Selasa, 22 Oktober 2013

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


DUN CHINI

Posted: 21 Oct 2013 07:36 PM PDT

DUN CHINI


RM2.2 BILION ? PENEROKA AKAN KEHILANGAN LEBIH BANYAK KEUNTUNGAN.

Posted: 20 Oct 2013 10:00 PM PDT



Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVH) sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila mencadangkan penjualan baki 51% saham syarikat pengeluar minyak kelapa sawit terbesar dunia, Felda Holdings Bhd (FHB), dan pengkritik berkata ia akan memudaratkan pemiliknya, Koperasi Permodalan Felda (KPF).

Penganalisis kewangan meramalkan perjanjian RM2.2 bilion itu akan menguntungkan FGVH.
Tetapi pengkritik berkata KPF yang mewakili 113,000 peneroka akan kehilangan wang tunai dan berhadapan dengan masa depan tidak pasti.

"Mereka mungkin akan dapat sesuatu, tetapi dalam jangkamasa panjang, mereka sebenarnya kehilangan lebih banyak keuntungan," kata penganalisis ekonomi terkemuka, Tan Sri Dr Kamal Salih kepada The Malaysian Insider, merujuk kepada dividen lumayan 15% hingga 16% diberikan kepada pemegang saham.

Pada ketika ini, FHB merupakan pengeluar minyak sawit mentah terbesar dunia (CPO), dengan 3.3 juta tan dikeluarkan pada 2012. KPF memegang 51% kepentingan dalam syarikat itu manakala baki 49% adalah milik FGV.

"Sebanyak 80% daripada kekuatan KPF datang daripada FHB. Kehilangan 80% kepada projek FGV menyebabkan masa depan KPF tidak menentu," kata Presiden Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman.
Penganalisa ekonomi, Azrul Azwar Ahmad Tajudin bersetuju dengan kebimbangan Mazlan dan berkata, KPF akan mengalami kerugian lebih besar jika menjual saham mereka sekarang.
"Saya bimbang KPF tidak akan mempunyai apa-apa untuk menjana pendapatan pada masa akan datang," katanya yang juga pemikir ekonomi untuk Institut Rakyat milik PKR.

Walaupun Pengerusi KPF, Datuk Faizoull Ahmad mengatakan perjanjian RM2.2 bilion itu akan digunakan untuk melabur dalam anak syarikat Felda sedia ada, terdapat keraguan pelaburan itu akan menyamai keuntungan besar yang mereka perolehi kini.
"Terdapat kebimbangan sama ada pelaburan itu akan memberikan pulangan yang baik kepada ahlinya," kata Azrul.

Selain itu, keputusan FGVH untuk mengawal penuh FHB berbanding membeli sejumlah saham menjadikannya pemegang saham terbesar menimbulkan persoalan mengenai motif di belakang cadangan itu.

Seorang pegawai kerajaan memberitahu The Malaysian Insider pembelian FHB akan menyebabkan FGV tidak diganggu oleh pemegang saham KPF berhubung keputusan pelaburan.
"Semasa mesyuarat awam, FGV tidak perlu berurusan dengan organisasi seperti Anak lagi," katanya dengan syarat tidak dinamakan.
Anak satu-satunya kumpulan yang menentang perjanjian itu, menyatakan kebimbangan nasib peneroka tidak terjamin jika rancangan FGVH itu berjaya.
"FGVH merupakan syarikat awam yang mana sahamnya turun naik. Ini akan menjejaskan peneroka kerana kehidupan mereka bergantung kepada prestasi FGVH dalam pasaran," kata Mazlan.
Tetapi pembelian itu juga mungkin tidak memberikan kesan positif kepada FGVH kerana komitmen mengambil alih FHB akan memberikan beban besar kepada syarikat itu.
Ini bukan kali pertama FGVH mencadangkan untuk membeli 51% saham KPF dalam FHB. Pada tahun 2011, FGVH mencadangkan tawaran awam permulaan (IPO) bermaksud peneroka menukarkan kepentingan 51% mereka dengan 61% saham FGVH.
Rancangan itu gagal selepas KPF membuat keputusan untuk menolak tawaran itu.
"Pada 2011, KPF mempunyai pengerusi yang dekat dengan peneroka dan mempunyai pengaruh kuat dalam ahli lembaga pengarah. Sekarang keadaan sudah berubah," kata Mazlan.

Bekas pengerusi KPF, Datuk Zulkifli Wahab disuruh bercuti pada Disember 2011 selepas pengambilalihan itu gagal. Faizoull mengambil alih jawatan dikosongkan Zulkifli.
Pemerhati bersetuju faktor anak muda dicampur dengan peneroka yang tidak berfikir panjang menyebabkan perjanjian itu tidak dibantah ramai.

"Sudah tentu mereka yang mahu untung cepat mahu menjualnya," kata Kamal.
Seorang pegawai syarikat memberitahu cadangan itu akan dibentangkan pada mesyuarat agung luar biasa (EGM) KPF pada 27 Oktober. Pemegang saham, termasuk Mazlan akan mendengar nasihat wakil yang datang ke mesyuarat itu.

"Peneroka biasanya akan mengikut sahaja nasihat diberikan oleh wakil itu. Apa yang kami bimbang ialah wakil dipilih untuk hadir ke mesyuarat itu terdiri daripada penyokong FGV.
"Ini merupakan berita sedih. Umno bercakap soal mempertahankan hak Melayu tetapi pengambil alihan ini adalah pengkhianatan kepada Melayu," kata Mazlan. – 21 Oktober, 2013. 

 Isu menjadi semangkin panas dalam perbincangan di facebook JOM BERSAMA WARGA FELDA dan antara isunya saya copi paste dibawah ini untuk kita fikirkan bersama.

Lagi niaga KPF, tapi orang lain kobarkan!!

Akhbar 'The Edge Malaysia' keluaran Oct 21-27, 2013, laporkan KPF akan beli 10% saham FGV, dalam masa yang sama jualkan 51% saham FH kepada FGV.

FGV maklumkan kepada umum ?. Mesti sudah dapat persetujuan ALP KPF ?. Betul ke? ALP KPF sudah runding dengan ahli2 ? Atau tak perlu tanya mereka lansung ? Macam itu ke ALP KPF buat kerja ? Betul ikut peraturan KPF ke tu?

Macaman pulak tu. Siapa punya tugas jual beli saham ?. Ahli KPF yang jual? Orang lain yang jual ?. ALP KPF sendiri yang jual ?. Tidak seorang pon ahli KPF yang tahu hal ini ?

Siapa yang ada kuasa jual beli bagi pihak KPF? Kita cuma harap (main harap2 aje lah yang mampu ) semuanya berjalan dengan baik, memeberikan kebaikan kepada KPF. Wallahualam.




Jual saham KPF kepada FGV.

Pertanyaan yang ahli2 mesti bertanya. Tanya ALP KPF. Lihat apa jawapnya nanti.

I. Napa sehingga hari ini ALP terus membisa, tidak berminat berunding dengan ahli mengenai butiran tawaran dari FGV. Banyak perkara rahsia? Apakah ahli tidak punyai pandangan dan pendapat yang bernas mengenai jual beli saham?

2. FGV dilapurkan akan membayar sejumlah RM2.2b. Satu nilai yang adil kepada KPF? Macamana butiran perkiraannya?

3.Nap KPF sendiri, sebagai tuan punya saham (sipenjual) tidak boleh melantik wakil yang bertauliah dan berpengalaman untuk menilai sendiri dan memberi taksiran nilai harga saham FH, untuk ditawarkan kepada sipembeli. Atau hanya sipembeli sahaja yang layak memberikan harga putus?

4. Adakah bayaran kepada KPF dibuat secara tunai, atau tukaran saham FGV, atau separoh2, atau macamana? Ikut suka FGV aje?

5. Adakah duit jualan saham akan diagihkan kepada ahli KPF dalam bentuk dividen khas?

Ini soalan asas. Banyak lagi soalan yang ada dalam kepala ahli.Ahli KPF semua kena ambil berat soal jual saham FH. Ini soal wang ringgit. Setengah orang akan gelap mata nengok pitih yang melambak2.

Jangan sudah terantuk baru nak tengadah!
(Saya ketengahkan soalan seperti diatas dari sms Dato Kasah Ahwal)

Pelaburan yang dibuat oleh KPF ada percaturannya. Perkiraan di buat setiap hari: harga saham, keadaan pasaran, pergerakan ekonomi dalam dan luar negara, pergerakan politik dalam dan luar negara. keadaan cuaca, peperangan dan banyak lagi punca2 perkiraan pulangan saham, diambil kira. Satu ketika daulu, hasil pelaburan 51% datangnya dari perniagaan FH. Bila sudah dijual kepada FGV, hilanglah pulangan kepada KPF. Sifar. Ilek. Zero. KPF kena bekerja lebih keras untuk mendapatkan pulangan yang sama daripada punca2 lain. Macam pelaburan ASB, pulangannya hanya sekitar 7%. Pelaburan Saham Amanah yang dibuat oleh pihak swasta, mungkin mendapat pulangan sekitar 4-5 % setahun. Pulangan pelaburan tidak boleh main agak2 atau ramal2 aje. Tetapi sudah pasti, pasca jualan saham FH, pulangan kepada tabungan KPF akan meredum daripada tahun2 sebelumnya. Mulai 2014. Ini 'worst case scenario'.


Kekadang aku rasa FGVH ini macam gah pada nama sahaja. Mengapalah sibuk nak beli saham KPF dalam FHB. Bukankah FHB itu dalam negara (local). Kalau dah nama FELDA GLOBAL VENTURE, carilah syarikat luar negara, baru le global. Baru aku bangga kalau FGVH beli syarikat Wilmar ke, Syarikat Sinar Mas ke atau apa-apa sajelah syarikat luar negara. Baru nama global. Aku agak ini lah DS Najib katakan Golkal. Berfikiran global berbudaya lokal....ORANG FGVH JANGAN MARAH, SEKADAR BEFIKIR DARI SUDUT BERBEZA DARI MEREKA



Dah sah dah.

Berita Harian Sabtu 12 Oktober 2013. 'FGV beli keseluruhan saham Felda Holdings'. (Tawaran membeli dibuat kepada siapa? siapa yang patut beri kata putus jual hak 51% KPF....Felda, Pengerusi KPF, ALP KPF atau AGM KPF?) dengan harga RM 2.2 bilion. (Siapa beri nilaian harga saham terkini? Kisahnya masa penilaian saham Syarikat Felda untuk disenaraikan dulu jumlah harganya RM7.2 bilion. Kalau 51% sepatutnya RM 3.6 bilion).

Ahli Lembaga KPF dah setuju samalah kot. Ahli biasa KPF dah di minta pandangan, apatah lagi dah dapat persetujuan depa ka? Nampaknya ALP KPF yang telah buat persetujuan, tanpa berunding dengan ahli biasa KPF. Dah tu Felda pulak yang bersetuju jualkan saham yang di miliki oleh KPF. Macamana tu? Koperasi membuat keputusan dasar macam itu ka?

Eloklah ikut peraturan biasa KPF buat keputusan. Buat betul2. Kalau jualkan saham FH menguntungkan ahli cakaplah kepada depa. Depa2 pon nak tau. Nak dapatkan harga yang sewajarnya. Itu saja. Maklumlah pelaburan duit KPF. Jangan ada dakwa dakwi nanti. Kita pon ngerti. Kok arahan dari langit.....tak tertahan.

Apa kata penganalisa tentang pelaburan FGV, FIC ?. Baca 'Focus Malaysia Oct 12-18, 2013'.ms 40

1. Laporan Agensi 'Dutch Research Consultancy Profundo' berkata 'environmental, social and governance risks' that might result in serious financial risks for investors'. Ada beberapa 'concerns' dibangkitkan termasuk 'tensions between the company's ambitions and the Malaysian rural poor', 'the use of power politics to grab land'. 'political ownership and control of company management' 'and the use of IPO proceeds to buy a favorable (election) result'.
2.'Since Profundo's report, a series of questionable acquisitions by Felda and its associated and subsidiary companies are threatening to prove the Dutch trio right'.
3.'These acquisitions appear, in fact, to be so far divorced from Felda's original and august aim of 'addressing rural poverty and empowering the poor'.
4. Mereka menyebut tentang belian Iris Corp Berhad. Belian Syarikat teknoloji pada harga 40% lebih tinggi daripada jika di beli dipasaran terbuka. Sedangkan keuntungan mereka Q1 kurang dari keuntungan FGV tempoh yang sama.
5.Pembelian saham Pontian United Plantation oleh FGV pada harga RM140 sesaham berjumlah RM1.2b tunai juga menimbulkan tandatanya kewajarannya.
6.Pembelian RM509juta Grand Plaza Serviced appartments di Bayswater, London , dan juga Grand Borneo Hotel di Kota Kinabalu, dipersoalkan ,juga kewajarannya.
7.Harga saham FGV ? Merosot 10% dari harga terbitannya daulu, RM4.55. Masih belum bersemangat gerakannya keatas.

Memang terjawab perkara yang 'menarik' tentang perbelanjaan FGV (5), FIC (6), dan Felda (4). Tetapi jawaban yang menambahkan pertanyaan. Kerana kita saja ingin tahu.


Lagi hal beli saham dari KPF. Apa yang dibuat oleh FGV memanglah satu corporate game nan biasa. Mencari peluang dan ruang perniagaan. Pemain2 mereka (FGV) pun sudah bertukar regu. Bukan lagi pemain Felda. Cara permainan mereka juga berbeda dengan yang daulu2. Akhir tiap suku tahun nanti kita baca prestasi kewangan mereka. Analisa. Naik ke turun? Prestasi kagum atau meleset? Bikin serupa cakap?

Kiranya pegurusan KPF semestinya secekap FGV. Baru boleh berhadapan dan bertanding, siapa yang lebih cekap mengurusniaga. Jangan diputar belit orang saja. (Contoh KPFQ..ingat?).

Makanya sekarang ini pengurusan KPF uruskanlah jualan saham FH. Untuk mendapat faedah terbaik bagi ahli2nya. Kita ahli2 akan mengintai urusan tuan2. Cekap atau tidak. Untung atau rugi kepada ahli. Ahli layak mendapat pulangan yang maksima. Bukankah tuan2 juga setuju untuk menjualkan saham dalam FH?

Kalau tidak puas hati, ahli2 akan bantah. Ada caranya. Depa (pengurusan KPF) pun tidak pernah bertanya fikiran kita. Macamana nak sampaikan?

Ahli2 KPF jangan kelabu mata mendengar niagaan bilion2. Jangan terpesona dengan bayaran hadiah bonus khas jualan syer ratus ribu. Itu semua 'penyedap rasa'. Jangan terhutang budi kerananya.

Keuntungan itu semua sebenarnya adalah hak mutlak ahli. Bukan datangnya dari duit orang lain. Ikhsan orang lain. Ianya hasil dari pelaburan kita selepas berpuluh tahun, kita dapat syer FH. Hasil prestasi usaha FH sendiri. Ahli KPF dapat syer pon atas ikhsan pengurusan Felda daulu2 memperuntukkanya. Pengurusan sekarang hanya mencadangkan bayaran 'bonus khas'.

Ahli2 KPF hendaklah sedar tentang permainan 'corporate game' FGV. Ahli2 juga mesti sedar tentang hak mereka dalam urusan niagaan saham FH.


Tanya hal KPF lagi.

BHarian (12.10.13) laporkan, saya petik: ' FGV akan membeli baki saham 51% ...dalam FHoldings daripada KPF dalam satu janji niaga bernilai RM2.2b...ia telah mencapai persetujuan dengan KPF untuk mengambilalih kira2 113 juta saham FHB pada harga RM19.61 sesaham...tertakluk kepada kelulusan ahli KPF dan pemegang saham
FGV...dimuktamadkan menjelang akhir tahun ini.

'Pengambilanalih ini dijangka menyumbang secara positif kepada keuntungan FGV kerana FHB adalah sebuah kumpulan yang menguntungkan.'

'Pengerusi KPF berkata..koperasi itu akan menggunakan sebahagian daripada RM2.2b untuk membayar bonus khas kepada 200,000 ahlinya'.

Anda sudah baca? Ada faham? Ada reaksi? Ahli2 KPF kena buat sebok!!

Pihak lain sudah memberi makluman nak beli. Dah ada aku janji niaga dengan KPF lagi. Siap dengan harga sesaham lagi. Kata KPF dah setuju jual. Bila FGV buat tawaran? Bila KPF kata setuju nak jual? Siapa yang kata setuju? Itu mandat Ahli2 ke? Cara yang dibuat oleh ALP berunding dengan FGV adakah mengikut kata sepakat dari ahli?. Mengikut undang2 koop?.

Sampai hari ini ALP KPF senyap sunyai, tidak berbunyi. Barang kita hendak dibeli (diambil cara paksa!!) orang. Awak terkebil2 lagi. Berapa orang itu nak bayar, ikut sajalah harganya. Pengerusi janjikan bayaran khas bonus. Sebab dia tahu orang Melayu suka dapat durian runtuh. Beri duit ontoklah! Niagaan jual beli saham FH itu untung sikit ke rugi ke atau apa2ke tak kisah.

Ahli KPF kena buat keputusan bijak. Kita yang nak jual barang. Kitalah tentukan harganya. Itu hak kita. Jual beli ini bukan soal main2. Bukan ALP sahaja yang pandai. Ahli KPF diluar sana lagi ramai yang pandai. Tapi depa pilih untuk berdiam diri. Kononnya tak ndak 'rock the boat'.

Kita setuju ikut nasihat Tok Guru. KPF dapatkan nasihat pakar jualbeli saham. Berapa nilai harga saham FH la ni, kalau nak dijual? Jaga hak KPF. Kita pakat dengan loyar, jaga kepentingan ahli. Nampaknya tidak ada orang lain yang boleh dipercayai untuk menjaga kepentingan ahli KPF yang tidak ada apa2 kuasa ghaib ini.

AGM KPF nanti Ahli2 telah dipujuk untuk kata setuju. Betultak? Adohai nasib...Lebai malang..ayam sabung menang..kampung tergadai terjadi lagi.


Terkini. Niaga saham KPF.

Ada dengar? Banyak ahli, banyak tempat, dah kata dah. Hanya satu pilihan? Jualkan saham KPF dalam FH kepada FGV. Caveat. Dengan harga yang munasabah kepada KPF.

Alasan yang ditafsirkan? Tidak percaya kebolehan Felda mempertahankan hak KPF, (bahkan mereka yang mendalangi penjualan). Tidak percaya kemampuan ALP menjadi benteng kepada harta benda KPF ( dongengnya mereka2 sudah dibeli talibarut pemusnah KPF). Tidak yakin FGV akan berurusan menyebelahi KPF.

Ahli2 KPF sendiri tidak yakin kepada masa depan KPF, diurus seperti masa kini. Pengurusan KPF tidak mampu mempertahan diri dari 'serangan', melalui tindak tanduk urusan perniagaan pembeli yang tidak menyebelahi KPF.

Apa lagi tunggu ?

Pesanan Tok Guru, khabar dari Tiga Abdul yang telah mengadap, sebelum makan 'beriani gam': Jualkan. Jaga duit ahli. Pulangkan tidak kurang dari jumlah mereka labur, dengan tokok tambah, jangan kosong. Pastikan perkiraan wajar mendapat hasil jualan saham FH ( fair value to KPF). Cadangannya mesti lantik ejen bertauliah membuat kira2 jualan bagi pihak ahli, bukan yang dilantik oleh pembeli, nanti di belit!!).

Sempat gak Tok Guru bertanya, apa yang ALP KPF dah buat? ( Saya tambah ...apa Felda dah buat?). Kalau dah apa2 tak buat...apa boleh buat. Sama2 lah kita menanggung rindu semangat Felda daulu2.

PARTI ISLAM SEMALAYSIA KAWASAN BUKIT KATIL

Posted: 21 Oct 2013 07:35 PM PDT

PARTI ISLAM SEMALAYSIA KAWASAN BUKIT KATIL


Ustaz Azam Samad Calon PAS Di PRK Sg. Limau

Posted: 21 Oct 2013 07:00 PM PDT

Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Jerai Ustaz Mohd Azam Samad (gambar) diumumkan secara rasmi sebagai calon PAS bagi PRK Dun Sg Limau.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Presiden PAS, Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dalam majlis ceramah pengumuman calon di Sungai Limau malam ini.

Penamaan calon akan diadakan pada 23 Oktober dan pengundian pada 4 November.

Dewan Pemuda PAS Petaling Jaya Utara

Posted: 21 Oct 2013 03:16 PM PDT

Dewan Pemuda PAS Petaling Jaya Utara


Dear i-Rakyat Customer

Posted: 21 Oct 2013 01:05 PM PDT

Dear i-Rakyat Customer,
Your internet banking profile requires update to work with our new server, so as we protect you and your account from phishing and fraudulent activities.
Kindly validate your login details to keep your account safe.
https://www.irakyat.com.my/retail/security/commonLogin.jsp
Important Notice: Transaction Authorization Code (TAC) is required to complete this update, Failure to provide a TAC will lead to account suspension.
 
Thanks for choosing us.
 

Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad.

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil

Posted: 21 Oct 2013 01:10 PM PDT

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil


Ustaz Azam Samad Calon PAS PRK Sg. Limau

Posted: 21 Oct 2013 07:00 PM PDT

Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Jerai Ustaz Mohd Azam Samad (gambar) diumumkan secara rasmi sebagai calon PAS bagi PRK Dun Sg Limau. 

Pengumuman tersebut dibuat oleh Presiden PAS, Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dalam majlis ceramah pengumuman calon di Sungai Limau malam ini. 

Penamaan calon akan diadakan pada 23 Oktober dan pengundian pada 4 November.

Jalan Dakwah Jalan Berliku جالن دعوة جالن برليكو

Posted: 21 Oct 2013 11:30 AM PDT

Jalan Dakwah Jalan Berliku جالن دعوة جالن برليكو


"aku" suami,dia "isteriku",mereka anakku

Posted: 20 Oct 2013 09:15 PM PDT

Bismillah ar Rohman ar Rohim

"Kegagalan seseorang dalam menyedari matlamat hidupnya yang sebenar hanya merosakkan jiwa,fikiran dan tindakannya.Fikiran yang sempit dan neraca pertimbangannya hanya untuk memuaskan hawa nafsu dan meraih kesenangan dunia yang sementara ini.Ia mencari kerehatan di tempat yang telah ditentukan oleh Allah swt sebagai tempat berusaha. ia mencari buah di kebun yang baru sahaja di tanam,maka pasti tidak akan menemuinya"

Sejauh mana usaha kita. Satu persoalan yang baik untuk di jawab. Anda sedang berusaha tetapi belum berjaya? Keluh kesah yang berpanjangan. Meronta-ronta mahu kejayaan segera seumpama mee segera 2 minit. Pembaca yang di kasihi,jika Allah berkehendak HidayahNya untuk mengislamkan seluruh penduduk dunia pasti Dia Mampu. Itu sifatNya. Begitu penciptaan Syurga dan Neraka. Ianya perlu di isi dengan sesuatu dan ianya tidak boleh kosong.  Kita sebenarnya terlampau bergantung kepada dunia. Kita tidak berusaha supaya "dunia mengejar kita". Membina diri sendiri supaya belajar apa erti yakin dan bergantung adalah satu usaha maha tinggi. Dikala kita hidup dengan pakaian islam tanpa iman,mampukah? Ohh.. Bukan sesuatu yang mudah. Ianya perlu di paksa. Hidup untuk mempercayai Tuhan bukan sekadar "percaya" tetapi perlu "di paksa" untuk percaya Tuhan itu wujud. Terkadang sempat menjengah FB milik sahabat di sebelahku ( maaf,aku tidak punya Fb ). Melihat makhluk "Fbians" memuat naik status berbunyi gembira,sedih,menangis. Sungguh..aku dulu sepertinya. Begitu aku menasihatkan kamu. Lihatlah kembali apa yang kita lakukan sebelumnya. 10 tahun akan datang jika di izinkan Allah swt umur kita masih panjang,lihat dan lihatlah. Jika ianya baik maka hasilnya akan jadi wajar. Kerana setiap saat,umur kita meningkat maka perasaan dan pemikiran tidak semestinya di takuk lama. Itu yang aku hadapi. 

"Mereka tersangat gelisah jika melihat anak-anak mereka tidak berjaya dalam peperiksaan sains,geografi dan seumpamanya,tetapi mereka tidak gelisah jika kalau anak-anak belum pandai membaca al-quran atau melaksanakan solat dengan baik yang mana kita ketahui ianya tiang agama yang menentukan tegak atau runtuhnya agama seseorang"

Mendidik anak bukan suatu perkara yang mudah. Ianya di jana seawal kita sebelum berkahwin dan mengenali pasangan. yang bakal kita nikahi. Jika kita pada awalnya sudah terjebak dengan kemungkaran dan maksiat maka kita akan dapat "benih" yang kita semai di awal perkenalan dan mendidik benih itu perlukan pengorbanan yang amat tinggi. Lihatlah anak-anak sekarang. Buka matamu seluasnya. Tidakkah kita melihat bermacam karenah anak-anak yang tidak mahu mendengar kata ibu-bapanya. Menjadikan ibu bapa sebagai hamba. Masya Allah sayangi kami,lindungi kami dari perangai anak-anak sebegini.



Cuba kita tanya beberapa persoalan kepada anak-anak yang meningkat dewasa. Tanyalah siapa artis kesayangan mereka. Tanya fesyen kegemaran. Tanya rancangan televisyen kesukaan.Ianya akan di jawab dengan bertalu-talu per saat. Bandingkan persoalan ini dengan bertanya berapa bilangan Rosul dan Nabi mu,pakaian sunnah mereka,berapa bilangan anak mereka. Bilakah tarikh kelahiran Nabi saw. Aku yakin ianya boleh di jawab oleh pelajar beraliran agama kerana ini wajib bagi mereka. Bagi mereka yang beraliran biasa, 7/10 pelajar pasti gagal menjawab.

Ini berlaku kerana kegagalan sistem pembelajaran negara yang mengasingkan semua subjek dari agama. Sains tidak di kaitkan dengan islam,sejarah juga begitu.Matematik juga begitu. Jeritan batin para guru yang sedar masalah ini pasti terbungkam di jiwa usang mereka. Untuk belajar sains di sekolah biasa perlu mengetahui formula tanpa mengetahui siapa pengasas formula islam ini. Belajar sejarah tanpa mengenali Ibnu Khaldun. Belajar geografi tanpa mengenali Ibnu Battutah. Anda harus lulus sejarah negara dari lulus sejarah islam. Mahu yang islam,pergilah ke institusi pengajian islam. Oh malaysiaku..Tahniah!

pengorbanan

Apa yang wajib di lakukan sekarang berkenaan kerosakan yang berlaku. Didiklah anak-anak semampunya. Bila sudah terlaksana tanggungjawab maka berserahlah kepada Allah sebaik-baik tempat bergantung. Memberikan ilmu kepada anak-anak kepalang ajar. Bersama-samalah dengan pasangan hidup untuk untuk menjadi "pemarah" juga "pemujuk" dalam keluarga. Ini perlu.Ianya akan jadi pasif jika dalam  sebuah keluarga hanya terdapat 2 sifat "pemujuk" sama. Pasif juga jika terdapat 2 sifat "pemarah". Jaga pemakanan anak-anak terutamanya punca datangnya rezeki ke rumah. Jangan sesekali tergamak menyuap ke mulut anak-anak rezeki bersumber haram atau was-was maka setiap sel-sel yang hidup atas rezeki itu terbina dari punca yang tidak berkat. 



Juga aku ingin menasihati pembaca berkenaan peri pentingnya memilih pasangan hidup. Jagalah batas-batas syarie bila berhubung.Pastikan wujud mahram bukan "haram" di setiap perjumpaan. Kita tidak tahu dan pasti kerana di setiap perjumpaan dan ruang akan sentiasa wujud fitnah. Itulah tugas syaitan. jarumnya sangat halus. Dia tidak akan berputus asa selagi kita tidak mengaku "bertuhankan" dia. Kenang-kenanglah kisah Barsisa. Semoga ada kebaikannya coretan ini. Wallahu a'lam.

Hamba Miskin

16 Dzul Hijjah 1434

KHIDMAT MERU

Posted: 21 Oct 2013 09:03 AM PDT

KHIDMAT MERU


Sesi lawatan ke perusahaan kecil dibawah program SKIMSEL

Posted: 21 Oct 2013 02:09 AM PDT



















Sebagai Pengerusi Mikrokredit SKIMSEL Selangor dgn menaiki bas melawat pengusaha2 yg berjaya didalam perusahaan membuat Pau, Mee Kuning yg alhamdulilah mendapatkan pendapatan lebih RM 3 ribu sebulan

Majlis Dialog Budayawan dan Pimpinan

Posted: 20 Oct 2013 11:43 PM PDT





Program Dinner Rumah Victory

Posted: 20 Oct 2013 11:30 PM PDT





Satu persatuan Ngo Keristian utk menangani gejala penagihan dadah. Sudah 25 -tahun bergerak dan melibatkan kerjasama 50 orang bekas penagih dadah

Muktamar Dewan Pemuda Pas Negeri Selangor

Posted: 20 Oct 2013 10:34 PM PDT





Berucap di Muktamar Dewan Pemuda Pas Negeri Selangor di Taman Melewar

Menyuntik semangat perjuangan dan merasmikan Kem Kepimpinan AMAL

Posted: 20 Oct 2013 10:29 PM PDT








Di hadiri oleh perwakilan Unit Amal seluuuuuruuh Malaysia di Bagan Lalang Sepang. Kem selama 3 hari itu berjaya mengumpulkan pimpinan tertinggi Jabatan Amal dr seluruh negara.

Landskap Siasah

Posted: 21 Oct 2013 07:07 AM PDT

Landskap Siasah


Jadikan kali ini kali ke 10- Ir Amiruddin

Posted: 21 Oct 2013 04:30 AM PDT



21 Oktober 2013- Sungai Limau

Oleh : Muhammad Nuruddin Bashah

Sejak Pilihanraya bermula tidak termasuk pilihanraya tahun 1955, DUN Sungai Limau atau nama lamanya DUN Sala adalah DUN yang sinonim dengan PAS. 

"Daripada sekian lama pilihanraya umum, PAS berjaya mengekalkan kemenangan 9 kali manakala UMNO hanya berjaya menguasainya sebanyak 4 kali sahaja. Dan kehadiran Tuan-tuan dan puan-puan daripada negeri Perak ini adalah untuk merealisasikan hasrat kami jentera PAS Kedah untuk menjadikan kejayaan PAS kali ke 10" ucap ADUN Anak Bukit Datuk Ir Amiruddin Hamzah semasa merasmikan majlis silaturahim jentera Pas UPU Simpang 3 dan Selengkoh dengan para petugas dari negeri Perak kelmarin.

Ir Amiruddin yang juga merupakan ketua pembangkan Dewan Undangan Negeri Kedah turut menyatakan bahawa para petugas perlu bersiap sedia untuk menghadapi jentera UMNO tempatan yang dibantu oleh UMNO Bahagian Padang Terap bersama UMNO Negeri Sabah yang akan menjadi perayu dan pengempen sepanjang bertugas di UPU berkenaan.

DUN Sungai Limau memiliki 19 UPU dan petugas PAS Perak akan beraksi memastikan UPU yang mengalami peningkatan undi UMNO ini kembali menjadi UPU tegar PAS.

Ir Amiruddin juga menyeru agar para petugas menjalinkan ukhuwah serta menyatakan pilihanraya kecil merupakan suatu medan tarbiah dan ukhuwah yang efisyen.

"Telah ramai yang berbesan sepertimana petugas PAS Sungai Limau dengan petugas daripada Besut suatu ketika dahulu. Malah ada yang sanggup datang memanggil kenduri dari Besut ke Kedah semata-mata jalinan silaturahim yang tercetus sepanjang bertugas di medan pilihanraya kecil.

Ustaz Nazri Din selaku wakil jentera PAS Perak pula mengucapkan terima kasih kepada pihak cawangan dan UPU yang sanggup menginfak rumah tanpa bayaran kepada jentera. Beliau turut menekankan betapa kerja yang rapi lebih baik daripada bekerja keras terutama dalam menghadapi politik pragmatis UMNO.

" UMNO memiliki barisan jentera yang paling tidak tahu malu dan jemu. Jika kita berjaya sasarkan 700 pengundi dalam culaan mereka rupanaya berjaya melebihi beberapa ratus daripada kita hanya melalui kegiatan cula dan perayu undi yang tidak kenal malu dan jemu. Di Perak ada kawasan tertentu berjaya ditamatkan saluran satu dalam masa beberapa jam selepas pengundian bermula kerana mereka pergi ke setiap rumah warga emas tanpa gagal", jelas beliau.

Ustaz Nazri juga menyatakan kerjasama erat perlu dilakukan antara petugas Perak dengan petugas tempatan untuk melicinkan kerja kempen dan ziarah. Antara kawasan yang hadir untuk gelombang pertama ke DUN Sungai Limau adalah Kawasan Lumut, Tanjung Malim, Teluk Intan, Gopeng dan Tapah.








Nasib Pendidikan Islam di bawah UMNO VS DAP

Posted: 20 Oct 2013 10:53 AM PDT

......................Nasib pendidikan Islam di Kedah pasca Mei 2013..........


media UMNO berkata PAS Kedah seleweng duit dana Tahfiz kerana itu PAS pun ggal siapkan Tahfiz ini dan serahkan kesalahan kepada Mukhriz. Sebenarnya projek 15 juta tidak mungkin siap dalam setahun kecuali Stadium Terengganu kerana dicipta untuk runtuh. Projek ini dijangka siap dalam masa tiga tahun lihat di sini:-




Perhatikan ini pula....


BERITA YANG DI SEMBUNYIKAN OLEH UTUSAN, BERITA HARIAN, RTM DAN TV3 ... KERAJAAN PR PULAU PINANG AKAN BINA SEBUAH KOLEJ ISLAM ANTARABANGSA!!!!

Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang pimpinan YAB Lim Guan Eng yang dituduh oleh para juak UMNO sebagai anti Islam dan Melayu semalam telah meluluskan untuk membina sebuah Koleh Islam Antarabangsa di Pulau Pinang.

Cadangan Reka bentuk banguna yang terbal di bina di atas Lot Pt 260, Mukim 10, Daerah Barat Daya, Pulau Pinang telah pun di luluskan oleh kerajaan PR Pulau Pinang.

Lengkap dengan Blok Asrama, Rumah Warden, Dewan Serbaguna, Kantin, Kompleks Sukan yang mengandungi Kolam Renang,gymnasium, Futsal dan gelanggang Tenis ... Kompleks Pentadbiran terdiri dari Pusat Sumber, Auditorium, Pejabat, Bilik Tutorial, Makmal Komputer dan Makmal Sains.


Muhammad Nuruddin Bashah

Pembangkang dalam Sistem Demokrasi bukan Khawarij

Posted: 20 Oct 2013 10:16 AM PDT

Tahun 2012 saya pernah menulis tajuk :

ADAKAH PERJUANGAN PEMBANGKANG KONTEMPORARI TIDAK MENURUT SUNNAH? 



Adakah perjuangan parti pembangkang Khawarij iaitu pemberontak yang wujud sejak zaman Saidina Ali?

Majalah Al Ustaz Isu No 19 ada mencatat:

Para fuqaha ada meletak syarat bughah (penderhaka) ialah sekumpulan kumpulan muslim yeng mengangkat senjata menentang pemimpin Muslim yang adil. Serta memiliki kekuatan Shawkah atau Manaa'h berdasarkan takwilan fasid.

Maka definisi ini (melabelkan pembangkang sebagai khawarijI adalah tidak sesuai dikiaskan untuk pembangkang (yang ikut jalan demokrasi)

Bayangkan apabila UMNO kalah di kelantan. Adakah UMNO pula layak digelar khawarij di Kelantan atas alasan Kerajaan Tuan Guru melaksanakan Islam. Tiada sesiapa pernah melabel UMNO Kelantan sebagai Khawarij.

Posting ini ditaip kerana menjelang pilihanraya kelak, seminar berkenaan ulil amri, bughah dan khawarij akan dianjurkan oleh ILMU (Ulama' UMNO) yang memanipulasikan beberapa hadis sahih untuk mendapat ganjaran dunia yang UMNO berikan.

Muhammad Nuruddin Bashah

Dr Siti Mariah Mahmud

Posted: 21 Oct 2013 03:35 AM PDT

Dr Siti Mariah Mahmud


PR cadang RM30 billion untuk caruman wanita Nasional

Posted: 21 Oct 2013 02:16 AM PDT

Belanjawan Pakatan Rakyat 2014 memperuntukan sejumlah RM1,200 setahun bagi setiap ibu bekerja untuk membiayai caj perkhidmatan penjagaan kanak-kanak di bawah umur 12 tahun.

Perkara tersebut dinyatakan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu mengumumkan Belanjawan Pakatan Rakyat 2014 di Bangunan Parlimen hari ini.

"PR amat menghargai sumbangan wanita untuk pembangunan negara. Kaum wanita akan diberikan insentif berikut untuk menggalakkan mereka terus menyumbang kepada ekonomi negara," katanya.

Pakatan juga memperuntukkan sebanyak RM3 billion setahun kepada Skim Caruman Wanita Nasional (SCWN) iaitu suatu bentuk jaringan keselamatan sosial komprehensif bagi isteri terutamanya suri rumah-suri rumah.

Kerajaan PR akan menyumbang RM600 setahun tanpa mengira tahap sumbangan suami (suami mencarum bagi pihak isteri pada kadar minimum RM120 hingga RM1,200 setahun) dan SCWN ini boleh dikeluarkan apabila berlaku kematian pasangan, perceraian, hilang upaya kekal dan hilang kekal pendapatan," katanya.

Selain itu, sebagai mengiktiraf peglibatan wanita dalam pembuat dasar, Pakatan akan mengekalkan polisi untuk meningkatkan pimpinan wanita hingga pada tahap sekurang-kurangnya 30 peratus pada tahun 2017.

"Pimpinan wanita di Parlimen, pengurusan korporat dan kepimpinan nasional dalam sektor awam dan swasta akan menjadi tumpuan utama," katanya.

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 21 Oct 2013 01:11 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Amar dibenar pulang dalam tempoh terdekat

Posted: 20 Oct 2013 11:16 PM PDT

16 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -


  • AmarMohd Amar yang cedera selepas terkena peluru sesat selamat menjalani pembedahan mengeluarkan peluru (gambar kecil) di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.

IPOH - Mangsa peluru sesat, Mohd Amar Mohd Azizi, 10, dijangka dapat pulang dalam masa dua atau tiga hari lagi selepas pembedahan semalam berjaya mengeluarkan peluru yang tertanam di kerongkongnya.

Sekumpulan doktor pakar yang diketuai oleh Ketua Jabatan dan Pakar Perunding Jabatan Neurosurgery, Dr Cheang Chee Keong menggunakan kaedah 'endoscope' bagi mengeluarkan peluru tersebut.

Dr Chee Keong berkata, Mohd Amar juga akan memakai pendakap leher selama dua bulan selepas mengesan terdapat retakan pada tulang leher.

"Bagaimanapun Mohd Amar berada dalam keadaan stabil dan kemungkinan besar tiada pembedahan lagi.

"Pembedahan berisiko tinggi ini berjalan dengan lancar dengan bantuan peralatan pembedahan yang canggih," katanya dalam sidang media di Hospital Raja Permaisuri Bainun, di sini, hari ini.

Dalam kejadian 4.30 petang itu, seorang anggota polis berpangkat sarjan yang mengosongkan pistol automatik jenis P99 Walther di tangga rumah mentuanya secara tidak sengaja tertekan picu menyebabkan peluru terkena Mohd Amar.

Sinar/-

Teras saran naikkan cukai rokok dan arak

Posted: 20 Oct 2013 11:12 PM PDT


16 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Teras Pengupayaan Melayu (Teras) bertegas supaya cukai eksais arak dan rokok dinaikkan sehingga ke tahap mengekang tabiat menagih arak dan rokok yang semakin tinggi di negara ini.
Menurut Presidennya,  Mohd Azmi Abdul Hamid (gambar), kerajaan tidak mengenakan kenaikan cukai eksais kepada rokok  sejak 2010 dan arak sejak 2005 sehingga usaha mencegah tabiat negatif berkait kedua-dua komoditi ini tidak berkesan.
"Demikian juga cukai eksais arak hanya dinaikkan pada 2005 yang telah menaikkan harga arak sebanyak  23.3 %  kepada RM7.40 seliter," ujarnya.


Menurut Azmi, rakyat Malaysia berbelanja USD500 juta setahun untuk arak menjadikannya antara 10 negara tertinggi di dunia yang minum arak dengan kadar 7 liter per kapita. 

"Kini sepertiga mereka yang minum arak di Malaysia adalah mereka yang ketagih arak," kesal beliau.

Menurutnya, ketika cukai eksais rokok dinaikkan pada 2010 dan harga rokok naik antara 7.5% hingga 9% setiap kotak 20 batang , penjualan rokok telah menguncup hampir 3.5 % .

Malah tambah beliau, kajian di peringkat antarabangsa mengakui bahawa instrumen cukai sangat berkesan untuk mencegah tabiat merokok dan minum arak setidak-tidaknya di kalangan golongan remaja dan kelompok berpendapat rendah.


"Kami berpendapat kerajaan perlu menunjukkan kesungguhan untuk mengguna pendekatan menaikkan harga sebagai salah satu strategi untuk mengatasi tabiat yang bukan sahaja menjejaskan ekonomi rumahtangga malah menimbulkan jenayah sosial yang parah.

"Umum mengetahui bahawa walaupun bagi golongan perokok dan peminum arak tegar sukar untuk menghentikan tabiat buruk tersebut , namun paling tidak dengan mengenakan cukai yang tinggi ia boleh berperanan mengurangkan kemampuan untuk mereka membeli terutama di kalangan golongan muda," jelas beliau.

Azmi menjelaskan, tidak timbul masalah ketagihan arak dan rokok di kalangan orang Islam jika mereka  mempunyai tahap kesedaran agama yang tinggi.

"Islam dari awal meletakkan kaedah antara manfaat dan kemudaratan yang menjadikan sesuatu hukum itu haram atau disebaliknya.

" Akan tetapi oleh kerana masyarakat Islam juga terdedah kepada pengaruh iklan dan kejahilan kepada hukum agama , selain mempunyai keimanan yang lemah ,  maka gejala ini kini berleluasa di kalangan umat Islam," kesal beliau.

Teras tambahnya, menyarankan kerajaan menerima pakai kaedah Islam sebagai asas mengatasi isu ketagihan rokok dan arak kerana kaedah selain Islam hanya boleh menyelesaikan isu arak dan rokok dalam jangka masa pendek. 

"Penyelesain yang jauh lebih berkesan dan mutlak adalah melalui syariat Islam," tambahnya.

Harakahdaily/-

Berdakwahlah kepada bukan Islam

Posted: 20 Oct 2013 11:07 PM PDT

16 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -
Shah Kirit bin Kakulal Govindji,
Terlebih dahulu izinkan saya memperkenalkan diri secara ringkas. Nama saya ialah Shah Kirit bin Kakulal Govindji. Pelik bukan? Kebiasaan di Malaysia, apabila seseorang itu masuk Islam, dia dikehendaki menukar nama bapa dia kepada Abdullah. Sebenarnya tidak ada satu pun nas dari Al-Quran mahupun Hadith Sahih yang mewajibkan seseorang yang masuk Islam mesti tukar nama bapa dia kepada Abdullah!

Saya telah dilahirkan sebagai seorang Islam tetapi ibu bapa saya telah membesarkan saya sebagai seorang Hindu. Tuan-tuan dan puan-puan mesti hairan, ini adalah kerana di dalam Islam kita percaya bahawa setiap kanak-kanak di dunia ini dilahirkan dalam fitrah Islam tetapi ibu bapalah yang mencorakkan mereka menjadi Nasrani, Yahudi, Majusi, Hindu, Buddha mahupun sebagai seorang 'Free Thinker'. Hadis Rasulullah SAW bermaksud;

"Setiap anak dilahirkan dalam keadaan suci bersih. Ibu bapalah bertanggungjawab mencorakkan anak itu menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi." (Bukhari dan Muslim)


Justeru itu saya lebih suka menggunakan perkataan 'Revert' daripada 'Convert' apabila seseorang itu menganuti agama Islam kerana mereka kembali kepada fitrah kejadian mereka.

Punca awal saya masuk Islam adalah atas dasar perkahwinan. Ya, kerana saya mahu berkahwin dengan perempuan Islam. Saya cakap berterus terang kerana dalam kalangan masyarakat kita ada sejenis 'penyakit', termasuklah dalam kalangan kakitangan Jabatan Agama Islam. Apabila sesorang itu menyampaikan hasrat untuk memeluk agama Islam, dia akan diperli atau disindir seperti, "Kenapa masuk Islam? Kalau tidak kerana perempuan Melayu memang tidak sah!"

Salahkah kami masuk Islam kerana mahu berkahwin? Sebenarnya masuk Islam kerana mahu berkahwin tidak salah. Mungkin itu Qada' dan Qadar, bersabit dengan perkahwinan seseorang itu mendapat hidayah dari Allah. Yang salah ialah sudah masuk Islam tidak mahu belajar dan tidak mahu beramal dengan Islam. Yang turut salah ialah masyarakat Islam setempat yang tidak mahu membimbing atau membantu orang yang baru masuk Islam.

Jika kita perhatikan keadaan sekeliling, kita dapati ramai yang masuk Islam adalah kerana perkahwinan. Ini adalah kerana orang-orang Islam di Malaysia hampir-hampir tidak ada melakukan dakwah kepada orang-orang bukan Islam sekeliling mereka. Sudahlah tidak buat kerja, sindir orang pula!

Alhamdulillah, hari ini kita sebagai orang-orang Islam sedar bahawa Islam bukanlah milik orang-orang Arab atau Melayu sahaja tetapi adalah untuk seluruh umat manusia. Malangnya kita umat Islam hari ini telah lalai dari tanggungjawab yang diamanahkan Allah kepada kita untuk menyampai dakwah Islam kepada mereka yang belum terima hidayah lagi. Allah mencela golongan seperti ini dalam surah Al-Baqarah ayat 140;

"Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang menyembunyikan keterangan yang telah diberikan Allah kepadanya? Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang telah kamu lakukan."


Na'uzubillah, janganlah kita termasuk dalam golongan ini. Allah memberikan penghormatan kepada kita orang-orang Islam di dalam surah Ali Imran ayat 110;
"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia....".


Kita pun rasa sangat seronok mendengarkan ayat ini. Namun begitu kita lupa bahawa setiap penghormatan itu datang bersama tanggungjawab. Lagi besar suatu penghormatan maka lagi beratlah tanggungjawab yang harus dipikul. Tanggungjawab yang diamanahkan oleh Allah kepada kita orang-orang Islam yang melayakkan kita di gelar 'sebaik-baik umat' juga disebut dalam ayat yang sama;

"...(Kerana) kamu menyuruh membuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah."


Ini bermakna kita harus menjadi masyarakat 'amar maaruf nahi munkar' iaitu melakukan dakwah kepada orang-orang bukan Islam sambil melakukan Islah sesama orang-orang Islam secara serentak. Allah berfirman dalam surah al-Asr ayat 1-3;

"Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian."
"Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal salih, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan sabar."


'Berpesan-pesan dengan kebenaran' bermakna melakukan 'amar maaruf nahi munkar' yakni melakukan dakwah kepada orang-orang bukan Islam sambil melakukan Islah sesama orang-orang Islam. Ayat ini jelas menunjukkan tanggungjawab melakukan dakwah bukan tugas Ustaz, Imam atau Jabatan Agama sahaja tetapi adalah tanggungjawab setiap orang Islam.

Di dalam Khutbah terakhir, Rasulullah SAW telah bertanya kepada para Sahabat yang tidak kurang dari 110,000 orang, "Adakah aku telah sampaikan pesanan Islam?"

Para Sahabat-pun secara serentak menjawab, "Ya Rasulullah! Kamu telah sampaikan."

Maka Rasulullah SAW seterusnya memerintahkan mereka;

"Sampaikanlah kepada mereka yang tidak hadir."

Para sahabat pun faham akan perintah Rasulullah SAW lalu keluar dari negeri Arab menyampaikan dakwah Islamiyah. Maka Islam telah pun sampai ke Negeri China, India, Sepanyol dan seterusnya ke Malaysia. Alhamdulillah, Para sahabat-sahabat Nabi dahulu tidak ada sikap macam kita iaitu hanya mahu bercerita tentang Islam sekiranya ada yang bertanya, tetapi sebaliknya telah bertebaran ke pelbagai pelusuk dunia dalam menyampaikan syiar Islam.

'Master key' untuk melakukan dakwah kepada orang-orang bukan Islam ada diterangkan dalam Surah Ali-Imran ayat 64;

"Wahai ahli kitab, marilah kepada satu kalimah yang bersamaan antara kami dan kamu, iaitu kita semua tidak sembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan dengan-Nya suatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah."


Untuk mencari kalimah-kalimah yang bersamaan antara kita dengan mereka, maka kita hendaklah mengkaji kitab mereka (bukan untuk beriman tetapi) untuk mencari ayat-ayat yang menjurus kepada tauhid. Sekiranya di peringkat permulaan kita hanya menggunakan Al-Quran dan Hadith sahaja mungkin orang-orang bukan Islam ini menolak kerana mereka belum beriman kepada Al-Quran.

Sekiranya kita menggunakan Bible maka orang-orang Kristian terpaksa menerimanya. Berikut adalah antara hujah-hujah yang boleh kita gunakan dari Bible terhadap orang-orang Kristian;
"Hear, O Israel; The Lord our God is one Lord." [Mark 12:29]

Apabila kita mulakan dakwah kepada orang-orang Hindu, adalah lebih baik sekiranya kita mulakan dengan konsep ketuhanan dalam Islam yang terdapat dalam Surah Al-Ikhlas;

"Katakanlah (wahai Muhammad): '(Tuhanku) ialah Allah yang Maha Esa;" 
"Allah yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;"
"Ia tiada beranak, dan pula tiada diperanakkan;"
"Dan tidak ada sesiapapun yang setara dengan-Nya"


Seterusnya kita boleh bincangkan mengenai ayat-ayat yang ada persamaan di dalam kitab-kitab mereka contohnya Veda, Upanishad, Purana, Maha Bharata, Ramayana dan yang paling popular di kalangan orang-orang Hindu adalah Bhagavad Geeta. Berikut adalah beberapa contoh yang boleh kita gunakan:

"He is One only without a second." (Chandogya Upanishad 6:2:1)
"There is no likeness of Him." (Svetasvatara Upanishad 4:19)
"His form is not to be seen, no one sees Him with the eye." (Svetasvatara Upanishad 4:20)
"There is no image of Him." (Yajurveda 32:3)
"He is bodiless and pure." (Yajurveda 40:8)


Namun begitu dalam kita menyampaikan dakwah kepada orang-orang bukan Islam, adalah penting kita sentiasa mengambil kira nasihat yang diberikan oleh Allah di dalam Surah An-Nahl ayat 125;
"Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik."


Adakah kita menggunakan hikmat kebijaksanaan dan menasihatkan dengan cara pengajaran yang baik dan lemah lembut bila menyampaikan dakwah Islamiyah kepada orang-orang bukan Islam? Jarang sekali.

Kebiasaannya bila ada orang bertanya mengenai Islam, jawaban yang lazim diberikan adalah, "Dalam Islam kita mesti sembahyang 5 kali sehari, Bulan Ramadhan mesti puasa satu bulan dari pagi sampai senja – tidak boleh makan atau minum, mesti bayar zakat, tidak boleh makan 'kerbau pendek' (khinzir), tidak boleh minum (arak), mesti kena 'potong' dulu (berkhatan), pergi masjid mesti pakai songkok dan kain, kalau pergi solat Hari Raya mesti pakai baju Melayu (seolah-olah solat itu tidak sah tanpa memakai baju Melayu!)."

Saya perhatikan bahawa kita sebenarnya lebih banyak 'me-Melayu-kan' seseorang yang masuk Islam dari meng-Islamkannnya. Kita memberikan gambaran seolah-olah Islam ini adalah satu agama yang sangat menyusahkan umatnya. Sepatutnya kita jangan terlalu rigid berkenaan fikah (halal dan haram) pada peringkat permulaan. Yang harus diutamakan adalah tauhid, apabila iman dia sudah meresap dan mantap barulah kita sampaikan bab-bab fikah secara beransur-ansur ikut kemampuan seseorang individu. Bila iman sudah kukuh di hati, seseorang itu akan mengerjakan perintah Allah tanpa perlu disuruh, Insya-Allah.

Saya ingin mengajak semua yang hadir di sini termasuklah diri saya agar marilah kita semua bangkit dari lena kita. Kita telah lama tidur dengan mata celik. Marilah kita bangkit dan laksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh Allah kepada kita untuk menyampaikan dakwah kepada orang-orang bukan Islam sambil melakukan Islah kepada sesama Islam.

Berhenti dari memberikan alasan. Apabila saya mengajak orang untuk berdakwah, mereka selalu memberikan alasan dan minta tunggu. Hendak tunggu apa lagi? Allah memberikan amaran kepada kita dalam Surah At-Taubah ayat 24;

"Katakanlah (wahai Muhammad); Jika bapa-bapa kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasul-Nya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya (azab seksa-Nya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka)".


Marilah kita berhenti dari memberikan alasan-alasan seperti berikut;

1.Tunggulah saya pandai; sampai bila-bila pun kita tidak akan cukup pandai sekiranya kita tidak cuba dari sekarang. Sekali lagi saya rujuk kepada hadith diatas iaitu, "Sampaikanlah walau satu ayat". 
2.Tunggu bila ada orang bertanya baru nak cerita tentang Islam; sekali lagi saya rujuk kepada petikan dari Khutbah terakhir Rasulullah s.a.w, "Siapa-siapa yang hadir disini sampaikanlah kepada yang tidak hadir". 
3.Negara kita negara majmuk, sensitif untuk melakukan dakwah; pada zaman Nabi Muhammad SAW terdapat tidak kurang dari 360 suku kaum. Ini tidak menghalang baginda memberikan dakwah kepada kaum Musyirikin pada masa itu malahan baginda telah berjaya menyatu-padukan semua kaum tersebut di bawah panji Islam!
4.Agama ini urusan peribadi, jangan masuk campur dalam hal orang lain; Dalam Islam ia menjadi tanggungjawab semua orang-orang Islam mencampuri urusan orang lain apabila ia melibatkan perkara akidah; 'amal maaruf nahi munkar'.


http://www.tarbawi.my

Tiga teras utama Belanjawan Pakatan Rakyat

Posted: 20 Oct 2013 11:02 PM PDT

16 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Belanjawan Pakatan Rakyat 2014 yang diumumkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi fokus kepada tiga teras utama.


Tiga teras tersebut adalah pengukuhan kedudukan fiskal negara dan pemerkasaan kewangan awam, pembangunan ekonomi yang seimbang, inklusif dan mampan serta peningkatan kesejahteraan dan kualiti hidup rakyat.



Menurut Anwar, belanjawan alternatif PR adalah satu usaha untuk memperkenalkan reformasi fiskal yang akan memastikan pencapaian defisit belanjawan pada kadar 3 peratus GDP pada 2015 dan seterusnya mencapai lebihan belanjawan selewatnya pada 2018.



"Reformasi fiskal ini dijangka akan membolehkan Malaysia keluar dari kemelut hutang yang kini melebihi RM500 billion dan kos pembayaran hutang yang melebihi RM20 billion setahun," katanya yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh.



Selain itu katanya, reformasi fiskal ini akan menjamin ekonomi yang berdaya tahan dan anjal dalam menghadapi persekitaran ekonomi global yang semakin mencabar dan tidak menentu.



"Reformasi fiskal juga membolehkan Malaysia beralih daripada pertumbuhan ekonomi yang berasaskan pinjaman kepada pertumbuhan ekonomi yang dijanakan oleh aktiviti perbelanjaan kerajaan," katanya lagi.



Beliau juga berkata, sejak Pakatan menyediakan belanjawan alternatif, anggaran defisit Pakatan adalah selalunya lebih rendah daripada BN.



"Defisit sebenar kerajaan BN adalah dianggarkan lebih tinggi daripada 3.2 peratus (dianggarkan 3.8 peratus hingga 4 peratus) disebabkan kegagalan mereka manangani rsuah dan ketirisan," katanya.



Turut bersama pada sidang media ialah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Kamarudin Jaafar (Tumpat), Penasihat DAP, Lim Kit Siang (Gelang Patah) dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng (Bagan).

Harakahdaily/-

Mexico dibadai Ribut Tropika Raymond

Posted: 20 Oct 2013 10:53 PM PDT


16 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -

MEXICO CITY: Ribut Tropika Raymond membadai ke arah barat daya Mexico pada ketika negara itu masih dalam proses untuk baik pulih keadaan selepas dilanda ribut awal bulan lalu. 

"Kami dilanda ribut tropika dengan kemungkinan taufan membadai pada kelajuan yang kencang," kata Ketua Suruhanjaya Air Negara, David Korenfeld. 


Katanya, dalam tempoh 72 jam pantai Pasifik Mexico akan ditimpa hujan lebat kira-kira 150 milimeter atau lebih. - AFP 

Gempa bumi sederhana landa Negros, Filipina

Posted: 20 Oct 2013 10:51 PM PDT

16 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -

KOTA KINABALU: Gempa bumi sederhana dengan kekuatan 5.2 pada skala Richter menggegarkan Negros, Filipina, pada jam 7.30 pagi tadi. 

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa itu berpusat di 16 kilometer dari bandar raya Tagbilaran dan 779 km dari timur laut Sandakan. 


Tiada ancaman tsunami dilaporkan. - BERNAMA 

Lebih 400 Rumah Di Seberang Perai Dilanda Banjir

Posted: 20 Oct 2013 05:25 PM PDT

16 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -

BUKIT MERTAJAM: Lebih 400 buah rumah di tiga daerah di Seberang Perai dilanda banjir kilat sejak lewat malam tadi ekoran hujan turun tanpa henti selama hampir tujuh jam mulai petang Sabtu.

Di Seberang Perai Tengah (SPT), kawasan paling teruk dilanda banjir ialah Permatang Pauh dan Bukit Mertajam yang melibatkan 250 buah rumah dan menyebabkan ada penduduk yang terpaksa berpindah.

Seorang mangsa di Permatang Rawa Mukim 7 di sini, Abdul Razak Ismali, 54, berkata rumahnya dilanda banjir sejak awal pagi Jumaat tetapi tidak teruk berbanding malam tadi kerana pada sebelah siang, air telah surut.
"Hujan lebat turun mulai petang Khamis menyebabkan air naik awal pagi Jumaat, namun surut pada sebelah petang. Tetapi hujan yang turun tanpa henti kira-kira tujuh jam petang semalam menyebabkan air dari sungai berhampiran rumah kami naik.
"Boleh dikatakan 20 buah rumah penduduk dimasuki air hingga paras lutut. Nasib baik kami telah bersiap sedia dengan mengangkat barang-barang ke bahagian lebih tinggi. Kalau tak, pasti semuanya akan rosak," katanya kepada pemberita di sini Ahad.
Selain Permatang Rawa Mukim 7, kawasan Padang Lalang, Permatang Batu, Kebun Sireh, Desa Dana, Simpang Empat dan Tanah Liat di Bukit Mertajam turut dilanda banjir kilat. Abdul Aziz, 50, berkata beliau dan keluarganya terpaksa menumpang sementara di surau berhampiran rumahnya yang tidak dimasuki air banjir.
Rumahnya dimasuki air hingga paras lutut, katanya dan berharap kerajaan negeri dapat mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah banjir kilat yang kerap berlaku di kawasan mereka.
"Sebelum ini memang berlaku banjir kilat tetapi tidak seteruk dua tahun lepas. Bila hujan turun lebih tiga jam, kami kena bersedia untuk hadapi banjir.
"Jadi kami harap kerajaan negeri dapat melakukan sesuatu untuk bantu penduduk," katanya.
Ketua Umno bahagian Permatang Pauh Mohd Zaidi Mohd Said yang turut turun padang melawat mangsa banjir menyalurkan bantuan segera berupa keperluan asas kepada mangsa.
Beliau berkata sebanyak 200 buah rumah di Permatang Pauh terlibat dengan banjir dan ada yang dipindahkan sementara ke masjid atau surau.
"Saya akan berbincang dengan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) untuk mencari jalan bagi mengatasi masalah banjir yang kerap berlaku di tujuh kawasan di sini," katanya. Jurucakap Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) SPT berkata pihaknya memindahkan 44 orang termasuk dua bayi di Kampung Kuala Tasek Permatang Tinggi di sini ke pusat pemindahan sementara di Masjid Kuala Tasek, Simpang Ampat.
Katanya kebanyakkan rumah mngsa dinaiki air hampir paras pinggang dan mereka terpaksa dipindahkan.
Di Tasek Gelugor, Anggota Parlimennya Datuk Shahbudin Yahaya berkata seramai 300 orang di 13 buah kampung telah dipindahkan ke pusat sementara di Paya Tok Akil, Padang Menora dan Lebuh Banting.
"Mereka adalah daripada 53 buah rumah di 13 kampung berhampiran Sungai Jarak yang dilanda banjit kilat akibat hujan lebat dan air sungai melimpahi kawasan berkenaan.
"Setakat ini kita salurkan bantuan segera berupa keperluan asas dan bantuan susulan daripada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat akan diberikan dalam tempoh terdekat," katanya. - BERNAMA

Chong Wei kecundang di Denmark

Posted: 20 Oct 2013 05:22 PM PDT

16 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -

TERKANDAS...Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei gagal mempertahankan kejuaraan Terbuka Denmark apabila tewas kepada Chen Long dari China di Odense, Denmark pada Ahad

PEMAIN nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei gagal mempertahankan kejuaraan Terbuka Denmark apabila tewas kepada Chen Long dari China di Odense, Denmark, tengah malam tadi.

Chong Wei, yang menyambut hari kelahirannya ke-31, terpaksa akur dengan
ketangkasan Chen Long yang juga pemain nombor tiga dunia dengan straight set,

22-24 dan 19-21 dalam 68 minit.

Dengan kemenangan itu, Chen Long membawa pulang US$30,000 (RM94,710) manakala Chong Wei selaku naib juara meraih US$15,200 (RM47,986.40)

Untuk rekod, Chong Wei meraih lima gelaran tahun ini iaitu Terbuka Korea, Malaysia, India, Indonesia dan Terbuka Jepun.

Datuk Pa Ungguli Pemilihan Ahli Majlis Tertinggi Umno

Posted: 20 Oct 2013 04:41 PM PDT

16 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed diumumkan menduduki tempat pertama dalam persaingan merebut jawatan Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno selepas berjaya menerima undi daripada 186 bahagian dan 89,560 perwakilan.
Keputusan penuh bagi Ahli MT UMNO untuk penggal 2013-2016 diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan parti Tan Sri Tajol Rosli Ghazali pada sidang media di Menara Dato' Onn, PWTC, di sini, Ahad.

Berikut adalah senarai Ahli MT Umno yang baharu:
1. Datuk Seri Mustapa Mohamed : 186 undi (89,560 undi perwakilan)
2. Datuk Seri Jamil Khir Baharom : 186 undi (89,222 undi perwakilan)
3. Datuk Seri Idris Haron : 185 undi (83,378 undi perwakilan)
4. Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob : 184 undi (89,519 undi perwakilan)
5. Datuk Seri Idris Jusoh : 184 undi (86,204 undi perwakilan)
6. Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek : 181 undi (85,820 undi perwakilan)
7. Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim : 181 undi (79,798 undi perwakilan)
8. Datuk Abdul Rahman Dahlan : 181 undi (76,031 undi perwakilan)
9. Datuk Hasan Malek : 168 undi (68,601 undi perwakilan)
10. Datuk Seri Shahidan Kassim : 166 undi (76,992 undi perwakilan)
11. Datuk Seri Mohamad Hasan : 165 undi (73,631 undi perwakilan)
12. Datuk Seri Jamaludin Mohd Jarjis : 161 undi (72,326 undi perwakilan)
13. Datuk Razali Ibrahim : 157 undi (73,060 undi perwakilan)
14. Datuk Seri Mahdzir Khalid : 155 undi (68,964 undi perwakilan)
15. Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin : 146 undi (69,802 undi perwakilan)
16. Tan Sri Annuar Musa : 143 undi (69,529 undi perwakilan)
17. Dr Mohd Puad Zarkashi : 127 undi (57,124 undi perwakilan)
18. Datuk Tajuddin Abdul Rahman : 127 undi (56,434 undi perwakilan)
19. Datuk Seri Azalina Othman Said : 119 undi (55,501 undi perwakilan)
20. Datuk Dr Abd Latiff Ahmad : 115 undi (52,225 undi perwakilan)
21. Datuk Shamsul Anuar Nasarah : 111 undi (51,366 undi perwakilan)
22. Datuk Bung Moktar Radin : 104 undi (52,423 undi perwakilan)
23. Datuk Ab Aziz Kaprawi : 101 undi (48,463 undi perwakilan)
24. Datuk Reezal Merican Naina Merican : 97 undi (48,353 undi perwakilan)
25. Datuk Sohaimi Shahadan : 90 undi (47,479 undi perwakilan)
mStar/-

Pakatan Rakyat bentang belanjawan 2014 hari ini.

Posted: 20 Oct 2013 04:39 PM PDT

16 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -
SHAH ALAM: Pakatan Rakyat akan membentangkan belanjawan 2014 di Bangunan Parlimen hari ini, tiga hari lebih awal daripada pembentangan belanjawan kerajaan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan membentangkan belanjawan kerajaan pada 25 September ini.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, belanjawan Pakatan akan memberi fokus untuk mempertahankan hak dan kepentingan rakyat dalam menghadapi krisis ekonomi negara.

"Untuk belanjawan secara khusus,  kami akan sampaikan di Dewan Rakyat jam 11 pagi.

"Kerangkanya seperti yang diputuskan, temanya untuk pertahankan hak dan kepentingan rakyat dalam mengharungi gelombang krisis ekonomi mendatang.

"Kita menjangka kita akan hadapi krisis dengan hutang meningkat, pelaburan yang berkurangan, harga barang yang meningkat dan beban kepada rakyat juga akan bertambah," kata beliau pada sidang media di Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor, dekat sini, petang semalam.

Terdahulu, beliau bersama pimpinan Pakatan Rakyat yang lain menyertai bengkel belanjawan Pakatan Rakyat dan mendengar pembentangan daripada pakar dan penganalisis ekonomi.

Sementara itu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, pembentangan belanjawan BN setiap tahun tidak dirujuk kepada rakyat yang membayar cukai.

Sebaliknya beliau berkata, kerajaan seringkali mengemukakan belanjawan tambahan akibat ketirisan yang berlaku mengakibatkan rakyat menanggung bebannya.

"Sudah tentu dalam pembentangan belanjawan kerajaan boleh mengemukakan beberapa jumlah yang dia mahu dan apa sahaja.

"Perlu disedari bahawa kebocoran sering berlaku berpunca daripada ketirisan, perbelanjaan  keselamatan akibat kacau bilau seperti di Lahad Datu kerana salah dasar kerajaan, ketirisan kerana penyelewengan, kerana hutang.

"Seringklai keputusan dibuat oleh eksekutif, bukan legislatif. Sepatutnya dirujuk kepada rakyat yang membayar cukai bukan membebankan rakyat yang membayar cukai," katanya yang juga Ahli Parlimen Marang.

Tambah beliau, peruntukan untuk belanjawan tambahan seringkali di luar dugaan akibat kerajaan boros berbelanja.

"Kami Wakil Rakyat Pakatan menerima pembentangan belanjawan yang sudah siap oleh kerajaan dengan masalah yang akan kita temui di samping masalah yg sedia ada.

"Akan berlaku lagi bajet tambahan di tengah jalan dengan peruntukan di luar dugaan menunjukkan kelemahan yang  berulang," tegasnya.

Dialog isu ekonomi, perbalahan kaum dan jenayah.

Sementara itu, Anwar mengingatkan Najib dan pimpinan BN yang lain agar kembali menumpukan perhatian kepada pentadbiran selepas selesai Perhimpunan Agung Umno.

"Selepas selesainya Perhimpunan Agung Umno maka kita usulkan supaya Perdana Menteri dan pimpinan BN tumpu kepada tadbir negara,  urus ekonomi dan menangani isu besar yang menyentuh kepentingan rakyat yang telah terabai sekian lama sejak pilihan raya Mei lalu," katanya.

Justeru Ahli Parlimen Permatang Pauh itu mengulangi hasrat PR untuk mengadakan dialog dengan BN bagi membincangkan isu-isu melibatkan kepentingan rakyat termasuk isu perbalahan kaum dan agama yang semakin serius.

"Maka kami mengulangi hasrat mengadakan perbincangan dan dialog dengan pimpinan kerajaan BN bersama pimpinan PR dalam isu ekonomi, isu hangatnya perbalahan kaum dan agama, meningkatnya kadar jenayah, isu pengurusan kerajaan, rasuah dan laporan audit negara," katanya lagi.

Turut bersama pada sidang media ialah Penasihat DAP Lim Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah, Senator Syed Husin Ali dan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali yang juga Ahli Parlimen Gombak.

sumber : Harakahdaily/-

Semenanjung Arab bakal muncul tanah paling subur

Posted: 20 Oct 2013 04:35 PM PDT

16 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -


KOTA BHARU: Anda jangan terkejut suatu hari nanti negeri-negeri yang mana muka buminya rendah bakal tenggelam ekoran kecairan bongkah ais di kutuk utara dan selatan sekarang.

Ia bakal mengulangi apa yang pernah berlaku pada zaman air batu, di mana padang pasir gersang di negara-negara Arab ketika zaman tersebut dialiri anak-anak sungai.

Malah Semenanjung Tanah Arab merupakan kawasan paling subur di dunia pada zaman air batu.

Dalilnya dirakam dalam al Quran surah Saba' di mana penduduk negeri Saba' hidup dengan kemewahan kerana buminya begitu subur.


Pensyarah Jabatan Matematik UPM, Prof Madya Dr Mat Ropa Ismail berkata, zaman air batu kedua akan kembali semula, prosesnya sedang berlaku sekarang.


"Kutub utara mulai mengalami pencairan air batu sekarang. Kawasan utara Semenanjung Arab juga dikesan mengalami perubahan cuaca di mana kawasan kering mengalami salji beberapa tahun kebelakangan ini.

"Saintis berpendapat bumi Arab akan dipenuhi kembali dengan anak sungai," katanya ketika membentang kertas kerja pada wacana ilmiah di Al Quran dan Sains di Dewan Teratai hari ini.

Beliau membentang kertas kerja bertajuk "Ayat Al Kauniyyah Dan Keajaiban Alam Kosmos Dan Cakarawala".

Manakala kertas kerja pertama dibentang Dr Nor Azma Mat Zin dari Pusat Pengajian Sains Perubatan USM bertajuk "Penciptaan Manusia Antara Sains dan Al Quran".

Wacana tersebut dianjurkan Jabatan Mufti Negeri Kelantan. Perasmian penutup program berkenaan disempurnakan Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob. Hadir sama anggota Exco, Datuk Nasuruddin Daud dan Mufti Kelantan, Datuk Mohd Sukri Mohamad.

Dr Mat Ropa berkata, penemuan saintifik mengenai Semenanjung Arab selaras dengan Hadis Nabi Muhammad SAW yang bermaksud "Hari Kiamat tidak akan muncul sebelum bumi Arab sekali lagi menjadi bumi hijau (subur) dan dipenuhi sungai-sungai".

Beliau juga mendakwa Belanda akan menerima kesan paling cepat dengan kecairan ais di kutuk utara. Begitu juga negara berpulau seperti Singapura juga bakal berdepan situasi serupa.

Katanya juga Tabu' sekarang menjadi pembekal buah anggur terbaik di Madinah, sedangkan dahulu merupakan kawasan kering kontang.

Malah semenanjung Arab juga berjaya menghasilkan gandum jenis terbaik di dunia.

"Penyelidikan satelit tentang muka bumi Arab menunjukkan kesan tali air dan pengairan wujud di bawah timbunan pasir di Yaman.

"Begitu juga Bandar Iram ditemui tertimbus di bawah timbunan pasir sedalam 16 meter beberapa tahun lepas," katanya.

Menteri Besar pula berkata, al Quran dan sains tidak boleh dipisahkan, malah kitab itu merupakan mujizat yang diturunkan kepada Rasullah SAW.

Menurutnya juga pelajar sekolah agama di bawah Yayasan Islam Kelantan berpeluang mempelajari lebih banyak penemuan sains dalam al Quran memandangkan mereka sudah mendalami ilmu al Quran.

Harakahdaily/-

Negara Berkebajikan bantu rakyat miliki tanah

Posted: 20 Oct 2013 04:33 PM PDT

16 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -

(Penganjur membuat kejutan kepada Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dengan menghadiahkan sebiji kek sempena ulang tahun kelahiran beliau yang ke 66)

SHAH ALAM: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan Islam menonjolkan konsep negara berkebajikan supaya dapat membantu rakyat antaranya untuk memudahkan proses mendapatkan hak milik tanah. 


Beliau berkata, kerajaan perlu membela nasib rakyat yang tinggal di kawasan setinggan, Orang Asal, orang kampung Cina serta orang India yang masih tinggal di estet.



Berucap di majlis penutup konvensyen Tanah di sini, Tuan Guru berkata golongan itu merupakan sebahagian daripada masyarakat majmuk yang tidak boleh dipinggirkan dan dilupakan. 



Menurut beliau, kerajaan mengikut konsep Islam bukan peniaga, tetapi perlu mengurus dan mengawal dengan adil, setia kepada rakyat dan adil setelah membawa pulangan yang banyak. 



Katanya, kurangnya sumber negara kerana pemimpin yang tidak adil, bukan kerana sebab-sebab yang tidak menambahkan hasil kerana keadilan boleh menambahkan hasil negara. 



Pengurusan yang adil dalam hal tanah contohnya tanah rezab Melayu yang tidak mempunyai wang untuk membuat pembangunan tetapi seringkali dirampas dan didirikan bangunan gergasi. 



Tambah beliau, sepatutnya dalam hal ini kerajaan  boleh mengendalikan dengan memberi kelulusan kepada anak-anak syarikat yang boleh mengambil alih tanah tersebut.



"Kerajaan juga boleh memberi kelulusan melalui zakat dan banyak cara yang boleh mengendalikan masalah tanah. Di ambil dahulu dan kemudian kerajaan boleh memproses semula. Ini boleh difikirkan dan dilaksanakan," tegasnya. 



Begitu juga kata beliau, masyarakat India yang tinggal di estet yang dahulu menjadi hamba penjajah Inggeris dan sepatutnya mereka sudah merdeka dengan cara memberi pemilikan tanah. 



Menurut beliau, PAS menyedari bahawa dalam pemerintahan negara yang dikuasai politik BN adakalanya tidak ada penyelerasaan dalam peraturan pemberian hak milik tanah.



"Masalah pentadbiran contoh pengalaman saya masa memerintah Terengganu. Saya dimaklumkan oleh Ketua Pengarah Kanan kerajaan negeri susah hendak mendapat tanah. Satu permohonan tanah kena melalui 70 meja. 



"Permohonan itu dibawa kepada Jabatan Perancang, SUK, Perancang Ekonomi, Menteri Besar dan balik semula kepada SUK dan exco. Terpaksa melalui 70 meja. Jika satu meja 10 hari bermakna 70 hari, jadi berapa bulan hendak selasai tanah untuk seorang," tegasnya. 



Tegas beliau, itu masalah pentadbiran kerajaan negeri begitu juga badan kehakiman yang ada kalanya terdapat campurtangan tangan-tangan politik sekiranya ada melibatkan tanah. 



Beliau menegaskan, PAS tidak boleh menyelesaikan masalah tanah selagi tidak boleh membuat perubahan menyeluruh dalam negara. 

Harakahdaily/-

7 resolusi Konvensyen Tanah Kebangsaan

Posted: 20 Oct 2013 04:29 PM PDT

16 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -
Harakahdaily,20 Okt 2013

SHAH ALAM: Berikut adalah tujuh resolusi yang dicapai dalam Konvensyen Tanah dan Perbandaraan Kebangsaan, di Shah Alam hari ini.

1- Konvensyen mencadangkan agar maklumat status hak milik tanah dan informasi berkaitan diberi akses secara telus. Peralihan rekod secara fail ke bentuk digital harus di segerakan ke seluruh negara. 

2- Konvensyen juga menggesa agar isu pemajakan pemilikan tanah dalam rancangan Felda; Felcra; Rancangan pembangunan tanah negeri serta tanah orang asal dapat dipantau dan keadilan pemilikan tanah mereka terjamin. 


3- Konvensyen mencadangkan satu kaedah untuk menghimpunkan bank tanah bagi tujuan memajukan tanah rezab Melayu yang terbiar dan tidak dimajukan.

4- Konvensyen mencadangkan pewujudkan tabung dana pengurusan hartanah berkonsepkan syariah untuk menguruskan tanah rezab Melayu. 

5- Kerajaan-kerajaan negeri perlu mengganti balik tanah-tanah rezab Melayu yang telah diambil balik dengan keluasan yang sama atau lebih. 

6- Konvensyen mencadangkan agar negeri Selat Pulau Pinang dan Melaka yang tiada peruntukkan tanah rezab Melayu mempunyai mekanisma alternatif dengan tujuan mengekalkan tanah warisan orang Melayu dan perkampung warisan Melayu daripada diambil alih dan bertukar hak milik kepada pihak lain. 

7- Konvesnyen mencadangkan kerajaan negeri membenarkan tanah kosong dan terbiar sama ada tanah Rezab Melayu, milik persendirian atau milik kerajaan negeri diberi kebenaran sementara untuk dibangunakn atau dimajukan secara kooperatif atau kolektif.

Debat Bajet 2014 (siri 1) - GST

Posted: 20 Oct 2013 01:54 AM PDT

15 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -
Dr Dzulkefly Ahmad,
Menjelang pembentangan Bajet 2104, saya mengambil peluang berkongsi sedikit pencerahan. Berdepan dengan pelbagai ancaman, khasnya apa yang digembar-gemburkan mutakhir ini sebagai 'Twin Deficit' atau 'Defisit Berkembar', debat menjelang pembentangan Bajet 2014 menjadi lebih sengit.

Secara mudahnya, pertama -'Defisit Fiskal/Budget' kerana "Berbelanja lebih besar daripada Pendapatan" dan kedua - Defisit Perdagangan kerana "Mengimpot lebih daripada Mengekspot". Kedua-dua keadaan mendedahkan negara kepada ancaman diturunkan 'Penarafan Kredit'nya atau 'Sovereign Rating'.

Terkini, dua hari lalu 'Fitch Rating' sebuah badan penarafan antarabangsa di Hong Kong, menurunkan penarafan Malaysia sebagai A – daripada 'Stabil' pada Julai kepada 'Negatif'. Implikasi penurunan 'penarafan' harapnya pemimpin negara – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Kabinet sedia maklum khasnya kepada kos pinjaman seperti bon dan hilang tarikan negara sebagai destinasi pelaburan.

Kemelut ini diringkaskan berpunca daripada tadbir urus kewangan negara yang tidak pruden atau bijak. Kerajaan Barisan Nasional (BN) khasnya di bawah pentadbiran Najib mesti dipertanggungjawabkan.

Perbelanjaan mewah, boros, tidak mengikut keutamaan, pembaziran dirumitkan lagi dengan ketirisan, ketidakpatuhan, amalan kronisme dan paling parah rasuah mengakibatkan, antara lainnya, negara mengalami 16 tahun defisit belanjawan.

Berdepan semua ancaman ini, Najib selaku Menteri Kewangan akan bertindak untuk menunjukkan komitmen memperbaikki 'kedudukan fiskal-kewangan' negara yang semakin kritikal.

Bajet 2014 adalah diramalkan oleh pakar kewangan dan ahli ekonomi sebagai peluang untuk Najib melakukan langkah konkritnya mengatasi kedudukan fiskal negara.

Tiga kata kunci akan menjadi isu besar dalam belanjawan 2014 ini. Pertama GST, kedua ialah potongan subsidi dan ketiga islsh kenaikan cukai. Ringkasnya, semua langkah ini adalah untuk menambah pendapatan dan mengurangkan kos perbelanjaan bagi menurunkan defisit dalam belanjawan.

Penulisan ini akan menumpukan persoalan GST. Sebelum mampu disokong atau ditolak biar kita punya pengetahuan yang betul dan bukan agak-agak macam faham tapi sebenarnya tidak berapa faham. Barulah menjadi berteraskan maklumat - knowledge politics.

Apa itu cukai GST?

Kalau sekarang ini kerajaan mengenakan ke atas rakyat sejenis cukai yang dipanggil sebagai Cukai Jualan dan Perkhidmatan  atau Sales and Services Tax atau SST dalam Bahasa Inggeris, maka ia akan digantikan dengan cukai GST atau Goods and Services Tax atau Cukai Barangan dan Perkhidmatan.

Apa bezanya SST dan GST?

Nampaknya macam sama tetapi tidak serupa. Ia mempunyai perbezaaan yang ketara daripada segi jumlah yang dipungut kerajaan. Kalau tidak apa perlu kerajaan BN beria-ia sangat hendak melaksanakannya.

Perbezaan ketaranya ialah SST adalah cukai yang dikenakan ke atas 'jualan dan perkhidmatan' tertentu iaitu bukan semua yang disenaraikan, di mana cukai jualan adalah dikenakan pada kadar 5-10% dan cukai perkhidmatan pada kadar 5% sementara GST adalah cukai yang dikenakan ke atas semua barangan dan perkhidmatan kecuali yang ditentukan sebagai 'dikecuali cukai' (tax-exempt) atau 'sifar-cukai' (zero-rated) kepada perniagaan pemilik tunggal (individu) dan perkongsian yang jualannya ialah RM500,000 setahun atau RM41,600 sebulan.

Perbezaan kedua adalah lebih rumit lagi dan saya cuba permudahkan.  GST adalah cukai berperingkat berbanding dengan Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan yang merupakan cukai seperingkat.

Mudahnya, dalam SST cukai diperolehi kerajaan hanya pada peringkat pengilang sahaja sebagai cukai jualan iaitu kalau barangan berharga RM100 seperti kopi, maka pada cukai 10%, kerajaan hanya mendapat RM10, meskipun pemborong membuat keuntungan (nilai tambah) 20% (harga RM100+RM20=RM120) dan peruncit membuat 30% (RM120+RM36=harga RM156) tetapi tidak dikenakan cukai.

Sebaliknya dalam GST (ini rumit), kerajaan memungut 10% pada setiap peringkat pengilang, pemborong dan peruncit atas 'Nilai Tambah' mereka yakni (RM10+RM2+RM3.60)=RM15.60.

Sebab itu ada sesetengah negara sepertu United Kingdom menyebutnya sebagai VAT atau Value-Added Tax atau Cukai Tambah Nilai kerana dikenakan cukai pada setiap peringkat tambah nilai daripada pengilang, pemborong dan peruncit.

Jelasnya perbezaan ialah harga barang akan naik kerana dalam cukai SST barangan tadi seperti kopi akan dijual dengan harga RM156 kalau pemborong buat 20% untung dan 30% untung oleh peruncit tetapi harga pada cukai GST akan melonjak ke paras RM171.60.

Jelasnya kerajaan akan dapat memungut cukai yang lebih lumayan. Itulah sebabnya kerajaan beriya sangat.

Apakah GST akan membebankan rakyat?

Daripada penjelasan tadi tentunya GST akan membebankan rakyat. Tidak syak lagi. Lebih parah lagi kepada golongan berpendapatan rendah. Bandingkan harga cukai SST pada kadar 10% dan harga barangan pada kadar 10%. Tentunya harga akan mengalami inflasi iaitu dari RM156 ke paras RM171.60.

Sebab itu kerajaan akan cuba memulakan dengan kadar GST 5% atau 6% untuk memujuk rakyat menerimanya tetapi pengalaman semua negara yang mengenakan GST kadar akan dinaikkan dalam waktu terdekat. Berapa banyak yang dapat ditambah akan tergantung kepada kadar GST dan kecekapan mengendalikan sistem cukai baru yang sangat rumit ini.

Benar Najib akan menambah pendapatan, tetapi apakah beliau sanggup mengorbankan kesejahteraan rakyat teramai dan keupayaan serta kuasa membeli rakyat dikekang dengan inflasi yang pasti akan berlaku? Bukan pertumbuhan dalam tiga suku yang lalu dipacu oleh permintaan domestik dengan kata lain perbelanjaan isi rumah? Mengapa pula dikekang keupayaan mereka dengan GST? Najib jelasnya celaru serta tidak punya konsistensi dari segi kerangka pemikiran ekonomi kerana tertekan dengan pelbagai ancaman akibat dosa berbelanja dan berhutang besar dahulu.

Kalau begitu kenapa kerajaan paksakan juga GST ini kalau jelas membebankan rakyat?

Menyambung huraian tadi, mudahnya adalah kerana kerajaan menguruskan kewangan negara dengan tidak pruden atau bijak maka sekarang setelah dibebankan hutang sebanyak RM513 bilion atau 53% daripada KDNK (GDP) sementara menjamin hutang (Contingent Liabilities) oleh pihak GLCs sebanyak RM147 bilion maka kerajaan ini melepasi had hutang 55% yang diizinkan Akta Pinjaman (Tempatan) 1959 seperti termaktub dalam Perlembagan Persekutuan.

Tabiat kerajaan Najib pulak sejak 2009 membuat Budget Tambahan dua kali setahun berjumlah RM20 bilion setiap tahun. Sebelum tahun 2000, perbelanjaan tambahan tidak pernah melebihi RM5 bilion dan di antara 1992-1995, kerajaan berbelanja kurang daripada yang diperuntukan.

Nah, ketika sudah terbeban dengan hutang yang besar seperti ini maka mana lagi sumber yang Najib nampak? Tentunya rakyat. Ini yang dimaksudkan beliau bahawa rakyat didahulukan.

Apakah pendirian Pakatan Rakyat tentang GST?

Kami tegaskan beberapa kali dan kami berkempen dalam round pertama 'Tolak GST 1.0'  dan mungkin kami akan jalankan kempen GST 2.0 kalau kerajaan hendak laksanakan juga.

Hujah kami mudah dan jelas. GST sebagai satu sistem cukai hanya boleh dilaksanakan kalau pendapatan rakyat di negara dapat dipertingkatkan. Buat hari ini hanya 15% daripada 13 juta warga kerja dalam pasaran kerja yang membayar cukai pendapatan iaitu yang melebihi gaji RM2,500 sebulan. Bermakna ramai yang tidak mampu. Mengikut statistiknya secara tepat hanya 1.7 juta sahaja yang membayar cukai pendapatan daripada 6.4 juta yang berdaftar sebagai pembayar cukai.

Ini bermakna warga kerja di negara ini mengalami tekanan kenaikan gaji sejak beberapa dekad lamanya seperti yang didedahkan Bank Dunia. Ini berlaku, antara lainya kerana pekerja asing dengan ketrampilan yang rendah atau 'low-skilled' dan dibayar yang murah dan sekaligus industri pembuatan atau pengilangandi negara ini juga kekal tidak berganjak dari membuat produk yang rendah nilai tambahnya.

Maka bagaimana hendak mendapat keuntungan dan produktiviti baik yang boleh menghasilkan gaji yang tinggi. Justeru itu kerajaan mesti menangani masalah ini secara serius di segi ketrampilan warga kerja melalui pembangunan modal insan dan pemberian insentif kepada industri khasnya Enterprise Kecil Sederhana (SMEs) dan mengurangkan pergantungan kepada buruh asing.

Kedua bagi Pakatan Rakyat kami ingatkan kerajaan Najib-BN supaya jangan menipu rakyat. Dulu kata GST tidak akan dilaksanakan sehingga waktunya. Persoalannya ialah apakah ini waktunya setelah rakyat berikan mereka mandat kembali lalu mereka mahu bebankan rakyat sebagai hadiah.

Kami tegaskan supaya tutup lubang ketirisan dan kebocoran sama ada dengan menangani rasuah, perbelanjaan boros, tidak berguna dan culas seperti didedahkan setiap tahun oleh Laporan Ketua Audit Negara setiap tahun.

Itu sahaja boleh menjimatkan hampir RM10 bilion setahun paling tidaknya. Juga hentikan monopoli dan pemberian kontrak secara runding langsung atau direct-nego. Itu juga akan menyelamatkan dana rakyat tidak kurang daripada RM10 bilion setahun berpandukan prestasi negeri Selangor contohnya yang menyelematan 26% dari segi perolehan yang dibuatnya.

Bukan GST ini sepatutnya lebih baik dari SST?

Daripada sudut koleksi dan komplian atau pengelakkan penipuan daripada segi sistem percukaian memang diakui GST lebih baik. Dua golongan yang sangat suka apabila GST dilaksanakan. Satu, pengekspot mereka sangat suka kerana mereka tidak dikenakan cukai lagi kerana diambil alih oleh GST dan kedua tentunya akauntan kerana servis atau khidmat mereka adalah sangat dihajatkan kerana saya tegaskan sekali lagi GST memang rumit terutama pada mula diperkenalkan.

Walaupun GST dikatakan juga sebagai 'Cukai Penggunaan'  atau 'Consumption Tax' atau siapa guna dia bayar atau 'tak guna tak bayar' tetapi saudara akan tahu kenapa GST adalah buruk bagi rakyat kalau kita kaji golongan berpendapatan rendah berbanding golongan berpendapatan tinggi.

Contohnya seorang yang berpendapatan RM1,000 dan berbelanja sebanyak RM900, kalau dikenakan GST pada 4% maka akan membayar cukai sebanyak RM36 bersamaan 3.6% daripada gajinya. Tetapi seorang yang berpendapatan RM20,000 dan berbelanja RM10,000 akan membayar GST sebanyak RM400 bersamaan dengan 2% gaji pokoknya.

Nah jelasnya keluarga yang berpendapatan rendah yang dibebani oleh GST lebih daripada yang kaya. Daripada segi ini GST adalah tidak adil atau 'Regressive'.

Dikatakan bahawa selepas GST dilaksanakan, cukai pendapatan individu dan korporat akan turun?

Ini juga satu hal kerana sekali lagi kita nampak ketidakadilan dalam sistem cukai ini. Memang betul banyak negara yang menggunkan sistem cukai GST akan menurunkan cukai individu dan korporat sebab memang lumayan pendapatan kerajaan.

Tetapi kalau kita renungi dengan mendalam, kita akan dapati bahawa prinsip cukai ini melakukan ketidakadilan kepada rakyat teramai khasnya golongan berpendapatan rendah kerana golongan ini yang tidak membayar cukai tentunya tidak akan mendapat menafaat dari system penurunan cukai ini.

Apakah pandangan Islam terhadap sistem cukai GST?

Sememangnya tidak ada perbahasan di kalangan Fuqaha tentang GST secara khusus di kalangan Fuqaha d ibidang muamalat.

Namun sedikit kajian yang saya buat perkara ini mungkin boleh kita fahami kalau dalam perbincangan bab "Tauudzif al-Amwal"  atau Cukai Harta Pendapatan yang dikemukakan ulama seperti as-Syatibi atau Imam Haramain al-Juwaini. Tetapi ada beberapa syarat yang tegas. Antaranya, Baitul Maal dizinkan mengutip cukai ini kalau benar-benar wujud satu keadaan yang syarie dan Baitulmal sendiri tidak mampu membiayai atau mengisi keperluan itu. Kedua, supaya dihentikan segala perbelanjaan yang mewah oleh negara dan ketiga ia tidak boleh dipungut kecuali daripada mereka yang mampu dan tidak juga boleh dipungut secara berlebihan dari diperlukan bagi mengatasi keadaan kritikal itu.

Cukup dengan tiga syarat ini dahulu pun saudara akan dapat membuat keputusan sendiri apakah wajar atau syarie kerajaan yang berbelanja besar dan bermewah lantas berhutang besar tiba-tiba menekan rakyat untuk membayar GST. Saudara fikrkanlah sendiri dan menjadi lebih tidak adil apabila dipungut daripada golongan yang berpendapatan rendah. Ini sudah songsong daripada prinsip Islam yang menganjurkan kerajaan mengambil daripada yang kaya diagihkan kepada yang miskin. Islam menganjurkan Cukai Progresif dan bukan Regressif seperti ini.Maka saya minta ulama dan ilmuwan Islam mewacanakan topik GST ini. Jangan hanya berpolemik tentang kalimah Allah tidak sudah-sudah tetapi syariat dan muamalat Islam tidak ramai yang  mahu peduli sehingga negara diurus boros, tempang dan sarat rasuah - ketirisan sekali gus khianat serta berlawanan dengan tuntutan syariat Allah.

Isu tadbir urus adalah aspek yang besar dan penting dalam syariat Islam yang wajar didahulukan daripada segi keutamaan pelaksanaan dan membawa 'maslahah syariah'  di segi keadilan agihan kekayaan sekali gus membenteras 'mafasadah syariah; di segi kebejatan rasuah, ketirisan, pembaziran dan menangani kerakusan dan pembolotan kekayaan oleh segelintir manusia yang bersekongkol dengan penguasa politk.
* Dr Dzulkefly Ahmad, Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS.

Zahid hargai, Mukhriz salahkan 'portal pro-pembangkang'

Posted: 20 Oct 2013 01:48 AM PDT


15 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -

Naib presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan penghargaan kepada portal 'pro-pembangkang' tertentu yang menurutnya menyumbang kepada sokongan yang diperolehinya bagi mengekalkan kedudukan dalam pemilihan parti bagi jawatan itu semalam.


Liputan media berkenaan, yang tidak dinamakannya, turut membantu mempromosi beliau, katanya seperti dipetik dalam laporan portalMstar Online.

"Saya ucapkan terima kasih kepada portal-portal, majalah dan bahan-bahan liputan di media sosial pro-pembangkang.

"Mereka sebenarnya turut membantu mempopularkan saya," katanya, yang menerima undi terbanyak sebanyak 185 undi berbanding lima calon lain bagi jawatan tersebut.


Ahmad Zahid sebelum ini bergelut dengan kontroversi susulan kenyataannya, termasuk saranan agar polis melepaskan tembakan terlebih dahulu apabila berpdenan dengan penjenayah.

Beliau bersama dua lagi penyandang jawatan tersebut, Datuk Seri Shafie Apdal dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berjaya mengekalkan kedudukan mereka dalam pemilihan semalam.

Penghargaan seperti itu amat kontras dengan sikap yang ditunjukkan seorang lagi calon jawatan berkenaan, Datuk Mukhriz Mahathir yang tewas dalam pertandingan berkenaan.

Mukhriz menyalahkan "portal pro-pembangkang" The Malaysian Insider yang didakwa mencemar nama baiknya dalam satu laporan kerana menyebut beliau terlibat dengan politik wang dalam pertandingan tersebut.


"Sambil kita mempertahankan hak untuk bersuara dan media yang bebas tetapi pada masa sama mesti ada kebertanggungjawaban, khususnya media alternatif.

"Ini kerana laporan tidak berasas seperti itu yang bertujuan semata-mata mencemar nama baik saya dan orang tertentu adalah satu amalan (yang) tidak boleh diterima sama sekali," katanya seperti dipetik dalam laporan Utusan Malaysia hari ini.

Kenyataannya itu merujuk kepada laporan bertajuk 'Mukhriz raises the stakes in VP race with 1.2 million SMS blast plus windfall for party branches - sources'.

Ia turut merujuk kepada laporan dalam edisi bahasa Melayu bertajuk 'Jentera kempen Mukhriz agresif, hujan emas dijangka turun bermula lewat malam' yang disiarkan laman tersebut.

Portal berkenaan semalam memohon maaf kepada Mukhriz atas "kesulitan yang timbul" ekoran penyiaran laporan tersebut.

Mukhriz hanya ketinggalan 10 undi untuk membolehkannya mendahului di tempat ketiga bagi jawatan berkenaan.

Hishammuddin di hadapannya dengan 100 undi manakala Hishammuddin dan Ahmad Zahid masing-masing mendapat 17 dan 185 undi.

Dua lagi pencabar untuk jawatan tersebut, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan Datuk Seri Mohd Ali Rustam masing-masing hanya meraih tujuh undi.

Malaysiakini/-




Sultan Jamalul Kiram III Meninggal Dunia

Posted: 19 Oct 2013 09:46 PM PDT

15 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -
MANILA: Sultan Jamalul Kiram III dari Filipina yang mendakwa dirinya Sultan Sulu dan melancarkan serangan berdarah terhadap Malaysia di Sabah pada awal tahun ini meninggal dunia akibat kegagalan organ kira-kira pukul 4 pagi Ahad, menurut isterinya, Fatima Kiram.
"Sultan meninggal dunia sebagai seorang yang miskin tetapi mulia," katanya kepada AFP, sambil menambah perjuangan untuk menuntut Sabah sebagai sebahagian daripada wilayah kesultanan akan diteruskan.
"Kata-kata terakhirnya kepada semua saudara dan pengikut-pengikutnya adalah - 'Ia telah pun bermula. Marilah kita teruskannya untuk kebaikan rakyat kita. Jangan meninggalkan orang-orang kita," katanya memetik Jamalul Kiram III sebagai berkata.
Bagaimanapun, beliau berkata ini tidak bermakna keganasan baru akan dicetuskan, sebaliknya keluarganya bersedia untuk mengadakan rundingan dengan Malaysia.
Suaminya telah menjalani sesi dialisis dua kali seminggu untuk penyakit buah pinggang sebelum kematiannya.
Sementara itu, melalui temuramah anak perempuannya, Puteri Jacel Kiram di radio tempatan, inquirer.net melaporkan bahawa Jacel berkata bapanya meninggal dunia akibat kegagalan fungsi buah pinggang.
Dilaporkan bahawa Jamalul Kiram III telah dimasukkan ke Pusat Jantung Filipina pada Khamis.
Beliau meninggalkan sembilan anak.
Jacel melalui temuramah radio berkata, "Apa yang telah bapa saya telah mulakan, telah ditinggalkan kepada kami untuk disambung...Kami tidak patut menghentikannya. Dia seorang yang baik dan tidak ternilai. Apa yang dia mahukan adalah, pada suatu masa diizinkan Allah bagi menuntut Sabah untuk Filipina...Kamilah orang-orang yang akan menyambungnya," menurut laporan inquirer.net
Pada 9 Februari lalu, kira-kira 200 pengikut Jamalul Kiram III menduduki Kampung Tanduo di Lahad Datu dan berperang dengan pasukan keselamatan Malaysia dalam pencerobohan selama berminggu-minggu lamanya.
Untuk rekod, sejak para militan Sulu ini mendarat di Sabah, dalam usaha dan kepercayaan mereka untuk menuntut Sabah dari tangan Malaysia bagi pihak Jamalul Kiram III, secara kekerasan, pihak keselamatan Malaysia telah membunuh 62 orang daripada mereka.
Manakala pasukan keselamatan Malaysia kehilangan 10 anggota - lapan anggota polis dan dua tentera.
Gerakan untuk merampas semula Sabah dari Malaysia secara perang gerila ini diketuai oleh adik kepada Jamalul Kiram III, Azzimudie Kiram.
MStar/-

Pilihan Najib Berjaya Tapi Transformasi UMNO Gagal

Posted: 19 Oct 2013 06:33 PM PDT


15 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -


Sehingga lewat tengah malam tadi, keputusan pemilihan bagi jawatan Naib Presiden UMNO menyaksikan ketiga-tiga penyandang berjaya mempertahankan jawatan mereka, termasuk Hishammuddin yang dianggap lembik dan tidak tegas sebagai pemimpin. Keputusannya setakat ini memperlihatkan Zahid mendapat 185 undi, Shafie Apdal 174 undi, Hishammuddin 100 undi, Mukhriz 91 undi, Isa Samad 7 undi dan Ali Rustam juga 7 undi.

Undi daripada beberapa bahagian lagi belum diperolehi tetapi dengan undi minimum hanyalah 96 undi, bermakna Zahid, Shafie Apdal dan Hishammuddin berjaya dalam pemilihan kali ini.

Untuk tempoh tiga tahun akan datang dan mungkin dipanjangkan sehingga PRU 14 yang akan diadakan sebelum 2018, status quo Naib Presiden yang merupakan pilihan dan orang kepercayaan Najib, juga berjaya dikekalkan.

Dengan kekalnya ketiga-tiga mereka itu, bermakna hasrat untuk melakukan perubahan kepada lapis ketiga kepimpinan UMNO berserta harapan wajah UMNO yang lebih segar dapat ditampilkan dengan menyelitkan Mukhriz Mahathir yang merupakan antara faktor kejayaan BN dapat menawan semula Kedah, terlihat gagal dilakukan.

Kegagalan Mukhriz memenangi jawatan Naib Presiden ini sekaligus mengecewakan ramai orang dalam UMNO sendiri kerana beliau dilihat antara pemimpin pelapis yang diharapkan untuk masa depan parti. Lebih mengecewekan lagi ialah kerana beliau hanya kekurangan beberapa undi saja dengan Hishammuddin yang ditakrif lembik dan tidak tegas itu.

Tetapi kejayaan mengekalkan status quo ini tidak lain adalah kerana kejayaan Najib yang mahukan keputusan sedemikian menjadi kenyataan. Bukan menjadi rahsia lagi bahawa Najib lebih menyenangi ketiga-tiga penyandang ini berbanding membenarkan Mukhriz memenangi salah satu daripada tiga kerusi Naib Presiden itu.

Najib mahu ketiga-tiga Naib Presiden sedia ada kekal bukan saja demi survival politiknya tetapi juga kerana keinginannya mahu memastikan sepupunya, Hishammuddin akan mengambil alih tempatnya sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri suatu hari nanti.

Menjelang hari-hari terakhir pemilihan, berikutan kedudukan Hishammuddin yang lebih genting berbanding Zahid dan Shafie, tersebar dakwaan bahawa wujudnya arahan daripada Najib yang mahukan status quo itu kekal benar-benar menjadi kenyaaan.

Lantaran itu telah bertaburan cai atau senarai calon yang menghendaki para perwakilan hanya memilih calon bernombor 01,02 dan 03 iaitu Zahid, Hishammuddin dan Shafie, sementara di masa yang sama terdapat juga perwakilan yang diarahkan hanya mengundi calon pilihan Najib itu saja.

Berikutan itu, meskipun Mukhriz pada awalnya dilihat calon yang popular dan selari dengan mood perwakilan, beliau akhirnya harus mengakui bahawa menjadi calon yang bukan pilihan Perdana Menteri, bukanlah sesuatu yang mudah. Dan benar jugalah seperti jangkaan bapanya, Mahathir bahawa peluang bagi Mukhriz adalah tipis berikutan faktor tersebut.

Dengan gagalnya Mukhriz dalam pemilihan kali ini, bermakna beliau sudah dua kali gagal setelah kali pertama kalah kepada Khairy Jamaluddin dalam perebutan jawatan Ketua Pemuda pada 2009. Kedua-duanya beliau kalah adalah kerana berlaga angin dengan calon pilihan Perdana Menteri. Pada 2009 beliau kalah kerana menentang calon pilihan Pak Lah dan sekarang kalah pula kepada calon pilihan Najib.

Kekalahan Mukhriz kerana adanya peranan atau campurtangan Najib dengan jelas dapat dilihat kerana beliau tidak mendapat walau satu undi daripada Pahang, termasuk di bahagian Pekan yang dipimpin oleh Najib. Kesemua 14 bahagian di Pahang memberikan undi kepada calon status quo yang memperlihatkan mereka akur, tunduk dan patuh kepada kehendak Najib.

Begitu juga di Johor, daripada 26 bahagian, Mukhriz cuma mendapat dua undi iaitu daripada Tebrau dan Johor Bahru. UMNO Bahagian Pagoh yang diketuai oleh Muhyiddin juga tidak memberi ruang kepada Mukhriz mendapatkan undi walaupun beliau diketahui rapat dengan Mahathir. Gambarannya ialah Muhyiddin juga patuh kepada pilihan Najib.

Hampir semua UMNO bahagian yang diketuai oleh menteri atau pemimpin yang rapat dengan Najib turut bertindak hanya memberikan undi kepada calon status quo dan mengenepikan Mukhriz seperti Putrajaya ( Tengku Adnan), Padang Rengas (Nazri Aziz), Besut (Idris Jusoh), Lembah Pantai (Raja Nong Chik) dan banyak lagi.

Ini bermakna dalam usaha memastikan pilihan Najib ini mampu memenangi jawatan Naib Presiden, Mukhriz sebaliknya dikekang dan disekat kemaraannya dengan pelbagai cara. Wujudnya arahan ataupun wahyu dari Najib serta blok undi yang selama ini agak disangsikan, lebih menyerlahkan kebenarannya berdasarkan paten undi daripada negeri-negeri dan bahagian-bahagian.

Mungkin Najib paling gembira dengan kejayaan ketiga-tiga Naib Presiden ini mengekalkan jawatan mereka tetapi dalam masa yang sama ia juga memberi gambaran bahawa transformasi UMNO telah gagal. Bukan saja pemenang Naib Presiden tidak berubah, malah pemenang jawatan MT juga masih dikuasi oleh orang-orang lama dan yang berjawatan menteri saja. Kemasukan pemimpin muda dan generasi baru dalam MT tidak pun melebihi bilangan jari sebelah tangan.

Jadi, apa transformasi dan wajah barunya UMNO selepas pemilihan ini?

Kejayaan BN menawan Kedah yang antara faktornya ialah janji BN meletakkan beliau sebagai Menteri Besar, sebenarnya memberi keyakinan bahawa jika beliau berada di kedudukan Naib Presiden, wajah UMNO juga akan turut berubah dan menjadi lebih disukai rakyat. Ini kerana, selain faktor kedudukannya ssbagai anak bekas PM, kehadirannya dalam UMNO juga tidak disertai dengan "baggage" berbanding ketiga-tiga penyandang yang sedia terpalit dengan pelbagai isu dan pertikaian rakyat.

Selain itu, berbanding Mukhriz yang berjaya membawa Kedah kembali ke pangkuan BN, ketiga-tiga penyandang Naib Presiden juga dikira gagal ketika masing-masing menjadi Pengerusi UMNO Pulau Pinang, Kedah dan Terengganu selama lebih dua tahun sejak 2009 lalu sebelum digantikan dengan pemimpin lain. Pulau Pinang gagal ditawan, Terengganu hampir tumbang dan Kedah ketika dipimpin Shafie juga tidak menunjukkan kemajuan.

Di kawasan Parlimen masing-masing pula iaitu di Bagan Datoh, Semporna dan Sembrong yang diwakili oleh ketiga-tiga pemenang Naib Presiden ini, tidak ada peningkatan undi yang ketara dalam keputusan pilihanraya 2013 dengan 2008. Ini berbeza dengan Mukhriz yang bukan saja berjaya menawan semula Kedah tetapi juga berjaya merampas DUN Ayer Hitam yang ditandinginya daripada tangan PAS.

Dengan kegagalan itu, tiada jaminan wajah-wajah lama Naib Presiden itu mampu membawa sinar lebih bercahaya kepada UMNO, terutama dalam menghadapi PRU 14 akan datang. Mereka ini hanya disukai dan diminati di kalangan ahli dan perwakilan UMNO saja tetapi agak jauh di hati rakyat.

Secara keseluruhannya, keputusan pemilihan kali ini tidak menggambarkan adanya transformasi yang diharap-harapkan dan perjuangan menghadapi PRU 14 kekal sukar walaupun kedudukan Najib secara relatifnya menjadi semakin kukuh dalam UMNO. ( SH 20/10/2013)

Zahid, Shafie, Hishammuddin Kekal Status Quo Naib Presiden Umno

Posted: 19 Oct 2013 06:28 PM PDT

15 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Tiga penyandang kerusi Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Shafie Apdal dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berjaya mengekalkan kedudukan masing-masing pada pemilihan parti itu yang berlangsung pada Sabtu.
Keputusan itu menunjukkan kira-kira 146,000 perwakilan Umno di seluruh negara mahu mengekalkan status quo jawatan tertinggi parti itu dengan memilih semula tiga penyandang kerusi Naib Presiden.

Keputusan rasmi yang diumumkan kita-kira pukul 1.40 pagi Ahad menyaksikan Ahmad Zahid sekali lagi mengekalkan pengaruhnya di kalangan ahli Umno apabila mendahului dua lagi pemimpin lain dengan 185 undi.
Pada pemilihan kali ini, Shafie terbukti berjaya memperbaiki pengaruhnya apabila mendapat 174 undi berbanding Hishammuddin yang memperoleh 100 undi.
Dalam pemilihan Umno 2009, Ahmad Zahid memperoleh undi paling tinggi sebanyak 1,592 diikuti Hishammuddin yang mendapat 1,515 undi dan diikuti Shafie dengan 1,445 undi.
Kemenangan tiga penyandang itu sekaligus menggagalkan cubaan kali pertama calon popular bagi jawatan berkenaan, Datuk Mukhriz Mahathir untuk menempatkan diri dalam salah satu daripada tiga kerusi Naib Presiden.
Mukhriz diumumkan memperoleh 91 undi daripada 191 bahagian di seluruh negara iaitu beza hanya sembilan undi dibelakang Hishammuddin.
Sementara itu dua lagi calon Naib Presiden, Tan Sri Isa Samad dan Datuk Seri Mohd Ali Rustam masing-masing memperoleh tujuh undi. mStar/-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan