Kerajaan negeri akan mengenakan tindakan undang-undang sebagai langkah akhir kepada peniaga atau mana-mana pihak yang masih berdegil untuk memberi ruang bagi membolehkan jalan di sekitar Jonker Walk dibuka untuk laluan kenderaan.
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Warisan, Pembangunan Pantai dan Pulau-pulau negeri, Datuk Ghazale Mohamad berkata, kerajaan negeri mengalami kesukaran untuk membuat kajian tersebut disebabkan kedegilan peniaga dan campur tangan sesetengah pihak.
Menurutnya, kajian yang dilakukan bagi tempoh empat minggu itu adalah untuk memastikan sama ada laluan-laluan yang ditutup benar-benar menyumbang kepada kesesakan lalu lintas di sekitar Jonker walk atau tidak.
"Sekali lagi saya tegaskan kepada peniaga bahawa aktiviti perniagaan di jalan-jalan sekitar masih boleh dilakukan di kaki-kaki lima cuma jalan-jalan di sekitarnya perlu diberi ruang untuk membolehkan kenderaan melaluinya dan kajian dapat dilakukan.
"Kita menghadapi kesulitan sejak semalam, mereka langsung tidak memberi ruang, jadi macammana kerajaan negeri nak buat kajian, apabila keputusan kajian diperolehi kelak dan didapati jalan-jalan berkenaan tidak menyebabkan kesesakan maka, kita akan benarkan ia ditutup seperti biasa.
"Kerajaan negeri mengharapkan kerjasama daripada peniaga, jangan sampai kita gunakan undang-undang kerana biarlah tindakan undang-undang menjadi jalan terakhir diambil jika mereka masih berdegil, janganlah lakukan buat sesuatu yang menyalahi undang-undang," katanya.
Warna-warni Politik
Torashah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan