BLOG - BLOG PARTI PAS

Dicatat oleh Admin | | Posted On Rabu, 13 November 2013 at 3:41 PG

sumber :-

BLOG - BLOG PARTI PAS


PAS Negeri Sembilan

Posted: 12 Nov 2013 10:05 PM PST

PAS Negeri Sembilan


PASTI AL AIN , REMBAU

Posted: 12 Nov 2013 02:49 PM PST


PARTI ISLAM SEMALAYSIA KAWASAN BUKIT KATIL

Posted: 12 Nov 2013 07:23 PM PST

PARTI ISLAM SEMALAYSIA KAWASAN BUKIT KATIL


Isu zakat, SAR diketengah dalam sidang Dun Melaka

Posted: 12 Nov 2013 08:27 PM PST


MELAKA: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Baru, Dr Md Khalid Kassim akan memastikan isu berkaitan dengan umat Islam di negeri ini mendapat perhatian daripada kerajaan negeri.


Sama ada ia berbentuk penyelesaian kepada masalah yang dihadapi oleh rakyat atau pembelaan kepada institusi berkaitan, beliau akan membawa perkara itu pada persidangan Dun.



Begitupun, selaku wakil rakyat kepada penduduk berbilang kaum di Dun Bukit Baru, permasalahan setempat akan terus disentuh dan disalurkan kepada jabatan-jabatan dan agensi-agensi berkenaan.



Isu berkaitan zakat dan sekolah agama rakyat rakyat (SAR) antara perkara yang menjadi fokus beliau untuk diketengahkan pada persidangan Dun nanti.



Ini kerana PAS Melaka sebelum ini pernah mendakwa wujud penyelewengan menggunakan wang zakat berkait dengan pembinaan bangunan. 



Isu itu menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan rakyat walaupun pembinaan bangunan itu dikatakan daripada duit 'lebihan' sedangkan masih ramai golongan miskin tidak mendapat pembelaan melalui agihan wang zakat.



Walaupun isu itu timbul sebelum beliau menjadi wakil rakyat dan di bawah kerajaan negeri yang dipimpin oleh Ketua Menteri yang lalu, namun aspek pengagihan zakat kepada asnaf yang layak akan diberikan perhatian.



Ini, katanya termasuk sumbangan zakat kepada asnaf fisabilillah seperti para pelajar yang mengambil kursus pengajian Islam di luar negara.



Tambahnya, beliau tidak pasti sama ada benar atau tidak mengenai aduan para pelajar yang menerima bantuan zakat dikatakan perlu membayar semula.



Justeru, perkara seperti itu dan pengagihan kepada semua asnaf akan diketengahkan dalam persidangan Dun untuk mendapat penjelasan daripada kerajaan negeri.



Selain itu, Dr Khalid akan turut menyentuh keadaan SAR yang kebanyakannya masih daif dan sukar untuk meneruskan operasi.



"Saya juga akan cuba membangkitkan isu yang berkait dengan masa depan guru-guru SAR dan Kafa di negeri ini agar pihak kerajaan negeri memberikan perhatian untuk membela nasib mereka," ujarnya.



Bagi mantan Timbalan Pengarah Hospital Melaka itu, guru-guru SAR dan Kafa sewajarnya mendapat pembelaan daripada kerajaan negeri dari segi gaji, status jawatan dan lain-lain yang berkaitan.



Dalam pada itu, beliau mendapati ramai para pelajar dalam Dun Bukit Baru  berpotensi untuk maju tetapi menghadapi masalah kekangan kewangan.



Menyedari pentingnya pelajaran, beliau merancang untuk mengadakan kelas bimbingan secara percuma kepada para pelajar agar mereka dapat memberikan tumpuan yang sebaik-baiknya untuk mencapai kejayaan.



Justeru, Dr Khalid mengharapkan sumbangan daripada orang ramai bagi mewujudkan kelas-kelas bimbingan dan melaksanakan lain-lain aktiviti kebajikan kepada rakyat yang diwakilinya selaku Adun pertama PAS di negeri ini.



Sumbangan boleh dibuat atas nama Tabung Dana Dun Bukit Baru melalui akaun Maybank 554026265358 atau BIMB 04015010064536.

Rembau Hari Ini

Posted: 12 Nov 2013 07:04 PM PST

Rembau Hari Ini


JOM NGAJI

Posted: 12 Nov 2013 02:51 PM PST


PASTI AL AIN , REMBAU

Posted: 12 Nov 2013 02:51 PM PST


Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang, Selangor

Posted: 12 Nov 2013 01:32 PM PST

Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang, Selangor


Q & A : SOLAT SUNAT HAJAT

Posted: 11 Nov 2013 06:19 PM PST

Ustaz Ahmad Adnan Fadzil,12 Nov 2013
Soalan;
Ustaz telah menerangkan bahawa haram solat hajat selepas menunaikan Solat Asar hingga matahari terbenam sepenuhnya. Bagaimana pula hukumnya jika kita melakukan solat hajat sebaik sahaja selesai Azan Asar menandakan masuk waktu iaitu sebelum kita melakukan Solat Fardhu Asar?( Solat Hajat dahulu dan kemudian barulah solat Fardhu Asar).

Jawapan;
Ada lima waktu kita dilarang solat;
1.Selepas solat subuh hingga terbit matahari
2.Selepas solat asar hingga terbenam matahari
3.Ketika terbit matahari hinggalah meninggi dengan kadar segalah (yakni 15 – 20 minit selepas terbit matahari, iaitu masuknya waktu dhuha)
4.Ketika matahari di tengah langit hinggalah ia tergelincir (yakni hingga masuk waktu zohor); dikecualikan hari jumaat bagi orang hadir ke masjid untuk solat jumaat.
5.Ketika matahari menguning hingga terbenam matahari.

Dalil larangan tersebut ialah hadis-hadis Nabi berikut;
a.Sabda Nabi –sallallahu 'alahi wasallam-; "Tidak ada solat selepas solat subuh hingga matahari meninggi dan tidak ada solat selepas solat asar hinggalah matahari terbenam." (HR Imam al-Bukhari dari Abi Sa'id al-Khudri, Bab La Tataharra as-Solah Qabla Ghurub as-Syams).
b.Abu Hurairah menceritakan; "Rasulullah menegah dari mengerjakan solat selepas asar hingga terbenam matahari dan selepas subuh hingga terbit matahari." (HR Imam Muslim dari Abu Hurairah. Bab al-Auqat allati Nuhiya 'an as-Solah fiha).
c.Dari 'Uqbah bin 'Amir menceritakan; "Tiga waktu Rasulullah menegah kami dari mengerjakan solat dan mengkebumikan jenazah-jenazah kami pada waktu-waktu tersebut, iaitu; (1) Ketika terbit matahari hinggalah matahari meninggi, (2) Ketika bayang-bayang tengahari berdiri (yakni berhenti) (*bermaksud; matahari berada di tengah langit) dan (3) Ketika matahari condong untuk terbenam (*yakni ketika menguning di waktu petang)" (HR Imam Muslim, Abu Daud dan at-Tirmizi).

Daripada lima waktu si atas, dua waktu berkait dengan perbuatan solat, iaitu yang pertama dan yang kedua (selepas solat subuh dan selepas solat asar), maksudnya, kita dilarang solat bukan semata-mata apabila masuk waktu subuh atau masuk waktu asar, akan tetapi kita dilarang solat apabila kita telah melakukan solat subuh dan telah melakukan solat asar. Maka merujuk kepada soalan di atas, adalah harus kita melakukan solat hajat apabila masuk waktu asar selagi kita belum menunaikan solat asar. Itu adalah dari segi keharusan. Adapun dari segi yang sepatutnya, apabila masuk waktu solat fardhu, kita sebaiknya hendaklah menyibukkan diri untuk menunaikan solat dalam waktu tersebut (sebaiknya secara berjamaah) dan juga solat sunat yang disyariat khusus pada waktu tersebut  (iaitulah sunat qabliyah). Adalah tidak tepat jika kita melakukan solat hajat pada ketika itu hingga kita terluput solat sunat qabliyah atau terlepas solat berjamaah atau terlepas takbir pertama bersama imam.

Adapun tiga waktu selebihnya, larangan adalah berkait dengan waktu. Maksudnya, apabila tiba sahaja waktu matahari berada di tengah langit atau matahari menguning atau matahari terbit, dilarang kita mengerjakan solat hinggalah tamat waktu larangan tersebut.

Solat yang dilarang kita melakukannya dalam waktu-waktu tadi ialah solat-solat yang tidak bersebab. Adapun solat-solat yang bersebab diharuskan kita melakukannya pada bila-bila masa sekalipun pada waktu-waktu yang dilarang di atas. Maksud solat-solat sunat bersebab ialah solat-solat yang didahului oleh suatu sebab (yakni sebab datang dahulu, kemudian baru disusuli dengan solat). Di antaranya;
1.Solat–solat yang terluput sama ada solat fardhu atau solat sunat, yakni ia boleh diqadha sekalipun dalam waktu-waktu dilarang di atas.
2.Solat yang dinazarkan
3.Solat jenazah
4.Sujud tilawah dan sujud syukur
5.Solat gerhana.
6.Solat sunat tawaf
7.Solat sunat wudhuk
8.Solat istisqa (minta hujan)
9.Solat tahiyyatul-masjid (dengan syarat seseorang itu masuk ke dalam masjid untuk tujuan iktikaf, menuntut ilmu, menunggu solat atau tujuan-tujuan lainnya. Adapun jika ia masuk masjid semata-mata ingin mengerjakan solat tahiyyatul-masjid, dilarang solat pada waktu-waktu tersebut).

Solat-solat di atas diharuskan untuk dilakukan pada waktu-waktu dilarang solat tadi kerana ia bersebab. Adapun solat-solat yang dilarang kerana tidak bersebab ialah;
1.Solat istikharah
2.Solat hajat
3.Solat sunat ihram
4.Solat sunat mutlak

http://ilmudanulamak.blogspot.com/

ISU KALIMAH ALLAH

Posted: 11 Nov 2013 06:11 PM PST

Harakahdaily,11 Nov 2013
KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dilihat tersepit ketika mahu menjawab soalan berhubung perbezaan kebenaran penggunaan kalimah Allah antara Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak.

Persoalan itu muncul ketika beliau menjawab perbahasan Bajet 2014 di peringkat kementerian di Dewan Rakyat hari ini.

Terdahulu mencelah adalah Tian Chua (PKR-Batu) yang mendakwa beliau selaku bukan Islam keliru dengan versi berbeza-beza penjelasan kerajaan terhadap isu penggunaan kalimah Allah.

Versi pertama katanya oleh Menteri Dalam Negeri yang mendakwa keputusan Mahkamah Rayuan yang melarang penggunaan kalimah itu, hanya terpakai kepada penerbitan dalam The Herald.

Versi kedua pula katanya, kenyataan dari Perdana Menteri Datuk Seri Najib Sendiri yang berkata larangan tersebut hanya untuk Semenanjung Malaysia sahaja dan tidak kepada Sabah dan Sarawak.

Jamil ketika menjawab soalan itu hanya berkata larangan untuk Sabah dan Sarawak itu telah diputuskan oleh kabinet di bawah perkara "10 point solution".

Bangun selepas itu Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) yang mahukan penegasan menteri tentang perkara itu.

Mahfuz bertanyakan; "Betulkah kabinet yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri yang seorang Islam, telah membenarkan penggunaan kalimah Allah kepada bukan Islam di Sabah dan Sarawak melalui "10 point solution?"

"Termasuk kepada orang Kristian di Semenanjung kalau dia pergi ke Sabah dan Sarawak boleh digunakan?" soalnya.

Jamil ketika menjawab persoalan itu bagaimanapun tidak mengiyakan mahupun menafikannya.

Beliau sebaliknya hanya mengulangi bahawa perkara itu telah diputuskan oleh kabinet di bawah perkara "10 point solution".

Datuk Dr Mujahid Yusof (PAS-Parit Buntar) kemudian bangun dan mendakwa bahawa isu kalimah Allah ini sebenarnya boleh diselesaikan tetapi sengaja dipolitikkan.

Katanya, 10 point solution dibuat kabinet ketika dalam keadaan Sarawak ketika.itu berdepan Pilihan Raya dan semasa kitab injil versi bahasa Melayu telah tiba di Pelabuhan Kuching dan Pelabuhan Klang.

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil

Posted: 12 Nov 2013 01:31 PM PST

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil


Isu zakat, SAR diketengah dalam sidang Dun Melaka

Posted: 12 Nov 2013 08:24 PM PST

MELAKA: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Baru, Dr Md Khalid Kassim akan memastikan isu berkaitan dengan umat Islam di negeri ini mendapat perhatian daripada kerajaan negeri.


Sama ada ia berbentuk penyelesaian kepada masalah yang dihadapi oleh rakyat atau pembelaan kepada institusi berkaitan, beliau akan membawa perkara itu pada persidangan Dun.



Begitupun, selaku wakil rakyat kepada penduduk berbilang kaum di Dun Bukit Baru, permasalahan setempat akan terus disentuh dan disalurkan kepada jabatan-jabatan dan agensi-agensi berkenaan.



Isu berkaitan zakat dan sekolah agama rakyat rakyat (SAR) antara perkara yang menjadi fokus beliau untuk diketengahkan pada persidangan Dun nanti.



Ini kerana PAS Melaka sebelum ini pernah mendakwa wujud penyelewengan menggunakan wang zakat berkait dengan pembinaan bangunan. 



Isu itu menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan rakyat walaupun pembinaan bangunan itu dikatakan daripada duit 'lebihan' sedangkan masih ramai golongan miskin tidak mendapat pembelaan melalui agihan wang zakat.



Walaupun isu itu timbul sebelum beliau menjadi wakil rakyat dan di bawah kerajaan negeri yang dipimpin oleh Ketua Menteri yang lalu, namun aspek pengagihan zakat kepada asnaf yang layak akan diberikan perhatian.



Ini, katanya termasuk sumbangan zakat kepada asnaf fisabilillah seperti para pelajar yang mengambil kursus pengajian Islam di luar negara.



Tambahnya, beliau tidak pasti sama ada benar atau tidak mengenai aduan para pelajar yang menerima bantuan zakat dikatakan perlu membayar semula.



Justeru, perkara seperti itu dan pengagihan kepada semua asnaf akan diketengahkan dalam persidangan Dun untuk mendapat penjelasan daripada kerajaan negeri.



Selain itu, Dr Khalid akan turut menyentuh keadaan SAR yang kebanyakannya masih daif dan sukar untuk meneruskan operasi.



"Saya juga akan cuba membangkitkan isu yang berkait dengan masa depan guru-guru SAR dan Kafa di negeri ini agar pihak kerajaan negeri memberikan perhatian untuk membela nasib mereka," ujarnya.



Bagi mantan Timbalan Pengarah Hospital Melaka itu, guru-guru SAR dan Kafa sewajarnya mendapat pembelaan daripada kerajaan negeri dari segi gaji, status jawatan dan lain-lain yang berkaitan.



Dalam pada itu, beliau mendapati ramai para pelajar dalam Dun Bukit Baru  berpotensi untuk maju tetapi menghadapi masalah kekangan kewangan.



Menyedari pentingnya pelajaran, beliau merancang untuk mengadakan kelas bimbingan secara percuma kepada para pelajar agar mereka dapat memberikan tumpuan yang sebaik-baiknya untuk mencapai kejayaan.



Justeru, Dr Khalid mengharapkan sumbangan daripada orang ramai bagi mewujudkan kelas-kelas bimbingan dan melaksanakan lain-lain aktiviti kebajikan kepada rakyat yang diwakilinya selaku Adun pertama PAS di negeri ini.



Sumbangan boleh dibuat atas nama Tabung Dana Dun Bukit Baru melalui akaun Maybank 554026265358 atau BIMB 04015010064536. ~harakahdaily






Blog Rasmi Dewan Pemuda PAS Puchong

Posted: 12 Nov 2013 01:10 PM PST

Blog Rasmi Dewan Pemuda PAS Puchong


Ibrahim Libya Bukan Ajaran Sesat Dan Ganas.

Posted: 12 Nov 2013 07:48 AM PST


Dewan Pemuda PAS Selangor melahirkan rasa kesal atas tindakan gopoh akhbar The Star menyenaraikan Ustaz Ibrahim Libya sebagai sesat dan ganas.

Di dalam tulisan akhbar  hari ini di bawah tajuk "Major cases involving violant deviant groups in Malaysia", akhbar ini secara sengaja dan tidak bertanggungjawab meletakkan nama Ustaz Ibrahim Libya bersama-sama ajaran-ajaran sesat dan ganas yang lain seperti Al-Maunah, Tuhan Harun dan  Al-Mahdi.

Ia ternyata satu tindakan berniat jahat untuk mengelirukan masyarakat terhadap PAS kerana tokoh agama Ustaz Ibrahim Libya yang sinonim dengan Tragedi Memali ini adalah sebahagian tragedi yang melibatkan PAS.

DPPNS menafikan sekeras-kerasnya bahawa mereka yang terlibat dalam tragedi ini adalah sesat dan ganas.

Dalam peristiwa 30 tahun lalu ini, Ustaz Ibrahim Libya  bersama anak-anak muridnya yang diserang oleh pihak polis dan mereka yang memulakan serangan. Ternyata ia berbeza dengan 3 kes yang dinyatakan oleh akhbar berkenaan.

Secara tidak langsung akhbar ini turut menghina kebarangakata Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah yang telah mencemar duli menziarahi di pusara Ustaz Ibrahim Libya dan para mangsa tragedi ini. Manakala Allahyarham Tuan Guru Omar Zuhdi, Pondok Lanai, Kedah telah mengeluarkan fatwa bahawa Ustaz Ibrahim Libya dan anak muridnya dikategorikan sebagai syahid. 

Selain itu Majlis Fatwa Negeri Kedah tidak pernah mengeluarkan kenyataan bahawa peristiwa Memali sebagai memerangi golongan sesat sebaliknya sekadar tidak mengesahkan istilah syahid bagi mereka yang terkorban di situ.

Ia ternyata satu perancangan jahat media untuk memburuk-burukkan PAS.

DPPNS menggesa agar akhbar tersebut memohon maaf kepada ahli keluarga Ustaz Ibrahim Libya dan Pas serta menarik balik tulisan berkenaan. Dalam masa sama DPPNS mendesak agar mana-mana pihak yang cuba untuk menyentuh berhubung isu tersebut hendaklah mendapat penjelasan dari pihak Pas terlebih dahulu agar luka yang telah lama terpendam tidak di bongkar sesuka hati oleh mereka yang tidak bertanggungjawab, terutamanya kepada pihak editorial The Star agar lebih berhati-hati pada masa hadapan.

Syarhan Humaizi Halim
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda Pas Negeri Selangor
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Jasindaily Online

Posted: 12 Nov 2013 09:27 AM PST

Jasindaily Online


Tingkat Kawalan dan Henti Intip Program PR - MP Bayan Baru

Posted: 11 Nov 2013 07:18 PM PST

Pasukan polis digesa meningkatkan kawalan keselamatan di sempadan bagi membanteras jenayah penyeludupan senjata api dan berhenti menjalankan intipan terhadap pimpinan Pakatan Rakyat. Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin berkata demikian susulan kenyataan Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Polis Bukit Aman, Datuk Mazlan Mansor bahawa faktor kelemahan pemeriksaan di kawasan sempadan punca penyeludupan senjata api semakin berleluasa. Sim"Kawalan sempadan perlu dipertingkatkan bagi menghalang senjata api diseludup. Polis sendiri boleh menambah anggota di kawasan sempadan bagi menjalankan pemeriksaan dan risikan benteras jenayah. 

"Saya ulangi sekali lagi supaya pihak polis berhenti mencampuri urusan politik. Mereka seharusnya diberi tugasan untuk menjaga keselamatan rakyat dan negara," ujar Sim menyatakan hanya 13 peratus anggota polis terlibat dalam operasi membanteras jenayah manakala 40 peratus yang lain ditugaskan untuk mengintip pemimpin Pakatan. Mazlan semalam dilapor berkata, hasil risikan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati pemeriksaan di kawasan sempadan Malaysia-Thailand hanya dijalankan secara rawak membolehkan kumpulan penjenayah menyeludup senjata api dengan mudah.

 Ini menurutnya membuka peluang kepada segelintir kumpulan penjenayah mengambil kesempatan menyeludup dadah dan senjata api ekoran pemeriksaan longgar di kawasan sempadan Malaysia-Thailand yang berkeluasan 640 kilometer. Hasil analisis pihak polis mendedahkan sebanyak 573 senjata api dirampas termasuk 212 pistol jenis semi-automatik, 134 pistol buatan sendiri, 80 revolver, 15 butir bom tangan, 14 'pump gun' dan 71 pistol angin yang diseludup melalui negara jiran.

Astro Kaut Untung Cekik Rakyat

Posted: 11 Nov 2013 07:14 PM PST

Astro tidak seharusnya menambah beban pengguna dengan menaikkan caj untuk beberapa pakej yang disiarkannya memandangkan syarikat tersebut telah meraih keuntungan besar saban tahun. yahya-sahriMalah Pengerusi Biro Kepenggunaan KEADILAN, Yahya Sahri berkata, Astro yang diberi hak memonopoli khidmat televisyen berbayar seharusnya menyelesaikan terlebih dahulu isu melibatkan kepuasan pelanggan sebelum bertindak menaikkan caj. "Astro ini sudah untung besar, sudah monopoli pasaran. 

Jadi tak wajarlah caj perkhidmatan kepada pengguna dinaikkan. "Apatah lagi bila kita selalu dengar tentang rungutan berkaitan dengan mutu penyiaran Astro yang kurang memuaskan selain penyiaran rancangan yang berulang-ulang," tegas beliau yang mahu Suruhanjaya Komunikasi Malaysia (SKKM) mengkaji cadangan Astro itu. Astro dalam laman sesawangnya memaklumkan akan mengenakan tambahan caj RM2 bagi pakej keluarga dan RM6 bagi pakej sukan bermula 24 November ini.

 Yahya sementara itu berkata, monopoli Astro harus ditamatkan, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan seharusnya meluluskan lesen khidmat televisyen berbayar kepada syarikat lain. Menurutnya ia bagi mewujudkan persaingan sihat di antara penyedia perkhidmatan seperti yang berlaku di antara pembekal perkhidmatan komunikasi selain memberikan lebih pilihan kepada pengguna.ni. Short URL: http://www.keadilandaily.com

Ejen CIA di pejabat Peguam Negara, Najib terus membisu

Posted: 11 Nov 2013 07:10 PM PST

KUALA LUMPUR 12 NOVEMBER: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak perlu menafikan pendedahan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa terdapat ejen CIA bekerja di pejabat Peguam Negara, kata Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin. "Najib perlu tampil menjelaskan dakwaan Mahathir ini adakah ia benar? Pendedahan itu sangat serius kerana melibatkan campur tangan asing dalam pejabat Peguam Negara dan bakal menjejaskan kedaulatan negara," katanya kepada Keadilan Daily.

 Pada 6 November lalu, The Malaysia Insider melaporkan, Mahathir menimbulkan isu dua pegawai CIA itu kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. "Pendedahan Mahathir itu menunjukkan seolah-olah isu keselamatan, dasar dan pertahanan negara sangat mudah diceroboh pihak asing," soalnya yang turut mengaitkan pembabitan firma perunding Zionis, Apco Worldwide dalam pentadbiran Najib. Sementara itu, Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Datuk Dr Tan Kee Kwong berkata, Najib sepatutnya menjawab isu itu sebaik didedah pihak media. "Tindakan membisu membuktikan dirinya seorang pemimpin lemah dan cuai dalam menjaga keselamatan negara. Pendedahan ini sangat serius kerana wujud pelbagai rahsia dan maklumat sulit negara di pejabat Peguam Negara," katanya. Sehubungan itu beliau yang juga Ahli Parlimen Wangsa Maju mendesak siasatan segera dibuat terhadap Gani. 

Lagi pembaziran: PM, TPM guna pesawat eksekutif RM182 juta

Posted: 11 Nov 2013 07:07 PM PST

 Pakatan Rakyat menegur tindakan pimpinan tertinggi kerajaan yang sering menggunakan pesawat eksekutif untuk penerbangan dalam negara dan luar negara. Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke berkata, kos bahan api bagi enam pesawat yang digunakan sepanjang tahun 2012 sebanyak RM14,951,448.04 dan RM167,079,541.80 bagi kos penyelenggaraan adalah sangat tinggi dan merupakan pembaziran. 


 "Ini satu contoh pembaziran perbelanjaan kerajaan terutama pemimpin tertinggi kerajaan. Pesawat eksekutif sering digunakan Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan pegawai tinggi kerajaan," katanya dipetik Harakah Daily pada sidang media di lobi Parlimen semalam. Beliau juga mempersoal keperluan Datuk Seri Najib Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin menaiki pesawat eksekutif walaupun dalam negara sedangkan pesawat biasa sentiasa beroperasi. 

"Persoalanya mengapa perlu setiap kali Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menter nak pergi ke mana-mana penerbangan domestik perlu mengambil pesawat eksekutif setiap kali penerbangan? "Ini melibatkan perbelanjaan tinggi tapi kalau mengambil pesawat komersil kalau kelas ekonomi tak guna perbelanjaan tinggi. "Kerajaan minta rakyat jimat cermat tapi setiap kali itu menunjukkan kerajaan tak kurangkan kos perbelanjaan mereka," katanya yang juga Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP. MP Sementara itu Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar menyarankan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri menggunakan pesawat biasa bagi menjimatkan perbelanjaan negara. "Saya cadang untuk tahun 2014 Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri lebih banyak guna pesawat komersil walaupun ke luar negara.

 Ada pemimpn besar negara maju tak guna pesawat pun. Pesawat eksekutif biarlan digunakan oleh Yang di-Pertuan Agong. "Sangat mengejutkan tantang perbelanjaan bahan api dan penyelenggaraan pesawat ini. Baru-baru ini pun Timbalan Perdana Menteri ulang alik ke Sungai Limau guna pesawat eksekutif. "Ini tak betul sebab ini kempen parti bukan program kerajaan dan kalau program kerajaan pun kerajaan perlu menunjukkan sikap bertanggungjawab dengan guna pesawat komersil kerana pemimpin harus menunjukkan teladan yang baik," katanya. Anthony semalam meminta Perdana Menteri menyatakan jumlah pesawat yang dimiliki oleh Kerajaan Malaysia, model pesawat-pesawat tersebut, kos bahan api dan penyelenggaraan untuk tahun 2012 dan jumlah penerbangan serta destinasinya sepanjang tahun 2012. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim dalam jawapannnya memberitahu, kerajaan pada masa ini memiliki tujuh pesawat yang diistilahkan sebagai Pesawat Eksekutif (VVIP) Kerajaan iatu satu unit Pesawat Falcon, satu unit Global Express, satu unit Boeing Business Jet (BBJ), satu unit Blackhawk, dua unit pesawat Agusta dan satu unit Fokker F28 yang telah dilupuskan dan dihadiahkan kepada Muzium Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM). Short URL: http://www.keadilandaily.com

Saya akan terus siasat, cari penanggungjawaban – Rafizi

Posted: 11 Nov 2013 07:06 PM PST

KUALA LUMPUR 11 NOVEMBER: Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli tekad akan terus menyiasat untuk mencari penanggungjawaban terhadap skandal penyelewengan RM250 juta dana projek National Feedlot Corporation (NFC). Rafizi"Saya akan terus menyiasat dan mencari kebertanggungjawaban isu NFC ini walaupun selepas kes saman ini digugurkan," kata Rafizi. Beliau mengulas pembatalan saman RM100 juta oleh Datuk Seri Shahrizat Jalil terhadapnya dan Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin setelah Ketua Wanita Umno itu menarik balik saman tersebut. Penarikan saman itu dibuat di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Vazeer Alam Mydin Meera pagi ini. 

Dalam saman yang difailkan pada 19 Januari tahun lalu, Shahrizat mendakwa Rafizi dan Zuraida membuat kenyataan fitnah berhubung pendedahan mereka mengenai projek NFC. Namun pada 9 Mac pula, Rafizi dan Zuraida memfailkan saman balas di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu berhubung satu ucapan didakwa berbaur fitnah yang diujarkan bekas menteri tersebut. 

Jelas Rafizi sebelum ini, langkah itu diambil untuk memastikan kes melibatkan syarikat NFC yang diusahakan keluarga menteri itu terus dibawa ke mahkamah. Saman balas itu diambil kerana khuatir pihak plantif mungkin mengambil keputusan melengah-lengahkan perbicaraan ini atau menarik balik saman dalam masa terdekat untuk mengelakkan dokumen penting dan pemimpin tertinggi BN diseret ke mahkamah untuk memberi keterangan. 

Kes NFC: Shahrizat tarik balik saman RM100 juta terhadap Rafizi, Zuraida

Posted: 11 Nov 2013 07:04 PM PST

KUALA LUMPUR 11 NOVEMBER: Kes saman RM100 juta Datuk Seri Shahrizat Jalil terhadap Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli dan Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin dibatalkan setelah Ketua Wanita Umno itu menarik balik saman tersebut. Menurut Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan, penarikan itu dibuat Shahrizat tanpa sebarang syarat. Dalam saman yang difailkan pada 19 Januari tahun lalu, Shahrizat mendakwa Rafizi dan Zuraida membuat kenyataan fitnah berhubung dakwaan mengenai projek National Feedlot Corporation (NFC). Penarikan saman itu dibuat di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Vazeer Alam Mydin Meera pagi ini.

Lebih separuh lokap, bilik soal siasat polis tiada CCTV

Posted: 11 Nov 2013 07:04 PM PST

KUALA LUMPUR 9 Nov: Peruntukan untuk memasang kamera litar tertutup (CCTV) di lokap dan bilik-bilik soal siasat tidak digunakan sepenuhnya oleh polis, kata Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sean. Menurutnya, berdasarkan jawapan Menteri Dalam Negeri di parlimen 7 November lalu, sebanyak 389 lokap masih belum dipasang CCTV daripada sejumlah 730 buah lokap. Manakala daripada sejumlah 107 bilik soal siasat, 57 masih tidak dilengkapi kamera tersebut. "Ini menjadi salah satu punca kes kematian dalam tahanan kerap berlaku di Negara ini," katanya merujuk kes Cheah Chin Lee, 36, yang dijumpai mati dalam lokap Tanjong Tokong 13 Ogos tahun lalu. 


Menurutnya, laporan bedah siasat yang mendapati mangsa "menggantung diri sendiri" amat mencurigakan dan mendiang dijumpai mati selepas lima jam ditahan. "Alasan-alasan lain yang digunakan PDRM sekiranya terdapat kematian dalam tahanan ialah mangsa mengalami masalah kesihatan. "Di dalam kes ini, terdapat rakaman CCTV tetapi tidak ada rakaman audio menyebabkan kesukaran kepada mahkamah untuk mengenalpasti kejadian tersebut," ujarnya. Katanya, punca kematian boleh dimanupilasi pihak polis kerana tiada rekod keluar-masuk anggotanya ke dalam lokap mahupun bilik siasatan. 

Dalam Bajet 2014 yang diumumkan baru-baru ini, RM128 juta diperuntukkan bagi memperkasa perkhidmatan dan penaiktarafan PDRM. Selain itu, sebanyak 20 juta diperuntukkan untuk memasang 496 unit CCTV di 25 kawasan Pihak Berkuasa Tempatan. "Justeru, saya mengharapkan peruntukan yang diumumkan perlu mengambil berat aspek keselamatan tahanan-tahanan di dalam lokap dan bilik soal siasat agar kes-kes seperti Cheah tidak berulang lagi," ujarnya.

N45 Dr Halimah Ali

Posted: 12 Nov 2013 09:23 AM PST

N45 Dr Halimah Ali


Takziah Buat Keluarga Cikgu Loo dan Cikgu Lee

Posted: 11 Nov 2013 06:57 PM PST

"Kejadian ini berkemungkinan ada kaitan dengan permohonan Aivern untuk menukar jurusan pengajian dalam bidang perubatan pada pertengahan Ogos, tetapi ditentang sekeras-kerasnya oleh keluarga.
 Mungkin dirinya tertekan sehingga bertindak di luar batasan." seperti dilaporkan sinar harian.

Ibu bapa harus bertolak ansur dan mengkaji alasan kenapa anak mereka mahu menukar jurusan atau bidang pengajian di IPT. Mereka harus "menelan ego" dan menerima kenyataan bahawa anak mereka menghadapi masalah menyesuaikan diri atau kehilangan minat untuk meneruskan pengajian, walaupun telah bergolok bergadai.

Pelajar perubatan ditemui mati


KUALA PILAH – Seorang lelaki ditemui mati dalam keadaan tertiarap di dalam bilik tidur ibu bapanya, di Taman Pilah Perdana, di sini, kelmarin.

Mayat Aivern Loo, 21, pelajar tahun ketiga jurusan perubatan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ditemui ibunya, Lee Tai Giok, 56, kira-kira jam 12 tengah hari.

Menurut bapa mangsa, Loo Kwee Wah, 56, Aivern pulang untuk bercuti semester sejak 3 November lalu.

"Seperti biasa, saya dan isteri keluar rumah jam 7 pagi memandangkan saya bertugas sebagai Guru Penolong Kanan 1 di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina (SMJKC) Chung Hua, manakala isteri saya bertugas sebagai guru di Sekolah Menengah Tuanku Muhammad, Kuala Pilah. Ketika itu Alvern sedang tidur seorang diri di biliknya.

"Namun, pada jam 9 pagi  semalam (kelmarin), saya dihubungi pihak pengurusan dekan UKM memaklumkan Aivern tidak hadir pada sesi perjumpaan di universiti berkenaan berkaitan keputusannya untuk bertukar jurusan," katanya dekat sini.

Selepas itu, kata Kwee Wah, dia cuba beberapa kali menghubungi anaknya tetapi gagal. 

Curiga dengan keadaan ini, Kwee Wah menyuruh isterinya segera pulang rumah untuk melihat keadaan Aivern.

"Sejurus tiba di rumah jam 12 tengah hari, isteri saya menemui Aivern dalam keadaan tertiarap dengan kepala berselubung plastik putih dan muka berlumuran darah di dalam bilik tidur kami di tingkat atas.

"Isteri saya membuka plastik di kepala Aivern, namun mendapati dia sudah tidak bernyawa sebelum menghubungi saya," katanya.

Sementara itu, Kwee Wah berkata, kejadian itu berkemungkinan ada kaitan dengan permohonan Aivern untuk menukar jurusan pengajian dalam bidang perubatan pada pertengahan Ogos, baru-baru ini.

"Kami menentang sekeras-kerasnya permohonan Aivern untuk menukar jurusan itu tetapi beberapa hari lalu kami mengalah dan bersetuju mengikut kehendaknya. Mungkin dirinya tertekan sehingga bertindak di luar batasan.

"Aivern merupakan anak sulung daripada dua beradik, sementara  adiknya kini sedang menuntut di Universiti Malaya dalam jurusan perakaunan," katanya.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Azmi Abdul Rahim berkata, siasatan awal mendapati, tali pinggang yang diikat pada gril tingkap di bilik ibu bapa mangsa putus dan dipercayai mangsa menggantungkan diri di situ.

"Tali pinggang tersebut terputus menyebabkan muka mangsa tersembam ke lantai sehingga sebahagian mukanya hampir pecah.

"Tiada kecederaan lain ditemui dan kesemua pintu serta tingkap berkunci sebaik ibunya tiba di rumah, malah tiada kesan pergelutan ditemui. Keadaan di dalam rumah juga tidak berselerak dan tiada barang hilang," katanya.

Katanya, kes masih disiasat dan diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

KHIDMAT MERU

Posted: 12 Nov 2013 09:11 AM PST

KHIDMAT MERU


Menziarahi Allahyarham Ust Latif Al Hafiz.

Posted: 11 Nov 2013 06:29 PM PST





Anak Ketua Kampung Sementa Tuan Hj Mat Ellah yg meninggal dunia meninggalkan seorang isteri dan 8 orang anak. Allahyarham berumur 41 tahun dan meninggal dunia diserang sakit jantung.

Sempat menziarah jenazah Allahyarham Ahmad bin Busu. Al fatihah.

Posted: 11 Nov 2013 06:26 PM PST








Serahan sumbangan utk golongan miskin dikalangan orang India di Batu Belah bersama Yb Maneyvannan dan Ketua Komunity Mr Mathuraiveeran.

Posted: 11 Nov 2013 06:22 PM PST







Bersama tenaga pengajar dan ibu bapa di Pasti Edu Kids Puncak Alam.

Posted: 11 Nov 2013 06:13 PM PST




 Anak2 bagai batu permata dan ibu bapa sebagai pengukirnya. Kalau baik ukirannya maka ia akan jadi permata berharga dan rebutan...namun kalau sebaliknya...ianya hanya akan menjadi batu permata yg tidak ada nilai dimata masyarakat.

Kunjungan kerumah Yb Meru oleh pelajar2 Sekolah Rendah Agama Ar Razi sebelum berangkat melawat beberapa tempat bersejarah.

Posted: 11 Nov 2013 06:04 PM PST







Perasmian Hari Anugerah Graduan Cilik di Takis Al Islah di SRA Meru.

Posted: 11 Nov 2013 05:55 PM PST








Yb Meru merasmikan Hari Kecemerlangan Pelajar Pasti di 3 lokasi berlainan di DUN Meru.

Posted: 11 Nov 2013 05:44 PM PST











Majlis dailog bersama Ahli-ahli Parliament Western Australia yg datang berkunjung ke Negeri Selangor.

Posted: 11 Nov 2013 05:42 PM PST





Banyak pengalaman baru yg mereka mengaku mereka pelajari dari pentadbiran PR di Selangor.

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh

Posted: 12 Nov 2013 07:23 AM PST

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh


MAJLIS KONVOKSYEN PASTI KAWASAN BAGAN DATOH 2013 : MERIAH DAN PENUH MAHABBAH

Posted: 12 Nov 2013 02:36 AM PST

ISU AKHBAR AL-WATTAN MESIR : TG. ABDUL HADI NAFI DAN AKAN AMBIL TINDAKAN!

Posted: 11 Nov 2013 09:14 PM PST

Comments:

There are 0 ulasan for BLOG - BLOG PARTI PAS

Catat Ulasan