Berita sebegini akan lebih mendatangkan kebimbangan pelancong asing terutama dari Amerika Syarikat tentang tahap keselamatan di Malaysia. Apakah dengan kerahan ramai anggota keselamatan ke Sabah akan menggugat keselamatan awam di Semenanjung Malaysia seterusnya akan menaikkan kadar jenayah di sini?
Wanita Amerika Dirompak, Dirogol Pemandu Teksi Dan Rakannya
Mstar Mac 13, 2013 - PETALING JAYA: Kunjungan ke Malaysia bertukar menjadi buruk bagi wanita Amerika apabila dia dirompak, dikurung dan dirogol oleh dua lelaki.
Wanita berusia 25 tahun itu baru sahaja selesai membeli-belah di pusat beli-belah di Mutiara Damansara pada Isnin apabila dia menahan sebuah teksi.
Pemandu teksi, yang sudah mempunyai seorang penumpang di tempat duduk bahagian depan bagaimanapun mengambil wanita berkenaan.
Sumber mendedahkan selain tidak menuju ke destinasi yang dimaksudkan, barang-barang mangsa telah dirompak sebelum dibawa ke sebuah rumah di Sungai Pelek, Sepang yang terletak kira-kira 80km dari Mutiara Damansara.
Kedua-dua penculik tidak membuang masa dan bergilir-gilir merogol wanita itu.
Difahamkan wanita itu kemudiannya berjaya untuk melarikan dirinya pada Selasa dan meminta bantuan orang yang lalu-lalang sebelum membuat laporan polis.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed mengesahkan polis telah menerima laporan berhubung kejadian itu.
"Kami telah menahan seorang lelaki setakat ini dan siasatan masih diteruskan. Kami berharap dapat menahan suspek kedua tidak lama lagi," katanya.
Mereka yang mempunyai maklumat mengenai kes itu digesa menghubungi hotline polis di 03-2052 9999 atau pergi ke balai polis terdekat.
Pelancong AS dirogol pemandu teksi
KUALA LUMPUR 13 Mac - Seorang pelancong wanita dari Amerika Syarikat (AS) mengalami 'mimpi ngeri' setelah disamun dan dirogol oleh pemandu teksi di sebuah inap desa di Sungai Pelek, Sepang dekat sini semalam.
Mangsa berusia 25 tahun menjadi mangsa penjenayah berkenaan selepas menaiki teksi suspek di sebuah pusat beli-belah di Mutiara Damansara, Petaling Jaya dekat sini.
Pemandu teksi iaitu seorang lelaki berketurunan India kemudian membawa mangsa ke sebuah inap desa di Sungai Pelek sebelum menyamun dan merogolnya.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan tentang kejadian itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.
"Setakat ini, kita sudah membuat satu tangkapan dan menjalankan siasatan lanjut untuk mengesan penjenayah terlibat dalam kejadian itu," katanya enggan mengulas lanjut
Tiada ulasan:
Catat Ulasan