Inilah padahnya bila PR memerintah, negara boleh bankrap dengan sekelip mata saja....
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak enggan mengulas mengenai hutang kerajaan negeri yang didakwa telah mencecah sehingga RM3 bilion dalam tempoh lima tahun yang lalu di bawah pimpinan kerajaan negeri PAS.
Azizan yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah, sekadar berkata kerajaan negeri telah berusaha keras untuk meningkatkan hasil selama ini.
Beliau semalam diminta mengulas mengenai isu hutang yang telah sekali lagi diketengahkan oleh Ketua Pemuda Gerakan Kedah Tan Keng Liang.
Tan mendakwa bahawa hutang kerajaan negeri berjumlah RM2 bilion sebelum tahun 2008 tetapi telah meningkat kepada RM3 bilion termasuk pinjaman RM330 juta untuk pembinaan Kolej Universiti Insaiah (Kuin) di Kuala Ketil.
"Pinjaman tersebut telah diambil oleh sebuah syarikat negeri berkaitan kerajaan untuk membiayai projek Kuin," katanya kepada sidang akhbar di pejabat Gerakan negeri semalam.
Tan mula-mula membangkitkan isu hutang berkenaan pada Rabu lepas dan kemudian menyerahkan memorandum mengenai perkara itu kepada Azizan, yang telah diterima oleh pegawai khasnya Mohd Rosli Azmi.
Beliau memetik Laporan Ketua Audit 2011 menyatakan bahawa kerajaan negeri hanya memperoleh RM193.22 juta dalam bentuk wang tunai.
Beliau sekali lagi mempersoalkan mengapa tiada kerja dilakukan ke atas kedua-dua projek perumahan kos rendah di Bandar Darulaman di Jitra dan Pokok Sena, di mana Azizan menjawab bahawa kelewatan itu adalah disebabkan isu-isu teknikal.
Panas terbakar penyokong pakatan pembangkang apabila Salih Yaakob dan Nabil Raja Lawak melakonkan watak sebagai pemimpin politik yang gemar menabur janji.
Penyampai radio, pelawak serta pengacara terkenal, Salih Yaacob, 52, mengambil keputusan untuk menarik diri daripada dunia hiburan ekoran penyebaran cereka pendek di laman YouTube berjudul Bangkang dari Longkang .
Cereka pendek berdurasi kira-kira tiga minit yang memaparkan situasi di sebuah ceramah parti politik itu turut disertai seorang lagi rakan pelawaknya, Nabil Ahmad.
Kesannya, Salih mendapat kritikan meluas daripada pihak penyokong parti pembangkang, bahkan stesen radio Sinar FM turut diugut untuk diboikot.
"Saya sangat kecewa dan meminta maaf kepada peminat.
"Saya mengambil keputusan untuk tidak lagi terlibat di dalam bidang hiburan selepas ini. Soal kerjaya sebagai penyampai radio pula saya serah semuanya kepada pihak pengurusan," katanya.
Nampak jelas ketidakmatangan sepertinya sudah sebati dalam jiwa ramai penyokong PR. Emosi tidak stabil barangkali. Mereka langsung tidak dapat menerima hasil seni yang dirasakan mengkritik atau menyindir mereka, kalau boleh mereka mahu sentiasa dipuji seperti yang dilakukan oleh Abby Abadi.
Kira-kira 100 ahli PAS dari Kampung Pening Lalat, Gual Tokdeh bertindak drastik menyertai Umno selepas kecewa dengan sikap pemimpin parti itu yang disifatkan semakin bongkak.
Borang keahlian mereka diserahkan kepada Ketua Umno Bahagian Rantau Panjang, Datuk Abdullah Mat Yasim dalam Majlis Selamat Tinggal PAS di kampung tersebut malam tadi.
Ahli PAS, Yaacob Mahmood, 78, berkata, dia mengambil keputusan menyertai Umno kerana berasa terhina dengan kenyataan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyamakan bantuan Kerajaan Pusat seperti memberi makan ayam dan lembu.
"Nik Abdul Aziz sendiri pernah mengajar supaya terima apa sahaja yang diberikan Umno. Tapi sekarang lain pula. Itu tidak mengapa, tetapi kalau sampai tahap menghina begini, saya tidak boleh terima. Kami ini manusia bukan haiwan.
"Sejak 22 tahun PAS memerintah juga, tidak ada sebarang hasil pun yang kami dapat. Tapi Umno tidak pernah abaikan kami meskipun tahu kami penyokong tegar PAS," katanya ketika ditemui dalam majlis tersebut.
Seorang lagi penyokong PAS, Rosanah Yaacob, 47, memberitahu, dia tidak pernah mengundi Umno kerana menganggap PAS sebagai parti Islam mampu memberi kesejahteraan kepada rakyat di dunia dan akhirat.
Namun, katanya, tanggapan itu meleset kerana prinsip PAS semakin berubah sejak bersekutu dengan DAP dan PKR sehingga sanggup menggadai akidah orang Islam terutamanya dalam isu kalimah Allah.
"Sekarang mereka nampak sangat angkuh. Nik Abdul Aziz tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan menghina terhadap sesama manusia apatah lagi beliau sendiri tidak memberi apa-apa bantuan kepada rakyat," katanya.
Memang melatop! Video ini menceritakan hal sebenar yang berlaku dalam pakatan pembangkang... Terbaik bangkang dari longkang!
Isu nak lantik siapa jadi Perdana Menteri pembangkang pun tidak boleh selesai, macam mana mereka nak satu padukan rakyat. Luaran sahaja mereka nampak bersatu tetapi sebenarnya berlaku pertembungan pendapat antara mereka di peringkat dalaman.
Ketidaksepakatan pakatan pembangkang untuk melantik Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri sekiranya memenangi pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) menunjukkan kerapuhan pakatan pembangkang yang umpama 'retak menanti belah'.
Amat memalukan selama empat tahun bersama masih gagal lagi nak tentukan siapa calon PM, rakyat sebagai pengundi pastinya nak tahu siapa bakal perdana menteri!
Kebelakangan ini nama Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail terus tenggelam.
Walaupun macam-macam isu babitkan parti itu, DAP dan PAS, hanya Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang jadi fokus.
Boleh kata beliau kini satu-satunya presiden sebuah parti politik yang hanya tukang pemanas kerusi.
Tengok saja ketika konvensyen PR ke 4 di Shah Alam pada Isnin, Wan Azizah hanya membatu di kerusi atas pentas – tanpa sebarang ucapan.
Guan Eng berucap sebagai Setiausaha Agung DAP,Haji Hadi atas kapisiti Presiden PAS sebaliknya PKR oleh suaminya Anwar.yang berjawatan tidak rasmi sebagai 'ketua umum'.
Kali terakhir Wan Azizah atau Kak Wan jadi tumpuan pada Julai tahun lalu apabila umum mahu bertanding dalam PRU 13.
Bekas ahli parlimen Permatang Pauh selama dua penggal itu tidak boleh bertanding di kerusi parlimen selama lima tahun di bawah undang-undang selepas meletakkan jawatan bagi memberi laluan kepada Anwar kembali ke parlimen pada akhir 2008.
Bagaimanapun, tiada halangan untuknya bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) malah dalam sidang media mengumumkan perkara itu, Wan Azizah cukup bersemangat dan membayangkan akan bertanding di kawasan beliau mengundi.
Ada desas desus kononnya beliau akan bertanding di DUN Penanti dalam parlimen Permatang Pauh.
Selain itu, Selangor turut menawarkan beberapa kerusi selamat untuknya bertanding di negeri yang kini dikuasai PR kerana Kak Wan menetap di Selangor.
Apapun, pada November lalu, Kak Wan buat kejutan lagi dengan membatalkan hasratnya untuk bertanding pada PRU 13 dengan alasan untuk bebas berkempen ke mana-mana sahaja.
Keputusan Kak Wan disahkan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali.
Azmin diketahui 'kurang ngam' dengan Kak Wan kerana dakwaan hubungan isterinya Shamsidar Taharin dengan Anwar.
Tidak tahulah mengapa bukan Anwar mengesahkan isterinya tidak bertanding dan namanya tidak tersenarai di mana-mana kerusi DUN pada PRU 13.
Namun disebalik semua itu, tentu ramai tertanya-tanya kenapa Wan Azizah semakin 'mendiamkan' diri dan jika benar beliau enggan bertanding kerana mahu berkempen, jarang kedengaran Kak Wan naik pentas berceramah.
"Kak Wan merajuk agaknya," itu komen Anuar Shaari bekas setiausaha sulit Anwar satu ketika dahulu.
Beliau melihat kemungkinan itu setelah Wan Azizah menyedari Tan Sri Khalid Ibrahim yang memihaknya tidak tercalon lagi bertanding kerusi DUN di Selangor sama ada mempertahankan kerusi Ijok atau tempat lain.
Anwar sendiri sudah mengeSahkan Menteri Besar itu akan kekal bertanding di kerusi Parlimen Bandar Tun Razak yang dimenangi pada 2008 tetapi tidak menyebut Khalid kekal di kerusi DUN.
"Kerana ini Kak Wan fikir tidak ada sebab bertanding walaupun sudah umum akan berbuat demikian. Lagipun, Azmin dillihat sudah berjaya untuk mengenepikan Khalid daripada kerusi Menteri Besar selepas PRU nanti," katanya kepada Agendadaily.
Menurut Anuar, Wan Azizah tidak mungkin mahu bertanding di Pulau Pinang kerana jika menang, mustahil beliau mahu jadi wakil rakyat biasa.
"Mengenali Kak Wan, beliau tak mungkin merendahkan dirinya ke tahap itu walaupun mungkin ditawar jawatan Timbalan Ketua Menteri," katanya.
Bagi Anuar, sikap menyepi dan enggan bertanding lagi adalah sebagai'protes' dan rasa 'kecewa' kerana semakin jelas peranannya sebagai Presiden parti dinafikan oleh suaminya.
"Semakin jelaslah cakap-cakap Kak Wan hanya boneka atau patung PKR.
Sudah tiada siapa dengar atau pedulikan beliau lagi berbanding semasa Anwar dalam penjara dulu," katanya.
Mari kita tengok ayam dan lembu goyang pinggul di hadapan rumah Nik Aziz....
Blog Tukar Kelate mengemukakan satu bukti rakaman tarian wanita berdangdut tidak jauh dari rumah Menteri Besar Kelantan itu.
"Muzik kuat, pergaulan bebas, wanita dan lelaki tanpa segan-silu menari di khayalak ramai itulah yang berlaku di Pulai Melaka, di mana lokasi tersebut tidak sampai 1 kilometer dari rumah Nik Aziz dan juga Masjid Tok Guru.
"Malah kami juga mempunyai bukti bahawa di Kelantan terdapat sebanyak 17 buah karaoke yang beroperasi sehingga jam 4.00 pagi malah ada yang beroperasi 24 jam.
"Tujuan kami bukanlah untuk mengaibkan atau menutup periuk nasik pihak-pihak terbabit, namun apa yang kami ingin paparkan adalah kegagalan PAS di negeri yang diberi gelaran Serambi Mekah yang mana rakyatnya dikatakan telah diberikan ilmu Islam sejak PAS memegang tampuk pemerintahan negeri tersebut pada tahun 1990,"dedah blog itu.
Di sebalik demam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) yang semakin dirasai, tiga tokoh agama termasuk Mufti Perlis Dr Juanda Jaya disebut-sebut antara individu yang bakal diturunkan dalam gelanggang pilihan raya kali ini yang dilabel sebagai 'pilihan raya paling sengit' pernah berlaku dalam sejarah negara.
Selain Juanda, dua tokoh lain yang berada dalam senarai calon PRU13 ialah bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan Pensyarah Kuliyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Dr Mazli Malek.
Ketiga-tiga mereka dikatakan akan bertanding mewakili Pakatan Rakyat namun belum disahkan untuk bertanding atas tiket PKR atau PAS.
Bagaimanapun tokoh-tokoh ini tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen mengenai perkara itu.
Menurut sumber Antarapos, ketiga-tiga masih belum membuat keputusan untuk mewakili parti mana dan perkara itu akan diketehui apabila sampai masanya.
"Wakili parti mana belum pasti, kalau nak tahu kena tanya tuan punya badan.
"Belum tahu mereka akan tanding atas tikat parti mana, sama ada PAS atau PKR. Cuma yang pasti wakili Pakatan Rakyat," kata sumber itu kepada Antarapos.
Asri dan Juanda sudah didampingi semula beberapa parti, dari Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat untuk bertanding kali ini kerana dilihat sebagai calon 'boleh menang' kerana memiliki karisma sebagai personaliti yang berlatarbelakangkan agama.
Antarapos difahamkan pertemuan dengan parti politik akan diadakan dalam tempoh terdekat dipercayai membincangkan tentang pendirian dan kerusi yang akan ditandingi mereka.
Juanda, 41, adalah lulusan Universiti Al-Azhar dan mempunyai Ijazah Sarjana Syariah dengan pengkhususan Penggubalan Undang-Undang Keluarga Islam Malaysia daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Asri pula kini berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Sains Malaysia, sudah pun menjadi sebutan sejak lebih setahun lalu dan beliau telah beberapa kali menafikan akan menyertai parti politik.
Asri disebut-sebut akan bertanding di Pulau Pinang manakala Juanda anak kelahiran Sarawak, dipercayai akan diletakkan di Perlis.
Juanda yang sering kali muncul di stesen TV tempatan sejak akhir-akhir ini dilihat mempunyai pemikiran dan pandangan yang lebih cenderung kepada Pakatan Rakyat.
PRU13 disebut-sebut akan diadakan akhir Mac atau awal April ini.
Mandat kerajaan pusat akan berakhir penghujung April. Jika Parlimen terbubar secara automatik, PRU13 perlu diadakan sebelum akhir Jun.
Nota: Elok lah tu... Boleh ganti tempat Nik Aziz yang semakin hari semakin nyanyuk... Hadi pun dah tak boleh pakai....
Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata, Pas tidak perlu merasa bangga dengan pelancaran manifesto pakatan pembangkang Isnin lepas kerana ia tidak memaparkan aspirasi parti itu terutama dalam memartabatkan agama Islam.
Manifesto pakatan pembangkang adalah lebih kepada aspirasi Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP dan tidak begitu menyentuh perkara-perkara yang memartabatkan Islam di negara ini, katanya dalam satu ceramah Jom Tolak Pakatan di Jalan Nenas, Meru di sini, malam tadi.
Di dalam manifesto itu tidak dinyatakan mengenai penubuhan negara Islam, atau mengangkat martabat mahkamah syariah sama dengan mahkamah sivil, katanya.
Oleh itu beliau hairan mengapa Mursyidul Am Pas Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengangkat-angkat tangan semasa pelancaran itu.
"(Lainlah) kalau ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengangkat tangan mereka tidak mengapa..kerana agenda mereka termaktub dalam manifesto itu," katanya.
Agenda mereka untuk menjadikan Islam di Malaysia lebih liberal atau sekularisme disisipkan di dalam manifesto itu tetapi agenda Islam tidak dijelaskan dalam manifesto itu.
Dr Hasan yang juga Presiden badan bukan kerajaan Pertubuhan Jalur Tiga (Jati) berkata sehingga sekarang pakatan pembangkang masih lagi tidak menetapkan siapa calon Perdana Menteri sekiranya mereka menguasai Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13 ini.
DAP dan PKR mahukan Anwar menjadi Perdana Menteri dan begitu juga sesetengah pihak dalam Pas yang mahukan Anwar menjawat jawatan itu sedangkan pimpinan Pas sendiri nampaknya tidak berani menonjolkan Anwar layak menjawat jawatan Perdana Menteri, katanya.
"Pemimpin Pas tahu "the in and out" (luar dan dalam) Anwar Ibrahim. Tak malu ke kalau PM kita Anwar Ibrahim," katanya.
Hasan berkata, isu siapa yang jadi Perdana Menteri ini penting kerana kalau pakatan rakyat memenangi pilihan raya kali ini, Perdana Menterilah yang pertama kali mengangkat sumpah di hadapan Yang Di Pertuan Agong sebelum kabinet dapat ditubuhkan.
Oleh itu, beliau meminta para pengundi di Meru supaya tidak memperjudikan politik dan masa depan Malaysia dan menolak pakatan pembangkang.
Hasan juga berkata, kenyataan Nik Aziz bahawa mereka yang menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia umpama ayam dan lembu tidak mencerminkan keperibadian atau bahasa seorang ulama. – Bernama
PR 'Pakatan, The People's Hope' Manifesto was officially launched on Fenruary 25 in conjunction of Pakatan Rakyat's fourth convention which was held in Shah Alam Convention Centre (SACC). The manifesto was made based on four sections, the people's economy, people' welfare, government for the people and fulfilling people's aspirations. One interesting bit about this, the contents of the manifesto did not even touch on PR's commitment to fight on the implementation of hudud if they manage to take over the Central Government. From page one to the end, not even a single sentence mention anything about implementing hudud. This shows that PR do not even want to implement it even though everyone knows that implementation of hudud is synonym with PAS for the past three decades. This surprised many political watchdogs because this means that PAS' fight seems to have been taken out just like that, making the party useless. PAS do not seem to have any influence to push its agenda to become a priority in PR Manifesto, making PAS' fight for hudud look worthless as it is considered as something that does not provide any benefit to PR. From there, most PAS members and supporters only stood in silence because this is another same story of PAS' first failure where they withdrew the fight for islamic state to be replaced with Welfare State. In a way, dropping hudud from the manifesto can be considered as a huge success for Anwar Ibrahim because the PKR General Leader did promise a group of pro-DAP and PKR Chinese leaders in Subang Jaya, Selangor, that hudud will never be part of PR. And Anwar clearly managed to fulfil his promise, confirming the fact that PAS is worthless in PR and they only follow orders from DAP and PKR
KUALA LUMPUR: The coming General Election will be Malaysia's first "social media election", said Datuk Seri Najib Tun Razak. The Prime Minister said that this was because politicians were already using social media networks to engage with the people online. "Of course, it will not be the biggest factor in the elections, but it is certainly increasing the tempo of political debate and bringing more voices into it," he said. Najib said this when officiating the Malaysia Social Media Week 2013 summit, currently ongoing in hotel here. As an avid social media network user himself, Najib was given a special Leadership in Social Media Engagement Award at the event organised by the Malaysia Social Media Chambers. The event held from Feb 26 to March 3 saw over 25,000 participants, including bloggers, journalists and social media experts from across the country and all over the world, attending in person as well as through live streaming via www.socialmediaweek.com.my. Local guest speakers at the summit included Rembau MP Khairy Jamaluddin, Deputy Higher Education Minister Datuk Saifuddin Abdullah, Tune Talk CEO Jason Lo and television host Aishah Sinclair. In his speech, the Prime Minister also said that the advent of the social media had greatly encouraged openness among the people. He said that this also brought about a greater need for accountability. "The power to reach new audiences also brings new responsibilities; to be more open and more accountable. "People, especially the young "digital natives" who have grown up using the Internet - now have higher expectations for openness in all spheres of life," he said, after posting his first Instagram picture - a picture of the audience at the event which he took using his iPad - on his newly set-up Instagram account @najib_razak. Najib described social media akin to "running on a treadmill that never stops", and that its rapid evolution pushes its users to be forward-looking. "A recent study even found that Malaysia, along with Brazil, has the highest Twitter use in the world," he said. He added that the Government had put in much effort to ensure that every Malaysian had access to social media. "We cannot afford to let parts of society be left on the wrong side of the 'digital divide', cut off from the most potent force for education and enterprise in the modern world. "We are working to make sure that doesn't happen, through initiatives like Digital Malaysia, offering smartphone vouchers to young people, and expanding broadband access in rural areas. "I want all Malaysians to be ready for the fast approaching future," he said.
tunku : indeed the social media plays a very important role nowadays and it is very effective way to spread information and news the fastest way.
You are subscribed to email updates from tunku To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
PUTRAJAYA: Sebuah jambatan menghala ke Lebuh Raya Elit dari Putrajaya yang masih belum digunakan runtuh kira-kira jam 1 petang tadi.
Difahamkan, jambatan yang runtuh itu milik Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan belum digunakan untuk laluan orang ramai.
Tinjauan di tempat kejadian juga mendapati masalah berkenaan tidak mengganggu perjalanan pengguna lalu-lintas dan tiada kecederaan serta kematian dilaporkan.
TunM digelar 'Old Man' adalah gambaran awal betapa besar kepala tony pua MP PJ Utara. 'Nope sure akan baca' jawapan kepada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, YB Datuk Saifuddin Abdullah yang memberikannya buku berkenaan realiti pendidikan dan pengharapan.
Tidak cukup dengan itu, TonyPoor juga datang lewat semasa sesinya bermula. Semua penal dan moderator terpaksa menunggu si pukimak ini untuk naik ke pentas. Ayat "belum jadi menteri pun dah lewat" turut kedengaran
Apapun inilah perangai MP Pakatan dari DAP yang didik oleh PAS. Sangat berbudi bahasa dan aku mesti ludah dimuka tonypoor. Haktuih!
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak berbesar hati di mana akan bertindak meluluskan kenaikan gaji kakitangan awam 2013 sekitar RM400 beserta elaun perumahan dinaikkan kepada (antara RM350-RM450). Dan dijangka kenaikan gaji kakitangan awam + elaun perumahan (ETP) akan diluluskan pada seawal hari Khamis ini atau selewat-lewatnya awal minggu hadapan.
Semalam merupakan pengalaman pertama Kali aku mengikuti seharian MSMW (Malaysia Social Media Week 2013). Hasil pemerhatian aku, MSMW 2013 all about marketing business online. Banyak company dalam dunia Sosial mempergunakan chamber MSM 2013 sebagai tempat untuk berniaga. Bermula dengan topic pertama, Kita Sudah dapat Tahu Where is the money? Mengukuhkan lagi dakwaan aku, Kita lihat panel yang terlibat memang menguruskan ke arah meniaga. GM Groupon? Tune Talk? Co Founder Gush Cloud? The Farm Digital? Kyanite.tv? Banyak lagi semua cerita pasal business, marketing product.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
You are subscribed to email updates from Ohpolitik!™ To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Barisan Nasional (BN) Selangor hari ini melihat Manifesto yang baru dilancarkan oleh pihak Pakatan baru-baru ini, nampaknya mereka masih lagi memainkan cerita lapuk kerana janji-janji yang ditaburkan dalam Manifesto adalah perkara sama yang diuar-uarkan dalam sesi ceramah mereka.
Timbalan Pengarah Pilihanraya BN Negeri Selangor, Dato' Sri Ir Mohd Zin Mohamed berkata, manifesto ini memakan diri mereka sendiri. BN Selangor menerima banyak maklumbalas dari pelbagai pihak yang sebenarnya tidak terkesan dengan janji-janji yang dilemparkan dalam Manifesto Pakatan tersebut.
"Pihak Pakatan juga mungkin lupa bahawa, berbanding tahun 2008, kali ini mereka memerintah di empat buah negeri. Ada perkara-perkara yang dimuatkan dalam manifesto tersebut yang sebenarnya mampu dilaksanakan di peringkat negeri.
Sebagai contoh, janji untuk melaksanakan pendidikan percuma sudah pernah dibangkitkan sebelum ini. Pihak Barisan Nasional juga sebelum ini pernah mendesak agar perlaksanaan ini ditunaikan terlebih dahulu di Institut Pengajian Tinggi negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan.
Di Selangor contohnya, masalah IPT negeri seperti UNISEL dan KUIS masih belum diselesaikan. Malahan, Laporan Audit Negara 2011 turut mengkritik tatacara pengurusan UNISEL yang dilihat tidak profesional dan membawa kerugian. Bagaimanakah Pakatan akan melaksanakan janji tersebut sedangkan di Selangor sendiri perkara ini tidak dilaksanakan?," ujarnya dalam satu sidang media di sini hari ini.
Dalam masa yang sama, Pakatan juga berjanji dalam manifesto mereka akan memelihara 141,000 hentar tanah Orang Asli. Untuk makluman, segala perkara yang melibatkan hal ehwal tanah adalah di bawah kuasa Kerajaan Negeri.
Di Selangor sendiri, perkara melibatkan tanah Orang Asli tidak diberikan perhatian apabila baru-baru ini satu laporan polis dibuat di IPK Shah Alam berkenaan 17,900 ekar tanah Orang Asli di Kuala Langat yang dipindah milik kepada pihak lain.
"Bagaimana pihak Pakatan ingin menjamin hak Orang Asli jika semasa mereka berkuasa pun mereka tidak melaksanakannya? Satu lagi janji dalam Manifesto Pakatan ialah kononnya mereka ingin menghapuskan monopoli dengan mewujudkan Suruhanjaya Anti-Monopoli.
Saya fikir, tindakan ini sepatutnya dilaksanakan di Selangor terlebih dahulu apabila industri perlombongan pasir yang berharga berbillion ringgit hanya dimonopoli oleh sebuah syarikat sahaja iaitu Kumpulan Semesta Sdn Bhd. Bukankah sepatutnya tender pengorekan pasir ini perlu diberikan secara terbuka agar hasil yang diperolehi lebih telus dan mampu menjana ekonomi," ujarnya yang juga Setiausaha UMNO Negeri Selangor.
Tambahnya, janji untuk memberikan peluang pekerjaan juga dilihat hanya janji manis apabila rancangan penambahan peluang pekerjaan ini rupa-rupanya adalah sebagai gentian kepada pengurangan tenaga buruh asing.
Bagaimanakah Pakatan akan memastikan rakyat akan berpendapatan sehingga RM4,000 sebulan apabila pekerjaan melibatkan buruh asing ini diganti dengan pekerja tempatan? Lebih dasyat lagi, Kerajaan Negeri Selangor yang berbangga kononnya mempunyai kadar pelaburan tertinggi di Malaysia tetapi hakikatnya, ia tidak menjana kepada penambahan peluang pekerjaan malah sejak dari 2007 hingga kini, kadar pelaburan Selangor adalah semakin menurun.
"Selebihnya, saya melihat janji-janji populis lain yang di taburkan hanyalah sekadar memancing undi. Lebih malang lagi, Menteri Besar Selangor sendiri sebelum ini mengakui bahawa Manifesto bukanlah Janji, maka ianya tidak perlu ditepati.
Sebagai kerajaan yang memerintah Selangor, Pakatan sepatutnya berasa amat malu dengan diri sendiri apabila melancarkan manifesto di Shah Alam ini. Simboliknya, Janji-janji Pakatan di Selangor masih tidak dilaksanakan dan mereka masih tergamak untuk berjanji lagi. Rakyat Selangor sendiri sudah sedar, kesilapan pada tahun 2008 tidak akan berulang lagi," tambahnya yang turut bersedia untuk menyahut cabaran debat dari pihak Pakatan, namun debat hendaklah berkisar kepada janji-janji manifesto pakatan Selangor dan selepas BN Selangor mengeluarkan manifesto BN Selangor kelak.
Tika ini ramai ahli dan penyokong PAS yang belum kebas dari demam terkejut dan masih lagi dalam kebingungan gara-gara pendirian rasmi PR yang telah muktamad menggugurkan agenda perlaksanaan hukum hudud dari Manifesto PR.
Tambah mengeruhkan keadaan bila mana Manifesto PR tanpa agenda hudud itu turut disepakati dan diperakui oleh Presiden PAS, Abdul Hadi Awang.
Lebih parah lagi, tiga hari selepas Manifesto PR bertemakan "Pakatan Harapan Rakyat" dilancarkan dalam Konvensyen Pakatan Rakyat Ke-4 di SACC Shah Alam, Selangor pada 25 Februari 2013 lepas, tak semena-mena Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim tampil menyalahkan Hadi Awang berhubung kontroversi isu kalimah Allah.
Ketua Umum PKR itu mendakwa ketetapan bersama PR pada 8 Januari 2013 lalu untuk membenarkan kalimah Allah s.w.t diguna pakai oleh orang bukan Islam termasuklah untuk kegunaan kitab Bible versi Bahasa Melayu hanya dimuktamadkan selepas mendapat penerangan dan persetujuan Presiden PAS.
Maksudnya, PR tidak akan mengambil ketetapan sedemikian jika Hadi menerangkan perkara benar. Tapi disebabkan Hadi telah menyembunyikan kebenaran, akhirnya PR terjerumus ke kancah kontroversi. Ini dakwaan serius, ia seperti menuduh Hadi telah menipu Anwar dan PR.
Anwar juga menegaskan kenyataan rasmi yang diiktiraf sebagai dasar PR yang disepakati bersama berhubung isu itu juga dibaca dan ditandatangani sendiri oleh Hadi Awang sebagai mewakili PAS. Gayanya seperti Anwar mahu memberitahu khalayak yang kesilapan yang dilakukan oleh PR disebabkan Hadi.
PAS patut tampil ke depan mempertahankan maruah Presidennya, itu pun kalau terasa masih ada sekelumit keberanian untuk berdepan dengan Anwar. Tapi jika berdiam diri atau sekadar sepintas lalu sahaja menjawab dakwaan Anwar, bermakna betullah dakwaan itu.
Anwar memang akan sedaya upaya melepaskan dirinya dari dikaitkan dengan kesilapan pendirian PR dalam isu kesucian kalimah Allah s.w.t, dengan cara mengalihkan beban ke bahu Hadi. Itu kehebatan Anwar dalam bab spin sana sini. Hadi dan pemimpin PAS sahaja yang masih belum sedar.
Pun begitu, sama ada Anwar, Hadi mahupun PR dan PAS, kesemua mereka telah melakukan telah memilih pendirian dalam isu sensitif ini. Suka atau tidak, kenalah terima hakikat selagi PR kekal dengan pendirian 8 Januari 2013, selagi itulah amarah umat Islam akan terus menghantui PAS dan PR. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Bekas penyiasat persendirian P. Balasubramaniam (PI Bala) mungkin merasa sedikit hampa apabila sambutan kepulangannya di KLIA tempohari hanya menarik perhatian kira-kira 50 orang pemimpin dan penyokong PKR sahaja, berkali ganda kurang dari jangkaan awalnya Ia satu permulaan yang kurang baik sementelah lagi di saat PKR begitu terdesak memerlukan penampilan PI Bala untuk digandingkan dengan penjual karpet, Deepak Jaikishan bagi menjayakan kesinambungan ceritera fiksyen mengenai kematian model Mongolia, Altantuya Shariibuu..
Walaupun begitu, PI Bala masih boleh berbangga kerana kepulangannya tetap juga diberi sambutan ala-ala pemimpin parti, jauh lebih baik berbanding Helmi Malik yang terpaksa menanggung malu sendirian selepas kantoi menggunakan kad pengenalan palsu di Indonesia..
Bagi pembaca yang tidak mengenali siapa Helmi Malik, bolehlah membuat carian di Google mengenai berita dan gambar Exco Kerajaan PKR Selangor, Elizabeth Wong yang terkangkang bersama hutan belukarnya..
Paling penting sekembalinya PI Bala ke tanahair sudah ada kerjaya yang menanti, walaupun bukan lagi sebagai penyiasat persendirian, tapi setidak-tidaknya dengan menjadi penceramah untuk kempen politik PKR tentunya banyak habuan menanti setiap kali selesai berceramah..
Lagi pun inilah masanya untuk PI Bala membalas jasa PKR yang sejak lebih kurang 5 tahun lalu telah menanggung segala kos sara hidupnya di India. Tambahan pula bukan payah mana sangat pun untuk berceramah di depan khalayak, yang penting bijak memutar belit fakta yang diadun dengan temberang nescaya mendapat tepukan gemuruh dari penyokong pembangkang..
Ramai pemimpin PKR tahu gandingan PI Bala dengan Deepak kelak tidak mampu membawa pertambahan sokongan kepada parti itu memandangkan terlampau banyak keraguan umum terhadap kredibiliti kedua-duanya berikutan banyak versi cerita yang bertukar ganti fakta dan fiksyennya..
Ditambah pula dengan kes songlap RM50,000 wang milik Razak baginda yang sepatutnya diserahkan oleh PI Bala kepada Altantuya Shariibuu, lagilah membukit keraguan ramai terhadap apa sahaja kata-kata yang bakal diucapkan oleh PI bala semasa di pentas ceramah atau ketika temu bual dengan media..
Jika PI Bala tidak menggelapkan wang tersebut yang diterimanya di Hotel Malaya, tentunya Altantuya tidak perlu susah-susah datang ke Malaysia untuk menuntut wang dengan Razak Baginda malah tak mustahil kes kematiannya juga tidak berlaku..
Kasihan Altantuya dek kerana wang yang dituntut gagal diperolehnya manakala disebabkan kesilapan Azilah dan Sirul salah faham dengan arahan Razak Baginda, akhirnya nyawa wanita malang itu berakhir dan mayatnya berkecai diletupkan dengan C4. .
PI Bala pula berseronok dengan wang yang disonglap dan tergamak mereka-reka cerita mengikut skrip garapan Anwar Ibrahim dan pemimpin PKR lain melalui Akuan Bersumpah Pertama (SD1) demi habuan tambahan semata-mata untuk mengaitkan kejadian pembunuhan Altantuya dengan Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Razak..
Apa pun, PI Bala sudah membuktikan dirinya memang kebal dari perasaan malu atau bersalah, selepas SD2 yang menceritakan kebenaran sekaligus membatalkan SD1 yang penuh penipuan, kini PI Bala tiba-tiba kembali semula demi untuk menyambung penipuan SD1 selepas dijanjikan imbuhan baru..
Bimbang didesak kenapa tidak melakukan SD3 atau seterusnya bagi membatalkan SD1, maka kitab Hindu Bhagavad Gita dijadikan sandaran. .
PI Bala mungkin bangga kehebatan dalam memutar belit cerita dan mampu pula merekayasa pelbagai versi berbeza, namun berapa ramai yang sanggup terus ditipu olehnya? Ada memang ada, tapi tiba masanya kelak kebenaran hakiki akan menimbus kebatilan. Itu semestinya. .
Apakah yang dilakukan oleh mahasiswa ini amat memalukan UKM. Tindakan mereka tanpa rasa hormat dan takut menunjukkan betapa kurang ajarnya mereka. TM merasakan inilah anak-anak orang Pas yang berketurunan Syiah. Mereka ini sepatutnya dibuang dari UKM dan diminta menjelaskan secara tunai wang PTPTN.....memang celaka...kalau TM ada di sana mungkin ada yang kena pelempang free. Butiran lanjut boleh ke PERAKTODAY.COM
MANA PERGINYA HUDUD DAN NEGARA KEBAJIKAN, YANG JELAS KELIHATAN IALAH NEGARA KRISTIAN , TAK PERCAYA TENGOK LAMBANG SALIB DI ATAS MANA NEGARA ISLAM YANG DIIDAMKAN OLEH PAS? MANA ......
bila artis tidak menyokong zionis, mereka dihina oleh Pas dan Pkr
Mungkin ramai yang tak sedar yang sejak tahun 1998, wujudnya satu gerakan zionis di negara kita.
Dalam masa lebih kurang 2 bulan yang lepas, kita boleh lihat seorang wanita yang terkenal dengan perkataan "LISTEN" telah diserang dengan bertubi-tubi oleh mereka dari segenap penjuru. Habis diserang FB wanita tersebut dengan maki hamun. Tentera-tentera Zionis mewujudkan banyak page FB untuk boikot wanita ini di FB. Semata-mata untuk memuaskan nafsu amarah prebet-prebet mereka.
Lepas tu PSY (gangnam style) pulaaaakkkk yang kena. Langsung tiada kena mengena dengan negara kita. Maka bergondol-gondol lah Tentera Zionis ini menyerang page PSY. Mereka juga mewujudkan page FB untuk boikot PSY.
TERBARU, sekarang ni Salih Yaacob (I Follow) dan Nabil (raja lawak) pula bakal menjadi mangsa. Dipercayai Tentera ZIonis ini sudah mula membuat page FB untuk boikot kedua-dua artis ni hanya kerana Salih Yaacob dan Nabil ini tidak sehaluan.
Sekarang semua orang boleh nampak taktik Tentera Zionis ini yang lebih suka mencetuskan politik kebencian, maki hamun, menyerang peribadi, berlaku kejam, dan macam-macam lagi tindakan yang tidak berperikemanusiaan hanya kerana berbeza pandangan politik sahaja.
Sungguh IRONI sekali kerana Tentera Zionis ini juga yang sering laungkan KEADILAN, DEMOKRASI, KEBEBASAN BERSUARA, TOLAK KEZALIMAN dan sebagainya. Tetapi sebaliknya mereka membelakangkan Keadilan, Demokrasi dan berlaku zalim apabila ada orang yang tidak sependapat dengan pandangan politik mereka.
Inilah virus yang amat sukar diubati. Mereka tidak akan puas selagi orang yang tidak sehaluan jatuh menyembah bumi, papa kedana dan melutut kepada mereka.
MANIFESTO BUKAN JANJI Kelakar la weh...manifesto bukan janji.Buat tergesa-gesa konon2nya akan ditiru kerajaan UMNO/BN.Terperangkap@syok sendiri,tarak waras ini pakatan rakyat.Terang-terangan manifesto hamPAS dan orang terlebih cerdik je yang akan percaya manifesto bukan janji.Berduyun-duyun pecacai dan hamPAS jadi tunggangan dapig bersorak.Hakikatnya menang sorak,kampung tergadai. BUKA MINDA DAN CELIK ORANG MUDA.USAH TERPEDAYA. RETORIK SEMATA-MATA. UNDI BN!UNDI BN!UNDI BN!
JANJI DITEPATI!!!!!HIDUP UMNO!!!UNDI BN!!! Pakatan Rakyat semakin goyah dan goyang.Kesian kepada penyokong hampas dan pecacai yang keliru.Mana satu pilihan kalbu hamPAS,Parti Kencing Rakyat atau Dapig.KERAJAAN UMNO/BN BERJAYA DENGAN JANJI DITEPATI.Pakatan Rakyat berbangga dengan janji dicapati.SLOGAN 1MALAYSIA,MERESAP HINGGA KE KALBU DAN JIWA RAKYAT.USAH TERKELIRU WAHAI PENYOKONG Pakatan Rakyat.UNDI BN!!!UNDI BN!!!UNDI BN!!!
Sebuah surau dalam Parlimen Bukit Gantang di Kampung Banggol Rendang,Changkat Jering telah dijadikan pos BN oleh ahli UMNO di sini.Surau in wakaf orang kampung dan bukan terletak di tanah persendirian.Walaupun telah ditegur supaya membuangkan bendera BN itu, Ketua UMNO di sini tidak peduli.Ketua UMNO Bahagian pun tidak ambil pusing ,sejak nama beliau digugurkan daripada senarai calon di Bukit Gantang. Orang UMNO kini semakin derhaka dengan Sultan Perak.
Ayat di atas adalah di salin daripada sebuah laman blog Pas Bukit Gantang. Beliau marah kerana surau tersebut memasang bendera Barisan Nasional, sebuah PANJI PERJUANGAN KOMPONEN 14 PARTI SELURUH NEGARA.
PAS, PKR dan DAP ada PANJI?
Untuk makluman Pas, jangan lah pandai menegur orang, kerana diri Pas sendiri pun tak ikhlas dalam perkara di atas, Pas buat semua boleh bila BN buat semua tak boleh.
Baru-baru ini Pas Bukit Gantang telah membuat laporan polis membantah penggunaan balai raya yang dijadikan bilik gerakan oleh BN.
Masih ingat kah anda pada 8 Mac 2008, sebaik sahaja pembangkang di isytiharkan menang di Perak, Orang Pas telah menyerang dan merampas Dewan Orang Ramai yang menjadi Bilik Gerakan BN, masih ingatlah bagaimana rakusnya Pas Pulau Pangkor menyerang balai raya dan dewan dan mengoyak gambar Dr Zambry dan memijak-mijak gambar dan membakar poster Dr Zambry.
Tindakan Pas Pangkor samalah seperti tindakan rakyat Iraq dari fahaman Syiah yang meruntuhkan statue Sadam Hussin. Tindakan Pas di Pangkor boleh disamakan dengan tindakan Syiah di Iraq.
Di Taiping, Larut dan Bukit Gantang tindakan sama dilakukan oleh Pas, mereka memecahkan kunci dewan dan menguasai dewan pada malam itu juga, Pada Isnin 9 Mac 2008, Pas dengan kejam telah mengunci dewan-dewan orang ramai yang menempatkan kelas tadika Kemas, mulai saat itu banyak tadika kemas ditutup sehingga ke hari ini.
Masalah surau dan masjid.
Di Perak usaha Pas untuk merampas kuasa pentadbiran masjid telah dibuat pada awal tahun 90an. Anak kariah masjid terutama ahli Pas telah mendesak supaya jawatan kuasa masjid di rombak dan pelantikan jawatan kuasa baru dibuat.
Oleh kerana AJK yang ada kurang peka dan faham dengan enakmen pengurusan masjid mereka terpedaya dengan desakan jahat anak kariah dari golongan munafik Pas.
Dengan strategi untuk merampas pengurusan dan pentadbiran masjid, Pas telah membawa banyak penyokong yang bukan anak kariah untuk membantu rampasan tersebut. Maka sejak itu banyaklah masjid-masjid di seluruh Perak dan Malaysia telah ditawan dan dikuasai oleh Pas.
Sejak itu banyak masjid di Perak telah bertukar menjadi Markas dan pusat tarbiah Pas, contoh yang ketara ialah Surau Diri Jumaat Kampung Expo Kamunting dan kini dikenali sebagai Masjid Jamek Kampung Expo, ( Pembinaan Masjid adalah daripada Jabatan Perdana Menteri zaman Pak Lah).
Lebih menyedihkan apabila ahli jawatan kuasa yang lama di herdik, dihalau dan diharamkan memijak masjid tersebut oleh Pas Kampung Expo.
Pada PRK Bukit Gantang 2009, Masjid Kampung Expo telah menjadi hotel atau rumah tumpangan ahli-ahli Pas dari luar, mereka berkhemah dan menjadikan masjid tempat menyediakan makanan untuk jentera Pas di Bukit Gantang. Hampir semua masjid telah dijadikan markas Pas dan menyedihkan apabila orang-orang Umno yang hendak menunaikan solat di masjid telah dihalau oleh unit amal kerana mereka jijik melihat orang yang memakai baju lambang BN.
Jumaat ini 1 Mac Pas Taiping akan sekali lagi akan menggunakan Masjid Kampung Expo untuk majlis Munajat bagi Muslimat Pas, majlis akan bermula pada jam 4.00 petang sehingga lewat tengah malam dan program ini akan dipenuhi dengan tazkirah-tazkirah politik dari awal hingga ke akhir.
Dalam ayat di atas pada baris yang bawah tertulis " Umno kini semakin derhaka dengan Sultan Perak" merupakan satu luahan munafikun oleh Pas kerana ayat tersebut seperti meludah ke langit sahaja.
Sedarlah rakyat Perak bahawa Pas kini sanggup memperdaya kan pemikiran rakyat dengan pembohongan yang memfitnah. Ia juga umpama pepatah melayu ' kuman di seberang lautan nampak, bangkai gajah depan hidung buat-buat tak nampak".
Budak-budak pemantau media HQ PKR hari ini kena kerja lebih masa. Tak pasal-pasal. Satu mesyuarat khas akan dipengerusikan Dr Chua Jui Meng dalam masa terdekat, untuk menidakkan laporan Sin Chew yang Anwar sifatkan sangat 'damaging' dan merosakkan markah politik PKR pada waktu ini. Antara yang dikemukakan oleh Sin Chew – berdasarkan kajian politik yang dilakukan oleh ASLI:- BN akan menang dengan jumlah kerusi 123.
1. DAP akan tampil sebagai parti paling dominan di dalam PR (menang 35-40 kerusi);
2. Melayu luar bandar akan kembali memberikan sokongan kuat kepada UMNO;
3. India akan kembali bersama BN;
4. MCA akan kehilang banyak kerusi (Gelang Patah, Kulai, Tanjong Piai dan Lumut);
5. PKR tidak akan mampu mencapai kejayaan 2008;
6. Peluang Anwar untuk menjadi PM dengan sendirinya kabur;
Laporan khas Sin Chew ini mendapat perhatian luar biasa Anwar. Sudah mula melompat dan mahukan kajian 'damage control' segera dilakukan oleh Merdeka Centre atau Institut Rakyat dalam masa yang terdekat ini. Jika benar situasi ini terjadi, kedudukan PKR di Selangor juga akan banyak bergantung kepada performance DAP. Ini perkara yang paling Anwar cuba elakkan. Dengan kelemahan Khalid Ibrahim, laporan ASLI ini, pada hemat Anwar – mempunyai kredibiliti. 40 Parlimen milik DAP akan dengan sendirinya meletakkan Anwar sebagai 'second-in-command' kepada Pakatan Rakyat. Situasi yang amat mengerikan kepada jentera PKR. Jauh benar beza kerusi DAP dan PKR. PAS – juga jauh ketinggalan. (Sumber AIDC)
Ini bukti jelas bahawa apa yang diberikan oleh Kerajaan melebihi keperluan rakyat sekaligus menafikan tohmahan pembangkang bahawa ia tidak berpatutan dan tidak mencukupi.
Terima kasih atas pujian melambung tinggi oleh blogger otai Kanda Rafi Awang Kechil yang hensem lagi hebat ini. Tidak sangka beberapa blog lain juga telah memuji Panglima sebelum ini sebelum artikel di bawah di siar oleh Kanda Rafi di blog beliau semalam. Tidak ada komen pengesahan atau penafian dari pihak panglima atas tulisan beliau di bawah ini termasuk gambar yang dikata wajah pemilik blog ini. Biar Allah sahaja yang tahu siapa pemilik blog ini yang sebenar.
Bab gambar kena tanya Biro Tatanegara samada benar ini wajah pegawai BTN yang menjadi blogger seperti yang didakwa oleh beliau. Jika ia bukan gambar sebenar panglima maka saya fikir ia akan menyebabkan pemilik wajah tersebut akan tidak selesa kerana dakwaan beliau. Jika saya mengakui itu gambar panglima perang cyber dan ia tidak benar, maka orang tidak layak akan mendapat nama hasil kerja keras panglima di alam maya ini.
Namun Kanda Rafi sudah tentu mahu saya mengaku itulah imej saya walaupun saya tidak mahu mengesah atau menidakkannya. Yang kenal akan tahu siapa sebenar pemilik blog ini. Datuk Raja Arif tentu lebih tahu siapa sebenar Ustaz Zulnun yang didakwa Panglima Perang Cyber seperti ditulis oleh beliau.
Sebagai penghargaan kepada usaha keras Kanda Rafi yang turut menghantar sms kepada saya link blog beliau jam 2 pagi, maka saya siarkan artikel beliau buat pertama kalinya di bawah ini.
Artikel asal : http://sanggahtokjanggut.blogspot.com/2013/02/muhasabah-dirilah-ustazjangan-jadi.html
Blogger Hensem seperti Hero Hindustan Kanda Rafi Awang Kechik
Tanpa mengurangi sedikitpun apa yang ditulis oleh beliua maka saya siarkan kembali tulisan tersebut di bawah ini :
Bila Ustaz jadi langau!
BINGIT telinga mendengar suara-suara lalat dan langau yang menghurung najis-najis demi mempertahankan seseorang yang pernah meludah UMNO dan Barisan Nasional semasa zaman Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri.
Walaupun sekian lama dibekukan dan akhirnya diberi peluang untuk menerajui sebuah agensi strategik yang cukup penting pada kerajaan namun seperti sifat seekor anjing yang selalu disebut oleh orang-orang tua,kalau tidak makan najis pun,dia tetap akan menghidunya.
Asalnya tidak berniat mahu berhujah atau berpolemik dengan cicak mengkarung atau lalat dan langau seperti ini tapi nampaknya semakin dibiarkan lalat dan langau ini semakin membingit ditelinga dan lalat dan langau ini ada pula yang jenis berstatus Ustaz yang mengambil upah menghidu longgokan najis-najis dan bangkai.
Kita mengharapkan Ketua Pengarah sendiri menjawab segala isu yang ditimbulkan dalam media maya tetapi malangnya dihantarnya langau yang sesen pun tidak berguna di BTN dan langau ini mula menyerang peribadi dan saya tidak ada pilihan daripada terus membiarkan langau ini membingit di telinga maka saya perlu bertanya tentang kedudukan beliau sendiri.
Siapa Panglima Perang Cyber yang selepas ini dipanggil sebagai Panglima Penjilat Raja Arif yang tiba-tiba menjadi langau ini, bersungguh mempertahankan Raja Arif,beliau adalah Zulnun a.k.a. Ustaz Songkok Terbalik,Pegawai BTN gred 41 dan diterima masuk ke BTN atas ihsan kawan-kawan dan bukannya terlatih sebagaimana pegawai-pegawai lain.
Sebelum itu langau ini mengajar sambilan di satu rumah kedai di Desa Pinggiran Putra, mengajar kanak-kanak Iqra,berasal dari Tumpat, Kelantan. Di Tumpat Ustaz Langau ini adalah penyokong kuat PAS tetapi bila berada di Kuala Lumpur kononnya penyokong BN dan kalau tidak percaya suruh Ustaz Langau ini balik ke Kelantan dan berceramah atas pentas BN, berani atau tidak?
Yang kedua,Ustaz Langau ini juga adalah penyalur maklumat berkaitan perkara-perkara negatif tentang Ketua Pengarah BTN,Raja Arif, apabila berjumpa dengan Shagul Hamid bekas Ketua Pengarah BTN dan yang pasti beliau akan mengutuk dan memperkecilkan Raja Arif,bagi beliau semua keputusan dan tindakan Raja Arif tidak betul dan sebab itulah hubungan antara Shagul dan Raja Arif dilihat begitu lemah ekoran sikap adu domba Ustaz Zulnun@langau dan beberapa orang lagi pegawai-pegawai di sekeliling Raja Arif.Zulnun ini ibarat seekor sesumpah yang mampu berubah warna mengikut persekitaran.
Bersungguh langau ini menyerang tulisan saya dan memperkecilkan saya tapi malangnya serangannya bukan jawapan kepada persoalan yang ditimbulkan tetapi lebih kepada mempertahankan batang tubuh Raja Arif sebagai Ketua Pengarah BTN. Tulisan sebelum ini juga perlu dijelaskan bahawa kita bukan menyerang institusi tetapi kita mempertikaikan ketelusan Ketua Pengarah yang dilihat menggunakan institusi untuk kepentingan-kepentingan tertentu.
Malangnya Langau ini mengambil pendekatan lain dengan menjadi macai serta kaldai untuk ditunggang dan hasil daripada menjilat dan mengampu Ketua Pengarahnya,beliau mendapt upah yang cukup lumayan bila dilantik mengetuai Unit Media Baru BTN yang sebelum ini dijawat oleh Yamani kerana Yamani dilihat gagal mempertahankan batang tubuh Raja Arif dari kritikan beterusan kalangan bloger tempatan.Sayang orang yang beragama seperti Zulnun ini sanggup menjadi alat untuk memuaskan nafsu orang lain.
Apakah serangan dan tulisannya sedemikian jika beliau yang terbabit dalam pertukaran seperti pegawai=pegawai lain ? Apakah blog Panglima Perang Cyber akan menyokong semua tulisan dari blog ini, papagomo.com.jawaber6.blogspot.com,afiqkltown.com, penadaritanahmelayu,geweklate,Anotherbrick the wal dan beberapa blog lain jika beliau yang ditamatkan perkhidmatan di BTN atau dizalimi seperti orang lain? Atau masih lagi mahu menulis bahawa Ketua Pengarah BTN lebih benar sebagaimana tulisannya sekarang?
Kenapa di satu masa pernah mahu berhenti dari BTN dan mengutuk Raja Arif semahunya ? Berani langau ini bersumpah bahawa beliau tidak melakukan seperti apa yang didakwa ini? Soal mahu jilat kerana mahu cari makan,jilat lah setiap hari,tidak ada masalah tapi soal kebenaran jangan ditolak ke tepi sampai mahu bersumpah dan berani kah bersumpah beliau tidak perna mengutuk serta mencerca Raja Arif sewaktu bersama birasnya yang bernama Azahari Sidek itu?
Dulu berkopiah sekarang bersongkok..
Bukan main beliau menyebut tentang sumpah,beranikah bersumpah bahawa selain daripada menerima gaji daripada BTN,beliau juga menerima upah daripada MKN dan juga UMB?Beranikah bersumpah bahawa beliau tidak pernah menipu Shagul,bekas KP BTN?
Beranikah bersumpah tentang sokongan politik kepartian antara UMNO dan PAS sewaktu beliau berada di kampung halamannya? Beranikah bersumpah tidak akan kutuk Raja Arif jika terlibat dengan pertukaran sehingga menyusahkan keluarga?
Kepada Ustaz Zulnun@Langau,jika niat tulisan-tulisan sebelum ini ingin menghancurkan PM Najib dan kerajaan,bukan begini gaya tulisan dan kaedah yang digunakan kerana lebih banyak lagi kaedah-kaedah lain yang boleh dilakukan.
Sebelum ini,semua pembangkang mengkritik dan membalun BTN sehingga dibahas berhari-hari di Parlimen kerana bimbang gerakkerja BTN sehinggakan ada desakan supaya BTN ditutup tapi kini pembangkang sudah tidak pandang pun BTN sebab BTN bukan lagi ancaman pada mereka bahkan untuk makluman lalat dan langau ini,ada pembangkang yang merasakan BTN sebahagian dari mereka kerana ada pegawai-pegawai BTN sekarang hanya tahu kerja macam Zulnun saja..jilat, ampu, jilat dan ampu.
Sebagai budak hingusan yang tiba-tiba dilantik Pegawai atas ehsan (itu pun asalnya untuk baca doa di majlis tertentu saja) Zulnun barangkali tidak pernah tahu apa kekuatan BTN yang telah hilang, yang hilang adalah maruah institusi yang diasaskan oleh Tun Razak selepas 13 Mei demi menjaga kepentingan Melayu dan Islam. Kehilangan ini semua kerana pentadbiran baru BTN dan kumpulannya menjadikan BTN sebagai tempat usrah ABIM dan rangkaiannya yang terlalu Asobiyyah dan tempat BTN membantu kroni dalam mengurus kursus Dale Carnagie.
Yang hilang lagi adalah semangat persaudaraan dan ukhwah, semangat orang Melayu yang tolong menolong telah bertukar menjadi tempat hasad dengki dan jilat menjilat,yang hilang adalah akal budi bertukar menjadi tempat adu domba.
Asas dilantik sebagai Pegawai BTN ini bukannya kerana pandai mejilat Ketua Pengarah tetapi memahami dengan jelas senario politik,latihan kemanusiaan(ustaz faham ke erti `training',mahir membentuk manusia) kerana yang saya tahu ustaz ini hanya tahu jilat,dulu jilat Shagul dengan imej jubah dan Al-hafiz, sekarang jilat Raja Arif dengan title Panglima Perang Cyber.
Dan tidak pelik andainya selepas ini Anwar pun Zulnun ini jilat.Hingga akhirnya demi untuk jaga bosnya Ustaz ini akan sanggup buat apa sahaja hatta terpaksa jadi Saiful Bukhari dalam kes liwat Anwar vs Saiful
Kita pun ingin tahu,apa kreteria sehingga langau ini diangkat sebagai YDP Blogger Pembela Negara? Tidakkah rakan blogger lain termasuk rakan-rakan yang telah tiada dan masih ada dalam BTN yang mengangkat dia? Jika hendak di nilai dari sudut penulisan, blognya hanya copy and paste artikel dari blog orang lain
Semuga ustaz akan sentiasa disanjung oleh KP BTN dan bloger-bloger lain kerana sebagai Presiden Bolger Pembela Negara, Ustaz memang hebat copy dan paste hasil kerja orang lain untuk diletakkan dalam blognya dan itu sememangnya kemahiran sejak dulu lagi dan diamalkan sampai sekarang dan sejak diputuskan Ustaz akan dilantik sebagi Presiden,cuba ingat bila dan bagaimana sejarahnya?Siapa yang mengusung dan mengangkat ustaz dulu dlm dunia blog ini dan memperkenalkan ustaz kepad MKN,JASA dan juga kepada pembesar-pembesar Negara?
Membaca artikelnya bertajuk blogger kepala lutut dalam blog Presiden Blogger Pembela Negara yang disiarkan sebelum ini pastinya akan menerbitkan rasa insaf dan rasa amat kagum dengan kehebatan penulisnya,memang tepatlah beliau diangkat sebagai Presiden dan blog beliau mendapat pengiktirafan yang tinggi oleh Alexa dari segi rangkingnya.(rangking alexa boleh dibeli)
Sememangnya saiz audien juga besar malah ada penyokong pembangkang yang telah menangis penuh keinsafan dan telah menyokong kerajaan hasil kerja blognya namu bila membaca hingga ke akhirnya, tulisan itu bukan saje menyerlahkan kehebatan penulis,tetapi turut membuka sifat munafiq penulis ini yg menggelarkan dirinya sebagai Panglima Perang Cyber kerana kehebatan yang terserlah hanyalah kehebatannya sebagi penjilat tegar dan kemunafikan yg terbuka adalah pada keseluruhan tulisannya berkaitan dengan apa yang ditulis kononnya sebagai satu kebenaran.
Walaupun menggunakan namanya sebagai panglima,beliau sebenarnya tidak pernah memimpin tentera utk berperang atau pun terbabit dalam mana-mana peperangan dan mungkin beliau satu-satunya panglima yang berstatus demikian.
Lantaran itu elok benarlah bila kini beliau telah mula belajar untuk berperang cuma malanglah kerana seorang Jeneral yang hebat kononnya hanya melepaskan seorang Panglima untuk masuk ke medan perang bagi berhadapan dengan hanya seorang soldadu berpangkat prebet seperti saya ini.
MANA WAKIL INDIA : TIADA WAKIL INDIA, ANWAR TIDAK PERLUKAN UNDI INDIA
In an email to the editor,P.M. Sivalingamwrote:
"They say a picture is worth a thousand words.
Yes, this picture speaks for itself. In fact, it speaks volumes about the lack of adequate political representation in Pakatan Rakyat. Not only is this picture worth a thousand words, it is also worth thousands of votes. Thousands and thousands of votes, but not for Pakatan.
The votes will go to BN. Why? These will be the protest votes by groups which have been marginalised by Pakatan.
For starters, the Indian community will not give Pakatan its vote. Why? Look at the picture again. How many Indians do you see? This photo was taken during the recent Pakatan Rakyat Convention in Shah Alam.
Also, where are the natives of Sabah and Sarawak? Pakatan comprises three political parties while in the Barisan there are 13, representing all nationalities in the peninsular, Sabah and Sarawak.
But the most glaring of all is the absence of Indians, despite Pakatan's claim to look after the interests of the Indian community.
Surely Indians will teach Pakatan a lesson they will never forget, come GE-13. Having ridden on their backs to clinch crucial electoral gains in GE-12, Pakatan has effectively ditched Indians, as dramatically seen during the Kampung Buah Pala episode in 2009.
Indians used as the broom to clean up Malaysia
Said an observer at the Pakatan convention: "Pakatan's slogan was Bersihkan Malaysia, and they are using the Indians as the broom. This is the ultimate insult".
CAMPURTANGAN SAIFUDIN NASUTION MEROSAKKAN PELUANG KITA MENANG DI TERENGGANU
(Gaya Samseng : PKR Terengganu Kecewa Saifudin Hantar Samseng)
Kami Kecewa Saifudin Nasution Sabotaj PKR Terengganu
PERPADUAN PKR di Terengganu semakin terancam, semuanya gara-gara Saifudin Nasution, S/U Agung PKR! Pergaduhan sesama sendiri Saifudin Nasution dengan Ketua PKR Dungun, Abd. Rahman Yusuf di Terengganu semakin parah.
Semuanya gara-gara campurtangan Saifudin menyokong tindakan Ibrahim Abdullah(Ahli PAS yang menyertai PKR) menghalang Ceramah Dr. Badrul Amin di Felda Jerangau minggu lalu mengakibatkan suasana ugut-mengugut antara Abd. Rahman Yusuf dengan Ibrahim Abdullah yang disokong Saifudin Nasution untuk berebut kawasan Parlimen Dungun.
Saifudin Nasution cuba mengembangkan pengaruhnya dalam pemilihan calon bertanding dalam PRU13 di Terengganu. Saifudin telah menaja Ibrahim Abdullah(Ketua Ranting PKR Felda Jerangau) menjadi Calon di DUN Bukit Besi Dungun, walaupun Ibrahim Abdullah adalah ahli PAS yang baru sahaja menyertai PKR. Ahli-ahli PKR di Felda Jerangau tidak boleh menerima Ibrahim Abdullah sebagai calon kerana Ibrahim Abdullah diangap spy PAS dalam PKR!
Abd. Rahman Yusof menuduh Saifudin Nasution dan Ibrahim Abdullah mensabotaj Ceramah Dr. Badrul Amin di Felda Jerangau pada 22/01/2013 dengan menghantar samseng untuk menyerang dan mengugut ahli-ahli PAS dan PKR Ranting Felda Jerangau supaya membatalkan ceramah Dr. Badrul Amin.
PKR Ranting Felda Jerangau dirasmikan oleh YDP PAS Kawasan Dungun tanpa dimaklumkan kepada PKR Cabang Dungun. Ibrahim Abdullah, Ketua Ranting PKR di Felda Jerangau mengatakan semua rumah PAS dan PKR tidak boleh menjemput Dr. Badrulamin mengadakan ceramah di rumah-rumah mereka, katanya Arahan itu disokong oleh Saifudin Nasution!
Saifudin Bodoh Hantar Samseng ke Majlis PKR Terengganu
Ibrahim Abdullah yang ditaja Saifudin Nasution menyertai PKR dari PAS kononnya bakal Calon PKR di DUN Sg. Besi, Dungun, dan kononnya perkara ini sudah direstui Setiausaha Agung PAS (Mustapha Ali) dan Setiausaha Agung PKR (Saifudin Nasution).
Dalam hal ini, PKR Cabang Dungun dan MPN tidak dimaklumkan langsung hal ini. Perkara ini telah menyinggung Abd. Rahman Yusuf kerana mencemarkan namanya sebagai Ketua PKR Dungun. Tindakan menghalang ceramah Dr. Badrul Amin yang merupakan program pusat boleh dianggap sebagai membelakangkan kuasa pusat.
Malangnya, Ibrahim Abdullah yang menghalang program tersebut mengingkari Abd. Rahman Yusof kerana mendapat sokongan Setiausaha Agung PKR, Saifudin Nasution dan Rafizi Ramli yang menyokong supaya program tersebut dibatalkan.
Kami ahli PKR sangat kecewa dan pening dengan hal ini.
PKR TERENGGANU KESAL SAIFUDIN HANTAR SAMSENG
Pergaduhan antara Saifudin Nasution dengan Abd. Rahman Yusuf semakin parah. PKR pusat dan PKR Negeri Terengganu tidak sehaluan boleh menyebabkan peluang kita menang PRU13 terbantut.
Rafizi Ramli pula mempertahankan tindakan Ibrahim Abdullah di Dungun telah menghantar sms kepada Nik Man (mantan Ketua Penaja PKR Dungun), kata Rafizi dalam sms itu, "…jangan Bimbang Tindakan Yang Akan Diambil Oleh Man Botak. Dia Tidak Ada Apa-APa Power Dan Tidak Dapat Buat Apa-Apa. Teruskan Kerja Sdr…".
Pergaduhan antara Saifudin Nasution dengan Abd. Rahman Yusuf semakin bertambah parah apabila samseng yang dihantar Saifudin Nasution telah memutuskan Elektrik di Felda Jerangau dan kami terpaksa menggunakan Generator. Bayangkan teroknya Saifudin Nasution!
Samseng-samseng Saifudin Nasution telah mengugut Abd. Rahman Yusuf supaya membatalkan ceramah Dr. Badrul Amin. Malah, sound sistem yang sepatutnya disediakan oleh PAS DUN Bukit Besi tidak dibenarkan. Bukan itu sahaja, di surau-surau, masjid dan kedai-kedia kopi dihebahkan ceramah Dr. Badrul Amin pada 22/1/2013 dibatalkan.
Walaupun Abd. Rahman Yusuf berjaya juga mengadakan Ceramah Dr. Badrul Amin, tetapi kehadiran hanya 200 orang sangat-sangat mengecewakan kita. Semua ini gara-gara sabotaj Saifudin Nasution dan Rafizi! Macam mana kita nak menang!
Sepatutnya Dr. Badrul Amin mengadakan satu lagi ceramah di Dungun pada 30/1/2013 tetapi terpaksa dibatalkan kerana Saifudin Nasution telah menghantar samseng-samseng mengugut dan menghalang ceramah tersebut. Kami terpaksa membatalkan program tersebut.
Malah, Ibrahim Abdullah yang disokong Saifudin Nasution dan Rafizi Ramli telah mengugut Abd. Rahman Yusuf, katanya beliau sanggup mengeluarkan wang RM300 ribu untuk "mampuskan" Abd. Rahman Yusuf jika dicalonkan di Dungun. Bagaimana kita nak menang jika Saifudin sendiri mensabotaj kita! Dari mana dia dapat duit sebanyak RM300 ribu itu? Sudah tentu dengan bantuan Saifudin Nasution?
Kita di Terengganu sangat kecewa kerana PKR sesama PKR bergaduh berebut calon, kita sesama PKR sabotaj-mensabotaj. Malah PKR dan PAS turut berbusuk-busuk hati, menghantar spy sesama kita kerana saling mencurigai, malah Rafizi sendiri memanggil Abd. Rahman Yusuf sebagai "Man Botak" dan "tidak ada power". Kami PKR Terengganu sangat kecewa dan lemah semangat!
***ARTIKEL DI ATAS ADALAH KIRIMAN DARI PENAMA AHLI PKR YANG KECEWA, GANU KITE.
Peminat politik tanah air pasti pernah dengar mengenai BAIAH CALON PILIHAN RAYA.
Untuk sesiapa yang mahu menjadi calon mewakili PAS, mereka perlu berbaiah atau bersumpah supaya tidak melompat parti. Sekiranya mereka melanggar baiah tersebut, akan tertalak isteri/suami mereka.
Ianya bukannya satu rekaan atau ciptaan tetapi benar-benar berlaku kerana diakui sendiri oleh wakil rakyat PAS dalam video di bawah.
Lihatlah betapa murahnya ikatan perkahwinan dalam PAS kerana ianya boleh digadai untuk bertanding dalam pilihan raya. Adakah zaman Rasulullah S.A.W ada baiah sebegini untuk merebut jawatan?
UMNO
Jika PAS dengan BAIAH calon pilihan raya, UMNO kali ini juga ada buat perkara yang lebih kurang sama. Yang lebih mantap, baiah atau sumpah ini dibuat bersama-sama parti komponen yang lain dalam Barisan Nasional (UMNO).
Sumpah yang MyMassa maksudkan adalah Ikrar Integriti Pilihan Raya yang diperkenalkan oleh Transparency International Malaysia (TI-M).
PM tandatangani ikrar Integriti Pilihan Raya Transparency International
20 Februari 2013
Surar ikrar yang ditandatangani oleh Najib hari ini.
Datuk Seri Najib Tun Razak tandatangani Ikrar Intergriti Pilihan Raya Transparency International di Bangunan Perdana Putra Putrajaya, hari ini. - Foto Bernama
PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menandatangani Ikrar Integriti Pilihan Raya Transparency International, membuat perisytiharan terbuka untuk mendukung integriti dan memperteguh komitmen beliau terhadap agenda negara dalam memerangi rasuah terutamanya dalam pilihan raya umum ke-13. Ikrar Integriti Pilihan Raya Transparency International merupakan kontrak sosial secara sukarela, dengan calon yang akan bertanding pada pilihan raya umum, berikrar untuk menggalakkan integriti, tadbir urus baik, ketelusan dan akauntabiliti dalam kerajaan dan mendukung kedaulatan undang-undang. Calon yang menandatangani ikrar itu bersetuju mematuhi Akta Kesalahan-kesalahan Pilihan Raya 1954 dan peraturannya; dan memastikan tindakan mereka adalah untuk faedah orang ramai dan bukan untuk kepentingan sendiri. Di bawah seksyen 'Maklumat Lanjut', selepas ayat - 'Saya menandatangani Ikrar Integriti Pilihan Raya ini kerana:' Najib menulis "Saya percaya sebagai pemimpin BN saya perlu memberikan teladan yang baik. Hanya calon yang dianggap telah memperjuangkan pilihan raya yang bersih dan adil akan membawa kepada sebuah kerajaan yang amanah, dihormati oleh rakyat". Presiden TI-Malaysia Datuk Paul Low Seng Kuan menandatangani dokumen itu sebagai saksi. Turut hadir pada majlis itu yang berlangsung di bangunan Perdana Putra ialah Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan pemimpin-pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN). Ikrar itu menetapkan calon perlu mematuhi prinsip benar, integriti, tatalaku beretika dan akauntabiliti, termasuk tidak menerima atau memberi rasuah, atau terlibat dalam mana-mana amalan rasuah. Calon juga perlu mendukung dan mengutamakan kepentingan rakyat secara menyeluruh, mengamalkan tadbir urus baik dan ketelusan; dan mematuhi undang-undang dan peraturan Malaysia. Menurut kenyataan dari Pejabat Perdana Menteri, Perdana Menteri berkata sebaik sahaja nama calon-calon Barisan Nasional bagi pilihan raya umum diumumkan, beliau akan memastikan semua calon akan menandatangani ikrar itu. "Calon-calon Barisan Nasional dan parti komponennya telah melalui proses semakan dengan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia), kini sewajarnya mereka menunjukkan komitmen mereka bagi pilihan raya yang bersih dan adil dengan menandatangani Ikrar Integriti Pilihan Raya. "Tanggungjawab memenuhi ketetapan ikrar ini terletak dengan langkah menandatangani ikrar ini dan adalah merupakan hak mutlak semua rakyat Malaysia untuk memastikan mereka berpegang kepada ikrar ini. Mari kita berusaha bersama-sama ke arah menambahbaik proses pilihan raya," katanya. Beliau berkata butiran mereka yang telah menandatangani ikrar itu akan dimuatkan dalam laman web Transparency International, dan tanggungjawab orang ramai ialah menjadi 'mata dan telinga untuk memantau pematuhan wakil rakyat mereka terhadap standard berkenaan. Sementara itu ketika ditemui selepas majlis itu, Paul Low berkata orang ramai boleh berkomunikasi dengan calon menerusi maklumat diberikan mereka dalam laman web TI di http://timalaysia-electionpledge.org.my. Beliau berkata ikrar itu bukan mengenai parti tetapi individu; beliau menjangkakan semua calon dan pemimpin parti, daripada parti kerajaan, pembangkang dan mana-mana calon Bebas yang bertanding pada pilihan raya umum akan datang, akan tampil dan menandatangani ikrar itu. "Kerana saya percaya demi Malaysia, kita perlu mengubah budaya politik ini, untuk memastikan integriti dan memerangi rasuah menjadi keutamaan setiap pengubal undang-undang," katanya. - Bernama
MyMassa amat pelik bila UMNO dan BN yang seringkali dituduh sebagai rasuah dan salah guna kuasa oleh pembangkang sanggup menandatangani Ikrar Integriti sedangkan PAS hanya sanggup BERBAIAH dengan mempertaruhkan ikatan perkahwinan masing-masing. Kenapa berani berbaiah tetapi takut untuk berikrar untuk integriti pilihan raya?
Jika ikrar ini dibuat oleh SPRM, mungkin pembangkang boleh panjangkan tuduhan mereka bahawa BN mengawal suruhanjaya tersebut. Malangnya, ikrar ini dianjurkan oleh TI-M sebuah badan yang sering pembangkang gunakan kajian mereka untuk mengaitkan Kerajaan dengan rasuah.
Berkemungkinan besar PAS tidak berani nak ikrar @ sumpah integriti ini kerana Ketua Pembangkang sendiri takut bersumpah. Kalau PAS sahaja yang tanda tangan, nanti apa kata DAP dan PKR.
*#POLITIK SUMPAH.....perkara yang paling ditakuti oleh sesumpah politik.
Kepulangan PI Bala disambut bagai sambutan wira oleh penyokong pembangkang.
Bagi pembangkang, PI Bala adalah kayu api terakhir (selepas Deepak) untuk menghidupkan kembali api fitnah mengenai pembunuhan Altantuya dan hubungkaitnya dengan pembelian kapal selam.
Biar MyMassa imbas kembali. Kes pembunuhan Altantuya dan skandal Kapal Selam merupakan cerita penglipur lara politik yang terkenal iaitu Raja Petra. Raja Petra berjaya mengarang beberapa siri cerita untuk mengaitkan pemimpin Kerajaan dengan kedua-dua perkara tersebut. Dan PI Bala hanyalah salah satu watak dalam cerita ciptaan Raja Petra (RPK).
Bila pembunuhan Altantuya menjadi kes mahkamah, watak tersebut menjadi saksi perbicaraan. Berbeza dengan fiksyen ciptaan RPK, kes ini perlu berfakta dan berdasarkan kejadian sebenar. Dengan takdir Allah SWT, PI Bala yang merupakan salah seorang saksi telah membuat akuan bersumpah sebanyak dua kali. Adakah orang yang bertukar-tukar akuan bersumpah seperti PI Bala perlu kita percayai?
Berbalik kepada perbicaraan kes Altantuya, hakim telah buat keputusan. Orang yang membunuh Altantuya juga telah dihukum. Lebih menarik lagi, penulis hikayat cerita dongeng Altantuya juga telah buat pengakuan!
Jadi adakah kita perlu terus layan hikayat demi hikayat ini yang sememangnya bertujuan untuk bunuh karier politik YAB Perdana Menteri sebagaimana yang diakui oleh pemula dan pengarang cerita ini sendiri?
Jika PI Bala masih mahu meneruskan cerita bohongnya, kita perlu tanya dapatkah dia menjelaskan gambar super impose ini? Benarkah Altantuya pernah memasuki Paris atau ianya hanya satu cerita rekaan berdasarkan bukti forensik fotografi ini dan penafian polis Perancis bahawa mendiang tidak pernah memasuki negara tersebut.
Posted by Melayu Atas Pagar | Thursday, June 28, 2012
Jika anda layari laman web Asia Sentinal, anda boleh saksikan dengan mata kepala anda sendiri bahawa dia (Altantuya) berdiri di hadapan kedai Louis Vutton, Buddha Bar, Notre Dame Cathedral, Berthelsen memberitahu Malaysiakini.
"If you go to the Asia Sentinel site, you will see pictures of her standing in front of a Louis Vuitton store, the Buddha Bar, Notre Dame Cathedral and a whole flock of other locations in Paris," Berthelsen told Malaysiakini.
Semalam adalah siri pertama pendedahan fitnah gambar-gambar Altantuya yang digunakan pembangkang dan SUARAM, yang semakin gusar tidak mampu mengaitkan DS Najib dengan isu pembelian dua kapal selam Scorpene.
Gambar yang di dakwa laman web Asia Sentinel sebagai bukti bahawa Altantuya berada di hadapan bangunan Notre Dame Cathedral, Paris sebenarnya adalah suatu pembohongan besar.
Altantuya sebenarnya tidak berada di Paris, malah mendiang Mongolia ini sebenarnya bergambar dihadapan sebuah bangunan dinamakan Gothic Cathedral Duomo, di Milan, Itali.
Gothic Cathedral Duomo – The Pride of Milan (East side of the Duomo with choir windows)
Cukup nyata Anwar Ibrahim melalui Tian Chua yang bermati-matian mengatakan gambar Altantuya di atas adalah bukti bahawa mendiang pernah berada di Paris suatu fitnah yang menjijikkan dari seorang yang bertaraf ahli Parlimen (gigit polis).
Cukup berbeza struktur dan ikon bangunan sebenar Notre Dame Cathedral dari apa yang didakwa oleh laman web Asia Sentinel dan Tian Chua di Parlimen, semalam.
Bagaimana pula dengan gambar dibawah ini ...
FITNAH KEDUA - Eiffel Tower, Paris
Begitu juga dengan gambar di atas ini ... sebagaimana yang didakwa laman web Asia Sentinel sebagai bukti bahawa Altantuya berada di hadapan Menara Eiffel Tower, Paris.
Benar ... memang benar. GWM tidak menafikan memang Altantuya sedang bergambar di hadapan Menara Eiffel (Eiffel Tower).
Namun ... Eiffel Tower di negara mana? Benarkah gambar ini diambil dihadapan Eiffel Tower di Paris? Jawapannya ... Tidak.
Apakah benar hanya ada satu Eiffel Tower di Paris? Bagaimana pula dengan gambar-gambar di bawah ini ...
Eiffel Tower di Las Vegas, Amerika Syarikat
Eiffel Tower di Beijing, China.
Eiffel Tower di Brisbane, Australia.
Justeru, bagaimana pula dengan Eiffel Tower boleh berada di Filipina?
Berbalik kepada persoalan utama, benarkah mendiang Altantuya bergambar di hadapan Eiffel Tower di Paris?
Perhatikan kepada tanda-tanda kuning sebagai rujukan, kononnya Altantuya berada di hadapan Eiffel Tower, di Paris, Perancis.
Tanda-tanda, sama ada dibulatkan atau dalam bentuk petak, mahupun dalam bentuk garisan terputus menunjukkan gambar ini telah diubahsuai (modified / tampered).
Lihat dengan teliti dibawah gambar sebenar Eiffel Tower di Paris, Perancis ...
1) Mengapa terlalu gelap gambar Altantuya di hadapan Eiffel Tower di Paris.
2) Dari kedudukan manakah Altantuya bergambar sehingga menampakkan bayang-bayang X (tanda kuning) di belakang Eiffel Tower.
3) Mengapa ada struktur bangunan di sebelah kiri Eiffel Tower (petak tiga segi berwarna kuning) dalam gambar mendiang Altantuya sedangkan gambar sebenar menunjukkan tiada struktur bangunan dari mana-mana bahagian Eiffel Tower di Paris.
4) Bagaimana pula dengan dua lampu bulat yang dikuningkan dalam gambar Altantuya nyata malap.
5) Di bahagian garisan terputus, mengapa ada dua bahagian bayangan cahaya gelap dan kurang gelap.
Persoalan ... Altantuya berdiri dihadapan Eiffel Tower mana sebenarnya? ... Las Vegas, Beijing, Brisbane atau di Filipina?
Mungkin masih ada persoalan yang timbul ... mustahil gambar Altantuya yang disiarkan di laman web Asia Sentinel ini palsu.
Bagaimana pula jika dilakukan dilakukan pengesahan melalui perisian istimewa (software), seperti dibawah ini ...
Perisian ini mampu memberikan jawapan jika sekiranya sesuatu gambar yang diambil telah diubahsuai (modified, edited or tampered).
Keputusan analisis gambar di atas menunjukkan ianya mempunyai kebarangkalian asli dan tidak diubahsuai, melalui perisian ini.
GWM melakukan analisis terhadap gambar yang diambil bulat-bulat dari laman web Asia Sentinel, yang didakwa sebagai gambar Altantuya berada di hadapan Eiffel Tower di Paris.
Berikut adalah keputusan ujian ...
Analisis menunjukkan gambar Altantuya ini telah mengalami proses edit (modified, edited or tampered).
Seharusnya jika sesuatu gambar itu asli, maka perisian ini akan menunjukkan analisis Class 3 ... dan bukannnya Class 1.
Class 1 bermaksud gambar ini telah mengalami proses suntingan ... (modified, edited or tampered).
Manakala penyiasatan polis Perancis menunjukkan Altantuya Shaariibuu tidak pernah memasuki Perancis dari tahun 1999 hingga 2006, terdapat gambar-gambarnya yang diambil di Paris yang disiarkan beberapa tahun lepas, yang menunjukkan sebaliknya.
Laporan mengenai siasatan polis Perancis telah disiarkan oleh portal berita Free Malaysia Today (FMT) dalam artikel bertajuk 'French probe: Altantuya never entered France' (Siasatan Perancis: Altantuya tidak pernah masuk Perancis').
Sebagai rakyat yang bijak dan bertanggungjawab, MyMassa harap agar pembaca kaji semua fakta dari semua sumber dan bukannya bergantung kepada satu pihak sahaja.
Jangan menjadi mangsa penipuan kepada pihak yang mempunyai motif yang jelas untuk menjatuhkan musuh politiknya. *Sebar-sebarkan maklumat ini untuk menjawab fitnah PI Bala mengenai pembunuhan Altantuya.
MyMassa rasa ramai rakyat negara ini yang tidak mengetahui beberapa penambah baikkan yang telah dilakukan oleh SPR untuk PRU ke-13 ini.
Oleh kerana kekurangan maklumat, maka ada di antara rakyat Malaysia yang mudah terpengaruh dengan dakyah pembangkang sama ada di kedai kopi, pejabat, surau atau di media siber. MyMassa harap pembaca boleh tengok video yang telah disediakan oleh SPR untuk mendapat maklumat mengenai penambah baikkan yang telah Kerajaan buat.
Bila kita tahu sesuatu perkara, maka kita dapat bezakan mana fakta dan mana auta.
ADAKAH wajar penerima bantuan kewangan dari Kerajaan Pusat yang diterajui Barisan Nasional (BN) dianggap sebagai haiwan yang memakan hampas. Sepatutnya isu ini tidak timbul jika kita sebagai umat Islam memahami konsep bersyukur terhadap rezeki yang diberikan oleh Allah SWT.
Jika kita hidup susah tetapi hendak mengharapkan kerajaan yang papa kedana pun tidak ada gunanya juga. Soalnya Kerajaan Pusat mampu memberi dan kita tidak kufur nikmat sanggup menerima maka mengapa dipersoalkan sama ada memberi duit sebagai memberi ikan dan bukan memberi pendidikan.
Bercakap soal memberi ikan dan bukan belajar cara menangkap ikan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, cuba lihat apa yang dilakukan oleh kerajaan Terengganu di bawah Menteri Besarnya, Datuk Seri Ahmad Said berbanding apa yang telah dilakukan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak dengan pendidikan anak-anak negeri masing-masing.
Sehingga kini di Kedah krisis dalaman Kolej Universiti Insaniah (Kuin) masih belum selesai. Pihak Menteri Besar sanggup pula mengatakan kemelut yang berlaku dalam kolej tersebut direncanakan oleh pihak UMNO sedangkan institusi tersebut dalam genggamannya. Jika masalah balak di Tasik Pedu dan bukit ditarah untuk ditanam buah boleh diuruskan, mengapa KUIN dianaktirikan hingga pihak lain dibabit sama.
Sepatutnya kerajaan Kedah mencontohi Kerajaan Terengganu yang menggunakan peruntukan dana Kerajaan Pusat dengan bijak hingga negeri tersebut menjadi negeri yang terbaik aspek pendidikan sekolah dan universitinya. Dahulu Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) di Gong Badak, hanyalah kolej kini sudah meningkat dan menjadi gedung ilmu yang cukup gah kerana menghasilkan graduan Islam yang berkualiti.
Di Selangor sendiri kemelut dalam Kolej Universiti Islam Selangor (Kuis) dan Universiti Industri Selangor (Unisel) ibarat retak menanti belah akibat masalah pengurusan dan kewangan yang memerlukan perhatian yang khusus oleh Menteri Besar dan exconya. Namun negeri terkaya di Malaysia masih mengambil sikap mengutamakan perkara lain berbanding aspek mengajar orang menangkap ikan yang dinyatakan oleh Presiden Pas.
Rakyat Malaysia berasa amat terguris dan menderita minda dengan pandangan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menganggap mereka seperti haiwan memakan hampas. Jika begitu ada baiknya Tok Guru melupakan niat meminta royalti minyak daripada Kerajaan Pusat. Takut nanti dicop meminta hampas pula. Mungkin beliau akan berkata, kalau minta banyak tak mengapa kerana boleh beli banyak isi. Namun apa beza duit sedikit dengan duit yang banyak jika ia diberi terus oleh Kerajaan Pusat.
Sebaik-baiknya royalti minyak diberi terus oleh Kerajaan Pusat kepada rakyat Kelantan tanpa melalui kerajaan negeri yang tidak pernah tahu bersyukur dengan bantuan daripada Kerajaan Pusat selama ini. Jika mereka yang mengagihkan kelak ditakuti mereka akan menganggap rakyat sebagai ayam mahupun lembu.
Sepatutnya berfikir dahulu sebelum bercakap, bukannya berfikir kemudian selepas bercakap sesuatu perkara kerana terlampau takut tewas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sendiri tidak pernah menganggap rakyat seperti yang dianggap oleh Nik Aziz sebelum memberi pelbagai bantuan untuk mereka. Semua golongan mendapat bantuan daripada budak sekolah, orang bujang, pelajar universiti, peniaga, orang sakit dan lain-lain lagi.
Adakah mereka sekolah lembu, orang muda tahi kuda, pelajar universiti ayam atau orang sakit sebab terkena sampar ayam. 'Haiwankah aku?' Itu kata rakyat hari ini sebagaimana C.N.Al-Afghani bertanya kepada pemimpin Pas, 'Kafirkah Aku?'
Sebaik-baiknya Tok Guru bertanya diri sendiri adakah membantu anak yatim dan janda ahli-ahli Pas yang meninggal dunia dalam Peristiwa Memali sebagai bantuan kepada makhluk yang beliau maksudkan.
Adakah nasib mereka terbela, ke mana perginya wang tabung Memali yang dikhabarkan lesap tanpa diaudit. Sebaik-baiknya perkara ini menjadi perhatian Tok Guru dan pemimpin pakatan pembangkang yang semakin galak membuat janji-janji manifesto baru ibarat gula-gula paling beracun menanti rakyat untuk mengulumnya.
Jika saya susah dan tidak berwang adakah salah saya dibantu. Haiwankah aku? Kerana terpaksa menerima wang daripada Ulil Amri. Kerana kalau diminta daripada Kerajaan PKR Selangor mereka akan bertanya, tunjukkan bukti awak memangkah kami, baru kami beri apa kami janji. Siapa yang lebih haiwan sifatnya?
Satu forum bertajuk "preparation for election" anjuran dua ngo, action network & catholic graduates movement of malaysia akan di adakan di dewan gereja st peter, melaka.
Soalannya, untuk apa ngo berteraskan kristian menganjurkan forum pilihanraya dan menjemput dua anak melayu Islam memberi "talk" pada forum itu...???
Aku yakin dan percaya forum yang adi anjurkan oleh ngo kristian ini akan mirip macam forum memeluk Islam seperti yang pernah di anjurkan oleh bar council tahun 2008 dulu.
Forum anjuran ngo kristian ini bukan nak bincang sangat pasal pilihanraya pun, tapi perbincangan tertumpu kepada penggunaan kalimah Allah... tak percaya korang tengok je la nanti. sumber: JPX
Desas desus yang mengatakan agama kristian akan di jadikan agama rasmi malaysia dan seorang yang beragama kristian akan di lantik menjadi perdana menteri, kini sudah nampak kebenarannya...
Apa motif pakatan meletakan tanda salib pada buku manifesto mereka, adalah tidak adil logo kristian di letak di buku manifesto tapi tidak simbol bulan dan bintang yang selama ini menjadi simbol agama Islam di ketepikan, bagai mana pula dengan simbol agama hidu, sikh dan buddha?
Kenapa salib mendapat tempat istimewa dalam manifesto pakatan...???
Beberapa minggu lepas ketika menggunakan kemudahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang tersergam indah, penulis berkesempatan berbual dengan sepasang suami isteri baru pulang daripada melawat anak mereka yang masih belajar di sebuah negara di Asia Barat. Pasangan itu bersyukur kerana anak mereka mendapat biasiswa kerajaan persekutuan. Kedua-dua mereka adalah pesara kerajaan. Si suami ialah pesara tentera (lain-lain pangkat) manakala si isteri pesara kakitangan sokongan sebuah jabatan kerajaan bukan beruniform yang terlibat dengan keselamatan dalam negeri.
Kedua-duanya bercerita tentang zaman lampau sewaktu masih bertugas. Menurut mereka tiga perkara penting yang wajib ada pada seorang pekerja kerajaan ialah amanah, ikhlas dan menyimpan rahsia urusan rasmi.
Beliau mengucapkan kesyukuran sekali lagi kerana berterima kasih kepada Kerajaan Persekutuan atas pelbagai bantuan yang diberikan kepada bekas perajurit khususnya dalam memulakan perniagaan baru. Memulakan perniagaan baru berdepan dengan pelbagai risiko dan tidak semestinya untung dalam jangka masa pendek. Tidak seperti artis yang menjadi penceramah politik yang boleh mendapat bayaran lumayan dengan hanya bercakap tanpa fakta dan bukti yang kukuh, kata pesara tentera itu.
Kini bukan sahaja artis, malah pesara tentera yang berpangkat tinggi juga diguna pakai oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab untuk menjaja rahsia negara di pentas-pentas ceramah politik. Adakah itu suatu tindakan yang beretika? Sedangkan bekas perajurit bukan pegawai (lain-lain pangkat) juga tahu tentang perlunya menjaga rahsia negara, apatah lagi seorang bekas pegawai kanan dalam tentera.
Adalah menarik untuk membincangkan strategi-strategi dalam tentera yang ada kaitannya dengan profesionalisme kerjaya badan beruniform tersebut. Memandangkan tokoh-tokoh parti pembangkang dalam negara ini ramai yang condong ke arah Amerika Syarikat (AS), adalah wajar untuk kita melihat bagaimana negara Uncle Sam itu melatih kadet-kadet mereka.
AS mempunyai banyak akademi latihan tentera darat ternama yang menurut mereka telah melahirkan ramai panglima terbilang, walaupun AS tersungkur di Vietnam dan Somalia. Antaranya ialah di West Point. Menurut buku bertajuk Building Leaders The West Point Way: 10 Principles From The Nation's Most Powerful Leaderhip Lab karya Mejar Jeneral (Bersara) Joseph P. Franklin, cogan kata utama kadet di West Point terdiri daripada tiga perkataan iaitu tanggungjawab, maruah dan tanah air. Secara ringkas tanggungjawab termasuklah menyimpan rahsia negara.
Pengalaman penulis menemu ramah beberapa bekas perajurit yang pernah bertempur dengan komunis pada tahun 1970-an menyatakan, apabila telah dimaklumkan mengenai sesuatu operasi dalam hutan, anggota tentera tersebut tidak boleh memberitahu sesiapa walaupun isteri sendiri atau rakan daripada unit lain.
Perkataan kedua ialah maruah. Dalam konteks Malaysia, perajurit bukan sahaja perlu menjaga maruah diri, tetapi juga maruah negara kerana telah bersumpah taat setia sejak sebelum memulakan perkhidmatan lagi. Apabila rahsia negara telah digadaikan, bermaksud maruah empunya diri juga turut digadaikan bersama.
Seterusnya perkataan tanah air. Jika rahsia negara yang terdiri daripada kekuatan dan kelemahan pertahanan negara didedahkan, maka mudahlah anasir asing menceroboh serta menjahanamkan negara. Banyak contoh yang boleh kita lihat di Syria, Iraq dan Afghanistan yang menuju kehancuran apabila pasukan pertahanan sendiri yang menjadi tali barut asing. Tidakkah kita berfikir dan mengambil iktibar?
Dalam bidang strategi ketenteraan, Sun Tzu sangat terkenal dengan strategi perang yang teratur di zamannya dalam "The Art of War" yang terdiri daripada 13 tajuk utama.
Sun Tzu ialah jeneral dari China dan hidup sepanjang pemerintahan maharaja China sebelum masihi. Strategi yang beliau perkenalkan 2,500 tahun dahulu digunakan oleh ramai panglima perang antaranya Napoleon, Patton, MacArthur dan lain-lain lagi.
Menurut Sun Tzu, jika arahan daripada seorang jeneral tidak jelas dan tidak benar-benar difahami oleh anggota tentera, maka jeneral itu harus dipersalahkan. Namun jika arahan jeneral itu jelas tetapi masih tidak dapat dipatuhi oleh anggota tentera, maka pegawai-pegawai di bawah pemerintahan jeneral itu harus dipersalahkan. Apabila berlaku sesuatu musibah atau kegagalan dalam pasukan, maka jeneral itu sendiri dan pegawai-pegawainya yang harus bertanggungjawab.
Kesimpulannya, lebih banyak kelemahan yang didedahkan oleh seorang jeneral dalam bekas pasukannya, maka lebih banyaklah kelemahan diri beliau sendiri yang kelihatan.
Daripada 13 tajuk utama yang dihuraikan oleh Sun Tzu, 3 daripadanya menarik untuk diketahui umum iaitu pertama, peranan perisik, kedua, serangan dengan api dan ketiga, kepentingan 9 situasi. Dalam tajuk peranan perisik, Sun Tzu menekankan tentang 'menggunakan sepenuhnya' pegawai-pegawai tentera dan penjawat awam pihak lawan 'dengan apa cara sekalipun' agar rahsia dan strategi mereka dapat diketahui serta dibocorkan.
Seterusnya tajuk serangan dengan api. Dalam usaha untuk melancarkan serangan, Sun Tzu menyatakan bahawa kita perlu menggunakan kesemua sumber yang ada untuk serangan dengan api terhadap musuh dan sentiasa diletakkan dalam keadaan siap siaga.
Pada zaman moden ini serangan dengan api bermaksud serangan menggunakan meriam, peluru berpandu dan jet pejuang. Teknologi ketenteraan dahulu sehingga kini dikuasai oleh negara-negara Barat serta dijual dengan harga yang sangat mahal. Mereka bebas untuk menaikkan harga senjata serta peralatan berkaitan sesuka hati. Jika kita tidak membeli dengan harga yang mahal, bagaimana untuk memiliki sesuatu senjata yang canggih dan kuat. Kos yang mahal ini juga termasuk operasi, alat ganti dan penyelenggaraan jangka panjang.
Tajuk yang ketiga ialah kepentingan 9 situasi. Adalah menjadi amalan seorang jeneral sepatutnya menjaga mulut dan menyimpan rahsia di samping memastikan arahan yang diberi dilaksanakan oleh pegawai di bawahnya.
Dalam buku Sun Tzu's The Art of War: The Warrior Class 306 Lessons in Strategy tulisan Gary Gagliardi, Sun Tzu menyatakan bahawa pegawai-pegawai dalam pasukan sendiri tidak boleh mengetahui kesemua strategi dalam pasukan kerana bimbang maklumat tersebut tersebar kepada pihak lawan.
Dalam sebuah pasukan tentera terdapat pelbagai unit antaranya logistik, semboyan, infantri, kor agama dan lain-lain lagi. Jika seorang pegawai itu bertugas di kor agama, dia mungkin tidak tahu tentang operasi taktikal, perolehan senjata dan lain-lain perkara strategik. Begitu juga dalam tentera udara dan laut.
Jika pegawai itu bertanggungjawab terhadap logistik, tidak semestinya dia menerbangkan pesawat pejuang atau bertugas dalam kapal perang berteknologi tinggi.
Malaysia mempunyai ruang udara dan kawasan perairan yang luas. Dari Padang Besar, Johor Bharu sampai ke Sungai Golok di Semenanjung, dan di Kuching hingga ke Tawau di Sarawak serta Sabah. Semuanya perlu dijaga dan dikawal agak tidak dicerobohi. Keadaan geografi yang luas serta dipisahkan oleh Laut China Selatan memerlukan kelengkapan pertahanan yang mempunyai keupayaan operasi dalam jarak dan jangka waktu yang panjang.
Dengan adanya keperluan tambahan dan khusus tertentu, maka kos pembelian dan pengoperasian untuk peralatan tersebut juga bertambah. Kita tidak boleh membandingkan kos sesuatu senjata yang dibeli dengan lain-lain negara. Negara-negara lain juga tidak mendedahkan rahsia kelengkapan tentera mereka.
Tidak dinafikan bahawa ada sesetengah penjawat awam yang bercita-cita tinggi untuk memegang jawatan utama atau pangkat yang lebih besar ketika dalam perkhidmatan. Namun disebabkan persaingan dan tempat yang terhad mereka mungkin kecundang serta tidak memperolehi apa yang diidamkan. Sebagai seorang Islam yang percaya kepada qada' dan qadar janganlah kita mudah kecewa lantas melakukan perkara-perkara yang tidak beretika. Bersyukurlah atas apa yang telah kita kecapi sekarang.
Teori-teori dan strategi perang sejak dahulu lagi telah membuktikan bahawa tali barut dan pengkhianat sememangnya wujud serta akan terus merosakkan negara kerana permintaan, cita-cita dan kehendak mereka yang kecewa tidak dapat dipenuhi.
Rahsia negara khususnya berkaitan pertahanan dan keselamatan wajib disimpan agar negara bertuah ini tidak musnah. Menurut Socrates, jika kita tidak belajar daripada sejarah, maka kita berpotensi untuk hancur disebabkan mengulangi kesilapan yang lalu.
Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor diberi tempoh selama seminggu untuk memberikan penjelasan, sekali gus membatalkan pembinaan projek pangsapuri ikonik berskala besar, Datum Jelatek di Kampung Dato' Keramat.
Pengerusi Badan Bertindak Datum Jelatek 1.0, Salleh Samad berkata, ini kerana pembinaan projek itu bukan sahaja bertentangan dengan matlamat asal yang dijanjikan kerajaan negeri, bahkan menafikan hak penduduk untuk memiliki kembali hartanah di kawasan itu.
Malah, beliau turut mempersoalkan tindakan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang didakwa menjual dua blok pangsapuri mewah projek Datum Jelatek kepada pelabur dari China, Singapura dan Indonesia.
"Sebelum ini, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berjanji projek Datum Jelatek sama sekali tidak akan menyisihkan golongan bumiputera, malah komited dengan pemberian kuota sebanyak 50 peratus berserta diskaun minimum 10 peratus.
"Bagaimanapun, berdasarkan siasatan yang dijalankan, saya mengesahkan bahawa kuota itu sudah tiada wujud lagi berikutan penjualan dua blok pangsapuri tersebut kepada pelabur asing," katanya dalam sidang akhbar Himpunan Bantah Datum Jelatek di sini semalam.
Perhimpunan aman yang bermula kira-kira pukul 10 pagi di hadapan tapak projek Datum Jelatek turut dihadiri 50 ahli daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS), Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) dan Jaringan Melayu Malaysia (JMM).
Yang hadir sama Penyelaras Parlimen Ampang, Datuk Ismail Kijo; Penyelaras Parlimen Gombak, Datuk Megat Zulkarnain Omar Din, Pengerusi GPRS, Datuk Sohaimi Shahadan dan Presiden JMM, Azwanddin Hamzah.
Datum Jelatek merupakan projek mewah meliputi pembinaan empat bangunan setinggi 45 tingkat yang menempatkan kawasan kediaman, bangunan pejabat dan kompleks perniagaan.
Harga unit kediaman bagi projek itu bernilai antara RM700,000 sehingga RM11.5 juta yang mana harga tersebut adalah mustahil dibeli mana-mana rakyat yang berpendapatan rendah di negara ini.
Mengulas lanjut Salleh berkata, penduduk berasa sangat kecewa kerana projek itu disifatkan sebagai penipuan terancang oleh kerajaan Selangor untuk meminggirkan warga Melayu yang begitu sinonim di kawasan Keramat.
Justeru, beliau mendesak kerajaan Selangor untuk menghentikan serta-merta projek tersebut sebelum tindakan lanjut diambil termasuk mempergiatkan perhimpunan aman, selain menghantar memorandum ke Pejabat Menteri Besar, PKNS, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dan ke pengetahuan Sultan Selangor, Sultan Sharafudin Idris Shah.
Sementara itu, Ismail turut mempersoalkan peranan sebenar PKNS yang dilihat lari daripada matlamat asal penubuhannya iaitu menyediakan kediaman kos rendah kepada rakyat di negeri ini.
"Barisan Nasional akan bersama-sama penduduk dan tidak teragak-agak membawa perkara ini ke muka pengadilan kerana tidak mahu tanah orang Melayu tergadai kepada pihak luar," katanya.-UMO
Sekumpulan peniaga Medan Selera Upen Batu 12, Sungai Serai berkumpul bagi membantah arahan berpindah oleh MPKj ke tapak gerai baharu di Taman Perkasa, Hulu Langat, Selangor semalam.
Seramai 16 peniaga gerai Medan Selera Unit Perancang Ekonomi (Upen) Hulu Langat di Batu 12, Sungai Serai di sini mengadakan bantahan aman sebagai menyatakan pendirian untuk tidak berpindah ke tapak gerai baharu di Taman Perkasa.
Mereka memberitahu menerima notis yang dikeluarkan oleh pihak Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) bertarikh 29 Januari lalu yang mengarahkan mereka berpindah dengan segera.
Pada Jumaat lalu, pihak MPKj telah mengadakan perbincangan dan perjumpaan dengan peniaga-peniaga terbabit bagi tujuan cabutan undi petak gerai namun para peniaga tersebut bertindak memprotes untuk tidak berpindah ke kawasan baharu yang disifatkan tidak strategik.
Peniaga gerai makanan, Sofiah Kassim, 45, berkata, ketika perjumpaan dengan pihak MPKj, para peniaga tidak bersetuju untuk berpindah dan meminta pihak itu untuk melanjutkan tempoh notis itu dengan menambah kepada sebulan lagi.
"Pihak MPKj menyatakan mereka tetap dengan pendirian dengan mengeluarkan surat tawaran pemindahan untuk kami dalam masa terdekat. Kami meminta pihak tersebut mengkaji semula untuk membawa kami berpindah ke tempat yang kami cadangkan iaitu di Taman Nanding," katanya.
Sofiah merupakan sebahagian peniaga yang menyertai sesi bantahan aman bersama-sama Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) di sini hari ini.
Peniaga, Anuar Talib, 53, meluahkan rasa kecewanya terhadap pihak bertanggungjawab dan mendakwa arahan tersebut mungkin berpunca dengan kewujudan bangunan lot kedai di belakang gerai mereka yang telah siap dibina pada bulan lalu.
"Tapak gerai kami akan dirobohkan bagi memberi laluan ke bangunan tersebut. Sepatutnya pihak bertanggungjawab berunding dengan kami terlebih dahulu sebelum pembinaan bangunan itu tetapi apabila ia telah siap dibina, kami dihalau tanpa ada pampasan," katanya.
Peniaga gerai buah-buahan, Lee Kim Ling, 53, pula berkata, mereka perlu membayar sewa sebanyak RM50 sebulan di gerai sekarang dan pihak MPKj menawarkan sewa percuma selama enam bulan namun bukan itu yang mereka harapkan sebaliknya pendapatan.
"Pengunjung biasanya terdiri daripada orang yang melalui jalan besar berhadapan gerai kami dan peniaga gerai makanan mempunyai pelanggan tetap.
"Sekiranya berpindah, pendapatan kami akan terjejas kerana kawasan baharu itu terdiri daripada kawasan perumahan bagi mereka yang sibuk bekerja pada waktu siang," jelasnya.
Mereka juga berharap agar Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dapat turun padang melihat sendiri permasalahan serta membantu mereka sebaliknya sehingga kini hanya pihak kerajaan Barisan Nasional (BN) yang membantu mereka.
Dalam perkembangan sama, Presiden Ikhlas, Mohd. Ridzuan Abdullah berkata sekiranya isu ini tidak selesai, satu memorandum akan dihantar kepada Menteri Besar dalam masa terdekat.-UMO
Suara Politik Belantan
You are subscribed to email updates from Belantan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Malah, tindakan Anwar itu dikatakan tidak profesional dan dianggap bertindak sesuka hatinya.
Bekas pengasas Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ng Lum Yong berkata, tindakan meminda sesuatu dan bertindak sesuka hati tanpa berbincang adalah perkara biasa bagi Anwar.
Katanya, tabiat itu telah menunjukkan Ketua Pembangkang seorang yang angkuh dan sombong kerana tidak membawa perkara tersebut di peringkat jawatankuasa pusat.
"Bagaimana beliau hendak jadi Perdana Menteri sekiranya boleh meminda manifesto sesuka hati hanya setelah diminta berbuat demikian oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau mana-mana individu," katanya ketika dihubungi Utusan Online, hari ini.
Anwar dilaporkan telah meminda manifesto Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) pakatan pembangkang dengan menambah perkara berkaitan royalti minyak selepas dipersoal oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ketika menghadiri satu majlis di Pasir Puteh petang semalam.
Tambahan perkara itu ditulis beliau menggunakan tulisan tangan dan ditandatangani sambil mendakwa ia terlupa untuk memasukkan perkara tersebut yang selama ini diperjuangkan oleh kerajaan Pas Kelantan.
Sementara itu, bekas Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat, Ruslan Kassim pula berkata, perbuatan Anwar yang meminda manifesto tanpa berbincang itu sebagai sangat terdesak untuk menutup kesilapan pakatan pembangkang.
Malah, kerelaan Anwar membuat pindaan serta-merta setelah didatangi sebuah NGO itu hanya bertujuan memancing undi.
Katanya, banyak perkara lain "terlupa" atau sengaja dilupakan oleh pakatan pembangkang di dalam manifesto tersebut termasuk hudud, agama Islam, selain isu royalti minyak.
"Dalam perkara ini, saya boleh membuat kesimpulan bahawa Pas, PKR dan DAP ibarat tidur atas tilam yang sama, tetapi, mimpi lain-lain," ujarnya. - UTUSAN ONLINE
Dalam kolum editorial akhbar Tamil "Malaysian Nanban", terpampang head line, "Percayalah kepada perkara yang nyata. Jangan terpedaya pada perkara yang belum pasti".
Itu bunyinya komen chief editorial Malaysian Nanban berkaitan manifesto bukan janji pakatan rakyat.
Rata-rata rakyat berketurunan India di negara ini sudah kembali menyokong BN. Mereka sudah mengakui hakikat bahawa pakatan tidak boleh dipercayai. Kaum India berasa tidak selamat di bawah pentadbiran pakatan.
Manifesto bukan janji pakatan yang cuba mengambil pendekatan tanpa mengira kaum amat tidak disenangi oleh mesyarakat India. Mereka berpendapat, sebagai kaum minoriti di negara ini kaum india masih memerlukan perhatian khas dari kerajaan.
Manifesto bukan janji pakatan sebenarnya lebih cenderung mencedok pendekatan Malaysian Malaysia yang memperjuangkan rakyat kononnya secara menyeluruh dan liberal. Hakikatnya bukan "secara menyeluruh" tetapi "secara umum" dan tiada perincian khusus.
Konsep BN ternyata lebih menyeluruh. Cuma kaedah dan pendekatan BN saja yang membuat perancangan berdasarkan segmen yang mengambilkira kepentingan mengikit kaum dan agama. Kaedah ini lebih accurate dalam mempastikan tiada mana-mana pihak yang terpinggir. BN sebaliknya memperincikan setiap rancangannya secara lebih terperinci.
BN memperincikan rancangan pembangunan untuk seluruh rakyat melalui pembelaan setiap kaum. BN memperincikan dan menjaga sensitiviti anutan agama setiap kaum tanpa mana-mana penganut agama dibenarkan memperlecehkan anutan agama pihak lain.
BN bukan saja mengambilkira kepentingan mengikut kaum dan agama, malah melalui program Janji Ditepati, setiap segmen ini diperincikan lagi seperti mengikut segmen kemampuan atau tahap hidup setiap rakyat.
Golongan kurang berkemampuan, golongan berpendapatan rendah dan sederhana rendah, pemandu teksi, bekas askar dan polis, ibu tunggal, anak yatim, miskin luar bandar dan miskin bandar, semuanya diperincikan bagi memastikan tiada sesiapa pun di kalangan rakyat yang tersisih ataupun terlepas pandang.
Sebaliknya pakatan membuat manifesto bukan janji mereka secara pukal atau "lump sum". Tiada perincian mengikut segmen kaum dan agama. Mereka hanya merancang berdasarkan kesamarataan hak dan pendekatan liberal. Siapa kaya, siapa mempunyai kelebihan dan siapa mampu, maka mereka berhak.
Pendekatan ini akan mewujudkan ketidakseimbangan dalam masyarakat, sedangkan penekanan pembangunan mengikut kaum ini hanya mula dikuatkuasakan oleh BN selepas trajedi 13 Mei yang berpunca dari masalah ketidakseimbangan ini.
Manifesto pakatan akan membawa negara 40 tahun ke belakang dan akan mewujudkan semula ketidakseimbangan masyarakat yang telah terbukti mengundang semula pergaduhan di antara golongan rakyat berada dan rakyat miskin.
Beza perancangan untuk rakyat antara BN dan pakatan adalah ibarat supermarket Giant/Tesco dengan Pasar Payang. Di Tesco atau Giant semua barang keperluan ada ditawarkan pada harga berpatutan serta lebih mudah untuk diakses oleh semua segmen pelanggan.
Sebaliknya jika kita pergi Pasar Payang, semuanya dilambakkan secara pukal, dari barangan kering sampai barangan basah. Dari kedai pakaian, handphone, prepaid sampailah ke kedai makan, semuanya "tersendat" di satu tempat. Pelanggan mengalami kesukaran bermula dari mencari parking kenderaan hinggalah kepada mencari barangan yang diperlukan semuanya sukar untuk diakses.
Sekarang masyarakat India sudah serik untuk bersama pakatan kerana pelbagai kesukaran telah mereka lalui dan pelbagai janji yang ditabur kepada mereka hampir kesemuanya berstatus "palsu".
Hari ini kaum India lebih cenderung untuk memenuhi keperluan hidup mereka di Tesco/Giant yang lebih terjamin dari segi kualiti dan harga barangannya serta lebih mudah dipenuhi segala keperluannya.
Bersama BN bermakna, "akses, kualiti dan ekuiti" hidup akan lebih terjamin, adil dan saksama untuk semua warga.
Menyokong pakatan bermakna mendedahkan diri kepada "suatu perjudian hidup yang berisiko tinggi" untuk semua warga. Jika untung, untung besar. Jika rugi tidak bangkit-bangkit lagi. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam.
Reuters 14 Februari, melaporkan seorang pegawai tentera Filipina sebagai berkata, "kumpulan lelaki itu merupakan pengikut Sultan Sulu yang telah dijemput ke Sabah oleh seorang ahli politik daripada pihak pembangkang bagi menbincangkan mengenai isu tanah".
Kumpulan yang dianggotai 100 orang itu diketuai oleh Raja Muda Azzimudie Kiram, adik kepada Sultan Sulu, Jamalul Kiram III, mendesak bertemu 'personaliti' tertentu apabila rundingan tersebut berlarutan.
Agaknya kumpulan ni terperangkap dengan "game plan" Anwar.
Modus operandi "perangkap orang lain untuk mencapai tujuan tertentu" memang cara Anwar mendaki hairaki politik semasa dalam UMNO.
Cuba bayangkan, macam mana Anwar boleh yakinkan Tun Ghafar Baba supaya ambil Kamarudin Jaafar, orang kanannya jadi Setiausaha Politik Ghafar masa TPM! Manusia "lurus" macam Tun Ghafar ni main ikut je. Akhirnya, Tun Ghafar bawak beg plastik sorang-sorang kat Airport.
Cuba bayangkan, seluruh ahli MKT telah dijemput ke PWTC dengan menggunakan setiausaha agung UMNO ketika itu, allahyarham Tok Mat Rahmat tanpa diketahui maksudnya. Bila sampai di PWTC didudukkan barisan MKT ini 2 barisan. Rupa-rupanya untuk membuat pengumuman rasmi Anwar bertanding jawatan Timbalan Presiden, melawan Ghafar Baba.
Media cetak dan TV3 yang menjadi "media balachi" Anwar ketika itu terus "spin habis-habisan" mengatakan seluruh MKT memberikan sokongan penuh kepada Anwar untuk mengambil tempat Pak Ghafar. Di gambarkan di media semua ini adalah di atas restu Mahathir!!
Budak-budak PKR yang baru "terjaga dan hanya celik politik" hasil dari kegemparan pemecatan Anwar 1998, bukan tahu perangai buruk belakang tabir Anwar ni.
Budak-budak PKR yang taksub dah takjub dengan Anwar macam Shamsul Kemetot dan Cikgu Bad dll hari ini, hanya tahu "Anwar yang telah diolah dan direkabentuk oleh media perdana" sebagai satu-satunya pilihan terbaik dan hanya satu-satunya pilihan pemimpin yang layak menggantikan Dato Seri Dr Mahathir Mohammad sebagai Perdana Menteri. Budak-budak taksub PKR yang ada keliling Anwar ketika ini tidak wujud langsung dalam "ini gambar" ketika itu.
Sorang lagi yang menjadi mangsa Anwar "ala-Sultan Sulu" semasa dalam UMNO ialah Rahim Tamby Chik. Bijak-bijak teknokrat Melaka ini pun sama, terkena juga getah Anwar.
Sehingga saat ini, hanya tubuh badan Dato Seri Najib Tun Razak saja masih kalis "getah pelekat kotoran" yang di "spray" oleh Anwar.
Yang lain-lain termasuk Nik Aziz, Hadi dan Haron Din (suatu ketika dulu) pun sudah terkena "getah pelekat kotoran" Anwar. Hari ini, Nik Aziz dan Hadi Awang mungkin mengalami kesukaran untuk mandi wajib akibat dari serpihan getah dan kotoran yang melekat sudah berkematu di seluruh badan mereka.
Kita tunggu episod "Sultan Sulu Terkena Getah Anwar" ini seterusnya. Silap-silap haribulan, dengan izin Allah mungkin inilah episod terakhir lakonan Anwar yang bakal menggantikan gelaran tertinggi "Huguan Siou haram" yang baru saja diterimanya, kepada gelaran terbaru, "Tokoh Pengkhianat Negara sepanjang Zaman".
Jika sebelum ini cerita mengenai Azharina Azhar panas kerana didakwa menjadi isteri ketiga kepada Datuk Syukri Mohd, 55, yang berasal dari Kelantan, namun selepas bercerai... cerita mengenai penyanyi ini agak sunyi.
Apakah yang dilakukan oleh Azharina sekarang?
Mungkin agaknya gambar-gambar yang tidak diketahui tarikhnya ini mampu menjawab sedikit persoalan yang timbul.
Pelantun lagu Elegi Sepi itu dilihat sedang bersosial bersama teman-temannya disebuah kelab malam dengan pakain yang agak seksi...ermmm...
KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengamalkan dasar berkecuali dalam semua tindakan dan operasinya serta sama sekali tidak menyebelahi mana-mana parti politik ketika melaksanakan tanggungjawab.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Zinin juga menegaskan dasar itu dipegang PDRM dalam menghadapi pilihan raya umum.
"Jadi janganlah bercakap kita ni 'anjing' kepada kerajaan atau bagai 'lembu dicucuk hidung' yang ikut sahaja telunjuk orang-orang tertentu dalam mencapai sesuatu hasrat.
"Ini kerana institusi kepolisan ini telah wujud sejak 206 tahun dan telah menunjukkan profesionalisme dari segi mengambil tindakan," katanya kepada Bernama dalam temu bual mengenai persiapan PDRM menghadapi pilihan raya umum ke-13 (PRU13), di sini.
Katanya mereka yang menuduh sedemikian perlu bertanggungjawab dan membuktikan PDRM sebagai 'alat kerajaan'.
Mohd Bakri berkata sikap berkecuali juga diamal PDRM ketika melakukan siasatan berhubung sebarang kes dan penyiasatan dilaksana tanpa rasa takut atau dipengaruhi mana-mana pihak.
Segala hasil siasatan termasuk yang membabitkan ahli politik, akan diserah kepada Peguam Negara dan merekalah yang menentukan sama ada perlu didakwa atau sebaliknya, katanya.
"Kita (PDRM) tak berhak dan (tidak) mempunyai kuasa (buat keputusan). Di sini sudah nampak kita telus," katanya.
Mengenai persediaan menghadapi PRU13, Mohd Bakri berkata PDRM diberi latihan dan kursus khas termasuk 'ex ballot III' bagi memastikan mereka dapat melaksanakan tanggungjawab dengan baik ketika proses itu berlangsung.
"Dari sudut penyiasatan pula, kita telah menjalankan kursus-kursus 'in service' berdasarkan kepada keperluan dalam pilihan raya," katanya.
Mohd Bakri berkata pegawai dan anggotanya telah dilatih dan bersedia sejak empat bulan lepas bagi menghadapi pilihan raya umum kali ini.
"Kita juga telah berbincang dengan Suruhanjaya Pilihan Raya dan Jabatan Peguam Negara berkaitan dengan langkah-langkah dan tindakan kita bersama mereka," katanya.
Sebanyak 112,000 anggota polis akan terlibat bertugas pada PRU13. - Bernama
KUANTAN - Anggota gabungan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) perlu tampil dan mengemukakan cadangan jika mahu Statut Artikel 88 badan induk bola sepak negara itu dikaji semula.
Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menegaskan, peraturan tersebut dilulus dan dikuatkuasakan oleh anggota gabungan terbabit dan bukan atas arahan presiden atau timbalan presiden badan itu.
"Ini kerana Artikel itu dibuat bukan atas arahan presiden atau timbalan presiden FAM. Ia atas kelulusan ahli-ahli gabungan yang bermakna negeri-negeri yang melakukannya," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar.
Tengku Abdullah sebelum itu merasmikan Ijtimak Program Masjid Gemilang Pahang, semalam.
Menurut Tengku Abdullah, beliau sendiri telah lama memaklumkan kepada jawatankuasa perundangan FAM untuk melakukan tindakan tersebut bagi memperhalusi keberkesanan perkara berkenaan.
"Janganlah apabila sudah tarik peraturan itu, kita sewenang-wenangnya hendak kutuk FAM kerana ia tidak mencerminkan kematangan sukan bola sepak negara," tegas Tengku Abdullah.
Ujar beliau, perkara yang boleh dilakukan adalah memperkemas serta memperbaiki kelemahan FAM sejajar dengan pindaan dibuat oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dari semasa ke semasa.
Sementara itu, mengulas mengenai kritikan dilontarkan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor, Tunku Ismail Idris Sultan Ibrahim dan Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim tentang Liga Malaysia sebelum ini, Tengku Abdullah menyeru agar perkara itu dilihat daripada sudut positif.
Dalam pada itu, Timbalan Presiden FAM itu turut mengakui dakwaan Tunku Ismail bahawa pengadil tidak profesional mempunyai kebenarannya kerana mutu pengadilan bola sepak negara masih di peringkat amatur.
"Memang betul apa dinyatakan oleh Tunku Mahkota Johor yang pengadil kita tidak profesional kerana kita masih amatur lagi. Jadi hendak kata terbaik tidaklah.
"Kalau terbaik, kena pergi Liga Perdana Inggeris atau La Liga (Liga Sepanyol). Tetapi dari segi positif, kita kena tengok mana mahu diperkemas dan jangan cepat menghukum," kata Tengku Abdullah.
The DAP always like to quote that Lim Guan Eng went to prison for a Malay family. Is this true or is it a urban legend that Guan Eng wants to perpetuate for political purposes. I am no lawyer lah but I did me some googling in the internet and found the written judgement of the Courts of Appeal in respect to Guan Eng versus the Public Prosecutor.
Guan Eng was charged in the High Court in 1994 was found guilty and was penalised with a fine, which he and the Public Prosecutor appealed to the Higher Courts of Appeal.
These are excerpts of the Judgement of the Courts of Appeal which detailed the Facts and Background of the case against Guan Eng which should enlighten readers and to make your own conclusion :
PRELIMINARY
These four appeals came before us on 1 April 1998. Two of them were by Lim Guan Eng whom we shall, throughout this judgment, refer to as 'the appellant'.
The first of these was directed against the conviction and sentence on a charge under s 8A of the Printing Presses and Publications Act 1984 ('the PPPA').
The second was directed against the conviction and sentence upon a charge under s 4(1)(b) of the Sedition Act 1948.
The other two appeals were by the Public Prosecutor who complained that the sentence passed upon the appellant in respect of each proved offence was inadequate. Although the appeals by the Public Prosecutor were lodged in point of time, we decided to hear the appellant's appeals first. Counsel for the appellant and the learned deputies who appeared for the respondent agreed to this course.
After carefully considering the arguments addressed to us, we dismissed the appellant's appeal against conviction and sentence, but allowed the respondent's cross-appeal.
We set aside the sentence passed upon the appellant by the High Court on each charge. We then sentenced the appellant to 18 months' imprisonment on each charge with effect from 1 April 1998, and ordered that these sentences do run concurrently. The reasons for our decision are as follows:
FACTS AND BACKGROUND
The appellant is the Member of Parliament for Kota Malacca. He is a prominent political figure whose views command much influence over the Malaysian public. He is, and was at all material times, the Deputy Secretary-General of the Democratic Action Party ('DAP'), which is the political party that leads the opposition in Parliament. He is also the National Chairman of the DAP Youth. These are positions of some importance.
Rahim Tamby Chik ('Rahim') was the former Chief Minister of the state of Malacca. He was charged with certain offences, the particulars of which are irrelevant for present purposes. However, the Public Prosecutor, after a consideration of the material before him came to the conclusion that there was inadequate evidence to proceed with the case against Rahim. Accordingly, the charges against Rahim were withdrawn and he was acquitted of them.
The case against Rahim attracted much publicity in the print and the electronic media. Wide publicity was also given to the allegation that Rahim had had sexual relations with a girl below the age of 16 years. The truth of this allegation was never tested in a court of law. However, the Attorney General in his capacity of Public Prosecutor made a public statement to the effect that there was insufficient evidence to show that Rahim had committed any offence in relation to the girl in question.
Although the girl's name appears in the record of proceedings before us, we directed that it be not published. Henceforth, we will merely refer to her as 'the minor'.
The evidence available on record shows that the minor was at one point in time detained by the police. But she was not, according to her own evidence, placed in a lock-up. She was subsequently placed in protective custody pursuant to an interim order made by the magistrate's court under s 8(2) of the Women and Girls Protection Act 1973. There was then an attempt by her grandmother to have her set at liberty. However, the habeas corpus proceedings instituted for that purpose failed, the minor having filed an affidavit stating that she did not wish to be removed from the protective custody in which she had been placed. After the dismissal of the habeas corpus application, a final order was made under s 8(4) of the aforesaid Act. We may add that this final order was made at the instance of the minor.
The appellant was unhappy with these events. He asked questions about them in Parliament. He was given answers to these questions. But he was still dissatisfied.
On or about 15 January 1995, there was published at his instance, 5,000 copies of a pamphlet (exhs P11 and P11B) which gave intimation of a gathering at the Emperor Hotel in the City of Malacca to be held on 19 January 1995. It was headed 'ceramah kisah benar' ('a gathering for a true story'[a]).
One of the topics upon which speeches were to be made at the gathering in question was described by the pamphlet in the following words:
The Rahim Tamby Chik sex scandal
Wither justice and women's rights
Victim imprisoned, criminal free.
The words 'Mangsa dipenjarakan' ('Victim imprisoned') are the subject matter of the first charge against the appellant which alleged that these words amounted to false news that had been maliciously published by the appellant contrary to s 8A(1) of the PPPA.
The gathering of which the pamphlet gave notice took place as scheduled. The appellant made a speech in which it is alleged that he said:
that he was dissatisfied with the laws of Malaysia because of the double standard which resulted in the rape case involving Rahim not being brought to court and the Attorney General had stated that Rahim was not involved in a rape case involving the minor; and
that he was dissatisfied with the fact that the court had ordered the minor to be detained for three years whereas Rahim, who should have been imprisoned for violating the law, was instead set free.
These two comments became the subject matter of the second charge against the appellant, the allegation being that he had committed sedition contrary to s 4(1)(b) of the Sedition Act 1948.
There were about 300 persons present at the gathering. A preponderance of them were of Malay community. Among those present were police officers assigned to monitor the gathering. They were PW2, 7, and 12. Mr. Yew Kok Kee (PW14), the publicity secretary for the Malacca DAP and a member of the Malacca State Assembly was also present. It was this witness who had applied for and obtained a permit from the police to hold the gathering.
Later, a police report was lodged. Investigations commenced. At their conclusion, the appellant was charged with committing the offences of which we spoke of a moment ago.
After a trial lasting several days, Mohd Noor Abdullah J, in a reserved decision delivered on 28 April 1997, found the appellant guilty on the first charge and sentenced him to a fine of RM10,000, in default six months' imprisonment. On the second charge, the judge found the first comment not to have been proved. He, however, found that the appellant had committed an offence in respect of the second comment. He entered a conviction against the appellant upon the second charge and imposed a fine of RM5000, in default three months' imprisonment.
The appellant's appeals are directed at both convictions and the sentences passed upon him.
The rest of the Written Judgement can be read here.
Anyway to cut a long story short, after a series of appeal Guan Eng was sent to jail for 18 months but was released after 12 months on 25 August 1999. I guess the rest is history.
So did Guan Eng went to jail for a Malay family?
As for me, from the facts of the case, I believe the Malay girl in question certainly did not need Guan Eng or her Grandmother to defend her, read para (7) above. Guan Eng went to jail because he broke the Law, he was found guilty to the charge of spreading false news and Sedition, read para (1),(11) and (12) above.
I leave it to readers to form their own conclusion.
Dalam laporan akhbar Harian Metro sebelum ini ada menyatakan punca dan sebab utama mengapa Aidil Zafuan tidak lagi menyayangi Rita Rudaini dan memilih untuk berpisah dengan aktres tersebut sepertimana yang dilafazkannya ketika permohonan cerai itu dibicarakan di Mahkamah Rendah Syariah Seremban, Isnin lalu.
Menurut penyerang bola sepak kebangsaan itu, Rita Rudaini seringkali mengaibkan dirinya menerusi kenyataan yang dibuat aktres berkenaan di dada-dada akhbar setiap kali bergolaknya rumahtangga mereka.
Mengenai pertuduhan yang telah dibuat terhadap aktres kelahiran Perlis itu, Rita nyata tidak mudah melatah dengan dakwaan tersebut. Sebaliknya Rita mahu Aidil menjelaskan bilakah saat,waktu dan ketika yang menunjukkan dia diaibkan aktres tersebut.
Rita Rudaini ketika dihubungi menjelaskan bahawa apa sahaja komen serta kenyataan yang dibuatnya bukan sengaja direka semata-mata untuk mengaibkan suaminya itu. Malah, tidak semua gosip itu datangnya daripada Rita tetapi oleh masyarakat sendiri yang jelas mampu menilai dan akhirnya ia sampai ke telinga aktres tersebut.
"Dulu ketika mula Aidil tidak pulang ke rumah, bukan saya yang pergi bercerita kepada media tentang perkara itu. Tetapi orang yang melihatnya sendiri setelah menyedari hanya saya yang saja yang sentiasa beada bersama anak-anak, sudah tentu ianya menimbulkan persoalan dan akhirnya soalan tersebut pasti akan diajukan kepada saya.
"Kalau dia kata saya aibkan dia, daripada segi apa? Saya sudah pun menjaga tingkah laku saya sebagai perempuan, ibu dan isteri. Sebelum ini, dia yang banyak dikaitkan dengan beberapa orang wanita lain Kalau tidak benar, kenapa nama dia banyak dipetik dan bukannya saya?
"Malah orang di luar sana yang sering datang menyampaikan khabar kepada saya tentang kononnya mereka ternampak Aidil keluar dengan perempuan lain. Pada saya pula, apa gosip yang berlaku selepas krisis rumahtangga kami, itu adalah urusan Aidil dengan Allah SWT,"ujarnya mengenai tuduhan suami yang mengatakan diaibkan oleh Rita di media tentang kisah rumahtangga mereka.
Dalam pada itu, Rita hanya mahu suami, Aidil Zafuan melunaskan segala tanggungjawab yang sepatutnya dilaksanakannya sebagai bapa kepada anak-anaknya. Rita turut menambah bahawa kesenangan dan rezeki adalah kurniaan Allah namun ia juga dilihat sebagai ujian untuk menguji kesabaran dan iman umatnya.
Setelah menafikan bakal berkahwin pada Julai tahun ini, pelakon Rozita Che Wan atau Che Ta, 42, menjelaskan dia belum lagi memutuskan tarikh untuk bernikah dengan pelakon darah kacukan, Zain Saidin,29.
Sebaliknya, Che Ta yang ditemui ketika penggambaran program Primadona, petang tadi memberitahu wartawan yang menemuramahnya itu sendiri yang telah mencadangkan agar mereka berkahwin pada bulan Julai.
"Saya tak pernah kata pun nak kahwin pada Julai 2013. Wartawan tu sendiri yang cadang untuk saya kahwin pada tarik 7.7.2013. Dia kata tarikh tu cantik dan elok.
"Sebenarnya, tarikh tu pun tiada kena mengena pada diri saya. Saya tidak terkejut apabila cerita tarikh kahwin ini telah disiarkan di Harian Metro.
"Saya pun tidak terima cadangan itu kerana tarikh yang diberikan tiada berkaitan dengan saya atau pun Zain. Lagi pun, jadual saya penuh sampai Julai ini. Saya rasa tidak sempat untuk berkahwin pada masa itu," katanya kepada murai.com.my.
Terus merungkai lebih lanjut situasi yang berlaku terhadap tarikh kahwin itu, Che Ta mengakui menjadi mangsa putar belit kenyataan.
"Tidak logik saya nak berkahwin pada tarikh tersebut. Setahu saya, tarikh itu adalah hari pertama kita menyambut bulan Ramadan pada tahun ini.
"Saya bukannya nak lari dari media apabila ditanya soal kahwin. Apabila saya cakap A dan biasanya yang keluar jadi lain.
"Saya selalu jadi mangsa putar belit statement," ujarnya.
Pun begitu, Che Ta dengan senyuman lebar mengesahkan jika diizinkan Allah, perancangan menamatkan zaman solonya bakal terlaksana pada tahun ini juga.
"Insya-Allah, kalau benar Zain itu jodoh saya, saya akan berkahwin dengan dia tahun ini juga.
"Kalau ikut tarikh yang ada kena mengena dengan saya, kalau boleh saya nak kahwin pada hari lahir saya nanti iaitu pada Mac ini.
"Tapi, confirm tak sempat. Saya pun tidak mahu simpan lama-lama hasrat untuk berkahwin ini," jelasnya.
TANJUNG LABIAN (Lahad Datu): Polis bersedia untuk menamatkan pencerobohan yang melibatkan kumpulan Sulu di kampung Tandou, kira-kira 165 kilometer dari sini, apabila penceroboh bersenjata pada saat akhir tidak mempedulikan cubaan pihak berkuasa Malaysia dan Filipina untuk membawa mereka meninggalkan Sabah dengan aman.
Kumpulan itu yang diketuai oleh Raja Muda Azzimudie Kiram, yang mendakwa merupakan saudara kepada Sultan Sulu, Jamalul Kiram III, masih ingkar dan menolak permintaan terbaru oleh Presiden Filipina, Benigno Aquino dan wakil Malaysia walaupun tiga tarikh akhir diberikan kepada mereka telah dilanjutkan, di mana yang terakhir berakhir pada Selasa.
Dalam perbualan telefon dengan The Star, Azzimudie berkata, kumpulan itu bersedia untuk menghadapi serangan.
"Kami baik sahaja. Kami menjangkakan angkatan bersenjata Malaysia akan membuat serangan pada hari ini (Selasa). Kami sedia untuk mempertahankan diri, kami tidak takut," katanya.
Ditanya mengapa memikirkan bahawa kumpulan itu akan diserang, beliau menjawab: "Kerana ditunjukkan di televisyen dan di radio bahawa tarikh akhir telah tamat. Kami tidak takut kerana kami tahu adalah benar. Ini adalah tanah kami."
Ditanya sekiranya beliau tidak takut berikutan hanya mempunyai seramai 30 lelaki bersenjata, Azzimudie berkata: "Kami sudah bersedia, kami sedang menunggu. Kami tidak akan menyerang (tetapi) kami akan mempertahankan diri kami."
Azzimuddie yang juga berhubung dengan saudaranya menerusi telefon, telah menyatakan bahawa beliau hanya akan mengambil pesanan daripada Jamalul Kiram.
Sementara itu, setiausaha agung kesultanan yang diperkatakan, iaitu Abraham Idjirani berkata, kumpulan itu menolak rayuan Aquino untuk kembali ke Filipina.
Setelah membiarkan pasukan Sulu mengepung selama hampir tiga minggu, pasukan keselamatan Malaysia, yang menunggu untuk mendapatkan satu perintah untuk menangani kumpulan bersenjata itu, dengan tampil di beberapa lokasi strategik di dalam dan di luar sekitar perladangan Felda pada Selasa.
Kerajaan dan pasukan perubatan tentera bersiap sedia bagi menunggu lampu hijau untuk mengusir kumpulan Sulu.
Ditanya sama ada langkah menentang penceroboh Sulu akan dibuat dalam tempoh 24 jam yang akan datang, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar berkata: "Mungkin. Kami bersedia untuk menamatkan pencerobohan ini."
Sibu: Kegembiraan seorang lelaki warga emas meniduri seorang wanita berakhir dengan tragedi apabila dia ditemui mati di atas katil dipercayai sesak nafas akibat serang jantung dalam kejadian di sebuah hotel di bandar ini, semalam.
Berita kematian lelaki berusia 57 tahun itu disedari apabila seorang warga China yang dipercayai wanita ditiduri mangsa mengadu kepada kakitangan sebuah selepas mendapati lelaki itu tidak sedarkan diri pada jam 5 pagi.
Sumber berkata, berikutan itu, pihak hotel menghubungi Hospital Sibu (HS) sebelum anggota paramedik bersama sebuah ambulans tiba untuk menjalankan pemeriksaan ke atas mangsa.
"Pemeriksaan mendapati, mangsa mengalami serangan jantung tiba-tiba sebelum sesak nafas. Mangsa disahkan meninggal dunia di hotel berkenaan sebelum mayatnya dihantar ke HS untuk bedah siasat.
"Daripada maklumat awal diperoleh, mangsa dipercayai melanggan pelacur warga China pada malam sebelum kejadian. Dia menginap di hotel ini semalam (malam kelmarin) dan tidur bersama wanita itu.
"Wanita warga China itu memanggil petugas hotel awal pagi tadi (semalam) selepas mendapati mangsa mengalami kesukaran bernafas," katanya.
Sementara itu, jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu.
Katanya, polis masih menjalankan siasatan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Pasangan terbabit disoal siasat sebelum diserahkan kepada Jaim untuk tindakan lanjut.
ALOR GAJAH - Seorang penggali kubur ditahan berkhalwat bersama kekasihnya selepas diserbu imam, ahli jawatankuasa kampung dan pihak polis di sebuah taman di Sungai Petai, di sini, petang kelmarin.
Serbuan kira-kira jam 4 petang itu yang diketuai Imam 1 Masjid Luqman Al-Hakim, Ismail Maaruf, mendapati pasangan berusia 22 tahun dan 30-an itu berada di ruang tamu rumah sambil menonton televisyen.
Jurucakap polis berkata, semasa memberi salam, seorang wanita keluar sebelum muncul seorang lelaki berseluar pendek.
"Ketika imam melakukan soal siasat, lelaki itu mengaku berduaan dengan kekasihnya.
"Bagaimanapun, lelaki terbabit mempertikaikan tindakan imam menangkap mereka berikutan rumah disewa kekasihnya itu merupakan milik bapa saudaranya yang sudah meninggal dunia," katanya.
Menurutnya, ketika diarahkan ke balai polis berdekatan, lelaki terbabit yang juga penoreh getah cuba memujuk imam supaya melepaskannya sementara wanita berkenaan dipercayai penuntut sebuah kolej di daerah ini berdiam diri.
Katanya, kegiatan sumbang pasangan itu disedari sejak Mei tahun lalu apabila melihat lelaki terbabit kerap keluar masuk dari rumah itu.
Sementara itu, Ismail berkata, pasangan berkenaan diserah kepada Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) untuk tindakan selanjutnya.
KUALA LUMPUR 26 Feb. - Penyiasat persendirian, P. Balasubramaniam dipercayai menerima bayaran lumayan untuk membantu kempen pakatan pembangkang memburuk-burukkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan di seluruh negara.
Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah mendakwa, segala kos berkaitan usaha membawa Balasubramaniam pulang ke negara ini dan berkempen ditanggung sepenuhnya oleh pakatan pembangkang dan Suara Rakyat Malaysia (Suaram).
Bagaimanapun, jelas beliau, butiran terperinci tentang jumlah habuan yang diterima oleh Balasubramaniam tidak dapat didedahkan.
''Saya percaya Balasubramaniam diberi bayaran yang agak besar untuk menjayakan usaha menabur fitnah dan pembohongan terhadap Perdana Menteri dan kerajaan.
''Sudah tentu Balasubramaniam mengharapkan balasan yang setimpal dengan apa yang dia akan lakukan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Balasubramaniam yang sebelum ini bersembunyi di luar negara pernah dikaitkan dengan perancangan pihak tertentu termasuk beberapa pemimpin pembangkang berhubung akuan bersumpah menuduh Najib terlibat dalam kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
Ahli Parlimen Subang, R. Sivarasa dikatakan antara pemimpin Suaram yang berperanan bersama seorang peguam di sebalik akuan bersumpah bagi memfitnah Najib dan perkara tersebut diketahui Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Azwanddin menambah, Balasubramaniam akan diarak ke seluruh negara untuk membaca skrip yang disediakan pemimpin pakatan pembangkang bagi memutarbelitkan pemikiran rakyat.
''Kita juga difahamkan bahawa Sivarasa yang menunggu dan menjemput Balasubramaniam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kelmarin," ujarnya.
Sehubungan itu, beliau meminta pihak berkuasa mengambil tindakan bagi membendung fitnah dan pembohongan yang bakal disebarkan penyiasat persendirian tersebut.
KOTA BHARU 26 Feb— Kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyifatkan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada rakyat sama seperti yang dilakukan oleh Firaun, dipercayai mahu menutup isu kalimah suci Allah.
Bekas Setiausaha Dewan Ulama Pas Kelantan, Wan Ismail Wan Ahmad berkata, isu penggunaan kalimah Allah memberi tamparan hebat kepada Pas apabila keputusan dikeluarkan pemimpin tertinggi pakatan pembangkang menyokong penggunaan kalimah tersebut oleh orang bukan Islam, disanggah Majlis Syura Ulama Pas.
"Isu kalimah Allah perkara berat, selepas Majlis Syura Pas kata kalimah Allah tak boleh diguna oleh bukan Islam, Abdul Hadi patut bawa perkara tersebut kepada mesyuarat tertinggi pakatan pembangkang.
"Abdul Hadi kena tarik balik kenyataan tersebut selepas Majlis Syura buat keputusan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Akhbar hari ini melaporkan Abdul Hadi ketika berucap pada konvensyen pakatan pembangkang di Shah Alam semalam, berkata, usaha kerajaan Pusat melaksanakan pemberian BR1M itu sama dengan Firaun yang disifatkannya turut melaksanakan bantuan yang sama kepada rakyat Mesir ribuan tahun dahulu.
Abdul Hadi dipetik berkata, tindakan Firaun itu telah disebut di dalam al-Quran yang menceritakan kisah Nabi Musa tentang sikap Firaun memperbodoh-bodohkan rakyat Mesir ketika itu.
Wan Ismail yang juga antara pengasas Pas Kelantan turut membidas tindakan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyamakan usaha kerajaan pusat memberi pelbagai bantuan kepada rakyat seolah-olah memberi hampas kelapa, padi dan jerami kepada ayam dan lembu.
Beliau percaya orang ramai tidak boleh menerima kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Besar Kelantan itu. — BERNAMA
Pakatan Rakyat tetap enggan menandatangani Ikrar Integriti Pilihan Raya Transparency International (TI) kerana mendakwa ikrar itu tidak punya kesungguhan berikutan ia juga ditandatangani oleh beberapa individu yang dikaitkan dengan skandal rasuah.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaliknya berkata ikrar tersebut seolah-olah 'membebaskan' pemimpin-pemimpin Barisan Nasional yang korup tanpa dikenakan sebarang tindakan.
"Pertama seperti yang dijelaskan oleh Setiausaha Agung DAP semalam iaitu soal kita menolak tidak timbul tetapi kita mempertikaikan kesungguhan mereka memperkenalkan peraturan ini dan ditandatangani oleh beberapa tokoh yang dikaitkan dengan skandal rasuah besar.
"Jadi apakah dengan menandatangani integriti melepaskan mereka daripada tuduhan rasuah dan kaitan dengan pelbagai skandal PKFZ, NFC atau AES atau Scorpene semua dilepaskan, jadi dia bukan gimik politik, dia isunya adalah isu kesungguhan melaksanakan program dan peraturan bersih dan telus," katanya pada sidang medianya hari ini.
Itu laporan dari Antarapos yang memaklumkan mengenai keenganan DS Anwar dan wakil PR yang lain untuk bersikap jujur di dalam PRU13 yang akan datang.
Namun lain pula anak sulungnya Nurul Izzah yang tiba-tiba 'menderhaka' kepada papanya apabila beliau turut menandatangani ikrar berkenaan.
Laporan Keadilandaily pula memetik DS Anwar sebagai berkata sesiapa yang menadatangani ikrar tersebut hanyalah pemimpin yang menyokong rasuah.
Astaga...Nurul Izzah kini menyokong rasuah? Shame on her...
KUALA LUMPUR 26 Feb. - Kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng kononnya parti itu memperjuangkan Islam dianggap sesuatu yang melucukan dan hanya sandiwara demi meraih undi orang Melayu.
Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata, beliau tidak faham kenapa Guan Eng sanggup membuat kenyataan itu sedangkan tindak-tanduk DAP sebelum ini jelas 'melukakan' perasaan umat Islam termasuk berhubung isu kalimah Allah.
"Mustahil DAP perjuangkan Islam. Semua itu pembohongan demi memancing undi orang Melayu. Saya juga tidak faham bagaimana pemimpin-pemimpin Pas boleh mendiamkan diri dan membiarkan Guan Eng bercakap sesuka hati tentang Islam.
"Saya rasa sungguh lucu dan marah dengan kenyataan 'bodoh' Guan Eng, nampaknya sekarang orang bukan Islam pun boleh perjuangkan Islam di negara ini. Hebat sungguh," katanya secara sinis ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Retorik murahan DAP
Beliau menegaskan, DAP tidak akan sesekali memperjuangkan Islam dan kebajikan orang Melayu sebaliknya parti itu lebih bersifat cauvinis dan perkauman.
"Mana mungkin DAP memperjuangkan nasib Islam? Selama ini mereka juga yang bermati-matian menentang pelaksanaan hukum hudud. Baru-baru ini, Guan Eng sengaja mengeluarkan kenyataan berkaitan penggunaan kalimah Allah yang akhirnya menyebabkan pemimpin Islam di negara ini bercakaran antara satu sama lain.
"Jangan percaya retorik murahan seperti ini, mereka hanya pandai bercakap. Apa bukti mereka memperjuangkan Islam? Yang saya tahu, mereka lebih banyak melukakan perasaan kami," tegasnya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas ucapan Guan Eng semalam pada konvensyen pakatan pembangkang di Shah Alam yang menegaskan bahawa DAP juga berperanan menegakkan Islam di negara ini.
Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang turut menyangkal dakwaan pihak-pihak tertentu yang menyatakan DAP menghina atau anti-Islam sedangkan parti itu menegakkan agama Islam seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
You are subscribed to email updates from Pilihan Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Exco pemuda Umno Tun Faisal Ismail Aziz mempertahankan kursus Biro Tata Negara (BTN) yang dianggapnya sebagai medan terbaik untuk pelajar universiti melontarkan pandangan kritikal terhadap polisi kerajaan.
Ketua unit media baru Umno itu berkata pandangannya itu berdasarkan penglibatannya dalam gerakan mahasiswa sewaktu menuntut dalam jurusan farmasi di Universiti Sains Malaysia pada awal 90-an.
"Kami adalah antara mahasiswa yang kritikal dahulu. Tempat yang paling kita suka jadi kritikal adalah kursus BTN sebab kita nak uji siapa punya provokasi lagi kuat, kita atau pegawai BTN," katanya.
Beliau seterusnya menggesa mahasiswa agar mengambil contoh dan menjadikan kursus BTN sebagai wadah untuk mencabar idea-idea mereka sendiri di samping bersikap kritikal dan mendapat pemahaman lebih mendalam tentang dasar kerajaan.
"Inilah tempat dasar-dasar kerajaan diceritakan untuk mahasiswa yang tak percaya atau tak yakin atau ada keraguan.
"Inilah tempat yang sebaik-baiknya untuk kita jadi kritikal. Kita tak kisah pun dilabelkan pembangkang atau tidak," katanya dalam satu program wacana anjuran Sinar Harian di Shah Alam petang ini.
Turut berkongsi pendapat sama dengan Tun Faisal adalah pengamat politik dan pensyarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Azmi Hassan.
Tenaga pengajar di kursus BTN itu berpandangan bahawa program tersebut adalah medium terbaik untuk kerajaan menerangkan polisi-polisi mereka kepada mahasiswa.
"Kalau kerajaan nak mengadakan BTN, biarkan mereka adakan BTN, itu hak kerajaan.
"Tetapi pelajar boleh berfikir ke mana arah tuju mereka," katanya turut menjangka bahawa Pakatan Rakyat akan turut menggunakan BTN untuk menerangkan dasar mereka sekiranya menjadi kerajaan.
"BTN jangan kita kaitkan dengan parti pemerintah, kita kaitkan dengan kerajaan pada hari itu. BTN menerangkan dasar-dasar kerajaan pada hari itu.
"Katakan kalau Pakatan memerintah Putrajaya pada masa hadapan, mereka juga akan melakukan perkara yang sama. Ini bukan perkara yang pelik," katanya.
Turut serta dalam wacana bertajuk 'Kuasa Politik Mahasiswa' petang ini ialah Pengarah komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad, timbalan presiden Majlis Belia Malaysia, Muammar Ghadafi Jamal dan presiden Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung, Azan Safar.
Transformasi politik yang dibawa kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak dengan meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) telah meningkatkan kuasa politik mahasiswa menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), kata bekas aktivis mahasiswa, Tun Faisal Ismail Aziz.
Menurut beliau, dengan pindaan yang dibuat menggambarkan keterbukaan kerajaan untuk memberi kesamarataan dalam sistem demokrasi kepada rakyat termasuk mahasiswa.
Beliau berkata, mahasiswa pada masa kini bebas untuk berpolitik secara terbuka, sekali gus mendapat peluang untuk menjadi calon pada pilihan raya umum ini.
Namun, Tun Faisal berkata, kebebasan yang diberikan perlu diiringi dengan panduan supaya tidak menimbulkan sebarang perkara tidak diingini.
"... kita bagi ruang untuk mereka bebas berpolitik, tapi perlu ada juga yang menjadi panduannya. Kita bagi kepercayaan kepada pelajar, ini menjadi medan terbuka kepada mahasiswa untuk memberi sokongan secara terbuka dan menjadi calon PRU13," katanya dalam satu forum di Shah Alam tadi.
Pada 19 April tahun lepas, Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2012, yang membenarkan penuntut universiti terbabit dalam politik dan memegang jawatan dalam persatuan serta pertubuhan di luar kampus.
Mengulas lanjut, Tun Faisal yang juga Pengerusi Unit Media Baru (UMB) UMNO berkata, tranformasi politik membabitkan pindaan Auku tidak menghalang kebebasan berpolitik, tetapi memberi panduan dan mengelakkan sifat partisan di kalangan pengajar serta mahasiswa di institut pengajian tinggi.
Tun Faisal juga berkata, parti politik boleh mengambil kesempatan terhadap mahasiswa untuk menjadikan mereka sebagai tonggak dalam pergerakkan parti pada PRU13.
"... transformasi tak menghalang pelajar berpolitik, tapi kita tak mahu ada budaya partisan dalam kampus termasuk pensyarah dan mahasiswa.
"Keterbukaan atau kebebasan ini juga akan memberi peluang kepada parti politik menjadikan mahasiswa sebagai tonggak utama mereka pada pilihan raya kali ini," katanya.
Selain Tun Faisal, barisan panel forum Wacana Sinar Wacana Sinar bertajuk Kuasa Politik Mahasiswa di terdiri daripada Timbalan Presiden Majlis Belia Malaysia, Muammar Ghadafi; Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad; penganalisis politik, Prof Dr Azmi Hassan dan Presiden Gabungan Mahasiswa Islam (Gamis), Azan Safar.
Sementara itu, Timbalan Presiden Majlis Belia Malaysia, Muammar Ghadafi menyangkal sama sekali dakwaan sesetengah pihak yang melabel golongan muda terutamanya mahasiswa mengikut parti dan "bendul."
Menurutnya, label tersebut sebagai tidak adil kepada mahasiswa.
"Adalah tidak adil kita memberi label pada mahasiswa itu. Sama ada dia ini pakatan (Pakatan Rakyat) atau dia ini barisan (Barisan Nasional). Menurut kajian, pola kecenderungan orang muda adalah terhadap parti yang ada asas kukuh dan calon pula dipilih yang benar-benar telus serta boleh harap.
"Jadi, untuk mengatakan siswa ini sokong BN atau PR tak adil. Adalah tidak adil untuk kita meletakkan label mahasiswa... semua pakatan, semua kerajaan kerana mereka bersifat intelektual," katanya.
Katanya, mahasiswa membangkang atau menyokong sesuatu isu atas dasar ilmu bukan kerana menyokong mana-mana pihak.
"Apabila mereka membangkang, tak semestinya mereka duduk dalam pembangkang. Apabila mereka menyokong bukan kerana mereka penyokong. Mereka menyokong atau membangkang atas dasar ilmu itu sendiri.
"Kalau tajuk itu beri kesan yang baik kepada negara contohnya, dasar-dasar kerajaan yang membawa perkara yang baik kepada siswa sudah pasti mereka akan menyokong, tidak kira haluan kiri atau kanan.
"Saya percaya ia berlaku di kampus. Jadi, tak tepat (label) kerana mereka mempunyai pemikiran yang lebih," katanya.
Ketika moderator menyifatkan mahasiswa sebagai lemah dan bendul, Muammar membidas kenyataan tersebut.
"Saya terpaksa untuk tidak setuju dengan kenyataan Prof (moderator) yang menyatakan siswa ini lemah, bendul. Pertama kita kena tengok kenapa topik ini menjadi begitu hangat?... kerana mahasiswa ini mempunyai satu nilai ilmu.
"Komen daripada mana-mana pihak yang mengatakan mereka ini lesu saya sangat tidak setuju. Saya cukup terasa apabila Prof mengatakan mahasiswa kita lesu, lemah. Kita ada banyak contoh. Tidak kira mereka menyokong atau tidak kerajaan. Mereka bergiat aktif, begitu lantang bersuara menyatakan pandangan mereka," katanya.
Menutup bicaranya, Muammar akui malu dengan tindakan sesetengah pihak yang mencemarkan status mahasiswa sebelum ini.
"Saya malu dengan kelakuan sesetengah pihak sebelum ini. Mahasiswa (sepatutnya) tahu mana baik dan mana buruk.
"Mereka ada nilai ilmu, jadi, apabila nilai ilmu itu hilang, maka akan hilanglah keistimewaan sebagai mahasiswa... masyarakat pandang rendah pada mahasiswa," katanya.-26/2/2013
Pakatan Rakyat telahpun membentangkan manifesto mereka dalam Konvesyen Pakatan Rakyat yang berlangsung di Shah Alam pada hari ini.
Penelitian ringkas yang dibuat menunjukkan bahawa manifesto tersebut tidak ada yang baru. Semuanya memang telah diwar-warkan dan menjadi pengetahuan umum sejak dari awal-awal lagi. Ianya dibuat sebagai tawaran untuk memujuk rakyat supaya berpaling kepada Pakatan Rakyat dalam PRU ke 13.
Yang jelasnya beberapa perkara dapat disimpulkan seperti berikut :
Manifesto yang dibentangkan tidak mengambil kira langsung keberlangsungan umat Melayu sebagai umat pribumi dan perlaksanaan syariat Islam seperti yang tertanam di hati sanubari ahli dan penyokong PAS. Amat jelas samada disedari oleh pimpinan-pimpinan tertinggi PAS ataupun tidak, manifesto ini merupakan satu pendekatan tersembunyi untuk menukar imej PAS yang sebelum ini tegak dengan Islam dan Melayunya supaya menerima hakikat "Malaysian Malaysia", "samarata" dan "samarasa".
Manifesto tersebut tidak memberi penjelasan langsung rangka kerja mengagungkan Islam dan memartabatkan bangsa Melayu. Bangsa Melayu yang masih serba serbinya ketinggalan terutamanya di bidang ekonomi dan penguasaan kekayaan negara seharusnya perlu terus menerima asuhan, bimbingan, galakan dan pakej bantuan menyeluruh bagi melonjakkan pencapaian mereka supaya menjadi bangsa bermaruah yang mampu bersaing diperingkat nasional mahupun global bila Malaysia menjadi negara maju nanti.
Manifesto Pakatan Rakyat mengenepikan langsung pembangunan keinsanan dan kerohanian. PAS sebagai salah sebuah parti Islam yang kini merupakan salah sebuah parti komponen Pakatan Rakyat biasanya mengutarakan konsep insan sepadu yang mesti dibangunkan seutuhnya. Ini bermakna di samping kemajuan material, pembangunan seharusnya menekankan aspek mental dan intelektual terutamanya spiritual yang akan menjamin lahirnya masyarakat yang seimbang pembangunannya. Sementara di peringkat individu seimbang juga syaksiah keperibadiannya. Rakyat sedemikianlah yang di harap mampu menjelmakan konsep "Baldatun Tayyibatun Warabbun Ghaffur" seperti yang disebut berulang kali oleh pimpinan PAS.
Apa yang ditawarkan pada analisa akhirnya lahirlah manusia-manusia yang teguh kedudukan material yang lazimnya mudah menonjolkan sifat-sifat keangkuhan, kesombongan dan kebongkakan demi mengejar "superiority material". Akhirnya segelintir rakyat mungkin boleh mencapai kelebihan material itu dengan menidakkan sebahagian besar masyarakat yang merupakan kelompok majoriti yang tidak mempunyai persediaan untuk sama-sama merebut peluang material yang ada di hadapan mereka.
Kita sudah menyaksikan bagaimana masyarakat barat melalui proses untuk mencapai tahap kemajuan dan kesejahteraan material seperti yang dibangga-banggakan. Atas tekanan material semata-mata akhirnya masyarakat dibebani dengan berbagai penyakit masyarakat samada yang timbul daripada masyarakat itu sendiri atau yang diimport daripada luar.
Rata-ratanya masyarakat tidak mempunyai benteng pertahanan untuk mempertahankan keutuhan nilai-nilai sosio budaya, akhlak, budi pekerti dan tata susila dan kekuatan dalaman yang sangat diperlukan untuk menongkah cabaran abad yang berikutnya.
Seperti yang di ulas panjang lebar sebelum ini tawaran-tawaran yang dikemukakan tidak lebih daripada janji-janji kosong setakat untuk menggamit keyakinan pengundi untuk memilih Pakatan Rakyat dalam PRU ke 13. Yang paling mudah bagi mereka nanti bila sampai masanya bila janji-janji dituntut oleh rakyat, dengan mudah mereka akan mengatakan "manifesto bukan satu perjanjian". Ini menggambarkan bahawa kalimat-kalimat dalam manifesto itu tidak lebih lebih daripada sususan ayat-ayat yang disalut dengan gula-gula manis untuk memikat hati rakyat. Bila sampai masanya mereka mencari seribu dalih memberi justifikasi mengapa manifesto tersebut tidak dapat dilaksanakan.
Para penganalisa politik sehinggi kini menyebutkan bahawa tawaran Pakatan Rakyat dalam konteks pembangunan sebuah negara seperti Malaysia dapat disamakan seperti mimpi disiang hari. Pakar-pakar ekonomi pula menghujahkan seandaianya sebahagian apa lagi kesemua butiran-butiran manifesto itu hendak dilaksanakan, Malaysia akan terjerumus ke dalam kancah negara muflis. Ketika itu pihak yang menawarkan bintang dan bulan tersebut mudah mencuci tangan sebaliknya rakyatlah yang akan menanggung bahana dan derita yang mungkin berpanjangan hingga ke beberapa generasi yang akan datang.
Bagi mereka yang belum mempunyai pengalaman mengurus dan mentadbir sebuah negara, tawaran-tawaran yang dibuat lebih mudah untuk dinukilkan. Sebaliknya kepada pihak yang sudah berpengalaman mengurus negara sudah tentu mengambil kira berbagai faktor terutamanya faktor boleh atau tidak boleh tawaran itu dilaksanakan. Kita belum melihat tawaran daripada BN lagi. Seandainya BN juga dalam masa terdekat ini dapat mengemukakan manifesto mereka, maka bolehlah rakyat membuat penelitian dan mengambil satu posisi terhadap kedua-dua manifesto tersebut. Barulah rakyat boleh menilai yang mana yang lebih munasabah dan yang mana yang boleh dipercayai serta yang mana yang mempunyai kredibiliti untuk diberi mandat di dalam PRU ke 13 nanti.
Setakat yang dapat kita saksikan di negeri-negeri dalamana Pakatan Rakyat diberi peluang oleh rakyat untuk mentadbirnya, fakta-fakta menunjukkan bahawa sebahagaian yang dijanjikan dalam manifesto untuk masing-masing negeri tidak berjalan seperti yang diharapkan. Harga rumah yang rata-ratanya melambung tinggi menjadi penyebab orang-orang Melayu di Pualu Pinang dan Selangor keluar mencari tempat kediaman di kawasan-kawasan pinggiran bandar, luar bandar dan kawasan terpencil menghampiri hutan simpan yang mampu dimiliki sesuai dengan pendapatan isi rumah mereka.
Seperkara lagi bagi Pakatan Rakyat mereka boleh janjikan apa sahaja. Lantaran kemungkinan untuk memenangi Putrajaya masih jauh daripada yang diangan-angankan. Oleh itu tektik yang paling mudah tawarkanlah apa sahaja. Beri rakyat bulan dan bintang. Manalah tahu, kalau ada di antara rakyat yang boleh terpengaruh dengan janji-janji politik yang ditaburkan oleh pemimpin-pemimpin Pakatan yang terkenal lunak dan bijak mengabui mata dan minda rakyat.
Hanya rakyatlah yang semestinya bijak. 55 tahun kita merdeka, sepatutnya tidak ada golongan rakyat di Malaysia yang masih boleh digula-gulakan. Tidak ada lagi golongan rakyat di negara ini yang sanggup diperkotak-katikkan kebolehan minda dan kebijaksanaan membuat keputusan. Rakyat Malaysia sudah dimasukkan ke dalam kumpulan rakyat yang berpendidikan. Rakyat yang boleh menentukan masa depan untuk diri, keluarga, masyarakat dan negaranya sendiri.
Dua hari lepas, lima tahun yang lalu, lebih tepat lagi lagi pada 25/02/2008, DAP mencadangkan supaya setiap keluarga yang menerima gaji kurang RM6,000 sebulan diberikan bonus RM6,000 setahun bagi mengurangkan beban kewangan mereka.
Ketika mengumumkan manifesto DAP peringkat nasional di Pulau Pinang pada hari itu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, menjadi tanggungjawab kerajaan memberikan bantuan tersebut berikutan penderitaan rakyat akibat tekanan inflasi dan kenaikan harga barang. Pada hari berkenaan DAP telah melancarkan manifesto Pilihan Raya Umum Ke-12 dengan tema 'Malaysia Boleh Lebih Baik Lagi!'.
Dengan manifesto bukan janji berkenaan dan banyak lagi janji yang telah ditaburkan oleh DAPig, DAPig telah berjaya merampas Pulau Pinang daripada Barisan Nasional. Semenjak 2008, DAPig berjaya menubuhkan Kerajaan di Pulau Pinang. Sudahkah janji di atas tertunai? CTS yakin, Rakyat Pulau Pinang dan Rakyat Malaysia sudah lupa janji-janji berkenaan.
Senang-senang mereka menaburkan manifesto bukan janji, samalah perangai buruk seperti rakan-rakan sebantal mereka, PAS dan PGayR. Pada tarikh yang sama lima tahun kejadian di atas berlalu, iaitu pada 25/02/2013 orang yang sama, Lim Guan Eng beserta bapanya Lim Kit Siang kembali ke pentas Pakatan Haram untuk menabur janji-janji terbaru. Apakah Rakyat Malaysia akan bakal ditipu lagi?
Lihatlah dua wajah orang-orang Melyu Islam serta biodata mereka. Kedua-dua Melayu Islam ini akan memberi ceramah di Dewan Gereja St Peter Melaka pada 03 Mac 2013. Cermah di gereja ini adalah anjuran Catholics Graduates Movement Of Malaysia. NGO ini bergiat aktif di dalam memperjuangkan kebebasan beragama dan membantu mana-mana Umat Islam untuk murtad. Ironinya, kedua-dua anak muda ini adalah penyokong kuat Pakatan Haram terutamanya PGayR.
Sadis! Cukup sadis! Ini sahajalah sambutan yang diberikan oleh Rakyat Machang dan Ketereh di Kelantan dalam ceramah Ketua Umum PGayR semperna Siri Ceramah Jelajah Kelantan semalam. Sekecil-kecil dewan tempat ceramah diadakan tidak penuh. Hadirin dan hadirat yang datang terpaksa duduk bersila di atas lantai untuk menampakkan kehadiran yang penuh. Sudahlah kehadiran Anwar Ibrahim di Kelantan disulami dengan banjir yang tidak diduga sejak tengah hari, sambutan Rakyat pula dingin di malam hari.
Tetamu penceramah seperti Anwar Ibrahim, Saifuddin Nasution dan Jeneral Bersara yang rakus hendak bertanding di dalam PRU13, iaitu Dato Jeneral (B) Abdul Ghafir senang enak duduk di sofa empuk. Sedangkan hadirin penonton yang hadir hanya duduk di lantai. Nampak seperti antara dua darjat. Mungkin inilah ciri-ciri pemimpin berjiwa Rakyat? Agaknya kalau begini sambutan Rakyat Kelantan kepada Pemimpin Pakatan Haram nombor 1, dapatkan Kelantan dipertahankan di dalam PRU-13?
Memang terbaik ceramah agama ni! Memang terbaik dan penuh dengan pengisian agama. Hidayah dari Allah boleh terus datang kalau korang dengar ceramah agama ni..silap-silap, boleh terus dapat tiket ke syurga...
Korang pernah dengar ceramah agama ni tak? Aku rasa, tentu ramai yang dah tengok dan dapat tiket masing-masing, kan? Saja je aku siarkan untuk orang-orang UMNO tengok. Bukan apa...orang UMNO belum dapat tiket lagi...heh!
Tapi yang peliknya, penganut agama PAS tak pernah pulak siarkan ceramah ni kat Harakahdaily ke.. Kat blog depa langsung takdak. Patutnya, video cam ni la yang patut depa siarkan. Bukan apa.. untuk kesedaran umat Islam jugak...kan? Heh!
Nak tengok video rakaman ceramah tu? Tengok kat bawah ni...lepas tu boleh pegi jumpa Pok Nik Ajis untuk dapatkan tiket masing-masing...heh!
"The intrusion occurred just as former Malaysian leader Datuk Seri Anwar Ibrahim, also Pakatan Rakyat de facto leader, proposed that Sabah be granted autonomy." - Manila Post
OOooooo..Ini kerjanya Anwar Berahim masa jadi TPM dulu? Dia pergi ke Filipina dan suruh orang kat sana datang berhijrah beramai-ramai ke Sabah? Kononnya dia boleh kasi kad pengenalan dan warganegara pada depa?
Tu diaaa..!!! Kalau la Manila Post tak dedahkan, aku rasa sampai mati la rakyat kat negara ni tak tahu operasi hitam Anwar masa dia jadi TPM dulu.
Mujurlah Allah SWT takdirkan dia kantoi "main belakang" dan dipecat dari semua jawatannya. Kalau tidak, dah tentu lebih ramai rakyat asing yang bermaharajalela kat Sabah. Dia yang buat "taik", tapi dia tuduh pulak pemimpin BN...Pui..!!!
Keji betul perangai Anwar. Orang macam tu ke yang PAS nak lantik jadi PM? Orang lagu tu ke? Cehhhh..!!! Buang karan..!!!
Apa yang dia buat kat Filipina tu? Cari "Filipina Dolls" ke? Heh!
KHAMIS lalu, apabila pihak polis menyatakan bahawa rundingan telah tamat, dan penceroboh bersedia untuk pulang, akan tetapi akan berjumpa "personaliti tertentu" terlebih dahulu; mungkin terungkai melalui penjelasan berikut DISINI sama-samalah pembaca menilai fakta dan auta tulisan itu.
Melihat kepada berlarutannya pencerobohan itu, mungkin juga tulisan seperti yang dilampirkan mempunyai kebenaran.
Disebabkan pasukan keselamatan Malaysia mengambil jalan perundingan, maka pihak penceroboh mengambil kesempatan, apatah lagi tindakan mereka bukan sahaja mendapat perhatian daripada segenap pemimpin negara akan tetapi juga kerajaan Filipina termasuk Presiden negara itu.
Rancangan penceroboh pada awalnya hanya datang kerana memuktamadkan suatu perjanjian, akhirnya berkembang kepada soal tuntutan ke atas Sabah yang telah merupakan sejarah lebih 500 tahun lalu.
Kini, pasukan keselamatan negara berada dipersimpangan, sedangkan tempoh yang diberikan kepada penceroboh untuk meninggalkan tanah Sabah akan berakhir bila-bila masa daripada sekarang.
Bagi AYT apapun muslihat disebalik pencerobohan ini, pasukan keselamatan perlu bertindak, kerana jika tidak kejadian serupa tiada jaminan tidak berulang lagi.
WALAUPUN malam, tetapi sinar bulan yang terang, akan menerangi Kg Tanduo, Lahad Datu. Kedua belah pihak hanya berbaki kira-kira enam jam lagi, samada penceroboh bersedia untuk dihantar pulang atau berdepan dengan dentuman senjara automatik.
Jala besar mungkin digunakan untuk tujuan melumpuhkan penceroboh dan agar mudah ditangkap, jika pertumpahan darah ingin diminimakan.
Kapal Filipina yang bertujuan kemanusian, yang sedang berlabuh, juga "on standby mode" untuk bergerak mengangkut mereka yang tercedera.
Dalam keadaan ini, tiada jaminan tiada nyawa yang melayang. Bagi pasukan keselamatan negara, perlu bertindak, kerana bukan sahaja maruah pasukan keselamatan tetapi juga negara.
PIHAK pasukan keselamatan negara bersiap sedia menamatkan pencerobohan lebih 100 orang tentera sulu di Kg Tanduo Lahad Datu yang diketuai oleh adik Sultan Jamalul Kiram III, Rajah Muda Agbimuddin Kiram.
Sejak semalam, Timbalan Ketua Polis Negara-Tan Sri Khalid Abu Bakar telah berada di Lahad Datu, untuk mengetuai operasi penamatan pencerobohan tentera sulu itu.
Laporan diterima dari berbagai pihak menyatakan, bahawa kumpulan itu enggan meninggalkan kawasan di mana mereka berkampung, dan menolak rayuan Presiden Filipina untuk pulang secara selamat ke Filipina.
Kumpulan itu bersedia diserang dan menurut Agbimuddin hanya Sultan Kiram yang boleh mempengaruhi kumpulannya untuk beredar daripada tanah Sabah.
Masa 12 jam daripada sekarang adalah masa-masa krtikal, kerana pihak pasukan keselamatan negara hanya menunggu arahan untuk bertindak.
Apa yang berlaku mulai sekarang sehingga tengah malam ini, di mana tempoh terakhir diberikan kepada penceroboh itu untuk meninggalkan tanah Sabah. sama-sama kita tunggu.
APA yang menarik berhubung pencerobohan tentera sulu ke atas Lahad Datu, adalah Pasukan keselamatan kita masih malu bertindak, kerana mereka berhadapan dengan kumpulan yang bersenjata. Berlainan, jika mereka berhadapan dengan kumpulan atau perorangan, dengan ligat mengambil tindakan.
Tempoh yang mereka berikan terhadap penceroboh yang pernah dilanjut sehingga tiga kali, sudah berakhir tengah malam tadi, namun belum ada tanda-tanda penceroboh akan meninggalkan Kg Tanduo, 130 km daripada Pekan Lahad Datu.
Pada malam 12 Februari lalu, lebih 100 orang yang memanggil kumpulan mereka Tentera Sulu telah menceroboh Lahad Datu.
Sementera menunggu apa tindakan seterusnya daripada pihak keselamatan negara, kita teruskan mengetui cerita disebalik pencerobohan Lahad Datu.
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) tetap menafikan dakwaan sebagai dalang kepada pencerobohan kumpulan bersenjata di Lahad Datu, Sabah, walaupun akhbar Filipina, Manila Times, melaporkan beliau turut terlibat dalam perancangan tersebut .
Menurut Laporan Manila Times pada tarikh 16 Februari, Koresponden Mindanou, Jacinto, memberitahu, Sultan Muhammad Fuad Kiram I, mendakwa Malaysia menduduki Sabah secara haram dan Sabah merupakan milik Kesultanan Sulu hingga hari ini.
"Pencerobohan tersebut berlaku setelah bekas pemimpin Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga pemimpin de facto Pakatan Rakyat (PR) mencadangkan Sabah akan diberikan autonominya kepada pemerintahan kesultanan Sulu," kata Jacinto.
Laporan tersebut turut menjelaskan kerajaan Malaysia dan Filipina kini dalam tempoh rudingan secara aman bagi menyelesaikan kemelut yang melanda kedua-dua negara.
Sebelum ini, Anwar yang juga Penasihat Ekonomi Selangor melalui media Selangorku mendakwa UMNO sengaja menunding jari ke atasnya dan mendakwa Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail bersekongkol dengan UMNO bersama Keluarga Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.
"Menteri Dalam Negeri (Datuk Seri Hishammuddin) dan Menteri Pertahanan (Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi) begitu lambat sekali memberikan reaksi. Seolah-olah wilayah Lahad Datu atau Sabah boleh dikepung oleh orang asing dan kita tidak boleh berbuat apa-apa melainkan berunding.
Beliau turut mendakwa pihak UMNO dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sengaja mengalih pandangan kepadanya dan ianya merupakan 'momok' politik kerajaan pusat.
Dalam laporan lain, Bekas pimimpin Filipina Margarita Cojuangco dari wilayah Tarlac menafikan dakwaan beliau dan suaminya Jose Cojuangco menghasut Sultan Sulu, Sultan Jamalul Kiram ke 3 supaya menakluk kembali Sabah.
Beliau bersama beberapa lagi pemimpin Moro National Liberation Front (MNLF) di dakwa menjadi penghasut Sultan Jamalul Kiram dalam hal itu.
Amboi sakan betul artis yang bergelar Janda ini bila dah bercerai dengan suami .
Penyanyi yang terkenal lagu Elegi Sepi , Azharina Azhar telah melakukan tranformasi seperti gaya artis Hollywood bila memakai fesyen berkemban cukup seksi .
Dua hari lepas, lima tahun yang lalu, lebih tepat lagi lagi pada 25/02/2008, DAP mencadangkan supaya setiap keluarga yang menerima gaji kurang RM6,000 sebulan diberikan bonus RM6,000 setahun bagi mengurangkan beban kewangan mereka.
Ketika mengumumkan manifesto DAP peringkat nasional di Pulau Pinang pada hari itu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, menjadi tanggungjawab kerajaan memberikan bantuan tersebut berikutan penderitaan rakyat akibat tekanan inflasi dan kenaikan harga barang. Pada hari berkenaan DAP telah melancarkan manifesto Pilihan Raya Umum Ke-12 dengan tema 'Malaysia Boleh Lebih Baik Lagi!'.
Dengan manifesto bukan janji berkenaan dan banyak lagi janji yang telah ditaburkan oleh DAPig, DAPig telah berjaya merampas Pulau Pinang daripada Barisan Nasional. Semenjak 2008, DAP berjaya menubuhkan Kerajaan di Pulau Pinang. Sudahkah janji di atas tertunai? Aku yakin, Rakyat Pulau Pinang dan Rakyat Malaysia sudah lupa janji-janji berkenaan.
Senang-senang mereka menaburkan manifesto bukan janji, samalah perangai buruk seperti rakan-rakan sebantal mereka, PAS dan PKR. Pada tarikh yang sama lima tahun kejadian di atas berlalu, iaitu pada 25/02/2013 orang yang sama, Lim Guan Eng beserta bapanya Lim Kit Siang kembali ke pentas Pakatan Haram untuk menabur janji-janji terbaru. Apakah Rakyat Malaysia akan bakal ditipu lagi?-Tok Guru. ** Banyak lagi Manifesto Bukan Janji DAP pada PRU12 tidak ditunaikan di P.Pinang ..
Kira-kira 100 ahli Pas dari Kampung Pening Lalat, Gual Tokdeh dekat sini, bertindak drastik menyertai UMNO selepas kecewa dengan sikap pemimpin parti itu yang disifatkan semakin bongkak.
Borang keahlian mereka diserahkan kepada Ketua UMNO Bahagian Rantau Panjang, Datuk Abdullah Mat Yasim dalam Majlis Selamat Tinggal Pas di kampung tersebut malam tadi.
Ahli Pas, Yaacob Mahmood, 78, berkata, dia mengambil keputusan menyertai UMNO kerana berasa terhina dengan kenyataan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyamakan bantuan Kerajaan Pusat seperti memberi makan ayam dan lembu.
"Nik Abdul Aziz sendiri pernah mengajar supaya terima apa sahaja yang diberikan UMNO. Tapi sekarang lain pula. Itu tidak mengapa, tetapi kalau sampai tahap menghina begini, saya tidak boleh terima. Kami ini manusia bukan haiwan.
"Sejak 22 tahun Pas memerintah juga, tidak ada sebarang hasil pun yang kami dapat. Tapi UMNO tidak pernah abaikan kami meskipun tahu kami penyokong tegar Pas," katanya ketika ditemui dalam majlis tersebut.
Seorang lagi penyokong Pas, Rosanah Yaacob, 47, memberitahu, dia tidak pernah mengundi UMNO kerana menganggap Pas sebagai parti Islam mampu memberi kesejahteraan kepada rakyat di dunia dan akhirat.
Namun, katanya, tanggapan itu meleset kerana prinsip Pas semakin berubah sejak bersekutu dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sehingga sanggup menggadai akidah orang Islam terutamanya dalam isu kalimah Allah.
"Sekarang mereka nampak sangat angkuh. Nik Abdul Aziz tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan menghina terhadap sesama manusia apatah lagi beliau sendiri tidak memberi apa-apa bantuan kepada rakyat," katanya. - UTUSAN
PRU13 Pakatan Rakyat Pulau Pinang akan kekal berpegang pada formula agihan kerusi pada 2008 di mana DAP bertanding 19 kerusi negeri, PKR (16) dan PAS (5) untuk berdepan Umno yang bakal bertanding 15 Umno, Gerakan (13), MCA (10) dan MIC dua kerusi. Ia bagi mengelak sebarang kemungkinan konflik dalam gabungan tersebut, sebagaimana yang berlaku dalam Pakatan di Johor baru-baru ini di mana pemimpin DAP dan PKR bertelagah secara terbuka kerana berebut kerusi yang bertindih. "Kami akan kekalkan status quo di Pulau Pinang," kata . Pengarah Pilihan raya DAP Pulau Pinang, Ng Wei Aik (kanan), sambil menambah bahawa keputusan itu adalah muktamad dan menolak sebarang kemungkinan berlaku konflik berkaitan dengannya. Bagaimanapun, DAP tidak mengambil mudah pilihan raya umum kali ini, dengan Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berterusan mengingatkan semua pihak supaya bersiap sedia untuk berdepan dengan serangan lawan. Kebimbangan Lim adalah munasabah, terutama dengan laporan penilaian dalaman BN yang menunjukkan ia sudah 90 peratus bersiap sedia untuk merebut kerusi yang majoriti pengundi Melayu. Terdapat 40 kerusi Dewan Undangan Negeri di Pulau Pinang, di mana 29 dimenangi Pakatan. Sekiranya DAP dapat mengekalkan semua 19 kerusi yang dimenanginya sebelum ini, maka Pakatan memerlukan PKR dan PAS menyumbang dua lagi kerusi untuk kekal berkuasa di negeri itu. Persoalan yang lebih besar ialah sama ada Pakatan akan dapat mengekalkan majoriti dua pertiga, iaitu sekurang-kurangnya 27 kerusi. Difahamkan, kajiselidik dalaman Pakatan juga menunjukkan bahawa ia mungkin mampu meraih hanya 25-30 peratus undi Melayu yang diharapkannya, meletakkan ia pada risiko kehilangan kerusi majoriti Melayu dan kerusi pengundi bercampur, yang kebanyakannya dipegang oleh PKR dan PAS.
"Ini adalah kerana (BN) sedang memainkan isu perkauman di Pulau Pinang," kata Lim. merujuk kepada dakwaan Umno bahawa kerajaan negeri dan DAP telah meminggirkan orang Melayu dan kedudukan Islam terancam oleh kewujudan mereka.
Kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng kononnya parti itu berperanan memperjuangkan agama Islam di negara ini adalah retorik murahan demi memancing undi masyarakat Melayu pada Pilihan Raya Umum Ke-13, kata bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim.
Beliau menegaskan, DAP tidak akan sesekali memperjuangkan Islam dan kebajikan orang Melayu sebaliknya parti itu lebih bersifat cauvinis dan perkauman.
"Mana mungkin DAP memperjuangkan nasib Islam? Selama ini mereka juga yang bermati-matian menentang pelaksanaan hukum hudud. Baru-baru ini, Guan Eng sengaja
mengeluarkan kenyataan berkaitan penggunaan kalimah Allah yang akhirnya menyebabkan pemimpin Islam di negara ini bercakaran antara satu sama lain.
"Jangan percaya retorik murahan seperti ini, mereka hanya pandai bercakap. Apa bukti mereka memperjuangkan Islam? Yang saya tahu, mereka lebih banyak melukakan perasaan kami," tegasnya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas ucapan Guan Eng semalam pada konvensyen pakatan pembangkang di Shah Alam yang menegaskan bahawa DAP juga berperanan menegakkan Islam di negara ini.
Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang turut menyangkal dakwaan pihak-pihak tertentu yang menyatakan DAP menghina atau anti-Islam sedangkan parti itu menegakkan agama Islam seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. - UTUSAN
Bukan main lagi macai2 Pakatan meroyan macam kena sawan gara -gara video Bangkang Dari Longkang lakonan Salleh Yaacob bersama Nabil.
Bila GPB baca komen2 macai PR di Sinar fm FB , nampak sangat kebodohan mereka berhujah .
Sejak bila Salleh Yaacob kutuk rakyat ? Tak kan kutuk pembangkang pasal manifesto bukan janji PR dianggap seolah-olah hina rakyat ?
Apa ingat Pakatan itu mewakili 27 juta rakyat Malaysia ?
"Pemikiran SY tak matang dan tak bijak berpolitik "..Nak tanya sikit..sejak bila pulak SY masuk UMNO seperti Abby masuk Pas ?
Tapi kalau dia dengan Nabil nak masuk Umno tu pun apa masalahnya ? Ramai artis dah masuk politik termasuk ke dalam pembangkang sendiri .
Jadi kalau nak SY sokong kerajaan BN itu hak dia sebagai rakyat. Ini negara kita bebas menyokong mana2 parti politik. Ini baru SY & Nabil buat lawak politik ..meracau giler macai2 Pakatan ..haha
Semalam GPB ingin ke sebelah pulau dan tidak sangka berlaku kesesakan teruk di Jambatan P.Pinang ekoran masalah besi penyambung ( keretakan) jambatan . Kebanyakan pengguna mengikut arahan PLUS dan menggunakan laluan altenatif iaitu Feri bagi mengelak kesesakan .
Tetapi seperti dijangka di feri juga mengalami kesesakan teruk hingga ada beberapa kenderaan rosak . GPB bertolak pukul 8 sampai di jeti tapi hanya naik feri pada pukul 10.45 pm .
GPB yakin ramai rakyat yang terperangkap dalam kesesakan ini maki berkandaq la pasal jammed luar biasa di jambatan .
Malah Ah Beng sendiri yang dok di tingkat 28 pun tak senang hati ..negeri dah haru biru ,rakyat marah ..ingat dia boleh duduk senang tidoq ka .
Walau apapun , sebagai umat Islam kita berpegang kepada kehendak Allah kerana dia paling berkuasa di muka bumi ini . Apakah ini satu lagi bala Allah terhadap umatnya yang bersekongkol dengan kafir menghina agama Islam dan kalimah suci Allah . ?
PAS MENPERLIHATKAN LORI TRELER JELAJAH NEGARA BERKEBAJIKAN, MASUK KE KG MANJOI UNTUK MEMPERTONTON KAN KEPADA ORANG RAMAI YANG MEREKA JUGA STANDARD PKR YANG ADA BAS DAN SAMA DENGAN DAP YG JUGA MEMPUNYAI TRELER, NAK TUNJUK JUGA PAS DAH KAYA SEKARANG.
MALANGNYA PERSINGGAHAN TRELER PAS YG DIJADIKAN SEMATA - MATA PENTAS UNTUK BERCERAMAH, INGAT KAN BAWA BERAS BERGUNI - GUNI, BAWA LEMBU, BAWA AYAM, SEKALI BAWA KAMBING, MALANGNYA LAGI SINGGAH SEKEJAP JE SEBAB ORANG ADA SERATUS JE, TAK RAMAI MAKA NIZAR JAMALUDDIN YANG SASAU NAK JADI MB YANG TURUT KELIHATAN UNTUK MEMBERI CERAMAH PUN SEKEJAP JE SINGGAH LEPAS TU KUMBAS KATA ORANG PERAK.
SEKARANG PAS BERDRAMA MENGENAI NEGARA BERKEBAJIKAN, SEDAR TAK SEDAR MACAM DAH MABUK AIR KETUM JE MOSIDOL DAN PROSIDEN DEME NI, APABILA KERAJAAN BARISAN NASIONAL MEMBERI BR1M KEPADA RAKYAT, NI A JIZ JADI NYANYUK MENGATAKAN ORANG YANG MENGAMBIL BR1M MACAM LEMBU DAN AYAM, BAGI MAKAN BERKERUMUN. YANG SEORANG LAGI HADI AWANG MENGATAKAN KAN BAGI BR1M MACAM FIRAUN, MEREKA SENDIRI TAK SEDAR DIRI YANG MEREKA SEKARANG TENGAH MEMPROMOSI PAS NEGARA BERKEBAJIKAN!!!!!, INI LAH DIA BILA DAH SAMPAI TUA PUN NAK TONGKAT JAWATAN (ORANG MUDA JANGAN NAK BERANGAN LE NAK JADI PEMIMPIN)
INI APA KE JADAH NYA , BAGI BERAS PADA AYAM KE??????
YANG INI PULAK APA KE JADAHNYA, BAGI DUIT PADA LEMBU KE?????
INI PULAK LAGI GANAS, BAGI KAMBING PADA LEMBU KE?????
LEVEL SAMA ANTARA DAP DAN PAS, AKU BAGI KAMU, KAMU BAGI AKU
TRELER DI MANJOI, TAK BERAPA ADA MANUSIA, LEMBU DAN AYAM PUN TAK BERAPA NAMPAK
BEZANYA BAS PKR GAMBAR ANU WAR SEORANG, TRELER DAP TAK SUDI LETAK GAMBAR SESIAPA, BEZA TRELER PAS TERPAKSA LETAK GAMBOR ANU WAR DAN LGE, PUNYA NAK JAGA HATI TAKUT TAK BAGI JADI MENTERI.
NIZAR, MUKA TAK SERONOK, ORANG TAK BERAPA ADA!!!
KALAU KITA ROUND DALAM MANJOI, KITA BOLEH NAMPAK PESATNYA PEMBANGUNAN GUGUSAN MANJOI, MASJID SAJA ADA 6 BUAH, SURAU ADA 12 BUAH, PERPUSTAKAAN 1MALAYSIA ADA 5 BUAH, DEWAN SERBAGUNA ADA 2 BUAH, 11 BUAH DEWAN ORANG RAMAI, GERAI RAKYAT 5 TEMPAT, PEJABAT TANAH IPOH, PASAR, MINI STADIUM, KESELURUHAN JALAN BERTAR DAN BERLAMPU, RUMAH KEDAI, STESEN MINYAK PETRONAS, BANK, KEDAI 1MALAYSIA, PAJAK GADAI ARRAHNU, BANK SIMPANAN NASIONAL, PASARAYA, SEKOLAH ADA 6 DAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH ADA 1, SEKOLAH MENENGAH AGAMA ADA 1, SEKOLAH AGAMA RAKYAT ADA 10 BUAH, JAMBATAN KONKRIT ADA7 BUAH SATU DIRUNTUH BALIK BUAT JAMBATAN BARU DAN BESAR, KLINIK ADA 2 BUAH DIMANJOI (DAH LULUS TUNGGU NAK BUAT UNTUK DI PERBESARKAN) SATU LAGI DI TMN KLEDANG JAYA, MASUK MANJOI ADA PINTU GERBANG MELAMBANGKAN KEMELAYUAN DAN KEISLAMAN BERMAKSUD KAMPONG MELAYU ISLAM YANG MODEN, BALAI POLIS ADA SEBUAH (BANGUNAN BALAI POLIS BERSEWA KE TIDAK TAK PENTING, YANG PENTING ANGGOTA YG MENJAGA KESELAMATAN RAKYAT) MALAH BALAI POLIS JELAPANG JUGA MENJAGA SEBAHAGIAN MANJOI.
ITU SEMUA KEBAJIKAN LE YEOP!!! YANG DIBUAT OLEH YB DATO SERI AHMAD HUSNI, AHLI PARLIMEN TAMBUN DAN YB DATO NADZRI ISMAIL, ADUN MANJOI, BARISAN NASIONAL TELAH SEDANG DAN AKAN BANGUNKAN MANJOI LAGI DAN SELURUH KAWASAN PARLIMEN TAMBUN, BN JANJI DITEPATI, KEBAJIKAN DAN PEMBAGUNAN NI BN BUAT SEJAK BERKURUN LAMANYA YEOP!!!, BUKAN BENDA BARU.
PUAK PAS DAN PKR (DAP DALAM MANJOI BUKAN MACAM KAWAN PAS DAN PKR, KENA BERLAKON LE SIKIT TEMPAT ORANG MELAYU LE KATAKAN, KENA BERBEZA SIKIT LAKONANNNYA) BARU NAK SEDAR ITU, INI TAK ADA, ITU INI TAK BUAT. MALAH BAKAL CALON PAS PUN BARU NAK BELAJAR TURUN SANA SINI, KONON MACAM AMBIL BERAT SANGAT HAL PEMBANGUNAN DAN KEBAJIKAN MANJOI, MASA NIZAR JADI MB, BAKAL CALON PAS NI TAK MASUK MANJOI PUN, DIA SIBUK JADI KRONI NIZAR, MAKLUM LE ORANG KEPERCAYAAN NIZAR.
YANG MALU DAN KESIAN NYA, PEMIMPIN- PEMIMPIN PAS DALAM KAWASAN MANJOI DAN PARLIMEN TAMBUN KENA TENDANG TAK JADI CALON KEHKEHKEH, YANG FRUST RAMAI GAK, HANYA 1 KAMPONG JE SETUJU CALON YG ADA NI JADI CALON PAS IAITU KG TENGKU HUSEIN, PAS KAMPONG LAIN SEMUA MENENTANG SEBAB TAK SETUJU DENGAN CALON YANG ADA SEBAB DULU SOMBONG DAN BONGKAK, TETIBA SEKARANG PULAK DAH MESRA DAN RAMAH HEHEHE.
UNDI LAH BARISAN NASIONAL UNTUK KESEJAHTERAAN BERPANJANGAN, TIDAK BERMUSIM!!!!