Suara Sri Andalas Posted: 02 Oct 2013 11:34 PM PDT PRK DUN Sungai Limau : Penamaan – 23 Oktober , Undi – 4 November Posted: 02 Oct 2013 10:01 PM PDT SHAH ALAM 3 OKT : Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 23 Oktober 2013 adalah hari penamaan calon dan 4 November 2013 hari pengundi untuk Pilihanraya Kecil (PRK) DUN Sungai Limau.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof mengumumkan demikian selepas mempengerusikan mesyuarat khas SPR di Putrajaya hari ini.
Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mohd Akin, dalam reaksinya di twitter mempersoalkan tarikh itu yang penamaan calon dibuat pada hari Rabu manakala hari pengundian pada hari Isnin yang merupakan hari bekerja.
Seramai 27,222 pemilih berdaftar bagi PRK ini dengan 27,220 pemilih berdaftar biasa dan dua lagi tidak hadir kerana berada di luar negara. Tidak ada pengundi-pengundi awal bagi PRK kali ini.
PRK DUN Sungai Limau diadakan berikutan kematian penyandangnya, Tan Sri Azizan Abdul Razak pada Khamis lepas setelah lebih empat bulan mengalami masalah kesihatan serius. Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) Mei lepas, Azizan yang juga mantan menteri besar Kedah memperoleh 13,294 undi menewaskan sepupunya, Mohd Fazillah Mohd Ali daripada BN dengan majoriti 2,774 undi.
Sumber: selangorku | PCA Tindakan Terkebelakang Kerajaan BN Dalam Perjuang Hak Asasi Manusia Posted: 02 Oct 2013 09:58 PM PDT SHAH ALAM 3 OKTOBER : Kerajaan Barisan Nasional (BN) mengambil tindakan terkebelakang dalam mempertahankan kebebasan manusia apabila meluluskan kembali pelaksanaan tahanan tanpa bicara, tegas Human Rights Watch (HRW).
Timbalan Pengarah Asia HRW, Phil Robertson, berkata beliau mengecam pindaan Rang Undang-undang Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan) 2013 (PCA) kerana melanggar kebebasan manusia tanpa mencapai matlamat sebenarnya untuk mengurangkan jenayah.
"Kerajaan perlu segera membatalkan pindaan itu yang akan mengembalikan semula penahanan tanpa perbicaraan ," kata Robertson dalam satu kenyataan.
Kata Robertson, dengan pindaan itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan mengancam kebebasan rakyat dan memberikan gambaran buruk reputasi negara di peringkat dunia. Beliau menyeru Najib Razak mengotakan janjinya pada September 2011 untuk membawa negara yang menghormati semangat demokrasi dengan keamanan serta undang-undang dipertahankan sejajar dengan keluhuran perlembagaan dan undang-undang. Sebelum ini, usaha wakil rakyat Pakatan Rakyat untuk menggagalkan kelulusan rang undang-undang itu tidak berjaya apabila ia diluluskan dengan suara majoriti daripada penyokong kerajaan Barisan Nasional.
Sumber: Selangorku | Be More Prudent in Spending, Leave Your Jet at Home, DAP Tells Najib Posted: 02 Oct 2013 09:55 PM PDT Prime Minister Datuk Seri Najib Razak has been urged to ditch his private jet and travel in first-class on his official trips overseas to cut gvoernment spending.
The call was made by Nga Kor Ming (DAP – Taiping) who said Najib must emulate his Singapore counterpart Lee Hsien Loong who travels in first-class.
"From 2010 to 2013, the government paid RM86.4 million in rent for Najib's private jet," Nga told reporters in Parliament today.
He said in addition, RM16.515 million was spent on maintenance of the jets.
"In total, RM100.47 million was forked out for Najib's private jet in only three years," he added.
He said in addition to the cost of the private jet, a whopping RM42 million was spent annually on Najib's foreign trips since 2008. Source: The Malaysian Insider | Auditor-General’s Report Points to Failure of Putrajaya’s Anti-Graft Agencies, Says Economist Posted: 02 Oct 2013 09:43 PM PDT A renowned economist said that government agencies have failed in their task to tackle graft and financial leakages as shown by the latest Auditor General's Report.
Tan Sri Kamal Salih named the Malaysian Anti-Corruption Commission and the Public Accounts Committee as those without "teeth" in fighting graft and wastage of public funds, which he said have now become a "culture".
"It's a culture, people are in their comfort zone and they get away with a lot of things," said Kamal at a forum held at the launching of the book Malaysia@50 by prominent economist Jomo Kwame Sundaram and academic Wee Chong Hui.
Kamal said PAC's findings are not followed-up or debated, saying the committee only meets government officers and reviews issues raised by the Auditor-General. He said they then would go back to the government who would then tell them that "action has been taken".
The Auditor General's Report 2012 was released on October 1 and revealed multiple cases of corruption, overspending and wastage by civil servants, government-linked contractors and ministries. From the flagrant abuse of government funds for a study trip abroad amounting to over RM300,000 to missing guns rumoured to have "fallen" into the ocean, the open disregard of the Auditor General's findings has angered Malaysians. Kamal, a former executive director of the Malaysian Institute of Economic Research (MIER), also took the Attorney-General's Chambers (AGC) to task for not holding anyone accountable for graft. "The AGC is also dysfunctional. There are a lot of distortions going on," said the Universiti Malaya adjunct professor, who was himself a member of the PAC. He also noted that poor accounting by government departments had consistently caused ministries to overspend and not helping the government to narrow its fiscal deficit. "Malaysia's operating budget has been going up very fast. The government needs to revise its accounting regularly instead of being 'surprised' when over-budgeting occurs," said Kamal, who was once the Wangsa Maju Member of Parliament. Malaysia has been facing a budget deficit – the amount the government spent over the amount it raised – of 4.5% of its gross domestic product (GDP) last year. Meanwhile, its debt to GDP is at 53.1%, drawing close to the government-set ceiling of 55%.
Source: The Malaysian Insider | SPRM Siasat Pembelian Apartmen Mewah Felda di London Posted: 02 Oct 2013 09:36 PM PDT Pembelian kompleks apartmen mewah Felda bernilai £98 juta (RM497 juta) sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan dijangkakan menjejaskan peluang Tan Sri Isa Samad dalam perebutan jawatan naib presiden Umno.
The Malaysian Insider difahamkan terdapat ketidakpuashatian dikalangan pemimpin Umno berhubung perbelanjaan besar dibayar oleh Felda Investment Corp (FIC) UK Properties untuk Grand Plaza Serviced Apartments di kawasan Bayswater, London yang terkenal dikalangan rakyat Malaysia menetap di ibukota United Kingdom (UK) itu.
"Harganya imenjadi buah mulut orang Umno kerana ianya terlalu mahal dan sesuatu yang tidak seharusnya Felda laburkan," kata seorang "warlord" Umno kepada The Malaysian Insider. "Terdapat cukup kontroversi berhubung penyenaraian FGVH, jadi kita tidak mahu satu lagi peluru untuk pembangkang gunakan," katanya merujuk kepada penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Bhd tahun lepas. Difahamkan juga SPRM sedang mengkaji perkara ini untuk melihat sama ada terdapat unsur rasuah dalam perjanjian yang dimuktamadkan 4 September lepas. Sumber memberitahu SPRM sedang bekerjasama dengan pihak-pihak lain untuk menyiasat perkara ini. "Ini merupakan perkara sensitif kerana ia melibatkan agensi yang dipengerusikan oleh pemimpin Umno yang bertanding. Ia tidak seharusnya dilihat sebagai cara untuk mengalahkan Isa," kata satu sumber kepada The Malaysian Insider. Isa merupakan salah seorang daripada tiga pencabar kepada tiga penyandang jawatan naib presiden Umno iaitu Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein. Isa (gambar) yang popular itu dinamakan sebagai pengerusi Felda dua tahun lalu dan FGVH tetap disenaraikan walaupun terdapat bantahan daripada sesetengah peneroka yang takut mereka kehilangan kawalan terhadap tanah mereka. Beliau mempertahankan pembelian itu apabila Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mempersoalkan jumlah dibayar untuk membeli Grand Plaza Serviced Apartments minggu lepas dan apa untungnya terhadap sejuta peneroka Felda. "Ini bukan isu luar biasa. Tabung Haji juga beli beberapa bangunan di London," kata bekas menteri besar Negeri Sembilan itu bulan lepas merujuk kepada Lembaga Tabung Haji. "Kami membeli kerana kami mahukan asset," tambah beliau. Felda dan anak syarikatnya FGVH sebelum ini membelanjakan RM86 juta untuk membeli Grand Borneo Hotel di Kota Kinabalu, RM110 juta untuk pembuat kad pintar dan pemaju pertanian kampung Iris Corp dan hartanah di UK. Grand Plaza merupakan apartmen mewah terbesar di London yang mempunyai 198 unit apartmen dan seluas 105,044 kaki persegi. Terletak berhampiran dengan stesen subway Bayswater, 90% daripada unit penuh setiap bulan dan Isa mengatakan ianya di tangga pertama dalam carian Google dan 75% daripada penjualan berlaku secara atas talian. Akan tetapi pengkritik mengatakan Felda seharusnya melabur kepada sektor perladangan berbanding dengan hartanah atau berkaitan dengan pelancongan. "Terdapat untung lebih besar jika ia melakukan kajian dan pembangunan untuk produk kelapa sawit berbanding dengan urusan hartanah," kata seorang pegawai dari syarikat berkait kerajaan. "Agak menghairankan melihat Felda membeli asset bukan teras apabila Khazanah Nasional Bhd dan Permodalan Nasional Bhd melepaskannya untuk menggalakkan keusahawanan," tambahnya.
Sumber: The Malaysian Insider | 12 RUU Pindaan Ditarik Balik, PCA Lulus Tengah Malam Posted: 02 Oct 2013 09:25 PM PDT Kesemua 12 rang undang-undang pindaan yang dibentang di Parlimen bersama Akta Pencegahan Jenayah (PCA) ditarik balik.
NONEMenteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri (BN-Batang Sadong) mengusulkan untuk menangguh bacaan kedua untuk pindaan berkaitan hari ini.
Bagaimanapun, pindaan terhadap Akta Pencegahan Jenayah (PCA) diluluskan tengah malam tadi, sekali gus memberikan kuasa kepada Putrajaya untuk menahan suspek tanpa perbicaraan untuk tempoh dua tahun.
Wakil pembangkang berhujah, kuasa yang mahu diberikan itu melanggar prinsip keadilan dan boleh disalah guna. Sumber: MalaysiaKini | Laporan Audit Dedah Kecurangan Kerajaan, Salah Urus Tadbir Posted: 02 Oct 2013 09:17 PM PDT KUALA LUMPUR 2 OKTOBER: Kecurangan penggunaan wang rakyat seperti yang didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara akibat daripada kegagalan urustadbir kerajaan, kata Naib Presiden KEADILAN, Fuziah Salleh. Beliau berkata, kerajaan gagal mengamalkan beberapa prinsip yang terkandung dalam tatakelola pentadbiran yang baik seperti akauntabiliti, integriti dan ketelusan. Fuziah Salleh"Pendedahan laporan itu menunjukkan wang rakyat gagal diurus dengan baik. Begitu banyak pembaziran dan peruntukan yang diberikan hangus begitu sahaja," ujarnya kepada Keadilan Daily. Ahli Parlimen Kuantan itu turut bimbang soal keselamatan negara apabila Audit mendapati sebanyak RM1.33 juta aset polis termasuk senjata api dan gari hilang di bawah jagaan pasukan itu. "Bayangkan aset penting seperti itupun gagal dikendali dengan baik. Adakah keselamatan rakyat terjamin di bawah kawalan polis yang jelas mempunyai kelemahan. "Itu belum termasuk Jabatan Kastam yang menempah kasut tidak mengikut spesifikasi ditetapkan, kemudian membakarnya. Tindakan ini seolah-olah membakar duit rakyat," katanya. Beliau mempersoal kegagalan kerajaan mengambil tindakan konkrit untuk memastikan ketirisan wang rakyat tidak berulang. "Harus difahami bahawa Laporan Audit itu membabitkan banyak aspek termasuk pemerolehan, tender yang tidak mengikut spesifikasi dan sebagainya sehingga membolehkan pemberian projek dan tender kepada kroni. "Siasatan perlu untuk membasmi aktiviti yang merugikan aset rakyat seperti ini," tegas Fuziah.
Sumber: KeadilanDaily | Belanja Melampau - Kerajaan Khianati Wang Rakyat Tanpa Rasa Bersalah Posted: 02 Oct 2013 09:06 PM PDT KUALA LUMPUR 2 OKTOBER: Wang rakyat dikhianati tanpa rasa bersalah. Itu yang berlaku apabila kerajaan boros membelanjakan sejumlah wang yang tinggi tetapi berakhir dengan pembaziran.
Membidas salah laku kerajaan yang dibongkar menurut Laporan Ketua Audit Negara 2012, Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail kesal kerana wang yang sepatutnya dibelanjakan untuk manfaat rakyat diseleweng dan sia-sia. "Sekali lagi Laporan Audit terbaru menghidangkan cerita pembaziran dan perbelanjaan melampau…wang rakyat dikhianati tanpa rasa bersalah! "Menguruskan wang negara ibarat menjaga darah sebatang tubuh, jika terpotong dan darah keluar tak terkawal, nescaya lemah tubuh itu," sinisnya di twitter. Turut sama mengecam pelbagai ketirisan dan penyelewengan yang dilapor, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Setia dan bekas Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad. "Pembaziran, rasuah dan kecuaian di jabatan-jabatan kerajaan suatu penghinaan kepada penjawat-penjawat awam dan kebajikan mereka," kata beliau yang juga Timbalan Speaker DUN Selangor.
Sumber: KeadilanDaily | Pakatan Kecam Ketirisan Berulang Tapi Tiada Tindakan Posted: 02 Oct 2013 09:02 PM PDT KUALA LUMPUR 2 OKTOBER: Pakatan Rakyat mencadangkan satu Jawatankuasa Majlis Tindakan diwujudkan bagi memastikan segala ketirisan yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara diambil tindakan tegas. Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, jawatankuasa itu perlu dianggotai oleh Timbalan Perdana Menteri, Ketua Pembangkang dan Ketua Audit Negara. Ini berikutan setiap kali laporan dibentangkan, masih terdapat ketirisan yang berlaku dan insiden ini tidak pernah diambil tindakan tegas. "Ia bagi membincangkan bentuk tindakan yang perlu diambil bagi mereka yang didapati menyeleweng. "Kita lihat laporan audit merekodkan terlalu banyak ketirisan berlaku terutamanya dalam isu-isu pembelian aset sepertimana tahun-tahun lepas. Tapi tidak ada satu pun tindakan tegas diambil walaupun perkara itu dilaporkan," kata Ahli Parlimen Bagan itu pada sidang media di lobi Parlimen hari ini. Sementara itu, Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali melihat isu ketirisan menjadi kelaziman di dalam agensi kerajaan yang dipandang remeh tanpa penguatkuasaan. Beliau yang juga Ahli Parlimen Gombak turut kesal apabila laporan diserahkan pada saat akhir perbahasan agar Ahli Parlimen Pakatan Rakyat tidak dapat membahasnya pada sidang kali ini. "Kita akan perincikan perkara ini dan bahaskan pada sesi Parlimen yang akan datang," katanya. Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar turut bersetuju dengan cadangan tersebut dan melihat ia langkah terbaik untuk menangani insiden yang selalu berulang. "Laporan ini menunjukkan ketirisan akibat dari salah guna kuasa dalam urus tadbir kerajaan, sentiasa berulang setiap tahun. "Ini mengesahkan kerajaan tidak pernah ambil iktibar daripada apa yang berlaku serta tidak memandang berat cadangan Ketua Audit," jelasnya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena. Tegas beliau, sepatutnya kerajaan mengenalpasti apakah bentuk mekanisma untuk mengelak perkara yang sama tidak berulang. "Kelemahan ketara kerajaan adalah langsung tidak mengambil perhatian terhadap laporan audit. "Hanya sekadar memenuhi peraturan undang-undang yang setiap kementerian perlu diaudit, tindakan tiada dan tahun depan benda yang sama diulangi," katanya, lapor Harakah Daily.
Sumber: HarakahDaily.Net | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan