14 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan beliau mengekalkan jawatan naib Presiden Umno selepas memperolehi 78 undi.
Beliau membuat pengumuman tersebut dalam ucapan penggulungan mesyuarat Umno bahagian Bagan Datoh, lapor Berita Harian.
Sehingga jam 6.45 petang ini, undi untuk Zahid sudah bertambah menjadi 99.
Setakat ini, dua lagi penyandang - Datuk Seri Shafie Apdal dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein masing-masing mendapat 75 dan 45 undi.
Keputusan tidak rasmi adalah seperti berikut:
1. Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi -99
2. Datuk Seri Shafie Apdal - 91
3. Datuk Seri Hishammuddin Hussein - 56
4. Datuk Mukhriz Mahathir -46
5. Datuk Seri Mohd Ali Rustam - 6
6. Tan Sri Isa Samad - 6
Zahid - antaranya Bukit Bendera, Cheras, Bentong, Tambun, Kampar, Ipoh Barat, Tapah, Batu Gajah, Pagoh, Kota Kinabalu, Ampang, Lumut, Telok Intan, Bagan Datoh, Tanjung Malim, Parit Buntar, Parit, Gerik, Kota Tinggi, Lembah Pantai, Tanjung Piai, Tampin, Temerloh, Raub, Padang Rengas, Kota Melaka, Alor Gajah, Bera, Putrajaya, Jelebu, Pekan, Jerantut, Pengerang, Tampin, Bayan Baru.
Shafie - antaranya Tambun, Kampar, Ipoh Barat, Tapah, Bentong, Batu Gajah, Pagoh, Ampang, Lumut, Telok Intan, Bagan Datoh, Tanjung Malim, Parit Buntar, Parit, Gerik, Kota Tinggi, Lembah Pantai, Tanjung Piai, Tampin, Temerloh, Raub, Padang Rengas, Kota Melaka, Jempol, Alor Gajah, Bera, Putrajaya, Jelebu, Pekan, Jerantut, Pengerang, Tampin, Bayan Baru.
Hishammuddin - antaranya Bukit Bendera, Bentong, Cheras, Tapah, Pagoh, Kota Kinabalu, Lumut, Telok Intan, Bagan Datoh, Tanjung Malim, Parit Buntar, Parit, Gerik, Kota Tinggi, Lembah Pantai, Tanjung Piai, Temerloh, Raub, Jempol, Bera, Putrajaya, Pekan, Jerantut, Pengerang.
Mukhriz - antaranya Tambun, Kampar, Ipoh Barat, Cheras, Ampang, Padang Rengas, Kota Melaka, Mukhriz, Jelebu, Bayan Baru.
Mohd Ali - antaranya Bukit Bendera, Batu Gajah, Kota Kinabalu.
Isa - antaranya Tampin, Jempol, Tampin.
Sehingga ini, 100 daripada 191 bahagian telah mengumumkan keputusan masing-masing.
Sementara itu, Bernama melaporkan mesyuarat perwakilan Umno bahagian dan pemilihan kepimpinan peringkat bahagian serta Majlis Tertinggi parti bermula serentak di 191 bahagian 8 pagi ini.
Mesyuarat itu akan ditangguh kemudian bagi memberi laluan kepada proses pemilihan itu.
Ketika proses pengundian, setiap perwakilan akan diberi dua set kertas undi untuk memilih pemimpin mereka di peringkat bahagian dan Majlis Tertinggi.
Ini merupakan kali pertama anggota akar umbi diberi suara lebih besar dalam pemilihan Umno berikutan pindaan Perlembagaan parti pada 2009 ke arah menjadikan parti itu lebih telus, demokratik dan membasmi gejala politik wang.
Kira-kira 146,000 anggota akar umbi diberi hak menentukan pimpinan peringkat bahagian dan saf tertinggi kepimpinan parti itu berbanding sebelum ini hanya 2,500 perwakilan menentukan nasib pemimpin Majlis Tertinggi semasa perhimpunan agung parti di ibu negara.
Selepas selesai proses pengundian, perwakilan akan menyambung semula mesyuarat mereka sementara proses pengiraan undi dijalankan.
Bagi memenuhi carta Majlis Tertinggi, sebanyak 71 calon akan bertanding merebut 29 kerusi jawatan yang dipertandingkan iaitu Timbalan Pengerusi Tetap (tiga calon), Naib Presiden (enam) dan anggota Majlis Tertinggi (62).
Tumpuan hari ini pastinya kepada enam calon naib presiden iaitu tiga penyandang -- Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Shafie Apdal -- yang akan berdepan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir.
Jawatan presiden dan timbalan presiden sebelum ini diisytihar menang tanpa bertanding apabila Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin masing-masing tidak dicabar pada pemilihan kali ini.
Jawatan Pengerusi Tetap yang disandang Tan Sri Badruddin Amiruldin juga telah diumum menang tanpa bertanding.
Malaysiakini/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan