Ketika bos Air Asia X Azran Osman Rani yang dibelasah depan belakang dalam soal 'kemelayuannya', rakyat Malaysia pada Ahad dikejutkan dengan satu kejadian malang penumpang syarikat penerbangan murah tersebut.
Ini bukan konspirasi, tapi kisah benar menimpa seorang wanita rakyat Malaysia bersama bayinya yang terdampar dibumi asing berikutan sikap kurang mesra pelangan syarikat penerbangan Air Asia di Vietnam malam Sabtu lalu.
Untuk rekod, selepas ding dong dan segala macam masalah, wanita malang itu bersama anaknya dibawa pulang oleh penerbangan MAS petang Ahad.
Siapa tahu mungkin kisah begini sudah selalu berlaku cuma semalam di Ho Chin Min, kebetulan ada wartawan TV3 Mazidul Akmar Sidik yang menyaksikan dengan mata kepala sendiri apa yang berlaku dan melaporkannya dalam blog beliau.
Kisah tersebut kemudian tersebar di facebook dan twitter. Sepantas kilat, berbagai reaksi kemarahan rakyat Malaysia dihemburkan kepada pengurusan Air Asia.
Bosnya Tan Sri Tony Fernandes dalam satu kenyataan di twitter kata beliau kini berada di Jepun dan sedang meneliti laporan kejadian. Manakala beliau mengarahkan pekerjanya untuk mengeluarkan kenyataan berhubung kejadian di Vietnam itu.
Ceritanya mudah, ibu muda berusia 36 tahun, Izan Suhaila Mohd Ali bersama bayinya Maryam Sofea Mohd Reza, 14 bulan bersama rombongan telah pergi bercuti di Vietnam menggunakan perkhidmatan Air Asia.
Bayi kecil itu demam campak sebelum itu, tapi doktor di Malaysia kata tidak ada masalah dan boleh pergi bercuti sejak Rabu 15 Mei lalu.
Cuma ketika hendak pulang, mereka ditahan oleh kakitangan Air Asia dan diberitahu tidak boleh naik kapal terbang tersebut selain kena tunggu di situ selama lima hari lagi.
Ada doktor yang kebetulan dok tunggu penerbangan yang sama periksa bayi malang itu dan dapati ia tidak demam lagi, cuma kesan hitam akibat campak saja yang kelihatan.
Beliau dan bayinya dipisahkan dari kumpulan, tanpa beg baju dan barang keperluan lain yang telah masuk dalam pesawat.
Kasihan melihat kesusahan yang dihadapi oleh si ibu dan anak, orang ramai pakat-pakat hulur duit untuk pasangan tersebut.
Berdasarkan cerita yang dipetik dari blog Mazidul, kakaitangan Air Asia yang mengiringi pasangan itu ke stesen teksi sambil meminta maaf.
Dan wanita itu serta anaknya terpaksa pergi beli baju sendiri selain balik ke hotel yang pernah mereka huni.
Cuma hari ini, cerita yang kecil sudah jadi besar, sampaikan melibatkan pihak kedutaan dan wakil tourist Malaysia juga syarikat penerbangan MAS.
Menurut Mazidul, kakitangan MAS telah ke hotel tersebut dan membawa keluarga malang itu ke hospital untuk pemeriksaan.
Dan pada petang Ahad, ibu dan anak itu sudah selamat mendarat di KLIA menggunakan pesawat MAS.
IBU DAN BAYI SENGSARA DI VIETNAM : AIR ASIA USAH LEPAS TANGAN
Kira-kira jam 8.45 malam tadi (Sabtu), mengikut waktu tempatan di Vietnam, saya terlihat penumpang pesawat AK 1455, warga Malaysia dihampiri oleh kakitangan lelaki Air Asia. Penerbangan pulang ke Kuala Lumpur dijadualkan berlepas pada jam 9 malam ( 10 malam waktu Malaysia ).
Setelah beberapa minit berlalu, perlahan saya kemudian mendekati kumpulan penumpang itu dan mengajukan soalan.
"Ada masalah apa puan?"
"Kakitangan Air Asia ini berkata, anak saya dilarang menaiki pesawat kerana dia demam campak. Kami sekeluarga, dua belas orang, datang ke Ho Chi Minh pada hari Rabu lalu. Kami memang ada membawa bekalan ubat demam, jadi bagi kepada dia kalau dia demam. Dia sudah tidak demam lagi," ujar ibu bayi, Izan Suhaila Mohd Ali, 36 tahun.
"The mother and the baby had to stay here for five days. They cannot board the aircraft," arah kakitangan Vietnam Air Asia berdiri di sebelah saya.
Mereka bimbang sekiranya deman terbabit menjangkiti penumpang lain.
Menurut ahli keluarga Izan, semua beg pakaian mereka telah dimasukkan ke dalam pesawat. Setelah bercuti selama empat hari, kandungan beg bercampur aduk dan barangan keperluan asas Izan dan anaknya, Maryam sukar dipisahkan.
Bayi, Maryam Sofea Mohd Reza, berusia 14 bulan.
Lalu saya terangkan keadaan sebenar kepada kakitangan syarikat penerbangan tambang murah itu.
"So, all twelve had to stay then ," balasnya.
"I understand the situation, law is a law but don't forget, these are human beings not dogs or cats. If she were going to stay here for another five days, she and the baby need cloth to wear. Please refer this matter to your superior again before making further decision," balas saya.
Tidak lama kemudian, muncul seorang penumpang MELAYU memperkenalkan dirinya sebagai pegawai perubatan ( medical doctor ) datang menghampiri dan menyentuh tubuh Maryam.
"Dia kena chicken pox tetapi sudah tidak demam lagi. Hanya tinggal kesan tompokan hitam sahaja di tubuh," ujar doktor terbabit.
Namun kenyataan beliau tidak dihiraukan oleh petugas di situ.
Beberapa minit kemudian tampil pula jururawat wanita tempatan dan pantas menyelitkan jangka suhu di bawah ketiak bayi itu sebanyak dua kali.
"Apabila kita bertanya, berapakah suhu badan Maryam, dia membisu," ujar kakak Izan, Norhamiza.
Saya perhatikan, airmata jernih mula bergenang di bawah dua kelopak mata Izan sambil dia terus mendakap erat anaknya mengalami sindrom down.
Barangkali dia bak tidak mampu mempercayai cabaran didepaninya tatkala itu amat getir. Tambahan pula suami tersayang tidak bersamanya untuk mengharung detik hitam tidak mungkin dapat dilupakan sepanjang hayatnya itu.
Keputusan muktamat telah dibuat oleh kakitangan Air Asia berpenampilan bongkak biarpun tidak dipersetujui ramai penumpang lain.
"The captain doesn't allow this baby on board," ujar pegawai sama kepada kami.
Warga Malaysia berkunjung ke bandaraya Ho Chi Minh untuk membeli-belah. Lazimnya, ramai tidak membawa baki wang tunai tatkala pulang ke Malaysia.
Di saat perpisahan hampir menjenguk, Izan dipeluk erat oleh ahli keluarganya. Mereka juga tidak berupaya menahan deraian airmata tumpah di pipi.
"Ibu ini diarahkan untuk tinggal bersama anaknya selama lima hari lagi di sini. Barangkali dia tidak mempunyaii wang tunai mencukupi. Kalau hati terbuka untuk menghulurkan bantuan, dipersilakan," kata saya spontan kepada semua penumpang sedang beratur untuk menaiki pesawat.
Tidak semena-mena, warga Malaysia pelbagai bangsa, Melayu, Cina dan India, tergesa-gesa, tanpa berfikir panang, mengeluarkan matawang pelbagai jenis dari poket serta beg duit mereka dan pantas menghulurkan kepada Izan.
Hebat sungguh warga Malaysia. Memori sebegitu bakal terus terpahat di minda saya, selagi hayat dikandung badan.
Saya berasa amat kagum.
Biarpun mereka tidak mengenali Izan dan keluarga, fakta itu diketepikan. Saya melihat lelaki Cina bertubuh tinggi menyeluk saku lalu menghulurkan sejumlah wang kepada Izan, berdiri di elevator.
Kakitangan Air Asia bertugas bak tidak sabar untuk membawa Izan, Maryam dan dua anak buahnya keluar daripada kawasan itu.
Sebelum beredar, Izan sempat dipeluk oleh beberapa wanita Melayu tidak pernah dikenalinya. Sebilangan wanita lain, berlari mendapatkan ibu bertugas sebagai kakitangan Hong Leong Bank itu dan mendermakan wang tunai.
Saya berasa amat terharu menyaksikan detik memilukan itu tetapi gagal untuk tidak mengizinkan kejadian itu berlaku.
Untuk rekod, beberapa petugas, lelaki dan perempuan kelihatan berdiri di kaunter Air Asia. Gambar mereka saya rakamkan. Siapapun sekali mereka, kumpulan itu dilihat mewakili syarikat penerbangan terbabit.
Andai kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Air Asia, Tan Sri Tony Fernandes tiba-tiba berkebetulan muncul di lokasi itu, pasti saya tidak segan untuk merayu ...
"Tan Sri, tolong hulurkanlah sedikit bantuan. Mungkin kakitangan Air Asia boleh mencarikan hotel untuk mereka menginap kerana Vietnam, negara asing bagi mereka. Lagipun kini hampir jam 10 malam. Pengguna perkhidmatan syarikat Tan Sri itu juga BUKAN orang kaya dan ternama seperti Tan Sri. Apapun, hakikatnya, Izan dan anaknya adalah pelanggan Air Asia dan mereka telah membayar tambang untuk pulang. Jika penumpang tidak mengenali mereka, sudi membantu, inikan pula Tan Sri, individu tersohor di mata rakyat Malaysia"
Malangnya saya tidak berpeluang bersemuka dan meluahkan rayuan itu kepada Tony tatkala beliau diperlukan.
Saya bukan Richard Branson and I don't wear skirt.
Lupakan Tony tetapi saya berharap selepas membaca entri ini, beliau dan kakitangan Air Asia akan mengambil tindakan segera menangani kesengaraaan bakal ditempuh penumpang malang pesawat Air Asia terbabit.
Tony, just like what I have told your staff in Vietnam, Izan and Maryam are humans.
Sekitar jam 9.30 malam, kami semua hanya mampu menjadi penonton ketika ibu dan anak itu diarahkan keluar dari pintu 18, lapangan terbang.
Pesawat AK 1455 terbang pada kira-kira jam 10 malam waktu Vietnam, terlewat kira-kira sejam berbanding masa sebenar. Lebih MENAKJUBKAN, tiada sebarang permohonan maaf diumumkan kepada penumpang berikutan kelewatan berlaku.
Sebaik menaiki pesawat, saya menceritakan butiran kejadian kepada ketua pramugari, Kasturi, sedang berdiri berhampiran pintu utama pesawat. Melihat reaksi wajahnya gadis berpakaian serba merah itu, saya dapat menjangkakan kes itu terlalu asing bagi dirinya.
"Tolong maklumkan kepada kapten dan ground staff Air Asia di LCCT supaya Izan dapat dibantu," pinta saya.
Setelah menjamah nasi lemak tidak berapa enak dipesan, saya sekali lagi kembali menghampiri Kasturi.
"Saya dimaklumkan, ibu dan anak itu telah dibawa ke hospital oleh ground staff kita," kata gadis tinggi lampai itu.
"Adakah kapten mengetahui kejadian itu? Kerana ground staff tadi memaklumkan saya dan keluarga Izan, kapten tidak membenarkan Mariam menaiki pesawat," soal saya.
"Kapten hanya tahu sebentar tadi setelah saya maklumkan," akui Kasturi.
Kapten bertugas, Ariffin Bakar.
Sebenarnya, tiada individu bijak gemar bertindak melanggar undang-undang. Jika kehadiran Maryam di dalam pesawat ternyata membahayakan nyawa semua penumpang, molek jika bayi itu dirawat dengan kadar segera di hospital di Ho Chi Minh terlebih dahulu.
Sewaktu tiba di LCCT, saya mendapatkan berita terkini melalui Norhamiza dan ahli keluarga lain termasuk ibunya, Zaiton Baharom, 71 tahun.
"Memang kami terkejut," komen Zaiton terkilan.
"Tadi sewaktu saya hubungi melalui telefon, Izan berkata, kakitangan Air Asia itu menghantar mereka sampai ke stesyen teksi dan berkata, I am sorry. Izan kemudian terpaksa pergi membelikan baju Mariam dan dua pasang baju dia sendiri kemudian pergi balik ke May Flower Hotel, tempat kami menginap sebelum ini. Bayarannya, USD60 semalam. Hujung minggu, banyak hotel penuh dan terpaksa tinggal di situ. Ini trip pertama Izan ke Vietnam," tambah Norhamiza.
"Jadi tidak benarlah kenyataan mereka kononnya Maryam telah dihantar ke hospital oleh kakitangan Air Asia bertugas di lapangan terbang?," tanya saya kepada ahli perniagaan itu.
"Tidak," balasnya ringkas.
"Apakah pesanan puan kepada Air Asia?," soal saya.
"Periksa secara teliti terlebih dahulu sebelum membuat keputusan. Jika Maryam membawa penyakit, sudah pasti kami antara individu paling awal dijangkiti kerana kami bercampur-gaul dengan dia. Saya sendiri tidur sebilik dengan Maryam," luah Norhamiza, kecewa.
Apakah bakal berlaku kepada Izan dan Maryam? Adakah mereka mempunyai wang mencukupi untuk Maryam melakukan pemeriksaan darah di hospital di Vietnam? Wajarkah Air Asia lepas tangan dalam kes ini?.
POSTING SAMBUNGAN
MAS MEMBANTU MEMBAWA PULANG KE MALAYSIA PENUMPANG AIR ASIA DIDAKWA BERMASALAH
Jam 1.30 tengahari tadi saya menghubungi adik Izan Suhaila Mohd Ali, Saiful Riza, 31 tahun, berada di Paroi, Seremban, Negeri Sembilan.
"Saya berasa musykil. Maryam kena chicken pox kira-kira seminggu sebelum berangkat ke Ho Chi Minh, Vietnam, pada hari Rabu, 15 Mei 2013. Doktor di Malaysia telah mengesahkan tahap kesihatan Maryam baik sebelum kami terbang, malah malam sebelum ke sana, Maryam sekali lagi dibawa menjalani pemeriksaaan doktor. Berikutan pengesahan itu berstatus sama, kami membawa Maryam bersama," ujar Saiful.
Memang Air Asia berhak melarang penumpang untuk tidak menaiki pesawat jika didapati membahayakan nyawa penumpang lain. Maklumat itu tercatat di salinan terma dan syarat perincian penerbangan.
"Masalahnya, sehingga malam tadi, kami sekeluarga masih lagi kabur, mengapakah Maryam tidak dibenarkan pulang? Dia tidak demam dan apabila ditanyakan kepada kakitangan Air Asia di lapangan terbang Ho Chi Minh, mereka tidak langsung memberikan penjelasan. Jururawat memeriksa suhu badan Maryam hanya membisu. Mungkin kerana dia tidak mampu berbahasa Inggeris," kata kakitangan agensi pelancongan itu.
"Jauh bezanya berbanding kemahiran bahasa Inggeris Tony Fernandes," celah saya.
Di ruangan komen entri terdahulu, muncul kenyataan, petugas melarang Maryam menaiki penerbangan, BUKAN kakitangan Air Asia tetapi pekerja lapangan terbang.
Jika kenyataan itu sahih, di manakah wakil Air Asia di Ho Chi Minh? Wakil bertugas untuk membantu sekiranya penumpang mendepani masalah? Adalah kebajikan mereka diserahkan sepenuhnya kepada ground staff, didakwa pekerja lapangan terbang?
Adakah kejadian berlaku, bukti nyata nasib penumpang sah pesawat Air Asia boleh diperkotak-katikkan sesuka hati? Jika wanita di dalam gambar di atas TIDAK terbabit dengan syarikat penerbangan tambang murah itu, mengapakah mereka bertugas di pintu 18 terpampang logo Air Asia?
Maaf, kerana saya amat jarang menaiki pesawat Air Asia, justeru memerlukan sedikit pencerahan.
"Seperkara lagi, sewaktu kami menaiki pesawat Air Asia di LCCT pada jam 7 pagi Rabu lalu untuk ke Ho Chi Minh, tidak pula timbul sebarang masalah. Tidak pula Maryam ditahan dan dilarang menaiki pesawat sewaktu check in. Sedangkan pada ketika itu Maryam mengalami chicken pox dalam tempoh kira-kira seminggu. Apapun, dia tidak demam lagi," jelas Saiful.
"Adakah wakil Air Asia Malaysia menghubungi setakat ini?," soal saya.
"Tidak," responnya pantas.
Ayah Maryam, Mohd Reza Mat Jan dijangka bakal terbang ke Ho Chi Minh petang esok.
"Pada mulanya dia ingin ke sana hari ini. Dia bimbang mengenangkan nasib isteri dan anaknya tetapi paspot Reza disimpan di peti keselamatan bank. Oleh itu penerbangan terpaksa ditunda esok," kata Saiful.
Jam 3.15 petang, saya menghubungi Norhamiza.
"Saya menelefon adik, Ahmad Johanis, kini bertugas dengan Tourism Malaysia di New York, Amerika Syarikat. Dia kemudian menghubungi Tourism Malaysia di Vietnam. Wakil Tourism telah bercakap dengan kakitangan Kedutaan Malaysia di Vietnam. Staf MAS baik budi, menjemput Izan, Maryam dan dua saudara kami dan membawa mereka ke hospital. Mereka ke hospital kerajaan, caj hanya USD20 untuk pemeriksaan Maryam. Hospital swasta mengenakan caj lebih mahal, USD200. Wakil Hong Leong Bank di sanapun menghubungi Izan, menawarkan tempat tinggal, jika tiada. In Shaa Allah, andai tiada aral melintang MAS akan menguruskan penerbangan balik mereka hari ini juga," jelas kakak Izan itu, tenang.
Justeru itu, ayah Maryam membatalkan hasratnya untuk terbang ke Ho Chi Minh.-19/5/2013
Untuk membaca keseluruh kisah dan gambar-gambar sila layari Bersama Mazidul
- Veteran UMNO mengarahkan kira-kira 750,000 ahlinya di seluruh negara memboikot AirAsia dan AirAsia X berikutan kenyataan biadab Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X, Azran Osman-Rani yang mencerca Utusan Malaysia.
Setiausahanya, Datuk Mustapha Yaakub berkata, langkah drastik itu sebagai tindak balas terhadap kebiadapan Azran serta kegagalan AirAsia X memecat beliau walaupun pelbagai pihak mendesak tindakan tegas dikenakan.
Tegasnya, veteran UMNO tidak akan sesekali berkompromi dalam isu yang menyentuh mengenai kaum Melayu dan perbuatan Azran mencerca Utusan Malaysia bermakna beliau menghina kaumnya sendiri ketika kaum Melayu turut ditekan dari pelbagai sudut.
Menurut Mustapha, selaras dengan langkah memboikot itu, ahli veteran UMNO boleh memilih menggunakan perkhidmatan Firefly dan Malaysia Airlines (MAS) untuk penerbangan domestik atau ke luar negara.
"Kenyataan Azran benar-benar menghina Melayu. Oleh kerana AirAsia X tidak mahu menghukumnya, maka veteran UMNO akan menghukum AirAsia X dan AirAsia dengan memboikot kedua-dua syarikat ini. "Bagi kami Azran adalah lambang Melayu yang lupa identiti bangsanya. Inilah Melayu yang dikatakan kacang lupakan kulit. Individu seperti inilah yang menjadikan Melayu hilang identiti malah sanggup menggadai maruah bangsa sendiri," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Azran menerusi akaun Facebook dan Twitternya baru-baru ini bertindak mencerca Utusan Malaysia sebagai sebuah akhbar rasis hanya kerana menyiarkan artikel berbentuk pertanyaan bertajuk 'Apa lagi Cina mahu' pada 7 Mei lalu.
Menerusi akaun Facebook beliau, Azran menulis: "I am Malaysian. I am anti-racism. I am disgusted by Utusan's editorial stance. (Saya rakyat Malaysia. Saya antiperkauman.
Saya meluat dengan pendirian pengarang Utusan)," Di Twitter pula, Azran memberitahu menarik balik iklan AirAsia di Utusan Malaysia selain turut berkata: "Utusan sudah lama tidak relevan. Jumlah pembaca merosot kerana minda pengarang sempit. Utusan tidak mewakili Melayu Malaysia.
Banyak juga sebenarnya rahsia jahat DAP diketahui Tunku Aziz .. hari ini satu persatu didedahkan beliau kepada Rakyat . Terbaru semalam pendedahan Malaysia Spring telah lama dirancang DAP jika kalah PRu13 .KLIK DI SINI
Malah paling ditakuti parti chauvinis ialah TINDAKAN TEGAS oleh Polis & KDN yang sekarang tengah mengamuk sakan membendung siapa saja yang cuba gugat ketenteraman awam & menjatuhkan kerajaan .
Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menjalankan siasatan menyeluruh berhubung dakwaan konspirasi menggulingkan kerajaan melalui demonstrasi jalanan dan rusuhan dengan nama Malaysia Spring seperti yang didakwa bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim semalam.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, PDRM telah menilai dan memandang serius dakwaan itu kerana perkara tersebut boleh menggugat keharmonian serta kesejahteraan awam.
Katanya, beliau sendiri telah mengarahkan pegawai-pegawainya untuk membuat laporan polis berhubung rancangan mengadakan Malaysia Spring supaya satu kertas siasatan dibuka bagi mengkaji kebenaran di sebalik dakwaan Tunku Abdul Aziz.
"Pendedahan yang dikatakan Tunku Abdul Aziz dianggap sesuatu yang amat serius kerana melibatkan ancaman terhadap keharmonian rakyat negara ini.
"Polis tidak boleh bertoleransi dengan mana-mana pihak yang cuba merancang sesuatu yang berkaitan rusuhan dan keganasan.
"Oleh demikian saya sendiri meminta pegawai saya untuk membuat laporan polis supaya siasatan sepenuhnya tentang konspirasi Malaysia Spring dijalankan, seterusnya tindakan tegas diambil terhadap pihak-pihak yang didakwa mahu menjayakan perkara seumpama itu," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Utusan Malaysia hari ini melaporkan Tunku Abdul Aziz mendakwa pembangkang sudah lama merancang konspirasi menggulingkan kerajaan melalui demonstrasi jalanan dan rusuhan sekiranya mereka kalah dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.
Dakwa beliau, seorang pemimpin tertinggi DAP pernah membayangkan demonstrasi terlampau seperti Arab Spring bagi menjatuhkan kerajaan sedia ada.
Tunku Abdul Aziz mendakwa, Penasihat Seumur Hidup DAP, Dr. Chen Man Hin pernah menyatakan sokongan kepada Bersih 3.0 selain membayangkan demonstrasi itu sebagai permulaan kepada Malaysia Spring pada 26 April tahun lalu.
Mengulas lanjut, Khalid memberitahu, beliau juga akan mengarahkan pegawainya bertemu dengan Tunku Abdul Aziz untuk mengumpul maklumat tentang konspirasi menggulingkan kerajaan.
"Kita akan berjumpa terus dengan beliau untuk mengambil setiap informasi yang beliau ada tentang konspirasi ini. Jika benar apa yang didedahkan Tunku Abdul Aziz semalam, tentu sekali maklumat itu akan membantu polis menjalankan siasatan berhubung perkara itu nanti," katanya.
Dalam pada masa sama, Khalid turut meminta pihak-pihak lain yang mempunyai maklumat tentang perkara itu ke depan dan berhubung dengan pihak polis dalam membantu siasatan.
"Kita menyeru mana-mana individu yang mengetahui tentang konspirasi menggulingkan kerajaan supaya datang menyalurkan maklumat kepada polis.
"Bongkar perkara sedemikian kerana itu mampu menyelamatkan negara daripada sebarang anasir yang mahu menjejaskan keharmonian serta kesejahteraan yang telah lama wujud di Malaysia.
"Polis juga tidak akan bertoleransi dengan perkara sebegitu, kita akan siasat sedalam-dalamnya dan mengambil tindakan terhadap mereka yang mahu menghuru-harakan negara," katanya.
GPB harap Tunku Aziz tidak gentar dengan ugutan SAMAN DAP ini ...ini lah taktik DAP untuk menutup mulut pihak yang mendedahkan tembelang mereka seperti berlaku kepada Dr Shaik Hussein Mydin yang mendedahkan isu skandal Bayan Mutiara & Taman Manggis
KARPAL BAGI AMARAN TUNKU AZIZ JANGAN SERANG DAP
Pengerusi DAP, Karpal Singh memberi amaran kepada bekas Naib Pengerusi parti itu, Tunku Aziz Tunku Ibrahim supaya menghentikan serangan terhadap DAP atau beliau akan diheret ke mahkamah.
"Beliau benar-benar sudah hilang kawalan. Saya telah memerhatikannya dengan teliti.
"Kepimpinan DAP rasa cukup bersalah kerana membuat penilaian yang salah dan memberikan keahlian kepada Tunku Aziz malah melantiknya sebagai Naib Pengerusi.
"Dia bukan sahaja tidak bersyukur tetapi oportunis," katanya pada sidang media di Jalan Gangsa di Green Lane pada Ahad.
Tunku Aziz mengumumkan keluar daripada DAP pada Mei tahun lepas.
Menurut Karpal walaupun Tunku Aziz tidak membuat serangan peribadi terhadapnya, namun tindakan Tunku Aziz menyerang parti itu secara bertubi-tubi dianggap melampaui had.
Ditanya bagaimana Tunku Aziz akan didakwa di mahkamah, Karpal berkata ia bergantung kepada kenyataan-kenyataan bekas pemimpin berkenaan.
"Bawa beliau ke mahkamah adalah perkara terakhir yang kami akan lakukan," katanya.-Bernama
TAHAN JE LAMA LAGI BUDAK SEWEL ANJING YAHUDI INI DALAM LOKAP ....KURANG AJAQ SANGAT NAK HASUT RAKYAT TURUN JALANRAYA TUMBANGKAN INI KERAJAAN.. SAPA YANG AJAR ?? INI SEMUA AJARAN YAHUDI LA ..LIHAT LAH APA DAH BERLAKU DI MESIR ...JANGAN MIMPI MALAYSIA SPRING AKAN BERLAKU DI SINI ..... Aktivis mahasiswa, Adam Adli Abdul Halim ditahan reman selama lima hari di bawah Kanun Keseksaan 124 B dan Seksyen 4 (1) C Akta Hasutan bermula hari ini.
Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Indipenden (Kami), Khalid Mohd Ismath berkata, sehubungan dengan penahanan Adam Adli, kumpulan aktivis akan terus 'berkampung' di hadapan lokap tersebut bagi membantah penahan rakan mereka itu.
"Kita juga akan bermalam di sini dan menyalakan lilin sepanjang lima hari penahanan Adam Adli. "Malahan, Adam Adli juga sempat berpesan kepada rakan aktivis di luar supaya terus berjuang melalui bapanya, Abdul Halim yang hadir di lokap Balai Polis Jinjang pada jam 11.30 pagi tadi," katanya.
Menurutnya lagi, Adam Adli diwakili peguam Latheefa Koya dan Eric Paulsen untuk kes ini. Semalam, Adam Adli yang digantung tiga semester pengajian dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) ditangkap berhubung kenyataan beliau yang dibuat semasa forum selepas pilihan raya anjuran Suara Anak Muda Malaysia (SAMM) pada 13 Mei lalu.
Dalam forum itu, Adam Adli bersama beberapa badan bukan kerajaan (NGO) anti kerajaan memanggil satu perhimpunan jalanan besar-besaran untuk meluahkan rasa tidak puas hati terhadap proses Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada 5 Mei lalu.-SH
Lepas Nizar hina pasal No Plat dibeli Sultan Johor , kini giliran Ngeh pulak hina kuasa Sultan Johor disebabkan isu pelantikan Exco kerajaan negeri dari MCA . Seperti yang telah dijelaskan awal oleh MB Johor dan juga titah Sultan Johor di semua media , baginda mahu wakil daripada masyarakat kaum Cina dilantik Exco dan ia bukannya patuh kepada UMNO . Tak habis-habis DAP bangsat ini suka cari pasal dengan institusi Raja Melayu .. mereka ini memang tidak suka kepada Kesultanan Melayu seperti mana dulu berlaku di Perak di mana mencabar kuasa Sultan Perak dan diheret ke mahkamah .
- Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin membidas kenyataan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham yang mengkritik MCA kerana membenarkan wakilnya menjawat dalam Exco Kerajaan Negeri Johor.
Menurutnya, pelantikan Adun Pulai Sebatang, Datuk Tee Siew Kiong selaku exco bukan kerana patuh kepada Umno, sebaliknya akur kepada titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
"Konsep kita ialah konsep kerjasama dan muafakat. Bukan soal subservient (patuh) dan sebagainya, tetapi konsep kerjasama dan muafakat.
"Dan apa yang MCA patuh adalah kepada tuanku dan bukannya kepada Umno. Penerimaan jawatan itu adalah menghormati titah tuanku bukannya Umno. Apa sahaja kita buat pembangkang akan perlekehkan. Jadi kita tak heran bila dia cakap begitu," katanya kepada pemberita selepas Perayaan Hari Guru Peringkat Negeri Johor 2013 di Pusat Islam Iskandar, di sini semalam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Koo Ham menerusi laman sosial Twitter yang mendakwa MCA tidak berpendirian kerana sebelum ini tunduk kepada Umno dan kini kepada Sultan Johor khususnya melibatkan soal penerimaan jawatan Exco Kerajaan Negeri Johor oleh Siew Kiong. Ngeh putar belit cakap tak hina SULTAN - "Saya tujukan pada MCA, bukan mahu pertikai institusi diraja."
Itu reaksi Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham ketika mengulas isu kenyataan kontroversinya dalam laman sosial yang disifatkan menghina institusi diraja oleh sesetengah pihak.
Pengerusi DAP Perak itu berkata, kenyataan beliau tidak berniat untuk mempertikaikan institusi diraja di Malaysia.
"Dalam twitter jelas menunjukkan saya langsung tidak mempertikaikan institusi diraja. Kita (Pakatan Rakyat) menerima institusi diraja dan tidak akan persoalkan kedaulatan mereka," jelasnya.
Koo Ham berkata, sasaran kenyataan jelas kepada MCA kerana parti itu dilihat seperti tidak mampu buat keputusan dengan sendiri.
"Isu politik tidak ada kena mengena dengan Sultan. Ini keputusan parti politik, jadi MCA harus tentukan sendiri keputusan mereka.
"Biar parti buat keputusan dan selepas sudah ada keputusan, mereka perlu tanggung kesan dari keputusan mereka," katanya.
Beliau juga menggesa agar kenyataannya tidak diputar belit oleh mana-mana pihak.
"Saya mohon jangan putar belit isu ini sebab sasaran saya adalah MCA.
"Saya hormat institusi diraja kerana mereka ada peranan mereka yang tersendiri seperti yang tertulis dalam perlembagaan," ujarnya.
Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir tidak akan membenarkan parti pembangkang mengadakan perhimpunan di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti, Selasa ini kerana perhimpunan seperti itu tidak wajar diadakan.
Katanya, walaupun beliau berpendapat mana-mana pihak boleh mengadakan perhimpunan tetapi pengisiannya perlu diteliti sebelum diberikan kebenaran.
"Perhimpunan ini yang telah diadakan di beberapa tempat di seluruh negara bertujuan menimbulkan rasa benci di kalangan peserta terhadap kerajaan yang mendapat mandat daripada rakyat untuk tubuhkan kerajaan Persekutuan serta di Kedah ini. Ini suatu yang tak boleh diterima.
"Kalau setakat nak berhimpun tidak ada masalah. Ini kandungan ucapan oleh pemimpin pakatan pembangkang sarat dengan tohmahan dan dakwaan tidak berasas," katanya kepada pemberita selepas Majlis Kenduri Kesyukuran peringkat negeri di kediaman rasmi Menteri Besar, Seri Mentaloon di Alor Setar, hari ini.
Pesuruhjaya Pas Kedah yang baru, Datuk Mahfuz Omar hari ini merayu supaya Mukhriz membenarkan pakatan pembangkang mengadakan perhimpunan berkenaan di Stadium Sultan Abdul Halim.
Mahfuz yang juga Naib Presiden Pas berkata, pihaknya sebelum ini telah mengemukakan surat permohonan kepada pihak pengurusan stadium tersebut namun ditolak dan tidak dibenarkan untuk mengadakan perhimpunan tersebut.
Katanya, pihaknya hari ini akan menghantar surat rayuan kepada Mukhriz selaku Pengerusi Perbadanan Stadium Kedah agar membenarkan mereka melakukan himpunan tersebut atas dasar 'demokrasi'.
Mukhriz berkata, jika perhimpunan itu dibenarkan dan dakwaan-dakwaan itu diulangi, beliau khuatir ia akan mengelirukan rakyat dan mencetuskan ketegangan di kalangan rakyat.
"Kita sudah terlalu lama berpolitik. Jadi biarlah selepas PRU13 yang paling sengit, kita satukan balik rakyat. Tidak perlu panjang-panjangkan lagi dan timbulkan rasa marah rakyat. Bagi saya, jawapannya adalah TIDAK (untuk benarkan stadium itu digunakan). Saya juga dapat nasihat daripada polis, permit tidak akan dikeluarkan ," katanya.
Dalam perkembangan lain, Mukhriz yang merupakan bekas Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyambut pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengekalkan Datuk Seri Mustapa Mohamed untuk terus menerajui Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).
"Satu keputusan yang amat tepat. Kerja-kerja di MITI perlukan kesinambungan berterusan. Kalau ketuanya sama banyak dasar yang beliau rangka sebelum ini dapat diteruskan dan dilaksanakan sebaik mungkin," katanya.
– Bernama
SYABAS MB KEDAH YANG BARU ... ANDA TELAH TUNJUKKAN KETEGASAN ANDA DENGAN MENGUTAMAKAN KEAMANAN & KETENTERAMAN RAKYAT DENGAN TIDAK MEMBENARKAN STADIUM DI KEDAH DIGUNAKAN PR UNTUK BUAT HIMPUNAN HARAM . HARAP KERAJAAN2 NEGERI LAIN DITADBIR BN JUGA MENGIKUT LANGKAH DIAMBIL MUHKRIZ INI ..
Bukan sahaja Pakatan menyebar fitnah & penipuan memburukan SPR & kerajaan ketika PRU13 , tak sangka mereka juga mempercayai ramalan BOMOH yang boleh jatuh SYIRIK .
Video " Ini Kalilah " semalam telah disebarkan yang menunjukkan Tok Bomoh ini yakin Pakatan sudah 65 % menang dan BN akan tumbang .
Mungkin sebab ini lah Anwar marah sampai nak jadi GILA dah kerana kemaruk jawatan Perdana Menteri.
Ye la duit dah habis beribu pasal bayar ramalan Tok Bomoh ni ,tapi tak juga menang .
Seperti kata Mufti Perak, menang dan kalah di PRU13 ini semua ketentuan qada dan qadar .
Apa cerita kes Azmin Ali sejak buat sidang akhbar 'luah perasaan' hentam Tan Sri Khalid Ibrahim dan Datuk Seri Wan Azizah pada 10 Mei lalu ?
Bab sehari selepas itu Timbalan Presiden PKR buat U-Turn kata sokong Khalid sebagai Menteri Besar semua orang sudah tahu.
Di atas kertas nampak macam OK tetapi jangan sangka air yang tenang tidak ada buaya.
Buaya itu pula sudah mengelupur lain macam.
Kalau tak mau cakap selindung,lebih tepat ada pihak menilai episod terbaru Khalid dan Azmin kali ini macam orang yang tak dapat tanduk, telinga dipulas.
Al-kisahnya pertembungan mereka kali ini disebabkan Khalid dikatakan menolak desakan ahli-ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR supaya Azmin dilantik sebagai Exco kanan kerajaan negeri Selangor.
Menurut sumber,ramai kalangan ahli MPP mahu Azmin dilantik sebagai Exco kanan kerajaan negeri kerana bakti dan kedudukkannya dalam parti.
Selain menjadi Timbalan Presiden PKR, Azmin adalah juga pengarah pilihan raya parti itu dan telah memimpin PKR Selangor sejak tiga tahun lalu.
Azmin juga mengekalkan kemenangan sebagai ahli parlimen Gombak dan Bukit Antarabangsa pada PRU 13 baru-baru ini.
Sebab lain kerana Azmin mengalah dalam isu jawatan Menteri Besar apabila setuju Khalid kekal bagi penggal kedua.
Khalid dikatakan mahu mengekalkan Exco PKR yang sedia ada kerana merasakan mereka berjaya menjalankan kerja dengan baik.
Kemelut itu juga dikatakan memaksa Khalid membatalkan pengumuman senarai exco kerajaan negeri yang dijadualkan berlangsung hari ini,Sabtu.
Khabarnya Khalid ingin mengekalkan barisan Exco PKR penggal lalu iaitu Dr Xavier Jayakumar, Elizabeth Wong, Yaakub Sapari dan Rodziah Ismail.
Pengarah komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad mengesahkan Khalid hanya akan membuat pengumuman minggu depan,namun tidak memberikan butiran lanjut.
Dalam pada itu Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin yang diketahui penyokong setia Azmin berkata, cadangan melantik Azmin sebagai Exco kanan kerajaan Selangor adalah bagi memastikan dasar pakatan rakyat yang lebih baik di negeri itu.
Apapun, Timbalan Pengerusi PKR Selangor dan ahli parlimen Ampang itu mengakui, Khalid mempunyai kata pemutus sama ada bersetuju atau tidak dengan cadangan MPP tersebut.
Zuraida turut membayangkan semua Exco lama diganti atas alasan mahu memberi peluang kepada semua orang dan percaya muka baru – ideanya pun baru.
Nampaknya, perang Khalid dan Azmin akan berterusan.
Pasti bukan senang Khalid menolak cadangan itu kerana ramai pemimpin PKR berdiri di belakang Azmin.
Pilihan beliau kini adalah bergantung belas ihsan Wan Azizah untuk sekali lagi menyelamatkan kedudukannya selepas Presiden PKR itu awal-awal lagi menghantar nama Khalid kepada Istana untuk dilantik sebagai Menteri Besar.
Mahukah Wan Azizah sekali lagi menolong Khalid dan bagaimana pula peranan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam isu ini?
Kepada siapa Anwar mahu memihak?
Dalam pada itu, kontroversi berterusan dalam keluarga PKR ini semakin terang tanpa perlu disuluh bahawa kuasalah yang dituntut pemimpin parti berkenaan.
Kasihan kepada PAS yang dapat 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yakni lebih satu daripada PKR.
Parti itu bukan sahaja terlepas jawatan Menteri Besar tetapi melihat pada perebutan dan kemahuan PKR mengisi empat jawatan Exco dan DAP tetap mahu tiga bermakna tidak ada peluang PAS mendapat lebih jawatan berkenaan.
Maka jadilah PAS macam kisah Pak Kaduk - menang sorak kampung tergadai.
Manakala, episod 'perang' Khalid dan Azmin tidak mungkin berakhir di sini sahaja malah tidak hairan jika perang dingin hingga pilihan raya umum ke 14 nanti.
Ada sumber PKR berkata cuma kali ini Wan Azizah perlu waspada.
Sudah ada cakap-cakap yang berlegar jika kali ini beliau masih menyokong Khalid, bersedialah 'dirempuh' Azmin dalam pemilihan parti akan datang.
Polis hari ini menahan mahasiswa pro-pakatan pembangkang, Adam Adli Abd. Halim di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh yang mengesahkan penahanan itu berkata, Adam Adli ditangkap di kawasan Bangsar sebelum dibawa ke Balai Polis Jinjang pada pukul 3.15 petang.
"Bekas pelajar itu ditahan di lokap Balai Polis Jinjang bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948," kata Mohmad.
Kah! Kah kah! Padan Muka Adam Adli! Lain kali buatlah lagi!
At his latest illegal rally in Johor Bahru, Datuk Seri Anwar Ibrahim apparently did not merely call for a popular uprising against the Government. He also allegedly said that Hindraf, his political ally in 2007 and 2008 whom Pakatan Rakyat snubbed for no apparent reason in 2013, "is basically the Indian version of Perkasa", the Malay supremacy group, and calling both "extremist".
All because Hindraf chairman P. Waythamoorthy grew tired of being used as a prop by Anwar and accepted an appointment as Deputy Minister in the Prime Minister's Department.
In the historical context of Anwar's rhetoric, the absurdity of Anwar's claims is not all that great. This is a man who fled to the Turkish Embassy when the Sodomy II allegations were levelled, claiming that the Government was trying to assassinate him. This is a man who promised in 2011 that Malaysia would soon see its own 'Arab Spring'.
In September 2008, he claimed he had enough crossover votes to form a new government. On election night 2013, he claimed he had won Putrajaya before the votes had even been tallied.
And of course at the rally in Johor, he suggested that the Government is using "tanks and guns" to oppress Malaysians, a statement that would doubtless surprise those gun- and tank-less police injured by the rioters Anwar allegedly unleashed at Bersih 3.0 in April 2012.
But in the context of today's politics and the racial polarisation of the rakyat, Anwar's rhetoric is crossing quickly from protected speech into racial incitement. Where Prime Minister Datuk Seri Najib Razak has called for national unity and reconciliation, Anwar is claiming that a Hindu rights group with whom he openly allied for half a decade is a racist force.
In a subsequent interview, de facto Hindraf leader P. Uthayakumar rubbished Anwar's claims. "In 2007, during the height of Hindraf's activism, Datuk Seri Anwar actually endorsed Hindraf.
"He personally appeared in Klang Magistrate Court to lend support for myself and other Hindraf leaders on Nov 26, 2007 when we were charged for sedition. ... I want to know what racism in his definition is? Is it racist when we are fighting for the basic rights of the poor Hindus in this country?" he demanded.
He also noted Pakatan's notorious failure to address issues surrounding the Hindu community in the coalition-led states in its manifesto and the lead-up to GE13.
Anwar's illegal rallies and racial incitement are by now fairly clearly another ploy to be arrested and charged with sedition and racial incitement. Anwar is clever enough to understand that his ability as a nuts-and-bolts leader is very low, but his value as a symbol and martyr is much higher.
Anwar was open about this at his most recent illegal rally in Seremban. "I want to tell you...let (them) record this and hand it over to the Home Minister and the Prime Minister. Whatever your plan...to arrest me and to charge me because Anwar is a traitor," he is reported to have said.
Ordinarily, we would counsel that Anwar be ignored. Like a child acting out, Anwar will only continue his behaviour the more attention he is given. Most of Pakatan Rakyat have moved on from the cries of fraud: PAS have accepted the election results, and DAP adviser Lim Kit Siang has of late pointedly refused to join in Anwar's cries for a 'Malaysian Spring', talking instead of court challenges, as would any responsible Opposition leader.
However, this latest increase in his rhetoric is as dangerous as it is delusional. Malaysia risks a level of racial polarisation that would tear apart most countries. Giving Pakatan's stated belief in racial harmony and equality, calling an Indian rights group "extremist" and racist out of mere politics is too much.
Anwar is making the case for Transparency International (Malaysia) founder and former DAP vice-chairman Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim's calls for a government crackdown on the rallies, and for Anwar to get on his "rickety political bicycle and ride into the sunset."
Najib has recognised the danger of racial polarisation and redoubled his efforts at national unity in the wake of GE13. No matter his political ambitions, Anwar must do this as well.
If not, he must be prepared for the consequences of his attempt to further divide Malaysia by race.
Almost as soon as Malaysia awoke to the news of a BN victory on May 6, audible sighs of relief could be heard from investors across the region.
Instead of the worst-case scenario of a fragmented and ill-prepared Pakatan Rakyat grabbing power, traders were reassured to learn that Prime Minister Datuk Seri Najib Razak had won a fresh mandate, promising stability and continued growth for our economic trajectory.
Various analysts have already predicted that Malaysia will see another year of solid IPO performances, though it remains to be seen just how the market could top 2012's staggering display.
Credit Suisse meanwhile is confident that the economy will likely pick up in an even broader sense across the second half of 2013.
Managing Director of Credit Suisse Securities (M) Sdn Bhd, Stephen Hagger, said now that the trials and tribulations of GE13 are behind us, business direction will be much clearer and more conducive to good growth.
"The Malaysian economy has been put on hold in the first quarter as everyone was predicting the date for the general election," he said, predicting that Najib's firm economic policy will drive solid growth for the remainder of the year.
"Based on our forecasts, the Malaysian economy is to grow somewhere around five per cent this year, boosted by the government's Economic Transformation Programme (ETP).Speaking on the side-lines of a forum called "GE13 – What it Means for Business?" Hagger told reporters that Malaysia looked set to join a "very exclusive club" currently comprising the Philippines and Thailand that have all three certainties: primarily economic, corporate earnings and political stability.
Presumably the last of those certainties for Malaysia rests on the rakyat's ability to ignore the inflammatory leanings of Opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim who seems intent on challenging the growth and stability of the nation.
But like most politicians, economists too have moved on. "With the removal of the political overhang, we believe that broad policy continuity and certainty as well as the faster implementation of ETP (Economic Transformation Programme) projects, including the mass rapid transit project, will sustain the investment momentum," said Lee Heng Guie, economic research head at CIMB Investment Bank, last week.
Malaysian business leaders are also more confident, according to Ernst & Young's latest bi-annual South-East Asia issue of the Global Capital Confidence Barometer.
The survey, which covered over 1,500 senior executives from large companies around the world across various sectors, indicated that the Malaysian confidence level was higher than its international peers.
The report showed that an astonishing 100 per cent, yes, all Malaysian respondents surveyed, believed that the global economy was stable or improving compared to 54 per cent six months ago. They felt likewise about the Malaysian economy compared to 77 per cent in the previous survey.
It seems that the only Malaysians who don't share this sentiment are Anwar & Co., still calling for chaos on our streets.
Now that the dust has settled on GE13, its time to ask some tough questions about the Pakatan Rakyat party that went backwards at the election: PAS.
Because amidst all the triumphalism of the Pakatan-friendly media, which acts as though the Opposition won GE13, and Datuk Seri Anwar Ibrahim who is criss-crossing the land telling everyone that he did actually win, the poor showing by PAS has received little attention.
That absence of critical analysis no doubt suits the Islamist party, but it won't last. Sooner rather than later, president Abdul Hadi Awang and his leadership team will have to answer the simple but painful question: what went wrong?
Because rather than being the kingmakers at GE13, the Islamist party went backwards, posting a net loss of two federal seats, down from 23 at GE12 to 21 this time. It lost the Malay heartland state of Kedah, which it won in 2008, following a spirited campaign by BN to highlight PAS' poor leadership during the past four years.
And crucially for Anwar's east Malaysia strategy, PAS utterly failed to impress voters in Sabah and Sarawak, not winning a single seat in either state while PKR and DAP won three federal seats in Sabah and six federal seats in Sarawak.
Considering the momentum that went with Pakatan Rakyat at GE13, the performance of PAS was nothing short of disastrous.
So we know where it all went wrong, but more telling would be to answer why it went so wrong.
The first factor (and the one PAS won't want to acknowledge) is that after the Malay protest vote of GE12, those voters came back to Umno. They were impressed by the honest way Najib spoke to them and were appreciative of benefits such as 1Malaysia people's aid.
But the real problem goes right to the heart of what PAS is doing in such a disparate coalition as Pakatan Rakyat. Day in, day out it spoke of bringing its Islamic agenda to Government but at every turn it hit a wall in the form of DAP and to a lesser extent PKR. Its supporters could see their agenda forever watering down for the sake of the coalition Government.
No, there would be no hudud; PAS on its own couldn't stop DAP's campaign for the use of the word "Allah" in the Malay Bible and it was forced to constantly retreat when it tried to introduce even minor Islamic rulings at a state level. It even had to back down on khalwat (close proximity) enforcement in Kelantan.
This robbed PAS of its key point of differentiation from the other parties. If it was powerless to promote Islamic values in Government, then why vote for it? Its involvement in Pakatan Rakyat had rendered PAS impotent.
Then there is the way the party is run. On the one hand it is expert in marshalling its highly focussed million-strong membership base, the biggest of any Pakatan party. But within the party the power struggle between the Ulama and the moderates was never really resolved.
The party president talked like an Islamist, but the conservatives could never forgive Hadi for the fact he supported Anwar's leadership, forgave Nurul Izzah Anwar for declaring that Malays are free to choose their faith, and generally gave in too easily to the liberal consensus.
Ahead of its muktamar later this year PAS members need to think about what they want their party to be. Is there any point staying in Pakatan Rakyat, or should they go it alone and use their balance of power to force concessions from BN? It's a nice idea except those concessions wouldn't include hudud while Najib is Prime Minister.
It also needs to decide whether it wants to be a conservative or liberal Islamic party – something that has to date proven impossible.
In the coming years political scientists and historians will ask if PAS' poor performance was the difference between Pakatan Rakyat winning and losing GE13? At the moment no one can say. But what is clear is that PAS was the surprising disappointment of Pakatan Rakyat.
Irrespective of how much the Opposition might have enjoyed exaggerating what it called a 'divided nation' over the past two weeks, it is clear that Malaysians of all backgrounds still share plenty of goals.
We want safe streets, abundant jobs and a solid foundation for our children. Indeed, education was one of the key issues ahead of GE13, stressing its importance to the rakyat.
Malaysians voted to see an improvement in the grasp of both Bahasa Malaysia and English among students. They voted to see English become a compulsory SPM pass subject nationwide. They voted for more and better-trained teachers who weren't constrained by bureaucracy.
True to his promise, Prime Minister Datuk Seri Najib Razak made sure education and young people were on top of his agenda when he fielded his cabinet last week.
From Tan Sri Muhyiddin who reprises his role as Education Minister, albeit with an enlarged portfolio, to Khairy Jamaluddin who deservedly took the top spot in the Ministry of Youth and Sports, Najib is sending a strong message to parents that their children will have enough opportunities.
One of the most notable developments was the merging of the Education and the Higher Education Ministries, both of which will be led by Deputy Prime Minister Muhyiddin.
Recognising the wide-ranging educational reforms he has undertaken, the merger has been well met by educators, with schools, colleges and universities across the country applauding it.
"With the merger, our education system will be stronger because the Education Ministry will no longer plan only up to the secondary school system and then leave it halfway, where the Higher Education Ministry will have to pick it up," suggested The National Union of Teaching Profession (NUTP) secretary-general Lok Yim Pheng.
"This collaboration can certainly strengthen Malaysian education."
Universiti Malaysia Sabah Vice Chancellor Professor Datuk Dr Mohd Harun Abdullah meanwhile said the new system would cut down on red tape, providing a better-managed system that would benefit the so-called 'cradle to career' approach.
"I have confidence that the Education Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin, with his vast experience and knowledge, will improve the sector to greater level," he said.
Asia-Pacific Educational Research Association president Datuk Dr Ibrahim Ahmad Bajunid echoed the positive outlook.
"The merging of the two should help accelerate education levels to the highest level of global excellence. It can help to make us excellent and accelerate our agenda of 2020 and beyond if conceptualised and managed properly," he said.
"The leaders within the education and higher education must have one mind, one heart and one vision to achieve this dream together.
Given Muhyiddin's close involvement in drawing up the lauded 2013-2025 National Education Blueprint, his purview in the new Ministry will give him a clear path to implementing policy and sending Malaysia well on the way towards meeting Barisan Nasional's manifesto targets.
The Kedah government will temporarily cease all logging activities in the state pending a study on their impact on the environment and the people's livelihood, said Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Mahathir.
He said this followed complaints from villagers that logging activities in their areas had affected the supply and quality of water.
"Logging activities in the state will be temporarily ceased to enable us to conduct the EIA (Environmental Impact Assessment) in areas involved and they will resume upon EIA recommendations," he told reporters after a thanksgiving reception at Seri Mentaloon, the menteri besar's official residence, here today.
Mukhriz said he wanted to ensure that loggers abide by the conditions imposed on logging activities.
"If there is any valid complaint backed by concrete evidence that the conditions are not complied with, I will not hesitate to stop the logging activity immediately. I want all logging concessions given to be reviewed. We want to ensure that the people's interest comes first.
"In future, as far as possible, I will not approve any more logging concession. I think we have enough logging activities in the state. We have to find other sources of income for Kedah.
"To me, a tree is worth more standing than felled. There are potentials and opportunities for tourism and other industries (to grow)," he added.
In another development, Mukhriz said he had met Insaniah University College (Kuin) top management, including its rector, Prof Dr Jamil Osman over the problems faced by the state-owned institution.
He said State Education, Transport and Works Committee chairman Datuk Tajul Urus Mat Zain would look into Kuin's problems and provide a report to him (Mukhriz) on a new direction for Kuin.
"We will talk to other parties involved. Most importantly, we will safeguard the welfare of Kuin's students and staff first before that of the management," he said.
You are subscribed to email updates from tunku To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Kereta jenazah bergerak keluar dari Hospital Taiping pada jam 10.18 malam
Jenazah kini berada rumah keluarga arwah di alamat No. 58 Batu 10 1/2 Jalan Taiping Bagan Serai.
Solat jenazah akan diadakan di Masjid Jamek Bagan Serai esok pada jam 11.30 pagi seterusnya dikebumikan di tanah perkuburan Islam Jalan Matang Buluh, Bagan Serai.
Berikut adalah temu bual TM dengan arwah yang dirakam di rumah beliau 2 hari sebelum hari mengundi pada 3 Mei 2013 malam tersebut. Arwah kelihatan ceria dan tidak ada tanda-tanda sakit.
Analisis keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) oleh ahli akademik wajar diberi perhatian. Dalam penelitian mereka, proses urbanisasi memberi kesan besar terhadap pola pemilihan pengundi kali ini. Berasaskan data pengundian, politik Malaysia kini secara jelas sedang membentuk struktur baru.
Jika sebelum ini struktur politik kita sekian lama dibentuk pola politik berasaskan kaum, kali ini perkelompokannya terbina berasaskan jalur atau kelas ekonomi. Kumpulan masyarakat yang berada pada jalur ekonomi tinggi dan pertengahan ada kecenderungan politik berbeza dengan masyarakat dalam jalur ekonomi lebih bawah.
Dengan kata lain, jalur perbezaan kecenderungan politik golongan berada di bandar atau semi bandar berbeza secara ketara dengan kecenderungan masyarakat di desa dan pedalaman.
Jika dapatan penelitian ini diterima sebagai sandaran pengetahuan baru yang sedang muncul dalam konteks realiti politik Malaysia hari ini, maka semua pihak terutama pelaku politik harus mula mempersiapkan diri bagi berdepan fenomena baru. Ia menuntut kesediaan minda, sikap dan psikologi sejajar dengan realiti barunya.
Perkara asas yang perlu mula diwacanakan ialah sumber atau punca yang membawa pembentukan struktur baru ini. Kedua, ialah proses yang mendorong pembentukannya dan ketiga, berhubung psikologi baru politik yang berkembang dari proses pergerakannya.
Pembentukan struktur baru
Dalam banyak wacana tentang sumber atau punca pembentukan struktur baru ini, ia terbentuk daripada peningkatan kesedaran kewarganegaraan setiap rakyat negara ini. Memandangkan secara teori manusia berada dalam keadaan berkembang, maka realiti ini tidak terkecuali terhadap perkembangan kesedaran individu tentang hakikat dan hak dirinya sebagai warga negara serta tanggungjawab perhubungan dengan persekitaran negaranya yang kompleks.
Dalam konteks masyarakat di negara kita, agama dan pengalaman kemanusiaan menjadi sumber yang mendorong peningkatan kesedaran baru itu. Nilai keagamaan yang membahaskan peranan seorang warga dalam sebuah negara serta pengalaman kemanusiaan yang dikongsi secara terbuka mengenai hakikat sebuah negara yang baik adalah punca dan penyumbang utama peningkatan kesedaran baru yang meluas dalam kalangan rakyat.
Pada masa lalu, sumber dan punca pembangunan kesedaran kewarganegaraan ini sudah pun wujud. Namun, ia berkembang dalam tingkat sederhana. Pengaruhnya berkisar dalam perkumpulan masyarakat yang berpendidikan kerana kelompok ini tidak berhadapan halangan yang membataskan pencapaian ilmu dan maklumat mereka berkenaan dengan kesedaran ini.
Kini keadaan sudah berubah. Halangan ilmu dan maklumat itu sudah diatasi oleh kemajuan teknologi. Revolusi maklumat mengurangkan jurang perbincangan mengenai kesedaran kewarganegaraan yang diwacanakan oleh nilai agama dan pengalaman kemanusiaan. Kini, pengetahuan tentang kesedaran boleh diikuti oleh sesiapa saja yang memiliki daya keinginan untuk mengetahui dan ada keupayaan ekonomi bagi memiliki saluran teknologi.
Dalam pola pengundian terbaru ini, masyarakat bandar kebanyakannya lebih ke depan dalam menangani halangan ilmu dan maklumat mengenai kesedaran kewarganegaraan.
Kesedaran kewarganegaraan
Berasaskan perkembangan terbaru ini, jelas kesedaran kewarganegaraan yang meningkat memberi kesan langsung terhadap kecenderungan politik masyarakatnya. Pemecahan kecenderungan politik masyarakat bandar dan luar bandar sebagai dua struktur baru politik seperti diungkapkan penganalisis politik kalangan ahli akademik hakikatnya ialah perbahasan tentang kelahiran dan perbezaan tingkat kesedaran kewarganegaraan yang sedang berkembang di negara ini.
Apakah proses yang menggerakkan kelahiran kepelbagaian dan perbezaan tingkat kesedaran ini dalam kalangan rakyat yang hidup di satu negara? Dalam penemuan mereka, ia digerakkan oleh proses yang dinamakan urbanisasi atau proses perbandaran. Dalam kata lain, urbanisasi bukan hanya pertumbuhan bangunan dan kemudahan awam baru dalam sesebuah kawasan penempatan. Urbanisasi juga membabitkan proses pembangunan nilai dan cita rasa baru tentang pelbagai persoalan masyarakat yang berkembang di persekitarannya yang kompleks.
Ini dapat dilihat dari segi peralihan sikap politik sebelum dan selepas urbanisasi. Sebelum urbanisasi, secara umum nilai dan cita rasa politik setempat didorong sistem naungan individu atau kumpulan. Namun, setelah urbanisasi, sikap politik berubah kepada pendirian yang bersifat mandiri iaitu bebas dan terikat dengan pengaruh kebiasaannya.
Bagi kebanyakan masyarakat yang terdedah dengan proses urbanisasi, pelaku politik sama ada individu atau parti dinilai seumpama setiap kita menyokong pemain dan pasukan bola sepak yang bertanding pada liga dalam atau luar negara.
Mereka menyokong mana-mana pemain atau pasukan yang dirasakan kuat dan menawan imaginasinya dan mereka juga boleh beralih sokongan kepada pemain atau pasukan lain jika didapati pemain atau pasukan tidak lagi mampu memenuhi imaginasi yang dibentuk oleh kesedaran baru yang diperolehnya.
Begitulah antara contoh psikologi baru rakyat tentang politik dalam sebuah negara yang sedang menuju proses urbanisasi yang pesat seperti Malaysia.
Ketika orang lain menikmati saat-saat suka-duka sebagai pesara setelah bersara dari perkhidmatan awam ataupun pencen dari pekerjaan di sektor swasta, tidak ada siapa di antara kita yang menduga bahawa seorang lelaki yang berusia 55 tahun dari Kubang Pasu dilantik menjadi PM Malaysia ke-4.
Tidak banyak tanda yang membolehkan kita meramalkan bahawa tokoh dari Kubang Pasu itu bakal dilantik sebagai TPM sebelum disahkan ke jawatan PM sebaik Tun Hussein Onn bersara.
Namun takdir tercatat pada 1976 apabila Dr Mahathir dilantik menjadi TPM berikutan pelantikan Hussein menggantikan Tun Abdul Razak yang baru meninggal dunia.
Hussein tidak meninggal tetapi memilih melepaskan jawatan dan seperti sudah tersurat ditakdirkan pada 1981, Dr M secara rasmi dilantik menjadi PM ke-4.
Bila kita bercakap pasal takdir, maka kita harus akur kepada hakikat bahawa apa pun yang berlaku ke atas kerjaya politik seseorang ataupun sesebuah pertubuhan politik adalah sebenarnya takdir.
Pas sejak sebelum merdeka lagi sudah bercita-cita menguasai beberapa kerajaan negeri dan akhirnya kerajaan Pusat. Parti itu melakukan pelbagai rancangan bagi memastikan mereka muncul pemenang dalam setiap pilihan raya sejak selepas merdeka lagi, namun seperti kita ketahui takdir tidak menyebelahi mereka.
Paling mutakhir dan terkini serta yakin dengan slogan 'Ini Kalilah' Pas terus gagal walaupun terpaksa menumpang kekuatan DAP dan PKR. Sebagai parti paling senior dalam Pakatan Rakyat dan keanggotaan terbesar, Pas hanya mampu memperoleh 21 kerusi Parlimen berbanding DAP dan PKR yang masing-masing peroleh 38 dan 28 kerusi.
Begitulah takdir menimpa Pas. Di sebalik doa demi doa, solat Hajat demi solat Hajat daripada pemimpin berimej agama yang cukup tebal dan jarang menanggalkan jubah dan serban, Pas terus gagal menunjukkan peningkatan nyata, baik ketika berlawan secara sendirian atau bergabung dengan orang lain.
Walaupun sudah tersurat bagi Pas 'habuk pun tarak', namun pemimpin, ahli dan penyokong Pas nampaknya enggan menerima takdir walaupun mempercayai qada dan qadar adalah satu daripada Rukun Iman.
Anwar Ibrahim adalah nama besar yang diramal menjadi pemimpin utama negara sejak mula berkecimpung dalam Umno lagi dan menimba populariti dengan memperagakan imej Islam. Anwar sedar jika ia masuk Pas pada awal 1980, bukan saja peluang nak jadi PM jauh lebih malap, nak dipilih sebagai ahli Parlimen pun belum tahu lagi.
Nampaknya sementara Anwar boleh menerima takdir yang baik menjadi TPM, namun enggan pula menerima takdir malang dipecat dari jawatan kerajaan dan parti serta dipecat dari Umno pada 1998. Anwar mencetuskan kegelisahan awam dan menyebabkan kacau-bilau dengan kempen 'reformasinya'.
Tanpa disedarinya, orang mula sangsi tentang Anwar yang selama ini mempergunakan ayat Quran dan hadis bagi mengaburi mata rakyat, terutama orang Melayu apabila terang-terang cuba menentang perjalanan takdir. Dalam keghairahan memetik kata-kata Abul Ala Al-Maududi, Yusof Qardawi, Anwar terlupa kata-kata Kahlil Gibran, "Manusia tidak boleh mengubah takdir sebagaimana bintang di cakerawala tidak boleh mengubah orbitnya."
Kini, bak kata orang, secara retrospektif, rakyat mula menyangsikan keupayaan Anwar menjadi TPM waktu dalam Umno jika dibanding dengan Tun Ghafar Baba. Ghafar sebenarnya memang jauh lebih hebat. Ia setia pada parti dan tidak rosakkan parti berbanding Anwar. Dari aspek moral, semua tahu Pak Ghafar seorang insan yang mulia.
Begitulah mekanisme takdir yang bersifat halimunan. Jika ditentang sekalipun, ia tetap tidak mengubah apa-apa. Apakah peluang Anwar dalam PRU14 nanti? Ketika itu usianya sudah menjangkau 71 tahun. Kalau berdasarkan peristiwa yang memberikan justifikasi kepada kejayaan dan kegagalan masa lalu, nampaknya jalan untuk Anwar ke Putrajaya dihalang tembok-tembok tebal dan kabus gelap.
Hari ini kempen Black 505 yang dicetuskan oleh beliau sebagai bantahan kepada takdir Tuhan mungkin disokong oleh mereka yang imannya mengenai qadak dan qadar adalah cakap tak serupa bikin, tapi hakikat sebenarnya Black 505 adalah catatan pendahuluan kepada episod hitam terakhir bagi Anwar sebelum terus pudar dan lenyap serta terpadam sama sekali dalam sejarah politik Malaysia.
Mungkin ketika itu nanti Anwar akhirnya dapat menerima takdir betapa kerusi PM bukan ditentukan untuknya. Wallahuallam.
Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim (kiri) dan Tan Tuan Tat mengadakan sidang akhbar mengenai Malaysia Spring anjuran Anwar Ibrahim di Kelab Sri Damansara di Kuala Lumpur, semalam.
Pembangkang didakwa sudah lama merancang konspirasi menggulingkan kerajaan melalui demonstrasi jalanan dan rusuhan dengan nama Malaysia Spring sekiranya kalah dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.
Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata, seorang pemimpin tertinggi DAP pernah membayangkan demonstrasi melampau seperti Arab Spring itu bagi menjatuhkan kerajaan sedia ada.
Beliau mendakwa, Penasihat Seumur Hidup DAP, Dr. Chen Man Hin pernah menyatakan sokongan kepada Bersih 3.0 selain membayangkan demonstrasi itu sebagai permulaan kepada Malaysia Spring pada 26 April tahun lalu.
"Saya agak musykil, apakah yang dimaksudkan beliau dengan Malaysia Spring? Adakah beliau menyokong rusuhan dan keganasan seperti yang berlaku di negara-negara Arab? Adakah juga Bersih 3.0 hanyalah permulaan kejadian lebih buruk selepas ini?" katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di Kelab Sri Damansara, di sini hari ini. Yang turut hadir, bekas Ketua Cawangan DAP Taman Sri Sungai Pelek, Tan Tuan Tat.
Menurut Tunku Abdul Aziz, demonstrasi jalanan dan perhimpunan haram setakat ini dirancang pemimpin politik tertentu sejak beberapa tahun lalu sekiranya tidak mendapat mandat menawan Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.
Disebabkan itu juga, katanya, beberapa pemimpin pembangkang ketika itu berterusan menggesa rakyat bersama-sama mereka menggulingkan kerajaan melalui beberapa siri demonstrasi jalanan.
"Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim ketika ini sedang menjelajah seluruh negara dengan misi untuk terus membangkitkan kemarahan rakyat terhadap kerajaan kononnya terdapat penipuan dalam pilihan raya umum lalu. Dia terus berbohong dengan mengaku dia ialah Perdana Menteri yang sah," katanya.
Tambah Tunku Abdul Aziz, apa yang menghairankan pemimpin pembangkang lain sudah memulakan tugas sebagai wakil rakyat di kawasan masing-masing meskipun dalam masa sama menuduh pilihan raya umum lalu tidak telus.
Malah, katanya, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng adalah antara yang paling awal mengangkat sumpah sekali gus mengakui kemenangannya menerusi proses pilihan raya umum itu.
"Kalau mereka menang, mereka tidak bising malah akui keputusan itu telus tetapi yang kalah menyalahkan kerajaan dengan pelbagai tuduhan tidak logik termasuk 'mengimport' warga Bangladesh mengundi selain berbohong Presiden Amerika, Barack Obama akan campur tangan," katanya.
Dalam pada itu, beliau menggesa polis mengambil tindakan tegas dalam usaha mengekang tindakan Anwar dan pemimpin pembangkang lain daripada terus mengadakan perhimpunan haram di seluruh negara.
Katanya, beliau bimbang tindakan bebas pemimpin pembangkang menghasut rakyat itu boleh mencetus kepada perhimpunan haram yang lebih besar dan ganas pada masa depan.
"Pembohongan yang menyentuh sentimen rakyat akan menjadi aset untuk mereka merancang sesuatu yang lebih besar dan buruk. Pihak polis perlu bertindak lebih tegas, jangan biarkan golongan seperti ini menghancurkan keamanan negara," katanya.-UMO
Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) telah pun menutup tirainya. Alhamdulillah, keputusan masih berpihak kepada Barisan Nasional (BN). Majoriti rakyat Malaysia masih yakin akan kredibiliti dan keupayaan Barisan Nasional (BN) untuk mentadbir sebuah negara yang merdeka dan berdaulat.
Satu petanda dan isyarat yang jelas bahawa kaum Cina menolak BN secara total, dianggarkan tidak sampai 10 peratus yang menyokong BN pada PRU-13.
Mereka memberi kepercayaan penuh kepada parti harapan mereka iaitu DAP. Sukar untuk difahami kehendak mereka dan janji-janji yang telah disimpul rapi antara DAP dan kaum Cina itu sendiri. Satu isyarat juga kepada bangsa Melayu untuk kembali bersatu seperti yang telah kaum Cina tunjukkan kepada kita.
Perkara yang amat penting buat BN terutama kepada UMNO dalam membuat analisis dan kaji selidik PRU-13 ialah sokongan kakitangan kerajaan kepada BN. Perkara ini perlu diambil serius kerana terdapat di kalangan kakitangan kerajaan yang menyokong pembangkang pada PRU-13 telah bertindak agak keterlaluan dan mereka ini penulis gelarkan 'makhluk perosak'.
Makhluk perosak ini amat bahaya kerana mereka bukan sahaja menghasut ahli keluarga dan saudara-mara untuk menyokong pembangkang pada PRU-13 malahan hingga ke peringkat menghasut rakan sekerja dengan melemparkan pelbagai dakwaan yang kebanyakannya dikutip daripada sumber maklumat internet dan program ceramah pihak pembangkang yang mereka ikuti untuk memburukkan imej majikan mereka iaitu pihak kerajaan.
Ia menular ke seluruh tanah air bagaikan virus yang merebak dalam skala yang besar termasuk di pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan iaitu Putrajaya. Makhluk perosak ini perlu diberi kaunseling dan nasihat supaya menghentikan segera kerja terkutuk mereka.
Sebagai kakitangan awam yang bekerja dengan pihak kerajaan maka mereka tertakluk dengan etika dan peraturan tertentu sebagai penjawat awam.
Mereka ini seperti 'duri dalam daging' atau 'gunting dalam lipatan'. Walaupun PRU-13 telah selesai namun kerja hasutan mereka masih bergerak secara aktif sama ada ditempat kerja mahupun di laman media sosial. Untuk jangka masa panjang, ia amat berbahaya dan akan memberi kesan secara langsung kepada keputusan PRU-14 akan datang.
Jika mereka masih meneruskan kerja terkutuk dengan menabur fitnah untuk memburukkan imej pemimpin dan kerajaan yang memerintah, jalan terbaik untuk mereka ialah ditamatkan perkhidmatan sebagai kakitangan kerajaan. Beri peluang kepada orang lain untuk mengisi kekosongan jawatan tersebut. Sebaiknya, makhluk perosak ini berhenti kerja secara terhormat dan bermaruah.
Pihak kerajaan juga perlu menggerakkan kempen kesedaran untuk menyedarkan rakyat Malaysia mengenai gejala fitnah yang berleluasa di internet terutama di laman sosial seperti Facebook.
Pihak pembangkang menggunakan internet sebagai senjata paling utama sepanjang kempen PRU-13 berlangsung. Kempen kesedaran ini amat penting terutama kepada generasi muda bagi menggelakkan mereka terpedaya dengan segala cerita fitnah yang dijajakan.
Bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Noor Abdullah berkata, adalah tidak wajar beliau dilabel sebagai rasis kerana beliau perlu diberi ruang untuk menerangkan sesuatu isu berdasarkan Perlembagaan Persekutuan.
"Orang politik melihat sesuatu kenyataan itu daripada pandangan kaca mata sempit, saya hendak terangkan sesuatu menurut Perlembagaan patutnya diberi ruang untuk rakyat mendengar, bukannya ditutup dengan mengatakan saya rasis, Datuk Mohd Noor Klu Klux Klan, Datuk Mohd Noor itu Hitler.
"Janganlah macam itu, bagi ruang untuk saya terangkan apakah parameter di dalam Perlembagaan yang menjamin rakyat hidup dalam aman damai," katanya yang muncul sebagai tetamu dalam rancangan bual bicara Helo Malaysia terbitan Bernama TV di saluran 502 Astro.
Rancangan satu jam yang mengupas tajuk 'Memperkasakan Perlembagaan' itu turut mengundang Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) Datuk Zainul Rijal dan diwawancarakan perantara Dahlan Maamor.
Mohd Noor dikritik banyak pihak terutamanya pembangkang apabila mengeluarkan kenyataan yang dikatakan berunsur hasutan berhubung sekolah vernakular pada satu forum bertajuk 'Wacana Post-Mortem PRU13: Bicara Kepimpinan dan Survival Ummah' anjuran Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), baru-baru ini.
Mohd Noor berkata Perkara 152 menyatakan bahawa Perlembagaan hanya mengiktiraf satu bahasa iaitu Bahasa Malaysia untuk satu Malaysia dan bagi urusan rasmi.
"Cuma kelonggarannya ialah sesiapa sahaja di negara ini hendak belajar bahasa ibundanya sama ada Bahasa Cina, Bahasa Jepun, Bahasa Tamil belajarlah, tetapi belajar sendiri, jadi Sekolah Cina dan India swasta itu hak yang tidak boleh dihapuskan," katanya.
"(Jika) Sekolah Kebangsaan (SK) untuk orang Melayu, SJKC untuk orang Cina, SJKT untuk orang India, bila masa anak cucu cicit kita belajar dalam kelas yang sama, makan di satu kantin, bila? Tida ada langsung ruang untuk itu," katanya.
Beliau berkata istilah yang lebih tepat ialah mencorakkan SJK kepada sekolah kerajaan seperti 'Government English School' pada zaman dahulu di mana para pelajar berpeluang mempelajari pelbagai bahasa.
"Di sana nanti kita adakan mata pelajaran Bahasa Inggeris yang wajib dipelajari kerana ia bahasa antarabangsa, Bahasa Malaysia wajib dipelajari kerana ia menjadi bahasa yang menyatu-padukan rakyat Malaysia.
"Selepas itu, kita galakkan pelajar-pelajar kita belajar Bahasa Arab kerana orang Melayu beragama Islam, pada masa sama galakkan semua orang Malaysia belajar Bahasa Cina dan Bahasa Tamil kerana kedua-dua bahasa ini bahasa ekonomi dunia, bukankah cantik macam itu," katanya.
Mohd Noor berkata sekiranya rakyat Malaysia memahami Perlembagaan, ia akan dapat mengelak daripada berlaku pergeresan sesama masyarakat.
"Malangnya, orang yang tidak faham Perlembagaan, mereka interpret Perlembagaan itu mengikut kepentingan dan hala tuju politik masing-masing, dan yang menanggung akibat buruknya adalah masyarakat yang terikut-ikut," katanya.
Beliau yang fasih berbahasa Tamil turut menyampaikan pesanan kepada Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel dalam Bahasa Tamil bahawa beliau bercakap benar dan hanya menyatakan apa yang terkandung di dalam Perlembagaan.
"Maksudnya saya bukan orang politik yang bercakap mengenai politik, saya tidak diupah dan tidak bercakap bagi mana-mana pihak, apa yang benar itulah yang saya cakap.
"Tetapi di dalam budaya India kalau saya cakap begitu maknanya ada yang tidak benar, jadi saya tidak cakap yang bohong, apa yang saya kata hari ini kalau ada terkecil hati, saya hanya nyatakan apa yang terkandung dalam Perlembagaan, tidak ada tokok tambah," katanya.
Sementara itu, Zainul berkata kenyataan yang dikeluarkan oleh Mohd Noor tidak bersifat rasis dan bukan menghasut atau mencetuskan ketegangan kerana ia berdasarkan kepada Perlembagaan itu sendiri.
"Apa yang dikatakan berdasarkan peruntukan, terpulang kepada penerimaan kita, kalau hendak tapis sesuatu itu berdasarkan tapisan politik, kita akan cari alasan tertentu bagi justifikasikan pandangan parti-parti tertentu.
"Tetapi, kalau tapisan kita berdasarkan tapisan Perlembagaan dan perundangan, saya tidak nampak ia satu masalah besar, apa yang dikatakan Datuk Mohd Noor saya tidak nampak apa-apa perkara pun yang melanggar Perlembagaan," katanya.
Beliau berkata tiada peruntukan secara spesifik mengenai SJK di dalam Perlembagaan, tetapi di dalam Seksyen 28 Akta Pendidikan 1996, menyatakan bahawa menteri boleh mewujudkan SJK dan SK.
"Apa kata perkasakan SK kita, berikan guru-guru yang terbaik di SK, tingkatkan kemudahannya, sudah pasti ia akan menarik minat bangsa-bangsa selain Melayu untuk menghantar anak-anak mereka ke SK," katanya.- Bernama
Suara Politik Belantan
You are subscribed to email updates from Belantan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menjalankan siasatan menyeluruh berhubung dakwaan konspirasi menggulingkan kerajaan melalui demonstrasi jalanan dan rusuhan dengan nama Malaysia Spring seperti yang didakwa bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim semalam. Baca di sini.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, PDRM telah menilai dan memandang serius dakwaan itu kerana perkara tersebut boleh menggugat keharmonian serta kesejahteraan awam.
Katanya, beliau sendiri telah mengarahkan pegawai-pegawainya untuk membuat laporan polis berhubung rancangan mengadakan Malaysia Spring supaya satu kertas siasatan dibuka bagi mengkaji kebenaran di sebalik dakwaan Tunku Abdul Aziz.
"Pendedahan yang dikatakan Tunku Abdul Aziz dianggap sesuatu yang amat serius kerana melibatkan ancaman terhadap keharmonian rakyat negara ini.
"Polis tidak boleh bertoleransi dengan mana-mana pihak yang cuba merancang sesuatu yang berkaitan rusuhan dan keganasan.
"Oleh demikian saya sendiri meminta pegawai saya untuk membuat laporan polis supaya siasatan sepenuhnya tentang konspirasi Malaysia Spring dijalankan, seterusnya tindakan tegas diambil terhadap pihak-pihak yang didakwa mahu menjayakan perkara seumpama itu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Utusan Malaysia hari ini melaporkan Tunku Abdul Aziz mendakwa pembangkang sudah lama merancang konspirasi menggulingkan kerajaan melalui demonstrasi jalanan dan rusuhan sekiranya mereka kalah dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.
Dakwa beliau, seorang pemimpin tertinggi DAP pernah membayangkan demonstrasi terlampau seperti Arab Spring bagi menjatuhkan kerajaan sedia ada.
Tunku Abdul Aziz mendakwa, Penasihat Seumur Hidup DAP, Dr. Chen Man Hin pernah menyatakan sokongan kepada Bersih 3.0 selain membayangkan demonstrasi itu sebagai permulaan kepada Malaysia Spring pada 26 April tahun lalu.
Mengulas lanjut, Khalid memberitahu, beliau juga akan mengarahkan pegawainya bertemu dengan Tunku Abdul Aziz untuk mengumpul maklumat tentang konspirasi menggulingkan kerajaan.
"Kita akan berjumpa terus dengan beliau untuk mengambil setiap informasi yang beliau ada tentang konspirasi ini. Jika benar apa yang didedahkan Tunku Abdul Aziz semalam, tentu sekali maklumat itu akan membantu polis menjalankan siasatan berhubung perkara itu nanti," katanya.
Dalam pada masa sama, Khalid turut meminta pihak-pihak lain yang mempunyai maklumat tentang perkara itu ke depan dan berhubung dengan pihak polis dalam membantu siasatan.
"Kita menyeru mana-mana individu yang mengetahui tentang konspirasi menggulingkan kerajaan supaya datang menyalurkan maklumat kepada polis.
"Bongkar perkara sedemikian kerana itu mampu menyelamatkan negara daripada sebarang anasir yang mahu menjejaskan keharmonian serta kesejahteraan yang telah lama wujud di Malaysia.
"Polis juga tidak akan bertoleransi dengan perkara sebegitu, kita akan siasat sedalam-dalamnya dan mengambil tindakan terhadap mereka yang mahu menghuru-harakan negara," katanya.-UMO
Budak mangkok hayun yang begitu rancak dan lantang mencabar pihak berkuasa menahan dan menangkapnya, Adam Adli dilaporkan telah ditahan oleh polis jam 4:11 petang tadi oleh sekumpulan anggota polis dari Bahagian D7, Bukit Aman, Kuala Lumpur.
Adam Adi telah ditangkap di jalan bersebelahan dengan pejabat Malaysiakini, Jalan Kemuja off Jalan Bangsar, Kuala Lumpur.
Mangkok hayun tersebut telah terlibat dalam ceramah anjuran Soladiriti Anak Muda Malaysia dan Soladiriti Mahasiswa Malaysia yang telah diadakan di Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur pada 13 Mei jam 8:50 malam. Dalam ceramah tersebut, dia telah mengeluarkan kenyataan atau ucapan berbaur hasutan yang telah ditafsirkan boleh menggugat keselamatan negara.
Mangkok hayun ini akan disiasat di bawah Seksyen 4 (1) (c) Akta Hasutan. Dia telah dibawa ke Balai Polis Jinjang untuk tindakan lanjut.
Sementara itu, dipercayai beberapa kumpulan aktivis hak asasi dan mahasiswa merancang untuk mengadakan nyalaan lilin di hadapan Balai Polis Jinjang jam 8 malam ini. Kumpulan itu turut menggunakan hashtag #BebaskanAdamAdli di laman twitter untuk memberi tekanan kepada pihak polis segera membebaskan aktivis mahasiswa tersebut.
Kerajaan tidak akan memberi sebarang amaran kepada mana-mana pihak yang bercadang mahu mencetuskan huru-hara sebaliknya akan terus bertindak secara tegas.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, tiada sebarang kompromi dengan pihak tertentu khususnya pemimpin pembangkang yang sedang menghasut rakyat turun ke jalanan bagi mencetus rusuhan sekali gus menjayakan hasrat menggulingkan kerajaan Barisan Nasional (BN).
"Saya tidak akan memberi amaran tetapi tunggulah tindakan tegas," katanya ringkas ketika dihubungi pemberita bagi mengulas tindakan yang bakal diambil ke atas pemimpin pembangkang dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang merancang mencetuskan huru-hara.
Isnin lalu, pemimpin pembangkang seperti Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) R. Sivarasa dan Tian Chua ketika berceramah dalam Perhimpunan Tragedi 13 Mei secara terbuka menghasut rakyat ke jalanan bagi menumbangkan kerajaan BN melalui kaedah rusuhan.
Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, Kementerian Dalam Negeri yang diterajui kepimpinan baharu bersedia sepenuhnya memastikan kesejahteraan rakyat dan keharmonian negara kekal terpelihara dengan menguatkuasakan undang-undang sedia ada.
"Pencegahan itu lebih baik daripada penyelesaian, dan pencegahan awal itu lebih murah 'harganya' berbanding penyelesaian masalah. Saya akan guna pendekatan itu agar pihak kerajaan tidak disanggah dan mereka (pembangkang) juga tidak melakukan penyanggahan," jelasnya.
Sementara itu, mengulas kecaman pembangkang selepas beliau meminta pihak tidak setuju dengan sistem pilihan raya Malaysia berhijrah ke negara republik jika menjadikan isu undi popular sebagai alasan, Ahmad Zahid berkata, pembangkang melenting kerana mereka cuba menipu rakyat.
"Orang yang makan cili memang akan terasa pedasnya, sebab itu pemimpin seperti Lim Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng melenting dengan kenyataan saya, tetapi apa yang dinyatakan adalah hakikat dan sudah sedia termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan," katanya.
Wasabi Oyabun..
You are subscribed to email updates from Oyabun To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir tidak akan membenarkan parti pembangkang mengadakan perhimpunan di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti, Selasa ini kerana perhimpunan seperti itu tidak wajar diadakan.
Katanya walaupun beliau berpendapat mana-mana pihak boleh mengadakan perhimpunan tetapi pengisiannya perlu diteliti sebelum diberikan kebenaran.
"Perhimpunan ini yang telah diadakan di beberapa tempat di seluruh negara bertujuan menimbulkan rasa benci di kalangan peserta terhadap kerajaan yang mendapat mandat daripada rakyat untuk tubuhkan kerajaan Persekutuan serta di Kedah ini. Ini suatu yang tak boleh diterima.
"Kalau setakat nak berhimpun takde masalah. Ini kandungan ucapan oleh pemimpin pakatan pembangkang sarat dengan tohmahan dan dakwaan tidak berasas," katanya kepada pemberita selepas Majlis KenduriKesyukuran peringkat negeri di kediaman rasmi Menteri Besar, Seri Mentaloon di sini, Sabtu.
Pesuruhjaya PAS Kedah yang baharu, Datuk Mahfuz Omar pada SAbtu merayu supaya Mukhriz membenarkan pakatan pembangkang mengadakan perhimpunan berkenaan di Stadium Sultan Abdul Halim.
Mahfuz yang juga Naib Presiden PAS berkata pihaknya sebelum ini telah mengemukakan surat permohonan kepada pihak pengurusan stadium tersebut namun ditolak dan tidak dibenarkan untuk mengadakan perhimpunan tersebut.
Katanya pihaknya hari ini akan menghantar surat rayuan kepada Mukhriz selaku Pengerusi Perbadanan Stadium Kedah agar membenarkan mereka melakukan himpunan tersebut atas dasar 'demokrasi'.
Mukhriz berkata jika perhimpunan itu dibenarkan dan dakwaan-dakwaan itu diulangi, beliau khuatir ia akan mengelirukan rakyat dan mencetuskan ketegangan di kalangan rakyat.
"Kita dah terlalu lama berpolitik. Jadi biarlah selepas PRU13 (Pilihan Raya Umum ke-13) yang paling sengit, kita satukan balik rakyat. Tidak perlu panjang-panjangkan lagi dan timbulkan rasa marah rakyat. Bagi saya, jawapannya adalah TIDAK (untuk benarkan stadium itu digunakan). Saya juga dapat nasihat daripada polis, permit tidak akan dikeluarkan ," katanya.
Dalam perkembangan lain, Mukhriz yang merupakan bekas Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyambut pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengekalkan Datuk Seri Mustapa Mohamed untuk terus menerajui Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).
"Satu keputusan yang amat tepat. Kerja-kerja di MITI perlukan kesinambungan berterusan. Kalau ketuanya sama banyak dasar yang beliau rangka sebelum ini dapat diteruskan dan dilaksanakan sebaik mungkin," katanya.-BERNAMA
PANDANGAN:
Tindakan tegas Mukhriz sangat dialu-alukan. Mengapa harus memberi gelanggang untuk puak-puak ini menghentam BN?
Kedah mesti bersatu untuk kemajuan seterusnya bukan melayan kerenah puak miang-miang politik yang penuh hasutan dendam dan kesumat.
KUALA LUMPUR, May 18 (Bernama) -- The Malaysian Muslim Consumers Association Saturday denied that they had ever issued a statement that the company producing 'Aminah Hassan' products supported a certain political party.
The association's chief activist Datuk Nadzim Johan in a statement in Kuala Lumpur Saturday confirmed that the products were Islamic products which still remained under the ownership of the family of the late Aminah Hassan. --BERNAMA
You are subscribed to email updates from MERBOK TIMES To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
KOO HAM MULA KETAKUTAN DENGAN KETEGASAN ZAHID HAMIDI: "SAYA BUKAN MAHU MEMPERTIKAI INSTITUSI RAJA, SAYA TUJUKAN KEPADA MCA"
Adam Adli Abd. Halim ditahan polis mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan kerana dipercayai menghasut orang ramai mengadakan demonstrasi jalanan bagi menggulingkan kerajaan.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh dalam satu kenyataan hari ini mengesahkan penahanan bekas pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu.
Adam Adli ditangkap tidak jauh dari pejabat portal propembangkang, Malaysiakini di Jalan Bangsa.
Difahamkan, penahanan Adam Adli bagi membantu siasatan berhubung kenyataannya mengajak orang ramai gulingkan kerajaan menerusi demonstrasi jalanan.
Dalam ucapan ringkas itu, Adam Adli didakwa mengajak semua pihak mengadakan demonstrasi jalanan kerana mendakwa PRU-13 baru-baru ini tidak sah kerana telah berlaku penipuan.
Berikut di bawah kata-kata hasutan budak tak habis sekolah di Universiti tetapi berlagak pandai politik,
"Kalau ada polis, SB (cawangan khas), ejen UMNO, ejen Barisan Nasional di sini, nama saya Adam Adli Abd. Halim... ambil butiran saya, buat laporan polis kerana hari ini saya mahu mengajak semua rakyat, kita susun dan kita akan turun ke jalan raya untuk merampas balik kuasa.
"Kita tidak banyak masa lagi, kita akan turun ke jalan raya sebab dalam dunia ketiga seperti negara Malaysia ini, pilihan raya tidak akan menumbangkan kerajaan, yang boleh hanyalah kuasa rakyat. Ini sahaja peluang kita ada,".
JAWAPAN KEPADA ADAM ADLI YANG TAK HABIS SEKOLAH (HAIWANMANUSIA) SEUMPAMANYA YANG TIDAK MENERIMA QADA DAN QADHAR ILAHI
Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, Pas menerima keputusan itu dengan hati yang terbuka dan menganggap apa yang berlaku adalah ujian daripada Allah.
"Kemenangan di Malaysia ini sudah hampir cuma Allah tidak berikan lagi, boleh jadi untuk menguji kita supaya terus mempersiapkan diri.
"Boleh jadi pada pilihan raya ini kita belum bersedia sepenuhnya untuk memikul tanggungjawab besar di Putrajaya, sebab itu Allah tangguhkan dulu kemenangan kita supaya betul-betul bersedia,''.
Tahniah diucapkan kepada Menteri Dalam Negeri, bukan sahaja Anwar Ibrahim berdesingg telinga dan akal jumudnya, Adam Adli sudah ditangkap, kini Koo Ham belum disindir sudah ketakutan. Teruskan Dato Zahid, sejarah generasi akan datang akan menjadi saksi memuji ketegasanmu menjaga keselamatan dan ketenteraman negara kita.
Mereka berdemo dengan jumlah kononnya 30 ribu orang, 20 ribu orang, 120 ribu orang walhal mereka lupa di dalam negara kita ada 30 Juta penduduk, ada 10Juta pengundi jikalau dicampur semua yang hadir tertipu demo-demo mereka itu 1% pun tidak sampai!
Anwar dengan marahsombong menyerang Datuk Zahid Hamidi dengan kata-kata "Zahid, kamu ingat negara ini bapa kamu punya kah?", itupun gara-gara kena sindir dengan sebuah tulisan sahaja.
Rakyat boleh menjawab, "Anwar kau ingat negara ini kau punyakah?" .
Tatkala Pemimpin-pemimpin seluruh dunia mengucapkan Tahniah dan mengiktiraf kemenangan DS Najib dan BN dalam PRU13 baru-baru ini, seorang manusia bernama Anwar Ibrahim lantaran malu yang amat sangat, telah menangguhkan janji bersaranya dan kembali mengajak rakyat turun di jalan raya.
Tatkala pemimpin-pemimpin PAS menerima dan menyeru ahli-ahli PAS supaya reda dengan kekalahan Pakatan, tatkala pemimpin-pemimpin PAS di peringkat Pusat, PAS Terengganu, Kerajaan PAS Kelantan dan semakin ramai pemimpin PAS mengucapkan Tahniah kepada DS Najib, maka apakah relevannya tipudemo-tipudemo lagi itu.
Siapa menipu rakyat? Zahid Hamidi atau Anwar Ibrahim? Siapa yang berkata pengundi berkulit gelap dan hitam sebagai pengundi Bangla! Parti mana yang menahan pengundi berkulit gelap, merampas ICnya kemudian apabila tersalah orang memujuk pengundi berkulit gelap itu dengan sejumlah wang ringgit?
Siapa tipu rakyat menggunakan nama Ulama besar Dr. Yusof Qardawi kononnya dialah seorang manusia paling layak menjadi Perdana Menteri! Walhal surat itu surat palsu yang dikarangnya sendiri.
Jika Anwar Ibrahim bukan menipu, tidak mungkin Azmin Ali menyuruhnya "musahabahlah kau Anwar", tidak mungkin Azmin Ali berkata "sudah bosan mengheret rakyat berdemo demi kepentingan peribadi".
NEGARA INI KAMU PUNYAKAH ANWAR?
Kami rakyat sudah bosan dengan kerenahmu, menyusahkan kami rakyat jelata yang mahu hidup aman dan damai. Kamu tahukah berapa ramai kakitangan kerajaan negeri Selangor dan Pulau Pinang yang ponteng kerja, balik awal kerana dipaksa menguruskan dan melibatkan diri dalam demo kamu?
Kamu ingat ini negara kamukah Anwar sehingga mengganggu fikiran mulia anak-anak kami dengan kata-kata Rasis dan Menghasut kamu. Apakah di Malaysia ini kamu tidak pandai bercakap mulia, berucap mahabbah, bersantun dan bersopan tanpa perlu mengheret rakyat ke tengah padang lalu kamu kotorkan padang itu, kamu rosakkan tandas dengan segala macam sampah, di luar stadium busuk dengan bekas makanan dan rokok-rokok kamu, sehingga kami anak-anak geli dan nak muntah bila lalu di kawasan itu. Kamu ingat ini negara kamu kah kamu suka hati buat begitu?
Kami tahulah kamu pelajar Sastera dengan keputusan kelas 3, tak mengapalah saya pun bukanlah pandai sangat tapi saya tahu membezakan angka 133 dengan 89. Saya tahu siapa menang siapa kalah! Yang saya tidak faham kenapa orang kalah tidak mengaku kalah masih menjerit-jerit meroyan dia menang! Anak saya tahun 1 pun tahu angka 89 lebih kecil daripada angka 133!
Kamu memang penipu Anwar Ibrahim, kamu kata SPR menipu tapi dalam diam-diam kamu sedang menyusun langkah untuk menghantar petisyen kepada SPR?
Kamu Anwar sangat ketingggalan zaman, ketika PRU13 sudah berlalu diteruskan dengan pembentukan kerajaan Persekutuan dan kerajaan-kerajaan negeri termasuklah di Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang, Raja-Raja di Perlis, Johor, Perak, Selangor, Kelantan, Kedah, Negeri Sembilan, Terengganu,Pahang dan SPB Yang DiPertuan Agong turut bertitah supaya rakyat kembali bersatu...kamu pula masih lagi gila-gila bayang di tengah padang!
Kenapa kamu tidak beritahu Lim Kit Siang "sudahlah bro Kit Siang, kita dah kalah tak payahlah demo-demo ne, saya malu ne, saya dah tua ne,"...kenapa kamu tidak beritahu penaja-penaja kamu atau orang-orang di luar negara yang barangkali kamu pinjam wang mereka dengan janji-janji manis kamu beritahu kepada mereka "saya sudah kalah, sorilah kita cuba next PRU". Senang dan mudah.
Kalau semua itu kamu tidak boleh buat, apakah kerana kamu fikir negara ini kamu punya wahai Anwar Ibrahim, kamu menghina rakyat yang mahukan keamanan dan kedamaian dengan tipudemo-tipudemo kamu itu? Pesanan dari luar negara: "Anwar, we don't need RCI on general election. We need urgently RCI on Lahad Datu!". Apa kamu ingat negara ini negara kamu kah Anwar hanya nak buat RCI pilihanraya PRU13, apa pasal tak buat RCI Lahad Datu yang membunuh dengan kejam lebih 10 perajurit negara? Saja nak sampaikan pesanan ini kepada Anwar, sampaikanlah kepadanya.
Seorang pembaca yang tidak mahu namanya disebut di sini berkata beberapa individu Melayu yang dibayar DAP telah diarahkan menjadi koodinator dan 'muka hadapan' untuk mengerakkan road show protes jalanan ke arah menumbangkan kerajaan melalui Malaysia Spring.
Malaysia Spring merujuk kepada model revolusi Timur Tengah yang dikenali sebagai Arab Spring.
"DAP bijak. Mereka tidak mahu jadi 'muka hadapan', walaupun mereka sebenarnya dalang. Jadi mereka arahkan beberapa individu Melayu dibayar jadi 'muka hadapan' seolah-olah pengerakan itu digerakkan oleh 'muka Melayu'.
"Kaji sedalam-dalamnya tokoh Melayu mana DAP berkempen bersunguh-sunguh untuk jadi PM ke-7. Kaji balik kenyataan Razali, semua ini ada perkaitan," kata pembaca itu.
Agendadaily melaporkan Himpunan Blackout 505 di Seremban semalam adalah siri kelima rentetan siri himpunan dari Kelana Jaya ke Batu Kawan, Ipoh dan Kuantan.
"Masuk himpunan Blackout 505 yang kelima di Seremban Jumaat malam ada kalangan hadirin yang kedengaran berbisik sesama mereka kesian tengok Datuk Seri Anwar Ibrahim yang terus meroyan hendak juga jadi Perdana Menteri.
"Sudah la tu…gandingan setianya sepanjang himpunan ini ialah Timbalan Presiden PAS Mat Sabu.
"Kebetulan kedua mereka ada kes dakwaan melibatkan moral.Satu dengan kes video China Doll dan satu lagi sembang syahdu dan berahi dengan isteri orang di telefon.
"Ibarat macam orang yang tak lepas gian,kedua mereka tidak lekang perkataan ' tipu..tipu' semasa berucap membakar semangat penyokong yang terkinja-kinja telan cakap seolah pakatan yang sebenarnya menang PRU13," lapor portal itu.
Pada November tahun lepas, bekas blogger reformasi, Ibrahim Baba (IB) mendedahkan sekurang-kurang terdapat 10 individu kanan dari Parti Islam SeMalaysia (PAS) telah dibayar DAP setiap bulan untuk menjadi jurucakap bagi DAP dalam parti berjenama Islam itu.
Mat Sabu pernah mengaku, 'ada pihak tolong bayar' kepada CN Afghani, apabila ahli seumur hidup Pas itu membangkitkan isu kereta baru Honda CR-V yang dipakai oleh Timbalan Presiden Pas itu.
"Guan Eng itu Cina bukan? Dia Cina bukan? Dia orang Cinakan? Tetapi dia adik saya," katanya ketika berceramah di Padang Kota Lama, 3 Mei.
Mat Sabu yang bertanding di Parlimen Pendang, Kedah telah tewas kepada calon BN, Datuk Othman Abdul dengan majoriti 2,638 undi.
Sebelum ini, pada PRU 2008, Parlimen Pendang adalah milik Pas, apabila calonnya, Dr. Mohd. Hayati Othman menewaskan calon BN, Datuk Paduka Md. Rozai Shafian dengan majoriti 4,073 undi.
Bekas aktivis dan operatif Melayu-DAP, Mohamad Razali bin Abdul Rahman mengesahkan Mat Sabu memang dibayar DAP dan beliau sendiri yang menjadi perantaranya.
Sudah 5 tempat Himpunan haram 505 diadakan, semuanya majoriti Cina DAP yang hadir kerana diarah oleh DAP, tukang ucapnya Anwar Ibrahim. Bahasa kasarnya, Himpunan Haram 505 adalah sebenarnya Himpunan DAP!!! Orang Islam dan orang Melayu kena sedar. Kini semakin ramai pemimpin PAS menerima keputusan PRU13 kerana mereka sudah melihat siapa di belakang 505 ini. Bukannya Anwar tetapi DAP, di mana DAP mengambil kesempatan atas kekecewaan Anwar itu.
Dalam surat khabar Utusan melayu pada 17/5/2013, penulis telah terbaca berita tentang Setiausaha Agung Persatuan Alumni Universiti Teknologi Mara (PAUiTM), Shukri Ishak, telah dipanggil untuk memberi keterangan kerana laporan yang telah dibuat oleh Pengerusi DAP, Karpal Singh. Pengerusi DAP itu telah membuat dakwaan rasis dalam program 'Wacana Post Mortem PRU13: Bicara Kepimpinan dan Survival Ummah' pada Ahad lalu.
Penulis agak marah juga dengan sikap DAP sekarang ini. Apa sahaja yang masyarakat melayu buat kearah perpaduan mereka akan tentang. Sehinggakan perpaduan yang mahu dibuat atas nama islam juga mahu ditentang mereka?. Perpaduan ummah itu adalah salah satu dalam ajaran islam. Adakah DAP mahu menentang ajaran islam ini atas dasar kesamarataan itu? DAP berselindung disebalik tuduhan RASIS untuk menafikan hak-hak orang melayu/islam yang mahu bersatu. Serulah melayu untuk bersatu, serulah melayu tolong melayu dalam ekonomi, serulah melayu/islam untuk mempertahankan hak yang telah termaktub dalam perlembagaan. DAP akan tuduh mereka ini rasis. Sebenarnya DAP buat begitu kerana takut melayu/islam itu bersatu. PRU13, Kaum cina yang mewakili 30%++ dari penduduk Malaysia itu bersatu, memberi impak yang ketara dalam politik Malaysia. Bayangkan kaum melayu/islam yang mewakili 60% dalam penduduk Malaysia ini bersatu pula, betapa kuatnya pengaruh melayu jika ini menjadikenyataan.
Bayangkan kekuatan perpaduan melayu/islam itu jika diterjemahkan dalam ekonomi yang menjunjung slogan melayu tolong melayu, utamakan beli dikedai melayu, utamakan beli dikedai islam dan sebagainya yang mendahulukan melayu/islam. Ekonomi melayu/islam akan berkembang pesat. Bayangkan pula kekuatan melayu dalam politik dengan sokongan 60% melayu/islam. Sudah pasti melayu akan melenyapkan impian DAP dan penyokongnya mahu memerintah Malaysia. Ini yang DAP takutkan.
RASIS adalah satu tuduhan yang ingin menakut-nakutkan orang melayu/islam untuk mencapai kekuatan maksimum. Tuduhan RASIS kepada melayu/islam adalah taktik politik DAP dan PKR. Jangan ummat melayu/islam ini takut dengan tuduhan itu. Agak menyedihkan bilamana ada masyarakat melayu yang menjadi takut dituduh rasis. Dan akhirnya menolak perpaduan sesama sendiri, menolak mahu menolong sesama sendiri.
Melayu/islam ini bersatu bukan untuk menghalau kaum lain. Melayu/islam ini bersatu bukan untuk memerangi kaum lain. Melayu/islam ini bersatu bukan untuk menindas kaum lain. Melayu/islam ini bersatu bukan untuk memboikot perniagaan kaum lain. Melayu/islam ini bersatu bukan untuk merampas hak kaum lain. Kenapa DAP harus takut dengan perpaduan melayu/islam??
Melayu/islam ini bersatu untuk menjaga agama Islam. Melayu/islam ini bersatu untuk menjaga hak melayu. Melayu/islam ini bersatu untuk meningkatkan ekonomi sesama melayu.
Selama lima dekad Malaysia merdeka, pernahkah kita mendengar parti politik cina mempertahankan islam? Mempertahankan hak melayu? Mempertahankan Bahasa kebangsaan (bahasa melayu)? Mempertahankan Raja-raja melayu? Mempertahankan ekonomi melayu?. Sepanjang pengetahuan penulis TIDAK PERNAH!!
Hanya melayu yang tolong melayu. Majority ummat islam mempertahankan islam di Malaysia ini adalah melayu. Bersatulah wahai kaum melayu. Bersatulah wahai ummat islam. Ingatlah, Melayu bukan RASIS kerana bersatu.
KISAH BENAR 2 : Pada kisah kali ini teman nak ceritakan bagaimana Anwar ditugaskan dalam satu misi membawa bekalan dan menghantar kepada satu kawasan atau penempatan yang menghadapi kebuluran serta diserang wabak penyakit. Agak melucukan dan tak kurang juga sedih melihat bagaimana mereka yang putus bekalan makanan dan ubatan akibat perang dinegara Mereka yang sehingga kini menjadi troma pada mereka malah berputus asa untuk mengharap negara kembali aman dan makmur. (Sambungan Kisah Benar 1)
Walaupun tugasan menghantar bekalan dianggap mudah tetapi sebaliknya tidak di Somalia yang sedang dalam peperangan apatah lagi membawa bekalan boleh mengancam nyawa. Lebih merbahaya Anwaro dalam misinya tanpa sebarang senjata. Disini juga agak sukar mengenali siapa pemberontak dan siapa pula yang memihak kepada kerajaan. Membawa konvoi bekalan makanan dan perubatan di negara yang bergolak serta kebuluran boleh dianggap seperti membawa Emas kalau dinegara kita, sebenarnya teramat Merbahaya dan terdedah dengan pelbagai risiko
Saya hanya bersenjatakan Biskut, sebelum perjalanan saya isikan semua poket saya dengan kampit-kampit kecil biskut. Bagi negara yang mengalami kebuluran apa sahaja mereka sanggup lakukan sekalipun terpaksa membunuh. Jangan tak percaya, biskut adalah senjata yang paling selamat dan efektif. Biskut juga menjadi alternatif untuk satu-satu kes yang boleh mengancam nyawa kita sendiri...
Setiap hari pasti ada anak-anak yang terkorban..
Bagi misi begini kena ada pengalaman dan pengetahuan, pada pendapat teman Anwaro memang paling layak kerana punya pakage untuk misi seperti ini. Sekalipun tanpa senjata kita cukup faham keupayaan mereka termasuklah menentang atau membunuh musuh dalam satu-satu kejadian tidak perlu dipertikaikan. Ini juga lah antara kelebihan Komando Elit kita dari PASKAL.
Bantuan perlu dihantar sekalipun terpaksa melalui pelbagai dugaan dan ancaman sama ada dari pemberontak maupun dari Askar Kerajaan, terpaksa menempuh kawasan yang dijajah oleh kumpulan pemberontak, kawasan Ambush, kawasan periuk Api dan macam-macam lagi yang tentunya menjadi penghalang kepada Anwaro dan rakan
Kanak-kanak yang hanya berusia belasan tahun (sekolah rendah) boleh dilihat bermain dengan rakan dengan membawa senjata kehulu kehilir, 'kadang-kadang memegang pistol apatah lagi AK 47 {buatan Russia) pun tak kemas dan Hogeh (hoyong hayang) sebab senjata yang dipegang terlalu berat.
Tiada ihsan untuk pengkhianat yg jadikan negara Neraka
Konvoi bekalan makanan dan ubatan yang Anwaro terpaksa menghadapi pelbagai rintangan. Sekali tu saya dan rakan terpaksa melalui lorong yang kiri dan kanan nya diapit dengan dua bukit, mereka juga dibantu oleh seorang Guide ataupun penunjuk arah sepanjang beliau disana. Dialah yang paling banyak membantu terutama dari segi laluan selamat dan cukup Arif dengan kawasan terutama bila merujuk kawasan yang dikuasai oleh pihak mana.
Kita tak punya pilihan tuan, terpaksa melalui jalan ini sekali pun ianya amat merbahaya dan belum tentu selamat kata pembantu Anwaro nie, Apa yang merbahaya dan tidak selamat nya? Tanya Anwaro untuk mendapat kepastian, adakah kita terpaksa melalui kawasan pemberontak?
Sambil mengeleng kepada dia menjawab kepada Anwaro, ' tiada jalan lain, insyallah tuan akan tahu nanti, kalau ada tuah kita akan selamat, tunggu la nanti bila sampai kekawasan itu dia akan maklumkan kepada Anwaro
Perjalanan diteruskan tanpa ada sebarang masalah sehinggalah mereka sampai disuatu kawasan, sebaliknya Anwaro mula perasan dengan kawasan yang dia mahu lalui, dapat mengagak kemungkinan ini jalan yang dimaksudkan pembantunya. Anwaro sebaik memalingkan muka ke pembantunya pembantunya terus mengangguk tanda mereka tiba di kawasan yang dimaksudkannya sebelum nie,
Laluan ini sebenarnya merupakan kawasan penduduk atau pun tempat beberapa keluarga yang berlindung serta menjadikan tempat ini sebagai penempatan yang selamat untuk semua keluarga yang melarikan diri dari terlibat dengan kancah peperangan. Dari jarak yang agak jauh Anwaro mula perasankan seorang remaja dengan bersenjata duduk termenung dilaluan yang mereka akan lalui...
Anwaro akhirnya meminta mereka berhenti bila kenderaan mereka semakin dekat dengan kawasan tersebut, remaja tersebut yang beliau nampak tadi betlari menuju kekenderaan mereka. No, you cannot go! Stop, danger, danger... No, no danger... Anwaro agak kehairanan kenapa dia tidak dibenarkan oleh remaja tersebut, tetapi lebih bersedia kerana dimaklumkan awal oleh pembantunya.
Anwaro turun berjumpa terus dengan remaja tersebut, I Come in Peace! We Talk ok, we Friend ok, pujuk Anwaro, dia memujuk dan minta supaya konvoi beliau boleh melalui jalan tersebut, sebaliknya remaja tersebut tidak membenarkan Anwaro melintasinya, No, No... If you go, you death. No, no Danger, go back, go back jerit remaja tersebut yang terus menghalang. Sebagai seorang Komando sudah tentulah sukar untuk berputus asa, Anwaro terus memanggil pembantunya supaya boleh berunding.
Anwaro cukup bimbang dengan kejadian ini kalaulah mungkin mereka jadi sasaran, remaja tersebut mungkin sebagai umpan, untuk langkah berjaga-jaga hanya beliau dan pembantunya sahaja yang turun berunding manakala yang lain berkawal dengan kenderaan mereka. Pembantunya terus berbincang sementara Anwaro mengawasi jika ada sebarang pergerakan sabotaj. Remaja tersebut tetap berdegil tidak membenarkan mereka melaluinya... No, No.. Itu yang Anwaro fahamn tentunya tidak dibenarkan
Akhirnya pembantu beliau menjelaskan apa yang telah terjadi sebenarnya... Remaja tersebut adalah diantara yang ditugaskan oleh mereka, laluan ini sebenarnya menjadi laluan utama kepada semua termasuk pemberontak dan pengganas. Remaja dikawasan ini akan bergilir menjaga laluan tersebut. Setiap hari mereka bertugas secara shif, mereka terutamanya remaja akan ditugaskan untuk menjaga laluan tersebut
Untuk keselamatan semua, laluan ini akan ditanam periuk api ataupun bobby trap sebaik hari mahu malam, mereka akan memerhatikan jika ada musuh yang melaluinya tentu bunyi letupan akan kedengaran, sebaliknya bila siang hari petugas atau remaja tersebut akan mengeluarkan semua periuk api tersebut bagi membolehkan laluan itu digunakan oleh mereka semula
Anwaro terus bertanya, bukankah sekarang ni dah siang jadi bolehlah kita melaluinya, kenapa dia tak benarkan kita lalu, dia memang tak menghalang konvoi kita tetapi ada problem sikit tuan. Kenapa pulak? Begini tuan...
Dia baru masuk shif siang gantikan shif rakannya semalam, masalahnya rakan dia semalam telah menanam 10 periuk api semasa shif dia, pagi ini saya gantikan atau sambung shif dia. Yang jadi masalah lagi besar dia dah keluarkan semua 8 periuk api yang dia tanam. Baki lagi dua periuk api yang ditanamnya belum dikeluarkan kerana dia lupa dimana yang dia letakan. Dah puas dia cuba ingat tapi dia lupa dimana periuk api tu ditanam, kerana itulah tuan tidak boleh lalu ikut sini...
Lucu pun ada tetapi nasib Anwaro juga baik, kalau ditakdirkan remaja ini tiada menghalang maka sudah tentulah konvoi mereka terkena periuk api yang ditanam oleh rakannya semalam. Bagaimana pun konvoi akhirnya berjaya melepasi laluan tersebut. Semuanya selesai apabila akhirnya Anwaro sendiri mencari dan mengeluarkan semua periuk api yang ditanam, lebih memeranjatkan bukan dua periuk api yang dia jumpa sebaliknya 4 kesemuanya yang masih tertanam si laluan tersebut.
Konvoi tersebut akhirnya dapat melalui dengan selamat, remaja tersebut juga berpesan kepada Anwaro, berhati-hati kerana dihadapan nanti dia akan melalui satu lagi kawasan yang dibawah kuasa pengganas Kanak-kanak dibawah ketua mereka yang digelar dengan nama THE LITTLE GENERAL....
Insyallah kita sambung lagi cerita Anwaro menerusi misi menghantar bantuan kemanusiaan disana. Sebagai tanggung jawab yang diamanahkan Anwaro tetap memegang amanah tersebut, kita sambung lagi nanti, ada yang lagi menarik...
You are subscribed to email updates from SEKUPANGDUA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Aku sokong apa yang menteri KDN kata, sapa tak puas hati dengan undang-undang malaysia boleh berambus, kalau cina boleh balik tongsan, kalau india boleh balik tamil naidu, kalau melayu suka korang la nak merempat kat negara mane pun...
Aku harap lepas nie, zahid bertindak lebih tegas lagi kepada mereka yang cuba menggangu gugat keselamatan dan kententeraman negara, tiada lagi AMARAN selepas ini, cukup bukti tangkap...
Anwar dengan marahsombong menyerang Datuk Zahid Hamidi dengan kata-kata "Zahid, kamu ingat negara ini bapa kamu punya kah?", itupun gara-gara kena sindir dengan sebuah tulisan sahaja.
Rakyat boleh menjawab, "Anwar kau ingat negara ini kau punyakah?" .
Tatkala Pemimpin-pemimpin seluruh dunia mengucapkan Tahniah dan mengiktiraf kemenangan DS Najib dan BN dalam PRU13 baru-baru ini, seorang manusia bernama Anwar Ibrahim lantaran malu yang amat sangat, telah menangguhkan janji bersaranya dan kembali mengajak rakyat turun di jalan raya.
Tatkala pemimpin-pemimpin PAS menerima dan menyeru ahli-ahli PAS supaya reda dengan kekalahan Pakatan, tatkala pemimpin-pemimpin PAS di peringkat Pusat, PAS Terengganu, Kerajaan PAS Kelantan dan semakin ramai pemimpin PAS mengucapkan Tahniah kepada DS Najib, maka apakah relevannya tipudemo-tipudemo lagi itu.
Siapa menipu rakyat? Zahid Hamidi atau Anwar Ibrahim? Siapa yang berkata pengundi berkulit gelap dan hitam sebagai pengundi Bangla! Parti mana yang menahan pengundi berkulit gelap, merampas ICnya kemudian apabila tersalah orang memujuk pengundi berkulit gelap itu dengan sejumlah wang ringgit?
BAGAN SERAI - Ketua Pemuda Umno bahagian Bagan Serai, Sharudin Ahmad yang tidak sedarkan diri sejak tiga hari lalu disahkan meninggal dunia malam ini.
Allahyarham meninggal dunia akibat komplikasi hati, jantung dan buah pinggang setelah dijangkiti bakteria di Hospital Taiping jam 8.30 malam.
Sebelum ini arwah dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Taiping kerana mengalami masalah berkenaan.
Calon Barisan Nasional(BN) Dun Selinsing pada PRU13 itu meninggalkan seorang balu dan tiga anak setelah bertarung nyawa pada awalnya di Hospital Columbia Asia sebelum dipindahkan ke Hospital Taiping.
Ketika menjalani rawatan beberapa pemimpin politik sempat melawat beliau termasuklah Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Ketua Umno Bahagian Bagan Serai, Datuk Zaili Cha.
Pada petang sebelum Allahyarham menghembuskan nafas terakhir, Umno Bahagian Bagan Serai sempat mengadakan majlis doa selamat bagi memohon agar kesihatan Sharudin pulih.
Kepimpinan Umno Bahagian Bagan Serai sebelum ini sentiasa memantau keadaan Sharudin dari semasa ke semasa.
Sementara itu, Ahli Parlimen Bagan Serai, Dr Noor Azmi Tarmizi ketika ditemui menegaskan pihaknya bersimpati dengan keadaan Sharudin yang disifatkannya sebagai pemimpin politik mesra rakyat.
Menurutnya, Sharudin juga dianggap komited dalam perjuangan parti dan sentiasa memberikan yang terbaik sewaktu dipilih sebagai calon BN pada PRU13 lalu.
I find that this article which has been written by a young Chinese Malaysian brings the true sense and feeling of the Chinese Malaysia from the history of those years until now.
It was exactly why we Malaysian Chinese could not be a truly Malaysian first disregard however hard we try and shout to the Nusantara that we are all Malaysians.
We will always be the Chinese first then only Malaysian.
Assimilation by marriage will be a solution in which will bred a new generation of Malaysian of mix blood and culture. Something to ponder by the Chinese in Malaysia . I totally agree with him and below i would like to share his article to all for the benefit to foster a more tolerable and peaceful environment for all.
Tempoh 24 jam yang saya berikan kepada Ketua Pegawai Eksekutif AirAsiaX yang celupar dan berotak udang itu memperkecilkan dan menghinadinakan perjuangan bangsa sendiri, apatah lagi tatkala agama dan bangsa kita diterosok dengan begitu kejam oleh bangsa lain semasa PRU13 baru-baru ini.
Apa nak dihairankan, mereka tidak mengundi pun. Mereka hanya tahu bagaimana mengaut seberapa banyak wang daripada rakyat Malaysia khususnya penumpang Melayu, memanupulasi harga temberang murah mereka, dan kini menulis kononnya perjuangan orang Melayu seperti oleh Utusan Malaysia itu dikatakannya Rasis.
Saya diberitahu mereka sudah membincangkan hal Kurang Ajar ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X itu, ada pembaca menulis dalam komen dia hanya layak Ketua Entertainment AirAsia yakni mengacarakan aktiviti-aktiviti sosial yang bertentangan dengan agama Islam dan budaya orang Melayu. Inilah si Kitul dan Tangggang yang memperbodohkan bangsa sendiri.
Dia tidak sedar dirinya berdiri kerana perjuangan orang-orang Melayu terdahulu dan perjuangan akhbar-ahbar Melayu seperti Majlis, Utusan Melayu dan Utusan Malaysia.
Saya diberitahu Tony Fernandez, Datuk Kamarudin, Tan Sri Rafidah dan juga Datuk Pahamin Rejab memberikan pandangan yang positif kepada perjuangan kita membuang si Tanggang moden ini dan si Kitul moden ini.
Kamu Azran tidak layak untuk marah dengan gelaran itu, kerana jutaan orang Melayu lebih teramat marah dengan kebodohan kamu menghina perjuangan orang Melayu mempertahan kepentingan Melayu melalui Utusan Malaysia. Jika kamu marah, kamu marahlah diri kamu sendiri.
Kamu kata dalam perbincangan petang tadi kamu hendak saman Utusan Malaysia dan para blogger yang tersangat amarah dengan kamu! Kamu patut saman diri kamu sendiri!!!
Hingga ke hari ini, kamu tidak tulis dalam tweeter kamu betapa Rasisnya akhbar-akhbar Cina yang mengutuk dan mengeji orang-orang Islam dan orang-orang Melayu! Kenapa kamu tidak ulas kamu benci tulisan-tulisan Rasis dalam akhbar-akhbar Cina itu? Kamu butakah, atau hati kamu buta?
Kamu tahukah berapa kali Datuk Pahamin Rejab naik tangga turun tangga dan mengejar Tun Dr. Mahathir untuk menerangkan dan meyakinkan Tun Dr. Mahathir mengenai penubuhan Air Asia. Kamu tahu kamu hanya bermula dengan 2 Biji Kapal yang kamu pinjam dari MAS?
Kamu tahukah kerajaan ketika itu merelakan laluan-laluan MAS diberikan kepada kamu supaya kamu boleh untung sedikit dan kerajaan tidak minta apa-apa pun melainkan tunjukkanlah sikap Patriotik kepada bangsa kamu, dan sayangilah perjuangan bangsa kamu yang dihinadina oleh orang lain sekarang ini?
Kalau kamu ada di hadapan saya sekarang, saya akan baling muka kamu dengan tahi penumpang-penumpang Air Asia yang tertipu dan tertekan dengan pelbagai syarat tambahan dan bayaran tambahan yang kamu create dalam sistem online kamu!
Tahi itu untuk lambang mulut kamu yang menghina perjuangan orang-orang Melayu yang mengharapkan adaptasi dan wajadiri hanya di Utusan Malaysia, satu-satunya akhbar yang benar-benar memperjuang aspirasi bangsa Melayu dan agama Islam di negara ini.
Kalau bukan Utusan Malaysia, siapa lagi yang berani ke depan memperjuang mempertahan dan mengabdikan dirinya untuk agama dan bangsa kita? Kamu nak mengharapkan Sin Chew Jit Poh atau Nanyang Siang Pao kah wahai Azran Osman Rani???
(emel kedua dari Mantan Pegawai Tinggi Kerajaan, zaman Tun Dr. Mahathir)
Tok dah memang menjangke Pakatan Rakyat akan tidak berjaye menumbangkan kerajaan Barsian Nasional. Walaupun kerusi parlimen nampak nye sedikit berkurangan, tetapi kedudukan BN masih lagi kukuh. Tok bangge kerane kekuatan BN ni berdasarkan kepade kekuatan dari sokongan melayu/islam terhadap UMNO.
Orang melayu/islam sedar bahawe hanye UMNO sahaje satu2 nye parti yang benar2 boleh membele nasib orang melayu/islam. Kite tidak boleh nafikan tentang kemajuan negare dan rakyat nye di bawah pemerintahan BN. Orang melayu/islam sedar bahawe sokongan DAP dan PKR terhadap PAS tidak ikhlas samesekali.
Kesedaran orang melayu/islam tentang niat serong DAP dan PKR inilah yang membuat BN masih berdiri teguh selepas PRU13. Ternyate propagande jahat dari PKR dan DAP tidak mampu memecahkan benteng sokongan melayu/islam terhadap BN.
Tok nak ingatkan, kekuatan Pakatan Rakyat sudah sampai tetahap maksime nye, dan sebanyak itu lah sahaje bilangan kerusi parlimen dan DUN yang mereke boleh perolehi. Jike di peratikan pade pencapaian PAS ianye telah membukti kan semakin ramai melayu/islam meninggalkan parti itu. Kini kekuatan PAS hanye bergantung dari belas ehsan cine DAP dan PKR sahaje.
Walau ape pun, UMNO akan terus mendapat sokongan padu dari kaum melayu/islam. Bodoh sesangat kalau melayu/islam menyokong PAS dan menggaraf belas ehsan dari kaum kafir DAP dan PKR. Kepade kaum melayu/islam yang terdiri dari ahli2 dan penyokong2 PAS dan PKR sedarlah diri, tinggalkan PAS dan marilah kite same2 mengkuhkan dan memperkasekan UMNO parti keramat melayu/islam.
You are subscribed to email updates from tok gajah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Pembangkang di Malaysia perlu membaca dan mengkaji beberapa keputusan pilihan raya yang telah berlaku di beberapa buah negara. Usah memalukan diri sendiri bila gagal menerima fakta dan hakikat.
Di Singapura, keputusan pilihan raya pada 2011 menyaksikan parti PAP hanya mendapat undi popular sejumlah 60.1% sahaja berbanding pembangkang. PAP kuasai 81 daripada 87 parlimen tetapi hanya mendapat undi popular sejumlah 60.1% sahaja. Berbanding pembangkang yang mendapat hanya 6 kerusi tetapi mendapat 39.9% undi popular.
Contoh kedua adalah keputusan pilihan raya di United Kingdom pada 2010. Lihat pada keputusan undi popular dan jumlah kerusi yang dimenangi oleh Parti Konservatif, Parti Buruh dan Parti LDP.
LDP mendapat 23% undi popular tetapi hanya menang 57 kerusi (9%) daripada 650 kerusi.
Parti Buruh mendapat undi popular sejumlah 29% tetapi dari segi peratusan kerusi adalah 258 (40%) daripada 650 kerusi.
Parti Konservatif mendapat undi popular sejumlah 36% tetapi dari segi kerusi adalah sejumlah 306 kerusi (47%).
Di Singapura dan United Kingdom, pihak yang kalah menerima keputusan dengan baik tanpa mempertikainya di atas jalan raya.
Mereka tidak melompat di atas jalan untuk kutuk sistem demokrasi negara mereka sendiri. Habis pilihan raya, mereka memfokuskan usaha untuk memaju dan membangunkan negara.
Mereka faham tentang undi popular dan majoriti menang mengikut jumlah kerusi di parlimen. Jika kalah, tunggulah 5 tahun lagi untuk mencuba nasib lagi.
Di negara ini, ada pihak yang sudah kalah dan mahu memperbodohkan rakyat dengan membuat "logik akal" mereka sendiri. Menuduh, menghasut dan memperlekehkan sistem demokrasi.
Sedangkan di Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan parti yang menang sudah pun mengangkat sumpah. Sistem demokrasi yang sama digunakan di tiga negeri tersebut.
Rakyat jangan mudah terpedaya dengan tipu helah mereka. Malu jika rakyat di Singapura dan United Kingdom melihat ada rakyat Malaysia yang masih lagi tidak faham amalan demokrasi.
Terimalah hakikat, jagalah nama negara. Fokuslah kepada pencapaian Wawasan 2020, lagi 7 tahun misi itu perlu dicapai secara bersama.
Sumber : Angin Perubahan
Penang Wasabi..
You are subscribed to email updates from PenangWasabi To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Jika Utusan Malaysia tanya apa lagi cina mahu ramai yang melompat kononnya perkauman, rasis, perpecahan kaum dan sebagainya.
Sekarang mari kita lihat apa yang cina DAP kata,
MCA TUNDUK KEPADA UMNO, SEKARANG TUNDUK KEPADA SULTAN. MCA TIDAK BOLEH MEMBUAT KEPUTUSAN SENDIRI.
Kata-kata itu diungkapkan berikutan penjelasan oleh Presiden MCA berhubung perlantikan wakil MCA sebagai Exco Johor. Chua Soi Lek dalam kenyataan itu menyatakan bahawa beliau terpaksa akur dengan perkara tersebut berikutan ianya melibatkan kuasa Sultan Johor. Lihat di sini
Umum mengetahui bahawa Sultan Johor yang mahukan wakil masyarakat cina berada dalam kerajaan Baginda. Itu cukup untuk menggambarkan sikap keterbukaan dan tidak rasis seorang Raja Melayu.
Tindakan Chua Soi Lek patuh kepada arahan Sultan Johor selaras dengan perkara kedua dalam Rukun Negara.
Tapi si bangsat DAP itu cuba mengapi-apikan keadaan kononnya cina MCA tunduk kepada Sultan melayu.
Kalau kita kata mereka pendatang mereka marah. Mereka kata mereka rakyat Malaysia dan perlu dapat hak sama rata dengan kaum bumiputra.
Rakyat Malaysia apa ke jadahnya jika Rukun Negara pun kau tak faham ?
Kita sudah bosan dengan laporan-laporan polis yang dibuat seluruh negara. Dulu pun dia pernah memperlekehkan orang islam yang membuat bantahan berhubung pernerbitan sebuah filem yang menghina islam.
Kita mahu tindakan...
You are subscribed to email updates from RBF Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Perpaduan nasional = Perpaduan melayu + cina + india + bumi Sabah + bumi Sarawak.
Formula "Perpaduan nasional" ini sudah mula terungkai. Terungkai kerana tangan-tangan para pengamal politik luar batasan dan melampaui kepentingan prinsip perpasuan naaional.
Teras kepada perpaduan nasional adalah perpaduan melayu/bumiputera Tetapi pengamal politik telah berjaya memecahkan perpaduan melayu kepada 2 kumpulan yang sudah hampir seimbang kekuatannya i.e. setengah menumpahkan sokongan mereka kepada BN/Umno dan setengah lagi menyokong pembangkang.
Perpaduan melayu/bumiputera masih dikira berada di bawah keadaan terkawal jika perpecahan tersebut berada pada kadar 70:30 atau kurang. Tetapi apabila perpecahan melayu hampir seimbang, i.e. berada pada kadar di antara 65:35 hingga 50:50, maka perpaduan melayu mula terancam dan secara tidak langsung pasti mendatangkan implikasi buruk terhadap perpaduan nasional kerana perpaduan melayu adalah teras kepada perpaduan nasional.
Jika perpaduan melayu/bumiputera kekal pada kadar 70:30 atau lebih, iaitu sekurang-kurangnya 70% sokongan bersama UMNO, maka tiada mana-mana pihak atau kaum yang mampu menjadi kuasa tawar-menawar yang boleh mengancam perpaduan nasional.
Begitu juga jika perpaduan melayu/bumiputera diandaikan bertukar sebaliknya kepada 30:70 atau lebih, iaitu 30% atau kurang bersama UMNO dan 70 atau lebih bersama PAS. Tiada mana-mana pihak juga akan mampu mengancam perpaduan nasional jika senario ini "swithcing" tetapi pada kadar peratusan yang sama.
Itulah signifikannya perpaduan melayu/bumiputera di dalam menjamin kelangsungan perpaduan nasional.
Orang melayu/bumiputera hanya mempunyai kekuatan kuasa politik. Itu sebab orang melayu/bumiputera lebih cenderung mengikat diri mereka dengan parti politik kerana melalui politik saja kuasa akan dapat dipertahankan.
Ia berbeza dengan kaum cina. Mereka mempunyai kekuatan ekonomi. Maka kemestian untuk terikat atau bergantung terhadap parti politik samada MCA, DAP atau Gerakan bukan keutamaan mereka sepertimana kaum melayu.
Kaum cina lebih terikat kepada badan NGO yang boleh menjamin survival ekonomi dan pendidikan kaum cina secara keseluruhannya. Parti politik bagi kaum cina hanyalah sebahagian dari platform mereka dalam memastikan agenda ekonomi dan pendidikan anak bangsa mereka dapat dicapai dan terjamin.
Di sinilah perbezaan yang wujud di antara pertimbangan utama sebagai kaum melayu dan pertimbangam utama sebagai kaum cina.
Pertimbangam politik kaum cina adalah berdasarkan kiblat "opportunity" yang paling menguntungkan survival agenda ekonomi dan pendidikan kaum mereka.
Sebaliknya, pertimbangan politik orang melayu/bumiputera berkiblatkan kuasa politik sebagai satu-satunya jaminan untuk survival dan masa depan umat melayu/bumiputera di tanah air ini.
Pertimbangan dan percaturan yang berbeza di antara kaum melayu/bumiputera dan kaum cina inilah yang meletakkan survival kuasa politik melayu/bumiputera sentiasa berada di antara hidup dan mati atau di antara kekuatan dan ancaman.
Jika perpaduan melayu/Islam sentiasa berada dikedudukan selesa sekurang-kurangnya 70:30, tidak kira samada UMNO atau PAS yang menguasai majoriti 70%, maka selagi itulah kuasa politik melayu/Islam akan terus kuat.
Sebaliknya, jika kekuatan politik melayu beransur bergerak kearah keseimbangan peratusan di antara UMNO dan PAS@pembangkang, maka ancaman secara beransur-ansur juga akan menerjah kekuatannkuasa politik melayu/bumiputera.
Ancaman ini sudah pasti datangnya dari pihak@kaum yang lebih mengutamakan "opportunity" yang boleh menjamin agenda ekonomi dan pendidikan mereka dapat dicapai.
Survival MCA atau DAP sebagai parti politik bergantung kepada opportunity ini. Kita boleh lihat "trend" sokongan yang diterima oleh ke dua-dua parti ini sering berbeza mengikut opportunity untuk jaminan agenda ekonomi dan pendidikan kaum cina yang wujud "ketika itu".
Jika kuasa politik melayu berada pada kadar sekurang-kurangnya 70:30, iaitu 70% atau lebih kekal bersama Umno, maka majoriti kaum cina pasti akan memberikan sokongan mereka samada kepada MCA atau Gerakan.
Tetapi, jika kuasa politik melayu/bumiputera sudah terbelah dua dan tidak lagi tertumpu kepada UMNO, seperti yang berlaku pada PRU12 dan 13, maka pertimbangan politik kaum cina yang lebih mengutamakan kelangsungan agenda ekonomi dan pendidikan cina, pasti akan mengundi berdasarkan "opportunity yang wujud ketika itu".
Itu sebabnya jika berlaku senario kuasa politik melayu/bumiputera terbelah dua, seringkali pihak yang bakal mendapat keuntungan politik paling besar adalah DAP. Dalam senario begini, MCA dan Gerakan hanya mampu bertahan di kawasan subsidi yang bermajoriti melayu. Malah, Dalam PRU 13, MCA dan Gerakan sudah tidak mampu bertahan di kawasan majoriti melayu kerana kadar 70:30 kekuatan undi melayu masih tidak mampu memenangkan calon MCA disebabkan kadar sokongan kaum cina yang menyokong DAP terlalu luar biasa, iaitu melebihi 90% di kebanyakkan kawasan.
Kesimpulannya, semua formula atau "political equation" yang xuba dilakukan master politik melayu, tidak akan menjadi jika tiada mana-mana parti politik berasaskan melayu/bumiputera tidak mampu mendapat sokongan sekurang-kurangnya 70% sokongan dari kaum melayu/bumiputera sendiri.
Pra-syarat untuk mengangkat sesuatu beban, ialah mesti cukup tenaga dan kekuatan.
Beban ancaman terhadap hakisan kuasa politik melayu/bumiputera hanya boleh diangkat dan diselesaikan hanya jika kekuatan melayu dapat digembeling kembali oleh UMNO pada kasar sekurang-kurangnya 70%.
Jika pra-syarat ini gagal diperolehi, maka selagi itulah survivak kuasa politik melayu/bumiputera akan menjadi "mangsa buli" kaum opportunis yang hanya inginkan agenda pendidikan dan ekonomi kaum mereka tercapai di dalam setiap dan apa keadaan pun.
Robert Cavalli menjadi pilihan ramai selebriti untuk sesi bergambar di Festival Filem Cannes di atas sebuah kapal layar mewah.
Dan salah seorang bintang yang popular tersebut adalah pelakon Sepanyol, Paz Vega.
Ketika Paz sedang sibuk bergambar, ada satu insiden yang agak seksi berlaku ke atas dirinya tanpa disedar.
Pakaian yang beliau kenakan pada sesi bergambar tersebut agak luas di bahagian lehernya dan apabila beliau tunduk, ermmm...biasalah, pasti ada yang menjadi sasaran kamera!
Beberapa kumpulan aktivis pelajar mengadakan himpunan di hadapan Balai Polis Jinjang malam ini sebagai tanda protes terhadap penahanan, Adam Adli Abdul Halim.
Adam Adli ditahan di bawah Seksyen 124 Akta Hasutan.
Dipetik laman mikro Twitter salah seorang ahli kumpulan aktivis, Mandeep Singh, mereka akan mula berkumpul di hadapan balai polis tersebut pada jam 8 malam dengan memakai pakaian bewarna hitam.
Dalam pada itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh turut mengesahkan Adam Adli ditahan di lokap Balai Polis Jinjang bersabit dengan satu siatan di bawah sekesyen 4 (1) Akta hasutan 1948, pada jam 3.15 petang tadi.
Mengapa polis mengambil tindakan pantas ini? Anda boleh tonton ucapan dari budak tak cukup akal ini berucap..
Ketika merayau-rayau di facebook, kami tersangkut dengan sebuah video seorang bomoh sedang berserapah jampi berkaitan pilihanraya umum yang ke-13.
Dalam video tersebut, bomoh berkenaan dipercayai sedang meramalkan siapakah yang akan memenangi pilihanraya umum kali ini. Amalan berkenaan juga dipercayai sedang dilakukan pada tempoh berkempen Pakatan Rakyat.
Video tersebut menyaksikan bendera-bendera parti bertanding dipacakkan dalam buah kelapa sambil bomoh tersebut menjampi serapah. Kemudian, setelah jampi serapah tersebut selesai, bomoh tersebut membawa hadirin ke arah bendera BN yang condong dan sambil memberi peratusan kemenangan kepada Pakatan Rakyat kerana bendera-bendera PR semuanya 'stim' belaka!
Nampak gayanya BN 'telah' tumbang...mengikut ramalan bomoh tersebut, peluang PR menang adalah 65%...huh!
Haji Hadi sebelum ini pernah menyindir UMNO dan DS Najib menggunakan bomoh ketika mahu membuat keputusan, ni sapa yang upah bomoh ni?
Menurut risalah yang dikeluarkan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan:
… murtad boleh terjadi dengan melakukan salah satu daripada tiga perkara berikut:-
1. Melalui perkataan atau ucapan dan kata-kata. (Murtad Qawli) 2. Melalui perbuatan atau tingkahlaku. (Murtad Fi'li) 3. Melalui akidah, kepercayaan atau niat. (Murtad I'tiqadi)
Maka, jika seseorang menyanyikan lagu Agnes Monica, penyanyi dari Indonesia, bertajuk "Allah Peduli", seseorang itu boleh jatuh murtad "melalui perkataan atau ucapan dan kata-kata. (Murtad Qawli)".
Mengapa begitu?
Di hujung lagu tersebut terdapat senikata yang berbunyi:
Sebab Allah Yesus ku mengerti
Berapa ramaikah orang-orang kita yang menyanyi lagi ini tanpa perasan Allah yang dimaksudkan itu adalah tuhan Kristian?
Jika kita dengar betul-betul lagu tersebut, Agnes Monica tidak menyebut nama "Jesus" itu dengan jelas yang mudah untuk kita sedari. Dengan loghat dan pelat sebutan Indonesia, "Yesus" yang disebutnya sukar untuk orang-orang biasa ketahui maksud perkataan yang disebut.
Setelah beberapa bulan saya memainkan lagu ini dalam siri ceramah penerangan polemik isu kalimah Allah di merata pelusuk negara terutama di kawasan pendalaman, didapati ramai orang-orang kita yang hadir dan mendengar lagu tersebut tidak perasan akan sebutan Tuhan Allah yang dimaksudkan dalam lagu tersebut adalah Tuhan orang Kristian – Jesus/Yesus.
Sebab itu kita kena berhati-hati dalam percakapan kita. Jangan kerana mulut badan binasa dalam api neraka.
GEORGETOWN - Pengerusi DAP Karpal Singh hari ini berkata Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda bagi memansuhkan Dewan Negara.
"Tiada perlu Dewan Negara. Ia adalah perbelanjaan yang tidak perlu untuk ditanggung rakyat. Tidak ada gunanya.
"Ia hanya menggalakkan orang yang telah ditolak oleh rakyat atau orang lain untuk dibawa ke Parlimen dari pintu belakang melalui Dewan Negara memandangkan dalam undang-undang Parlimen juga termasuk Dewan Negara," katanya kepada pemberita.
Beliau berkata Parlimen yang merupakan dewan perundangan yang tunggal, seperti juga kedudukannya di Singapura, merupakan yang paling sesuai demi kepentingan awam.
Karpal yang juga anggota Parlimen Bukit Gelugor berkata kemasukan beberapa personaliti dalam barisan Kabinet tidak sepatutnya dilakukan.
"Mana-mana ahli Kabinet yang dikatakan cukup berwibawa semestinya termasuk individu yang berintegriti dengan reputasi yang dipandang tinggi oleh masyarakat dan bahawa penilaian itu hanya boleh dibuat secara langsung melalui pilihan raya oleh rakyat dan bukan melalui pelantikan, katanya. - Bernama
Walaupun PRU13 telah berakhir dan keputusannya telah diketahui, bahkan diiktiraf oleh dunia, namun beberapa pihak, khususnya yang berkiblatkan Anwar Ibrahim masih tidak berpuas hati. Pelbagai alasan telah dicipta untuk menunjukkan kononnya kekalahan gerombolan Anwar Ibrahim itu adalah disengajakan dan membabitkan penipuan oleh SPR.
Cerita tentang SPR menipu, pengundi hantu dan sebagainya telah lama kedengaran. Bahkan bertahun-tahun sebelum 5 Mei 2013 lagi. Pakatan Rakyat, khususnya Anwar Ibrahim telah mendoktrinkan bahawa kekalahan Pakatan Rakyat pada PRU13 adalah disebabkan oleh faktor-faktor tersebut, bukannya ditolak oleh majoriti rakyat Malaysia.
Dan apabila keputusan diumumkan, Anwar Ibrahim segera menggunakan faktor undi popular untuk menunjukkan dan membuktikan yang Pakatan Rakyat sudah menang, mengatasi Barisan Nasional walaupun hakikatnya, undi popular bukanlan undi elektoral yang menjadi faktor penentu kepada kemenangan setiap kerusi.
Telah didedahkan sebelum ini bahawa PKR akan menggunakan konco-konconya bagi menimbulkan kekacauan. Kegagalan serangan lanun di Lahad Datu dan timur Sabah, membuatkan para pemimpin Pakatan Rakyat, khususnya Anwar Ibrahim sendiri, memerah otak mencari jalan agar kekacauan dapat ditimbulkan, dan proses pilihanraya dapat diganggu.
Ternyata usaha mereka gagal.
Terbaru, gerombolan pelajar-pelajar berhaluan kiri yang telah diresapi oleh fahaman Komunisme dan Sosialisme sedang merancang untuk melakukan rusuhan jalanraya. Tarikh yang dirancang adalah 18 Mei 2013. Ketua bagi golongan pelajar berhaluan kiri itu adalah HISHAMUDDIN RAIS, bekas pelajar tercicir yang melarikan diri ke luar negara selepas melakukan kekacauan pada tahun 1974 dan pulang semula selepas membuat pelbagai rayuan termasuklah menggunakan ahli-ahli keluarganya.
Malam tadi, dilaporkan, Hishamuddin Rais telah menghasut hadirin di Dewan Perhimpunan Cina Selangor agar turun beramai-ramai ke jalan raya pada 18 Mei untuk melakukan huru-hara dan tunjuk perasaan. Manakala di Annexe Gallery, Central Market, Kuala Lumpur, pada tarikh yang sama, jam 8:00 malam pula akan dianjurkan program STUDENT POWER yang akan menghasut para pelajar pusat pengajian tinggi untuk turut menyertai gerombolan pengacau yang menyokong Anwar Ibrahim bagi tujuan yang sama.
Sehingga ke hari ini, tiada sebarang tindakan tegas diambil terhadap golongan yang cuba mengganggu-gugat keselamatan negara itu daripada pihak berkuasa. Sekalipun terdapat banyak pendedahan dibuat, para pemimpin pelajar yang KESEMUANYA MERUPAKAN PELAJAR KECICIRAN, dibebaskan untuk berbuat apa-apa sahaja.
Anehnya, kesemua mereka adalah Melayu dan kesemua mereka juga mengharapkan bantuan kerajaan untuk meneruskan pengajian!
SHAH ALAM - Aktivis pelajar, Adam Adli hari ini ditahan di bawah seksyen 124 Akta Hasutan.
Menulis di laman mikro Twitter miliknya, Adam berkata dia ditahan di Bangsar Utama dan sedang dibawa ke Balai Polis Jinjang.
Dilaporkan, Adam yang digantung pengajian di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ditangkap berhubung kenyataan beliau yang dibuat semasa forum selepas pilihan raya anjuran Suara Anak Muda Malaysia (SAMM) pada 13 Mei.
Dalam forum itu, Adam menyertai beberapa NGO anti-kerajaan memanggil satu perhimpunan jalanan besar-besaran untuk meluahkan rasa tidak puas hati terhadap proses pilihan raya umum pada 5 Mei lalu.
Adam sebelum ini pernah menggemparkan negara kerana menurunkan bendera yang memaparkan imej Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Adam melakukan perbuatan itu dalam satu himpunan haram 17 Disember tahun lalu.
Saya pelajar sebuah institusi pengajian tinggi swasta di ibu kota. Masalah saya ialah terbabit dengan hubungan sejenis.
Mula-mula hanya ringan-ringan dan suka-suka, akhirnya kini saya terjebak lebih jauh. Saya boleh dikatakan sudah ketagih seks bersama rakan wanita saya.
Saya dalam dilema kerana takut pelajaran terganggu kerana ketagihan itu. Malah, saya sudah beberapa kali terlanjur dengan rakan serumah apabila kesunyian.
Tolonglah saya Dr. Saya sudah tidak tahu apa yang harus saya lakukan. Saya harap agar saya dapat mengubah kehidupan saya yang pahit ini.
Gadis terlanjur,
Kuala Lumpur
Pada masa kini seks hubungan sejenis semakin merebak. Seorang ahli psikologi iaitu Sigmund Freud berpendapat, apabila manusia dikuasai naluri id, mereka hanya memikirkan keseronokan tanpa mengambil berat mengenai agama. Aspek realiti dan pertimbangan dari segi moral dan logika sudah tidak dipedulikan. Matlamat id, mengikut Freud lagi hanya lebih kepada memuaskan nafsu naluri semata-mata. Melakukan hubungan seks sejenis antara elemen memuaskan id dan berpaksi kepada nafsu keseronokan. Buktinya, keseronokan mengadakan hubungan sejenis itu tidak berakhir selepas kali pertama ia dilakukan. Sebaliknya, ia berterusan sehingga ke hari ini. Malah, adik sudah ketagihan seks sejenis. Dr melihat adik mempunyai keinginan untuk mengubah cara hidup. Adik sebenarnya mempunyai pilihan untuk menentukan arah tuju hidup. Ini kerana manusia bertanggungjawab atas tingkah laku dan memilih jalan hidup mereka sendiri. Agama Islam amat melarang hubungan sejenis (surah al-Araf, ayat 80 dan 81). Melakukan hubungan sesama jenis mempunyai kesan tersendiri. Misalnya kajian ahli psikologi seperti King dan McKeown mendapati hubungan sejenis secara kesejahteraan psikologi adalah lebih terdedah kepada kebimbangan, tekanan dan tingkah laku kecenderungan membunuh diri daripada pasangan normal. Hubungan sesama jenis juga memberi implikasi kepada institusi perkahwinan dan kekeluargaan. Kaedah untuk mengurangkan keinginan mengadakan seks sejenis adalah pelbagai. Antara kaedah yang boleh digunakan ialah kaedah terapi dipanggil sebagai aversi. Ada ahli psikologi yang tidak bersetuju dengan pandangan terapi ini kerana menganggapnya sebagai kurang beretika kerana ia menyakitkan. Teknik lain yang boleh adik lakukan ialah teknik penulisan jurnal. Dari aspek agama pula, kaedah berpuasa boleh digunakan. Puasa membentuk manusia bermujahadah melawan hawa nafsu dengan mengekang diri daripada melakukan perkara yang yang boleh membatalkan atau mencacatkan puasa di siang hari. Semoga adik berjaya mengekang perbuatan hubungan sejenis adik.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini mengesahkan menerusi laman mikro Twitter miliknya sudah pun menyerahkan senarai Exco Kerajaan Negeri kepada Sultan Selangor. "Calon-calon Exco telah dikemukakan kepada Tuanku DYMM Sultan Selangor dan saya akan menghadap Tuanku minggu depan," tulis beliau.
Abdul Khalid turut menulis, kerajaan negeri pimpinannya juga akan mengekalkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi Selangor kerana sumbangan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu dalam hal tadbir urus di negeri ini. "Pengalaman beliau dijangka terus main peranan penting dalam pentadbiran negeri," ujar beliau lagi.
Sementara itu, menurut sumber rapat dari pejabat Kerajaan Negeri Selangor, ini adalah kali kedua Abdul Khalid menyerahkan senarai Exco kepada Sultan Sharafuddin Idris Shah. Senarai pertama yang diserahkan Abdul Khalid tidak mendapat perkenan baginda.
Menurut sumber terbabit, Abdul Khalid turut mengusulkan nama Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali dalam senarai pertama Exco kepada Sultan Selangor, namun tidak mendapat perkenan Tuanku. Tambahnya lagi, calon Exco dari Pas tidak menghadapi sebarang masalah dan mungkin mengekalkan portfolio masing-masing berbanding PKR dan DAP yang perlu ditukar ganti.
"Pas tak ada masalah, semua OK," katanya kepada media online. Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), 5 Mei lalu, Pas dan DAP masing-masing menang 15 kerusi Dun berbanding PKR hanya 14 kerusi. Melihat kepada keputusan itu, ternyata ia memberi kelebihan kepada wakil Pas dan DAP untuk dilantik sebagai Exco kerajaan pada penggal ini.
Abdul Khalid pada kelmarin telah mengadakan perbincangan pembahagian kuota jawatan Exco Kerajaan Selangor bersama pemimpin tertinggi PKR, Pas dan DAP dan dijangka akan diumumkan kelak. Adun Meru, Dr Rani Osman; Adun Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi dan Adun Chempaka, Iskandar Abdul Samad dikatakan calon Exco dari Pas yang mendapat perkenan Tuanku kerana rekod prestasi yang cemerlang.
Namun dikhabarkan nasib tidak menyebelahi Adun Seri Andalas, Dr Xavier Jayakumar dan Adun Bukit Lanjan, Elizabeth Wong dari PKR, yang nama mereka dikatakan tidak mendapat perkenan Sultan Selangor dan akan tersingkir dari Kabinet kerajaan negeri kali ini. Bagaimanapun sumber itu berkata lagi, tidak semua calon Exco kerajaan negeri dalam senarai pertama itu ditolak oleh Tuanku termasuklah Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad yang dilihat berkelayakan.
Difahamkan PKR akan meletakkan tiga calonnya untuk menduduki kerusi Exco pada penggal ini. DAP sudah mengumumkan pemilihan dua adunnya iaitu bekas Speaker yang juga Adun Sungai Pinang, Datuk Teng Chang Kim dan Adun Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah untuk mengisi kouta Exco.
Perkara ini juga dikatakan memaksa Abdul Khalid membatalkan pengumuman senarai Exco Kerajaan Negeri yang dijadualkan berlangsung dalam minggu ini. Selain itu, Abdul Khalid juga dijadualkan akan berangkat ke luar negara pada Ahad ini bagi mendapatkan rawatan susulan ekoran kesihatannya yang terjejas sebelum PRU13. Beliau hanya akan pulang ke tanah air pada Jumaat depan.
Ipoh: Sebahagian daripada 13 wanita warga asing Vietnam dan Thailand yang hanya memakai tuala mandi sambil melakukan urut ghairah tergamam apabila premis perniagaan refleksologi di Jalan Mustafa, digempur sepasukan anggota Jabatan Imigresen, malam kelmarin.
Difahamkan, kumpulan tukang urut wanita warga asing itu menawarkan perkhidmatan tambahan urutan batin atau hubungan seks dengan bayaran mencecah RM150 bagi setiap pelanggan.
Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Perak Irwan Zahid berkata, semua wanita warga asing itu diberkas dalam operasi 'Ops Sayang' yang disertai 30 anggota Jabatan Imigresen Perak membabitkan dua lokasi rumah urut di kawasan itu.
Menurutnya, ketika serbuan, semua wanita terbabit sedang mengurut pelanggan lelaki di dalam 13 bilik berasingan.
"Mereka didapati berpakaian seksi, malah ada antaranya hanya memakai tuala mandi sambil mengurut pelanggan lelaki.
"Semua mereka yang berusia 18 hingga 40 tahun itu kemudian disoal siasat sebelum tujuh dari mereka dikenal pasti sebagai warga Thailand, manakala enam lagi warga Vietnam," katanya.
Beliau berkata, lapan daripada wanita terbabit didapati menggunakan pas lawatan sosial untuk bekerja secara haram di negara ini, manakala lima lagi wanita Vietnam terbabit tidak mempunyai dokumen sah memasuki negara ini.
"Kami turut menyerbu sebuah lagi premis rumah urut di kawasan berhampiran dan menahan 11 wanita warga China yang bekerja sebagai tukang urut di premis berkenaan," katanya.
Pencapaian cemerlang parti 'ultra kiasu' DAP pada pilihanraya umum yang lalu telah menyebabkan pimpinan mereka semakin biadap dan kurang ajar. Mereka bukan sahaja sering mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman, malah ada ketikanya dilihat cuba bertindak melampaui batas dengan kenyataan hasutan, provokasi dan menghina.
Terbaru Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham dilihat sekali lagi cuba bermain dengan api, apabila mengeluarkan kenyataan biadap yang menghina institusi Diraja Johor apabila menyifatkan MCA sebagai tunduk kepada Sultan. Kenyataan yang dikeluarkan melalui twitternya pada 15 Mei yang lalu secara jelas cuba menyerang institusi Diraja itu.
"MCA (sebelum) tunduk kepada Umno, kini tunduk kepada Sultan? MCA tidak boleh membuat apa-apa pendirian sendiri? Bagaimana untuk mewakili rakyat?" katanya.
Kenyataan tersebut dipercayai merujuk kepada tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulai Sebatang, Datuk Tee Siew Kiong yang menerima perlantikan jawatan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Johor baru-baru ini.
Pada 29 April 2011, MCA dalam satu Majlis Mesyuarat Presiden di Melaka membuat keputusan sebulat suara untuk tidak menerima sebarang jawatan di peringkat Pusat dan negeri jika parti itu gagal meraih sokongan masyarakat Cina dalam PRU-13.
Ekoran keputusan PRU-13 yang jelas memperlihatkan kegagalan MCA untuk meraih sokongan dari masyarakat cina, MCA memutuskan untuk menolak sebarang jawatan baik di peringkat pusat mahupun negeri. Mungkin kerana malu dengan prestasi buruk itu, ada dikalangan pimpinan MCA yang mengambil keputusan untuk meletak jawatan dalam kerajaan negeri termasuk di peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT) daerah dan kampung.
Namun keputusan parti yang mewakili suara masyarakat Cina itu ditolak oleh Sultan Johor apabila menitahkan mahu masyarakat Cina diwakili di dalam barisan Exco bagi mengukuhkan perpaduan kaum. Akur dengan titah tersebut Siew Kiong menerima perlantikan tersebut.
"Ia adalah titah Tuanku, maka saya perlu menerimanya. Saya juga wakil MCA dan juga anak Johor, saya tiada pilihan lain," katanya selepas Majlis Angkat Sumpah Menteri Besar dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri baru-baru ini.
Ketika diminta mengulas mengenai perkara itu, Presidennya, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek berkata, pelantikan Siew Kiong adalah atas titah dan perkenan Sultan Johor yang mempunyai kuasa untuk berbuat demikian. Pelantikan Siew Kiong merupakan aspirasi Sultan untuk mempunyai perwakilan Cina dalam kerajaan negeri.
"Hanya Sultan memiliki kuasa dalam melantik ahli Exco kerajaan negeri Johor kerana keunikan Perlembagaan negeri tersebut," katanya.
Persoalanya, mengapakah Koo Ham cuba mempertikaikan keputusan tersebut? Sedangkan Sultan Johor secara jelas bertitah ia bertujuan untuk mengukuhkan perpaduan kaum di negeri itu. Malah MCA sendiri telah menjelaskan penerimaan jawatan tersebut dibuat kerana akur dengan titah Sultan.
Kesimpulannya, DAP selaku parti 'ultra kiasu' memang sengaja membangkitkan isu-isu yang sensitif dan berbaur perkauman bagi menarik kebencian rakyat. Dan menurut rekod, perbuatan sumpama ini bukan kali pertama dilakukan.
Kuala Lumpur: "Saya terpaksa berhenti berceramah kerana bimbang sesuatu buruk menimpa keluarga. Selain dimaki hamun dalam blog dan Facebook, ada yang datang ke rumah dan pusat pengajian memberi ugutan (mahu) memukul dan membunuh saya.
"Ya, saya akan berhenti berceramah 28 November depan kerana saya kecewa difitnah dan dicerca bukan-bukan oleh pihak tidak bertanggungjawab," kata penceramah bebas, Mohd Kazim Elias Al-Hafiz, 41, atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim.
Beliau yang juga pengasas Pusat Pendidikan Al-Barakah bertekad tidak mahu lagi menerima undangan ceramah kerana kecewa dituduh 'Ustaz Politik'.
Katanya, kesal dengan tuduhan yang dilemparkan beberapa pihak tertentu, beliau yang hampir 23 tahun berceramah di seluruh Malaysia memberi tumpuan terhadap pusat pengajiannya di Kampung Manjoi, Perak.
Selain itu, menurutnya, keputusan berhenti berceramah dibuat kerana ketika ini beliau tidak berapa sihat, selain baru-baru ini berlaku satu insiden rumahnya di Ipoh, Perak apabila ada pihak cuba menyimbah cuka.
KUALA LUMPUR 17 Mei - Pembangkang didakwa sudah lama merancang konspirasi menggulingkan kerajaan melalui demonstrasi jalanan dan rusuhan dengan nama Malaysia Spring sekiranya kalah dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.
Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata, seorang pemimpin tertinggi DAP pernah membayangkan demonstrasi melampau seperti Arab Spring itu bagi menjatuhkan kerajaan sedia ada.
Beliau mendakwa, Penasihat Seumur Hidup DAP, Dr. Chen Man Hin pernah menyatakan sokongan kepada Bersih 3.0 selain membayangkan demonstrasi itu sebagai permulaan kepada Malaysia Spring pada 26 April tahun lalu.
"Saya agak musykil, apakah yang dimaksudkan beliau dengan Malaysia Spring? Adakah beliau menyokong rusuhan dan keganasan seperti yang berlaku di negara-negara Arab? Adakah juga Bersih 3.0 hanyalah permulaan kejadian lebih buruk selepas ini?" katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di Kelab Sri Damansara, di sini hari ini.
Yang turut hadir, bekas Ketua Cawangan DAP Taman Sri Sungai Pelek, Tan Tuan Tat.
Menurut Tunku Abdul Aziz, demonstrasi jalanan dan perhimpunan haram setakat ini dirancang pemimpin politik tertentu sejak beberapa tahun lalu sekiranya tidak mendapat mandat menawan Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.
Disebabkan itu juga, katanya, beberapa pemimpin pembangkang ketika itu berterusan menggesa rakyat bersama-sama mereka menggulingkan kerajaan melalui beberapa siri demonstrasi jalanan.
"Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ini sedang menjelajah seluruh negara dengan misi untuk terus membangkitkan kemarahan rakyat terhadap kerajaan kononnya terdapat penipuan dalam pilihan raya umum lalu. Dia terus berbohong dengan mengaku dia ialah Perdana Menteri yang sah," katanya.
Tambah Tunku Abdul Aziz, apa yang menghairankan pemimpin pembangkang lain sudah memulakan tugas sebagai wakil rakyat di kawasan masing-masing meskipun dalam masa sama menuduh pilihan raya umum lalu tidak telus.
Malah, katanya, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng adalah antara yang paling awal mengangkat sumpah sekali gus mengakui kemenangannya menerusi proses pilihan raya umum itu.
"Kalau mereka menang, mereka tidak bising malah akui keputusan itu telus tetapi yang kalah menyalahkan kerajaan dengan pelbagai tuduhan tidak logik termasuk 'mengimport' warga Bangladesh mengundi selain berbohong Presiden Amerika, Barack Obama akan campur tangan," katanya.
Dalam pada itu, beliau menggesa polis mengambil tindakan tegas dalam usaha mengekang tindakan Anwar dan pemimpin pembangkang lain daripada terus mengadakan perhimpunan haram di seluruh negara.
Katanya, beliau bimbang tindakan bebas pemimpin pembangkang menghasut rakyat itu boleh mencetus kepada perhimpunan haram yang lebih besar dan ganas pada masa depan.
"Pembohongan yang menyentuh sentimen rakyat akan menjadi aset untuk mereka merancang sesuatu yang lebih besar dan buruk. Pihak polis perlu bertindak lebih tegas, jangan biarkan golongan seperti ini menghancurkan keamanan negara," katanya.
KUALA LUMPUR – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyelar pemimpin pembangkang kerana menjadikan isu undi popular sebagai `alat' untuk mereka menghasut orang ramai menolak keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) baru-baru ini.
Kata beliau, jikapun pembangkang memperolehi kelebihan suara majoriti, namun ukuran yang digunakan oleh pembangkang itu sebenarnya telah dimanipulasikan mengikut acuan `list system' atau `single transferable vote'.
"Kaedah yang ditafsirkan oleh pembangkang (`list system' atau `single transferable vote') hanya terpakai bagi negara yang memilih ketua negara dan parti pemerintah secara sistem pilihan raya perwakilan bernisbah yang memperuntukkan kerusi berasaskan undi yang diterima.
"Malaysia mewarisi sistem politik dari United Kingdom dan kebanyakan negara Komanwel juga menggunakan sistem `first past the post' dengan parti-parti politik yang bertanding di kawasan pilihan raya memilih hanya seorang wakil bagi setiap kawasan pengundian yang mengambil kira prinsip undi majoriti mudah," katanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Justeru, Ahmad Zahid berkata, beliau kesal dengan tindakan pemimpin parti pembangkang khususnya daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP mengelirukan golongan muda Cina dan pengikut yang buta politik untuk berpakaian serba hitam sebagai tanda protes terhadap keputusan PRU13 yang dianggap memihak kepada mereka berdasarkan undi popular.
Jelas beliau, jika pakatan pembangkang mahu menerima pakai `list system' atau `single transferable vote seperti yang digunakan oleh negara-negara Republik, maka pemimpin mereka wajar berhijrah ke negara-negara berkenaan untuk mempraktikkan kepercayaan politik tersebut.
Ia kerana, katanya, Malaysia bukan negara untuk menterjemahkan kepercayaan politik sendiri dan rakyat Malaysia yang setia perlu menerima sistem politik dan sistem membentuk kerajaan sedia ada seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Kata beliau, pemimpin pembangkang juga perlu mengakui hakikat kekalahan dan penolakan rakyat sebagaimana yang terdapat dalam sistem `first past the post' yang terpakai buat sekian lama di negara ini.
Sehubungan itu, katanya, perhimpunan haram yang dianjurkan oleh pakatan pembangkang secara `road show 'hanya merupakan `escapism; untuk lari daripada menerima hakikat kegagalan pembangkang menguasai Putrajaya.
"Sebenarnya pembangkang terlalu yakin (over confident) dengan sokongan pengundi dan memanipulasikan pelbagai isu serta menabur janji palsu dalam manifesto yang mereka sendiri tahu tidak akan termampu untuk mereka laksanakan.
"PAS pula sebaliknya, melalui kenyataan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengakui keputusan PRU13 dan menerima kenyataan atas keputusan yang dibuat oleh rakyat malah tidak bersetuju dengan perhimpunan haram yang diadakan PKR dan DAP tersebut," katanya lagi.
Tambah beliau, rakyat sebenarnya semakin muak dengan gelagat pemimpin pembangkang mengheret anak-anak muda terutamanya dari keturunan Cina dengan penuh rasa kebencian dan menyemarakkan api perkauman dalam masyarakat majmuk yang selama ini dijalin rasa keharmonian.
Lebih teruk, katanya, pembangkang turut mempertikaikan kewibawaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang kononnya memanipulasi undian dan menganggap ia satu tuduhan yang keterlaluan sedangkan SPR telah menuruti sebahagian besar tuntutan mereka termasuk menggunakan dakwat kekal yang hanya digunakan oleh negara-negara dunia ketiga.
Malah disetiap pusat pengundian setiap calon meletakkan wakil masing-masing sebagai polling agents untuk memantau proses pembuangan undi dan meletakkan ejen pengiraan semasa pengiraan undi dilakukan, katanya.
"Pelbagai tuduhan yang tidak munasabah terus dilemparkan kepada SPR kerana Pembangkang tidak mengakui hakikat kekalahan mereka, termasuk kononnya lampu terpadam ketika pengiraan undi dijalankan. Jika tidak pandai menari, jangan lah menuduh tanah tinggi rendah!," katany lagi. – mynewshub.my
PKR nampaknya sedang berusaha untuk mendapatkan kawalan yang lebih besar dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor, dengan PKR negeri mencadangkan calon-calon yang bukan sahaja untuk barisan exco negeri tetapi juga dalam syarikat-syarikat berkaitan kerajaan dan Pejabat Menteri Besar.
Antara lain, dikatakan terdapat usaha melobi yang bersungguh-sungguh supaya Azmin Ali - pengkritik paling keras terhadap Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim - mengisi jawatan exco kanan negeri.
Bagaimanapun, Timbalan Pengerusi PKR Selangor, Zuraida Kamaruddin berkata, ini bukan untuk mengawal Khalid atau sumber-sumber negeri, tetapi untuk memastikan bahawa dasar-dasar Pakatan Rakyat yang lebih baik diterjemahkan di peringkat negeri.
Katanya, cadangan itu dibuat kerana menurutnya negeri itu tidak memainkan peranan yang secukupnya dalam tempoh lima tahun yang lalu.
Dalam pilihan raya umum ke-14, kata Zuraida, pihaknya berharap akan mendapatkan sokongan yang lebih kukuh dari syarikat-syarikat berkaitan kerajaan dan rangkaian kerajaan, yang kini tidak banyak memberi sokongan.
Sama ada ini akan menjadi kenyataan akan bergantung kepada Khalid yang mempunyai kata putus.
Menteri besar dipercayai menentang langkah PKR negeri itu, dengan mendesak Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menjadi pendamai antara beliau dan kepimpinan PKR Selangor.
Zuraida berkata, beliau telah mengemukakan hujah-hujahnya, "tetapi prosesnya ialah "kami mencadangkan dan beliau yang memutuskannya".
Penyandang dari PKR dijangka digugur
Dijangkakan tidak seorang pun penyandang jawatan exco PKR akan dikekalkan jawatan mereka kerana kepimpinan PKR Selangor mahu "memberi peluang kepada orang baru".
"Kita mahu memberi semua orang peluang. Hanya dengan itu kita akan tahu siapa yang lebih baik. Kita adalah sebuah parti reformis, jadi kita percaya bahawa dengan muka-muka baru, akan datang idea-idea baru," katanya.
Ini bermakna ADUN Bukit Lanjan, Elizabeth Wong, yang dilihat sebagai penyokong kuat Khalid, tidak akan dilantik semula.
Penggal lalu, PKR mempunyai empat anggota exco, termasuk ADUN Seri Andalas Dr Xavier Jeyakumar, ADUN Kota Anggerik Yaakob Sapari dan ADUN Batu Tiga Rodziah Ismail
Selangor PKR mahu Azmin, yang merupakan pengerusi PKR negeri dan timbalan presiden PKR, mengisi jawatan exco kanan kerana senioriti beliau dalam parti.
Dengan memegang jawatan exco kanan, ia dilihat membolehkan Azmin mengawasi portfolio yang mentadbir sumber-sumber yang banyak di Selangor, termasuk tanah, pelaburan dan infrastruktur.
Zuraida enggan menamakan dua calon, tetapi menurut spekulasi, PKR Selangor sedang melobi untuk ADUN Batu Caves, Amiruddin Shari dan ADUN Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad.
Zuraida berkata PKR, yang akan mengisi tiga jawatan exco, juga mengambil "nasihat" istana supaya lebih ramai wakil Melayu dalam barisan exco bagi "mengimbangi komposisi kaum".
Bagaimanapun, katanya, PKR akan mempunyai seorang ahli exco bukan Melayu dari kalangan wakil Cina dan India, bergantung kepada senarai akhir calon exco DAP.
DAP hari ini dinamakan ADUN Sungai Pinang, Datuk Teng Chang Khim dan ADUN Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah sebagai exco pilihan parti itu dan seorang lagi belum dinamakan.
NONEOrang yang ketiga yang dispekulasikan ialah sama ada ADUN Kota Alam, V Ganabatirao atau ADUN Subang Jaya, Hannah Yeoh (kiri).
Walaupun Xavier adalah sebahagian daripada barisan exco penggal lalu, tetapi dipercayai beliau akan dilantik semula jika DAP tidak memilih Ganabatirao.
Ahli exco dijangka mengangkat sumpah minggu depan, dengan Khalid dipercayai akan memuktamadkan senarai excp hujung minggu ini.
M'kini
You are subscribed to email updates from Pilihan Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Rasanya ramai yang terpengaruh dengan dakyah Pakatan Haram yang kononnya golongan muda dan profesional kat negara kita ni sokong depa dan tak sokong BN. Silap tu broo..! Tu dakwaan takde fakta..ikut main terjah jer...
Faktanya, ramai golongan muda, profesional dan berjaya memilih BN sebagai perjuangan depa. Meh sini aku bagi contoh...
Nor Sabrina ni dulu pernah kerja di Kulim Hi-Tech Industrial Park (KHTP). Tinggi jawatan dia kat situ. Tapi macam biasalah, lepas PAS ambil alih KHTP dulu, depa tekan habis mana-mana pihak yang sokong BN dalam KHTP...
Antara yang jadi mangsa ialah Sabrina dan Datul Syukri...
Aku difahamkan Sabrina kemudiaannya terima offer dan jadi CEO Biotech di Melaka. Bukan calang-calang Sabrina ni. Maybe dia dilihat "low profile", ye laaa...dia ni takde kontroversi pun, tu yang ramai tak kenal dia tu...
Tapi sekarang ni dia dah jadi Exco Sains, Inovasi dan Teknologi Maklumat. Tak paya sebut pun, memang tepat sekali dengan bidang dia....Tahniah Sab...
Opsss.. Lupa aku nak bagi tau. Datin Nor Sabrina ni merupakan Ketua Puteri UMNO Bahagian Kulim - Bandar Bharu. Tak salah aku, dah dua orang dah cahayamatanya. Dan dia memang seorang Puteri yang berkaliber dan berprospek tinggi... Tahniah terpilih sebagai "Team Transfomasi Kedah"!
MB Kedah pakai kain pelikat...memang down to earth..humble..!
Aku ingat lagi, masa PAS berjaya menjajah Kedah kira-kira 5 tahun dulu, depa kepung Wisma Darulaman sejak pukul 6.30 petang sampai hampir tengah malam. Tak tahu la depa solat maghrib kat mana, ambil wudhu kat mana masa tu...
Tapi masa BN rampas balik Kedah dari jajahan rejim PAS Kedah, kita relaks jer... Kita tak kepung pun Wisma Darulaman. Memang aku ada sebut, tapi tu acah jerr... Heh! Nak tengok muka puak PAS time tu pucat lesi ke tidakkk...heh!
PRU ke-13 dah habis, selesai. Aku tengok, ramai pemimpin UMNO dan PAS di Kedah yang berpeluk lepas PRU ke-13 ni. Depa mintak maaf antara satu sama lain dan terus komited untuk sama-sama bangunkan Kedah ni...
Kita yang kat bawah ni macamana? Kita dah berpeluk ke belum? Dah mintak maaf ke belum? Aku dah mintak maaf dah kat blog ni. Dan aku pun dah berpeluk bermaaf-maafan dengan kawan-kawan baik aku dalam PAS sebelum dan selepas PRU ke-13. Korang dah?
Betul laaa.. buat apa nak gaduh-gaduh? Kita kena bersatu-padu bangunkan Kedah. Politik tu politik la jugak. Tapi tali silaturrahim dan ukhuwah antara kita umat Islam ni lebih penting, kan? Tak tahu la sama ada penyokong PAS sokong ke tidak saranan aku ni...Depa mau Islam, ke?
Sebenarnya, Datuk Mukhriz dah jemput semua ADUN-ADUN PAS untuk bersama-samanya membangunkan Kedah ni. Tak kira la sama ada dilantik sebagai Exco atau tidak, tapi sebagai wakil rakyat, itu depa punya tanggungjawab laa...kan?
Kalau Datuk Mukhriz dan ADUN-ADUN PAS ni boleh bersatu dan ikhlas bangunkan Kedah dengan mengenepikan sentimen politik, aku gerenti, rakyat Kedah pasti seronok, gembira dan suka sangat, kan? Setuju tak?
Cuma aku risau dengan penyokong-penyokong "hardcore" PAS ni. Depa ni bukannya reti pikiaq sangat kengkadang tu. Orang utamakan Islam, depa utamakan politik. Abih tu macamana Kedah ni nak maju? Heh!
So aku harap depa tukar minda depa ke arah yang lebih positif dan matang. Relaks la bro.. kita sama-sama Islam, kan? "1Islam" dan "1Kedah"... kita sama-sama majukan Kedah. Takbir..!!! Allahu Akbar..!!! (Aikkk..? Takkan aku sorang je yang takbir?)
Rakyat Kedah diseru supaya melupakan sengketa yang mungkin tercetus semasa tempoh kempen pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) untuk sama-sama membangunkan negeri.
Menteri Besar, Datuk Mukhriz Tun Mahathir meminta mereka agar mengenepikan fahaman politik masing-masing bagi berbuat demikian.
"Pelbagai polemik dan pecah belah dalam masyarakat telah berlaku sebelum ini kerana politik telah menjadi perkara harian yang sering dibincangkan sama ada di kalangan rakyat mahupun di media massa.
"Saya pohon supaya letak tepi buat sementara isu politik supaya kita dapat bersama-sama pulihkan keadaan dan waktu ini kita gunakan untuk pupuk perpaduan tak kira apa juga fahaman politik.
"Kini masanya untuk hulurkan tangan persaudaraan untuk kita bersatu. Negara membangun apabila rakyat majmuk pelbagai kaum bersatu dan kerajaan akan dapat jalankan tugas dengan penuh amanah tanpa perlu bimbang apa-apa," katanya ketika berucap pada majlis kesyukuran sempena kemenangan Barisan Nasional pada PRU-13, di sini, Jumaat.
Mukhriz berkata untuk membawa Kedah ke tahap yang sama dengan negeri maju yang lain memerlukan kerjasama semua pihak bagi memudahkan projek pembangunan di negeri ini dilaksanakan.
Beliau berkata Kedah sudah agak lama tercicir dari arus pembangunan negara, justeru banyak perkara perlu dilakukan bagi mencapai matlamat untuk menjadi sebuah negeri yang maju seiring dengan hasrat kerajaan pusat.
"Saya mohon rakan-rakan daripada parti pembangkang bersama bangunkan negeri ini, kita lakukan yang terbaik dan kerjasama semua pihak amat diperlukan.
"Mungkin ada yang akan berfikir bahawa perkara ini adalah mustahil, Kedah takkan maju, takkan mampu majukan Kedah, tapi percayalah tidak ada yang mustahil selagi kita fikirkan inilah masanya untuk melakar masa depan yang lebih cerah," katanya.
Mukhriz yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Hitam memohon maaf secara terbuka kepada semua pihak sekiranya terdapat kekasaran yang dilakukan tanpa disedarinya terutama sepanjang tempoh berkempen.
Lebih 5,000 rakyat di sekitar kawasan Parlimen Jerlun khususnya Dewan Undangan Negeri Ayer Hitam menghadiri majlis tersebut yang diadakan khas untuk rakyat di DUN berkenaan.
Yang turut hadir isteri Mukhriz, Datin Norzieta Zakaria, Anggota Parlimen Jerlun Datuk Othman Aziz dan Adun Kota Siputeh Datuk Abu Hasan Sarif. - Bernama
Pak Tam yang akan bina Litar Lumba ni...insyaAllah...
Berita baik untuk golongan muda di Kedah yang suka sangat merempit tu. Aku dengar, litar yang PM janji nak buat kat Kedah ni akan dibawa ke meja Menteri Besar Kedah untuk dibincangkan perlaksanaannya nanti...
Siapa yang akan bawa litar tu kepada Mukhriz? Individu yang akan bawak usul tu ialah YB Aminuddin Omar. Kalau sebut Aminuddin Omar ni orang Kedah tak berapa nak kenal. Tapi kalau di sebut Pak Tam Pemuda Kubang Pasu, rasanya ramai yang tahu...
Aku sendiri tak berapa kenal Pak Tam secara peribadi, hanya sekali dua minum teh tarik dengan Pak Tam sebelum ni. Tu pun dia tak kenal aku sapa... Meh sini aku cerita serba sedikit pasal Pak Tam ni...Individu yang akan bina Litar Lumba untuk golongan muda kat Kedah nihhh...
Pak Tam ni pada aku adalah seorang yang pendiam. Dia kurang bercakap. Tak tau la dengan orang lain macamana. Tapi dari pengalaman aku yang dok memerhati ramai pemimpin Pemuda UMNO Kedah, Pak Tam ni memang kurang bercakap...
Tapi yang best tentang dia, walaupun kurang bercakap, dia memang jenis buat kerja. Bagi la apa pun kerja kat dia, dia akan cuba buat sebaik mungkin. Belum pernah lagi la aku dengar orang merungut pasal Pak Tam ni...
Aku ingat lagi ada sekali tu aku lepak dengan YB Badrol Hisham minum teh tarik kat Stadium Darulaman tu. Pak Tam pun ada sekali. Dia kurang bercakap, tapi setiap apa yang YB Bad tanya, dia boleh jawab dan maklumkan semua tu dah settle...Masa tu, kedua-dua pemimpin Pemuda ni belum jadi Exco lagi...
Sekarang ni Pak Tam dah jadi Exco. Dia pegang portfolio jaga kebajikan belia dan sukan kat Kedah ni. Masa angkat sumpah kat Istana Anak Bukit baru-baru ni, Pak Tam bagitahu pasal Litar Lumba tu akan dibawa ke meja Datuk Mukhriz...
Menariknya, Pak Tam juga ada sebut pasal isu team Hijau Kuning, nampak "Sang Kenari" akan terbang tinggi semula. Bagi peminat-peminat bolasepak, nantikan "amukan" Hijau Kuning merampas kejuaraan Liga Super...!
Korang ingat Hijau Kuning lekeh ka? Heh! Pernah dapat treble wooo..!!! Tu zaman BN laaa.. Zaman PAS merudum! Bukan salah pemain sebenarnya. Sebuah team tu akan kuat dan unggul jika diuruskan oleh pihak yang bijak mengurus...
Contoh, kalau la kita suruh Mahfuz Omar uruskan Manchester United, rasanya tak sampai seminggu dia dah kena pecat! Heh! Ye laaaa... nak eja "lunch" pun tak reti... Errr... Mahfuz reti eja "bola" dalam bahasa Inggeris tak? Heh!
So, kita nantikan Litar Lumba tu nanti. Dan Hijau Kuning insyaAllah akan berada di prestasi sebenar selepas beberapa ketika nanti. Harap Pak Tam dapat memberikan khidmat terbaik untuk skuad kesayangan kita tu... Takbir..!!! Allahu Akbar..!!! (Ingat bertakbir tu PAS saja yang punya kaaa?)
Tu diaa aiiihhh..!!! Nak berkempen tu berkempen la jugakk... Tapi jangan la sampai sanggup fitnah orang! Agak-agak la sikit. Kita ni orang Islam, Islam larang memfitnah sesama kita... Tapi mungkin juga kerana fitnah tu maka mamat ni kalah...kan?
Aku bercakap pasal Husam Musa. Yup! Dia kalah di Putrajaya. Dan aku yakin kekalahannya itu ada hubung kait dengan tindakannya yang menfitnah Datuk Seri Mustapha Mohamed kononnya memberi saham FGVH kat ketua-ketua bahagian UMNO di Kelantan...
Hasilnya, mahkamah memutuskan supaya Husam tidak lagi dibenar mengeluarkan sebarang kenyataan yang berbaur fitnah kat Tok Pa...ceritanya macam ni...
Masa dok berkempen hari tu, Husam ada tabur fitnah jahat kononnya Tok Pa pakat dengan Felda bagi saham FGVH kat ketua-ketua bahagian UMNO kat Kelantan. Kononnya dia nak orang kata Tok Pa ni tak amanah dan jahat laaa..
Tapi memandangkan Allah itu Maha Adil, Dia bayar "cash"! Tok Pa adukan perkara tu kat mahkamah dan hakim memerintahkan injunksi supaya Husam tak sebar lagi dah fitnah tu kat orang ramai...
Tu diaaa..sampai lagu tu sekali Husam kempen? Patut pun kalah kat Putrajaya... Kalau dok fitnah orang macam tu, Allah akan tolong ke? Tak malu betul dok minta doa kat Allah, tapi dia sendiri buat dosa besar...
Persoalannya, bila Husam nak mintak maaf? Heh? Jangan harap laa... kalau ada pun tunggu Hari Raya nanti.. tu pun kalau terserempak dengan Tok Pa..kan? kan? kan?
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed telah berjaya memperoleh perintah injunksi sementara bagi menghalang Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa daripada mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah terhadap beliau.
Perintah itu dikeluarkan dalam satu kes saman terhadap Husam berhubung dakwaan beliau mengenai pemberian secara percuma 400 lot saham Felda Global Ventures Holding Bhd. (FGVH) kepada setiap ketua UMNO bahagian di negeri itu.
Mustapa, 63, yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan memfailkan writ saman dan pernyataan tuntutan itu di Mahkamah Tinggi di sini melalui firma guaman, Tetuan Shafee & Co. pada 22 April lalu.
Selain Husam, Mustapa menamakan Pas selaku penerbit akhbar Harakah; Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali selaku pemegang permit Harakah; Ketua Pengarang HarakahDaily.net, Zulkifli Sulong; dan Pengarangnya, Azmi Yusof sebagai defendan pertama hingga kelima.
Hakim Datuk Nor Bee Ariffin sepatutnya mendengar permohonan injunksi inter-parte (antara pihak) dalam kes saman yang melibatkan Husam dan empat yang lain, hari ini.
Namun begitu, peguam Azhana Mohd. Khairuddin yang mewakili pihak defendan memerlukan masa untuk memfailkan afidavit balasan memandangkan pihaknya masih belum diserahkan dengan permohonan injunksi inter-parte tersebut.
Menurut Azhana, ketika pengurusan kes itu, Hakim Nor Bee memerintahkan pihak defendan memfailkan afidavit dan memasukkan hujahan bagi permohonan injunksi inter-parte yang akan didengar pada 17 Julai depan.
Mustapa yang memenangi kerusi Parlimen Jeli dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Air Lanas pada pilihan raya umum minggu lalu dalam pernyataan tuntutannya menyatakan, Pas pada 23 Mac lalu telah menganjurkan satu ceramah politik di Tapak Ekspo Machang.
Mustapa selaku pihak plaintif turut mendakwa, pihak defendan telah melakukan konspirasi dengan menerbitkan artikel bagi memburukkan beliau dan BN serta UMNO untuk menghancurkan kerjaya politik dan statusnya sebagai menteri Kabinet.
Sejak tarikh itu menurut plaintif, Husam yang ketika itu Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kelantan, telah memulakan kempen mengaitkan beliau dengan rasuah.
Mustapa menyatakan, Pas dan defendan lain, pada keesokan harinya dengan niat jahat telah menerbitkan dalam harakahdaily.net artikel bertajuk 'Lahad Datu: Menteri sepatutnya letak jawatan berhubung isu saham FGVH'.
Plaintif yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO menyatakan, artikel fitnah itu memberi gambaran antara lain, beliau kononnya ahli politik yang tiada kredibiliti dan menyalahgunakan kedudukannya bagi mendapatkan sokongan politik.
Sehubungan itu, Mustapa menuntut ganti rugi bagi fitnah lisan daripada Husam dan ganti rugi bagi fitnah bertulis daripada Pas.
Pihak plaintif turut menuntut daripada kesemua defendan, ganti rugi bagi konspirasi, ganti rugi bagi niat jahat atas penipuan dan ganti rugi tambahan serta ganti rugi teladan serta perintah injunksi.
Pada Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu, Husam tewas kepada Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor di kerusi Parlimen Putrajaya dengan majoriti 5,541 tetapi menang di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Salor, mengalahkan calon BN, Mohd. Noordin Awang dengan majoriti 3,683 undi.
Husam tidak dilantik memegang jawatan sama ada sebagai Timbalan Menteri Besar atau Exco Kerajaan Negeri sebaliknya Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah sebagai Timbalan Menteri Besar yang baharu.
Menteri Besar yang baharu, Datuk Ahmad Yakob pada 7 Mei lalu, menjelaskan Husam digugurkan daripada senarai nama Exco Kerajaan Pas Kelantan yang baharu setelah tidak mendapat perkenan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V. - Utusan
Perghhh..!!! Garang betul bunyinya... "Saya tidak akan memberi amaran tetapi tunggulah tindakan tegas!", kata Datuk Seri Zahid Hamidi semalam. Heh! Bukan apa, aku terus terbayang muka Anwar Berahimmmm...
Kemudian, aku terbayang muka Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien. Lama jugak aku tersengih-sengih sorang diri memikirkan pekara ni...
Datuk Seri Zahid kata...dia takkan kasi amaran lagi dah kat mana-mana pihak yang nak cetus huru-hara. Aku rasa...dia tujukan kenyataan tu pada Anwar Berahim...tapi...
Dalam hati kecil aku yang agak nakal ni pulak kata... mungkin jugak Datuk Zahid ni "tibai serampang dua mata"....Satu kena kat Anwar dan satu lagi kena kat Datuk Seri Hisham...heh!
Ye laaa.. selama ni kitorang ni pun dah bosan dah asyik dengar amaran je setiap kali Anwar buat kacau. Bukan sekali dua...dah banyak kali dah pun Anwar buat huru-hara dan ancam keselamatan umum... tapi KDN asyik kasi amaran jer...
Aku yakin, keluhan kami rakyat marhain ni dah sampai ke meja MT, kabinet, warroom dan ke telinga PM... Dan aku juga yakin, sebab tu "amaran" tu "ditranformasikan" ke bentuk "tindakan tegas"... sama la dengan tindakan tukar portfolio menteri tu...
Syabas DS Najib. Tak kira sepupu ke apa ke, at least DS Najib dengar jugak keluhan rakyat yang dah bosan dengan "amaran" dan mahu "tindakan tegas" diambil...
Cuma satu je aku sangsi. Anwar tu dulu merupakan boss DS Zahid... Berani ke DS Zahid lawan bekas boss dia? Dulu masa Anwar kena pecat, DS Zahid sanggup letak jawatan sebab setia kat Anwar...kan?
So, adakah DS Zahid betul-betul berani ambil tindakan tegas kat Anwar? Atau dia pun akan keluarkan lagi "amaran-amaran" sambil menyelitkan perkataan "tindakan tegas" dalam amaran tu? Entah laaa... kita tunggu je lepas ni...
Bukan apa...banyak dah Anwar dok buat hal kat negara kita ni. Kalau boleh, nak je aku suruh kerajaan buang je Anwar Berahim ke luar negara. Dia ni layak buang negara jer...dasar pengkhianat memang patut diajar macam tu...
Kerajaan tidak akan memberi sebarang amaran kepada mana-mana pihak yang bercadang mahu mencetuskan huru-hara sebaliknya akan terus bertindak secara tegas. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, tiada sebarang kompromi dengan pihak tertentu khususnya pemimpin pembangkang yang sedang menghasut rakyat turun ke jalanan bagi mencetus rusuhan sekali gus menjayakan hasrat menggulingkan kerajaan Barisan Nasional (BN).
"Saya tidak akan memberi amaran tetapi tunggulah tindakan tegas," katanya ringkas ketika dihubungi Utusan Malaysia bagi mengulas tindakan yang bakal diambil ke atas pemimpin pembangkang dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang merancang mencetuskan huru-hara.
Isnin lalu, pemimpin pembangkang seperti Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) R. Sivarasa dan Tian Chua ketika berceramah dalam Perhimpunan Tragedi 13 Mei secara terbuka menghasut rakyat ke jalanan bagi menumbangkan kerajaan BN melalui kaedah rusuhan.
Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, Kementerian Dalam Negeri yang diterajui kepimpinan baharu bersedia sepenuhnya memastikan kesejahteraan rakyat dan keharmonian negara kekal terpelihara dengan menguatkuasakan undang-undang sedia ada.
"Pencegahan itu lebih baik daripada penyelesaian, dan pencegahan awal itu lebih murah 'harganya' berbanding penyelesaian masalah. Saya akan guna pendekatan itu agar pihak kerajaan tidak disanggah dan mereka (pembangkang) juga tidak melakukan penyanggahan," jelasnya.
Sementara itu, mengulas kecaman pembangkang selepas beliau meminta pihak tidak setuju dengan sistem pilihan raya Malaysia berhijrah ke negara republik jika menjadikan isu undi popular sebagai alasan, Ahmad Zahid berkata, pembangkang melenting kerana mereka cuba menipu rakyat.
"Orang yang makan cili memang akan terasa pedasnya, sebab itu pemimpin seperti Lim Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng melenting dengan kenyataan saya, tetapi apa yang dinyatakan adalah hakikat dan sudah sedia termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan," katanya. - Utusan
Negeri yang banyak rakyatnya dilantik sebagai Menteri
Parlimen Malaysia kali ini akan dikuasai oleh pihak pembangkang setelah beberapa orang yang tidak disenangi telah dilantik sebagai Menteri dan seorang menteri yang racist terutamanya yang tidak mewakili parti politik. Siapa dari kalangan ahli parlimen yang akan mempertahankan menteri atau timbalan menteri sekiranya dibelasah oleh ahli parlimen pembangkang dalam persidangan parlimen nanti. Kerana ianya tidak ada parti yang boleh membantu.
Tentunya dewan akan hangat apabila seorang menteri atau timbalan menteri di 'boo' dalam perlimen, tambahan pula menteri atau timbalan menteri yang tidak mesra dengan ahli parlimen yang rata-rata tidak akan senang hati dengan menteri yang tak payah bersusah payah tapi terus dilantik kedalam kabinet.
88 orang ahli Parlimen UMNO yang dipilih oleh rakyat hanya beberapa kerat saja dilantik sebagai Menteri dan Timbalan Menteri dan yang malangnya mereka tidak diiktirah oleh PM Najib setelah sekian lama berkhidmat untuk mempertahankan BN tapi tidak diberi peluang untuk dilantik sebagai Menteri, contohnya Bung Mokhtar dan yang sudah jadi menteri pun digugurkan seperti Shaziman Mansor dan Noh Omar.
Menteri baru yang dilantik tidaklah nampak hebat benar. Tunggu persidangan dewan rakyat nanti, mampukah menteri yang diluar parti dapat menghayati nadi kerajaan atau hanya sekadar pak pacak yang dapat keistimewaan atas anugerah PM Najib.
Berita terbaru, BN akan kehilangan beberapa kerusi Parlimen setelah parlimen bermula, sama ada menjadi ahli parlimen bebas atau join PR belum dapat pengesahan, sekiranya ia bermula dari serawak tentunya akan mengubah percaturan politik tanahair. Ertinya 133 - 6 -4 untuk parlimen dan bagaimana pula di Negeri Trengganu, Kedah dan Perak yang menang tipis.
Mungkin 3 negeri iaitu Kedah, Perak dan Trengganu akan bergelora sekiranya angin perubahan datang dari negeri Serawak dan negeri dibawah bayu. Sama-sama kita tunggu perkembangannya.
Bekas Setiausaha Sulit Anwar Ibrahim, Anuar Shaari mencabar bekas bossnya Anwar Ibrahim untuk membuat pengiraan semula kertas undi di Parlimen Permatang Pauh jika bekas bossnya itu masih pusing Malaya membuat dakwaan kononnya ada penyelewengan di dalam pengiraan kertas undi.
'Jika Anwar benar-benar yakin bahawa terdapat penyelewengan di dalam pengiraan kertas undi mengapa beliau tidak mulakan dahulu pengiraan semula di kawasan yang ditandinginya sebelum mencampuri kawasan yang ditandingi orang lain'
'Saya akan meminta bantuan Suruhanjaya Piliharanya untuk perkara ini. Sudah masanya Anwar menerima hakikat bahawa rakyat menolak beliau daripada menjawat jawatan Perdana Menteri' kata Anuar Shaari lagi.
Itu keinginan Anuar Shaari yang pada pandangan Jebat sekadar pandangan kosong kerana Anwar Ibrahim tidak akan sesekali memandang berat kepada perkara yang boleh merugikan pergerakan kerjaya politiknya.
Sudah berapa lama rakyat menantikan paras rupa jam Omega? Sudah berapa lama rakyat menantikan kehadiran lelaki yang didakwa mempunyai rupa paras seiras Anwar yang dikatakan melakukan adegan seks di dalam video? Berapa lama lagi kita menantikan keberanian Anwar untuk bersumpah?
Anda semua tahu betapa yang kita semua nantikan itu takkan kunjung tiba kerana Anwar tidak akan sesekali berupaya untuk membuktikan kesahihahan dakwaan beliau itu.
Yang tidak perlu anda tunggu tetapi pasti akan kunjung tiba ialah kebolehan Anwar Ibrahim menyeret rakyat untuk terus berdemonstrasi di jalanraya.
Blogger Stop The Lies ada menulis perihal cabaran Anuar Shaari terhadap bekas bossnya itu DI SINI.
p/s: Tak sabar nak tengok Zahid Hamidi dan IGP baru bertindak menangani kegilaan gerombolan Pakatan ini!!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan