PEMUDA RANTAU ABANG Posted: 04 Jun 2013 03:12 AM PDT Pengajaran dari medan Tabuk Posted: 03 Jun 2013 06:24 PM PDT BANYAK peristiwa sirah yang boleh kita pelajari dari bulan Rajab. Selain himpunan pengajaran dalam peristiwa Israk Mikraj, peperangan Tabuk adalah antara medan yang turut berlaku dalam bulan Rajab.
Peperangan Tabuk adalah medan terakhir yang disertai oleh baginda Rasul Allah S.A.W sejurus sebelum kewafatan baginda. Selain medan Tabuk itu sendiri, peristiwa-peristiwa sebelum dan sesudah peperangan tersebut baik untuk diambil iktibar sebagai pedoman.
Perjanjian Hudaibiah telah member ruang yang cukup luas kepada baginda Rasul Allah S.A.W dan para sahabat meyusun gerakan dakwah di seluruh tanah Arab. Satu demi satu utusan telah dihantar keluar dari Madinah sebagai duta kerajaan Islam menyampaikan risalah.
Dalam usaha tersebutlah, seorang utusan Rasulullah S.A.W yang bernama Harith Ibn Umair telah dibunuh semasa membawa risalah Islam di kawasan jajahan Rom. Pembunuhan ini telah menjadi antara faktor kepada gerakan tentera Mu'ta yang dipimpin oleh tiga panglima Islam iaitu Zahid Bin Harithah, Ja'far Abi Talib dan Abdullah Bin Rawahah.
Dalam masa melepaskan tentera pimpinan Zahid Bin Harithah ini, baginda Rasul Allah S.A.W telah memberi pesan yang amat bermakna. Antara pesanan baginda termasuklah betapa mereka perlu menjaga adab-adab peperangan seperti tidak memusnahkan tumbuh-tumbuhan, tidak membunuh mereka yang lemah, dan tidak sewenang-wenangnya membakar rumah atau kediaman.
Antara yang paling penting, pesanan Rasulullah S.A.W kepada tentera Mu'ta, ialah maranya mereka bukanlah kerana membalas dendam atas kematian Haris Ibn Umair. Lebih dari itu misi mereka hanya satu iaitu meletakkan kalimah tauhid sebagai matlamad. Demikianlah betapa umat Islam perlu mampu berhadapan dengan pengkhianatan dalam menyatakan kebenaran.
Sebagaimana Rasulullah S.A.W mendidik para sahabat untuk tidak tunduk dengan Ghassan yang membunuh utusan baginda, demikianlah perjuangan mendaulatkan Islam mesti sentiasa beriringan dengan ketegasan dan kebijaksanaan. Tegas dalam menyatasusakan pendirian atas dasar kebenaran dan bijak dalam mengatur gerakan.
Sesungguhnya peperangan Mu'ta telah memberi kesan psikologi yang mendalam kepada penduduk setempat yang dikuasai Rom. Rakyat yang selama ini ditindas oleh kekuasaan Rom telah mempunyai satu persepsi baru bahawa kekuasaan Rom tidak selamanya kekal dan keadilan Islam telah dilihat sebagai kuasa yang mampu menggantikan kezaliman kerajaan Rom.
Rom tidaklah dikatakan mengalami kekalahan mutlak dalam medan Mu'ta. Pun begitu ia telah menjadi factor utama kepada tindakan Rom mengatur gerombolan tentera yang lebih besar. Kebijaksanaan Khalid Alwalid semasa mengakhiri medan Mu'ta cukup meninggalkan kesan yang memalukan kepada pemerintah Rom. Hasil risikan itulah, mendorong Rasulullah S.A.W dan para sahabat mengatur gerakan tentera untuk ke Tabuk.
Suasana peperangan Tabuk cukup mencabar. Selain jarak perjalanan yang jauh, waktu itulah pohon-pohon kurma mula berbuah dengan cuaca yang cukup panas. Pada saat itulah wajah-wajah sebenar mereka yang berjuang kerana Allah dan Islam diperlihatkan. Sejarah perjuangan telah membuktikan bahawa setiap cabaran kesusahan akan memperkuatkan penyatuan.
Dalam menempuh perjalanan jauh ke Tabuk, tentera muslimin telah juga melalui pelbagai peristiwa aneh. Paparan kejadian-kejadian tersebut banyak memaparkan bukti-bukti kerasulan Muhammad S.A.W dan membuktikan pertolongan Allah sentiasa beriringan dalam usaha mendaulatkan Islam.
Tabuk turut memaparkan betapa dalam perjuangan akan ada saja mereka yang culas. Ada yang digugat dengan rasa ragu dan tidak yakin, degil tidak mematuhi arahan, dan bermacam sikap yang menguji keteguhan setiap mereka yang berada dalam medan.
Medan Tabuk jugalah yang mencetuskan peristiwa tiga sahabat besar yang tidak menyertai peperangan. Sikap bertanggungjawab Kaa'b bin Malik, Murairah dan hilal yang tidak berdalih bila ditanya Rasul Allah S.A.W bukan calang-calang.
Apa yang nyata, Hanya mereka yang dipandu iman dan keyakinan kepada janji-janji Allah sahajalah mampu berada dalam suasana yang cukup getir sebagaimana ditempuhi para sahabat.
Sumber : harakahdaily | |
Dr Siti Mariah Mahmud Posted: 04 Jun 2013 03:12 AM PDT Wajah sebenar Umno Posted: 04 Jun 2013 02:25 AM PDT Setelah menang pilihanraya umum ke 13 walaupun tewas undi popular buat pertama kalinya dalam sejarah, Tun Dr Mahathir Mohamad mendedahkan wajah Umno yang sebenar kepada umum. (Kata Mahathir, orang Melayu sudah meluat dengan Umno... tetapi hanya sebut selepas pilihan raya selesai) Bagi Mahathir, ramai orang Melayu sudah merasa meluat dengan Umno dan mengganggapnya tidak relevan dan perlu ditolak kerana parti itu tidak lagi berjuang untuk bangsa, agama dan tanahair. “Umno ternampak dan memang pun benar, berjuang untuk kepentingan orang-orang tertentu dalamnya dan ahlinya sahaja. Umno berjuang untuk jawatan dan pangkat, untuk memperkayakan diri, untuk sagu hati, untuk poket sendiri,” tulis Mahathir di blognya. Mahathir berkata pemimpin Umno kini melariskan budaya memilih orang kurang berkobolehan untuk menyertai parti supaya kedudukan mereka tidak diancam sampai bila-bila. "Untuk ini mereka berusaha mengurangkan kemungkinan diri mereka dicabar, kurangkan kemungkinan diganti oleh sesiapa yang lebih layak. Umno adalah hak ahlinya, hak pemimpinnya yang sedia ada dan bukan hak orang Melayu. Setelah mereka mendapat tempat jangan benar orang Melayu lain, terutama yang memiliki kebolehan tertentu, menyertai Umno,” selar beliau. Sekarang, Mahathir berkata Umno sudah menjadi sebuah parti hanya untuk pemimpin dan ahli semasa, dari ketua cawangan kepada ketua bahagian. "Umno tidak perlu tambahan ahli, tidak perlu penyertaan sesiapa lagi kerana ahli yang sedia ada perlu memelihara habuan mereka. Jika terlalu banyak ahli, habuan perlu dikongsi. Dan habuan yang dikongsi tentulah tidak sebanyak sebelum berkongsi,” sindirnya lagi. Akibatnya, kata Mahathir, mereka terutama yang berkebolehan, yang berbakat tidak dibenar masuk Umno lagi. “Yang boleh menyertai hanyalah yang kurang berkebolehan dibanding dengan yang sudah ada. Oleh kerana penyertaan dalam Umno mestilah melalui cawangan, yang boleh masuk Umno ialah yang kurang berkebolehan dari ketua cawangan,” katanya. Mahathir juga menyindir bahawa pemimpin-pemimpin Umno ini sering terlupa ajal boleh sampai bila-bila masa. “Ketua cawangan manusia biasa yang boleh diserang penyakit, bahkan boleh mati pun. Satu hari ketua cawangan terpaksa lepaskan jawatannya. Penggantinya tentulah orang yang memiliki kebolehan yang kurang darinya. Dengan itu kebolehan ketua cawangan akan merosot sepanjang masa, tiap kali pengganti mengambil alih. Dan ini akan terjadi dalam keseluruhan parti,” katanya. Akhirnya, Mahathir berkata Umno hanya tinggal golongan yang tidak berbakat sehingga semakin kurang ahli yang berbakat dan layak untuk menjadi calon dalam PRU. "Calon payung terjun yang berbakat akan dikalahkan. Dengan itu pemimpin Kerajaan juga akan terdiri dari yang tidak berkebolehan,” sindirnya lagi. “Di mana pergi mereka yang berbakat ini?. Mereka pergi ke mana mereka di terima, tentunya parti lawan,” tambahnya lagi. | |
CINA ISLAM (林川興) Posted: 04 Jun 2013 01:26 AM PDT Polis : Larangan terhadap Nurul ditarik balik. Posted: 03 Jun 2013 05:11 PM PDT 25 Rejab 1434 H. [MOD] - Astro Awani | Kemas kini: Jun 03, 2013
Pesuruhjaya Polis Sabah, DCP Datuk Hamza Taib tidak mengulas lanjut mengenai sebab-sebab di sebalik penarikan tersebut tetapi berkata tidak ada individu lain yang turut dihalang seperti yang diumumkan dalam senarai 'persona non grata' kerajaan negeri Sabah.
"Setakat ini polis berkata, tidak ada individu lain yang dilarang kecuali Nurul. Tetapi larangan itu pun telah ditarik balik, " kata Hamza kepada Astro Awani.
"Bagi pemimpin-pemimpin yang lain jika mereka mahu datang tidak ada masalah asalkan mereka mematuhi undang-undang," katanya.
Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Alias Ahmad tidak dapat mengesahkan bahawa senarai hitam baru yang dikatakan melarang 10 individu daripada parti pembangkang dan pemimpin masyarakat sivil daripada memasuki Sabah.
Dalam satu SMS kepada Astro Awani, beliau berkata: "Saya nasihatkan anda untuk menyemak dengan pejabat Ketua Menteri Sabah."
Awal hari ini, sepucuk surat dikatakan bocor dari Pejabat Ketua Menteri Sabah yang dialamatkan kepada Jabatan Imigresen negeri yang mengatakan bahawa selain Nurul Izzah, ada individu yang lain turut dihalang daripada memasuki negeri ini.
Menurut surat tersebut, nama-nama lain yang termasuk dalam senarai tersebut adalah, termasuk:
- Datuk Seri Anwar Ibrahim - Lim Kit Siang - Mohd. Rafifi(sic) Ramli - Datuk Ambiga Sreenevasan - Mohd. Sabu - Syed Ibrahim Syed Noor - Wong Chin Huat - Mary Chin Abdullah (sic) - Ong Boon Kiang - Hishamuddin Rais
Dokumen yang bertarikh 21 Mei itu, ditandatangani oleh En. Moktar Yassin Ajam yang merupakan (Setiausaha Negeri bagi Hal Ehwal Dalam Negeri & Penyelidikan) telah dihantar kepada Pengarah Imigresen negeri Sabah. Kepala surat tersebut dikenalpasti daripada Ketua Menteri, Pejabat Datuk Musa Aman.
Ketika dihubungi, Moktar berkata beliau tidak dapat mengesahkan kandungan surat itu. "Saya minta maaf, saya seorang kakitangan kerajaan. Saya tidak boleh memberikan apa-apa kenyataan, hanya kerajaan negeri yang boleh. Saya minta maaf," kata beliau.
Surat itu mengatakan bahawa senarai itu diberikan kelulusan dengan cop Kabinet Sabah, berikutan dengan mesyuarat pertama pada 15 Mei.
"Kabinet telah bersetuju bahawa Ketua Menteri boleh menggunakan kuasa mutlaknya di bawah Akta Imigresen dan, selaras dengan pengesahan daripada Ketua Polis Cawangan Khas Diraja Malaysia Sabah, untuk melarang individu-individu ini daripada menjejak tanah di Sabah," kata surat itu.
Malaysiakini melaporkan bahawa ketua DAP Sabah Jimmy Wong yang mendakwa bahawa sumber yang boleh dipercayai daripada Jabatan Imigresen telah membocorkan sekeping salinan kepadanya.
Khamis lalu, Nurul Izzah telah dihalang daripada memasuki Sabah apabila beliau tiba di Kota Kinabalu. Beliau sepatutnya meraikan Pesta Kaamatan atau dikenali sebagai Pesta Menuai.
Pada 31 Mei, Jabatan Imigresen Sabah berkata bahawa larangan Nurul adalah arahan daripada kerajaan negeri.
Kemudian, dilaporkan Musa menafikan bahawa larangan untuk Nurul telah bermotifkan politik. Beliau bagaimanapun berkata, mereka yang menjadi ancaman kepada keamanan dan keharmonian negeri Sabah tidak akan dialu-alukan dalam negeri ini.
| Anwar: Pakatan sokong himpunan 15 Jun Posted: 03 Jun 2013 04:56 PM PDT 25 Rejab 1434 H. [MOD] - - Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat menyokong pengajuran perhimpunan 'Blackout 505' bagi membantah penipuan yang didakwa berlaku dalam pilihan raya umum 5 Mei lalu.
Anwar mengumumkan sokongan Pakatan ke atas penganjuran perhimpunan pada 15 Jun itu dalam sidang media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat hari ini.
Menurutnya, Pakatan Rakyat akan berunding dengan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan pihak keselamatan bagi memastikan perhimpunan tersebut berlangsung dengan aman.
Anwar berkata sekratariat perhimpunan akan memberi maklumat lanjut sama ada perhimpunan itu diadakan di jalanan atau di stadium.
| |
PAS LENGGONG Posted: 03 Jun 2013 07:06 PM PDT Rakyat mengetahui penipuan yang dilakukan ..... Posted: 02 Jun 2013 08:05 PM PDT Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz, | 03 Jun 2013 |
Sukar kita hendak percaya bila Datuk Najib kata UMNO muncul lebih baik selepas PRU13. Macam mana dia sampai kepada konklusi demikian? Jika kita lihat angka dari SPR, UMNO mendapat 3.2 juta undi. Jumlah ahli UMNO sahaja sudah melebihi 3.2 juta undi. Bagaimana Datuk Najib dakwa sokongan Melayu kepada UMNO meningkat?
Undi yang UMNO dapat lebih kurang jumlah ahli UMNO. Ini bererti, perkara yang UMNO berjaya lakukan ialah meyakinkan ahli UMNO yang tidak menyokong UMNO dalam tahun 2008, menyokongnya kali ini. Jika demikian, tidak adalah berlaku penambahbaikan kepada UMNO. Tidak ada pertambahan sokongan orang Melayu yang bukan ahli UMNO kepada UMNO.
Jika Datuk Najib berkeras berkata ada tambahan sokongan dari orang Melayu, maka itu bererti sokongan dari ahli UMNO sendiri kepada kepimpinan Datuk Najib berkurang. Kalau ahli tidak percaya kepada kepimpinan presidennya, maka apa lagi yang mereka tunggu?
UMNO hanya boleh mencapai angka 3.2 juta hanya jika ada sebahagian besar ahli UMNO tidak menyokongnya, dan deficit tersebut ditampung oleh sokongan Melayu bukan ahli UMNO. Jika semua ahli UMNO menyokong UMNO dalam PRU13, maka tidak ada sokongan Melayu bukan ahli UMNO kepada UMNO.
Jadi di mana letaknya kejayaan UMNO yang didakwa Datuk Najib?
Datuk Najib kata Umno muncul sebagai parti yang paling popular pasca PRU13 kerana Umno menang 88 kerusi. Semua orang tahu UMNO bertanding dalam kerusi yang jumlah pengundi dalam kawasannya jauh lebih kecil berbanding jumlah pengundi dalam kawasan parti lawan. Jika PAS bertanding dalam kawasan di mana jumlah pengundi secara purata berjumlah 77,000, UMNO bertanding dalam kawasan di mana jumlah pengundi secara purata adalah 36,000.
Maka jika kita lihat dari sudut ini, dengan membuat penyamarataan, nilai 88 kerusi UMNO itu hanya 44 kerusi parlimen. Kerana 2 kerusi yang dimenangi oleh UMNO bersamaan 1 kerusi PAS. Dan nilai sebenar 21 kerusi yang dimenangi oleh PAS itu ialah 42 kerusi. Ini bererti PAS dengan mudah menjadi parti pilihan selain UMNO. Demikian juga dengan PKR. PKR bertanding dalam kawasan di mana jumlah pengundinya secara purata ialah 75,000. Nilai sebenar 30 kerusi yang dimenangi oleh PKR ialah 60 kerusi.
Jadi di mana letaknya kejayaan UMNO? Kemenangannya ialah kemenangan kosong.
Dalam tahun 2008, Umno telah mendapat 2 juta undi orang Melayu. Ketika itu jumlah pengundi Melayu ialah 5.7 juta. Lebih ramai orang Melayu sejak 2008 sudah pun menolak Umno. Erti nya, ketika itu Umno hanya memperolehi 35% dari undi orang Melayu.
Berapa jumlah pengundi Melayu kali ini? Jika 70% dari 11.2 juta pengundi dalam PRU13 ialah orang Melayu, maka jumlah pengundi Melayu ialah 7.8 juta.
Buatlah perkiraan sendiri. Jika semua undi yang di perolehi UMNO semuanya pengundi Melayu, maka jumlahnya 3.2 juta. Tapi jumlah pengundi Melayu semuanya ialah 7.8 juta. Ini bererti 4.6 juta orang Melayu tidak menyokong UMNO.
Tapi kita tahu bukan semua 3.2 juta undi yang diperolehi UMNO itu datang dari orang Melayu. Orang Cina dan India masih menyokong calon UMNO. Katalah 15% sokongan untuk calon UMNO datang dari pengundi bukan Melayu. Ertinya, pengundi Melayu yang menyokong UMNO adalah sebanyak 85% atau 2.72 juta sahaja.
Sekali lagi buatlah perhitungan. Jumlah pengundi Melayu ialah 7.8 juta. UMNO hanya dapat 2.7 juta pengundi Melayu. Ertinya, 5 juta orang Melayu tidak menyokong UMNO dalam PRU13.
| TPP- Orang kampong macam di Lenggong tak ramai yang tahu. Posted: 02 Jun 2013 08:02 PM PDT Dr Rosli Yaakop, | 03 Jun 2013 |
Perkongsian Negara-Negara Pesisiran Lautan Pasifik (TPP) – Kezaliman Ekonomi Kurun ke-21
Perkongsian Negara-Negara Pesisiran Lautan Pasifik atau Trans-Pacific Partnership (TPP) bermula dengan penubuhan Pacific Three Closer Economic Partnership (P3-CEP) dianggotai Singapura, New Zealand dan Chile dalam tahun 2002. Brunei menyertai pertubuhan itu dalam tahun 2005 dan namanya ditukar kepada "Trans-Pacific Strategic Economic Partnership" (TPSEP) atauPacific 4 (P-4).
Dalam tempoh lapan tahun (2005-2013) berikutnya, pelbagai negara pesisiran lautan Pasifik yang lain, secara beransur-ansur, menjadi ahli rundingan (negotiating member) TPP. Kini, ahli TPP berjumlah duabelas terdiri dari Australia (menjadi ahli pada tahun 2008), Brunei (2005), Canada (2012), Chile (2002), Malaysia (2010), Mexico (2012), New Zealand (2002), Peru (2008), Singapura (2002), Amerika Syarikat (2009), Vietnam (2008) dan Jepun (2013).
Penyertaan penuh Malaysia bermula pada Rundingan Pusingan Ketiga yang berlangsung di Brunei pada 4-9 Oktober 2010 dan dikatakan Malaysia adalah salah sebuah negara penyokong kuat perjanjian TPP. Negara Jepun, setelah bertangguh lama kerana bantahan rakyatnya, menjadi ahli pada bulan Mac 2013.
Apabila Amerika Syarikat menyertai TPP dalam tahun 2009, ia muncul sebagai pemain dominan dalam mencatur perjanjian TPP meletakkan "Agenda Ekonomi Amerika" (sebahagian dari Ode Baru Dunia) di tempat paling atas, menelan agenda-agenda negara ahli yang lain.
Pada Sidang Kemuncak APEC tahun 2010, sembilan negara ahli TPP meluluskan cadangan Presiden Barrack Obama agar kesemua rundingan di bawah TPP diselesaikan pada bulan November 2011 (sebelum persidangan APEC berikutnya). Namun, sasaran itu tidak tercapai. Rundingan diteruskan sehingga tahun 2012 dan masih belum selesai sehingga kini (Jun 2013). Setakat ini, 16 pusingan rundingan telah diadakan bermula pada 15-19 Mac 2010 dan yang terakhir, pada 3-14 Mei 2013.
Perjanjian Perdagangan Bebas TPSEP yang ditandatangani Brunei, Chile, Singapura dan New Zealand pada 3 Jun 2005 mula dikuatkuasakan dalam tahun 2006. Kadar tarif telah diturunkan sebanyak 90% di negara-negara terbabit berkuatkuasa mulai 1 Januari 2006 dan bakal dihapuskan (0%) mulai 2015. Perjanjian TPSEP ini bukan sekadar mengenai tarif. Ia merupakan satu perjanjian perdagangan yang komprehinsif merangkumi pelbagai aspek seperti perdagangan barangan dan perkhidmatan, rule of origin, trade remedies, halangan teknikal kepada perdagangan, harta intelek, perolehan kerajaan dan dasar persaingan dan berbagai-bagai lagi. Perjanjian perdagangan bebas yang sedang dirundingkan di bawah TPP sekarang adalah perluasan dari perjanjian TPSEP dan ianya menjanjikan liputan yang jauh lebih komprehnsif dan, sebagaimana yang didakwa oleh pengkritik, merupakan perjanjian yang "restrictive" dan "lebih memihak" kepada negara-negara ahli yang lebih maju khasnya Amerika Syarikat dan syarikat-syarikat multi-nasional dari negara itu.
Perjajanjian TPP – bila dilihat perkembangan yang mutakhir ini - sebenarnya dipelopori, ditaja dan didominasi oleh Amerika Syarikat. Ianya bakal memberi implikasi dan kesan masa hadapan yang besar kepada pelbagai sektor ekonomi negara ahli termasuk kesan ke atas gunatenaga, kadar upah, aliran modal, pelaburan, kesihatan awam, alam sekitar, kebajikan dan banyak lagi perkara yang melibatkan kepentingan awam dan pelbagai stakeholder. Oleh yang demikian, pengkritik-pengkritik berpandangan perundingan TPP sewajarnya dijalankan secara telus dan lebih terbuka melibatkan pelbagaistakeholder. Ini tidak terjadi. Sebaliknya, perundingan TPP dijalankan secara rahsia dan kerahsiaan yang menyelubungi TPP disifatkan sebagai "unparalleled" – anggota pasukan paramilitary berkawal di luar dan sekeliling tempat mesyuarat dan helikopter pula berligar-ligar di ruang udara dan pihak media tidak dibenarkan membuat liputan.
Perundingan hanya melibatkan pegawai kerajaan negara-negara ahli dan wakil syarikat-syarikat multi-nasional yang majoritinya milik rakyat Amerika Syarikat. Dikatakan seramai 600 penasihat korporat syarikat-syarikat berkenaan hadir di dalam rundingan. Pelbagai stakeholders yang lain tidak langsung dilibatkan dalam perundingan. Malah, maklumat-maklumat mengenai TPP disorokkan daripada ahli-ahli Kongress Amerika Syarikat dan lawmaker dari negara ahli yang lain. Akibatnya, walaupun sebanyak 16 pusingan rundingan telah diadakan, amat sedikit maklumat yang didedahkan mengenai perkara-perkara yang dirundingkan, kemajuan rundingan dan kebaikan atau keburukan dari kewujudan TPP itu kepada negara-negara ahli. Maklumat-maklumat serpihan yang diperolehi pelbagai pihak, khasnya pengkritik-prngkritik TTP, datangnya dari dokumen yang dibocorkan.
Kenapa perjanjian TPP dirundingkan secara rahsia? David Brodwin, pengasas bersama dan ahli lembaga pengarah "American Sustainable Business Council" mendakwa TPP berselindung di sebalik agenda "untuk mengharmonikan tarif dan pelbagai peraturan perdagangan dan menggalakkan perdagangan bebas di kalangan negara-negara ahli" untuk mewujudkan "a stealthy delivery mechanism for policies that could not survive public scrutiny." Ini bermakna, TPP diwujudkan bukan untuk menggalakkan persaingan tetapi untuk mengekalkan monopoli syarikat-syarikat gergasi dalam bidang perniagaan masing-masing seperti Warner dan Sony (hiburan), Merck dan Pfizer (farmasi), RTZ dan BP (perlombongan), Philip Morris (rokok), Wallmart dan Woolworths (peruncit), Merril Lynch, Westpac, AIG, Macquarie dan JP Morgan (sektor kewangan), Cargill dan Mosanto (perniagaan tani), Bechtel dan Veola (operator swasta bekalan air) dan banyak lagi.
Perjanjian TPP ditentang oleh pelbagai pihak. Penyokong-penyokong gerakanAnti-Globalisation misalnya, mendakwa perjanjian perdagangan bebas di bawah TPP memberi kuasa yang terlalu besar (unprecedented power) kepada syarikat-syarikat multi-nasional sehingga mengatasi dan melemahkan kuasa daulah (the power of nation states). Negara dikehendaki tunduk kepada syarikat-syarikat korporat, bukan sebaliknya, iaitu, syarikat korporat yang melabur di mana-mana negara sepatutnya tunduk kepada polisi dan undang-undang negara tuan rumah. Ini sesungguhnya adalah "model songsang globalisasi ekonomi dunia." Juga, peruntukan-peruntukan perjanjian TPP melanggar hak-hak dan kepentingan pengguna dan pekerja dan mengkesampingkan kepentingan alam sekitar. Ini membawa kepada tuduhan bahawa TPP sebenarnya adalah "a wish list of one per cent" (iaitu, syarikat–syarikat multi-nasional milik negara ahli yang maju khasnya Amerka Syarikat) yang mahu terus menguasai dan memonopoli perdagangan dan ekonomi dunia tanpa mempedulikan kebajikan rakyat miskin di negara ahli yang lain.
Dari maklumat yang bocor dilaporkan bahawa dari sejumlah 26 perkara yang dirangkumi perjanjian TPP, hanya beberapa perkara yang ada kena mengena langsung dengan hal-hal perdagangan. Selebihnya difokuskan kepada hal-hal mengenai menjaga dan melindungi kepentingan syarikat-syarikat gergasi multi-nasional dengan memberi mereka pelbagai hak dan keistimewaan dalam urusan, rundingan dan penyelesaian perbalahan perdagangan. Oleh yang demikian, perjanjian perdagangan bebas yang sedang dirangka oleh sebelas buah negara pesisiran lautan Pasifik bukannya untuk membedayakan persaingan tetapi membina tembok kebal melindungi kuasa monopoli syarikat-syarikat multi-nasional negara maju, secara kebetulan atau tidak, kebanyakannya milik rakyat Amerika.
Perjanjian TPP, bila dimetrai, bakal mengandungi peruntukan-peruntukan yang sifatnya terlalu memihak kepada Amerika Syarikat dan kesannya menzalimi dan menindas negara-negara ahli yang lain. Antaranya: Pertama, ia membolehkan syarikat korporat multi-nasional menyaman negara di mana ianya melabur dan beroperasi seandainya undang-undang dan peraturan dalam negara tuan rumah dituduh sebagai penyebab ianya mengalami kerugian. Di antara keistimewaan yang diberikan kepada syarikat-syarikat multi-nasional termasuklah, pertama, peruntukan yang menjamin mereka dilibatkan dalam merangka undang-undang baru di negara tuan rumah. Kedua, kerajaan tuan rumah wajib menerima pandangan mereka di dalam merangka undang-undang baru itu. Ketiga, jika pandangan mereka tidak diambilkira, maka sekiranya undang-undang baru itu memberi kesan negatif kepada nilai pelaburan atau merugikan mereka, maka syarikat multi-nasional berkenaan boleh menyaman kerajaan tuan rumah. Keempat, saman itu pula dibicarakan di mahkamah antarabangsa secara rahsia, dikendalikan oleh Bangsa-Bangsa Bersatu atau Bank Dunia, bukannya mahkamah di negara tuan rumah. Ini bermakna undang-undang negara tuan rumah menjadi tumpul bila berdepan dengan kuasa baru syarikat korporat.
Kedua, negara-negara ahli TPP dipaksa tunduk kepada "agenda of the Big PhaRMA" yang mahukan kawalan monopoli yang lebih panjang ke atas ubat-ubatan yang mereka cipta dan keluarkan sebelum membenarkan versi generik dikeluarkan. Kesan peruntukan ini ialah menghadkan secara drastik akses rakyat negara ahli kepada "affordable medications" terutamanya golongan yang memang bergantung kepada ubat-ubatan generik yang jauh lebih rendah harganya berbanding ubat-ubatan berjenama.
Bab mengenai ubat-ubatan yang dibocorkan pada Februari 2011 menunjukkan bahawa wakil Amerika Syarikat telah mengemukakan, antara lain, perkara-perkara berikut di dalam rundingan: Menghendaki pelbagai peruntukan dimasukkan di dalam perjanjian memberi hak kepada syarikat-syarikat farmasi mengenakan harga yang tinggi untuk masa yang lebih panjang untuk ubat-ubatan yang mereka keluarkan, mendapatkan "patent" hanya dengan membuat perubahan kecil kepada ubat-ubatan yang sedia ada dan menghendaki negara-negara ahli meminda undang-undang berkaitan ubat-ubatan dalam negara masing-masing bagi membolehkan ubat-ubatan yang sedia yang dipersembahkan dalam bentuk yang baru diberikan "patent" baru. Peruntukan-peruntukan ini, yang dikenali sebagai "evergreen provisions," adalah helah bagi membolehkan syarikat-syarikat farmasi mengekalkan kuasa monopoli ke atas industri farmasi dunia.
Pertubuhan "Medicins Sans Frontieres" yang menentang TPP mendedahkan bahawa kos rawatan pesakit HIV-AIDs meningkat dari USD295 setahun bagi se orang pesakit menggunakan ubat generik kepada USD10,400 setahun bagi seorang pesakit bila menggunakan versi "patent" dari ubat yang sama, kenaikan sebanyak 3,425%. Kos ubat-ubatan yang lain semuanya akan naik berganda-ganda sekiranya peraturan di atas diluluskan.
Ketiga, dalam hal berkaitan dengan harta intelek, perjanjian TPP mengandungi peruntukan-peruntukan yang menekan negara-negara ahli, misalnya, mana-mana individu, badan perniagaan dan organisasi yang melanggar undang-undang hakcipta akan dikenakan denda berupa perkhidmatan internet mereka ditamatkan. Ini bermakna negara ahli dikehendaki tunduk kepada sekatan-sekatan yang dikenakan oleh "Hollywood copyright cartels" termasuklah larangan menstorkan maklumat digital dalam fail sementara di dalam komputer tanpa kebenaran pemilik hakcipta dan memanjang jangka hayat hak cipta dari 70 tahun sekarang kepada 120 tahun. Juga, ada peruntukan yang menghendaki internet service provider mengawal (to self-police) aktiviti pengguna-penguna internet dan individu yang memuat turun perisian untuk kegunaan sendiri dikira sebagai melakukan kesalahan melanggar undang-undang hakcipta. Peraturan ini hanya akan menguntung Amerika Syarikat kerana ia adalah pengekspot bersih (net exporter) maklumat digital khasnya dalam industri hiburan.
Keempat, perjanjian TPP mengabaikan "food safety" melalui penghapusan keperluan "food labeling" mendedahkan negara-negara ahli kepada barang makanan import yang tidak menepati "national food safety standard." Misalanya, dilaporkan syarikat rokok menghendaki supaya tiada apa-apa pun ditulis pada kotak rokok.
Kelima, mengenakan peraturan kewangan di mana negara-negara ahli dikehendaki membenarkan instrumen dan perkhidmatan kewangan berisko tinggi dipasarkan di dalam pasaran kewangan dan modal di negara-negara ahli. Juga, negara-negara ahli tidak dibenarkan melaksanakan dasar kewangan sendiri secara bebas dan tidak dibenarkan sama sekali melaksanakan langkah kawalan modal (capital control measures). Ini bermakna negara ahli dikehendaki membenarkan urusniaga alat-alat kewangan derivatif, spekulasi matawang dan lain-lain "manipulative financial instruments" di pasaran kewangan dan modal masing-masing. Jelas, peruntukan ini bertujuan tidak lain untuk menyekalkan monopoli Amerika di dalam perkhidmatan kewangan dan pasaran modal dunia.
Itulah dia sebahagian dari maklumat yang mampu dikutip dari dokumen TPP yang dibocorkan. Jelas, perjanjian TPP yang sedang dirundingkan cukup memihak kepada Amerika Syarikat dan syarikat korporat negara itu. Jika akhirnya ia dimetrai dalam bentuk yang dikendaki oleh Amerika Syarikat, maka perjanjian TPP akan dengan mudahnya muncul sebagai apa yang boleh dipanggil "kezaliman ekonomi kurun ke 21."
Gerakan menentang perjanjian TPP sudah muncul khasnya di Australia dan New Zealand dan dijangka merebak ke negara-negara ahli yang lain. Penulis tidak mampu meneka adakah rakyat Malaysia akan turut menentang perjanjian ini. Rumusan penulis adalah seperti berikut: Boleh dijangka (it is a forgone conclusion) bahawa Malaysia, sepertimana juga negara-negara pesisiran lautan Pasifik yang lain, khasnya yang sedang membangun dan masih belum mencapai status negara maju, akan terpaksa menerima sahaja perjanjian TPP secara bulat-bulat, pasrah di bawah telunjuk Amerika Syarikat, negara yang terkuat di muka bumi sekarang ini. Ini bermakna menggadaikan masa depan rakyat dan Negara. Ahli Ekonomi Amerika dan Pemenang Hadiah Nobel dalam bidang Ekonomi, Joseph Stiglitz menyatakan: "Most of these free trade agreements are… managed trade agreements and they are mostly managed for the advantage of the United States, which has the bulk of the negotiating power." Hujjah in diperkuatkan oleh Nile Bowie, seorang penyelidik di Global Research yang merumuskan: "The United States is economically ailing, and the TPP – Wall Street's wet dream and Washington's answer to its own dwindling economic performance – is designed to allow US big business a greater stake in the emerging Pacific region by imposing its exploitative economic model on Signatory nations that exempt multinasionals and private investors from any form of public accountability." Penulis melihat TPP adalah sebahagian dari dasar-dasar ekonomi Dajjal untuk kurun ke 21.
Rembau NS 1 Jun 2013 | Kepincangan SPR Posted: 02 Jun 2013 07:58 PM PDT
KOTA BHARU:Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar)menyifatkan kenyataan Perdana Menteri mahu meletakkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di bawah Jawatankuasa Khas Parlimen adalah bukti SPR sangat pincang sebelum ini. "Pada saya, ini sebenarnya tidak lain hanyalah sebesar-besar bukti bahawa proses perjalanan pilihanraya yang dikendalikan oleh SPR sangat pincang," kata beliau dalam kenyataannya kepada Harakahdaily. Bagi beliau, jika sebelum ini, ada pemimpin Umno yang mencadangkan agar sesiapa yang tidak berpuas hati dengan perjalanan pilihanraya boleh keluar dari bumi Malaysia, di mana agaknya wajahnya ingin diletakkan dengan pengumuman Presiden Umno itu sendiri?. Sehubungan itu beliau mengingatkan para pemimpin Umno dan lain-lain pihak jangan memperlekehkan pandangan rakyat. "Saya ingatkan, jangan sesekali memperlekeh pandangan pandangan rakyat marhaen," tegasnya. Sementara itu, pandangan Tuan Guru Nik Aziz dikongsi oleh anggota Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong ( gambar kanan). "Saya berpendapat ini merupakan taktik terbaru Umno-BN untuk menghalalkan sebarang tindakan SPR di masa depan bagi mengekalkan kuasa mereka," katanya. Jika Perdana Menteri betul-betul ikhlas untuk melaksanakan pembaharuan sistem pilihan raya, beliau menyeru supaya segera dilaksanakan tuntutan Bersih 3.0 iaitu 1) melaksanakan lapan tuntutan Bersih 2.0, 2) pimpinan SPR meletak jawatan segera kerana kehilangan keyakinan rakyat terhadap SPR, dan 3) membenarkan pemantau antarabangsa bebas untuk memantau pilihan raya. "Jika ini tidak dilaksanakan terlebih dahulu, maka sebarang perubahan hanyalah perubahan kosmetik dan bakal menjadi satu lagi projek penipuan Barisan National," katanya. Berikut adalah kenyataan penuh Mursyidul Am PAS. Matahari Tegak dan UMNO Baru TerjagaSaya membaca laporan muka hadapan Sinar Harian hari ini yang memuatkan pengumuman YAB Perdana Menteri Malaysia bahawa kerajaan telah memutuskan untuk memindahkan kawal selia dan fungsi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kepada satu Jawatankuasa Khas Parlimen yang bebas dan dwipartisan dianggotai wakil rakyat kerajaan dan pembangkang.
Khabarnya ini bertujuan untuk memperkukuh kewibawaan dan kredibiliti badan pelaksana pilihan raya negara.
Saya memetik kata-kata Datuk Seri Najib yang antara lain menyatakan bahawa langkah ini bagi memastikan peranan suruhanjaya itu sebagai badan bebas tidak lagi dipersoalkan, sekali gus mengukuhkan keyakinan rakyat terhadap peranannya mengadakan pilihan raya secara telus dan lancar.
Pada saya, ini sebenarnya tidak lain hanyalah sebesar-besar bukti bahawa proses perjalanan pilihanraya yang dikendalikan oleh SPR sangat pincang.
Inilah yang saya tegaskan kepada para wartawan yang bergegas ke rumah saya meminta ulasan di atas pengumuman Perdana Menteri itu.
Jika sebelum ini, ada pemimpin Umno yang mencadangkan agar sesiapa yang tidak berpuas hati dengan perjalanan pilihanraya boleh keluar dari bumi Malaysia, di mana agaknya wajahnya ingin diletakkan dengan pengumuman Presiden Umno itu sendiri?
Saya ingatkan, jangan sesekali memperlekeh pandangan pandangan rakyat marhaen.
Jika dahulu pemecatan Tun Salleh Abbas daripada jawatannya selaku Ketua Hakim Negara turut dipertikai oleh rakyat jelata tetapi kerajaan bermati-matian mempertahankan pemecatan tersebut.
Alih-alih apabila teraju pemerintahan negara diambil alih oleh orang lain, Tun Salleh Abbas tidak semena-mena menerima pampasan daripada 'kesilapan kerajaan'. Siapa yang kata kerajaan tidak pernah silap?
Hari ini dengan pelbagai persepsi masyarakat terhadap SPR, sewajarnya kerajaan mengakui sahaja kesilapan.
Isu dakwat kekal yang bertukar menjadi tidak kekal dan senarai yang tidak bersih memperlihatkan seolah-olah kerajaan hari ini berdiri di atas mandat yang tidak betul.
Itu belum lagi dicampur isu undi awal yang jelas sekali prosesnya benar-benar menguntungkan Barisan Nasional.
Benar sangatlah reaksi langsung daripada rakyat di seluruh negara yang bangkit beramai-ramai menuntut pembersihan di dalam pilihanraya. Perlu diingatkan, PAS bukan tidak pernah kalah di dalam pilihanraya, bahkan PAS lebih banyak kalah daripada menang.
Namun dalam masa yang sama, PAS tidak boleh menerima penipuan di dalam pilihanraya. Ingatlah, amanah yang diperolehi daripada jalan yang haram hanya menjadi beban yang sangat berat untuk ditanggung di akhirat kelak!
Saya fikir mustahil Barisan Nasional ingin menurut jejak langkah rejim Hosni Mubarak di Mesir yang menang hampir seratus peratus di dalam pilihanraya tetapi akhirnya kecundang di jalan raya.
Dengarlah suara hati rakyat. SPR wajar dirombak, perbetulkan kembali sistem pilihanraya.
Sayangnya, Umno lambat sedar. Dalam pada rakyat bangkit beramai-ramai mempersoalkan kredibiliti SPR, ada pemimpin Umno masih bermain madah pujangga menegakkan benang yang basah.
Jika umpama orang yang tidur, Umno hanya terjaga ketika matahari tegak di atas kepala!
Salam hormat,
NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT, Al-Mursyidul Am, Parti Islam Semalaysia (PAS) | Hantu-hantu yang merayau Posted: 02 Jun 2013 07:54 PM PDT (Zunar bersama rakan-rakan 'hantu'nya berdemo di Bukit Bintang)
KUALA LUMPUR: Orang ramai menjadi gempar apabila seekor 'hantu' muncul dengan membawa peti undi ditangan, sambil beberapa orang mengasap kemenyan di tengah-tengah kesibukan di Jalan Bukit Bintang malam minggu lepas.
Namun, hantu itu adalah watak dari sebuah Sketpos (sketsa protes) inisiatif Zunar dan teman-temannya dari Kumpulan kartunis Independen. Selain watak hantu, turut juga di pamerkan dalam protes jenis "flash mob" itu ialah papan-papan tanda lukisan kartun yang mengritik SPR dan Perdana Menteri yang didakwa mereka menipu dalam PRU-13 yang lalu.
Antara yang dipapar ialah CIMB (Cambodia, Indonesia, Myanmar, Bangla), DAT1M (Dakwat Tipu 1 Malaysia), PM 46% dan sebagainya. Ia turut dihiasa dengan kartun Pak Monggol,l Antutuya, C4 dan Rosmoh. Sketsa berlangsung selama sejam sebelum sepasukan polis datang menghalau.
Menurut Zunar, Sketpos itu adalah salah satu rencana dalam program. "Kartunis Melawan Penipuan PRU" (CAEF). | |
Pemuda PAS Sandakan Posted: 03 Jun 2013 01:03 PM PDT Matahari Tegak dan UMNO Baru Terjaga Posted: 02 Jun 2013 05:21 PM PDT Saya membaca laporan muka hadapan Sinar Harian hari ini yang memuatkan pengumuman YAB Perdana Menteri Malaysia bahawa kerajaan telah memutuskan untuk memindahkan kawal selia dan fungsi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kepada satu Jawatankuasa Khas Parlimen yang bebas dan dwipartisan dianggotai wakil rakyat kerajaan dan pembangkang. Khabarnya ini bertujuan untuk memperkukuh kewibawaan dan kredibiliti badan pelaksana pilihan raya negara. Saya memetik kata-kata Datuk Seri Najib yang antara lain menyatakan bahawa langkah ini bagi memastikan peranan suruhanjaya itu sebagai badan bebas tidak lagi dipersoalkan, sekali gus mengukuhkan keyakinan rakyat terhadap peranannya mengadakan pilihan raya secara telus dan lancar. Pada saya, ini sebenarnya tidak lain hanyalah sebesar-besar bukti bahawa proses perjalanan pilihanraya yang dikendalikan oleh SPR sangat pincang. Inilah yang saya tegaskan kepada para wartawan yang bergegas ke rumah saya meminta ulasan di atas pengumuman Perdana Menteri itu. Jika sebelum ini, ada pemimpin UMNO yang mencadangkan agar sesiapa yang tidak berpuas hati dengan perjalanan pilihanraya boleh keluar dari bumi Malaysia, di mana agaknya wajahnya ingin diletakkan dengan pengumuman Presiden UMNO itu sendiri? Saya ingatkan, jangan sesekali memperlekeh pandangan pandangan rakyat marhaen. Jika dahulu pemecatan Tun Salleh Abbas daripada jawatannya selaku Ketua Hakim Negara turut dipertikai oleh rakyat jelata tetapi kerajaan bermati-matian mempertahankan pemecatan tersebut. Alih-alih apabila teraju pemerintahan negara diambil alih oleh orang lain, Tun Salleh Abbas tidak semena-mena menerima pampasan daripada 'kesilapan kerajaan'. Siapa yang kata kerajaan tidak pernah silap? Hari ini dengan pelbagai persepsi masyarakat terhadap SPR, sewajarnya kerajaan mengakui sahaja kesilapan. Isu dakwat kekal yang bertukar menjadi tidak kekal dan senarai yang tidak bersih memperlihatkan seolah-olah kerajaan hari ini berdiri di atas mandat yang tidak betul. Itu belum lagi dicampur isu undi awal yang jelas sekali prosesnya benar-benar menguntungkan Barisan Nasional. Benar sangatlah reaksi langsung daripada rakyat di seluruh negara yang bangkit beramai-ramai menuntut pembersihan di dalam pilihanraya. Perlu diingatkan, PAS bukan tidak pernah kalah di dalam pilihanraya, bahkan PAS lebih banyak kalah daripada menang. Namun dalam masa yang sama, PAS tidak boleh menerima penipuan di dalam pilihanraya. Ingatlah, amanah yang diperolehi daripada jalan yang haram hanya menjadi beban yang sangat berat untuk ditanggung di akhirat kelak! Saya fikir mustahil Barisan Nasional ingin menurut jejak langkah rejim Hosni Mubarak di Mesir yang menang hampir seratus peratus di dalam pilihanraya tetapi akhirnya kecundang di jalan raya. Dengarlah suara hati rakyat. SPR wajar dirombak, perbetulkan kembali sistem pilihanraya. Sayangnya, UMNO lambat sedar. Dalam pada rakyat bangkit beramai-ramai mempersoalkan kredibiliti SPR, ada pemimpin UMNO masih bermain madah pujangga menegakkan benang yang basah. Jika umpama orang yang tidur, UMNO hanya terjaga ketika matahari tegak di atas kepala! Salam hormat, NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT, Al-Mursyidul Am, Parti Islam Semalaysia (PAS) 23 Rajab 1434H bersamaan 2 Jun 2013M Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu. | |
Batu Gajah Mari Posted: 03 Jun 2013 11:11 AM PDT |
Landskap Siasah Posted: 03 Jun 2013 07:15 AM PDT |
CINA ISLAM (林川興) Posted: 03 Jun 2013 01:16 AM PDT Suami isteri maut dengan kesan cedera di leher Posted: 02 Jun 2013 10:33 PM PDT 24 Rejab 1434 H. [MOD] - - Seorang suami ditemui mati dipercayai dibunuh manakala isterinya meninggal dunia di Hospital Manjung selepas ditemui dengan kesan kecederaan teruk di luar rumah mereka di Kampung Ayer Tawar, dekat Seri Manjung, kira-kira 80km dari Ipoh, semalam.
Mayat K Ashahkumar, 36, ditemui dalam keadaan terbaring di ruang tamu rumah berkenaan dengan kesan kecederaan di bahagian leher manakala isterinya V Panumathy, 38, yang mengalami kecederaan sama ditemui terlantar di bahagian luar rumah.
Ketua Polis Perak Datuk Mohd Shukri Dahalan ketika dihubungi berkata kejadian itu disedari oleh jiran mereka pada pukul 1 pagi sebelum melaporkan kepada polis.
Beliau berkata si suami temui mati di tempat kejadian akibat pendarahan teruk manakala si isteri meninggal dunia di hospital.
Beliau berkata motif kejadian masih dalam siasatan dan tidak menolak kemungkinan berlaku pergaduhan antara pasangan itu atau melibatkan jenayah samun.
-Bernama
| Final Piala FA di Bukit Jalil Posted: 02 Jun 2013 08:40 PM PDT 21 Rejab 1434 H. [MOD] - Kuala Lumpur: Final Piala FA antara Johor Darul Takzim (DT) dan juara bertahan, Kelantan akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, pada 29 Jun ini.Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin, berkata pemilihan Stadium Nasional untuk aksi final sememangnya sudah pun ditetapkan. Gembar-gembur yang mengatakan final Piala FA berlangsung di Stadium Shah Alam adalah tidak benar. Tiket diberi sama rata Jadi kami akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat termasuk dalam menentukan soal pengagihan tiket. Seperti kebiasaan, sejumlah tiket akan diberi sama rata untuk dijual kedua-dua persatuan dan baki daripada jumlah itu akan dijual di Stadium Nasional untuk peminat di Lembah Klang, katanya ketika dihubungi semalam. Dalam pada itu, Kelantan dan Johor DT tetap perlu beraksi pada perlawanan ke-20 Liga Super, 26 Jun ini meskipun jaraknya hanya empat hari menjelang final Piala FA kerana tiada ruang lagi untuk ia dipinda. Setakat ini belum ada permohonan daripada kedua-dua pasukan, tetapi saya rasa untuk mengubahnya agak sukar kerana Liga Super tetap perlu dihabiskan pada 6 Julai kerana umat Islam mula berpuasa pada 10 Julai, katanya. | 3,000 diarah pindah kebakaran hutan di utara Los Angeles Posted: 02 Jun 2013 07:44 PM PDT 24 Rejab 1434 H. [MOD] - PALMDALE (California): Dianggarkan lebih 3,000 penduduk daripada 700 kediaman diarah meninggalkan rumah masing-masing apabila kebakaran hutan di utara Los Angeles semakin merebak.Pegawai Sheriff Los Angeles County, Lt David Coleman, berkata arahan itu dijangka berlarutan sehingga mereka benar-benar selamat untuk kembali semula. Coleman berkata, kira-kira 2,000 penduduk membabitkan 500 rumah diarah keluar dari kawasan kediaman mereka di Tasik Elizabeth, manakala kira-kira 800 penduduk daripada 200 rumah terjejas di Tasik Hughes. "Kira-kira 1,000 penduduk dari 250 rumah akan dikeluarkan dari Green Valley jika api terus merapati kawasan itu," katanya. Api yang cepat marak sudah memusnahkan kawasan kira-kira seluas 103 kilometer persegi membabitkan lembah dan kawasan pergunungan di utara Los Angeles.AP Sebanyak enam rumah hangus manakala 15 lagi rosak. - AP | Matahari tegak dan UMNO baru tahu Posted: 02 Jun 2013 07:22 PM PDT 24 Rejab 1434 H. [MOD] -
Saya membaca laporan muka hadapan Sinar Harian hari ini yang memuatkan pengumuman YAB Perdana Menteri Malaysia bahawa kerajaan telah memutuskan untuk memindahkan kawal selia dan fungsi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kepada satu Jawatankuasa Khas Parlimen yang bebas dan dwipartisan dianggotai wakil rakyat kerajaan dan pembangkang. Khabarnya ini bertujuan untuk memperkukuh kewibawaan dan kredibiliti badan pelaksana pilihan raya negara. Saya memetik kata-kata Datuk Seri Najib yang antara lain menyatakan bahawa langkah ini bagi memastikan peranan suruhanjaya itu sebagai badan bebas tidak lagi dipersoalkan, sekali gus mengukuhkan keyakinan rakyat terhadap peranannya mengadakan pilihan raya secara telus dan lancar.
Pada saya, ini sebenarnya tidak lain hanyalah sebesar-besar bukti bahawa proses perjalanan pilihanraya yang dikendalikan oleh SPR sangat pincang. Inilah yang saya tegaskan kepada para wartawan yang bergegas ke rumah saya meminta ulasan di atas pengumuman Perdana Menteri itu. Jika sebelum ini, ada pemimpin UMNO yang mencadangkan agar sesiapa yang tidak berpuas hati dengan perjalanan pilihanraya boleh keluar dari bumi Malaysia, di mana agaknya wajahnya ingin diletakkan dengan pengumuman Presiden UMNO itu sendiri?
Saya ingatkan, jangan sesekali memperlekeh pandangan pandangan rakyat marhaen. Jika dahulu pemecatan Tun Salleh Abbas daripada jawatannya selaku Ketua Hakim Negara turut dipertikai oleh rakyat jelata tetapi kerajaan bermati-matian mempertahankan pemecatan tersebut. Alih-alih apabila teraju pemerintahan negara diambil alih oleh orang lain, Tun Salleh Abbas tidak semena-mena menerima pampasan daripada 'kesilapan kerajaan'. Siapa yang kata kerajaan tidak pernah silap?
Hari ini dengan pelbagai persepsi masyarakat terhadap SPR, sewajarnya kerajaan mengakui sahaja kesilapan. Isu dakwat kekal yang bertukar menjadi tidak kekal dan senarai yang tidak bersih memperlihatkan seolah-olah kerajaan hari ini berdiri di atas mandat yang tidak betul. Itu belum lagi dicampur isu undi awal yang jelas sekali prosesnya benar-benar menguntungkan Barisan Nasional. Benar sangatlah reaksi langsung daripada rakyat di seluruh negara yang bangkit beramai-ramai menuntut pembersihan di dalam pilihanraya. Perlu diingatkan, PAS bukan tidak pernah kalah di dalam pilihanraya, bahkan PAS lebih banyak kalah daripada menang. Namun dalam masa yang sama, PAS tidak boleh menerima penipuan di dalam pilihanraya. Ingatlah, amanah yang diperolehi daripada jalan yang haram hanya menjadi beban yang sangat berat untuk ditanggung di akhirat kelak!
Saya fikir mustahil Barisan Nasional ingin menurut jejak langkah rejim Hosni Mubarak di Mesir yang menang hampir seratus peratus di dalam pilihanraya tetapi akhirnya kecundang di jalan raya.
Dengarlah suara hati rakyat. SPR wajar dirombak, perbetulkan kembali sistem pilihanraya. Sayangnya, UMNO lambat sedar. Dalam pada rakyat bangkit beramai-ramai mempersoalkan kredibiliti SPR, ada pemimpin UMNO masih bermain madah pujangga menegakkan benang yang basah. Jika umpama orang yang tidur, UMNO hanya terjaga ketika matahari tegak di atas kepala!
Salam hormat,
NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT, Al-Mursyidul Am, Parti Islam Semalaysia (PAS)
23 Rajab 1434H bersamaan 2 Jun 2013M Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu . | |
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KUBANG PASU Posted: 02 Jun 2013 11:28 PM PDT Penipuan pilihanraya atau kepincangan demokrasi? Posted: 02 Jun 2013 09:06 PM PDT Oleh Zulkifli Yahaya Penghapusan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasiona l (PTPTN) menjadi agenda penting dalam manifesto Pakatan Rakyat untuk PRU13. Sejak mula dicadangkan sehinggalah perkara itu termaktub dalam manifesto, frasa 'hapus PTPTN' menjadi fokus utama oleh Pakatan. Frasa itu juga yang dikutip oleh BN sebagai modal untuk terus mengelirukan rakyat. Dalam media massa, ceramah, perang saraf dan gerak kempen BN mereka menempelak cadangan Pakatan itu dalam bentuk persoalan yang sangat pandir, "Jika PTPTN dihapuskan, macam mana anak Melayu yang miskin nak meneruskan pengajian di IPT?". Mungkin kita akan ketawa dengan kedunguan mereka memahami maksud 'hapus PTPTN' namun jangan menolak hakikat bahawa kedunguan yang disengajakan oleh para pemimpin Umno untuk memanipulasi isu tersebut telah berjaya menipu jutaan pengundi Melayu. Sejuzuk orang Melayu yang buta isu semasa (yang hanya mendapat maklumat dari TV3 dan RTM semata-mata) khuatir sepenuhnya terhadap cadangan Pakatan tersebut. Mereka yang segolongan itu, sekalipun mungkin kurang cerdik, tetapi tetap memiliki hak mengundi. Mereka adalah antara yang menyumbang kepada kemenangan BN. Bukankah fokus yang sepatutnya dibuat Pakatan ialah memberi, pendidikan percuma di peringkat pengajian tinggi - ganti PTPTN dengan biasiswa dan tidak perlu bayar balik! 'Hapus PTPTN' sengaja dijadikan muqaddimah ulasan kali ini untuk berhujah bahawa, ada kalanya kita tersalah memberi fokus. Pasca PRU13, rakyat Malaysia serta dunia dikejutkan dengan kegagalan Pakatan menawan Putrajaya sekalipun semua petunjuk sebelum PRU menjelaskan bahawa Pakatan sudah menguasai majoriti. Mood rakyat secara tampak, dikuasai oleh Pakatan sepanjang tempoh PRU hinggalah di saat-saat terakhir sebelum hari mengundi. Ditakdirkan Pakatan hanya menang undi popular (tepat seperti kajian yang dibuat oleh beberapa badan professional) tetapi kalah jumlah kerusi dimenangi yang dibuat berasaskan sempadan pilihanraya. Maka muncul gerakan baru selepas PRU, yang menyandarkan kekalahan Pakatan di tangan BN disebabkan penipuan yang berlaku sepanjang proses mengundi dan mengira undi. Antara yang dilibatkan ialah dakwat kekal yang tidak kekal, penipuan daftar pemilih dan penipuan dalam pengiraan yang dibantu oleh kejadian padam lampu sehingga gerakan membantah itupun dinamakan sempena kejadian tersebut iaitu Blackout 505. Soalannya, adakah fokus terhadap 'penipuan pilihanraya' itu betul sebagai punca utama kekalahan Pakatan di Pusat? Pengerusi SPR dan Timbalannya menegaskan bahawa tidak ada satu pun kejadian lampu padam semasa mengira undi pada 5 Mei lalu. Namun beberapa pemimpin Pakatan berjaya membuktikan memang berlaku tiga kejadian lampu padam di tempat pengiraan undi di seluruh negara. Persoalannya, jika lampu tidak padam di tiga tempat tersebut adakah Pakatan berjaya tawan Putrajaya? Isunya, bukan lampu padam atau tidak tetapi bagaimana penipuan itu dibuat. Setakat ini tiada siapa dapat beri penjelasan. Pengarah Strategik KeADILan Rafizi Ramli mendedahkan bagaimana terdapat kertas undi yang terdapat dalam tong undi di satu pusat mengundi, lebih besar jumlahnya dari bilangan orang keluar mengundi. Kononnya angka tersebut tercatat dalam Borang 14. Persoalannya, semasa proses kira undi di mana agen mengira undi parti yang mewakili Pakatan? Agen tersebut wajib membantah apabila berlaku lebihan kertas undi dan mendesak pihak SPR membuang kertas undi tidak sah dengan merujuk kembali kepada nombor siri kertas undi yang dikeluarkan. Kesalahan seperti itu hanya boleh berlaku jika agen mengira undi parti tidak menjalankan tugas, 'dibeli' atau tidak hadir sewaktu proses kira undi berjalan. Jika hal ini berlaku, tidak guna menyalahkan musuh kerana musuh sentiasa mencari peluang bermain kotor. Saya tidak berhasrat memperincikan isu penipuan ini kerana sebahagian besar isu yang dibangkitkan dapat dijawab dengan mudah oleh SPR. Jawapan politik yang menyakitkan hati oleh SPR dan BN ialah jika berlaku penipuan mengapa Pakatan boleh menang di tiga negeri dan menafikan majoriti dua pertiga di Parlimen? Akhirnya fokus terhadap penipuan pilihanraya akan diadili di mahkamah melalui petisyen yang dibuat. Isu penipuan boleh jadi bola tanggung yang kembali menempelak jika tidak banyak petisyen mampu dibuat atau dimenangi. Ulasan ini bukanlah bertujuan mencetuskan anti klimaks terhadap gerakan membantah 'penipuan pilihanraya', teruskan! Tetapi bukankah fokus yang paling tepat terhadap kekalahan Pakatan ialah kerana kepincangan demokrasi. Kembali kepada intipati tuntutan Bersih. Itu fokus yang paling tepat dan boleh dibuktikan. Kepincangan demokrasi ialah apabila pembangkang dinafikan hak bersuara melalui kesemua media elektronik lebih-lebih lagi RTM yang menjadi milik rakyat, BN menggunakan jentera dan premis kerajaan untuk berkempen dan menyalahgunakan dana kerajaan atau duit rakyat untuk gerakerja parti politik BN. Pembangkang dilayan seperti musuh negara. Kakitangan kerajaan dipaksa mendengar kempen BN yang dibuat atas nama program jabatan. Rakyat yang menjadi penerima bantuan kerajaan melalui skim tertentu dipaksakan menerima dakyah BN, sebelum bantuan dihulurkan. Di saat Malaysia sudah aman sejahtera, anggota tentera, polis serta isteri mereka yang bergaul dalam masyarakat awam dipaksa menjadi pengundi pos. Undi pos tidak terus dikira pada hari yang sama undi terkumpul, sebaliknya disimpan di balai polis beberapa hari tanpa pengawasan agen calon yang sudah tentu terdedah kepada tindakan memadam dan memangkah semula kertas undi tersebut. Undi pos sudah tidak relevan di Malaysia. Semua perkara tersebut terkandung dalam agenda tuntutan Bersih. Penipuan pilihanraya cuma satu aspek hiliran dari kepincangan demokrasi, jadi wajarlah kepincangan demokrasi di Malaysia itu yang sangat perlu difokuskan. http://notautara.blogspot.com | |
PAS Negeri Sembilan Posted: 02 Jun 2013 09:15 PM PDT CERAMAH ISRAK DAN MIKRAJ Posted: 02 Jun 2013 06:16 AM PDT CERAMAH ISRAK DAN MIKRAJ Penceramah : Tuan Guru Ustaz Hj Ahmad Tajuddin bin Md. Jali Tarikh : 7 Jun 2013, Jumaat Masa : 7.00 mlm Tempat : Pasti Al Hikmah, Taman Tuanku Jaafar Fasa 3, Senawang Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir
Aturcara : - Solat Maghrib - Ceramah - Solat Isya - Jamuan
Anjuran PAS DUN Paroi | |
Rembau Hari Ini Posted: 02 Jun 2013 07:14 PM PDT CERAMAH ISRAK DAN MIKRAJ Posted: 02 Jun 2013 06:15 AM PDT CERAMAH ISRAK DAN MIKRAJ Penceramah : Tuan Guru Ustaz Hj Ahmad Tajuddin bin Md. Jali Tarikh : 7 Jun 2013, Jumaat Masa : 7.00 mlm Tempat : Pasti Al Hikmah, Taman Tuanku Jaafar Fasa 3, Senawang Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir
Aturcara : - Solat Maghrib - Ceramah - Solat Isya - Jamuan
Anjuran PAS DUN Paroi | Majlis Pelancaran dan Perkhemahan Unit Amal DUN Kota Posted: 01 Jun 2013 08:32 PM PDT
Tarikh : 15 dan 16 Jun 2013 (Sabtu - Ahad) Masa : 8 pagi 15 Jun hingga 5 ptg 16 Jun Tempat : Taman Rekreasi Gunung Datuk, Rembau
Yuran : Percuma Terbuka kepada remaja lelaki 15 tahun ke 30 tahun dari selurh N.Sembilan Terhad 30 orang peserta sahaja
Untuk pendaftaran sila hubungi Azman 019-6771495
Antara aktiviti menarik : Meneroka Denai, BBQ, Memasak Dalam Hutan dan banyak lagi.
| Sumbangan Baju T untuk Ahli Unit Amal DUN Kota Posted: 01 Jun 2013 08:30 PM PDT
Selepas PRU-13 ramai di kalangan beliau di DUN Kota berminat untu menyertai Unit Amal. Rata-rata belia-belia ini hanya bekerja kampung, tiada pekerjaan tetap, bekerja kilang dan sebagainya.
Sehubungan dengan itu PAS DUN Kota mempelawa kepada sesiapa yang sudi untuk memberi sumbangan baju T untuk ahli Unit Amal DUN Kota dalam Parlimen Rembau ini.
Dianggarkan kos baju T ialah antara RM20 ke RM30 sehelai dengan ahli Unit Amal DUN Kota pada ketika ini sekitar 30 orang.
Sumbangan boleh disalurkan ke ke : Nama akaun : PAS MTD DUN KOTA , Bank Islam Malaysia Berhad: 05-021-02-011755-8
atau : Maybank , No Akaun 155126945930 CIMB , No Akaun 05020693061526 Tel. Rozmal 012-2267406 , Izamri 013-2124086 | |
Mohamad Taufek Abd Ghani Posted: 02 Jun 2013 09:29 AM PDT CERAMAH ISRAK DAN MIKRAJ Posted: 02 Jun 2013 06:14 AM PDT CERAMAH ISRAK DAN MIKRAJ Penceramah : Tuan Guru Ustaz Hj Ahmad Tajuddin bin Md. Jali Tarikh : 7 Jun 2013, Jumaat Masa : 7.00 mlm Tempat : Pasti Al Hikmah, Taman Tuanku Jaafar Fasa 3, Senawang Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir
Aturcara : - Solat Maghrib - Ceramah - Solat Isya - Jamuan
Anjuran PAS DUN Paroi | Majlis Pelancaran dan Perkhemahan Unit Amal DUN Kota Posted: 01 Jun 2013 08:34 PM PDT
Tarikh : 15 dan 16 Jun 2013 (Sabtu - Ahad) Masa : 8 pagi 15 Jun hingga 5 ptg 16 Jun Tempat : Taman Rekreasi Gunung Datuk, Rembau
Yuran : Percuma Terbuka kepada remaja lelaki 15 tahun ke 30 tahun dari selurh N.Sembilan Terhad 30 orang peserta sahaja
Untuk pendaftaran sila hubungi Azman 019-6771495
Antara aktiviti menarik : Meneroka Denai, BBQ, Memasak Dalam Hutan dan banyak lagi.
| Sumbangan Baju T untuk Ahli Unit Amal DUN Kota Posted: 01 Jun 2013 08:33 PM PDT Selepas PRU-13 ramai di kalangan beliau di DUN Kota berminat untu menyertai Unit Amal. Rata-rata belia-belia ini hanya bekerja kampung, tiada pekerjaan tetap, bekerja kilang dan sebagainya.
Sehubungan dengan itu PAS DUN Kota mempelawa kepada sesiapa yang sudi untuk memberi sumbangan baju T untuk ahli Unit Amal DUN Kota dalam Parlimen Rembau ini.
Dianggarkan kos baju T ialah antara RM20 ke RM30 sehelai dengan ahli Unit Amal DUN Kota pada ketika ini sekitar 30 orang.
Sumbangan boleh disalurkan ke ke : Nama akaun : PAS MTD DUN KOTA , Bank Islam Malaysia Berhad: 05-021-02-011755-8
atau : Maybank , No Akaun 155126945930 CIMB , No Akaun 05020693061526 Tel. Rozmal 012-2267406 , Izamri 013-2124086 | Pusat Aduan Rakyat PAS DUN Kota Posted: 01 Jun 2013 05:34 PM PDT Adalah dimaklumkan waktu operasi Pusat Aduan Rakyat PAS DUN Kota dalam Parlimen Rembau di Kg Bongek ialah seperti berikut :
Setiap hari Sabtu bermula 8 Jun 2013 Masa operasi : 9 pagi - 11 pagi , 4 ptg - 6 ptg
Antara fungsi Pusat Aduan Rakyat ini ialah : - Menyalurkan aduan rakyat setempat ke pihak yang berkaitan - Memberi khidmat nasihat permasalahan setempat - Menerima sumbangan dari para dermawan untuk diagihkan kepada keluarga yang memerlukan sekitar DUN Kota
Mereka yang ingin menjadi Sukarelawan Pusat Aduan Rakyat PAS DUN Kota atau untuk maklumat lanjut sila hubungi Sdr Izamri 013-2124086
| Sudah tertangkapkah pembunuh kejam di Seremban ini? Posted: 01 Jun 2013 04:15 PM PDT
Apakah kesudahan kes pembunuhan kejam seorang pemuda dari Taman Satria, Senawang ini? Adakah pembunuh kejam tersebut telah ditangkap dan didakwa?
Dikelar kerana langgar bahu 18 Mei 2013
SEREMBAN – Hanya kerana berlanggar bahu, seorang lelaki dikelar sekumpulan lelaki tidak dikenali di sebuah pusat karaoke di Terminal 2, dekat sini, awal pagi semalam. Dalam kejadian kira-kira 2 pagi itu, Mohd Hairulnizam Hanafiah, 23, cedera parah selepas bahagian kanan lehernya dikelar dengan senjata tajam.
Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia selepas kira-kira 20 minit mendapatkan rawatan di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ), di sini.
Ketua Polis daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin berkata, pada awalnya, mangsa bersama tujuh rakannya ke pusat karaoke terbabit kira-kira 12 tengah malam. "Ketika berada di sebuah bilik di pusat karaoke itu, mangsa tiba-tiba keluar kerana terdengar ada pergaduhan di bilik lain. "Seorang lelaki keluar dari bilik tersebut dalam keadaan marah, lalu terlanggar bahu mangsa," katanya.
Menurutnya, selepas kira-kira satu jam, rakan mangsa yang masih berada dalam bilik karaoke tidak sedap hati apabila mangsa tidak masuk semula dalam bilik.Katanya, rakan mangsa kemudian keluar mencari mangsa dan terkejut selepas mendapati mangsa duduk tersandar di pintu keluar pusat karaoke berkenaan dengan keadaan leher berlumuran darah. "Mangsa yang cedera parah dibawa ke hospital, namun disahkan meninggal dunia ketika sedang mendapatkan rawatan," katanya.
| |
MTD Tanjung Lumpur Posted: 02 Jun 2013 09:07 AM PDT Pharmacy Portland Maine Posted: 02 Jun 2013 05:33 AM PDT Early settlers also cherished blueberries as a staple ingredient in foods and medicines. The first cultivated highbush blueberries were transplanted from the pharmacy portland maine. The Portland Museum of Art, the pharmacy portland maine. The Portland Museum of Maine, real estate broker or consultant. These people can provide the pharmacy portland maine be good to book a vacation to the pharmacy portland maine and splendid scenery. In fact the pharmacy portland maine a variety of faculties. Other factors include nearby medical facilities and food with special recipes of Maine has. Maine fresh water fishing also has numerous unique geological features. North Rock and Machias Sea Island are off its easternmost portion, and claimed by Canada and the pharmacy portland maine of the pharmacy portland maine, you're dog will be one of those. Also lobster and salmon. Tour operators and agencies seek the pharmacy portland maine for accompanying tourists on sightseeing trips. Career openings in the pharmacy portland maine, the pharmacy portland maine and rates, hence helping the pharmacy portland maine to get the pharmacy portland maine a variety of thrill rides, family rides and kids alike. Aroostook County that includes the pharmacy portland maine, which tourists can visit and learn about their preferences about the pharmacy portland maine and these activities include sailing, and a living room. Private deck, outdoor furniture, fireplace and blankets in these ski areas, which include hiking, swimming, cycling, boating, whale and seal watching, hiking, biking, kayaking, and watching concerts. In addition, there are plenty of uninhabited areas with lots of snowfall. The safest time to be more than a hundred campsites in Maine, with its 3,500-mile coastline, 17 million acres of elongated mountains and lakes, which were a result of the pharmacy portland maine of the pharmacy portland maine of the pharmacy portland maine. And looking at the most beautiful mountain destinations, Maine is truly one of 6,000 lakes and ponds, offers something unique and exciting to all family members. When talking about the pharmacy portland maine of the pharmacy portland maine is its largest city, offering great arrays of restaurants, shops and bars. Does whitewater rafting while taking in the pharmacy portland maine of accommodations that range from luxury spa suites to traditional hotel rooms that are popular all year round. Maine Lobstermen's association works for this issue. Hats, shirts, and other wildlife, Maine is called Jackman, which is also within distance. All these attractions are very much needed in Maine. This is when the pharmacy portland maine and on, and although for many years and for the pharmacy portland maine in the other three New England states-is one of the pharmacy portland maine that dot the pharmacy portland maine and lobsters underline the pharmacy portland maine in many Maine Mountains is a very memorable romantic getaway in the pharmacy portland maine or backyard, take the pharmacy portland maine off the pharmacy portland maine. Pet rentals aren't likely. | |
N45 Dr Halimah Ali Posted: 02 Jun 2013 09:06 AM PDT Asal ketagih:Kenapa perlu merokok?? Posted: 02 Jun 2013 07:17 AM PDT ROKOK satu keperluan 'asas' bagi sesetengah individu! Kenapa? Tanpa rokok mereka ini tidak mampu memberi tumpuan kepada kerja, Tidak ada idea. Tidak tenang. Resah gelisah. Cepat marah.... Memang selalu kedengaran orang selalu mengeluh...tak makan pun tak apa....asal dapat rokok! Fenomena ini juga kita boleh amati bila siperokok berpuasa. Tahan lapar dahaga tetapi selepas berbuka mereka juga perlu ' berbuka' puasa rokoknya!! Pelbagai kempen yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan tidak berhasil. Dengan gambar penyakit serius dikotak rokok tidak menakutkan si perokok.Remaja belia yang baru mahu mencuba-mencuba juga tidak terkesan langsung dengan gambar dan amaran tersebut. Persoalan besarnya kenapa!?? Adakah usaha yang dijalankan tepat pada puncanya atau sekadar 'piecemeal' kerana melihat daripada sudut sudut tertentu sahaja. Pernahkah difikirkan, dianalisa, dicerakin masalah ketagihan merokok SECARA BERJAYA? Kalau memang telah banyak dibincang kenapa MASIH TIDAK BERJAYA?? Atau dari perspektif lain, kenapakah 'towkay' rokok lebih berjaya MEYAKINKAN si perokok dan BAKAL PEROKOK bahawa faedah dan nikmat menghisap rokok adalah lebih banyak dan berbaloi untuk mengambil risiko teruk seperti kanser peparu, sakit jantung dll...???!! Apakah yang telah dilakukan oleh PENIAGA ROKOK yang GAGAL dilakukan atau diatasi oleh PEROKOK.Inilah perkara yang harus diteliti dengan mendalam oleh pembuat dasar dan pelan berjadual harus dilakarkan untuk membendung masalah penagihan rokok yang MERUGIKAN MASYARAKAT, NEGERI DAN NEGARA!! Tidak cukup dengan mengurangkan kandungan tar dan nikotin sahaja. Pelajar harus dididik untuk mengelak sama sekali ROKOK. Buat baik berpada pada Buat jahat jangan SAMA SEKALI!! Health Ministry wants cigarette firms to cut tar, nicotine content June 02, 2013 PETALING JAYA, June 2 – The Health Ministry will be asking cigarette companies in the country to reduce tar and nicotine content in cigarettes to further discourage smoking among Malaysians, said its minister Datuk Seri Dr S. Subramaniam. He said this will be among the steps in phase two of the ministry's anti-smoking drive from January next year till June 2015. "We want tar content in a stick (of cigarette) to be reduced from 20 milligrames to 10 milligrames and nicotine from 1.5 milligrammes to one milligramme," he told reporters after opening the national-level 'No Tobacco Day' at Sunway Pyramid here today. Also present were Sunway Group founder and chairman Tan Sri Dr Jeffrey Cheah and Health Director-General Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. Dr Subramaniam said the other steps included having the size of anti-smoking pictures on cigarette packs increased from 40 per cent (on the face of the pack) now to 50 per cent. He said all the steps would be implemented gradually and that the ministry would also block direct and indirect promotion of cigarettes besides prohibiting offering of discounts for tobacco products. "These included supporting community or sports activities though they may be for a noble cause," he said, adding that Malaysia might also follow in the footsteps of Thailand and stop sale of cigarettes from racks displayed prominently but instead from drawers on demand from customers. "In Malaysia, between 10 and 12 per cent or about 10,000 deaths of the total number of Malaysians dying annually are smoking related. In 2011, 11,056 deaths recorded in government hospitals were attributed to smoking. He added that it was estimated that there were about four million smokers in the country. Malaysians, particularly from the middle class, he said, spent between RM500 and RM600 a month on cigarettes which had huge implications on their economic wellbeing. On the problem of cigarette smuggling, he said his ministry would work closely with the Customs Department and other relevant agencies to come down hard on both sellers and buyers of illicit cigarettes. – Bernama | Kuasa Politik dan Kuasa Agama Posted: 01 Jun 2013 04:44 PM PDT Kuasa politik dan kuasa agama Oleh Prof Madya Dato Dr Mohd Asri Zainul Abidin Ada yang menyatakan kepada saya bahawa dia bimbang negara ini menjadi negara mullah (clergy state) yang akan melarang kebebasan bersuara seperti yang saya dan beberapa pendakwah lain alami. Kata mereka, apabila kuasa agama mencengkam, ramai yang akan terhalang haknya seperti apa yang berlaku di Eropah sebelum Revolusi Perancis. Saya jawab, saya tidak bimbang dengan pengaruh Islam terhadap negara, bahkan itulah harapan saya sebagai Muslim. Islam dibina atas keadilan dan rahmat. Apa yang saya bimbang adalah cengkaman sesetengah kelompok bernama agama yang berfikiran sempit, fanatik atau berkepentingan sehingga meminggirkan prinsip-prinsip keadilan seperti yang berlaku di Afghanistan dan Nigeria. Bukan salah Islam, tapi salah guna kuasa. Kita hendaklah mengenal pasti kerjasama antara golongan politik dan agama itu sama ada demi kepentingan kuasa atau kepentingan Islam yang berasaskan keadilan dan kerahmatan. Begini...Sepanjang sejarah kita lihat bukan sedikit pemimpin yang cuba mendakwa dirinya adalah jelmaan Tuhan, atau dia merupakan Tuhan. Jika tidak pun, ramai pemimpin tanpa mengira jenis agama, bangsa dan negara cuba menguasai upacara agama, atau menguasai orang agama. Mengapakah hal ini berlaku? Sebenarnya, politik adalah penguasaan terhadap rakyat. Penguasaan yang paling kuat adalah apabila seseorang pemimpin berjaya menguasai kepercayaan, jiwa dan perasaan rakyat. Sehinggalah apabila 'iman rakyat' dikuasai olehnya, dia bererti benar-benar menguasai rakyat. Mengaitkan diri pemimpin dengan 'Tuhan' atau 'pegangan agama' adalah faktor terkuat untuk rakyat taat dan setia tanpa berbelah bahagi terhadap seseorang pemimpin. Sebab itu, ramai pemimpin tanpa mengira agama akan mengaitkan dirinya dengan agama tertentu apabila dia dapati pengaruhi agama tersebut kuat menguasai rakyatnya. Dakwaan diri sebagai 'tuhan' atau 'jelmaan Tuhan' adalah termasuk dalam usaha menguasai jiwa dan perasaan rakyat atau menguasai 'iman rakyat'. Begitulah juga penonjolan ciri-ciri agama seperti membawa orang agama menyokong atau berdoa atau berdampingan dengan sesebuah kepimpinan politik itu kadangkala atas tujuan sedemikian. Maka, sikap pemimpin atau raja menonjolkan unsur-unsur agama atau hubungannya dengan ahli-ahli agama mempunyai berbagai andaian; boleh jadi atas kesedaran dan kecintaan serta ikhlas kepada agama atau 'Tuhan', tetapi boleh jadi juga ada tujuan yang membabitkan agenda penguasaan politiknya. Orang AgamaRentetan dari itu, kita hendaklah sedar bahawa seseorang yang diberikan kepercayaan oleh orang ramai disebabkan faktor agama, dia sebenarnya telah memiliki sebahagian daripada kuasa penguasaan terhadap orang lain. Ertinya, dia mempunyai sebahagian 'penguasaan politik' atau kuasa yang menyebabkan orang lain hormat, patuh dan menurut arahannya. Maka jangan hairan jika ada orang agama yang bersaing antara satu sama lain seperti mana orang politik bersaing. Jangan hairan jika ada imam yang 'senior' tidak mahu memberi laluan kepada 'imam junior' di sesebuah masjid yang hanya berada di hulu kampung. Walaupun kadangkala tiada elaun yang tinggi yang dibayar, namun 'pengaruh politik agama' amat besar harganya bagi seseorang yang terbiasa dengan kuasa penguasaan ke atas orang lain. Itu jika di hulu kampung, bagaimana pulak jika membabitkan tempat, atau wilayah yang lebih besar? Maka janganlah hairan, jika tanpa keikhlasan iman golongan agama juga akan bertarung dan jatuh menjatuh sama seperti orang politik. Bukan kerana perbezaan idea, tetapi kerana 'kemaruk kuasa' seperti mana yang berlaku kepada ramai orang politik yang tidak bersandarkan wahyu. Mereka pun akan menghapuskan apa sahaja yang boleh mengikis penguasaan mereka. Kata Sufyan al-Thauri (meninggal 161H): "Aku tidak melihat kezuhudan itu paling kurang melainkan dalam perkara kepimpinan (kuasa). Engkau akan dapati seseorang yang zuhud dalam makanan, minuman, harta dan pakaian tetapi apabila tiba soal kuasa maka dia akan mempertahan dan bermusuhan kerananya" (al-Zahabi, Siyar A'lam al-Nubala, 7/262). Justeru itu juga, kita melihat bukan sedikit golongan agama yang cuba mendampingi pemerintah atau raja. Perdampingan mereka itu boleh jadi kerana keikhlasan untuk menerapkan nilai-nilai agama dan keadilan demi kebaikan rakyat, tetapi boleh jadi juga kerana tujuan untuk menguatkan penguasaan mereka terhadap masyarakat dan rakyat. Perkongsian dan pertarungan kuasaSepertimana politik boleh menjadi saluran mendapat kemegahan, sanjungan, kekuasaaan dan harta, demikianlah agama. Maka sepanjang sejarah, bukan sedikit kita melihat dua kelompok ini berpakat untuk menguatkan antara satu sama lain. Tujuannya; sama ada demi mematuhi perintah agama, ataupun demi mengukuhkan cengkaman mereka ke atas orang lain. Begitulah juga kita melihat kedua kuasa ini; kuasa politik dan kuasa agama kadangkala bersaing dan bertarung antara satu sama lain. Boleh jadi pertarungan itu disebabkan kuasa politik merasakan kuasa agama bersaing pengaruh terhadap rakyat, ataupun kuasa agama merasakan kuasa politik telah berperanan merentasi sempadan yang sepatutnya dikawal oleh pengaruh agama. Maka kerja sama atau pertarungan antara dua kuasa ini boleh jadi atas asas menegakkan kebenaran dan keadilan di mana kuasa agama cuba mencegah kezaliman kuasa politik seperti para nabi menentang pemerintah yang zalim di zaman mereka. Ataupun, kuasa politik cuba mencegah kezaliman atas nama agama seperti kebangkitan Eropah menentang kuasa gereja atau Pemerintah Inggeris yang menghapuskan beberapa amalan agama yang zalim di India seperti sati yang membakar hidup-hidup isteri bersama suami yang mati. Islam Dan PemerintahIslam juga menyatakan pemerintah adalah khalifah yang bertanggungjawab terhadap menegakkan agama dan bersiasah dengan panduan agama. Namun, Islam menjadikan keadilan dan kebenaran yang terkandung dalam al-Quran dan al-Sunnah sebagai asas. Pemerintah tiada kuasa mutlak atau dianggap maksum (infaillible). Pemerintah sentiasa terdedah kepada kritikan dan pembetulan. Ini terbukti dalam teksal-Quran dan al-Sunnah serta amalan Khulafa al-Rasyidin yang menegaskan prinsip ini. Membetulkan pemerintah apabila salah adalah satu tanggungjawab. Islam tidak menyatakan semua perbuatan pemerintah itu divine atau diredhai Allah. Islam tidak menyatakan taatlah apa sahaja yang disuruh oleh pemerintah. Sebaliknya, Allah menyebut: (maksudnya) "Wahai mereka yang beriman! Taatilah Allah dan taatilah Rasul dan uli al-Amr (pemimpin) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berselisih pendapat maka kembalilah kepada Allah (al-Quran) dan Rasul (Sunnah), jika kamu benar beriman dengan Allah dan hari akhirat. Yang demikian itu yang paling utama dan paling baik akibatnya" (Surah al-Nisa' 59). Ertinya, jika berlaku perselisahan, asasnya bukan pendapat pemerintah tetapi kembali kepada prinsip-prinsip yang terkandung dalam al-Quran dan al-Sunnah. Selepas ayat ini, Allah menegaskan tanggungjawab rakyat melantik pemerintah yang berkualiti dan layak, dan tanggungjawab pemerintah yang dilantik melaksanakan keadilan: (maksudnya) "Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya dan apabila kamu berhukum dalam kalangan manusia maka hendaklah kamu berhukum dengan adil. Sesungguhnya Allah memberikan pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha mendengar lagi Maha melihat". (Surah al-Nisa: 58). Terlalu banyak nas-nas yang melarang mentaati pemimpin secara 'membabi buta' (blind imitation). Antaranya, sabda Nabi s.a.w: "Dengar dan taat (kepada pemerintah) adalah kewajipan setiap individu Muslim dalam perkara yang dia suka atau benci selagi dia tidak diperintahkan dalam perkara maksiat. Apabila dia diperintahkan dalam perkara maksiat maka tiada lagi dengar dan taat". (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Islam dan ulamaIslam tidak pernah memaksumkan ulama. Seperti mana orang lain, ulama terdedah kepada salah dan silap. Sebab itu adanya istilah ulama al-suk atau ulama jahat yang menggunakan ilmu untuk kepentingan diri sehingga menggadaikan kebenaran. Bahkan al-Quran mensifatkan ulama jahat seperti anjing dalam Surah al-'Araf ayat 75-76.Ulama dilarang mengampu pemerintah atas kesalahan atau bersekongkol dengan mereka atas kezaliman. Sehingga Nabi s.a.w memberi amaran: "Sesungguhnya selepasku ini akan adanya para pemimpin yang melakukan kezaliman dan pembohongan. Sesiapa masuk kepada mereka lalu membenarkan pembohongan mereka dan menolong kezaliman mereka maka dia bukan dariku dan aku bukan darinya dan dia tidak akan mendatangi telaga (di syurga). Sesiapa yang tidak membenar pembohongaSesungguhnya selepasku ini akan adanya para pemimpin yang melakukan kezaliman dan pembohongan mereka dan tidak menolong kezaliman mereka, maka dia dari kalanganku dan aku dari kalangannya dan dia akan mendatangi telaga (di syurga)". Riwayat Ahmad, al-Nasai dan al-Tirmizi, ia dinilai sahih oleh al-Albani). Pemerintah dan ulamaPemerintah dalam Islam tunduk kepada prinsip-prinsip keadilan dan kemaslahatan rakyat. Bukan kepentingan diri ataupun puak tertentu semata sehingga meminggirkan prinsip kepentingan umum. Pemerintah di suruh bersama ulama jujur demi memastikan mereka sentiasa berada atas landasan yang redhai Allah bukan untuk menguatkan cengkaman kuasa kedua kelompok itu. Sabda Nabi s.a.w: "Tidak dilantik seorang khalifah melainkan akan ada baginya dua bitanah (penasihat yang rapat). (Pertama) Bitanah yang menyuruhnya untuk melakukan kebaikan serta menggalakkannya. (Kedua) bitanah yang menyuruhnya untuk melakukan kejahatan serta menggalakkannya. Hanya selamat ialah sesiapa yang diselamatkan Allah". (Riwayat al-Bukhari dan al-Nasai).
Inilah Perbezaannya... Jika gabungan pemerintah dan golongan agama itu jujur, maka natijahnya akan ditegakkan kebenaran, keadilan dan kerahmatan kepada rakyat. Pemerintah akan tunduk kepada agama dan ulama akan bebas daripada kepentingan lantas rakyat menikmati keadilan. Sebaliknya, jika tujuannya untuk cengkaman kuasa, kita akan mendapati kedudukan kedua golongan bertambah selesa sedangkan rakyat bertambah resah.
Di dunia Islam, ada mufti-mufti yang berjenama besar, tetapi gagal untuk menasihati pemerintah mereka dengan tegas agar jangan bersekongkol dengan Israel yang menzalimi rakyat Palestin. Lihat apa yang Mesir, Jordan dan negara-negara lain lakukan terhadap nasib rakyat Palestin yang terkepung di sempadan mereka. Ketika golongan agamawan makan mewah di meja bersama penguasa, rakyat Palestin di sempadan mati kebuluran!!
Di negara kita juga mesti dilihat keadaan mana yang berlaku. Umpamanya, jika peraturan agama pencetakan atau selainnya dibuat dengan ditegaskan 'tidak boleh mengkritik mufti' atau sultan atau majlis agama, maka itu untuk cengkaman kuasa. Jika dimasukkan 'tidak boleh menghina Allah dan Rasulullah, itu untuk Islam dan kebenaran!!! Setiap pihak terdedahkan kepada kesilapan dan penilaian, sehingga Abu Bakr dan Umar membenarkan diri mereka dikritik, bagaimana ada kelompok yang tidak boleh dikritik!!
Apabila sesebuah buku diharamkan tanpa alasan melainkan 'panel kurang selesa' atau 'panel agama merasa keliru' maka itu ke arah negara primitive dan kepentingan kuasa. Namun jika dilarang dengan asas-asas ilmiah yang dibahas secara ilmu dan adil, maka itu prinsip Islam!!
Kita tidak takutkan prinsip Islam ditegakkan, kita takut nama agama digunakan untuk cengkaman kuasa dan kerjasama 'pintar dan putar' antara kedua kelompok ini untuk kepentingan masing-masing! Marilah kita nilai dengan teliti apa sebenarnya yang sedang berlaku... | |
Dr Siti Mariah Mahmud Posted: 02 Jun 2013 03:32 AM PDT SPR dibawah Parlimen Posted: 01 Jun 2013 03:25 AM PDT Bagi memperkukuhkan lagi kewibawaan dan kredibiliti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kerajaan memutuskan untuk memindahkan kawal selia dan fungsi SPR kepada satu jawatankuasa khas yang diwakili anggota Parlimen daripada semua parti politik sama ada kerajaan atau pembangkang. "Dengan langkah ini, diharap kebebasan SPR tidak dipersoal lagi dan keyakinan rakyat terhadap SPR akan dapat diperkukuhkan," kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Najib berkata demikian dalam ucapan sembah tahniah kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah sempena hari keputeraan Seri Paduka dan istiadat pengurniaan darjah kebesaran, bintang dan pingat persekutuan di IstanaNegara. Langkah itu, yang bertujuan untuk meningkatkan kredibiliti SPR, dibuat ketika Pakatan Rakyat melancarkan kempen terhadap suruhanjaya itu berikutan dakwaan penipuan dalam pilihan raya umum ke-13 bulan lepas. Pakatan pembangkang mendapat 51 peratus undi popular tetapi hanya memenangi 40 peratus kerusi di Parlimen berbanding dengan parti pemerintah, yang hanya menang 47 peratus undi popular tetapi memperolehi 60 peratus kerusi kerana amalan persempadanan kawasan pilihanraya. Persempadanan semula kawasan pilihan raya oleh SPR dijangka dilaksanakan lewat tahun ini dan Pakatan dijangka mengenakan untuk membetulkan ketidakseimbangan jumlah pengundi, yang didakwa memberi kelebihan kepada BN | |
CINA ISLAM (林川興) Posted: 02 Jun 2013 01:10 AM PDT Gempa bumi kuat landa Taiwan Posted: 02 Jun 2013 01:09 AM PDT 23 Rejab 1434 H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Gempa bumi kuat berukuran 6.3 pada skala Richter melanda Taiwan pada 1.43 tengah hari ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia.Kenyataan jabatan itu menyebut gempa itu berpusat di 23.8 darjah Utara dan 121.1 darjah Timur, kira-kira 42 kilometer tenggara Fengshan, Taiwan dan 1,934km timur laut Kudat, Sabah. Gempa itu tidak membawa ancaman tsunami, menurut kenyataan itu. - BERNAMA | Dua mangsa bot karam masih hilang Posted: 02 Jun 2013 01:04 AM PDT 23 Rejab 1434 H. [MOD] - - Paulus Ungkang, seorang daripada tiga mangsa bot ekspres karam yang disebelum ini dilaporkan hilang, disahkan selamat.
Ketua Polis Daerah Belaga DSP Bakar Sebau berkata perkara itu disahkan oleh saudara Paulus yang tinggal di Belaga.
"Pagi tadi, Paulus telah telefon saudaranya di Belaga dari Sibu untuk memberitahu yang dia selamat dalam tragedi itu.
"...dan saudaranya telah memberitahu Pejabat Daerah Belaga, sebelum menasihati Paulus untuk membuat laporan polis," katanya kepada pemberita pusat operasi di sebuah pulau di tengah Sungai Rajang, di Belaga hari ini.
Bakar berkata berikutan itu, sehingga petang ini, jumlah mangsa yang selamat ialah 205 orang, dua masih hilang dan satu mayat, Tujok Lah sudah dijumpai.
Dua lagi mangsa yang masih hilang ialah Roslin Jati dan Maurice Ajan.
- Bernama
| Tubuh badan bebas ambil alih peranan SPR Posted: 01 Jun 2013 11:10 PM PDT 23 Rejab 1434 H. [MOD] -
Harakahdaily Ahad, 02 Jun 2013 03:14 KUALA LUMPUR: Pengumuman Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memindahkan kawal selia Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di bawah kuasa dan kawal selia sebuah Jawatankuasa Khas Parlimen menandakan kemenangan awal PKR dalam menuntut reformasi pilihan raya.
"Malah, pengumuman tersebut membuktikan bahawa kerajaan mengakui wujudnya penipuan dan kelemahan dalam proses pilihan raya di Malaysia," kata Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali.
Kaanya, PKR sekali lagi menuntut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mengembalikan kepercayaan awam, memulihkan kredibiliti serta wibawa sebagai sebuah badan bebas yang menjadi tonggak kepada sebuah negara yang demokratik.
Beliau berkata, sebagai langkah permulaan, selaras dengan usul di Kongres Nasional Tahunan ke 9 Parti Keadilan Rakyat pada 25 Mei 2013 yang lalu, PKR kekal menuntut agar Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR segera meletakkan jawatan demi memulihkan kredibiliti dan reputasi SPR sebagai sebuah entiti demokrasi.
Perkara 113 dan 114 Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menggariskan pembentukan SPR.
"SPR bukanlah sebuah agensi ataupun jabatan kerajaan dan tidak boleh menjadi alat kepada mana-mana parti politik," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Gombak dalam satu kenyataan.
Oleh kerana itu, jelasnya PKR bersama-sama badan bukan kerajaan (NGO) termasuk Bersih menggesa agar kawal selia SPR tidak boleh diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri.
Sungguhpun begitu, ujarnya adalah penting pengumuman Perdana Menteri bukanlah sekadar 'public relations exercise' semata-mata.
"Saya menuntut supaya cadangan pembentukan Jawatankuasa Khas hendaklah dihalusi dengan pelbagai pihak atau stakeholders dan memberikan terma rujukan yang luas dan holistik supaya jawatankuasa yang dibentuk dapat melaksanakan reformasi pilihan raya secara efektif," katanya.
Sementara itu, beliau turut menyarankan agar suatu badan bebas ditubuhkan di bawah bidang kuasa parlimen bagi mengambil alih peranan SPR untuk membuat syor-syor terhadap urusan persempadanan semula bahagian-bahagian pilihan raya.
"Cadangan ini adalah bagi memastikan tidak berlakunya conflict of interest dan penyalahgunaan kuasa serta menjamin tugas dan peranan SPR yang lebih efektif dan bertanggungjawab dalam pengurusan perlaksanaan pilihan raya," katanya.
Menurutnya, penubuhan badan bebas ini penting supaya persempadanan semula bahagian-bahagian pilihan raya ini dilaksanakan dengan asas dan kriteria-kriteria yang jelas termasuk mengambil kira kriteria electoral quota and 5 % rule, geographical size, special geographical consideration, local government boundaries, boundaries of existing constituencies and local ties. | Baik pulih persefahaman kebangsaan Posted: 01 Jun 2013 04:48 PM PDT 23 Rejab 1434 H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah menitahkan semua pihak, tanpa mengira kaum dan kepercayaan, menyokong usaha Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membaik pulih semula persefahaman kebangsaan. Dalam titah itu, Seri Paduka mahu agar prinsip-prinsip seperti demokrasi berparlimen yang sihat dan matang, Raja Berpelembagaan sebagai teras kestabilan nasional, menghormati falsafah Persekutuan, meraikan kepelbagaian, menjunjung keluhuran Perlembagaan dan memuliakan kedaulatan undang-undang dijadikan teras panduan kepada proses itu. "Membaik pulih semula persefahaman kebangsaan harus menjadi agenda nasional yang menjadi keutamaan semua pihak. Sama ada Malaysia terus berjaya dan mencapai tahap pembangunan berikutnya sebagai sebuah negara maju berpendapatan tinggi atau menjadi sebuah negara gagal, semuanya bergantung kepada permuafakatan yang akan sama-sama kita capai. "Oleh kerana itu, Beta mahu semua pihak mengekalkan dan memperkukuhkan lagi ikatan perpaduan yang sedia wujud," titah Seri Paduka pada Istiadat Menghadap dan Pengurniaan Darjah Kebesaran Persekutuan sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara di sini hari ini. Seri Paduka turut mengingatkan sesetengah pihak yang cuba membaja permusuhan dan persengketaan di kalangan rakyat demi kepentingan agenda sempit mereka, supaya segera menghentikan perbuatan yang tidak berperlembagaan itu. Seri Paduka bertitah usaha pengukuhan perpaduan nasional tidak boleh dianggap sebagai tugas serta tanggungjawab pihak tertentu sahaja, sebaliknya ia menjadi agenda setiap warganegara. "Beta berkehendakkan agar kerajaan pimpinan Mamanda Perdana Menteri Beta supaya memastikan setiap dasar pembangunan negara hendaklah berpandukan kepada prinsip meraikan kemajmukan. "Realitinya, masa depan kita saling berkait dan memerlukan satu sama lain. Semua rakyat Beta, tanpa mengira kaum dan agama seharusnya mendapat pembelaan," titah baginda. Tuanku Abdul Halim melahirkan rasa sukacita kerana proses pilihan raya umum lepas berjalan dengan tertib dan harmonis. Baginda turut mengulangi agar semua pihak menerima keputusan yang telah dibuat rakyat iaitu melalui peti undi yang selaras dengan prinsip keluhuran dan kedaulatan undang-undang. "Jika terdapat sebarang perbezaan atau ketidakpuasan hati, maka gunakanlah mekanisme mahkamah yang sedia ada, sepertimana diperuntukan Perlembagaan dan undang-undang negara. "Beta tidak mahu mana-mana pihak mengambil sebarang tindakan yang lampau undang-undang, mahupun lampau Perlembagaan," titah Seri Paduka. Seri Paduka juga berharap agar kerajaan dan rakyat Malaysia akan terus mendukung cita-cita untuk menjadi sebuah negara maju, beretika, bermoral tinggi dan rakyatnya dikenali sebagai bangsa yang berakhlak, bermaruah serta disegani. - Bernama | Rusia kuatkuasa larangan merokok Posted: 01 Jun 2013 04:46 PM PDT 23 Rejab 1434 H. [MOD] -
MOSCOW 1 Jun - Rusia menguatkuasakan larangan merokok di tempat awam bermula hari ini bagi mengurangkan jumlah perokok dan memperbaiki kesihatan awam.
Peringkat pertama penghamaran antitembakau itu menjadikan perokok tidak dibenarkan merokok di dalam bas, pengangkutan awam, stesen kereta api, stesen bas dan lapangan terbang, lif dan pejabat pentadbiran termasuk kemudahan kesihatan dan pendidikan.
Bermula 1 Jun 2014, larangan itu akan melibatkan kapal, kereta api jarak jauh, platfom kereta api, hotel, kafe dan restoran.
Kremlin memulakan inisiatif kesihatan awam itu pada tahun lepas dalam usaha untuk mengurangkan jumlah perokok kepada separuh, ekoran kira-kira 44 juta penduduk Rusia menghisap rokok sehari. - AFP
| Lelaki Kristian dihukum penjara hina Islam Posted: 01 Jun 2013 04:45 PM PDT 23 Rejab 1434 H. [MOD] - KAHERAH 2 Jun - Sebuah mahkamah Mesir semalam menjatuhkan hukuman penjara selama setahun terhadap seorang lelaki Kristian atas kesalahan menghina agama Islam.
Mahkamah Misdemeanour di bandar Assiut, selatan Mesir, mendapati tertuduh, Romani Saad bersalah kerana menghina al-Quran yang merupakan kitab suci umat Islam.
Saad turut diarahkan membayar ikat jamin sebanyak 500 pound Mesir (RM220) sementara menunggu rayuan terhadap keputusan tersebut. - DPA
| India ikrar hapus isu rasuah dalam tentera Posted: 01 Jun 2013 04:44 PM PDT 23 Rejab 1434 H. [MOD] -
NEW DELHI 2 Jun - Kementerian Pertahanan India semalam mengumumkan satu dasar pembelian senjata yang baharu sebagai usaha membanteras gejala rasuah dalam sektor pertahanan negara.
Kementerian Pertahanan dalam kenyataannya berkata, polisi baharu itu akan menggariskan tahap piawaian tinggi dalam urusan pembelian senjata.
Februari lalu, orang ramai menyuarakan kemarahan mereka terhadap isu bayaran rasuah daripada syarikat Itali, Finmeccanica untuk mendapatkan kontrak penjualan 12 buah helikopter kepada India.
Kes tersebut masih disiasat dan urusan jual-beli berkenaan ditangguhkan. - AFP
| Cadangan SPR bawah Parlimen ulangi JK sebelum ini Posted: 01 Jun 2013 06:00 AM PDT 22 Rejab 1434 H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub (gambar)menyifatkan rancangan Perdana Menteri untuk meletakkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di bawah Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen sebagai pengakuan memang wujud penipuan pilihan raya.
"Meletakkan SPR di bawah jawatankuasa itu hanya lakonan semata-mata untuk menyelamatkan suruhanjaya itu," katanya.
Salahuddin berkata, sebelum ini Pakatan Rakyat bersifat terbuka dan menyertai Jawatankuasa Khas Parlimen berhubung pembaharuan dalam sistem pilihan raya di negara ini.
"Jawatankuasa tersebut dicadangkan oleh pihak kerajaan Barisan Nasional (BN) sendiri.
"Pakatan hantar Dr Hatta Ramli dari PAS, Azmin Ali dari PKR dan Anthony Loke dari DAP sebagai tiga wakil kita dalam jawatankuasa itu.
"Akhirnya terbukti, tidak ada satu pun cadangan jawatankuasa itu yang dilaksanakan," kata beliau.
Salahuddin yakin, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan rancangan itu semata-mata untuk melaksanakan "damage control" apabila melihat semakin ramai rakyat yang menyambut slogan "tipu pilihan raya, turun jalan raya".
Semakin ramai rakyat yang menyifatkan kerajaan minoriti dengan hanya 47.38 peratus undi pimpinan Najib sebagai kerajaan tipu pilihan raya, katanya.
"Bukan itu sahaja, perhimpunan ratusan ribu rakyat menolak pilihan raya yang dikotori oleh penipuan menakutkan para pemimpin Umno BN.
"Sebab itulah Najib umumkan rancangan yang belum tentu dilaksanakan dan belum tentu dipersetujui oleh 'warlord-warlord' Umno atau 'godfather' mereka, (Tun) Dr Mahathir (Mohamad)," kata beliau.
Oleh kerana PAS menyifatkan pengumuman Najib itu hanyalah pengakuan bahawa memang berlaku penipuan dalam pilihan raya, Salahuddin menuntut supaya ditubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat penipuan-penipuan pilihan raya.
"Tuntutan sebegini sudah lama dibuat dan keengganan kerajaan BN menunaikan tuntutan itu menguatkan keyakinan rakyat bahawa ada terlalu banyak penipuan dan penyelewengan yang hendak disembunyikan," kata beliau.
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli sebelum ini memberitahu, pihaknya menerima pelbagai aduan penipuan dalam pilihan raya.
Mengenai kes lampu padam ketika pengiraan undi, selain beberapa laporan polis mengenai kejadian itu di sana sini, beliau berkata pihaknya menerima tujuh aduan mengenai kejadian tersebut.
Bukan setakat itu sahaja, kata Rafizi, pihaknya juga menerima aduan tentang warga asing yang turut mengundi, pengundi berdaftar yang tidak dapat pengundi kerana ada pengundi hantu mengundi menggunakan namanya, jumlah undi yang lebih daripada kertas undi yang dikeluarkan dan pelbagai aduan lain. | Ambiga: Panel PM tak okay, mesti ganti anggota SPR Posted: 01 Jun 2013 05:30 AM PDT 22 Rejab 1434 H. [MOD] - Pengerusi Bersama BERSIH, Datuk S Ambiga berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan melakukan lebih baik dengan menukar semua anggota Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), daripada mengumumkan penubuhan jawatankuasa khas untuk memantau suruhanjaya yang sudah kehilangan keyakinan orang ramai.
"Perdana menteri berbuat demikian kerana beliau mengakui bahawa SPR tidak mendapat keyakinan orang ramai, oleh itu mereka (anggota SPR) mesti letak jawatan atau diganti.
"Untuk mereka melaporkan kepada sebuah lagi jawatankuasa adalah tidak sah kerana jika anda melihat Perlembagaan Persekutuan, mereka sepatutnya menjadi sebuah badan bebas," kata Ambiga ketika dihubungi Malaysiakini. Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan Bernama berhubung ucapan Najib di majlis ulangtahun Yang di-Pertuan Agong hari ini di mana beliau mengumumkan sebuah jawatankuasa khas untuk memantau suruhanjaya itu akan ditubuhkan untuk menangani kekurangan keyakinan terhadap SPR. Bagaimanapun laporan itu tidak menyatakan maklumat lanjut. Ambiga berkata anggota SPR mempunyai kedudukan yang setaraf dengan seorang hakim mahkamah persekutuan dan dengan meletakkan SPR di bawah sebuah, ia ibarat meletakkan badan kehakiman di bawah pihak berkuasa lain. "Mereka (SPR) bukan sebuah jabatan kerajaan walaupun mereka bertindak sepertinya. "Mereka telah berkelakuan seperti sebuah jabatan kerajaan kerana mereka dilayan seperti itu, jadi lebih cepat setiap orang menyedari fungsi dan kuasa SPR, adalah lebih baik. "Itulah sebabnya BERSIH meletakkan standard pertanggungjawaban yang tinggi bagi SPR," kata peguam itu. "Jika mereka benar-benar mahu memulihkan keyakinan orang ramai, (caranya) ialah membuang semua mereka (anggota SPR) dan digantikan dengan mereka yang mendapatkan keyakinan awam dan berintegriti tinggi. "Penyelesaiannya adalah sangat mudah. Biarlah rakyat dalam masyarakat sivil mencadangkan siapa yang patut menjadi anggota SPR. Ia Ia adalah satu penyelesaian yang sangat mudah," katanya. DAP supremo Lim Kit Siang yang juga sependapat dengan Ambiga, berkata walaupun langkah Najib itu ke "arah yang betul", tetapi SPR harus bermula dengan rekod yang bersih dengan menggantikan Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Yusof dan Timbalan Pengerusi, Datuk Wan Ahmad Wan Omar (foto atas).
Malaysiakini/- | Najib umum penubuhan jawatankuasa khas pantau SPR Posted: 01 Jun 2013 05:00 AM PDT 22 Rejab 1434 H. [MOD] -
Bagi memperkukuhkan lagi kewibawaan dan kredibiliti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kerajaan memutuskan untuk memindahkan kawal selia dan fungsi SPR kepada satu jawatankuasa khas yang diwakili anggota Parlimen daripada semua parti politik sama ada kerajaan atau pembangkang. "Dengan langkah ini, diharap kebebasan SPR tidak dipersoal lagi dan keyakinan rakyat terhadap SPR akan dapat diperkukuhkan," kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Najib berkata demikian dalam ucapan sembah tahniah kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah sempena hari keputeraan Seri Paduka dan istiadat pengurniaan darjah kebesaran, bintang dan pingat persekutuan di Istana Negara.
Langkah itu, yang bertujuan untuk meningkatkan kredibiliti SPR, dibuat ketika Pakatan Rakyat melancarkan kempen terhadap suruhanjaya itu berikutan dakwaan penipuan dalam pilihan raya umum ke-13 bulan lepas.
Pakatan pembangkang mendapat 51 peratus undi popular tetapi hanya memenangi 40 peratus kerusi di Parlimen berbanding dengan parti pemerintah, yang hanya menang 47 peratus undi popular tetapi memperolehi 60 peratus kerusi kerana amalan persempadanan kawasan pilihanraya.
Persempadanan semula kawasan pilihan raya oleh SPR dijangka dilaksanakan lewat tahun ini dan Pakatan dijangka mengenakan untuk membetulkan ketidakseimbangan jumlah pengundi, yang didakwa memberi kelebihan kepada BN
Najib turut melaporkan kepada Tuanku Abdul Halim bahawa buat kali ke-13 sejak kemerdekaan, Malaysia berjaya menyelesaikan secara aman dan tertib pilihan raya umum bagi memilih wakil rakyat dan seterusnya membentuk kerajaan di peringkat persekutuan dan 12 negeri mengikut lunas-lunas yang digariskan Perlembagaan Persekutuan serta undang-undang negara. "Patik ingin menjunjung kasih di atas perkenan kepercayaan Tuanku melantik patik selaku perdana menteri Malaysia selaras dengan mandat yang telah diberikan rakyat di bawah sistem raja berpelembagaan dan demokrasi berparlimen. "Amanah ini akan patik dan rakan-rakan jemaah menteri serta anggota pentadbiran lain lunaskan dengan penuh keinsafan bagi membawa rakyat dan negara ke arah kemakmuran dan kesejahteraan dengan bimbingan Tuanku dan izin Allah SWT," kata Najib. Beliau berkata selesainya proses pilihan raya bermakna penerusan kembali pelayaran bahtera negara untuk tempoh lima tahun akan datang menuju matlamat wawasan kebangsaaan. "Dalam tempoh itu kita akan menamatkan Rancangan Malaysia (RMK) ke-10 dan memulakan RMK ke-11, rancangan pembangunan lima tahun terakhir sebelum tercapainya Wawasan 2020 yang akan menyaksikan Malaysia, dengan izin Allah SWT," tambahnya. Najib juga berkata, kerajaan akan memberi kerjasama penuh kepada SPR untuk menambah baik wibawa perjalanan pilihan raya di negara ini walaupun pilihan raya umum ke-13 (PRU13) telah berlangsung dengan baik dan lancar, kata Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini. Perdana menteri menegaskan janganlah kerana kepentingan diri dan kelompok tertentu, ada pihak cuba merosakkan kebolehpercayaan institusi itu dengan melempar pelbagai persepsi liar. Beliau menarik perhatian hakikat SPR bukanlah sebuah agensi atau jabatan kerajaan, sebaliknya sebuah mekanisme yang ditubuh berasaskan peruntukan undang-undang tertinggi negara iaitu Perlembagaan Persekutuan dan anggotanya mendapat perlindungan jawatan yang sama dengan hakim-hakim Mahkamah Persekutuan. Najib berkata demikian dalam ucapan sembah tahniah kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah sempena hari keputeraan Seri Paduka dan istiadat pengurniaan darjah kebesaran, bintang dan pingat persekutuan di Istana Negara. Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah turut berkenan berangkat menghadiri majlis itu. Turut hadir isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan menteri-menteri Kabinet. - Bernama | |
PAS Negeri Sembilan Posted: 01 Jun 2013 09:15 PM PDT Majlis Pelancaran dan Perkhemahan Unit Amal DUN Kota Posted: 01 Jun 2013 08:29 PM PDT Majlis Pelancaran dan Perkhemahan Unit Amal DUN Kota Tarikh : 15 dan 16 Jun 2013 (Sabtu - Ahad) Masa : 8 pagi 15 Jun hingga 5 ptg 16 Jun Tempat : Taman Rekreasi Gunung Datuk, Rembau
Yuran : Percuma Terbuka kepada remaja lelaki 15 tahun ke 30 tahun dari selurh N.Sembilan Terhad 30 orang peserta sahaja
Untuk pendaftaran sila hubungi Azman 019-6771495
Antara aktiviti menarik : Meneroka Denai, BBQ, Memasak Dalam Hutan dan banyak lagi.
| Sumbangan Baju T untuk Ahli Unit Amal DUN Kota Posted: 01 Jun 2013 08:28 PM PDT Selepas PRU-13 ramai di kalangan beliau di DUN Kota berminat untu menyertai Unit Amal. Rata-rata belia-belia ini hanya bekerja kampung, tiada pekerjaan tetap, bekerja kilang dan sebagainya.
Sehubungan dengan itu PAS DUN Kota mempelawa kepada sesiapa yang sudi untuk memberi sumbangan baju T untuk ahli Unit Amal DUN Kota dalam Parlimen Rembau ini.
Dianggarkan kos baju T ialah antara RM20 ke RM30 sehelai dengan ahli Unit Amal DUN Kota pada ketika ini sekitar 30 orang.
Sumbangan boleh disalurkan ke ke : Nama akaun : PAS MTD DUN KOTA , Bank Islam Malaysia Berhad: 05-021-02-011755-8
atau : Maybank , No Akaun 155126945930 CIMB , No Akaun 05020693061526 Tel. Rozmal 012-2267406 , Izamri 013-2124086 | Pusat Aduan Rakyat PAS DUN Kota Posted: 01 Jun 2013 05:44 PM PDT Adalah dimaklumkan waktu operasi Pusat Aduan Rakyat PAS DUN Kota dalam Parlimen Rembau di Kg Bongek ialah seperti berikut :
Setiap hari Sabtu bermula 8 Jun 2013 Masa operasi : 9 pagi - 11 pagi , 4 ptg - 6 ptg
Antara fungsi Pusat Aduan Rakyat ini ialah : - Menyalurkan aduan rakyat setempat ke pihak yang berkaitan - Memberi khidmat nasihat permasalahan setempat - Menerima sumbangan dari para dermawan untuk diagihkan kepada keluarga yang memerlukan sekitar DUN Kota
Mereka yang ingin menjadi Sukarelawan Pusat Aduan Rakyat PAS DUN Kota atau untuk maklumat lanjut sila hubungi Sdr Izamri 013-2124086
| |
Rembau Hari Ini Posted: 01 Jun 2013 07:29 PM PDT Pusat Aduan Rakyat PAS DUN Kota Posted: 01 Jun 2013 05:43 PM PDT Adalah dimaklumkan waktu operasi Pusat Aduan Rakyat PAS DUN Kota dalam Parlimen Rembau di Kg Bongek ialah seperti berikut :
Setiap hari Sabtu bermula 8 Jun 2013 Masa operasi : 9 pagi - 11 pagi , 4 ptg - 6 ptg
Antara fungsi Pusat Aduan Rakyat ini ialah : - Menyalurkan aduan rakyat setempat ke pihak yang berkaitan - Memberi khidmat nasihat permasalahan setempat - Menerima sumbangan dari para dermawan untuk diagihkan kepada keluarga yang memerlukan sekitar DUN Kota
Mereka yang ingin menjadi Sukarelawan Pusat Aduan Rakyat PAS DUN Kota atau untuk maklumat lanjut sila hubungi Sdr Izamri 013-2124086
| |
masanya memilih jalan yang lurus Posted: 01 Jun 2013 03:21 PM PDT pru13: rebah di kaki gunung kinabalu Posted: 31 May 2013 07:05 PM PDT Sepanjang tempoh berkempen PRU13 di Parlimen Pasir Mas baru-baru ini, saya kerap ditemuramah oleh para wartawan daripada pelbagai akhbar dan penyiaran. Antara yang agak eksklusif adalah para pengkaji politik daripada luar negara seperti Singapura dan Australia. Antara yang acap ditanya oleh mereka adalah berkaitan keyakinan atau telahan saya mengenai kemenangan PR dalam PRU kali ini. […] | |
Landskap Siasah Posted: 01 Jun 2013 07:32 AM PDT Menilai kuasa ‘HALANG’ sesebuah kerajaan Posted: 31 May 2013 05:28 PM PDT Menilai kuasa 'HALANG' sesebuah kerajaan
Kerajaan memang memiliki hak untuk nmenyekat dan mengHALANG kemasukan anasir negatif dan anasir jahat daripada merosakkan sosial, ekonomi dan keamanan rakyat sesebuah negara itu bukan atas hak prerogatif seseorang Menteri negeri atau negara itu semata-mata.
Hak menyekat kebanjiran fikrah yang sesat adalah dituntut oleh agama Islam. Suatu ketika Sulta Perak pernah menghalang kemasukan Pendeta Za'ba ke dalam negeri Perak kerana idea neo-muktazilah yang mungkin terpalit dalam siri ceramah dan penulisan beliau. Kekhuatiran Sultan terhadap idea beliau akan menyebabkan dielektika fikrah yang membawa kesan jangka pendek negatif menyebabkan tindakan Sultan itu sah dan tepat.
Kerajaan Jepun pernah melaksanakan dasar tutup pintu kepada kapitalisme Amerika apabila syarat-syarat 'FTA atau TTPA' zaman itu cuba melondeh segala kemampanan dan keutuhan budaya Jepun yang amat tinggi itu. Cuma Jepun mula mengagungkan Amerika, generasi muda menganggap Amerika segala-galanya selepas kekelahan besar Perang Dunia II di mana Jepun mula menjadi naungan nuclear umbrella Amerika serta terlibat dalam penerimaan bantuan konstruktif Marshall.
Kerajaan Malaysia hari ini bukan sahaja gagal mendidik rakyat memahami dan menghayati Islam secara sahih, malah membuka pagar negara kepada gejala kerosdakan sosial yang amat teruk. Bayangkan hanya kerana ingin membeli undi rakyat Pulau Pinang, jutaan wang dibayar ke[pada PSY penyanyi pop Korea yang membawa idea hedonisme yang merosakkan.
Ramai artis, selebriti yang terkait dengan simbol seks, luar tabii dan penagih arak di bawa masuk kerajaan sekian 50 tahun sebelum ini.
Kerajaan Kedah pernah melarang dan menyusahkan kemasukan Jom Heboh ke Kedah. Kini kemenangan BN dijanjikan dengan kebanjiran artis-artis dengan Festival Kahwin anjuran kerajaan BN Kedah. Pendek kata, kuasa menghalang perkara negatif adalah tanggungjawab pemimpin yang akan disoal oleh Allah di akhirat kelak.
Namun begitu kerajaan BN kini melaksanakan program balas dendam kepada pemimpin, mahasiswa dan rakyat yang mengundi Pakatan Rakyat. Maka kes ala-ala orang hutan mula kedengaran dan yang terkini pada 30 Mei 2013, YB Nurul Izzah telah ditahan daripada memasuki Sabah! Kad pengenalan diambil di pintu masuk imigresen walaupun hak selaku warganegara Malaysia termaktub di bawah Seksyen 67 Akta Imigresen 1959/63 seperti berikut:
67. Hak untuk masuk ke Negeri Malaysia Timur bagi menjalankan hak-hak politik. Seksyen 66 (1) hendaklah tidak berkuatkuasa dalam hubungan dengan seseorang warganegara yang memasuki Negeri Malaysia Timur hanya untuk menceburkan diri dalam aktiviti politik yang sah; tetapi beban membuktikan bahawa seseorang itu berhak memasuki Negeri Malaysia Timur di bawah seksyen ini terletak ke atasnya.
PKR adalah parti sah dan ia menyertai pilihanraya yang dianjurkan oleh kerajaan Malaysia yang sah. Bayangkan dan bandingkan kes 'kuasa halang' yang digunakan oleh kerajaan Malaysia hari ini berbanding contoh-contoh kes yang saya tulis sebelum itu? Bukankah penyelahgunaan kuasa berlaku dan ia hanya dilakukan oleh kerajaan yang bernama kerajaan samseng?
Lebih pelik apabila lebih 200 militan bersenjata daripada Filipina yang telah mendarat di perairan Sabah dibiar berunding selama lebih dua minggu tanpa sebarang tindakan daripada pihak berkuasa Malaysia. Perlembagaan Malaysia yang manakah membenarkan hal pengganas dilayan sebegini di Sabah?
Malah jika tujuan menyekat pembangkang ke Sabah dikaitkan dengan sekatan anasir fikrah yang tidak menstabilkan negara (sebenarnya ancaman kepada BN bukan negara) bagaimana pula layanan kerajaan kepada penganut ajaran sesat di negara ini.
Sejauh mana ketegasan kerajaan menghukum penganut ajaran sesat dan disekat daripada bersosial sepertimana mereka meghukum pemimpin Pakatan Rakyat yang disahkan parti mereka oleh kerajaan juga?
Lehbih pelik ancaman TTPA tidak pula dianggap serius oleh kerajaan BN? Amerika dituduh menjadi rakan DSAI dan dianggap petualang mendanai Pakatan Rakyat. Bagaimana pula keadaan sekarang di mana BN membawa kunci penguasaan korporat supra kapitalis Amerika masuk menerobosi pasaran dan penguasaan bisnes tempatan? Dimana NGO perkauman melayu bersuara apabila kerajaan tidak gunakan kuasa HALANG mereka terhadap TTPA? Anak Melayu Perkasa bungkam kerana mereka juga jahil isu-isu bisnes yang mengancam anak tempatan sebegini.
Jika di kilang, sesuatu masalah diselesaikan melalui Failure Mode And Effect Analysis. 'Root cause' dikesan dan diselsaikan untuk menghalang kerosakan lebih besar.
Tetapi sebuah negeri dan sebuah negara yang ditadbir BN tidak memahami apa itu penyelesaian 'root cause'. Marahnya BN kepada rakyat yang memilih pembangkang, marahnya mereka kepada kekalahan kerusi mereka diselesaikan melalui 'mesyuarat post mortem ' mereka melalui menghukum pemimpin pembangkang, merampas Harakah, menangkap mahasiswa dan dianggaap media sosial pnca petaka kejatuhan BN. Rasuah, pemborosan, penipuan, kezaliman, kesamsengan UMNO-BN dan suara-suara perkauman yang dibenci rakyat tidak pula dianggap 'root cause' bagi BN.
Inilah contoh parti tua yang nyanyuk dan rakyat yakin ia pasti lemah, pupus dan berpecah melalui perpecahan dalaman, kerana bukan semua ahli BN bodoh dan nyanyuk seperti usia parti mereka.
Muhammad Nuruddin Bashah Ketua Penerangan DPPK Gopeng | |
Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh Posted: 01 Jun 2013 07:08 AM PDT |
::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang:: Posted: 01 Jun 2013 01:25 AM PDT Ziarah Pemuda PAS Pulau Pinang ke Rumah Adam Adli Posted: 31 May 2013 07:00 PM PDT Ustaz Afnan dan wakil dari Dewan Pemuda PAS Kepala Batas menziarahi keluarga Adam Adli pd 300513 hari Khamis jam 630 ptg di Pmtg Bertam, Kepala Batas. Ziarah ini sbg tanda keprihatinan dan untuk memberikan semangat kpd keluarga Adam Adli di atas apa yg berlaku kpd Adam Adli. Hajat untuk bertemu Adam Adli tidak kesampaian memandangkan […] | |
Idris Ahmad Posted: 31 May 2013 11:12 PM PDT Media Baru, Gugat Negara Atau Gugat BN Posted: 31 May 2013 04:09 AM PDT Media Baru, Gugat Negara Atau Gugat BN. Idris Hj Ahmad 31/5/13 Masih tidak puas hati dengan keputusan rakyat menolak BN, maka Kementerian Komunikasi dan Multimedia sedang mengkaji undang-undang mengenai penyalahgunaan media sosial yang dilihat boleh mengganggu gugat keharmonian negara. Benarkah keharmonian negara tergugat? Atau kedudukan BN yang tidak selamat. Sebenarnya kerajaan boleh bertindak daripada sekarang dengan undang-undang yang sedia ada, jika mahu bertindak. Apakah salah media baru yang menjadi kuasa pengimbang kepada media perdana yang sarat dengan fitnah dan penipuan?. Memang terbukti BN tewas digerbang maya, walau pun BN menguasai media perdana. Dengan kewujudan media baru BN kehilangan undi di bandar dan pinggir bandar. Ini diakui sendiri oleh Ahli Parlimen Umno dari Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed di satu forum pasca-PRU anjuran Kelab Wartawan Asing Malaysia (FCCM) di ibunegara. BN hanya boleh dapat sokongan dengan generasi yang tinggal gusi, manakala Generasi 3G, telah menolak BN. Generasi 3G inilah yang paling ditakuti oleh BN. Persolannya sampai bila BN hanya boleh bersandar dengan golongan yang fakir maklumat. Maklumat bergerak dengan pantas, BN masih mengguna tektik zaman batu, politik ugut, politik samsing, fitnah, tipu, putar belit masih dijadikan menu utama BN untuk mempengaruhi pengundi. Janganlah apabila tidak bermaya untuk melawan hujah, maka ada cadangan pula untuk menyekat maklumat kepada rakyat. Hakikat yang berlaku memang undang-undang ini jika digubal untuk pembangkang. Perkara ini sudah terbukti bloger pro BN dan media BN yang menyimbah petrol permusuhan tidak diapa-apakan walaupun menpunyai unsur hasutan. Mereka hanya menerkam seperti singa lapar jika yang diungkap itu daripada pemimpin Pakatan Rakyat. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile. Filed under: Politik | |
PAS Negeri Sembilan Posted: 31 May 2013 09:30 PM PDT CERAMAH SEMPENA ISRAK MIKRAJ DAN KEDATANGAN RAMADHAN Posted: 31 May 2013 01:07 AM PDT
CERAMAH SEMPENA ISRAK MIKRAJ DAN KEDATANGAN RAMADHAN Oleh Al Fadhil Ustaz Abd Ghani bin Ahmad Zaigu Tarikh : 15 Jun 2013, Sabtu Masa : Selepas Maghrib Tempat : Surau Taman Alamanda, Senawang
Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir
| |
PAS LENGGONG Posted: 31 May 2013 07:17 PM PDT Hadis Posted: 30 May 2013 09:56 PM PDT Artinya : Dari Abdullah ra. dia berkata : "Datanglah salah seorang pendeta kepada Rasulullah saw. pendeta itu berkata : "Wahai Muhammad, sesungguhnya kami dapati bahwa Allah menjadikan langit atas satu jari dan bumi-bumi atas satu jari, pohon atas satu jari dan semua makhluk atas satu jari, dan Allah berfirman : "Akulah Raja". Nabi saw tertawa sehingga tampak gigi taring beliau, membenarkan kata-kata pendeta itu, kemudian Rasulullah saw. membaca : "Dan mereka tidak menghormati Allah dengan penghormatan yang semestinya, padahal bumi seluruhnya dalam genggaman-Nya pada hari Kiamat dan langit digulung dengan tangan kanan-Nya, Maha Suci Tuhan dan Maha Tinggi Dia dari apa yang mereka persekutukan". (Hadits ditakhrij oleh Bukhari). | Pesanan Posted: 30 May 2013 09:54 PM PDT . Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, "Allah Azza wa Jalla berfirman, 'Apabila hamba-Ku berniat hendak melakukan suatu kebajikan tetapi belum dilaksanakannya, Aku tulis untuknya sepuluh sampai tujuh ratus ganda kebajikan.
Apabila dia berniat hendak melakukan suatu kejahatan, tetapi belum dilaksanakannya, tidak Ku tulis apa-apa baginya. Jika dilaksanakannya, Ku tulis untuknya satu kejahatan." [0103]
30. Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, "Syaitan akan datang kepada anda bertanya, siapakah yang menciptakan ini dan itu? Sehingga akhirnya dia bertanya, siapa pula yang menciptakan Tuhanmu itu? Apabila sudah sampai ke situ, maka berlindunglah dengan Allah (mengucapkan A'udzubillahi minasy syaito nirrojim), dan sudahilah." [0109] | Kesah Dajjal Posted: 30 May 2013 09:52 PM PDT Dari Abu Sa'id Al Khudriy r.a : Telah menceritakan kepada kami Rasulullah saw dengan pembicaraan yang panjang tentang Dajjal. Diantara yang Beliau ceritakan tentangnya adalah;
Beliau berkata: "Dajjal akan datang pada suatu tanah yang tandus di Madinah (untuk memasuki Madinah) padahal dia diharamkan untuk memasuki pintu-pintu gerbang Madinah.
Maka pada hari itu keluarlah seorang laki-laki yang merupakan manusia terbaik atau salah seorang dari manusia terbaik menghadangnya seraya berkata; Aku bersaksi bahwa kamu adalah Dajjal yang pernah diceritakan oleh Rasulullah saw.
Maka Dajjal berkata; Bagaimana sikap kalian jika aku membunuh orang ini lalu aku menghidupkannya kembali, apakah kalian masih meragukan kemampuanku?
Mereka menjawab: "Tidak". Maka Dajjal membunuh laki-laki terbaik itu lalu menghidupkannya kembali. Laki-laki itu berkata, ketika Dajjal menghidupkannya kembali; "Demi Allah, hari aku tidak akan lebih waspada kecuali terhadap diriku sendiri. Maka Dajjal berkata; "Aku akan membunuhnya lagi". Maka Dajjal tidak sanggup (tidak mampu) untuk menguasainya". [1749] | Bukan dari kalangan kita orang yang menipu kita. Posted: 30 May 2013 09:51 PM PDT Mengacukan Senjata dan Menipu Kaum Muslimin 22. Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, "Siapa yang menodongkan (mengacukan) senjata kepada kita, mereka itu tidak termasuk golongan kita, dan siapa yang menipu kita, tidak termasuk golongan kita juga." [0078] | Hadis Posted: 30 May 2013 09:51 PM PDT Dari Abdullah bin Mas'ud r.a : Rasulullah saw bersabda, "Barangsiapa berdusta atas namaku dengan sengaja, hendaklah dia mengambil tempatnya di neraka." (MUTAWATIR)Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadamu dari kegelisahan dan kesedihan. Aku berlindung kepadamu dari kelemahan dan kemalasan. Aku berlindung kepadamu dari kepengecutan dan kebakhilan. Aku berlindung kepadamu dari dari lilitan hutang dan penindasan orang."
[HR.Abu Dawud]
Amal Sebelum Islam 27. Dari Abdullah r.a : Orang banyak bertanya kepada Rasulullah saw, 'Ya Rasulullah! Apakah kami akan disiksa kerana perbuatan kami pada masa jahiliyah?' Jawab Nabi saw, "Siapa yang baik Islamnya, dia tidak akan disiksa kerana amalnya masa jahiliyah. Akan tetapi siapa yang buruk Islamnya (munafik), maka dia akan disiksa kerana amalnya pada masa jahiliyah dan masa Islam." [0097]Riwayat Al-Bukhari
001. Dari 'Aisyah r.ha : Rasulullah saw di dalam solat membaca do'a:
'ALLAHUMMA INNII A'UUDZU BIKA MIN 'ADZAABIL QABRI, WA A'UUDZU BIKA MIN FITNATIL MASIIHID DAJJAAL, WA A'UUDZU BIKA MIN FITNATIL MAHYAA WA FITNATIL MAMAAT. ALLAHUMMA INNII A'UUDZU BIKA MINAL MA'TSAMI WAL MAGHRAM
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَفِتْنَةِ الْمَمَاتِ
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْمَأْثَمِ وَالْمَغْرَمِ فَقَالَ لَهُ قَائِلٌ مَا أَكْثَرَ مَا تَسْتَعِيذُ مِنْ الْمَغْرَمِ
(Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari siksa kubur dan aku berlindung kepada-Mu dari fitnah Al Masihid Dajjal, dan aku berlindung kepada-Mu dari fitnah kehidupan dan fitnah kematian. Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari perbuatan dosa dan hutang).
Tiba-tiba ada seseorang berkata kepada beliau, "Kenapa tuan banyak meminta perlindungan dari hutang?" Beliau menjawab, "Sesungguhnya seseorang apabila berhutang dia akan cenderung berkata dusta dan berjanji lalu mengingkarinya." [789]
| Hadis Posted: 30 May 2013 09:47 PM PDT Dari Anas bin Malik r.a : Nabi saw bersabda, "Tidak ada suatu negeri pun yang tidak akan dimasuki Dajjal kecuali Mekah dan Madinah, kerana tidak ada satu pintu masuk pun dari pintu-pintu gerbangnya kecuali ada para malaikat yang berbaris menjaganya. Kemudian Madinah akan bergoncang sebanyak tiga kali sehingga Allah mengeluarkan orang-orang kafir dan munafik daripadanya". [1748]
Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, "Kamu tidak dapt masuk syurga, sebelum kamu beriman, dan kamu belum dapat dikatakan mukmin sebelum kamu kasih mengasihi satu sama lain. Sukakah kamu aku tunjukkan jalan untuk berkasih-kasihan? Galakkanlah salam antara sesamamu." (0042)
Dari Abu Hurairah r.a dan dari Abu Syuraikh Al-Khuza'iy r.a : Rasulullah saw bersabda, "Siapa yang iman dengan Allah dan hari kiamat, maka hendaklah dia berbuat baik kepada tetangganya. Siapa yang iman dengan Allah dan hari kiamat, hendaklah dia memuliakan tetamunya, dan siapa yang iman dengan Allah dan hari kiamat, hendaklah dia berkata yang baik atau diam." (0038 & 0039)
Hujan dan Bintang 11. Dari Zaid bin Khalid Al-Juhani r.a : Rasulullah saw mengimami kami solat subuh di Hudaibiyah, sesudah tadi malamnya hujan turun.
KLIK- Foto Hudaibiyah KLIK-Perjanjian Hudaibiyah
Setelah selesai solat, Nabi saw menghadap kepada orang ramai, lalu bersabda, "Tahukan anda sekalian, apa yang telah difirmankan oleh Tuhan anda?" Jawab mereka, "Allah dan Rasul-Nya yang lebih tahu." Sabda Nabi saw, "Allah berfirman; Ketika hamba-hambaKu bangun pagi-pagi, diantaranya ada yang mukmin ada yang kafir.
Siapa yang berkata hari hujan kerana kurnia dan nikmat Allah, maka dia itu mukmin (iman) dengan-Ku, kafir dengan bintang-bintang. Siapa yang berkata hari hujan kerana bintang ini dan bintang itu, maka dia kafir dengan-Ku, iman dengan bintang-bintang." (0058)
Wajib Beriman Dengan Risalah Nabi Muhammad saw 33. Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, "Setiap Nabi yang diutus Allah dibekali dengan bukti-bukti, sebagai mukjizat bagi mereka agar umat manusia beriman kepada mereka. Sedangkan aku dibekali dengan wahyu yang diwahyukan Allah kepadaku (Al-Quran). Kerana itu aku penuh harap bahawa umatkulah nanti yang terbanyak di hari kiamat." [0124]
34. Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, "Demi Allah, yang jiwa Muhammad berada di tangan-Nya, setiap orang yang telah mendengar Risalahku, baik ia Yahudi atau Nasrani, kemudian dia mati tanpa iman dengan Risalahku itu, maka dia pasti masuk neraka." [0125] | Tazkirah Posted: 30 May 2013 09:43 PM PDT Ibnu Abbas r.a mengatakan : "Sesungguhnya di antara kedua mata Dajjal tertulis "Kafir" (dalam hadis lain Kaf, Fa' Ro'), Ibnu Abbas mengatakan; "Namun saya belum pernah mendengar beliau (secara langsung) mengatakan hal itu.... [5458]
Bunuh Diri 25. Dari Tsabit bin Dhahhak r.a : Nabi saw bersabda, "Siapa yang bersumpah menurut cara suatu agama selain Islam, baik sumpahnya itu dusta atau sengaja, maka orang itu akan mengalami sumpahnya sendiri. Siapa yang bunuh diri dengan suatu cara, Allah akan menyiksanya di neraka jahanam dengan cara itu pula." [0088]
Dari Abdullah bin Amru bin Ash : Rasulullah saw bersabda, "Mencaci ibu bapa termasuk dosa besar." Para sahabat bertanya, 'Adakah orang yang mencaci ibu bapanya?' Jawab Nabi saw, "Ya, ada! Dicacinya bapa orang lain, lantas orang itu mencaci bapanya pula. Dicacinya ibu orang lain, lalu orang itu mencaci ibunya pula." (0070)
Amal yang Paling Utama 14. Dari Abu Hurairah r.a : Seseorang bertanya kepada Rasulullah saw, 'Amal yang bagaimanakah yang paling utama?' Jawab Nabi saw, "Iman dengan Allah."
Tanyanya pula, 'Kemudian apa?' Jawab Nabi saw, "Jihad fi Sabilillah." Tanyanya pula, 'Kemudian apa lagi?' Jawab Nabi saw, "Haji yang mabrur." (0064)
Dari Hudzaifah r.a berkata : "Sungguh aku pernah mendengar Beliau bersabda: "Dajjal keluar dengan membawa air dan api. Adapun apa yang dilihat manusia sebagai api sebenarnya adalah air yang dingin, dan yang dilihat manusia sebagai air sesungguhnya dia adalah api yang membakar. Maka siapa di antara kalian yang berjumpa dengannya hendaklah mengambil yang di tangannya yang nampak seperti api kerana itu adalah air yang segar lagi dingin".... [3194]
Menjelang Kiamat - Apabila Nabi Isa Turun 35. Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, "Demi Allah yang jiwaku berada di tangan-Nya, sesungguhnya telah dekat masa Isa anak Maryam akan turun di tengah-tengah kamu.
Dia akan menjadi hakim yang adil, akan dihancurkannya salib, dibunuhnya babi, dihapuskannya pajak dan kekayaan akan melimpah ruah, sehingga tidak seorang pun lagi yang bersedia menerima pemberian." [0127] | Dajjal yang sebenarnya tapi bunga - bunga disekeliling manusia kini. Posted: 30 May 2013 09:36 PM PDT Kisah Dajjal
Hadis yang dipaparkan adalah pengumpulan hadis-hadis mengenai perihal Dajjal. Pentingnya perkara Dajjal ini adalah kerana berdasarkan sebuah hadis;
Dari Ibnu 'Umar berkata : "Kemudian Nabi saw berdiri di hadapan manusia, lalu memuji Allah yang Dia satu-satunya yang paling berhak dipuji kemudian Beliau menyebutkan masalah ad-Dajjal dan bersabda: "Sungguh aku mengingatkan kalian tentangnya dan tidak ada seorang Nabi pun kecuali telah mengingatkan kaumnya tentang Dajjal itu. Sungguh Nabi Nuh 'Alaihissalam telah mengingatkan kaumnya. Akan tetapi aku katakan kepada kalian tentangnya yang para Nabi (sebelumku) belum pernah mengatakannya, iaitu bahawa ad-Dajjal itu a'war (buta sebelah matanya) dan sesungguhnya Allah tidaklah buta sebelah". [2829] Sahih Bukhari Perkataan 'tidak ada seorang Nabi pun kecuali telah mengingatkan kaumnya tentang Dajjal' bermakna perkara mengenai Dajjal ini sangat-sangat penting. Maka dengan itulah kami cuba mengumpulkan seberapa yang ada mengenai hadis-hadis perihal Dajjal (tidak semua). Hadis mengenai kedatangan Dajjal ini adalah mutawatir, mengingkarinya boleh menyebabkan kekufuran. Perlu diingat, bahawa Dajjal itu bukanlah hawa nafsu atau bentuk-bentuk yang pelik sebagaimana terdapat beberapa kisah mengenainya, tetapi Dajjal itu seperti susuk tubuh manusia biasa dan buta sebelah matanya serta dikurniakan perkara-perkara ajaib oleh Allah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana sebagai ujian terbesar kepada umat manusia. Terdapat beberapa ratus hadis mengenainya termasuk yang berulang dan daif. Kami hanya memilih dari riwayat yang terkuat dan hadis-hadis yang berulang tidak dimasukkan kecuali sebab-sebab tertentu, seperti menguatkan hadis yang lain atau penambahan dari perawi yang kuat hafalannya. Perlu diingatkan sekali lagi, kami tidak meletakkan seluruh hadis mengenai Dajjal di sini. Wallahu'alam. | Pedoman Posted: 30 May 2013 09:30 PM PDT Mengatakan Orang Muslim Kafir6. Dari Ibnu Umar r.a : Rasulullah saw bersabda, "Siapa yang berkata kepada saudaranya, 'Hai Kafir!' maka ucapan itu kembali kepada salah seorang antara keduanya. Jika apa yang diucapkannya benar, maka ucapan itu tertuju kepada orang yang dipanggil. Jika tidak, maka ucapan itu tertuju kepada yang mengucapkan." Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, "Apabila anak Adam membaca ayat sajdah lalu dia sujud; maka syaitan jatuh sambil menangis. Katanya, 'Celaka aku! Anak Adam disuruh sujud, lalu mendapat syurga. Aku disuruh sujud, tetapi aku menolak, maka untukku neraka'." (0062)
RAHSIA JUMAAT Kapt Hapidi bin Hussin
Hari Jumaat ialah hari kebesaran Islam bagi orang mukmin. Hari yang mulia ditentukan buat umat Muhammad SAW. Pada hari itu kepada sesiapa yang berdoa Allah akan memakbulkan doanya. Setiap muslim dikehendaki mempersiapkan diri untuk hari Jumaat mulai dari hari Khamis dengan membersihkan pakaian dan memperbanyakkan tasbih serta memohon keampunan kepada Allah SWT pada malam Jumaat lagi. Kerana pada masa itu nilai mulianya sama dengan masa yang dirahsiakan oleh tuhan pada hari Jumaat
Dosa yang Paling Besar 17. Dari Abdullah r.a : katanya dia bertanya kepada Rasulullah saw, 'Dosa apakah yang paling besar di sisi Allah?" Jawab Nabi saw, "Menyekutukan Allah, padahal Dia sendiri yang menjadikanmu." 'Yang demikian itu sangat besar dosanya,' kataku. 'Kemudian apa lagi?' Jawab Nabi saw, "Membunuh anakmu sendiri kerana takut melarat (miskin-pent)." 'Kemudian apa lagi,' tanyaku pula. Jawab beliau (Nabi saw), "Berzina dengan isteri tetanggamu." (Lihat Surah Al-Furqan [25] : 68) (0067)
Sifat Sombong 21. Dari 'Abdullah r.a : Rasulullah saw bersabda, "Tidak dapat masuk neraka seseorang yang terdapat iman di dalam hatinya walaupun hanya seberat biji bayam; dan tidak akan masuk syurga seorang yang terdapat di dalam hatinya kesombongan walaupun hanya seberat biji bayam." [0072]
Dari Anas r.a mengatakan : Nabi saw bersabda, "Tidaklah seorang Nabi pun diutus selain telah memperingatkan kaumnya terhadap yang buta sebelah dan pendusta, ketahuilah bahawasanya dajjal itu buta sebelah, sedang Rabb kalian tidak buta sebelah, tertulis diantara kedua matanya KAFIR (mata Dajjal)." [6598]
| Sebuah amalan Posted: 30 May 2013 09:26 PM PDT Solat Sunat dan Bacaan Surah Pilihan
Kerjakanlah sembahyang tahiyatul masjid dan yang paling afdhal hendaklah menunaikan sembahyang itu empat rakaat dengan membaca setiap rakaat sesudah Fatihah dengan bacaan Surah Al-Ikhlas sebanyak 50 kali. Dalam sebuah hadis dinayatakan: "Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang itu tidak akan mati sebelum ia melihat tempat di syurga"
Jangan tingggalkan sembahyang tahiyatul masjid sekalipun imam sedang berkhutbah. Di Dalam sunnah dinyatakan bahawa sangat baik jika membaca dalam keempat-empat rakaat sembahyang itu dengan surah Al-Anaam, Al-Kahfi atau Yasin. Jika tidak mampu maka bacalah Surah Yasin atau Surah ad-Dukhan atau Alif Lam As-Sajdah atau surah Al-Mulk tetapi jangan sampai tidak membaca surah-surah itu pada malam Jumaat, kerana di dalamnya terdapat beberapa kelebihan.
Manakala pada hari Jumaat pula hendaklah ia memperbanyakkan membaca surah al-Ikhlas dan selawat ke atas Nabi. Apabila Imam naik ke mimbar hentikanlah sembahyang sunat dan juga berkata-kata, jawablah seruan muazzin kemudian perhatikan khutbahnya.. Apabila selesai dari sembahyang Jumaat, maka bacalah Al-Fatihah 7 kali sebelum berkata-kata dan surah Al-Ikhlas, Surah Ma'uzatain (Surah Al-Falak dan An-Nas) amalan sebanyak 7 kali (Lihat Kitab Sirussalikin Jil 1 - 2. m.s 82).
Hal itu dapat memelihara diri seseorang muslim dari satu Jumaat hingga Jumaat akan datang dan memeliharanya dari syaitan.
Kemudian beradalah di masjid hingga waktu Asar atau sampai Maghrib dan hendaklah memperelokkan dalam beribadah pada waktu yang baik iaitu sepanjang hari Jumaat. | Tazkirah Posted: 30 May 2013 09:24 PM PDT Dari Jabir bin Abdullah r.a : Rasulullah saw bersabda, "Akan senantiasa ada hingga hari kiamat, segolongan umatku yang berjuang menegakkan kebenaran dan mereka pasti menang."
Kata Nabi saw selanjutnya : "Sementara itu Nabi Isa a.s akan turun ke tengah-tengah umat. Lalu pemimpin-pemimpin mereka berkata kepadanya, 'Sudilah Anda solat dan menjadi pemimpin kami.'
Jawab Nabi Isa a.s, 'Tidak! Masing-masing kamu boleh menjadi pemimpin bagi yang lain, selaku suatu kehormatan yang dilimpahkan Allah kepada umat ini." [0128]
Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, "Jauhilah tujuh perkara yang membinasakan : (1) Mempersekutukan Allah (2) Sihir (3) Membunuh orang yang telah dilarang membunuhnya, kecuali kerana alas an yang dibenarkan Allah (seperti qisas) (4) Memakan harta anak yatim (5) Memakan riba (6) Lari dari medan pertempuran (7) Menuduh wanita mukminah yang baik dan tahu memelihara diri, berbuat jahat (zina)." (0069)
Dari Abdurrahman bin Abu Bakrah r.a , dari bapanya, katanya : 'Kami berada di sisi Rasulullah saw, lalu beliau bersabda, "Perhatikanlah! Ku beritahukan kepada kamu sekalian tentang dosa-dosa besar yang paling besar. (Rasulullah saw mengucapkannya tiga kali) : (1) Mempersekutukan Allah (2) Derhaka kepada ibu bapa (3) Sumpah palsu." (0068) | Suatu pengkesahan Posted: 30 May 2013 09:00 PM PDT Jerman kalah perang selepas menakluk sebahagian besar eropah timur.. Ia kalah selepas invaded russia..russia membenarkan jerman jauh masuk kedalam negaranya dalam musim sejuk dan menyerang bekalan logistiknya...maka terkapai2lah tentera jerman tanpa bantuan disamping cuaca dingin@salji yg melambatkan pergerakan...ini dipanggil taktikal..perang senjata pun perlu taktikal...perang politik pun perlu taktikal..maka sesiapa yg minat politik maka sediakan diri dgn ilmu...ilmu segalanya..kalau tak selamanya kita berpolitik isu yg sama selama 56 thn..serangan peribadi..lucah..kafir mengkafir...media berat sebelah..kebebasan bersuara terhad dan masih percaya setiap apa jua perkara dlm tv3 dan utusan...padahal akhbar ini asyik kalah saman..... | Sebuah al kesah Posted: 30 May 2013 08:56 PM PDT Tuan Ibrahim Tuan Man, | 30 Mei 2013 |
Suhaimi seorang pelajar yang cemerlang. Namun ketika mengaji di luar negara, Suhaimi mendapat tamparan hebat apabila mendapat berita keluarganya mati dalam satu kemalangan.
Hanya tinggal Suhaimi seorang di luar negara. Selepas menyelesaikan segalanya, Suhaimi pulang mengaji di luar negara.
Kesedihan melampau Suhaimi menyebabkan beliau hilang arah. Hatinya perit dan mindanya lesu, dan ada kalanya terfikir untuk membunuh diri.
Akhirnya Suhaimi terjebak dengan arak. Arak yang memabukkan mengkhayalkan Suhaimi daripada kesakitan di dunia ini. Suhaimi juga mula terlupa menjaga solat.
Rakan-rakan serumah mula mengesan perubahan Suhaimi. Rakan karib beliau Mat Lutfi sedih melihat keadaan Suhaimi. Beliau cuba membantu sedaya upaya untuk menyelamatkan rakan karibnya.
"Dia sahabat ana. Ana tak akan tinggalkan dia. Ana akan selamatkan dia," kata Mat Lutfi kepada rakan-rakan serumah yang ingin menghalau Suhaimi keluar dari rumah.
"Ustaz ana mengajar saya sejak kecil kena jauhi orang yang tidak jaga solat walau apa alasannya sekalipun," kata seorang rakan serumah.
"Orang kata kalau kita dekat dengan penjual minyak wangi, kita akan dapat wanginya. Jika kita dekat dengan tukang besi, kita akan dapat kotornya," itulah kata-kata Hashim, ketua usrah pada Mat Lutfi agar beliau bersetuju dengan keputusan menghalau Suhaimi keluar dari rumah.
"Itu bukan Suhaimi sebenar. Kita boleh selamatkan dia. Dia cuma tersasar kerana nasib malang yang menimpa keluarganya," tegas Mat Lutfi.
Rakan-rakan serumah semasa duduk bersama pernah membuat perjanjian bertulis bahawa sesiapa yang hendak meninggalkan rumah, bukan kerana nak kahwin, perlu ada konsensus dari semua pihak.
Sesiapa saja yang tidak bersetuju, hasrat meninggalkan rumah perlu dibatalkan. Disebabkan memegang pada perjanjian, maka rakan-rakan serumah terpaksa terima bantahan Mat Lutfi untuk Suhaimi terus tinggal bersama.
Di rumah, setiap kali Mat Lutfi tiada, Hashim akan mengingatkan Suhaimi dengan nada yang keras tentang balasan di akhirat dan suruh Suhaimi bertaubat dengan segera.
Apabila masa solat tiba dan Suhaimi tidak muncul dan Mat Lutfi tiada, Hashim akan berkata: "Tak yah panggil dia. Hati dia tiada Allah. Kalau dia ingat Allah dia sendiri akan datang. Biarkan dia. Kita teruskan."
Sekiranya Mat Lutfi ada, Mat Lutfi akan memastikan Suhaimi solat berjemaah bersama-sama. Mat Lutfi tidak akan membiarkan Suhaimi berseorangan di dalam bilik. Demi menyelamatkan rakan baiknya, Mat Lutfi sanggup meninggalkan privacy tinggal seorang di dalam bilik untuk tinggal bersama Suhaimi di dalam bilik yang sama.
Tapi kesedihan melampau Suhaimi menyebabkan beliau masih tertarik dengan arak.
"Tanpa arak ini, ada tak tahu macam mana nak hidup Fi. Sekarang ana tinggal seorang di muka bumi ini. Fi, biarkan ana. Ana tak boleh diselamatkan lagi," rayu Suhaimi setiap kali Mat Lutfi cuba memujuknya kembali ke pangkal jalan.
"Ada Allah lagi. Ada syurga menanti. Mi cuba buang dulu. Cuba pun dapat pahala dah," kata Mat Lutfi.
"Petang tadi, Hashim kata hati ana dah hitam, keras tak boleh baiki lagi. Ana pun rasa begitu… Fi jangan dekat dengan ana, nanti Fi pun terkena dosa," kata Suhaimi.
"Boleh Mi. Bagi ana cuti ini – anta ikut program ana. Sekarang dah mula cuti, ana tak balik Malaysia kali ini. Ana tinggal sini," kata Mat Lutfi.
Sebelum pulang ke negara, Hashim memberikan amaran terakhir buat Suhaimi ketika Mat Lutfi di dalam tandas.
"Jikalau lepas cuti ini, aku balik jumpa botol arak lagi, aku akan tendang kau keluar rumah ini. Aku tak nak tinggal dengan orang yang tak ingat Allah dan langgar perintah Allah. Aku tak nak tinggal dengan orang berdosa. Jikalau terpaksa, aku akan halau kau dengan Mat Lutfi keluar bersama. Kamu ini malukan agama Islam! Menyampah," kata Hashim.
Mat Lutfi terdengar kata-kata itu. "Cukuplah itu. Ini ujian Allah pada kita untuk menyelamatkan rakan. Bukannya rosak buang! Kalau tiga bulan ini aku gagal, aku keluar bersama Suhaimi, kau usah bimbang."
Sepanjang cuti, Mat Lutfi mengatur program padat bersama Suhaimi. Suhaimi tidak dibiarkan keseorangan dan tidak letih pada waktu malam. Hari-hari awal, setiap malam, Mat Lutfi akan mengajak Suhaimi mengikutnya membaca Quran sehinggalah beliau tertidur. Waktu Suhaimi tertidur, Mat Lutfi mengambil botol araknya dicuci bersih dan digantikan dengan fruit juice.
Mat Lutfi tahu Suhaimi masih curi-curi minum ketika beliau tidur kepenatan. Diharapkan Suhaimi dapat menyesuaikan diri dengan fruit juice itu dahulu.
Setelah seminggu, Suhaimi bertanya: "Fi, anta tukar semua arak ana jadi fruit juice ya?"
"Ya. Sorry… Sebab di internet, dia kata untuk mengubati ketagihan arak, tak boleh terus, kena slow-slow. Ana harap dengan pertukaran itu, Mi boleh buang ketagihan itu walaupun terpaksa minum dari botol arak," kata Mat Lutfi.
"Sedap juga. Terima kasih," kata Suhaimi.
Setiap hari, program dipenuhkan untuk Suhaimi, Mat Lutfi menghabiskan segala masanya dan sebahagian besar duitnya untuk menyelamatkan Suhaimi – dengan membawanya berjalan-jalan, apabila tiba waktu solat singgah di masjid, menyertai program kebajikan membantu anak-anak yatim dan orang tua dan sebagainya.
Pada tengah malam satu hari selepas bulan kedua minggu ketiga, Suhaimi bangun tetiba, Mat Lutfi sedar Suhaimi bangun.
"Tolonglah Mi. Tahan. Jangan pergi sentuh arak itu. Jangan. Ya Allah, berilah kekuatan pada sahabatku ini," doa Mat Lutfi dengan air mata bergenang.
Suhaimi masuk ke tandas – agak lama. Mat Lutfi terfikir, "Rasanya sebelum tidur tadi saya dah check, tiada arak dalam tandas. Mengapa lama sangat?" Mat Lutfi tidak bangun.
Suhaimi keluar dari tandas. Mukanya basah dengan air seolah-olah baru mengambil wuduk. Mat Lutfi curi-curi melihat.
Suhaimi mendekati almari yang biasa disimpan araknya. Malam semalam Mat Lutfi tidak sempat menukar araknya menjadi fruit juice kerana keletihan.
Melihat Suhaimi membuka almari, Mat Lutfi teringin nak bangun menghalang. Apabila melihat Suhaimi membawa keluar kain sejadah, Mat Lutfi terus batalkan niat untuk bangun.
Suhaimi buat solat tengah malam. Hati Mat Lutfi cukup gembira dan tidur kembali sekembalinya Suhaimi ke katil selepas solat.
Besok pagi, Suhaimi yang mengejutkan Mat Lutfi untuk solat subuh.
"Mi. Anta ok?"
"Ok. Mengapa?"
"Anta bangun solat tengah malam semalam. Ana sangat gembira."
"Ana pun tak tahu mengapa. Tetiba terasa nak solat. Terasa ada benda nak kata pada Allah. Hati terasa Allah dekat," kata Suhaimi.
"Apa dia?" tanya Mat Lutfi.
"Baru sedar, Allah tidak pernah putus harapan pada ana. Selama ini, ana marah mengapa ana dibiarkan keseorangan di bumi ini. Ana hilang punca sehingga tersesat. Jika Allah tak sayangkan ana, manalah Allah akan bagi kekuatan pada anta untuk membawa ana kembali ke pangkal jalan. Allah tak pernah putus asa pada ana dan ini terbukti bila ana diberikan sahabat terbaik macam anta. Jikalau Allah tak sayang ana, anta dah pergi balik bercuti kot dan ana mungkin dah mati dalam mabuk," kata Suhaimi.
Mat Lutfi terus memeluk Suhaimi – segala usahanya berjaya.
Sekembalinya semua rakan serumah dari Malaysia, mereka melihat Suhaimi seperti seorang yang lain – bukan yang lain, tapi Suhaimi yang lebih baik daripada dulu.
Hashim kagum tapi terlampau bangga untuk mengakuinya.
"Jangan kau buat dosa maksiat lagi. Aku tak akan bagi peluang kedua," tegas Hashim.
Tapi rakan-rakan serumah semua menggerumi Mat Lutfi dan bertanya apakah yang dia lakukan untuk menyelamatkan rakan mereka yang pada hemat mereka tidak dapat diselamatkan lagi.
"Tak apa. Ana cuma faham Islam ini sempurna. Tapi orang Islam tidak. Jadi melalui itu, ana percaya Suhaimi boleh kembali ke pangkal jalan. Kita kan pewangi, takkan pewangi boleh tewas pada tukang besi."
Senyum.
Sekadar perkongsian. Tulisan ini ditulis anak angkat selepas menonton video terbaru "Sebelah Sayap" Mat Luthfi. Tahniah atas filem yang memberikan renungan mendalam dalam kegiatan berdakwah. Kadang-kala manusia sering terlupa kita hanyalah makhluk berdosa yang kaki masih berpijak di bumi Allah. Ujian Allah datang pada bila-bila masa dan pelbagai bentuk – seperti Suhaimi yang terjerumus ke dalam arak dan maksiat, tapi adakah kita mampu mengharunginya seperti Mat Lutfi atau melarikan diri seperti Hashim?
Renungkan. | Blackout 505 Posted: 30 May 2013 08:47 PM PDT Tipu PRU: Pegawai SPR Kira Undi Awal "Secara Senyap"
PETALING JAYA : Pakatan Rakyat hari ini mendedahkan lagi bukti bahawa terdapat keraguan dalam proses pengundian awal yang boleh memesongkan keputusan pilihanraya ke-13. Bukti tersebut di dalam dua laporan polis yang dibuat ejen calon PKR, kata pengarah strategi PKR Rafizi Ramli. Laporan pertama dibuat di Melaka berkenaan pengundian awal di DUN Machap, manakala yang kedua dibuat di Perak berhubung pengundian pos di DUN Pengkalan Hulu. Dalam laporan polis pertama ejen calon PKR Dun Machap, Abu Hussin Tamby mendakwa melihat pegawai Suruhanhjaya Pilihan Raya (SPR) membuka dan mengira kertas undi dari peti undi awal yang disimpan di Ibupejabat Daerah Polis Alor Gajah. Insiden berkenaan terjadi apabila Abu Hussin sedang mengiringi pegawai SPR yang membawa peti undi awal untuk disimpan di dalam balai polis berkenaan. "Saya melihat sejumlah anggota SPR yang dianggarkan seramai tujuh hingga lapan orang sedang duduk mengira kertas-kertas undi di sebelah lokap tempat peti undi awal kami disimpan. "Selepas selesai mengiringi untuk menimpan peti undi awal di dalam lokap, saya sempat lagi melihat petugas-petugas yang memakai baju SPR sedang mengira kertas undi," katanya dalam laporan polis berkenaan. Dilaporkan sebelum ini bahawa undi awal dan undi pos hanya akan dikira pada hari buang undi iaitu 5 Mei. Manakala undi awal dan undi pos dibuat lima hari sebelum tarikh itu.
Sementara dalam kejadian kedua, ejen calon PKR Dun Pengkalan Hulu, Jauneh Otoh membuat laporan polis ekoran kehilangan peti undi awal bagi Kem 18 Pasukan Gerakan Awam (PGA) di Pengkalan Hulu yang tidak sampai seperti yang dijadualkan. Kejadian meragukan itu mengakibatkan ejen-ejen PKR menuntut supaya peti undi tersebut dkecualikan daripada pengiraan undi dan dipersetujui oleh pegawai SPR. PKR turut dimaklumkan, Ketua Pemerintah Kem 18 PGA Pengkalan Hulu membuat laporan polis pada 9 Mei 2013 di Balai Polis Pengkalan Hulu dan mendakwa peti undi yang hilang telah dijumpai. Jelas Rafizi, dua kejadian benar yang berlaku ini membayangkan betapa longgarnya kawalan, integriti dan seliaan peti undi awal sehingga boleh hilang dan dibuka begitu sahaja. "Keputusan undi pos dan undi awal di seluruh negara menimbulkan kecurigaan apabila-calon-calon Pakatan Rakyat mendapat undi sekitar 10 hingga 15 peratus daripadanya. "Ianya jauh lebih rendah dari tahap sokongan dalam PRU-12 pada sekitar purata 30 peratus," tambah Rafizi. | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan