Rabu, 5 Jun 2013

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::

Posted: 05 Jun 2013 01:30 AM PDT

::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::


Calon BN rampas kertas undi kosong – Laporan polis

Posted: 04 Jun 2013 04:21 PM PDT

KUALA LUMPUR: PKR hari ini mendedahkan bagaimana seorang wakil Umno dalam PRU13 telah bertindak merampas, menawarkan rasuah dan memangkah kertas undi pos petugas-petugas SPR yang kesemuanya melanggar undang-undang pilihanraya. Pendedahan ini dibuat oleh Rafizi Ramli, Pengarah Strategi PKR, dengan cara mendedahkan satu salinan laporan polis yang dibuat mengenainya. Laporan polis yang dibuat di Balai Polis […]

Idris Ahmad

Posted: 04 Jun 2013 11:04 PM PDT

Idris Ahmad


Perjuangan Umno Sudah Tidak Bertenaga

Posted: 04 Jun 2013 05:46 PM PDT

Perjuangan  Umno Sudah Tidak Bertenaga
Idris Hj Ahmad
4/6/13 

Selepas  keputusan PRU 13, parti komponen BN nampak gelabah sehingga ada cadangan untuk menjadi BN parti tunggal dan gubal semua parti komponen jadi satu sahaja. Ia disuarakan oleh  pemangku Presiden GERAKAN, Datuk Chang Ko Youn.

Mesyuarat MT UMNO, Jumaat lalu, bersetuju mewujudkan makmal khusus bagi memperincikan cadangan itu dengan mendapatkan maklum balas dan pandangan ahli di seluruh negara.
Ditambah pula kenyataan Tun Dr Mahathir mengatakan Umno menang bukan kerana kuat,  tetapi kerana Melayu berjaya ditakutkan sehingga mereka mengundi Umno.

Sampai bila Melayu hendak ditakutkan. Kerana Melayu yang berjaya ditakutkan sudah tidak ramai. Sebagaimana orang Melayu sudah tidak ramai yang takut kepada  hantu. 
Umno berada di situasi yang merbahaya  jika  hanya mengharapkan Melayu menyokong berdasarkan emosi. Melayu yang celik maklumat dan faham agama tidak diserang dengan budaya takut. Mereka sedar, Melayu musnah semua angkara Umno. Golongan ini mula mempersoal, kenapa 57 tahun merdeka, Melayu semakin tertinggal ke belakang. Umno telah kianat amanah untuk membantu orang Melayu. Berapa banyak projek yang dikhas untuk orang Melayu gagal diselenggarakan dengan baik.  Kenapa Umno hendak mengkambing hitamkan kaum lain, supaya Umno terus selamat. Melayu terpelajar sudah menganggap, Umno mesti bertanggungjawab terhadap musibah yang menimpa kepada orang Melayu. Mereka mahu Melayu yang bermoral dan telus untuk memimpin negara. Umno telah meninggal rekod yang terlalu buruk kepada sejarah perjuangan orang Melayu di negara ini.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.


Filed under: Politik

PAS Negeri Sembilan

Posted: 04 Jun 2013 09:08 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


Lagi kejadian lemas di Port Dickson

Posted: 04 Jun 2013 07:38 AM PDT

Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa lemas di Port Dickson.

Dua kanak-kanak lemas di PD
3 Jun 2013

PORT DICKSON - Dua kanak-kanak lemas ketika mandi di Pantai 3 Telok Kemang, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 4.55 petang itu, Khairul Afrizal, 14, dan Sofrina Husna Herry Judra Jhcendra, 11, lemas akibat dilambung ombak ketika sedang mandi di pantai berkenaan.

Mayat Khairul Afrizal ditemui kira-kira 5.20 petang oleh orang awam, manakala Sofrina Husna masih belum ditemui. Operasi mencari dan menyelamat dihentikan jam 9 malam tadi.


Pembantu bot pisang mati lemas
3 Jun 2013

PORT DICKSON – Seorang pembantu bot pisang atau banana boat maut dipercayai lemas selepas bot dinaiki terbalik di Pantai Cahaya Batu 4 Port Dickson, di sini petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 5 petang itu, mangsa, Mohd Syahir Hashim, 34, membawa enam penumpang dari Pantai Saujana ke Pantai Cahaya yang dipandu Muhamad Fadil Muhamad Zain, 21.

Muhamad Fadil berkata, kejadian berlaku apabila tali penghubung antara bot pisang dan bot pemandu terputus sebelum terbalik.

"Ketika itu saya memandu bot, Mohd Syahir duduk di belakang. Sebaik tiba di Pantai Cahaya, saya membuat pusingan untuk pulang ke Pantai Saujana tetapi tiba-tiba tali pengikat antara bot pisang dan bot pemandu terputus sebelum terbalik.

"Semua penumpang terjatuh ke dalam laut termasuk Mohd Syahir," katanya.

Menurutnya, ketika itu, air pasang dan semua penumpang memakai jaket keselamatan termasuk dia dan Mohd Syahir.

"Sebaik melihat penumpang terjatuh ke laut, saya segera terjun untuk menyelamatkan mereka.

"Selepas kesemua enam penumpang naik ke atas bot, saya menyedari Mohd Syahir tidak ada bersama kami dan mendapati hanya jaket keselamatannya sahaja terapung tidak jauh dari lokasi kejadian," katanya yang memberitahu Mohd Syahir baru sebulan bekerja sebagai pembantunya.

Menurutnya, selepas gagal mencari Mohd Syahir, dia pulang ke Pantai Saujana dan memaklumkan kepada rakan-rakan serta pihak berkuasa sebelum operasi menyelamat dilakukan pelbagai agensi termasuk Polis Diraja Malaysia, Agensi Penguatkuasa Maritim, Jabatan Pertahanan Awam dan Rela serta pengusaha sewa bot, bermula petang kelmarin.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Bomba negeri, Ahmad Nizam Sapaiee berkata, mangsa ditemui rakan-rakannya yang menyertai operasi menyelamat di perairan PD Marina, kira-kira empat kilometer dari lokasi dia dilaporkan hilang.

"Mangsa ditemui sekitar 2.15 petang, semalam dalam keadaan masih lengkap berpakaian," katanya.

Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Port Dickson untuk bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Air Meleleh, malam tadi.

Dalam pada itu, abang sulung mangsa, Rohaizat, 46, berkata, adiknya bekerja sebagai Pembantu Am Rendah di Institut Pengurusan Tentera Darat (IPDA) dan gemar melakukan kerja sampingan.

"Saya pernah menasihatkan dia agar tidak bekerja berkaitan dengan laut dan saya sendiri tidak tahu kenapa saya nasihatkannya begitu," katanya.

Mohd Syahir yang merupakan anak keempat daripada lima beradik meninggalkan seorang balu, Zaini Zakaria, 26, dan seorang anak perempuan berusia lima tahun.


Pelajar Lemas Ketika Aktiviti Riadah Di Pantai Cahaya Negeri, Port Dickson
Sabtu Januari 14, 2012

PORT DICKSON: Mayat seorang pelajar kolej swasta, Nazaruddin Bisul Rahman, 20, yang dipercayai lemas ketika mengadakan aktiviti riadah di Pantai Cahaya Negeri (Batu 4) di sini, ditemui kira-kira tiga jam selepas kejadian dilaporkan, Sabtu.

Harian Metro 9 Nov 2010
10 minit tenggelam di laut

PORT DICKSON: "Saya sempat menasihatkannya segera naik ke darat sebelum terlambat kerana menyedari air laut mula pasang tetapi tiba-tiba mendapatinya sudah hilang dari pandangan dan menyangka dia bergurau." Begitu kata Fazli Yahya, 22, apabila rakannya, Mohd Farid Abdullah, 23, yang mandi-manda bersamanya di Pantai Cermin, dekat sini, kelmarin hampir lemas apabila tenggelam selama 10 minit dipercayai dihanyutkan arus deras ketika air laut pasang secara tiba-tiba.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.45 petang itu, kedua-dua sahabat berkenaan mengalami detik mencemaskan ketika mandi dalam jarak 50 meter dari pantai apabila seorang daripada mereka 'hilang' ketika berenang ke darat.

Pemancing lemas air laut bergelora
Harian Metro 24 Okt 2010

PORT DICKSON: Memilukan apabila seorang lelaki yang memancing dan menjala ikan di pantai Telok Pelandok, Batu 10, di sini, ditemui lemas kerana dipercayai tidak sempat menyelamatkan diri apabila air laut bergelora, kelmarin.

Berita Harian 23 Feb 2010

PORT DICKSON: Pembangunan pesat dan sejarah aktiviti menyedut pasir suatu ketika dulu di sebahagian kawasan pantai di daerah ini menyebabkan wujudnya tebing tinggi yang didakwa menjadi punca kebanyakan kejadian lemas.

Sinar Harian 17 Feb 2010

PORT DICKSON – Belum pun reda kesedihan tiga keluarga apabila salah seorang daripadanya mati lemas ketika berkelah di pantai Port Dickson seperti yang dilaporkan Sinar Harian semalam, sekali lagi pantai Port Dickson dikejutkan dengan penemuan mayat remaja lemas.

Utusan Malaysia 15 Feb.2010

PORT DICKSON - Seorang remaja lelaki yang dilaporkan hilang ketika sedang mandi bersama lima saudaranya di Pantai Batu 1 di sini, semalam, ditemui lemas awal pagi tadi.

MStar Januari 31, 2010

PORT DICKSON: Seorang pemuda ditemui mati lemas di Pantai Batu 8, dekat sini, pagi ini. Ketua Polis Daerah Port Dickson, Supritendan Mazlan Othman berkata, mayat Siow Hon Peng, 33, dari Taman Rasah Jaya, Seremban ditemui orang ramai terdampar di tepi pantai itu pada kira-kira pukul 7.40 pagi.

Bernama 22 Jul 2007

PORT DICKSON, 22 Julai (Bernama) — Kejohanan Triathlon Antarabangsa 2007 Port Dickson (PDIT) yang berlangsung di sini hari ini mencatat sejarah hitam dalam sukan tanah air apabila seorang atlet dari Malaysia mati lemas pada cabaran pertama acara itu, pada pukul 10 pagi ini.

Utusan Malaysia 13 Jun 2005

PORT DICKSON 12 Jun - Kegembiraan sebuah keluarga dari Batu Pahat, Johor yang menghabiskan cuti sekolah berakhir dengan tragedi apabila seorang ahli keluarga mereka mati lemas di kolam renang sebuah hotel di sini, semalam.

PORT DICKSON, Tues. - A family outing ended in tragedy when a 24- year-old man drowned while swimming with a new friend at Km7.2 Jalan Pantai yesterday.

While Muhammad Kadis Untung Kadir's body was recovered four hours after the incident at 9pm, a search involving seven frogmen from the Fire and Rescue Department is still under way for his missing friend whose identity is not known.

PAS LENGGONG

Posted: 04 Jun 2013 07:22 PM PDT

PAS LENGGONG


kalau umno pun dah tak percaya ......

Posted: 04 Jun 2013 12:04 AM PDT

Sokong desak Pengerusi SPR, timbalan letak jawatan

Harakahdaily,04 Jun 2013
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menyokong keputusan pemimpin Pakatan Rakyat yang mendesak Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan timbalannya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar meletakkan jawatan.

DPPM berpendapat, keputusan PR adalah langkah terbaik bagi meredakan kemarahan rakyat yang merasa tertipu dengan perjalanan pilihanraya yang dianggap sebagai suatu 'silap mata' paling besar dalam sejarah negara.

"Dengan jumlah petisyen yang dikemukakan kedua-dua pihak, sama ada Pakatan Rakyat mahupun Barisan Nasional sebanyak 85 buah kerusi, sudah cukup membayangkan bahawa kesemua pihak tidak berpuashati dengan perjalanan sistem pilihanraya yang diadakan di negara ini," ujar Ketua Penerangannya, Riduan Mohd Nor.

Selain itu, katanya hampir setiap hari ada pendedahan bagaimana penyelewengan atau kecuaian dilakukan oleh SPR di kebanyakan tempat.

Beliau dalam satu kenyataan berkata, paling rakyat tidak boleh lupakan adalah bagaimana SPR boleh menipu jutaan rakyat Malaysia dengan penggunaan dakwat yang tidak kekal.

Bagi DPPM, ujarnya kesalahan yang dilakukan oleh kedua-dua pemimpin SPR ini amat besar dan sukar bagi rakyat memaafkannya.

"Mereka ini telah menjadikan SPR sebagai badan yang tidak profesional, cuai, tidak amanah serta tidak bertanggungjawab semasa mengendalikan pilihanraya ke-13," katanya.

Malah, tamba beliau Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR telah menjatuhkan kredibiliti negara di mata dunia.

"Sebagai rakyat Malaysia, kita merasa malu apabila nilai demokrasi serta perjalanan pilihanraya negara dipertikaikan banyak pihak termasuk negara-negara lain.

"Apakah rakyat akan memberikan satu lagi peluang dan kepercayaan kepada kedua-duanya berkhidmat untuk PRU14 setelah prestasi buruk yang dipamerkan oleh SPR semasa PRU13?," tanya beliau.

Percayalah, katanya selagi kedua-duanya masih di situ dan selagi sistem pilihanraya tidak dirombak keseluruhannya mengikut kehendak dan tuntutan rakyat, sistem pilihanraya tidak akan berubah malah semakin banyak penipuan dilakukan.

Menurutnyas, jalan keluar yang paling selamat adalah dengan mendesak kedua-duanya meletakkan jawatan di samping suatu siasatan bebas dibuat bagi menyiasat secara menyeluruh penipuan dalam PRU13.

"Sekiranya kukuh dakwaan tersebut mereka perlu diheret ke muka pengadilan," tegasnya.

Beliau berkata, hukuman berat sekalipun terhadap kedua-duanya tidak mampu membayar kesedihan, penat lelah, masa serta wang ringgit yang ditaburkan oleh rakyat bagi memenuhi tuntutan demokrasi di negara ini.

Arah tuju PAS

Posted: 03 Jun 2013 09:16 PM PDT

TG Nik Aziz tunjuk arah yang tepat

-,04 Jun 2013


Dua hal sangat mengharukan mengenai langkah Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Pertama pengundurannnya sebagai Menteri Besar Kelantan beberapa hari selepas PRU, kedua penegasannya tidak akan membenarkan sebarang usaha PAS ke arah penyatuan PAS dan Umno selagi beliau masih hidup.

Tidak ada siapa yang tidak sedih dengan pengunduran Tuan Guru dari jawatan MB, tetapi memandangkan kesihatannya yang selalu terganggu dengan umurnya yang begitu lanjut, maka rakyat Kelantan dan mereka yang mendukung perjuangannya memahami mengapa beliau berundur.

Perubahan ini sama sekali tidak mengurangkan kasih sayang rakyat kepadanya justru sepanjang hayatnya beliau telah mendambakan perjuangannya kepada Islam melalui wadah PAS. Beliau adalah legasi yang akan terukir dalam sejarah, bahawa seorang tokoh yang menjalani kehidupan dengan serba sederhana, bersuara lembut, tetapi tegas telah mengambil peranan penting mewarnakan perjuangan politk Islam di tanah airnya.

Memang hanya sesekali dalam sesuatu zaman, seorang tokoh unggul sepertinya muncul untuk mewarnakan sejarah tanah airnya, mendambakan politik Islamnya bukan saja untuk kepentingan ummah, tetapi juga anggota masyarakat seluruhnya.

(TG Nik Aziz bercakap buat pertama kali kepada media selepas beliau tidak menjadi MB Kelantan lagi)

Pada awalnya memang ramai tokoh yang berbaris untuk menyertai perjuangan sepertinya, tetapi tidak semua mampu menghadapi cabaran. Ada yang tewas dengan umpan politik dan kemewahan, tidak tahan menanggung ujian dan pelbagai lagi. Maka mereka ini ada yang 'gugur' dalam perjalanan perjuangan yang getir ini.

Tinggallah sejumlah kecil yang meneruskan perjuangan dan dari jumlah yang amat kecil itu termasuklah Tuan Guru sendiri bersama pimpinan PAS yang lain meneruskan kafilah perjalanan perjuangan ini.

Walaupun Tuan Guru Haji Nik Abd Aziz sudah melepaskan jawatannya sebagai Menteri Besar sebuah negeri istimewa yang kecil molek, namun beliau masih bersama saf pimpinan PAS. Ia masih memegang jawatan Pesuruhjaya PAS Kelantan dan Mursyidul Am PAS, sebuah jawatan simbolik yang setakat ini, pada pendapat saya, belum ada tokoh yang dilihat mampu menggantinya.

Kekuatan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz terletak kepada istiqamah perjuangannya, ketegasannya mempertahankan PAS dari serangan musuh, menyuntik semangat perjuangan kepada generasi lama dan baru, wawasannya yang sangat jauh ke depan – melampaui zaman – serta kemampuannya menterjemahkan kesyumulan Islam di tengah politik baru Malaysia.

Untuk selama puluhan tahun, sepanjang perjuangannya, Tuan Guru menentang habis-habisan assobiyah (perkauman) kerana baginya perkauman itu adalah sebuah kejahatan, menentang kemanusiaan dan menjadi musuh Islam.

Tuan Guru Nik Abd Aziz menjadi penghalang utama yang berada di tengah jamaah PAS dari sebarang usaha untuk menggabungkan PAS dengan Umno, atas nama apapun.

Kerana itu, Tuan Guru berpesan:

"Saya tidak akan membenarkan sebarang usaha ke arah penyatuan PAS dan Umno selagi saya masih hidup."

PAS, katanya, adalah milik semua ahlinya dan sebarang tindakan atau keputusan yang dibuat perlu mendapat persetujuan daripada semua ahli khususnya melalui muktamar.

"Tidak boleh sesiapapun mengatur usaha untuk mengadakan kerjasama antara PAS dan Umno apa lagi secara senyap-senyap, parti ini terbuka kepada orang ramai dan milik ahli. Saya tidak bagi, selagi saya masih hidup, saya tidak akan benarkan usaha untuk menjalin kerjasama PAS dan Umno dilakukan," ujarnya tegas ketika ditemui Harakahdaily baru-baru ini.

Menurut Tuan Guru, Umno sejak awal lagi menolak dasar Islam sebagaimana yang diperjuangkan oleh PAS. Selain persoalan dasar parti, banyak lagi perkara yang perlu dikaji terhadap kesilapan Umno dalam perjuangan mereka.

"Untuk itu, tidak ada sebab kita ingin bersama mereka dan saya peringatkan pada yang lain jangan ada usaha ke arah ini," ujarnya lagi.

Ini peringatan yang sangat jelas dan tegas dari pimpinan utama parti dan sewajarnya semua pendukung PAS mematuhinya, bukan saja semasa beliau masih ada hayat, tetapi lama selepas ketiadaan beliau nanti.

Memang nature politik berubah mengikut masa dan keadaan serta keperluan semasa, tetapi dalam hal penggabungan PAS dan Umno mesti dilihat dalam konteks dasar perjuangan Islam yang menjadi asas PAS.

Sebelum ini, Tuan Guru berkali-kali mengingatkan bahawa selagi Umno tidak mengubah dasar sekular dan perkaumannya kepada dasar Islam dan menerima Islam sepenuhnya, PAS tidak akan menerima Umno. Ini sangat jelas diucapkannya berulang kali.

Oleh itu, berdasarkan ketegasannya ini, tidak mungkin ada sebarang ijtihad untuk menggabungkan PAS dengan Umno atas hujah demi untuk perpaduan ummah.

Bagi Tuan Guru, perpaduan ummah hanya boleh dibina aras dasar semua pihak menerima Islam sepenuhnya, membuang sifat perkauman yang ada dalam Umno dan bersatu atas nama Islam dan menerima Islam sepenuhnya, bukan atas nama perpaduan Melayu.

Dalam suasana PRU yang lalu, isu perpaduan Umno-PAS semakin disemarakkan oleh sesetengan pihak, mujurlah pimpinan PAS tidak mempedulikan ajakan ini, justru mereka sangat memahami maksud politik di sebalik seruan yang dilihat sangat molek, tetapi palsu.

Oleh itu bagi PAS yang telah mengambil peranan penting dalam Pakatan Rakyat dan berjaya, serta berusaha memperkukuh Pakatan, maka usaha sesetengah pihak untuk mengabungkan PAS dengan Umno adalah tidak mungkin.

Sementara itu, Muktamar Tahunan PAS pada November ini di mana ada pemilihan pimpinan, maka sewajarnya pesan Tuan Guru Nik Ab Aziz supaya PAS dan Umno tidak bergabung akan menjadi stand yang kukuh bagi pimpinan dan semua pendukung PAS.

Hendaknya tidak akan ada sebarang sikap apologetic dan alasan palsu yang direka-cipta untuk menjustifikasikan sebarang usaha menggabungkan PAS dan Umno.

Mesti singkir.

Posted: 03 Jun 2013 09:15 PM PDT

Mengapa Pengerusi, timbalan SPR mesti singkir?

-,04 Jun 2013

PILIHANRAYA bukanlah segala-galanya dari erti demokrasi. Sesungguhnya demokrasi mempunyai pelbagai juzuk penting selain pilihanraya. Namun pilihanraya berkala yang adil, bebas dan bersih adalah sangat mustahak bagi rakyat selaku pengundi, mengangkat atau menurunkan sesebuah kerajaan.

Pilihanraya yang adil, bebas dan bersih juga adalah penentu kepada keabsahan sekaligus memberi legitimasi kepada kerajaan yang memenangi sesuatu pilihanraya umum (PRU). Dengan kata lain ditakuti, andainya pilihanraya itu tidak adil, tidak bebas dan tidak bersih, sebaliknya sarat dengan kepincangan serta penipuan, maka keabsahan (atau kehalalan) kerajaan yang di'pilih' tidak dapat dijamin. Kerajaan terpilih akan berdepan dengan status 'tak sah taraf' macam anak luar nikah juga.

Malangnya, PRU ke-13 yang dilalui baru-baru ini telah pun menjadi semacam yang ditakuti ini!

Sejurus selepas debu perang mendap dan euporia kemenangan mula berlalu, Perdana Menteri DS Najib tampaknya faham benar implikasi yang parah ini lantas bergegas bertindak mengelakkan krisis legitimasi ini.

Mentelahan kini hampir semua rakyat tahu, bahawa kerajaan Najib hanya disokong oleh minoriti rakyat seluruh Persekutuan Malaysia yakni hanya 47% sahaja, meskipun beliau mempunyai 60% kerusi di Dewan Rakyat.

Justeru kerana Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) adalah 'Constitutional Guardian' atau 'Penjaga Amanah berperlembagaan' kepada segala tata-kelola serta tadbir-urus pilihanraya, maka SPR adalah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap penjalanan sesebuah pilihanraya.

Terkini bukan sahaja pelbagai petisyen dimajukan oleh calon-calon Pakatan Rakyat, bahkan lebih dari 50 petisyen katanya akan dihadapkan ke mahkamah dalam pelbagai dakwaan salahlaku oleh pihak Barisan Nasional sendiri. Petisyen terbanyak dalam sejarah negara. Amat malang!

Apakah Najib benar-benar bersedia untuk mengambil tindakan ke atas pasukan SPR kali ini? PM Najib tampaknya tidak punya pilihan kalau mahu selamatkan kerajaan 'minoriti'nya yang sangat mahukan 'Reconciliation' atau 'Genjatan bagi menumpukan kebangunan semula negara'.

Pihak Pakatan Rakyat pastinya akan tolak 'agenda' Najib ini, andainya syarat utama yakni penambahbaikan sistem pilihanraya tidak dijamin Najib terlebih dahulu. Bagaimana untuk disusun-atur dalam satu 'construct' baru SPR boleh difikirkan bersama secara 'bi-partisan' dalam perbahasan di parlimen.

Yang pentingnya Pengerusi dan Timbalannya mesti di'pecat' dan disingkirkan dahulu! Sebabnya?

Mereka telah ternyata GAGAL melaksanakan dan menjaminkan sebuah PRU yang ADIL, BEBAS dan BERSIH. Tanpa membazir wang pembayar cukai untuk mengadili mereka atau ditribunalkan, cukup dengan rakyat dan pengundi mempertikaikan satu persoalan sahaja di sini yakni tuntutan 'Capaian media secara 'adil'.

Sebuah pilihanraya yang 'adil', antara yang erpentingnya, memerlukan parti-parti yang bertanding mendapat 'capaian atau akses kepada media' yakni media arus-perdana yang dibiayai oleh pembayar cukai. Pilihanraya adalah proses rakyat selaku pengundi membuat keputusan berdasarkan maklumat. SPR wajar mempastikan maklumat tidak dikekang dan dikongkong.

Ini ditegaskan dalam tuntutan Bersih 2.0. Paling mutakhir sebelum pembubaran parlimen Pengerusi SPR telah menjamin bahawa beliau telah pun berbincang dan meminta Menteri Penerangan memberi laluan 'air-time' yang 'adil' (tidak minta sama pun) kepada parti-parti bertanding dan laporan yang 'balanced' atau berimbang (3 Mac, 2013, The Edge).

Pengerusi SPR mesti dipertanggungjawabkan tentang kegagalan ini. Kepincangan dalam memberi parti-parti bertanding dalam sesuatu pilihanraya dikategorikan sebagai amalan sebuah demokrasi 'pilihanraya autokrasi-kukubesi' atau 'electoral authoritarianism' oleh disiplin ilmu Sains Politik contohnya oleh Professor Andreas Schedler. Sifat-sifat negara itu adalah seperti berikut:

"..privileged ruling parties oppress the opposition, elections are unfair, the judiciary is biased and citizens lack freedom of assembly, speech and access to the press". Malang Malaysia masih digolong dalam kelompok ini seperti juga Singapura, Kemboja, Vietnam dan Myannmar. Indonesia tidak lagi tersenarai dalam ketegori ini.

Satu laporan kajian kerjasama (21 April, 2013) yang dibuat oleh University Nottingham dan Centre for Independent Journalism (CIJ) dalam projek "Watching the Watchdog" tentang hal trend media dan pola pelaporan seluruh media di antara pembubaran parlimen dan hari penamaan calon, merumuskan perkara berikut. "Rakyat Malaysia (pengundi) adalah ternafi dari mendapat maklumat tentang parti-parti yang bertanding secara adil dan objektif dalam media perdana. Sementara media on-line portals membuat liputan hampir sama untuk kedua-dua koalisi kerajaan (BN) dan pembagkang (PR)".

Cukup ciri ini sahaja untuk melayakkan pentadbir SPR digantung untuk disingkirkan dalam waktu sesegera mungkin bagi memberi laluan penubuhan sebuah Suruhanjaya Pilihanraya Baru sesuai dengan semangat Rekonsialiasi Najib.

Tentunya ramai masih lagi tidak berpuas hati selagi tidak dihukum Pengerusi dan Timbalan SPR atas pelbagai kepincangan penjalanan pilihanraya. Isu dakwat kekal yang tidak kekal, dakwaan tentang pemberi kerakyatan kepada warga asing yang belum layak tetapi menjadi pengundi, daftar pemilih yang belum BERSIH termasuk nama pengundi-pengundi akibat Projek IC Sabah yang sedang dalam siatan RCI, kaedah berkempen yang paling kotor mengheret pertentangan kaum dan agama serta penggunaan keganasan sekaligus tidak memenuhi kriteria pilihanraya yang BEBAS- dari intimidasi termasuk takut-takutkan pengundi dengan rusuhan ala 13 Mei dan Negara kristian dan pelbagai yang lain.

Yang jelas dan muktamadnya, Pengerusi dan Timbalan SPR mesti meletakkan jawatan segera kalau tidak mahu dipecat oleh PM Najib ataukah mahu sahaja disingkir melalui sebuah Referendum atau Tribunal Rakyat!


* Penulis adalah Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan Pas Pusat.

Memang wajar Pengerusi SPR dan Timbalan letak jawatan.

Posted: 03 Jun 2013 09:14 PM PDT

Petisyen PRU13: BN Perak juga ragui peranan SPR

Harakahdaily,04 Jun 2013
KUALA LUMPUR: PAS Perak melihat cadangan Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menubuhkan satu Jawatankuasa Khas di bawah Parlimen bagi memantau Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) telah secara langsung memperakui kelemahan dan ketidakbolehpercayaan badan tersebut dalam menjalankan tanggungjawab dan amanah bagi mengendalikan sistem pilihan raya di Malaysia.

"Tindakan BN untuk memfailkan petisyen untuk lebih 50 kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun) juga dilihat secara terangan sebagai satu bentuk protes dan bantahan terhadap kredibiliti SPR dalam menguruskan proses pilihanraya yang adil dan telus," ujar Ketua Penerangan PAS Perak, Dr Ahmad Nuri Al-Amin (gambar) dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Malah, ujarnya BN negeri adalah antara yang paling awal meragui ketelusan SPR bilamana Pengerusinya, Datuk Seri Zambry Abd Kadir, telah mengesahkan pihaknya akan memfailkan petisyen mencabar keputusan PRU13 sejak23 Mei lagi.

Katanya, ia jelas menunjukkan bahawa BN Perak turut meragui peranan SPR dalam mengendalikan PRU yang lalu dan bersetuju dengan Pakatan Rakyat bahawa badan itu tidak cekap menjalankan pilihan raya yang perlu dicabar keputusan tersebut di mahkamah.

"BN Perak secara tidak langsung percaya bahawa keputusan PRU13 yang lalu tidak 'tepat' dan sewajarnya dicabar sepertimana yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Malaysia," ujarnya lagi.

Beliau berkata, ia juga kegagalan SPR menjalankan tugas yang sewajarnya dan selama ini menjadi pertikaian banyak pihak di atas ketelusan dan kemampuannya.

Tambah beliau, justerun ramai yang mendesak agar diwujudkan satu Suruhanjaya Diraja bagi mengkaji peranan dan kebolehpercayaan SPR untuk mengendalikan PRU akan datang.

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 04 Jun 2013 09:25 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani


Apakah rakyat kurang menggunakan perkhidmatan keretapi pada ketika ini?

Posted: 04 Jun 2013 08:05 AM PDT


KTMB henti lapan perkhidmatan
4 Jun 2013

KUALA LUMPUR - Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan memberhentikan lapan perkhidmatannya termasuk empat perkhidmatan dari Kuala Lumpur ke Butterworth dan sebaliknya iaitu melibatkan perkhidmatan Ekspres Sinaran Utara dan Senandung Mutiara mulai 1 Julai ini.

KTMB dalam kenyataan di sini semalam berkata, dua perkhidmatan antara Tumpat dan Woodlands CIQ di Singapura iaitu Ekspres Sinaran Timur dan dua perkhidmatan antara Gemas dan Woodlands CIQ iaitu Shuttle Tebrau turut diberhentikan.

Katanya, penstrukturan semula perkhidmatan kereta api KTMB itu dibuat selepas mengambil kira keperluan kerja baik pulih dan menaik taraf koc sedia ada serta perkembangan projek landasan berkembar yang sedang berjalan termasuk aspek permintaan penumpang.

"Dengan penstrukturan semula jadual waktu itu, perkhidmatan kereta api antara bandar diharapkan dapat memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan," menurut kenyataan itu.

N45 Dr Halimah Ali

Posted: 04 Jun 2013 09:17 AM PDT

N45 Dr Halimah Ali


PESTA BUKU SELANGOR KEDUA TERBESAR DI MALAYSIA

Posted: 04 Jun 2013 06:29 AM PDT

 SHAH ALAM
3 Jun 2013

EXCO Pendidikan Selangor yang baru dilantik semula pada 30 Mei yang lalu , YB Dr Halimah Ali telah menjalankan tugas rasmi pertamanya di MAJLIS PENUTUP PESTA BUKU SELANGOR 2013 yang telah berlangsung selama 11 hari.
Pesta Buku menjadi acara tahunan bagi PPAS(Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor) dan telah semakin terserlah dan mendapat sambutan hangat sejak bermulanya dengan pengisytiharan HARI ILMU oleh DYMM SULTAN SELANGOR pada 26 JUN 2010 dalam gerakan membaca perdana yang telah memecah MALAYSIA BOOK OF RECORDS sebagai the largest outdoor reading event yang berjaya mengumpul 15,271 peserta untuk membaca selama 1 jam di TASIK SHAH ALAM.
 Rentetan daripada segala usaha untuk mengilmukan rakyat Selangor, PPAS telah di amanahkan oleh EXCO PENDIDIKAN bagi pihak kerajaan Selangor untuk MERAKYATKAN ILMU, yakni menjadi agensi penting untuk memberi akses kepada rakyat Selangor kepada pelbagai sumber ilmu khususnya bagi mereka yang kurang  mampu.
Ini merupakan strategi kerajaan Selangor melonjakkan kualiti hidup melalui proses membudayakan ilmu agar rakyat Selangor terlengkap dengan segala bekalan ilmu untuk memberdayakan modal insan ke arah keberkesanan hidup di dunia dan insya Allah hingga akhirat.

SHAH ALAM CONVENTION CENTRE sebuah anak syarikat PKNS telah dipilih untuk menjadi venue yang menyediakan suasana yang kondusif, santai dan dilengkapi dengan kemudahan solat dan tempat rehat dan sangat sesuai untuk seisi keluarga.
Pempamer buku dan alat pendidikan daripada pra sekolah hingga ke IPT dengan harga yang sangat berpatutan adalah poin positif dalam usaha menggalakkan masyarakat melabur untuk sumber ilmu: buku!
Tahniah PPAS, PEMPAMER, SACC dan semua pengunjung serta rakyat Selangor yang semakin deras melangkah ke depan menjadi warga berilmu pengetahuan.
Semoga visi Selangor untuk menjadi negeri idaman, maju, sejahtera dan berkebajikan insyaAllah akan tercapai. Amin

Start it right, the right way ,the right niat

Posted: 03 Jun 2013 03:07 PM PDT

Al-Fatiha (The Opening)
Topics discussed in this Verse:
[Allah's attributes:Most Gracious] [Allah's attributes:Most Merciful]
  • 1:1 (Malay) Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.   

  • Topics discussed in this Verse:
    [Allah:Praise be to Him] [Allah's attributes:Cherisher and Sustainer] [Allah's attributes:Lord of the Worlds]
  • 1:2 (Malay) Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam,   

  • Topics discussed in this Verse:
    [Allah's attributes:Most Gracious] [Allah's attributes:Most Merciful]
  • 1:3 (Malay) Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,   

  • Topics discussed in this Verse:
    [Allah's attributes:King (Sovereign)] [Allah's attributes:Master of the Day of judgment] [Day of judgment] [Day of judgment:dominion shall be for Allah]
  • 1:4 (Malay) Yang menguasai hari pembalasan.   

  • Topics discussed in this Verse:
    [Allah:seek His help] [Allah:serve Him] [Allah:worship Him (alone)]
  • 1:5 (Malay) Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan   

  • Topics discussed in this Verse:
    [Allah's guidance] [Straight way (or path)] [Way the right]
  • 1:6 (Malay) Tunjukilah kami jalan yang lurus,   

  • Topics discussed in this Verse:
    [Allah's grace to humanity] [Straight way (or path)] [Unbelievers:astray]
  • 1:7 (Malay) (yaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.
  • PAS Kulaijaya

    Posted: 04 Jun 2013 07:27 AM PDT

    PAS Kulaijaya


    Hebatnya Islam

    Posted: 04 Jun 2013 12:36 AM PDT

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan