Sabtu, 10 Ogos 2013

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


Tukar Tiub

Posted: 10 Aug 2013 07:18 PM PDT

Tukar Tiub


YA USUL BALIK ASAL

Posted: 10 Aug 2013 06:30 AM PDT




ANAK MUDA  TUNISIA
KE JALAN RAYA SEKALI LAGI



KOMENTAR TUKAR TIUB
politik tunisia bergolak lagi
baru baru ini seorang pemimpin
parti politik telah ditembak

awal tahun ini seorang pemimpin buruh
telah juga dibedil mati

dikatakan kedua dua peluru
datang dari muncung pistol yang sama

kini tamarod
wa usul  balik asal
kembali ke tempat permulaan

Tens of thousands march against government in Tunisia
Tens of thousands march against government in Tunisia. A police official estimated that 40,000 people crowded the streets of Tunis to call for the government led by the moderate Islamic movement Ennahda to step down

Updated: Tunisia's elected assembly suspended, deepening crisis
Tunisia's political crisis deepened Tuesday as the elected National Constituent Assembly suspended its work until the government and opposition open negotiations on a showdown sparked by an opposition figure's assassination.



SILA KLIK IKLAN YANG DI LIHAT
kalau tidak klik
iklan ini dilihat percuma sahaja
satu klik satu sen
dana yangh dikumpulkan
akan diwakafkan
kepada projek dapur jalanan
memberi makan  warga kota
tanpa tempat tinggal
----------

DIMANA BUKU TIPU PILIHAN RAYA - BOLEH DITEMUI

Posted: 10 Aug 2013 12:30 AM PDT








KITAB  BERTAMAROD



DIMANA BUKU 
TIPU PILIHAN RAYA
TURUN JALAN RAYA 
BOLEH DITEMUI


RANGKAIAN KEDAI BUKU BORDERS
Borders Garden
Borders The Curve
Borders Times
Borders Tropicana
Borders Queensbay

Kinokuniya Bookstores KLCC


RANGKAIAN KEDAI BUKU MPH
MPH-Bangi Gateway
MPH Taman Maluri
MPH Spring, Kuching
MPH Subang Parade
MPH Setia Alam
MPH Shah Alam
MPH Mid Valley
MPH Mahkota Parade, Melaka
MPH Online
MPH Jusco Seremban
MPH Gianta Stadium Shah Alam
MPH Johor Bahru City Square
MPH Alamanda Putrajaya
MPH Alpha Angle (Jusco)
MPH 1U2


Silverfishbooks Bangsar


RANGKAIAN KEDAI BUKU TIMES
Times The Bookshop (M) Sdn Bhd
Times Warisan Square, Kuching
Times SURIA, KK
Times Pavilion
Times Paragon, Penang
Times Hartamas
Times GIZA, Sunway
Times CITTA Mall
Times Bangsar Shopping Centre
Times 1Borneo, KK


JANGAN HANYA LAWAN ZIONIS ANTARABNGSA
LAWAN JUGA
ZIONIS TEMPATAN
ZIONIS BERADA DI MANA MANA
BUKAN HANYA DI ISRAEL

---------

KESAH ORANG BAIK BAIK

Posted: 09 Aug 2013 08:00 PM PDT




ORANG BAIK
DIMANA PUN  TERCAMPAK
AKAN MENJADI ORANG BAIK
orang jahat
hantuk kepala ke dinding batu hitam pun
akan terus jadi jahat

SILA KLIK IKLAN INI
kalau tidak klik
iklan ini dilihat percuma sahaja
satu klik satu sen
dana yangh dikumpulkan
akan diwakafkan
kepada projek dapur jalanan
memberi makan  warga kota
tanpa tempat tinggal

-------------

DIALOG RAKYAT

Posted: 10 Aug 2013 03:19 PM PDT

DIALOG RAKYAT


'The awakening: Abdullah Badawi years in Malaysia' akan menjadi panas

Posted: 09 Aug 2013 04:48 PM PDT

ASPAN ALIAS

'The Awakening: The Abdullah Badawi years in Malaysia' akan dipasaran tidak lama lagi dan ini satu penerbitan yang bakal menjadi topik hangat serta polimik besar mengikut jangkaan saya. 'The pre publication remarks' yang kita nampak melihatkan satu polimik yang hebat kerana apa sahaja yang melibatkan Dr Mahathir terutamanya dalam UMNO dan kepimpinan negara akan menjadi tumpuan ramai.

"Aku lantik hang, hang degil pulak dengan aku."
Lebih-lebih lagi tentang isu perlagaan diantara Dr Mahathir dan pewaris kepimpinannya Abdullah Badawi. Dr Mahathir hanya bertahan selama setahun sahaja sebelum keluar kedepan unutk membidas pewaris kepimpinannya itu dan beliau terus menerus melemparkan segala aib kepimpinan negara kita kepada Abdullah Badawi.

Segala-gala kemudharatan yang negara hadapi bermula dari Abdullah Badawi dan tidak ada sedikit pun ia bermula semasa pemerintahannya selama 22 tahun itu. Sekarang Abdullah pula memberikan pandangan dari sudut pemikirannya walaupun beliau (Abdullah) berdiam diri sahaja apabila Mahathir menyalahkan segala-galanya kepada Abdullah.

Mahathir berkata yang beliau belum lagi membaca penerbitan itu tetapi beliau akan memberikan respons mengikut apa yang beliau akan baca dan sudah menjadi kepastian Dr Mahathir akan membalasnya dengan lebih sinis lagi. Saya pun belum membacanya lagi tetapi dari apa yang di sebutkan oleh Abdullah dalam publisiti 'pre-launching' nya itu Abdullah telah memberikan pandangan yang bertentangan dengan Dr Mahathir dan itulah tanda-tanda ia akan menjadi topik hangat dimana-mana nanti.

"Kalau nak lantik saya jadi PM, lantik saya jadi PM betui
-betui





."
Abdullah selama ini berdiam diri apabila di 'seksa' oleh Dr Mahathir tetapi kali ini Abdullah keluar dan waktu dan masa ini adalah waktu yang paling terbaik bagi Abdullah untuk menjawab segala tuduhan dan kata-kata penghinaan Dr Mahathir terhadap beliau. Diantara Dr Mahathir dan Abdullah ini ibarat dua orang yang sedang bermain gasing.

Sudah begitu lama Dr Mahathir hanya memangkah sahaja. Nampaknya kali ini Abdullah pula mengambil giliran memangkah dan Dr Mahathir mengambil giliran memusing gasing itu pula. Gasing siapa yang pecah tidak pula kita ketahui kerana masing-masing dari hakikatnya adalah saling sandar menyandar dalam membuatkan politik negara kita menjadi sedemikian rupa.

Bagi saya jika ada kesalahan Abdullah itu, ia juga adalah kesalahan Dr Mahathir kerana Abdullah adalah ciptaan Dr Mahathir dalam kepimpinan negara. Mahathir telah mencipta Abdullah untuk dijadikan pemimpin yang boleh disuruh arah dan dipandu oleh pengaruh beliau setelah bersara. Media telah memaparkan Abdullah sebagai orang baik. Tetapi dari awal tidak pula media ini memaparkan sebagai seorang pemimpin yang baik, hanya sekadar orang baik sahaja.

Tetapi ciptaan Mahathir tidak menepati kegunaan yang diharapkan oleh beliau (Dr Mahathir), iaitu untuk menyuruh arah Abdullah. Mahathir terlupa yang Abdullah yang lembut itu adalah seorang yang degil. Abdullah tidak mudah melakukan sesuatu kerana memandang kearah telunjuk pemimpin yang telah mencipta beliau dan pengganti beliau (Dr Mahathir). Bagi Abdullah jika beliau dijadikan PM, jadikanlah beliau sebagai PM yang sebenarnya dan bukannya sebagai PM boneka kepada seseorang yang lain.

Itulah sebab bermulanya perselisihan diantara Abdullah dengan Dr Mahathir dan Mahathir bertindak cepat untuk mengkritik Abdullah secara terbuka dan kesemua kesalahan terhadap negara beliau lemparkan kepada Abdullah untuk bertanggungjawab. Sejak dari saat itu semua kesalahan terletak di bahu Abdullah dan bermula dari zaman pentadbiran Abdullah. Di sebaliknya semua yang boleh dipersepsikan sebagai baik adalah kepunyaan dan menjadi tuntutan Dr Mahathir sebagai sumbangan beliau kepada negara.

Apabila Dr Mahathir sedar yang Abdullah tidak mahu tunduk kepada kemahuannya maka Abdullah terpaksa menerima segala keburukkan walaupun perkara itu dilakukan oleh Dr Mahathir sendiri. Segala keburukkan berlaku dari zaman Abdullah Badawi.

Rasuah yang berlaku secara besar-besaran mengikut pandangan Dr Mahathir berlaku dari zaman Abdullah. Mengisi kepimpinan yang berbudaya mengampu dan 'burung balam' itu bermula dari zaman Abdullah.
Tidak siapa boleh percaya rasuah yang begitu besar dan dilakukan secara sistematik oleh kerajaan itu berlaku dari zaman Abdullah. Lazimnya rasuah yang sampai ketahap seperti yang dialami negara sekarang memakan masa paling kurang dua puluh tahun untuk berkembang seperti yang kita lihat sekarang.

Mahathir tidak memberikan tumpuan untuk membina dan menyuburkan benih kepimpinan dikalangan UMNO kerana membina kepimpinan bermakna akan membunuh niat beliau untuk berkuasa dalam tempoh yang lama terhadap negara. Sedangkan semua mereka yang berkepimpinan dan yang terbina di zaman Tun Razak dan Hussein Onn pun diketepikan oleh Dr Mahathir dengan begitu halus, bagaimana seseorang itu boleh mengharapkan beliau untuk membina dan membentuk barisan pemimpin yang berkepimpinan.

Akhirnya Abdullah Badawi yang dari awal tidak pernah dilihat sebagai orang yang berpotensi untuk menjadi PM pun boleh manjadi PM dan mereka yang ada disekeliling Abdullah itu adalah dari ciptaan Mahathir senditri. Mereka mempunyai ciri yang serupa, baik Abdullah, Najib dan akan berterusan dengan kepimpinan acuan yang sama, baik Muhyiddin atau kesemua Naib-Naib Presiden UMNO yang ada pada hari ini.

Saya selalu menyebut sesiapa yang mentadbir negara selepas Dr Mahathir merupakan dari kumpulan yang sama, tidak boleh diharapkan apa-apa yang besar dari mereka. Mereka adalah 'tot' dari Dr Mahathir dan tidak mungkin ada dikalangan yang berkuasa dalam UMNO sekarang mampu memimpin negara dengan betul.

Dr Mahathir itu sendiri menerima akibat kritikan dan pemimpin yang mengambil beliau sebagai pemimpin negara. Hussein Onn sendiri pernah menzahirkan penyesalan beliau kerana memilih Dr Mahathir sebagai pengganti beliau tetapi cara mereka yang dibesarkan dalam keluarga yang baik mereka tidak mengkritik Dr Mahathir seperti Dr Mahathir mengkritik Abdullah dan sekarang kritikan beliau akan hinggap pula kepada batang tubuh Najib Tun Razak.

Walau bagaimana pun mari kita baca dahulu apa yang tertulis dalam 'Awakening: Abdullah Badawi years in Malaysia' yang akan dilancarkan oleh pemimpin pembangkang Nurul Izah Anwar itu.

Selepas itu kita bahaskan sama-sama. Apa yang saya komen ini hanyalah merupakan 'preamble' terhadap apa yang mungkin saya komen setelah membaca buku itu dengan sepenuhnya nanti.

Isu ini pastinya merupakan satu topik yang di minati ramai. Kita tunggu. Tidak lari gunung dikejar.

Laporan awal Jambatan Ke-2 P.Pinang runtuh Oktober

Posted: 09 Aug 2013 04:44 PM PDT

Penyambung susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang runtuh Foto Sinar Harian oleh MOHD ISKANDAR OTHMAN

KUCHING - Kementerian Kerja Raya akan mengeluarkan laporan awal mengenai runtuhan penyambungan tanjakan susur keluar ke Jambatan Kedua Pulau Pinang pada Oktober depan, kata Menterinya Datuk Fadillah Yusof.
 
Beliau berkata laporan oleh kumpulan pakar seramai 12 orang yang dibentuk khas oleh kementeriannya ditugaskan mengkaji semua aspek berkaitan amalan biasa industri pembinaan dan menyiasat sama ada ia dipatuhi dalam kes tersebut.
 
"Maklum balas awal yang diterima dari kumpulan pakar itu mengatakan terdapat kecuaian, tidak mematuhi standard serta amalan-amalan yang sepatutnya dipatuhi dan ditetapkan dalam sektor pembinaan sehingga mengakitkan runtuhan," katanya.
 
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Aidilfitri di kediamannya di Petra Jaya di sini hari ini.
 
Mengulas lanjut, Fadillah berkata selain menjalankan siasatan kes runtuhan tersebut, kumpulan 12 pakar yang terdiri antaranya dari pihak arkitek, wakil syarikat pemaju, ahli akademik dan agensi kerajaan itu turut mengkaji proses dan sistem sektor pembinaan sedia ada supaya apabila pelaksanaan projek pembangunan dilakukan pada masa hadapan, risiko kemalangan dapat dikurangkan.
 
"Matlamat kita ialah untuk mengkaji keseluruhan perjalanan projek termasuk aspek perundangan, amalan pihak industri, bahan reka bentuk, pemantauan projek, rangkaian bekalan serta kemahiran pekerja," katanya. 
 
Fadillah berkata laporan awal itu akan dimuktamadkan hanya selepas satu konsultasi bersama dengan semua pihak berkaitan industri pembinaan diadakan.
 
"Laporan akhir pula akan dikemukakan kepada kerajaan, dan jika ada input yang bersesuaian, seperti perubahan dasar, penambahbaikan undang-undang, serta amalan dalam sektor pembinaan, kita akan laksanakan," katanya.
 
Dalam kejadian 6 Jun lepas itu, tanjakan konkrit di susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu di Batu Maung, runtuh dan mengakibatkan seorang terbunuh dan tiga lagi cedera.
 
Pada 6 Julai, Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) Datuk Ir Dr Johari Basri mengesahkan siasatan pihaknya mendapati wujud unsur kecuaian dari segi prosedur dan teknikal oleh pihak kontraktor. - Bernama

KM tawar bantu polis Pulau Pinang banteras jenayah

Posted: 09 Aug 2013 04:40 PM PDT

MALAYSIA KINI


 
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menyuarakan kebimbangannya terhadap tiga insiden tembakan yang berlaku dalam masa sehari di negeri ini.

Beliau berkata semalam tiga kejadian berasingan yang berlaku pada hari pertama Hari Raya Aidilfitri di Pulau Pinang dan mungkin berkaitan dengan persaingan kumpulan kongsi gelap, menunjukkan "keadaan jenayah yang semakin buruk yang akan menimbulkan keraguan terhadap keselamatan awam".

Kejadian itu menyebabkan kematian seorang warga India berusia 37 tahun di Jalan Anson dan mencederakan seorang bouncer berusia 43 tahun, awal pagi ini di Jalan Dato' Keramat.

dap special meeting 110313 lim guan engLim (kiri) berkata, beliau telah menghubungi Ketua Polis Pulau Pinang
pagi ini dan telah diberi taklimat mengenai keadaan tersebut.

Menurutnya, kerajaan negeri komited untuk mengekalkan rekod Pulau Pinang sebagai salah sebuah negeri yang paling selamat di Malaysia.

Beliau berkata kerajaan negeri memahami kekurangan anggota dan sumber yang mungkin dihadapi polis di Pulau Pinang dalam usaha membanteras jenayah.

Atas sebab itu, Lim berkata, pihaknya bersedia menawarkan sumber-sumber kerajaan negeri kepada pihak polis untuk bersama-sama membanteras jenayah yang semakin meningkat.

Disergah Pak Lah yang bangun dari tidurnya.. Mahathir kehilangan kata-kata..

Posted: 09 Aug 2013 04:36 PM PDT

http://darisungaiderhaka.blogspot.com


Disergah Pak Lah yang bangun dari tidurnya telah membuatkan Dr. Mahathir terkedu dan kehilangan kata-kata untuk menjawabnya, malah Dr. Mahathir berkata bahawa beliau sedang mengkajinya sebelum membuat beberapa rujukan terhadapnya.

Dalam buku baru bertajuk 'Awakening: The Abdullah Badawi Years in di Malaysia, Abdullah memberitahu editor buku tersebut bahawa Dr Mahathir mencampuri pentadbirannya dan menggelar beliau sebagai "manusia penuh kontradiksi".

Disamping itu kenyataan di akhbar berbahasa Cina, Nan Yang Siang Pau pula menyatakan Pak Lah terus menyerang Dr. Mahathir dengan mengatakan bila bersara bersaralah.. tidak perlu mengacau orang yang sedang bekerja.

Ini laporannya..

Mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi hari ini menjawab mengapa beliau tidak bersifat agresif seperti Perdana Menteri sebelumnya Tun Dr Mahathir Mohamad.  
Perdana Menteri kelima itu berkata beliau tidak berhasrat menggunakan pendekatan Mahathir yang gemar memberi pandangan dalam pelbagai isu atau memberi panduan semasa pentadbiran Datuk Seri Najib Razak.  
Bagi beliau, bila bersara bersaralAh dan tidak perlu mengacau orang yang sedang bekerja. Katanya inilah sebab beliau gemar mendiamkan diri kerana bila sudah bersara maka tidak seharusnya mencampuri urusan pentadbiran politik semasa.  
"Jika ada perkara yang tidak berkenan di hati, lebih baik sampaikannya di dalam diam dan tidak perlu meluahkan secara umum yang mungkin menimbulkan perasaan kurang senang," katanya memetik kenyataan di akhbar berbahasa Cina, Nan Yang Siang Pau.  
Beliau menambah jika kerajaan berhasrat menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Aduan dan Penambahbaikan Polis (IPCMC) maka pastinya ada perkara yang tidak kena berlaku dalam kerajaan mahupun Polis Diraja Malaysia (PDRM).  
Semalam Perkasa menggesa Abdullah agar segera bangun dari tidur dan melihat realiti dan perjuangan yang dilakukan oleh Perkasa selama ini.  
Setiausaha agungnya, Syed Hasan Syed Ali berkata Abdullah sebenarnya kecewa kerana Perkasa yang menggesa beliau untuk meletakkan jawatan.  
Katanya, Abdullah seharusnya mencermin diri sendiri kerana semasa pemerintahannya BN gagal mengekalkan dua pertiga kerusi di Parlimen selain melihat beliau telah menghampakan bukan sahaja BN malah turut ditolak oleh kaum bukan Melayu,  
Syed Hasan menambah jika Abdullah seorang Perdana Menteri yang hebat, pastinya beliau kekal sebagai Perdana Menteri hingga ke saat ini malah lebih lama dari Mahathir ~ The Malaysian Insider

Bagi aku dalam hal ini PERKASA tu cuma nak tumpang populariti sebab sebab kalau tak silap aku PERKASA ni secara rasminya ujud semasa Najib jadi PM jadi macam mana pulak sebuah pertubuhan yang tak wujud semasa Pak Lah jadi PM boleh desak Pak Lah letak jawatan?

Pak Lah turun kerana didesak pemimpin-pemimpin UMNO tak ada kena mengena dengan PERKASA dan beliau menyatakan kesanggupannya untuk turun dengan syarat memantunya kekal sebagai Ketua Pemuda UMNO pada ketika itu.

Kekal sebagai Ketua Pemuda UMNO juga membawa maksud dilantik sebagai Menteri dalam kabinet yang baru tapi janji tinggal janji.. Menantu Pak Lah kekal sebagai Ketua Pemuda UMNO tapi tak dilantik kedalam kabinet sebagai Menteri.

Perwakilan UMNO pada malam itu tentu masih ingat.. keputusan pemilihan Ketua Pemuda UMNO diumumkan agak lewat pada masa Pemilihan itu..

Sebabnya orang kata keputusan sebenar bukanlah seperti yang diumumkan kerana ada perjanjian yang terpaksa diuruskan...

Dalam hal Pak Lah menyerang Dr. Mahathir pulak ianya sudah tentu berkaitan dengan Pemilihan UMNO..

Najib yang belum tentu kekal sebagai Presiden UMNO perlu Pak Lah bantu sebab menantu Pak Lah dah dilantik menjadi Menteri oleh Najib.

Menurut beberapa pemimpin UMNO, Najib adalah pemimpin paling lemah dilahirkan UMNO, mengekalkan Najib sebagai Presiden UMNO dan juga Perdana Menteri akan menyusahkan UMNO dalam menghadapi PRU14 nanti..

Dan ianya telah terbukti dalam PRU13 yang lalu.. Di bawah Najib BN peroleh keputusan yang lebih teruk dari Pak Lah..

Lagipun sudah menjadi rahsia umum menantu Pak Lah itu bukanlah individu yang disukai oleh Dr. Mahathir semuanya gara-gara hubungan baik antara menantu Pak Lah dan pihak Singapore yang dibenci oleh Mahathir tapi ditakuti oleh Najib.

Jadi hal ini bolehlah dianggap sebagai 'You Help Me.. I Help You..." seperti yang Najib amalkan tu..

Yang sedang berperang disini ialah Team Najib dan Team Mahathir.. Pak Lah kini membantu Najib untuk menghadapi Team Mahathir..

Kalau korang rajin membelek Blog-blog Pro UMNO.. korang akan nampak kedua-dua Team itu sedang berperang untuk membina persepsi, dedah mendedahkan semakin menjadi-jadi..

Ketua Penerangan ANAK Kemalangan

Posted: 09 Aug 2013 04:28 PM PDT

BULETIN ONLINE

BESUT -Ketua Penerangan Persatuan Felda Anak Peneroka Kebangsaan (Anak), Naraza Muda mengalami kemalangan jalanraya di Kampung Renek, Jabi dekat sini pada pagi 1 Syawal Khamis, 8  Ogos.

IMG-20130808-WA0026-1716735904

Beliau yang juga ahli jawatankuasa PAS Kawasan bagaimana pun tidak mengalami kecederaan serius dan telah mendapat rawatan sebagai pesakit luar di hospital.

Namun begitu, kenderaan MPV beliau mengalami kerosakan yang agak teruk akibat terbabas.

 IMG_20130809_170328-288199343

Oleh itu, mana-mana pihak berhajat untuk membantu beliau, yang juga ahli aktif NGO 'R' menuntut royalti di kembali ke negeri Terengganu, bolehlah menyalurkannya ke akaun beliau Naraza Muda 13080010664526 CIMB

locengwangsa

Posted: 10 Aug 2013 03:12 PM PDT

locengwangsa


JIKA ZULHASNAN ENGGAN MEMPERTAHANKAN KETUA BAHAGIAN, SIAPA GALANG GANTINYA?

Posted: 10 Aug 2013 03:01 PM PDT

Biaqpila

Posted: 10 Aug 2013 03:10 PM PDT

Biaqpila


4 INSIDEN TEMBAKAN DI HARI RAYA.....MALAYSIA MASIH SELAMAT BEB!!!

Posted: 09 Aug 2013 06:00 PM PDT


Empat insiden tembakan berlaku dalam masa 24 jam semasa umat Islam menyambut hari raya semalam dengan dua di Pulau Pinang dan masing-masing satu di Kuala Lumpur dan Perak.

Di Kuala Lumpur, insiden senjata api dilaporkan berlaku di sebuah restoran Pelita,Desa Seri Hartamas kira-kira 7.30 pagi semalam.

Kejadian disahkan oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah  menyatakan dari siasatan awal mendapati ia sebagai kemalangan akibat perlakuan sendiri.

Mangsa merupakan seorang lelaki India berusia 27 tahun bekerja sebagai pemandu teksi dan pengutip hutang sambilan.

"Kira kira jam 7.30 pagi mangsa yang selesai kerja pergi ke restoran Pelita untuk mengutip hutang.

"Mangsa kemudiannya kembali ke kereta untuk mengambil pistol lalu melepaskan dengan tidak sengaja hingga mengenai tapak tangan kiri dan peha kiri kaki mangsa," kata Ku kepada The Malaysia Insider.

Mangsa dirawat di Pusat Perubahan Universiti Malaya PPUM.

Insiden tersebut menjadikan ia kes keempat membabitkan senjata api yang berlaku dalam kurang 24 jam hari ini iaitu ketika umat Islam menyambut Hari Raya Pertama.

Terdahulu di Chemor, Perak seorang lelaki cedera parah akibat terkena tembakan yang dilepaskan dua suspek bermotosikal.

Kejadian berlaku kira kira 11.45 malam tadi apabila dua suspek bermotosikal itu dilihat menghampiri kereta mangsa dan melepaskan enam das tembakan.

Sementara itu, di Georgetown, Pulau Pinang pula berlaku kejadian tembak menembak awal pagi tadi mengejutkan penduduk sekitar apabila 16 tembakan dilepaskan ke arah sebuah rumah banglo di Pulau Tikus.

Bagaimanapun tiada kecederaan dilaporkan dan polis kini sedang mengenal pasti identiti penembak melalui rakaman cctv.

Pada masa sama dalam kejadian berasingan di Pulau Pinang, jam 11.30 pagi tadi seorang. lelaki ditembak sekurang kurangan 10 kali oleh seorang suspek ketika mangsa sedang berhenti di lampu isyarat Jalan Anson.

Mangsa dikatakan memandu kereta dengan nombor pendaftaran Kuala Lumpur.



sedakasejahtera


KILANG UTK DISEWA DI SERI MANJUNG PERAK CALL ILA 017-5655767
NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?
RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN

BERFIKIR.... MENCARI HAKIKAT KEBENARAN

Posted: 10 Aug 2013 01:23 PM PDT

BERFIKIR.... MENCARI HAKIKAT KEBENARAN


BILA PAK LAH BANGUN DARI TIDURNYA

Posted: 09 Aug 2013 02:53 PM PDT

Addin

Posted: 10 Aug 2013 11:17 AM PDT

Addin


Kejutan Dari Nurul Izzah.. Saksikanlah

Posted: 10 Aug 2013 08:34 AM PDT

Keghairahan orangramai bercakap mengenai buku Pak Lah, Awekening, The Abdullah Badawi Years In Malaysia dijangka bertambah hangat apabila tersebar berita bahawa pelancaran buku itu di Singapura akan dilakukan oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar pada 30 Ogos depan.

Nurul Izzah sendiri hari ini dllaporkan telah mengesahkan persetujuan untuk menerima jemputan bagi melancarkan buku itu.Di Malaysia pula, buku ini akan dilancarkan oleh Pak Lah sendiri. 

Pada mulanya majlis pelancarannya dijadualkan akan diadakan seminggu selepas Hari Raya Aidil Fitri tetapi memandangkan kesihatan Pak Lah yang tidak begitu mengizinkan, majlis itu dikatakan telah ditangguhkan ke suatu tarikh yang belum ditetapkan.

Pak Lah sebelum ini disahkan mengidap radang pada kakinya dan telah menerima rawatan di IJN. Beliau juga didapati hadir dalam beberapa majlis dengan berkerusi roda. Dipercayai keadaan kakinya yang belum pulih sepenuhnya menjadikan majlis pelancaran itu ditangguhkan.

Dalam bukunya ini, Pak Lah antaranya menjawab beberapa persoalan mengenainya dirinya, terutamanya yang dilemparkan oleh Mahathir selama bertahun-tahun ini, pandangannya mengenai Mahathir yang disifatkannya manusia penuh kontradiksi, mengenai perubahan dalam UMNO, kehilangan majoriti dua pertiga BN dalam pilihanraya 2008, juga mengenai menantunya, KJ yang dipertahankannya sebagai tidak pernah canpurtangan dan mempengaruhinya dalam urusan kerajaan serta berbagai lagi.

Terbitanya buku ini menjelang pemilihan UMNO pada 5 Oktober depan di mana KJ sudah dilantik menganggotai kabinet Najib sebagai Menteri Belia dan Sukan, sementara Mahathir pula masih kekal mahu menunjukkan pengaruhnya dalam UMNO, tentunya akan menimbulkan pelbagai tafsiran mengenai tujuan dan masa buku ini dikeluarkan.

Mahathir pula ketika ditanya wartawan mengenainya komennya mengenai buku Pak Lah ini, mengambil sikap tidak mahu mengulasnya lagi kerana belum membacanya serta ingin mengkaji kanduangannya terlebih dahulu.Ini merupakan sesuatu yang jarang dilakukan oleh Mahathir. 

Biasanya beliau tidak melengah-lengahkan untuk memberi ulasan sesuatu perkara yang dikaitkan secara langsung mengenainya.Tetapi berbeza dengan serangan Pak Lah melalui bukunya ini. 

Ia seperti membuatkan Mahathir perlu berhati-hati sebelum memberikan sebarang komennya atau barangkali Mahathir dapat merasakan ada sesuatu disebalik terbitnya buku ini.KJ pula, walaupun dipertahankan oleh Pak Lah, turut keberatan untuk memberi komennya atas alasan juga belum membacanya.

Sementara orangramai merasakan buku ini akan menghangatkan kembali perbalahan antara Mahathir dan Pak Lah yang pernah tercetus sebelum ini, nampaknya ia kini memasuki episod yang lebih menarik apabila Nurul Izzah, anak kepada Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim akan melancarkan pula buku itu di Singapura.

Biasanya buku mengenai mana-mana individu ternama akan dilancarkan oleh individu itu sendiri atau tokoh lain yang setaraf atau lebih tinggi daripadanya. Barangkali juga ini merupakan kali pertama buku mengenai seorang Perdana Menteri dilancarkan oleh individu daripada parti yang berbeza dengan tokoh tersebut.

Ternampak Nurul Izzah sangat istimewa dalam hal ini?Sebagaimana Pak Lah yang berbalah dengan Mahathir, Anwar juga turut berbalah dengan Mahathir sejak dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 1998 dan ia berterusan sehingga ini. 

Pak Lah pula, walaupun dipilih untuk menggantikan Mahathir tetapi telah mengambil keputusan membebaskan Anwar dari penjara yang dilihat sebagai antara punca bermulanya kemarahan Mahathir kepada Pak Lah.

Beberapa isu lain yang turut disebut sebagai punca kemarahan Mahathir seperti pembatalan projek landasan berkembar dan Jambatan Bengkok serta pengaruh KJ dalam pentadbiran Pak Lah sebenarnya dilihat oleh banyak pihak hanyalah isu sampingan semata-mata kerana punca utamanya ialah pembebasan Anwar dari penjara kerana Mahathir menjangkakan apabila Anwar terus dipenjarakan, karier politiknya juga akan turut terpenjara untuk selama-lamanya.

Jika dulu Pak Lah membebaskan Anwar dari penjara, kini anak Anwar pula melancarkan buku Pak Lah. Walaupun Anwar dan Pak Lah berada dalam parti yang berbeza, begitu juga dengan Nurul Izzah, kebersamaan mereka ialah mempunyai musuh politik yang sama iaitu Mahathir.

Apakah di majlis pelancaran di Singapura itu nanti, Pak Lah akan turut hadir dan duduk sebelah-menyebelah dengan Nurul Izzah?Sebagaimana biasanya orang yang melancarkan buku, ia tentunya akan memuji kandungan buku tersebut, apakah kali ini Pak Lah akan menerima pujian yang sama daripada Nurul Izzah atau sengaja ingin menunjukkan kepada dunia bagaimana anak seorang Ketua Pembangkang Malaysia yang juga musuh politik Mahathir akan melontarkan pujian kepadanya pula?

Memandangkan kandungan buku itu turut mengkritik Mahathir, apakah Nurul Izzah juga akan turut mengkritik Mahathir dalam ucapan pelancarannya nanti?Oleh kerana majlis itu diadakan di Singapura, biasanya liputannya akan tersebar luas seantero dunia dan impaknya kepada Mahathir, Pak Lah serta Anwar tentunya akan menghasilkan kesan yang berganda.

Berbagai persoalan boleh timbul apabila Nurul Izzah disahkan akan melancarkan buku Pak Lah ini. Mungkinkah ia merupakan titik awal percantuman dua entiti sahabat untuk menyerang musuh yang sama?

Sebagaimana Mahathir masih berdiam diri dan enggan memberi ulasan mengenai buku Pak Lah ini, pengesahan bahawa Nurul Izzah pula akan melakukan majlis pelancarannya, ia tentunya akan menyebabkan suhu badan bekas Perdana Menteri paling lama itu turut naik dengan mendadak selepas ini.Mungkin nanti ulasan Mahathir mengenai buku ini turut berjela-jela jadinya. ~shahbudin







Iklan C (ii)

Dr. Mahathir Tahu Rahsia Pak Lah.. Tapi Tetap Mengkritiknya

Posted: 09 Aug 2013 08:49 PM PDT

Kritikan ke atas Tun Dr Mahathir Mohamad yang dibuat Mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Badawi dalam buku biografi berjudul "The Awakening" diumpamakan seperti 'pulang paku buah keras' kata blogger Datuk A Kadir Jasin.

Menurut bekas Ketua Pengarang New Straits Time Press itu kritikan yang dilakukan ke atas Dr Mahathir bukanlah satu yang mengejutkan.Ini kerana kata beliau sekiranya Dr Mahathir sering mengkritik mantan Perdana Menteri ke lima itu maka tidak hairanlah Abdullah juga turut melakukan perkara yang sama.

"Ia agak melucukan apabila sesetengah pihak yang mendakwa kecewa dengan kenyataan yang didedahkan Abdullah kerana saya yakin Dr Mahathir mampu untuk pertahankan diri sendiri bila beliau membuat keputusan untuk melakukan perkara demikian," kata blogger itu.

Dalam buku biografi itu, Awakening, the Abdullah years in Malaysia, bekas perdana menteri itu dilihat banyak mengkritik Dr Mahathir.Antaranya beliau mendedahkan menghadapi masalah kelihatan "sleep apnea" dimana penyakit individu yang menghidap sakit ini tidak dapat mengawal masalah tidur.

Perkara itu jelas Abdullah turut diketahui Dr Mahathir, namun bekas perdana menteri yang berkhidmat selama 22 tahun itu sentiasa menggunakan perkara itu untuk mengkritiknya.

"Saya memberitahu Dr Mahathir keadaan saya jadi untuk beliau mengatakan saya tertidur kerana tidak berminat dengan tugas tidak patutlah," katanya dalam buku berkenaan.

"Beliau tahu masalahnya namun memilih untuk memperkatakan semua itu," kata Abdullah.Malah Abdullah juga membuat kenyataan sekiranya beliau mengikut kehendak dan tekanan Tun Dr Mahathir Mohamad supaya berbelanja tanpa kawalan dan meneruskan projek mega, Malaysia pasti akan bankrup. ~the malaysian insider






Iklan C (ii)

Anak Sungai Derhaka

Posted: 10 Aug 2013 09:27 AM PDT

Anak Sungai Derhaka


Apa Pula Muslihatnya Nurul Izzah Dijemput Lancarkan Buku Pak Lah?

Posted: 10 Aug 2013 05:53 AM PDT


Keghairahan orangramai bercakap mengenai buku Pak Lah, Awekening, The Abdullah Badawi Years In Malaysia dijangka bertambah hangat apabila tersebar berita bahawa pelancaran buku itu di Singapura akan dilakukan oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar pada 30 Ogos depan.

Nurul Izzah sendiri hari ini dllaporkan telah mengesahkan persetujuan untuk menerima jemputan bagi melancarkan buku itu.

Di Malaysia pula, buku ini akan dilancarkan oleh Pak Lah sendiri. Pada mulanya majlis pelancarannya dijadualkan akan diadakan seminggu selepas Hari Raya Aidil Fitri tetapi memandangkan kesihatan Pak Lah yang tidak begitu mengizinkan, majlis itu dikatakan telah ditangguhkan ke suatu tarikh yang belum ditetapkan. Pak Lah sebelum ini disahkan mengidap radang pada kakinya dan telah menerima rawatan di IJN.

Beliau juga didapati hadir dalam beberapa majlis dengan berkerusi roda. Dipercayai keadaan kakinya yang belum pulih sepenuhnya menjadikan majlis pelancaran itu ditangguhkan.

Dalam bukunya ini, Pak Lah antaranya menjawab beberapa persoalan mengenainya dirinya, terutamanya yang dilemparkan oleh Mahathir selama bertahun-tahun ini, pandangannya mengenai Mahathir yang disifatkannya manusia penuh kontradiksi, mengenai perubahan dalam UMNO, kehilangan majoriti dua pertiga BN dalam pilihanraya 2008, juga mengenai menantunya, KJ yang dipertahankannya sebagai tidak pernah canpurtangan dan mempengaruhinya dalam urusan kerajaan serta berbagai lagi.

Terbitanya buku ini menjelang pemilihan UMNO pada 5 Oktober depan di mana KJ sudah dilantik menganggotai kabinet Najib sebagai Menteri Belia dan Sukan, sementara Mahathir pula masih kekal mahu menunjukkan pengaruhnya dalam UMNO, tentunya akan menimbulkan pelbagai tafsiran mengenai tujuan dan masa buku ini dikeluarkan.

Mahathir pula ketika ditanya wartawan mengenainya komennya mengenai buku Pak Lah ini, mengambil sikap tidak mahu mengulasnya lagi kerana belum membacanya serta ingin mengkaji kanduangannya terlebih dahulu.

Ini merupakan sesuatu yang jarang dilakukan oleh Mahathir. Biasanya beliau tidak melengah-lengahkan untuk memberi ulasan sesuatu perkara yang dikaitkan secara langsung mengenainya.

Tetapi berbeza dengan serangan Pak Lah melalui bukunya ini. Ia seperti membuatkan Mahathir perlu berhati-hati sebelum memberikan sebarang komennya atau barangkali Mahathir dapat merasakan ada sesuatu disebalik terbitnya buku ini.

KJ pula, walaupun dipertahankan oleh Pak Lah, turut keberatan untuk memberi komennya atas alasan juga belum membacanya.

Sementara orangramai merasakan buku ini akan menghangatkan kembali perbalahan antara Mahathir dan Pak Lah yang pernah tercetus sebelum ini, nampaknya ia kini memasuki episod yang lebih menarik apabila Nurul Izzah, anak kepada Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim akan melancarkan pula buku itu di Singapura.

Biasanya buku mengenai mana-mana individu ternama akan dilancarkan oleh individu itu sendiri atau tokoh lain yang setaraf atau lebih tinggi daripadanya. Barangkali juga ini merupakan kali pertama buku mengenai seorang Perdana Menteri dilancarkan oleh individu daripada parti yang berbeza dengan tokoh tersebut.

Ternampak Nurul Izzah sangat istimewa dalam hal ini?

Sebagaimana Pak Lah yang berbalah dengan Mahathir, Anwar juga turut berbalah dengan Mahathir sejak dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 1998 dan ia berterusan sehingga ini. Pak Lah pula, walaupun dipilih untuk menggantikan Mahathir tetapi telah mengambil keputusan membebaskan Anwar dari penjara yang dilihat sebagai antara punca bermulanya kemarahan Mahathir kepada Pak Lah.

Beberapa isu lain yang turut disebut sebagai punca kemarahan Mahathir seperti pembatalan projek landasan berkembar dan Jambatan Bengkok serta pengaruh KJ dalam pentadbiran Pak Lah sebenarnya dilihat oleh banyak pihak hanyalah isu sampingan semata-mata kerana punca utamanya ialah pembebasan Anwar dari penjara kerana Mahathir menjangkakan apabila Anwar terus dipenjarakan, karier politiknya juga akan turut terpenjara untuk selama-lamanya.

Jika dulu Pak Lah membebaskan Anwar dari penjara, kini anak Anwar pula melancarkan buku Pak Lah. Walaupun Anwar dan Pak Lah berada dalam parti yang berbeza, begitu juga dengan Nurul Izzah, kebersamaan mereka ialah mempunyai musuh politik yang sama iaitu Mahathir.

Apakah di majlis pelancaran di Singapura itu nanti, Pak Lah akan turut hadir dan duduk sebelah-menyebelah dengan Nurul Izzah?

Seterusnya sila sambung bacaan anda di SINI

Cina Pun Mahu Duit Zakat?.. Teresa Kok buat laporan Polis terhadap macai UMNO..

Posted: 09 Aug 2013 09:00 PM PDT


Ahli Parlimen DAP Seputeh, Teresa Kok membuat laporan polis di Balai Polis Sri Petaling, kelmarin terhadap blogger pro-Barisan Nasional (BN) yang memfitnah dengan tuduhan tanpa asas mahu agar wang kutipan zakat 'diberi kepada orang Cina'.

"Saya menolak sekeras-kerasnya hasutan yang menimbulkan kebencian itu, saya juga tidak pernah terfikir supaya wang zakat diberi kepada orang Cina (yang bukan Islam)," tegas beliau.


Pada satu sidang media, Pengerusi DAP Selangor itu menegaskan bahawa artikel 'Cina pun mahu duit zakat – Teresa Kok' yang disiarkan dalam blog, bnbesut.blogspot.com adalah hasutan daripada 'orang gila' dan boleh menimbulkan kebencian orang Islam terhadapnya.

"Ia telah disiarkan di laman sosial secara meluas. Ini adalah jenayah penipuan dan hasutan. Polis perlu menyiasatnya," katanya.

Menurut Teresa, beliau juga akan membuat laporan polis terhadap Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) terhadap penulis blog itu yang masih belum dikenal pasti.

Teresa menjelaskan, laporan itu amat penting kerana ia adalah tindakan pencegahan daripada 'dihambat' polis sambil merujuk kepada insiden 2008 berhubung isu 'Azan'.

Pada 2008, Teresa Kok pernah menjadi sasaran apabila beliau difitnah pengarang Utusan Malaysia, Zaini Hassan dalam satu artikelnya bertajuk "Azan, Jawi, JAIS, UiTM dan ba-alif-ba-ya" yang disiarkan pada 10 September 2008.

Akibatnya, dua hari selepas tulisan itu disiarkan, Teresa Kok ditahan mengikut ISA pada 12 September 2008 selama tujuh hari.

Rentetan fitnah yang berbahaya itu, Teresa telah memfailkan saman terhadap Zaini dan Utusan Malaysia pada 9 Oktober 2008 dan perbicaraannya masih belum selesai.

Pada Konvensyen Media Sosial 1Malaysia tahun lalu, Zaini dilaporkan media mengeluarkan kenyataan bahawa sesuatu fakta itu boleh diputar (spin).

"Dalam bentuk penulisan kita ada; satu fakta, satu spin (putar fakta), satu lagi blatant lie (pembohongan terang-terangan)…Kita boleh spin, macam mana kita nak spin sesuatu fakta itu memihak kepada kita, itu okay", kata Zaini.

Sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 lagi, DAP acap kali menjadi sasaran fitnah pihak lawan apabila parti itu dilihat semakin diterima masyarakat Melayu di bandar dan meluaskan pengaruhnya ke kawasan luar bandar dengan pelbagai dakwaan fitnah berbaur perkauman, sentimen keagamaan dan sebagainya.

Hakikatnya, DAP adalah sebuah parti yang jelas dalam perlembagaannya berpegang teguh kepada Perlembagaan Persekutuan yang mengiktiraf Islam sebagai agama Persekutuan, kedaulatan Raja-raja Melayu serta sistem demokrasi berparlimen.-Roketkini.com

Nih apa yang macai tu dah tulis..

1.Teresa Kok DAP Hasil pilihan Melayu Seputeh dan Kinrara, Selangor telah mengeluarkan kenyataan bahawa duit Zakat orang Islam yang dikutip di negeri Selangor seharusnya diagih dan diserahkan juga kepada orang Cina kerana orang Cina di Selangor juga bayar cukai. Jabatan Agama Islam Selangor(JAIS) telah diasak oleh Teresa Kok untuk turut menyerahkan hasil kutipan itu kepadanya agar Teresa Kok dapat menyalurkan bantuan itu kepada orang Cina di Selangor.  
2.Hal ini telah menaikkan kemarahan beberapa NGO yang menggesa penduduk melayu Seputeh serta penduduk melayu Kinrara, Selangor yang mengundi DAP serta memilih Teresa Kok sebagai wakil rakyat mereka untuk tidak mencampuri urusan Agama Islam negeri Selangor.  
3.Teresa Kok DAP Hasil pilihan Melayu Seputeh dan Kinrara, Selangor sebelum ini yang mengarahkan MB Selangor Khalid Ibrahim untuk meluluskan projek ternakan babi mega terbesar di Asia bernilai RM100 juta diluluskan. Teresa Kok DAP juga telah memilih untuk membuat kandang ternakan babi ini dikawasan penduduk majoriti Melayu Selangor. Apabila ditanya mengapa kandang ternakan babi mega terbesar tidak dibuat di kawasan majoriti Cina Selangor, Teresa Kok menjawab dia takut kuman atau penyakit berbahaya disebar jika dibuat di kawasan penduduk majoriti Cina Selangor jadi dilihat sebagai kurang sesuai.  
4.Tidak lupa baru baru ini juga digemparkan bahawa Teresa Kok 100% menolak Agama Islam sebagai agam rasmi persekutuan sewaktu perbicaraan mahkahmah yang ditanya oleh Peguam Mahkahmah Dato Zaini.  
5.Sebelum ini juga Teresa Kok juga mendesak kerajaan Persekutuan untuk membuka UiTM kepada orang Cina juga dengan alasan Cina membayar cukai. Jadi hak bumiputera perlulah dikongsi bersama sama orang Cina. Teresa Kok pada masa itu turut membawa MB Khalid Ibrahim untuk membuat pengakuan bersama bahawa MB Khalid Ibrahim dari graduan UiTM juga bersetuju bahawa UiTM perlu dibuka kepada orang Cina secara penuh.  
Posted by Boikot CinaDAP at 05:20 

Nurul Izzah Akan Lancar Buku Pak Lah Di Singapura

Posted: 09 Aug 2013 05:00 PM PDT


Wah.. menarik ni.. anak Ketua Pembangkang yang merupakan musuh utama UMNO, telah dijemput untuk melancarkan buku mantan Presiden UMNO yang juga mantan Perdana Menteri Malaysia di Singapura..

Kata Nurul Izzah beliau telah bersetuju untuk melancarkan buku berjudul 'Awakening- The Abdullah Badawi Years in Malaysia'.

Nurul Izzah Bakal Lancar Buku Pak Lah Di Singapura  
PETALING JAYA: Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar bersetuju menerima jemputan untuk melancarkan buku oleh bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi di Singapura pada 30 Ogos ini.  
Nurul Izzah, anak kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata beliau telah bersetuju untuk melancarkan buku berjudul 'Awakening- The Abdullah Badawi Years in Malaysia'.  
Pelancaran buku ini di Malaysia, juga ditetapkan pada bulan ini, yang mana ia akan dilancarkan oleh bekas Perdana Menteri itu sendiri.  
Abdullah, 73, menjadi Perdana Menteri pada 2003-2009.  
Beliau meletak jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno selepas Barisan Nasional gagal untuk mengekalkan majoriti dua pertiga pada pilihan raya umum 2008.  
Buku ini merupakan himpunan esei dan disunting bersama oleh penganalisis politik Bridget Welsh dan James Chin ~ mStar

Kenapa Nurul Izzah yang dijemput agaknya?.. walau apapun alasannya sudah tentu ada yang akan sakit hati dan mendedahkan semula hubungan Pak Lah dan Anwar Ibrahim.. bersamalah kita nantikannya..

BRIGED MP SEGAMBUT

Posted: 10 Aug 2013 09:24 AM PDT

BRIGED MP SEGAMBUT


LAGI KES TEMBAKAN..AMAN AMAN

Posted: 10 Aug 2013 07:30 AM PDT

Seorang anggota tentera cedera parah akibat terkena tembakan dalam satu kejadian di sempadan Malaysia-Thailand pagi ini.
Laporan Berita Harian menyebut, kejadian itu berlaku pada kira-kira jam 4.30 pagi ketika anggota berkenaan meronda di satu kawasan di Bukit Kayu Hitam.

Laporan itu menyebut kenyataan ketua jabatan siasatan jenayah Kedah Nashir Ya yang berkata anggota tentera berusia 26 tahun itu menemui satu lubang di kawasan pagar semasa rondaan.

Katanya, mangsa tersebut mendengar satu letupan ketika cuba membaiki pagar tersebut.

Anggota berkenaan kemudiannya berlari dan seterusnya terkena satu tembakan dari arah sempadan Thailand, kata Nashir dalam laporan itu.

Anggota yang tidak dinamakan itu kemudiannya dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar untuk rawatan.

Kejadian tembakan itu berlaku ketika cadangan timbul untuk menubuhkan satu kawasan keselamatan di sempadan Malaysia-Thailand seperti di Sabah.

BERANIKAH ANWAR DAN HADI MENYAHUT CABARAN KARPAL SING?

Posted: 10 Aug 2013 03:00 AM PDT

Pengerusi kebangsaan DAP menyeru agar pemimpin dalam Pakatan Rakyat mengisytiharkan harta masing-masing seperti yang dilakukan oleh pemimpin kerajaan Pulau Pinang.
Katanya beliau sanggup berbuat demikian dan meminta ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk melakukan perkara sama.

Tambahnya, semua pemimpin Pakatan baik anggota exco, ADUN atau ahli majlis harus mengisytiharkan harta mereka.

"Saya sentiasa menyokong amalan ini. Dalam khidmat awam, kita mesti sedia dinilai oleh orang awam dan pengundi semasa memegang jawatan," kata MP Bukit Gelugor itu.

Kataya, beliau menunggu tarikh yang akan ditetapkan oleh ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng untuk mengisytihar hartanya

Kelab Greenboc

Posted: 10 Aug 2013 01:08 AM PDT

Kelab Greenboc


Awakening Bukan Tulisan Pak Lah - Nik Nazmi

Posted: 10 Aug 2013 12:20 AM PDT

Shah Alam – Buku Awakening, The Abdullah Years in Malaysia bukan hasil tulisan Tun Abdullah Ahmad Badawi sebaliknya, koleksi artikel penulis berlainan latar belakang termasuk pemimpin pembangkang.

Perkara itu disahkan Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad yang turut menyumbangkan artikel di dalam buku tersebut.

Nik Nazmi yang juga Pengarah Komunikasi PKR berkata, buku yang disunting editor Bridget Welsh dan James UH Chin itu merupakan himpunan pandangan pelbagai pihak mengenai era pemerintahan Abdullah.

"Tema umum buku itu ialah penilaian umum dan pandangan masyarakat sepanjang pentadbiran Abdullah. Kedua-dua editor ada menemubual sendiri beliau.

"Selain itu, buku tersebut turut memuatkan artikel daripada pelbagai pihak termasuk pemimpin BN dan pembangkang, ahli akademik dan sarjana," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Portal AntaraPos melaporkan artikel dalam buku tersebut turut disumbangkan pemimpin Umno seperti bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohd Khir Toyo, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim dan bekas Bendahari Umno, Datuk Azim Zabidi.

Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah pula menulis pra-kata buku itu.

Manakala, pemimpin pembangkang pula terdiri daripada Nik Nazmi sendiri, Liew Chin Tong dan Farish Noor.

Bagi sesetengah pihak yang telah membaca sebahagian buku berkenaan mendapati ia lebih kerap membidas Abdullah daripada menceritakan keadaan yang sebenarnya.

Antaranya, Abdullah dilaporkan berkata Tun Dr Mahathir Mohamad adalah seorang pemimpin yang penuh kontradiksi dan sekiranya hasrat bekas perdana menteri itu dituruti, Malaysia hari ini sudah muflis.

Ia juga menceritakan bahawa Abdullah meminta bekas Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu supaya bersara setahun sebelum PRU 2008.

Turut dimuatkan adalah kenyataan Abdullah yang berkata tidak salah memperjuangkan satu-satu kaum di negara ini tetapi perjuangan itu tidak seharusnya seperti yang dilakukan oleh Perkasa.

Bagaimanapun, Tun Mahathir ketika ditemui media baru-baru ini tidak mahu mengulas mengenai dakwaan dalam buku tersebut kerana belum membacanya lagi.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang juga menantu kepada bekas perdana menteri itu juga enggan mengulas lanjut kandungan buku tersebut kerana belum meneliti kandungannya.

Dalam pada itu, Nik Nazmi berkata, tulisan beliau dalam buku itu lebih memfokuskan kepada kegagalan Abdullah sebagai pemimpin terutamanya selepas PRU 2008.

"Saya melihat Pak Lah mempunyai banyak peluang untuk membuat perubahan. Tetapi beliau gagal menunjukkan kepimpinannya dan mensia-siakan mandat besar diberi rakyat.

"Sebagai penulis, terpulang kepada saya untuk melahirkan pandangan.

Begitu juga terserah kepada pembaca untuk menilainya," katanya.

Pembantu Exco Dari MCA Didakwa Hina Islam Dalam Facebook

Posted: 09 Aug 2013 07:45 PM PDT

Pagoh - Dikatakan berlaku satu lagi kes menghina masyarakat Islam di negara ini menerusi laman Facebook yang didakwa milik seorang pembantu kepada seorang wakil rakyat.

Ia menggambarkan kad hari raya yang tertera kepala babi panggang yang diapit lemang di sebelah kiri dan ketupat di sebelah kanan dengan kata-kata yang menjemput umat Islam menikmati hidangan itu.

Bagaimanapun carian di laman Facebook di akaun yang menggunakan nama 'Alan Tang' mendapati posting kad ucapan itu sudah tidak ada lagi.

Sebaliknya Alan yang merupakan pembantu kepada Anggota Dewan Undangan Negeri Stulang, Andrew Chen Kah Eng dalam posting statusnya mendakwa terdapat individu lain yang meniru foto serta nama pengenalannya di laman Facebook itu dan memfitnahnya dengan posting sedemikian.

"Saya tidak pernah berniat menghina mana-mana agama dan sebaliknya saya amat berbangga kerana berada di negara yang menerima pelbagai agama seperti Malaysia," katanya.

Beliau mendakwa turut menerima panggilan ugutan menerusi telefon pada pukul 9 pagi semalam daripada pemanggil yang menggunakan nombor persendirian.

Alan yang kemudiannya menyedari posting itu lalu membuat laporan di Balai Polis Taman Pelangi, Johor Bharu pada pukul 4.30 petang hari yang sama.

Timbalan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Johor, ACP Nor Azizan Anan mengesahkan polis menerima laporan tersebut dan akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi menyiasatnya.

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek turut melahirkan rasa kecewa dengan kejadian itu dan berkata ia membuktikan generasi muda kini tidak memahami sensitiviti agama dan kaum.

Beliau yang ditemui pemberita pada majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Kompleks Seri Pekembar di sini hari ini, berkata negara sudah hampir 60 tahun mencapai kemerdekaan tetapi sejak kebelakangan ini semakin banyak tindakan serta kelakuan antara kaum yang berlaku yang boleh menggugat keamanan negara dan ini amat berbahaya. - Bernama

‘Cina Mahu Zakat’ Satu Hasutan Berbahaya

Posted: 09 Aug 2013 06:30 AM PDT


Ahli Parlimen DAP Seputeh, Teresa Kok membuat laporan polis di Balai Polis Sri Petaling, kelmarin terhadap blogger pro-Barisan Nasional (BN) yang memfitnah dengan tuduhan tanpa asas mahu agar wang kutipan zakat 'diberi kepada orang Cina'.

"Saya menolak sekeras-kerasnya hasutan yang menimbulkan kebencian itu, saya juga tidak pernah terfikir supaya wang zakat diberi kepada orang Cina (yang bukan Islam)," tegas beliau.

Pada satu sidang media, Pengerusi DAP Selangor itu menegaskan bahawa artikel 'Cina pun mahu duit zakat – Teresa Kok' yang disiarkan dalam blog, bnbesut.blogspot.com adalah hasutan daripada 'orang gila' dan boleh menimbulkan kebencian orang Islam terhadapnya.

"Ia telah disiarkan di laman sosial secara meluas. Ini adalah jenayah penipuan dan hasutan. Polis perlu menyiasatnya," katanya

Menurut Teresa, beliau juga akan membuat laporan polis terhadap Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) terhadap penulis blog itu yang masih belum dikenal pasti.

Teresa menjelaskan, laporan itu amat penting kerana ia adalah tindakan pencegahan daripada 'dihambat' polis sambil merujuk kepada insiden 2008 berhubung isu 'Azan'.

Pada 2008, Teresa Kok pernah menjadi sasaran apabila beliau difitnah pengarang Utusan Malaysia, Zaini Hassan dalam satu artikelnya bertajuk "Azan, Jawi, JAIS, UiTM dan ba-alif-ba-ya" yang disiarkan pada 10 September 2008.

Akibatnya, dua hari selepas tulisan itu disiarkan, Teresa Kok ditahan mengikut ISA pada 12 September 2008 selama tujuh hari. Rentetan fitnah yang berbahaya itu, Teresa telah memfailkan saman terhadap Zaini dan Utusan Malaysia pada 9 Oktober 2008 dan perbicaraannya masih belum selesai.

Pada Konvensyen Media Sosial 1Malaysia tahun lalu, Zaini dilaporkan media mengeluarkan kenyataan bahawa sesuatu fakta itu boleh diputar (spin).

"Dalam bentuk penulisan kita ada; satu fakta, satu spin (putar fakta), satu lagi blatant lie (pembohongan terang-terangan)…Kita boleh spin, macam mana kita nak spin sesuatu fakta itu memihak kepada kita, itu okay", kata Zaini

Sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 lagi, DAP acap kali menjadi sasaran fitnah pihak lawan apabila parti itu dilihat semakin diterima masyarakat Melayu di bandar dan meluaskan pengaruhnya ke kawasan luar bandar dengan pelbagai dakwaan fitnah berbaur perkauman, sentimen keagamaan dan sebagainya.

Hakikatnya, DAP adalah sebuah parti yang jelas dalam perlembagaannya berpegang teguh kepada Perlembagaan Persekutuan yang mengiktiraf Islam sebagai agama Persekutuan, kedaulatan Raja-raja Melayu serta sistem demokrasi berparlimen.-Roketkini

MIMPI SENJA

Posted: 09 Aug 2013 11:07 PM PDT

MIMPI SENJA


Santai Raya : Ini yang dinamakan 'sehidup semati'

Posted: 09 Aug 2013 04:20 AM PDT


Suami Isteri Meninggal Dunia Selang Sejam Hari Raya Pertama
DUNGUN: Menepati bidalan 'sehidup semati', sepasang suami isteri warga emas menghembuskan nafas terakhir masing-masing selang sejam di hospital berbeza, Khamis.
Che Mohd Yusof Che Wan Endut, 71, meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu pada 5.40 petang susulan paru-paru berair manakala isterinya Fatimah Muda, 64, di Hospital Kuala Berang kira-kira sejam kemudian.
Anak mereka, Che Wan Rashimah, 44, berkata bapanya dirawat di HSNZ sejak Selasa lalu, manakala ibu pula yang terlantar di rumah selepas serangan angin ahmar digegaskan ke hospital petang Khamis selepas keadaannya makin tenat.
"Masa ibu tengah tenat di rumah, adik telefon beritahu ayah juga sedang tenat di HSNZ. Kami kemudian gegaskan ibu ke Hospital Kuala Berang tetapi disahkan meninggal dunia sejurus tiba," katanya ketika ditemui Bernama di rumahnya di Kampung Jerangau Sungai di sini.
Pemergian serentak pasangan itu turut dirasai penduduk kampung kerana kedua-duanya adalah guru al-Quran manakala Che Mohd Yusof pula imam masjid dan jurunikah bagi di daerah ini.
Beberapa penduduk kampung yang ditemui Bernama menyifatkan pasangan itu sebagai pasangan yang sentiasa bersama walau ke mana mereka pergi.
Seorang bekas pelajar al-Quran pasangan itu, Zuraidah Ismail, 42, berkata dia merancang untuk menziarahi kedua-dua mereka pada raya kedua selepas mendengar mereka sakit.
Katanya mereka itu terkenal sebagai pasangan romantik kerana tidak pernah berenggang.
"...mereka selalu naik motor bersama, minum di kedai dan ke kebun bersama-sama," katanya.
Jenazah pasangan suami isteri itu dikebumikan di Tanah perkuburan Kampung Panchor Jerangau di sini malam semalam. - BERNAMA

RAKYAT MARHAEN

Posted: 09 Aug 2013 09:22 PM PDT

RAKYAT MARHAEN


How soon will the economy collapse?

Posted: 09 Aug 2013 08:58 PM PDT

If Najib can revive the economy and keep it blooming, the opposition is effectively finished; if he doesn't, he himself will be doomed like his predecessor.

These days promises that are made by politicians are apparently fabulously gilded but in reality worth much less than it seemed. Each pledge whether it was ever fulfilled is always rendered obsolete by the next undertaking.
Last week an international agency downgraded our country's rating to negative and the value of the ringgit wobbled off the pedestal and dropped rolling all over the floor and across the board against all major currencies and pretty soon it is going to be hardly worth the paper it is printed on!
Will investors both local and foreign be moving their capitals overseas to safe shores while our bonds and stocks practically go valueless in the next couple of weeks?
With our total accumulated debts now more than RM600 billion representing more than 68% of our Gross Domestic Product, are the citizens cognizant how much of that RM600 odd billions are actually spent by the government for our benefit, or are we all as taxpayers just bequeathed that massive fortune of a debt amassed by a corrupt government pretending to live up to the public image they created for themselves masquerading as a stupendously successful one for the past 50 years but benefitting only cronies?
Behind all the facades of sandiwara though the realities on the ground are very different; the Umno-led Barisan Nasional government's spending has put our country within spitting distance of going bankrupt!
Because the might of the BN has faded and the invincibility of Umno is no longer infallible, the people of this country will soon realise that we have all been fooled and the transformations promised by Prime Minister Najib Tun Razak will never ever be forthcoming – and we all know why!
When Najib was catapulted to the Prime Minister's chair after Abdullah Ahmad Badawi stepped down, mainstream media including national and private television stations bragged about the new Chief Executive Officer as an economist trained in Britain; and for almost 30 years of reading and marking postgraduate economics theses, when we look at the financial and economic mess created by Najib, only two possible explanations are probable:
Read More / Baca Lagi >>

Pro-Morsy crowd has become small town

Posted: 09 Aug 2013 08:54 PM PDT

Defiant Morsi supporters march in Cairo

Posted: 09 Aug 2013 08:54 PM PDT

Lensa: Tok Guru Nik Aziz Dan Cucu Cucunya Di Aidilfitri

Posted: 09 Aug 2013 07:09 AM PDT


Tok Guru diberitakan mempunyai 60 Orang Cucu. Di dalam gambar ini baru 17 Orang.Semoga mereka turut mengikuti jejak langkah Tok Guru

Falsafah Aidilfitri perlu dihayati

Posted: 09 Aug 2013 07:07 AM PDT


Apabila Rasulullah bertanya kepada mereka apakah dua hari raya tersebut, mereka segera menjawab bahawa dua hari raya yang mereka sambut itu adalah perayaan yang telah diwarisi secara turun-temurun daripada datuk nenek mereka terdahulu.
Lalu Rasulullah SAW telah menyatakan kepada masyarakat Arab Madinah bahawa Islam telah menggantikan dua hari raya yang diraikan itu dengan dua hari yang lebih bermakna iaitu Hari Raya Korban atau Aidiladha dan Hari Raya Fitrah atau disebut Aidilfitri.
Konsep hari raya dalam Islam jelas menunjukkan bahawa ia adalah perayaan keagamaan. Ini bermakna jika ia disambut di atas landasan agama, maka hari raya yang diraikan itu merupakan satu ibadat.
Hari Raya Aidilfitri disambut sebagai suatu kemenangan bagi orang-orang yang telah dapat mengerjakan ibadat puasa Ramadan dengan sempurna.
Kemenangan itu bukan saja menang kerana telah berjaya mengawal nafsu makan dan minum selama sebulan pada siang hari sepanjang bulan Ramadan, tetapi juga kemenangan kerana seseorang yang telah mengerjakan puasa tersebut dengan sendirinya dapat menghalang diri daripada melakukan apa jua perkara yang dilarang. Sekiranya dilakukan juga maka akan terbatallah puasanya.
Kerana itulah Allah menganugerahkan satu hari untuk kita sama-sama meraikan kejayaan daripada kemenangan tersebut. Kalimat 'fitri' sendiri bermaksud fitrah, iaitu dengan kejayaan manusia balik kepada fitrah yang asal, Fitrah asal ini sebenarnya suatu permulaan kejadian manusia yang sememangnya bersih daripada dosa dan noda.
Oleh kerana ini dikatakan sebagai perayaan keagamaan, maka cara menyambut hari raya itu sendiri perlulah mengikut adab dan peraturan tertentu. Apabila saja diumumkan esok adalah hari raya, maka mulakanlah malamnya dengan aktiviti ibadat dengan memperbanyakkan solat sunat, bertasbih, bertakbir dan bertahmid sebagai tanda kesyukuran.
Read More / Baca Lagi >>

Pembantu Exco Johor didakwa hina Islam guna FB

Posted: 09 Aug 2013 07:06 AM PDT

Facebook 
PAGOH - Dikatakan berlaku satu lagi kes menghina masyarakat Islam di negara ini menerusi laman Facebook yang didakwa milik seorang pembantu kepada seorang wakil rakyat.

Ia menggambarkan kad hari raya yang tertera kepala babi panggang yang diapit lemang di sebelah kiri dan ketupat di sebelah kanan dengan kata-kata yang menjemput umat Islam menikmati hidangan itu. 

Bagaimanapun carian di laman Facebook di akaun yang menggunakan nama 'Alan Tang' mendapati posting kad ucapan itu sudah tidak ada lagi.

Sebaliknya Alan yang merupakan pembantu kepada Anggota Dewan Undangan Negeri Stulang, Andrew Chen Kah Eng dalam posting statusnya mendakwa terdapat individu lain yang meniru foto serta nama pengenalannya di laman Facebook itu dan memfitnahnya dengan posting sedemikian.

"Saya tidak pernah berniat menghina mana-mana agama dan sebaliknya saya amat berbangga kerana berada di negara yang menerima pelbagai agama seperti Malaysia," katanya.
 
Beliau mendakwa turut menerima panggilan ugutan menerusi telefon pada pukul 9 pagi semalam daripada pemanggil yang menggunakan nombor persendirian.

Alan yang kemudiannya menyedari posting itu lalu membuat laporan di Balai Polis Taman Pelangi, Johor Bharu pada pukul 4.30 petang hari yang sama.
Read More / Baca Lagi >>

Pemimpin Umno pertahan polisi berdasarkan kaum...

Posted: 09 Aug 2013 07:04 AM PDT


Beberapa pemimpin Umno mempertahankan polisi berdasarkan kaum dengan menjelaskan orang Melayu masih memerlukan bantuan.
Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Noh Omar berkata kerajaan berada pada trek yang betul dengan mengamalkan polisi berasaskan kaum kerana orang Melayu masih ketinggalan berbanding kaum lain di Malaysia.
Katanya, Dasar Ekonomi Baru diperkenalkan bagi mengenalpasti ketidaksamaan sosial dan ekonomi pada awal 1970-an.
"Rusuhan kaum pada Mei 1969 akibat ketidakseimbangan ekonomi antara kaum maka orang Melayu mesti diberi peluang bagi memastikan mereka berdiri sama tinggi dengan kaum lain," kata bekas Menteri Pertanian itu hari ini.
Beliau mengulas kenyataan mantan Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew dalam buku terbaharunya, "One Man's View of the World" yang menghuraikan polisi berdasarkan kaum Putrajaya menyebabkan Malaysia kehilangan tenaga pakar.
"Mereka bersedia kehilangan bakat tempatan bagi mengekalkan dominasi sesuatu kaum," memetik ungkapan Lee dalam buku tersebut.
Beliau menjelaskan Singapura mendapat faedah sebanyak 40 peratus pekerja yang berhijrah dari Malaysia.
Noh berkata orang Melayu masih memerlukan sokongan dalam bidang pendidikan.
"Maka sistem pendidikan sedia ada perlu diteruskan," ujar Ahli Parlimen Tanjung Karang itu kepada The Malaysian Insider.
Read More / Baca Lagi >>

UMNO melengkapi dan Pendedahan anasir asing dalam menguasai kita

Posted: 09 Aug 2013 05:51 AM PDT

Kepada rakyat Malaysia khususnya Melayu Islam yang menyokong UMNO/BN dulu,kini,selamanya,bangunlah dari pemikiran setaraf penghuni gua batu,sedarlah bahawa anda membantu secara tidak langsung melengkapkan agenda asing dalam mencapai cita-cita "menguasai" dan merampas dan mencabuli hak rakyat negara ini secara licik,terancang,terlindung dengan pelbagai nama,slogan yang indah sebagai contohnya "TRANFORMASI"

Pendedahannya disini :https://www.facebook.com/photo.php?v=159049807618231&set=vb.100005396377740&type=2&theater

Antara paparan yang boleh dikongsi bersama ialah"Tranformasi" gagasan yang boleh kita katakan "Baik" sedap didengar hakikatnya ia satu penipuan besar yang berjaya dilakukan oleh UMNO/BN. Mereka telah pun menipu Ibu dan Bapa kita nama Malaysia Tanah Melayu / Semenanjung Emas tatkala Ibu dan Bapa kita mempercayai perjuangan mereka dalam menuju kemerdekaan walhal merekalah bapak segala penipu,penyamun yang diketegorikan bertauliah (berlesen).atau atas nama "tranformasi"


Mereka berusaha mengkayakan segelintir golongan elit yang berkepentingan langsung dan tidak langsung dengan kerajaan dalam mencapai hasrat untuk menguasai,membawa keluar hasil kekayaan,segala sumber dalam masa yang sama kononnya memakmurkan RAKYAT.


Anda boleh menonton pendedahan berikut dan membuat penilaian dengan penuh kebijaksanaan apa agenda mereka,terutamanya perancangan UMNO/BN dalam melengkapkan agenda asing tersebut


Bantulah kami selamatkan negara,bangsa,agama dengan menjauhkan diri dari UMNO/BN,tanpa anda agenda asing melalui UMNO tidak akan terlaksana.saksikan pendedahannya dengan penilaian yang bijaksana
- See more at: http://wallybandits.blogspot.com/2013/08/umno-melengkapi-dan-pendedahan-anasir.html#sthash.uSMus6Tc.dpuf

Kegiatan King Abdullah Raja Arab Saudi Sokong Singkirkan Mursi Terbongkar !

Posted: 09 Aug 2013 03:33 AM PDT



Akhbar Amerika "Washington Time" melaporkan kenyataan seorang aktivis Saudi yang lantang memperjuangkan basmi penyelewengan,

Mujtaheed bin Harith bin Humam mendakwa Raja Saudi, Raja Abdullah bin Abdul Aziz memberikan rasuah berjumlah USD 1 billion kepada Menteri Pertahanan Mesir, Abdul Fatah As-Sisi bagi menjayakan misi operasi menyingkirkan Presiden Mesir yang sah, Muhammad Mursi.

Ini bermakna Raja Abdullah adalah antara manusia yang bertanggungjawab terhadap rampasan kuasa Mesir.

Semalam, kenyataan dari beberapa tokoh agama dan pendakwah Arab Saudi menyebut bahawa pengambil alihan kuasa dari Presiden Mesir Muhammad Mursi adalah "sepenuhnya rampasan kuasa dari semua aspek", "diharamkan oleh Islam serta merupakan satu tindakan jenayah".

Read More / Baca Lagi >>

Rafidah: BN mulakan kempen PRU14 sekarang..!!

Posted: 09 Aug 2013 02:59 AM PDT

BN harus memulakan kempen menarik sokongan rakyat dari sekarang dan tidak menunggu ketika hampir pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

KUALA LUMPUR: Anggota Majlis Tertinggi Umno Tan Sri Rafidah Aziz berkata Barisan Nasional (BN) harus memulakan kempen menarik sokongan rakyat dari sekarang dan tidak menunggu ketika hampir pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
"BN juga harus menjalankan program-program untuk menghampiri rakyat secara berterusan dan bukannya kepada ahlinya semata-mata," katanya kepada Bernama, di sini.
Katanya program berbentuk kemasyarakatan harus dilaksana secara bersama dengan parti komponen bagi memperlihatkan kepada umum parti itu mewakili suara semua kaum.
Beliau yang diminta berkongsi pandangan mengenai strategi yang harus diambil BN pada PRU14 nanti, juga berkata parti komponen perlu memperkemaskan jentera masing-masing dengan tumpuna kepada orang muda.
Bekas Ketua Wanita Umno itu berkata BN sebagai parti yang meneraju kerajaan pusat harus melaksanakan transformasi seperti yang dilakukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kerajaan.
Sejak meneraju kepimpinan negara pada 2009, Najib sangat jelas dengan wawasan Malaysia sebagai negara moden, progresif dan sentiasa memandang ke hadapan dalam mengamalkan demokrasi yang melindungi hak dan kebebasan rakyat, katanya.
Rafidah, 70, yang memegang portfolio perdagangan antarabangsa dan industri selama 21 tahun dari 1987 hingga 2008, antara menteri yang lantang bersuara di peringkat antarabangsa.
Bekas anggota parlimen Kuala Kangsar itu juga antara pemimpin Umno paling lama berkhidmat dalam parti khususnya dalam Wanita Umno.
Bernama

Mat Sabu: Pandangan Lee Kuan Yew ketinggalan zaman

Posted: 09 Aug 2013 02:54 AM PDT


Demografi kaum di negara tetap tidak akan mengalami perubahan besar sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya merupakan pandangan yang salah dan tidak relevan dengan zaman kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.
Beliau menyifatkan pandangan yang dibuat Bekas perdana Menteri Singapura itu Lee Kuan Yew berdasarkan pandangan lama ketika pentadbiran Tunku Abdul Rahman dan Tun Dr Mahathir.
" Beliau orang lama dan pandangan itu pandangan lama ketika Tunku Abdul Rahman dan Mahathir memerintah tapi sekarang selepas 2008 kecederungan politik negara ini berubah,"katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Jelas Mohamad Sabu yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu itu, politik selepas tahun 2008 ialah politik baru dimana rakyat mula sedar isu perkauman yang disering ditakut-takutkan Umno hanyalah demi survival parti itu.
Malah kenyataan bahawa PR merupakan parti yang gemar mengambil peluang dan bakal berpecah sekiranya diberi kuasa menerajui negara juga dinafikan Mat Sabu.
Menurutnya sekiranya dakwaan itu benar jadi mengapa selama dua penggal PR dipilih rakyat di beberapa negeri membawa pembaharuan dan menghapuskan pengaruh Umno.
"Yang hancur itu Umno..mereka yang tidak pernah membawa negara ini kemana hanya bermain dengan isu perkauman sepanjang pemerintahan,"katanya lagi.
Read More / Baca Lagi >>

Set up IPCMC, says Saifuddin

Posted: 09 Aug 2013 02:52 AM PDT

Setting up the IPCMC will improve the police force, says Umno Supreme Council member Saifuddin Abdullah.

PETALING JAYA: Umno Supreme Council member Saifuddin Abdullah has supported the establishment of the Independent Police Complaints and Misconduct Commission (IPCMC) to oversee the police force.
The former Temerloh MP voiced his support for the commission as a response to the recent spike in shootings across the country.
He also dismissed former Malacca Chief Minister Ali Rustam's claims that Pakatan Rakyat's calls for the Emergency Ordinance (EO) to be repealed had resulted in a high number of shooting cases recently, as criminals were now free to roam the streets.
"I don't think we can blame the opposition. They had no hand in the shooting incidents but we are concerned about strengthening the police force," Saifuddin told FMT in an exclusive interview.
"I think we should have established the proposed IPCMC much earlier to improve police policies," he added.
Saifuddin said it was still not too late to establish the IPCMC and hoped the government would set up the commission.
He predicted that Prime Minister Najib Tun Razak, who is also Finance Minister, would allocate a substantial amount to improve the police force in next year's budget.
Don't play blame game

Saifuddin said he did not agree with claims that the abolishment of the Internal Security Act (ISA) and EO had led to an increase in crime rate.
"The ISA was always misused to detain political rivals. I also don't agree that if you let the crooks out under the EO, there will be more crime. Has it been proven?" he asked.
"If we say that, then there must be a suspect that you know, so just catch him.
"We have enough laws to arrest them. If it is hard to prove, then we can amend the criminal evidence law," he added.
Read More / Baca Lagi >>

Kes tembakan: P Pinang tukar slogan, tambah CCTV

Posted: 09 Aug 2013 02:49 AM PDT


Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng meluahkan kebimbangan terhadap tiga kejadian tembak membabitkan senjata api hingga meragut satu nyawa dan satu lagi cedera parah yang dilaporkan berlaku di negeri itu semalam.
Katanya, kes jenayah membabitkan senjata api kini menjadi perkara utama kepada kerajaan negeri untuk membanteras keganasan yang semakin berleluasa sehingga menimbulkan panik di kalangan orang awam.

Sehubungan itu, Kerajaan Negeri berhasrat menukar slogan kerajaan negeri dari Penang Bersih, Hijau, Sihat dan Selamat kepada Penang Selamat, Bersih, Hijau dan Sihat.

"Saya telah bercakap dengan Ketua Polis Pulau Pinang, dia memberitahu saya polis kini sedang melakukan sebaik mungkin bagi mengawal situasi," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Memahami situasi polis di negeri itu yang tidak mempunyai jumlah anggota yang cukup kerajaan negeri akan bersama-sama dengan polis bergabung tenaga mencegah jenayah terus merebak dan menjadikan Penang sebagai negeri yang selamat kembali.

Antaranya ialah dengan menubuhkan Unit Kawalan Rondaan Sukarelawan di setiap komuniti kawasan perumahan.

Malah Kerajaan Negeri juga akan segera menambah sebanyak 125 lagi kamera pengawasan (CCTV) yang nilainya berjumlah RM 3 juta.Read More / Baca Lagi >>

Malaysia Kita: Warga asing beraya di ibukota

Posted: 09 Aug 2013 12:28 AM PDT

Angkuh Dan Sombong: Pakatan akan terkubur pada PRU-14, kata Shahidan

Posted: 09 Aug 2013 12:26 AM PDT

Kes suami didera isteri perlu perhatian serius..!!!

Posted: 08 Aug 2013 10:01 PM PDT

KUALA LUMPUR - Pada awal usia bercinta Sham, 47, (bukan nama sebenar) dan isterinya berjanji untuk membina rumah tangga bahagia.
Bagaimanapun, selepas tujuh tahun berkahwin, Sham mendakwa sering menjadi mangsa keganasan isterinya dan bukan setakat itu, dua daripada tiga orang anaknya yang berusia 10 dan 16 tahun didakwa turut mengikut perangai buruk ibu mereka apabila bersuhabat memukulnya jika si isteri naik angin.
Tidak tahan dengan penderitaan itu, Sham akhirnya membuat pendedahan di sebuah akhbar tabloid berbahasa Melayu bertarikh 10 Feb 2010 sebelum  membuat laporan polis.
Naib Presiden Hal Ehwal Wanita (Helwa) Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) Fadlina Siddiq berkata kes Sham bukanlah satu-satunya kes penderaan suami yang dilakukan isteri di negara ini.
Malah, ia telahpun meluas dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini namun jarang diketengahkan ke pihak media dan polis atas faktor menjaga maruah suami sebagai ketua keluarga dan memikirkan anak-anak, tidak mahu mereka menjadi mangsa penceraian.
Fadlina berkata dalam kebanyakan kes, suami didera anggota fizikalnya menggunakan objek keras seperti batang penyapu dan batang pengelap lantai.
"Tetapi, ada kadang kalanya (si isteri) suka memainkan emosi (suami); tidak mahu bercakap berminggu-minggu, menjauhkan diri dengan anak dan tidak tidur bersama suami selama mana yang mereka mahu," kata Fadlina kepada Bernama ketika dihubungi baru-baru ini.
Read More / Baca Lagi >>

Beginilah rakyat Syria diraikan pemerintah sempena Aidilfitri

Posted: 08 Aug 2013 09:50 PM PDT

Apakah salah si kecil ini sehingga terpaksa menahan dan meraung kesakitan sebegini rupa. Wahai saudaraku kalian yg memiliki akal fikiran yang waras dan sifat belas kasihan? Bagaimana kiranya bayi ini adalah anak anda? Atau adik anda? atau cucu anda?

Ya Allah kau hancurlah kerajaan syiah pimpinan Basyar Assad dan sekutu-sekutu mereka, azablah mereka dgn azab yg pedih. Sungguh mereka menzalimi hamba-hambamu dengan kezaliman yang amat dahsyat.

Pihak kami di Syria Care HANYA menghulurkan bantuan ke Syria seperti bantuan KEWANGAN dan KEPERLUAN ASAS SAHAJA (spt makanan ,pakaian & ubatan).

Bagi menghulurkan bantuan , anda boleh hubungi kami di :

Alamat: (SYRIA CARE OFFICE)
No.38B, Jalan Bola Tampar 13/14, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

Pendukung Mursi sambut Idulfitri di lokasi demonstrasi

Posted: 08 Aug 2013 09:49 PM PDT


KUALA LUMPUR: Hari Raya Aidilfitri dirayakan para pendukung presiden yang digulingkan tentera Mesir, Muhammad Mursi dengan turun ke jalan.

Memetik tulisan blog Kelab Greenboc, mereka menuntut jawatan Mursi dikembalikan. Mereka merayakan Aidil-fitri pada hari Khamis (8/8) di lokasi demonstrasi di Nasr City.

"Pendemo di sini sekarang jumlahnya ramai, mengatakan kepada pemerintah, Mursi adalah presiden yang sah, dan mereka tidak akan pergi sehingga kedudukan Mursi dikembalikan," ujar laporan Aljazeera.

Kedua belah pihak, pendukung dan penentang Mursi meminta pendukung masing-masing untuk protes. Presiden sementara Mesir, Adly Mansour dalam pesanannya sempena Aidil-Fitri menyatakan Mesir dalam keadaan kritikal. Pemerintahan sementara akan menekankan rancangannya sendiri untuk membuat pemilihan baru dalam sembilan bulan.

"Kereta masa depan sudah berangkat, dan setiap orang harus sadar momen dan menangkapnya, siapa saja yang gagal menyadari momen ini harus bertanggungjawab terhadap keputusannya," ujar Mansoour.
Read More / Baca Lagi >>

Malaysia Boleh: Tiga kes penceraian pasangan Muslim setiap jam - JAKIM

Posted: 08 Aug 2013 09:48 PM PDT

Terdapat purata tiga kes penceraian bagi setiap jam dalam kalangan pasangan Muslim di negara ini.
  
Pengerusi Majlis Perunding Wanita Islam Malaysia (MPWIM) Prof Madya Datin Noor Aziah Mohd Awal berkata maklumat itu diperoleh daripada kajiannya terhadap statistik penceraian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi tahun 2011.
  
Ini berikutan terdapat purata 70 kes penceraian dilaporkan sehari, 2,000 kes dilaporkan sebulan dan 25,000 kes setahun di seluruh negara bagi tahun 2011.
  
"Statistik perceraian daripada Jakim dari tahun 1990 hingga 2010 sentiasa menunjukkkan peningkatan kes penceraian setiap tahun," katanya kepada Bernama.
  
Noor Aziah berkata situasi itu berlaku kerana kebanyakan individu yang mendirikan rumah tangga didapati tidak memahami mahupun mengetahui akan falsafah sebenar sesebuah perkahwinan itu.
  
Justeru, beliau meminta masyarakat supaya melengkapkan diri dengan ilmu agama dan rumah tangga sebelum melangsungkan perkahwinan bagi mengurangkan kes perceraian sekali gus membentuk sebuah keluarga bahagia.
  
"Sebenarnya institusi keluarga itu adalah asas pembangunan sesebuah negara dan kalau institusi keluarga itu berjalan dengan baik maka negara pun akan jadi lebih baik," katanya.
  
Menyentuh mengenai belia pula, beliau meminta kerajaan memperbanyakkan penganjuran program keilmuan dan keagamaan kepada golongan belia di negara ini dalam usaha melahirkan belia berakhlak mulia, pada masa hadapan.
Read More / Baca Lagi >>

dollah yankee

Posted: 09 Aug 2013 09:14 PM PDT

dollah yankee


Bangkit dari tidur

Posted: 09 Aug 2013 05:34 PM PDT


Sehingga pagi Tun Mahathir nampaknya terpaksa diam membisu terhadap 'tembakan' yang dilepaskan olih Pak Lah zzzz didalam buku beliau 'bangkit dari tidur'...Kah..Kah..Kah.. yang mana dia kata Mahathir suka masuk campur ,meng'kacau dan selalu menyanggah apa yang dilakukan dalam pentadbiran negara semasa Pak Lah jadi PM.

Nampaknya Pak Lah kena lah berwaspada sebab buat masa ini memang Mahahir sedang mengunci mulutnya yang suka bercakap sebab dia kata sekarang bulan puasa dan hari raya, jadi tak mahu cakap banyak dan memelihara lidah. Tetapi sebenarnya Mahathir sedang mengumpul bahan dan sedang merancang. Bila tiba masa yang sesuai, Mahathir akan menjadi seekor ular tedong selar yang akan menyerang dan mematuk mangsanya dan menikam dengan bisanya yang akan membunuh mangsa serta merta.

Pak Lah kena lah berhati-hati sebab dia sedang berhadapan dengan seekor ular yang sangat berbisa.

dollah yankee -
Kalau sedang main bola Pak Lah sedang mendahului Mahathir dengan 3 gol kosong. Kah..Kah..Kah..


Tukar Tiub

Posted: 09 Aug 2013 07:17 PM PDT

Tukar Tiub


RAHSIA DIN AYAM TERBONGKAR

Posted: 09 Aug 2013 03:30 AM PDT






RAHSIA DIN AYAM
aku kutip dekat fb nik abduh: Menurut info2 yg saya dgr, Ustat zaharudin ni mmg dah dpt gelaran "din ayam" sejak rusila lagi. Itu pon bkn bermkna nk mengejek, tp pasal ustat din mmg suka mkn ayam. Letak lah kot mana daging unta ke, kambing ke, depan mata dia, dia duk tanya ayam jugak.

Dats y orang panggil dia din ayam. 

Pasal masa tu bnyk sgt nama din. Cerita itu orang yg bilang, kalau salah info, mintak maaf lah. Ustat din lebih mengetahui selera dia. Tapi saya nk panggil dia din ayam bukan pasal perkara itu, pasal ustat din pengecut nk berkata benar. Ayam a.k.a chicken bermaksud pengecut dlm bhasa inggeris gaul. on PENGUMUMAN PERMINTAAN
Publish | Delete | Spam
Anonymous

at 4:00 PM


SILA KLIK IKLAN
YANG TERNAMPAK
kalau tak klik iklan ini ditayang percuma
satu klik satu sen
dana iklan ini diwakafkan 
kepada projek dapur jalanan
projek beri makan warga kota
tanpa tempat tinggal

---------

SELAMAT HARI RAYA UNTUK KAWAN KAWANB SEDUNIA

Posted: 08 Aug 2013 08:00 PM PDT






MERAYAKAN HARI RAYA
UNTUK KAWAN KAWAN SEDUNIA

SILA KLIK IKLAN INI
tanpa di klik
iklan ini dilihat percuma
satu klik satu sen
dana dari iklan ini
akan diwakafkan untuk
projek dapor jalan
memberi makan warga kota
tanpa tempat tinggal

-----------

DIALOG RAKYAT

Posted: 09 Aug 2013 03:32 PM PDT

DIALOG RAKYAT


Disangka bunyi mercun rupanya Ketua Bounzer pulak kena tembak..

Posted: 09 Aug 2013 07:58 AM PDT

http://darisungaiderhaka.blogspot.com


GEORGE TOWN: Seorang lelaki berusia 43 tahun, dipercayai ketua pengawal sebuah kelab malam, ditembak sebanyak tujuh kali di hadapan pintu masuk pusat hiburan di pusat beli-belah di Jalan Datuk Keramat di sini.

Mangsa bagaimanapun bernasib baik kerana hanya satu peluru tunggal ditemui menepati sasaran iaitu di paha kirinya.

Sumber berkata ketua 'bonzer' itu telah bercakap dengan seorang lelaki di tempat letak kereta terbuka yang kemudiannya ditembak ketika dia menuju ke pusat hiburan tersebut.

Dia kemudian bergegas ke salah satu kelab hiburan di situ untuk mendapatkan bantuan daripada rakan-rakan.

Dia dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang dan kini berada dalam keadaan stabil.

Mangsa, yang hanya dikenali sebagai Too Pek, dikatakan menjadi salah seorang ahli kongsi gelap terkenal di negeri ini. 

Pengunjung kelab berkata mereka mendengar bunyi seakan-akan serupa dengan bunyi mercun.

Polis setakat ini telah menahan dua orang pencuci, kedua-duanya warga asing di tempat kejadian yang didakwa cuba untuk menghapuskan bukti. Polis turut menemui tujuh sarung peluru.

Jurucakap polis berkata, mereka telah mengkaji rakaman CCTV yang diambil di tempat kejadian ~ mStar

Mercun dan Senjata Api kedua-duanya diharamkan dinegara ini.. tapi kena tiba-tiba ianya berleluasa dalam musim perayaan ini?

Salah siapa agaknya ianya kini dilihat berleluasa?..

4 insiden tembakan senjata api di Hari Raya pertama semalam

Posted: 09 Aug 2013 07:54 AM PDT

OLEH DIYANA IBRAHIM

Empat insiden tembakan berlaku dalam masa 24 jam semasa umat Islam menyambut hari raya semalam dengan dua di Pulau Pinang dan masing-masing satu di Kuala Lumpur dan Perak.

Di Kuala Lumpur, insiden senjata api dilaporkan berlaku di sebuah restoran Pelita,Desa Seri Hartamas kira-kira 7.30 pagi semalam.

Kejadian disahkan oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah  menyatakan dari siasatan awal mendapati ia sebagai kemalangan akibat perlakuan sendiri.

Mangsa merupakan seorang lelaki India berusia 27 tahun bekerja sebagai pemandu teksi dan pengutip hutang sambilan.

"Kira kira jam 7.30 pagi mangsa yang selesai kerja pergi ke restoran Pelita untuk mengutip hutang.

"Mangsa kemudiannya kembali ke kereta untuk mengambil pistol lalu melepaskan dengan tidak sengaja hingga mengenai tapak tangan kiri dan peha kiri kaki mangsa," kata Ku kepada The Malaysia Insider.

Mangsa dirawat di Pusat Perubahan Universiti Malaya PPUM.

Insiden tersebut menjadikan ia kes keempat membabitkan senjata api yang berlaku dalam kurang 24 jam hari ini iaitu ketika umat Islam menyambut Hari Raya Pertama.

Terdahulu di Chemor, Perak seorang lelaki cedera parah akibat terkena tembakan yang dilepaskan dua suspek bermotosikal.

Kejadian berlaku kira kira 11.45 malam tadi apabila dua suspek bermotosikal itu dilihat menghampiri kereta mangsa dan melepaskan enam das tembakan.

Sementara itu, di Georgetown, Pulau Pinang pula berlaku kejadian tembak menembak awal pagi tadi mengejutkan penduduk sekitar apabila 16 tembakan dilepaskan ke arah sebuah rumah banglo di Pulau Tikus.

Bagaimanapun tiada kecederaan dilaporkan dan polis kini sedang mengenal pasti identiti penembak melalui rakaman cctv.

Pada masa sama dalam kejadian berasingan di Pulau Pinang, jam 11.30 pagi tadi seorang. lelaki ditembak sekurang kurangan 10 kali oleh seorang suspek ketika mangsa sedang berhenti di lampu isyarat Jalan Anson.

Mangsa dikatakan memandu kereta dengan nombor pendaftaran Kuala Lumpur.

NGO sedia perkhidmatan kesihatan seksual untuk transgender - Bernama

Posted: 09 Aug 2013 07:52 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER

Mereka digelar pondan, mak nyah, tomboi dan pelbagai lagi yang semuanya membawa konotasi negatif dan maksud serupa iaitu golongan yang bersifat dan berkelakuan bertentangan dengan tabii.

Mereka juga dipandang serong serta sering kali dipinggirkan masyarakat kerana selain gaya hidup yang bertentangan dengan agama dan budaya, kelompok ini sinonim dengan pelbagai gejala negatif.

Menyedari nasib yang menimpa kebanyakan golongan itu, badan bukan kerajaan Persatuan Perkembangan Kesihatan Keluarga Pulau Pinang (FHDA) tampil menyediakan perkhidmatan terutama berhubung aspek kesihatan dan reproduktif.

 "FHDA mendekati golongan ini bukan untuk menggalakkan gejala transgender berleluasa. FHDA menumpukan kepada kesihatan seksual dan reproduktif.

"Mereka tergolong dalam kelompok yang memerlukan bimbingan sewajarnya kerana ada yang mengambil hormon dan memasukkan implan.

"Mereka perlukan preskripsi dan nasihat doktor melalui saluran yang betul... kalau hormon yang mereka ambil tu salah, ia boleh mendatangkan banyak kesan sampingan kepada mereka. Jadi, FHDA berperanan dalam memberi khidmat nasihat kepada golongan ini," kata pengerusinya Yeap Meng Chee.

Katanya kesukaran golongan itu mendapat rawatan dan khidmat nasihat di sini menyebabkan ramai ke luar negara untuk mendapatkan rawatan tertentu yang kadang kala menyebabkan mereka menanggung kesan buruk sehingga ada yang maut.

Katanya sepanjang tahun lepas 449 transgender mendapatkan perkhidmatan FHDA.

"Pada mulanya agak sukar untuk mendekati golongan ini. Mereka ingat kita nak tangkap mereka.

Bagaimanapun kebijaksanaan sukarelawan kami berjaya mendapatkan kepercayaan mereka.

"Kini ada antara mereka yang membawa rakan-rakan mereka untuk menjalankan pemeriksaan di sini selain mendapat khidmat nasihat berhubung masalah kesihatan," katanya sambil menambah terdapat 12 orang doktor sukarela menawarkan perkhidmatan kepada FHDA.

Selain pemeriksaan kesihatan dan khidmat nasihat, Yeap berkata FHDA turut merujuk golongan mak nyah kepada pakar psikiatri bagi membantu menyelesaikan masalah kecelaruan identiti dan antara mereka yang berjaya kembali menjadi lelaki normal.

Katanya FHDA juga bekerjasama dengan Hospital Pulau Pinang dan beberapa NGO di negeri ini untuk membantu golongan berkenaan.

FHDA yang ditubuhkan pada 1962 menyediakan perkhidmatan seperti klinik perancang keluarga, kaunseling pengguguran, pemeriksaan payu dara, pap smear dan rawatan kesihatan wanita, vaksin HPV dan projek pencegahan HIV menerusi Global Fund. - Bernama,

Penipuan wang: Warga Afrika antara dalangnya

Posted: 09 Aug 2013 07:47 AM PDT

OLEH LEE SHI-IAN

Bilangan rakyat Malaysia yang terlibat dalam penipuan mata wang semakin membimbangkan.

Enam bulan pertama tahun ini sahaja, wang hasil penipuan bernilai RM1 billion. Apa yang mengejutkan adalah nilai berkenaan hampir dengan kadar kerugian sepanjang tahun lalu.

Ini bermakna nilai penipuan pada 12 bulan telah berlaku lebih pantas dengan mengambil masa enam bulan sahaja.

Lebih separuh nilai billion tersebut pada tahun ini mengalir ke institusi kewangan akibat dari sistem pengurusan yang tidak cekap.

Apa yang membimbangkan adalah penipuan masih menjadi penyumbang terbesar sejak tahun lalu dan apakah pengajaran diambil rakyat Malaysia atas kes penipuan yang kerap berlaku sejak kebelakangan ini.

Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan Persekutuan memberitahu The Malaysian Insider jumlah kerugian dari Januari hingga Jun tahun ini bernilai RM987 juta.

RM1.2 billion pula dicatatkan sepanjang tahun lalu.

Pengarahnya, Datuk Syed Ismail Syed Azizan telah mengenalpasti beberapa punca di sebalik kes penipuan tersebut dan di antaranya ialah sindrom Pinkerton iaitu merasa taksub berurusan dengan "Mat Saleh".

Orang berkulit gelap dari Afrika juga cuba memainkan peranan seperti orang Eropah bagi memudahkan usaha menipu rakyat Malaysia dengan menonjolkan mereka sebagai orang kaya dan jujur.

"Beberapa kes penipuan yang melibatkan warga Afrika sering dilaporkan di media namun masih ada yang tertipu dengan cara yang sama," katanya.

"Warga Afrika ini fasih berbahasa Inggeris dengan menggunakan gambar profil 'orang putih' di laman sosial bagi memudahkan urusan penipuan mereka.

"Ramai wanita tergoda dengan kesantunan lelaki Afrika ini sama ada melalui telefon atau sembang di Internet," beritahu Syed Ismail.

Kerugian dalam kes penipuan mencecah RM368 juta, satu angka yang membimbangkan menurut Syed Ismail namun itu hanya jumlah yang dilaporkan.

Syed Ismail memberi contoh seorang lelaki di Melaka membuat laporan setelah ditipu oleh orang tengah sebanyak RM20 juta.

Mangsa berkawan dengan suspek sejak September 2010 dan bersetuju memberikan wang secara berperingkat untuk disimpan dalam simpanan tetap.

Di antara 2010 hingga 2013, mangsa memberikan wang sebanyak 81 kali dalam pelbagai jumlah antara RM10,000 hingga RM20,000 dan menerima sijil simpanan tetap sebagai ganjaran.

Jun lalu, mangsa pergi ke bank untuk memeriksa baki namun mengejutkan apabila diberitahu baki wangnya hanya ribuan ringgit sahaja.

Pengurus bank memeriksa sijil simpanan tetap itu namun mendapati sijil tersebut adalah palsu belaka.

"Bagi transaksi seperti ini, mengapa mangsa menggunakan orang tengah? Biarpun amaunnya kecil, transaksi berkenaan harus dilakukan sendiri oleh pemegang akaun dan bukan pihak ketiga? soal beliau kesal.

Syed Ismail berkata kes pecah amanah pula dilaporkan berjumlah RM580 juta akibat kelemahan dalam sistem pengurusan.

Beliau memberi contoh satu institusi kewangan membuat laporan setelah pinjaman bernilai RM220 juta diberikan oleh pihak yang tidak mempunyai kuasa kepada pemohon yang tidak mencukupi syarat.

"Juruaudit luar memeriksa akaun institusi kewangan tersebut dan mendapati berlaku percanggahan," katanya.

Laporan diberi kepada pengurus audit institusi berkenaan yang kemudian membuat laporan polis.
Beberapa pegawai bank telah bertindak tidak mengikut prosedur apabila memberikan pinjaman melebihi had yang dibenarkan.

"RM220 juta telah melebihi had yang dibenarkan oleh institusi tersebut mahupun pihak Bank Negara," katanya.

"Beberapa kakitangan lain juga didapati meluluskan amaun pinjaman yang melebihi had," katanya sedih.
Syed Ismail berkata dalam sesebuah institusi kewangan harus mempunyai pihak yang memantau sesuatu sistem bagi memastikan tiada salah guna oleh pihak yang tidak bertanggungjawab

Pemimpin Umno pertahan polisi berdasarkan kaum

Posted: 09 Aug 2013 07:45 AM PDT

OLEH YISWAREE PALANSAMY DAN HASBULLAH AWANG CHIK

Beberapa pemimpin Umno mempertahankan polisi berdasarkan kaum dengan menjelaskan orang Melayu masih memerlukan bantuan.

Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Noh Omar berkata kerajaan berada pada trek yang betul dengan mengamalkan polisi berasaskan kaum kerana orang Melayu masih ketinggalan berbanding kaum lain di Malaysia.

Katanya, Dasar Ekonomi Baru diperkenalkan bagi mengenalpasti ketidaksamaan sosial dan ekonomi pada awal 1970-an.

"Rusuhan kaum pada Mei 1969 akibat ketidakseimbangan ekonomi antara kaum maka orang Melayu mesti diberi peluang bagi memastikan mereka berdiri sama tinggi dengan kaum lain," kata bekas Menteri Pertanian itu hari ini.

Beliau mengulas kenyataan mantan Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew dalam buku terbaharunya, "One Man's View of the World" yang menghuraikan polisi berdasarkan kaum Putrajaya menyebabkan Malaysia kehilangan tenaga pakar.

"Mereka bersedia kehilangan bakat tempatan bagi mengekalkan dominasi sesuatu kaum," memetik ungkapan Lee dalam buku tersebut.

Beliau menjelaskan Singapura mendapat faedah sebanyak 40 peratus pekerja yang berhijrah dari Malaysia.
Noh berkata orang Melayu masih memerlukan sokongan dalam bidang pendidikan.

"Maka sistem pendidikan sedia ada perlu diteruskan," ujar Ahli Parlimen Tanjung Karang itu kepada The Malaysian Insider.

Katanya, Singapura dan Malaysia tidak boleh dibandingkan kerana mempunyai dua landskap sosio-ekonomi yang berbeza.

Sementara itu, Ahli Parlimen Jerlun Datuk Othman Aziz berkata polisi kerajaan bertujuan menyeimbangkan kepakaran dalam semua kaum.

"Ini supaya orang Melayu mampu bersaing dengan kaum lain," katanya.

Othman berkata adalah tidak menghairankan warga Malaysia mencari peluang yang lebih baik di luar negara dan itu tidak melambangkan negara kurang tenaga pakar.

"Jika pakar tempatan yang menetap di luar negara enggan pulang ke Malaysia, mereka yang berada di dalam negara masih mampu memenuhi keperluan tempatan.

"Sesiapa sahaja pasti berminat dengan bayaran yang lumayan sama ada dalam atau luar negara," katanya.

Walau bagaimanapun, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata kenyataan Lee tidak munasabah kerana kerajaan kini dalam proses pembaharuan.

"Kami dalam proses memperbaiki kesilapan lalu di mana sebelum ini bakat muda telah keluar meninggalkan Malaysia," katanya semasa Majlis Sambutan Aidilfitri di Putrajaya semalam.

"Tiada kerajaan di dunia ini yang begitu sempurna. Kerajaan Singapura dan Malaysia pun begitu," kata Setiausaha Agung Umno yang mahu melihat akan adanya perubahan.

Kes tembakan: P Pinang tukar slogan, tambah CCTV

Posted: 09 Aug 2013 07:43 AM PDT

OLEH DIYANA IBRAHIM

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng meluahkan kebimbangan terhadap tiga kejadian tembak membabitkan senjata api hingga meragut satu nyawa dan satu lagi cedera parah yang dilaporkan berlaku di negeri itu semalam.

Katanya, kes jenayah membabitkan senjata api kini menjadi perkara utama kepada kerajaan negeri untuk membanteras keganasan yang semakin berleluasa sehingga menimbulkan panik di kalangan orang awam.

Sehubungan itu, Kerajaan Negeri berhasrat menukar slogan kerajaan negeri dari Penang Bersih, Hijau, Sihat dan Selamat kepada Penang Selamat, Bersih, Hijau dan Sihat.

"Saya telah bercakap dengan Ketua Polis Pulau Pinang, dia memberitahu saya polis kini sedang melakukan sebaik mungkin bagi mengawal situasi," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Memahami situasi polis di negeri itu yang tidak mempunyai jumlah anggota yang cukup kerajaan negeri akan bersama-sama dengan polis bergabung tenaga mencegah jenayah terus merebak dan menjadikan Penang sebagai negeri yang selamat kembali.

Antaranya ialah dengan menubuhkan Unit Kawalan Rondaan Sukarelawan di setiap komuniti kawasan perumahan.

Malah Kerajaan Negeri juga akan segera menambah sebanyak 125 lagi kamera pengawasan (CCTV) yang nilainya berjumlah RM 3 juta.

"Kita sasarkan tambahan sebanyak 70 kamera rakaman pengawasan dipasang bawah seliaan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan 55 lagi di Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP),"kata Guan Eng lagi.

Lim memberitahu untuk mengatasi masalah kekurangan anggota polis memantau kamera rakaman pengawasan, kerajaan sendiri akan membiayai pekerja tambahan untuk melakukan pemantauan.

Langkah ini dibuat bagi memastikan tugas polis untuk mengawasi jenayah tidak terjejas seterusnya dapat meningkatkan tahap keyakinan orang awam.

Ketua Menteri itu juga turut menyeru kerjasama dari semua pihak dimana orang awam bukan saja diminta memberi informasi kepada polis namun digalakkan turut membuat laporan polis bagi memastikan rekod jenayah yang tepat dicatat

Bekas Atlet Olimpik Ishtiaq Mubarak Meninggal Dunia

Posted: 09 Aug 2013 07:40 AM PDT

MSTAR ONLINE

PETALING JAYA: Ishtiaq Mubarak atau nama sebenarnya Ishtiaq Ahmad Mubarak Ahmad, yang pernah mengharumkan sukan olahraga negara pada era 70-an meninggal dunia, pagi Jumaat.

Beliau yang berusia 65 tahun meninggal dunia di kediamannya di Hulu Kelang kira-kira pukul 9.55 pagi akibat sakit tua.

. 
Ishtiaq Mubarak

Allahyarham meninggalkan dua anak perempuan.

Bekas pelari 110 meter lompat berpagar kebangsaan ini pernah menyertai sukan Olimpik sebanyak tiga kali dan menang pingat emas dalam Sukan SEA dan Asia.

Allahyarham pernah menggalas tanggungjawab selaku jurulatih atlet pelapis olahraga kebangsaan sehingga 2012.

Anggota Exco Wanita Umno Norliza Ahmad Meninggal Dunia

Posted: 09 Aug 2013 07:37 AM PDT

MSTAR ONLINE
 
SHAH ALAM: Anggota Exco Wanita Umno Norliza Ahmad meninggal dunia di Hospital Selayang akibat kanser hati kira-kira 10 malam Khamis.

Ketua Umno Bahagian Kapar, Datuk Abdul Rahman Palil mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Bernama, Jumaat.

Beliau berkata jenazah Allahyarhamah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Taman Meru, Klang, Jumaat.

Norliza, 47, yang juga Ketua Wanita Umno Bahagian Kapar kali pertama bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri Selat Kelang pada pilihan raya umum ke-11 dan menewaskan Ali Abdullah dari PAS dengan majoriti 6,085 undi.

Beliau bagaimanapun gagal mempertahankan kerusinya apabila tewas kepada Dr Halimah Ali dari PAS pada pilihan raya umum ke-12 dengan majoriti 1,459 undi. - BERNAMA

Polis Tahan Dua Lelaki Berhubung Ahli Perniagaan Ditembak Mati

Posted: 09 Aug 2013 07:32 AM PDT



KOTA KINABALU: Dua lelaki yang dipercayai mempunyai maklumat penting berhubung kes tembak ahli perniagaan, Tiong Choon Kwong telah ditahan.

Lelaki tersebut, kedua-duanya dalam usia 30-an ditahan oleh pihak polis pada Rabu, dan akan disiasat di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah yang membenarkan penahanan suspek selama lebih daripada 24 jam untuk membolehkan polis menyelesaikan siasatan mereka.

Seorang daripada mereka adalah dari Sabah, manakala seorang lagi dari Sarawak.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata, mereka akan ditahan selama seminggu untuk memudahkan siasatan polis mengenai kejadian tembak yang berlaku di luar sebuah kedai kopi di Beverly Hills dekat sini kira-kira pukul 10.30 malam pada 3 Ogos.

"Kami mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa mereka boleh membantu kita dalam siasatan ini," kata beliau semasa menghadiri Rumah Terbuka Hari Raya anjuran Ketua Trafik dan Ketenteraman Awam Sabah Supt Ismadi Borhan, Jumaat.

Hamza tidak mendedahkan motif tembakan yang dipercayai berkaitan persaingan perniagaan.

Tiong telah beralih arah ke dalam perniagaan pembangunan hartanah resort.

Tiong 44 tahun telah ditembak pada jarak dekat oleh lelaki bersenjata yang disyaki diupah ketika sedang bercakap telefon di kawasan tempat letak kereta di luar sebuah kedai kopi.

Para saksi berkata mereka melihat sekurang-kurangnya tiga orang di dalam kenderaan, sama ada Kancil Perodua Viva dipercayai arah tembakan dilepaskan.

Zuraida tekad juang hak wanita

Posted: 09 Aug 2013 07:26 AM PDT

JAMILAH HAMZAH
Zuraida Kamaruddin
KEMENANGAN yang diraih selepas PRU13, 5 Mei lalu, Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin dilihat semakin gagah memperjuangkan nasib wanita.

Beliau yang juga dipilih kembali sebagai Ahli Parlimen Ampang juga semakin lantang bersuara pada persidangan Parlimen demi membela hak wanita.

Ikuti wawancara khas wartawan Sinar Harian Online untuk mendapatkan perkembangan mengenai kariernya.

SINAR HARIAN ONLINE: Adakah YB akan terus mempertahankan jawatan Ketua Wanita PKR dalam pemilihan yang akan datang?

ZURAIDA: Ya.
 
SINAR HARIAN ONLINE: Umum mengetahui, YB di antara wanita pembangkang yang lantang bersuara terutamanya dalam isu wanita. Apakah pencapaian yang telah diperjuangkan setakat ini dan menjadi kebanggaan YB?

ZURAIDA: PKR adalah parti yang komited dalam usaha mengetengahkan lebih ramai kepimpinan wanita diperingkat pembuat keputusan apabila meletakkan 30 peratus penyertaan wanita di setiap peringkat parti dalam Perlembagaan parti.

Kita serius dalam mengarus perdanakan gender (gender mainstreaming) bermula dengan peringkat parti. 
 
Penggal pertama Kerajaan Negeri Selangor di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat telah berjaya melantik lebih dari 30 peratus wanita sebagai Exco Kerajaan Negeri.

Kini memasuki penggal kedua, kita telah meletakkan sasaran 30 peratus Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan mestilah terdiri daripada wanita.
 
SINAR HARIAN ONLINE:  Apakah kriteria yang perlu ada untuk menjadi Ketua Wanita?

ZURAIDA: Saya tidak mengatakan bahawa ini adalah syaratnya, namun Wanita PKR memerlukan seorang Ketua Wanita yang mampu memimpin dan menggerakkan seluruh anggota wanita untuk melaksanakan dasar perjuangan parti.

PKR melaksanakan sistem pemilihan iaitu Ketua Wanita adalah dipilih oleh ahli parti.

Maka, pemimpin yang diberi kepercayaan oleh ahli partilah yang akan dipilih memikul amanah ini.
 
SINAR HARIAN ONLINE: Memasuki penggal kedua, YB sekali lagi dipilih rakyat pada PRU13 lalu, adakah YB mempunyai perancangan untuk membantu penduduk di Ampang?

ZURAIDA: Saya mengucapkan terima kasih kepada seluruh pengundi Parlimen Ampang kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk meneruskan tanggungjawab ini.

Antara fokus utama penggal kedua adalah mencari jalan penyelesaian krisis air yang sering berlaku di Ampang.

Selain itu, masalah sampah yang masih belum selesai, penambahbaikan kawasan pasar serta memastikan pembangunan di kawasan Ampang mengikut jadual Kerajaan Negeri dilaksanakan seperti cadangan pembinaan mini stadium serta beberapa gelanggang futsal untuk kemudahan anak - anak muda.

SINAR HARIAN ONLINE: Bagaimana jumlah terkini ahli wanita PKR?

ZURAIDA: Hampir sepertiga ahli PKR yang berjumlah lebih 500,000 orang terdiri daripada wanita.
 
SINAR HARIAN ONLINE: Sebelum PRU13, PR berjanji jika dilantik kembali menjadi wakil rakyat akan melaksanakan janji dalam tempoh 100 hari awal yang tertumpu dengan 10 perkara asas, jadi apakah perkembangan janji-janji yang dilaungkan tersebut?

ZURAIDA: Usaha dan khidmat berterusan saya kepada rakyat di kawasan Ampang bermula dari hari pertama dipilih semula.

Dan saya sedaya upaya melaksanakan perkara-perkara yang telah dirancang dengan sebaik mungkin demi penduduk Ampang.
 
SINAR HARIAN ONLINE: Bolehkah YB kongsikan pengalaman sepanjang menjadi ahli politik terutamanya pada bulan Ramadan dan musim perayaan? Bagaimana pembahagian masa dengan keluarga dan masyarakat?

ZURAIDA: Alhamdulillah keluarga amat memahami malah turut sama membantu saya dalam melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat.

Saya mendidik anak-anak dan keluarga agar turut sama membantu dan berbuat baik sesama manusia.

Jadi, boleh dikatakan masa bersama keluarga dan masyarakat sentiasa ada. Di bulan Ramadan selain berbuka puasa dan terawih bersama rakyat di masjid atau surau saya juga mengadakan edaran lauk berbuka puasa kepada penduduk Ampang.  
 
SINAR HARIAN ONLINE: Apakah perkara yang dilakukan atau khidmat bakti kepada masyarakat apabila tibanya musim perayaan?

ZURAIDA: Kita memberi sumbangan Aidilfitri kepada anak - anak yatim di kawasan.

Selain itu, saban tahun saya mengadakan Jamuan Aidilfitri di peringkat Parlimen Ampang.

Pada tahun ini insya-ALLAH saya adakan pada 25 Ogos 2013 jam 8-10 malam di hadapan BSN, Bandar Baru Ampang.

Semua dijemput hadir meraikan majlis ini.

Tujuh rumah setinggan di Sentul Pasar hangus

Posted: 09 Aug 2013 07:10 AM PDT

MALAYSIA KINI


 
Sekurang-kurangnya tujuh rumah setinggan di Kampung Chubadak, Sentul Pasar musnah dalam satu kebakaran malam tadi.
  
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sentul Zahari Mohamad berkata kedudukan rumah yang sesak dan terletak berdekatan antara satu sama lain menyebabkan banyak rumah musnah kerana api marak dengan pantas.
  
"Kami masih belum boleh nyatakan jumlah sebenar rumah yang terbakar kerana kami sedang mengumpul pemilik rumah berkenaan kerana kebanyakannya bercuti raya di kampung masing-masing.
  
"Yang menjadi masalah utama adalah sumber air yang agak jauh, kita terpaksa menggunakan 'tanker' untuk mengangkut air ke mari," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian malam tadi.
  
Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 9.52 malam, dan anggota serta  jentera bomba tiba 14 minit kemudian serta dapat mengawal kebakaran dalam tempoh 40 minit.
  
"Kami telah menghantar lima jentera iaitu Balai Bomba Sentul, Balai Bomba Hang Tuah, Balai Bomba Setiawangsa, Balai Bomba Gombak Selatan dan Balai Bomba Sri Hartamas," katanya.
  
Katanya semua mangsa yang terlibat selamat dan tiada kecederaan dilapor berlaku dalam kejadian.
  
"Punca kebakaran dan kerugian masih dalam siasatan," katanya.
  
Sementara itu, Endra Yusman, 30, bersyukur kedua ibu bapanya tiada di rumah ketika kejadian kerana pulang beraya di kampung di Bandar Baru Kedah.
  
"Sudah hampir 50 tahun ibu bapa saya tinggal di sini," katanya ketika ditemui dilokasi kejadian.
  
Pasangan suami isteri Roslan Mun, 41, dan Normiza Halim, 31 turut bersyukur kerana sempat menyelamatkan diri.
  
"Ketika kejadian saya bersama kira-kira 20 anggota keluarga sedang menonton televisyen di ruang tamu apabila terdengar suara jiran menjerit ada api. Saya dan anggota keluarga segera mengambil anak-anak masing-masing dan barangan berharga serta bergegas keluar rumah," kata Normiza.- Bernama

Pegang jawatan k'jaan, Chua sedia hadapi JK disiplin

Posted: 09 Aug 2013 07:09 AM PDT


MALAYSIA KINI


 
Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek sedia menghadap Jawatankuasa Disiplin kerana masih memegang jawatan dalam kerajaan iaitu sebagai Pengerusi Pelabuhan Pulau Pinang.
  
"Bukan saya seorang sahaja yang patut dihadapkan ke jawatankuasa disiplin parti, malah Ong Ka Ting, Wong Nai Chee, Ng Yen Yen dan juga semua anggota jawatankuasa kemajuan kampung juga patut turut dikenakan tindakan sama," katanya kepada pemberita ketika ditemui di majlis rumah terbuka Aidilfitri Perdana Menteri dan Jemaah Menteri di Seri Perdana, di Putrajaya semalam.
   
Beliau mengulas demikian berhubung tindakan lapan Bahagian MCA yang tidak berpuas hati dengan Dr Chua yang masih memegang jawatan itu walaupun parti itu menerima resolusi untuk tidak menerima jawatan dalam kerajaan selepas kekalahan teruk pada Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13), Mei lepas.
  
Bekas Presiden MCA, Tan Sri Ong Ka Ting kini memegang jawatan sebagai 'Duta Khas Perdana Menteri ke China', anggota parti Wong Nai Chee merupakan Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri manakala Naib Pengerusi parti Datuk Seri Dr Ng Yen Yen memegang jawatan sebagai Pengerusi Tourism Malaysia.
  
Minggu lepas, Pengerusi MCA Bahagian Wangsa Maju Datuk Yew Tian Lock bersama-sama dengan pengerusi bahagian Titiwangsa Datuk Alex Chuah serta enam lagi pengerusi bahagian lain menegaskan bahawa mereka akan menghantar memorandum kepada jawatankuasa disiplin parti sekiranya Dr Chua masih enggan untuk melepaskan jawatan sebagai pengerusi Pelabuhan Pulau Pinang.
 
Enam lagi bahagian yang turut menggesa Dr Chua untuk meletakkan jawatan kerajaan itu adalah MCA Teluk Intan, Bentong, Kuala Selangor, Kual Krau, Raub dan Paya Besar
   
MCA sebelum PRU13 telah memutuskan untuk tidak akan menerima jawatan dalam kerajaan jika ia tidak menerima sokongan penuh masyarakat Cina.
   
Namun, Dr Chua dilaporkan berkata Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi parti telah memutuskan bahawa mana-mana jawatan yang dipegang sebelum PRU13 masih boleh diteruskan dan ini telah menimbulkan kekeliruan dan rasa tidak puas hati dalam parti. Bernama

Jenayah: Kelantan tuntut semula pengerusi Majlis Keselamatan Negara Negeri Kelantan

Posted: 08 Aug 2013 04:58 PM PDT

Oleh The Malaysian Insider

Kelantan menuntut supaya jawatan Pengerusi Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Kelantan diserahkan kembali kepada Menteri Besar Kelantan ekoran kejadian jenayah yang semakin  banyak di negeri ini.

Ketua Penerangan Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari berkata, satu mekanisme baru di dalam menangani isu penyeludupan senjata api dan juga kemasukan secara haram penjenayah perlu dirangka dengan serius bagi memastikan kejadian seperti ini tidak berulang.

Sehubungan dengan itu, Dewan Pemuda Pas Negeri Kelantan (DPPNK) menegaskan bahawa sudah sampai masanya untuk jawatan Pengerusi Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Kelantan diserahkan kembali kepada Menteri Besar Kelantan sebagaimana amalan negeri-negeri yang lain.

 Selaku Pengerusi MKN peringkat negeri, Menteri Besar Kelantan akan berhak memanggil sebarang mesyuarat yang melibatkan pasukan keselamatan bagi mendapatkan maklumat terkini tentang isu-isu keselamatan dan turut bersama merancang strategi bagi menangani situasi jenayah yang semakin serius.

DPPNK yakin isu-isu keselamatan seperti ini perlu ditangani dengan profesional tanpa melibatkan sentimen politik dan ia memerlukan kerjasama semua pihak terutamanya pasukan keselamatan dan kerajaan negeri.   

Dengan terlantiknya Menteri Besar Kelantan sebagai Pengerusi MKN Peringkat Negeri Kelantan sekaligus akan membuka lembaran baru dalam aspek kerjasama antara kerajaan negeri dan agensi kerajaan pusat di dalam menangani kes-kes jenayah

Bagaimana Shabery Cheek yakin tiada skandal kapal selam?

Posted: 08 Aug 2013 04:53 PM PDT

Subky Latif,
 
Apakah urusan beli kapal selam Perancis, Scorpene suatu skandal atau tidak, boleh ditentukan oleh kenyataan seorang individu baik  di luar mahkamah atau dalam mahkamah.

Sekalipun Suaram menggunakan bidang undang-undang dalam  dan luar negeri bagi membuktikan ia adalah satu skandal menteri pertahanan pada masa itu masih ada yang berkata mereka tidak mempercayainya, maka sudah tentu seorang individu yang mengatakan ia bebas skandal tidaklah boleh dipegang 100 peratus.

Tetapi menteri Shabery Cheek membuat kenyataan bahawa dia seperti puas hati dengan kenyataan individu seperti sah urusan pembelian itu bebas skandal sekali gus mengira bahawa isu yang dipelopori Suaram dan  disokong sekalian pembangkang itu adalah karut.

Pada menteri itu apa yang dibangkitkan selama ini sama ada oleh pembangkang di negara ini yang cuba menggunakan saluran undang-undang dan apa yang dilakukan oleh peguam Perancis bagi memastikan  syarikat di Perancis tidak terbabit dalam skandal bolehlah dimasukkan saja ke bakul sampah.

Secara umum dari aspek undang-undang menteri dan mana-mana individu yang dikatakan jadi watak dalam skandal itu belum boleh dikata bersalah selagi tidak disahkan bersalah oleh mahkamah. Walaupun orang belum dijatuh hukum itu dikira bersih dari segi undang-undang, tetapi umum melihatnya tidak begitu bersih selagi mahkamah tidak membersihkannya.

Oleh sebab isu skandal ini adalah benda yang tergantung, maka tidaklah semua pihak boleh berpuas hati watak-watak itu bersih atau kotor. Dia boleh bersih dan dia boleh kotor.

Menteri yang berpuas hati dan yakin tidak ada skandal atas pengakuan seorang individu adalah seorang ahli akademik yang ada kelas sebelum berpolitik. Dan sebagai seorang ahli  akademik selalu  didengar sindiriannya yang tajak:

Siakap senohong gelama ikan duri, cakap bohong lama-lama jadi menteri.

Menteri yang ada latar belakang akademik tentulah tidak sama dengan yang tidak ada latar belakang akademik. Tan Sri Rafidah Aziz misalnya, kerana dia juga dulunya orang akademik, maka dia  tidak boleh sama dengan Shahrizat  Jalil yang berdalil  dan berdalih.

Shahidan  Kassim, Tengku Adnan atau Mahfuz Omar tiada latar bakang akademik, maka orang pun tidak harap sangat mereka mempertahankan dunia akademik. Tetapi orang akademik tak boleh buat sebarangan. Kalau orang akademik tidak jaga nilai  dan dunia akademiknya nescaya runtuhlah dunia ilmu. Ilmu yang mulia itu akan jadi  sama dengan ilmu sihir.

Bagi ahli akademik,  rencana dan buku yang  tidak ada nota kaki, seperti tulisan dan buku saya, dikira buku picisan. Tak adalah tulisan saya dikira picisan kerana saya bukan orang akadamik dan tidak pernah mendapat didikan akademik.

Orang akademik tak boleh buat begitu. Orang akademik sebelum dia sahkan sesuatu itu palsu atau benar, maka dia pastikan sumbernya. Dia buat penyelidikan. Jika tidak  cukup bukti, ditawakuf dulu.

Hakimpun tidak percaya semua apa yang dicakap di mahkamah walaupun sudah didahulu dengan bersumpah. Dia kena pastikan saksi itu palsu atau tidak. Hakim tahu adanya loyar buruk dan hakim beruk. Maka sekadar dengar kenyataan seorang saksi, belum boleh dia buat keputusan.

Kemudian Suaram keluar kenyataan pertikai wibawa orang yang buat kenyataan tentang skandal itu. Lagilah saya tidak dapat bergantung kepada kenyataan seorang individu. Inilah Islam pesan apabila datang khabar  dari orang munafik, pastikan kesahihannya. Itulah akademik dan ilmu.

Jika saya janda, wali saya itu dikata begitu dan begini, saya  cari wali lain bagi menikahkan saya.    

Dua kes tembakan di P Pinang dalam satu hari

Posted: 08 Aug 2013 04:45 PM PDT

MALAYSIA KINI


 
Dalam satu lagi kejadian tembak, seorang lelaki berumur 37 tahun mati ditembak di persimpangan lampu isyarat di Jalan Anson di George Town kira-kira pukul 11.50 pagi tadi.
  
Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng berkata mangsa Veerappan Kanapathi meninggal dunia di dalam kereta BMW warna hitam yang memiliki plat pendaftaran Kuala Lumpur selepas ditembak oleh dua orang lelaki bermotosikal yang salah seorang daripadanya berasal dari Ayer Itam.
  
Bercakap kepada pemberita hari ini, Gan berkata polis menjumpai 14 kelonsong peluru 9mm di sebelah tempat duduk pemandu.
  
Katanya mangsa dipercayai mati ditembak di bahagian leher dan kepala.  

Gan berkata mangsa yang tinggal di Ayer Itam mempunyai tiga rekod jenayah berkaitan Akta Dadah Berbahaya.
  
Polis sedang mengesan saksi dan tempat yang mempunyai CCTV untuk membantu siasatan.

Kejadian kedua melibatkan enam tembakan di sebuah banglo seorang ahli perniagaan di Pulau Tikus. Tiada siapa yang cedera.

Menurut Bernama, pemilik banglo itu sebelum ini telah membuat laporan polis selepas mendapati nota amaran dengan peluru hidup di hadapan rumahnya.

Gan berkata bahawa ahli perniagaan itu kini di luar negara dan telah menerima mesej teks dari seorang yang tidak dikenali yang menuntut wang.

Ada syarat untuk tanding tiga jawatan tertinggi Umno

Posted: 08 Aug 2013 04:43 PM PDT

MALAYSIA KINI


 
Setiausaha Kerja Umno Datuk Ab Rauf Yusoh berkata mereka yang berhasrat bertanding tiga jawatan tertinggi parti dalam pemilihan Oktober perlu memenuhi syarat ditetapkan.
  
Beliau berkata antara syarat itu ialah telah menjadi anggota jawatankuasa bahagian selama tiga tahun atau satu penggal.
  
"Ataupun pernah menjadi ahli Majlis Tertinggi sekali seumur hidup," katanya kepada Bernama ketika ditemui di majlis rumah terbuka Aidilfitri perdana menteri dan Jemaah Menteri di Seri Perdana di Putrajaya hari ini.
  
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan kononnya jawatan presiden, timbalan presiden dan tiga naib presiden hanya boleh ditandingi oleh anggota Majlis Tertinggi sedia ada.
  
"Bukan MT sahaja, ia terbuka. Ini adalah kerana ada orang yang tidak pernah melalui proses (dalam kepimpinan) Umno dilantik  menjadi menteri dilantik sebagai MT," katanya.
  
Ketika ditanya mengenai perjalanan mesyuarat peringkat cawangan yang sedang berlangsung, beliau berkata setakat ini semunya berjalan lancar.
  
Mesyuarat cawangan bermula 15 Julai lepas dan akan berakhir 31 Ogos. Bernama

Najib: Pak Lah betul, sukar untuk ubah Umno

Posted: 08 Aug 2013 04:42 PM PDT



 
Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak bersetuju dengan pandangan bekas perdana menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi bahawa isu pembaharuan dalam Umno merupakan salah satu cabaran terbesar yang dihadapinya.

Najib mengulas komen Abdullah dalam sebuah buku baru bertajuk ''Awakening: The Abdullah Badawi Years in Malaysia", termasuk isu Umno enggan untuk melakukan perubahan.

najib hari raya open house pc 080813 08Najib berkata perubahan minda rakyat adalah "tugas yang amat
besar" yang boleh mengambil masa beberapa generasi.

Katanya, beliau bersetuju dengan pandangan itu kerana Umno perlu berubah dan ia bermula dengan proses meminda perlembagaan parti.

Bagaimanapun, tegas beliau, mengubah fikiran rakyat adalah satu lagi tugas yang besar sekali, yang mungkin mengambil lebih daripada masanya sebagai presiden Umno.

"Ia mungkin memerlukan beberapa generasi untuk berubah," kata Najib dalam sidang akhbar di majlis hari terbuka Aidilfitri di kediaman rasminya di Putrajaya. [Baca berita penuh]

Sementara itu, Bernama melaporkan Najib berkata untuk Umno menjadi relevan, ia perlu bergerak dengan masa supaya ia mencerminkan perubahan nilai-nilai dalam masyarakat.
  
"Saya percaya Umno telah mendapat mesej itu tetapi seperti mana-mana parti politik, ia mengambil masa untuk berubah," katanya pada sidang media di rumah terbuka Aidilfitri Perdana Menteri dan Jemaah Menteri di Seri Perdana di Putrajaya.

Beliau berkata: "Saya simpan komen saya dulu sehingga saya baca buku itu. Saya tidak boleh mengulas berdasarkan komen orang lain. Saya perlu membaca buku itu, (dan komen) berdasarkan tafsiran saya mengenai buku itu."
  
Najib juga berkata bahawa ia adalah mudah untuk mengkritik sebuah parti yang memegang kuasa seperti Umno.
  
"Ia adalah mudah untuk berjanji tetapi janji harapan tidak mudah apabila anda perlu menunaikannya. Anda mesti ingat bahawa banyak pihak di dunia menabur janji harapan dan telah gagal mengotakannya," katanya.
  
Apabila ditanya mengenai kenyataan Abdullah bahawa cabaran yang paling besar untuk beliau (Najib) adalah bantahan terhadap transformasi negara, Najib berkata program transformasinya adalah kesinambungan daripada apa yang telah dimulakan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad bagi mencapai

Wawasan 2020 di mana ianya disokong oleh penggantinya, Abdullah.
  
"Kini, ia adalah masa saya. Saya perlu mengotakannya. Jadi, itu adalah pandangan saya. Ini adalah kesinambungan (kerja) tiga perdana menteri untuk mencapai wawasan hebat untuk Malaysia," katanya.

"Saya kini bertanggungjawab untuk memenuhi wawasan ini untuk seluruh rakyat Malaysia. Beginilah saya melihatnya," katanya sambil menjelaskan bahawa ia adalah komitmen untuk semua rakyat Malaysia yang teruja dengan Wawasan 2020.
  
Najib juga turut meminta semua rakyat Malaysia saling menghormati antara satu sama lain bagi memelihara keharmonian.
  
"Prinsip asas adalah bahawa jika kita mahu menjadi harmoni, umat Islam tidak harus menyinggung perasaan orang bukan Islam dan bukan Islam tidak boleh menyinggung perasaan umat Islam.
  
"Jika ada cara lain untuk melakukannya, ia adalah lebih baik tidak menyakiti perasaan orang. Jika berdasarkan siapa yang betul dan siapa yang salah, kita tidak akan bersetuju sama sekali.
  
"Jika anda mengambil pendirian berdasarkan bahawa tidak harus menyakiti perasaaan, maka kita akan menjadi negara yang aman buat selama-selamanya. Ini adalah impian saya untuk Malaysia," katanya.

20,000 rakyat pelbagai kaum hadiri Rumah Terbuka Kerajaan Selangor

Posted: 08 Aug 2013 04:36 PM PDT


581750_10151748664188901_222844621_n 
SHAH ALAM : Sambutan Aidilfitri tahun ini disambut meriah dengan lebih 20,000 rakyat pelbagai kaum mengunjungi Rumah Terbuka Kerajaan Selangor di Fataran SUK di sini, hari ini.

Majlis bermula jam 11 pagi hingga 2 petang itu didatangi masyarakat dari segenap pelusuk yang mengambil peluang untuk bersua muka dan bersalaman dengan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Hadir sama, Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS), Hannah Yeoh, selain exco negeri, antaranya Datuk Teng Chang Khim, Rodziah Ismail, Iskandar Abdul Samad, Dr Daroyah Alwi, Dr Ahmad Yunus Hairi serta Adun.

Diplomat asing, pemimpin parti politik, pelancong dan ketua jabatan kerajaan Selangor tambah menyerikan majlis yang dihoskan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Seramai 270 rakyat Selangor terdiri daripada orang kelainan upaya (OKU), warga emas, anak yatim, ibu tunggal dan Orang Asal turut dirai pucuk pimpinan negeri.

Abdul Khalid juga sempat meluangkan masa bersalaman bersama media sebelum menyerahkan 10,000 sampul duit raya kepada kanak-kanak yang hadir.

Pengunjung disajikan pelbagai juadah, kebanyakannya menu tempatan seperti sate, rendang, lemang, ketupat dan nasi himpit, selain menerima pek ole-ole.- FZL

MB Selangor sasar pengguna kenderaan awam meningkat 40 peratus

Posted: 08 Aug 2013 04:35 PM PDT


DSC_2763 (1)

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor mensasarkan peningkatan penggunaan kenderaan awam di kalangan rakyat negeri ini sehingga 40 peratus berbanding lima peratus pada masa ini.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata kerajaan negeri bekerjasama dengan kerajaan Pusat untuk menyelesaikan masalah pengangkutan awam yang kian serius saban hari.

"Rakyat Selangor akan bersama-sama dengan kita dalam usaha mencari jalan untuk menyelesaikan kepadatan pengangkutan.

"Kita akan berusaha dengan kerajaan Pusat untuk menentukan peningkatan penggunaan perkhidmatan awam dengan mengambil kira beberapa perkara," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka anjuran Kerajaan Negeri di Dataran SUK di sini, hari ini selepas menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah bersama Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Antara langkah penyelesaian awal, Abdul Khalid berkata, kerajaan negeri akan memberi fokus kepada penyediaan lebih banyak lorong bas untuk membawa ramai penumpang.

Sebelum ini, beliau menyuarakan hasrat untuk menubuhkan jawatankuasa khas bagi membantu kerajaan Pusat dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan pengangkutan awam di negara ini.

Beliau sendiri akan mengetuai jawatankuasa yang bakal ditubuhkan dan turut dianggotai exco negeri serta Unit Perancang Bandar dan Desa Selangor.

Tiga beranak maut ketika bersiar-siar

Posted: 08 Aug 2013 04:32 PM PDT

SINAR HARIAN

IPOH - Seorang ibu dan dua anak perempunnya maut dalam kemalangan di Km 85.5 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh berhampiran Sungkai semalam. 

Sementara suami dan dua lagi anaknya cedera parah dalam kemalangan kira-kira 6.20 petang itu apabila kereta yang mereka naiki terbabas ke laluan bertentangan.

Wanita tersebut dikenali sebagai S. Angamah, 35, sementara anak-anaknya yang meninggal dikenali sebagai Komadhi, 11, dan Bavani, 16.

Suaminya pula M.Kalimuthu, 40, cedera bersama ana-anak mereka iaitu Gayatri, 17, serta Mathan, 6.

Menurut Ketua Polis Daerah Tapah Supt Som Sak Din Keliaw, setelah kereta Proton Iswara yang dipercayai dipandu Kalimuthu terbabas, ia kemudiannya bertembung dengan sebuah kereta Proton Exora yang datang dari arah Slim River menuju Sungkai.

Keluarga mangsa yang berasal dari Sungkai dipercayai keluar untuk bersiar-siar di sekitar pekan berhampiran sebelum insiden berkenaan berlaku, kata Som Sak ketika dihubungi.

Mangsa meninggal di tempat kejadian sementara yang cedera dirawat di Hospital Slim River.

Pemandu kereta Proton Exora berkenaan hanya mengalami cedera ringan. - Bernama

Wisma Putra masih siasat nasib Wei Fei

Posted: 08 Aug 2013 04:27 PM PDT

SINAR HARIAN
Sabah diceroboh Sabah diceroboh
KUALA LUMPUR - Wisma Putra masih menyiasat bagi menentukan status kematian Tung Wei Fei yang dilaporkan meninggal dunia semasa berada dalam tahanan lelaki bersenjata Filipina, bersama sepupunya.

Dalam kenyataan di sini hari ini, Wisma Putra berkata pihak keselamatan Filipina sedang menjalankan siasatan lanjut ke atas nasib Wei Fei, 34.

"Kami sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa berkaitan di Malaysia serta Polis Negara Filipina (PNP) mengenai perkara ini," menurut kenyataan itu.

Pada 13 Nov tahun lepas, Wei Fei bersama sepupunya Tung Wei Jie, 26 diculik lelaki bersenjata Filipina di rumah sarang burung di ladang milik keluarga di Lahad Datu, Sabah dan dilarikan ke Jolo, selatan Filipina.

Pada 6 Ogos lalu, Wei Jie berjaya melarikan diri daripada tahanan di kepulauan Wilayah Sulu dan memaklumkan kepada pihak berkuasa bahawa Wei Fei telah meninggal dunia akibat penyakit, pada 8 April ketika berada dalam kurungan.

Wee Jie kini di bawah jagaan PNP untuk direkod keterangannya sebelum diserahkan kepada pegawai Kedutaan Malaysia di Manila.

"Kedutaan Malaysia di Manila bekerjasama dengan PNP, Polis Diraja Malaysia dan keluarga Wei Jie untuk memastikan beliau selamat pulang ke Malaysia tidak lama lagi," menurut kenyataan itu. - Bernama

Jangan biar politik ultra dalam pendidikan Islam

Posted: 08 Aug 2013 04:24 PM PDT

Rais Yatim Datuk Seri Dr Rais Yatim
SINAR HARIAN

KUALA LUMPUR - Politik ultra tidak harus ditoleransi terutamanya dalam institusi pendidikan Islam, bagi membolehkan penyatuan kumpulan Islam berbeza di negara ini, kata penasihat kerajaan bagi hal ehwal sosial dan kebudayaan Tan Sri Dr Rais Yatim.

Beliau berkata universiti perlu berhati-hati dalam menentukan di mana politik sukar dikawal itu bermula dan di mana tamadun Islam sebenar berakhir.

"Politik utra perlu ditangani. Mereka (pelajar) datang ke sini untuk belajar, mereka datang ke sini untuk menjadi sarjana. 

"Kita tidak boleh benarkan politik ultra bertapak dalam institusi seperti Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)," katanya kepada Bernama pada majlis sambutan Aidilfitri pelajar antarabangsa UIAM di sini hari ini.

Rais, yang juga Presiden UIAM berkata sungguhpun persoalan tamadun Islam adalah penting, ia juga harus dilihat mampu mengharmonikan dan memenuhi spektrum lebih luas dalam dunia kesarjanaan dan dunia cendekiawan.

"Kumpulan bakat antarabangsa perlu meneruskan usaha ke arah menjadikan kesarjanaan Islam sebagai matlamat utama. Kita tidak harus terlepas pandang mengenai hakikat kita hidup dalam komuniti dunia dan Islam tidak harus dilihat sebagai amalan antagonis, daripada aspek kesarjanaan atau daripada aspek  sosial," katanya.

Beliau juga mahu melihat kumpulan kesarjanaan bukan sahaja terlibat dalam subjek Islam tetapi juga subjek seperti perbankan dan perdagangan.

"Tahun ini, kami meletakkan keutamaan pada kesarjanaan berkaitan perbankan dan perdagangan Islam yang, seperti anda tahu, amat penting dalam dunia ekonomi, dan UIAM telah ditetapkan untuk melakukan yang terbaik dalam bidang ini," katanya. - Bernama

Biaqpila

Posted: 09 Aug 2013 03:30 PM PDT

Biaqpila


VIDEO BUDAK KANTOI BERONANI DI KAFE SIBER PADA HARI RAYA

Posted: 09 Aug 2013 10:01 AM PDT





Ketika kanak-kanak yang lain sedang sibuk bermain bunga api dan menziarahi dari rumah ke rumah untuk mengumpul duit raya, dua orang kanak-kanak yang lengkap berbaju melayu ini pula sedang asyik menonton video tidak senonoh dan aksi mereka berjaya dirakam oleh CCTV di sebuah Kafe Siber, Kuala Lumpur. 

Seorang daripada kanak-kanak tersebut diperhatikan sedang beronani sebelum penjaga Kafe tersebut menyergah dan seterusnya memarahi mereka berdua apabila perasaan aksi yang terakam di CCTV. 

VIDEO


#Apa nak jadi dengan budak zaman sekarang
tengoktvonline

KILANG UTK DISEWA DI SERI MANJUNG PERAK CALL ILA 017-5655767
NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?
RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN

KISAH LIMA PERKARA ANEH

Posted: 08 Aug 2013 09:20 PM PDT

Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqh yang mahsyur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahawa antara nabi-nabi yang bukan rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara.

Maka salah seorg Nabi yg menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi, " esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat :


Pertama : apa yang engkau lihat (hadapi) maka makanlah.

Kedua : Engkau sembunyikan

Ketiga : Engkau terimalah

Keempat : jangan Engkau putuskan harapan

Kelima : larilah Engkau daripadanya.


Pada keesokan harinya nabi itupun keluarlah dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama yang dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. Nabi itu kebingungan sambil berkata " aku diperintahkan memakan pertama yang aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan." Maka nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar buku roti. Maka nabi itu pun mengambilnya lalu di suapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan syukur 'Alhamdulillah'.

Kemudian nabi itupun meneruskan perjalanannya dan bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan. Lantas nabi pun menggali sebuah lubang dan ditanamkan mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Nabi itu pun menanamkannya semula sehingga tiga kali berturut-turut. Maka berkatalah nabi itu, " Aku telah melaksanakan perintahmu". Lalu dia pun meneruskan perjalanannya tanpa disedari oleh Nabi itu yang mangkuk itu terkeluar semula dari tempat ia ditanam.

Ketika dia sedang berjalan, tiba2 dia ternmpak seekor burung helang sdang mengejar burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata , " Wahai nabi Allah tolonglah aku." Mendengar rayuan itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya. Melihat keadaan itu, lantas burung helang datang menghampiri nabi sambil berkata. " Wahai nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku." Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitu tidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pahanya dan diberikan kepda helang itu. Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskan dari dalam bajunya.

"Ya Allah aku telah pun melaksanakan perintahmu sebagaimana yang diberitahu dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini."

Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah S.W.T bahawa:
Yang pertama engkau makan itu ialah marah. Pada mulanya nampak besar seperti bukit tetapi akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal iaitu menahannya, maka marah itu akan menjadi lebih manis daripada madu.

Kedua, semua amal kebaikan(budi) walau disembunyikan, maka ia tetap akan nampak jua.

Ketiga, jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu khianat kepadanya.

Keempat, jka orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuknya demi membantu kepadanya meskipun kau sendiri berhajat.

Kelima, bau yang busuk itu ialah ghibah ( menceritakan hal seseorang) maka larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah."

Saudara-saudaraku, kelima-lima kisah ini hendaklah kita semaikan dalam diri kita, kerana kelima-lima perkara ini sentiasa sahaja berlaku dalam kehidupan seharian kita. Perkara yang tidak dapat kita elakkan setiap hari ialah mengata hal orang, memang menjadi tabiat seseorang itu suka mengata hal orang lain. Haruslah kita ingat bahawa kata mengata hal seseorang itu akan menghilangkan pahala kita sebab ada sebuah hadis mengatakan diakhirat nanti ada seorang hamba Allah akan terkejut melihat pahala yang tidak pernah dikerjakannya. Lalu dia bertanya, " Wahai Allah, sesungguhnya pahala yang Kamu berikan ini tidak pernah aku kerjakan di dunia dulu."
Maka berkata Allah S.W.T, " ini adalah pahala orang yang mengata-ngata tentang dirimu." Dengan ini haruslah kita sedar bahawa walau apa pun yang kita kata itu memang benar, tetapi kata mengata itu akan merugikan diri kita sendiri .

Oleh itu, janganlah kita mengata hal keburukan orang walaupun ia benar.
Wallahu a'lam


islam2u.net

RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN
NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?
RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN

BERFIKIR.... MENCARI HAKIKAT KEBENARAN

Posted: 09 Aug 2013 01:22 PM PDT

BERFIKIR.... MENCARI HAKIKAT KEBENARAN


RAYA HARI KEMENGAN

Posted: 09 Aug 2013 08:26 AM PDT

Addin

Posted: 09 Aug 2013 11:13 AM PDT

Addin


Apa Hal Dengan Lim Guan Eng Ni?

Posted: 09 Aug 2013 09:32 AM PDT

SHAH ALAM – Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) hari ini enggan mengulas cabaran Lim Guan Eng untuk bertemu dan berhujah mengenai alasan badan itu menolak Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP.

Ketua Pengarahnya, Datuk Abdul Rahman Othman berkata, enggan mengulas apa-apa isu berhubung arahan pihaknya yang mencadangkan agar pilihan raya baru bagi CEC parti itu selepas raya ini.

"Saya harap semua pihak supaya menghormati Hari Raya Aidilfitri buat sementara waktu tanpa menjejaskan keharmonian umat Islam dengan isu berkenaan."Sudah-sudahlah tu, hari raya kita hendak bersenang-lenang sikit, nanti-nantilah," katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online, hari ini.

Semalam, sebuah portal berita melaporkan Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP, mencabar pengurusan tertinggi ROS menjelaskan alasan ketidakpuashatian agensi itu menolak CEC DAP yang diadakan pada 15 Disember tahun lalu.

Dalam kenyataan itu, Guan Eng turut menyarankan supaya Abdul Rahman bertemu dengannya untuk menceritakan kenapa beliau lebih percaya pada 'pembohongan tidak berasas' daripada fakta yang disahkan firma perakaunan.

"ROS sudah berulang kali bertindak tidak profesional, tidak beretika dan malah bertentangan dengan undang-undang dengan membuat kenyataan media tanpa fakta dan asas perundangan," dakwa Guan Eng. ~sinar harian





Iklan C (ii)

4 Insiden Tembakan Pada Hari Raya Pertama

Posted: 09 Aug 2013 01:32 AM PDT

Empat insiden tembakan berlaku dalam masa 24 jam semasa umat Islam menyambut hari raya semalam dengan dua di Pulau Pinang dan masing-masing satu di Kuala Lumpur dan Perak.Di Kuala Lumpur, insiden senjata api dilaporkan berlaku di sebuah restoran Pelita,Desa Seri Hartamas kira-kira 7.30 pagi semalam.

Kejadian disahkan oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah  menyatakan dari siasatan awal mendapati ia sebagai kemalangan akibat perlakuan sendiri.

Mangsa merupakan seorang lelaki India berusia 27 tahun bekerja sebagai pemandu teksi dan pengutip hutang sambilan."Kira kira jam 7.30 pagi mangsa yang selesai kerja pergi ke restoran Pelita untuk mengutip hutang.

"Mangsa kemudiannya kembali ke kereta untuk mengambil pistol lalu melepaskan dengan tidak sengaja hingga mengenai tapak tangan kiri dan peha kiri kaki mangsa," kata Ku kepada The Malaysia Insider.

Mangsa dirawat di Pusat Perubahan Universiti Malaya PPUM.Insiden tersebut menjadikan ia kes keempat membabitkan senjata api yang berlaku dalam kurang 24 jam hari ini iaitu ketika umat Islam menyambut Hari Raya Pertama.Terdahulu di Chemor, Perak seorang lelaki cedera parah akibat terkena tembakan yang dilepaskan dua suspek bermotosikal.

Kejadian berlaku kira kira 11.45 malam tadi apabila dua suspek bermotosikal itu dilihat menghampiri kereta mangsa dan melepaskan enam das tembakan.

Sementara itu, di Georgetown, Pulau Pinang pula berlaku kejadian tembak menembak awal pagi tadi mengejutkan penduduk sekitar apabila 16 tembakan dilepaskan ke arah sebuah rumah banglo di Pulau Tikus.

Bagaimanapun tiada kecederaan dilaporkan dan polis kini sedang mengenal pasti identiti penembak melalui rakaman cctv.

Pada masa sama dalam kejadian berasingan di Pulau Pinang, jam 11.30 pagi tadi seorang. lelaki ditembak sekurang kurangan 10 kali oleh seorang suspek ketika mangsa sedang berhenti di lampu isyarat Jalan Anson.

Mangsa dikatakan memandu kereta dengan nombor pendaftaran Kuala Lumpur. ~the malaysian insider



Iklan C (ii)

Dalang Kes Tembakan Maut Tersebar

Posted: 08 Aug 2013 08:10 PM PDT

Pengeboman kereta dan kes tembakan oleh dua kumpulan dalam masa 24 jam telah menggemparkan pihak berkuasa dan orang awam.

Di Pulau Pinang pagi ini, seorang lelaki ditembak tidak kurang dari 10 das tembakan oleh orang yang tidak dikenali sewaktu berhenti di lampu isyarat.Kejadian berlaku pada jam 11.30 am di Jalan Anson.

Mangsa dilaporkan memandu kenderaan dengan nombor plat dari Kuala Lumpur.Di Perak, seorang lelaki bertarung nyawa selepas terkena tembakan. Mangsa ditembak oleh dua lelaki menaiki motosikal.

Kejadian berlaku di kawasan perumahan di Chemor, Ipoh. Mangsa 29 tahun dikatakan berada dalam keadaan kritikal selepas menerima empat das tembakan.

Seorang ahli perniagaan terkemuka pada Isnin yang memiliki beberapa buah restoran dan kelab malam turut hampir dibunuh.

Ahli perniagaan itu yang sebelum ini dikawal di bawah undang-undang pencegahan sempat melarikan diri bersama pemandunya setelah kereta Jaguarnya meletop.

Dipercayai kes yang berlaku sejak kebelakangan ini berkait dengan satu kuasa sindiket terbesar.

Dengan pemansuhan undang-undang pencegahan, bekas tahanan kini bebas dan dahagakan kerja lama mereka dan kemewahan. ~the malaysian insider




Iklan C (ii)

Anak Sungai Derhaka

Posted: 09 Aug 2013 09:34 AM PDT

Anak Sungai Derhaka


Disergah Pak Lah yang bangun dari tidurnya.. Mahathir kehilangan kata-kata..

Posted: 09 Aug 2013 05:30 AM PDT


Disergah Pak Lah yang bangun dari tidurnya telah membuatkan Dr. Mahathir terkedu dan kehilangan kata-kata untuk menjawabnya, malah Dr. Mahathir berkata bahawa beliau sedang mengkajinya sebelum membuat beberapa rujukan terhadapnya.

Dalam buku baru bertajuk 'Awakening: The Abdullah Badawi Years in di Malaysia, Abdullah memberitahu editor buku tersebut bahawa Dr Mahathir mencampuri pentadbirannya dan menggelar beliau sebagai "manusia penuh kontradiksi".

Disamping itu kenyataan di akhbar berbahasa Cina, Nan Yang Siang Pau pula menyatakan Pak Lah terus menyerang Dr. Mahathir dengan mengatakan bila bersara bersaralah.. tidak perlu mengacau orang yang sedang bekerja.

Ini laporannya..

Mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi hari ini menjawab mengapa beliau tidak bersifat agresif seperti Perdana Menteri sebelumnya Tun Dr Mahathir Mohamad.  
Perdana Menteri kelima itu berkata beliau tidak berhasrat menggunakan pendekatan Mahathir yang gemar memberi pandangan dalam pelbagai isu atau memberi panduan semasa pentadbiran Datuk Seri Najib Razak.  
Bagi beliau, bila bersara bersaralAh dan tidak perlu mengacau orang yang sedang bekerja. Katanya inilah sebab beliau gemar mendiamkan diri kerana bila sudah bersara maka tidak seharusnya mencampuri urusan pentadbiran politik semasa.  
"Jika ada perkara yang tidak berkenan di hati, lebih baik sampaikannya di dalam diam dan tidak perlu meluahkan secara umum yang mungkin menimbulkan perasaan kurang senang," katanya memetik kenyataan di akhbar berbahasa Cina, Nan Yang Siang Pau.  
Beliau menambah jika kerajaan berhasrat menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Aduan dan Penambahbaikan Polis (IPCMC) maka pastinya ada perkara yang tidak kena berlaku dalam kerajaan mahupun Polis Diraja Malaysia (PDRM).  
Semalam Perkasa menggesa Abdullah agar segera bangun dari tidur dan melihat realiti dan perjuangan yang dilakukan oleh Perkasa selama ini.  
Setiausaha agungnya, Syed Hasan Syed Ali berkata Abdullah sebenarnya kecewa kerana Perkasa yang menggesa beliau untuk meletakkan jawatan.  
Katanya, Abdullah seharusnya mencermin diri sendiri kerana semasa pemerintahannya BN gagal mengekalkan dua pertiga kerusi di Parlimen selain melihat beliau telah menghampakan bukan sahaja BN malah turut ditolak oleh kaum bukan Melayu,  
Syed Hasan menambah jika Abdullah seorang Perdana Menteri yang hebat, pastinya beliau kekal sebagai Perdana Menteri hingga ke saat ini malah lebih lama dari Mahathir ~ The Malaysian Insider

Bagi aku dalam hal ini PERKASA tu cuma nak tumpang populariti sebab sebab kalau tak silap aku PERKASA ni secara rasminya ujud semasa Najib jadi PM jadi macam mana pulak sebuah pertubuhan yang tak wujud semasa Pak Lah jadi PM boleh desak Pak Lah letak jawatan?

Pak Lah turun kerana didesak pemimpin-pemimpin UMNO tak ada kena mengena dengan PERKASA dan beliau menyatakan kesanggupannya untuk turun dengan syarat memantunya kekal sebagai Ketua Pemuda UMNO pada ketika itu.

Kekal sebagai Ketua Pemuda UMNO juga membawa maksud dilantik sebagai Menteri dalam kabinet yang baru tapi janji tinggal janji.. Menantu Pak Lah kekal sebagai Ketua Pemuda UMNO tapi tak dilantik kedalam kabinet sebagai Menteri.

Perwakilan UMNO pada malam itu tentu masih ingat.. keputusan pemilihan Ketua Pemuda UMNO diumumkan agak lewat pada masa Pemilihan itu..

Sebabnya orang kata keputusan sebenar bukanlah seperti yang diumumkan kerana ada perjanjian yang terpaksa diuruskan...

Dalam hal Pak Lah menyerang Dr. Mahathir pulak ianya sudah tentu berkaitan dengan Pemilihan UMNO..

Najib yang belum tentu kekal sebagai Presiden UMNO perlu Pak Lah bantu sebab menantu Pak Lah dah dilantik menjadi Menteri oleh Najib.

Menurut beberapa pemimpin UMNO, Najib adalah pemimpin paling lemah dilahirkan UMNO, mengekalkan Najib sebagai Presiden UMNO dan juga Perdana Menteri akan menyusahkan UMNO dalam menghadapi PRU14 nanti..

Dan ianya telah terbukti dalam PRU13 yang lalu.. Di bawah Najib BN peroleh keputusan yang lebih teruk dari Pak Lah..

Lagipun sudah menjadi rahsia umum menantu Pak Lah itu bukanlah individu yang disukai oleh Dr. Mahathir semuanya gara-gara hubungan baik antara menantu Pak Lah dan pihak Singapore yang dibenci oleh Mahathir tapi ditakuti oleh Najib.

Jadi hal ini bolehlah dianggap sebagai 'You Help Me.. I Help You..." seperti yang Najib amalkan tu..

Yang sedang berperang disini ialah Team Najib dan Team Mahathir.. Pak Lah kini membantu Najib untuk menghadapi Team Mahathir..

Kalau korang rajin membelek Blog-blog Pro UMNO.. korang akan nampak kedua-dua Team itu sedang berperang untuk membina persepsi, dedah mendedahkan semakin menjadi-jadi..

Disangka bunyi mercun rupanya Ketua Bounzer pulak kena tembak..

Posted: 08 Aug 2013 11:00 PM PDT


GEORGE TOWN: Seorang lelaki berusia 43 tahun, dipercayai ketua pengawal sebuah kelab malam, ditembak sebanyak tujuh kali di hadapan pintu masuk pusat hiburan di pusat beli-belah di Jalan Datuk Keramat di sini.

Mangsa bagaimanapun bernasib baik kerana hanya satu peluru tunggal ditemui menepati sasaran iaitu di paha kirinya.

Sumber berkata ketua 'bonzer' itu telah bercakap dengan seorang lelaki di tempat letak kereta terbuka yang kemudiannya ditembak ketika dia menuju ke pusat hiburan tersebut.

Dia kemudian bergegas ke salah satu kelab hiburan di situ untuk mendapatkan bantuan daripada rakan-rakan.

Dia dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang dan kini berada dalam keadaan stabil.

Mangsa, yang hanya dikenali sebagai Too Pek, dikatakan menjadi salah seorang ahli kongsi gelap terkenal di negeri ini. 

Pengunjung kelab berkata mereka mendengar bunyi seakan-akan serupa dengan bunyi mercun.

Polis setakat ini telah menahan dua orang pencuci, kedua-duanya warga asing di tempat kejadian yang didakwa cuba untuk menghapuskan bukti. Polis turut menemui tujuh sarung peluru.

Jurucakap polis berkata, mereka telah mengkaji rakaman CCTV yang diambil di tempat kejadian ~ mStar

Mercun dan Senjata Api kedua-duanya diharamkan dinegara ini.. tapi kena tiba-tiba ianya berleluasa dalam musim perayaan ini?

Salah siapa agaknya ianya kini dilihat berleluasa?..

Ahli Majlis mana satu dah salah guna kuasa ni?

Posted: 08 Aug 2013 08:53 PM PDT


Pada mulanya ramai yang menyangka tindakan mengambil alih dan menyerahkan kepada pihak lain konsesi tapak parking teksi di hadapan Megamall Perai ini dilakukan oleh seorang YB tapi sumber yang lain mendedahkan ianya telah dilakukan oleh seorang Ahli Majlis.

Tindakannya ini telah menimbulkan suasana tegang antara Koperasi Kenderaan Maju Jaya Seberang Perai Berhad dan Persatuan Kebajikan Pemandu Teksi India Seberang Perai.

Kemungkinan isu bangsa akan dimainkan dalam hal ini kerana majoriti ahli Koperasi Kenderaan Maju Jaya Seberang Perai Berhad manakala Persatuan Kebajikan Pemandu Teksi India Seberang Perai pula ahlinya berbangsa India.

Sebelum ini tapak parking ini telah diuruskan oleh Koperasi Kenderaan Maju Jaya Seberang Perai Berhad sejak dari tahun 2003.

Tapak ini telah diserahkan oleh Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) kepada Koperasi Kenderaan Maju Jaya Seberang Perai melalui prosuder yang sah.

Namun baru-baru ini ianya telah diserahkan kepada Persatuan Kebajikan Pemandu Teksi India oleh Ahli Majlis tersebut secara ikut suka dia melalui satu panggilan telefon..

Baca apa yang dilaporkan oleh orang kuat Guan Eng ini..

Parkir teksi Megamal Perai jadi rebutan pro Melayu, India  
18 tapak parkir teksi di perkarangan Megamall Perai kini menjadi perebutan dua koperasi hatta diselubungi isu perkauman sejak malam selasa lalu.  
206 ahli Koperasi Kenderaan Maju Jaya Seberang Perai Berhad - majoriti Melayu - mengaku bahawa tapak komersial itu diurus oleh mereka sejak tahun 2003.  
Manakala, Persatuan Kebajikan Pemandu Teksi India Seberang Perai pula yang berjaya mengambil alih tapak komersial itu didakwa tidak mengikut prosedur.  
"Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) yang bangunkan tapak parkir itu dari tiada apa-apa pada tahun 2002 sebelum diserah kepada Koperasi," ujar salah seorang pemandu teksi di sini.  
Sumber berkata, Koperasi Kenderaan Maju Jaya Seberang Perai Berhad mendapat hak mengurus parkir mengikut prosedur daripada MPSP, Tenaga Nasional Berhad (TNB), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan IPD Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT). 
"Melalui satu panggilan telefon seorang bergelar YB (Yang Berhormat), parkir itu boleh dirampas dan diserah kepada Persatuan Kebajikan Pemandu Teksi India Seberang Perai.
"Semua surat kebenaran daripada MPSP, polis, JPJ dan sebagainya tidak laku kerana tak ikut prosedur pun boleh rampas parkir," ujar beliau.  
Satu sumber lain memberitahu, langkah tidak mengikut prosedur tersebut sebenarnya membabitkan Ahli Majlis MPSP 'baru', bukan YB.  
"Boleh semak, dua Ahli Majlis ini ikut prosedur atau tidak," ujar sumber. 
Beberapa pertubuhan berlatar belakang bangsa Melayu-India sejak lewat petang selasa mula turun dan saling meninjau kawasan parkir tersebut ~ Sumber aku dari SINI

Baru dilantik jadi Ahli Majlis dah nak buat ikut suka dia?.. bagaimana agaknya kalau dia menjadi ADUN?

Fakulti Siyasah Syar'iyah

Posted: 09 Aug 2013 09:17 AM PDT

Fakulti Siyasah Syar'iyah


Wow ...? Seronok laa Wanita jadi ...?

Posted: 09 Aug 2013 05:32 AM PDT

Wow ...? Seronok laa Wanita jadi ...?
Imam solat jama'ah ...?
Lelaki campur perempuan ...?
Kiihhh, kih kih ...?
Kuuhhh, kuh kuh ...?

Kelab Greenboc

Posted: 09 Aug 2013 01:13 AM PDT

Kelab Greenboc


Pemimpin MCA Cakap Tak Serupa Bikin, Ramai Masih Pegang Jawatan Dalam Kerajaan

Posted: 09 Aug 2013 12:45 AM PDT


Pegang jawatan k'jaan, Chua sedia hadapi JK disiplin

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek sedia menghadap Jawatankuasa Disiplin kerana masih memegang jawatan dalam kerajaan iaitu sebagai Pengerusi Pelabuhan Pulau Pinang.

"Bukan saya seorang sahaja yang patut dihadapkan ke jawatankuasa disiplin parti, malah Ong Ka Ting, Wong Nai Chee, Ng Yen Yen dan juga semua anggota jawatankuasa kemajuan kampung juga patut turut dikenakan tindakan sama," katanya kepada pemberita ketika ditemui di majlis rumah terbuka Aidilfitri Perdana Menteri dan Jemaah Menteri di Seri Perdana, di Putrajaya semalam.

Beliau mengulas demikian berhubung tindakan lapan Bahagian MCA yang tidak berpuas hati dengan Dr Chua yang masih memegang jawatan itu walaupun parti itu menerima resolusi untuk tidak menerima jawatan dalam kerajaan selepas kekalahan teruk pada Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13), Mei lepas.

Bekas Presiden MCA, Tan Sri Ong Ka Ting kini memegang jawatan sebagai 'Duta Khas Perdana Menteri ke China', anggota parti Wong Nai Chee merupakan Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri manakala Naib Pengerusi parti Datuk Seri Dr Ng Yen Yen memegang jawatan sebagai Pengerusi Tourism Malaysia.

Minggu lepas, Pengerusi MCA Bahagian Wangsa Maju Datuk Yew Tian Lock bersama-sama dengan pengerusi bahagian Titiwangsa Datuk Alex Chuah serta enam lagi pengerusi bahagian lain menegaskan bahawa mereka akan menghantar memorandum kepada jawatankuasa disiplin parti sekiranya Dr Chua masih enggan untuk melepaskan jawatan sebagai pengerusi Pelabuhan Pulau Pinang.

Enam lagi bahagian yang turut menggesa Dr Chua untuk meletakkan jawatan kerajaan itu adalah MCA Teluk Intan, Bentong, Kuala Selangor, Kual Krau, Raub dan Paya Besar

MCA sebelum PRU13 telah memutuskan untuk tidak akan menerima jawatan dalam kerajaan jika ia tidak menerima sokongan penuh masyarakat Cina.

Namun, Dr Chua dilaporkan berkata Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi parti telah memutuskan bahawa mana-mana jawatan yang dipegang sebelum PRU13 masih boleh diteruskan dan ini telah menimbulkan kekeliruan dan rasa tidak puas hati dalam parti. - Bernama


MCA Gantung Keahlian Exco Johor, Tiga Tahun


KUALA LUMPUR - MCA semalam menggantung keahlian Datuk Tee Siew Kiong selama tiga tahun berkuatkuasa serta merta kerana menerima jawatan Exco Kerajaan Negeri Johor.

Presiden MCA Datuk Ser Dr Chua Soi Lek berkata anggota Majlis Presiden sebulat suara menerima syor Jawatankuasa Disiplin untuk menggantungkan keahlian Tee kerana melanggar keputusan parti.

Sebelum ini, MCA telah membuat resolusi pada 2011 dan 2012 untuk tidak akan menerima sebarang jawatan kerajaan pusat dan negeri sekiranya parti itu mencatatkan prestasi buruk pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), 5 Mei lepas.

"Bagaimanapun, Tee mempunyai 14 hari untuk membuat rayuan terhadap keputusan itu selepas menerima surat rasmi penggantungan," kata Dr Chua pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden di sini.

Tee, merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Sebatang, dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Johor dalam pentadbiran kerajaan negeri atas titah Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Dr Chua berkata jawatan Setiausaha Organisasi Pusat yang disandang oleh Tee sebelum ini akan diambil alih oleh Setiausaha MCA Perak, Datuk Tan Chin Meng. Pada 14 Jun lepas, Tee melalui kenyataan media umumkan melepaskan semua jawatan dalam parti, sama ada di peringkat pusat dan negeri termasuk Setiausaha Organisasi Pusat, Anggota Jawatankuasa Mesyuarat Agung Parti, serta semua jawatan dalam peringkat cawangan Pontian dan negeri Johor.

Tee turut mengumumkan beliau hanya anggota seumur hidup parti itu.
-mstar 21/6/2013

[VIDEO] Pendukung Mursi Rayakan Aidil-Fitri Di Lokasi Demonstrasi

Posted: 08 Aug 2013 09:30 PM PDT


Hari Raya Aidil-Fitri dirayakan para pendukung presiden yang digulingkan tentera Mesir, Muhammad Mursi dengan turun ke jalan. Mereka menuntut jawatan Mursi dikembalikan. Mereka merayakan Aidil-fitri pada hari Khamis (8/8) di lokasi demonstrasi di Nasr City.

"Pendemo di sini sekarang jumlahnya ramai, mengatakan kepada pemerintah, Mursi adalah presiden yang sah, dan mereka tidak akan pergi sehingga kedudukan Mursi dikembalikan," ujar laporan Aljazeera.

Kedua belah pihak, pendukung dan penentang Mursi meminta pendukung masing-masing untuk protes. Presiden sementara Mesir, Adly Mansour dalam pesanannya sempena Aidil-Fitri menyatakan Mesir dalam keadaan kritikal. Pemerintahan sementara akan menekankan rancangannya sendiri untuk membuat pemilihan baru dalam sembilan bulan.

"Kereta masa depan sudah berangkat, dan setiap orang harus sadar momen dan menangkapnya, siapa saja yang gagal menyadari momen ini harus bertanggungjawab terhadap keputusannya," ujar Mansoour.

Sebelumnya, utusan AS, William Burns menjadi orang tengah kompromi diantara pemerintah dan Ikhwanul Muslimin. Utusan Eropah, Bernardino Leon juga berada di Kaherah untuk usaha yang sama. Brussel dan Washington mengatakan semua pihak di Mesir harus mengatasi masalah yang dinilai telah berbahaya.

"Situasi ini sangat rapuh, yang tidak hanya berisiko lebih banyak pertumpahan darah dan polarisasi di Mesi, tetapi juga menghalang pemulihan ekonomi yang sangat penting bagi kejayaan transisi Mesir," ujar Menteri Luar Negeri AS, John Kerry dan ketua urusan luar negeri Kesatuan Eropah, Catherine Ashton dalam pernyataan bersama.

isteri Mursi, Naglaa Mahmoud, yang jarang kelihatan di depan umum turut ikut serta dalam demontrasi aman semalam. Ia berbicara di hadapan para demonstran di Kaherah dengan menyerukan suaminya untuk diizinkan kembali ke tampuk kekuasaan. Para peserta aksi menyambut pidato Naglaa dengan teriakan "Kembali! Kembali!".




[BERGAMBAR] Kes Tembak Lagi: Apa Mahu Jadi Malaysia? -updated

Posted: 08 Aug 2013 04:15 PM PDT

Seorang lelaki yang sedang memandu kereta cedera parah selepas terkena tembakan dilepaskan dua suspek bermotosikal di Taman Klebang Putra, dekat Chemor di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Sum Chang Keong berkata dalam kejadian kira-kira 11.15 malam itu, dua lagi yang berada dalam kereta itu dipercayai anggota keluarga lelaki berusia 29 tahun itu tidak mengalami kecederaan.

"Kedua-dua suspek yang menaiki sebuah bermotosikal menghampiri kereta mangsa yang sedang dipandu di kawasan perumahan berkenaan dan dipercayai melepaskan enam das tembakan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri rumah terbuka Aidilfitri Balai Polis Pekan Baru di sini hari ini.

Beliau berkata kedua-dua suspek memakai topi keledar 'full face' semasa melakukan jenayah berkenaan dan identiti mereka tidak dapat dikenal pasti buat masa sekarang.

Polis menjumpai enam kelongsong peluru di atas jalan tempat kejadian berkenaan dan setakat ini polis menerima satu laporan daripada seorang saksi berhubung kejadian itu, katanya.

Sum berkata mangsa yang bukan berasal dari sini sedang dirawat di sebuah hospital di sini dan keadaannya dilaporkan stabil. - Bernama


Lelaki Ditembak Mati Di Persimpangan Lampu Isyarat Jalan Anson



GEORGE TOWN: Seorang lelaki ditembak mati ala geng mafia selepas berhenti di persimpangan lampu isyarat Jalan Anson di sini.

Dia ditembak mati dari jarak dekat pada kira-kira pukul 11.50 pagi Khamis

Menurut Ketua Polis Daerah George Town Asisten Komisioner Gan Kong Meng, si mati berketurunan India, berusia 37 tahun dan tinggal di Air Itam, Pulau Pinang.

Dia mempunyai tiga rekod jenayah lampau melibatkan kes narkotik.

Ketika kejadian mangsa sedang memandu kereta mewah BMW dengan nombor pendaftaran KUala Lumpur, walaupun kereta tersebut dikhabarkan dipinjam daripada seorang rakan.

Difahamkan penembak melepaskan lebih daripada 15 das tembakan kerana berbilang kelongsong peluru ditemui di tempat kejadian.

Gan mengesahkan mangsa ditembak sebanyak 14 kali dan kebanyakannya di kepala.

Ahli patologi Hospital Pulau Pinang, Datuk Dr Bhupinder Singh turut berada di tempat kejadian.
-mstar




ULASAN GB

Sungguh menghairankan. Modus operandi tembakan hampir serupa. Dua orang bermotosikal menembak mangsa yang berada di dalam kereta. Suspek menggunakan topi keledar full face. Seperti skrip yang berulang.

Apa yang GB katakan sebelum ini menjadi kenyataan. Petikan:

Dan seperkara yang perlu direnungkan ialah, kejadian jenayah berleluasa sehingga negara menjadi seperti sangkar samseng bermaharajalela sekarang ini adalah kerana kita mempunyai seorang Menteri KDN yang mempunyai rekod jenayah memukul orang awam yang kesnya masih berjalan di mahkamah.

Dan kita mempunyai seorang KPN yang diisytiharkan oleh mahkamah sebagai orang bertanggungjawab terhadapematian tahanan di dalam penjara!


Dan nampaknya, dengan maaf, selagi Menteri KDN dan KPN tidak ditukarkan, kita akan mendengar lebih banyak lagi kes-kes tembak menembak ini. Itulah "aura" yang dibawa oleh Menteri KDN dan KPN kita.



Hukum Kebenaran dan Keadilan akan terus berjalan.

ANAK SENGAT

Posted: 09 Aug 2013 01:08 AM PDT

ANAK SENGAT


SIRI PERJUANGAN ... BAHAYA ISLAM LIBERAL

Posted: 08 Aug 2013 06:33 PM PDT

Untuk berlaku adil kepada semua, saya jelaskan kefahaman tentang Islam liberal yang dianuti ini,fahaman liberal di kalangan penganutnya Islam itu sendiri. Secara umum dan sebagai pengenalan, aliran Islam Liberal mendakyahkan kebebasan berfikir dan kebebasan mentafsir agama. Dengan kata lain, ia menyeru agar semua orang diberi hak untuk bercakap tentang Islam.

 Hak untuk memberi pandangan mengenai Islam, al-Quran dan hadis tidak wajar dibataskan kepada golongan agama sahaja. Makna liberalisme itu sendiri kita boleh faham yang mana ia bererti bebas berfikir dan berbuat apa sahaja asal tidak mengganggu kebebasan orang lain. Oleh itu ada seseorang yang berpegang kepada ini akan bebas bercakap mengenai apa sahaja mengenai agama.

 Suara golongan Islam liberal begitu lantang yang mahukan lebih banyak kebebasan dalam bersuara dan berfikir selain mentafsir sendiri al-Quran mengikut kehendak sendiri, mengikut cita rasa mereka.Lebih menakutkan, mereka juga membenarkan pluralisme agama atas alasan bahawa semua agama adalah sama.
 

Golongan ini menggunakan akal dan kefahaman sendiri dalam hal ehwal agama tanpa rujukan kepada mereka yang arif dalam bidang agama.Menurut fahaman ini, untuk membentuk sistem pemerintahan ia adalah fahaman dan buatan manusia. Apa yang dilakukan itu adalah pilihan manusia dan bukan telah ditetapkan oleh Allah dan syariat. Padahal dalam Islam sudah lengkap segalanya termasuk sistem perundangan dan sistem politik. Namun bagi mereka sistem politik mereka adalah mengikut akal dan hawa nafsu semata-mata selain perlu bebas dan tidak terikat dengan mana-mana autoriti. 
 
Agenda kedua mereka adalah untuk mewujudkan teologi pluralisme.
 

Seterusnya mereka ini konon-kononnya mahu membebaskan wanita dengan memberi hak sepenuhnya sehingga boleh menceraikan suami dan sebagainya. Menentang sistem faraid dan menentang lelaki berpoligami. Semua sistem ini mahu dirombak mereka. Seterusnya adalah untuk memberi promosi dan memperjuangkan supaya wujudnya kebebasan berpendapat sepenuhnya atau sebebas-bebasnya. Suatu yang luar biasa dan sesat mereka berfahaman bahawa wanita boleh menjadi imam kepada kaum lelaki.
 

Tiga jenis liberal yg mereka cuba amalkan, Liberal dari akidah, liberal dari sudut akhlak, dan liberal di sudut syariat. Ketiga tiga ini sudah memadai utk membatalkan aqidah sesorang itu.. penjelasan ini menjadikan mereka kepanasan, dan akhirnya menuding jari bahawa para ustaz dan agamawan berfikiran kolot utk memacu peredaran zaman.. Agenda barat menghancurkan umat Islam.. lihat saja saudara kita di Indonesia, Tunisia dan terkini kesan yang besar keatas umat Islam di Mesir, di sebabkan kejahatan Islam liberal ini..Berhati2lah wahai teman2..Wallahua"alam.

via~ Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani

RAKYAT MARHAEN

Posted: 08 Aug 2013 09:10 PM PDT

RAKYAT MARHAEN


Negara Aman: 4 insiden tembakan senjata api di Hari Raya pertama semalam

Posted: 08 Aug 2013 07:44 PM PDT

Empat insiden tembakan berlaku dalam masa 24 jam semasa umat Islam menyambut hari raya semalam dengan dua di Pulau Pinang dan masing-masing satu di Kuala Lumpur dan Perak.

Di Kuala Lumpur, insiden senjata api dilaporkan berlaku di sebuah restoran Pelita,Desa Seri Hartamas kira-kira 7.30 pagi semalam.

Kejadian disahkan oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah  menyatakan dari siasatan awal mendapati ia sebagai kemalangan akibat perlakuan sendiri.

Mangsa merupakan seorang lelaki India berusia 27 tahun bekerja sebagai pemandu teksi dan pengutip hutang sambilan.

"Kira kira jam 7.30 pagi mangsa yang selesai kerja pergi ke restoran Pelita untuk mengutip hutang.

"Mangsa kemudiannya kembali ke kereta untuk mengambil pistol lalu melepaskan dengan tidak sengaja hingga mengenai tapak tangan kiri dan peha kiri kaki mangsa," kata Ku kepada The Malaysia Insider.

Mangsa dirawat di Pusat Perubahan Universiti Malaya PPUM.

Insiden tersebut menjadikan ia kes keempat membabitkan senjata api yang berlaku dalam kurang 24 jam hari ini iaitu ketika umat Islam menyambut Hari Raya Pertama.
Read More / Baca Lagi >>

THE STORY OF AN EXTORTION: Crime wave intensifies even as IGP offers excuses

Posted: 08 Aug 2013 07:43 PM PDT

THE STORY OF AN EXTORTION: Crime wave intensifies even as IGP offers excusesKUALA LUMPUR - Malaysia's top cop Khalid Abu Bakar may insist he's got everything under control but it looks like the criminals in the country are not ready to listen to him!
Not only are gangland-style assassinations "virtually a daily occurrence" as Opposition Leader Anwar Ibrahim has warned, extortionists appear to be the next group to go on a 'free-for-all' strike at helpless victims.
Affluent George Town in Penang was the latest to suffer from the recent spate of crime that has erupted across the nation. The northern island was the site of two high-profile crimes on Thursday, the first day of Hari Raya.
An Indian man with suspected links to drug trafficking syndicates was shot 14 times in the head and neck when his car stopped at a traffic in busy Anson Road. He died on the spot. [ Read DRUGS LINK? Shot in the head 14 TIMES at Anson Rd traffic light on 1st day of Hari Raya]
From Anson Road to Pulau Tikus
Then at nearby Pulau Tikus, at least six shots were fired at a businessman's bungalow.
His 29-year-old son, wife and their domestic worker were at home when a gunman struck at around 1.15am. No one was injured in the shooting.
According to the Star, the man had earlier lodged a police report, claiming that he received an extortion letter together with six bullets.
"Based on the CCTV footages, the gunman fired the shots randomly outside the house," police said, adding that the owner had a shock after discovering fragments of broken window panels and bullet marks on them.
The owner, who is now abroad, told police that he received a text message in Chinese demanding for money to be deposited into a local bank account.
"We have since frozen the telephone numbers and the bank account," police said, adding that the case is being investigated for criminal intimidation.
Crime wave intensifies while IGP offers excuses
Read More / Baca Lagi >>

Pegang jawatan k'jaan, Chua sedia hadapi JK disiplin

Posted: 08 Aug 2013 07:40 PM PDT

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek sedia menghadap Jawatankuasa Disiplin kerana masih memegang jawatan dalam kerajaan iaitu sebagai Pengerusi Pelabuhan Pulau Pinang.
  
"Bukan saya seorang sahaja yang patut dihadapkan ke jawatankuasa disiplin parti, malah Ong Ka Ting, Wong Nai Chee, Ng Yen Yen dan juga semua anggota jawatankuasa kemajuan kampung juga patut turut dikenakan tindakan sama," katanya kepada pemberita ketika ditemui di majlis rumah terbuka Aidilfitri Perdana Menteri dan Jemaah Menteri di Seri Perdana, di Putrajaya semalam.
   
Beliau mengulas demikian berhubung tindakan lapan Bahagian MCA yang tidak berpuas hati dengan Dr Chua yang masih memegang jawatan itu walaupun parti itu menerima resolusi untuk tidak menerima jawatan dalam kerajaan selepas kekalahan teruk pada Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13), Mei lepas.
  
Bekas Presiden MCA, Tan Sri Ong Ka Ting kini memegang jawatan sebagai 'Duta Khas Perdana Menteri ke China', anggota parti Wong Nai Chee merupakan Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri manakala Naib Pengerusi parti Datuk Seri Dr Ng Yen Yen memegang jawatan sebagai Pengerusi Tourism Malaysia.
Read More / Baca Lagi >>

'The awakening: Abdullah Badawi years in Malaysia' akan jadi panas

Posted: 08 Aug 2013 07:39 PM PDT


'The Awakening: The Abdullah Badawi years in Malaysia' akan di pasaran tidak lama lagi dan ini satu penerbitan yang bakal menjadi topik hangat serta polemik besar mengikut jangkaan saya. 'The pre publication remarks' yang kita nampak melihatkan satu polemik yang hebat kerana apa sahaja yang melibatkan Dr Mahathir terutamanya dalam UMNO dan kepimpinan negara akan menjadi tumpuan ramai.

Lebih-lebih lagi tentang isu perlagaan di antara Dr Mahathir dan pewaris kepimpinannya Abdullah Badawi. Dr Mahathir hanya bertahan selama setahun sahaja sebelum keluar ke depan untuk membidas pewaris kepimpinannya itu dan beliau terus menerus melemparkan segala aib kepimpinan negara kita kepada Abdullah Badawi.

Segala-gala kemudharatan yang negara hadapi bermula dari Abdullah Badawi dan tidak ada sedikit pun ia bermula semasa pemerintahannya selama 22 tahun itu. Sekarang Abdullah pula memberikan pandangan dari sudut pemikirannya walaupun beliau (Abdullah) berdiam diri sahaja apabila Mahathir menyalahkan segala-galanya kepada Abdullah.

Mahathir berkata yang beliau belum lagi membaca penerbitan itu tetapi beliau akan memberikan respons mengikut apa yang beliau akan baca dan sudah menjadi kepastian Dr Mahathir akan membalasnya dengan lebih sinis lagi. Saya pun belum membacanya lagi tetapi dari apa yang disebutkan oleh Abdullah dalam publisiti 'pre-launching'nya itu Abdullah telah memberikan pandangan yang bertentangan dengan Dr Mahathir dan itulah tanda-tanda ia akan menjadi topik hangat di mana-mana nanti.

Abdullah selama ini berdiam diri apabila di'seksa' oleh Dr Mahathir tetapi kali ini Abdullah keluar dan waktu dan masa ini adalah waktu yang paling terbaik bagi Abdullah untuk menjawab segala tuduhan dan kata-kata penghinaan Dr Mahathir terhadap beliau. Di antara Dr Mahathir dan Abdullah ini ibarat dua orang yang sedang bermain gasing.

Sudah begitu lama Dr Mahathir hanya memangkah sahaja. Nampaknya kali ini Abdullah pula mengambil giliran memangkah dan Dr Mahathir mengambil giliran memusing gasing itu pula. Gasing siapa yang pecah tidak pula kita ketahui kerana masing-masing dari hakikatnya adalah saling sandar menyandar dalam membuatkan politik negara kita menjadi sedemikian rupa.
Read More / Baca Lagi >>

Morsi's wife in surprise show at Egypt rally Middle East

Posted: 08 Aug 2013 06:08 PM PDT

Egyptians chant against president Morsi after Eid prayer in Cairo

Posted: 08 Aug 2013 06:07 PM PDT

Thousands Hold Prayers At Pro-Morsi Sit-In For Eid

Posted: 08 Aug 2013 06:07 PM PDT

Selamat Hari Raya dan Najib berpenampilan hijau pula

Posted: 08 Aug 2013 05:06 PM PDT


Terlebih dahulu diucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh penjenguk blog ini walau di mana juga mereka berada dan mudah-mudahkan sambutan hari lebaran tahun ini memberi lebih makna dan keinsafan kepada kita.
Walaupun ramai yang menyambut Hari Raya tahun ini dengan perasaan yang bercampur-campur, mungkin bimbang terhadap rumah yang ditinggalkan dan kemungkinan dipecah masuk, meningkatnya kejadian penembak upahan di sana-sini, kakitangan kerajaan yang hanya mendapat BR1M RM500, harga ayam dan daging yang semakin mahal, barang-barang keperluan harian yang juga meningkat, bekalan diesel masih kekurangan di beberapa tempat dan pelbagai masalah lainnya, tetapi sambutlah hari kemenangan ini dengan seadanya mengikut kemampuan masing-masing.
Kepelbagaian rasa ini seharusnya menginsafkan kita bahawa kehidupan ini memang penuh dengan cabaran dan dugaan serta mudah-mudahan ia memberi ruang yang lebih terbuka untuk kita mendekatkan diri kepada Allah, Tuhan pencipta alam ini.
Tetapi apabila melihat Perdana Menteri, Najib Razak memberi ucapan secara langsung di tv dengan baju Melayu berwarna hijau, juga bersamping hijau sempena sambutan Hari Raya ini, perasaan sedikit terusik sambil terkenangkan penampilannya yang sebelum-sebelum ini. Sementara ramai yang sejuk mata dengannya penampilannya, ramai yang lain pula bersikap sinis.
Sempena Hari Raya tahun ini, Najib telah memilih warna hijau iaitu warna Islam untuk tampil di tv dan dilihat oleh seluruh rakyat Malaysia. Mujurlah sampingnya juga hijau, kalau berwarna putih, sudah macam warna PAS jadinya.
Read More / Baca Lagi >>

Cover Line: KJ enggan ulas buku tentang bapa mertuanya

Posted: 08 Aug 2013 05:03 PM PDT

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin hari ini enggan mengulas mengenai sebuah buku baru yang mengutarakan satu pandangan yang terhadap tempoh pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai perdana menteri.

Antara lain, Abdullah mendakwa Khairy, yang merupakan menantunya, tidak mempunyai apa-apa pengaruh dalam pentadbirannya.

Ketika ditemui ini majlis hari terbuka Aidilfitri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Putrajaya, Khairy dikerumuni wartawan untuk reaksinya tentang buku tersebut.

Menurutnya, beliau belum membaca buku tersebut, bagaimana beliau hendak komen.

Buku baru bertajuk "Awakening: The Abdullah Badawi Years in Malaysia", Abdullah telah mempertahankan Khairy dan menafikan kumpulan yang digelar "budak tingkat empat" sewaktu pentadbirannya adalah penasihat beliau.

Abdullah berkata Khairy tidak menyalahgunakan kedudukannya pada masa itu dan adalah menantunya itu telah dituduh secara tidak terhadap dalam banyak perkara.

Abdullah dipetik memberitahu editor buku tersebut bahawa beliau tertanya-tanya sama ada mereka yang menyerang Khairy gembira kerana telah memecahkan periuk nasinya.

Najib setuju dengan Pak Lah, ubah Umno akan ambil masa

Posted: 08 Aug 2013 05:00 PM PDT


Dr Mahathir dan Najib berbicara semasa berada di rumah terbuka Kabinet di Seri Perdana, Putrajaya. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 8 Ogos 2013..Dr Mahathir dan Najib berbicara semasa berada di rumah terbuka Kabinet di Seri Perdana, Putrajaya. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 8 Ogos 2013..Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak bersetuju dengan kenyataan mantan Perdana Menteri bahawa Umno perlu melakukan perubahan seiring dengan masa namun ia merupakan tugas yang besar kerana melibatkan emosi individu.
Menurut Najib kesabaran amat diperlukan sekiranya ingin melaksanakan perubahan dalam parti kerana ia tidak akan terjadi hanya semalaman.
Najib berkata partinya itu sudah melakukan perubahan sebaik saja mengambil alih dari Tun Abdullah Ahmad Badawi dengan meminda perlembagaan bagi memilih pucuk pimpanan parti dimana ia bakal dilaksanakan ketika pemilihan parti pada 5 Oktober ini.
Untuk pertama kalinya kira-kira 150,000 ahli Umno akan memilih pemimpin tertinggi tidak seperti pemilihan lepas dimana ia dihadkan hanya dari 2,600 delegasi.
Read More / Baca Lagi >>

Kes tembakan: Kongsi gelap punya angkara?

Posted: 08 Aug 2013 04:50 PM PDT


Pengeboman kereta dan kes tembakan oleh dua kumpulan dalam masa 24 jam telah menggemparkan pihak berkuasa dan orang awam.
Di Pulau Pinang pagi ini, seorang lelaki ditembak tidak kurang dari 10 das tembakan oleh orang yang tidak dikenali sewaktu berhenti di lampu isyarat.
Kejadian berlaku pada jam 11.30 am di Jalan Anson.
Mangsa dilaporkan memandu kenderaan dengan nombor plat dari Kuala Lumpur.
Di Perak, seorang lelaki bertarung nyawa selepas terkena tembakan. Mangsa ditembak oleh dua lelaki menaiki motosikal.
Kejadian berlaku di kawasan perumahan di Chemor, Ipoh. Mangsa 29 tahun dikatakan berada dalam keadaan kritikal selepas menerima empat das tembakan.
Seorang ahli perniagaan terkemuka pada Isnin yang memiliki beberapa buah restoran dan kelab malam turut hampir dibunuh.
Ahli perniagaan itu yang sebelum ini dikawal di bawah undang-undang pencegahan sempat melarikan diri bersama pemandunya setelah kereta Jaguarnya meletop.
Dipercayai kes yang berlaku sejak kebelakangan ini berkait dengan satu kuasa sindiket terbesar.
Dengan pemansuhan undang-undang pencegahan, bekas tahanan kini bebas dan dahagakan kerja lama mereka dan kemewahan.

Bagaimana Shabery Cheek yakin tiada skandal kapal selam?

Posted: 08 Aug 2013 04:47 PM PDT

Subky Latif
Apakah urusan beli kapal selam Perancis, Scorpene suatu skandal atau tidak, boleh ditentukan oleh kenyataan seorang individu baik di luar mahkamah atau dalam mahkamah.

Sekalipun Suaram menggunakan bidang undang-undang dalam dan luar negeri bagi membuktikan ia adalah satu skandal menteri pertahanan pada masa itu masih ada yang berkata mereka tidak mempercayainya, maka sudah tentu seorang individu yang mengatakan ia bebas skandal tidaklah boleh dipegang 100 peratus.

Tetapi menteri Shabery Cheek membuat kenyataan bahawa dia seperti puas hati dengan kenyataan individu seperti sah urusan pembelian itu bebas skandal sekali gus mengira bahawa isu yang dipelopori Suaram dan disokong sekalian pembangkang itu adalah karut.

Pada menteri itu apa yang dibangkitkan selama ini sama ada oleh pembangkang di negara ini yang cuba menggunakan saluran undang-undang dan apa yang dilakukan oleh peguam Perancis bagi memastikan syarikat di Perancis tidak terbabit dalam skandal bolehlah dimasukkan saja ke bakul sampah.

Secara umum dari aspek undang-undang menteri dan mana-mana individu yang dikatakan jadi watak dalam skandal itu belum boleh dikata bersalah selagi tidak disahkan bersalah oleh mahkamah. Walaupun orang belum dijatuh hukum itu dikira bersih dari segi undang-undang, tetapi umum melihatnya tidak begitu bersih selagi mahkamah tidak membersihkannya.

Oleh sebab isu skandal ini adalah benda yang tergantung, maka tidaklah semua pihak boleh berpuas hati watak-watak itu bersih atau kotor. Dia boleh bersih dan dia boleh kotor.
Read More / Baca Lagi >>

Demagogues and real leaders

Posted: 08 Aug 2013 04:39 PM PDT

Malaysia has suffered enough from demagogues and political dynasties.

In Sabah, the GE13 was a clear message that the people were tired of demogogues.
The political culture that demagoguery breeds is to blame for most of our economic and political problems.
Hence when demagoguery was resoundingly trashed in May 5, it lit a small flicker of hope in my cynical old heart. In Sabah, voters had a choice between an array of demagogues and Musa Aman.
Sabah voted for Musa instead of the demagogues and poseurs who came to defeat him with their charisma and their party tricks.
Musa's main rival was a very skilled demagogue called Lajim Ukin.
So skilled is Lajim that he has shown himself to be undefeatable despite allegations that he made millions from lopsided agreements that the Sabah local government had signed away to his cronies when he was Minister of Local Government and Housing, and while he was busy with his slot machines.
The state ministry he was heading went to pieces but Lajim thrived.
After moving to a parliamentary seat, he came to Putrajaya to become a celebrated federal deputy cabinet minister despite doing little for the housing when in Sabah.
He got away with his lack of administrative abilities by being such a brilliant demagogue.
His demagoguery even served to conceal any sort of ability that he showed as minister.
The voters of Sabah did well by making sure he failed to defend his incumbency in his Beaufort parliamentary seat. Lajim managed to win the Klias state seat by a slim majority of 342 seats.
Sabahans did even better to reject the advances of a another demagogue Anwar Ibrahim.
Shahrizat a demogogue?

Read More / Baca Lagi >>

'WEAKLINGS' JOIN FORCES IN UMNO: Dr M the perfect scapegoat for Pak Lah, Najib

Posted: 08 Aug 2013 04:38 PM PDT

'WEAKLINGS' JOIN FORCES IN UMNO: Dr M the perfect scapegoat for Pak Lah, NajibKUALA LUMPUR - Umno has always been a murky party, some say downright dirty and full of political backstabbing. It is now headed for possibly its most pivotal-ever party election, where chances are high a completely unexpected and 'new' guard might sweep to power.
To outsiders, the fight in Umno is basically between the party's 'liberals' and its 'hardline conservatives'. The question though is, who are the liberals and who are the conservatives?.
This is why Umno politics has often been described as being "dirty" because the players themselves hardly dare to show their faces and which side of the fence they really belong to. Loyalties can switch at a moment's notice, loyalties can bought easily if not cheaply.
The master at straddling two boats
Take for instance, Prime Minister Najib Razak who is also the Umno president - is he a liberal or a hawk? Perhaps, even Najib himself doesn't know.
When speaking to the urban Malays and to the non-Malays, Naijb's aides are quick to claim he is held back from reforming the system by Mahathir Mohamad, the hardline former premier who still wields significance influence in their Umno party.
But when they are in the Felda settlements and rural Malay 'hot spots', Najib's aides are just as quick to assure there is no need for Dr M, Najib himself will stop the advances of the cunning Chinese and stand firm against the endless demands of the Indians. He will ensure the Malays get everything or everything that matters anyway.
By speaking different languages to different crowds, they are able to imply to their core Malay electorate that Najib is Malay supremacy and Malay supremacy is Najib without offending the non-Malays too much.
This is the two-faced pitch of the Najib camp. And while it may seem to work, the gains are short-term at best because the real problems faced by Malaysia are only being swept under the rug, left irresponsibly to foment until a dangerous breaking point is hit.
No wonder that with just weeks to go to the October 5 Umno polls, no one knows if Najib is pro-Mahathir or if Mahathir is pro-Najib. With so much at stake and so many layers of intrigue to get past, both men are wise enough to have their own Plan A, B and C.
Badawi returns - but what is he after?
Enter another former prime minister and Umno president into the scene - Abdullah Badawi or Pak Lah.
This sleeping beauty is suddenly breaking his silence. Yes, Pak Lah did literally fall asleep on the job on many occasions although some critics have alleged he did stay awake long enough to salt away some RM11 billion of the country's wealth.
In his book that is due to hit the stands later this month, Pak Lah's salvos are clearly directed at Mahathir, while offering an olive branch to Najib although Najib was one of the main players who together with Deputy Prime Minister Muhyiddin Yassin had ousted Pak Lah from the top post in 2009.
Of course, Mahathir was the main engineer behind the Pak Lah ouster but the 88-year-old doesn't seem to have forgiven his former deputy for pulling the plug on some of his pet mega-projects including the S-shaped bridge to Singapore.
So is Pak Lah now taking political revenge?
Is he preparing to strike a pact with Najib to take on any challenge initiated by the Mahathir camp? Does Pak Lah really believe that he and Najib have more in common because they share the same reform 'zeal' ? Certainly, this is what some of the media aligned to the two men are trying to suggest.
Dr M the perfect scapegoat
It may be true that both men are trying to explore some sort of common platform. Why shouldn't they? Of course, it could also be that their media are merely trying to pull a quick one by using Pak Lah's comments to frighten Mahathir into fully endorsing Najib.
Whichever it is, what really needs to be questioned is the reform quality of both Pak Lah and Najib. Are they really serious or sincere? If Mahathir was not around, would they really stop Umno's divide-and-rule policies or would they launch their own variation of the same old themes.
Given the weak track records chalked by Pak Lah and Najib, any coming together would be due more to political expediency than to high moral agenda to reclaim Malaysia or Umno from the clutches of a megalomaniacal Mahathir and his racist allies such as the Perkasa faction in Umno.
In Pak Lah's new book Awakening: The Abdullah Badawi Years In Malaysia, he makes sure he draws a very clear line as to what he had intended to achieve when he was PM, and how it was Mahathir who prevented him from carrying out his ideas.
This, Pak Lah kindly offers, is also the difficulty that Najib faces.
"Najib is trying to do many good things. But he faces the same problem I did – resistance. Unfortunately, there are still people in Umno and Barisan Nasional who refuse to accept we did badly in 2008 because we did not meet the people's expectations in carrying out reforms.
"They think that we did not do well because we allowed too much discourse and openness to the people and the opposition. And it is these people who are set in doing things the old way. This, I believe, is Najib's biggest challenge."
Read More / Baca Lagi >>

Egyptians continue protests on Eid holiday

Posted: 08 Aug 2013 07:05 AM PDT

Salam Aidilfitri: Diberi Kesihatan kepada TGNA

Posted: 08 Aug 2013 07:05 AM PDT

Salam Aidilfitri: Terus menggerakkan perjuangan

Posted: 08 Aug 2013 07:04 AM PDT

Syria rejects Assad convoy attack claims

Posted: 08 Aug 2013 05:21 AM PDT

Egypt struggles with ideological strife

Posted: 08 Aug 2013 05:20 AM PDT

Perkauman bukan faktor tunggal hilang bakat tempatan, kata pemimpin BN

Posted: 08 Aug 2013 04:22 AM PDT

Polisi perkauman Putrajaya bukan faktor tunggal kehilangan bakat tempatan di luar negara,  kata pemimpin Barisan Nasional (BN) hari ini.
Pemimpin BN mengulas kenyataan mantan Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew melalui bukunya yang mendakwa Malaysia kehilangan bakatnya di luar negara akibat polisi perkauman.
Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata polisi berdasarkan kaum bukan faktor tunggal Malaysia kehilangan tenaga pakar.
Dr Chua berkata gaji yang lebih tinggi dan infrastruktur yang lebih baik ditawarkan di Singapura juga merupakan "faktor penarik" kepada rakyat Malaysia.
"Rakyat mencari pendapatan yang lebih tinggi dan infrastruktur yang lebih baik. Di Singapura, anda boleh menuju ke sesuatu destinasi tanpa kereta," katanya semasa Majlis Sambutan Aidilfitri Menteri Kabinet di Putrajaya hari ini.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapha Mohamed bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh Lee Kuan Yew.
"Saya akui ada yang meninggalkan negara atas sebab yang dinyatakan namun itu bukan penyebab utama," katanya sambil menambah tuduhan tersebut tidak berasas kerana ia bukan faktor tunggal.
Katanya, kerajaan telah mengenalpasti ketidakseimbangan sosio ekonomi bagi memastikan tiada kaum yang terpinggir dalam pembangunan negara.
Read More / Baca Lagi >>

Perutusan Aidilfitri Anwar Ibrahim

Posted: 08 Aug 2013 02:06 AM PDT

Assalamualaikum, salam sejahtera,
Anwar hari rayaSempena sambutan Eidul Fitri Mubarak diucapkan Kullu am wa antum bi-khair, Eidil Walfaizin Wal Maqbulin.
Kita telah berjaya menyempurnakan ibadah puasa bulan Ramadhan Al Mubarak dan kita sambut sesuai dengan tradisi dan budaya yang dipupuk oleh Islam, kesederhanaannya, silaturahimnya, dan pertahankan tingkatan amal dan kebersihan jiwa yang kita cuba lakukan di bulan Ramadhan.
Saya juga syorkan supaya semangat perpaduan, semangat pengorbanan, semangat perjuangan, silaturahim dan usaha membantu rakyat yang daif tanpa mengira kaum ditingkatkan.
Semoga Allah SWT memberikan kekuatan.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Datuk Seri Anwar Ibrahim
Ketua Umum KEADILAN

Perutusan Aidilfitri Presiden KEADILAN

Posted: 08 Aug 2013 02:05 AM PDT

Perutusan Hari Raya Eidul Fitri 1434 Hijrah
Bismilahirahmanirahim..
Assalamualaikum w.b.t
Dengan ingatan tulus iklhas, saya mewakili seluruh warga KEADILAN ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Eidul Fitri maaf zahir dan batin kepada semua umat Islam di Malaysia dan juga di luar negara.
WAWI RayaDalam kemeriahan Eidul Fitri, janganlah kita lupakan kepada mereka yang berdepan dengan keperitan hidup dan tertindas oleh mereka yang zalim.
Marilah kita berdoa dan menghulurkan bantuan sedaya kita untuk mereka menyambut Syawal dengan penuh kekuatan menyambung perjuangan melawan kezaliman. Khususnya kepada saudara kita di Syiria, Mesir, Rohingya, Palestin dan di mana sahaja yang terkesan dengan kesengsaraan.
Begitu juga di Malaysia, masih ada lagi warga kita yang terkesan disebabkan tekanan ekonomi yang meruncing. Teruskanlah memberi zakat dan sedekah dalam usaha kita membantu mereka meraikan Syawal bersama-sama keluarga tercinta.
Justeru, di musim perayaan ini, keselamatan dan kesihatan juga harus dijaga. Kepada warga kota yang akan pulang bercuti beraya di kampung, pesanlah kepada jiran tetangga yang berdekatan dan juga maklumkanlah kepada pihak keselamatan yang berhampiran.
Rancanglah perjalanan pulang ke desa, pandulah dengan sabar dan tenang. Usahlah berebut di jalan raya kerana keluarga kita yang tersayang sedang menanti di kampong. Moga selamat dalam perjalan pulang dan kembali semua ke kota nanti.
KEADILAN juga mengucapkan terima kasih kepada petugas keselamtan yang akan bertugas semasa perayaan nanti. Tugas kalian menjaga keselesaan demi rakyat sungguh besar ertinya.
Akhir kata, daripada saya dan keluarga besar KEADILAN, Eid Mubarak 1434 H. Selamat menyambut Syawal Maaf Zahir dan Batin.
Datuk Dr Wan Azizah Wan Ismail
Presiden KEADILAN

Jenayah: Kerajaan Kelantan tuntut semula pengerusi Majlis Keselamatan Negara Negeri Kelantan

Posted: 08 Aug 2013 01:49 AM PDT


Kelantan menuntut supaya jawatan Pengerusi Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Kelantan diserahkan kembali kepada Menteri Besar Kelantan ekoran kejadian jenayah yang semakin  banyak di negeri ini.
Ketua Penerangan Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari berkata, satu mekanisme baru di dalam menangani isu penyeludupan senjata api dan juga kemasukan secara haram penjenayah perlu dirangka dengan serius bagi memastikan kejadian seperti ini tidak berulang.
Sehubungan dengan itu, Dewan Pemuda Pas Negeri Kelantan (DPPNK) menegaskan bahawa sudah sampai masanya untuk jawatan Pengerusi Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Kelantan diserahkan kembali kepada Menteri Besar Kelantan sebagaimana amalan negeri-negeri yang lain.
Selaku Pengerusi MKN peringkat negeri, Menteri Besar Kelantan akan berhak memanggil sebarang mesyuarat yang melibatkan pasukan keselamatan bagi mendapatkan maklumat terkini tentang isu-isu keselamatan dan turut bersama merancang strategi bagi menangani situasi jenayah yang semakin serius.
DPPNK yakin isu-isu keselamatan seperti ini perlu ditangani dengan profesional tanpa melibatkan sentimen politik dan ia memerlukan kerjasama semua pihak terutamanya pasukan keselamatan dan kerajaan negeri.   
Dengan terlantiknya Menteri Besar Kelantan sebagai Pengerusi MKN Peringkat Negeri Kelantan sekaligus akan membuka lembaran baru dalam aspek kerjasama antara kerajaan negeri dan agensi kerajaan pusat di dalam menangani kes-kes jenayah.

Demografi penduduk: Khalid setuju pandangan Kuan Yew

Posted: 08 Aug 2013 01:47 AM PDT


Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim (pic) berkata demografi kaum di negara tetap tidak akan mengalami perubahan besar sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya.
Pemimpin negeri yang paling kaya di Malaysia itu berkata demikian sebagai mengulas pandangan bekas Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew, dalam buku biografi berjudul  One Man View.
Lee sebelum ini  berkata tidak akan ada perubahan yang berlaku, kaum Melayu tetap akan akan menjadi kaum majoriti walaupun Pakatan Rakyat memerintah negara.
Menurut Khalid, bekas Perdana Menteri Singapura tersebut berpandangan realistik dalam memberikan pandangan berdasarkan situasi politik.
"Beliau memberitahu perkara yang benar, kerana mereka (Melayu) mewakili 60 peratus dari populasi penduduk, kencenderungan politik ialah mendapat sokongan dari kaum Melayu.
"Sudah tentu dia bersifat sinis, dengan bermaksud  bahawa ini tidak mematuhi amalan demokrasi terbaik,"katanya dalam majlis rumah terbuka Kerajaan Selangor di Shah Alam hari ini.
Tambah Khalid, realitinya adalah struktur negara ini berasaskan kaum,  menjelaskan bagaimana kesemua hal ini diterjemahkan dalam kewajaran kesamarataan kaum.
Dalam bukunya, Lee turut memberi pandangan bahawa PR tidak akan mampu mengubah keunggulan Melayu.
Read More / Baca Lagi >>

Saya bukan Mahathir, bila bersara, bersaralah, kata Pak Lah

Posted: 08 Aug 2013 01:45 AM PDT



Mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi hari ini menjawab mengapa beliau tidak bersifat agresif seperti Perdana Menteri sebelumnya Tun Dr Mahathir Mohamad.
 
Perdana Menteri kelima itu berkata beliau tidak berhasrat menggunakan pendekatan Mahathir yang gemar memberi pandangan dalam pelbagai isu atau memberi panduan semasa pentadbiran Datuk Seri Najib Razak.
 
Bagi beliau, bila bersara bersaralAh dan tidak perlu mengacau orang yang sedang bekerja.
 
Katanya inilah sebab beliau gemar mendiamkan diri kerana bila sudah bersara maka tidak seharusnya mencampuri urusan pentadbiran politik semasa.
 
 "Jika ada perkara yang tidak berkenan di hati, lebih baik sampaikannya di dalam diam dan tidak perlu meluahkan secara umum yang mungkin menimbulkan perasaan kurang senang," katanya memetik kenyataan di akhbar berbahasa Cina, Nan Yang Siang Pau.
 
Beliau menambah jika kerajaan berhasrat menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Aduan dan Penambahbaikan Polis (IPCMC) maka pastinya ada perkara yang tidak kena berlaku dalam kerajaan mahupun Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Read More / Baca Lagi >>

DIALOG RAKYAT

Posted: 08 Aug 2013 03:15 PM PDT

DIALOG RAKYAT


Lelaki cedera parah ditembak di Chemor - Bernama

Posted: 08 Aug 2013 12:01 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER
 
Seorang lelaki yang sedang memandu kereta cedera parah selepas terkena tembakan dilepaskan dua suspek bermotosikal di Taman Klebang Putra, dekat Chemor di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Sum Chang Keong berkata dalam kejadian kira-kira 11.15 malam itu, dua lagi yang berada dalam kereta itu dipercayai anggota keluarga lelaki berusia 29 tahun itu tidak mengalami kecederaan.

"Kedua-dua suspek yang menaiki sebuah bermotosikal menghampiri kereta mangsa yang sedang dipandu di kawasan perumahan berkenaan dan dipercayai melepaskan enam das tembakan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri rumah terbuka Aidilfitri Balai Polis Pekan Baru di sini hari ini.

 Beliau berkata kedua-dua suspek memakai topi keledar 'full face' semasa melakukan jenayah berkenaan dan identiti mereka tidak dapat dikenal pasti buat masa sekarang.

Polis menjumpai enam kelongsong peluru di atas jalan tempat kejadian berkenaan dan setakat ini polis menerima satu laporan daripada seorang saksi berhubung kejadian itu, katanya.

Sum berkata mangsa yang bukan berasal dari sini sedang dirawat di sebuah hospital di sini dan keadaannya dilaporkan stabil. - Bernama

Wisma Putra Tunggu Laporan Rasmi Situasi Rakyat Malaysia Yang Berjaya Melarikan Daripada Penculik Filipina

Posted: 07 Aug 2013 11:53 PM PDT

MSTAR ONLINE

Gambar bertarikh 6 Ogos 2013 yang diedarkan oleh Balai Polis Wilayah Sulu menunjukkan rakyat Malaysia Chong Wei Jie (tengah) dipapah oleh tentera Filipina di Sulu. 
 
PETALING JAYA: Kerajaan Filipinan belum mengesahkan mengenai status terkini rakyat Malaysia, Chong Wei Fei, yang diculik bersama sepupunya, Chong Wei Jie oleh kumpulan bersenjata Filipina di Sabah, November tahun lalu.

Pada Selasa, Wei Jie ditemui oleh polis Filipinan selepas dia berjaya melarikan daripada kumpulan penculik.

Dia turut memberitahu polis Filipina bahawa sepupunya, Wei Fie mati akibat satu penyakit ketika dalam tahanan.

"Pihak berkuasa Filipina masih belum mengesahkan status kematian Wei Feik dan mereka masih menjalan siasatan," kata Kementerian Luar dalam satu kenyataan pada Khamis.

"Dengan menganggap kepada Wei Fei, pihak-pihak berkuasa keselamatan Filipina masih belum mengesahkan status dia dan masih menjalankan siasatan

"Kita bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa di Malaysia dan Polis Nasional Filipina (PNP) dalam isu ini," katanya.

Semenetara itu, kenyataan tersebut berkata Wei Jie kini berada di bawah jagaan polis Filipina dan dia berada dalam keadaan yang sihat.

"PNP masih perlu merekod kenyataannya sebelum menyerahkan beliau secara rasmi ke wakil Kedutaan Malaysia di Manila

"Pihak keduataan di Manila masih berhubung dengan PNP, Polis Diraja Malaysia dan keluarga Wei Jie bagi memastikan dia selamat kembali ke Malaysia," menurut kementerian tersebut.

Kenyataan tersebut berkata pada Rabu, pihak berkuasa Filipina telah memaklumkan kepada wakil Malaysia di Manila bahawa salah seorang daripada rakyat Malaysia yang diculik oleh kumpulan bersenjata telah berjaya melarikan diri dan di bawa ke Manila pada Selasa.

"Wakil Kedutaan Malaysia telah bertemu dengan Wei Jie di ibu pejabat PNP pada 7 Ogos. Dia berada dalam keadaan yang sihat, walaupun masih trauma dengan pengalaman ngeri berada dalam tahanan penculik sejak beberapa bulan lalu," tambah kenyataan itu lagi.

"Wei Jie dijangka pulang ke Malaysia tidak lama lagi dan pihak kementerian berharap diadan keluarganya dapat menjalani kehidupan seperti sediakala selepas melalui pengalaman yang sangat dahsyat."

Dua sepupu itu dilaporkan diculik pada 13 November tahun lalu ketika bekerja di Sabah.

Mereka diculik oleh kumpulan bersenjata yang tidak dikenalpasti di Selatan Filipina.

Sementara itu, wakil pihak keselamatan di Zamboanga City di Selatan Filipina berkata pihak polis dan tentera sedang mengumpul maklumat daripada pasukan risikan mengenai lokasi mayat Wei Fei yang mungkin berada di hutan Jolo.

Mereka berkata agak sukar untuk mengenalpasti lokasi mayat berkenaan kerana mereka tidak mengetahui tempat dua sepupu ditahan.

Wei Jie sendiri tidak mengetahui di mana lokasi sebenar mereka ditahan.

Komander Pasukan Petugas Sulu dan Briged Marin Kedua, Kolonel Jose Joriel Cenabre, dilaporkan berkata kepada Star Filipina bahawa pemberi maklumat diperlukan untuk membantu pasukan keselamatan mengenalpasti lokasi mayat Wei Fei.

"Mangsa yang berjaya melarikan diri juga tidak tahu lokasi di mana mereka dijadikan tahanan oleh kumpulan penculik," kata Cenabre.

Sementara itu, Pemangku Pengarah Polis Wilayah Sulu, Supritendan Kanan Abraham Orbita, berkta pasukan keselamatan kini telah mengarahkan pasukan risikan untuk mengenalpasti lokasi mayat mangsa.

"Mereka sedang mengumpulkan maklumat daripada pasukan risikan untuk mengenalpasti lokasi mayat mangsa dan sebaik sahaja kita berjaya mengenalpasti lokasi tempat kejadian kita akan melakukan penggalian mayat mengikut penyelarasan yang sewajarnya," kata Orbita.

Lelaki Ditembak Mati Di Persimpangan Lampu Isyarat Jalan Anson

Posted: 07 Aug 2013 11:49 PM PDT



Anggota polis berada di tempat kejadian bagi mengumpulkan bukti bagi membantu siasatan.
 
GEORGE TOWN: Seorang lelaki ditembak mati ala geng mafia selepas berhenti di persimpangan lampu isyarat Jalan Anson di sini.

Dia ditembak mati dari jarak dekat pada kira-kira pukul 11.50 pagi Khamis

Menurut Ketua Polis Daerah George Town Asisten Komisioner Gan Kong Meng, si mati berketurunan India, berusia 37 tahun dan tinggal di Air Itam, Pulau Pinang.

Dia mempunyai tiga rekod jenayah lampau melibatkan kes narkotik.

Ketika kejadian mangsa sedang memandu kereta mewah BMW dengan nombor pendaftaran KUala Lumpur, walaupun kereta tersebut dikhabarkan dipinjam daripada seorang rakan.

Difahamkan penembak melepaskan lebih daripada 15 das tembakan kerana berbilang kelongsong peluru ditemui di tempat kejadian.

Gan mengesahkan mangsa ditembak sebanyak 14 kali dan kebanyakannya di kepala.

Ahli patologi Hospital Pulau Pinang, Datuk Dr Bhupinder Singh turut berada di tempat kejadian.

Suraya tawar diri tanding Naib Ketua Wanita

Posted: 07 Aug 2013 11:45 PM PDT

Azalina Othman Said AZALINA
SHAH ALAM – Ketua Wanita Umno bahagian Pendang, Suraya Yaacob antara nama yang bakal merebut jawatan tertinggi Umno yang akan dipertandingkan September ini.

Nama Suraya muncul selepas ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman mengucapkan tahniah kepada Adun Sungai Tiang itu menerusi laman mikro Twitter miliknya. 

"Tahniah YB Suraya kerana ada keberanian bertanding jawatan Naib Ketua Wanita Malaysia," tulisnya.

Sebelum ini, Suraya adalah pemegang jawatan Exco Wanita Umno.

Azalina sebelum ini disaran menawarkan diri bertanding jawatan Naib Ketua Wanita Umno yang masih kosong, daripada mencabar Ketuanya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil

'Jangan tangkap Syiah dengan semberono'

Posted: 07 Aug 2013 09:17 PM PDT


MALAYSIA KINI


 
Sebuah perkumpulan yang dianggotai seniman, ahli politik dan aktivis hari ini menyelar penangkapan dua individu di Taiping, Perak kelmarin yang didakwa terlibat dengan Syiah, hanya kerana menyimpan bahan berkaitan ajaran itu.

Dr Afif BahardinKomunite Seni Jalan Telawi (KsJT), sebuah perkumpulan bertunjangkan idea kebebasan dan demokratik berhujah, tindakan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPK) itu jelas bertentangan dengan prinsip kebebasan menganut kepercayaan dalam Perlembagaan.

"KsJT juga mendesak JAIPK, jabatan-jabatan agama mahupun agensi penguatkuasaan tidak semberono membuat serbuan hanya kerana seseorang itu atau organisasi menyimpan bahan-bahan mengenai ajaran Syiah.

"Bukan sahaja serbuan sebegitu bersalahan dengan prinsip sebuah negara demokratik, liberal dan berperlembagaan malahan bercanggah dengan tatacara undang-undang di negara ini," kata mereka dalam kenyataan hari ini.

Kenyataan itu dikeluarkan oleh 13 pihak, termasuk exco kerajaan Pulau Pinang Dr Afif Bahardin (atas), anggota Dewan Undangan Negeri Batu Caves Amirudin Shari dan bekas setiausaha akhbar Datuk Seri Anwar Ibrahim, Khalid Jaafar.

Turut berkongsi bantahan, penulis lirik terkenal Budi Hekayat dan pendakwah bebas Wan Ji Hussin.

JAIPK kelmarin dalam serbuannya menahan Dr Nur Azah Abdul Halim, 41, di Medan Kamunting dan Mohammad Ridzuan Yusof, 51, di Kamunting Lama.

JAIPK merampas buku, cakera padat (CD) dan poster.

Mereka ditahan mengikut Seksyen 16, Enakmen Jenayah Perak 1992 kerana mengingkari fatwa mufti dengan memiliki buku dan dokumen berkaitan Syiah.

AsSajad pertikai tangkap menjelang raya
Sementara itu, kumpulan pro hak asasi AsSajad Movement pula berkata, kejadian terkini itu menunjukkan "gangguan berterusan" kerajaan terhadap komuniti Syiah di Malaysia.

"Malah, dengan bulan puasa sampai ke penghujungnya dan hari raya bakal tiba, masa tindakan itu diambil oleh pihak berkuasa sangat boleh dipertikaikan," kata setiausaha agungnya Hussin Sajjad.

Menurutnya lagi, keadaan itu membuatkan keluarga mangsa terpaksa bergelut menyelesaikan masalah berkaitan, termasuk kewangan dan mencari peguam yang semenangnya sukar diperoleh semasa musim perayaan.

Etika dan professionalisme pegawai JAIP sepatutnya dipertimbangkan dahulu sebelum menyerbu dan membuat tangkapan sebegitu, kata Hussin lagi

MP lapor polis artikel 'Cina mahu duit zakat'

Posted: 07 Aug 2013 09:15 PM PDT

 


 
Anggota Parlimen Seputeh daripada DAP Teresa Kok hari ini membuat laporan polis ekoran tulisan di sebuah blog yang menurutnya berniat jahat, berbentuk hasutan dan menimbulkan kebencian terhadapnya.

Beliau mendesak polis menyiasat tulisan berjudul "Cina pun mahu duit zakat - Teresa Kok" yang disiarkan dalam www.bnbesut.blogspot.com antara 4 dan 5 Ogos.

NONETulisan itu kemudiannya dikongsi meluas di laman sosial Facebook, katanya.

"Ini fitnah jenayah... pihak polis harus menyiasatnya. Ia juga satu bentuk hasutan kerana membuatkan orang Islam marah pada saya," kata Kok kepada Malaysiakini selepas membuat laporan polis pagi ini.

Kok berkata, beliau mengambil "langkah pencegahan" bagi mengelakkan polis mencarinya seperti yang berlaku pada 2008.

Beliau ketika itu ditahan bawah Akta Keselamatan dalam Negeri (KDN) selama seminggu.

Umno perlu perubahan, kata bekas presiden

Posted: 07 Aug 2013 09:13 PM PDT


MALAYSIA KINI


 
Umno perlu perubahan, kata bekas presiden dan bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Abdullah Ahmad Badawi meets the king to resign as PMDalam buku baru Awakening: The Abdullah Badawi Years in Malaysia, Abdullah (kanan) berkata, Umno sekarang berada di persimpangan dan perlu perubahan segera.

"Umno hari ini berada di persimpangan. Secara terus terang, ia perlukan perubahan.

"Saya sedar bahawa hari ini terdapat tahap kesedaran untuk memulakan perubahan. Tetapi tahap kesediaannya masih belum dilihat.

Katanya, Ketuanan Melayu bukan suatu hak, tetapi sesuatu yang mesti dicapai.

"Oleh kerana kamu bumiputera, kamu tak boleh harap semua orang berikan semua benda pada kamu dan panggil kamu 'tuan'," kata Abdullah, seperti dipetik dari buku yang akan dilancarkan tidak lama lagi itu.

Kenapa IHSB tuntut dari kerajaan negeri?

Posted: 07 Aug 2013 09:11 PM PDT

Taufik Naaim,

Sepertimana terbitnya keterangan saya yang lepas tentang masalah tuntutan tunggakan gaji yang diajukan kepada YAB Menteri Besar Kedah, saya ingin memberikan pencerahan kenapa isu tuntutan itu ditujukan kepada beliau.

Dengan rasa rendah diri, kami ingin melahirkan rasa kesal apabila YAB Menteri Besar yang juga Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah KUIN yang kami hormati, membuat kenyataan bagaikan entiti IHSB dan setiap kakitangan yang bekerja di dalamnya tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan Kerajaan Negeri.

Seperti yang saya jelaskan di dalam keterangan sebelumnya, punca kegagalan IHSB membayar gaji kami adalah kerana berlaku masalah aliran kewangan. IHSB dan anak syarikat lain menyediakan kemudahan pembelajaran dan sumber tenaga manusia untuk membolehkan pelajar-pelajar KUIN mendapat servis dan kemudahan yang mereka bayar.

Segala apa yang disediakan oleh IHSB untuk pelajar KUIN telah diperincikan di dalam invois bayaran kepada Bendahari. Invois itu telah dipersetujui dibayar oleh KUIN sebagaimana pembayaran yang dibuat sehingga sekurang-kurangnya April lalu. Namun tiada bayaran dibuat untuk invois bulan Mei hingga kini.

Dengan ini, saya tidak menafikan apa-apa jenis masalah pengurusan dan halatuju syarikat. Tetapi saya menerangkan bagaimana kami dibayar, untuk apa kami dibayar dan siapa yang perlu menjelaskan bayaran.

Penerangan ringkas:
1. IHSB sediakan servis dan kemudahan kepada pelajar KUIN
2. Pelajar bayar yuran kepada KUIN
3. KUIN akan membayar invois yang tertakluk kepada servis dan kemudian yang disediakan IHSB

Oleh sebab itulah kami sebulat suara, cuba membawa isu ini kepada perhatian YAB Menteri Besar sebagai Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah KUIN. Kerana kami percaya YAB Menteri Besar akan menjaga kebajikan pelajar dan kakitangan yang berkhidmat untuk INSANIAH.

Seiring dengan status KUIN sebagai sebuah badan berkanun Kerajaan Negeri. Maka tidak menjadi sesuatu yang janggal untuk mengajukan isu tuntutan ini kepada Kerajaan Negeri sendiri.

Ketahuilah, bahawasanya kami hanyalah kakitangan yang diamanahkan tugas untuk mengoperasikan IHSB dan memastikan segala bentuk servis dan kemudahan disampaikan kepada pelajar KUIN. Untuk menafikan hak kami untuk dibayar gaji, adalah sesuatu yang amat dikesali.

Berkenaan penjelasan status perjawatan kami, sememangnya kami bukanlah di ambil bekerja di bawah Kerajaan Negeri. Kami semua tertakluk kepada perjawatan di bawah IHSB. Namun begitu, penyelesaian masalah bayaran invois dan halatuju anak syarikat oleh YAB Menteri Besar akan dapat memberi gambaran kepada status perjawatan kami.

Sepertimana hari ini, status kami tergantung kerana tiada maklumbalas yang spesifik terhadap kelangsungan halatuju syarikat daripada Kerajaan Negeri dan YAB Menteri Besar menerusi KUIN. Dan tunggakan bayaran menyebabkan kami tidak mendapat hak kami untuk dibayar gaji.

Maka dengan itu kami amat berbesar hati untuk bekerjasama dengan pihak Kerajaan Negeri dan YAB Menteri Besar untuk menyelesaikan masalah ini dengan kadar yang segera untuk membolehkan masalah pembayaran ini diselesaikan sebelum 30 Ramadhan sempena sambutan Hari Raya.

Penerangan ini tertakluk kepada pemahaman saya melalui rujukan invois dan perjanjian di antara IHSB dan KUIN. Penerangan ini juga tidak berniat untuk menunding jari kepada mana-mana pihak, sebaliknya hanya cuba mencari menyelesaian untuk membolehkan Kolej Universiti INSANIAH terus maju dan berkembang.

Saya terbuka untuk dihubungi oleh sesiapa jua yang prihatin dan ingin turut sama menyelesaikan masalah ini. Saya percaya isu ini mempunyai penyelesaian, dan keterbukaan di antara kedua-dua pihak untuk mengadakan perbincangan adalah amat dialu-alukan.

Sekali lagi saya alu-alukan sesiapa juga dari mana-mana organisasi prihatin, badan-badan kerajaan, individu atau pihak Kerajaan Negeri dan YAB Menteri Besar sendiri untuk menghubungi saya sekiranya memerlukan penjelasan ataupun perbincangan untuk menyelesaikan masalah ini. Saya boleh dihubungi melalui talian telefon 012 424 6269.

Terima kasih di atas keprihatinan anda semua, kami amat menghargai segala usaha anda untuk menyelesaikan masalah ini.

Salam Ramadhan, Salam Syawal yang bakal tiba. - http://www.taufiking.com

Suhakam gesa tubuh suruhanjaya baru Orang Asli

Posted: 07 Aug 2013 09:02 PM PDT



 
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) menggesa kerajaan menubuhkan sebuah suruhanjaya kebangsaan baru berhubung Orang Asli bagi menasihati kerajaan berkaitan perkara dasar dan undang-undang.

Siasatan Suhakam berhubung isu tanah Orang Asli berlangsung lebih dua tahun. Laporannya diserahkan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Paul Low semalam.

Laporan itu mengandungi 18 cadangan, antaranya dengan membentuk Tribunal Tanah Adat yang membariskan bekas-bekas hakim untuk menyelesaikan aduan berkaitan pemilikan tanah.

Siasatan mendapati, di Sabah sahaja, terdapat 51 aduan dibuat terhadap Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan syarikat berkaitan kerajaan yang mengabaikan hak-hak golongan itu dalam aktiviti perladangan.

Guan Eng: ROS, jumpa saya lepas raya

Posted: 07 Aug 2013 09:00 PM PDT


MALAYSIA KINI


 
DAP hari ini mencabar ketua Pendaftar Pertubuhan (ROS) Abdul Rahman Othman untuk bertemu dan berhujah dengan kepimpinan parti itu selepas hari raya ini.

Setiausaha agungnya Lim Guan Eng berkata, Abdul Rahman patut bertemu dengannya untuk menceritakan kenapa beliau lebih percaya pada "pembohongan tidak berasas daripada fakta yang disahkan firma perakaunan".

Dalam kenyataannya hari ini, Lim menyalahkan "pembohongan tidak berasas" New Straits Times dan Utusan Malaysia dan menggesa Abdul Rahman menjelaskan sebab DAP perlu menjalankan pemilihan baru.

Beliau juga menulis kepada Adul Rahman bagi mengadakan sebuah pertemuan.

"ROS sudah berulang kali bertindak tidak profesional, tidak beretika dan malah bertentangan dengan undang-undang dengan membuat kenyataan media tanpa fakta dan asas perundangan," katanya.

Protes Little India tak jejaskan karnival beli belah

Posted: 07 Aug 2013 08:59 PM PDT

 


 
Bantahan seluruh negara oleh peniaga India tempatan yang mendakwa rugi akibat persaingan dengan pihak luar nampaknya tidak menjejaskan karnival membeli-belah di Pulau Pinang.

Setiausaha Agung Dewan Perniagaan Malaysia-India (Maicom) DP Ganaa, penganjur program lima hari Festival Membeli Belah India Antarabangsa Pulau Pinang berkata, bantahan itu barangkali membantu mempromosikan aktiviti di situ.

NONEBeliau merujuk kepada bantahan pada 16 Julai oleh peniaga di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Kedah, yang menyaksikan banyak kedai ditutup bagi menyatakan perasaan tidak puas hati terhadap acara membeli-belah tahunan yang disokong kerajaan pusat itu.

Ia diadakan di Arena Sukan Antarabangsa Pulau Pinang (Pisa), Bayan baru mulai hari ini hingga Sabtu.

Ia dianjurkan bersama antara Maicom dan Agenda Suria Communication.

Ganaa berkata, walaupun terdapat bantahan, karinval membeli-belah itu akan terus dianjurkan setiap tahun.

"Kami tidak cuba bersaing atau merampas pernigaan dari Little India, tetapi hanya (mahu) mengukuhkan pasaran barangan golongan India dan memberikan pengguna pilihan yang lebih luas," kata Ganaa kepada Malaysiakini ketika ditemui di Pisa.

Rumah wartawan Bernama dipecah masuk

Posted: 07 Aug 2013 08:56 PM PDT

BERNAMA


 
Seorang wartawan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) kehilangan tiga buah komputer riba, sebuah kamera digital dan wang tunai RM2,000 apabila rumah yang disewanya di SS2, Petaling Jaya dipecah masuk petang semalam.
  
Teoh Hwei Meng, 35, yang bertugas di Meja Bahasa Mandarin berkata sebaik sahaja tiba di rumahnya kira-kira pukul 6.30 petang beliau  terkejut melihat pintu pagar serta pintu depan rumahnya terbuka luas.
  
"Saya memberanikan diri dan masuk untuk memeriksa di dalam dan mendapati rumah saya telah digeledah dan barangan dalam bilik saya berselerak.
  
"Kebetulan rakan serumah saya juga baru balik dan kami segera ke Balai Polis Sea Park untuk melaporkan kejadian tersebut," katanya.
  
Teoh tinggal di kawasan itu sejak lima tahun lepas dan ini kali pertama kediamannya dipecah masuk.
  
Beliau berkata kawasan kediamannya pernah mengalami kejadian pecah rumah, kecurian kereta serta ragut dan berharap polis dapat meningkatkan rondaan terutama pada musim perayaan ini kerana ramai daripada jiran-jirannya meninggalkan rumah disebabkan bercuti panjang.- Bernama

Biaqpila

Posted: 08 Aug 2013 03:14 PM PDT

Biaqpila


SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI

Posted: 07 Aug 2013 04:42 PM PDT


DEY MACHA!!!
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

MAKAN LEMANG DALAM PERAHU
LEPAS MAKAN MINUM AIR KOSONG
JIKA ADA KESILAPAN LALU
HARAP DIMAAFKAN KOSONG-KOSONG



KILANG UTK DISEWA DI SERI MANJUNG PERAK CALL ILA 017-5655767
NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?
RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN

BERFIKIR.... MENCARI HAKIKAT KEBENARAN

Posted: 08 Aug 2013 01:14 PM PDT

BERFIKIR.... MENCARI HAKIKAT KEBENARAN


RAMADAN DAN SYAWAL

Posted: 07 Aug 2013 10:07 PM PDT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan