R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang Posted: 13 Jun 2013 11:29 PM PDT Kerajaan Selangor Sumbang RM10 Ribu Pada Bali PI Bala Posted: 13 Jun 2013 09:08 AM PDT Kerajaan Selangor hari ini memberi sumbangan RM10,000 kepada balu penyiasat persendirian P Balasubramaniam, A Santamilselvi, 46, bagi meringankan perbelanjaan selepas kematian suaminya pada 15 Mac lalu.
Exco Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita Rodziah Ismail berkata kerajaan Selangor juga berjanji akan membantu Santamilselvi menyekolahkan tiga anaknya yang berumur 11 hingga 16 tahun yang sudah dua bulan tidak bersekolah sejak tiba di Malaysia dari India sejak Mac lalu.
Selain itu, Rodziah juga berkata pihaknya turut akan membantu menyediakan tempat dan modal kepada balu mendiang untuk membuka kedai makan.
"(Ini) sumbangan RM10,000 dari kerajaan Selangor. Kita akan buat apa yang perlu, yang boleh membantu ringankan beban balu mendiang seperti (memberikan) skim-skim yang disediakan oleh kerajaan Selangor.
"Memandangkan keluarga mendiang dah duduk di India selama lima tahun dan tak dapat mengikuti pendidikan di sini, kita akan sediakan alternatif yang terbaik untuk anak-anak Bala.
"Selain sumbangan, kita juga akan pastikan beliau akan dapat pendapatan bulanan berterusan. Dan kita akan bantu untuk bincang dengan pihak berkuasa tempatan tentang modal dan tempat untuk bantuan memulakan perniagaan," katanya.
Rodziah yang juga ADUN Batu Tiga berkata demikian dalam sidang media ketika membuat lawatan ke rumah balu mendiang Bala di Rawang hari ini.
Turut hadir dalam lawatan tersebut, Ahli Parlimen Subang R Sivarasa dan ADUN Rawang Gan Pei Nei.
Pada 15 Mac lalu, Bala meninggal dunia selepas disahkan akibat serangan jantung.Beliau memainkan peranan dalam dua akuan bersumpah berhubung kes pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu - yang dikaitkan dengan pemimpin tertinggi politik.
Kematian Bala secara tiba-tiba itu mengejutkan banyak pihak kerana beliau pada ketika itu baru sahaja pulang dari India.
Sementara itu, Selvi yang kini tidak bekerja selepas pulang dari India tidak dapat menahan sebak ketika diminta mengulas bantuan yang diberikan kerajaan Selangor itu.
"Saya ucapkan terima kasih pada kerajaan Selangor," katanya yang kemudiannya mengalirkan air mata dan ditenangkan oleh Rodziah.~ Mkini. | Isu Altantuya: Jawapan menteri tiada makna - Sivarasa Posted: 13 Jun 2013 08:47 AM PDT Anggota Parlimen Subang R Sivarasa berkata, kenyataan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Rohani Abdul Karim bahawa kes kematian warganegara Mongolia Altantuya Shaariibuu sudah "ditangani" tidak memberi sebarang makna. Bekas naib presiden PKR itu berkata, ini kerana kes itu masih berjalan dan pembunuh sebenar bagi kes itu masih lagi belum diketahui hingga hari ini.
"Bila Rohani kata bahawa kes pembunuhan Altantuya telah diselesaikan, bagi saya perkataan itu tidak memberi apa-apa makna bagi majoriti rakyat Malaysia kerana keadilan masih belum dicapai dalam kes ini.
"Saya harap ini satu peringatan pada kerajaan Umno/BN supaya fikir lebih mendalam tentang hal ini. Mereka perlu faham ini boleh ditangguhkan tapi tak boleh lari dari isu.
"Satu hari nanti akan ada keadilan untuk Altantuya," katanya dalam sidang media ketika membuat lawatan ke rumah balu penyiasat persendirian, P Balasubramaniam.
Sivarasa berkata demikian bagi mengulas kenyataan Rohani Selasa lalu yang mengatakan bahawa kes Altantuya telah ditangani.
Rohani yang enggan mengulas ketika ditanya mengenai kes tersebut juga berkata, beliau tidak menerima apa-apa memorandum dari delegasi Mongolia ketika persidangan kemuncak wanita global 7 Jun lalu yang menuntut jawapan berhubung kematian Altantuya. ~ Mkini
. | |
Suara Sri Andalas Posted: 13 Jun 2013 11:15 PM PDT Harga Kereta Turun: Laporan Utusan Tipu Kata PKR Posted: 13 Jun 2013 12:22 AM PDT KUALA LUMPUR: Penafian oleh syarikat pengeluar kereta terhadap laporan Utusan kononnya berlaku penurunan harga kereta oleh kerajaan BN, memperlihatkan akhbar Umno itu 'cuba menipu', kata Nik Nazmi Nik Ahmad.
Pengarah Komunikasi PKR itu berkata, episod memalukan ini mendedahkan betapa terdesaknya Umno BN di dalam berhadapan dengan kempen #TurunkanHargaKereta Pakatan.
"Justeru, laporan Utusan bahawa 10 model kereta telah mencatatkan penurunan harga adalah suatu percubaan terdesak untuk memperbodohkan rakyat. Kedua-dua Volkswagen dan Peugeot sudah menafikan dakwaan tersebut. Portal berita Malaysian Insider turut mendedahkan dakwaan pengurangan harga Honda Jazz Hybrid juga tidak benar.
"Sekali lagi, Utusan menunjukkan betapa akhbar yang suatu ketika dahulu menjadi mendepani kewartawanan Melayu kini menjadi simbol etika kewartawanan yang pincang di dalam usahanya untuk menjaga kepentingan politik pemiliknya, Umno," katanya. Beliau berkata demikian mengulas laporan Utusan Malaysia sebelum ini kononnya kerajaan BN telah menurunkan harga kereta-kereta sehingga 11 peratus sejak Januari tahun ini sebagai sebahagian daripada pelaksanaan manifesto. Menurut beliau lagi, apabila Pakatan mula-mula melancarkan kempen #TurunkanHargaKereta, Umno BN mendakwa bahawa mustahil untuk melaksanakannya di atas pelbagai alasan, termasuk untuk melindungi pembuat kereta tempatan dan kehilangan hasil kerajaan. Namun katanya, hujah itu dengan mudah dijawab Pakatan dengan penjelasan bahawa skim ini melibatkan penurunan harga secara beransur-ansur untuk semua pembuat kereta. Kemudiannya, selepas manifesto Pakatan dilancarkan, Umno BN pula meniru dengan menyertakan penurunan harga kereta di dalam janji mereka dengan tekad menyemak semula Dasar Automotif Negara untuk menurunkan harga kereta antara 20 hingga 30 peratus dan meningkatkan daya saing kereta-kereta nasional. Tetapi kata Nik Nazmi, kerajaan gagal memberikan butir-butir bagaimana mereka merancang untuk melaksanakan dasar ini tanpa mengurangkan duti eksais, dengan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datu Seri Mustapa Mohamed menyatakan matlamat ini akan dicapai dengan 'bersandarkan kuasa pasaran'. "Utusan mestilah memohon maaf segera kepada semua rakyat Malaysia di samping pembuat-pembuat kereta di atas berita ini," Katanya.
Sumber: HarakahDaily | Pembuat Kereta Sangkal Dakwaan Utusan Mengenai Penurunan Harga Posted: 13 Jun 2013 12:20 AM PDT KUALA LUMPUR, 13 Jun – Pembuat kereta Volkswagen dan Peugeot kedua-duanya telah menafikan penurunan harga tahun ini seperti dilaporkan oleh akhbar milik Umno Utusan Malaysia tiga hari lalu sebagai bukti gabungan pemerintah itu menunaikan janji pilihan raya mereka.
Utusan telah melaporkan Volkswagen, Peugeot, Honda dan pembuat kereta tempatan Proton dan Perodua telah menurunkan harga sepuluh model mereka sehingga 11 peratus bermula Januari tahun ini, menyiarkan senarai harga sebagai bukti kerajaan Barisan Nasional (BN) telah menunaikan janji mereka untuk menurunkan harga kereta dalam manifesto Pilihan Raya 2013.
"Sila ambil perhatian, harga di imej itu tidak tepat. Harga Golf memang RM157,888 semenjak dilancarkan. Bukan RM169,888," kata wakil dari Volkswagen Malaysia di akaun Facebook mereka merujuk kepada salah satu model Golf. Seorang pengguna sebelum itu memuat naik laporan Utusan, yang mendakwa harga Golf telah dikurangkan sehingga 7.1 peratus dari RM169,888 ke RM157,888.
Bercakap kepada The Malaysian Insider, seorang pengedar untuk pembuat kereta Jerman itu mengesahkan harga Golf Mark 7 1.4 TSI yang dilancarkan sejak awal tahun ini memang berharga bermula dari RM157,888.
Peugeot Malaysia juga telah memberi respon di laman Facebook mereka mengenai dakwaan Utusan harga bagi model 308 telah diturunkan sebanyak 11 peratus dari RM115,663 ke RM102,888.
"Tanpa sebarang prejudis, tiada apa-apa dikeluarkan oleh kami, kami tidak dirujuk sebelum artikel itu dicetak dan tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan laporan berita itu. Harga yang ditunjukkan 308 Turbo pra- facelift dan 308 VTi sebenarnya merupakan dua varian berbeza dari Peugeot 308," kata pembuat kereta Perancis itu.
Seorang pengedar Peugeot memberitahu The Malaysian Insider model facelift 308 VTi semenangnya berharga RM102,888 semenjak ianya dilancarkan pada pertengahan tahun lepas dan harga 308 Turbo adalah RM121,888.
Utusan juga melaporkan Honda Jazz Hybrid kini berharga RM89,900 selepas diturunkan sebanyak 2.5 peratus dari RM92,187.
Semakan dengan pembuat kereta dari Jepun itu mengesahkan model versi kenderaan pemasangan tempatan (CKD) di kilang Alor Gajah sememangnya dijual pada RM89,900 semenjak dilancarkan tahun lepas. Manakala model versi kenderaan jenis diimport sepenuhnya (CBU) dilancarkan sebelum ini berharga RM94,800.
Akhbar Melayu itu juga melaporkan penurunan harga bagi model syarikat tempatan seperti Persona, Preve, Saga dan Exora dari Proton, dan Alza, Viva, dan Myvi dari Perodua.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah mengulangi ikrar pilihan raya untuk mengurangkan harga kereta melalui akaun Twitter lewat bulan lepas, berjanji harga kereta akan dikurangkan secara berperingkat sehingga 2017.
Pada hari sama, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata kerajaan telah berjanji untuk mengurangkan harga kereta antara 20 hingga 30 peratus dalam tempoh lima tahun, seperti yang digariskan dalam manifesto pilihan raya BN.
"Malah, sejak Oktober tahun lalu, harga 10 model popular di negara ini telah turun secara purata 7.3 peratus," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan kementerian itu, pertama selepas Mustapa dilantik semula ke dalam Kabinet.
Kedua-dua BN dan pembangkang Pakatan Rakyat telah berikrar harga kereta lebih murah menjelang pilihan raya Mei, walaupun melalui mekanisme berbeza.
Sumber: TheMalaysianInsider | Proton Refutes Utusan Report On Lower Car Prices Posted: 13 Jun 2013 12:17 AM PDT PETALING JAYA: National car company, Proton Edar Sdn Bhd has denied Malay daily Utusan Malaysia's report of lower car prices. In a letter widely circulated on Facebook, Proton's Head of Network Planning and Development Dvision Salawati Mohd Yusoff said that Utusan did not obtain the car manufacturer's approval before publishing the report. "We also did not provide any of the figures mentioned," said Salawati. She however said that the reduced car prices published by Utusan Malaysia referred to the "discounts offered by Proton Edar". Three days ago, the Umno-owned daily reported that the government is fulfilling its promise to slash car prices by announcing that 10 car models' price would be reduced. Utusan reported that among the car makers involved in the price reduction were Peugeot, Volkswagen, Perodua, Honda and Proton. However, online media The Malaysian Insider today reported that Volkswagen and Peugeot have also refuted the daily's report. "Please be advised, the price on the image is incorrect. The (Volkswagen) Golf price has always been RM157,888 from the time of launch. Not RM169,888 as reported," a representative from Volkswagen Malaysia was reported saying. Peugeot Malaysia also clarified Utusan's report, saying its 308 Vti's RM102,888 price is not a discounted price but has always been the price tag for the vehicle. Honda also was reported saying that its Honda Jazz Hybrid had always been priced at RM89,900 since its launch last year. Salawati, in her letter, advised her sales team to inform customers of the discounts via its 1Malaysia June Sales Campaign Memos. "And you will notice, based on the discounts that we offer, the percentage is actually bigger than those quoted in the newspaper," she said. She urged Proton Edar's sales team to look at the bright side of the report as it would show that Proton was in favour of the government's initiative to reduce car prices. "It's a perfect opportunity to eradicate the wait and see approach by consumers and get them to buy a new car now," she said.
Source: FreeMalaysiaToday | Petisyen PRU13: Pakatan Rakyat 39, BN 21 Posted: 13 Jun 2013 12:12 AM PDT KUALA LUMPUR: Petisyen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang tempohnya berakhir semalam, menyaksikan sejumlah 60 petisyen difailkan sekaligus menjadi jumlah paling banyak dalam sejarah petisyen pilihan raya di negara ini.
Apa yang menarik, tindakan memfaikan petisyen yang biasanya hanya sinonim dengan pihak pembangkang, kali ini juga turut dikemukakan oleh BN.
Daripada jumlah keseluruhan 60 petisyen itu, 39 dikemukakan oleh Pakatan Rakyat manakala 21 lagi oleh BN.
Bagi Pakatan Rakyat, 39 petisyen tersebut adalah membabitkan 25 kerusi parlimen manakala 14 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun).
Bagi BN pula, 21 kawasan yang terlibat adalah masing-masing enam parlimen dan 15 Dun. Di Kedah, kawasan parlimen yang terbabit dengan petisyen adalah Merbok dan Kulim Bandar Baru yang dikemukakan oleh PKR, manakala tiada bagi kerusi Dun. Di Kelantan perlimen terlibat adalah Ketereh yang dikemukakan oleh PAS, Machang (PKR), Bachok (BN), manakala bagi Dun pula, Kok Lanas (PAS), Selinsing (PAS), Ayer Lanas (PAS), Jelawat (BN), Mengkebang (BN), Gaal (BN) dan Manek Urai (BN). Di Terengganu, tiada kerusi parlimen terlibat petisyen, tetapi kerusi Dun adalah Hulu Besut (PAS), Kuala Berang (PAS), Rantau Abang (BN) dan Teluk Pasu (BN). Di Pahang juga tiada petisyen terlibat bagi kerusi parlimen, namun hanya satu bagi kerusi Dun iaitu Dun Cameron Highlands (DAP). Bagi Pulau Pinang pula, parlimen terlibat adalah Balik Pulau (PKR) dan tiada petisyen bagi kerusi Dun. Di Perak, parlimen terlibat adalah Tapah dan dua petisyen bagi Bagan Datok yang dikemukakan PKR, manakala bagi kerusi Dun adalah Selama, Rungkup, Manong, Pasir Panjang, Manjoi dan Lubok Merbau yang kesemuanya dikemukakan oleh PAS. Bagi negeri Selangor, tiga kawasan parlimen terlibat iaitu Sabak Bernam (PKR), Sungai Besar (PAS), Kuala Selangor (PAS) manakala tiada petisyen bagi kawasan Dun. Bagi Kuala Lumpur, parlimen terlibat adalah Setiawangsa (PKR), Titiwangsa (PAS), Lembah Pantai (BN) dan Parlimen Batu (BN). Di Melaka, tiada petisyen yang dikemukakan oleh Pakatan Rakyat, manakala BN memfailkan dua petisyen iaitu bagi kerusi Parlimen Bukit Katil dan Dun Bukit Baru. Bagi negeri Johor, parlimen terlibat adalah Pulai (PAS), Segamat (PKR), Ledang (PKR), Muar (PKR), Tebrau (PKR), Pasir Gudang (PKR), Labis (DAP), Batu Pahat (BN) manakala bagi Dun adalah Gambir (PAS), Mahkota (PAS), Nusajaya (PAS), Penggaram (BN), Parit Yani (BN), Stulang (BN) dan Puteri Wangsa (BN). Di Sabah, parlimen terlibat adalah Kota Marudu (PKR), Beaufort (PKR) dan Pensiangan (PKR), manakala bagi Sarawak adalah parlimen Baram (PKR) dan Sarikei (BN). Menurut Perkara 118 Perlembagaan Persekutuan, jika terdapat mana-mana pihak tidak berpuas hati dengan keputusan pemilihan pilihan raya umum lalu, mereka boleh mengemukakan petisyen pilihan raya kepada Mahkamah Tinggi yang mempunyai bidang kuasa di tempat pilihan raya itu diadakan. Seksyen 38 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Akta 5) pula memperuntuk tiap-tiap petisyen pilihan raya hendaklah dikemukakan dalam tempoh 21 hari dari tarikh keputusan dan penyata pengundian disiarkan dalam warta. Tempoh 21 hari itu dianggap bermula pada 23 Mei lalu dan berakhir semalam.
Sumber: HarakahDaily | Sumbangan Hamper di Taman Sentosa Posted: 12 Jun 2013 11:59 PM PDT Pasukan petugas yang mewakili YB Dr Xavier Jayakumar dalam pengurusan dan pengagihan hamper makanan di Taman Sentosa adalah Encik Veeran dan Puan Sri Mahalekshumy. | Puan Saraswathy menghidapi TB dan baru-baru ini menjalani pembedahan kaki disebabkan diabetes. Dia tinggal bersama abangnya Encik Singaram yang kedua kakinya dipotong disebabkan diabetes | | Pn Panjalai dengan suaminya yang menghidapi kanser perut dan anaknya Jaya Ganesan yang merupakan OKU | | Sumbangan Hamper Makanan di Dagang Jati Posted: 12 Jun 2013 11:51 PM PDT Dr Xavier's Team in Dagang Jati - Pn Patimah and Pn Rusnani A: Pn Khairon Bee, with her husband, aged 70 who is a stroke patient B: En Sirondin aged 73 and not well
Di Dagang Jati, mewakili YB Dr Xavier Jayakumar untuk menguruskan bantuan sumbangan hamper makanan adalah Puan Patimah dan Puan Rusnani. | Melawat Encik Sirondin berumur 73 yang tidak begitu sihat | | Puan Khairon Bee bersama suaminya yang berumur 70 tahun merupakan pesakit strok | | Program Sumbangan Hamper Setiap Bulan Diteruskan Posted: 12 Jun 2013 11:45 PM PDT Pejabat ADUN Seri Andalas meneruskan program sumbangan hamper yang melibatkan pemberian sebanyak 100 hamper makanan setiap bulan kepada keluarga miskin di DUN Seri Andalas.
Koordinator program ini adalah Encik Satthiya Seelan. Untuk setiap kawasan dalam DUN Seri Andalas, terdapat para petugas yang bertanggungjawab bagi setiap kawasan. Encik Saw dan Puan Gan yang mewakili YB Dr Xavier telah menguruskan bantuan untuk 12 keluarga.
| Bantuan kepada Puan Choo Ah Poo di Taman Saujana yang menjaga 4 orang cucunya yang masih bersekolah. Beliau mengambil upah menjaga kanak-kanak sebagai sumber pendapatan. YB Dr Xavier telah memberi bantuan subsidi yuran bas kepada 2 orang cucunya. | | Cik Lee Saw Hong dari Taman Samarinda menjaga 3 orang adik beradiknya yang kelainan upaya. Pejabat ADUN Seri Andalas berjaya mendapat kad OKU untuk mereka pada tahun lepas untuk membantu mereka mendapatkan bantuan sepatutnya.
|
| Puan Diong Dern Nguk dari Taman Samarinda dengan tanggungan 3 orang cucu untuk dijaga |
| Menghadiri Jemputan Makan Malam Perayaan Tahunan Tian Ling Tuah Posted: 12 Jun 2013 11:26 PM PDT YB Dr Xavier Jayakumar telah memenuhi jemputan Majlis Makan Malam Perayaan Tahunan Rumah Ibadat Tian Ling Tuah yang diadakan pada 9 Jun 2013 di Restoran New Rasnah, Klang. Pengerusi rumah ibadat tersebut iaitu Encik Yee telah mengalu-alukan kedatangan YB Dr Xavier. Lebih 100 meja telah disediakan untuk para hadirin dan jemputan. | |
Anwar Ibrahim Posted: 13 Jun 2013 07:14 PM PDT Anwar: Pilihan raya semula di kawasan berlaku penipuan Posted: 13 Jun 2013 02:17 AM PDT Keadilan Daily Pilihan raya umum ke-13 masih belum selesai dan pemilihan semula perlu dibuat di kawasan berlaku penyelewengan dan salah laku, tegas Ketua Umum KEADILAN, Datuk Sri Anwar Ibrahim. "Tak selesai pilihan raya yang lalu. SPR perlu letak jawatan. Yang jelas tipu, yang khianat mesti dibetulkan. Walau apa alasan pun, (kita perlu) pilihan raya semula. "Kita tidak akan tolak ansur. Kalau (mereka) padam lampu, hilangkan peti undi, (kita) betulkan, itu tuntutan kita," katanya di hadapan lebih 15 ribu hadirin di Himpunan Black 505 Kelantan malam tadi. Lebih 15,000 hadirin di himpunan 'Black 505? Kelantan di Padang Majlis Daerah Ketereh Anwar berkata, selagi SPR belum dihukum, rakyat tidak akan bertolak ansur dan himpunan Black 505 di Padang Merbok, Kuala Lumpur 22 Jun depan sebagai manifestasi kemarahan rakyat. "Rakyat bukan hamba, rakyat punya hak, bagaimana nak suarakan? Najib takkan dengar, Umno juga tak nak dengar, bekeng (ganas), agah (sombong) tak tentu pasal. "Sebab itu 22 haribulan ini kita berhimpun. Ini peluang terbaik untuk rakyat suarakan secara aman dan teratur. Kita nak betulkan keputusan pilihan raya di Padang Merbok," tegas Anwar. | PKR: Penafian Volkswagen, Peugeot malukan BN Posted: 13 Jun 2013 02:04 AM PDT Malaysiakini Penafian beberapa syarikat pengeluar kereta bahawa mereka menurunkan harga kereta, sebagai sebahagian memenuhi janji pilihan raya BN, dilihat memalukan parti itu, kata Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad. Menurut Nik Nazmi lagi, ia sekali gus mendedahkan betapa terdesaknya parti pemerintah dalam berhadapan dengan kempen turunkan harga kereta oleh Pakatan Rakyat. “Episod memalukan ini mendedahkan betapa terdesaknya Umno-BN dalam berhadapan dengan kempen #TurunkanHargaKereta Pakatan,” kata Nik Nazmi dalam kenyataannya hari ini. Pada 10 Jun lalu, akhbar Umno Utusan Malaysia melaporkan, kerajaan memenuhi janji menurunkan harga kereta secara berperingkat apabila lima syarikat pengeluar kereta mengumumkan penurunan harga 10 model kereta keluaran mereka. Harian itu juga melaporkan, penurunan antara RM449 hingga RM12,775 (dari 0.7 hingga 11 peratus) dalam tempoh Januari hingga Mei tahun ini membabitkan kereta keluaran Peugeot, Proton, Perodua, Volkswagen dan Honda. Penurunan fasa pertama harga kenderaan itu merupakan sebahagian daripada pelan kerajaan menurunkan secara berperingkat harga kereta sebanyak 20 hingga 30 peratus sehingga 2007. Bagaimanapun, sebuah portal berita hari ini melaporkan, Volkswagen dan Peugeot menafikan perkara itu. Volkswagen dilaporkan berkata, harga modelnya Golf tidak diturunkan dari RM169,888 kepada RM157,888, sebaliknya memang dilancarkan daripada awal dengan harga RM157,888. Manakala Peugeot pula dilaporkan berkata, mereka tidak dirujuk dan tiada kaitan dengan artikel itu. Menurut pengeluar kereta Perancis itu juga, harga yang ditunjukkan 308 Turbo pra- facelift dan 308 VTi sebenarnya merupakan dua varian berbeza dari Peugeot 308. | JUNE 22 BLACK505: One moment in time for M’sians – last chance to stand up for themselves? Posted: 12 Jun 2013 09:40 PM PDT Malaysia-Chronicle Whitney Houston's song "One Moment in Time" perhaps best sums up the gargantuan momentum that is being showcased in the Blackout 505 rallies – with tiny Perlis being its latest 'wow' phenomena. Up to this day, since the close of GE-13, we are witnessing the undeniable swelling crowds of tens of thousands at these rallies all throughout the country. Certainly there is a BIG picture taking root. And this, no force can rule out, suppress or even attempt to annihilate. And if they do, it will be at their own loss. The spirit of the masses can best be alluded to in Whitney's song: Each day I live I want to be A day to give The best of me I’m only one But not alone My finest day Is yet unknown The citizens are emerging and converging all across the country – come pelting rain, or roaring thunderstorm, to express their hope for this nation. To miss out this BIG picture ‘meaning' behind the gatherings is to deny citizens their rightful role in patriotism for King and nation. I broke my heart Fought every gain To taste the sweet I face the pain I rise and fall Yet through it all This much remains As they make the time to be out in droves when they could be huddled in the comforts of their homes, couched before the idiot box, it means sacrifice for the good of all citizens, king and nation. It means the kind of hope that Whitney tried to capture in the lyrics of her song: I want one moment in time When I’m more than I thought I could be When all of my dreams are a heartbeat away And the answers are all up to me Give me one moment in time When I’m racing with destiny Then in that one moment of time I will feel I will feel eternity Yes, the Blackout 505 will have to be (not by maneuvered force but by volition) a full blown experience that must at some point culminate in crowning glory. In all likelihood, the mega-Blackout 505 planned for 22 June might just be the one significant moment – that “One Moment in Time”. In fact the entire nation is already abuzz pregnant with hopeful talk from warongs to corporate corridors similar to the sentiments as captured in the song, i.e. When all of my dreams are a heartbeat away. I’ve lived to be The very best I want it all No time for less I’ve laid the plans Now lay the chance Here in my hands When you chat up with the people gathering at these rallies, you cannot miss that common thread of thinking and feeling that seems to draw each and every one of them out into the open – wearing some black on them, and standing up attention to sing the national anthem with such passion and magnetic connectivity. It appears to be a commitment to be a part of a future that they can all be proud of for generations to come – just like our forefathers who earned Merdeka for us. But unfortunately there are still forces-that-be that cannot recognize that the people all across the country, cutting across race, religion and socio-economic class and age divides are converging with those sentiments as best expressed in Whitney's lyrics: Give me one moment in time When I’m more than I thought I could be When all of my dreams are a heartbeat away And the answers are all up to me Give me one moment in time When I’m racing with destiny Then in that one moment of time I will feel I will feel eternity However if the UMNO-BN party alliances want to be a part of that tidal wave and be also crowned as You’re a winner for a lifetime then they must race against time to seize that “One Moment in Time" if they too want to "Make it Shine". But let honesty prevail – can they be contrite enough to face up to it? However, it appears that the prince and politician, Tengku Razaleigh's recent sojourn with the protesting BN MPs might just give UMNO lama that last saving grace. Why? Because as in that song One Moment in Time, the spirit of the people says it all very clearly: Give me one moment in time When I’m more than I thought I could be When all of my dreams are a heartbeat away And the answers are all up to me Give me one moment in time When I’m racing with destiny Then in that one moment of time I will be I will be I will be free I will be I will be free Yes, the BIG picture of the Blackout 505 rallies is all about being FREE – about freeing this nation from corrupt ways; about returning democracy in all its pristine glory untainted, beginning with clean and fair general elections; about returning to the Rulers their Constitutional glory and our loyalty uncompromised; about being a one nation for one people called Malaysians. If the power brokers and their paid peddlers continue to see Blackout 505 as a threat and keep attempting to give it unwarranted labels like 'security threat', 'opposition ploy', 'chaos', 'foreign agents', 'out to topple the government' and the likes, then the Blackout 505 will only get tougher for the enemies of the citizens of this country. A defining day In a nutshell, Blackout 505 on 22 June 2013 is bound to be a defining phase for this nation. If we try to deny that reality, we are fools blinded by our own insecurities. For certain, Malaysians are a peaceful lot, disciplined and able to bite the bullet when the situation demands. This has been proven time and time again throughout all the previous rallies involving tens of thousands of citizens congregating against all odds – be it imposed by man or nature. It is no more a pre-election campaign fever. It is about honor, integrity and determination to make this nation a model for the region, an inspiration for the troubled world. And so, Whitney Houston's song One Moment in Time would serve most edifying for the doubters, skeptics, blinkered fools and of course for all those who are dead bent in continuing with the legacy of fast fading regimes around the world. | The “Anwar Rally” Posted: 12 Jun 2013 09:38 PM PDT Malaysia-Chronicle What I found surprising about the Bersih 3 rally last year is that the crowd consisted of about 60% young people. Some maybe not even old enough to vote. But there they were, bangsa Malaysia. All 3 races fighting for a good cause, united in purpose. It was the same at Kelana Jaya stadium last month. The crowd was huge but the unity was simply amazing. Old Chinese men lining up at the PAS booths to buy and then to wear Tshirts that said Hudud with a facebook styled "like" symbol. Young Chinese and Indian youth making head bands and capes out of PAS flags, young Malay guys waving DAP flags. It's amazing the way the young have completely judged UMNO's institutionalised racism as outdated and made a sincere effort to showcase it last night. When Mat Sabu, Sivarasa, Tian Chua, Fauziah Salleh, Dr Michael Jeyakumar and all the other leaders of the Pakatan pact took the mike and after they said their short address, the crowd roared in approval. When Lim Kit Siang took the mike, the roar of the crowd shook the air. I kid you not! I thought that was the best 50,000 humans could do. That is, until Anwar took the mike. I don't think a popular rock star could enjoy such a high approval. Look of guilt on Najib’s face Anyway, the reason I'm writing this is to share what I learnt that night. Barisan National's victories in 30 parliamentary seats are in question. Most of the stories we heard about blackouts are not true. But what actually happened that night is that the polling agents in the various stations were sending their numbers to the Pakatan operations center, who were then tallying up the numbers to determine the winner for each seat. Bu 11pm, the Pakatan portals were announcing that they had won. But Bernama, Astro Awani and all the other TV stations were still reporting 40BN, 30DAP, PKR and PAS 2 each. This alone was an attempt at inciting some problem. Something I'll never forget is the look of guilt on Najib's face when he took the mike after the EC's Wan Ahmad announced that BN had obtained 112 seats. The look on the PM's face and on those around him told us everything. They knew even at that time that all of Malaysia and the entire world would know that they cheated. Not one of them had the guts to look the camera in the eye. I suppose the thoughts running through their heads must have been images of Tunisia, Egypt, Thailand and all the other Govts that were recently overthrown after they cheated at the elections. You could almost smell the gloom and heart break in the air all over the nation on the morning of the 6th of May. We expected BN to win and could only dream of a Pakatan victory. But as we watched the numbers come in, the joy was building up within. WE HAD WON!!! Tyranny was defeated by the people of Malaysia!!! Then, along comes Wan Ahmad. Too much evidence to ignore Many videos evidencing electoral fraud have been posted on Face Book and YouTube that stone walling and ignoring the outcry in the hope that it will go away is just too arrogant and is simply not going to work. I've seen videos of people being paid cash after voting, one of voters lining up to demand their pay after casting their vote, one of "phantoms" being escorted by Police to cast their vote after the crowd chased them away, and I've also seen one with EC officials picking up 2 ballot boxes from the road side while driving to the main counting center. And THIS, folks, is probably why the numbers counted at the polling center and numbers during the recount differ. Does Najib really realise how much he has hurt us? Badawi had the same problem as Najib. Both PMs realised that the cheating, fraud, corruption, rent seeking, racism and the bullying of minorities had to end. And they asked the electorate for the mandate to make those changes. But both were unable to stop the rot. In fact the corruption and theft of public resources have gotten much worse under Najib. Creating MASSIVE fraud and then going to the people and humbly saying "Sorry lah, kami memang korup," and then saying "Hey, heres $500…. Oh, and heres another $100 for books." Didn't work the way it was intended. Does Najib realise exactly why we were so very disappointed when they stole this election result from us? Did we get our hopes up when he promised a lot of transform and reform? Were we shocked at how shallow his promises were when the corruption cases kept coming in? Were we surprised when the Pakatan MP's periodically revealed more evidence of phantom voters in their constituencies? I admit though, that I was very happy when the EC finally agreed to implement the indelible ink to prevent people from voting more than once. But we know how that went. It's not been 7 days, but I haven't seen anyone with the ink still on. What I did see though is that 2 of the foreign banglas working at my place had the indelible ink on their indexes the next day. Even after bersih 2 and 3 under Najib's watch, NOTHING changed! Another 5 years of the same BN ‘shit’ (pardon the language!) So what made us sad is waking up on the 6th of March to the realisation that BN is here to stay. Another 5 years of being inundated with stories about Anwar Ibrahim's sexual escapades. Of young men visiting Mekah to swear stuff. Another 5 years of pointless propaganda in the mainstream media, and producers of pornography in full gear. Are we looking at another 5 years of stupid issues like some rectums going around trying to copyright the name of God? Will the churches be attacked and burned? will bibles be seized and desecrated ? Will new cases of multi billion ringgit corruption involving the Barisan National be reported every week in the alternative media? Will foreign media produce movies about the high level of corruption in Malaysia while the Govt locally makes promises after promises to "ACT?" Will we see another 1,500 suspects of crime dying while in custody? Will the Federal debt continue to skyrocket? In the 4 years under Najib, the Federal debt has doubled. Is he going to double it again? Will ALL the money stolen from the people of Malaysia ever be returned? Will BN leaders be allowed to perform acts of bitter provocation while young students be handcuffed and charged in court for stepping on pictures. Will we have to endure more incidents of political violence by young men? Is Malaysia's Bumiputra population going to double with more and more foreigners being given bumi citizenships? Will the illegal/illicit outflow of funds exceed 300 billion ringgit this year? Are we still going to remain the most corrupt nation on the face of the planet? We rejected all of these when we cast our votes but we were outdone by electoral fraud. We have to stand behind Anwar Ibrahim this time and support his efforts to right this fraudulent electoral result. In the course of demanding re-elections in the 30 constituencies in question, some may fall back to BN and some may fall to PR while some judges may just throw them out. Although Pakatan Rakyat's chances of actually taking over the Govt is slim, we must by all means demand that the electoral rolls be cleaned up, or deleted and replaced with a new one, requiring every Malaysian to re register. Wouldn't that be a good place to start? | |
Anak Muda Kampung Nak Senang Posted: 13 Jun 2013 11:15 AM PDT Pembuat kereta sangkal dakwaan Utusan mengenai penurunan harga Posted: 13 Jun 2013 02:49 AM PDT
KUALA LUMPUR, 13 Jun 2013 – Pembuat kereta Volkswagen dan Peugeot kedua-duanya telah menafikan penurunan harga tahun ini seperti dilaporkan oleh akhbar milik Umno Utusan Malaysia tiga hari lalu sebagai bukti gabungan pemerintah itu menunaikan janji pilihan raya mereka.
Utusan telah melaporkan Volkswagen, Peugeot, Honda dan pembuat kereta tempatan Proton dan Perodua telah menurunkan harga sepuluh model mereka sehingga 11 peratus bermula Januari tahun ini, menyiarkan senarai harga sebagai bukti kerajaan Barisan Nasional (BN) telah menunaikan janji mereka untuk menurunkan harga kereta dalam manifesto Pilihan Raya 2013.
"Sila ambil perhatian, harga di imej itu tidak tepat. Harga Golf memang RM157,888 semenjak dilancarkan. Bukan RM169,888," kata wakil dari Volkswagen Malaysia di akaun Facebook mereka merujuk kepada salah satu model Golf.
Seorang pengguna sebelum itu memuat naik laporan Utusan, yang mendakwa harga Golf telah dikurangkan sehingga 7.1 peratus dari RM169,888 ke RM157,888.
Bercakap kepada The Malaysian Insider, seorang pengedar untuk pembuat kereta Jerman itu mengesahkan harga Golf Mark 7 1.4 TSI yang dilancarkan sejak awal tahun ini memang berharga bermula dari RM157,888.
Peugeot Malaysia juga telah memberi respon di laman Facebook mereka mengenai dakwaan Utusan harga bagi model 308 telah diturunkan sebanyak 11 peratus dari RM115,663 ke RM102,888.
"Tanpa sebarang prejudis, tiada apa-apa dikeluarkan oleh kami, kami tidak dirujuk sebelum artikel itu dicetak dan tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan laporan berita itu. Harga yang ditunjukkan 308 Turbo pra- facelift dan 308 VTi sebenarnya merupakan dua varian berbeza dari Peugeot 308," kata pembuat kereta Perancis itu.
Seorang pengedar Peugeot memberitahu The Malaysian Insider model facelift 308 VTi semenangnya berharga RM102,888 semenjak ianya dilancarkan pada pertengahan tahun lepas dan harga 308 Turbo adalah RM121,888.
Utusan juga melaporkan Honda Jazz Hybrid kini berharga RM89,900 selepas diturunkan sebanyak 2.5 peratus dari RM92,187.
Semakan dengan pembuat kereta dari Jepun itu mengesahkan model versi kenderaan pemasangan tempatan (CKD) di kilang Alor Gajah sememangnya dijual pada RM89,900 semenjak dilancarkan tahun lepas. Manakala model versi kenderaan jenis diimport sepenuhnya (CBU) dilancarkan sebelum ini berharga RM94,800.
Akhbar Melayu itu juga melaporkan penurunan harga bagi model syarikat tempatan seperti Persona, Preve, Saga dan Exora dari Proton, dan Alza, Viva, dan Myvi dari Perodua.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah mengulangi ikrar pilihan raya untuk mengurangkan harga kereta melalui akaun Twitter lewat bulan lepas, berjanji harga kereta akan dikurangkan secara berperingkat sehingga 2017.
Pada hari sama, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata kerajaan telah berjanji untuk mengurangkan harga kereta antara 20 hingga 30 peratus dalam tempoh lima tahun, seperti yang digariskan dalam manifesto pilihan raya BN.
"Malah, sejak Oktober tahun lalu, harga 10 model popular di negara ini telah turun secara purata 7.3 peratus," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan kementerian itu, pertama selepas Mustapa dilantik semula ke dalam Kabinet.
Kedua-dua BN dan pembangkang Pakatan Rakyat telah berikrar harga kereta lebih murah menjelang pilihan raya Mei, walaupun melalui mekanisme berbeza.
| |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan