Harakahdaily, | 14 Jun 2013 |
KUALA LUMPUR: Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (Pendidik Malaysia) mengalu-alukan kehadiran warga pendidik dari pelbagai institusi ke Majlis Sanjungan Budimu Guru, Ahad ini di Auditorium Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor.
Program yang cukup bermakna ini dianjurkan dengan dengan kerjasama Jawatankuasa Tetap Pendidikan Tinggi Dan Pembangunan Modal Insan serta AmalNita Selangor juga Pendidik.
Demikian kata Presiden Pendidik, Normala Bt. Sudirman (Cikgu Mala) (
gambar bawah) dalam kenyataannya.
Bertemakan "Guru Murabbi Penjana Khaira Ummah", suatu forum akan diadakan selain acara perasmian yang akan disempurnakan perasmiannya oleh Dr. Halimah Ali selaku Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi Dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor.
Antara jemputan istimewa adalah Siti Zailah Mohd Yusuf selaku Ahli Parlimen Rantau Panjang yang juga merupakan Ketua Dewan Muslimat Pas Pusat.
Turut dijangka meraikan majlis ini juga adalah Dr. Hjh Siti Mariah Bt. Mahmud selaku Ahli Parlimen Kota Raja merangkap Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat.
Majlis yang bermula pada jam 8.30 pagi ini akan berakhir hingga jam 1.00 tengahari dengan diserikan oleh ucapan perasmian, forum upacara memotong kek, tayangan montaj dan jamuan sebagai penghargaan kepada warga pendidik yang hadir.
Majlis Sanjungan Budimu Guru diadakan sebagai tanda penghargaan kepada warga pendidik khususnya majoritinya wanita yang sentiasa sabar dan tabah dalam mencurah bakti menggalas tugas suci mendidik anak bangsa demi memartabatkan profesionalisme perguruan dan agenda pendidikan dalam persada pendidikan negara.
Selain dari menjadi wadah dan wahana untuk saling bertukar – tukar pandangan tentang masa depan anak bangsa, warga pendidik dapat mengeratkan silaturrahim dan menyimpul ukhuwwah sesama teman seperguruan di Malaysia yang tercinta dalam majlis yang bersejarah ini, kata Cikgu Mala.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan