Rabu, 3 Julai 2013

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


Pas Kawasan Tanjung Malim

Posted: 03 Jul 2013 01:18 AM PDT

Pas Kawasan Tanjung Malim


Ramadhan Bulan Mengumpul Kekuatan dan Ketaqwaan - Dr Jamnul Azhar Mulkan

Posted: 02 Jul 2013 09:14 AM PDT

Ambil peluang di bulan Ramadhan yang penuh barakah ini untuk kita sebagai umat Islam, lebih-lebih lagi bagi kita yang berjuang dalam gerakan Islam untuk memanfaatkan sepenuhnya bulan ini dengan membanyakkan Qiamulail. Amalan ini jika dilakukan akan membuahkan natijah kekuatan dalaman serta  menjadi benteng terhadap sebarang serangan ideologi atau apa jua ancaman yang boleh merosakkan aqidah.

 Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud ' Sesiapa yang hatinya gembira menyambut kedatangan Ramadhan dan membuat persediaan menyambutnya, Allah haramkan jasadnya dari api neraka.

Seterusnya, beliau juga mengingatkan agar bersedia dan melatih diri dengan melazimkan bacaan al Quran bermula sebelum Ramadhan lagi agar dapat dihabiskan bacaan al Quran dalam bulan Ramadhan. Dan, yang lebih penting, bacalah al Quran dan fahamilah kandungannya dengan membaca tafsiran ayat-ayat Allah agar dikurniakan taufiq dan hidayah dari Allah dapat memilih yang makruf dan menghindari yang mungkar.

Begitulah antara intipati tazkirah yang disampaikan oleh AF Ustaz Dr Jamnul Azhar Mulkan ketika menympaikan kuliah sempena perasmian Madrasah Al Rasyid di Kampung Kuala Slim.

Turut hadir, setiausaha Pas Kawasan Tg Malim, Tn Hj Junid bin Hj Anuar, Ketua Pemuda Sdr Junaidin Yusop dan barisan kepimpinan pemuda dan kawasan serta jawatankuasa cawangan yang memenuhi dewan bermula Maghrib lagi.

Tidak ketinggalan, mantan YDP Pas Tg Malim AF Ustaz Tarmizi Ab Rahman turut hadir bersama menjayakan program anjuran Pas Cawangan Kuala Slim ini.

Majlis berakhir sekitar jam 11.00 malam.


PAS KDAS 3

Posted: 02 Jul 2013 09:17 PM PDT

PAS KDAS 3


MP PAS Parit Buntar Bahas Titah Diraja 2013

Posted: 02 Jul 2013 04:32 AM PDT

PAS Negeri Sembilan

Posted: 02 Jul 2013 09:06 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


Masihkah ada harapan?

Posted: 01 Jul 2013 09:32 PM PDT





2 Julai 2013 

KUALA PILAH – Impian menduduki kediaman di Taman Perpaduan Height bakal terlaksana apabila pihak konsultan yang dilantik mengesahkan kediaman di taman berkenaan selamat diduduki secara teknikalnya.

 Terdahulu, sebelum ini pelbagai spekulasi timbul perumahan terbengkalai itu tidak selamat diduduki disebabkan tanah yang berpasir dan berlaku tanah runtuh. Keadaan itu memberi kesan kepada projek rumah kos rendah yang mengalami keretakan.

 Pengerusi taman berkenaan, Mohd Sallehudin Abdullah, berkata, disebabkan masalah itu mereka  dibebani hutang rumah sejak 14 tahun lalu selepas projek perumahan berkenaan dimulakan pada 1999.

"Seramai 213 pembeli dijangka tinggal di rumah ini pada 2001 namun sehingga kini, rumah yang dijanjikan tidak siap malah kami terpaksa bayar hutang melalui pihak perbankan.

"Meskipun ada pihak perbankan memberi kerjasama  yang mana faedah boleh ditamatkan sekitar pembayarannya, ada sesetengah perbankan menyenaraihitamkan nama pembeli rumah ini kerana tidak membuat pembayaran," katanya.

 Menurutnya, perjumpaan bersama konsultan jurutera, juruukur potensi dan P&D Planners Sdn Bhd diadakan bertujuan mencari jalan penyelesaian terhadap masalah berkenaan.

"Seramai 100 dari 213 pembeli hadir dan perbincangan yang dilakukan bersama konsultan jurutera Ir Dzulqanain Md Yusoff dari bidang kejuruteraan sivil memaklumkan kepada kami kedudukan tanah di sini selamat diduduki dan projek berkenaan boleh diteruskan.

"Kata beliau (Dzulqanain) rumah kos rendah yang berlaku keretakan di bahagian dinding dan lantai berlaku disebabkan pembinaan dibuat dengan cara yang tidak betul dan kerana itu ia retak.

 "Jika projek ini berjaya diteruskan, rumah kos rendah akan dirobohkan, dibina semula dengan mempunyai sistem perparitan yang sistematik bagi mengelakkan berlaku keretakan, " katanya.

Pembeli perlu beri sokongan

 Mohd Sallehudin berkata, kedudukan rumah berada di lereng bukit tidak menjadi masalah jika ia dilakukan secara teknikal, kaedah pembinaan yang betul, pemantauan secara berkala dan sistem perparitan yang sistematik.

 Menurutnya, sekiranya projek ini dapat diteruskan pembinaannya, pembeli perlu memberi sokongan dan kerjasama.

"Ini kerana, difahamkan, pembeli perlu memberi sokongan 100 peratus bagi menjayakan projek ini. Kami memerlukan 75 peratus dari jumlah pembeli untuk meneruskan projek ini. Jika hanya 50 peratus, ia tidak kukuh.

"Oleh itu, kami berharap pembeli yang berada di luar sana berhubung dengan kami menerusi laman sosial Facebook, Taman Perpaduan Height Kuala Pilah, " katanya.

Nama sudah disenaraihitam

 Pembeli  Azli Amanir, 50, berkata, disebabkan umah terbengkalai itu, namanya disenaraihitamkan oleh pihak perbankan sekali gus membebankan dirinya.

"Pada mulanya, saya membayar faedah secara konsisten kepada perbankan. Namun, sejak sembilan bulan lalu, saya berhentikan seketika pembayaran berkenaan kerana tidak berbaloi kerana rumah yang diimpikan tidak siap sehingga kini, " katanya.

 Menurutnya, sewajarnya pihak perbankan tidak boleh menyenaraihitamkan namanya kerana sebelum ini dia membuat bayaran secara konsisten sebanyak RM358 setiap bulan.

 "Perbankan lain boleh sahaja memberi kerjasama kenapa bank ini tidak boleh membantu, kami orang teraniaya," katanya.

Dibebani hutang setiap bulan

 Pembeli, Mohammad Bahrun, 57, berkata, dia terpaksa membayar sebanyak RM300 kepada bank dan ia amat membebankan.

"Kedudukan rumah kos rendah di kawasan perumahan itu teruk kerana retak sana sini malah  rumah pula senget. Bagaimana kami mahu tinggal di rumah itu sedangkan ia seperti tidak selamat. Kos pembayaran dengan pihak bank berjalan seperti biasa, rumah tiada bayangan sehingga kini.

"Sepatutnya pihak kerajaan negeri membantu pembeli seperti kami yang teraniaya oleh pihak kontraktor terdahulu hingga pembeli dibebani hutang. Ada juga pembeli telah meninggal dunia gara-gara menunggu rumah ini siap, " katanya.

http://www.sinarharian.com.my/edisi/masihkah-ada-harapan-1.177835

Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang, Selangor

Posted: 02 Jul 2013 07:19 PM PDT

Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang, Selangor


SAMA-SAMALAH KITA BERMAAFAN...

Posted: 02 Jul 2013 06:59 PM PDT

Seorang pendekar yatim piatu baru mengetahui cerita sebenar mengenai kematian ibubapanya.

Sejak itu, hidupnya tidak tenteram kerana hatinya membara dengan kebencian dan niat untuk membalas dendam.

Kerana api kebencian, pendekar menguatkan ilmu silatnya sehingga menjadi pendekar terbaik di nusantara. Kini dia bersedia untuk membalas dendam untuk ibubapanya.

Sebelum bertolak, pendekar berjumpa Tok Guru Zainal di Gunung Puncak.

"Selepas membunuh pakcik (orang yang menyebakan kematian ibubapa pendekar), apa yang akan berlaku?" tanya Tok Guru Zainal.

Pendekar mendiamkan diri, kerana dia tidak tahu apa yang akan berlaku.

"Wahai anakku, jangan ingat kamu akan berasa puas dan gembira selepas membalas dendam. Sebenarnya tidak. Selepas itu, kamu hidup dalam kebimbangan, kerana anak-anak pakcik kamu akan mencarimu untuk membalas dendam.

Wahai anakku, selepas kematianmu, anak-anak kamu pula akan mencari anak-anak mereka untuk membalas dendam. Dan berulanglah perkara ini sehingga bergenerasi akan datang. Apakah kamu akan puas dan gembira melihat anak-anak, cucu-cucu dan cicit-cicitmu hidup dalam kebencian?" tanya TG Zainal lagi.

Pendekar terdiam lagi, tapi niat membalas dendam masih membara.

"Kebencian tidak boleh diselesaikan kebencian. Kebencian bukanlah jawapan kepada kebencian yang satu lagi. Jawapan kepada kebencian ialah kemaafan. Wahai anakku, tidak cukup mu hidup sengsara untuk 10 tahun kebelakangan ini selepas mengetahui kematian ibubapamu? Tidak cukupkah bagimu melihat anak-anak dan isterimu sengsara dalam api kebencian yang menyemarak di dalam hatimu.

Wahai anakku, fikirkan kembali zaman mudamu yang gembira waktu kamu masih tidak mengetahui kematian ibubapamu. Betapa gembira dan bahagianya hidupmu. Apakah berbaloi untuk meneruskan kebencian ini dan menggadaikan segala ini untuk meneruskan kebencianmu?

Wahai anakku, fikirkan juga. Jikalau kamu tidak ingin melihat anak-anakmu hidup dalam kebencian, apakah ibubapamu rela melihatmu hidup dalam api membalas dendam. Yang diharapkan ibubapamu padamu ialah melihat kamu hidup bahagia dengan mendapat keredhaan Allah daripada terjerumus dalam bisikan syaitan yang suka membuat sarang pada hati dan minda yang penuh kebencian. 

Wahai anakku, turunlah dari gunung ini jika kata-kataku tidak dapat menginsafkanmu. Tapi ingat, jangan naik balik ke gunung ini mencariku setelah kamu membalas dendam, kerana dendam akan balik mencarimu, dan aku tidak rela gunung ini dijerebui dendam yang mencarimu. Nak balas dendam, engkau perlu berjalan beribu batu menumpaskan beribu orang, nak memaafkan orang, engkau hanya perlu menggugurkan batu dari hatimu. Wahai anakku, sudah tentu engkau tahu yang mana lebih mudah dan membahagiakan. Tapi awasilah egomu dan racun dendam di hatimu yang barangkali sedang melanggar akal fikiranmu dan jiwamu kerana bisikan syaitan yang enggan membebaskanmu dan meringankan hidupmu," kata TG Zainal lagi.

Pendekar mengangkat kepalanya, matanya merah bergenang air. TG Zainal terus memeluknya.

"Terima kasih kerana menyelamatkan aku, Tok Guruku. Kebencianku ditawarkan dengan kesayangan Tok Guru. Betullah kebencian tidak boleh dipadamkan dengan kebencian, tapi dengan kemaafan dan kasih sayang," kata pendekar.

Isi tersirat ada, tapi hanya pada mereka yang sudi menerimanya sahaja.

Senyum.

Jasindaily Online

Posted: 02 Jul 2013 09:31 AM PDT

Jasindaily Online


Ceramah Hilal Ramadhan

Posted: 02 Jul 2013 04:22 AM PDT

Di jemput hadir untuk bersama Ustaz Ebit Lew (Penceramah Radio IKIM.FM) di Surau Ar-Raudhah, Kuarters Perumahan TNB, Bukit Serindit pada 4 Julai 2013, Khamis. Masa selepas Solat Maghrib. Semua dijemput hadir

ADUN PAS Melaka Cipta Sejarah DUN Melaka

Posted: 02 Jul 2013 04:20 AM PDT

Sejarah terukir untuk PAS di Melaka apabila Adun Bukit Baru Dr Md Khalid Kassim yang menang atas tiket PAS dalam PRU13 yang lalu, mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Seri Negeri, baru-baru ini.

Beliau berikrar akan membantu rakyat yang meletakkan harapan tinggi kepadanya untuk memperjuangkan Islam dan nasib rakyat. Pada PRU13, Dr Mohd Khalid mengalahkan calon BN, Karim Yaakob dengan majoriti 48 undi. Khalid perolehi 9,292 undi manakala Karim mendapat 9,244 undi.

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh

Posted: 02 Jul 2013 07:33 AM PDT

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh


ZAHID PERLU JAWAB ?

Posted: 01 Jul 2013 08:59 AM PDT

NELAYAN DITAHAN PIHAK BERKUASA INDONESIA !

Posted: 01 Jul 2013 08:52 AM PDT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan