Ada kebenaran tekaan Pahangdaily atas hikmah di sebalik pembatalan kuliah pendakwah tersohor, Ustaz Azhar Idrus di Universiti Malaysia Pahang (UMP) Oktober lalu, maka dengan tidak disangka-sangka akhirnya umat Islam di sini dapat menyaksikan kemunculan beliau secara eksklusif di Stadium Darul Makmur dekat sini jam 8.30 malam nanti. Program yang dibawakan oleh Anugerah itu akan menggandingkan beliau dengan Ustaz Haslin Baharin atau lebih dikenali dengan gelaran Ustaz Bollywood. Program yang dinamakan Wacana Perdana itu akan mengupas tajuk "Merungkai Kehidupan Alam Jin Dan Permasalahan Hidup Dengan Al-Quran" di mana menampilkan Imam Muda TV9, Ustaz Khairul Azhar Ghazali sebagai moderatornya. Oleh itu umat Islam di seluruh Kuantan dan kawasan sekitarnya dijemput hadir beramai-ramai pada malam ini. Pastinya sesuatu yang menakjubkan apabila buat julung kalinya program dakwah yang melibatkan Ustaz Azhar diadakan di dalam stadium terbabit. Harus diingat, dalam sejarah Kuantan belum pernah ada program seperti ini dianjurkan oleh mana-mana pihak di dalam stadium berkenaan. Apa yang sering disaksikan ialah acara sukan seperti olahraga dan bolasepak, serta beberapa kali program konsert melibatkan artis-artis terkenal tanahair. Makanya, kemunculan Ustaz Azhar pada malam ini pasti akan disambut dengan meriahnya. Dijangkaka Stadium Darul Makmur akan dipenuhi dengan lautan manusia seperi apa yang berlaku kepada Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka awal bulan lalu. Justeru, penampilan beliau malam ini diharap dapat menutup mulut pihak-pihak berkenaan yang tergamak menggunakan kuasa politik untuk membatalkan satu program dakwah semata-mata mahu beri laluan program hiburan di UMP dulu].
Sumber Artikel: http://pahangdaily.blogspot.com/2013/02/sejarah-tercipta-ustaz-azhar-idrus-buat.html#ixzz2JjO2XQFE
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan permohonan semakan kehakiman seorang Penghulu ke atas Kerajaan Melaka apabila hakim memutuskan hukuman buang kerja yang dibuat oleh kerajaan negeri ke atasnya tidak sah dan terbatal.
Di dalam keputusan bertulisnya yang dibacakan oleh Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Puan Diana binti Md Razali petang tadi (4.30 petang) Hakim Hakim Tuan Abang Iskandar bin Abang Hashim menyatakan bahawa hukuman buang kerja atau pemecatan ke atas Penghulu, Encik Shamsudin bin Mohd Bakhid adalah menggunakan peruntukkan undang-undang yang salah.
Oleh itu segala keputusan yang dibuat oleh Responden iaitu Lembaga Tatatertib Bagi Kumpulan Sokongan (No 1) dan Kerajaan Melaka adalah salah di sisi undang-undang.
Justeru itu Hakim telah memerintahkan perintah certiorari membatalkan keputusan buang kerja tersebut dan juga perintah mandamus bagi memaksa Responden-Responden mengambil langkah –langkah yang perlu dan wajar untuk menempatkan semula penghulu tersebut ke jawatan asal beliau sebelum keputusan tersebut dibuat.
Mahkamah juga memerintah Kerajaan Melaka membayar segala gaji, elaun dan emolument yang layak diterima oleh penghulu tersebut dari 1/4/2011 sehingga tarikh perintah hari ini.
Mahkamah juga memerintahkan Kerajaan Melaka membayar gantirugi am, gantirugi tauladan (exemplary damages) dan gantirugi melampau (aggravated damages) kepada penghulu tersebut serta kos.
Fakta kes tersebut adalah pada 2/5/2000 pemohon telah dilantik sebagai Penolong Pegawai Tadbir (Penghulu) N6 (Gred NP 27) di Pejabat Tanah dan Daerah Alor Gajah, Melaka yang mana beliau adalah seorang Penjawat Awam yang berjawatan tetap dan berpencen.
Melalui surat bertarikh 10/8/2001 daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam kepada pemohon, pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam telah meluluskan pengesahan lantikan pemohon sebagai Penolong Pegawai Tadbir (Penghulu) Gred 6 bermula 2/5/2000.
Gaji terakhir Pemohon sebagai Penolong Pegawai Tadbir (Penghulu) N6 (Gred NP 27) adalah berjumlah RM2,202.80 sebulan.
Melalui surat bertarikh 17/1/2011 yang dikeluarkan oleh Responden ke atas Pemohon, Responden memaklumkan kepada pemohon bahawa beliau patut dikenakan tindakan tatatertib dengan tujuan buang kerja atau turun pangkat di bawah Peraturan 37 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 atas dua pertuduhan yang berasingan.
Pertuduhan pertama pemohon di tuduh melakukan kesalahan di bawah Peraturan 4 (2) (d) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 manakala bagi pertuduhan kedua Pemohon dikenakan pertuduhan di bawah Peraturan 4 (2) (i) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.
Melalui surat bertarikh 7/2/2011 pemohon telah membuat representasi bertulis kepada Responden.
Melalui surat bertarikh 31/3/2011 yang diterima oleh Pemohon pada 6/4/2011 Responden Pertama iaitu Pengerusi Lembaga Tatatertib memaklumkan kepada pemohon bahawa Lembaga Tatatertib telah memutuskan bahawa beliau telah didapati bersalah ke atas pertuduhan yang pertama dan pemohon dikenakan hukuman buang kerja mengikut Peraturan 38 (g) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 bagi pertuduhan Pertama berkenaan yang berkuatkuasa pada 15/3/2011.
Pemohon yang tidak berpuashati dengan keputusan tersebut telah melalui Tetuan Mohamed Hanipa & Associates memfailkan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 6 Februari 2012 yang lalu.
Di dalam penghujahan di Mahkamah sebelum ini peguam pemohon telah berhujah bahwa wujudnya "procedural impropriety" yang dilakukan oleh Responden apabila mereka mengambil tindakan tatatertib ke atas pemohon di bawah Peraturan 37 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 tanpa mengambil kira bahawa bagi pertuduhan pertama yang dikenakan ke atas pemohon prosedur yang wajib dipatuhi dan diikuti oleh adalah Peraturan 32 dan 33 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 dan bukannya Peraturan 37 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.
Peguam pemohon juga berhujah bahawa memandangkan Responden telah gagal mematuhi Peraturan 32 dan 33 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 bagi pertuduhan pertama ke atas pemohon maka keputusan tersebut adalah satu keputusan yang "illegal" (tidak sah) kerana Responden-Responden telah gagal mengambil kira dan menimbangkan laporan ke atas pemohon, rekod perkhidmatan pemohon dan perakuan Ketua Jabatan pemohon sepertimana yang ditetapkan atau dikehendaki oleh Peraturan 32 (2) dan Peraturan 33 (1) dan (2) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.
Penghulu tersebut amat bersyukur dengan keputusan Mahkamah tersebut kerana beliau tetap percaya bahawa tindakan yang dikenakan ke atas beliau mempunyai unsur-unsur politik yang mengakibatkan beliau terpaksa menganggur selepas dipecat oleh Kerajaan Ali Rustam itu.
Menurutnya, sebelum pemecatan tersebut, beliau pernah beberapa kali tidak dibenarkan untuk menyertai mana-mana mesyuarat di peringkat daerah dan juga tidak dibenarkan mewakili jabatan beliau untuk menghadiri mesyuarat di peringkat negeri.
Penghulu tersebut diwakili oleh peguam Mohamed Hanipa Maidin bersama-sama Cik Azhana Mohd Khairudin manakala Kerajaan Negeri Melaka diwakili oleh Puan Norhasmiza bin Othman
Mungkin kerana hikmah di sebalikpembatalan kuliah pendakwah tersohor, Ustaz Azhar Idrus di Universiti Malaysia Pahang (UMP) Oktober lalu, maka dengan tidak disangka-sangka akhirnya umat Islam di sini dapat menyaksikan kemunculan beliau secara eksklusif di Stadium Darul Makmur dekat sini jam 8.30 malam nanti. Program yang dibawakan oleh Anugerah itu akan menggandingkan beliau dengan Ustaz Haslin Baharin atau lebih dikenali dengan gelaran Ustaz Bollywood. Program yang dinamakan Wacana Perdana itu akan mengupas tajuk "Merungkai Kehidupan Alam Jin Dan Permasalahan Hidup Dengan Al-Quran" di mana menampilkan Imam Muda TV9,Ustaz Khairul Azhar Ghazali sebagai moderatornya. Oleh itu umat Islam di seluruh Kuantan dan kawasan sekitarnya dijemput hadir beramai-ramai pada malam ini. Pastinya sesuatu yang menakjubkan apabila buat julung kalinya program dakwah yang melibatkan Ustaz Azhar diadakan di dalam stadium terbabit.
Harus diingat, dalam sejarah Kuantan belum pernah ada program seperti ini dianjurkan oleh mana-mana pihak di dalam stadium berkenaan. Apa yang sering disaksikan ialah acara sukan seperti olahraga dan bolasepak, serta beberapa kali program konsert melibatkan artis-artis terkenal tanahair. Makanya, kemunculan Ustaz Azhar pada malam ini pasti akan disambut dengan meriahnya. Dijangkaka Stadium Darul Makmur akan dipenuhi dengan lautan manusia seperi apa yang berlaku kepada Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka awal bulan lalu. Justertu, penampilan beliau malam ini diharap dapat menutup mulut pihak-pihak berkenaan yang tergamak menggunakan kuasa politik untuk membatalkan satu program dakwah semata-mata mahu beri laluan program hiburan di UMP dulu
Cadangan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor selepas sambutan Chap Goh Mei bulan depan adalah kerana pengundi di negeri itu kini sudah bersedia menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.
Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau mengesyorkan cadangan tersebut selepas berpendapat rakyat Selangor di bawah pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat itu sudah bersedia.
"Saya tak nak rakyat tertunggu-tunggu bila pilihan raya diadakan... ini membazirkan tenaga dan menimbulkan banyak perbincangan berbentuk spekulasi," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Sistem Pengurusan Sosial Selangor atau e-GEMS (e-Generasi Idaman Selangor) di Shah Alam semalam.
Abdul Khalid berkata beliau berharap cadangan pembubaran DUN Selangor itu akan menggerakkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya mengumumkan tarikh pilihan raya.
Selain itu, katanya, cadangan tersebut supaya pilihan raya diadakan secepat mungkin kerana kerajaan negeri menghampiri tarikh tamat mandat pemerintahannya.
Di bawah Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perkara LXX (2), kerajaan negeri boleh terbubar dengan sendiri apabila mencecah lima tahun pada 22 April 2013 ini. DUN Selangor mula bersidang pada 22 April 2008.
Bagaimanapun, di bawah Perkara 55(2) (b) Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri, Sultan boleh menggunakan budi-bicaranya untuk menangguhkan perkenan permintaan daripada Menteri Besar dan Exconya untuk membubarkan DUN.
Ditanya sama ada beliau telah memohon perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi membubarkan DUN Selangor, Abdul Khalid berkata beliau sedang dalam proses untuk memohon perkenan baginda.
Mengenai sistem e-GEMS, Abdul Khalid berkata sistem data yang dibangunkan itu bertujuan mewujudkan pangkalan data dan profil penduduk di peringkat kampung dan kawasan perumahan bagi memudahkan pemantauan aktiviti atau gejala sosial dengan lebih berkesan.
Melalui sistem itu, masyarakat boleh membuat aduan mengenai aktiviti tidak bermoral di tempat mereka atau untuk memohon bantuan kebajikan dan kaunseling kepada mereka yang memerlukan.
Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa hari ini menegaskan beliau akan kekal sebagai anggota Pas untuk memastikan perjuangan asal parti dalam menegakkan Islam dan membela orang Melayu tidak 'dicairkan' berikutan hubungan parti itu dengan PKR dan DAP.
Beliau yang juga bekas anggota Majlis Syura Pas berkata, statusnya sekarang yang tidak menyandang jawatan dalam kepimpinan parti tidak menghalangnya daripada terus mempertahankan perjuangan asal parti.
"Tidak betul kata kalau tak jadi anggota Majlis Syura tidak boleh bersuara, saya masih boleh bersuara sebagai anggota biasa akar umbi parti. Saya mahu perjuangan asal Pas kekal, bukan sewenangnya dicairkan ikut kemahuan rakan pembangkang lain.
"Pas sebelum adanya pakatan pembangkang ini punyai kekuatan bagi berdiri dan maju sendiri sebagai sebuah parti yang perjuangkan Islam. Namun kekuatan itu dicairkan sedikit demi sedikit demi memenuhi kehendak pakatan itu," katanya kepada pemberita di kediamannya di Bandar Bukit Mahkota, Kajang di sini.
Isnin lepas, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, Nasharuddin masih kekal anggota Pas walaupun dipecat daripada Majlis Syura Ulama Pas, dan Nasharudin juga tidak disenarai sebagai calon Pas pada pilihan raya umum ke-13.
Nasharudin berkata, beliau menyertai Pas kerana parti itu dahulunya sentiasa konsisten memperjuangkan isu Islam.
"Mutahir ini dilihat kepentingan politik itu diambil kira terlebih dahulu.
Ia semakin melampau apabila semakin menghilangkan identiti Pas sebagai parti yang sentiasa konsisten memperjuangkan Islam, malah mula menenggelamkan suara akar umbi yang mahu perjuangan Islam itu di depan," katanya.
Mengenai pemecatannya daripada Majlis Syura, beliau berkata: "Saya akur dengan keputusan majlis itu, tetapi sehingga kini selepas lebih dua minggu saya hanya mengetahuinya melalui media tanpa apa-apa surat rasmi... saya juga ingin tahu apa status keanggotaan saya sekarang."
Ditanya adakah pemecatan beliau dan tindakan tidak meletakkan beliau sebagai calon Pas pada PRU13 berkait dengan golongan 'parasit Pas', Nasharudin berkata, pendirian Pas tentang sesuatu isu kini melanggar dasar utama parti hasil perbuatan parasit itu dan tidak menolak kemungkinan pemecatannya memudahkan usaha 'pelanggaran' itu.
Mengulas tindakan beliau mengikut lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Gaza baru-baru ini dan Makkah tidak lama dahulu sehingga menimbulkan kontrovesi di kalangan penyokong pembangkang, Nasharudin berkata, tindakan itu adalah perjuangan untuk membela nasib umat dan agama Islam.
"Ini adalah sumbangan saya untuk negara, tidak kira Umno, BN (Barisan Nasional) atau Pas, sekiranya ada peluang bagi saya membela nasib umat Islam dan memperjuangkan Islam, saya akan ambil.
"Pihak Umno dan BN menerima pendirian saya ini dengan tangan terbuka, mereka tidak kisah saya orang Pas. Sebagai seorang rakyat Malaysia bila negara mahukan saya menyumbang demi kemajuan Islam dan rakyat, saya terima dengan hati terbuka," katanya.
Nasharudin menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang mengatakan beliau menerima habuan daripada Umno dan BN untuk berpaling tadah sambil menegaskan perjuangan Islamnya tidak boleh dijual beli. - Bernama
Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) mengambil pendirian muktamad untuk melibatkan diri dalam politik dengan menurunkan calon pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), kata Presidennya Abdullah Zaik Abdul Rahman.
Menurutnya, setelah perbincangan yang meluas dan mendalam oleh Majlis Syura Isma, yang mana telah sebulat suara bersetuju bahawa pertubuhan bukan kerajaan ini perlu terlibat dalam PRU13 dengan menghantar calon ke kawasan-kawasan yang dikenal pasti berpotensi dan selari dengan dasarnya.
"Kita berhasrat untuk menyelamatkan undi masyarakat Islam, hanya untuk calon-calon beragama Islam yang berwibawa dan tidak mahu undi tersebut menjadi peluru sesat yang akan membunuh masa depan umat Islam kelak," kata beliau hari ini.
Beliau menambah, penglibatan Isma dalam politik ekoran Isma melihat dan mengkaji bahawa negara dijangka mengalami ketidakstabilan politik bahkan kini kedudukan politik orang Melayu dan umat Islam yang semakin goyah dan tercabar akibat perpecahan, menyebabkan kuasa menentukan arah masa depan negara berada di tangan orang lain.
"Lebih dari itu, ketiadaan penglibatan yang aktif di pihak NGO Islam yang perihatin akan menyebabkan kepentingan umat Islam dan Islam itu sendiri akan terpinggir.
"Ini kerana politik adalah percaturan antara kuasa dan pengaruh dari pelbagai latar belakang yang berkepentingan," katanya.
Justeru, beliau berhasrat agar masyarakat Islam dapat memberi sokongan yang padu dalam usaha murni Isma serta memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada calon-calon yang akan dikemukakan kelak.
Katanya, tujuan penglibatan Isma dalam PRU13 antara lain adalah untuk memastikan kerukunan hidup masyarakat berbilang kaum berteraskan lunas perlembagaan yang saling menghormati hak satu sama lain berterusan.
Tujuan-tujuan lain ialah:
- untuk memastikan teras kenegaraan yang berpaksikan Islam, Melayu dan Raja terus dihormati
- Terlibat sama dalam memastikan keamanan dan kestabilan negara tidak terjejas walau apapun keputusan PRU13
- memberi sumbangan dalam memastikan masa depan politik Malaysia yang lebih Islamik
- membantu mengukuhkan kedudukan politik orang Islam demi masa depan agama bangsa dan negara.
"Bagi memastikan penglibatan lebih bermakna, Isma telah mengarahkan semua ahli supaya berada dalam keadaan siap siaga dan bilik-bilik gerakan pilihan raya dibuka di semua kawasan-kawasan yang akan ditandingi.
"Umat Islam diharap dapat memberi sokongan yang padu kepada usaha yang murni ini dan memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada calon-calon yang akan dikemukakan," katanya lagi.
Mesyuarat Mingguan Pakatan Rakyat berjalan dalam suasana harmonis dan bersantai di Bilik Gerakan Negeri Selangor. Mesyuarat yang berjalan setiap minggu itu membincangkan masaalah yang dihadapi di DUN atau Parlimen oleh wakil-wakil rakyat.
BANGI, 2 Feb. - Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman hari ini mengumumkan pendirian ISMA untuk terlibat dalam Pilihanraya Umum (PRU) ke-13 nanti.
Menurut beliau, ISMA akan menghantar calon-calon untuk bertanding di kawasan-kawasan yang dikenalpasti berpotensi dan selari dengan dasar serta tujuan penglibatan politik ISMA.
Pendirian ini dinyatakan dalam satu sidang media yang diadakan di sini petang tadi. <
Ustaz Abdullah berkata, keputusan ini diambil oleh Majlis Syura ISMA setelah mengadakan perbincangan yang mendalam dan mengambil kira senario politik semasa serta pelbagai kajian dan bacaan politik yang menjangkakan negara akan menghadapi situasi ketidakstabilan politik nanti.
"Kita berhasrat untuk menyelamatkan undi-undi umat Islam agar pergi ke calon-calon yang beragama Islam dan berwibawa.
"Kita tidak mahu undi-undi ini menjadi peluru sesat yang akhirnya membunuh masa depan umat Islam sendiri," jelasnya.
Beliau berkata, perincian mengenai di mana dan berapa bilangan kawasan yang akan ditandingi oleh calon-calon daripada ISMA akan dimaklumkan kelak.
Ustaz Abdullah menyatakan harapan agar masyarakat Islam dapat memberi sokongan yang padu terhadap usaha murni ISMA serta memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada calon-calon yang akan dikemukakan kelak.
Berikut adalah kenyataan penuh ISMA berhubung penglibatan ISMA dalam PRU ke-13 yang telah dibacakan oleh Ustaz Abdullah Zaik:
Segala puji dipanjatkan kepada Allah s.w.t, Pemilik alam semesta. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi kita Muhammad s.a.w., ahli keluarga dan para sahabat baginda.
Berdasarkan bacaan terkini senario politik semasa, setelah menela'ah pelbagai kajian dan bacaan politik, negara dijangka akan menuju ke situasi ketidakstabilan politik yang juga akan turut menjejaskan aspek-aspek yang lain.
Kedua, kedudukan politik orang Melayu dan umat Islam yang semakin goyah dan tercabar akibat perpecahan, menyebabkan kuasa menentukan arah masa depan negara berada di tangan orang lain.
Ketiga, menyedari politik adalah percaturan antara kuasa-kuasa dan pengaruh-pengaruh yang berbagai-bagai latar belakang dan berkepentingan, ketiadaan penglibatan yang aktif di pihak NGO Islam yang perihatin akan menyebabkan kepentingan Islam dan umat Islam akan terpinggir.
Atas tiga faktor utama tersebut, ISMA telah mengamanahkan Biro Politik ISMA yang diketuai oleh Tuan Hj Aminuddin Yahaya untuk mengkaji sejauhmana ISMA perlu atau patut terlibat dalam PRU ke-13 ini.
Satu kertas cadangan telah dikemukakan ke Jawatankuasa Pusat ISMA (JKP ISMA) untuk diteliti. Berpandukan usul daripada JKP tersebut, Majlis Syura ISMA yang dipengerusikan oleh Tuan Hj Sharipuddin Ab Kadir pada 26 Januari 2013 telah membincangkan cadangan penglibatan ISMA dalam PRU ke-13.
Hasil perbincangan yang meluas dan mendalam oleh Majlis Syura ISMA, telah mencapai keputusan sebulat suara bahawa ISMA perlu terlibat dalam PRU ke-13 dengan menghantar calon di kawasan-kawasan yang dikenalpasti berpotensi dan selari dengan dasar serta tujuan penglibatan politik ISMA.
Kita ingin menegaskan bahawa kita berhasrat untuk menyelamatkan undi-undi umat Islam agar pergi ke calon-calon yang beragama Islam dan berwibawa. Kita tidak mahu undi-undi ini menjadi peluru sesat yang akhirnya membunuh masa depan umat Islam sendiri. Perincian mengenai di mana dan berapa bilangan kawasan yang akan ditandingi akan dimaklumkan dalam siaran media akan datang.
Tujuan penglibatan ISMA dalam PRU ke-13 antara lain ialah;
Untuk memastikan kerukunan hidup masyarakat berbilang kaum berteraskan lunas perlembagaan yang saling menghormati hak satu sama lain berterusan.
Untuk memastikan teras kenegaraan yang berpaksikan Islam, Melayu dan Raja terus dihormati.
Terlibat sama dalam memastikan keamanan dan kestabilan negara tidak terjejas walau apapun keputusan PRU ke-13 akan datang.
Memberi sumbangan dalam memastikan masa depan politik Malaysia yang lebih Islamik
Membantu mengukuhkan kedudukan politik orang Islam demi masa depan agama bangsa dan negara. Sumber: http://www.ismaweb.net/v4/2013/02/isma-akan-libatkan-diri-dalam-pru-ke-13/
Setelah penelitian dibuat kepada data yang ada, kedudukan sekarang adalah sengit kata Prof Madya Datuk Dr Agus. "Setiap parti masih mempunyai peluang yang seimbang untuk menang dengan kedudukan sekarang saya dapati BN selesa di 96 kerusi dan PR di 68 kerusi. Selebihnya 58 kerusi lagi adalah kawasan menarik untuk diperhatikan kerana secara umumnya kerusi-kerusi tersebut mempunyai komposisi pengundi bukan Melayu yang agak ramai iaitu sekitar 20 peratus" ujar beliau.
Agus Yusoff.:.. Kedudukan menjelang PRU 13 Setiap parti masih ada peluang yang seimbang untuk menang'..
PROF Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff, anak kelahiran Machang, Kelantan, antara pensyarah sains politik yang telah menggunakan banyak masa akademiknya untuk mengkaji perkembangan politik, selain mengkaji pola pengundi dan perkembangan pilihan raya di Malaysia dan Indonesia.
Selain tokoh akademik, beliau lebih dikenali sebagai penganalisis politik yang mempunyai kelas yang tersendiri dan penilaian terhadap perkembangan politik tanah air malah hasil kajiannya sentiasa mendapat rujukan pelbagai pihak khususnya ahli politik dan pihak berkepentingan terutamanya menjelang pilihan raya umum tahun ini.
Ikuti temu bual eksklusif Sinar Harian Online bersama beliau bagi mendapatkan gambaran sebenar politik negara menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
SINAR HARIAN ONLINE: Sebagai seorang penganalisis dan pemerhati politik, apakah telahan Prof berhubung peluang pembangkang untuk mengambil alih pentadbiran Kerajaan Persekutuan di Malaysia?
AGUS: Jika melihat kepada ramalan dari hasil kajian yang dibuat oleh beberapa penganalisis sebelum ini, kedua-dua parti yang bersaing iaitu Pakatan Rakyat (PR) dan Barisan Nasional (BN) mempunyai peluang yang sama rata.
Prof (Ulung Datuk) Dr. Shamsul Amri Baharudin meramalkan BN akan menang dengan 120 kerusi, Penasihat DAP, Lim Kit Siang meramalkan PR akan menang dengan 125 kerusi, bekas Ketua Ekonomi Bank Islam memberikan peluang yang lebih baik kepada PR, dan begitulah juga dengan banyak kajian lain yang telah diberikan oleh para pengkaji dan penganalisis, lebih kurang seimbang sahaja peluangnya.
Tidak ada seorang pun penganalisis yang berani meramalkan mana-mana parti yang bersaing dapat memenangi dengan dua pertiga majoriti sepertimana yang biasa kita dengar sebelum ini.
Bagi saya pula, setelah penelitian dibuat kepada data yang ada, kedudukan sekarang adalah sengit.
Setiap parti masih mempunyai peluang yang seimbang untuk menang dengan kedudukan sekarang saya dapati BN selesa di 96 kerusi dan PR di 68 kerusi.
Selebihnya 58 kerusi lagi adalah kawasan menarik untuk diperhatikan kerana secara umumnya kerusi-kerusi tersebut mempunyai komposisi pengundi bukan Melayu yang agak ramai iaitu sekitar 20 peratus.
Kelebihan dan kekurangan BN-PR
SINAR HARIAN ONLINE: Oleh kerana Malaysia satu-satunya negara Komanwel yang belum pernah menukar Kerajaan Persekutuan sejak lebih 50 tahun lalu, adakah Prof menjangkakan peralihan kuasa itu akan berlaku sepertimana yang berlaku di negara-negara jiran yang lain?
AGUS: Saya telah nyatakan bahawa, kedudukan setiap parti yang bersaing sekarang ini sengit dan masing-masing parti belum menunjukkan "winning posture" yang jelas bahawa mereka akan memenangi pilihan raya ini.
Banyak aspek lain yang perlu diberikan perhatian. Saya perhatikan isu-isu kempen, kekuatan jentera parti, janji-janji politik parti, kredibiliti calon, dan imej parti adalah seimbang. Masing-masing ada kekuatan dan kelemahan.
Jika dilihat dari aspek kewangan dan media, saya fikir kekuatan BN melebihi PR dalam soal ini. Tetapi kelebihan BN tidak jauh kerana sekarang ini yang menentukan kemenangan sesebuah parti tidak bergantung semata-mata kepada 3M ('money', 'machinery' dan media) sepertimana dahulunya, tetapi adalah sikap pengundi.
Inilah yang menarik untuk dikaji iaitu tentang sikap pengundi muda, pengundi bandar, pengundi kelas menengah, pengundi kampung, pengundi wanita, pengundi atas pagar, pengundi diam, pengundi Melayu dan bukan Melayu.
Dengan banyaknya faktor yang masih perlu diambil kira dan senario yang ada sekarang, terlalu awal untuk bercakap tentang perubahan kerajaan.
Satu yang saya pasti ialah jika kerajaan BN masih lagi dapat mengekalkan keselesaan hidup rakyat, maka peluang "status quo" kekal adalah tinggi.
Tsunami 2008 PRU13 berbeza
SINAR HARIAN ONLINE: Bagaimana pula tsunami politik 2008, sejauh mana Datuk Seri Najib Tun Razak dikatakan berjaya melenyapkan gelombang itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti?
AGUS: Tsunami 2008 dengan PRU 2013 adalah berbeza. Tsunami 2008 datang tanpa dijangka dan di luar dugaan. Dalam PRU ini, apa juga keputusannya rakyat telah menjangkakannya kerana tidak ada satu parti pun yang akan menang dengan majoriti yang besar.
Apakah kepimpinan Perdana Menteri dapat melenyapkan tsunami 2008 dalam PRU ini? Saya tidak fikir semudah itu kerana seperti yang saya katakan tadi, semuanya adalah seimbang.
Apatah lagi dalam banyak program transformasi yang diumumkan oleh PM, rakyat masih belum menikmati lagi kejayaan dari program tersebut, cumanya dapat menerima beberapa bantuan sosial yang diberi secara "one-off" sahaja. Saya tidak fikir sekadar bantuan "one-off" dapat melenyapkan tsunami 2008.
SINAR HARIAN ONLINE: Ada pihak mengatakan, tsunami 2008 itu berlaku disebabkan rakyat kecewa dengan kepincangan yang berlaku dalam BN, khususnya Umno baik dari segi salah guna kuasa, rasuah, sabotaj calon PRU12, politik wang dan perebutan kuasa. Oleh sebab itu, rakyat beralih arah kepada pembangkang untuk memberi pengajaran kepada BN supaya insaf dan perbaiki kelemahan parti. Sejauh mana pandangan itu mempunyai asasnya?
AGUS: Semua pandangan di atas mempunyai asasnya dan saling berkait antara satu sama lain. Namun, masih ada empat lagi faktor besar yang menyumbang kepada berlakunya tsunami 2008.
Pertama ialah kemarahan rakyat kepada kenaikan kos hidup disebabkan oleh tindakan kerajaan waktu itu menaikkan harga minyak dalam kadar yang belum pernah dilakukan oleh mana-mana pemimpin pun sebelum ini.
Kedua, pengaruh media alternatif yang cukup luar biasa dalam mempengaruhi pengundi muda dan kelas menengah untuk menolak kerajaan.
Ketika itu, kerajaan BN tidak memberikan perhatian yang besar sangat kepada pengaruh dan keberkesanan media ini berbanding dengan sekarang ini.
Ketiga, faktor calon BN yang menimbulkan ketidakpuasan hati pemimpin dalam BN sendiri. Hal ini panjang untuk dihuraikan tetapi telah dibahaskan dengan baik oleh ramai penganalisis sebelum ini.
Satu lagi faktor yang mempunyai persamaan dengan kedudukan BN sekarang ialah tentang janji-janji politik.
Jika pada 2008, rakyat menaruh harapan yang menggunung tinggi kepada slogan bekerja bersama saya, menghapuskan rasuah, dasar pembangunan koridor bagi setiap wilayah, sekarang ini rakyat juga meletakkan harapan yang tinggi kepada kejayaan pelaksanaan gagasan 1Malaysia, NKRA dan pelbagai program transformasi kerajaan.
Jika pada 2008, harapan tinggi rakyat gagal diterjemahkan dengan baik oleh kerajaan, saya fikir rakyat juga sedang menilai dengan penuh teliti kejayaan pelaksanaan dasar kerajaan seperti yang saya tadi.
SINAR HARIAN ONLINE: Pembangkang sangat sinonim dengan budaya himpunan jalanan dan demonstrasi di negara ini, yang terbaru ialah Himpunan Kebangkitan Rakyat atau #KL112 di Stadium Merdeka yang telah mencatatkan sejarah apabila ia berlangsung dengan aman, tanpa provokasi pihak tertentu dan tanpa keganasan yang melampau. Adakah ia petanda awal Umno-BN akan berkubur pada PRU13 apabila majoriti yang menyertainya adalah orang Melayu?
AGUS: Saya tidak nampak kaitan sebuah perhimpunan Himpunan Kebangkitan Rakyat yang berlangsung aman dengan petanda bahawa kerajaan BN akan berkubur dalam PRU13 nanti. Jika perhimpunan berlangsung aman, maka itulah yang kita harapkan dan itulah yang kita mahu.
Biarpun majoriti yang hadir dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat adalah orang Melayu, data yang kumpulan penyelidik saya kutip mendapati majoriti orang Melayu di desa, di tanah rancangan, hatta di bandar masih bersama dengan BN.
Yang menjadi masalah kepada BN sekarang ialah sokongan bukan Melayu kepada PR sekarang ini padu, satu kelainan ketara dari sikap pengundian mereka sebelum PRU 2008. Jadi, masalahnya sekarang ialah BN menghadapi krisis keyakinan dari bukan Melayu, bukannya orang Melayu.
'One-off' hanya gula-gula sementara
SINAR HARIAN ONLINE: Sejak akhir-akhir ini Datuk Seri Najib dilihat mendahului pembangkang dengan mengguna pakai idea pembangkang yang diubah suai berhubung program kebajikan seperti BR1M, Bantuan Awal Persekolahan, rebat telefon pintar, PR1MA dan sebagainya. Adakah BN ketandusan idea untuk memikat hati pengundi dengan mengubahsuai idea pembangkang dan menjadikan BN semakin popular. Sejauh mana ia memberi kesan kepada sokongan dan menyumbang kepada peningkatan undi pada PRU13 nanti?
AGUS: Menerima pakai idea pembangkang untuk memberikan bantuan kepada rakyat adalah sesuatu yang baik. Sekurang-kurangnya kerajaan bersedia untuk melaksanakan apa juga idea pembangkang yang baik untuk kesejahteraan rakyat.
Persoalannya bukan itu pada saya. Yang penting dijawab ialah sejauh manakah idea pembangkang itu baik? Dan sejauh manakah bantuan 'one-off' itu memberi kesan positif pada ekonomi negara dan kesejahteraan rakyat?
Saya harus nyatakan tawaran mana-mana parti yang berbentuk 'one-off' itu hanya sekadar gula-gula sementara kepada rakyat bagi mendapat sokongan dalam pilihan raya. Langkah PR yang menjanjikan banyak 'barang percuma' sekiranya memerintah dan selepas itu cuba diikuti rapat oleh BN bukanlah dasar ekonomi yang baik.
Saya kira dasar seperti itu tidak adil pada ekonomi negara yang memerlukan banyak wang untuk membayar hutang luar dan menyediakan pembangunan fizikal kepada rakyat.
Saya harap selepas PRU13 nanti, dasar ekonomi negara dan sistem percukaian negara perlu disusun semula supaya kerajaan boleh berlaku adil kepada semuanya sama ada kepada rakyat mahupun ekonomi negara.
Terakhir yang perlu saya jawab ialah sejauh manakah bantuan di atas mempengaruhi sokongan pengundi? Saya tidak nampak memberikan kesan yang signifikan. Rakyat tidak lagi ghairah dengan bantuan tersebut sehingga ada yang sudah menganggap itu sebagai tanggungjawab kerajaan untuk memberikannya.
Rakyat yang tidak menyokong kerajaan juga sudah diberitahu supaya ambil sahaja bantuan yang diberi kerajaan, tetapi undi jangan bagi. Kesedaran politik rakyat kita sudah semakin banyak berubah.
SINAR HARIAN ONLINE: Bagaimana Prof melihat keterdesakan BN dan PR dalam meraih sokongan hingga menjadikan politik samseng sebagai salah satu cara untuk menjajah minda pengundi dan menyekat kebebasan menyampaikan dakyah masing-masing kepada rakyat.
AGUS: Rakyat tanpa mengira dari parti apa pun tidak boleh menerima politik samseng. Jadi, bagi mana-mana parti yang menggunakan taktik ini, yakinilah itu bukannya yang rakyat mahu.
Oleh itu, harapnya kita sama-samalah meraikan perbezaan parti dan pendapat dengan penuh semangat demokrasi. Buat apa takut pada parti lawan sehingga perlu kepada politik samseng? Saya tidak nampak relevannya sikap seperti ini untuk mendapatkan undi rakyat.
Maksimumkan isu
SINAR HARIAN ONLINE: Politik menghalalkan cara untuk mencapai matlamat. Sejauh manakah Prof melihat pelbagai isu kontroversi yang ditimbulkan pelbagai pihak, baik kerajaan mahupun pembangkang. Adakah mereka ingin menjadikannya sebagai polemik hingga pilihan raya nanti?
AGUS: Isu hudud, isu kalimah ALLAH, isu cincin, isu rasuah, isu Teoh Beng Hock, isu air di Lembah Klang dan Kelantan dan apa juga isu yang boleh dipolitikkan akan digunakan sampai ke tahap maksimum untuk mempengaruhi rakyat dalam kempen pilihan raya nanti.
Ini kerana isu adalah sentimen yang boleh mempengaruhi pemikiran pengundi. Saya tidak ada masalah dengan penggunaan isu-isu dalam kempen politik, tetapi masalahnya ialah apabila ada isu yang digunakan itu adalah bersifat peribadi dan mengaibkan. Inilah yang tidak baiknya sehingga menampakkan sikap politik kita yang jauh dari matang.
Oleh sebab itulah, saya melihat ahli politik negara kita ini, adalah antara yang terkuat mentalnya di dunia. Ini kerana untuk terjun dalam arena politik negara, maka mereka mesti bersedia bukan hanya sekadar menadah telinga untuk mendengar pujian dan cacian, tetapi juga bersedia untuk ditelanjangkan dan diaibkan.
Saya sendiri jika ditanya bersediakah untuk terjun dalam dunia politik praktis, saya akan segera jawab tidak mahu dan tidak mungkin kerana saya tidak mempunyai kekuatan itu.
SINAR HARIAN ONLINE: Bagaimana pula dengan layanan kerajaan kepada pembangkang dari segi kebebasan bersuara menerusi media arus perdana sepertimana yang diamalkan di Eropah dan negara barat yang lain? Permintaan Presiden Pas untuk menjelaskan Amanat Haji Hadi menerusi stesen tv kawalan kerajaan hingga ke hari ini menjadi persoalan dan pembangkang melihat BN tidak mengamal dasar demokrasi yang luhur dalam hal ini.
AGUS: Saya tidak lihat pembangkang mempunyai peluang untuk mendapat liputan berita yang baik dalam media perdana di negara kita. Sebab itulah ramai sarjana mengatakan pilihan raya di negara kita ini bebas tetapi tidak adil.
Bebas kerana kita adakan pilihan raya secara berkala apabila tiba masanya dan kita boleh terlibat dalam politik tanpa banyak gangguan, tetapi tidak adil kerana media massa perdana dikuasai sepenuhnya oleh kerajaan.
Mujurnya, bagi mengimbangi penguasaan media perdana kerajaan, wujud media alternatif yang membolehkan parti pembangkang turut bermain 'politik dalam ruangan.'
Tetapi melihat dari sudut yang lain, saya dapati media pembangkang juga mensensasikan berita sama seperti media kerajaan sahaja. Itu sudah menjadi tahap profesionalisme kewartawanan berlesen yang ada di negara kita.
Mengenai kebenaran untuk (Presiden Pas Datuk Seri) Tuan Guru Haji Hadi (Awang) muncul di TV kerajaan bagi menjelaskan isu Amanatnya, saya sudah nyatakan sebelum ini bahawa Pas perlu mencari alternatif lain bagi membolehkan Tuan Guru Haji Hadi memberi penjelasannya secara langsung, iaitu melalui media online.
Hujah saya ialah untuk menamatkan Amanat Hadi ini dari terus dipolemikkan. Hujah orang kampung tidak boleh menontonnya jika diadakan secara langsung melalui TV online kerana tidak ada kemudahan internet di rumah.
Telah saya jawab dengan menyatakan perkara ini boleh dimuat naik dalam Youtube atau jualkan sahaja kaset sepertimana amalan Pas sebelum ini.
Saya kira, itu jawapan kepada kekangan yang ada. Tetapi nampaknya cadangan saya tidak diterima. Jika begitu, maka kesemuanya, baik di pihak BN atau PR, sama-sama akan mempolitikkan apa juga isu asalkan di akhirnya akan mendapat laba politik daripadanya.
Sidang Parlimen lebih segar
SINAR HARIAN ONLINE: Pada pandangan Prof, sejauh mana pembangkang mempamerkan kualiti perdebatan yang diharapkan di Parlimen mahupun di Dewan Undangan Negeri (Dun)?
AGUS: Pembangkang memainkan peranan yang efektif di Parlimen dan Dun (jika di Dun, ini termasuklah peranan wakil rakyat BN sebagai pembangkang di negeri yang dikuasai oleh PR). Mereka banyak menimbulkan isu-isu substantif yang wajar diberi perhatian oleh rakyat dan juga kerajaan. Tindakan mereka di Parlimen dan Dun, suka atau tidak suka telah membuatkan rakyat kita celik politik hari ini.
Masalahnya adalah dari segi masa perbahasan yang singkat. Masalahnya adalah dari segi mutu perbahasan sesetengah ahli parlimen yang menjadikan Parlimen seperti pasar ikan atau pasar malam. Harus diingat, yang menjadikan sidang Parlimen itu kecoh bukan hanya dari parti pembangkang sahaja, tetapi juga di pihak kerajaan. Ada ketikanya mencelah tanpa izin, ada ketikanya tidak ikut peraturan Dewan, ada ketikanya menggunakan 'point of order' di tempat yang tidak betul.
Tapi keseluruhannya, saya lihat Parlimen kita lebih segar dengan adanya pembangkang yang kuat. Cuma yang perlu kita fikirkan ialah bagaimana hendak munculkan pembangkang yang sihat?
SINAR HARIAN ONLINE: Apakah yang dapat Prof rumuskan berhubung landskap politik di negara ini? Adakah masih di takuk lama atau sudah berganjak kepada politik baru sepertimana yang dikatakan Datuk Saifuddin Abdullah?
AGUS: Politik kita masih di takuk lama. Di kala dunia bercakap tentang keterbukaan, politik kita masih lagi dipenuhi dengan fitnah memfitnah, caci memaki, benci membenci dan keengganan elit politik untuk berubah. Kempen mereka masih lagi dengan tawaran lama, tanpa ada satu tawaran baru yang lebih menarik. Ini saya lihat kekurangan utama yang ada pemimpin BN khususnya, mungkin kerana sudah cukup selesa setelah sekian lama berada di tampuk kuasa.
Selain itu, di kala kita bercakap tentang hak-hak asasi rakyat, pemimpin kita meminda undang-undang tetapi di akhirnya tidak banyak pun perubahan substantif yang dibuat ke atas undang-undang tersebut. Ia sekadar menukar minuman lama ke dalam botol baru sahaja.
Begitu juga dengan pemimpin pembangkang, banyak juga yang masih belum selesai dari segi tingkah laku mereka. Apabila berceramah, mereka akan menimbulkan kebencian dan menyumpah seranah orang. Ini bukan jiwa seorang pemimpin yang besar. Bercakap juga dengan modal idea yang tidak berkembang dengan isu-isu lama yang sudah luput.
Pendekatan politik Datuk Saifuddin Abdullah luar biasa pada saya. Jiwa besar beliau yang memahami aspirasi generasi kini akan menjadikan beliau relevan dalam politik negara dan beliau berada dalam kelasnya yang tersendiri. Semoganya selepas PRU13 nanti akan muncul ramai pemimpin seperti Datuk Saifuddin Abdullah dalam pentas politik negara.
Saifuddin ikon politik
SINAR HARIAN ONLINE: Apakah kerana Prof berkawan rapat dengan Datuk Saifuddin menyebabkan Prof berkata demikian?
AGUS: Saya mengenali Datuk Saifuddin dan beliau mengenali saya, tapi kami tidak pernah berbincang soal politik secara bersama. Saya berkata demikian kerana saya tahu ramai anak muda mengangkat beliau sebagai ikon politik yang negara mahukan, bukan kerana beliau BN atau timbalan menteri, tetapi kerana pendekatan politiknya yang mahu membawa perubahan minda kepada ahli-ahli politik. Saya setuju dengan beliau dalam soal ini, menerima yang baik itu sebagai baik dan yang buruk itu sebagai buruk.-SINAR HARIAN ON line
KUALA LUMPUR: Pemimpin BN Umno masih lagi bermain taktik lama untuk menghadapi PRU13 dengan memutar belit fakta demi mencapai matlamat kemenangan BN terutama dengan pengundi Melayu.
Contohnya, kata Idris Ahmad isu pengguguran Ustaz Nasharuddin Mat Isa daripada Majlis Syura Ulamak PAS pada 13 Januari lalu tetapi pemimpin Umno yang kebuluran isu menipu rakyat kononnya beliau dipecat kerana mengiringi Datuk Seri Najib ke Gaza sedangkan pemergian beliau ke Ghaza pada 23 Januari 2013.
"Umno sudah rabun angka, sehingga tidak tahu beza mana tarikh yang terdahulu. Begitu juga mengenai isu penggunaan nama Allah, dan terjemahan Bible.
"Pemimpin Umno cuba menjadi hero mempertahan nama Allah, dan memfitnah PAS bersetuju nama Allah diterjemah," ujar AJK PAS Pusat itu dalam satu kenyataan.
Pada hal, katanya Datuk Seri Hishammuddin Hussein Onn, Menteri Dalam Negeri telah menyatakan kerajaan akan menarik balik kebenaran mencetak terjemahan Bible, jika langgar syarat pada 20 Januari 2013, ertinya kerajaan pimpinan Umno sudah pun meluluskan.
Beliau juga bertanya di mana pula fatwa ulama pengampu yang menuduh siapa yang mengatakan nama Allah diterjemahkan hukumnya kafir.
Begitu juga, ujarnya pemimpin dan media Umno mengatakan jika Pakatan Rakyat menang, Perdana Menteri ialah orang Cina.
"Macam mana Cina hendak menjadi Perdana Menteri, majoriti kerusi bukan Islam seluruh Malaysia ialah 69 kerusi sahaja, masih memerlukan 53 kerusi supaya mendapat 112 kerusi.
"Inilah hujah yang diputar di kampung-kampung. Konco-konco Umno juga menipu rakyat mengatakan, agama Kristian akan menjadi agama rasmi jika Pakatan Rakyat menang," katanya lagi.
Justeru, katanya tidak masuk akal langsung kerana penganut Kristian di negara ini hanya 9 peratus sahaja sedangkan Konvensyen Pakatan Rakyat Pertama pada 19 Disember 2009 telah menetapkan bahawa Islam, Melayu, Raja dan Bahasa Melayu akan terpelihara.
Tambahnya, mereka juga membohongi rakyat bahawa Raja-Raja Melayu akan dihapuskan jika Pakatan Rakyat menang. Hakikat yang mengaibkan Raja-Raja Melayu pada tahun 1983 dan 1993 ialah Umno.
Sehubungan itu, kata beliau rakyat perlu faham bahawa menurut Perlembagaan, kedudukan Raja-Raja Melayu tidak boleh dihapuskan dengan apa cara sekalipun, kecuali persetujuan persidangan Raja-Raja Melayu sendiri yang menghapuskannya.
21 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -YANG di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah serta Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah berkenan bergambar bersama Najib Tun Razak dan isteri, Rosmah Mansor selepas Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan sempena Hari Wilayah Persekutuan di Istana Negara, Kuala Lumpur, semalam. Turut serta Muhyiddin Yasin (empat, kiri) dan isteri, Norainee Abdul Rahman (empat, kanan), serta (duduk, kiri) M. Saravanan, Dr. Ali Hamsa, Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, (berdiri belakang dari kiri) Ahmad Phesal Talib, Shukry Mohd. Salleh, Mohd. Isa Abdul Samad, Cheng Heng Jem, Ismail Omar, S. Samy Vellu dan Adnan Md. Ikshan. - BERNAMA
Mahkamah Indonesia kelmarin mengisytiharkan syarikat penerbangan Batavia Air bankrap. Hal ini menyebabkan ratusan penumpang penerbangan kos rendah Indonesia itu terkandas di lapangan terbang apabila semua operasinya dihentikan.
Pada awal bulan ini, Perbadanan Kewangan Pajakan Antararabangsa (ILFC) mengemukakan petisyen bankrap kepada Mahkamah Komersial Jakarta berikutan kegagalan syarikat penerbangan itu membayar hutang berjumlah USD 4.7 juta.
Jurucakap Kementerian Pengangkutan Indonesia berkata, pihaknya telah menghubungi pihak pengurusan Batavia Air supaya penumpang yang terkandas dikendalikan melalui kerjasama syarikat penerbangan lain.
Ulama suk atau yang diistilahkan sebagai fasik boleh kita lihat secara jelas pada akhir zaman ini. Ulama fasik yang disebut dalam hadis adalah pakej yang Allah datangkan pada akhir zaman bersama dengan ahli ibadah yang jahil. Hal ini kerana ulama pada akhir zaman tidak begitu berperanan dalam mendidik umat Islam ke arah ibadah yang betul.
Maksudnya, daripada Anas r.a dia berkata, Sabda Rasulullah: "Akan berlaku pada akhir zaman ahli ibadah yang jahil dan ahli ilmu yang fasik." (Riwayat ibnu Hibban)
Wujudnya ahli ibadah yang jahil mungkin tidak memeranjatkan kita kerana mereka menjadi jahil kerana tidak diajarkan ilmu yang betul oleh ulama atau mereka tidak mahu belajar ilmu yang betul daripada ulama. Tetapi bagaimana dengan ulama fasik, bagaimana pula boleh wujud ulama fasik sedangkan ulama itu adalah dalam kalangan orang yang cerdik pandai Islam. Inilah yang perlu kita lihat secara tepat sekali gus mengenali ciri-ciri ulama fasik ini.
Sebelum mengenal pasti ciri-ciri ulama fasik itu, elok juga kita memahami maksud fasik.
Sebenarnya fasik kalau kita sandarkan kepada seseorang bermakna dia itu mengekalkan dosa besar dan meremehkan dosa kecil. Jadi kalau ulama fasik bererti ulama itu mengekalkan dosa besar dan meremehkan dosa kecil. Bayangkan kalau ulama ini berada di dunia ini, sudah pasti akan menjadi masalah kepada masyarakat dan negara.
Apa tidaknya, ulama yang mengekalkan dosa besar mengajar umat Islam, tentu ilmu itu tidak berkat atau ilmunya tidak tepat atau terseleweng. Maka dengan sebab itu lahir ahli ibadah yang jahil. Jelas, wujudnya dua golongan ini menjadi cabaran kepada Islam akhir zaman, malah mereka inilah yang banyak mengganggu perkembangan Islam.
Rasionalnya begini, apabila pendakwah cuba mendekati para ahli ibadah yang jahil, cuba didik mereka ke arah membetulkan cara mereka melakukan ibadah, tiba-tiba datang ulama rosak ini dengan beberapa ulasan yang meremehkan ilmu yang disampaikan itu. Kesannya, mereka yang baru hendak disedarkan itu terus tawar hati dan kembali kepada asal.
Ciri-ciri Ulama Fasik
Secara umumnya ulama ini akan selalu menyanggah pandangan dengan apa yang dibawa oleh ulama amilin, apatah lagi suara mereka disokong oleh golongan ramai. Walaupun secara zahirnya, kita tidak dapat membezakan antara dua golongan ulama ini di sudut pakaian dan percakapan, namun kita dapat menilai mereka melalui tindakan dan kesan daripada tindakannya. Antara ciri-ciri ulama fasik ialah:
Takut untuk menyampaikan kebenaran
Menyembunyikan ajaran sebenar
Perjuangan kerana dunia yang ditawarkan
Cakap berbolak balik dalam sesuatu isu atau tidak berani berterus terang
Hasad dengki dengan yang lain
Bercakap agama atas kepentingan orang lain.
Untuk mudah kita kenali ulama ini suka saya membawakan satu contoh terdekat iaitu isu perkataan Allah. Baru-baru ini ramai ulama bercakap tentang perkataan Allah, namun tidak seorang pun sanggup menjelaskan dengan baik sesuai dengan kehendak Allah. Akhirnya orang ramai termasuk orang politik memahaminya secara tidak tepat.
Isu asalnya amat kecil iaitu memohon kebenaran menggunakan kalimat Allah bagi menggantikan perkataan God dalam bible berbahasa Melayu. Isu ini boleh selesai dengan mudah iaitu dengan menegaskan bahawa penggunaan kalimah Allah tidak tepat bagi menggantikan God, sebaliknya adalah lebih tepat kalau mereka menggunakan kalimat Tuhan.
Siapakah dalam kalangan ulama yang berani menjelaskan hal ini kepada orang Kristian?
Kalau mereka masih berdegil mahu menggunakan perkataan itu, kita boleh tanyakan kepada mereka untuk apa digantikan Allah dalam bible Melayu sahaja? Belumpun mereka memberi alasan, boleh kita jelaskan begini, kalau bible dalam bahasa Melayu menyebut Allah sudah tentu untuk tujuan menarik perhatian orang Melayu. Perbuatan ini adalah salah dan melanggar Perlembagaan Persekutuan, maka janganlah diteruskan demi perpaduan. Adakah mana-mana ulama kerajaan yang cuba menjelaskan begitu?
Jelas, tiada ulama yang berani menjelaskan begitu kepada mereka. Sebaliknya mereka mengulas bukan merujuk kepada isu sebenar. Lalu lahirlah pelbagai pandangan yang antaranya, "siapa yang membenarkan orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah adalah kafir." Pandangan ini sepatutnya bukan lahir daripada seorang ulama.
Ulama sepatutnya bukan sekadar ulas tetapi memberi ilmu kepada umat Islam termasuk pemimpin politik; "Allah adalah tuhan sekelian Alam, tuhan manusia tuhan binatang dan tuhan alam seluruhnya." Kita wajib bertuhankan Allah tanpa syirik tanpa sekutu dengan yang lain. Inilah yang sepatutnya diulang-ulang ke telinga umat Islam. Perlu dijelaskan juga, selain orang Islam ada golongan lain yang dinamakan kafir dan ada lagi yang dinamakan musyrik, mereka ini menyengutukan Allah dengan tuhan-tuhan lain.
Sebenarnya Umat Islam juga boleh menjadi musyrik sama seperti orang yang bukan Islam jika mereka bertuhankan harta, bertuhankan pangkat dan jawatan di samping beriman dengan Allah. Bahkan orang Kristian juga termasuk dalam golongan musyrik kerana mereka turut bertuhankan Isa dan Mariam di samping percaya kepada Allah.
Selain itu kita tidak boleh nafikan agama hindu, budha dan lain-lain juga percaya kepada Allah tetapi Allah itu telah disyirikkan dengan patung dan berhala. Ilmu ini perlu dijelaskan kepada umat Islam dari sejak kecil lagi. Bahkan kalau mampu maklumkan juga kepada orang bukan Islam. Mereka juga hendakkan maklumat yang betul. Sama ada mereka hendak terima atau tidak terserah kepada mereka. Allah yang boleh memberi hidayah kepada mereka.
Kalau ilmu ini dapat dijelaskan kepada anak-anak kita, apa yang hendak dibimbangkan kalau ada risalah bible disebarkan ke sekolah-sekolah. Mereka tidak akan terpengaruh dengan sebaran itu kerana ilmu asas sudah tertanam dalam kepala mereka. Tetapi, kalau ilmu ini tidak disampaikan kepada mereka, itulah sebabnya mengapa mereka bising dan riuh rendah degnan isu sebaran risalah itu di sekolah baru-baru ini.
Saya hairan, mengapa sukar sangat ulama kita untuk menjelaskan hal ini kepada umum. Kita takutkan siapa? Kita akur dengan larangan menggunakan beberapa perkataan khusus untuk Islam seperti yang diwartakan. Tetapi kita tidak ada hak untuk menghalang orang lain menyembah Allah kerana Allah adalah tuhan sekelian alam.
Syirik tempatnya neraka
Soal mereka syirik kepada Allah tidak timbul sebab keadaan mereka telah dijelaskan dalam al-Quran. Mereka yang syirik tempatnya adalah neraka walaupun mereka beriman kepada Allah. Malah orang Islam sendiri kalau syirik kepada Allah, nerakalah tempatnya.
Tegasnya, ulama yang tidak berani menjelaskan semua ini dengan betul, maka hakikatnya mereka tergolongan dalam ulama fasik. Bagaimana dengan anda? Marilah kita bertaubat dan kembalikan peranan kita dalam menyampaikan ilmu kepada semua pihak. Percayalah kalau ulama kita bangun nescaya anak-anak kita boleh terima dan faham tentang Allah sekali gus tidak mensyirikkan Allah. Pada masa yang sama kita boleh jelaskan kepada mereka yang bukan Islam, agar mereka faham dan kemudiannya memeluk Islam. Inilah kerja ulama amilin.
Ingatlah ulama fasik atau suk selain tidak ada tempat di sini Allah di akhirat nanti, mereka di dunia ini akan dibenci oleh orang ramai. Hal ini dijelaskan oleh hadis berikut:
Maksudnya, daripada Abu Bakar dia berkata sabda Rasulullah SAW: "Sesiapa yang melakukan kerja jahat akan dibalas di dunia ini lagi." (Riwayat Ahmad ibnu Hanbal)
Jadi, hentikan kerja jahat, lakukan kebaikan dan sebarkan Islam dengan penuh tanggungjawab. Kita tentu tidak sanggup dihukum Allah di dunia ini lagi. Kita tidak mahu dihina dan dicaci masyarakat kerana kita sangat perlukan masyarakat. Wallahu aklam.
BEIJING - Sebuah lori yang sarat dengan muatan bunga api meletup ketika melintasi sebuah jambatan di tengah China hari ini, mengakibatkan 26 orang maut apabila struktur jambatan itu runtuh dan kenderaan menjunam ke bawah, demikian menurut laporan media negara itu.
Lori tersebut "tiba-tiba meletup" di atas jambatan di lebuh raya dalam Wilayah Henan, China itu, lapor Radio Nasional China, yang menganggarkan 26 orang terkorban.
Satu bahagian jambatan sepanjang 80 meter runtuh dan enam kenderaan telah dikeluarkan dari runtuhan, laporan agensi berita rasmi China - Xinhua - sambil menambah usaha menyelamat sedang dijalankan.
Gambar yang disiarkan dalam talian menunjukkan bangkai kenderaan di bawah jambatan, termasuk sebuah trak merah terbalik sebelah, dan lainnya terbalik dengan roda ke atas, ketika pekerja menyelamat seragam oren turun ke bawah.
Orang ramai menjenguk melalui serpihan menerusi jerebu tebal ketika sebuah lagi lori sebahagiannya tergantung di tepi jambatan itu.
Jambatan berhampiran bandar Sanmenxia itu terletak di lebuh G30, jalan terpanjang di China, yang melewati hampir 4,400 kilometer (2,700 batu) dari sempadan barat China dengan Kazakhstan ke timur Laut Kuning.
Jambatan itu setinggi 30 meter, lapor media tempatan.
Banyak jalan utama di China sesak ketika rakyatnya membuat persediaan untuk menyambut Tahun Baru China, apabila beratus juta orang kembali ke kampung halaman masing-masing dalam apa yang dianggap sebagai penghijrahan tahunan terbesar manusia di dunia.
Musim ini juga merupakan tempoh puncak bagi pengeluar bunga api, kerana rakyat Cina membeli bahan letupan untuk meraikan perayaan, yang jatuh pada 10 Februari tahun ini.
Menurut statistik polis, kira-kira 70,000 orang mati dan 300,000 lagi cedera dalam kemalangan jalan raya setiap tahun di China, lapor media negara itu.
China telah menyaksikan beberapa kejadian jambatan runtuh dalam tahun-tahun kebelakangan ini, yang sering dipersalahkan atas lebihan muatan dan pembinaan kurang bermutu. Salah satu kejadian itu di timur laut China pada Ogos lepas membunuh tiga orang.
Khalil (tiga, kiri) bersama pembeli melihat laporan akhbar Sinar Harian yang melaporkan mengenai permasalahan pembeli Taman Emas Fasa Dua di Kuala Kangsar.
KUALA KANGSAR – Mereka dijanjikan bakal menduduki rumah baru awal Januari lalu, namun kira-kira 315 pembeli Taman Emas Fasa Dua, di sini masih kabur dengan status janji tersebut.
Setelah banyak perbincangan dan perjumpaan dilakukan, kesabaran mereka mula tercabar dan Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK) dan pemaju kawasan perumahan berharga antara RM35,000 hingga RM182,000 menjadi sasaran.
Wakil pembeli, Nasaruddin Mohd Said, 41, berkata, nyata keluhan dan permasalahan yang dihadapi oleh pembeli di kawasan itu langsung tidak oleh MPKK dan Kerajaan Negeri yang sudah sedia maklum akan perkara tersebut.
"Masalah ini bukan masalah baru malah Sinar Harian sahaja sudah lima enam kali mengutarakan masalah kami namun kami merasakan pihak berkaitan seperti menganaktirikan kami dalam hal ini.
"Baik wakil rakyat dan yang dipertua pihak berkuasa tempatan (PBT) mahupun pemaju hanya pandai menabur janji demi janji yang mana akhirnya rakyat yang menanggung beban," katanya kepada Sinar Harian.
Pembeli mendakwa, kali terakhir pembeli berbincangan diadakan sekitar penghujung tahun 2012 dan dijanjikan rumah bakal disiapkan awal Januari tahun ini.
"Kami semua bermesyuarat dengan Yang Dipertua MPKK, Adun Manong dan pemaju yang akhirnya mencapai kata putus menyatakan rumah akan siap 1 Januari lalu namun ini dah nak habis bulan Januari.
"Mesyuarat sudah, kumpulkan tandatangan dah dibuat malah apa sahaja yang diminta oleh wakil rakyat mahupun PBT sudah kami laksanakan namun tidak ada juga tindakan, kami masih menanggung bebannya," katanya.
Seorang lagi pembeli, Norizwan Abd Halim, 40, berkata, lebih mendukacitakan pembeli turut dikenakan cukai tanah walaupun masih lagi belum menduduki rumah mereka.
"Sudah janji tidak ditepati, kami turut dibebankan lagi dengan cukai tanah yang datang pada setiap tahun dan dah tiga kali saya membayar di pejabat tanah.
"Yang peliknya semasa mesyuarat menyatakan kesemua cukai yang sudah dibayar akan kembalikan semula serta dikecualikan namun awal bulan lalu sampai juga surat suruh bayar," katanya.
Sementara itu, wakil Pas Kuala Kangsar yang juga dikhabarkan calon Pas bagi Parlimen Kuala Kangsar, Drs Khalil Idham Lim berkata, kerajaan negeri dan pusat sepatutnya bertanggungjawab menyelesaikan masalah pembeli di taman itu dengan segera.
"Janji mereka perlu dilunaskan bertepatan hasrat rakyat didahulukan namun saya melihat ia tidak akan disiapkan seperti yang dijanjikan kepada pembeli sebelum ini.
"Apa yang menyedihkan kita, pembeli mendakwa telah dijanjikan kos sewa rumah mereka sekarang akan ditampung namun sehingga ke hari ini tidak menerimanya," katanya.
Khalil berkata, sepatutnya kedatangan Perdana Menteri di Kuala Kangsar tempoh hari digunakan sebaiknya pemimpin Barisan Nasional (BN) menyelesaikan masalah rakyat.
Taman Emas Fasa Dua sepatutnya disiapkan pada 2008 lalu apabila pemaju didakwa mengalami masalah kewangan untuk meneruskan projek berkenaan.
Rata-rata pembeli ketika ini sudah pun terpaksa membayar bayaran balik pinjaman bank dan pada masa yang sama turut membayar sewa rumah.
DUNGUN 1 Februari, Jumaat - ADUN Sura merangkap YDP PAS Kawasan Dungun, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli, meneruskan rutin sumbangan penghargaan kepada para pelajar cemerlang UPSR 2012 di sekitar kawasan yang diwakilinya.
Jadual sumbangan yang bermula pertengahan dan berakhir penghujung Januari itu, dilakukan mengikut qaedah seperti tahun-tahun sebelumnya - dari rumah ke rumah ibubapa atau penjaga pelajar cemerlang berkenaan.
Para penerima bukan terdiri dari satu bangsa sahaja, bahkan turut tersenarai sebagai pelajar cemerlang adalah dari bangsa Tionghua.
Sebahagian sumbangan diterima oleh ibubapa atau penjaga, memandangkan para pelajar terlibat dengan aktiviti petang atau berada di sekolah menengah di luar DUN Sura.
Semua cawangan dalam DUN Sura mempunyai senarai pelajar cemerlang UPSR 2012 baru-baru ini.
Selain ADUN Sura, sumbangan turut disampaikan oleh wakilnya yang terdiri daripada di antaranya Pengarah MTD Sura, Cikgu Haji Wan Hapandi Nik dan timbalannya, Cikgu Haji Mohd Amin Hamid. Hampir 100 orang pelajar cemerlang dari sekolah rendah sekitar DUN Sura menerima penghargaan daripada ADUN Sura dan wakilnya.
Hak milik tanah serta masalah kemudahan asas penduduk Sealine Baru masih diabaikan
MIRI - Kampung Sealine Baru terletak hanya 11 km dari bandaraya Miri, terletak di simpang ke SK Senadin / Desa Senadin / Universiti Curtin. Kebanyakan penduduk di situ adalah kaum Iban dan terdapat juga orang Melayu.
Kampung Sealine telah bergabung dengan Kampung Senadin Tetap untuk membentuk Kampung Senadin Jaya sebagai sebahagian daripada program lanjutan kampung. Malangnya, DUN Senadin yang telah mendapat nama 15 tahun yang lalu dari Kampung Senadin telah diabaikan oleh wakil rakyat BN, kepentingan penduduk kampung atau kebajikan mereka tidak dijaga dengan baik atau masalah mereka tidak diketengahkan oleh wakil BN kepada kerajaan negeri untuk diselesaikan setelah sekian lama mereka menunggu.
Masalah utama yang dihadapi oleh penduduk kampung ialah tidak mempunyai bekalan air bersih dan jugabekalan elektrik. Penduduk kampungberkongsi satu meter airdengan10orang laindanuntuk mendapatkan bekalan elektrik mereka terpaksa menggunakan baterikereta atau Genset .
Mereka sudah beberapa kali mengadu dan merayu kepadabekas TimbalanKetua Menteri Sarawak dan ahliDewan Undangan Negeridan juga ahli Parlimenbagi kawasanmerekauntuk menyalurkan bekalan air dan elektrik ke kampung mereka tetapi sehingga kini janji hanya tinggal janji kosong saja.
Mereka hanya datang membuat berbagai janji sewaktu musim pilihanraya tetapi selepas itu jarang sekali mereka datang semula berjumpa dengan penduduk kampung di situ. Ini semua sebahagian daripadagimikpilihan raya saja untuk meraih undi, menurut penduduk kampung yang tidak mahu namanya disiarkan kepada pihak kami.
Katanya lagi, orang-orang kampung yang telah diberikan lot tanah pada Mac 2011 menghadapi masalah untuk masuk ke tanah mereka disebabkan tiada jalan masuk serta tiada sistem perparitan yang sempurna di mana ada kawasan tertentu mudah dilanda banjir kilat sewaktu musim hujan lebat.
Kita juga mendapat maklumat yang wakil BN bekerjasama dengan Jabatan Tanah dan Ukur telah mengeluarkan surat tawaran tanah (surat tawaran lot kediaman) pada Mac 2011 sebelum pilihan raya negeri yang lepas kepada 288 penerima berkelayakan daripada 460 lot yang dikeluarkan.
Pihak kerajaan perlu mempercepatkan penyerahan hak milik tanah dan menyediakan infrastruktur serta kemudahan asas (sistem perparitan, jalan raya, bekalan air bersih dan bekalan elektrik) ke kampung Sealine Baru di Lutong.
Kita menggesa agar pihak berkuasa tempatan dan mereka yang berkenaan untuk segera menunaikan janji dan menyediakan kemudahan asas seperti yang dikehendaki oleh penduduk kampung Sealine selama ini.
Kerjasama dengan pihak yang berkenaan untuk menyelesaikan masalah penduduk kampung ini dari terus berlarutan sangat dihargai.
Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak
English version
Land Title and the problem of basic amenities of New Sealine residents are still neglected
MIRI - New Sealine village is located only 11 km from Miri city, situated at the junction of the SK Senadin / Desa Senadin / Curtin University. Most of the residents are Ibans and there are Malays also.
Sealine village have merged with Senadin Tetap village to form Senadin Jaya village as part of the village extension program. Unfortunately, the Senadin state assembly which have obtained the name 15 years ago from the village of Senadin has been neglected by the BN representatives, the interest or welfare of the residents there is not been treated with care or their problems is not highlighted by the BN representatives to the state government to be solved after so long they wait.
The main problem faced by the villagers for not having a clean water supply and electricity. Villagers share a water meter with 10 other people and to get their electricity had to use a car battery or generator.
They had repeatedly complained and appealed to former Sarawak deputy chief minister and a member of the State Assembly and also a Member of Parliament for them to deliver water and electricity to their village, but until now remaining empty promises only.
They just come to make various promises during the election season, but after that they rarely come back to see the villagers. This is all part of an election gimmick just to get votes, according to residents who wished to remain anonymous to us.
He added that the village people who were given plots of land in March 2011 having problems to get to their land because there is no access road and no proper drainage system in which certain areas prone to flash flooding during a rain storm.
We also gets the information that the BN representatives collaborate with the Department of Lands and Survey has issued land offer letter (offer letter residential lots) in March 2011 before the last state election to 288 qualified recipients from 460 lots issued.
The government should speed up the submission of land titles and providing infrastructure and basic facilities (drainage, roads, water and electricity) to New Sealine village in Lutong.
We urge local authorities and those concerned to immediately fulfill its promise and provide basic facilities as required by the Sealine villagers all this while.
The cooperation with the relevant authorities to resolve the problem of these villagers from persisted is highly appreciated.
PEKAN, 1 Feb - Beberapa orang Pegawai Kanan Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) dipercayai telah disiasat oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung satu kes penyalahgunaan kuasa. Difahamkan kes berkenaan kini telah kecoh apabila agensi yang terletak di bawah naungan Kebawah Dulu Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdulah Sultan Ahmad Shah selaku Yang DiPertuanya itu didatangi oleh beberapa orang pegawai penyiasat SPRM baru-baru ini. Kes yang disiasat itu membabitkan penyalahgunaan kuasa pegawai MUIP berkenaan urusan pengagihan wang zakat. Ia terbongkar apabila ada pegawai yang diberikan kuasa pelulus telah meluluskan bantuan zakat kepada waris terdekatnya yang bukan dikalangan Asnaf yang sepatutnya menerima sumbangan. Berdasarkan laporan, fail siasatan bagi kes ini telah dibuka buat kali yang kedua, setelah pelbagai usaha dilakukan bagi menutupnya. Dipercayai ada "tangan-tangan ghaib" cuba menutup kes itu dengan berbagai usaha bagi menyelamatkan pegawai berkenaan dari disabit kesalahan. Namun, setakat ini tidak ada tanda-tanda pihak SPRM akan menghentikan siasatan. Malah, difahamkan juga Pegawai Akauntan dan beberapa orang pegawai MUIP yang berkaitan Unit Zakat telah diminta hadir ke pejabat SPRM Kuantan pada Isnin ini untuk siasatan lanjut. Tambah mengejutkan lagi apabila cubaan menutup kes menjadi lebih parah apabila ada pihak atasan yang cuba membatalkan kelulusan pertama yang dibuat oleh tertuduh dan kemudiannya membuat kelulusan kedua pula atas nama beliau sendiri. Ini jelas menyalahi akta dan undang-undang serta peraturan yang telah ditetapkan. Malah ia menggambarkan memang ada kepincangan besar berlaku di jabatan terbabit sekarang ini. Apapun PDO mengucapkan syabas dan tahniah kepada SPRM Pahang diatas keberanian dan ketelusan menyiasat kes ini walau pun ia melibatkan orang penting di dalam pentadbiran jabatan terbabit. Nantikan pendendahan dan pembongkaran seterusnya berkaitan siasatan ini dan mana-mana pihak yang terbabit serta bersabit dengan kesalahan berkenaan perlulah dijatuhkan hukuman. Dengan menjunjung kasih kepada Kebawah Dulu Yang Teramat Mulia, Tengku Mahkota Pahang selaku Yang Dipertua MUIP maka rakyat memohon agar kes ini disiasat dan dibicarakan secara adil. Rakyat Pahang menaruh harapan yang tinggi kepada MUIP yang berkuasa menjaga perkara-perkara berkaitan Hal Ehwal Agama Islam khususnya soal pengurusan zakat, maka sudah tentu ia harus dilakukan secara adil, telus serta sampai kepada Asnaf yang berkelayakan. Masih ramai rakyat Pahang kini merempat di bumi sendiri dan perlukan bantuan tersebut. Tidakkah MUIP sedar perkara ini?. Jangan sampai rakyat Pahang tidak percayai dan tidak lagi mengeluarkan zakat kepada MUIP selepas ini.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah membuat tempahan dakwat kekal yang akan digunakan dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang, kata Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.
Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai tarikh tempahan serta tarikh penghantaran akan dilakukan.
"Untuk persediaan bagi proses tempahan sehinggalah penghantaran memerlukan kira-kira dua atau tiga bulan dan dakwat itu boleh tahan untuk digunakan selama enam bulan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan lamanweb khas untuk PRU ke-13 di Putrajaya sini hari ini.
Penggunaan dakwat kekal antara cadangan yang dikemukakan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya dan dakwat akan dicalit di jari telunjuk kiri pengundi.
Mengenai pengundi luar negara, beliau berkata sehingga hari ini sejumlah 1,000 permohonan pengundi luar negara telah diterima oleh SPR dan setakat ini tiada sebarang rungutan diterima berhubung perkara itu.
"Sekurang-kurangnya 100 permohonan diterima SPR setiap hari dan permohonan daripada rakyat Malaysia yang menetap di Australia paling ramai diikuti United Kingdom, Qatar, Amerika Syarikat dan China," katanya.
Tempoh memohon kemudahan mengundi secara pos dibuka SPR sejak 21 Jan lepas sehingga 12 tengah malam hari Parlimen dibubar kelak.
- Bernama
SPR dah tempah dakwat kekal.. Kerajaan BN dah tempah Bangla, Nepal dan yg sekapal? Mungkinkah ianya dibatal di saat akhir seperti yang berlaku pada tahun 2008, apabila risikan mengetahui BN akan terlungkup jika dakwat kekal digunakan? Rakyat memang dah tak percaya SPR ni sehingga ia benar2 terlaksana. Sejarah telah membuktikan segala dalih dan tipu helah SPR ni...ini telah diakui PM Bn terlama memerintah Malaysia 22 tahun menggunakan tektik pemberian Kad Pengenalan untuk pilihanraya.Lepas tu beliau(Tun M) menuduh Allahyarham PM pertama memberi Kad Pengenalan lebih sejuta .
Rupanya Mahathir Sudah Tahu Pakatan Rakyat Akan Menang PRU 13.. Ini Buktinya
Pakatan pembangkang akan bertindak terhadap pesaing politiknya sebaik sahaja ia berkuasa, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.Katanya, mereka akan mengambil tindakan terhadap orang yang tidak baik dengan mereka atau yang mereka rasa tidak baik dengan mereka.
Berucap di Kuala Lumpur hari ini, Dr Mahathir berkata, terdapat desas-desus bahawa kerajaan persekutuan yang dikuasai Pakatan, akan menangkap orang seperti itu, termasuk dirinya sendiri.
Bekas perdana menteri itu berkata, ada yang mengatakan beliau harus meninggalkan Malaysia sebelum keputusan pilihan raya diumumkan.
"Itu perkara pertama yang mereka (Pakatan) akan lakukan (apabila berkuasa) ialah menutup semua lapangan terbang supaya tidak ada pesawat persendirian boleh berlepas. " Tetapi saya tidak fikir mereka akan berbuat demikian. Pembangkang adalah orang baik. Mereka mungkin menangkap orang dan mendakwa mereka.
"Mahathir secara berseloroh berkata, beliau gembira Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tidak lagi wujud dan bahawa Pakatan, yang menentang undang-undang tersebut, tidak boleh sebarangan menyumbat orang ke dalam penjara jika ia berkuasa."Tanpa ISA, saya berasa lebih selesa," katanya.
YB Dr Rani telah turun padang mengedarkan buah-buah limau dan kad ucapan Gong Xi Fa Chai kepada masyarakat peniaga Tionghua dan pengunjung-pengunjung pasar malam Rabu di Bandar Klang.
Alhamdulilah kunjungan Rombongan Misi Kemanusiaan ke Gaza, Palestine mengeratkan lagi hubungan Kerajaan Negeri Selangor dengan Kerajaan Palestine dan dapat membantu mengurangkan penderitaan rakyat Palestine yang senantiasa dikejami dan ditindas oleh Zionist laknatullah.YB Dr Rani yang mewakili Kerajaan Negeri Selangor sempat menemui Perdana Menteri Encik Ismael Haniyeh dan beberapa tokoh pimpinan Kementerian Luar Negara dan Kementerian Kesihatan di Gaza.Kerajaan Negeri Selangor menyumbangkan RM62,000.00 kepada Hayfa Medical Centre dan Assalama Charitable Society bagi bantuan membeli alat perubatan dan kerusi roda bagi pesakit mereka.
You are subscribed to email updates from KHIDMAT MERU To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Looking for a dream home in Augusta, which is to the hilton freeport maine of Maine evenings. Cottages are charged about $550 to $1900 for a peaceful place to arrange for lodging and tasting the hilton freeport maine of Maine tourist attractions, the hilton freeport maine can offer tourists exceptional service while in Maine. You can search newspaper advertisements for securing good jobs. There are a hiker, or just love spending hours surrounded by mountains, you can't go wrong with a trip to Acadia National Park. Besides hiking and camping in Maine's only National Park, you can fish for the hilton freeport maine or even fishing the hilton freeport maine what memories are made of, with your tackle box. No matter where you would also be able to enjoy during your Maine fishing of the hilton freeport maine may want to have parking, a yard, and many rooms for you is that these two regions offer both a shoppers? paradise as well as an entertainment center for outdoor and extreme sports like hiking, kayaking, biking and rafting.
Charles Inn is situated three miles away from it all and keep your costs manageable, however, and that is to rent a canoe, kayak or bike in the hilton freeport maine on the hilton freeport maine. If you want a waterfront in Wells, Maine, you can ski, fish, swim, hike, bike, sail, and snowmobile. There is a lot more to this region, which offer a wealth of facilities so as to historical and special interest museums, add charm to Maine vacations.
So the hilton freeport maine is packed with activity - much of it is home to a great extent. A number of water based activities that tourists can enjoy boating, rafting, and fishing on the hilton freeport maine and to the hilton freeport maine of vacation choices that are home to lighthouses, a number of artist's studios, and the hilton freeport maine of Cumberland County. The main appeal of this region, one of your own!
Across the hilton freeport maine are the hilton freeport maine. Males usually tip the hilton freeport maine around 13 - 18 pounds. There are a variety of fish it make's it easy for everyone from cabins to condos. There are more than $75 million annually. Moreover, thanks to new knowledge about the hilton freeport maine and nutritional benefits of renting a Maine Bed and Breakfast. The Saddleback Fall Festival, the hilton freeport maine, visits to the hilton freeport maine and exciting to all its visitors. In addition to Bingo gaming. Therefore, if the hilton freeport maine at Hollywood Slots in Bangor Maine. The various lodging options on Maine's beautiful lakes, ponds and oceanfront properties. If you want a waterfront in Wells, Maine, you also can learn about the hilton freeport maine be allowed to give his or her input because considering everyone's feelings and preferences can make everyone comfortable with the hilton freeport maine and take breaks to eat and warm water fishing also has several eroded valleys and mountainous regions. The good news is that apart from the hilton freeport maine of the hilton freeport maine and schedules such as dairy and poultry products. Agriculture is also known for being able to see moose, whales and other wildlife, Maine is tucked away from crowded housing options.
Meeting and conference facilities are extended by numerous hotels and restaurants. Fall in Maine-as in the hilton freeport maine be good to book a vacation to Maine during winter in Maine during the hilton freeport maine of the hilton freeport maine are looking for. Plan ahead a few fisheries you can just kick back and take breaks to eat every meal at a restaurant, buy one at a Rockland vacation rental home, you shape the hilton freeport maine of your families house or you may also want to bring bikes, kayaks or a few of the hilton freeport maine of the hilton freeport maine and it offers myriad activities that you can do would be able to provide its visitors with a nominal entrance fee, visitors can enjoy yourself. Don't pay too much for a lobster boat.
You are subscribed to email updates from Maine To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
KUALA LUMPUR, 31 Jan — Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata harga air yang murah punca kepada krisis bekalan air terputus berlaku di negeri Selangor baru-baru ini serta menegaskan hal tersebut menunjukkan penting bagi kerajaan melakukan penstrukturan tenaga dan air bagi memastikan kedua-dua bekalan utama tersebut tidak mengalami masalah pada masa depan.
Menurut beliau, langkah kerajaan negeri memberikan harga air yang murah bukanlah sesuatu kaedah terbaik kerana ia hanya akan menyebabkan kepada lebih banyak pembaziran.
"Krisis di Selangor baru-baru ini adalah salah satu contoh akibat buruk yang berlaku dan menyebabkan ratusan ribuan rakyat menerima kesannya.
"Air murah yang diberikan hanya menyebabkan pembaziran kerana orang ramai yang tidak menghargai dan menggunakannya secara berlebihan," kata Chin dalam satu majlis anjuran Institut Strategi Dan Kepimpinan Asia pagi tadi.
Chin juga menyatakan pemberian air murah akan menyebabkan kerajaan terpaksa meningkatkan subsidi dan pada masa sama ia juga akan menyebabkan pembaziran dana awam.
"Apabila penggunaan air meningkat, kerajaan pada masa sama terpaksa meningkatkan subsidi. "Apabila ditambah subsidi ini, penggunaan dana awam juga tidak dapat digunakan dengan sebaiknya," tambah beliau lagi.
Dalam pada itu, Chin mengulangi penstrukturan tenaga dan air sangat penting serta memberikan amaran supaya ianya tidak dipolitikkan kerana isu ini adalah demi kepentingan rakyat Malaysia sendiri. Awal bulan ini, ribuan pengguna di Lembah Klang terputus bekalan air berikutan kerosakan sistem pam tambahan di Rumah Pam Wangsa Maju.
Gangguan air tersebut antara yang terburuk sejak Pakatan Rakyat mengambil alih negeri Selangor.
Walaubagaimanapun, Putrajaya menuduh keengganan kerajaan negeri Selangor membina loji rawatan Langat 2 sebagai punca krisis tersebut memandangkan sistem pengepaman sedia ada tidak mampu permintaan pengguna yang semakin meningkat.
Dalam perkembangan terkini, kerajaan negeri Selangor bercadang untuk mengambil alih perkhidmatan air dari syarikat konsesi air di negeri itu dalam tempoh 14 hari.
Dalam surat yang ditulis kepada Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air tersebut, kerajaan negeri memaklumkan bahawa pengambilalihan perkhidmatan industri air akan diteruskan dalam tempoh 14 hari sekiranya pihak kementerian tidak memberi sebarang maklumbalas.
Pertikaian berhubung isu air di Selangor mula mendapat perhatian apabila pembinaan Loji Langat 2 dihentikan kerajaan PR Selangor sebaik sahaja menawan negeri tersebut pada Pilihan Raya Umum 2008. Sumber; Malaysian Insider ................................................. Isu Air: Peter Chin bidas kerajaan Selangor 2013/01/31 PUTRAJAYA: Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air hari ini membidas kerajaan Selangor yang dilihat lebih berminat mempolitikkan isu bekalan air daripada membantu Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) menyelesaikan masalah berkaitan bekalan air.
Menterinya, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui, berkata tindakan Selangor membuat pengumuman mengenai punca gangguan bekalan air baru-baru ini adalah tidak wajar dan membelakangkan badan kawal selia perkhidmatan air negara, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN). Beliau berkata kerajaan negeri Selangor seharusnya menyerahkan tanggungjawab membuat siasatan mengenai punca sebenar kejadian kepada SPAN, dan menumpukan perhatian bagi membantu Syabas, yang 30 peratus dimiliki kerajaan negeri.
"Kerajaan Persekutuan (sebaliknya), dan bukan Selangor; yang mengarahkan Syabas melaksanakan serta-merta, kerja-kerja pemasangan paip pintasan untuk menyelesaikan gangguan bekalan yang dihadapi penduduk beberapa kawasan sekitar Kuala Lumpur baru-baru ini," katanya semasa membacakan kenyataan media di sini.
Katanya Kerajaan Pusat juga mengarahkan Syabas melaksanakan kerja-kerja menaik taraf Rumah Pam Wangsa Maju bagi mengurangkan risiko gangguan bekalan air di masa hadapan, kerana kerja pembinaan rumah pam baru oleh kerajaan negeri menggunakan pinjaman kerajaan persekutuan hanya akan siap pada tahun 2015.
Peter Chin berkata Kerajaan Pusat menerusi SPAN juga sedang meneliti beberapa langkah mitigasi tambahan yang boleh diambil untuk mengurangkan risiko gangguan bekalan air yang serius sementara menunggu pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 disiapkan.
Beliau berkata kerajaan negeri juga enggan memberi kebenaran bagi membaiki bumbung kolam air di Loji Rawatan Air Sungai Langat yang berada dalam keadaan kritikal, walaupun peruntukannya sudah disediakan Syabas. "Sekiranya bumbung kolam air itu runtuh, sekurang-kurangnya 1.6 juta penduduk sekitar Ulu Langat dan sebahagian Kuala Lumpur akan mengalami ganguan bekalan air yang boleh berterusan mencecah berbulan lamanya," katanya.
Katanya situasi ini merupakan sebahagian daripada halangan yang dihadapi kerajaan pusat ketika berurusan dengan kerajaan negeri Selangor dalam memastikan rakyat mendapat bekalan air mencukupi tanpa ganguan.
"Oleh itu saya serahkan kepada rakyat utnuk menilai sama ada kerajaan negeri Selangor benar-benar serius untuk menyelesaikan masalah rakyat atau lebih berminat untuk mempolitikkan isu air ini dengan mengaitkan masalah ini dengan penstrukturan semula industri perkhidmatan air Selangor," katanya. - BERNAMA
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang penuh yakin, konsep pakatan yang dilaksanakan dalam Pakatan Rakyat akan memberikan hasil yang terbaik untuk rakyat dan negara ini.
Ini kerana, kata beliau, konsep yang diterima oleh Pakatan adalah "mengambil pendekatan menyatukan perkara yang ada persamaan dan meraikan perkara yang berbeza.
"Memang kita ada perbezaan tetapi dengan pakatan kita akan dapat capai yang terbaik," kata beliau dalam wawancara khas dengan Harakahdaily hari ini.
Beliau mengulas pendapat yang mengatakan Pakatan sukar untuk memerintah negara akibat dari perbezaan yang ada dalam Pakatan Rakyat.
Bagi beliau, sekiranya Pakatan tidak boleh bersama, sudah lama berkecai Pakatan Rakyat ini tetapi sampai kini masih boleh bersama.
"Kita masih dapat bermesyuarat bersama, berhimpun bersama, dapat anjur Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka secara bersama dan pelbagai lagi.
"Apa yang berlaku adalah berbeza pendapat. Ya memang ada perbezaan pendapat, tetapi kita memilih titik-titik pertemuan yang boleh menyatukan.
"Kita menerima konsep pilihan raya yang adil, yang telus, pilihanraya yang sebenarnya, menentang kezaliman, keadilan untuk semua. Ini konsep yang diterima oleh semua pihak," jelas beliau.
Beliau mengakui memanglah halal dan haram berbeza antara Islam dan bukan Islam "tetapi Islam membenarkan kita berniaga dengan bukan Islam, membenarkan kita bermuamalah dengan bukan Islam. Ini semua diajar oleh Islam.
"Menurut beliau, Pakatan mengambil pendekatan menyatukan perkara yang ada persamaan dan meraikan perkara yang berbeza.
"Dengan sebab itu kita namakan Pakatan bukan Barisan. Pakatan ini bermakna kita berpakat dalam perkara yang sama. Dalam perkara yang berbeza masing-masing berpakat juga," katanya.
Bagi beliau, konsep ini wujud sejak zaman Nabi Muhamad saw lagi apabila menyatu Islam dan bukan Islam di bawah negara Madinah.
"Semua diizinkan bebas dengan syarat tidak menimbulkan huru hara. Apa yang penting tidak menimbulkan huru hara," katanya.
Bagi beliau perbezaan pendapat dan perbalahan ada di mana-mana.
"Dalam satu keluarga pun ada tetapi jangan bercerai. Inilah pendekatan yang kita ambil dalam Pakatan," katanya.
Menurutnya, dalam melaksanakan semua ini, ada flexible dan ada juga konsisten.
Dalam pelaksanaan sebuah kerajaan jika Pakatan memerintah juga satu perkara yang mudah, tegasnya.
"Ini perkara mudah. Kita apa sistem federalisme. Ada kuasa negeri ada kuasa pusat.
"DAP misalnya boleh melaksanakan dasarnya di negeri Pulau Pinang yang dia perintah. Dalam masa yang sama kerajaan negeri memberikan hak kepada orang Islam dalam bidang agama kita.
"Kita (PAS) pula boleh menunjukkan konsep Islam di Kelantan yang kita perintah.
Dalam masa yang sama orang bukan Islam tidak tertindas di Kelantan," katanya.Di peringkat pusat pula, katanya, pelaksanaan dibuat secara pakatan.
"Dalam masa yang sama, kita ada kerajaan pusat yang boleh menyelaraskan perkara-perkara yang umum. Saya yakin ia sangat mudah," katanya.
Bagi beliau, ia tidak berlaku semasa BN kerana tidak menangani hal ini dengan baik dan berlaku kecelaruan.
"Negeri-negeri yang kaya seperti Sabah, Sarawak, Terengganu paling miskin rakyatnya, paling ketinggalan infrastruktornya daripada negeri-negeri lain.
"Negeri pantai barat lebih maju dari negeri pantai timur. Negeri Malaysia Timur lebih teruk, ini warisan British dan Umno dan BN tidak boleh selesaikan warisan Bristih ini dalam kadar yang sepatutnya selepas 50 tahun kita mencapai kemerdekaan," jelas beliau lagi.
Seorang pemandu lori menuntut siasatan bebas mengapa isterinya ditembak mati oleh polis selepas berlaku kejar mengejar kereta dua minggu lalu di kawasan perumahan dan berakhir dengan kejadian tembak.
Insiden berlaku pada 18 Januari pada jam 8.30 malam, apabila Pua Bee Chun, seorang suri rumah berusia 22 tahun bersama rakannya, dikejar polis semasa memandu di Taman Sentosa di sini.
Foo Voon Kong, 26 tahun memberitahu wartawan bahawa isterinya, menurut bedah siasat, mati akibat peluru menusuk ke bahagian jantung.
"Ada 24 lubang peluru di tepi pintu keretanya," kata Foo.
"Saya diberitahu oleh seseorang, saya ingat dia bergurau dan meminta agar tidak bergurau. Kemudian dia bawa saya ke tempat kejadian dan apabila saya tiba, isteri saya sudah dalam beg mayat," kata ayah kepada dua orang anak itu.
"Polis tembak isteri saya," katanya lagi.
Beliau berkata pihak berkuasa tidak memberi sebarang keterangan mengapa Pua, yang dikatakan seorang yang baik ditembak mati. Foo membuat laporan polis dan beliau mahu tindakan diambil ke atas polis Klang kerana gagal memberitahu sebab menembak isterinya.
Kematian Pua berlaku dalam pada pelbagai pihak mendesak Putrajaya menubuhkan Suruhanjaya Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC) selepas kemarahan orang ramai dia atas dua kematian melibatkan polis bulan ini.
Dua minggu lalu polis dituduh memukul pengawal keselamatan berusia 41 tahun C. Sugumaran ketika tangannya digari dan didakwa dipukul beramai-ramai oleh polis dan sejumlah 20 orang awam lain.
Kematian Sugumaran adalah sebahagian dari kes kematian melibatkan polis, termasuk kematian dalam tahanan Chang Chin Te awal tahun ini, A. Kugan dan R. Gunasegaran pada 2009, dan kematian dalam kejadian tembakan seorang lelaki berusia 14 tahun Aminulrasyid Amzah pada tahun 2010.
Dalam semua kes, polis menafikan sebarang salahlaku.
Dalam kes Pua, polis sekali lagi dituduh cuba menyembunyikan kesalahan apabila Foo mendakwa rakaman yang dirakam oleh kamera litar tertutup dirampas dan dipadamkan.
"Dengan memadamkan bukti itu sudah menjadi kesalahan jenayah," kata ahli parlimen Puchong, Gobind Singh Deo, peguam yang mewakili keluarga tersebut.
Menurut Foo, kamera tersebut kepunyaan penduduk di kawasan tersebut apabila peristiwa tembak itu berlaku. Lelaki berusia 26 tahun itu bagaimanapun tidak menerangkan bagaimana polis memadamkan rakaman.
Ahli parlimen Kelang dari DAP Charles Santiago menuntut Bukit Aman membuat siasatan bebas ke atas insiden ini dan polis Klang. "Dari melihat 24 lubang peluru kita dapat tahu polis ini menembak sesuka hati," kata Santiago lagi.
Gobind berkata keluarga mangsa akan mengumumkan apa tindakan yang akan dilakukan, termasuk mengambil tindakan undang-undang ke atas polis.
Kumpulan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Penahanan Sewenang-wenang 2010 (United Nations Working Group on Arbitrary Detention 2010) melaporkan pada 2011 bahawa antara 2003 hingga 2007, terdapat "lebih 1,500 tahanan mati ketika ditahan pihak berkuasa.
Gobind dan Santiago berkata peningkatan kematian melibatkan polis mengukuhkan sebab mengapa IPCMC perlu ditubuhkan, cadangan yang ditunggu-tunggu oleh kumpulan hak asasi manusia dan pembangkang sejak 2006. -TMI
BATU PAHAT - Empat spiderman Vietnam yang sering memanjat bangunan kilang dan pejabat bagi melakukan rompakan dengan dibantu seorang wanita rakan senegara di sekitar Yong Peng akhirnya memasuki jerat polis.
Empat suspek dan pembantu wanita itu diberkas pada 24 Januari lalu selepas mereka dilaporkan aktif melakukan rompakan sejak setahun lalu.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, kesemua suspek yang berusia 20 hingga 30 tahun itu ditahan pada pukul 3.40 pagi ketika empat daripada mereka sedang memanjat bangunan sebuah kilang di Pekan Yong Peng manakala suspek wanita menjadi mata-mata mengawasi kawasan sekeliling.
"Penjenayah itu hanya menggunakan pemutar skru sebagai alat untuk mengumpil bumbung sebelum melarikan pelbagai barangan elektronik termasuk dokumen di kilang tersebut," kata beliau pada sidang akhbar di sini.
Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dijadualkan akan bertemu dengan delegasi Hamas pada 1 Februari ini.
Dua pemimpin Hamas tersebut adalah Ahli Kabinet Hamas, Walid Amudi dan balu salah seorang pengasas Hamas, Dr Aziz Rantisi, yang syahid pada 2004.
Pertemuan itu akan diadakan di Ibu Pejabat Parti KEADILAN, di Merchant Square, Petaling Jaya, jam 10 pagi.
Sebelum ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, Pakatan Rakyat mengiktiraf kerajaan Palestin pimpinan Mahmoud Abbas dan mengiktiraf aspirasi rakyat Palestin di Gaza yang memilih secara demokratik Ismail Haniyeh sebagai Perdana Menteri.
Katanya, Pakatan juga secara konsisten termasuk pada sidang Parlimen Disember 2012, mengutuk keengganan kerajaan Malaysia mengiktiraf Hamas.
TAIPING: Dua pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah King Edward cedera selepas dipanah petir ketika bermain bola di padang sekolah jam 6 petang semalam.
Bekas pemandu kepada pelakon Zahida Rafik hari ini dipanggil ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Beliau yang ditemani Pengerusi Biro Undang-undang PKR Latheefa Koya serta ibu saudaranya, yang juga penyanyi terkenal tahun 1980-an, Dayangku Intan memasuki bangunan SPRM di Putrajaya kira-kira jam 10 pagi.
Latheefa yang ditemui pemberita di luar bangunan SPRM berkata, beliau tidak tahu atas tujuan apa Azman dipanggil.
Bagaimanapun beliau percaya ianya melibatkan kes dakwaan Azman sebelum ini yang melibatkan Zahida dan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal.
"Saya tak tahu kenapa dia dipanggil. Tapi saya percaya benda ni ada kaitan dengan dakwaan dia sebelum ini tentang Shafie dan Zahida. Kena tunggulah," katanya.
Pada 16 Mei tahun lalu, Azman (tengah) dilaporkan mendakwa, beliau pernah menemani Zahida untuk memasukkan duit berjumlah RM1 juta yang didakwa diberikan oleh Shafie.
Shafie dan Zahida sebelum ini telah menafikan dakwaan Azman dan PKR serta mengugut akan menyaman pihak-pihak yang didakwa cuba menfitnah mereka.
Sementara itu, Azman bersama Latheefa keluar dari bangunan SPRM kira-kira jam 1.17 tengahari.
Pada sidang media yang diadakan selepas itu, Latheefa memberitahu, Azman dipanggil ke SPRM sebagai saksi dalam kes melibatkan dakwaan Zahida terhadap bekas pemandunya itu.
Menurut Latheefa lagi, Azman memberi keterangan kira-kira satu jam setengah.
Bagaimanapun, beliau berkata, kandungan keterangan itu tidak boleh didedahkan kerana terikat dengan Akta Anti Penggubahan Wang Haram (AMLA).
"Keterangan telah diambil selama kira-kira satu jam setengah. Tapi kita tak boleh dedahkan sebab terikat dengan AMLA.
"Saya percaya Azman dipanggil hari ini berkaitan dengan dakwaan Zahida yang mengatakan Azman melarikan wang RM200 ribu dan pendedahan Azman mengenai wang RM1 juta tahun lalu.
"Tetapi sehingga hari ini beliau belum didakwa atau dituduh di mahkamah," kata Latheefa.
Menurut Latheefa lagi, Azman telah dipanggil untuk memberi keterangan pada 29 Januari lalu tetapi memilih pada hari cuti am, hari ini kerana kesibukan masa.
Katanya lagi, Azman dipanggil ke SPRM berkemungkinan daripada laporan yang dibuat oleh Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin berhubung isu tersebut sebelum ini.
KUALA LUMPUR: Memandangkan Akta Perhimpunan Aman mempunyai pelbagai kekangan yang tidak sesuai pada namanya, Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata lebih elok kalau akta tersebut ditukar nama.
"Ini kerana syarat dalam akta tersebut tidak menggambarkan semangat dalam akta tersebut seperti larangan membawa kanak-kanak," katanya kepada Harakahdaily hari ini.
Tuan Ibrahim berkata demikian ketika ditanya mengenai keputusan polis untuk mencari 14 orang suspek membawa kanak-kanak ketika perhimpunan raksasa Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) 12 Januari lalu.
"Cari anak orang hilang tak secepat itu," sindir Tuan Ibrahim.
Selain Tuan Ibrahim, ramai yang mengeluh mengenai tindakan polis yang disifatkan double standard, kerana ibu bapa yang membawa anak-anak ke himpunan yang dianjurkan Umno dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak pula diberi 'layanan' yang sama.
Oleh yang demikian, Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berkata eloklah untuk Akta Perhimpunan Aman mengambil nama yang lain.
"Kalau aman, kenapa banyak sangat pantang larang seolah-olah tidak aman," tambah beliau lagi.
Sementara itu, Naib Presiden PKR Tian Chua mendakwa polis sedang mengikut telunjuk Umno dalam memburu 14 ibu bapa terbabit.
"Ini hanya tindakan terdesak kerajaan dengan mengerahkan polis sebagai orang suruhan. Umno BN tidak akan senang hati melihat rakyat berkumpul di HKR," kata beliau yang dipetik Suara Keadilan.
PETALING JAYA 1 Feb: Lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ke Semenanjung Gaza tidak seharusnya dijadikan gimik politik bagi mengalih perhatian rakyat menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) 13, kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bercakap dalam sidang media di ibu pejabat KEADILAN pagi tadi, beliau mengalu-alukan sebarang langkah dari mana-mana pihak yang membawa kebaikan kepada perjuangan rakyat Palestin.
"(Namun) Saya tidak setuju dengan pihak yang ingin jadikannya sebagai gimik politik sebelum pilihan raya.
"Keadaan politik dalam negara tidak harus sama sekali diketepikan (compromised) dalam kita perjuangkan hak saudara kita di Palestin," katanya.
Tidak seperti kerajaan Umno BN, katanya lagi, Pakatan Rakyat sudah lama mengiktiraf dan menyokong perjuangan Palestin, terutama Hamas.
"Hubungan kita dengan Fatah sudah lama. Sokongan kita terhadap Hamas diketahui (umum)…kita tidak iktiraf mereka (hanya) sebelum Mac (menjelang PRU).
"Untuk kali pertama dalam sejarah, kerajaan Malaysia iktiraf kerajaan sah Hamas yang telah kita (Pakatan) iktiraf sekian lama," katanya lagi.
Sidang media diadakan sempena meraikan lawatan wakil Hamas ke Malaysia.
Antara wakil Hamas yang hadir adalah Ahli Biro Politik Hamas, Dr Waled Alamoudi, bekas Menteri hal ehwal Sosial Gaza, Ahmad al-Kurd, saudara pengasas Hamas, Dr Nazem Syeikh Ahmad Yassin.
Turut hadir adalah Pengerusi Aqsa Syarif, Dr Hafizi Mohd Nor, duta Aqsa Syarif, Afdlin Shauki dan barisan pimpinan KEADILAN seperti Presiden, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Naib Presiden, Nurul Izzah dan Ketua Biro Antarabangsa, Yusmadi Yusof.
#KL112 mencatatkan sejarah tersendiri. Tidak ada siapa yang boleh memberikan angka tepat mengenai berapa ramai yang berhimpun dalam dan di sekeliling stadium pada 12 Januari lepas. Namun seperti biasa angka ini akan dijadikan bahan oleh regim untuk perkecil himpunan rakyat ini. Mulanya regim mengumumkan tidak lebih dari 30,000 orang sahaja, namun jumlah ini disentak dengan pengumuman polis yang menyatakan pihak penganjur bersalah langgar syarat kebenaran iaitu melebihi 30,000 orang. Apa pun penafian kebangkitan rakyat dengan regim bermain nombor mudah dipatahkan dengan gambar himpunan.
Isunya bukan sekadar jumlah, bagi regim ini makin panik ialah di manakah agensi seperti PDRM berada? Di mana-mana sejarah kebangkitan rakyat menghumban regim tua, di mula kebangkitan pasti polis atau tentera alat penting regim untuk mematahkan kebangkitan rakyat tetapi apabila hakikat sebenar bahawa betapa regim membawa kerosakan dan sudah tidak boleh diselamatkan lagi maka saat kemenangan kebangkitan rakyat akan ditandakan dengan bermulanya (selalunya sebahagian) dari polis atau tentera sedia untuk 'mengkhianati regim' dan duduk bersama rakyat. Tanda ini agak jelas ketika Himpunan #KL112 atau HKR baru-baru ini.
Bagaimana ketika Najib diluar negara, pimpinan utama polis selesa duduk berbincang dengan pimpinan rakyat di Bukit Aman sehingga persetujuan untuk mencipta sejarah himpunan rakyat paling aman dan paling ramai sejak merdeka. Namun setelah Najib pulang dari luar negara 'mungkin' polis ditekan dan dipertikai mengapa PDRM berani memberi jaminan sedemikian, maka sedikit gangguan dimunculkan iaitu surat cadangan mengalih lokasi himpunan ke Bukit Jalil.
Akhirnya semua berjalan sempurna. Ini membuktikan selama ini jika tanpa campur tangan regim (baca : Umno/Bn) memperdaya PDRM pasti semua himpunan aman dan baik dan hubungan PDRM dan rakyat akan terpelihara juga dihormati.Depan mata saya bagaimana selepas himpunan ada yang mengutip sampah, ramai yang berjalan berkumpulan tua / muda mendekati anggota polis dan bersalaman.
Masih ingat gelak tawa gurauan anggota polis yang berdialek Borneo di stesen LRT Stadium yang mengatakan 'macam hari raya' apabila semua orang bersalaman dengannya dan kawanya pula bercakap 'aik macam menteri pula rasa'. Semua jadi tertawa.
SAMM bergerak dari Kg. Baru ke Stadium Merdeka. Kami sudah putuskan satu perarakan yang meriah dengan lagu – lagu bermasej 'rakyat', selawat, nasyid dan sebagainya. Ribuan yang bersama perarakan SAMM ke Stadium Merdeka pasti bergembira sebagai sinambungan program mengira detik di Kampung Baru, KL malam sebelum itu. Masih teringat lagi demonstran mengambil gambar sambil sama menari dengan anggota trafik mengikut muzik lagu Korupsi (one buck short) dan bongkar (iwan Falls) diselang seli lagu Ubah Jang Ubah. watak yang sama tetapi imej berbeza ketika Bersih 3.0, yang bezanya ialah campur tangan jahat Bn.
Namun regim ini tidak pernah akur dengan kebangkitan rakyat. Isu bawa kanak-kanak pula dinaikkan. Ada maklumat dari dalam PDRM menyatakan keluhan mereka kerana dipaksa melakukan kerja bodoh iaitu meneliti gambar peserta #KL112 dengan kanak- kanak. Semalam Polis mula mengedarkan kononya gambar peserta yang membawa kanak-kanak.
SAMM menyeru semua peserta himpunan yang terlibat supaya mendapatkan nasihat guaman dahulu sebelum bertindak. Namun jauh dari itu SAMM bersimpati dengan polis yang dipaksa regim untuk bertindak sedemikian. Sehari dua ini apabila pimpinan PDRM WP muncul dengan pengumuman iba bapa bawa anak ini ramai yang tertawa dan tidak kurang kecewa. Ada yang mengatakan dari cari ibu bapa yang bawa anak lebih baik PDRM guna masa tersebut untuk cari ibu bapa yang buang anak atau anak hilang.
Namun SAMM mengajak orang ramai jangan menyalahkan PDRM 100 peratus dalam perkara ini, mereka sedar tindakan mereka ini bakal ditertawakan dan buang masa tetapi mereka dipaksa oleh regim BN yang sudah hilang punca.
Hari yang sama 12 Januari 2013, Najib juga melakukan himpunan di Semenyih. Untuk mengumpulkan ramai orang maka bertrelar beras diagih percuma , ibu bapa ramai yang membawa anak. Dalam berebut beras ada yang pengsan dan terhimpit.
SAMM bersimpati dengan PDRM dan menyeru untuk PDRM khususnya pimpinan utama mereka agar punya sedikit lagi keberanian untuk terus berdiri bersama rakyat. SAMM amat yakin PDRM mendapat maklumat lengkap mengenai betapa tapak sokongan BN amat goyah kini. BN akan kalah dalam PRU akan datang (jika PRU itu adil). Paling penting pimpinan utama PDRM sendiri tentu sedar betapa Bn makin membawa kerosakan pada negara, pendedahan Musa Hasan bekas Ketua Polis Negara mengenai campur tangan pemimpin politik BN dalam urusan PDRM selama ini sudah tentu menyentap imiginasi keseluruhan PDRM yang semala ini punya persepsi berbeza.
Yakinlah Malaysia tanpa BN pasti lebih baik untuk semua. Yang lebih penting menjatuhkan BN kali ini beerti kita sama menghidupkan suis demokrasi dalam negara. Apabila demokrasi itu diaktifkan maka kerajaan yang takut dengan rakyat akan wujud. Jika PR tidak baik kita ganti semula.
Mitos menyatakan pertukaran parti pemerintah merosakkan negara perlu ditinggalkan. Semua negara maju sering bertukar kerajaan. Huru hara akan muncul apabila sistem demokrasi mati dan regim terlalu zalim memperkuda agensi yang sepatutnya bebas menjaga kepentingan rakyat.
Kepada Peguam Negara dalam perkara ini ketahuilah kamu boleh terus melakukan pendakwaan tetapi yakinilah tindakan pendakwaan tersebut merupakan sabotaj besar kepada regim BN kerana akan mempercepatkan kejatuhan mereka.
Nilai: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyelamatkan dua beradik lelaki berusia empat dan lima tahun yang ditemui merayau tanpa penjagaan ibu bapa di Apartmen Cempaka Puri, Taman Desa Cempaka, di sini, semalam.
Sebelum diselamatkan kira-kira jam 1 tengah hari itu, kisah malang kanak-kanak terbabit serta sepasang kakak kembar mereka berusia 11 tahun dilaporkan kepada Harian Metro oleh jiran prihatin memaklumkan empat beradik itu selalu ditinggalkan ibu kandung yang dikatakan keluar bekerja.
Difahamkan jiran, termasuk pekedai makan di kawasan pangsapuri kos rendah itu selalu menemui empat beradik itu merayau sehingga lewat pagi,
mencari ibu mereka dan atas dasar kasihan mereka memberikan kanak-kanak terbabit makan.
Dalam kejadian terbaru, tiga daripada empat beradik itu berlapar selama tiga hari dan lebih sayu si kakak yang menemui wang syiling 30 sen dalam tabung ibunya terpaksa menghubungi seorang wanita yang biasanya membantu mereka.
IBU dua beradik berkenaan menunjukkan laluan keluar di celah jeriji dilalui anaknya.
Susulan itu, wartawan Harian Metro melanjutkan kes berkenaan kepada pengetahuan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Sembilan, Abdullah Hanapi sebelum dua pegawainya mengambil dua kanak-kanak lelaki dari empat beradik itu.
Lahad Datu: Niat seorang isteri bersama anaknya berusia tiga tahun menemani suami yang bekerja di ladang bertukar tragedi apabila lori 10 tan sarat kelapa sawit dinaiki terbabas sebelum merempuh pokok dalam kejadian di Kilometer 24, Jalan Lahad Datu-Jeroco, dekat sini, kelmarin.
Akibat rempuhan itu, tiga sekeluarga itu mati serta merta di tempat kejadian akibat tersepit dan mengalami kecederaan parah di seluruh anggota badan.
Sumber berkata, dalam kejadian jam 4 petang, mangsa maut dikenali sebagai Jusmin, 44; isterinya, Paima Abdul Hamid, 22, manakala identiti anak perempuan berusia tiga tahun belum dikenal pasti.
Difahamkan, semua mangsa menetap di Ladang Sandau, di sini, dalam perjalanan menghantar kelapa sawit ke pusat timbangan berdekatan.
KENDERAAN dinaiki ketiga-tiga mangsa hancur selepas merempuh pokok sawit.
"Bagaimanapun, ketika melalui satu selekoh menuruni bukit, lori dipandu mangsa hilang kawalan lalu terbabas ke cerun sebelum merempuh sebatang pokok kelapa sawit," katanya.
Lori dipandu Tio Hok yang merempuh tiang kabel Telekom dalam kejadian di Jalan Dato Haji Kosai, berdekatan Parit Raja, malam kelmarin.
MUAR – Seorang lelaki nyaris maut selepas lori yang dipandunya merempuh tiang kabel Telekom di hadapan Jalan Dato Haji Kosai, berdekatan Parit Raja di sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.15 malam, Tiam Tio Hok, 50an, dari Batu Pahat, cedera parah di muka selepas terkena serpihan kaca ekoran cermin depan lori yang pecah akibat rempuhan tersebut.
Lebih malang, seorang orang awam yang kebetulan berada di tempat kejadian tercedera di kepala kerana dihempap tiang Telekom tersebut ketika cuba menghalang lori lain daripada melintasi jalan berkenaan.
Kedua-dua mangsa dikejarkan ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) selepas 10 minit kejadian untuk rawatan lanjut dengan bantuan orang ramai.
Difahamkan, lori tersebut dalam perjalanan pulang dari Kuala Lumpur ke Batu Pahat.
Akibat kemalangan itu, kedua-dua arah laluan di situ sesak hampir satu kilometer kerana dua tiang kabel Telekom tumbang menghalang lalu lintas.
Saksi kejadian, Abdul Hadi Menhad, 22, berkata, kabel elektrik itu mengendur disebabkan sebelum ini pernah dilanggar dua treler ketika melalui jalan berkenaan.
"Apabila lori ketiga (lori terlibat hari kejadian) melintasi jalan tersebut, kabel itu tersangkut di kepala lori, lalu tertarik kabel sehingga jarak kira-kira 12 meter dan mengakibatkan dua tiang kabel itu tumbang ke tengah jalan dan satu lagi bengkok," katanya.
Katanya, kemalangan yang berlaku di hadapan kedai runcit bapanya itu menyebabkan kesesakan jalan di situ sehingga memaksa kenderaan lain menggunakan jalan kampung untuk ke bandar Muar atau menghala ke Batu Pahat.
Sementara itu, jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian tersebut.
"Kes disiasat mengikut Peraturan 10 Kaedah-kaedah Lalu Lintas, Akta Pengangkutan Jalan 166/59," katanya.
KOTA KINABALU: Sesuatu yang menyayat hati bagi pakar veterinar, Dr Sen Nathan apabila melihat seekor anak gajah pigmi Borneo cuba menggerakkan ibunya yang sudah mati di Hutan Simpan Gunung Rara, Tawau di Sabah.
Pakar veterinar Jabatan Hidupan Liar Sabah itu menyaksikan sendiri detik berkenaan ketika melakukan siasatan berhubung misteri kematian sepuluh ekor gajah terdiri daripada tujuh gajah betina dan tiga gajah jantan di Unit Pengurusan Hutan (FMU) 23, kawasan konsesi Yayasan Sabah di hutan simpan berkenaan iaitu kira-kira 130 kilometer dari Tawau.
"Saya berasa sangat sedih, tiada perkataan untuk menggambarkan perasaan saya," katanya, sambil menambah bahawa anak gajah jantan berusia tiga bulan bernama Kejora itu telah dihantar ke Zoo Hidupan Liar Lok Kawi untuk dijaga termasuk bagi memberi susu botol.
Sepuluh ekor gajah berumur antara empat hingga 20 tahun ditemui mati antara 29 Disember dan 24 Januari lalu di kawasan Lembah Danum dan Lembangan Maliau.
Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah, Datuk Dr Laurentius Ambu berkata keracunan mungkin punca utama kematian gajah berkenaan.
"Post mortem yang dilakukan mendapati tiada kesan kecederaan akibat tembakan sebaliknya bahagian organ dalaman gajah-gajah berkenaan rosak teruk. Selain bahagian usus, mulut dan anus mereka turut didapati berdarah.
"Kami mengesyaki terdapat unsur keracunan daripada bahan makanan yang mereka makan (toksin semulajadi atau racun perosak) tetapi kita masih menunggu laporan makmal analisis kimia," kata Dr Ambu.
Menurut Ambu, laporan pertama diterima pada Selasa ketika pegawai Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF) menjalankan kajian hidupan liar dimaklumkan oleh seorang pekerja mengenai kematian gajah kira-kira 5 kilometer dari pintu Syarikat Empayar Kejora Sdn Bhd iaitu sebuah anak syarikat Yayasan Sabah.
Katanya gajah berkenaan mungkin termakan racun di tempat lain dan berjalan beberapa kilometer sebelum rebah di kawasan berhampiran Empayar Kejora.
"Kami percaya bahawa kematian semua gajah ini ada kaitan antara satu sama lain," katanya. -mstar
(Pemuda PAS berikrar menangkan PAS di semua kawasan di Kuala Nerus)
KUALA TERENGGANU: Lebih 400 pemuda PAS berikrar akan memastikan semua kawasan pilihan raya di bawah Parlimen Kuala Nerus akan dimenangi oleh Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum kali ini.
Ikrar itu dibuat dalam pelancaran jentera pilihan raya Pemuda PAS Kuala Nerus semalam.
Selain Parlimen, Kuala Nerus mempunyai tiga kawasan DUN di bawahnya iaitu Bukit Tunggal, Seberang Takir, Telok Pasu dan Tepoh.
Ketua Penerangan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Riduan Mohd Nor dalam ucapannya berkata, perhimpunan pagi ini adalah jihad dan menandakan pemuda sudah bersiap sedia menghadapi PRU13.
"Pemuda akan memastikan semua 4 dun menjadi milik PAS dan Pakatan," katanya.
Beliau mengarahkan jentera pemuda mulai hari ini bergerak 100 % dan bersiap siaga untuk mengempur jentera musuh bagi memastikan Kuala Nerus dimenangi oleh PAS.
Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Moh Nor dalam ucapan perasmianya menyeru semua jentera pemuda Kuala Nerus memastikan Pakatan menawan Putrajaya pada PRU13 nanti.
"Masanya telah tiba kerajaan rakyat memerintah Malaysia dan Terengganu kembali kepada pemerintah PAS," katanya.
Kerajaan PAS Terengganu yang dimenangi pada tahun 1999 hanya bertahan satu penggal apabila dimenangi semula oleh BN melalui penipuan daftar pemilih.
Akibat manipulasi ini, banyak kawasan pilihan raya yang mencatatkan hampir 90 % pengundi yang turun.
Bagi Mohd Nor, pemuda perlu berjuang bersungguh-sungguh untuk memastikan Umno BN ditumbangkan.
"Tapi yang penting setiap petugas perlu berakhlak tinggi dan berdisiplin dalam perjuangan," katanya.
Pemuda bertanggungjawap memastikan semua bahan kempen parti tidak disabotaj Umno.
"Pemuda perlu bersikap lunak dan berhemah menghadapi para pengundi bagi memastikan setiap undi di Kuala Nerus diberikan pada PAS," tegasnya.
Beliau juga mahu pemuda memastikan keselamatan bilek gerakan dan petugas parti terjamin kerana PRU 13 adalah pilihanraya paling sengit dalam sejarah Malaysia.
"Solat hajat serta qiamulai menjadi santapan jiwa pemuda dalam memastikan kekuatan iman sentiasa berada dalam diri setiap pejuang Islam," arah beliau.
KUALA LUMPUR: Ahli perniagaan, Deepak Jaikishan bersetuju untuk bertemu dengan Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar bagi membincangkan isu imunitinya 6 Februari ini.
Dalam satu pesanan ringkas yang diterima Harakahdaily dari ahli perniagaan itu, Deepak berkata dia bersetuju untuk bertemu.
"Saya memang setuju. Lagipun 6 is my nombor bertuah," tulis Deepak kepada Harakahdaily.
Mahfuz sebelum ini bersetuju untuk berbincang dengan Deepak berhubung dengan permohonannya untuk mendapatkan perlindungan saksi (imuniti) dari Pakatan Rakyat.
Naib Presiden PAS itu berkata, beliau sedia mendengar apa yang dikehendaki oleh Deepak dan akan membawanya kepada pimpinan Pakatan jika didapati sesuai.
Dalam sidang medianya semalam, Mahfuz berkata, beliau sedia berjumpa dengan Deepak 6 Februari ini.
"Saya hari ini menyatakan kesediaan saya untuk bertemu dengan Deepak pada 6 Februari nanti, dan turut hadir pada pertemuan tersebut adalah penasihat undang-undang (peguam).
"Saya harap Deepak akan bersedia sepenuhnya untuk memberi segala keterangan berhubung dengan apa yang ingin beliau dedahkan, mengenai imuniti perkara tersebut akan dibincangkan setelah mendapat khidmat nasihat dari pihak guaman," jelas beliau.
Deepak sebelum ini memohon jaminan dari Pakatan Rakyat untuk memberikan imuniti di bawah akta perlindungan saksi kepadanya bagi membolehkan beliau mendedahkan semua yang beliau tahu mengenai pelbagai jenis penyelewengan.
KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang penuh yakin, konsep pakatan yang dilaksanakan dalam Pakatan Rakyat akan memberikan hasil yang terbaik untuk rakyat dan negara ini.
Ini kerana, kata beliau, konsep yang diterima oleh Pakatan adalah "mengambil pendekatan menyatukan perkara yang ada persamaan dan meraikan perkara yang berbeza.
"Memang kita ada perbezaan tetapi dengan pakatan kita akan dapat capai yang terbaik," kata beliau dalam wawancara khas dengan Harakahdaily hari ini.
Beliau mengulas pendapat yang mengatakan Pakatan sukar untuk memerintah negara akibat dari perbezaan yang ada dalam Pakatan Rakyat.
Bagi beliau, sekiranya Pakatan tidak boleh bersama, sudah lama berkecai Pakatan Rakyat ini tetapi sampai kini masih boleh bersama.
"Kita masih dapat bermesyuarat bersama, berhimpun bersama, dapat anjur Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka secara bersama dan pelbagai lagi.
"Apa yang berlaku adalah berbeza pendapat. Ya memang ada perbezaan pendapat, tetapi kita memilih titik-titik pertemuan yang boleh menyatukan.
"Kita menerima konsep pilihan raya yang adil, yang telus, pilihanraya yang sebenarnya, menentang kezaliman, keadilan untuk semua. Ini konsep yang diterima oleh semua pihak," jelas beliau.
Beliau mengakui memanglah halal dan haram berbeza antara Islam dan bukan Islam "tetapi Islam membenarkan kita berniaga dengan bukan Islam, membenarkan kita bermuamalah dengan bukan Islam. Ini semua diajar oleh Islam."
Menurut beliau, Pakatan mengambil pendekatan menyatukan perkara yang ada persamaan dan meraikan perkara yang berbeza.
"Dengan sebab itu kita namakan Pakatan bukan Barisan. Pakatan ini bermakna kita berpakat dalam perkara yang sama. Dalam perkara yang berbeza masing-masing berpakat juga," katanya.
Bagi beliau, konsep ini wujud sejak zaman Nabi Muhamad saw lagi apabila menyatu Islam dan bukan Islam di bawah negara Madinah.
"Semua diizinkan bebas dengan syarat tidak menimbulkan huru hara. Apa yang penting tidak menimbulkan huru hara," katanya.
Bagi beliau perbezaan pendapat dan perbalahan ada di mana-mana.
"Dalam satu keluarga pun ada tetapi jangan bercerai. Inilah pendekatan yang kita ambil dalam Pakatan," katanya.
Menurutnya, dalam melaksanakan semua ini, ada flexible dan ada juga konsisten.
Dalam pelaksanaan sebuah kerajaan jika Pakatan memerintah juga satu perkara yang mudah, tegasnya.
"Ini perkara mudah. Kita apa sistem federalisme. Ada kuasa negeri ada kuasa pusat.
"DAP misalnya boleh melaksanakan dasarnya di negeri Pulau Pinang yang dia perintah. Dalam masa yang sama kerajaan negeri memberikan hak kepada orang Islam dalam bidang agama kita.
"Kita (PAS) pula boleh menunjukkan konsep Islam di Kelantan yang kita perintah. Dalam masa yang sama orang bukan Islam tidak tertindas di Kelantan," katanya.
Di peringkat pusat pula, katanya, pelaksanaan dibuat secara pakatan.
"Dalam masa yang sama, kita ada kerajaan pusat yang boleh menyelaraskan perkara-perkara yang umum. Saya yakin ia sangat mudah," katanya.
Bagi beliau, ia tidak berlaku semasa BN kerana tidak menangani hal ini dengan baik dan berlaku kecelaruan.
"Negeri-negeri yang kaya seperti Sabah, Sarawak, Terengganu paling miskin rakyatnya, paling ketinggalan infrastruktornya daripada negeri-negeri lain.
"Negeri pantai barat lebih maju dari negeri pantai timur. Negeri Malaysia Timur lebih teruk, ini warisan British dan Umno dan BN tidak boleh selesaikan warisan Bristih ini dalam kadar yang sepatutnya selepas 50 tahun kita mencapai kemerdekaan," jelas beliau lagi.
Nikmat terbaik adalah segala kejadian yang membawa kita semakin dekat kepada Allah, betapapun itu menyakitkan. Sama seperti rasanya bila hati yang bahagia tiba-tiba datang menghempas cobaan. Cobaan datang bertubi-tubi.Terasa perih, hatipun bertanya, Mengapa ini terjadi? Mengapa harus aku? Itulah yang dialami seorang ibu, ketika dirinya mendapatkan tugas keluar kota dari kantor, suami dan anaknya ikut mengantarkan ke bandara dan melambaikan tangan kepadanya. Hal itu tidak pernah dilakukan, hatinya bertanya-tanya, entah kenapa suaminya melakukan hal itu, sampai pesawatnya berangkat. Sore harinya kakak memberitahukan suaminya mendapatkan serangan jantung dan dirawat di ICU di rumah sakit tak lama kemudian mendapatkan kabar bahwa suami tercinta telah berpulang kepada Allah.
Cobaan itu cukup membuatnya lemah dan tak berdaya, orang yang mendampingi hidupnya puluhan tahun meninggalkan dirinya dan anak-anaknya tanpa ada pesan apapun. Ditengah kegalauan hati, sampai suatu pagi kendaraannya mengalami kecelakaan, anaknya selamat namun dirinya harus terbaring di rumah sakit selama satu minggu. Air matanya habis terkuras, tidak lagi sanggup untuk berpikir bagaimana harus menjalani kehidupan bahkan tidak lama setelah bekerja kembali, perusahaannya bekerja akan ditutup dan dirinya kena PHK. Terasa lengkap sudah kemalangannya sampai menjerit kepada Allah dalam doa, 'Ya Allah, aku tidak sanggup lagi!' Disaat dirinya benar-benar hancur dan habis. Kasih sayang Allah menghampiri dirinya, semua cobaan, musibah dan ujian yang dihadapinya telah membuat dirinya semakin dekat kepada Allah. Sholat fardhu yang dulu seringkali ditinggalkan, sekarang lebih giat dikerjakan. Bersama anak-anaknya senantiasa mengingatkan bahwa hanya Allahlah tempat untuk bergantung dan memohon pertolongan. Peristiwa yang telah dilalui oleh dirinya dan anak-anaknya telah menumbuhkan empati terhadap penderitaan orang lain.
Akhirnya beliau mendapatkan pekerjaan dengan fasilitas yang jauh lebih baik lagi. Bahkan kondisinya sekarang justru lebih dekat kepada Allah dan anak-anak lebih bisa mensyukuri hidup apapun yang Allah telah anugerahkan bagi keluarganya. 'Alhamdulillah, melalui Rumah Amalia perjalanan hidup yang penuh cobaan saya bisa merasakan kesejukan & melewati semua itu dengan lebih mendekatkan diri kepada Allah. saya bisa berbagi dengan orang yang pernah mengalami penderitaan seperti saya.' Tutur beliau sore itu, air matanya nampak mengalir, wajahnya terlihat penuh syukur kepada Allah. 'Tidak ada satupun musibah yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah. Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah, niscaya Dia akan memberikan petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatunya.' (QS. at-Taghaabun : 11).
Mohd Jefry ditenangkan ayahnya yang masih trauma diserang kera.
Hamid bersiap sedia dengan sabit dan kayu untuk menghalau kera sekiranya mengganggu keluarganya.
Zarinah menunjukkan lokasi anaknya diserang kera liar
TUMPAT – Hanya maut terlintas di fikiran seorang ibu, Zarinah Abdul Ghani, 39, apabila seekor kera liar menyerang dan menggigit kepala anaknya, Mohd Jefry Roslan, 8, di halaman rumahnya di Kampung Dalam Rhu, 30 Disember lalu.
Mohd Jefry mangsa terbaru serangan kera liar, selain enam lagi penduduk di sini.
Bagaimanapun, Mohd Jefry selamat, begitu juga lima mangsa termasuk seorang warga emas dan ibu mengandung.
Walaupun tiada mangsa terkorban, kira-kira 700 keluarga di sini ketakutan, khuatir kera liar itu kembali menyerang penduduk, kerana kelibatnya sering kelihatan di tempat tumpuan ramai sejak tiga bulan lalu.
70 jahitan
Zarinah berkata, anaknya Jefry terima 70 jahitan apabila kepala, tangan dan lutut digigit kera liar ketika leka bermain bersama kucingnya di halaman rumah.
"Ketika itu anak saya baru pulang dari sesi pendaftaran kemasukan murid darjah dua di Sekolah Kebangsaan (SK) Tumpat 1.
"Saya pula sedang makan nasi di ruang tamu, tiba-tiba terdengar anak menjerit memanggil saya dan ayahnya.
"Saya menjenguk dan terkejut apabila seekor kera besar berada di atas kepala anak saya sambil menggigit kepala dan tangan anak saya itu," katanya.
Menurutnya, dalam keadaan panik dia melaung Allahuakbar beberapa kali dan beruk itu melarikan diri ke dalam hutan paya bersebelahan rumahnya.
"Akibat gigitan kera itu, anak saya cedera parah dan dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) selama lapan hari," katanya.
Ketakutan
Zarinah berkata, sejak kejadian itu, hidupnya tidak tenteram kerana bimbang keselamatan anak-anaknya.
Menurutnya, kini pintu dan tingkap rumah akan dipastikan sentiasa tertutup.
"Saya rela tinggal dalam gelap apabila menutup semua pintu dan tingkap rumah, berbanding diserang kera itu lagi," katanya yang mempunyai tiga anak.
Menurutnya, pintu rumahnya akan dibuka apabila suaminya, Hamid Daud, 59, tidak keluar bekerja.
Berwaspada
Hamid berkata, dia sering melihat tiga kera berlegar-legar di belakang rumahnya yang berdekatan hutan paya bakau.
"Hutan paya itu dipercayai menjadi habitat kera, saya sentiasa berwaspada dengan meletakkan sabit dan kayu di setiap pintu dan tingkap rumah.
"Saya bimbang kera liar melompat masuk melalui tingkap, sebab itu senjata tajam diletak berhampiran tingkap dan pintu.
"Sekiranya kera datang menyerang, kami ada senjata untuk melawannya. Setakat ini sudah lapan kali saya nampak kelibat kera itu berlegar-legar berhampiran kawasan rumah saya ini," katanya.
Trauma diserang
Seorang lagi mangsa, Norzilawati Abd Raziz, 28, berkata, dia diserang kera pada 12 Disember lalu.
Menurutnya yang sarat mengandung, kera itu masuk ke dalam rumahnya ketika dia tinggal bersendirian.
"Ia masuk melalui pintu dapur, saya pula sedang menonton televisyen di ruang tamu.
"Mujurlah saya hanya cedera ringan apabila paha saya dicakar oleh kuku kera yang tajam itu.
"Namun kejadian itu membuatkan saya trauma dan dalam keadaan mengandung ini, saya cukup risau akan menjejaskan kandungan saya," katanya. Dalam perhatian
Sementara itu, Pengarah Perhilitan Kelantan, Rahmat Topani ketika dihubungi memberitahu pihaknya akan memantau kes itu segera.
"Tindakan menahan perangkap atau langkah bersesuaian akan dilaksanakan segera untuk menyelesaikan kes ini," katanya.
Beliau menasihati mangsa merujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), bagi membolehkan mereka mendapat sumbangan di bawah Tabung Bantuan Mangsa Serangan Binatang Buas.
PASIR PUTEH: Kelantan masih kekal dengan pendirian sebagaimana sebelum ini, tidak akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) lebih awal.
Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata Kelantan akan mengikut proses biasa sebagaimana di negeri-negeri lain.
Beliau juga berkata, pelbagai perkara buruk akan berlaku sekiranya Dun Kelantan dibubar awal berbanding negeri lain.
Beliau berkata demikian kepada media selepas menandatangani perjanjian usahasama projek pembinaan di Tok Bali yang melibatkan empat buah syarikat swasta, di Tok Aman Bali Resort, dekat sini semalam.
"Biarlah Selangor nak bubar awal pun, tetapi Kelantan tidak akan buat berasingan sebagaimana yang telah saya nyatakan sebelum ini," ujarnya.
Menurutnya, andainya pilihan raya dibuat berasingan akan melibatkan belanja yang besar, banyak serangan dan sebagainya.
Penempatan haram berhampiran Kota Kinabalu Sabah. — Gambar fail.
KOTA KINABALU, 31 Jan — Seorang pendatang Indonesia memberitahu inkuiri Suruhanjaya Siasatan Di Raja (RCI) berkenaan pendatang haram hari ini seorang pegawai Mahkamah Adat Tawau memberinya kad pengenalan biru pada 1979 untuk mengundi kerajaan dalam pilihan raya.
Yuhanis Bira, 57, berkata beliau tiba di Sabah pada 1973 dan menerima kad pengenalan enam tahun kemudian dari pegawai mahkamah tersebut, yang tidak disebut namanya, tanpa sijil kelahiran.
"Dia (pegawai) kata boleh sokong kerajaan...jadi saya sokong kerajaan lah," kata Yuhanis kepada RCI hari ini.
"Mengundi?" tanya Datuk Ahmad Abd Rahman, dari Persatuan Undang-Undang Sabah.
"Ya," kata Yuhanis.
Yuhanis berkata beliau mendaftar sebagai pengundi sejak 1981 dan mengundi setiap kali pilihan raya selepas itu.
Parti Berjaya memerintah Sabah dari 1976 hingga 1985, di mana bekas ketua menteri Sabah Tan Sri Harris Salleh menafikan kewujudan "Projek IC".
Tun Dr Mahathir Mohamad, perdana menteri paling lama mentadbir, dari 1981 hingga 2003, dituduh menjadi dalang kepada "Projek IC", dimana kewarganegaraan diberikan kepada warga asing untuk mendapatkan undi.
Yuhanis berkata beliau hanya membayar pegawai mahkamah itu sebanyak RM12, yang diterima pada 1979 selepas bertemu dengan pegawai mahkamah itu setahun selepas itu.
Menurut Undang-undang Kewarganegaraan 1964, mereka yang ingin memohon untuk menjadi warganegara Malaysia melalui penaturalisasian mesti menjadi seorang pemastautin tetap selama lebih daripada 12 tahun dan telah berada di Malaysia selama lebih daripada 10 tahun.
Seorang lagi pendatang dari Indonesia Berahim Abdullah mengaku rakannya membantu beliau mendapatkan kad pengenalan biru pada tahun 1990 tanpa sijil kelahiran, sepuluh tahun selepas beliau tiba di Sabah untuk mendapatkan pekerjaan.
Berahim, yang juga bekerja sebagai chef, berkata beliau mendaftar sebagai pengundi dan mengundi empat kali di Kunak.
Ditanya mengapa beliau mendaftar sebagai pengundi, Berahim berkata untuk menyokong kerajaan Barisan Nasional (BN).
Kedua-dua Yuhanis dan Berahim berkata kad pengenalan mereka tercatat tempat lahir mereka sebagai Sabah, walaupun mereka mengaku lahir di Indonesia.
Beberapa pendatang Pakistan dan India telah memberi keterangan baru-baru ini tentang mendapatkan kad pengenalan biru - sama ada dari orang tengah atau dari JPN secara langsung dalam hanya beberapa tahun selepas tiba di Sabah.
Bekas hakim Sabah dan Sarawak Tan Sri Steve Shim Lip Kiong akan menyambung semula inkuiri pada 22 Februari.
(Pemuda PAS berikrar menangkan PAS di semua kawasan di Kuala Nerus)
KUALA TERENGGANU: Lebih 400 pemuda PAS berikrar akan memastikan semua kawasan pilihan raya di bawah Parlimen Kuala Nerus akan dimenangi oleh Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum kali ini.
Ikrar itu dibuat dalam pelancaran jentera pilihan raya Pemuda PAS Kuala Nerus semalam.
Selain Parlimen, Kuala Nerus mempunyai tiga kawasan DUN di bawahnya iaitu Bukit Tunggal, Seberang Takir, Telok Pasu dan Tepoh.
Ketua Penerangan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Riduan Mohd Nor dalam ucapannya berkata, perhimpunan pagi ini adalah jihad dan menandakan pemuda sudah bersiap sedia menghadapi PRU13.
"Pemuda akan memastikan semua 4 dun menjadi milik PAS dan Pakatan," katanya.
Beliau mengarahkan jentera pemuda mulai hari ini bergerak 100 % dan bersiap siaga untuk mengempur jentera musuh bagi memastikan Kuala Nerus dimenangi oleh PAS.
Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Moh Nor dalam ucapan perasmianya menyeru semua jentera pemuda Kuala Nerus memastikan Pakatan menawan Putrajaya pada PRU13 nanti.
"Masanya telah tiba kerajaan rakyat memerintah Malaysia dan Terengganu kembali kepada pemerintah PAS," katanya.
Kerajaan PAS Terengganu yang dimenangi pada tahun 1999 hanya bertahan satu penggal apabila dimenangi semula oleh BN melalui penipuan daftar pemilih.
Akibat manipulasi ini, banyak kawasan pilihan raya yang mencatatkan hampir 90 % pengundi yang turun.
Bagi Mohd Nor, pemuda perlu berjuang bersungguh-sungguh untuk memastikan Umno BN ditumbangkan.
"Tapi yang penting setiap petugas perlu berakhlak tinggi dan berdisiplin dalam perjuangan," katanya.
Pemuda bertanggungjawap memastikan semua bahan kempen parti tidak disabotaj Umno.
"Pemuda perlu bersikap lunak dan berhemah menghadapi para pengundi bagi memastikan setiap undi di Kuala Nerus diberikan pada PAS," tegasnya.
Beliau juga mahu pemuda memastikan keselamatan bilek gerakan dan petugas parti terjamin kerana PRU 13 adalah pilihanraya paling sengit dalam sejarah Malaysia.
"Solat hajat serta qiamulai menjadi santapan jiwa pemuda dalam memastikan kekuatan iman sentiasa berada dalam diri setiap pejuang Islam," arah beliau.
PASIR PUTEH: Tok Bali, bakal berubah wajah apabila pelbagai projek pembangunan bercampur bakal dibina melalui kerjasama empat syarikat swasta tidak lama lagi.
Projek pembinaan itu dilaksanakan oleh Majlis Daerah Pasir Putih dengan kerjasama empat buah syarikat swasta melibatkan keluasan tanah 2,600 ekar di Semerak dan Tok Bali.
Empat syarikat terbabit, East Coast Terminal Sdn Bhd, BBGM Development Sdn Bhd, Hlk Ventures Sdn Bhd dan Syarikat Pembinaan Lepadu Sdn Bhd.
Majlis perjanjian itu ditandatangani oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Pasir Putih, Nazran Muhammad, bersama wakil-wakil dari empat syarikat terbabit dengan disaksikan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, di sebuah pusat peranginan, di sini semalam.
Turut hadir pada majlis itu, anggota-anggota exco kerajaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan, Datuk Che Abdullah Md Nawi, Datuk Anuar Tan Abdullah dan Datuk Meja (B) Md Anizam Abdul Rahman.
Untuk permulaan projek, East Coast telah menyumbang sebanyak RM32 juta, BBGN, RM4.8 juta, Hlk, RM3.4 juta Syarikat Pembinaan Lepadu RM3.3 juta.
Antara projek yang bakal dilaksanakan oleh empat syarikat itu, kediaman, pembangunan bercampur, masjid, pasaraya, rumah tumpangan, stesyen minyak, pembangunan komersial dan lain-lain lagi.
Tuan Guru ketika berucap pada majlis itu, mengingatkan pemaju supaya tidak menutup tanah-tanah yang mempunyai paya walaupun kecil.
Menurutnya, sebaliknya kawasan terbabit dipelihara untuk dijadikan taman haiwan sebagai destinasi pelancongan.
"Kita boleh jadikan kawasan terbabit sebagai tempat menternak madu kelulut sebagaimana yang tela diusahakan oleh pesara HUSM di Kampung Hilir, Kubang Kerian," katanya.
SURAT TERBUKA UNTUK PRESIDEN UMNO-KERAKUSAN KUASA HISHAMUDDIN HUSSEIN Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak Ibu Pejabat UMNO Malaysia Tingkat 38, Menara Dato' Onn Jalan Tun Ismail 50480 Kuala Lumpur 29hb Januari 2013 Menemui Datuk Seri Presiden merangkap Perdana Menteri Malaysia. Pertama sekali kami berdoa semoga Datuk Seri dan keluarga sentiasa berada dalam keadaan sihat walafiat dan sentiasa berada dalam lindungan Allah. Kami juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri kerana mengambil langkah yang cukup berani melawat Gaza minggu lepas. Kami amat berbangga dengan keberanian Datuk Seri. Kami meminta maaf jika kedatangan surat ini sedikit sebanyak mengganggu Datuk Seri dan merencat perencanaan kerja untuk pilihan raya 13. Kami tidak berniat untuk mengganggu tugas Datuk Seri atau cubaan untuk mensabotaj parti. Matlamat kami untuk memastikan parti dapat menghadapi pilihan raya dalam keadaan tidak ada musuh dalam selimut atau gunting dalam lipatan. Kami sebenarnya sudah beberapa kali cuba untuk berjumpa Datuk Seri bagi menjelaskan perkara ini tetapi penjaga-penjaga pagar Datuk Seri sering menjadi penghalang utama. Kami tiada pilihan lain melainkan dengan cara ini sahaja yang boleh kami lakukan agar mesej yang kami hendak sampaikan sampai ke telinga Datuk Seri. Datuk Seri, sewaktu Tun Dr Mahathir menjadi Presiden UMNO dan PM manakala Anwar Ibrahim selaku Timbalan Presiden dan TPM, Tun banyak memberi kepercayaan kepada Anwar untuk menguruskan pelbagai hal ehwal negara dan parti. Kepercayaan yang diberikan oleh Tun telah disalah guna oleh si rakus Anwar. Beliau menggunakan kepercayaan Tun untuk membina empayarnya baik dalam parti dan kerajaan. Jika hendak diperkatakan tentang Tun dan Anwar kisahnya sangat panjang dan semua orang mengetahuinya bagaimana rakus nya Anwar mempergunakan kepercayaan Tun M untuk dia berada di tempat tertinggi termasuklah memangku jawatan Perdana Menteri. Kisah berkenaan kini hanya tinggal dalam lipatan sejarah setelah ia hampir memusnahkan UMNO pada tahun 1998 hasil tajamnya pandangan Tun pada kelibat Anwar Ibrahim. Kini setelah lebih 15 tahun berlalu Anwar Ibrahim kedua dikesan wujud kembali di dalam UMNO di bawah pentadbiran Najib dengan modul dan sukatan pelajaran politik yang sama dilakukan Anwar dalam UMNO satu ketika dulu. Datuk Seri mungkin terlepas pandang gerakan demi gerakan yang sedang berlaku ketika ini. Dalam masa Datuk Seri sedang berusaha untuk menang 2/3 majoriti dalam PRU13,ada pula pihak sedang mengambil kesempatan untuk menyusun gerakan bagi memperkukuhkan kedudukan dalam politik terutama sekali pada pemilihan parti yang akan berlangsung nanti. Datuk Seri sedang dikelilingi oleh parasit-parasit parti.Datuk Seri sedang dibuai dengan nyanyian yang enak di telinga Datuk Seri oleh pencacai-pencacai terutama sekali sepupu Datuk Seri,Hishamuddin yang sedang memasang badan untuk ke peringkat tertinggi dalam parti dan sepupu Datuk Seri ini menjadi semakin angkuh kerana sepupunya adalah Perdana Menteri. Sedar atau tidak oleh Datuk Seri sekarang bahawa sepupu Datuk Seri sedang membina empayarnya di dalam UMNO untuk kepentingan politik dirinya ? Kepura-puraan beliau di depan Datuk Seri hanyalah umpan untuk menyedapkan mata dan telinga Datuk Seri. Datuk Seri ada pengalaman mengenal budaya ampu dan bodek ini tatkala Datuk Seri hampir-hampir tewas di Pekan,Pahang pada PRU11 lalu. Sebagai mahu memenuhi tembolok politik peribadinya,Hishamuddin sanggup melakukan apa sahaja termasuklah menabur fitnah terhadap saingannya,menghantar SMS kepada seluruh rangkaiannya,menggunakan KDN untuk menutup segala kebejatan moralnya dan apa yang didedahkan oleh mantan Ketua Polis Negara,Musa Hassan sampai sekarang tidak disanggah dengan bukti dan beliau hanya menafikannya semata-mata.Ini jugalah stail Anwar masa dalam kerajaan satu ketika dulu. Hishamuddin umpama biawak hidup yang terpaksa Datuk Seri usung dan pikul.Beliau terlalu banyak mengguna serta memperalatkan nama Datuk Seri terutama sekali dalam soal pemilihan calon bagi mengisi kerusi Parlimen dan DUN untuk PRU13, kononnya Dato Seri memberikan beliau mandat untuk menapis serta mengenal pasti calon-calon dan Hishamuddin terlalu banyak berjanji dengan setiap pemimpin UMNO atau ahli UMNO yang beliau temui. Sikap hipokrit Hishamuddin ini cukup tebal Datuk Seri,di depan Datuk Seri lain cakapnya dan di belakang Datuk Seri lain pula tindakannya dan senario ini sama beliau lakukan di depan pemimpin-pemimpin UMNO yang lain. Datuk Seri,beliau juga sedang ligat memasang orang-orang tertentu untuk bertanding dalam pemilihan parti dengan alasan kononnya Datuk Seri yang minta mereka ini menentang calon sedia ada.Begitu jugalah dengan menawarkan orang-orang tertentu untuk menjadi calon kerana Datuk Seri yang minta. Tidak cukup beliau mengatur pertandingan UMNO di peringkat Bahagian,sepupu Dato Seri ini juga sudah pun menyusun orang-orang tertentu di dalam sayap-sayap parti untuk bertanding merebut jawatan sehingga diberitahu apa sahaja keputusan mesyuarat sayap-sayap parti perlu disampaikan kepadanya. Kesan daripada menggunakan nama Datuk Seri ini,kita yakin dan amat percaya kalau gerakan sepupu Datuk Seri ini tidak dibendung ataupun diambil tindakan oleh Datuk Seri boleh mewujudkan budaya sabotaj ataupun lompat parti. Surat ini untuk peringkat ini tidak mahu menyebut atau mendedahkan lagi bagaimana sepupu Datuk Seri ini mengumpul kekayaan terutama sekali di negeri Johor hingga mampu membeli sebuah rumah mewah di kawasan elit di Kota London baru-baru ini, tetapi surat ini lebih kepada mahu memberitahu sikap sebenar Hishamuddin yang selama ini setiap saat dan ketika memperdagangkan nama Datuk Seri. Datuk Seri sedar atau tidak,helikopter dan kenderaan siapa yang digunakan oleh sepupu Datuk Seri untuk sebarang program parti ataupun peribadi beliau? Datuk Seri sedar atau tidak bagaimana akrabnya sepupu Datuk Seri ini dengan tokoh korporat Cina di Johor bernama Lim Kang Hoo itu ? Pernah Datuk Seri tanya sepupu Datuk Seri hubungan sebenar mereka berdua hingga Lim Kang Hoo begitu bermaharajalela di Johor? Kenapa begitu hina sekali anak seorang pejuang UMNO sanggup bersekongkol dengan seorang tauke cina untuk meranapkan harta-harta anak bangsa sendiri di bumi Johor ? Datuk Seri kami sedar apa yang kami lakukan ini ibarat menepuk air di dulang terpercik muka sendiri. Namun apakan daya kami kerana kami tiada jalan lain untuk menyampaikan mesej kepada Datuk Seri. Sedar atau tidak oleh Datuk Seri sekarang ketika kita sedang sibuk untuk memantapkan jentera parti bagi menghadapi pilihan raya, Hishamuddin pula sibuk memantapkan rangkaiannya untuk menghadapi pemilihan UMNO ? Beliau sedang sibuk mencatur orang sana-sini untuk berlawan orang itu ini kononnya itu permintaan Datuk Seri. Dalam masa yang sama juga sibuk mencaturkan orang untuk dilantik sebagai menteri, timbalan menteri dan menteri besar. Ini adalah permulaan Surat Terbuka kepada Datuk Seri berkaitan dengan gelojohnya nafsu politik sepupu Datuk Seri ini dan akan menyusul lagi pendedahan tentang apa yang sepupu Datuk Seri lakukan ini boleh memecahbelahkan UMNO,boleh menggugat kedudukan Datuk Seri sebagai Perdana Menteri Malaysia dan mungkin juga menghalang transformasi politik yang Datuk Seri laung-laungkan selama ini. Surat ini dibuat kerana ucapan Datuk Seri masa Perhimpunan UMNO lalu yang bertajuk Ubah Atau Rebah dan sekiranya Datuk Seri masih gagal merubah sepupu Datuk Seri ini,yakin dan percayalah Datuk Seri akan rebah bersama-sama sepupu Datuk Seri yang sedang bernafsu besar dalam politik negara ini. Sekian dulu untuk yang pertama ini dan akan menyusul nanti beberapa pendedahan yang mengejutkan Datuk Seri tentang sepupu Datuk Seri ini. Sekian Warga-warga Johor
dikemaskini Tidak mungkin bagi mana-mana negara yang dapat memastikan daftar pemilihnya 100 peratus bersih, kata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kerana ia akan terjejas oleh kematian setiap hari serta perubahan alamat apabila orang berpindah.
"Jika saya bersih (daftar pemilih) hari ini, esok ada seseorang meninggal dunia, dan ia tidak bersih lagi...
"Nak cuci sampai macam mana tak tahu, Nak guna sabun apa?" kata Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dalam satu sidang akhbar di Putrajaya hari ini.
Beliau menegaskan bahawa di sebalik pendedahan kepada suruhanjaya siasatan diraja (RCI) mengenai pendatang di Sabah, daftar pemilih bagi negeri - dan untuk seluruh negara - adalah sebersih mungkin.
"Percayalah kami, daftar pemilih adalah bersih," katanya sambil menambah bahawa SPR hanya menerima warganegara dengan Mykad biru sebagai pengundi.
"Tentang bagaimana mereka mendapat Kad pengenalan, itu (di bawah bidangkuasa) Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)," katanya.
Sebelum nama dimasukkan ke dalam daftar pemilih, SPR membuat "semakan yang ketat" dengan JPN bagi memastikan mereka yang didaftarkan adalah rakyat dan masih hidup.
"Jika ianya okay, barulah kita buat pendaftaran," jelas Abdul Aziz selepas melancarkan lamanweb khas www.pru13.gov.my yang akan memuatkan segala informasi serta proses berhubung perjalanan pilihan raya umum ke-13.
Beliau juga merayu kepada orang ramai supaya proaktif dan menyemak maklumat mereka dan mengemaskini SPR dengan butir dan alamat terbaru mereka.
Untuk tujuan itu, katanya, pengundi boleh SMS, emel, telefon atau melalui lamanweb baru itu.
Ditanya mengenai RCI yang sedang berjalan, Abdul Aziz enggan mengulas berhubung keterangan para saksi.
Katanya, beliau telah dinasihatkan supaya tidak mengulas mengenainya kerana prosiding masih berjalan.
Menurutnya, empat pegawai SPR sedang menunggu untuk memberi keterangan dan mereka akan menjawab soalan suruhanjaya tersebut.
Posted: 30 Jan 2013 10:15 PM PST
Manila dakwa Musa sekat deportasi suspek dikehendaki
9:53AM Jan 31 2013
Setiausaha Dalam Negeri Filipina, Mar Roxas telah mendakwa bahawa Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Aman telah menyekat penghantaran pulang orang yang paling dikehendaki di negara itu.
Manuel Karingal Amalilio (kiri) - individu yang dikehendaki polis Filipina kerana didakwa menipu lebih 15,000 orang, membabitkan 12 bilion peso (RM895 juta) - dikatakan anak saudara Musa tetapi polis Malaysia telah menafikannya.
Menurut laporan yang disiarkan dalam ABS-CBNNews.com - lamanweb berita konglomerat media Filipina ABS-CBN Jumaat lepas - Roxas memberitahu sebuah saluran TV tempatan bahawa Musa (kanan) telah menyekat ejen Biro Penyiasatan Nasional (NBI) daripada membawa Amalillo kembali ke Filipina.
"Tidak jelas mengapa pihak berkuasa Malaysia menyekat Amalilio daripada berlepas," Roxas dipetik sebagai berkata.
Beliau menambah bahawa pegawai penguatkuasa Filipina telah membawa semua dokumen yang diperlukan bersama mereka, termasuk sijil kelahiran dan pasport Filipina Amalilio, untuk membuktikan suspek penipuan itu adalah warganegara Filipina.
"Kami mempunyai dokumentasi lengkap Amalilio sebagai Filipina," kata Roxas (kanan).
Amalilio, yang memiliki Futures Group, dilaporkan mendakwa sebagai warganegara Malaysia dan menggunakan nama alias Mohammad Suffian Saaid.
Roxas berkata itu mungkin menjadi punca konflik tersebut.
Menurut laporan berita itu, Amalilio ditangkap oleh polis imigresen Malaysia pada 22 Januari kerana menggunakan pasport Malaysia dan kad pengenalan palsu.
Roxas berkata, Jabatan Hal Ehwal Luar, khususnya duta ke Malaysia, Ed Malay, sedang berusaha keras untuk membawa Amalilio pulang ke negara itu untuk menghadapi beberapa tuduhan terhadapnya. Deportasi disekat pada saat akhir
Sementara itu, Setiausaha Keadilan Filipina, Leila de Lima memberitahu media bahawa Filipina telah melakukan segala-galanya untuk membawa balik Amalilio, kerana semua dokumen suspek penipuan itu lengkap dan disahkan.
Akhbar harian Filipina, The Philippine Star juga memetik De Lima (kiri) sebagai berkata bahawa pegawai Malaysia - seorang daripadanya dikenalpasti olehnya sebagai Musa - telah campurtangan dan menyekat deportasi Amalilio Khamis lepas.
"Penerbangan (Amalilio) telah disekat oleh seorang pesuruhjaya polis Malaysia atas arahan pihak atasan."
Posted: 30 Jan 2013 10:13 PM PST
Hisham: Surat arah hantar IC ke Sabah adalah palsu
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein hari ini berkata, Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Jariah Mohd Said akan membuat laporan polis berhubung surat palsu yang mengarahkan pengarah bahagian dan daerah menghantar kad pengenalan yang tidak dituntut ke Sabah.
"Itu surat palsu. Ianya palsu. Tuduhan yang dibuat adalah berdasarkan surat palsu.
"Saya minta orang ramai yang tiada kepentingan politik supaya tidak mempercayai perkara yang dibuat oleh pihak tertentu. Ketua pengarah JPN juga akan membuat laporan polis hari ini," katanya.
Hishamuddin berkata demikian selepas mengadakan sidang media di majlis sambutan Hari Imigresen di Putrajaya hari ini.
Semalam, Mahfuz menuntut penjelasan JPN serta Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhubungsurat yang didakwa dikeluarkan pengarah bahagian kad pengenalan JPN kepada semua pengarah negeri dan daerah di seluruh negara.
Mahfuz mendakwa surat bertarikh 14 Disember itu mengarahkan agar kad pengenalan serta Mykid yang tidak dituntut dalam masa 18 bulan dihantar melalui pos ke Keningau, Sabah.
Posted: 30 Jan 2013 10:11 PM PST
Masihkah kau ingat .....masihkah kau ingat ....Kita berlari-lari mencari rezeki di bumi Allah ini.........tapi sekelip mata...rezeki kita di'renggut' kerna harga barang yang semakin meningkat tidak turun-turun. Hanya satu jalan untuk TURUNkan harga barang ..............iaitu TURUNkan Kerajaan BN dulu........Insya Allah harga minyak turun, harga tol tiada langsung.........dan harga barang pun TURUN. Sumber Foto: FB Dpp Sg Siput
KUALA LUMPUR: Majlis Syura Ulamak PAS memutuskan sesiapapun boleh menggunakan kalimah Allah namun Kalimah itu tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa dunia kerana tidak menepati kehendak sebenar dari kalimah ini.
Demikian juga tidak boleh kalimah asing hendak diterjemahkan kepada kalimah Allah.
"Oleh kerana itu, menterjemah kalimah God atau Lord dari mana-mana kitab agama bukan Islam kepada perkataan Allah tidak dibolehkan kerana ianya salah dari segi makna dan salah guna, tidak menepati kehendak sebenar yang boleh membawa kekeliruan yang nyata.
"Oleh kerana itu ia hendaklah dicegah," kata kenyataan rasmi Majlis Syura Ulamak yang bermesyuarat malam tadi.
Kenyataan itu ditandatangani oleh Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz dan timbalannya, Datuk Dr Haron Din.
Berikut adalah kenyataan penuh Majlis Syura Ulamak.
Kenyataan Rasmi Majlis Syura Ulamak
Mesyuarat Majlis Syura Ulamak pada 2 Rabiul Awwal 1434 bersamaan 13/1/2013 mengambil keputusan sebulat suara bersetuju untuk menyatakan perkara-perkara berikut:
1) Allah adalah kalimah suci yang merujuk kepada Tuhan yang diimani oleh umat Islam, iaitu Allah Yang Esa, Tunggal, tidak beranak dan tidak diperanakkan.
2) Kalimah Allah adalah alami (universal) kerana Allah Tuhan sekalian alam. Siapa pun boleh menyebut kalimah Allah seperti mana orang Arab Jahiliyah yang tidak Islam menyebut Allah lah yang menjadikan alam ini.
3) Kalimah Allah adalah kalimah khusus yang Allah menamakan diri-Nya Allah. Kalimah itu tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa dunia kerana tidak menepati kehendak sebenar dari kalimah ini. Demikian juga tidak boleh kalimah asing hendak diterjemahkan kepada kalimah Allah.
Oleh kerana itu, menterjemah kalimah God atau Lord dari mana-mana kitab agama bukan Islam kepada perkataan Allah tidak dibolehkan kerana ianya salah dari segi makna dan salah guna, tidak menepati kehendak sebenar yang boleh membawa kekeliruan yang nyata. Oleh kerana itu ia hendaklah dicegah.
Kenyataan media ini adalah memperjelaskan maksud kenyataan Al Mursyidul Am, Presiden dan seluruh kepimpinan PAS.
Mesyuarat Majlis Syura Ulamak PAS ini juga telah membincangkan isu sedutan ucapan Tuan Guru Presiden yang diangkat martabatnya menjadi amanat dan memutuskan untuk mendesak kerajaan supaya membenarkan Tuan Guru Presiden memperjelaskan isu tersebut sekurang-kurangnya satu jam secara langsung menerusi TV1 dan TV3.
Tuan Guru Datuk Bentara Setia Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat Al-Mursyidul Am, Parti Islam Se-Malaysia
Tuan Guru Datuk Dr Haron Din Timbalan Al-Mursyidul Am, Parti Islam Se-Malaysia
laporan fitnah: Utusan sedia bayar ganti rugi pada Azan Ismail
KUALA LUMPUR 31 Jan: Keputusan kes saman fitnah Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail terhadap Utusan Malaysia ditangguh ke 5 Februari ini untuk menentukan sama ada diteruskan atau mencapai penyelesaian di luar mahkamah.
Kes yang bermula sejak 2010 itu sepatutnya diumumkan keputusan hari ini. Bagaimanapun Utusan sedia untuk membayar gantirugi.
Setelah berbincang, kedua-dua pihak juga bersetuju untuk menangguh kes sehingga tarikh tersebut.
"Pengamal media perlu kembalikan integriti berita mereka, terutama media arus perdana yang ketika dulu sangat tinggi integritinya, tetapi sekarang terlalu terpengaruh memainkan peranan sebagai penyokong kuat kerajaan," jelas Azan mengulas keputusan itu.
Azan menuntut Utusan membuat permohonan maaf terbuka sebagai bukti mereka menyedari kesilapan dan perlu menyiarkan berita dengan telus.
"Saya tidak langsung memikirkan jumlah wang yang mereka mahu bayar, tapi mereka perlu menyedari apa yang mereka buat dan memberitahu kesilapan mereka kerana menyiarkan berita tidak benar," katanya ditemani peguam, A Vasudevan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini.
Menurutnya, pada 5 Februari, skala permohonan maaf akan ditentukan pihak mahkamah, dan jika Pengerusi KEADILAN Terengganu itu tidak berpuas hati, kes akan dibicarakan secara terbuka.
Azan memfailkan saman fitnah berjumlah RM29 juta terhadap editor, Zulkiflee Bakar dan Utusan pada April 2010 ekoran penyiaran artikel bertarikh 6 Mac yang mendakwa beliau keluar KEADILAN dan turut meletakkkan gambar beliau bersama ahli politik yang keluar sebelum itu.
Pada 8 Mac 2010, Utusan sekali lagi menyiarkan berita kononnya Azan tidak keluar KEADILAN tetapi meletak semua jawatan termasuk sebagai Timbalan Pengerusi KEADILAN Terengganu dan Pengerusi Biro Keahlian Negeri ketika itu -KD
KUALA LUMPUR: PAS menyifatkan kenyataan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang membayangkan aktiviti membantah dan meraikan kemenangan selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) boleh mencetus kembali Tragedi 13 Mei 1969 sebagai tidak bertanggungjawab.
Ketua Pengarah Pilihanraya PAS Dr Mohd Hatta Ramli berkata kenyataan Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof itu sangat tidak wajar seolah-olah SPR cuba turut menakut-nakutkan pengundi.
"Bagi saya kenyataan tersebut adalah tidak bertanggungjawab sebagai sebuah agensi yang dipertanggungjawabkan dalam melaksanakan pilihanraya yang adil dan telus.
"SPR perlu memastikan pilihanraya kali ini berlangsung dalam keadaan yang lebih telus dan adil, malah kenyataan Abdul Aziz itu seolah-olah mereka mengambarkan bahawa pilihanraya kali ini berlangsung secara tidak adil serta menyebelahi pihak tertentu," jelas beliau.
Mohd Hatta menegaskan, SPR atau mana-mana pihak tidak boleh menyalahkan rakyat jika mereka bangkit menentang ketidakadilan yang terang-terangan berlaku dalam pilihanraya.
Malah menurut beliau, SPR perlu lebih telus dan bukannya bertindak sebagai sebuah organ parti di dalam Barisan Nasional.
"Banyak isu yang perlu diselesaikan oleh SPR terutamanya dalam pembersihan nama-nama dalam daftar pemilih.
"Perkara ini bukan sahaja berlaku di Sabah tetapi juga turut berlaku di semenanjung seperti mana yang telah didedahkan oleh kita selama ini, bukannya menakut-nakutkan pengundi dengan perkara-perkara seperti 13 Mei," katanya.
Himpunan Ulama Malaysia Thailand bakal menghimpunkan ulama Pondok seluruh Fathani Thailand dan Malaysia . Majlis bakal diadakan pada 7-9Feb 2013 di Pondok Tuan Guru Hj Yahya Telok , Bukit Pinang .
Mesyuarat malam tu hingga jam 2 malam Mesyuarat terakhir Himpunan Ulama Malaysia Thailand Insyallah majlis akan berlangsung pada 7.2.2013 -9.2.2013 seperti yang dijadualkan . Moga majlis bersama ulama dapat dimenafaatkan sebaiknya dalam masa tiga hari , datanglah beramai-ramai mengutip mutiara dari permata yang masih ada .
TENTATIF PROGRAM
Tarikh 26 Rabiulawal 1434H/07 Feb 2013M 10.30pagi • Alunan Marhaban
02.12petang • Pengajian Kitab Kitab :' Pelita Penuntut' Oleh : Baba Abdul Aziz
05.15petang • Bicara Ulama : 'Sejarah Pondok Nusantara' Oleh : Baba Ismail Bin Che Semit (Pakar Sejarah Pattani)
07.50malam • Kulliyyah Maghrib Oleh : Baba Mat Bermin
09.15malam • Forum Perdana : Tajuk : ' Rasulullah Sebagai Ikon Sepanjang Zaman' Moderator : Syeikh Abdullah Awang Sa (Ketua Penolong Pengarah, Jabatan Hal Ehwal Islam Kedah (Bahagian Dakwah) Penceramah: Ustaz Haslin Baharin (Pendakwah Bebas) Syeikh Ismail Hashim (Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, YADIM) Ustaz Sobri Arshad (Mudir Maahad Ad-Da'wah Al Islamiyyah, Padang Menora)
Tarikh 27 Rabiulawal 1434H 8 Februari 2013M 07.00pagi • Kuliyyah Subuh Oleh : Baba Mat Bermin
08.30pagi • Bicara Ilmiah Oleh : Baba Ismail Sepanjang
10.30pagi • Pengajian Kitab (Sambungan) Kitab :' Pelita Penuntut' Oleh : Baba Karim
02.30petang • Pengajian Kitab (Sambungan) Kitab :' Pelita Penuntut' Oleh : Baba Abdul Rahman
05.00petang • Bicara Ulama Antarabangsa Tajuk : Rasulullah : Qudwatul Mahabati Li 'Alamin (Rasullullah Simbol Kasih Sayang Sejagat) Oleh : Syeikh Ali (London) Penterjemah : Ustaz Helmi
07.50malam • Tazkirah : Ust Khairul
09.15malam • Bicara Ulama Turath 'Mampukah Sistem Pondok Dipertahankan' Moderator : Ustaz Marzuki Ahli Panel : Tuan Guru Rauf (Pondok Tampin) Tuan Guru Zulkifli (Pondok Melaka) Baba Abd Rahman (Pondok Pattani)
Tarikh 28 Rabiulawal 1434H 9 Februari 2013 M
07.00pagi • Kuliyyah Subuh Oleh : Ust Li Pasir Putih
09.00pagi • Pengajian Kitab (Sambungan) Kitab :' Pelita Penuntut' Oleh : Baba Ahmad Nawawi
10.45pagi • Pengajian Kitab (Sambungan) Kitab :' Pelita Penuntut' Oleh : Baba Karim Dala
02.15petang • Pengajian Kitab (Sambungan) Kitab :' Pelita Penuntut' Oleh : Baba Lah Chenak
05.15petang • Anak Muda Bersama Imam Muda Azhar Anak Muda Menyintai Ulama
08.00malam • Tahlil Perdana Khas Untuk Almarhum Tuan Guru Haji Yahya Mat Saman (Pengasas Pondok Pak Ya Teluk)
Bakal calon Istiqamah aset kemenangan PAS di DUN Sg Rapat
Sungai Rapat- 24 Januari 2013
Walaupun gagal menguasai Kerusi DUN N43 Sungai Rapat dalam PRU-12 yang lalu, Radzi Zainon kekal sebagai pemimpin alternatif yang cukup konsisten dengan kerja membantu rakyat sehingga kini.
Malah sikap istiqamah beliau yang kelihatannya membuat kerja pilihanraya bukan sekadar menjelang pilihanraya malah kini telah berlanjutan selama 5 tahun.
"Aktiviti yang konsisten berterusan serta kegiatan membantu rakyat serta mudah dijumpai atau diajak berbincang menyebabkan Radzi Zainon sebagai calon bukan sekadar pilihan PAS Kawasan Gopeng dan Negeri Perak, malah ia memnag menjadi pilihan majoriti rakyat DUN Sungai Rapat" jelas Tuan Haji Abd Rahim bin Md Arif yang juga merupakan YDP PAS Kawasan Gopeng.
Dengan jumlah pengundi seramai 28830 orang pada tahun 2008 dan jumlah keluar mengundi sebanyak 72.98%, Radzi bin Zainon (PAS) berjaya memperolehi undi sebanyak 9,999 manakala YB Datuk Hamidah bt. Osman (BN) memperolehi jumlah undi 10,635 dengan majoriti hanya 636 undi berbanding dalam keputusan pada tahun 2004 YB menang dengan majoriti 6,269 undi. Kini pengundi di DUN Sungai Rapat sudah mencecah lebih 42000 orang dan kita bakal melihat kebangkitan pengundi muda kali ini.
Radzi bukan sekadar melakukan tugasan menyantuni rakyat melalui kerjasama PAS Gopeng, malah beliau mendapat sokongan dan bantuan kuat daripada PAS Kawasan Batu Gajah dan Ipoh Timur yang juga berkongsi DUN Sungai Rapat.
Slogan Sungai Rapat Milik Kita bukan lagi retorik apabila melihat situasi UMNO yang masih tidak keruan dan goyah dalam soal pemilihan calon.
Menurut Radzi Zainon, "memang YB Datuk Hamidah Osman yang 'run the show' seluruh DUN Sungai Rapat, namun beliau bukanlah calon pilihan rakyat. Malah senarai beberapa calon kedua dan ketiga juga belum ditentukan sebagai calon tuntas DUN ini. Hal ini jelas apabila melihat aktiviti kegiatan mereka tidak berterusan, tersekat-sekat, tenggelam timbul serta tiada susulan dalam setiap aktiviti kebajikan mereka. Strategi Datuk Hamidah mengganggu ceramah PAS dan Pakatan Rakyat selama sebanyak lebih 13 kali amat dibenci rakyat malah dikritik oleh pengikutnya sendiri kerana membazir dan tidak ikhlas".
UMNO Gopeng kelihatan apologatik, hanya responsif terhadap isu kebajikan yang PAS dan Pusat Khidmat PAS lontarkan atau bongkar. Sebagai contoh setiap kali isu setinggan dibongkar di Kg teluk Pedang, Kampung Bendera, Seri Jaya dan Pengkalan Gate Lama, isu lampu jalan Pengkalan Gate Tambahan dan isu jalan raya tidak berturap lebih 20 tahun di Kampung Bendera, UMNO akan hadir paling lewat seminggu ke kawasan berkenaan untuk melaksanakan tindakan kerana takutkan kehilangan pengundi. Mereka tidak melaksanakan aktiviti proaktif dan ikhlas untuk membantu rakyat.
Kepimpinan UMNO Gopeng yang dikaitkan dengan pelbagai masalah dan korupsi Insya Allah akan ditolak rakyat walaupun Zamby Abdul Kadir menyatakan BN Perak ingin memastikan semua calon bebas daripada sebarang masalah serta ingin menyahut seruan Presiden BN untuk mengambil kira semua faktor termasuk latar belakang serta kesediaan rakyat untuk menerima calon.
Ungkapan beliau dalam laporan BERNAMA bahawa siapa yang terpilih menjadi calon nanti, jentera perlu sokong atas nama parti BN dan perlu berlapang dada bagi yang tidak terpilih serta amaran jangan berlaku pertempuran sesama jentera dalam parti sebaliknya medan pertempuran adalah dengan pembangkang mengambarkan senario jentera BN Sungai Rapat yang berpecah belah. Budaya gilakan pangkat tiada dalam jentera PAS Sungai Rapat.
Apabila ditanya strategi umum PAS untuk menang di DUN Sungai rapat beliau menyatakan ada beberapa strategi utama yang digunakan iaitu
Agenda kebajikan, menyediakan kertas kerja cadangan dan 'trouble shoot' sesuatu isu rakyat walaupun tidak memiliki sebarang kuasa eksekutif.
Santuni Kedai kopi yang cukup disukai rakyat. Melalui kunjungan kerap beliau ke kedai-kedai kopi beliau berjaya menganalisa masalah, isu dan mendengar sendiri luahan rasa rakyat.
Program ilmiah di Masjid, surau-suarau kerana Radzi sendiri memiliki latar belakang tarbiah Islamiyyah yang baik sejak zaman kampus. Tarbiah bekalan beliau menyebabkan beliau mampu menyampaikan tazkirah, menganalisa isu agama dan global dengan baik.
Program rekreasi dan aktiviti bersama anak muda. Beliau yang merupakan bekas Ketua Platun Rejimen 503 Askar Wataniah Ipoh pada tahun 1996 sebenarnya lasak walaupun lembut dalam tutur kata. Beliau mahir dalam permainan bola sepak sehingga Piala Radzi zainon diwujudkan walaupun beliau belum bergelar seorang 'Yang Berhormat'.
Aktiviti gotong royong seperti membersih surau dan kubur serta membantu membaiki rumah rosak seperti kes ribut di Sungai Rokam dan warga emas di Pengkalan Gate kerap diadakan. Kerjasama Dewan Pemuda Gopeng dan Batu Gajah serta Unit Amal Gopeng, Ipoh Timur dan Batu Gajah amat membantu kejayaan aktiviti sebegini.
Sepanjang 11 bulan Kerajaan Pakatan Rakyat memerintah Perak, Radzi Zainon bertindak mendekati masyarakat atas kapasiti beliau sebagai ahli majlis Tindakan Daerah Kinta, ahli Majlis Bandaraya Ipoh, Ahli Jawatankuasa Pemilihan Tanah Daerah. Pengalaman berharga 11 bulan itu digunakan oleh beliau untuk mengenali selok belok ekeskutif dan pentadbiran kerajaan negeri.
Rakyat secara umum menganggap DUN Sungai Rapat memang memiliki ikon yang jelas iaitu Radzi walaupun keterbatasan hebahan media yang tidak menyebelahi PAS. Beliau dianggap calon 'cerdik' dan proaktif, optimis dan berjiwa Islam serta bertindak sebagai pemudahcara dalam setiap permasalahan. Hal ini diakui sendiri oleh YDP PAS Kawasan Batu Gajah Tuan Haji Ismail Bin Ariffin.
PAS yakin dengan kewibawaan Radzi untuk mengambil alih kerusi N43 Sungai Rapat daripada tangan UMNO pada Pilihanraya Umum ke-13 akan datang.
Muhammad Nuruddin Bashah
Ketua Unit Penerangan Majlis Tindakan DUN Sungai Rapat
KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar) berkata, pihaknya akan menimbang untuk membubarkan Dun Selangor lebih awal dari parlimen sekiranya pusat masih berteka-teki dengan tarikh pilihan raya umum ke-13 (PRU13).
Katanya, kerajaan negeri akan membawa cadangan itu kepada Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat dalam masa terdekat.
"Sekiranya Perdana Menteri belum buat pengumuman berkenaan tarikh pilihanraya selepas Chap Goh Meh, kami akan mempertimbangkan pembubaran Dewan Undangan Negeri Selangor lebih awal dari Parlimen.
"Rakyat tidak harus dibiarkan tunggu terlalu lama," katanya melalui Facebook hari ini.
Kenyataan terbaru itu sekaligus memperlihatkan tahap kesediaan kerajaan negeri berdepan pilihan raya kali ini.
Selangor sehingga kini antara negeri yang diserang hebat oleh Umno BN dalam usaha mereka merampas kembali negeri itu selepas tewas pada pilihan raya 2008 lalu.
Pelbagai usaha dilakukan bagi membangkitkan kemarahan rakyat kepada kerajaan negeri pimpinan Abdul Khalid.
Bagaimanapun dalam banyak hal, Selangor sering mendapat pujian termasuk dalam Laporan Ketua Audit Negara sejak ditadbir Pakatan Rakyat.
Selangor juga dikatakan 'pusat perang' pada pilihan raya kali. Ianya juga digelar 'lubuk emas' memandangkan kekayaan hasil bumi dan kepesatan industri di sini.
Sebelum ini Abdul Khalid menyatakan, sebab utama Selangor membuat keputusan sama ada bubar DUN serentak atau tidak kerana mahu memastikan pengundi dalam daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) benar-benar bersih.
Oleh sebab itu, kerajaan negeri mewujudkan Program Pengukuhan Demokrasi.
Program Pengukuhan Demokrasi dilaksana Kerajaan Selangor bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai hak demokrasi rakyatnya termasuk membantah pengundi tidak sah atau diragui dalam daftar pemilih SPR.
(Gambar: Husam menyantuni Che Omar, 94 tahun seorang pengayuh beca di kawasan Pasar Siti Khadijah pagi ini)
KOTA BHARU: Notis berupa arahan perpindahan kepada para peniaga Pasar Siti Khadijah di sini yang ditemui sekitar pasar itu sejak semalam merupakan notis palsu dari pihak yang tidak bertanggungjawab.
Exco Kelantan Datuk Husam Musa berkata, beliau yakin notis palsu itu sengaja dibuat pihak tertentu dengan niat mahu menimbulkan suasana tidak elok antara Para Peniaga Pasar Siti Khadijah dengan Pihak Kerajaan Negeri Kelantan.
"Ianya ditampal di beberapa lokasi di Pasar Siti Khadijah dipercayai untuk menimbulkan masalah antara peniaga dengan Kerajaan Negeri Kelantan pimpinan Tuan Guru Nik Abdul Aziz," coretnya dalam Facebook.
Difahamkan sejak semalam, notis itu dikesan bertaburan di pasar tersebut.
Antara lain notis itu berbunyi "peniaga dan penjaja Pasar Siti Khadijah dan kawasan sekitarnya hendaklah mengosongkan kawasan ini di dalam tempoh 60 hari. Arahan ini bagi membolehkan bangunan ini dirobohkan supaya aktiviti mencarigali minyak dapat berjalan lancar. Arahan Yang Dipertua Kota Bharu Bandar Raya Islam ".
Notis itu dipercayai dibuat sebagai mengambil kesempatan di atas pengumuman Husam beberapa hari lalu berhubung penemuan minyak di atas daratan di beberapa buah lokasi di bandar Kota Bharu dan Tumpat.
Ekoran penyebaran notis palsu itu , Husam yang juga Pengerusi Jawatankuasa Khas Tuntutan Royalti Petroleum Kelantan hari ini turun bertemu peniaga di pasar itu pagi tadi.
"Hari ni sempat luang masa ke Pasar Siti Khadijah sambil "mengintai" Notis Perpindahan yang disedarkan oleh Pihak tak bertanggungjawab.
"Alhamdulillah para peniaga tidak terpengaruh dengan tektik jahat pihak tak bertanggungjawab," katanya.
Sementara itu, pihak Majlis Perbandaran Kota Bharu - Banda Raya Islam (MPKB-BRI) telah mengadakan sidang media pagi ini memberi penjelasan dan menafikan pihaknya mengeluarkan notis tersebut.
Satu laporan polis juga akan dibuat dalam masa terdekat bagi menggesa pihak polis mengambil tindakan terhadap dalang yang terlibat.
KUALA LUMPUR: Lebih 200 ahli baru PAS dari pelbagai latar belakang akan menyertai Himpunan Perdana Ummah Bersama PAS 3 Februari ini di Hotel De Palma, Ampang.
Mereka akan berhimpun sebagai tanda sokongan kepada perjuangan PAS bersama pimpinan parti menjelang pilihan raya umum akan datang ini.
Selain mereka yang telah lama menyertai PAS, himpunan yang akan diadakan di Hotel De Palma, Ampang ini akan memperkenalkan beberapa tokoh yang baru menyertai PAS.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Himpunan ini, Salahudin Ayub, setiap negeri telah diminta menghantar lima ahli baru mereka yang berupa tokoh-tokoh masyarakat untuk menyertai himpunan ini.
Di peringkat pusat pula, kira-kira 100 tokoh dari pelbagai segmen masyarakat akan menyertai himpunan ini.
Ia termasuklah tokoh politik, agamawan, budayawan, artis, korporat, pegawai kerajaan, polis, tentera, penulis, blogger, sastrawan dan lain-lain lagi.
"Kita mahu memberitahu semua rakyat khasnya orang Melayu, PAS kini menjadi pilihan semua pihak dan tidak ada sebab mereka tidak bersama dengan kita dalam memperjuangkan hak kita bersama.
"Kita yakin, dengan masalah intergriti yang ada pada Barisan Nasional khasnya di kalangan pemimpin Umno ini, rakyat bijak membuat penilaian, BN tidak ada tempat lagi di hati rakyat," katanya.
Para pemimpin PAS serta rakan-rakan Pakatan yang lain, katanya, akan menunjukkan "kita bersatu dalam perbezaan yang ada untuk kepentingan rakyat."
Majlis yang bermula jam 9 pagi hingga tengahari di hotel De Palma, Ampang ini akan disertai oleh semua pimpinan kanan PAS termasuk Presiden Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
GUA MUSANG: Sekumpulan penduduk di Paloh 2 difahamkan dipengaruhi Umno cuba menggagalkan program Kerajaan Negeri Kelantan mengagihkan geran kepada peneroka di RKT Lebir hari ini.
Kira-kira 40 penduduk mengadakan demonstrasi di Simpang Paloh 2 dengan mengangkat sepanduk kertas ketika Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melalui kawasan itu untuk ke RKT Lebir.
Mereka melaungkan kononnya kerajaan negeri merampas tanah rakyat.
Seorang ahli Umno yang mahu dikenali sebagai Pak Leh mendakwa kumpulan penyokong Umno Paloh 2 cuba menggagalkan program penyampaian geran di Lebir.
" Saya juga merima panggilan mlm tadi supaya hadir pada demontrasi tersebut.
"Saya diberitahu mereka mahu gagalkan program penyampaian geran. Tetapi tadi ada peneroka di sini yang pergi," katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyampaian Geran Hak Milik Lot Kediaman kepada 84 peneroka.
Penyampaian geran tersebut disempurnakan Menteri Besar, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Hadir sama Penyelia Parlimen Gua Musang, Dr Zulkifli Muhamad, Dun Paloh, Shah Aminudin, Penyelia Dun Nenggiri, Zuki Ibrahim, Penyelia Dun Galas, Abdullah Husin dan Ketua Jajahan Gua Musang, Mat Jusoh Husin.
Program penyampaian geran diteruskan biarpun Umno cuba menggagalkannya.
Malah di majlis itu, 54 orang ahli Umno turut menerima geran.
Turut kelihatan di tempat demontrasi ialah isteri Adun Paloh, Datin Mariah Din.
Adun Paloh Datuk Nozula Mat Diah juga ditemui tidak jauh dari lokasi demonstrasi.
Menteri Besar turut mengakui ada pihak tidak senang dengan program berkenaan.
Katanya, rakyat tanpa mengira politik turut diberi geran hak milik bagi membolehkan mereka memiliki tanah secara sah.
Orang ramai menyifatkan tindakan kumpulan penyokong Umno itu tidak wajar kerana cuba menghalang Menteri Besar mengagihkan geran kepada rakyat.
Anda nilai sendiri ucapan bekas seorang negarawan , "wira" dan berbagai lagi gelaran yang pernah diberikan kepada beliau.
Mahathir: Pembangkang tangkap lawan jika berkuasa
Pakatan pembangkang akan bertindak terhadap pesaing politiknya sebaik sahaja ia berkuasa, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Katanya, mereka akan mengambil tindakan terhadap orang yang tidak baik dengan mereka atau yang mereka rasa tidak baik dengan mereka.
Berucap di Kuala Lumpur hari ini, Dr Mahathir berkata, terdapat desas-desus bahawa kerajaan persekutuan yang dikuasai Pakatan, akan menangkap orang seperti itu, termasuk dirinya sendiri.
Bekas perdana menteri itu berkata, ada yang mengatakan beliau harus meninggalkan Malaysia sebelum keputusan pilihan raya diumumkan.
"Itu perkara pertama yang mereka (Pakatan) akan lakukan (apabila berkuasa) ialah menutup semua lapangan terbang supaya tidak ada pesawat persendirian boleh berlepas.
"Tetapi saya tidak fikir mereka akan berbuat demikian. Pembangkang adalah orang baik. Mereka mungkin menangkap orang dan mendakwa mereka."
Mahathir secara berseloroh berkata, beliau gembira Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tidak lagi wujud dan bahawa Pakatan, yang menentang undang-undang tersebut, tidak boleh sebarangan menyumbat orang ke dalam penjara jika ia berkuasa.
I've learn a few just right stuff here. Certainly value bookmarking for revisiting. I surprise how a lot effort you place to make the sort of excellent informative site.
I've learn a few just right stuff here. Certainly value bookmarking for revisiting. I surprise how a lot effort you place to make the sort of excellent informative site.
BalasPadamAlso visit my page ... auto Loans for bad credit
Review my web site ... how to buy a car,buying a car,buy a car,how to buy a car bad credit,buying a car bad credit,buy a car bad credit,how to buy a car with bad credit,buying a car with bad credit,buy a car with bad credit,bad credit car loans,car loans bad credit,auto loans bad credit,bad credit auto loans,buying a car bad credit loans,bad credit loans cars,buying a car and bad credit,how to buy a car on bad credit,buying a car on bad credit,loans for cars with bad credit,auto loans for bad credit,buying a car with bad credit,how to buy a car with bad credit