Selasa, 22 Oktober 2013

Barisan Nasional

Barisan Nasional


BERANI MEMBUAT PILIHAN...

Posted: 21 Oct 2013 03:22 PM PDT

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


(Gambar) Bangga pakai t-shirt ada foto bogel kekasih....

Posted: 21 Oct 2013 02:24 PM PDT

Kanye West tahu benar bagaimana caranya menarik perhatian umum. Ketika mengikuti tour di Seattle lalu, Kanye memakai t-shirt putih, bergambar kekasihnya Kim Kardashian bertelanjang. Ada tertulis Yeezus di atas foto tersebut.

Yeezus merupakan nama album terbaru dari Kanye. Karya musik tersebut dlancarkan pada 18 Jun 2013 dan menjadi album keenam penyanyi rap ini.

Untuk mempromosikan album Yeezus, Kanye pun menggadakan tour. Tour pertamanya diadakan di Seattle, Amerika Syarikat, 19 Oktober 2013 yang lalu. Ketika hari pertama tournya itu lah beliau memakai baju bergambar kekasihnya yang berbogel itu.

 Foto bogel Kim yang tercetak di tshirt Kanye memperlihatkan bintang reality show itu hanya mengenakan kalung mutiara. Foto tersebut diambil dari pose Kim di majalah Playboy pada 2007. Tulisan Yeezus tercetak di bahagian dada dari foto itu.

Sementara itu Kim, melalui akaun Instagramnya, mengumumkan tak sabar menghadiri konsert kekasihnya itu. ""Can't wait for tonight #YeezusTour," tulisnya disertai foto Kanye di atas pentas.

(Gambar) Pengantin terlampau luar tabii

Posted: 21 Oct 2013 08:45 AM PDT

Gambar hiasan
London: Seorang lelaki yang pada asalnya wanita berkahwin dengan pasangannya yang sebelum ini seorang lelaki dalam perkahwinan pelik, lapor media semalam.

Acara itu menjadi lebih unik apabila pasangan terbabit diapit suami isteri yang pernah menjalani pembedahan menukar jantina juga.

Pada awalnya perkahwinan di antara pengantin 'lelaki' yang dikenali sebagai Felix dengan 'isterinya,' Helen Fenlon adalah yang pertama seumpamanya berlaku di Britain.

Bagaimanapun dakwaan itu disangkal sepasang 'suami isteri' lain, Janis dan Maxwell Burr.

Pasangan Burr itu mengaku berkahwin pada malam tahun baru 2005. Hasil inspirasi daripada ketabahan Felix dan Helen yang melangsungkan perkahwinan secara umum, Janis dan Maxwell meminta pasangan Fenlon itu menjadi pengapit ketika mereka mengulangi ikrar perkahwinan untuk kali kedua, baru-baru ini.

Selepas majlis itu, Janis, 45, yang juga pembantu pekerja sosial dan dulunya dikenali sebagai Ian berkata, Maxwell ialah teman sejiwanya.

(DARI KIRI) Helen, Janis, Maxwell dan Felix.
Janis memberitahu, dulu dia sering memakai pakaian kakaknya ketika berusia enam tahun. Janis juga menabung sehingga £10,000 (RM51,034) untuk menjalani pembedahan penukaran jantina pada 2003.

Sementara itu, Maxwell, 71, adalah pesara tukang masak yang dulunya bernama Mary sebelum bertemu dan jatuh cinta pada Janis ketika bercuti pada 2002. Dia menjalani pembedahan menukar jantina beberapa bulan selepas Janis melakukannya. Apabila undang-undang meluluskan perkahwinan golongan seperti mereka pada 2005, kedua-duanya lalu melangsungkan perkahwinan.

Maxwell berkata, acara perkahwinan itu cukup bersejarah buat mereka.

"Melangsungkan perkahwinan kali kedua di Pusat Sivik Scunthorpe memang menakjubkan. Saya seolah-olah bagaikan di syurga," katanya dalam satu kenyataan. - Agensi

Bajet PR: Mudah nanti nak tuduh kerajaan ciplak idea...

Posted: 21 Oct 2013 07:00 AM PDT

KUALA LUMPUR: Bajet bayangan 2014 Pakatan Rakyat meramalkan pertumbuhan ekonomi Malaysia meningkat sebanyak 5.2 peratus dan kadar defisit GDP (Keluaran Dalam Negara Kasar) sebanyak 3.2 peratus untuk tahun 2014.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ramalan ini dibuat berdasarkan ekonomi global pada tahun 2014 yang dijangka akan meningkat.

"Sejak Pakatan Rakyat menyediakan Belanjawan alternatif, anggaran defisit kami adalah selalunya lebih rendah daripada Barisan Nasional.

"Defisit sebenar kerajaan BN adalah dianggarkan lebih tinggi dari 3.2 peratus (dianggarkan sebanyak 3.8 peratus hingga 4 peratus) disebabkan kegagalan mereka menangani rasuah dan ketirisan," katanya ketika membentangkan rumusan bajet alternatif Pakatan Rakyat yang di Parlimen hari ini.

Anwar berkata bajet alternatif keseluruhan hanya akan dibentang sehari sebelum bajet Kerajaan Persekutuan yang akan dibentang pada Jumaat, kerana bimbang Kerajaan Persekutuan akan 'mencuri' idea-idea dari bajet tersebut.

"Mereka (Kerajaan Persekutuan) ''ambil' idea dari bajet kami sebelum ini. Tetapi, jika mereka 'ambil' idea kami dan mengucapkan terima kasih kepada kami tidak apa. Kami tidak mahu perkara ini diulangi," katanya sambil menambah bahawa bajet itu dimuktamadkan petang semalam.

Anwar berkata salah satu fokus bajet ini adalah mengurangkan pembaziran dan menjimatkan perbelanjaan dan oleh kerana itu, kenaikan elaun menteri kabinet dan ketua-ketua jabatan kerajaan akan ditangguhkan.

"Ini akan mengurangkan perbelanjaan operasi sebanyak 10 peratus," katanya.

Anwar berkata di bawah bajet 2014, Program Latihan Khidmat Negara akan ditangguhkan kerana ia gagal mencapai objektif memupuk kesatuan kaum dan jatidiri di kalangan pelatih-pelatih.

"Program ini juga telah menyebabkan sebanyak 22 kematian dan sebilangan kes pelatih hamil yang bersalin sewaktu di dalam program.

"Program ini patut ditangguhkan sehingga satu kajian menyeluruh dibuat oleh Parliamentary Select Committee (PSC)," katanya.

Selain itu, Pakatan Rakyat bercadang untuk menambah 200,000 kerja baharu dalam tempoh tiga tahun, khususnya untuk mereka yang berumur 15 ke 24 tahun.

Bajet itu turut mencadangkan penangguhan implementasi cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sehingga pendapatan minima isirumah ditingkatkan.

Sementara itu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata di bawah bajet alternatif ini, satu skim insurans 24-jam PERKESO akan diperkenalkan.

"Pada waktu ini, skim insuran PERKESO hanya meliputi kemalangan yang berlaku apabila pekerja dalam perjalanan ke tempat kerja dan sewaktu bekerja.

"Skim insurans 24-jam ini, membolehkan Kerajaan Persekutuan, majikan, dan pekerja akan masing-masing menyumbang tambahan RM1 sebulan," katanya.

Turut diketengahkan di dalam bajet tersebut adalah cadangan untuk mewujudkan Skim Insuran Luar Bandar atau Skim Insuran Petani, Nelayan dan Penternak (SIPNP) yang lebih komprehensif.

"Pakatan Rakyat mencadangkan SIPNP ini diwujudkan berdasarkan 'pendekatan kawasan' bagi kerugian yang disebabkan oleh perubahan musim serta 'pendekatan individu' bagi kerugian yang disebabkan oleh bencana alam dan serangan wabak penyakit."


Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/bajet-alternatif-pr-dibentang-khamis-kerana-takut-idea-dicuri-bn-24305?cp

(Gambar) Neelofa 'melentik habis' di tepi pantai Maldives

Posted: 21 Oct 2013 06:31 AM PDT


Oh Maldives.

Tempat yang sungguh indah. Mereka yang pernah melawatinya mengatakan keindahan Maldives seumpama syurga dunia. Bilakah masanya Admin akan menjejakkan kaki ke sana? Jeles pula melihat Neelofa bersantai dengan penuh ketenangan mendengar deruan ombak. Mesti seronok!!!

Tengok air laut yang kehijauan tue pun dah buat admin teruja. Rasa nak beli tiket terus terbang ke Maldives bersama keluarga tercinta. Suatu hari nanti pasti Admin akan tiba jua. Nak tiru gaya posing Neelofa nanti. Tengok siapa yang lebih cute. Hehehe.

Semoga Neelofa menikmati percutiannya di Maldives. Enjoy puas-puas. Rilekskan badan. Tenangkan fikiran. Balik Malaysia nanti pastikan lebih ceria dan bertenaga. Lagi beberapa keping gambar Neelofa di Maldives dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

Professor dari UPSI calon BN di PRK Sg Limau

Posted: 21 Oct 2013 05:01 AM PDT

YAN – Pensyarah kanan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Prof Dr Suhaimi Lazim, 52, yang juga Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Jerai, calon Barisan Nasional (BN) untuk pilihan raya kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Sg Limau, Kedah, umum Timbalan Pengerusi BN Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bilik Gerakan PRK BN di Sungai Lentang, di sini, hari ini.

Dr Sohaimi berasal dari Kampung Titi Batu, Sungai Limau.

Beliau berkelulusan Ijazah Doktor Falsafah (Pengajian Malaysia / Tamadun Asia (Jepun)) , Universiti Sains Malaysia, Sarjana Sastera (Pengajian Peradaban) (Pengajian Peradaban / Tamadun Islam dan Asia Timur) dan Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan Dengan Kepujian (Sains Politik) juga dari USM.

Kerusi DUN Sungai Limau diisytiharkan kosong berikutan kematian Tan Sri Azizan Abdul Razak pada bulan lalu.

Azizan dianggap sebagai 'lagenda' Sungai Limau kerana berjaya mempertahankan kerusi itu selama lima penggal berturut-turut sejak 1995.

Azizan mengekalkan kerusi itu pada PRU-13 Mei lepas dengan memperoleh 13,294 undi menewaskan Mohd Fazillah dengan majoriti 2,774 undi.

Hina Sultan Johor, juruukur didenda RM20,000

Posted: 21 Oct 2013 04:05 AM PDT

JOHOR BAHRU: Seorang juruukur didenda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas didapati bersalah menggunakan laman sosial bagi menghina Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, Oktober lalu.

Tertuduh, Ahmad Abd Jalil,28, yang sedang belajar peringkat Sarjana di sebuah Institut Pengajian Tinggi (IPT) turut diperintahkan dipenjara enam bulan jika gagal membayar denda terbabit.

Bung Mokhtar umum letak jawatan

Posted: 21 Oct 2013 01:45 AM PDT

Sandakan: Suasana gembira meraikan kemenangan Ketua UMNO Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin bertukar hiba apabila beliau mengumumkan meletak jawatan, sekali gus menyerahkan jawatan kepada timbalannya, Jafry Ariffin.

Pengumuman mengejut itu menyebabkan suasana sunyi sebelum seluruh perwakilan berdiri sebagai tanda tidak bersetuju dengan keputusan pemimpin cukup dikenali itu.

Difahamkan, Bung Moktar mahu meletak jawatan kerana terkilan dan kecewa dengan sikap segelintir ahli yang tidak bersatu hati selain cuba 'menikam dari belakang'.

"Apakah kehadiran saya selama ini langsung tidak memberi sebarang perubahan baik untuk Kinabatangan?," katanya ketika ditemui di Dewan Hakka, di sini, semalam.

Bagaimanapun, Bung tidak menyatakan tarikh tertentu beliau akan meletak jawatan itu secara rasmi.

Terdahulu, Bung Moktar yang menang bertanding memegang jawatan Ketua Bahagian Kinabatangan dicabar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sukau Datuk Saddi Abdul Rahman.

Lantaran itu, Bung Moktar kecewa kerana situasi itu seolah-olah menggambarkan ahli dalam parti berpecah-belah dan tiada kesefahaman.

"Justeru itu, saya mahu menyerahkan jawatan saya ini kepada mereka yang setia di belakang saya untuk meneruskan perjuangan parti," katanya.

Adi Putera jumpa orang berpengaruh untuk tutup kes?

Posted: 21 Oct 2013 12:31 AM PDT

Masihkah anda ingat kes Adi Putra yang dikatakan menjalinkan skandal dengan isteri orang sehingga kes mereka kini masih lagi dalam siasatan pihak berkuasa.

Terbaru, menerusi ruangan kolum akhbar sisipan Bi-Pop, penulisnya, Zubir mendakwa kononnya aktor kacak itu telah bertemu dengan seorang indivivu berpengaruh untuk menggugurkan kes tersebut daripada siasatan.

Namun tidak diketahui sama ada cerita ini benar atau tidak, dah nama pun kolum gosip kan.

Sebelum ini, aktor kelahiran Singapura itu mencetuskan kekecohan apabila dia dikatakan menghantar gambar alat sulitnya kepada seorang wanita yang juga bergelar isteri orang, Aida menerusi aplikasi Whats App.

Kes ini mula terbongkar selepas suami Aida membuat laporan polis bahawa berhubung insiden tersebut.

Namun tak kurang juga yang mengatakan ini merupakan komplot yang ingin menjatuhkan karier Adi yang semakin kukuh dalam bidang seni kini.

Apa-apa pun kita tunggu sahaja nanti perkembangan kes ini dan biarkan pihak berkuasa menjalankan siasatan mereka dan tidak perlu kita membuat sebarang andaian kerana kebenaran pastinya akan terserlah jua di masa akan datang.

Tak gitu?

MB Selangor sedia terima teguran tapi...

Posted: 20 Oct 2013 11:01 PM PDT

Abdul Khalid (duduk, dua kanan) ketika sidang media, semalam.
SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sedia menerima teguran daripada mana-mana pemimpin, malah menyifatkan ia adalah perkara biasa dalam pentadbiran.

Bagaimanapun katanya, beliau lebih menitik beratkan teguran dan kritikan daripada rakyat berbanding pemimpin lain.

"Atas sebab itu, dalam setiap konvensyen mahupun perbincangan apabila menerima teguran saya terima dengan positif dan cuba perbetulkan," katanya selepas merasmikan Konvensyen Tanah dan Perbandaran Kebangsaan, semalam.

Sebelum ini, Pengerusi PKR Selangor, Mohamed Azmin Ali menggesa Abdul Khalid untuk mengambil serius teguran Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim demi kepentingan rakyat dan bukannya bertujuan menjatuhkan tetapi teguran membangun demi pentadbiran kerajaan negeri.

Anwar baru-baru ini, dilaporkan menegur Khalid secara terbuka dalam ceramahnya pada forum Laporan Audit Negara, agar tidak lagi berbangga dengan simpanan rizab tinggi sementelah masih banyak kelemahan belum diatasi pentadbiran menteri besar itu.

Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR berkata, beliau tidak menafikan kerajaan negeri memiliki simpanan yang banyak sehingga mencecah RM3 bilion tetapi prinsip pembangunan dalam Islam tidak jelas.

Dalam perkembangan sama, Abdul Khalid menafikan menerima sebarang memorandum bantahan daripada Adun-Adun sebagai penyataan berhubung tadbir urus bajet kewangan negeri.

(Video) Penonton wanita tanggal baju raikan jaringan gol

Posted: 20 Oct 2013 10:15 PM PDT

Dalam pertandingan bola sepak, tidak ada yang lebih ditunggu-tunggu selain terciptanya gol. Itulah yang dirasakan oleh penyokong wanita Denmark, Brondby ketika kelab kesayangannya bertemu Odense BK.

Ketika gol terhasil, wanita ini seolah-olah tidak dapat menyembunyikan kegembiraannya.

Jersey kuning ditanggalkan untuk merayakannya. Aksi ini menjadi heboh apabila aksinya berjaya dirakmkan oleh jurukamera...

(Gambar) Jurugambar pamer foto bogel ibunya pada umum

Posted: 20 Oct 2013 08:01 PM PDT

Seorang jurugambar yang berasal dari Amerika, Leigh Ledare telah melakukan perkara gila dengan menayangkan foto bogel ibunya malah mengaku pernah bersetubuh dengan wanita itu.

Leigh Ledare memberi alasan menggunakan ibu kandungnya sendiri sebagai model dalam karya seni fotografinya dan lebih parah lagi, karya seninya ini memperlihatkan sang ibu sedang bogel tanpa menggunakan pakaian sama sekali, bahkan dalam karyanya juga terlihat beberapa lelaki sedang asyik bermesra dengan ibunya.

Tidak hanya mempergunakan ibu sebagai model bogel dalam karya seninya, Leigh Ledare juga melakukan hubungan seks dengan sang ibu bahkan foto kemesraan antara dirinya dan si ibu turut diperlihatkan dalam sebuah pameran foto pada tahun 2009 di Festival Fotografi Arles.

Pada awalnya ramai orang yang menganggap wanita yang ada dalam foto tersebut adalah model wanita tua yang biasa namun setelah melihat judulnya yang tertulis ibu, barulah banyak orang yang faham bahawa foto tersebut adalah foto ibu si jurugambar.
Leigh Ledare sengaja membuat karya seni ini untuk mempamerkan sisi intim kehidupan pribadi antara dirinya dan si ibu. "Saya ingin menunjukkan sisi intim kehidupan pribadi saya bersama ibu saya dan saya tunjukkan dalam karya ini," katanya pada The Guardian.

Ledare mengaku telah beberapa kali lakukan seks dengan ibunya sejak lama dahulu. Bagi dirinya, perselingkuhan itu adalah kaedah untuk mengekspresikan kebencian terhadap ayahnya yang memperlakukan si ibu dengan buruk.

"Dia (ibunya) 'memaksa' saya lakukan hubungan seks dengannya," katanya.

Johan As'ari umum tunang hujung tahun ini

Posted: 20 Oct 2013 07:31 PM PDT

PELAKON Johan As'ari mengakui mengakui terpaut hati dengan seorang wanita yang juga merupakan salah seorang selebriti hiburan tempatan.

Johan atau nama sebenarnya Johan Arrif As'ari, 27, bagaimanapun berkata, dia enggan meluahkan perasaan hatinya kepada artis wanita berkenaan walaupun tahu dia bukan bertepuk sebelah tangan.

"Saya dan dia, masing-masing tahu yang kami saling menyukai antara satu sama lain tetapi kalau boleh kami tidak mahu mengesahkan sebagai pasangan kekasih.

"Pada saya biarlah kami diikat sebagai ikatan suami isteri yang sah, barulah boleh merasai nikmat bercinta itu. Keadaan ini juga sebenarnya lebih mudah kerana andaikata tiada jodoh, kami boleh membawa haluan sendiri," katanya kepada mStar Online.

Tambah Johan, dia juga bercadang ingin melamar artis wanita berkenaan dengan mengikat tali pertunangan pada tahun ini, namun ia sekadar rancangan sahaja.

Dalam pada itu, Johan berkata dia juga cukup senang apabila mereka saling mempercayai dalam setiap perkara yang dilakukan tanpa perlu timbul rasa cemburu dihati.

"Perhubungan yang dijalinkan sekarang ini lebih kepada kepercayaan antara satu sama lain tanpa perlu menjadi kekasih. Jadi, memandangkan kami sekarang ini sibuk dengan urusan kerja seni, biarlah tugasan itu diselesaikan dahulu.

"Malah, kami biarkan masing-masing mengejar cita-cita dahulu sehingga berpuas hati dengan zon masing-masing. Andaikata perhubungan ini menjadi, InsyaAllah saya akan sebarkan pada semua, doakan ya," tuturnya.

Sementara, Johan bakal muncul dengan filem lakonan terbaharunya bergandingan dengan Siti Saleha menerusi filem Balada Pencinta yang bakal ditayangkan pada 24 Oktober ini.

Filem terbitan Grand Brilliance Sdn Bhd itu merupakan filem aksi romantik ini mengisahkan tentang cinta terlarang antara bekas gangster, Amir (Johan) dan Aishah (Siti Saleha).

Percintaan Amir dan Aishah menjadi rumit apabila ibu bapa Aishah mahu dia berkahwin dengan Boy (Sein), seorang lelaki yang berlatarbelakangkan keluarga kaya yang juga merupakan ketua kumpulan kongsi gelap.

Dalam perkembangan lain, Johan turut akan muncul dua buah filem berjudul Paku dan Tokan.

Malah pada Disember depan, aktor itu akan ke Macau mewakili negara apabila dirinya tercalon dalam Festival Filem Asia Pasifik di bawah kategori pelakon utama terbaik menerusi filem Juvana. – mStar

Pesta seks di Pulau Pinang diserbu

Posted: 20 Oct 2013 07:01 PM PDT

Sebahagian daripada 18 suspek yang terbabit dalam pesta dadah di sebuah pangsapuri di Sungai Nibong, dibawa ke Mahkamah Majistret untuk direman, semalam.
Georgetown: Suasana riuh-rendah dalam sebuah pangsapuri dekat Sungai Nibong di sini, membongkar pesta dadah didalangi sekumpulan muda-mudi di kediaman itu, pagi kelmarin.

Susulan aduan penduduk, sepasukan anggota polis menyerbu kediaman terbabit jam 8 pagi, sebelum menahan 38 muda-mudi yang berada di situ, termasuk sebahagiannya dalam keadaan khayal.

Positif syabu, ganja

Ujian air kencing mendapati 18 individu yang ditahan itu positif syabu dan ganja. Turut ditahan dalam serbuan itu seorang anggota polis dari Bukit Aman, selain tiga remaja perempuan yang positif dadah.

Sumber berkata, kebanyakan mereka adalah pelajar kolej, yang dikatakan berpesta di kawasan pantai di Batu Ferringhi.

"Selesai berpesta di kawasan pantai itu, mereka ke pangsapuri itu dan berkumpul beramai-ramai dalam sebuah unit kediaman di situ. "Mereka membuat bising hingga mengganggu ketenteraman penghuni lain yang melaporkannya kepada pengawal keselamatan sebelum menghubungi polis," katanya.

Beliau berkata, siasatan polis mendapati kumpulan terbabit yang datang dari Kedah, Perlis, Perak dan Selangor, berkumpul di situ untuk menyertai pesta berkenaan.

"Bagaimanapun, polis tidak menemui dadah di kediaman itu. Mereka dipercayai mengambil dadah di pantai sebelum ke pangsapuri itu. Suspek ditahan reman selama tiga hari bagi membantu siasatan," katanya.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Nasir Salleh, mengesahkan serbuan dan tangkapan yang dilakukan di kediaman itu.

Tiga bulan nikah, tapi isteri masih 'dara'

Posted: 20 Oct 2013 06:01 PM PDT

Saya berusia 21 tahun dan mendirikan rumah tangga hampir tiga bulan, tetapi sehingga kini saya masih bergelar anak dara.

Masalah ini berpunca daripada diri saya sendiri yang terlalu 'takut' untuk menghadapi situasi malam pertama.
Saya tidak tahan sakit kerana saya mempunyai banyak masalah kesihatan dan sering disuntik di hospital dan klinik.

Masalah ini membuatkan saya takut untuk menghadapinya. Saya sering berfikir macam-macam ketika saya dan suami hampir melakukan hubungan seksual. Suami saya seorang yang sihat dan langsung tiada masalah untuk mengadakan hubungan.

Pelbagai usaha sudah kami lakukan termasuk bertanya kepada doktor di klinik kesihatan, tetapi masih tidak berhasil.

Bagaimanakah cara untuk menghadapi malam pertama dalam keadaan paling tidak menyakitkan?

Adakah boleh menggunakan bius kerana saya seorang yang tidak tahan sakit?

Adakah boleh suami saya melakukan penetrasi ketika saya sudah klimaks? Adakah ini akan mengurangkan kesakitan? Bagaimanakah posisi paling sesuai untuk mengurangkan kesakitan?

Nurul,
Pahang

Beberapa pesakit saya mempunyai masalah sedemikian selepas berkahwin selama lebih lima tahun, namun hampir semua (kecuali satu pasangan) yang tidak berjaya bersama dalam masa tiga bulan mendapatkan nasihat. Walaupun tiga bulan kelihatan jauh berbeza dengan lima tahun, perkara yang baik dan halal usahlah dibiarkan berlanjutan.

Saya tidak mempunyai teknik khas sewaktu memberikan panduan. Secara amnya, saya hanya memberikan penerangan mengenai rupa selaput dara yang sebenar kerana ramai yang menyangka ia seperti dinding yang perlu ditembusi.

Istilah 'pecah' atau 'tebuk', malah istilah 'selaput' itu sendiri juga mengelirukan. Saya juga akan memeriksa keadaan selaput dara kerana kadangkala terdapat selaput dara yang pelbagai bentuk yang boleh menyukarkan penetrasi zakar.

Suami juga digalakkan hadir bersama bagi mengesahkan sudut penetrasi, kadangkala kawasan tepi bahagian belakang luka melecet dan ini tambah menjadikan isteri kesakitan lantas menolak penetrasi. Posisi hubungan, belaian suami serta bantuan pelincir juga akan dibincangkan.


Pakar Sakit Puan @ Harian Metro

Azrai Khor angkat kaki

Posted: 20 Oct 2013 05:28 PM PDT

IPOH - Pada ketika isu sabotaj perlawanan masih belum reda, skuad Seladang menerima tamparan baharu semalam apabila jurulatih berkaliber, Mohd. Azraai Khor Abdullah membuat keputusan mengejut untuk meletak jawatan hanya semusim selepas mengendalikan pasukan itu.

Tanpa memberi alasan sebenar di sebalik keputusannya, Mohd. Azraai cuma menegaskan tindakan tersebut tiada kena mengena dengan isu penggantungan skuad Perak yang disiasat atas dakwaan rasuah dan sabotaj.

Namun jelasnya, beliau bukan meletak jawatan seperti mana yang diperkatakan di laman sosial, sebaliknya menamatkan perkhidmatan sebagai jurulatih atas persetujuan bersama dengan Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA).

Ya memang saya menamatkan kontrak sebagai jurulatih Perak. Ia dicapai setelah saya telah berbincang dengan Timbalan Presiden Pafa (Khairul Azwan Harun) semalam.

Dalam perbincangan itu saya berterus terang menyatakan hasrat untuk menamatkan kontrak.

Perbincangan berjalan dengan baik dan ia berakhir dengan kedua-dua pihak mencapai bersetujuan untuk kontrak saya ditamatkan.

Memandangkan hari ini (semalam) hari Ahad, persetujuan dibuat secara lisan sahaja dan selepas ini segala syarat-syarat pelepasan kontrak yang telah dipersetujui akan ditandatangani.

PAFA memahami hasrat saya dan mereka memudahkan segala urusan yang berkaitan dengan kontrak saya," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Mohd. Azraai, 61, menyertai skuad Perak pada hujung musim lalu menggantikan jurulatih sementara dari Korea Selatan, Jang Jung.

Di bawah bimbingannya, Perak menamatkan saingan Liga Super musim ini pada tangga ketujuh.

Namun, skuad Seladang digegarkan dengan isu dakwaan rasuah baru-baru ini sehingga menyebabkan pegawai pasukan itu, termasuk Mohd. Azraai digantung selama dua minggu untuk siasatan setelah Perak dibelasah 6-1 oleh Sarawak dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan Piala Malaysia.

Sementara itu, mengenai andaian bahawa keputusannya meninggalkan Perak disebabkan kecewa dengan isu dakwaan rasuah yang melanda pasukan itu, Azraai berkata, perkara itu tiada kaitan.

Tidak... Masalah itu (dakwaan rasuah) tiada kaitan dengan keputusan saya ini.

Lagipun saya tidak takut untuk disiasat. Siasatan oleh SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) cuma untuk membersihkan nama saya, pegawai pasukan dan pemain," katanya.

Mengenai laporan beliau akan menyertai Kedah, Azraai yang pernah membimbing Kedah, Harimau Muda A dan Negeri Sembilan berkata, beliau belum memikirkan untuk memilih pasukan mana musim depan.

Pada Mei lalu, Mohd. Azraai dikaitkan dengan perpindahan ke pasukan Hijau Kuning apabila hadir untuk menonton perlawanan Liga Perdana di antara Kedah dan PDRM di Stadium Darul Aman, Alor Setar.

Namun, Mohd. Azraai menafikan spekulasi itu dengan memberikan alasan beliau sekadar hadir untuk menyaksikan perlawanan antara kedua-dua pasukan tersebut.

Buat masa ini saya mahu berehat di kampung, saya belum lagi fikirkan ke mana haluan saya selepas ini," jelasnya.

Azraai turut mengucapkan terima kasih kepada PAFA dan penyokong skuad Seladang yang sentiasa memberikan kerjasama serta sokongan yang padu kepadanya dan skuad Perak sepanjang musim ini.

Antara kepuasan saya sepanjang bersama Perak ialah memberi peluang kepada pemain-pemain skuad Piala Presiden beraksi dalam skuad utama.

Saya percaya pemain-pemain muda ini akan menjadi pemain utama untuk skuad Perak musim depan," katanya.

Cucu Tok Selampit

Posted: 21 Oct 2013 01:29 PM PDT

Cucu Tok Selampit


Gambar Presiden PAS Potong Kek Hari Jadi Dengan Anwar & Kit Siang

Posted: 21 Oct 2013 03:17 AM PDT



Gambar-gambar comel Presiden PAS, DS Haji Hadi Awang memotong kek jari jadi beliau ke 66. Majlis yang disaksikan oleh kedua rakan karibnya, Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang. Selamat hari jadi Tuan Presiden. Awat kek Tuan Presiden lebih kecil daripada kek Datuk Nik Aziz Nik Mat?

MB Kedah Dan Wakil Rakyat BN Sinting Seluar Harung Bah Tolong Rakyat

Posted: 21 Oct 2013 01:14 AM PDT

YAB Datuk Paduka Mukriz Tun Dr Mahathir

YB Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim

YB Senator Shahanim Mohamad Yusoff
Kalau nak lihat pemimpin berjiwa Rakyat atau tidak, tunggulah apabila Rakyat susah, mereka turun padang atau tidak. Sekarang musim banjir di sebelah Utara tanahair terutama negeri Kedah dan Pulau Pinang. Orang utara panggil banjir sebagai bah. Inilah ciri-ciri Wakil Rakyat yang Rakyat perlukan. Seorang Menteri Besar dan Ahli Parlimen serta Senator yang dilantik "sinting" kaki seluar dan berendam kain dalam lumpur untuk turun mengharung banjir membantu Rakyat.

Keikhlasan Menteri Besar Kedah dan Wakil-Wakil Rakyat beliau membantu Rakyat hanya Allah sahaja yang tahu. Biarlah gambar-gambar sahaja yang berbicara. Tidak guna beretorik untuk liberal, progresif dan mesra Rakyat sehingga senyum sampai ke telinga sekiranya nasib Rakyat tidak terbela. Biarlah orang-orang UMNO tidak menghargai Menteri Besar Kedah. Kami Rakyat Kedah sayangkan Menteri Besar kami.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan