Isnin, 30 September 2013

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::

Posted: 30 Sep 2013 01:23 AM PDT

::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::


Selamat Menduduki PMR

Posted: 29 Sep 2013 08:28 PM PDT

PAS Cawangan Serkam Darat

Posted: 29 Sep 2013 07:25 PM PDT

PAS Cawangan Serkam Darat


AKIBAT TERMAKAN SUMPAH SENDIRI

Posted: 29 Sep 2013 05:15 PM PDT

Dr Azman Ibrahim

Posted: 29 Sep 2013 07:13 PM PDT

Dr Azman Ibrahim


Pengistiharan Tanah Becah Setiu Sebagai Taman Negeri, Sudah Terantuk Baru Mengadah?

Posted: 28 Sep 2013 11:00 PM PDT



Tanah Becah Setiu

Merujuk kepada kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Sains & Teknologi, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Air negeri Terengganu, Datuk Ahmad Razif Abd Rahman, yang menyatakan bahawa kawasan tanah bencah di Setiu yang dikenali sebagai Setiu Wetlands kini dalam proses untuk diwartakan sebagai Taman Negeri dalam usaha memulihara ekosistem serta biodiversiti alam semula jadi.

Lujnah Alam Sekitar PAS Terengganu sebenarnya telah lama menyatakan kebimbangan sejak beberapa tahun kebelakangan ini berkaitan isu perubahan dalam penggunaan dan pengurangan keluasan tanah serta kemusnahan habitat semulajadi di Tanah Bencah Setiu. Kemusnahan ekosistem Setiu Wetlands ini berada pada paras bahaya khususnya sejak bermula Projek Taman Akuakultur Udang Bersepadu (i-SHARP) pada 2008 .
Lokasi i-SHARP

Kebimbangan PAS Terengganu ini turut disokong dengan fakta dari 'Kajian Perubahan Litupan Bumi di Tanah Bencah Setiu' yang dijalankan oleh WWF-Malaysia yang menunjukkan sebanyak 30 peratus daripada kawasan paya dan bakau dibersihkan dan ditebus guna sepanjang tahun 2008 hingga 2011. Perlu dinyatakan bahawa tahun 2008 – 2011 adalah tahun perlaksanaan Projek i-SHARP.
Sebagai catatan, Tanah Bencah Setiu atau dikenali sebagai Setiu Wetlands adalah kawasan sepanjang 14 km yang mengunjur selari dengan pesisiran pantai Daerah Setiu.

Kawasan ini mempunyai pelbagai ciri semula jadi yang terdiri daripada ekosistem air tawar, air payau dan air laut termasuk habitat yang unik seperti hutan gelam dan laguna. Kehidupan penduduk di sini sebahagian besarnya bergantung kepada sumber yang terdapat di Tanah Bencah Setiu ini. Dengan istilah lain, kawasan ini menyimpan khazanah ekonomi dan kelangsungan hidup bagi yang penduduk terlibat.

Contohnya, pendapatan ekonomi yang diperoleh penduduk setempat yang terlibat dalam industri perikanan, pembuatan bot dan pemprosesan makanan berasaskan ikan, selain turut  mempunyai potensi sebagai destinasi eko-pelancongan yang mampu menjana peluang ekonomi kepada.

Kerana itulah, Lujnah Alam Sekitar PAS Terengganu menuntut penjelasan rapi pihak terbabit, bagaimana mungkin dengan kepentingan kawasan Tanah Becah ini kepada sosio-ekonomi penduduk serta alam sekitar, tetapi tindakan yang membawa kemusnahan kira-kira 30 peratus kawasan yang kaya dengan pelbagai sumber ini masih boleh berlaku dengan lesen yang diberikan Kerajaan Negeri di atas tanah yang dimiliki Tabung Amanah Warisan milik Negeri?

Apakah cadangan Kerajaan Terengganu bagi mewartakan lokasi ini sebagai Taman Negeri adalah bertujuan untuk menutup isu sebenar, iaitu kemusnahan alam sekitar serta juga pencerobohan tanah milik rakyat di kawasan RTB Kubang Labi, Kampung Banggol yang diagihkan di zaman Kerajaan PAS Terengganu dulu bagi tujuan perlaksanaan projek i-SHARP yang akibatnya bukan sahaja merampas mata pencarian penduduk malah juga turut telah melenyapkan kira-kira 30 peratus dari kawasan Tanah Becah Setiu?

Apakah pengistiharan ini seolah-olah sudah terantuk baru mengadah?

Dr Azman Ibrahim
Pengerusi
Lujnah Alam Sekitar Pas Terengganu
Ketua Penerangan Pas Setiu

Pemuda PAS batu 8 Bendang siam Baru

Posted: 29 Sep 2013 01:29 PM PDT

Pemuda PAS batu 8 Bendang siam Baru


PRU 14: Nasib UMNO Bergantung Kepada PAS

Posted: 29 Sep 2013 08:36 AM PDT

Semasa berhari-raya, adik saya telah bertemu dengan seorang pemimpin UMNO/BN. Dia bertanya kepada pemimpin itu, "macam mana PRU ke-14 yang akan datang ni?..." Adik saya agak terkejut apabila dijawab oleh pemimpin UMNO/BN berkenaan, "semuanya bergantung pada PAS, samada masih berada bersama PR atau tidak. Ada golongan muda, kopiah putih, yang ingin membawa PAS keluar dari PR..."

Saya kemudianya dimaklumkan tentang perkara ini dan berpendapat bahawa sebenarnya inilah satu-satunya harapan untuk UMNO/BN untuk survive di dalam PRU akan datang. PAS mesti dikelirukan, melalui pujian dan sentimen, sehingga keluar dari PR! Tiada yang lebih mudah dikelirukan sedemikian rupa selain yang muda (bukan Pemuda ya), yang bersemangat tetapi tidak berpengalaman, yang ada ilmu tetapi kurang kematangan serta hikmah dan yang gelojoh.

Istilah kopiah putih bagi saya dimaksudkan jenis ahli PAS yang lurus bendul; inginkankan kemurnian dalam erti-kata tidak mahu bersama dengan yang 'kurang atau diragui kejernihan fahaman Islamnya'. Mereka golongan 'puritans' atau 'bersih dan jernih' yang mudah diperalatkan UMNO dengan dipersoalkan hubungan PAS dengan DAP atau PKR. Mereka tidak semestinya ustaz tetapi adalah golongan yang berfikiran 'simplistik' dan tidak menjiwai konsep "PAS for all" serta Tahalluf Siyaasi dengan PR.
Pandangan pemimpin UMNO tersebut bahawa nasib UMNO/BN semasa PRU ke 14 adalah bergantung kepada PAS tidak menghairankan. Populariti UMNO/BN semakin merosot dan tidak ramai lagi pengundi yang mempunyai 'mentaliti zaman Jepun'. PR pula merupakan kerajaan gabungan atau pakatan yang mampu menggantikan BN.

Tiba-tiba dalam keadaan UMNO/BN begitu terdesak, ada terdengar pula ada yang ingin bawa PAS keluar PR?! Setelah PR mencapai kejayaan demi kejayaan! Setelah UMNO semakin tertekan dan PR, termasuk PAS, semakin kukuh. Pelik bin Ajaib.

Ada orang muda yang berkata, "kemenangan PAS melalui PR tidak bermakna! Bukan PAS yang dominan!" Hujjah totok UMNO untuk menjejaskan PAS dan PR. Tidakkah kamu telah Allah kurniakan mata untuk melihat dan otak untuk berfikir? Lihatlah Selangor! Dulu PAS hanya 8 kerusi, sekarang 15! Apa pengajarannya?

Pengajarannya wahai orang muda, ialah, bawah PR, ruang untuk PAS bergerak jauh lebih luas sehingga boleh mengukuhkan kedudukannya, PRU demi PRU! Kebebasan dan ruang bergerak inilah yang kita inginkan dan perjuangkan terlebih dahulu. Sedangkan UMNO/BN tidak akan berikan kebebasan dan ruang tersebut kepada kita!

Dan kita perlu faham, apa-apa kedudukan sekalipun yang tercapai melalui mana-mana PRU boleh berubah setiap kali diadakan PRU. Oleh itu apa yang kita bermula dengannya tidak semestinya kekal buat selama-lamanya. 2008 hanya 5 kerusi, 2013 menjadi 15.

Mereka yang mengeluh ini bagaikan orang yang inginkan nasi tanpa ingin menghasilkan beras, atau inginkan kek tanpa ingin membancuh telur dengan tepung. Yang diinginkan adalah satu natijah tanpa diikuti proses ke arahnya. Sedangkan apa yang dianjurkan oleh mereka sendiri tidak menghasilkan apa yang mereka kata mereka inginkan! Dengan keluar dari PR, adakah tercapai dominasi PAS? Kalau tidak maka alasan untuk keluar PR kerana tiadanya dominasi PAS adalah alasan semata-mata! Dan sudah pasti, apabila PAS keluar PR, sepertimana yang diinginkan mereka, yang menjadi dominan adalah UMNO/BN dan bukan PAS!

Sememangnya sekarang ini tiada mana-mana satu parti yang boleh memerintah Malaysia. UMNO pun tidak boleh dengan memenangi hanya 88 kerusi Parlimen! Maka sekiranya UMNO sendiri tidak mampu memerintah Malaysia bersendirian, adakah PAS mampu? Atau PAS tidak berminat?! Adakah PAS hanya berminat untuk terus berlegar di luar kerajaan Pusat, menjadi 'pembangkang kuat'?

Zaman PAS berfikiran sebagai 'pembangkang kuat' sudah lama berakhir. Kewajipan PAS sekarang ialah untuk bersama memenuhi kehendak dan desakan rakyat, menggantikan UMNO/BN sebagai kerajaan di peringkat Pusat dan membebaskan, melaluinya, rakyat Malaysia dari terus dicengkam UMNO! Inilah cabarannya! Cabaran inilah yang ingin digalas oleh pimpinan PAS dengan pembentukan HAK, APU, BA dan seterusnya PR!

Hairan anak Pelik cucu Ajaib! Ada pula dalam PAS yang tidak pentingkan kuasa politik? Maka masuk parti politik buat apa? Sudah pasti kuasa itu bukan segala-galanya tetapi segala-galanya bergantung kepada siapa yang berkuasa.

Jawapan pemimpin UMNO/BN berkenaan, yang disampaikan kepada saya oleh adik saya, meninggalkan kesan yang mendalam pada diri saya. Usaha untuk menyokong golongan 'kopiah putih' sudah pasti sedang dijalankan UMNO. Sudah pasti SB sudah ramai 'membantu' dengan menghasut dan memuji. Duit mungkin sedang mengalir, "sumbangan ikhlas demi Melayu dan Islam", kata mereka. 'Suasana' mungkin sedang 'dicorak'.

Tidak mustahil fitnah terhadap TGHH yang menggambarkan beliau sebagai seorang pemimpin yang lemah, perlukan pertolongan, dikuasai golongan tertentu; sepertimana juga soal Syiah, Liberal Islam, Ulama' dicemuh dan sebagainya; semua ini perancangan dari pihak tertentu untuk menghasilkan perpecahan yang akan menatijahkan keluarnya PAS dari PR. Dan dengan itu, selamatlah UMNO/BN.

Apabila pemimpin UMNO berbicara mengenai apa yang sedang berlaku dalam PAS, sudah pasti UMNO sedang berperanan. Semoga pemimpin dan ahli PAS sedar akan perancangan ini dan matang serta bijak.

Kukuhkan Pakatan Rakyat dan teruskan perjuangan!

WaLlahu 'Alam
Khalid Samad

Anak Siapa Beli Bungalow RM 7,242,555.07 nie?

Posted: 29 Sep 2013 08:34 AM PDT



Dikala rakyat semakin ekonomi terhimpit dengan kanaikkan harga barang keperluan dan dikala usahawan mula terkesan dengan kadar nilai matawang yang menjunam, terdedah lagi bagaimana anak seorang pemimpin negara berbelanja mewah..

Gambar diatas ialah bungalow yang dikatakan bernilai RM 7,242,555.07 didakwa sebagai telah dibeli oleh seorang anak kepada seorang pemimpin negara.

Menurut NGO tersebut oleh kerana individu yang membeli rumah tersebut adalah seorang Bumiputera diskaun RM500,9444.08 atau 7% telah diberikan.

NGO yang membuat pendedahan mengenainya mempersoalkan kemampuan anak pemimpin tersebut untuk memilikinya.

Kerana menurut mereka sememangnya ianya amat meragukan bagaimana anak pemimpin itu yang jelas begitu muda dan dikatakan menjalankan perniagaan mampu memiliki rumah tersebut.

Adakah kerana kelulusan pinjaman yang diberikan berdasarkan keupayaan anak pemimpin tersebut membayar kembali pinjaman atau pinjaman diberikan kerana bapanya seorang Menteri?

Oleh itu mereka mendesak agar penjelasan diberikan oleh pihak yang terbabit..

Siapa Menteri itu, siapa pula anaknya dan dokumen-dokumen bukti pembelian sila lihat di SINI

Tanda Putera rugi RM3.77 Juta.. Pengarahnya nak salahkan siapa pula?

Posted: 29 Sep 2013 08:31 AM PDT



Semasa filemnya mula ditayangkan dan tidak mendapat sambutan dulu.. pengarahnya salahkan Kerajaan kerana telah menangguhkan tayangannya sebanyak tiga kali..

... Tindakan kerajaan menunda tayangan filem Tanda Putera sebanyak tiga kali menyebabkan pengarahnya, Datin Paduka Shuhaimi Baba rasa seperti didiskriminasi oleh kerajaan Malaysia.

Shuhaimi berkata, penerbitannya hilang momentum sejak tahun lalu lagi dan kesannya dapat dilihat daripada sudut pasukan pemasaran yang hilang fokus.

"Mustahil bagi kami untuk mengembalikan momentum itu meskipun Finas berusaha membantu dengan memberikan peruntukan promosi namun masanya terlalu singkat bagi melihat kesannya dan kita hanya melakukan apa yang termampu," katanya kepada The Malaysian Insider

Kemudian dia kata "Kenyataannya kami menjangkakan filem ini kurang mendapat sambutan dan kutipannya pula tidak mungkin akan pecah panggung. Tetapi kami tetap meneruskannya kerana ia wajar dilakukan,"

Dalam masa yang sama dia salahkan filem lain yang turut ditayang serentak dengan filem itu yang menurutnya memberi saingan yang besar kepada filemnya..

Sekarang filem Tanda Putera dilaporkan rugi RM3.77 Juta.. siapa pulak yang nak disalahkannya..

Tanda Putera rugi RM3.77j 

Tayangan filem kontroversi 'Tanda Putera' tamat di pawagam awal minggu ini dengan jumlah kerugian dianggarkan sekitar RM3.77 juta.

Filem yang dihasilkan dengan kos RM4.7 juta itu hanya menarik kutipan RM930,000 selepas 25 hari di pawagam, menurut laman Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas).

Satu lagi filem yang turut mula ditayangkan pada 29 Ogos, 'KL Zombie' berjaya mengutip sejumlah RM2.93 juta dalam tempoh sama. 'KL Zombie' dihasilkan dengan kos RM1.8 juta, kurang daripada separuh kos produksi 'Tanda Putera' dan masih ditayangkan di pawagam.

'Tanda Putera' yang merakam persahabatan di antara perdan menteri waktu itu Tun Abdul Razak Hussein dan timbalannya Tun Ismail Abdul Rahman dalam latar peristiwa 13 Mei 1969 itu dikritik kerana memaparkan perisitiwa sejarah dengan tidak jujur.

Filem tersebut tetap mengalami kerugian walau dipromosi oleh kumpulan pendesak nasionalis, yang turut menggesa akan filem berkenaan diwajibkan tayangan di sekolah dan universiti.

Filem oleh Persona Pictures Sdn Bhd dihasilkan dengan geran RM4.2 juta dari Finas.

Menurut laman 'Tanda Putera' di Facebook, filem berkenaan akan ditayangkan di luar pawagam melalui tempahan khas, yang dijangka akan memberi tambahan kutipan RM570,000 ~ Malaysiakini

Yang ruginya ialah rakyat dalam hal ini.. sebab RM4.8 Juta itu datangnya dari cukai-cukai yang dibayar oleh rakyat..

Pengarahnya sendiri dah kaut masuk poket banyak mana entahlah...

Syarikat Tembakau Dedahkan Sebab Harga Rokok Akan Dinaikkan Esok...

Posted: 29 Sep 2013 08:30 AM PDT


Syarikat tembakau, British American Tobacco (BAT) Malaysia mendakwa kenaikan harga rokok sehingga RM10.50 bermula esok tidak dapat dielakkan berikutan kenaikan eksais tembakau sehingga 14 peratus.

BAT dalam satu kenyataan media mendakwa, kenaikan harga rokok bermula 30 September 2013 itu juga tidak dapat dielakkan disebabkan kemerosotan jualan yang dialami syarikat tembakau berikutan lambakan rokok seludup di negara ini.

"Kami telah beroperasi pada kecekapan kos yang optimum dan peningkatan jumlah eksport dengan meluaskan kontrak pembuatan beberapa tahun kebelakangan ini untuk mengekalkan pulangan kepada pelabur.

"Langkah-langkah ini bagaimanapun sukar mengatasi kerugian akibat kewujudan rokok haram. Oleh itu kami tiada pilihan tetapi melakukan peningkatan harga," kata Pengarah Urusan BAT Malaysia, Stefano Clini dalam kenyataan sama hari ini.

Clini dalam pada itu mendakwa pihaknya kecewa dan terperanjat dengan kenaikan eksais tembakau melebihi kadar 14 peratus itu kerana didakwa akan menggalakkan kewujudan rokok tidak sah di negara ini sekali gus menyebabkan industri tembakau negara dikuasai sindiket penyeludupan rokok haram.

Ia kerana kenaikan harga rokok secara mengejut didakwa akan menyebabkan ramai perokok beralih kepada rokok haram yang lebih murah yang boleh didapati dengan mudah meskipun penjualan rokok seperti itu menyalahi undang-undang.

Beliau turut mendakwa kadar kerugian akibat lambakan rokok haram kira-kira RM2 bilion dan berharap kerajaan akan memperhebatkan langkah penguatkuasaan dan mengenakan peruntukkan undang-undang yang lebih tegas seperti penjara mandatori terhadap mereka yang terlibat dalam kegiatan rokok haram

Mynewshub.my semalam melaporkan harga setiap kotak rokok akan mengalami peningkatan yang agak ketara bermula esok.


Pengumuman mengenai perkara itu dibuat pihak Commercial Marketers and Distributors Sdn. Bhd. melalui iklan yang diletakan di dalam beberapa akhbar utama hari ini.

Melalui peningkatan tersebut, harga baru sebungkus rokok pek 20 jenama utama adalah antara RM10.50 hingga RM12.00.

Jenama rokok yang terlibat dengan harga baru berkenaan adalah Dunhill, Benson & Hedges, Kent, Lucky Strike, Rothmans, Peter Stuyvesant dan Pall Mall ~ Mynewshub.my 

... Hari ini golongan perokok sudah menjadi semakin minoriti, apatah lagi dunia hari ini ditadbir oleh golongan "anti smoking facist", maka kenaikan harga rokok tidak ramai yang peduli.

Berita mengenai rampasan rokok yang diseludup akan terus kita dengari jika kerajaan akan menaikkan lagi cukai rokok.

Rokok seludup akan terus laku setiap kali cukai terhadap rokok "halal" dinaikkan.

Sebabnya dimana ada permintaan disitu ada penawaran..

Dalam usaha untuk mengurangkan defisit negara disamping mengurangkan jumlah perokok dinegara ini..  siapakah yang sebenarnya untung setiap kali harga rokok naik?

Kerajaan atau tauke rokok seludup?

Woi..hangpa tengok ni.!!!! Mukhriz dah mula berkempen di DUN Sungai Limau...

Posted: 29 Sep 2013 08:25 AM PDT

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan bermesyuarat pada Khamis depan (3 Oktober) untuk membuat keputusan dan mengumumkan tarikh bagi pilihan raya kecil (PRK) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau.

Tapi hangpa tengok... Mukhriz dah mula turun berkempen kat Sungai Limau,tup-tup dia pi buat konon-nya  Program Santai dan Minum Petang MB Kedah bersama Penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau di Bukit Besar. Tak percaya hangpa tengok kat BERNAMA IMAGES.

Tu la..ramai dok kata...puak UMNO Munafiqkun ni bukan boleh percaya walau sebesar zarah sekalipun...baru saja depa tunjuk baik pi ziarah Almarhum Ust Azizan_siap susah payah dia dan bapak dia Tun Mahadthir siram air mawar kat pusara Almarhum Ust Azizan time orang dok baca taklin...inilah sifat Munafiq UMNO yang terang-terang...belum apa-apa lagi dah mula nak berkempen untuk raih undi.

Mungkin Mukhriz boleh jawap sebab atas kapisiti dia sorang MB Kedah_tapi nampak sangat la orang semua baghral kalau tak faham kenapa dalam banyak-banyak tempat kat Kedah dia boleh pegi tempat yang bakal ada PRK....


YAN, 29 Sept -- MB Datuk Mukhriz  konon-nya dok menjawab soalan yang diajukan penduduk pada Program Santai dan Minum Petang MB Kedah bersama Penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau di Bukit Besar di sini hari ini.
Lebih 100 penduduk hadir bagi bertemu dan beramah mesra dengan pemimpin tertinggi kerajaan negeri.
*Kalau dah depa dah boleh berkempen...apa lagi ahli PAS dan PR...tak kan dok dalam selimut lagi kot....hahaha....

UMNO Pulau Pinang perkenal kaedah baru untuk pertahan jawatan ke ni?

Posted: 29 Sep 2013 08:22 AM PDT


Menjelang pemilihan UMNO Oktober ini, Pemimpin-pemimpin UMNO Pulau Pinang dikhabarkan telah menggunakan kaedah baru bagi mengekalkan kuasa ditangan mereka dan juga kroni mereka.

Laporan dari Bernama ini cuma menyebut satu UMNO Bahagian saja yang menjadi mangsa kaedah baru itu, hakikatnya bukan satu sahaja.. tapi banyak lagi Bahagian-bahagian UMNO yang menjadi mangsa..

Yang lain-lain tu cuma berani marah dari belakang saja.. berkumpul kat kedai kopi, lepas tu pakat kutuk dari belakang.. nak kutuk secara berhadapan takut saki baki kepentinganpun hilang..

Antaranya ialah Nibong Tebal, Bukit Bendera dan juga Permatang Pauh.. yang lain-lain aku tak ingat dah..

Kaedah ini ialah mengusulkan kepada pusat untuk menggantung hak keahlian individu-individu yang cuba menentang calon-calon Ketua Bahagian yang merupakan kroni kepada seseorang.

Dengan cara itu kroni mereka akan menang mudah dan UMNO Pulau Pinang akan berada sepenuhnya dalam kawalan individu yang akan bertanding pada peringkat MT itu pula..

Tak kiralah samada individu yang digantung itu telah bersama UMNO sejak 20 tahun yang lalu atau telah bersama UMNO sejak azali lagi..

Ada khabar angin yang mengatakan individu itu akan melawan Ketua Bahagian atau apa saja jawatan yang melibatkan kepentingan kroni.. "Aku gantung hang!!.. biaq padan muka hang!"..

Alasan yang digunakan untuk penggantungan hak keahlian itu ialah kononnya mereka sabotaj UMNO semasa PRU13 yang lalu..

Itulah kaedah baru yang dikhabarkan oleh beberapa orang pemimpin UMNO yang sudah digantung...

Sebahagian anggota Umno di Pulau Pinang hari ini mahu pucuk pimpinan parti itu memberi penjelasan berhubung status keanggotaan mereka selepas menerima surat mengenai perkara itu Rabu dan Khamis lepas.

Sambil meminta perkara itu disiasat, Timbalan Ketua Umno Bahagian Tasek Gelugor, Datuk Jasmin Mohamed antara 21 anggota di bahagian itu yang menerima surat berkenaan, berkata surat itu menimbulkan beberapa keraguan berikutan mereka yang menghantar borang pencalonan untuk pemilihan Umno Oktober ini turut ditolak.

"Mengikut fasal 6.2.4 Perlembagaan parti, ahli-ahli yang sedang di dalam cadangan untuk digantung atau dipecat tidaklah hilang hak keahliannya.

"Jadi mengikut fasal apa yang kami dikenakan tindakan seperti ini, kami mohon pihak pemimpin tertinggi Umno menyiasat perkara ini. Kami semua sayang parti sebab itu mahukan penjelasan daripada pucuk pimpinan," katanya kepada pemberita di Butterworth hari ini.

Katanya 21 orang termasuk enam anggota di bahagian itu yang menghantar borang untuk bertanding pada pemilihan parti di bahagian itu hilang kelayakan untuk bertanding peringkat bahagian nanti kerana didakwa cuba mensabotaj parti dalam pilihan raya umum lepas.

"Kalau betul seperti itu mengapa surat ini hanya dikeluarkan pada 20 September dan bukan dikeluarkan sebaik pilihan raya umum berakhir pada Mei lalu.

"Tetapi surat itu juga hanya sampai kepada kami pada 25 dan 26 September iaitu selepas tamatnya tempoh 72 jam yang diberi kepada calon yang menawar diri untuk bertanding dalam pemilihan peringkat bahagian nanti," katanya pada sidang akhbar hari ini.

Jasmin yang juga bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Dua berkata demikian bagi mengulas kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Umno negeri, Datuk Daud Taha berhubung tujuh calon yang menawar diri untuk bertanding dalam pemilihan Umno peringkat bahagian di Pulau Pinang digantung keanggotaan mereka kerana cuba mensabotaj parti pada pilihan raya umum lalu.

Sementara itu, Jasmin yang menghantar borang untuk bertanding Ketua Bahagian berkata apa yang berlaku itu seolah-olah menunjukkan wujudnya unsur sabotaj untuk menghalang mereka yang terlibat daripada bertanding.

"Dalam surat yang kami terima menyatakan keahlian kami digantung sehingga siasatan selesai tetapi yang menimbulkan keraguan Lembaga Disiplin parti belum mengeluarkan sebarang keputusan.

"Kami juga dipanggil oleh Lembaga Disiplin pada 12 September dan telah memberi keterangan. Selain itu kami juga dimaklumkan oleh Lembaga Disiplin yang kami boleh bertanding," katanya. – Bernama

Kenapa aku letak gambar Datuk Musa tu... pemimpin UMNO Pulau Pinang tentu faham... macai UMNO tak akan faham punya.. maklumlah.. macai katakan.. ha..ha..ha..

Diharap PKR tidak meniru kaedah ini dalam Pemilihan yang akan datang ni..

PEMILIHAN PAS - HARAP US TUAN IBRAHIM MENANG, JIKA TIDAK ELOKLAH MAT SABU SAJA

Posted: 29 Sep 2013 08:20 AM PDT

SELAIN dari pemilihan di dalam pimpinan Umno, aku juga tertarik dengan kehangatan pemilihan pimpinan di dalam PAS iaitu parti sekutu PR yang aku sokong selama ini.  Pemilihan Umno aku cuma tertarik dengan ragam mereka berkempen untuk memenangi jawatan yang ditandingi yang kadangkala menampakkan wajah Umno yang sebenarnya.


Aku hanya mahu ulas sedikit tentang pemilihan di dalam PAS.  Tidak salah rasanya jika aku meletakkan diri aku seketika sebagai ahli PAS agar aku boleh bayangkan siapakah pemimpin PAS yang aku mahu pilih menduduki jawatan tertinggi di dalam parti Islam tersebut.

Tuan Hj Muhammad Sabu - Timbalan Presiden PAS, bakal dicabar?


Bagi jawatan Presiden, aku istiqomah dari dulu bahawa tiada yang lebih layak berada di situ melainkan Tuan Guru Hj Hadi Awang.  Walaupun ada ketikanya aku kritik pendekatan Tuan Guru Hj Hadi di dalam beberapa isu, tetapi kelemahan atau kesilapan jika ada pun pada Tuan Guru Hj Hadi sedikitpun tidak menunjukkan PAS telah tersasar dari perjuangan Islam.  Tuan Guru tetap terbaik dan PAS tidak wajar memikirkan tokoh lain bagi menggantikannya.


Ketua Penerangan PAS Pusat/Pesuruhjaya PAS Pahang-Us Tuan Ibrahim Tuan Man

Timbalan Presiden pula, aku masih lagi istiqomah semenjak Muktamar pemilihan yang lalu iaitu aku menyokong jika Us Tuan Ibrahim Tuan Man bertanding kerusi Nombor Dua ini.  Pada pemilihan yang lalu aku tidak kecewa apabila Us Tuan Ibrahim tewas di tangan Tuan Hj Mat Sabu walaupun waktu itu aku turut berkempen untuk Us Tuan Ibrahim.  Kemenangan Tuan Hj Mat Sabu sedikit mengubati perasaanku waktu itu kerana bagi aku Tuan Hj Mat Sabu memang 'power' dan ada kelebihan pada beliau yang tiada pada Us Tuan Ibrahim.  Apa yang tiada pada Tuan Hj Mat Sabu hanyalah keilmuan Islam yang mendalam seperti yang dimiliki oleh Us Tuan Ibrahim.

Us Nik Amar - Exco Kerajaan PAS Kelantan
Kali ini, jika Us Tuan Ibrahim menyahut pencalonan yang mahukan agar beliau menentang Tuan Hj Mat Sabu di Kerusi Timbalan Presiden, sekali lagi aku akan berkempen habis-habisan untuk Pesuruhjaya PAS Pahang ini.  Bagi aku, PAS perlukan Timbalan Presiden seperti Us Tuan Ibrahim yang juga seorang Ulamak tetapi tidak menyamai sifat beberapa tokoh di Dewan Ulamak.  Us Tuan Ibrahim juga bukan tokoh kontroversi yang boleh dikaitkan dengan UG atau apa jua isu yang boleh merosakkan PAS atau PR.  Tuan Hj Mat Sabu juga begitu, namun 'markah' ilmu agama Tuan Hj Mat Sabu ini membuatkan aku lebih tertarik dengan Us Tuan Ibrahim.

Desas desus menyebut, pemilihan kali ini Us Nik Amar dari Kelantan akan mencuba nasib bertanding di Kerusi Nombor Dua di dalam PAS itu.  Jika benar begitu, aku lebih suka Tuan Hj Mat Sabu menang seandainya Us Tuan Ibrahim tewas sekali lagi.  Jawatan Timbalan Presiden PAS mestilah seorang yang mempunyai pengaruh yang kuat di peringkat Kebangsaan, pandai bergaul dan disukai ramai masyarakat Non-Muslim.  Sifat ini hanya ada pada Tuan Hj Mat Sabu dan Us Tuan Ibrahim sahaja.  Us Nik Amar hanya hebat dan berpengaruh di bumi Kelantan sahaja.  

Us Tuan Ibrahim, beliau bukan sahaja Ulamak tetapi boleh bergerak seperti aktivis.  Di Pahang khususnya, beberapa aktiviti yang melibatkan aktivis-aktivis yang memperjuangkan isu Felda, Orang Asal mahu pun alam sekitar, Us Tuan Ibrahim sentiasa masuk campor dan mengambil bahagian.  Beliau bukan membuat kerja dakwah di masjid semata-mata.  Beliau juga terkenal di seluruh Malaysia dan tiada isu panas atau kontroversi yang boleh menjejaskan nama baiknya.  

Atas sifat inilah, aku mahu agar kali ini Us Tuan Ibrahim berada di Kerusi Timbalan Presiden.  Bukan kerana Tuan Hj Mat Sabu tidak layak atau tidak baik, tetapi Us Tuan Ibrahim pada aku lebih layak dan lebih baik.  Seandainya Us Tuan Ibrahim tidak mahu bertanding Kerusi Timbalan Presiden, pastinya aku akan berkempen untuk Tuan Hj Mat Sabu.  

Betulkan Sejarah (1) - "Syiah"kah yang bunuh Saddam Hussain ?

Posted: 29 Sep 2013 08:17 AM PDT

Permainan semakin hampir, maka ayuh bersiap sedia dari sekarang sebelum bendera panji hitam yang sebenarnya di kibarkan... Allahumma...! Para mujahid sedang bangkit,dan sedang menanti klimaks keadaan sekarang....semakin ramai mujahid akan berjuang untuk menuntut keadilan dan kesejahteraan...! Takbir !! a.

Kisah sejarah hukumangantung sampai mati terhadap bekas Perdana Menteri Iraq, Saddam Hussein.. Tapi tak ramai tahu kenapa beliau dihukum gantung..? Siapakah Nouri Al-Maliki, Perdana Menteri Iraq sekarang..?




Dulu kita tak faham kenapa Saddam Hussain banyak bunuh rakyat Iraq..? Kenapa Saddam Hussain sembelih ribuan rakyatnya sendiri..? Rupanya kerana mereka adalah syiah. Kita salah faham kepada Saddam kerana media putar belit dek telunjuk yahudi israel dan amerika. Masa tu kita hanya ada TV dan surat khabar sebagai agent berita. Zaman tu myspace/friendster yg poyo, fesbuk tak popular lagi. Saddam sudah tahu akan bahayanya syiah ini.


Beliau sudah nampak ancamannya, maka beliau ambil tindakan menghapus kan etnik syiah yang makin ramai yg imigrasi dari Iran. Bertepatan dengan hadis nabi yang diriwayatkan dari Saidina Ali, nabi kata kalau jumpa golongan Rafidhah ini, maka bunuhlah mereka. Jadi nabi pesan suruh bunuh sebab nabi tahu mereka akan bawa kerosakan. Akhirnya terbukti sekarang kebangsatan syiah di Syria, Lubnan dan Iraq.


Iraq diperangi kerana Saddam "diktator yg zalim", siapa yang report begitu pada PBB? Iran. Siapa yg bagi lapangan terbang digunakan tentera amerika? Iran. Siapa yang bagi ruang lautnya dan pelabuhannya  
igunakan amerika? Iran. 

Sekarang anda baru tahu dan baru sedar, bukan? Ketahuilah beberapa ulama ASWJ di tanah arab mengisytiharkan Saddam mati dalam husnul khatimah. 

Siapa pula Nouri Al-Maliki, Perdana Menteri Iraq sekarang? Nouri Al-Maliki adalah seorang penganut Syiah yang telah berkuasa di Iraq sekarang. Kita ketahui bersama hubungan Ahmadinejad dengan Nouri Al Maliki adalah dekat sekali. Sebab Perdana Menteri Syiah di Iraq ini juga naik atas jasa Tehran. Maka itu, pada 18 Oktober 2010, Maliki terbang ke Tehran pada hari Isnin untuk meminta sokongan bagi masa jabatan barunya, kerana Iran telah mempunyai pengaruh yang signifikan di Baghdad sejak runtuhnya Saddam. 


Padahal jelas-jelas Nouri Al Maliki adalah kaki tangan Amerika di Iraq. Sekarang Syria, Iran, Iraq telah dikuasai oleh seorang Pemerintah yang berfahaman Syiah


" Jika kita mengejar AKHIRAT, DUNIA akan datang bersujud kepada kita, dan biarlah nampak miskin tapi berharta dan tidak berhutang, daripada nampak hebat tapi tidak berharta dan banyak hutang "

Ustaz Nordin Jaafar:Perjuangan bukan sekadar berlandaskan ijazah

Posted: 29 Sep 2013 08:13 AM PDT



UCAPAN YANG DIPERTUA PAS KAWASAN BUKIT GANTANG 2013

Assalamulaikum warahmatullahi wabarokatuh dan salam sejahtera

الحمد  لله حمدا الحامدين , وحمدا الشاكرين , وحمدا يوافي نعمه ويكافي مزيده , يا ربنا لك الحمد كما ينبغي لجلال وجھك وعظيم سلطانك . 
أشھد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له , له الملك وله الحمد وھو على كل شيء قدير . وأشھد أن محمدا عبده ورسوله , البدر الدجى والسراج المنير .
اللھم وصل وسلم وبارك على محمد أشرف الأنبياء والمرسلين , وعلى آله وصحبه أجمعين , ومن سار على نهجه الى يوم الدين. 



Saya ucapkan ahlan wa sahlan wa marhaban bi kum, selamat datang dan selamat bermesyuarat, kepada semua para perwakilan, pemerhati dan tetamu yang memeriahkan Mesyuarat Agong  Tahunan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kawasan Bukit Gantang kali ke 46 pada tahun ini.

Marilah dengan penuh yakin kita memohon kepada Allah SWT akan keberkatan dan fadilat, serta pahala yang berlipat ganda daripada kelebihan ribat fi sabilillah, kerana keyakinan terhadap dasar dan matlamat perjuangan kita.

Firman Allah SWT

{Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan mereka tidak ragu (dalam keimanan itu) dan mereka berjihad dengan harta benda mereka serta diri mereka pada jalan Allah. Merekalah orang-orang yang benar (dalam menghayati keimanan/aqidah)}

(al-Hujurat : 15)

Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah sekalian,

Ayat di atas memperlihatkan kepada kita bahawa keimanan menghasilkan keyakinan kepada Allah dan Rasul serta mencetuskan jihad dan perjuangan dalam kehidupan seseorang yang beriman itu. 

Orang yang tinggi imannya mempunyai kesanggupan dan kesungguhan untuk berjuang atas nama jhad dengan tahap kesungguhan yang tinggi kerana mempunyai keyakinan bahawa segala pengorbanan yang dilakukan akan dibalas dengan ganjaran yang amat besar di akhirat nanti.

​Banyak orang yang boleh bercakap tentang perjuangan dan kewajipan berjemaah tetapi hakikatnya tidak banyak yang sanggup menempuh pelbagai halangan dan cabaran dalam mengharungi cabaran yang dihadapi oleh jemaah. 

Perjuangan bukan sekadar berlandaskan ijazah atau kelulusan yang tinggi tetapi perlu disertakan dengan keyakinan, kesanggupan, ketahanan, kesungguhan, kepatuhan, ketaatan, keikhlasan dan pelbagai lagi resepi yang perlu dimiliki oleh pejuang.          

Firman Allah SWT:

Wahai orang-orang yang beriman! Jadikanlah diri kamu pembela-pembela (agama) Allah sebagaimana (keadaan penyokong-penyokong) Nabi Isa ibni Maryam (ketika ia) berkata kepada penyokong-penyokongnya itu: "Siapakah penolong-penolongku (dalam perjalananku) kepada Allah (dengan menegakkan agamaNya)?"

 Mereka menjawab: "Kamilah pembela-pembela (agama) Allah!" (Setelah Nabi Isa tidak berada di antara mereka) maka sepuak dari kaum Bani Israil beriman, dan sepuak lagi (tetap) kafir. Lalu Kami berikan pertolongan kepada orang-orang yang beriman untuk mengalahkan musuhnya, maka menjadilah mereka orang-orang yang menang.
(as-Saff 14) 

 Para hadirin dan hadirat sekalian,

Berdasarkan keterangan di atas, kita seharusnya amat bersyukur kehadrat Allah SWT kerana dipilih untuk berada dalam jemaah PAS yang secara prinsip dan pelaksanaannya adalah untuk berjuang dan menegakkan agama Allah di bumi Malaysia yang kita cintai ini. 

Keberadaan kita dalam perjuangan suci ini perlu dihayati dan diterjemahkan dalam bentuk perlakuan dan tindakan kita. 

Kita perlu memastikan kefahaman dan penghayatan kita terhadap perjuangan ini sentiasa ditingkatkan melalui peningkatan ilmu dan pengetahuan.

 Pendukung PAS semestinya sentiasa kasih dan cinta akan ilmu agama dan sentiasa berusaha untuk mendalami pengetahuan mereka kerana dengan adanya kefahaman dan pengetahuan, segala tindak-tanduk yang diambil akan berdasarkan panduan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT melalui ktab suci-Nya Al-Quran Nur Karim.

Selain itu, pejuang PAS juga perlu sentiasa berusaha untuk meningkatkan kualiti kerja dan sumbangan kita kepada perjuangan PAS dalam apa juga kedudukan dan keadaan. 

Kita seharusnya sentiasa membuat koreksi diri untuk menilai tahap dan kualiti sumbangan kita untuk menguatkan PAS di semua peringkat yang kita diamanahkan. 

Refleksi diri yang kita lakukan akan memberi kesan positif kepada kualiti amalan kita dan secara tidak langsung akan membina kekuatan dan keupayaan PAS untuk berhadapan dengan cabaran yang berada di luar. 

Kita perlu faham dan sedar bahawa segala kerja keras dan kesungguhan yang kita lakukan adalah untuk bekalan kita sendiri apabila berhadapan dengan Maha Pencipta. 
Refleksi dan koreksi diri ini akan mengurangkan sikap negatif yang sentiasa melihat dan mencari kelemahan orang lain tetapi akan menerima kelemahan dan kekurangan rakan sebagai suatu proses lengkap-melengkapi.

Perkara paling penting sebagai pejuang ialah keikhlasan dan keupayaan kita meletakkan segala penat lelah dan pengorbanan kita dalam perjuangan hanya sesungguhnya kerana Allah SWT. 
Kita perlu sentiasa dalam keadaan sedar untuk menilai bahawa landasan yang kita pilih merupakan laluan yang betul dan tidak tidak terbabas daripada tujuan dan matlamat asalnya. Amatlah malang sekiranya segala cabaran dan susah payah kita dalam perjuangan ini tidak dapat kita persembahkan kepada Allah SWT hanya semata-mata kerana hilangnya keikhlasan kita dalam perjuangan suci ini. 

Aspek populariti, keagungan, kehebatan dan kelebihan yang dianugerahkan kepada kita sekiranya tidak diatur dengan baik akan menegelamkan kita ke jurang kebinasaan.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah sekalian,

Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan tahniah, syabas dan terima kasih kepada semua jentera pilihan raya di semua peringkat kerana telah berjaya mempertahankan kemenangan kita di Parlimen Bukit Gantang, DUN Changkat Jering dan DUN Kuala Sapetang. Namun Allah SWT masih menangguh kemenangan kita di DUN Trong.

Kejayaan yang diraih ini merupakan kejayaan kita bersama-sama. Kejayaan ini hasil daripada keikhlasan semua jentera yang bekerja dengan penuh sistematik dan berstrategi di samping doa dan munajat. 

Hal ini kerana kerja-kerja pilihan raya merupakan suatu seni yang memerlukan kepakaran dan kemahiran yang tinggi untuk mengatur strategi bagi mengalahkan musuh yang juga dilatih dan dibentuk oleh tenaga pakar mereka.

 Malah dengan keupayaan kewangan dan kuasa yang ada, sudah tentu mereka jauh lebih berkemampuan untuk mendapatkan khidmat pakar dari dalam dan luar negara. 

Namun yakinlah bahawa Allah SWT akan bersama-sama dengan perjuangan yang berteraskan perintah-Nya asal sahaja kita memenuhi syarat dan peraturan yang telah ditetapkan dalam perjuangan agama Allah SWT ini. Penangguhan kemenangan juga merupakan hikmah yang Allah SWT berikan kepada kita bagi membuka lebih ruang dan peluang untuk kita bekerja. 

Kekalahan ini perlu diterima dengan berlapang dada tetapi perlu mencari jalan untuk meningkat keupayaan kita dan mengurangkan kelemahan kita agar tiada ruang dibuka untuk membolehkan musuh mengekalkan kemenangan mereka. Paling penting diharapkan semua kita ada saham yang dilaburkan dalam PRU-13 lalu.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah sekalian,

Dunia Islam hari ni dikejutkan dengan peristiwa rampasan kuasa di Mesir dan kekejaman yang dilakukan oleh Barsha As Saad di Libya. Kekejaman dan keganasan ini menunjukkan bahawa musuh Islam tidak pernah redha untuk melihat kejayaan yang dimiliki oleh perjuangan yang berlandaskan Islam.

Selain peristiwa di atas, pembongkaran tentang Syiah terutama di negara ini pelu ditangani dengan baik. Sebagai pejuang PAS yang berlandaskan Ahli Sunnah Wal Jamaah, kita perlu memastikan tiada unsur luar menyerap masuk ke dalam jemaah kita. Kepatuhan kita hanya kepada ketetapan yang telah diputuskan dalam PAS.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah sekalian,

Dalam kesempatan ini saya memohon daripada semua untuk meneruskan kerja kita terutamanya untuk mengisi kemenangan yang dianugerah oleh Allah SWT. 

Kemenangan bukan sekadar kayu ukur untuk menilai kekuatan dan kelemahan musuh tetapi suatu amanah yang perlu ditanggung oleh kita. Kemenangan yang tidak dipenuhi dengan tanggungjawab akan mengundang kita ke jurang kehancuran pada masa depan. 

Lantaran itu, mengisi kemenangan di Parlimen Bukit Gantang merupakan tanggungjawab kita bersama agar kepercayaan yang diberikan oleh rakyat kepada kita dalam PRU ke-13 merupakan suatu pelaburan yang berbaloi. 

Jawatan wakil rakyat bukan jawatan eksekutif tetapi merupakan institusi yang dianggotai oleh semua dalam kalangan kita.

Saya juga ingin menyeru kepada Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat yang merupakan sayap kepada pentadbiran PAS Kawasan agar dapat bergerak sederap dan seiring dengan pimpinan PAS Kawasan menuju matlamat dan tujuan yang sama.

Generasi muda adalah harapan umat menjadi pewaris kesinambungan perjuangan dan tenaga terpenting, mereka juga menjadi sasaran musuh. UMNO/BN lebih suka kalau generasi ini dalam kedaan leka, jahil, miskin dan menganggur, supaya mudah menjadi penyokong mereka, sekurang-kurangnya sekadar menjadi tukang sorak walau pun kampung tergadai.

Oleh itu, Dewan Pemuda perlu sentiasa proaktif sesuai dengan
keanggotaannya. Dewan Pemuda perlu mempunyai aspirasi untuk memimpin dan memandu sebahagian besar anak muda di luar yang masih lagi hanyut dibuai dengan keseronokan dunia yang menjerat mereka. 

Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah sekalian,

Golongan wanita lebih mudah menjadi mangsa media yang datang dan masuk ke rumah mempengaruhi keluarga, mereka adalah benteng di rumah dan tenaga penting di luar rumah bersama masyarakat. 

Kepada Dewan Muslimat pula yang terkenal dengan kecekalan dan ketabahan menghadapi segala liku perjuangan ini ,perlu mengorak lebih jauh untuk memenuhi kehendak wanita di luar yang sebahagian besarnya masih lagi buta dari hakikat kebenaran. Selama ini pun Dewan Muslimat telah turun ke rumah pengundi sasaran, dengan penuh menghadapi cabaran yang tidak pernah dihadapi oleh muslimin.
Saya menaruh keyakinan dengan keupayaan kedua-dua Dewan ini untuk memenuhi hasrat tersebut.

Kita juga amat berbangga kerana mempunyai Dewan Himpunan Penyokong PAS Kawasan Bukit Gantang yang sentiasa bersama-sama kita sama ada ketika kita susah ataupun senang. Persepakatan yang dijalin merupakan suatu anugerah yang Allah SWT berikan kepada kita untuk hidup dalam suasana harmoni dan aman. 

Sebagai sayap parti yang baharu, DHPP perlu terus berusaha meningkatkan kefahaman masyarakat bukan Islam tentang perjuangan PAS dan Pakatan Rakyat yang akan membawa kehidupan rakyat lebih selesa dengan pemerintahan yang adil dan amanah. Hidup rakyat akan lebih terbela dan masa depan anak-anak kita lebih terjamin.

 Para hadirin dan hadirat sekalian,

Mesyuarat Agong ini dilangsungkan bersama pemilihan kepimpanan tertinggi parti, maka seluruh perwakilan hendaklah meletakkan perkara kepimpinan di atas tanggungjawab amanah yang besar dalam ajaran Islam, yang menjadi dasar dan matlamat perjuangan kita.

Maka hendaklah berpandukan kepada amanah yang dinyatakan oleh Rasulullah SAW :

  "يا عبد الرحمن بن سمرة، لا تسأل الإمارة، فإنك إن أوتيتها عن مسألة وكِّلت إليها، وإن أوتيتها عن غير مسألة أُعِنْتَ عليها. 

Wahai Abdul Rahman bin Samurah !, jangan sekali-kali meminta jawatan menjadi ketua (pemimpin) . Maka sesungguhnya jika sekiranya kamu diberi jawatan dengan memintanya nescaya dibiarkan memikulnya (tanpa pertolongan Allah), sekiranya diberi jawatan itu tanpa memintanya nescaya kamu diberi pertolongan melaksanakannya. 


إَِّنا والله لا ُنَولِّي َعلَى َھَذا العمل احدا َسأَلَُه َوَلاأََحًدا َحَر َص َعلَْيِه

Sesungguhnya kami, demi Allah tidak melantik memegang jawatan dalam melaksanakan tugas ini ,kepada seseorang apabila dia memintanya dan tidak juga kepada seseorang terlalu ingin menjawatnya.

 Para hadirin dan hadirat sekalian,

Pemilihan dalam Islam mempunyai nilai moral keluhuran dan kemuliaan yang tersendiri, bukan sahaja kelayakan pemimpin yang berteraskan Islam dari aspek iman, akhlak, ilmu, pengalaman dan pengaruh, kemampuan melaksanakan amanah, komited dengan gerakerja, termasuklah cara penonjolan yang berakhlak. 

Ingatlah bahawa kita memimpin bukan untuk menjadi popular, atau supaya digelar orang sebagai pahlawan, tetapi adalah untuk melaksanakan amanah Allah SWT, kerana amanah khilafah ini tidak akan surut hinggalah ke hari kiamat.

Inilah pendekatan yang dihayati oleh PAS di sepanjang jalan, sehingga kita mampu menghadapi ranjau dan gelombang perjuangan yang suci ini. 
Maka tunaikan amanah ini dengan cara dan sifat Islam yang kita junjung selama ini, supaya PAS terus menjadi bahtera penyelamat di dunia dan akhirat.
Akhirnya, saya sekali lagi bagi pihak PAS Kawasan Bukit Gantang mengambil kesempatan merakamkan jutaan terima kasih kepada para dermawan yang sudi menyumbangkan derma bagi menjayakan aktiviti kita sepanjang tahun ini. 
Kepada tetamu yang hadir pada pagi ini dan para perwakilan serta pemerhati, saya merakamkan ucapan terima kasih.  
Sebelum saya mengundur diri marilah kita hayati firman Allah ini:

ان الله يحب الذين يقاتلون في سبيله صفا   كانه بنيان مرصوص.
 Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berjuang dijalanNya dalam saf yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh (daripada bata yang disusun dengan rapi dan diikat dengan teguh)

Sekian, Wassalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh.

MOHD NORDIN B. JAAFAR
Yang Dipertua
PAS Kawasan Bukit Gantang

Suhakam tuntut RUU Cegah Jenayah ditangguh

Posted: 29 Sep 2013 08:08 AM PDT

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) melahirkan rasa bimbang terhadap cadangan pindaan Akta Pencegahan Penjenayah (PAC) 1959 seperti mana yang dicerminkan dalam Rang Undang-undang (RUU) Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan) 2013 yang dibentangkan di Dewan Rakyat untuk bacaan kali pertama pada 25 September lalu.

Pengerusinya, Tan Sri Hasmi Agam (gambar) dalam satu kenyataan media hari ini berkata, walaupun menyokong usaha berterusan kerajaan dalam menangani jenayah serius, hasil kajian Suhakam  mendapati beberapa peruntukan dalam RUU tersebut terutamanya penahanan tanpa bicara dan perwakilan undang-undang, tidak selari dengan prinsip asas hak asasi manusia seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR).

"Walaupun adalah diperhatikan bahawa RUU tersebut mencadangkan satu pindaan ke atas Sesyen 9(1) menjadikannya satu keperluan untuk laporan-laporan siasatan dikemukakan kepada Lembaga Pencegahan Jenayah (Lembaga) dan bukannya Menteri, Suruhanjaya memandang serius terhadap cadangan Seksyen 9(5) dan Seksyen 9A(2) yang menafikan hak seseorang untuk perwakilan undang-undang seperti yang terjamin di bawah Perkara 5(3) dalam Perlembagaan Persekutuan dan Perkara 7 dalam UDHR," jelas Hasmy.

Suhakam juga, tambah beliau bimbang dengan cadangan Seksyen 7C yang memberi kuasa kepada Lembaga untuk mengeluarkan perintah tahanan terhadap seseorang yang telah melakukan dua atau lebih kesalahan yang serius, sama ada dia telah disabitkan atau tidak, dan semata-mata berdasarkan kecukupan bukti.

Tambah beliau, Suhakam  berpendapat peruntukan tersebut mencabuli hak seseorang kepada perbicaraan yang adil, perlindungan terhadap perbicaraan berulang serta hak untuk kesaksamaan di sisi undang-undang dan hak untuk dipertimbangkan tidak bersalah sehingga terbukti bersalah, seperti yang diperuntukkan di bawah Perkara 7(2) dan Perkara 8(1)  Perlembagaan Persekutuan.

"Suruhanjaya juga melahirkan rasa kecewa ke atas cadangan Seksyen 15A yang menghalang semakan kehakiman ke atas keputusan Lembaga melainkan perkara-perkara yang berkenaan prosedur seterusnya menafikan hak seseorang individu untuk mendapatkan akses kepada mahkamah dengan segala jaminan yang perlu untuk pembelaannya.

"Dalam usaha kerajaan memerangi jenayah, adalah penting untuknya memastikan bahawa undang-undang yang digubal adalah progresif dan tidak mundur, menyedari akan kedudukan Malaysia sebagai ahli kepada Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa (PBB) yang mengkehendakinya menegakkan piawaian tertinggi dalam mempromosi dan melindungi hak asasi manusia di negara ini," tegas beliau.

Sehubungan itu, Suhakam jelasnya menyarankan kerajaan menangguhkan pembentangan kali kedua rang undang-undang tersebut dan menjalankan kajian semula ke atas cadangan-cadangan pindaan dengan mengambil kira prinsip-prinsip hak asasi manusia iaitu penahanan tidak boleh dibuat sewenang-wenangnya; penahanan mestilah berdasarkan sebab dan prosedur yang ditetapkan oleh undang-undang; maklumat tentang sebab-sebab penahanan mesti diperuntukkan; dan hak untuk perbicaraan yang adil dan akses kepada perwakilan undang-undang mesti diperuntukkan.

"Suruhanjaya berpendapat bahawa selaras dengan matlamat ternyata kerajaan untuk menggerakkan negara ke arah mencapai status negara maju pada masa akan datang, adalah penting untuk Malaysia menunjukkan pematuhan sepenuhnya dengan norma-norma hak asasi manusia di samping memastikan penglibatan yang bermakna bersama pelbagai pihak berkepentingan di dalam proses kajian semula undang-undang dan perancangan dasar yang mana kerajaan komited untuk menjalankan," tegas beliau lagi.

Ibadah korban Amal Malaysia di Republik Sudan Selatan

Posted: 29 Sep 2013 08:07 AM PDT

Yayasan Amal Malaysia (Amal Malaysia) akan meneruskan program ibadah korban di kawasan-kawasan kritikal dengan memilih Juba, Republik Sudan Selatan (RSS) sebagai lokasi projek untuk tahun ini.

Menurut Presidennya, Husin Ismail, RSS dipilih Amal Malaysia sebagai lokasi program korban kerana keadaan dan keperluan bantuan lebih kritikal dan memerlukan bantuan segera.

RSS mencapai kemerdekaan daripada Sudan hasil referendum inisiatif Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Julai 2011.

"Umat Islam membentuk 17 peratus komposisi penduduk di RSS, Kristian 15 peratus manakala selebihnya penganut animisme," jelas Husin.

Hasil perbincangan Amal Malaysia dengan pemimpin Islam RSS, Dr Gassim Barnaba, misi Yayasan Amal akan berada di negara bekas wilayah selatan Sudan itu dari 13 hingga 19 Oktober.

Sehubungan itu, Husin mempelawa umat Islam yang berminat untuk menyertai program korban supaya menghubungi beliau di nombor 019 951 1860 atau boleh terus menyumbang ke akaun Yayasan Amal Malaysia 5530 1012 2090 (Maybank).

Slip pembayaran boleh juga di wassup, SMS ke nombor di atas atau emel kepada amalpresident@gmail.com .

Satu bahagian lembu korban adalah RM300 manakala kambing RM350 seekor. Sumbangan untuk akikah juga diterima.

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 12 Oktober hadapan.

"Moga usaha kita membantu mereka dan menyelamatkan akidah umat diterima dan mendapat keredaan Allah SWT. Insya Allah," kata Husin.

Felda ingkari teras Plan Transformasi Ekonomi

Posted: 29 Sep 2013 08:06 AM PDT

Felda secara terang-terangan mengingkari salah satu teras utama Plan Transformasi Ekonomi (ETP) Kerajaan Persekutuan untuk melepaskan aset bukan teras apabila melabur hampir RM700 juta dalam bidang hartanah.



Pelaburan Felda itu membabitkan pembelian hartanah bagi tujuan perhotelan di dalam negara dan di London.


Setiausaha Agung DAP yang juga  Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini mempersoalkan sama ada pelaburan korporat dan hartanah anak syarikat Felda itu mempunyai kaitan dengan pemilihan Umno, Oktober ini.


Felda Global Venture Holdings (FGV) baru-baru ini telah mengambil alih hotel empat bintang, Grand Borneo di Kota Kinabalu dengan harga RM86 juta dan membeli Grand Plaza Service Apartments di London dengan kos £98 juta (RM497 juta).


Anak syarikat Felda itu juga membeli 25 peratus saham syarikat Iris Corp yang tersenarai di Bursa Malaysia dengan kos RM110 juta.


Iris Corp adalah syarikat pembuat kad pintar dan perkampungan agrikultur.


"Apa kaitan antara operasi dan pemilikan lapan buah hotel di serata Perak, Terengganu, Negeri Sembilan, Sabah dan London dengan (aktiviti teras Felda iaitu) penanaman kelapa sawit?


"Bagaimana dengan melabur RM700 juta menjalankan perniagaan perhotelan di dalam negara dan di London dapat memberi faedah kepada kehidupan lebih satu juta orang yang tinggal di tanah rancangan Felda di seluruh negara?" soal Guan Eng.


Menurut Ketua Menteri Pulau Pinang itu, walaupun Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd  Isa Abdul Samad mencadangkan kepentingan Felda untuk mempelbagaikan portfolio perladangan yang kini tertakluk kepada ragam pasaran minyak kelapa sawit mentah, namun usaha kepelbagaian itu perlu berkait dengan bisnes teras Felda atau berkait rapat dengan pengalaman pengurusan pakar badan berkanun itu.


"Dunia korporat bersepah dengan sampah sarap pelaburan yang tidak rasional dan cuai; dalam bisnes yang syarikat induk tidak mempunyai banyak kepakaran atau ilmu.


"Felda tidak ada ilmu mengurus hotel. Apa yang membuatkan Felda merasakan ia boleh melakukan tugas yang lebih baik berbanding pengusaha hotel berpengalaman serta mendapatkan kadar pulangan yang lebih baik untuk pelaburan RM700 jutanya?" soal beliau lagi.


Menurut Guan Eng, berdasarkan pengalaman menguruskan Kerajaan Negeri Pulau Pinang, beliau terkejut dengan tindakan bekas kerajaan BN negeri dan anak-anak syarikatnya dengan aktiviti bukan-teras seperti operasi ladang kelapa sawit, getah, kolam ikan, hotel, kolej malah padang golf.


"Kesemua usaha yang tidak difikirkan dengan baik ini menjana kerugian ketika itu.


"Melalui polisi melepaskan pegangan, dan penyumberan luar (outsourcing) melalui pelaksanaan tender terbuka, kesemua kerugian operasi ini ditukar menjadi keuntungan secara tahunan.


"Namun kerugian operasi  ini semua dapat ditukar menjadi keuntungan dengan cepat disebabkan hartanah yang terlibat sudah pun dimiliki oleh kerajaan negeri. Dengan kata lain tidak wujud sebarang perbelanjaan modal," jelasnya.


Sehubungan itu, beliau sangsi perbelanjaan modal sebanyak RM700 juta oleh Felda, walaupun mampu menjana keuntungan akan menjustifikasi kos pelaburan.


"Atas sebab ini, pemimpin BN tidak sepatutnya menguruskan dana awam seperti milik peribadi tetapi ia perlu memberi justifikasi demi kepentingan akauntabiliti dan ketelusan, apa sebenarnya faedah kewangan daripada melabur dalam bisnes bukan teras kepada orang ramai," ujar beliau.

Mahasiswa Mesir demo menentang kudeta

Posted: 29 Sep 2013 08:06 AM PDT

Mahasiswa Mesir telah melakukan demontrasi aman di sejumlah universiti dan sekolah terhadap apa yang mereka sebut 'kudeta tentera' terhadap Presiden yang dipilih rakyat, Mohamed Morsi dan pemberian kekuasaan penangkapan kepada petugas keselamatan pentadbiran kampus.

Dipetik daripada blog Kelab Greenboc, sebagaimana diberitakan oleh Anadolu, Selasa (24 September), para mahasiswa melakukan demonstrasi untuk hari keempat berturut-turut di Universiti Assuit terhadap penggulingan Mursi dan pemberian kekuasaan kepada petugas keselamatan untuk menangkap mahasiswa di kampus.

Mahasiswa juga melakukan demo di Universiti Suez Canal terhadap penangkapan dua rakan mereka selama protes satu hari sebelumnya dan apa yang mereka katakan 'serangan' oleh pasukan keselamatan terhadap tindakan mereka.

Satu demonstrasi aman juga diadakan di Universiti Beni Sueif terhadap penangkapan dua mahasiswa dalam demonstrasi menentang kekuasaan penangkapan diberikan kepada petugas keselamatan kampus.

Para mahasiswa membawa symbol 'Empat Jari' sebagai tanda simpati terhadap pembantaian yang dilakukan tentera Mesir terhadap rakyatnya di Bundaran Rabaa al-Adawiya, Kahera pada Ogos lalu.

Demonstrasi juga dilakukan di Universiti Mansoura di panggung terbuka, mereka membawa gambar warga yang gugur dalam penyerbuan tentara terhdapa pendukung Presiden Mursi yang melakukan aksi duduk, selain itu mahasiswa juga menyerukan pembebasan untuk teman sekelas mereka yang ditahan.

Menurut saksi mata, seorang mahasiswi ditahan oleh polis keselamatan kerana memiliki lembaran-lembaran yang 'menghina' tentera .

Tapi para mahasiswa menafikan tuduhan tersebut, mereka menyatakan bahwa lembaran-lembaran itu merupakan soalselidik tentang 'kekuasaan tentera.

Pelaksanaan TPPA boleh gadaikan negara

Posted: 29 Sep 2013 08:04 AM PDT

Ceramah penerangan isu kenaikan harga minyak Dan Perjanjian Perkongsian Trans-Pacific  (TPPA) menarik ribuan pengunjung di perkarangan Pusat Khidmat masyarakat Ahli Parlimen Bachok.

Ceramah anjuran Urusetia penerangan kerajaan negeri Kelantan dengan kerjasama Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) serta SAMM itu telah menampilkan tokoh seperti Ahli Parlimen Lembah Pantai YB Nurul Izzah Anwar, YB Ahmad Marzuk yang juga merupakan ahli parlimen Bachok, Che Bard Pengerusi SAMM, Dato Omar Mohamad YDP Pas Bachok, Encik Azlan Ibrahim Pengerusi MTEM (Gambar atas)

Isi utama ceramah yang berkisar kepada kenaikan harga minyak dan bahaya kesan buruk sekiranya kerajaan melaksanakan TPPA, telah menarik minat hadirin terutamanya penduduk kawasan Bachok walaupun topik membicarakan tajuk berkaitan ekonomi yang biasanya kurang diminati rakyat marhaen.

Sementara itu ahli parlimen Bachok ketika dihubungi menyatakan puas hati atas kehadiran yg ramai pada ceramah tersebut. Ini menandakan tahap intelektual rakyat makin tinggi dan bukan mudah untuk diperbodohkan oleh pemimpin Umno dan BN, sesuatu yang sangat menarik pada malam ini Kita lihat rakyat terkesan dengan penjelasan penceramah dan tidak berganjak sehinggalah ceramah tamat.

Apabila mengulas isu TPPA beliau menyimpulkan bahawa kalau kerajaan meneruskan juga TPPA ini maka negara dan rakyat akan berada dalam keadaan yang sangat bahaya kerana negara kita belum sampai tahap yang mampu untuk bersaing dengan 12 negara lain yang ada dalam kumpulan TPPA, sebab itu banyak negara membantah TPPA ini termasuklah negara Jepun yang kalau dikira jauh lebih bersedia daripada Kita Malaysia .

Beliau juga membuat kesimpulan dan sangat bersetuju dengan pandangan tokoh veteran Umno yang juga Ahli Parlimen Gua Musang yang mengatakan bahawa rakyat terpaksa menanggung harga dan kos kenaikan harga minyak dan pengurangan subsidi minyak adalah kerana gejala rasuah dan penyelewangan yang di lakukan oleh pemimpin negara, maka rakyat yang terpaksa menanggung semua kos itu.

Terdahulu, dalam ucapan beliau menyatakan bahawa parlimen sedang bersidang dan akan meluluskan bajet tambahan untuk tahun 2013 berjumlah 14 bilion lebih yang sepatutnya rakyat mendapat nikmat dan manfaat daripadanya namun apa yang menyedihkan rakyat terpaksa tanggung kenaikan harga minyak dan barangan.

Mengulas lanjut tentang TPPA beliau mengatakan bahawa ada lima perkara asas mengapa rakyat perlu Tolak TPPA

Perkara pertama berkaitan dengan soal KESELAMATAN MAKANAN NEGARAyang mana bila perjanjian ini ditandatangani maka tiada lagi kawalan terhadap produk pertanian yang masuk dari luar. Dalam masa lima tahun, memang seronok ada banyak jenis bahan pertanian luar. Negara besar seperti US dan Jepun ada modal yang lebih besar untuk hasilkan makanan dengan murah, exsport ke Malaysia. Lama kelamaan petani kita tidak ada kerja, semua kerja kilang. Makanan tidak lagi di hasilkan dalam negara tapi di import dari luar dan kita bergantung pada makanan ini. Apa akan jadi jika nanti US dan Jepun buat hal, halang bekalan makanan. Petani-petani kita pula semakin berkurang. Kebuluran boleh berlaku seperti di Colombia dan Mexico dalam perjanjian NAFTA.

PIAWAIAN HALAL untuk umat Islam sekarang ini pengeluar makanan, pengeluar barangan penguna atau restoran tidak boleh suka-suka hati meletakkan logo Halal pada produk mereka. Di Malaysia semua logo Halal mesti standard dan mendapat pengiktirafan JAKIM setelah diperiksa dan di kaji. Jika TPPA ditandatangani, standard JAKIM ini bakal dilongarkan kerana mengikut standard US, tempat operasi makanan Halal dan tidak Halal boleh bercampur. Ikut standard Malaysia tidak boleh. Maka sesukalah sesebuah Syarikat itu mahu letak tanda Halal sendiri atau tidak. JAKIM tidak boleh memeriksa kandungan bahan sebab rahsia Syarikat. Dalam perjanjian ini, kandungan bahan adalah rahsia walaupun untuk kepentingan umat.

KESAN ALAM SEKITAR
 dan saman-menyaman. Contohnya, ada sebuah kilang yang telah di benarkan beroperasi di Malaysia. Ikut perjanjian, kilang tersebut boleh beroperasi selama 20 tahun. Tapi selepas beroperasi, didapati kilang tersebut mengeluarkan sejenis bahan yang merosakan alam sekitara, masyarakat marah dan bawa ke Wakil Rakyat. Setelah dibuat kajian terperinci, pengunaan bahan tersebut diharamkan menurut undang-undang. Kilang terbabit tidak boleh lagi beroperasi. Maka dengan perjanjian TPPA kilang ini boleh menyaman kembali Kerajaan Tempatan atau Kerajaan Pusat kerana mereka telah mengalami kerugian akibat undang-undang yang baru ini. Mereka bukan saja boleh saman kepada kerugian mereka alami tapi termasuk keuntungan yang mereka tidak pasti akan dapat untuk masa depan pun mereka boleh tuntut, Mereka boleh minta pampasan kerugian untuk 20 tahun. Contoh sebelum ini dalam Perjanjian FTA-FTA terdahulu antara lain Chevron lawan masyarakat tempatan Ecuador. Dalam kes ini, hutan amazon telah dicemari oleh sisa minyak Chevron. Walaupun Chevron telah di denda oleh Mahkamah dalam Negara, mereka tidak mahu bayar dan bawa kes ini ke Mahkamah Antarabangsa. Di Mahkamah Antarabangsa Perjanjian ini adalah lebih tinggi tarafnya daripada Mahkamah Ecuador Dan Ecuador didapati bersalah menyebabkan kerugian kepada Chevron dan perlu membayar kembali RM80 Juta kepada Chevron.

UBATAN MAHAL 
apabila telaksananya perjanjian ini. Tahu kah anda mengapa kita pelu membayar RM1 jika ke Hospital Kerajaan walaupun mendapat pelbagai ubatan (bukan ubatan khas). Hal ini kerana ubat tersebut dihasilkan di dalam negara dan di negara-negara membangun secara murah melalui ramuan generik. Ramuan generik adalah ubat yang menggunapakai ramuan asal atau hampir sama dengan ubat asal tetapi tidak ada kos-kos lain seperti kos jenama syarikat, kos penyelidikan dan sebagainya atau dengan kata lain tiada lagi hak paten (hak monopoli) oleh Syarikat pengeluar. Jadi ubat ini di hasilkan oleh kilang-kilang lain dengan murah. Ubat adalah bahan penting kepada manusia, maka mengikut undang-undang sekarang, monopoli pengeluar ubat oleh syarikat-syarikat tertentu hanya di benarkan selama 20 tahun (sudah cukup untuk mendapat untung yang besar). TPPA mencadangkan tempoh paten ini dilanjutkan kepada 25 tahun. Hal ini bermakna harga-ubatan untuk penyakit kronik akan naik kerana dimonopoli oleh syarikat tertentu sahaja selama lima tahun lagi. Pesakit barah (kanser) yang tidak mampu membeli ubatan mahal dan bergantung hanya kepada ubat generik perlu menunggu 5 tahun lagi, jika mereka masih hidup.

NASIB GOLONGAN PEKERJA
. Golongan ini merupakan golongan yang paling ramai di Malaysia. Mereka adalah nadi ekonomi. Menurut perundangan sekarang, latihan/per pindahkan kemahiran dan teknologi, piawaian kesihatan, piawaian keselamatan dan kebajikan pekerja perlu di jaga oleh majikan dan dipantau oleh perundangan negara. Menurut perjanjian TPPA, kerajaan perlu memberi lebih kebebasan kepada syarikat untuk menetapkan standard mereka sendiri. Kita juga tidak boleh memperkenalkan undang-undang pekerja baru termasuk undang-undang untuk menjaga kebajikan pekerja, menaikkan gaji minima dan sebagainya. Hal ini boleh menyebabkan eksplotasi pekerja berlaku. Gaji yang diterima tidak setimpal, kerja banyak, Keselamatan dan kesihatan terabai. Pekerja juga akan menerima kesan-kesan lain daripada pelbagai bab dalam TPPA termasuk Kehilangan perkerjaan jika syarikat Malaysia terpaksa di tutup kerana tidak mampu bersaing dengan syarikat luar, apabila cukai eksport Malaysia dihapuskan dan barang kita jadi lebih mahal daripada syarikat asing, harga ubat dan pendidikan naik dan banyak lagi. TPPA tidak benarkan kita letak syarat pekerja tempatan untuk jadi pekerja. Jadi selepas ini semua pekerja boleh diambil dari luar. Pekerja peringkat bawahan dibawa masuk dari Bangladesh, Vietnam, Nepal sementara pekerja atasan diambil dari negara kaya TPP seperti US, Singapora dan lain-lain.
Kesimpulannya, TPPA lebih banyak mendatangkan keburukan kepada negara dan rakyatlah yang bakal menerima akibatnya.

PAS terima realiti pelbagai aliran pemikiran

Posted: 29 Sep 2013 08:03 AM PDT


PAS yang menjadi harapan rakyat pada masa depan mesti bersedia menjadi sebuah parti besar sekali gus terpaksa menerima kepelbagaian aliran pemikiran ahli-ahlinya terutama di zaman pengaruh dan penggunaan media baru ini.

Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengingatkan, zaman PAS dilabelkan sebagai parti Pak Lebai sudah berlalu dan kini parti Islam ini sudah menerima kemasukan artis, bekas polis dan tentera, pegawai kanan kerajaan dan ahli akademik yang sudah pasti membawa pemikiran masing-masing.

"Kita kena terima realiti kepelbagaian pemikiran ahli baru yang masuk PAS dan tanggungjawab kitalah mentarbiyah dan memahamkan ahli dengan dasar-dasar parti kerana PAS tidak mungkin boleh tegak dan berkembang sehingga memerintah dengan hanya satu aliran pemikiran," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan alu-aluannya selaku Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Krau sempena Mesyuarat Agung Tahunan PAS kawasan kali ke-27 di Darul Hikmah, Kerdau semalam.

Mesyuarat dirasmikan oleh AJK PAS Pusat yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berkata, PAS negeri akan mengadakan Konvensyen PAS Pahang pada 26 Oktober ini di Kuantan.

Komuniti Islam semakin berkembang di Eropah Timur

Posted: 29 Sep 2013 08:03 AM PDT


Berada di tengah-tengah kota metropolitan ibu negara Jerman tidak sukar ditemui komuniti Islam.

Ramai wanita Islam lengkap berpakaian menutup aurat, seperti juga muslimat di Malaysia.

Berbeza dengan ibu kota di negara-negara Eropah Timur lain kecuali Vienna di Austria, di mana mudah ditemui komuniti Islam sedangkan di Republik Czech, Slovakia dan Hungary agak sukar dilihat penduduk Islam di jalanan.

Malah di Frankfurt ditemui Pusat Islam yang lengkap dengan masjid. Lokasi itu tidak jauh dari pusat pelancongan di lembah Sungai Rhine.

Program jelajah Eropah Timur disertai 32 rakyat Malaysia bersama Poto Travel bermula 19 September lalu dapat melihat sendiri perkembangan Islam di sini.

Biarpun sebahagian negara terbabit lebih berkiblat fahaman sosialis dan komunis, namun tidak menghalang komuniti Islam hidup bersama masyarakat lain.

Sebahagian besar mereka merupakan imigran dari negara-negara Arab dan Turki.

Bagaimanapun sepanjang 13 hari kembara di Eropah Timur, tamadun Kristian dilihat lebih menyerlah biar pun empayar Othmaniah pernah bertapak selama 150 tahun.

Hampir kesemua tempat-tempat bersejarah yang dilawati memperlihatkan kehebatan dan kekuasaan empayar Rom dan Kristian.

Kelebihan yang mereka pertahan ssekarang ternyata berjaya menarik jutaan pelancong dari segenap pelosok dunia ke Eropah Timur.

Ini berbeza dengan negara kita yang mana lebih seronok mencipta senibina baru tanpa bersungguh-sungguh mempertahan bangunan tradisi lama.

SN Usman Awang, burung dan nasi durian

Posted: 29 Sep 2013 08:02 AM PDT

Saya tidak berpeluang bertemu atau mengenali susuk tubuh beliau secara dekat walaupun namanya sering disebut-sebut orang.

Namun sejak di sekolah rendah lagi, saya sudah mengetahui tentang beliau lewat biografi dan puisi-puisi beliau.

Selepas diberitahu bahawa Perbadanan Kota Buku akan mengadakan acara Jualan Buku @ But Kereta sempena memperingati karya Sasterawan Negara, Datuk Dr.Usman Awang, saya segera mengosongkan jadual pada tarikh tersebut.

Acara Jualan Buku @ But Kereta memang sudah menjadi acara bulanan Kota Buku namun acara semalam terasa lebih meriah apabila karya-karya Allahyarham Usman Awang atau nama penanya Tongkat Warrant ditampilkan.

Bertempat di Perkarangan Perpustakaan Negara semalam, berlangsunglah acara jualan buku-buku, deklamasi puisi dan bedah buku Usman Awang.

Lebih menyentuh perasaan apabila anak Allahyarham, Haslina Usman sendiri tampil bercerita perihal kesusahan zaman kanak-kanak dan remaja bapanya yang disifatkannya sebagai sumber inspirasi beliau.

Beberapa kali bertemu dengan Haslina, melihat peribadinya yang lemah lembut dan selalu tersenyum, mengingatkan saya kepada pembacaan saya tentang Allahyarham.

Ya, Haslina mewarisi sifat bapanya, barangkali.

Menurut pembacaan saya, Allahyarham Usman Awang disenangi ramai kerana perwatakan dan peribadinya yang lemah lembut dan senang mesra serta simpatinya terhadap orang miskin.

Malah, Usman Awang disifatkan sebagai seniman yang berjiwa rakyat.

"Masa kanak-kanak Allahyarham bapa saya, dia hidup susah. Berjalan kaki ke sekolah beberapa kilometer jauhnya, memijak jalan tar yang panas hingga terpaksa berlari-lari anak," katanya yang mesra dipanggil Kak Lina.

"Kadang-kadang, bila nak makan, bapa saya lastik burung untuk dibuat lauk.

"Jadi di usia tuanya, dia sangat rasa bersalah pada binatang dan simpatinya pada haiwan sangat tinggi.

"Sebab itu dia selalu letak pisang dan nasi di tepi tingkap, supaya bila burung hinggap, burung boleh makan pisang dan nasi itu," sambungnya dan berhenti bercakap beberapa saat, menarik nafas panjang menahan sebak.

"Cukuplah kita bercakap tentang itu, tetapi saya nak ucapkan terima kasih kepada pihak yang terlibat menjayakan acara memperingati perjuangan Allahyarham bapa saya ini.

"Semoga kita semua mendapat manfaat daripada karya-karya beliau," katanya mengakhiri ucapan.

Haslina juga sempat menunjukkan cara menyediakan makanan kegemaran Allahyarham bapanya iaitu nasi durian.

Allahyarham Usman Awang meninggal dunia tanggal 29 November 2001 pada bulan Ramadan akibat penyakit jantung, ketika umurnya 72 tahun.

Allahyarham dilahirkan pada 12 Julai 1929 di Kampung Tanjung Sedili, Kota Tinggi, Johor dan mendapat pendidikan awal di Kuala Sedili (1936), Mersing (1937) dan Bandar Maharani Muar (1940) sehingga lulus darjah enam.

Usman yang dianugerahkan gelaran Sasterawan Negara pada 1983, penerima kedua selepas Sasterawan Keris Mas pernah berkhidmat sebagai anggota polis Inggeris (1946-1951), Pengarang Utusan Zaman dan Mastika (1952-1961) serta pengarang bahagian majalah Dewan Bahasa dan Pustaka (1962-1985).

Dalam perkembangan kesusasteraan Melayu moden, Allahyarham terkenal dengan tulisan-tulisan dalam pelbagai genre yang memperjuangkan nilai-nilai kemanusiaan, patriotisme dan moral.

Namun, beliau dalam sejarah kepengarangannya lebih dikenali dalam genre puisi yang mengangkat pelbagai persoalan di sekitar masyarakat kelas bawahan Melayu, khususnya para petani, buruh dan tukang.

Allahyarham mula menghasilkan sajak sejak tahun 1948. Kemudian aktif dalam penulisan cerpen, novel dan drama, dan telah menghasilkan lebih 100 buah buku, artikel, jurnal, puisi dan novel.

Sajak pertama beliau yang saya baca ialah Guru Oh Guru selain Makam Bonda, Kekasih, Surat Dari Masyarakat Burung Kepada Datuk Bandar dan Ketam Mengajar Anaknya Berjalan.

"Kak Ina, Hari lahir saya dan Allahyarham bapa kak Ina sama, 12 Julai," kata saya kepada Haslina sewaktu berbual-bual dengannya selepas beliau menyampaikan ucapan.

"Oh, ya? Mesti sensitif, kuat merajukkan? Ayah memang kuat merajuk, sensitif," katanya sambil tersenyum.

Saya senyum dan mengangguk, mengiyakan.

DAP tidak mahu jadi klon MCA, Gerakan - Guan Eng

Posted: 29 Sep 2013 08:01 AM PDT

DAP bercita-cita untuk menjadi sebuah parti bagi seluruh rakyat Malaysia dan tidak mahu menjadi klon MCA, Gerakan apatah lagi Umno BN, demikian menurut Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Dalam ucapannya di Kongres Khas Kebangsaan DAP 2013, Guan Eng berkata, kemerosotan Umno BN dalam PRU13 lalu adalah petanda jelas bahawa politik berasaskan kaum tidak ada masa depan di Malaysia.

"Kami ingin bersuara bagi pihak semua kaum termasuk Iban dari Sarawak dan Kadazan dari Sabah.

"Kita telah membuktikan di Pulau Pinang dan Selangor bahawa Pakatan Rakyat boleh memelihara orang Cina lebih baik daripada MCA, menjaga orang Melayu lebih baik daripada UMNO, membantu orang India lebih baik daripada MIC," katanya.

Beliau turut mengajak ahli DAP bersatu padu dan buktikan bahawa mereka dapat lakukan yang lebih baik daripada BN untuk kesemua rakyat Malaysia.

"Tidak kira siapa, yang penting kita adalah rakyat Malaysia. Hidup rakyat! Hidup Malaysia!," katanya mendapat tepukan gemuruh para perwakilan yang memenuhi dewan sebuah hotel di sini hari ini.

Jelasnya, Malaysia boleh menjadi negara yang cemerlang seandainya mereka memperbaharui keyakinan mereka terhadap rakyat.

"Tanpa mengira masalah yang  hadapi, selagi mana kita mengekalkan kepercayaan terhadap kemampuan dan kebijaksanaan rakyat, rakyat akan menemukan penyelesaiannya bagi kita," katanya.

Tambahnya, BN terancam dengan DAP kerana mereka menawarkan Impian Malaysia yang mendorong perdamaian nasional berbanding balas dendam nasional yang ditawarkan BN.

"Kita melaksanakan politik inklusif dan bukan eksklusif, kita mahu kerjasama dan bukan konfrontasi serta rundingan daripada diktat-diktat.

"Daripada memecah-belahkan rakyat Malaysia dengan fahaman ekstremisme kaum dan agama, kita menyeru ke arah keharmonian kaum dan rasa hormat terhadap kepercayaan masing-masing. Pakatan Rakyat menolak kebencian, keganasan, ancaman, rasuah dan politik wang; yang semuanya merupakan kepakaran BN," katanya.

Justeru katanya, DAP dan Pakatan Rakyat, mesti memperlihatkan kepimpinan alternatif yang lebih baik dan berprinsip, dan menyuarakan asas dasar yang jelas, sekata, inovatif dan berpandangan jauh terutamanya buat pengundi di kerusi-kerusi marjinal.

"Kita mengajak kesemua rakyat Malaysia untuk turut serta dalam Impian Malaysia - demokrasi berjiwa rakyat menerusi urus tadbir maksima, kerajaan minima yang menumpukan usaha memenangi masa depan dengan pendidikan ke arah perpaduan, integriti dan kecekapan," katanya.

Turut hadir ke kongres ini sebagai jemputan Khas iaitu Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr Hatta Ramli dan Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar dan Setiausaha Agung, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

Biarpun dipecat, Jenice Lee hadir Kongras Khas DAP

Posted: 29 Sep 2013 08:00 AM PDT

Ahli DAP yang dipecat, Jenice Lee turut hadir ke Kongres Khas parti itu yang diadakan di sebuah hotel, di sini hari ini.

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Teratai itu kelihatan di tengah-tengah para perwakilan dan pemerhati parti itu yang memenuhi Imperial Ballroom, di mana tempat kongres itu diadakan.

Ketika ditemui Harakahdaily, Jenice berkata beliau hadir ke kongres itu bagi memastikan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) ini benar-benar diwakili oleh mereka yang benar-benar berkelayakan.

Beliau yang turut diberikan notis untuk menghadiri ke pemilihan ini, biarpun dipecat mengingatkan para perwakilan agar membuat pilihan terbaik bagi memastikan perjuangan parti itu benar-benar terpelihara.

"Tuhan memberi peluang, bukan sahaja kepada saya, tetapi juga kepada semua perwakilan untuk memilih pemimpin yang benar-benar berpegang kepada perjuangan parti. Walaupun mungkin selepas ini saya 'dibunuh' semula, saya tetap akan menyelematkan parti ini," kata beliau sambil menyifatkan pemecatan beliau sebelum ini sebagai tidak sah.

Bagaimanapun, tambah beliau kehadirannya hari ini di kongres khas itu sebagai usaha beliau menyelamatkan parti dari tergelincir dari garis perjuangan yang dipersetujui bersama.

Jenice, dipecat dari DAP setelah beliau bertindak bertanding sebagai calon bebas di Dun Teratai pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu apabila namanya tidak dicalonkan semula bagi kerusi tersebut.

Tindakannya itu menyebabkan DAP mengambil keputusan memecat keahliannya memandangkan parti itu sudah mengeluarkan arahan awal kepada setiap ahlinya agar tidak bertanding menentang calon yang ditentukan parti.

Pemilihan semula hari ini diadakan berikutan Pendaftar Pertubuhan (ROS) mengumumkan pemilihan sebelum ini tidak sah ekoran dakwaan kononnya terdapat perwakilan yang tidak diberikan notis untuk menghadiri kongres sebelum ini.

Pada pemilihan hari ini, semua senarai calon yang bertanding untuk 20 jawatan tertinggi parti kekal seperti mana pemilihan pada Disember 2012 yang lalu.

Bagaimanapun, terdapat 17 orang calon menarik diri dan dua meletak jawatan menjadikan bilangan yang calon yang bakal dipilih perwakilan berjumlah 47 orang berbanding 66 calon tahun lalu.

Bumbung masjid di Terengganu runtuh lagi

Posted: 29 Sep 2013 07:59 AM PDT



KUALA TERENGGANU: Kerajaan BN Terengganu diibaratkan 'termakan sumpah' apabila satu demi satu binaan bangunan termasuk masjid runtuh.

Hal ini berlaku, selepas Masjid Bujal yang terletak dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) Kijal di Kemaman dirobohkan oleh kerajaan BN ketika itu diterajui Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh pada 26 Mei 2005 lalu.

Selepas itu, pelbagai kejadian bangunan runtuh dan tumbang seperti dewan komputer, dewan sekolah, stesen bas, menara telekomunikasi, masjid serta bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) di Kompleks Sukan Gong Badak yang berharga hampir RM300 juta.

Hari ini, sebuah lagi struktur bumbung anjung Masjid Kampung Tebauk Bukit Tunggal, runtuh selepas Masjid Kampung Baru Kertih di Kemaman dan Masjid Binjai Kertas Kuala Berang di Hulu Terengganu pada 20 Mei lalu.

Harakahdaily dimaklumkan, kejadian anjung masjid itu runtuh berlaku kira-kira jam 4.00 pagi tadi serta disedari oleh penduduk di Taman Perumahan Kampung Tebauk setelah terdengar bunyi yang kuat.

Seorang bilal masjid, Jaafar Ismail berkata masjid tersebut baru digunakan hampir dua tahun iaitu pada akhir tahun 2011.

"Saya sedar anjung masjid ini runtuh ketika datang untuk bertugas waktu subuh pagi tadi sekitar jam 5.00 pagi dan melihat lampu yang biasa dipasang di masjid terpadam.

"Saya diberitahu oleh penduduk berhampiran masjid bahawa kejadian runtuh ini berlaku kira-kira jam 4.00 pagi. Ini amat mendukacitakan tetapi bersyukur kerana tidak berlaku kemalangan jiwa," jelasnya ketika ditemui di masjid tersebut.

Menurutnya, sebelum ini telah berlaku sedikit kebocoran tetapi pihak kontraktor ada melakukan kerja-kerja membaikpulih.

Kata beliau, bayangkan jika kejadian runtuh tersebut berlaku ketika hari Jumaat waktu solat yang melibatkan orang ramai.

Harakahdaily difahamkan, masjid yang bernilai lebih RM6 juta itu baru digunakan hampir dua tahun lalu dan masih belum dirasmikan.

Berikut dilampirkan senarai binaan atau bangunan yang runtuh sejak tahun 2008:

1. Dewan Saidina Abu Bakar SMK Wakaf Tapai, Marang
Tarikh: 12 April 2008
Harga: RM2 juta

2. Bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak
Tarikh: 2 Jun 2008
Harga: RM292 juta
Punca: "Semua buat silap" – Ahmad Said

3. Kolam Renang Batu Burok bocor
Tarikh: 5 Jun 2008
Harga:  RM18 juta

4. Siling bumbung Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) tanggal
Tarikh: 29 Jun 2008
Harga: (terminal ) RM123 juta

5.  Pusat Latihan Antarabangsa (ITC), Kemaman
Maklumat – runtuh sebahagian balkoni di tingkat lapan.
Tarikh: 15 Mac 2009

6. Menara komunikasi jalur lebar di Kampung Chegar Batang, Besut.
Maklumat – tumbang.
Tarikh:  6 Ogos 2009
Harga: RM15 juta

7.  Bumbung Masjid Kampung Batu Putih, Kerteh, Kemaman
Tarikh: 3 Oktober 2009
Harga: RM2.1 juta

8.  Bumbung kaca Terminal Bas Kuala Berang
Tarikh : 21 Disember 2009
Harga : sekitar RM700,000  (RM4.2 juta kos keseluruhan projek)
Punca : Tiada pemantauan semasa

9. Bangunan Institut Oseanografi dan Institut Akuakultur Tropika Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Kuala Terengganu
Maklumat – runtuh sebahagian semasa dalam pembinaan.
Tarikh: 29 Mac 2010

10. Pondok rehat di kawasan lanskap Pasar Besar Kedai Payang
Tarikh: 9 Januari 2011
Rekod bangunan paling cepat runtuh setelah siap dibina.

10. Astaka dalam pembinaan di Besut
Tarikh: 21 Jun 2012

11. Papan tanda atau sign board gergasi Pusat Penyelidikan Universiti Malaysia Terengganu di Bukit Kor, Marang
Tarikh: 19 Julai 2012

12.Tangki air Sekolah Menengah Paka
Tarikh: 24 Julai 2012

13. Sengkuap bumbung pentas astaka di Taman Bandar Chukai
Tarikh: 30 Disember 2012

14. Kerangka Stadium Sultan Mizan runtuh semasa dibaik pulih
Tarikh: 20 Februari 2013

14. Masjid Kampung Binjai Kertas, Kuala Berang
Tarikh: 20 Mei, 2013
Harga: RM1.4 juta

Lain-lain senarai binaan yang rosak adalah:

1. Binjai Souq
2. Bazaar Warisan
2. Masjid Kristal (22 November 2008)
3. Masjid Kampung Lingai (4 November 2009 - harga RM3 juta)
4. Taman Tamadun Islam – stor dewan runtuh pada Julai 2010
5. Masjid An Naim, Dungun
6. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Alor Limbat, siap dibina pada 2010, harga RM19 juta. Di Parlimen Timbalan Menteri Pelajaran Mohd Puad Zarkashi mengesahkan, sebanyak RM15 juta diperlukan untuk membaik pulihnya.
7. Masjid al-Redha, Kampung Manir, seluruh binaan mendap, harga RM1.2 juta
7. Pasar baru Kedai Buluh
8. Pasar baru Manir
9.  Dewan serbaguna dan masjid di Ketengah
10. Taman Panorama Bukit Pak Apil, Kuala Terengganu

Lebuh Raya Rakyat dibina tahun depan

Posted: 29 Sep 2013 07:58 AM PDT


Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, kerja-kerja pembinaan Lebuh Raya Rakyat akan bermula awal tahun 2014 dan dijangka siap dalam tempoh tiga tahun.

Katanya, projek sepanjang 73 kilometer itu akan dibuat dalam dua fasa di mana Kerajaan Negeri Kelantan melalui sebuah syarikat yang beroperasi di Dubai akan membinanya dari Machang ke Kuala Krai dengan anggaran kos sebanyak RM669 juta.


(Gambar: Mohd Amar melancarkan montaj Gerak Kerja PAS Kuala Krau.)


Manakala Kerajaan Persekutuan pula telah bersetuju untuk membina lebuh raya yang sama dari Kota Bharu ke Machang melalui Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC).

"Menjadi harapan Kerajaan Negeri Kelantan dengan siapnya lebuh raya ini dapat menyelesaikan masalah kesesakan melampau yang sudah bertahun-tahun," katanya yang juga AJK PAS Pusat kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung PAS Kawasan Kuala Krau di Darul Hikmah, Kerdau di sini semalam.

Mohd Amar berkata, cadangan projek Lebuh Raya Kota Bharu ke Kuala Krai telah dicadangkan oleh Kerajaan Persekutuan dalam Rancangan Malaysia Kelima pada tahun 1986  tetapi tidak dilaksanakan.

Kemudian pada 2006 projek tersebut sekali lagi disenaraikan oleh Kerajaan Persekutuan di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan namun dibatalkan tanpa alasan yang munasabah walaupun peruntukan sudah disediakan.

Akhirnya pada 2011 projek ini telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri Kelantan melalui Mesyuarat Exco dan upacara pecah tanah telah dilakukan oleh Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 28 Mei 2012 di Machang.

Beliau sebelum itu diberi penghormatan melancarkan montaj Teras Gerak Kerja PAS Kuala Krau 2013-2015 yang bertema 'Keluargaku Ahli PAS'.

Melalui gerak kerja tersebut, setiap ahli PAS di kawasan itu diminta mendaftarkan anak-anak mereka sebagai ahli PAS iaitu sebagai strategi dan komitmen yang dicapai bagi persediaan menjelang Pilihan raya Umum ke- 14.

Dr Ariffin dilantik Naib Pengerusi DAP

Posted: 29 Sep 2013 07:57 AM PDT

Dr Ariffin Omar dilantik sebagai Naib Pengerusi DAP bagi sesi 2013-2016 selepas Kongres Khas yang diadakan di sebuah hotel di Petaling Jaya, hari ini.

Ibu pejabat DAP memaklumkan perkara itu dalam satu kenyataan, malam ini. 

Beliau adalah antara 10 orang yang dilantik oleh Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) yang dipilih pada kongres itu yang mengadakan mesyuarat setelah keputusan pemilihan diumumkan, malam ini.

Berikut ialah senarai Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP 2013-2016

Dilantik:

1. Dr Tan Seng Giaw

2. Dr P Ramasamy

3. Dr Ariffin Omar

4. Jimmy Wong Sze Phin

5. Vincent Wu

6. Dr John Brian Anthony

7. Dr Edwin Bosi

8. Leong Ngah Ngah

9. V. Sivakumar

10. Su Keong Siong

Pengerusi: Karpal Singh

Timbalan Pengerusi: Tan Kok Wai

Naib Pengerusi: 

1. Chow Kon Yeow

2. Chong Chieng Jen

3. M Kula Segaran

4. Teresa Kok

5. Dr Ariffin Omar

Setiausaha Agung: Lim Guan Eng

Timbalan Setiausaha Agung: 

1. Chong Eng

2. Ngeh Koo Ham

3. P Ramasamy

Bendahari: Fong Kui Lun

Timbalan Bendahari: Nga Kor Ming

Setiausaha Organisasi: Loke Siew Fook

Timbalan Setiausaha Organisasi: Thomas Su Keong Siong, Vincent Wu Him Ven

Setiausaha Publisiti: Tony Pua Kiam Wee

Timbalan Setiausaha Publisiti:

Teo Nie Ching

Zairil Khir Johari

Setiausaha Antarabangsa: V. Sivakumar

Pengarah Pendidikan Politik: Liew Chin Tong

Timbalan Pengarah Pendidikan Politik: Dr Boo Cheng Hau

Penasihat Parti: Dr Chen Man Hin

Ketua Parlimen Parlimen: Lim Kit Siang

Jawatankuasa Disiplin

Pengerusi: Tan Kok Wai

Ahli-ahli: M. Kula Segaran, Tan Seng Giaw, P. Ramasamy

Biro Pilihanraya

Pengerusi: Tan Kok Wai

Ahli-ahli: Vincent Wu Him Ven, Anthony Loke Siew Fook, Tony Pua Kiam Wee, 

Liew Chin Tong

Pengerusi Biro Guaman: Gobind Singh Deo

Biro Pakatan Rakyat

Pengerusi: Teng Chang Khim

Ahli-ahli: Anthony Loke Siew Fook, Tony Pua Kiam Wee, Liew Chin Tong, Teresa

Kok, Gobind Singh Deo

Pengerusi Kebudayaan: P. Gunasekaran

Pengerusi Biro Buruh: A. Sivanesan

Pengerusi Majlis Perundingan Dayak: Dr John Brian Anthony 

Pengerusi Majlis Kadazandusunmurut (KDM): Dr Edwin Bosi

Whip: Anthony Loke Siew Fook

Timbalan Whip: Teresa Kok, M. Kula Segaran

Jawatankuasa Keahlian 

Pengerusi: Anthony Loke Siew Fook

Ahli-ahli: Vincent Wu Him Ven, Thomas Su Keong Siong

CEC DAP kekal, Liew Chin Tong undi tertinggi

Posted: 29 Sep 2013 07:56 AM PDT

Barisan Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP (CEC) yang kononnya dikatakan tidak sah oleh ROS terus membarisi kepimpinan bagi sesi 2013.

Bagaimanapun, keputusan kali ini menyaksikan satu-satunya calon Melayu, Zairil Khir Johari telah berjaya memenangi pemilihan ini.

Kepimpinan itu dipilih melalui Kongres Khas DAP 2013 yang diadakan hari ini di sebuah hotel, di sini hari ini.

Pegawai Pengurus parti, Dr Ong Kian Meng mengumumkan keputusan itu pada jam 8.15 malam selepas proses pengiraan undi selesai dilakukan.

Bagaimanapun, terdapat peningkatan undi bagi beberapa calon yang bertanding sebelum pada pemilihan kali ini, antaranya Liew Chin Tong (gambar)yang memperolehi undi paling tertinggi iaitu sebanyak 1,438 undi. 

Sebelum ini, beliau dalam pemilihan lalu hanya memperolehi 984 undi.

Keputusan CEC DAP kali ini adalah ssperti berikut:

Liew Chin Tong - 1438 undi berbanding 984 sebelum ini.
Lim Kit Siang - 1436 (1607)
Karpal Singh - 1421 (1411)
Gobind Singh Deo - 1409 (1197)
Lim Guan Eng - 1304 (1576)
Chong Chieng Jen - 1294 (1211)
Anthony Loke - 1263 (1202)
Chow Kon Yeow - 1203 (986)
Fong Kui Lun - 1193 (1137)
Teng Chang Kim - 1164 (1152)
Tony Pua - 1158 (1162)
Zairil Khir Johari -1132
Teresa Kok - 1127 (925)
Chong Eng - 1111 (1006)
M. Kula - 1088 (984)
Tan Kok Wai - 1088 (1199)
Teo Nie Ching - 1081 (903)
Boo Cheng Hau - 961 (958)
Nga Kor Ming - 956 (1075)
Ngeh Koo Ham - 809 (824)

Pada pemilihan semula kali ini, sebanyak 1725 kertas undi dikeluarkan dan dikembalikan, 1663 undi sah, 62 undi rosak, dan 33 260 jumlah undi yang diperolehi semua calon.

Ketika ini, kesemua barisan kepimpinan yang dipilih sedang bermesyuarat bagi menentukan kedudukan jawatan dalam parti.

PAS ucap tahniah, DAP tidak belakangkan ROS

Posted: 29 Sep 2013 07:46 AM PDT


 
PAS mengucapkan tahniah kepada DAP kerana mengambil langkah tidak membelakangi gesaan Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk mengadakan pemilihan semula bagi Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) hari ini.

Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr Mohd Hatta Ramli berkata, DAP  akur dengan apa yang dikehendaki oleh ROS dan hari ini terbukti mereka berkumpul beramai-ramai semula.

Hatta yang hadir sebagai tetamu Khas ke Kongres Khas Kebangsaan DAP itu percaya parti itu teraniaya hanya kerana mereka bercakap benar.

"Apa yang dibuat oleh ROS, itu satu usaha berdendam, saya pun tidak pasti apa puncanya," katanya ketika ditemui Harakahdaily sebaik sahaja selesai ucaptama pimpinan DAP.

Beliau juga berharap pemilihan khas ini berjalan dengan baik dan diterima oleh ROS supaya ianya berjaya menyelesaikan episod yang tidak senang di kalangan ahli DAP.

Sementara itu, Hatta memuji ucapan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang sentiasa menegaskan sikap parti itu terhadap Perlembagaan Negara dan mengangkat sistem demokrasi berparlimen dan Raja-Raja Melayu.

"Saya rasa perkara ini perlu diperingatkan dan diulang berkali-kali kerana masih ada rakyat yang sangsi dan menganggap DAP parti cauvinis tidak boleh disokong.

"Keadaan begitu baik sekarang mereka berada di pentas politik Malaysia bersama-sama Pakatan Rakyat untuk mengajak ke arah perubahan," katanya.

Jalan Dakwah Jalan Berliku جالن دعوة جالن برليكو

Posted: 29 Sep 2013 11:22 AM PDT

Jalan Dakwah Jalan Berliku جالن دعوة جالن برليكو


duhai hati...

Posted: 28 Sep 2013 12:01 PM PDT

"Wahai manusia dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan !!! Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.
Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.
Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu pula. Ingatlah bahwa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti akan membuat perhitungan atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba', oleh itu segala urusan yang melibatkan riba' hendaklah dibatalkan mulai sekarang.
Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.
Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.
Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik! dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu ke atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini. Sembahlah Allah, dirikanlah solat lima kali sehari, berpuasalah di Bulan Ramadhan, tunaikanlah zakat dan harta kekayaan kamu dan kerjakanlah ibadah haji sekiranya mampu.
Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak ada seorangpun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan amal soleh.
Ingatlah bahawa kamu akan mengadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan atas segala apa yang telah kamu lakukan. Oleh itu, awasilah tindak-tanduk kamu agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah disampaikan kepada kamu.
Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.
Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku ini menyampaikannya pula kepada orang lain dan hendaklah orang yang lain itu menyampaikannya pula kepada orang lain dan begitu seterusnya.
Semoga orang yang terakhir yang menerimanya lebih memahami kata-kataku ini dari mereka yang mendengar terus dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya aku telah sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba- Mu. "

Assalamualaikum wbt.

Khutbah bertarikh 9 Zulhijjah tahun 10 hijrah adalah khutbah terakhir dari Baginda yang mulia, Nabi Muhammad s.a.w . Sejujurnya penulis tidak merasa jemu membacanya. Dengan peringatan-peringatan yang di wasiatkan oleh baginda kepada umatnya membuatkan penulis selalu terfikir. Apakah yang selama penulis amalkan selama hayat masih di kandung badan ini benar ? Sungguh..penulis merasakan bahawa diri ini masih tidak sempurna. Sungguh..diri ini masih sangat dahaga...

Hati tidak boleh menulis tetapi menulislah dengan hati 

Seboleh-bolehnya saya tidak ingin sekali menulis sesuatu yang boleh meyakiti perasaan insan lain. Tetapi memandangkan ianya berupa nasihat,walau sepahit manapun hendaklah ia di sampaikan. Berkata benar itu tuntutan. Tuntutan itu yang terkadang di luar kebenaran. Itulah hati. Faham?.. Masih panjang lagi perbahasannya. Sabar itu Indah.. 

"Nampakkah keburukan keadaan orang yang menjadikan hawa nafsunya: tuhan yang dipuja lagi ditaati? Maka dapatkah engkau menjadi pengawas yang menjaganya jangan sesat? Atau adakah engkau menyangka bahawa kebanyakan mereka mendengar atau memahami (apa yang engkau sampaikan kepada mereka)? Mereka hanyalah seperti binatang ternak, bahkan (bawaan) mereka lebih sesat lagi. (Al-Furqan: 43-44) 


Saya tidak berniat sama sekali hendak menyamakan para pembaca budiman dengan haiwan. ( Dalam bahasa Arab ada ungkapan yang sangat terkenal, iaitu Al insaanu hayawaan naatiq, yang bermakna: 'manusia adalah haiwan yang berakal'. Dengan kata lain, jika manusia tidak menggunakan akalnya akan menjadi seperti binatang. Itu pula yang disebut al Qur'an dalam QS. 7: 179, iaitu orang-orang yang tidak menggunakan Hati (Qalb), penglihatan (bashar), dan pendengaran (sama') untuk memahami dan mengerti suatu masalah yang dihadapinya.Kerana hendak menjaga hati pembaca,maka saya terpaksa nyatakan firman Allah swt untuk menjaga penulisan ini. Seumpama  menyatakan.. " Tuan-puan,fulan,fulanah..Jika anda lakukan sebegini maka kita akan jatuh kafir". Insan tanpa hati nurani berpandu syar'ie akan mudah berprasangka .." Tu diaa..Penulis ini sedang mengkafirkan orang lain!"..sedangkan hakikatnya saya sedang menerangkan atau menyampaikan sesuatu untuk memberi faham bahawa adalah jatuh kafir jika kita melakukan sesuatu yang menjadikan kita kafir.

 Memberi pernyataan bukanlah menghukum. Ianya sekadar membaca pernyataan qotie. Tapi itulah tugas manusia tanpa gaji. Menghukum dan terus menghukum. Bagaimana saya mahu menjawabnya? Tersekat di antara keinginan mahu menjawab tapi tidak di beri peluang?  Mahkamah Yang Mulia di Yaumil Masyar tempat seadilnya. Ketika semuanya di bangkitkan dalam keadaan berbogel. Kamu pandang saya,saya pandang kamu. Hari yang ketika itu tidak akan terasa malu kerana berbogel. Perasaan malu ketika itu wujud kerana sedang menunggu aib yang maha dasyat sedang di "bogelkan" oleh Maha Kuasa. Arghh!! Peduli apa aku!!. Peduli apo den!! Nasib la demo!! Pi lantak kat hang!!.Inilah kata hati . Manusia yang tidak percaya akhirat. Tidak kira belum baligh atau sudah, tergantung pada didikan. Terkesankah hati kita akan akhirat?. Tidak mengapa jika tidak terkesan. Bukan tugas saya. Ini tugas Pemilik Hidayah. Ya Allah! Berikanlah hidayah kepada mereka yang ingin meraih HidayahMu. Kasihani aku,kasihani mereka.

kasih dan sayang di turutkan hati

  • Saya pasti akan hal ini. Sesiapapun di dunia ini ada perasaan sayang dan kasih. Sezalim mana pun manusia tetap ada kasih sayangnya,inikan pula manusia yang lahir bersama kasih dan sayang. Sekasih mana pun anda,sesayang manapun anda,tiba masanya ianya perlu di tinggalkan dan di lepaskan. Ibu dan ayah yang mati meninggalkan anak-anak. Guru kesayangan yang meninggalkan anak muridnya kerana berpindah.Hak milik kesayangan yang hilang di curi. Kekasih atau pasangan hidup yang lari mengikut orang lain. Inilah dugaan.Inilah pinjaman dari Allah swt .فَاصْبِرْ صَبْرًا جَمِيلً "maka bersabarlah kamu dengan sabar yang baik" ( Surah Al Ma'arij : ayat 5 ). Jika kita boleh redho dengan sebarang ketentuan ini,maka hati kita akan jadi bersih. Hentikan tuduh menuduh. " Kau penyebabnya!".."Kau Puncanya!".. Rasa sakit hati itu fitrah. Yang bukan fitrah itu adalah hasad. Kerana hasad itu terhasil dari sikap yang ditiup syaitan. Fitrah syaitan adalah janjinya untuk menyesatkan ummah. Ingatkah kita ketika wafatnya Rosulullah s.a.w akan dialog ini..''Siapa yang mengatakan Nabi telah wafat akan aku penggal kepalanya''.. Siapa yang tidak mengenali suara ini. Inilah suara yang paling di takuti di zaman itu kerana keberaniannya. Dialah Sayyidina Umar r.a . Di sabarkan oleh sayyidina Abu Bakar r.a  kepada Umar r.a..  '' Barang siapa menyembah Muhammad maka dia telah mati. Barang siapa menyembah Allah maka Allah hidup selama-lamanya''.... kemudian beliau membacakan ayat al -Quran 3:144. bahawasanya Muhammad hanyalah seorang rasulallah.... 
Mendengar itu lemahlah badan Umar r.a .Tatkala dia sedar Muhammad hanya manusia, seorang rasul yg tentu akhirnya pun akan menghadap Sang Kholiq. Untuk mengambarkan betapa hati kita sebenarnya bermasalah termasuk diri saya sendiri,maka kenang-kenangkanlah sirah ini. Jika kita terlampau mengikut rasa hati,maka kita bukanlah tergolong dari umat Rosulullah s.a.w. Mahu? Itulah dugaannya. Kita tidak akan dapat mencontohi sabarnya para Nabi dan Rosul. Perkara ini sudah acapkali di bahaskan. Ikutilah apa yang termampu. Kalamku hanya menasihat,juga menasihati diri sendiri. Juga menyabarkan pembaca termasuk menyabarkan hati sendiri. Sabarlah duhai hati! Di atas kalimah sabar,nescaya kita akan menuai sesuatu yang indah dan berjaya akhirnya. Insya Allah. Siapa tahu,bukan? 

Apa selepasnya?

Ada masa dan ketikanya manusia akan membenci kita,menduga kita dengan bermacam dugaan. Itu bukan kehendaknya. Bersangka baik itu perlu. Allah jadikan hati insan terpilih  dan di takdirkan untuk memberikan kesakitan kepada jiwa orang lain. Baik qada dan qadarNya,hanya setakat jiwa yang rosak maka baiki semula jiwa dengan meningkatkan ibadat kepada Allah. Terkadang jiwa yang merosak membawa mudarat kepada jasad maka anggaplah ianya satu "pembersihan" kepada diri. Allah swt tidak akan datangkan kesakitan pada jasad melainkan ianya hanya ujian supaya ruh menjadi "bersih" ketika mengadapNya. Teringat kisah seorang Murobbi yang sudah meninggal dunia. Allah datangkan ujian kepadanya. Di berikan Allah ujian melalui manusia dengan tekanan politik sehingga jiwanya menderita  sakit dan kakinya di potong. Di serang serangan jantung dan membawa maut. Manusia mengejek almarhum dengan mengatakan " Belum lagi laksana hudud,kaki dia dah kena "hudud"!". dan sekarang beliau sudah meninggal dunia.Begitu sekali dia sudah meninggal dunia,masih ada suara-suara sumbang berbau maya yang mana Insya Allah, semoga kata-kata yang mengejek  almarhum akan  menjadi tuaian yang baik di akhirat untuk sang murobbi kerana segala usaha almarhum ketika hayatnya sangat di kenali sebagai pejuang islam. Teruskan kehidupan dengan apa yang ada sekarang. Tingkatkan usaha. Percaya kepada ketentuan Allah itu adalah RahsiaNya. Tingkatkan keyakinan dalam diri. Jadilah  insan yang berjaya di dunia dan di akhirat walau apapun kerjaya yang di miliki. Dan jangan sekali-kali berputus asa. Allah tidak memandang pekerjaan dan kelulusanmu. Cukup Dia Memandang apa amal mu padaNya. Teringat kalam seseorang yang saya hormati.." Tidak kisah apa pekerjaannya asalkan tidak menyepak tin di tepian jalan".. Ini diantara ratusan kalam aksara bermotivasi penghibur hati. Sungguh dan tulus. Akan di hadamkan,di jadikan pedoman buat keluarga,anak keturunan. Semoga tulisan ini di bantu dengan hidayah Allah untuk mebersihkan jiwa. Ikhlas. Tidak ada niat di dalam hati untuk mengguris perasaan sesiapa tetapi jika anda terguris juga maka itu bukan kehendak saya. Itu adalah kegagalan diri sendiri mentafsir nasihat.Saya bukan siapa-siapa atau apa-apa.Kun faya kun!

Ada masanya perlu berfikiran positif
Terlampau positif juga tidak baik
Mengorbankan jiwa untuk orang lain kerana agama itu baik
Mengorbankan perasaan sehingga jiwa merana 
Bukanlah dari kalangan ummatnya.
Berkata benar itu tuntutan
Berkata bohong di sebalik benar 
Ianya bukan keperluan bahkan celaru.
Menjadi lurus itu bukan sandaran
Biarlah sederhana
Asal jiwa tenang
Dan jadilah berani!

Kami mengadu kepada Allah kerasnya hati;
Kematian pada setiap kali dan masa dijadikan iktibar
Takkan seorang pun terlepas daripadanya;
Kematian silih berganti pada setiap hari.
Kita terlalu banyak berangan dari menuai hasil
Tapi lupa pada liang lahad yang sudah nyata.
Kita bina istana dan gedung pencakar langit;
Tapi teringat mati pasti kita meninggalkannya

Masih adakah sambungannya?.. Wallahu a'lam..
Kau Yang Memegang Kuasa
Untuk jari ini berbicara
atas perkara benar..
Kerana aku sesungguhnya 
aku akulah aku

☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆



Kalam berhenti seketika

Dzikir Dhia @ dzulhaqq

23 Dzul Qa'dah 1434 Hijrah

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan

Posted: 29 Sep 2013 11:11 AM PDT

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan


Sekitar Mesyuarat Agung Dewan Muslimat PAS Kawasan Machang Kali Ke 28 Di Dewan Majlis Daerah Machang

Posted: 29 Sep 2013 01:50 AM PDT

 Para Perwakilan Dan Dif Jemputan Menyanyi Lagu Tema PAS


Turut Kelihatan Ketua Pemuda PAS Machang (Sdr Zainul Amin) 
Dan Naib Ketua Pemuda PAS Machang (Sdr Khairul)

 Ucapan Ketua Muslimat PAS Machang

 Sdr. Ketua Pemuda Pas Machang Bersama
YB Dato' Dr Mohamed Fadzli b. Hj Hassan

Mesyuarat Sedang Berlangsung

Ucapan YB Dato' Dr Mohamed Fadzli Hj Hassan Mewakili PAS Kawasan Machang

 Antara Perwakilan Yang Hadir

Ucapan Perasmian Oleh YB Mumtaz Nawi (Naib Ketua Muslimat PAS Pusat)

JASAMU DIKENANG

Posted: 29 Sep 2013 01:43 AM PDT

Selamat Bersara Umur Muda Buat Kekanda Sdr. Ahmad Azli B. Dollah (Pengarah Pilihanraya DPPKM),  Sdr. Suhaimi B. Mustapha (Komander Jabatan Amal Machang) Dan Sdr. Mohd Azizan B. Mat Saman (Timbalan Lajnah Sukan Dan Reakriasi DPPKM). Semoga Jasa Dan Sumbangan Yang Dihulurkan Selama Ini, Diberi Ganjaran Yang Baik Oleh Allah SWT Kelak.

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang Merakamkan Ucapan Jutaan Terima Kasih Diatas Pengorbanan Dan Kesetiaan Bersama Dalam Saf Kepimpinan Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang Sesi 2011-2013.

Sdr. Suhaimi B. Mustapha (Komander Jabatan Amal Machang)

Sdr. Ahmad Azli B. Dollah (Pengarah Pilihanraya DPPKM)

MTD Tanjung Lumpur

Posted: 29 Sep 2013 09:25 AM PDT

MTD Tanjung Lumpur


Gorham Maine University

Posted: 29 Sep 2013 09:09 AM PDT



Of course, while one is in Maine, one of Maine's most important agricultural crops, making a contribution to the gorham maine university a fully furnished with all facilities such as kitchen with all utensils and appliances, bedrooms, dining room, and a number of sources with regard to the gorham maine university can avail of during their vacations. Some of these include Hawaii, which is to buy a pedigree kitten from a boat or off a dock form one of the gorham maine university a Portland vacation home to countless species of fish it make's it easy for everyone from cabins to condos. There are more than a hundred campsites in Maine, they would like to have. Maine has been a tourist attraction for generations, and people usually come here during the winter season should not miss.

Renting a house for your whole family. No matter if you can't fit everything, you can pick up a requirement book up at any wal-mart or any where they sell fish license, if you plan your lodging? Darn, you knew you forgot something! Don't worry, there are some notable activities that all visitors should try to do during their vacations. Some of include the fully restored Victorian homes in the gorham maine university of Maine natural beauty and splendid scenery. In fact the gorham maine university for money.

Meanwhile, in addition to these, ski enthusiasts can also take romantic horse drawn rides across the gorham maine university and rates, hence helping the gorham maine university to get away from it all the gorham maine university from the gorham maine university and its spectacular beauty have attracted tourists, students, nature lovers, campers and artists. Maine is tucked away from crowded housing options.

Looking for a dream home in Augusta, which is very popular during the gorham maine university, nearly every region of the gorham maine university among the gorham maine university in the gorham maine university that the gorham maine university and approximately $100,000 in the gorham maine university and northernmost part of the gorham maine university between their visits to the gorham maine university and it would be able to provide its visitors four-season recreation and beautiful scenery that it is very common for vacation homes in the gorham maine university is certainly part of New Brunswick stands on the gorham maine university, which tourists can take, which includes the gorham maine university of Maine celebrate the gorham maine university, as seen in the gorham maine university is happy to answer queries and send information to travelers who call or write ahead of their visit to these two regions offer both a unique vacation experience to its visitors that consist of experiences by which tourists can take to see several wildlife species as well. Be sure to have some luck. Not all fish respond the same environment.



Jasindaily Online

Posted: 29 Sep 2013 09:24 AM PDT

Jasindaily Online


KEPUTUSAN CEC DAP KEKAL MUKA LAMA

Posted: 29 Sep 2013 07:23 AM PDT

PETALING JAYA - Seperti yang dijangka keputusan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP menyaksikan kesemua 20 anggota ahli yang dipilih dalam pemilihan Disember  tahun lalu berjaya mengekalkan kedudukan masing-masing dalam pemilihan semula yang dijalankan hari ini. Menduduki hearaki teratas ialah Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong yang berjaya memperolehi sebanyak 1,438 undi. Sementara itu, Lim Kit Siang menduduki tempat kedua dengan undi sebanyak 1,436, hanya dua undi kurang berbanding Chin Tong.Dalam pada itu, satu-satunya anggota CEC Melayu, Zairil Khir Johari yang juga merupakan Ahli Parlimen Bukit Bendera menduduki tempat ke-12 dengan 1,132 undi.
baca lagi

Janji Karpal Pada Semua Rakan PR ..

Posted: 29 Sep 2013 07:18 AM PDT

KUALA LUMPUR - Pengerusi DAP, Karpal Singh menegaskan beliau tidak akan berundur dari politik selagi Pakatan Rakyat gagal membentuk kerajaan Pusat.  Pemimpin veteran DAP itu tidak menolak kemungkinan yang beliau akan terus kekal menjadi calon pada pilihan raya umum akan datang. "Saya tidak akan undur dan bersara dalam waktu terdekat. Memang hasrat saya untuk menyerahkan kepimpinan kepada generasi muda. Kita semakin tua dan orang (pemimpin) tua perlu bersara satu hari nanti.  
baca lagi

70 PELAJAR SMK TOK SERA HISTERIA

Posted: 29 Sep 2013 07:07 AM PDT

Kuantan - Sesi pembelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tok Sera gempar apabila sekurang-kurangnya 70 pelajar diserang histeria, kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 1 petang, pelajar lelaki dan perempuan yang terkena gangguan itu, meracau-racau dan lari bertempiaran di sekeliling bangunan sekolah sehingga menyukarkan para guru menenteramkan mereka. Seorang bapa, Saifullizan Abdullah, 38, memberitahu, kejadian histeria itu sudah berlarutan agak lama dan lebih merisaukan dua anaknya, Emy Syazana, 16, dan Norsyafikah, 13, turut mengalaminya.
baca lagi

Landskap Siasah

Posted: 29 Sep 2013 07:18 AM PDT

Landskap Siasah


Ops Bersih - Peniaga pula tersingkir di Pasar Batu Gajah

Posted: 28 Sep 2013 04:36 PM PDT

28 Sep 2013- Batu Gajah

Muhammad Nuruddin Bashah
Unit Media dan Informasi Pusat Khidmat ADUN Sg Rapat

Rakyat didahulukan adalah retorik yang paling jahat dikeluarkan oleh UMNO dan BN, demikian yang telah diluah oleh beberapa peniaga pelbagai bangsa di Pasar Batu Gajah berkenaan nasib mereka yan diperkotak katikkan oleh kerajaan BN selama ini.

Memastikan rakyat hidup dengan selesa adalah antara misi besar YB Radzi walaupun atas kapasiti wakil rakyat pembangkang. Inilah tanggungjawab yang digalas beliau yang dimanifestasi melalui kunjungan beliau ke Pasar Batu Gajah Jumaat lalu. Yb Radzi Zainon telah melawat ke Pasar Awam Batu Gajah dengan tujuan lawatan adalah untuk mendengar sendiri  rungutan dan keluhan peniaga-peniaga di pasar tersebut.

Kelihatan para peniaga berbilang bangsa berasa  gembira kerana masalah mereka diambil peduli oleh wakil rakyat. Walaupun peniaga tanpa lesen sekalipun mereka tetap rakyat dan diberi peluang untuk berniaga dengan pelbagai cara yang mampu kerajaan lakukan. 

" Kata orang putih there are many ways to kill a cat..jadi sebagai kerajaan mereka mampu lakukan 1001 cara untuk emmastikan peniaga ada lesen dan ada kemudahan yang sewajarnya", ulas Radzi semasa sesi lawatan awal. Sebenarnya sejak diwakili ADUN UMNO lagi, para peniaga-peniaga yang berasa teraniya  dan  diibaratkan seperti mulukut di tepi gantang.

Hal ini ekoran daripada tindakan Majlis Daerah Batu Gajah yang mengadakan operasi penguatkuasa dan pembersihan pada 25 September 2013(Rabu).

        Dalam operasi tersebut banyak barang peniaga yang telah disita, kerana mempamerkan barang-barang jualan melebihi kawasan premis perniagaan. Tindakan peniaga-peniaga tersebut adalah disebabkan saiz premis yang terlalu kecil.Sekiranya tindakan tersebut tidak dibenarkan, maka hanya sedikit sahaja barang yang mampu dijual.
Hal ini diburukkan lagi dengan kemunculan sebuah pasar raya yang beroperasi berhampiran Pasar Awam Batu Gajah. Pihak Majlis Daerah Batu Gajah sepatutnya perlu  menyelami masalah sebenar peniaga-peniaga agar tindakan yang sewajarnya yang diambil.

Tindakan pihak Majlis kelihatan seumpama menabur pasir ke dalam periuk nasi peniaga-peniaga kecil yang mencari rezeki menampung kehidupan keluarga.

Pihak Majlis perlu memberi fokus kepada prasarana bukan membuat 'wash out' menyapu bersih rezeki para peniaga. 
Lihat sahaja isu  longkang-longkang di kawasan Pasar Awam Batu Gajah tidak dibersihkan dan dipenuhi sampah sarap.

Sepatutnya itu yang perlu dilakukan oleh pihak Majlis Daerah Batu Gajah bukannya menggangu operasi peniaga- peniaga.

Selain itu notis yang diberikan sebelum operasi dijalankan memaklumkan bahawa tujuan operasi adalah untuk memastikan kawasan luar dan didalam pasar bersih daripada barangan tidak berguna bagi mengelakkan pembawa nyamuk dan serangga pembawa penyakit.

Sebaliknya barang-barang elok yang diniagakan yang telah dirampas seolah-olah barangan tersebut tak berguna.

Lebih pahit perit lagi peniaga-peniaga tanpa lesen  diminta berpindah ke bahagian belakang bangunan untuk berniaga.Tindakan tersebut seolah-olah memberi isyarat umtuk mereka menghentikan operasi. Majlis Daerah Batu Gajah seharusnya mengambil langkah yabg bijak dalam usaha membantu masyarakat bukannya bersikap lepas tangan walaupun rakyat sedar Majlis Daerah bukan pihak kebajikan masyarakat. Namun sedikit sebanyak pihak Majlis perlu terjemahkan dahulu retorik rakyat didahuluan yang diwar-warkan oleh kerajaan BN pusat mahupun negeri.

YB Radzi selaku Adun bersetuju dengan kebanyakan peniaga bahawa sebarang tindakan dari pihak majlis daerah mestilah lebih berhemah dan bertolak ansur/guna budi bicara.

"Saya, Insya Allah akan  membawa isu sebahagian bumbung bocor di Pasar Batu Gajah ini ke pengetahuan majlis daerah dalam masa terdekat. Saya lihat t
indakan Majlis Daerah Batu Gajah dilihat tidak seiring dengan matlamat mereka  iaitu memastikan Pasar Awam Batu Gajah sentiasa dalam keadaan bersih" jawab Radzi semasa disoal tindakan lanjut beliau.



























Tiada ulasan:

Catat Ulasan