Jumaat, 15 Februari 2013

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


Suara Sri Andalas

Posted: 14 Feb 2013 11:21 PM PST

Suara Sri Andalas


Video Program Semasa Bulan Februari Dihadiri YB Dr Xavier Jayakumar

Posted: 14 Feb 2013 07:31 PM PST

Berikut adalah video program-program semasa bulan Februari dan perayaan Ponggal yang dihadiri YB Dr Xavier Jayakumar.


Video Majlis Pelancaran Asrama Anak-anak Pekerja Ladang

Posted: 14 Feb 2013 07:25 PM PST

Video ketika Majlis Pelancaran Asrama Anak-anak Pekerja Ladang oleh YAB Tan Sri Dato' Seri Khalid Ibrahim pada 2 Februari yang lepas.



'Pakatan Laksana Tuntutan Hindraf Dalam Masa 100 Hari di Putrajaya'

Posted: 14 Feb 2013 06:56 PM PST

Pakatan Rakyat akan melaksanakan rancangan lima tahun kumpulan Hindraf untuk mengatasi masalah kemiskinan masyarakat India dalam masa 100 hari pentadbirannya di Putrajaya.

"Saya telah nyatakan kita akan bincang dan selesaikan (pelan lima tahun itu) dalam masa 100 hari di Putrajaya.

"Ini bermakna, kita telah bersetuju dengan pelan tindakan itu," kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada satu majlis dialog bersama editor akhbar-akhbar Tamil di Shah Alam malam tadi.

Beliau berkata demikian sewaktu menjawab soalan editor Semparuthi.com, Jiwi Kathaiah yang ingin tahu jika Pakatan bersetuju dengan tuntutan-tuntutan Hindraf.

Hindraf sebelum ini mendakwa Pakatan Rakyat melengah-lengahkan persetujuan mereka terhadap pelan tindakan itu walaupun siri perbincangan telah berlangsung sejak November 2012.

Mereka turut mengancam akan menarik kembali sokongan Hindraf terhadap Pakatan jika Pakatan terus berlengah dan tiada kemajuan dalam perbincangan tersebut.

Anwar bagaimanapun menegaskan, Hindraf tidak perlu mendesak Pakatan Rakyat untuk menandatangani pelan tindakan itu.

Beliau sebaliknya menggesa mereka meneliti agenda-agenda masyarakat India yang selama ini didukung Pakatan Rakyat kerana dokumen polisi Buku Jingga sendiri secara tidak langsung telah mengangkat semangat pelan tindakan itu.

"Kami telah membaca pelan tindakan anda. Bolehkah anda juga turut membaca pelan tindakan kami (Buku Jingga)?

"Untuk bersikap adil, anda juga perlu mengiktiraf semua (isu orang India) yang telah Pakatan dukung," tegas Anwar.

Menurutnya, pemimpin Pakatan selama ini tekal memperjuangkan isu-isu seperti kewarganegaraan, kematian dalam tahanan serta bantuan kepada sekolah jenis kebangsaan Tamil.

"Lihat sahaja kes Kugan (yang mati dalam tahanan pada tahun 2009), ia tak akan jadi isu nasional jika kita tidak menyuarakannya. Saya sendiri minta pemimpin DAP dan PAS bersama saya melawat rumah Kugan," katanya.

Majlis yang berlangsung selama dua jam itu turut dihadiri editor Thiru Kural, Massal Okai, Tamil Nesan dan Malaysia Nanban.

Turut hadir adalah Exco Selangor, Dr Xavier Jayakumar; Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa; Ahli Parlimen Teluk Intan M Manoharan dan ahli Dewan Undangan Negeri Port Dickson, M Ravi.

Sumber: Malaysiakini

Sesi Dialog Dato Seri Anwar Ibrahim Berkaitan Isu Masyarakat Tamil

Posted: 14 Feb 2013 06:38 PM PST

Shah Alam, 14 Februari 2013 - Dato Seri Anwar Ibrahim telah menghadiri sesi dialog dan soal jawab bersama editor-editor dari akhbar berbahasa Tamil di Midlands Tamil School Convention Centre, Seksyen 7, Shah Alam.

Dalam sesi dialog yang bertajuk "If I Become the Prime Minister - Q & A - Addressing Policy Issues Affecting Tamils" tersebut, Dato' Seri Anwar telah memberi penerangan dan menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh para editor.

Turut hadir dalam program tersebut adalah YB Dr Xavier Jayakumar, EXCO Kerajaan Negeri Selangor serta para pemimpin komuniti india.

Berikut adalah foto-foto pada program tersebut.



















The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

Posted: 14 Feb 2013 11:07 PM PST

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Pengurus-Pengurus Felda harus ditarbiyahkan semula mengenai peranan mereka!

Posted: 14 Feb 2013 08:40 PM PST

Di dalam tempoh beberapa minggu kebelakangan ini berita-berita tersiar bahawa pengurus-pengurus Felda telah mengambil tindakan yang bertentangan dengan tugasan dan kewajipan mereka sebagai pengurus Felda.

Rancangan Felda diwujudkan dari tahun 1956 oleh penjajah Inggeris bertujuan antara lain adalah untuk membasmi kemiskinan luar bandar supaya penduduk luar bandar tidak terpengaruh dengan gerakan komunis yang dari segi teorinya boleh berkembang di kalangan rakyat yang miskin.

Tugas ini disambung oleh Tun Razak yang mentadbirkan Kementerian Pembangunan Luar Bandar juga bertujuan untuk membasmi kemiskinan luar bandar di kalangan petani-petani.

Di peringkat awalnya, peneroka-peneroka sendiri menebas-menebang-memerun-menanam-membaja diatas tanah-tanah mereka; dan mereka juga mendirikan rumah-rumah panjang untuk mereka diami dengan pendapatan sangat kecil dan hanya mereka yang kukuh dengan semangat memperbaiki diri sahaja yang bertahan didalam rancangan-rancangan Felda peringkat awal.

Pada tahun 1960, satu gerakan reformasi telah dilakukan oleh Tun Razak untuk memperbaiki kehidupan peneroka-peneroka dengan memperkenalkan undang-undang baru yang kini dikenali sebagai GSA untuk urustadbir tanah-tanah ladang didalam rancangan Felda.

Tujuannya tidak berubah iaitu untuk membasmi kemiskinan di luar bandar.  Tujuan GSA adalah untuk pengurusan yang lebih cekap dan peneroka-peneroka yang berjaya membayar hutang mereka dengan Felda dan bayaran perlu kepada kerajaan Negeri melalui Felda iaitu bayaran CAC, peneroka-peneroka akan diberikan geran tanah masing-masing.

Dengan pemberian geran tanah untuk kebun dan kampung, peneroka-peneroka akan bebas dari Felda dan boleh mengurustadbir tanah masing-masing dan peranan Felda terhenti.

Tetapi Felda mengingkari tujuan ini.  Sebaik saja peneroka-peneroka habis bayar hutang Felda dan bayaran CAC kepada kerajan-kerajaan Negeri melalui Felda, mereka diminta menandatangani Perjanjian baru dengan Felda, perjanjian yang betul-betul berat sebelah dan peneroka-peneroka dibebankan dengan hutang baru sehingga ada di kalangan peneroka yang terhutang melebihi RM100,000.00.

Perjanjian yang berat sebelah itu menjadikan peneroka-peneroka itu sebagai pekerja yang tidak mendapat apa-apa perlindungan dibawah Akta Pekerjaan, KWSP dan Socso.  Mereka dicaknakan sebagai pekerja estet dan diberikan elaun sara hidup yang dianggap hutang sebanyak RM1200 - RM1500.

Mereka tidak pernah mengetahui berapakah jumlah pendapatan yang mereka perolehi dari kebun mereka kerana penyata pendapatan tidak pernah diserahkan kepada mereka; mereka hanya diberitahu mengenai penyata hutang.

Inilah penyelewengan dasar yang berlaku keatas peneroka-peneroka Felda khususnya setelah Dr Mahathir Mohamed mengambil alih sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Dari tahun-tahun 1980-an lagi Felda menghalang aktivis-aktivis politik didalam rancangan-rancangan Felda dan semasa Dato Seri Rais Yatim menjadi Menteri yang bertanggungjawab keatas Felda ribuan peneroka-peneroka Felda dibuang dari rancangan-rancangan Felda kononnya mereka itu menyalahi syarat-syarat penempatan semata-mata kerana mereka menyokong Pembangkang khususnya PAS.  Namun kepada mereka yang menggunakan khidmat peguam mereka berjaya mengekalkan kedudukan mereka didalam rancangan Felda setelah dipecat dari rancangan.

Halangan yang didatangkan keatas Pembangkang oleh UMNO dan Pengurusan Felda berlaku berterusan tetapi keadaan itu reda sementara dan semasa keredaan itulah Pembangkang khususnya PAS dan PKR dapat menjalankan aktiviti parti masing-masing didalam rancangan Felda.

Peneroka-peneroka dianggap sebagai fixed deposit kepada UMNO/BN, dan UMNO/BN cukup tergugat apabila berlaku perubahan di rancangan-rancangan Felda.

Selepas tahun 2010, UMNO didalam rancangan-rancangan Felda merasakan diri mereka sangat tergugat apakala peneroka-peneroka menuntut keadilan.

Mereka menuntut supaya Penyata Pendapatan bulanan mereka diserahkan kepada mereka; mereka menuntut diwujudkan penyelarasan sebenar antara Hutang dan Pendapatan mereka; mereka menuntut bayaran yang lebih tinggi kepada buah sawit dan getah yang mereka keluarkan.  Mereka tidak puas hati dengan peratusan perahan yang begitu rendah iaitu serendah 17% KPG mereka walhal makmal Felda sendiri mengesahkan peratusan perahan sawit mereka boleh meningkat hingga 27% yang menyebabkan mereka kerugian hingga RM400,000 - RM500,000 didalam tempoh 5 tahun.

Peneroka-peneroka juga menuntut supaya hutang mereka dimansuhkan kerana dari segi pengiraan yang dibuat sesungguhnya mereka tidak berhutang dengan Felda tetapi Feldalah yang berhutang dengan mereka.

Golongan generasi kedua dan ketiga pula menuntut supaya Felda Plantation dimansuhkan dan 850,000 ekar tanah ladang di bawah Felda Plantation itu diagih-agihkan kepada mereka.

Peneroka-peneroka Felda menuntut supaya diwujudkan Universiti Felda yang menawarkan pelbagai jenis pengajian untuk anak-anak peneroka Felda yang boleh mendapat pendidikan secara percuma.

Tuntutan-tuntutan ini adalah adil dan munasabah menyebabkan ramai peneroka-peneroka Felda dan Generasi Kedua bertukar arah dari UMNO menyokong PAS dan PKR.

Tuntutan Mahkamah yang dibuat oleh peneroka-peneroka khususnya dibidang KPG merupakan tuntutan yang popular sehingga dapat menyatukan peneroka-peneroka UMNO dengan PAS dan PKR.  Saman yang bermula di Kemahang 3 berjangkit ke Felda Raja Alias di Serting, ke Gugusan Jengka, Gugusan Bera, Gugusan Keratong, Gugusan Palong, Gugusan Chini dan Gugusan Mempaga.  Kini tuntutan yang sama akan dikemukakan pula oleh peserta-peserta Felcra yang menghadapi paras perahan peratusan KPG yang cukup rendah.

Tujuan asal rancangan-rancangan Felda diwujudkan adalah untuk membasmi kemiskinan luar bandar dan mengatur cara hidup modern yang baru sesuai dengan perkembangan zaman dengan peneroka-peneroka dapat mengurustadbir ladang dan kehidupan mereka sendiri setelah mereka berjaya menjelaskan bayaran hutang kepada Felda; manipulasi oleh Felda menjadikan mereka itu sebagai pekerja ladang dengan elaun sara hidup bulanan yang kecil amatlah menjijikkan.

Pengurus-pengurus Felda bukanlah Tuan Tanah, mereka bukan juga ketua-ketua politik; mereka hanyalah pentadbir yang dilantik untuk menguruskan ladang, bukan untuk memanipulasikan pendapatan peneroka dan bukan pula menjadi agen penipuan keatas peneroka-peneroka.  Mereka tidak ada hak mengarahkan peneroka-peneroka untuk membuat pilihan politik.  Mereka boleh menjadi ahli kepada mana-mana parti politik, tetapi didalam urusan pentadbiran mereka, mereka tidak boleh bertindak sebagai ahli politik dan jika mereka mahu berbuat demikian, maka mereka hendaklah melepaskan jawatan mereka sebagai pengurus Felda dan terjun ke dunia politik.

Sebagai Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal bagi Parti Keadilan Rakyat Pusat saya nak ucapkan ribuan terima kasih kepada Pengurus-Pengurus Felda yang tahu tugas dan hak sempadan perkhidmatan mereka; dan saya juga mengikuti dan mengambil catatan bagi Pengurus-Pengurus yang menyalahgunakan kuasa mereka ini.

Pastinya apabila PR mengambil alih Putrajaya nanti pengurus-pengurus jenis ini akan menjalani tarbiyah perkhidmatan, dan jika mereka enggan menjalani tarbiyah itu, mereka terpaksalah berhadapan dengan disiplin-disiplin perkhidmatan!!!

Mula-mula berkenalan dengan politik

Posted: 14 Feb 2013 02:41 AM PST

Saya adalah anak orang politik.  Jiwa saya adalah jiwa politik dari kecil lagi.  Semasa PRU 1955, saya sentiasa dibawa oleh Aki saya ke majlis2 politik.  Aki saya orang kuat UMNO.  Semasa zaman pemerintahan Inggeris, Aki saya sentiasa bercerita tentang kemerdekaan.

Aki saya ni faseh berbahasa Inggeris dan berbahasa Arab.  Di rumahnya penuh dengan buku-buku bahasa Inggeris dan kitab-kitab bahasa Arab.  Dari segi pekerjaan pula Aki saya adalah Guru Ugama mengajar di Sekolah Melayu.  Tetapi dia mempunyai pendirian konserbatif.

Baginya, anak lelaki sahaja yang kena belajar di sekolah.  Anak perempuan kena duduk di rumah.  Belajar dibawah jagaannya.  Yang dia ajar hanyalah Jawi dan Quraan saja.  Sebab itu emak saya tidak tahu menulis dan membaca kalau tulisan Rumi.  Tetapi dia boleh membaca Jawi dan nak kata dia hafaz Quraan tu, saya tak taulah, tetapi kalau saya membaca Quraan di atas rumah manakala dia ada di bawah rumah, dan kalau dia dengar bacaan saya tak betul dia terus betulkan dari bawah rumah.

Saya cukup takut belajar membaca Quraan dengan emak saya.  Kalau silap jer, hah, lesai kena balun dengan rotan.  Abang saya tak ada pilihan belajar dengan emak saya.  Saya pulak belajar dengan Aki saya.

Aki saya adalah Guru Tajwid.  Dia mengajar menggunakan papan hitam, dan dia ajar ilmu tajwid yang saya kena tulis dalam buku saya.

Oleh kerana itu mudahlah untuk saya membaca sendirian dengan ilmu tajwid yang Aki saya ajar. Dan kerana itu juga saya tamat Quraan lebih awal dari abang saya.  Setiap malam saya akan bacakan di depan Aki saya, dan jika bacaan saya lancar, tak tersekat-sekat dan betul dengan tajwidnya, Aki saya izinkan saya membaca di depannya sehinggalah dia suruh saya berhenti.  Bacaan malam esuknya beralih dari tempat berhenti itu.

Bapa saudara saya bertugas sebagai Guru Besar sekolah Melayu.  Dia tinggal di kampung lain.  Kami tinggal di Lubok Kawah, dia tinggal di Sanggang.  Oleh kerana berjauhan itu kami tidaklah rapat, tetapi setiap kali dia menghilir ke Temerloh (Kuala Semantan) dengan bot lajunya, dia akan singgah di Lubok Kawah bertanya kepada ayahnya (Aki saya) kalau-kalau ada apa-apa yang Aki saya mahu beli dari Kuala Semantan.

Bapa saudara saya itu juga adalah seorang ahli UMNO peringkat awalnya.  Tetapi dia tinggalkan UMNO dan menyertai Parti Negara apabila Dato Onn Jaafar meninggalkan UMNO untuk menubuhkan Parti Negara.

Apabila ayah saya keluar dari tahanan ditahan oleh Penjajah Inggeris kerana ayah saya adalah anggota API, Aki saya mengajak ayah saya menyertai UMNO.  Tak mahu menghampakan bapa mertuanya, ayah saya menyertai UMNO tetapi dalam pada itu dia sentiasa pergi ke Kuala Semantan untuk menghadiri perjumpaan Parti Rakyat Malaya yang dipimpin oleh Ahmad Boestamam.

Saya pun suka mengikuti ayah saya ke perjumpaan-perjumpaan Parti Rakyat walaupun pada waktu itu pengaruh Aki saya sebagai ahli UMNO cukup kuat.  Saya memanglah terpesona dengan Aki saya yang faseh bahasa Inggeris dan bahasa Arab.  Aki saya cukup serius dengan politik.  Semasa Tunku Abdul Rahman pulan dari London untuk mengumumkan keputusan Kerajaan Inggeris memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu di Melaka, Aki saya turun ke Melaka.

Bila dia balik dari Melaka dia menceritakan kepada saya bahawa Tanah Melayu tak lama lagi akan Merdeka.  Apa erti Merdeka, saya tanya Aki saya, dijawab mudah oleh Aki saya bahawa negara kita akan bebas dan kita akan memerintah sendiri dan tidak lagi diperintah oleh Orang Putih.  Aki saya sangat gembira.

Selepas Merdeka Parti Perikatan bertanding didalam Pilihanraya tahun 1959 ditentang oleh parti-parti Pembangkang seperti Fron Sosialis (gabungan PRM-Parti Boroh Malaya), PMIP (kini dikenali sebagai PAS), PPP, UDP dan parti-parti bebas.  Aki saya menyokong Perikatan tetapi ayah saya dan ramai dari kaum keluarga saya di Kampong Lubok Kawah menyokong Fron Sosialis.

Enkounter saya dengan Pak Sako (sudah diceritakan didalam halaman lain terdahulu didalam blog ini) memanggil saya menyokong Fron Sosialis, dan walaupun saya masih di Sekolah Menengah pada waktu itu saya sudah berjaya menyusun kanak-kanak sekolah lebih kurang 30 orang, iaitu kami mengambil tugas untuk membuat poster PRU untuk Fron Sosialis, dan kami menampal poster.  Kami letak bendera pada handle basikal kami. Cukup meriah dan seronok apabila kami mengelilingi bandar Temerloh dan kampung-kampung sekitarnya dengan berbasikal yang dipasang bendera Fron Sosialis.

Alhamdulillah, calon Fron Sosialis iaitu Pak Sako hanya kalah kecil iaitu lebihkurang 1000 undi saya menentang calon Perikatan pada waktu itu.  Selepas itu setiap kali berlaku pilihanraya samada diperingkat Majlis Tempatan, DUN dan Parlimen (yang dibuat secara berasingan), saya membantu calon-calon dari PRM/Fron Sosialis.

Saya kekal dengan PRM semasa belajar di London, dan kembali ke Malaysia, walaupun pada waktu itu saya memegang jawatan didalam Kerajaan sehinggalah pemikiran saya terseleweng oleh rakan-rakan setugas saya yang sama-sama berkhidmat di dalam perkhidmatan kerajaan.  Saya merantau jauh tidak ada tempat bertapak dengan dilema pemikiran dengan menyertai UMNO dan PAS.

Saya cukup sesal dengan kejadian itu, dan kini saya kembali semula dengan perjuangan rakyat, bermula dengan perjuangan didalam Parti Keadilan Nasional sebagai salah seorang yang menubuhkan parti itu di Temerloh dimana saya diberi tugas sebagai Ketua PKN Bahagian Temerloh, dan kini menjadi Ketua PKR Cabang Kuala Krau.

Insya Allah, saya kekal didalam PKR dan kini diberikan peluang untuk duduk didalam Majlis Pimpinan Pusat, dan perjuangan rakyat tidak mengenal perkataan "rehat" dan "pencen", saya akan terus berjuang walaupun sebagai ahli biasa, dan saya tidak pernah meminta diri saya menjadi calon walaupun saya memegang jawatan-jawatan penting didalam parti.

Dasar PKR sesuai dengan citarasa dan naluri saya.  Alhamdulillah.

Laman Rasmi: PKR KECEWA TINDAKAN PIHAK POLIS

Posted: 14 Feb 2013 01:49 AM PST

Laman Rasmi: PKR KECEWA TINDAKAN PIHAK POLIS: PETALING JAYA, 18 Dis — PKR kecewa dengan pihak polis kerana tidak ambil tindakan terhadap samseng yang menyerang bas Jelajah Merdeka Rak...

Anwar Ibrahim

Posted: 14 Feb 2013 07:27 PM PST

Anwar Ibrahim


Malaysia Vows to Cooperate in Return of Amalilio

Posted: 14 Feb 2013 11:39 AM PST

From Philstar.com

The Malaysian government yesterday gave assurance that it would cooperate with the Philippines in efforts to return to Manila wanted investment scam boss Manuel Amalilio.

The assurance was contained in a letter to The STAR from the Malaysian embassy's first secretary Yap Wei Sin.

Amalilio, who also carried the Malaysian name Mohammad Suffan Saaid, was arrested by local authorities in Kota Kinabalu on Jan. 25 and was formally charged on Feb. 4 for possession of a fake passport.

Amalilio pleaded guilty to the offense and was meted a two-year prison term in Malaysia. Manila has invoked a mutual legal assistance treaty for his return to the Philippines.

Yin wrote to The STAR in connection with three articles written by columnist Jarius Bondoc.

In his articles titled "Beware: Crooked Malaysian Politicos Protecting Amalilio;" "Amalilio, A Nephew of Sabah Minister" and "Blood Ties Or None, Just Deport Conman" which came out in The STAR on Feb. 1, 2 and 4, respectively, Bondoc accused the Malaysian government, specifically the state of Sabah, of harboring Amalilio.

Headlines ( Article MRec ), pagematch: 1, sectionmatch: 1

Sin denied Bondoc's accusation, saying

Sin pointed out that the Attorney General of Malaysia, after a meeting with Philippine Justice undersecretary Jose Salazar last Feb. 6, ordered authorities to check and freeze the assets of Amalilio and his associates.

He said the government of Malaysia received the official request of the Philippines for Mutual Legal Assistance in criminal matters to extradite the pyramid scam mastermind.

He said the Attorney General was fully committed to assist in Amalilio's prosecution regardless of his citizenship.

Sin said there was no proof that Amalilio is an immediate relative of Sabah chief minister Musa Aman and his brother Anifah Aman, the minister of Foreign Affairs.

He denied Bondoc's allegations that the prime minister of Malaysia, Najib Tun Abdul Razak, received kickbacks from the purchase of submarines.

He also clarified the issue on citizenship in Sabah as raised by The STAR's columnist. He said there is an ongoing investigation on the influx of illegal immigrants in Sabah, and it is not proper for his government to prematurely comment on the matter.

Meanwhile, Justice Secretary Leila de Lima has created a four-man team to coordinate with the Malaysian government for the extradition of Amalilio.

De Lima said the team would be composed of two members of the special panel handling the syndicated estafa cases against Amalilio, et al, and two state counsels also from the DOJ.

She designated Prosecutor General Claro Arellano and Chief State Counsel Ricardo Paras III to appoint the team's members.

The team is specifically tasked to hand over the formal request for extradition and supplemental request involving the freezing of assets of Amalilio and other forms of assistance.

De Lima said the team would be dispatched to Malaysia hopefully next week. She said succeeding trips might be needed until the process is completed.

The DOJ chief explained that after initiating the extradition process, they would focus on securing the assets of Amalilio so it can be used in the cases against him, and possibly in paying his victims.

She also ordered agents to proceed with the hunt for relatives of another scam leader Jachob Rasuman, who were said to be involved in his multi-million investment fraud.

She said authorities might now enforce the arrest warrants issued against Rasuman's wife Princess, his father and former public works undersecretary Basher Sr., mother Ema, brothers Basher Jr., Jeremiah and Jerome, and father-in-law Sultan Yahya Jerry Tomawis.

This after the Cagayan de Oro court lifted the suspension of the enforcement of the arrest warrant owing to the appeal of the accused.

"Initially the court suspended the implementation of the warrants because of the pendency of the MR (motion for reconsideration of resolution approving the syndicated estafa cases) with the DOJ. It was promptly denied by the panel of prosecutors so the court reconsidered its earlier order suspending the arrest," the DOJ chief told reporters.

For this purpose, De Lima said the NBI has already created a special team to track down the fugitives. -

Majlis Sambutan Tahun Baru Cina Peringkat Negeri Selangor 2013 Bersama YAB Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim, YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim

Posted: 14 Feb 2013 11:36 AM PST

GONG XI FA CAI

17 Februari 2013 Hari Ahad

One Utama, Bandar Utama, Petaling Jaya

ATURCARA
10.00 AM Ketibaan Orang Awam

11.00 AM Ketibaan Tetamu Jemputan

Persembahan Nyanyian Lagu Tahun Baru Cina

11.30 AM Ketibaan dif-dif kehormat

Persembahan Tarian Kebudayaan Oleh MBPJ

Persembahan Harmonika

12.00 PM Ketibaan Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim
Dato' Menteri Besar Selangor.

Ketibaan Y.A.B Dato' Seri Anwar Bin Ibrahim
Penasihat Ekonomi Negeri Selangor

Persembahan Tarian Singa

12.15 PM Ucapan Y.B. Puan Elizabeth Wong
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan
Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar
Negeri Selangor

Ucapan Perasmian oleh Y.A.B. Tan Sri Dato' Seri
Abdul Khalid Bin Ibrahim
Dato' Menteri Besar Selangor

Ucapan Oleh Y.A.B Dato' Seri Anwar Bin Ibrahim
Penasihat Ekonomi Negeri Selangor

1.00 PM Persembahan Drum –
"Hands Percussion Malaysia"

Persembahan Nyanyian Lagu Tahun Baru Cina

1:30 PM Pemberian Ang Pau oleh God of Prosperity

2.00 PM Tamat

[VIDEO] Saya “Salute” Pada Orang Penang Kerana Pandai Bagi Jawapan Kepada Najib

Posted: 14 Feb 2013 06:37 AM PST

PKR DUN 19 Kepayan P174 Penampang, Sabah.

Posted: 14 Feb 2013 11:40 AM PST

Anak Muda Kampung Nak Senang

Posted: 14 Feb 2013 11:04 AM PST

Anak Muda Kampung Nak Senang


Ceramah Suara Anak Muda Rembau 18 Feb 2013

Posted: 14 Feb 2013 05:59 AM PST


CERAMAH SUARA ANAK MUDA REMBAU
Tarikh : 18 Feb 2013, Isnin
Masa : 9.30 malam
Tempat : Bilik Gerakan Pakatan Rakyat UPU Kg Semerbok, Kota, Rembau

Bersama Sdr Sahrizal Masrudin, Pengerusi Suara Anak Muda Rembau – Membicarakan isu pampasan tanah adat, pemerkasaan pengurusan tanah adat, kenaikan elaun Dato Lembaga Adat, pengurusan tanah terbiar sebagai pembangunan kampung tersusun untuk anak Rembau, perkembangan Hospital Rembau, status Landasan Terbang Rembau, cadangan kampus UiTM Rembau dan banyak lagi isu setempat.

Turut serta Tn Hj Kamarol Ridzuan, Pengarah Pilihanraya PAS N.Sembilan

Kepada mereka yang ingin menjadi Sukarelawan Petugas Pilihanraya Pakatan Rakyat DUN Kota sila hubungi Tn Hj Roni 012-2268230

Kepada mereka yang ingin menyumbang ke Tabung Pilihanraya DUN Kota sila salurkan ke akaun berikut :
Nama akaun : PAS MTD DUN KOTA
No akaun : 05-021-02-011755-8
Bank : Bank Islam Malaysia Berhad

Dapatkan maklumat terkini di Rembau Hari Ini http://rembau-hari-ini.blogspot.com

Apa sudah jadi dengan PAS Seremban?

Posted: 14 Feb 2013 12:45 AM PST



Free Malaysia Today, 14 Feb 2013 - Pertembungan di dalam PAS Seremban membabitkan kem Yang DiPertua PAS Seremban, MK Ibrahim Abdul Rahman dan kem Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS Pusat, Zulkefly Mohamad Omar.

SEREMBAN: Isu perpecahan PAS Seremban nampaknya masih tidak berkesudahan walaupun paluan gendang pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) semakin hampir. Di kala PAS di kawasan lain sedang siap siaga untuk menghadapi lawan iaitu Umno, PAS Seremban pula masih bertelagah sesama sendiri.

Pertembungan di dalam PAS Seremban membabitkan  kem Yang DiPertua PAS Seremban, MK Ibrahim Abdul Rahman dan kem Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS Pusat, Zulkefly Mohamad Omar.

Walaupun pertembungan ini tidak begitu diketahui umum melainkan sesama kepimpinan PAS, tetapi perang dingin diantara dua kem pemimpin ini kini semakin diketahui umum apabila Dewan Pemuda PAS Seremban melalui laman web milik mereka kini mula menyerang Zulkefly secara terbuka.

Di kaca mata umum hubungan di antara MK Ibrahim dan Zulkefly memang baik iaitu sejak sambutan rumah terbuka Aidil Fitri anjuran Zulkefly yang dihadiri oleh MK Ibrahim.  Sebulan selepas itu Zulkefly pula menghadiri majlis perkahwinan anak perempuan MK Ibrahim.

FMT difahamkan melalui sebuah sumber dalaman PAS Seremban bahawa walaupun secara peribadi hubungan MK Ibrahim dan Zulkefly agak baik, namun pemimpin-pemimpin PAS Seremban di bawah MK Ibrahim dan Zulkefly seperti tidak mahu mencari jalan pendamaian. Sebaliknya sering 'membakar' MK Ibrahim dan Zulkefly agar tidak mengadakan sebarang perbincangan untuk mencapai kata sepakat.

Sebenarnya apa yang menjadi rebutan di PAS Seremban ialah siapakah yang layak bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lenggeng.

DUN Lenggeng merupakan satu-satunya kerusi PAS di Parlimen Seremban. Parlimen Seremban mempunyai enam kerusi DUN. Iaitu Lenggeng, Ampangan, Sikamat, Temiang, Lobak dan Nilai.

Ampangan dan Sikamat merupakan kerusi PKR sementara Temiang, Lobak dan Nilai merupakan kerusi DAP.

Kem MK Ibrahim merasakan MK Ibrahim sebagai Yang DiPertua PAS Seremban adalah calon yang paling layak untuk bertanding pada PRU-13 nanti. MK Ibrahim memenangi jawatan tersebut pada muktamar PAS Seremban pada 15 Mei 2011.

Pemuda PAS Seremban yang merupakan pro MK Ibrahim juga berhujah bahawa sudah sampai masanya PAS Negeri Sembilan dan PAS Pusat mencalonkan muka baru iaitu MK Ibrahim.

Kumpulan pendesak

Alasan Pemuda PAS Seremban yang bertindak sebagai kumpulan pendesak ialah Zulkefly sudah kalah tiga kali di Lenggeng pada PRU tahun 1999, 2004 dan 2008.

Kem Zulkefly pula merasakan ahli jawatankuasa PAS Pusat itu lebih layak bertanding di Lenggeng kerana merasakan Zulkefly lebih popular di Lenggeng berbanding MK Ibrahim.

Kem Zulkefly yakin bekas Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan itu akan dicalonkan sekali lagi di DUN Lenggeng berdasarkan prestasi dan peranan Zulkefly yang menonjol dalam isu alam sekitar di Lynas, Kuantan; Bukit Payong, Batu Pahat dan Pengerang, Johor.

Tetapi kem MK Ibrahim pula berkata memandangkan Zulekfly sudah mencapai taraf pemimpin nasional, maka Zulkefly seharusnya bertanding di kerusi parlimen kerana skop tugas beliau pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS Pusat merangkumi peringkat nasional.

Ada suara nakal dalam PAS Negeri Sembilan yang mencadangkan jika Zulkefly bertanding kerusi parlimen dan menang; pada masa yang sama jika Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih Putrajaya, Zulkefly berpotensi besar menjadi paling kurang Timbalan Menteri Alam Sekitar.

Dalam posting terbaru dalam laman web Pemuda PAS Seremban, mereka meminta PAS tampilkan calon 'boleh menang'.

Dalam laman web tersebut Pemuda PAS Seremban turut menyiarkan sebuah kajian panel penyelidikan berkaitan calon PAS yang paling sesuai untuk PRU-13. Walaupun foto tersebut tidak menyebut kerusi DUN mana tetapi ianya jelas merujuk kepada DUN Lenggeng.

Merujuk kepada foto gambarajah yang dimuat naik dalam laman web tersebut; kajian tersebut berkata Zulkefly menjadi pilihan 15.7 peratus responden. MK Ibrahim pula 12.9 peratus responden. Bermakna Zulkefly lebih popular daripada MK Ibrahim walaupun peratusannya tidak jauh berbeza.

Apa yang menarik seramai 48.0 peratus responden pula tidak pasti mengenai  calon PAS pilihan mereka. Manakala 19.8 peratus responden mempunyai pilihan calon lain daripada Zulkefly dan MK Ibrahim.

Berdasarkan kajian ini terdapat dua senario yang menjadi pilihan majoriti responden. Pertamanya 48 peratus responden ini boleh menerima sama ada MK Ibrahim atau Zulkefly sebagai calon PAS di DUN Lenggeng, kerana lazimnya kategori pengundi ini adalah pengundi yang tidak kisah siapa calonnya asalkan calon PAS.

Tolak MK Ibrahim dan Zulkefly

Senario kedua ialah lebih ramai responden iaitu 19.8 peratus responden menolak kedua-dua calon yang berebut DUN Lenggeng iaitu MK Ibrahim dan Zulkefly.

Dari segi gerak kerja, MK Ibrahim dan Zulkefly memang aktif mengiatkan pelbagai aktiviti parti di Lenggeng.

Kini terpulang kepada PAS Pusat untuk menentukan siapakah calon yang sesuai dan 'boleh menang' di DUN Lenggeng pada PRU-13 nanti.

Sumber memberitahu FMT ada ura-ura jika Mk Ibrahim dipilih sebagai calon DUN Lenggeng, kem Zulkefly sudah pasti akan memboikot MK Ibrahim dan tidak akan membantu berkempen untuk MK Ibrahim. Manakala jika Zulkefly pula dicalonkan, kem MK Ibrahim pula akan memulaukan Zulkefly dan tidak akan gerakkan jentera pilihan raya membantu Zulkefly.

Apa yang pasti suasana di Lenggeng ini merupakan satu berita baik untuk Umno dan Umno tidak akan menghadapi masalah besar untuk mempertahankan DUN Lenggeng.

Kerana kekuatan PAS Seremban sudah lama pecah dua. Dengan kekuatan 100 peratus pun bukan mudah menumbangkan Umno di Lenggeng kerana sememangnya Umno agak kuat di Lenggeng memandangkan majoriti masyarakat Melayu di Lenggeng merupakan Melayu kampung yang masih tegar menyokong Umno. Apatah pula kini PAS akan bertarung dengan Umno dengan hanya separuh kekuatan sahaja.

Mengikut rekod daftar pengundi terkini, peratusan pengundi di Lenggeng ialah Melayu 76.82 peratus, Cina 16.32 peratus dan India 6.86 peratus. Jumlah pengundi pula 14, 962 orang.

Sedia maklum majoriti pengundi Melayu di kawasan kampung dan Felda di Negeri Sembilan masih kuat menyokong Umno termasuk di Lenggeng.

Jika PAS bercita-cita untuk memberi saingan sengit kepada calon Umno di Lenggeng pada PRU-13 ini, hanya satu pilihan sahaja yang ada iaitu MK Ibrahim dan Zulkefly harus bersatu dan lupakan sebarang perselisihan faham sebelum ini.

Tetapi apakah 'anak buah' Mk Ibrahim dan Zulkefly pula akan mengizinkan pendamaian tersebut?

Wallahualam.


JOM UBAH

Posted: 14 Feb 2013 12:45 AM PST


Miscalculation by BN to bring Psy - Rahmad Isahak

Posted: 13 Feb 2013 07:52 PM PST



The Malay Mail 13 Feb 2013

BARISAN NASIONAL (BN)'s stint to woo Penang voters during its state-level Chinese New Year open house is now termed as a `farewell party' for the national alliance here following its alleged failed attempt to win over Penangites.

Penang Malay Congress (PMC) president Rahmad Isahak said despite featuring South Korean K-pop sensation Psy as the star act at Han Chiang College grounds on Feb 11, BN failed to attract less than half the expected figure of 80,000 people to its event.

"It was a miscalculation by BN to bring Psy to Penang. They dug their own grave when the crowd itself said they were only there to watch Psy perform. This too was witnessed by Prime Minister Datuk Seri Najib Razak himself," said Rahmad.

In a statement, he added that the majority of the crowd's negative response was a `warning' that they could not be `bought over' by entertainment or money.

"We thank the event sponsor for bringing an international act here but from a political angle, we believe the state BN should apologise to Najib for the crowd's truthful response to him.

"This is an early warning by voters to BN that they cannot be bought by money or entertainment. It is also hurtful that Najib repeated BN's promise of affordable housing and monorail that would only be implemented if they won Penang.

"These are promises that should have been granted when BN was the state government. We feel that to pull off this open house was a desperate attempt to woo voters which inadvertently turned out to be their farewell party," he said.

Rahmad added that this was a `major mistake' committed at the last moment just as general election was around the corner.

"In 2008, BN was toppled by Pakatan Rakyat due to the former's unparalleled extravagance. Once again, despite being the opposition in Penangm they are repeating the same mistake of being extravagant," he said.

Meanwhile, Chief Minister Lim Guan Eng has asked Najib to reveal the cost of Psy's performance and who was the sponsor of his act.

"Nobody knows how much it cost because BN said they did spend a single sen. I believe Najib when he said taxpayers' money was not used to bring Psy but people have a right to know the cost.


"In the interest of transparency, he should explain who the sponsor is and how much was paid to Psy. Najib must come clean on this because BN is a political party. It must not be kept a secret," he said.

Later, he visited Jalan Siram where 1km of the stretch from the Butterworth Outer Ring Road (BORR) to Jalan Raja Uda would be made into four lanes from two lanes at a cost of RM3.5 million in two years.

"Road usage here is heavy and as a long-term plan, this road will be expanded to allow smoother traffic flow. It will take two years before work starts because of land acquisitions," he told reporters.

Ceramah Kelompok DUN Kota 18 Feb 2013

Posted: 13 Feb 2013 07:20 PM PST



CERAMAH KELOMPOK DAN PELANCARAN UPU KG SEMERBOK
Oleh Tn Hj Kamarul , Pengarah Pilihanraya PAS N.Sembilan
Tarikh : 18 Feb 2013, Isnin
Masa : 9.30 malam
Tempat : Bilik Gerakan Pakatan Rakyat UPU Kg Semerbok, Kota, Rembau

Kepada mereka yang ingin menjadi Sukarelawan Petugas Pilihanraya Pakatan Rakyat DUN Kota sila hubungi Tn Hj Roni 012-2268230

Kepada mereka yang ingin menyumbang ke Tabung Pilihanraya DUN Kota sila salurkan ke akaun berikut :
Nama akaun : PAS MTD DUN KOTA
No akaun : 05-021-02-011755-8
Bank : Bank Islam Malaysia Berhad

Dapatkan maklumat terkini di Rembau Hari Ini http://rembau-hari-ini.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan