Produk jenama Perak Agro dan Pegro keluaran Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (SADC) yang dilihat berupaya bersaing di pasaran tempatan dijangka menyumbang pendapatan bernilai RM1.4 juta kepada agensi itu, tahun ini.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, Perak Agro akan membantu memasarkan produk-produk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang berpotensi untuk diketengahkan tetapi tidak mampu dilakukan sendiri oleh pengusaha.
Katanya, faktor itu berlaku lantaran kurangan pengetahuan, pengalaman serta modal bagi meningkatkan jualan serta bersaing di pasaran besar dikalangan pengusaha terbabit.
"Pengusaha mungkin kurang terdedah dengan pasaran yang lebih luas dan atas sebab itu Perak Agro akan memainkan peranan mereka untuk membantu pengusaha ini.
"Aspek produk termasuklah yang boleh kita guna, pasar dan pakejkan untuk menjadi satu produk yang baik dengan menggunakan hasil alam juga diambil kira kerana ia dilihat semakin relevan dan berpotensi menjadikan agensi ini berkembang dengan lebih baik," katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar selepas melancarkan Perak Agro dan Pegro di Ipoh.
Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif SADC, Datuk Ahmad Rizal Abdul Rahman. Menurut Zambry lagi, Perak Agro adalah jenama yang digunakan bagi memasarka produk-produk makanan manakala Pegro pula dikhaskan untuk minuman keluaran Perak Agro Herba Sdn. Bhd.
"Sebagai langkah merancakkan lagi aktiviti pemasaran produk-produk ini, SADC juga akan membuka kedai Perak Agro di Silibin yang sedang diubahsuai dan dijangka beroperasi pada bulan Januari 2014 bagi memasarkan produk segar serta hiliran," katanya lagi.
Antara produk yang dikenalpasti termasuklah kordial asam jawa, kordial rock melon, kordial mangga, kerepek daun kesum dan kerepek daun kunyit.
Dalam pada itu, beliau berkata, sumber-sumber pertanian yang berpotensi juga akan dibangunkan berdasarkan hasil kajian terhadap beberapa jenis tumbuhan tropika.
Warna-warni politik
Torashah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan