Sabtu, 30 Mac 2013

BLOG - BLOG PARTI UMNO

BLOG - BLOG PARTI UMNO


Puteri Bahagian Segambut

Posted: 29 Mar 2013 11:06 PM PDT

Puteri Bahagian Segambut


Tu Diaaaa!!!! Samseng Taik Kucing PR Bantai Pemuda UMNO #TolakPR #BN4WP

Posted: 29 Mar 2013 05:00 AM PDT


Hebat mainan politik budak² pencacai PR di Bandar Tun Razak hari ini. Dek kerana tak terlawan merimbunkan bendera² Pakatan di sini, malam tadi seorang Pemuda Barisan Nasional (BN) dibelasah sehingga mendatangkan kecederaan kepada Mohd Fadzili.

Fadzili merupakan Pemuda UMNO yang aktif di dalam Parlimen milik Khalid Ibrahim ini dan sentiasa berada di sisi UMNO dalam memperjuangkan agama, bangsa dan negara.

Kejadian didakwa berlaku di hadapan bank CIMB, Jalan Jujur Bandar Tun Razak yang turut disaksiakan oleh Pengerusi PDM, Saudara Hisham Hamidi yang berada di tempat kejadian. Beliau sendiri mengesahkan berlaku pergelutan dan tumbuk menumbuk yang dimulakan oleh pencacai PKR jilat punggung ini.

Satu laporan Polis telah dibuat ke atas Mohamad Saiful Bin Mansur ini.

Tindakan biadap Saiful ini sudah boleh diduga apabila sebelum ini Saiful pernah membuat ugutan terhadap blogger Rezqeen Hill kerana tidak bersependapat dalam ruangan komen di Facebook.

Dek kerana banner bodoh ini telah menyebabkan si Saiful menjadi bangang untuk mempertikaikan apa yang tertulis di atas dada banner tersebut.
Lihat di bawah ini, details Saiful.

Ahli Pengakap di Wilayah Persekutuan yang begitu aktif mengeluarkan kenyataan dan statement & risalah² yang tidak bertanggungjawab di laman Facebook. Saya tidak nafikan Saiful begitu concern dengan perkembangan politik semasa tetapi daripada apa yang pernah dipaparkan melalui Facebooknya, saya dapat melihat satu kedunguan yang terpalit di dalam benak kepala otak dia.

Sebenarnya saya tak berminat nak cerita & londehkan aib pencacai & pejuang LGBT Malaysia tetapi hal ini dilakukan kerana terpaksa dek kerana kelibat Saiful dan sekutunya Azizul boleh mengancam nyawa orang lain hanya kerana berbeza pendapat politik. 

Suka saya nasihatkan pihak Polis supaya mengambil tindakan terhadap mereka yang melakukan kesalahan ini untuk dihadapkan ke muka pengadilan. Kerana dibimbangi akan tercetus lagi perkara² sebegini yang dirasakan akan memberi rasa kurang selesa di kalangan rakyat setempat terutama di Bandar Tun Razak.

Berikut maklumat dan details yang saya perolehi daripada laman web SPR yang mendedahkan lokaliti pencacai PR ini.
Sumber: Bersih3Suku
 

Puteri Bahagian Segambut

Posted: 28 Mar 2013 11:05 PM PDT

Puteri Bahagian Segambut


Kebebasan Media ALa-ala Pembangkang #UUlangISaman #TolakPR

Posted: 28 Mar 2013 08:26 PM PDT





SP rasa nak tergelak bila tengok gambar di atas ni. Ini rupanya kebebasan media ala-ala Pakatan Pembangkang yang selama ni dilaung-laungkan tapi sebenarnya merekalah yang paling kerap memarahi dan mengherdik wartawan serta mengenakan sekatan terhadap media. Lihat sajalah contoh gambar di atas.



Kalau macai Pakatan Pembangkang tak payah ceritalah hari-hari kutuk kerajaan kononnya tak bagi kebebasan medialah apalah tapi sebaliknya pemimpin merekalah yang paling banyak menyaman media. Inilah yang dikatakan Cakap Tak Serupa Bikin!!!!!






PM @NajibRazak Yakin BN Menang Majoriti 2/3 #PRU13 #GE13 #BetterNation

Posted: 28 Mar 2013 07:14 PM PDT

Financial Times dan Reuters membawa berita baik untuk rakyat Malaysia iaitu, Perdana Menteri, Dato' Seri Najib, telah menyatakan keyakinannya bahawa Barisan Nasional mampu memenangi majoriti 2/3 di dalam Pilihanraya ini. Keyakinannya amat bererti bagi kebanyakan golongan peniaga, terutamanya, kerana golongan inilah yang amat gusar dengan kredibiliti dan kebolehan pembangkang dalam menerajui ekonomi.

Hakikat bahawa Anwar Ibrahim juga menyatakan bahawa ini adalah peluang terbaik baginya untuk menang, dilihat sebagai satu kenyataan politik semata-mata daripada seorang yang asyik tertembak kaki sendiri di saat-saat genting ini.

Dengan mengenepikan skandal seksnya, rakyat Malaysia kini memerhatikan Anwar secara 'dekat' apabila namanya berkali-kali disebut dalam penyiasatan pencerobohan pengganas di Lahad Datu. Sehingga ke hari ini, Anwar gagal menjelaskan kenapa beliau berjumpa dengan pemimpin MNLF beberapa kali dan apa yang dibuat oleh 'orang-orangnya' di Filipina beberapa hari sebelum pencerobohan tersebut.

Ia tidak mungkin satu kebetulan untuk Anwar membangkitkan isu Malaysia akan kehilangan Sabah dan membuat bising mengenai pemberian kad pengenalan kepada warga asing di Sabah tanpa mengikut prosedur, sebelum peristiwa berdarah tersebut tercetus di Sabah.
Tetapi, kesilapan Anwar yang paling besar dalam menangani isu ini ialah beliau cuba menutup mulut media dari mengorek cerita sebenar darinya dengan cara mengugut untuk menyaman jika mereka bertanyakan kenapa beliau tidak menyaman pihak yang pertama sekali mendedahkan pendalangannya iaitu Reuters dan media Filipina?

Beliau mungkin meraih keuntungan politik jika berbuat demikian, tetapi hakikat bahawa beliau tidak melakukannya, menunjukkan yang laporan tersebut pastinya berasas.
Tiada siapa yang waras akan mengundi seorang yang tidak tahu menghargai nyawa manusia. Tiada siapa yang sanggup mengundi seorang yang sanggup menggadaikan sebuah negeri kepada pengganas demi untuk menjadi Perdana Menteri.
Negara jenis apakah yang Perdana Menterinya sendiri seorang pengkhianat?

Seperti juga masalah-masalah lain yang menimpa Anwar, tiada siapa yang menganiaya dirinya melainkan dirinya sendiri. Ini adalah masalah biasa bagi seorang yang begitu terdesak, tidak tertahan-tahan, teruja dan tergila-gila untuk berkuasa.

Anwar boleh saja berjuang dengan cara yang betul, iaitu bekerja bersungguh-sungguh untuk membuktikan kredibiliti partinya dan berkhidmat kepada rakyat di kawasannya dengan baik. Dengan cara ini, tidak mustahil suatu hari nanti beliau akan berjaya memenangi hati rakyat Malaysia di mana mereka mungkin akan melupakan segala kisah-kisah buruk, jijik lagi membusukkan mengenai dirinya.

Tetapi, beliau memilih untuk berjuang secara kotor, menggunakan pintu belakang dan mencetuskan suasana tidak aman. Malah, 'Arab Spring' merupakan impiannya, lalu bagaimana kita tidak melihat adanya hubungan antara dirinya dengan pertumpahan darah di Lahad Datu?

Sedang Anwar sentiasa berada di dalam 'mode' menyerang kerajaan dan apa saja yang berbunyi BN, Dato' Seri Najib pula amat bertentangan dengannya.
Berbeza dari Anwar, Perdana Menteri lebih suka bercakap mengenai pencapaian kerajaan daripada menyerang musuh politiknya.

Di dalam wawancara dengan Financial Times, misalnya, Dato' Seri Najib jelas begitu bersungguh-sungguh bekerja sebagai Perdana Menteri mahupun sebagai pemimpin parti. Beliau menjelaskan bagaimana sebuah kerajaan yang kuat amatlah perlu bagi mempercepatkan proses transformasi bagi negara ini. Beliau juga menekankan bagaimana beliau telah melakukan perubahan dari segi undang-undang di dalam UMNO begi memudahkan ahli untuk mengetengahkan pemimipin yang berpotensi.

Sebenarnya, beliau tidak perlu bercakap besar pun kerana angka-angka yang tercatat, dengan sendirinya membuktikan kesungguhan beliau bekerja. Malaysia kini didorong oleh sebuah program ekonomi yang dilancarkan pada 2010 bagi menggandakan pendapatan perkapita sehingga RM15,000 menjelang 2020. Ini membawa kepada peningkatan keyakinan pelabur asing di mana pegangan asing meningkat kepada 550% kepada RM215 billion (USD69 billion) sejak 2009, mengikut laporan HSBC.

Satu-satunya perkara yang Perdana Menteri sebut mengenai pembangkang dalam wawancara tersebut ialah beliau merasakan bahawa ia merupakan satu risiko yang besar untuk menaruh keyakinan kepada Pakatan yang tidak punya hala tuju yang jelas dan dengan manifesto yang tidak ada kredibiliti.

Tidak keterlaluan dikatakan bahawa adalah tidak perlu bagi sesiapa untuk melihat kepada angka-angka, tetapi melihat kepada personaliti kedua-dua pemimpin ini sahaja sudah cukup bagi rakyat untuk membuat pilihan. Anwar adalah seorang yang tidak patriotik, tidak sensitif, pengkhianat dan selamanya tergila-gila kuasa manakala Dato' Seri Najib pula adalah seorang yang tenang, rasional, elegan dan bijak.

Justeru, tidak syak lagi, majoriti 2/3 bukanlah satu masalah bagi Barisan Nasional.

Baca di SINI

Bah 1: I Know What U Did @CheguBard #SkandalCheguBard #tolakPR

Posted: 28 Mar 2013 05:00 PM PDT


Kebelakangan ini jika pembaca melihat komen-komen di laman Facebook milik Chegubard pastinya ada di antara yang memberi komen di situ cuba memberi nasihat kepada beliau.

Mostly komennya berkisarkan andai Chegubard menjadi calon pada PRU 13 akan datang maka dia perlu 'membersihkan' dirinya mulai sekarang dan juga komen-komen yang mengharapkan Chegubard tidak mengabaikan tanggungjawabnya terhadap isteri & anak-anak.

Sesuatu yang pelik apabila membaca komen-komen sedemikian rupa. Admin cuba selidik dan menyelidik apa sebenarnya yang berlaku.



Jawapan yang admin temui amat memeranjatkan. Perkara ini diberitahu sendiri oleh budak yang bersama dari awal perjuangan Chegubard dalam kancah politik sehingga ke hari ini. Pendedahan ini dibuat kerana beliau kecewa dengan sikap Chegubard yang semakin tak keruan melayan nafsu serakahnya. Percaya ataupun tidak, hal ini benar-benar berlaku di dalam group Solidariti Anak Muda M'sia (SAMM).

Chegubard mempunyai hubungan skandal dengan girlfriend (Gf) 'anak buahnya' dari kalangan ahli SAMM sendiri. Amat memeranjatkan apabila sumber Admin memberitahu bahawa dalam diam Chegubard menjalinkan hubungan geli-geli dengan salah seorang Gf orang kanannya yang tidak mengetahui akan hal tersebut.

Ada kalangan pemimpin dari dalam PR juga mengambil kesempatan dengan mengadakan hubungan seks bersama budak-budak perempuan dari SAMM yang rata-rata pelajar pusat pengajian tinggi. Perkara ini disahkan sendiri oleh sumber pertama Admin yang merupakan pengikut setia Chegubard dan individu yang bertanggungjawab menaikkan Chegubard ke tahap ini.

Ikuti lagi sambungan kisah Chegubard 'tibai' Gf sahabat baiknya yang bernama .......


ABC
ASALKAN BUKAN CHEGUBARD
sumber:  Bersih3Suku

Sambutan Hari Polis ke 206 Sayu #OpsDaulat

Posted: 28 Mar 2013 02:39 AM PDT




Sambutan Hari Polis ke-206 yang diadakan baru-baru ini telah disambut dengan semangat patriotik yang disulam dalam suasana yang penuh kesayuan. Menitis air mata mereka yang hadir pagi itu apabila melihat wajah sayu balu dan waris keluarga yang terkorban hadir menerima kenaikan pangkat bagi mengenang jasa dan pengorbanan yang telah dicurahkan.

Suasana bertambah sayu apabila mendengar pendeklamasi membacakan bait-bait puisi bagi mengambarkan pengorbanan para perwira negara yang mempertahankan kedaulatan negara. Malah perasaan itu turut dikongsi oleh Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Tun Razak yang jelas terpancar kesedihan di wajahnya tatkala bertemu dengan  waris anggota yang terkorban dalam krisis pencerobohan itu.

Di dalam perutusan blog 1Malaysia, Datuk Sri Najib turut melahirkan kagum dengan semangat warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) selama ini.  Malah menurut Perdana Menteri, membesar di rumah bersama ayahandanya Allahyarham Tun Abdul Razak, sentiasa membuatkan dirinya sedar dalam menghargai perjuangan pasukan polis sejak zaman darurat sehinggalah kepada insiden 13 Mei.


"… mereka sentiasa menjadi benteng keselamatan kepada kita semua" katanya.


Perdana Menteri turut melahirkan rasa bangga apabila melihat semangat juang mereka yang bertugas semasa Ops Daulat.

"Kita juga kagum dengan keberanian lapan anggota serta pegawai PDRM yang sanggup menggadaikan nyawa mereka demi mempertahankan kedaulatan negara" katanya lagi.

Mereka yang terkorban dalam pertempuran dengan pengganas militan di Kampung Tanduo pada 1 Mac ialah ASP Zulkifli Mamat, 29; dan Sjn Sabarudin Daud, 46; manakala anggota yang gugur di Semporna pada 2 Mac ialah ACP Ibrahim Lebar, 52; Kpl Mohd Azrul Tukiran, 27; DSP Michael Padel, 36; Sjn Mejar Baharin Hamid, 49; Sjn Mejar Abdul Aziz Sakirun, 48; dan Sjn Salam Togiran, 42.

Perbarisan pada sambutan itu turut disertai oleh 93 anggota yang terlibat secara langsung dalam Operasi Daulat yang diterbangkan khas dari Sabah untuk sambutan Hari Polis itu. Kumpulan yang terdiri daripada 50 anggota dan 13 pegawai Komando VAT69 dan Jabatan Siasatan Jenayah itu mengenakan pakaian seragam lengkap semasa operasi di Lahad Datu dan Semporna, Sabah.

Bagi meneruskan perjuangan mereka di Sabah, Datuk Sri Najib telah mengumumkan penubuhan Zon Selamat Sabah Timur (ESSZONE) supaya kestabilan dan keselamatan di Sabah terus dipelihara. Yang mana menerusi inisiatif itu, kerajaan akan dapat memastikan proses pilihan raya yang adil dan bersih tidak digugat di kawasan terbabit.

Walaupun kadar jenayah telah menurun 27 peratus sejak tiga tahun kebelakangan ini, namun Perdana Menteri berpendapat masih banyak lagi yang perlu dilakukan bagi memastikan kadar jenayah itu terus menurun.

Turut menarik perhatian, ialah usaha yang dilakukan oleh pasukan PDRM yang telah melakukan pelbagai transformasi termasuk memperkenalkan perkhidmatan komuniti polis dengan tahap profesionalisme dan integriti yang tinggi.

"Sudah pasti pelbagai transformasi yang diperkenalkan itu tidak boleh membawa perubahan dalam sekelip mata, ia memerlukan masa serta fokus untuk melakukan penambahbaikan terhadap pasukan polis," katanya lagi dalam entri bertajuk 'Pasukan Polis Moden Yang Membanggakan Kita'.

YB Dato' Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri

Posted: 28 Mar 2013 12:04 PM PDT

YB Dato' Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri


BERSATU PERTAHAN KEDAULATAN NEGARA

Posted: 27 Mar 2013 09:41 PM PDT


Assalamualaikum.

Isu pencerobohan pengganas Kiram yang mengaku Raja Sulu ke atas Sabah sejak lebih sebulan lalu telah membuka mata banyak pihak. Negara tiba-tiba digemparkan dengan peristiwa yang tidak digambarkan oleh rakyat akan berlaku, namun ia telah pun berlaku.

Sebagai rakyat yang cintakan keamanan, sudah tentu hati kita marah apabila mengikuti kejadian tersebut. Apatah lagi, pengganas itu pula telah membunuh pasukan keselamatan kita dengan cara yang amat kejam.

Saya melihat isu ini dalam beberapa perkara dan pengajarannya.

Pertama, isu keselamatan di sempadan negara terutamanya di Sabah perlu diberikan perhatian dan wajar dipertingkatkan lagi. Kita sedar tugas menjaga perairan dengan negara jiran yang sangat dekat itu bukanlah sesuatu yang mudah, namun peristiwa pencerobohan itu telah menuntut kita untuk memberikan perhatian terhadap perkara tersebut.

Kedua, peristiwa itu sangat mengunji pasukan keselamatan kita. Apatah lagi, operasi tersebut bukan sahaja telah mendapat liputan meluas media, malah juga orang perseorangan yang terlalu ghairah melaporkannya melalui laman sosial masing-masing.

Apa yang berlaku itu seharusnya mengajar kita betapa TIDAK PATUT kita membicarakan mengenai aset keselamatan negara sehingga ia boleh menggagalkan usaha pasukan keselamatan menjaga keamanan negara ini. Inilah sebenarnya, mengapa kerajaan tidak mahu isu-isu keselamatan negara dibincangkan secara terperinci sebagai yang sering diocetuskan pihak tertentu di negara kita ini sehingga banyak maklumat-maklumat yang sepatutnya dirahsiakan menjadi terdedah.

Ketiga, kejadian itu juga sangat menguji semangat cintakan negara di kalangan rakyat kita. Kita kesal, di saat semua pihak memberikan sokongan moral yang kuat kepada pasukan keselamatan, ada pihak yang busuk hati membuat pelbagai tuduhan terhadap pasukan keselamatan dan ada pula yang cuba memperlekehkannya.

Saya tidak pernah terjumpa sebenarnya di mana-mana negara di dunia ini yang rakyatnya sanggup menghina dan memperlekehkan pasukan keselamatannya sendiri apabila tanahair mereka diceroboh. Namun amat menyedihkan apabila hal itu berlaku di Malaysia.

Saya berdoa semoga Allah membuka hati mereka yang selama ini menghina pasukan keselamatan negara agar kembali berubah dan menjadi rakyat yang sayang dan cintakan negara.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh-roh Allahyarham wira negara yang meninggal dunia di medan perang kerana mempertahankan agama, bangsa dan negara.

Alfatihah.

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK

Posted: 28 Mar 2013 07:48 AM PDT

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK


UMB-TV: INSIDEN MEMALI - Menyingkap Sejarah [Bahagian 1]

Posted: 28 Mar 2013 01:53 AM PDT

 

KALAU ANDA TERLUPA..DAN KALAU ANDA TERTANYA-TANYA APAKAH ITU PERISTIWA MEMALI..KLIK PAUTAN INI PERISTIWA MEMALI....





GEMPAR ! 13 kejutan yang akan dilakukan oelh anuar & pkr menjelang pru-13

Posted: 28 Mar 2013 01:49 AM PDT







Tiada ulasan:

Catat Ulasan