Isnin, 10 Jun 2013

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


CINA ISLAM (林川興)

Posted: 10 Jun 2013 01:02 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Dr Dzulkefly wakili PAS, senang kalau tugas spesifik

Posted: 10 Jun 2013 12:02 AM PDT

1 Syaaban 1434 H. [MOD] -

Harakahdaily,10 Jun 2013
(Dr Dzul, Saifudin dan Teresa...tiga Pegawai perhubungan Politik Selangor)

KUALA LUMPUR: Dengan pemilihan AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad sebagai Pegawai Perhubungan Politik Pejabat Menteri Besar Selangor dari PAS, lengkaplah sudah perlantikan mereka.

Sebelum ini, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifudin Nasution Ismail dilantik sebagai Pegawai Perhubungan Politik Pejabat MB Selangor diikuti dengan DAP menamakan Teresa Kok sebagai wakil parti itu.


Namun begitu, timbul persoalan 'apa kerja utama mereka' kerana ia adalah perlantikan pertama pernah dibuat sebegini di Selangor.



Dr Dzulkefly ketika mengulas perlantikan ini berkata, beliau mengucapkan terima kasih di atas kepercayaan parti melantik beliau.



"Namun sehingga kini, apa tugas, saya belum pasti," kata beliau.



Beliau juga bimbang kalau-kalau berlaku pertindihan tugas dan tanggungjawab antara ketiga-tiga mereka memandang semuanya bekerja untuk kepentingan Pakatan Rakyat.



"Mungkin saya lebih senang kalau setiap kami diberikan tugas yang spesifik bidangnya," kata Dzulkefly yang kini adalah Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS.



Dalam pilihan raya lalu, Saifudin kalah di parlimen Kulim Bandar Baharu, Dr Dzulkefly pula kalah di Parlimen Kuala Selangor manakala Teresa Kok menang di parlimen Seputeh.



Sebelum ini, Teresa adalah exco kanan kerajaan negeri Selangor.

Pakatan Rakyat fail 25 petisyen PRU13

Posted: 10 Jun 2013 12:01 AM PDT

1 Syaaban 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat akan memfailkan 25 petisyen bagi kawasan parlimen di seluruh negara dalam masa terdekat.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Pasukan #SiasatPRU13 Rafizi Ramli dalam satu sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini hari ini.

Dari jumlah itu, 19 petisyen akan dikemukakan oleh PKR, empat PAS dan dua oleh DAP.

"Bagi kerusi Bagan Datok, selain petisyen pilihanraya, satu petisyen berasingan difailkan berhubung kesalahan calon BN, Datuk Seri Zahid Hamidi melanggar had perbelanjaan RM200,000 yang dibenarkan untuk sesuatu pilihanraya," katanya.

Rafizi yang juga Pengarah Strategi PKR berkata, ianya menjadikan 25 petisyen akan dikemukakan bagi 24 parlimen kesemuanya.

Sementara itu beliau turut memaklumkan Pakatan Rakyat juga memfailkan 10 petisyen pilihanraya bagi kerusi Dun di seluruh negara.

Dari jumlah itu, sembilan Dun adalah yang ditandingi PAS dan satu Dun yang ditandingi PKR.

Pada masa sama tegasnya, beberapa tindakan undang-undang juga akan diambil termasuk memfailkan saman Pengerusi SPR, Timbalan Pengerusi SPR dan ahli-ahli SPR diatas kegagalan melaksanakan dakwat kekal.

Selain itu, Pakatan juga akan memfaikan petisyen menuntut mahkamah menyemak senarai pengundi yang dicemari pengundi hantu di Sabah berdasarkan keterangan yang dibuat di Suruhanjaya Diraja setakat ini dan kajian dalaman PKR.

Pada masa sama, mereka juga akan mengambil tindakan undang-undang bagi mengisytiharkan pindaan Seksyen 9A yang menghalang kesahihan daftar undi dicabar dimahkamah bertentangan (ultra vires) dengan Perlembangan. 

"Pasukan PKR yang akan memulakan tindakan undang-undang ini akan diketuai oleh Prof Dr Aziz Bari, pakar perlembagaan," kata Rafizi.


Berikut adalah kawasan parlimen yang terlibat dengan petisyen:


Difailkan oleh PKR

1.  P014 Merbok

2.  P018 Kulim Bandar Baru

3.  P026 Ketereh

4.  P029 Machang

5.  P053 Balik Pulau

6.  P072 Tapah

7.  P075 Bagan Datok

8.  P075 Bagan Datok (petisyen perbelanjaan melebihi RM200,000)

9.  P092 Sabak Bernam

10.  P118 Setiawangsa

11.  P140 Segamat

12.  P144 Ledang

13.  P146 Muar

14.  P158 Tebrau

15.  P159 Pasir Gudang

16.  P168 Kota Marudu

17.  P177 Beaufort

18.  P182 Pensiangan

19.  P220 Baram



Difailkan oleh PAS

1.  P093 Sungai Besar

2.  P096 Kuala Selangor

3.  P119 Titiwangsa

4.  P161 Pulai


Difailkan oleh DAP

1.  P078 Cameron Highlands

2.  P142 Labis


Harakahdaily/-

AMK: Himpunan 'Black 505' di Perlis diteruskan

Posted: 10 Jun 2013 12:00 AM PDT

1 Syaaban 1434 H. [MOD] -

Seorang pemimpin Angkatan Muda Keadilan (AMK) Chan Ming Kai berkata perhimpunan 'Black 505' yang dirancang untuk diadakan di Perlis pada malam ini akan diteruskan walau polis memberi amaran untuk mengambil tindakan ke atas penganjur.


Perhimpunan itu dijadualkan berlangsung pada jam 9 pagi di Kampung Bakau, Kangar.

Chan berkata, parti itu telahpun memaklumkan kepada polis berhubung acara keraian itu sejak 12 hari lalu, pada 29 Mei, dan polis juga mengesahkan bahawa mereka menerima permohonan itu pada 4 Jun.

Dalam satu surat bertarikh 3 Jun, Chan berkata beliau memberitahu polis bahawa jadual acara tersebut dikemaskini dengan menyertakan perhimpunan 'Black 505' sebagai salah satu daripada siri protes ke atas penipuan yang didakwa berlaku pada pilihan raya umum bulan lalu.

ADUN Indera Kayangan itu berkata, polis turut dimaklumkan mengenai individu lain yang akan berucap.

Polis bagaimanapun menyatakan bahawa pasukan itu tidak dapat memproses permohonan dalam tempoh hanya sehari sebelum 

Himpunan 'Black 505' ditunda ke 22 Jun

Posted: 09 Jun 2013 11:56 PM PDT

1 Syaaban 1434 H. [MOD] -

Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli berkata Pakatan Rakyat memutuskan bahawa perhimpunan yang pada asalnya dirancang untuk diadakan pada 15 Jun ditunda ke minggu seterusnya pada 22 Jun.

Dalam sidang medianya hari ini, Rafizi berkata keputusan dibuat bagi memberi ruang untuk satu majlis perkahwinan dan juga satu acara kitar semula.

Ia diputuskan setelah mengambil kira rayuan pihak yang menganjurkan acara pada 15 Jun itu, katanya.

"Selepas perbincangan dengan polis Dang Wangi, penganjur memutuskan untuk menukar tarikh perhumpunan ke minggu seterusnya, pada 22 Jun," kata dalam satu sidang media di Petaling Jaya hari ini.

Perhimpunan berkenaan dirancang sebagai acara kemuncak untuk siri perhimpunan bagi membantah penipuan yang didakwa berlaku dalam pilihan raya 5 Mei.


Mahkamah Rayuan benarkan permohonan bekas pegawai polis Sirul

Posted: 09 Jun 2013 09:15 PM PDT

1 Syaaban 1434 H. [MOD] -
Malaysiakini/-

Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan bekas pegawai polis Sirul Azhar Umar untuk mengisytiharkan perbicaraan silap dalam kes melibatkan pembunuhan warganegara Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Pihak pendakwaan, diketuai oleh Tun Abdul Majid Hamzah tidak membantah permohonan itu.

Panel tiga anggota terdiri daripada Hakim Mohamed Apandi Ali, Linton Albert dan Tengku Maimun Tuan Mat mengarahkan pasukan pembelaan Sirul memfailkan permohonan dalam tempoh 10 hari.

Ini bagi membolehkan pasukannya mengumpulkan nota prosiding dan dokumen lain daripada Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Kes ditangguh kepada 24 Jun.

Ketua tentera Libya letak jawatan

Posted: 09 Jun 2013 08:42 PM PDT

1 Syaaban 1434 H. [MOD] -

TRIPOLI 10 Jun - Ketua tentera Libya Yussef al-Mangoush meletak jawatan kelmarin selepas berlaku pertempuran antara penunjuk perasaan dan kumpulan militan di timur Bengahazi beberapa hari lalu menyebabkan 31 orang terbunuh.

"Mangoush telah menghantar surat perletakan jawatan itu kepada Parlimen,'' kata satu sumber dari Parlimen. - REUTERS

Kemesraan suami istri bawa bahagia.

Posted: 09 Jun 2013 08:27 PM PDT

1 Syaaban 1434 H. [MOD] -
Ust. Ahmad Baei Jaafar

Kebahagian rumah tangga menjadi idaman semua pasangan yang berkahwin. Bukan sahaja mereka idamkan semua itu pada awal perkahwinan tetapi sampai ke akhir hayat malah sampai ke dalam syurga.

Tetapi kadang-kadang idaman itu tidak tercapai kerana hanya beberapa punca yang kecil.

Mungkin kerana suami mengharapkan sesuatu yang tidak difahami oleh isteri dan isteri pula mengharapkan sesuatu yang tidak difahami oleh suami.

Suka dijelaskan di sini, suami dan isteri masing-masing mempunyai rahsia yang mereka terpaksa simpan kerana tidak mampu untuk menjelaskannya secara lisan. Di sinilah titik mula masalah sebenar.

Dalam hal ini pasangan itu perlu memahami rahsia diri pasangannya secara pandangan mata hati dan merasainya melalui gerak hati. Dengan cara itu sahaja mereka dalam lakukan yang terbaik untuk keluarga mereka.

Tetapi kalau sesama mereka ada hijab yang menutup hati kecil mereka, pasti mereka tidak nampak apa yang dihajati pasangannya. Perlu diingat, untuk membuka hijab itu mereka perlulah bertolak ansur dan cuba menurunkan ego masing-masing terutamanya isteri.

Sebenarnya seseorang suami ada menyimpan beberapa rahsia yang malu untuk dijelaskan kepada isterinya kerana takut ditertawakan isterinya. Antara rahsia itu ialah suami mahu "bermanja" dengan isteri apatah lagi pada usia tuanya. Selain itu suami mahu dia dibelai dan hormati isteri sepanjang masa.

Supaya lebih jelas suka dipaparkan contoh terbaik dan yang pasti rujukannya ialah Rasulullah. Baginda adalah panduan kita ke arah memacu bahteri keluarga bahagia.

Perhatikan dua perkara yang sering dilakukan baginda.

1. Berbaring dipangkuan isteri
Daripada Aisyah r.a, beliau berkata: "Nabi s.a.w. biasa meletakkan kepalanya di pangkuanku walaupun aku sedang haid, kemudian beliau membaca Al-Quran" (Hadis Riwayat Abdurrazaq).

Kalau para isteri sedar, suami anda sesekali menyandar dan menyentuh bahu anda. Malah kadang-kadang dia berbaring di atas paha anda. Itulah tandanya dia hendak bermanja.

Tetapi kadang-kadang isteri cuba mengelak dan bangun.

Sebenarnya suami pada ketika itu akan berasa kecewa, tetapi dia tidak berani untuk melahirkan rasa kecewa itu.

Suami memang hendak bermanja dengan isteri, bukan sahaja pada waktu malam tetapi juga pada waktu berehat di siang hari.

Bayangkan kalau rasulullah mahu bermanja dengan isterinya, dan isterinya pula reda dengan sikap baginda, mengapakah isteri-isteri pada hari ini tidak boleh melakukan begitu juga.

Percayalah kalau suami boleh bermanja dengan suami, dan isteri sanggup melayan kehendak suami itu, pasti akan tercantum rasa sayang yang berkekalan. Pastinya, isteri yang memahami sikap manja suami itu akan diberi pahala oleh Allah.

2. Memanggil dengan panggilan mesra

Rasulullah s.a.w biasa memanggil Aisyah dengan beberapa nama panggilan yang disukainya seperti Aisy dan Umairah yang memberi maksud pipi merah bak delima.

Dalam budaya masyarakat kita, suami memanggil isterinya dengan namanya yang manja atau "yang" bagi maksud sayang.

Ada juga yang menyebut "bib" yang bermaksud habibi, kekasihku dan banyak lagi. Sebaliknya isteri akan memanggil suami dengan panggilan "abang" atau "bang" yang juga dengan nada manja.

Panggilan sebeginilah yang akan membuahkan rasa sayang sentiasa berputik di hati suami. Namun begitu terdapat juga panggilan manja kerana sudah biasa dengan panggilan itu.

Lahirnya panggilan itu bukan kerana ikhlas dari hati lagi.
Dalam masyarakat Melayu, panggilan manja itu lazimnya hanya berlaku pada awal perkahwinan, tetapi semakin pudar apabila sudah beransur tua. Malah mereka malu untuk memanggil dengan panggilan manja, kononnya malu kepada anak dan cucu. Inilah keadaan yang tidak kena kepada masyarakat kita, malah sikap mereka jauh daripada kehendak Rasulullah.

Seharusnya sebagaimana suami memanggil isteri dengan kasih sayang itulah yang sepatutnya disambut oleh isteri. Panggilan mersa pada setiap kali memulakan ucapan dan kata-kata merupakan sentuhan yang boleh membangkitkan rasa sayang antara mereka.

Jadi, binalah kemesraan dengan saling manja bermanja dan sebagainya. Semoga kita beroleh bahagia. Wallahu aklam.

Idris Ahmad

Posted: 09 Jun 2013 11:01 PM PDT

Idris Ahmad


Israk Mikraj, Ujian, Teladan kepada Pejuang Islam

Posted: 09 Jun 2013 07:14 AM PDT

Isra’ Mikraj Ujian , Teladan Kepada Pejuang Islam
Idris Hj Ahmad
5/6/13
Isra’ Mikraj adalah peristiwa yang menjadi ujian keimanan pada masa itu. Orang Islam diuji dengan peristiwa yang menguji keimanan mereka. Mereka yang cekal keimanan seperti Abu Bakar al-Siddiq menerima sahaja pengkhabaran ini tanpa berbelah bagi. Pada beliau apa yang disampaikan oleh baginda akan diterima tanpa banyak soal. Kerana beliau yakin individu yang bernama Muhammad SAW seorang yang jujur dan amanah.

Kita boleh bertanya diri masing-masing, apakah situasi kita jika sempat berada di zaman Nabi SAW?. Bersama Abu Jahal kah atau bersama Abu Bakar al-Sidiq.  

Peristiwa Isra’ Mikraj banyak memberi pengajaran kepada kita sebagai anggota di dalam Harakah Islamiah Pas. Kita mesti yakin dengan dasar yang Pas bawa. Samaada waktu menang atau kalah Kita mesti terus istiqamah dengan Islam. Inilah landasan yang telah kita bina sejak tahun 1951. Pasang surut di dalam perjuangan adalah lumrah. Ia sebagai satu proses untuk menguji ahli dan pemimpin samaada sabar atau tidak. Jangan kita gopoh untuk mendapat kemenangan sehingga kita lupa asas perjuangan. Kadang-kadang kita sudah hilang adab dalam berjamaah. Bermusuh sesama sendiri, kutuk sesama sendiri. Sehingga sudah tidak tahu membezakan antara prinsip dan strategi. Hendak menjaga hati orang luar, lebih daripada hendak menjaga hati sesama sahabat. Manakah sikap kita sebagaimana Firman Allah SWT ” Merendah diri dengan orang Mukmin dan menujukkan izzah dengan orang bukan Islam”

Yang paling sedih sehingga ada yang  mencadangkan Pas ini perlu menjadi parti politik, bukan sebagai sebuah gerakan Islam. Dengan andaian Pas tidak akan maju selagi masih menjadi Harakah Islamiah. Pas tidak maju jika masih hendak mengambil kira hukum dalam semua hal. Fahaman ini cukup merbahaya jika kita mengambil sikap demikian. Pas mampu bertahan kerana kita tidak memisahkan dengan gerakan dakwah. Di sinilah ada keberkatan dan semangat untuk orang lain bersama dengan Pas. Umno yang menjadi saingan Pas pada hari ini sudah berada dihujung senja. Ideologi mereka sudah tidak relevan. Ia mampu bertahan kerana ada kuasa sahaja. Jika mereka hilang kuasa, maka Umno akan diletakkan di Muzium sahaja. 

Ia berlainan dengan Pas, kerana tegak di atas manhaj yang jelas dan dasar yang jelas. 

Isra’ Mikraj merupakan medan ujian keimanan. Begitulah juga kita, berjuang bersama dengan Pas kerana keyakinan dengan dasar. Seandainya tujuan duniawi maka kita tidak kesampaian bersama dengan Pas. Barang pasti apabila kita bersama dengan Pas kita sudah berjaya melawan musuh dalam dan luar. 
Segala tawaran dan habuan dunia ditolak jika bertembung dengan kepentingan agama. Inilah nilai keimanan yang sudah dipahat di dalam dada setiap anggota Pas. 

Puak kafir Quraish menolak pengkhabaran yang disampaikan oleh baginda. Mereka mengukur dari ukuran dunia, bukannya wahyu. Mereka menggunakan akal,  tidak boleh menerima Nabi SAW ke Masjidil Aqsa dan ke Sidratul Muntaha dalam masa yang singkat. Kebiasaan mereka ke Palestin daripada Makkah memakan masa selama 40 hari 40 malam. Semuanya gara-gara kerana menggunakan akal.

Perjuangan Islam juga jika menggunakan akal, sama seperti puak-puak kafir Quraish yang menolak peristiwa Isra’ Mikraj.  Perjuangan berteraskan Iman memerlukan kepada kesabaran yang tinggi untuk meyakinkan seruan perjuangan diterima. 

Sikap Nabi SAW telah menjadi suri teladan kepada kita. Baginda yakin terhadap apa yang baginda bawa. Ummu Hani’ pernah melarang baginda daripada menceritakan kepada orang ramai, kerana yakin orang Quraish akan menolak cerita tersebut. Baginda menjawab dengan tegas, samaada orang percaya atau tidak ini bukan urusan beliau, kewajipannya hanya menyampaikan risalah ini kepada orang ramai. Inilah qudwah yang wajib diteladani oleh kita sebagai anggota harakah Islamiah. Tidak takut dengan penolakan orang, yang penting risalah mesti disampaikan.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.


Filed under: Politik

Nikmat Berjuang Bersama Pas

Posted: 09 Jun 2013 04:57 AM PDT

Nikmat Berjuang Bersama Pas
@Mentarbiah diri supaya serasi dengan cara hidup Islam.
@Tenang dan senang hati
@Ramai sahabat di seluruh dunia.
@Ukhwah yang mantap.
@Tidur lena.
@Idea segar.
@Jiwa merdeka.
@Pengalaman yg tidak ada di Universiti.
@Insaf diri krn di dalam Pas terdapat individu yg berjiwa besar walau pun miskin harta.
@Pas sebagai sebuah universiti yg mematangkan ahli.
@Ahli  yg cemerlang menguruskan Pas, cemerlang  pula di tempat kerjaya. 
@Unit Amal dan Guru Pasti “ikon” ahli yg ikhlas.
@Boleh belajar menguruskan krisis.
@Memahami tingkah laku sosial ahli yang berbagai latar belakang aktivis, ulamak, profesional.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile


Filed under: Politik

PAS Negeri Sembilan

Posted: 09 Jun 2013 09:25 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


Program Seminar Syoknya Puasa

Posted: 09 Jun 2013 07:50 PM PDT




Jom sertai, sempena Ramadhan tiba. Seminar Syok Puasa bakal menemui anda.

Di Masjid Sikamat, Seremban pada 6 Julai 13(Sabtu) dan di Masjid Bandar Baru Senawang pada 7 Julai 13 (Ahad).

Untuk Remaja Lelaki dan Perempuan berumur 10-17 tahun.
Hanya RM15 seorang, Terhad 100 sahaja. Daftar Segera.

PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13'

Posted: 09 Jun 2013 09:03 PM PDT

PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13'


Pasca PRU 13 : Dato Tuan Ibrahim Tuan Man di Kampung Gajah

Posted: 09 Jun 2013 09:05 AM PDT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan