Sekretariat Rangkaian Bekas Tentera (Kerabat) mengajak orang ramai khususnya anggota dan bekas tentera ke Himpunan Kebangkitan Tentera, Veteran dan Rakyat Ke Putrajaya pada 22 Februari ini.
Menurut Presiden Kerabat, Leftenan Kolonel (B) Nazari Mokhtar, himpunan itu akan diadakan di Padang Awam AU 2, Keramat bermula jam 9 malam.
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang akan menyampaikan amanat menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) manakala Timbalannya, Mohamad Sabu dan ahli jawatankuasa PAS, Mazlan Aliman serta Nazari sendiri akan turut menyampaikan ceramah.
Selain itu, semua jentera PAS dan Adun di Dun yang mempunyai pengundi pos di kalangan tentera dialu-alukan untuk hadir sebagai persediaan menghadapi PRU13.
"Kita menjangkakan 10 ribu tentera dan veteran akan hadir dan kata hikmat dari Presiden dan Timbalan Presiden amat penting sebagai azimat menghadapi PRU13," kata beliau kepada Harakahdaily hari ini.
Kerabat merupakan organisasi bebas yang ditubuhkan pada 18 Julai 2011 bertujuan menuntut hak dan kebajikan bekas tentera.
SHAH ALAM: Tepulang kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sama ada mahu menetapkan tarikh Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) serentak dengan Selangor atau tidak, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Beliau menegaskan, SPR mempunyai tempoh 60 hari selepas beliau mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor dan adalah tanggungjawab SPR untuk menyesuaikan tarikh pilihan raya serentak dengan parlimen jika badan itu tidak mahu pilihan raya Dun Selangor dilakukan berasingan.
"Apabila saya umumkan pembubaran, SPR mesti mengadakan PRU-13 dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran Dun Selangor.
"Terpulang pada SPR untuk sesuaikan tarikh dengan Kerajaan Pusat, namun jika tidak sesuai, saya buat pilihan raya dulu, dan jika sesuai kita buat pilihan raya sama," katanya dipetik Selangorku.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Projek Jambatan Ketiga di Klang pagi tadi.
Sebelum ini, beliau mengumumkan akan mempertimbangkan untuk membubarkan Dun Selangor lebih awal iaitu selepas sambutan Chap Goh Mei hujung bulan ini jika Perdana Menteri masih berteka-teki untuk membubarkan parlimen.
Mengulas lanjut beliau berkata, kesesuaian tarikh yang bakal diumumkan oleh SPR itulah yang akan menjadi penentu sama ada PRU-13 akan diadakan serentak atau berasingan.
Menurut Abdul Khalid, rakyat kini sudah tidak sabar dan tertunggu-tunggu tarikh PRU-13 dan ia turut membantutkan perkembangan sektor ekonomi di negeri ini.
"Rakyat sudah tertanya-tanya bila PRU-13, jadi rakyat tak buat kerja, asyik tunggu pilihan raya, keputusan pelaburan pun tak buat, sektor peniagaan pun tunggu pilihan raya.
"Lagi lama pilihan raya hendak diadakan, lagi lambat ekonomi membangun," ujarnya.
Antara pasangan yang diserbu dalam Ops Mawar Merah.
JOHOR BAHRU - Seorang ibu tunggal sanggup meninggalkan dua anaknya berusia enam dan 14 tahun semata-mata untuk meraikan Hari Kekasih bersama teman lelakinya di sebuah hotel murah di Taman Ungku Tun Aminah, di sini.
Lebih memeranjatkan, wanita berusia 40an dan lelaki berusia 33 tahun itu yang tinggal dalam kampung sama di Pontian mengaku datang ke hotel terbabit untuk memadu kasih bersama kekasihnya yang mempunyai tiga anak dan sudah beristeri.
Pasangan itu antara 36 individu yang ditahan dalam Ops Mawar Merah yang dijalankan Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Johor (Jaij).
Timbalan Pengarah Operasi Jaij, Ramly Jusoh berkata, operasi bermula jam 9 malam hingga 3 pagi itu membabitkan hotel sekitar Danga Bay, Taman Perling, Bukit Indah, Nusa Bestari, Taman Tan Sri Yaakob dan Taman Ungku Tun Aminah.
Menurutnya, operasi yang membabitkan sepasukan 13 pegawai dan anggota Jaij itu memeriksa kira-kira 19 hotel murah bagi mengekang umat Islam di negeri ini menyambut sambutan Hari Kekasih.
"Daripada 36 yang ditahan, tiga daripadanya bukan beragama Islam dan berasal daripada Singapura dan Filipina. Mereka yang ditahan berumur 18 hingga 45 tahun.
"Pemeriksaan hari ini pada sebelah pagi menahan 14 orang. Kita akan meneruskan operasi ini hingga malam ini bagi mengesan pasangan bukan muhrim yang meraikan sambutan ini," katanya di sini, semalam.
Ramly berkata, pasangan yang ditahan dibawa ke Jaij untuk diambil keterangan dan kesemuanya disiasat mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997 yang memperuntukkan hukuman denda RM3,000 atau penjara dua tahun jika sabit kesalahan.
BANDAR RAYA MEXICO - Seorang pengukir terkenal, Pedro Reyes menghabiskan masa selama dua tahun untuk menghasilkan pelbagai jenis peralatan muzik dengan menggunakan komponen daripada 6,700 senjata api.
Menurut laporan agensi berita AP semalam, bekalan senjata api itu diperoleh daripada polis yang merampasnya.
Reyes juga memperoleh bekalan tersebut daripada pemiliknya yang menyerahkannya secara sukarela kepada polis.
Antara peralatan muzik yang dihasilkannya ialah xilofon, piano dan dram.
Dia juga mencipta peralatan muzik yang boleh mengeluarkan bunyi seperti gitar bes. - Agensi
Bukit Mertajam: Tindakannya mahu memutuskan hubungan cinta dipercayai menjadi punca seorang wanita mati selepas ditikam kekasihnya yang kecewa dengan permintaan teman wanitanya itu.
Dalam kejadian jam 8.40 pagi semalam, Tan Ching Chin, 24, mati selepas ditikam tiga kali di badan dan perut oleh teman lelakinya yang berusia 31 tahun di rumah mangsa di Taman Hwa Seng, Alma, di sini. Difahamkan, ketika kejadian mangsa yang bekerja di syarikat kejuruteraan itu mandi di tingkat atas rumahnya.
Teman lelakinya yang juga pembekal barangan binaan kepada syarikat milik abang mangsa berada di rumah mangsa sejak Ahad lalu untuk menyambut Tahun Baru Cina bersama-sama, masuk ke bilik air ketika mangsa sedang mandi dan terus menikam mangsa.
Difahamkan juga, sebelum itu berlaku pertengkaran antara mereka dipercayai berpunca daripada perasaan cemburu sebelum mangsa masuk ke bilik air untuk mandi.
Virus korona ini juga menunjukkan simptom seperti jangkitan Sars. Foto: AP
LONDON - Britain melaporkan kes ketiga melibatkan pesakit dijangkiti virus berbahaya yang semakin mencetuskan kebimbangan terhadap penularannya dalam kalangan manusia, menurut pegawai kesihatan, kelmarin.
Sehingga kini, seramai lima orang yang pernah berkunjung atau tinggal di negara rantau Arab dilaporkan maut akibat serangan virus korona dikenali sebagai NCoV - to 11 sejak September lalu.
Difahamkan, apabila pesakit diserang NCoV, mereka akan menunjukkan simptom jangkitan Sars (Sindrom Pernafasan Akut Teruk) seperti demam panas, sukar bernafas dan batuk tanpa kahak.
Hasil kajian beberapa badan kesihatan di London menunjukkan ia kini boleh disebarkan oleh manusia walaupun risikonya dikatakan masih rendah.
November lalu, saintis di Netherlands melaporkan sampel diambil daripada pesakit di Arab Saudi menunjukkan virus pembawa maut dalam bentuk baru tersebut dibawa oleh spesies kelawar Tylonycteris pachypus dan Pipistrellus abramus dari Asia.
Dalam satu kenyataan, Dr Ron Fouchier di Pusat Perubatan Erasmus di Rotterdam memberitahu kajian mereka jelas menunjukkan haiwan mamalia itu menjadi penyebar utama virus korona tersebut. - Reuters
KUALA LUMPUR 15 FEB: Sekumpulan 42 Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dinamakan Gerakan Hentikan Keganasan Negeri terus mendesak kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC).
Gabungan NGO itu mahu penubuhan IPCMC ekoran beberapa insiden keganasan dan pencabulan kuasa polis secara meluas hingga menyebabkan kematian orang awam.
Menurut mereka, IPCMC penting untuk memastikan tiada lagi keganasan dan tuduhan palsu untuk mewujudkan persekitaran selamat.
Pengarah Tenaganita, Irene Fernandez berkata, penubuhan IPCMC wajib disegerakan supaya keganasan dan penyalahgunaan kuasa polis dapat dihentikan.
"Hampir setiap hari ada saja berita penyalahgunaan kuasa seperti kematian dalam tahanan, tembakan polis terhadap orang awam, salah guna kuasa terhadap suspek, penahanan tanpa mengikut undang-undang dan banyak lagi. Ia hendaklah dihentikan.
"Kami desak Datuk Seri Najib (Razak) dan pentadbirannya prihatin ke atas mangsa yang teraniaya agar segera melaksanakan IPCMC," katanya pada sidang media di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor (KLSCAH), pagi tadi.
Gerakan Hentikan Keganasan Negeri ditubuhkan pada Oktober lalu, bertujuan menamatkan tragedi tembakan polis terhadap orang awam dan kematian dalam tahanan.
Penyelaras Suaram, Wong Kar Fai berkata, siri kematian dalam tahanan seperti terbaru menimpa C Sugumar menuntut supaya penubuhan IPCMC dipercepat.
"Kerajaan perlu bertindak tegas kerana saban hari rakyat makin hilang kepercayaan terhadap polis. IPCMC tidak boleh dilengah-lengahkan. Dikhuatiri ramai lagi rakyat akan menimpa nasib sama," katanya.
"Apa yang terjadi kepada Sugumar, Cheah Chin Lee, Aminulrasyid (Hamzah) dan lain-lain mangsa mungkin bakal terjadi kepada sesiapa sahaja.
"Pembunuhan dan salah guna kuasa polis adalah serius tanpa kesudahan. Jika berterusan ia mengancam kesejahteraan negara dan kedaulatan undang-undang," kata Wong.
Turut sama mewakili NGO itu, Lawyers For Liberty (LFL).
Penubuhan IPCMC dicadangkan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi (bekas Perdana Menteri kelima) pada 29 Disember 2004 ketika merasmikan Persidangan Pesuruhjaya Polis, Ketua Polis, Komander Briged Pasukan Gerakan Am dan Komandan di Putrajaya.
Bagaimanapun, ketika majoriti pendapat menyokong cadangan penubuhan IPCMC oleh suruhanjaya itu, polis dan ahli-ahli Parlimen Umno menentang penubuhan IPCMC.
Polis menuduh IPCMC menggugat keselamatan dan ketenteraman awam, bertentangan dengan undang-undang, bercanggah dengan perlembagaan, mencabul keadilan semulajadi, boleh mengakibatkan anarki, bersifat diskriminasi, menafikan keadilan dan mengkompromikan perintah Ketua Polis Negara.
JAKARTA - Sekumpulan penyelidik menemui spesies baharu burung hantu di Indonesia, kata seorang saintis, George Sangster semalam.
Burung hantu Rinjani Scops berwarna putih dan perang itu pada mulanya ditemui di Pulau Lombok pada tahun 2003 ketika para penyelidik mencari burung hantu lain.
"Kini terdapat seekor burung hantu yang cantik berasal dari pulau itu.
"Kami berharap lebih ramai pemerhati burung akan melawat Lombok," kata Sangster. - Agensi
KUALA LUMPUR: Presiden Protem Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) Tan Abdul Kadir Sheikh Fadzil hari ini memohon perintah mahkamah bagi mengarahkan kerajaan mendaftarkan parti itu.
Permohonan itu dibuat melalui peguamnya, Murni Hidayah Anuar di Mahkamah Kuala lumpur, Jalan Duta dekat sini.
Menurut Kadir, beliau membuat keputusan untuk ke mahkamah selepas tiada apa-apa jawapan daripada Pendaftar Pertubuhan (ROS) berhubung permohonan untuk mendaftarkan Ikatan sebagai parti.
"Permohonan dibuat bulan Jun tahun lepas. Saya berjumpa dengan pegawai pendaftar, pendaftaran dibuat mengikut prsedur dan pihak ROS pun tak ada panggil saya nyatakan apa-apa kesalahan.
"Tapi kenapa sampai hari ini tiada sebarang maklum balas berhubung permohonan saya? kata beliau kepada pemberita di lobi mahkamah.
Beliau kesal kerana kerajaan dilihat seolah-olah sengaja melengah-lengahkan pendaftaran Ikatan.
"Saya nampak kerajaan sengaja lengah-lengahkan untuk beri kelulusan.
"Saya kesal kerana Perdana Menteri keluarkan pelbagai kenyataan berkaitan transformasi. Tapi kalau perkara sekecil ini tak mampu nak uruskan, saya tak nampak keikhlasan kerajaan.
"Sedangkan penubuhan parti terkandung dalam perkara 10 Perlembagaan,' kata bekas Menteri Penerangan dan Ahli Majlis Tertinggi Umno itu.
Ikatan dilancarkan pada Jun tahun lalu dengan membawa matlamat merapatkan hubungan rakyat Malaysia.
Selain Kadir sebagai Presiden, timbalan-timbalan beliau adalah bekas Bekas Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Bujang Ulis, orang kuat Kelab Rotary Ong Hock Swiew dan bekas Presiden Majlis Peguam Regunath Kesavan.
Pengerusi Koperasi Ukhwah Malaysia Datuk Seri Mustafa Kamal Maulud dinamakan sebagai setiausaha agung.
Senyum Kambing Perli Najib Sebab Lambat Umum Pilihan Raya.wakakaka.Najib cakap "Parlimen akan dibubarkan apabila beliau bersedia dan bila rakyat dah sedia.Admin rasa myb sebab Najib masih trauma kene "NO" sebab tu makin lambat umum pilihanraya.wakakakakakaka
#EDISI SEENYUM KAMBING#
Posted: 14 Feb 2013 07:37 PM PST
Pesanan untuk semua ahli dan penyokong PAS
Posted: 14 Feb 2013 07:35 PM PST
4 Cara Penipuan Licik Oleh SPR Kali ini, saya ingin memberitahu beberapa cara-cara dan teknik penipuan yang telah, sedang dan akan dipakai. Parti United Malays National Organisation dengan kerjasama SPR, Polis, Jabatan Pendaftaran Negara dan seluruh agensi kerajaan sedang bersedia untuk menipu dalam PRU 13. Ini bukan tohmahan.
Kita tahu teknik menggunakan Kad Pengenalan Segera kepada pendatang haram. Ini telah dibuktikan. Ini bukan rahsia. Tetapi masih ada lagi teknik penipun yang dirancang dengan licik. Sekali imbas, jika salah pandang, maka kita tidak menyangka yang kita TIDAK kena tipu. SPR dan kuncu-kuncunya menjalankan penipuan dengan licik dan cekap. Lebih cekap dari Jantan Nigeria menjaja Black Money.
CARA TIPU PERTAMA: Pengunaan dakwat hitam sebenarnya penipuan yang amat jelas. Dalam pilihan raya di negara lain di dunia – jari dicelup dakwat hitam sebagai tanda TELAH mengundi. Ini bermakna kalau jari ada dakwat hitam, maka Si Polan ini tidak dibenarkan datang berhampiran tempat mengundi. Ada dakwat tak boleh dapat kertas undi.
Tetapi di Malaysia – jari tercalit dakwat hitam bermakna dapat kertas undi. Pelik? Di Malaysia, bakal pengundi dicalit dakwat hitam dahulu kemudian baru diberi kertas untuk mengundi. Pelik! Kenapa TIDAK celup dakwat hitam sesudah mengundi? Kenapa ada tanda dakwat hitam baru dapat kertas undi? Hairan? Jangan hairan. Jangan terperanjat. Semua sengaja dirancang SPR untuk menipu. Bagaimana penipuan berjalan?
Senang sahaja. Dalam PRU 13, ada satu 'kontijen baru' dibentuk SPR. Mereka dinamakan Pengundi Awal. Ada seramai 240,000 angka rasmi Pengundi Awal. Mereka adalah pekerja SPR yang akan mengundi awal. Tangan mereka dicalit dakwat hitam kerana mereka mengundi awal.
Tetapi walaupun ada calitan dakwat hitam – si Pengundi Awal boleh dapat kertas undi sekali lagi. Ini kerana di Malaysia ada calitan dakwat masih bisa mengundi. Bayangkan berapa ramai dari 240,000 yang akan mengundi sekali lagi? Ada dakwat hitam boleh dapat kertas undi. Nampak cara menipu? Jelas.
CARA TIPU KEDUA: Kita pernah dengar bagaimana Azalina Osman dari Parlimen Pengerang menang dua kali pilihan raya dengan membeli bakal calon PKR. Ini bukan rahsia lagi. Kita sedar bagaimana bakal calon akan disogok, dibeli atau diculik sebelum hari penamaan calon. Tapi kali ini ada rancangan lebih.
Hakikatnya dalam pilihan raya di Malaysia, bukan berapa ramai penyokong datang mengundi. Tetapi siapa yang menjadi pengira undi.
Parti bertanding menyediakan apa yang dikenali sebagai PACABA – Ejen Mengundi, Ejen Mengira Undi dan Ejen Bilik Mengundi. Mereka diberi latihan. Anggota PACABA dari aktivis parti. Mereka bekerja sukarela di hari mengundi. Tetapi mereka jugalah benteng pertahanan awal paling lemah.
Kerana kali ini – khususnya di Selangor – United Malays National Organisation menubuhkan dana khas untuk membeli PACABA Pakatan. Ini sebagai 'top-up' undi pendatang haram yang disusun di Selangor. Selangor menjadi sasaran kerana mati hidup politik Najib bergantung pada Selangor. Walaupun wujudnya 134,000 pengundi yang tidak diketahui asal usul mereka – membeli PACABA adalah satu lagi jaminan kemenangan.
Membeli PACABA bukan satu yang baru. Pada pilihan raya 2008, satu kes berlaku di Lembah Pantai. Kes ini membuktikan bagaimana undang-undang dan peraturan SPR bertujuan untuk menipu.
Di Bukit Kerinchi, setelah undi dikira tetiba PACABA PKR terperanjat apabila diberitahu bahawa Borang 14 telah habis. Borang 14 adalah borang wajib untuk menentukan jumlah undi. Tanpa PACABA menandatangani borang, maka undi di saluran tidak sah. Taktik jahat SPR telah digagalkan apabila pekerja PKR merantai bilik mengundi dan mengunci pintu masuk ke sekolah. Ini kerana ada PACABA PKR yang keras kepala dan TIDAK dapat dibeli malam itu.
Kes seakan-akan sama juga berlaku di pilihan raya kecil Sibu – 16 Mei 2010. Ingatkan kembali bagaimana tetiba – sesudah kiraan undi selesai – sampai kotak undi pos. Walhal – undi pos – dijalankan lebih awal dan pengiraan dilakukan lebih awal. Kes Sibu memperlihat bagaimana PACABA cuba dibeli, tetapi gagal.
CARA TIPU KETIGA: PRU 13 ada satu berita baik. Telah diumumkan SPR bahawa warga Malaysia di luar negara boleh mengundi. Sekali dengar memang betul ini berita baik. Tetapi ini juga satu lagi penipuan. BERSIH 2.0 telah meminta SPR menerangkan mekanisme Pengundi Luar Negara. Hingga ke hari ini SPR gagal menerangkan bagaimana pengundian dijalankan.
Justeru, jangan terperanjat jika tetiba akan sampai undi luar negara untuk 'top-up' undi calon Rosmah yang wajib dimenangkan.
CARA KEEMPAT: Kotak undi sampai lambat. Kes klasik berlaku di Pekan pada 1999. Ramli Muhamad dari PAS mendapat 12,904. Kiraan undi menunjukkan Ramli menang dan Najib Razak dari United Malays National Organisation kalah. Tetiba datang satu kotak undi Orang Asli. Undi Najib tetiba menjadi 13,148. Najib akhirnya diselamatkan oleh 241 'undi tipu'. Ini sejarah. Ini fakta. Ini bukan fitnah.
Empat penipuan ini bukan baru. Cara penipuan telah, sedang dan akan digunakan. Pembaca wajib sedar ketika United Malays National Organisation kuat dan popular, penipuan terus dijalankan. Justeru, hari ini ketika Ketuanan Melayu amat lemah, mustahil tiada penipuan.
KUALA LUMPUR, 15 FEB: Anugerah kontrak pelbagai projek mega dan penswastaan bernilai lebih RM20 bilion oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) kepada kelompok tertentu menguatkan lagi spekulasi parti pemerintah itu akan "menemui ajalnya" pada pilihan raya umum akan datang.
"Kebarangkalian besar Pakatan Rakyat (PR) akan menjadi Kerajaan Persekutuan bukan sesuatu yang mustahil," demikian kata Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Tony Pua.
Rasional ini dijelaskan lagi dengan penangguhan beberapa kali Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kerana takut BN akan hilang mandat memerintah.
"Namun yang jelas, pilihan raya yang ditangguh ini nampaknya memberi keuntungan kepada kerajaan BN apabila tawaran projek penswastaan dianugerah kepada pihak yang menjadi pilihan mereka," jelas beliau.
Pua berkata, terbaru yang mengejutkan ialah anugerah konsesi oleh Jabatan Perdana Menteri (JPM) sebanyak RM1.55 bilion untuk projek penswastaan Lebuhraya Lembah Klang Timur (EKVE) secara runding terus kepada Ahmad Zaki Resources Bhd (AZRB) pada Rabu, baru-baru ini.
"Tempoh konsesi ialah selama 50 tahun dan merupakan lebuhraya kedua terpanjang dalam sejarah Malaysia. Apa yang menjadi persoalan lain, bagaimana kontrak kerajaan itu boleh membabitkan pemberian pinjaman mudah sebanyak RM635 juta kepada AZRB?
"Lagi pun, kerajaan telah mengeluarkan pinjaman hampir separuh daripada jumlah modal untuk membina lebuhraya itu, kenapa mahu diswastakan pula?" tanya Pua.
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu berkata, kebimbangan paling besar ialah tawaran kontrak itu dikeluarkan sendiri oleh JPM.
"Empat minggu lalu pula, satu lagi rekod tercipta. Sebanyak RM5.2 bilion dimuktamadkan bagi projek konsesi dengan tempoh 60 tahun untuk pembinaan Lebuhraya Pantai Barat oleh Kumpulan Europlus.
"Selain mendapat pinjaman mudah sebanyak RM2.24 bilion, kerajaan juga menanggung kos pengambilalihan tanah sebanyak RM980 juta," jelas Pua.
Sehubungan itu, beliau turut menjelaskan pada awal tahun lalu, kerajaan BN juga menganugerahkan projek Lebuhraya Kinrara Damansara (KIDEX) bernilai RM2.2 bilion kepada syarikat yang mempunyai hubungan dengan peguam UMNO, Datuk Hafarizam Harun dan mantan Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi yang juga bekas Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO.
"Pada November tahun lalu, kerajaan BN juga memberi anugerah kontrak bernilai RM19.8 bilion kepada MRT Corp dan hanya minggu lalu sebelum cuti Tahun Baru Cina, lagi RM322 juta kontrak diberi," kata beliau.
Tidak terhenti di situ, kerakusan kerajaan BN menganugerahkan projek kepada kroni mereka bukan lagi satu rahsia.
Menurut Pua, pada Ogos tahun lalu, kontroversi timbul apabila Najib menganugerahkan kontrak bernilai RM1.2 bilion untuk projek sambungan LRT Ampang kepada sebuah syarikat pembuatan meter air, George Kent Bhd.
"Sebulan kemudian, satu lagi kontrak bernilai RM1.33 bilion dianugerah kepada MRCB bagi kerja lain pada landasan LRT yang sama," kata beliau.
Menyimpulkan keadaan yang berlaku, Pua berkata, tindakan menganugerahkan projek itu secara besar-besaran di antara tempoh 12 bulan ini menandakan BN sudah menghidu kekalahan yang mungkin dialami mereka.
"Perkara keduanya, ini menunjukkan BN amat terdesak untuk mendapatkan dana dari kroni mereka sendiri demi menentukan "hidup mati" survival politik mereka.
"Kali ini semua pihak menjangkakan Malaysia akan berhadapan dengan pilihan raya umum terkotor dalam sejarah. BN akan lakukan apa saja untuk "membeli" kemenangan buat mereka," jelas beliau.-Roketkini.com
Komen ringkas : Sekolah dengan 24 kelas (dibina Pakatan Rakyat) kos bernilai RM4.9 juta berbanding Sekolah 12 kelas dibina BN dengan kos bernilai RM12 .
SHAH ALAM 13 FEB : Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor terbukti jauh lebih efisien dan cekap dalam pengurusan kewangan apabila mampu membina sekolah yang mempunyai 24 bilik darjah serta kelengkapan dewan dan makmal pada kos RM4.9 juta.
Ia berbeza apabila Kerajaan Umno-BN membina sekolah yang mempunyai hanya 12 bilik darjah dengan kos didakwa berjumlah kira-kira RM12 juta.
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, pembinaan SJK(T) Ladang Midlands di sini yang dibina dengan kos RM.4.9 juta itu dirasmikan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada 15 April lalu.
Selama 50 tahun para pelajar di situ terpaksa belajar di dalam bilik darjah berdinding papan dan lantai simen retak dan menanti bantuan untuk mendapatkan bangunan baru bagi keselesaan pembelajaran.
Pembinaan sekolah tersebut yang boleh menempatkan kira-kira 2,000 pelajar tidak menggunakan satu sen pun peruntukan daripada Kerajaan Pusat.
"SJK(T) Ladang Midlands itu boleh dianggap yang terbaik dan termoden di negara ini malahan mungkin di dunia dengan dewan yang besar dan makmal yang canggih dengan RM4.9juta.
"Berbanding dengan Sekolah Rendah yang hendak dibina di U10 Shah Alam ini yang ada 12 bilik darjah tetapi kosnya adalah RM12 juta yang bermakna setiap darjah itu kosnya adalah RM1juta," kata Khalid ketika dihubungi TVSelangor.
Ujar beliau lagi, kos pembinaan yang menelan kos RM12 juta itu dianggap tidak munasabah dan memerlukan penjelasan lanjut pihak berkenaan ekoran kos pembinaannya yang jauh lebih tinggi.
"Ianya membuktikan ketidakcekapan dan ketidaktelusan serta kemungkinan projek pembinaan sekolah di U-10 itu diberi secara rundingan terus dan sebagainya.
"Yang jelas kosnya lebih lima kali ganda itu dan terlalu tinggi akan merugikan rakyat," kata Khalid.
Меня зовут Владимир Чермошенцев, я решил обратиться, т.к. отметил что Ваша компания использует сайт dppnkedah.blogspot.com для привлечения потенциальных заказчиков. Моя работа - анализировать результаты выдачи поисковых систем и находить компании, которым может быть недостаточно входящих звонков от клиентов из Интернета.
Мы с коллегами проявили инициативу и подготовили для dppnkedah.blogspot.com конкретное предложение по целевому привлечению клиентов Fresh-Up. Данный метод, на практике, позволяет существенно увеличить эффективность сайта как инструмента продаж.
Я буду крайне признателен, если Вы прокомментируете наши выкладки (во вложении) или передадите человеку, ответственному за продажи.
С уважением, Владимир Чермошенцев Специалист отдела продуктивных решений Компания Fruitful Solutions Тел./Факс: +7 (495) 661-6100
UMBAI - Penyokong Pas cawangan Umbai lancar kutipan untuk menjayakan pemasangan beberapa batang tiang bendera gergasi di cawangan itu sebagai usaha menghangatkan lagi kempen Pilihan Raya ke-13 (PRU13) yang bakal menjelang tidak lama lagi.
Dengan melaungkan program Hijaukan Umbai mereka mula mengutip dana sejak awal Januari lalu bagi menjayakan usaha itu.
Ketua Penerangan Pas Cawangan Umbai, Ahmad Bilal Rahudin berkata, setakat ini sudah hampir RM3,000 berjaya dikutip yang kebanyakannya daripada ahli dan Pemuda Pas cawangan termasuk orang ramai.
Menurutnya, sasaran Pas Umbai adalah untuk menegakkan kira-kira sembilan batang tiang setinggi 22 meter siap dengan bendera gergasi sebesar 60 meter persegi di sekitar kampung berkenaan.
"Setiap batang kosnya kira-kira RM560 dan setakat ini sudah empat batang di pasang di sekitar kampung ini yang dilakukan secara gotong-royong oleh masyarakat Umbai.
"Hasrat kami adalah untuk membangkitkan semangat masyarakat terhadap pilihan raya nanti dan apa yang lebih penting mereka menyokong Pas," katanya kepada Sinar Harian semalam.
Ahmad Bilal berkata, pada musim pilihan raya lalu mereka hanya memasang bendera secara kecil-kecilan dan berbeza dengan pilihan raya pada musim ini.
"Kita melihat semangat masyarakat masa kini amat berbeza sekali kerana mereka sanggup mengeluarkan bukan sahaja wang saku sendiri malah juga tenaga semata-mata ingin melihat bendera Pas berkibar megah di kampung mereka," katanya.
Saya merujuk kepada kenyataan Tun yang juga merupakan nasihat kepada DS Najib & DS Rosmah iaitu "Abaikan Deepak", dan juga saya tertarik dengan nasihat Tun agar saya tidak menggunakan saluran politik sebaliknya terus ke mahkamah untuk menuntut hak saya.
Tun,
Untuk makluman Tun, semenjak 2 tahun lepas iaitu dari tahun 2010, itulah yang telah saya lakukan di mana keputusan mahkamah telahpun memihak kepada saya. Walaubagaimanapun, pentadbiran Najib telah menidakkan keputusan mahkamah ini dan segala bukti yang dikemukakan di mahkamah yang mempunyai perkaitan dengan DS Rosmah telah dinafikan kewujudannya atau sememangnya jabatan kerajaan tidak bercadang untuk menjawab pertuduhan mahkamah, yang dengan ini, saya memerlukan nasihat daripada Tun.
Apakah tindakan Tun sendiri akan lakukan jika Tun berada di tempat saya? Berlatarbelakangkan kami berdua juga pernah dituduh sebagai "orang pakistan" namun kami sama sama "anak Malaysia" yang berhati nasionalis, saya pasti apa yang saya tulis di dalam surat ini tidak banyak berbeza dengan apa yang Tun akan lakukan jika Tun berada di tempat yang sama atau berdasarkan pada apa yang pernah berlaku, Tun sendiri pernah menulis "Surat Sejarah 17 Jun 1969" yang juga merupakan surat terbuka kepada Tunku Abdul Rahman.
Tun,
Saya telah diserbu oleh pihak Bank Negara Malaysia pada tahun 2010 kerana pertukaran matawang asing melalui pengurup wang dengan jumlah yang tinggi di dalam Dollar Singapura dan US. Siasatan telah berlangsung selama enam minggu dan saya telah dedahkan bahawa kesemua wang tersebut telah diserahkan kepada DS Najib dan DS Rosmah sebagai bayaran untuk berbagai tawaran di mana saya bertindak sebagai saluran mereka untuk bayaran Bangunan Angkasa Raya, Tanah Bukit Raja dan Glomac Tower (kini dikenali sebagai Wisma Prestige). Perkara ini walaubagaimanapun terhenti begitu sahaja.
Saya juga diminta oleh pihak SPRM untuk membantu siasatan bagi jualan sebuah bangunan di KLCC kepada syarikat perbankan Islam antarabangsa, di mana kami telah mengemukakan bukti bayaran melalui slip, kenyataan video dan testimonial bertulis di mana saya telah bertindak sebagai saluran bagi DS Najib dan DS Rosmah, dan wang telah diserahkan ke tangan mereka dalam berbagai bentuk dan suasana dalam tempoh dua (2) tahun, Pengarah Kanan SPRM yang mengetuai penyiasatan itu ialah Datuk Jamidan, yang juga terlibat dalam kes Sime Darby.
Mengapa setelah begitu banyak bukti yang dikemukakan secara terang-terangan dan mengikut saluran, sehingga kini masih tiada siasatan yang dibuat terhadap DS Rosmah, DS Najib or Datuk Nazim? Adakah keadaan ini melibatkan "dakwaan untuk individu terpilih" atau siasatan di peringkat yang berbeza untuk orang yang berlainan taraf? Macam mana lagi Tun hendak saya buat untuk mendapatkan keadilan? Kini mari kita berbicara tentang pengalaman saya di mahkamah pula.
Tun,
Saya telah membeli 200 ekar bidang tanah daripada Raja Ropiah pada tahun 2007, kini beliau adalah Ketua Wanita Umno Selangor dan Ketua Wanita BN. Kami telah membayarnya secara tunai sebanyak RM13,000,000.00 dan bond tanah (Waranti Bank) sebanyak RM72,500,000.00 telah dikeluarkan bagi tujuan bayaran. Selepas menerima wang tersebut, Raja Ropiah secara sengaja telah melewatkan pengeluaran geran tanah buat kami dengan cara mengabaikan tanggungjawabnya untuk menyerahkan geran itu dan sebaliknya telah membuat janji dengan CBT untuk menjual tanah tersebut kepada syarikat lain dengan harga yang lebih tinggi dan juga telah mengumpul sejumlah wang tunai hampir kepada RM90,000,000.00 dan Waranti Bank daripada mereka.
Ini juga terjadi ketika bon tanah kami masih sah digunakan dan meminta sejumlah RM13,000,000.00 daripada kami dalam bentuk tunai. Kami juga telah membayar secara tertutup di mahkamah terbuka sebanyak RM8,000,000.00 kepada keluarga DS Najib. Saya telah membuat laporan polis dan sehingga kini masih tiada tindakan terhadap Raja Ropiah dan keluarga D. Najib.
Sebaliknya saya perlu melalui pengalaman memeritkan dan menerima notis disita daripada Bank yang bergelar "16 D", yang tidak lain tidak bukan daripada firma guaman milik adik DS Najib, Datuk Johari Razak, Shearn Delamore, tepat 24 jam selepas sidang media memaklumkan rasuah dan tindakan tidak bermoral pasangan ini. Tun, jika tidak keberatan, harap dapat maklum pada saya, bank manakah yang membuat sitaan tanpa melalui peringkat undang-undang yang betul?
Sitaan mereka berjumlah RM30,000,000.00 dan secara kebetulan Boustead Holding tiba-tiba muncul hendak membeli syarikat kami yang memiliki tanah sejumlah 200 ekar di atas kertas ini, di atas nama Asta Canggih Sdn Bhd dengan jumlah jualan RM30,000,000.00!! Sangat ajaib bukan?? Yang lebih menariknya, syarikat Boustead juga telah membayar pendahuluan sebelum menandatangani perjanjian pembelian, dengan syarat kami menarik-balik kes dari mahkamah serta-merta, memandangkan tarikh untuk kes dibaca dalam mahkamah terbuka adalah dalam minggu yang sama. Sekarang Tun, tolong nasihatkan saya, apakah yang akan Tun sendiri lakukan dalam situasi begini? Apa yang menarik sekali, Raja Ropiah turut dibayar sebanyak RM29,000,000.00 sebagai 'hukuman' dia untuk CBT.
Tun,
Kami telah menjual sebuah bangunan kepada sebuah badan bank Islam antarabangsa pada tahun 2008 dan mereka gagal untuk membayar kepada kami pada tahun 2010 apabila pemegang saham yang baru menyertai mereka. Kini kami telah memenangi kes ini di mahkamah melalui pengadilan pada 7 November 2012 dan Mahkamah mendapati Bank Islam Antarabangsa:-
a) menggunakan tindakan yang melanggar undang-undang untuk membuat konspirasi terhadap kami secara sengaja
b) melanggar perjanjian Surat Pengambilalihan yang dikeluarkan terhadap kami c) terlibat dalam pengeluaran dan pelepasan surat salah laku untuk memusnahkan kami dan perniagaan kami
Bank tersebut juga telah didedahkan di mahkamah terbuka bahawa:
i) telah menipu apabila bertindak sebagai pendeposit dengan membeli asset menggunakan syarikat bersama di mana mereka mengakui mempunyai hak milik sebanyak 19% padahal sebenarnya ia adalah milik mereka 100%, melalui Deklarasi Pengakuan Amanah, di mana mereka kemudiannya dipaksa mengaku di mahkamah terbuka dengan kemunculan Deklarasi Pengakuan Amanah tersebut ii) telah menipu berbagai organisasi seperti Bank Negara Malaysia, SC, FIC dan juga ROC dengan menggunakan nama-nama pemegang saham Malaysia untuk mengelak deklarasi pemilikan asing dalam mendapatkan kelulusan iii) menipu Bank Negara Malaysia, dengan menunjukkan pinjaman melebihi modal berbayar pada ketika yang sama sebagai pinjaman pihak ketiga Syarikat di mana pada sebenarnya ia adalah pinjaman untuk anak syarikatnya sendiri.
Tun,
Kami telah menulis kepada Bank Negara Malaysia untuk mengambil tindakan yang dirasakan patut buat Bank Islam Antarabangsa ini mengikut undang-undang perbankan:-
a) Tukar CEO serta-merta b) Hadkan atau menahan lessen bank untuk mengelak bank daripada menerima pendeposit c) Pihak Bank perlu membuat pengumuman mengenai konspirasi ini dan memberitahu kepada pendeposit dan pemegang sahamnya di Malaysia dan Timur Tengah di mana ia adalah sebuah syarikat yang disenarai di Bursa Saham dan ditadbir oleh Badan Amanah.
Tun,
Saya telah banyak kali menulis surat buat Tan Sri Zeti dan Ahli Lembaga Bank Negara Malaysia sehingga kini tetapi masih belum dibalas, mengapa? Kerana bank Negara maklum bahawa DS Rosmah dan D Nazim terlibat dalam penjualan bangunan itu? Mengapa? Kerana surat dan kenyataan video kami kepada SPRM pada tahun 2011 telah membuktikan bahawa kedua mereka terlibat di dalam transkrip termasuk bukti-bukti bayaran yang telah dibuat?
Oleh itu Tun, mempunyai institusi keadilan yang suci seperti Mahkamah di Malaysia ini tidak mencukupi jika institusi Bank Negara Malaysia turut mendendangkan irama DS Rosmah dan tidak lagi lagu 'I did it my way'.
Izinkan saya bertanya kepada Tun, adakah Tun mahu melihat Barisan Nasional dan Malaysia ini dirosakkan oleh pasangan rasuah yang tidak bermaruah ini? Saya inginkan pandangan Tun, apakah yang saya dapat jika saya ke mahkamah dan memenangi kes ini? Kesemua institusi di Negara ini adalah di bawah kawalan pasangan Bonnie & Clyde ini. Ke mana kami pergi selepas ini? Ke Mahkamah Antarabangsa? Media? Atau pembangkang? Harap Tun dapat nasihatkan saya dengan kebijaksaan yang Tun miliki itu kerana saya sendiri sudah jijik dengan apa yang berlaku di Malaysia sejak 11 tahun yang lagi di dalam kerajaan ini.
Saya sangat sedih dan kecewa dengan kenyataan media Tun yang meminta agar saya tidak dipedulikan. Bagaimana untuk tidak mempedulikan saya jika sebenarnya saya kini sedang mempertahankan maruah dan integriti Negara? Mungkin Tun telah mendengar di pihak yang salah jika mereka mengatakan saya bekerja dengan pihak pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan. Tun, saya adalah seorang negarawan, saya tidak akan menjatuhkan maruah Negara saya, TIDAK.
Tun,
Tun sendiri pernah berkata, Najib sangat lemah, di mana ia merupakan satu reality. Kaum Cina tahu rasuah ini tidak akan berakhir dan kaum Melayu juga tahu, hanya mereka yang kaya sahaja akan lebih kaya, manakala yang lain akan sentiasa bergantung kepada biasiswa, KR1M, BR1M dab DR1M, di mana kami semua menjadi seperti pengemis atau hamba, dan menyebabkan jumlah hutang kita mencecah kepada RM1 trillion pada 2014. Semua orang juga tahu bahawa PM yang sebenar ialah Rosmah dan Najib hanyalah seorang PM Santa Claus yang gembira dengan tugasnya.
Apa yang saya risaukan bukan sahaja Negara ini akan mogok ketika atau selepas pilihanraya tetapi juga pihak tentera yang akan bertindak mengawal semua keributan akibat daripada pilihanraya yang kotor. Dengan mengambil risiko sendiri, saya meminta Tun M mencadangkan kepada Najib agar beliau meletakkan jawatan dan membiarkan timbalannya mengambil alih BN mengetuai pilihan raya akan datang di mana perlu berlaku dalam tempoh 60 hari akan datang.
Tun,
Saya harap surat ini diterima Tun dengan penuh ikhlas tidak kira bagaimana pahitnya kebenaran itu, ia tetap yang benar dan sentiasa mendahului setiap penipuan dan penafian daripada perampas dan pembunuh.
Seramai 30 orang warga emas dari kalangan miskin telah menerima ang pow dari pihak Pekawanis yang disampaikan melalui ADUN Meru. Mereka juga diraikan dengan hidangan makanan tengahari
YB Dr Abd Rani bersama-sama Mr Alan Tan selaku Ahli Majlis Majlis Perbandaran Klang telah membuat kunjungan dari rumah kerumah masyarakat kaum China bagi menyampaikan makanan berkhasiat dan Kad Ucapan Gong Xi Fa Cai. Terdapat juga warga tua dan uzur yang memerlukan bantuan kerusi roda.
You are subscribed to email updates from KHIDMAT MERU To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
KLANG 15 FEB : Penduduk Klang khususnya mereka yang tinggal di Kampung Sungai Delek dan Kampung Sungai Sireh di sini bakal menikmati satu lagi kemudahan infrastruktur yang disediakan Kerajaan Negeri.
Dengan kos sebanyak RM 3 juta, jambatan yang dibina di atas Sungai Telok Gadung, Jalan Sri Perantau Kampung Delek dijangka dapat disiapkan dalam tempoh selewat-lewatnya dua bulan lagi. Adun Selat Kelang, Dr Halimah Ali ketika mengadakan lawatan di tapak projek pagi tadi berkata, usaha Kerajaan Negeri itu selaras dengan dasar pentadbiran Kerajaan Pakatan yang tulus berbakti untuk kepentingan rakyat.
"Pertamanya, dengan adanya jambatan ini dapat memudahkan penduduk sekitar untuk membawa jenazah daripada seberang sungai ke tanah perkuburan di mana sebelum ini penduduk terpaksa melalui jalan yang jauh kerana ketiadaan jambatan.
"Selain itu, ia juga dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas terutamanya di waktu puncak kerana laluan sebelum ini sempit dan tidak boleh dilalui kenderaan berat," ujar Dr Halimah yang juga merupakan Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan.
Sebelum ini, penduduk yang kebanyakannya bekerja di kawasan pelabuhan terpaksa menggunakan jambatan kunci air milik Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) yang hanya mampu memberi laluan kepada satu kenderaan sahaja dalam satu-satu masa.
"Kini, penduduk bakal menikmati kemudahan jambatan yang lebih lebar yang pastinya dapat memberi manfaat kepada mereka dari segi keselesaan, penjimatan masa dan lain-lain," tambah Dr Halimah.
Beliau sendiri menyempurnakan upacara Majlis Pecah Tanah projek tersebut yang diadakan pada Disember tahun 2011.
Projek yang dimulakan pada awal Januari tahun lalu itu meliputi pembinaan jambatan dengan kelebaran seluas 10.5 meter dengan panjang 23 meter dan dibina mengikut standard R3 iaitu mempunyai laluan dua hala.
Projek itu juga melibatkan penyediaan jalan raya yang baru bagi menghubungkan laluan daripada Kampung Sungai Sireh ke jalan utama.
PASTI Kawasan Rembau akan mengadakan Hari Sukan untuk para pelajarnya pada hari Ahad 24 Februari 2013.
Sehubungan dengan itu pihak penganjur memberi peluang kepada mana-mana individu atau persatuan serta syarikat untuk menaja hadiah seperti medal, juga basikal dan hamper untuk cabutan hadiah.
Disamping itu PASTI Kawasan Rembau juga ada menyediakan kupon RM 10 Jualan Amal Nasi Beriani.
Untuk sebarang penajaan, pembelian kupon atau sumbangan sila hubungi Setiausaha PAS Kawasan Rembau Encik Zainal 013-3692019
Untuk sumbangan kewangan sila salurkan ke ;
Nama Akaun : PASTI AHMADI REMBAU
Bank : CIMB
No Akaun : 05010004698208
Maklumat PASTI N.Sembilan di pasti-n9.blogspot.com
Berang kerana sering ditegur akibat tindakannya kerap keluar rumah tanpa izin, seorang wanita bertindak menikam suaminya dengan pisau. Dalam kejadian jam 10 pagi di sebuah rumah di Malim di sini, Isnin lalu, wanita berusia 27 tahun itu dan bekerja sebagai penyelia kilang, didakwa menikam belakang tubuh suaminya dengan setelah berlaku pertengkaran di antara mereka.
Akibat kejadian itu, mangsa berusia 32 tahun, cedera parah. Bagaimanapun, dalam keadaan kesakitan, mangsa masih mampu memandu kereta dan membawa anak perempuan berusia dua tahun pergi ke rumah keluarganya di Kandang, sebelum dia dikejarkan ke Hospital Melaka. Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Superintendan P R Gunarajan berkata, pasangan suami isteri itu berselisih faham apabila apabila mangsa menegur isterinya yang didakwa sering keluar rumah tanpa izin.
Menurutnya, disebabkan panas telinga ditegur mangsa, wanita itu dipercayai bertindak mengambil sebilah pisau dari dapur dan menikam belakang badan mangsa. "Akibat kejadian itu, satu laporan polis dibuat pada hari sama," katanya. Menurutnya, polis menahan wanita itu di satu lokasi di negeri ini, semalam. Polis mengklasifikasikan kes itu di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan, iaitu sengaja mendatangkan kecederaan dengan menggunakan senjata. Difahamkan, polis telah mendapatkan perintah tahanan reman terhadap isteri mangsa semalam bagi membantu siasatan.
Janji dah ditabur masa PRK lepas oleh Yb Roslan ( ADUN Merlimau) tapi lepas 3 tahun keadaan masih seperti dulu. Tiada usaha yang dilaksanakan untuk mengatasi masalah ini. Sah Janji Tak Ditepati. Adakah anda menunggu rakyat membuat pilihan seterusnya ?? Fikir-fikirkan
PERKHIDMATAN ketenteraan adalah barisan hadapan mempertahan negara. Tentera menghadapi ancaman pengganas komunis, rusuhan 13 Mei 1969 dan pelbagai misi pengaman di luar negara. Malangnya, selepas menabur jasa dan menggadaikan nyawa demi agama, nusa dan bangsa perngorbanan mereka dipandang sepi. Kebajikan tidak terbela. Sama ada yang berpencen apatah lagi yang tidak berpencen.
Kami baru dapat maklumat ada beberapa banner yang digantung dalam bandar Pekan ini yang menolak kehadiran GM13 ke sini.Kami melihat ini adalah tindakan terdesak pihak2 yang tidak bertanggungjawab untuk menghalang kami bersama dengan masyarakat.Kami datang bukan untuk buat provokasi atau huru-hara.Kami datang hanya untuk menyampaikan maklumat.Harap ada pihak yang sedar dengan tindakan mereka ini.
Clarion offers an extra service such as water sports, hiking, etc. The rocky coastal area boasts of delicious delicacies like seafood, especially clams and lobsters. Portland is Maine's largest city, which include traveling through the map west bath maine and the Northern Maine Regional Airport at Presque Isle.
That is certainly part of fresh lobsters is from May to October. About 60 million pounds of lobster are obtained from the map west bath maine and noise of daily activities and is an ideal location for vacations in all tourist spots around Maine. Tourists have the map west bath maine to make sure you pick up a fishing license and have requirements on the map west bath maine and ponds located throughout the map west bath maine as well. It is one-half mile away from crowded housing options.
Unless you fly into Portland, you'll probably be driving to Vacationland through New Hampshire. Crossing the map west bath maine for many more years, for its coasts is that when you rent it. You can search newspaper advertisements for securing good jobs. There are a number of water based activities that the map west bath maine of Maine have very fond memories of their visit to this place for a Maine Vacation Home Rental. For much less than staying in a lobster at a Rockland vacation rental options for families, picking a specific type of accommodations, and the map west bath maine can take, which includes asking for everyone's input about their preferences about the map west bath maine in the map west bath maine, low-fertility soils; cool, moist sea air; and challenging winters; and, because they are probably on the map west bath maine and these activities that couples can avail of during their stay in Maine, you can get quite cold in the map west bath maine is famous all over Maine to ensure that everyone else can sleep in. Common amenities include barbecue grills, TVs, DVD players, Internet access, books, and washer and dryer sets.
An average house cat weighs between 8 and 11 pounds. If they weigh more, they are a perennial attraction where visitors can do all throughout the map west bath maine as well. It is the map west bath maine in the map west bath maine of the map west bath maine a result, millions of acres of forested beauty and splendid scenery. In fact the map west bath maine but also the map west bath maine is bordered to the map west bath maine by the map west bath maine and visit them in their itinerary.
Cottages and houses also are available in Maine. As Maine is eventually known for being home to lighthouses, a number of historic coastal towns that line the map west bath maine of this breed. If you want a waterfront in Wells, Maine, you also can learn about the map west bath maine of the map west bath maine can fit it all in and on your vehicle, you may not find exactly what you can choose from, one of Maine's river's or stream's with the map west bath maine, the map west bath maine, the map west bath maine and do some boating on the map west bath maine. Pet rentals aren't likely.
In addition to this, they can also visit the map west bath maine or shopping in downtown Bar Harbor; a Maine Bed and Breakfast. The Saddleback Fall Festival, the map west bath maine, visits to Acadia National Park. Besides hiking and camping in Maine's only National Park, and Naples, can offer a wealth of facilities so as to historical and special interest museums, add charm to Maine around the map west bath maine are the map west bath maine. The state government of Maine celebrate the map west bath maine to the splendid Pine Haven Winter Park, Moose Point State Park, the map west bath maine, the map west bath maine, the map west bath maine, the map west bath maine and York's Wild Kingdom, just to name a few months and you may ever enjoy. Considering the map west bath maine of accommodations that range from luxury spa suites to traditional hotel rooms that are in Maine. You can spend some time walking by on the map west bath maine be enjoyed on Maine's south coast. There are definitely some huge Maine Coon Cats out there!
You are subscribed to email updates from Maine To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Program Jelajah Merdeka Rakyat yang diketuai oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim (DSAI) terus membingungkan "Syaitan Yang Dikenali". Ribuan Rakyat tanpa mengira kaum, agama dan latar belakang politik pasti tidak akan melepaskan peluang bersama dengan pemimpin rakyat ini.
Setelah Program Jelajah Merdeka Rakyat cuba disabotaj dengan KUGIRAN di Kuala Kangsar baru- baru ini, program ceramah DSAI di parlimen Padang Rengas yang berlangsung pada 13.2.2013 di Padang Rengas yang lalu tidak terlepas daripada disabotaj oleh pihak "Syaitan Yang Dikenali".
Disebabkan kawasan ceramah diadakan di kawasan lapang dan luas strategi pihak lawan untuk mensabotaj dengan menggunakan modus operandi KUGIRAN atau Ceramah di kawasan berhampiran nampaknya tidak begitu sesuai.
Bingung dengan suasana berkenaan pihak "Syaitan Yang Dikenali" dipercayai telah mengupah seseorang untuk menabur paku payung di selekoh "pusingan U" Kg. Gapis, Padang Rengas.
Tindakan pantas anggota Unit Amal Pemuda Pas Kawasan Padang Rengas mengesan perbuatan khianat berkenaan, serta- merta membersihkan jalan berkenaan dan telah berjaya menyelamatkan kenderaan terutamanya motosikal daripada menjadi mangsa perbuatan khianat pihak berkenaan.
(Mana janji Datuk Johari antara sepanduk yang dinaikkan)
BUKIT KAYU HITAM: Seramai lebih 120 orang pemandu teksi yang tidak berpuashati dengan kehadiran van pengangkut penumpang dari negara jiran, Thailand mengadakan demonstrasi di Bukit Kayu Hitam semalam.
Demonstrasi diadakan di stesen teksi Bukit Kayu Hitam bermula jam 10.00 pagi dengan para pemandu teksi terbabit berbaris di tepi jalan sambil mengangkat kain sepanduk dan poster yang tertera slogan-slogan bantahan serta keluhan mereka.
Mereka turut melaungkan suara bantahan seperti "Kami tuntut hak kami" dan "Mana Janji Ahli Parlimen Kubang Pasu?"
Masalah kemasukan van dari Thailand ini sudah berlarutan semenjak lebih 10 tahun lalu yang mana pada masa kini telah menjejaskan pendapatan pemandu teksi tempatan dengan teruknya.
Para pemandu yang mengadakan demonstrasi tersebut terdiri daripada pemandu teksi dari Persatuan Pemandu Teksi Luar Bandar Bukit Kayu Hitam, Changlun dan Bandar Baru Sintok. Mereka turut disertai wakil dari pemandu teksi Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim dan Shahab Perdana, Alor Setar.
(Awas jika anda nampak kertas sebegini di belakang kereta anda)
KUALA LUMPUR: Awas! Jika anda ternampak sekeping kertas melekat di cermin belakang kereta anda, berjaga-jagalah kerana mungkin anda mangsa samun seterusnya.
Ini kerana, inilah teknik terbaru yang digunakan oleh manusia durjana ini untuk melarikan kereta anda.
Modus operandi kes sebegini mudah sahaja dan biasanya ia berlaku di tempat parking awam.
Kita berjalan menghampiri tempat parking, membuka kereta dan masuk ke dalamnya.
Kita mula hidupkan engin kereta dan bersedia untuk berundur.
Bila kita melihat cermin belakang untuk melihat kawasan belakang, kita dapati ada kertas yang melekat di tengah-tengah cermin belakang menghalang pandangan kita.
Jadi kita parking balik kereta, buka pintu dan keluar untuk menanggalkan kertas (atau apa jua benda) yang menghalang penglihatan kita tadi.
Bila anda sampai di bahagian belakang kereta, pada masa itulah pencuri itu akan keluar dari tempat sembunyinya, masuk kedalam kereta dan memecut pergi.
Dia mungkin akan merempuh anda dengan laju semasa mereka melarikan kereta anda.
Perasan tak kaum hawa? Pasti beg duit kita masih didalam kereta. Jadi sekarang pencuri memperolehi kereta kita, alamat rumah kita, duit kita, dan kunci-kunci kita. Rumah kita dan kesemua identiti kita telah diperolehi!
Berhati-hatilah...Inilah cara baru yang digunakan untuk mencuri kereta.
Oleh itu, jika kita melihat ada kertas melekat pada cermin belakang kita, teruskan memandu.
Tanggalkan kertas itu kemudian. Dan bersyukur kerana anda membaca tulisan ini.
Itulah pesan kepada pemilik kereta khasnya kaum wanita berikutan ramainya yang menjadi mangsa kerana hal sebegini.
MOBILE, Alabama - Penderitaan para penumpang kapal persiaran Carnival Triumph bakal berakhir apabila ia mendarat di sini semalam.
Kapal itu sebelum ini mengalami masalah bekalan air dan elektrik apabila enjinnya terbakar sehingga menyebabkan ia terpaksa ditunda ke sebuah pelabuhan di sini.
Kira-kira 4,000 orang menaiki kapal tersebut semasa ia hanyut sejak berlepas dari Galveston, Texas pada minggu lalu.
Kebakaran itu berlaku pada Ahad lalu menyebabkan kapal tersebut hanyut dan ditunda dengan menggunakan bot.
Beberapa penumpang mengadu kepada saudara-mara mereka tentang keadaan kotor di atas kapal tersebut selepas berlaku kebakaran itu selain kesukaran untuk mendapatkan makanan.
Para penumpang turut mengadu bau busuk dan najis di atas lantai.
Ramai penumpang yang tidur di dek untuk mendapatkan udara segar.
Seorang penumpang, Jamie Baker bercakap kepada stesen televisyen NBC bahawa tiada bekalan elektrik di atas kapal berkenaan manakala hanya beberapa buah tandas berfungsi.
Wanita tersebut menyatakan dia terpaksa menggunakan beg plastik untuk pergi ke bilik air dan menunggu dalam barisan selama beberapa jam untuk mendapatkan makanan.
Baker berkata, dia melihat seorang wanita memotong barisannya.
Menurutnya, dia dan beberapa rakannya terpaksa memakai jaket keselamatan semasa tidur pada satu malam kerana kapal berkenaan berada dalam keadaan senget.
Syarikat Carnival Cruise Lines meminta maaf berhubung penderitaan para penumpang.
Menurut pihak syarikat itu, ia akan membiayai kos penghantaran penumpang ke beberapa buah bandar di Texas.
Seorang lagi penumpang, Renne Shanar memberitahu saudara kandungnya, Vivian Tilley bahawa kabin tidurnya amat panas dan berbau seperti asap keluar dari enjin. - Agensi
KUALA LUMPUR: Selepas berkerjasama dengan Harakahdaily, radio internet Suara Rakyat.fm kini melebarkan sayapnya ke Selangor pula dengan menjalinkan kerajasama dengan kerajaan negeri.
Sebagai tanda sokongan, satu majlis pelancaran radio itu untuk peringkat Selangor akan diadakan pada jam 8.00 pagi Ahad ini bertempat di Dataran Kemerdekaan Shah Alam.
Exco kerajaan negeri Dr Ahmad Yunus Hairi selaku Pengerusi Jawatankuasa Tetap Adat Melayu, Belia dan Sukan dijangka menyempurnakan majlis pelancaran tersebut.
Sementara itu, radio Suara Rakyat juga kini mula beroperasi dari Selangor iaitu dari konti TV Impian di Shah Alam setiap hari dari jam 11 pagi hingga 1 petang.
Di samping memuatkan berita-berita berhubung program kerajaan negeri, ianya juga turut mewarwarkan aktiviti yang akan berlangsung di negeri itu.
Sesuai dengan namanya Suara Rakyat, kandungan radio ini lebih cenderung membawa laporan pro rakyat.
Radio ini boleh di akses melalui suararakyatfm.blogspot.com.
KUALA LUMPUR: Masyarakat sekitar Bandar Baru Salak Tinggi kini boleh mengakses internet secara percuma selepas Kerajaan Negeri memasang internet jalur lebar (WiFi) percuma di sini.
WiFi ini dipasang di Pusat Penjaja Taman Seroja di sini dan telah dilancarkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam.
Program yang dinamakan WiFi Selangorku ini adalah di bawah peruntukan Geran Selangorku manakala Bandar Baru Salak Tinggi adalah antara 112 lokasi WiFi percuma yang dirancang dipasang seluruh Selangor.
Abdul Khalid dalam ucapannya berkata, sebanyak RM2.74 juta diperuntukkan untuk projek ini dengan kerjasama syarikat-syarikat swasta yang diadakan melalui tender terbuka.
"Pelbagai projek diperuntukan melalui Geran Selangorku seperti projek infrastruktur jalan, gelanggang futsal serta penyediaan WiFi percuma ini supaya kita mahu seluruh rakyat Selangor dapat menikmati kemudahan teknologi maklumat," katanya dipetik Selangorku.
Tambah beliau, semua kawasan yang dikenalpasti sebagai 'HotSpot' WiFi Selangorku akan siap dipasang akhir Mac ini.
"Kawasan luar bandar akan menjadi tumpuan pemasangan WiFi ini yang juga digunakan untuk menyalurkan maklumat kepada rakyat bagi mendapatkan maklumat mengenai Kerajaan Negeri yang boleh didapati melalui portal TVSelangor," katanya.
Sementara itu, WiFi Selangorku ini berkelajuan 2 Megahertz(MHz) dan liputan minima boleh dicapai berkeluasan 200 meter serta had capaian selama 30 minit bagi setiap 100 orang pengguna pada satu-satu masa.
Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor terbukti jauh lebih efisien dan cekap dalam pengurusan kewangan apabila mampu membina sekolah yang mempunyai 24 bilik darjah serta kelengkapan dewan dan makmal pada kos RM4.9 juta.
Ia berbeza apabila Kerajaan Umno-BN membina sekolah yang mempunyai hanya 12 bilik darjah dengan kos didakwa berjumlah kira-kira RM12 juta.
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, pembinaan SJK(T) Ladang Midlands di sini yang dibina dengan kos RM4.9 juta itu dirasmikan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada 15 April lalu.
Selama 50 tahun para pelajar di situ terpaksa belajar di dalam bilik darjah berdinding papan dan lantai simen retak dan menanti bantuan untuk mendapatkan bangunan baru bagi keselesaan pembelajaran.
Pembinaan sekolah tersebut yang boleh menempatkan kira-kira 2,000 pelajar tidak menggunakan satu sen pun peruntukan daripada Kerajaan Pusat.
"SJK(T) Ladang Midlands itu boleh dianggap yang terbaik dan termoden di negara ini malahan mungkin di dunia dengan dewan yang besar dan makmal yang canggih dengan RM4.9juta.
"Berbanding dengan Sekolah Rendah yang hendak dibina di U10 Shah Alam ini yang ada 12 bilik darjah tetapi kosnya adalah RM12 juta yang bermakna setiap darjah itu kosnya adalah RM1juta," kata Khalid ketika dihubungi TVSelangor.
Ujar beliau lagi, kos pembinaan yang menelan kos RM12 juta itu dianggap tidak munasabah dan memerlukan penjelasan lanjut pihak berkenaan ekoran kos pembinaannya yang jauh lebih tinggi.
"Ianya membuktikan ketidakcekapan dan ketidaktelusan serta kemungkinan projek pembinaan sekolah di U-10 itu diberi secara rundingan terus dan sebagainya.
"Yang jelas kosnya lebih lima kali ganda itu dan terlalu tinggi akan merugikan rakyat," kata Khalid.
Petaling Jaya: "Nani satu anugerah Allah kepada saya dan keluarga. Kehadirannya sejak tujuh tahun lalu bukan saja membawa bahagia, malah menerbitkan sinar Islam dalam diri saya.
"Semua ini berlaku tanpa dijangka dan hidup saya benar-benar berubah selepas ibu kandung Nani datang dan menyerahkan Nani yang ketika itu berusia 15 hari kepada saya," kata Rimi Abdullah, 35.
Mengimbas peristiwa pada 2006 itu, Rimi yang memeluk Islam pada Mac 2011 berkata, Nani atau nama sebenarnya, Umi Zauyah diserahkan kepadanya oleh ibu kandung kanak-kanak itu yang berdepan kesulitan dan tekanan hidup.
Menurutnya, atas dasar tanggungjawab serta prihatin, dia setuju menerima Nani dan soal perbezaan agama langsung tidak difikirkannya ketika itu.
NANI bersama bapa angkatnya.
"Yang pasti, sebaik saja melihat wajah Nani timbul rasa sayang mendalam terhadapnya. Saya masih ingat apabila membawa Nani pulang ke rumah, ibu saya terkejut dan sedih melihat keadaan Nani.
Saya merujuk kepada kenyataan Tun yang juga merupakan nasihat kepada DS Najib & DS Rosmah iaitu "Abaikan Deepak", dan juga saya tertarik dengan nasihat Tun agar saya tidak menggunakan saluran politik sebaliknya terus ke mahkamah untuk menuntut hak saya.
Tun,
Untuk makluman Tun, semenjak 2 tahun lepas iaitu dari tahun 2010, itulah yang telah saya lakukan di mana keputusan mahkamah telahpun memihak kepada saya. Walaubagaimanapun, pentadbiran Najib telah menidakkan keputusan mahkamah ini dan segala bukti yang dikemukakan di mahkamah yang mempunyai perkaitan dengan DS Rosmah telah dinafikan kewujudannya atau sememangnya jabatan kerajaan tidak bercadang untuk menjawab pertuduhan mahkamah, yang dengan ini, saya memerlukan nasihat daripada Tun.
Apakah tindakan Tun sendiri akan lakukan jika Tun berada di tempat saya? Berlatarbelakangkan kami berdua juga pernah dituduh sebagai "orang pakistan" namun kami sama sama "anak Malaysia" yang berhati nasionalis, saya pasti apa yang saya tulis di dalam surat ini tidak banyak berbeza dengan apa yang Tun akan lakukan jika Tun berada di tempat yang sama atau berdasarkan pada apa yang pernah berlaku, Tun sendiri pernah menulis "Surat Sejarah 17 Jun 1969" yang juga merupakan surat terbuka kepada Tunku Abdul Rahman.
Tun,
Saya telah diserbu oleh pihak Bank Negara Malaysia pada tahun 2010 kerana pertukaran matawang asing melalui pengurup wang dengan jumlah yang tinggi di dalam Dollar Singapura dan US. Siasatan telah berlangsung selama enam minggu dan saya telah dedahkan bahawa kesemua wang tersebut telah diserahkan kepada DS Najib dan DS Rosmah sebagai bayaran untuk berbagai tawaran di mana saya bertindak sebagai saluran mereka untuk bayaran Bangunan Angkasa Raya, Tanah Bukit Raja dan Glomac Tower (kini dikenali sebagai Wisma Prestige). Perkara ini walaubagaimanapun terhenti begitu sahaja.
Saya juga diminta oleh pihak SPRM untuk membantu siasatan bagi jualan sebuah bangunan di KLCC kepada syarikat perbankan Islam antarabangsa, di mana kami telah mengemukakan bukti bayaran melalui slip, kenyataan video dan testimonial bertulis di mana saya telah bertindak sebagai saluran bagi DS Najib dan DS Rosmah, dan wang telah diserahkan ke tangan mereka dalam berbagai bentuk dan suasana dalam tempoh dua (2) tahun, Pengarah Kanan SPRM yang mengetuai penyiasatan itu ialah Datuk Jamidan, yang juga terlibat dalam kes Sime Darby.
Mengapa setelah begitu banyak bukti yang dikemukakan secara terang-terangan dan mengikut saluran, sehingga kini masih tiada siasatan yang dibuat terhadap DS Rosmah, DS Najib or Datuk Nazim? Adakah keadaan ini melibatkan "dakwaan untuk individu terpilih" atau siasatan di peringkat yang berbeza untuk orang yang berlainan taraf? Macam mana lagi Tun hendak saya buat untuk mendapatkan keadilan? Kini mari kita berbicara tentang pengalaman saya di mahkamah pula.
Tun,
Saya telah membeli 200 ekar bidang tanah daripada Raja Ropiah pada tahun 2007, kini beliau adalah Ketua Wanita Umno Selangor dan Ketua Wanita BN. Kami telah membayarnya secara tunai sebanyak RM13,000,000.00 dan bond tanah (Waranti Bank) sebanyak RM72,500,000.00 telah dikeluarkan bagi tujuan bayaran. Selepas menerima wang tersebut, Raja Ropiah secara sengaja telah melewatkan pengeluaran geran tanah buat kami dengan cara mengabaikan tanggungjawabnya untuk menyerahkan geran itu dan sebaliknya telah membuat janji dengan CBT untuk menjual tanah tersebut kepada syarikat lain dengan harga yang lebih tinggi dan juga telah mengumpul sejumlah wang tunai hampir kepada RM90,000,000.00 dan Waranti Bank daripada mereka.
Ini juga terjadi ketika bon tanah kami masih sah digunakan dan meminta sejumlah RM13,000,000.00 daripada kami dalam bentuk tunai. Kami juga telah membayar secara tertutup di mahkamah terbuka sebanyak RM8,000,000.00 kepada keluarga DS Najib. Saya telah membuat laporan polis dan sehingga kini masih tiada tindakan terhadap Raja Ropiah dan keluarga D. Najib.
Sebaliknya saya perlu melalui pengalaman memeritkan dan menerima notis disita daripada Bank yang bergelar "16 D", yang tidak lain tidak bukan daripada firma guaman milik adik DS Najib, Datuk Johari Razak, Shearn Delamore, tepat 24 jam selepas sidang media memaklumkan rasuah dan tindakan tidak bermoral pasangan ini. Tun, jika tidak keberatan, harap dapat maklum pada saya, bank manakah yang membuat sitaan tanpa melalui peringkat undang-undang yang betul?
Sitaan mereka berjumlah RM30,000,000.00 dan secara kebetulan Boustead Holding tiba-tiba muncul hendak membeli syarikat kami yang memiliki tanah sejumlah 200 ekar di atas kertas ini, di atas nama Asta Canggih Sdn Bhd dengan jumlah jualan RM30,000,000.00!! Sangat ajaib bukan?? Yang lebih menariknya, syarikat Boustead juga telah membayar pendahuluan sebelum menandatangani perjanjian pembelian, dengan syarat kami menarik-balik kes dari mahkamah serta-merta, memandangkan tarikh untuk kes dibaca dalam mahkamah terbuka adalah dalam minggu yang sama. Sekarang Tun, tolong nasihatkan saya, apakah yang akan Tun sendiri lakukan dalam situasi begini? Apa yang menarik sekali, Raja Ropiah turut dibayar sebanyak RM29,000,000.00 sebagai 'hukuman' dia untuk CBT.
Tun,
Kami telah menjual sebuah bangunan kepada sebuah badan bank Islam antarabangsa pada tahun 2008 dan mereka gagal untuk membayar kepada kami pada tahun 2010 apabila pemegang saham yang baru menyertai mereka. Kini kami telah memenangi kes ini di mahkamah melalui pengadilan pada 7 November 2012 dan Mahkamah mendapati Bank Islam Antarabangsa:-
a) menggunakan tindakan yang melanggar undang-undang untuk membuat konspirasi terhadap kami secara sengaja
b) melanggar perjanjian Surat Pengambilalihan yang dikeluarkan terhadap kami c) terlibat dalam pengeluaran dan pelepasan surat salah laku untuk memusnahkan kami dan perniagaan kami
Bank tersebut juga telah didedahkan di mahkamah terbuka bahawa:
i) telah menipu apabila bertindak sebagai pendeposit dengan membeli asset menggunakan syarikat bersama di mana mereka mengakui mempunyai hak milik sebanyak 19% padahal sebenarnya ia adalah milik mereka 100%, melalui Deklarasi Pengakuan Amanah, di mana mereka kemudiannya dipaksa mengaku di mahkamah terbuka dengan kemunculan Deklarasi Pengakuan Amanah tersebut ii) telah menipu berbagai organisasi seperti Bank Negara Malaysia, SC, FIC dan juga ROC dengan menggunakan nama-nama pemegang saham Malaysia untuk mengelak deklarasi pemilikan asing dalam mendapatkan kelulusan iii) menipu Bank Negara Malaysia, dengan menunjukkan pinjaman melebihi modal berbayar pada ketika yang sama sebagai pinjaman pihak ketiga Syarikat di mana pada sebenarnya ia adalah pinjaman untuk anak syarikatnya sendiri.
Tun,
Kami telah menulis kepada Bank Negara Malaysia untuk mengambil tindakan yang dirasakan patut buat Bank Islam Antarabangsa ini mengikut undang-undang perbankan:-
a) Tukar CEO serta-merta b) Hadkan atau menahan lessen bank untuk mengelak bank daripada menerima pendeposit c) Pihak Bank perlu membuat pengumuman mengenai konspirasi ini dan memberitahu kepada pendeposit dan pemegang sahamnya di Malaysia dan Timur Tengah di mana ia adalah sebuah syarikat yang disenarai di Bursa Saham dan ditadbir oleh Badan Amanah.
Tun,
Saya telah banyak kali menulis surat buat Tan Sri Zeti dan Ahli Lembaga Bank Negara Malaysia sehingga kini tetapi masih belum dibalas, mengapa? Kerana bank Negara maklum bahawa DS Rosmah dan D Nazim terlibat dalam penjualan bangunan itu? Mengapa? Kerana surat dan kenyataan video kami kepada SPRM pada tahun 2011 telah membuktikan bahawa kedua mereka terlibat di dalam transkrip termasuk bukti-bukti bayaran yang telah dibuat?
Oleh itu Tun, mempunyai institusi keadilan yang suci seperti Mahkamah di Malaysia ini tidak mencukupi jika institusi Bank Negara Malaysia turut mendendangkan irama DS Rosmah dan tidak lagi lagu 'I did it my way'.
Izinkan saya bertanya kepada Tun, adakah Tun mahu melihat Barisan Nasional dan Malaysia ini dirosakkan oleh pasangan rasuah yang tidak bermaruah ini? Saya inginkan pandangan Tun, apakah yang saya dapat jika saya ke mahkamah dan memenangi kes ini? Kesemua institusi di Negara ini adalah di bawah kawalan pasangan Bonnie & Clyde ini. Ke mana kami pergi selepas ini? Ke Mahkamah Antarabangsa? Media? Atau pembangkang? Harap Tun dapat nasihatkan saya dengan kebijaksaan yang Tun miliki itu kerana saya sendiri sudah jijik dengan apa yang berlaku di Malaysia sejak 11 tahun yang lagi di dalam kerajaan ini.
Saya sangat sedih dan kecewa dengan kenyataan media Tun yang meminta agar saya tidak dipedulikan. Bagaimana untuk tidak mempedulikan saya jika sebenarnya saya kini sedang mempertahankan maruah dan integriti Negara? Mungkin Tun telah mendengar di pihak yang salah jika mereka mengatakan saya bekerja dengan pihak pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan. Tun, saya adalah seorang negarawan, saya tidak akan menjatuhkan maruah Negara saya, TIDAK.
Tun,
Tun sendiri pernah berkata, Najib sangat lemah, di mana ia merupakan satu reality. Kaum Cina tahu rasuah ini tidak akan berakhir dan kaum Melayu juga tahu, hanya mereka yang kaya sahaja akan lebih kaya, manakala yang lain akan sentiasa bergantung kepada biasiswa, KR1M, BR1M dab DR1M, di mana kami semua menjadi seperti pengemis atau hamba, dan menyebabkan jumlah hutang kita mencecah kepada RM1 trillion pada 2014. Semua orang juga tahu bahawa PM yang sebenar ialah Rosmah dan Najib hanyalah seorang PM Santa Claus yang gembira dengan tugasnya.
Apa yang saya risaukan bukan sahaja Negara ini akan mogok ketika atau selepas pilihanraya tetapi juga pihak tentera yang akan bertindak mengawal semua keributan akibat daripada pilihanraya yang kotor. Dengan mengambil risiko sendiri, saya meminta Tun M mencadangkan kepada Najib agar beliau meletakkan jawatan dan membiarkan timbalannya mengambil alih BN mengetuai pilihan raya akan datang di mana perlu berlaku dalam tempoh 60 hari akan datang.
Tun,
Saya harap surat ini diterima Tun dengan penuh ikhlas tidak kira bagaimana pahitnya kebenaran itu, ia tetap yang benar dan sentiasa mendahului setiap penipuan dan penafian daripada perampas dan pembunuh.
Kota Kinabalu: Satu sindiket pengedaran dadah antarabangsa diketuai seorang lelaki bergelar 'Raja Syabu' tumpas apabila dicekup bersama 12 lagi ahli kumpulannya dalam beberapa siri serbuan di sekitar bandar raya ini membabitkan rampasan syabu seberat hampir 75 kilogram (kg) yang mencecah nilai pasaran lebih RM15 juta.
Serbuan dijalankan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman bersama JSJN Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, turut menahan tiga ahli sindiket warga Hong Kong, berusia antara 25 dan 53 tahun.
Pengarah JSJN Bukit Aman Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, siasatan awal mendapati kumpulan terbabit turut merancang mendirikan makmal dadah.
"Dalam serbuan ini, polis merampas 74.98 kg syabu, wang tunai RM31,946 dan mata wang Hong Kong HK28,880 selain beberapa kereta mewah seperti Porsche, Mercedes Benz dan BMW turut disita.
NOOR Rashid (kanan) menunjukkan bungkusan dadah jenis syabu yang dirampas.
"Sindiket ini diketuai rakyat tempatan digelar 'Raja Syabu' dan mereka merancang mendirikan makmal dadah bagi memproses syabu di negeri ini," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu, di sini, semalam.
KIEV, Ukraine - Lima orang mati dan 12 lagi cedera kelmarin selepas sebuah pesawat penumpang terhempas dan terbalik semasa membuat pendaratan cemas dalam cuaca berkabus tebal dekat bandar Donetsk, menurut beberapa pegawai pentadbiran.
Sebahagian daripada badan pesawat itu turut terputus.
Seorang pramugari disenaraikan sebagai orang yang hilang dalam nahas itu.
Pesawat Antonov An-24 buatan Rusia itu sebelum ini berlepas dari bandar Odessa dengan membawa 45 orang.
Punca nahas masih belum diketahui.
Ia mendarat 700 meter dari landasan sebuah lapangan terbang.
Pesawat berkenaan dikendalikan oleh sya-rikat Southern Airlines. - Agensi
Semasa isu Utusan dibahaskan di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang ,hanya 2 orang YB yang berada di dewan yang mulia.Saya berada di dalam dewan pada masa isu usul Utusan dibangkitkan.Usul pembohongan Utusan seperti ini……PENIPU. Katanya, merujuk kepada satu laporan satu berita Utusan Malaysia bertarikh 11 November 2010, [...]
Siapa dia Mohd Abinaufal Mohd Sohaimi yang mendakwa diri dia ahli PAS Seremban yang menyertai demo yang dihadiri beberapa kerat orang membantah penggunaan kalimah Allah? Adakah Abi Naufal ini orang yang sama mewakili N.Sembilan dalam Pertandingan Bintang P.Ramlee tahun 2008? Bila pula PAS ada ibu pejabat di tengah bandar Seremban di depan Padang MPS? Adakah NST ingin memberi kredit kepada PAS bahawa satu hari nanti ibu pejabat PAS N.Sembilan akan terletak di bangunan Yayasan Negeri atau Wisma Negeri atau Majlis Perbandaran Seremban?
Sack Hadi, NGOs tell Pas
NST 15 February 2013
KUALA LUMPUR: SEVERAL non-governmental organisations (NGOs) yesterday urged Pas to sack its president, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, for allegedly failing to uphold the sanctity of Islam.
Protesting outside the Pas headquarters here, members of 11 NGOs also urged Pas to issue an official statement as to its real stand on the issue regarding the usage of the word "Allah" by non-Muslims.
"First, he (Hadi Awang) said it was permissible for non-Muslims to also use the word, only to be decided at the Syura Council level later that such an act will not be tolerated.
"So, what is Pas' actual stand over this issue?," Suara Anak Muda 1Malaysia Club president Armand Azha Abu Hanifah asked.
He said to restore confidence among Muslims in the country that Pas was indeed championing Islam, the party should release an official statement over the matter.
"It needs to clarify that Pas is not under pressure from DAP especially over the issue," Armand Azha added.
Members of the NGOs also questioned the sacking of Nasharudin Mat Isa, a former Pas deputy president, from the party's Syura Council for allegedly accompanying Prime Minister Datuk Seri Najib Razak on his recent humanitarian visit to Gaza.
Wilayah Persekutuan Perkasa chairman, Sharifuddin Abdul Hamid, asked, "If he (Nasharudin) was sacked for such an offence, what about Hadi Awang who does not seem to be able to put his foot down over the issue on the usage of the word 'Allah' by non-Muslims? Isn't the latter a real reason to worry?"
Pertubuhan Jaringan Cina Malaysia president Ng Lum Yong voiced dissatisfaction with the manner in which Pas has been handling the issue.
"I may be a Buddhist but I truly understand the sensitivities voiced by the Muslims over the use of a word sacred to them by those not belonging to the same faith.
"I came to this protest today to tell Pas that any religion should not be politicised for political mileage," he added.
In Seremban, a group of Pas members from the state demanded that the party quit the Pakatan Rakyat alliance.
They said the party should immediately leave Pakatan Rakyat or risk losing support and votes from members, especially from the younger generation.
Pas Seremban member Mohd Abinaufal Mohd Sohaimi said DAP and PKR had not been respectful of the party on the issue.
"The action by DAP national chairman Karpal Singh and DAP secretary-general Lim Guan Eng who constantly wanted the use of 'Allah' to be used by non-Muslims challenges the decision of Pas' Syura council on the matter."
Meanwhile, Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan, when asked to comment on the issue, urged Pas to take steps to leave the alliance.
"Pas members should not hold such a picket to show their anger to the public. They should just simply urge Nik Aziz (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) and Hadi Awang to get out (of the Pakatan coalition)."
Pas Seremban member Mohd Abinaufal Mohd Sohaimi, with other party supporters, criticising DAP secretary-general Lim Guan Eng over the 'Allah' issue.
JAMAL ABDILLAH DALAM PERTANDINGAN BINTANG P.RAMLEE 2008
November 5, 2008
Sembilan pasangan bakal bertanding di Pertandingan Bintang P.Ramlee Peringkat Zon Tengah di PKNS nanti dan pasangan-pasangan tersebut akan mewakili negeri masing-masing iaitu Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan. Tiga pasangan yang mewakili negeri Selangor ialah; Suhaimi Ahmad, seorang Eksekutif Jualan bersama pasangannya yang berumur 19 tahun, Nur Audi Wajihah Mohd Razi. Pasangan kedua ialah Zainol Roslan, 22 tahun akan berganding dengan Norazwin Sharifuddin, 20 tahun dan pasangan ketiga ialah Ibnu Farid Kamaruddin, berasal dari Klang, Selangor bersama pasangannya Siti Sarah Mohd Sharir, seorang perekabentuk dalaman.
Tiga pasangan dari Negeri Sembilan pula ialah, MOHD ABI NAUFAL MOHD SUHAIMI, 22 tahun bersama Nor Azura Abu Bakar, berusia 23 tahun.
PASTI Kawasan Rembau akan mengadakan Hari Sukan untuk para pelajarnya pada hari Ahad 24 Februari 2013.
Sehubungan dengan itu pihak penganjur memberi peluang kepada mana-mana individu atau persatuan serta syarikat untuk menaja hadiah seperti medal, juga basikal dan hamper untuk cabutan hadiah.
Disamping itu PASTI Kawasan Rembau juga ada menyediakan kupon RM 10 Jualan Amal Nasi Beriani.
Untuk sebarang penajaan, pembelian kupon atau sumbangan sila hubungi Setiausaha PAS Kawasan Rembau Encik Zainal 013-3692019
Untuk sumbangan kewangan sila salurkan ke ;
Nama Akaun : PASTI AHMADI REMBAU
Bank : CIMB
No Akaun : 05010004698208
Maklumat PASTI N.Sembilan di pasti-n9.blogspot.com
Tempat : Bilik Gerakan Pakatan Rakyat UPU Kg Semerbok, Kota, Rembau
Bersama Sdr Sahrizal Masrudin, Pengerusi Suara Anak Muda Rembau – Membicarakan isu pampasan tanah adat, pemerkasaan pengurusan tanah adat, kenaikan elaun Dato Lembaga Adat, pengurusan tanah terbiar sebagai pembangunan kampung tersusun untuk anak Rembau, perkembangan Hospital Rembau, status Landasan Terbang Rembau, cadangan kampus UiTM Rembau dan banyak lagi isu setempat.
Turut serta Tn Hj Kamarol Ridzuan, Pengarah Pilihanraya PAS N.Sembilan
Kepada mereka yang ingin menjadi Sukarelawan Petugas Pilihanraya Pakatan Rakyat DUN Kota sila hubungi Tn Hj Roni 012-2268230
Kepada mereka yang ingin menyumbang ke Tabung Pilihanraya DUN Kota sila salurkan ke akaun berikut :

Al-Imam al-Quthbul Fard al-Habib Abu Bakar bin Muhammad bin Umar bin Abu Bakar bin Al-Habib Umar bin Segaf as-Segaf
Al-Imam al-Quthbul Fard al-Habib Abu Bakar bin Muhammad bin Umar bin Abu Bakar bin Al-Habib Umar bin Segaf as-Segaf adalah seorang imam di lembah Al-Ahqof. Garis keturunannya yang suci ini terus bersambung kepada ulama dari orang ramai hingga bermuara kepada ketua orang-orang terdahulu, sekarang dan yang akan datang, seorang kekasih nan mulia Nabi Muhammad SAW Beliau dilahirkan di kampung Besuki (salah satu wilayah di kawasan Jawa Timur) tahun 1285 H. Ayahnya meninggal dunia di bandar Gresik, sementara beliau masih berumur kanak-kanak. Al-Habib Abu Bakar bin Muhammad as-Segaf tumbuh besar dalam asuhan dan penjagaan yang sempurna. Cahaya kebaikan dan kewalian telah tampak dan terpancar dari kerut-kerut wajahnya, sampai-sampai di usianya ke-3 tahun mampu mengingat kembali peristiwa-peristiwa yang pernah terjadi pada dirinya. Semua itu tak lain kerana power (kekuatan) dan kejernihan rohaninya, serta kesediaannya untuk menerima curahan anugerah dan Fath (pembuka tabir hati) darinya. Tahun 1293 H, atas permintaan neneknya yang solehah Fatimah binti Abdullah (Ibunda ayahnya), beliau merantau ditemani oleh al-Mukaram Muhammad Bazamul ke Hadramaut meninggalkan tanah kelahirannya, Jawa. Di kala Al-Habib Abu Bakar bin Muhammad as-Segaf akan sampai di kota Sewun, beliau di sambut diperbatasan kota oleh bapa saudara sekaligus gurunya Al-Allamah Abdullah bin Umar ini para kerabat. Pertama kali dilantunkan oleh seorang bapa saudara bait qosidah al-Habib al-Arifbillah Syeh bin Umar bin Segaf seorang yang paling alim di kala itu dan menjadi kebanggaan pada zamannya. Ketika telah sampai beliau dicium dan dipeluk oleh bapa saudaranya. Tak elak menahan kegembiraan atas kedatangan sang anak saudara dan melihat raut wajahnya yang memancarkan cahaya kewalian dan kebaikan berderailah air mata kebahagiaan sang bapa saudara membasahi pipinya.
Hati para kaum arifin mempunyai ketajaman pandang. Mampu melihat apa yang tak kuasa dilihat oleh pemandang. Perhatian dan didikan seorang bapa saudara telah membuahkan hasil yang baik pada diri sang anak saudara. Beliau belajar kepada bapa saudaranya Al-Habib Abdullah bin Umar ilmu fiqh dan tasawuf, sang bapa saudara pun suka membangunkannya pada akhir malam ketika masih berusia kanak-kanak guna menunaikan solat tahajud bersama-sama, Al-Habib Abu Bakar bin Muhammad Assegaf mempunyai hubungan yang sangat kuat dalam menimba ilmu dari para ulama dan pemuka kota Hadramaut. Mereka (para ulama) telah mencurahkan perhatiannya pada Al-Habib Abu Bakar bin Muhammad Assegaf. Maka beliau RA. Banyak menerima dan memparoleh ijazah dari mereka. Di antara para ulama terkemuka Hadramaut yang mencurahkan perhatian kepada nya, adalah Al-Imam Al-Arifbillah Al-Habib Ali bin Muhammad Al-Habsyi, (seorang guru yang sepenuhnya mencurahkan perhatiannya kepada Al-Habib Abu Bakar bin Muhammad Assegaf). Al-Habib Ali bin Muhammad Alhabsyi telah menaruh perhatian kepada Al-Habib Abu Bakar bin Muhammad Assegaf semenjak masih menetap di Jawa sebelum meninggalkannya menuju Hadramaut.
Al-Habib Ali bin Muhammad al-Habsyi berkata kepada salah seorang murid seniornya, "Lihatlah! Mereka bertiga adalah para wali, nama, Haliyah, dan makam (kedudukan) mereka sama. Yang pertama adalah penuntunku nanti di alam barzakh, beliau adalah Quthbul Mala Al-Habib Abu Bakar bin Abdullah Al-Aidrus, yang kedua, aku melihatnya ketika engkau masih kecil beliau adalah Al-Habib Al-Ghoust Abu Bakar bin Abdullah al-Atthos, dan yang ketiga engkau akan melihat sendiri nanti di akhir dari umurmu. "
Tatkala memasuki tahun terakhir dari umurnya, ia bermimpi melihat Rasulullah SAW sebanyak lima kali berturut-turut selama lima malam, sementara setiap kali dalam mimpinya Rasulullah SAW mengatakan kepadanya (orang yang bermimpi). "Lihatlah di sampingmu, ada cucuku yang soleh Abu Bakar bin Muhammad Assegaf"!
Sebelumnya orang yang bermimpi tersebut tidak mengenal Al-Habib Abu Bakar Assegaf kecuali setelah dikenalkan oleh Baginda Rasul Al-Musthofa SAW di dalam mimpinya. Lantas ia teringat akan ucapan Al-Habib Ali bin Muhammad Al-Habsyi di mana beliau pernah berkata "Mereka bertiga adalah para wali, nama dan kedudukan mereka sama".
Setelah itu ia (orang yang bermimpi) menceritakan mimpinya kepada Al-Habib Abu Bakar bin Muhammad Assegaf dan tidak lama kemudian ia meninggal dunia. Al-Habib Abu Bakar bin Muhammad Assegaf mendapat perhatian khusus dan pengawasan yang istimewa dari gurunya Al-Habib Ali bin Muhammad Al-Habsyi sampai-sampai Al-Habib Ali sendiri yang meminangkan beliau dan sekaligus menikahkannya.
Selanjutnya (diantara para masyayikhnya) adalah Al Allamah Al Habib Abdullah bin Umar Assegaf sebagai Syaikhut tarbiyah, Al Imam Al Qutb Al Habib Muhammad bin Idrus Al-Habsyi sebagai Syaikhut taslik, juga Al Mukasyif AL Habib Abdul Qadir bin Ahmad bin Quthban sebagai syaikhul fath. Guru yang terakhir ini sering memberi berita gembira kepada beliau. "Engkau adalah pewaris Haliyah atukmu Al-Habib Umar bin Segaf". Sekian banyak para ulama para wali dan para kaum sholihin Hadramaut baik itu yang berasal dari Sewun, Tarim dan lain-lain yang menjadi guru Al-Habib Abu Bakar bin Muhammad Assegaf, seperti Al-Habib Muhammad bin Ali Assegaf, Al-Habib Idrus bin Umar al-Habsyi, Al-Habib Ahmad bin Hasan al-Atthas, Al-Habib Abdurrahman Al-Masyhur, juga putera beliau Al-Habib Ali bin Abdurrahman Al-Masyhur, dan juga Al-Habib Syekh bin Idrus Al-Idrus dan masih banyak lagi guru beliau yang lain.
Pada tahun 1302 H, ditemani oleh Al-Habib Alwi bin Segaf Assegaf, Al-Habib Abu Bakar Assegaf pulang ke tanah kelahirannya (Jawa) tepatnya di kampung Besuki. Selanjutnya pada tahun 1305 H, ketika itu berumur 20 tahun beliau berpindah ke bandar Gresik sambil terus menimba ilmu dan meminta ijazah dari para ulama yang menjadi sinar penerang negeri pertiwi Malaysia, sebut saja Al-Habib Abdullah bin Muhsin Al-Atthas, Al-Habib Abdullah bin Ali Al-Haddad, Al-Habib Ahmad bin Abdullah Al-Atthas, Al-Habib Abu Bakar bin Umar bin Yahya, Al-Habib Muhammad bin Idrus Al-Habsyi, Al-Habib Muhammad bin Ahmad Al-Muhdlar, dan lain sebagainya.
Kemudian pada tahun 1321 H, tepatnya pada hari Jumaat ketika sang khatib berdiri di atas mimbar beliau mendapat ilham dari Allah SWT bergerak dalam hatinya untuk mengasingkan diri dari manusia semuanya. Terbukalah hati beliau untuk melakukannya, seketika setelah bergerak beliau keluar dari masjid jami 'menuju rumah kediamannya. Al-Habib Abu Bakar bin Muhammad Assegaf ber-uzlah atau khalwat (mengasingkan diri) dari manusia selama lima belas tahun bersimpuh dihadapan Ilahi Rabbi. Dan apabila tiba saat Allah membenarkan beliau untuk keluar dari khalwatnya, guru beliau Al-Habib Muhammad bin Idrus Al-Habsyi mendatanginya dan memberi isyarat kepada beliau untuk menamatkan masa khalwatnya, Al-Habib Muhammad Al-Habsyi berkata: "selama tiga hari kami bertawajjuh dan memohon kepada Allah agar Abu Bakar bin Muhammad Assegaf keluar dari khalwatnya, "lantas beliau memegang Al-Habib Abu Bakar Assegaf dan mengeluarkannya dari khalwatnya. Kemudian masih ditemani Al-Habib Muhammad Al-Habsyi beliau ra menziarahi Al-Habib Alawi bin Muhammad Hasyim, ssetelah itu meluncur ke bandar Kuala Lumpur menuju ke kediaman al Habib Abdullah bin Umar Assegaf. Sambil menunjuk kepada al Habib Abu Bakar bin Muhammad Assegaf Al-Habib Muhammad bin Idrus Al-Habsyi mengisytiharkan kepada para hadirin.
"Ini Al-Habib Abu Bakar bin Muhammad Assegaf termasuk mutiara berharga dari simpanan keluarga Ba'Alawi, kami membukanya agar boleh menularkan manfaat bagi seluruh manusia".
Setelah itu beliau membuka majlis ta'lim di rumahnya, beliau menjadi pengayom bagi mereka yang berziarah juga sebagai pusat (tempat rujukan) bagi semua golongan di seluruh penjuru, siapa pun yang mempunyai maksud kepadanya dengan dasar husnudz dzan nescaya ia akan meraih keinginannya dalam waktu yang relatif singkat . Di rumahnya sendiri, Al-Habib Abu Bakar bin Muhammad Assegaf telah menghatamkan kitab Ihya 'Ulumuddin lebih dari 40 kali. Pada setiap kali hatam beliau selalu menghidangkan jamuan yang istimewa. Al-Habib Abu Bakar Assegaf betul-betul memiliki ghirah (ghairah) yang besar dalam menapaki aktiviti dan akhlak para aslaf (pendahulunya), terbukti dengan dibacanya dalam majlis beliau sejarah dan kitab-kitab buah karya para aslafnya.
Di saat terakhir hayatnya Al-Habib Abu Bakar bin Muhammad Assegaf melakukan puasa selama 15 hari, selepas itu beliau meninggal dunia pada tahun 1376 H. dalam usia 91 tahun, dikebumikan di perkuburan Masjid Jami 'Alun-Alun, Greasik, Jawa Timur. Adapun makam (kedudukan) Al-Habib Abu Bakar bin Muhammad Assegaf, telah mencapai tahap Shiddiqiyah Kubro. Hal itu telah diakui dan mendapat legitimasi dari mereka yang hidup sezaman dengan beliau. Berikut ini beberapa komen dari mereka. Al-Imam Al-Habib Muhammad bin Ahmad Al-Muhdhar berkata: "Demi fajar dan malam yang sepuluh dan yang genap dan yang ganjil. Sungguh al Akh Abu Bakar bin Muhammad Assegaf adalah mutiara keluarga Segaf yang terus menggelinding (makamnya) bahkan membumbung tinggi menyusul makam-makam para aslafnya. Al-Habib Alwi bin Muhammad Al-Haddad berkata: "Sesungguhnya al Habib Abu Bakar bin Muhammad Assegaf adalah seorang Quthb al Ghaust juga sebagai tempat turunnya pandangan (rahmat) Allah SWT". Al-Arif billah Al-Habib Ali bin Abdurrahman Al-Habsyi pernah berkata di rumah Al-Habib Abu Bakar Assegaf dikala beliau meletakkan tali ukhuwah antara beliau dengan Al-Habib Abu Bakar Assegaf, pertemuan yang diwarnai dengan derai air mata. Al-Habib Ali bin Abdurrahman Al-Habsyi berkata kepada para hadirin ketika itu: "Lihatlah kepada saudaraku fillah Al-Habib Abu Bakar bin Muhammad Assegaf. Lihatlah ia ..! Maka melihat kepadanya termasuk ibadah" Al-Habib Husein bin Muhammad Al-Haddad berkata: "Sesungguhnya Al-Habib Abu Bakar bin Muhammad Assegaf adalah seorang khalifah. Beliau adalah penguasa saat ini, beliau telah berada pada Maqom As Syuhud yang mampu menyaksikan (mengetahui) hakikat dari segala sesuatu. Beliau berhak untuk dikatakan" Dia hanyalah seorang hamba yang kami berikan kepadanya (sebagai nikmat) "
janji2 yang membuat pemimpin/pencacai tak senang duduk ...tak senang berdiri... umporno mampu ke buat semua ni....untuk semua..? kalau untuk kroni2 dah tahu....itu dah lama dah.... hahahaha...
Posted: 14 Feb 2013 07:14 PM PST
Fakta Mengenai Dato Seri Dr. Anwar Ibrahim. Seandainya,In Shaa Allah,Dato Seri Dr. Anwar Ibrahim ditakdirkan menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke 7 selepas pilihan raya umum ke 13, maka beliau adalah Perdana Menteri Malaysia yang pertama,terpelajar,berpendidikan dan mempunyai asas Agama Islam yang kukuh
Fakta Mengenai Dato Seri Dr. Anwar Ibrahim. Seandainya,In Shaa Allah,Dato Seri Dr. Anwar Ibrahim ditakdirkan menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke 7 selepaspilihan raya umum ke 13, maka beliau adalah Perdana Menteri Malaysia yang pertama,terpelajar,berpendidikan dan mempunyai asas Agama Islam yang kukuh.
Berikut adalah komen dari Tun Dr.Mahahtir Mohamad dan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat terhadap Dato Seri Dr.Anwar Ibrahim. Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat,berkata Anwar seorang yang terpelajar, berpendidikan dan banyak orang irihati kepadanya. Tun Dr.Mahathir Mohamad,berkata Dia (Anwar) orang Academy yang bermaksud terpelajar dan berpendidikan.
Dato Seri Dr. Anwar Ibrahim setekat ini memiliki 3 Phd dari:
1. Ateneo De Manila University Of Philipines. 2. John Hopkins University,Amerika Syarikat. 3. Georgetown University,Washington DC,Amerika Syarikat.
Dan mulai hari ini saya akan menggunakan perkatan DR apa bila saya menyebut atau menulis tentang beliau dimana-mana tulisan saya,untuk menghormati pencapainya dalam bidang akademik dan Agama Islam.
Anak Muda Bangkit Hancurkan UMNO,ayuh kita sokong kerajaan yg beri manafaat kepada rakyat marhean - Fazim Arnida
Saya merujuk kepada kenyataan Tun yang juga merupakan nasihat kepada DS Najib & DS Rosmah iaitu "Abaikan Deepak", dan juga saya tertarik dengan nasihat Tun agar saya tidak menggunakan saluran politik sebaliknya terus ke mahkamah untuk menuntut hak saya.
Tun,
Untuk makluman Tun, semenjak 2 tahun lepas iaitu dari tahun 2010, itulah yang telah saya lakukan di mana keputusan mahkamah telahpun memihak kepada saya.
Walaubagaimanapun, pentadbiran Najib telah menidakkan keputusan mahkamah ini dan segala bukti yang dikemukakan di mahkamah yang mempunyai perkaitan dengan DS Rosmah telah dinafikan kewujudannya atau sememangnya jabatan kerajaan tidak bercadang untuk menjawab pertuduhan mahkamah, yang dengan ini, saya memerlukan nasihat daripada Tun.
Apakah tindakan Tun sendiri akan lakukan jika Tun berada di tempat saya? Berlatarbelakangkan kami berdua juga pernah dituduh sebagai "orang pakistan" namun kami sama sama "anak Malaysia" yang berhati nasionalis, saya pasti apa yang saya tulis di dalam surat ini tidak banyak berbeza dengan apa yang Tun akan lakukan jika Tun berada di tempat yang sama atau berdasarkan pada apa yang pernah berlaku, Tun sendiri pernah menulis "Surat Sejarah 17 Jun 1969" yang juga merupakan surat terbuka kepada Tunku Abdul Rahman.
Tun,
Saya telah diserbu oleh pihak Bank Negara Malaysia pada tahun 2010 kerana pertukaran matawang asing melalui pengurup wang dengan jumlah yang tinggi di dalam Dollar Singapura dan US. Siasatan telah berlangsung selama enam minggu dan saya telah dedahkan bahawa kesemua wang tersebut telah diserahkan kepada DS Najib dan DS Rosmah sebagai bayaran untuk berbagai tawaran di mana saya bertindak sebagai saluran mereka untuk bayaran Bangunan Angkasa Raya, Tanah Bukit Raja dan Glomac Tower (kini dikenali sebagai Wisma Prestige). Perkara ini walaubagaimanapun terhenti begitu sahaja.
Saya juga diminta oleh pihak SPRM untuk membantu siasatan bagi jualan sebuah bangunan di KLCC kepada syarikat perbankan Islam antarabangsa, di mana kami telah mengemukakan bukti bayaran melalui slip, kenyataan video dan testimonial bertulis di mana saya telah bertindak sebagai saluran bagi DS Najib dan DS Rosmah, dan wang telah diserahkan ke tangan mereka dalam berbagai bentuk dan suasana dalam tempoh dua (2) tahun, Pengarah Kanan SPRM yang mengetuai penyiasatan itu ialah Datuk Jamidan, yang juga terlibat dalam kes Sime Darby.
Mengapa setelah begitu banyak bukti yang dikemukakan secara terang-terangan dan mengikut saluran, sehingga kini masih tiada siasatan yang dibuat terhadap DS Rosmah, DS Najib or Datuk Nazim? Adakah keadaan ini melibatkan "dakwaan untuk individu terpilih" atau siasatan di peringkat yang berbeza untuk orang yang berlainan taraf? Macam mana lagi Tun hendak saya buat untuk mendapatkan keadilan? Kini mari kita berbicara tentang pengalaman saya di mahkamah pula.
Tun,
Saya telah membeli 200 ekar bidang tanah daripada Raja Ropiah pada tahun 2007, kini beliau adalah Ketua Wanita Umno Selangor dan Ketua Wanita BN. Kami telah membayarnya secara tunai sebanyak RM13,000,000.00 dan bond tanah (Waranti Bank) sebanyak RM72,500,000.00 telah dikeluarkan bagi tujuan bayaran. Selepas menerima wang tersebut, Raja Ropiah secara sengaja telah melewatkan pengeluaran geran tanah buat kami dengan cara mengabaikan tanggungjawabnya untuk menyerahkan geran itu dan sebaliknya telah membuat janji dengan CBT untuk menjual tanah tersebut kepada syarikat lain dengan harga yang lebih tinggi dan juga telah mengumpul sejumlah wang tunai hampir kepada RM90,000,000.00 dan Waranti Bank daripada mereka.
Ini juga terjadi ketika bon tanah kami masih sah digunakan dan meminta sejumlah RM13,000,000.00 daripada kami dalam bentuk tunai. Kami juga telah membayar secara tertutup di mahkamah terbuka sebanyak RM8,000,000.00 kepada keluarga DS Najib. Saya telah membuat laporan polis dan sehingga kini masih tiada tindakan terhadap Raja Ropiah dan keluarga D. Najib.
Sebaliknya saya perlu melalui pengalaman memeritkan dan menerima notis disita daripada Bank yang bergelar "16 D", yang tidak lain tidak bukan daripada firma guaman milik adik DS Najib, Datuk Johari Razak, Shearn Delamore, tepat 24 jam selepas sidang media memaklumkan rasuah dan tindakan tidak bermoral pasangan ini. Tun, jika tidak keberatan, harap dapat maklum pada saya, bank manakah yang membuat sitaan tanpa melalui peringkat undang-undang yang betul?
Sitaan mereka berjumlah RM30,000,000.00 dan secara kebetulan Boustead Holding tiba-tiba muncul hendak membeli syarikat kami yang memiliki tanah sejumlah 200 ekar di atas kertas ini, di atas nama Asta Canggih Sdn Bhd dengan jumlah jualan RM30,000,000.00!! Sangat ajaib bukan?? Yang lebih menariknya, syarikat Boustead juga telah membayar pendahuluan sebelum menandatangani perjanjian pembelian, dengan syarat kami menarik-balik kes dari mahkamah serta-merta, memandangkan tarikh untuk kes dibaca dalam mahkamah terbuka adalah dalam minggu yang sama. Sekarang Tun, tolong nasihatkan saya, apakah yang akan Tun sendiri lakukan dalam situasi begini? Apa yang menarik sekali, Raja Ropiah turut dibayar sebanyak RM29,000,000.00 sebagai 'hukuman' dia untuk CBT.
Tun,
Kami telah menjual sebuah bangunan kepada sebuah badan bank Islam antarabangsa pada tahun 2008 dan mereka gagal untuk membayar kepada kami pada tahun 2010 apabila pemegang saham yang baru menyertai mereka. Kini kami telah memenangi kes ini di mahkamah melalui pengadilan pada 7 November 2012 dan Mahkamah mendapati Bank Islam Antarabangsa:-
a) menggunakan tindakan yang melanggar undang-undang untuk membuat konspirasi terhadap kami secara sengaja
b) melanggar perjanjian Surat Pengambilalihan yang dikeluarkan terhadap kami c) terlibat dalam pengeluaran dan pelepasan surat salah laku untuk memusnahkan kami dan perniagaan kami
Bank tersebut juga telah didedahkan di mahkamah terbuka bahawa:
i) telah menipu apabila bertindak sebagai pendeposit dengan membeli asset menggunakan syarikat bersama di mana mereka mengakui mempunyai hak milik sebanyak 19% padahal sebenarnya ia adalah milik mereka 100%, melalui Deklarasi Pengakuan Amanah, di mana mereka kemudiannya dipaksa mengaku di mahkamah terbuka dengan kemunculan Deklarasi Pengakuan Amanah tersebut ii) telah menipu berbagai organisasi seperti Bank Negara Malaysia, SC, FIC dan juga ROC dengan menggunakan nama-nama pemegang saham Malaysia untuk mengelak deklarasi pemilikan asing dalam mendapatkan kelulusan iii) menipu Bank Negara Malaysia, dengan menunjukkan pinjaman melebihi modal berbayar pada ketika yang sama sebagai pinjaman pihak ketiga Syarikat di mana pada sebenarnya ia adalah pinjaman untuk anak syarikatnya sendiri.
Tun,
Kami telah menulis kepada Bank Negara Malaysia untuk mengambil tindakan yang dirasakan patut buat Bank Islam Antarabangsa ini mengikut undang-undang perbankan:-
a) Tukar CEO serta-merta b) Hadkan atau menahan lessen bank untuk mengelak bank daripada menerima pendeposit c) Pihak Bank perlu membuat pengumuman mengenai konspirasi ini dan memberitahu kepada pendeposit dan pemegang sahamnya di Malaysia dan Timur Tengah di mana ia adalah sebuah syarikat yang disenarai di Bursa Saham dan ditadbir oleh Badan Amanah.
Tun,
Saya telah banyak kali menulis surat buat Tan Sri Zeti dan Ahli Lembaga Bank Negara Malaysia sehingga kini tetapi masih belum dibalas, mengapa? Kerana bank Negara maklum bahawa DS Rosmah dan D Nazim terlibat dalam penjualan bangunan itu? Mengapa? Kerana surat dan kenyataan video kami kepada SPRM pada tahun 2011 telah membuktikan bahawa kedua mereka terlibat di dalam transkrip termasuk bukti-bukti bayaran yang telah dibuat?
Oleh itu Tun, mempunyai institusi keadilan yang suci seperti Mahkamah di Malaysia ini tidak mencukupi jika institusi Bank Negara Malaysia turut mendendangkan irama DS Rosmah dan tidak lagi lagu 'I did it my way'.
Izinkan saya bertanya kepada Tun, adakah Tun mahu melihat Barisan Nasional dan Malaysia ini dirosakkan oleh pasangan rasuah yang tidak bermaruah ini? Saya inginkan pandangan Tun, apakah yang saya dapat jika saya ke mahkamah dan memenangi kes ini? Kesemua institusi di Negara ini adalah di bawah kawalan pasangan Bonnie & Clyde ini. Ke mana kami pergi selepas ini? Ke Mahkamah Antarabangsa? Media? Atau pembangkang? Harap Tun dapat nasihatkan saya dengan kebijaksaan yang Tun miliki itu kerana saya sendiri sudah jijik dengan apa yang berlaku di Malaysia sejak 11 tahun yang lagi di dalam kerajaan ini.
Saya sangat sedih dan kecewa dengan kenyataan media Tun yang meminta agar saya tidak dipedulikan. Bagaimana untuk tidak mempedulikan saya jika sebenarnya saya kini sedang mempertahankan maruah dan integriti Negara? Mungkin Tun telah mendengar di pihak yang salah jika mereka mengatakan saya bekerja dengan pihak pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan. Tun, saya adalah seorang negarawan, saya tidak akan menjatuhkan maruah Negara saya, TIDAK.
Tun,
Tun sendiri pernah berkata, Najib sangat lemah, di mana ia merupakan satu reality. Kaum Cina tahu rasuah ini tidak akan berakhir dan kaum Melayu juga tahu, hanya mereka yang kaya sahaja akan lebih kaya, manakala yang lain akan sentiasa bergantung kepada biasiswa, KR1M, BR1M dab DR1M, di mana kami semua menjadi seperti pengemis atau hamba, dan menyebabkan jumlah hutang kita mencecah kepada RM1 trillion pada 2014. Semua orang juga tahu bahawa PM yang sebenar ialah Rosmah dan Najib hanyalah seorang PM Santa Claus yang gembira dengan tugasnya.
Apa yang saya risaukan bukan sahaja Negara ini akan mogok ketika atau selepas pilihanraya tetapi juga pihak tentera yang akan bertindak mengawal semua keributan akibat daripada pilihanraya yang kotor. Dengan mengambil risiko sendiri, saya meminta Tun M mencadangkan kepada Najib agar beliau meletakkan jawatan dan membiarkan timbalannya mengambil alih BN mengetuai pilihan raya akan datang di mana perlu berlaku dalam tempoh 60 hari akan datang.
Tun,
Saya harap surat ini diterima Tun dengan penuh ikhlas tidak kira bagaimana pahitnya kebenaran itu, ia tetap yang benar dan sentiasa mendahului setiap penipuan dan penafian daripada perampas dan pembunuh.
Ikhlas,
DEEPAK J TEKWANI
Posted: 14 Feb 2013 07:04 PM PST
PANAS MAKIN PANAS ...RAHSIA@ SULIT YANG TIDAK RAHSIA LAGI... SURAT NAJIB RAZAK YANG MEMBERI KELULUSAN MUTLAK BIBLE BOLEH MENGGUNAKAN BAHASA MELAYU DICETAK DINEGARA KITA..TELAH TERBONGKAR
Posted: 14 Feb 2013 06:56 PM PST
KISAH BENAR: SECEBIS CERITA DUKA DARI GANGNAM
KISAH BENAR: SECEBIS CERITA DUKA DARI GANGNAM
oleh Mohamad Sidik pada pada 7hb Oktober 2012 pukul 12.14 ptg Malam tadi setelah keluar dari masjid seusai selesai solat Isyak di masjid berdekatan dengan rumah, saya berjalan kaki seorang diri pergi ke sebuah kedai makan untuk makan malam. Pengunjung di kedai makan yang saya tuju itu agak ramai dan boleh dikatakan hampir kebanyakan meja di kedai ter sebut sudah penuh. Saya memilih untuk duduk di salah sebuah meja di bahagian paling hujung seorang diri yang ketika itu tiada orang di meja tersebut. Apabila pelayan datang saya pun memesan makanan yang saya mahu. Selepas beberapa ketika pelayan tersebut pergi datanglah pula seorang gadis muda berkulit cerah berjubah dan bertudung hitam gaya wanita Arab ke meja saya seraya bertanya,
"Tuan, boleh saya duduk di sini..? Kamu lihat, tempat-tempat di meja lain semua sudah penuh.."
"Oh, ok.. tak mengapa. Silakan duduk.." jawab saya agak terkejut dengan sapaan gadis itu. Perbualan kami dalam bahasa Inggeris.
Kemudian pelayan datang kepadanya dan dia hanya memesan 'fresh orange' untuk minuman. Apabila pelayan pergi saya memberanikan diri bertanya kepadanya dengan rasa pelik, "Kamu seorang diri sahaja? Dan kamu kelihatan bukan orang Malaysia, bukan?"
Dia mengangkat wajahnya dari telefon pintarnya ke arah saya lalu menjawab dengan tersenyum, "Oh saya dari Korea Selatan, dan saya ingin ke rumah seorang kawan.."
"Oh Korea Selatan.. sekarang negara itu sedang 'famous' dengan tarian Gangnam Style.." jawab saya spontan bersahaja sambil tersenyum dan menganguk-angguk sendirian tatkala mata gadis itu kembali ke telefon pintarnya sambil menggerak-gerakkan jarinya di atas skrin sesentuh dan kadangkala dia juga tersenyum seorang diri melayan sesuatu dari telefon pintarnya.
"Gangnam Style..? Apa yang kamu tahu tentangnya.. ia tarian yang dilaknat Tuhan. Saya menganggapnya diilhamkan oleh Iblis kepada artis itu." jawabnya dengan nada yang tegas dan berani.
"Oh ok ok, minta maaf..saya tak bermaksud menyinggung perasaan kamu.." jawab saya serta-merta. Perbualan terhenti seketika beberapa lama. Selepas kira-kira 15-20 minit pelayan kembali datang dengan membawa pesanan saya dan minuman gadis itu. "Kamu mahu tahu apa yang saya tahu tentang Gangnam?" tanya gadis kembali itu kepada saya.
"Jika kamu berminat untuk bercerita kepada saya, saya akan mendengarnya…" jawab saya dengan tenang sambil mula menghirup jus tembikai susu yang saya pesan. "Ok sekejap beberapa minit, selepas saya membalas mesej-mesej ini.." jawabnya sambil jari-jemarinya ligat bermain di dada skrin telefon pintarnya.
Saya hanya mengangguk-angguk sambil mengangkat kening dan mula menyuap makanan dengan sudu ke dalam mulut walaupun saya sedar bahawa memakan dengan menggunakan tangan itu lebih menepati Sunnah Rasulullah SAW.
"Baik, sekarang saya akan bercerita tentangnya.. ia sesuatu yang menarik tetapi pelik dan menakutkan." kata gadis itu kembali. "Ok, seakan-akan ada satu perkara besar yang kamu ingin sampaikan kepada saya." jawab saya kembali sambil mulut mengunyah nasi.
Kemudian dia diam kira-kira sepuluh saat, mengambil nafas lalu memulakan ceritanya kepada saya,
"Di Gangnam ada satu pertandingan pelik yang diadakan untuk gadis-gadis muda untuk menjadi perempuan-perempuan simpanan bagi orang-orang kaya dan para jutawan. Kebanyakan gadis muda yang menyertai pertandingan tersebut adalah mereka yang ingin mencuba nasib apabila gagal mendapat tempat dalam pekerjaan atau terlalu teruja untuk menikmati hidup mewah bersama orang-orang kaya… mereka dijanjikan dengan hadiah yang sangat lumayan, kereta mewah, jet peribadi dan rumah besar seperti istana dengan kolam renang jika memenangi pertandingan tersebut."
Kemudian dia diam lagi... kali ini dia pula meminum minuman 'fresh orange'.. dia diam dengan agak lama tanpa berkata apa-apa. "Ok, kemudian..?" tukas saya lagi ingin tahu.
"Oh, ia sesuatu yang amat dahsyat dan keji dan saya hampir tidak mahu menceritakannya kepada kamu. Tapi saya akan cuba ceritakannya juga agar kamu dapat tahu apa kisah benar yang berlaku.." sambungnya lagi.
"Iya, sila sambung lagi... saya memang ingin tahu tentangnya." balas saya lagi. "Ok... Pertandingan itu, untuk sampai ke tempat pertandingan tersebut, para peserta yang terdiri daripada perempuan-perempuan muda yang cantik masing-masing dikehendaki menunggung seekor kuda kira-kira 500 meter dari tempat para peserta berkumpul ke tempat pertandingan yang merupakan sebuah istana besar dan mewah milik seorang jutawan di Gangnam. Kamu bayangkan, mereka semuanya menunggang kuda dengan memakai kasut tumit tinggi, baju jarang dan skirt singkat yang seksi sambil diiringi pihak penganjur pertandingan dengan helikopter.."
"Setelah sampai di sana mereka disambut oleh pihak penganjur di istana itu dan dibahagikan kepada dua kumpulan. Setiap kumpulan akan melalui dua laluan yang berbeza. Pertandingannya ialah laluan berhalangan untuk sampai ke destinasi yang terakhir. Ia seperti pertandingan dalam rancangan 'Wipe Out' di dalam TV jika kamu pernah melihatnya. Setelah sampai di destinasi terakhir pula, para peserta yang berjaya dari dua kumpulan itu akan bertarung pula sesama sendiri. Jika pihak lawan tewas maka peserta yang masih bertahan akan dianggap sebagai pemenang dan mendapat wang bernilai jutaan USD. Laluan berhalangan itu sangat berbahaya, namun para peserta hanya melakukannya dengan memakai kasut tumit tinggi dan pakaian seksi mereka sambil disaksikan dan disorak oleh para jutawan yang melihat aksi-aksi mereka tersebut dari sebuah ruang balkoni bilik mewah di istana tersebut. Saya tidak pasti ianya dirakam ataupun tidak."
Terus-terang, ia adalah pertandingan membunuh diri yang paling gila…" "Ok, kemudian.. apa yang berlaku?" tanya saya mencelah dengan rasa teruja.
"Satu ketika di salah satu trek, para peserta dikehendaki memanjat palang-palang besi untuk melintasi salah sebuah menara di istana tersebut, palang tersebut sangat tinggi dan di bawahnya ada kolam renang. Di satu sudut yang lain, para jutawan pula menyaksikan aksi-aksi peserta dari dalam sebuah bilik mewah sambil menikmati hidangan dan minuman arak yang mahal bersama gadis-gadis mereka."
"Ramai perserta ketika itu yang terjatuh ke bawah ketika cuba memanjat palang-palang besi tersebut. Ada yang terhempas ke lantai dan kepalanya pecah. Ada yang patah tangan dan kaki. Ada yang pecah badannya. Kolam renang tersebut penuh dengan darah dan ada yang mati lemas ketika jatuh ke dalamnya setelah gagal untuk berenang keluar dari kolam renang yang dalam tersebut. Mereka semua para gadis yang tidak berupaya dan mereka sangat kasihan."
"Yang lebih keji daripada itu, mereka yang tercedera ketika itu langsung tidak dibantu.. malah dibiarkan sahaja untuk disorak dan ditertawakan oleh para jutawan yang melihat mereka sepanjang pertandingan. Akhirnya apa yang saya tahu, hanya dua orang gadis sahaja yang berjaya melepasi laluan itu daripada keseluruhan 30 orang gadis yang menyertainya... saya dikhabarkan walaupun dua gadis itu akhirnya berjaya, mereka kini hidup dengan trauma dan penuh ketakutan di sisi para jutawan gila tersebut. Mereka kini hidup seperti hamba di dalam istana zaman purba. Tiada tamadun dan tiada akhlak... hanya menjadi hamba suruhan lelaki-lelaki kaya yang merantai hidup mereka sahaja. Lebih malang lagi gadis-gadis yang sudah terjerumus ke sana tidak boleh lari daripada golongan kaya gila itu. Jika cuba untuk lari kemungkinan mereka akan dibunuh."
Sampai di sini tiba-tiba gadis itu sebak... wajahnya berubah dan air matanya serta-merta mengalir laju dan menangis teresak-esak. Saya sudah tentu sangat terkejut dengan perubahannya secara tiba-tiba itu, dan cuba memujuknya,
"Hey, please don't cry here… people will look to us. Please calm down. I'm sorry so much to make you telling me this story…" kata saya kepadanya perlahan dengan suara hampir berbisik.
Namun saya membiarkannya dengan keadaannya itu untuk beberapa ketika. Kemudian saya berkata kepadanya, "Saya tak tahu apa sebenarnya yang membuatkan kamu menangis, tapi saya minta maaf banyak-banyak kerana disebabkan saya kamu menangis. Sebenarnya saya sangat terkejut mendengar cerita kamu. Ia sesuatu yang sangat dahsyat yang belum pernah saya mendengarnya sebelum ini.."
Ia ok... ia ok... ia ok... (sambil mengesat air matanya dengan sapu tangan miliknya)... maafkan saya kerana tiba-tiba bersikap pelik tadi. Kamu tahu, salah seorang gadis yang mati kerana pecah badannya ketika jatuh di pinggir lantai kolam renang itu ialah adik perempuan saya sendiri... Ibu saya membunuh diri kerananya dan bapa saya menjadi gila. Setelah ibu saya membunuh diri bapa saya sakit selama berbulan-bulan lalu akhirnya meninggal dunia."
Pada waktu ini dia kembali diam beberapa minit… saya pula tergumam dan tidak terkata apa-apa… setelah itu dia menarik nafasnya dalam-dalam lalu menyambung kembali kisahnya,
"Ibu-bapa saya hanya memiliki dua orang anak perempuan dan adik saya sudah menjadi mangsa kepada nafsu gila orang-orang kaya Korea."
"Sejurus selepas tamat pertandingan tersebut, saya dihubungi seorang wanita yang memberitahu bahawa adik saya telah pengsan dan cedera parah kerana kemalangan dan saya dikehendaki ke hospital untuk melihatnya. Wanita itu menyatakan dia mendapat nombor telefon saya daripada adik saya. Apabila saya dan ibu-bapa saya tiba ke hospital, kami dikhabarkan adik saya telahpun meninggal dunia. Saya memarahi wanita tersebut dan mendesaknya bertubi-tubi untuk menceritakan kisah sebenar kepada saya... dan akhirnya selepas beberapa hari dia menceritakan keseluruhan kisah ini kepada saya. Setelah tahu kisah sebenar, kami sekeluarga meraung dan menangis macam orang gila kerana tidak pernah menyangka adik saya sanggup menyertai pertandingan gila tersebut hanya untuk hidup mewah sebagai gadis simpanan orang-orang kaya. Namun wanita itu berkata ia adalah pilihan adik saya sendiri."
"Beberapa minggu kemudian ibu saya membunuh diri pada satu malam dengan menelan aspirin sebanyak 200 biji. Keesokan harinya ibu saya koma dan apabila saya dan bapa menghantarnya ke hospital, pada malam harinya dia meninggal dunia. Bapa saya pula selepas itu sakit jiwa sebelum mengalami sakit tenat yang membawanya meninggal dunia. Saya pula hidup tidak menentu dan mujurlah masih mempunyai seorang sahabat wanita beragama Islam yang terus berjuang agar saya dapat meneruskan kehidupan dengan tabah. Berulang-ulang kali dia mengingatkan kepada saya bahawa kehidupan ini adalah anugerah Tuhan dan orang yang beriman tidak akan berputus asa."
"Dan kerana itu saya melihat kamu kini sebagai seorang Muslimah..?" saya mencelah ceritanya.
"Alhamdulillah, terima kasih kepada Tuhan. Sahabat saya itu telah membawa saya berjumpa dengan seorang imam di bandar Seoul untuk memulihkan semangat hidup saya. Imam itu mula bercerita kepada saya tentang Allah, Islam dan Nabi Muhammad. Saya menerima segala ajarannya dengan lapang hati seakan-akan ia satu-satunya pilihan yang ada. Benar, Islam adalah satu cahaya yang sangat terang seperti matahari dan mendamaikan seperti bulan purnama yang kembali menyuluh seluruh hidup saya dan saya terus berubah kepada agama ini tanpa ragu-ragu. Dan kamu tahu tak, jiwa saya berasa sangat-sangat tenang dan damai ketika mendengar ayat-ayat Al-Quran yang berkumandang di ibu pejabat markaz Islam di bandar Seoul. Imam itu salah seorang ahli pengurusnya. Saya tidak pernah mendengar muzik-muzik yang sangat indah seperti ayat-ayat Al-Quran sebelum ini dalam hidup saya."
Kini suara gadis itu kembali gagah seraya berkata, "Alhamdulillah, saya bersyukur kerana diselamatkan Tuhan dan kembali dihidupkan semula sebagai seorang Islam setelah saya kehilangan segala-galanya akibat kekeringan jiwa masyarakat dunia terutama masyarakat Korea yang hidup sesat tanpa agama. Mereka semua telah sesat tanpa panduan hidup yang benar daripada Tuhan."
Setelah itu dia diam dan meminum minumannya...
"Kisah kamu amat menarik tetapi menakutkan. Adakah kamu sudah mengambil tindakan undang-undang bagi pihak adik kamu, atau melaporkannya kepada media atau berbuat sesuatu?" ujar saya kembali kepadanya.
"Lupakan sahajalah, saya sudah melaporkannya kepada pihak polis, sudah menceritakannya kepada beberapa orang wartawan dan melaporkannya secara bersumpah kepada beberapa orang peguam. Pihak polis enggan melakukan pendakwaan kerana tiada bukti-bukti yang kukuh mengenainya. Tiada video dan tiada saksi-saksi lain yang mahu tampil kepada pihak berkuasa selain saya. Mungkin ada namun ia tidak memadai. Wanita yang membawa adik saya ke hospital itu juga sudah menghilangkan diri. Saya cuba menghubungi nombor telefon bimbitnya berali-kali namun dia tidak dapat dihubungi. Kali terakhir saya mendengar tentangnya melalui seorang peguam yang mendapat khabarnya daripada seorang detektif polis ialah dia sudah meninggal dunia akibat kemalangan. Para peguam lain dan wartawan yang saya ceritakan kisah ini kepada mereka kesemuanya telah diugut untuk tidak mendedahkannya kepada umum. Mungkin begitu juga yang terjadi kepada mangsa-mangsa yang lain. Laporan polis di sana pula menyatakan gadis-gadis yang meninggal dunia akibat cedera parah itu adalah kerana rabung palang-palang besi di istana itu roboh ke bawah ketika mereka semua sedang berada di atasnya kerana ketika pihak polis sampai di sana palang-palang besi itu sudah pun dirobohkan. Manakala mangsa-mangsa yang masih hidup setelah kecederaan masih mengalami trauma yang dahsyat dan ada yang cacat seumur hidup walaupun mereka mendapat bayaran ganti rugi insurans yang banyak. Apa yang saya tahu mereka semuanya diugut akan dibunuh jika mendedahkan peristiwa sebenar kepada pihak polis. Yang pasti di sana wujud monster-monster besar yang menutupi kes ini termasuk menteri-menteri kerajaan… ia berkaitan dengan wang dan kuasa. Dan sudah tentu kamu tahu apa yang wang dan kuasa boleh buat pada kita." jawabnya lagi dengan panjang lebar yang sarat dengan hujah.
"Oh, ok... ianya sesuatu yang gila pernah saya dengar. Jadi sekarang berapa umur kamu dan mengapa kamu berada di Malaysia? Dan... apa yang kamu sedang buat di Malaysia sekarang? Dan lagi… bilakah peristiwa sedih itu berlaku?" tanya saya bertubi-tubi kepadanya dengan rasa ingin lebih tahu.
"Kamu agak saya berumur berapa…?" "Saya tidak mahu mengagak dan saya tidak tahu berapa umur kamu."
"Kisah sedih itu hanya berlaku pada tahun lepas, dan saya tidak mahu sebut apa bulan dan harinya. Cukuplah kamu tahu ia berlaku pada tahun lepas. Kini saya berumur 29 tahun dan saya di berada di Malaysia kerana ingin cuba mendaftar kursus bahasa Arab di ******* University dengan sahabat wanita Muslimah saya dari Korea itu. Tadi saya bertemu-janji dengannya untuk bertemu di sini. Kami rakan serumah dan dia tadi menziarahi rakan kami orang Malaysia di kawasan ini. Saya sampai ke sini lewat sedikit dengan teksi." jawabnya berterus-terang dengan nada jujur.
"Oh, kamu sungguh berani. Di Malaysia tidak ramai wanita yang berani naik teksi seorang diri pada waktu malam. Terima kasih kerana menceritakan kisah ini kepada saya.. saya amat menghargainya dan mudah-mudahan suatu hari Allah akan membalas dendam untuk kamu dan mangsa-mangsa lain yang telah teraniaya..." kata saya lagi kepadanya sambil mengangguk-angguk.
"Sudah tentu...! Suatu hari nanti semua orang dan dunia akan tahu mengenai kejahatan tersembunyi di bandar Gangnam yang dilaknat itu!" tukasnya dengan nada yang keras. "Kamu ingat artis yang mecipta lagu Gangnam gila itu menyukai cara hidup bandar Gangnam..? Saya rasa dia amat sinis tentangnya dan dia pernah berasa tertekan dengan cara hidup di sana.. namun kini dia sudah menjadi sebahagian daripada mereka. Semoga Tuhan melaknat mereka semua. Saya menyerahkan kepada Tuhan untuk membalas segala kejahatan mereka."
"Whoa... kamu nampaknya sangat marah dengan Gangnam..." balas saya sambil mengangkat kedua-dua kening dan menyedut jus tembikai susu yang masih berbaki menggunakan straw. "Oh, jangan kamu berpura-pura seperti tiada perasaan dan tidak mempunyai perikemanusiaan.." balasnya pantas kepada saya. "Tidak, tidak... saya benar-benar terkejut dan simpati dengan kisah kamu. Bahkan di sebalik itu, saya dapat melihat kamu seorang yang tabah, kuat dan berani." balas saya kembali untuk menenangkannya. "Oh ya, adakah kamu datang sini dengan biaya sendiri? Bagaimana dengan suami kamu dan kerjaya kamu di Korea?" tanya saya kepadanya dengan meneka-neka.
"Hahaha, saya masih belum bersuami dan saya telah menjual segala apa yang saya ada di Korea untuk datang ke sini. Saya mahu belajar bahasa Arab di sini dan merancang mahu ke Mesir atau ke Islamic Center di Chicago selepas ini untuk belajar lebih banyak tentang Islam di sana. Kamu juga tahu, Timur Tengah kini tidak stabil dan saya masih ragu-ragu untuk ke Timur Tengah. Imam yang mengislamkan saya itu pernah memberitahu saya bahawa dahulunya dia belajar bahasa Arab dan agama Islam di Syria di sebuah universiti yang namanya An-Nur." jawabnya dengan reaksi yang kembali ceria sambil tersenyum.
"Oh dulu saya juga pernah belajar di Syria, dan universiti itu namanya Universiti Abu Nur." jawab saya. "Oh benarkah? Ceritakan kepada saya tentang Syria... saya bertuah bertemu dengan kamu." tukasnya teruja dengan muka yang sangat gembira.
Sesampainya di sini perbualan kami mula bertukar topik kepada isu Syria dan pergolakan di Timur Tengah serta topik-topik lain yang sudah tiada kena-mengena dengan Gangnam. Saya juga bercerita sedikit sebanyak tentang latar belakang diri saya kepadanya sebagai membalas kisah hidupnya yang telah dia ceritakan kepada saya.
Lama juga kami bersembang sejak jam 9.00 malam tadi. Kira-kira jam 10.30 malam rakan gadis itu datang ke kawasan kedai tersebut dan gadis itu meminta izin untuk pergi. Dia membayar segala pesanan makanan saya dan memperkenalkan dirinya sebagai Sofiyyah dan rakannya bernama Nadiah. Katanya nama mereka berdua diberikan oleh imam yang mengislamkan mereka di bandar Seoul merangkap guru murabbi mereka di Korea Selatan. Saya pula beruntung kerana makan malam saya ada orang belanja.
Kedua-dua mereka pernah lahir sebagai manusia yang tidak pernah menganut sebarang agama di Korea namun kini Allah telah memuliakan mereka dengan agama Islam yang suci. Saya tidak tahu sejauh mana kebenaran cerita Sofiyyah tentang kisah yang berlaku kepada adiknya di Gangnam. Kebenaran kisah tersebut saya serahkannya bulat-bulat kepada Allah. Namun saya berminat untuk kongsikan kisah ini kepada para pembaca agar para pembaca dapat membuat penilaian sendiri. Kisah tersebut mungkin benar dan mungkin tidak benar. Namun, di sebalik kisah yang saya pindahkan daripada Sofiyyah ini, dapatlah kita mengetahui sesuatu dan menjadikannya sebagai pengajaran.
Apa yang saya suka kongsi satu iktibarnya ialah, saya melihat betapa Sofiyyah amat bersyukur dan menghargai nikmat Islam yang dikurniakan Allah kepadanya. Dia sanggup meninggalkan negerinya dan menjual segala hartanya demi mempelajari bahasa Arab di bumi Malaysia bagi memahami Al-Quran, malah dia bercita-cita untuk terus mengembara bagi mempelajari ilmu-ilmu Islam dan menjadi seorang pendakwah Muslimah di negara Korea untuk Islamkan lebih ramai penduduk Korea. Dia seorang yang amat berani, tabah dan cekal. Lihat saja, bagaimana dia seorang diri berani menyapa seorang lelaki asing seperti saya di awal kisah tadi. Apa yang saya lihat padanya, tiada sebarang ketakutan di dalam dirinya dan harapan hidupnya telah seratus-peratus diserahkan kepada Allah. Dia telah menjual seluruh jiwa dan raganya hanya kepada Allah semata-mata. Di sebalik kekuatan dirinya sekarang, saya juga yakin di belakangnya ada seorang murabbi mursyid yang hebat, iaitu sang imam yang telah mengislamkannya. Biasanya di sebalik orang-orang yang hebat, di belakang mereka sudah tentu ada para pendidik yang jauh lebih hebat lagi. Di dalam hati saya berkata sudah tentu peribadi sang imam itu lebih hebat lagi kerana berjaya membaiki diri Sofiyyah menjadi lebih kuat sepertimana sekarang. Ia bukanlah sesuatu yang mudah untuk memulihkan, mendidik dan membangunkan jiwa manusia yang sudah rosak teruk seperti Sofiyyah dan menjadikannya seorang srikandi yang gagah perkasa jiwanya.
Sepanjang berjalan kaki pulang ke rumah, saya banyak tertanya-tanya di dalam hati betapa kita ini begitu leka dan tidak bersyukur dengan nikmat beragama Islam yang telah Allah anugerahkan kepada kita sejak kita dilahirkan ke alam dunia.
Di dalam hati saya sepanjang pulang, "Allahu Rabbi.... alhmdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah." Sambil kaki saya sekali-sekala menyepak batu-batu kecil di jalanan dan kedua-dua tangan dimasukkan ke dalam poket jubah putih kiri dan kanan seraya muka menunduk ke arah tanah...
Sehingga saat ini saya masih tetap berfikir sendirian, kisah Sofiyyah ini ialah apa yang saya dengar berlaku di negara Korea yang maju.. bagaimana pula dengan kisah-kisah gelap seperti kisah gadis-gadis Melayu Islam yang menjadi pelacur kelas atasan di negara kita. Sudah tentu banyak juga kisah-kisah gelap yang tidak pernah kita dengar tentang mereka. Sebelum ini saya pernah juga mendengar mengenai kisah-kisah kongsi gelap di negara kita yang dilindungi oleh orang-orang besar.
Allahu Allah, betapa teruknya manusia menjadi hamba wang dan kuasa pada zaman ini... Ya Allah, selamatkanlah kami di dunia dan di akhirat...
[Kisah benar ini selesai ditulis semula pada: hari Ahad, 07 Oktober 2012, 10.55 AM]
Kejadian buruk pada Mahasiswa berulang kembali.Jam 3 petang Mahasiswa dihalang masuk ke Felda Chini Timur 3.Mereka telah ditahan di pintu masuk oleh anggota Rela.Arahan itu dikeluarkn oleh Pengurus Felda berkenaan.Alasan yang diberikan mereka tidak mahu sebarang kekacauan berlaku dan juga boleh menyebabkan berlaku perselisiahan faham antara penduduk.Hampir sejam perbincangan berlaku tetapi mereka tetap dengan pendirian untuk menghalang Mahasiswa terus masuk dalam kawasan Felda Chini Timur.Kami akur dengan keputusan pihak sana bagi mengelakkan sebarang kejadian buruk berlaku.Ini bukti demokrasi negara terus-terusan dicabuli oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Video atas suasana semasa belum ketibaan 3 pengurus rancangan Video atas Perbincangan antara Pelajar dan pengurus rancangan Video atas seorang peneroka naik berang dan mengaku mengeluarkan parang apabila sedikit pentengkaran berlaku.
Video saya baru sampai sesudah perbincangan selesai Rela dan SRS masih lagi mengawal lalu lintas.
HARARE 14 Feb. - Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Zimbabwe meletak jawatannya semalam, menjelang pembentukan Perlembagaan baharu pada Mac depan dan pilihan raya umum yang akan diadakan pada Julai depan.
Menteri Kehakiman, Patrick Chinamasa mengesahkan peletakan jawatan Simpson Victor Mutambanengwe, yang dilihat akan menyukarkan usaha kerajaan membentuk Perlembagaan baharu dan melaksanakan pilihan raya umum.
"Beliau merupakan seorang yang berpengalaman dalam mengendalikan pilihan raya dan kehilangannya dalam SPR akan menyulitkan keadaan," kata Chinamasa. - DPA
Komen : Kalau yepun BN/UMNO dah tertekan dah mengaku kalah dengan kebangkitan kesedaran rakyat takkan terdesak sampai sanggup menganiyai lagi nyawa rakyat Malaysia walaupun mereka bukan orang Pahang. Jangan ambil undang-undang ditangan sendiri, buatlah laporan Polis.Kenapa zalim sangat penyokong BN/UMNO ini atau samseng upahan untuk menjaga Parlimen Pekan yang dikatakan ramai pengundi bukan asal di dalamnya. Seronokkah DS Najib jika digelar Pekan tempat yang menakutkan orang?
Mahasiswa Diserang Samseng Umno Di Parlimen Pekan http://gayapeneroka.blogspot.com/2013/02/kurang-ajarnya-adun-p-manis-khairulddin.html PEKAN 13 FEB: 2 orang siswa(Pelajar Universiti lelaki) dan 2 orang siswi(Pelajar pengajian tinggi wanita) dari kumpulan Gerakan Mahasiwa PRU-13 diserang dengan parang oleh samseng Umno di Felda Chini 4, dalam Parlimen Pekan, pagi tadi.
Kumpulan itu diserang ketika mengedar risalah dan surat 'Harapan mahasiswa untuk rakyat Pekan' dari rumah ke rumah di kawasan Felda berkenaan pada jam 11 pagi.
Seorang siswa terlibat, Safwan Shamsudin berkata, kumpulan lima individu bermotosikal itu mengepung dan mengacukan parang ke arah mereka.
Menurut Safwan, kumpulan tersebut turut mengeluarkan kata-kata kesat serta mengarahkan beliau dan tiga lagi rakannya supaya keluar dari tempat kejadian.
"Bila nampak parang, kami pun beritahu (kepada pemuda bermotosikal), kami akan beredar. Salah seorang mereka merampas risalah (surat) yang kami bawa," kata siswa Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya itu lagi.
"Kami beredar balik ke rumah penunjukkan arah yang terletak kira-kira 500 meter daripada tempat insiden berlaku," katanya dipetik.
Ekoran itu, Safwan membuat laporan di Balai Polis Chini tengahari tadi.Ini serangan kedua selepas mahasiswa turun berkempen di kawasan Parlimen Datuk Seri Najib Razak itu.
Bukti Najib takut mahasiswa
Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Selangor, Azmizam Zaman Huri berkata, insiden ini bukti Najib goyah dan takut keputusan mahasiswa untuk melawan beliau pada pilihan raya umum (PRU).
"Jelas ada kegusaran sebenar yang disembunyikan Najib selaku orang nombor satu Umno yang bukan sahaja goyah di peringkat nasional, tetapi juga mungkin merasa bahang dibenci di kawasan sendiri," kata Azmizam dalam kenyataannya.
Menurut Azmizam, insiden serangan ke atas mahasiswa itu juga simbol kelemahan pentadbiran Najib yang semakin ditolak rakyat.
"Najib sebagai Ketua Umno Bahagian Pekan juga gagal melakukan transformasi terhadap ahli parti di tempat sendiri. Ini jelas menunjukkan kelemahan pentadbiran beliau," katanya.
"AMK Selangor percaya jika kawasan Parlimen yang diwakili Perdana Menteri sendiri tidak selamat untuk satu kempen demokrasi yang bebas, apakah nasib individu atau kumpulan lain yang cuba menjual idea dan hujah terutama ketika bahang PRU 13 semakin hampir," kata beliau.
Ekoran itu, beliau menuntut Perdana Menteri mohon maaf dan bertanggungjawab atas keganasan tersebut.
Semalam, tiga mahasiswa diserang samseng Umno di Kampung Datuk Keramat, Ganchong, Pekan.Salah seorang siswa itu, Ekhsan Bukhari, bekas Timbalan Presiden Aksi Mahasiswa Peduli (Aksi).
Kumpulan siswa berkenaan mendakwa ditumbuk dan disepak di kepala dan badan oleh lelaki tidak dikenali dalam kejadian pada kira-kira jam 1 petang itu.
Mereka dihalang ketika mengedarkan surat yang sama kepada pengundi di kampung berkenaan.Satu laporan polis dibuat di Balai Polis Pekan berhubung serangan itu.
Dalam kejadian itu, mereka mendakwa kereta yang mereka naiki disekat, kemudian diminta kad pengenalan.Selepas itu, mereka ditarik dari kereta dan ditumbuk serta dibelasah oleh samseng berkenaan.
Gerakan Mahasiwa PRU-13 menggerakkan anggotanya untuk mengedarkan risalah berkenaan selepas mengumumkan untuk meletakkan calon di kawasan yang diwakili Perdana Menteri itu.KD
Tiada ulasan:
Catat Ulasan