Kuala Lumpur: Dua maut manakala dua cedera ditikam seorang lelaki dipercayai mengalami tekanan jiwa dalam dua kejadian berasingan berhampiran LRT Gombak dan LRT Taman Melati.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.20 pagi tadi, dua wanita berusia 60 dan 40 tahun iaitu pemilik dan pekerja kedai runcit ditikam suspek berusia 26 tahun yang juga penghantar rokok.
Selepas kejadian itu, suspek memandu van rokok berkenaan melarikan diri ke LRT Taman Melati lalu melanggar sebuah van membawa mineral.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, suspek keluar lalu menikam pemandu van berkenaan sebanyak tiga tikaman dan maut di lokasi kejadian.
"Suspek larikan diri pula ke Jalan Tumbuhan kira-kira 200 meter dari lokasi itu dan melanggar sebuah kereta jenis Toyota Prius dipandu remaja lelaki.
"Suspek itu kemudian keluar dan menikam pula pemandu kereta terbabit yang turut maut di tempat kejadian," katanya ketika ditemui dilokasi kejadian.
Khairi berkata, orang ramai yang menyedari kejadian itu berusaha menahan suspek menyebabkan berlaku pergelutan dan merampas pisau rambo yang digunakan suspek.BH/-
KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat menerima dua pencalonan untuk jawatan Presiden PAS sempena Muktamar Tahunan ke-59 tahun ini.
Pengerusinya, Asmuni Awi bagaimanapun memberitahu, satu daripada pencalonan itu ditolak.
Beliau menyatakan demikian pada sidang media Pusat Media PAS, Jalan Raja Laut, di sini sebentar tadi.
Katanya, jumlah borang pencalonan yang diterima daripada 134 kawasan tetapi ditolak 31.
Ini, jelasnya menjadikan borang yang sah dan diterima hanya 103 borang untuk pemilihan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.
Katanya, ada enam pencalonan untuk jawatan Timbalan Presiden PAS tetapi lima yang diterima iaitu Husam Musa, Mohamad Sabu, Mohd Amar Nik Abdullah, Salahuddin Ayub dan Tuan Ibrahim Tuan Man.
Bagi Naib Presiden PAS pula, 12 pencalonan dibuat tetapi yang diterima 10 iaitu Abu Bakar Chik, Husam Musa, Idris Ahmad, Mahfuz Omar, Mohamad Sabu, Mohd Amar Abdullah, Mujahid Yusof Rawa, Nasruddin Hassan, Salahuddin Ayub dan Tuan Ibrahim Tuan Man.
Pemuda
Jumlah borang pencalonan diterima 115 kawasan, 32 ditolak, pencalonan diterima 83
Ketua Pemuda, 7 pencalonan, 6 diterima
Kamarulzaman Muhammad Nasaruddin Tantawi Raja Ahmad Iskandar Ustaz Ridhuan Mohd Nor Suhaizan Kaiat Zulhazmi Sharif
Timbalan Ketua Pemuda, 13 pencalonan, diterima 6
Mohd Firdaus Jaafar Mohd Khalil Abdul Hadi Raja Ahmad Iskandar Nik Mohd Abduh Nik Aziz Kamarulzaman Muhammad Suhaizan Kaiat
Naib Ketua Pemuda, 20 pencalonan, diterima 5
Ahmad Zamri Asaad Khuzaimi Mohd Khalil Abdul Hadi Mohd Khairul Nizam Khairuddin
Negara Brunei Darussalam adalah sebuah negara berdaulat yang terletak di pantai utara pulau Borneo, di Asia Tenggara.
Majoriti penduduknya beragama Islam dan sistem politik di negara ini ditadbir oleh perlembagaan dan tradisi kebangsaan Melayu Islam Beraja, konsep Melayu Islam Beraja (MIB). Ketiga-tiga komponen MIB perlindungan budaya Melayu, agama Islam, dan rangka kerja politik di bawah pemerintahan beraja. Dua sistem perundangan diamalkan iaitu 'common law' dan juga perundangan Syariah.
Baru-baru ini, Sultan Brunei Darussalam, Hassanal Bolkiah, mengumumkan undang-undang Syariah akan dilaksanakan sebagai sebahagian daripada undang-undang jenayah Islam yang ketat, menjadikan Brunei negara pertama di Asia Tenggara untuk menguatkuasakan undang-undang Syariah di peringkat kebangsaan, Associated Press melaporkan.
Hassanal Bolkiah bertitah undang-undang itu perlu dianggap sebagai satu bentuk "bimbingan khas" dari Allah, dan bahawa ia akan menjadi "sebahagian daripada sejarah besar" Brunei, sebuah negara kecil di Pulau Borneo.
Undang-undang ini akan dikuatkuasakan dalam tempoh enam bulan dan ianya merangkumi hukuman seperti pemotongan untuk kecurian dan rejam bagi zina, Bolkiah berkata. Kanun Keseksaan Syariah hanya akan digunakan untuk umat Muslim.
Yang Berhomat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, Mufti Kerajaan Brunei Darussalam, ulama Islam terkemuka di negara itu memberitahu persidangan Selasa bahawa undang-undang Syariah "menjamin keadilan untuk semua orang dan perlindungan kesejahteraan mereka".
Ini membuktikan bahawa perundangan Syariah boleh dilaksanakan sekiranya pemerintah negara itu sendiri yakin akan keadilan perundangan Syariah.
Bagi yang bukan Muslim, isu ini bukan untuk menakutkan mereka kerana ianya tidak melibatkan mereka sebab mereka masih tertakluk di bawah undang-undang am (common law). Yang menyebabkan orang ramai takut sebab mereka tidak mendapat penerangan dan penjelasan yang sebenarnya dari pihak yang pakar dalam perundangan Syariah.
Apabila orang ramai yang kurang pengetahuan berbicara tentang perundangan Syariah maka timbullah bermacam-macam perkara yang tidak benar tentang keadilan perundangan Syariah.
Sekiranya Brunei berjaya melaksanakan perundangan syariah ini dengan baik dan adil, kita yakin ini akan menjadi suatu contoh terbaik untuk negara kita melaksanakannya secara berperingkat.
Sebagai contoh, negeri yang majoritinya menganut agama Islam seperti Kelantan dan Terengganu boleh melaksanakan perundangan Syariah untuk umat Muslim tanpa mengira fahaman politik.
Cara yang terbaik untuk memberi kefahaman tentang perundangan Syariah ialah dengan mengadakan dialog terbuka antara agama dan juga perlu disiarkan dalam media massa seperti mana dilakukan oleh kerajaan Brunei.
Setiap hari Mufti Kerajaan Brunei akan menerangkan tentang kebaikan dan keadilan perundangan Syariah dalam media massa seperti Radio/TV untuk rakyat mendengar penjelasan tentang perundangan syariah menurut Al-Quran dan Hadis.
Apabila rakyat mendapat penjelasan dan maklumat yang betul sudah pasti rakyat akan faham betapa indahnya perundangan syariah dilaksanakan.
Kalau di negara kita setiap perundangan yang akan dilaksanakan tanpa diberitahu atau diterangkan kepada rakyat terlebih dahulu boleh dilaksanakan dan mengapa pula perundangan Syariah yang diperintah oleh Allah Tuhan Pencipta Alam mesti diragui keadilannya?
Seperti yang ditegaskan sebelum ini, perundangan Syariah hanya dikenakan keatas umat Muslim dan yang bukan Muslim boleh buat pilihan untuk memilih perundangan seperti yang sedia ada.
Tentu ada orang persoalkan mengapa ada dua sistem perundangan dalam negara ini?
Selama ini pun kita telah melaksanakan dua sistem perundangan iaitu 'common law' dan perundangan Syariah dalam negara ini.
Walaupun perundangan Syariah di Malaysia masih dipertikaikan kerana tidak melaksanakan sepenuhnya hukuman mengikut Al-Quran dan Hadis.
Apa yang perlu dilakukan sekarang adalah menambah baik perundangan Syariah sedia ada mengikut sepenuhnya perintah seperti yang terkandung dalam Al Quran dan Hadis supaya ianya betul-betul menepati perundangan Syariah yang sebenarnya.
Semoga usaha kerajaan Brunei berjaya dalam melaksanakan perundangan Syariah dengan adil dan saksama sebagaimana yang di perintah oleh Allah.
Diharap negara kita juga perlu mencontohi negara Brunei dengan memberi peluang perundangan Syariah dilaksanakan di negeri yang majoriti umat Muslim dulu dan kita juga menggesa agar perundangan Syariah kita ditambah baik sepenuhnya supaya ianya selari dengan tuntutan dan perintah Allah dalam Al-Quran dan Hadis.
Rakaman CCTV menunjukkan wajah suspek yang terlibat dalam kes rompakan dan pembunuhan di sebuah bank di Subang Jaya.
PETALING JAYA:Polis memburu seorang pengawal keselamatan yang menembak mati seorang pengurus operasi sebuah bank pada Rabu, yang masih bebas dengan memiliki senjata api, 'pump gun'.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Supritendan Tan Ah Chua berkata satu pasukan petugas khas telah ditubuhkan bagi menyiasat kes berkenaan dan menjejaki suspek.
Gambar suspek yang diambil daripada skrin rakaman kamera litar tertutup (CCTV) telah pun disebarkan oleh pihak media.
Dalam insiden yang berlaku pada pukul 6.18 petang Rabu, suspek menembak mati Norazita Abu Talib dengan 'pump gun' sebaik sahaja mangsa membuka pintu bilik kebal bank berkenaan di Jalan USJ Sentral 2.
Supek kemudiannya melarikan diri dengan menaiki motosikal dan kali terakhir dilihat memakai uniform pengawal keselamatan berwarna putih bersama jaket berwarna hitam.
Norazita Abu Talib
Difahamkan suspek juga memiliki kad pengenalan palsu dengan menggunakan nama Ardi Hamza, berasal dari Tawau, Sabah.
Insiden berkenaan turut menjadi bualan hangat di laman Twitter dengan ramai pengguna laman media sosial berkongsi berita mengenainya di Facebook dan Twitter.
Khabar angin turut mengatakan suspek telah berjaya ditahan di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) ketika cuba melarikan diri ke Sabah di Twitter pada pukul 11 pagi, bagaimanapun pihak polis mengesahkan berita berkenaan adalah palsu.
Bukan itu sahaja, gambar mangsa ditembak mati turut tersebar di Internet pada malam Rabu, dengan ramai yang berang dan mengecam tindakan tersebut dengan menyifatkan mereka yang memuat naik serta berkongsi gambar tersebut sebagai tindakan tidak beretika.
Ramai juga yang menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang merupakan ibu kepada dua orang anak.
Mereka yang mempunyai maklumat mengenai suspek diminta melaporkannya di balai polis terdekat atau menghubungi talian hotline 03-20529999..
JERAI: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub mengajak para pengundi Dun Sungai Limau menjadikan pilihan raya kecil (PRK) ini sebagai medan protes rakyat.
Menurutnya, selepas PRU13 lalu, rakyat telah menghadapi pelbagai tekanan antaranya kenaikan harga minyak, harga barang, peningkatan kadar jenayah dan sebagainya.
Kata beliau, walaupun dapat dilihat rasa tidak puas hati rakyat di seluruh negara, namun medan pilihanraya adalah ruang yang paling berautoriti untuk menzahirkan protes tersebut.
"Pengundi Dun Sungai Limau harus mengambil kesempatan ini mewakili rakyat Malaysia untuk menzahirkan protes rakyat kepada kerajaan dengan menolak BN pada 4 November ini.
"Jadikan undi ataupun mandat rakyat ini sebagai satu proses pendidikan politik yang boleh kita ajar kepada BN," katanya ketika ditemui di Markas Induk Petugas PAS Perak, Selengkoh, semalam.
Salahuddin berkata, BN cuba menggambarkan pilihanraya kecil kali ini bukanlah suatu perkara yang penting sebaliknya ianya adalah sekadar mempertahankan kemenangan PAS di situ.
Kata beliau, ianya adalah satu perang psikologi dan saraf BN khususnya kepada pengundi PAS untuk mengganggu pemikiran serta emosi mereka.
"BN cuba kacau pemikiran dan emosi rakyat dengan menggambarkan pilihanraya ini bukanlah penting dan tidak salah jika cuba-cuba untuk tukar kepada dacing (BN) manakala pengundi luar tidak balik pun tidak mengapalah.
"Ini adalah taktik yang biasa digunapakai oleh BN dalam setiap pilihanraya khususnya kepada pengundi yang menyokong PAS," ujar beliau.
Jelas Salahuddin, keputusan pilihanraya ini sangat penting dan boleh merubah landskap masa depan politik khususnya di negeri Kedah di bawah kepimpinan baru yang diketuai oleh Datuk Mukhriz Mahathir.
Pilihanraya inilah katanya menjadi satu peluang untuk memberikan mesej kepada kerajaan BN Kedah bahawasanya rakyat di negeri ini masih teguh memberikan sokongan kepada PAS dan Pakatan Rakyat.
PAS meletakkan Ketua Pemuda PAS Kawasan Jerai, Ustaz Mohd Azam Abd Samat sebagai calon pada PRK Sungai Limau ini .
Saya berpesan kepada kepada saudara sekalian dan tidak lupa juga kepada diri saya sendiri supaya kita bertaqwa kepada Allah kerana orang-orang yang bertaqwa adalah mereka yang berjaya dan mendapat keberuntungan di dunia dan akhirat.
Sidang Jumaat yang di rahmati Allah,
Saya berpesan kepada kepada saudara sekalian dan tidak lupa juga kepada diri saya sendiri supaya kita bertaqwa kepada Allah kerana orang-orang yang bertaqwa adalah mereka yang berjaya dan mendapat keberuntungan di dunia dan akhirat. Firman Allah swt :
Artinya : Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu karena nikmat Allah orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk. - Ali-Imran ayat 103
Muslimin yang dirahmati Allah,
Ummat yang kuat adalah ummat yang bersatu padu dan ummat yang bersatu tidak akan mudah digugat dan tidak gentar dengan mana-mana ancaman dan ugutan. Islam adalah agama yang menganjurkan perpaduan kerana dengan perpaduanlah akan dapat mengekalkan keamanan dan kestabilan. Sebaliknya Islam sama sekali tidak membenarkan perpecahan kerana perpecahan akan membawa kepada kehancuran dan huru-hara. Ummat yang berpecah akan mudah dihancurkan oleh musuh Islam kerana perpecahan akan menghilangkan kekuatan sesuatu ummat atau bangsa. Sesungguhnya perpaduan tidak harus dipandang hanya pada aspek pertahanan dan ketenteraan semata-mata malah meliputi berbagai aspek dalam kehidupan. Musuh Islam tidak melihat hanya kepada satu sudut sahaja, malah mereka melihat di mana sahaja ruang kelemahan yang ada pada kita. Oleh itu kita perlu menguatkan perpaduan dalam semua aspek kehidupan termasuk aspek ekonomi, sosial, politik dan sebagainya.
Hadirin yang dirahmati Allah,
Persaudaraan adalah kunci kepada perpaduan. Semakin erat persaudaraan yang dijalin maka semakin kukuhlah perpaduan sesuatu ummat atau bangsa. Konsep dan semangat persaudaraan perlu dipupuk dan disematkan dalam jiwa setiap muslim malah persaudaraan juga merupakan ciri-ciri orang beriman. Sebaliknya permusuhan, perbalahan dan perseteruan adalah musuh utama kepada persaudaraan. Jesteru itu, sesuatu bangsa atau kaum sering bermusuhan dan berbalah maka sebenarnya mereka tidak bersaudara,apatah lagi untuk membentuk sebuah kesatuan dan perpaduan.
Hadirin yang Dirahmati Allah,
Begitu banyak ayat al-Quran menyentuh tentang perpaduan dan persaudaraan. Antaranya Allah swt berfirman:
Maksudnya: Sesungguhnya Orang-orang beriman itu bersaudara. Sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat. - Al-Hujurat ayat 10
Demi untuk mengekalkan hubungan persaudaraan, maka Allah menganjurkan supaya dilakukan usaha-usaha perdamaian dan Islah apabila wujudnya tanda-tanda bahawa sesuatu hubungan itu mulai retak. Allah swt juga memberi amaran kepada kita semua supaya jangan berpecah belah apabila telah nyata sesuatu kebenaran. Oleh kerana kebenaran adalah hak mutlak Allah maka kebenaran hendaklah ditentukan berdasarkan Syariat Allah. Firman Allah :
Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah berceri-berai dan berselisihan (dalam ugama mereka) sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata (yang dibawa oleh Nabi-nabi Allah), Dan mereka yang bersifat demikian, akan beroleh azab seksa yang besar - Ali-Imran 105
Inilah yang dimaksudkan oleh Allah dengan Syariat yang telah diturunkan kepada para nabi dan rasul sebelum kerasulan Muhammad SAW. Setelah datangnya Islam kepada Nabi Muhammad saw, maka termansukhlah segala Syariat terdahulu dan seluruh manusia wajib beriman dan berpegang teguh dengan Syariat Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw dan tidak ada sebab lagi untuk kita berpecah belah.
Maksudnya: Dia telah mensyari'atkan bagi kamu tentang agama apa yang telah diwasiatkan-Nya kepada Nuh dan apa yang telah Kami wahyukan kepadamu dan apa yang telah Kami wasiatkan kepada Ibrahim, Musa, dan Isa iaitu: Tegakkanlah agama dan janganlah kamu berpecah belah tentangnya. Amat berat bagi orang-orang musyrik agama yang kamuseru mereka kepadanya. Allah menarik kepada agama itu orang yangdikehendaki-Nya dan memberi petunjuk kepada (agama)-Nya orangyang kembali (kepada-Nya). -Assyura ayat 13
قاَلَ الله تَعاَلَى : وَتَزَوَّدُوْا فَإِنَّ خَيْرَ الزَّادِ التَّقْوَى.
Ya Allah kami ini lemah tapi dalam kami dalam keadaan lemah ini kami masih menderhakai Mu ya Allah.
Ya Allah kami ini hanya bergantung hidup dengan ihsan nikmat dan kasih kasih sayang Mu, tapi dengan nikmat Mu yang melimpah ruah ini kami gunakan pula untuk memaksiati Mu ya Allah.
Ya Allah Engkau Maha Tahu betapa berdosanya hamba-hambaMu ini namun Engkau masih melimpahi nikmat-nikmatMu kepada kami. Engkau masih memberi peluang demi peluang untuk kami menyesal dan bertaubat.
Ya Allah pada hari perhimpunan kami yang penuh dengan kasih sayang dan pengampunanMu, kami menadah tangan merintih pengampunanMu.
Ya Allah lihatlah ke wajah-wajah kami ini ya Allah. Sambutlah permohonan kami ini ya Allah. Kami tidak mampu menanggung peritnya NerakaMu walaupun kami tahu amalan kami yang sedikit ini tidak melayakkan kami ke syurgaMu namun kami masih berharap dengan limpahan redha Mu ya Allah agar mengampuni segala dosa dosa kami dan memasukkan kami ke syurga Mu.
Ya Allah ampunilah dosa-dosa kami atas kecuaian kami menjaga agama kami sehingga sehari demi sehari ia cuba dipermain-mainkan. Ya Allah kembalikanlah sikap tegas dan berani kepada kami.
Ya Allah kami memohon ampun kepadaMu atas kecuaian kami menjaga saudara-saudara Islam kami sehingga anak-anak mereka dimurtadkan semula. Apa yang kami ingin jawab di hadapanMu apabila anak-anak ini mengadu di hadapan Allah nanti. "Ya Allah apa yang telah mereka lakukan kepada kami"
Ya Allah kami memohon ampun kepadaMu atas kecuaian kami menjaga saudara-saudara Islam kami sehingga darah mereka mengalir setiap hari sedangkan kami bersenang lenang dan bersuka ria. Kami tidak sanggup lagi melihat dan mendengar tangisan dan raungan anak-anak mereka yang sebaya dengan anak-anak kami, isteri- isteri mereka memerlukan perlindungan sepertimana isteri-isteri kami. Ya Allah hentikanlah segala kezaliman ini dengan kekuatan Mu ya Allah.
Ya مُثَبِّتَ الْقُلُوْبِ tetapkan hati-hati saudara-saudara kami di Mynmar, saudara-saudara kami ahli sunnah wa al jamaah di Syria, saudara-saudara kami di Mesir dan Palestin serta di seluruh mukabumi ini agar tetap dalam iman tidak berganjak walaupun sedetik terhadap sebesar manapun ujian yang menimpa. Kalau mereka mati di sana dan kami mati di sini, himpunkanlah kami semuanya di dalam syurgaMu Ya Allah.
Ya Allah kami semua yang hadir ini memohon restuMu agar mengurniakan taufiq, inayah serta riayah kepada Raja kami DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Azlan Muhibuddin Shah ibni al Marhum Sultan Yussuf Izuddin Shah Ghafarullah lah.
Ya Allah bantulah hamba-hambaMu ini membentengi agamaMu di negeri ni. Kurniakanlah kepada hamba-hambaMu ini penasihat-penasihat yang jujur lagi amanah yang meletakkan kepentingan Islam mengatasi kepentingan-kepentingan yang lain. Demi Allah, kami rakyat mengikat janji akan menjadi tulang belakang kepada hamba-hambaMu ini selama mana mereka mendepani kami dalam mempertahankan agama di bumi bertuah ini.
Mazlan dan rakan-rakan di luar Mahkamah Tinggi Temerloh.
TEMERLOH: "Saya pun tak sangka diberi kemenangan hari ini, tetapi saya banyak serahkan urusan ini kepada Allah. Maka dengan keputusan ini harapan saya supaya polis dan Felda berilah rakyat ruang bergerak demi transformasi dan keadilan," kata Mazlan Aliman.
Presiden Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) itu berkata demikian dalam sidang media sebaik diumumkan menang dalam kesnya menyaman polis dan Kerajaan Malaysia oleh Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Akhtar Tahir di sini.
Berikutan keputusan berkenaan, hakim mengarahkan kerajaan Malaysia membayar ganti rugi kepada Mazlan sebanyak RM300,000 akibat polis tersalah tahan, RM50,000 sebagai ganti rugi tauladan, RM20,000 kos mahkamah dan faedah 8% dari tarikh saman sehingga tarikh melunaskan semua pembayaran.
Saman tersebut difailkan Mazlan pada 18 Ogos 2010 berikutan tangkapan berniat jahat oleh polis di Felda Lembah Klau pada 9 Mac 2010.
Mazlan berkata, hari ini merupakan detik-detik gembira baginya serta rakan-rakan setelah terlibat memperjuangkan isu-isu Felda sejak tahun 1989.
"Keputusan hari ini sangat menggembirakan saya, sebab sebagai rakyat Malaysia saya terasa hak asasi saya disekat termasuk ketika Kembara Oren.
"Terima kasih saya juga kepada pasukan peguam dan sahabat-sahabat yang tidak putus-putus mendoakan kejayaan saya.
"Bagaimanapun saya masih ada beberapa kes mahkamah lagi. Saya menyaman Ahli Parlimen Sekijang, Anuar Abdul Manap yang memfitnah saya makan duit peneroka Kemahang.
"Saya juga berhadapan dengan saman Ahli Parlimen Pengerang Datuk Azalina Othman dalam kes Rapid dan saman Felda dalam isu penjualan minyak sawit ke Israel," jelasnya.
Samsung Malaysia Electronics melancarkan telefon pintar siri paling popular terbarunya, Galaxy Note 3 LTE di pasaran Malaysia. Galaxy Note 3 ditawarkan pada harga permulaan RM2,399.
Produk ini akan mengukuhkan lagi kedudukan kumpulan itu dalam industri selain memacu Samsung dalam usahanya sebagai peneraju inovasi teknologi boleh dipakai.
Samsung Galaxy Note 3 menjadi bukti gergasi elektronik Korea Selatan itu dengan meletakkan satu standard baru dalam inovasi peranti mudah alih pengguna.
Galaxy Note 3 diperkenalkan dengan ciri-ciri premium pada pelindung baterinya, skrin HD penuh super AMOLED berukuran 5.7 inci, kamera 13 megapiksel, RAM 3GB - terbesar dalam industri, kapasiti storan 32GB, slot microSD dan teknologi terkini LTE.
Produk baru daripada barisan Galaxy Note itu turut memiliki Samsung KNOX iaitu sistem perlindungan sekuriti dan privasi yang dipertingkat khusus bagi memenuhi keperluan enterpris dalam menyediakan ruang simpanan bagi maklumat sensitif perniagaan.
Jam pintar Galaxy Gear pula diperkenalkan sebagai aksesori terbaik telefon pintar khusus untuk Galaxy Note 3 dengan keupayaan memberi notis pendek bagi panggilan, e-mel dan teks yang masuk ke telefon pintar terbaru itu.
Selain itu, kemudahan itu juga berupaya digunakan untuk menjawab panggilan menerusi pembesar suara dan mikrofon pada jam, menggunakan arahan suara untuk mendapatkan maklumat daripada internet dan muat turun aplikasi.BH/-
TIM Cook melancarkan iPad Air di San Francisco, California, hari ini. - Foto AP
SAN FRANCISCO: Apple Inc melancarkan produk tablet terbarunya yang dipertingkatkan kemampuannya dikenali iPad Air bagi mengungguli pasaran tablet global ketika ini.
Menyamai reka bentuk iPad mini tetapi dipertingkat cirinya Versi 43 peratus lebih nipis itu turut dibangunkan dengan berat 450 gram.
Bagi iPad Air, ia dilengkapi dengan paparan retina selain didatangkan bersama dengan sistem perkomputeran lebih pantas dan paparan grafik lebih bertenaga.
"Dalam situasi pasaran semasa, semua pihak dilihat mengeluarkan produk tablet. Malah, pihak yang meragui pasaran tablet sebelum ini turut mengeluarkannya.
"Bagaimanapun, dengan angka jualan terbaru yang dicatatkan ketika ini, iPad difahamkan banyak digunakan berbanding yang lain dan bukan saja pada jumlah yang sedikit, tetapi jumlah yang banyak," kata Ketua Eksekutif Apple, Tim Cook di sini, hari ini. - AFP
JERAI: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkeyakinan parti itu akan memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Limau yang akan berlangsung pada 4 November nanti.
Namun katanya, walaupun berada dalam keadaan selesa PAS tidak boleh memandang mudah dengan Barisan Nasional (BN).
"Syukur segalanya telah selesai dan kita dapat pertembungan PRK kali ini hanya melibatkan PAS dan BN.
"Melihat kepada rekod yang lepas saya yakin PAS berpeluang memenangi kerusi Dun Sungai Limau, namun dalam masa yang sama kita tidak boleh memandang mudah kepada BN.
"Ini disebabkan parti itu tidak pernah bertanding dalam pilihanraya dalam keadaan demokrasi yang adil, setiap kali berlaku pilihanraya kita bukan berdepan dengan BN tetapi seluruh jentera kerajaan," jelasnya pada sidang media sejurus selesai proses penamaan calon pagi tadi.
Beliau berkata, PAS akan berkempen secara damai pada PRK kali ini.
"Kita akan berkempen secara damai, dan jika BN juga berhasrat untuk berkempen secara damai kita sambut baik kerana itu yang seeloknya.
"Tetapi kita tidak boleh lupa Umno sebelum ini ada menyediakan pemuda tahan lasak yang akan membuat apa jua provokasi sepertimana yang diarahkan," sambung beliau.
Sementara itu, Pengarah Jawatankuasa Induk PRK Sungai Limau, Datuk Mahfuz Omar berharap Umno tidak perlu menggunakan khidmat mana-mana NGO yang selama ini telah terbukti menimbul ketegangan.
Katanya lagi, Umno juga perlu mengelak dari menggunakan isu-isu agama, perkauman dalam kempen mereka.
"Bagi memastikan suasana kempen berjalan dengan baik dan harmoni, saya nasihatkan Umno agar tidak lagi menggunakan NGO-NGO yang boleh menimbulkan ketegangan.
"Selain itu Umno juga perlu elak dari menggunakan isu agama mahupun perkauman, kita mahu semua pihak menghormati keadaan di Sungai Petani yang hidup dalam persekitaran ilmu agama," kata beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah.
Ditanya mengenai pengundi luar, Mahfuz mengharap majikan dapat memberi pelepasan cuti kepada pekerja yang mengundi.
Beliau berharap agar majikan tidak kira kerajaan mahupun swasta lebih peka kepada keadaan pekerja mereka untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.
Ketua Pemuda PAS Jerai, Ustaz Mohd Azam Abd Samad dipilih mewakili parti dan Pakatan Rakyat pada PRK Dun Sungai Limau.
TEMERLOH: Presiden Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman hari ini diisytiharkan menang kes saman terhadap polis dan kerajaan Malaysia oleh Mahkamah Tinggi Temerloh.
Peguam yang mewakili Mazlan, Wan Rohimi Wan Daud berkata, Hakim Datuk Akhtar Tahir turut mengarahkan Kerajaan Malaysia selaku defendan membayar ganti rugi akibat polis tersalah tahan sebanyak RM300,000, ganti rugi tauladan RM50,000, kos mahkamah RM20,000 dan faedah 8% dari tarikh saman.
Pada 18 Ogos 2010, Mazlan selaku plaintif telah memfailkan saman terhadap empat pihak iaitu Pengurus Felda Lembah Klau, Felda, Inspektor Mohd Azran Rahmat (pegawai polis yang menangkapnya) dan Kerajaan Malaysia.
Saman bernilai RM20 juta itu berikutan tangkapan (berniat jahat) yang dibuat terhadap Mazlan di Felda Lembah Klau dua tahun lalu. Namun pada perbicaraan 21 Jun 2011, Hakim Mahkamah Tinggi telah menggugur Felda daripada dikaitkan dengan kes berkenaan.
Menurut fakta kes, pada 9 Mac 2010 kira-kira jam 3 petang, Mazlan ketika memenuhi satu undangan dialog dan perbincangan dengan peneroka di rumah peneroka Hamidun Yeop Isa, telah dikepung oleh 30 orang polis bantuan Felda yang bersenjata dan diugut secara biadab oleh pegawai-pegawai Felda.
Mazlan kemudian telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Raub. Namun sebelum itu Pengurus Rancangan Felda Lembah Klau ketika itu Awang Sulong, telah membuat laporan polis dengan mendakwa kononnya Mazlan datang untuk membuat kacau atau menceroboh.
Kemudian pada pukul 11 malam Mazlan ditahan, dimasukkan ke dalam lokap dan direman empat hari di bawah Seksyen 441 Kanun Keseksaan atas dakwaan melakukan pencerobohan (Criminal Trespass).
Wan Rohimi berkata, hakim dalam penghujahan keputusannya berkata, plaintif (Mazlan) tidak bersalah kerana berdialog dengan kebenaran tuan rumah (Hamidun).
"Hakim berkata sebagai warganegara, Mazlan bebas bergerak ke mana saja kerana itu hak asasinya. Jadi dalam kes ini polis tersalah tangkap dan salah tahan selama dua hari serta dilayan seperti penjenayah.
"Mazlan tidak berceramah di balai raya. Jadi tidak ada elemen kesalahan jenayah tetapi kenapa beliau ditahan, direman dan merengkok di lokap IPD Raub dahulu. Jadi atas asas inilah plaintif menyaman polis dan Kerajaan Malaysia.
"Alhamdulillah, saya bersyukur dengan keputusan hari ini, sebelum inipun saya yakin Mazlan menjadi mangsa penganiayaan politik," katanya.
Tambah Wan Rohimi, beliau berharap pihak kerajaan Malaysia tidak akan membuat rayuan dengan memberikan keadilan dan kebebasan kepada mahkamah tinggi.
Turut berada di Mahkamah Tinggi Temerloh hari ini ialah Timbalan Presiden Anak Aris Fezul Ismail, Pengerusi Bangkit Abdul Rahman Ramli, Yang Dipertua PAS Kawasan Temerloh Md Jusoh Darus serta kira-kira 30 penyokong di kalangan warga Felda.
KUALA LUMPUR: Kerajaan digesa mengiktiraf jawatan ketua pembangkang parlimen dengan menawarkan status bertaraf menteri kabinet.
Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming berkata, selain pengiktirafan rasmi, jumlah emolumen dan elaun yang dinikmati oleh anggota jemaah menteri perlu diberikan kepada ketua pembangkang.
Sehubungan itu, beliau menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melakukan pengiktirafan itu ketika membentangkan Bajet 2014 pada Jumaat ini.
"Ketua Pembangkang juga perlu diberikan kakitangan pejabat yang cukup bagi membolehkannya menjalankan tugas dan memainkan peranan 'check and balance' ke atas kerajaan pusat secara efektif," katanya pada sidang media di lobi parlimen pada Rabu.
Menurut beliau, layanan kepada institusi ketua pembangkang di negara ini jauh ketinggalan berbanding negara lain yang mengamalkan sistem 'Westminister' demokrasi berparlimen yang sama.
Bukan saja tiada sebarang peruntukan, Nga berkata, malah pejabat ketua pembangkang hanya mempunyai tiga orang pembantu sahaja.
"Ini menyukarkan pembangkang menjalankan pemeriksaan ke atas kerajaan khususnya dibandingkan dengan Jabatan Perdana Menteri sahaja yang mempunyai beribu orang kakitangan dengan jumlah bajet pengurusan melebihi RM4.2 bilion setahun," katanya.
Di Britain, institusi ketua pembangkang diberi pengiktirafan rasmi, emolumen dan elaun yang setaraf dengan menteri, bezanya hanya 4%.
Di Australia, selain dari status menteri dan kakitangan tetap, ketua pembangkangnya diberi peruntukan tahunan serta pasukan petugas seramai 39 orang, begitu juga New Zealand dan Kanada.
Nga menambah, pihaknya menuntut kerajaan pusat mengamalkan sistem demokrasi yang lebih adil dengan mencontohi Selangor dan Pulau Pinang.
Di Selangor, ketua pembangkang Dewan Undangan Negeri daripada Barisan Nasional (BN) diberi elaun tetap, pemandu, setiausaha kerja, kereta rasmi kerajaan dan lain-lain elaun berjumlah RM8,620 sebulan.
Manakala di Pulau Pinang, 10 Adun pembangkang daripada Umno diberi peruntukan untuk projek pembangunan kecil sebanyak RM40,000 setahun bermula tahun depan.
IPOH: Jumlah mangsa banjir di daerah Manjung yang dipindahkan meningkat kepada 1,158 orang melibatkan 276 keluarga pagi ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pantai Remis Mohd Asri Mohd Ariff berkata paras air banjir bagaimanapun mula surut kerana hujan berhenti sejak semalam.
Proses pendaftaran pulang mangsa banjir sedang dijalankan oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi melancarkan penghantaran jika keadaan semakin pulih.
"Namun paras air di kawasan Taman Pantai Wang, Taman Bintang dan Padang Serai setakat ini menunjukkan sedikit saja penurunan dan penduduk yang tinggal di kawasan itu belum boleh dibenarkan pulang," katanya kepada Bernama hari ini.
"Jumlah mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan Sungai Batu mencatatkan sebanyak 674 orang, Dewan Taman Bintang (203), Dewan Orang Ramai Kampung Tebuk Yan (83) dan Sekolah Agama Rakyat Padang Serai (129)," katanya.
Mereka terdiri daripada penduduk di Taman Bintang, Kampung Ujung Pasir, Kampung Pantai Tin, Taman Pantai Wang, Kampung Tebuk Yan, Parit Marikan dan Batu 13 Segari, kata Mohd Asri.
Sementara itu, menurut portal banjir Majlis Keselamatan Negara di daerah Larut Matang, jumlah mangsa banjir yang dipindahkan masih tidak berubah seperti semalam sebanyak 69 orang.
Menurutnya 55 mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan Batu Hampar dan 14 orang di Dewan Orang Ramai Padang Serai Dalam.
Fenomena air pasang, peralihan monsun dan hujan lebat, menyebabkan berlakunya banjir itu di beberapa kawasan di Perak. - Bernama
Pasukan bomba mengesahkan dua orang individu maut selepas satu empangan di Ringlet, Cameron Highlands melepaskan air melalui pintu kawalannya.
Ketua balai bomba dan penyelamat Cameron Highlands Yusri Abdullah Sani berkata, seorang lagi individu masih hilang.
Bercakap kepadaMalaysiakini ketika dihubungi, beliau berkata seluruh kekuatan pasukannya seramai 28 orang ditugaskan untuk operasi mencari dan menyelamat.
Tambahnya, pihak Tenaga Nasional Berhad yang menjadi pemilik empangan hidroeletrik Sultan Abu Bakar itu membunyikan siren amaran pada jam 12 tengah malam tadi sebelum air berkenaan dilepaskan 20 minit kemudian.
Gambar yang diperolehi dari kawasan kejadian hari ini antara lainnya menunjukkan kesan terjahan air serta lumpur yang menenggelami kenderaan dan kawasan penduduk.
Sementara itu,laporan Bernama menyebut, kira-kira 80 rumah di pinggir Sungai Bertam dihanyutkan arus deras akibat limpahan air yang dilepaskan dari empangan tersebut.
Ketua Polis Daerah Cameron Highlands DSP Mohd Zahari Wan Busu dalam laporan itu menyebut, mangsa yang dijumpai lemas dikenali sebagai Jahangir, 30-an warga Bangladesh dan seorang wanita Indonesia dikenali sebagai, Kesmat, 46 tahun.
Katanya, pasukan itu masih mencari seorang lagi wanita Indonesia berusia 17 tahun yang hilang.
Sebanyak 100 kenderaan turut rosak teruk dalam kejadian itu, katanya. Beliau menambah, air terpaksa dilepaskan bagi mengelak empangan itu pecah berikutan hujan lebat yang berterusan sejak 7 petang semalam.
"Pelepasan air empangan pertama dibuat pada 12 tengah malam diikuti pada jam 1 pagi dan seterusnya pada 2.45 pagi yang menyebabkan air di Sungai Bertam melimpah secara mendadak dan menyebabkan banjir kilat," katanya.
Katanya lagi, seramai 20 keluarga di kawasan berkenaan telah dipindahkan ke Dewan Orang Ramai Ringlet.
Sementara itu, ADUN Teja yang melawat kawasan tersebut pula berkata seramai tiga orang maut dan seorang lagi hilang di Bertam Valley.
"Jumlah kematian mungkin meningkat. Pihak berkuasa sedang memeriksa punca kejadian," katanya di Facebook.
Laporan The Star Online pula menyebut, seramai tiga orang didapati masih hilang.
Kejadian itu berlaku selepas hujan berterusan yang menyebabkan kejadian banjir Perak dan Kedah.
Seramai 1,158 orang dilaporkan dipindahkan di daerah Manjung hari ini akibat banjir. Keadaan banjir di Kedah pula bertambah baik dengan jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 692 orang berbanding 2.176 orang pada hari sebelumnya.
KUALA LUMPUR: Perlaksanaan Kanun Jenayah Syariah di Brunei tidak memansuhkan hukuman jenayah sivil di negara Melayu Islam Beraja itu, malah dua sistem keadilan itu berjalan seiring dan membawa cabaran yang unik, kata Peguam Negara Brunei Darussalam, Datin Seri Paduka Dayang Hayati Mohd Salleh(gambar).
Ketika membentangkan kertas kerja bertajuk 'Kebolehlaksanaan Undang-Undang Sivil Berjalan Seiring Dengan Undang-Undang Jenayah Syar'iah' pada ceramah Majlis Ilmu 2013, di Dewan Persidangan Dua, Pusat Persidangan Antarabangsa, Bandar Seri Begawan, semalam, beliau berkata, had umur bagi perlakuan kesalahan bagi Undang-Undang Jenayah Syariah adalah tujuh tahun.
Bagaimanapun kanak-kanak berumur tujuh tahun ke bawah akan hanya disabitkan kesalahan jika ia mempunyai kematangan yang mencukupi untuk memahami sifat dan akibat dari perbuatan jenayah yang dilakukan, lapor Pelita Brunei.
Menurut Dayang Hayati, semua prosedur jenayah akan didengar di mahkamah terbuka kecuali bagi beberapa kes seperti rogol dan sebagainya.
Proses pendakwaan, tambahnya dibuat pendakwaraya dan timbalan pendakwaraya dari Pejabat Peguam Negara yang turut menjalankan pendakwaan di Mahkamah Sivil.
Jelas beliau, pendakwa raya mempunyai kuasa di dalam perlembagaan dan tidak boleh dipersoalkan demi menjaga kepentingan awam dan tidak memihak kepada pihak tertentu.
"Bahagian Keadilan Jenayah, Pejabat Peguam Negara menjalankan pendakwaan dengan bekerja rapat dengan agensi penguatkuasaan seperti Biro Mencegah Rasuah, Polis Diraja Brunei, Imigresen, Kastam dan sebagainya," ujarnya.
Menyentuh aspek penyiasatan, Dayang Hayati berkata penyiasatan dijalankan pegawai-pegawai agensi penguatkuasaan yang memiliki kuasa masing-masing dalam sesuatu tindakan yang dikeluarkan oleh mahkamah dengan melalui beberapa proses.
Peguam Negara Brunei itu turut menjelaskan kebolehlaksanaan dan proses penyelarasan Undang-undang Sivil yang berjalan seiring dengan Undang-Undang Jenayah Syar'iah.
Beliau turut menyentuh kesalahan-kesalahan yang bertindih (overlapping) di bawah bidang kuasa kedua-dua Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil termasuk bagaimana penyiasatan, penelitian keterangan dan pendengaran kes-kes yang melibatkan kesalahan-kesalahan sedemikian boleh dilaksanakan.
KUALA LUMPUR: Negara Brunei Darussalam melakar sejarah apabila menggazetkan Akta Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syar'iah yang merangkumi pelaksanaan hukum hudud mulai semalam, lapor portal berita rasmi Kerajaan Brunei, Pelita Brunei..
Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah (gambar) mengumumkan perkara itu ketika bertitah pada Perasmian Majlis Ilmu 2013 di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.
"Dengan izin Allah juga, Akta Perintah itu mula digazetkan hari ini, 22 haribulan Oktober 2013, dan akan mula berkuat kuasa enam bulan selepasnya secara berfasa.
"Dengan ini Alhamdulillah, pada peringkat ini tanggung jawab kita di hadapan Allah telah pun tertunai," titah Sultan Hassanal Bolkiah.
Baginda seterusnya bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana Majlis Ilmu pada kali ini diisi dengan acara-acara bersejarah yang berkaitan dengan Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syar'iah.
Menyentuh mengenai tema Majlis Ilmu tahun ini yang memaparkan "Undang-Undang Jenayah Syar'iah Menjamin Keadilan dan Kesejahteraan Untuk Semua", baginda bertitah, syariah yang datang daripada Allah memang wajar malah wajib diyakini sebagai mampu menjamin keadilan dan kesejahteraan bagi semua.
"Undang-Undang Allah disyari'atkan, bukanlah untuk kepentingan-Nya sendiri. Allah sama sekali tidak mempunyai apa-apa hajat, kerana Dia sendiri adalah Maha Sempurna. Yang berhajat itu ialah kita para hamba, termasuk hajat untuk dapat menikmati keadilan dan kesejahteraan," titah baginda.
Baginda juga berharap rakyat dan penduduk Brunei sama-sama berdiri teguh dan berganding bahu dalam mendukung dan mengalu-alukan kelahiran Akta yang bersejarah ini.
Seperti Kanun Jenayah Syariah (II) Kelantan 1993, Kanun Hukuman Jenayah Syar'iah Brunei 2013 hanya tertakluk kepada rakyat Brunei beragama Islam. Hukuman jenayah sivil juga dilaksanakan secara bersama di negara tersebut.
Aktiviti harian YB Dr. Khalid, Adun Bukit Baru membuat lawatan kawasan. Gambar di atas merupakan tempat pembuangan sampah yang sering digunakan penduduk Kampungku Sayang telah dialihkan kerana terdapat projek yang akan dibuat di kawasan berkenaan.
Tetapi penduduk masih membuang sampah ditempat berkenaan. Tindakan susulan akan di ambil oleh YB Dr. Khalid bagi menyelesaikan masalah ini.
Your internet banking details requires update to work with our new server, so as we protect you and your account from phishing and fraudulent activities.
Kindly validate your login details to keep your account safe.
Bismillah ar Rohman ar Rohim Segala puji bagi Allah,Tuhan sekelian alam. Solawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw serta keluarga dan sahabatnya. Sebagaimana janji saya sebelum ini,saya akan cuba mengulas isu ini mengikut pandangan orang awam yang kurang ilmu,insya Allah. Sebelumnya,sila lihat video perbualan di antara saravanan dan guru besar sekolah rendah di puchong,selangor ini sehingga selesai.
Video perbualan telefon berdurasi 8 minit lebih ini berkisar dengan satu pertanyaan yang kemudiannya berlarutan dengan beberapa pertanyaan yang kurang menyenangkan.Ianya bakal memanaskan persefahaman kaum di malaysia jika tidak di tangani dengan hujjah yang baik di kala negara ini sedang mengalami kemusnahan faham antara kaum walau ada pihak menafikan,ianya sedang berlaku. Saya cuba kupas dengan selunak mungkin tanpa menyebabkan ada pihak terasa hati.
"Saravanan,seorang lelaki berbangsa india. Berkemungkinan beragama hindu yang taat. Mungkin tidak beragama hindu kerana ada di antara bangsa india di malaysia masih memakai nama berjati diri india dan beragama lain seperti islam atau kristian. Majoritinya secara kasar beragama Hindu iaitu agama yang berkitabkan kitab Veda dan mewakili 7.3 % mengikut pecahan-pecahan kaum. Pengikut agama hindu pula sekitar 6.3% ( dalam pecahan ini juga ada bangsa lain yang menganut Hindu,minta tidak di nafikan."
Sejujurnya,saya tidak mengenali dia. Saya hanya mengetahui isu ini mengetahui nenek saya yang juga celik i.t dan minta saya menjawab dan menenangkan segala kata nista,makian yang wujud di ruangan komen di you tube. Saya tidak berminat menjawab makian manusia-manusia yang dalam keadaan amarah maka kita juga akan turut serta bersama mereka. Cukup penerangan biasa ini selagi mana kita boleh faham.Dan saya tidak memaksa pembaca untuk memahami. Saya mohon Allah swt mengurniakan hidayah kepada kita semua bahawa daawah islamiyyah umpama menarik rambut di dalam tepung.Sebab ? Kerana mereka bukan islam yang pastinya ruang kefahaman mereka terhadap ibadah suci umat islam seperti ibadah korban ini tidak mungkin mereka boleh memahami dengan begitu baik. Jika mereka faham,sudah tentulah mereka akan berbondong-bondong menganut agama suci ini. Cuma saya ingin mengingatkan diri sendiri dan pembaca yang lainnya. Apakah usaha kita secara individu tercapai dalam memberi faham kepada bukan islam untuk memahami islam?. Contohnya hukum menjawab salam kepada bukan islam. Saya pasti majoriti "pemaham" islam pasti akan menjawab " waalaikum sam - dan ke atas kamu kematian". Fahamkah kita maksudnya jawapan balas salam ini.? Ketahuilah,bukan islam semakin hari semakin mempelajari agama islam yang kita anuti. Mereka ingin mendekati kita. Samaada dekat ingin menganut atau dekat ingin bermusuh. Mereka juga mempelajari maksud dan terjemahan setiap ayat-ayat suci Al Quran. Dengan cara apa kita sebagai individu ingin menerangkan apa itu islam di kala dalam bab menjawab salam sahaja kita sudah gagal?? Makin dekat atau jauhkah bukan islam dari kita? Bangsa yang kononya paling wahid dalam meningkatkan status agama?
"Dari Anas bin Malik r.a berkata,seorang arab badwi pernah memasuki masjid lantas dia terkencing di salah satu sisi masjid. Sahabat bingkas bangun ingin mengherdik tetapi Rasulullah saw melarang tindakan para sahabat tersebut. Bila orang itu selesai hajatnya,Baginda memerintahkan sahabat untuk mengambil air,kemudian tempat kencing itu disirami" - HR Bukhari no 221dan Muslim no 284"
Adakah kita sedar betapa Rasulullah saw beradab dalam menyantuni bukan islam seperti kisah arab badwi di dalam hadis sohih di atas? Adakah method daawah seperti makian dan kutukan itu sesuai untuk selesaikan masalah? Tanyalah diri sendiri. Mohon berfikir. Ketika mana Rasulullah saw berperang dengan bukan islam,ketika mana Baginda menyantuni mereka. Rujuk di sini untuk kefahaman tentang kafir harbi dan zimmi .
"Penulis blog ini tak sedar diri,terlalu memanjakan bukan islam. cacing dah naik ke mata,tak sedar-sedar lagi?"
Bukan begitu maksudku. Saya hidup di kampung. Malaysia berasal dari sebuah kampung yang kecil dan menjadi besar dengan kemajuan dan ketamadunan.Saya merasai jerih perih hidup sebagai anak kampung. Tidak lari juga dari masalah berhadapan keremehan bangsa-bangsa lain yang ada di kampung saya. Saya pernah menghadapi situasi genting dengan puak-puak ini. Saya melayan dengan kudrat maka mereka juga membalas dengan kudrat. Tiada apa kesudahan yang baik berlaku. Bila saya melayani mereka dengan kebaikan maka mereka menyanjung agama yang saya anuti.
"Balaslah perbuatan buruk mereka dengan yg lebih baik. Kami lebih mengetahui apa yang mereka sifatkan." (Q.S. Al-Mu'minun [23]: 96).
Firman Allah swt ini tidak semua orang boleh memaknai dengan baik sekali. Berapa tinggi tahap kesabaran seseorang individu? Itu sebab kita di saran mencontohi peribadi Rosullah saw dalam bersabar. Ya Aiyuhal Insan, tika Baginda berdaawah dan di lempar batu,hampir sahaja darah mengalir ke bumi. Begitu Malaikat Jibril ingin meng"kiamatkan" dunia kerana tidak sanggup melihat darah Nabi yang mulia menitis ke bumi. Kita? Kekasih hilang jadi rawan. Anak menangis terhinggap rotan. Saya menghormati pandangan dan jawapan Guru Besar sekolah tersebut kerana tidak emosi walau ada getar di dalam suaranya menahan kemarahan. Bersabarlah tuan,semoga Allah melipat gandakan kesabaranmu. Ada balasan yang baik untuk tuan,insya Allah.
Seketika bila di fikirkan persoalan saravanan mengenai undang-undang "menyembelih lembu" di sekolah itu,ada benarnya. Tapi hal ini sebenarnya sudah biasa berlaku di sekolah-sekolah. Ibadah sembelihan ini wujud di dalam mata pelajaran agama islam di semua sekolah cuma apa yang saya faham, amali sembelihan ini rasanya tidak bersesuaian di lakukan di sekolah. Benar kata saravanan,ianya sesuai di lakukan di rumah sembelihan. Benar juga kata Guru Besar,hal ini tidak mendapat bantahan semua kakitangan sekolah kerana faham memahami. Yang tidak faham ialah mereka iaitu yang ingin menimbulkan kekecohan supaya ianya jadi isu besar-besaran dari menutup isu-isu utama kebobrokan negara. Saya nampak permainan politik di sini. Ada pihak yang mahu ianya jadi isu supaya "perang kaum" berlaku. Ada yang mahukan kesempatan politik. Menang jadi abu dan kalah jadi aranglah malaysia. Jika Saravanan bertanya bolehkah babi di sembelih,maka saya akan jawab boleh. Tetapi biarlah kaum se agamamu sahaja yang melakukan. Kami tidak ada masalah ingin mempelajari ibadah kamu. Belajar tidak membatalkan akidah kerana ianya ilmu yang berguna bagi kami. "Kepadamu agamamu dan kepada kami agama kami".
Gambar menunjukkan ibadah kaum di sarawak sempena menyambut Hari gawai dengan membunuh babi menggunakan tombak. Para guru islam mengambil gambar. Tiada masalah di sini untuk saling faham memahami.
Apalah sangat dengan menyentuh babi,dalam islam ada perincian untuk bersuci dari najis. Sedangkan wang hasil urus niaga babi yang berkeliaran di pasar-pasar pun masih ada kesan-kesan darahnya,adakah kita peka?. Bagaimana? Terkejut?. Islam adalah selamat dan ada penyelesaian untuk semua masalah. ☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆ Dzikir Dhia 18 Dzul Hijjah 1434
JERAI: Hanya PAS dan BN sahaja yang bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) (Dun) Sungai Limau yang diadakan 4 Novemberi ini. Perkara itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Abd. Rashid Othman di Dewan Datuk Madi di sini sebentar tadi. PAS diwakili Ustaz Mohd Azam Abd Samat, 37, sementara BN diwakili bekas pensyarah kanan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Dr Suhaimi Lazim, 52. Abd Rashid Osman yang mengumumkan demikian pada jam 10.15 pagi berkata, pihaknya berpuas hati dengan kedua-dua borang pencalonan yang dikemukakan.
Ustaz Azam telah menghantar borang pencalonan pada jam 9.05 pagi manakala calon BN seminit sebelum itu. PRK itu diadakan berikutan penyandangnya, Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak meninggal dunia pada jam 11.10 pagi di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar pada 26 September lalu. Pada PRU13 Mei lepas, Ustaz Azizan yang mendapat 13,294 undi menang dengan majoriti 2,774 undi menewaskan calon BN, Mohd Fazillah Mohd Ali (10,5204 undi) serta dua calon Bebas, Sobri Ahmad (100) dan Abdullah Hashim (84).
JERAI: Calon PAS bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Limau, Ustaz Mohd Azam Abd Samat bersedia memikul tanggungjawab yang diamanahkan oleh parti serta meneruskan legasi yang ditinggalkan oleh Allahyarham Tan Sri Ustaz Azizan Abd Razak. Beliau turut merasakan tanggungjawab tersebut adalah cukup berat dan besar apatah lagi untuk meneruskan kemenangan PAS selama lima penggal. "Saya cukup terharu apabila diberi amanah oleh kepimpinan parti bagi mewakili PAS pada PRK kali ini.
"Ini merupakan satu amanah yang cukup berat untuk saya laksanakan apatah lagi untuk mengekalkan kemenangan yang diperolehi selama lima penggal. "Namun tanggungjawab ini akan saya laksanakan sepenuh bagi memastikan segala amanah dan legasi Allahyarham Ustaz Azizan dapat kita teruskan," jelas beliau kepada Harakahdaily. Beliau yakin amanah yang diberikan itu bukan hanya dilakukan olehnya seorang diri tetapi turut dibantu oleh jentera parti serta penyokong peringkat kawasan serta seluruh negara.
"Walaupun amanah ini cukup berat tetapi saya yakin saya tidak keseorangan, saya dibantu oleh seluruh jentera sama ada PAS mahupun dari rakan dalam Pakatan Rakyat. "Sokongan dan dukungan khususnya dari suadara mara dan rakan taulan serta pelajar saya, maka saya pasti kemenangan ini dapat dikekalkan," kata beliau. Azam memberitahu tapak yang didirikan oleh Allahyarham Ustaz Azizan sudah pun dibina oleh kepimpinan sebelum ini. Justeru, ujarnya sesiapa yang memenangi Dun Sungai Limau ini akan meneruskan tanggungjawab yang ditinggalkan oleh pemimpin sebelumnya.
"Allahyarham Ustaz Azizan telah melaksanakan tanggungjawab pemimpin sebelum ini, selama lima penggal beliau berkhidmat dan sebagai asas untuk tidak menghampakan kerja-kerja beliau sebelum ini. "Saya akan bekerja keras untuk memastikan pada 4 November nanti PAS terus menguasai Dun Sungai Limau. "Saya menyeru seluruh pengundi yang berada dalam Dun ini atau di luar dapat membuat pilihan tepat supaya apa yang dilakukan oleh Azizan dapat kita teruskan," sambung beliau yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Jerai.
JERAI: Pengarah Jawatankuasa Induk Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Limau, Datuk Mahfuz Omar melihat keputusan meletakkan Ketua Pemuda PAS Jerai, Mohd Azam Abd Samat sebagai calon bukan satu kesulitan kepada parti, malah ia merupakan pilihan terbaik yang dibuat oleh kepimpinan PAS. Katanya kepada Harakahdaily, Azam merupakan seorang anak muda yang cukup dikenali penduduk setempat apatah lagi beliau adalah anak kepada seorang tokoh agama yang disegani di Sungai Limau.
"Bagi PAS pemilihan Azam sebagai calon bukan satu kesulitan tetapi merupakan pilihan terbaik dari PAS bagi menghadapi calon Barisan Nasional. "Beliau merupakan seorang anak muda yang cukup dikenali serta disenangi penduduk setempat dan anak kepada tokoh agama setempat," jelasnya. Katanya lagi, setelah Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengumumkan Azam sebagai calon PAS pada PRK kali ini, pihaknya telah mendapat maklum balas positif dari penduduk setempat. "Sebelum kita umum penduduk setempat telah tanya dan lapan puluh peratus telah mengatakan Azam akan dipilih sebagai calon.
"Apabila Presiden PAS mengumumkannya, hari ini kita telah mendapat maklum balas yang positif dan cukup baik dengan calon tersebut. "Saya pasti Azam adalah calon yang dinantikan oleh penduduk Dun Sungai Limau bagi menggantikan Allahyarham Tan Sri Ustaz Azizan Abd Razak yang telah meninggalkan kita," kata beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah. Jelasnya, seramai lapan orang calon telah dikemukakan oleh PAS peringkat kawasan dan negeri dan semua merupakan individu yang layak serta berwibawa.
"Azam diterima oleh segenap lapisan kepimpinan PAS sama ada peringkat pusat mahu pun negeri. Apa yang penting rakyat lebih selesa dengan beliau. "Saya melihat beliau mempunyai kebolehan untuk berucap, malah kebolehan beliau dalam bidang pendidikan turut mendapat pengiktirafan dari Kementerian Pelajaran Malaysia. "Jadi kepada pengundi di Dun Sungai Limau bukan satu kerugian kepada mereka yang terus memilih Azam pada 4 November nanti," tambah beliau.
Dalam pada itu beliau juga turut memberitahu PAS telah membuat satu transformasi dalam politik baru apabila membawa suara anak muda dalam turut sama merubah lanskap politik di Kedah. Katanya lagi, PAS juga turut membuktikan satu pelaksanaan baru dalam konteks kepimpinan politik masyarakat setempat apabila tokoh muda dijadikan satu momentum kepada generasi akan datang.
Kerajaan digesa supaya tidak tunduk dengan gesaan pelbagai pihak termasuk badan hak asasi manusia terutama dari luar khususnya berhubung pelaksanaan hak menukar agama di kalangan penganut Islam dan kebebasan amalan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT). Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz (Pas-Pasir Mas) berkata, kerajaan perlu tegas dalam menolak tuntutan berkenaan bagi memastikan kesucian Islam sebagai agama Persekutuan terus terpelihara.
Tegasnya, umat Islam tempatan, rakyat keseluruhan serta pembangkang tidak mahu Islam dicemari nilai negatif. "Saya difahamkan daripada sumber tidak rasmi bahawa kerajaan terima tekanan daripada pelobi-pelobi hak asasi manusia luar negara. "Mereka menuntut pelaksanaan hak asasi manusia yang nyata bertentangan dengan Islam seperti untuk bertukar agama, pindah agama atau murtad, hak mengamalkan amalan-amalan yang tegas dilarang agama seperti LGBT," katanya ketika membahaskan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat di sini,
KUALA LUMPUR 22 Okt. - Tuntutan-tuntutan yang dibuat oleh Gabungan NGO-NGO Hak Asasi Manusia (Comango) kepada Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dianggap tidak menghormati kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan. Ketua Delegasi Pertubuhan-pertubuhan Islam Dalam Proses Semakan Berkala Sejagat (MuslimUPro) ke Geneva, Switzerland, Azril Mohd. Amin berkata, tindakan Comango itu sengaja menimbulkan kekeliruan seolah-olah Malaysia adalah sebuah negara sekular yang meletakkan semua agama sama rata. Menurut beliau, perbuatan itu bertujuan meletakkan apa sahaja dasar dan undang-undang yang digubal kerajaan atau majlis-majlis agama Islam negeri di bawah seliaan serta pemerhatian Majlis Hak Asasi Manusia PBB.
"Kerajaan perlu menjelaskan kepada Majlis Hak Asasi Manusia PBB bahawa sekalipun rakyat di negara ini terdiri daripada penganut pelbagai agama dengan 60 peratus daripadanya umat Islam, Malaysia berkewajipan untuk memelihara agama Islam setiap masa. "Kealpaan perwakilan negara untuk memberikan perhatian utama kepada kewajipan memelihara agama Islam dalam perundingan antarabangsa boleh mengakibatkan Malaysia dihalang (estopped) pada masa akan datang daripada bersandarkan kepada hujah kedaulatan Islam,'' katanya dalam memorandum MuslimUPro yang disiarkan menerusi blog http://azrilmohdamin.com hari ini. Delegasi MuslimUPro kini berada di Geneva untuk memantau tuntutan yang dibuat Comango termasuk dalam isu proses semakan berkala sejagat (UPR) ke atas Malaysia yang memasuki pusingan kedua melalui Majlis Hak Asasi Manusia PBB pada 24 Oktober ini.
Antara tuntutan yang dikemukakan Comango adalah hak kebebasan orientasi seks, lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), hak kebebasan murtad bagi orang Islam dan hak kesamarataan agama di negara ini. Comango turut mempersoalkan kes tuntutan penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian, larangan terhadap penganut ajaran Syiah dan hak seorang bapa beragama Islam untuk mengislamkan anak-anak di bawah umur. Gabungan itu turut menuntut undang-undang jenayah syariah dihapuskan, memberi persepsi negatif terhadap tindakan penguatkuasaan oleh jabatan agama Islam negeri dan usaha berdakwah kepada masyarakat Orang Asli serta mendesak kerajaan menarik balik pengharaman buku terjemahan Allah, Kebebasan dan Cinta, karya Irshad Manji.
Azril menambah, tuntutan-tuntutan Comango itu jelas mendedahkan agenda mengganggu-gugat kedudukan Islam di Malaysia dan perlu ditolak oleh kerajaan. Sementara itu, Pengerusi Yayasan Nassar, Nasharudin Mat Isa yang menyertai delegasi itu berkata, kesemua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ditemui MuslimUPro di Geneva sedar tentang percubaan untuk menggugat kedudukan Islam di dalam Perlembagaan Persekutuan. "NGO-NGO yang kami temui turut dimaklumkan tentang usaha untuk mengheret Malaysia ke dalam kancah hak asasi manusia yang bercanggah dengan ajaran Islam dan nilai budaya setempat," katanya dalam satu kenyataan. Jelas beliau, delegasi MuslimUPro dijadualkan bertemu perwakilan yang terlibat dalam proses UPR esok.-Agensi
LONDON 22 Okt. - Tentera Syria dilapor menggunakan senjata berbahaya yang lain dalam memerangi kumpulan penentang, walaupun sebelum ini mereka telah menandatangani perjanjian bagi menyerahkan senjata kimia untuk dimusnahkan. Penyelidik Pertubuhan Pemantau Hak Asasi Manusia, Priyanka Motaparthy berkata, beberapa bukti dan laporan saksi yang diambil di kubu kuat kumpulan penentang kerajaan di pekan Raqqa, menunjukkan tentera Presiden Bashar al- Assad menggunakan bom vakum.
Bom vakum atau ODAB-500 PM merupakan peledak buatan Rusia yang mencetuskan letupan campuran udara dan minyak serta dipercayai digunakan oleh unit artileri, udara dan kereta kebal Syria untuk mengempur kumpulan penentang. Bulan lalu, kumpulan kawalan senjata, Tindakan Terhadap Senjata Berbahaya menyenaraikan bom itu dan beberapa senjata lain termasuk kereta kebal T-72, mortar M240 dan roket Grad sebagai senjata berbahaya yang digunakan oleh tentera Syria Pengkritik mendakwa bom terbabit yang pernah digunakan oleh tentera Rusia ketika memerangi pejuang Chechen di Chechnya dan Amerika Syarikat (AS) di Afghanistan, kebiasaannya sering mengakibatkan kematian besar ke atas orang awam.
Tentera Syria turut didakwa menggunakan bom tong dan beberapa bom buatan sendiri, sekali gus menunjukkan tentera kerajaan tidak akan kekurangan bekalan senjata dalam tempoh terdekat. Sementara itu, kumpulan penentang Syria tidak akan menerima bekalan senjata dari AS dalam tempoh terdekat, selepas Qatar menghentikan penghantaran bekalan itu ekoran masalah kesesakan trafik. Sumber Washington berkata, kumpulan penentang ketika ini hanya menerima beberapa jenis senjata ringan seperti rifel, manakala beberapa negara Eropah turut menghulurkan bantuan logistik lain seperti sistem radio dan baju kalis peluru. Arab Saudi dan Qatar menyediakan bantuan senjata yang lebih berat termasuk peluru anti-kereta kebal dan anti-pesawat. - AGENSI
Kritikan terbuka Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa (gambar) ke atas pentadbiran kerajaan negeri Kelantan merupakan perkara biasa dalam amalan demokrasi dan ia tidak seharusnya diperbesarkan dan digambarkan secara negatif, kata pengkaji politik Dr Kamarul Zaman Yusoff. Kamarul membidas laporan Berita Harian yang mengatakan kononnya Husam diminta memberi penjelasan kepada pucuk pimpinan PAS ekoran kenyataannnya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan dalam satu perjumpaan hari ini. "Bagi saya, ia tindakan penakut tidak amanah dan tidak beretika apabila seorang sumber dalaman PAS yang cuba menyerang dengan secara terbuka ke atas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Kamarul yang mempunyai Ijazah Sarjana melalui tesis "PAS di bawah Kepimpinan Ulama" berkata, perbuatan sumber mendedahkan perjumpaan yang berlaku hari ini kepada media juga disifatkan pendedahan berat sebelah yang tidak adil. "Dalam laporan tersebut sumber cuba mengkritik Husam dengan berkata Husam sebagai bekas Exco kanan negeri sepatutnya lebih memahami dan mengikut prosedur teguran ketika dalam Sidang Dewan Rakyat (DUN). "Namun adakah sumber itu sendiri mengikut prosedur yang betul mendedahkan perjumpaan tanpa kebenaran pemimpin parti kepada media?" soalnya.
Pengkaji politik itu berkata lagi, laporan tersebut cuba memberi gambaran buruk dan memusnahkan kerjaya politik Husam seolah-olah pemimpin itu melakukan kesalahan dan bakal dihukum kerana kritikan terbuka. "Pada pendapat saya Husam cuba membawa pembaharuan bersuara dengan lantangnya demi kebaikan, itu perkara biasa dan ia mencerminkan ketelusan pentadbiran. "Mungkin kerana budaya kita yang tidak biasa begitu, bila kita cuba mengkritik meluahkan kebimbanga mereka akan anggap kita menentang tapi saya pasti niat Husam ingin meningkatkan lagi kecemerlangan pentadbiran kerajaan negeri namun ia telah disalah anggap," katanya. Malah kata Kamarul sumber juga tidak amanah kerana dengan beraninya mendedahkan kandungan perbincangan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat 10 Oktober lalu biarpun tidak diberikan mandat untuk berbuat perkara demikian.
Hari ini dalam laporan akhbar Berita Harian bertajuk "PAS minta penjelasan Husam: Kritikan terbuka Adun Salor terhadap Kerajaan Kelantan cetus kontroversi" memetik sumber yang berkata Husam telah diminta untuk membuat penjelasan dalam perjumpaan khas hari ini di Kota Bahru di mana ia akan diketuai Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. "Nada suaranya (Husam) seolah-olah beliau menjadi ketua pembangkang, parti tidak kisah berdepan teguran ahli sendiri, tetapi sekurang-kurangnya buatlah dengan cara lebih berhemah," katanya.
Sumber berkata lagi, serangan secara terbuka bekas Exco kanan kerajaan negeri itu merupakan kecaman pertama oleh pemimpin sendiri sejak PAS memerintah negeri itu selama 32 tahun. Pada 8 dan 9 Oktober Husam dikatakan mengkritik kerajaan negeri secara lantang ketika membahaskan belanjawan negeri 2014 dan mencelah penggulunggan pada sidang DUN. Beliau menyentuh beberapa isu membabitkan kepincangan pengurusan Syarikat Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB), kelulusan 1,400 hektar tanah di Hutan SImpan Kekal Ulu Sat di Machang, projek pembinaan lebuh raya rakyat, pelaksanaan hukum syariah dan pelantikan anggota Jawatankuasa Kira-kira Wang (PAC) negeri. Kamarul pernah menulis tesis bertajuk "PAS Dalam Era Kepimpinan Ulama, 1982-2004" manakala untuk tesis master beliau bertajuk "PAS Dalam Era Mohd Asri Muda, 1965-1982".
BANDAR SERI BEGAWAN 22 Okt. - Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, hari ini mengumumkan penguatkuasaan hukum Hudud di negara ini, termasuk melaksanakan hukuman potong tangan ke atas pencuri dan rejam terhadap kesalahan zina. Jelasnya, undang-undang yang dikenali sebagai Kod Penal Syariah itu, diwartakan, hari ini selepas beberapa tahun diteliti dan dikaji. Sebelum ini, Sultan Hassanal dalam ucapannya pada satu majlis tertutup di sini pada 10 Oktober lalu berkata, pelaksanaan undang-undang Islam berlandaskan Syariah itu bakal dikuatkuasakan secara berperingkat-peringkat dalam tempoh enam bulan.
Peraturan lain yang bakal dilaksanakan termasuk hukuman sebat ke atas pesalah yang melakukan pengguguran dan minum arak. "Dengan rahmat Allah, mudah- mudahan penguatkuasaan undang-undang ini akan memenuhi tanggungjawab kita kepada Allah swt. "Saya berharap undang-undang ini boleh mengukuhkan pengaruh Islam di Brunei yang majoritinya didiami penduduk Islam," katanya.
Negara yang kaya dengan sumber minyak itu dihuni kira-kira 400,000 penduduk dan 70 peratus daripada mereka merupakan penganut Islam dan selebihnya Kristian, Buddha dan agama lain. Brunei sebelum ini menguatkuasakan gabungan dua sistem peraturan iaitu mahkamah berdasarkan undang-undang Britain untuk kes sivil dan undang-undang Syariah bagi kes peribadi dan isu keluarga. Kerajaan Brunei turut melarang penjualan dan pengambilan alkohol serta menyekat aktiviti keagamaan dan perayaan agama lain daripada diadakan secara terbuka. - AGENSI
PAS tidak akan mengambil tindakan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor, Datuk Husam Musa yang mengkritik secara terbuka pentadbiran kerajaan Kelantan baru-baru ini kerana menganggap ia adalah satu teguran biasa. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar), berkata PAS melihat kritikan Husam itu turut dibuat oleh orang lain, lapor Bernama. "Kritikan itu juga tidak menjejaskan pentadbiran kerajaan negeri Kelantan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Harian PAS Pusat dan Lajnah Politik PAS Kelantan, di Kota Bharu, petang semalam.
Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada mesyuarat itu membincangkan isu Husam yang mengkritik kerajaan Kelantan berhubung beberapa isu dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini. Abdul Hadi berkata, PAS juga tidak menerima permohonan PAS Kelantan supaya tindakan diambil terhadap Husam. Dalam persidangan DUN Kelantan pada 8 Oktober lalu, Husam yang juga Naib Presiden PAS dan bekas Exco kanan kerajaan Kelantan, membuat kejutan apabila membidas beberapa tindakan kerajaan negeri yang disifatkannya tidak wajar dan menyimpang daripada konsep ketelusan dan antaranya ialah isu pembalakan Hutan Simpan Kekal Ulu Sat di Machang dan kenaikan tarif air yang berkuat kuasa Ogos lalu.
Husam turut bertembung dengan Exco kerajaan negeri Kelantan dalam sidang DUN berkaitan berhubung isu pelantikan Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) Kelantan. Isu ini dibangkitkan dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat baru-baru ini lalu dicadangkan pertemuan dengan PAS Kelantan memandangkan wakil Kelantan khasnya Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakub tidak hadir pada mesyuarat tersebut. Sehubungan itu, Dewan Harian PAS Pusat turun ke Kelantan petang semalam bertemu dengan Lajnah Politik PAS Negeri bagi membincangkan isu yang berkaitan.
Bernama turut melaporkan, Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang diminta mengulas isu berkenaan, berkata mesyuarat turut mendengar penjelasan daripada Husam. "Alhamdulillah mesyuarat berjalan dengan baik dan kita rasa beruntung kerana dapat penjelasan secara langsung antara Husam dan kerajaan negeri," katanya. Husam yang turut hadir memberitahu pemberita beliau berpuas hati dengan perbincangan yang diadakan- Bernama
Kegagalan kerajaan membuat pendirian teguh dalam isu kalimah Allah akan menjerat mereka dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau, kata Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali yang mempersoalkan kejujuran kerajaan dalam isu tersebut. Pemimpin Barisan Nasional (BN) termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ditempelak kerana mengeluarkan kenyataan bercanggah terutama ketika lawatannya ke Sabah dan Sarawak pada Isnin.
"Mereka menggunakannya untuk kepentingan politik dan bukan untuk tujuan sebenar yang dituntut agama," kata Azmin ketika merasmikan bilik gerakan PKR di Kampung Setia Jaya, Sungai Limau petang semalam. Najib semasa kongres ke-28 Parti Bersatu Sabah berkata, penganut Kristian di Malaysia Timur boleh meneruskan penggunaan kalimah Allah walaupun Mahkamah Rayuan membuat keputusan sebaliknya. Katanya, Putrajaya akan menghormati penyelesaian 10 perkara yang dimeterai pada 2011 iaitu gereja Sabah dan Sarawak boleh meneruskan penggunaan kalimah Allah dan menggesa semua pihak tidak mempolitikkannya kerana ia akan menjadi ancaman memudaratkan diri sendiri.
Kenyataan tersebut jelas bertentangan dengan keputusan mahkamah baru-baru ini yang membenarkan Kementerian Dalam Negeri menghalang penggunaan kalimah Allah di kalangan penganut Kristian. Beberapa peguam perlembagaan berkata, walaupun keputusan tersebut merujuk kepada akhbar Herald, hakim yang memutuskan keputusan itu menggariskan kalimah Allah bukan sebahagian aspek penting kepada penganut Kristian dalam amalan mereka. Sehubungan itu, keputusan Mahkamah Rayuan sebaliknya meliputi semua penganut Kristian di Malaysia.
Mahkamah Rayuan dalam keputusan baru-baru ini sebulat suara menghalang gereja Katolik daripada menggunakan kalimah Allah dalam akhbar mingguan berbahasa Melayu Herald sebagai rujukan kepada Tuhan bagi agama Kristian. Keputusan itu membimbangkan penganut Kristian di Sabah dan Sarawak apabila merasakan larangan tersebut tidak eksklusif kepada Herald tetapi meliputi kepada semua penganut agama Kristian. Namun, Pakatan Rakyat (PR) mengulangi pendirian mereka seperti yang dicapai dalam mesyuarat Pimpinan PR bahawa kalimah Allah boleh digunakan oleh bukan Islam selagi tidak disalahgunakan. - Malaysia Insider
22 Oktober 2013- Changkat Larang Indah Water Konsortium pada hari ini telah menghantar kontraktor untuk membaiki dan menyelenggara kebocoran tangki air di Tmn Desa Pinji. Air tangki bocor yang telah susulan lapuran dan pendedahan yang dibuat sejurus lawatan ADUN Sungai Rapat YB Radzi Zainon. "Sebenarnya tangki air ini adalah tanggungjawab Indah Water dan pihak saya telah mengambil inisiatif untuk membuat pendedahan dalam media alternatif untuk menyelesaikan permasalahan ini. Insya Allah tindakan Indah water yang positif amat diharapkan, jelas YB radzi sebelum kehadiran kontraktor berkenaan di Taman Desa Pinji. Menurut seorang penduduk tempatan Saudara Haris Yunus terdapat 3 kebocoran di tangki besar berkanaan serta laporan keada phak bertanggungjawa telah lama diajukan. Sekitar 20 meter sahaja erdapat surau, dewan serbaguna dan rumah penduduk yang pasti akan membahayakan jika tidak diselesaikan.
"Kepada pihak yg berkenaan dan pada YB utz.Zainol kami penduduk Taman Desa Pinji mengucapkan ribuan terima kasih di atas keperihatinan anda semua bagi menyelesaikan masaalah yg kami hadapi ini...semoga slogan Rakyat didahulukan akan terus di laksanakan" ucap saudara Raziman Razlan sebagai mewakili ucapan para penduduk.
KOTA BAHARU: PAS tidak mengambil sebarang tindakan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor, Datuk Husam Musa (gambar) yang mengkritik pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan dalam sidang Dewan Undangan Negeri, baru-baru ini.
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, teguran Naib Presiden PAS itu dilihat sebagai perkara biasa sebaliknya diperbesarkan pihak media.
Tuan Guru Abdul Hadi menjawab soalan wakil media selepas mempengerusikan mesyuarat khas Lajnah Politik PAS Pusat dan Dewan Harian PAS Pusat di JKR 10, dekat sini, semalam.
Husam turut hadir pada mesyuarat itu.
Hadir sama Timbalan Presiden, Mohamad Sabu, Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasruddin Hassan, Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof dan para pemimpin PAS Pusat dan negeri.
Pada masa yang sama Tuan Guru Abdul Hadi turut menyifatkan kritikan terbuka Husam dalam sidang Dun Kelantan baru-baru ini tidak menjejaskan pentadbiran kerajaan negeri.
PAS Pusat juga, tambah beliau tidak menerima permohonan PAS Kelantan agar tindakan disiplin diambil terhadap Husam.
Dalam sidang Dun Kelantan 8 Oktober lalu, Husam yang juga bekas Exco kanan kerajaan negeri menarik perhatian ramai apabila mendedahkan beberapa tindakan kerajaan negeri yang disifatkannya tidak wajar dan menyimpang daripada konsep ketelusan.
Antara yang disentuh adalah permohonan aktiviti pembalakan Hutan Simpan Kekal Ulu Sat di Machang oleh sebuah syarikat melalui proses runding terus dan kenaikan tarif air yang berkuat kuasa Ogos lalu.
Sementara itu, Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang diminta mengulas isu berkenaan, berkata mesyuarat turut mendengar penjelasan daripada Husam.
"Alhamdulillah mesyuarat berjalan dengan baik dan kita rasa beruntung kerana dapat penjelasan secara langsung daripada Husam dan kerajaan negeri," katanya.
Husam dalam jawapan ringkasnya kepada media selepas perjumpaan itu memberitahu berpuas hati dengan perbincangan yang diadakan.
"Perbincangan kita hari ini seperti antara keluarga bukan macam orang luar," ujarnya
PENGERUSI Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof bersama calon Barisan Nasional, Dr Ahmad Sohaimi Lazim (kiri) dan calon PAS, Mohd Azam Samat, tiba di Pusat Penamaan Calon Dewan Dato Madi, Yan. - Foto Aizuddin Saad/BH.
JERAI: Pengarah Jawatankuasa Induk Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Limau, Datuk Mahfuz Omar melihat keputusan meletakkan Ketua Pemuda PAS Jerai, Mohd Azam Abd Samat sebagai calon bukan satu kesulitan kepada parti, malah ia merupakan pilihan terbaik yang dibuat oleh kepimpinan PAS.
Katanya kepada Harakahdaily, Azam merupakan seorang anak muda yang cukup dikenali penduduk setempat apatah lagi beliau adalah anak kepada seorang tokoh agama yang disegani di Sungai Limau.
"Bagi PAS pemilihan Azam sebagai calon bukan satu kesulitan tetapi merupakan pilihan terbaik dari PAS bagi menghadapi calon Barisan Nasional.
"Beliau merupakan seorang anak muda yang cukup dikenali serta disenangi penduduk setempat dan anak kepada tokoh agama setempat," jelasnya.
Katanya lagi, setelah Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengumumkan Azam sebagai calon PAS pada PRK kali ini, pihaknya telah mendapat maklum balas positif dari penduduk setempat.
"Sebelum kita umum penduduk setempat telah tanya dan lapan puluh peratus telah mengatakan Azam akan dipilih sebagai calon.
"Apabila Presiden PAS mengumumkannya, hari ini kita telah mendapat maklum balas yang positif dan cukup baik dengan calon tersebut.
"Saya pasti Azam adalah calon yang dinantikan oleh penduduk Dun Sungai Limau bagi menggantikan Allahyarham Tan Sri Ustaz Azizan Abd Razak yang telah meninggalkan kita," kata beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah.
Jelasnya, seramai lapan orang calon telah dikemukakan oleh PAS peringkat kawasan dan negeri dan semua merupakan individu yang layak serta berwibawa.
"Azam diterima oleh segenap lapisan kepimpinan PAS sama ada peringkat pusat mahu pun negeri. Apa yang penting rakyat lebih selesa dengan beliau.
"Saya melihat beliau mempunyai kebolehan untuk berucap, malah kebolehan beliau dalam bidang pendidikan turut mendapat pengiktirafan dari Kementerian Pelajaran Malaysia.
"Jadi kepada pengundi di Dun Sungai Limau bukan satu kerugian kepada mereka yang terus memilih Azam pada 4 November nanti," tambah beliau.
Dalam pada itu beliau juga turut memberitahu PAS telah membuat satu transformasi dalam politik baru apabila membawa suara anak muda dalam turut sama merubah lanskap politik di Kedah.
Katanya lagi, PAS juga turut membuktikan satu pelaksanaan baru dalam konteks kepimpinan politik masyarakat setempat apabila tokoh muda dijadikan satu momentum kepada generasi akan datan
JERAI: Hari ini berlangsungnya proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecdil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Sungai Limau, Kedah.
Pusat Penamaan calon hari ini ditetapkan di Dewan Dato' Madi, Yan.
Kelmarin, PAS mengumumkan Ustaz Mohd Azam Abdul Samat sebagai calon mereka yang akan menentang calon BN Ahmad Sohaimi Lazim.
LAPORAN LANGSUNG
9.45am - Sementara itu, penyokong Pakatan Rakyat mula mengadakan pentas pidato dipengerusikan Leman Raja Lawak. Beberapa pemimpin dilihat mula memberi ucapan bergilir-gilir.
9.30am - Cuaca yang cerah sejak pagi tadi mula bertukar sedikit mendung. Suasana penyokong kedua-dua pihak bagaimanapun masih dalam keadaan tenang menunggu pengumuman rasmi dari SPR.
9.10am - Pelbagai spanduk turut kelihatan termasuk 'BN: Barang Naik'. dan 'Kekal Sungai Limau'.
9.05am - Di luar pagar dewan, penyokong kedua-dua pihak dipisahkan oleh polis dalam jarak kira-kira 200 meter. Sementara menunggu pengumuman rasmi dari SPR, penyokong Pakatan dilihat berterusan melaunkan slogan hidup Islam, hidup rakyat dan juga berselawat dan berdoa.
JERAI: Calon PAS bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Limau, Ustaz Mohd Azam Abdul Samat bersedia memikul tanggungjawab yang diamanahkan oleh parti serta meneruskan legasi yang ditinggalkan oleh Allahyarham Tan Sri Ustaz Azizan Abd Razak.
Beliau turut merasakan tanggungjawab tersebut adalah cukup berat dan besar apatah lagi untuk meneruskan kemenangan PAS selama lima penggal.
"Saya cukup terharu apabila diberi amanah oleh kepimpinan parti bagi mewakili PAS pada PRK kali ini.
"Ini merupakan satu amanah yang cukup berat untuk saya laksanakan apatah lagi untuk mengekalkan kemenangan yang diperolehi selama lima penggal.
"Namun tanggungjawab ini akan saya laksanakan sepenuh bagi memastikan segala amanah dan legasi Allahyarham Ustaz Azizan dapat kita teruskan," jelas beliau kepada Harakahdaily.
Beliau yakin amanah yang diberikan itu bukan hanya dilakukan olehnya seorang diri tetapi turut dibantu oleh jentera parti serta penyokong peringkat kawasan serta seluruh negara.
"Walaupun amanah ini cukup berat tetapi saya yakin saya tidak keseorangan, saya dibantu oleh seluruh jentera sama ada PAS mahupun dari rakan dalam Pakatan Rakyat.
"Sokongan dan dukungan khususnya dari suadara mara dan rakan taulan serta pelajar saya, maka saya pasti kemenangan ini dapat dikekalkan," kata beliau.
Azam memberitahu tapak yang didirikan oleh Allahyarham Ustaz Azizan sudah pun dibina oleh kepimpinan sebelum ini.
Justeru, ujarnya sesiapa yang memenangi Dun Sungai Limau ini akan meneruskan tanggungjawab yang ditinggalkan oleh pemimpin sebelumnya.
"Allahyarham Ustaz Azizan telah melaksanakan tanggungjawab pemimpin sebelum ini, selama lima penggal beliau berkhidmat dan sebagai asas untuk tidak menghampakan kerja-kerja beliau sebelum ini.
"Saya akan bekerja keras untuk memastikan pada 4 November nanti PAS terus menguasai Dun Sungai Limau.
"Saya menyeru seluruh pengundi yang berada dalam Dun ini atau di luar dapat membuat pilihan tepat supaya apa yang dilakukan oleh Azizan dapat kita teruskan," sambung beliau yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Jerai
JERAI: Hari ini berlangsungnya proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecdil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Sungai Limau, Kedah.
Pusat Penamaan calon hari ini ditetapkan di Dewan Dato' Madi, Yan.
Kelmarin, PAS mengumumkan Ustaz Mohd Azam Abdul Samat sebagai calon mereka yang akan menentang calon BN Ahmad Sohaimi Lazim.
LAPORAN LANGSUNG
9.03am - Calon PAS, Ustaz Azam dilihatmasukkedewan pusat penamaan untuk menyerahkan borang pencalonan, Beliau diiringi pencadang dan penyokong.
9.00am - Pegawai SPR mengumumkan pusat penamaan calon dibuka tetapt jam 9 pagi ini.
8.50am - Kelihatan calon BN, Ahmad Sohaimi tiba di pusat penamaan diiringi pemimpin tertinggi parti itu.
8.40am - Dewan pusat penamaan hanya akan dibuka jam 9 pagi. Sementara menunggu, mereka dilihat ditempatkan di khemah khas yang disediakan SPR di perkarangan dewan.
8.35am - Turut dilihat hadir, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, AJK PAS Pusat Dr Mohd Hatta Ramli serta Dr Siti Mariah Mahmud. kesemua mereka bersama Presiden PAS serta calon, Ustaz Azam dilihat masuk ke perkarangan pusat penamaan.
8.30am - Perarakan tiba di pintu pagar pusat penamaan calon, Dewan Dato' Madi. Keadaan terkawal dengan kerjasama pihak polis.
8.25am - Perarakan diiringi laugan takbir dan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, serta laungan hidup Islam dengan pasukan petugas unit amal mengawal keselamatan dan lalulintas.
8.20am - Presiden PAS mengetuaiperarakan.Antarapimpinanutama Pakatan yang dilihatturutsertatermasukPesuruhjaya PAS Kedah Datuk MahfuzOmar, TimbalanPresiden PKR MohamadAzmin Ali danAhliParlimenSgPetaniDatuk Johari Abdul.
8.15am - Perarakan ke pusat penamaan calon yang terletak kira-kira 500 meter dari masjid dimulakan. Lebih 2000 penyokong menyertai perarakan.
8.08am - Calon PAS, Ustaz Azam tiba di masjid, beliau berpakaian baju Melayu hijau bersampin dan dilihat menunaikan solat hajat dan berdoa sejurus tiba.
8.05am - Presiden PAS mengimami solat hajat. lebih 500 orang sudah berada di masjid ketika ini.
8.00am - Keadaan cuaca baik. Penyokongmula memenuhi perkarangan masjid.
7.50am - Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang tiba di Masjid Jamek Badlishah. Difahamkan beliau akan mengimami solat hajat sebelum mengetuai perarakan mengiringi calon PAS ke pusat penamaan.
7,30am - Orang ramai khususnya penyokong-penyokong parti mula membanjiri pekan Yan, keadaan lalulintas terkawal.
Hari ini adalah hari penamaan calon PRK Sungai Limau. Ianya merupakan PRK yang kedua selepas PRK Kuala Besut selepas PRU ke 13.
Suasana sepanjang perjalanan dari Parik Buntar ke Pekan Yan tempat berlangsungnnya penamaan calon hari ini kelihatan agak meriah. Semasa saya singgah di hentian tol sungai 2 sekitar 30 orang lebih berjemaah subuh disitu.
Di Pekan Guar Cempedak mula ada kelihatan pasukan keselamatan yang menjga lalu lintas.
Begitu juga pada jam 7.30 pagi keadaan kelihatan mula sesak di pekan Yan dan dikawal dengan ketat oleh pasukan keselamatan.
17 Zulhijjah 1434 H. [MOD] - Muhammad Sanusi Md Nor
Orangnya santun berbudi bahasa tinggi, tidak pernah bersuara keras, senang ketawa, mudah tersenyum, teratur bahasanya. Mudah ditegur, sering merujuk dan bertanya jika terasa kurang di mana-mana.
Saya mula merasi auranya ketika dia mengimamkan solat Subuh pada pagi jumaat, sewaktu aktiviti tamrin Dewan Pemuda PAS Kedah di Masjid kampung saya sekitar tahun 2006. Suaranya lunak dan ringan membaca surah As-Sajadah dan Surah Al Insan, jarang sekali mendengar bacaan seumpamanya... Tidak terasa panjangnya surah-surah itu, kerana tarikan lunak suara dan kefasihan lafaz-lafaznya.
Ayahnya sudah kembali ke Rahmatullah, meninggalkan dia bersama ibu dan adik-adiknya. Dia penyayang seperti ibunya, yang pernah beberapa kali menyambut panggilan telefon...
"Assaamualaikummm! Nak cakap dengan Azam kaaa?"
"Ya mak cik, Azam ada mak cik"
" Maaf laa nak, Azam tak dakk, dia keluaq sat pi kedai. Nama anak ni sapa? Satgi dia balik mak cik suruh dia telepon balik"
"Saya Sanusi mak cik, kawan dia dalam dewan pemuda"
" Ooo... Sanusi yang telepon hari tuu... Ada hal mutahak ka Sanusi? Tak pa naaa, satgi mak cik bagitau Azam Sanusi telefon"
"Ok mak cik, Assaamualaikum!"
"Waalaikumussalammmm!"
Sebelum meletakkan telepon ibunya siap berpesan " Adik! Sat lagi abang balik bagitau dia Sanusi telepon dia, suruh dia telepon balik.
Telefon saya masih di telinga gara-gara sambutan keibuan yang sangat menarik di talian, sayang untuk ditamatkan.
Demikian ibunya, demikianlah Ustaz Mohd Azam! Maka, sepanjang dalam Dewan Pemuda, dia diamanahkan mengendalikan pengurusan Pusat Asuhan Tunas-Tunas Islam (Pasti) yang melibatkan 12,000 pelajar pra sekolah, ribuan guru dan pengelola Pasti seluruh Kedah. Sekolah-sekolah Pasti berkembang pesat dan teratur dibawah pimpinannya.
Dia mewujudkan koperasi dan pusat jualan untuk menambah dana membantu guru-guru Pasti yang bergaji rendah. Majlis Guru Pasti (MGP) aktif dan cergas merencana berbagai program dibawah kelolaaan Ustaz Azam. Pelajar makin bertambah, guru-guru makin ramai, kokurikulum juga semakin hebat.
Usaha pentingnya ialah membantu menambah pendapatan guru-guru tanpa membebankan waris dengan kenaikan yuran. Setiap kali meneliti dan mendengar laporan tentang Pasti, dada sebak dengan kesungguhannya, dan kepala menjadi berat membayangkan kepayahan yang ditempoh oleh Ustaz Azam dan warga Pasti. Sukar mencari orang yang memiliki kesanggupan bertaraf tinggi seperti Azam!
Ustaz Azam sebelum menjadi Ketua Pemuda Jerai, dia berkhidmat di banyak posisi sama ada dalam pemuda dan MTD. Dia sentiasa ada di markaz. Sepanjang saya berkhidmat dengan Ustaz Azizan Abdul Razak, yang juga ADUN dan YDP PAS Jerai, yang terkenal dengan 'cengey' dan tegas, sukar berkompromi dengan kesilapan dan sentiasa mahukan hasil tugasan yang paling baik....Ustaz Azizan tidak pernah meninggikan suara dengan Ustaz Azam, di depan atau belakangnya.
"Azam tu budak baik tuuu..."
"Azam tu budak betoiii, beraluihh dengan orang tua-tua..."
Pada waktu lain, Ustaz Azizan menzahirkan belas kasihnya kepada Ustaz Azam....
"Kesian Ustaz Azam tuu...ayah dia tak dak dah... Nak urus menikah kahwin nanti tentu susah...nasib dia macam aku la jugak lahh! Untunglah siapa dapat menantu macam dia...orangnya baik sangat-sangat."
Ustaz Azam Samat telahpun dipilih memikul amanah menjadi calon PAS bagi menggantikan Allahyarham Ustaz Azizan. Sg Limau bertuah, dan masyarakatnya bakal beruntung sekali lagi kerana kelahiran susuk-susuk hebat ini dari buminya, menumpahkan khidmat dan limpahan anugerah Allah kepada watannya. Dialah pengganti Ustaz Azizan yang menghampiri kesempurnaan, dari semua sudut - kecuali Ustaz Azam tidak garang! Dia paling cocok dengan Sg Limau yang pernah mengirimkan TG Hj Yahya Joned, TG Ustaz Azahari dan Ustaz Azizan ke Dewan Undangan Negeri Kedah. Mereka semuanya adalah tokoh ilmuan dan aset besar kepimpinan di Kedah.
Sehingga kini, selepas bersahabat bertahun-tahun, Ustaz Azam masih memanggil saya "Abang Sanusi" walaupun jarak usia kami hanya dua tahun. Bertuahlah ibunya, adik-adiknya, sahabatnya, pimpinannya dan masyarakat yang bakal dipimpin oleh Ustaz Azam....
Calon PAS Dun Sg Limau. Semoga dia tabah dan berupaya mengharungi amanah besar ini untuk ummah. Siiru 'ala barakatillah.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan bahawa pasukan polis kehilangan 44 pucuk senjata api antara 2010 dan 2012, antaranya disebabkan kes ragut, samun, dan ada juga yang hilang "dalam tandas".
Selain itu, ada di antara senjata ringan jenis pistol atau revolver tersebut yang didapati hilang di pejabat, tercicir ketika menjalankan tugas, dan juga hilang akibat kes pecah kereta, katanya dalam satu jawapan bertulis di Parlimen.
Daripada jumlah itu, sebanyak 44 pucuk senjata api berkenaan berjaya dijumpai semula.
"Jika terdapat bukti wujudnya kecuaian maka pegawai yang bertanggungjawab akan diambil tindakan surcaj atau tatatertib atau kedua-duanya sekali," kata Ahmad Zahid dalam jawapan tersebut.
Katanya lagi, kes tersebut disiasat oleh satu jawatankuasa mengikut Seksyen 79 Akta Polis 1976, dan juga Perintah Tetap Ketua Polis Negara A122 dan Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 5 tahun 2007.
Menjawab soalan olah Tian Chua (PKR-Batu) itu, Ahmad Zahid berkata pasukan polis juga sedang membangunkan sistem baru untuk memantau kes kehilangan aset PDRM – bermula dari kes kehilangan sehinggalah kepada tindakan kepada anggota terlibat.
Isu berhubung kehilangan senjatan berkenaan pada awalnya dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012 yang mendapati kehilangan barangan tersebut, selain kenderaan dan barangan lain, melibatkan melibatkan kerugian berjumlah RM1.33 juta.
Dalam penjelasannya awal bulan ini, Ahmad Zahid berkata: "Kehilangan ini tak semestinya jatuh kepada penjenayah, boleh jadi jatuh waktu atas bot dalam laut, boleh jadi jatuh dalam air dan tak ada orang yang dapat."
Mengulas perkara itu, Tian Chua berkata jawapan Ahmad Zahid hari ini masih belum memuaskan hatinya kerana tidak menjelaskan kehilangan tersebut dengan terperinci.,
"Kita tidak tahu apa maksud dalam kategori 'kehilangan dalam pejabat'. Adakah pejabat ini dipecah masuk atau ada orang yang ambil atau dicuri di kalangan anggota polis?
"Kita tidak tahu, 'kehilangan dalam tandas', adakah maksudnya polis pergi tandas, dia tinggalkan senjata api dalam tandas dan keluar, dan bila balik senjata api sudah hilang?
"Tapi jelas... Tiada satu pun senjata ini terjatuh dalam laut," katanya dalam reaksi segera selepas menerima jawapan bertulis Ahmad Zahid.
"Pada hari ini telah Kusempurnakan untukmu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridhai Islam itu jadi agama bagimu" (QS. Al Maidah: 3).
Ayat inilah yang membuat Umar bin Khattab sedih dan bahkan menangis saat mendengarnya dari Rasulullah SAW. Melihat Sayyidina Umar menangis, banyak orang yang hadir merasa heran seraya bertanya mengapa beliau menangis, apalagi di saat yang lain bergembira karena telah disahkan agama Islam sebagai agama yang sempurna dan diridhai Allah. Umar menjawab, "Setelah puncak dilalui, niscaya lembah akan didapati" (HR. Bukhari).
Rupanya Sayyidina Umar sudah menangkap makna lain bila tugas kenabian Rasulullah SAW sudah berada di puncaknya dengan sempurnanya agama Islam. Apalagi Nabi Muhammad adalah nabi penutup; tak akan ada lagi nabi yang akan bertugas menyempurnakan agama Islam setelah itu. Maknanya ialah akan segera berakhir kebersamaan dengan Nabi SAW. Ternyata memang benar makna apa yang difahami Umar bin Khattab, tak lama kemudian Nabi SAW wafat. Meskipun Nabi telah tiada, Umar sangat bersemangat menyampaikan ajaran Islam.
Namun banyak di antara kita hari ini tertawa-tawa saat dengan sengaja melepaskan diri dari ajaran Islam yang sempurna. Perbuatan-perbuatan yang diharamkan seperti korupsi merajalela dan mengurat akar di berbagai bidang hajat hidup masyarakat, dan bahkan dilakukan oleh para petinggi negeri yang telah bersumpah dengan nama Allah dan Alquran untuk tak mengingkari janji.
Walaupun model baru iPhone 5S menampilkan pelbagai ciri terkini jauh lebih baik daripada sebelumnya, kos mengeluarkan telefon berkenaan tidak jauh berbeza.
IHS Inc dalam kajiannya mendapati, kos melengkapkan pada komponen iPhone 5S 16-gigabait (GB) adalah AS$190.70 (RM615). Ditambah kos pengeluaran AS$8 (RM25.80), menjadikan kos keseluruhan pengeluaran model itu ialah AS$198.70 (RM640) seunit.
Sebagai perbandingan, iPhone 5 yang dilancarkan setahun lalu membabitkan kos AS$197 (RM635).
Penampilan iPhone 5S dengan pelbagai ciri baru dalam dunia telefon pintar seperti pemproses aplikasi 64-bit dan pengimbas pengenalan ibu jari, tetapi tidak membabitkan peningkatan kos yang terlalu tinggi.
Firma penyelidikan itu juga mendapati, iPhone 5C 16 GB, varian lebih murah berbanding 5S dengan anggaran kos pengeluarannya sekitar AS$173.45 (RM558) seunit.
5C secara asasnya adalah iPhone 5 yang dibalut plastik kerana mendapati produk ditampilkan dengan ciri hampir sama, cuma mendapat manfaat daripada ekonomi bidangan menerusi pembelian pukal komponen serta kerangka plastik lebih murah.
Model beerkenaan dijual pada AS$549 (RM1,768) tetapi dipasarkan pada harga sekitar AS$99 (RM319) menerusi kontrak perkhidmatan dua tahun.
Ini adalah telefon pintar termurah pernah dikeluarkan Apple sejajar usahanya melonjakkan jualan di China dan kalangan negara membangun dan dunia ketiga.
Ini berikutan sebahagian besar daripada pelanggan di negara berkenaan masih belum bersedia untuk membuat pelaburan membeli peranti pintar seperti di Amerika Syarikat dan Eropah.
Bagaimanapun, pelbagai pihak terus mengkritik Apple kerana mendakwa iPhone 5C terlalu mahal di negara berkenaan. Mengikut IHS, walaupun kos pengeluaran secara asasnya rendah bagi iPhone 5C berbanding iPhone 5, kos berkenaan sebenarnya adalah dalam jajaran tinggi.
Justeru, untuk menjual 5C sepadan dengan kedudukannya sebagai telefon pintar murah pada AS$400 (RM1,288) seperti jangkaan pasaran, syarikat itu perlu menurunkan kos pengeluaran 5C pada kira-kira AS$130 (RM418) seunit. BH/-
KEPALA BATAS: Sejumlah 479 mangsa banjir di sekitar Tasek Gelugor masih ditempatkan di lapan pusat pemindahan sementara di Parlimen itu berikutan banjir masih belum surut sepenuhnya.
Anggota Parlimen Tasek Gelugor Datuk Shahbudin Yahaya berkata semua mereka merupakan penduduk di 13 buah kampung di sekitar Sungai Jarak, dekat sini.
Beliau berkata sehingga malam Isnin 829 mangsa banjir ditempatkan pusat pemindahan banjir tetapi pagi ini 350 telah dibenarkan pulang selepas air banjir surut.
"Hanya 479 masih di lapan pusat pemindahan iaitu Lebuh Banting, Lahar Yoi, Seberang Tok Akit, Kampung Cegar, Desa Permai, Paya Tok Akil, Ara Kuda dan Padang Menora," katanya kepada Bernama di sini Selasa.
Katanya jika tidak hujan hari ini mungkin semua mangsa yang masih berada di pusat pemindahan itu boleh pulang ke rumah mereka esok.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Abdul Rahman Ibrahim berkata di Kepala Batas tinggal 21 mangsa banjir masih berada di pusat pemindahan banjir Pantai Kamloon dan Bumbung Lima.
"Lima mangsa banjir adalah dari Bumbung Lima manakala selebihnya tiga keluarga dari kawasan Pantai Kamloon," katanya.
Banjir berlaku di beberapa kawasan di Pulau Pinang sejak Ahad lepas akibat hujan lebat dan air laut pasang besar. - BERNAMA
IPOH: Keadaan banjir di daerah Manjung tidak berubah dengan jumlah mangsa yang dipindahkan ke empat pusat pemindahan banjir meningkat kepada 1,068 orang.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pantai Remis Mohd Asri Mohd Ariff berkata setakat ini hujan telah berhenti, namun kesemua mangsa belum dapat dibenarkan pulang ke rumah berikutan paras banjir tidak berubah.
"Jumlah mangsa di Dewan Orang Ramai Tebuk Yan meningkat kepada 82 orang berbanding 78 orang tengah hari tadi manakala di Sekolah Agama Rakyat Padang Serai juga meningkat kepada 108.
"Mangsa banjir masing-masing di Dewan Taman Bintang dan di Sekolah Kebangsaan Sungai Batu juga meningkat iaitu seramai 204 dan 674 orang," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Mangsa banjir melibatkan penduduk di Taman Bintang Kampung Ujung Pasir, Kampung Pantai Tin, Taman Pantai Wang, Kampung Tebuk Yan, Parit Marikan dan Batu 13 Segari.
Selain faktor hujan lebat, fenomena air pasang juga menjadi punca berlaku banjir. - BERNAMA
YAN: Cuaca mendung diramal pada sebelah pagi hari penamaan calon pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau esok.
Jurucakap Jabatan Meteorologi Malaysia sebagai disiarkan Bernama sebagai berkata berkata pada sebelah petang, hujan sementara diramal berlaku.
Sehubungan itu, orang ramai yang mahu keluar rumah terutama berhampiran tempat penamaan calon dinasihatkan supaya berhati-hati dengan perubahan cuaca ini.
Suruhanjaya Pilihan Raya sudah menetapkan esok sebagai tarikh penamaan calon bagi PRK DUN Sungai Limau, yang akan diadakan di Dewan Dato' Madi di sini, manakala 4 Nov sebagai hari mengundi.
Barisan Nasional (BN) menamakan bekas pensyarah kanan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Dr Ahmad Sohaimi Lazim, 52, sebagai calonnya manakala PAS memilih Ketua Dewan Pemuda PAS Jerai Mohd Azam Samat, 37.
KUALA LUMPUR: Pertandingan mencipta logo Muktamar Tahunan PAS ke-59 mendapat sambutan penyertaan di luar jangkaan.
Setiausaha penganjur, Shuhaimi Embong memberitahu pihak jawatankuasa terpaksa melakukan beberapa saringan dan mengambil masa hampir sebulan untuk menilai setiap penyertaan sebelum keputusan pemenang dapat diumumkan.
"Terdapat seramai 117 peserta yang hantar penyertaan. Hanya 114 sahaja yang dikira sah dan terdapat 3 peserta lagi peserta diterima melewati jam 12 malam pada 25 September 2013 selepas penyertaan ditutup tak diambil kira penyertaannya," katanya yang juga Pengarah IT PAS Pusat.
Katanya, setelah 3 pusingan saringan dilakukan oleh jawatankuasa teknikal dan jawatankuasa pemilih pertandingan logo telah berpuas hati untuk memutuskan Hazizul Hakim Mohd Jais sebagai pemenang dalam mesyuarat panitia induk malam tadi.
Sementara itu, jawatankuasa juga bersetuju untuk memberikan saguhati kepada 10, iaitu tambahan daripada 5 yang disebutkan sebelum ini.
"Pihak urusetia akan menghubungi pemenang dan 10 penerima saguhati setelah beberapa urusan teknikal berhubung kelulusan hadiah pertandingan ini diselesaikan oleh pihak penganjur," katanya kepada Harakahdaily.
Hadiah kepada pemenang, iaitu wang tunai berjumlah RM2,000 dan 10 pemenang sagu hati akan disampaikan pada hari pertama Muktamar PAS ke-59 pada 22 November nanti di Shah Alam.
JERAI: PKR dan DAP berikrar memberi komitmen sepenuhnya bagi membantu PAS untuk mengekalkan kemenangan di kerusi Dun Sungai Limau pada pilihan raya kecil itu 4 November ini.
Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali berkata selaku rakan PAS dalam Pakatan Rakyat, PKR akan turut sama berkempen dan berikrar untuk memenangkan calon PAS.
"Kita dari PKR akan turut sama berkampung mulai hari ini sehingga hari pengundian nanti bagi usaha untuk berkempen bersama-sama PAS agar kerusi ini terus kekal di tangan parti itu.
"PKR yang akan diketuai Datuk Johari Abdul akan melaksanakan tugas mereka selari dengan apa yang dikehendaki oleh PAS dan kita turut meletakkan beberapa individu yang mempunyai kepakaran agar serangan kita terhadap Barisan Nasional (BN) berjalan dengan lancar," jelas beliau.
Katanya lagi, kemenangan PAS pada PRK kali sangat penting sebagai satu isyarat kepada kerajaan agar tidak terus membebani rakyat.
Selain itu katanya, kemenangan ini juga sebagai satu 'amanah kedamaian' yang akan diteruskan setelah sekian lama diperjuangkan oleh Allahyarham Tan Sri Azizan Abd Razak," ucap beliau.
Sementara itu, Penasihat DAP Lim Kit Siang yang turut sama hadir pada majlis tersebut menyatakan dengan tema 'kekal' yang akan digunakan PAS, sangat bertepatan.
Jelasnya lagi, kemenangan pada 4 November nanti juga merupakan satu isyarat jelas untuk Pakatan Rakyat serta rakyat membuat persediaan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
"Kita yakin PAS dengan calon yang diumumkan ini akan terus berada di kerusi Dun Sungai Limau.
"Kemenangan kita merupakan satu isyarat yang amat jelas untuk kita membuat perubahan pada PRU14 nanti," ucapnya.
Dalam pada itu, beliau turut menasihati pengundi agar tidak terpengaruh dengan fitnah yang akan digunakan oleh BN dalam kempen mereka nanti.
Katanya, BN pasti akan menberitahu kepada rakyat tentang sikap perkauman DAP yang anti kepada Melayu serta mengatakan PAS menjadi alat kepada DAP.
"Pengundi perlu berhati-hati dan tidak terpengaruh dengan kempen fitnah BN terhadap rakan-rakan parti di dalam Pakatan Rakyat.
"Mereka pasti menuduh DAP anti Islam dan Melayu, malah akan mengatakan PAS menjadi alat kepada DAP.
"Saya sehingga sekarang mengesa mereka kemukakan bukti manakah yang kata DAP anti Islam atau Melayu tetapi sehingga sekarang tidak ada apa-apa bukti ditunjukkan," ucapnya.
Beliau yakin dengan apa yang telah dibina oleh Ustaz Azizan sebelum ini, pengundi tidak terpengaruh dan bijak dalam melaksanakan tanggungjawab mereka.
Blog ini dikesan mula disekat oleh google setelah dikesan mengandungi Malware sekitar jam 7.00 pagi tadi. Selepas itu kami mengambil langkah dengan memadamkan kebanyakan gadjet yang diragui yang terletak dalam sidebar ssebelah kanan blog ini.
Alhamdulillah amaran malware tidak mun cul lagi pada blog ini dan ianya dikesan sekitar jam 8.00 pagi selepas itu.
Nazmi menunjukkan hadis Rasulullah yang menceritakan tentang keistimewaan negara Syam.
KEMATIAN rakyat Syria mencecah 200,000 orang dalam tempoh lebih dua tahun kebangkitan rakyat ketika pemerintahan Presiden Bashar al-Assad dikatakan lebih dahsyat berbanding kematian yang dicatat di Palestin ketika negara itu ditawan Israel.
Kekejaman itu membuka mata banyak pihak sehinggakan tragedi Syria bermandi darah mendapat perhatian ramai termasuk negara berkuasa besar, Amerika Syarikat (AS) yang mengumumkan akan menyerang Syria berikutan dakwaan penggunaan senjata kimia.
Walaupun AS masih berdolak-dalik dengan serangan itu, pelbagai andaian mula timbul kerana terdapat dakwaan menyatakan Perang Dunia Ketiga akan meletus daripada apa yang sedang berlaku di bumi anbiya itu. Tidak kurang juga yang mengaitkan keadaan itu dengan petanda akhir zaman.
Ikuti temu bual wartawan Sinar Harian, NURULFATIHA MUAH dan jurufoto, AZMI ARYANTO bersama pendakwah yang juga pengkaji isu Syria, Ustaz Nazmi Karim.
Kejadian yang berlaku di Syria dikatakan antara petanda akhir zaman. Ada atau tidak nas yang boleh dikaitkan dengan andaian itu?
Petanda akhir zaman memang disebut dalam hadis Nabi Muhammad SAW. Baginda berulang dua kali mengatakan bahawa akan berlaku peperangan besar yang apabila peperangan ini terjadi, perkhemahan orang Islam paling ramai adalah di sebuah tempat bernama Ghouta Dimashq yang bermaksud kebun besar yang mengelilingi bandar Damsyik di Syria. Nabi kata, di kebun besar ini ada sebuah bandar dikatakan namanya Damsyik, sebaik-baik tempat tinggal umat Islam ketika itu. Ini tanda-tanda akhir zaman. Kalau kita lihat di Syria sekarang ini, kawasan ini jadi tempat paling ramai mujahidin berhimpun. Tempat lain ada ramai juga, tetapi tempat ini yang disebut Rasulullah SAW.
Dalam sebuah hadis lain, Rasulullah bersabda; "Tidak akan terjadi hari Kiamat sehingga kaum Rom turun di kota Amaq (Lembah Antioch, Selatan Turki) dan di Dabiq (dekat Aleppo, Syria). Kemudian datanglah suatu pasukan yang menghadang mereka dari Madinah, yang berasal dari penduduk pilihan bumi. Dan ketika mereka sudah berbaris-baris, maka berkatalah orang Rom, biarkanlah (jangan kalian halang) antara kami dengan orang-orang yang memisahkan diri dari kami (yang masuk Islam) untuk kami perangi. Maka kaum Muslimin berkata, Demi ALLAH, kami tidak akan membiarkan kamu memerangi saudara-saudara kami. Dan ketika mereka (Al-Mahdi serta para pengikutnya) telah sampai di Syam, keluarlah Dajjal. Dan ketika mereka sudah bersiap-siap untuk berperang, mereka berbaris dengan rapi. Tiba-tiba, ketika waktu solat sudah masuk, turunlah Nabi Isa Ibn Maryam a.s." (Riwayat Muslim dari Sayidina Abu Hurairah RA).
Wallahua'lam, berdasarkan hadis itu, jika benar Amerika Syarikat serang Syria, mereka akan masuk kawasan itu iaitu di pesisiran laut. Kalau betullah ia berlaku, maknanya tentera Perjanjian Pakatan Atlantik Utara (Nato) dan Rom ini akan masuk ikut ke pantai menyerang seluruh Syria. Nabi kata, ALLAH akan menghantar tentera mujahidin dari bandar Damsyik akan bergerak menuju ke Dabiq dan berlaku peperangan nanti di sana. Jadi kebanyakan peperangan akhir zaman itu akan berlaku belah-belah negara Syria dan Syam.
Kenapa tumpuan diberikan kepada negara di sebelah Syria?
Mungkin ada beberapa faktor. Dari segi kawasan, ia strategik dan kedudukan geografi Syria menyambung hubungan darat antara Syria dengan Eropah, Afrika dan Asia. Kedua, Nabi Isa AS akan turun di Syria berdasarkan hadis Rasulullah SAW. Baginda bersabda Nabi Isa AS akan turun di Menara Putih sebelah timur Kota Damsyik. Jika dilihat pada gambarnya, ia bukan menara masjid, tetapi sebuah pasar lama di dalam sebuah kota lama. Di sini ramai orang Kristian. Mereka juga sudah tahu perkara ini dan bersiap-siap untuk sambut Nabi Isa AS. Sebab itu bumi Syria jadi tumpuan ramai termasuk orang berfahaman Syiah, Kristian, Yahudi, selain orang Islam sendiri. Turut menjadi tumpuan kerana Imam Mahdi akan menyambut turunnya Nabi Isa AS di Damsyik seperti yang pernah disebut dalam hadis Rasulullah bahawa Nabi Isa akan turun di Menara Putih itu ketika solat Subuh dan disambut oleh Imam Mahdi.
Apa yang berlaku sebelum Imam Mahdi muncul?
Sebelum turun Imam Mahdi, Nabi Muhammad SAW kata, akan berlaku pembunuhan tiga orang anak khalifah yang mana mereka berebut harta karun di Kaabah, Mekah. Saya tidak pasti apa yang direbutkan itu, tetapi ketiga-tiga mereka tidak berjaya. Maka berlakulah fitnah yang besar antara orang Islam sendiri, sehingga muncullah Imam Mahdi.
Imam Mahdi adalah keturunan Nabi Muhammad SAW dan namanya sama seperti nama nabi, Muhammad bin Abdullah. Beliau akan muncul di Makkah apabila fitnah kuat melanda dan dibai'ah antara bucu Kaabah dengan makam Nabi Ibrahim AS. Kemudian. Imam Mahdi akan mengetuai mujahidin bergerak ke Syria. Apabila sampai di Syria, masa itu Dajjal sudah keluar dan memang tujuan utamanya hendak melawan Dajjal. Apabila Nabi Isa AS turun, tugas utama baginda ialah untuk membunuh Dajjal.
Pada masa itu, Dajjal sudah mengelilingi dunia untuk merosakkan orang Islam dan mengkafirkan orang sehingga akhirnya Nabi Isa AS kejar Dajal sampai di satu tempat bernama Bab Luddin di Palestin. Di situlah akan dibunuhnya Dajjal. Dajjal apabila tengok Nabi Isa AS itu, dia jadi cair macam batu garam yang disirami air.
Keadaan yang berlaku di Syria ketika ini, seolah-olah mengikut skrip iaitu hadis Nabi?
Ya, memang betul mengikut skrip. Nabi sebut akan berlaku peperangan besar, sekarang ini berlaku perang di Syria. Ramai orang tak tahu sebabnya. Kebangkitan di Syria berlaku pada Mac 2011. Puncanya sekumpulan kanak-kanak sekolah rendah di sebuah bandar bernama Dar'a. Kanak-kanak ini conteng dinding sekolah dengan perkataan 'Ash-sha'ab yurid isqaat an-nizam' bermaksud 'rakyat hendak jatuhkan kerajaan'. Mereka tulis perkataan itu bukan sebab diajar, tetapi masa itu berlakunya Arab Spring iaitu kebangkitan negara Arab di Tunisia, Yaman dan Mesir. Apabila kebangkitan itu, semua negara ini tulis slogan yang sama iaitu "Ash-sha'ab yurid isqaat an-nizam" ketika berdemonstrasi. Kanak-kanak ini tidak tahu apa-apa.
Polis datang ke sekolah dan mengarahkan sekolah ditutup. Kanak-kanak yang terlibat ditangkap, dipenjarakan dan diseksa. Antara seksaan yang dikenakan ialah dicabut kuku mereka. Keluarga kanak-kanak ini datang ke balai minta anak-anak mereka dibebaskan, tetapi polis kata: "Lupakan anak engkau dan engkau buat yang lain. Ataupun engkau hantar bini engkau di balai polis, kami akan buat bini engkau mengandung lagi sekali". Ayat ini yang saya dengar sendiri daripada orang Syria bercerita ketika kes itu berlaku. Rentetan itu, orang kampung mula keluar berdemonstrasi aman dan itu merupakan kali pertama rakyat Syria buat demonstrasi aman minta anak dibebaskan. Sebelum ini, mereka memang tidak berani lawan kerajaan langsung kerana kerajaan memang amat zalim.
Entah bagaimana, mereka yang berdemonstrasi aman ini pula akhirnya ditembak anggota keselamatan. Ramai yang mati. Peristiwa ini tersebar ke seluruh Syria. Kebetulan, masa itu di negara Arab yang lain sudah berlaku kebangkitan. Rakyat Syria memang tidak fikir untuk lawan kerajaan, tetapi mereka hanya hendak kanak-kanak yang ditahan itu dibebaskan. Itu saja. Apabila sudah jadi begitu, mereka pun tidak tahan, maka muncullah Tentera Pembebasan Syria (FSA) setelah enam bulan rakyat Syria ditangkap, diseksa dan dibunuh. FSA merupakan sukarelawan rakyat Syria yang hendak pertahankan maruah dan akidah mereka. Mereka yang mula pertahankan keluarga sendiri daripada kerajaan pimpinan Bashar al-Assad.
Persengketaan di Syria ada kaitan dengan Syiah - Sunni. Dan sebagaimana penerangan Ustaz tadi, ia juga dikaitkan dengan kemunculan Dajjal. Difahamkan, ada hadis menyebut bahawa Dajjal nanti akan diiringi oleh orang Yahudi dari Isfahan, Iran. Apa maksud hadis itu?
Nabi bersabda, "Dajjal akan diikuti oleh 70,000 orang Yahudi dari kota Isfahan, mereka memakai al-Tayalisah". ini hadis riwayat Muslim. Al-Tayalisah ialah sejenis selendang yang dipakai orang Iran atau Parsi semasa hendak perang dan sembahyang.
Persoalannya kenapa Nabi kata Dajjal keluar di sebuah bandar di Iran, tidak di Israel atau Amerika, Rusia atau China? Saya tidak pasti, tetapi jika kita lihat di Iran, ada Syiah di sana. Apabila berlaku kebangkitan rakyat di Syria, negara luar yang mula-mula campur tangan ialah Iran. Masa campur tangan itu, mereka bukan hendak sokong rakyat Syria, tetapi Iran hantar 10,000 tentera dengan penembak hendap.
Pada Mei 2012, saya bersama NGO Muslim Care hantar bantuan kali pertama ke Syria dan kami bertemu dengan seorang ulama Syria di Turki, Sheikh Muhammad Ali As-Sobuni. Beliau berkata; "Kami dulu menyangka Syiah ini saudara kita, rupa-rupanya mereka adalah sebaliknya. Bahkan, Syiah ini lebih 'najis' dan lebih dilaknat daripada Yahudi. Sebab bilangan orang Islam yang dibunuh di Palestin pun tak sama (masih kurang) banding dengan orang Islam yang dibunuh di Syria". Di Syria yang mendapat sokongan Syiah Iraq, Iran dan Hizbullah dari Lubnan, lebih 200,000 rakyat Syria sudah dibunuh sejak kebangkitan itu. Berbanding di Palestin, hanya berpuluh ribu sahaja yang terbunuh sejak Israel tawan negara itu. Melihat kepada perkara ini, kita pelik kenapa Syiah begini dan benarlah Nabi kata Dajal akan keluar dari Isfahan, Iran.(Sinar Harian)
MANJUNG - Mangsa banjir di Pantai Remis terus meningkat, kini kepada 1,077 orang.
Sehingga jam 6 pagi tadi, sebuah lagi pusat pemindahan terpaksa dibuka di Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Hampar menempatkan 59 orang daripada 17 keluarga. Berbanding semalam, jumlah mangsa yang ditempatkan di empat pusat pemindahan sedia ada juga meningkat masing-masing SK Sungai Batu (659); Dewan Orang Ramai Kampung Tebuk Yan 2 (75); Sekolah Agama Rakyat (SAR) Kampung Padang Serai (85) dan Taman Bintang (199).
Setakat ini, sembilan lokasi dikesan terlibat banjir iaitu Kampung Sungai Batu, Kampung Parit Marikan, Taman Pantai Wang, Kampung Pantai Tin, Kampung Tebuk Yan.
Juga Kampung Batu 13 Segari, Kampung Padang Serai, Taman Bintang dan terbaru Kampung Batu Hampar. Sinar/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan