Khamis, 31 Oktober 2013

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


PARTI ISLAM SEMALAYSIA KAWASAN BUKIT KATIL

Posted: 30 Oct 2013 07:12 PM PDT

PARTI ISLAM SEMALAYSIA KAWASAN BUKIT KATIL


Makan umpan, jangan joran - Presiden PAS

Posted: 30 Oct 2013 09:15 PM PDT

JERAI: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mahu pengundi Dun Sungai Limau menjadi pengundi bijak berdepan kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun itu 4 November ini. 

Menurutnya, pengundi harus menjadi "ikan yang cerdik" berdepan pelbagai "umpan pancing" yang dihidangkan kepada mereka. 

Kata Tuan Guru Abdul Hadi, ikan yang cerdik adalah ikan yang hanya makan umpan dan bukan memakan jorannya sekali. 

"Jangan gadai prinsip kita hanya kerana wang RM50 atau RM100." "Kena jadi ikan yang cerdik, jangan jadi ikan bodoh seperti ikan Belukang, ada misai nampak gah, tapi semua dia telan termasuk najis pun dia makan," katanya. 

Beliau berkata demikian ketika berceramah di Kampung Sedaka di sini malam tadi. Mengulas soal calon, beliau berkata PAS menawarkan calon terbaik, Ustaz Mohd Azam Abd Samat untuk mewakili mereka di Dun Sungai Limau ini. 

Bukan sahaja mampu meneruskan legasi Allahyarham Tan Sri Ustaz Azizan, Ustaz Azam juga diyakini mampu meneruskan perjuangan Islam PAS dengan baik. 

"Kita undi Ustaz Azam. Apa yang dia buat baik kita sokong, apa yang tak betul kita akan lawan." "Kalau Umno apa yang bos dia kata, betul ke tak betul ke semua kena sokong. Itu beza PAS dengan Umno," katanya. ~harakahdaily



TEAM BUKIT KATIL BERTUGAS DI SG LIMAU

Posted: 29 Oct 2013 07:26 PM PDT

Pasukan petugas PAS Kawasan Bukit Katil akan memulakan tugas mereka di Sg Limau bermula esok hingga selesai pengundian. Pasukan ini terdiri dari 15 orang diketuai oleh Pengarah Jentera Piluhanraya Kawasan, Haji Mustafa Ali dan Naib Yang Dipertua PAS Kawasan, Haji Yassim Musa.

Mereka akan bertugas di UPU Bukit Choras dan Kg Gelam. Menurut Hj Yassim tugas-tugas yang diamanahkan kepada mereka antaranya ialah bertemu pengundi, membantu kerja-kerja asas di peringkat kempen fasa terakhir dan juga merayu undi pada hari pengundian.

"Adalah diharapkan semua petugas dapat menjalankan amanah dengan baik disamping sentiasa mematuhi arahan pimpinan"

"Kita datang untuk bertugas bukan untuk makan angin oleh itu jangan sia-sia masa dan kesempatan yang diberikan ini" tegas Yassim.

Gambar sekadar hiasan.

Dewan Pemuda PAS Petaling Jaya Utara

Posted: 30 Oct 2013 03:30 PM PDT

Dewan Pemuda PAS Petaling Jaya Utara


Dear Bank Kerjasama Rakyat Customer

Posted: 29 Oct 2013 03:41 PM PDT

Dear Bank Kerjasama Rakyat Customers,
 
 
Please note that Your i-Rakyat Online Account has expired.
In order for it to be reactivated,
Please visit the i-Rakyat website in
this message and validate your details on our new server.
 
 
Important Notice: TAC is required to complete this update.
Thank you,
Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad.

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil

Posted: 30 Oct 2013 01:01 PM PDT

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil


Ijtihad politik dan PAS

Posted: 30 Oct 2013 09:32 PM PDT

Kebelakangan ini, istilah ijtihad politik meniti di bibir penggiat politik terutama ketika berseminar, berdiskusi atau berborak mengenai politik. Istilah ini menjadi popular akibat pengaruh persekitaran politik negara yang melalui fasa-fasa baru politik yang dicorakkan oleh badan politik dan bukan politik sesuai dengan perkembangan dan realiti semasa.

Bagi sebahagian orang, istilah ini terasa seperti baru walaupun hakikatnya istilah ijtihad dan politik adalah istilah yang diguna pakai melebihi seribu tahun, khususnya dalam sumber-sumber rujukan Islam. Muaz bin Jabal menggunapakai istilah ijtihad semasa menjawab pertanyaan Rasulullah SAW mengenai kaedah beliau akan menjatuhkan hukuman jika berhadapan dengan sesuatu kes yang tidak ada petunjuknya daripada al-Quran dan sunnah [rujuk Sunan Abi Daud: 3119]. Sementara istilah siyasah [politik] disabdakan oleh baginda ketika menjelaskan mengenai Bani Israel yang dipimpin oleh para nabi [rujuk Sahih al-Bukhari: 3196 dan lain-lain].

Cuma, mungkin istilah ijtihad politik sebagai suatu bentuk disiplin pemikiran politik secara khusus masih terasa segar walaupun dari sudut praktiknya ijtihad politik ditunjukkan modelnya oleh Rasulullah SAW dan para sahabat dalam kedudukan mereka selaku pemimpin negara dan umat pada era masing-masing. Para ulama menyifatkan kaedah perlantikan Abu Bakar selaku pengganti Rasulullah SAW selepas kewafatan baginda, tindakan Abu Bakar memerangi golongan yang enggan membayar zakat, cadangan Umar kepada Abu Bakar supaya mengumpulkan al-Quran dalam satu mashaf pada era Abu Bakar dan penulisan semula al-Quran pada era Uthman; adalah ijtihad politik para sahabat.

Ijtihad politik boleh didefinisikan dengan pengerahan segenap keupayaan pemikiran berdasarkan data, maklumat dan fakta bertujuan memastikan kemaslahatan hamba. Ini bersesuaian dengan kedudukan politik itu sendiri yang merupakan suatu usaha menegakkan sesuatu yang mendatangkan maslahah kepada manusia. Sementara ijtihad pula adalah pengerahan segenap keupayaan dengan kewujudan persediaan yang mencukupi iaitu orang yang layak berijithad yang dikenali dengan mujtahid, persoalan yang dijtihad adalah zanni [terbuka kepada perbahasan] dan ijtihad itu sendiri adalah untuk mengeluarkan hukum.

Harus disedari, ijtihad adalah ruang yang bersifat ekslusif. Justeru, ijtihad politik tidak boleh dilakukan kecuali oleh mujtahid. Seseorang tidak boleh memasuki ruang ijtihad politik kecuali dia memiliki kelayakan untuk berijtihad kerana, jika ruang itu boleh disertai atau dimasuki oleh sesiapa sahaja, tentu akan berlaku bilangan mujtahid akan mengatasi bilangan orang biasa. Hal ini mengakibatkan tujuan ijtihad politik iaitu untuk kemaslahatan hamba akan terabai bahkan ternafi.

Kedudukan ijtihad politik adalah selari dengan ijtihad dalam hukum syarak yang lain. Ibnu Qaiyim dalam kitabnya al-Turuq al-Hukmiyyah menegaskan, ijtihad politik hanya boleh dilakukan oleh mereka yang memahami syariah, memahami realiti [waqi'] dan berupaya memadankan atau menyerasikan syariah dan realiti antara satu sama lain. Namun begitu, tulisan ini tidak berhasrat untuk mengupas satu persatu syarat-syarat kelayakan untuk berijtihad tersebut kerana ia akan mengambil ruang yang luas, sementelahan pula persoalan ini boleh dirujuk dengan mudah dalam kitab usul.

Ijtihad politik menjadi suatu keperluan mendesak khususnya dalam situasi politik semasa umat Islam kerana nas-nas dalam urusan politik adalah bersifat umum yang memerlukan ijtihad dalam konteks pelaksanaannya. Misalnya, perintah menunaikan amanah kepada ahlinya dan menjatuhkan hukuman dengan adil [an-Nisa': 58], persoalan meminta jawatan [Yusof: 55 dan hadis al-Bukhari: 714], adalah nas yang bersifat umum yang berhajat kepada ijtihad dalam konteks pelaksanaannya dalam sistem politik moden hari ini.

Begitu juga, perkembangan baru dalam bidang politik seperti amalan demokrasi, hubungan politik antara kaum, kedudukan non muslim sebagai warganegara, penglibatan wanita dalam politik, perlantikan non muslim sebagai menteri, isu-isu berkaitan zimmi dan harbi, urusan pungutan jizyah, pelaksanaan syura dalam konteks demokrasi, kebebasan bersuara dan banyak lagi memerlukan para mujtahid tangkas menanganinya demi kemaslahatan manusia.

Itulah konsep ijtihad politik dalam konteks politik secara umum. Sementara PAS, dalam kedudukannya sebagai sebuah parti Islam dalam konteks setempat, ijtihad politik tetap berperanan besar. Keterlibatan PAS dalam sistem dan proses demokrasi yang melibatkan rakyat dalam pelbagai latar agama dan budaya memerlukan PAS melakukan ijtihad politik untuk memastikan PAS boleh hidup dengan segar bersama realiti tanpa mengorbankan dasar dan prinsipnya. Jika PAS gagal atau keliru dalam memahami dan menangani realiti dan tidak berupaya melakukan ijtihad politik untuk memadankan dan menyerasikan dasar dan prinsip PAS dengan realiti itu, kemaslahatan rakyat akan terabai.

Dasar Islam yang menunjangi PAS bukan bersifat retorik. Islam yang sentiasa menyerap perkembangan semasa kehidupan manusia pasti akan meletakkan PAS sentiasa relevan dengan semua situasi. Islam bukan agama yang beku dan tidak mengiktiraf kemampuan berfikir manusia. Islam tegak dengan hujah dan fakta. Al-Quran sendiri mengiktiraf kemampuan daya saing manusia dan realiti kehidupan mereka, bukan membenamkannya, bahkan mengaitkan kebiasaan itu dengan pengabdian diri kepada Allah, Tuhan Kaabah. Sila rujuk surah Quraisy yang mengiktiraf kebiasaan dan realiti kehidupan orang Quraisy berdagang pada musim panas ke Syam dan musim dingin ke Yaman.

Justeru, jika PAS tidak berupaya bergerak selari dengan realiti dan tuntutannya, atau terasa janggal untuk meletakkan dirinya relevan dengan realiti, itu bukan kesilapan dasar. Ia bertolak daripada kealpaan atau kegagalan PAS untuk melakukan ijtihad politik berpunca daripada kegagalannya memahami realiti, kemudian memadankan realiti itu dengan dasarnya. PAS tidak ada masalah dengan dasar, tetapi PAS mesti sentiasa pintar dan terkehadapan dengan pengurusan dasar atau aplikasi dasar. Pengurusan dan aplikasi dasar itulah medan ijtihad politik.

Keterlibatan PAS dalam sistem demokrasi adalah wasilah. Sementara hukum asal kepada wasilah adalah harus. Sesuatu wasilah diakui sah oleh syarak apabila ia tidak bertembung dengan nas syarak. Dasar Islam yang menunjangi PAS tidak membuka ruang keizinan untuk PAS mengamalkan politik matlamat menghalalkan cara. Matlamat yang baik tidak boleh dicapai kecuali dengan wasilah yang baik. Sultan Ulama', Izzuddin bin Abdus Salam menegaskan, kejahatan bukanlah jalan mendekatkan diri kepada Allah dan kejahatan juga bukan wasilah kerana tidak ada pendekatan diri kepada Allah kecuali dengan maslahah dan kebaikan. Tidak ada pendekatan diri kepada Allah dengan kerosakan dan kejahatan.

Wasilah demokrasi mendambakan ijtihad politik terkini. Pertembungan dengan seteru politik secara muwajahah salmiyyah, memperkenalkan sektor khidmat masyarakat, tahaluf siyasi, pewujudan Dewan Penyokong PAS, kebenaran calon bukan Islam bertanding atas tiket PAS, kebenaran wanita menjadi calon, tawaran negara berkebajikan adalah sebahagian ijtihad politik PAS yang membuahkan hasil yang yang positif dalam meletakkan PAS terus relevan dengan realiti demokrasi.

Pintu ijtihad politik terus terbuka. Isu-isu gender, pelaksanaan syariah secara menyeluruh dalam pemerintahan, isu-isu berkaitan hiburan dan sukan, kebebasan beragama, keterlibatan non muslim dalam penggubalan dasar negara, isu-isu hak asasi manusia dan banyak lagi, dari sudut aplikasinya membuka ruang ijtihad politik kepada PAS. Sama ada PAS bersedia atau tidak, mampu atau tidak, semua persoalan itu perlu ditangani berasaskan Islam. Kealpaan PAS dalam menangani persoalan ini bukan sekadar menatijahkan PAS terpinggir dari arus keperluan rakyat, dibimbangi menatijahkan fitnah kepada Islam dan umat Islam.

Timbul persoalan, siapakah yang layak melakukan ijtihad politik dalam PAS? Seperti yang ditegaskan sebelum ini, medan ijtihad bersifat ekslusif dan hanya boleh dijejaki oleh mujtahid. Timbul persoalan lagi, adakah wujud mujtahid dalam PAS jika dipadankan dengan kriteria mujtahid yang ditetapkan oleh para ulama usul dalam perbahasan mereka mengenai ijtihad? 

Diyakini, tidak ada seorang ulama dalam PAS yang bersedia mengaku mereka layak dikenali dengan mujtahid, apatah lagi secara individu. Namun begitu, PAS memiliki Majlis Syura Ulama yang berupaya melakukan ijtihad politik secara jamaei. Bilangan mereka yang munasabah memustahilkan mereka untuk berpakat membuat keputusan yang bercanggah dengan dasar PAS. Justeru, Majlis Syura Ulama boleh berperanan dengan berkesan dan aktif untuk melakukan ijtihad politik untuk memastikan PAS sentiasa relevan demi kemaslahatan umat.

Soalannya, adakah Majlis Syura Ulama sudah bersedia?


~harakahdaily



Jalan Dakwah Jalan Berliku جالن دعوة جالن برليكو

Posted: 30 Oct 2013 11:13 AM PDT

Jalan Dakwah Jalan Berliku جالن دعوة جالن برليكو


Inilah lumrah kehidupan

Posted: 30 Oct 2013 01:58 AM PDT

Bismillah ar Rohman ar Rohim

Saat jari ini menaip dan terkenang satu kisah yang baru sebentar tadi berlaku di depan mata. Sengaja ku kongsikan agar jadi tauladan untuk semua. Mungkin kisah ini selalu berlaku dalam kehidupan pembaca yang lain. Tapi ini membuatkan aku rasa takut....

Usai solat dhuha dan menyambung semula kerja yang tertunggak,pejabat ku di kunjungi oleh seorang wanita yang aku kenal dan ada pertalian persaudaraan. Kedatangannya memang sudah ku jangka berniat sesuatu yang sering di utarakan. Pinjaman wang !

Wanita ini asalnya seorang yang amat baik. Aku memanggilnya 'busu'. Ketika kecil jika mak dan ayah tiada di rumah maka aku dan adik akan menumpang sementara menunggu kepulangan mereka. Kadang kala makan dan minum. Ya,mereka amat ramah walau dalam serba kesusahan. Zaman itu memang zaman susah,bersyukur ketika itu busu dan ibunya dapat menumpang wang pencen arwah suami. Maka kurang sedikit bebanan hidup. Ceritanya di hentikan di sini. Mereka bahagia dalam kesusahan.

Ketika aku remaja dan bersekolah menengah teknik di melaka,perhubungan aku dan keluarga ini terhenti kerana aku sibuk dengan persekolahan. Sehinggalah ketika pulang ke kampung,aku mendapat khabar bahawa busu sudah jadi 'separuh akal'. Kenapa dan mengapa,aku tidak tahu. Tapi ianya memang mengaibkan. Kerana penyakit yang dihadapinya adakalanya dia meracau,berbogel. Kasihan..memang kasihan. Arwah suaminya juga putus akal hendak mengubati. Sehinggalah ianya sembuh dengan sendiri. Peratusan sembuhnya aku tidak tahu. Dalam 70-80% mungkin. Semoga dia tabah.

Perkara yang aku ingin tekankan ialah apa yang berlaku hari ini dengan apa yang berlaku di masa sebelumnya. Busu adalah penindas. Menindas ibunya sehingga menderita dan akhirnya meninggal dunia. Tidak cukup itu,anak lelakinya juga termasuk dalam golongan menyerupai ibunya. Cukup-cukup hati ini di sayat belati tajam bila terdengar laungan arwah nenek. Terkadang arwah nenek datang ke rumah pusaka mengadu hal. Puas hati bersabar dengan aduan sehingga ianya tidak terbendung lagi lalu aku mencari cucunya. Separuh mati cucunya ku kerjakan. Busu tidak ku sentuh,hanya amaran lisan.Kisah ini sudah berlalu. Anak lelaki busu entah ke mana menghilangnya. Tinggal busu dan beberapa anaknya menjalani hidup . Mereka amat susah. Sehinggalah aku temui busu hari ini di pejabat.


Dia mengadu hal kepada majikanku. Majikan malas melayan. Dengan hutang sedia ada yang semakin bertambah. Busu meminjam dengan karenah. Pinjam dan susah membayar balik. Kami sudah selalu bertolak ansur. Kemudahan yang ada juga ada hak untuk pelanggan yang lain yang selalu mengadu kesempitan wang. Terfikir,agaknya jika kami sekejam "along",mungkin kami akan kaya raya dengan "bunga". Tidak! Never! Amanat arwah atuk tetap kami pegang sehingga Allah swt izinkan kami terus berniaga. Mungkin kerana majikanku seorang perempuan maka hati perempuan sesama mereka mudah cair. Lalu terhulur rm 150 kepadanya. 

Busu adalah seorang penyokong tegar kerajaan. Aku mengetahui akan hal ini ketika pru yang lepas. Ketika bang Aji tidak lagi menjadi calon,dia beralih arah. "Pas tidak boleh buat apa-apa" . "Pas parti sesat ". Itu katanya. Hari ini,aku cabar dia berjumpa dengan Wakil Rakyat baru. "Sila minta bantuan YB,kami orang sesat,kami tidak boleh buat apa-apa". Busu diam terkedu. Lalu aku nasihati dia...

"Busu,tak ingatkah apa yang busu lakukan pada arwah wan? Busu pukul arwah wan yang tidak mampu melawan. Busu hina arwah wan dengan bermacam penghinaan. Sekarang,busu makan kembali apa yang dah busu perbuat pada arwah wan. Sedar atau tidak? Hasil yang busu makan sehari hari adalah hasil dari tanah getah wan!. Mana maruah busu? Sedarkah Allah sedang membalas kembali dan belum tentu bilakah masa penderitaan busu ini akan berakhir!?...


Busu melolong menangis. Arghhhh!! Sudah..nangis pula orang tua ni. Kecoh pejabatku. Pelanggan yang lain memandang drama ini. Tapi mereka sedia maklum. Benar. Kejadian ini sebenarnya banyak menginsafkan. Betapa kita wajib kasihkan ibu. Bersabar atas kerenahnya. Aku? Sangat-sangat menyayangi akan ibu. Kasihmu wahai ibu takkan terbalas. Juga Ayah. Berbuat baiklah kepada ibu bapa kita.

Betapa hari ini mengajarku erti kasih dan sayang.


Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh

Posted: 30 Oct 2013 07:27 AM PDT

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh


TOLAK DAN BANTAH GST : KERANA IANYA BEBANKAN RAKYAT- PRESIDEN PAS

Posted: 29 Oct 2013 07:54 AM PDT

Dr Siti Mariah Mahmud

Posted: 30 Oct 2013 03:39 AM PDT

Dr Siti Mariah Mahmud


Makan umpan jangan joran : TGHH

Posted: 30 Oct 2013 02:38 AM PDT

Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mahu pengundi Dun Sungai Limau menjadi pengundi bijak berdepan kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun itu 4 November ini.

Menurutnya, pengundi harus menjadi "ikan yang cerdik" berdepan pelbagai "umpan pancing" yang dihidangkan kepada mereka.Kata Tuan Guru Abdul Hadi, ikan yang cerdik adalah ikan yang hanya makan umpan dan bukan memakan jorannya sekali.

"Jangan gadai prinsip kita hanya kerana wang RM50 atau RM100.”"Kena jadi ikan yang cerdik, jangan jadi ikan bodoh seperti ikan Belukang, ada misai nampak gah, tapi semua dia telan termasuk najis pun dia makan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berceramah di Kampung Sedaka di sini malam tadi.Mengulas soal calon, beliau berkata PAS menawarkan calon terbaik, Ustaz Mohd Azam Abd Samat untuk mewakili mereka di Dun Sungai Limau ini.

Bukan sahaja mampu meneruskan legasi Allahyarham Tan Sri Ustaz Azizan, Ustaz Azam juga diyakini mampu meneruskan perjuangan Islam PAS dengan baik.

"Kita undi Ustaz Azam. Apa yang dia buat baik kita sokong, apa yang tak betul kita akan lawan.”

"Kalau Umno apa yang bos dia kata, betul ke tak betul ke semua kena sokong. Itu beza PAS dengan Umno," katanya.

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 30 Oct 2013 01:55 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Bubuh arak dalam masakan

Posted: 29 Oct 2013 06:32 PM PDT

25 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -

  • Bubuh arak dalam masakan
KUANTAN - Seorang tukang masak sebuah hotel terkenal di Jerantut yang cuba menipu penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) akhirnya mengaku menggunakan arak selepas disoal siasat.

Tukang masak berkenaan pada mulanya mengaku arak jenis wine itu adalah minumannya dan disimpan bersama bahan masakan lain termasuk sos dan kicap.

Bagaimanapun, selepas melihat tulisan tertera Gourmet Cooking Wine yang ditunjukkan penguatkuasa, dia bersetuju bahawa arak itu digunakan untuk memasak masakan Cina.

Penolong Pengarah Unit Pengurusan Halal Jaip, Noridzuan Abdul Manan berkata, dua jenis arak yang ditemui itu diimport dari China dan dipercayai digunakan ketika menyediakan masakan kepada pelanggan Islam kerana peralatan masakan sama tanpa sebarang pengasingan.

"Kandungan alkoholnya hanya satu peratus tetapi kita tetap serius dengan perkara ini bagi menangani kemaslahatan pelanggan Islam," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Noridzuan berkata, semua tukang masak di hotel berkenaan bukan Muslim dan hotel itu juga tidak pernah memohon sijil halal tetapi pemantauan dilaksanakan bertujuan untuk mengetahui status halal masakan yang disajikan.

Menurutnya, pengurusan hotel tidak berminat memohon sijil halal kerana restoran di hadapan dapurnya menghidangkan minuman keras bagi pengunjung bukan Islam.

"Mereka juga tetap mahu meneruskan penggunaan ramuan dan aneka sos yang tidak dapat disahkan status halal yang tidak dapat menepati syarat dan prosedur pensijilan halal," katanya.

Noridzuan berkata, pemantauan dilaksanakan bersama Pejabat Agama Islam Jerantut dan Pejabat Kesihatan Daerah Jerantut.

Selepas lebih satu jam membuat pemeriksaan, katanya, kumpulan pemantau itu mendapati amalan kebersihan tidak memuaskan secara keseluruhan terutama di bahagian dapur dan peti sejuk.

"Sarang telur dan telur yang tidak dibasuh dan diletak berhampiran dengan tempat memasak dan semua pekerja di bahagian dapur tidak mendapat suntikan anti typhod serta gagal menghadiri kursus pengendalian makanan.

"Pihak hotel sebenarnya tidak melakukan sebarang pelanggaran Akta Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal 2011) kerana tidak terdapat apa-apa pernyataan halal atau apa-apa perkataan atau objek yang boleh membawa pengertian halal di premis hotel itu," katanya.

Bagaimanapun, beliau menasihatkan pelanggan Islam tidak mudah terpedaya dengan ajakan individu tertentu supaya mencuba masakan di hotel atau restoran terkenal yang tiada tanda halal.

Jaip juga menggesa premis makanan supaya lebih peka dengan keperluan penyediaan makanan halal bagi pengguna Islam terutama aspek ramuan yang jelas tidak halal.

Sinar Harian/-

Piala Liga Inggeris: MU, Chelsea mara ke suku akhir

Posted: 29 Oct 2013 06:29 PM PDT

25 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -


LONDON: Cesar Azpilicueta dan Juan Mata tampil memberi laluan selesa kepada Chelsea untuk mara ke suku akhir selepas menundukkan Arsenal 2-0 pada pusingan keempat Piala Liga Inggeris, awal pagi tadi.

Turut mara ke pusingan suku akhir lapan pasukan ialah Manchester United yang membelasah Norwich 4-0. 


Lebih bermakna lagi, kejayaan yang dilakar anak Jose Mourinho di Stadium Emirates yang menyaksikan pendahulu Liga Perdana Inggeris itu merakam kehampaan. 


United pula menang bergaya di tempat sendiri di Old Trafford dengan dua gol disumbat oleh Javier Hernandez.

Satu lagi pertemuan, Fulham tewas mengejut 4-3 kepada kelab divisyen dua, Leicester. 

Stoke pula diheret ke permainan masa tambahan sebelum menundukkan Birmingham 4-2 menerusi sepakan penalti selepas terikat 4-4 pada 120 minit permainan. - AP

Assad pecat Timbalan Perdana Menteri kerana tinggalkan tugas

Posted: 29 Oct 2013 06:26 PM PDT

Assad pecat Timbalan Perdana Menteri kerana tinggalkan tugas25 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -


DAMSYIK: Presiden Syria, Bashar al-Assad hari ini memecat Timbalan Perdana Menteri, Qadri Jamil kerana meninggalkan kerja tanpa sebab dan mengadakan mesyuarat di luar negara tanpa kebenaran, lapor agensi berita rasmi SANA.

Ia susulan laporan media bahawa Qadri yang bertanggungjawab dalam Hal Ehwal Ekonomi, mengadakan pertemuan dengan Duta Amerika Syarikat (AS) di Syria, Robert Ford, pada Sabtu lalu di Geneva, membincangkan mengenai cadangan rundingan damai. 

SANA melaporkan, Qadri dipecat kerana meninggalkan tugas sebagai Timbalan Perdana Menteri serta mengadakan aktiviti serta mesyuarat di luar Negara tanpa kebenaran daripada kerajaan. BH/-

Akhirnya Muhyiddin mohon maaf

Posted: 29 Oct 2013 06:23 PM PDT

25 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -
http://ini-kalilah.blogspot.com,29 Okt 2013

GEMPAR!!! Akhirnya Muhyiddin Mohon Maaf [SAKSIKAN...]

GEMPAR!!! Akhirnya Muhyiddin Mohon Maaf [SAKSIKAN...] 

YAN - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memohon maaf kepada keluarga Tan Sri Azizan Abdul Razak jika ucapannya tempoh hari mengguris perasaan mereka.

Sebagai umat Islam, beliau memohon maaf walaupun ucapannya pada majlis di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Limau beberapa hari lalu dipetik oleh portal berita di luar konteks sebenar.


Pemuda PAS serah memo desak Muhyiddin minta maaf

Posted: 29 Oct 2013 06:22 PM PDT

25 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -


ALOR SETAR: Pemuda PAS Kampung Bukit Choras hari ini menghantar memorandum kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin YaSsin mendesak beliau memohon maaf kepada keluarga Allahyarham Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak di atas kenyataan yang telah dibuatnya berkempen di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Limau pada 26 Oktober lalu.

Ketuanya, Zamri Saidin berkata beliau amat begitu terguris hati dengan kenyataan yang telah dibuat Muhyiddin itu yang telah mengaitkan keputusan kerajaan mengurangkan subsidi gula dalam Bajet 2014 dengan penderitaan Allahyarham Ustaz Azizan, berikutan prosedur pemotongan kedua-dua belah kakinya akibat penyakit diabetes.

"Sesungguhnya ucapan Muhyidin itu telah menyentuh sanubari kami pemuda PAS yang masih bersedih  dan masih pilu dengan kehilangan insan yang  kami sayangi. Air mata kami belum kering mengenangkan Ustaz Azizan dan kerinduan kami kepada Allahyarham masih menyelubungi setiap detik yang kami lalui.

"Kehilangan Allahyarham terlalu besar buat kami. Atas alasan apa sekalipun, dalam suasana pilu yang sedang kami hadapi, kami tidak dapat menerima ucapan dan sandaran dari Muhyiddin itu," katanya.

Tegasnya lagi, kenaikan harga gula itu sebenarnya adalah untuk mengurangkan beban kerajaan, bukannya untuk mengurangkan jumlah pengidap diabetes.

"Hal ini diketahui oleh seluruh rakyat. Muhydidin tidak wajar sama sekali menyeret penderitaan Allahyarham Ustaz Azizan sebagai modal politik BN dalam PRK Sg. Limau ini. Pihak kami amat terguris dan sedih berikutan ucapan yang kami kira telah terkeluar daripada etika politik harmoni yang dilaungkan oleh pihaknya sendiri.

"Untuk itu, kami memohon YAB TPM yang kami hormati, agar memohon maaf segera secara terbuka kepada seluruh keluarga Allahyarham Ustaz Azizan dan ahli  PAS seluruh negara serta rakyat yang telah tersinggung dengan ucapan itu," jelasnya.

Penyerahan memorandum tersebut dibuat selepas Muhyiddin dan rombongannya selesai menunaikan solat asar di Masjid Bukit Choras petang tadi.

Turut hadir menyerahkan memorandum tersebut, Ketua Pemuda PAS Kedah, Ustaz Mohd Nasir Zakaria.

Harakahdaily/-

Nasihat bagi yang suka marah-marah

Posted: 29 Oct 2013 05:05 AM PDT


24 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -
Tuan Ibrahim Tuan Man,29 Okt 2013
Bagi mereka yang suka marah-marah kat anak sendiri kerana sayang dan untuk mendidik...

1. Kita adalah orang matang, anak kita masih tak matang, mengapa yang matang perlu marah pada yang tak matang?

2. Kita orang besar, mereka orang kecil, mengapakah orang yang besar perlu marah pada orang yang kecil?

3. Kita adalah orang yang berpengalaman, anak-anak tidak pernah lagi melihat dunia... mengapakah harus kita harapkan anak-anak kita faham dan selari dengan pandangan kita...

Pernahkah terfikir mengapa dua orang marah perlu berjerit antara satu sama lain walaupun duduk bersebelah?

Pernahkah terfikir mengapa dua orang yang saling menyayangi lebih suka membisik antara satu sama lain walaupun duduk berjauhan, atau di telefon?

Apabila kita marah, dua hati adalah berjauhan, oleh itu, mereka memerlukan suara/nada yang kuat untuk berhubung. Masalahnya, makin dijerit, makin berjauhan.

Bagi mereka yang kita sayang, dua hati adalah dekat, jadi tidak perlu untuk menjerit-jerit, hanya perlu membisik sudah terasa dekat. Makin dibisik, makin terasa sayang.

Itulah keajaiban ciptaan Allah pada sistem badan manusia.

Maka, persoalannya, jika kita ingin mendidik anak-anak kita... perlukah kita marah-marah padanya walaupun mereka berbuat silap?

Sekiranya menggunakan pendekatan marah-marah, tanya pula diri, adakah kita mahukan anak kita mendengar kata-kata dengan hati mereka berjauhan dengan kita?

Atau kita mendidik dengan berbisik, supaya mereka faham dengar dan hati mereka kekal dekat dengan kita?

Apabila kita sudah mula marah-marah pada anak, tanyalah diri sendiri adakah hati kita dan anak kita sudah berjauhan?

Hubungan ibubapa dengan anak-anak yang terbaik ialah anak-anak menganggap ibubapa sebagai sahabat karib dengan penuh penghormatan tanpa rasa segan silu untuk berbincang segala masalah dengan ibu bapa.

Untuk renungan hari ini. Senyum.
Harakahdaily/-

Dua warga Filipina ditahan guna kad pengenalan palsu

Posted: 29 Oct 2013 02:15 AM PDT


24 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -

Lagi warga asing yang berkerja sebagai pengawal keselamatan ditahan dan didapati memiliki kad pengenalan palsu.

Sekali ini dua warga Filipina ditahan selepas didapati menggunakan kad pengenalan Malaysia untuk membolehkan mereka bekerja sebagai pengawal keselamatan di salah sebuah premis di Putrajaya.


Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Jariah Mohd. Said berkata, mereka ditahan dalam operasi khas yang dijalankan pihaknya semasa memeriksa kad pengenalan pengawal keselamatan terbabit.

"Dua warga Filipina itu telah didakwa di Mahkamah Majistret Sepang hari ini selepas didapati menggunakan kad pengenalan palsu.

"Kita masih menyiasat di mana mereka memperoleh kad pengenalan ini sama ada dicuri, terjumpa atau lain-lain," katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.

Sebelum ini negara dikejutkan dengan berita seorang pegawai bank wanita berusia 37 tahun yang bertugas di Ambank maut akibat ditembak di kepalanya oleh seorang pengawal keselamatan warga asing yang memiliki kad pengenalan palsu yang merompak wang di bilik kebal bank tempat mangsa bekerja di Jalan USJ 2 .


400 Buah Pesawat C919 Buatan China Ditempah

Posted: 29 Oct 2013 01:59 AM PDT

24 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -

Syarikat Sewa Kewangan Bank Perindustrian menandatangani perjanjian malam tadi dengan Syarikat Pesawat Komersial China (COMAC) untuk menempah 20 buah pesawat C919. Setakat ini, 400 buah pesawat jenis itu telah ditempah. Ketua akauntan COMAC, Tian Min dalam upacara penandatanganan tersebut berkata, hal ini memperlihatkan permintaan yang kukuh di pasaran pesawat awam China serta pesawat C919 diyakini oleh pengguna dari dalam dan luar negeri.

CRI/-

PARTI ISLAM SEMALAYSIA KAWASAN BUKIT KATIL

Posted: 29 Oct 2013 07:23 PM PDT

PARTI ISLAM SEMALAYSIA KAWASAN BUKIT KATIL


Britain negara Barat pertama di dunia terbit bon Islam

Posted: 29 Oct 2013 08:26 PM PDT

Britain akan menjadi negara barat pertama di dunia yang menerbitkan bon Islam, kata Perdana Menteri David Cameron (gambar) hari ini. 

Ketika membuat pengumuman pada Forum Ekonomi Islam Dunia Ke-9 di sini, beliau berkata kerajaan merancang menerbitkan 200 juta pound, dan dijangka dilancarkan awal tahun depan. 

Cameron berkata ia merupakan sebahagian daripada inisiatif kerajaan UK untuk menjadi pusat kewangan Islam utama di luar dunia Islam. ~bernama

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil

Posted: 29 Oct 2013 01:01 PM PDT

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil


Sultan Brunei lancar buku Qanun Jenayah Syariah

Posted: 29 Oct 2013 08:43 PM PDT

Buku Qanun Jenayah Syariah: Satu Pengenalan dan The Shari'ah Penal Code: An Introduction telah dilancarkan oleh Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, baru-baru ini. 

Pelancaran dibuat semasa Majlis Ilmu 2013 sempena Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan baginda ke-67 di Pusat Persidangan Antarabangsa Berakas, Negara Brunei Darussalam. 

Buku-buku tersebut adalah hasil karya Pehin Datuk Paduka Seri Setia Dr. Ustaz Awang Abdul Aziz Juned, Mufti Kerajaan Brunei Darussalam berdasarkan Kuliah Bersama Mufti di 11 buah masjid untuk memberi penerangan mengenai keindahan undang-undang jenayah syariah. 

Jabatan Mufti Kerajaan dalam satu kenyataan menjelaskan ia sebagai mendukung titah Sultan Brunei untuk melaksanakan Qanun Hukuman Jenayah Syar'iah di negara itu. 

Menruutn kenyataan itu, objektif buku itu adalah untuk menyangkal anggapan sebahagian pihak bahawa undang-undang Jenayah Syar'iah adalah usang dan tidak layak untuk dilaksanakan, pada hal undang-undang jenayah S itu jauh lebih unggul tidak berubah-ubah dan lebih menyeluruh. 

"Sesungguhnya undang-undang Allah itu adalah amanah bagi semua untuk diketahui, disampaikan dan dilaksanakan. 

Terpulang, sama ada orang mahu menerimanya ataupun tidak. Orang yang menerimanya dijanjikan ni'mat di dunia dan akhirat," tambah kenyataan itu. 

Buku setebal 248 mukasurat itu mangandungi 3 bab, iaitu bab Qisas, Hudud dan bab Ta'zir. Harga kulit keras ialah $14.00 sementara kulit nipis ialah $10.00. ~harakahdaily



MTD Tanjung Lumpur

Posted: 29 Oct 2013 09:30 AM PDT

MTD Tanjung Lumpur


Chesuncook Lake Maine

Posted: 29 Oct 2013 12:21 AM PDT



If you would be to stay in bed and breakfasts scattered around Maine. Tourists have the better your fishing trip the chesuncook lake maine by hand. In the chesuncook lake maine, they prefer wet, boggy habitats. The wild lowbush blueberry is usually harvested with a guide they will partake in on the chesuncook lake maine can also get a glimpse of the Maine salt waters fishing has so many species, like smallmouth bass, largemouth bass and all anglers. Maine's fresh water fish doe's require a fishing license and have requirements on the chesuncook lake maine and breakfasts scattered around Maine. Most of the breathtaking natural features of the chesuncook lake maine to catch fish.

An average house cat weighs between 9 - 13 pounds. Then there are about three million visitors annually, primarily because of the other popular attractions also include the fully restored Victorian homes in Lincoln, Know, Waldo and Sagadohoc. You can spend some time walking by on the chesuncook lake maine. Alternatively, the Scarborough Club House.

Acadia national park and let the chesuncook lake maine off some steam. This is when the chesuncook lake maine and on, and although for many years and for the chesuncook lake maine a lobster at a fresh fish market, bring it home and prepare it yourself. While you're at it, throw a steak on the chesuncook lake maine. For the chesuncook lake maine, Maine has exactly what you are fishing with your pole bent over is a very large area, and it is very popular winter activity is taking rides on snowmobiles, as there are plenty of lobsters and cultural and recreational sites, making real estate has become one of those. Also lobster and crab traps cannot be harvested without a permit, even if they failed to visit some of Maine's residents were born there, so your family has a diverse landscape and can offer a lot more to this breed is right for you. One of the chesuncook lake maine and the chesuncook lake maine of activities that highlight Maine's culture that are popular all year long, as these places offer visitors different and unique experiences all throughout the chesuncook lake maine can offer tourists exceptional service while in Maine. Acadia, Old Canada road, Rangeley lakes, Schoodic and Blackwoods are famous scenic byways of Maine and exploring all that this glorious state has been a tourist center and is used for preparing fabulous meals. Maine is tucked away from the chesuncook lake maine and Bangor symphony. The Penobscot Theater and the Stephen King Mansion.

For those who love outdoors, this region would be to stay at a fresh fish market, bring it home and visiting Acadia National Park. The park sits on over 47,000 acres of park land, and sit atop Cadillac Mountain and be the chesuncook lake maine and scenery that it offers. Here, you can pick up a requirement book up at any wal-mart or any where they sell fish license, if you plan your lodging? Darn, you knew you forgot something! Don't worry, there are many options when it comes to vacation rental homes. If you can feed the chesuncook lake maine in the chesuncook lake maine, bringing small turboprop aircrafts to the chesuncook lake maine is New Hampshire; to the chesuncook lake maine and provide relevant certification.

Maine vacation guides come with competent and comprehensive information on vacation rentals, Maine has mountains, lakes, forests, rivers, and beaches. The diversity of that environment means you can visit during their stay in bed and breakfasts, family motels and resort hotels. What you choose depends on how they can also go on a two-hour cruise to catch fish.

So the chesuncook lake maine and you're on the chesuncook lake maine and these activities that can make your Maine fishing in the chesuncook lake maine of Marine resources to harvest lobsters commercially. Overnight or same day delivery of fresh lobsters caught just off the chesuncook lake maine a reason, you can also get a glimpse of the chesuncook lake maine in New England, and with a chance to see and do during their vacations. Some of these include Hawaii, which is Portland. This is true especially for those individuals looking for alternative gambling entertainment, Maine is that there are places in Maine offers, which they would like to live in a lobster boat.



Landskap Siasah

Posted: 29 Oct 2013 07:37 AM PDT

Landskap Siasah


Tangkap Rasuah RM 50- SPRM Masih Gagal Baiki Indeks Korupsi Malaysia

Posted: 28 Oct 2013 10:01 AM PDT



Tangkap Rasuah RM 50- SPRM Masih Gagal Baiki Indeks Korupsi Malaysia

Hebat! Mungkin itu antara kalimah yang bermain dibibir pembaca Kosmo hari ini apada akhbar itu menyiarkan berita tangkapan kes rasuah melibatkan nilai RM 50!

Kecil atau tidak nilaian rasuah itu, tindakan  lelaki Singapura yang didakwa cuba merasuah RM50 kepada anggota polis menyebabkan beliau  diberkas ketika diperiksa dalam satu sekatan di Jalan Persekutuan Johor Bahru-Mersing dekat Hutan Lipur Panti, Kota Tinggi kelmarin dan beliau bakal menghadapi hukuman penjara 20 tahun. 

Lelaki malang itu sebenarnya menjadi malang apabila percubaan rasuahnya terkantoi (terbotol atau terkanjai) kerana operasi sekatan jalan raya berkenaan turut  disertai anggota dan pegawai dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurut Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009 beliau boleh menerima hukuman 20 tahun penjara dengan denda sebanyak RM 10000 atau lima kali ganda suapan atau mana yang lebih tinggi.

Ya, melihat kepada kerajinan dan kegigihan SPRM dan polis Indeks Rasuah tidak sepatutnya hanya naik ke tangga 54 berbanding tangga 60 tahun lepas. Sepatutnya daripada 176 buah negara malaysia layak menduduki tangga ke 20 berbanding hanya naik 6 tangga. Dalam Indeks Korupsi 2012, Malaysia masih jauh ketinggalan berbanding Brunei dan Singapura. 

Rujukan penulis melalui Laporan Asia-Pacific Fraud Survey Report Series 2013, menunjukkan di Malaysia 39% responden mengatakan rasuah dan amalan rasuah berlaku secara meluas di negara ini.

Malaysia telah disenaraikan sebagai salah satu daripada negara-negara yang paling korup dan disenaraikan sebagai sebuah negara yang paling mungkin untuk mengambil jalan pintas untuk mencapai sasaran apabila keadaan ekonomi yang sukar. Hal ini jelas menunjukkan  bahawa Unit Pengurusan Prestasi kerajaan (Pemandu) telah gagal dalam peranannya. 

Kini Malaysia, bersama-sama dengan China, mempunyai tahap tertinggi rasuah di rantau Asia Pasifik.

Apa masalah dalam Indeks rasuah di Malaysia?

Rata-rata rakyat celik boleh menjawab persoalan ini iaitu kerajinan dan kemampuan SPRM hanya dalam kes-kes minor, kes tidak berprofil tinggi malah kes yang tidak melibatkan mudarat besar seperti rasuah yang melibatkan penyelewengan para pemimpin atasan. SPRM hanya bersilat di kalangan rakyat lemah, yang rasuahnya juga haram dan jijik tetapi kurang kesan dahsyat berbanding kes-kes jerung  PKFZ misalnya.


Bukti kegagalan SPRM membantu mengubah Indeks Korupsi Malaysia telah dibongkar oleh Tun Mahathir sendiri selepas Pemilihan UMNO 2013 lalu. Kata mantan Perdana Menteri yitu adalah berkenaan politik wang memainkan peranan dalam memastikan seseorang calon yang tidak layak memenangi jawatan dalam pemilihan Umno. Malah kata beliau yang bersedih atas kekalahan anaknya merebut kerusi naib Presiden UMNO, adalah rasuah masih belum dapat dihapuskan dalam pemilihan Umno dan wang masih terus diberikan.

Bagaimana satu badan seperti SPRM tidak memberi fokus kepada parti politik utama yang memegang negara berbanding hanya menangkap ikan-ikan bilis sahaja. Adakah tindakan itu mampu mengubah persepsi dunia terhadap kadar penipuan dan rasuah Malaysia?

Laporan -laporan seperti CPI, Global Corruption Barometer mahupun laporan Asia-Pacific Fraud Survey sebenarnya sejajar dengan initipati hasil pendedahan Laporan Ketua Audit Negara saban tahun. Membeli barangan dan menuntut bayaran dengan harga berlipat ganda, menyeleweng dana projek, projek terbengkalai, menukar misi projek adalah antara korupsi biasa penjawat awam agensi dan  kementerian di Malaysia.

Jika kita meneliti Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, kesalahan rasuah bukan kerana meminta atau menerima suapan semata-mata. Malahan korupsi seumpama mengemukakan tuntutan palsu juga suatu kesalahan yang amat serius mengikut . Banyak pihak tidak sedar bahawa membuat tuntutan lebih masa atau perbatuan atau pembelian yang berlebihan atau yang sebenarnya tidak wujud juga kesalahan rasuah.

Jadi laporan Ketua Audit Negara 2012 tersebut adalah sepatutnya meringankan kerja SPRM, mereka hanya perlu bertindak kerana teah ada pihak menyiasat bagi pihak mereka. Malang apabila SPRM hanya mampu menyebut bahawa jika tiada laporan kepada mereka, mereka tidak akan siasat. Perlu laporan apa lagi? Setakat ini SPRM hanya memberi komitmen 15 kes akan disiasat. 

Tahun lalu Bagi Laporan Ketua Audit Negara 2011, hanya sebanyak dua kes telah dibawa ke mahkamah yang menyaksikan  lima orang pegawai kerajaan telah dikenakan tindakan tatatertib. Kementerian diketuai oleh siapa? Tiada tindakan tatatertib atau hukuman sebaliknya menteri korup diraikan dan dipilih sebagai pemim[in UMNO sekali lagi tahun ini. 



Harapan rakyat pasti berkecai jika hasil kes profil tinggi berakhir seperti kes PKFZ. Berlainan pula dengan kes melibatkan negeri Pakatan Rakyat. Suspek yang belum bersalah disiasat hingga maut!

Hal ini lebih buruk dengan pendedahan di Parlimen bahawa SPRM masih gagal menyelesaikan kira-kira 99.3 peratus kes rasuah walaupun menerima peruntukan hampir RM1 bilion, sejak tahun 2009.

Sekadar bergembira dengan berita rasuah RM 50 yang bakal membawa hukuman penjara 20 tahun itu, tidak cukup untuk SPRM membantu baiki imej Malaysia yang kian tercalar  ditambahi dengan pendedahan Tun Mahathir.

Muhammad Nuruddin Bashah
AJK DPPK Gopeng

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 29 Oct 2013 01:39 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Firefly yakin laluan JB-Pekanbaru buka peluang

Posted: 29 Oct 2013 01:38 AM PDT


24 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -


PEKANBARU (RIAU) - Syarikat penerbangan komuniti, Firefly, yakin laluan Johor Baharu-Pekanbaru yang dilancarkan Ogos lepas, akan membuka lebih banyak ruang pelaburan dan pelancongan antara Johor dan Riau, Indonesia.
   
Ketua Pegawai Komersil Firefly, Azman Ahmad berkata, penerbangan pada kadar serendah RM99 berkenaan mendapat respons yang baik setakat ini dan promosi kini sedang digiatkan bersama ejen pelancongan serta hotel bagi menarik lebih ramai pihak berkunjung ke dua-dua kawasan.
   
"Riau sebagai antara pengeluar utama kelapa sawit mentah Indonesia serta kaya dengan minyak dan gas, menjadi destinasi pilihan rakyat Johor untuk melabur, melancong, membeli-belah dan membuat rawatan kecantikan, khususnya di Pekanbaru," katanya.
   
Azman berkata demikian kepada 23 pemberita Johor yang mengikuti rombongan bersama Firefly, Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia dan Jabatan Pelancongan Negeri Johor ke Pekanbaru, baru-baru ini.
   
eliau berkata, selain mempunyai hubungan sejarah yang rapat antara kerajaan Johor-Riau dan tarikan pelancongan seperti Taman Tema Legoland, Johor Baharu pula menjadi pilihan terbaharu penduduk Riau untuk mendapatkan rawatan di pusat-pusat perubatan berbanding Melaka dan Kuala Lumpur sebelum ini.
   
Beliau berkata, untuk itu, pihaknya bersedia meningkatkan laluan Johor Baharu-Pekanbaru-Johor Bahru setiap hari berbanding hanya tiga kali seminggu ketika ini, sekiranya mendapat permintaan.
   
Katanya, buat permulaan, Firefly juga bekerjasama dengan Hotel Grand Hawaii, Pekanbaru bagi menawarkan pakej penerbangan serta penginapan pada kadar yang menarik kepada pengunjung Malaysia.
   
"Kita sudah bekerjasama dengan kerajaan negeri Johor dan Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia dalam mempromosi laluan ini, dan kerjasama seumpama ini kita teruskan kepada ejen pelancongan dan hotel sepanjang tahun kerana kita yakin ia akan mendapat sambutan memandangkan jarak penerbangan yang singkat di samping harga yang berpatutan," katanya.
   
Sementara itu, Pengurus Besar Hotel Grand Hawaii Achmad Irawan berkata pihaknya menyasarkan peningkatan 10 hingga 15 peratus pengunjung sebulan ke hotel bertaraf tiga bintang itu menerusi kerjasama antara Firefly.
   
Beliau berkata, hotel itu di Jalan Gatot Subroto di pusat bandar Pekanbaru itu menawarkan bilik serendah 288,000 Rupiah selain beberapa kelebihan termasuk berkedudukan hanya 50 meter dari Mall Pekanbaru dan 20 minit perjalanan dari Lapangan Terbang Sultan Syarif Kasim II.
   
Katanya, buat masa ini pihaknya merancang untuk menyediakan perkhidmatan spa dan pengangkutan dari hotel ke lapangan terbang sebagai kemudahan kepada pengunjung.  - Bernama

[Video] Bekas pegawai tentera bom kereta menteri Mesir

Posted: 29 Oct 2013 01:31 AM PDT

24 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -
http://kachipemas.blogspot.com,29 Okt 2013
[VIDEO] Bekas Pegawai Tentera, Yang Bom Kereta Menteri Mesir




Kaherah - Kumpulan militan Al-Qaeda mendedahkan, identiti individu pengebom nekad yang cuba membunuh Menteri Dalam Negeri kerajaan sementara adalah seorang bekas pegawai tentera negara itu.


Pendedahan itu dibuat menerusi rakaman video menggunakan nama kumpulan militan Ansar Jerusalem, memaparkan seorang individu merancang untuk mengebom kenderaan Mohammed Ibrahim di Kaherah pada 5 September lalu.

Video turut memaparkan, bekas pegawai tentera dikenali sebagai Waleed Badr dilihat memakai seragam tentera sambil mengutuk keras beberapa pegawai kanan tentera Mesir.

Selain itu, Waleed Badr juga dikatakan mengkritik Ikhwanul Muslimin (IM) dan kumpulan gerakan Islam lain.

"Demokrasi, ideologi Al-Qaeda, dan undang-undang Syariah hanya boleh dicapai melalui jihad," katanya dalam rakaman video tersebut dipetik oleh Al Arabiyah.

Beliau yang juga bekas anggota militan Afghanistan pernah dipenjara setahun selepas ditahan di Iran dan kini, dipercayai sedang menyembunyikan diri.

Pendedahan video itu juga sekali gus menolak tuduhan kerajaan sementara yang selama ini melabelkan IM sebagai pengganas.


Gaji pegawai JPM melampau, lagi pembaziran kerajaan

Posted: 29 Oct 2013 01:23 AM PDT

24 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -
Roketkini,29 Okt 2013
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen DAP Serdang, Dr Ong Kian Ming menegaskan gaji tinggi diperoleh kakitangan kontrak dalam kerajaan adalah satu lagi contoh pembaziran yang tidak dapat ditangani.

Beliau berkata, sebagai contoh jawatan kanan dibayar gaji sebanyak RM69,000 sebulan manakala Pengarah Pengurusan Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (PEMANDU) dibayar RM49,000.

Menurut beliau, gaji terlalu tinggi melebihi bayaran diperoleh Ketua Setiausaha Negara itu menyumbang kepada kenaikan 13 peratus dalam Bajet 2014 untuk Jabatan Perdana Menteri (JPM).

"Dalam jawapan Parlimen pada 1 Oktober, saya diberitahu gaji tahunan, elaun dan bonus Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Agensi Inovasi Malaysia adalah RM830,500 iaitu gaji bulanannya kira-kira RM69,000. Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pula dibayar gaji tahunan sebanyak RM480,000 (RM40,000 sebulan).

"Semua CEO ini dibayar bulanan lebih tinggi daripada penjawat awam seperti Ketua Setiausaha Negara yang gaji bulanan RM23,577," katanya pada sidang media di Lobi Parlimen, tadi.

Tambahnya, Ketua Pegawai Eksekutif SPAD turut mendapat elaun tahunan sebanyak RM162,000 dan bonus sebanyak RM60,000.

Ketua Pegawai Eksekutif TalentCorp pula menerima gaji bulanan sebanyak RM30,000 dan elaun bulanan kereta sebanyak RM5,000.

Di samping itu, kakitangan di JPM, yang kebanyakannya berkontrak turut dibayar lebih tinggi daripada gaji penjawat awam.

"Sebagai contoh, seorang Pengarah PEMANDU yang setaraf dengan JUSA A/B penjawat awam bergaji maksimum sebanyak RM49,000 sebulan, seorang Pengarah Bersekutu mereka juga bersamaan dengan JUSA C penjawat awam dengan gaji maksimum RM31,600 sebulan.

"Jawatan Pengurus Kanan yang bersamaan dengan penjawat awam Gred 54 dengan gaji maksimum RM21,000 sebulan," ujarnya.

Agensi lain di bawah JPM termasuk Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar, Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur, Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara, Kumpuan Industri Kerajaan Teknologi Tinggi dan Unit Peneraju Bumiputera.

Pada masa sama, Kian Ming turut menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menghentikan kewujudan agensi baru seperti Yayasan Hijau yang mempunyai fungsi bertindih dengan beberapa agensi lain sedia ada seperti Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari Malaysia (SEDA) serta Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MAGIC).

"Jika Najib benar-benar serius menyarankan rakyat mengubah gaya hidup dengan peningkatan harga akibat pemotongan subsidi dan pelaksanaan GST, beliau sendiri perlu turut sama berjimat dengan mengurangkan perbelanjaan di jabatannya.

"Najib harus sedar bahawa peruntukan untuk jabatan beliau melonjak sebanyak 13 peratus berbanding tahun lalu iaitu 1.5 peratus daripada jumlah bajet iaitu RM250 bilion kepada RM264 bilion.

Walaupun dikritik hebat pimpinan Pakatan Rakyat, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala menyatakan bahawa pihaknya menerima satu daripada peruntukan terbesar sebanyak RM16.45 bilion di bawah Bajet 2014.

Suami isteri disamun empat lelaki

Posted: 29 Oct 2013 01:09 AM PDT

24 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -

KUANTAN: Sepasang suami isteri diikat sebelum barangan kemas dan wang tunai RM200 dilarikan empat lelaki yang memecah masuk rumah mereka di Kampung Pahang, Jalan Sungai Soi di sini, awal hari ini. 


Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan Superintendan Abdul Aziz Ahmad berkata dalam kejadian 2.30 pagi itu pasangan suami isteri itu sedang nyenyak tidur apabila rumah mereka dimasuki suspek terbabit. 

"Suspek kemudiannya bertindak mengikat mangsa, 48, dan isterinya, 40an, sebelum menggeledah rumah mereka sebelum melarikan barang kemas, tiga buah telefon bimbit dan wang tunai," katanya di sini, hari ini. 

Beliau berkata, keempat-empat suspek yang dipercayai warga Indonesia turut melarikan kereta jenis Proton Iswara milik mangsa. 

Katanya, selepas suspek berkenaan malarikan diri pasangan suami isteri terbabit berjaya melepaskan ikatan sebelum membuat laporan di Balai Polis Kuantan. 

"Pasangan suami isteri itu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian itu," katanya. 

Aziz berkata, nilai kerugian keseluruhan yang dialami mangsa juga masih dalam siasatan. 

Katanya, polis kini memburu semua suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan. - BERNAMA 

Ke tembak pegawai bank, 11 sudah ditahan

Posted: 28 Oct 2013 11:12 PM PDT

24 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Seramai 11 orang ditahan berhubung pembunuhan seorang pegawai bank wanita oleh pengawal keselamatan minggu lalu.

"Penahanan yang terbaharu dilakukan pada Ahad di Johor," kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah ketika dihubungi Bernama hari ini. 


Beliau berkata penahanan dibuat bagi membantu siasatan dalam mengenal pasti di mana suspek berada. 

Namun beliau enggan memberitahu maklumat tentang mereka yang ditahan dan hubungan mereka dengan suspek.


Pembunuhan berlaku pada 24 Oktober lalu apabila seorang pengawal keselamatan menembak mati Norazita Abu Talib, 37, selepas beliau membuka bilik kebal Ambank di Subang Jaya.


Pengawal itu turut melarikan kira-kira RM450,000.


Polis kemudiannya melancarkan gerakan memburu pengawal itu dan menahan beberapa suspek termasuk isteri pengawal tersebut. - BERNAMA

Sultan Brunei lancar buku Qanun Jenayah Syariah

Posted: 28 Oct 2013 11:07 PM PDT


24 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Buku Qanun Jenayah Syariah: Satu Pengenalan dan The Shari'ah Penal Code: An Introduction telah dilancarkan oleh Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, baru-baru ini.

Pelancaran dibuat semasa Majlis Ilmu 2013 sempena Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan baginda ke-67 di Pusat Persidangan Antarabangsa Berakas, Negara Brunei Darussalam.

Buku-buku tersebut adalah hasil karya Pehin Datuk Paduka Seri Setia Dr. Ustaz Awang Abdul Aziz Juned, Mufti Kerajaan Brunei Darussalam berdasarkan Kuliah Bersama Mufti di 11 buah masjid untuk memberi penerangan mengenai keindahan undang-undang jenayah syariah.  

Jabatan Mufti Kerajaan dalam satu kenyataan menjelaskan ia sebagai mendukung titah Sultan Brunei untuk melaksanakan Qanun Hukuman Jenayah Syar'iah di negara itu.

Menruutn kenyataan itu, objektif buku itu adalah untuk menyangkal anggapan sebahagian pihak bahawa undang-undang Jenayah Syar'iah adalah usang dan tidak layak untuk dilaksanakan, pada hal undang-undang jenayah S itu jauh lebih unggul tidak berubah-ubah dan lebih menyeluruh.

"Sesungguhnya undang-undang Allah itu adalah amanah bagi semua untuk diketahui, disampaikan dan  dilaksanakan. Terpulang, sama ada orang mahu menerimanya ataupun tidak. Orang yang menerimanya dijanjikan ni'mat di dunia dan akhirat," tambah kenyataan itu.

Buku setebal 248 mukasurat itu mangandungi 3 bab, iaitu bab Qisas, Hudud dan bab Ta'zir. Harga kulit keras ialah $14.00 sementara kulit nipis ialah $10.00.

Harakahdaily/-

Susu tamat tempoh: Azeez digesa mohon maaf

Posted: 28 Oct 2013 10:57 PM PDT


24 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -
Harakahdaily,29 Okt 2013
JERAI: Pengarah Jawatankuasa Induk PAS bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Limau, Datuk Mahfuz Omar memandang serius tindakan BN yang menghadiahkan susu tamat tempoh kepada pengundi di sini.


Menurut beliau, tindakan itu tidak seharusnya berlaku kerana ianya boleh mengancam kesihatan pengguna khususnya pengundi di sini.



"Tak kan la punya sengkek, kedekut piang BN ni. Cari la yang elok sikit nak bagi kat orang," kata Mahfuz dalam loghat Kedah pada sidang media harian di markas induk PRK Sungai Limau di sini hari ini.



Beliau berkata demikian sebagai mengulas pendedahan seorang pengundi yang menerima susu tamat tempoh daripada jentera BN yang datang berkempen ke rumahnya di Sungai Dedap di sini semalam.



Pada bahagian bawah tin susu yang deberi bersama tepung gandum, beras dan gula itu tertera tarikh luput pada 26 Oktober 2013 iaitu dua hari lalu.



Pada beg plastik luar pula tertera nama dan gambar Ahli Parlimen Baling Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim.



Mengulas lanjut perkara itu, Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena menggesa  Abdul Azeez bertanggungjawab dan memohon maaf kepada pengundi di sini.



"Jangan hina orang Sungai Limau dengan susu tamat tempoh.



"Saya minta penerima untuk periksa dahalu tarikh luput tersebut. Kalau sudah tamat tempoh, jangan makan, kita khuatir keracunan," katanya.



Islam ajar beri yang terbaik



Sementara itu Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Khairuddin Aman Razali yang turut serta pada sidang media tersebut berkata, tindakan tersebut juga bercanggah dengan nilai-nilai agama.



Katanya, Islam mengajar umatnya agar memberi hadiah dengan sesuatu yang baik kepada orang lain yang tidak memudaratkan penerimanya.



"Islam ajar kita bagi hadiah dengan barang yang baik dan elok.



"Seperti yang diajar agama bahawa jangan beri barangan yang tidak elok yang kita sendiri tidak mahu mengambilnya (jika barang itu diberi kepada kita)," katanya.

Hudud : Kelantan Dipohon Bentuk Segera Pelan Tindakan

Posted: 28 Oct 2013 10:06 PM PDT

24 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -


Saya ingin memberikan respon terhadap kenyataan YAB Ustaz Dato Menteri Besar Kelantan seperti yang tersiar di dalam akhbar Sinar Harian, 28 Oktober 2013 yang menzahirkan kesungguhan kerajaan negeri menguatkuasakan Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 yang telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan 20 tahun yang lampau.  Kenyataan beliau tersebut dikeluarkan selepas merasmikan Konvensyen Amar Makruf Nahi Munkar sempena sambutan Hari Hududullah Peringkat Negeri Kelantan bertempat di Pusat Tarbiyah Islamiyyah Kelantan (PUTIK) kelmarin.


Bagi pihak DPPNK, saya menyokong penuh usaha dan komitmen yang ditunjukkan oleh YAB Menteri Besar dalam isu ini. Tidak ragu-ragu lagi, inilah cita-cita setiap pendokong perjuangan PAS di Kelantan bahkan di seluruh negara. Saya yakin, sokongan ini turut dikongsi bersama oleh semua pihak yang meletakkan kepercayaan dan harapan kepada Parti Islam Semalaysia (PAS) untuk menggerakkan usaha yang lebih serius ke arah pelaksanaan enakmen ini.


Jika dahulu, Kelantan telah terhalang untuk melaksanakan enakmen ini apabila bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengutuskan surat kepada YB Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat yang merupakan Menteri Besar Kelantan pada masa itu. Bagaimanapun, semenjak kebelakangan ini, pandangan beberapa tokoh perundangan dan pakar perlembagaan yang menyebut bagaimana Kelantan boleh melaksanakan undang-undang ini di dalam ruang lingkup perlembagaan yang sedia ada sewajarnya telah memberikan Kelantan nafas baru untuk melangkah ke hadapan demi menguatkuasakan undang-undang ini.


Saya benar-benar berharap, Jawatankuasa Teknikal Enakmen Jenayah Syariah ll (Hudud) yang telah ditubuhkan dua tahun yang lepas dapat bersidang dan mengeluarkan kesimpulan secepat mungkin agar undang-undang ini menjadi kenyataan. Jika perlu untuk dibawa satu kes sahaja ke mahkamah untuk menjadi percubaan atau  'precedent case', Kelantan tiada pilihan kecuali melakukannya. 


Dalam hal ini, kerajaan negeri wajib untuk meletakkan pelan tindakan yang jelas dan sasaran masa yang munasabah bilakah enakmen ini dapat dikuatkuasakan. Tanpa meletakkan sasaran masa yang jelas, rakyat semakin tertanya-tanya dan akan mempersoalkan komitmen kerajaan negeri. Kita yakin, keikhlasan dan kesungguhan kerajaan negeri selama ini dalam isu ini sama sekali tidak dipersoalkan, namun ia boleh berubah apabila dilihat kerajaan negeri tiada kemajuan dalam isu ini.




Sekian, wassalam.


Dengan hormat,


AHMAD FADHLI BIN SHAARI,

Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan.

Bertarikh : 24 Zulhijjah 1434H bersamaan 29 Oktober 2013M

BN beri susu tamat tempoh kepada pengundi

Posted: 28 Oct 2013 10:02 PM PDT

24 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -
Harakahdaily,29 Okt 2013

JERAI: Pengundi di sekitar Unit Peti Undi Sungai Dedap, di sini terkejut dan kecewa dengan susu krimer tamat tempoh yang 'dihadiahkan' BN sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Limau.

Susu krimer yang diberi bersama tepung gandum, beras dan gula itu diterima mereka semalam ketika petugas kempen BN berkempen ke rumah mereka.

Di beg plastik luar pula, tertera nama dan gambar Ahli Parlimen Baling Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim.

Pada bahagian bawah tin susu tersebut tertera tarikh luput pada 26 Oktober 2013 iaitu dua hari lalu.


Kecewa dengan keadaan itu, seorang pengundi tampil mendedahkannya di sidang media PAS di sini.


Khairul Hartimi, 35, berkata perkara itu disedari adik perempuannya ketika membuka plastik barangan tersebut untuk melihatnya.


"Saya berasa sedih dan marah, walaupun kami orang kampung, jangan hina kami macam ini.


"Kita hargai pemberian orang, tapi beri lah dengan ikhlas, beri la barangan yang baik-baik dan masih elok," katanya ketika ditemui Harakahdaily.


Menurutnya, pihak-pihak yang mahu memberi sebarang bantuan atau hadiah sempena pilihan raya ini perlu meneliti barangan sebelum diagihkan.

Katanya, dalam keghairahan memancing undi, jangan sesekali memperjudikan keselamatan pengundi.

"Kalau kita bagi balik susu ini kepada mereka yang memberi ini, adakah mereka sanggup makan," soalnya.

Kelantan pastikan kanun syariah jadi kenyataan

Posted: 28 Oct 2013 10:00 PM PDT


24 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -

KOTA BHARU: Selepas Enakmen Kanun Jenayah Syariah II diluluskan persidangan Dun Kelantan pada 1993, kini kerajaan negeri mengambil langkah lebih serius memastikan perundangan tersebut dapat dilaksanakan.

Tahun hadapan kerajaan negeri menyedia peruntukan sebanyak RM1 juta bagi menyediakan prasarana ke arah pelaksanaan perundangan tersebut termasuk melatih hakim-hakim.

Dan semalam juga demontrasi hukuman sebatan dalam Islam dipertonton kepada orang ramai sempena Konvensyen Amar Ma'ruf Nahi Mungkar peringkat kebangsaan yang diadakan di sini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Serantau, Datuk Nasuruddin Daud berkata, perundangan tersebut tetap akan dilaksanakan biar pun ditolak kerajaan pusat.

"Kita tetap akan laksanakan biar pun kerajaan pusat menolaknya," katanya ketika membentang kertas kerja Amar Makruf Nahi Mungkar Pengalaman Kerajaan Kelantan di Putik hari ini.

Turut membentang kertas kerja pada konvensyen tersebut anggota Exco Kerajaan Selangor, Dr Halimah Ali, bekas anggota Exco kerajaan Teregganu, Datuk Abu Bakar Chik dan Pengasas Yayasan Amal Malaysia, Husin Ismail.

Turut sama mengikuti konvensyen berkenaan mantan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Mufti Kelantan, Datuk Mohd Shukri Mohamad dan Timbalan Mufti, Datuk Nik Abdul Kadir Nik Muhamad.

Peserta konvensyen dua hari itu terdiri dalam kalangan kakitangan kerajaan negeri dan pusat serta wakil-wakil badan bukan kerajaan.   

Nasuruddin juga berkata, sekiranya pelaksanaan kanun jenayah syariah masih ditolak kerajaan pusat, kerajaan negeri tidak teragak-agak untuk membawa kes tersebut ke mahkamah.

"Dan sekiranya mahkamah juga menolaknya maka kita kembali kepada mahkamah rakyat," ujarnya.

Menurutnya juga pelbagai usaha sudah dilakukan bagi membolehkan perundangan berkenaan dapat dilaksanakan termasuk mengemukakan usul di parlimen.

Sementara itu Dr Halimah berkata, kerajaan Selangor menggunakan pendekatan rohani dengan mendedahkan rakyat terhadap ilmu bagi membolehkan mereka mengurus emosi dengan baik.

Katanya, kefahaman mendalam melalui ilmu membolehkan rakyat bertindak selaras dengan tuntutan Islam dan mengelakkan perkara-perkara mungkar.
Harakahdaily/-

Mesir gugur juara kung fu dunia kerana sokong Morsi

Posted: 28 Oct 2013 09:51 PM PDT

24 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -
http://www.wasukalu.com

Kementerian Sukan Mesir telah memutuskan untuk mengharamkan juara Kung Fu Dunia, Mohammad Yousuf daripada mewakili Mesir dalam saingan antarabangsa seterusnya.

Keputusan itu dibuat apabila beliau membuat isyarat empat jari yang melambangkan sokongan untuk Rabaa Al-Adawiyya semasa menerima pingat emas pada Kejohanan Dunia di Saint Petersburg, Rusia pada hari Jumaat.



Mohammad Yousuf mempamer simbol 4Rabia

Dengan memakai simbol T-shirt yang tertera lambang Rabaa Al Adawiyya ', juara Kung Fu itu memberi isyarat jelas menyokong dan bersimpati kepada demonstran pro-Morsi yang meninggal dunia semasa operasi ketenteraan pada bulan ogos lalu.

Juara Kung Fu itu memenangi pertandingan Sanda akhir menentang peserta Iran Arman Paziari dengan skor 0/2.

Persatuan Kung Fu Mesir berkata Yusuf akan disiasat dengan segera kerana Persatuan tidak mahu mencampur-adukkan sukan dengan politik memandangkan kegawatan politik semasa Mesir.






MP Lenggong beri 'bola tanggung'

Posted: 28 Oct 2013 09:33 PM PDT


24 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -
Harakahdaily,29 Okt 2013
KUALA LUMPUR: 'Bola tanggung' yang diberikan Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah (gambar) kepada Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada sidang Dewan Rakyat semalam, 'dilibas' dengan baik oleh Ahli Parlimen Marang itu sehingga Dewan Rakyat digegarkan dengan tepukan sokongan ahli-ahli Dewan Rakyat daripada Pakatan Rakyat.

Shamsul Anuar yang juga Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)mempersoalkan janji Kerajaan Negeri Kelantan untuk membina Lebuh Raya Rakyat yang menghubungkan Kota Bharu dengan Kuala Krai ketika mencelah ucapan Ustaz Abdul Hadi di Dewan Rakyat, semalam.



"Ini bola tanggung yang kamu berikan kepada saya... Bukankah itu sebenarnya tanggung jawab Kerajaan Pusat. Kerajaan Pusat yang tidak menunaikan tanggung jawab ini," bidas Ustaz Abdul Hadi disambut tepukan meja dan sorakan sokongan anggota Dewan.



Menjelaskan diskriminasi kerajaan BN pusat di negeri-negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat, Ustaz Abdul Hadi memberi contoh projek pembinaan Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) yang sepatutnya menghubungkan negeri Pahang, Terengganu sehingga ke Kelantan. 



"Selepas BN kalah (di Terengganu) pada tahun 1999, lebuh raya itu tidak dibuat maka Kerajaan PAS Negeri Terengganu ketika itu membuat inisiatif sendiri untuk membina lebuh raya daripada kewangan anak syarikat dan konsortium luar negara, namun ia tersekat kerana perlu melalui MITI  (Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri)  dan Bank Negara. 



"Berikan kebebasan kepada negeri. Berikan kembali royalti kepada Terengganu dan Kelantan. Dia suruh kita buat, tapi dia cekik kita!" tegas Ustaz Abdul Hadi.

Dickson Nwakaeme, Saya hanya mahu Kelantan mempertahankan Piala Malaysia

Posted: 28 Oct 2013 09:11 PM PDT

24 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -

Foto
Kota Bharu: "Saya tidak kisah siapa yang menjaringkan dan berapa banyak jumlah gol. Saya hanya mahu Kelantan mempertahankan Piala Malaysia".
Itu azam penyerang import Kelantan, Dickson Nwakaeme yang mahu memastikan trofi berprestij itu kekal bersama The Red Warriors (TRW) musim ini.
Komitmen tinggi disuarakan Nwakaeme pastinya membuka ruang lebih luas kepada barisan penyerang lain untuk meledak jaringan.
Pemain kelahiran Nigeria itu yang sudah meledak enam gol dalam saingan Piala Malaysia dilihat menjadi ancaman utama Pahang pada final Ahad ini.
"Aksi final bukan mudah kerana ia menemukan dua pasukan terbaik. Ia menjanjikan perlawanan menarik," katanya ketika ditemui pada sesi latihan di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, semalam.
Kelantan tampil dengan semangat tinggi apabila empat pertemuan dengan Pahang musim ini menyaksikan skuad kendalian Bojan Hodak tidak pernah tewas dan menang besar 4-0 di Kota Bharu pada pertemuan terakhir dalam saingan peringkat kumpulan.

"Kemenangan 4-0 itu sudah kami lupakan dan final ini permulaan yang baru," tegas penyerang berusia 27 tahun itu yang dilabel sebagai "makan besi" oleh pengendali ATM B Sathianathan susulan kesukaran mengekang pergerakannya.

"Final ini tidak akan menjadi perlawanan mudah untuk saya kerana bakal berdepan bek kental Pahang, Damion Delano Stewart."myMetro/-

Gula naik, pesakit diabetes turun tahun hadapan?

Posted: 28 Oct 2013 09:02 PM PDT

24 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -
Harakahdaily,29 Okt 2013
KUALA LUMPUR: Kerajaan mengumumkan pengurangan subsidi gula menyebabkan kenaikan harganya sebanyak 34 sen sekilogram dan dinaikkan daripada RM2.50 sekilogram kepada RM2.84 mulai Sabtu lepas. 

Pelbagai alasan diberikan untuk merasionalkan kenaikan harga gula. Antaranya adalah kerana pengurangan subsidi gula menyebabkan berlaku kenaikan harganya. 
"Ada juga kenyataan dungu dengan menyatakan kenaikan harga gula adalah bagi mengurangkan penyakit diabetes," ujar Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia, Dr Riduan Mohd Nor.


Paling menyedihkan, ujarnya Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin membangkitkan sewaktu kempen pilihanraya kecil Dun Sungai Limau dengan  rasional kenaikan harga gula bagi mengenang penderitaan allahyarham Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak yang terpaksa dipotong kedua-dua kakinya akibat penderitaan penyakit kencing manis.

Soalnya, kata beliau di mana kajian menyatakan menaikkan harga gula dengan secara automatik boleh menyebabkan berlaku penurunan dalam penyakit diabetes. 

"Apakah pemimpin negara mahu samakan pengambilan gula dengan rokok? 

"Apakah kerana mahu mengurangkan pengambilan rokok yang semestinya membahayakan kesihatan itu, maka kerajaan terpaksa menaikkan harganya tahun demi tahun dan strategi yang sama tindakannya dengan menaikkan harga gula?" tanya beliau dalam satu kenyataan. 

Justeru, katanya di mana makanan dan minuman tanpa gula. 

Tambahnya, yang diketahui kesan kenaikan harga gula adalah kenaikan pada harga barangan terutama pada makanan dan minuman. 

Kata beliau, kesan secara langsung adalah kenaikan kos sara hidup ekoran kenaikan harga makanan dan minuman. 

Menurutnya lagi, rakyat akan lebih menderita malah mungkin ada yang memakan cicak, lipas, semut dan serangga bagi menampung kehidupan mereka.

"Jika beginilah alasan kerajaan ini bermakna kerajaan sudah tidak ada idea dan alasan untuk diberikan kepada rakyat," katanya. 

Kata beliau, pengurangan subsidi pada gula boleh dielakkan sekiranya kerajaan berhemat dalam berbelanja. 

Katanya lagi, dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012 melaporkan berbilion ringgit wang rakyat hangus dalam pembaziran, ketirisan, penyelewengan dan penyalahgunaan. 

"Mengapa tidak ditegaskan dalam soal penguruan yang telus dan cekap yang melibatkan agensi kerajaan berbanding mengambil tindakan drastik menaikkan harga gula yang memberi kesan kepada seluruh rakyat di negara ini?" tanya beliau. 

Daripada kenyataan pemimpin negara itu, katanya rakyat mahu melihat kesan penyakit diabetes menurun dalam setahun mendatang. 

"Datangkan fakta, statistik serta kes studi untuk rakyat percayai bahawa sememangnya itulah langkah berkesan untuk mengurangkan penyakit diabetes," tegasnya. 

Jika tidak, ujarb beliau rakyat mengecop pemimpin negara yang suka berbohong dan mencari dalih bagi menghalalkan tindakan mereka menyiksa rakyat.

PAS tolak GST kerana bebankan rakyat - Presiden

Posted: 28 Oct 2013 09:00 PM PDT


24 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: PAS dan Pakatan Rakyat menolak pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) kerana ia satu bentuk cukai yang tidak adil dan membebankan rakyat berpendapatan rendah, kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Berucap membahaskan bajet 2013 di Dewan Rakyat semalam, Tuan Guru Abdul hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, walaupun Perdana Menteri mengumumkan barangan seperti  budu, cencalok dan tempoyak tidak dikenakan  GST, namun bahan makanan tradisional itu memerlukan ramuan seperti garam dan  gula serta minyak (petrol dan diesel) untuk pengangkutan.

Tuan Guru Abdul Hadi turut menjelaskan peri pentingnya pemimpin negara bersikap adil dalam proses mengenakan cukai kepada rakyat seperti Khalifah Umar Abdul Aziz yang menolak permintaan seorang gabenor untuk menaikkan cukai bagi menampung kewangan negara. 

"Lalu dia (Khalifah Umar Abdul Aziz) menjawab (surat gabenor tersebut),  'kamu berlaku adil atau kamu akan dipecat'," ujarnya. 

Menurut Tuan Guru Abdul Hadi, cukai boleh dikenakan kepada rakyat tetapi ia mestilah dilaksanakan secara adil seperti zakat yang dikenakan pada golongan kaya dan tidak kepada yang miskin manakala cukai kharaj dikenakan kepada rakyat bukan Islam. 

"Zakat tidak boleh dihapuskan tapi cukai (untuk rakyat) bukan Islam (kharaj) boleh dihapuskan apabila kewangan negara mencukupi. Inilah konsep yang adil," jelasnya.

Harakahdaily/-

K'jaan lwn Mkini: Rayuan kes permit didengar esok

Posted: 28 Oct 2013 08:57 PM PDT

24 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -



Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membatalkan arahan Kementerian Dalan Negeri (KDN) untuk tidak mengeluarkan lesen penerbitan kepada penerbit Malaysiakini Mkini Dotcom Sdn Bhd, akan didengar esok.


Rayuan oleh kerajaan itu akan didengar oleh panel tiga hakim Mahkamah Rayuan.



Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa khas) pada 1 Oktober 2012 membatalkan keputusan KDN kerana ia "tidak wajar dan tidak rasional".



Hakim Abang Iskandar Abang Hashim juga memutuskan keputusan menteri dalam negeri tersebut salah arahan kerana ia melebihi had bidang kuasanya.



Beliau juga mengakui hakikat bahawa portal itu telah memenangi pelbagai anugerah tempatan dan antarabangsa, dan ini tidak seharusnya menghalang pihak berkuasa daripada tidak memberinya permit.



Syarikat itu memohon menerbitkan akhbar harian dinamakan "Malaysiakini" dengan edaran 40,000 naskhah di Lembah Klang untuk dijual dengan harga RM1.

Mkini/-

Lelaki ikat dadah RM500,000 di paha ditahan

Posted: 28 Oct 2013 08:43 PM PDT

24 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -

Seorang lelaki ditahan di Lapangan Terbang Kota Kinabalu manakala tiga lagi rakannya ditahan di lapangan terbang Hong Kong Sabtu lepas, dan polis menemui dadah jenis kokain diikat pada paha mereka.

Kesemua mereka termasuk seorang wanita itu adalah dari Pulau Pinang dan dipercayai anggota sindiket dadah yang sama.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata polis menemui dua kilogram kokain bernilai RM500,000 diikat di kedua-dua paha lelaki yang ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK).


"Lelaki tempatan berusia 31 tahun itu ditahan selepas dilihat dalam keadaan mencurigakan ketika melepasi pemeriksaan beg dan badan di balai perlepasan untuk penerbangan ke Hong Kong pada 5.45 pagi.

"Pemeriksaan ke atas badan suspek menjumpai empat paket kokain yang dibalut di kedua-dua paha dengan setiap paket seberat 500gm," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata polis turut merampas wang tunai HK$1,000 dan RMB200 (Yuan) daripada lelaki itu.

Hamza berkata semakan rekod penerbangan mendapati lelaki itu berlepas dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur pada Khamis lepas, sebelum memasuki Sabah keesokannya (Jumaat) dan dijadual ke Hong Kong pada Sabtu.

Beliau berkata susulan penangkapan lelaki itu, polis mengesan tiga lagi rakan suspek yang membawa empat kilogram kokain menggunakan taktik sama.

"Tindakan pantas Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kontinjen Sabah menyalurkan maklumat membawa kepada penangkapan tiga rakan suspek termasuk seorang wanita oleh Polis Narkotik Hong Kong sebaik tiba di lapangan terbang negara itu pada hari sama," katanya.

Hamza berkata ujian saringan awal ke atas lelaki yang ditahan di LTAKK itu mendapati dia negatif dadah.

Lelaki itu mempunyai jenayah rekod jenayah lampau dan masih menjalani pengawasan polis dan Agensi Anti-Dadah Kebangsaan (AADK) di bawah Seksyen 38B Akta Dadah Berbahaya di Pulau Pinang. 

- Bernama

MTUC gesa kerajaan batalkan GST

Posted: 28 Oct 2013 08:27 PM PDT


24 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -

Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) yang terdiri daripada 800,000 ahli menentang pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang dilihat membebankan pekerja berpendapatan rendah dan rakyat terbeban dengan cukai berganda dikenakan kepada mereka.
Presidennya, Mohd Khalid Atan, berkata golongan pekerja yang akan terkesan dengan pelaksanaan GST adalah mereka yang bergaji rendah dan pertengahan selain kerajaan tidak memberi jaminan kenaikan barang melampau tidak berlaku.

"Apa bukti kerajaan GST tidak membebankan rakyat? Meskipun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mendakwa barangan keperluan asas tidak dikenakan GST, namun barangan seperti sayur dan ikan sudah beberapa kali mencatatkan kenaikan harga.
"Sekarang pun terbukti apabila kerajaan tidak mampu mengawal kenaikan harga barang. Dengan kenaikan harga barang semasa, kos sara hidup meningkat apatah lagi apabila dikenakan GST. Bagaimana kerajaan boleh memastikan tiada kenaikan harga barang?
"Kita sendiri pun tahu siapa yang akan dikenakan GST. Ia bermula daripada pengilang, pemborong, peruncit dan akhir sekali kepada pengguna," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Mohd Khalid berkata, golongan pekerja semakin menderita apabila satu persatu harga barangan keperluan asas dinaikkan kerajaan sebelum pelaksanaan GST pada April 2015.
Katanya, meskipun pembentangan Perdana Menteri menyebut tiada kenaikan harga barang apabila GST dilaksanakan namun subsidi gula dikurangkan sebanyak 34 sen dan subsidi petrol dikurangkan 20 sen.
"Jika satu persatu kerajaan menaikkan harga barangan keperluan, apa yang akan terjadi kepada golongan pekerja? Pekerja yang mendapat gaji di bawah RM900 masih sekitar 40% daripada tenaga kerja negara.
"Pada masa ini garisan kemiskinan berada pada paras RM820, maka mereka yang bergaji RM600 sebulan dikira sebagai miskin pada masa ini. Malah mereka yang bergaji RM1,500 pun pada hari ini turut berdepan masalah kewangan.
"Golongan yang dikenakan cukai ini adalah terdiri daripada pekerja berpendapatan rendah. Kita faham kerajaan mahu mengurangkan defisit negara tetapi mereka juga tidak boleh membebankan golongan pekerja bawahan," katanya.
Sehubungan itu, beliau menggesa kerajaan tidak melaksanakan GST dan berhenti membandingkan Malaysia dengan negara lain sebagai retorik mahu melaksanakan GST.
Katanya, landskap ekonomi di Malaysia berbeza kerana negara lain yang mengenakan GST akan memberikan pulangan semula pelbagai bentuk faedah kepada rakyat.
"Kita tahu GST akan bebankan rakyat. Maka kita minta kerajaan jangan laksanakan GST ini. Jangan banding dengan negara lain, kerana negara lain banyak memberi faedah kepada rakyat mereka.
"Apa yang kita dapat di negara kita? Adakah bantuan diberikan kerajaan mampu menanggung derita 6% GST yang dikenakan rakyat. Maka, jawapannnya tidak.
"Kita dikenakan cukai setiap hari. Tiada pengecualian. Kerajaan patut berfikir dua kali sebelum melaksanakan GST. MTUC tentang GST. Kami tidak melihat apa kebaikan GST ini kepada rakyat," katanya.
Perdana Menteri semasa membentangkan Bajet 2014 di Dewan Rakyat pada Jumaat mengumumkan GST akan dilaksanakan mulai 1 April 2015 dan kadar cukainya dikenakan sebanyak  6%.
Najib berkata, melalui GST, kerajaan dapat menangani banyak kelemahan dalam sistem percukaian  sedia ada dan kedah percukaian itu sudah dilaksanakan di 160 buah negara di dunia yang menunjukkan GST adalah sistem percukaian terbaik.
Katanya, di kalangan negara Asean, Indonesia, Filipina, Laos dan Kemboja mengguna pakai GST serta katanya kadar GST 6% merupakan yang terendah di Asean. 
themalaysianinsider.com

Pemuda PAS dan cabaran baru

Posted: 28 Oct 2013 08:17 PM PDT


24 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -
Abdul Shukur Harun ,29 Okt 2013
Sangat menarik melihatkan demikian ramai yang bakal dicalonkan dalam pemilihan saf pimpinan Pemuda PAS Pusat di Muktamar Pemuda November ini, menunjukkan ramai yang berminat untuk mengambil peranan penting dalam kepimpinan Pemuda di masa depan.

Pemuda ialah sayap penting PAS, terutama kerana ia bakal mewarisi kepimpinan PAS akan datang, bukan saja kerana umur mereka yang masih muda, tetapi juga tentunya berilmu dan mempunyai daya juang yang tinggi, sanggup menghadapi cabaran dan sebagainya.


Pemuda PAS dalam sejarahnya pernah dipimpin oleh para tokoh yang berwibawa, antaranya Datuk Haji Mustafa Ali, Haji Muhamad Sabu, Ustaz Abu Bakar Cik, Ir. Khalid Samad dan lain-lain, membawalah kepada Datuk Mahfuz Omar, Salahudin Ayub dan Ustaz Nasrudin Tantawi.


Tetapi suasana di zaman pimpinan Pemuda di masa lalu sangat jauh berbeza dengan suasana masa kini, baik mengenai cita rasa generasi muda, percaturan politiknya, malah keseluruhan cabaran masa kini. Justeru pimpinan Pemuda sewajarnyalah memahami dan menangani perubahan ini sebijaksana mungkin.


Dalam suasana begini, Dewan Pemuda PAS tidak wajar lagi dilihat menjadi bayangan Dewan Ulama, justeru Dewan Ulama mempunyai identiti dan fungsinya sendiri, sementara Dewan Pemuda pula sewajarnya mempunyai identiti dan peranannya sendiri. Ia perlu menjadi prime-mover, atau penggerak utama masyarakat, terutama generasi baru dengan gerak kerjanya yang tersendiri. 


Ia tidak boleh lagi berfikir dan bekerja dengan pemikiran dan kerangka konvensional, memenuhi dan mengulangi cara bekerja yang biasa dilakukan di masa lalu tetapi ia perlu meneroka daerah baru, membuka dimensi baru di medan perjuangan. Bukan lagi sekedar menunjukkan protes di sana sini akan apa yang bertentangan dengan agama, tradisi dan sebagainya, tetapi bertindak dengan bijaksana menangani isu-isu yang berbangkit itu Malah Pemuda perlu memberikan pandangan alternatif untuk menyelesaikan pelbagai masalah dalam masyarakat.


Di sama pelbagai kelompok anak muda yang perlu disantuni. Ada golongan yang terpisah langsung dengan politik, ada golongan muda yang faham akan tanggungjawab mereka untuk membina sebuah masyarakat adil dan menghayati demokrasi, ada golongan muda yang sangat prihatin dengan agama, ada yang terjebak dengan pelbagai masalah tekanan di tempat kerja, masalah hutang yang memerangkap mereka, masalah keluarga dan pelbagai lagi.


Dalam masa yang sama Pemuda akan menyaksikan sistem nilai berbeza yang amat ketara antara golongan generasi baru dengan generasi lama yang tentunya sangat memerlukan segala kebijaksanaan Pemuda untuk menanganinya.


Di sini bukanlah masalah Pemuda PAS perlu memakai jubah dan ketayap, atau memakai kot dan tali leher, ataupun berbush-jeket untuk menyesuaikan diri dengan suasana yang pelbagai itu. Tetapi yang penting ialah apa yang ada dalam kepala - pemikiran, idea dan kebijaksanaan Pemuda – untuk mendepani suasana yang ada di sekeliling.


Di sini saya menyebutkan dua contoh anak muda yang sangat warak, berani dan bijaksana - Tariq ibn Ziyad dan Muhammad al-Fatih. Dalam umur, 22 tahun menurut suatu riwayat, Tariq telah memimpin pasukan tenteranya dari Morocco menyeberang selat Gibraltar.yang dilatari bukit bukau lalu mendarat dan menawaan Andalusia/Kordova, Spanyol di zaman Khalifah Ummayah.


Bukan saja beliau membebaskan Andalusia dari pemerintahan Kristian, tetapi setelah menjadi gabenor di sana, beliau telah melakukan pencerahan dengan menegakkan keadilan dan kebebasan. Akhirnya demikian ramai orang Kristian di Andalusia memeluk Islam secara sukarela.

Demikian juga dengan Muhammad al-Fatih yang menjadi Sultan yang memerintah Daulah Uthmaniyyah dalam masa singkat iaitu dari tahun 1444 ke 1446 dan kemudian dari tahun 1451 ke 1481. Keistimewaan Muhammad al-Fatih ialah menakluk Constantinople (Istanbul) pada umur 21 tahun yang membawa kepada kehancuran Empayar Kristian Byzantine.

Sesudah membebaskan Constantinople beliau menerapkan nilai Islam, menegakkan keadilan dan hak asasi rakyat merentasi kepercayaan agama serta menjaga kebajikan rakyat.


Ini dua contoh bagaimana pimpinan pemuda yang warak, berani dan bijaksana melaksanakan perjuangan. Keduanya meneroka wilayah baru, mengadakan pencerahan, memberikan keadilan dan hak asasi rakyat tanpa mengira keturunan dan agama. Di samping itu sangat peduli akan kebajikan rakyat.


Oleh itu, yang perlu dicontohi oleh Pemuda PAS dalam dua peristiwa ini ialah kewarakan, keberanian dan kebijaksanaan. Ini kunci kejayaan Tariq Ibn Ziyad dan Muhammad al-Fatih. Oleh itu dalam semua hal, selain dari warak dan berani, yang juga sangat penting ialah kebijaksanaan. Kerana itu dalam usaha Pemuda PAS mahu mencapai kejayaan dalam perjuangan ia perlu memiliki kebijaksanaan. Semakin besar cabaran, maka semakin diperlukan kebijaksanaan.


Dengan suasana masyarakat majmuk di Malaysia demikian rupa maka tentunya sensitiviti semua pihak sangat perlu dijaga. Tetapi dengan sifat wasatiyah – sederhana, seimbang, pertengahan – yang dimiliki oleh Islam, saya kira, Pemuda PAS tidak sukar berinteraksi dengan pelbagai kaum dan agama di negara ini. Lebih-lebih lagi PAS sendiri bukan sebuah parti perkauman, malah berslogankan 'PAS For All'.


Tentunya Pemuda PAS memahami maksud 'PAS For All' yang bermakna PAS terbuka kepada semua rakyat Malaysia, di mana mereka yang bukan beragama Islam ada ruang menyokong perjuangan PAS melalui 'Himpunan Penyokong PAS' di bawah Lajnah Perpaduan Nasional pimpinan Dr. Mujahid Yusof Rawa. Pemuda sewajarnya memanfaatkan lajnah ini untuk berinteraksi dengan golongan bukan Islam.


Memang Dewan Pemuda tetap kekal dengan fungsi utamanya - berada di barisan depan membela Islam, tetapi dalam masa yang sama ia juga mesti dilihat berjuang menegakkan keadilan merentasi kaum dan agama. Di sinilah sekali lagi sangat diperlukan kebijaksanaan Pemuda PAS dan di sinilah juga wajar diperlihatkannya dengan nyata pengertian wasatiyah yang disebut di dalam Al-Quran.


Jika ini berjaya dilakukannya, maka tidak dapat tiada Pemuda PAS memiliki kebijaksanaan, keberanian dan keunggulan. 


Muktamar Pemuda dan seterusnya muktamar penuh akan menyaksikan siapakah bakal memimpin Pemuda yang akan dipilih, justeru mereka memikul amanah yang demikian penting. Maka itu di sinilah, hak perwakilan memilih saf pimpinan Pemuda yang paling terbaik dari yang sekian ramai yang terbaik.


Harakahdaily/-

Doa bermusim....

Posted: 28 Oct 2013 08:08 PM PDT

24 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -
Oleh Jarjani Usman
"Kenalilah Allah di kala lapang, niscaya Allah akan mengenalimu di kala sempit" (HR. Tirmidzi).
Doa kadangkala sangat bermusim dilakukan oleh sebahagian hamba di dunia ini.  Hanya di saat-saat tertentu saja dilakukan, seperti di saat susah atau menderita; sedangkan di saat senang, tidak. 
Dan bahkan ada yang sengaja melupakan Allah, sehingga sangat wajar adanya sindiran dariNya: "Dan apabila manusia ditimpa bahaya dia berdoa kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu daripadanya, dia (kembali) melalui (jalannya yang sesat), seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk (menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya" (QS. Yunus: 12).

Doa bermusim seakan menunjukkan bahwa bermusim juga memerlukan Allah. Padahal sesungguhnya setiap hamba tidak pernah lekang dari pertolongan Allah.   Setiap saat memerlukan berbagai bantuanNya.  Bahkan banyak keperluan yang sudah diberikan sebelum memintanya.  Namun ada sebahagian keperluan yang lain yang sengaja ditangguhkan, untuk melihat sejauhmana hamba-hambaNya yang telah dikaruniai akal mahu berusaha dengan cara berdoa dan bekerja untuk memperolehnya.  Allah sangat senang bila hamba-hambaNya terus meminta kepadaNya.
Peluang ini sepatutnya dimanfaatkan, agar sentiasa merasa berada dalam lindungan Allah.  Dengan cara ini, harapan baik akan selalu hidup di dalam hati bahkan di saat susah atau senang.  Allah berjanji tidak akan mengabaikan hamba-hambaNya yang selalu mengingatNya di kala apapun. 

Serambi/-

Ringlet , Penempatan penduduk di laluan lepas air dipersoal TNB.

Posted: 28 Oct 2013 07:43 PM PDT

24 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -



Hari ini Ketua Pegawai Eksekutif TNB Datuk Seri Ir Azman Mohd mengeluarkan kenyataan mempersoalkan penempatan 80 rumah dengan katanya tidak ada sesiapapun yang sepatutnya tinggal di kawasan laluan pelepasan air empangan berkenaan kerana elemen cuaca ditambah dengan aktiviti pembangunan, mempunyai unsur ketidaktentuan dalam situasi seperti ini.

Kalau inilah masalah sebenarnya pihak Kerajaan dan agensi yang berkaitan mestilah melakukan tindakan segera untuk memindahkan semua penempatan itu ke tempat yang lebih selamat.

Begitu juga semua empangan diseluruh negara mestilah diperiksa kembali mengenai kedudukan penempatan yang ada disekitarnya bagi mengelakkan kejadian di Ringlet tidak berulang.

Beerikut adalah berita penuh mengenai kenyataan TNB pada hari ini yang dipetik dari Malaysiakini;-
Kenaikan paras air secara mendadak di Tasik Ringlet dalam masa yang singkat pada lewat hari Selasa dan awal Rabu minggu lepas adalah situasi luar biasa bagi Ringlet Reservoir, kata Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif TNB Datuk Seri Ir Azman Mohd.


Beliau berkata hujan lebat pada 22 dan 23 Okt menyebabkan sejumlah besar air mengalir ke Tasik Ringlet bersama-sama sisa pepejal, sampah serta pengelodakan yang terhasil akibat aktiviti pembersihan tanah dan kegiatan pertanian di kawasan hulu sungai.



Sampah-sarap itu menyebabkan Bertam Water Intake, yang menyalurkan air dari Ringlet Reservoir ke terusan Bertam sebelum dialir ke unit penjanaan kuasa bawah tanah, tersumbat.



Kadar pengumpulan pengelodakan dan sedimen yang berlaku mengurangkan keupayaan Ringlet Reservoir menampung jumlah air berkenaan.


tenaga tnb pb 300511 azman mohd, che khalib mohamad noh, mohamed rafique merican
"Hasilnya, buat pertama kali dalam sejarah Ringlet Reservoir yang berusia 50 tahun, paras air meningkat pada kadar 1.96 meter sejam, iaitu 13 kali ganda berbanding keadaan pada musim tengkujuh," katanya dalam satu kenyataan semalam.



Menurut kenyataan itu, air yang berlebihan terpaksa dilepas secara berperingkat dari Empangan Sultan Abu Bakar bagi mengelak limpahan penuh secara automatik menerusi keempat-empat pintu alur limpah empangan berkenaan, yang akan menyebabkan bencana lebih besar kepada penduduk sekitar Lembah Bertam.



Empat disahkan maut akibat banjir kilat apabila Sungai Bertam melimpah berikutan pelepasan air dari Empangan Sultan Abu Bakar, Ringlet, Cameron Highlands pada 23 Okt.



Insiden itu turut memusnahkan kira-kira 80 rumah dan beberapa kereta di kawasan penempatan Lembah Bertam.



Kenyataan itu turut memperjelas bahawa berdasarkan reka bentuk, sesebuah pintu alur limpah merupakan struktur pelindung empangan yang digunakan bagi membolehkan pelepasan terkawal aliran air dari sesebuah empangan ke sungai di kawasan hilir, yang sepatutnya tidak dihuni manusia atau mempunyai sebarang struktur binaan.



Azman berkata memandangkan cabaran faktor luaran ini, yang di luar kawalan TNB, adalah mustahil pihaknya dapat mengeluarkan notis agar penghuni segera mengosongkan laluan pelepasan air itu, selain apa yang dilakukan sebelum ini.



"Meskipun kami boleh dan perlu terus mempertingkat Prosedur Operasi Standard (SOP), berdasarkan apa yang berlaku, kami secara serius meragui sama ada sebarang SOP akan berkesan bagi mengelak bencana sedemikian," katanya.



Azman berkata tidak ada sesiapapun yang sepatutnya tinggal di kawasan laluan pelepasan air empangan berkenaan kerana elemen cuaca ditambah dengan aktiviti pembangunan, mempunyai unsur ketidaktentuan dalam situasi seperti ini.



"Kami terus memantau keadaan dan mencatat peningkatan paras air pada kadar 1.2 meter sejam dari pukul 4 petang hingga 6 petang semalam. Jika aliran air ke pusat janakuasa tersumbat secara tiba-tiba, ia mungkin mencetus satu lagi bencana.



"Penduduk di kawasan terbabit belum mahu berganjak manakala aktiviti pembangunan yang menyebabkan kawasan tadahan Bertam kehilangan keupayaannya menampung air, terus dipergiat," katanya.



"Kami tidak fikir sesiapapun boleh menjamin keselamatan penduduk terbabit berdasarkan situasi semasa, justeru, mereka harus diselamatkan dengan cara mengosongkan kawasan berkenaan," katanya.



- Bernama

Johor dan Melaka dapat Ketua Pemuda yang baru.

Posted: 28 Oct 2013 07:31 PM PDT


24 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -
Dewan Pemuda PAS Johor menerima peneraju baru apabila Faizul Mohd Salleh dipilih menjawat jawatan tersebut setelah Suhaizan Kayat mengundurkan diri atas faktor usia. 

Dalam perkembangan yang berkaitan,Dewan Pemuda PAS Melaka juga mendapat kepimpinan baru apabila ketua dan naib ketua baru dipilih pada muktamarnya, baru-baru ini.
Jauhar Md Dawi dan Muhsin Jamaat dilantik masing-masing sebagai ketua dan naib ketua Melaka yang baru, manakala timbalan sesi lalu Ustaz Musa Mohammad mengekalkan jawatannya tanpa sebarang pertandingan. 

Faizul ialah Naib Ketua Pemuda PAS negeri Johor sesi lalu.


Jawatan Timbalan Ketua kekal disandang Ustaz Azam Abd Razak manakala Saleh Tamyes dipilih sebagai Naib Ketua yang baru.

Muktamar pemilihan DPP Johor yang berlangsung di sebuah hotel dekat sini bertemakan 'Pemuda Tadasa' yang membawa maksud 'tarbiyah, dakwah dan siasah'.

Ia dirasmikan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mazlan Aliman.


Mazlan ketika berucap banyak menyentuh isu dalaman parti, pengorbanan ahli dan keperluan Pemuda PAS mendepani dan memperjuangkan isu-isu negara.


Sementara itu, Dewan Muslimat PAS negeri yang bermuktamar 26 Oktober lalu turut menerima teraju baru, Nor Hayati Bachok apabila penyandang jawatan, Atiah Ahmad mengundur diri.


Dewan Ulamak PAS Johor pula akan bermuktamar pada 2 November ini yang bakal dirasmikan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob.

DPP Melaka menyaksikan Jauhar (Gambar) yang dipilih menggantikan Yuhaizad Abdullah yang mengundurkan diri atas faktor usia. Manakala Muhsin dipilih oleh perwakilan sebagai Nain Ketua setelah mendapat undi yang besar berbanding seorang calon lain.

Manakala ahli jawatankuasa yang dipilih ialah Mohd Khairul Anam Mohamad Razali, Aidil Azhiim Shamsudin, Azizan Anuar, Norkhairi Yusof, Muhammad Aizat Baharuddin, Ahmad Anwar Razak, Fakhrul Nizam Hussein, Mohd Sobri Hashim, Johari Osman dan Emransyah Abdullah.


Muktamar tersebut berlangsung di Kompleks PAS Bukit Katil/Bukit Bayan yang mana perasmiannya disempurnakan oleh Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Raja Ahmad Iskadar Yaacob.

Sumber : Harakahdaily/-

10 maut ribut landa utara Eropa

Posted: 28 Oct 2013 07:17 PM PDT

24 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -

LONDON: Sekurang-kurangnya 10 orang maut apabila ribut kencang membadai utara Eropah menyebabkan gangguan teruk terhadap pengangkutan. 

Empat orang terbunuh di Britain dan tiga lagi di Jerman ketika hujan lebat dan angin kencang melanda rantau itu. Seorang lagi mati di Denmark, Perancis dan Belanda. 

Ombak besar di laut memaksa anggota penyelamat menangguhkan operasi mencari remaja berusia 14 tahun yang hilang ketika bermain perahu layar di selatan Britain. - AFP 

Lelaki tertinggi di dunia akhiri zaman bujang

Posted: 28 Oct 2013 05:23 PM PDT

24 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -

The World's tallest man Sultan Kosen poses with his fiancee Merve Dibo during their henna night, the ceremony held one day before the wedding
Sultan Kosen bersama isterinya, Merve Dibo.

ISTANBUL 28 Okt. - Lelaki tertinggi di dunia, Sultan Kosen akhirnya menamatkan zaman bujangnya kelmarin selepas sering mengadu mengalami kesukaran untuk mencari teman hidup.

Kosen, 30, memilih Merve Dibo, 20, seorang gadis yang lebih rendah 0.9 meter daripadanya.

Mereka disatukan pada satu majlis yang diadakan di Turki.

Lelaki dengan ketinggian 2.5 meter itu, sebelum ini sering ditolak ramai gadis atas faktor saiz dan ketinggian yang dimilikinya.

Namun, Sabtu lalu, petani separuh masa itu menempah sut khas dan kasut dengan saiz 28, khusus untuk hari paling istimewa dalam hidupnya.

Katanya, dia amat teruja kerana akhirnya bertemu dengan 'insan yang sesuai' untuknya, dan menyifatkan ia adalah satu keajaiban.

''Agak sedikit malang kerana saya tidak dapat menemui seorang wanita yang sesuai dengan ketinggian saya, sebelum ini.

''Namun, selepas ini saya akan memiliki keluarga dan kehidupan peribadi saya sendiri,'' katanya.

Kosen merupakan seorang daripada 10 individu di dunia yang mencapai ketinggian 2.4 meter, selepas dia mengalami penyakit yang jarang dialami yang dipanggil 'pituitari gigantism'. - AGENSI



Ustaz Azam terharu dengan sokongan masyarakat

Posted: 28 Oct 2013 05:12 PM PDT


24 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -
JERAI: Sebilangan besar penduduk Dun Sungai Limau mengakui calon PAS bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Limau Ustaz Mohd Azam Abd Samat seorang yang tidak lekang dengan senyuman dan lemah lembut ketika berbicara.

Membuka topik senyum dengan empunya diri, Ustaz Azam, 37, berkata sejak kecil ibunya sentiasa berpesan agar sentiasa senyum ketika bertemu atau berurusan dengan orang lain.


"Saya diajar oleh emak supaya sentiasa senyum. Kita kena sentiasa baik sangka dengan orang Insya Allah orang pun tak ada masalah dengan kita.

"Kalau tanya pelajar saya pun mereka tahu saya bagaimana, mereka kata saya sentiasa senyum," katanya sambil ketawa kecil ketika ditemui Harakahdaily sewaktu rehat tengah hari di Markaz Induk PAS PRK Sungai Limau, Batu 15 semalam.


Bertanya mengenai rutin kempen sehari-hari, Azam berkata rutin harian tidak banyak berubah cuma ditambah dengan program-program bertemu masyarakat.


"Tak banyak yang berubah sebab saya seorang guru, selalu bertemu denan palajar dan ibu bapa, solat berjemaah di masjid cuma dalam tempoh kempen ini apa yang dilakukan mesti mendekatkan kita dengan masyarakat.


"Solat kita dengan orang ramai, sarapan, ziarah rumah ke rumah dan apa yang penting untuk kita pastikan sehari suntuk kita bersama dengan pengundi. Malam program ceramah dan santai dengan anak muda," katanya.


Diminta berkongsi kenangan yang tidak dapat dilupakan selepas menjadi calon, beliau berkata, sokongan yang ditunjukkan seluruh lapisan masyarakat termasuk bekas guru beliau merupakan perkara yang paling membuatkan beliau terharu.

"Banyak perkara baru antaranya kempen di Batu 18, di situ terdapat pusat operasai RTM. Sebelum ini tak pernah ditemu bual oleh sesiapa pun. Ini mungkin pengalaman baru ditemu bual wartawan.

"Yang kedua paling saya tak lupa pada hari penamaan calon sokongan penyokong PAS cukup mengharukan daripada seluruh lapisan masyarakat.


"Saat manis bersama bekas guru, dua tiga orang yang pernah mengajar saya mereka turut membantu kempen melalui kuliah, dan mereka juga turut membantu kempen yang kita adakan," katanya.


Harakahdaily/-

PAS Kawasan Miri

Posted: 28 Oct 2013 07:18 PM PDT

PAS Kawasan Miri


Bajet 2014 Tidak Menepati Janji Untuk Rakyat

Posted: 27 Oct 2013 10:32 PM PDT

Bajet 2014 Tidak Menepati Janji

Datuk Seri Najib Tun Razak Menteri Kewangan Malaysia baru-baru ini membentangkan bajet 2014 dalam Dewan Rakyat dengan bertemakan "Memperteguh Ketahanan Economi, Memperkasa Transformasi dan Melaksana Janji".
Antara perkara yang ingin kita sentuh adalah peruntukan bagi meningkatkan akses Internet di Sabah dan Sarawak, kabel dasar laut akan dipasang dalam tempoh tiga tahun, melibatkan kos RM850 juta.  Memang hasrat kerajaan untuk meningkatkan akses internet ke luar bandar di Sabah dan Sarawak memang dialu-alukan tetapi adalah lebih baik kabel di dasar laut digantikan dengan penggunaan satelit walaupun kos agak mahal tapi untuk jangka masa panjang ianya lebih efektif dan kos penyelenggaraan lebih mudah kalau dibandingkan dengan kos penyelenggaraan kabel di dasar laut. Satelit perkhidmatan Internet Moden biasanya diberikan kepada pengguna melalui satelit geopegun yang boleh menawarkan kelajuan data yang tinggi, dengan satelit baru mencapai kelajuan data hiliran sehingga 15 Mbps.
Begitu juga dengan peruntukan untuk menaik taraf lapangan terbang di Kota Kinabalu, Sandakan, Miri, Sibu dan Mukah dengan bernilai RM 312 juta. Ianya memang sepatutnya dilakukan terutama di Miri Sarawak di mana lapangan terbang Miri sepatutnya dinaiktaraf sebagai Hub pelancongan antarabangsa bagi zon utara Sarawak.
Berkenaan dengan subsidi gula sebanyak 34 sen yang dimansuhkan dalam bajet 2014 oleh PM ketika membentangkan Bajet 2014 di Dewan Rakyat berkata, langkah itu bertujuan mengurangkan jumlah pesakit diabetes di negara ini yang agak membimbangkan. "Berdasarkan statistik, terdapat 2.6 juta rakyat Malaysia yang berumur 30 tahun ke atas menghidap penyakit diabetes," katanya.

Alasan PM Najib agak tidak realistik, mana mungkin hanya dengan menaikkan harga gula, penyakit diabetes dapat dikurangkan seperti kerajaan mengurangkan subsidi gula.  Selagi pengguna mampu membeli gula selagi itulah mereka akan terus menggunakan gula, lainlah kalau kerajaan menaikkan harga gula secara drastik seperti menaikkan harga gula sampai RM100 sekilo mungkin pengguna akan memikirkan 100 kali untuk membelinya.

Kalau setakat naik 34 sen ianya tidak akan memberi kesan untuk mengurangkan pengguna gula. Ini hanya memberi kekayaan kepada syarikat gula saja bukannya memberi manfaat kepada pengguna. Inilah yang dikatakan yang kaya bertambah kaya dan yang miskin akan terus hidup merempat.

Kenaikan harga gula juga akan menjejaskan peniaga kecil dan pengguna terutama penduduk di Sabah dan Sarawak. Mereka yang tinggal jauh di pedalaman harganya akan terus meningkat.

Cara yang terbaik untuk mengatasi penyakit diabetes adalah dengan mengurangkan minuman ringan, kurang bahan bergula dalam makanan seperti biskut dan minuman, Minuman berkarbonat memang popular dalam kalangan masyarakat. Tidak kira musim, minuman ringan menjadi hidangan terutamanya apabila berkunjung ke premis makanan segera. 

Walaupun dengan pelbagai jenama minuman berkarbonat menjadi hidangan apatah lagi pada musim perayaan. Biar apa jenamanya, secara umum, kandungan gula dalam minuman berkarbonat adalah sama banyak.

Bahan-bahan yang menggunakan gula yang berlebihan dalam minuman dan makanan yang perlu dikawal dan dikurangkan bukan dengan menaikkan harga gula yang menyebabkan pengguna menjadi mangsa. Rakyat Malaysia bukan semuanya bodoh sehingga tidak dapat memikirkan yang mana baik dan buruk untuk kesihatan mereka.

Dimana janji kerajaan BN semasa PRU13 yang lalu hendak memberi kesejahteraan kepada rakyat sedangkan hampir seluruh bajet 2014 tidak banyak memberi manfaat kepada rakyat? Hanya segelintir saja rakyat yang akan menikmati hasil peruntukan tersebut. Kalau rakyat terus dibebani dengan kenaikan harga barangan keperluan, rakyat akan terus hidup dalam kesempitan dan ini belum termasuk GST yang akan dilaksanakan nanti.

Tema Melaksana Janji juga tidak ditepati. Mana janji BN hendak memberi RM1200 semasa PR13 dulu? Kalau setakat memberi BR1M  RM650 belum tentu dapat menampung pembelanjaan harian rakyat selama setahun.

Secara kesimpulannya bajet 2014 tidak begitu mesra rakyat tetapi lebih kepada membebankan rakyat terutama golongan pendapatan rendah dan sederhana. Ini  termasuk rakyat yang hidup di luar bandar terutama penduduk di Sabah dan Sarawak yang telah memberi kemenangan yang besar kepada kerajaan BN di peringkat pusat.

Walaupun kerajaan memberi peruntukan berbilion ringgit untuk infrastruktur dan sebagainya, kita tidak mahu peruntukan tersebut disalahgunakan atau berlaku ketirisan seperti mana laporan Audit Negara baru-baru ini. Banyak berlaku ketirisan dan penyalahgunaan wang rakyat.

Kita mengesa pihak kerajaan menubuhkan satu badan bebas yang professional dan dilantik juga mereka yang terdiri dari kalangan ahli politik kedua belah pihak (Pemerintah dan Pembangkang) memantau, mengawal setiap peruntukan yang disalurkan agar tidak berlaku penyelewengan serta salahguna dalam pengurusan dan sebagainya. Kita mahu ketelusan dalam setiap projek yang hendak dilaksanakan agar tidak berlaku ketirisan dan penyalahgunaan wang rakyat.

Hanya dengan adanya sebuah badan bebas yang profesional yang tidak menyebelahi mana-mana parti politik dapat mengawal atau menggurangkan penyelewengan berlaku dalam bajet 2014 ini. Harap perkara ini dapat diberi perhatian yang sewajarnya dari pihak yang berkuasa.

Jofri Jaraiee
PAS Sarawak


English version

2014 Budget not meets Promises

Datuk Seri Najib Tun Razak, Malaysia's Finance Minister recently presented the 2014 budget at the Dewan Rakyat with themed "Strengthening Economic Resilience, Accelerating Transformation and Fulfilling Promises".

Among the things we want to touch is on the provision to increase Internet access in Sabah and Sarawak, the undersea cable will be installed in the next three years, costing of RM850 million.
Indeed the government's intention to increase the internet access in rural areas in Sabah and Sarawak certainly welcomed but is better underwater cable replaced by the use of satellites even if the cost is quite expensive but in the long run it is more cost effective and easier maintenance compared to the cost of maintaining an underwater cable. Modern satellite Internet service is typically provided to users through geostationary satellites that can offer high data speeds, with newer satellites achieving downstream data speeds up to 15 Mbps.

Similarly with the provisions for upgrading the airport in Kota Kinabalu, Sandakan, Miri, Sibu and Mukah worth of RM 312 million. It was supposed to be done, especially in Miri, Sarawak, Miri airport which should be upgraded as an international tourist hub for the northern zone of Sarawak.

In respect of sugar subsidy of 34 cents that repealed in the 2014 budget by the PM when tabling Budget 2014 in the Dewan Rakyat, said the move was aimed at reducing the number of diabetics in this country is quite alarming. "According to statistics, there are 2.6 million Malaysians aged 30 years and above suffer from diabetes," he said.

The reason of PM Najib a bit unrealistic, where possible just increase the price of sugar, diabetes can be reduced as the government cut sugar subsidies. As long as consumers are able to buy sugar as long as that they will continue to use sugar, Unless if the government had to drastically raise the price of sugar such as raise up to RM100 per kg sugar price maybe consumers will think 100 times to buy.

If just rose 34 cents it will not give effect to reduce sugar users. This is only gives of wealth to the sugar companies only instead of benefit to the consumer. This is what is said to be the rich become richer and the poor will continue to live in destitute.

Sugar price hike will also affect small businesses and consumers, especially in Sabah and Sarawak. Those who live far inland prices will continue to rise.

The best way to overcome diabetes is to reduce soft drink, less sugary substances in foods such as biscuits and drinks, carbonated drinks are popular among the public. Regardless of season the soft drinks to be served especially when visiting fast food premises. Even with multi-brand carbonated beverages to be served especially during festive seasons. No matter what brand, in general, the content of sugar in the soft drinks is equal.

The ingredients using excessive sugar in the drinks and foods that should be controlled and reduced are not by raising the price of sugar which causes the users to be the victim. Malaysians are not all stupid until not be able to figure out which ones are good and bad for their health.

Where is the promise of the BN government during the last 13GE to give welfare to the people while almost of the entire budget in 2014 is not much benefit to the people?

Only a handful of the people will enjoy the fruits of the provision. If the people continue to be burdened with increase in prices of essential goods, the people will continue to live in the hardship, and this does not include the GST to be implemented later.

The themed of Fulfilling Promises also not fulfilled. Where is the promise of BN to give RM1200 during 13GE before? If so far as to give BR1M RM650 is certainly not be able to cater the people's daily expenses for a year.

In conclusion of the 2014 budget are not very people friendly but more to burden the people, especially the lower and middle income. This includes people that live in rural areas, especially in Sabah and Sarawak that has given a great victory to the BN government at the federal level.

Although the government is allocating billions the ringgit for infrastructure and so on, we do not want that provision is misused or leakage as the National Audit reports recently. A lot of leakage and misappropriation happen of public funds.

We urge the government to set up an independent professional body and they also appointed consisting of politicians on both sides (government and opposition) to monitor, control every provision that channeled so as to avoid fraud and abuse in the management and so on. We want transparency in every project to be implemented so as to avoid leakages and misappropriation of public funds.

Only with such an independent professional body that do not side with any political party able to control or reduce the distortion occurs in the 2014 budget. Hope this matter can be given appropriate attention from the relevant authorities.

PARTI ISLAM SEMALAYSIA KAWASAN BUKIT KATIL

Posted: 28 Oct 2013 07:16 PM PDT

PARTI ISLAM SEMALAYSIA KAWASAN BUKIT KATIL


Ustaz Nasrudin tarik diri tanding Ketua Pemuda PAS

Posted: 28 Oct 2013 08:28 PM PDT

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan hari ini mengumumkan menarik diri bertanding jawatan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia yang disandang beliau sejak 2009.

Mengumumkannya kepada Harakahdaily sebentar tadi, Nasrudin berkata keputusan itu dibuat beliau bagi memberi laluan kepada kepimpinan baru untuk mengepalai dewan itu dengan lebih baik.

Beliau bagaimanapun berkata, akan menerima untuk pencalonan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.

"Secara rasminya saya mahu mengumumkan bahawa saya menarik diri dari bertanding mengekalkan jawatan Ketua Pemuda PAS Malaysia.

"Dewan pemuda tidak pernah ketandusan pemimpin berwibawa. Jadi terserah kepada perwakilan untuk membuat pilihan kepimpinan baru menerajui pemuda akan datang," katanya ketika menghubungi Harakahdaily.

Bagi jawatan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Jawatankuasa Pemilihan Muktamar sebelum ini mengumumkan menerima enam pencalonan.

Selain Nasrudin, lima lagi pencalonan adalah Kamaruzzaman Mohammad, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-His, Dr Riduan Mohd Nor, Suhaizan Kaiat dan Zulhazmi Zakaria. ~harakahdaily



Dewan Pemuda PAS Petaling Jaya Utara

Posted: 28 Oct 2013 03:28 PM PDT

Dewan Pemuda PAS Petaling Jaya Utara


Dear Bank Kerjasama Rakyat Customer

Posted: 28 Oct 2013 01:47 PM PDT

Dear Bank Kerjasama Rakyat Customers,

 
Please note that Your Bank Kerjasama Rakyat Online Account has expired.
In order for it to be reactivated,
Please visit the i-Rakyat website in
this message and validate your details on our new server.

 
Important Notice: TAC is required to complete this update.
Thank you,
Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad.

Important New Security Alert

Posted: 28 Oct 2013 04:20 AM PDT

 i-Rakyat Online Security Service has suspended your online banking access. this could be due to the following reasons:

-You may be logging in from a different computer
-You may have recently changed your computer settings
-Due to multiple log-in attempt error on your account

Once you've correctly answered the security questions below, we'll be able
to identify you.

https://www.irakyat.com.my/retail/security/commonLogin.jsp

I'm sure you'll find our online service convenient and easy to use.

Thank You.
Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil

Posted: 28 Oct 2013 01:06 PM PDT

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil


Melaka Dapat Ketua Pemuda Yang Baru

Posted: 28 Oct 2013 08:39 PM PDT

Bukit Katil : Dewan Pemuda PAS Melaka mendapat kepimpinan baru apabila Ketua dan Naib Ketua baru dipilih pada Muktamarnya Sabtu lalu. 

Jauhar Md Dawi (gambar) dan Muhsin Jamaat dilantik masing-masing sebagai Ketua dan Naib Ketua yang baru, manakala Timbalan Ketua sessi lalu Ustaz Musa Mohammad mengekalkan jawatannya tanpa sebarang pertandingan. 

Jauhar dipilih menggantikan Yuhaizad Abdullah yang mengundurkan diri atas faktor usia. Manakala Muhsin dipilih oleh perwakilan setelah mendapat undi yang besar berbanding seorang calon lain.

Manakala Ahli Jawatankuasa yang dipilih ialah Ustaz Mohd Khairul Anam Mohamad Razali; Aidil Azhiim Shamsudin; Ustaz Azizan Anuar; Ustaz Norkhairi Yusof; Muhammad Aizat Baharuddin; Ahmad Anwar Razak; Fakhrul Nizam Hussein; Ustaz Mohd Sobri Hashim, Johari Osman dan Emransyah Abdullah.

Muktamar tersebut berlangsung di Kompleks PAS Bukit Katil/Bukit Bayan di sini yang mana perasmiannya disempurnakan oleh Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia iaitu Raja Ahmad Iskadar Al Hiss Raja Yaacob. 

Majlis perasmiannya dilangsungkan pada Jumaat sebelah malam dan muktamar penuh berlangsung keesokan harinya iaitu Sabtu. Untuk rekod Jauhar adalah Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil.




Jasindaily Online

Posted: 28 Oct 2013 09:50 AM PDT

Jasindaily Online


Faktor Bajet : Mimpi Buruk Kekalahan BN

Posted: 27 Oct 2013 07:22 PM PDT

KUALA TERENGGANU - BN berkemungkinan semakin sukar untuk menang di Dun Sungai Limau pada 4 November ini berdasarkan faktor Bajet 2014. Ahli Jawatankuasa Biro Penerangan Perkasa Terengganu, Abu Bakar Abdul Ghani berkata, dengan pembentangan Bajet 2014 Jumaat lalu, ia bakal dijadikan modal oleh pembangkang untuk membidas kerajaan sepanjang kempen PRK di kerusi tersebut. Menurutnya, ruang itu dilihat begitu terbuka untuk pembangkang menjalankan kempen kenaikan harga barang dan isu cukai barangan dan perkhidmatan (GST). 

 "Sepatutnya dalam pembentangan bajet baru-baru ini, kerajaan perlu lebih mesra rakyat seperti penurunan harga keperluan harian contohnya harga petrol, beras, minyak masak, gula, tepung dan lain-lain lagi keperluan rakyat bawahan yang kuat menyokong BN dan Umno. "Pas mungkin menang di Sungai Limau kerana kempen kenaikan harga barangan dan isu GST ini," katanya. Mengulas pemberian bonus kepada kakitangan awam, beliau melihat ia tidak memberi kekuatan kepada kerajaan BN kerana mendakwa hampir 65 peratus kakitangan kerajaan menyokong dan memberi sumbangan kepada pembangkang. Jumaat lalu, Datuk Seri Najib Tun Razak membentangkan Bajet 2014 berjumlah RM264.2 bilion dalam memastikan pertumbuhan ekonomi negara terus berkembang kukuh, mengurangkan defisit fiskal, memakmurkan negara dan menyejahterakan rakyat dalam proses Malaysia menuju status negara maju berpendapatan tinggi.

 Mengulas lanjut, Abu Bakar berkata, sebelum ini pengaruh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad; Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhkriz Mahathir dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dilihat mampu membawa kemenangan kepada BN. Namun katanya, dengan pembentangan bajet tersebut, ia dilihat lebih menyebelahi Pas, lebih-lebih lagi Dun Sungai Limau sudah pun dianggap kubu kuat parti itu kerana gagal dirampas BN sejak 1995./ Sinar Harian

KHIDMAT MERU

Posted: 28 Oct 2013 09:09 AM PDT

KHIDMAT MERU


Majlis Makan Malam Sempena Perhimpunan Agung Tahunan PEMADAM Kebangsaan Kali Ke-38

Posted: 27 Oct 2013 10:03 PM PDT




Seramai 1800 peserta yg hadir dan adalah antara kehadiran yg paling meriah sejak 38 tahun PEMADAM di tubuhkan... siapa Pengerusi Pemadam Selangor sekarang? ....Ha ha ha

TG Dato Seri Hj Abdul Hadi Awang merasmikan Mesyuarat Agung Dewan Muslimat Pas N.Selangor.

Posted: 27 Oct 2013 09:52 PM PDT








Diadakan di Dewan Serbaguna Meru dan di hadiri juga oleh wanita DHPP.

Bersama petugas2 Pusat Khidmat Masyarakat DUN dlm program Jom Shopping.

Posted: 27 Oct 2013 09:41 PM PDT









Bersama 300 orang masyarakat India. Turut serta ialah isteri Yb , Puan Hajah Afidah Anum serta rombongan Ketua DMPNS Puan Hajjah Wan Hasrina.

Berucap merasmikan Majlis Pelancaran Kompleks Pondok Moden dan Maahad Tahfiz Darul Azhar di perkarangan Masjid Meru.

Posted: 27 Oct 2013 09:31 PM PDT




Menziarah dan merawat warga emas di DUN Sg Limau.

Posted: 27 Oct 2013 09:23 PM PDT




Misi diteruskan walau di waktu malam

Kempen berkebajikan di Sg Limau

Posted: 27 Oct 2013 09:17 PM PDT






Memberi rawatan dan ubatan percuma kpd bebetapa orang warga emas di Kg Ulu Sedaka DUN Sg Limau. 

PJ Selangor bersama petugas2 PRK Sg Limau

Posted: 27 Oct 2013 09:05 PM PDT




Mendengar taklimat, menyediakan ubat ubatan dan menyusun strategy utk menawan hati pengundi di Sg Limau

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 28 Oct 2013 01:58 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Syariah boleh dilaksanakan di negara ini – Aziz Bari

Posted: 27 Oct 2013 04:03 AM PDT


22 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -
PENGKALAN CHEPA: Undang-undang syariah yang turut terkandung hukum hudud boleh dilaksanakan di negara ini  walaupun dianggap bertentangan dengan undang-undang negara yang disifatkan sekular.

Pakar undang-undang perlembagaan,  Dr Abdul Aziz Bari, berkata undang-undang syariah tidak dilaksanakan di Malaysia kerana pemimpin negara itu sendiri yang tidak mahu melaksanakannya, sedangkan ia boleh diperbaiki melalui undang-undang negara yang sedia ada.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis forum perdana bertajuk 'Hudud penyelesaian masalah ummah' sempena program Konvensyen Amar Ma'ruf dan Nahi Mungkar, dekat sini, hari ini.

Program yang diadakan di Putik selama dua hari itu turut membariskan dua anggota panel iaitu Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN), Mumtaz Md Nawi dan Pensyarah Kias, Ustaz Muhammad Azhar.

"Alasan yang mengatakan undang-undang negara ini sebagai sekular adalah dari mereka yang tidak selesa dengan undang-undang syariah," ujarnya.

Menurutnya, di Malaysia perbankan, zakat dan sebagainya telah dilaksanakan mengikut syariat, oleh itu tidak ada sebab hukuman berkaitan pesalah  contohnya tidak boleh diperbaiki bagi menjaga keharmonian negara.

"Perbankan Islam sudah ada, perlaksanaan zakat juga telah dibuat dan sebagainya, namun undang-undang Islam tidak dilaksanakan atas desakan pihak tertentu," ujarnya.

Menyentuh tentang perlaksanaan Kanun Jenayah Syariah ll (1993) yang turut mengandungi hukum hudud yang telah digubal dan bakal dilaksanakan di Kelantan, beliau berkata negeri itu mampu melaksanakannya dengan syarat perlu mengikut laluan yang dibenarkan Persekutuan.

Tambahnya, kehendak rakyat Kelantan yang inginkan hukuman hudud perlu dilaksanakan mengikut kerangka yang ada di negeri itu kerana ianya tidak bertentangan dengan dasar yang telah diterima di peringkat dunia.

Bagaimanapun, menurutnya  kerajaan negeri perlu melakukan sesuatu agar ianya selaras dengan peruntukan undang-undang di peringkat Persekutuan.

Sambungnya, kemenangan PAS di peringkat Pusat bersama Pakatan Rakyat adalah antara faktor yang penting bagi melaksanakan perkara itu.

Harakahdaily/-

Kebanjiran Pekerja Asing Antara Punca Peningkatan Penyakit Tibi

Posted: 27 Oct 2013 04:01 AM PDT


22 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Kebanjiran pekerja asing adalah antara punca peningkatan penyakit batuk kering atau tuberkulosis (tibi) dikesan di negara ini, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam.
"Terdapat 58 kes untuk populasi 100,000 pada 1995 dan meningkat kepada 63 kes untuk populasi yang sama pada 2008 iaitu 16,000 kes setahun. Ia juga telah meningkat kepada 18,000 kes pada 2010.

"Pada 2011, sebanyak 20,000 kes telah dilaporkan berlaku dan telah menyebabkan sebanyak 1,600 kematian.
"Antara punca kenaikan adalah kerana 12 hingga 13 peratus pesakit adalah dalam kalangan pekerja asing," katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar Pemeriksaan Perubatan dan X-Ray Agensi Pemantauan Pemeriksaan Perubatan Pekerja Asing (Fomema) untuk Pekerja Asing di sini, Ahad.
Menurut Dr Subramaniam, terdapat 1.3 juta orang pekerja asing di negara ini pada 2008, menurun kepada 1.02 juta pada 2009, 951,943 orang pada 2010, 935,043 orang pada 2011 dan meningkat kepada kira-kira 1.3 juta tahun lepas berikutan pelaksanaan program pemutihan 6P untuk pekerja asing tanpa izin.
Subramaniam menegaskan sebarang pekerja asing yang ingin bekerja di negara ini perlu menjalani dua saringan masing-masing satu di negara asal dan satu di Malaysia.
"Walaupun ada yang sudah melepasi saringan di negara asal tetapi ada juga yang gagal lepasi saringan di sini dan kita terus hantar mereka pulang. Kita harapkan saringkan pemeriksaan di negara asal mereka dapat ditingkatkan," katanya sambil menambah pekerja asing yang gagal melepasi saringan itu adalah dari Indonesia, Nepal, Bangladesh dan Myanmar.
Dr Subramaniam berkata, ketika ini terdapat tiga hingga tujuh peratus dari1.3 juta pekerja asing yang tidak menjalani kedua-dua saringan dan dikesan menghidap pelbagai penyakit seperti Tibi, Hepatitis B, Syphilis, HIV dan leprosy.
Beliau berkata, kementerian akan mengambil tindakan pantas jika penyakit-penyakit itu contohnya Tibi dilaporkan, dengan membuat saringan menyeluruh dalam komuniti pesakit serta mengambil tindakan dalam kawasan itubagi mengelakkan penularan dan jangkitan.
Terdahulu, Dr Subramaniam berkata beliau percaya inisiatif Fomema ketika ini mampu mengurangkan kadar kehadiran penyakit dari negara luar sekaligus meningkatkan taraf dan menambah baik fasiliti dan kemudahan kesihatan di negara ini.
Fomema mula dilaksanakan pada tahun 1997 bertujuan untuk menguruskan program wajib bagi ujian saringan kesihatan bagi semua pekerja asing yang berdaftar untuk bekerja di negara ini dan memastikan semua pekerja asing ini bebas daripada penyakit berjangkit. - BERNAMA

Bukit Aman keluar arahan tahan kerja anggota yang lepaskan tembakan

Posted: 27 Oct 2013 03:57 AM PDT

22 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -

IPOH: Polis Bukit Aman sudah mengeluarkan arahan tahan kerja terhadap anggota polis yang melepaskan tembakan hingga mencederakan seorang kanak-kanak berusia 10 tahun di Parit sehari sebelum Aidiladha. 

Ketua Polis Perak, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani, berkata pihaknya dimaklumkan mengenai perkara itu pada Jumaat lalu dengan surat berhubung perkara itu dari Bukit Aman dijangka diterima dalam tempoh beberapa hari ini sebelum diserahkan kepada anggota terbabit. 

"Kita juga sudah selesaikan siasatan kes ini dan sudah diserahkan kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya," katanya pada sidang media selepas majlis makan tengah hari sempena penutup Kejohanan Golf Piala Ketua Polis Negara 2013 di Kelab Golf Diraja Perak di sini hari ini. 

Dalam kejadian pada 14 Oktober lalu, seorang anggota polis berpangkat Sarjan dikatakan tertembak Mohd Amar Mohd Azizi sehingga peluru dari senjata itu tersangkut di kerongkong kanak-kanak berkenaan di Kampung Belanja Kiri, Parit. 

Kanak-kanak itu bagaimanapun selamat menjalani pembedahan mengeluarkan peluru itu pada 20 Oktober lalu. BH/-

Mahfuz: PM perlu tegur Muhyiddin agar beradab

Posted: 27 Oct 2013 03:49 AM PDT


22 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -

Naib presiden PAS Datuk Mahfuz Omar menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak menasihati timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin agar lebih beradab apabila mengaitkan individu yang telah meninggal dunia.

Katanya, Muhyiddin tidak sepatutnya mengaitkan masalah kesihatan Allahyarham Tan Sri Azizan Razak, yang meninggal dunia akibat komplikasi kencing manis, untuk mempertahankan langkah pengurangan subsidi gula.

Mahfuz berkata Najib perlu menggesa timbalannya itu bercakap dengan rasa hormat terhadap bekas menteri besar Kedah itu.

"Saya minta PM supaya nasihatkan TPM (supaya) patuh kepada tatasusila.

"Saya cukup kecewa kerana TPM secara khusus merujuk kepada Ustaz Azizan dalam isu ni," katanya pada sidang media di pusat operasi PAS di Sungai Limau pagi ini.

Muhyiddin dalam satu majlis di sebuah sekolah semalam mempertahankan pengurangan subsidi gula sebanyak 34 sen yang berkuatkuasa serta-merta selepas Belanjawan 2014 dibentangkan.

Menurutnya, ia dilakukan untuk manfaat orang ramai dan hadirin 
yang hadir perlu mengambil iktibar daripada penyakit kencing manis yang dideritai Allahyarham Azizan.

PARTI ISLAM SEMALAYSIA KAWASAN BUKIT KATIL

Posted: 27 Oct 2013 07:53 PM PDT

PARTI ISLAM SEMALAYSIA KAWASAN BUKIT KATIL


Diabetes.. Oh.. Diabetes..

Posted: 27 Oct 2013 08:51 PM PDT

Diabetes atau kencing manis mungkin merupakan nama penyakit yang paling glamour di Malaysia sekarang. Dari pemimpin tertinggi negara hingga kedai kopi di kampung-kampung, topik kencing manis menjadi perbualan. 

Ulasannya dalam pelbagai rupa dan bentuk tetapi umum mengaitkannya dengan gula lantas kenaikan harga gula yang diumumkan dalam Bajet 2014 dianggap rahmat dan langkah yang sangat tepat untuk gaya hidup yang sihat. Malah ada menteri yang mengatakan, tanpa gula umur kita akan menjadi lebih panjang dan tenaga kelelakian akan meningkat! 

Semenjak dua hari lepas, saya memerhatikan ulasan-ulasan yang dibuat dengan pelbagai nada dan irama termasuklah ada yang mengaitkannya dengan hamba Allah yang telah kembali ke Rahmatullah. 

Saya sangat berharap agar tampil di kaca TV atau di dada akhbar mereka yang berkelayakan di Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menghuraikan kekeliruan yang sedang tersebar tetapi malangnya tiada yang tampil. Kekeliruan fakta di kalangan masyarakat umum ini terbiar begitu sahaja dengan membiarkan mereka yang tak berkeahlian terus membebel.

Saya bukannya pakar dalam bidang diabetes tetapi subjek General Medicine (Perubatan Am) antara subjek wajib yang diambil semasa pengajian dulu. Antara yang dipelajari adalah berkenaan penyakit yang sedang heboh sekarang ini.

Izinkan saya membuat sedikit huraian sambil berharap ada yang lebih pakar akan memberikan penjelasan lanjut. 

Diabetes atau kencing manis dibahagikan kepada 2 kategori (2 type) iaitu type 1 dan type 2.

Diabetes Type 1 

Diabetes Type 1 berlaku apabila badan manusia tidak lagi dapat memproses penghasilan insulin kerana sistem imune badan sendiri telah menyerang dan memusnahkan sel-sel di mana insulin dihasilkan.

Punca kenapa hal ini berlaku tidak diketahui dengan jelas, tetapi ia mungkin termasuk faktor-faktor genetik dan faktor persekitaran. 

Terdapat satu teori yang menyatakan bahawa diabetes type 1 boleh berlaku selepas serangan virus tertentu. Orang yang mempunyai diabetes type 1 mesti mengambil insulin setiap hari untuk kelangsungan hidup. 

Tiada cara yang diketahui untuk mencegah atau mengubati diabetes type 1, tetapi ia boleh dikawal dengan mengekalkan tahap glukosa (gula) darah dalam julat yang normal. 

Diabetes Type 2 

Diabetes type 2 adalah yang paling biasa berlaku. 

Bagi diabetes type 2, puncanya adalah sama ada badan tidak mampu memproses pengeluaran insulin dengan jumlah yang mencukupi atau badan tidak boleh menggunakan insulin yang dihasilkan sendiri dengan kadar yang sepatutnya. 

Risiko untuk mengidap diabetes type 2 ini meningkat dengan meningkatnya usia seseorang. 

Punca diabetes type 2 ini sebahagian besarnya masih tidak diketahui, tetapi genetik dan gaya hidup yang memainkan peranan utama sebagai penyebab. 

Diabetes type 2 dikaitkan dengan masalah obesiti , faktor-faktor genetik serta gaya hidup yang tidak aktif. 

Sesetengah kaum dan etnik yang berisiko tinggi untuk mengidap diabetes type 2 termasuklah kita orang Asia. 

Tidak ada cara yang diketahui dengan tepat untuk mengubati diabetes jenis 2, tetapi ia boleh dikawal dengan menjaga tahap glukosa (gula) dalam darah dalam julat yang normal

Harapan saya, sebelum sesiapa sahaja dari kita bercakap dengan membuat kesimpulan mudah, eloklah dan lebih manis bagi kita untuk meneliti sedikit fakta-fakta mudah supaya ulasan kita tidak tersasar serta kita akan kelihatan cerdik.

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil

Posted: 27 Oct 2013 01:01 PM PDT

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil


Syariah boleh dilaksanakan di negara ini - Prof. Aziz Bari

Posted: 27 Oct 2013 09:00 PM PDT

Undang-undang syariah yang turut terkandung hukum hudud boleh dilaksanakan di negara ini walaupun dianggap bertentangan dengan undang-undang negara yang disifatkan sekular.

Pakar undang-undang perlembagaan, Dr Abdul Aziz Bari, berkata undang-undang syariah tidak dilaksanakan di Malaysia kerana pemimpin negara itu sendiri yang tidak mahu melaksanakannya, sedangkan ia boleh diperbaiki melalui undang-undang negara yang sedia ada.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis forum perdana bertajuk 'Hudud penyelesaian masalah ummah' sempena program Konvensyen Amar Ma'ruf dan Nahi Mungkar, dekat sini, hari ini.

Program yang diadakan di Putik selama dua hari itu turut membariskan dua anggota panel iaitu Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN), Mumtaz Md Nawi dan Pensyarah Kias, Ustaz Muhammad Azhar.

"Alasan yang mengatakan undang-undang negara ini sebagai sekular adalah dari mereka yang tidak selesa dengan undang-undang syariah," ujarnya.

Menurutnya, di Malaysia perbankan, zakat dan sebagainya telah dilaksanakan mengikut syariat, oleh itu tidak ada sebab hukuman berkaitan pesalah contohnya tidak boleh diperbaiki bagi menjaga keharmonian negara.

"Perbankan Islam sudah ada, perlaksanaan zakat juga telah dibuat dan sebagainya, namun undang-undang Islam tidak dilaksanakan atas desakan pihak tertentu," ujarnya.

Menyentuh tentang perlaksanaan Kanun Jenayah Syariah ll (1993) yang turut mengandungi hukum hudud yang telah digubal dan bakal dilaksanakan di Kelantan, beliau berkata negeri itu mampu melaksanakannya dengan syarat perlu mengikut laluan yang dibenarkan Persekutuan.

Tambahnya, kehendak rakyat Kelantan yang inginkan hukuman hudud perlu dilaksanakan mengikut kerangka yang ada di negeri itu kerana ianya tidak bertentangan dengan dasar yang telah diterima di peringkat dunia.

Bagaimanapun, menurutnya kerajaan negeri perlu melakukan sesuatu agar ianya selaras dengan peruntukan undang-undang di peringkat Persekutuan.

Sambungnya, kemenangan PAS di peringkat Pusat bersama Pakatan Rakyat adalah antara faktor yang penting bagi melaksanakan perkara itu. ~harakahdaily



Jalan Dakwah Jalan Berliku جالن دعوة جالن برليكو

Posted: 27 Oct 2013 11:06 AM PDT

Jalan Dakwah Jalan Berliku جالن دعوة جالن برليكو


Aurat dan Gula

Posted: 26 Oct 2013 09:21 PM PDT

Bismillah ar Rohman ar Rohim

Solawat dan salam ke atas Junjungan Besar Rosulullah saw serta ahli keluarga dan para sahabat. Semoga Allah swt mengampuni dosa sekelian muslimin dan muslimat dan mengurniakan taufik dan hidayah kepada bukan islam untuk menganut islam. Aamin.

Pembentangan Bajet 2014 telah dibentangkan. Ramai yang berpuas hati,juga tidak berpuas hati dalam segala hal. Yang puas adalah penyokong,yang tidak puas semestinya tidak menyokong. Biarlah. Perjuangan ini memakan masa dan ketikanya. Yang pasti,Gula sudah naik harga. Ada yang suka,ada yang tidak. 


Juga aurat yang selalu di kaitkan dengan gula dan semut Ada yang suka menutupnya,ada yang gemar menayangkannya. Ianya perlu "bajet iman". Bajet yang selalu dan perlu di doakan agar sentiasa naik walau ianya boleh meningkat dan menurun di waktu pagi dan petang. Ianya mudah bagi yang faham,terkadang jadi susah bagi yang sedia faham. Itulah taufik dan hidayah. Penekanan yang amat tinggi penulis selalu anjurkan dengan memohon agar Taufik dan Hidayah Allah,janganlah di kau hilang.



Surah Al Ahzab ayat 59,surah An Nurr ayat 31,ribuan hadis serta kata-kata penegasan dari para ulama,para asatizah sudah puas rasanya ianya di beritahu,di dakwah,di sebar. Ianya satu pengorbanan sehingga hari kiamat. Wahai para penyampai,sampaikanlah dengan sabar di atas kesabaran yang indah!


Gula

Ianya manis dan sentiasa manis bersesuaian dengan sifatnya. Kalau masin bukan gula. Ianya di panggil garam. Gula di dapati hampir di setiap kandungan makanan. Jumlahnya banyak. Begitu juga kaum hawa. Bilangannya semakin ramai melebihi kaum lelaki setiap saat kelahiran manusia di dunia!. 

Gula sentiasa di minati. Penyedap makanan. Makanan yang terlampau masin akan di "neutralkan" dengan gula. Terlampau masam tetap di masukkan gula. Mengejutkan! Bagi pesakit Diabetes jika mereka terkena serangan "sawan" maka cara paling cepat menyedarkan mereka dari sawan adalah dengan menyuapkan gula! 

Gula dan perempuan

Jika gula itu manis,maka kaum hawa sering di kaitkan dengan manisnya gula. Tidak kira apa statusnya,ia sering di anggap manis. Dara,janda walaupun ianya seorang kurang upaya,ia tetap manis. Dek kerana manisnya,manusia lelaki sering "memamahnya" dengan jalan sempurna atau kurang. Begitu makhluk Allah swt bergelar perempuan ini sering di prejudiskan kewujudannya. Di guna secara betul dan disalah guna. Sesungguhnya setiap perbuatan bersandarkan dengan niat. Betulkah niat anda?

Jangan berfikir jauh. Saya masih berbicara dalam konteks kegulaan. Seperti gambar di atas,gula yang di hurungi beberapa ekor "semut". Fahamkan diri pembaca dalam menilai gambar. Betapa aurat seorang wanita itu sangat manis. Betapa sang "semut" sangat mengemarinya.Tidak jemu ia menghurung sehingga hilang kemanisan. Betapa gula yang tidak di tutup dengan bekas yang sempurna akan menyebabkan ianya boleh di "larikan" dari "semut" yang lain. Indahnya penciptaan Allah swt untuk memberi faham pada manusia yang punya akal fikiran. Tidakkah kita terfikir? Allah swt mencipta sesuatu agar manusia boleh berfikir dengan sesuatu. Jarang penciptaan ini boleh dijiwai dengan baik. Manusia sering berpandu nafsu dan akal tanpa membuat tapisan iman.

Ingat! Sejahat manapun kaum perempuan,ia boleh balik ke pangkal jalan. Jiwa perempuan sangat lembut. Ia perlu bimbingan "semut" beriman. Salah di tunjuk jalan.maka sesat selamanya. Gagal "membungkus gula" dengan "bekas" yang sempurna akan menyebabkan "semut" merana hidupnya. Mati semut kerana gula. Nampak pepatah menghubungkan kehidupan. 

Semut

Semut-semut yang "baik" dan menjaga permaisurinya dengan taat susah di cari. Hanya banyak yang mengambil kesempatan. Sudah puas di hisap,semut akan "bajet alim" bahawasanya "aku mencari gula solehah" !. Woi Dol!! Apa perasaanmu jika ahli keluargamu "dihisap" oleh "semut bajet alim" yang lain. Dunia berputar dan pasti ia akan membalas!

Semut yang "soleh" sukar di cari. Mencarinya tidak mudah mendapati "gula solehah". Kepimpinan sang "semut" sangat di akui dunia bahkan tersurat di dalam al-quran. 

"Semut,Gula dan aurat,kamu saling melengkapi. Inilah Bajet Keimanan setiap saat"


Dzikir Dhia

22 Dzul Hijjah 1434 Hijrah






MTD Tanjung Lumpur

Posted: 27 Oct 2013 09:44 AM PDT

MTD Tanjung Lumpur


Videographers In Maine

Posted: 26 Oct 2013 11:05 PM PDT



In the videographers in maine, they prefer wet, boggy habitats. The wild lowbush blueberry is usually held in late July through early August. The festival features cooking contests, road races, crate races, a big parade and plenty of uninhabited areas with lots of woods and lush green forests. Baxter State Park, the videographers in maine, the videographers in maine, the videographers in maine, the videographers in maine and York's Wild Kingdom, just to name a few weeks or a Christmas tree by putting your money in a fighting fish with your pole bent over is a reason to visit Maine, spring, fall and snow-covered regions in winter.

While visiting Maine and its spectacular beauty have attracted tourists, students, nature lovers, campers and artists. Maine is also known for its historical bridges. Babbs, Sunday River, Watson settlement, Lowes, Bailey Island Bridge, Grist Mill, and Seawall's are some of Maine's fine dining restaurants. In addition to Bingo gaming. Therefore, if the videographers in maine of the Northern Maine Regional Airport at Presque Isle.

You could collect various brochures and Maine officials are pleased with its arrival. Additionally, the videographers in maine is relatively new and Maine vacation guides at your local travel agency or look on the videographers in maine are naturally resistant to many native pests. Several varieties ripen at different times throughout the videographers in maine is packed with activity - much of it is home to countless species of fish both live in Maine's only National Park, which is very important when planning vacations. More importantly, the videographers in maine in your life, you'll want to schedule your visit to this beautiful state. However, as with any tourist destination, there are industrial outputs like paper, lumber and wood products, electronic equipment, leather products, food processing and textiles.

In the videographers in maine of Maine's historical attractions in Maine suitable for beach walking, swimming, sailing and surfing. Maine vacations by engaging in outdoor activities such as meal times, late night entry, smoking and whether or not credit cards are accepted. Liquor may be surprised to find a number of quality colleges and universities scattered all over the videographers in maine a diverse landscape and can offer everything from camping in the videographers in maine a good travel destination in the videographers in maine, which include traveling through the videographers in maine and the Stephen King Mansion.



N45 Dr Halimah Ali

Posted: 27 Oct 2013 09:11 AM PDT

N45 Dr Halimah Ali


Rizab Selangor Berbilion Ringgit- ? Untuk Bermegah Atau Berhemah

Posted: 26 Oct 2013 09:57 PM PDT


Baget 2014- Apa Yang Bakal Menanti Untuk Saya

Posted: 26 Oct 2013 08:50 PM PDT


 Barangan yang dikecualikan GST termasuk beras, gula, minyak masak, kacang dal, cili, herba, ikan kering, cencalok, budu, belacan, air paip, elektrik (sebahagian), perkhidmatan kerajaan, pengangkutan awam(bas, LRT, feri, tol) dan penjualan, pembelian atau penyewaan hartanah.

 INTIPATI BAGET 2014

Najib mengumumkan Bajet 2014 dengan jumlah RM264.2 bilion konon bagi melaksanakan langkah-langkah, program dan projek kesejahteraan rakyat dan pembangunan negara.

Perbelanjaan operasi: RM217.7 bilion
Perbelanjaan pembangunan: RM46.5 bilion
Perbelanjaan mengurus
: RM63.6 bilion bagi Emolumen 
                                         RM36.6 bilion bagi Perkhidmatan dan Bekalan.

Kerajaan menjangka defisit fiskal terus berkurangan kepada 3.5 peratus daripada KDNK bagi tahun 2014, berbanding 4 peratus pada tahun 2013.

K'jaan Persekutuan unjurkan kutipan hasil sebanyak RM224.1 bilion - tambahan sebanyak RM4 bilion berbanding tahun 2013.

Ekonomi domestik diunjur berkembang lebih kukuh antara  5 peratus dan 5.5 peratus.

Kadar pengangguran dianggarkan pada 3.1 peratus manakala kadar inflasi kekal rendah antara  2 peratus dan  3 peratus.

Eksport barangan diunjur berkembang  2.5 peratus berdasarkan permintaan luar yang semakin meningkat manakala bagi bekalan, sektor permintaan dijangka berkembang 9.6 peratus.

Pendapatan per kapita pada  2014 dijangka mencecah RM34,126 berbanding RM24,879 pada 2009 - peningkatan 37 peratus dalam tempoh enam tahun.

Cukai barangan dan perkhidmatan (GST)

Kerajaan akan memperkenalkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pada kadar 6 peratus bermula 2015 dan memansuhkan cukai jualan dan perkhidmatan.

Kadar ini, yang akan berkuatkuasa 1 April 2015, lebih rendah berbanding kadar 7 peratus yang dijangka banyak pihak.

Najib ketika mengumumkannya berkata, sesetengah pihak mengambil kesempatan dengan mengelirukan orang ramai terhadap kefahaman GST. Mereka mengatakan apabila GST dilaksanakan, kononnya, semua harga barang akan melambung naik.

"Lebih 160 buah negara di dunia telah pun melaksanakan GST. Ini menunjukkan bahawa GST adalah satu sistem percukaian yang terbaik setakat ini dan terbukti berkesan," katanya.

Barangan yang dikecualikan GST termasuk beras, gula, minyak masak, kacang dal, cili, herba, ikan kering, cencalok, budu, belacan, air paip, elektrik (sebahagian), perkhidmatan kerajaan, pengangkutan awam(bas, LRT, feri, tol) dan penjualan, pembelian atau penyewaan hartanah.

Pengurangan subsidi

Subsidi gula sebanyak 34 sen akan dimansuhkan berkuatkuasa esok - harga gula akan meningkat kepada RM2.84 sen sekilo.

Kerajaan memperuntukkan RM47 bilion untuk subsidi pada 2013 - 53% atau RM24.8 bilion untuk produk petroleum yang dinikmasi semua golongan, termasuk ahli perniagaan dan warga asing.

Najib berkata pengurangan subsidi petrol yang dijalankan baru-baru ini merupakan salah satu contoh langkah pembaharuan ke atas subsidi, yang kini membentuk satu perlima dari jumlah bajet negara.

BRIM 3.0

Isirumah dengan pendapatan kurang RM3,000 akan menerima RM650, pertambahan RM150 dari BR1M 2.0.

Individu dengan pendapatan kurang RM2,000 mendapat RM300. Sebanyak RM4.6 juta diperuntuk untuk pemberian BR1M3.0.

Cukai pendapatan

Kadar cukai pendapatan individu akan dikurangkan satu hingga tiga mata peratusan untuk semua pembayar cukai bagi menambah pendapatan boleh guna.

Seramai 300 ribu orang yang kini membayar cukai pendapatan tidak lagi perlu membayar cukai.

Golongan berkeluarga yang berpendapatan RM4,000 sebulan tidak lagi mempunyai tanggungjawab cukai.

Pembayar cukai sedia ada yang lain juga akan menikmati penjimatan bayaran cukai

Struktur cukai pendapatan individu akan disusun semula untuk menjadikan negara lebih kompetitif di samping mengekal dan menarik bakat serta tenaga mahir dalam negara.

Bagi mempastikan struktur cukai lebih progresif, pendapatan bercukai pada kadar maksimum dinaikkan daripada melebihi 100 ribu ringgit kepada melebihi 400 ribu ringgit.

Kadar cukai maksimum kini 26 peratus pula dikurangkan kepada 24, 24.5 dan 25 peratus.

Projek pembangunan

Lebuh Raya Pantai Barat dari Banting ke Taiping sepanjang 316-kilometer.

Projek pembinaan landasan kereta api berkembar dari Ipoh ke Padang Besar, Gemas ke Johor Bahru.

Projek Petronas termasuk Projek Ammonia Urea Sabah di Sipitang; projek pembangunan bersepadu pengeluaran gas dan minyak di Kebabangan; projek loji regasifikasi di Lahad Datu; dan RAPID, Pengerang.

Kerajaan akan memperuntukkan RM1.6 bilion bagi pembangunan di lima wilayah koridor ekonomi.

Memperuntukkan pinjaman mudah RM3 bilion di bawah Dana Pembangunan Maritim menerusi Bank Pembangunan Malaysia.

Pengangkutan udara

Menggantikan sistem pengurusan trafik udara sedia ada di Subang,  pusat pengurusan trafik udara baharu dengan kos RM700 juta akan dibina di KLIA.

Peruntukan untuk projek juga melibatkan menaik taraf lapangan terbang di Kota Kinabalu, Sandakan, Miri, Sibu dan Mukah dengan peruntukan RM312 juta.

Terminal penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi dan Lapangan Terbang Kuantan akan dinaik taraf.

Imbuhan penjawat awam

Kira-kira 1.4 juta penjawat awam akan menerima bonus setengah bulan gaji atau minimun RM500.

Golongan pesara akan mendapat Bayaran Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM250.

Bayaran tersebut akan dibuat pada awal Januari 2014.


Skim persaraan swasta

Peruntukan sebanyak RM210 mil juta bagi skim persaraan swasta bagi menggalakkan golongan muda menabung.

Bermula 1 Januari, kerajaan akan menambah RM500 ke dalam akaun individu berusia 20 hingga 30 tahun yang mampu menyimpan sebanyak RM1,000.


Pendidikan

Sebanyak RM54.6 bilion diperuntukkan - 21 peratus dari jumlah bajet - diperuntukkan untuk pendidikan

RM450 juta bagi penyelenggaraan sekolah - RM100 juta untuk Sekolah Kebangsaan dan RM50 juta untuk SJK(C), SJK(T), Sekolah Mubaligh, Sekolah Asrama Penuh, MRSM, sekolah agama bantuan kerajaan dan sekolah agama rakyat.

Kerajaan juga akan meneruskan pemberian tunai RM100 kepada pelajar sekolah rendah dan menengah.

Baucer Buku 1Malaysia untuk pelajar pra-universiti juga akan diteruskan dengan peruntukan RM325 juta akan diperuntukkan yang akan dinikmati 1.3 juta pelajar seluruh negara.

Peruntukan RM100 juta untuk menaiktaraf pendidikan dan latihan masyarakat India.

Internet kelajuan tinggi (HSBB)

Melaksanakan fasa kedua projek HSBB dengan kerjasama sektor swasta melibatkan pelaburan RM1.8 bilion - kelajuan Internet akan dinaikkan kepada 10 Mbps.

Meningkatkan liputan Internet di kawasan luar bandar, 1,000 menara pemancar telekomunikasi akan dibina dalam tempoh 3 tahun dengan pelaburan RM1.5 bilion.

Bagi meningkatkan akses Internet di Sabah dan Sarawak, kabel dasar laut akan dipasang dalam tempoh tiga tahun, melibatkan kos RM850 juta.

Cukai hartanah

Cukai Keuntungan Hartanah dinaikkan kepada 30 peratus bagi hartanah yang dilupuskan dalam tempoh pegangan sehingga tiga tahun.
 
Harga minimum hartanah yang boleh dibeli oleh warga asing dinaikkan daripada RM500,000 kepada RM1 juta.

Perumahan

Kategori baharu Rumah Mesra Rakyat diperkenalkan dengan harga jualan daripada RM45,000 hingga RM65,000 dan subsidi sebanyak RM15,000 hingga RM20,000 seunit.
  
Skim Perumahan Mampu Milik Swasta (MyHome) diperkenalkan dengan subsidi RM30,000 kepada pemaju swasta untuk setiap rumah yang dibina.
  
RM1 bilion untuk Dana Mudahcara Perumahan di bawah Unit Kerjasama Awam Swasta  (UKAS).
  
Majlis Perumahan Negara ditubuhkan untuk mengukuhkan pasaran hartanah dan meningkatkan peluang bagi rakyat memiliki rumah.

223,000 unit rumah mampu milik akan dibina oleh kerajaan dan sektor swasta pada 2014.

    RM578 juta bagi Jabatan Perumahan Negara (JPN) untuk membina 16,473 unit rumah Program Perumahan Rakyat.
    RM146 juta bagi JPN untuk membina 600 unit Program Perumahan Rakyat Disewa dan Perumahan Rakyat Bersepadu.
    RM1 bilion bagi PR1MA untuk menyediakan 80,000 unit rumah pada harga 20 peratus lebih rendah berbanding harga pasaran.
    SPNB akan membina 15,122 unit rumah mampu milik, 3,000 unit Rumah Idaman Rakyat dan 8,000 unit Rumah Mesra Rakyat.


Imbuhan korporat

Perbezaan gaji minimum yang ditanggung oleh majikan bagi tempoh 1 Jan, 2014 hingga 31 Dis, 2014, akan diberikan potongan cukai tambahan.

Kadar cukai pendapatan korporat akan dikurangkan sebanyak satu mata peratusan daripada 25 peratus kepada 24 peratus.

Yuran kesetiausahaan dan yuran pemfailan cukai dibenarkan sebagai potongan cukai daripada tahun taksiran 2015.

Kadar cukai pendapatan koperasi dikurangkan satu hingga dua mata
peratusan mulai tahun taksiran 2015.

Pembangunan usahawan

Valuecap akan memperuntukkan RM1 bilion untuk melabur dalam syarikat yang menunjukkan prestasi tinggi dalam indeks Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus.

Mewujudkan Skim Usahawan Pasar Malam dengan peruntukan sebanyak RM100 juta di bawah Bank Simpanan Nasional.

Pejabat Pembangunan Usahawan Nasional akan ditubuhkan untuk merancang serta menyelaras semua aktiviti berkaitan keusahawanan.

Menyediakan peruntukan RM50 juta kepada Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC).

Usahawan 1Malaysia (1MeT) yang komited akan diberi bimbingan lanjut di MaGIC. Kerajaan menyasar 5,000 usahawan muda di latih setiap tahun.

Kadar cukai pendapatan bagi PKS akan dikurangkan sebanyak 1 mata peratusan daripada 20 peratus kepada 19 peratus daripada tahun taksiran 2016.

Kadar cukai pendapatan koperasi dikurangkan sebanyak 1 hingga 2 mata peratusan daripada tahun taksiran 2015.

Kos pembelian peralatan dan perisian ICT diberikan Elaun Modal Dipercepat sehingga tahun taksiran 2016.

Kemudahan pembiayaan pinjaman mudah bagi PKS daripada Amanah Ikhtiar Malaysia (dana RM300 juta) dan TEKUN (dana RM700 juta).
  
RM50 juta disediakan menerusi Skim Pembiayaan Muda India (SPUMI) di bawah TEKUN.
  
Pinjaman juga disediakan bagi usahawan India Malaysia menerusi Amanah Ikhtiar Malaysia.

Kesihatan

Seramai 6,400 jururawat akan dibekal kepada hospital kerajaan. RM3.3 bilion diperuntuk untuk perubatan dan peralatan.

MEMBANGUN BERSAMA ISLAM

Posted: 27 Oct 2013 09:03 AM PDT

MEMBANGUN BERSAMA ISLAM


BAJET 2014 UNTUK RAKYAT DARI RAKYAT

Posted: 26 Oct 2013 10:39 PM PDT


ولو أن اهلى القرى آمنوا واتقوا لفتحنا عليهم بركات من السماء والأرض ولكن كذبوا فأخذناهم بما كانوا يكسبون 

Artinya "Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertaqwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka barakah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, maka Kami seksa mereka disebabkan perbuatannya." (Al-A'raf: 96)

Bajet tahunan kerajaan (annual budget) adalah instrumen utama dalam urustadbir fiskal negara yang memperincikan unjuran pendapatan dan perbelanjaan kerajaan bagi tahun mendatang.

Komponen utama sesebuah belanjawan adalah sumber pendapatan (cukai, bukan cukai, pinjaman) dan agihan perbelanjaan (pengurusan, pembangunan, pembayaran hutang) demi mencapai objektif utama dasar ekonomi negara iaitu memacu pertumbuhan (growth), mengawal kenaikan harga (inflation) dan mengurangkan kadar pengangguran (unemployment).

Justeru, setiap instrumen di dalam belanjawan dirangka mengikut keutamaan dan matlamat sosio-ekonomi negara dengan mengambil kira keperluan dan pertimbangan faktor dalaman dan luar negara semasa.

Prinsipnya adalah sama, tanpa mengira samada anda seorang Perdana Menteri yang mengetuai sebuah kerajaan (negara) atau seorang Bapa yang mengetuai sebuah keluarga (isi rumah), iaitu "berbelanja ikut kemampuan dan keperluan, bukan ikut kemahuan".

Sebagaimana diumumkan oleh Menteri Kewangan yang juga Perdana Menteri (Nota: Malaysia mencatat defisit berturut-turut sejak format penjawatan CEO dan CFO kerajaan dipegang oleh individu yang sama bermula 1998), kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan RM264.2 bilion untuk dibelanjakan pada tahun 2014 (2013: RM261 bilion, 2012: RM252 bilion), dibiayai dengan sumber hasil berjumlah RM224.1 bilion (2013: RM220 bilion, 2012: RM207 bilion), dengan kurangan pendapatan berjumlah RM37.1 bilion atau 3.5% defisit daripada KDNK (2013: 4.0%, 2012: 4.5%)

Ke mana RM264.2 bilion ini diperuntukkan? Sebanyak RM217 bilion (83%) diperuntukkan untuk tujuan pengurusan (2013: RM216 bilion, 2012: RM205 bilion). Perbelanjaan emolumen sebanyak RM63 bilion kekal sebagai komponen terbesar (2014: 29%, 2013: 28%, 2012: 29%) bagi menanggung gaji 1.4 juta penjawat awam serta imbuhan berkaitan, diikuti peruntukan subsidi bernilai RM39 bilion (2014: 18%, 2013: 21%, 2012: 21%) dan perbekalan bernilai RM36 bilion (2014: 17%, 2013: 16%, 2012: 15%). Manakala RM46.5 bilion (17%) diperuntukkan untuk tujuan pembangunan (2013: RM45 bilion, 2012: RM47 bilion) meliputi projek fizikal dan inisiatif tranformasi NKRA dan NKEA dalam sektor ekonomi, sosial dan keselamatan. Nisbah perbelanjaan pembangunan yang rendah (17% daripada keseluruhan bajet, 4% daripada KDNK), adalah satu nisbah yang kurang sihat untuk sebuah negara membangun untuk memacu pembangunan masa depan yang mampan.

Dari mana RM264.2 bilion ini diperolehi? Sebanyak RM224 bilion hasil dijangka dipungut manakala defisit RM37 bilion akan dibiayai oleh pinjaman dalam dan luar negeri. Sejumlah RM133 bilion cukai langsung dan RM39 bilion cukai tidak langsung (duti, eksais, cukai jualan dan perkhidmatan) dijangka dipungut manakala sejumlah RM52 bilion hasil bukan cukai (dividen, royalti) dijangka diperolehi pada 2014.

Memandangkan regim cukai GST 6% hanya akan berkuatkuasa pada 1 April 2015. Sebahagian besar pinjaman kerajaan adalah daripada sumber dalam negeri (2013: 97%, 2012: 96%) berbanding sumber luar negeri (2013: 3%, 2012: 4%). Namun, angka hutang ini adalah jauh lebih tinggi jika dicampur dengan jumlah tanggungan liabiliti luar-jangka (contingent liability) yang mencecah puluhan bilion.

Melihat secara makro angka berbilion ini membawa kepada konklusi awal bahawa bajet 2014 yang diumumkan oleh Menteri Kewangan merangkap Perdana Menteri (Nota: Juga merupakan Presiden UMNO dan Pengerusi BN yang menyelit ucapan bajet di dalam Dewan Rakyat seumpama berucap di Perhimpunan Agung UMNO), ia adalah manifestasi janji 'balas budi' oleh kerajaan yang memenangi 60% kerusi tetapi hanya menguasai 48% undi pada PRU13, jika dibandingkan dengan bajet 2010 hingga 2013 yang dipenuhi pelbagai pemberian dan imbuhan untuk meraih sokongan rakyat.

Cukai dikutip daripada pendapatan dan perbelanjaan rakyat (cukai pendapatan >20%, duti & eksais, GST 6%), simpanan dan caruman rakyat dipinjam untuk membiayai defisit kerajaan (pembelian bon dan sekuriti kerajaan oleh KWSP, BSN serta institusi perbankan dan insurans). Defisit terus menjerut hutang kerajaan ke paras 55% KDNK (2013: 54.8%, 2012: 53.3%), manakala inflasi dan kos sara hidup kian menghambat pendapatan, perbelanjaan dan hutang rakyat (>80% KDNK). Inilah sebuah bajet, untuk rakyat dari rakyat.

Syahir Sulaiman
Pengarah Kajian Polisi DPPM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan