BLOG - BLOG PARTI UMNO

Dicatat oleh Admin | | Posted On Ahad, 24 Mac 2013 at 3:07 PG

sumber :-

BLOG - BLOG PARTI UMNO


UMNO Cawangan Bandar Klang Selatan - Tegas Berprinsip~Tidak Membuta Tuli Menurut Perintah

Posted: 24 Mar 2013 01:34 AM PDT

UMNO Cawangan Bandar Klang Selatan - Tegas Berprinsip~Tidak Membuta Tuli Menurut Perintah


Bersatu

Posted: 24 Mar 2013 01:23 AM PDT


Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak

Posted: 23 Mar 2013 01:32 PM PDT

Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak


PKR, Pas Perak bertelagah berhubung kerusi DUN Changkat Jering?

Posted: 22 Mar 2013 06:20 PM PDT



Pergolakan dalam pakatan pembangkang Perak menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 terus memuncak selepas Parti Keadilan Rakyat (PKR) membantah tindakan Pas yang didakwa 'melanggar syarat' ketika mengumumkan calonnya bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Changkat Jering.

Pengerusi PKR negeri, Muhamad Nur Manuty menegaskan, tindakan Pas mengumumkan Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin bertanding di kerusi itu belum muktamad kerana Pas perlu menyerahkan kerusi lain sebagai ganti.

"Memang kita tidak bersetuju kerana Pas belum memberikan kerusi lain sebagai ganti. Dahulu, memang ada dengar Pas mahu beri kerusi DUN Belanja kepada PKR, tetapi sehingga kini tidak dengar apa-apa," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Pesuruhjaya Pas negeri, Abu Bakar Hussian dalam ceramah di Air Kuning, di sini malam tadi mengumumkan Mohammad Nizar akan bertanding di Changkat Jering, sekali gus mengesahkan spekulasi pemimpin tersebut tidak akan mempertahankan kerusi DUN Pasir Panjang.

Walau bagaimanapun, ceramah itu tidak dihadiri mana-mana pemimpin PKR.

Abu Bakar ketika membuat pengumuman itu mendakwa, keputusan tersebut dibuat Badan Perhubungan Pas Perak dalam mesyuarat kelmarin dan dipersetujui Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali.

Pengumuman mengejut itu dipercayai sebagai maklum balas terhadap tindakan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan nama Muhammad Nur sebagai calon kerusi Parlimen Bagan Serai dalam ceramah pada 15 Mac lalu walaupun tidak dipersetujui pucuk pimpinan Pas bahagian itu.

Muhamad Nur berkata, berdasarkan persetujuan sebelum ini, kerusi DUN Changkat Jering hanya akan diberikan kepada Pas jika Mohammad Nizar bertanding di kawasan itu dan parti tersebut perlu menyerahkan kerusi 'boleh menang' lain kepada PKR.

"Kita akan berpegang kepada persefahaman awal dan rasmi bahawa kerusi DUN Changkat Jering boleh diberikan kepada Pas dengan syarat Mohammad Nizar sendiri bertanding di situ dan berkonsepkan pertukaran kerusi," katanya.

Dalam Pilihan Raya Umum Ke-12, Mohammad Nizar bertanding di DUN Pasir Panjang dalam kawasan Parlimen Lumut dan menang dengan majoriti 4,474 undi, menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datuk S. Vasan.

Walau bagaimanapun, terdapat desas-desus menyatakan Pas akan meletakkan Mohammad Nizar bertanding di kerusi lain bagi 'menyelamatkan' pemimpin itu yang dijangka berdepan laluan sukar jika terus bertanding di Pasir Panjang.

Perkara itu memandangkan MIC menyerahkan semula kerusi majoriti orang Melayu tersebut kepada UMNO.

Warna-warni politik
Torashah

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK

Posted: 23 Mar 2013 07:23 AM PDT

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK


Breaking News:SUMBER DALAMAN PKR DEDAH,ANUAR BERTANDING DI PARLIMEN KUALA LANGAT??

Posted: 22 Mar 2013 08:39 AM PDT

Perghh..PANAS berapiii betul malam ni..baru seketika tadi dapat info dari sumber-sumber dalam Parti Kehancuran Rakyat (PKR) bahawa Anuar Ibrahim akan bertanding di Parlimen Kuala Langat menggantikan Dolah Sani..
Pada mulanya memang agak sukar untuk dipercayai..namun setelah diberi maklumat oleh orang "dalam"sendiri..CONFIRM maklumat tersebut sahih..
Ooooo..patutlah beriya-iya beno nak pilih Selangor dan patut rajin turun ke Kuala Langat..rupa-rupanya ada udang disebalik batu.
Menurut sumber itu lagi,Anuar tak akan bertanding dikawasan Melayu dan India..ini kerana kedua-dua kaum ini TELAH menolak kepimpinan Anuar dan dalam bahasa halusnya dah muak!Jadi setelah dikaji..maka Kuala Langat pun menjadi pilihan.Disebabkan jawatan Senator dijanjikan oleh Anuar kepada Dolah Sani,maka tak hairanlah Dolah Sani melepaskan kerusi Parlimen Kuala Langat kepada bossnya.Adehh..Takkan kita nak pilih Ahli Parlimen yang kaki main belakang?takkan kita nak Ahli Parlimen kita ini seorang yang menjadi pengkhianat bangsa,agama dan negara?
Ayuh rakyat kuala langat..tolak PKR sebelum kawasan kita dilanda musibah dan bala..dan seperkara lagi yag harus kita fikirkan bersama..kenapa beliau tak pertahankan kerusinya di Permatang Pauh?jawapan mudah..kerana dia tau rakyat di sana telah menolak beliau daripada menjadi pemimpin mereka..dan kalau kawasan dia pun dah ditolak..apakah kita di Kuala Langat hendak terima?

Comments:

There are 0 ulasan for BLOG - BLOG PARTI UMNO

Catat Ulasan