Jumaat, 25 Januari 2013

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

Posted: 25 Jan 2013 09:30 PM PST

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Kakitangan Awam dihina 'talibarut'? (LM)

Posted: 25 Jan 2013 09:59 AM PST


Ayuh bangkit bongkar penyelewengan selamatkan negara.

Tali Barut atau pengkhianat sudah tentu ia membawa kepada konotasi negatif. Tali Barut ini juga bersifat subjektif iaitu di mana pelabel itu berada.

Beberapa hari lepas sebuah organisasi yang berselindung atas nama NGO telah melabel Pegawai Kerajaan yang membocorkan maklumat rasuah dan penyelewengan sebagai tali barut. Ini satu penghinaan.   - Cikgu Bard

Lebih ramai MP Melayu jika PR ke P'jaya (LM)

Posted: 25 Jan 2013 01:08 AM PST

Ubah Sekarang, cuba yang baru

Selama hidup ini, hanya kerajaan Barisan Nasional yang diterajui oleh UMNO yang dapat dirasa memerintah Malaysia.

Tidak dinafi negara berada dalam  keadaan aman dan tidak ada berlaku rusuhan kaum yang besar yang boleh menghancurkan negara. Hanya peristiwa 13 Mei tercetus selapas pengumuman pilihan raya pada tahun 1969. 

RAKYAT MARHAEN

Posted: 25 Jan 2013 09:13 PM PST

RAKYAT MARHAEN


RCI: Najib juga perlu disiasat

Posted: 25 Jan 2013 09:12 PM PST

BATU PAHAT 26 Jan: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga perlu disiasat berhubung pemberian kad pengenalan (IC) kepada warga asing di Sabah, kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Najib, Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) juga perlu disiasat, kerana ini projek terus menerus dari era Mahathir, dan tidak pernah berhenti IC terus diberikan," kata Anwar di Majlis Dialog bersama penduduk Batu Pahat di Hotel Garden, semalam.
Anwar turut membidas bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir yang mahu menutup kesalahan beliau dengan mempertikai kewarganegaraan penduduk Cina dan India yang diberi Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj.
"Sekarang dia (Mahathir) nak salahkan 'Jus Soli' pula, nampak tak bagaimana dia pertikai kewarganeraan penduduk Cina dan India yang sememangnya layak menjadi warganegara?
"Semua anak Cina, India, Kadazan, Dayak, yang lahir di tanah ini sebelum kemerdekaan adalah warganegara dan semua akan kita lindungi!" kata Anwar disambut tepukan 300 tetamu.
"Kewarganegaraan ini kalau mengikut prosedur, undang-undang tidak menjadi isu, tapi ini melibatkan korupsi Perdana Menteri ketika itu," katanya lagi.
Read More / Baca Lagi >>

Betulkah Senarai Calon PAS Kelantan Dirombak?

Posted: 25 Jan 2013 09:11 PM PST

Seharusnya untuk memastikan kemenangan dan kejayaan di dalam pilihan raya, keputusan serapi mungkin perlu dibuat dari semua sudut. Ia bukan saja dalam persiapan jentera pilihan raya, persiapan isu, peruntukan yang mencukupi, tetapi juga soal calon.

Calon merupakan aspek paling penting dalam pilihan raya. Selalunya selepas orang memilih dan menilai parti untuk disokong, mereka akan melihat siapa dia sosok atau individu yang akan jadi calonnya.

Walaupun apa yang hendak dipaparkan oleh sesebuah parti itu mengenai dasar, matlamat ataupun agenda perjuangannya tetapi aspek calon juga akan diambil kira. Selepas semua aspek tadi dihitung dibandingkan, maka calon adalah perkara terakhir akan ditilik oleh pengundi. Sekurang-kurang 20% peribadi dan syaksiah calon menjadi penyumbang ke arah kemenangan.

Mungkin atas peri penting dan mustahaknya perkara itu menyebabkan PAS Kelantan diberitakan telah merombak semula calon-calonnya. Senarai yang sudah dikatakan sudah lengkap, dipinda sedikit untuk memastikan persiapan dibuat secara rapi dan calon tidak menimbulkan masalah. Tindakan ini patut dipuji dan menunjukkan PAS kali ini benar-benar menghalusi mengenai calon dan bukan tangkap muat saja atau dibuat atas nasihat dari satu sumber, bukan kolektif.

Peristiwa atau kejadian tahun 2004 mungkin dijadikan iktibar, di mana salah satu faktor kekalahan PAS ialah apabila urusan calon tidak begitu lendik. Calon-calon yang lemah yang sudah dipertikaikan oleh pengundi diambil semula atas alasan mereka adalah 'orang kita'. Kerana mereka adalah orang hampir dengan pihak yang memilih calon maka mereka dikutip. Natijahnya calon-calon yang sudah dikenal pasti tidak berdaya maju itu kalah.

Read More / Baca Lagi >>

PIPE DREAM: Najib, Umno pin GE13 hopes on 127 Malay, Bumi-majority seats

Posted: 25 Jan 2013 09:08 PM PST

The general election is coming. The atmosphere, however, is different this time. The FBM KLCI drastically plunged, as investors cashed in their positions ahead of the general election.
Investors are worried about the uncertainty of the election. The index once hit an intra-day low of 1,631.40, down 45.04 points on Monday and plunged 33.51 points to near the psychological important 1,600 level the next day.
PIPE DREAM: Najib, Umno pin GE13 hopes on 127 Malay, Bumi-majority seatsInvestors are worried that once the BN loses the power, there might be changes to the contracts and projects approved and issued by the government, particularly huge projects like the MRT and the recently inked West Coast Highway, causing a drastic plunge in political, banking and blue chip stocks.
There is another argument saying that some people are raising general election funds and thus, try to push up stocks to gain profit. Therefore, it would be better for small stock players to wait and see, to avoid becoming the victims of big players.
It is the stock market's concern about the election.
Meanwhile, entrepreneurs and politicians also have their worries. Would the Pakatan Rakyat change the entrepreneur-friendly policies if it takes over the office? As every new sovereign brings his own courtiers, many people will lose their jobs for sure.
Mixed constituencies the king maker
Back to reality, the unpredictable voting tendency is more agonizing.
Based on last election's voter structure, there are 127 Malay- and Bumiputera-majority parliamentary constituencies, 43 Chinese-majority constituencies and 52 mixed constituencies. The Chinese has taken a very clear stand while the number of Indian voters is small. However, there is no definite answer for how serious is the split of Malay votes.
According to polling expert Datuk Seri Prof Syed Arabi Idid of the International Islamic University, mixed constituencies would be the most intense competition between the BN and the Pakatan Rakyat as each has 30% of basic support, while the remaining 40% swing voters will be the key that decides the results.
127 Malay & Bumi-majority seats may not be enough to save Umno or Najib
Based on the current trend, the BN has made too many mistakes and most swing voters actually tend to support the Pakatan Rakyat. Even if the BN is able to win big in Malay constituencies, it would still not be able to get two-thirds of seats.
Read More / Baca Lagi >>

PR Mampu Pertahan Selangor Dan Ambilalih Putarajaya

Posted: 25 Jan 2013 09:07 PM PST

Kediaman Rasmi MB Majlis Ramah Mesra dengan Dun Ijok dan Bandar Tun Razak 01
SHAH ALAM 26 JAN : Pakatan Rakyat (PR) mampu mempertahankan Selangor berdasarkan sokongan rakyat ketika ini yang memihak kepada gabungan itu berbanding Umno-BN dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) yang akan diadakan dalam masa terdekat ini.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, perkembangan semasa di dalam negara membuktikan rakyat mula menaruh harapan kepada PR untuk terus mentadbir Selangor malah tidak terkecuali mengambilalih pentadibiran negara di Putrajaya.
Menurutnya, kajian beberapa pihak juga jelas memberi gambaran sokongan rakyat lebih kepada PR berbanding Umno-BN.
Read More / Baca Lagi >>

Takut Hilang Kuasa Punca Umno-BN Tangguh Pilihan Raya

Posted: 25 Jan 2013 09:05 PM PST

Kediaman Rasmi MB Majlis Ramah Mesra dengan Dun Ijok dan Bandar Tun Razak 05
SHAH ALAM 26 JAN : Umno-BN didakwa menangguhkan pilihan raya beberapa kali kerana kajian dijalankan membayangkan gabungan itu akan kehilangan kuasa di Putrajaya.
Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard berkata Umno-BN kini kelihatan dalam keadaan terdesak bagi mengekalkan kuasa diperolehnya.
Katanya, maklumat dari sumber yang boleh dipercayai menyatakan Umno-BN pernah cuba mengadakan Pilihan Raya Umum Ke -13 (PRU13) tetapi melupakannya kerana tidak yakin bagi memenanginya.
"Untuk pengetahuan semua, empat kali Umno-BN pernah cuba panggil pilihan raya. Tanya pihak Kemas, tanya cikgu sekolah, tanya polis dan tanya pimpinan Umno, mereka telah diarah bersedia empat kali sebelum ini.
"Tetapi ternyata keempat-empat kali mereka tidak boleh panggil pilihan raya sebab kajian menyatakan kalau dia panggil pilihan raya iaitu Umno-BN bukan saja gagal merampas Selangor tetapi dipaksa keluar dari Putarajaya," katanya ketika berucap dalam majlis meraikan jentera pilihanraya Ijok dan Bandar Tun Razak di sini malam tadi.
Read More / Baca Lagi >>

Anwar kecam rampasan tanah Pengerang, pindah kubur

Posted: 25 Jan 2013 09:04 PM PST

PENGERANG 26 Jan: Pemimpin rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam rampasan tanah penduduk dan tindakan mengalihkan kubur untuk projek Rapid Pengerang  yang disifatkan tidak bertimbangrasa.
"Kerana apa mereka sanggup rampas tanah begitu saja? Kerana mereka fikir penduduk Pengerang hanya rakyat di bawah, suka hati mereka nak gali kubur semata-mata untuk projek pembangunan yang diberi kepada kroni," kata Anwar di Majlis Makan Malam dan Ceramah Jom Ubah dekat sini, semalam.
"Kita bukan menolak pembangunan, tetapi perlu kah sampai mengenepikan rakyat begitu saja? Kenapa ada layanan berbeza antara orang mereka (Umno), yang kaya dengan rakyat miskin?" katanya.
"Cuba kita tanya mana-mana Exco, Ketua Pemuda atau Menteri Umno, adakah antara mereka yang boleh benarkan kubur arwah datuk atau nenek mereka digali hanya untuk pembangunan? Tak ada!" tegasnya disambut tepukan 1000 tetamu yang hadir.
Anwar pada Oktober tahun lalu menegaskan Pakatan Rakyat tidak menolak program pembangunan tersebut, namun membantah pelaksanaan projek berkenaan.
Pertama, kawasan yang diambil alih seperti kampung tradisional dan tanah perkuburan, sedangkan ada kawasan alternatif.
Read More / Baca Lagi >>

Forum 'Kebebasan Akademik dan Hak' - Part 4

Posted: 25 Jan 2013 08:55 PM PST

PRU13 : 'Asalkan menang alhamdulillah, tak terlalu tipis'

Posted: 25 Jan 2013 06:34 PM PST


Anwar Ibrahim
SHAH ALAM - Meskipun pelbagai pihak meramalkan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat, masing-masing berhadapan laluan sukar dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin perikatan itu akan menang dengan agak selesa.

Walaupun tidak membuat kiraan jumlah kerusi yang akan dimenangi, Anwar optimis jika pembangkang menang, ia bukan dengan majoriti terlalu mudah.

"Saya tak buat kiraan ikut kerusi. Asalkan menang Alhamdulillah. Tak terlalu tipis. Insya-ALLAH," katanya dalam wawancara khas bersama Sinar Harian di pejabatnya baru-baru ini.

Selain penganalisis politik yang membuat pelbagai ramalan, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali sebelum ini berkata, mana-mana parti yang menang dalam pilihan raya kali ini, kemenangan itu hanyalah dengan majoriti mudah.
Read More / Baca Lagi >>

Najib’s Gaza trip a political gimmick for GE13 but it BACKFIRED!

Posted: 25 Jan 2013 06:23 PM PST

Saying prime minister Najib Razak's highly publicised visit to Gaza in Occupied Palestine was nothing more than political ploy to boost support of the Malay-Muslim electorate, two political experts however dismissed its impact on the target group's voting pattern. An associate professor of political science at Singapore Management University described the visit as being "primarily a political ploy aimed at winning Malay-Muslim support" in the looming general election.
"(It's just a pattern of Najib) trying to seek international legitimacy for a [Malaysian] regime that is being challenged at home," said Bridget Welsh, as quoted by news portal World Politics Review (WPR).
Welsh however opined that the impact should not be overstated, though she said Islam and issues of morality play a part in Malaysia politics, as is the issue of Palestine which is considered an important Muslim cause.
Welsh said the angry outburst by Mahmoud Abbas, the president of Palestinian Authority alligned to Hamas's rival Fatah, showed how the Palestinian cause was "used symbolically" for political purposes in Malaysia "with limited attention to its actual reality".
Joseph Liow, associate dean of the School of International Studies at Nanyang Technological University Singapore echoed her point, saying Najib's visit may not have any impact on Malaysian electorate.

Pengundi Hantu : BN akui kesilapan, akan hantar semula surat Selamat Tahun Baru

Posted: 25 Jan 2013 06:19 PM PST

 ( 1 Alamat 28 Nama...!!!)



 SHAH ALAM – Barisan Nasional (BN) Selangor mengakui terdapat kesilapan kecil yang berlaku dalam proses penghantaran surat Selamat Tahun Baru bersimbol 'Sayangi Selangor' kepada sebilangan kecil pengundi di Dun Selat Klang seperti didakwa Pakatan Rakyat (PR).

Ketua Penerangan Umno Selangor, Abdul Shukor Idrus berkata, tidak mustahil kesilapan kecil sebegini terjadi ketika penghantaran surat dalam jumlah yang besar.
"Ya, saya mengaku BN Selangor ada menghantar surat ini kepada rakyat Selangor bertujuan mengucapkan Selamat Tahun Baru. Jadi dalam penghantaran pukal sebegini pasti berlaku kesilapan teknikal seperti ini.
"Atas rasa tanggungjawab, BN Selangor akan mengirim semula surat pembetulan dan permohonan maaf kepada pengundi berkenaan," katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Dalam perkembangan sama, Abdul Shukor yang juga Adun Kuang turut menjelaskan bahawa kesilapan teknikal seperti ini hanyalah kesalahan kecil yang tidak disengajakan dan tiada niat untuk mengaburi atau mengelirukan pengundi seperti didakwa.
Read More / Baca Lagi >>

Orde Melayu Baru...!!!

Posted: 25 Jan 2013 06:02 PM PST

Anuar Mohd Nor

Kiblat kaum sudah runtuh. Mungkin itu yang ada hari ini. Isu perkauman tidak lagi wujud – perbezaan kaum tidak lagi menjadi isu – siapa memimpin dari kaum mana bukan lagi bahan besar tetapi yang penting kualiti kehidupan.
Apa peduli siapa kepimpinan kita, kata seorang anak muda Melayu bila berbicara dengan saya baru-baru ini. Kalau di bawah pemerintahan Cina kita lebih baik – apa salahnya.
Kita tidak perlu takut dan kita selama ini pun hidup di bawah kepimpinan Melayu – Melayu cam itu juga, ujarnya lagi. Saya bertanya semula – hidup di bawah pemerintahan Melayu – cam tu juga, apa maksud nya.
Beliau menjawab, apa yang istimewa sangat untuk orang macam saya ini, dari saya melihat Melayu yang istimewa itu buat berlipat kali ganda – angkuh dengan kuasa dan merasakan mereka saja yang betul biar sekali mereka dihukum kepimpinan Cina yang lebih adil.
Mereka tidak ada lagi demarkasi kaum dalam menceritakan politik. Mereka tidak lagi memikirkan bahawa perjuangan Melayu itu relevan dan mereka kini hanya mahu membalas – pendedahan yang timbul akibat kepincangan kepimpinan yang ada dalam menyeret nama perjuangan Melayu kemudiannya meninggalkan nama Melayu sehingga ia perlu digunakan semula pada PRU akan datang.
Ini adalah apa yang mahu mereka katakan dan merebaknya idealis kumpulan ini dan sejauh mana ia sudah berkembang masih belum dapat kita pastikan lagi.
Adakah ini sebenarnya apa yang dikatakan liberalis Melayu. Adakah ini orde baru masyarakat Melayu di negara kita atau pun ini adalah liberalis persepsi yang terbentuk akibat gelodak dan gelombang politik yang terbit sejak 1998 – sejak gelombang reformasi yang juga merupakan pertempuran politik yang terbit dalam UMNO sendiri.
Read More / Baca Lagi >>

Henti provokasi agama, pelihara kerukunan hidup

Posted: 25 Jan 2013 06:01 PM PST

KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menggesa agar semua pihak menghentikan provokasi agama serta tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh menegangkan suasana demi memelihara kerukunan hidup antara agama di negara ini.

Setiausaha Agungnya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, mengungkit isu agama yang diketahui akan menyentuh sensitiviti penganut agama masing-masing sangat merbahaya dan tidak bertanggungjawab.

"Kami kesal terhadap pemimpin politik yang tidak berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan yang menimbulkan persepsi yang tidak baik terhadap Islam," ujarnya dalam satu kenyataan.

Dalam masa yang sama, katanya Mapim menegaskan pihak pemimpin agama harus menghormati kedudukan Islam di negara ini terutama soal menarik orang Islam kepada agama lain yang dilarang dalam undang-undang Persekutuan.

Menurutnya, pemimpin-pemimpin agama perlu mengambil berat mengenai sensitiviti yang sangat tinggi di kalangan orang Islam terutama dalam isu murtad dan apa sahaja yang dilakukan oleh penyebar agama lain yang boleh menyebabkan orang Islam murtad.

Read More / Baca Lagi >>

Kematian Sugumar, polis ambil keterangan 11 individu

Posted: 25 Jan 2013 05:45 PM PST

(Bilik mayat yang menempatkan mayat Sugumaran dikawal ketat krn takut mengamuk lagi..!!!)

Polis mengambil keterangan 11 individu bagi membantu siasatan kes seorang pengawal keselamatan yang dikategorikan sebagai mati mengejut dalam kejadian amuk dekat Kajang, kelmarin.
  
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Mohd Adnan Abdullah berkata saksi yang melihat insiden itu berkata C Sugumar, 39, mula mengamuk dari Taman Sri Nanding sebelum ke Taman Desa Raya dan Taman Lagenda Suria.
  
"Saksi melihat lelaki itu terjatuh di Taman Lagenda Suria dan seterusnya tidak sedar selepas itu.

"Tiada seorangpun dalam insiden itu nampak pihak polis memukul lelaki berkenaan sebelum dia ditahan," katanya pada satu sidang akhbar di Shah Alam semalam.

Dalam insiden pada kira-kira 6.30 petang Rabu itu, Sugumaran dikatakan menggunakan palang besi untuk merosakkan harta benda awam.
  
Mohd Adnan berkata siasatan awal mendapati lelaki itu mengalami sakit mental dan polis akan mendapat pengesahan berhubung perkara tersebut daripada pihak hospital.
  
Read More / Baca Lagi >>

PRU13: 40% calon muda, bukan Islam pertama kali guna simbol Pas

Posted: 25 Jan 2013 05:28 PM PST

KUALA TERENGGANU - Pas akan menampilkan lebih 40 peratus calon daripada golongan muda yang berusia 40 tahun ke bawah, di samping penambahan kerusi Muslimat dan menampilkan calon bukan Islam buat kali pertama dalam sejarahnya, pada Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13).
Ketua Penerangannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, secara keseluruhannya lebih kurang 25 peratus calon muda itu adalah calon baru bagi parti itu.
Menurutnya, antara pembaharuan terbesar yang dibuat ialah menampilkan calon bukan Islam daripada Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP), atas tiket Pas dan menampilkan ramai calon Muslimat, sebagai pengiktirafan kepada golongan itu.
"Sebelum ini ada penyokong Pas yang bertanding tetapi mereka menggunakan lambing parti lain. Tetapi untuk PRU13 ini, Majlis Syura Ulama Pas sudah bersetuju untuk membenarkan non-Muslim mewakili dewan himpunan.
"Rasionalnya pemilihan calon bukan Muslim ini ialah mereka adalah calon daripada DHPP dan mereka sudah menerima prinsip-prinsip dasar perjuangan Pas. Selain itu, kita sudah semak latar belakang mereka dan jika elok dan mampu jadi pemimpin, kita pilih," katanya ketika ditemui Markas Pas Kuala Ibai di sini, semalam.
Read More / Baca Lagi >>

Siasat kes Sugumaran secara menyeluruh

Posted: 25 Jan 2013 05:25 PM PST

(Bilik mayat yang menempatkan mayat Sugumaran dikawal ketat)

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mendesak pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) membuat siasatan menyeluruh dibuat ke atas kematian C. Sugumaran.

Kes ini telah menimbulkan polemik yang menggemparkan masyarakat ekoran terdapatnya dakwaan beliau dipukul semasa ditahan oleh pihak polis, kata Ketua Penerangannya, Riduan Mohd Nor.

Terdapat dakwaan daripada saksi yang melihat kejadian tersebut yang mendakwa mangsa dibelasah hingga mati dalam keadaan tangannya bergari.

Malah ada dakwaan saksi melihat pihak polis memijak leher Sugumaran serta membiarkan beliau dipukul oleh orang ramai.

Sekiranya dakwaan tersebut benar, kata Riduan, DPPM mempersoalkan apakah Standard Of Procedure (SOP) yang digunakan oleh pihak polis semasa menahan mangsa.

"Meskipun mangsa dikatakan mengamuk dan merosakkan harta benda awam, apakah itu suatu lesen untuk pihak polis membelasah atau membiarkan mangsa dibelasah sehingga mati?" soalnya.Read More / Baca Lagi >>

Tidak Pernah Lantik Paradiselink Urus Daftar PATI, KDN Di Gesa Jujur Dan Usah Terus Tipu Rakyat

Posted: 25 Jan 2013 05:16 PM PST

Belum pun habis cerita tentang projek IC di Sabah, kini heboh pula diperkatakan projek IC menjelang pilihanraya umum ke-13 di Semenanjung Malaysia. Walau pun ia cuba dinafikan oleh kerajaan, namun pendedahan demi pendedahan yang dibuat ternyata ribuan warga asing kini telah memiliki IC dan layak mengundi BN pada pilihanraya umum nanti. Kerajaan terutamanya Kementerian Dalam Negeri (KDN) beberapa kali cuba menafikan tentang adanya projek IC untuk memastikan BN terus kekalkan kuasa mereka kali ini, namun berbagai bukti dan pembongkaran terus dilakukan oleh rakyat yang prihatin. Tidak cukup dengan pendedahan mengenai begtiu ramai pengundi hantu pada daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kini tersebar pula maklumat berkenaan projek mendaftar warga asing untuk mendapat IC bagi membolehkan mereka mengundi pada PRU-13 ini. Sebelum ini sudah banyak kali didedahkan isu berkenaan tetapi dianggap fitnah semata-mata oleh pihak yang berkenaan. Biar pun penyokong UMNO BN sendiri tahu begitu ramai warga asing mendapat kerakyatan bagi membolehkan mereka mengundi BN namun mereka masih  mahu berdolak dalih lagi. Terbaru, satu surat edaran berkenaan Pendaftaran dan Sesi Taklimat Khas oleh sebuah syarikat mendaftar warga asing iaitu Paradiselink Sdn Bhd yang berpejabat di Temerloh Pahang telah tersebar. Walau pun  Kementerian Dalam Negeri menjelaskan pihaknya tidak pernah melantik Syarikat Paradise Link/Linx Sdn. Bhd. atau mana-mana syarikat lain untuk menguruskan proses pendaftaran pendatang asing tanpa izin (PATI) atau menyediakan program khidmat imigran. Namun semua itu hanyalah sekadar alasan semata-mata   kerana rahsia dan modus operandi syarikat itu sebenarnya sudah lama diketahui umum. Cuma ia menunggu masa untuk didedahkan kepada rakyat. Maka, kini tibalah masanya yang paling sesuai!.
Read More / Baca Lagi >>

Pemilik banglo terkejut terima 28 surat PM tertera nama pengundi tidak dikenali..?? SPR kena jawap nie..!!!!

Posted: 25 Jan 2013 05:14 PM PST


Hannah (dua, kanan)
Hannah (dua, kanan) menunjukkan 28 surat mengandungi mesej politik BN dengan nama penerima berlainan yang dihantar ke alamat seorang pengundi di Petaling Jaya, dua minggu lalu.
 
SUBANG JAYA – Seorang pemilik banglo terkejut apabila 28 pucuk surat berbeza nama penerima yang mengandungi mesej tahun baru dan politik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dihantar ke rumahnya di Petaling Jaya.

Surat berkenaan didakwa mula diterima sejak dua minggu lalu tertera nama penerima yang langsung tidak dikenalinya.

Hairan dengan perkara itu, pemilik rumah berkenaan mengadukan perkara itu kepada Adun angkat Bukit Gasing, Hannah Yeoh Tseow Suan.

Hannah berkata, berikutan aduan berkenaan, pemeriksaan dilakukan menerusi senarai daftar pengundi suku tahun pertama 2012 dan hasil mengejutkan apabila mendapati 28 nama berkenaan didaftarkan di alamat pengadu.

Read More / Baca Lagi >>

SPR: Salah daftar pengundi bagi pihak orang lain...??

Posted: 25 Jan 2013 05:09 PM PST

Undang-undang tidak membenarkan seseorang itu didaftarkan sebagai pengundi tanpa pengetahuan mereka, kata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata pemohon mesti menandatangani sendiri borang permohonan dan menyertaikan salinan kad pengenalan mereka.

Beliau mengulas dakwaan seorang bapa Tiruchelvam Vallipuram, yang mengadu nama anak perempuannya ada di daftar pemilih walaupun dia tidak pernah mendaftar.
Menurut Tiruchelvam, beliau mendapat tahu mengenai perkara itu apabila menerima kad ucapan Deepavali tahun lepas dari Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak, yang menandatanganinya sebagai pengerusi BN Selangor.

Ia juga mengandungi butiran pengundian untuk anak perempuan berusia 22 tahun itu, seperti daerah mengundi dan kawasan pilihan raya.

Sehubungan itu, Abdul Aziz meminta Tiruchelvam memberikan nama penuh dan nombor kad pengenalan anak perempuannya itu untuk membolehkan SPR menyemak borang permohonannya yang disimpan oleh suruhanjaya tersebut.

"Memang ada aduan seperti ini tapi sedikit saja, apabila ditunjukkan borang permohonan menjadi pengundi, baru mereka memahaminya (apa yang berlaku)," katanya dalam jawapan melalui SMS kepada Malaysiakini semalam.

"Eloklah SPR semak dulu untuk mengetahui kedudukannya. Kalau sah berlaku penipuan, boleh diambil tindakan yg lain, mungkin membuat laporan polis," katanya.

NEGERI UMNO PALING KUAT DIDUNIA SUDAH GOYAH TUNGGU REBAH

Posted: 25 Jan 2013 05:05 PM PST


Jelajah Merdeka Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jalan Sagu, Taman Daya, Johor Baharu, malam tadi membuktikan yang Johor sudah tidak boleh lagi dinobatkan sebagai negeri UMNO paling kuat gagah perkasa didalam dunia.

Dulu apabila parti pembangkang mau membuat ceramah sambutan amatlah dingin sekali..

Itu dulu.. kini suasana sudah jauh berubah.

Ribuan rakyat tempatan sudah mula berjinak-jinak untuk mendengar pidato dan amanat yang disampaikan oleh para pemimpin Pakatan Rakyat terutamanya dari Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Rakyat sudah bertekad mau melakukan perubahan.. 56 tahun diberikan mandat dan amanah sudah dikira terlalu lama.

Dulu rakyat tiada pilihan.... kini pilihan yang terbentang luas didepan mata ternyata jauh lebih baik, mantap dan hebat dari UMNO, gagasan yang terdiri dari PAS/PKR/DAP dinamakan Pakatan Rakyat.

UMNO lahir di Johor Bahru.. maka rakyat mau kuburkan UMNO jua di Johor Bahru.. INS'YALLAH.

Clashes mark Egypt revolution anniversary

Posted: 25 Jan 2013 04:48 PM PST

Ustaz Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz | Kuliah Jumaat 25 Jan 2013

Posted: 25 Jan 2013 08:29 AM PST

PRU13 : MASA DIA DAH TIBA UNTUK DIREHATKAN..!!!

Posted: 25 Jan 2013 07:59 AM PST


PRU13 : GST 6% JIKA BN TERUS BERKUASA SELEPAS PRU13..???

Posted: 25 Jan 2013 07:55 AM PST


Forum 'Kebebasan Akademik dan Hak' - Part 3

Posted: 25 Jan 2013 07:51 AM PST

PRU13 : SIRI FITNAH "SYAITAN DIKENALI" TELAH BERMULA

Posted: 25 Jan 2013 07:50 AM PST


AdlyZahari

Posted: 25 Jan 2013 09:02 PM PST

AdlyZahari


BUANG SEPARUH KAKITANGAN AWAM :KENYATAAN ALI FITNAH PR!

Posted: 25 Jan 2013 08:53 AM PST

  •  Kenyataan Datuk Ali Rustam bahawa Pakatan Rakyat akan membuang separuh kakitangan awam sekiranya berkuasa adalah fitnah.
  • Beliau menyatakan demikian semasa menyampaikan ucapan dihadapan guru-guru yang dikerah menyambut kedatangan Tan Sri Muhyiddin Yasin ke Melaka pada 22 Januari lalu.
  • "Sebelum dia buang kita, kita akan buang dia" antara ayat yang digunakan oleh Ali Rustam untuk menimbulkan kebencian kakitangan awam kepada Pakatan Rakyat.
  • PAS Melaka merasakan adalah tidak wajar seorang Ketua Menteri sanggup mengeluarkan fitnah sedemikian dihadapan kakitangan awam.
  • Kenyataan Ali itu diselangi dengan beberapa rasa tidak puas hati kakitangan awan dengan mereka mengatakan "apa yang dia merepek tu".

Tukar Tiub

Posted: 25 Jan 2013 07:27 PM PST

Tukar Tiub


PAGI INI AKU DI SANDAKAN TELOK PELABUHAN

Posted: 25 Jan 2013 07:16 PM PST



PERHATIKAN DENGAN TELITI
DACING TIDAK MENGHADAP PEMBELI

SANDAKAN

akhirnya aku sampai ke kota ini
aku sampai malam

aku menulis ini dalam cc yang bising
dengan anak ank sekolah yang heboh main
entah apa apa

cc ini tak jauh dari bilik tumpangan aku
kali ini agak lux bilik tumpangan
tingakap memandang ke laut - 
cafe di gigi lalu

PASAR - TAMU
saperti biasa aku ke pasar
yang aku cari ikan
nah! rupanya aku tinggal tak jauh dari pasar besar
aku rasa ini peninggallan mat saleh - luas bersih dan teratur

aku ke pasar ikan
aku kecewa
kerana tidak ada ilan yang menarik
hanya aku nampak kerapu besar mungkin 20 kg
aku ternampak tuna besar
yang todak dipotong 8rm sekilo
yang telah dipotong 13 sekilo
aku akan membeli - kali pertama hanya lihat lihat
tapi ketam agak murah 6 rm sekilo
selainnya gagal 

aku tak tahu kenapa pasar ikan di sandakan ini gagal
apakah orang TIDAK ke laut
banyak satll yang tinggal kosong

ESOK
dari orang hotel aku diberi tahu
bahawa esok ada TAMU besar 
aku menunggu yang ini

IKAN MASIN DAN UDANG KERING - TER BEST


PASAR BUAH DAN SAYUR
lumayan sayuran
bersih tersusun indah
nampaknya cukup bersih berbanding dengan selayang 
atau pasar chow kit

semua ini peninggalan british
letaknya di tepi laut
akau rasa SEMUA PASAR di SABAH  dan SARAWAK
yang  ditepi laut TIDAK selamat
para cukong melilieh air liur melihat
tanah digigi air 
tak percaya TUNGGU dan nanti

pasar bintulu, kota kina balu dan sandakan ini
ter;atak di bumi yang semakin mahal nilainya

MENARIK 
ialah agar agar
dan latok
ada terjual dalam pasar sayur
untuk yang belum pernah merasai
aku cadagan kan cuba

aku telah memakannya di kedai makan solok
di kota konabalu

TIMBANG TAK TEPAT
aku dipasar sayur
seoarng kakak bising
dia menggunakan dacing penjual buah
kakak ini telah ditipu 100 gram - ikan kayunya
tak cukup satu kilo  - dia membebel
melihataku dia tersenyum
lalu aku bertanya - dia becerita meluahkan perasaan
seolah olah aku ini dewata mulia raya
yang mungkin dapat menyelesaikan masalah
warga miskin yang kena tipu kiri dan kanan

aku hanya sanggup tersenyum tanda simpati
lau kali berpisah

banyangkan betapa kami telah dipertemukan
saperti telah tertulis dalam loh mahfuz bahawa
bahawa aku akan bertemu kakak ini di sandakan
untuk aku cerita kan ke seluruh dunia

diluar di pintu masuk
aku ternampak satu dacing MBS 
pasti tipu dacing ini satu yang meluas di wilayah ini

NOTA:
sila pergi ke chow kit
lihat pula perangai mat indon
dacing selalu diterbalikan dari dapat
dilihat dengan jelas

aku yang pernah dududk  negara yang warganya
makan babi
yang minum arak
yang halal main bontot
yang tak percaya pada agama
TIDAK ada penipuan dacing saperti ini
dalam negara negara yang berbuih buih
mengkontrol nama allah
tipu dacing pekara biasa

demi zeus
inilah hakikatnya

DIMANA AKU INI?
aku belum dalam ilmu alamnya dimana
sebenarnya aku ini
tapi yang sah kota ini bersih
tapi dilaut atau diperlabuhan
tidak banyak kelihatan kapal berlabuh

akan disambung.....



---

MATI DIBUNUH POLIS - MASIH ADA YANG TIDAK SEDAR

Posted: 25 Jan 2013 06:30 PM PST




TANGISAN SEORANG IBU
TANGISAN SEORANG ISTERI
lelehan air matanya
sepanas lelehan air mata
seorang melayu
sepanas lelehan air mata
seoarang china
 PENCERAHAN DARI PEMBACA
cerita sebenarnya Keling gila tu dah mengamuk dan merosakkan harta benda kat Taman perumahan tu... so penduduk cuba tegur tapi dah orang gila kan..penduduk pun tak kenal dan tak tau status org gila ni..

so penduduk pun belasah la keling gila ni, memang belasah teruk punya..dan call polis. sebaik saje polis sampai dan yg malangnya sebaik saje polis gari, keling gila ni pun terus rebah dan kojolllllll. so begitulah cerita sebenarnya... 

Lagi pun penduduk sekitar Kajang, Semenyih, Beranang hinggalah ke Mantin, Pajam dan Nilai memang berdendam dengan Keling2 samseng ni..diaorang lah yg selalu pecah rumah, samun bersenjata, ragut, peras ugut dan mcm2 lagi..jadi bila dapat tangkap keling2 yg buat hal mcm ni, memang tak bagi muka punya, belasah kaw-kaw punya..biar padan muka diaorang... on LAGI MATI DI TANGAN POLIS

-------

DARI FACEBOOK AMIN AHMAD

Posted: 25 Jan 2013 05:30 PM PST



KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

woit...RASUAH... SALAH GUNA KUASA... DAN DAN DAN... kah kah kah..

kah kah kah... TAK ADA AGAMA...kah kah kah..

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

Anak saya kaya...
kisah Forshare...
kisah Forshare...


-----

MACAM MANA PENDATANG HARAM INI JADI KAYA RAYA

Posted: 25 Jan 2013 05:00 AM PST


CHINA DAN INDIA PENDATANG HARAM
maka timbul persoalan
macam mana kuala lumpur ini jadi pekan china?
macam mana bukit genting dimiliki oleh china?
macam mana setul dimiliki oleh  china?
macam mana china lebih kaya dari melayu?

KALAU INDIA PENDATANG HARAM
macam macam mana ananda krisha dapat lesen astro
macam mana india ini dapat beli klcc

KALAU CHINA PENDATANG HARAM
macam mana vincent tan milik bukit bintang
macam mana vincent tan milik judi ekor
macam mana lim goh tong milik bukit genting

SOALAN INI WAJIB DI JAWAB
selama 54 tahun negara ini 
dibawah united malays national organisation
selama 54 tahun negara inidibawah ketuanan melayu
macam mana negeri melayu ini tergadai
macam mana orang melayu jadi bodoh
macam mana orang melayu kena kelentong
macam mana tanah reserve melayu tergadai

CHINA GADAIKAN TANAH RESERVE MELAYU?
INDIA GADAIKAN TANAH RESERVE MELAYU?
NOTA:
siapa bagi mat pilipina kad pengenalan segera?
siapa beui mat indon warga negara segera?
siapa beri mat myamar jadi warga negara?

china biat kerja ini?
india buat kerja ini?

kalau india dan china tak buat kerja ini
siapa punya kerja?

--

TIM TUKAR TIUB UCAP TAKZIAH PADA MANGSA YANG DIBUNUH

Posted: 25 Jan 2013 04:30 AM PST



TIM TUKAR TIUB
ucap takziah
kepada kaum keluarga
sugumar

KOMENTAR TUKAR TIUB
ini berita sedih
ini berita tidak baik
ini berita yang selalu kita baca

dalam kesedihan
dalam ketidak baikan
ada hikmahnya

ini akan memberi kesederan kepada
masyarakat india
ini memberi ingatan kepada 
masyarakt indin
bahawa masanya telah sampai
bahawa ketikanya telah tiba

untuk mereka bersama
menghumbankan united malays national organisation


Sugumar mati dalam keadaan bergari, tanpa dihalang polis


Pengarah Guaman KEADILAN, Latheefa Koya berkata, saksi melihat Sugumar Cheliah, 40 dikejar empat anggota polis menaiki dua kereta peronda sebelum kejadian pembunuhan kira-kira jam 6 petang, semalam.
Selepas diberhentikan, mangsa dibelasah sekumpulan individu berhampiran rumahnya di Taman Seri Nanding, Hulu Langat  dalam keadaan tangan bergari dan ditekan dengan pengusung.
"Mangsa yang bergari turut dipukul beramai-ramai oleh orang sekeliling tanpa halangan polis. Polis memijak tengkuk mangsa dan menyapu muka mangsa dengan serbuk kunyit," katanya ketika dihubungi.
Difahamkan,  Sugumar yang tiada rekod jenayah, turut dicampakkan ke bahu jalan dalam keadaan bogel, selepas kematiannya.
"Profesionalisme polis juga amat diragui kerana pasukan forensik hanya datang selepas jam 11 malam untuk mengambil mayat," katanya.
Menurut Latheefa, mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat, namun keluarganya tidak dibenar masuk ke bilik mayat untuk membuat pengecaman selepas dimaklumkan lewat malam semalam.
"Keluarga mangsa datang awal pagi hari ini ke hospital namun selepas pukul 2 petang barulah keluarga mangsa dan peguam dibenarkan masuk," ujarnya.
Sehubungan itu, beliau mendesak polis yang terlibat dalam pembunuhan itu ditangkap dan digantung tugas kerana insiden itu di bawah tanggungjawab polis.
"Saya desak polis segera menangkap dan mendakwa semua yang terbabit dalam pembunuhan ini. Insiden ini berlaku ditempat awam dan ramai saksi melihat kejadian itu," ujarnya kepada Keadilan Daily.
Timbalan Pengerusi Biro Hak Asasi dan Guaman KEADILAN, S. Jayathas berkata kehilangan nyawa akibat kecuaian polis bukan isu baru kerana rekod menunjukkan banyak orang awam mati di tangan polis.
"Polis gagal bertindak waras dengan mengenepikan undang-undang ketika berhadapan suspek. Ini akibat kegagalan polis melaksanakan Suruhanjaya Bebas Terhadap Salah Laku dan Aduan Polis (IPCMC)," ujarnya.




------

WASPADA UNTUK SEMUA - INI FAKTA TEPAT

Posted: 24 Jan 2013 08:30 PM PST



KOMENTAR TUKAR TIUB
kenyataan ahmad maslan adalah tepat
ini bukan ramalan
ini memang fakta
ini bukan propaganda
ini hakikat

united malays national organisation akan menang
dalam pru13 ini

bukan kerana sokongan
tapi kerana menipu undi

kerajaan hari ini adalah kerajaan haram
pada pru 2008 pakatan rakyat
mendapat kelebihan undi di semenanjung
united malays national organisation hanya 
menang di sabah dan sarawak

di sabah telah di buktikan 
gerombolan menang dengan undi hantu

maka kerajaan hari ini adalah kerajaan tipu
kerajaan hari ini adalah kerajaan haram

dalam pru13 nanti gerombolan akan menang
kerana semua rancangan menipu telah diatur

projek sabah mula tahun 94
gerombolan menang besar tahun 95
template sabah telah di bawa ke terangganu pada tahun 2003
hasilanya gerombolan memang besar di terangganu tahun 2004

template terangganu di bawa ke selangor pada tahun 2009
hasilnya 134,000 pengundi tidak diketahui asal usul mereka
ini samalah saperti yang berlaku di sabah

selangor akan jatuh!

TIPU PILIHAN RAYA
TURUN JALAN RAYA 


KUALA LUMPUR, 25 Jan — Pemimpin Umno dan MCA menjangkakan sokongan padu kepada Barisan Nasional (BN) dalam apa yang mereka katakan sebagai usaha kerajaan memerangi rasuah walaupun tinjauan terkini daripada Universiti Malaya (UM) menunjukkan isu integriti akan menyebabkan parti pemerintah itu hilang sokongan.

Sejumlah 78 peratus daripada saiz sampel 1,409 pengundi mengatakan, integriti dan salahguna kuasa pemimpin BN memberi kesan kepada sokongan pengundi dalam pilihan raya umum, menurut tinjauan terkini dikeluarkan dua hari lalu oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL). Akan tetapi pemimpin BN tidak merasa gelisah.

"BN akan menang majoriti dua pertiga, lebih baik daripada 2008," kata Ketua Penerangan Umno  Ahmad Maslan (gambar) kepada The Malaysian Insider melalui kiriman pesanan ringkas.

"Yang penting kerajaan dan parti sudah dan akan perangi rasuah. Dalam GTP (Program Transformasi Kerajaan) dan NKRA (Bidang Keberhasilan Utama Negara), jelas usahanya," tambah beliau merujuk kepada inisiatif Najib Razak untuk memerangi rasuah dan mengurangkan jenayah.

TIPU PILIHAN RAYA
TURUN JALAN RAYA


-----

ALHUSSEYN

Posted: 25 Jan 2013 03:45 PM PST

ALHUSSEYN


Teragedi Kugan berulang lagi - komplot memalsukan post mortem

Posted: 24 Jan 2013 11:13 PM PST

Walaupun ada beberapa saksi berkata, 20 ke 30 orang memukulnya ketika dia tertiarap dengan tangannya digari ke belakang.

Polis memijak tengkuk mangsa dan menyapu muka mangsa dengan serbuk kunyit.

Tetapi doktor yang buat bedah siasat kata mendiang mati akibat saluran jantungnya tersumbat dan diklasifikasikan sebagai kematian mengejut. 

Demikian Pathologist Dr Mohd Azaini Ibrahim daripada Hospital Serdang Hospital membuat post mortem ke atas mayat  Sugumaran, bahawa dia telah mati akibat serangan jantung! 

"Tidak ada kecederaan lain yang boleh menyebabkan kematiannya" jelas Abdul Rashid, OCPD Kajang. 

Inilah silap mata terbaru PDRM yang mengalahkan pakar silap mata dunia, David Copperfield. 


Hospital Serdang mempunyai sejarah memalsukan penemuan post-mortem dalam memihak kepada pihak berkuasa polis. 

Dalam kes A. Kugan, polis kata dia jatuh dan terus mati selepas diberi minum segelas air  bukan akibat penderaan sewaktu disoalsiasat polis sebagaimana dakwaan orang ramai.

Hospital Serdang mendakwa bahawa Kugan mati kerana air dalam paru-paru sedangkan dia telah dipukul hingga mati dalam tahanan polis.Ha! ha! Silap mata betul!

Akibatnya, Pathologist Hospital Serdang tersebut, Prof Dr Abdul Karim Tajuddin, telah didapati bersalah oleh Majlis Perubatan Malaysia (MMC) salah laku profesional untuk memalsukan penemuan post-mortem Kugan. Baca lagi

Menurut peguam Surendren dan Latheefa, hospital itu sekali lagi melanggar etika perubatan dengan menafikan keluarga Sugumaran untuk melihat mayat mangsa sehingga mereka telah dipujuk untuk berbuat demikian oleh peguam dan aktivis, empat jam kemudian. 

Surendren dan Latheefa menganggap polis cuba untuk melepaskan diri mereka dengan mengeluarkan kenyataan palsu dan itu adalah penyelewengan perjalanan keadilan yang serius, kata mereka.

DUNIACACAMARBA

Posted: 25 Jan 2013 03:29 PM PST

DUNIACACAMARBA


1Rumah Terima 28 Surat BN, Bukti Wujud Usaha Rampas Selangor Guna Taktik Kotor???

Posted: 25 Jan 2013 06:55 AM PST



[MK] Lebih banyak kontroversi menyelubungi surat ucapan tahun baru dari Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak selepas pembangkang menerima satu lagi aduan mengenai berpuluh surat tersebut dihantar kepada orang yang tidak dikenali di sebuah rumah di Petaling Jaya.


ADUN Subang Jaya, Hannah Yeoh (kiri dalam gambar) yang juga menjaga kawasan pilihan raya Bukit Gasing berikutan kematian wakil raknyat, berkata aduan terbaru itu datangnya dari sebuah rumah di kawasan berkenaan.

"Pemilik rumah tersebut telah menerima 28 surat daripada BN, tetapi dia tak kenal pun mereka," katanya dalam sidang akhbar bersama ADUN Kampung Tunku, Lau Weng San dan Kasthuri Patto, iaitu setiausaha politik kepada pemimpin DAP, Lim Kit Siang.

Untuk memburukkan lagi keadaan, Hannah berkata carian pada daftar pemilih menunjukkan terdapat 37 nama orang yang tidak dikenali yang didaftarkan di alamat tersebut.


"Kami mahu bertanya kepada Najib dan (penyelaras BN Selangor), Datuk Mohd Zin Mohamed sama ada ini adalah pengundi hantu mereka?" kata Hannah.

Dengan mendedahkan sendiri 'pengundi hantu' tersebut, tegas Hannah, BN umpama "menyumbat gol sendiri".

"Saya tidak kata mereka tidak bijak, tetapi mungkin terdapat terlalu banyak pengundi hantu sehingga mereka pun tidak kenal."



"Kami mahu bertanya kepada Najib dan (penyelaras BN Selangor), Datuk Mohd Zin Mohamed sama ada ini adalah pengundi hantu mereka?" kata Hannah.

Dengan mendedahkan sendiri 'pengundi hantu' tersebut, tegas Hannah, BN umpama "menyumbat gol sendiri".

"Saya tidak kata mereka tidak bijak, tetapi mungkin terdapat terlalu banyak pengundi hantu sehingga mereka pun tidak kenal."



P/s: Setinggi-tinggi tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga, sepandai-pandai mereka menipu, akhirnya kantoi juga!



Kalimah ALLAH: PR Tidak Pernah Setuju, Cuma Perakui

Posted: 25 Jan 2013 06:13 AM PST

Anwar Ibrahim ketika ditemui pada satu wawancara eksklusif di pejabatnya semalam. - Foto Sinar Harian oleh SAFWAN MANSOR

[SH] PETALING JAYA - Pakatan Rakyat (PR) tidak pernah bersetuju dengan penggunaan kalimah ALLAH bagi bukan Islam di negara ini.

Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu telah disalahertikan pihak media sehingga menimbulkan salah faham.

Menurutnya, PR tidak mengeluarkan kenyataan persetujuan, sebaliknya memperakui perkara itu berdasarkan hasil perbincangan bersama Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Saya tidak kata tidak bersetuju. Ada media yang memutarbelitkan kenyataan. PR hanya berpandu kepada kenyataan Presiden Pas yang dibentangkan dalam mesyuarat Majlis PR.

"Kenyataan Majlis Syura merujuk kepada memberikan laluan berkenaan penggunaan kalimah ALLAH dengan beberapa syarat tidak dibentangkan di dalam mesyuarat Majlis PR," katanya dalam satu sidang media di pejabat PKR, di sini, semalam.

Katanya, PR hanya mengikut dan membuat keputusan untuk memperakui kenyataan Abdul Hadi.

"Saya ulang, saya hanya baca dan meneliti kenyataan yang dibentangkan oleh Presiden Pas dan kita (PR) memperakui dan sokong kenyataan tersebut," katanya.

Semalam, Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib menegaskan, Majlis Syura Pas sudah membuat ketetapan, kalimah ALLAH hanya boleh digunakan masyarakat Islam sahaja dan akan menyerahkan tanggungjawab sepenuhnya kepada Kerajaan Pusat yang ditunjangi Umno jika Pakatan Rakyat (PR) bertegas membenarkan bukan Islam menggunakan kalimah ALLAH di negara ini.

Pada 8 Januari lalu, Majlis Pimpinan PR mencapai persetujuan bahawa penggunaan kalimah ALLAH boleh digunakan oleh penganut Kristian dengan syarat ia tidak disalahgunakan.

Dalam perkembangan lain, Anwar ketika ditanya mengenai kesediaan PKR untuk menghantar senarai calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tapisan, Anwar menjelaskan perkara itu tidak berlaku.

"Mengapa SPRM tak kaji isu Scorpène? Sedangkan isu lembu boleh lepas, ambil tanah boleh lepas tetapi, ada masa nak kaji kita (PKR). Nanti, Permatang Pauh tak lepas sebab masih dalam kajian," katanya.



Menteri Besar dan Ketua Menteri Antara yang Kantoi Sebelum Bertanding dalam PRU13

Posted: 24 Jan 2013 07:39 PM PST


[SH] SHAH ALAM – Beberapa parti politik dijangka terpaksa menggugurkan nama-nama besar daripada menjadi calon mereka dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Pengguguran itu tidak boleh dielakkan kerana beberapa tokoh itu gagal dalam ujian tapisan yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana mempunyai masalah dengan undang-undang.

Antara nama-nama besar yang disebut sebagai mereka yang dijangka tidak akan dicalonkan semula akibat masalah berkenaan ialah seorang menteri besar, seorang ketua menteri dan dua pemimpin tinggi sebuah parti.

Difahamkan, perkembangan terbaru ini disedari setelah urusan awal tapisan senarai calon yang diserahkan beberapa parti kepada SPRM untuk tapisan menjelang PRU13 selesai, baru-baru ini.

Menurut sumber yang boleh dipercayai, ratusan nama calon sudah diserahkan kepada SPRM dan berikutan tapisan yang dilakukan, beberapa nama-nama besar telah gagal saringan.

Berdasarkan hasil ujian tersebut, parti-parti yang terlibat telah dinasihatkan tidak meletakkan nama-nama besar yang bermasalah itu sebagai calon mereka.

Maklumat yang diterima Sinar Harian menunjukkan nama-nama besar yang gagal ujian tapisan tidak boleh diletakkan sebagai calon dan jika dicalonkan juga, ia akan memberi implikasi kepada parti terbabit.

Ketika dihubungi Sinar Harian, Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Operasi), Datuk Mohd Shukri Abdul enggan memberi sebarang komen mengenai perkara tersebut.

Beliau sekadar menegaskan bahawa Cawangan Tapisan Keutuhan, Bahagian Pengurusan Rekod dan Teknologi Maklumat SPRM masih membuat tapisan ke atas senarai calon yang dihantar parti-parti politik.

Katanya, parti-parti yang akan meletakkan calon dalam PRU13 masih terus menghantar nama-nama calon masing-masing untuk tapisan dan ada yang akan terus menghantar senarai tersebut walaupun selepas Parlimen dibubarkan nanti.



[PANAS] Saksi Dakwa Polis dan Orang Awam Belasah Hingga Mati Sugumar, Polis Dakwa Sugumar Mati Akibat Serangan Jantung

Posted: 24 Jan 2013 05:28 PM PST



[KD] Pengarah Guaman KEADILAN, Latheefa Koya berkata, saksi melihat Sugumar Cheliah, 40 dikejar empat anggota polis menaiki dua kereta peronda sebelum kejadian pembunuhan kira-kira jam 6 petang, semalam. 

Selepas diberhentikan, mangsa dibelasah sekumpulan individu berhampiran rumahnya di Taman Seri Nanding, Hulu Langat dalam keadaan tangan bergari dan ditekan dengan pengusung. 

"Mangsa yang bergari turut dipukul beramai-ramai oleh orang sekeliling tanpa halangan polis. Polis memijak tengkuk mangsa dan menyapu muka mangsa dengan serbuk kunyit," katanya ketika dihubungi. 

Difahamkan, Sugumar yang tiada rekod jenayah, turut dicampakkan ke bahu jalan dalam keadaan bogel, selepas kematiannya. 

"Profesionalisme polis juga amat diragui kerana pasukan forensik hanya datang selepas jam 11 malam untuk mengambil mayat," katanya. 

Menurut Latheefa, mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat, namun keluarganya tidak dibenar masuk ke bilik mayat untuk membuat pengecaman selepas dimaklumkan lewat malam semalam. 

"Keluarga mangsa datang awal pagi hari ini ke hospital namun selepas pukul 2 petang barulah keluarga mangsa dan peguam dibenarkan masuk," ujarnya. 

Sehubungan itu, beliau mendesak polis yang terlibat dalam pembunuhan itu ditangkap dan digantung tugas kerana insiden itu di bawah tanggungjawab polis. 

"Saya desak polis segera menangkap dan mendakwa semua yang terbabit dalam pembunuhan ini. Insiden ini berlaku ditempat awam dan ramai saksi melihat kejadian itu," ujarnya kepada Keadilan Daily. 

Timbalan Pengerusi Biro Hak Asasi dan Guaman KEADILAN, S. Jayathas berkata kehilangan nyawa akibat kecuaian polis bukan isu baru kerana rekod menunjukkan banyak orang awam mati di tangan polis. 

"Polis gagal bertindak waras dengan mengenepikan undang-undang ketika berhadapan suspek. Ini akibat kegagalan polis melaksanakan Suruhanjaya Bebas Terhadap Salah Laku dan Aduan Polis (IPCMC)," ujarnya. 


Berita Berkaitan:

Polis: Lelaki mati mengejut dalam kejadian amuk

[Bernama] Polis telah mengklafikasikan kematian seorang lelaki yang dipercayai mengalami masalah mental dan merosakkan harta benda awam dekat Kajang semalam, sebagai mati mengejut.Ketua Polis Daerah Kajang ACP Abdul Rashid Abdul Wahab berkata dalam ejadian bermula jam 6.30 petang itu, C Sugumaran, 39, yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di Hulu Langat menggunakan palang besi untuk merosakkan harta benda awam.

Menurutnya, lelaki itu mula mengamuk dari Taman Sri Nanding di sini sebelum menuju ke Taman Desa Raya dan Taman Lagenda Suria.

Abdul Rashid berkata polis mengekori suspek sejauh dua kilometer sebelum dia tiba-tiba terjatuh di bahu jalan.

"Ketika itu, polis dan orang awam menangkap lelaki itu yang bertindak agresif dan beliau didapati tidak sedarkan diri ketika berada dalam kenderaan polis," katanya dalam sidang media di Kajang malam ini.

Menurut Abdul Rashid, samasa dalam perjalanan ke Hospital Serdang, beliau disahkan meninggal dunia.

"Hasil bedah siasat menunjukkan beliau mengalami saluran jantung tersumbat dan tiada sebarang kecederaan lain," katanya.

Abdul Rashid menegaskan kematiannya tiada kena mengena dengan tindakan polis ketika menahannya.


Peguam: Polis kawal rapi bedah siasat Sugumar

[MK] Sekumpulan polis mengawal ketat kawasan rumah mayat Hospital Serdang hari ini ketika bedah siasat dijalankan ke atas seorang lelaki yang ditemui mati dalam keadaan bergari pada malam semalam.

Peguam PKR Latheefa Koya berkata, kira-kira 20 orang termasuk empat anggota polis bersenjatakan M-16 mengawal kawasan tersebut yang dipenuhi anggota keluarga si mati.

Katanya, anggota keluarga berkenaan menunggu untuk mengecam mayat Sugumar Chelliah, 40, semenjak diberitahu mengenai kematian lelaki tersebut, lewat malam semalam.

Latheefa mendakwa, saksi melihat sekumpulan individu memukul Sugumar sehingga membawa kepada kematian lelaki tersebut dalam kejadian pada kira-kira jam 6.30 petang semalam.

Sementara itu, satu laporan laman berita The Malaysian Insider yang memetik kenyataan saksi menyebut sekurang-kurangnya empat anggota polis terlibat mengejar Sugumaran dan seterusnya menahan dan menggari lelaki tersebut dalam kejadian itu.

Laporan itu menyebut, seramai 20 orang yang lain kemudiannya didakwa menyertai anggota polis berkenaan dan memukul Sugumaran.

Mengulas dakwaan berkenaan, Latheefa berkata beliau menuntut agar anggota polis yang didakwa terlibat dalam kejadian itu tindakan tegas.

Turut hadir bersama keluarga mangsa hari ini ialah naib presiden PKR N Surendran dan MP Kapar M Manikavasagam.

Surendran berkata, Manikavasagam yang turut masuk ke bilik bayat untuk mengecam mayat Sugumar mendapati tangan si mati masih bergari.Sementara itu, ketua polis daerah Kajang ACP Abdul Rashid Abdul Wahab ketika dihubungi Malaysiakini berkata beliau akan mengadakan sidang media pada malam ini.

Beliau dijangka akan menjelaskan rentetan kejadian yang berlaku pada malam semalam, sehingga membawa kepada kematian Sugumar di kawasan taman perumahan di Hulu Langat itu.





DIALOG RAKYAT

Posted: 25 Jan 2013 03:28 PM PST

DIALOG RAKYAT


Ahmad Zahid fail saman fitnah terhadap Rafizi

Posted: 25 Jan 2013 07:13 AM PST

THE MALAYSIAN INSIDER

KUALA LUMPUR,— Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini memfailkan saman fitnah terhadap Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohd Rafizi Ramli (gambar) berhubung satu artikel di dalam laman blog.

Ahmad Zahid memfailkan writ saman tersebut menerusi Tetuan Majid Krishna Menon & Lee di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini.

Mengikut pernyataan tuntutan, Dr Ahmad Zahid mendakwa Mohd Rafizi (defendan) menerbitkan artikel fitnah itu di laman blog miliknya iaitu RafiziRamli dotcom.

Ahmad Zahid mendakwa artikel itu adalah tidak benar, palsu dan ditulis dengan niat jahat bagi memberi gambaran negatif berkenaan diri dan pekerjaannya untuk dibaca orang awam.

Katanya Rafizi mengetahui kesan langsung penerbitan artikel tersebut yang membolehkan ia diterbit semula oleh pihak media termasuk media di laman Internet.

Ahmad Zahid turut mendakwa perkataan yang terkandung dalam artikel tersebut membawa maksud bahawa beliau tidak kompeten untuk menjawat jawatan sebagai

Menteri Pertahanan, menyalah guna kuasa, tidak bertanggungjawap, menyalah guna wang rakyat dan pecah amanah.

Beliau mendakwa tujuan sebenar Rafizi berbuat demikian adalah untuk melupuskan keyakinan orang awam dan gabungan Barian Nasional terhadapnya terutama dalam pilihan raya umum akan datang.

Ahmad Zahid menuntut ganti rugi am dan khas, ganti rugi teladan, penarikan penuh segala kata-kata fitnah serta meminta maaf dalam format yang diberikan Ahmad Zahid dan diiklankan dalam empat surat khabar tempatan, empat bahasa selama dua hari.

Beliau juga menuntut perintah supaya defendan mengeluarkan artikel tersebut daripada blog miliknya, perintah larangan daripada mengulangi atau menerbitkan semula termasuk di ceramah, perhimpunan dan kempen pilihan raya.

Turut dituntut ialah faedah empat peratus ke atas jumlah ganti rugi, kos dan relif lain. — Bernama

Kes Sugumar: Protes desak anggota polis didakwa, gantung tugas

Posted: 25 Jan 2013 07:03 AM PST

Oleh: Mohd Arif Juhani

KAJANG : Kira-kira 50 individu termasuk ahli keluarga C Sugumar mengadakan protes di depan IPD Kajang, bagi mendesak anggota polis terlibat dengan kematiannya dibawa ke muka pengadilan.

Beberapa kain rentang yang ditulis "Polis Pembunuh", "Najib Tindas Masyarakat India", "Jangan Bodohkan Rakyat" turut dipapar sebagai respon kezaliman anggota polis.



Bagaimanapun, polis enggan membenarkan peguam dan keluarga mendiang masuk ke IPD berkenaan bagi membuat laporan berhubung kematiannya.

Sehubungan itu, peguam N Surendran berkata, satu lagi protes akan diadakan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Selasa depan.

Beliau turut mengutuk kenyataan Ketua Polis Daerah (OCPD) Kajang ACP Abdul Rashid Abdul Wahab yang mendakwa Sugumar mati akibat serangan jantung.

"Ramai saksi berada di tempat kejadian nampak Sugumar dibelasah hingga mati dengan tangan bergari di belakang dan ada polis melumur muka mangsa dengan serbuk kunyit. Tapi kita kesal OCPD membela polis terbabit dan menipu rakyat kononnya mangsa mati akibat serangan jantung.

"Kita beri amaran kepada polis dan KDN, jangan cuba tutup kes ini dan mahu tindakan di ambil bawah seksyen 302 kanun keseksaan kerana membunuh," katanya.

"Tuntutan protes hari ini mendesak polis terlibat ditangkap, digantung (tugas) dan didakwa ke mahkamah," katanya yang juga peguam keluarga mangsa.

Turut hadir Peguam Latheefa Koya, Adun Kajang, Lee Kim Sin; Penyelaras DUN Semenyih, Nor Azlan Hj. Mohammad; AJK Biro Maklumat KEADILAN, K. Gunasekaran; Ajk AMK Hulu Langat, Ananthakannan yang juga sepupu mangsa; Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) S.Arutchelvan, peguam, aktivis politik dan pemberita.



Sementara itu, Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam menuntut polis mendengar desakan rakyat dan keluarga untuk membenarkan bedah siasat kedua dijalankan.

"Saya desak Ketua Polis (COP) Selangor segera tubuh badan siasatan bebas, siasat isu sebenar dan tangkap korporal dan sarjan polis terlibat.

"Kita desak bedah siasat kedua dibuat di hospital universiti atau mana-mana hospital lain kerana kita tidak yakin kredibiliti Hospital Serdang.

"Kita beri masa selama 48 jam, jika bedah siasat kedua tidak dibuat, mayat Sugumar akan dibawa ke IPD Kajang dan satu lagi protes akan diadakan!," ujarnya.

Semalam, media melaporkan kematian Sugumar, 40 selepas dibelasah 4 enggota polis dan orang ramai dalam keadaan tangan bergari. Malah anggota polis berkenaan turut memijak tengkuk mangsa dan melumur serbuk kunyit di mukanya. Kejadian tersebut berlaku berhampiran rumahnya di Taman Seri Nanding, Hulu Langat.

Aktivis Himpunan Hijau lancar kempen ‘boikot’ di depan bank HSBC

Posted: 25 Jan 2013 06:59 AM PST


Sebagai simbolik, Penengerusi Himpunan Hijau Wong Teck bersama aktivis lain telah memotong kad HSBC milik mereka sebagai tanda protes. — Gambar oleh Choo Choo May
 
KUALA LUMPUR — Sekumpulan aktivis alam sekitar Himpunan Hijau berkumpul di perkarangan ibu pejabat perbankan antarabangsa HSBC di ibu kota hari ini dan melancarkan kempen "boikot" bank tersebut yang didakwa mereka terlibat dalam menjalankan urusan dengan kilang pemprosesan nadir bumi, Lynas Corp Sdn Bhd di Kuantan.
 Seramai 20 orang berhimpun dengan pakaian hijau sebagai simbolik menentang kilang di Lynas dan membawa sepanduk menggesa HSBC menjelaskan dakwaan terlibat sama dalam pembinaan kilang kontroversi tersebut.

"Hari ini adalah langkah pertama Himpunan Hijau bagi menggesa pihak bank HSBC tampil menjelaskan hubungan mereka dengan kilang Lynas," kata Pengerusi Himpunan Hijau Wong Teck dalam sidang medianya di sini.

"Sehingga kini mereka masih berdiam diri dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan."

Beliau juga memberi amaran kepada HSBC akan meluaskan kempennya untuk memboikot syarikat perbankan tersebut jika masih berdiam diri.

"Jika mereka masih berdiam diri, pihak kami akan meluaskan kempen memboikot.

"Kami akan guna laman sosial dan beberapa platform lain untuk memberitahu orang awam supaya menghentikan sebarang urusan dengan HSBC," kata Wong yang juga mempertikaikan profesionalisme bank tersebut kerana enggan berterus-terang.

Langkah yang diambil hari ini adalah yang terbaru dirancang oleh kumpulan tersebut sebagai salah satu usaha untuk menekan mana-mana pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam pembinaan loji toksik tersebut tampil menyatakan pendirian mereka dan tidak berselindung
Sebagai simbolik, Wong bersama aktivis lain telah memotong kad HSBC milik mereka sebagai tanda protes..

Kumpulan tersebut sebelum ini telah mengadakan satu himpunan besar-besaran pada 25 November 2012 dimana ribuan orang ramai telah turun ke Dataran Merdeka sebagai tanda protes terhadap pembinaan loji Lynas tersebut.

Malahan, Himpunan Hijau juga telah berjalan hampir sejauh 300 km selama 13 hari yang bermula di Kuantan bermula pada 13 November tahun lalu.

Selain itu, kumpulan ini juga mendapat sokongan empat NGO lain seperti Jawatankuasa Membantah Sianida Raub, (Ban Cyanide Committee), gabungan NGO Pengerang, dan NGO, anti-empangan Murum.

Mahkamah rayuan hidupkan semula kes saman fitnah Anwar terhadap Anifah

Posted: 25 Jan 2013 06:57 AM PST

THE MALAYSIAN INSIDER

PUTRAJAYA,— Mahkamah Rayuan di sini hari ini menghidupkan semula kes saman fitnah RM100 juta Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) terhadap Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.

Panel hakim tiga anggota dipengerusikan Datuk Ramly Ali sebulat suara membenarkan rayuan Anwar bagi menghidupkan semula saman sivil beliau terhadap  Anifah atas kapasiti peribadi menteri itu.

Kes itu juga diperintahkan dikembalikan semula ke Mahkamah Tinggi untuk dibicarakan di hadapan hakim yang lain.

Panel yang turut dianggotai Datuk Anantham Kasinater dan Datuk David Wong Dak Wah, bagaimanapun menolak dengan kos rayuan Anwar untuk menghidupkan semula samannya terhadap Anifah atas kapasiti rasmi beliau sebagai Menteri Luar dan kerajaan Malaysia.

Pada 5 Jan tahun lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan Anifah dan kerajaan untuk membatalkan saman Anwar terhadap mereka berhubung tuduhan yang didakwa dibuat menteri itu pada Mei 2010 semasa sidang akhbar di Jabatan Negara di Washington.

Panel itu memerintahkan Anwar membayar RM10,000 sebagai kos perundangan.

Peguam yang mewakili Anifah, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah memberitahu mahkamah beliau menerima arahan untuk membawa kes itu ke Mahkamah Persekutuan.

Pada 27 Mei 2009, Anwar menyaman Anifah atas kapasiti peribadi dan rasmi beliau dan kerajaan Malaysia mendakwa menteri itu memfitnahnya dalam sidang akhbar bersama Anifah dan Setiausaha Negara Amerika Syarikat Hillary Clinton.

Dalam pernyataan tuntutannya, Anwar mendakwa tuduhan Anifah tidak berasas dan cuai.

Beliau mendakwa kenyataan Anifah telah dilaporkan secara meluas dalam media tempatan dan asing.

Anwar memohon RM100 juta sebagai ganti rugi am, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan, kos dan relif lain difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Anwar diwakili peguam R.Sivarasa manakala Peguam Kanan Persekutuan Amarjeet Singh mewakili Anifah, atas kapasiti rasmi beliau dan kerajaan. — Bernama

Ibu bapa William kenalpasti mayat kanak-kanak dijumpai anak mereka

Posted: 25 Jan 2013 06:53 AM PST

THE MALAYSIAN INSIDER


PETALING JAYA,— Ibu bapa kepada William Yau Zhen Zhong, 6, mengenal pasti mayat kanak-kanak yang dijumpai di Pelabuhan Klang petang semalam adalah anak mereka yang dilapor hilang 16 Januari lepas.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Yahaya Ramli berkata mayat kanak-kanak itu dikenal pasti berdasarkan pengecaman oleh pasangan itu yang menemui dua parut di belakang kepala dan satu di dahi kanak-kanak berkenaan yang mempunyai persamaan dengan William.

"Ibu bapa William turut mengesahkan seluar pendek dan seluar dalam mayat kanak-kanak itu kepunyaan anak mereka.

"Dan berdasarkan siasatan awal, polis mendapati mayat kanak-kanak yang dijumpai pada 6.30 petang semalam 75 peratus mirip William," kata Yahaya kepada pemberita di sini hari ini.

Yahaya berkata laporan bedah siasat yang dijalankan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang hari ini mendapati kanak-kanak yang dijumpai itu telah meninggal dunia kira-kira seminggu lepas, namun punca sebenar kematian belum dikenal pasti kerana keadaan mayat yang reput dan banyak organ dalaman yang rosak.

Beliau berkata pengesahan sama ada mayat kanak-kanak yang dijumpai itu adalah William akan diketahui selepas keputusan ujian DNA dikeluarkan dalam tempoh 72 jam.

Petang semalam, mayat seorang kanak-kanak berpakaian lengkap dijumpai tersangkut di jeti Kampung Sungai Sireh oleh seorang lelaki, sebelum dibawa ke HTAR untuk bedah siasat.

William, anak kedua pasangan Goh Ying Ying, 28, dan Yau Kok Kang, 32, dilapor hilang di Jalan Putra Mahkota, Putra Heights, Subang Jaya selepas dipercayai keluar daripada kenderaan untuk mencari ibu bapanya yang singgah di sebuah kedai barangan elektrik.

Yahaya berkata buat masa ini, polis belum mengenal pasti suspek terlibat dan siasatan sedang dijalankan.

"Kami belum ada maklumat konkrit lagi, cuma kami sudah merakam keterangan beberapa orang yang kami panggil untuk membantu siasatan," katanya. — Bernama

"Syaitan Yang Dikenali" Menyamar Sebagai Penyokong PAS!

Posted: 25 Jan 2013 06:50 AM PST


KELAB GREENBOC

Demo guna bendera PAS bukti Umno terdesak

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda PAS Kelantan, Abdul Latif Abdul Rahman menyifatkan tindakan sekumpulan pemuda mengaku ahli PAS dan mambawa bendera parti itu ketika demonstrasi di Kota Bharu semalam sebagai tindakan terdesak Umno BN.

Beliau berkata, tindakan itu juga sebenarnya cubaan untuk melaga-lagakan PAS dengan rakan Pakatan Rakyat yang lain.

"Kita tidak mengenali peserta yang menyertai himpunan tersebut, malah tidak mengetahui langsung ada perhimpunan sedemikian.

"Apa yang boleh saya katakan ini merupakan tindakan terdesak Umno untuk melaga-lagakan PAS dan DAP bagi tujuan untuk politik mereka," jelasnya kepada Harakahdaily.

Semalam, hampir 20 orang pemuda berkumpul di Kg. Padang Enggang kononnya bagi mendesak PAS keluar dari Pakatan Rakyat berhubung isu kalimah Allah.

Mengulas lanjut, Abdul Latif yang juga Adun Mengkebang berkata, ahli PAS sentiasa menghormati setiap keputusan yang telah diputuskan oleh peringkat pimpinan tertinggi parti termasuk Majlis Syura dan tidak akan bertindak sedemikian.

Abdul Latif juga menjelaskan, tindakan tersebut juga menunjukkan Umno gagal menangani isu kalimah Allah walaupun agansi penguatkuasaan seperti Kementerian Dalam Negeri (KDN) berada di bawah penguasaan mereka.

"Mereka (Umno) cuba menutup kegagalan mereka dengan menunding kepada PAS, dan mereka akan cuba mewujudkan perbalahan antara parti di dalam Pakatan bagi mencari undi Melayu.

"Kita dalam Pakatan tidak akan cepat melatah dan mengganggap itu hanya satu provokasi yang dilakukan oleh Umno, yang begitu terdesak untuk mempertahankan kemenangan mereka," tegas beliau.

Ulasan GB

Anehnya berita yang dikeluarkan oleh BERNAMA yang disiarkan oleh akhbar-akhbar pencacai siap dengan gambar mereka yang berdemo menyatakan itu penyokong PAS.

Dan mereka itu dengan beraninya menunjuk dan mengibarkan bendera PAS.

Seolah-olah ada perancangan BERNAMA dan jurugambar tersebut untuk memburukkan PAS.

PAS, sebagai sebuah parti sah, boleh mengambil tindakan ke atas pendemo tersebut termasuk agensi berita BERNAMA dan jurugambar lantaran berita yang memfitnah PAS.

Konflik Umno Johor, rakyat perlu buka mata

Posted: 24 Jan 2013 11:35 PM PST

Muhammad Faizal,


KUALA LUMPUR: Rakyat Johor diseru menilai sendiri berhubung konflik dalaman yang melanda Umno negeri itu demi masa depan mereka.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata pergeseran dalaman Umno di Johor itu diperingkat kronik termasuk hilang kepercayaan kepada menteri besar Datuk Abdul Ghani Othman itu sendiri.

Sebuah akhbar semalam melaporkan, sebahagian besar cawangan parti di Pasir Gudang menutup bilik gerakan kerana kecewa dengan tindakan Abdul Ghani yang masih belum memberi hak milik tanah kepada penduduk setinggan.

Laporan berkenaan memetik kenyataan pegerusi tetap Umno bahagian tersebut, Abu Bakar Alibi yang mendakwa lima bilik gerakan ditutup dan empat lagi dijangka mengambil tindakan sama menjelang pilihan raya.

"Kegagalan Abdul Ghani dalam mempertahankan kampung-kampung melayu dan juga tanah menyebabkan orang-orang Melayu di sana akan kehilangan tanah mereka.

"Kampung-kampung Melayu juga semakin terpinggir apabila kerajaan negeri gagal memberi jamin untuk mempertahankan hak mereka, apabila Umno lebih mementingkan pembangunan dari menjamin hak orang Melayu terutama dalam isu tanah," kata Salahudin.

Menurut beliau lagi, isu pengambilan tanah yang diperjuangkan PAS terutamanya di Pengerang membuktikan bahawa isu tanah adalah isu serius di negeri itu.

Ianya juga membuktikan kegagalan Umno BN negeri itu membela nasib rakyat termasuk ahli Umno sendiri berhubung isu itu.

Sebelum ini, Ketua Penerangan Umno Malaysia, Datuk Ahmad Maslan didakwa mengeluarkan amaran kepada pemimpin akar umbi di Pasir Gudang yang menutup bilik gerakan tersebut.

Ahmad berkata tindakan tegas akan diambil terhadap ahli Umno yang melakukan sabotaj ke atas parti dalam pilihan raya umum akan datang.

Dolomite: Kami tak diberi peluang suara pandangan

Posted: 24 Jan 2013 11:32 PM PST

MALAYSIA KINI


 
Dolomite Corporation Bhd dilaporkan tidak dibawa berunding dalam proses membuat keputusan yang membawa kepada pembatalan projek kondominium di Batu Caves.

Akhbar berbahasa Inggeris, The Sun, memetik Pengarah Urusan syarikat tersebut, Lew Choong Keong yang terkejut dan kecewa dengan pembatalan projek itu semalam.

"Keputusan itu, yang dibuat semata-mata atas syor Jabatan Perancang Bandar negeri, adalah tidak wajar," katanya dalam laporan tersebut

Lew dilaporkan berkata, selepas dua cubaan untuk bertemu dengan menteri besar dan pihak berkuasa berkaitan, pihaknya tidak diberi peluang untuk membentangkan kes atau penemuan mereka, ataupun diberi peluang meneliti hasil penyelidikan yang dibentangkan oleh jabatan perancangan bandar untuk ketepatan dan perbincangan lanjut.

Menurutnya lagi, Dolomite bersedia untuk memberikan bukti dari pakar-pakar industri bahawa projek tersebut memenuhi piawaian keselamatan dan piawaian alam sekitar.

Lew juga dilaporkan mengadu bahawa kenyataan tujuh perenggan kerajaan negeri mengumumkan pembatalan projek tersebut adalah kabur tentang bagaimana projek itu mungkin membahayakan penduduk dan kawasan sekitarnya.

Kontroversi mengenai projek kondominium itu, yang terletak berhampiran kuil Batu Caves, pertama kalinya tercetus apabila MIC dan jawatankuasa kuil mengadakan bantahan terhadap tahun lepas.

Kerajaan negeri kemudiannya menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk menyelia semua pembangunan di kawasan itu, manakala Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berjanji untuk membatalkan projek ini jika BN merampas semula Selangor.

PKR bidas PM diam diri isu bakar Bible

Posted: 24 Jan 2013 11:31 PM PST

 


 
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membidas  Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana tidak segera mengutuk seruan PERKASA supaya dibakar Bible versi Bahasa Melayu yang menggunakan kalimah Allah.

NONEBeliau berkata, pihak tahu bahawa peranan PERKASA itu disalurkan
oleh Umno untuk menyemarakkan ketaksuban perkauman.

Anwar berkata, pihaknya juga belum mendengar sebarang respons yang tegas dari kepimpinan Umno.

"Tidak ada dari perdana menteri atau pun menteri dalam negeri," katanya dalam satu sidang akhbar di ibu pejabat PKR hari ini.

Kakitangan Wanita Sebuah Bank Ditahan Kebas Wang Lisa Surihani RM50,000

Posted: 24 Jan 2013 11:26 PM PST

 
KELAB GREENBOC

Lisa Surihani Syukur Misteri Kehilangan RM50,000 Hampir Terlerai

Pelakon Lisa Surihani (gambar), 26, bersyukur apabila pihak pihak polis berjaya menahan individu yang menceroboh akaunnya pada 11 Januari lalu sehingga mengakibatkan kehilangan wang berjumlah RM50,000. Alhamdulillah, selesai kes.

Akhbar Harian Metro melaporkan, Lisa telah dimaklumkan mengenai tahanan tersebut dan diminta menunggu tindakan susulan daripada pihak polis.

"Saya sangat menghargai kerjasama diberikan polis dan bank sehingga tertangkapnya individu itu dan syukur keadilan yang dimahukan hampir tertunai," katanya.

Pada Selasa, rahsia kehilangan wang simpanan pelakon itu terbongkar selepas siasatan polis mendapati ia dilakukan kakitangan bank sebelum menahannya.

Kakitangan bank wanita itu dikatakan membatalkan kad mesin pengeluaran wang automatik (ATM) milik Lisa sebelum membuat salinan baru dan melakukan pengeluaran RM50,000 yang direkodkan pengeluarannya di Kuantan, Pahang sejak awal bulan ini.

Wanita yang sudah berkahwin dan mempunyai cahaya mata itu ditahan jam 10 pagi, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kuala Lumpur Asisten Komisioner Izany Abdul Ghani ketika dihubungi mengesahkan penahanan wanita terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan (KK).

Katanya, hasil siasatan awal, wanita terbabit memang berkeupayaan untuk melakukan pemalsuan dokumen artis itu kerana sememangnya bekerja dengan bank berkenaan sebelum membuat kad ATM baru untuk mendapatkan wang dengan jalan mudah.

Dalam pada itu, Lisa berkata, insiden terburuk sejak bergelar artis itu turut memberi pengajaran untuknya lebih berhati-hati pada masa depan.

Lisa sebelum ini dilaporkan kehilangan RM50,000 sejurus kehilangan kad pengeluaran wang automatik (ATM), namun hanya disedarinya ibunya, Siti Amira Ahmad, 62, ketika ingin membuat pengeluaran di sebuah bank di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, Selangor.

Dalam kejadian jam 10.30 pagi itu, ibu pelakon berkenaan membuat semakan baki dan mendapati wang simpanan berkurangan.

Hasil rujukan di bank, mereka dimaklumkan kad ATM terbabit tidak boleh digunakan kerana sudah ditukarkan kad baru oleh individu lain tanpa pengetahuan. -mstar

CEC: Pengerusi cawangan DAP buat laporan pada ROS

Posted: 24 Jan 2013 11:23 PM PST



 
Isu keputusan pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP baru-baru ini, kelihatan tidak berkesudahan dengan hari ini DAP Cawangan Desa Dahlia, Senawang membuat laporan kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) di Seremban berhubung apa didakwa sebagai penipuan terhadap sistem demokrasi.

Laporan itu dibuat pengerusi DAP cawangan itu Richard Francis dan naib pengerusinya Jesu Dason kepada Pegawai Pendaftar ROS Zainor Shida Arshad.

Pada sidang akhbar selepas membuat laporan itu, Richard mendakwa pemilihan itu jelas menunjukkan ada amalan ala kuku besi atau autokratik dalam parti berkenaan.

"Jika benar parti DAP menggunakan nama Democratic Action Party (DAP) sebagai prinsip perjuangan mereka, sepatutnya ia diamalkan secara telus ketika berlangsungnya pemilihan parti tersebut.

"Saya adalah perwakilan yang mengundi pada pemilihan itu di Pulau Pinang. Saya sedih apabila mendapati kaum saya, masyarakat India kurang mendapat tempat dalam parti berkenaan. Eloklah DAP itu diubah kepada `Autocratic Action Party' atau AAP," katanya.

Richard berkata DAP seharusnya menghapuskan amalan nepotisme dan memberi peluang kepada pemimpin baharu menguruskan parti dan mengesyorkan pemilihan CEC diadakan semula bagi menunjukkan parti itu mengamalkan demokrasi.

"DAP asyik menyebut perihal bersih di luar parti, sedangkan rumah sendiri kotor. Bersihkan rumah kita dahulu, baru negara.

"Jika kepimpinan tinggi DAP masih enggan mengadakan pemilihan semula CEC, usahlah bercakap soal demokrasi dalam DAP, ubahlah nama DAP kepada AAP. Jika benar parti ini mengamalkan demokrasi, buatlah pemilihan semula," katanya yang telah menyertai parti itu sejak lapan tahun lalu.

Beliau berkata laporan yang dibuat hari ini bukan bersifat peribadi sebaliknya atas kemahuan ahli akar umbi dan beliau sedia menerima tindakan disiplin daripada parti termasuk kemungkinan disingkir dari parti.

"Sebelum membuat laporan kepada ROS, saya telah berbincang dengan ahli dan mereka bersetuju dengan tindakan ini," katanya.-Bernama

Tanah Kompleks Sukan Dijadikan Pangsapuri Mewah

Posted: 24 Jan 2013 11:20 PM PST


PC Ng Suee Lim SAT1M Taman Seri Muda 02

SHAH ALAM  : Dahulu, masyarakat sekitar Seksyen 25, Taman Sri Muda sepatutnya mendapat sebuah Kompleks Sukan Rekreasi dan Pusat Komuniti bagi tujuan riadah dan majlis keramaian mereka.

Tetapi akibat daripada campurtangan politik pada zaman pentadbiran Umno-BN, tanah tujuh ekar untuk projek-projek tersebut telah digunakkan untuk mendirikan sebuah projek pangsapuri mewah dengan 691 unit.

Projek pembangunan lima blok pangsapuri tujuh hingga 14 tingkat dengan itu dimulakan selepas mendapat persetujuan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MKKN) pada 2007.

Timbalan Setiausaha DAP negeri, Ng Suee Lim mendakwa, tanah itu diberikan milik kepada Umno Bahagian Kota Raja dengan bayaran harga nominal iaitu sebanyak RM1,000 sahaja berbanding harga pasaran sebanyak kira-kira RM 10 juta.

Katanya, tanah terbabit merupakan salah satu daripada 24 keping tanah di seluruh negeri yang dibeli pada harga yang begitu murah, iaitu premium RM 1 setiap metre persegi, oleh parti Umno-BN.

Beliau yang juga Adun Sekinchan mendakwa tanah di Taman Sri Muda itu sepatutnya dibahagikan antara Umno Bahagian Kota Raja dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

"Dalam jawatankuasa tanah Pejabat Tanah daerah Klang menetapkan sebanyak 4 ekar diberikan kepada MBSA dana tiga ekar lagi kepada Umno bahagian Kota Raja dengan bayaran mengikut harga semasa.

"Bagaimanapun selepas MKKN, 4 ekar diberikan kepada Umno dan 3 ekar diberikan kepada MBSA dengan harga nominal sebanyak RM1,000 sahaja.

"Bagaimanapun, apa yang kita lihat dan mengikut pelan pembangunan yang diperolehi, hampir kesemua tanah tujuh ekar itu dimiliki oleh Umno bahagian Kota Raja.

"MBSA hanya mendapat sebuah dewan yang keluasannya tidak sampai satu ekar," katanya dalam sidang media di tapak projek pembangunan itu.

Hadir sama Ketua Penerangan PKR negeri, Shuhaimi Shafei.

Suee Lim menambah pada tahun 2005, sebanyak 11 permohonan dari syarikat swasta untuk membina bangunan kediaman atau perniagaan.

Tetapi permohon juga diterima untuk membina kompleks sukan itu, iaitu daripada bekas Adun Seri Muda ketika itu Datuk Amzah Omar.

"Oleh kerana kroninya, mereka memberikan kepada beliau yang juga merupakan Ketua Umno Bahagian Kota Raja," katanya.

Sementara itu, Shuhaimi berkata skandal yang dinamakannya "Sapu Tanah 1 Malaysia" (SaT1M) itu merupakan satu lagi bukti penyelewengan yang dilakukan Umno-BN.

"Menjadi pertikaian skandal SaT1M ini apabila kita dapat lihat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dipergunakan oleh parti politik mereka (Umno-BN).

"Hasil kerjasama Umno-BN dan pemaju membolehkan parti itu mendapat keuntungan berjuta ringgit. Harga seunit pangsapuri ini kini mencecah lebih RM250,000," katanya.

Sehubungan itu, mereka mengesyorkan pihak yang terlibat dalam perkara terbabit membayar sejumlah wang kepada MBSA berikutan tanah milik MBSA yang turut diambil bagi kegunaan pembangunan itu.

PC Ng Suee Lim SAT1M Taman Seri Muda 01 PC Ng Suee Lim SAT1M Taman Seri Muda 03

Pelajar SMK Seksyen 7 Antara Penerima Anugerah Maulidur Rasul 2013

Posted: 24 Jan 2013 11:18 PM PST


anugerah malidur rasul 2013  nawarzir 01

SHAH ALAM, : Seorang pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 7, di sini, tidak menyangka apabila dipilih sebagai penerima Anugerah Saidina Ali sempena sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Selangor tahun ini.

Pelajar tersebut, Nawarzir Ahmad Zuri, 18, dipilih berdasarkan pencapaian akademiknya yang cemerlang apabila mendapat 9A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Tidak hanya cemerlang dalam akademik, anak tunggal ini juga aktif dalam bidang kokurikulum di mana beliau dilantik sebagai Ketua Fasilitator Kursus Kepimpinan Murid Tahun 2012.

Semasa ditemui, Nawarzir melahirkan kesyukuran ke hadrat Ilahi atas pemberian anugerah tersebut yang disifatkan sebagai pembakar semangat kepada dirinya untuk menjadi lebih baik.

"Saya berkenan menjunjung duli ke atas DYMM Sultan Selangor kerana telah berkenan memilih saya sebagai penerima anugerah ini.

"Terima kasih juga kepada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan seluruh ahli keluarga serta guru-guru di SMK Seksyen 7.

"Saya akan terus berusaha dengan bersungguh-sungguh dan memberi sumbangan kepada bangsa, agama dan negara.

anugerah malidur rasul 2013 abdul aziz   01

"Saya juga ingin menyeru kepada semua remaja yang menjadi aset negara ini untuk berpegang kepada ajaran Islam supaya segala perbuatan diberkati," katanya.

Beliau yang dilahirkan di Petaling Jaya menerima wang tunai RM5000, sijil penghargaan, piala iringan dan sepersalinan pakaian yang disampaikan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Nawarzir yang mempunyai minat mendalam terhadap bidang Agama Islam pernah memegang jawatan sebagai Pemimpin Khatam Al-Quran di sekolah, Iftar Jamie dan Solat Terawih 2012.

Beliau juga menjadi Penyampai Tazkirah Sempena Program Ihya 2011 dan terlibat dalam Majlis Perarakan Sambutan Maulidur Rasul 1433H/2012M.

Pemegang Anugerah Tokoh Murid 2012 ini turut pernah dianugerahkan Anugerah Khas Tokoh Akademik, Anugerah Tokoh Pemimpin Murid Lelaki, Anugerah Lencana Kecemerlangan Gemilang Emas Akademik Peperiksaan Percubaan SPM, Anugerah Kecemerlangan Sahsiah dan Anugerah Kecemerlangan Gemilang Perak PMR.

Sementara itu, penerima Anugerah Khalid Al-Walid, Tan Sri Ismail Adam, 63, berasa terharu apabila diberi pengiktirafan dalam sambutan tahun ini.

Beliau yang telah berkhidmat selama 38 tahun dalam perkhidmatan awam bertekad untuk terus menyumbang tenaga dan bakti kepada negeri selagi diberi kudrat oleh Ilahi.

"Apalah sangat sumbangan yang saya berikan kepada negeri, tetapi saya amat bersyukur dan terharu kerana dipilih untuk menerima anugerah ini.

"Saya ingin merakamkan setinggi penghargaan kepada DYMM Sultan dan Kerajaan Negeri atas pengiktirafan ini," katanya yang kini berkhidmat sebagai penasihat di Syarikat Prasarana Sdn Bhd.
Selain itu, turut menerima anugerah pada sambutan tahun ini ialah Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor, Datuk Abdul Aziz Andik Achok, 78, (Anugerah Umar Abdul Aziz).

Juga menerima anugerah ialah Pegawai Penyelidik Agensi Nuklear Malaysia, Dr Mohd Abdul Wahab Yusof, 53, (Anugerah Imam Al-Ghazali) dan Rektor Universiti Islam Antarabangsa, Profesor Datin Paduka Dr Zaleha Kamaruddin, 52, (Anugerah Saidatina Khadijah).

Mereka masing-masing membawa pulang wang tunai berjumlah antara RM 15,000 dan RM 10,000 beserta sijil penghargaan, piala iringan dan sepersalinan pakaian.

malidur rasul 2013 semua

DAP dakwa k'jaan Perak beri tanah pada syarikat kroni

Posted: 24 Jan 2013 11:13 PM PST

MALAYSIA KINI


 
Ketua Pemuda DAP (DAPSY), Wong Kah Woh mempersoalkan keputusan kerajaan negeri menganugerahkan tanah seluas 32.07 ekar kepada sebuah syarikat kaitan Umno yang dikatakan tiada pengalaman dalam pembangunan perumahan.

Beliau memetik maklumat yang diperolehi daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), dengan berkata bahawa syarikat berkenaan telah didaftarkan pada lewat tahun 2010 dengan modal berbayar sebanyak RM2.

Bagaimanapun, kira-kira setahun kemudian, ia telah dianugerahkan tanah di Kamunting untuk pembangunan perumahan.

"(Syarikat ini) tidak mempunyai latarbelakang dan pengalaman dalam pembangunan perumahan, tetapi boleh mendapatkan tanah ini dari kerajaan negeri. Apakah garispanduan kerajaan?" soalnya dalam satu kenyataan akhbar semalam.

NONEWong (kiri) juga mempersoalkan mengapa tanah itu dianugerahkan kepada syarikat tersebut tanpa melalui tender terbuka.

Wong, yang juga ADUN Canning, menegaskan bahawa pemegang saham syarikat tersebut dan kebanyakan ahli lembaga pengarahnya terdiri daripada pemimpin Umno.

Katanya, dari carian profil syarikat ini, ia menunjukkan bahawa keseluruhan proses pemberian tanah tersebut menimbulkan pertanyaan.

Oleh itu, katanya, BN yang menerajui kerajaan negeri mesti menjawab setiap isu dan biarkan rakyat membuat keputusan.

Malaysiakini
tidak menyiarkan nama mereka dan nama syarikat terbabit, sementara menunggu jawapan mereka.

Wong juga menyertakan dokumen yang didakwa dari SSM dan Pejabat Tanah dan Galian Perak bagi menyokong dakwaannya itu.

Sokongan kepada Pakatan terus meningkat, BN turun – Kajian UM

Posted: 24 Jan 2013 11:12 PM PST

KEADILAN DAILY

KUALA LUMPUR: Kajian yang dibuat oleh Universiti Malaya (UM) menunjukkan sokongan kepada Pakatan Rakyat terus meningkat dari masa ke semasa dan kini hampir dengan Barisan Nasional.
Ini menghasilkan, persaingan antara Pakatan Rakyat dengan BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kali ini dijangka paling sengit dalam sejarah politik negara.

Hasil kajian yang dibuat Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) hari ini menunjukkan hanya perbezaan kecil antara sokongan terhadap kedua-dua kumpulan politik yang bertanding itu.

Dalam hasil kajian yang didedahkan hari ini, daripada 1409 responden, 42 peratus menjangkakan BN akan menang, 37 peratus pula yakin kemenangan berpihak kepada Pakatan Rakyat manakala 21 peratus tidak pasti.

Dalam kajian sebelum ini, sokongan untuk Pakatan hanya bermula dengan Pakatan 18%, BN 43% (Disember 2011), Pakatan 21%, BN 49% (April 2012) dan Pakatan 30%, BN 44% (September 2012).

Keputusan kajian yang dibuat oleh UMCEDEL

Yang terbaru, sokongan kepada Pakatan sudah 37% dan BN turun kepada 42% manakala 21% lagi masih atas pagar.

Pengarah UMCEDEL, Prof Dr Mohammad Redzuan Othman berkata, hasil itu menunjukkan pertarungan antara kedua-dua kelompok parti bertanding pada waktu ini adalah bersifat terbuka.

"Kita boleh kata penentu kemenangan bagi kedua-dua parti yang bertanding adalah golongan 21% ini," katanya ketika membentangkan hasil kajian itu di Pejabat UMCEDEL, di UM hari ini.

Memperincikan golongan 21 peratus ini beliau berkata, jika mengikut pecahan bangsa, paling tinggi adalah golongan Tionghua iaitu 53 peratus.

Dari segi pendidikan pula, paling tinggi adalah gologan lepasan ijazah iaitu 49 peratus.

Peringkat umur pula, peratusan paling tinggi adalah yang berumur antara 21 hingga 30 tahun.

"Jika dalam kategori status mengundi, peratusan paling tinggi adalah golongan yang kali pertama mengundi iaitu sebanyak 48%," katanya.

Menurut beliau lagi, parti yang mampu menguasai golongan 21 peratus ini mempunyai peluang untuk menang pada pilihan raya umum nanti.

Hasil kajian ini dibuat UMCEDEL bermula 26 Disember lalu hingga 11 Januari tahun ini. – Harakah Daily

Bawani: Saya tidak cemar nama universiti

Posted: 24 Jan 2013 11:08 PM PST



Mahasiswa Universiti Utara Malaysia (UUM) KS Bawani menegaskan video konfrantasinya dengan Pengerusi Suara Wanita 1Malaysia (SW1M) Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin, bukan dimuatnaik olehnya atau parti pembangkang.

Sebaliknya, dakwa beliau, ia dimuatnaik oleh TvMyMahasiswa dan SW1M, menyebabkan video tersebut menjadi popular dan meletup hingga hari ini.

"Tindakan kedua pihak ini yang menyebabkan video ini hari ini menjadi begitu sensasi atau mencemarkan nama universiti.

"Saya tidak mencemarkan nama baik UUM dan saya hanya bercakap benar dan saya percaya itu tanggungjawab saya sebagai mahasiswa dan anak muda untuk membawa suara mahasiswa," kata Bawani.

Beliau menjawab kenyataan Naib Canselor Datuk Mohamed Mustafa Ishak yang dilapor berkata dakwaan Bawani bahawa mahasiswa tiada kebebasan bersuara dan dipaksa menghadiri forum itu, adalah "satu pembohongan dan menasihatkannya supaya tidak mewujudkan tekanan awam yang boleh mencemarkan imej UUM".

Bercakap dalam sidang media di ibu negara hari ini, Bawani menegaskan bahawa beliau tidak mereka-reka cerita berhubung mahasiswa dipaksa hadir ke forum itu, sebaliknya ia merupakan maklumbalas daripada pelajar yang hadir.

"Buktinya saya pernah hantar dalam laman facebook UUMKINI pada 8 Disember 2012 tentang ketidakpuasan saya tentang forum ini, di situ ramai pelajar UUM yang memberi pandangan bahawa DPP mereka mewajibkan mereka hadir, pelajar tahun satu diwajibkan hadir dan sebagainya," katanya.

Bagaimanapun beliau mengakui universiti tidak mengeluarkan surat rasmi mengarahkan semua pelajar diwajibkan hadir.

Mengulas lanjut, Bawani yang juga aktivis NGO JERIT berkata beliau bersetuju versi penuh video tersebut dimuatnaik supaya semua pihak dapat membuat pernilaian berhubung insiden tersebut.

"Saya difahamkan video versi penuh ada dimuatnaik tetapi telah diedit. Saya berharap versi penuh tanpa diedit termasuk video klip yang ditunjukkan kepada mahasiswa diupload supaya rakyat boleh membuat pertimbangan dan penilaian," katanya.

Sugumar mati dalam keadaan bergari, tanpa dihalang polis

Posted: 24 Jan 2013 11:01 PM PST

Oleh: Mohd Arif Juhani

Pengarah Guaman KEADILAN, Latheefa Koya berkata, saksi melihat Sugumar Cheliah, 40 dikejar empat anggota polis menaiki dua kereta peronda sebelum kejadian pembunuhan kira-kira jam 6 petang, semalam.



Selepas diberhentikan, mangsa dibelasah sekumpulan individu berhampiran rumahnya di Taman Seri Nanding, Hulu Langat  dalam keadaan tangan bergari dan ditekan dengan pengusung.

"Mangsa yang bergari turut dipukul beramai-ramai oleh orang sekeliling tanpa halangan polis. Polis memijak tengkuk mangsa dan menyapu muka mangsa dengan serbuk kunyit," katanya ketika dihubungi.

Difahamkan,  Sugumar yang tiada rekod jenayah, turut dicampakkan ke bahu jalan dalam keadaan bogel, selepas kematiannya.

"Profesionalisme polis juga amat diragui kerana pasukan forensik hanya datang selepas jam 11 malam untuk mengambil mayat," katanya.

Menurut Latheefa, mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat, namun keluarganya tidak dibenar masuk ke bilik mayat untuk membuat pengecaman selepas dimaklumkan lewat malam semalam.

"Keluarga mangsa datang awal pagi hari ini ke hospital namun selepas pukul 2 petang barulah keluarga mangsa dan peguam dibenarkan masuk," ujarnya.

Sehubungan itu, beliau mendesak polis yang terlibat dalam pembunuhan itu ditangkap dan digantung tugas kerana insiden itu di bawah tanggungjawab polis.

"Saya desak polis segera menangkap dan mendakwa semua yang terbabit dalam pembunuhan ini. Insiden ini berlaku ditempat awam dan ramai saksi melihat kejadian itu," ujarnya kepada Keadilan Daily.

Timbalan Pengerusi Biro Hak Asasi dan Guaman KEADILAN, S. Jayathas berkata kehilangan nyawa akibat kecuaian polis bukan isu baru kerana rekod menunjukkan banyak orang awam mati di tangan polis.

"Polis gagal bertindak waras dengan mengenepikan undang-undang ketika berhadapan suspek. Ini akibat kegagalan polis melaksanakan Suruhanjaya Bebas Terhadap Salah Laku dan Aduan Polis (IPCMC)," ujarnya.

Polis, hospital cuba tutup kematian Sugumar- peguam

Posted: 24 Jan 2013 10:59 PM PST

KEADILAN DAILY

KUALA LUMPUR : Peguam mewakili keluarga C Sugumar yang meninggal dunia akibat dipukul baru-baru ini, berkata, polis cuba menutup kes tersebut dengan kerjasama hospital Serdang.



"Kami merujuk dakwaan daripada Ketua Polis Kajang bahawa polis tidak memukul C Sugumar sehingga mati dan beliau meninggal kerana serangan jantung.

"Kenyataan itu adalah cubaan terang-terangan polis menutup kes, dengan kerjasama secara diam-diam oleh Hospital Serdang," kata peguam Latheefa Koya dan N Surendran.

"Dakwaan Hospital Serdang bahawa Sugumar mati kerana serangan jantung adalah mustahil. Sugumar tiada masalah kesihatan dan baru berusia 40 tahun. Sukar dipercayai lelaki yang sihat tiba-tiba jatuh dan mati serta merta setelah ditangkap," kata mereka.

Peguam berkenaan berkata, tiga saksi  mendakwa melihat kejadian itu, namun polis tidak mengambil keterangan mereka.

"Ketika kami melihat mayat di bilik mayat, mendiang masih digari dan ada serbuk kunyit di mukanya. Juga terdapat kesan lecet yang konsisten dengan pergelutan dengan penyerang seperti yang dijelaskan saksi," ujar mereka.

Mereka berkata,  dalam kes A Kugan, Hospital Serdang membuat dakwaan palsu bahawa Kugan mati kerana paru-paru berair, sedangkan beliau dipukul sehingga mati dalam tahanan polis.

"Ahli Patologi Hospital Serdang, Prof Dr Abdul Karim Tajuddin kemudian didapati bersalah oleh Malaysian Medical Council (MMC) dalam salah laku profesional kerana memalsukan penemuan bedah siasat A Kugan," tegasnya.

Menurut mereka,  Hospital Serdang semalam sekali lagi melanggar etika perubatan dengan tidak membenarkan keluarga Sugumar melihat mayatnya, dengan arahan polis.

"Pihak keluarga hanya dibenarkan melihat mayat atas desakan peguam dan aktivis, selepas 4 jam menunggu. Keluarga Sugumar akan membuat laporan kepada MMC ke atas Hospital Serdang dan ahli patologinya dalam masa terdekat," tegas kenyataan itu.

Isu Bible: Ibrahim dakwa kenyataan diputar belit

Posted: 24 Jan 2013 10:53 PM PST

MALAYSIA CHRONICLE


KOTA BHARU . - Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali mendakwa kenyataannya mengenai isu Bible telah diputar belit oleh sesetengah pihak demi meraih kepentingan politik dan cuba melemahkan perjuangannya dalam mempertahankan Islam.

Ibrahim menegaskan, beliau tidak pernah berniat mahu menyinggung perasaan penganut agama Kristian, sebaliknya kenyataannya adalah menjurus kepada tindakan individu yang sebelum ini dilaporkan mengedar Bible versi bahasa Melayu yang mempunyai kalimah Allah dan tulisan jawi kepada pelajar sekolah.

Tegasnya, kelantangan beliau adalah bagi menentang tindakan melampau individu-individu tertentu yang cuba merosakkan perpaduan kaum di Malaysia.

"Ada pihak cuba memutarbelit kenyataan yang saya buat. Saya kata kita bakar Bible versi bahasa Melayu yang diedarkan di sekolah yang ada kalimah Allah dan tulisan jawi, bukannya merujuk kepada Bible yang orang Kristian gunakan sekarang.utusan.com

Malaysia tayang filem yang diban kerana hina Islam

Posted: 24 Jan 2013 04:16 PM PST

Harakahdaily,

KUALA LUMPUR:
Ketika Mahkamah Tinggi Madras masih menggantung filem Tamil, Vishwaroopam lakonan Kamal Hassan kerana didakwa menghina komuniti Islam di sana, rakyat Malaysia bebas menonton filem itu.

Ekoran itu, sebuah NGO dari komuniti India Muslim akan membuat laporan polis bagi membantah tayangan filem ini.

Menurut mereka, selain Madras, filem ini telah di halang untuk tayangan di Singapura, Srilanka dan UAE tetapi di Malaysia kini sedang ditayangkan di seluruh negara.

Antaranya di GSC Midvalley, tempat tumpuan anak muda untuk menonton filem.

Filem Tamil ini didakwa mengandungi penghinaan terhadap Islam khasnya komuniti Islam di India.

"Esok (hari ini) kami NGO India Muslim akan membuat laporan polis terhadap penghinaan ini dan untuk menghentikan dgn segera filem ini," kata satu kenyataan.

Mahkamah Tinggi Madras telah menggantung penayangan filem ini sehingga 28 Januari ini.

Mahkamah akan menonton sendiri filem itu pada 26 Januari sebelum keputusan dibuat.

Benarkah kita mencintai Nabi?

Posted: 24 Jan 2013 04:08 PM PST



DETIK DAILY

DIUCAPKAN selamat menyambut hari kelahiran baginda Rasulullah s.a.w (Khamis 24 Januari 2013) kepada semua Muslimin dan Muslimat, semoga sambutan kali ini memberi nafas baru kepada kita untuk menjadikan segenap ajaran baginda inspirasi menuju kecemerlangan hakiki.

Namun apa yang perlu diutarakan kepada sidang pembaca ialah satu persoalan yang mungkin tidak terlintas dalam pemikiran kita semua, berhubung kebenaran kecintaan dan ikutan kita terhadap baginda Rasulullah s.a.w. melalui sambutan yang kita adakan saban tahun. Isu perarakan yang dilakukan pada awal pagi 12 Rabiulawal saban tahun seolah-olah menggambarkan bahawa rakyat Malaysia yang beragama Islam menunjukkan kesungguhan mereka untuk mencintai Rasulullah s.a.w., tetapi apakah benar mereka mencintai Rasulullah setelah selesai melakukan perarakan?

Sesungguhnya kecintaan terhadap Rasulullah s.a.w. tidak terhenti pada majlis perarakan, kalau itu yang berlaku, ia bermakna tidak ada perbezaan dengan tindakan Abu Lahab (pak cik Nabi) setelah mengetahui bahawa Rasulullah diputerakan, lantas beliau mendakap jasad baginda yang mulia dan membawanya mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh kali pusingan (serupa amalan tawaf mengelilingi Kaabah).

Tetapi apa yang terjadi kepada Abu Lahab setelah Nabi Muhammad s.a.w. meningkat dewasa dan dilantik pula menjadi Rasul terakhir, beliaulah orang yang paling keras menentang kebenaran yang dibawa oleh anak saudaranya sendiri kerana rasa cemburu dan dengki terhadap orang ramai yang memberikan sokongan kepada perjuangannya.

Inilah yang terjadi kepada kebanyakan umat Islam dalam negara kita, pada waktu pagi berarak, dan di waktu petang hari melakukan tindakan yang menentang Islam dengan penganjuran program maksiat seperti membenarkan persembahan Maharaja Lawak dengan mengajak orang untuk banyak ketawa yang menyanggah matlamat kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. yang sebenarnya datang untuk menyelamatkan mereka daripada terus tenggelam dalam amalan jahiliyah.

Tidakkah golongan seperti ini perlu memerhatikan ayat Allah menerusi surah Ali Imran ayat 31 yang bermaksud: "Katakanlah wahai Muhammad (kepada umatmu)! Jika kamu cintakan Allah, maka ikutlah aku, pasti Allah cinta kepada kamu." Sementara dalam ayat 21 surah al-Ahzab, Allah menegaskan bahawa: "Sesungguhnya bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh teladan ikutan yang baik."

Adapun dalam ayat 8 surah as-Soff maksudnya: "Dialah (Allah) mengutus Rasul-Nya dengan membawa petunjuk dan agama yang benar agar dengannya dapat mengalahkan agama seluruhnya walaupun tindakan baginda itu tidak disukai oleh golongan orang-orang musyrikin."

Apabila kita merujuk kepada ketiga-tiga ayat di atas, yang menganjurkan kepada kita agar mencintai baginda, menjadikan baginda contoh teladan, membawa petinjuk ke jalan kebenaran, dan banyak lagi, tetapi adakah kita telah mengikut saranan ayat-ayat di atas.

Umat hari ini selepas berarak, mereka membenci sunnah-sunnah Nabi, sebagai contoh melantik para pemimpin yang tidak menjalankan hukum-hukum Allah sampai hari ini walaupun negara sudah merdeka lebih 50 tahun. Amalan rasuah sudah sebati dalam diri mereka hingga dikenali di peringkat antarabangsa, pemborosan dan sebagainya, kesemua itu amat bertentangan dengan amalan yang ditunjukkan oleh baginda s.a.w.

Mereka juga tidak menjadikan baginda Rasulullah s.a.w sebagai contoh dalam segenap aspek kehidupan sebagai Muslim, ini termasuk dalam aspek pentadbiran negara, institusi kewangan, kemasyarakatan, persekitaran dan lain-lain, semuanya diikat dengan sistem sekularisme, kapitalisme dan lain-lain.

Malah mereka juga tidak yakin bahawa agama Islam adalah agama yang betul dengan prinsip rukunnya yang lima, hingga mencipta ajaran baru "Islam Hadhari", konsep Satu Malaysia dan pelbagai lagi, jika semua itu tidak disandarkan kepada Islam, maka ia menjadi perkara yang sia-sia di sisi Allah SWT.

Dalam Islam, perkataan Islam dan Iman tidak boleh dipisahkan bagaikan aur dengan tebing, jadi kalau ada istilah sebelum ini sebagai contoh dengan Islam Hadhari, mestilah juga ada istilah Iman Hadhari. Islam Hadhari diterjemahkan dengan Islam yang bertamadun, ini menunjukkan ada lagi istilah Islam yang tidak bertamadun. Kalau tidak mahu terima Islam sebenar, itu adalah haknya untuk menolak, tetapi jangan sampai mengajak orang ramai (rakyat) menentangnya juga.

Ingatlah apa yang pernah diungkapkan oleh Sayidina Umar al-Khattab: "Dulu kami adalah golongan yang hina kerana menolak Islam, kemudian Allah muliakan kami dengan Islam, tetapi apabila jika kami mencari kemuliaan selain daripada Islam, pasti Allah akan timpakan penghinaan atas diri kami."

Allah SWT menjelaskan bahawa kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. dirancang khusus untuk membawa petunjuk dan agama yang benar daripada-Nya, iaitu petunjuk kebenaran untuk memimpin manusia seluruhnya kepada Islam yang menyelamatkan kehidupan mereka di dunia dan akhirat dan akhirnya menempah tempat di dalam syurga Allah.

Justeru, baginda Rasulullah adalah model terbaik sebagai seorang negarawan, ahli politik, pakar ekonomi, motivator yang sentiasa membawa manusia kepada jalan kebenaran, suami yang berlaku adil tehadap isteri-isterinya, seorang ayah yang mentarbiyah anak-anak dengan amalan-amalan Islam dalam segenap bentuk dan kaedahnya, inilah kebenaran yang tidak ada tolok bandingnya pada pemimpin-pemimpin dunia hari ini.

Membelakangkan baginda s.a.w. dalam menerima kebenaran akan memusnahkan kehidupan seseorang pada hari kiamat, perkara ini diceritakan Allah menerusi ayat 27–29 surah al-Furqan yang bermaksud: "Dan (ingatkanlah) perihal hari orang-orang yang zalim menggigit kedua-dua tangannya (marahkan dirinya sendiri) sambil berkata: "Alangkah baiknya kalau aku (di dunia dahulu) mengambil jalan yang benar bersama-sama Rasul? (27) "Wahai celakanya aku, alangkah baiknya kalau aku tidak mengambil si dia itu menjadi sahabat karib! (28) "Sesungguhnya dia telah menyesatkan daku dari jalan peringatan (al-Quran) setelah ia disampaikan kepadaku. dan adalah syaitan itu sentiasa mengecewakan manusia (yang menjadikan dia sahabat karibnya)".(29)

Tidakkah manusia sebelum kelahiran baginda s.a.w. berada dalam kesesatan, kegelapan dan jahiliyah? Maka Allah SWT selamatkan mereka dengan kelahiran baginda Rasulullah s.a.w. dengan tamadun yang cukup tinggi bentuk dan gambarannya iaitu meng-Esakan Allah serta meninggalkan penyembahan yang tidak boleh berbuat apa-apa walaupun ada pihak mahu merobohkannya.

Antara petunjuk yang dibawa oleh baginda Rasulullah s.a.w. ialah akhlak yang tinggi lagi terpuji, Sayidatina Aishah r.a. suatu hari pernah ditanya oleh sahabat (jika Nabi pergi jihad menentang), bagaimanakah bentuk akhlak Rasulullah? Beliau menjawab dengan penuh yakin: "Bahawa akhlak Rasulullah itu adalah al-Quran 30 juzuk."

Ini bermakna bahawa al-Quran bukan sahaja kitab untuk tatapan bacaan ummah, akan tetapi pada masa yang sama yang membacanya mendapat pahala, petunjuk dari Allah apatah lagi melaksanakan hukum-hukum yang ada di dalamnya, malah kenyataan baginda dalam satu hadisnya menegaskan, bahawa yang menyeru manusia untuk berpegang dengannya juga akan dapat petunjuk.

Ia tidak lain adalah untuk mendapatkan syafaat baginda Rasulullah s.a.w. pada hari kiamat. Ini bermakna sesiapa yang berjaya mendapatkannya akan mudah jalannya untuk masuk syurga, tetapi sebaliknya jika terdapat individu khususnya yang muslim yang tidak disyafaat oleh baginda, maka dia akan masuk ke dalam neraka hingga satu tempoh yang hanya diketahui oleh Allah dan Rasul-Nya.

Sesungguhnya Muslim yang waras tidak akan sama sekali sanggup untuk 'transit' walau sebentar di dalam neraka, kerana azab seksaannya tidak tertanggung sakitnya. Walau bagaimanapun ia bergantung kepada sejauh mana kita meletakkan baginda di tempat yang tinggi dalam kehidupan kita dengan mengamalkan sunnah-sunnahnya, menerima-pakai arahannya serta meninggalkan segala tegahan dan larangan-Nya yang ia juga adalah kepatuhan kita kepada Allah SWT.

Bible: PAS gesa ambil tindakan

Posted: 24 Jan 2013 04:04 PM PST

KL TODAY

 
TEMERLOH: PAS mengecam tindakan Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) yang mengarahkan dibakar kitab penganut agama Kristian, Bible, kerana tindakan tersebut bercanggah dengan Islam dan menggesa kerajaan bertindak. Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, provokasi tersebut jika tidak diambil tindakan dikhuatiri akan menimbulkan perbalahan dan suasana yang tidak harmoni dalam negara ini.

"Dalam sebuah hadis jelas Nabi Muhammad mengatakan dihina tuhan-tuhan orang kafir, kelak mereka akan menghina tuhan kamu iaitu Allah.

"Sebab itu pihak berkuasa tidak seharusnya berdiam diri tetapi mesti bertindak sebelum api keagamaan atau perkauman itu marak," katanya selepas mesyuarat Badan Perhubungan PAS Pahang di sini hari ini.

Pesuruhjaya PAS Pahang itu berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali menyeru umat Islam bersatu dan membakar kitab Injil yang menggunakan nama Allah dalam perhimpunan pertubuhan tersebut di Pulau Pinang baru-baru ini.

Ekoran kenyataan Ibrahim, terdapat beberapa desakan supaya beliau diambil tindakan termasuk daripada parti Gerakan dan MIC.

Tuan Ibrahim berkata, isu yang dimainkan oleh Perkasa bertujuan untuk menimbulkan curiga antara agama yang boleh mencetuskan pertelagahan antara kaum.

"PAS dukacita kerana Perkasa tidak mengkritik Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang membenarkan Bible diterjemah ke dalam bahasa Melayu, sedangkan ia bercanggah dengan Majlis Fatwa Kebangsaan," katanya.

Sementara itu sempena sambutan ulang tahun kelahiran Nabi Muhammad SAW hari ini, Tuan Ibrahim menyeru umat Islam kembali kepada sunnah rasul, iaitu manusia yang telah menghapuskan kekufuran, syirik dan mengembalikan sistem yang yang menepati fitrah manusia.

"Mari jadikan kedatangan Maulid Rasul hari ini sebagai roh perjuangan Islam untuk menang pada pilihan raya akan datang," katanya.

Kelesuan Para Akedamia Malaysia

Posted: 24 Jan 2013 03:58 PM PST




Oleh Tarmizi Bin Anuwar

Lebih seratus tahun dahulu isu keperluan pendidikan tinggi telah dibincangkan oleh ilmuan di Malaysia yang ketika itu masih lagi dikenali sebagai Tanah Melayu. Mesyuarat Majlis Raja-raja pada tahun 1903 pernah membincangkan kepentingan ilmu ditanam menjadi darah daging anak bangsa

Pada tahun 1917, Za'ba telah membangkitkan isu ini dalam akhbar Lembaga Melayu. Begitu juga seorang tokoh pendidik tanah air, A. Kadir Adabi yang telah menyerahkan memorandum kepada DYMM Sultan Kelantan pada tahun 1923. Semua ini adalah usaha untuk membina sebuah masyarakat yang berilmu dan memberikan sumbangan kepada tanah air tercinta.

Setengah abad selepas semboyan perjuangan pendidikan tinggi dibunyikan, sinar keilmuan menjadi pasakan dalam jiwa sanubari masyarakat seakan semakin mampu dimahkotai. Empat tahun selepas kemerdekaan yang dilaungkan oleh Tunku Abdul Rahman iaitu pada tahun 1961, institusi pendidikan tinggi negara yang pertama di Malaysia (masih Tanah Melayu ketika itu) telah berjaya ditubuhkan.

Universiti Malaya (1961), Universiti Sains Malaysia (1969), Kolej Tunku Abdul Rahman (1969) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (1970) adalah merupakan antara institusi pendidikan tinggi negara yang terawal berjaya ditubuhkan.

Dengan tertubuhnya institusi pendidikan tinggi negara maka diharapkan akan lahirlah individu-individu yang mampu membentuk sebuah masyarakat yang bertunjangkan ilmu pengetahuan. Namun, setelah mencapai usia 52 tahun, institusi pendidikan tinggi negara tampaknya kurang subur dalam melahirkan ilmuan yang berani menyuarakan pandangan supaya mampu mengubah paradigma masyarakat ke arah bertunjangkan ilmu pengetahuan. Sebaliknya kejayaan yang paling besar adalah melahirkan ilmuan dan masyarakat yang takutkan perubahan, taat membabi-buta, bersifat perkauman yang tinggi, dan kehakisan sifat mencintai ilmu.

Penulis cuba menggunakan susunan ayat yang sesuai dengan golongan akedamik supaya diri ini tidak terlebih bicara dan terkasar bahasa. Niat di hati; yang tua dihormati kerana kematangannya dalam berfikir menegakkan kebenaran dan yang muda disayangi kerana keikhlasannya dalam berjuang membenamkan kebatilan. Penulis cuba memberi tasawwur (gambaran) secara jelas terhadap fenomena kelesuan golongan ini. Hakikat fenomena kelesuan yang melanda akedamia perlu diambil serius kerana golongan inilah yang bertindak sebagai pendidik, guru dan idola kepada mahasiswa dan anak muda di sesebuah negara sewajarnya. Artikel ini memfokuskan kepada sosok tubuh yang bergelar pensyarah di institusi pengajian tinggi dalam negara supaya penerangan dan penjelasan dapat dilakukan dengan lebih ilmiah dan jelas serta tidak tersimpang daripada landasan ilmu.

Prof Aziz Bari berkata, "Mereka yang pergi ke Amsterdam atau Geneva untuk dianugerahkan pingat emas, menginap di hotel lima bintang. Selepas itu, mereka pergi ke Kementerian Pengajian Tinggi untuk mendapatkan lanjutan (kontrak mereka) untuk menjadi naib canselor atau timbalan naib canselor. Ini yang berlaku". Situasi yang sama berlaku dalam kalangan akedamia yang berjawatan kontrak sebagai pengetua kolej kediaman. Saling berlumba-lumba untuk mengipas timbalan naib canselor universiti supaya dikekalkan jawatan yang disandang. Autoriti yang pada asalnya dicipta untuk membimbing mahasiswa supaya terkehadapan dalam hal-hal kemasyarakatan kini tidak lagi digunakan sebaik mungkin sebaliknya digunakan untuk membawa kroni-kroni bersatu di bawah bumbung kolej.

Memberikan projek kepada saudara mara terdekat dan mendahulukan pembayaran saudara mara berbanding projek yang telah diselesaikan sebelumnya adalah sesuatu perbuatan yang tidak berintegriti. Sanggup mendengar arahan timbalan naib canselor supaya membuang pelajar yang menunjukkan pendirian yang berbeza dengan pihak universiti daripada kolej kediaman demi menjaga kepentingan jawatan sungguh memalukan. Integriti seorang akedamia telah menjadi buah mulut mahasiswa, adakah mereka mampu menjadi contoh kepada mahasiswa dan anak muda walaupun mempunyai kelulusan ijazah falsafah kedoktoran undang-undang sekalipun? Isu yang dibangkitkan oleh penulis adalah isu dalaman dan merupakan realiti tingkahtanduk segelintir akedamia negara ini.

Seorang kakitangan kerajaan dilarang untuk melakukan kerja sambilan atau perniagaan persendirian dalam waktu bekerja. Hari ini terdapat akedamia yang terlalu inginkan kekayaan sehingga mereka sanggup menggunakan waktu bekerja untuk urusan perniagaan persendirian yang sepatutnya mereka penuhi dengan penyelidikan dan tugasan rasmi sebagai pensyarah. Ketika mahasiswa ingin membuat temujanji dengannya maka beliau berjanji untuk berjumpa tetapi tiba pada waktu temujanji rupanya beliau tiada dan minta tunda pada waktu lain atas dasar ada urusan di luar. Sedangkan keutamaan ketika itu adalah tugasan rasminya bukan berjumpa Dato' atau Tan Sri untuk mendapatkan projek. Apabila mahasiswa itu gagal melaksanakan tugasan dengan baik maka dikatakan mahasiswa itu pemalas dan sebagainya. Walhal, akedamia itu sendiri sibuk dengan urusan perniagaannya.

Pendoktrinisasian terhadap mahasiswa yang mengatakan perlu bersyukur dengan apa yang kerajaan telah sediakan tanpa membincangkan konteks hak mahasiswa dan rakyat dengan lebih meluas dan terperinci adalah salah satu pembunuhan kosmologi pemikiran mahasiswa. Penulis ketika menuntut di peringkat ijazah pertama dan pernah menjadi timbalan presiden kolej kediaman selalu disuapkan dengan kata-kata "Jangan menggigit jari tangan yang menyuap kita makan". Penulis yang juga merupakan pemegang Biasiswa Kementerian Belia dan Sukan ketika itu pernah dinasihatkan supaya jangan melawan kerajaan kerana anda adalah anak kerajaan yang bermaksud dibiayai oleh kerajaan. Kosmologi pemikiran akedamia seperti ini telah membuatkan mahasiswa takut untuk menyuarakan suara mereka. Mahasiswa tidak mampu mencari akedamia yang boleh dijadikan contoh untuk terkehadapan dalam isu kemanusiaan yang melibatkan pentadbiran negara.

Penulis dengan rendah diri mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada beberapa akedamia yang desawarsa ini; Prof. Madya Dr. Asri , Dr. Maslee Maleek, Prof. Madya Dr. Abu Hassan, Prof. Madya Dr. Hafidzi Mohd Noor, Prof. Madya Dr. Mat Rofa Ismail, Dr. Zaharuddin Abdul Rahman, dan beberapa lagi yang sudah berani membicarakan soal kosmologi pemikiran mahasiswa secara terbuka dan ilmiah. Sedikit sebanyak hujah-hujah mereka yang bertaraf 'Dr' ini boleh dijadikan senjata buat mahasiswa untuk bangkit memperjuangkan kebebasan akedamik. Walaupun begitu, penulis mendapati bilangan akedamia yang mahu berjuang bersama rakyat ini perlu berkembang, tidak boleh statik dan selesa dengan jumlah yang sedia ada. Mahasiswa memerlukan sokongan moral yang lebih kuat daripada golongan akedamia bukan bermakna tidak mahu berusaha sendiri tetapi ini adalah tanggungjawab bersama dalam membentuk sebuah tamadun yang masyarakatnya cintakan ilmu dan bersih daripada anasir-anasir korupsi.

Kehebatan sesebuah tamadun diukur berdasarkan buku-buku (ilmu) hasil karangan ilmuwan dalam tamadun tersebut. Kosmologi pemikiran ilmuwan dalam tamadun itu akan membentuk masyarakat ke arah pembaharuan dari segi kosmologi pemikiran itu sendiri dan membentuk tingkahlaku ke arah yang lebih baik. Mahasiswa hari ini memerlukan akedamia yang mahu membawa negara kepada perubahan ke arah yang lebih baik, bukan akedamia yang sibuk hendak membuat jurnal berwasit supaya boleh mendapat jawatan pengetua kolej, ketua jabatan, timbalan naib canselor, naib canselor, Profesor Madya, Profesor, atau Profesor Emeritus. Berdasarkan jawatan yang diperolehi maka akedamia boleh mendapatkan wang yang banyak apabila dipanggil memberikan ceramah tentang ilmu yang ada pada dirinya tetapi sebaliknya akedamia itulah yang perlu berkorban dengan menyumbangkan tenaga dan ilmunya tanpa mengharapkan pangkat, wang atau balasan oleh masyarakat atau rakyat. Menjadi akedamia ini hidupnya adalah untuk masyarakat bukan kepentingan peribadi, maka berbaktilah kepada masyarakat.

Penulis mengunjurkan kepada diri sendiri dan golongan akedamia supaya membebaskan diri daripada belenggu rantaian kelesuan yang menjaga periuk nasi sendiri tetapi membiarkan masyarakat dalam negara ini mengalami kemarau yang membutuhkan ilmu. Suatu masa dahulu penulis dimomokkan dengan istilah mahasiswa lesu, hari ini secara jujurnya prestasi akedamia dalam bidang kemanusiaan dan kemasyarakatan masih diperingkat memerlukan rawatan segera kerana tidak ramai yang berani tampil ke hadapan bersuara memberikan pandangan tentang isu-isu semasa. Penulis yakin setiap manusia itu mempunyai tahap keupayaannya yang tersendiri tetapi penulis tinggalkan satu persoalan kepada sosok tubuh bergelar akedamia, bertanya kepada diri sendiri di mana sumbangan anda terhadap masyarakat? Semoga dengan persoalan itu mampu mengubah negara Malaysia menjadi negara yang lebih baik dan kosmologi pemikiran rakyatnya mampu mencipta sebuah tamadun yang hebat.

Tarmizi Bin Anuwar,
Pelajar Peringkat Sarjana dalam bidang Master Sains Falsafah Matematik dan Etnomatematik,
Institut Penyelidikan Matematik,
Universiti Putra Malaysia.

MB kena tanggung jika BN kalah di Pasir Gudang

Posted: 24 Jan 2013 03:53 PM PST

AZIZAN INCHE HARUN
 
 Rohazam Shah Ahmad
Ketua Pemuda Umno Bahagian Pasir Gudang, Rohazam Shah Ahmad
 
PASIR GUDANG – Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman akan dipertanggungjawabkan sekiranya calon Barisan Nasional (BN) tewas pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), sekali gus menyebabkan kerusi Parlimen Pasir Gudang jatuh ke tangan pembangkang.

Ketua Pemuda Umno Bahagian Pasir Gudang, Rohazam Shah Ahmad turut menyokong tindakan menutup sebahagian besar bilik gerakan di sembilan kampung setinggan kelmarin, seperti yang dilaporkan Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, masalah setinggan yang dibangkitkan penduduk telah empat tahun diperjuangkan Pemuda Umno Pasir Gudang, namun tiada tanda-tanda isu itu akan menemui jalan penyelesaian.

"Tindakan ahli parti sehingga sanggup menutup bilik gerakan dalam saat-saat PRU13 semakin hampir, itu sebenarnya rakyat sudah bosan menunggu janji yang sudah terlalu lama dinanti.

"MB sudah janji nak selesai...sudah turun padang bertemu penduduk setinggan, tapi masih bermain teka-teki. Sampai bila? Sedangkan rakyat hari ini sudah pandai menilai janji yang ditaburkan pemimpin," katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Rohazam berkata, tindakan menteri besar itu dikhuatiri menggugat jumlah undi membabitkan 100,000 pengundi di Pasir Gudang akibat kekecewaan penduduk, sedangkan jentera BN selama ini telah bersusah-payah meyakinkan lebih 54 peratus pengundi Melayu di situ.

Menurutnya, sudah tiba masanya perkara berkenaan diselesaikan kerana rakyat telah terlalu lama disogokkan dengan janji yang dibuat oleh pemimpin utama negeri ini.

"Kita tidak mahu kerana nila setitik, rosak susu sebelanga kerana jentera BN di Pasir Gudang sudah lama bersiap-sedia dengan pelbagai program mendekati rakyat, termasuk Pemuda bersama orang muda.

"Jika perkara ini tak selesai, jawapannya akan dapat kita tengok pada PRU13. Apa sahaja tindakan pengundi dan apa sahaja yang bakal berlaku kepada calon BN di Pasir Gudang pada PRU13, MB kena bertanggungjawab," katanya.

Rohazam yang juga Ketua Penerangan Pemuda Umno Negeri turut menyelar tindakan Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan yang ingin mengambil tindakan tata tertib dan disiplin terhadap ahli Umno yang menjadi dalang boikot kempen.

Menurutnya, Ahmad diingatkan supaya tidak hanya menunjukkan kuasa dengan kenyataan sedemikian, sebaliknya turun menyelami rintihan penduduk setinggan di Pasir Gudang dan mencari jalan penyelesaian.

"Jangan cabar kami dengan kenyataan yang boleh mengeruhkan lagi keadaan. Kalau beliau pemimpin yang berjiwa rakyat, turun ke kawasan kami dan lihat sendiri rintihan penduduk setinggan di Pasir Gudang yang setia menagih janji sejak 13 tahun lepas.

"Bantu kami selesaikan kemelut ini, bukannya cuba menunjuk kuasa yang diamanahkan," katanya.

Prestasi hambar Red Warriors, Kafa ambil tindakan drastik

Posted: 24 Jan 2013 03:51 PM PST

MAZRAM IDZAM RIDZAL MAHMUD

Annuar Musa
Annuar Musa 
 
PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (Kafa) dijangka mengambil tindakan drastik ekoran prestasi hambar The Red Warriors yang hanya mampu meraih enam mata daripada lima perlawanan pada saingan Liga Super musim ini.

Tanpa mendedahkan langkah tersebut, Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa berkata, satu bedah siasat sedang dilakukan bagi mengenal pasti kemerosotan mendadak Kelantan sebelum saingan Liga Super bersambung pertengahan Februari depan.

"Terpaksalah berusaha dengan apa yang ada bagi menghadapi musim yang mencabar ini. Kita perlu lakukan sesuatu (memperbaiki prestasi pasukan) meski pun kita tahu ia begitu sukar," katanya dipetik daripada laman sosial Facebooknya, semalam.

"Insya ALLAH, kita harap jurulatih (Bojan Hodak) dapat menyelesaikan masalah ketumpulan jentera serangan ketika saingan liga berhenti berehat. Sebenarnya bukan mudah, kerana kita terpaksa tunggu setahun untuk mendapatkan pengganti baharu (kehilangan tonggak utama musim lalu).

Tempoh rehat selama tiga minggu perlu digunakan sebaiknya oleh pengendali dari Croatia itu bagi memperbaiki kelemahan pasukan terutama ketumpulan jentera serangannya yang hanya mampu menjaringkan tiga gol dalam lima perlawanan lalu.

Juara bertahan Liga Super musim lalu kini menghuni di tangga ketujuh setelah hanya mampu meraih enam mata hasil satu kemenangan, tiga seri dan kalah sekali dan dibezakan enam mata dengan pendahulu liga yang diterajui Pahang ketika ini.

Kelantan dan Sime Darby FC bagaimana pun tidak terlibat dalam perlawanan pusingan pertama kalah mati kempen Piala FA yang bermula hari ini. Kedua-dua pasukan itu mendapat bye setelah muncul juara dan naib juara pada pentas akhir musim lalu.

Dalam perkembangan sama, Annuar berkata, semua pemain Kelantan diberi cuti rehat selama tiga hari setelah mengalami keletihan ekoran berdepan jadual perlawanan yang padat sejak tiga minggu lalu.

"Mohd Norfarhan (Muhammad), Mohd Faiz (Subri), Keita Mandjou, Muhammad Izuan (Salahuddin) antara pemain yang cedera. Saya harap mereka dapat pulih sepenuhnya dalam tempoh rehat ini," katanya.

SIASAH

Posted: 25 Jan 2013 03:21 PM PST

SIASAH


Krisis menjelang PRU 13, Umno Johor berpecah

Posted: 25 Jan 2013 12:14 AM PST

Johor, kubu kuat Umno kembali menyaksikan pergeseran dalaman menjelang Pilihan Raya Umum ke-13, akibat persaingan merebut jawatan menteri besar yang telah beberapa kali disebut-sebut akan berlaku peralihan.

Pergeseran yang hangat menjelang Pilihan Raya Umum ke-12 dahulu kembali hangat ekoran peningkatan pertembungan melibatkan Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan, terutama ekoran penutupan bilik gerakan Umno di Pasir Gudang, kawasan Parlimen Khaled.

Khaled dilihat menghadapi tekanan daripada Abdul Ghani dan Ahmad, dua pemimpin di Johor yang merupakan saingan kuat beliau, yang disebut-sebut akan menggantikan Ghani sebagai menteri besar sejak sebelum Pilihan Raya Umum ke-11 lagi.

Khaled meningkatkan usaha mencabar Ghani sejak lebih setahun lalu, ekoran merasakan disabotaj secara tidak langsung melalui tindakan-tindakan Ghani termasuk kelewatan meluluskan hak milik tanah di kawasan Khaled.

Terbaharu, orang kuat Khaled, Ketua Pemuda Umno Pasir Gudang, Rohazam Shah Ahmad memberi amaran kepada Ghani dan Ahmad, mendakwa Ghani tidak menunaikan janji, dipercayai sebagai membalas amaran Ahmad sebelum ini berhubung tindakan boikot oleh ahli Umno di Pasir Gudang itu.

Kenyataan ini ialah kenyataan paling terbuka setakat ini melibatkan pertembungan antara kem Khaled dengan Ghani dan Ahmad yang semakin sengit pada masa ini.

Serangan terbuka ini dilihat sebagai sokongan semakin kuat diterima Khaled dalam berdepan Ghani, dan turut dikaitkan sesetengah pemerhati dengan perubahan melibatkan istana.

Perkembangan di negeri kubu kuat Umno ini meningkatkan lagi kebimbangan Umno terhadap sabotaj dalaman yang semakin dibimbangi terutama ekoran hasil Pilihan Raya Umum ke-12 lalu.

Khaled mendapat sokongan banyak pihak untuk menggantikan Ghani sebagai menteri besar, tetapi projek-projek besar seperti Iskandar dan Nusajaya dilihat mengukuhkan kedudukan Ghani sebagai menteri besar.

Walau bagaimanapun, Khaled bukan satu-satunya yang dilihat berpotensi menggantikan Ghani, kerana beberapa nama lain turut disebut.

Johor menyaksikan peningkatan kekuatan parti-parti Pakatan Rakyat sejak pilihan raya umum yang lalu, dengan parti-parti Pakatan Rakyat terutama DAP dijangka menambah beberapa kerusi lagi dalam Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

Negeri ini walau bagaimanapun masih kekal sebagai kubu kuat Umno, disebabkan jumlah ahli dan pengundi tetap yang ramai dan kawasan-kawasan Felda yang masih dikuasai Umno.

Perkembangan ini mendedahkan tekanan yang semakin meningkat dihadapi Umno, termasuk sehingga melibatkan negeri kubu kuatnya, yang bakal memberi kesan kepada keseluruhan Umno dan Barisan Nasional dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 dan masa-masa akan datang.

Biaqpila

Posted: 25 Jan 2013 03:15 PM PST

Biaqpila


Akhirnya Mahathir juga akan mengkafankan Umno!

Posted: 25 Jan 2013 07:26 AM PST


Oleh DR KHAIRUDDIN ABD MALIK

Negara akan menghadapi pilihanraya paling lewat menjelang pertengahan Jun 2013.Logik demokrasi negara-negara lain pilihanraya umum ke 13 sepatutnya telah berlaku jauh lebih awal. PRU 12 pada March 2008, UMNO/BN mendapat mandat pemerintahan melalui PM ketika itu, Dato Abdullah Badawi(Pak Lah).

Apabila Dato' Najib 'menyingkirkan' Pak Lah (melalui permainan politik kotor dalaman UMNO yang didalangi oleh Mahathir-Muhyiddin) dan kemudiannya menjadi PM, sepatutnya Najib perlu mendapatkan mandat baru daripada rakyat.

Ada banyak lagi sebab-sebab lain. Kerajaan mahkamah Dr Zambry di Perak juga dibentuk tanpa mandat terus daripada rakyat. Ramai wakil-wakil rakyat lompat yang dulunya menang atas tiket parti tertentu dan telah menukar sokongan juga perlu diberikan kesempatan untuk mencari mandat baru daripada rakyat.Namun PRU 13 terpaksa dilewatkan dengan pelbagai alasan.

Apa alasannya? UMNO sebagai tunggak kekuatan BN sebenarnya sangat tidak demokratik dan sangat kuat mengamalkan 'demokrasi bomoh'.

Saya berkesempatan bertemu dengan seorang bergelar dato' yang pernah menjadi pimpinan UMNO dan kini mempunyai talian rapat dengan pemimpin-pemimpin UMNO.Beliau menceritakan khidmat bomoh tempatan dan Indonesia sangat-sangat laris menjelang PRU 13 ini.Diperingkat tertinggi mereka menemui bomoh untuk menelek peluang UMNO/BN mengekalkan kuasa dan mencari-cari tarikh sesuai PRU 13. Diperingkat lebih rendah, mereka melanggan bomoh untuk meminta bantuan agar terpilih menjadi calon PRU nanti.

Yang pasti lima bulan lagi PRU 13 pasti berlaku samada bomoh setuju atau tidak.Jadi kenapa PRU tetap dilewatkan sedangkan Najib dan Zambry sangat inginkan 'endorsement' bahawa mereka sebenarnya memang layak menerajui kerajaan yang ada.Inilah sebenarnya peranan doa mangsa-mangsa kezaliman UMNO/BN.Dimana sahaja, terlalu ramai yang menjadi mangsa kezaliman UMNO/BN.

Kezaliman peristiwa pembunuhan Memali, kezaliman pembunuhan warga Mongolia Altutuya, kezaliman merampas kerajaan PR Perak dengan rasuah dan culik wakil rakyat.Kezaliman merobohkan masjid dan surau, kezaliman merampas royalti minyak Kelantan, kezaliman merampas tanah dan kuburan penduduk Pengerang di Johor.

Kezaliman membiarkan kemiskinan melarat di Sabah,kezaliman ramai rakyat ditahan ISA, kezaliman rakyat yang mati semasa tahanan lokap polis dan lokap SPRM, kezaliman terhadap Dato' seri Anwar Ibrahim dan keluarganya. Jangan lupa kezaliman terhadap mahasiswa-mahasiswa universiti yang dibuang atau gantung daripada universiti atas alasan-alasan yang remeh.

Dengan segala kekuatan doa-doa mangsa kezaliman tersebut kini UMNO/BN seperti orang yang kena tangkap dalam serbuan sedang berkhalwat intim dibilik hotel.Bila para penguatkuasa serbu segala-galanya terdedah. Tutup atas bawah terdedah, tutup tengah dada terserlah..tetapi tetap tak mengaku salah.Kononnya dah nikah di Siam atau memang dah rancang nak kahwin!Segala buruk laku UMNO tidak mungkin dapat disorok lagi.

Kezaliman UMNO tiada tolok bandingnya.Lihat sahaja kes pembunuhan Altutuya. Tergamak mereka bunuh dan letupkan jasad seorang perempuan muda yang mengandung dan ada dua orang anak kecil.Untuk kes Royalti minyk Kelantan tergamak mereka ambil wang milik rakyat Kelantan melebehi 10 bilion dan gembira bersorak melihat kesesakan lalulintas dan banjir besar di Kelantan sambil menempelak Kerajaan PAS sebagai puncanya.

Kezaliman tak mungkin berterusan. Harganya mahal dan balasan terhadap kezaliman berterusan UMNO/BN sedang terpampang satu demi satu. Pendedahan demi pendedahan oleh pelbagai pihak tentang kerakusan dan salahguna kuasa Najib dan rakan-rakan assobiyahnya sangat mengejutkan.

Hari ini Deepak dan Musa Hassan. Besok ramai lagi. Saya difahamkan bekas pengarah beberapa agensi-agensi penting kerajaan akan tampil lagi.Mereka semua terganggu untuk terus bersubahat menyimpan rahsia kezaliman yang mereka pendam.

Tidur lena kah Najib, Rosmah, Mahathir, Musa Aman dan Taib Mahmud ?

Muhyidin pun tidak terkecuali kerana sikap baling batu sembunyi tangan beliau akhirnya akan makan tuan juga.

Nasihat saya bertaqwalah dan bergantung kepada takdir Allah, jangan sekali-kali percaya Mahathir mampu mencaturkan segala-galanya. Mahathir pernah mengharubirukan UMNO, tunggu sahaja episod terakhir Mahathir mengkafankan UMNO.Salam perjuangan...Selamatkan Malaysia.

DD


UMUR KIAN SINGKAT,AJAL MAKIN DEKAT

Posted: 24 Jan 2013 08:00 PM PST


MASA bergerak begitu pantas. Dalam diam kita sudah memasuki tahun baru Masihi 2013. Ia menandakan usia kita kian berganjak dan semakin tua.

Apabila tahun baru menjelma, pasti ramai bersemangat dengan azam baru masing-masing. Apabila 'wish' selamat tahun baru, soalan wajib selepas itu pastinya "Apa azam untuk tahun baru?"
Nak berazam perlu tunggu tahun baru saja ke? Setahun ada 365 hari manakala tahun itu juga adaah himpunan antara hari. Dari hari-hari itulah menjadi setahun.

Jadi azam tahun baru sebenarnya mesti diukir setiap hari. Jika azam sekadar sebutan dan hanya rutin serta pakej sambutan tahun baru saja, sudah tentu tidak ke mana.


Paling tidak hangatnya sekadar hangat-hangat tahi ayam saja. Berazam macam nak rak tapi apabila sampai tahun baru yang seterusnya, satu azam pun tidak tercapai lagi.


Selepas itu, pandai-pandai saja buat azam baru. Setiap hari, setiap waktu umur kita akan bertambah sama ada memasuki tahun baru atau tidak.

Hayat kita tetap bertambah singkat dan ajal semakin dekat. Setiap kita disuruh berazam ke arah yang lebih baik, sama ada menjelang atau belum tahun yang baru.

Itulah kehidupan dan jiwa seorang Muslim. Masa tidak selalu menunggu kita.
Kebaikan jangan ditangguh, keburukan jangan ditanggung. Jangan menunggu tahun baru untuk berubah kepada yang lebih baik.

Jangan menunggu tahun baru untuk meninggalkan keburukan. Itulah fenomena hidup kita seharian. Hijrah sudah tak jadi gah sehebat sejarahnya.

Baca sejarah tapi hilang ceritanya atau rohnya. Jadi sempit dan apabila sudah jadi sempit, kefahaman pun mula mengecil dan apabila kefahaman mengecil, penghayatan pun makin menguncup, hasilnya hijrah tinggal sejarah.

Ramai yang gagal mencapai azam kerana mereka tidak mempunyai kesungguhan dan beranggapan azam itu tidak penting.

Ada juga yang menetapkan azam yang terlampau banyak sehingga tidak sempat untuk dicapai pada tahun itu.

Azam perlu dibuat secara berperingkat. Selesai satu azam, buat azam baru pula. Sepatutnya tahun baru dijadikan sebagai kayu pengukur kepada apa yang dilalui sepanjang setahun.

Berdasarkan apa yang berlaku sepanjang tahun, mudahlah untuk merancang perkara lebih baik untuk tahun seterusnya. Berusaha berubah kepada yang lebih baik perlu menjadi matlamat Muslim setiap masa.

Sesiapa yang hidupnya hari ini tidak berubah menjadi lebih baik daripada semalam, bermakna mempersia-siakan peluang hidup pada hari sebelumnya.

Begitu juga pada azam, tidak perlu menunggu saat tibanya tahun baru. Lakukanlah segera kerana usia tidak akan menanti kita. Perkara yang paling hampir pada diri kita adalah kematian.

Untuk berubah, demi azam baru, di sini mari sama-sama kita berkongsi tip bagaimana hendak laksanakan azam yang kita pasang selama ini.

Mulalah dengan mengubah diri sendiri supaya anda menjadi lebih yakin dengan diri anda sendiri. Orang lain juga akan lebih yakin dengan diri anda.

Mana mungkin jika anda mahu mengajak orang lain berubah sedangkan diri anda sendiri masih berada pada takuk lama. Nanti orang akan cakap yang anda seorang yang cakap tidak serupa bikin. Cakap pandai tapi buat sendiri tak pandai.

Mula melakukan perubahan secara perlahan-lahan. Tidak dinafikan sememangnya sukar untuk terus berubah dalam masa singkat atau dalam tempoh sekelip saja.

Jika ia dilakukan secara perlahan-lahan, dengan izin Allah anda akan dapat berubah seperti apa yang anda inginkan. Walaupun perlahan, anda akan dapat mengalami perubahan yang besar dalam diri.

Lakukan perubahan pada masa sekarang juga. Jangan bertangguh untuk tempoh yang lebih lama lagi. Ini kerana semakin lama anda bertangguh untuk berubah maka ia akan menjadi semakin melarat dan semakin susah untuk melakukannya.

Perkara yang kecil akan jadi lebih besar jika ia terus dibiarkan. Jadi, ambillah masa yang ada sekarang untuk berubah dan mendapat hasil yang baik pada masa akan datang.

Berusaha untuk berubah dengan niat yang ikhlas dan lakukannya dengan bersungguh-sungguh. Anda perlu memaksa diri anda untuk berubah dengan sepenuh hati. Jika diri anda tidak dipaksa, anda seolah-olah memanjakan diri anda untuk berubah.

Nafsu anda juga akan menjadi semakin degil jika tidak dipaksa. Kawal nafsu anda dan jangan biarkan nafsu yang mengawal diri.

Apabila anda berjaya melakukan perubahan dalam diri maka anda perlu mengulangi perubahan itu sehingga ia menjadi sebati dengan diri. Jika perubahan hanya dibiarkan begitu sahaja, anda hanya akan berjaya untuk berubah seketika dan selepas itu akan kembali kepada takuk lama.

Oleh itu, jangan sia-siakan perubahan yang anda lakukan. Anda perlu sentiasa melakukannya.

Kesimpulannya, kita perlu berubah untuk menjadi orang yang lebih baik kerana ia sangat dituntut dalam Islam. Tapi jangan pula berubah kerana disebabkan orang lain.

Kita perlu ikhlas untuk berubah demi kebaikan diri anda sendiri. Selepas itu bolehlah mengajak orang lain untuk berubah sama. Jika dilakukan dengan niat dan cara yang betul, insya-Allah orang lain akan dapat berubah seperti yang diharapkan.

Kita juga mendapat ganjaran pahala jika berjaya mengajak orang lain berubah. Cuma awas berubah jangan jadikan ia upacara bermusim berubah dan beristiqamah sehingga menemui Allah.

Sesungguhnya Allah menciptakan hidup dan mati itu untuk menguji siapakah yang paling baik amalannya.

HM


Kerabu Bersuara ®

Posted: 25 Jan 2013 03:01 PM PST

Kerabu Bersuara ®


Terkini! Surat Jemputan Untuk Warga Asing Dapatkan Pengenalan Diri Terdedah

Posted: 25 Jan 2013 07:02 AM PST

http://sphotos-c.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/555183_523961950977483_174718281_n.jpg

Oh Malaysiaku!

Terkini! Isu Gambar Panas Dan Terlebih Intim Pra Perkahwinan Liyana Jasmin. Ini Kenyataan Balas Pihak Saiful Nang!

Posted: 24 Jan 2013 10:23 PM PST

 http://i386.photobucket.com/albums/oo307/beautifulnara/abby/naracs4.jpg

KENYATAAN KHAS - ISU LIYANA JASMAY

TERKEJUT UNTA bila ramai yang forward kan link sebegini kepada saya http://beautifulnara.com/ibu-liyana-jasmay-kesal-gambar-pra-perkahwinan-anaknya-tersebar/

Respon saya : Betul ke makcikkk?? Atau kerana saya tak beri hak ekslusif tu kepada wartawan BH kegemaran Makcik Si Jaydee tu? Kalau makcik malu kerana gambar itu untuk tontonan peribadi, mengapa pula Makcik sekeluarga minta saya berikan foto itu kepada BH untuk siaran ekslusif hari Ahad 20 Januari 2013? (belum kahwin lagipun tarikh tu) Takkan tersebar di internet tak boleh, tapi masuk paper pegang-pegang tak kisah pula? Adakah kerana makcik rasa bingit baca komen yang semuanya panas mendidih menghentam anak sendiri? Bilakah masa kita persetujui tentang apa yang makcik katakan itu? Saya tak pernah diberitahu dan tidak pernah bersetuju tentang hak ekslusif BPop

Tentang gambar pra-perkahwinan yang tersebar dan disebarkan. Saya bukanlah selebriti, kata-kata saya bukanlah suratkhabar lalu nak ambil untuk kilas perkara ini. Maka saya gunakanlah facebook untuk memberi penerangan ini.

BIAR SAYA CERITA DARI MULA...

Saya ingin mudahkan ceritanya. Kurang 3 hari dari 14 Januari (tarikh pra-perkahwinan) itu, Izuan Mokhtar yang menguruskan wedding LJ menguhubungi saya dan bertanya jika berminat untuk penajaan fotografi. Setelah melihat jadual saya nyatakan saya akan ke Mekah pada tarikh itu. Walaubagaimanapun beliau menyatakan tentang sessi pra perkahwinan dan saya jawap yang itu boleh dijalankan kerana masih sempat untuk dilakukan. Semuanya melalui telefon dan Izuan sendiri berkata akan meminta Liyana sendiri menghubungi saya tetapi hingga ke hari pengambaran masih tiada panggilan (Izuan tidak beri nombor Liyana kepada saya).

Kami satu pasukan CandidSyndrome pergi ke sana dengan call time pada jam 9 pagi. Kami tiba tepat pada masanya di Hyatt Kuantan. Tetapi Liyana hanya tiba jam 1 petang dengan alasan yang dinyatakan oleh Izuan Mokhtar kerana "overslept". Beliau sampai tanpa kesal dan tanpa maaf terus sahaja berlalu. Pengambaran dilakukan bermula jam 5 petang.

Mungkin umum kenal gaya CandidSyndrome yang tidak mengambil foto pra-perkahwinan yang intim. Disebabkan terlalu penat menunggu dan semua pra-visual yang kami sediakan tidak boleh digunakan disebabkan kesuntukan masa yang hanya membenarkan pengambaran dilakukan hanya disekitar kawasan hotel sahaja, maka kami hanya mengambar mengikut flow dengan kurang intervensi dalam pengaturan gaya. Apa mereka pose kami shoot. Kerja kami hanya mendapatkan detik yang terbaik. Itu juga adalah permintaan LJ sendiri kerana Fathuddin digambarkan orang yang sangat pemalu untuk posing. Ia melanggar prinsip saya sebab itu saya sendiri tidak publish foto-foto intim mereka itu di facebook saya (pernah cuba sekali, terus kena hentam. Saya pun remove terus untuk jaga airmuka LJ dan keluarga juga tidak mau cacatkan prinsip saya sendiri)

Sehingga habis pengambaran, TIADA TERMS & CONDITION kami yang mereka setujui dan tiada T&C mereka yang telah diberitahu kepada kami. Malah semua email perhubungan saya dengan pihak mereka melalui Izuan Mokhtar juga terus dengan LJ juga tidak pernah dibalas. Kami di CandidSyndrome International memang mengamalkan sistem semuanya perlu dituliskan agar tidak menjadi kekeliruan pada masa mendatang. Tetapi mereka tidak respon dan masa juga semakin singkat. Mudah kata, semua tu berlaku macam kawan-kawan pergi shoot sama-sama. Tak ada apa-apa yang mereka mahu jadikannya saksi bertulis walaupun sekadar email.

Hak foto adalah milik fotografer (selagi tidak dipindah hak dengan pembayaran atau klausa tertentu yang dipersetuji secara bertulis dan berbukti) dan hak penerbitan masih pada muka mereka. Bermakna, kami berkongsi hak kerana kami menaja. Maka kami tidak setuju dengan hak ekslusif yang diberi kepada BH TANPA ADA PENGATURAN ROI (Return of Investment). Kami minta kepada BH menerusi wartawannya Jaydee (Zaidi) untuk memberikan kami beberapa artikel kepada syarikat kami, tetapi beliau tidak mengendahkan langsung email itu sehingga hari dateline. Pada hari dateline beliau cuba kacau saya untuk dapatkan foto-foto itu dari saya dan apabila tak dapat, habis semua mak, ayah, liyana, kakak liyana, izuan semuanya dihubungi.

Saya berdiri tetap dengan pendirian saya, dah lah saya hanya boleh ambil untuk pra-perkahwinan sahaja dan semasa perkahwinan mereka saya sudah ada urusan satu lagi perkahwinan yang akan berlangsung di Mekah. Jika mereka pada mulanya suka akan foto-foto yang kami ambil, kemudiannya mereka mahukan hak foto itu sehingga kami tinggal tiada apa-apa yang boleh diharap untuk membalas semula penajaan itu.

Begini mudahnya, bila semua foto nak diberi kepada BH secara EKSLUSIF dan tiada yang lain boleh dapat DAN BH tidak mahu memberikan kami publisiti, di manakah mahu kami perolehi pulangan penajaan?

Pada 17 Januari lalu saya menghubungi seorang Penolong Editor di sebuah akhbar lain yang kemudiannya terus mengatakan "Yes, kami akan berikan publisiti kepada anda, lebih dari yang anda minta" jika kami bekerjasama dengan mereka untuk foto-foto itu. Ikutkan ranking akhbar, saya lebih suka pilihan ini.

Sepanjang perkahwinan selebriti yang kami buat sebelum ini dari Ning Baizura, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar, Awal & Scha dan lain-lain semuanya berurusan secara yang mudah. Kami ambil foto, dan wartawan yang mahu akan hubungi kami dan kami respon dalam masa kurang 4 jam mereka dah dapat foto yang diminta. Dalam masa yang sama kami juga dapat publisiti yang diminta. Tahu tahulah, fotografer dan video ni biasa mana sebut sangat dalam kredit pun. Kalau Wedding planner dapat 3 perenggan, designer dapat 2 perenggan, juruseolek pun dapat 1 perenggan, kami-kami ni biasa dapat kredit kecil yang satu ayat seperti "fotografi dijalankan oleh candidsydrom" (siap salah eja lagi selalunya).

Pada malam yang sama, 17 Januari, Izuan menelefon saya dan menyampaikan satu pesanan yang saya anggap angkuh yang kurang lebih berbunyi

"Kalau susah sangat berurusan dengan Saiful Nang dan CandidSyndrome ni, tanya dia berapa fees dia haritu, kita bayar sahaja...senang cerita"

Lalu saya jawap kepada Izuan, "Jangan ingat duit boleh beli hormat. Jangan cakap tentang duit dengan saya kerana saya tahu mereka bukan dalam golongan pelanggan saya".

Izuan tetap mahukannya lalu saya mengarahkan pejabat saya, Azman Salikin untuk membuat sebutharga seperti biasa. Pada keesokannya 18 Januari Izuan menelefon saya dan menyatakan

"Liyana kata sampai sini sahaja, dan kami tak berhajat untuk teruskan dengan CandidSyndrome dengan HARGA YANG RIDICULOUS".

Saya senyum dan saya katakan kepada Izuan, bukankah saya dah beritahu Liyana bukan dalam kalangan pelanggan saya (Saiful Nang) kerana khidmat Saiful Nang tak sama dengan team CandidSyndrome. Jika seharian pengambaran dengan saya dengan caj RM12,000 dikatakan ridiculous, saya hanya ulang kata kepada Izuan "Saya dah kata, jangan main soal duit dengan saya, saya tahu siapa pelanggan saya dan saya pilih pelanggan juga. Saya pernah tolak tawaran kerja puluhan ribu ringgit dari jutawan ternama yang tidak pandai hormat kami sebagai manusia, maka jangan sekali-kali main harga diri kami dengan harga dalam ringgit".

Hari berikutnya, Izuan menghubungi saya semula, katanya kalau saya nak publish semua itu hak saya tapi semuanya sampai di sini sahaja. Kerana foto itu juga akan digunakan oleh BH. Akhirnya BH dapat juga jadi yang PERTAMA publish foto itu. Menanglah sudah perjuangan Jaydee yang berjaya memporakperandakan hubungan yang awalnya baik, kerja kami juga mereka sukai. HANYA KERANA KAMI TIDAK MAHU MEMBERIKAN HAK EKSLUSIF KEPADA BH SAHAJA (kerana kami tidak diberitahu sebelum pengambaran tentang itu dan juga BH tidak mahu memberikan pulangan publisiti kepada kami) HABIS SEMUA yang awalnya elok dan hujungnya bengkok.

Kecoh dengan perkara itu, saya tanyakan kepada Izuan MENGAPAKAH LIYANA DAN KELUARGANYA TIDAK PERNAH MAHU MENELEFON SAYA?

Diberi kepada saya gambaran dari Izuan, mereka ini telahpun mempercayai semua yang Wartawan Hiburan BH, Si Jaydee itu katakan. Maka semua hasil buat kami masuk longkang tanpa saya mampu menyatakan cerita ini LANGSUNG kepada Liyana. Hingga hari ini pun saya tidak mahu bercerita kepada umum tentang ini, tetapi apabila Makcik dah mula bagi statement, saya pun bagilah juga statement ni.

Manalah tidak sentap, mereka lari dari berhubung dengan saya. Minta no telefon dari Izuan pun tak dapat. Macammana masalah kecil macam ni boleh diselesaikan dengan cara pengantara. Jadinya macam sekarang ni lah, masalah tak selesai tapi dah mula kecoh belakang-belakang.

Takkan kerana hangit orang hentam anak pegang-pegang dalam pra-perkahwinan jadi isu besar pasal masuk dalam blog tapi dalam newspaper boleh pun.

Kepada newspaper, blogger hiburan silalah ambil cerita ini kalau sudi ye. Saya ni bukan Artis glemer, kalau saya bersuarapun bukannya orang nak pandang. Tapi kalau anda pandang, saya suka dengan anda kerana terbukti anda memberikan LAPORAN TELUS ;)

Kepada Izuan, anda seorang yang sangat professional. Saya selesa bekerja bersama Izuan. Cuma saya yakin Izuan juga ada masalah kerana beliau menerima arahan dari RAMAAAAIIIII BOSS di belakangnya.

Saya minta keluarga Liyana tidak teruskan melatah dan sila jangan jawap lagi isu ini. Saya pelawa untuk telefon saya kerana saya tak boleh telefon anda. Selesaikan cara baik, pasti ada jalan.


SAIFUL NANG
Pengasas
CandidSyndrome International
CandidSyndrome.Com

admin: tahniah makcik! anak makcik memang sporting la! peluk cium lagu tuuuuu.... Auuwwww!

Ibu Liyana Jasmay Kesal Gambar Pra Perkahwinan Anaknya Tersebar. Malu Dengan Allah?

Posted: 24 Jan 2013 08:13 PM PST

 http://i386.photobucket.com/albums/oo307/beautifulnara/abby/naracs4.jpg

Saya dan keluarga kesal dengan apa yang berlaku. Perkara sebegini sepatutnya tidak berlaku ketika ini memandangkan majlis bakal berlangsung tidak lama lagi. Gambar itu sepatutnya tidak boleh dipaparkan kepada umum kerana perkara ini telah dijanjikan sejak awal lagi. Ia hanyalah untuk simpanan peribadi sahaja. Kami kesal dengan tindakan jurugambar berkenaan. Namun, tidak perlu diperkatakan lagi kerana ianya telah berlaku dan kami akui kesilapan itu.

admin: malu dengan orang tiada gunanya, fikir la malu kepada Allah.

AKU INGIN BEBAS

Posted: 25 Jan 2013 01:33 PM PST

AKU INGIN BEBAS


UMNO PASIR GUDANG BERGOLAK - BILIK GERAKAN DITUTUP

Posted: 24 Jan 2013 04:36 PM PST


PASIR GUDANG – Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman akan dipertanggungjawabkan sekiranya calon Barisan Nasional (BN) tewas pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), sekali gus menyebabkan kerusi Parlimen Pasir Gudang jatuh ke tangan pembangkang.

Ketua Pemuda Umno Bahagian Pasir Gudang, Rohazam Shah Ahmad turut menyokong tindakan menutup sebahagian besar bilik gerakan di sembilan kampung setinggan kelmarin, seperti yang dilaporkan Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, masalah setinggan yang dibangkitkan penduduk telah empat tahun diperjuangkan Pemuda Umno Pasir Gudang, namun tiada tanda-tanda isu itu akan menemui jalan penyelesaian.

"Tindakan ahli parti sehingga sanggup menutup bilik gerakan dalam saat-saat PRU13 semakin hampir, itu sebenarnya rakyat sudah bosan menunggu janji yang sudah terlalu lama dinanti.

"MB sudah janji nak selesai...sudah turun padang bertemu penduduk setinggan, tapi masih bermain teka-teki. Sampai bila? Sedangkan rakyat hari ini sudah pandai menilai janji yang ditaburkan pemimpin," katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Rohazam berkata, tindakan menteri besar itu dikhuatiri menggugat jumlah undi membabitkan 100,000 pengundi di Pasir Gudang akibat kekecewaan penduduk, sedangkan jentera BN selama ini telah bersusah-payah meyakinkan lebih 54 peratus pengundi Melayu di situ.

Menurutnya, sudah tiba masanya perkara berkenaan diselesaikan kerana rakyat telah terlalu lama disogokkan dengan janji yang dibuat oleh pemimpin utama negeri ini.

"Kita tidak mahu kerana nila setitik, rosak susu sebelanga kerana jentera BN di Pasir Gudang sudah lama bersiap-sedia dengan pelbagai program mendekati rakyat, termasuk Pemuda bersama orang muda.

"Jika perkara ini tak selesai, jawapannya akan dapat kita tengok pada PRU13. Apa sahaja tindakan pengundi dan apa sahaja yang bakal berlaku kepada calon BN di Pasir Gudang pada PRU13, MB kena bertanggungjawab," katanya.

Rohazam yang juga Ketua Penerangan Pemuda Umno Negeri turut menyelar tindakan Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan yang ingin mengambil tindakan tata tertib dan disiplin terhadap ahli Umno yang menjadi dalang boikot kempen.

Menurutnya, Ahmad diingatkan supaya tidak hanya menunjukkan kuasa dengan kenyataan sedemikian, sebaliknya turun menyelami rintihan penduduk setinggan di Pasir Gudang dan mencari jalan penyelesaian.

"Jangan cabar kami dengan kenyataan yang boleh mengeruhkan lagi keadaan. Kalau beliau pemimpin yang berjiwa rakyat, turun ke kawasan kami dan lihat sendiri rintihan penduduk setinggan di Pasir Gudang yang setia menagih janji sejak 13 tahun lepas.

"Bantu kami selesaikan kemelut ini, bukannya cuba menunjuk kuasa yang diamanahkan," katanya.

SOKONG PAKATAN RAKYAT

Posted: 25 Jan 2013 01:33 PM PST

SOKONG PAKATAN RAKYAT


KENA IKHLAS

Posted: 25 Jan 2013 12:40 AM PST

Kini kita menunggu saat pembubaran Parlimen dan Dun  sahaja.

Akan ada YB sekarang  yang tak dicalonkan bertanding semula lagi.  Jangan marah. Kena ikhlas.

Akan ada pemegang utama jawatan  dalam  parti yang tidak dicalunkan. Jangan marah. Kena ikhlas

Jika menang kerusi Parlimen, belum tentu jadi menteri. Jangan marah. Kena ikhlas.

Jika menang kerusi Dun, belum tentu jadi Exco. Jangan marah. kena ikhlas.

Jika sakit, berhentilah sendiri.  Jangan  dipaksa  suroh berhenti. Sedarlah diri sendiri.  Kena ikhlas

Jika tua dan sudah tidak gagah, macam  tak larat  sahaja, eloklah berhenti sendiri.  Jangan diperli oleh kawan dan lawan. Kena ikhlas.

Pokoknya KENA IKHLAS DALAM POLITIK.

Woooooooo.




BERFIKIR.... MENCARI HAKIKAT KEBENARAN

Posted: 25 Jan 2013 01:26 PM PST

BERFIKIR.... MENCARI HAKIKAT KEBENARAN


ALLAH - CUBA KOMEN STATEMENT INI

Posted: 24 Jan 2013 04:25 PM PST

Muslimeen United

Posted: 25 Jan 2013 01:21 PM PST

Muslimeen United


Skandal UMNO BN S'ngor: Tanah Kompleks Sukan Dijadikan Pangsapuri Mewah

Posted: 25 Jan 2013 03:02 AM PST


Dahulu, masyarakat sekitar Seksyen 25, Taman Sri Muda sepatutnya mendapat sebuah Kompleks Sukan Rekreasi dan Pusat Komuniti bagi tujuan riadah dan majlis keramaian mereka.

Tetapi akibat daripada campurtangan politik pada zaman pentadbiran Umno-BN, tanah tujuh ekar untuk projek-projek tersebut telah digunakkan untuk mendirikan sebuah projek pangsapuri mewah dengan 691 unit.

Projek pembangunan lima blok pangsapuri tujuh hingga 14 tingkat dengan itu dimulakan selepas mendapat persetujuan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MKKN) pada 2007.

Timbalan Setiausaha DAP negeri, Ng Suee Lim mendakwa, tanah itu diberikan milik kepada Umno Bahagian Kota Raja dengan bayaran harga nominal iaitu sebanyak RM1,000 sahaja berbanding harga pasaran sebanyak kira-kira RM 10 juta.

Katanya, tanah terbabit merupakan salah satu daripada 24 keping tanah di seluruh negeri yang dibeli pada harga yang begitu murah, iaitu premium RM 1 setiap metre persegi, oleh parti Umno-BN.

Beliau yang juga Adun Sekinchan mendakwa tanah di Taman Sri Muda itu sepatutnya dibahagikan antara Umno Bahagian Kota Raja dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

"Dalam jawatankuasa tanah Pejabat Tanah daerah Klang menetapkan sebanyak 4 ekar diberikan kepada MBSA dana tiga ekar lagi kepada Umno bahagian Kota Raja dengan bayaran mengikut harga semasa.

"Bagaimanapun selepas MKKN, 4 ekar diberikan kepada Umno dan 3 ekar diberikan kepada MBSA dengan harga nominal sebanyak RM1,000 sahaja.

"Bagaimanapun, apa yang kita lihat dan mengikut pelan pembangunan yang diperolehi, hampir kesemua tanah tujuh ekar itu dimiliki oleh Umno bahagian Kota Raja.

"MBSA hanya mendapat sebuah dewan yang keluasannya tidak sampai satu ekar," katanya dalam sidang media di tapak projek pembangunan itu.

Hadir sama Ketua Penerangan PKR negeri, Shuhaimi Shafei.

Suee Lim menambah pada tahun 2005, sebanyak 11 permohonan dari syarikat swasta untuk membina bangunan kediaman atau perniagaan.

Tetapi permohon juga diterima untuk membina kompleks sukan itu, iaitu daripada bekas Adun Seri Muda ketika itu Datuk Amzah Omar.

"Oleh kerana kroninya, mereka memberikan kepada beliau yang juga merupakan Ketua Umno Bahagian Kota Raja," katanya.

Sementara itu, Shuhaimi berkata skandal yang dinamakannya "Sapu Tanah 1 Malaysia" (SaT1M) itu merupakan satu lagi bukti penyelewengan yang dilakukan Umno-BN.

"Menjadi pertikaian skandal SaT1M ini apabila kita dapat lihat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dipergunakan oleh parti politik mereka (Umno-BN).

"Hasil kerjasama Umno-BN dan pemaju membolehkan parti itu mendapat keuntungan berjuta ringgit.

Harga seunit pangsapuri ini kini mencecah lebih RM250,000," katanya.

Sehubungan itu, mereka mengesyorkan pihak yang terlibat dalam perkara terbabit membayar sejumlah wang kepada MBSA berikutan tanah milik MBSA yang turut diambil bagi kegunaan pembangunan itu.


MB Terengganu Kantoi? Mat Said gagal Tapisan SPRM?

Posted: 25 Jan 2013 03:00 AM PST

SPRM mencadangkan antara senarai nama yang tidak layak dicalonkan dalam PRU 13 kerana tidak lulus dalam saringan dan tapisan SPRM yang bermasalah dengan undang-undang antaranya adalah seorang Menteri Besar, Seorang Ketua Menteri dan dua pemimpin utama parti yang bertaraf Menteri.

Persoalan kenapa SPRM tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka... kita semua tahu bahawa kekebalan mereka semasa mereka ditampuk kekuasaan. Apabila tiada kuasa maka jadilah macam Khir Toyo. Walaupun fail sudah ada atas meja tetapi demi maruah dan kuasa politik yang ada dan tidak mahu menjejaskan parti pemerintah maka fail itu dibekukan.

Tetapi kita sedia maklum bahawa dalam politik umno-BN ini sendiri sudah masyhur tentang politik dalaman mereka. Perbalahan dan perebutan kepimpinan dan kuasa sudah merupakan lumrah bahkan ianya tidak terubat lagi. Masing-masing sebenarnya tidak bersih dan ada salah laku masing-masing tetapi dahan manakah mereka berpaut? Sekarang ini dahan Najib maupun Mahathir mungkin akan naik tinggi.

Apatah lagi tarikh PRU semakin hampir. Bukan hanya ribut untuk merebut kuasa diperingat Majlis Tertinggi, Pemuda maupun Wanita, Negeri dan Ketua Bahagian bahkan kini siapakah bakal menjadi pilihan sebagai winnable candidate? Semua atas tangan Najib. Mana-mana yang tak sebulu... sekaranglah masanya untuk dicantas awal-awal. Mana-mana yang nak lekat... besar manakah cable yg sampai ke Najib akan diambil kira.

Mereka terpaksa ikut membuntut punggung Najib & Rosmah sehingga ke Gaza & Palestine. Ibrahim Ali bukan sekadar menyalak saje bahkan mencium tangan Rosmah dalam satu majlis rasmi demi kerusi Pasir Mas!!! Boleh tak boleh itu belum tentu lagi. Bagi Terengganu.. sejak Mat Said menunjukkan gedebe beliau merampas kuasa dari Derih Jusoh ianya amat menconteng arang ke muka Umno-BN. Umno Pusat terpaksa gigit jari dan terpaksa mengalah dengan kerenah Ahmad Said.

Kejayaan Mat Said bersembunyi dan mengangkat sumpah menyebabkan BPR yang mencari beliau tidak boleh berbuat apa-apa. Meskipun fail rasuah dan penyelewengan sudah siap. Tetapi sebagai MB mereka terpaksa menahan diri dari mengambil tindakan. Hari ini kuasa sebagai Pengerusi Perhubungan Umno negeri dan kewangan yang dipegang oleh Mat Said sendiri menyebabkan seolah-olah Umno Pusat tidak boleh buat apa-apa. Bahkan boleh digertak dan diugut oleh Mat Said supaya mengekalkan beliau sebagai calon Kijal diperingkat Dun.

Cubaan untuk mengalihkan beliau sebagai calon Parlimen nampaknya gagal. Bahkan jika kekal calon Mat said nescaya semua senarai calon-calon yang bersekongkol dengan beliau khususnya golongan lama dan veteran akan mendapat tempat. Tetapi jika sekiranya gugur nama Mat said daripada menjadi calon maka berguguranlah team Mat said dan tentera Idris Jusoh bakal membarisi calon-calon di Terengganu.

Penulis sendiri mendapat maklumat dari dalaman dan kepimpinan Umno sendiri bahawa cara yang terakhir yang akan dilakukan untuk menyekat Mat Said ini adalah dengan menimbulkan isu rasuah yang membabitkan beliau yang terbukti SPRM ada kes untuk menghalang beliau dicalonkan.

Penulis sendiri tidak yakin dengan maklumat tersebut tetapi apabila hari ini pecah berita bahawa ada MB yang tidak lulus saringan SPRM... maka berita ini ada kebenarannya. Tersenyumlah Team derih nampaknya untuk membalas dendam terhadap Mat Said yang merupakan perancang strategi Umno Pusat.

Sekarang kita bakal melihat bagaimana pula langkah tari dan silat Mat said pula. Isu SPRM yang membelenggu Mat Said antaranya pernah diselongakr TV3 sendiri dikemuncak kemelut MB Terengganu pada 22 Mac 2008 dengan isu Projek Roler Coaster di kemaman pada tahun 1995, Projek pembinaan Dewan seri amar di kemaman pada tahun 2007, Projek mercu tanda Kemaman 2005 dan Projek menambun tanah Kijal.

Itu belum cerita selepas belia memerintah yang banyak terdedah ketirisan dan kebocoran. Kita tahu dalam Umno ni rasuah ibarat Kentut & Tahi aje dengan Umno. Tetapi inilah masanya. Inilah caranya untuk mencantas karier politik Mat Said.

Apapun bagi penulis... takkan nak biar saje. Menda dalam tangan takkan nak serah saje. Kan Mat Said ni gedebe Umno-BN. Rasenya tak semudah itu untuk pereboh Mat Said. Kalau ada nasib sekali lagi jadi MB.

Kalau tak pun boleh rase Ketua Pembangkang tapi tersalah buat... calon pun dok lekat. untuk Ketua Menteri Sabah tu... Musa tu macam dah tak aman lagi dah...
http://ustsaifulbahri.blogspot.com

[Terkini] Ustaz Taib Azamuddin, Kini Terlantar Di Hospital Pantai Bayan Baru

Posted: 25 Jan 2013 02:54 AM PST

Ahli Parlimen Baling, Ustaz Taib Azamuddin yang juga bekas Imam Negara kini terlantar di CCU Hospital Pantai Bayan Baru, P.Pinang semalam akibat stroke dan pendarahan di kepala..

Gambar ini dikirim oleh Ustaz Badrulamin ketika menziarahinya..doakan semoga beliau cepat sembuh..amin..

sharpshooter

Tabik Springg..Ini Baru Pemimpin Asal Dari Kampung Beb..

Posted: 25 Jan 2013 12:06 AM PST

Tabik Springgg..Inilah Yang dinamakan Pemimpin Islam,kerana tiada tembok perbezaan
yang memisahkan mereka dengan masyarakat,kerana kita semua adalah hamba Allah.dan
kepada Allah tempat kita kembali,tak kira kamu hebat macam mana sekali pun..Takbirr..

Video Proffesor UTHM mencuci otak dan mengugut pelajarnya tersebar.. Saksikan!!

Posted: 25 Jan 2013 12:02 AM PST

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mendakwa Kerajaan Malaysia tidak menjalankan sebarang program 'cuci otak' terhadap Mahasiswa.

Dengan menafikan keujudan sebarang program seperti itu di Institusi pengajian tinggi yang dibiayai kerajaan beliau juga mendakwa tuduhan tersebut adalah tidak berasas.

Katanya "There is no intention to 'brainwash' undergraduates as it is counter-productive to the ministry's aim of producing creative and innovative thinking students,"

Kenyataan tersebut adalah sebagai menyangkal dakwaan K.S. Bawani yang mendakwa ujud kegiatan 'mencuci otak' oleh kerajaan di institusi pengajian tinggi..

Mohamed Khaled berkata "Let me explain that there is no such brainwashing process … if there is any,

Jika benar apa yang dinyatakan oleh Khaled Nordin itu.. bagaimana pula boleh ujud video seperti di bawah ini..

Dalam rakaman video di bawah ini anda akan menyaksikan seorang Proffesor dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) ini mencuci otak sambil mengugut Mahasiswa..

Saksikan!!


Konflik Umno Johor, rakyat perlu buka mata

Posted: 24 Jan 2013 11:59 PM PST


KUALA LUMPUR: Rakyat Johor diseru menilai sendiri berhubung konflik dalaman yang melanda Umno negeri itu demi masa depan mereka.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata pergeseran dalaman Umno di Johor itu diperingkat kronik termasuk hilang kepercayaan kepada menteri besar Datuk Abdul Ghani Othman itu sendiri.

Sebuah akhbar semalam melaporkan, sebahagian besar cawangan parti di Pasir Gudang menutup bilik gerakan kerana kecewa dengan tindakan Abdul Ghani yang masih belum memberi hak milik tanah kepada penduduk setinggan.

Laporan berkenaan memetik kenyataan pegerusi tetap Umno bahagian tersebut, Abu Bakar Alibi yang mendakwa lima bilik gerakan ditutup dan empat lagi dijangka mengambil tindakan sama menjelang pilihan raya.

"Kegagalan Abdul Ghani dalam mempertahankan kampung-kampung melayu dan juga tanah menyebabkan orang-orang Melayu di sana akan kehilangan tanah mereka.

"Kampung-kampung Melayu juga semakin terpinggir apabila kerajaan negeri gagal memberi jamin untuk mempertahankan hak mereka, apabila Umno lebih mementingkan pembangunan dari menjamin hak orang Melayu terutama dalam isu tanah," kata Salahudin.

Menurut beliau lagi, isu pengambilan tanah yang diperjuangkan PAS terutamanya di Pengerang membuktikan bahawa isu tanah adalah isu serius di negeri itu.

Ianya juga membuktikan kegagalan Umno BN negeri itu membela nasib rakyat termasuk ahli Umno sendiri berhubung isu itu.

Sebelum ini, Ketua Penerangan Umno Malaysia, Datuk Ahmad Maslan didakwa mengeluarkan amaran kepada pemimpin akar umbi di Pasir Gudang yang menutup bilik gerakan tersebut.

Ahmad berkata tindakan tegas akan diambil terhadap ahli Umno yang melakukan sabotaj ke atas parti dalam pilihan raya umum akan datang. -Hrkh

Anak muda penentu PR ke Putrajaya- Dr Abu Hassan

Posted: 24 Jan 2013 05:20 PM PST

KUALA LUMPUR : Golongan muda akan menjadi penentu kejayaan Pakatan Rakyat (PR) ke Putrajaya, kata Pengasas Zentrum Future Studies, Prof Dr Abu Hassan Hasbullah.
Beliau berkata, meskipun tarikh Pilihan Raya Umum ke 13 belum diumumkan, namun momentum sokongan golongan muda pada masa ini lebih menyebelahi PR.
"Banyak isu yang berlegar berkaitan dengan anak muda menjadi topik hangat, daripada tuntutan pendidikan percuma, hapus PTPTN dan AUKU. Oleh sebab itu PR dilihat dekat dengan mereka.
"Golongan ini sebenarnya akan memberikan kesan memandangkan mereka tidak mengundi berdasarkan kepopularan, sebaliknya mekanisme ditawarkan untuk memberi kesenangan kepada rakyat," katanya ketika dihubungi.


Beliau mengulas tinjauan Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL), mendapati PR hanya ketinggalan lima peratus di belakang BN dalam persaingan meraih undi popular dalam pilihan raya umu ke 13.
Tinjauan ke atas 1,409 responden itu menunjukkan BN mempunyai peluang 42 peratus untuk mengekalkan Putrajaya, manakala Pakatan mendapat 37 peratus peluang – dengan 21 peratus lagi "tidak pasti".
"Saya yakin 21 peratus itu adalah kelompok anak muda, mereka masih lagi mencari-cari siapa yang akan diundi mereka.
"Secara akademiknya, anak muda adalah golongan yang akan buat keputusan di saat-saat akhir, jadi pastinya penentu kemenangan bergantung kepada mereka," ujarnya yang juga pensyarah kanan Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya (UM).

Kantoi!! 4 Menteri Gagal Ujian SPRM, Di Nasihat Elak Bertanding PRU13

Posted: 24 Jan 2013 05:16 PM PST


SHAH ALAM – Beberapa parti politik dijangka terpaksa menggugurkan nama-nama besar daripada menjadi calon mereka dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).Pengguguran itu tidak boleh dielakkan kerana beberapa tokoh itu gagal dalam ujian tapisan yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana mempunyai masalah dengan undang-undang.

Antara nama-nama besar yang disebut sebagai mereka yang dijangka tidak akan dicalonkan semula akibat masalah berkenaan ialah seorang menteri besar, seorang ketua menteri dan dua pemimpin tinggi sebuah parti.Difahamkan, perkembangan terbaru ini disedari setelah urusan awal tapisan senarai calon yang diserahkan beberapa parti kepada SPRM untuk tapisan menjelang PRU13 selesai, baru-baru ini.
Menurut sumber yang boleh dipercayai, ratusan nama calon sudah diserahkan kepada SPRM dan berikutan tapisan yang dilakukan, beberapa nama-nama besar telah gagal saringan.Berdasarkan hasil ujian tersebut, parti-parti yang terlibat telah dinasihatkan tidak meletakkan nama-nama besar yang bermasalah itu sebagai calon mereka.
Maklumat yang diterima Sinar Harian menunjukkan nama-nama besar yang gagal ujian tapisan tidak boleh diletakkan sebagai calon dan jika dicalonkan juga, ia akan memberi implikasi kepada parti terbabit.
Ketika dihubungi Sinar Harian, Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Operasi), Datuk Mohd Shukri Abdul enggan memberi sebarang komen mengenai perkara tersebut.

Beliau sekadar menegaskan bahawa Cawangan Tapisan Keutuhan, Bahagian Pengurusan Rekod dan Teknologi Maklumat SPRM masih membuat tapisan ke atas senarai calon yang dihantar parti-parti politik.

Katanya, parti-parti yang akan meletakkan calon dalam PRU13  masih terus menghantar nama-nama calon masing-masing untuk tapisan dan ada yang akan terus menghantar senarai tersebut walaupun selepas Parlimen dibubarkan nanti. ~sinar

[Edisi Kejam & Zalim] Saksi Dakwa Lihat Polis, Samseng Belasah Lelaki Bergari Hingga Mati

Posted: 24 Jan 2013 05:14 PM PST


Seorang pengawal keselamatan dalam keadaan bergari yang dikejar oleh empat anggota polis telah dibelasah hingga mati bersama-sama sekumpulan 20 orang samseng di Hulu Langat semalam, dakwa seorang saksi hari ini.

Walaubagaimanapun punca anggota polis cuba menahan mangsa berusia 40 tahun C Sugumaran masih belum diketahui.

Beliau didapati dalam keadaan berbogel dan bergari, menurut saksi.

Mayatnya pada ketika ini berada di Hospital Serdang dimana keluarga mangsa tidak dibenarkan untuk menjenguk.

Menurut saksi yang hadir di hospital hari ini, kejadian tersebut berlaku pada pukul 6.30 petang semalam.

Sugumaran dilihat melarikan diri daripada empat anggota polis di dalam dua buah kereta peronda di jalan utama yang berjarak lima minit dari rumahnya.

Keadaan trafik ketika itu sesak menyebabkan anggota terbabit memberhentikan kenderaan mereka dan mengejar Sugumaran dengan berlari.

Selepas menangkap dan mengari Sugumaran, hampir 20 orang daripada restoran berhampiran menyertai anggota polis tersebut dan meneruskan serangan keatas mangsa.

"Polis memijak leher Sugumaran," kata R Moohanarajan kepada The Malaysian Insider di Hospital Serdang hari ini.

"20 ke 30 orang ramai memakai baju biasa membelasah mangsa. Dia terbaring dengan tangannya bergari di belakang," tambah Moohanarajan yang merupakan jiran Sugumar.

Saksi ditempat kejadian itu berkata insiden tersebut berlaku hampir 10 minit antara 6.30 petang semalam berhampiran tanah perkuburan Taman Perkasa di Batu 12, Hulu Langat.

Hampir 20 orang terdiri daripada keluarga Sugumaran, saudara dan jiran berkumpul di hospital sejak 9 pagi dan meminta untuk melihat mayat mangsa.

Emak mangsa, K. Manimagalay hanya dibenarkan untuk melihat mayat anaknya enam jam kemudiaan pada 3.10 petang.

Beliau teresak-esak menangis selepas keluar dari bilik mayat dan terpaksa ditenangkan oleh adik lelakinya.

Pertengkaran berlaku apabila Ahli Parlimen Kapar S. Manikavasagam menjerit: "Gari masih dibadang. Celaka! Dah mati tapi masih gari.

" Orang ramai mula menjerit marah dengan lima anggota polis cuba mengawal keadaan diluar.

Moohanarajan, seorang pengganggur berkata dalam perjalanan pulang ke rumah selepas membeli permainan video telah melihat anggota polis mengejar Sugumaran kemudiaan membelasahnya, menggarinya dan kemudiaan membaling serbuk kunyit ke muka mangsa.

Beliau menambah polis foreksik hanya datang pada jam 11 malam untuk mengalihkan mayat mangsa ketika hujan turun.

Manimagalay berkata anak bongsunya Sugumaran tidak memiliki sebarang rekod jenayah.

"Dia tidak pernah mencuri. Dia tidak membunuh sesiapa.... Orang ramai berkata dia bergaduh dengan warga Nepal lagipun," kata beliau kepada wartawan.

Ibu kepada tiga anak tersebut juga berkata Sugumaran mengalami sakit mental tetapi tidak menyatakannya dengan jelas.

Rakan Sugumaran, T. Panirselvam berkata Sugumaran seorang yang panas dan sering bertindak secara melulu jika diusik.

"Mungkin dia tertekan," kata Panirselvam, sambil menambah ibunya sendiri pernah membuat laporan polis keatas Sugumaran beberapa tahun lalu tetapi tidak menyatakan puncanya.

Peguam keluarga Sugumaran, N. Surendran memberitahu hari ini selepas melihat mayat mangsa beliau mendapati kaki kiri mangsa tercedera dan terdapat banyak parut yang menunjukkan "dia telah ditolak jatuh".

Surendran juga menggesa siasatan segera oleh pihak polis dan menggantung tugas pegawai polis yang terlibat dalam insiden.

Keputusan bedah siasat masih belum lagi dikeluarkan pada ketika ini. -TMI


Telok Bakong Online

Posted: 25 Jan 2013 11:47 AM PST

Telok Bakong Online


Berita Gempar,Bota Kini Tidak Selamat Kepada Warga Emas,Apa Langkah Yang Patut Kita Buat?

Posted: 24 Jan 2013 11:26 PM PST

Gambar Hiasan
                    Suatu kejadian ragut telah berlaku di Kg Telok Bakong semalam.Dalam kejadian seorang warga emas telah diragut oleh seorang pemuda yang berusia lingkungan umur 48.Ketika kejadian warga emas tersebut sedang menanam bunga dihadapan rumahnya.Lelaki yang menaiki kereta Wita yang berwarna perak telah singgah dihadapan rumah telah bertanyakan soalan kepadanya sambil menunjuk kepada rumah jiran.Apabila wanita tersebut berpaling,maka ketika itu lah lelaki berkenaan mengambil kesempatan untuk meragut rantai emas dari leher wanita tersebut.Wanita itu terpinga pinga dengan kelakuan lelaki tersebut dan tidak da[pat berbuat apa apa.Lelaki bekenaan dengan selamba meninggalkan tempat kejadian bersama seorang wanita yang duduk ditempat penumpang.
Salinan Report Yang Dibuat
                    Menurut warga emas tersebut lelaki yang melakukan ragutan tersebut berbadan agak kurus,bermuka bujur,berkulit sawo matang dan bergigi jonggang.Rambut lelaki tersebut sedikit kerinting dan berpakaian agak kemas.Namun mukanya tidak kacak.dan tidak bermisai.Dijangkakan lelaki ini akan terus melakukan rompakan dengan stail yang sama diseluruh Perak berdasarkan laporan dari orang awam yang menyatakan bahawa beberapa kes ragut pernah dilapurkan berlaku di Changkat Lada Seberang Perak.Diharapkan semua rakyat berwaspada dengan kegiatan ini.barang sesiapa yang mempunyai maklumat tentang perkara ini bolehlah memberi lapuran tentang kes di Balai Polis yang berhampiran.

                    Persoalan timbul,adakah negara kita Malaysia selamat lagi untuk diduduki.Apakah langkah langkah yang perlu dilakukan untuk mengelakkan perkara yang sebegini berlaku lagi.Menguatkan rondaan dan menubuhkan rukuntetangga untuk meronda adalah langkah langkah lapok.Permasalahan ini musti dikaji hingga ke akar umbi.Masalah bermula apabila rakyat merasa tekanan hidup akibat kekurangan wang untuk meneruskan kehidupan.Kepada mereka yang berfikiran singkat,terpaksa merompak dan meragut untuk memenuhi tuntutan ekonomi mereka.Mengapa mereka merasa terdesak dan perlu kepada lebih banyak wang?Ini adalah kerana perbagai perkhidmatan memerlukan kepada kos yang lebih.Barangan semakin mahal.Untuk hidup didunia yang moden ini perlu kepada wang yang lebih.Oleh itu kita mesti bertukar kepada kerajaan yang boleh mengurangkan kos kehidupan kita.Mansuh Tol,turunkan harga minyak,mansuh PTPTN,Boleh kawal harga barang,Hentikan rasuah yang meningkatkan kos pengurusan,hentikan monopoli kroni,kerajaan yang amanah,telus dan cekap,penjimatan dan belanjaan yang berkhemah di jabatan kerajaan,itu adalah yang boleh kita lakukan.Oleh itu,apabila anda membuang undi,fikir fikirkan lah perkara perkara ini.
                   

Tinggikah Ketamadunan Melayu?

Posted: 24 Jan 2013 06:42 PM PST

                 Program zikir munajat oleh Jentera Pilihanraya Dun Bota bersama dengan Ustaz Badrolamin pada 20hb Januari 2013 yang lalu di Kg Tua Batu 16 Lambor Kanan benar benar telah memberi kesan yang mendalam kepada semua hadirin.Majlis yang dimulakan dengan solat berjamaah Mahgrib dan disusuli dengan bacaan doa serta zikir itu telah berjaya mengembalikan kesegaran dan semangat para perserta.setelah melalui pelbagai program dan aktiviti yang berterusan selama dua bulan kebelakangan ini,telah menyebabkan jentera merasai sedikit keletihan.Ini ditambahi dengan provokasi serta halangan halangan yang dilalukan oleh pihak lawan telah sedikit dsebanyak memberi gangguan emosi.Namun dengan adanyaprogram zikir munajat ini telah dapat membri ketenangan dan menambah semangat para hadirin untuk terus berjuang menentang kerajaan yang zalim dan menindas.

                 Dalam ucapannya Ustaz Badrolamin antara lain mempertikaikan matlamat perjuangan UMNO yang berteraskan bangsa Melayu.Menurutnya apa yang perlu diperjuangkan ialah agama Islam.Melayu akan selamat dibawah syiar Islam.Tetapi jika semangat kebangsaan yang diperjuangkan,maka Islam akan diketepikan seperti yang banyak dilakukan oleh UMNO sejak memerintah Malaysia.Melayu adalah suatu bangsa sahaja.tuhan menjadikan manusia berbilang bangsa supaya manusia boleh kenal mengenali antara satu sama lain serta dapat menunjukkan kebesaran Allah terhadap seluruh makhluk dan alam.Bangsa bukan lah sesuatu yang hendak dibangga banggakan dan bangsa bukanlah tiket untuk mengenepikan hak hak bangsa lain seperti yang telah dilakukan oleh UMNO.Bangsa Melayu bukanlah suatu bangsa besar kerana ianya tiada bahasa sendiri,dimana ianya banyak meminjam bahasa dari kebudayaan lain seperti Arab,sanskrit,Portugal,cina dan lain lain.Contoh ayat yang mengunakan perkataan pinjaman:-

                             ''Majlis mesyuarat membahaskan masalah rakyat'', 

dari ayat ini,tiada satu pun perkataan yang mengunakan bahasa Melayu kecuali mem dan kan.Ini menunjukkan Melayu bukanlah suatu tamadun yang besar yang perlu dibangga banggakan kerana ianya tiada bahasa sendiri seperti bangsa Arab,China dan India.



                 Pemimpin lain yang turut berucap ialah Ustaz Zulkifli Ibrahim.Beliau menegaskan bahawa orang Bota perlu melakukan penghijrahan menuju arah kebaikan.Penghijrahan untuk orang Bota penting bagi menukar kepimpinan negara bagi menjamin hidup yang lebih berkualiti didunia dan akhirat.Matlamat kehidupan manusia didunia adalah untuk mencapai kebahagian di akhirat.Oleh itu memilih pemimpin yang mematuhi perintah Allah adalah tugas semua umat manusia.Pemilihan pemimpin yang betul dapat menjamin kehidupan yang sempurna dan peningkatan didalam pembangunan manusia secara rohani dan jasmani.

Addin

Posted: 25 Jan 2013 11:25 AM PST

Addin


Berita Ni Pasti Memeningkan Kepala Najib..

Posted: 25 Jan 2013 07:30 AM PST

PETALING JAYA 25 Jan: Duta Kesatuan Eropah, Luc Vandebon menyatakan kesediaan blok ekonomi itu untuk bekerjasama dengan Pakatan Rakyat sekiranya membentuk kerajaan selepas pilihan raya umum ke-13."Sudah tentu. Seperti awal dulu, kami sudah bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana kerajaan yang dipilih secara demokratik," tegas beliau kepada pemberita pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN, hari ini.Dalam pada itu, beliau menyatakan rasa kurang senang dengan sikap Datuk Seri Najib Razak yang berlengah dalam rundingan FTA (Perjanjian Perdagangan Bebas) dengan Malaysia, sejak 2010."Sepatutnya tidak ada isu (sebab) untuk ia dilengahkan. Mengikut tempoh masa, seawalnya dalam tempoh dua tahun. 

Kami merasa sangat kurang gembira."Rundingan kebiasaannya mengambil dua tahun. Ini disebabkan rundingan kompleks dibandingkan dengan negara yang lebih mesra di rantau ini atau di rantau lain."Kami berharap dapat melanjutkan rundingan dalam masa terdekat.

Kami akan meneruskan perkara yang membawa manfaat, kerana Malaysia ialah rakan FTA dengan Kesatuan Eropah," katanyaBeliau terdahulu bersama delegasi mengadakan mesyuarat bersama Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut dihadiri Timbalan Presiden, Mohamed Azmin Ali, Naib Presiden, Tian Chua dan Biro Perdagangan, Wong Chen.

Anwar berkata, antara perkara dibincangkan termasuk sokongan EU terhadap integrasi ASEAN yang positif dalam pembinaan blok EU-ASEAN-FTA."Malaysia ialah negara dagang dan memerlukan tindakan efektif untuk dilaksana bagi meningkatkan perdagangan.

"Falsafah kami berhubung perkara ini adalah mengangkat prinsip keadilan dalam perdagangan bebas dan persaingan sama rata," kata Anwar. ~keadilandaily




Iklan C (ii)





Kantoi!! MB Terengganu Gagal Ujian SPRM?

Posted: 25 Jan 2013 05:25 AM PST

SPRM mencadangkan antara senarai nama yang tidak layak dicalonkan dalam PRU 13 kerana tidak lulus dalam saringan dan tapisan SPRM yang bermasalah dengan undang-undang antaranya adalah seorang Menteri Besar, Seorang Ketua Menteri dan dua pemimpin utama parti yang bertaraf Menteri.

Persoalan kenapa SPRM tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka... kita semua tahu bahawa kekebalan mereka semasa mereka ditampuk kekuasaan. Apabila tiada kuasa maka jadilah macam Khir Toyo. Walaupun fail sudah ada atas meja tetapi demi maruah dan kuasa politik yang ada dan tidak mahu menjejaskan parti pemerintah maka fail itu dibekukan.


etapi kita sedia maklum bahawa dalam politik umno-BN ini sendiri sudah masyhur tentang politik dalaman mereka. Perbalahan dan perebutan kepimpinan dan kuasa sudah merupakan lumrah bahkan ianya tidak terubat lagi. Masing-masing sebenarnya tidak bersih dan ada salah laku masing-masing tetapi dahan manakah mereka berpaut?  Sekarang ini dahan Najib maupun Mahathir mungkin akan naik tinggi.

Apatah lagi tarikh PRU semakin hampir. Bukan hanya ribut untuk merebut kuasa diperingat Majlis Tertinggi, Pemuda maupun Wanita, Negeri dan Ketua Bahagian bahkan kini siapakah bakal menjadi pilihan sebagai winnable candidate? Semua atas tangan Najib. Mana-mana yang tak sebulu... sekaranglah masanya untuk dicantas awal-awal. Mana-mana yang nak lekat... besar manakah cable yg sampai ke Najib akan diambil kira. Mereka terpaksa ikut membuntut punggung Najib & Rosmah sehingga ke Gaza & Palestine. Ibrahim Ali bukan sekadar menyalak saje bahkan mencium tangan Rosmah dalam satu majlis rasmi demi kerusi Pasir Mas!!! Boleh tak boleh itu belum tentu lagi.

Bagi Terengganu.. sejak Mat Said menunjukkan gedebe beliau merampas kuasa dari Derih Jusoh ianya amat menconteng arang ke muka Umno-BN. Umno Pusat terpaksa gigit jari dan terpaksa mengalah dengan kerenah Ahmad Said. Kejayaan Mat Said bersembunyi dan mengangkat sumpah menyebabkan BPR yang mencari beliau tidak boleh berbuat apa-apa. Meskipun fail rasuah dan penyelewengan sudah siap. Tetapi sebagai MB mereka terpaksa menahan diri dari mengambil tindakan.

Hari ini kuasa sebagai Pengerusi Perhubungan Umno negeri dan kewangan yang dipegang oleh Mat Said sendiri menyebabkan seolah-olah Umno Pusat tidak boleh buat apa-apa. Bahkan boleh digertak dan diugut oleh Mat Said supaya mengekalkan beliau sebagai calon Kijal diperingkat Dun. Cubaan untuk mengalihkan beliau sebagai calon Parlimen nampaknya gagal. Bahkan jika kekal calon Mat said nescaya semua senarai calon-calon yang bersekongkol dengan beliau khususnya golongan lama dan veteran akan mendapat tempat. Tetapi jika sekiranya gugur nama Mat said daripada menjadi calon maka berguguranlah team Mat said dan tentera Idris Jusoh bakal membarisi calon-calon di Terengganu.

Penulis sendiri mendapat maklumat dari dalaman dan kepimpinan Umno sendiri bahawa cara yang terakhir yang akan dilakukan untuk menyekat Mat Said ini adalah dengan menimbulkan isu rasuah yang membabitkan beliau yang terbukti SPRM ada kes untuk menghalang beliau dicalonkan. Penulis sendiri tidak yakin dengan maklumat tersebut tetapi apabila hari ini pecah berita bahawa ada MB yang tidak lulus saringan SPRM... maka berita ini ada kebenarannya. Tersenyumlah Team derih nampaknya untuk membalas dendam terhadap Mat Said yang merupakan perancang strategi Umno Pusat. Sekarang kita bakal melihat bagaimana pula langkah tari dan silat Mat said pula.

Isu SPRM yang membelenggu Mat Said antaranya pernah diselongakr TV3 sendiri dikemuncak kemelut MB Terengganu pada 22 Mac 2008 dengan isu Projek Roler Coaster di kemaman pada tahun 1995, Projek pembinaan Dewan seri amar di kemaman pada tahun 2007, Projek mercu tanda Kemaman 2005 dan Projek menambun tanah Kijal. Itu belum cerita selepas belia memerintah yang banyak terdedah ketirisan dan kebocoran.

Kita tahu dalam Umno ni rasuah ibarat Kentut & Tahi aje dengan Umno. Tetapi inilah masanya. Inilah caranya untuk mencantas karier politik Mat Said. Apapun bagi penulis... takkan nak biar saje. Menda dalam tangan takkan nak serah saje. Kan Mat Said ni gedebe Umno-BN. Rasenya tak semudah itu untuk pereboh Mat Said. Kalau ada nasib sekali lagi jadi MB. Kalau tak pun boleh rase Ketua Pembangkang tapi tersalah buat... calon pun dok lekat.untuk Ketua Menteri Sabah tu... Musa tu macam dah tak aman lagi dah...

~ust.saifulbahari



Iklan C (ii)









Rupanya Sebab Ni Bendera PAS Dan PKR Di Conteng Lambang Salib

Posted: 25 Jan 2013 03:13 AM PST

PETALING JAYA 25 Jan: Kegagalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengambil sebarang tindakan terhadap ancaman Perkasa untuk membakar kitab Injil, menunjukkan kelemahan kerajaan, kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim."Sehingga hari ini kita tak dengar mana-mana reaksi keras Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri."Ini berlaku kerana kelemahan kepimpinan di negara ini. Dia (Najib) tak berani untuk menegur dan memberikan amaran," kata Anwar pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN, hari ini.Menurutnya, program jelajah Merdeka Rakyat yang diadakan di Johor mulai petang ini turut dicemari insiden penggantungan bendera KEADILAN dan Pas yang diconteng dengan lambang salib."Kamu boleh jadi tidak bersetuju dengan Pakatan Rakyat.

Tapi kamu kena tahu batasannya. Ini juga menggambarkan pimpinan Umno dan kerajaan sangat lemah. Tidak dapat mengawal penyokong mereka sendiri."Siapa yang sanggup lakukan ini? Mengapa tidak ada tindakan? Kita boleh bertarung di pentas politik. Tapi jangan permainkan isu perkauman dan agama," tegasnya."Kemudian mereka mahu perlihatkan yang diri mereka itu Islamik.

Bagaimana dengan kasino (judi), rasuah dan saham syarikat arak San Miguel?, soalnya.Tambahnya, tindakan untuk membakar Injil tujuan provokasi untuk menghina orang Kristian dan menimbulkan ketegangan."Tindakan biadab ini sengaja dibuat untuk menimbulkan ketegangan dan tindakan Umno untuk mengelak dari membicarakan hal penyelewengan menjelang pilihan raya.

"Kalau ada orang mengambil keputusan sebaliknya, ini akan menggugat keselamatan. Orang Islam mesti menolak tindakan ini. Orang Islam tidak pernah diajar untuk merendah atau menghina agama lain," tegas Anwar ~keadilandaily



Iklan C (ii)





Gambar Provokasi Jahat Melampau Umno BN Tersebar..

Posted: 24 Jan 2013 10:56 PM PST


Gambar yang menunjukkan bendera PAS dan PKR berlambang salib ini di ambil sekitar Batu Pahat, Johor. 

Dipercayai bendera-bendera ini telah ditambah lambang salib oleh 'pihak-pihak tertentu' bagi menimbulkan provokasi jahat di Batu Pahat.



Iklan C (ii)





Sugumaran Mati Dalam Keadaan Bergari, Tanpa Di Halang Polis

Posted: 24 Jan 2013 06:52 PM PST

Pengarah Guaman KEADILAN, Latheefa Koya berkata, saksi melihat Sugumar Cheliah, 40 dikejar empat anggota polis menaiki dua kereta peronda sebelum kejadian pembunuhan kira-kira jam 6 petang, semalam.Selepas diberhentikan, mangsa dibelasah sekumpulan individu berhampiran rumahnya di Taman Seri Nanding, Hulu Langat  dalam keadaan tangan bergari dan ditekan dengan pengusung."Mangsa yang bergari turut dipukul beramai-ramai oleh orang sekeliling tanpa halangan polis.

Polis memijak tengkuk mangsa dan menyapu muka mangsa dengan serbuk kunyit," katanya ketika dihubungi.Difahamkan,  Sugumar yang tiada rekod jenayah, turut dicampakkan ke bahu jalan dalam keadaan bogel, selepas kematiannya."Profesionalisme polis juga amat diragui kerana pasukan forensik hanya datang selepas jam 11 malam untuk mengambil mayat," katanya.

Menurut Latheefa, mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat, namun keluarganya tidak dibenar masuk ke bilik mayat untuk membuat pengecaman selepas dimaklumkan lewat malam semalam."Keluarga mangsa datang awal pagi hari ini ke hospital namun selepas pukul 2 petang barulah keluarga mangsa dan peguam dibenarkan masuk," ujarnya.

Sehubungan itu, beliau mendesak polis yang terlibat dalam pembunuhan itu ditangkap dan digantung tugas kerana insiden itu di bawah tanggungjawab polis."Saya desak polis segera menangkap dan mendakwa semua yang terbabit dalam pembunuhan ini. Insiden ini berlaku ditempat awam dan ramai saksi melihat kejadian itu," ujarnya kepada Keadilan Daily.

Timbalan Pengerusi Biro Hak Asasi dan Guaman KEADILAN, S. Jayathas berkata kehilangan nyawa akibat kecuaian polis bukan isu baru kerana rekod menunjukkan banyak orang awam mati di tangan polis."Polis gagal bertindak waras dengan mengenepikan undang-undang ketika berhadapan suspek. Ini akibat kegagalan polis melaksanakan Suruhanjaya Bebas Terhadap Salah Laku dan Aduan Polis (IPCMC)," ujarnya. ~keadilandaily




Iklan C (ii)





Kantoi!! 4 Menteri Gagal Ujian SPRM, Di Nasihat Elak Bertanding PRU13

Posted: 24 Jan 2013 04:50 PM PST

SHAH ALAM – Beberapa parti politik dijangka terpaksa menggugurkan nama-nama besar daripada menjadi calon mereka dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).Pengguguran itu tidak boleh dielakkan kerana beberapa tokoh itu gagal dalam ujian tapisan yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana mempunyai masalah dengan undang-undang.

Antara nama-nama besar yang disebut sebagai mereka yang dijangka tidak akan dicalonkan semula akibat masalah berkenaan ialah seorang menteri besar, seorang ketua menteri dan dua pemimpin tinggi sebuah parti.Difahamkan, perkembangan terbaru ini disedari setelah urusan awal tapisan senarai calon yang diserahkan beberapa parti kepada SPRM untuk tapisan menjelang PRU13 selesai, baru-baru ini.

Menurut sumber yang boleh dipercayai, ratusan nama calon sudah diserahkan kepada SPRM dan berikutan tapisan yang dilakukan, beberapa nama-nama besar telah gagal saringan.Berdasarkan hasil ujian tersebut, parti-parti yang terlibat telah dinasihatkan tidak meletakkan nama-nama besar yang bermasalah itu sebagai calon mereka.

Maklumat yang diterima Sinar Harian menunjukkan nama-nama besar yang gagal ujian tapisan tidak boleh diletakkan sebagai calon dan jika dicalonkan juga, ia akan memberi implikasi kepada parti terbabit.

Ketika dihubungi Sinar Harian, Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Operasi), Datuk Mohd Shukri Abdul enggan memberi sebarang komen mengenai perkara tersebut.

Beliau sekadar menegaskan bahawa Cawangan Tapisan Keutuhan, Bahagian Pengurusan Rekod dan Teknologi Maklumat SPRM masih membuat tapisan ke atas senarai calon yang dihantar parti-parti politik.

Katanya, parti-parti yang akan meletakkan calon dalam PRU13  masih terus menghantar nama-nama calon masing-masing untuk tapisan dan ada yang akan terus menghantar senarai tersebut walaupun selepas Parlimen dibubarkan nanti. ~sinar harian




Iklan C (ii)






otaiblues

Posted: 25 Jan 2013 11:18 AM PST

otaiblues


berpolitik la cara dewasa, bukan dengan cara ini,

Posted: 25 Jan 2013 07:15 AM PST

Bila di fikir kan.inilah cara politik yang bodoh.. dan hanya orang bodoh je yang menggunakan cara ini..tak payah nak cari lagi..dah tau kumpulan mana  yang melakukan nya..

Mereka tak pikir pun,,dengan cara ini..mereka hanya akan menambah kebencian penyokong pr kepada mereka..penyokong mereka sendiri pun semakin menyampah..
tergolek dog la mereka di pru kali ini.

amekaw....









cakap berbelit belit..

Posted: 25 Jan 2013 06:36 AM PST

mereka ini, sengaja membuat isu untuk menutup isu yang lain..sedang isu ini telah lama di selesaikan..


arak dan judi mengatasi segala kubah masjid di malaysia bumi bertuah

Posted: 25 Jan 2013 05:35 AM PST

kesesatan bukan terletak pada warna.tetapi pada apa yang kita buat dan membenarkan orang lain buat di atas kusa yang kita berikan..



Anak Sungai Derhaka

Posted: 25 Jan 2013 09:47 AM PST

Anak Sungai Derhaka


Bendera PKR dan PAS diconteng dengan lambang Salib di negeri Johor

Posted: 24 Jan 2013 11:58 PM PST


Tidak cukup dengan berbagai-bagai jenis keganasan dan vandalisma yang dilakukan oleh samseng-samseng yang diupah RM30 oleh UMNO terhadap apa saja yang menjadi milik PKR/Pakatan Rakyat.. kini bendera pula menjadi mangsa..

Kejadian dilaporkan telah berlaku di sebuah negeri yang dikatakan sebagai Kubu kuat terakhir bagi UMNO di Selatan Semenanjung..

Meskipun negeri tersebut merupakan kubu kuat bagi UMNO sebuah parti yang membela nsaib orang Melayu kononnya, perlu kita ketahui bahawa orang Melayu di Johor adalah orang Melayu paling miskin di Malaysia.

Ini menurut Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Datuk Syed Ali Alattas baru-baru ini dalam satu kenyataan yang boleh di baca di ( SINI )

Mungkin kerana terdesak kerana kemiskinan maka samseng upahan UMNO di Johor terpaksa mengambil upah menconteng bendera PKR dan PAS dengan lambang salib pula..


Laporan dari MSO mengatakan..

Satu perbuatan jahat yang sungguh mencelakan dilaporkan berlaku di Johor malam tadi apabila bendera PAS dan PKR dicalitkan (print) dengan lambang salib. Kejadian itu berlaku di Batu Pahat Johor.

Selain bendera itu dicop dengan lambang salib ianya juga ditulis dengan perkataan-perkataan buruk menghina kedua-dua parti itu, ini menggambarkan si pelakunya seorang yang belum tamadun ataupun "gedebe tahi kucing."

Cara berpolitik tidak bermoral ini juga menunjukkan pihak yang melakukan perbuatan itu dalam keadaan terdesak dan nazak.

Tidak dipastikan apakah perletakan lambang salib itu pada bendera kedua-dua parti itu yang telah dipasang, atau ia disiapkan awal-awal kemudian dipasang malam tadi.

Beberapa helai bendera yang dicop lambang salib itu telah diturunkan. Satu laporan polis berhubung kejadian itu dikatakan telah dibuat pagi ini - laporan sepenuhnya sila baca di ( SINI )

Budaya apa agaknya yang pemimpin-pemimpin UMNO cuba terapkan di sini selain dari budaya kurang ajar dan tidak bertamaddun?



Saksikan juga bagaimana di negeri ini anak-anak Melayu yang masih bersekolah diajar untuk menjadi kurang ajar dengan menunjukkan isyarat lucah kepada beberapa pemimpin dari Pakatan Rakyat di ( SINI )


Video Proffesor UTHM mencuci otak dan mengugut pelajarnya tersebar.. Saksikan!!

Posted: 24 Jan 2013 08:00 PM PST


Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mendakwa Kerajaan Malaysia tidak menjalankan sebarang program 'cuci otak' terhadap Mahasiswa.

Dengan menafikan keujudan sebarang program seperti itu di Institusi pengajian tinggi yang dibiayai kerajaan beliau juga mendakwa tuduhan tersebut adalah tidak berasas.

Katanya "There is no intention to 'brainwash' undergraduates as it is counter-productive to the ministry's aim of producing creative and innovative thinking students,"

Kenyataan tersebut adalah sebagai menyangkal dakwaan K.S. Bawani yang mendakwa ujud kegiatan 'mencuci otak' oleh kerajaan di institusi pengajian tinggi..

Mohamed Khaled berkata "Let me explain that there is no such brainwashing process … if there is any,

Jika benar apa yang dinyatakan oleh Khaled Nordin itu.. bagaimana pula boleh ujud video seperti di bawah ini..

Dalam rakaman video di bawah ini anda akan menyaksikan seorang Proffesor dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) ini mencuci otak sambil mengugut Mahasiswa..

Saksikan!!

Empat Menteri UMNO gagal ujian SPRM.. tapi SPRM tak dakwa..

Posted: 24 Jan 2013 05:53 PM PST


Beberapa parti politik dijangka terpaksa menggugurkan nama-nama besar daripada menjadi calon mereka dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Pengguguran itu tidak boleh dielakkan kerana beberapa tokoh itu gagal dalam ujian tapisan yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana mempunyai masalah dengan undang-undang.

Antara nama-nama besar yang disebut sebagai mereka yang dijangka tidak akan dicalonkan semula akibat masalah berkenaan ialah seorang menteri besar, seorang ketua menteri dan dua pemimpin tinggi sebuah parti.

Difahamkan, perkembangan terbaru ini disedari setelah urusan awal tapisan senarai calon yang diserahkan beberapa parti kepada SPRM untuk tapisan menjelang PRU13 selesai, baru-baru ini.

Menurut sumber yang boleh dipercayai, ratusan nama calon sudah diserahkan kepada SPRM dan berikutan tapisan yang dilakukan, beberapa nama-nama besar telah gagal saringan.

Berdasarkan hasil ujian tersebut, parti-parti yang terlibat telah dinasihatkan tidak meletakkan nama-nama besar yang bermasalah itu sebagai calon mereka.

Maklumat yang diterima Sinar Harian menunjukkan nama-nama besar yang gagal ujian tapisan tidak boleh diletakkan sebagai calon dan jika dicalonkan juga, ia akan memberi implikasi kepada parti terbabit.

Ketika dihubungi Sinar Harian, Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Operasi), Datuk Mohd Shukri Abdul enggan memberi sebarang komen mengenai perkara tersebut.

Beliau sekadar menegaskan bahawa Cawangan Tapisan Keutuhan, Bahagian Pengurusan Rekod dan Teknologi Maklumat SPRM masih membuat tapisan ke atas senarai calon yang dihantar parti-parti politik.

Katanya, parti-parti yang akan meletakkan calon dalam PRU13 masih terus menghantar nama-nama calon masing-masing untuk tapisan dan ada yang akan terus menghantar senarai tersebut walaupun selepas Parlimen dibubarkan nanti.

~ Sinar harian

Fakulti Siyasah Syar'iyah

Posted: 25 Jan 2013 09:42 AM PST

Fakulti Siyasah Syar'iyah


Tahniah kerana Tamatkan Zaman Janda ...?

Posted: 25 Jan 2013 04:00 AM PST

Tahniah kerana Tamatkan Zaman Janda ...?
Wow, wow ...?

Al Ikram

Posted: 25 Jan 2013 09:04 AM PST

Al Ikram


PERATURAN SPR KENA KAT DEPA !

Posted: 24 Jan 2013 06:32 PM PST

Pahang Daily Online

Posted: 25 Jan 2013 07:51 AM PST

Pahang Daily Online


Panas: Warga Asing 'Kerja Tetap' Di Yayasan Pahang, Kerajaan Negeri Di Harap Siasat Segera Laporan Ini !

Posted: 24 Jan 2013 11:50 AM PST

KUANTAN, 25 Jan - Kerajaan Negeri Pahang digesa menyiasat dakwaan terdapatnya seorang warga asing yang kini dikatakan bekerja secara tetap dan berpencen dengan anak syarikatnya di Yayasan Pahang. Maklumat ini sudah pasti amat mengejutkan kerana ia jelas sekali telah mencabuli hak rakyat Malaysia terutamanya peluang pekerjaan untuk anak-anak Pahang. Jika benar dakwaan ini, maka ia adalah sesuatu yang amat memalukan dan tidak wajar berlaku. Kenapakah warga asing dibenarkan bekerja dengan sebuah anak syarikat kerajaan negeri?. Jika jawatan berkenaan hanyalah buruh kasar atau sebagainya, mungkin ia tidak menjadi isu. Namun difahamkan pegawai terbabit diberikan jawatan sebagai pegawai kanan. Ini sesuatu yang amat mendukacitakan anak-anak Pahang yang senantiasa menanti peluang untuk menjawat sebarang jawatan di agensi terbabit sebenarnya. Mana mungkin warga asing boleh diterima bekerja dengan sebuah anak syarikat kerajaan negeri?. Sedangkan ramai lagi anak-anak Pahang yang masih memerlukan pekerjaan terutamanya dalam bidang terbabit. Berita ini sudah tersebar meluas cuma ramai dikalangan kakitangan Yayasan Pahang sendiri tidak berani untuk mendedahkannya. Pihak terbabit tidak sepatutnya mengambil bukan warganegara sebagai kakitangan awam di negara ini kerana sudah tentu ramai lagi anak-anak pahang yang berkelayakkan untuk menjawat jawatan itu. Dipercayai warga asing terbabit kini menjawat jawatan penting di agensi itu dan ia sesuatu yang tidak boleh diterima oleh rakyat Pahang sebenarnya. Difahamkan juga, beliau pada asalnya hanyalah pensyarah kontrak di anak syarikat Yayasan Pahang sendiri iaitu Institut Kemajuan Ikhtisas Pahang (IKIP) yang sekarang dikenali sebagai IKIP International College. Persoalannya, bagaimana beliau boleh diserapkan ke jawatan tetap?. Apakah ada tangan-tangan ghaib yang telah khianat kepada peraturan dan perundangan hingga tergamak menawarkan jawatan itu kepada beliau?. Sebelum ini kami telah beberapa kali mendedahkan kepincangan yang berlaku dalam Yayasan Pahang dan beberapa buah anak syarikatnya. Namun, isu warga asing ini dikira sesuatu yang cukup besar dan jelas sekali bertentangan dengan dasar-dasar kerajaan untuk mengutamakan rakyat tempatan (warganegara) dalam mengisi peluang pekerjaan. 



Apa yang dipersoalkan juga, apabila mereka menawarkan peluang pekerjaan selama ini maka tertera pada borang jawatan kosong terbabit kenyataan berikut Yayasan Pahang dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan  berpengalaman dalam bidang-bidang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan  di Yayasan Pahang bagi memenuhi misi, visi dan transformasi Yayasan Pahang". Manakala Syarat Lantikan Wajib pula ialah "Warganegara Malaysia; dan Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan". Justeru, jelas sekali pengambilan warga asing bekerja di agensi terbabit telah melanggar peraturan ini sebenarnya.


[Apa sudah jadi dengan anak syarikat Kerajaan Negeri Pahang ini agaknya?. Mereka ternyata melanggar peraturan yang telah ditetapkan. Siasatan lanjut perlu dijalankan segera jika tidak sudah pasti berita panas ini akan memalukan kerajaan sendiri sebenarnya. Di ketika rakyat mempertikaikan pemberian IC kepada warga asing untuk mengundi dalam pilihanraya umum akan datang, tiba-tiba ada warga asing yang bekerja dengan kerajaan negeri. Ini sesuatu yang amat musykil sama sekali. Yayasan Pahang begitu tegas dalam soal pemberian biasiswa kepada anak-anak Pahang, hingga menafikan hak mana-mana pelajar yang ibubapa mereka bukan anak pahang (IC 06) walau pun ada yang sudah bermastautin puluhan tahun di  negeri ini. Kononnya mengikut prosedur, namun bila mengambil warga asing bekerja tetap di agensi terbabit mereka langgar prosedur. Jika tindakan tegas tidak diambil terhadap pegawai terbabit, perkara ini akan dipanjangkan kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk melakukan siasatan terhadap pegawai yang khianat itu. Laporan panas seterusnya menyusul].

Roslan SMS Corner

Posted: 25 Jan 2013 07:18 AM PST

Roslan SMS Corner


Apa kurangnya Malaysian Insider dengan Ibrahim Ali (25/1/13)

Posted: 25 Jan 2013 03:10 AM PST


Apabila membicarakan isu kalmah ALLAH, dalam posting saya di sini saya sering menyeru agar semua pihak bersikap berlapang dada. Tolak-ansur dan toleransi adalah kata kunci di sini. Jangan lagi mana-mana pihak melaga-laga atau mengapi-apikannya kerana jika tidak terkawal, dibiarkan berterus-terusan dan berpanjang-panjangan akhirnya pasti terbakar dan apabila terbakar yang akan hangus adalah perpaduan sesama rakyat Malaysia yang telah sekian lama terbina.
Umat Islam di Malaysia sangat sensitif dalam isu ini. Apabila ada pihak terus-menerus mengapi-api dan cuba menegakkan benang yang basah, akan lahir tindak-balas. Apabila ini berlaku yang rugi adalah kita semua. Kini sudah ada Ibrahim Ali dan kuncu-kuncu seumpamanya yang telah membakar isu ini, kita kesal dengan tindakan beliau.

Tetapi kita juga kesal apabila saudara-saudara bukan Islam turut serta mahu menjadi sebagaimana Ibrahim Ali juga.
Maaf tetapi saya menganggap artikel terkini dalam Malaysia Insider bertajuk:

Friday sermon: 'Enemies' of Islam staking claim over 'Allah' to confuse Muslims


yang ditulis oleh CLARA CHOOI Assistant News Editor Malaysian Insider sama tarafnya dengan gelagat dan sikap Ibrahim Ali juga. (Kalau Ibrahim Ali kita marah, kenapa tidak Malaysian Insider?)
Kenapa mahu mengulas khutbah JAKIM? Clara seolah memain peranan SB mendedahkan isu kandungan khutbah JAKIM mengapa, bagi saya semata-mata mahu menyemarakkan api kemarahan dan tidak puas hati dikalangan bukan Islam. Buktinya – bacalah komen pengunjung-pengunjung laman berkenaan.

Jadi politikkan isu ini. Ini bukan isu PAS atau Umno atau BN atau Pakatan Rakyat! Ini isu aqidah dan sensitiviti umat Islam. Melaga-lagakan seumpama ini bagi saya samalah "standard" Ibrahim Ali juga.
Seorang pengunjung memberi komen:

Can a police report be made on Jakim for spewing hatred and animosity among the races?
Kenapa ni? Kenapa institusi Islam pula jadi mangsa?

Seorang lagi pengunjung memberi komen:
ALL Muslims who think their faith in Islam is being "diverted and undermined" PLEASE STAND UP!

Expose the wrongdoings of those who attempt to convert you to other Faiths. Report them to the authorities and let the law take its course, but do not take the law into your own hands.
If you cannot come up with solid proofs and identify the perpetrators, if any, please do not go on accusing others of trying to proselytise and convert the Muslims. It would be a great lie and sin to accuse others of non-existent offences.

Of late, it is made out big time in the media as if many Muslims have been and are being converted to other faiths; if so they must standing out in a large crowd! Where are they? Show us the crowd. None? What does that mean, then?
If your faith in your belief is strong and firm, no one, NO ONE, can convert or influence you. If you are weak and at a loss, do not blame others for your own failings. And thus shaming yourselves.

If there are "enemies of Islam", they are either imagined, made up, or to be found within your very own community who are using religion to exploit you and politicising it for their hidden and selfish agendas.
Please stop using religion to pit Muslims against other Malaysians. We respect Islam and true Muslims. Those who abuse their faith and politicising it to achieve their covert agendas are the real enemies of ALL Malaysians. Let's reject them together.

BTW, is that a sermon or a political propaganda? Stop politicising religion please. Give due respect to the religion.
Ternyata isu ini sudah menjadi hangat dan jika kita, tidak kiralah siapa samada ahli politik, NGO, media atau siapa sahaja menyumbang dalam membakar dan melaga-laga serta  mengadu-domba sesama rakyat Malaysia, maka apa kurangnya kita dengan Ibrahim Ali yang mahu membakar Bible?

Saya kesal dengan artikel Malaysian Insider ini dan berharap agar tiada lagi yang akan cuba-cuba menyalakan api kebencian seumpama mereka.

Jangan ada Tartar atau Hitler di Malaysia (25/1/13)

Posted: 25 Jan 2013 12:35 AM PST


Kita tegas dalam bab penggunaan kalimah "ALLAH" . ALLAH bagi kita dalam hal ini merujuk hanya kepada Tuhan yang satu. Tuhan yang diimani dan diyakini oleh orang Islam. Agama lain yang menyembah Tuhan selain "ALLAH" tidak wajar menggunakan kalimah ini dalam kitab dan buku agama mereka di sini.
Allah berfirman di dalam al Quran, surah al Ikhlas 1-4, maksudnya:

"Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya".
"Say: He is Allah, the One and Only; Allah, the Eternal, Absolute; He begetteth not, nor is He begotten; And there is none like unto Him."

Atas penjelasan itu kita berharap agar semua pihak faham dan menerima hakikat demikian. Biarlah kita semua hidup aman di bumi kita yang tercinta ini tanpa perlu menyinggung atau mempertikaikan kepercayaan masing-masing.
Atas semangat itu kita juga kesal sekiranya ada pula pihak yang melampau yang mahu mengambil tindakan menurut nafsu dan kepala sendiri-sendiri. Tindakan atau niat mahu bakar buku agama atau kitab suci agama lain langsung tidak bertamaddun dan tiada kena mengena dengan agama Islam. Dalam sejarah Islam puak yang membakar buku agama dan khazanah ilmu hanyalah puak Tartar yang tidak bertamaddun.

(Pada tahun 2010 seorang Paderi Terry Jones, dari Gereja Dove World Outreach Center, Florida, Amerika Syarikat mengancam mahu membakar al Quran)
Diktator Hitler juga begitu dizamannya.

Oleh itu janganlah ada Tartar atau Hitler dikalangan orang Malaysia di sini.

 

 

KRAI Utara

Posted: 25 Jan 2013 07:09 AM PST

KRAI Utara


Gadis tiada pacar kerana menu makan yang aneh

Posted: 24 Jan 2013 06:57 PM PST

Abi Stroud tak mampu menemukan pacar akibat malu dengan menu makannya yang anehAbi Stroud tidak dapat menemukan pacar, ini disebabkan  ia malu hanya makan keripik dan keju saja.Gadis berusia 18 tahun itu terkena serangan panik, setiap saat ia memikirkan untuk mengunyah buah dan sayuran.Abi mengatakan bahwa sampai saat ini dia tidak pernah menemukan cinta, karena dia merasa malu tentang kondisi aneh yang dideritanya, sebuah kondisi yang disebut Selective Eating Disorder atau Gangguan Makan Selektif.Dia memakan tiga blok keju cheddar dan tiga kantong keripik dalam seminggu. Makanan baru menakutinya dan melihat pisang yang dikupas membuat muntah, dan ia bahkan tidak bisa makan roti putih, dan hanya dari satu merek tertentu.“Aku tidak menyukai ini. Saya tidak pernah pergi untuk makan malam dengan teman. Ketika orang meminta untuk mencoba sesuatu yang berbeda saya merasa sakit dan pusing.” tutur Mahasiswa tingkat A dari Newport, South Wales, ini kepada TheSun.Ia juga menambahkan bahwa pernah seorang guru mencoba untuk membuatnya makan nugget ayam, dan hal tersebut membuatnya menangis.Abi mulai enggan makan makanan selain keripik dan keju dimulai ketika ia berusia sepuluh tahun, dan ia percaya bahwa hal ini terkait dengan kematian neneknya.  sumber

labun KulupSakah...

Posted: 25 Jan 2013 03:58 AM PST

labun KulupSakah...


yang semakin menghilang...

Posted: 24 Jan 2013 04:39 AM PST

salam Maulidurrasul...


di penjuru ini, di sudut masjid Tengku Sultan Sulaiman Ketari Bentong ini pada ketika aku berusia enam tahun, balik dari zohor menyelongkar muqaddam dan menyertai barisan anak-anak lain mengenal alif ba ta dan surah-surah dalam al quran. Mak ayah aku belum sempat menghantar aku ke situ tetapi aku sendiri berlari mendapatkan penjuru ini.
Di dinding ini bilal Malek (arwah) bersandar dengan rotan kecil di tangan sebagai penunjuk dan sesekali mengetuk muka muqaddam atau quran untuk menegaskan sedikit ajaran.

"awak nak ngaji juga?" tanya arwah ketika aku bersila di hadapannya dengan muqaddam apabila murid di depan aku selesai giliran mengaji.
aku ingat lagi hari pertama itu, aku hanya mengulang apa yang bilal sebut. Yang aku tak ingat berapa hari aku  benar-benar sudah mengenal dan bukan menghafal. Yang aku ingat aku berubah dari satu ayat ke satu ayat dengan pantas dan memotong juga beberapa 'abang-abang' dan 'kakak-kakak' yang lain.

Kawasan di dalam masjid ini luas pada mata kecil aku waktu itu. Hari-hari aku bermain di sini. Mak ayah aku tak larang. Dalam kawasan ini selamat. Dulu kereta pun kurang, tidak seperti hari ini apatah lagi jika perayaan sampai - jalan menghubung pekan Bentong dan negeri-negeri Pantai Timur ini akan sesak sesesaknya.

Kawasan masjid ini kawasan kami. Perkauman kuat waktu itu. Jika 'anak cina' atau 'anak Benggali' masuk kawasan ini kami mengejar mereka. Entah kenapa abang-abang mengajar kami begitu. Masjid ini meriah juga. Kadang-kadang ada kenduri, seluruh kampung datang bergotong-royong. Aku seronok sebab ia seperti pesta- malam pun mak ayah aku bebaskan kami berlari sana-sini. Ada pertandingan nasyid, musabaqah dan bermacam-macam.

Waktu SRP, kawan-kawan aku tidur masjid dengan alasan kepada ibu bapa kononnya hendak ulangkaji pelajaran. Walhal main terup, hisap rokok dan sayur.
Masjid ini tempat bersembunyi seketika apabilaselesai kami bergaduh.

Setiap kali pulang ke kampung aku akan ke sini. Mengukur kembali masjid ini yang kulihat kecil sudah. Kawan-kawan sepermainan aku hari ini sudah beranak bermenantu tetapi mereka masih setia di sini. saban malam mengimarahkan masjid ini.
Ada roh kawasan ini untuk aku. Melihat kembali penjuru itu, aku seperti melihat kembali aku sedang bersila mengaji. Riuh suara anak-anak lain melagukan ayat-ayat suci. Duri landak menjadi penunjuk bacaan.

"Sekarang ini masjid berkunci. Mana boleh tidur lagi? dah ada penjaga. Tapi kecurian berlaku juga." Kata Lani. Kata Amat Tebu pun begitu.
Aku memandang lagi penjuru itu. Aku nampak bilal Malek sedang mendengar aku mengaji dengan tersenyum.
Al fatihah untuk arwah...

kawan-kawan Ketari.

Anak-anak arwah bilal Malek : abang Ngah Lan yang berkopiah hitam tinggi di belakang, Fuad (Atan) berbaju askar hijau dan Kamar berbaju hijau paling kanan.

Amat Tebu paling tua tapi cuba merendahkan badannya di belakang Fuad (Atan)



.

Posted: 25 Jan 2013 03:24 AM PST

.


Kalimah Allah Bukan Isu Serius

Posted: 25 Jan 2013 01:52 AM PST

TAZKIRAH JUMAAT                                                                                                         

Perkara kalimah Allah masih belum reda-reda lagi. Ia terus dicanang dan dilaungkan. Yang melaung dan mempersoalkan bukan Umno tetapi NGO yang mengambil upah untuk mendapat sesen dua dengan Umno bagi memelihara anak dan isteri. Ada juga yang jadi tukang laung kerana mengharapkan sebuah kerusi dari Umno dalam pilihan raya akan datang.
Raja-Raja Melayu Malaysia.

Setiap hari mereka mencanang ke hulu ke hilir. Beribu ela kain sudah digunakan untuk membuat sepanduk mengutuk pihak Pakatan Rakyat. Penjelasan, seruan dan sebagainya agar menghentikan perkara itu tidak dipedulikan.

Mereka yang kurang cerdik akan memuji golongan yang memperjuangkan kalimah Allah agar tidak digunakan dalam Bible. Tetapi bagi mereka yang cerdik, faham dengan kedudukan kalimah berkenaan hanya tersenyum simpul sambil melihat kebangangan politik mereka. Mereka melihat gelagat yang pertahanan isu itu sebagai perbuatan laksana anak kambing menghidu buntut ibunya saja. Bodoh dan tiada faedah.

Sebenarnya isu kalimah Allah ini tidak payah dipedulikan. Sebab yang lantang menentangnya mereka yang tidak masak dan arif dalam Islam. Yang imannya bagaikan daun kayu mudah tergerak bila disentuh angin. Bahkan ada yang menjadi juara memperjuangkan kalimah Allah ini, sebut nama Allah pun tidak sampai 33 kali sehari. Maaf cakaplah kita kena seekor-sekor.


Bagi kerajaan sendiri, Umno pula tidak serius dengan kalimah Allah. Umno juga mengerti mengenai kedudukan dan statusnya. Umno juga tahu menghormati dan keperluan agama lain terhadap kalimah Allah ini. Kenapa kita berkata begitu, kerana tiada apa-apa bantahan daripada Umno berhubung kalimah berkenaan. Umno tidak begitu vokal mengenai kalimah Allah ini.Kalau ada pun seorang tokguru Umno nun jauh di Tumpat, itu pun tidak boleh diambil kira sangat mengenai kedalaman ilmunya.

Yang ada, pemimpin Umno mempertikaikan dan mengkritik PAS yang memberi kelonggran di dalam penggunaan kalimah berkenaan. Umno cuba menayangkan yang mereka marah kepada PAS, sedangkan aksinya tidak menunjukkan begitu. Kerana itu tiada pendirian tegas Umno di dalam soal ini. Najib Razak misalnya tidak pernah bersuara menyatakan pendiriannya. Najib tidak pernah mengumumkan sikap Umno didalam soal ini? Itu bekas presiden Umno yang selalu menjadi seperti ikan lapam bawah jamban juga diam membisu berhubung isu kalimah Allah ini. Apa ertinya?

Mesyuarat MT Umno juga tidak mengambil apa-apa ketetapan mengenai penggunaan kalimah ini. Umno juga tidak mengarahkan supaya institusi-instutis tertinggi agama yang ada untuk ikut campur dan menyatakan sikap sebenar mengenai perkara ini. Sehingga kini polis juga tidak membuat apa-apa tangkapan terhadap mereka yang memiliki Injil yang mempunyai kalimah Allah. Kalau Najib dan kerajaan concern terhadap perkara ini sudah tentu berbagai arahan dibuat menerusi kementerian dan jabatan berkenaan sebagai menghalang perkara ini.

Perkara paling jelas ialah meminta mahkamah memutuskan segera berhubung rayuan dibuat oleh sebuah persatuan Kristian yang merujuk kepada mahkamah mengenai isu itu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi berhubung permnintaanya tentang perkara ini. Tetapi kenapa tidak dibuat? Bukankan kelewatan 'mengarahkan' mahkamah membuat keputusan menjelaskan isu ini tidak penting?

Ini semua membuktikan bahawa kalimah Allah bukan isu sebenar didalam negara ini. Ia adalah isu politik remeh yang cuba diperbesar-besarkan oleh golongan yang pandir mengenai agama dan yang pekak terhadap penjelasan orang lain. Isu ini disokong pula oleh Umno yang kini dalam keadaan tertekan dan semakin dipulau.

Bagi saya kalau isu ini penting dan merbahaya sudah pasti Raja-Raja Melayu telah mengadakan persidangan khas membincang perkara ini. Sebab soal agama, kesucian agama dan apa-apa yang menyentuh agama serta adat istiadat Melayu berada di bawah bidang kuasanya. Apakah ada Raja-Raja membuat persidangan khas dan membincangkan perkara ini? Kalau perkara ini penting kenapa Raja-Raja juga membisu. Tidak ada adalan bagi raja-raja untuk menyepikannya.

Kalau Majlis Raja-Raja menangani perkara ini kemudian menitahkan dikeluarkan kenyataan melarang penggunaanya, tidak sampai dua hari isu ini akan dihentikan. Siapa berani sanggah raja? Apabila Raja-Raja tidak mengambil berat menerusi tindakan misalnya mengadakan sidang khas bermakna isu kalimah Allah bukan perkara serius. Raja-Raja ternyata lebih cerdik berbanding dengan ketua-ketu NGO yang menjadi pengambil upah atau penarik kereta buruk Umno. Setengah ketua NGO itu telah dimurai sultan dan anugerah darjah kebesaran ditarik balik.

Kepada rakyat pula jangan mudah terpengaruh dengan propagda atau isu dimainkan oleh NGO-NGO 'ngor' ini. Mereka tidak ada autoriti untuk memberi apa-apa pandangan berhubung dengan kalimah berkenaan dalam konteks hari ini. Perjuangan mereka terhadap isu kalimah Allah saya tengok sama sahaja dengan sikap sesetengah Melayu yang marah kepada kerajaan yang tidak memberi kemudahan modal untuk berniaga.

Apabila kerajaan menghulurkan modal, modal itu bukan pun digunakan untuk berniaga tetapi untuk tujuan lain yang tidak ada kena mengena dengan perniagaan. Mereka hanya mahu mengambil kesempatan saja atas apa yang ada. Bila hidup mereka tidak berubah mereka marahkan kepada kerajaan.

Nah... begitu dengan isu kalimah Allah, mereka bukan mujahid agama yang sejati. Mereka adalah pengacau agama yang menggunakan nama agama. Mereka adalah munafikun. Jadi usah pedulikan mereka, biarlah mereka mabuk dan semabur dengan keadaan itu. Biarlah mereka jerit sampai pecah halkum. Selepas selesai pilihan raya mereka akan bercemperaian melarikan diri dan isu itu pun akan ditinggal di tepi hutan. Mereka bukan mujahid, bukan.

Isu-isu yang dibangkitkan oleh pemakan upah Umno atau penarik kereta Umno ini juga tidak konsisten. Mereka memperjuangkan mengikut tiupan angin dan musim. Masa timbul isu ekonomi mereka akan perjuangkan ekonomi, masa timbul isu agama mereka akan berpaling kepada agama. Masa timbul isu Melayu mereka perjuangkan Melayu. Isu-isu ini pula sengaja dicari dan diadakan-adakan selepas isu-isu memburuk dan menghentam pemimpin Pakatan Rakyat sudah tidak laku lagi. Mereka bukan saja tidak konsisten tetapi tanpa tujuan dan matlamat jelas.

Jadi biarlah mereka bising di mana-mana saja, kerana bising mereka tidak akan membawa apa-apa erti dan makna. Bagi mereka bising adalah sifat yang ditiru dari anjing dan dubuk dengan harapan mereka akan dapat sesuatu darinya. Mereka bukan bising macam burung walit yang bersarang dan sarangnya tinggi nilai harganya.Mereka adalah anjing dan dubuk.

Apabila kita kenal sifat anjing yang suka menyalak bukit, dan sikap dubuk yang suka membuat bising, maka kita tidak perlu bimbang. Hanya untuk sementara ini tutup kedua lubang telinga habis cerita. [wm.kl.5:38 pm 25/01/13]

Bendera PKR Dan PAS Dicalit Degan Lambang Salib

Posted: 24 Jan 2013 07:41 PM PST

BERITA                                                                                                                                    

Bendera PKR yang dicop lambang salib diturunkan.
Satu perbuatan jahat yang sungguh mencelakan dilaporkan berlaku di Johor malam tadi apabila bendera PAS dan PKR dicalitkan (print) dengan lambang salib. Kejadian itu berlaku di Batu Pahat Johor.

Selain bendera itu dicop dengan lambang salib ianya juga ditulis dengan perkataan-perkataan buruk menghina kedua-dua parti itu, ini menggambarkan si pelakunya seorang yang belum tamadun ataupun "gedebe tahi kucing."

Cara berpolitik tidak bermoral ini juga menunjukkan pihak yang melakukan perbuatan itu dalam keadaan terdesak dan nazak.

Tidak dipastikan apakah perletakan lambang salib itu pada bendera kedua-dua parti itu yang telah dipasang, atau ia disiapkan awal-awal kemudian dipasang malam tadi.

Beberapa helai bendera yang dicop lambang salib itu telah diturunkan. Satu laporan polis berhubung kejadian itu dikatakan telah dibuat pagi ini.

Kegiatan atau perbuatan seperti ini sepatutnya tidak berlaku dan semua pihak harus berkempen secara tertib mengikut lunas-lunas demokrasi.

Pihak polis dan juga SPR perlu memastikan ia tidak merebak. Paling penting pastikan apakah ia perbuatan salah satu pihak yang bertentangan di antara satu sama lain atau pun ada anasir-anasir lain yang berniat jahat melaga-lagakan kedua-dua pihak.

Dibimbangi sekiranya perkara jahat ini tidak dibenteraskan kemungkinan ia boleh mencetuskan sesuatu yang lebih buruk kelak apabila ada pihak yang tidak dapat mengawal keadaan bertindak membalas balik perbuatan itu.

Perletakan lambang salib ini mungkin ada hubung kait dengan isu kalimah Allah dan juga provokasi oleh pihak tertentu yang memperbodoh-bodohkan rakyat kampung kononnya kalau Pakatan Rakyat memerintah Malaysia ianya akan dikuasai oleh Kristian. [wm.kl.11:36 am 25/01/13]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan