Jumaat, 18 Oktober 2013

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


CINA ISLAM (林川興)

Posted: 18 Oct 2013 01:34 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


7,000 tiket ATM-Kelantan habis dijual dalam dua jam

Posted: 17 Oct 2013 09:56 PM PDT


13 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -

SELAYANG: Kira-kira 7,000 tiket yang diperuntukan untuk perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia antara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Kelantan di Stadium Selayang malam ini, habis dijual dalam tempoh dua jam selepas kaunter jualan tiket dibuka.

Tinjauan BH Online mendapati penyokong kedua-dua mula beratur di perkarangan stadium bagi mendapatkan tiket seawal jam 8 pagi tadi. 


Rata-rata penyokong yang hadir kesal dengan tindakan pengurusan Persatuan Bola Sepak Angkatan Tentera yang menukar lokasi perlawanan separuh akhir pada saat-saat akhir. 

Bagi penyokong Kelantan, Zamri Dollah, 44 menyifatkan bahawa tindakan tuan rumah memindahkan perlawanan ke stadium lebih kecil adalah tidak wajar.

"Ini perlawanan separauh akhir Piala Malaysia... dah tentu ramai yang akan datang sebab nak tengok aksi bintang pasukan masing-masing," katanya ketika ditemui di Stadium Selayang itu. 

Stadium Selayang boleh memuatkan kira-kira 10,000 penyokong untuk setiap perlawanan yang diadakan.BH/-

Laporan Audit: Pakatan Rakyat mahu temui Najib

Posted: 17 Oct 2013 09:51 PM PDT


13 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -
PETALING JAYA: Pakatan Rakyat memutuskan untuk mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung dengan Laporan Ketua Audit Negara 2012.

Mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat petang semalam memutuskan pertemua tersebut adalah penting bagi memastikan ketirisan dan penyelewengan yang dilaporkan itu dapat dihentikan dan tidak lagi berulang pada masa akan datang.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan pertemuan tersebut akan membincangkan segala tindakan yang perlu diambil kepada mereka yang terlibat serta mencari satu mekanisma terbaik agar ia dapat diatasi daripada terus berulang.

"Apabila melihat laporan tersebut jelas menunjukkan pengurusan kewangan yang cukup lemah dalam pentadbiran agensi kerajaan.

"Perkara ini sentiasa berulang setiap tahun dan tidak ada satu pun tindakan diambil, atas kerisauan tersebut pada mesyuarat sebentar tadi kita telah mengulangi untuk mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri bagi membincangkan mekanisma yang perlu diambil," jelasnya pada sidang media di ibupejabat PKR, petang semalam.

Katanya lagi, Pakatan Rakyat akan menghantar surat kepada Perdana Menteri berhubung dengan dialog tersebut dalam masa terdekat.

Jelas beliau, dialog itu merupakan satu langkah terbaik dalam memastikan wang rakyat tidak disalahguna serta diselewengan oleh pihak tertentu.

Sementara itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali memberitahu hasrat Pakatan Rakyat untuk bertemu Perdana Menteri adalah bagi membincangkan langkah terbaik bagi menangani pembaziran serta penyelewengan yang berlaku.

Katanya, pertemua dua hala itu pasti dapat memperolehi satu keputusan yang terbaik dalam menghentikan perkara yang sama tidak berulang.

Dalam pada itu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang meminta Perdana Menteri mengambil tindakan tegas setiap apa yang dilaporkan dalam laporan tersebut.

Katanya, sikap berdiam diri Najib akan menyebabkan mereka yang bertanggungjawab di dalam agensi kerajaan tidak takut untuk mengulangi penyelewangan tersebut.

Harakahdaily/-

Isu kalimah Allah: Pakatan Rakyat kekal pendirian

Posted: 17 Oct 2013 04:59 PM PDT


13 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -
PETALING JAYA: Pakatan Rakyat hari ini menjelaskan mereka terus kekal dengan pendirian sebelum ini dalam isu yang membabitkan kalimah Allah.


Kenyataan tersebut dijelaskan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media di Ibu Pejabat PKR petang tadi.



"Pendirian Pakatan Rakyat kekal sepertimana pendirian yang dikeluarkan sebelum ini.



"Kita juga turut bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam isu kalimah Allah.



"Dan kita (Pakatan Rakyat) tak perlu beri apa-apa komen, segala pendirian yang dikeluarkan boleh dirujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini," jelasnya.



Sementara itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali pada sidang media itu juga turut menegaskan isu kalimah Allah tidak akan menjadi agenda kempen PAS pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Limau.



"Isu kalimah Allah itu bukan satu agenda kempen PAS pada PRK nanti dan kita tidak mahu ia dilakukan oleh jentera kempen.



"Kalau Barisan Nasional (BN) mahu menjadikan itu sebagai agenda kempen utama mereka, ia terpulang kepada mereka dan saya pasti rakyat sudah mengetahui," jelasnya.

Harakahdaily/-

Pakatan Rakyat bentang Belanjawan minggu depan

Posted: 17 Oct 2013 04:55 PM PDT


13 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -
PETALING JAYA: Pakatan Rakyat akan membentangkan Belanjawan Alternatif 2014 minggu hadapan sebelum Bajet 2014 dibentang Perdana Menteri pada 25 Oktober nanti.


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan demikian ketika ditemui pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat petang tadi.



"Sama ada 20 atau 21 Oktober belum kita pastikan kerana Pakatan Rakyat mempunyai program di Sungai Limau pada 21 Oktober mengenai pelancaran jentera Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Limau," jelasnya.



Katanya, Belanjawan Alternatif Pakatan Rakyat akan menekankan tentang defisit negara kepada tiga peratus pada 2014.



Tambahnya, Belanjawan Alternatif Pakatan Rakyat akan menekankan tentang defisit negara yang semakin merunsingkan di mana PR telah menetapkan kadar defisit negara sebanyak tiga peratus pada 2014.



Tangguh PLKN



Dalam pada itu, Pakatan Rakyat juga turut mencadangkan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) ditangguhkan pada tahun hadapan.



Ini berikutan terdapat 22 kematian telah berlaku sejak ia dilancarkan.



"Kita menggesa agar kerajaan menangguhkan PLKN pada tahun hadapan bagi memperbaiki matlamat asal program tersebut.



"Kajian ini penting apabila kita melihat sehingga sekarang terdapat 22 kematian pelatihnya sejak is dilaksanakan," jelasnya.



Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM700 juta bagi program tersebut untuk tahun lepas.



"PLKN telah menelan peruntukan ratusan juta ringgit, kajian keberkesanan perlu dikaji semula dan kita mahu matlamat tercapai bukannya masalah di sebalik program tersebut sehingga mengakibat kematian," katanya.



Pakatan yang turut mencadangkan supaya Parlimen membentuk satu Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) bagi membincangkan sama ada program PLKN itu dapat diteruskan ataupun membatalkannya.
Harakahdaily/-

1,001 rahsia air

Posted: 17 Oct 2013 04:52 PM PDT

13 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -
Air merupakan salah satu rahmat Allah kepada manusia. Kepentingan air sama seperti oksigen.
Air adalah elemen penting demi kelangsungan hidup manusia, jika tidak minum air selama seminggu, manusia boleh mengalami kegagalan serius organ dalaman dan menyebabkan kematian. 
Di dalam al-Quran, terdapat banyak ayat menceritakan kepentingan air untuk manusia dan segala kehidupan di muka bumi. 


Sejak kecil lagi kita didedahkan dengan kegunaan air sebagai penawar untuk segala jenis penyakit. Sehingga sekarang, kita dapati ada yang membawa air ke masjid setiap malam Jumaat untuk mendapatkan keberkatan bacaan Yasin secara berjemaah.

Apabila demam, ada berjumpa alim ulama untuk mendapatkan air penawar. Malah, sebelum bersalin, ibu digalakkan meminum air selusuh yang didoakan agar memudahkan proses kelahiran.

Allah berfirman dalam surah al-Anbiya ayat 30: "Dan Kami ciptakan dari air segala sesuatu yang hidup." 


Air membentuk 55 hingga 57 peratus berat badan kita dan memainkan peranan penting dalam hampir setiap fungsi utama tubuh. 



Pengambilan air dalam jumlah mencukupi amat penting untuk tubuh menjalankan fungsi dengan sempurna. Air mustahak untuk melarutkan sisa metabolisma seperti asid urik dan urea yang diangkut oleh darah ke ginjal. 



Oleh kerana itu, air mencukupi diperlukan untuk mengeluarkan bahan buangan daripada tubuh. Kekurangannya akan menyebabkan ginjal bekerja lebih keras untuk menapis bahan toksik dan lama-kelamaan boleh menyebabkan kerosakan ginjal. 



Selain itu, lebih 70 peratus daripada tubuh manusia terdiri daripada air. Jika air di dalam tubuh bersih dan suci, sel tubuh lebih sihat dan kuat. 



Pengambilan air bersih boleh merangsang sistem pertahanan badan, metabolisma sel dan mengurangkan risiko sel badan menjadi tidak normal dan tidak sihat. 



Kita sedar air memainkan peranan penting dalam badan manusia dan bukan sekadar untuk memuaskan dahaga tekak. 



Tetapi tidak ramai yang mengkaji dari sudut saintifik dan keagamaan kenapa air digunakan sebagai penawar dalam kehidupan kita. 



Allah menceritakan perihal penggunaan ayat tertentu sebagai ubat penawar manusia. 



Firman Allah dalam surah al-Israa' ayat 82: "Dan kami turunkan dengan beransur-ansur dari al-Quran ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang yang beriman kepada-Nya". 



Dalam surah Fussilat ayat 44: "Katakan, al-Quran itu adalah petunjuk dan penawar bagi orang yang beriman". 



Menurut Kitab Mukhtasar Fi Ma'ni Isma'Allah Al Husni, diriwayatkan bahawa Abi Al-Qaasim Al-Qusyairi pernah menghadapi kesusahan sebab anaknya sakit tenat. 
Keadaan ini sangat mencemaskannya sehingga pada suatu malam beliau bermimpi berjumpa Rasulullah SAW lalu dia mengadukan hal itu. 



Rasulullah bertanya : "Tidakkah engkau mempergunakan ayat-ayat asy-Syifaa?" Al-Qusyairi pun lalu tersedar dan dicarinya ayat-ayat itu dalam al-Quran. Lalu Al-Qusyairi pun menuliskan ayat-ayat itu pada kertas dan dibasuhnya dengan air lalu diberi minum kepada anaknya. Maka sembuhlah penyakit anaknya dengan serta-merta hasil dari mukjizat al-Quran. 



Dari sudut saintifik pula, kajian saintis Eropah dan Jepun mendapati air satu elemen yang hidup. Ini kerana ia mampu merakam gema, perasaan serta bacaan yang dibuat terhadapnya. 



Ini dibuktikan interaksinya dengan keadaan luaran. Apabila dibacakan sesuatu yang baik, sebagai contoh ayat al-Quran, molekul air bertukar kepada bentuk kristal yang bersinar serta bercahaya. 



Begitu juga sebaliknya apabila dibacakan yang tidak baik. 



Kini, kita lebih memahami kenapa air digunakan sejak turun-temurun sama ada untuk mencapai sesuatu kebaikan ataupun kejahatan. 



Keistimewaan air yang ditenagakan dengan ayat al-Quran bukan saja pada zat galian tetapi adab sepanjang pemprosesan air yang didoakan di pusat perubatan Islam. 



Allah berfirman, "Wahai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pengajaran dari Tuhanmu (iaitu Quran) dan penyembuh bagi penyakit dalam dada." (surah Yunus:57). 



Percayalah apabila air dibacakan ayat al-Quran, ia menjadi sesuatu berbeza dan insya-Allah sebagai ubat. Kehebatan al-Quran terbukti sejak sekian lama. 



Terdapat hikmah, nur, penawar terlalu banyak dan hebat dalam al-Quran. Terdapat banyak rahsia penawar dalam al-Quran yang belum digali dan diteroka. Bahkan setiap huruf dalam al-Quran ada penawar dan kelebihannya. 



Oleh itu haruslah kita berbalik kepada kekuasaan Allah dan keajaiban al-Quran dalam menangani masalah zahir dan batin. 



Semoga molekul air bercahaya yang terbentuk dari bacaan al-Quran menjadi darah daging kita sekeluarga apabila dijadikan sebagai amalan harian. Tidak ada ragunya mukjizat al-Quran mampu menjadi penawar dan mencapai sesuatu hajat dengan keredaan Allah, insya-Allah.

hmetro.com.my

Maybank nafi laman Web jadi sasaran penggoda

Posted: 17 Oct 2013 03:57 AM PDT

12 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Syarikat perbankan, Malayan Banking Bhd (Maybank) menafikan laman perbankannya, Maybank2u menjadi sasaran penggodam seperti yang disebarkan di beberapa laman dan mesej digital seperti Facebook dan Whatsapp.

Dalam kenyataannya, Maybank memaklumkan laman Maybank2u masih selamat untuk dilayari pelanggannya. 
"Kami boleh sahkan Maybank2u selamat dan di bawah seliaan keselamatan yang ketat," kata kenyataan terbabit. 


Semalam, pengguna kecoh dengan penyebaran mesej yang memaklumkan penggodam dari Pakistan akan cuba menceroboh pemegang akaun laman Maybank2u dan mencuri data selepas berjaya menceroboh laman Google.com.my.

China miliki 168 bilionair

Posted: 17 Oct 2013 03:50 AM PDT


12 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -
BEIJING: China mencatatkan 168 bilionair dalam senarai Forbes China Rich 2013, meningkat daripada 113 taikun tahun lepas, demikian menurut senarai yang dikeluarkan pada Rabu.
Jumlah kekayaan taikun di dalam negara turut mengukuh 35 peratus daripada tahun sebelumnya kepada US$570 bilion, kata agensi berita Xinhua. 

Sejak dekad lepas, China telah menjadi "rumah" kepada antara populasi bilionair paling pesat berkembang di dunia. 


Wang Jianlin, Pengerusi Dalian Wanda Group, antara usahawan hartanah terbesar di China mendahului senarai tahun ini dengan kekayaan bersih US$14.1 bilion.

Wang mengalahkan orang terkaya tahun lepas, taikun minuman China, Zong Qinghou, Ketua Pegawai Eksekutif Wahaha Co Ltd.
Zhou berada di tempat kedua dengan jumlah harta kekayaan bernilai US$11.2 bilion. 


Turut berada di dalam senarai ialah peserta dalam industri telefon mudah alih dan dalam talian, termasuk Li Yanhong, Ketua Pegawai Eksekutif Baidu, enjin pencari terbesar China dengan kekayaan US$11.1 bilion, di tempat ketiga. - Bernama

Sekumpulan penjenayah kepung, larikan van rokok di Ipoh

Posted: 17 Oct 2013 03:25 AM PDT

12 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -


IPOH: Sekumpulan penjenayah yang menaiki kereta jenis Toyota Alphard dan Proton Perdana bertindak mengepung sebuah van yang membawa rokok sebelum melarikan van berkenaan bersama seorang pekerja dalam kejadian di Pekan Razaki, di sini kira-kira jam 11.30 pagi tadi. 

Ketika kejadian, dua pekerja yang baru ingin membuat penghantaran bekalan rokok ke sebuah restoran di kawasan berkenaan, bagaimanapun seorang daripada mangsa dapat melarikan diri selepas bergelut dengan suspek. 


Menurut mangsa kegiatan samun itu dilakukan sekurang-kurangnya lima orang dan suspek membawa lari van berkenaan ke kawasan perumahan yang terlekat kira-kira satu kilometer dari lokasi kejadian untuk memunggah bekalan rokok. 


Kerugian dianggarkan lebih RM30,000 membabitkan rokok dan wang tunai, namun mangsa yang dibawa lari bersama tidak di apa-apakan kerana tidak melawan serta menurut saja arahan penyamun.

8,613 calon duduki peperiksaan bertulis STAM mulai tahun ini

Posted: 17 Oct 2013 03:22 AM PDT


12 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Sebanyak 8,613 calon akan menduduki peperiksaan bertulis Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) yang bermula pada 21 hingga 23 Oktober dan 28 hingga 29 Oktober di 116 pusat peperiksaan di seluruh negara. 


Menurut Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan hari ini, sebanyak 4,094 calon adalah dari sekolah kerajaan, bantuan kerajaan dan sekolah agama bantuan, 2,601 calon sekolah menengah agama negeri, 685 calon sekolah menengah agama rakyat, 48 calon sekolah swasta yang berdaftar dengan kementerian dan 1,185 calon persendirian. 


Semua calon dinasihat merujuk kepada jadual waktu peperiksaan bagi maklumat mengenai masa peperiksaan serta arahan dan amaran yang perlu dipatuhi semasa peperiksaan berlangsung. 


Jadual peperiksaan juga diedarkan ke sekolah dan turut boleh dimuat turun daripada laman web Lembaga Peperiksaan di http://www.moe.gov.my/lp. 

Menurut kenyataan Lembaga Peperiksaan itu, semua calon juga diingatkan membawa kad pengenalan masing-masing ke pusat peperiksaan bagi memastikan pengurusan dan pengendalian peperiksaan berjalan lancar. 

Seramai 804 petugas peperiksaan dilantik bagi memastikan peperiksaan berjalan lancar. 

- BERNAMA

PAS Kawasan Miri

Posted: 17 Oct 2013 07:22 PM PDT

PAS Kawasan Miri


Mayat Terlalu Lama Dalam Rumah Mayat Perlu Segera Dikebumikan

Posted: 16 Oct 2013 10:15 PM PDT

Mayat Umat Muslim Tidak Dituntut Harus Dikebumi Dengan Segera

MIRI - Masalah mayat warga asing yang beragama Islam yang tidak dituntut di rumah mayat hospital Miri berminggu-minggu atau berbulan perlu diuruskan dengan segera oleh pihak hospital Miri dan juga Jabatan Agama Islam sekiranya tiada waris yang datang menuntut. Masalah mayat yang tidak dituntut ini selalunya berlaku keatas warga asing yang bekerja di Miri,  mati akibat kemalangan atau terbunuh dan sebagainya. Antara sebab lain si mati tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang lengkap serta keluarga si mati sukar dihubungi.

Perkara ini pernah berlaku beberapa tahun yang lalu tetapi masalah ini sudah selesaikan kerana ada seorang warga tempatan yang bermurah hati untuk menguruskan mayat yang tidak dituntut itu.  Sekiranya masih lagi terdapat kes semacam itu berlaku, pihak hospital perlu segera memberitahu pihak berkuasa tempatan dan Jabatan Agama Islam untuk urusan pengkebumian sekiranya tiada waris si mati datang menuntut.

Begitu juga dengan masalah umat Islam dari luar daerah Miri yang meninggal dunia di Miri yang bukan penduduk Miri terpaksa menunggu terlalu lama proses penghantaran jenazah ke rumah si mati yang jauh dari Miri. Pihak keluarga jenazah terpaksa menunggu doktor dan pihak hospital menandatangani surat dan sebagainya sebelum jenazah mangsa dibenarkan dibawa keluar oleh pihak keluarga si mati.

Masalah akan timbul apabila keluarga si mati miskin yang datang dari jauh terpaksa menggunakan jalan darat dan mengambil masa untuk sampai ke Miri sebelum dapat menuntut mayat seperti kes yang berlaku kepada seorang mangsa kemalangan yang mati di Miri sabtu lalu.  Seorang ibu tua yang terpaksa menunggu beberapa hari untuk membawa jenazah anaknya keluar dari Miri.

Perkara ini didedahkan oleh seseorang kepada pihak kami yang tidak mahu namanya didedahkan. Katanya pihak hospital mengambil terlalu lama untuk menguruskan jenazah mangsa kemalangan sehingga mengambil masa beberapa hari barulah jenazah boleh dihantar balik ke kampung asalnya di Pusak, Saribas dalam bahagian selatan Sarawak. Perjalanan ke Pusak melalui jalan darat mengambil masa lebih kurang dalam 7 jam dari Miri. 

Sekiranya keluarga si mati tidak mampu menguruskan mayat tersebut pihak hospital atau pihak yang berkenaan boleh menghantar mayat tersebut terus ke kampungnya melalui jalan darat atau jika perlu dikebumikan saja di tanah perkuburan Muslim di Miri.

Begitu juga dengan masalah bilik mayat yang terhad di hospital Miri seharusnya diberi perhatian oleh pihak Hospital kerana sekiranya berlaku kemalangan yang mengakibatkan warga asing atau orang luar yang terkorban, sudah tentu sukar bagi pihak hospital hendak meletakkan mayat tersebut sementara menunggu kaum keluarga atau waris mereka datang untuk menuntut.

Kita mengesa pihak Kementerian Kesihatan dan pihak hospital Miri memandang serius perkara ini dengan memberi peruntukan khas dalam pengurusan mangsa kemalangan maut atau yang mati terbunuh yang terpaksa disimpan dalam rumah mayat terlalu lama.
Bagi keluarga si mati yang kurang berkemampuan terutama bagi umat Muslim dan juga bangsa lain sepatutnya urusan pengkebumian dilakukan dengan segera mengikut kepercayaan agama masing-masing. Harap perkara ini mendapat perhatian dan tindakan yang sewajarnya dari pihak yang berkenaan.

Jofri Jaraiee
PAS Sarawak

English version

Unclaimed Muslim corpses should be buried immediately

The problem of the Muslim foreigner's corpse which is not claimed in Miri Hospital mortuary for weeks or months should be managed immediately by the Miri hospital and Islamic Religious Department if there is no heirs come to claim. Problem of unclaimed bodies are usually happens to foreigners working in Miri, the death is due to an accident or killed and so on. Among other reasons is the deceased had no complete identification documents and the family of the deceased difficult to reach.

This had happened a few years ago but this problem had been solved because there is generous local person to manage the unclaimed corpse. If there is still such cases happens, the hospital should immediately notify the local authorities and the Islamic Religious Department for funeral arrangements if no next of kin of the deceased come to claim.

Similarly, the problems of Muslims from outside the district of Miri who died in Miri that is not the residents of Miri had to wait for too long process of hearse delivery to the home of the deceased that is far away from the Miri. Deceased's family had to wait for the doctor and the hospital authorities signed a letter and so on before the victim's body is allowed to be brought out by the family of the deceased.

Problems arise when the poor family of the deceased had to come from far away by road and take time to get to Miri before being able to claim the body such as the case happens to an accident victim who died in Miri last Saturday. An elderly mother that had to wait for a few days for brings her son body out from Miri.

This was exposed by someone to us who do not want to be named. It said the hospital authorities taking too long to manage the remains of accident victims until take a few days then the remains can be sent back to his home town in Pusak, Saribas in the southern part of Sarawak. Travel to Pusak by road takes about a 7 hour drive from Miri.

If the family of the deceased is not capable of managing these bodies, the hospital or other party concern may send the bodies directly to his village by road or if need be buried only in the Muslim cemetery in Miri.

Similarly, the problem of limited morgue in Miri hospital should be given due attention by the hospital authorities in case of an accident resulting of foreigners or outsiders who were killed, it will be difficult for hospital authorities to put the bodies while waiting for the family or their next of kin come to claim.

We urge the Ministry of Health and the hospital Miri takes such matters seriously by giving a special provision in the management of victims of fatal accidents or killed that had to be kept in the morgue for too long. For the family of the deceased that is less fortunate, especially for Muslims and also other races, burial should be done immediately in accordance with their religious beliefs. Hope this gets the attention and appropriate action from the relevant authorities.

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil

Posted: 17 Oct 2013 01:49 PM PDT

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil


PRK Sg Limau: PAS pertaruh calon muda

Posted: 17 Oct 2013 06:00 PM PDT


PETALING JAYA: PAS akan meletakkan calon muda bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil Dun Sungai Limau pada 4 November nanti.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali pada sidang media di Ibu Pejabat PKR petang ini bagaimanapun menjelaskan, nama calon yang telah diputuskan oleh PAS Pusat itu hanya akan diumumkan pada 21 Oktober nanti.

Katanya, calon yang ditampilkan kali ini merupakan calon baru dan kali pertama bertanding pada piliharaya serta dikenali dan disenangi penduduk di kawasan Parliman Jerai khususnya Sungai Limau.

"Calon telah diputuskan oleh PAS Pusat dan kali ini kita akan meletakkan calon yang muda serta berkemampuan untuk menghadapi calon dari Barisan Nasional (BN).

"Calon ini merupakan penduduk tempat, dikenali dan disenangi penduduk sekitar khususnya Dun Sungai Limau.

"Saya yakin dengan kemampuan yang beliau miliki, kita (PAS) dapat mempertahankan kerusi tersebut," jelasnya.

Dalam pada beliau juga tidak memandang rendah kemampuan BN dan akan memastikan seluruh jentera dapat menumpukan kerja yang telah dipertanggungjawabkan.

"Kita tidak memandangan rendah kemampuan BN setiap kali ada pilihanraya kecil dan kita tahu apa yang mereka akan lakukan.

"Kita akan pastikan setiap jentera yang telah dipertanggungjawabkan dapat melaksanakan tugas mereka dengan baik serta mewujudkan kerjasama antara jentera dan juga parti di dalam Pakatan Rakyat," sambung beliau.

Sementara itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, rakan Pakatan Rakyat yang lain akan turut membantu PAS berdepan pilihan raya ini.

"Kita yakin dengan kesungguhan ini PAS mampu mengekalkan kemenangan di Sungai Limau.

"Mustapa telah jelaskan segalanya tentang PRK Sungai Limau dan kita dari Pakatan Rakyat akan turut sama membantu berkempen," jelasnya.

Dalam pada itu, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dijangkakan akan mengumumkan nama calon pada 21 Oktober nanti dalam satu majlis khas di Sungai Limau.

Kerusi DUN Sungai Limau yang terletak di bawah Parlimen Jerai diisytihar kosong susulan kematian Tan Sri Azizan Abdul Razak yang juga bekas Menteri Besar Kedah, akibat komplikasi jantung serta jangkitan kencing manis. ~harakahdaily




Jalan Dakwah Jalan Berliku جالن دعوة جالن برليكو

Posted: 17 Oct 2013 11:30 AM PDT

Jalan Dakwah Jalan Berliku جالن دعوة جالن برليكو


Antara sunnah dan lumrah

Posted: 17 Oct 2013 10:47 AM PDT

Bismillah ar Rohman ar Rohim

Assalamualaikum wbt

  • Makan menggunakan dulang @ talamMenjilat @ lebihan makanan pada jari
  • Memakai serban
  • Memakai celak
  • Memakai miswak
  • Poligami

Perkara di atas adalah perkara yang kebiasaannya di lakukan oleh para muslim Sebelum pergi lebih jauh lagi,sewajibnya kita memahami,apakah itu sunnah.SSunnah bererti "cara" atau "kebiasaan", dan dengan itu, sunnah nabi bererti "cara nabi", atau apa yang biasa dikenali sebagai kebiasaan Rasul. 

Secara bahasa, As Sunnah adalah "ath-thoriqah" yang bererti perkaedahankebiasaanperjalanan hidup, atau perilaku, baik yang terpuji mahupun yang tercela. "Kata sunnah berserta segala kelainannya disebutkan berulang-ulang dalam hadis, yang erti asalnya ialah 'perjalanan hidup' dan 'perilaku'."

Dalam istilah Sunah Waljamaah, menurut para ahli hadis, Sunnah adalah segala sesuatu yang diriwayatkan oleh Rasulullah SAW yang merupakan perkataanperbuatanketetapanperibadiakhlak, mahupun perilaku, baik sebelum mahupun sesudah dilantik menjadi Rasul.* Dalam hal ini, pengertian Sunnah menurut mereka adalah sama dengan hadis (Mushtafa as-Sibai, "As Sunnah wa Makanatuha Fit-Tasyri'il Islami"). Sunnah ini disampaikan melalui persetujuan para sahabat Rasul. *

Kita sebagai umat selepas kewafatan Nabi saw seharusnya mengikuti yakni ittiba'segala sunnah yang Nabi tinggalkan untuk kita. Bermakna,melaksanakan sunnah-sunnah yang biasa di lakukan oleh Nabi saw kerana sunnah baginda ini ada banyak kebaikannya jika di amalkan. Juga ianya membezakan kita di antara muslim dan bukan muslim. Hendak di fahami,bukan semua sunnah Nabi ini sesuai untuk umatnya. Contohnya dalam berpoligami di mana umum kita mengetahui Nabi berpoligami melebihi 4 orang isteri. Ini adalah khususiat iaitu kelebihan bagi seorang Nabi. Jangan di persoalkan kenapa dan mengapa. Ada isu yang lebih penting hendak di bincangkan..



Sunnah yang di "jenamakan".

Pernah suatu ketika,saya belajar memakai celak menyedari ianya adalah sunnah. Kelebihan memakai celak ini di antaranya membersihkan mata. Yakin? Alhamdulillah,saya senang memakainya tanpa ada perasaan risau wujudnya jangkitan pada mata. Bahkan penglihatan saya semakin terang hari demi hari. Jika saya memandu dan memakai celak,dengan izin Allah swt hilang perasaan mengantuk. Itulah saya. Saya tidak tahu pengalaman pembaca yang lain jika kesannya berbeza. Begitu juga dengan memakai kayu sugi @ siwak. Kelebihannya memang saya rasakan 100% puas hati. Reseptor rasa yang kembali pulih. Rasa makanan yang lebih ketara,gigi yang lebih bersih. 




Juga amalan menjilat jari iaitu membersihkan jari dari sisa lebihan rezeki,membuktikan islam sangat menitik beratkan amalan tidak membazir dan menghargai makanan,memakan makanan di dalam dulang @ talam secara beramai-ramai dapat menjimatkan makanan dan tidak memakan makanan secara berlebihan sesuai dengan saranan Nabi saw iaitu berhenti sebelum kenyang. Juga poligami,banyak kelebihan pada syariat Allah ini seperti meramaikan keturunan,menjaga nafsu,membela kaum hawa dari berbagai mehnah dan fitnah

Sunnah,kebiasaan atau lumrah?

"Tuan,tuan jemaah tabligh kawasan mana?"..Tanya seorang lelaki kepada saya. Agaknya dia ternampak saya bersugi sebelum solat. " Saya bukan jemaah mana-mana tabligh,maaf".

"Tuan,selalu ke pergi ke rawang? Country Homes? "..Terperanjat,saya bertanya kembali."Ada apa di sana?". terkejut lelaki itu lalu dia mendiamkan diri. Berlalu.. ( ketika ini saya baru perasan,dia melirik mata saya. Oh! Saya memakai celak. Oh!! Pasti dia jemaah al-arqam. Baru saya teringat sunnah memakai celak ini amat sinonim dengan jemaah ini. 

Apa agaknya tanggapan masyarakat jika saya mengamalkan poligami?.  Saya berpendapat,cukup-cukuplah menjenamakan sunnah-sunnah sebegini dengan jemaah-jemaah tertentu. Saya faham,kewujudan jemaah ini sebenarnya banyak menghidupkan sunnah. Menghidupkan Rumah Allah. Ketahuilah,bila masyarakat kita hanya memasuki jemaah tertentu dan hanya mengamalkan sunnah tertentu maka kesannya agak berlainan daripada biasa. Sunnah-sunnah ini seharusnya di guna pakai oleh semua muslim tanpa mengira ideologi jemaah. Kerana memakai sunnah hikmahnya membezakan kita antara muslim dan bukan muslim. Manakan mungkin bukan islam mahu menggunakan kayu sugi,makan dalam talam,memakai celak pada lelakinya atau berpoligami? 

Saya ambil contoh poligami. Jika bukan islam berpoligami sekalipun,ianya bukan tuntutan agama mereka. Sila lihat pada agama kristian sendiri. Saya tiada niat hendak menyamakan sesiapa yang tidak berpoligami itu serupa dengan penganut kristian ( saya pernah di kecam di dalam FB gara-gara mempertahankan syariat Allah ini ) kerana berpoligami tidak semestinya hidup perlu mewah. Poligami di amalkan jika manusia yang faham agama ianya mempunyai banyak kebaikan. Kebaikan? Masya Allah.. dunia akan aman jika manusia faham prinsip sunnah. Poligami sering di pandang serong kerana pengamalnya berniat serong. Manusia khususnya kaum hawa ( tidak terkecuali ilmuwan islam muslimah ) sering menjadikan poligami syariat yang perlu di hentam. 

Maaf,bukan semua muslimah mengeji. Masih wujud yang memahami hatta yang bukan berpakaian muslimah. Bukankah taufik dan hidayah itu milik Allah swt ?. Bahkan wujud juga kaum lelaki yang mengeji poligami. Mereka ini lebih "perempuan dari perempuan". Saya terlupa. Allah jadikan Syurga dan Neraka perlu di isi. Kita tidak bersalah jika kita menghentam sesuatu berkenaan agama jika kita jahil tetapi membiarkan diri terus menerus dalam kepompong kejahilan sangatlah tidak patut berlaku. Sedangkan seekor lembu yang hidupnya sentiasa mengunyah rumput tahu mencari kawasan yang lebih banyak rumput untuk menambah "bekalan" di dalam perutnya,inikan kita manusia yang di kurniakan akal,tidak terfikir untuk menambah ilmu dan menghapuskan kejahilan ?


Eh,penulis ni bercerita bab poligami,mahu ke?

Eh!!..Of Course lah!. Jika sudah tiba masanya dan mencukupi keadaan,insya Allah. Selagi ianya tidak bersalahan dengan tuntutan beragama, ( berlaku adil,mampu ) maka apa ada masalah dengan poligami? Fahami juga takrif mampu. Jangan berfikir perlu menjadi kaya raya,ada kereta mewah baru ianya boleh dilaksanakan.


Huraiannya,sunnah adalah "pakaian" terbaik penuh hikmah. Hentikan kejian kepada sunnah. Seperti yang di sebutkan sebelumnya,mengeji kerana kita jahil,semoga Allah ampunkan dosa-dosa kejian. Akan tetapi jika mengeji dalam keadaan kita tahu mengejinya akan menyebabkan kita tergelincir akidah,maka perbaharuilah syahadah. 

Untuk lelaki yang bakal berkahwin. Sedikit tips perkahwinan untuk anda. Pastikan bakal isteri anda memahami kehendak islam dalam perkahwinan. Juga hak anda untuk berpoligami. Berterus terang pada mereka bahawa anda akan melaksanakan sunnah berpoligami jika sudah mampu. Jangan fikir kerana sekarang anda asyik bercinta sekarang maka hal poligami di lupakan. Jika anda tidak mampu,maka anda boleh lupakan. Akan tetapi jika Allah swt takdirkan anda mampu dan ketika itu anda berkehendak kepada poligami,bagaimana?. Sesungguhnya Allah swt tahu apa kehendak lelaki maka kerana itulah di benarkan berkahwin sehingga 4 orang isteri. Di zaman kehancuran sekarang maka adalah lebih baik wahai kaum lelaki muslimin untuk menapis bakal-bakal isteri kalian. Kerana mereka yang anda nikahi adalah "fotokopi" kepada anak-anakmu juga keturunan. Ketahuilah hak kamu wahai kaum lelaki sebagai ketua dan pemimpin. Jauhilah dari sifat dayus. Kekalkan solat fardhu dan solat sunnah yang lain. Maka insya Allah,kejayaan buat kamu.

☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆

Dzikir Dhia

13 Dzul Hijjah 1434


Posted: 17 Oct 2013 05:38 AM PDT





Cintaku tak berdusta
Tak mengenal ingkar
Tak kenal nestapa
Cintaku hanya indah
Hanya bahagia untuk selamanya


Apa yg kurasakan ini
Persembahan untuk diriMu
Kau dengarkan kasihku

MencintaiMu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis
Hanya tulusnya hati
MencintaiMu tak mengenal ragu
Keyakinan hatiku hanya untuk diriMu
Selalu

Cintaku tak berdusta
Tak mengenal ingkar
Tak kenal nestapa
Tak ada seribu janji
Hanya bahagia untuk selamanya

Apa yg kurasakan ini
Persembahan untuk diriMu
Kau dengarkan kasihku


( Wahai Allah, Terimalah taubatku,permudahkan urusanku )

menjejak 35

Posted: 16 Oct 2013 06:41 PM PDT

Bismillah ar Rohman ar Rohim



Hari ini,Maxis antara yang terawal mengucapkan selamat hari lahir. Kapitalis ini sudi menyedekahkan panggilan percuma 'maxis to maxis'. Huh! ?. Isteri saya celcom. Camno?  Umur semakin meningkat. Tak lama lagi pakai tongkat. Memakai tongkat juga adalah sunnah.

Sunnah?

Sunnah Nabi saw banyak sekali. Tapi sering di salah gunakan dengan 'jenama' oleh jemaah-jemaah tertentu. Insya Allah,bab sunnah sudah ada menjadi draft tersimpan di dalam memori blog. Hanya perlu menyambung dengan bekal ilham dari Allah swt. Saya nak bantai diri sendiri,saya nak bantai semua. Kita masing-masing sebagai manusia sering berbuat kesilapan. Semoga Allah permudahkan jiwa untuk menaip dan terus menaip.


KHIDMAT MERU

Posted: 17 Oct 2013 09:09 AM PDT

KHIDMAT MERU


Bersama pimpinan PEMADAM peringkat persekutuan dan negeri

Posted: 17 Oct 2013 01:05 AM PDT




Mesyuarat yang membincangkan masaalah dadah di tanahair.

YB Meru Menjadi Penasihat Sekretariat Pemerkasaan Agensi Kerajaan ( SEPAK )

Posted: 17 Oct 2013 12:57 AM PDT





Mesyuarat yang melibatkan 14 orang Ketua Kampung 2 orang Ahli Majlis dan 13 orang Nazir Masjid. Semuanya dalam Kawasan Kapar.

PAS Kulaijaya

Posted: 17 Oct 2013 07:05 AM PDT

PAS Kulaijaya


Ibrah Perang Siffin.

Posted: 16 Oct 2013 08:13 PM PDT

Sekadar Renungan

Posted: 16 Oct 2013 08:04 PM PDT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan