gaji Menteri Besar daripada RM14,175.15 kepada RM29,500; Exco RM6,109.29 kepada RM20,250; Speaker DUN RM6,109.29 kepada RM22,500; Timbalan Speaker RM6,327.50 kepada RM15,750 dan ADUN RM6,000 kepada RM11,250.
Dengan gaji sebanyak itu mulai Januari depan, kerajaan negeri seharusnya dilihat dan kelihatan berusaha untuk menjadi the best. Kerajaan dibentuk semata-mata untuk melayani rakyat. Mereka semestinya selalu menampilkan diri sebagai pelayan bagi rakyat, tak peduli seberapa besar jumlah dan beragamnya kepentingan mereka.
Semua ini boleh berlaku jika mentaliti kerajaan negeri mahu menjadi the best dalam semua hal, bukan sekadar berbangga dengan slogan dan angka. Soalnya mampukah mereka?
Suara Politik Belantan
You are subscribed to email updates from Belantan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Yang Dipertua Yadim Dr. Asyraf Wajdi Dusuki (dua kanan) ketika mempengerusikan Majlis Pertemuan Khas NGO-NGO Islam berkenaan Muzakarah UMNO-Pas Perpaduan Nasional di Kuala Lumpur pada 29 November lalu. - UTUSAN/zaini husin
UMAT Islam di negara ini perlu mengambil iktibar hasil Pilihan Raya Umum Ke-13 pada 5 Mei 2013 lalu. Tidak perlulah kita membuang masa bercakaran sesama sendiri.
Jika kita berpecah-belah, terus bergelut dalam krisis yang berpanjangan dengan mahu menyingkirkan antara satu sama lain, tidak akan ke mana kemajuan umat Islam di Malaysia.
Adakah sesiapa bersetuju atau menyanggah kenyataan ini: “Menyokong atau memberi undi kepada pakatan pembangkang PKR-Pas-DAP akan memperkukuhkan umat Islam dalam Parlimen?
Jika semasa pilihan raya umum 2008, perbezaan antara Ahli Parlimen Islam dan bukan Islam pakatan pembangkang hanya enam orang. Tetapi pada PRU-13 bilangan anggota Parlimen bukan Islam pembangkang telah melebihi 17 orang. Pada PRU-13, bilangan Ahli Parlimen Islam dalam Parlimen adalah 137 orang. Hanya yang ketara meningkat adalah Ahli Parlimen UMNO yang menambah 12 orang lagi Ahli Parlimen Islam, sementara bilangan Ahli Parlimen bukan Islam adalah 85 orang pada PRU-13.
DAP pula telah menambah 10 lagi kerusi bukan Islam.Sementara PKR yang tidak ketahuan hala tujunya untuk umat Islam negara ini pula, menambah lima orang lagi Ahli Parlimen bukan Islam berbanding pilihan raya umum 2008. Rumusannya, mengundi pakatan pembangkang akan menguatkan lagi suara bukan Islam dalam Parlimen. Justeru, umat Islam harus sedar, ke manakah haluan negara ini bakal dibawa jika pengundian hanya dilakukan tanpa asas matematik yang kukuh tentang realiti umat Islam di Malaysia.
Atas sebab ini, umat Islam perlu melangkah ke depan. Barangkali kedudukan jumlah Ahli Parlimen UMNO dan Pas jika dicampurkan iaitu 89 UMNO dan 21 Pas akan menjadi kepada 110 kerusi, tetap masih belum mencapai majoriti 148.
Namun, cuba kita realisasikan seandainya Ahli Parlimen Melayu/bumiputera dari Pas dan PKR bergabung atau setidak-tidaknya cukup sebagai anggota komponen mesra BN tanpa menyertai gabungan itu, kelak, hasilnya mencapai lebih dua pertiga majoriti dalam Parlimen.
Carta di atas menunjukkan seramai 122 Ahli Parlimen Melayu/bumiputera daripada BN. Cuma 38 orang Melayu/bumiputera daripada pakatan pembangkang. Pakatan pembangkang pula didominasi oleh kaum Cina dengan 43 Ahli Parlimen.
Justeru, daripada carta: 122 + 38 = 160 Ahli Parlimen Melayu/bumiputera, maka sudah tentu umat Islam/bumiputera meraih lebih 148 kerusi, sekali gus mendapat kuasa dua pertiga majoriti. Hakikat atau fakta yang perlu segera disedari adalah perasaan membuak-buak untuk berkuasa oleh satu pihak atau dipopularkan sebagai ‘tsunami Cina’ Mei lepas, telah meningkatkan jumlah wakil pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada 196 kerusi kesemuanya dalam 2008, kepada 229 kerusi pada tahun 2013.
Bagi kerusi DUN pula, terdapat sejumlah 505 kerusi di seluruh negara tidak termasuk Sarawak. Dan DAP terbukti parti pembangkang yang paling berkuasa sekali.
Akibat tsunami Cina jugalah, beberapa orang calon Melayu muka baru dari Pas dan PKR turut mendapat ‘manfaat’ di kerusi-kerusi bercampur kaum. ‘Tsunami’ inilah turut membantu calon-calon Melayu yang lain mempertahankan kerusi mereka.
Cuba ditanya kepada Rafizi Ramli (PKR), bagaimana dia boleh menang di kawasan 48.2 pemilih Cina di Pandan, Selangor? Calon PKR, Mansor Othman pula mampu menang kerusi Nibong Tebal (37.3% Cina) di Pulau Pinang selain calon-calon Pas, Che Rosli Che Mat dan Mohd. Hanipa Maidin, masing-masing membuat ‘kejutan’ memenangi kerusi Hulu Langat (34.3% Cina) dan Sepang (34.0% Cina), Selangor.
Tambah pelik lagi, Mohd. Idris Jusi (PKR) boleh menang di kawasan 45.7 pemilih Cina di Batu Pahat, Johor dengan Shamsul Iskandar Akin (PKR) memeranjatkan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam yang begitu mesra Cina di kawasan 40.8 pemilih Cina di Bukit Katil, Melaka.
Kita sama sekali tidak menyalahkan ‘tsunami’ Cina kerana itu hak demokrasi mereka. Akan tetapi yang merisaukan kita adalah pihak-pihak tertentu ini yang sudah seakan-akan ‘naik tocangnya’. Selain rentetan isu-isu yang ‘mengusik’ hati umat Islam berkisar laungan azan Subuh dan bacaan al-Quran di Pulau Pinang dan isu ‘Nenek Rasis’, tercuit pula isu terbaharu di Pahang, Menteri Besarnya, Datuk Seri Adnan Yaakob turut menerima ‘tempias’nya. Ini menyebabkan beliau terpaksa mengeluarkan kenyataan menafikan terdapat usaha-usaha untuk pembangunan projek Spiritual Tourism (pelancongan rohani) di kawasan Gambang.
Projek ini dikatakan ‘begitu hebat dimomok-momokkan oleh youtube Cina’ sehinggakan ada percubaan mengutip duit untuk tujuan berkenaan. Terima kasih Tok Nan!
Berbalik kepada penyatuan UMNO-Pas, cuma persoalannya adakah ia akan berlaku, atau apakah masih jauh untuk digapai? Memang kita akui masih ada sebilangan orang dalam Pas yang masih berfikiran ekstrem dan taksub membabi buta . Terlalu ke kiri, hendak tegakkan ideologi sendiri.
Tetapi alangkah indahnya sekiranya ‘mereka’ ini berpegang kepada konsep wasatiyyah atau kesederhanaan yang ditekankan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Waktu ini pun, UMNO sendiri tampak kemelayuannya seperti mana keterampilan Timbalan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Naib Presiden Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi atau tidak kurang Melayunya, ahli Majlis Tertinggi, Datuk Tajuddin Abdul Rahman. Dalam Pas sendiri, harapan untuk penyatuan dua parti Melayu ini setidak-tidaknya dapat disandarkan kepada Salahuddin Ayub, Takiyuddin Hassan dan KJ atau Datuk Kamaruddin Jaafar. Dan PKR, mungkinkah kepada Saifuddin Nasution Ismail?
Kalau kita lihat Menteri Besar Kelantan yang baharu, Datuk Ahmad Yaakub, sikapnya lebih rasional dan toleran untuk melihat muzakarah Pas-UMNO ini menjadi realiti. Walaupun pertemuan dengan Najib di pejabat Perdana Menteri di Putrajaya November lalu hanya berlangsung setengah jam, impaknya cukup besar ke arah permuafakatan dua parti Melayu ini.
Dan apa yang kita dapat lihat seperti ada cahaya di hujung terowong setelah ketiadaan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam kerajaan negeri.
Malahan kerjasama Pas-UMNO kelihatannya tampak lebih mudah apabila Mohamad Sabu atau Mat Sabu menang Timbalan Presiden Pas baru-baru ini setelah nasihat Nik Abdul Aziz sehingga ke saat-saat akhir pemilihan supaya perwakilan memilih ulama untuk menduduki kerusi nombor dua itu, tidak dipedulikan. Nampaknya Nik Abdul Aziz bukan lagi pemutus atau pemimpin de facto Pas. Penyatuan Pas-UMNO akan lebih mudah asalkan akar umbi Pas terbuka pemikiran mereka ke arah ini.
Dan kalaulah ada segelintir pengikut Pas mendesak kepimpinan mereka agar jangan ‘tertipu’ lagi dengan UMNO ketika Pas menyertai dan berada dalam BN pada 1970-an, maka kita boleh mengatakan begini: “itu sejarah dengan kepemimpinan waktu itu".
Walaupun dakwaan itu masih boleh dipersoalkan kesahihannya, sekurang-kurangnya Pas harus memberi peluang kedua kepada UMNO dalam melihat realiti landskap politik hari ini. Tidak perlu dihambat sejarah silam.
Perhimpunan Agung UMNO dari 2 hingga 7 Disember lalu nampaknya kurang menghentam Pas, atau saya sendiri tidak perasan perbahasan perwakilan sama sekali tidak bersuara akan hal ini. Ini suatu yang positif.
Kedua-dua parti, baik UMNO atau Pas kalau hendak bersatu, masing-masing mesti memikirkan kepentingan jangka panjang demi masa depan anak-anak dan cucu mereka.
Ke mana hala tuju umat Islam Malaysia dalam 50 tahun akan datang? Cuba kita fikirkan sejenak, apakah untung nasibnya seperti mana dalam lagu ‘Anak kecil main api’.
Kalau tidak digerakkan secara serius usaha-usaha penyatuan ini, umat Islam Malaysia akan terus bercakaran sesama sendiri tanpa kesepaduan dan wawasannya.
Semua ini menguji keikhlasan pihak-pihak terbabit. Kalau benar-benar jujur mengutamakan kepentingan umat Islam Melayu, inilah peluang terbaik yang perlu direbut. Penyatuan UMNO-Pas suatu realiti. Penyatuan yang berpaksikan Islam!
Panglima baru sahaja membaca tulisan Shahbudin Husin di The Malaysian Insider bertajuk yang dimuatnaik enam jam yang lalu (kira-kira jam 11 pagi) bertajuk Peringatan kepada Zahid Hamidi: KDN bukanlah tanah subur untuk bermain politik - Shahbudin Husin
Antara isi tulisan beliau yang disusuli dengan jawapan oleh panglima menggunakan tulisan tebal (bold) seperti berikut :
1. Walau apa pun alasan di sebalik dakwaan yang dilakukan oleh Kementerian Dalam Negeri dan menterinya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terhadap Timbalan Presiden PAS yang dikaitkan dengan fahaman Syiah, agenda politik kenapa dakwaan itu dibuat adalah paling tepat sekali.
Jawapan : Jika benar tuduhan ia bermotifkan politik kenapa baru sekarang Zahid Hamidi dedah? Sedangkan ia sesuai pada pemilihan PAS yang baru sahaja berlalu. Adakah Shahabudin tidur ke tidak tahu bila pemilihan diadakan ? isu agama / akidah jangan dipolitikkan atau dianggap tersirat dengan agenda politik. Kerana ia merentasi politik dan sepatutnya disokong oleh semua parti politik yang mahu melihat keamanan kekal di Malaysia bukan seperti di Iraq yang dilanda kemusnahan akibat perang saudara kerana beza fahaman Sunni Syiah.
Kalah 1- 0
2. Di sebalik 10 bukti yang didedahkan, tidak ada satu pun yang menjurus kepada mengancam keselamatan negara. Sejak dua penggal menjadi orang nombor dua dalam PAS, tidak pernah sekali pun aksi atau perbuatan ke arah militan yang diketuai oleh Mat Sabu dalam parti itu.
Jawapan : Lebih teruk Shahabudin tidak sedar sudah berapa banyak ucapan Mat Sabu menjurus kepada ancaman keselamatan seperti menyokong komunis Mat Indera dan juga mengetuai BERSIH sebagai pemimpin PAS ? Zahid Hamidi juga sudah dedahkan pada 30 Julai 2013 bahawa Syiah mengancam keselamatan negara tanpa menyebut nama Mat Sabu sedikitpun. Baca http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130731/dn_03/Syiah-ancam-keselamatan-negara Lebih mengejutkan markas bernilai RM24 juta telah dirancang dibina di Gombak (yang pernah menjadi markas ahli SYIAH ) namun dipindahkan ke Thailand.
(Kalah 2 - 0)
3. Sementara Zahid berbangga memberitahu Perhimpunan Agung Umno bahawa Pendaftar Pertubuhan menolak penubuhan Majlis Syiah Malaysia, tetapi orang yang mahu mendaftarkan pertubuhan itu tidak pula disoal atau ditahan.
Jawapan : Penguatkuasaan isu SYIAH melibatkan Jabatan Agama Islam Negeri bukan di bawah KDN. Adakah waras kononnya penulis hebat ini untuk mendesak pihak KDN untuk mengambil tindakan. Sebab itu Zahid Hamidi meminta JAKIM mengambil tindakan dengan memberitahu pihaknya akan menyerahkan bukti gred A kepada pihak tersebut dalam satu kenyataan semalam. Selain itu bukankah beliau sendiri mengakui Jamil Khir sebagai Menteri bertanggungjawab berkenaan hal ehwal agama ?
"Datuk Jamil Khir, KDN bagi kuasa, ambil tindakan kepada pemimpin Pas itu," tegasnya seakan memberi arahan kepada menteri yang bertanggungjawab kepada hal ehwal agama.
(Kalah 3 - 0)
4. Begitu juga dengan seorang yang bernama Abdullah Hassan yang mengaku sebagai Ketua Pertubuhan Syiah Kedah, dilihat bebas bergerak dan bangga menjaja identiti dirinya sebagai Syiah. Malah, dalam isu Mat Sabu yang dikaitkan dengan Syiah, beliau turut memberi kenyataan dengan menafikan penglibatan Timbalan Presiden PAS itu dalam fahaman Syiah.
(kalah lagi 4 - 0)
5. Begitu juga, di pusat-pusat pengajian tertentu turut dikenal pasti sebagai tempat menyebarkan fahaman Syiah, kenapa tidak pernah kedengaran Zahid dan KDN bertindak? Kenapa hanya Mat Sabu yang dijadikan sasaran?
di mana JAIS telah mengambil tindakan bukannya KDN. Maaf jika ada pembaca mengatakan anda Shahbuddin Husin 'bahlol' bila membuat tuduhan sebegini.
(dah jadi 5 - 0)
6. Bukanlah rahsia lagi, sejak pemilihan Umno lalu lagi, tukang-tukang kempen Zahid mendendang lagu merdu ke telinga perwakilan bahawa Naib Presiden Umno itu adalah bakal Timbalan Perdana Menteri suatu hari nanti.
Jawapan : semua Naib Presiden berpeluang untuk menjadi PM bukan sahaja Zahid Hamidi. Sebelum keputusan dibuat oleh ahli UMNO berdasarkan ketentuan Allah Taala maka tidak perlu untuk meniup kemarahan Presiden UMNO dan Timbalan Presiden dengan menulis sebegini.
7. KDN dalam sejarahnya tidak pernah menjamin kejayaan ahli politik yang bercita-cita tinggi, sebaliknya sentiasa menjadi tanah yang gersang dan tidak menjanjikan kejayaan untuk meningkat lebih tinggi. Kementerian itu terlihat sesuai untuk mereka yang tiada cita-cita dalam politik atau mereka yang sudah terjamin kedudukannya. Dr Mahathir berjaya mengekalkan kuasanya dan menang dalam banyak cabaran politiknya adalah kerana beliau mengetuai KDN yang mana di situlah berpusatnya kuasa melaksanakan undang-undang.
Jawapan : di sisi Allah semua perkara tidak mustahil dan di sisi manusia sesuatu yang logik juga akan mustahil dilakukan bila tiada keizinan dari Allah Taala. Adakah Shahbudin Husin lebih hebat dari Allah Taala ???
8. Tetapi suara tegasnya mulai tengelam sejak kemenangan itu. Kebelakangan ini, jarang benar suaranya kedengaran meskipun pelbagai jenis jenayah, terutama yang melibatkan pendatang asing sentiasa menghiasi dada akhbar setiap hari.
Jawapan : Telahan ini tidak benar sama sekali. Jelas Ops Cantas tidak akan dihentikan walau selepas pemilihan UMNO selesai. Tugas ini tidak melibatkan UMNO tetapi Kementerian Dalam Negeri. Buktinya :
9. Selain rakyat biasa mengecam dan menpersendanya dalam isu Syiah ini, kelompok dalam Umno juga mula meragui ketegasan dan kebijaksanaannya kerana membangkitkan isu tersebut, sehingga seorang blogger dan pengamal media sosial yang terkenal dalam Umno iaitu Sang Kelambai menggelarkannya sebagai seorang lagi "menteri cap ayam" dalam Umno.
Jawapan : adakah kerana seorang maka dianggap benar belaka oleh beliau ? atau Sang Kelembai (yang ditulis kelambai) seperguruan dengan beliau ??? Jika benar maka ternyata dari ribuan blogger yang menyokong Umno ternyata hanya SEORANG SAHAJA yang mengkritik Zahid Hamidi berbanding yang lain. Jika ada 300 blogger maka markah patut diberi ialah 299/300 kepada Zahid atas kenyataan disebut Shahbudin Husin di atas.
Patutlah Zahid Hamidi mendapat 188 undi dari 191 Bahagian seperti yang diungkapkan oleh beliau dalam artikel tersebut bukti berkesannya peranan yang dimainkan sehingga meraih sokongan yang jauh meninggalkan pesaing yang lain walau dipuji oleh beliau seperti Hishammuddin Hussin.
Panglima terjumpa artikel tentang hal ini di blog rakan panglima bernama SangkakalaJari9 yang memang terkenal dengan artikel berani dan panas dan menyalin kembali di sini.
Mungkin bagi orang lain isu ini (jika betul info) tidak besar namun ia mempunyai kesan global kepada imej Malaysiakini sendiri yang memang terkenal dengan 'liberalisme' serta menyokong puak liberal. Seperti Sister in Islam dan Erdogan.
Baca kembali tulisan beliau dan boleh lihat pendedahan tersebut di bawah ini :
Wahhh..bila Sangkakala kata masukkan artikel tentang Malaysiakini bagi amaran pada Datuk Seri Zahid pelbagai reaksi yang Sangkakala terima, tapi semua menyokong tindakan Menteri Dalam Negeri tersebut.
Salah seorang yang memberikan respon melalui blackberry messenger kepada Sangkakala ialah penerbit sebuah webtv yang mengatakan bahawa tindakan Zahid tersebut memang kena pada tempatnya.
Beliau juga mengatakan bahawa boss kepada KiniTV telah mempromosikan tentang islam makan babi satu masa dulu cuma perkara tersebut hanya diketahui oleh para wartawan khususnya jurukamera.
Masalahnya, boss jurukamera Malaysiakini adalah melayu islam dan selalu mengatakan dengan bangganya bahawa babi itu sedap dan sebagainya.
Kalau betul maklumat yang Sangkakala terima ni, memang rasanya dah terkeluar dari agama boss jurukamera Kinitv ni.
Selain itu beliau juga lantang membela Menteri Pertahanan DS Hishammuddin Hussein dan mengkritik orang sekeliling beliau yang dikira tidak berani mempertahankan beliau semasa PAU yang lalu.
Semalam beberapa orang rakan MyMassa yang menyokong Kerajaan mula mempersoalkan kewajaran pengumuman kenaikan beberapa tol di Malaysia.
Antara alasan mereka, BN telah menjanjikan untuk mengurangkan tol antara bandar dalam MANIFESTO BN dalam PRU-13.
Untuk menjawab isu yang dibangkitkan, MyMassa beberapa kali bertanyakan apakah maksud ANTARA BANDAR?
Perkataan antara bandar adalah berasal dari Bahasa Inggeris (Intercity)
Menurut kamus Oxford, Intercity : existing or travelling between cities.
Jika diterjemahkan dalam konsep Malaysia, antara bandar bermaksud perjalanan antara Bandaraya Kuala Lumpur ke Bandaraya Ipoh.
Kata lawan bagi Intercity adalah Intracity yang bermaksud dalam bandar. Contohnya perjalanan di sekitar Bandaraya Kuala Lumpur atau pun dalam Lembah Kelang.
Inilah penjelasan yang MyMassa kongsikan dengan rakan yang bertanyakan isu ini. Jadi apa yang terkandung dalam MANIFESTO BN masih lagi ditepati kerana semalam PLUS mengeluarkan kenyataan bahawa semua tol di bawah PLUS tidak akan dinaikkan malah sedang dikaji untuk diturunkan.
Pihak pengurusan PLUS Malaysia Berhad mengesahkan bahawa syarikat konsesi lebuhraya terbesar itu tidak akan bercadang menaikkan kadar tol di semua lebuhraya kendalian syarikat itu pada tahun hadapan (2014), seperti yang dihebohkan baru-baru ini. Menurut Pengarah Urusan PLUS, Dato' Noorizah Abd Hamid, syarikat konsesi itu memahami tekanan kos hidup rakyat dan tidak berhasrat menaikkan kadar tol di semua lebuhraya PLUS dalam tempoh terdekat. "Kenaikan konsesi PLUS tidak akan berlaku kerana belum tiba masa ia diteliti. Jadi kenaikan yang diwar-warkan mungkin melibatkan konsesi lebuhraya lain, tetapi bukan PLUS," ujar beliau ketika diajukan soalan berkaitan kenaikan kadar tol. Beliau turut menambah bahawa PLUS sedang mengkaji mekanisme untuk menurunkan kadar tol semasa kepada kadar tol baru yang lebih rendah. Penstrukturan semula tol semasa PLUS pada masa hadapan bakal memberi kelebihan kepada pengguna apabila mereka akan menikmati penjimatan antara 10 - 50 peratus berbanding kadar tol semasa. Ketika ini, PLUS mengendalikan lima lebuhraya meliputi Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), Lebuhraya Lingkaran Tengah (ELITE), Linkedua (Lintasan Kedua Malaysia Singapura), Lebuhraya Butterworth-Kulim (KLBK) dan Jambatan Pulau Pinang.
Sekiranya ada pembaca yang tidak bersetuju dengan takrifan ANTARA BANDAR, mungkin boleh kongsikan di ruanga komen.
Jangan hanya PLUS sahaja perlu turunkan kadar tol. Harap lebuhraya antarabandar lain seperti Lebuhraya Pantai Timur dan seangkatan dengannya juga perlu diturunkan seperti mana dalam Manifesto BN.
Pihak pengurusan PLUS Malaysia Berhad mengesahkan bahawa syarikat konsesi lebuhraya terbesar itu tidak akan bercadang menaikkan kadar tol di semua lebuhraya kendalian syarikat itu pada tahun hadapan (2014), seperti yang dihebohkan baru-baru ini. Menurut Pengarah Urusan PLUS, Dato' Noorizah Abd Hamid, syarikat konsesi itu memahami tekanan kos hidup rakyat dan tidak berhasrat menaikkan kadar tol di semua lebuhraya PLUS dalam tempoh terdekat. "Kenaikan konsesi PLUS tidak akan berlaku kerana belum tiba masa ia diteliti. Jadi kenaikan yang diwar-warkan mungkin melibatkan konsesi lebuhraya lain, tetapi bukan PLUS," ujar beliau ketika diajukan soalan berkaitan kenaikan kadar tol. Beliau turut menambah bahawa PLUS sedang mengkaji mekanisme untuk menurunkan kadar tol semasa kepada kadar tol baru yang lebih rendah. Penstrukturan semula tol semasa PLUS pada masa hadapan bakal memberi kelebihan kepada pengguna apabila mereka akan menikmati penjimatan antara 10 - 50 peratus berbanding kadar tol semasa. Ketika ini, PLUS mengendalikan lima lebuhraya meliputi Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), Lebuhraya Lingkaran Tengah (ELITE), Linkedua (Lintasan Kedua Malaysia Singapura), Lebuhraya Butterworth-Kulim (KLBK) dan Jambatan Pulau Pinang.
Dalam sidang media sebentar tadi, Rafizi telah membuat kenyataan yang melibat PLUS sedangkan PLUS tidak terbabit dalam kenaikan tol yang diwarwarkan oleh Rafizi.
Dalam kenyataannya hari ini, Rafizi juga berkata, tiga pemegang konsesi lebuh raya terbesar - Projek Lebuhraya Utara Selatan (Plus), Prolintas dan Gamuda - dikuasai oleh syarikat-syarikat berkaitan kerajaan.
Plus dikuasai Khazanah dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Prolintas anak syarikat milik Permodalan Nasional Berhad (PNB).
Hanya Gamuda merupakan syarikat swasta tetapi agensi-agensi kerajaan mempunyai sekurang-kurangnya 22.59 peratus pegangan (berdasarkan pemilikan saham akhir tahun 2010), kata Rafizi.
Kat mana-mana pun, semua orang tengah marah ni. Pergi pasar, apek jual sayur yang tak tahu pun siapa Perdana Menteri Malaysia atau Malaysia merdeka tahun berapa, pun marah kat kerajaan kerana untung diorang makin kurang sebab harga sayur naik.
Fuckatan dengan bangganya mengisytiharkan 2014 sebagai Tahun Kenaikan Harga.
GLC-GLC yang berjaya dalam tuntutan diorang untuk menaikkan harga barangan serta servis, dah mula bagi alasan macam-macam. TNB kata, kenaikan tarif sebenarnya hanyalah untuk membolehkan diorang beli gas asli cecair dan arang batu saja. Petronas yang dikawal oleh Omar Ong dan geng-geng konsultan juga back-up TNB dengan alasan-alasan terkini yang dilihat wajar terutama sekali dalam hal harga minyak dan gas asli dunia.
Diorang boleh cakap apa-apa pun tapi kenaikan tarif tenaga, air dan bahan bakar akan menyebabkan semua harga yang lain akan naik termasuklah harga nak masuk ke jamban awam untuk kencing dan berak.
4 tahun bukan jangka masa yang lama, beb!
Penyakit pengurusan harga di negara ini ialah, bila nak naik, semuanya nak naik serentak. Berlumba-lumba sapa dulu. Hari-hari kita boleh dengar, semua pihak nak naikkan harga kononnya tak dapat tampung kos lagi. Sampaikan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan pun naikkan harga juga dengan alasan yang sama, padahal syarikat-syarikat kerajaan tu sepatutnya menyeimbangkan harga agar rakyat terus menikmati harga murah. Kalau syarikat-syarikat berkaitan kerajaan pun dah sama macam syarikat-syarikat kapitalis, lebih baik syarikat-syarikat berkaitan kerajaan itu lucutkan status diorang dan bersaing macam syarikat-syarikat kapitalis yang lain.
Bila naik saja harga, mulalah cakap, kenaikan harga ini sebenarnya baik untuk negara.
Memanglah baik untuk negara tapi negara mana? Rasa-rasanya Malaysia tak memerlukan kenaikan harga pun, sebab ada sebahagian daripada kenaikan tersebut, boleh diserap menerusi pelbagai cara termasuklah pengurangan kadar cukai yang berkaitan.
Ni tidak, cukai nak lebih sebab KPI dan NKRA Idris Jala yang lebih mementingkan angka dan keuntungan atas kertas. Bila cukai dah lebih, banyaklah hasil negara. Tapi bila kadar cukai dikecilkan, Idris Jala dengan program-programnya akan kelihatan gagal sama sekali.
Menyalahkan harami cinabeng terutama sekali yang berkaitan dengan pasaran, memang sedap ler. Betul, diorang memang akan ambil kesempatan menaikkan harga dengan apa cara sekalipun. Sebarang berita walaupun bersifat spekulatif seperti kenaikan harga, akan membolehkan pemimpin-pemimpin diorang yang kita kenal sebagai biawak berlidah cabang, akan mencipta persepsi dan akhirnya kenaikan harga yang diorang buat akan dipersalahkan kepada kerajaan.
4 tahun bukannya jangka masa yang lama. Kalau masalah kenaikan harga barangan dan perkhidmatan diuruskan sambil lewa seperti sekarang, dan kepimpinan negara pula kelihatan lebih banyak tunduk dan akur dengan sebarang tuntutan menaikkan kadar harga dan tarif, aku rasa pengakhiran kepada semua ini ialah UNDI KEPADA UMNO DAN BARISAN NASIONAL AKAN JADI LEBIH MAHAL berbanding PRU13.
Masa tu, cerita banyak kononnya boleh turunkan harga dalam tempoh 24 jam pun, dah tak guna dah.
Satu demi satu rakyat Malaysia menghadapi siri 'rasionalisasi' harga barangan dan perkhidmatan selepas PRU13. Seolah2 kenaikan2 ini sudah tak tertahan nak dihambur keluar sesudah diperam lama sebelum pilihanraya.
Jangkamasa dua tahun pertama selepas PRU ini kita akan melihat momentum segala2nya naik. Yang turun hanya lah hujan. Apabila memasuki tahun ke 3 kelak nadanya akan berlainan. Seterusnya tahun ke 4 dan 5 menjelang PRU14. Rakyat akan dihambur pula dengan wang di sana sini.
Saya melihat seolah2 ada yang tidak kena dengan pentadbiran Najib hari ini. Langsung perbandingan tidak dapat dielakkan dengan pentadbiran Tun dahulu. Zamannya berlaku juga kenaikan dan pengurangan subsidi ini. Ianya normal dalam mana2 sistem ekonomi. Tetapi tidak lah berturutan sebegini di mana kuasa beli rakyat juga disesuaikan dan difleksibelkan.
Walaupun saya penyokong kerajaan saya juga melihat 'kepelikan' ini di depan mata. Umno tidak semestinya perfect. Tetapi pilihan yang ada belum dapat meyakinkan saya beserta sebilangan besar rakyat Malaysia yang lain untuk mengubah sesuatu atau apa yang menjadi status quo selama ini.
P/s :minyak naik, gula naik, letrik naik, astro naik, toll naik apa pula nak naik lepas nie? Sumber
Mulai 1 September 2013, kadar bayaran air di Pulau Pinang naik 100%. Kadar barunya adalah 24 sen kepada 48 sen setiap 1,000 liter untuk penggunaan melebihi 35,000 liter sebulan. Berbagai perbandingan diberikan oleh Guan Eng untuk menghalalkan kenaikan 100% tersebut.
Namun tanpa disedari oleh rakyat, Guan Eng sendiri pernah berjanji untuk tidak menaikkan kadar bayaran air tersebut dalam Malaysiakini pada 2 Jun 2011 (baca sini)
Janji tidak naik pada 2 Jun 2011, kemudian tarif air terus naik 100% pada 1 September 2013. Bila sudah naik, dia cakap putar belit pula.
Status tweet Guan Eng pada 14 November 2013 ini mengelirukan. Air naik atau tidak? Memang kadar air sudah naik pada 1 September 2013. Mengapa perlu cakap putar belit pada rakyat.
Di bawah ini adalah kenyataan media oleh Perbadanan Bekalan Air pada 23 Ogos 2013 bahawa kadar air akan naik di Pulau Pinang. Oleh kerana kadar air sudah naik 100%, mengapa Guan Eng hendak putar belit lagi?
Sama seperti isu banjir, Guan Eng bercakap seolah oleh beliau tidak tahu sejarah dan fakta sebenar (baca sini). Rakyat Pulau Pinang boleh menilai sendiri bagaimana janji DAP bila mereka sudah mendapat kuasa. Naik 100% terus.
Apakah kadar tol di Plaza Tol Sungai Dua turun selepas DAP perintah di Penang? (baca sini). Kalau dapat Putrajaya, entah apa lagi kadar yang akan terus dinaikkan 100% kalau dapat kuasa. Belum dapat kuasa, manis lah mulut, sudah dapat dia lipat habis.
15 Disember 2013, Guan Eng dengan angkuhnya menyatakan bahawa masalah banjir boleh diselesaikan oleh DAP-PAS-PKR dalam masa satu penggal sahaja jika berjaya tawan Putrajaya. Nampaknya menyelesaikan banjir bakal jadi satu manifesto baru untuk DAP dalam pilihan raya akan datang.
Apakah Lim Guan Eng tidak sedar bahawa motto yang sama pernah dibawakan oleh calon PKR masa bertanding dalam PRU13 yang lepas. Apa janjinya? Lihatlah gambar di bawah ini.
Guan Eng sebenarnya bukanlah seorang Ketua Menteri yang bertanggungjawab kerana tidak memahami dan mengakui masalah banjir yang berlaku di Pulau Pinang sendiri. Gambar di bawah ini adalah keadaan banjir yang berlaku di Jalan Air Hitam, Georgetown, Pulau Pinang pada 6 April 2013. Guan Eng sudah lupa?
Malah Guan Eng patut berasa malu kerana mempunyai Setiausaha Politik yang cakap tidak serupa bikin. Banner di bawah ini adalah bukti kerajaan DAP pimpinan Guan Eng tidak cekap.
Setiausaha Politik Guan Eng, Ng Wei Aik dengan bangganya pada ketika itu menaikkan banner yang tertulis "40 years flood problem solved in 9 months" (40 tahun masalah banjir selesai dalam masa 9 bulan) untuk menunjukkan betapa berkesannya kerajaan DAP ini dalam menyelesaikan masalah rakyat. Apa yang sudah terjadi pada 6 April 2013?
Bukan pada 6 April 2013 sahaja, banjir kilat di Pulau Pinang berulang lagi pada 21 Oktober 2013 yang menyebabkan 300 keluarga ditenggelami banjir (baca sini). Sebelum itu pada 14 Oktober 2013, juga berlaku banjir di Pulau Pinang, melibatkan 600 penduduk di Balik Pulau (baca sini).
Lim Guan Eng patut menjaga tempatnya sendiri daripada berjanji bulan dan bintang kepada rakyat. Cakap berbelit belit sedangkan negeri sendiri pun tidak dijaganya dengan baik.
Boleh percaya Guan Eng mampu selesai banjir dalam sepenggal? Dia hanya umpan dengan janji sahaja.
Tok sangat berase malu di atas sikap orang2 melayu yang beragama Islam yang sanggup mengenepikan bangsa nye yang sagama dengan nye. Kumpulan melayu/islam ni sanggup berjuang bersama orang2 kafir untuk menentang bangsa yang sa agama dengan nye. Kumpulan ini tidak lain tidak bukan dari pengikut2, penyokong2 dan ahli2 dalam PAS dan PKR.
Orang2 melayu yang beragama Islam harus sentiase sedar bahawe kedudukan bangsa dan agama kite sedang terancam. Kite harus sedar bahawe musuh2 Islam dan melayu sentiase berusahe untuk menghancurkan kite. Kite mesti sentiase ingat bahawe kaum kafir itu adelah musuh Islam nombor 1. Tidak pernah ujud kaum kafir yang waras menyukai Islam!
Dikala ini kite sudah tiade pilihan lain kecuali kembali bersatu mengukuhkan kedudukan bangse melayu dan agama Islam. Orang2 melayu yang sayang kan agama dan bangse nye harus tinggalkan perjuangan PAS dan PKR yang jelas dan nyate sudah terpesung. Maruah bangse dan agama hanye akan dapat dikekalkan jike umat Islam dan kaum melayu kembali bersatu.
You are subscribed to email updates from tok gajah46 To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Seringkali dikecam dan dihimpit dengan kontroversi mengenai penampilannya yang kurang sesuai dengan imej wanita bertudung, Rafidah Ibrahim tidak melatah dan meneruskan kerjaya seninya seperti biasa. Namun begitu, timbul cakap-cakap kurang enak mengenai penampilan yang dibawanya mencalarkan imej keseluruhan wanita bertudung.
Bertemu dengan gadis yang mesra dengan sapaan Fida ini semasa pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya 'Pandu Selamat' MUFORS Secara Online di Balai Berita Bangsar pada Jumaat, GUA sempat bertanyakan Fida mengenai perkara ini.
"Tak patut orang salahkan saya. Bila perkara sebegini berlaku, ada yang mengaitkan saya dengan wanita bertudung yang lain. Saya macam orang lain juga, ada kesilapannya," tutur Fida memulakan bicara.
"Kalau ada tuduhan yang berlaku pada saya, jangan kaitkan dengan yang wanita lain yang berhijab. Kalau rasa saya yang salah, saya pohon untuk fokus dengan saya sahaja, bukan melihat semua wanita bertudung secara keseluruhannya."
Tambah Fida, peminat yang betul-betul mengenali dirinya dan mengikut perkembangan kerjaya seninya kebanyakkannya memahami, tapi ada juga sesetengah orang hanya mendengar cakap-cakap orang lain tanpa mendengarkan penjelasan dari mulutnya sendiri.
"Kebanyakkan peminat memahami saya. Tapi ada juga mendengar dan menghukum tanpa usul periksa. Bagi saya, jangan mudah meletakkan hukum atau menghakimi seseorang sebelum mengetahui perihal sebenarnya," ujar gadis ini lagi.
Dalam perkembangan lain, rencana perjalanan seni gadis ini berlangsung seperti biasa. Fida juga bakal menghasilkan lagu solo dan duet dalam sedikit masa lagi. Selain itu, gadis ini juga punya perancangan untuk merakamkan lagu yang akan menjadi kesinambungan untuk single hitnya, "Apo Kono Eh Jang".
SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Peribahasa ibarat sudah jatuh ditimpa tangga sesuai untuk situasi rakyat yang semakin terhimpit dengan kesan kenaikan yang bakal dialami pada 2014, kata Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr Maamor Osman.
Beliau berkata demikian mengulas pengumuman kerajaan yang bakal menaikkan kadar tol di 13 lebuh raya terlibat susulan perjanjian konsesi yang menyatakan kadar itu perlu disemak dan dinaikkan pada 2011.
"Apabila mendengar kenaikan tol ini, saya tidak terkata lagi. Baharu sahaja rakyat dikhabarkan kenaikan tarif elektrik, gula, minyak, ini tol pula.
"Kita rakyat susah mahu faham dengan tindakan kerajaan kerana setiap kali yang diumumkan syarikat konsesi mendapat keuntungan berganda, kerajaan juga mendapat pulangan baik, tapi rakyat yang susah akhirnya dengan kadar tol dinaikkan," katanya kepada Sinar Harian.
Kata beliau, jika kerajaan mahu menaikkan harga tol, namun tahap prestasi jalan dan ciri-ciri keselamatan masih ditahap yang sama, pastinya amat tidak bermakna bagi rakyat.
"Kalau sepanjang jalan di lebuh raya dengan kelajuan 110km, contohnya hanya sejam sahaja boleh sampai ke Melaka dari Kuala Lumpur, mungkin rakyat tidak akan berkira.
"Tapi kalau bayar tol, jalan tetap sesak dan ciri keselamatan tidak diendahkan apa guna bayar tol yang mahal-mahal," ujarnya.
Dalam pada itu, katanya jika sekalipun kenaikan kadar tol tidak dapat dielakkan, kerajaan sepatutnya bertindak menyemak sekali lagi perjanjian antara syarikat konsesi supaya tidak berlaku perjanjian berat sebelah.
"Ini penting, kerajaan perlu semak kembali perjanjian itu supaya tidak berlaku tindakan kurang cerdik daripada pihak mereka semasa menandatangani perjanjian dengan syarikat konsesi.
"Kita tidak mahu berlaku berat sebelah, mungkin masa tandatangan itu, diambil kira jumlah kereta yang lalu hanya berapa dan sekarang pula sudah berapa jumlah kereta yang melalui lebuh raya itu," kata beliau.
Sehubungan itu, kerajaan disaran lebih bijak menguruskan ekonomi dengan mengutamakan rakyat supaya tidak terkesan berikutan penarikan subsidi dan kenaikan harga barangan.
"Rasanya di setiap lebuh raya ada papan iklan yang pastinya mendapat keuntungan berlipat kali ganda. Ini belum lagi termasuk dengan gerai di kawasan rehat yang menawarkan pelbagai barangan makanan dan sebagainya kepada pengguna, pastinya mendapat keuntungan," katanya.
Berikut adalah kadar tol yang tersebar diinternet. Tidak dapat dipastikan sejauh mana kebenarannya...
LONDON: Tottenham Hotspur memecat pengurusnya, Andre Villas-Boas selepas mengemudi kelab itu selama 17 bulan.
Pengumuman itu dibuat hari ini.
Keputusan itu dibuat sehari selepas Spurs dibelasah 5-0 oleh Liverpool pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di White Hart Lane yang menyebabkan kelab utara London berkenaan tercicir lima mata untuk menempah tiket dalam Liga Juara-juara.
Spurs kini di tangga ketujuh Liga Perdana Inggeris. - AFP
Anggota polis itu dilihat menampar salah seorang lelaki terbabit.
GEORGE TOWN: Sebuah klip video menunjukkan seorang polis bertindak mengasari dua lelaki di tepi jalan, tersebar di laman sosial Facebook.
Insiden itu dilaporkan berlaku di kawasan Bayan Baru.
Dalam klip video itu, anggota polis itu dilihat menjerit dan menampar salah seorang daripada mereka.
Dia kemudiannya meminta dokumen peribadi daripada kedua-dua lelaki terbabit yang dipercayai warga asing.
Ketika dihubungi, Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata anggota polis itu telah dipindahkan ke jabatan lain sementara siasatan masih lagi dijalankan.
Menurutnya, anggota polis itu bertugas di balai polis Bayan Baru sebelum dia dipindahkan dengan serta-merta ke pusat operasi di ibu pejabat polis daerah Balik Pulau.
Dukacita dimaklumkan pada minggu lalu terdapat kejadian anggota dilaporkan lemas di Stesen UNIFORM TLDM. Mangsa dikenalpasti sebagai 834143 LK I PAP Asrup bin Raidin. Kejadian dilaporkan berlaku semasa mangsa sedang melaksanakan latihan renang di dalam danau stesen. Anggota berumur 27 tahun dan berasal dari Tenom, Sabah (Kampung Jawa Melalap Tenom, Sabah).
Walaubagaimanapun, pihak keluarga mangsa telah mendakwa bahawa anggota berkenaan telah dipukul sebelum dilaporkan mati lemas. Pihak media telah menyebarkan gambar muka anggota mangsa termasuk kesan lebam dan terdapat kesan dicucuh dengan puntung rokok. Ia telah membangkitkan persoalan daripada banyak pihak kerana punca kematian tersebut adalah meragukan dan seolah-olah terdapat konspirasi di pihak pegawai mangsa untuk menutup cerita sebenar. Pada ketika ini juga, wajah suspek yang didakwa membelasah anggota sehingga mati telah tersebar di laman internet.
Justeru pihak TLDM telah mengeluarkan kenyataan rasminya bahawa kes ini akan disiasat bagi memastikan keluarga mangsa mendapat pembelaan dari kejadian kematian arwah.
Panglima Tentera Laut (PTL) turut melahirkan rasa dukacita di atas kejadian tersebut dan berjanji akan menyiasat dan memastikan perkara ini diambil tindakan dengan sewajarnya. Sekiranya dakwaan keluarga anggota benar, pihak TLDM akan memastikan individu yang terlibat dalam kejadian ini dibicarakan dan menerima hukuman yang sewajarnya.
Demi memelihara nama baik dan integriti pasukan TLDM secara amnya, PTL berharap semua pihak bersabar agar pihak berwajib dalam melaksanakan siasatan sedalam-dalamnya untuk mendapat jawapan punca sebenar atas kematian arwah. Justeru, masyarakat awam diharap dapat bersabar dan tidak menyebarkan spekulasi liar yang boleh menjejaskan siasatan yang sedang dijalankan.
Sekeping gambar Farahwahida yang diambil dari Kosmo! menjadi bualan mulut gatal di laman sosial.
Gambar tersebut merupakan foto untuk berita mengenai Farah dan suaminya Shukur.
Tapi lain pula yang dibincangkannya. Garis seluar dalam Farahwahida jadi topik yang diperdebatkan.
Ada juga yang menyarankan agar Farah memakai g-string bagi mengelakkan ianya nampak lebih jelas.
Hish...macam-macam!
Apa-apa pun setelah hampir 8 tahun menyulam cinta dan meredah pelbagai dugaan dan gosip, akhirnya penyanyi yang popular menerusi lagu Tanpamu ini telah selamat diijabkabulkan pagi tadi.
Tepat jam 10.30 pagi, Farawahida Razali, 28 telah selamat diijabkabulkan dengan pasangannya Abdul Shukur Mohd Zain, 29, di Taiping, Perak.
Menerusi laporan Media Hiburan, pasangan ini telah dinikahkan oleh Naib Kadi Air Kuning, Taiping, Ustaz Imannuddin Zakaria dengan sekali lafaz.
KUCHING - Menteri Muda Kebudayaan dan Warisan negeri, Liwan Lagang dirompak dan kenderaannya dilarikan dua penjenayah dalam satu kejadian awal hari ini.
Menurut jurucakap polis, dalam kejadian 6.10 pagi itu Liwan yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Belaga turut mengalami kecederaan pada paha kanan akibat terkena pisau ketika bergelut dengan perompak terbabit.
"Kejadian berlaku ketika mangsa berhenti untuk membeli surat khabar di Kota Sentosa selepas menghantar anaknya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching untuk balik ke Bintulu.
"Apabila beliau hendak keluar dari kenderaan pacuan empat rodanya, datang dua lelaki bersenjatakan pisau dengan seorang memakai topeng, mengarahkannya keluar dari kenderaan," kata jurucakap itu kepada Bernama di sini.
Menurutnya berlaku pergelutan antara Liwan dan suspek yang menyaksikan Menteri Muda itu mengalami kecederaan selepas terkena pisau sebelum ditarik keluar oleh suspek.
"Kedua-dua suspek kemudian melarikan diri dengan memandu kenderaan milik beliau," kata jurucakap itu lagi.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Padawan Supt Pauzi Bujang mengesahkan kejadian dan polis sudah melancarkan gerakan mengesan suspek dan kenderaan yang dilarikan. - Bernama
New Delhi: Seorang ayah yang kalah judi memaksa anak gadisnya berusia 13 tahun berkahwin dengan lelaki yang mengalahkannya.
Parimal kehilangan segala-galanya termasuk tanahnya akibat berjudi, namun tetap tidak insaf.
Parimal yang mabuk kalah lagi ketika berjudi dengan seorang lelaki berusia 25 tahun lalu bersetuju lelaki itu mengahwini anak sulungnya sebelum terus berjudi lagi.
Malah, dia tidak mempedulikan orang ramai yang turut menyaksikan perjudian itu sebelum mengatur pertunangan anaknya dengan lelaki itu pada 9 Disember lalu.
Dia juga tidak peduli apabila kisah itu disiarkan pihak media yang turut mendesak perkahwinan itu dibatalkan. Perkara itu kini dalam siasatan. - Agensi
HANAFI memegang minyak lemak babi (kiri) yang digunakan sebagai penunduk.
Kuala Lumpur: Berdasarkan perwatakannya, dia layak dikategorikan lelaki lembut, namun kerakusannya melakukan jenayah penipuan amat menakutkan kerana menggunakan ilmu hitam untuk menipu mangsa hingga mengaut keuntungan lebih RM200,000.
Aktif menipu sejak 2008 lagi, mangsanya membabitkan artis dan ahli perniagaan yang diperdaya supaya memberi sejumlah wang kononnya sebagai pelaburan untuk menjalankan perniagaan.
Dua mangsa terbaru lelaki berusia lewat 30-an itu ialah komposer yang juga pengasas kumpulan K-Pop Malaysia Max 24:7, Aesar Mustafa, 33, serta rakannya, Aaron Zairull Yaacob yang juga model dan pelakon. Aaron atau nama sebenarnya Zairull Yaacob, 31, berkata, dia mengenali suspek sebagai peminatnya di laman sosial Facebook (FB) miliknya kira-kira enam bulan lalu.
HANAFI memegang minyak lemak babi (kiri) yang digunakan sebagai penunduk.
"Selepas beberapa kali berhubung di FB saya berjumpanya dan memberitahu mahu melabur untuk membesarkan perniagaan butik pakaian saya di Setapak.
MISS J mendapat tahu pengarah Osman Ali akan mengadaptasikan novel Konserto Terakhir karya Sasterawan Negara Abdullah Hussein (Pak Lah) menjadi filem. Sebelum ini Othman Haji Zainuddin pernah mengadaptasi novel ini ke teater.
Hasrat Osman nak adaptasi novel ini bagus tetapi Miss J nak pesan supaya dia tidak mencemarkan karya Sasterawan Negara dengan babak-babak semi porno seperti filem arahnya sebelum ini.
Boleh dikatakan semua filem arahan Osman mesti ada babak yang menjurus kepada seks. Filem Bukak Api, Anak Halal, Jiwa Taiko dan Ombak Rindu semuanya ada adegan yang disifatkan oleh Osman sebagai "penting".
Miss J terkejut juga bila ada yang beritahu Osman nak adaptasi novel Pak Lah. Miss J bimbang selepas jadi filem orang yang belum membaca Konserto Terakhir pandang serong kepada Pak Lah kalau diselitkan babak seks kesukaan Osman itu.
Osman Ali
Miss J tak pandai bab filem. Tetapi Miss J percaya filem kita harus dibuat dalam lingkungan kita iaitu orang Melayu dan Islam. Tak payahlah menggunakan ayat klise, "hanya yang fikir seks sahaja melihat babak seks itu sebagai seks."
Miss J harap latar belakang Osman sebagai orang yang berasal dari kampung di Langkawi, persekitaran Melayu dan Islam, cukuplah memahami kebebasan seni dari kaca mata Barat. Nanti buat malu orang Langkawi sahaja kerana Osman suka buat babak seks dalam filemnya.
MELAKA TENGAH: Seorang atlet yang memenangi pingat emas Kejohanan Angkat Berat Remaja Kebangsaan 2013 maut selepas motosikal ditunggangnya terjunam dalam longkang di Jalan Ayer Leleh, dekat sini, awal pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 pagi berhampiran Sekolah Menengah Seri Kota itu, Muhamad Afiq Rasik, 20, disahkan meninggal di tempat kejadian selepas motosikalnya itu terbabas selepas hilang kawalan.
Jika di Kota Kemuning heboh dengan gambar penemuan entiti pontianak, di flat PPR Sri Semarak pula gempar dengan sebuah video yang menyaksikan kelibat dipercayai hantu galah yang bergayut di flat tersebut.
Perkara ini menjadi heboh selepas video yang dirakam salah seorang penduduk flat tersebut tersebar di laman Facebook.
Penulis pun tak pasti sama ada video ini diedit atau pun memang yang real punya.
Tapi kalau sekali tengok, memang real habis!
Mengikut kepercayaan masyarakat dahulu kala, hantu galah antara hantu-hantu yang dikatakan direka ceritanya untuk menakut-nakutkan kanak-kanak supaya tidak memanjat pokok pada waktu malam.
Selain itu, hantu galah juga dipercayai hanya mengusik tetapi tidak membahayakan orang.
Walaupun ada sesetengahnya yang tidak percaya dengan kewujudan benda ghaib namun kita juga telah diberitahu bahawa yang menghuni di dunia ini bukannya manusia sahaja.
Terpulang kepada interpretasi masing-masing lah kan.
GAMBAR yang dirakam seorang lelaki dengan imej wanita berambut panjang di Kota Kemuning.
Shah Alam: Penyebaran imej seorang wanita berambut panjang di sekitar Kota Kemuning, di sini, sejak beberapa hari lalu, menimbulkan misteri dalam kalangan penduduk setempat.
Imej dalam foto itu kini dikatakan tersebar luas pengguna telefon pintar dan dipercayai dirakam di sebuah kawasan pembinaan sekitar bandar raya ini sebelum diperoleh seorang penduduk.
Beberapa penduduk yang melihat gambar itu memberi pelbagai reaksi kerana sehingga kini tidak diketahui siapa merakam imej berkenaan.
Penduduk Shamsudin Daim, 40, berkata, imej dalam foto itu dipercayai dirakam pada waktu siang ketika beberapa pekerja menyiapkan kerja menambak tanah di sebuah tapak pembinaan. Bagaimanapun, katanya, ketulenan foto itu tidak dapat disahkan kecuali selepas ia dinilai pakar dalam bidang teknologi fotografi atau grafik jika gambar berkenaan menggunakan teknik pertindihan.
"Memang foto imej wanita berambut panjang itu tersebar meluas di sekitar Kota Kemuning. Cuma kita tidak tahu siapa merakamnya. Mungkin ia tulen atau mungkin juga tidak. Hanya pakar dapat menentukannya.
"Namun berdasarkan imej diperoleh, memang tertera imej seorang wanita berambut panjang," katanya yang tidak mengetahui identiti perakam gambar itu.
Sementara itu, Bilal Surau Al-Hidayah Jalan Kebun Jamal Sanusi, 50, yang turut melihat imej berkenaan berkata, tiada yang mustahil dalam kehidupan manusia, terutama membabitkan sesuatu yang ghaib atau di luar pengetahuan.
"Cuma kita tidak boleh terlalu taksub selagi kita tidak tahu kesahihan gambar berkenaan atau sebaliknya.
"Perkara begini kadangkala boleh menjejaskan akidah kalau kita tidak berhati-hati jika orang ramai mempercayainya bulat-bulat," katanya.
BAGAN DATOH 15 Dis. - Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan menyerahkan semua bukti yang mengaitkan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dengan fahaman Syiah kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk tindakan lanjut.
Menterinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, ini berikutan kes itu telah masuk ke peringkat penguatkuasaan.
"Segala bukti termasuk bukti Gred A akan diserahkan kepada Jakim kerana kami (KDN) terlibat soal keselamatan manakala soal akidah kita serah kepada pihak berkuasa agama," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Sukan Air Bagan Datoh di sini, hari ini.
Beliau berkata, sebarang tindakan berhubung kes berkaitan Syiah dibuat oleh Jakim dan Majlis Agama Islam negeri.
KDN sebelum ini mendedahkan 10 bukti yang dikategorikan sebagai Gred B mengenai pembabitan Mohamad yang juga dikenali sebagai Mat Sabu dengan Syiah.
Bukti kukuh yang dikategorikan sebagai Gred A belum didedahkan kepada umum.
Ditanya sama ada bukti Gred A akan didedahkan kepada umum, Ahmad Zahid berkata bukti itu hanya akan diserahkan kepada Jakim. - BERNAMA
Suasana tenang semasa pemilihan DAP Selangor sedikit berkocak apabila bekas anggota parti itu, Jenice Lee tampil menimbulkan drama semasa konvensyen parti tersebut.
Lee yang mengenakan baju putih dan skirt hitam dihalang oleh petugas parti apabila cuba memasuki kawasan konvensyen tersebut di Shah Alam hari ini.
Beliau juga cuba mendaftar sebagai pemerhati tetapi turut dihalang.
"Kenapa anda tidak mahu benarkan saya masuk? Saya tiada apa-apa senjata?," katanya sebelum mendekatan setiausaha DAP Selangor Ean Yong Hian Wah untuk membenarkan beliau masuk.
Ean Yong turut enggan berbuat demikian.
Lee juga tidak berpuas hati kerana namanya dipadamkan dari minit mesyuarat konvensyen DAP Selangor pada tahun sebelumnya.
"Kita rakan sekelas... Macam mana awal boleh padamkan nama saya?," soalnya kepada Ean Yong, yang enggan menjawab.
Lee kemudiannya meninggalkan kawasan tersebut.
Ean Yong yang diminta memberi penjelasan oleh pemberita selepas itu berkata ia merupakan amalan biasa bagi parti politik untuk memadamkan nama anggotanya yang disingkir dari barisan anggota jawatankuasa.
SKUAD hoki remaja negara menamatkan saingan Hoki Piala Dunia Remaja Lelaki 2013 di tempat keempat apabila tewas 2-7 kepada Belanda dalam perlawanan penentuan tempat ketiga di Stadium Nasional Major Dhyan Chand, New Delhi, India hari ini.
Prestasi skuad bimbingan Muhammad Dharma Raj Abdullah itu melepasi sasaran Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) yang menyasarkan kedudukan keenam terbaik pada kejohanan berkenaan.
Kejayaan itu menyamai pencapaian Malaysia dalam kejohanan sama pada 1979, 1982 dan 1985.
Pasukan Belanda, naib juara Piala Dunia Remaja 2009, memperoleh gol mereka menerusi Roel Bovendeert seawal minit ketiga, Thierry Brinkman (minit 6, 28), Tom Hiebendaal (18, 37), Milan Van Baal (23) dan Jelle Galema (52).
Dua gol Malaysia diperoleh melalui Zulhairi Hashim yang menyempurnakan pukulan sudut penalti pada minit ketujuh dan minit ke-60. - Bernama
You are subscribed to email updates from Pilihan Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Ramai yang terkedu, kerana tidak biasa, bahawa isteri Perdana Menteri sekarang, turut ikut dalam pengurusan negara. Pengakuan itu, dilontarkan oleh Perdana Menteri sendiri semasa Persidangan Agung Umno tahun 2013.
Sejak merdeka, rakyat terbiasa bahawa isteri para Perdana Menteri sebelumnya langsung tidak melibatkan diri dalam urusan negara. Sejak Tunku Abdul Rahman sehingga Tun Dr Mahathir, malah semasa Tun Abdullah Badawi, tidak terdengar, bahawa isteri Perdana Menteri turut melibatkan diri dengan urusan negara.
Pembaharuan sebenarnya bermula semasa Pak Lah menjadi Perdana Menteri, apabila ahli keluarga Perdana Menteri turut terlibat dalam pengurusan negara; apabila Khairy Jamaludin yang disebut sebagai budak-budak tingkat 4 oleh mantan Perdana Menteri- Tun Dr Mahathir mempunyai pengaruh besar dalam pengurusan malah dalam Umno sendiri.
Akibat daripada meluasnya penglibatan keluarga PM dalam pengurusan negara, maka tidak sedikit rakyat yang merasa marah, sebab itu, bukan sahaja Barisan Nasional kehilangan kuasa 2/3 pada PRU-12, malah menyebabkan Tun Dr Mahathir turut keluar daripada Umno.
Kemarahan rakyat kepada Bn berterusan, sehingga PRU-13, walaupun Bn masih menguasai Putrajaya, akan tetapi dengan jumlah kerusi yang terus berkurangan.
Bn bernasib baik, kerana pengundi Sabah dan Sarawak masih setia kepada gabungan 13 parti itu, dan pengundi kaum melayu di luar bandar kembali menyokong Umno, yang mengakibatkan pertambahan kerusi daripada 79 kepada 88 kerusi parlimen.
PRU-13 juga, untuk pertama kali, Bn kehilangan undi popular, dan pada PRU itu juga, kita menyaksikan bahawa pengundi bandar dan spara bandar menolak Bn, kecuali Parlimen Kangar, Johor Baharu dan Putrajaya.
Mengingat kepada tindakan kerajaan selepas PRU-13, yang tidak popular seperti pengurangan subsidi, kenaikan tarif letrik, akan terus menghantui Bn mulai sekarang sehingga PRU-14.
Sebenarnya, tindakan kerajaan ini turut menambah garam kepada luka yang parah, akibat geramnya sebahagian rakyat yang tidak suka penglibatan isteri Perdana Menteri dalam urusan negara. Malah wartawan veteran- Dato A. Kadir Jasin melalui blognya menyarankan secara "sinis" agar menteri-menteri yang tidak mampu menjalankan tugas perlu dipecat dan digantikan dengan Rosmah.
Rakyat luar bandar yang masih membela Bn, sebenarnya tidak langsung mendapat manafaat terhadap projek Rosmah seperti Permata negara, pertujukan fesyen yang bersifat "glamour". Rakyat yang mendapat manafaat itu, adalah rakyat yang sudah berkecukupan, malangnya mereka inilah yang tidak menyokong Bn.
Kata peribahasa, adalah sia-sia mencurahkan garam dilaut, sebenarnya ini yang berlaku terhadap tindakan Rosmah yang dianggap oleh Perdana Menteri sebagai turut membantu kepada negara.
Benar, bahawa Rosmah boleh menggunakan jet kerajaan atas alasan keselamatan dan pengurusan masa, namun, tindakan itu, menyebabkan pengurangan sokongan kepada Bn berbanding pertambahan sokongan.
Dalam sebarang pilihanraya, undi majoriti adalah penentu kepada kemenangan; atas sebab itu, Bn tidak boleh meremehkan bahawa penglibatan Rosmah dalam pengurusan negara, boleh dikatakan seperti sokong membawa rebah.
Adalah suatu yang amat malang, apabila berlaku kesepakatan antara majoriti rakyat pada PRU-14 akan datang untuk menolak Bn, sehingga rakyat yang benar-benar perlu pembelaan akan kehilangan tempat bergantung, kerana, jika Pembangkang mampu mengambil Putrajaya, pentadbbiraan mereka sudah tentunya mengamalkan sistem merit; dan pada masa itu, mereka juga akan mengamalkan sistem terpilih, di mana kawasan yang mereka menang akan diberi keutamaan. Kawasan itu, sudah tentunya kawasan bandar, yang sudah ada kelengkapan serba serbi.
Bagi Najib, keritikan terhadap isterinya, bagaikan Telan mati bapa, luah mati emak; beliau tidak akan mampu berbuat apa-apa lagi. Terserah kepada pemimpin lain, apakah faktor yang boleh merundumkan sokongan terhadap Bn dipertahankan atau perlu berbuat sesuatu. Fikir-fikirkan lah.
Suka sangat CTS melihat gambar di atas. Gambar Menteri Besar Terangganu, DS Ahmad Said serta isteri membantu membasuh kerusi pelajar-pelajar sekolah yang terlibat di dalam banjir tempoh hari. CTS tidak mahu memuji berlebihan. Mungkin ada yang berkata ini hanya lakonan. Mungkin juga sifat ikhlas dari kedua suami isteri berkenaan. Ikhlas atau tidak itu urusan beliau dengan Allah tetapi jika itulah jiwa beliau.
Beliau tidak dapat sembunyikan naluri dan perasaan beliau. Bahasa badan tidak akan menipu kita tetapi lidah sentiasa menipu kita. Namun gambar ini 1,000 kali lebih baik daripada gambar sekumpulan pemuda UMNO yang dua tiga orang memegang penyapu dan menyapu di tempat yang sama, ketika Misi Bantuan Banjir di Kuantan. Hipokrit tahap gaban!
Dengan nada bongkak, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata PR mampu menyelesaikan masalah banjir di Pahang dalam tempoh sepenggal sahaja!!! Nada bongkak beliau tersebut nyata bersyarat. Syarat kedua pula adalah sekiranya mereka berjaya memerintah di Pahang dan menguasai Putrajaya. Setakat cakap kosong siapapun boleh. Siapa sahaja boleh membuat pemasaran dan janji-janji kosong, sedangkan servis selepas jualan (after sales service) hancur!
Sekarang baru semua tahu yang Lim Guan Eng bukan sahaja berjaya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang, malah betul-betul sebagai Tokong kerana mampu menahan hujan supaya tidak berlaku banjir. Ironisnya Tokong ini bukan sahaja gagal mengatasi masalah dalaman DAP, malah dalam 2013 sahaja sudah beberapa kali Pulau Pinang dilanda banjir. Gambar-gambar di bawah sebagai bukti. Apa kata Tokong?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan