Jumaat, 29 November 2013

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


PAS Kawasan Miri

Posted: 28 Nov 2013 07:36 PM PST

PAS Kawasan Miri


Apa Punca Sebenar Kebakaran Rumah Sering Berlaku Di Bahagian Miri?

Posted: 28 Nov 2013 03:20 PM PST

Punca Rumah Terbakar Perlu Ditangani Segera

MIRI – Rumah terbakar seolah-olah menjadi tren ketika ini dimana belum sampai seminggu
ada sebuah lagi rumah terbakar pada hari khamis yang lalu di Kampung Pangkalan Lutong.
Nasib baik tiada korban jiwa berlaku cuma sebuah motosikal musnah kerana tidak sempat diselamatkan. Kebakaran tersebut menyebabkan keluarga mangsa terpaksa menumpang di rumah keluarga mereka yang berdekatan.

Menurut salah seorang keluarga mangsa, semasa mereka membuat panggilan kecemasan, tindakan pihak operator menanya berbagai soalan menyebabkan pemanggil rasa serba salah sedangkan masa itu api sudah semakin membesar. Mungkin pihak operator panggilan kecemasan menganggap ianya panggilan palsu menyebabkan mereka menanya berbagai soalan sehingga menyebabkan pihak bomba sukar dihubungi.

Sebelum ini kita pernah menyarankan agar pihak bomba dan mereka yang berkenaan turun padang memberi penerangan serta latihan kepada penduduk kampung cara mengawal api dari merebak. Mereka perlu dibekalkan dengan ilmu pengetahuan cara penggunaan pemadam api apabila berlaku kebakaran.

Sepatutnya setiap rumah kediaman dan rumah panjang perlu digalakkan menyimpan pemadam api sebagai salah satu langkah awal mengawal api dari merebak. Dengan adanya pemadam api sekurang-kurangnya dapat mengawal api dari merebak ke kawasan berdekatan.

PAS Miri amat simpati akan nasib yang menimpa mangsa kebakaran tersebut dan harap mereka dapat diberi bantuan kecemasan dari pihak berwajib dengan segera.

Kita mengesa pihak berwajib dapat menyiasat apa punca sebenarnya kejadian kebakaran yang sering berlaku di kawasan kampung.  Apakah puncanya dari litar pintas, kecuaian atau sebab lain yang sering menyebabkan rumah terbakar di bahagian Miri ketika ini?

Pihak berwajib harus memberi penerangan dan peringatan  kepada penduduk kampung tentang bahayanya api dan perlu mengetahui cara mengawal api dari merebak.  Semoga Allah sentiasa memelihara kita dari kejadian kebakaran ini dari berterusan dan ianya dapat dikawal dari berulang.

Jofri Jaraiee
PAS Sarawak

English version

Causes of House Razed need to be addressed immediately

MIRI - House razed seems to be a trend currently which not more than a week there is a house on fire on the last Thursday at Pengkalan Lutong Village. Luckily no fatalities occurred only destroyed a motorcycle because could not be saved. The fire causing the victim's family had to stay in their family home nearby.

According to one of the victim's family, when they make an emergency call, the action of the operator asked all sorts of questions causing the caller feel awry whereas that time the fire is getting bigger. Maybe the emergency call operator thought it a prank call causing they asked all sorts of questions, thus causing the fireman difficult to reach.

Previously we have suggested that the fireman and those concerned go down to the ground provide information as well as training to the villagers on how to control the fire from spreading. They should be provided with knowledge on how to use a fire extinguisher.

Supposed to every house and longhouses should be encouraged to keep a fire extinguisher as a preliminary step to control the fire from spreading. With the availability of fire extinguishers at least be able to control the fire from spreading to nearby areas.

PAS Miri very sympathetic to the plight of the victims and hope they will be given emergency relief from the authorities immediately.

We urge the authorities to investigate what actually causes of fire incidents which often occur in the village. Is the cause of the short circuit, negligence or any other cause which often causing a house razed in the Miri division at this moment?

The relevant authorities must provide information and reminders to the villagers about the dangers of fire and the need to know the ways to control the fire from spreading. May God always protect us from the fire from continuing and it can be controlled from recurring.
 



Mangsa Rumah Terbakar Perlu Dibantu Segera

Posted: 28 Nov 2013 01:59 AM PST

Mangsa Kebakaran Mohon Bantuan Membina Semula Rumah

MIRI - Kebakaran yang memusnahkan sebuah rumah pada tengahari Selasa lalu di Kampung Pujut Tanjung Batu telah menyebabkan penghuni rumah tersebut  tinggal sehelai sepinggang. Menurut mangsa semasa keluar rumah yang tinggal hanya tiga beradik yang berada di rumah tersebut tidak sempat menyelamatkan harta benda termasuk dokumen penting.

Selain meranapkan rumah mangsa, kebakaran itu turut menyebabkan tiga buah kenderaan musnah sama sekali kerana tidak sempat dialihkan ke tempat selamat. Menurut mangsa pihak bomba agak lambat sampai ke tempat kejadian disebabkan kesesakan lalu lintas. Bila sampai ke tempat kejadian, rumah sudah musnah sama sekali dan punca  kebakaran masih dalam siasatan pihak bomba.

Menurut mangsa yang dikenali sebagai Kasuma Amin memberitahu pihak kami, sekarang mereka hanya menumpang sementara di bangunan Persatuan Melayu Miri sementara mencari tempat tinggal baru sebelum dapat tinggal semula ke rumah mereka yang musnah itu. Kos untuk membina semula rumah tersebut memang agak tinggi dan tentulah sukar untuk mereka menyiapkan rumah baru itu dalam masa terdekat. PAS Miri amat simpati akan nasib yang menimpa mangsa kebakaran dan telah berjumpa dengan mangsa dengan memberi sedikit sumbangan untuk meringankan bebanan yang terpaksa dipikul oleh keluarga mangsa akibat rumah mereka musnah dalam kebakaran itu.

Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) juga perlu membantu membina semula rumah mangsa kebakaran untuk mengurangkan bebanan yang terpaksa ditanggung terutama sekali keluarga yang kurang berkemampuan.

Kita mengesa pihak PPRT, Baitulmal dan badan kebajikan dapat sama-sama membantu meringan bebanan keluarga mangsa dengan segera. Budak-budak yang akan bersekolah pada tahun hadapan juga perlu bantuan membeli seragam sekolah serta buku-buku teks.

Masalah kebakaran yang sering terjadi beberapa minggu di Miri sepatutnya diberi perhatian oleh pihak bomba dan mereka yang berkenaan. Mengapa ianya sering terjadi, adakah disebabkan oleh kecuaian, lintar pintas atau pun sebab pengkhianatan dan sebagainya?  Pihak kerajaan perlu menyiasat punca sebenar kejadian dan juga perlu segera membina semula rumah mangsa yang kurang berkemampuan seperti keluarga mangsa yang kehilangan anak di Sungai Dalam beberapa minggu yang lalu dimana rumah mereka juga musnah sama sekali. Mereka perlu tempat tinggal kerana mereka masih lagi menumpang di rumah jiran.

Kita yakin pihak PPRT boleh membina semula rumah dengan peruntukan bajet khas untuk mereka yang kurang berkemampuan. Kita harap masalah ini dapat diatasi dengan segera demi kebajikan rakyat yang jadi mangsa kebakaran dan sebagainya. Kerjasama dengan pihak yang berkenaan untuk mengatasi masalah ini amat dihargai.

Jofri Jaraiee
PAS Sarawak

English version

Fire Victims applying for Relief Rebuilding Homes

MIRI- A fire destroyed a house in the afternoon last Tuesday in the village of Tanjung Batu Pujut has caused the residents of the house left with nothing. According to the victim while leaving the house there are only three siblings living in the house but not able to save properties, including important documents.

Besides destroying the victim's house, the fire also caused three vehicles were totally destroyed because not able to be removed to a safe place. According to the victim the fireman is quite slow reached the scene due to traffic congestion. When they reached the scene, the house was totally destroyed and the cause of the fire is still being investigated by the fireman.

The victim, who is known as Kasuma Amin told us, now they just stay temporary at the Miri Malay Association building while searching for a new residence before being able to stay back to their destroyed home. The cost to rebuild the house is indeed quite high and will be difficult for them to set up a new home in the near future. PAS Miri very sympathetic to the plight of fire victims and met with the victim by giving a little contribution to ease the burden faced by families of victims due to their homes were destroyed in the fire.

Hardcore Poor Housing Project (PPRT) should also help rebuild the house of the fire victims to reduce the burden to be borne by the family, especially the less fortunate.

We urge the PPRT, Baitulmal and charitable organizations can together help to lighten the burden of the victim's family immediately. The children will go to school next year also need help to buy school uniforms and text books.

The fires that often occur in Miri a few weeks ago should be given attention by the Fire Brigade and those who are concerned. Why does it always happen, whether caused by negligence, short-circuit or because of treason and so on? The government should investigate the exact cause of the incident and also need to immediately rebuild the house victims who cannot afford such as a victim who lost his family in the Sungai Dalam a few weeks ago where their homes are also destroyed. They need a place to stay because they are still stay at a neighbor's house.

We believe the PPRT can rebuild the house with a special budget allocation for the less fortunate. We hope that these problems can be solved immediately for the welfare of the people who become fire victims and so on. Cooperation with the relevant parties to resolve this issue is greatly appreciated.



PARTI ISLAM SEMALAYSIA KAWASAN BUKIT KATIL

Posted: 28 Nov 2013 07:20 PM PST

PARTI ISLAM SEMALAYSIA KAWASAN BUKIT KATIL


Novel Di Lancar PM Di Haramkan JAKIM

Posted: 29 Nov 2013 04:00 AM PST

Novel pengarang terkenal Faisal Tehrani yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada tahun lalu kini diperakukan haram oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) atas dakwaan mempunyai mesej Syiah.
Menariknya, perakuan itu dinyatakan dalam majlis ceramah berhubung dakwaan kesesatan Syiah yang turut dihadiri isteri Najib, Rosmah Mansor di Seri Perdana, Putrajaya, kelmarin, lapor MyMetro.
Penolong Pengarah Seksyen Akidah Jakim Mohd Aizam Mas'od dilaporkan berkata, berlaku penyusupan idea ajaran itu melalui novel berjudul Perempuan Nan Bercinta itu.

"Ini sangat bahaya kerana penulisannya mempromosikan Syiah dan mutaah, antara hujahnya adalah mutaah bukan bertujuan seks tetapi menghalalkan pergaulan antara lelaki dan wanita... malah penulis juga bermain dengan pemikiran rasional orang ramai.

"Namun, buku ini sudah diperakukan haram oleh Jakim.

"Antara buku Syiah lain yang juga sudah diambil tindakan adalah Meniti Titian Kebenaran, Akhirnya Kutemui Kebenaran, Dialog Sunnah Syiah dan Salafi Wahabi," beliau dipetik sebagai berkata.

Juga dilancarkan di Seri Perdana

Justeru, Mohd Aizam menasihatkan umat Islam supaya berhati-hati supaya tidak terjerat dengan fahaman Syiah kerana pengikut mereka menggunakan cara halus atau secara tidak langsung untuk menarik umat Islam menyertainya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Ceramah Perdana Maal Hijrah dan Wacana Bakti bertajuk "Kesesatan dan Fahaman Syiah" anjuran Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI).


Buku Faisal Tehrani (kiri), atau nama sebenarnya Mohd Faizal Musa itu dilancarkan perdana menteri bersama 29 lagi buku karya asli Terbitan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) pada awal Julai tahun lalu.
Tahun lalu, beberapa hari selepas pelancarannya, juga di Seri Perdana, Aizam memberitahu Malaysiakini, Jakim sedang menimbangkan pengharaman novel itu selepas terdapat aduan diterima.

Sebuah lagi novel Faisal Sebongkah Batu di Kuala Berang turut diharamkan Jakim sebelum ini.

Novel itu dipercayai novel pertama diharamkan selepas kemerdekaan.

Perempuan Nan Bercinta mengisahkan pengalaman Dr Tengku Idora, seorang feminis yang berkenalan dengan Prof Dr Ali Taqi menerusi Bastian, kekasihnya.
Perkenalan itu membantu perubahan tanggapan Tengku Idora daripada seorang feminis melulu kepada feminis yang bersandarkan ketokohan anak perempuan Rasulullah Saidatina Fatimah az-Zahra.

Malaysiakini sedang mendapatkan reaksi pengarang berhubung langkah terbaru Jakim itu. ~mk





Jalan Dakwah Jalan Berliku جالن دعوة جالن برليكو

Posted: 28 Nov 2013 11:17 AM PST

Jalan Dakwah Jalan Berliku جالن دعوة جالن برليكو


Mereka punya mulut

Posted: 28 Nov 2013 04:30 AM PST

Mereka punya mulut,biarkan mereka berkata..

Situasi hari ini di premis ku. Sedang melayan pelanggan yang menjual hasil ladang. Pekerja ku yang setia berbisik.. 

"Bang,tadi aku berbual dengan bekas pelanggan kita. Dia kata,harga belian getah kita murah. Kedai kat sana mahal,lebih 30 sen harganya. Dacingnya tepat. Sampaikan orang timbang ( Pegawai timbang dan sukat ) ambil dacing dia sebab ketepatannya dalam menimbang getah."

"Ti,kalau dacingnya kena ambil,tu bukan tepat. Tu menipu namanya. Lagipun harga getah terkawal. Kita tahu dan pelanggan semua boleh tahu harga getah sedunia ini ada turun naik. Jika harga getah turun dan kedai di sana harganya"naik",maksudnya ada sesuatu yang tidak masuk akal berlaku. Manusia boleh buat apa sahaja untuk meramaikan pelanggan. Kita ikut jalan kita. Dan ingat satu perkara,sudah acapkali penguatkuasa datang ke stesen kita menguji alat timbang dengan batu penimbang khas,pernahkah kita di kenakan kompaun? Biarlah kita untung sedikit. Asalkan timbangan kita terjaga. Ingatlah firman Allah swt yang bermaksud..

"Neraka Waiyl bagi orang-orang yang curang dalam jual beli, iaitu orang-orang yang bila menerima dari orang lain, meminta penuh ukuran timbangan. Dan apabila ia menimbang untuk orang lain, mereka mengurangi. Tidakkah mereka merasa (mengira) bahwa mereka kelak akan dibangkitkan pada hari yang sangat hebat (besar) yaitu pada hari ketika manusia menghadap pada Tuhan semesta alam" (Q.S. Al-Mutaffifin 1-6).





Aku sebenarnya sudah lali dengan permainan manusia yang dengki. Jika aku fikir mahu kaya secepatnya,maka inilah jalan yang terbaik "tanpa ridho" Allah swt. Bisa aku menipu semua pelanggan dengan jalan yang tidak halal. Maka hasilnya yang aku dapat juga bakal ku masukkan ke dalam perut keluargaku menjadi haram dan menjadi bakaran api neraka. Perlu apa menipu untuk maju? Dan perlu apa berdengki dalam persaingan perniagaan. Kalah jadi abu,menang jadi arang. 

Dalam hal ini,aku salahkan 100% atas tindakan Lembaga Getah Malaysia ( LGM ) . Angkara mereka membuka ruang atas nama kononnya mengelakkan monopoli .  Apa yang ku tahu dalam pemahaman ku dalam perniagaan ini yang sekian lama kami bina,tidak wujud monopoli. Selama ini dalam kawasan kami ini maju bersaing dengan 4 buah syarikat di dalam kawasan yang sama. Bukan menuduh tetapi jelas tindakan LGM membuka ruang untuk sesiapa sahaja memohon lesen membeli dan menjual getah adalah satu tindakan terdesak mereka untuk menambahkan bilangan pembayar lesen. Untuk info,apa yang aku ketahui,LGM  kebelakangan ini menunjukkan taringnya dengan tidak membenarkan syarikat-syarikat besar seperti MARDEC mengeluarkan lesen mereka lagi. Dan syarikat kami juga adalah salah satu syarikat di kawasan ini yang memperolehi lesen dari MARDEC. MARDEC di ketahui sangat sukar mengeluarkan lesen kepada peniaga-peniaga getah yang lain sekiranya peniaga sedia ada MARDEC berada di kawasan tersebut,pemohon baru perlu memohon di luar kawasan pelesen sedia ada di dalam lingkungan jarak radius 20 kilometer persegi. MARDEC lebih terkedepan dalam memelihara kepentingan pelesen. Berbanding lesen keluaran LGM sekitar 5 hingga 7 kilometer. Itupun LGM masih mengeluarkan lesen pada jarak kurang dari yang di tetapkan bahkan wujud pelesen yang ada stesen timbang berlesenkan LGM pada jarak kurang 100 meter!!. Hantu apa yang mereka pakai ,aku tidak tahu sehingga LGM boleh terlepas pandang..

LGM,aku tidak menyalahkan penjawatmu tapi aku menyalahkan mereka yang berada di atasmu. Penjawatmu hanya hamba. Golongan atasan yang menyebabkan semua ini berlaku. Tidak ada lojiknya bila wujud ramai pelesen,hasil getah akan meningkat. Adakah kamu tidak mengira berapa peratuskah tinggal kawasan getah yang ada di malaysia? Mereka berlumba-lumba menanam sawit. Tahukah kamu wahai LGM,betapa pelesen-pelesen baru bertungkus-lumus dengan modal besar untuk meraih-rebut pelanggan-pelanggan dengan cara yang tidak sihat? Adakah LGM peka semua ini. Mereka ( pelesen-pelesen baru ) tidak kisah dengan nilai dan harga lesen rm 400 setahun itu tetapi mereka menjadi "tidak sihat" dengan modal besar mereka yang perlu di positifkan. Turun padang selalu!! Buatlah pemantauan. Kamu akan betapa songsangnya mereka...

KHIDMAT MERU

Posted: 28 Nov 2013 09:14 AM PST

KHIDMAT MERU


Sebelum ke Sidang Dewan, Yb GST...Geng Songkok Tinggi sempat menziarah dan solat jenazah keatas mayat Allahyarham Hj Misni

Posted: 28 Nov 2013 05:04 AM PST





 Mantan Imam Surau Al Huda Kg Batu Belah. Allahyarham berusia 77 tahun. Al Fatihah

Yb Meru sempat melawat Dato Fauzi Shaari di ICU Hospital Selayang.

Posted: 28 Nov 2013 04:55 AM PST




Walau dlm keadaan tidak sedarkan diri namun keadaan masih stabil dan kemungkinan akan diambil sample dari tulang sum sum dan air tulang belakang utk mengenal pasti jenis kuman yg menyerang beliau. Doakan yg terbaik utk Dato Fauzi Shaari. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan