Isnin, 18 Mac 2013

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


Idris Ahmad

Posted: 17 Mar 2013 11:32 PM PDT

Idris Ahmad


Pemimpin Umno Tidak Lulus Bahasa Melayu?

Posted: 17 Mar 2013 06:46 PM PDT

Pemimpin Umno Tidak Lulus Bahasa Melayu?
Idris Hj Ahmad
26/2/13
Kenyataan Tuan Guru Nik Aziz Nikmat dijadikan isu, kononnya Tuan Guru Nik Aziz menghina penerima BR1M. Sedangkan cukup banyak bahasa kiasan di dalam Bahasa Melayu seperti Anjing menyalak bukit, Rusa masuk kampung.  Kucing dengan anjing, Lipas kudung, kera sumbang, Kera dapat bunga, Musang berbulu ayam, Kenapa Umno tidak melompat dengan pepatah tersebut.  Kenapa pemimpinUmno tidak terasa mereka itu binatang bila membaca perumpamaan tersebut? Apakah pemimpin Umno tidak pernah  membaca peribahasa ini ketika mengambil  kertas Bahasa Melayu sewaktu di sekolah dulu. Adakah pemimpin Umno tidak lulus Bahasa Melayu?.

Kenyataan Tuan Guru Nik Aziz tidak kata pun penerima BR1M itu binatang. Malahan semua pemimpin Pas mengatakan wajib ambil kerana ini hak rakyat. Pemimpin Umno sahaja yang tidak malu menganggap wang BR1M ialah wang Umno. Sehingga rukun pemberian BR1M mesti diberi oleh pemimpin Umno BN. Rakyat dipaksa mendengar ceramah pemimpin Umno, walau pun mereka menyampah dengan leteran pemimpin Umno.
Umno sudah kecewa dan ketandusan isu, maka persepakatan mereka dengan media Umno mesti dilakukan demi kepentingan politik Umno.


Filed under: Politik

Najib Tertekan, PR Mara Ke Depan.

Posted: 17 Mar 2013 06:43 PM PDT

Najib Tertekan, PR Mara Ke Depan.

8/3/13

Tarikh PRU 13 masih kabur, Najib tidak nampak petanda untuk bubar. Strategi melambatkan tarikh nampaknya menyebelahi PR. Lambakan isu dan masalah terpaksa dipikuloleh Najib dan BN, sedangkan PR mara  dengan bergaya dan meyakinkan. Pendedahan Deepak, kepulangan Balasubramaniam, isu keselamatan Lahad Datu telah menyulitkan Najib untuk kekal berkuasa. Lebih parah lagi tawaran menifesto Pakatan Rakyat yang dilancarkan pada 25 Febuari 2013 amat menekan Najib. Hari ini negara  pula di kejutkan dengan pendedahan En Azlan, bapa Saipul yang mengatakan anaknya diperalatkan untuk menjatuhkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam isu liwat.

Suasana sekarang permainan dikuasai oleh PR. Hanya m enunggu masa untuk menyumbat gol sahaja. Najib hanya berlagak hero di media kuno, konon BN kuat tetapi tidak berani membubar Parlimen. Mungkin salah satu daripada transformasi Najib ialah Parlimen dan DUN bubar secara sendiri. Rekod yang tidak pernah dibuat oleh Perdana Menteri terdahulu.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.


Filed under: Politik

Lahad Datu, Jangan Lupa Isu Negara.

Posted: 17 Mar 2013 06:41 PM PDT

Lahad Datu, Jangan Lupa Isu Negara.
Idris Hj Ahmad
15/3/13

Takziah kepada perwira kita yang terkorban kerana mempertahankan negara di Lahad Datu. Tragedi melambangkan kegagalan kepimpinan Datuk Seri Najib dan pemimpin BN yang gagal menjaga keselamatan rakyat dan negara. Walau bagaimana pun rakyat jangan lupa dengan isu-isu negara yang menjadi bebanan kepada kepimpinan Najib dan Muhyiddin sehingga tarikh pilihanraya melebihi tarikh “iddah” pilihanraya.

Isu yang membabitkan rasuah, kroni, pengagihan kekayaan yang hanya tertumpu kepada individu tertentu telah menjadi barah kepada kepimpinan Najib.

Semua jentera parti mesti menyegarkan ingatan  mengenai isu yang  terpaksa ditanggung oleh  rakyat. Sehingga taraf hidup rakyat semakin tertekan, pengangguran di kalangan siswazah 76, 200 orang, seramai 10,200 pemegang Diploma Pendidikan tidak ada kerja. 1118 juruterbang menganggur kerana tidak ada kapal terbang untuk dibawa, sedangkan kos pengajian RM300,000. Seramai 8000 jururawat tidak ada kerja, kos pengajian RM63,000.

Projek NFC kepada suami Syarizat Dr Mohamad salleh sebanyak RM250 juta. Hutang Tan Sri Tajudin Ramli RM589 juta dihapus kira, sedangkan anak kita hutang PTPTN RM30,000 dikejar sampai lubang kelambu. Bukan sedikit hutang Tajudin rakyat yang perlu bayar. Bagaimana Raja Farhana Raja Nong Chik umur 26 tahun mendapat kontrak RM30.8 juta untuk membina Institut Kemahiran Bina Negara di Johor. Adakah Raja Farhana akan dapat projek itu jika beliau bukan anak Nong Chik?
Hebat sungguh anak Jamaludin Jarjis yang bernama Ikhwan yang memperolehi projek Radar Subang yang bernilai RM280 juta. Rakyat tidak boleh terima bagaimana anak Nazri Aziz yang bernama Hang Nadem mampu memakai kereta Hummer yang berharga RM459 ribu atas nama Michael Chia (tauke balak)  orang yang dituduh memberi wang kepada Tan Sri Musa Aman. Betapa mewahnya anak Menteri, sedangkan, siswazah terpaksa meminta ehsan untuk dapat kerja bagi sesuap nasi. Ketua Menteri Sabah pula dituduh mendapat wang RM40 juta daripada Michael Chia (tauke balak), kononya untuk tabung politik Umno. Adakah beliau akan bagi kepada Musa Aman jika beliau hanya tukang sapu sampah di bandar Kota Kinabalu?
Pendedahan di dalam Suruhanjaya DiRaja (RCI) mengenai pendatang tanpa izin di Sabah amat mengerikan. Bagaimana penglibatan secara langsung Setiausaha Politik Tun Dr Mahathir, Datuk Seri Aziz Shamsudin ketika itu. Supaya kes tidak terburai keluar, pegawai yang terlibat di simpan di Kemunting, sedangkan jerung sebenar bebas begitu sahaja. Bagaimana Datuk Mohd Akjan Ali Muhammad ditabal menjadi Sultan Sulu merupakan ahli Umno di Bahagian Kota Kinabalu. Sudah tentu ada kad pengenalan, dan layak dapat BR1M.

Jangan biarkan isu-isu ini dilupakan. Memang ini strtategi Umno supaya rakyat lupakan isu ini.


Filed under: Politik

PAS Negeri Sembilan

Posted: 17 Mar 2013 09:21 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


Baucar BR1M diambil orang

Posted: 17 Mar 2013 03:59 PM PDT


17 Mac 2013

GEMENCHEH – "Baucar Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) pak cik dah diambil orang."

Itulah kata-kata dari petugas BR1M 2.0 yang masih kekal dalam ingatan Idris Dahalan, 76, hingga ke hari ini ketika dia ingin mengambil bantuan berkenaan buat kali kedua di Dewan Sri Gemencheh pada 28 Februari lalu.

Menurutnya, dia masih tertanya-tanya siapakah individu yang mengambil baucar RM500 miliknya itu sedangkan dia tidak pernah mewakilkan sesiapa dan memberikan kad pengenalannya kepada orang lain.

"Pak cik pelik juga tetapi atas nasihat petugas berkenaan, pak cik membuat satu laporan di Balai Polis Gemencheh pada hari yang sama.

"Malah, pak cik turut pergi sejauh lebih 60 kilometer pergi dan balik dari rumah pak cik di Sungai Dua, Gemencheh ke Pejabat Daerah Tampin pada sebelah petangnya bagi membolehkan masalah berkenaan selesai, " katanya ketika ditemui di Kampung Sungai Dua, semalam.

Idris berkata, sehingga ke hari ini masalah berkenaan masih lagi belum selesai dan dia masih menunggu jawapan positif daripada pihak bertanggungjawab mengenai status baucar BR1M.

"Kalau dulu dapat RM250 pun kami suami isteri sudah gembira kerana dapat menambah perbelanjaan dapur inikan pula RM500. Impian kami lebur begitu sahaja apabila baucar BR1M kami diambil orang lain dan ia masih belum lagi selesai hingga ke hari ini, " katanya.

Lebih menyedihkan lagi dia juga perlu menjaga isterinya, Sepiah Musa, 75, yang lumpuh sejak empat tahun lalu setelah diserang demam teruk susulan virus bawaan nyamuk iaitu demam Chikungunya.

Idris berkata, dia dan isteri kini bergantung sepenuhnya kepada pendapatan wang pencennya sebagai pekerja Jabatan Kerja Raya (JKR) iaitu sebanyak RM720 sebulan bagi menguruskan perbelanjaan dapur dan keperluan lain.

PAS CAWANGAN KERATONG 04 ROMPIN PAHANG

Posted: 17 Mar 2013 09:20 PM PDT

PAS CAWANGAN KERATONG 04 ROMPIN PAHANG


Uploaded videos (playlist)

Posted: 17 Mar 2013 08:40 PM PDT

Rembau Hari Ini

Posted: 17 Mar 2013 07:13 PM PDT

Rembau Hari Ini


PERKASA Rembau perlu semak kain rentang mereka

Posted: 17 Mar 2013 04:41 PM PDT


Kalau sesiapa yang melalui pekan Rembau dari Seremban mungkin akan perasan sebuah rumah berhampiran rumah bekas ADUN Chembong Dato Rais Zainuddin sebelum persimpangan empat lampu isyarat mempunyai beberapa kain rentang PERKASA.

Terdapat satu kain rentang tertulis ; "PERKASA REMBAU MENYOKONG PENUH PM PERJUANG MELAYU ISLAM SEJATI"

Sepatutnya "PERJUANG" atau "PEJUANG" ?

Harap dapat diperbetulkan ejaan kerana kain rentang tersebut begitu jelas dapat dibaca dari tepi jalan utama Seremban-Rembau.

HIDUP BAHASA MELAYU !

Ceramah Umum di rumah Undang Rembau 23 Mac 2013

Posted: 16 Mar 2013 08:53 PM PDT


CERAMAH UMUM PAKATAN RAKYAT
Menjelang Pembubaran Parlimen dan DUN N.Sembilan
Tarikh : 23 Mac 2013 , Sabtu
Masa : 9 mlm
Tempat : Bilik Gerakan UPU Kg Legong Ulu, Jln Kota-Astana Raja (Rumah Undang Rembau ke 19, Dato' Haji Ipap bin Haji Abdullah)
Penceramah :
- Zulkefly Mohamad Hj Omar (AJK PAS Pusat)
- Zulhazmi (Peguam Kempen Anti Saman Ekor - KASE)
- Hj Baharom Bakar (Penyelaras Parlimen Rembau - PKR)
- Hj Ghazali Mohd Shom (Penyelaras DUN Kota - PAS)

Semua dijemput hadir
Untuk sumbangan ke Tabung Pilihanraya Pakatan Rakyat DUN Kota sila salurkan ke akaun berikut :
Nama akaun : PAS MTD DUN KOTA
Bank Islam Malaysia Berhad: 05-021-02-011755-8
atau : Maybank , No Akaun 155126945930 : CIMB , No Akaun 05020693061526

Maklumat lanjut sila hubungi:
Izamri bin Med 013-2124086 (Pengarah MTD DUN Kota)
Rozmal bin Malakan 012-2267406 (Pengarah II , Sekretariat Pakatan Rakyat Parlimen Rembau)

Pemuda PAS Sandakan

Posted: 17 Mar 2013 01:28 PM PDT

Pemuda PAS Sandakan


Batu Sapi perlukan pembangunan

Posted: 16 Mar 2013 09:25 PM PDT

Kawasan Batu Sapi masih seperti dulu. Di sebuah perkampungan air, iaitu Karamunting Laut, keadaannya masih tidak banyak berubah. Selain status perkampungannya yang masih tidak diberikan, pembangunan juga terabai. Maka, keadaan kampung yang daif dan kotor menambahkan lagi bebanan warga.

Pemuda menyertai rombongan bersama calon Pas Batu Sapi, Hj. Hamzah Abdullah meninjau dan menyebarkan risalah di kampung Karamunting Laut.

Selogan "Ini Kalilah!" Brrkumandang meneroboh di celah atap robek perkampungan yang dihuni warga yang terabai.






Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan

Posted: 17 Mar 2013 12:16 PM PDT

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan


PAS pastikan hak cipta artis tempatan terpelihara

Posted: 16 Mar 2013 04:39 PM PDT



KUALA LUMPUR: PAS akan memastikan hak cipta artis tempatan terpelihara dan dihormati oleh rakyat negara ini apabila Pakatan Rakyat diberi mandat menerajui Putrajaya pada pilihan raya kali ini.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, hanya melalui pendidikan sebagai platform yang paling berkesan untuk memberi perubahan kepada rakyat negara ini supaya menghormati hak cipta artis tempatan.

Katanya, hak cipta tidak kira sama ada dalam bidang nyanyian, lakonan atau penerbitan buku sekali pun, ianya perlu dihormati kerana ia menjaga masa depan artis tempatan.

"Di negara ini, satu perkara yang tidak dihormati oleh rakyat negara ini iaitu hak cipta. Misalnya Datuk Shahnon Ahmad yang menulis novel 'Shit" telah dicetak rompak ratusan ribu, sampai sekarang Shahnon tidak dapat apa-apa.

"Begitu juga dalam bidang nyayian, setengah besar rakyat tidak suka mengekalkan yang asli tetapi cari yang tidak 'original', ini sangat berleluasa," katanya dalam sidang media di program Malam Seni Untuk Perubahan yang berlangsung di Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru, malam ini.

Tambahnya, apabila hak cipta artis ini terpelihara sekali gus ia membantu kehidupan dan masa depan artis tersebut.

"Saya ambil contoh, biduanita Saloma yang terlantar sakit di hospital, sehingga tidak mampu untuk membayar bil hospital. Anak beranak P. Ramlee juga hidup melarat," katanya.

Mohamad turut melahirkan rasa terharu atas sokongan khasnya para artis yang secara berani menyatakan sokongan kepada Pakatan Rakyat untuk melihat perubahan besar ke atas nasib mereka.

"Saya berkeyakinan penuh, mereka (artis) perlu dihargai dan mereka memerlukan perubahan melalui PAS dan Pakatan Rakyat," katanya.

Pada malam ini juga Mohamad Sabu turut melancarkan 'Sukarelawan PRU13' di mana PAS akan mensasarkan seramai mungkin penyertaan orang ramai untuk menjadi sukarelawan bagi memastikan pilihan raya berlaku adil dan saksama.

Beliau juga akan melancarkan buku 'Prima Facie' yang ditulis oleh peguam Hanipa Maidin berdasarkan pengalamannya dalam mengendalikan kes-kes di mahkamah termasuklah kes Datuk Seri Anwar Ibrahim. (Gambar atas)

Turut bersama dalam sidang media itu, Dr Muhaimin Sulam, Dr Syed Azman Syed Nawawi dan artis Ito serta Hairie Othman.

48 pemuda Dun Guar Sanji sertai PAS

Posted: 16 Mar 2013 04:39 PM PDT


Mohamad Azimar dan Zulfahmi menyerahkan borang permohonan keahlian PAS kepada Dr Haron.

ARAU: Kekuatan Umno BN Parlimen Arau dan Dun Guar Sanji tergugat lagi apabila seramai 48 orang pemuda menyerahkan borang untuk menyertai PAS, hari ini.

Majlis penyerahan borang keahlian PAS ini telah diadakan di Markas PAS Kampung Jelempok dekat sini dengan dihadiri oleh Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din.

Dalam majlis berkenaan, Dr Haron telah menerima borang keahlian yang diserahkan oleh bekas Ketua Pemuda Umno Cawangan Jelempok, Mohamad Azimar Razak dengan ditemani oleh Zulfahmi Mansor bagi pihak rakan-rakanya yang lain.

Hadir sama dalam majlis tersebut, Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin; Ketua Ulamak PAS Perlis, Ustaz Idris Yaacob serta pemimin PAS kawasan dan Dun Guar Sanji.

6 tokoh Imam Muda isytihar sokong PAS

Posted: 16 Mar 2013 04:38 PM PDT



KUALA LUMPUR: Seramai enam tokoh Imam Muda mengisytiharkan sokongan kepada PAS sempena Xpresi Ulama Muda Haraki yang berlangsung di Maahad Ehya Asy Syarif Gunung Semanggol, Perak.

Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr Khairudin Aman Razali mengumumkan perkara itu di pentas expresi tersebut.

Mohd Fakhrurrazi Hussin mewakili 6 orang Imam Muda berucap dan menyatakan sokongan mereka yang tidak berbelah bahagi dan berikrar akan turut membantu perjuangan Islam sehinggalah bumi Allah dapat diimarahkan dengan syariat-Nya.
Selain Mohd Fakhrurrazi (IM Fakhrul), lima lagi Imam Muda berkenaan ialah Khairul Azhar Ghazali (IM Azhar), Abdul Fattah Ridzwan (IM Fatah), Syed Faris Syed Roslan(IM Faris), Megat Mohd Zahid Megat Azmuddin (IM Megat) dan Fakhrulrazi Ibrahim ( IM Ar Razi)

Pilihan raya Umum ke-13 menjadi turning point untuk melakukan perubahan dalam negara kita dan Ulama Muda Haraki akan Memacu Kebangkitan dan Memimpin Perubahan.

Insya Allah seorang lagi tokoh ulama muda negara kita akan turut menyatakan sokongan kepada perjuangan suci ini pada sebelah malam sempena Pentas Ulama Haraki di tapak program yang sama.


Krisis air Pahang semakin meruncing

Posted: 16 Mar 2013 04:37 PM PDT


KUALA LUMPUR: Sesuatu yang amat memalukan buat negeri kelahiran Perdana Menteri yang masih bergelumang dengan isu gangguan bekalan air sehingga ke hari ini.

Setiausaha Lajnah Perumahan, Pengguna dan Alam Sekitar PAS Pahang, Huzir Sulaiman berkata, kerajaan negeri mengambil sikap mendiamkan diri walaupun Solidariti Hijau dan PAS negeri mengambil sikap terbuka untuk bekerjasama demi kebaikan rakyat di Negeri Pahang merupakan satu sikap yang amat mengecewakan.

Oleh kerana itu, ujarnya tidak ada pilihan lain buat Rakyat Pahang kecuali menolak Umno BN di dalam PRU13 ini.

"Negeri Pahang amat memerlukan mereka yang masih ada 'telinga' untuk mentadbir negeri ini," katanya dalam satu kenyataan.

Berikut kenyataan beliau berhubung masalah tersebut.

Selepas Pengerusi Lajnah Perumahan, Pengguna dan Alam Sekitar (LPPAS) PAS Negeri Pahang yang dipengerusikan oleh Andansura Rabu melahirkan kekecewaan beliau terhadap kegagalan pengurusan air di negeri itu pada bulan Ogos tahun lalu akibat kekerapan gangguan bekalan air setiap kali tibanya Ramadhan dan Syawal,  80 NGO dari seluruh negara yang berpayung di bawah Solidariti Hijau dan dipimpin oleh Zulkefly Mohamad Omar bersama-sama kepimpinan PAS negeri menyerahkan pula memorandum kepada Menteri Besar Pahang pada bulan Disember tahun lalu menuntut satu reformasi segera dilakukan terhadap tahap kualiti perkhidmatan yang mengecewakan dari Syarikat Pengurusan Air Pahang Berhad (P.A.I.P) walaupun telah diswastakan beberapa tahun yang lalu.

Beberapa siri gangguan bekalan air di seluruh negeri Pahang sepanjang 2 tahun yang lalu telah pun disenaraikan di dalam memorandum yang diserahkan itu termasuklah potensi gangguan bekalan air kepada penduduk Kuantan dari operasi kilang Lynas yang dikatakan akan menggunakan 500 meter padu sejam bekalan air untuk operasi harian mereka.

Selepas penduduk Kuantan dihantui gangguan bekalan air sebelum ini akibat kerosakan teknikal di Loji Air di Empangan Kobat, paip yang kerap pecah di Felda Bukit Kuantan serta kerosakan sistem bekalan air ketika sambutan perayaan, penulis dikejutkan dengan rungutan beberapa penduduk dari Taman Bukit Pelindung dan Taman Alor Akar Kuantan semalam yang mengeluh dengan kekerapan gangguan bekalan air yang sudah berlanjutan selama beberapa minggu ini lebih-lebih lagi selepas Lynas memulakan operasinya.

Lebih 100 penduduk mengambil keputusan untuk melahirkan kekecewaan mereka secara terbuka kepada P.A.I.P petang semalam di Bukit Pelindung Kuantan, menuntut P.A.I.P untuk mengambil tindakan segera memastikan bekalan air yang stabil kepada kediaman mereka dalam tempoh 2 minggu dari sekarang sebelum satu tindakan susulan diambil terhadap P.A.I.P.

Malah mereka juga menuntut penjelasan P.A.I.P sama ada gangguan bekalan air yang sedang berlaku mempunyai kaitan secara langsung dengan penggunaan bekalan air yang tinggi dari kilang Lynas sehingga bekalan air dilihat seolah-olah dicatu oleh P.A.I.P untuk memastikan bekalan air yang mencukupi disalurkan kepada kilang itu.

Penduduk juga tidak boleh dipersalahkan kerana mempunyai beberapa andaian punca gangguan bekalan air kerana sehingga hari ini, sebahagian dari mereka masih tidak dimaklumkan oleh pihak yang berkenaan. Ramai yang tertanya-tanya, apakah puncanya? Dan sampai bilakah masalah gangguan bekalan air ini akan dapat diselesaikan?

Penulis selaku Setiausaha Lajnah Perumahan, Pengguna dan Alam Sekitar (LPPAS) PAS negeri ingin mendesak maklum balas segera dari pihak Kerajaan Negeri Pahang dan P.A.I.P terhadap memorandum yang diserahkan pada bulan Disember tahun lalu kerana sehingga hari ini, tiada satu pun maklum balas yang diterima oleh Solidariti Hijau dan PAS Negeri seolah-olah ia dibakulsampahkan oleh mereka walaupun cadangan penambahbaikan yang telah banyak disenaraikan dalam memorandum itu adalah untuk kebaikan seluruh rakyat di negeri ini.

Mengambil sikap mendiamkan diri walaupun Solidariti Hijau dan PAS negeri mengambil sikap terbuka untuk bekerjasama demi kebaikan rakyat di Negeri Pahang merupakan satu sikap yang amat mengecewakan.

Oleh kerana itu, tidak ada pilihan lain buat Rakyat Pahang kecuali menolak Umno BN di dalam PRU13 ini.

Negeri Pahang amat memerlukan mereka yang masih ada 'telinga' untuk mentadbir negeri ini. Sesuatu yang amat memalukan buat negeri kelahiran Perdana Menteri yang masih bergelumang dengan isu gangguan bekalan air sehingga ke hari ini.

Transformasi Najib gagal, dituduh PAS pula berdosa

Posted: 16 Mar 2013 04:36 PM PDT


TASEK GELUGOR: Akibat terlalu kecewa dengan kegagalan transformasi yang dilaksanakan oleh kerajaan, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak segan silu menuduh kononnya PAS melakukan tujuh kesalahan besar di Kelantan.
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof Rawa (gambar) ketika berceramah di Taman Pokok Sena, di sini malam tadi hairan tiba-tiba Najib bersuara begitu dalam keadaan PAS semakin melonjak ke persada politik tanah air dan antarabangsa.

Menurut Mujahid lagi, apa sudah jadi kepada transformasi yang dilancarkan oleh Najib sendiri dengan harapan ingin membawa Malaysia sebaris dengan negara maju.

"Hari ini tiba-tiba Najib menghalakan senjatanya pada PAS kononnya melakukan tujuh dosa besar kepada rakyat Kelantan. Sepatutnya beliau mengkaji kenapa transformasi yang diilhamkannya gagal, bukan bertindak sehingga menambah kemarahan rakyat lagi," jelasnya yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar.

Baginya, Najib tidak perlu melabelkan tujuh dosa PAS untuk menyembunyikan kelemahan pentadbiran kepimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN) sebaliknya menumpukan kepada pembubaran parlimen supaya rakyat boleh menghukum mana-mana pemimpin yang tidak amanah.

Menruutnya, semasa Najib menuduh tujuh dosa besar PAS, tiba-tiba negara dihimpit dengan hutang yang berlipat kali ganda.

"Melihatkan kedudukan kewangan negara yang makin parah, Najib begitu risau untuk bubar parlimen," kata beliau.

Selain itu, ujarnya negara juga mengalami ketirisan wang yang tinggi iaitu RM23 bilion manakala moral Najib sendiri jatuh merudum ekoran rakyat mempertikaikannya terutama membabitkan pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu serta pembelian senjata ketenteraan Malaysia.

Bagi membolehkan rakyat menilai keberhasilan transformasi atau reformasi pentadbiran baru oleh Pakatan Rakyat, Njib seharusnya segera membubarkan parlimen bukannya terus menimbulkan teka teki yang berpanjangan.

PRU13: PAS sedia tanding 76 kerusi parlimen

Posted: 16 Mar 2013 04:36 PM PDT


Tuan Guru Abdul Hadi bersama Pengerusi DHPP Terengganu, Dr Bala Chandran.

KUALA TERENGGANU: PAS sedia bertanding lebih satu pertiga daripada 222 kerusi parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.

Presidennya, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, PAS sebagai parti teras orang Melayu Islam akan bertanding sekurang-kurangnya 76 kerusi parlimen pada pilihan raya kali ini.

Ini bermakna, kata beliau, PAS akan bertanding lebih dari satu pertiga jumlah kerusi yang diperuntukkan sebanyak 222 di seluruh negara.

"Kerusi parlimen seluruh Malaysia ada 222 kerusi dan dari jumlah itu, saya hendak beritahu insya Allah, PAS akan bertanding sekurang-kurangnya 76 kerusi Parlimen.

"Insya Allah, mungkin akan ada lagi jika rakan-rakan kita dalam Pakatan Rakyat memberi lagi kerusi kepada kita untuk bertanding," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Marang.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Amanat Khas PRU13 di pekarangan Pasar Chabang Tiga, Dewan Undangan Negeri (Dun) Bandar, di sini malam tadi.

Hadir sama pada tersebut ialah Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut, Adun Ladang, Datuk Tengku Hassan Tengku Omar, Pengerusi Amanah Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah, Pengerusi DHPP Terengganu, Dr Bala Chandran, Pengarah MTD Bandar, Ahmad Shah Mohammad serta tetamu khas, mantan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM, Datuk Fauzi Shaari.

Dupahang's Weblog

Posted: 17 Mar 2013 11:49 AM PDT

Dupahang's Weblog


7 Dosa:Dlm Kebangsaan Tiada Dosapahala.-N/Aziz

Posted: 16 Mar 2013 08:06 PM PDT

Nik Aziz merasmikan Ekspo Kelantan 2013 di Shah Alam malam tadi. – Foto Sinar Harian oleh ROSLI TALIB SHAH ALAM – Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membidas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mendakwa pentadbiran Pakatan Rakyat (PR) di Kelantan melakukan tujuh dosa besar ke atas rakyat negeri [...]

DAP Kecewa Tindakan PKR Pahang !

Posted: 16 Mar 2013 07:02 PM PDT

PAS Pahang dan DAP Pahang mengutuk dengan serentak tindakan PKR Pahang pengumuman sendiri kerusi parlimen dan DUN yang akan mereka tandingi pada Pilihanraya Umum Ke-13 nanti. Demikian ditegas dalam satu posting terkini di facebook seorang pemimpin DAP Pahang hari ini iaitu Micheal Cheah. “Pas Pahang dan DAP Pahang mengutuk dgn serentak pada PKR Pahang pengumuman [...]

“PKR Umum Calon Dan Kerusi” Yang Di Tandingi PRU-13 Ini Cetus Kontroversi Di Pahang !

Posted: 16 Mar 2013 07:00 PM PDT

Tindakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang membuat sidang media mengumumkan calon dan jumlah kerusi yang akan mereka tandingi pada Pilihanraya Umum Ke-13 seperti yang disiarkan di dalam akhbar Sinar Harian Edisi Pahang semalam telah mencetuskan kemarahan dan perasaan tidak puas hati dikalangan sebahagian besar penykong Pakatan Rakyat terutamanya dari PAS.Mereka mempertikaikan tindakan PKR berbuat demikian [...]

Pemuda Guchil

Posted: 17 Mar 2013 10:20 AM PDT

Pemuda Guchil


Tujuh Projek dan Tujuh Dosa Besar dan Hujan Ribut

Posted: 17 Mar 2013 05:37 AM PDT

Skandal Projek IC dan sandiwara Lahad Datu

Posted: 17 Mar 2013 05:32 AM PDT

PANAS!! Kerajaan Filipina temui bukti Tokoh Pembangkang terlibat ceroboh Lahad Datu..

Posted: 17 Mar 2013 05:28 AM PDT

Jasindaily Online

Posted: 17 Mar 2013 09:52 AM PDT

Jasindaily Online


Program Santai Anak Muda Dun Serkam

Posted: 16 Mar 2013 04:44 PM PDT

Pada malam ini, Majlis Tindakan DUN Serkam dengan Kerjasama UPU Umbai telah menganjurkan program santai anak muda DUN Serkam. Program yang julung kali diadakan ini bertujuan bagi meraikan anak-anak muda yang selama ini telah banyak memberikan sokongan dan dokongan kepada perjuangan Parti Islam Semalaysia ( PAS) khususnya di Dun Serkam. Program santai yang dianjurkan ini telah dihadiri segenap penduduk sekitar Dun Serkam berbilang bangsa.










Personaliti IKIM Sertai PAS

Posted: 16 Mar 2013 03:53 PM PDT


Selepas 6 Imam Muda isytihar bersama PAS c. selebriti dakwah terkenal,Ustaz Zamri Zainal Abidin,Ex-IKIM.fm pula isytihar bersama perjuangan PAS sempena program Xpresi Ulama Muda Haraki bertempat di Gunung Semanggol Perak. 

6 Imam Muda Sertai PAS

Posted: 16 Mar 2013 03:50 PM PDT


Seramai enam tokoh Imam Muda mengisytiharkan sokongan kepada PAS sempena Xpresi Ulama Muda Haraki yang berlangsung di Maahad Ehya Asy Syarif Gunung Semanggol, Perak.Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr Khairudin Aman Razali mengumumkan perkara itu di pentas expresi tersebut.

Mohd Fakhrurrazi Hussin mewakili 6 orang Imam Muda berucap dan menyatakan sokongan mereka yang tidak berbelah bahagi dan berikrar akan turut membantu perjuangan Islam sehinggalah bumi Allah dapat diimarahkan dengan syariat-Nya.Selain Mohd Fakhrurrazi (IM Fakhrul), lima lagi Imam Muda berkenaan ialah Khairul Azhar Ghazali (IM Azhar), Abdul Fattah Ridzwan (IM Fatah), Syed Faris Syed Roslan(IM Faris), Megat Mohd Zahid Megat Azmuddin (IM Megat) dan Fakhrulrazi Ibrahim ( IM Ar Razi)


Pilihan raya Umum ke-13 menjadi turning point untuk melakukan perubahan dalam negara kita dan Ulama Muda Haraki akan Memacu Kebangkitan dan Memimpin Perubahan.


Insya Allah seorang lagi tokoh ulama muda negara kita akan turut menyatakan sokongan kepada perjuangan suci ini pada sebelah malam sempena Pentas Ulama Haraki di tapak program yang sama.

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 17 Mar 2013 01:17 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


87 Pati berjaya ditahan polis

Posted: 16 Mar 2013 09:25 PM PDT

5 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


87 Pati berjaya ditahan polis

Anggota polis mengambil maklumat daripada Pati yang ditahan ketika operasi awal pagi semalam.
SUNGAI BESAR - Hasrat 87 warga Myanmar untuk memasuki perairan negara secara haram tidak kesampaian apabila mereka ditahan ketika Operasi Cegah Jenayah yang diadakan awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Mohammad berkata, semua pendatang asing tanpa izin (Pati) terbabit ditahan selepas pihaknya mendapat maklumat daripada orang awam ketika menjalankan Operasi Cegah Jenayah di Bagan Sungai Burung, semalam.

Menurutnya, bot dinaiki kesemua Pati berkenaan dipercayai mengalami kerosakan enjin ketika tiba di perairan negara sebelum ditahan pihak polis kira-kira jam 2 pagi.

"Orang awam mendapati mereka sedang berkeliaran di Jalan 7 dan melaporkan kejadian itu kepada polis," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Noor Mushar berkata, Pati ditahan terdiri daripada 80 lelaki dan tujuh orang wanita berusia di antara tujuh hingga 30 tahun dan hasil siasatan awal dijalankan, polis tidak menemui sebarang dokumen perjalanan sah milik pada mereka.

"Tiada dokumen sah ditemui dan kesemua mereka didapati memasuki negara ini secara tidak sah," katanya.

Beliau berkata, kesemua Pati terbabit dipercayai membayar kira-kira RM350 setiap seorang kepada tekong bot berkenaan bagi memasuki perairan negara ini.

Katanya, polis sedang giat mengenal pasti pemandu dan tekong bot yang menjalankan kegiatan membawa masuk Pati ke negara ini.

Beliau berkata, kesemua yang ditahan diserahkan kepada Jabatan Imigresen kira-kira jam 4 petang semalam bagi membolehkan tindakan selanjutnya diambil.
Dalam pada itu, beliau berkata, seramai 20 orang anggota terlibat dalam operasi tersebut.

"Kita menggunakan kekuatan anggota yang ramai bagi membantu memberkas Pati dalam operasi tersebut," katanya.

Menurutnya, pihaknya yakin kesemua Pati terbabit masuk ke negara ini untuk mencari pekerjaan dan menetap di sini secara haram.

Sinar harian/-

Unta pernah hidup di Kutub Utara

Posted: 16 Mar 2013 09:22 PM PDT

5 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


Unta pernah hidup di Kutub Utara

Rybczynski mengumpul tulang unta di Nunavut.
Unta pernah hidup di Kutub Utara

tulang unta
Unta pernah hidup di Kutub Utara

Saintis mengambarkan imej unta lebih besar ketika era Pliosene.
OTTAWA - Sekumpulan arkeologi membuktikan unta yang biasanya hidup di kawasan gurun beriklim kering pernah wujud di kawasan kutub pada pertengahan zaman Pliosene iaitu era generasi pertama unta.

Penemuan itu dilakukan selepas sekumpulan arkeologi dari Canadian Museum of Nature di Ottawa menemui fosil unta di Pulau Ellesmere, Nunavut iaitu pulau yang terletak di bahagian paling utara Kanada.

Ketua penyelidik, Natalia Rybczynski berkata, fosil unta yang ditemui itu berusia kira-kira 3.5 juta tahun.

"Penemuan ini satu mengejutkan kerana selama ini unta dianggap haiwan yang hidup di habitat beriklim kering dan separa kering," katanya dalam laporan Livesciencenews

Menurutnya, kajian terhadap 30 tulang unta itu dilakukan dengan menggunakan kaedah collagen fingerprinting iaitu kajian dilakukan dengan menghitung jumlah protein Kolagen Type I.

"Kajian juga berjaya membuktikan ukuran unta adalah tiga kali lebih besar dari unta yang ada ketika ini," katanya.

Rybczynski berkata, unta yang hidup pada era Pliosene kebiasaannya mempunyai suhu badan  yang tinggi dan bersaiz besar.

"Suhu badan unta ketika itu memungkinkan unta-unta berkenaan dapat hidup pada suhu global sekitar dua dan tiga darjah Celsius," katanya.

Sinar harian/-

Racun lebah mampu bunuh virus HIV

Posted: 16 Mar 2013 09:19 PM PDT

5 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


Racun lebah mampu bunuh virus HIV

Ilustrasi tindak balas melittin terhadap virus HIV
WASHINGTON - Sekumpulan saintis dari Universiti Washington di St Louis, Amerika Syarikat berjaya membuktikan bahawa racun lebah mampu membunuh dan menyembuhkan pesakit dijangkiti virus Human Immunodeficiency Virus (HIV).

Saintis, Joshua L Hood berkata, penggunaan racun lebah melittin dan partikel nano mampu membunuh virus ini dengan tindak balas darah manusia.

"Melittin pada partikel nano dapat menyerap lapisan luar virus dan membentuk pori kecil lalu meleraikan lapisan pelindung virus," katanya dipetik laporan Science news

Menurutnya, melittin dan partikel nano hanya bertindak balas pada HIV dan tidak menjejaskan sel manusia.

"Tindak balas ini mampu menghapuskan kehadiran virus HIV dari tubuh manusia namun ia  berbeza dengan perawatan anti-retroviral yang hanya mencegah reproduksi HIV.

Beliau berkata, kajian juga mendapati racun lebah juga boleh disuntik pada salah satu sel kemaluan wanita untuk mencegah jangkitan HIV.

Sinar harian/-

Konvoi bertukar tragedi

Posted: 16 Mar 2013 09:15 PM PDT

5 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


Konvoi bertukar tragedi

Rakan-rakan membantu mengangkat mangsa selepas terbabit kemalangan.
SENAWANG - Hajat 30 remaja hendak berkonvoi ke Klang, Selangor tidak kesampaian apabila salah seorang daripada mereka maut selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 244.2, Lebuhraya Utara Selatan (NSE) arah utara, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 9.30 pagi itu, mangsa, Henry John Anthony, 26, menetap di Taman Muzaffar, Ayer Keroh, Melaka sedang menunggang motosikal jenis Honda Wave Dash SE Repsol bersama rakan-rakannya.

Menurut sumber, semasa insiden berlaku, mangsa dan rakan-rakan sedang dalam perjalanan dari Melaka menuju ke Klang untuk menghadiri majlis perasmian sebuah kedai motosikal di sana.

"Siasatan awal mendapati, kemalangan berpunca apabila mangsa gagal memotong sebuah treler yang sarat dengan muatan kayu di hadapannya selepas kepalanya dipercayai terkena lebihan kayu yang terjulur keluar dari belakang kenderaan tersebut.

"Keadaan itu menyebabkan motor ditunggangi mangsa hilang kawalan lantas tercampak ke lorong tengah, manakala motosikalnya pula terseret sehingga ke lorong kanan lebuh raya," kata sumber kepada pemberita, di sini, semalam.

Sumber berkata, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di muka dan kepala, selain mengalami patah tangan, manakala treler terbabit langsung tidak berhenti sejurus selepas kejadian.

"Mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Ja'afar, di sini untuk bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga bagi urusan pengkebumian," katanya.

Menurut sumber, kemalangan tersebut juga telah menyebabkan berlakunya satu lagi insiden di lokasi sama yang melibatkan tiga buah kenderaan jenis Honda, Proton Waja dan Perodua Kancil di lorong kanan.

"Difahamkan, kereta Honda berkenaan telah membrek mengejut kerana cuba mengelak treler yang tiba-tiba masuk ke lorong kanan, mengakibatkannya dirempuh dari belakang oleh kenderaan lain.

"Bagaimanapun pemandu dan penumpang ketiga-tiga kereta terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan, kecuali sedikit kerosakan pada kenderaan tetapi masih boleh meneruskan perjala-nan," katanya.

Sementara itu, Pegawai Turus Trafik Negeri Sembilan, Asisten Superintendan Abd Halil Hamzah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sinar harian/-

Lawatan Presiden PAS suntik semangat Anis Afida

Posted: 16 Mar 2013 09:13 PM PDT

5 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


Tuan Guru Abdul Hadi dan rombongan di hadapan rumah keluarga Afida yang disimbah cat merah.

KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang semalam turun ke Pengerang untuk melawat Pengerusi NGO Pengerang, Anis Afida Azli yang menerima ugutan daripada pihak-pihak tertentu.

Turut sama dalam rombongan lawatan ke Pengerang itu ialah Naib Presiden dan Setiausaha Agung PAS, Salahuddin Ayub dan Datuk Mustafa Ali serta Pesuruhjaya PAS Johor , Datuk Dr. Mahfodz Mohamed bersama kepimpinan PAS negeri yang lain.

Kehadiran Presiden PAS telah menyuntik semangat kepada Anis Afida untuk terus memperjuangkan nasib penduduk Pengerang ekoran pembinaan PICC Pengerang oleh kerajaan, lapor Nusajaya Kini.

Rumah Anis Afida telah disimbah cat merah pagi semalam, dua minggu selepas menerima ugutan pertama berupa batu nisan pada 24 Februari yang lalu.

Tuan Guru Abdul Hadi Awang turut dibawa melawat kawasan-kawasan yang akan terjejas akibat daripada projek yang akan dijalankan di Pengerang nanti.

Harakahdaily/-

26 pemuda Dun Pinang Tunggal sertai PAS

Posted: 16 Mar 2013 09:12 PM PDT

5 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


Sebahagian pemuda yang menyertai PAS di Dun Pinang Tunggal.

KEPALA BATAS: Seramai 26 pemuda sekitar Kampung Kubang Menerong dalam kawasan Dewan Undangan (Dun) Pinang Tunggal bertindak menyertai PAS.

Tindakan yang diambil mereka itu bersempena majlis perasmian Bilik Gerakan Jentera Pemuda Pakatan Rakyat oleh Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang, Afnan HamimimTaib Azamuden semalam.

Kebanyakan mereka adalah pengundi baru termasuk bekas pemuda Umno yang tidak sebulu dengan kepimpinan cawangan dan bahagian.

Menurut Pengarah Piihanraya Dun Pinang Tunggal, Muhasdey Muhamad rata-rata mereka memilih PAS kerana yakin parti berlandaskan Islam itu yang bersama Parti Keadilan Rakyat dan DAP mampu mengubah lanskap politik negara.

Lagipun sambungnya, perkembangan itu bukan berlaku pada Jentera Daerah Mengundi (JDM) Kubang Menerong sahaja malahan sepuluh JDM seluruh Dun Pinang Tunggal.

"Satu perkembamgan yang sihat di mana ramai kalangsn muda pilih Pakatan Rakyat berbanding Umno dan Barisan Nasional.


"Mereka akan menjadi jentera untuk memanggil seramai mungkin rakan yang lain supaya tinggalkan Umno," ujarnya yang juga Penyelaras Dun Pinang Tunggal.

Harakahdaily/-

Mahathir nafi kerajaan arah beri IC pada yang tak layak

Posted: 16 Mar 2013 09:11 PM PDT

5 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -

Kerajaan tidak pernah mengeluarkan arahan kepada mana-mana pihak untuk memberikan kad pengenalan (IC) atau kewarganegaraan kepada pendatang asing yang tidak layak di Sabah, kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Justeru, beliau menegaskan rakyat Sabah tidak boleh mempersalahkan kerajaan semasa pentadbirannya kerana penyelewengan seumpama itu dilakukan oleh pihak tertentu untuk kepentingan diri..

"Saya sedar isu (Projek IC) ini jadi perhatian rakyat Sabah. Saya ada diberitahu ada yang tak layak...baru sampai hari ini, dah dapat IC.

"Ini bukan arahan kita, bukan arahan kerajaan...ini adalah penyelewengan pegawai di tempat itu kerana kepentingan lain," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama sempena program 'Bicara Minda bersama Tun Dr Mahathir Mohamad' di Dewan Masyarakat Papar, semalam.

Dr Mahathir berkata demikian ketika diminta mengulas trend kempen pembangkang yang kini lantang memainkan isu 'Projek IC' bagi meraih sokongan rakyat menjelang pilihan raya umum yang akan datang.

Beliau memperjelaskan bahawa ramai orang yang bukan berasal dari negara ini diberi hak kerakyatan kerana mereka telah tinggal lama di negara ini serta menguasai bahasa kebangsaan.

"Ramai daripada kita berasal dari negara lain, misalnya dari China, Arab dan India dan kesemua mereka duduk lama di sini dan setia kepada negara ini. Kita beri kerakyatan kalau mereka menepati syarat selepas proses ujian," katanya.

Dalam perkembangan lain, ditanya sama ada kerajaan mampu meningkatkan royaliti minyak daripada lima peratus sekarang kepada Sabah, Dr Mahathir, 87, berkata amalan kerajaan kini lebih menjurus kepada perkongsian kekayaan untuk semua rakyat di negara ini.

Sebelum ini, pakatan pembangkang dalam manifesto Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 menjanjikan 20 peratus kadar royalti minyak kepada rakyat Sabah.

"Kalau mereka (pembangkang) nak bagi (lebih tinggi)...bagilah 100 peratus kepada Sabah," katanya yang menjadi perdana menteri selama 22 tahun sejak 1981 sebelum berundur pada 2003.

Mengenai penubuhan kawasan keselamatan khas, Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) di Sabah ekoran kes pencerobohan pengganas di Lahad Datu, Dr Mahathir berkata langkah itu wajar dan tepat pada masanya memandang kini terdapat ancaman keselamatan yang ketara di perairan negara.

Beliau menyifatkan tindakan pengganas Sulu menceroboh dan membunuh sembilan anggota pasukan keselamatan di Lahad Datu dan Semporna, Sabah pada awal bulan ini, sebagai tidak bijak.

Bernama


Menjelang PRU13: Hanya tunggu isyarat PM

Posted: 16 Mar 2013 08:15 PM PDT

5 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


Menjelang PRU13: Hanya tunggu isyarat PM

Bilik gerakan BN di Kampung Bukit Dinding meriah dengan bendera parti yang berkibaran.
Menjelang PRU13: Hanya tunggu isyarat PM

Ahli DHPP Jerantut bersama Pas Kawasan Jerantut di hadapan Bilik Gerakan DHPP Jerantut.
JERANTUT- Bagaikan pesta. Begitulah perasaannya apabila melalui sepanjang jalan raya tidak kira di kampung mahupun bandar. Di mana-mana sahaja bahagian kiri dan kanan jalan dihiasi dengan bendera parti yang pelbagai warna.

Kadangkala sebatang pokok kelapa bergayutan bendera daripada pelbagai parti untuk menunjukkan sokongan mahupun sebagai promosi parti yang akan bertanding di kawasan berkenaan.

Lebih menarik apabila penyokong parti masing-masing membuat replika daripada tayar atau barangan terbuang membentuk sesuatu yang menarik perhatian dan menampalnya dengan bendera parti.

Selain itu, bilik gerakan atau juga dikenal sebagai Pusat Daerah Mengundi (PDM) turut dihias cantik mengikut kreativiti masing-masing.

Tinjauan Sinar Harian di sekitar daerah Jerantut mendapati kebanyakan bilik gerakan milik Umno dan PR sudah bersedia untuk memulakan operasi pada bila-bila masa.

Bagi Dun Damak, sebanyak 20 PDM sudah dibuka dan kini hanya menunggu masa untuk jentera parti bergerak bagi memastikan kemenangan calon Barisan Nasional (BN).

Adun Damak, Datuk Lau Lee berkata, terdapat juga beberapa PDM MCA dibuka bagi kawasan Sungai Jan, Taman Muhibbah, Jerangsung dan Sungai Lekok.

"Kita sudah lama bersedia dan hanya menunggu isyarat daripada PM, kita sudah melaksanakan tugas yang diamanahkan sebaik mungkin.

"Kita mahu lihat pembangunan pesat terus berlaku dan dilaksanakan di kawasan ini di bawah pemerintahan BN," katanya.

Lau Lee berkata, rakyat perlu sedar dan tahu menilai manifesto yang dibentang PR di mana janji yang ditabur mereka tidak akan dapat ditunaikan.

Menurutnya, jika PR yakin akan menang, mereka tidak akan membuat janji yang sudah pasti tidak dapat dilaksanakan itu.

"Kita harap rakyat dapat menilai sendiri dan bukti bagaimana Kerajaan Negeri Selangor dan Pulau Pinang sekarang. Mana manifesto mereka dan satupun tidak ada yang dilaksanakan.

"Rakyat sekarang sudah bijak dan boleh menilai dengan melihat sendiri apa yang dilakukan sama ada BN mahupun PR," katanya.

Anjur baca Yasin di PDM

Ketua Penerangan Wanita Umno Bahagian Jerantut, Datuk Khatijah Mohd Said berkata, Wanita Umno Bahagian juga sudah bersedia di 54 PDM Parlimen Jerantut.

Menurutnya, bagi wanita, pelbagai program terus dilaksanakan seperti Program Salam Sayang dan majlis membaca Yasin atau dipanggil Yasinan di setiap PDM.

"Kita juga laksanakan Walkabout dan ceramah isu semasa bagi menjelaskan kepada orang ramai berkaitan isu yang berlaku.

"Hanya tunggu gong dipalu, selepas itu kita akan mulakan gerakan beri kemenangan kepada Umno," katanya.

Pastikan calon PR menang

Sementara itu, bagi Timbalan Ketua Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) Pusat, N Balasubramaniam berkata, di negeri ini terdapat 20 bilik gerakan DHPP dibuka bagi menyokong calon Pas dan PR menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Beliau yang juga Ketua DHPP Pahang merangkap Ketua DHPP Jerantut berkata, di daerah ini terdapat sebuah bilik gerakan yang bersedia bila-bila masa sahaja.

"Apabila PRU diumumkan jentera kita akan melaksanakan tugas sebaik mungkin dan memastikan calon Pas  serta PR yang bertanding menang. Kita mahu memberikan pembaharuan kepada rakyat," katanya.

Sinar harian/-

Noryn, Yatt dan Najwa meriahkan Karnival Wanita Kelantan

Posted: 16 Mar 2013 08:06 PM PDT

5 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -



KOTA BHARU: Artis Noryn Aziz, Yatt Hamzah dan Najwa Latif, telah memeriahkan majlis Karnival Wanita Kelantan Peringkat Negeri Kelantan.

Program yang diadakan di Kelantan Trade Center itu anjuran Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan Negeri.

Noryn Aziz menyampaikan dua buah lagu 'Mutiara' termasuk sebuah lagu baru ketuhanannya yang bertajuk 'Tinta Putih'.

Najwa pula menyampaikan tiga buah lagu hitsnya termasuk lagu 'Kosong'.

Sementara itu, Yatt pula tampil dipentas bicara santai bersama Noryn dan Najwa.

Kupasan yang diberikan banyak berkisar penghijrahan masing-masing kecuali Najwa yang menceritakan bagaimana beliau mula dikenali di Youtube.

Noryn ketika berucap di majlis itu berharap penghijrahannya akan berkekalan buat semalamanya kerana ketenangan begitu dirasai sejak berhijrah.

"Noryn memohon pada semua supaya turut mendoakan semoga Noryn sentiasa istiqamah dalam penghijrahan ini,"ujarnya.

Bagi Yatt, hijrah sahaja belum mencukupi sekiranya tidak ditambah dengan ilmu.

Kerana itu menurutnya, beliau sering mengikuti kuliah agama yang disampaikan oleh beberapa orang tokoh ulamak.

Noryn terkenal sebagai artis irama jazz sering muncul membuat persembahan di majlis-majlis koprat.

Najwa Latif pula melahirkan rasa terima kasih kepada seorang bloger yang memuatkan kisah berhubung dirinya sehingga membuatkan tontonan youtube nyanyiannya meningkat lebih 2,000 permulaannya.

"Saya tahu sekiranya kisah saya tidak ditulis oleh seorang abang dalam blognya, saya yakin saya tidak akan dikenali masyarakat,"ujarnya.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan negeri, Wan Ubaidah Omar, ketika berucap pada majlis itu memberitahu penghijrahan para artis, tidak bererti berkuburnya kerjaya mereka sebagai seorang artis.

Menurutnya, masih banyak ruang yang boleh mereka ceburi dalam bidang itu, kerana seni dan hiburan tidak dihalang oleh Islam selagi ianya tidak bercanggah dengan Islam.

Katanya, kerajaan negeri menganjurkan pertandingan Wanita Kelantan Got Telent 2 khusus untuk mencungkil bakat baru disamping untuk memberi peluang mereka berhibur secara tertutup.

Sementara itu, Tuan Nor Fatin Tuan Yusof, muncul johan dalam pertandingan itu dengan lagu Nirmala yang dipopularkan Datuk Siti Nurhaliza.

Manakala johan tarian pula dimenangi Kumpulan Jastera dari Kota Bharu.

Program ini diadakan disebelah pagi, dimana Noryn Aziz sebagai ketua juri.

Sempena majlis ini juga diadakan demontrasi tudung oleh perunding imej Mastura Mansur dari Profesional Trainer Training International Sdn Bhd dan Yatt Hamzah.                                                                                 

Sambutan penyertaan pertandingan tahun ini begitu meningkat berbanding tahun lalu sehingga 100 peratus apabila 75 peserta memohon untuk mengambil bahagian.

Turut berucap pada majlis itu, Anggota Dewan Negara, Khairiah Mohamed.

Hadir sama, Adun Tanjung Mas, Rohani Ibrahim dan Pengarah Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan negeri, Zainiah Halim.

Harakahdaily/-

Foto intim mirip Anwar sudah dijangka, taktik basi serang Pakatan

Posted: 16 Mar 2013 08:04 PM PDT

5 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


Haniza Mohamed Talha

Ketua Wanita PKR Selangor, Haniza Mohamed Talha
Ng Suee Lim

Ng Suee Lim
SHAH ALAM – Penyebaran gambar perlakuan intim seorang lelaki yang didakwa mirip Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim disifatkan sebagai taktik basi digunakan pihak lawan untuk 'menyerang' Pakatan Rakyat (PR).

Ketua Wanita PKR Selangor, Haniza Mohamed Talha mendakwa, taktik itu sudah diketahui umum memandangkan ia kerap dimainkan menjelang pilihan raya umum (PRU) dan orang ramai juga sudah boleh 'menghidu' dalang di sebalik penyebaran gambar berkenaan.

"Ia sudah jadi tidak relevan lagi. Biar mereka (individu tidak bertanggungjawab) buat selalu (perkara sebegini). Kelak rakyat sendiri akan jemu dan menolak mereka.

"Tindakan mereka itu ibarat sudah musnahkan masa depan politik sendiri," katanya ketika diminta mengulas berhubung satu blog yang memuatkan entri memaparkan 13 gambar perlakuan intim seorang lelaki mirip Anwar dengan seorang lagi lelaki lain.

Haniza yang juga Adun Taman Medan mendakwa, pihak yang tidak bertanggungjawab itu tidak mempunyai modal lain dan terdesak sehingga terpaksa mengeluarkan gambar berunsur lucah untuk menjatuhkan PR.

Beliau bagaimanapun yakin PR tidak akan tergugat dengan 'serangan' ini memandangkan rakyat sudah muak dengan taktik tersebut.

"Sepatutnya dalam politik, kita kena tumpukan kepada perkara berkaitan dasar dan polisi untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat, bukannya menggunakan politik durjana," katanya.
Timbalan Setiausaha DAP Negeri, Ng Suee Lim berkata, PR sudah menjangka serangan taktik kotor akan menjadi semakin rancak digunakan pihak tidak bertanggungjawab menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), terutama terhadap Anwar.
"Ini kerana, beliau (Anwar) yang kita (PR) tonjolkan sebagai ketua umum dan bakal perdana menteri jika PR berjaya membentuk kerajaan dalam PRU akan datang.

"Sejak 15 tahun lalu, beliau sudah jadi sasaran utama parti politik, penulis blog dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang tidak memihak kepada PR untuk menyerang beliau antaranya isu liwat I dan II, kemudian dikait dengan video seks bersama seorang wanita," katanya.

Sementara itu, Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Abdul Rani Osman berkata, ia bukan perkara baru yang dilakukan pihak tertentu, sebaliknya mereka yang terlibat hanya 'kitar semula' isu berkenaan.

"Ini satu tindakan tidak bermaruah dan politik kotor kerana tiada fakta yang jelas untuk membuktikannya. Sepatutnya, dalam politik ini, kita hanya 'bertempur' dari segi idea, bukan dengan cara seperti ini.

"Saya percaya, rakyat kini sudah bijak menilai mana (perkara) yang betul," katanya.

Sinar harian/-

Hadi: Pas tanding 76 kerusi parlimen, tambah 10

Posted: 16 Mar 2013 06:58 PM PDT

5 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


PRU13

PRU13
KUALA TERENGGANU – Pas dijangka bertanding sekurang-kurangnya 76 kerusi parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Jumlah kerusi yang dinyatakan itu juga menunjukkan pertambahan sebanyak 10 kerusi kepada Pas berbanding pilihan raya umum sebelumnya yang menyaksikan parti itu bertanding di 66 kerusi parlimen sahaja di seluruh negara.

Perkara itu disahkan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan merujuk bahawa pihaknya akan bertanding lebih satu pertiga daripada jumlah kerusi Parlimen bagi memastikan Pas menjadi teras politik negara untuk menggantikan Umno.

Berdasarkan pertambahan kerusi yang disebutkan itu juga, Abdul Hadi tidak menolak kemungkinan berlaku pertambahan kerusi lain melebihi 76 buah sekiranya terdapat perubahan yang menyebelahi parti itu pada saat-saat akhir.

"Kita kena ingat kerusi parlimen seluruh Malaysia ada 222. Daripada jumlah itu, saya hendak beritahu, insya-ALLAH Pas akan bertanding sekurang-kurangnya 76 kerusi.

"Kita bertanding lebih satu pertiga daripada jumlah kerusi parlimen yang dipertandingkan seluruh negara. Insya-ALLAH mungkin akan ada lagi (pertambahan kerusi) jika rakan-rakan kita dalam PR memberi lagi kerusi kepada kita untuk bertanding," katanya ketika menyampaikan ceramah di Chabang Tiga, di sini.

Dalam perkembangan lain, Ahli Parlimen Marang itu mengulangi kenyataannya supaya mana-mana pihak tidak terpengaruh dengan dakwaan bahawa DAP bakal menerajui negara sekiranya PR menang pada PRU13.

Abdul Hadi berkata, dengan jumlah kerusi yang dipertandingkan parti itu, DAP masih belum layak untuk menerajui pentadbiran kerajaan.

"DAP bertanding dalam 50 hingga 60 kerusi dan jika dia boleh menang 50 kerusi pun, masih tidak boleh hendak memerintah Malaysia ini.

"Oleh itu, usahlah terpengaruh dengan dakyah Umno-Barisan Nasional (BN). Mereka letak calon bukan Melayu di 21 kerusi majoriti orang Melayu. Umno telah beri kerusi kepada MCA, MIC dan Gerakan," katanya.

Sinar harian/-

330 juta pengguguran kandungan di China

Posted: 16 Mar 2013 06:17 PM PDT

5 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


330 juta pengguguran kandungan di China
Peraturan satu anak hadkan pertambahan penduduk

BEIJING: Hampir 330 juta pengguguran dilakukan di China dalam tempoh 40 tahun sejak pertama kali pelaksanaan langkah untuk mengehadkan pertambahan penduduk di negara dengan jumlah populasi terbesar di dunia itu, kata data rasmi. 

China mengumumkan perubahan struktur dalam sistem perancangan keluarganya yang menyelia dasar seorang anak ketika mesyuarat tahunan mengenai perundangan kebangsaan di Beijing yang sedang berlangsung. 

Selepas perubahan itu, China akan mematuhi dan meningkatkan dasar perancangan keluarga", Ma Kai, Setiausaha Agung Majlis Negara, Kabinet China

Data yang disiarkan melalui halaman web kementerian kesihatan awal tahun ini menunjukkan bahawa mulai 1971 sebaik saja China mula menggalakkan penduduknya mengurangkan anak, sejumlah 328.9 juta pengguguran sehingga 2010 dijalankan di negara itu yang mempunyai sejumlah 1.35 bilion penduduk.

Pembangunan ekonomik

China berkata dasar seorang anak yang diperkenalkan mereka awal 1980-an menghalang lebihan penduduk dan meningkatkan pembangunan ekonomik. Dasar terbabit mengecualikan beberapa keluarga luar bandar, etnik minoriti dan pasangan yang kedua-dua adalah anak tunggal.

Bagaimanapun gesaan supaya sekatan itu dihentikan semakin meningkat berikutan kadar buruh negara itu yang kian berkurangan selain bertambahnya golongan tua. Kumpulan hak asasi kemanusiaan mengkritik apa yang disifatkan mereka sebagai langkah penguatkuasaan keras. 
Di bawah dasar berkenaan, keluarga di bandar biasanya dibenarkan untuk memiliki hanya seorang anak manakala keluarga di luar bandar boleh memiliki anak kedua jika anak pertama mereka adalah perempuan. Mereka yang melanggar peraturan itu akan dikenakan denda.

Ahad lalu, kerajaan mengumumkan penggabungan Suruhanjaya Perancangan Keluarga dan Agensi Penduduk Kebangsaan yang memantau dasar terbabit bersama kementerian kesihatan dalam satu langkah yang disifatkan media tempatan sebagai bertujuan meningkatkan dan bukan mengabaikan dasar seorang anak.

"Selepas perubahan itu, China akan mematuhi dan meningkatkan dasar perancangan keluarga," kata Setiausaha Agung Majlis Negara, Kabinet China, Ma Kai yang dipetik agensi berita rasmi Xinhua, ketika langkah itu diumumkan.

Langkah itu termasuk dalam satu laporan mengenai penstrukturan semula kerajaan dibentangkan kepada Kongres Penduduk Kebangsaan yang akan mengakhiri tahunannya pada Ahad ini. - AFP

Militan Sulu mungkin guna ilmu sihir

Posted: 16 Mar 2013 06:08 PM PDT

5 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


Shamsuri Shafie

Pengasas Pusat Rawatan Islam At-Tobibi, Shamsuri Shafie
KOTA BHARU- Desas-desus tentang penggunaan ilmu hitam atau sihir oleh militan Sulu mungkin ada kebenarannya.
Perkara ini diakui Pengasas Pusat Rawatan Islam At-Tobibi, Shamsuri Shafie tidak menolak kemungkinan wujudnya amalan sihir di sebalik konflik melanda negara lebih sebulan lalu itu.
"Memang maklumat dari sumber yang boleh dipercayai mengatakan sihir dan ilmu hitam adalah amalan mereka untuk mempertahankan diri dan menjadi kebal.
"Malah saya difahamkan ada dalam amalan yang memerlukan mereka berendam semalaman dengan bacaan mantera tertentu mungkin untuk mendapatkan kekebalan dan menyebabkan tentera kita tidak nampak kewujudan mereka," katanya kepada Sinar Harian.
Tidak menafikan setiap kejadian berlaku dengan izin Allah, Shamsuri yang juga pengamal perubatan Islam berkata, amalan sihir sememangnya wujud walaupun mempercayainya adalah syirik.
Menurutnya, militan Sulu sedar mereka kekurangan dari segi kelengkapan kerana itu mencari kekuatan lain untuk mempertahankan diri, menyebabkan mereka memilih mengamalkan sihir dan ilmu hitam bagi mendapatkan kekebalan diri.
Menasihatkan agar tentera negara di perbatasan sentiasa mengingati Allah dan tidak leka, Shamsuri berkata, amalan- amalan sihir ini mampu ditundukkan dengan ayat-ayat suci al-Quran.
"Kita nak berperang kena ingat Allah, sesungguhnya Allah sentiasa bersama kita.

Baca doa, atau ayat- ayat tertentu misalnya, al-Fatihah dan ayat Kursi supaya kita sentiasa berada dalam keadaan benar dan tidak lalai," katanya.

Sinar harian/-

Maut motosikal rempuh van

Posted: 16 Mar 2013 06:05 PM PDT

5 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


Maut motosikal rempuh van

Anggota polis menutup mayat mangsa yang maut dalam kemalangan di simpang tiga Jalan Bunga Kertas, pagi semalam.
HULU SELANGOR - "Dia sangat ceria malam tadi, sempat hidangkan kami masakan istimewa, tapi berita kematiannya tadi (semalam) sangat mengejutkan kami," kata chef Yah, 31, rakan Rossdy Mustapha, 24, yang maut dalam kemalangan motosikal pagi semalam.

Menurut Yah, Rossdy merupakan tukang masak di sebuah restoran masakan Thailand, dekat sini, dan semasa kejadian mangsa dipercayai menunggang sendirian dalam perjalanan menghala Sungai Choh.

Katanya, kejadian berlaku di persimpangan tiga Jalan Bunga Kertas antara Jalan Bukit Beruntung-Sungai Choh.

"Kami terkejut ketika menerima berita kematiannya dan seperti tidak percaya kerana malam tadi (kelmarin) kami semua ceria bersamanya.

"Dia kelihatan sangat ceria dan bergurau dengan adiknya, Sham," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Yah berkata, mangsa yang lebih mesra dipanggil Along kebelakangan ini dilihat murung tanpa diketahui puncanya.

Menurutnya, mangsa meninggalkan isteri dan dua anak yang menetap di Kelantan.

Seorang saksi, Rosharizat Roslan, 28, berkata, motosikal dinaiki mangsa dipercayai merempuh van yang tiba-tiba membelok di persimpangan tersebut.

"Mangsa masih bernyawa ketika itu tapi tidak mampu berkata-kata. Saya mahu membantu tapi tidak tahu bagaimana. Saya cuma dapatkan telefon bimbit mangsa dan menghubungi majikannya serta adiknya," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Norel Azmi Yahya Affandi yang mengesahkan kejadian itu berkata, mangsa mati akibat kecederaan di bahagian kepala dan dagu.

Menurutnya, kemalangan berlaku jam 9.30 pagi melibatkan motosikal dinaiki mangsa dengan sebuah van sekolah yang membawa empat penumpang dipandu Muhamad Azmi, 52.

"Siasatan mendapati van terbabit cuba membelok ke kanan ke Jalan Bunga Kertas dan masa itu penunggang motosikal dari arah Bukit Beruntung ke Sungai Choh sampai dan terlanggar bahagian pintu depan sebelah kiri van.

"Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang penumpang van dirawat di Hospital Sungai Buloh sementara pemandu serta penumpang lain tidak cedera," katanya.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sinar harian/-

Agbimuddin Kiram pengecut

Posted: 16 Mar 2013 06:00 PM PDT

5 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


 Op Daulat

Beberapa kenderaan anggota keselamatan menuju ke Sungai Nyamuk bagi mencari saki baki pengganas.
Agbimuddin Kiram pengecut

Jigga Aktajak
LAHAD DATU - Ketua pengganas, Azzumudie Kiram atau Agbimuddin Kiram yang dipercayai melarikan diri ke selatan Filipina kelmarin disifatkan sebagai pengecut dan kejam kerana meninggalkan pengikutnya berdepan pasukan keselamatan di kawasan operasi Op Daulat.

Sebagai ketua pengganas, tindakan itu menunjukkan mereka kalah dan hendaklah meletakkan senjata segera selepas melanggar kedaulatan Malaysia.

Peneroka, Jigga Aktajak, 60, berkata, langsung tidak masuk akal perbuatannya itu membuatkan pengganas lain bertempur, sedangkan dia hilang.

"Sudahlah ceroboh dan buat kacau di negara orang, kemudiannya larikan diri. Memang dia penakut dan pengecut.

"Jika benar, berdepanlah dengan pasukan keselamatan kita. Jangan cuba buat kacau dengan kita, kemudiannya cuci tangan.

Peralatkan orang yang taksub dengan kesultanan Sulu," katanya kepada Sinar Harian, semalam. Malam kelmarin, Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin dalam sidangnya akhbar bersama Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mendedahkan adik Jamallul Kiram III itu tidak mungkin berada di kawasan operasi pembersihan dalam gugusan Labian di Tungku, kerana pasukan keselamatan tidak menemui sebarang petanda kehadirannya.
Katanya, berdasarkan maklumat dan risikan diperoleh pasukan keselamatan mereka berpendapat dan berkeyakinan besar Azzumudie  sudah meninggalkan pengikutnya yang berada di kawasan Op Daulat.

Menurut Jingga, tindakan pencerobohan yang dilakukan juga sudah mencerminkan siapa mereka sebenarnya, oleh itu pasukan keselamatan hendaklah mengambil tindakan segera yang sepatutnya.

Bagi, Mat Terawih Payau, 50, Azzumudie sememangnya orang yang paling dibenci sejak hari pertama pencerobohannya bersama sekumpulan pengganas bersenjata.

"Kehadirannya langsung tidak diundang. Kami tidak mahu dia berada di negara yang berdaulat. Sepatutnya dia lari bersama pengganas lain, bukan bersendirian.

"Lihat tindakannya, jelas seorang yang pentingkan diri, buat kacau dan lari bersendirian. Biarkan yang lain berdepan dengan pasukan keselamatan kita," tegas lelaki separuh abad itu.

Ujarnya, sebagai seorang Islam, Azzumudie tidak patut menyerang negara Islam lain, lebih-lebih lagi negara berdaulat dan memiliki perundangan.

"Untuk apa serangan dilakukan pun kita tidak tahu, kami tidak mahu dia berada di Sabah lagi," katanya.

Sementara itu, Amzah Assan, 30, berkata, sebagai penduduk Sabah, dia mengharapkan pasukan keselamatan dapat membuat pendakwaan segera kepada Azzumudie.

"Orang yang melanggar kedaulatan negara kita tidak sepatutnya dibiarkan lebih lama mengambil kesempatan menceroboh Malaysia.

"Tindakan kepadanya dan konco-konconya akan membuatkan pihak lain lebih berjaga-jaga untuk terus cuba-cuba menceroboh negara orang," katanya.
Sinar harian/-

Wira Lahad Datu 'syahid dunia'

Posted: 16 Mar 2013 05:59 PM PDT

5 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


Harun Taib

Datuk Harun Taib
KUALA TERENGGANU – Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Harun Taib menyifatkan anggota dan pegawai keselamatan yang terkorban dalam insiden pencerobohan dan tembakan di Sabah sebagai  'syahid dunia'.

Kenyataan dibuat Harun itu sekali gus menolak tanggapan sesetengah pihak yang mempertikaikan status kematian perwira negara sebelum ini dan menjelaskan mereka terkorban kerana mempertahankan keselamatan negara daripada pencerobohan kumpulan bersenjata warga Filipina di Sabah.

"Kalau mereka mahu pertahan negara itu (mati) syahid (iaitu) syahid dunia, bukan syahid dunia akhirat," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Majlis Makan Malam Dana Pilihan Raya Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) Parlimen Kuala Nerus, di Kuala Ibai, di sini.

Hadir sama, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali.

Harun yang juga Adun Manir berkata, syahid ada dua iaitu syahid dunia dan syahid dunia akhirat.

Bagaimanapun beliau menjelaskan, kematian perwira terbabit tidak dikategorikan syahid dunia akhirat kerana tidak jelas niat sebenar mereka sama ada untuk pertahankan negara, membela Islam atau sebab-sebab lain.

"Syahid dunia akhirat ini adalah syahid memperjuangkan dan mempertahankan Islam atau mengembangkan Islam. Jadi, apabila mati di medan perang maka dikata syahid dunia akhirat," katanya.

Sinar harian/-

Christopher Presiden Majlis Peguam, panel disiplin siasat isu SD kedua Bala

Posted: 16 Mar 2013 05:57 PM PDT

5 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


KUALA LUMPUR -  Presiden baru Majlis Peguam, Christopher Leong berkata beliau akan melibatkan semua pemegang kepentingan termasuk badan kehakiman dalam mencari jalan bagi mempertingkatkan standard profesion guaman.
Leong berkata, Majlis Peguam juga berkongsi kebimbangan yang disuarakan oleh Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria mengenai standard ahli majlis dan anggota badan kehakiman.
"Kita akan menemui Ketua Hakim Negara dan pegawai kanan badan kehakiman untuk mencari jalan ke arah memperbaiki diri sendiri dan badan kehakiman," katanya.
Leong, yang mengambil alih jawatan itu daripada Lim Chee Wee berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat majlis pertama sebaik selesai Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-67 semalam.
Pada mesyuarat AGM itu, katanya ahli badan itu melahirkan kebimbangan bahawa peguam tidak diberi masa yang cukup untuk melakukan penghujahan dan dalam beberapa insiden, mereka tidak dilayan dengan sopan oleh hakim.
"Mereka percaya hakim perlu memberi alasan penghakiman yang lebih khusus dan menyeluruh dan bukan secara luas khususnya di mahkamah tertinggi kerana ia tidak cukup berhubung titik penting dalam undang-undang," katanya.
Barisan baru dalam kepemimpinan Majlis Peguam turut merangkumi Naib Presiden, Steven Thiru; Setiausaha Agung, Richard Wee Thiam Seng dan Bendahari, Karen Cheah Yee Lynn.
Pada AGM itu, seramai 1,304 ahli Badan Peguam Malaysia turut bertafakur seminit bagi menghormati 10 wira negara yang gugur termasuk seorang selepas kemalangan jalan raya ketika bertempur dengan pengganas Sulu di Sabah.
Mengenai usul utama yang diperdebatkan oleh ahli, Leong berkata, mereka mendesak supaya seorang peguam kanan yang terbabit dalam menyediakan akuan bersumpah (SD) kedua kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu disiasat dan dirujuk ke Lembaga Disipilin untuk tindakan susulan.
Leong berkata, Majlis Peguam tidak mempunyai kuasa untuk menyiasat atau memaksa sesiapa untuk menjawab sebarang aduan atau dakwaan berbanding Lembaga Disiplin yang mempunyai kuasa statutori untuk berbuat demikian.
Beliau memperjelaskan bahawa usul itu ditarik balik oleh pencadang selepas berhujah hampir 90 minit dan akhirnya penjelasan ahli majlis bahawa inkuiri mengenai perkara itu sedang dalam peringkat akhir dan akan dirujuk ke Lembaga Disiplin.
"Selepas apa yang didedahkan pada AGM ini dan kenyataan sebelum ini oleh peguam berkenaan dan ahli perniagaan (Deepak Jaikishan) sejak beberapa bulan lepas, adalah wajar untuk Lembaga Disiplin menyiasat lanjut kemungkinan berlaku salahlaku profesional oleh peguam kanan itu yang dikaitkan dalam SD kedua itu," katanya.
Ditanya sama ada majlis itu akan membuat laporan polis, Leong mengesahkan bahawa pencadang telah memaklumkan pada AGM itu bahawa dia berhasrat membuat laporan tetapi bukan dengan majlis itu ketika ini. - Bernama

Gembira berakhir tragedi

Posted: 16 Mar 2013 05:56 PM PDT

5 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


Gembira berakhir tragedi

Keadaan kereta yang remuk teruk akibat terbabas dan merempuh kedai basikal di Jalan Pasir Putih, awal pagi semalam.
IPOH - Seorang wanita maut apabila kereta jenis Citroen ZX1.9i yang dinaiki bersama kekasihnya merempuh sebuah kedai basikal dalam kemalangan di Jalan Pasir Putih, di sini, awal pagi semalam.

Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah Ipoh, Deputi Superitendan Wan Sharuddin Wan Omar berkata, kejadian berlaku pada jam 2.45 pagi dan kedua-dua mangsa dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Pengkalan, selepas makan lewat malam di sekitar bandar raya ini.

Menurut Wan Sharuddin, penumpang di tempat duduk hadapan, Tang Mun Yi, 19 dari Taman Pengkalan Timur maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala manakala pemandu, Chong Kian Mun, 20 dari Medan Pengkalan Makmur turut parah dan dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

"Siasatan awal mendapati kereta tersebut dalam perjalanan dari Ipoh menuju Pengkalan sebelum hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan dan merempuh kedai basikal di laluan berkenaan.

"Kita juga tidak menolak kemungkinan kemalangan berkenaan berlaku akibat pemandu mengantuk," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurut Wan Sharuddin, aliran trafik tidak sibuk memandangkan kejadian berlaku pada awal pagi, malah keadaan jalan juga lurus serta cuaca baik semasa kejadian.

Beliau turut memaklumkan, mangsa yang maut telah dibawa ke Jabatan Forensik HRPB untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarga dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 serta saksi kejadian diminta tampil membantu siasatan.

Sementara itu, pemilik kedai terbabit, Ng Koon Qiong, 50 berkata, dia dimaklumkan berkenaan kejadian oleh jirannya melalui panggilan telefon kira-kira jam 2.50 pagi dan bergegas ke tempat kejadian untuk melihat keadaan kedainya.

"Setibanya dilokasi, saya tengok sebuah kereta remuk teruk dan pintu depan kedai serta beberapa basikal rosak. Selama 10 tahun berniaga, inilah kejadian pertama berlaku di kedai saya.

"Buat masa ini saya akan minta bantuan anggota Rela (Ikatan Relawan Rakyat Malaysia) untuk memantau kedai sementara kerja baik pulih pintu dilakukan," katanya yang menganggar kerugian melebihi RM10,000.

Sinar harian/-

Pas dakwa BN ada masalah gagal umum tarikh PRU13

Posted: 16 Mar 2013 05:54 PM PDT

5 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


Abdul Hadi Awang

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang
KULAIJAYA – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa tindakan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang masih gagalkan mengumumkan tarikh Pilihan Raya ke-13 (PRU13) disebabkan parti itu mempunyai masalah dan berasa terancam.

Menurutnya, sekiranya Pakatan Rakyat (PR) diberi peluang untuk memerintah negara dalam tempoh sepenggal atau lebih, pihaknya tidak mempunyai sebarang masalah untuk mengumumkannya lebih awal.

Katanya, selain itu, PR juga akan memberikan kebebasan kepada media sekiranya mampu menawan Putrajaya, untuk melaporkan berita secara adil dan telus tanpa sebarang sekatan selain mengamalkan sistem pilihan raya yang adil.

"Media diberi kebebasan termasuk mengkritik PR walaupun menjadi pemerintah, dengan cara itu kita tahu apa kelemahan yang dihadapi sekaligus memperbetulkannya, rakyat juga bebas untuk mengetahui sebarang maklumat.

"Situasi seperti ini berbeza seperti yang diamalkan pada hari ini, apabila rakyat tidak dapat mengetahui perkara sebenar, tindakan berkenaan seperti 'orang tua yang mahu sembunyikan penyakit," katanya.

Abdul Hadi berkata demikian, sempena Jamuan Rakyat, Pakatan Rakyat, di Taman Tropika, di sini, semalam.

Hadir sama, Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Mahfodz Mohamed; Pengerusi PKR negeri, Datuk Chua Jui Meng dan Pengerusi DAP negeri, Dr Boo Cheng Hau.

Dalam pada itu, ketika diminta untuk mengulas mengenai kemungkinan Pengerusi DAP Kebangsaan, Lim Kit Siang bertanding di Parlimen Gelang Patah, Abdul Hadi enggan mengulas lanjut dan memaklumkan ia dalam peringkat perbincangan dan cadangan.

"Terpulang pada parti, sama ada dia (Kit Siang) bertanding di Johor atau tidak, mengenai calon dan kerusi ia terpulang kepada parti untuk membuat keputusan," katanya.

Ketika ditanya tindakan pemimpin Umno negeri yang mencadangkan Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman berundur, beliau berkata, ia adalah urusan rumah tangga Umno dan PR tidak mahu campur tangan.

"Terpulang kepada mereka. Kita enggan masuk campur kerana ia urusan rumah tangga Umno, tetapi jika PR diberi peluang untuk menggantikan jawatan berkenaan, kita amat mengalu-alukannya," katanya.

Sinar harian/-

Tujuh dosa: Nik Aziz bidas kenyataan Najib

Posted: 16 Mar 2013 05:52 PM PDT

5 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


Tujuh dosa: Nik Aziz bidas kenyataan Najib

Nik Aziz merasmikan Ekspo Kelantan 2013 di Shah Alam malam tadi. - Foto Sinar Harian oleh ROSLI TALIB
SHAH ALAM - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membidas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mendakwa pentadbiran Pakatan Rakyat (PR) di Kelantan melakukan tujuh dosa besar ke atas rakyat negeri itu dan umat Islam.

Menurutnya, kenyataan Najib itu tidak benar dan cuba mengaburi rakyat Malaysia dengan menyembunyikan fakta sebenar tentang pentadbiran PR di Kelantan.

"Dosa pahala ini sebutan Islam, dalam kebangsaan tiada sebutan dosa pahala. Bila kebangsaan menyebut dosa pahala, maknanya mereka mahu meniru dan mengaburi. Ini cara menipu rakyat Malaysia.

"Persaingan perlu dibuka, dalam politik pun kena ada saingan tapi kenapa persaingan itu tutup," katanya ketika sidang media selepas merasmikan Ekspo Kelantan 2013 di pekarangan Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, di sini malam tadi.

Terdahulu dalam ucapannya, Nik Aziz berkata, pencapaian terkini di Kelantan membuktikan negeri tersebut mampu membangun bersama Islam.

"Kita harus kembangkan Islam dalam semua bidang. Bila sebut pasal Islam, ia bukan hanya pada solat dan puasa tetapi merangkumi pelbagai bidang termasuk ekonomi, sosial dan politik.

"Justeru itu, rakyat wajib pilih kerajaan yang mahu menggerakkan Islam, bukan kerajaan yang mengasingkan agama daripada politik," jelasnya.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai isu terbaru gambar kontroversi mirip Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim,  beliau berkata, tindakan itu adalah tidak wajar kerana cuba mengaibkan Anwar tanpa bukti sahih.

"Mereka belum puas 'cincang' Anwar. Kita orang politik ini sepatutnya kena lawan hujah bukan peribadi," katanya.

Dalam pada itu, Ekspo Kelantan 2013 yang berlangsung selama tiga hari bermula Jumaat lalu anjuran Kerajaan Negeri Kelantan bertujuan membawa pelbagai maklumat berkenaan pembangunan negeri itu untuk informasi rakyatnya yang berada di luar Kelantan.

Pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang program berlangsung, antaranya pertunjukan gasing terbang, demonstrasi kapal terbang kawalan jauh dan persembahan dikir barat.

Sinar harian/-

PRU12 sudah 5 tahun 10 hari, bila lagi PRU13

Posted: 16 Mar 2013 05:49 PM PDT

5 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: Hari ini sudah berlalu lima tahun 10 hari semenjak Pilihan raya Umum ke-12 (PRU12) diadakan, lama mana lagi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hendak menunda PRU13.


Demikian luahan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad(gambar) yang dipetik menerusi twitter.

Justeru, beliau yang juga AJK PAS Pusat bertanya adalah Najib tidak merasa malu kerana semua sedang menunggu PRU13.

"Maka pada Subuh ini kita doakan kepada Allah, semoga peralihan kuasa yg bakal berlaku dengan izin-Nya akan berlaku dengan aman dan lancar, insya Allah," ujarnya.

Baginya, berpuluh program yang dijalankan serentak di seluruh negara malam tadi termasuk di Shah Alam, Kampung Baru KL, Pengerang Johor dan lain-lain menandakan Pakaran Rakyat semakin kuat.

Menurutnya, lagi lama ditunggu, maka PR semakin kuat menjadikan Umno BN semakin terdesak.

"Budaya samseng, fitnah lucah, politik rasuah hanya mengurangkan sokongan Umno," tulisnya lagi.

Harakahdaily/-

Bekas penerbit rancangan Ikim.fm umum sertai PAS

Posted: 16 Mar 2013 05:48 PM PDT

5 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


Ustaz Zamri berucap pada majlis ceramah malam tadi.

GUNUNG SEMANGGOL: Bekas penyampai dan penerbit rancangan Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim.fm), Ustaz Zamri Zainal Abidin mengisytiharkan menyertai PAS pada majlis ceramah sempena Xpresi Ulama Muda Haraki di Maahad Ehya Asy Syarif di sini, malam tadi.

Petang semalam, seramai enam Imam Muda telah mengumumkan menyertai PAS iaitu Mohd Fakhrurrazi Hussin (IM Fakhrul), lima lagi Imam Muda berkenaan ialah Khairul Azhar Ghazali (IM Azhar), Abdul Fattah Ridzwan (IM Fatah), Syed Faris Syed Roslan(IM Faris), Megat Mohd Zahid Megat Azmuddin (IM Megat) dan Fakhrulrazi Ibrahim (IM Ar Razi).

Penyertaan mereka diumumkan Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr Khairuddin Aman Razali.

"Insya Allah seorang lagi tokoh ulama muda negara kita akan turut menyatakan sokongan kepada perjuangan suci ini pada sebelah malam sempena Pentas Ulama Haraki di tapak program yang sama," ulas satu kenyataan semalam berhubung penyertaan Ustaz Zamri itu.

Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib merasmikan majlis penutup Xpresi Ulama Muda Haraki pada petang semalam.

Ketika berucap pada majlis yang disertai kira-kira 1,000 ulama muda haraki dari seluruh Negara itu semalam, Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, umat Islam seharusnya memberi kemenangan kepada Islam di dalam PRU13 untuk merealisasikan pelaksanaan berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah.

Beliau yang juga Setiausaha Majlis Syura Ulama berkata, umat Islam yang mengharapkan kebangkitan Islam sekali gus menunjukkan kemenangan Islam yang tulen.

Harakahdaily/-

6 tokoh Imam Muda isytihar sokong PAS

Posted: 16 Mar 2013 03:02 AM PDT

4 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -



KUALA LUMPUR: Seramai enam tokoh Imam Muda mengisytiharkan sokongan kepada PAS sempena Xpresi Ulama Muda Haraki yang berlangsung di Maahad Ehya Asy Syarif Gunung Semanggol, Perak.

Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr Khairudin Aman Razali mengumumkan perkara itu di pentas expresi tersebut.

Mohd Fakhrurrazi Hussin mewakili 6 orang Imam Muda berucap dan menyatakan sokongan mereka yang tidak berbelah bahagi dan berikrar akan turut membantu perjuangan Islam sehinggalah bumi Allah dapat diimarahkan dengan syariat-Nya.


Selain Mohd Fakhrurrazi (IM Fakhrul), lima lagi Imam Muda berkenaan ialah Khairul Azhar Ghazali (IM Azhar), Abdul Fattah Ridzwan (IM Fatah), Syed Faris Syed Roslan(IM Faris), Megat Mohd Zahid Megat Azmuddin (IM Megat) dan Fakhrulrazi Ibrahim ( IM Ar Razi)

Pilihan raya Umum ke-13 menjadi turning point untuk melakukan perubahan dalam negara kita dan Ulama Muda Haraki akan Memacu Kebangkitan dan Memimpin Perubahan.

Insya Allah seorang lagi tokoh ulama muda negara kita akan turut menyatakan sokongan kepada perjuangan suci ini pada sebelah malam sempena Pentas Ulama Haraki di tapak program yang sama.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan