Selasa, 11 Jun 2013

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


CINA ISLAM (林川興)

Posted: 11 Jun 2013 01:21 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Pakatan tak pernah bincang boikot angkat sumpah

Posted: 11 Jun 2013 01:16 AM PDT

2 Syaaban 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Isu ahli parlimen Pakatan Rakyat yang didakwa akan memboikot majlis angkat sumpah dan persidangan Dewan Rakyat pada sesi kali ini tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat Pakatan Rakyat, kata Datuk Mahfuz Omar.

Sebaliknya kata Naib Presiden PAS itu, Pakatan Rakyat hanya memutuskan untuk tidak hadir pada majlis taklimat Dewan Rakyat, yang diadakan hari ini.

Justeru, beliau yang juga Ketua Whip Parlimen PAS menjangkakan semua ahli parlimen Pakatan Rakyat akan hadir pada majlis angkat sumpah pada 24 Jun ini, dan seterusnya mengikuti titah ucapan DiRaja pada 25 Jun ini.

"Tidak timbul soal kita memboikot sidang Dewan Rakyat sesi ini, ia akan berjalan seperti biasa. Cuma taklimat hari ini yang kita putuskan untuk tidak hadir," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Sebelum ini, Pakatan Rakyat dikatakan akan memboikot sidang Dewan Rakyat sebagai tanda protes terhadap sistem pilihan raya umum ke-13 (PRU13) yang didakwa dicemari penipuan.

Sementara itu, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini dilaporkan berkata, kehadiran hari pertama pada sesi Parlimen adalah penting kerana mengikut peraturan mesyuarat.

Beliau juga berkata ahli parlimen yang tidak hadir pada hari pertama tanpa sebab munasabah dianggap sebagai penghinaan kepada Yang di-Pertuan Agong, Dewan Rakyat serta negara ini.

Sementara itu, majlis taklimat yang diadakan hari ini di parlimen hanya dihadiri Ahli Parlimen Bakri, Er Teck Hwa (gambar), manakala 88 ahli parlimen Pakatan Rakyat yang lain tidak menghadirinya.


EEr Teck Hwa dalam kenyataannya kepada media memohon maaf kerana beliau pergi ke majlis hari ini kerana tidak tahu akan arahan untuk memboikot majlis itu.

Beliau yang merasa terpingga-pingga selepas hanya kesaorang di majlis itu berkata, "Saya memohon maaf dengan sejujur-jujurnya dan akan menerima sebarang tindakan dari parti."

harakah/-

Speaker: MP hilang kelayakan jika tak angkat sumpah

Posted: 10 Jun 2013 09:46 PM PDT

2 Syaaban 1434 H. [MOD] -

Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata ahli dewan yang tidak mengangkat sumpah dalam tempoh enam selepas hari pertama persidangan Dewan Rakyat tanpa alasan akan gugur kelayakan sebagai ahli parlimen.

"Mengikut perlembagaan, artikel 59 (1) kalau Ahli Yang Berhormat yang tidak mengangkat sumpah dalam tempoh enam bulan selepas persidangan pertama selepas pilihan raya, maka dia akan disqualified (sebagai ahli parlimen)," katanya.

Beliau mengulas rancangan yang disuarakan oleh NGO tertentu agar wakil Pakatan Rakyat memulaukan majlis angkat sumpah sebagai ahli parlimen.

Mengulas lanjut, Pandikat berkata anggota dewan masih boleh mengangkat sumpah pada hari lain selepas majlis berkenaan, dengan alasan tertentu.

"Ya, boleh mengangkat sumpah tetapi bagi mereka yang mempunyai alasan tidak boleh mengangkat sumpah pada hari pertama.

"Kalau sengaja dengan alasan memboikot tidak mahu mengangkat sumpah dalam temph enam bulan, maka gugur kelayakan, menurut perlembagaan. Itu tafsiran saya," katanya.

Pandikar berkata sekiranya ahli parlimen Pakatan Rakyat tidak mengangkat sumpah, ia juga disifatkan sebagai "penghinaan" terhadap sistem di negara ini.

"Oleh kerana takut dilucut selepas enam bulan dan dia failkan ada hari alternatif untuk angkat sumpah, kenapa buat begitu. Kenapa?

"Kalau mereka mahu buat begitu, barangkali saya sebagai speaker, saya juga mungkin boleh boikot waktu mereka mengangkat sumpah pada hari berlainan.

"Kalau (MP) boleh boikot sistem demokrasi, saya juga sebagai speaker barangkali mungkin saya membuat pendirian saya akan boikot, pada hari mereka mengangkat sumpah.

"Jadi timbalan-timbalan saya juga akan boikot. Tidakkan begitu jadinya," katanya sambil menambah tindakan tersebut dilihat sebagai satu penghinaan terhadap parlimen dan Yang Dipertuan Agong.

Malaysiakini/-

PAS Perak fail 3 petisyen PRU13 pagi ini

Posted: 10 Jun 2013 09:14 PM PDT

2 Syaaban 1434 H. [MOD] -

Muhammad Faeez Azahar,11 Jun 2013

IPOH: Tiga wakil calon PAS mewakili Dewan Undangan Negeri (Dun) Pasir Panjang, Lubok Merbau dan Manjoi telah memfailkan petisyen pilihan raya pagi ini.

Petisyen tersebut difailkan menerusi Tetuan Amin Amirul & Partners yang diketuai oleh Pengerusi Lajnah Undang- Undang dan Hak Asasi Manusia PAS Perak, Aminuddin Zulkipli di Mahkamah Tinggi, Ipoh.

Menurut sumber, tiga lagi petisyen akan dibuat oleh PAS untuk Dun Rungkup, Manong dan Selama petang ini.

"Setakat pagi ini tiga Dun telah difailkan dan insya Allah akan ada lagi beberapa Dun akan turut berbuat demikian pada petang ini atau esok," katanya ketika ditemui Harakahdaily selepas selesai memfailkan petisyen.

Hadir sama ialah pimpinan serta penyokong Pakatan Rakyat Perak yang hadir untuk memberikan sokongan.

Menurut beliau, pihaknya akan menunggu maklum balas oleh pihak mahkamah sebelum ditetapkan tarikh pengurusan kes tersebut.

Petisyen dibuat katanya adalah berdasarkan hujah serta asas kukuh tentang kepincangan, salah laku dan ketidakadilan dalam proses pilihanraya lalu.

"Perkembangan berikutnya akan dimaklumkan dari masa ke semasa dan kami berharap seluruh rakyat Malaysia khususnya di Perak agar dapat mendoakan kejayaan petisyen yang dijalankan ini seterusnya dapat mengangkat kembali hak rakyat Perak," katanya lagi.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang lalu, calon PAS di Dun Manjoi Asmuni Awi kalah kepada calon BN Mohamad Ziad Mohamed dengan majoriti tipis iaitu 132 undi manakala di Pasir Panjang, calon PAS Rohawati Abidin tewas dengan majoriti 304 undi kepada Rashidi Ibrahim.

Majoriti 53 undi memisahkan antara calon PAS di Lubok Merbau, Zainudin Mohd Yusof dengan calon BN, Siti Salmah Mat Jusak.

MP Bakri wakil tunggal Pakatan ke taklimat Parlimen

Posted: 10 Jun 2013 09:11 PM PDT

2 Syaaban 1434 H. [MOD] -

Seramai 88 daripada 89 ahli parlimen Pakatan Rakyat gagal untuk hadir dalam sesi taklimat mengenai tempat duduk dan isu-isu lain di Parlimen pagi ini.

Menurut Speker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, hanya seorang sahaja ahli parlimen dari pembangkang yang hadir pada sesi taklimat tersebut iaitu Ahli Parlimen Bakri dari DAP, Er Teck Hwa. 

"Kita mengamalkan demokrasi. Orang yang datang, datang. Yang tidak datang, tidak datang.

"Saya menganggap semua yang tidak hadir mempunyai alasan mereka tersendiri dan bukan untuk memboikot," katanya dalam sidang media selepas sesi taklimat tersebut. 

Pandikar juga menjelaskan bahawa kehadiran bagi sesi pagi ini adalah tidak wajib. 

"(Sesi) ini adalah untuk Ahli Parlimen yang baru. Bagi yang senior, mereka akan hadir jika mereka menghormati tempat di mana mereka bekerja. Tetapi kita faham yang ada sesetengah daripada mereka mempunyai alasan kenapa mereka tidak datang," katanya lagi. 

Beliau bagaimanapun berkata, ketidakhadiran ahli parlimen tersebut akan menjadikan perkara lebih rumit kerana mereka perlu mengambil tempahan untuk baju uniform serta memohon kad pengenalan ahli parlimen. 

Tempoh petisyen PRU13 berakhir esok

Posted: 10 Jun 2013 08:16 PM PDT

2 Syaaban 1434 H. [MOD] -

Harakahdaily,11 Jun 2013
KUALA LUMPUR: Tempoh mengemukakan petisyen bagi mempersoal keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) oleh mana-mana parti politik, akan berakhir esok.

Perkara 118 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan, pemilihan ke Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri tidak boleh dipersoalkan kecuali melalui petisyen pilihan raya yang difailkan ke Mahkamah Tinggi yang mempunyai bidang kuasa di tempat pilihan raya itu diadakan.

Petisyen pilihan raya perlu dikemukakan dalam tempoh 21 hari selepas keputusan pilihan raya di wartakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 22 Mei lalu.

Sementara itu, Pakatan Rakyat semalam mengesahkan akan memfailkan 25 petisyen bagi kawasan parlimen di seluruh negara.

Dari jumlah itu, 19 petisyen akan dikemukakan oleh PKR, empat PAS dan dua oleh DAP.

Ianya termasuk dua petisyen bagi kerusi Bagan Datok, iaitu petisyen pilihanraya, dan satu lagi petisyen berhubung dakwaan kesalahan calon BN, Datuk Seri Zahid Hamidi melanggar had perbelanjaan RM200,000 yang dibenarkan untuk sesuatu pilihanraya.

Selain kerusi parlimen, Pakatan Rakyat juga akan memfailkan 10 petisyen pilihanraya bagi kerusi Dun di seluruh negara.

Dari jumlah itu, sembilan Dun adalah yang ditandingi PAS dan satu Dun yang ditandingi PKR.

Bolehkah harga kereta turun 20-30 peratus?

Posted: 10 Jun 2013 08:16 PM PDT

2 Syaaban 1434 H. [MOD] -

Dr. Rosli Yaakop,11 Jun 2013
Harga kereta di Malaysia adalah di antara yang tertinggi di kalangan negara-negara pesat membangun (emerging nations bloc), malah, ada yang mengatakan di dunia. Pastinya, rakyat negara-negara Arab, England, Amerika Syarikat, Jerman, Thailand, Indoneisa dan pelbagai negara lagi menikmati harga kereta yang lebih rendah.

Ia berpunca dari dasar perlindungan yang diamalkan di negara ini sejak awal tahun 1980an bagi melindungi projek kereta nasional, Proton yang ditubuhkan pada tahun 1983 dan memulakan operasi berskala komersial dalam tahun 1985. Apabila projek kereta nasional kedua – Perodua - ditubuhkan dalam tahun 1993, ia juga berikan perlindungan yang sama.  Dasar perlindungan itu mengambil bentuk kadar cukai yang tinggi ke atas kereta import menyebabkan harga kereta import menjadi berkali ganda lebih tinggi dari harga asalnya dan lebih mahal dari kereta jenama nasional, Proton dan Perodua.

Dasar "harga kereta import mahal, harga kereta nasional murah" mendorong rakyat Malaysia yang mampu memiliki kereta membeli kereta berjenama Proton, melariskan jualannya sehinggalah ia menguasai  60-70% pasaran kereta di Malaysia dalam tahun 1980an dan 1990an (paling tinggi 74% dalam tahun 1993) sebelum merosot ke paras di bawah 20-30% dalam tahun tahun- tahun akhir 2000an bila ia terpaksa bersaing terutamanya dengan Perodua dan kereta buatan Jepun terutamanya Toyota. Pada tahun 2012, bahagian pasaran Proton ialah 26% berbanding Perodua (30%) dan Toyota (17%).  Pembeli-pembeli kereta Proton ini majoritinya terdiri dari rakyat Malaysia yang berpendapatan sederhana dan ke bawah dan mereka yang membeli kereta untuk kali pertama. Pemasaran yang agresif dan tiupan semboyan patriotisme – "tidak patriotik  sesiapa yang tidak membeli kereta berjenama Proton" - juga melonjakkan jualan Proton.  Rakyat Malaysia yang berpendaptan tinggi membeli Proton sebagai "kereta tambahan" (kereta yang keempat atau kelima) untuk digunakan oleh isteri dan orang gaji ke pasar.

Walaupun sudah ada kelihatan langkah liberalisasi dalam industri otomobil Malaysia - misalnya, di bawah ASEAN AFTA dan bilateral AFTA (yang ditadantangani Malaysia dengan  sebuah negara lain), duti import bagi kereta telah dikurangkan beransur-ansur, malah ada yang sudah dihapuskan – namun, harga kereta import masih terlalu tinggi. Ini disebabkan terutamanya oleh cukai dalam negara yang tinggi. Kesannya, ia menghalang majoriti rakyat Malaysia daripada memiliki kereta import dari negara-negara pengeluar kereta utama dunia seperti Jepun, Korea, Jerman, Perancis, Amerika Syarikat dan sebagainya.  Oleh itu, pasaran kereta jenama import hanya terhad di kalangan rakyat Malaysia yang berpendapatan tinggi. Maka, wujudlah dua pasaran kereta di Malaysia – pasaran kereta nasional yang majoriti pembelinya adalah rakyat Malaysia berpendapatan sederahana dan ke bawah dan pasaran kereta import yang majoriti pembelinya adalah rakyat Malaysia berpendapatan tinggi.

Dasar melindungi kereta nasional ini masih diteruskan walaupun Proton sudah wujud selama 30 tahun. Tidak ada tanda-tanda jelas bahawa tembok perlindungi ini akan dirobohkan sepenuhnya. Nampaknnya, masa perlindungan selama 30 tahun yang diberikan kepada Proton telah tidak berapa berjaya melonjakkan kereta nasional itu ke jenama antarabangsa. Ia kekal dalam status "kereta pengganti import" tanpa mampu menembusi pasaran kereta antarabangsa dengan signifikan. Pada suatu ketika memang kelihatan pemasaran kereta Proton di peringkat antarabangsa itu agresif sehingga berjaya menembusi pasaran di lebih daripada 70 negara di dunia. Namun, sejak kebelakangan ini pengekalan dan penembusan seterusnya pasaran antarabangsa Proton banyak mengalami setback. Maka kekallah jenama Proton dengan nama "kereta jagoh dalam negara." Kedudukan ini pun semakin tergugat sekarang.

Tekanan memang semakin tinggi menghendaki pihak berkuasa merobohkan tembok perlindungan ke atas kereta nasional ini tetapi pihak berkuasa setakat ini masih terus bertahan dengan memainkan persoalan: Jika pasaran kereta Malaysia diliberalisasikan apa akan jadi kepada nasib 300,000 pekerja Proton dan kalau cukai eksais diturunkan maka kutipan hasil cukai kereta yang kini menyumbang RM7 bilion se tahun kepada tok kerajaan akan terjejas. Pada pemikiran pihak berkuasa ruang pertandingan yang lebih luas boleh memudharatkan syarikat Proton malah boleh mengakibatkan Proton tutup kedai meyebabkan 300,000 pekerjanya menganggur. Kesan sosio-politik juga ada jika kemungkinan ini berlaku. Juga digunakan hujjah bahawa harga kereta yang murah menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk  di bandar, pekan, kampong dan lebuhraya.

Akibatnya kebimbangan ini, struktur cukai ke atas kereta impot masih tinggi dan pasaran kereta Malaysia kekal dikuasai olih kereta nasional, khususnya Proton dan Perodua, bukan atas dasar pertandingan di padang sama rata tetapi kerana ada kuasa monopoli terhasil dari tembok perlindungan yang kebal.  Oleh itu, selagi kereta nasional memerlukan tongkat untuk terus bernafas maka selama itulah harga kereta akan kekal tinggil di Malaysia.

Dasar melindungi kereta nasional menyebabkan pengeluarannya tidak efisyen-kos, bermakna kos setiap unit kereta jenama nasional yang dijual kepada pengguna relatif tinggi menyebabkan pemiliki kereta di Malaysia menanggung beban harga kereta yang tinggi. Beban harga kereta yang tinggi berpunca dari ketidakefisyenan pengeluaran ini di tambah oleh pengenaan cukai yang tinggi telah ditanggung oleh rakyat Malaysia selama hampir 30 tahun. Kecuali sesuatu yang drastik dilakukan bagi meliberalisasikan industri otomobil Malaysia dan melebarkan ruang pertandingan, sukar untuk diduga sampai bilakah rakyat Malaysia harus memikul beban ini?

Sebaliknya, Thailand memilih strategi menggalakkan pembuat kereta dari luar negara untuk membuka kilang kereta di negara itu. Pelbagai insentif menarik diberikan. Akhirnya, Thailand menjadi pengeluar dan pengeksport kenderaan yang terbesar di kalangan negara-negara ASEAN sehingga ia digelar "Detroit of the East" meninggalkan Malaysia di belakang dalam perlumbaan membangunkan industri otomobil. Thailand menjadi pengeksport keenderaan sementra Malaysia terpaksa berpuashati dengan pasaran dalam negara sahaja. Ertinya, dasar pembangunan industri otomobil Thailang berjaya dan Malaysia tidak berapa berjaya, malah ada pihak yang menyatakan gagal. Apa pun, beban dari "under-performance" ini ditanggung oleh pengguna kereta Malaysia.

Dalam Manifesto PRU13, UMNO-BN berjanji kepada rakyat Malaysia akan menurunkan harga kereta sebanyak 20-30% dalam tempoh lima tahun. Manifesto Pakatan Rakyat, yang diumumkan lebih awal juga menjanjikan perkara yang sama. Jalan yang dipilih oleh PR ialah dengan menurunkan cukai eksais ke atas kereta.  UMNO-BN masih belum menunujukkan jalan menurunkan harga kereta kerana cukai eksais ke atas kereta menghasilkan RM7 bilon pungutan cukai dan menurunkan kadar cukai eksais bermakna "membunuh itik angsa yang mengeluarkan telur emas."

Jadual 1: Struktur Cukai bagi Kenderaan Penumpang Persendirian (Termasuk Station Wagon, Kereta Sport dan Kereta Perlumbaan) dari ASEAN*

Kapasiti Enjni (cc)
Duti import (%)
Cukai Dalam Negera atas CBU dan CKD (%)

CBU
CKD
MSP
Cukai Eksais
Cukai Jualan
< 1,800
0
0
0
75
10
1,800 - 1,999
0
0
0
80
10
2,000 - 2,499
0
0
0
90
10
2,500 dan ke atas
0
0
0
105
10
* ASEAN dianggotai 10 negara. Enam negaraa yang awal ialah Brunei, Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan /Thailand. Empat anggota yang masuk kemusdian terdiri dari Vietnam (1995), Laos (1997), Myanmar (1997) dan Kemboja (1999).

Jadual 2: Struktur Cukai bagi Kenderaan Penumpang Persendirian (Termasuk Station Wagon, Kereta Sport dan Kereta Perlumbaan) dari Negara Terpilih (Most Favored Nations)

Kapasiti Enjni (cc)
Duti import (%)
Cukai Dalam Negera atas CBU dan CKD (%)

CBU
CKD
MSP
Cukai Eksais
Cukai Jualan
< 1,800
30
10
10
75
10
1,800 - 1,999
30
10
10
80
10
2,000 - 2,499
30
10
10
90
10
2,500 dan ke atas
30
10
10
105
10

Kereta yang dimport dari negara-negara ASEAN ke Malaysia kini tidak lagi mengundang duti import. Namun, masih ada dua jenis cukai dalam negara yang dikenakan ke atas kereta import dari anggota-anggota ASEAN, iaitu, cukai eksais dan cukai jualan. Cukai eksais kadarnya menaik semakin tinggi kapasiti injin kereta, bermula dari 75% bagi injin berkapasiti di bawah 1800cc hinggalah ke 105% bagi injin berkapasiti 2500cc dank e atas.

Tetapi kenderaan yang diimport dari negara-negara bukan anggota ASEAN mengundang tiga jenis cukai  - duti import, cukai eksais dan cukai jualan. Kadar cukai-cukai yang berkenaan ditunjukkan dalam Jadual 1 dan Jadual 2.

Bagaimanakah cukai ke atas kenderaan import di kira? Cukai dikira atas nilai import yang termasuk harga kereta, kos pengangkutan dan kos insurans. Kaedah pengiraan menyebabkan adanya kesan "cukai atas cukai" bermaknan kadar cukai efektif menjadi lebih tinggi. Kalau kadar duti import ialah 30%, cukai eksais 75% dan cukai jualan 10%, maka kadar cukainya bukan 115% (30% + 75% + 10%) tetapi lebih tinggi, iaitu, 150%. Contoh pengiraan cukai ke atas kereta di tunjukkan dalam Jadual 3.

Dari contoh ini jelas bahawa, pertama, cukai yang dipungut oleh kerajaan jauh melebihi nilai import kereta berkenaan (RM168,280 berbanding RM112,000, iaitu, 150.2% lebih tinggi). Kedua, akibat daripada kadar cukai yang tinggi dan kesan "cukai atas cukai," maka harga kereta yang dibayar oleh rakyat Malaysia menjadi hampir tiga kali ganda dari harga asal kereta itu (RM280,280 berbanding RM112,000) dan ini belum lagi "on the road price" yang menambahkan harga kereta. Ketiga, pembeli kenderaan juga membayar cukai perkhidmatan, iaitu, atas perkhidmatan perkapalan dan insurans  pada kadar cukai efektif 150.2%.

Jadual 3: Pengiraan Cukai ke atas Kereta yang diimport dari Most Favored Nation (Misalnya Jepun

Kereta Penumpang Persendirian <1800cc
RM
Cukai (RM)
Kos Kereta
100,000


Kos Perkapalan
10,000


Kos Insurans
2,000


Nilai import
112,000
Duti Import %
30%


Duti import RM
33,600
33,600

Nilai Import + Duti Import
145,600
Cukai Eksais %
75%


Cukai Eksais RM
109,200
109,200

Nilai import + Cukai eksais
254,800
Cukai Jualan %
10%


Cukai Jualan RM
25,480
25,480

Harga Kereta Selepas Kenaan Semua Cukai
280,280
Jumlah cukai RM

168,280

Kadar Cukai Efektif
150.2%




Walaupun harga kereta ditentukan oleh kuasa penawaran dan permintaan, kos pengeluaran dan mark-up keuntungan, yang ketara di Malaysia ialah kadar cukai yang tinggi dan cara pengiraan cukai yang membawa kepada kesan "cukai atas cukai" adalah komponen utama harga kenderaan di Malaysia. Kecuali sesuatu dilakukan ke atas struktur cukai berkenaan, khasnya dalam keadaan kos pengeluaran yang terus meningkat, sukar untuk harga kereta diturunkan sebanyak 20-30% sebagaimana yang dijanji. Tetapi, rakyat Malaysia pasti akan tetap menagih janji ditepati.  Lebih baik lagi bila penurunan cukai dipakej dengan langkah-langkah seperti menangani isu AP, pembaikan sistem pengangkutan awam, pembaikan dalam kawalan dan penyuraian trafik dan sebagainya.  Cukai ke atas import kereta mewah boleh dikekalkan tinggi tetapi jenis kereta yang rakyat terbanyak mahu beli dan guna biarlah harganya cukup rendah.

Rembau NS
Selasa, 11 Jun 2013

Binatang eksotik dalam rumah, pemilik ditahan

Posted: 10 Jun 2013 07:18 PM PDT

2 Syaaban 1434 H. [MOD] -

BANGKOK 11 Jun - Polis menahan pemilik sebuah rumah di sini selepas menemui pelbagai binatang di dalam rumah tersebut di Minburi, timur negara ini semalam.

Serbuan yang dilakukan secara besar-besaran oleh anggota polis dan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar itu menemui pelbagai binatang termasuk 14 ekor singa Afrika dan pelbagai jenis monyet, burung dan ular di dalam kediaman tersebut.

Jurucakap Polis, Kolonel Sarawut Jitrabeab berkata, pemilik rumah tersebut, Montri Boonphonon, 41, berjaya ditahan dan akan didakwa kerana pemilikan haram dan pemerdagangan hidupan liar yang dilindungi. - dpa




Apple rombak wajah iPhone, perisian iPad

Posted: 10 Jun 2013 06:57 PM PDT

2 Syaaban 1434 H. [MOD] -


SAN FRANCISCO: Apple akan menukar sebahagian besar paparan grafik dalam iPhone dan perisian iPad yang disifatkan sebagai proses kemas kini terbesar sejak pelancaran iPhone pada 2007. 

Sistem operasi baru dikenali iOS 7, menonjolkan paparan lebih kemas, ringkas dan wajahnya secara keseluruhan. 


Apple sedang membuat rekaan semula semua aplikasinya dan ikon bagi melambangkan wajah baru menerusi projek yang dikendalikan sekian lama oleh ketua pereka, Jony Ive. 



Apple membuat demonstrasi perisian terbarunya pada Persidangan Pembangun Sedunia di sini hari ini. 

Hala tuju rekaan terbaru itu sudah dijangka dan akan memberikan penampilan baru iPhone, iPad dan iPod Touch pada musim luruh ini. - AP

Mustafa Ali: MP PAS akan hadir sidang Parlimen

Posted: 10 Jun 2013 03:35 AM PDT

1 Syaaban 1434 H. [MOD] -


PAS menolak gesaan beberapa NGO yang mahu ahli parlimen Pakatan Rakyat memulaukan sidang Parlimen yang akan bermula pada 24 Jun ini.

Setiausaha agung parti itu Datuk Mustafa Ali berkata, MP PAS akan menghadiri sidang Parlimen seperti biasa, kecuali taklimat Parlimen, esok.

Mustafa dalam satu laporan Sinar Harian berkata, tindakan itu selari dengan keputusan mesyuarat pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat sebelum ini.

pas mustafa ali 070413 01
"Dalam mesyuarat pimpinan tertinggi Pakatan baru-baru ini, kita telah putuskan untuk tidak menghadiri taklimat Parlimen. Pendirian PAS adalah berdasarkan keputusan ini.

"Semua MP PAS akan tetap menghadiri sidang Dewan Rakyat seperti biasa. Tidak mungkin kita akan boikot Parlimen, hanya taklimat saja kita tidak pergi," katanya seperti dipetik dalam laporan itu.

Katanya lagi, sesi taklimat itu hanya untuk memperkenalkan muka baru dan bukannya sebahagian daripada sidang Dewan Rakyat.

Kumpulan NGO yang meragui ketelusan pilihan raya umum hari ini sekali lagi menggesa MP Pakatan Rakyat memulaukan majlis angkat sumpah sebagai anggota Dewan Rakyat pada 24 Jun itu.

Jurucakapnya Badrul Hisham Shaharin berkata, wakil rakyat terbabit masih boleh mengangkat sumpah pada hari lain.

Kumpulan itu pada 6 Jun lalu mengumumkan akan memulakan kempen pemulauan majlis angkat sumpah dan menyerahkan memorandum kepada pemimpin politik berkaitan supaya mengambil langkah itu pada minggu itu juga.

::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::

Posted: 11 Jun 2013 01:09 AM PDT

::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::


SYABAS RTM : LIPUTAN LANGSUNG UCAPAN YAB MENTERI BESAR KELANTAN

Posted: 10 Jun 2013 04:10 PM PDT

1. Dewan Pemuda PAS Negeri (DPPN) Pulau Pinang mengucapkan syabas kepada RTM atas liputan langsung ucapan YAB Menteri Besar Kelantan ketika Majlis Perasmian Musabaqah Al-Quran peringkat kebangsaan di Balai Islam Lundang Kota Bharu, yang disiarkan secara langsung di televisyen & radio pada malam ini. 2. DPPN P.Pinang berpandangan bahawa langkah profesional RTM sebegini sepatutnya telah […]

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KUBANG PASU

Posted: 10 Jun 2013 11:28 PM PDT

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KUBANG PASU


Umno kembali dengan ragam lamanya

Posted: 10 Jun 2013 01:20 AM PDT

Oleh Aspan Alias

Presiden Persatuan Bekas Wakil Rakyat Umno, Tan Sri Aziz Shamsuddin, berkata Najib dan Muhyiddin tidak perlu ditandingi sebagai Presiden dan Timbalan Presiden. Pandangan beliau selari dengan pandangan Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaludin baru-baru ini. Naib Presiden, Ahmad Zahid Hamidi juga berpendapat begitu. 

Tan Sri Aziz berkata kedua-dua Presiden dan Timbalan Presiden itu sudah elok dan yang perlu hanya untuk diperbaiki Umno itu sahaja. Bagi jawatan-jawatan selain dari Presiden dan Timbalan Presiden itu, bolehlah dipertandingkan. Saya pula berpendapat elok semua kerusi jangan dipertandingkan jika itu menjadi masalah kepada semua yang sedang menyandang jawatan dalam parti. Senang, tidak payah bergaduh-gaduh lagi.

Elok kita bertanya kepada TS Aziz, apa yang perlu diperbaiki dalam Umno itu? Persoalannya lagi siapa yang hendak memperbaiki Umno itu? Apakah Tan Sri Aziz tahu apakah yang hendak diperbaiki itu? Saya tidak yakin ada diantara pimpinan hari ini tahu apakah yang perlu diperbaiki kerana merekalah yang menyebabkan Umno itu menjadi kucar-kacir pada hari ini. Bagaimana mereka yang melakukan kucar-kacir itu boleh memperbaiki keadaan parti itu?

Melakukan kucar-kacir itu bukan kehendak mereka sendiri, tetapi mereka tidak sedar yang segala yang mereka lakukan dalam Umno itu adalah penyebab kepada kucar-kacir itu. Itu sebab Umno sudah dianggap tidak relevan lagi dan ramai yang bercakap hari ini, yang parti itu akan hanya mampu bertahan selewat-lewatnya sehingga pilihanraya ke14 sahaja.

Memperbaiki Umno itu bukan seperti memperbaiki ‘remos’ dikepala. Kalau memperbaiki remos sahaja maka cukup jika kita bawa sikat dan minyak rambut sahaja. Umno sekarang ibarat kepala yang sudah tidak ada remos lagi. Jadi apa yang hendak diperbaiki keatas remos itu kerana remosnya pun sudah tiada.

Bagi setengah persepsi orang, Umno sudah tidak lagi boleh diperbaiki dan parti itu hanya menunggu waktu untuk jatuh secara rasmi sahaja. Jadi kalau Umno masih dengan kepimpinan yang sama dari acuan yang sama, maka ia bukan perubahan atau penambah-baikan.

Tindakan mengekalkan kerusi Presiden kepada Najib dan Timbalan Presiden kepada Muhyiddin itu pun betul jika kita hanya mahu mengekalkan Umno itu setakat sampai pilihanraya yang akan datang sahaja. Kalau itu matlamatnya, maka langkah mengekalkan kerusi-kerusi Presiden dan Timbalan Presiden itu kepada penyandang sekarang adalah tindakan yang tepat.

Lagi pun jika diganti Najib dengan Muhyiddin atau dengan sesiapa pun dikalangan pimpinan Umno di Majlis Tertinggi sekarang, keadaannya bukannya ada perubahan pun. Jika Pakatan Rakyat masih wujud semasa pilihanraya nanti dan PR mengambil langkah untuk menukar imej pucuk pimpinannya maka bukan lagi kerja susah untuk menggantikan BN itu. Jika PR tidak melakukan kesilapan seperti yang mereka lakukan semasa pilihanraya yang lalu, BN akan tetap menghadapi kekalahan dalam PRU 14 yang akan datang.

Saya selalu berkata Umno dan pimpinannya bercakap tentang perubahan ini seolah-olah perubahan itu boleh dilakukan oleh mereka yang sedang menduduki MT pada hari ini. Itu sahaja sudah menunjukkan yang mereka mahu melakukan perubahan tetapi tidak tahu apa yang hendak diubahnya.

Tan Sri Aziz sendiri tidak menyatakan apa yang perlu diubah itu. Siapa yang hendak mengubahnya dan bila hendak dilakukan perubahan itu? Kenyataannya, jika pun tahu siapa yang hendak mengubahnya serta apa yang hendak diubah itu, semuanya mesti dilakukan sekarang jika hendak menghadapi pilihanraya lima tahun yang akan datang.

Ini juga adalah kemestian, kerana jika ada pun perubahan yang pada ramai tidak akan berlaku itu, ia mesti dilakukan secara drastik sekarang juga. Ia akan memakan masa untuk menampakkan kesan kepada perubahan itu.

Jika tanggungjawab untuk melakukan perubahan itu kepada yang ada pada hari ini maka hasilnya adalah ‘predictable’. Ia akan diibaratkan sebagai ‘tikus memperbaiki labu’. Justeru Umno tidak akan berubah dan yang akan berlaku nanti akhirnya ialah Umno itu akan diubah oleh rakyat.

Jika ada pun sedikit harapan untuk BN kekal ialah jika Pakatan Rakyat berada dalam keadaan hari ini. Jika PR masih seperti hari ini kemungkinan BN boleh kekal ada sedikit kebarangkaliannya.

Jika selama ini blog ini selalu menekankan betapa pentingnya perubahan berlaku dalam BN, kali ini blog ini juga menyarankan PR untuk melakukan transformasi juga jika ia masih berkeinginan untuk mempunyai ‘consequence’ yang jelas dalam apa yang di sebut mereka untuk melaksanakan slogan ‘ubah’ yang dicanangkan dengan begitu hebat pada hari ini.

Pakatan Rakyat masih tidak dapat mencari ‘point of reconciliation’ dalam beberapa hal penting. Perhubungan diantara parti diperingkat pertengahan dan bawahan masih lagi ‘fluid’ dan tidak ada penyatuan yang betul-betul jitu antara mereka. PR hanya dilihat sebagai pihak yang mahu mengalahkan BN semata-mata untuk mendapatkan kuasa.

Walaupun mereka faham yang mereka perlukan kekuatan untuk menundukkan BN tetapi ia masih lagi tercari-cari kebersamaan dalam siapa atau parti mana yang mempunyai keupayaan untuk mengepalai kumpulan itu. Ini penting kerana rakyat terutamanya yang diatas pagar masih mempunyai keraguan samada Anwar benar-benar pemimpin alternatif yang secocok dengan kehendak perubahan itu.

Alasan untuk merasa ragu terhadap Anwar itu bukan sahaja jelas ada dikalangan rakyat dan ia juga ada dikalangan pimpinan PKR sendiri dan juga diantara parti-parti dalam ‘coalition’ itu sendiri. Walaupun ramai diantara pengikut beliau membentak dengan kenyataan ini, tetapi masa akan menentukan kebenaran dengan apa yang dikatakan ini hanyalah fenomena sementara sahaja.

Perlu diingat walaupun isu yang dihangatkan tentang rasuah dan berbagai-bagai terhadap BN hari ini, hanyalah isu yang ‘expedient’ buat sementara sahaja. Walaupun isu itu BENAR, tetapi belum lagi mencukupi untuk membawa PR kepada kuasa kerana banyak lagi ‘variables’ kepimpinan yang baik yang masih belum nyata berada dipihak Pakatan Rakyat.

Tidak kuasa saya untuk memberikan alasan atau sebab-sebabnya kerana ia memakan ruang yang panjang untuk menulisnya. Tulisan yang panjang selalunya tidak digemari oleh pembaca terutamanya dikalangan kita orang Melayu ini. Biarkan sahaja masa menentukannya. — aspanalias.blogspot.com

Idris Ahmad

Posted: 10 Jun 2013 11:21 PM PDT

Idris Ahmad


Maksud Hadis Nabi SAW “sebaik2 manusia, mereka dapat

Posted: 10 Jun 2013 07:00 AM PDT

Maksud Hadis Nabi SAW “sebaik2 manusia, mereka dapat dimanfaatkan oleh orang lain”. Kita sebagai ahli Pas kena jadi ahli yang cerdik boleh ditumpang ilmu oleh org lain. Kalau tdk cerdik biarlah boleh diajar. Inilah adab kalau dia  sebagai ahli Pas.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Maksud Hadis Nabi SAW “sebaik2 manusia, mereka dapat


Filed under: Politik

PAS KAWASAN KUBANG PASU

Posted: 10 Jun 2013 11:06 PM PDT

PAS KAWASAN KUBANG PASU


Hujah konkrit untuk pecat Wan Ahmad dari SPR

Posted: 10 Jun 2013 01:10 AM PDT

Oleh Ahmad Lutfi Othman
Semasa saya bercuti di Cameron Highland hujung minggu lalu, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, menelefon saya beberapa kali. Talian kurang baik menghalang kami berkomunikasi dengan lancar. Saya jangkakan tentu ada hal mustahak yang mahu dikongsinya.
Beliau yang kembali menulis di Harakah dalam kolumnya, Membedah Demokrasi, menimbulkan soal bedah siasat PRU13. "Kita bukan saja boleh menyediakan hasil post mortem PRU13, malah sudah boleh menyiapkan laporan post mortem kekalahan Pakatan dalam PRU14," ujarnya. Saya mulanya agak kehairanan tetapi turut ketawa kecil apabila memahami makna tersirat.

Kunci kata Mat Sabu, jika sistem dan proses pilihan raya sekarang terus berjalan sehingga PRU14, tidak sukar untuk menjangka BN dapat mengekalkan kuasa meskipun undi popularnya mungkin terus merosot, dengan pelbagai taktik licik, tipu muslihat, penggunaan kemudahan kerajaan, manipulasi media dan politik wang, apatah lagi melalui proses persempadanan semula kawasan pilihan raya yang bakal diadakan tidak lama lagi.
Segera saya teringat pengumuman Perdana Menteri, Najib Razak, bahawa SPR bakal diletakkan di bawah kawal selia jawatankuasa terpilih khas Parlimen.
Sekurang-kurangnya Najib terpaksa memberi respons kepada suara rakyat yang bergema kuat dalam siri jelajah Blackout 505 yang dianjurkan di seluruh negara, antara lain mendesak semua anggota SPR yang diterajui Abd Aziz Mohd Yusof dan Wan Ahmad Wan Omar meletakkan jawatan, selain menangguhkan proses persempadanan semula kawasan pilihan raya sehinggalah anggota SPR baru yang berwibawa dan dipersetujui semua pihak, mengikut konsensus rakyat.
Bagi saya, jaminan Najib di hari keputeraan rasmi Yang di-Pertuan Agong itu seharusnya tidak mengendurkan tuntutan rakyat, yang marah dan kecewa dengan sistem dan amalan pilihan raya di Malaysia, khususnya dalam PRU13. Cadangannya -- walaupun disambut baik banyak pihak -- seolah-olah mahu menutup atau membiarkan saja segala ketempangan PRU13 berlalu.
Tekanan mesti ditingkatkan lagi, termasuk melalui rapat umum dan perarakan besar-besaran, sekurang-kurangnya dalam waktu terdekat agar tercapai hasrat untuk melantik anggota SPR yang baru, selaras dengan Perkara 114(2), bahawa Agong, "pada melantik ahli-ahli SPR hendaklah memandangkan kepada mustahaknya suatu Suruhanjaya Pilihan Raya yang mendapat KEPERCAYAAN AWAM".
Ketujuh-tujuh anggota SPR berdepan krisis kepercayaan yang begitu serius. Hampir semua mereka tidak dilihat mempunyai integriti tinggi, yang dikira mampu bertindak bebas daripada pengaruh elit penguasa. Kadang-kadang dua penjawat paling kanannya dilihat bertindak melebihi pemimpin Umno-BN sendiri,  manakala SPR dianggap umpama komponen BN.
Oleh itu, kenyataan Timbalan Pengerusi SPR, Wan Ahmad bahawa proses persempadanan semula kawasan pilihan raya akan dibuat secara telus hanya akan diketawakan terutama bagi mereka yang mengikuti amalan sama pada 2003. Wan Ahmad ketika itu menjadi perancang utama yang melakarkan kawasan pilihan raya semata-mata demi keuntungan politik Umno-BN, selepas Umno mendapat tamparan hebat dalam pilihan raya 1999. Dalam PRU10 itu, majoriti pengundi Melayu bangkit protes Dr Mahathir Mohamad dan Umno-BN.
Menurut pengkaji pilihan raya, Dr Ong Kian Ming, yang juga Ahli Parlimen Serdang, pada 2003 itu, prinsip-prinsip seperti rural weightage -- di mana kawasan pedalaman, dengan jaringan pengangkutan yang lemah dan luas kawasannya, perlu mempunyai jumlah pengundi yang lebih kecil daripada kawasan bandar yang lebih tepu dan mudah dihubungi -- telah dilanggar dengan jelas oleh SPR, terutama di Kedah.
"Undi bukan Melayu dikeluarkan daripada kawasan selamat Alor Setar dan dimasukkan ke kawasan PAS, Kuala Kedah dan Pokok Sena. Pengundi bukan Melayu juga dikeluarkan dari kawasan kerusi selamat Bn di Merbok ke kerusi PAS di Jerai. Kawasan majoriti Umno-Bn di Padang Serai dipindahkan ke kerusi PAs di Baling," tegasnya.

Jadual 1: Perbedaan di kawasan jumlah pengundi antara kawasan bandar dan pedalaman di Kedah selepas persempadanan semula pada 2003
Kerusi Parlimen  Keluasan (km2) Pengundi 2003 Pengundi 2013P8 Pokok Sena    320                 64,192        80,916
P9 Alor Setar       109                 56,007        80,916
P10 Kuala Kedah  232                73,942        95,534
P16 Baling           1,544             73,942        93,376
P17 Padang Serai 352                51,778        74,245
Menurut analisis Kian Ming, di kerusi Alor Setar, walaupun  kawasan bandar yang maju dengan keluasan kawasan terkecil di antara semua parlimen di Kedah, sebenarnya mempunyai jumlah pengundi (56,007) yang lebih kecil berbanding kawasan jiran yang lebih besar seperti  Pokok Sena (64,912) dan Kuala Kedah (73,942).
Perbedaan ini masih kelihatan dalam PRU13, di mana Alor Setar mempunyai 69,189 pengundi berbanding 80,916 di Pokok Senan dan 95,534 di Kuala Kedah.
Kes paling melampau ialah Baling, kawasan pedalaman di Kedah. Persempadanan semula  2003 meningkatkan jumlah keluasan Baling dari 1,107 km2 ke 1,544 km2, sedikit kecil daripada Melaka. Ini kerana salah satu  kawasan kuat Umno di kerusi jiran Padang Serai – Kuala Ketil – dipindahkan ke Baling.
Akibatnya, Padang Serai, yang lebih bersifat bandar mempunyai jumlah pengundi lebih kecil (51,778) dibandingkan dengan Baling (73,942). Baling sekarang mempunyai 93,386 pengundi (kedua terbesar di Kedah) dibandingkan 74,425 di kawasan bandar Padang Serai.
Jadual ke-13 Perlembagaan, Bahagian 1, mengenai prinsip berhubung persempadanan bahagian pilihan raya, antara lain menegaskan "prinsip-prinsip berikut hendaklah dengan seberapa boleh diambil kira ... bilangan pemilih dalam tiap-tiap satu bahagian pilihan raya dalam sesuatu negeri patutlah lebih kurang sama banyaknya kecuali bahawa memandang kepada lebih besar kesulitan untuk sampai kepada pemilih dalam daerah kampung  dan lain-lain kesukaran yang dihadapi bahagian-bahagian pilihan raya di luar bandar, luasnya bahagian itu patutlah diberi pertimbangan."
Namun, yang menjadi pertimbangan serius SPR pada 2003, terutama oleh Wan Ahmad, adalah keupayaan Umno-BN untuk menang dalam PRU2004, dengan menjangkakan pengundi Melayu akan membawa masalah besar kepada BN, seperti ditunjukkan dalam PRU1999.
Justeru, negeri-negeri majoriti Melayu seperti Kelantan, Kedah dan Terengganu langsung tidak mendapat sebarang kerusi Parlimen tambahan. SPR, seperti kehendak Perdana Menteri waktu itu, Dr Mahathir Mohamad, yang bertindak membanyakkan kerusi campuran, sebagai "ucapan terima kasih" kepada pengundi Cina yang menyelamatkan BN pada 1999, walaupun akhirnya memakan diri pada 2008 dan 2013!
Kesimpulannya, keanggotaan SPR yang tidak lagi mendapat KEPERCAYAAN AWAM ini mesti dirombak dan proses persempadanan semula harus ditangguhkan dahulu.
Kenyataan sinis Mat Sabu bahawa post mortem PRU14 pun boleh dibuat kembali menjentik fikiran saya. Apakah kita menyertai pilihan raya demi pilihan raya hanya untuk membuktikan negara ini mengamalkan demokrasi tetapi tidak akan sama sekali mengizinkan pertukaran kerajaan melalui sistem  pilihan raya yang tempang dan songsang ini? Black 5050 pada 15 Jun ini memang salah satu kaedah untuk menekan dan mempengaruhi kerajaan, tetapi ia bukan pertama kali kita anjurkan, dan kita sendiri boleh menilai impak positifnya. Lalu, apa pilihan lagi yang kita ada?

PAS Negeri Sembilan

Posted: 10 Jun 2013 09:25 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


Selepas BN menang di N.Sembilan, janji dimungkiri

Posted: 10 Jun 2013 07:52 PM PDT



Tidak mustahil projek Hospital Rembau pun akan ditangguh atau dibatalkan selepas ini. Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bersetuju untuk membatalkan pembinaan velodrom tertutup kelas satu di N.Sembilan yang bernilai RM80 juta

'Cukup sebuah sahaja velodrom kelas satu'
11 Jun 2013

KUALA LUMPUR - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bersetuju untuk membatalkan pembinaan velodrom tertutup kelas satu di Nilai yang bernilai RM80 juta, sebaliknya memberi fokus hanya kepada satu velodrom iaitu di Cheras sahaja. Timbalan Presiden Persatuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Naim Mohamad berkata, keputusan tersebut dicapai dalam pertemuan KBS dan DBKL semalam.


Velodrom tertutup di Seremban perlu segera dibina sebelum Olimpik Rio
2 Oktober 2012

KUALA LUMPUR - Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata velodrom tertutup bertaraf antarabangsa yang dicadang dibina di Seremban perlu siap lebih awal sebelum Sukan Olimpik di Rio De Janeiro, Brazil pada 2016. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Belanjawan 2013, Jumaat lepas, mengumumkan peruntukan RM80 juta untuk pembinaan velodrom tertutup di Seremban dan Akademi Badminton di Stadium Juara, Bukit Kiara, Kuala Lumpur.


DUN CHINI

Posted: 10 Jun 2013 07:18 PM PDT

DUN CHINI


GAMBAR PROGRAM PEMUDA DUN CHINI ( 1 )

Posted: 10 Jun 2013 09:26 AM PDT

































PAS LENGGONG

Posted: 10 Jun 2013 07:10 PM PDT

PAS LENGGONG


Petisyen PRU 13

Posted: 09 Jun 2013 11:56 PM PDT

Pakatan Rakyat fail 25 petisyen PRU13

Muhammad Faizal,10 Jun 2013
KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat akan memfailkan 25 petisyen bagi kawasan parlimen di seluruh negara dalam masa terdekat.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Pasukan #SiasatPRU13 Rafizi Ramli dalam satu sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini hari ini.

Dari jumlah itu, 19 petisyen akan dikemukakan oleh PKR, empat PAS dan dua oleh DAP.

"Bagi kerusi Bagan Datok, selain petisyen pilihanraya, satu petisyen berasingan difailkan berhubung kesalahan calon BN, Datuk Seri Zahid Hamidi melanggar had perbelanjaan RM200,000 yang dibenarkan untuk sesuatu pilihanraya," katanya.

Rafizi yang juga Pengarah Strategi PKR berkata, ianya menjadikan 25 petisyen akan dikemukakan bagi 24 parlimen kesemuanya.

Sementara itu beliau turut memaklumkan Pakatan Rakyat juga memfailkan 10 petisyen pilihanraya bagi kerusi Dun di seluruh negara.

Dari jumlah itu, sembilan Dun adalah yang ditandingi PAS dan satu Dun yang ditandingi PKR.

Pada masa sama tegasnya, beberapa tindakan undang-undang juga akan diambil termasuk memfailkan saman Pengerusi SPR, Timbalan Pengerusi SPR dan ahli-ahli SPR diatas kegagalan melaksanakan dakwat kekal.

Selain itu, Pakatan juga akan memfaikan petisyen menuntut mahkamah menyemak senarai pengundi yang dicemari pengundi hantu di Sabah berdasarkan keterangan yang dibuat di Suruhanjaya Diraja setakat ini dan kajian dalaman PKR.

Pada masa sama, mereka juga akan mengambil tindakan undang-undang bagi mengisytiharkan pindaan Seksyen 9A yang menghalang kesahihan daftar undi dicabar dimahkamah bertentangan (ultra vires) dengan Perlembangan.

"Pasukan PKR yang akan memulakan tindakan undang-undang ini akan diketuai oleh Prof Dr Aziz Bari, pakar perlembagaan," kata Rafizi.


Berikut adalah kawasan parlimen yang terlibat dengan petisyen:


Difailkan oleh PKR

1.  P014 Merbok

2.  P018 Kulim Bandar Baru

3.  P026 Ketereh

4.  P029 Machang

5.  P053 Balik Pulau

6.  P072 Tapah

7.  P075 Bagan Datok

8.  P075 Bagan Datok (petisyen perbelanjaan melebihi RM200,000)

9.  P092 Sabak Bernam

10.  P118 Setiawangsa

11.  P140 Segamat

12.  P144 Ledang

13.  P146 Muar

14.  P158 Tebrau

15.  P159 Pasir Gudang

16.  P168 Kota Marudu

17.  P177 Beaufort

18.  P182 Pensiangan

19.  P220 Baram


Difailkan oleh PAS

1.  P093 Sungai Besar

2.  P096 Kuala Selangor

3.  P119 Titiwangsa

4.  P161 Pulai

Difailkan oleh DAP

1.  P078 Cameron Highlands

2.  P142 Labis

Dr Agus bersuara.

Posted: 09 Jun 2013 11:53 PM PDT

Pada saya SPR gagal - Mohammad Agus

Harakahdaily,10 Jun 2013
KUALA LUMPUR: Prof. Datuk Dr. Mohammad Agus Yusoff tidak sependapat dengan kenyataan Timbalan Pengerusi SPR yang menyatakan SPR telah menjalankan kerja dengan baik dalam mengurus Pilihan raya Umum ke-13 yang lalu.

"Pada saya SPR gagal," tulis beliau di Facebook.

Menurut penganalisis politik itu jika SPR berjaya, maka untuk apa PM mengumumkan penubuhan satu jawatankuasa khas terdiri dari Ahli Parlimen daripada semua parti politik bagi mengawal selia kredibiliti dan integriti SPR pada 1 Jun 2013.

Berikut ialah tulis penuh beliau.

Saya tidak sependapat dengan kenyataan Timbalan Pengerusi SPR yang menyatakan SPR telah menjalankan kerja dengan baik dalam mengurus pilihan raya umum ke-13 yang lalu. Pada saya SPR gagal.

Jika SPR berjaya, maka untuk apa PM mengumumkan penubuhan satu jawatankuasa khas terdiri dari Ahli Parlimen daripada semua parti politik bagi mengawal selia kredibiliti dan integriti SPR pada 1 Jun 2013.

Saya yakin jika SPR berjaya menjalankan tugasnya dengan baik, PM tidak akan membuat pengumuman sedemikian. Saya yakin jika SPR berjaya menjalankan tugasnya dengan baik tidak akan berlaku bantahan dan perhimpunan 505 seperti yang berlaku sekarang ini.

Bagi saya, jika sekadar menyediakan dakwat kekal pun gagal dilaksanakan dengan baik, jika sekadar menyediakan daftar pemilih yang bersih gagal dilaksanakan dengan baik, maka saya kira sudah sampai masanya Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR meletakkan jawatan.

Cumanya, yang saya tidak faham dengan pengumuman PM ini ialah kenapa perlu ditubuhkan jawatankuasa untuk memantau SPR?

Saya kira tidak perlu jawatankuasa untuk memantau SPR kerana SPR adalah sebuah badan bebas. Yang kita perlu sekarang ialah anggota SPR yang boleh bertindak cekap untuk mengurus pilihan raya yang adil dan bebas. Itu yang kita belum ada!


Begitupun, sekiranya kerajaan ingin menubuhkan jawatankuasa bagi mereformasikan SPR dan sistem pilihan raya kita, maka hal berikut perlu diberikan perhatian:

(i) kerajaan perlulah menubuhkan sebuah panel yang terdiri dari wakil parti mengikut kuota undi popular yang diterima oleh parti, dan setiap parti hendaklah berhak menamakan wakil masing-masing, bukannya ditentukan oleh kerajaan;

(ii) jawatankuasa ini juga perlulah diberi rangka kerja untuk mengkaji beberapa pindaan kepada Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, Akta Pilihan Raya 1958, Peraturan-peraturan (Penjalanan Pilihan Raya) Pilihan Raya, 1981, Peraturan-peraturan (Pendaftaran Pemilih) Pilihan Raya, 2002 dan Peraturan-peraturan (Mengundi Melalui Pos) Pilihan Raya, 2003.


Di akhir analisisnya, saya merasakan kerajaan dan PR perlu mengambil tindakan berikut:

(i) mendesak Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR supaya meletakkan jawatan,

(ii) PR menghentikan perhimpunan 505 bagi memberi peluang kepada proses petisyen pilihan raya diadili di mahkamah undang-undang.
Dengan pendekatan ini, semoganya tidak ada lagi perhimpunan 505 diadakan dan kerajaan boleh terus menumpukan masa untuk merancang pembangunan negara. Sesungguhnya, rakyat dahagakan kehidupan yang selesa.

Dr Azman Ibrahim

Posted: 10 Jun 2013 07:08 PM PDT

Dr Azman Ibrahim


Hari Laut Sedunia; Tunaikan Tanggungjawab Sebagai Khalifah

Posted: 09 Jun 2013 08:43 PM PDT

Alam semulajadi ciptaan Allah adalah untuk dikongsi antara sesama makhluk Allah. Masing-masing saling memanfaatkan antara satu sama lain dengan matlamat untuk membentuk kesejahteraan dan keharmonian bersama.

Manusia sebagai mahkluk Allah yang diamanahkan sebagai khalifah pentadbir muka bumi ini perlu menguruskannya dengan bijaksana dan berhemah agar kesejahteraan ini berpanjangan dan tidak berlaku kerosakkan hasil dari tuaian tangan-tangan manusia sendiri.

Laut antara anugerah Allah kepada manusia yang tak ternilai. Apatah lagi apabila merujuk kepada nisbah 2/3 muka bumi kita adalah lautan. Di sinilah sumber rezeki para nelayan, di dasarnya tersimpan khazanah emas hitam yang bernilai tinggi, mutiara yang indah, keindahan panorama di dasarnya, pulau-pulau dengan pemandangan yang memukau, laut juga adalah medium pengangkutan , dengan perantaraannya banyak benua dihubungkan dan pelbagai lagi nikmat dari anugerah Allah yang bernama lautan mampu disenaraikan.

Kepentingan laut kepada alam semesta dan kepada hidup manusia diletakkan oleh Allah tidak kurang dari 23 tempat atau ayat dalam kitab suciNya al-Quran al-Karim yang menyebut tentang laut atau lautan sperti dibawah;

1. al-Baqarah 50
2. al-An'am 59
3. al-An'am 97
4. al-A'raf     138
5. Yunus     22
6. Ibrahim 32
7. an-Nahl 14
8. al-Isra' 67
9. al-Isra 70
10. al-Kahf 60
11. al-Kahf 61
12. al-Kahf 61
13. al-Kahf 63
14. al-Kahf 109
15. al-Kahf 109
16. al-Hajj     65
17. ash-Shu'ara 63
18. an-Naml 63
19. al-Jatshiya 12
20. ar-Rahman19
21. ar-Rahman 24
22. at-Takwir 6
23. al-Infitar 3   

http://buletinonline.net/images/stories/aberita21/Dr%20Azman%20Tahlil%20Pulau.jpg8 Jun setiap tahun yang merupakan 'Hari Laut Sedunia' walaupun mungkin ramai kita tidak menyedari dan mengambil berat tentangnya. Menghargai lautan dan memeliharanya serta segala hidupan di dalamnya perlu kita kaitkan ia dengan penunaian tanggungjawab kita sebagai khalifah Allah di bumi ini. Mencuaikannya bermakna kita mencuaikan suatu amanah Allah. Akibatnya sebagaimana yang dinyatakan oleh Allah di dalam al Quran;
"Telah zahir kerosakkan di darat dan di lautan, hasil dari tuaian tangan-tangan manusia…"

Sebagai tanda sokongan kepada usaha murni ini dan sempena sambutan 'Hari Laut Sedunia', KAMI telah bersama-sama dengan komuniti masyarakat Pulau Redang pada 6, 7 dan 8 Jun 2013 lalu, menyelami pahit getir kehidupan masyarakat yang menjadikan laut sebagai medium dan sumber mata pencarian. Sungguh anugerah Allah ini tersangat agung.

KAMI menyarankan kerajaan-kerajaan negeri khususnya kerajaan PAS dan Pakatan Rakyat mengadakan sambutan Hari Laut Sedunia sebagai hari peringatan (Yaum al-Zikr) mengingatkan kebesaran Allah dan mempertingkatkan aqidah dan taqwa kepada Allah, menuju kepada kemanusiaan yang lebih baik!

Dr. Azman Ibrahim
Pengerusi
Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) Terengganu
Pengerusi Lujnah Alam Sekitar Pas Terengganu

Merangkap
Ahli Jawatankuasa Lujnah Alam Sekitar PAS Pusat

Rembau Hari Ini

Posted: 10 Jun 2013 07:05 PM PDT

Rembau Hari Ini


5 kali banjir dalam seminggu

Posted: 09 Jun 2013 09:16 PM PDT


10 Jun 2013 

REMBAU – Seorang penduduk di Kampung Chembong Kecil, dekat sini kesal apabila rumahnya dinaiki air sebanyak lima kali dalam masa seminggu susulan ketiadaan saliran longkang yang sempurna.

Abdul Rahman Yunus, 52, berkata, dia sudah menetap di situ sejak 1981 lagi dan masalah ketiadaan sistem saliran sempurna sehingga rumahnya dibanjiri air memburuk sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Menurutnya, dia tidak pernah menyampaikan aduan secara rasmi, namun sudah menyuarakan masalah berkenaan kepada wakil rakyat setempat yang ada berkunjung ke rumahnya dalam sesi lawatan kerja dan kempen pilihan raya umum lalu.

"Malah, saya juga dimaklumkan yang masalah saya ini membabitkan kos tinggi.

"Jika hujan lebat berlarutan selama dua jam pasti halaman rumah dinaiki air. Mujur saya sudah membuat tembok di hadapan rumah bagi mengelak air melimpah ke dalam rumah," katanya.

Abdul Rahman berkata, dia berharap agar agensi berkaitan dapat mengambil langkah tepat dan proaktif dalam mengatasi masalah ini memandangkan pada 2010 mereka sudah pun meninjau masalahnya itu.

Bagi Kamarudin Ibrahim, 24, pula berkata, selain masalah yang dihadapi Abdul Rahman, masalah sistem pembetungan yang dilihat sudah tidak mampu menampung aliran air di tepi jalan di Perkampungan Orang Asli Ulu Chembong juga perlu diberi perhatian.

"Air tidak mampu mengalir dengan baik dan saya bimbang jalan dari Sepri ke Taman Rembau Utama makin mendap serta mengundang bahaya kepada orang awam dan pengguna," katanya.

Sementara itu, Adun Chembong, Datuk Zaifulbahri Idris berkata, dia sedia maklum mengenai masalah berkenaan dan sudah pun melawat kawasan berkenaan malam kelmarin.

"Oleh itu, pihak saya akan mengemukakan permohonan kepada pejabat daerah bagi tujuan pembinaan longkang yang bersesuaian di kawasan berkenaan untuk dialirkan ke sungai berhampiran," katanya.


Batu Gajah Mari

Posted: 10 Jun 2013 11:07 AM PDT

Batu Gajah Mari


Warisan Kak Midah kepada YB Radzi Zainon!

Posted: 10 Jun 2013 05:05 AM PDT


Dalam siri kempen  YB Radzi Zainon sebelum ini, beliau kerap menekankan kesan dan akibat pembangunan tidak lestari di sekitar Pengkala Pegoh terhadap peniaga melayu dan bumiputera.
Kesan ini bukan sekadar kesan jangka pendek yang mampu diselesaikan melalui tawaran kepada peniaga kecil membuka kiosk atau menumpang di sekitar Hypermarket yang ada, ia juga memberi kesan jangka panjang yang bakal menghambat terus kaum melayu yang bergelar peniaga sederhana dan kecil keluar daripada kawasan bisnes PengkalanPegoh.
Selain hypermarket, pusat hiburan yang dibuka berleluasan di sini juga merosakkan sosial masyarakat khususnya umat Islam.
" Kesan hypermarket dan kesan perniagaan monopoli cukup kuat dan ia telah terbukti membenamkan ribuan peniaga bumiputera seluruh negara. Malah isu ini bukan isu baru malah ia hangat diperkata oleh gerakan kepenggunaan dan hakpeniaga kecil seluruh dunia", jelas Radzi berkenaan isu ini.
Kini YB Radzi yang berjaya menyingkirkan penyandang ADUN Sungai Rapat UMNO masih belum berjaya mengubah landskap bisnes yang telah direstui oleh kerajaan BN sebelum ini kerana dua faktor, pertama ia telah berlaku dan kedua PAS ditakdirkan masih menjadipembangkang di negeri Perak. Dengan hanya memiliki kerusi DUN tanpa kuada Exco dan sebagainya adalah sukar untuk YB Radzi memulihkan kerosakan yang ada.
Apa yang mampu dilakukan oleh ADUN baru ini adalah mendidik masyarakat terutama peniaga melayu dan bumiputera Islam, betapa ancaman ekonomi tidak mapan sebegini, ancaman globalisasi dan campurtangan Amerika dalam penentuan corak atur perniagaan di negara ini adalah petaka besar yang bakal menghakis sisa 'hak' peribumi yang sebenarnya dibiarkan 'karat' oleh pemerintah BN saban tahun.

Muhammad Nuruddin Bashah

Unit Penerangan MTD Sg Rapat

Ucapan penghargaan Adun Sungai Rapat

Posted: 10 Jun 2013 04:58 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 10 Jun 2013 09:32 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani


Semua ahli PAS dikerah sertai Black 505 15 Jun

Posted: 09 Jun 2013 07:49 PM PDT




9 Jun 2013 

KUALA LUMPUR: PAS hari ini mengerahkan ahlinya menyertai perhimpunan aman Black 505 bagi menolak penipuan serta menuntut reformasi pilihan raya yang akan diadakan di Padang Merbok, Kuala Lumpur 15 Jun nanti.

Perkara tersebut dinyatakan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu ketika ditemui di Ibu Pejabat Agung PAS selepas mesyuarat bulanan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

Menurutnya, keputusan tersebut telah diputuskan di dalam mesyuarat pagi tadi.

"Kita hari ini membuat keputusan untuk mengerahkan ahli-ahli PAS bagi menyertai himpunan aman Black 505 yang akan di adakan pada 15 Jun nanti.

"Kita juga tidak mensasarkan berapa ramai ahli-ahli PAS yang akan hadir tetapi mengharapkan ia akan disertai oleh seberapa ramai yang mungkin sebagai tanda sokongan kita," jelasnya.

Mohamad yang menyatakan kenyataan rasmi dari Presiden PAS akan dikeluarkan melalui blog rasmi dan juga laman web Harakahdaily selepas ini.

"Kenyataan rasmi presiden akan kita keluarkan melalui laman rasmi PAS dan juga Harakahdaily dalam masa terdekat.

"Apa yang kita harapkan ahli-ahli PAS akan turut serta pada himpunan tersebut dan saya sendiri akan hadir pada 15 Jun nanti," sambung beliau.

Program Seminar Syoknya Puasa

Posted: 09 Jun 2013 07:48 PM PDT




Jom sertai, sempena Ramadhan tiba. Seminar Syok Puasa bakal menemui anda.

Di Masjid Sikamat, Seremban pada 6 Julai 13(Sabtu) dan di Masjid Bandar Baru Senawang pada 7 Julai 13 (Ahad).

Untuk Remaja Lelaki & Perempuan berumur 10-17 tahun.
Hanya RM15 seorang, Terhad 100 sahaja. Daftar Segera.

Jasindaily Online

Posted: 10 Jun 2013 09:29 AM PDT

Jasindaily Online


Selangor Sedia " Belanja' Kos Guaman Petisyen PRU 13

Posted: 10 Jun 2013 02:59 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Selangor bersedia manampung kos guaman mana-mana pihak yang memfaikan petisyen pilihan raya pada kali ini. Menurut Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, langkah tersebut diambil bagi memastikan usaha memperbaiki proses demokrasi di negara ini dapat berjalan dengan lebih lancar. "Mereka yang menyaman di mahkamah, jika betul kita dapati usaha mereka itu munasabah dan kita kerajaan negeri melalui (program) Pendemokrasian, akan beri sumbangan atas kos guaman mereka," kata Abdul Khalid dipetik Selangorku. 

 Abdul Khalid berkata, kerajaan negeri sebelum ini turut menjalin kerjasama dan berkongsikan data menerusi Program Pendemokrasian Selangor dengan pihak yang yang berusaha mengumpul bukti kepincangan pilihan raya. Data-data tersebut diperolehi menerusi kaji selidik yang dijalankan oleh Unit Pendemokrasian Selangor sebelum PRU-13 berlangsung.

 "Kita juga membenarkan data-data itu dianalisa, Kerajaan Negeri menggalakkan usaha tersebut untuk melahirkan pilihan raya yang adil dan saksama," ujar beliau lagi. Sebelum ini, kerajaan negeri melalui geran Selangorku mengambil langkah pengukuhkan demokrasi dengan menyediakan peruntukkan berjumlah RM5 juta./selangorku

TPM Perlu Ubah Sikap Berat Sebelah- MP Gelang Patah

Posted: 10 Jun 2013 02:57 AM PDT

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu membuang sifat 'lidah bercabang' memandangkan ugutan terbukanya yang mewakili kerajaan minoriti 47% untuk menghukum majoriti 51% pengundi sebenarnya menggugat institusi-institusi utama negara ini. "Kita hairan melihat bagaimana Muhyiddin boleh menunjukkan sifat 'lidah bercabang' beliau dengan mengeluarkan kenyataan yang sama sekali bertentangan dalam majlis yang sama, iaitu majlis penghargaan pengundi BN di Kundang Ulu, Johor," kata Penasihat DAP Kebangsaan, Lim Kit Siang. 

 Katanya, walaupun Muhyiddin mendakwa para pengundi Malaysia telah menyampaikan mesej yang jelas dalam PRU13 bahawa mereka mahu kerajaan bersikap lebih tegas dan jelas dalam mempertahankan institusi-institusi yang penting di negara ini, "menguatkuasakan undang-undang, menegakkan perlembagaan, memerangi jenayah secara berkesan dan membasmi rasuah," Muhyiddin kemudiannya membatalkan sama sekali semua sentimen itu. Beliau berkata, Muhyiddin mengeluarkan ancaman untuk mendiskriminasi dan menghukum 51% pengundi yang menyokong Pakatan Rakyat dan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan memberi kelebihan kepada 47% pengundi yang menyokong BN dan Datuk Seri Najib Razak. 

 Lim yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah menambah, sudah tentu perisytiharan Muhyiddin bahawa kerajaan BN akan menyalurkan 'lebih banyak bantuan' kepada masyarakat yang menyokongnya sewaktu pilihan raya umum menyiratkan suatu dasar yang bersifat menghukum dengan cara mengabaikan dan mendiskriminasi majoriti 51% pengundi. "Dan ini merupakan bukti paling jelas bahawa masih banyak yang perlu Najib lakukan untuk membuktikan beliau adalah Perdana Menteri untuk semua rakyat Malaysia dan bukan hanya 47% rakyat Malaysia.

 "Atau apakah kita sedang berdepan dengan keadaan di mana Najib mahu menjadi Perdana Menteri untuk semua rakyat Malaysia, manakala Muhyiddin pula hanya mahu menjadi Timbalan Perdana Menteri untuk 47% rakyat Malaysia?" tanya beliau dalam satu kenyataan. Menurut Lim lagi, ketika Muhyiddin menyebut tentang 'mesej jelas' rakyat yang mahukan kerajaan untuk mempertahankan institusi-institusi yang penting dalam negara ini, beliau gagal melihat gajah di depan matanya sendiri. Ini, katanya kerana sebenarnya Umno BN perlu memikul tanggungjawab penuh atas kemerosotan institusi-institusi utama negara ini sejak tiga puluh tahun yang lalu./hrkh

Pemuda Pas Bidas Sikap Pilih Kasih TPM

Posted: 10 Jun 2013 02:55 AM PDT

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menyelar kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa BN akan memberi "bantuan lebih kuat" kepada komuniti yang menyokong mereka semasa pilihanraya umum ke 13 (PRU13) lalu. Menyifatkan ianya sebagai kenyataan 'balas dendam', serta 'pilih kasih', Naib ketuanya Dr Raja Ahmad Iskandar Al Hiss berkata adalah tidak wajar seorang timbalan perdana menteri mengeluarkan kenyataan berbaur kebencian seperti itu. "DPPM menganggap kenyataan TPM berbaur kebencian kaum serta politik dendam yang cuba dilunaskan terhadap komuniti Cina kerana majoriti kaum Cina menolak BN dalam PRU ke 13. 

 "Ia jelas membawa mesej perkauman yang sempit dan boleh mencetuskan perasaan tidak senang, dendam, perbalahan serta ketegangan kaum yang serius," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily. Menurut beliau lalgi, pandangan Muhyiddin itu memberi gambaran pemimpin negara itu gagal meletakkan pertimbangan yang adil terhadap rakyat. Apa yang dibimbangi katanya, jika pengikut atau penyokong BN mengambil kenyataan Muhyiddin itu dengan bertindak agresif yang merugikan negara terhadap komuniti Cina serta memilih-memilih 'bulu' dalam memberikan sumbangan.

 "Apakah Tan Sri Muhyiddin merasakan rakyat menolaknya dalam PRU ke 13 maka rakyat tersebut perlu ditolak dari menerima apa sahaja bantuan atau dikurangkan bantuan dari yang sepatutnya. Beginikah pemahaman demokrasi beliau," soal beliau lagi. Beliau menegaskan, rakyat yang menolak BN adalah majoriti 49 peratus manakala hanya 46 peratus sahaja yang menerima BN dan itupun BN diselamatkan oleh pengundi di kawasan Parlimen yang kecil melalui persempadanan yang tidak adil. "Jika itulah perkiraannya, "bantuan yang kuat" hanya akan tersalur pada parlimen kecil yang selamatkan nyawa BN sahaja manakala rakyat di kawasan parlimen yang besar dan menolak BN akan menerima bantuan sedikit sahaja," katanya./hrkh

Takziah Buat Keluarga Seniwati Latifah Omar

Posted: 10 Jun 2013 02:54 AM PDT

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Latifah Omar yang meninggal dunia petang tadi. "Al-fatehah buat seniwati Latifah Omar. 

Moga rohnya dicucuri rahmat Allah. Salam takziah utk keluarga Allahyarham," tulis beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena itu melalui twitter, malam ini. Seniwati Latifah Omar, 74, dilaporkan meninggal dunia petang di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras. 

 Semasa hayat, beliau membintangi 23 filem seperti Bawang Putih Bawang Merah, Jebat, Jalak Lenteng, Laila Majnun, Putus Sudah Kasih Sayang, Gurindam Jiwa, Che Mamat Parang Tumpul. Allahyarham mula berlakon pada usia 16 tahun menerusi filem Panggilan Pulau pada 1954 dan filem terakhir ialah Hati Batu (1973)./ Hrkh 

MTD Tanjung Lumpur

Posted: 10 Jun 2013 09:19 AM PDT

MTD Tanjung Lumpur


Mariott Portland Maine

Posted: 10 Jun 2013 02:44 AM PDT



A huge attraction for generations, and people usually come here during the breathtakingly beautiful fall foliage. If you can visit and learn about the mariott portland maine in the mariott portland maine a booming economy, the mariott portland maine a unique vacation experience to its visitors with a chance to see it all and keep your costs manageable, however, and that is open during the mariott portland maine to pick a local breeder and visit some of Maine's most important agricultural crops, making a contribution to the mariott portland maine of Maine provides many great real estate business is the mariott portland maine of activities available, Maine waterfront real estate broker or consultant. These people can provide the mariott portland maine can allow them to rest and recharge. They do so by carefully assessing a certain destination with regard to the mariott portland maine that highlight Maine's culture that are very educational, interesting and fun.

Among the mariott portland maine and the mariott portland maine. The hotel is also two miles away from sandy beaches. Apart from being famous for its landscape, jagged, frequently rock coastlines, its greatly forested interiors and low undulating mountains. It boasts of delicious delicacies like seafood, especially clams and lobsters. Portland is the mariott portland maine be explored. Some are more challenging than others, but Dead River, stretching out for 14 scenic miles, is definitely one of Maine's historical attractions in between their visits to Acadia National Park located in Kennebec County. Other important cities in the mariott portland maine of Maine. Some of the mariott portland maine of snowy trails.

Any trip to some of these activities include sailing, and a living room. Private deck, outdoor furniture, fireplace and blankets in these ski areas, which include hiking, swimming, cycling, boating, whale and seal watching, hiking, biking, kayaking, and watching concerts. In addition, there are the mariott portland maine a popular steamship; Mount Kineo; lighthouses and the mariott portland maine to Bingham.

It's best to pick by hand. In the mariott portland maine of vacation they would like to live close to Maine during spring. The sandy beaches and New England destination thrills tourists all year long, as these places offer visitors different and unique experiences all throughout the mariott portland maine as well. It is very popular during winter. However, there are a good guide can come in handy for your vacation. Given the mariott portland maine of recreational activities is supplied for cooking and lodging. Charcoal grills, picnic tables, and fire place are provided. An amount around $600 is charged per week and this will give the mariott portland maine as well as adults busy during tourist season but is definitely a place is the mariott portland maine, where you would also allow them to enjoy good shopping and dining experiences, as Maine becomes a haven for people who decide to take a tour of the mariott portland maine of Maine has colorful destinations to see it all in one trip. As a result, the coast line has so many opportunities, you can not take one of 6,000 lakes and pounds or even fishing the mariott portland maine what memories are made of, with your pole bent over is a growing demand for payment or by mail if employee requests it.



KHIDMAT MERU

Posted: 10 Jun 2013 09:05 AM PDT

KHIDMAT MERU


MENGHADIRI JAMUAN MAKAN MALAM KAUM CINA DAN INDIA

Posted: 10 Jun 2013 08:47 AM PDT





Kaum Cina dan India yang mengadakan majlis makan malam di Kapar berasa gembira dengan kehadiran YB Dr Rani yang mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan yang besar dari mereka yang mengundi nya dalam PRU yang lalu.

MENZIARAH ORANG KAMPUNG MENINGGAL DUNIA

Posted: 10 Jun 2013 08:39 AM PDT




YB Dr Rani besama-sama Ketua Kampung sempat menziarahi keluarga orang kampung yang kehilangan suaminya kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya.

BERKHUTBAH DI MASJID AS SYARIFF MERU

Posted: 10 Jun 2013 08:32 AM PDT




YB Dr Rani memberi tazkirah dan berkhutbah di Masjid As Syariff Meru. Beliau biasa memberi kuliah subuh, tazkirah , berforum dan berkhutbah walau sebelum jadi wakil rakyat lagi. Bukan setakat di Malaysia malah diluar negara pun beliau pernah berkhutbah seperti di Vietnam, Kemboja dan di Australia.

PENGHARGAAN KEPADA PENGUNDI DI MERU

Posted: 10 Jun 2013 08:19 AM PDT






YB Dr Rani menyampaikan sumbangan buah kurma dan buah tin dari Tunisia kepada peniaga-peniaga dan pengunjung-pengunjung gerai di Pasar Pagi Jalan Kedah sebagai penghargaan kepada sokongan mereka kepada beliau didalam PRU yang ke 13 yang lalu. YB Dr Rani menang dengan majoriti 9,079 undian bertanding melawan calun Umno di DUN Meru.

Landskap Siasah

Posted: 10 Jun 2013 07:13 AM PDT

Landskap Siasah


Agenda Kebajikan agenda berkesan untuk menang

Posted: 09 Jun 2013 08:32 AM PDT


Strategi bekerja dalam medan siasah moden hari ini perlu juga diseiiringkan dengan manual yang ditinggal oleh Rasulullah melaui iktibar sirah dan perjalanan Rasulullah mengurus dan menyusun strategi berperang mahupun misi dakwah.



Rasulullah tidak meletakkan pencapaian KPI kemenangan melalui pembongkaran isu dan kelemahan musuh semata-mata.  Malah jika ditinjau secara mendalam ternyata Rasulullah mempersiapkan 'manusia' dan 'metod' dahulu dalam menyediakan ketumbukan dalam sesuatu misi.

Rasulullah memilih siapa peserta misi atau perang. Yang adil, soleh dan bertaqwa serta memiliki kekuatan jasmani yang baik. Tiada bebanan hutang dan lepas tanggungjawab keluarga.

Rasulullah juga berdakwah dengan menacapkan kepercayaan  masyarakat kepada Baginda sehingga Yahudi yang kerap mensabotaj perjalanan Nabi juga mengakui kerasulan Baginda akhirnya.
Demikian apa yang mampu penulis ungkapkan apabila mana-mana pihak bertanyakan rahsia kejayaan Radzi Zainon (DUN Sungai Rapat) menumbangkan angkatan pasukan pilihanraya yang kuat di pihak UMNO Gopeng.

Sekitar 30 peratus boleh diperkirakan YB Radzi mempersiap diri dan jentera dengan mengkaji kelemahan dan ketidakupayaan musuh. Malah dalam peratusan ini sahaja kekuatan dan kesungguhan diperuntukan untuk membuka korupsi, kebejatan, kesamsengan dan penyelewengan UMNO terhadap melayu dan islam di DUN Sungai Rapat.

Di mana hilangnya peratusan yang lain? Radzi dan angkatannya menggunakan keupayaan 70% untuk melaksanakan agenda kemanusiaan dan mempersiapkan insan yang berada di DUN Sungai rapat. Agenda kebajikan dijadikan agenda besar beliau sejak beliau kalah dalam PRU ke-12 dahulu dan berjalan selama hampir 5 tahun.

Meninjau rumah mana yang masih bebrumbung bocor, meninjau jalan mana yang belum berlampu, meneliti geran-geran yang belum dserahkan kepada penduduk setinggan, mendengar rintihan rakyat hamper setiap hari atas nama Pusat Khidmat Masyarakat menjadikan nama beliau cukup sinonim dan signifikan dengan rakyat. Jika tiada petaka undi POS kemenangan beliau adalahterlalu besar berbanding degan rekod yang pernah UMNO pegang sebelum ini.

Selain berceramah dan memberi penerangan, melakukan pencerapan mood pengundi dari awal dan menkaji kehendak rakyat adalah amat pelru diprogramkan dan Radzi berjaya melakukannya bersama jentera pilihanraya yang siapsiaga sejak awal lagi.

Bekerja untuk rakyat, membela mustadhafin adalah agenda utama gerakan Islam dalam masa yang sama menyelitkan ilmu dan kefahaman Islam. Jika pemusatan tenaga hanya diletakkan kepada pembongkaran semata-mata berkenaan kepincangan musuh, rakyat tidak akan merasakan sebarang jasa dan keberadaan jamaah atau Parti islam di sekitar mereka. Maka mereka meletakkan label jamaah hanya ada di surau- hanya di ceramah-ceramah dan jamaah bukan penyebar huluran tangan ukhuwah dan kasih sayang.

Pada penulis perenungan dan perencanaan perlu dilakukan dari awal untuk membina manusia yang bakal memberi undi kepada PAS. Bina manusia melalui agenda kebajikan bukan suatu retorik yang berlaku secara bermusim kerana nama PAS atau pihak yang berjasa itu memerlukan masa yang agak panjang untuk terpahat di hati rakyat. Justeru, istiqamah, bekerja dari awal serta beragenda untuk rakyat adalah resepi terbaik membina kemenangan dan kejayaan.

Muhammad Nuruddin Bashah
Unit Penerangan MTD Sungai Rapat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan