Isnin, 25 Februari 2013

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


MEDIA Rakyat MALAYSIA

Posted: 25 Feb 2013 03:09 AM PST

MEDIA Rakyat MALAYSIA


HIMPUNAN WANITA KELANTAN DI PERANTAUAN @23 FEB 2013 BAZAR PUSAT BANDAR TAMAN MELAWATI

Posted: 24 Feb 2013 07:24 AM PST

Suara Sri Andalas

Posted: 24 Feb 2013 11:31 PM PST

Suara Sri Andalas


135 Ibu Tunggal Menyertai Jom Shopping DUN Seri Andalas

Posted: 24 Feb 2013 06:23 PM PST

Pada 23 Februari 2013 yang lepas, program Jom Shopping untuk ibu tunggal yang pertama di DUN Seri Andalas telah diadakan di pasaraya Giant. Program ini adalah inisiatif terbaru Kerajaan Negeri Selangor Pakatan Rakyat di Bawah tanggungjawab YB Rodziah.

Seramai 135 orang wanita telah menyertai program ini. Hadir dalam program adalah YB Dr Xavier Jayakumar, ADUN Seri Andalas, Encik PS Rajoo, Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Klang, Encik Abdul Manaf, Ahli Majlis, Majlis Bandaraya Shah Alam.

YB Dr Xavier mengucapkan terima kasih kepada semua sukarelawan yang telah membantu melancarkan program pada hari tersebut.

















Sambutan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina DUN Seri Andalas Meriah

Posted: 24 Feb 2013 06:16 PM PST

Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina DUN Seri Andalas yang diadakan pada 24 Februari 2013 di Taman Mewah, Klang mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.

Majlis yang berlangsung dari jam 2 hingga 5 petang itu menyediakan pelbagai juadah tradisional maysrakat cina. Seperti kebiasaan, Tahun Baru Cina dimeriahkan lagi dengan pertunjukkan tarian singa. Selain tarian singa, berbagai-bagai pertunjukkan diadakan untuk orang ramai yang hadir.

YB Dr Xavier Jayakumar kemudiannya mengagihkan ang pow kepada para hadirin terutamanya warga emas kemudiannya diberi ang pow.

YB Dr Xavier Jayakumar mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang hadir ke majlis untuk meraikan perayaan tahun baru cina bersama-sama dan sekalung penghargaan kepada para sukarelawan yang menjayakan majlis ini.















44 Wanita Menyertai Mammogram Kedua Tahun 2013 DUN Seri Andalas

Posted: 24 Feb 2013 05:11 PM PST

Pada 24 februari 2013, Program Pemeriksaan Kesihatan Mammogram kedua tahun 2013 DUN Seri Andalas telah diadakan.

Seramai 44 orang wanita telah menyertai program tersebut. Program telah diuruskan oleh Puan Vickneswary. Puan Kalairasi telah menemani kesemua peserta membuat pemeriksaan di Forest Medical Centre.

Sebelum bertolak, pada pukul 8 pagi, YB Dr Xavier Jayakumar telah memberi taklimat kepada para peserta.













Anwar Ibrahim

Posted: 24 Feb 2013 07:17 PM PST

Anwar Ibrahim


Pakatan Yakin Menang Hampir 140 kerusi, kata sumber

Posted: 23 Feb 2013 11:26 PM PST

The Malaysian Insider

Pakatan Rakyat (PR) yakin akan memenangi hampir 140 kerusi parlimen dalam Pilihan Raya 2013 dengan kemenangan di Sabah, Sarawak dan Johor akan memberikan mereka majoriti mudah untuk menubuhkan kerajaan, kata sumber.

The Malaysian Insider difahamkan pemimpin PR telah menghitung peluang di beberapa negeri tetapi bilangan mereka bergantung kepada keupayaan untuk menyatukan pembangkang di Sabah.

Disebalik keyakinan PR, pemerintah Barisan Nasional (BN) telah membuat tinjauan yang menunjukkan mereka boleh menang sehingga 145 kerusi, lebih tinggi dari 112 kerusi untuk majoriti mudah dan di bawah 148 kerusi untuk majoriti dua pertiga.

Najib di Sarawak hari ini, seminggu selepas menghabiskan dua hari di Sabah minggu lalu. — Gambar fail
Kaji selidik bebas bagaimanapun menunjukkan BN boleh menang diantara 105 dan 117 kerusi, dengan kaji selidik trend pengundian terbaru menunjukkan kedudukan kelulusan Umno hampir 40 peratus, jauh lebih rendah daripada kelulusan untuk Perdana Menteri dan presiden Umno Datuk Seri Najib Razak.
"Pemimpin Pakatan bercakap mengenai kemungkinan menang sekurang-kurangnya 138 kerusi, mungkin sehingga 140 dengan kerja keras yang telah dilakukan semenjak 2008," kata sumber kepada The Malaysian Insider, merujuk kepada pilihan raya lalu apabila tiga parti tersebut menang 82 kerusi parlimen dan lima negeri.

Kemenangan DAP, PAS dan PKR selepas bekerjasama pada 2008 menyebabkan penubuhan PR walaupun ianya masih belum berdaftar. BN merupakan satu-satunya gabungan politik berdaftar di Malaysia.

Pemimpin de facto PR Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberi tahu agensi berita Bloomberg pertempuran utama dalam Pilihan Raya 2013 adalah di Sabah dan Sarawak, yang menawarkan 56 daripada 222 kerusi parlimen.

Kedua-dua negeri Borneo itu dilihat sebagai "deposit tetap" untuk BN tetapi Suruhanjaya Siasatan Di Raja (RCI) mengenai pemberian kewarganegaraan sebagai pertukaran kepada undi memberikan imej buruk kepada gabungan pemerintah itu.

Krisis dengan militan bersenjata Sulu di bandar pantai timur Lahad Datu di Sabah telah menimbulkan persoalan tentang keupayaan Putrajaya untuk mempertahankan negeri tersebut.

Difahamkan PR berharap untuk menang besar di Sarawak dan Sabah, bukan hanya di kawasan bandar di mana masyarakat Cina dominan menyokong parti pembangkang itu tetapi juga di beberapa kawasan luar bandar di mana pemimpin PR telah menerima sambutan yang hangat.

Pakatan juga memberikan tumpuan di Johor dimana beberapa pemimpin penting PAS dan DAP dihantar untuk bertanding. Ini termasuklah Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub dan ahli strategi DAP Liew Chin Tong — masing-masing merupakan ahli parlimen.

"Kami mendapat respon yang baik dari penduduk Sabah dan Sarawak dan ini membimbangkan BN. Sebab itu pemimpin BN melawat dua negeri tersebut dengan lebih kerap," kata sumber dari PR kepada The Malaysian Insider.

Najib di Sarawak hari ini, seminggu selepas menghabiskan dua hari di Sabah minggu lalu. Pengerusi BN itu mempunyai satu lagi pusingan melawat negeri yang akan berakhir di kerusi parlimennya Pekan pada 16 Mac.

The Malaysian Insider melaporkan baru-baru ini Najib berkemungkinan membubarkan parlimen selepas 16 Mac dan mendapatkan mandat pertamanya dengan pilihan raya yang akan diadakan pada pertengahan April.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengazetkan daftar pemilih terbaru hari ini dan dilaporkan 13.64 juta telah mendaftar sebagai pengundi, termasuk 3,000 dari luar negara.

SPR akhirnya membenarkan rakyat Malaysia yang tinggal di luar negara untuk mengundi — sebelum ini hanya diberikan kepada pekerja kerajaan dan pelajar tajaan kerajaan dalam pilihan raya lalu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan