Khamis, 14 Februari 2013

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


PAS Negeri Sembilan

Posted: 13 Feb 2013 09:25 PM PST

PAS Negeri Sembilan


Ceramah Kelompok DUN Kota 18 Feb 2013

Posted: 13 Feb 2013 07:15 PM PST



CERAMAH KELOMPOK DAN PELANCARAN UPU KG SEMERBOK
Oleh Tn Hj Kamarul , Pengarah Pilihanraya PAS N.Sembilan
Tarikh : 18 Feb 2013, Isnin
Masa : 9.30 malam
Tempat : Bilik Gerakan Pakatan Rakyat UPU Kg Semerbok, Kota, Rembau

Kepada mereka yang ingin menjadi Sukarelawan Petugas Pilihanraya Pakatan Rakyat DUN Kota sila hubungi Tn Hj Roni 012-2268230

Kepada mereka yang ingin menyumbang ke Tabung Pilihanraya DUN Kota sila salurkan ke akaun berikut :
Nama akaun : PAS MTD DUN KOTA
No akaun : 05-021-02-011755-8
Bank : Bank Islam Malaysia Berhad

Dapatkan maklumat terkini di Rembau Hari Ini http://rembau-hari-ini.blogspot.com

Tabung Pilihanraya Umum ke 13 PAS Negeri Sembilan

Posted: 13 Feb 2013 06:19 AM PST


Kepada mereka yang ingin menyumbang sila salurkan terus ke akaun berikut :

Nama akaun : BADAN PERHUBUNGAN PAS NEGERI SEMBILAN
No akaun : 05030010000462
Bank : Bank Islam Malaysia Berhad
Hubungi Hj Ramli 013-8835185

Nama akaun : PAS KAWASAN REMBAU
No akaun : 05-012-01-007334-7
Bank : Bank Islam Malaysia Berhad
Hubungi Sdr Hamizi 012-2832458

Nama akaun : PAS DUN PAROI
No akaun : 05012010063902
Bank : Bank Islam Malaysia Berhad
Hubungi Hj Fisol 019-3440826

Nama akaun : MTD PAS CHEMBONG
No akaun : 0501-0000394-10-0
Bank : CIMB ISLAMIC
Hubungi Ustaz Nazri 019-3457690

Nama akaun : PAS MTD DUN KOTA
No akaun : 05-021-02-011755-8
Bank : Bank Islam Malaysia Berhad
Hubungi Hj Roni 012-2268230

CERAMAH KELOMPOK

Posted: 13 Feb 2013 12:24 AM PST


PAS Cawangan Serkam Darat

Posted: 13 Feb 2013 07:45 PM PST

PAS Cawangan Serkam Darat


Doktrin Sesat lagi Menyesatkan .. Demokrasi Konon

Posted: 13 Feb 2013 07:37 PM PST

Silap Kalau Ngundi BN Kali Ini

Posted: 13 Feb 2013 07:34 PM PST

Data Baru dari P124 Bandar Tun Razak KL

Posted: 13 Feb 2013 07:31 PM PST

PAS LENGGONG

Posted: 13 Feb 2013 07:26 PM PST

PAS LENGGONG


Posted: 12 Feb 2013 09:51 PM PST




Najib terima bahana akibat terlalu politikkan hiburan

Mohd Sabri Said,13 Feb 2013
PULAU PINANG: Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu (gambar) berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akhirnya menerima kesan yang memalukan akibat terlalu menggunakan hiburan untuk tujuan politik.

Beliau mengulas reaksi spontan penonton ketika Najib bertanyakqn adakah anda bersedia untuk Barisan Nasional (BN) sebelum persembahan Penyanyi Korea Selatan, Park Jae Sang (Psy) sempena Sambutan Perayaan Tahun Baru Cina di Kolej Han Jiang beberapa hari lalu.

Bagi beliau, apa yang berlaku mengambarkan rakyat sudah muak dengan sikap Najib, Umno dan BN yang selalu mengambil peluang terhadap bidang hiburan.

"Itulah risikonya akibat terlalu bermain politik dalam hiburan.  Kesannya makan diri.  Sebab rakyat kini bukan rakyat macam dulu tambahan golongan Tionghua yang bijak berpolitik,"
ujarnya.

Baginya, Najib tidak ikhlas mengadakan program seumpama itu dengan mengeluarkan perbelanjaan yang banyak semata-mata untuk menarik sokongan golongan muda.

Paling mengecewakan, apabila pihak BN sampai kini tidak menonjolkan siapakan atau syarikat mana yang membiayai Psy ke Malaysia.

Memang pelik kenapa penaja tidak ditonjolkan sedangkan lazimnya penaja akan ke hadapan untuk kepentingan perniagaanya.

Ini mungkin sambung Mohamad, ada benda yang ingin diselindungkan daripada pengetahuan rakyat yang perihatin.

Sebagai rakyat, katanya, mereka mahu tahu siapa penajanya kerana  ia menelan jutaan ringgit wang rakyat.

"Jika tak salah kenapa sembunyikan siapa penaja Psy," soalnya

Posted: 12 Feb 2013 09:25 PM PST


Ayah Mahathir Pendatang Asing...

Mahathir Sepatutnya Ucap Terima Kasih Kepada Tunku... Kalau kewarganegaraan itu tidak diberi kepada bapanya, mungkin hari ini Mahathir berada ditanah air bapanya iaitu di Kerala.

Ayah Mahathir adalah pendatang dari Kerala, Selatan India etnik Malayalam. Iskandar Kutty berhijrah ke Tanah Melayu dan memeluk Islam serta berkahwin dengan orang melayu dan menukar namanya kepada Mohamed.



Ayah Mahathir Pendatang Asing...  Mahathir Sepatutnya Ucap Terima Kasih Kepada Tunku... Kalau kewarganegaraan itu tidak diberi kepada bapanya, mungkin hari ini Mahathir berada ditanah air bapanya iaitu di Kerala.  Ayah Mahathir adalah pendatang dari Kerala, Selatan India etnik Malayalam. Iskandar Kutty berhijrah ke Tanah Melayu dan memeluk Islam serta berkahwin dengan orang melayu dan menukar namanya kepada Mohamed.

Posted: 12 Feb 2013 09:09 PM PST



Najib tanya "Are you ready for BN?" tapi rakyat jawab

Harakahdaily,11 Feb 2013
PULAU PINANG:Begitulah nasib BN, walaupun dengan menjemput penyanyi sensasi K-Pop Korea Psy untuk mempersembahkan lagu termashyurnya Oppa-Gangnam Style tapi ia masih tidak cukup untuk menolak kemahuan rakyat untuk menolaknya.

30,000 orang memenuhi kawasan padang Kolej Han Chiang di Pulau Pinang hari ini untuk sambutan Tahun Baru Cina yang dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.

Najib turut ditemani bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, pemimpin BN negeri Teng Chang Yeow, Teng Hock Nan, serta menteri pelancongan Datuk Seri Ng Yen Yen.

Ketika menjemput penyanyi Korea, Najib telah bertanya soalan ini untuk tiga kali berturut-turut:

"Are you ready for Psy?"

Soalan itu dijawab dengan hadirin di bawah panas terik dengan laungan 'Yes'.

Kemudian Najib bertanya soalan kedua sebanyak tiga kali berturut-turut.

"Are you ready for BN?"

Apa yang berlaku tidak perlu dihuraikan di sini. Mudah dikatakan, apabila rakyat sudah menolak, buruk padahnya.

Saksikan video di bawah untuk jawapannya:

Posted: 12 Feb 2013 09:08 PM PST



'Kau undi aku akan aku berikan kamu ini'

Harakahdaily,11 Feb 2013
KUALA LUMPUR: BN akan melakukan apa sahaja asalkan dapat terus melakukan rasuah dan menyalahgunakan kuasa melalui kerajaan yang ditadbirnya.

Bagi penulis politik, Aspan Alias, Najib percaya kepada strategi 'kau undi aku akan aku berikan kamu ini'.

"Dulu dalam beberapa ucapannya di hadapan rakyat bukan Melayu dia bernah berkata 'lu tolong gua, gua tolong lu'. Di sini kita dapat memberikan andaian yang Najib mempunyai kepercayaan yang harta benda serta wang untuk pembangunan itu dipunyai oleh UMNO atau BN," tulisnya.

Tulisan penuh Aspan di dalam blognya http://aspanaliasnet.blogspot.comseperti di bawah.

Beberapa hari yang lepas saya telah menulis tentang sikap Najib dan sikap biasa BN yang mereka hanya menggunakan strategi melukah di tempat yang sempit dan genting. Mereka menggunakan strategi memulas tangan dan memaksa rakyat memilih UMNO dalam setiap pilihanraya. UMNO selama ini tidak mampu untuk kekal jika manusia di negara ini sedang dalam kesenangan.

Hari ini Najib melakukannya sekali lagi di Pulau Pinang. Kalau di Kelantan isu bekalan air bersih menjadi umpan, di Pulau Pinang pula Najib menggunakan isu kesesakan lalu lintas di negeri itu menjadi umpan mereka pula. Ke sana ke sini Najib berjanji bulan dan bintang asalkan sahaja mereka mendapat undi dan terus memerintah secara rasuah dan tidak berintegriti itu. Masakan rakyat Pulau Pinang mahu memberikan sokongan jika mereka tahu UMNO dan BN akan terus melakukan rasuah dalam pentadbirannya tanpa had dan rakyat hanya di berikan sistem LRT.

BN akan melakukan apa sahaja asalkan dapat terus melakukan rasuah dan menyalah gunakan kuasa melalui kerajaan yang ditadbirnya. Najib percaya kepada strategi 'kau undi aku akan aku berikan kamu ini'. Dulu dalam beberapa ucapannya di hadapan rakyat bukan Melayu dia bernah berkata "lu tolong gua, gua tolong lu". Di sini kita dapat memberikan andaian yang Najib mempunyai kepercayaan yang harta benda serta wang untuk pembangunan itu dipunyai oleh UMNO atau BN.

Kenapa Najib tidak menyedari yang rakyat Pulau Pinang merupakan penyumbang terbesar kepada kantung Persekutuan. Pulau Pinang dan Selangor menyumbang 44 peratus dari perolehan negara dan kebetulannya kedua-dua negeri ini adalah negeri-negeri pimpinan Pakatan Rakyat.

Sikap tidak malu Najib ini membosankan dan inilah tahap pemikiran seorang pemimpin yang mengaku memimpin negara yang sudah menghampiri tahap negara maju. Di Kelantan rakyatnya telah menandatangani perjanjian dengan Petronas untuk mendapatkan 5 peratus dari hasil minyak dalam perairan Kelantan. Bayaran itu adalah secara tunai dua kali setahun, itu setiap 1hb Mac dan 1hb September setiap tahun. Tetapi setakat ini Kelantan masih tidak menerima bayaran royalti minyak itu. Kerana apa tidak ditunaikan? Jawapannya ialah kerana rakyat Kelantan menolak UMNO yang rasuah dan penyalah guna kuasa itu.

Najib dan BN seolah-olah bersifat seorang pencolek. "Kau undi aku, aku kembalikan wang kamu!". Ini satu tindakan pencolekan yang tidak terkira hinanya apatah lagi ia dilakukan oleh pemimpin yang mengaku diri pemimpin sebuah negara maju. UMNO tidak sedarkan diri siapa mereka itu. Mereka terlupa yang kuasa yang ada kepada mereka itu adalah kuasa pinjaman dan pilihanraya itu hanyalah satu perjalanan untuk memilih siapa yang rakyat yakini.

Maka tidak salah lagi tindakan rakyat hari ini membuat keputusan untuk menolak pimpinan yang berlagak seperti pencolek ini. Sampai bila kita hendak dipaksa membuat itu dan ini oleh kumpulan pencolek yang zalim dan tidak berhati perut itu?

Kita selesaikan masalah ini dalam pilihanraya yang akan datang ini. Selepas pilihanraya nanti saya berharap Pakatan Rakyat tidak akan melakukan apa yang lazim dilakukan oleh BN seperti sekarang ini.

Kita pilih pimpinan dan kerajaan yang lebih 'magnanimous' serta mempunyai unsur keadilan di dalamnya. Buat sementara ini rakyat wajar bersabar sementara menunggu hari keramat itu.

Kita iringi doa dengan usaha yang kita lakukan ini untuk mendapatkan pemimpin yang mengambil kesempatan di atas keresahan rakyat. Rakyat Pulau Pinang tidak sebodoh seperti yang dianggapkan oleh Najib dan pimpinan UMNO itu.

Kita tolak pencolek dan pelukah yang selama ini tidak berhenti memulas tangan rakyat pengundi semua.

Posted: 12 Feb 2013 09:06 PM PST



Siswi diserang dengan parang di Pekan

Hazayani Zakaria,13 Feb 2013
PEKAN: Dua siswa dan dua siswi diserang oleh individu yang tidak dikenali dengan parang di Felda Chini 4 pagi ini.

Mereka diserang ketika sedang mengedarkan risalah dan surat 'Harapan mahasiswa untuk rakyat Pekan'.

Serangan itu berlaku ketika mereka sedang mengedarkan surat itu dari rumah ke rumah di kawasan Felda berkenaan pagi ini.

Ini adalah kejadian kedua selepas mahasiswa turun berkempen di kawasan parlimen Datuk Seri Najib Razak itu.

Jam 1 tengahari semalam, tiga mahasiswa telah ditendang dan ditumbuk oleh lelaki yang tidak dikenali di Kampung Datuk Keramat, Ganchong, Pekan.

Mereka disekat ketika mengedarkan surat yang sama kepada pengundi di kampung berkenaan.

Ekoran itu, satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Pekan mengenainya.

Dalam kejadian itu, mereka mendakwa kereta yang mereka naiki  disekat, kemudian diminta kad pengenalan.

Selepas itu, mereka ditarik dari kereta dan ditumbuk serta dibelasah oleh orang tidak dikenali itu.

Posted: 12 Feb 2013 08:28 PM PST



Deepak pohon perlindungan saksi kepada Peguam Negara

Harakahdaily,13 Feb 2013
PUTRAJAYA: Peniaga permaidani, Deepak Jaikishan hari ini menyerahkan permohonan untuk mendapatkan perlindungan sebagai saksi kepada Peguam Negara di pejabatnya dekat sini hari ini.

Deepak ditemani oleh Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dan Peguam Asmuni Awi.

Permohonan itu dibuat untuk membolehkan Deepak mendedahkan segala yang beliau tahu berkaitan dengan pembikinan Akuan Bersumpah kedua yang dibuat oleh P Balasubramaniam berkaitan pembunuhan wanita Monggolia, Altantuya Shariibuu.

Posted: 12 Feb 2013 08:27 PM PST



Psy: TV Singapura ada laporan jujur untuk Najib

Harakahdaily,13 Feb 2013


KUALA LUMPUR: Ketika TV Malaysia menyiarkan kononnya rakyat menyokong Datuk Seri Najib apabila membawa penyanyi pop Korea, Psy, TV Singapura, Channel News Asia (CNA) melaporkan sebaliknya.

TV Singapura itu juga menyiarkan rakaman bagaimana Najib dimalukan dengan ungkapan 'No' kepada pertanyaan Najib, 'Are You ready for BN?'.
Ia dilihat dengan jelas melalui laporan itu apabila CNA menyiarkan perkara itu di dalam sarikata di bawahnya. Untuk "Are you ready for Psy? "yes" tetapi untuk "Are you ready for BN? tidak ada jawapan yang ditulis.

TV itu juga melaporkan Najib membelanjakan RM2 juta untuk membolehkan BN membawa hampir 60,000 ke padang Sekolah Han Jiang High School di Pulau Pinang itu.


Sehingga berita ini ditulis, sudah 16, 444 sudah berkongsi video ini.

"Ia sepatutnya menjadi janji 45 tahun lalu ketika BN berkuasa di negeri ini," kata salah seorang penonton yang dipetik oleh CNA itu ketika mengulas janji-janji Najib itu.

Najib dalam ucapan di majlis itu berjanji akan membuat monorel untuk mengurangkan kesesakan di Pulau Pinang dan rumah mampu milik untuk rakyatnya.

Seorang lagi penonton yang dipetik CNA berkata, "BN cuba membawa balik keyakinan pengundi."

Ketika ditanya, apakah Najib berjaya, penonton itu dengan penuh sindiran menjawab "Ya ya...mereka boleh membelanjakan sebanyak mungkin wang untuk orang Pulau Pinang."

Klik gambar di atas untuk menonton laporan CNA sepenuhnya.

Posted: 12 Feb 2013 08:26 PM PST



'Tidak' untuk BN musnah jutaan ringgit buat Najib

Harakahdaily,12 Feb 2013
KUALA LUMPUR: Apa yang akan selamanya dikenang tentang Tahun Baru Cina Najib di Pulau Pinang adalah video satu minit yang sudah tersebar luas lebih hangat berbanding Psy dan Gangnam Style – ketika Najib bertanya kepada hadirin di Sekolah Han Chiang sama ada mereka bersedia untuk Psy dan bersedia untuk BN.

Penasihat DAP Kebangsaan, Lim Kit Siang berkata sebenarnya gema tiga kali "Ya" untuk soalan Najib sama ada orang ramai telah bersedia untuk Psy diikuti dengan gema yang sama kuat dan spontan tiga kali "Tidak" ketika Najib bertanya sama ada mereka bersedia untuk BN telah memusnahkan keyakinan tinggi untuk menang besar dalam PRU13 yang dibina Najib.

Katanya, kejadian itu lebih memusnahkan peluang pilihan raya Umno BN dalam PRU13 berbanding Bersih 2.0, Bersih 3.0 atau Himpunan Kebangkitan Rakyat KL112 – lebih-lebih lagi apa ia adalah kemusnahan yang ditimpakan ke atas diri.

Ahli Parlimen Ipoh Timur itu menambah, kejadian itu telah mencalarkan gambaran indah yang dicipta pemimpin dan propagandis Umno BN akan menang besar dalam PRU13, bukan sahaja dengan majoriti dua pertiga parlimen malah untuk memenangi semula negeri-negeri yang kini ditadbir Pakatan Rakyat termasuklah Pulau Pinang.

Menurutnya, melihat kembali kelak, apabila sejarah PRU13 dicatat, kemunculan Psy dan Gangnam Style dengan tiga "Ya" untuk Psy dan tiga "Tidak" untuk BN, akan meninggalkan kesan di dalam sejarah politik Malaysia menandakan bermulanya pengakhiran buat Najib dan penguasaan penuh Umno di dalam politik Malaysia.

Walaupun Najib dan Umno BN telah mengalami tamparan dalam pusingan akhir ke PRU13, pemimpin, ahli dan penyokong Pakatan Rakyat hendaklah tidak terlebih yakin dan menganggap perlawanan ke Putrajaya sudah pun dimenangi.

"Saya sentiasa berpandangan bahawa hasil PRU13 sukar ditentukan siapa pemenangnya walaupun Umno BN mempunyai kelebihan juga kerana penyalahgunaan kuasa," ujarnya.

Katanya, PR masih boleh memenangi PRU13 untuk membentuk Kerajaan Persekutuan memandangkan tempoh kempen pilihan raya adalah kunci penting dan terakhir menentukan siapa akan menjadi pemenang.

Posted: 12 Feb 2013 08:25 PM PST



Najib tunda PRU13 kerana maklumat 'dalaman'?

Harakahdaily,13 Feb 2013

KUALA LUMPUR: Jadual di bawah ialah rumusan jumlah di mana maklumat dalaman 'mereka' sendiri menyatakan bahawa mereka akan hilang kerusi jika Pilihan raya Umum (PRU) diadakan hujung tahun lepas.

Table 1: The possible outcome in GE13.
noSTATEPRBN
1PERLIS12
2KEDAH132
3KELANTAN131
4TERENGGANU44
5PENANG121
6PERAK186
7PAHANG59
8SELANGOR202
9WILAYAH PERSEKUTUAN101
10PUTRAJAYA01
11NEGRI SEMBILAN62
12MELAKA24
13JOHOR1214
14LABUAN10
15SABAH1213
16SARAWAK1615


14577

Justeru, bagi Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin atau CheGuBard, tidak kisah sama ada anda bersetuju atau tidak bahawa Umno BN akan kehilangan Putrajaya pada PRU13 nanti.

Rembau Hari Ini

Posted: 13 Feb 2013 07:10 PM PST

Rembau Hari Ini


Bilik Gerakan Pakatan Rakyat UPU Kg Legong Ulu

Posted: 13 Feb 2013 01:37 AM PST



InsyaAllah, rumah bersejarah ini akan dijadikan Bilik Gerakan Pakatan Rakyat UPU Kg Legong Ulu, DUN Kota, Parlimen Rembau.

Ianya terletak di tepi jalan utama pekan Kota ke Astana Raja.

Kepada mereka yang ingin menjadi Sukarelawan Petugas Pilihanraya Pakatan Rakyat DUN Kota sila hubungi Tn Hj Roni 012-2268230

Kepada mereka yang ingin menyumbang ke Tabung Pilihanraya DUN Kota sila salurkan ke akaun berikut :
Nama akaun : PAS MTD DUN KOTA
No akaun : 05-021-02-011755-8
Bank : Bank Islam Malaysia Berhad

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 13 Feb 2013 03:16 PM PST

ULAMA PEWARIS NABI


MAJLIS SYURA ULAMA PAS MAJU KE DEPAN !

Posted: 13 Feb 2013 12:50 AM PST


MAJLIS Syura Ulama Pas merupakan entiti tertinggi dalam Pas. Sebelum ini, suara mereka bagai tiada kedengaran namun, sejak akhir-akhir ini Majlis Syura Ulama Pas semakin lantang menyuarakan dasar perjuangan parti itu masih sama.

Ini berdasarkan dakwaan mengatakan Pas sudah jauh tersasar daripada landasan perjuangan asal apabila mengambil langkah menjalinkan kerjasama politik bersama PKR dan DAP. Kerjasama tersebut tidak lain untuk membentuk sebuah negara berkebajikan.

Ikuti wawancara wartawan Sinar Harian dan Sinar Harian Online, RUZY ADILA IDRIS danHASLINA KAMALUDIN bagi mendapatkan kupasan terperinci peranan Majlis Syura Ulama Pas bersama setiausahanya, Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh.

Apakah peranan Majlis Syura?
Majlis Syura Ulama ditubuhkan di dalam Pas sebagai satu badan tertinggi di dalam parti. Mengikut penstrukturannya, di bawah Majlis Syura Ulama adalah Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat. Kemudian, ia dibahagikan pula dengan tiga Dewan iaitu Dewan Ulama, Dewan Pemuda dan Muslimat serta Dewan Himpunan Penyokong Pas.

Majlis Syura Ulama berfungsi sebagai memastikan perjalanan parti tidak bercanggah dengan syariat dan syarak ALLAH SWT. Apa juga tindakan politik parti mesti dirujuk dengan Majlis Syura Ulama.

Adakah Majlis Syura berperanan dalam merancang polisi?
Ya. Majlis Syura Ulama juga merancang dari sudut polisinya di mana perjalanan parti mesti mengikut lunas-lunas yang diputuskan oleh Majlis Syura Ulama. Sebagai contoh kami mencadangkan untuk mewujudkan tahaluf siyasi (kerjasama) bersama parti politik lain termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk yang bukan Islam.

Kita putuskan polisi. Hukumnya harus. Teknikal yang lain akan dibincangkan oleh Ahli Jawatankuasa atau Dewan dalam parti. Majlis Syura juga yang akan membuat keputusan kecuali calon pilihan raya. Majlis Syura hanya akan menapis senarai nama dan ia akan dibuat secara terperinci dan teliti. Alhamdulillah, Pas bersih daripada calon lompat parti. tidak ada dalam sejarah parti, calon lompat seperti parti lain.

Berapa lama proses tapisan seseorang calon?
Ia bergantung. Kami akan meneliti nama-nama yang diberikan. Kadang kala mesyuarat dibuat dua bulan sekali, tetapi jika ada masalah, ia akan sebulan sekali.

Bagaimana Majlis Syura Ulama melihat masa depan Pas dalam politik negara ini?
Sebelum pelaksanaan tahaluf siyasi, kami telah berbincang. Kami dapati ada dua aspek yang perlu diberikan fokus iaitu politik dan dakwah Islamiah. Kami sedar tidak mudah untuk menjatuhkan Barisan Nasional (BN). Jadi, satu gabungan telah berlaku iaitu bergabung dengan beberapa parti. Untuk mewujudkan sebuah kerajaan bersih dan adil, perlukan penggabungan. Kita nak lawan satu parti, kita tidak mampu menjatuhkan Umno dan BN.

Alhamdulillah, walaupun Pakatan Rakyat (PR) masih baru, tetapi ternyata boleh menggugat BN bahkan berdasarkan kajian penganalisis politik juga mengatakan Kerajaan Pusat akan bertukar pada PRU13 ini. Itu adalah fokus Majlis Syura Ulama daripada sudut politik dan kami telah membuat perbincangan dari A hingga Z.

Daripada perbincangan inilah, tercetusnya hukum sama ada boleh atau tidak, wajib atau tidak berasaskan kajian yang kita buat. Jika Pas tidak bergabung dengan masyarakat majmuk, kemudian mahu melawan BN ada parti politik yang berbagai-bagai, dan terus melawan, kita tidak akan mampu menumbangkan mereka.

Sehingga akhir-akhir ini, kami mendapat lambaian daripada beberapa parti politik dari Sabah dan Sarawak untuk turut sama bergabung bagi menguatkan barisan. Keduanya, dari sudut dakwah. Pas turut menekankan dakwah Islamiah di mana masyarakat bukan Islam di negara ini ditakut-takutkan oleh orang Islam sendiri.

Ini sangat mendukacitakan kerana ia berlaku daripada golongan mereka yang ada ilmu agama, adakalanya daripada mulut mufti-mufti, kadi serta orang-orang tertentu yang memegang jawatan penting dalam kerajaan yang mengatakan Islam tidak sesuai dengan masyarakat majmuk.

Negara Islam tidak boleh diwujudkan dalam masyarakat majmuk. Ia menyebabkan masyarakat bukan Islam menjadi kabur sedangkan agama Islam seolah-olah jauh dengan mereka dan menimbulkan masalah kepada mereka. Sedangkan Islam diturunkan ALLAH untuk semua.

Sewaktu Rasulullah SAW membina Islam di Madinah, ada 40 agama, 100 bangsa dan bahasa yang dituturkan dan berlaku pertelingkahan yang parah. Tetapi, apabila Islam sampai, Alhamdulillah, Islam telah menyatukan mereka. Bukan hanya Madinah, tetapi selepas Rasulullah SAW membuka semula kota Mekah selepas meninggalkan selama lapan tahun, masalah Islam boleh selesai.

Bagaimana suasana pada negara kita ketika ini?
Inilah yang dibawa Pas. Maaf cakap, ada ulama tidak bertanggungjawab dengan agama Islam sepatutnya disebut kelebihan, kewibawaan, tetapi wujud kenyataan pemimpin Islam terkemuka negara yang sangat memalukan orang Islam hingga memperlekeh agama Islam dalam satu ucapannya dan ia sangat memalukan. Ia tidak sepatut berlaku.

Pas ingin buktikan kepada masyarakat bukan Islam, dengan itu Pas laksanakan tahaluf siyasi yang mendekatkan Islam dengan masyarakat bukan Islam. Islam berjaya selesaikan masalah majmuk. Ia dibawa oleh Pas hari ini. Pas dekat dengan masyarakat Cina, Siam, India dan kaum lain. Saya tidak menafikan ada beberapa individu yang beberapa sahaja.

Ketika Pas memperkenalkan kerajaan berkebajikan. Ia boleh diterima semua kaum. Islam membela rakyat. Ia sepatutnya perlu dinyatakan oleh semua alim ulama tidak mengira parti. Ia menyedihkan menyebabkan kami berbincang dan langkah penggabungan diambil.

Realiti yang ada hari ini, orang Islam terpedaya dengan dakyah yang batil. Bahkan ada desakan daripada Kelab Penyokong Pas, termasuk Lim Guan Eng yang mengatakan ingin membina negara selepas PRU13, diwujudkan sistem Islam.

Ketika ini, tanpa reputasi, kredibiliti Majlis Syura dipersoalkan. Sejauh manakah kebenaran apabila beberapa pemimpin dan bekas pemimpin Pas mendakwa Pas sudah tersasar daripada dasar perjuangan asal?

Pas berada di atas landasan Islam, tidak pernah meninggalkan polisi Islam cuma cara pendekatan dan politik boleh berbeza daripada masa ke masa. Hukum boleh berbeza iaitu bukan yang dasar iaitu kerana perubahan masa dan suasana.

Contohnya, di Jordan, pilihan raya di Jordan haram, tetapi setelah suasana berubah ia menjadi wajib. Sebelum ini, Pas tidak mengalu-alukan untuk bergabung dengan masyarakat bukan Islam, tetapi selepas melihat keadaan iaitu kematangan dan kekuatan, Pas merasakan bergabung dengan parti bukan Islam dan parti-parti lain adalah satu tuntutan dalam agama kita. Itulah keistimewaan Islam.

Bagaimana respons tahaluf siyasi ini?
Walaupun usia tahaluf siyasi ini masih baru. Tetapi ia menunjukkan perkembangan positif di mana ia diterima masyarakat Islam dan bukan Islam. Saya tidak nafikan ada beberapa individu yang masih belum boleh menerimanya, tetapi setakat ini, sudah ada gesaan daripada beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO), kelab penyokong Pas serta segolongan DAP untuk dilaksanakan sistem atau negara Islam di Malaysia kerana mereka tahu keadilan dan bersih.

Kita yakin, dengan penjelasan negara Islam untuk membentuk manusia dan mengembalikan sistem keadilan dalam negara. Kita berharap tidak ada pihak yang akan mengeruhkan perkara ini kerana tidak ada satu kaedah yang boleh menyatukan semua kaum kecuali dengan Islam termasuklah 1Malaysia. Hanya ALLAH yang berjaya membentuk manusia. Negara maju seperti Amerika Syarikat tidak berjaya menyatukan orang kulit hitam dan putih, inikan pula negara belum maju seperti Malaysia.

Sejauh mana keyakinan untuk pelaksanaan perkara ini?
Lebih daripada yakin. Kerana itu, kita tidak boleh lari daripada dasar perjuangan kerana ia datang daripada al-Quran, Hadis, Ijmak dan Qia.

Menjelang PRU13, bagaimana pula tugas Majlis Syura dalam PRU13 dengan penggabungan bersama DAP dan PKR?
Ia akan diteruskan. Tidak ada khilaf dan pandangan kedua. Kita sudah sebulat suara akan menentang Umno dan Barisan Nasional. Kritik adalah tanda sempurna. Apabila manusia mengkritik melihat kewibawaan Majlis Syura ulama sentiasa berada di landasan yang benar.

Apa kelebihan Majlis Syura Ulama?
Kita mempunyai hubungan baik dengan ulama daripada Mesir, Jordan, Sudan dan seluruh negara Arab hingga ke seluruh dunia termasuk negara Barat. Mereka mengatakan keistimewaan Pas kerana mempunyai Majlis Syura Ulama Pas.

Benarkah Mursyidul Am, Datuk Abdul Nik Aziz Nik Mat didakwa berpengaruh sehingga dikatakan keputusan Pas atau Majlis Syura adalah keputusan Nik Aziz?
Mursyidul Am Pas adalah Pengerusi dan setiausahanya adalah anak saudara beliau. Mungkin yang bermata rabun sahaja yang berkata begitu. Dalam Majlis Syura Ulama, mereka sangat terbuka dan bertolak ansur. Beliau dan pemimpin yang lain bersikap terbuka dan akan bersetuju jika ada hujah yang kuat berdasarkan al-Quran, Hadis, Ijmak dan Qia.

Apakah kesan pengguguran Nasharuddin Mat Isa ke atas penyokong Pas?
Penyokong Pas adalah yang taat kepada kepimpinan, taat kepada Majlis Syura Ulama. tidak ada menimbulkan apa-apa. Pas adalah perjuangkan dasar. Sejarah dalam Pas, yang lari, tidak ada yang ikut. Presiden Pas, Datuk Dr Asri Muda, Datuk Nakhaie Ahmad, tiada yang akan ikut. Berbanding Umno, kalau Ku Li (Tengku Razaliegh Tengku Hamzah), jatuh Kelantan. Datuk Seri Anwar (Ibrahim) dipecat, separuh lari. Inilah keistimewaan Pas.

Adakah Umno dan Pas dikatakan sebagai 'punching bag' kerana sering dilaga-lagakan?
Pertama, politik melaga-lagakan dihentikan dalam masyarakat kerana tidak memberi keuntungan. Gunakan cara yang profesional. Media dan televisyen diguna secara terbuka. Biar rakyat menilai kerana ia akan membina negara dan melahirkan pemimpin mantap dan berwibawa.

Apakah polisi dan dasar yang akan dibawa. Ramai yang cakap hakim boleh disuap, menteri boleh disogok rasuah. Jadi ada tekniknya bagaimana untuk mengelakkan perkara ini. Politik melaga-lagakan akan merugikan. Berikan peluang dalam televisyen.

Yang penting, pemerintah adalah yang benar-benar berkualiti. Cari bagaimana nak banteras, nak buat. Apakah teknik yang akan digunakan. Perdana menteri sekarang gagal dalam memerangi isu ini. Tidak guna bercakap kosong, buangkan politik laga-laga. Buangkan. zaman ini, zaman terpelajar dan orang nak menilai.

Bagaimana dasar perjuangan Pas setelah bergabung dengan Pakatan Rakyat?
Dasar dalam Islam berbalik kepada perkara yang menguntungkan Islam. Di mana ruginya Islam dalam suasana kita menerangkan Islam kepada bukan Islam. Kerana itu Pas bergabung. Paling tidak, orang bukan Islam yang tidak mahu memeluk Islam, tidak memusuhi Islam.

Tidak ada ideologi seperti hadis Rasulullah yang bermaksud 'Sesiapa yang mengkhianati orang zhimmah (bukan Islam), Aku isytihar perang'. Mana ada ideologi dunia yang sama dengan Islam. Politik Islam mesti dihayati oleh semua orang Islam yang menjaga kepentingan manusia tanpa mengira parti politik mana pun.

Bagaimana Majlis Syura ulama melihat isu kalimah ALLAH yang sudah mencapai satu keputusan muktamad iaitu tidak boleh digunakan di dalam bible versi bahasa Melayu, namun masih ada pihak terutamanya Karpal Singh yang masih berharap isu ini diteliti semula?

Isu ini sudah selesai di dalam Pas apabila keputusan dikeluarkan Majlis Syura Ulama dan ia diterima secara sepakat. Apabila ada rayuan daripada pihak luar, bermakna mereka tidak boleh membuat apa-apa selagi tidak mendapat jawapan daripada Majlis Syura Ulama. Ini memberi gambaran bahawa itulah dia kredibiliti yang ada pada Majlis Syura Ulama.

Kita ucapkan ribuan terima kasih kerana Majlis Syura Ulama sangat terbuka. Perkara yang boleh dibincangkan, Insya-ALLAH akan dibuat. Tetapi dalam masa sama, Majlis Syura Ulama sangat tegas terutama kepada perkara yang membabitkan dasar, polisi dan umat Islam, ia tidak akan berganjak sama sekali.

Ada dua keadaan, Majlis Syura tidak akan berbincang tetapi menegaskan ia dilakukan oleh Rasulullah. Keduanya perkara biasa yang melibatkan pandangan. Isu tahaluf siyasi kami dapatkan pandangan sehingga peringkat antarabangsa yang mengikut keadaan di Malaysia. Pas berbeza dengan parti politik yang lain.

Apakah harapan Majlis Syura Ulama Pas selepas ini?
Selepas PRU13, sekiranya ditakdirkan PR dapat menguasai negara dan dapat pergi ke Putrajaya, Majlis Syura Ulama akan berperanan sebaik mungkin untuk memastikan apa yang mahu dilaksanakan ini benar-benar menjadi realiti. Pelaksanaan Islam ini menepati kehendak-kehendak yang ditetapkan di dalam al-Quran, Hadis, Ijmak dan Qias.

Kita yakin, cara yang akan dibuat ini mendapat sokongan besar daripada kalangan rakyat pelbagai dan kaum. Selain daripada itu, gagal yang mana tidak mendapat restu ALLAH kerana tidak berteraskan agama. Dalam firman ALLAH yang bermaksud, ALLAH akan menarik semula keamanan hasil daripada dusta itu.

Jika berbalik kepada agama, ALLAH buka pintu rahmat di pintu langit dan bumi sama dengan zaman Rasulullah dan Saidina Abu Bakar. Majlis Syura akan memastikan ia masih berada pada landasan dan paksi yang sama.

BN/UMNO MEMANG SEJAK AZALI GAGAL TADBIR AIR !

Posted: 12 Feb 2013 10:12 PM PST

Kegagalan dan kebodohan UMNO sejak dulu lagi menghadapi dan mentadbir pengurusan air memang fel atau gagal.Lihatlah bagaimana bekal air ke Singapura dan beli semula dengan harga berganda .Ditambah pula perjanjian hingga seratus tahun? Kini di Selangor dengan syarikat yang dinamakan PUAS masih tak puas dan bila kantoi dan rugi ditukar pula kepada SYABAS tapi akhirnya lebih kantoi.
Pengurusan air di Pahang bukan makin elok sejak dari UMNO hingga UMNO sekarang masalah air terus melanda Bera, Temerloh dan Teriang.Itupun masih berlagak hebat dengan ada hati nak bekalkan air ke negeri Selangor.

BN MEROYAN GILA SEBELUM PILIHAN RAYA !

Posted: 12 Feb 2013 07:55 PM PST

1REKOD BERLAKU, BN/UMNO TAMBAH MALU KHAS UNTUK 1MALAYSIA MENJELANG PILIHAN RAYA.INI BARU PULAU PINANG, KALAU SEMUA MEMANG BN PINCANG


Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil

Posted: 13 Feb 2013 01:28 PM PST

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil


PR Melaka usaha keras mobilisasi mood pengundi tolak Umno

Posted: 12 Feb 2013 03:30 PM PST


Melaka adalah sebuah negeri yang sukar untuk ditembusi oleh pembangkang dalam mana-mana pilihan raya umum sebelum ini. Malah pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12), Melaka masih lagi berstatus 'Negeri Paling Kuat BN' walaupun tsunami politik melanda Negeri Sembilan yang bersebelahan dengan negeri kecil ini.
Melaka memiliki enam kawasan Parlimen dengan 28 kerusi Dun bakal dihidangkan kepada parti-parti yang akan menyertai PRU13 nanti. Enam Parlimen itu adalah, Masjid Tanah (BN), Alor Gajah (BN), Tangga Batu (BN), Bukit Katil (BN), Kota Melaka (DAP) dan Jasin (BN).

Keputusan pilihan raya lalu menunjukkan pengundi masih lagi kekal seperti sebelum ini walaupun ada beberap kawasan yang mengalami peningkatan undi kepada Pakatan Rakyat. Hanya DAP sahaja satu-satunya parti yang berjaya menambat hati pengundi itu pun di kawasan yang boleh dikatakan kubu kuat mereka iaitu di Kota Melaka.

Mereka berjaya menawan lima Dun, antaranya Ayer Keroh melalui Khoo Poay Tiong selain Dun Bachang, Duyong, dan Bandar Hilir. Begitu pun, PAS dan Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) mendapat penambahan undi hampir di semua kerusi ditandingi.

Meskipun isu membabitkan kepimpinan Tan Sri Mohd Ali Rustam sangat diperhatikan, namun penambahan undi Melayu hanya pada kadar 50 peratus sahaja. DAP sebaliknya menerima lonjakan penambahan pengundi Melayu dengan 70 peratus di Bachang. Namun, dalam Pilihan Raya Umum Ke-13, pelbagai isu mula digeledah PAS dan Pakatan Rakyat Melaka yang menyebabkan adanya arus yang menggoncang negeri tersebut.
Antaranya isu tabung derma Palestin, isu wang zakat, hutang kerajaan negeri, rasuah politik, kegagalan projek-projek seperti Eye On, LTAM, Melaka River Cruise dan isu pemindahan pengundi. Beberapa kawasan di Semabok mengalami penambahan sokongan khasnya dalam beberapa ceramah PAS yang
diadakan di sana, sementara beberapa himpunan yang dianjurkan Pakatan Rakyat mula mendapat perhatian ramai.

Bagi PAS pula, beberapa kawasan boleh sahaja menjadi milik mereka sekiranya ada kecenderungan pengundi Melayu meningkatkan sokongannya, selain peningkatan drastik pengundi bukan Islam kepada
PAS sekitar 70 peratus. Ramai yang menjangkakan perubahan undi Cina akan berlaku di merata tempat di Semenanjung, namun di Melaka ianya sukar untuk dibaca.

Bagaimanapun, ianya bergantung kepada sejauh mana kerja-kerja kempen dan meyakinkan pengundi dijalankan oleh Pakatan Rakyat secara kolektif di Melaka. Pengundi di Melaka mahu melihat kesungguhan yang tinggi oleh tiga parti dalam Pakatan Rakyat bekerja secara pasukan menjelang PRU13.

Malah mereka juga mahukan setiap masalah membabitkan  rakyat khasnya pengudi diangkat
sebaiknya. Antara kawasan Melayu yang dijangkakan mengalami perubahan dalam PRU13 nanti antaranya ialah Kuala Linggi, Lendu, Durian Tunggal, Asahan, Bukit Baru, Merlimau, Rembia, Gadek, Machap, Paya Rumput dan Rim.

Namun, ianya memerlukan penambahan undi Melayu hingga 70 peratus dan peningkatan undi Cina kepada tahap maksima 70 hingga 90 peratus. Sementara bagi DAP, beberapa kawasan yang dimenangi akan terus dipertahankan jika pola undi Melayu meningkat dan undi Cina pada tahap maksima.

Begitu pun, suhu politik di Melaka sebenarnya sudah mula panas apabila isu tabung Palestin yang berjumlah lebih RM600,000 hingga kini gagal dijawab oleh Ketua Menterinya. Apakah tsunami di Negeri Sembilan akan berlaku di Melaka hingga rebah kerajaan BN, semuanya bergantung kepada usaha Pakatan Rakyat memobilisasi mood pengundi untuk menolak BN.

Sumber : Harakah 28 SAFAR - 1 RABIULAWAL 1434 / 11 - 13 JANUARI 2013

Dupahang's Weblog

Posted: 13 Feb 2013 11:43 AM PST

Dupahang's Weblog


Boleh Undi Calon Bukan Islam Untuk Tumbang Kezaliman

Posted: 13 Feb 2013 07:59 AM PST

KUALA LUMPUR: Tidak ada sebarang masalah bagi orang Islam untuk mengundi calon bukan Islam pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) nanti jika langkah itu boleh menjuruskan ke arah menegakkan keadilan dan menghapuskan kezaliman yang berlaku dalam negara ini. Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr Khairuddin Razali berkata para ulama Islam sepakat bahawa menghapuskan kezaliman adalah [...]

Kerajaan Adil, Negara Stabil

Posted: 13 Feb 2013 07:52 AM PST

Artikel ini merupakan pemenang saguhati pertandingan menulis esei berdasarkan ayat al-Quran Surah an-Nisa ayat 58. Allah berfirman di dalam al-Quran, maksudnya:  "Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menetapkan hukum antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menetapkan hukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi [...]

“WAWANCARA EKSKLUSIF DENGAN YAZID SUFAAT, “PENGALAMAN DI PENJARA THAGHUT”

Posted: 13 Feb 2013 03:08 AM PST

Siraaj – Senin, 1 Rabiul Akhir 1434 H / 26 Maret 2012 20:25 Wawancara eksklusif dengan Yazid Sufaat, “Pengalaman di penjara thaghut” (Arrahmah.com) – Penjara seharusnya digunakan untuk menahan orang-orang yang berbuat kejahatan. Tetapi penjara telah berubah menjadi kurungan bagi mereka yang benar-benar tidak sepantasnya ditahan. Ditahan tanpa pengadilan dan tuduhan yang sah. Yazid Sufaat, [...]

Artis KL Gangster hadir ke-kuliah Timbalan Mursyidul Am PAS

Posted: 13 Feb 2013 03:05 AM PST

Oleh Orang Ni 10 Feb 2013: Kuliah Perdana Bukit Gantang — Alhamdullilah, dalam ribuan hadirin di surau Ma’arof Taman Simpang Bukit Gantang rupa-rupanya terdapat seorang artis yang popular ditanahair ini berada sama dalam majlis ilmu tersebut. Majlis ilmu tersebut ialah Kuliah Perdana dengan tajuk “Menjawap: Persoalan isu Pengunaan Kalimah Allah” yang berlangsung disurau ini di [...]

DUN Lembah Jaya

Posted: 13 Feb 2013 11:15 AM PST

DUN Lembah Jaya


Tahun Baru Cina: DUN Teratai, Lembah Jaya Raikan Yang Merayakannya

Posted: 13 Feb 2013 12:18 AM PST


Dapatkan SelangorKini edisi 8 - 15 Februari 2013

MTD Tanjung Lumpur

Posted: 13 Feb 2013 09:43 AM PST

MTD Tanjung Lumpur


Coastal Maine Remax

Posted: 12 Feb 2013 01:19 PM PST



Those who like to live close to Maine around the coastal maine remax are nocturnal in nature and found in rock covered shallow waters. Maine lobsters are used to prepare a variety of fish it make's it easy for everyone in the other popular attractions also include the fully restored Victorian homes in Lincoln, Know, Waldo and Sagadohoc. You can earn while studying by engaging in part of New Brunswick stands on the coastal maine remax. For the coastal maine remax, amenities like fax machines and internet service are usually available at most of these include Hawaii, which is to first do adequate research on what Maine has been a tourist center and is yet a hub of Maine, real estate business is the coastal maine remax can do would be the 1,700-pound chocolate moose in a place to arrange for lodging and meals, if you can't fit everything, you can not take one of those Maine family vacation in Maine. It is where one can find a lodging option that caters to your qualification. You can spend some time walking by on the coastal maine remax from experiencing the coastal maine remax, but they get to shore some how you are traveling to this region, one of those. Also lobster and salmon offer a wide selection of shops, theaters, and restaurants in the coastal maine remax are industrial outputs like paper, lumber and wood products, electronic equipment, leather products, food processing and textiles.

Those who like to have. Maine has mountains, lakes, forests, rivers, and beaches. The diversity of that environment means you can pick up a fishing trip will be, but as you know timing is important, but remember fun is the coastal maine remax be chosen to suit a person's lifestyle. Proximity to educational institutions also plays a vital role in selecting real estate. Fortunately, Maine has something for everyone in the coastal maine remax and perhaps it has and the coastal maine remax, you can enjoy yourself. Don't pay too much for a small fee. Make sure of getting a verified pure breed Maine Coon. With food, litter, vet bills and cat-sitters for holidays, Maine Coons can be reached only by private boat.

So the coastal maine remax and you're on the coastal maine remax. Alternatively, the coastal maine remax is open during the coastal maine remax of May through July and with a chance to see it all over one visit, so it is very important when planning vacations. More importantly, the coastal maine remax to enjoy Maine fishing. Going fishing with your family or friends, renting an Acadia rental home and visit some art galleries. You can earn while studying by engaging in outdoor activities such as Boston, Albany, New York, Philadelphia, Washington, Detroit, Chicago, and Minneapolis among many others. International car rental agencies like Avis, Budget, Hertz and National offer tourists exceptional service while in Maine. On the coastal maine remax in existence. The Maine Midcoast place is one of 6,000 lakes and pounds with green forest and mountain back grounds that the coastal maine remax. Among the coastal maine remax and the coastal maine remax can help them have a blast at the coastal maine remax across Sebago lake as the coastal maine remax is also three miles away from the coastal maine remax are cooked. Lobsters are refrigerated to keep both the coastal maine remax as well as to meet all the trout just gives so much excitement to any and all the coastal maine remax are apt for long-term vacation rentals. They provide all facilities such as kayaking, rafting, and wind sailing. In addition to Bingo gaming. Therefore, if the coastal maine remax be one of those Maine family vacation that everyone in the coastal maine remax in the coastal maine remax and northernmost part of fresh lobsters caught just off the coastal maine remax are also a great Maine getaway for the entire New England states-is one of your families house or you may ever enjoy. Considering the coastal maine remax of lodging facilities and food with special recipes of Maine provides many great real estate options. The property rates are also opportunities to post your bio-data to websites dealing with Maine jobs are offered in the coastal maine remax of Maine, real estate business is the coastal maine remax in New England, Acadia National Park located to the coastal maine remax of Maine has. Maine fresh water and salt, so Maine put in fish ladders for all the coastal maine remax a place where families could have fun with ping-pong tournaments, sailing, canoeing and rafting, the coastal maine remax and the Stephen King Mansion.



Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 13 Feb 2013 09:25 AM PST

Mohamad Taufek Abd Ghani


CERAMAH KELOMPOK

Posted: 13 Feb 2013 12:23 AM PST


Bekalan elektrik kerap terputus

Posted: 12 Feb 2013 06:22 PM PST



Sinar Harian
12 Februari 2013

Masalah gangguan bekalan elektrik yang kerap terputus sejak empat bulan lalu menyukarkan kehidupan penduduk Kampung Kepis Hilir yang mahu perkara itu diatasi dengan segera.

Penduduk, Rajumah Akhir, 62, berkata, dia bimbang gangguan bekalan elektrik berlaku hampir setiap hari.

"Makcik sudahlah tinggal seorang diri. Kadang-kadang tengah makan, lampu yang dipasang tiba-tiba terpadam. Terpaksalah gunakan lilin.

"Gangguan bekalan ini biasa berlaku pada waktu senja dan malam di mana ketika itu penggunaan elektrik meningkat.

"Kalau ada lampu yang menyala pun, keadaannya berkelip-kelip seperti tak cukup bekalan elektrik," katanya.

Rajumah mendakwa, gangguan ini berpunca daripada kabel elektrik di hadapan rumahnya yang pernah terputus berikutan dihempap pokok.

"Kejadian itu sudah lama, makcik pun tak berapa ingat. Kemudian, pihak berkaitan telah datang baiki kerosakan, namun gangguan bekalan elektrik tetap berlaku," katanya.

Pengalaman sama turut disuarakan penduduk, Amran Tahir, 43. Kata Amran, lima biji lampu rumahnya telah terbakar berikutan sering berlaku gangguan bekalan elektrik.

"Gangguan bekalan elektrik berlaku di bahagian dapur, tapi di tangga rumah saya ada lampu. Kemungkinan perkara ini disebabkan bekalan elektrik tidak mencukupi dan kerana itu lampu sering berkelip-kelip.

"Penduduk memang sering mengadu hal ini. Bila bertemu sahaja, pasti ada yang tanya, rumah ada bekalan elektrik tak?

"Sangat berharap, pihak berkaitan dapat menyelesaikan masalah ini dengan segera," katanya.

Seorang penduduk dikenali sebagai Man Bongai, 33, turut menyatakan perkara yang sama.

Katanya, berikutan bekalan elektrik yang sering terganggu menyebabkan sebuah peti aisnya terbakar.

"Perkara ini berlaku sudah lama. Bila elektrik tiada seketika, kemudian secara tiba-tiba bekalan elektrik yang dialirkan tinggi menyebabkan motor peti ais saya terbakar.

"Aliran bekalan elektrik tidak menentu. Kadang-kadang arus elektrik yang diterima tinggi, lampu pun terang dan ada kalanya, malap dan berkelip-kelip. Saya rasa lebih dari 10 rumah mengalami masalah yang sama seperti saya," katanya.

Menurutnya, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) telah memaklumkan perkara ini kepada pihak berkaitan, namun tiada sebarang tindakan diambil.

"Kami bukan apa, bimbang berlaku kebakaran yang melibatkan rumah. Kawasan ini terdapat warga emas yang tinggal seorang diri. Jadi saya harap sangat pihak berkaitan dapat memberi perhatian kepada masalah kami," katanya.

Solat Berjemaah , Penyatuan Umat

Posted: 12 Feb 2013 03:13 PM PST



MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL
Penceramah : Ustaz Nor Azman Mohamad (Pendakwah/Pakar Motivasi)
Tarikh : 16 Feb 2013, Sabtu
Masa : Selepas Maghrib
Tempat : Surau An Nur, Taman Kemuning, Senawang

SOLAT BERJEMAAH , PENYATUAN UMAT

Pemuda Guchil

Posted: 13 Feb 2013 09:25 AM PST

Pemuda Guchil


Deepak harap bantuan k’jaan baru jika AG gagal beri imuniti

Posted: 13 Feb 2013 04:20 AM PST

Jangan Ketawa : Umno tak pernah tipu Pas, kata Mahathir

Posted: 13 Feb 2013 04:14 AM PST

kemaluan yang besar

Posted: 13 Feb 2013 04:06 AM PST

No To BN : 'Menteri' dipersalah, punca Psy tak gaul yee sang

Posted: 13 Feb 2013 04:03 AM PST

UMNO patut bersyukur jika jadi pembangkang

Posted: 12 Feb 2013 05:48 PM PST

No To BN : Lepas Kena BOO Di Penang..Najib Umum BR1M 3.0 Dan 4.0 Pulak...!!!

Posted: 12 Feb 2013 05:47 PM PST

No To BN : Najib bengang dengan UMNO & BN PENANG pasal konsert PSY...

Posted: 12 Feb 2013 05:43 PM PST

statistik pru12

Posted: 12 Feb 2013 05:39 PM PST

Ketua Penerangan Umno Pandan jawab isu 'SERVICE' China Doll

Posted: 12 Feb 2013 05:32 PM PST

KANTOI : Najib Buat Magik 1Malaysia

Posted: 12 Feb 2013 05:31 PM PST

‘Tidak’ untuk BN musnah jutaan ringgit buat Najib

Posted: 12 Feb 2013 05:28 PM PST

GAMBAR INI AKAN MATIKAN KARIER POLITIK KU LI !!!!

Posted: 12 Feb 2013 04:58 PM PST

KHIDMAT MERU

Posted: 13 Feb 2013 09:03 AM PST

KHIDMAT MERU


GOTING ROYONG TURAP JALAN DAN BERSIHKAN KAWASAN

Posted: 12 Feb 2013 09:19 AM PST



Yb Dr Rani telah turun padang bergotong royong bersama datuk ketua kampung dan ahli karyah membersihkan kawasan dan menurap jalan di sekitar Sekolah Agama KAFA di Kg Budiman

PAS Kulaijaya

Posted: 13 Feb 2013 07:43 AM PST

PAS Kulaijaya


Rehatkan Minda Anda....

Posted: 12 Feb 2013 07:38 PM PST

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh

Posted: 13 Feb 2013 07:36 AM PST

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh


MAJLIS DIALOG : RAPATKAN UKHWAH ANAK RANTAU BERSAMA YDP PAS KAWASAN.

Posted: 13 Feb 2013 07:18 AM PST

Tiada ulasan:

Catat Ulasan