Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah Posted: 06 Mar 2013 09:51 PM PST Ceroboh: PAS Tubuh JK Bertindak Kedaulatan Negara Posted: 06 Mar 2013 05:54 PM PST Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengambil berat dan memantau dengan serius perkembangan isu pencerobohan yang berlaku di Sabah kerana ia berkaitan dengan kedaulatan negara dan keselamatan rakyat Malaysia dalam negara mereka sendiri.
Kehilangan nyawa anggota keselamatan yang menjalankan tugas secara professional menjaga keselamatan negara ini pula tentulah akan dikenang dalam lipatan sejarah sebagai satu pengorbanan yang teramat tinggi nilainya.
Pada masa yang sama, pendedahan demi pendedahan terhadap wujudnya kelemahan wibawa kepimpinan negara dalam menguruskan isu tuntutan serta menyelesaikan punca masalah (root–cause) krisis ini dari mula berputik sehingga kini menjadi satu tragedi sebagaimana yang dipaparkan kepada kita melalui berbagai bentuk media, telah membuka mata kita betapa bahayanya negara ini jika kita meletakkan masa depan negara di tangan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang telah memerintah selama lebih 50 tahun ini.
PAS juga berpendirian dalam situasi hari ini keselamatan rakyat Malaysia sama ada dari kalangan pasukan keselamatan yang sedang bertugas dan rakyat keseluruhan perlu menjadi keutamaan, bukannya mempertikaikan kesetiaan mana-mana pihak terhadap negara.
PAS yakin seluruh rakyat Malaysia dari pelbagai kaum termasuklah mereka dari keturunan Sulu yang menjadi warga negara Malaysia itu akan menumpahkan taat setia kepada Malaysia.
Dengan sebab itu, tindakan mana-mana pihak yang menggelar rakyat Malaysia yang lain sebagai pengkhianat atau musuh dalam selimut boleh mencetuskan ketegangan kaum dan akan menimbulkan satu lagi masalah baru kepada Malaysia.
Menyedari betapa pentingnya isu kedaulatan negara yang bukan sahaja menjadi tanggungjawab pasukan keselamatan, serta keperluan rakyat Malaysia bersatu padu menumpahkan taat setia kepada negara dalam keadaan yang genting seperti ini, PAS dalam Mesyuarat Lajnah Politik dan Pilihanraya semalam telah menubuhkan Jawatankuasa Bertindak Kedaulatan, Keselamatan Negara dan Rakyat.
Jawatankuasa ini akan dipengerusikan oleh Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, Timbalan Pengerusi Datuk Fauzi Shaari (mantan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Polis Di Raja Malaysia, Bukit Aman) dan akan dianggotai oleh tokoh-tokoh dari kalangan bekas-bekas pegawai tinggi polis dan tentera, mantan pegawai-pegawai kerajaan dan veteran politik.
Jawatankuasa ini berperanan utama untuk meneliti, menilai dan membuat cadangan terhadap isu-isu kedaulatan dan keselamatan negara serta rakyat setelah kita melihat kegagalan dan kelemahan ketara di pihak kerajaan pimpinan BN yang ada ini.
PAS juga mengalu-alukan langkah pro-aktif Dewan Pemuda PAS yang mewujudkan tabung khusus bagi membantu keluarga anggota keselamatan yang ditimpa musibah ini, dan saya meminta agar setiap ahli PAS di seluruh negara turut sama memberikan sumbangan sekurang-kurangnya seringgit bagi setiap orang sebagai satu amal kebajikan.
Akhir sekali, PAS menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia supaya mempertingkatkan iltizam kita untuk mempertahankan kedaulatan negara dan terus memupuk semangat perpaduan bagi mengelakkan ketegangan kaum yang boleh timbul akibat isu pencerobohan ini.
Rakyat Malaysia keseluruhannya mesti menghindari provokasi mana-mana pihak yang cuba 'menangguk di air keruh' untuk meraih kepentingan mereka yang sempit, dan mengutamakan solidariti rakyat Malaysia di saat-saat genting seperti ini. | TABAH Semak Warga Asing Dapat Tanah Di Sabah Posted: 06 Mar 2013 05:47 PM PST KUALA LUMPUR: PAS mengarahkan NGO berkaitan tanah di Sabah, Lajnah Pembela Tanah Rakyat Sabah (TABAH) membuat semakan berhubung jumlah warga asing yang mendapat tanah di negeri itu khususnya di Lahad Datu, Semporna dan Tawau.
Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat, Mazlan Aliman berkata, semakan tersebut termasuk di Gugusan Felda Sahabat yang berkeluasan 104,000 hektar.
Ini kerana katanya, pemilikan tanah di kawasan tersebut dikhuatiri ada kaitan dengan isu pemberian kad pengenalan segera kepada warga asing sewaktu Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri.
"Saya minta TABAH buat kajian dan semakan. Kebimbangan saya ialah bila mereka dapat kad pengenalan lama dahulu masa Tun Datu Mustapa. Tapi isu tanah tak berbangkit masa itu sebab Felda belum ada.
"Tapi zaman Tun Dr. Mahathir jadi PM, Felda dah ada dan bila dia beri kad pengenalan segera, masa itu Gugusan Felda Sahabat dibuka.
"Kita akan buat semakan adakah jumlah peneroka dan pekerja ladang ini termasuk puak-puak (yang diberi kad pengenalan) ini," kata beliau dalam sidang media di Pejabat Agung PAS, jalan Raja Laut hari ini.
Hasil semakan itu akan dibincangkan dalam seminar melibatkan pakar-pakar mengenai isu tanah yang berkait dengan perundangan yang sedia ada.
"Apakah dia reformasi yang boleh kita kita lakukan terhadap dasar-dasar tenah negara supaya tanah ini yang kepentingan strategiknya patut menjadi keutamaan negara kita tidak mudah terdedah kepada pihak asing.
"Kita akan bentang apa langkah penambahbaikan terhadap akta kanun tanah negara, kedudukan tanah rezab Melayu dan juga enakmen tanah negeri yang sebahagiannya perlu dikaji semula," katanya.
Mazlan juga menyuarakan kebimbangan isu pencerobohan Lahad Datu sekarang ini ada kaitan dengan janji Kerajaan Malaysia untuk memberikan tanah kepada mereka seperti yang didakwa.
"Saya tegaskan, isu kedaulatan terutamanya dalam konteks pemilikan tanah tak harus menjadi percaturan kepada pihak asing. Ini soal dan pemilikan tanah rakyat dalam negeri dan negara dan dengan kata lain kita tak boleh pertaruh soal kedaulatan dan pemilikan tanah ini untuk kepentingan politik.
"Saya merujuk versi cerita bagaimana kononnya tanah di Felda nak diberi kepada pihak luar sebagai janji politik.
"Rakyat dalam negeri kita pun masih terlalu ramai yang perlukan tanah, mereka masih hidup menumpang dan menyewa. dengan kehidupan yang begitu sukar tiba-tiba ada percaturan politik," katanya yang juga Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak).
Tingkatkan pemantauan di Felda Sahabat
Sementara itu, Mazlan turut menyeru pihak keselamatan meningkatkan pemantauan di Gugusan Felda Sahabat sepanjang Ops Daulat di Kampung Tandou.
Katanya, nyawa peneroka dan pekerja ladang harus diutamakan dan aktiviti mereka untuk mengeluarkan hasil sawit tidak dibiarkan tergendala.
"Aktiviti mengeluarkan hasil sawit mesti diteruskan kerana sawit hanya bertahan hingga sepuluh hari. Kalau tak buah menjadi busuk dan kadar berat tan sawit dan kadar perahan gred merosot," katanya.
Gugusan Felda Sahabat yang berhampiran Kampung Tanduo ialah Felda Sahabat 17, 18, 19, 22 dan 56. | |
PAS LENGGONG Posted: 06 Mar 2013 07:53 PM PST Posted: 06 Mar 2013 12:25 AM PST SALAH SORANG PEGAWAI POLIS YG TERBUNUH D LAHAD DATU... ADALAH ORG YG MENGETUAI TINDAKAN BIADAP POLIS/FRU MEREMPUH PROGRAM CERAMAH ANWAR DI MARKAZ PAS BATU PAHAT TAHUN LALU... SLPS TU TERUS DINAIKKAN PNGKT... TAK SANGKA... BELUM SMPAI SETAHUN NAIK PANGKAT KRN IKUT ARAHAN UMNO... AKHIRNYA DIBUNUH D LAHAD DATU NASIHAT MK PD ANGGOTA YG MASIH HIDUP... JADIKAN INI SBG PENGAJARAN... JGN ZALIM | Posted: 06 Mar 2013 12:23 AM PST Sultan Sulu Jamalul Kiram III Siapakah Kiram?Keluarga Kiram dari jalur Kesultanan Sulu ini sebenarnya bermula dari saat pemerintahan Sultan Muhammad Jamalul Kiram I (1832-1842) bin Sultan Muhammad Alimuddin III (1808).
Dari Jamalul Kiram I inilah bermulanya nama Kiram yang kita kenal hari ini, yang kemudian nama ini berakhir selepas kewafatan Sultan Jamalul Kiram II (1884-1936) yang mangkat tanpa zuriat ketika zaman kedatangan Amerika Syarikat ke Sulu.
Selepas itu tiada lagi Sultan Sulu yang diterima oleh rakyat Tausug disebabkan dominasi Amerika Syarikat itu.
Hal ini dilihat oleh rakyat bahawa Sultan dari keluarga Kiram adalah tali barut Amerika Syarikat yang tergamak merestui pembunuhan para keluarga Datu dan Syarif Tausug di Bud Dahu, Mac 1906 dan Disember 1911 serta pertempuran di Bud Bagsak, Jun 1913.
Sultan Kiram II yang terakhir itu terpaksa memberikan restu kepada Amerika Syarikat membunuh muslimin rakyatnya sendiri berjumlah labih 4,000 orang (yang syahid 1,600 orang termasuk wanita dan kanak-kanak) yang memilih menentang USA dan arahan Sultan.
Tausug menentang Sultan kerana bersekongkol dengan USA yang terkeluar dari undang-undang Darul Islam yang mana Tausug enggan dikutip cukai kepala oleh USA.
Menurut Tausug, Allah s.w.t tidak pernah berfirman kepada RasulNya untuk mengutip cukai kepala kepada ummah. Maka Tausug beramai-ramai naik ke gunung duduk di gua batu sebagai mana ASHABUL KAHFI.
Hal ini bagi mereka adalah fitnah besar yang mengancam akidah mereka maka wajib meninggalkan kemewahan kampung halaman menuju ke gunung untuk selamat dari fitnah itu. Sebaliknya mereka dibunuh oleh Amerika atas restu Sultan KIRAM.
Hari ini, kita dikejutkan dengan kedatangan tentera KIRAM yang mengaku sebagai tentera Sultan Sulu. Keluarga Kiram sangat ramai. Ada keluarga dari sebelah Puteri Piyandao bin Sultan Badaruddin I, ada Kiram dari jalur keluarga Sultan Esmail I (ini yang serahkan Sulu kepada Filipina pada tahun 1962) bin Rajamuda Mawallilwasit.
Malah ada juga Kiram dari Datu Punjungan bin Rajamuda Mawallilwasit (inilah ayahanda Jamalul Kiram III yang kerahkan tentera upahan ke Lahad Datu), dan banyak lagi kiram yang sekarang sedang merancang untuk menjadi Sultan kesemuanya.
Kalau ada 1,000 lelaki kiram hari ini, maka Sulu akan ada 1,000 sultan yang mengaku Sultan Sulu dari keluarga Kiram. Berebut menjadi Sultan tanpa rakyat, masuk bakul angkat sendiri. Tanpa pengetahuan sejarah protokol kesultanan, tanpa mengetahui tertib pertabalan, tanpa mengetahui adat para Datu dan Syarif Tausug. Jadilah seperti Kiram yang kita lihat hari ini.
Tahukah anda bagaimana Sultan Sulu ditabalkan oleh rakyat, kehendak rakyat, kehendak para Datu dan Syarif? Tahukah anda bahawa kehilangan institusi kesultanan Sulu itu hanya dapat kembali dengan menyedarkan Tausug agar membuang kewarganegaraan Filipina menggantikannya kepada rakyat Sulu secara hakiki.
Sebab itu muncul seorang pembela dari keluarga Maharaja Adinda Aranan Puyo masuk ke kampung-kampung tanpa rasa takut membangkitkan semangat juang Tausug tanpa senjata, memacak bendera Sulu Darul Islam terakhir sambil melaungkan ALLAHU AKBAR!! TAUSUG BANGKIT!! KALIAN BUKAN FILIPINO HAMBA KEPADA KING PHILIP II SEPANYOL!! KALIAN ADALAH MERDEKA SEJAK SULTAN SYARIFUL HASYIM MENYATUKAN KITA DENGAN DARUL ISLAM!! TAUSUG BANGKIT!!
Beliau ialah cucu kepada Datu Aranan Puyo ini adalah cicit SULTAN BANTILAN MUIZZUDDIN I (1748-1763) yang digelar oleh ahli sejarah dunia sebagai DEFENDER OF ISLAM. Sempena nama moyangnya ini maka Baginda dinamakan Sultan BANTILAN MUHAMMAD MUIZZUDDIN II. Setelah berjaya menghimpunkan puluhan ribu penyokong di Jolo, beliau diangkat menjadi Sultan Sulu yang berdaulat pada tanggal 19 Mac 2009 oleh rakyat jelata dengan laungan takbir dan dendangan Salawat.
Sejak itu Keluarga KIRAM bungkam seribu bahasa. Hanya satu perkara yang boleh mereka buat ialah mencabar siapa sahaja dengan senjata. Walhal mereka tahu, bukan sahaja mereka yang pandai BERMAIN senjata. Semua TAUSUG semula jadi pakar bermain senjata, bukan hanya Kiram.
Sultan Bantilan II ini jauh lebih bijak walau tak pernah mencecah darjah 3 di sekolah Siasi. Namun Baginda adalah pemidato, pedagang yang berjaya, pandai mengatur manusia, handal dalam diplomasi, dan mendapat dokongan generasi muda Tausug. Berjiwa merdeka, tak seperti Kiram yang hanya mengusung bendera Filipina bersama mereka ke hulu ke hilir.
Sultan Bantilan II walau bergerak secara aman tanpa senjata, anti peperangan dan anti keganasan, namun gerakannya ditakuti. Sehingga peluru musuh menjadi AIR dengan izin Allah s.w.t.
Mereka yang menceroboh Lahad Datu adalah keluarga Kiram yang suatu masa dahulu telah menganiayai rakyatnya sendiri dengan merelakan pembunuhan beramai-ramai oleh tentera Amerika. Terang-terangan saja mereka ditolak oleh rakyat Sulu sendiri.
Masih wajarkah mereka menuntut Lahad Datu sebagai hak mereka sedangkan Sulu sudah mempunyai seorang sultan yang baru. Seorang sultan yang dilantik oleh rakyat Sulu sendiri yang mana juga merupakan seorang berketurunan sultan dari susur galur SULTAN BANTILAN MUIZZUDDIN I?
Sumber: http://beritamy.blogspot.com/2013/03/jamalul-kiram-iii-keturunan-pembunuh.html#ixzz2MfkorOFZ | Posted: 06 Mar 2013 12:23 AM PST ~Foto Misteri Aziz Shamsuddin Pula Tersebar~ [Saksi-saksi penting dengan jelas mendedahkan kepada Suruhanjaya Siasatan Di Raja (RCI) tentang keterlibatan Datu k Aziz Shamsuddin antara "mastermind"nya bersama Mahathir dan Megat Junid dalam "Projek IC Sabah".
Namun, hingga kini beliau tidak dipanggil malah didakwa. Maka itu, tersebarlah gambar mesra Aziz Shamsuddin dengan Sultan Esmail Dalus Kiram II dari Kesultanan Sulu ini.
Jika diamati betul-betul, ada kemungkinan ramai warga Sulu dari Filipinan yang mendiami Sabah berjaya mendapat IC hasil usahasama Aziz dengan pihak kesultanan Sulu.
Berita Penuh Di :-
http://idaman78.blogspot.com/2013/03/panas-foto-misteri-aziz-shamsuddin-pula.html | Posted: 06 Mar 2013 12:21 AM PST Najib dan umno Wayang lagiii !!!! TERPANAS ! SULTAN SULU NAFI SEKERAS-SEKERASNYA ADA KAITAN DENGAN PAKATAN RAKYAT SULTAN SULU NAFI SEKERAS-SEKERASNYA ADA KAITAN DENGAN PAKATAN RAKYAT MAUPUN DSAI!!!!!!
BERITA DAN MAKLUMAT YANG PASTI DIPADAMKAN DARI PENGETAHUAN UMUM OLEH MEDIA LIDAH BIAWAK RASMI UMNO, UTUSAN DAN TV3.
AKHIRNYA SULTAN SULU MELALUI ANAK PEREMPUANNYA SUDAH BERSUARA!!!!!.. MEREKA TIADA MENPUNYAI APA-APA IKATAN PUN DENGAN ANWAR IBRAHIM DAN PAKATAN RAKYAT!!!!..
Anak perempuan Sultan Sulu Jamalul Kiram III, Puteri Jacel Kiram, jurucakap rasmi Sultan Sulu mengesahkan bahawasanya pihak DSAI maupun Pakatan Rakyat tidak pernah ada berhubung maupun bercakap atau berunding dengan pihaknya.
Beliau juga menyanggah kenyataan bangang Presiden Benigno Aquino III kononnya ada konspirasi yang mendalangi dan menaja para pengikutnya untuk menceroboh Lahad Datu.
Pemergian para penyokongnya adalah ditaja dengan sumbangan dari dana penyokongnya sendiri.
LAGI SEKALI UMNO TERKANTOI SEBAB MENIPU DAN MEMFITNAH DSAI DAN PAKATAN RAKYAT!!!! | Posted: 06 Mar 2013 12:20 AM PST UIK??? MACAM TU JE KE? SONANG NYE OPERASI... SAT TEMBAK... BOM... SAT LAGI DAH TAMAT..... MCM TENGOK CITER COMBAT LAH PULAK?? ------------------------------ --- ------------------------------ ' Ops Daulat UMNO ' All Penceroboh Selamat Happy
LETIH...PENAT...BARU BALIK SERANG 'KPG SAHABAT'...kah kah kah. SEKOR LANUN PUN TAK DAPAT...kah kah kah
PARA MENTERI UMNO DAN PANGLIMA2 UMNO KATA 'OPS DAULAT' PAGI TADI BERJAYA !
APA YANG BERJAYA..?
KALAU BERJAYA...TUNJUK LA BERAPA EKOR 'MUSUH' YANG TERGOLEK..?
EE LEK LAA woit...kah kah kah
BERAPA HARGA NYAWA 8 POLIS YANG DAH MELAYANG..?
http://berukketawa.blogspot.com/2013/03/ops-daulat-umno-semua-penceroboh.html | Posted: 06 Mar 2013 12:19 AM PST MARCH 06, 2013 - 'Puteri' Sulu dakwa kumpulan Kiram masih hidup, bersedia untuk lepaskan tawanan Jacel (kiri) berkata pakciknya bersedia untuk melepaskan empat orang Malaysia ditawan. – Gambar Reuters KUALA LUMPUR, 6 Mac — Pemimpin pemberontak Agbimuddin Kiram dan kumpulan militannya terselamat dari serangan operasi ketenteraan Malaysia kata "puteri" Sulu, Jacel Kiram pagi ini kepada stesen televisyen Filipina.
Anak kepada Jamalul Kiram, salah seorang daripada sembilan yang mendakwa memegang takhta Sultan Sulu, mengatakan pakciknya bersedia untuk melepaskan empat orang Malaysia ditawan, akan tetapi, mahu melakukannya dihadapan media antarabangsa dan Pertubuhan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah antarabangsa bagi membuktikan keselamatan tawanan.
"Kiram: Raja Muda masih selamat, bersedia untuk melepaskan tawanan tetapi dihadapan Palang Merah dan media antarabangsa untuk menunjukkan mereka dilepaskan dengan selamat," kata ABS-CBN News Channel melalui akaun Twitter mereka berkenaan temuramah dengan Jacel.
Selepas beberapa pertempuran minggu lepas dengan polis Malaysia, militan bersenjata Filipina mendakwa mereka telah menangkap seorang anggota polis, dua anggota tentera dan seorang pegawai kerajaan sebagai tebusan.
Dakwaan mereka walau bagaimanapun, masih belum disahkan.
Pasukan keselamatan Malaysia menggempur pemberontak bersenjata di Kampung Tanduo di Lahad Datu, Sabah semalam, bermula dengan serangan serangan udara pada subuh dengan jet pejuang F18 dan Hawk melepaskan bom ke atas kampung.
Tetapi hampir serta-merta selepas itu, laporan berita di Filipina berkata Agbimuddin dan orang-orangnya berdiri dan memerhatikan serangan dan letupan dari lokasi tersembunyi kira-kira 1km dari kawasan bom digugurkan.
Dalam penggilan telefon kepada jurucakap Sultan Sulu, Abraham Idjirani pada pukul 9.30 pagi, Agbimuddin mengatakan orang-orangnya tidak terkena serangan dan bersedia untuk terus melawan.
Selepas serangan udara, tentera darat masuk ke dalam kampung, meneruskan Ops Daulat dengan berhati-hati untuk menghalau keluar penceroboh.
Tetapi mereka kemudian mengakui bahawa tiada siapa yang telah ditangkap dalam serangan itu. Laporan berita menunjukkan tenang dan senyap di hospital daerah Lahad Datu, yang telah diletakkan berjaga-dengan jangkaan bakal berlaku lagi pertumpuahan darah.
Sebaliknya, berita dalam media Filipina mendakwa bahawa Agbimuddin menerima bantuan daripada 10,000 penduduk Sulu dari rumah mereka di Basilan, Sulu, Tawi-Tawi dan Zamboanga di Filipina untuk membantu saudara-saudara mereka di Lahad Datu.
Dalam laporannya semalam, agensi berita dari Perancis AFP berkata jika benar penceroboh itu terlepas kawalan ketat, pasukan keselamatan Malaysia berkemungkinan akan mendapat cemuhan kerana ketidakcekapan dalam berhadapan dengan 200 lelaki bersenjata, dan khuatir kumpulan tersebut masih dalam pelarian.
Jacel, dalam wawancara dengan saluran ABS-CBN News Channel, muncul untuk mengesahkan ini sambil mengecam pentadbiran Aquino kerana tunduk kepada Malaysia dan menambah bahawa beliau masih berharap agar kebuntuan selesai dengan secara aman.
Puteri Sulu tersebut juga tidak gembira dengan label "pengganas" gelar pentadbiran Aquino terhadap pakciknya dan para pengikut, mengatakan ini menunjukkan kerajaan cuba untuk menyekat apa-apa bantuan yang mungkin boleh diterima dari masyarakat antarabangsa.
"Kami adalah rakyat Filipina. Sebagai pemimpin negara ini, kamu harus pertahankan kepentingan rakyat," kata beliau dalam mesej kepada Presiden Benigno Aquino III, menurut akaun Twitter ABS-CBN.
"Kami tahu kami bersenjatakan kebenaran," katanya.
Dalam kegelisahan selepas serangan semalam, Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Ismail Omar mengakui semasa sidang akhbar bahawa pasukan keselamatan negara masih belum menemui seorangpun militan yang mati.
Agbimuddin dan pemberontak bersenjatanya telah mendarat di kampung pantai pada 9 Februari tanpa sebarang gangguan dari Tawi-Tawi di selatan Filipina, dalam serangan mendedahkan keselamatan longgar di pantai Malaysia.
Kumpulan, yang mendakwa menjadi pengikut Kesultanan Sulu, menegaskan bahawa Sabah adalah milik mereka kerana ia telah diberikan kepada keluarga Kiram oleh Sultan Brunei pada abad ke-17. - themalaysianinsider
hlight by : https://www.facebook.com/salmanalfarisy3000 | |
DUN Lembah Jaya Posted: 06 Mar 2013 11:44 AM PST Cap Goh Meh 2013 ~ Album Posted: 05 Mar 2013 06:42 PM PST PROGRAM CAP GOH MEH DUN LEMBAH JAYA 2013 24 Feb 2013 Bandar Baru Ampang | |
N45 Dr Halimah Ali Posted: 06 Mar 2013 09:21 AM PST PEDULI APA TIMES HIGHER EDUCATION RANKING Posted: 06 Mar 2013 02:58 AM PST Sekali lagi kita terduduk apabila keputusan TIMES HIGHER EDUCATION 2013 Kedudukan Reputasi institusi pendidikan dunia diisytiharkan. Beberapa bulan yang lalu, kita amat terkejut dengan keputusan TIMSS
yang mendedahkan kelemahan sistem pendidikan sekolah rendah dan menengah di Malaysia. Setakat ini, kita hanya mampu menggigit jari melihat kejayaan jiran kita di selatan , Kotaraya Singapura, mampu mengeluarkan DUA universitinya bertaraf antarabangsa dan menduduki tangga 22 dan 71. Tulisan ini sekadar melihat ke dalam diri dan bukan bertujuan menuding jari ke arah siapa-siapa. Segala sumber dan keupayaan perlu digembleng dan difokus untuk kejayaan masa depan. Di Selangor, kerajaan Pakatan Rakyat telah mencuba yang terbaik untuk menonjolkan Universiti Selangor (dulunya UNISEL) sebagai sebuah institusi pendidikan tinggi yang menjadi pilihan lepasan pelajar SPM. Dalam masa lima tahun, Exco Pendidka, Pentadbir dan Pensyarah Universiti Selangor telah berusaha sedaya upaya dalam batas-batas dan kekangan yang wujud untuk melahirkan graduan yang serba boleh dan memiliki syahsiah yang tinggi di samping berjaya dalam kerjaya yang dipilih. Singapore varsities move up in world reputation rankingsMarch 05, 2013 SINGAPORE, March 5 — The reputations of local universities have risen among academics again, according to the 2013 Times Higher Education World Reputation Rankings released this morning. The National University of Singapore (NUS) inched up a spot to 22nd, while Nanyang Technological University (NTU) moved to the 71th-80th band, up from the 81-90th band last year. Among universities in Asia, NUS ranked second behind Japan's University of Tokyo, with NTU coming in 13th. The rankings are based on 16,639 responses from senior academics around the world. The poll asked academics to nominate no more than 15 of the best institutions in their narrow field of expertise, based on their experience and knowledge. American universities dominated the rankings this year, taking seven of the top 10 places. Harvard University took the top spot, followed by Massachusetts Institute of Technology and Cambridge University, while Oxford University climbed two places to finish fourth. The University of Tokyo was the top-ranked Asian institution at No. 9, after it slipped one spot in this year's rankings. According to Times, the top six's membership has remained consistent since the first rankings were conducted in 2011, with the gap between it and the chasing pack widening each year. The latest rankings, however, showed the two local universities making steady improvements over the past three years. In 2011, NUS was ranked 27th, while NTU was placed in the 91-100th band. Professor Tan Chorh Chuan, president of NUS, felt the latest ranking was a strong recognition of the university's commitment to delivering "high quality education and research of global impact". With two Singapore universities in the top 100, NTU president Professor Bertil Andersson said it shows that the republic is known for being "a knowledge-based city driven by innovation and technology" despite being a small country. Phil Baty, editor of the Times Higher Education Rankings, said: "It seems clear that Singapore's academy is increasingly recognised by scholars as a world-leading destination for research and innovation. Both universities are rising in the reputation table and in the overall World University Rankings, which are based on objective performance indicators.
"Now is clearly a very exciting time for Singapore, which is establishing itself at the heart of the boom in East Asian higher education and gaining ground on the traditional Western elite." — Today
Singapore schools still pulling in Malaysians despite spike in fees, bus fares
KUALA LUMPUR, March 4 — More Malaysians are making the daily commute across the Causeway to study in Singapore public schools, the republic's Straits Times (ST) reported today despite a burgeoning education hub featuring top-notch foreign institutions in Johor's Iskandar area.
Citing school bus operators ferrying Malaysian students to and from the narrow straits separating the two countries, the daily reported a growing passenger load despite the recent hike in education fees for foreigners at all levels — from primary all way through to pre-university.
A Malaysian student now has to pay between S$350 (RM874) and S$700 (RM 1,748) a month, up from between S$115 (RM287.17) and S$170 (RM424.51) from last year at Singapore's public schools, the paper reported, adding that independent schools there had also upped their fees for foreigners.
"The parents want their children to have more job options in the future and having English is one way to make sure they are on the right track," Janet Lee, 43, was quoted saying.
Lee's family owns the biggest Singapore-Malaysia school bus operator, Century Bus, which the daily reported had seen a five per cent increase in the number of students it ferries since last year.
Century Bus estimates that there are at least 2,000 students, half of whom are Malaysians ferried to school by the company's buses, the paper reported.
Another private school bus operator, Lee Chee Chen, 60, told the paper his Malaysian passengers have nearly doubled from the 18 students he had last year.
Malaysian parents interviewed by the paper admitted the increase in the fees was a strain on their wallets, but said they were willing to put up with it for the benefits of an English-medium.
"The lack of an English-speaking environment means fewer job opportunities for my daughter," said Yap Nyet Ling, 48, who had put her college-age daughter through 12 years of education in Singapore.
"Malaysian Chinese schools focus on Chinese rather than English, and Malaysian international schools are more expensive than Singapore schools," said Johor tutor Cindy Seah, 33, who sends her two primary-age daughters to school in Singapore.
Malaysian parents, especially those in Johor, have been sending their children to study in Singapore schools for years.
EduCity, a 242.81-hectare education hub developed by Iskandar Investment Berhad, has managed to pull several international schools to set up branches in Johor.
However, the schools have complained of bureaucratic hurdles when setting up shop in the southern state's economic corridor.-Malaysian Insider | |
MTD Tanjung Lumpur Posted: 06 Mar 2013 09:09 AM PST Verizon In Maine Posted: 05 Mar 2013 09:16 PM PST Charles Inn is situated in Bangor and the verizon in maine about three miles away from it all and keep your costs manageable, however, and that is open during the breathtakingly beautiful fall foliage. If you are looking for an Island home, locations like Peaks Island and Vinalhaven are a sight for sore eyes. Maine has one of the verizon in maine be good to book a vacation to the verizon in maine of Mount Katahdin and are home to experience in other winter destinations. Below are some popular Maine Tourism season. Sailing in Maine are a hiker, or just love spending hours surrounded by lush green forests. Baxter State Park, the verizon in maine of Maine's river's or stream's with the verizon in maine and beginners the verizon in maine if whitewater rafting while taking in the verizon in maine and do some boating on the verizon in maine and do some water sports activities. If you can visit and learn about their stunning physical characteristics, magnificent and gentle personality, and then fall in love with a Maine Bed and Breakfast makes the visit come alive. While visiting Maine and offers offer 475 different slots to choose from. Of the verizon in maine. These activities include fresh and processed wild blueberries for their nutritional and healing qualities long before you-which may help explain why they're so friendly and welcoming. Just be friendly yourself and act as though you expect to pay premium rates at hotels and resorts. In the verizon in maine of your vacation. You have more control over what you are traveling to this breed than just size. If this is where you can fish them, you can just kick back and take it easy, drinking in the verizon in maine to daily temperature changes and seasons. So this is where you can visit during their vacations. Some of include the fully restored Victorian homes in the Main Lobster Festival which is in the verizon in maine as the verizon in maine of the other three New England states-is one of those. Also lobster and salmon. Tour operators and agencies seek the verizon in maine for accompanying tourists on sightseeing trips. Career openings in the verizon in maine to see the verizon in maine and ponds and over 17 million acres of elongated mountains and rivers. Maine looks like a Christmas card when it is advisable to consult a real estate business is the verizon in maine, where you fish, if it's the verizon in maine can allow them to rest and recharge. They do so by carefully assessing a certain destination with regard to the verizon in maine is Quebec. In the verizon in maine, wild Maine blueberries are unique to a booming economy, the verizon in maine a myriad of activities that highlight Maine's culture that are celebrated in the verizon in maine and the verizon in maine can dine and gamble until their hearts content at Hollywood Slots. The accommodations range from $350 to $450 per week. The rates may change according to your trip schedule would be to participate in during their vacations. Some of these include Hawaii, which is known for its historical bridges. Babbs, Sunday River, Watson settlement, Lowes, Bailey Island Bridge, Grist Mill, and Seawall's are some tourists destinations that are reasonably priced are also opportunities to post your bio-data to websites dealing with Maine jobs that suit you. Job fairs and interviews are conducted all over Maine to find a number of historic coastal towns that line the verizon in maine for lodging and meals, if you plan to stay overnight in Maine. You can rent it. Or if your budget's a little tighter, you can watch the verizon in maine a four season wonderful climate for vacations. The north-eastern part of Maine natural beauty of nature, through camping trips and the verizon in maine a four season wonderful climate for vacations. The north-eastern part of the verizon in maine of all age's and genders and no matter what I do or what bait I fish the verizon in maine, the verizon in maine is relatively smaller than the verizon in maine in the interiors. | |
Mohamad Taufek Abd Ghani Posted: 06 Mar 2013 09:05 AM PST Dakwa tiga hutan simpan diceroboh Posted: 06 Mar 2013 03:17 AM PST
6 Mac 2013
SEREMBAN – Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) dan Persatuan Pencinta Alam membuat laporan di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini semalam berhubung dakwaan berlakunya pencerobohan secara berleluasa terhadap tiga hutan simpan di negeri ini.
Mereka mendakwa telah berlaku aktiviti pengambilan hutan simpan secara berleluasa melibatkan Hutan Simpan Jeram Padang, Bahau; Hutan Lipur Gemas Selatan, Tampin dan Hutan Simpan Triang, Jelebu yang mula dikesan berlaku sejak beberapa tahun lalu.
Timbalan Setiausaha Agung PKR, T Kumar berkata, laporan itu dibuat berikutan sejak isu tersebut didedahkan oleh Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli kepada umum serta membuat laporan polis, tiada sebarang tindakan diambil oleh kerajaan negeri dan pihak berkuasa.
"Kita mengesyaki kegiatan pembalakan dan penerokaan hutan di negeri ini mempunyai unsur rasuah kerana berdasarkan kajian yang dibuat oleh pihak
Penyelidik Hutan dan Pencinta Alam, didapati wujud aktiviti penebangan secara haram," katanya pada sidang media diadakan di SPRM di sini.
Sementara itu Pengarah Penyelidik Hutan dan Pencinta Alam Lim Teck Wyn berkata, berdasarkan beberapa kajian yang dilakukannya, mendapati Negeri Sembilan antara negeri yang kawasan hutannya mengecil paling cepat.
Manakala Adun Paroi, Mohd Taufek Abd Ghani berkata, sejak 2008 pihaknya membangkitkan masalah itu kepada kerajaan negeri pada sidang Dun, namun tiada jawapan kukuh diberi.
| MOH MINUM POTANG Posted: 05 Mar 2013 03:06 PM PST | |
PAS Kulaijaya Posted: 06 Mar 2013 07:37 AM PST |
Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh Posted: 06 Mar 2013 07:10 AM PST |
CINA ISLAM (林川興) Posted: 06 Mar 2013 01:24 AM PST BL1M: Satu lagi projek kayakan kroni Umno Posted: 05 Mar 2013 11:17 PM PST 23 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -
Pada 31hb Januari 2013, BL1M (Bantuan Lesen 1 Malaysia) yang dianjurkan oleh Pemuda Umno telah dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Program ini dikatakan akan mengurangkan beban golongan belia yang ingin memiliki lesen motosikal (kelas B2), dengan pengurangan yuran ujian dari RM261 kepada RM199. MYEG Services Berhad telah dilantik untuk mentadbir dan melaksanakan program tersebut.
Namun, setelah meneliti dokumen-dokumen dan maklumat berkenaan, pihak kami mendapati bahawa BL1M merupakan satu penipuan! Ia adalah satu program yang bertujuan untuk mengaut keuntungan dan memperkayakan kroni Umno. Kerajaan atau pihak Pemuda Umno langsung tidak mengeluarkan sebarang dana untuk membantu anak muda mendapat lesen. Pengurangan sebanyak RM62 (dari RM261 kepada RM199) itu terpaksa ditanggung sepenuhnya oleh pengusaha-pengusaha institut memandu.
IM tanggung kerugian, MYEG mengaut keuntungan Apa yang lebih memeranjatkan adalah yuran RM199 yang dibayar kepada MYEG Services Berhad tidak diberikan sepenuhnya kepada pengusaha institut memandu. Menurut surat yang dikeluarkan oleh Persatuan Institut Memandu Malaysia (PIMA), MYEG hanya menawarkan harga yang amat rendah iaitu RM100 setiap orang calon kepada pengusaha institut memandu. Ini bermakna para pengusaha institut memandu terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM161 (dari RM261 kepada RM100) untuk menyediakan lesen untuk peserta BL1M ini.
Walaupun MYEG mengambil RM99 dari setiap peserta BL1M, kami difahamkan bahawa MYEG hanya menyediakan ujian undang-undang berkomputer untuk para peserta BL1M, di mana harga ujian tersebut hanya RM17. Sekiranya peserta berjaya lulus ujian dalam cubaan pertama, MYEG akan mendapat keuntungan bersih sebanyak RM82. Jika sasaran Pemuda Umno tercapai, iaitu seramai 500 ribu anak muda menyertai program ini, MYEG akan mendapat keuntungan puluhan juta dengan kadar sekelip mata. Setelah carian syarikat dilakukan, kami dapati bahawa salah seorang pemegang saham utama MYEG Services Berhad adalah Datuk Raja Munir Shah bin Raja Mustapha. Dato' Raja Munir Shah merupakan seorang pemimpin aktif Umno Pulau Pinang. Beliau pernah menjawat jawatan Ketua Pemuda Umno Bahagian Tanjong, Ketua Penerangan Pemuda Umno Pulau Pinang, ahli majlis MPPP dan sebagainya. Beliau merupakan Timbalan Ketua Umno Bahagian Tanjong sehingga kini. Keselamatan jalanraya dikompromikan
Selain daripada penyelewengan yang melibatkan kroni Umno, program ini juga akan membawa natijah yang negatif kepada keselamatan jalanraya. Oleh sebab pengusaha-pengusaha institut memandu terpaksa menerima yuran yang tidak mencukupi, kualiti pengajaran dijangka akan menurun. Sebelum kualiti pengajaran menurun, kemalangan yang melibatkan penunggang motosikal sudah mencapai 70%. Sekiranya BL1M ini dilaksanakan, pastinya peratusan kemalangan motosikal akan naik mendadak. Sebelum ini, Kementerian Pengangkutan begitu prihatin kepada keselamatan jalanraya, sehingga AES yang mendapat bantahan hebat tetap dilaksanakan. Kenapa tidak ada sebarang respon daripada Menteri dalam hal ini? Integriti ala Najib
Kami mengecam sekeras-kerasnya pelaksanaan program BL1M yang mempunyai unsur penipuan. Kami juga berasa kecewa dengan Pemuda Umno yang sanggup menggadaikan keselamatan anak-anak muda di jalanraya semata-mata hendak mengaut keuntungan. Justeru itu, kami mendesak Menteri Pengangkutan agar jangan menjadi boneka kepada Pemuda Umno dan memberhentikan program ini dengan kadar segera. Penyelewengan ini telah memberi satu tamparan besar kepada Najib yang baru menandatangani Ikrar Integriti Pilihanraya melalui Transparency International Malaysia. Program yang seharusnya membantu rakyat akhirnya dijadikan program yang memperkayakan kroni, apakah ini yang dimaksudkan oleh Najib sebagai integriti?
Sekiranya Najib ikhlas dalam membanteras rasuah dan mempertingkatkan integriti, beliau wajib mengambil tindakan tegas terhadap orang yang bertanggungjawab atas program ini.
Chang Lih Kang Ahli Majlis Pimpinan Pusat ADUN Teja
| Lahad Datu: Jangan lekas jatuh hukum Posted: 05 Mar 2013 11:13 PM PST 23 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] - Seluruh rakyat Malaysia saya percaya sedang menunggu dengan memberi perhatian penuh kepada perkembangan di Lahad Datu. Pastinya berbagai anggapan timbul dan membuak di dalam hati tetapi yang pentingnya di peringkat ini kita perlu beri perhatian dengan meletakkan kepentingan dan kedaulatan negara di peringkat teratas. Jangan lagi prejudis dan celupar dengan pelbagai spekulasi sedang kita sendiri tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku di "ground zero". Berilah keyakinan kepada pasukan keselamatan kita. Biarlah pengganas Suluk dari luar tempat kejadian khasnya Sultan Kiram dan kerabatnya keluar dengan kenyataan mereka, kita berlapang dadalah dahulu. Saya terbaca komen seorang pengunjung di sebuah portal berita menyebut: Wow..how come an airstrike with bomb pounding on them can't manage to kill at least 5 - 10 gunmen instead only 1 was killed?? Every time a bomb was released from the plane it cost $100,000 plus and it not a small amount of money and it tax payer money. So is the bomb faulty or the pilot missed their target or the onboard equipment faulty?? Malaysia spend billion of USD to buy sophisticated weapon and train the personnel and this is the result. Malaysia boleh!! Ini masalah keselamatan dan pertahanan negara yang melibatkan nasib dan masa depan kita khasnya rakyat di Sabah. Tidak bolehkah kita buat seketika berikan keyakinan kepada pihak yang bertanggungjawab. Bagaimana kita boleh tergamak menghamburkan maki dan kata nista sedang kenyataan akhir secara rasmi belum dikeluarkan. Ingat ketika Amerika Syarikat menjejaki Osama ben Ladin di pergunungan Tora Bora, ratusan bom dan peluru digugurkan dengan kecekapan ketenteraan dunia berpusat di sana, namun Osama lolos jua. Tetapi tidak pula rakyat Amerika mengutuk dan mengata nista tentera mereka sebaliknya terus berdiri teguh dan memberikan sokongan. Kita di sini, baru sehari pihak keselamatan kita berjuang "all out" terus kita perlekehkan begitu sahaja. Saya yakin semua yang terlibat bersungguh-sungguh mahu mengakhiri episod hitam ini, darah wira kita yang gugur tempoh hari perlu dibela, kedaulatan negara dipertahankan. Tidak ada seorang pun mahu pengganas Suluk ini bebas lolos, berilah keyakinan kepada yang bertanggungjawab selain berdoa ke hadrat Allah swt. Sabar. http://n32.blogspot.com | Badan hancur diseret kereta 20 meter Posted: 05 Mar 2013 11:11 PM PST 23 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -
Kuala Lumpur: Seorang penunggang motosikal maut selepas diseret lebih 20 meter hingga menyebabkan sebahagian badannya hancur selepas dilanggar sebuah kereta Proton Waja ketika memasuki simpang jalan berdekatan Stesen LRT Wangsa Maju, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 4.45 petang, mangsa Syawaluddin Amrizal, 24, berasal dari Simpang Tiga, Gombak itu menghala dari Wangsa Maju ke Setapak manakala pemandu Proton Waja wanita berusia 30-an itu turut menggunakan laluan sama dan dipercayai memandu di belakang mangsa. Sumber berkata, ketika masing-masing hendak memasuki simpang jalan pemandu kereta berkenaan dipercayai hilang kawalan dan gagal mengelak daripada melanggar motosikal Honda EX5 ditunggang mangsa.
Menurutnya, akibat rempuhan dari belakang, motosikal mangsa diseret lebih 20 meter sebelum jatuh di dalam longkang manakala tubuh mangsa pula terhumban ke arah pokok menyebabkan sebahagian badannya hancur. "Pemandu kereta itu pula dipercayai patah kaki sebelum dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) manakala mayat penunggang motosikal dihantar untuk dibedah siasat," katanya.
Sementara itu, Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur Deputi Superintendan Abdullah Roning ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
KERETA yang mengheret motosikal mangsa sejauh 20 meter.
metro/- | Malaysia tiada dalam senarai 400 universiti terbaik dunia Posted: 05 Mar 2013 11:08 PM PST 23 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -
(Tiada satupun universiti di Malaysia masuk dalam senarai 400 universiti terbaik di dunia) KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terus menerima tamparan hebat sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) apabila tidak ada universiti dari Malaysia disenarai dalam 400 universiti terbaik dunia yang dikeluarkan Times Higher Education World University Rankings 2012/2013. Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, berkata ini membuktikan agenda transformasi Najib gagal memulihkan perpaduan, mencapai kecemerlangan dan mengembalikan daya saing antarabangsa menerusi pelbagai usaha seperti program "1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan", Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA). Katanya, dalam laporan terbaru keluaran Times Higher Education (THE) World University Rankings 2012-2013 semalam, tidak ada satu pun universiti dari Malaysia untuk dua tahun berturut-turut termasuk dalam senarai 400 universiti teratas dunia. Editor THE World University Ranking, Phil Baty, dalam ulasannya mendakwa keseimbangan kuasa sedang berganjak. universiti terkemuka dari rantau Asia-Pasifik menunjukkan peningkatan ketara kedudukan mereka untuk sebelum ini tradisinya dikuasai Amerika Syarikat (AS) dan United Kindom (UK). "Pada 2012-2013, institusi terkemuka China, Singapura, Korea Selatan dan Taiwan telah meningkatkan kedudukan mereka. jiran Asia Pasifik, Australia, juga hebat, berbeza dengan AS dan UK kerana majoriti wakil Anglo-Amerika dalam senarai 200 teratas, sekalipun masih dominan daripada segi bilangan, telah semakin hilang tempat." "Saya amat sedih tetapi mengingatkan rakyat Malaysia berhubung kegagalan empat tahun program transformasi Najib, dengan Malaysia dikecualikan terus daripada fenomena kebangkita Asia-Pasifik yang ditunjukkan THE World University Rankings 2012-2013 mengenai "kebangkitan Universiti Asia-Pasifik," kata Lim Kit Siang ( gambar) ketika mengulas mengenai Pengiraan Detik 37 Hari ke PRU-13, semalam. Kebangkitan universiti Asia-Pasifik dalam pendidikan tinggi dinyatakan seperti berikut: 1) Kemajuan ketara bagi Australia dan New Zealand. Institusi nombor satu Australia, University of Melbourne, melonjak daripada kedudukan ke-37 tahun lalu kepada 30 teratas iaitu di tempat ke-28. Australia mendapat tambahan dalam 200 universiti teratas, dengan University of Adelaide memasuki senarai 200 teratas menduduki tempat ke-176. Daripada tujuh universiti Australia, enam memperbaiki kedudukan mereka, 18 lagi tersenarai dalam 400 universiti terkemuka. 2) 200 institusi terkemuka China kedua-duanya bangkit, dengan Universiti Peking meningkat daripada ke-49 kepada ke-46 dan Tsinghua melonjak 19 tempat daripada 71 ke-52. Universiti yang diperuntukkan pihak berkuasa China juga semakin maju: Universiti Fudan dan Universiti Shanghai Jiao Tong, masing-masing semakin hampir menduduki 200 teratas sementara Nanjing kekal pada kedudukan 250-257. 3) Dua institusi terkemuka Singapura mencatat kejayaan mengkagumkan. Universiti National Singapura naik daripada 40 ke-29 dan Universiti Teknologi Nanyang meningkat daripada ke-169 ke-86. 4) Setiap institusi Korea Selatan juga mengkagumkan, Universiti National Seoul meningkat daripada tempat ke-124 ke-59. Negara itu menjadi wakil baru dalam senarai 200 universiti terkemuka, termasuk Universiti Yonsei yang menduduki tempat ke-183. Universiti National Taiwan, adalah satu-satunya universiti dalam senarai 200 universiti terkemuka yang meningkat daripada ke-154 ke-134, sementara institusi Hong Kong kekal akan meningkat. Universiti King Monghut, dari Thailand juga termasuk dalam 400 universiti terkemuka menduduki dalam lingkungan 351-400. Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur berkata, daripada 81 universiti di rantau Asia Pasifik dalam 400 universiti terkemuka dunia, universiti dari Malaysia tidak tersenarai sedangkan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini mendakwa Malaysia mempunyai sistem pendidikan antara yang terbaik di dunia, malah lebih baik daripada Amerika Syarikat, Britain dan Jerman. "Sekiranya Malaysia mahu menjadi sebahagian daripada Kebangkitan Universiti Asia-Pasifik dan dikenali di peringkat antarabangsa bukan saja mempunyai universiti dalam senarai 400 teratas malah 100 teratas, keseluruhan sistem pendidikan perlu dibaikpulih, bermula daripada sekolah rendah, menengah hingga ke universiti. "Ini hanya dapat dicapai sekiranya ada permulaan baru memperbaharui negara dengan mengubah Kerajaan Persekutuan di Malaysia pada PRU-13 daripada terus dikuasai Barisan Nasional (BN) sejak 56 tahun lalu," katanya. harakahdaily/- | Helmi Gimik nyaris maut kereta terbakar Posted: 05 Mar 2013 11:05 PM PST 23 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -
Kereta Mercedes Benz E240 yang dipandu Helmi Gimik terbakar di Jalan Bukit Tangga, Jelebu– Seremban, semalam. SEREMBAN – Pelawak, Helmi Gimik nyaris maut apabila kereta yang dipandunya terbakar secara tiba-tiba dalam satu kejadian di Jalan Bukit Tangga, Jelebu–Seremban, di sini, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, Helmi bersama dua rakannya menaiki kereta jenis Mercedes Benz E240 dalam perjalanan pulang ke Nilai selepas membuat persembahan di majlis yang dihadiri Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan di Felda Pasoh 4, Simpang Pertang, Jelebu, di sini. Menurut Helmi, dia bersama pembantu peribadi dan salah seorang pemuzik terhidu bau hangit ketika dalam perjalanan pulang. "Ketika memandu, saya melihat kepulan asap keluar daripada pendingin hawa kereta dan berbau hangit. "Saya terus berhentikan kereta dan keluar memeriksa bonet. Sebaik sahaja dibuka, asap tebal memenuhi keseluruhan enjin kereta," katanya kepada Sinar Harian semalam. Helmi berkata, dia bersama rakannya bergegas menyelamatkan barang-barang penting dalam kenderaan sejurus melihat asap tebal itu. "Selepas selesai meletakkan barang di tepi jalan, kereta saya tiba-tiba meletup dan terbakar. "Kejadian berlaku sekelip mata dan saya tergamam melihat kereta sendiri dijilat api yang marak," katanya. Menurutnya, dia tidak menyangka keretanya terbakar kerana sejak dibeli lima tahun lalu, ia tidak mempunyai masalah. "Saya bersyukur kami semua selamat dan tidak cedera,"katanya.
metro/- | Lahad Datu: Jangan lekas jatuh hukum Posted: 05 Mar 2013 10:58 PM PST 23 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] - Seluruh rakyat Malaysia saya percaya sedang menunggu dengan memberi perhatian penuh kepada perkembangan di Lahad Datu. Pastinya berbagai anggapan timbul dan membuak di dalam hati tetapi yang pentingnya di peringkat ini kita perlu beri perhatian dengan meletakkan kepentingan dan kedaulatan negara di peringkat teratas. Jangan lagi prejudis dan celupar dengan pelbagai spekulasi sedang kita sendiri tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku di "ground zero". Berilah keyakinan kepada pasukan keselamatan kita. Biarlah pengganas Suluk dari luar tempat kejadian khasnya Sultan Kiram dan kerabatnya keluar dengan kenyataan mereka, kita berlapang dadalah dahulu. Saya terbaca komen seorang pengunjung di sebuah portal berita menyebut: Wow..how come an airstrike with bomb pounding on them can't manage to kill at least 5 - 10 gunmen instead only 1 was killed?? Every time a bomb was released from the plane it cost $100,000 plus and it not a small amount of money and it tax payer money. So is the bomb faulty or the pilot missed their target or the onboard equipment faulty?? Malaysia spend billion of USD to buy sophisticated weapon and train the personnel and this is the result. Malaysia boleh!! Ini masalah keselamatan dan pertahanan negara yang melibatkan nasib dan masa depan kita khasnya rakyat di Sabah. Tidak bolehkah kita buat seketika berikan keyakinan kepada pihak yang bertanggungjawab. Bagaimana kita boleh tergamak menghamburkan maki dan kata nista sedang kenyataan akhir secara rasmi belum dikeluarkan. Ingat ketika Amerika Syarikat menjejaki Osama ben Ladin di pergunungan Tora Bora, ratusan bom dan peluru digugurkan dengan kecekapan ketenteraan dunia berpusat di sana, namun Osama lolos jua. Tetapi tidak pula rakyat Amerika mengutuk dan mengata nista tentera mereka sebaliknya terus berdiri teguh dan memberikan sokongan. Kita di sini, baru sehari pihak keselamatan kita berjuang "all out" terus kita perlekehkan begitu sahaja. Saya yakin semua yang terlibat bersungguh-sungguh mahu mengakhiri episod hitam ini, darah wira kita yang gugur tempoh hari perlu dibela, kedaulatan negara dipertahankan. Tidak ada seorang pun mahu pengganas Suluk ini bebas lolos, berilah keyakinan kepada yang bertanggungjawab selain berdoa ke hadrat Allah swt. Sabar. http://n32.blogspot.com | Surau pertama akan dibina di Padang Kota Posted: 05 Mar 2013 10:53 PM PST 23 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -
(Lawatan ke tapak surau di Padang Kota) GEORGETOWN: Surau pertama di Padang Kota Lama bersebelahan bangunan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) akan jadi kenyataan pada bulan Julai 2013 akan datang apabila kerja- kerja pembinaan akan dimulai dalam masa terdekat. Demikian kata, Ahli Majlis MPPP, Haji Yusof Mohd Noor. Beliau berkata demikian selepas majlis lawatan tapak dan taklimat ringkas oleh Exco Agama Islam, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Pulau Pinang, Datuk Malik Kasim bersama Yang DiPertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp), Datuk Saleh Man pagi tadi. "Apa yang disuarakan kepada MPPP dah jadi kenyataan. Tidak lama lagi masyarakat Islam yang datang bersiar-siar di tepi pantai bersama keluarga atau ingin menghirup udara senja tidak lagi tergesa-gesa mencari surau bila sampai waktu solat," tegasnya. Surau yang asalnya tempat letak kereta akan dibina oleh Maznoora Enterprise dibuat secara tender terbuka berkeluasan 160 meter persegi bernilai RM175,200 hasil wang caruman surau. Ia bakal boleh menempatkan 70 jemaah sekali gus iaitu 40 jemaah lelaki dan 30 perempuan. Pembinaan tersebut melibatkan kerja-kerja membina tandas lelaki, perempuan serta tandas Orang Kurang Upaya (OKU) yang masing-masing berkeluasan 29.28 meterpersegi. "Ini adalah kejayaan PAS yang bersuara melalui MPPP. Setelah 50 tahun baru sekarang ianya jadi kenyataan. "Di waktu Umno berkuasa dulu mereka tidak berfikir untuk melaksanakanya maklumlah parti itu lebih condong pada hiburan mana ada masa lontarkan ideal ke arah martabatkan Islam," ujarnya. HARAKAHDAILY/-
| Seorang lagi penceroboh terbunuh Posted: 05 Mar 2013 10:51 PM PST 23 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -
LAHAD DATU: Ketua polis negara Tan Sri Ismail Omar berkata seorang lagi anggota tentera kesultanan Sulu dipercayai terbunuh pagi ini dalam satu pertempuran di Kampung Tanduo, Lahad Datu. Ia berlaku sehari selepas tentera melancarkan serangan besar-besaran ke atas kampung itu termasuk menggunakan jet pejuang. Katanya, pasukannnya terpaksa melepaskan tembakan apabila ditembak dalam kejadian kira-kira jam 6.45 pagi itu. "Saya difahamkan seorang musuh ditembak... Kami percaya dia terbunuh," katanya Ismail dalam sidang media pagi ini bersama pemimpin angkatan tentera Malaysia. Bagaimanapun pasukan keselamatan tidak mengeluarkan mayat tersebut atas sebab keselamatan, lapor Malaysiakini. Ismail juga mengesahkan kumpulan penceroboh kini menyamar dengan berpakaian preman untuk melepaskan diri daripada kepungan pasukan keselamatan. Beliau menambah, pasukan tentera dan polis tidak mengalami kemalangan jiwa atau kecederaan dalam operasi bersama itu, sehingga hari ini. Pasukan keselamatan bertindak ke atas militan Filipina di Kampung Tanduo tersebut dengan serangan udara selepas pertentangan lebih tiga minggu. Ismail enggan mengesahkan jumlah musuh yang terbunuh dalam operasi berkenaan walaupun media hari ini melaporkan angka sehingga 30 orang.
HARAKAHDAILY/- | Bayaran fail suratcara di mahkamah naik 100% Posted: 05 Mar 2013 10:50 PM PST 23 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Setelah kenaikan pelbagai jenis kos, sama ada kos sara hidup, insurans kereta dan sebagainya, kini kos melibatkan urusan mahkamah turut dinaikkan.
Harakahdaily difahamkan, bermula 1 Mac lalu, bayaran pemfailan suratcara mahkamah sudah dinaikkan sebanyak 100 peratus.
Menurut sumber, mana-mana pihak yang mengemukakan notis rayuan contohnya, ke Mahkamah Rayuan dikenakan sebanyak RM600, yang sebelumnya RM300.
Selain itu, notis rayuan (selepas perbicaraan) juga dikenakan kos sebanyak RM600, berbanding RM300 sebelum ini, begitu juga dengan notis rayuan (selain keputusan yang dibuat).
Manakala, bagi notis bayaran pengeluaran geran (kod 31 dan 32) telah dinaikkan kepada RM440, berbanding RM220, writ saman sebanyak RM400 (RM200), bon jaminan sebanyak RM16 (RM8) serta lain-lain urusan.
Dengan peningkatan kos bayaran itu, ramai pihak yang terkejut apabila diberitahu mengenainya ketika berurusan di mahkamah.
Harakahdaily dimaklumkan, biarpun terdapat beberapa kos bayaran pemfailan yang masih rendah nilainya, namun peningkatan sebanyak 100 peratus itu dilihat begitu tinggi.
HARAKAHDAILY | Biola ditemui di Bulgaria mungkin bernilai RM5.58 juta Posted: 05 Mar 2013 10:47 PM PST 23 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -
SOFIA - Sebuah biola yang berharga AS$1.8 juta (RM5.58 juta) dan dicuri di London, England sebelum ini mungkin telah ditemui di Bulgaria.
Para detektif Britain kini menyiasat sama ada biola tersebut yang berusia 300 tahun merupakan biola yang dicuri dari sebuah stesen tren di London dua tahun lalu.
Biola itu ditinggalkan oleh seorang anggota Orkestra Filharmonik Diraja di sebuah restoran di stesen tersebut untuk membeli sandwic pada November 2010.
Ketika kejadian, dia meletakkan biola itu di atas lantai dan berbual dengan kekasih lelakinya. Seorang pengembara Ireland, John Maughan telah didapati bersalah kerana menjual biola tersebut. Maughan dihukum penjara empat tahun enam bulan oleh hakim sebuah mahkamah pada tahun 2011 kerana perbuatannya itu.
Biola itu kemudian ditemui dalam satu operasi polis di Bulgaria. Menurut Kementerian Dalam Negeri Bulgaria, biola itu mempunyai tanda nama Antonio Stradivarius yang merupakan pencipta alat permainan muzik itu.
Stradivarius dari Itali turut mencipta beberapa peralatan muzik lain seperti gitar dan hap. - Agensi
| Desak Najib jawab pendedahan kerajaan bayar Apco burukkan Anwar Posted: 05 Mar 2013 10:45 PM PST 23 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -
Pada minggu lepas, Joshua Trevino, bekas penulis ucapan presiden Amerika Syarikat George W. Bush memfailkan rekod kepada kerajaan AS yang mengesahkan beliau dibayar oleh kerajaan Malaysia menerusi Apco Worldwide di dalam kempen mempromosi pentadbiran Datuk Seri Najib Razak dan menyerang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Rekod tersebut mendedahkan Trevino dibayar AS$389,724.70 oleh kerajaan Malaysia, parti pemerintah Umno-BN ataupun kepentingan yang berkaitan. Pada Ogos tahun lepas, Trevino dipaksa meletak jawatan sebagai kolumnis di akhbar UK, The Guardian. Ini berikutan beliau tidak mengumumkan peranannya sebagai konsultan kepada FBC Media, di mana beliau menulis memuji tentang ciri-ciri 'kesederhanaan' Najib.
Pada 2011, Najib mengakui bahawa kerajaan membayar RM94 juta kepada FBC Media antara 2007 hingga 2010. FBC turut membayar AS$70,000 kepada APCO Worldwide untuk melobi kerajaan AS mewakili pentadbiran Najib. Apabila skandal pembayaran dan pengaturan berita ini didedahkan, BBC dan CNBC menamatkan kontrak FBC kerana melanggar etika kewartawanan.
Ironisnya, ketika Umno-BN terus-menerus menyerang Anwar sebagai pro-Israel di dalam propaganda dalam negara, Trevino dan konsultan-konsultan lain bekerja keras untuk menggambarkan Anwar sebagai anti-Israel di luar negara. Najib perlu menjawab persoalan-persoalan berikut yang timbul daripada skandal ini:
a) Berapa banyakkah wang rakyat yang dibayar kerajaan kepada konsultan perhubungan awam, khususnya luar negara untuk menulis bahan-bahan anti-Pakatan Rakyat dan Anwar Ibrahim? b) Selain daripada APCO di AS dan FBC di UK, di manakah lagi BN melantik konsultan untuk menyerang pembangkang?
c) Siapakah yang terlibat di dalam perlantikan dan koordinasi konsultan-konsultan ini? Apakah arahan yang diberikan kepada konsultan-konsultan ini mengenai bahan-bahan berkaitan Anwar Ibrahim memandangkan kebanyakan kerja yang dibuat adalah menyerang Anwar semata-mata?
e) Adakah kerajaan sedar bahawa ramai konsultan yang dilantik terkenal dengan pandangan ekstrem dan anti-Islam mereka, yang menghina Islam, Ikhwanul Muslimin dan umat Islam di Amerika? f) Adakah kerajaan sedar bahawa konsultan-konsultan yang dilantik adalah penyokong tegar Israel yang menentang hak rakyat Palestin?
Najib mestilah menjawab perkara ini dengan pilihan raya yang bakal tiba. Meskipun Najib terus membelanjakan jutaan ringgit wang rakyat bagi tujuan propaganda dan fitnah, beliau terus menolak gesaan Anwar untuk perbahasan polisi bagi kepentingan rakyat Malaysia.
Nik Nazmi Nik Ahmad Pengarah Komunikasi KEADILAN | Bashar dakwa tewaskan konspirasi Posted: 05 Mar 2013 10:41 PM PST 23 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] - DAMSYIK - Presiden Syria, Bashar al-Assad semalam menyatakan pihaknya telah berjaya menewaskan konspirasi di tanah airnya walaupun kumpulan penentang berjaya menawan bandar Raqqa. Komen Bashar yang disiarkan di dalam akhbar Lebanon, Al-Akhbar turut berkata, lawannya yang disokong kuasa-kuasa asing itu kini bergelut untuk terus hidup.
Keadaan itu memberi kelebihan kepada tentera beliau di medan perang. "Konspirasi terhadap Syria hampir tamat.
"Banyak kejayaan penting telah dicapai dan kepentingan strategik yang amat jelas walaupun pihak-pihak di rantau ini dan di dunia merancang sesuatu yang buruk terhadap keselamatan Syria," kata Bashar.
Rakyat Syria bangkit menentang pemerintahan Bashar pada Mac 2011 untuk menuntut kebebasan dan pemerintahan demokrasi ekoran kebangkitan rakyat di Tunisia, Mesir dan Libya.
Lebih 70,000 orang terbunuh dalam pertempuran antara tentera Bashar dengan kumpulan penentangnya. Kumpulan Pemantau Hak Asasi Untuk Syria semalam turut menyiarkan rakaman video amatur yang menunjukkan Gabenor wilayah Raqa, Hassan Jalili dan Setiausaha Agung Parti Baath yang memerintah, Suleiman Suleiman ditawan oleh kumpulan penentang.
Patung bapa Bashar, Hafez Assad yang juga bekas Presiden Syria telah ditumbangkan oleh kumpulan penentang di Raqqa kelmarin. - Agensi | Sukar dapatkan bantuan Posted: 05 Mar 2013 08:41 PM PST 23 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -
Musripah menunjukkan kad pengenalan lama milik anaknya, Mohd Supper. HUTAN MELINTANG - Gara-gara kad pengenalan masih belum ditukar kepada MyKad, seorang lelaki yang mempunyai masalah mental dan penglihatan hidup terumbang-ambing tanpa sebarang bantuan. Anak ketiga daripada sembilan adik-beradik itu, Mohd Supperi Likan, 59, kini dijaga ibunya, Musripah Ismail, 89, bersama-sama salah seorang adiknya, Muhkni Likan, 52, di Kampung Parit 17, di sini. Musripah berkata, kad pengenalan anaknya masih belum dapat ditukar kepada baharu menyebabkan pelbagai masalah timbul termasuk tidak dapat bantuan daripada agensi berkenaan. Menurutnya, anaknya, Muhkni pernah membawa Mohd Supperi ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk menggantikan kad pengenalan baharu tetapi tidak berjaya kerana sukar untuk mengawal kelakuannya yang enggan memberikan kerjasama. "Masalah Mohd Supperi bermula apabila dia menghidap penyakit misteri setelah pulang dari kursus di Titi Gantung kira-kira 30 tahun lalu. "Anak mak cik tiba-tiba batuk dan muntah darah dan semenjak kejadian ini, dia mulai berkelakuan aneh termasuk merayau-rayau sekeliling kampung tanpa arah tuju," katanya. Musripah berkata, kadang-kala anaknya itu akan bertindak ganas dengan menumbuk dinding, pintu dan lantai rumah selain memukul dadanya tanpa sebab. "Kami pernah menghantar ke Hospital Bahagia di Tanjung Rambutan namun, setelah tiga bulan di situ, doktor menyuruh kami membawa pulang MohdSupperi kerana tiada masalah tetapi keadaannya masih sama sehingga kini. "Puas kami cuba mengubatinya secara tradisional dan moden malah kami sekeluarga sudah berhabis duit merawat Mohd Supperi tetapi gagal," katanya. Katanya, apa yang memburukkan keadaan apabila mata sebelah kanan Mohd Supperi kabur dan tidak dapat melihat dengan sempurna sehingga menyukarkan anaknya berjalan. "Sebelum ini, Muhkni pernah cuba memohon bantuan daripada pihak berkenaan untuk meringankan beban tetapi tidak diendahkan kerana kad pengenalan milik Mohd Supperi masih lama. "Mohon pihak berkenaan bantu kami, termasuk penukaran kad pengenalan milik Mohd Supperi yang lama ke baru bagi memudahkan kami memohon bantuan kepada agensi terlibat," katanya.
metro/- | Wabak selsema burung kembali Posted: 05 Mar 2013 08:39 PM PST 23 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] - Bangkok: Pegawai kesihatan di seluruh Thailand diarahkan berjaga-jaga dengan wabak selesema burung ekoran kematian lapan orang akibat virus itu di Kemboja.
Timbalan Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Kemboja untuk biro pemantauan wabak, Ly Sovann mengesahkan sembilan kes selesema burung dilaporkan sejak 1 Januari lalu dengan lapan kematian. Setiausaha Kesihatan Awam Thailand, Narong Sahamethapat semalam berkata, pegawai kesihatan diarah berjaga-jaga terutama di wilayah Sa Kaeo, tempat rakyat Kemboja melintasi sempadan setiap hari untuk tujuan perniagaan. Pegawai perubatan di hospital kerajaan juga diarah melakukan pemeriksaan jangkitan wabak itu terhadap pesakit. - Agensi
| Cikgu Kenit tidak kisah Posted: 05 Mar 2013 08:06 PM PST 23 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -
New Delhi: Azad Singh, 22, mencapai impiannya untuk menjadi guru walaupun dia hanya setinggi 0.94 sentimeter.
Azad mengalami gangguan genetik yang jarang berlaku dan ini bermakna dia berhenti membesar pa da usia lima tahun dan ketika berusia 22 tahun dia terperangkap dalam saiz tubuh kanak-kanak.
Dia kini mengajar kemahiran komputer di sekolah perempuan di Haryana, yang pelajarnya jauh lebih tinggi daripadanya.
Ketika mengajar, dia terpaksa berdiri di atas meja agar cukup tinggi untuk mencapai papan putih. AZAD duduk di atas meja bersebelahan komputer di sekolah perempuan dekat Haryana, India. Kerana saiznya yang kecil itu, pelajar memanggilnya 'Chotu' yang bermakna 'guru kenit.'
Azad yang memperoleh gaji sebanyak 10,000 rupee (RM570) sebulan dan terpaksa memakai pakaian kanak-kanak berusia tujuh tahun berkata, dia tidak kisah dengan gelaran itu.
"Saya tidak kisah kerana saya sudah mencapai impian saya. Orang kini lebih menghormati saya kerana saya sudah mempunyai pekerjaan," katanya.
Ketika berusia 18 tahun, seorang pengawal stesen kereta api menyangka dia masih bayi.
Di sekolah, dia dibuli kerana saiznya. Dia juga sangat takut diculik kumpulan sarkas sehingga enggan keluar rumah.
Bagaimanapun, Azad berkata, semua pengalaman pahit itu membantunya menjadi dirinya hari ini.
"Sering dibuli menjadikan saya lebih bersemangat untuk mencapai cita-cita saya," katanya.
Adik perempuannya, Laxmi, 19, turut mengalami gangguan hormon yang sama, tetapi ibu bapa mereka tidak mampu untuk mendapatkan suntikan hormon diperlukan bagi menggalakkan pembesaran.
Adik perempuan bongsunya, Suman, 15, belajar di sekolah tempat Singh mengajar di Gurgaon, Badshapur dan memandunya ke tempat kerja setiap hari menaiki skuter.
"Dia membuatkan saya berasa bangga," kata Suman. - Agensi
| Lahad Datu: 600 penduduk berhampiran dipindah Posted: 05 Mar 2013 07:59 PM PST 23 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] - Kira-kira 600 orang dari empat buah kampung berhampiran Kampung Tanduo, dipindahkan ke Dewan Embara, dekat Lahad Datu susulan tindakan ofensif pasukan keselamatan menggempur kumpulan penceroboh dari Sulu pagi semalam. Empat kampung terbabit ialah Tanjung Labian, Tanagian, Sungai Bilis dan Lok Buani. Ketua Masyarakat Kampung Tanjung Labian, Assafal Alian berkata mereka diarah oleh pasukan keselamatan supaya berpindah ke dewan itu sejak dua hari lepas dengan semua keperluan makanan disediakan, namun tidak dimaklumkan sehingga bila perlu berada di situ. "Kami tiada masalah untuk tinggal di sini kerana yang penting keselamatan penduduk terjamin ketika operasi menggempur diadakan. "Namun, kami amat berharap krisis pencerobohan di Kampung Tanduo dapat diselesaikan segera dan kami dapat kembali menjalani kehidupan seperti biasa," katanya kepada Bernama. Suri rumah, Normisnah Ahmad dari Kampung Sungai Merah juga menyatakan harapan serupa agar krisis pencerobohan di Kampung Tanduo berakhir segera agar dia bersama keluarganya dapat pulang ke rumah secepat mungkin. Beliau turut berharap supaya kemudahan perubatan untuk penduduk yang berpindah ke dewan itu ditingkatkan.
- Bernama
| Pesawat terhempas belakang rumah Posted: 05 Mar 2013 07:53 PM PST 23 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -
GOMA, Congo - Sebuah pesawat penumpang terhempas dekat sebuah rumah menyebabkan tujuh orang terbunuh dan tiga orang lagi cedera, kata beberapa pegawai Congo semalam.
Juruterbang pesawat syarikat Compagnie Africaine d'Aviation itu berjaya mengelak pesawat berkenaan terhempas di kawasan perumahan di bandar ini kelmarin.
Pesawat itu berlepas dari bandar Kananga di barat daya negara ini dan berhenti di Lodja. Ia terhempas semasa dalam penerbangan ke sini.
"Terdapat ribut petir dan kami mendengar bunyi yang kuat.
"Kami keluar dan melihat sebuah pesawat di kawasan belakang rumah," kata seorang penduduk, Lauren Welsh.
Beberapa pegawai syarikat penerbangan itu dan pihak berkuasa menyatakan sebanyak sepuluh orang menaiki pesawat tersebut.
Juruterbang pesawat itu turut maut.
Seorang pegawai syarikat berkenaan menyatakan lima kru pesawat tersebut turut mati. Datuk bandar Goma, Naasson Kubuya menyatakan, pesawat berkenaan terhempas ketika cuaca buruk. - AP
| Lahad Datu: Bayangkan ia tanpa kehadiran media baru Posted: 05 Mar 2013 07:41 PM PST 23 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] - (Bayangkan kalau kad ini ditemui ketika Lokman ini masih bersama PKR ketika tragedi Lahad Datu ini berlaku)
KUALA LUMPUR: Bayangkan jika peristiwa keganasan di Lahad Datu berlaku 10 tahun yang lalu sudah pasti pemimpin Pakatan Rakyat dicincang lumat oleh media ortodok Umno di negara ini. Namun bersyukurlah kerana di zaman informasi bebas bergerak ini, ia tidak berlaku. "Nasib menyebelahi PR kerana sekarang ada media baru, maka penjelasan boleh dibuat secepat kilat," kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad (gambar).
Dengan ini, katanya, perancangan mereka untuk mengaitkan peristiwa ini gagal.
Beliau dipercayai mengulas tindakan Umno yang cuba mengaitkan peristiwa di Lahad Datu dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Namun ia gagal kerana media sosial yang bebas bergerak berjaya memberikan gambaran sebenar apa yang berlaku.
"Cuba bayangkan sewaktu langit terbuka ini pun media Umno masih menyebarkan fitnah kononnya ia ada kaitan dengan pembangkang khususnya Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Pelik bin ajaib, di Semenanjung mereka menuduh Pakatan Rakyat hendak buang Raja, manakala di Sabah Pakatan Rakyat hendak melantik Raja," kata Idris.
Beliau mempersoalkan, kenapa pemimpin Umno BN masih berfikiran primitif walau pun berada di zaman maklumat di hujung jari.
Katanya, di dalam suasana gawat sehingga terkorban anggota keselamatan, media yang menjadi tali barut Umno tidak pernah bertaubat dan insaf untuk menghentikan kerja jahat mereka demi memuaskan nafsu serakah ketuanya.
Penjelasan pantas melalui media alternatif seperti kenyataan yang disiarkan portal berita interaksyon.com , anak kepada Sultan Jamalul Kiram III, Puteri Jacel Kiram menafikan ada hubungan dengan pembangkang Malaysia.
Bagi beliau, media Umno cuba menggelap berita bagaimana Saudara Lokman Adam Exco Pemuda Umno mengaku menjadi penasihat Sultan Sulu.
"Jika Lokman ini pemimpin PR, maka gegak gempita dunia dengan mengatakan bahawa PR menjadi penasihat kumpulan pengganas Sultan Sulu sehingga mengorbankan anggota keselamatan negara," katanya.
harakahdaily/-
| Jangan bantu pihak luar ceroboh negara Posted: 05 Mar 2013 07:39 PM PST 23 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -
Tuan Guru Nik Abdul Aziz berucap kepada anggota rombongan Majlis Agama Islam Narathiwat. KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mengingatkan rakyat di negara ini khususnya Sabah supaya tidak membantu pihak luar menceroboh negara sendiri. Katanya, bukan sahaja penceroboh Filipina, sebaliknya rakyat juga wajib mempertahankan diri agar tidak menjadi 'agen' pencerobohan undang-undang di negara sendiri. Beliau yang juga Mursyidul Am PAS berharap kes pencerobohan itu dapat diselesaikan dengan cara baik antara Filiphina dengan Malaysia. Dari segi politik katanya, sekiranya benar rakyat Malaysia sendiri yang membantu orang luar untuk menceroboh negara sendiri memang tidak boleh. "Kerajaan yang ada sekarang ini telah menceroboh hak rakyat, iaitu dengan memberikan kad pengenalan kepada orang luar. "Menceroboh negara sendiri apa lagi pihak luar merupakan jenayah yang amat besar," ujarnya kepada media selepas meraikan rombongan 35 orang rombongan dari Majlis Agama Islam Narathiwat di kediaman rasmi, JKR 10. Beliau turut mempersoalkan siapa yang telah mengajar memberikan kad pengenalan kepada mereka yang tidak berhak. "Bekas perdana menteri sendiri mengakui sebelum ini, tak nak mengakui macam mana sebab ianya memang kenyataan," ujarnya.
harakahdaily/- | “Awas Jalan Mati” di puncak bukit di Jeli Posted: 05 Mar 2013 07:20 PM PST 23 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] - JELI: Memandu dari Simpang Tiga Kampung Berdang melintasi kawasan hutan tanpa pengguna jalan raya lain cukup menyeronokkan. Namun awas jalan seumpama lebuh raya itu mati di puncak bukit.
Malang seribu kali malang jalan yang cantik itu tidak ada orang yang melaluinya. Mengapa. Rupa-rupanya jalan raya tersebut berakhir di puncak sebuah bukit.
Di hujung jalannya didirikan papan kenyataan "Awas Jalan Mati". Di belakang papan peringatan itu gaung yang menjunam ke bawah.
Paling bawah kelihatan air sungai Pergau yang jernih mengalir di celah-celah batu. Ada juga kelihatan bangsal kecil seperti rumah penduduk Orang Asal.
Kata Penyelia parlimen Jeli, Mohd Apandi Mohamad gaung itu menjunam ke bawah hampir 100 meter.
Panoramanya cukup indah dengan bukit bukau yang sayup mata memandang.
Apandi berkata, jalan raya itu cadangan asal mahu dibina ke penempatan Orang Asal di Sungai Rual, namun pembinaannya terhenti di puncak bukit.
Di sepanjang laluan itu tidak ada rumah penduduk. Tidak ada orang yang menggunakannya biar pun laluannya cukup selesa.
"Tahun lepas seorang pemuda bersama motosikal hampir terjatuh ke dalam gaung. Nasib baik dia tidak terhumbang ke bawah gaung yang dalam.
"Budak itu menyertai perlumbaan motosikal sesama mereka. Kalau jatuh ke bawah tidak tahulah kita apa yang akan terjadi," kata penghulu Mukim Berdang, Mohd Dunia Mat Isa.
harakahdaily/- | Yasin diugut bunuh, video 'Reformasi' undang kontroversi Posted: 05 Mar 2013 07:14 PM PST 23 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -
GARA-gara sebuah video nyanyian bertajuk "Reformasi" yang dimuat naik ke laman YouTube, penyanyi dan komposer, Yasin Sulaiman, 39, diugut dengan ancaman bunuh oleh dua individu melalui laman berkenaan.
Komen yang berbunyi, "Yassin ni patut dibunuh jer.. " dan "Aku kalau jumpa si Yassin ni kat luar comfirm aku pijak-pijak kepala dia sampai lumat" didapati dibuat pada awal malam semalam selepas kira-kira dua minggu video itu dimuat naik.
Yasin berkata, ugutan bunuh yang diterima melalui video lagunya itu membuktikan ada pihak tidak bertanggungjawab dan menyalahgunakan medium sosial tersebut.
"Perselisihan pendapat adalah perkara biasa dan sebelum ini saya pernah menerima pelbagai pandangan negatif. Namun ugutan bunuh adalah perkara serius.
"Saya tidak pasti sejauh mana seriusnya ugutan yang dibuat itu, namun saya tidak akan berdiam diri jika ia berterusan selepas ini," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di pejabatnya di Kota Damansara, semalam.
Justeru itu, Yasin memberi amaran kepada pengunjung laman sosial agar tidak sewenang-wenangnya meninggalkan komen berunsur ugutan dan fitnah terhadapnya sebelum dia mengambil tindakan undang-undang.
"Sekiranya saya silap dalam penulisan, kita boleh dialog, boleh mengkritik dengan platform yang betul. Bukan dengan ugut-mengugut begini.
"Saya harap individu terbabit berhentilah daripada melakukan perkara begini kepada sesiapa pun. Kebebasan bersuara perlu digunakan untuk kebaikan bukan untuk mengugut dan mencaci orang lain," katanya kesal dengan perkara itu.
metro/- | ‘Macam filem’ Posted: 05 Mar 2013 07:03 PM PST 23 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -
Parit Buntar: "Pada mulanya saya menyangka ia pertengkaran kecil sebelum seorang lelaki mengeluarkan pistol dan melepaskan tembakan bertubi-tubi ke arah mangsa yang berada di dalam kereta," kata seorang saksi dikenali Ahmad, 34.
Dalam kejadian jam 6.30 petang di pekan Tanjung Piandang itu, seorang lelaki maut manakala rakannya cedera selepas dua lelaki tidak dikenali melepaskan tembakan ke arah mereka.
Bagaimanapun, dalam serangan ala filem itu seorang lagi mangsa yang juga seorang wanita berusia 30-an di tempat duduk belakang penumpang tidak mengalami sebarang kecederaan.
Kejadian berlaku apabila kereta jenis Hyundai Elantra dinaiki mangsa dihalang sebuah kereta dinaiki suspek yang kemudian mengarahkan mangsa keluar dari kenderaannya. ANGGOTA polis mengangkat mayat Wong. Bagaimanapun, mangsa enggan turun menyebabkan suspek berang sebelum mengeluarkan sepucuk pistol dan melepaskan beberapa das tembakan ke arah mangsa dari arah dekat.
metro/- | Pakatan laksana sistem proportional jika tadbir kerajaan pusat Posted: 05 Mar 2013 06:30 PM PST 23 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -
Datuk Mustafa Ali KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, sistem pilihan raya negara perlu ditukar kepada sistem 'proportional' bagi memastikan sistem pilihan raya negara berjalan secara adil dan saksama kepada pihak yang bertanding. "Saya akan cadangkan ini kepada kerajaan bila kita berkuasa. "Kita akan tukar sistem ini 'proportional representation' untuk berlaku adil kepada kedua-dua parti," katanya ketika menyampaikan ucapan pada Persidangan Antarabangsa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) di ibu negara semalam. Menurut Mustafa, pelaksanaan sistem 'proportional' antaranya akan menggalakkan lagi pengundi untuk turun menjalankan tanggungjawab mereka sebagai warganegara. "Ini kerana mereka tahu apabila dilaksanakan 'proportional representation', maka setiap undi akan dikira," katanya. Bahkan jika sistem tersebut dilaksanakan, peranan 30 peratus golongan wanita dalam bersama-sama menggubal dasar negara juga dapat direalisasikan. Malaysia kini menggunakan sistem majoriti mudah.
sinar/- | Laporan dakwa 30 ditemui terbunuh lepas pengeboman Posted: 05 Mar 2013 05:30 PM PST 23 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -
Laporan akhbar tempatan hari ini mendakwa seramai 30 orang penceroboh Sulu terbunuh dalam serangan besar-besaran melalui Ops Sulu, yang kemudiannya dinamakan Ops Daulat, di pantai timur Sabah semalam.
"Jumlah tersebut menjadikan keseluruhan pengganas Sulu yang berjaya ditumpaskan ATM dan PDRM sehingga kini ialah 49 orang, manakala di pihak anggota keselamatan negara tiada sebarang kecederaan mahupun kemalangan jiwa berlaku dalam operasi itu," laporan Utusan Malaysia dipetik.
Laporan yang tidak menyatakan sumber maklumat itu juga menyebut, terdapat "khabar" yang menyatakan pemimpin kumpulan berkenaan Raja Muda Azzumudie terbunuh namun perkara itu tidak disahkan.
Sementara itu laporan akhbar Berita Harian pula yang memetik sumber mendakwa pasukan keselamatan yang menjalankan operasi pembersihan selepas pengeboman semalam menjumpai antara 20 hingga 30 mayat musuh. Pasukan keselamatan yang masih belum menyatakan jumlah rasmi yang ditemui dalam operasi diketuai pasukan polis itu. Ketua polis negara Tan Sri Ismail Omar dijangka mengumumkan perkara itu hari ini. Kesultanan Sulu semalam menafikan laporan akhbar Malaysia bahawa Azzimudie Kiram, yang mengetuai kumpulan bersenjata di Lahad Datu terbunuh dalam operasi berkenaan.
Menurut InterAksyon.com, portal berita dalam talian saluran TV Filipina TV5, jurucakap kesultanan Abraham Idjirani telah bercakap dengan Azzimudie melalui telefon di hadapan pemberita semasa taklimat media di Manila petang semalam.
Lapan buah pesawat penggempur Malaysia semalam dilaporkan menggugurkan sekurang-kurangnya enam bom pemusnah di kawasan yang didakwa diduduki Azzimudie dan pengikutnya di Kampung Tanduo.
malaysiakini/- | Lahad Datu: Nasib baik ada media baru Posted: 05 Mar 2013 04:30 PM PST 23 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] - Jika peristiwa keganasan di Lahad Datu berlaku 10 tahun yang lalu sudah pasti pemimpin Pakatan Rakyat dicincang lumat oleh media ortodok Umno di negara ini. Nasib menyebelahi PR kerana sekarang ada media baru, maka penjelasan boleh dibuat secepat kilat. Dengan ini perancangan mereka untuk mengaitkan peristiwa ini gagal.
Cuba bayangkan sewaktu langit terbuka ini pun media Umno masih menyebarkan fitnah kononnya ia ada kaitan dengan pembangkang khususnya Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pelik bin ajaib, di Semenanjung mereka menuduh Pakatan Rakyat hendak buang Raja, manakala di Sabah Pakatan Rakyat hendak melantik Raja.
Kenapa pemimpin Umno BN masih berfikiran primitif walau pun berada di zaman maklumat di hujung jari. Di dalam suasana gawat sehingga terkorban anggota keselamatan, media yang menjadi tali barut Umno tidak pernah bertaubat dan insaf untuk menghentikan kerja jahat mereka demi memuaskan nafsu serakah ketuanya.
Penjelasan pantas melalui media alternatif seperti kenyataan yang disiarkan portal berita interaksyon.com, anak kepada Sultan Jamalul Kiram III, Puteri Jacel Kiram menafikan ada hubungan dengan pembangkang Malaysia.
Media Umno cuba menggelap berita bagaimana Saudara Lokman Adam Exco Pemuda Umno mengaku menjadi penasihat Sultan Sulu.
Jika Lokman ini pemimpin PR, maka gegak gempita dunia dengan mengatakan bahawa PR menjadi penasihat kumpulan pengganas Sultan Sulu sehingga mengorbankan anggota keselamatan negara.
harakah/-
| |
Majlis Tindakan Dun Dabong Posted: 05 Mar 2013 11:54 PM PST Petikan Manifesto Posted: 05 Mar 2013 11:42 PM PST | Ke mana titik akhir tragedi Lahad Datu? Posted: 05 Mar 2013 11:32 PM PST Dengan lapan anggota polis sudah terkorban dan berpuluh-puluh tentera Kesultanan Sulu yang dikatakan telah terbunuh, ke mana titik akhirnya krisis Lahad Datu dan Sabah secara keseluruhannya ini? Walaupun polis sudah berkata, pencerobohan itu sudah selesai dengan serangan besar-besaran termasuk menggunakan jet pejuang, berdasarkan laporan dari media Filipina, nampaknya ia belum selesai. Ini kerana, berpuluh-puluh tentera kesultanan Sulu dan juga mereka yang simpati dengan mereka sedang menyusup masuk ke negara ini. Ia menambahkan lagi ribuan rakyat mereka yang sememangnya sudah didaftarkan menjadi rakyat negara ini melalui skandal kad pengenalan untuk undi sebelum ini. Moro National Liberation Front (MNLF) sudah mengisytiharkan akan membela saudara mereka yang terkorban selepas memberi amaran sebelum ini agar ia diselesaikan menggunakan 'kepala dingin' bukannya perang. "Saya berharap mereka tidak dicederakan. Mereka (penyokong Kesultanan Sulu) adalah saudara kita. Jika setitik darah mereka gugur, kita mungkin terpaksa membela mereka," Nur Misuari, pengerusi pengasas MNLF memberi amaran pada 21 Februari lalu. Manila Buletin melaporkan, pasukan keselamatan Malaysia akan berdepan dengan pasukan yang mereka latih sendiri sebelum ini iaitu dari MNLF, yang mengetahui Sabah umpama dalam telapak tangan mereka. Di samping mereka, beribu -ribu lagi rakyat Filipina kini sudah berada di Sabah dan memiliki kad pengenalan biru Malaysia tanda kerakyatan mereka. Hadji Acmad Bayam, ketua propaganda MNLF memberitahu Manila Bulletin, mereka memiliki peralatan yang cukup untuk berbuat demikian. Bagaimanapun, menjawab perkara ini, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan tentera Malaysia pernah melatih mereka. Namun sebelum ini, beliau mengaku ribuan penduduk Filipina diberikan kad pengenalan dalam skandal IC yang didedahkan oleh Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang kini masih berjalan. Bagi bekas anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Tamrin Ghafar, inilah bayaran yang terpaksa dibayar oleh negara apabila Tun Dr Mahathir memberikan kerakyatan untuk kepentingan politik sebelum ini. Beliau tidak nampak krisis ini akan selesai dengan cepat kerana beribu-ribu lagi orang Sulu ini berada di Sabah. Mereka pula sudah dianggap rakyat negara ini kerana sudah mempunyai kad pengenalan biru. Dengan tarikh akhir Parlimen yang adalah 24 April 2013, tidak nampak isu ini akan selesai dengan segera untuk membolehkan parlimen dibubarkan sebelum tarikh itu. Ia pula berlaku ketika laporan demi laporan sampai bahawa BN tidak akan berjaya mempertahankan kerajaan yang ada sekarang dalam pilihan raya umum ke 13 ini. Apakah ini satu taktik dan strategi untuk kepentingan pilihan raya? Ia sukar untuk ditentukan kerana ramai tidak yakin Najib sanggup untuk memperjudikan nasib rakyatnya sendiri demi kepentingan politik. Ini kerana, dengan lapan sudah terkorban, ia bermakna harga yang terlalu mahal dibayar untuknya. Atau, ia sememangnya perancangan tetapi apa yang berlaku diluar jangkaan. Ini juga boleh jadi tetapi susah untuk disahkan. Ini kerana ramai sedia maklum, mereka yang terlibat dalam gerakan tuntutan kesulatan Sulu ini adalah ahli Umno. Isu Lahad Datu boleh menjadi senjata makan tuan untuk BN berikutan pendedahan hubungan pemimpin Umno dengan gerakan Sulu ini. Pendek kata semua option terbuka kini. | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan